Demi Setia Najib Tidak Cabar Abdullah?
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DI KUALA LUMPUR, bosnya mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional memikirkan cara berinovasi menangani kos sara hidup bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Di London, Mohd Najib Abdul Razak berikrar “tidak akan cabar” bosnya kerana dia “ahli parti sejati.”
Kos sara hidup melambung kerana Pentadbiran “Selamat, Aman dan Makmur” Abdullah Ahmad Badawi menarik balik sebahagian besar subsidi minyak dan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.
Daripada kehuru-haraan pengumuman itu (sebentar Ogos tetapi tiba-tiba dengan serta-merta), saya rasa Ahli Parlimen BN tidak pun tahu yang Abdullah akan memindahkan beban kenaikan harga minyak dunia daripada Perbendaharaan kepada rakyat jelata.
Kalau mereka tahu atau mereka dibawa berunding, saya sangat-sangat yakin majoriti daripada mereka tidak akan bersetuju dengan kenaikan yang begitu membebankan rakyat jelata dan mengancam ekonomi negara.
Tetapi kalau ahli kabinet macam Shahrir Abdul Samad boleh tertipu dan menjadi keliru, saya cenderung memikirkan bahawa Ahli Parlimen BN tidak tahu dan tidak dibawa berunding.
Hakikatnya, Ahli Parlimen kini menjadi tempat rakyat jelata meluahkan rasa dan melepas geram. Khabarnya Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna tak senang minum teh tarik di Bangsar kerana diejek orang ramai.
Kalaulah dengan takdir pilihan raya terpaksa diadakan sekarang, banyak daripada Ahli Parlimen BN akan kalah. Apa tidaknya. Dalam suasana sekarang bolehkah mereka mempertahankan ikrar “Selamat, Aman dan Makmur”?
Atau apakah janji itu sekadar cogan kata kosong pilihan raya sahaja?
Mohd Najib dipetik di London sebagai berkata beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri untuk jawatan Presiden Umno kerana dia seorang ahli parti yang setia.
Jadi, apakah Tun Abdul Razak Hussin bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan pihak-pihak yang mendesak Tunku Abdul Rahman Putera agar bersara pada tahun 1969?
Apakah Tengku Razaleigh Hamzah bukan ahli parti yang setia kerana pada tahun 1987 dia mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad?
Apakah Abdullah Ahmad Badawi bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam cuba menjatuhkan Dr Mahathir?
Apakah tertulis, terukir dan terpahat dalam Perlembagaan Umno satu fasal mengenai ahli parti yang setia?
Kalau wujud sutu makhluk (creature) yang digelar “ahli parti yang setia” dalam Umno, apakah ini bermakna Umno boleh dibiarkan hancur kerana ahli tidak boleh mencabar kepemimpinan yang hambar?
Soalan-soalan itu perlu diselidik dan dijawab oleh Mohd Najib dan para penasihat dan penyokong akrabnya jika Umno mahu diselamatkan.
Mungkin bagi mereka, mengekalkan rekod Mohd Najib sebagai pemimpin yang naik tanpa mencabar sesiapa lebih penting daripada segala-galanya.
Kita, sebagai orang luar, hanya mampu membuat andaian. Buat sementara waktu ini, berikut adalah kemungkinan dan andaian yang terlintas di fikiran saya:-
1. Naib Presiden kanan, Muhyiddin Yassin, meneruskan cadangannya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden;
2. Tengku Razaleigh Hamzah terus berazam bertanding jawatan Presiden dan berjaya mendapat pencalonan yang mencukupi;
3. Dengan sentimen yang wujud sekarang, Muhyiddin akan memberi tentangan hebat kepada Mohd Najib jika Mohd Najib tidak berganjak daripada jawatan Timbalan Presiden;
4. Elemen dalam Umno yang tidak puas hati dengan kepemimpinan sekarang dan hampa dengan ketidakberanian dan kesetiaan fanatik Mohd Najib akan menyokong beliau;
5. Sekalipun Tengku Razaleigh dan Muhyiddin tidak berganding secara rasmi, ahli dan perwakilan Umno tetap melihat mereka sebagai alternatif terbaik kepada gandingan mesra Abdullah-Mohd Najib;
6. Tetapi sekiranya Mohd Najib “memperoleh” ilham dan keberanian serta tidak menderita serangan “koro” lantas menawarkan diri sebagai calon Presiden, satu anjakan pemikiran akan berlaku;
7. Kepada banyak orang, gabungan Mohd Najib-Muhyiddin adalah yang terbaik;
8. Semestinyalah elemen di sekeliling Abdullah akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Mohd Najib berada dalam lingkungan dan kurungan mereka;
9. Kalau ditakdirkan Mohd Najib berubah fikiran dan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden, Abdullah mungkin tidak akan menerima Muhyiddin sebagai “running mate”; dan
10. Besar kemungkinan beliau akan memilih seorang lagi anak Johor iaitu Syed Hamid Jaafar Albar sebagai rakan seperjuangan.
Kesimpulannya, sama ada Mohd Najib dan Muhyiddin suka atau tidak, mereka sebenarnya sudah menyeberangi sempadan seperti Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon sebagai simbol pengisytiharan perang.
Soalnya bukan mereka mahu menongkah arus apatah lagi menderhaka tetapi pada hemat saya ini adalah kehendak ahli akar umbi Umno demi menyelamatkan parti, perjuangan orang Melayu dan masa depan negara.
Orang yang melihat gerakan dan kebangkitan ini sebagai isu peribadi sebenarnya menolak realiti dan mahu mengekalkan status quo yang goyah demi kepentingan peribadi dan kelompok mereka sahaja.
Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
94 comments:
Pemimpin jenis apakah Mohd Najib ini? Pemimpin jenis apakah sepupunya Hishamudin itu? Apa tahap kepimpinanya jika tidak dapat melihat bencana yg bakal menimpa bangsa,agama dan tanahair. Jika mereka nampak sekalipun apa ertinya jika tiada keberanian utk mencabar status quo sekarang.
Kita menyokong perjuangan Palestin tapi takut berjuang utk bangsa,agama dan tanah air sendiri.
Persoalannya sekarang dato' adakah lagi keberanian di kalangan pembesar-pembesar UMNo untuk menegak kembali maruah dan jati dirinya. Semuanya menjadi pembesar yang membesar perut dengan rampasan harta rakyat jelata...
Salam Datuk,
Menurut Dr. Mahathir, dalam politik
apa-apa pun boleh terjadi. Jadi saya nak
bertanya adakah senario politik di Korea
Selatan sekarang ini akan berlaku di
Malaysia?
Assalamualaikum,
Tatkala rakyat bergelut dengan masalah kenaikkan harga beras dan ditimpa pula dengan masalah kenaikkan harga minyak, sifat Najib yang "setia" kepada Pak Lah dikhuatiri akan memakan dirinya sendiri.
Najib berkata beliau tidak akan menghancurkan UMNO. Tidakkah beliau sedar UMNO kian hari kian menghampiri ke alam kehancuran ? Dalang kepada kehancuran UMNO adalah Pak Lah serta penyokong-penyokongnya yang mahukan tidak lain daripada keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Kredibiliti Pak Lah semakin hari semakin tercalar. Setelah dinaikkan gaji sektor awam, harga minyak dinaikkan yang menyebabkan kesan domino ke serata sektor. Rakyat disajikan pula dengan "rebat tunai" yang tidak seberapa. Jika waktu dahulu "rebat tunai" dapat mengaburi mata rakyat. Di waktu ini, rakyat sudah bijak. Rebat tunai seolah-olah memperkecilkan minda rakyat. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan potongan 10% elaun Menteri yang jika dikira, tidaklah seberapa mana.
Najib harus melakukan sesuatu untuk menyelamat UMNO. "Setia" tidak bermakna kita harus duduk diam melihat segala keburukkan yang terjadi disekeliling kita berterusan hari demi hari. Najib harus hayati kemahuan, keperitan dan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan khususnya kepada Pak Lah.
Bukankah sewaktu Dr. Mahathir keluar dari UMNO, ramai pemimpin UMNO berkata "kita setia pada parti, bukan kepada mana-mana individu di dalam parti" ?
Apa yang Najib lakukan di waktu ini ialah setia kepada individu (Pak Lah) dan membelakangkan "survival" UMNO itu sendiri. Jika inilah pendirian Najib, bukan sahaja "the captain will go down with his ship" malahan "the co-captain will follow suit".
Tiada sebab mengapa Najib harus memilih untuk "menamatkan" kerja politiknya dengan cara yang sama dengan Pak Lah.
Tok KJ,
Kesetiaan kepada parti itu penting. Tapi saya tak faham apakah jenis kesetiaan yang nak ditunjukkan oleh najib. Najib patut setia kepada parti bukan setia kepada Presiden kerana presiden pun ditentukan oleh ahli parti. Saya sebagai ahli parti tidak akan menyokong apa-apa saja aktiviti yang cawangan saya anjurkan. Mereka semua begitu menghampakan. Masih mahu
sembunyi fakta yang sudah terang lagi bersuluh. sentiasa cakap yang manis-manis padahal semuanya pahit bak hempedu. Kalau ubat bolehlah telan.
Enatahlah Tok KJ. Kalau orang bodoh boleh belajar. Sombong bodoh tak bolehla nak masuk ajar. Agaknya nak tunggu sampai negara hancur kot
a'kum cik Kadir,
sy slh sorang dr beribu pembaca blog cik kadir...honestly, sy suker dgn penulisan & buah fikiran cik kadir dlm setiap entry sbb senang phm...sbb sy nie bkn cerdik sgt, nk2 tentang pergolakan ekonomi dlm negara kite...
harap, dpt ler trus kan penulisan supaya rakyat dpt tau cite sbenar...sekian..
