Kekangan Bahasa Punca Prasangka
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TIMBALAN Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, berkata masalah kecil sering menjadi besar kerana ahli politik menggembar-gemburkannya.
Ia menjadi semakin buruk apabila masalah itu diperbesarkan lagi oleh kaum masing-masing yang hidup dalam kelompok sendiri.
Katanya tugas memerintah Malaysia sebagai negara pelbagai kaum adalah unik kerana ia memerlukan perimbangan.
Justeru itu, beliau menasihatkan para pembesar politik (kalau dalam bahasa khutbah dikatakan termasuk diri saya sendiri) agar berhati-hati menjaga perasaan semua kaum.
Mereka tidak harus mengambil pendirian bahawa mereka hanya mengkhususkan diri kepada ahli parti atau kaum mereka sahaja.
Najib berkata demikian dalam temu ramah dengan akhbar Cina Sin Chew Daily yang diterjemahkan dan disiarkan oleh akhbar bahasa Inggeris The Sun.
Saya tidak pasti jika akhbar-akhbar lain, khasnya yang berbahasa Malaysia, memetik temu ramah berkenaan.
Jika tidak, apa yang Najib bimbangkan itu dengan serta merta menjadi kenyataan dalam erti kata mesej beliau hanya sampai kepada pembaca yang fasih bahasa Cina dan Inggeris sahaja.
Secara kebetulan, saya terbaca laporan terbaru indeks media (media index) yang diterbitkan oleh syarikat penyelidik media AC Nielsen bagi tempoh Julai 2006-Jun 2007.
Indeks itu secara langsung mengesahkan kebimbangan Najib iaitu sama ada disengajakan atau secara kebetulan, masyarakat berbilang kaum Malaysia terus berkelompok.
Indeks itu sekali lagi menggambarkan bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi masih belum menyeluruh.
Pembacaan akhbar dengan jelas menunjukkan bahawa setiap kaum terus terikat dengan akhbar dalam bahasa masing-masing -- orang Melayu membaca akhbar Melayu, orang Cina akhbar Cina dan orang India akhbar Tamil.
Hanya pembaca akhbar-akhbar Inggeris mempamerkan kepelbagaian kaum.
Akhbar-akhbar bahasa Cina dibaca eksklusif oleh kaum Cina dan Tamil oleh orang keturunan India. Pembacaan akhbar-akhbar bahasa Malaysia di kalangan kaum Cina dan India masih rendah.
Bagi akhbar bahasa Malaysia terbesar iaitu Harian Metro yang dianggarkan mempunyai pembaca seramai 1.98 juta, hanya 14,000 adalah Cina dan 70,000 India.
Orang India lebih mirip menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa maklumat dan komunikasi. Justeru itu, mesej Melayu yang menjadi wadah akhbar-akhbar Melayu lebih mudah sampai kepada masyarakat India.
Bagi Berita Harian, daripada anggaran 1.27 juta pembaca, hanya 14,000 Cina dan 33,000 India manakala Utusan Malaysia dengan 1.09 juta pembaca, seramai 13,000 adalah Cina dan 34,000 India.
Kepelbagaian kaum lebih ketara di kalangan pembaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris. Akhbar bahasa Inggeris terbesar The Star dengan anggaran pembaca seramai 1.12 juta mempunyai 549,000 pembaca Cina, 311,000 India dan 262,000 Melayu.
New Straits Times dianggarkan mempunyai seramai 330,000 pembaca yang terdiri daripada 139,000 Melayu, 98,000 Cina dan 94,000 India.
Akhbar percuma The Sun dengan anggaran pembaca seramai 218,000 naskhah mempunyai 93,000 pembaca Cina, 81,000 Melayu dan 44,000 India.
Kesimpulannya, walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pendidikan serta pentadbiran, pembacaan akhbar-akhbar Melayu masih tertumpu kepada orang Melayu. Nisbah pembaca Cina dan India masih rendah berbanding bilangan mereka.
Sebaliknya, bahasa Inggeris nampaknya terus menjadi “bahasa pelbagai kaum” dengan akhbar-akhbar bahasa Inggeris dibaca oleh semua kaum di negara ini.
Ciri pembacaan akhbar yang berbentuk perkauman begini sudah semestinyalah memberi kesan yang besar dan mendalam kepada penyebaran maklumat rasmi dan tidak rasmi, khasnya yang berbau perkauman.
Justeru itu, peringatan Najib kepada pembesar politik agar berhati-hati membuat kenyataan adalah wajar kerana mesejnya mudah disalahtafsirkan sehingga mencetus ketegangan.
