Saturday, March 22, 2008

Kalau Menangguk Biar di Air Keruh

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 25 Mac] -- JELAS Umno semakin desperate, huru-hara dan dalam ketakutan. Bukan takut kepada pengundi lagi (kerana pengundi sudah membuat keputusan) tetapi takut kepada ahli-ahli sendiri.

Inilah punca yang membuatkan Ketua Biro Penerangannya, Muhammad Muhd Taib, berkata ada kemungkinan besar pemilihan parti Ogos ini ditangguhkan lagi ke tahun hadapan.

Bagi saya ia akademik. Tahun ini atau tahun depan, keputusannya sama – kepemimpinan Umno boleh tipu diri mereka sendiri tetapi mereka tidak boleh lagi tipu ahli akar umbi Umno.

Apakah selepas ini Muhammad Muhd Taib dan para persekongkolnya akan mencadangkan penggunaan ISA dan perisytiharan darurat?

[UPDATE]

CABARAN terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi semakin meruncing. Keadaan tambah kelam kabut. Majlis Pemangku Raja Terengganu menolak calon Menteri Besar Idris Jusoh dan melantik ADUN Kijal Ahmad Said.

Belum sempat Ahmad Said mengangkat sumpah, dia dipecat daripada Umno. Perdana Menteri berkata perbuatan melantik orang lain selain daripada Idris sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan.”

Anehnya, beberapa hari lalu Peguam Negara mengatakan Sultan ada hak dalam pelantikan Menteri Besar. Beliau berkata demikian apabila mengulas pelantikan MB Perak.

[POSTING ASAL]

HANYA orang yang tidak cerdik atau tidak tahu selok-belok menangkap ikan sahaja yang akan menangguk di tempat yang airnya jernih.

Orang yang cerdik dan tahu selok-belok menangkap ikan akan menangguk di tempat yang airnya keruh.

Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia hari ini (22 Mac), antara lain, melaporkan:

Pandangan paling lantang disuarakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikaikan keikhlasan hasrat bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) itu (Tengku Razaleigh Hamzah).

Sambil menentang sebarang cubaan untuk mencabar kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin menegaskan tindakan Tengku Razaleigh umpama menangguk di air yang keruh.

Selalunya air yang jernih tidak ada ikan kecuali ikan seluang, sepilai dan sepat ronggeng. Kalau adapun ikan besar ia akan lari apabila ternampak tangguh.

Air yang keruh selalunya banyak ikan dan udang. Kadang-kadang ular guni buruk dan buaya pun ada. Malah ikan yang banyak itulah yang menyebabkan air menjadi keruh. Orang yang tahu selok-belok menangguk akan mencari tempat yang keruh airnya.

Bila dia menurunkan tangguk, ikan tak nampak. Seorang penangkap ikan yang pakar tahu bila ikan masuk tangguk dengan merasa batang tangguknya.

Jadi amatlah tepat kalau Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno itu memasang tangguknya di air yang keruh.

Lagipun air keruh yang kini menenggelami Umno bukanlah akibat perbuatan Tengku Razaleigh tetapi akibat tindak tanduk pembesar-pembesar atasan Umno dan konco-konco mereka. Ketua Pemuda itu adalah antara pembesar terbesar Umno.

Tak apalah kalau Ketua Pemuda itu hendak mengherdik Tengku Razaleigh dan mempertahankan bosnya. Biasalah tu. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh pertahan aku pertahan, dalam hati tuhan saja yang tahu.

Tapi pelik jugalah bila dia dan pergerakannya tidak ambil apa-apa tindakan ke atas Ahli Exco Pemuda dan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir yang menghantar surat menggesa Perdana Menteri dan Presiden Umno letak jawatan.

Mula-mula bukan main berang dia. Marah sungguh kepada si Mukhriz itu. Tapi apabila Exco Pemuda bersidang lain pula bunyinya. Tidak ada tindakan sebab itu surat peribadi, konon ceritanya. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Ada orang gertakkah?

Kalau Ketua Pemuda hanya berani bercakap, Tengku Razaleigh berani bercakap dan berani mengotakan cakapnya. Saya pun tak ingat sudah berapa kali Ketua Pemuda itu bertanding untuk mendapatkan jawatan dan mempertahankan jawatan parti. Itu pun kalau dia pernah bertanding. Boleh sesiapa tolong beritahu?

Tapi Tengku Razaleigh dah banyak kali bertanding. Bertanding pilihan raya mulai 1969 dan Naib Presiden Umno sejak 1975. Lawan Musa Hitam pada tahun 1981 dan 1984 untuk jawatan Timbalan Presiden dan lawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden pada tahun 1987. Jadi kalah menang bertanding bukan pengalaman baru bagi Tengku Razaleigh.

Kali terakhir Perdana Menteri dan Presiden Umno sekarang bertanding adalah pada tahun 1993 untuk jawatan Naib Presiden tetapi kalah. Kalah pun Dr Mahathir kekalkan juga dia dalam Kabinet.

Lepas itu dia naik dan naik tanpa sebarang pertandingan. Ada orang kata atas ihsan Dr Mahathir. Orang kata, bukan saya.

Jadi kalau nak kira berani lawan dan banyak kali lawan, tak banyak orang boleh lawan Tengku Razaleigh. Muda berani, dah jadi veteran pun tetap berani. Dah tak ramai lagi orang macam ini dalam Umno selain Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh.

Dr Mahathir kata dia sokong cadangan Tengku Razaleigh agar mesyuarat agung luar biasa Umno diadakan bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu.

Tetapi dia berpendapat mungkin sukar Tengku Razaleigh nak dapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian Umno untuk lawan Presiden Umno. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 60 pencalonan bahagian.

Dr Mahathir yang menerima kunjungan Tengku Razaleigh minggu lalu, bagaimanapun, berasa mungkin ada calon-calon lain yang ingin bertanding merebut jawatan tertinggi Umno itu.

Namun Dr Mahathir kurang yakin dengan cabaran itu kerana katanya para pembesar Umno (istilah pembesar adalah istilah saya) kini takut bersuara dan banyak berpura-pura.

Di depan Presiden mereka sokong mati-matian tetapi di belakang mereka kutuk habis-habisan. Begitu juga dengan ikrar mereka hendak sokong Tengku Razaleigh pada pemilihan tahun 2004. Apabila dapat panggilan dan diberi “habuan” oleh orang tertentu, janji ke mana, Tengku Razaleigh ke mana.

Tetapi itu ketika Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di puncak jaya kerana baru menang mandat raksasa dalam pilihan raya umum 2004.

Sekarang Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di lurah penuh onak dan duri kerana kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

Jadi cabaran Tengku Razaleigh atau sesiapa sahaja terhadap beliau kali ini adalah berbeza daripada cabaran tahun 2004. Seperti kecundangnya Umno, begitu jugalah kemungkinan nasib yang akan menimpa beliau. Saya katakan "mungkin."

Manalah tahu mungkin ada pembesar Umno di bahagian yang mendapat semangat baru dan bersedia berterus terang setelah menyaksikan tragedi yang melanda parti mereka pada 8 Mac lalu.

Tetapi kalau mereka nak terus puji dan ampu, maka tidak ada lagilah alasan bagi ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah mengundi pembangkang kerana jelik dan jelak dengan kepemimpinan parti untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

Dan apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak lagi dihormati, makan jadilah macam di Perlis dan Terengganu di mana calon Menteri Besar yang beliau tauliahkan ditolak oleh Istana dan orang lain dilantik.

Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, esok.

107 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Datuk,

Teruk sungguh depa Datuk no ! Payah nak cari hulubalang Melayu zaman la ni . Ku Li, ayoh . Tunjuk jantan kat kaki2 ampu tu . Pantang anak raja undur langkah.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya tertarik dengan ulasan Datuk berkenaan "menangguk air keruh". Bagai satu pukulan KO buat mereka-mereka yang berbicara tidak menggunakan akal. Datuk, kalau air yang jernih sememangnya orang takkan menangguk, air jernih orang akan buat minum (toggok) kalau istilah loghat Kelantan maka jadilah "menoggok air jernih". Apakah Menteri Pelajaran ini tidak peka?

Agaknya apa pula reaksi Dato' Seri Hishamuddin kalau Dato' Mukriz melatah bersedia akan mencabar Menteri Pelajaran itu untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Antara tabah atau gelabah bila menghadapi pertandingan.

Wasalam.

Razlan said...

Salam Dato,

Kenapa perlu kita memikirkan kepentingan seseorang sehingga sanggup menghina institusi Raja.

Kenapakah kita masih angkuh dan riak menyatakan pendirian yang telah terang lagi nyata.

Orang melayu yang macam mana lagi yang boleh kita harapkan untuk menjaga hak kita di negara kita.

Aduh Dato, Banyak di dada Akhbar meminta pemimpin untuk muhasabah diri. Mereka tidak paham ke makdsud ini?

4 tahun tidak lama Dato, Selepas Muhasabah diri, banyak perkara kita perlu perbaiki.

Saya diperingkat bawahan memikirkan bagaimana dan cara mana untuk meniup dan memupuk kembali semangat Melayu. Mereka yang diatas, masih lagi tidak paham dan tidak peduli.

nasib .. nasib ....

Perjuangan akan diteruskan ...

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan Semua,
Saya kira semua mata rakyat sekarang ini tertumpu kepada KU LI. Pelbagai persoalan pasti akan bermain di fikiran....Mampukah dia?. Siapa dibelakang dia?. Kenapa dia betindak begitu dan pelbagai lagi.

Mengenali Ku LI tidak secara dekat tetapi secara profesional membuatkan saya tertarik dengannya sebagaiamana saya mengkagumi TUN.

Biar saya berkongsi sedikit pengalaman dengan beliau. Pada minggu pertama selepas pembubaran parlimen, saya telah dipanggil memberikan ceramah profesional di kawasan Parlimen Ku Li bersama-sama dengan beliau. Selepas daripada habis sesi ceramah tersebut maka saya telah minum bersama-sama dengan beliau dari pukul 5.00-6.00 . Banyak yang dibualkan dan saya banyak membaca pemikiran beliau. Apa yang saya kagumi ialah belia mempunyai ketajaman pemimiran yang cukup ketara. Tajam dari semua segi terutamanya yang membabitkan politik, eknonomi, kepentingan negara etc.

Pada hemat saya, inilah orang yang mempuanyai pemikiran beginilah yang kita perlukan untuk menjadi pemimpin Melayu pada era yang cukup kritikal sekarang ini. Kita tidak boleh mempunyai pemimpin yang hanya tahu mengiyakan sahaja. Kita memerlukan pemimpin yang boleh mencabar status quo.

Harapnya, hasrat Tengku tidak disalah anggap dan dipermainkan kerana TATKALA ORANG MELAYU TERKIAL-KIAL UNTUK MENCARI DAHAN BERPAUT, MAKANYA JIKALAU TERDAPAT SEORANG YANG BERANI BEGINI, BERILAH PELUANG YANG SEWAJARNYA. TIDAK RAMAI LAGI DALAM UMNO SEPERTINYA SEKARANG, TERAKHIR APABILA ORANG YANG SEHEBAT DATUK IDRIS JUSOH PUN DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA, SEDANGKAN BELIAU ADALAH SEORANG YANG BERANI MEMBUAT PERUBAHAN KEPIMPINAN BN TRENGGANU WALAUPUN DALAM KEMENANGAN.

SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Wassalam.

Mohd Faizal said...

Marah betul Datuk kat Presiden UMNO skrg ya..ya kami generasi muda pun marah!!Ada satu istilah yang agak terkenal di pantai timur berbunyi "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh di ajar" Bahasa mudahnya bodoh sombong! Itulah gambaran pembesar2 UMNO di bawah teraju pemerintahan yang naik tanpa ada sebarang cabaran dan dugaan sebenar. Di tunjuk jalan-jalan yang betul untuk menyelamatkan parti dan orang melayu oleh cerdik pandai, ditolaknya mentah-mentah. Lebih percayakan anak menantu yang kononnya 'lebih pandai'.Padahal ubun-ubun politik dan selok belok negara pun masih lembik!!

Anonymous said...

Salam dato,

Biasanya yang kuat mengampu tu mempunyai kepentingan diri. Kebanyakan rakyat yang bersuara itu walaupun ahli UMNO adalah peringkat akar umbi yang tidak mempunyai kepentingan.

Mereka2 ini sebenarnya lupa bahawa mereka sebenarnya dilantik untuk bersuara bagi pihak rakyat....ni terbalik mereka pula yang berani bersuara mempertahankan pemimpin yang juga dilantik oleh rakyat....