YEYE...comment yg pertama nie...suker ler..hik
-MerpatiJB-
A.kum Datuk,
1. Jika orang yang betul-betul berilmu, mereka akan menolak untuk menjadi seorang Pemimpin.
2. Jika mahu menjadi seorang Pemimpin hindarkan diri anda dari terlibat dengan sesuatu keburukan dan kejahatan.
3. Jika tak mampu lagi menjadi seorang Pemimpin, eloklah berundur dan serahkan kepada mereka yang lebih layak.
http://sukj.blogspot.com
Dato KJ,
Saya minta respon dato tentang apa najib patut melihat dan buat atas senario berikut:
1. Toilet Paper (MSM) tidak pernah menghentam teruk Anwar Ibrahim kecuali pembangkang yang lain tetapi sebaliknya setiap kali bila ada issue besar, mereka akan cuba memutarkan fikiran rakyat kearah Tun Dr Mahathir dengan menggunakan seseorang untuk membangkitkan sesuatu isu yang sensasi dan basi.
Seoalh ada komplot untuk menjaga kepentingan sesama kem Dollah dan Kem Anwar.
2. Ezam dikompang waktu masuk Umno oleh Dolah tanpa merujuk MT. Ezam sebagai orang kuat Anwar dulu, kini dan selamanya ternyata digunakan untuk "test market" dikalangan orang Umno.
Didalam PKR Ezam tak dapat menandingi Azmin, tetapi untuk dijadikan "guinea pig" oleh Anwar untuk masuk Umno, sudah tentu ia merupakan satu percaturan yang jika ia berjaya ( Anwar masuk ke dalam Umno ) maka habuannya amat besar dan yang penting Ezam dapat mengatasi Azmin dalam pengorbanannya kepada Anwar.
Dan lakonan bahawa dia sanggup bertanding menentang Anwar dalam mana mana pilihanraya kecil yang akan datang hanya untuk memancing kepercayaan MT Umno.
Ezam tidak pernah ada masalah dengan Anwar tetapi hanya dengan Azmin.
3. Adalah tidak logik bagi Dolah yang cukup berpengalaman dalam Umno serta pentadbiran Kerajaan BN, untuk membuat pelbagai keputusan kerajaan yang makin hari semakin membuat rakyat marah kepada BN dan Umno.
Dalam kerajaan dan BN terdapat ramai think tank yang bijak pandai dalam membantu Dolah membuat keputusan yang bernas.
Malah waktu Mahathir menjadi PM dulu pun, dia tidak berfikir seorang tapi dibantu oleh think tank nya.
Jadi kenapa think tank kerajaan Malaysia telah di halang oleh KJ dan budak tingkat 4 ialah supaya kerajaan pimpinan Dolah terus merudum di mata rakyat dengan di izinkan oleh Dolah sendiri.
4. Tujuan Dolah mengizinkan perkara diatas adalah sebagai satu cara membawa balik Anwar semula kedalam Umno secara indirect.
Apabila Umno semakin gawat dan teruk manakala PKR dibiarkan meluaskan tapak dan pengaruhnya dikalangan rakyat oleh Dolah dan KJ, maka akan tiba satu ketika Umno terpaksa menerima Anwar dan PKR kembali demi survival politik orang Melayu kununnya.
Dan antara syaratnya adalah Anwar boleh bertanding jawatan presiden. Dan seperti diketahui ramai, seperti mana waktu Anwar dan team wawasan nya ingin menjatuhkan Ghafar Baba, pelbagai janji dan wang akan ditabur.
Maka tercapailah cita cita Anwar untuk menjadi PM Malaysia atas tikit Umno manakala KJ dan Ezam akan dilantik dengan "persetujuan" pemimpin Umno yang takut hilang kepentingan dan kedudukan mereka.
Dan Ezam akan menjadi VIP yang lebih senior dari Azmin manakala KJ akan menjadi PM selepas Anwar.
Manakala pemimpin Umno yang ada sekarang akan kembali menjadi pelanggan kedai kopi seperti mana mereka mula menjadi ahli umno atau mulai menghabiskan masa di masjid atau menulis blog.
Pada pendapat saya konsep kesetiaan Hang Tuah yang diamalkan oleh Datuk Seri Najib sudah tidak boleh digunapakai lagi di zaman moden ini...
Dear Datuk,
Di kalangan orang UMNO sendiri, saya rasa ramai yang berpendapat kalau Najib menjadi PM, sebenarnya Rosmah yang jadi PM.. Najib ni, liabilitinya ialah isterinya yang terlebih2 menonjolkan diri, suka sangat berkaraoke dalam apa jua functions yang dia hadiri..we don't see that with Siti Hasmah previously..so mungkin dia pun bukan calon pengganti PM yang sesuai.. saya harap pemilihan bulan Disember nanti akan memberikan kejutan yang hebat dan bermakna..
I agree with the comments made by "the crower".. I also believe despite their personal beliefs, the statements made by the UMNO leaders in the media show that they're still in self denial.. this irks the grassroots tremendously.
Is Pak Lah too daft to see what's happening around him? His decisions are not clever ones, so perhaps it's plausible to think that he is daft and he still thinks he's strong with lots of support despite the fact that people are really hoping for him to leave and stop damaging the country's policies and economy.
I pray that Allah will grant victory to those who are on the right path.. hmmph tapi dlm politik ni, siapa je yang bersih ya Datuk? ;-)
Apakah ini dinamakan konsep politik bangsawan.........?
Atau yang kita terlalak-lalak dan bercelaru di bawah ni konsep politik marhaen???
Ohhh, antara dua darjat.
Dear Kadir.
Kenapa sdr marah sangan dengan kenyataan Najib,Tidak kah sdr tau yang Najib tidak berupaya membuat keputusan melainkan dengan kebenaraan Rosmah.
Najib'sejak dari tahun1982 sawaktu pertandingan Ketua Pemuda dan sawaktu perlawanan tahun1987 mengambil jalan selamat.
Nasib UMNO lh.
Salam,
Datuk,
Dimanakah dan apakah kesalahan yang telah UMNO buat selama ini sehingga keadaan seperti tidak terkawal. Kesetiaan diberi membabi buta, seolah olah di pukau dan tidak sedar. Selama 22 tahun TDM memegang tampuk pemerintahan, mengemudikan negara tercinta ini kearah kesejahteraan dan keharmonian. Sebab apa jati diri dan kesetian terhadap UMNO tidak terpupuk, tetapi ketakutan kepada pemimpin menjadi sebab menyokong president. Seperti yg tertulis Tun Razak, Tengku Razali tidak pernah di label sebagai pengkhianat kerana tidak bersetuju kpd ketua mereka. Apa yg telah berlaku dari tahun 2004 sehingga seorang president itu boleh menyemai ketakutan kepada bijak pandai melayu di dlam UMNO hingga tidak terkata apa2. UMNO yg menjadi nadi kpd BN telah memerintah negara selama 50 tahun tetapi sekarang orang melayu sendiri tidak faham tentang maksud ketuanan melayu, bahkan ramai yg inginkan kesamarataan antara kaum, org melayu yg didokong oleh parti UMNO meminta agar negara menjadi lebih liberal. Puak puak ini berkata kata semudah menyanyi di dalam bilik air, tidak pernah terfikir akan akibatnya. Dimanakah silap kita didalam mendidik bangsa kita. Bukannya apa yg di pinta itu tidak bagus tetapi sudah bersediakah kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn org lain. Lihatlah apa yg singapura telah lakukan kpd org melayu, mereka telah di ceraikan secara sistematik, atas nama pembangunan org melayu dipecah2kan, tiada satu tempat pun org melayu boleh menjadi suara yg kuat. Cubalah kita lihat syarikat2 yg di punyai oleh bangsa lain, adakah mereka memberi peluang kepada semua pekerja mereka mengikut merit? Bangsa melayu yg bekerja dgn syarikat2 ini bukan anak tiri, lebih kepada hamba sahaja. Bila kerajaan membela bangsa melayu yang telah di abaikan sejak sekian lama oleh penjajah, bangsa yg lain2 ini dan ditolong oleh orang melayu yang merasakan diri mereka itu lain dari anak bangsa mereka mengutuk kerajaan. Dgn pemimpin bangsa yg kelihatan dan berperangai begitu lemah, dimanakah kita selepas ini. Kerana kita tidak mahu dilabel sebagai penderhaka kepada pemimpin yg lemah kita sanggup menderhaka kepada amanah yg diberikan kepada kita.
TDM tidak salah mengatakan
melayu ini mudah lupa,
daya ketahan juga rendah
tidak terdaya pada godaan
kalah pada cubaan
kekayaan sekelip mata menjadi tujuaan
segala MLM dikuasai melayu
tetapi bangsa lain yg kaya raya
ramalan nordin didlm lirik warisan
semakin menjadi nyata
bangsa ini masih tertanya tanya
zalimkah aku kepada orang lain
zalimkah DEP,
sudah habiskah harta bangsa lain
kusapu kerana DEP.
kerana sehelai sejadah dah sarapan percuma diberi pemimpin agong
maka ku jual bangsa ku ini.yang
Najib bukan setia tapi penakut. Dia takut kalah. Bila kalah tamatlah riwayat politik dia. Tak apalah dia setia lah pada pak lah, kita nak sokong muhyiddin tanding timbalan. kita harap2najib akan tarik diri atas sebab nak setia kat umno takut umno pecah. eloklah najib duduk luar jadi ahli biasa dan setia lah pada pak lah sampai bila2.
semua ini hanyalah komen mencari makan Dato' ...