Friday, September 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
27 comments:
Yang Kurik Itu Kendi
Yang Merah Itu Saga
Yang Cantik Itu Budi
Yang Indah Itu Bahasa
Dato ada kuasa
dato buatlah keputusannya
NST's readership 330,000? How does that compare with the previous period reviewed, Datuk Scribe?
Salam Ramadan, Datuk.
"Indeks itu sekali lagi menggambarkan bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi masih belum menyeluruh."
Sedih benar rasanya Datuk. Sudah 50 tahun merdeka, sudah ada Dasar Bahasa Kebangsaan, sudah berbahasa pengantar bahasa Melayu bertahun-tahun di sekolah rendah dan menengah, tetapi masih belum menyeluruh peranan bahasa Melayu.
Dulunya bahasa Melayu, kemudian, bahasa Malaysia, berbalik semula kepada bahasa Melayu, sekarang ini bahasa Malaysia. Kononnya supaya terasa bahasa kebangsaan itu milik bangsa Malaysia (dan turut diriuhrendahkan oleh bangsa Malaysia yang berbilang bangsa), namun kesannya masih "peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi masih belum menyeluruh".
Saya tidak hairan bahasa Melayu@Malaysia bukan saja tidak akan menyeluruh peranannya, malah akan terus hancur luluh. Dan saya tak akan berasa pelik kalau semakin banyak orang Melayu yang tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik dan sempurna, kecuali bahasa Melayu pasar dan bahasa Melayu sampah@rojak.
Kalau Pak Asraf, Pak Usman Awang, Pak Keris Mas, dan yang lain-lain itu masih hidup atau hidup semula, bagaimana agaknya reaksi mereka?
Apa pandangan Datuk pula?
Tok, kalau kita nak tahu bagaimana orang Melayu berfikir, bacalah Utusan Malaysia. Kalau nak tahu bagaimana orang Melayu yang berfikir macam orang lain, baca NST. Kalau nak tahu bagaimana orang Melayu suka khayalan dan glamour, baca majalah hiburan yang banyak di pasaran. Kalau nak tahu mengapa orang Melayu tidak mahu berfikir sebab mereka tidak membaca semua media termasuk media baru.
Salam Dato'AKJ,
Di Malaysia ini, bahasa Malaysia hanya meluas digunakan oleh
i) orang2 yg tak tahu bahasa lain selain B.Malaysia.
ii) Guru2 sekolah semasa kelas Bahasa Malaysia
iii) Pembesar2 kerajaan dlm acara rasmi atau kalau nak masuk TV
Pendeknya, Bahasa Malaysia memang merempat di bumi sendiri..
Sdr Ibrahim Yahaya @ Tiger, selaim "Melayu malas berfikir", adakah Sdr bermaksud mengatakan bahawa bahasa Melayu@Malaysia hanya berjaya sebagai bahasa politik, bahasa hiburan dan bahasa sukan?
Sdr Abgjas, itupun mutunya tidaklah hebat. Banyak pembesar politik yang bahasa Malaysianya kelam kabut, bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia serta hambar. Bahasa guru pun tidak lagi hebat dulu lagi.
Sdr Suhaimi, kalau saya katakan bahasa Malaysia orang bukan Melayu lebih bagus, tentu ada yang marah.
Tetapi dengan semakin ramai orang Melayu bercakap macam DJ radio dan pelakon drama semakin parahlah bahasa Malaysia mereka.
Orang bukan Melayu yang berpendidikan pula menggunakan bahasa baku dengan baik kerana mereka belajar bukan main ikut-ikutan macam ramai orang Melayu.
Terima kasih.
Tok, apa yang saya maksudkan ialah membaca Utusan, kita boleh mengetahui apakah yang diinginkan oleh bangsa Melayu. Ini kerana bahan yang disiarkan terpancar suara Melayu terutama dalam rencana dan surat pembacanya.
Beritanya juga mengutamakan kepentingan dan nasib Melayu agar tidak diketepikan dalam arus pembangunan negara. Umpamanya, ada pemimpin yang mahu pembangunan menyeluruh sehinggakan mereka terlupa Melayu masih jauh tertinggal terutama dalam bidang ekonomi. UM akan mengingatkan mereka.
Peneraju akhbar NST Melayu mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan tidak tertumpu kepada kepentingan Melayu saja. NST dibaca oleh kaum lain untuk memahami pemikiran orang Melayu seumpama ini.