Betullah kata TUN orang Melayu ni mudah LUPA bahawa mereka ini sebenarnya dilantik bukan nya tiba2 berada di puncak....

Masih tak serik lagi.....

syamsul said...

salam Datuk. budaya cakap tak serupa bikin telah menjadi lumrah, sukar diubah (mahupun ditegur).Depan bos cakap begini, di belakang bos berbeza pula pendiriannya. Itukah politik? Komen mengenai Tganu, saya fikir kelewatan lantikan MB utk satu tempoh lama trauma buat pemimpian negeri (pembesar negeri) mahupung rakya jelate.Akan menjadi precedent di masa hadapan betapa Istana perlu di consult dan bukan sekadar di maklum (advice).salam,Syamsul

amoker said...

Agree with the analysis.

If we are all Malaysians, why some people or action are deemed menderhaka while it is ok for them?

Anonymous said...

Membaca perkhabaran 24 adun BN akan memulaukan majlis angkat sumpah MB Terengganu yang baru menunjukkan PENDERHAKAAN ke bawah Duli Sultan Terengganu. Jadi jelaslah UMNO derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

sheppard said...

Salam kepada semua

Abdullah Badawi dan Pembesar-pembesar ini umpamanya seperti telor di hujung tanduk.

Begitu juga UMNO.

Jadi, fikirkanlah wahai pembesar-pembesar.

Anonymous said...

Salam Dato'

cakap pasal ikan teringat ambo kat satu pantun

siakap sinohong
gelama ikan duri
bercakap bohong..
lama-lama jadi menteri..

rangkap yang akhir tu bukan yg asli..hi!hi!hi!

betul kata Che Det, pembesar umno takut. bagi ambo, pembesar umno terpaksa berbohong sokong kepimpinan sebab nak jaga periuk nasi...alasan mereka pada media nak pulihkan perpaduan parti dulu. macam nak pulihkan parti?
helo... presiden pun lemah..betulkan pak imam dululah...wahai pembesar umno!!!.

apa pula komen dato' dengan cadangan mantan PM supaya adakan konsep Majlis Presiden sebagai badan penasihat yang dianggotai oleh ahli umno yg terdiri daripada golongan profesional atau bebas?

nak harapkan pembesar2 umno tegur Presien??? tak payahlah..

Kepentingan 'perut'# + nafsu sendiri{pembesar Umno} lebih utama drpd kepentingan parti umno dan bangsa Melayu.

#[macam istilah 'perutism' yg Tun Musa tujukan pada rakyat spt laporan keputusan PRU12 di harian Metro]

Anonymous said...

The Scribe kata: Jadi amatlah tepat kalau Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno itu memasang tangguknya di air yang keruh.

Aduh Tok Scribe, cantik pukulan ini! Lembut tapi berisi dan tepat mengena sasaran.

Hishamuddin Tun Hussein memang sahih, bak kata Orang Mat, "not the sharpest knife (or keris, if you will) in Abdullah's cabinet". Yang tambah lucu, bila timbul saja peluang untuk buktikan ketumpulan, tidak pernah menolak.

Dia dengan dua tiga lagi wazir Pak Lah, macam that Teuku Nan [what a dimbulb!], seakan tidak sedar langsung yang semua orang boleh nampak ruang kosong di belakang setiap kali mereka buka mulut.

Mungkin "kelebihan" inilah yang membuat mereka ideal untuk di ajak main sorong papan tarik papan.

Tak hairanlah kalau alat2 tumpul ini semua lebih senang di tangan AAB yang tidak mahir serta tidak cekap. Prestasi alah kadar pun tak ketara kan?

Tapi teruskanlah kelakuan sombong bodoh itu. Ironik juga jika antara orang yang menjatuhkan parti cauvinis UMNO yang kian tidak relevan itu cucu Dato' Onn. Apa yang tokoh dihormati itu gagal lakukan semasa hayatnya, akhirnya dikabulkan secara tidak sengaja oleh keturunanya juga. Tentu Dato' Onn berkenan. :D

Anonymous said...

Dato',

"Namun Dr Mahathir kurang yakin dengan cabaran itu kerana katanya para pembesar Umno (istilah pembesar adalah istilah saya) kini takut bersuara dan banyak berpura-pura. Di depan Presiden mereka sokong mati-matian tetapi di belakang mereka kutuk habis-habisan."

# Sebenarnya semasa zaman TDM dulu 'mereka' pun takut bersuara dan bertalam dua muka juga. Ramai juga yg 'dipicit' oleh TDM tetapi sekurang-kurangnya TDM sendiri tegas, bukan seperti PakLah - menantu yg 'picit' dia.

"Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, esok."

# Belum terdengar pula lagi pengampu2 serta Pemuda2 negeri berkokok membidas ADUN2 ini sebagai kurang ajar dan biadap kepada Sultan/Raja (Agong pula sekarang ini)? Kalau Lim Kit Siang tempohari bukan main hebat kutukan mereka. Sekarang bila najis terkena ke muka sendiri, senyap! ADUN2 Umno ini siap angkat pula kes ke BPR. Orang bukan Melayu tersengih je melihat mereka-mereka ini 'berbunuh-bunuhan' menginginkan harta kekayaan dengan memperkudakan kuasa dan khianat terhadap amanah rakyat (bukan rahsia lagi Dato')...mereka tak malu langsung diperhatikan!

INILAH WAJAH SEBENAR UMNO SEKARANG - TERAMAT HODOH DAN TERAMAT MEMUALKAN!!!

P.S. Masih ada yg tak bersetuju lagi?! "....biarkan, biarkan."

Anonymous said...

Assalamualaikum Ybhg Dato',
Agaknya mereka itu lupa atau semakin angkuh. Pengajaran telah diberi, masih lagi bersikap seolah yg dibawah mesti menuruti yg diatas. Siapa yg meletak mereka dikerusi empok sekarang jika bukan yg dibawah. Memandang sikap mereka seperti itu akan membuat luka semakin menanah, takut yg menanah kelak terpaksa dipotong atau biar tubuh badan itu mati dengan sendirinya. Memikirkan keangkuhan mereka membuat saya semakin jijik untuk berketuakan mereka. Sementara masih ada sisa sayang kepada perjuangan jangan ditambahkan garam pada luka. Kelak tak tertahan sakitnya.

jamilisa
Shah Alam.

Anonymous said...

A'skm YBhgia Datuk Kay Jay,

Alhamdulillah dapat juga saya terpanggil untuk berserta dalam blog hebat datuk ini.
Since "Menteri Penerangan" yang baru{agaknya yg lama} pun "baca" blog, hopefully he will read this blog as well.

Sehingga hari ini saya masih tertanya kenapa kah para politikus kita especially "pembesar" UMNO ni ramai yang bongkak dan masih menilai diri secara konservatif untuk menerima KENYATAAN dan perubahan?
IMHO, approach mereka-mereka ini akan membuat kepesatan serta perkembangan negara dan minda rakyat makin kebelakang dan jauh dari alaf glokalisasi dan least islamic thinking.

Media-media provokasi kerajaan semakin parah dalam membina minda nusa bangsa..
Adakah kerana mereka takut, atau hormat atau menunggu peluang atau memang sifat UMNO sebegitu rupanya?

Sebagai anak malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, syukur saya kerana tidak berada disinggahsana politik "siapa cepat dia dapat".

Untuk pembesar UMNO, marila kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia berusaha menjadikan negara ini lebih GEMPAK di mata rakyat dari mata dunia dan lebih HEBAT serta bermindakan AKHIRAT dalam mengerjakan hal-hal dunia.

Wassalam & regards

Anonymous said...

Entah. Makin hari rasanya makin meluat tengok gelagat UMNO (orang orang nya). Dari isu isu perlantikan MB hingga statement Zaid Ibrahim tentang kehakiman. Kalau sesorang itu merasa dirinya yang terbaik - just get on with the work. Stop commenting on other people's work!. Come on lah orang UMNO you are digging your own grave deeper and deeper each days.

(i used to vote for BN/UMNO ever since I can remember except for the last election)

Anonymous said...

Salam datuk....

Pelik tapi BENAR situasi politik Malaysia & Melayu UMNO menjadi bahan ketawa orang lain sejak akhir2 ini. Kalau dahulu sebelum PRU12 mungkin rakyat tidak berapa jelas TEMBELANG & BELANG UMNO tapi selepas kekalahan PRU12 mula terserlah TEMBELANG & BELANG mereka2 ini.....

Apa yang peliknya:
1. Bila pembangkang buat demonstrasi di jalan raya dikata BERUK tapi bila UMNO buat OK...demokrasi & hak rakyat katanya..
2. Bila DAP nak pulau majlis angkat sumpah kata DERHAKA kepada istana tapi bila UMNO pulau majlis yang sama mereka kata OK sbb hak mereka kerana dilantik oleh rakyat....
3. Bila DAP ambil alih PP dikatakan Melayu terpinggir tapi bila mereka memerintah selama 50tahun sebelum ini tak semua pun nasib Melayu PP terbela....hanya segelintir yg rapat dgn UMNO....

Yang lain2 tuan/puan fikirkanlah sendiri.... ini secara tidak langsung PRU13 nanti bukan setakat tsunami tapi mungkin gempa bumi yang melenyapkan org2 seperti ini....Bagi orang yang menggunakan akal & fikiran anugerah ALLAH swt maka dalam PRU13 nanti dah NAMPAK SIAPA nak diundi...

alahai melayu...

A KADIR JASIN said...

Sdr Budiman07, saya ambil maklum. Tapi tuduhan ada pembesar Pemuda Umno "terlibat dengan skandal gay Di Singapura" itu sangat berat. Kita boleh kena saman kalau tak betul. Tapi kalau ada bukti, ketengahkanlah.
Terima kasih.

Anonymous said...

Kah! Kah! Kah!...... Rakyat MALAYSIA & MELAYU kena TIPU lagi....TEMBELANG & BELANG UMNO dah pecah berderai secara tidak langsung membuka PEKUNG di dada..

Sebelum PRU12 PM & SEMUA MB & KM kata SEMUA CALON yang terpilih telah melalui PROSES PENYUCIAN & PEMBERSIHAN oleh BPR dan mereka layak bertanding kerana BERSIH dari DOSA & NODA tapi bila MB Terenggaun yg baru dilantik rupa2 ada lagi FAIL yang tertinggal utk di siasat.

Jadi salah siapa MB yang dulu ke (sblm PRU12) @ salah BPR, cuba teka?????

Baru sekarang FAIL tu nak diserahkan...

Moral dari ulasan ini:
Sebenarnya MB dulu pun tak jujur.... patut pun ISTANA tolak dia.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Nih saya ada cerita menarik kisah Ku Li lwn Pak Lah = Anwar yang menang?

2. Semua dijemput ke blog saya:

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

3. Kepada yang sudah baca, jangan marah na.

Anonymous said...

Datuk,
Kenyataan demi kenyataan telah di buat oleh pembesar2 UMNO/BN, malangnya langsung tidak meyakinkan kami yang membaca atau mendengarnya. Kononya untuk perpaduan rakyat tetapi menentang sebarang percubaan oleh tokoh yang tidak sekongkol dengan mereka walaupun niat tokoh tadi 'genuine'.

Tindakkan ADUN UNMO Terengganu untuk memulaukan majlis tidak dialu-alukan serta mengaibkan. Saya merayu agar Pak Lah mencampuri langsung menghentikan keberantakan ini, sungguh tidak terpuji. Pak Lah seperti tidak merasakan bahawa tindak tanduk mereka itu sedikit sebanyak berpunca dari beliau sendiri ke? Sila jangan buat tak tahu.

Teramat sedih dengan perkembangan terbaru mengenangkan nasib orang Melayu

Anonymous said...

Datuk,
MENANGGUKLAH DI AIR YANG KEROH. INI MERUPAKAN RUMUSAN STRATEGIK WALAUPUN TIDAK TERCATAT DALAM BUKU THE ART OF WAR yang ditulis oleh Sun Tzu.Jadi, saya amat bersetuju dengan cara datuk berfikir.