Salam Dato' dan semua yang dihormati,
Penat teramat baca kisah UMNO ni. UMNO sendiri seakan hilang arah. Nanti yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Dulu saya begitu teruja, sekarang ni takat tengok saja.
Tak tahu lah. Mungkin marah belum padam dengan fiasco yang melanda negara.
UMNO perlu berubah dari atas sampailah kebawah. UMNO bukan saja telah melukai orang Melayu malahan segenap lapisan rakyat yang semakin jemu. Kalau yang pernah meneraju UMNO pun ketepi disapu apakah nasib kepada yang hanya bersetia laku.
Penat lah Dato'. Kita rakyat marhain sangat terasa ditipu.
Salam
papaithesailormantuttuttt
salam Dato'
DS Najib mengunapakai strategi politik Paklah juga semasa di dalam situasi sekarang.Diam itu selamat.Walaupun hatinya sudah ada pilihan.
Walaupun DS Najib tidak bertanding Presiden dan kekal Timbalan, strateginya tepat.Jika Tg Razaleigh menang Presiden UMNO, karier politik DS Najib masih selamat, Tg Razaleigh masih tetap akan mengekalkan DS Najib dalam kabinet mahupun sebagai Timbalan Perdana Menteri disebabkan statusnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Yang dirisaukan DS Najib adalah jika TS Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden UMNO dan menang.
Oleh itu, elok sangat jika TS Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden UMNO sebagai 'balasan' DS Najib tidak berganjak untuk bertanding jawatan presiden UMNO.
Saya menerima gandingan Tg Razaleigh - Muhyiddin secara total kerana saya berpendapat kepada siapa lagi yang kita boleh harapkan didalam UMNO itu sendiri.DS telah berikrar setia.Bayangkan DS Hishamudin menjadi PM kita :-)
DS Najib boleh menjadi Presiden UMNO seperti pilihan Tun Mahathir hanya selepas PRU13 jika kepimpinan kekal disember ini. Satu lagi strategi bijak DS Najib.
Kesimpulan saya, DS Najib memang bijak.Hidup DS Najib!
Sudin
najib dont want to challenge PM and the reason is because as claimed he is a true party man. We thought the reason is because Altantunya. Thank you for clarification!
fivestar!!
Assalamualaikum w.b.t Datuk,
Mungkinkah Najib hanya berpura-pura 'setia'?
-echa-
Dalam erti kata yang mudah, Najib sudah hilang 'Telur'nya.
nampak gaya tidak akan ada perubahan gaya hidup nampaknya dikalangan pemimpin UMNO...
Najin ni sibuk suruh org berubah jer...penggubah gaya hidup rakyat..dia sendiri takut berubah..mmg patut dikutuk TDM sebagai penakut!
jgn bila dah lemas dlm taufan perubahan baru nak berubah... dah terlambat masa tu!
Dollah 3 silinder tipu rakyat malaysia lagi hari nie dato. Dalam Utusan Malaysia hari nie dia ada cakap bahawa dia dan Najib dan setuju tentang tarikh peralihan kuasa tanpa nyatakan waktu tarikh dan harinya bila..
Quote Utusan:
“Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau."
End Quote.
Bila masanya? Kami dah tak sabar nak tempeleng KJ anak menantu kamu dollah oiiii... nak tipu kami lagikah?? Apa?? harga minyak tak naik lagi???
Jebon
Salam Dato' AKJ,
Kenyataan akhbar Najib telah di jangka sedemikian kerana nak menjaga beberapa 'isu' yang belum terurai.
Pak Lah sedang memegang beberapa kotak rahsia Najib yang menyebabkan Najib tak mahu mencabar Pak Lah disebabkan 'rahsia' tersebut.
Pengkhianatan Najib akan menyebabkan beliau mungkin terhumban jauh dari arus politik negara.
Najib juga seperti kita ketahui tidak mempunyai keberanian seperti DS Anwar kerana beliau mempunyai banyak persoalan yang belum terjawab.
Najib juga bukan ahli politik sebenar yang naik pangkat melalui karisma dan kepimpinan tetapi lebih merupakan bernasib baik dan sikap setia kepada yang kuat adalah platform kenaikan pangkat dalam UMNO.
Najib tak mempunyai kekuatan semulajadi seperti TDM yang sekiranya di letakkan dilaut menjadi pulau, Najib sekiranya diletakkan di darat menjadi kawah gunung berapi kerana liabiliti ditanggung oleh beliau.
Najib juga tak mempunyai apa-apa jasa kepada rakyat Malaysia kecuali kepada tentera je kerana kerap menaikkan elaun, gaji dan beli peralatan usang untuk tentera.
Konsep 'Melayu Glokal" tak menyerlah seperti konsep Wawasan 2020 kerana di tengelamkan oleh konsep Islam had hari-hari Pak Lah.
Tak ada apa-apa yang Najib boleh banggakan dalam karier politik beliau..
Tetapi beliau boleh mengubah senario politik sekarang sekiranya beliau mampu menyuarakan hasrat bertanding melawan Pak Lah dalam pemilihan Presiden UMNO kerana ia pasti di kenang oleh rakyat Malaysia sebagai penyelamat bangsa melayu dan negara.
Fikir-fikirkan lah wahai Dato' Seri Najib .
Kita tengok aje la.
Anak_Parit
satu keputusan yg tidakmasuk akal dilakukan oleh sesuatu pemerintahan seperti BN.kena adjust pemimpin2 yg ada sekarang.
[URL="http://www.freewebs.com/tabungmuslimat]lanjutan disini..[/URL]
saya teringat kisah yg berlaku kepada salah-satu dinasti china dulu kala. maharaja melantik seorg pembesar untuk memerangi rasuah. lalu apa kata pembesar tu? jika patik melaksanakan arahan tuanku, maka menjelang esok, tuanku tidak akan mempunyai seorang menteripun. maharaja pun terkedu.
inikah umNO sekarang (bukan bermaksud semua makan rasuah tetapi hanya sebagai analogi)? takat najib/muhyidin/razaleigh menggantikan abdullah, saya tidak nampak akan berlaku perubahan besar. jika akan berlaku, ia akan mengambil masa yang sangat panjang. rakyat malaysia bukan lagi penyabar seperti dulu. mereka lebih "demanding". masa tidak memihak kepada umNO. 4 tahun lagi, mereka mungkin tumbang dan mungkin untuk selama-lamanya.
bagaimanapun, adakah bijak merombak terus? itu semua bergantung kepada kebijaksanaan pinmpinan umNO (kalau masih ada yg bijak di dalam umNO). kasihan parti yang mungkin akan menjadi satu item dlm arkib negara ni.
falsafah "berani kerana benar" mungkin tidak terpakai kerana kebanyakan pembesar umNO mempunyai banyak "jerangkung di dalam almari". najib bukan setia hang tuah kpd pak lah tapi seorang penakut kerana "jerangkung" yang sedang menghantui dirinya.
Sdr Fivestar,
Mohd Najib has clerified the Altantuya issue many times before. Can we leave it at that, please!
Dato' AKJ, kalau kita kaji-kaji balik kenyataan Najib tu, sebenarnya dia tidak senang dengan Pak Lah pun. Dia tau Pak Lah patut berundur, tetapi disebabkan nak jaga kestabilan UMNO, dia kata tak mahu lawan sebab takut UMNO lemah lagi. Yang dia tak fikir, selepas dia menang, UMNO akan bertambah kuat. Yang dia tak fikir, rakyat kata dia penakut. Inilah masalah Najib sebenarnya.
Puera Gunung Ledang
Salam Dato' dan sahabat-sahabat semua,
ISU Lawan dan Cabar di dalam kepimpinan dan organisasi adalah sihat sepatutnya kerana ianya akan menghasilkan kepimpinan yang "fresh", "dynamic", "contemporary", "new-blood leadership enhancement", "challanging", "competence" dan sebagainya kerana umpama edaran darah dalam badan yang mengalir dan bertukar ganti sel-sel dan molikul-molikul yang baru akan menjadikan pemiliknya sihat dan mampu mengenyah toksid dan perkumuhan yang baik.
Mengapa pulak di dalam organisasi UMNO ni lain pula nature gerak tabienya. Bercanggah dengan edaran tabie alam raya dan sunnah Allah swt. ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DI DALAM UMNO DAN MESTILAH DIAKUI SEBAGAI SANGAT BERMASALAH. Nasihat saya buanglah rasa bersalah mencabar itu seperti SATU DOSA BESAR PULAK. Siapa yang mula mengajar ini semua...merugikan sebuah organisasi yang ahlinya MELEBIHI 3 juta orang.
Kepada rakyat marhaien, siapa pun tidak penting jika mereka boleh membawa dan membela serta sentiasa perihatin rakyat dan negara SEPENUH HATI MEREKA SEBAGAI PERJUANGAN HIDUP MATI; GALANG GANTI NYAWA DAN DARAH; PERTARUHAN GAGAL-JAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT...diaLAH wira rakyat, bangsa dan negara tercinta. PERSOALAN : ADA LAGIKAH PEMIMPIN UMNO DAN BN SEDEMIKIAN KOMITMENNYA UNTUK NEGARA DAN RAKYAT???????????...
CARI JAWAPAN...JIKA ADA, BERTUAH. JIKA TIADA, PADAH MENUNGGU UMMAH.