Majalah hiburan yang diterajui oleh orang Melayu pula memaparkan khayalan dan glamour yang amat disukai oleh orang Melayu. Ini bukan bermakna tidak baik jika diambilkira daripada pembaca "mengambil contoh yang baik" dan mempunyai impian untuk menjadi lebih baik. Angan-angan Mat Jenin adalah satu perkara yang positif tetapi disalahtafsirkan. Bagi saya ia adalah impian dan cita-cita. Impian untuk menjadi cantik, bergaya, kaya dan beriman.
Bagi yang tidak mahu berfikir pula tergolong dalam kumpulan yang merasakan "membuat duit" lebih cepat dan penting daripada memahami sesuatu isu walaupun membabitkan kepentingan bangsa.
Itulah gambaran indeks pembacaan akhbar dan majalah Melayu.
Dear Dato,
Langguage is the medium to get the message across. In most cases it is not misunderstanding that swell the issue.
Politicians are funny lots. They are perpetual attention seekers. Some even have press secretaries to connect to media. Guys from Jasin and Kinabatangan doesnt care too much on issue of national interest.
Of course some are very proper but they too are dying for a bit of share in media. That is a case of telling everyone that they are relevant, still kicking and very much alive. Politicians as i know, thrive on issues regardless of whether issues are trivial,of no significance, or of live or die issue.
Again, politicians are generally attention seekers. Thats their cup of tea; ISSUES!!
saya baru lepas menonton ceramah politik oleh saudara Saifudin Nasution. Jaguh pidato mestinya.
Saya tarik balik ucapan terima kasih kepada Pak Lah dalam entry DAto' sebelum ini. Apa sangat lah pelepasan caruman akaun 2 setiap bulan kalau si Perdana Menteri pakai jet boieng harga 200 juta. Inikah Islam Hadhari yang dilaungkan selama ini?
Membazir itu kerja Syaitan Laknatullah... pemimpin makan sup daging berketul-ketul. Rakyat gigit tulang sampai patah gigi.
Tengok vcd ceramah tu, saya rasa macam nak mencarut..jer. Sebab marah sangat. Saya bukanlah suka mencarut tapi kalau duit negara berbillion ringgit digunakan dengan cara tidak terancang dan sambil lewa sampai membazir...saya rasa Ustaz Hadhari pun menyumpah dalam hati. Astaghfirulla..hal'azem. Untung bulan ramadhan.
Saya rasa macam nak suruh jer Dato' tengok ceramah kupasan belanjawan tu...penuh dengan fakta! Bukan main hentam kerajaan membabi buta.
Baru saya tau projek bekalan ratusan juta dapat kat keluarga Pak Lah. Inikah yang dipanggil "Kita Bongkar Rahsia Kitab Suci" punya akhlak???
pening..pening..
Teruskan perjuangan mu wahai Dato' Kadir yang dikasihi...saya doa'kan.
Sdr Moderator, antara lain mengulas: "Saya baru lepas menonton ceramah politik oleh saudara Saifudin Nasution. Jaguh pidato mestinya."
Setuju. Saifudin adalah seorang pemidato yang hebat.
Dia pernah menjadi bintang timur Pemuda Umno and antara "penasihat" Hishammuddin Hussein yang mengagumkan.
Pada hemat saya, Saifudin adalah antara aktivis Pemuda Umno yang memberi roh dan jasad kepada kepemimpinan Hishammuddin.
Tanpa orang seperti Saifudin kepemimpinan Hishammuddin menjadi longlai tak bermaya dan mudah diganggu-gugat (undermine) oleh golongan penyusup yang bercita-cita besar dan rakus.
Sebenarnya banyak pemimpin muda Umno yang berpotensi sama ada tersingkir daripada parti atau ditolak ke tepi oleh golongan penyusup ini.
Tentang belanjawan, banyak orang Melayu tidak faham. Jadi mereka tidak ambil kisah. Media massa Melayu pun kurang membuat analisis.
Baca posting saya yang lalu untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai belanjawan.
Terima kasih.
datuk kadir..saya rasa saifudin nasution aktif dlm pemuda semasa datuk zahid hamidi..bukannya hishamudin...
pemuda zaman sekarang datuk...wahasil balik asal............
Sdr Dukperati,
Kalau begitu, ironinya ialah makala Saifudin tiada lagi dalam Umno, Zahid yang juga akrab dengan Anwar Ibrahim masih berkuasa.
Tentang Hisahammuddin, dia orang baik. Tetapi orang baik tidak semestinya pilihan semulajadi (natural choice)untuk memimpin.
Takut-takut seorang lagi Mr Nice dilarikan, dihijack dan diperkotak-katikkan oleh gerembolan yang ambitious dan rakus.