Tetapi, saya nak tanya Datuk,Apa gunanya Pak Menteri nak jumpa Blogger's?
Saya kira Datuk menteri yang muda ini lebih baik jumpa pegawai kerajaan yang berpengaruh, terutama Pengarah-pengarah jabatan yang berpengaruh, seperti, katalah Jabatan Pengangkutan Jalan, sebagai contoh.
Blogger's hanyalah boleh mencadangkan pemikiran-pemikiran, argue dan reasoning.
Para Bloggers, tidak memberikan impak yang terus menyakitkan dan memberangsangkan kemarahan rakyat marhean terhadap pemerintah. Ini berlainan dengan ketua jabatan atau pengarah jabatan kerajaan yang mempunyai kuasa tetapi ada agenda tersembunyi.Dan tidak pandai pula untuk menangkap ikan.Tak pandai untuk mengunakan tangguk.Tak tahu bila dan mana dan bila ikan patut di tangguk.
Ada lebih sejuta penjawat awam di Malaysia.Ada seorang ketua.Ada berpuloh-puloh ketua jabatan.Semuanya PTD yang mengaku Profesyenal.Tetapi, semangat untuk membantu Melayu dan Kerajaan mengunakan tangguk dengan pintar sudah berkurang.Malah mungkin ada yang menggunakan tangguk untuk menghalau ikan-ikan lari jauh dari kerajaan yang memerintah.
Sebelum setiap pilahanraya umum, iaitu tahun-tahun sebelum AAB menjadi menteri perdana,ada semacam gerakan pembersihan otak penjawat awam melalui kursus biro tatanegara.Mereka di sedarkan ekonomi telah di juarai oleh kaum cina, melalui politik UMNO, hanya sektor pekhidmatan sahajalah orang melayu menjadi juara.Mereka yang bekerja dengan kerajaan ini, yang hampir sejuta itu, kebanyakannya orang Melayu. Mereka ini mempunyai anak pinak , keluarga dan kuasa multiply yang tinggi. Ketua kepada mereka ini cerdik menggunakan tangguk, semua undi ,dan sokongan mereka ini akan membantu melawan apa jua malapetaka kepada kerajaan, tak kiralah rebut atau Tsunami.
Tetapi, semasa perdana menteri AAB, mereka bukan diberi kesedaran. Mereka diberi Gaji yang lebih.Ironinya gaji yang lebih ini,menyebabkan mereka semakin susah.Duit banyak di dalam poket, tetapi barang keperluan yang dibawa balek kerumah untuk keluarga semakin berkurang.
PTD-PTD yang merupakan Napoleon kecil kerajaan dan tidak tahu menggunakan tangguk dan strategi politik inilah yang memburukkan lagi keadaan pemerintah. Ambil contoh, kreativiti JPJ menghentam pemandu-pemandu lori sejak bulan-bulan terakhir sebelum pilihan raya, Siapa pemandu lori? 80% Pemandu-pemandu lori ini adalah orang Melayu. 20% lagi dari kaum India dan Cina.Mereka pekerja yang berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan tidak tetap. Kais pagi makan malam. Gaji mereka kebanyakannya kurang dari RM800.00 sebulan.Mereka ini ada keluarga dan anak pinak. Mereka juga adalah pengundi!
Memang, mereka ada membuat kesalahan. katakanlah seperti, membawa lebih muatan.
Apabila kena saman, mereka pun kena saman. Kena denda. Setidak-tidaknya RM 300.00. Bukan taukeh semata-mata. Kedua-dua pemandu dan taukeh kena.Sedangkan mereka ini, di upah oleh taukeh-taukeh kaya.Mereka ini hanya orang suruhan.Tetapi, kalau taukeh-taukeh tidak membayar saman bagi pihak mereka, maka mereka akan menanggung sendiri akibatnya. Mereka akan disenarai hitam.Mereka akan di heret ke Mahkamah.Mereka tak boleh cari makan dengan menjadi pemandu.Berlainan pula dengan taukeh permit Alibaba, mereka sudah berjanji dengan 'baba' mereka bahawa apa-apa atau segala hal bersangkutan dengan saman keatas kesalahan berkaitan permit,pihak Ali tidak menanggungnya. Baba atau taukeh yang akan tanggung dan bayar.
Besar sangatkah kesalahan Pemandu ini jika dibandingkan dengan taukeh Ali Baba yang menyewakan permitnya dan mendapat habuannya setiap bulan tanpa titik peloh barang setitikpun?
Kenapa JPJ tidak mengambil tindakan kepada kes-kes Ali Baba permit-permit ini? Dalam hal ini pihak yang mempunyai kuasa seperti JPJ tidak pernah mengambil peduli. Pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan pun tidak tidak pernah ambil tindakan.Kalau di tanya, adakah menyewakan permit, atau mengalibabakan permit adakah satu kesalahan? Sudah tentu, mereka akan memberikan jawapan " Oh, salah besar!" siap dengan quote seksyen-sekyennya berderai-derai.Dan jangan terkejut jika anda diberikan berangkai-rangkai alasan dan sebab-sebab mengapa kesalahan ini tidak dapat diambil tindakan.
Jadi,nampaklah bagaimana ketua-ketua pejabat ini tidak pandai menangguk, kerana hanya menangguk di tempat air yang jernih dan senang.

Datuk,
Oleh kerana tekanan-tekanan dan himpitan hidup inilah, saya perhatikan pemandu-pemandu lori mengibarkan bendera pihak pembangkang dari Perlis hingga ke Sabah.Dengan rasa berani dan megah. Keadaan ini saya tidak melihatnya sebelum pilihanraya 2008yang baru lalu.

Fikir-fikirkanlah Wahai Pak Perdana menteri.
-makangaji.

Anonymous said...

Sdr toksidang kata..."Biasanya yang kuat mengampu tu mempunyai kepentingan diri."

# Atau mereka2 yg "dipicit anu-nya" oleh PM dan sekutu2nya akibat ketamakan, ketelanjuran dan dosa-noda yg lepas2?! Lalu ditutup tahi gajah itu dgn tudung saji? Maka, jadilah mereka2 (pengampu2) itu bacul dan "mandul"!

p.s. Saya masih berpegang, Najib tidak layak menggantikan PakLah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Makangaji,

Ada baiknya ramai ahli dan penykong Umno mengundi pembangkang pada 8 Mac. Setidak-tidaknya ia membuat mereka berfikir. Kalau dulu, masuk saja bilik mengundi terus pangkah dacing.

Tapi pada 8 Mac lalu, masuk bilik mengundi baca Bismillah, baca doa, minta petunjuk Allah, titiskan air mata dan pangkah Pas, PKR atau DAP.

Atau rosakkan undi.

Perubahan tidak semestinya buruk dan ada hikmah.

Sdr Ahmad Shabery Chik adalah produk proses itu. Dia bekas ahli Semangat 46.
Sebagai ketua pengerangan S46 dia mengakui peranan media alternatif sebab S46 tidak dapat ruang dalam media arus perdana.

Jadi saya tak hairan kalau dia lebih terbuka menerima dan mengiktiraf peranan media alternatif termasuk Blog dan blogger.

Saya mudah saja, kalau Shabery Chik berbudi saya sedia berbahasa.

Tengoklah kalau ada jemputan.

Saya setuju dengan Sdr Anakbuah. Boleh jadi di antara orang "Ya Datuk Seri" itu adalah orang yang sudah dicucuk hidungnya kerana dalam almari mereka bergantungan bermacam-macam mayat reput.

Mengenai Mohd Najib Abdul Razak, kita pun kurang pasti diam dia diam setuju,diam setia, diam takut atau diam kurang semangat. Akhirnya kita kena kembali kepada takdir kerana takdir menentukan segalanya.

Terima kasih.

Anonymous said...

DAKJ,

Bila seorang Raja pukul jurulatih hoki, Tun Dr Mahathir pinda Perlembagaan.

Sekarang Raja pukul orang boleh diseret ke Mahkamah Khas. Raja-Raja tak kebal lagi.

Sekarang Raja-Raja cabar Pak Lah dan dia duduk diam seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Jadi siapa yang kita orang Melayu nak ikut; PM yang elegent silent atau Raja-Raja yang tolak calom MB Pak Lah?

Raja-Raja tolak sebab mereka tahu pekung di dada calon-calon MB itu.

Daulat Tuanku.

Melayu Keliru

Anonymous said...

Salam Datuk,
Saya secara peribadi melihat bahawa UMNO sebagai suatu organisasi yang sepatutnya menjaga kepentingan orang Melayu telah GAGAL..!! usia 50 tahun nampaknya tidak banyak mendewasakan ahli dan pemimpin umno...Malah apa yang saya nampak umno sedang menderita penyakit nyanyok di usia senja...Pada pandangan saya, umno perlukan pemimpin yang tangkas, cekap dan bijak selain amanah dan bukan 'project oriented'....saya sedikit confident dengan Sharir Samad atau Ku Li (walau pun dah veteran) tapi sedikit ragu dengan 'kebersihan'dan keupayaan Najib...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Datuk,

Orang Johor memang heran menangguk di air keroh.......kita orang kedah biasa la,kerana bendang kita luas.....dan kita biasa dok menangguk ikan haruan,keli,sepat dan pelbagainya........ayoh Ku Li Tun M dah beri lampu hijau . Tun M dia orang kedah,dah tentu pandai menangguk . Mesti mengena punya.

Unknown said...

Salam Dato' dan pendebat budiman,

Dato' buat saya berfikir tentang 'menangguk di air yang keruh'...ada benarnya.

Tapi berhubung, berita ini...
"Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, esok."

saya tak pasti, mereka2 ni nak menangguk atau sebaliknya. Cuma saya terbaca dua berita yang agak sinonim isinya berhubung perlantikan MB Perlis tempohari dan MB Terengganu sekarang, iaitu tentang "watikah" dari PM melantik mereka sebagai MB.

Saya saya konfius...perkataan "Watikah".. (kalau saya silap minta betulkan). 'Watikah' ni biasanya sesuatu yang dibuat atau diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agong atau DYMM Sultan. Siapa PM untuk memberi watikah...surat perlantikan bolehlah.

Timbul persoalan, siapa yang lebih POWER... dan yang lagi peliknya, semasa kes di Perak, bukan main lagi 'orang-orang ni' hentam Lim Kit Siang...kononnya kurang ajar atau biadap dengan DYMM Sultan Perak, tapi mereka pula bagaimana ya?

Selepas difikir panjang.... kesimpulan yang saya buat...sememangnya mereka-mereka ini tidak layak memperjuangkan bangsa melayu!! Usahlah bercakap tentang DEB berdegar-degar,kalau niat nyata terpesong jauh... kelak nanti memakan diri sendiri.

Eloklah juga, kalau orang melayu menyokong BA pada PRU12 tempohari...dan lagi bagu kalau 'mereka-mereka' ini terus ditumbangkan. Hampeh sama sekali!!

Sekarang mereka berebut, bergaduh, bertengkar...menjatuhkan maruah sama sendiri...nyata Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu...kena tukar namanya... entahlah..fikir2kan lah.

Anonymous said...

Look who's talking?

Aslmkm., Datuk

"Hishammuddin menegaskan tindakan Tengku Razaleigh umpama menangguk di air yang keruh"

Siapa yang sebenarnya menangguk di air keruh? Dalam kita teralih perhatian kita dengan tamparan keputusan PRU12, DS Hisham kita dah berjaya menangguk hampir RM1.2 Billion untuk projek F1inSchools dari budget MOE.

Sila rujuk laman Puan Ainon di sini http://universitipts.com/index.php/site/comments/kecoh_kecoh_keterlibatan_menteri_dalam_projek_f1/

Macam taktik yahudi..

anti-hisham-bktan, sembrong

Anonymous said...

Dato' dan Sdr2 semua,

Berita The Star, "Sultan's choice of MB stripped of Umno membership" dan Utusan Terkini melaporkan "Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB" mengesahkan Umno T'ganu didalam keadaan PARAH lagi BERNANAH.

# Tidakkah dgn menggugurkan keahlian Umno Ahmad Said ini menunjukkan PakLah (yg menyokong Idris Jusoh sebagai MB) secara tidak langsung biadap dan derhaka kepada pihak Istana, lebih-lebih lagi Sultan Mizan sebagai Agong sekarang?

# Saya percaya pihak istana sekarang sudah amat arif dan tahu apa yg sebenarnya berlaku di dalam negeri masing2. Hubungan rakyat dan sultan/raja semakin mengukuh. Sultan/raja dilihat amat memahami aspirasi rakyat. Inilah yg hampir tidak wujud didalam kerajaan PakLah - tidah sedar dan tidak mahu memahami kehendak rakyat!

# Banyak sangat perkara-perkara pelik berlaku sekarang Dato'. Perkara pelik yg tidak pernah berlaku dlm sejarah moden Tanah Melayu. Sesuatu yg akan menjadi klasik nanti. Saya rasa bertuah dapat mengikuti dan melalui semua ini.

"Terima kasih" PakLah, kerajaan M'sia di zaman mu KLASIK!

Unknown said...

Datuk,

Ulasan Datuk berkenaan "menangguk air keruh" sangat menarik.