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Salam Dato ...
Saya dah muak dengan penakutnya Dato Najib ... jangan cerita pasal strategi LAH sekarang ... semua rakyat Malaysia dah muak, jelak, loya dgn tingkahlaku org paling BESAR kt Malaysia nie ... BAPA INFLASI MODEN MALAYSIA - PAK LAH ..
Asyik nak main selamat ajer .. apa kebendanya .... Dato Najib tak tahu ke .. dgn segala tindakan yg dibuat oleh ORANG BESAR malaysia ni buat ...spt naikkan harga minyak .. masukkan ezam dalam UMNO .. si KJ dah melaungkan tol perlu dimansuhkan ... semua ini adalah peluru yang akan digunakan KALAU LAH alihkan kuasa dekat beliau .... ke dia nak tunggu mewarisi UMNO yang dah sedia nak dicampakkan ke dalam liang lahat ??
Salam Datuk,
Saya kurang setuju dengan kenyataan Datuk dengan gandingan Najib - Muhyiddin kerana bagi saya Najib 2 X 5 dengan Pak Lah. Sekarang menantu memerintah. Esok Rosmah pila yang memerintah. Saya lebih suka gandingan Tenku Razaleigh - Muhyiddin. Apa komen yang lain?
Salam.
Khabar sahih dari negeri Mat Kilau mengatakan yang panglima-panglima perang Najib telah memalu gendang perang bertanding Jawatan Presiden UMNO setelah mendapat lampu hijau daripada Najib sendiri. Najib telah memberi kata dua kepada Paklah sebelum berangkat ke London. - Berundur sebelum pencalonan peringkat Cawangan bermula atau menerima cabaran terbuka darinya.
Kerana panik, sewaktu Najib berada di London, Pak Lah secara senyap-senyap telah memanggil seluruh ketua cawangan Pahang untuk di Brainwash supaya tidak menyokong Najib. Namun usaha Paklah di saat-saat akhir sia-sia apabila seluruh ketua cawangan Pahang berdiri teguh di belakang anak sulong Tun Razak ini.
Untuk mengelakkan pertelingkahan terbuka, Najib membuat helah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pak Lah dengan harapan Paklah menerima kata duanya supaya berundur secara terhormat, sedangkan dalam masa yang sama panglima-panglima perangnya telah dipersiapkan untuk satu perang besar-besaran.
Tunggulah sehari dua lagi semuanya akan jadi kenyataan.
Salam Datuk
Maybe Im wrong.. tapi susah saya nak nafikan.. PakLah's game is structured as such its a power transition prone to Anwar..
Why should PakLah and his clans risk for Najib? Who wants to deny Najib is Tun Mahathir's blue eye boy for now?
IN REALITY ITS A HIDDEN RUMBLING BETWEEN NAJIB AND ANWAR..
Isu terdekat, huru hara pengumuman kenaikan harga minyak - BN diketepikan.. Isu Ezam, MT UMNO pula diketepkikan.. So siapa dibelakang PakLah sebenarnye?
Datuk A. Kadir Jasin,
Sebagai negara pengeluar minyak, bila harga melambung, sepatutnya negara bertambah kaya dan rakyat jadi gembira.Tetapi di Malaysia sebaliknya berlaku, hidup rakyat jadi semakin sengsara.
Apakah rakyat Malaysia tidak cerdik atau Abdullah terlalu pandai; menggunakan isu kenaikan minyak dunia untuk menarik balik subsidi.
Atau Abdullah memang benar-benar tidak cerdik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tunku Abdul Rahman apabila dilihat tidak cerdik menangani isu perbalahan kaum 13 Mei 1969, telah didesak melepaskan jawatannya oleh cerdik pandai dalam UMNO termasuklah Timbalannya Tun Abdul Razak.
Mungkin Datuk Najib merasakan Abdullah lebih pandai darinya. Justeru itu dia tidak mahu menentang Abdullah dan mahukan peralihan kuasa berjalan mengikut tradisi dan konvensional.
Perkataan konvensional yang disebutkan oleh Datuk Najib itu, kalau mahu diterjemahkan dalam suasana yang hampir dengan pemilihan parti sekarang ini, besar ertinya.
Kalau itulah (konvensional)yang dimaksudkan oleh Datuk najib, ahli-ahli UMNO kenalah mencalonkan Datuk Najib sebagai presiden bagi membolehkannya menentang Abdullah.
Datuk A. Kadir Jasin,
Menurut The Star, Abdullah petang ini berkata, dia telah ada buat persetujuan dengan Datuk Najib bila masa nak serahkan jawatan PM.
Patutlah Najib tak nak lawan. Dia sudah tahu tarikh bila dia akan jadi PM.....
Tah per nak jadi lah UMNO ni... Dah nak berkubur dah tak sedar diri...
Next month start lah pemilihan peringkat cawangan dan bahagian lepas tu... tengoklah permainan "duit terbang" especially utk perform G7 ... masak dah perangai2 di peringkat2 tersebut (ada motif dan bertongkat).
Suara akar umbi tah kemana, melayu melingkupkan melayu... Jgn buat lece, kami memperjuangkan melayu, kita mesti bersatu, etc.. hampeh. Lepas tu lawanlah perut saper yg lebih boroi ker...
Saudara AKJ yang dihurmati;
' Jika si Ketua itu kejam dan zalim, dan orang bawahan masih memuji dan menyokongnya, maka yang menyokongnya adalah lebih jahat lagi zalim dari ketuanya'.
Saya begitu yakin bahawa mereka bukannya takut, apalah lagi menghurmati si Ketua itu, tapi kerana terpaksa atau dipaksa mengikut, kerana ada 'agenda' tersendiri.Hanya Allah SWT yang tahu akan 'agenda' mereka itu.
Jika kita, rakyat semua tahu bahawa kepimpinan yang ada sekarang begitu 'lemah' dan 'lembab' sekali, kenapa dan apakah ahli ahli MT yang lain tidak nampak? Atau mereka sengaja buat tidak nampak, atau telah di kabuli olih sesuatu?
Kita lihat saja cara Perdana Menteri, Presiden UMNO itu selesaikan masaalah yang dihadapinya. Diberi Sabah dan Sarawak tambahan RM 1 Billion untuk projek pembangunan. Ini tentunya mengalakan dan menambahkan korupsi dan kronisma.Kerana 'takut' wakil rakyat lompat, maka disuapkan dengan wang ringgit.Di manakah akal pemimpin itu.Begitu murah sekali 'maruah' mereka.
Perdana Menteri tidak takut lansung jika rakyat yang lompat dan memangkah Pakatan Rakyat.Bila terjadi, barulah mereka kata, kita kena jaga rakyat.
Bagi gulongan yang' buta hati', mereka tidak nampak. Mereka hanya nampak wang ringgit untuk memuaskan nafsu isteri, keluarga dan kuncu kuncu mereka sahaja.
Percayalah, saya yakin UMNO/BN akan berkubur pada PRU 13, jika kita masih dengan kepimpinan yang sedia ada.Jika orang dalaman UMNO tidak mengubahnya atau menentang kepimpinan yang ada maka rakyat akan mengubahnya.
Sedarlah, Pemimpin pemimpin UMNO yang jujur atau yang mahu tunjuk jujur, tentanglah kemimpinan yang ada, demi memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat jelata.
Dato',
Sapa naik pun sama saja.Unmo dah sampai masanya turun bukit.Rakyat dah tak percaya lagi.Dan Allah pun tak merestuinya lagi,kerana banyak sangat buah busuknya telah terbongkar.Dibongkar oleh ahli2 umno sendiri.Bau bangkai mana boleh dilindongi.Dan depa juga dah kenal haram dan halal,surga dan neraka.Hidup dan mati.depa dah paham apa di dunia, dan kekalnya akhirat.Mereka juga takut seksa di akhirat....pura2 sangat jelas di mata dan di hati . Mana boleh tahan.
Dato,
PM kata dia dan Najib dah sepakat bila nak serah kuasa. PM juga kata hubungan dia dengan Najib amat baik. Kata dia, tak payahlah nak bangkitkan lagi isu bila dia nak serahkan kuasa pada Najib kerana mereka berdua dan setuju. Najib pulak kata dia setia pada Pak Lah.
Bunyai macam Tun M dengan Anwar Ibrahim dulu. Anwar kata dia setia pada Tun M. Tun M tak kata Amwar akan ambil alih tugas PM tapi body languge jelas. Memang Anwar dipilih untuk jadi pengganti.
Akhirnya semua tak jadi! Anwar kena tendang. Anwar yg kata setia pada Tun M nak lawan bos.
Mungkin ini akan berlaku lagi. Pak Lah tendang Najib dan Najib terus keta dia setia pada Pak Lah. Boleh percaya lagikah kata-kata mereka ni? Pak Lah dah buat congak untuk kekal sebagai PM dan presiden UMNO untuk banyak tahun lagi!
KAWAN
kalau najib tidak menawarkan untuk bertanding jawatan Pengurusi umno jawapannya beliau bakal kempunan la untuk jadi PM....
Bertanding Perisiden tidak bermakna menentang Pak lah, kerana bukan Pak lag seorang yang akan merebut jawatan Perisiden KU LI pun bakal merebut kerusi tersebut....
Apakah najib percaya pak Lah tidak menpertahankan jawatan Perisiden...
kalau najib tidak mengambil peluang ini mungkin mungkin peluang ini hanya datang sekali....
salam....
dah lama dah Najib patut naik. buat suspen macam harga minyak naik. lagi bagus.
kesian kat manusia yang sudah lama mengidam nak jadi PM. Macam cara nak buat. Lompat, beli dan sendiri lompat.