Lagipun kuasa boleh mengubah sifat dan sikap manusia kerana kuasa mengkhayal dan memabukkan.
Terima kasih.
Salam Dato'
Terus terang, saya menghormati Dato'Kadir dan Dato'Johan Jaafar - baik lisan mahupun tulisan - yg sangat fasih bahasa Inggerisnya namun tak luak mutu bahasa Malaysianya.
Sdr Abgjas,
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Datuk Johan Jaaffar dan saya sama-sama budak kampung totok.
Datuk Johan dari Kampung Sungai Balang, Johor dan saya dari Tanah Merah, Pendang, Kedah.
Kami anak petani dan pekerja kampung. Keluarga Datuk Johan bercakap bahasa Jawa. Keluarga saya loghat Kedah pekat. Datuk Johan masih boleh berbahasa Jawa.
Ketika masuk sekolah Inggeris, saya hanya tahu "yes, no, all right". Tapi kerana dipaksa dan ada sedikit keinginan, alhamdulillah saya berjaya menguasai kedua-dua bahasa dengan agak memuaskan.
Yang penting kemahuan dan kecekalan. Apatah lagi sekarang dengan adanya segala kemudahan pembelajaran bahasa yang canggih dan pelbagai.
Tiada kata secantik bahasa....
Terima kasih.
Saya seorang Cina yang pernah melanggani Utusan Melayu semasa belajar di sekolah menengah. Hasrat saya sudah tentulah tertumpu kepada pembelajaran Bahasa Melayu melalui pembacaan harian.
Selepas saya dewasa sedikit dan mampu berfikir dengan lebih matang, saya mendapati berita dan ulasan yang terkandung dalam akhbar Melayu banyak yang berat sebelah dan mempunyai nilai intelek yang cetek (sering menjurus kepada pembantaian orang yang tidak sehaluan dengan kerajaan). Apa yang menggusarkan saya ialah kenyataan pemimpin negara yang tersiar di akhbar Melayu tidak konsisten dengan apa yang saya terbaca di akhbar Cina atau Inggeris. Masing-masing hanya menerbitkan apa yang sedap didengar oleh golongan sasaran.
Mujurlah dengan adanya kemudahan menulis blog, ulasan dalam Bahasa Melayu yang bernas dan menarik sudah boleh ditemukan dengan senang. Tulisan-tulisan oleh tokoh seperti Hishamuddin Rais dan Rustam Sani bukan saja merupakan komentar sosial yang mempunyai nilai pengajaran, bahkan menunjukkan seni mengarang yang tinggi. Sayangnya, penulisan mereka hanya dapat dinikmati oleh mereka yang tahu mencari di internet.
The Scribe
Salaam
Bagaimana ceritanya lagak Era Baru?
Yg Bhg Dato'
Mejoriti penduduk Malaysia ialah Islam. Surah Al Hujrat ayat 12 ada menyeru orang beriman agar menjauhi sangkaan-sangkaan kerana dikhuatiri dari membuat sangkaan yang dilarang.
Kenapa ye masih ada prasangka sehingga TPM sendiri terpaksa angkat isu tak sepatutnya menjadi isu.
Assalamualaikum Dato' AKJ
Apakhabar Tun M? Berdasarkan lapuran, Tun dimasukkan ke ICU dan tidak sedarkan diri, memerlukan bantuan mesin pernafasan (ventilation).
Sebagai pakar perubatan, saya rasa cukup bimbang-kerana masalah utama Tun adalah "Nosocomial Infection" iaitu jangkitan kuman/bacteria yang berada di persekitaran hospital/ICU. Nosocomial Infection agak sukar dirawat kerana bacteria tersebut menunjukkan ciri-ciri "resistant" kepada beberapa jenis antibiotic.
Doa untuk Tun.
Sdr Langit Biru,
Saya pun baca daripada buletin hospital. Nampaknya macam itulah. Tun kena jangkitan dan dibedah semula.
Sama-samalah kita berdoa.
Bapa saya pun seusia dengan Tun (lebih tua sikit). Ibu pun masih ada.
Kita tahulah kesihatan orang tua. Cuma ayah saya tidak ada penyakit jantung, darah tinggi atau kencing manis. Berkat bertani agaknya.
Terima kasih.
Dato,
Saya teringat kata kata Tun Dr Mahathir mengenai cara yang paling berkesan untok menarik orang lain mempelajari bahasa yang lain.
Secara ringkas katanya... Orang belajar bahasa yang bangsanya maju, terutaama dari segi ekonominya. Lihat sahaja bahasa yang di-perguna luas saperti Bahasa Inggeris, Perancis, Cina dan bahasa di-Eropah.