Kita berdoa agar Ku Li mendapat cukup pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan Presiden UMNO itu.

cakap-lepas said...

datuk,

amat mendalam analogi yg datuk gunakan utk menggambarkan keadaan UMNO sekarang.Memang,dan semestinya semua tragedi atau lebih tepat "disaster" dalam UMNO sekarang wajib dengan susulan perletakan jawatan paklah selaku presiden parti dan PM.fenomena yang melanda terengganu mungkin disebabkan istana mahu menguji BN@UMNO terengganu dan pak lah khasnye.Hidup rakyat!

Wajasetia said...

Salam Ybhg Datuk,
Sewaktu keputusan PRU12 diumumkan dahulu, saya tertanya-tanya bagaimana trengganu boleh terselamat sewaktu gelombang rakyat melanda. Apa yang bermain dalam fikiran saya adalah, trengganu adalah satu-satunya negeri yang mesti diselamatkan. Tak kira apa cara sekalipun. Maaf kerana itu adalah teori saya.
Tetapi isu terkini yang berlaku di trengganu semakin menguatkan teori saya itu.
Saya amat berharap Ku Li dapat menembusi tembok besar yang menghalang laluan beliau untuk mencabar Presiden UMNO. Saya amat berharap pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian UMNO dapat membuka mata untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di luar banglo mewah mereka, lebih-lebih lagi di bahagian yang terkesan secara langsung dengan kebangkitan suara rakyat dalam PRU12 tempohari.
Amat malang rasanya jika mereka(Pemimpin Bahagian UMNO) yang tewas tempohari masih tidak nampak apa yang telah dan bakal berlaku. Sekiranya ini berterusan, adakah UMNO akan berjaya memperbaiki "kejayaan" mereka dalam PRU13 akan datang?

Anonymous said...

The Scribe,

State in Paralysis
(cows to the slaughter - dial 991)

Kalau ini berlaku di mana bertambah ramai ADUN BN yang tidak direstui oleh Badan Perhubungan UMNO negeri dipilih dan dilantik oleh Istana Trengganu menjawat Menteri Besar dipecat dari partai UMNO maka apakah kedudukan ADUN yang terpecat?

Adakah ADUN-ADUN itu masuk Dewan jadi pembangkang atau ADUN 'bebas' mengemis?

Adakah akan ada pemilihan raya negeri sekiranya tiada 'coalition' membentuk majoriti di DUN? Atau diistiharkan saja darurat?

(royalti minyak siapa dapat?)

Unknown said...

skrg ni Wakil Rakyat berkerja untuk Rakyat atau wakil rakyat bekerja untuk Tuan President???

Anonymous said...

I am curious as to what is it that the people want. Yes, we hear people asking Pak Lah to step down everyday, but what will happen when Pak Lah does step down? Najib takes over? What's next?

Can you please comment on your expectations. Thanks.

Anonymous said...

Salam Dtk dan semua rakyat,

`Kekecohan' di Terengganu memalukan org Umno. Dulu, kata Pembangkang biadap dengan Sultan Perak.
Tapi mereka juga bersifat demikain..`siapa ketam umno atau pembangkan'.

Sikap ego itu membuatkan raykat semakin `biadap' dengan kerajaan yang tak cakap serupa bikin.

p/s: Kalau zaman Hang Tuah org yg derhaka kpd sultan dah lama kena bunhu.

Saya setuju dengan Dtk, org berbudi saya sedia berbahsa

- Tauke Unit Amanah

Anonymous said...

Datuk,

Mungkinkah kali ini raja dan sultan pun sedang 'menangguk di air keruh' dengan melantik ketua pembesar negeri pilihan sendiri? Nasib baik Sabah, Sarawak dan Melaka ada gabenor sahaja yg memang dari BN, kalau mereka ini ada sultan mungkin akan ada drama lantikan 'ketua pembesar negeri'.

Kesimpulannya, keputusan PRU ke-12 telah mencetuskan iklim baru dalam politik Malaysia dan semakin banyak aliran air yang keruh sedang ditangguk oleh mereka yang 'opportunist' atau aliran ini sedang ditapis oleh mereka yang sayangkan parti dan bangsa. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya...jika ada?

Adel Yusof
Gombak

Anonymous said...

YBhg Dato,
saya sedih dengan Pak lah yang sombong dan bongkak. Kenapa beliau tidak faham kekalahan BN adalah kerana beliau....setahu saya seorang pemimpin yang bertanggongjawab akan bersikap dengan berhemah iaitu melepaskan jawatannya kerana majoriti rakyat sudah bosan dan tidak lagi dapat menghormati beliau sebagai Pemimpin....Kalau DAP tak ikut cakap Sultan derhaka, tapi bila Pak Lah tak dengar cakap Sultan dia kata tak ikut perlembagaan.....hebat betul Pak Lah ni...jangan sebab mulut badan binasa sudahlah...
Saya akan berkempen dan menyokong untuk UMNO semula bila Pak Lah dan kaki ampu bungkus keluar dari UMNO......Insya Allah berkat doa rakyat jatuh lah dia.....

Helang 79

Anonymous said...

Salam Dato'KJ,

Menyimpang sikit, tapi hal air yang keroh juga. Apakah yang sebenarnya yang menyebabkan Tun Salleh Abbas dipecat pada 1988? Ketika itu kami masih sekolah tak tahu apa-apa.

Pada pandangan saya Zaid Ibrahim bukan seorang politician kerana membuka pekung tidak kena pada masanya." Total transparency can be damaging". Kesilapannya dalam bertindak sekiranya tidak berhati-hati mungkin akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai peguam tersohor di negara ini.

Ada juga terdengar bahawa, Tun Salleh Abbas adalah bapa mentua kepada partner Kamaludin Dato Seri Abdullah di dalam SCOMI. Betul ke? Adakah ini tindakan Zaid Ibrahim cuba mengampu yang tidak kena tempatnya kononnya tengah buat kerja di mata Pak Lah? Saya berharap Zaid Ibrahim gunakan saluran yang betul melalui nasihat ahli politik berpengalaman sebelum mengeluarkan kenyataan. Buat kerja dulu, dah sesuai dan berhasil baru dedahkan. Timing! Timing! Timing!

Mini Clubman

Anonymous said...

Salam Dato' KJ,

Saya lihat dan memikirkan kejadian yang berlaku disekeliling kita, jelas ALLAH cuba memberi petunjuk akan hala tuju kepimpinan negara satu demi satu. Semoga ALLAH terus melindungi Malaysia mengikut kehendakNYA.

Sebelum PRU12, PM banyak mengeluarkan kenyataan yang bercorak angkuh dan bongkak akan kedudukannya.Dia menetapkan kedudukannya dalam kerajaan seperti bukan perdan menteri satu penggal, dia yang menentukan senarai calon, dia yang menyatakan pakatan pembangkang ' syok-syok' dan lain-lain. ALLAH yang maha penentu telah menentukan segala kedudukan kenyataan nya selepas PRU12.Masalah dan pelbagai masalah mula timbul dan menjurus ke arah KRONIK. Permasalahan yang dilaluinya amat berbeza dari kepimpinan terdahulu. Terlalu hebat untuk PM melaluinya.Berpunca atas kesilapan bernafsu dalam kepimpinan, hilang pertimbangan yang waras dalam membuat keputusan. Negara dan UMNO yang tergadai.

Di Perak, DAP dikatakan biadap kerana tidak menghormati kehendak Sultan. Tapi di Terengganu, UMNO sendiri menolak kehendak Sultan dlam perlantikan MB. Penderhakaan terang-terangan.Malu, dan amat malu ia berlaku pada pendokong melayu, UMNO.
Bukankan Sultan itu lambang dan simbol rakyat. Tempat rakyat mengadu domba akan perasaan dan tintihan rakyat.Itulah suara rakyat lapisan terakhir.Pasti ada yang rakyat dan istana tidak puas hati dengan Idris.

Namun begitu apakah sebenarnya menyebabkan Idris Jusoh ditolak Istana? Bolehkah dato' KJ kongsi bersama maklumat yang tepat? Jangan biarkan kami terkapai-kapai.

Terima kasih


mini clubman

Roy said...

UMNO is taking a great risk here, by confronting the Sultan. Ask any UMNO leaders and they will tell you UMNO/BN did well in Saluran 1 during the recent election. Saluran 1 is for the elderly. The elderly, especially the Malays respect their Sultans. UMNO now wants to risk offending these elderly?

-Roy-

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya setuju dengan "nginap srengenge". Payah nak cari "anak jantan" sekarang ni. Yang ada cuma kaki ampu, kuat melatah, hulubalang lembik dan hipokrasi terlampau.

Ada ke patut orang yang cuba membawa perubahan dan cuba memperbaiki keadaan di panggil penderhaka?

Anonymous said...

salam Dato'

Saya meramalkan kerajaan BN akan jatuh pada tahun hadapan dan negara ini akan diperintah oleh Anwar Ibrahim.

Usaha pembelian MP di sabah dan sarawak giat dijalankan dan siapa yang tidak mahukan wang sebanyak rm 50 juta jika pemilihan wakil ke PAU 2007 pun orang melayu sanggup dibeli sebanyak rm 200.

Jika UMNO terus mendukung biawak hidup bernama khairy.. saya ramalkan tahun hadapan UMNO akan menjadi pembangkang.

Anonymous said...

Semasa LKS menyarankan agar DAP memulaukan majlis pertabalan MB Perak ramai yg menyalak beliau seorg yg biadap...Sekarang apabila UMNO melakukan perkara yg sama...tidakkah biadap namanya???tepuk dada tanya selera.....
Saya sudah naik menyampah dgn pembesar2 UMNO yg tak sedar diri ini..... Jgn smpi hilang rasa sayang saya pada UMNO disebabkan perangai pembesar2 UMNO yg menjelakkan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Goby,

Kalau orang bukan Melayu nampak macam tak hormat Raja-Raja Melayu, itu mungkin kerana mereka kurang belajar.

LKS pun akhirnya belajar juga.

Tapi kalau orang Melayu nampak macam tak hormat Raja-Raja Melayu, itu kerana mereka kurang ajar.

Ada beza antara kurang belajar dengan kurang ajar.

Terima kasih.

Anonymous said...

LKS bantah lantikan MB- biadap dan derhaka, tapi cepat belajar dan mohon maaf.

Shahidan dan pembesar umno Perlis bantah lantikan MB- biadap dan derhaka, tiada mohon maaf, lagi derhaka

Idris dan 22 ADUN Terengganu bantah lantikan MB- biadap dan derhaka, terus melawan AMAT DERHAKA, mereka semua wajar dihalau dari negeri Terengganu dan Malaysia, kerana melawan Yang DiPertuan Agong!

Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, TV1, TV2, TV3 bertanggung jawab mengapi-apikan isu perkauman bila LKS bantah lantikan MB dan bila UMNO Penang buat demonstrasi bantah DEB.

Sejarah tidak mungkin menulis BN kalah 2008 kerana harga barang naik,tol naik,Linggam naik, Altantuya naik, Hindraff naik, Keris naik dsb. Tapi sejarah akan menulis BN kalah kerana KEPIMPINANNYA DIRAGUI DAN DITOLAK RAKYAT kerana segala yang naik-naik itu berpusat dan bertunjang kembali kepada KEPIMPINAN;bagaimana pemimpin menangani masalah rakyat.

PEMIMPIN UMNO hari ini ibarat UDANG,KETAM,DAN SOTONG. Udang memikul tahi di kepala, Ketam jalan tak betul, Sotong bila cakap menghamburkan dakwat hitam kepada orang lain-- ITULAH UMNO HARI INI.

zakariazaidi

Anonymous said...

Salam to Dato',
Saya ada persoalan nak ditujukan kpd Dato' yg sudah lama bergiat dalam jornalisme. Harap Dato' sudi komen. Maaf lari tajuk sikit.

Hampir lima tahun saya menetap di UK, bila saya balik ke tanahair saya perhatikan amalan jornalisme di UK dan Malaysia jauh sangat beza, hampir macam langit & bumi. Tidak kira media apa yg kita pilih, baik suratkhabar, tv atau radio.

Yang paling ketara ialah dari segi dalam (depth) atau lebar (breadth). Dokumentari tv spt. Majalah 3 katakan, saya tengok ruang lingkup agak sempit, kurang dalam & tak cukup terperinci, berbanding dgn dokumentari yg disiarkan di TV1 BBC atau UKTV. Temubual terperinci boleh dikatakan hampir mencakupi semua aspek.

Sekarang kita dah ada radio24. Hampir 3 minggu saya mengikutinya, saya berasa kecewa kerana kandungan (content) & persembahan (presentation) radio24 cukup hambar. Tidak kiralah baik temubual atau laporan berita terkini. Dari segi kualiti & kuantiti sangat jauh berbanding Radio 5 live BBC, misalnya.