TAHNIAH, SELAMAT BERTUGAS DAN MENERUSKAN PERJUANGAN AYAHANDA ANDA, NAJIB SEBAGAI PEJUANG ORANG MISKIN... membela rakyat dengan rusuhan dan demostrasi bukan orang yang layak jadi PM....
pkrpasdap.blogspot.com
Sdr Faizal Riduan dan para pelawat sekalaian,
Untuk pesanan peribadi/suli, saya boleh dihubungi di akadirj@yahoo.com. Terima kasih.
sebenarnya saya bersimpati dgn semua rakyat Malaysia yang di permainkan oleh pemimpin negara. Di mana ciri2 kemelayuan dan keislaman dalam pemimimpin kita sekarang? ciri2 kemaluan ada! Kucar kacir keadaan negara sekarang. Semuanya perabis duit rakyat saja! Kita bayar tax setengah mati, now petrol pulak...nama je negara pengeluar minyak. siapa yang untung? Rakyat? This is someone who is trying to unite the Islamic countres konon.....his own nation is not unite...this guy can't be serious! I can't stand looking at him! SELAMAT BERJUANG.
Kalau Najib jadi PM...adakah dia juga akan ikut telunjuk budak tingkat 4?
Saya rasa Pak Lah ni dah kena mandrem lah.
Banyak kali saya tengok Pak Lah, dari raut air muka, kadang-kadang macam "blur".
Mata tak fokus atau bersinar.
Cakap pun dah tak tentu hala tanpa ada yang bernas.
Tindakan-tindakan beliau pun membingungkan.
Seperti tidak prihatin tentang keadaan semasa.
Fenomena mandrem ni bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu.
Ia selalu digunakan oleh pihak yang tak bertanggung jawab untuk mencapai kepentingan diri.
Mangsa biasanya akan "protective" kepada orang yang mempergunakannya.
Kepada mangsa, orang yang mempergunakannya sentiasa kelihatan hebat dan sentiasa betul.
Mungkin kita kena minta pendapat pakar seperti ust. Harun Din atau Ismail Kamus yang memang arif dalam hal ni. Mereka boleh test...
Saya dah banyak kali tengok kejadian ni, symptom nye macam tak jauh.
saya harap pandangan ini mungkin tidak benar...
AZ
Dato,
Jangan m,engharapkan Najib boleh berfikir dengan baik kerana selama ini pun Razak Baginda yang 'tolong berfikir untuknya'. Kalau nakkan Najib berfikir dengan baik maka dia perlu selalu melawat ke Sungai Buluh!!
Roti Planta
Saturday June 14, 2008
Handover pact
KOTA BARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak have reached an agreement on the right time for a leadership change, the Prime Minister said yesterday.
Reiterating that he and Najib enjoyed good working relations, Abdullah said they had mutually agreed on the “best time” for a leadership transition. -- The Star
Dato'
Nampaknya dari parti anak menantu Abdullah, Umno sudah jadi parti dua orang dan parti bisik-bisik antara Abdullah dengan Najib.
Kita yang tiga juta jadi ahli ni apa jadi? Pasai apa tak janji depan kita atau depan MT yang kena koro macam Tok kata itu?
Boleh pecaya ka Tok? Depa ni cakap pusing-pusing macam angin puting beliong.
Chief Clerk Pencen
Salam Dato'
A competent, able and responsible leader should be able to sense the urgency needs in the change of leadership after the outcome of the election.
Sad to say that a leader who is suppose to initiate this move still want to be a follower. This is because he is not ready to lead during turbulence time and likes to take a wait and see attitude meaning play safe.
Anger of the rakyat is growing everyday and UMNO/BN will for sure be not relevant anymore after the next election.
By then the person who everybody see as a potential leader to initiate the move in change of leadership should be blamed for the catastrophes. History will record him as a weak and coward person and responsible for letting UMNO/BN to be irrelevant.
Dato'
Saya tertanya kenapakah Dato masih memerahkan otak dan menyakitkan hati sendiri untuk terus berbicara soal UMNO dan pemimpin dayus mereka dalam mentadbir negara dan seharusnya mensejahterakan rakyatnya.
Apakah Dato' masih berangan dan bermimpi di siang hari untuk melihat UMNO masih relevan ?
Apakah Dato' juga terdiri dari kalangan yang gagal memahami 'message' PRU12, gelombang dan suara rakyat ?
Adakah Dato' juga bermentaliti 'denial' dengan alasan UMNO masih memang walaupun tanpa majoriti ? Bukankah UMNO memang bukan lagi bersandarkan Melayu Islam tetapi kepada Bumi Sabah dan Sarawak.
Saya harap jangan ada lagi sekelumitpun harapan Dato' bahawa UMNO akan lagi relevan. TDM telah memberi isyarat yang cukup sopan apabila keluar dari UMNO.
Selepas ini saya berharap Dato' dapat mengambil sedikit usaha untuk mendekati perjuangan PAS dan mengupas halatuju perjuangan mereka samada sesuai untuk mengambilalih kepercayaan majoriti Melayu Islam dan rakyat Malaysia. Kehebatan Dato' tidak sedikitpun trcalar andai mengupas hal ehwal PAS, malahan lebih berfaedah untuk kami semua mendapatkan pandangan Dato' tentang satu parti ini yang dulunya di momokkan dengan segala bentuk negatif - kluangman
Salam Dato' AKJ
Harus diingat bahawa manifesto BN "Selamat, Aman dan Makmur" itu sendiri dikhabarkan bukan dirangka oleh Majlis Tertinggi UMNO atau BN. Oleh itu, kita tidak perlu rasa hairan jika keputusan-keputusan lain pun dibuat tanpa merujuk kepada penentu dasar tertinggi politik dan kerajaan. Boleh jadi keputusan itu diputuskan oleh penentu dasar tingkat 4 yang semua sudah bergelar dan gerombolannya. Mereka memang tidak senang dengan subsidi dan hanya mencari jalan untuk menghapuskan subsidi sewenang-wenangnya walaupun mereka juga dibesar, disekolah dan diijazahkan dalam skim subsidi.
Dalam heboh tidak mahu menampung subsidi minyak, Pos Malaysia beroleh RM5 Billion wang yang bakal dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak. Mungkin Dato' boleh mendedahkan siapa di belakang Pos Malaysia yang tentunya mendapat keuntungan mudah dalam tempoh setahun ini daripada faedah bank, selain wang yang tidak dituntut oleh pemilik nanti.
Di sebalik harapan tinggi pelbagai pihak termasuk YABhg Tun Dr. Mahathir, Mohd. Najib Abdul Razak memang tidak boleh diharap untuk bertindak berani demi kepentingan parti. Ringkasnya, Mohd Najib Abdul Razak hanyalah seorang pekerja yang baik tetapi nampak gayanya bukanlah seorang ahli siasah yang berani mengambil risiko demi memenuhi harapan majoriti ahli dan masa hadapan parti. Dengan demikian, tidak perlulah beliau berhiba sekiranya arus menghanyutkannya ke air terjun yang bakal menghempaskan karier politiknya hancur berkecai.
Umum mengetahui bahawa dia bukanlah pilihan Pak Lah untuk jawatan no. 2 tetapi dipaksakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya. Pak Lah yang terpaksa akur dengan tergesa-gesa menamakan Mohd Najib sebagai timbalan. Kini Muhyiddin, orang yang lebih disenangi Pak Lah semakin ke hadapan, sementara Mohd Najib masih tidak melihat langkah yang diatur. Datang Disember dan Muhyiddin adalah pihak yang mempunyai kelebihan kerana siapapun yang bertanding Presiden akan memudahkannya mancapai impian sebagai timbalan.
Sindrom mandrem mungkin tiada. Tapi sindrom tak tercapai akalnya ada la. Sama ada pak Lah tau atau tidak situasi orang suka kat dia tu blakang cerita. La ni dia memang pagar yang tak boleh diharap.
Saya setuju dengan pendapat sapa pun naik dalam UMNO, semuanya sama. Ni sebab legasi Tun M yang memang telah berjaya dan berjasa dalam membacul, membodoh dan menakutkan pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang.
Baik Muhyiddin, Ku Li, Najib, Hishamuddin dan lain-lain semuanya 2x5. Kalau nak makin parah situasi sekarang, sokong la UMNO. Tadak sorang menteri pun yang bunyi dan tak setuju pasai minyak naik.
Tu saja la..
saya berpandangan, najib mempunyai struktur pemimpin biasa dan beliau sama sekali tidak akan mencabar Pak Lah, tetapi Pak Lah tetap akan tewas.
Pak Lah dah janji Najib akan gantikan nya maka Situah tak perlulah jadi macam Anuar.
Dear Kadir.
Aku dah nak gila bila baca cerita Najib Pak Lah dan Mahathir.Can you write something beautiful and interesting.Like your frien Johan.He wrote about P Ramlee,about Sopia Sophian etc.etc.
Apa kata you tulis cerita pasal penderitaan Batin Ku oleh Orang Orang Melayu,Pegawai Pegawai Kerajaan,Mak Chik di kampong.
I ingat you lebeh tahu.
Saya akui Pak Lah seorang yang baik, tetapi mempunyai tahap kepimpinan yang lemah. Sedangkan para pengampunya terdiri daripada kalangan manusia nakal, penting diri, mencari musuh, rasuah, pendendam, pembuat fitnah, melemahkan lawan dan pelbagai kerenah yang negatif.