Adalah kurang berkesan jika kita mengharapkan orang menggunakan bahasa kita sedangkan bangsa kita bukan maju, semaju kaum mereka. Mengharapkan bangsa yang lain mempelajari dan menggunakan sesuatu bahasa secara desakan lagilah tidak akan berkesan.
Sebabnya ramai orang Melayu yang yang bertutor simpang siur - terutama dengan campuran Bahasa Inggeris - adalah kerana dia tidak fikir bangsanya semaju bangsa Inggeris, justeru itu dia terikut ikut mencampur adukkan pengguna'an nya sebagai tanda yang dia itu maju.
Tak semua kita dilahirkan untuk pandai berbahasa. tapi, janganlah kerana bahasa, kita berbalah-balah dan buruk sangka sesama kita.
Sesetengah manusia, dilahirkan pandai berkata-kata dan menulis. Manakala sesetengah yang lain, lain pula kelebihannya.
Persoalannya, dimana titik temu dalam menyatu dan memperkasakan bahasa? Apakah sudah habis segala usaha dilaksanakan?
Seingat saya yang masih muda belia, tokoh bahasa ramainya menentang tulisan jawi ditukar. Apabila tulisan turun-temurun yang kita warisi sudah ditukar, maka dapatlah kita lihat kesan buruk hasil daripada kebebalan pemerintah yang tidak mendengar kata ahli dan pakar.
Kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah bahasa ini. Tidak akan selesai isu bahasa jika pembesar sendiri yang bebal dan sombong. Cuba tanyakan pada mereka yang ahli dalam bidang itu. Tanya dan pakai nasihat mereka. Jangan jadi bodoh sombong.
Bahasa sudah hilang serinya. Sudah pudar warnanya. Hanya ada cuma kerancuannya.
Siapa yang merogol dan menghina bahasa sendiri? Kalau perbuatan nista itu dilakukan bangsa lain, rasanya sudah berlaku pertumpahan darah.
Kalau benar-benar ikhlas mahu jadikan Malaysia sebagai satu bangsa, BUBARkan saja parti yang berwadahkan perjuangan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tutup saja sekolah bersifatkan kebangsaan suku-kaum. Kenapa sekolah wawasan ditentang hebat?
Ada berani..........?
Dato'
this may not be related to your article but just want know your view about another unpatriotic act of a Malaysian (indian) who filed a legal suit against the Government of Britain because of bringing his ancestors into this country. since then, according to him 'they' have had to live in a country where Indians have been marginalized. you can read it through my blog at http://horizontimur.wordpress.com/
Salam Dato AKJ & semua,
Natijahnya usaha memartabatkan bahasa harus bermula dengan memartabatkan bangsa. Ternyata usaha ini masih 'jauh panggang dari api' kerana kegagalan usaha pemikul tangungjawab melaksana iaitu pembesar2 dan pendokongnya rakyat jelata akibat onar-onar yang dilemparkan oleh pihak2 didalam domain itu sendiri. Justeru, tidak hairan ramai yg memandang sinis usaha2 kearah mengangkat bahasa kebangsaan.
Di mana silapnya? Adakah strategi yang digunapakai DBP & pembesar tidak berkesan selain kempen2 yg hanya berkisar kpd pencetakan poster2 & iklan membazir duit pembayar cukai dan ucapan berapi-api pembesar2 dan forum/artikel tokoh bahasa yg tak pernah menarik selera rakyat kebanyakan?
Pada pendapat saya yg tidak berbahaya (In my non-hazardous opinion.)..:
KUNCI 1: Memartabatkan bangsa Malaysia
Sememangnya bangsa kita bukan penghasil teknologi dan lebih kpd pengguna. Bangsa Jepun suatu ketika dahulu adalah bangsa penciplak juga dan tak ramai org luar di zaman itu yang beria-ia menutur bahasa mereka. Namun berkat daya inovasi dan kreativiti disulam budaya DISIPLIN, INTEGRITI & JATI DIRI mereka berada di martabat mereka sekarang. 50 tahun adalah jangkamasa yang diambil dalam pembaharuan Meiji. (Dimana kita selepas 50tahun merdeka???)
Adakah kita sudah berjaya menyemai budaya yang suatu ketika dahulu pernah berakar umbi dizaman nenek moyang kita ? Agaknya tsunami penjajahan telah membasuh segalanya dari minda dan kita terus tersorot dihimpit 'typical Malaysian syndrome' yg menjengkelkan.