Begitu juga artikel suratkhabar. Saya dapati artikel yg ditulis dalam The Guardian misalnya, mutu dan liputan jauh berbeza dgn NST, BH atau UM.

Yg jelas saya perhatikan pendekatan jornalisme di UK tidak beza dgn org buat PhD, maknanya buat banyak homework & research, kemudian bila dipersembahkan cara tulisan dipermudahkan supaya perkara teknikal mudah difahami oleh semua golongan.

Saya tidak berniat utk memperlekehkan jornalisme tempatan & mengagungkan budaya luar, tetapi saya berpendapat perbezaannya terlalu ketara yg mana kalau saya nak beri contoh lagi terlalu banyak. Kadang-kadang saya merasa semenjak pulang ke tanahair saya rasa spt katak bawah tempurung, nasib baik ada Internet broadband.

Itu adalah kesimpulan hasil drpd cerapan saya sendiri. Soalannya, adakah rendahnya mutu jornalisme ini berpunca kerana kurang hardware (spt kurang bajet, peralatan tidak cukup) atau software (spt kelemahan jornalis sendiri, kekangan politik, budaya & agama)? Jikalau benar, apakah yg boleh dibuat utk memperbaikinya.

Mungkin Dato' boleh komen berdasarkan pengalaman Dato' sendiri.

Terima kasih.

Anonymous said...

Teman 'suka' benor melihat Pak Lah terus jadi PM!!

TAPI bila teman teringatkan kisah nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid, lain pula jadi ceritanya kerana tak sama dengan benak hati teman yang sebenor!!

“Wahai Amir al-Mukminin, adalah lebih baik andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau berasa aman daripada engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan."

Tanya Harun al-Rasyid “Jelaskan maksudnya untukku.” Jawab Syaiban “Sesiapa yang berkata kepada engkau: 'Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah akan Allah' lebih baik dari orang yang berkata: 'Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi'."

Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi “Wahai Amirul Mukminin, apabila aku bercakap, aku bimbangkan tindakan kamu terhadap aku. Tapi jika aku diam, aku bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka aku utamakan kebimbangan bahaya menimpa kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas aku.”

UMNO sekarang udah lemah!! Adakah UMNO akan jadi lebih lemah jika Pak Lah berundur sekarang?

Wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya kira pergeseran tentag perlantikan MB (tak kira mana-mana negeri bersultan) menimbulkan tanda tanya kepada SIAPAKAH YANG SELAYAKNYA MELANTIK MB. Saya sekali lagi ingin mengajak saudara-saudara sekalian melihat persoalan ini dari sudut yang lebih objektif Ketepikan dahulu sentimen menderhaka kepada sultan-lah, menderhaka kepada rakyatlah, PM tidor lah...
Saya kira persoalan siapa yang selayaknya melantik MB ini amat penting kerana ia akan memberikan dampak terhadap perlembagaan Malaysia. Jika dilihat dari satu perspektif, andai Raja/Sultan yang berhak penuh melantik MB, maka saya kira tak perlulah dibuat pilihan raya kerana Raja/Sultan tak memerlukan mandat rakyat untuk melantik MB. Tak begitu ? Tetapi kalau PM (melalui watikahnya) pula yang berkuasa melantik MB dan pihak raja/sultan perlu akur terhadap watikah itu, maka saya kira PM lagi besar pangkatnnya daripada Sultan/Raja. Saya kira inilah antara masalah-masalah yang bakal mewujudkan lompang terhadap sistem raja berpelembagaan Malaysia. Harap pengkaji undang-undang mengambil perhatian terhadap isu ini kerana sistem raja berpelembagaan demokrasi berparlimen adalah batu asas kepada negara Malaysia.
-WADAH-

nina najwan said...

Datuk,

Saya kira memang beginilah tabiat UMNO sejak dulu hingga kini, selamanya tak tak tahulah saya. Mereka cuma mempertahankan kepentingan mereka, bukan kepentingan rakyat, bukan perlembagaan bukan juga undang-undang. Bayangkan kalau apa yang terjadi di Terengganu ini, berlaku di Perak atau Selangor, pastinya gerombolan UMNO akan membuat pelbagai tindakan untuk "menyokong" istana dan mungkin meminta istana membubarkan DUN.
Tapi, memang jenis UMNO yang kurang ajar dan biadap dan ramai juga yang bodoh tuli, maka beginilah jadinya. Maka, eloklah dibiarkan UMNO terus begini, dianggotai oleh yang bodoh dan biadap, mudah-mudahan tak lama lagi, UMNO hanya tinggal sejarah.
Apa lagi yang boleh diharap dari UMNO jika beginilah lagak mereka? Ini orangnya nak pertahankan Raja-raja melayu? Ini orangnya nak pertahankan orang melayu?
Pak Lah kata bukan budaya kita membuat demonstrasi jalanan, tapi sekarang UMNO P.Pinang dan Selangor dah mula berdemo. Bukan budaya kita biadap pada raja, kini UMNO terengganu biadap pada Sultan. Apa lagi yang UMNO ada?

amoker said...

What a quotable quote..

"Kalau orang bukan Melayu nampak macam tak hormat Raja-Raja Melayu, itu mungkin kerana mereka kurang belajar.

LKS pun akhirnya belajar juga.

Tapi kalau orang Melayu nampak macam tak hormat Raja-Raja Melayu, itu kerana mereka kurang ajar.

Ada beza antara kurang belajar dengan kurang ajar."

I do hope that the UMNOs in Terengganu will give respect to the Sultan by giving another alternative. I think we can learn from the Thais on this if we are really constitutional monarchy.

Anonymous said...

Datuk,

Saya malu jadi ahli UMNO sejak kebelakangan ini. Apa tidaknya? Pembesar-pembesar UMNO semuanya terang-terang "Cakap lain, Buat lain". Masa Lim Kit Siang nak boikot Majlis di Istana Perak, bukan main lagi pembesar UMNO kutuk dia & kata derhaka & biadap.
Tengok-tengok di Terengganu, KESEMUA 23 Angkatan wakil rakyat UMNO boikot Majlis Istana. Tidak pulak mereka terfikir yang mereka itu Biadap & derhaka.
Kenapa mesti Idris Jusoh? Orang lain tak layak langsung ke? Kenapa sebab SATU orang, parti bergolak dengan Istana.

It's really shocking that Pak Lah has allowed this to happen.

Today, I have lost the little respect I had left for him.

Anonymous said...

Dato',

Begini rupa-rupanya pembesar-pembesar UMNO ni..

Rasanya ramai yang hilang rasa sesalan mengundi tempoh hari.

amatMok said...

Datuk,
Mungkin sebab saya bukan orang Terengganu maka saya tidak dapat memahami mengapa ADUN-ADUN UMNO yang lain bermati-matian mahukan Idris Jusoh kekal sebagai MB.

Istimewa sangat kah dia, pandai sangatkah dia ni? Terlalu cekapkah Idris Jusoh sehingga tak ada orang lain yang boleh mengganti? [Kalau cekap sangat kenapa rakyat Terengganu masih antara termiskin di Malaysia walhal negeri kaya dengan hasil minyak]. Sanggup mereka ini bersikap biadap kepada Sultan.

Yang Abdullah Hj Ahmad ni pun satu, kalau istana tak nak Idris, lantiklah orang lain. Benda macam ni pun tak boleh idselesaikan, macam mana nak selesaikan masalah di persada dunia.

Kepada UMNO saya sarankan untuk renungi pepatah warisan Melayu kita [kata nak berjuang untuk Melayu kan?]:
"patah tumbuh,
hilang berganti"

"yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga;
yang cantik itu budi,
yang baik itu bahasa"

Kepada istana Terengganu, mohon patek memberi pandangan:
"gelaran diberi mengenangkan jasa,
kalau dah menderhaka, baik tak bergelar"

"kalau sultan sudah disanggah,
dengan perbuatan penuh biadab,
usah lah lagi menjadi rakyat,
haram bernegeri sampai akhirat"

Warga Taman said...

Assalamualaikum,

Masalah pemilihan di Terengganu amat mendukacitakan. Memalukan UMNO dan orang Melayu.

Nampaklah sangat orang Melayu ni gila kuasa. Pada pendapat sayalah, ADUN UMNO di Tganu tu amuk sangat sebab takut projek yang dirancang oleh Idris tak jadi realiti..RM berjuta yang akan masuk akaun2 terselindung akan terlepas...

Nasib baik saya tidak dilahirkan untuk menjadi raja...akan ku usir mereka dari negeri ku. Andainya mereka masuk juga, ku pancung kepala mereka. Sungguh durhaka!

Wallahualam...

Anonymous said...

Dato,

silap fakta sikit.. Pak Lah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam tahun 1996 dan menang dengan undi kedua terbanyak.

Anonymous said...

Bila Dewan Rakyat akan bersidang?

Anonymous said...

Yang saya tak faham Dato', kalau perlembagaan kata Sultan Tak Ada Hak Lantik MB, jadi pasai apa depa dok suruh Sultan Lantik Idris jadi MB.
Apa depa ingat Sultan tu pencacai depa ka Dato'?
Kalau depan Sultan ikut gambaq Melayu, depa kata:
"Ampun Patik harap di ampun..."
Lani nampak gaya Hang Dolah kata:
"ikut perintah sudahlah, what are you talking around a about ..."
Teringat cerita Disney Aladdin. Menteri yang menguasai Raja.

Anonymous said...

Assalamualaikum..Dato' KJ
Saya Budiman 07. Saya sertakan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.


MB baru: Ketua UMNO bahagian sokong istana
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.

Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.

Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).

“Cuma, saya tidak dapat menghubungi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu (Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar,” katanya di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut yang tidak menyokong pelantikan Ahmad adalah Idris.

Menurut Tengku Putera, selaku ketua bahagian, mereka memberi jaminan akan memastikan Ahmad mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO Terengganu serta rakyat.

Mohon Dato' komen..ada berapa proksi dalam UMNO Terengganu ni Dato. Apakah ini akibat politik mencantas ketua umno bhg drp bertanding dlm p raya lalu? Harap Dato dapat komen secara umum.

Terima kasih Dato'. Info yang Dato' beri sangat membina. Teruskan usaha.

Anonymous said...

Teringat lagi dikala saudara Lim Kit Siang enggan menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Perak maka seluruh warga UMNO mengatakan beliau derhaka kepada Sultan dan maka segenlitir rakyat Perak turun padang menbuat demotrasi secara aman ala UMNO marah kat beliau tetapi manakala di Terengganu kes yang sama, bukan seorang tetapi 22 adun memboikot majlis akad sumpah, bukan itu sahaja memecat keahlian adun yang dilantik menjadi menteri besar oleh Sultan, bukan 22 adun sahaja malah, pak lelah dan pak jib pun ikut turut sama memboikoit majlis tersebut, adakah rakyat terengganu tidak marah kepada mereka kerana mereka juga tergolong derhaka kepada perintah sultan.
Inilah UMNO, kalau bukan kawan mereka, mereka hentam cukup2. Kalau kawan mereka punyala pertahan cuku2. UMNO adalah parti untuk orang melayu yang bodoh ....

Anonymous said...

The Scribe,

Made In Malacca
(born in London)

Apabila Perlembagaan diketepikan tanpa segan dan silu tanpa alasan yang munasabah maka siapa yang sultan dan siapa raja dan siapa bermaharajalela nanti?

Mana letak sultan dan raja bila Dato' Bendahara, Dato' Laksamana, Kasturi, Lekiu, Lekir dan Jebat sudah tiada disisi baginda lagi?

Kita tengok apa yang patah, apa yang hilang, apa yang datang mengganti.

Pepatah lama: Siapa kuat dia raja.

sheppard said...

Datuk,

"Ada beza antara kurang belajar dengan kurang ajar."

Pandangan saya..
Kurang ajar selalu dikaitkan dengan "anak kurang ajar". Bermakna anak itu tidak diajar oleh bapanya atau bapanya yang kurang ajar, oleh itu dia menjadi anak...kurang ajar.

Boleh juga anak masyarakat itu, sebab anak-anak juga sewajarnya diajar oleh masyrakat itu. Mereka yang kurang ajar ini sebenarnya adalah hasil daripada masyarakat itu sendiri.

anakbuah said...

Salam Dato',

Datuk Ruhanie dlm blognya, http://kuda-kepang.blogspot.com/ menulis...
"Seterusnya, tanyalah kepada pihak UMNO yang merentangkan banner dengan kata-kata: “Kami Mahu Idris, Natang” dengan soalan tegas, siapakah yang mereka maksudkan “NATANG atau BINATANG?” Kalau mereka jawab, “NATANG” yang dimaksudkan adalah lembu-lembu yang berkeliaran di Jalan Kuala Berang, tak mengapa!