Pendek kata, Pak Lah sememangnya lemah, mendapat menteri kaki ampu, MT kaki 'yes PM', ketua bahagian kaki bodek. Selama ini, Pak Lah dilamun mimpi yang indah, sekarang mendapat mimpi ngeri yang bertukar menjadi realiti.
Najib ooo Najib, Rupanya engkau bukan memiliki darah sejati Tun Razak. Tetapi darah jenis dato' Hishamudin. Saya rasa faktor kesenangan yang dimiliki menyebabkan Najib dan Hishamudin memiliki jiwa yang lembik dan lembut.
Saya tetap beranggapan, Jika rakyat sudah meluat dan menyampah, maka setiap usaha Pak Lah membaik-pulih BN dan UMNO, tetap ditolak oleh rakyat. Maka Pak Lah perlu turun, biarlah pemimpin baru naik.
ADAM AMIN
Apa sudah jadi dengan tulisan saya, dibakulsampahkan ??? - kluangman
Salam Datuk,
Munkin Datuk ada melihat berita TV
malam tadi (14 Jun 2008). Satu gambaran
yang menyayat hati.
Sedarkah pemimpin-pemimpin
UMNO ini bangsa apa yang ramai sekali
beratur di mana-mana pejabat Pos di
Malaysia yang mengendalikan rebet bahan
bakar?
Mana dia Menteri yang menjaga Hal Ehwal
Pengguna?
Kenapa dia tak tunggu di mana-mana
pejabat Pos, dan lihat bagaimana
bangsanya di kotak katik kan?
Wahai bangsa ku tidak akan ada pemimpin
yang akan memperjuangkan nasibmu.
Pandai-pandai lah kamu memperjuang
nasib mu sendiri.
Waullah hualam bisawab.
Pak Lah dan Najib sudah sepakat
Itulah kata Utusan yang taat
Mat dengar naik meluat
Pasai ini janji dah berkarat.
Anwar Ibrahim pun macam tu juga
Kepada Dr Mahathir dia taat setia
Tapi bila sampai masa
Dia gasak merata-rata.
Kalau depa dah sepakat setuju
Pasai apa dok janji dalam kelambu
Nyamuk dan pejat depa apa tahu
Yang susah ialah kita yang celaru.
Mat pi Jitra nak beli kayu
Besi keluli dan anak batu
Ya Allah Tuhan saja yang tahu
Harga melambong kepada Mat buntu.
Ada projek di Pekan Tokai
Tak ada bahan sudah terbengkalai
Pegawai kerajaan dok buat pasai
Depa tak peduli kita dah pokai.
Alhamdulillah Ustad Azizan dia baik
Dia kata projek Mat janganlah ditarik
Tulunglah kontraktor Melayu baik-baik
Kalau tidak habislah terbalik.
Ketua bahagian Umno dah tak mai
Depa dok takut kita tibai
Nak terus jadi ahli pun dah muai
Marilah kita keluar ramai-ramai.
Di cawangan dah mula kacau bilau
Dah mula caci dan pulau memulau
Kehendak ahli depa tak hirau
Dok jaga poket jangan kemarau.
Inilah Umno zaman Pak Lah
Najib setia tidak berbelah
Kami di cawangan dah nak muntah
Keluar parti lagilah mudah.
Mat Tunjang Enterprise berhenti di sini
Nak pi Alor Star dan Sg Petani
Nak cari batu dan besi keluli
Harga naik Pak Lah mana peduli.
Satu lagi Mat nak cerita
Kedah jelapang padi satu Melaya
Tapi nak cari beras pun tak ada
Harga pula mahai tidak terkira.
Pak Lah dan Najib bersumpah setia
Serah menyerah bila sampai masa
Susah senang kita depa tak kira
Asal anak bini depa aman bahagia.
Mat Tunjang Enterprisee
Bagi kebanyakkan orang mungkin menganggap Najib sebagai seorang ahli politik yang penakut dan seringkali mengambil jalan paling selamat. Begitupun pada saya Najib sebenarnya adalah seorang pemikir dan ahli falsafah yang setanding dengan Plato.
Beliau sedang memikir- mikir jalan yang paling selamat untuk menduduki kerusi PM. Sudah tentu Najib tidak akan mengambil satu risiko yang merbahaya dan didakwa ke makhamah. Lihat apa yang terjadi kepada Political Mastermind beliau Razak Baginda.
Sudah tentu Najib juga tidak lebam biji mata seperti Anwar Ibrahim.
Bagi saya Najib tak sesuai untuk menjawat jawatan PM pada masa sekarang. Tunggulah dulu...bawa bersabar. Tingkatkan keimanan.
Manusia yang paling sesuai adalah Yang Berhormat MUlia Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli UMNO harus berani memberi peluang kepada beliau. UMur beliau pun dah veteran. Banyak berjasa. Banyak Pengalaman.
Gandingan Ku LI dan Najib mampu memberikan kkembali kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Jika termakbul KU LI jadi Presiden, sama-samalah kita ucapakan Good Bye dan Syonara kepada itu budak nakal yang bernama Nuar Berahim.
Setakat ANwar, senang-senang KU LI boleh jentik. Tak percaya boleh cuba!
Gandingan Kuli-Muhyiddin lebih bagus dari PakLah-Najib: setuju dengan cucu tok selampit.
Apa pandangan Dato'AKJ?
Salam Dato'
Saya pasti Najib tak punya 'will power' untuk bertanding dengan Lebai Dolah kerana dia selalu mengaminkan doa yang dibaca oleh Lebai Dolah.
UMNO sejati tak perlu dinasti didalamnya kerana I'm not sue Najib boleh mewarisi kepimpinan bapanya.
So? Siapa yang ada 'gut' bertanding menentang Presiden UMNO la ni berhak menjawat jawatan tersebut.
Semalam Pak Lah dah bagi lagi dia nak undur .Jangan lah tuan tuan desak dia lagi. Nampak raut muka dia macam dah bosan dengan kerenah semua orang hentam dia.Bukan salah dia tapi salah ...... tuan pun tahu.
Perlukan kita terlalu mengikut teori RAHMAN dalam menentukan PM seterusnya? Pada saya huruf 'N' itu boleh kita gantikan dengan huruf-huruf lain. Teori RAHMAN tiada apa-apa makna jika huruf-huruf itu diisi oleh pemilik yang gagal mentadbir negara.
FOR HE'S A JOLLY GOOD FELLOW
FOR HE'S A JOLLY GOOD FELLOW
FOR HE'S A JOLLY GOOD FELLOW
WHICH EVERYONE WILL DENY
WHICH EVERYONE WILL DENY
... AND SO SAY ALL OF US!!!
http://mantra-indeeptots.blogspot.com/
Ini adalah sikap mereka yang ingin lari atau menutup isu sebenar. Pokok pangkal, mereka masih belum bersedia mengambil tindakan yang boleh memulihkan keadaan.
Scribe,
Mahathir: Najib, Ku Li tiada peluang tandingi Pak Lah Disember ini
15-06-2008 03:09:34 PM
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang 'berpeluang' untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.
"Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.
"Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu... Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau," katanya.
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.
Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.
Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.
Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.
Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.
Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.
Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.
"(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010... tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang," katanya.
Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.
Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.
Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Kata beliau: "Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan."
Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: "Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan."
Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.
"Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal," katanya.
Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.
Nota:
YABhg Tun Dr Mahathir has the right to choose and plot his course.
Bolih percayakah janji nak serah jawatan Pak Lah kepada Najib? Saya pasti perkara ini tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini. Pak lah will fins all the excuses to drag the time frame until the time when the son, SIL, cronies are fed up of making money,then only he will surrender the post to Najib , of course Malaysia then is drip-dry!!It is difficult for Pak Lah to succumb to pressures because of the encouragements from those solidly behind him ie family & cronies.
If Najib is trying to be nieve and too gentleman, then he will be making a big mistake. Meanwhile third party will be taking the opportunity to oust Pak Lah , leaving Najib leaking his fingers!!!
Some political pundits observed that the condition for Najib and TS Muhyiddin to strike is very favorable. Its now or forever live to be regreted .
Abdullah pertahan jawatan pada pemilihan UMNO Disember ini
15/06/2008 7:29pm
PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan Disember ini.
Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.
Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata, ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini. - Bernama
hehehe nampaknya paklah masih dengan sikap munafiknya...sentiasa berdolak dalik
peralihan kuasa yang digembar gemburkan tu hanya auta pak lah saja
lebih baik percayakan yahudi daripada kata yang keluar dari si munafik abdullah haji ahmad
zakri
Salam Dato',
UMNO akan terus hidup sekiranya dipimpin oleh pemimpin yang benar² bersih dari luaran dan dalaman, bijak dalam ilmiah bukan sekadar mencari harta untuk riadah atau bermegah.
UMNO dilihat kini gagal sepenuhnya dipimpin baik oleh gandingan Abdullah-Najib. Maka tidak menjadi satu kerugian andai percaturan gandingan Tengku Razaleigh-Muhyiddin diketengahkan oleh ahli² UMNO mengantikan kepimpinan sedia ada. Merubah daripada keadaan tidak baik kepada lebih baik adalah sangat mulia dan dituntut.
Percaturan ini harus dilihat oleh ahli² UMNO sebagai bentuk pengorbanan kearah kejayaan bersama. Maka Tengku Razaleigh-Muhyiddin adalah gandingan paling ampuh moga² Allah mengurniakan sebesar RAHMAT bagi Malaysia.