Bahasa adalah alat komunikasi. Fitrah alat (tools) hendaklah selalu digunakan seperti fungsi ciptaannya dan dipraktik selalu untuk mahir dan tunjuk kemahiran kpd org lain..kebolehan menggunakan pelbagai 'tools' membuatkan menambah nilai modal insan.
KUNCI 2: Kuasa Majoriti. - kunci utama memartabatkan bahasa kebangsaan!
Penyatuan adalah kunci kuasa kepada majoriti. Secara teknikal menjadi 'kebanyakan' tidak menjamin menjadi 'majoriti'.. Majoriti adalah kuasa. Kuasa yang menjadi tunjang untuk deployment sesuatu fahaman atau dasar sama ada budaya, ekonomi atau politik.. termasuklah bahasa.
Kuasa majoriti ibarat gelombang tsunami yang akan mencorakkan muka bumi, meneggelamkan mereka-mereka yang melawan arus, menelanjangkan kepompong2 fanatik yang dibina golongan tertentu dan membasuh bersih doktrin-doktrin yang bersifat onar-onar subversif diminda serta merobohkan tembok-tembok halimunan kebal sejak turun temurun. Segala yang tersimpul belit dan memeningkan kepala untuk dirungkaikan sekian zaman akan terungkai sendirinya oleh gelombang tsunami kuasa majoriti.
Secara teknikal bahasa yang tiada penutur hanya akan menjadi sejarah... Semakin besar 'domain' penutur semakin besar penguasaan bahasa tersebut! Yg pasti org German & Austria serta daerah bersempadan mereka di Hungary , Switzerland. Italy dan Czech bangga menutur Deutch tanpa perlu dominasi English sebagai pengantara kehidupan harian.. Begitu juga France yang secara tradisi “memusuhi” English.
Persoalannya utama: Bilakah yang kebanyakan itu hendak menjadi majoriti?? Bermimpi di siang hari lagi?? Misi mustahil tatkala masih ada badut-badut mementaskan sandiwara memecah belah org kebanyakan menjadi runut runit minoriti atas kepentingan fahaman & politik. Agama juga diperjudikan malaun2 ini sedangkan ia berperanan sebagai kunci penyatuan. Yang pasti apabila datang tsunami daripada Tuhan ia tidak membezakan songkok hitam ataupun lebai putih!
Justeru tak hairanlah kita biasa mendengar “I look stupid in Malay.. " suatu ketika dulu drpd org yg lahir & dibesarkan di bumi Malaysia. Jgn salahkan dia semata-mata.
Demi menghormati bahasa saya seboleh-boleh mengelak untuk merojakkan atau mencampurkan bahasa (melainkan saya tidak tahu perkataan yang sesuai sama makna) Itu prinsip saya seperti dalam komen2 di blog Dato AKJ.
My comment in English.. (I look stupid in English..forgive me for my poor grammar & vocabulary.. I'm not a native speaker, just a pure Malay raised by a pure Northern Malay dialect speaking parents):
”I look stupid in Malay...” It make no sense to me why one must strip off his/her native language to get the elevated feeling of high end society while on the other hand their friend form other ethnic working hard to preserved theirs. Mastering more than one languange should be a benchmark of intellectual pride.
For me, typical stamement like this its just a spontaneous expression reaction tailored by culturally prolong inferiority complex syndrome of 'yuppiesnism' ('yuppies' – an American slang term associated to high class society)..A sign of non-Independent mind even after 50yrs independent. (Englishmen always depicted as arrogant and high-ego in American films.)
Is it true that being a Malay is stupid? Why? If it is true please explain to me technically and biologically to justify such allegation. Such statement or argument that were not supported by valid facts & figures is just another 'rubbish talk' from people who insult their own intelligence and park their brain in garbage dumpster. (Some people are very good at this and you know who..). No intelectual value worth to entertain and better kick 'em off down to the drain..
As for Mr. Ponnusamy Waytha Moorthy, why need to go to Washington to shout out loud to tell the world how misfortune the Indians were in Malaysia? Why don't your spend some times in your claimed ancestor's origin homeland and see the reality there and tell the world what gives?
Forgive me if I'm wrong but as far I had lived in Malaysia, never I heard or see any Indian starved to death and confirmed by my fellow Indian friends in my working environment..
In Malaysia do you see any children forced to be labour and deprived from basic education or anybody who sell blood or organs due to poverty, or any mentally sane people who sleep under the sun, on the road side and railway station platform?
Tell me honestly..have you been to India?? Why don't you sue the Britains for not bringing your ancestor to England instead?