Tapi kalau perkataan “NATANG atau BINATANG” ini ditujukan kepada pihak yang sedang dibantah keputusannya kerana melantik ADUN Kijal, YAB Ahmad Said, selaku Menteri Besar Terengganu, manusia yang derhaka ini mesti “disula” dengan serta merta! Heret mereka ke Balai Polis terdekat dan buat laporan bahawa perbuatan manusia berkenaan adalah satu penderhakaan!"


# Bersetuju dengan beliau, jika “NATANG” ini ditujukan kepada pihak istana Dato', hormat saya kepada pihak-pihak bekenaan sebagai manusia Melayu sudah gugur ke tanah, tiada apa lagi yg tinggal kecuali perkataan TERAMAT BIADAP dan DERHAKA ! Tergamak pihak-pihak ini menempelak Sultan/Raja mereka sehingga ke tahap itu? Apa "hantu" yg menyebabkan mereka amat terdesak begitu? Seperti ada yg lebih besar diselindungkan selain memilih Idris Jusoh sebagai MB T'ganu?

# Sudah makin berat kes MB T'ganu ini tetapi biarlah tindakan pihak-pihak yg menderhaka ini diperhatikan, dinilai dan dihakimi sendiri oleh rakyat. Seperti kata Sdr Limanov, selepas kes ini, mungkin sudah lenyap rasa sesal "terpangkah" selain BN tempohari. Ianya memalukan bangsa Melayu yg menjunjung tinggi institusi Raja dan istana. Saya yakin, hormat rakyat terhadap perjuangan UMNO sudah hampir musnah!

Unknown said...

Adalah dimaklumkan portal internet Mykmu.net berhasrat untuk mengadakan
satu forum ilmu untuk membicarakan keadaan UMNO selepas pilihan raya
umum
2008 lalu.

Umum mengetahui dalam pilihan raya lalu, UMNO dan Barisan Nasional
kehilangan majoriti besar di kebanyakan kawasan dan tewas di lima buah
negeri.

Justeru forum ini ingin melihat perspektif UMNO terhadap kekalahan yang
lalu, faktor kekalahan dan apakah perubahan-perubahan yang perlu dibuat
untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan
Nasional.


Forum ini akan diadakan mengikut butiran berikut:
Tarikh : 1 APRIL 2008
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Ucaptama : Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Cadangan Panelis Forum:

Moderator:
Datuk Ahmad A. Talib

1. YB. Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, merangkap ADUn Sungai Panjang

2. YB. Datuk Dr. Mukhriz Mahathir
EXCO Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jerlun

3. YB Datuk Dr. Fuad Zarkashi, Ketua Penerangan UMNO Johor

Anonymous said...

The Scribe,

Adakah kita akan menyaksikan betapa halus seni pengodam yang berkeliaran dicyberspace negara kita?

Anonymous said...

salam datuk,

Saya terfikir bahawa lepas ini lima negeri yang dikuasai BA semua aktiviti akan kurang meriah... maksud saya sebelum ini apa-apa sahaja benda yang dibuat pada peringkat akar umbi dilakukan dengan menjemput YB-YB seperti perasmian Balai-balai Raya, acara-acara sukan, dll. Sebelum ini JKKK yang bertindak dan merencana.

Minta pandangan datuk macam mana aliran tugas dan tanggungjawab dari peringkat atas di negeri-negeri tersebut dan pelantikan ahli majlis bagi sesuatu PBT.

Wassalam

Anonymous said...

Dato',

Air semakin keruh nampaknya!

Sesuai sangat kalau menangguk sekarang ni.

Unknown said...

Salam Dato' dan pembaca,

Kesimpulan..kemelut di terengganu;
1. biarkanlah mereka bertelagah... sekurang-kurangnya kita belajar dengan sikap kurang ajar!!

2. itulah 'hapraknya' orang BN @ umNO...buat malu, tak sedar diri..bodoh,bangang,bengong...cuba la lihat parti2 komponen lain MIC, MCA...semua dah slow..tengah memuhasabah diri kot...

3. inilah pejuang bangsa melayu yang kita harap2kan...., kalau berlaku peperangan atau konflik (minta simpanglah..)..mereka lah yang 'ada di belakang sekali atau ca alif but'..

Secara umumnya...berbangga la anda semua... mereka2 lah pemimpin2 yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam buat kecoh dan buat hal.

Seadanya...

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua,

Saya tak dapat menonton TV3 dan NTV7 tapi untuk yg senasib dgn saya, lihatlah gambar dlm web KLpos.com ini:

http://klpos.com/v2/

Belum cukup biadap dan durhaka lagikah?

Terkedu saya....tak terkata! All out dan desperate sungguh!

Anonymous said...

Datuk,

Semangat anak Muor peninggalan Kiai Salleh dan Shamsudin telah telah bangkit. Tempat kelahiran ramai pembesar Melayu termasuklah datuk kepada najib - Tan Sri Noah.

Yang lain masih lagi dok tidor...

Anonymous said...

UMNO bagai menjilat ludah sendiri....dan sanggup membuat apa sahaja utk mendapat kuasa & kekayaan. Ya Allah, berikanlah mereka panduan dan hidayah.

Unknown said...

Datuk,

Kalaulah menangguk di air keruh itu suatu dosa dalam UMNO, apakah ia lebih berdosa jika dibandingkan dengan perbuatan menderhaka kepada Sultan?

Sepanduk "KAMI NAK IDRIS, NATANG" amat mengguris hati. Perkataan "NATANG" itu amat biadap jika ditujukan pada Sultan. Lebih molek jika ditujukan pada PM kerana sikap bodoh sombongnya itu.

Mana perginya pejuang-pejuang UMNO sekarang? Kalau nak sangat tunjuk perasaan, berhimpunlah beramai-ramai seperti tahun 1946 dulu, beraraklah secara aman ke Istana Putrajaya. Tuntut Pak Lah berundur. Tapi saya yakin ia takkan berlaku kerana pemimpin UMNO telah hilang taring dan telurnya.

Anonymous said...

Minta pihak Istana Negara atau Negeri T'ganu keluarkan statement 10 sebab kenapa Ideris Jusoh tak layak jadi MB. Buat live di semua stesen TV dan Radio dan siarkan di semua akhbar perdana. Baru tahu siapa yang ditelenjangi.

Dah tersebar meluas kenapa baginda tak suka Ideris Jusoh.......

Bole ke Dato' macam ni...

zulkufli.umcced@gmail.com said...

Perspektif saya, Hishamuddin maseh belum memahami 'isyarat rakyat'. Barangkali beliau pun akan mengalami nasib seperti ahli parlimen lain yang kalah. Terpulanglah kepada beliau.

zulkufli.blogspot.com

Anonymous said...

Dato',

Pak Lah nyata lambat bertindak dalam menyelesaikan krisis MB Terengganu. Hari ini baru hendak mengadap Tuanku? Itupun setelah disuruh oleh Dato Muhyidin.

Apa kena Pak Lah ni?

Anonymous said...

The Scribe,

Pucuk DiCita Ulam Mendatang
(lari dollah lari!!!)

Tangguh pemilihan UMNO
25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

Nota:

Tukar tarikh atau Perlembagaan UMNO, mike? Kamu beranikah kurang ajarkah kurang belajar, mike?
(Ada peninju yang masuk penjara kerana merogol di Indiana, mike, susuk badan besar, hati tikus)

Anonymous said...

Dato'

Ambo pening kepala la Dato' baca banyak sangat kot pasal MB Terengganu ni, kejap kena buang dari UMno, pastu lepas kena buang dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin parti. Cam mano tu ya.

Ada plak yang cakap masih lagi UMno. Kalau masih lagi UMno tak apa la, boleh la jadi MB, tapi kalau dah Bebas, macam mana leh naik jadi MB sebab bukan majoriti.

Mana satu betoi nie...media pun huru hara, haru biru habis...waduh-waduh pening kepalo ni woii...

Acu gak ulas sikit Dato' weii (bahaso lembut ore klate)..

~pokiok~

Anonymous said...

Datuk,
'Pagi yang gelap kini sudah terang, aku UMNO mu, kau UMNO ku, aku amat merinduimu '.

Pemilihan UMNO bakal ditangguhkan..are they joking!

Anonymous said...

Datuk,

Menangguh pemilihan dalam mno ama seperti melengah-lengahkan pembedahan esakit ang menangung sakit tarok. Dalam bahasa Inggeris - merely delaying he inevitable - dengan izin. Mood di kalangan ahli Umno hari ni berbeza. Mereka mahu penyelesaian, bukan alasan; mereka mahu ketegasan, bukan kelemahan. Pembesar Umno tak boleh lari dari kenyataan - mereka tiada semangat juang selepas 'kemenangan' daam PRU 12. Dan mereka lihat pemimpin g ada hari ini tidak berdaya untuk memulihkan semangat itu. Elok undur sajalah..

Kawan

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Update 25 Mac yang datuk post itu sangat menakutkan saya. Bukan apa kerana risau akan kehilangan waras pemimpin-pemimpin Melayu dan UMNO. Moga-moga dijauhkan Allah mereka membuatkan perkara-perkara yang tidak "gentleman" yang memalukan Melayu. Episod apabila Sdr Lim Kit Siang meminta wakil-wakil DAP memulaukan pelantikan MB Melayu dari PAS di Perak tempoh hari, melentinglah Melayu (baca UMNO)kerana Lim menghina Sultan Perak. Selepas itu mereka pula membuat angkara yang sama dalam kes pelantikan MB Terengganu, malah lebih keterlaluan sehingga menulis sepanduk "Kami mau Deris, Natang" Siapakah "natang = binatang" itu? Kalau ikut ayat dan ikutan peristiwa lantikan MB di Terengganu, ia ditujukan kepada pihak istana Terengganu !Presidennya pula pun sudah mengucapkan kata-kata engkar dan berlaku biadap!

Anonymous said...

saya amat kecewa datuk, bilamana pembesar-pembesar UMNO yang diketuai oleh Mat Taib sekali lagi jelas sejelas jelasnya mahu menipu rakyat dan ahli UMNO dengan mengatakan bahawa MT secara unanimously bersetuju utk menangguhkan pemilihan UMNO.

Kerajaan BN masih tidak berubah, masih tetap menggunakan TV3 dan RTM untuk memutar cerita bagi rakyat bawah pening kepala.. sedangkan inilah punca kekalahan utama BN..

Bawalah khairy pergi jauh-jauh dari tanah melayu yang tak pernah menderhaka kepada rajanya... kerna budak ini telah membuat onar yang teruk kepada tanah Melayu Islam ini...

Warga Taman said...

Salam to all,

Ini adalah website link to "Sokongan desakan Mukhriz Mahathir mengesa PM Abdullah berundur"
http://www.petitiononline.com/petitia/petition.html

Mungkin ramai telah tahu kewujudan website ini...tapi kalau tak tahu bolehlah turunkan online signature.

Salam..

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,
Memang AAB&CO. tengah desperate, dan desperados (semacam pembodek Mat Taib & Zaid Ibrahim) buat benda yang memalu & memualkan... inshaallah we'll see how their desperate strategies & actions will backfire, semacam strategies & actions yang membuahkan rekod kekalahan terburuk BN dalam sejarahnya... inilah akibatnya memberi muka pada SIL yang bakal mengheret FIL to his political graveyard, inshaallah.

anakbuah said...

Dato' dan semua,

"Idris tidak tahu apa `dosanya’ terhadap Sultan"-Utusan

Dan Sdr ac kata..."Dah tersebar meluas kenapa baginda tak suka Ideris Jusoh......."

# Ya Sdr ac, saya pun sudah menerima beberapa email yg di'foward'kan mengenai "onar dan dosa-dosa" Idris Jusoh terhadap baginda Sultan khususnya dan rakyat T'ganu amnya. Kalau betul apa yg saya baca, alangkah tamak serta durjananya si Deris itu, tak padan dgn title "Haji"! Menghina Islam dan menelanjangkan orang Melayu!

# Diumur muda dahulu Dato', saya pernah menangguk air keruh di bendang dan selalu juga mengikut arwah nenek dan moyang perempuan saya menangguk di tali air tepi bendang. Setiap kali turun, mereka sering ingatkan..."jaga-jaga, bukan ikan je suka kat lubok macam tu...kadang2 ular pun masuk tangguk juga!" Jadi, dalam keadaan Umno yang desperado sekarang, bahaya memang ada di mana-mana. Setahu saya, bukan baru sekarang kerajaan menyalahgunakan ISA dan perisytiharan darurat telah pun dibayangkan oleh ramai orang. Saya percaya desperate, huru-hara dan ketakutan Umno ini belum berakhir....THE WORST HAVE YET TO BE SEEN !!!