Wasalam.
salam, gambar saya dan datuk ada dalam blog saya..kenangan-kenangan di taiping golf resort.
Undur atau tidak, sudah jadi perkara kedua atapun perkara kesepuluh. Dolah boleh membuat pilihan beraja di hati bersultan di mata, tetapi setiap yang bermula ada akhirnya, itu pasti.
Rakyat juga mempunyai pilihan, contohnya, dulu satu tangki kereta saya penuh petrol hanya baru dalam lengkongan RM150 tapi hari ini sudah menjangkau RM215, lebihan RM65 bagi setiap tangki penuh. saya bukan sahaja merungut tapi menyumpah dan keluarlah kata kata %^&*($#@%^&**&^ kepada si dolah. Itu adalah pilihan dan hak saya di negara demokrasi yan bertuah ini.
Tentulah setiap rakyat yang lain dengan pelbagai masalah masing masing akan mengambil tindakan yang hampir dengan cara saya. Bererti setiap saat, jam, masa dan hari berjuta rakyat akan mengungkap **&^%^^%%$# kepada dolah dan kepimpinannya.
Pesan oran tua2, kalau diulang 44 kali perkara yang sama, terimalah padahnya- kluangman
Kita diibarat saperti menumpang sebuah kenderaan dimana pemandunya kurang cekap.Adakah kita sanggup menpertaruh nyawa demi kesetiaan?Jawapannya pemandu itu harus diganti.Disini baru bijaknya atau bodohnya bakal seorang pemimpin dinilai.Fikirkanlah!
Dato,
Assalamualaikum
1) Walaupun diberi rebat RM625 untuk setiap kenderaan yang dimiliki, jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan kenaikan kos hidup disebabkan oleh kenaikan harga petrol/disel. Contohnya, bagi pihak keluarga saya, kos hidup kami akan bertambah sebanyak RM 1500 setahun selepas diambil kira rebat yang diterima kerana kenaikan harga petrol/disel. Itupun belum dicampur dengan kenaikan harga yang lain seperti elektrik dan lain2.
2) Kenapa rebat diberikan untuk mereka yang mampu memiliki kenderaan berkuasa 2000cc yang mana kos kenderaan tersebut adalah melebihi RM100K. Golongan ini tidak layak untuk menerima apa2 subsidi petrol/disel.
3) Langkah2 pemotongan belanja kerajaan seperti menghentikan pembelian kereta dan komputer adalah tidak bijak. Pembelian haruslah diteruskan mengikut keperluan contohnya jika komputer sudah usang. Kerajaan juga harus sentiasa menyokong industri kereta nasional (Proton, Perodua dan Naza) untuk mengelakkan pengaliran keluar wang negara. Kebelakangan ini saya kerap melihat agensi2 kerajaan dan GLC2 menggunakan kereta import (contohnya- Kementerian Dalam Negeri menggunakan Nissan X-trail, TMNet menggunakan Renault Kanggoo)-mengapakah ini berlaku?
4) Sistem pengangkutan awam di Malaysia haruslah diperbaiki secara drastik bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang digunakan dan seterusnya mengurangkan penggunaan petrol/disel. Pada masa ini, sistem komuter dan bas awam adalah tidak efisyen- sering lambat dan sangat sesak. Jaringan sistem LRT, komuter dan bas awam tidak meliputi semua kawasan di KL.
Salam Dato' KJ,
Betul ke Shahrir sebenarnya tak tahu Pak Lah nak naikkan minyak dengan kadar segera? Ada juga kedengaran yang keluarga Pak Lah yang akan mendapat keuntungan besar dengan kenaikan harga minyak ini dengan terbinanya stesen-stesen NGV diseluruh negara yang beratus jumlahnya. Kerana komponen terpenting bagi stesen-stesen NGV nanti hanya SCOMI yang monopoli membekalnya. Berbilionlah kut dapat.
Kalau dalam masa 5 tahun ni semua nak sapu dengan tamak, alamat susahlah hidup di hari mendatang................
Salam Dato'KJ,
I think KJ knows nothing in the 'running' of the country. Stupid of him to ask Petronas to reveal and open up everything as he said in Sabah. Why now his voice being heard. trying to be the hero or 'Robin Hood'and helping the poor?And DAP support him. He is trying all his political science knowledge which is western oriented and influence on our very own unique soil. I think he is killing his father inlaw too.
Salam dato'
Saya tak pasti najib akan berani utk cabar pak lah. Najib main selamat .... tapi takut masa tak akan mengizinkan dia.
Ybhg Dato' ,
memang najib punlayak jadi PM tetapi ramai yang mengatakan isteri beliau ni one more star higher then Najib....apakah isteri beliau boleh menyelamatkan Umno???kalau boleh ok la. Setahu saya isteri beliau dah jadikan trend, sekarang majlis pertubuhan isteri-isteri menjadi keutamaan 1 dari kerja rasmi...ianya menjadi ikutan isteri-isteri ahli politik dan ATM yang hendak glamour dan di raikan lebih dari permaisuri.....Dato tenguklah sendiri....tak adapun surat perkeliling kerajaan yang menentang agar wang kerajaan dan masa yang dibuang oleh anggota kerajaan untuk menentukan setiap kerja meraikan satu-satu majlis isteri-isteri menggunakan anggota kerajaan, waktu kerja dan kenderaan kerajaan? khas untuk pertubuhan isteri ini. Tiada kawalan yang dibuat agar tiada salah guna kuasa dan wang kerajaan diberi perhatian....oleh KSN sebab nak jaga isteri menteri dan orang berpangkat tinggi....nama pertubuhan di samarkan dengan kebajikan dan dicanangkan pada negara walhal ianya tidakpun menjurus pada kebajikan sebenar hanya menyalah gunakan kuasa dan wang kerajaan... dan isteri yang lain diarahkan hadir dengan memaksa memakai pakaian pertubuhan yang kena beli duit sendiri, semata-mata agar kehadiran isteri VIP ini diberi sambutan yang glamour. Keutamaan pertubuhan ini melebihkan dari tugas rasmi suami...kalau isteri yang tak datang, kenaikan pangkat suami pun kantoi....khasnya ATM.
Tentang rebat minyak tu hanya gula-gula pada rakyat...sebab rakyat suka digula-gulakan...tetapi formula bermula bulan April sahaja, saya tak faham...contohnya rakyat yang ada buat roadtax bulan Januari,Febuari dan March tak guna minyak ke pada bulan april???? sebab tak layak rebat...pelik dan tak menyakinkan..
Salam pada Dato' sekeluarga semoga kita dapat hidup melihat Umno kembali dihormati rakyat jelata dan tidak dengan kabinet dapor pak lah yang hanya flip-flop...
Ipohmali..ma
Yang berbahgia datuk,
Bagaimana boleh kita bantu Najib agar dapat ilham dan keberanian seperti poin no 6?
Bermadah siki Dato';
Oh melayu
Aku x tau korang semua kayu
Suka sgt dengan tok nenek dahulu
Buat apa saja ikut melulu
Tuhan suruh guna otak dahulu
Bukan tengok keris terus rasa syahdu
Tuhan suruh guna otak dahulu
Pemimpin bodoh jangan ambik buat penghulu,
Yang merana kita dan anak cucu
Sekarang yang tinggal hanyalah BULU…
Salam Tok AKJ dan rerakan pelawat,
Mengikut blogger jebatmustdie, PMB yg ditugaskan membayar rebet tunai RM625 (kereta) dan RM150 (motorsikal) kepada pemandu sebagai menampung tarikan subsidi minyak mendapat koimsyen 10 sen setiap RM10.
Untuk melihat kiraan selanjutnya dan kemungkinan alasan mengapa PMB dan bukan JPJ menjadi pembayar, pergilah ke pautan ini: http://jebatmustdie.wordpress.com/
Dato'
saya tak faham taat setia macam mana denagn najib ni? macam hang tuah dengan sultan melaka kah, pada pendapat saya baik jadi jebat..taat bertempat, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah..harap2 Dato Seri Najib faham2 jer lah, jangan setia itu membawa parah dan rebah.
Kesetiaan tak berbelah bagi Najib pada pemimpin nombor satu negara Pak Lah Wi..? Saya juga musykil...Sukarnya nak menduga tindak tanduk pemimpin2 sekarang..Dulu bicaranya lain, sekarang cakapnya lain pula...Dulu kata setia berjuang untuk parti, bukan individu.. tapi sekarang...?
Setia yg bagaimana yg kita perjuangkan? Setia yg menuju rebah? Setia yg memusnah? Kalau setia begini yg kita perjuangkan maka bala lah yg kita terima.
Mana hala tuju perjuangn kita sebenarnya? Apa yang sedang kita perjuangkan sebenarnya? Untuk anak2 cucu2 bangsa negara kitakah atau untuk segelintir insan yang rakus dengan nikmat kuasa? Saya semakin keliru. Tindak tanduk pemimpin2 sekarang NYATA cukup mengelirukan..
Mana pemimpin2 tulus dan ikhlas yg boleh menjelmakan keyakinan dan jaminan kepada keselamatan, kesejahteraan dan keamanan rkyt? Kalau dikatakan mereka adalah pemimpin2 sekarang kenapa saya sentiasa merasa takut, gusar saban hari memikirkan untung nasib rkyt malaysia? Kenapa saya sentiasa merasakan pemimpin2 sekarang mengambil tindakan yg seolah2 membunuh rkyt secara perlahan2?
........????