There's one SMS joke I recieved from a friend about a recent earthquake in Pakistan and also to the tragedy in London subway. It tells that the USA, European, Japan and other world countries offer aid in terms of financial and material except Britain who offer 1 million British-citizen Pakistanis as a replacement for the death earthquake victims..
Hilarious? I don't think so. Think of the message behind it.
Terima Kasih,Thank you,Danke Shern..
Wasallam
Sdr Ahiruddin Attan asked:
“NST's readership 330,000? How does that compare with the previous period reviewed, Datuk Scribe?”
Sorry for the delay. I had to do some research.
Comparing to the period from Jan. 2006 to Dec. 2006, the NST readership fell by 9,000.
For the period in review, the NST’s readership was estimated at 339,000 comprising 159,000 Malays, 95,000 Chinese and 84,000 Indians.
But these figures were better than in 2005 when the NST’s readership fell to 305,000.
Thank you.
Saya bersetuju dengan komen seorang.cina di atas. Akhbar Utusan Malaysia kurang memberi perhatian kepada suara-suara alternatif dan pendapat-pendapat yang mencetuskan pemikiran kritis dan bernas.
Setentunya masyarakat bukan Melayu tidak mempunyai insentif untuk membaca akhbar berbahasa Malaysia sekiranya mutu penulisan dan pemikiran yang diterbitkan tidak setanding dengan tahap ilmiah dan kebebasan berpendapat yang dinikmati oleh akhbar berbahasa Inggeris.
Dalam kesungguhan untuk membela nasib Bahasa Malaysia, saya mencadangkan agar akhbar berbahasa kebangsaan memaparkan penulisan-penulisan yang lebih bebas, relevan, bermutu dan menarik kepada rakyat berbilang kaum.
Salam sejahtera,
Berdasarkan pemerhatian saya yg baru hidup suku abad lebih ini dan cara berfikir seorang jurutera bukan sasterawan, punca utama martabat bahasa kebangsaan itu tenggelam adalah akibat sikap penutur bahasa itu sendiri terutama org Melayu. Pendekatan saya lebih kpd mencari punca permasalahan dan cara mengatasi yg paling praktikal & ekonomik.
Itulah permasalahan pokoknya.. Menunding jari semata-mata kepada penulisan akhbar Melayu bukanlah penyelesaian utama jika objektif utama adalah mengangkat bahasa kebangsaan itu sendiri.
Mengapa menunding jari kepada 'S.O.P' yg kurang tepat jika kita sendiri tidak pernah mempraktikkan prosedur kerja dalam S.O.P itu untuk 'trouble shooting' masalah secara realiti dan mencari kaedah penyelesaian yg lebih baik? S.O.P boleh dipinda..ia hanyalah penulisan daripada pengalaman teknikal!
Secara teknikal perkembangan bahasa itu bermula di peringkat fungsi komunikasi sebelum ia berevolusi menjadi kebudayaan dalam tamadun manusia dipanggil sastera..Ya! fungsi asas bahasa dizahirkan melalui pertuturan sebelum ia turun ke tinta!
Masalah sekarang bahasa kebangsaan telah di down-graded oleh penutur2 itu sendiri..(bahasa rojak mcm org putih mabuk, mat ganja gian dan bahasa ala DJ radio..)
Jika majoriti org bertutur dlm bahasa kebangsaan maka seluruh yg minoriti akan ikut sama bertutur dan secara tidak langsung membesarkan pengaruh 'domain' bahasa kebangsaan itu sendiri. Itulah KUASA MAJORITI..simple explaination!
Dua persoalan utama:
1. Kenapa org bukan Melayu di Kedah dan Kelantan majoritinya fasih berbahasa Melayu hatta ke loghat utara & pantai timur?
2. Kenapa hanya Melayu di lembah klang dan bekas negeri2 Melayu bersekutu British yg gemar dan cenderung berbahasa rojak yg menghina fungsi bahasa kebangsaan?
Jika dikatakan itulah kemajuan dan bahasa kebangsaan dikatakan 'low class' ia amatlah menjengkelkan jika keluar daripada mulut Melayu totok yg lupa asal usul.. inilah yg saya katakan "culturally prolong inferiority complex syndrome of 'yuppiesnism'" - Typical Malaysian syndrome-- >SYOK SENDIRI!
Mastering more than one languange should be a benchmark of intellectual pride. Never insult a languange and your own intelligence and others too..!
Tidak salah menguasai banyak bahasa tetapi janganlah menghina sesuatu bahasa dgn merendahkan martabatnya.