A KADIR JASIN said...

Saudara dan Saudari para pembahas dan pelawat sekalian,

Saya rasa orang Melayu, khasnya ahli dan penyokong Umno, jangan terikut-ikut dengan para pembesar Umno sehingga kita juga menjadi desperate, takut, bodoh, putar-belit dan berbohong.

Pandangan saya begini:

1. Kalau betul ketua-ketua bahagian dan perhubungan negeri yang minta pemilihan parti ditangguh, minta mereka buat kenyataan terbuka. Jangan biar nama mereka digunakan;

2. Kalau Umno sudah tidak hormati lagi pandangan, kuasa dan undi ahli, ahli juga boleh kata "boleh jalan Umno,"

3. Ada tak ada pemilihan pun, ramai ahli dan penyokong Umno sudah buat keputusan sehingga sanggup mengundi pembangkang;

4. Pembesar Umno dalam MT nampaknya lebih mementingkan kedudukan mereka daripada survival parti;

5. Pembesar Umno dalam MT berasa mereka akan selamat dengan mengampu beberapa kerat manusia dengan membelakangkan jutaan ahli dan penyokong;

6. Kalau Umno tidak lagi memerlukan ahli atau mahu melindungi beberapa kerat individu istimewa, mengapa ahli Umno mesti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?;

7. Saya tidak desperate. Malah saya gembira bahawa belang sebenar para pembesar Umno menjadi ketara dalam kekalahan; dan

8.Mungkin tindak tanduk tidak gentleman pembesar Umno ini akan memesatkan proses mengundi calon daripada mengundi parti.

Terima kasih

Anonymous said...

Datuk,

Pembesar UMNO kini amat takut menghadapi realiti, maklumlah pelbagai kepentingan mereka akan terbongkar bila mereka bersara atau dibersarakan. Ahli UMNO akar umbi sekarang ini sedang menanti bila pula undi mereka akan diambil kira seperti mana undi mereka semasa PRU lalu.

Tembelang pembesar UMNO di peringkat Bahagian pun semakin terselah, ahli-ahli UMNO sekarang ini sedang bersiap sedia. Kalau pemilihan UMNO diadakan dalam masa terdekat sudah pasti mesyuarat cawangan pun pasti panas terutama di Kedah, maklumlah Kedah belum pernah di perintah oleh pembangkang.

Sehingga kini PAS pimpinan YB Ustaz Azizan di Kedah bertindak cukup sopan. Kesopanan ini mendapat reaksi positif dikalangan ahli UMNO. Mungkinkah tak lama lagi Cawangan UMNO di Kampung-kampung akan bertukar menjadi Cawangan PAS. Bagi saya tak mustahil sekiranya pembesar UMNO masih dengan lagak angguh dan kesombongan mereka, ahli akan bertukar angin.

Kamalkamal

Anonymous said...

“Cadangan ini dikemukakan bagi mengelakkan ‘malapetaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,”

“Kalau kita benarkan orang buat pertimbangan ketika air keruh, hujan lebat dan angin kencang, macam mana ia hendak jadi wajar.

“Kita kena wajar dahulu. Kewajaran mesti ada. Bila ada kewajaran barulah kita nampak betul-betul (mampu membuat keputusan),” kata duamuhamad!!!

Maknanya, sekarang semua ahli umno tak boleh berfikir dengan waras...ha ha ha....termasuklah para pembesar utama tak berfikir dengan waras, huh!

zakariazaidi

Anonymous said...

Atas dasar apa pula dia nak isytihar ISA. Takkanlah, pegawai-pegawai di Bahagian A, Kementerian Dalam Negeri itu sebodoh dan sekeji yang disangkakan. Takkanlah semua pegawai tinggi kerajaan ini semua dah jadi zombie, sudah tidak boleh diharap langsung, Majoriti semua orang Melayu. Takkanlah Melayu mau tengok Melayu hancur di tangan Melayu sendiri?

Kalau saya print ntri ini dan kasi Setiausaha Kerajaan Negeri saya baca ok ka?

Anonymous said...

Apa lagi orang Melayu, bangkit dan berkata, nasib dirimu bagai telur di hujung pedang.
Usah kisah siapa yang kamu sokong, UMNO kah, PAS kah, PKR kah, DAP kah atau yang lain, perlu disedari, kalau ada satu parti politik yang membuka jalan macam apa yang UMNO buat, yang lain pun boleh ikut.
Perhimpunan UMNO dan pemilihan mesti diadakan tahun ini.
Kalau Pak Lah nak tunjuk hero, kita ramai-ramai 'Booo... dia' disepanjang jalan sehingga dia duduk di tempat dia di meja Majlis Tertinggi di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Bagi dunia tengok pemimpin kita yang kononnya pantang di cabar tapi sebenarnya takut dan pengecut. Kalau orang kampung saya kata, dengan izin, " tak ada teluq ".
Kalau Raja atau Sultan pun depa boleh kenen, tegur dan perlekehkan, Pak Lah tu siapa?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO tu siapa?

Anonymous said...

Tok dan pembahas..

UMNO la ni dalam krisis kepimpinan. Tiada seorang pun yang mampu nak bawa UMNO yang sedang tenat mengidap penyakit sindrom 'Tak Sedar Diri, Gila Pangkat dan Rosak Akhlak'.

Antara contoh terbaik ialah MB Terengganu yang baru ni. Tak percaya? Sila tengok: http://www.youtube.com/watch?v=uU8a3WtsAR4&feature=related

Pada hemat saya, kalau dalam dewan yang mulia pun boleh menggunakan kata-kata kesat, apatah lagi di luar dewan yang tidak berapa nak mulia.

Kenapa pihak Istana mengangkat peribadi yang seperti ini untuk meneraju kerajaan negeri? Mungkinkah sebab sudah tiada peribadi lain yang lebih mulia dan baik di kalangan 23 ADUN yang sedia ada?

Saya tidak menyokong mana-mana calon untuk jadi MB Terengganu. Pada saya, UMNO sudah tiada pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang dan berakhlak.

Ku Li pun sama 2x5. Kenapa tak lawan masa sebelum kalah teruk? Opportunis la tu. Bukan sebab berani sangat nak lawan. Memang dalam politik kena timing. Tapi, ni dah level tenat dan nazak baru nak tolong 'repair' konon. Pii rah!!! Kalau sayangkan UMNO, dah lama kena lantang bersuara. Bukan baru sekarang ahli-ahli dok bising. Bak kata Tun M: "...dah lama dah..".

Memang la menangguk di air yang keruh. Tapi kalau yang ditangguk tu dapat ular guni buruk, ikan sakit dan membawa penyakit, nak ambik bawak balik rumah bagi anak bini makan ka? Nak jual, tentu tak laku, bagi percuma belum tentu orang nak.

Fayzi said...

Salam Dato',

Saya lihat kritikan dan pandangan dato' kepada UMNO semakin keras. Dulu walaupun mengkritik, masih ada nada pengharapan. Tetapi sekarang nada hampa dan kekecewaan semakin terasa. Saya kira sebabnya adalah kerana tindak-tanduk pembesar UMNO ini akan menyebabkan kehancuran UMNO sendiri. Dan kerana sayangnya Dato' kepada UMNO, Dato' dah tak boleh tahan lagi.

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dato.

1. Kalau betul ketua-ketua bahagian dan perhubungan negeri yang minta pemilihan parti ditangguh, minta mereka buat kenyataan terbuka. Jangan biar nama mereka digunakan;
(Mesej ini perlulah disampaikan kepada setiap ahli UMNO di cawangan dan bahagian. Jika nak diharapkan Ketua Bahagian, mungkin mereka ini Pak Turut kepada pembesar)

2. Kalau Umno sudah tidak hormati lagi pandangan, kuasa dan undi ahli, ahli juga boleh kata "boleh jalan Umno,"
(Jika pembesar UMNO masih lagi berkeras mempertahankan nakhoda yang akan tengelamkan kapal maka 'que sera sera' lah UMNO)

3. Ada tak ada pemilihan pun, ramai ahli dan penyokong Umno sudah buat keputusan sehingga sanggup mengundi pembangkang;
(Saranan Ku Li agar EGM diadakan pada 11 Mei ini mestilah mendapat sokongan secepat mungkin. Ahli ahli UMNO yang sayangkan parti nenek moyang mereka mesti sampaikan mesej kepada ahli yang lain)


4. Pembesar Umno dalam MT nampaknya lebih mementingkan kedudukan mereka daripada survival parti;
(Ini adalah hakikatnya sekarang dan ahli ahli UMNO mesti tanya adakah Pemimpin begini yang perlu diikuit?)

5. Pembesar Umno dalam MT berasa mereka akan selamat dengan mengampu beberapa kerat manusia dengan membelakangkan jutaan ahli dan penyokong;
(Ini lah yang dikatakan Haruan makan anak)

6. Kalau Umno tidak lagi memerlukan ahli atau mahu melindungi beberapa kerat individu istimewa, mengapa ahli Umno mesti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?;
(Tepat sekali Dato', ahli UMNO mesti menjaga maruah mereka, jangan jadi bacul dan penakut. Beri kata dua kepada mereka, buat pilihan samada sokong Ketua Pembesar atau kami keluar parti)

7. Saya tidak desperate. Malah saya gembira bahawa belang sebenar para pembesar Umno menjadi ketara dalam kekalahan; dan
(Bak kata pepatah, "the truth will prevail but at what price"? Pembesar dan keluarga mereka terjamin masa depan, makan tak habis beberapa keturunan tapi ahli dikampung akan terus kais pagi makan pagi kais petang makan petang)


8.Mungkin tindak tanduk tidak gentleman pembesar Umno ini akan memesatkan proses mengundi calon daripada mengundi parti.
(Ini telah berlaku dan akan berterusan sehingga lenyap UMNO dari bumi)


JADI AHLI UMNO SEMUA "TEPUKLAH DADA TANYA SELERA".

Pak Nujum

Anonymous said...

PAS boleh ajak semua ahli-ahli UMNO masuk PAS la ni.

Dengan syarat parti itu membuat pakatan yang terancang dan teratur dengan parti-parti lain didalam BA dan menjamin hak orang-orang Melayu.

Kalau setakat hari ni, jika BA menang semua kerusi sekalipun, PAS tetap menjadi parti yang kurang kekuatannya.

Sebaliknya DAP dan PKR yang akan bermaharajalela. DAP merupakan satu parti kaum cina yang dikhususkan untuk memberi kelebihan kepada kaum cina. Sanggupkah orang Melayu bertuankan orang Cina? PKR pula parti semua bangsa sepertimana yang dikehendaki oleh pengasas UMNO, Dato' On Jaafar.

Orang Melayu pada waktu itu telah menolak konsep ini, kerana jika semua kaum berkumpul di dalam satu parti, maka mustahil hak satu-satu kaum itu akan terjamin. Akan wujud puak-puak kaum di dalam parti berkenaan jika masing-masing menuntut hak mereka.

Jadi, hendak tak hendak, UMNO masih diperlukan oleh kita bangsa Melayu. Namun, pada hari ni, UMNO telah dipimpin oleh seorang pemimpin yang tak tahu apa yang patut dibuat, seorang yang sangat lemah dalam pemikiran, tidak berpandangan jauh dan hanya mengharapkan ilham datang padanya.

(Adakah Abdullah Badawi ini dekat sangat pada Allah seperti Ulama-Ulama besar sehingga Allah mengurniakan ilham kepadanya setiap kali ingin membuat keputusan?)

Semua ahli UMNO tak kira siapa jua, berpangkat ataupun tidak, wajib berani menolak kepimpinan Abdullah. Abdullah perlu disingkirkan dengan apa cara sekalipun demi kekuatan Melayu pada era mendatang.

Insan yang paling rapat dengan Abdullah pun bukan dari bangsa Melayu, jadi tidak mustahil suatu hari nanti, Melayu yang kini cuma 'tinggal kuasa', akan kehilangan segala-galanya.

-Ah Long-
Demi Islam, Melayu dan Malaysia.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Sebelum ini, saya mengaku saya bukanlah "royalist". Di masa masa lampau, saya tidak begitu senang dan gemar dengan perangai orang orang istana dari segi kelakuan sanak saudara mereka yang begitu negative.

Tetapi saya amat gembira apabila kemunculan DYMM Raja Nazrain dalam kanca identiti nasional negara ini. Beliau telah meujudkan satu catalyst bagi rakyat jelata dengan rela hati menjunjung kasih dan harapan, serta sedia berhadapan dengan segala cabaran atau rentangan untuk mempertahankan kedaulatan instituisi Kesultanan Melayu.

Begitu juga dengan Duli DYMM Sultan Sultan muda dan berjiwa rakyat sekarang. Dengan penuh harapan bahawa keinsafan telah membuka mata dan hati semua, rakyat dan Raja Raja.

Saya rasa amat sedih untuk meluahkan kata kata yang tak sempurna ini...apakan daya, Malaysia negara saya juga.

Mohon ma'af atas bahasa.

Anonymous said...

Dato',

Pemilihan UMNO:

Yang Berani: Datuk Mukhriz ,Ku Li, Datuk Syed Ali AlHabshee dan yang terbaru MB Negeri Sembilan.

Yang Penakut: Tan Sri Muhammad, Datuk Ali Rostam, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Kita tunggu lagi..

Anonymous said...

DAKJ,
Pak Lah ni saya rasa dia tak baca. Kalau baca dia tak faham. Kalau faham dia lupa.
Bila dia kata pelantikan orang lain melainkan Idris Jusoh bercanggah dengan Perlembagaan, dia tak tahu ka yang Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu tu bukan half-past-six macam kabinet dia.
Dia tak tahu ka yang Majlis itu dianggotai:-
1. Yang Amat Mulia Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah (Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja) - adinda ketiga Tuanku Mizan
2. Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah - ayahanda saudara Tuanku Mizan
3· Yang Arif Datuk Abdul Kadir Sulaiman - Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sekarang dah malu. Kena minta ampun. Kena terima Ahmad Said. Kena pujuk Idris Jusoh.

Kita ahli Umno pun malu sebab Presiden kita bodoh sombong. Itu dengan Raja-Raja kita. Tak hairanlah kena jual dengan Lee Kuan Yew.

Ahli Umno Kedah

Anonymous said...

Datuk,
Kudos kepada para pemimpin UMNO bahagian Cheras. Diharap ada ramai lagi yang 'waras' seperti mereka.

Teringat satu cerita yang selalu digunakan oleh pakar motivasi. Dimana seorang ayah sedang memarahi serta menasihati anak mereka agar berhenti dari merokok. Kata bapa merokok itu merbahaya untuk kesihatan dll. Tetapi sianak pula bertanya mengapa ayah pula merokok, jawap siayah 'Oh ayah dah lama, tak boleh berhenti'.

Jadi mengkinkah ramai pembesar2 UMNO kita 'sudah lama dan tidak boleh berhenti' dari melakukan yang betul? Haru.

Warga Taman said...

Salam semua..

Selain di dalam blog, di manakah boleh saya & kita semua luahkan rasa tidak puas hati ini?

Nak harapkan saluran pemimpin2 kecil di cawangan/bahagian.. semuanya seperti lembu di tarik hidung. Semuanya kaki ampu.

Banyak sangat yang tidak kena dgn umno ni...

Tok saya orang kuat umno (dah meninggal)
Ayah saya masih dgn umno walau selalu memendam rasa tak puas hati.
Saya pangkah PAS!!

Next election sure pembangkang akan menang besar lagi...
segalanya kerana bodoh sombong orang umno.

Kasihan PEMIMPIN2 terdahulu,nenek moyang ku...ayahku...segala pengorbanan dimusnahkan oleh Abdullah Badawi.

Tuhan saja yang tahu...

Anonymous said...

The Scribe,

Dengan Izin.

Bunga Telur Untuk Che Dollah
(malam jumaat baca yaasiiin)

i. MCA Elections Begin Next Month, Top Leadership Polls In October
KUALA LUMPUR, March 15 (Bernama) --

The MCA party elections, postponed from early this year, will begin next month and progress to the election of the top leadership in October.

"The Central Committee (CC) decided that the party elections start next month, with a subsequent break. The national-level elections would be in October but we allowed some flexibility in order to get Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to officiate the opening," MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting told reporters today after chairing a five-hour CC meeting at the party headquarters here.

MCA holds its party elections at branch, divisional and national levels triennially. The last party elections were held in 2005.

At the press conference, Ong also said that the CC had reaffirmed its stand for the MCA to remain in the Barisan Nasional (BN) and to fully support Abdullah as the prime minister and Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak as the deputy prime minister.

He said the CC recognised that there was strong dissatisfaction among the people against the BN.

Ong said the MCA would also conduct a post-mortem on the results of the recent general election, adding that it supported the BN Supreme Council's decision to set up an independent post-mortem panel to identify the reasons for the party's major defeat in the general election...


ii. Umno Election Must Be Held This Year - Mohamad Hasan
SEREMBAN, March 26 (Bernama) --

Umno Supreme Council member Datuk Seri Mohamad Hasan wants the party election to be held this year as scheduled instead of postponing it to next year as proposed by some quarters.

The Negeri Sembilan Menteri Besar and State Umno Liaison chairman said Umno members should be rational on this matter.

"We must not run away from problems but should face them. This is my personal opinion."...

Anonymous said...

Datuk,

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dan Ahmad Said akhirnya menjadi Menteri Besar. Jadi siapa yang nangka busuk dan jatuh bedebuk di atas tanah, Dr Rais?

Menariknya persembahan drama bulan ini (Mac), yang menjalani penggambaran di Terengganu dan sebahagiannya di Kuala Lumpur. Kemelut yang dipaparkan berakhir dengan begitu lucu sekali!

Saya baru pulang dari Terengganu, Datuk. Bukan untuk mengiringi Datuk Ahmad Said ke pejabat barunya J atau untuk memujuk Datuk Seri Idris Jusoh yang sedang berduka J. Namun saya sempat berbual-bual dengan dua tiga orang rakyat marhaen di sana dan sudah tentulah ini tidak boleh mewakili sentimen keseluruhan rakyat Terengganu.

Bagaimanapun, begini kesimpulan saya:

1.Kentalnya kesetiaan rakyat Terengganu terhadap Raja mereka.
2.Meluatnya rakyat Terengganu terhadap perilaku Idris Jusoh.
3.Pas masih kuat dan sangat relevan di Terengganu cuma jiwa rakyatnya dikatakan tidak seteguh rakyat Kelantan. Ini dikatakan ada kaitan dengan kedudukan Terengganu sebagai negeri kedua termiskin selepas Sabah. Jadi oleh sebab orang Terengganu ramai yang miskin maka mereka dikatakan lebih mudah digula-gulakan berbanding orang Kelantan yang dikatakan lebih senang. Lagipun sikap bongkak pembesar BN menimbulkan amarah rakyat Terengganu, termasuk kempen mencanangkan Awang Adek sebagai Menteri Besar, yang akhirnya memakan diri sendiri. Bagi mereka, ini kerja orang sombong sebab belum apa-apa sudah melantik diri untuk menerajui negeri!
4.Pembesar tertinggi kita semakin lemah.
5.Kalau dulu Dr Mahathir memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju negara dengan sedikit atau hampir-hampir tiada pengawasan dari istana, kini dek kelemahan pembesar tertinggi kita maka istana terpaksa lah campur tangan sama.

Dengan segala perkembangan yang menuju ke belakang ini, tertanya-tanya saya sampai bila hendak menegakkan benang yang basah? Sampai bila hendak memikul biawak hidup? Bertambah sedih apabila pemilihan parti (Umno) mahu ditangguhkan sehingga ke tahun depan, yang seterusnya membawa saya kepada persoalan ini pula Datuk, yakni apakah pembesar-pembesar kita benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara seperti yang ghairah dilaung-laungkan mereka?

Betul, orang yang sudah jatuh hendaknya janganlah dibiarkan ditimpa tangga pula. Kita patut berusaha membantunya. Tetapi apakah kita lebih sanggup melihat ramai orang yang ditimpa tangga semata-mata mahu menyelamatkan seorang daripada tercedera?

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

Dato',

Nampaknya statement Tan Sri Muhammad mengenai pemilihan umno tidak tepat sama sekali. Tidaklah semua pemimpin bahagian atau pembesar Umno yang bersetuju dengan penangguhan pemilihan tersebut.

Agaknya selama ini, maklumat-maklumat yang sebeginilah yang disalurkan kepada Pak Lah dan juga rakyat.

Anonymous said...

Dalam politik Malaysia, saya tak ada pemimpin idola kerana idola itu hampir kepada taksub! Tapi pemimpin yang saya cukup kagumi adalah 2 orang, Mahathir dan Nik Aziz. Kalau ada seorang insan yang dapat menguasai, mengikuti dan melaksanakan agenda pemikiran kedua-dua tokoh di atas, nescaya dia tokoh lah yang saya sokong jadi Perdana Menteri.

Malangnya, tiada satu pun pembesar UMNO yang mempunyai kualiti seperti dua pemimpin di atas.

Ramai yang cepat "melatah" tunjuk gah konon, bila dua tiga hari kemudian kendur,lembik tidak tetap pendirian..contoh yang sesuai Hishamudin!

ketua wanita dan Exconya bila sebut ramai-ramai "sorryyyyy" dalam press conf. baru-baru ni nampak macam budak-budak pulak...tak professional langsung....memalukan!!

Harap Dato' siarkan lebih kerap sikit topik perbincangan, masa tengah dok panas ni....TQ

zakariazaidi

Anonymous said...

Datuk,
Kami orang-orang muda (dan yang sebenarnya menentukan hala tuju politik & ekonomi kerana kami pengundi yg tidak terikat dgn mana-mana parti) melihat semua kejadian yang berlaku sebagai apa yang "hak terhadap mereka".

Jika mereka yang berkuasa selama ini terasa sangat ada kuasa sehingga lupa bahawa Allah tu Maha Berkuasa. Dan segala perancangan mereka adalah perancangan Allah yang lebih benar.

Jika dahulu meraka boleh mempersendakan datuk, nenek bahkan ibu bapa kami dgn janji tipu pilihanraya...kami tidak sebodoh itu. Kami melihat sendiri bagaimana layan mereka terhadap penyokong setia mereka. Sehingga datuk & nenek serta ibubapa kami telah "kapok poeng".

Kesedaran ini adalah tauladan yg baik untuk kami orang muda yang bakal melihat cabaran lebih besar yang akan dihadapi oleh pemerintah yang bongkak dan sombong dengan kuasa sementara mereka. Kerana mereka tidak pernah sedar kekuasaan yang mereka ada hanya sementara....TIDAK KEKAL.

Anonymous said...

The Scribe,

I Crashed A Tea-Party
(and you were there)

The Permata do was an invitation
he kept on a lovely warm Sunday

into in a room with a chandelier
no bigger than a palace loo
a tired voice crooned and booed
under the light that dimmed and glowed
they lead a tired horse to water
and while the cameras sang quietly
they drown in their merry notes

The great man spoke and he answered
the hunger trail lead upstairs
past the station of microphones s
to a private tea-party
for the father and the mother

Crashing a party it was not quite as good manners stains not the gem
while it was an insult it was mine
the saddest thing today

(Bilaman mereka guna YABhg
untuk kepentingan mereka
sendirinya bukan UMNO
yang desperate sebenarnya)

pendang jaya s/b said...

assalamualaikum dato
semakin hari semakin hilang hak2 kita sebagai melayu ditanah air sendiri

dimana kita melayu 20 tahun lagi
pemimpin diatas jenguk2 lah kami golongan muda ini,kenapa? janganlah sampai satu ketika anak cucu kita akan kencing diatas kubur kita nanti dan menyalahkan
ni semua sebab bapa aku lah tak betul2 menjaga apa yang ada ,jangan nafikan kita org melayu dah terpinggir di bumi sendiri,

Anonymous said...

Salam,

Tergelak saya apabila membaca komen-komen bernada angkuh yang mengatakan orang muda yang menentukan senario politik masa depan negara. Tersentak saya apabila membaca dakwaan bahawa golongan muda tidak boleh diperbodohkan oleh UMNO sepertimana ibubapa mereka diperbodohkan.

Komen saya:

1) Golongan muda mungkin memainkan peranan besar menentukan aliran politik negara. Tak usah terlalu mendabik dada. Kaji lebih halus kenyataan yang terlalu mendabik dada. Tak perlu saya terangkan. Fikir sendiri.

2) Tak usah sama sekali memperbodohkan ibu bapa kamu yang menyokong UMNO. Fikir banyak lapis. Kalau pemikiran sekarang ada dua tiga lapis, cuba buat tiga puluh lapis.Juga sekali lagi tak perlu saya nak jelaskan mengapa tidak usah membuat kenyataan demikian. Fikir banyak-banyak lapis.


Kanta

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).