Dalam dunia teknikal penyelesaian boleh dikategorikan dalam short term, long term & medium term
KUNCI 1 adalah long term.. makan masa panjang hendak memartabatkan bangsa Malaysia..segala infrastruktur teknologi & minda perlu dinaik taraf. Itulah sebab TunDM letak sasaran sampai 2020.
KUNCI 2 medium term..marilah sama2 berbahasa melayu dlm pengantara harian..buanglah sikap nak rojakkan bahasa kebangsaan hatta kepada perkataan mudah yg ada istilah melayunya..Sgt jelik bunyinya ..menjengkelkan lebih2 lagi keluar daripada mulut seorg melayu totok!
SHORT TERM (Kunci 0)- mari buat sistem penguatkuasaan! (Dicipline through Enforcement)..sgt sesuai utk org Malaysia tipikal..
a. Org yang gagal berbahasa kebangsaan pada tahap komunikasi piawai minimum dan sengaja menjatuhkan martabat wajar dikenakan denda yg sepatutnya. Jika Melayu totok pesalahnya dendanya hendaklah 2 kali ganda.
b. Letak kuasa DBP dibawah YDP Agong dan diberi kuasa penguatkuasaan beserta unit penguatkuasanya. Jika pembesar atau org politik yg menghina bahasa maka dendanya hendaklah 3 kali ganda dan digazetkan mukanya keluar media sbg pemimpin yg tidak tahu berbahasa kebangsaan.
d. mana2 pihak yg masih gagal menguasai bahasa kebangsaan pada tahap minimum dan masih nak mengada-ngada 'cakap rojak tanpa sebab' setelah berkali-kali di denda hendaklah diturun taraf 'warganegara' kpd 'penduduk tetap' dan seterusnya..
Itulah ubatnya..pahit? Penawar dan realiti sememangnya pahit! Nak cepat memang perit..
Sekadar pandangan peribadi..ada berani...?
wasallam
Assalamualaikum Dato'
Taking a break from work, and got engrossed reading a subject so dear and so close to my heart - Melayu and bahasa Melayu.
Just to share some thoughts. I found my roots while studying in the land of matsallehs a couple of decades ago. Ever since I came back, if there is a choice between NST and BH or Star and Utusan, I would always go for the Malay paper first. During one of the lectures (I was studying Language), I was inspired by the words of my supervisor-cum-lecturer. He said that there is no one language superior to another, linguistically speaking. That day marked the beginning of my journey in search of knowledge to better appreciate my mother tongue and to not take it for granted.
Sebelum itu, dan pada masa yang lampau, saya pasti memilih untuk membaca akhbar berbahasa Inggeris dahulu kerana menganggap kandungannya lebih menarik dan saya merasakan lebih dekat dengan gaya penulisan dan persembahan karya-karya dalam bahasa Inggeris. Apatah lagi saya memang mengajar bahasa Inggeris. Tetapi ini tidak bererti saya memandang rendah pada bahasa Melayu, sekadar tidak menganggap bahasa Melayu lebih daripada alat berkomunikasi di rumah dan di kalangan orang Melayu yang tidak petah berbahasa Inggeris.
Tetapi bumi orang putih telah memulihkan sikap dan pemikiran saya terhadap bahasa ibunda. Walaupun saya mengajar bahasa Inggeris, saya sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar saya betapa mereka perlu meletakkan bahasa Melayu di tempat yang tinggi dalam pemikiran dan sanubari sebagai bahasa ibunda, dan bahasa yang terpenting dalam hidup mereka.
Cuma saya berharap agar di kalangan masyarakat Melayu dan di kalangan pembaca blog Dato', tidak ada yang berburuk sangka apabila ada antara kita yang memilih untuk berbahasa Inggeris apabila menulis atau bertutur.
Cinta kita terhadap bahasa dan bangsa bukan terletak pada tutur kata semata-mata, cinta kita pada bangsa terletak pada kesungguhan kita memerdekakan jiwa dan mengharungi cabaran yang menghambat pemikiran kita sehingga ada yang sanggup menganggap bahawa taraf bahasa Melayu sedia ada melambangkan kemunduran bangsa.
Bahasa Melayu tidak pernah memundurkan bangsa, hanya ada di kalangan kita yang terperangkap dengan pemikiran kolot yang menggambarkan semua yang dari barat itu indah. Sebagai contoh... rambut mesti perang (sedangkan citra wanita Melayu ialah yang "ikal mayang" rambutnya), garfu mesti diletakkan di tangan kiri (lalu makan dengan tangan kiri bersama syaitan), kanta lekap biru dan serupanya menjadi pilihan (sejak bila Melayu bermata biru?)....
Jumpa lagi... Wassalam.
Mom-o'-Success
Post a Comment