Moga persoalan2 ini terjawab...
saya berpendapat memang jelas dan nyata ada pihak yang mengatur agar UMNO musnah dan namanya tinggal sebagai sejarah saja. Banyak yang mencari rezeki dengan UMNO lupa dan menganggap bahawa UMNO walau apa pun terjadi akan kekal. Mereka harus sedar, semangat kepartian telah lama luntur kerana ditukar ganti dengan semangat wang ringgit yang mereka agungkan pada hari ini. UMNO akan terhapus dan menjadi lebaran sejarah sahaja.
Jika Najib ke, atau siapa ke, sudah menjadi tidak relevan. Seperti Samy Vellu memegang MIC, sudah tidak relevan bagi kaum India mahupun masyarakat Malaysia umumnya. Suaranya tidak lagi melambangkan suara rakyat.
Jika semua mengikut tiupan seruling, maka ke dalam lautlah jawabnya ianya akan berakhir.
Samy Vello nak pencen 2012 ?????? ,Taada peluang orang lain.SiLuncai tengelam dengan Labunya.
Assm Dato'
Marilah kita berdoa supaya Allah memberi kekuatan, petunjuk dan kemenangan kepada Tan Seri Muhyiddin Yasin apabila beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO nanti. Dalam keadaan UMNO yang sedang tenat, hanya Tan Seri Muhyiddin sahajalah yang boleh menyelamatkan keadaan. Andai kata Dato' Seri Abdullah kekal tanpa bertanding dan Tan Seri Muhyiddin pula menang jawatan Timbalan Presiden maka, mahu tak mahu, Pak Lah terpaksa memberi laluan seperti kepada Muhyiddin, seperti kesnya Tuanku Abdul Rahman menyerahkan kuasa kepada Tun Abdul Razak pada tahun 1969.
Nampaknya sejarah akan berulang lagi. Hidup Tan Seri Muhyiddin Yasin.
Setia kepada parti tak semestinya kita harus menghormati pemimpin-pemimpin tertinggi kerana bukan semua tindak tanduk mereka itu betul dan sejajar dengan perjuangan parti. Kita harus melihat kepentingan rakyat sebagai objektif perjuangan dan bukannya mementingkan imej peribadi pemimpin yang bukannya pemimpin sejati pun. Harus kita menolak mana-mana pemimpin yang tidak layak dan berkemampuan dalam mentadbir negara kerana kesan negatifnya pada rakyat sendiri yang menanggungnya. Contoh jelas sudah nampak, kenaikkan harga minyak yang menyebabkan seluruh harga barangan naik. Rakyat sengsara sudah sekarang, seperti zaman Jepun dulu dah. Wahai pemimpin yang lemah, berundurlah dengan hormat, bagilah laluan kepada yang layak memimpin negara. Sedarlah segera, jangan terlambat nanti binasa negara.
sedih dan duka berdarah kembali....
Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas sekelian,
1. Di dalam konteks topik kali ini, izinkan saya “quote” suatu pernyataan daripada seorang penulis terkenal di Amerika suatu ketika dahulu:
“A professional politician is a professionally dishonorable man. In order to get anywhere near high office he has to make so many compromises and submit to so many humiliations that he becomes indistinguishable from a streetwalker” – Henri Louise Mencken.
2. Saya tertarik dengan item no. 10 yang Datuk utarakan. Ada sesuatu yang Datuk tahu kah? Lain macam sahaja bunyinya.
Azman Mohd Isa
Shah Alam
Teori sembang-sembang kedai kopi kata Muhyiddin masuk tanding no 2 bukannya nak lawan Najib, tetapi sebagai "bulldozer" menolak Najib naik atas tanding no 1.
......kalau betoi, itu pun satu gerakan yang baguih!
Sudah sampai Masanya orang Melayu mengeluarkan cara berfikir politik zaman silam. Menaruh harapan kepada pemimpin bangsawan (anak kepada pimimpin terdahulu) sudah tidak lagi relevan dengan keadaan politik semasa.
Amat melucukan bila mendengar Najib menggelarkan dirinya sebagai ahli parti yang setia. Apajua bentuk organisasi termasuk parti politik adalah didokongi oleh ahli di dalamnya. Tanpa ahli maka tidak wujudlah organisasi. Maka dengan itu jika terang-terangan ahli sudah naik muak dengan cara kepimpinan sekarang, maka kalau Najib ingin menjadi ahli parti yang setia, beliau seharusnya mengikut arus kehendak majoriti ahli iaitu menentang cara kepimpinan Pak Lah yang terang-terangan dibenci oleh Rakyat. Ingat..jika Rakyat sudah tidak sokong UMNO..ke mana UMNO hendak pergi.
Langkah yang dibuat oleh Muhyiddin amat bertepatan sekali dengan kehendak parti. Inilah pemimpin tulen sebenar.
Apa yang dibuat oleh Najib ialah bukan untuk kepentingan parti, tapi kaedah psikologi dengan menggunakan sentimen untuk meraih sokongan golongan yang berfikiran jumud di dalam UMNO demi survival politik beliau yang turut goyah.
Saya mempuyai bacaan yang mudah terhadap Najib, beliau sebenarnya tersepit dengan kehendak rakyat mahupun pun ahli parti dengan ugutan-ugutan orang disekeliling Pak Lah jika beliau tidak mahu "coutim" dengan Pak Lah. Itu sahaja.
Namun begitu, bila Dato' KJ cakap pasal pemilihan UMNO, segalanya telah terlambat kerana wang telah diperolehi sebanyak mungkin untuk ditaburkan ketika pemilihan nanti. Sebab itu Pak Lah tetap mahu bertanding.Dia confident boleh menang. Orang UMNO senang dibeli. Tapi dari mana duit tu diperolehi ekk?..... hahaha....semua orang boleh agak....tak payah saya nyatakan di sini.....
- Amran Ebrahim -
Pemerhati Politik Tidak Rasmi
Dato'
Percaturan politik kadangkala memusnahkan rakyat.
Apakah keajaiban yang akan dilakukan Pakatan Rakyat tentang harga minyak sampai melangkaui lojik ekonomi?
Dan adakah Najib pula menggadaikan nasib rakyat dengan membiarkan Pak Lah terus memerintah dengan polisi flip-flop?
Dato', silalah layari blog UMNO Damansara Utama. Kirim salam kepada Datin.
http://umnodu.blogspot.com
Bila cerita pasal politik , macam macam ada kadangkala kita marah.Tapi tidak sampai kemana ,yg jadi tetap terjadi.Apa pendapat tuan kalau kita ubah sikit .Tumpukan sedikit kearah masalah Rakyat Malaysia masuk dalam The Scribe A Kadir Jasin.Masalah seperti Rampas Tanah ,Majikan Buli pekerja , Service yg lembab,Kes tipu.susah dapat kontrak,kejadian rasuah dll. Sekurang kurang rakyat malaysia tahu apa yg berlaku.
Tuan Kadir - ini cuma cadangan.
Saya melihat taktik Najib yg berdiam diri kerana keadaan ekonomi sekarang rumit. Najib hendak menggunakan Pak Lah utk melakukan kerja2 kotor seperti menaikkan harga minyak dan perkara2 yang lain sebelum dia mengambil-alih kuasa. Najib penakut orangnya, tetapi bijak menggunakan peluang.
Hafiz dari Kuantan
Salam,
Apakah begitu susah untuk memimpin negara? Kalau mengikut lunas2nya memang memimpin itu tidak lah susah seperti yang dijangkakan...Walaupun berkemungkinan kepimpinan ini akan bertukar tangan samaada dalam BN sendiri atau pun beralih kepada PR, apa yang diceritakan pada hari ini akan berlaku juga kepada sesiapa yang akan memimpin kelak..
Mungkin pada hari ni kita nampak semuanya apa yang ada sekarang memang tidak kena, contohnya harga minyak, taraf kehidupan, soal sosio-ekonomi dan macam lagi yang ada sekarang ini. Akan tetapi semua perkara-perkara akan berlaku juga pada masa akan datang..samada 20, 30, 50 tahun lagi..
Semuanya sama, samada pemimpin itu baik, kurang baik atau tidak baik..
Apabila sampai aje di 'atas' sana kita boleh lihat nafsu sudah mula tunjuk hebat..
Boleh disimpulkan bahawa corak kepimpinan selepas pilihanraya:-
1. Abdullah Badawi - out (slow)
2. Mohd Najib Razak - out (slow)
3. Lim Kit Siang - out (races interest) aka 2nd Lee Kuan Yew
4. Anwar Ibrahim - out (special own interest)
5. Nik Abdul Aziz Nik Mat - in (next Ayatollah Khatami) but already had his time
6. A leader that come from nowhere
Its a reality...
Abd Karim Daud
Athlone
Salam Dato' AKJ
Wow..I thought its "Little Koro" , a bear - name of a brand of affordable children outfits..(definitely not as same level as yuppies' line Oshkosh, Gap & Guess Kid..also below KIKO, Kiki-Lala level)
1. No matter hard you try to refract the light to spectrum of colors ..the moment somebody in this blog put back another prism, those spectrum will automatically return back to its original white light...
2. Back to same-o-political topics.... Futile indeed Dato'!
3. Politic nowdays is just like a circus (sarkis)..a house full of clowns in actions..colourful & very entertaining to watch & talk about...
4. Unfortunately, it turn out to be bad when some of these clowns evolved to be villains harming the citizens with their not-funny-at-all jokes which turn out to be real.. Bloody jokers!
5. We need a Batman or Kluangman perhaps..Maybe not, coz these people are just fiction characters...Our jokers on the other hands are real.. A real threats! Should we start to panic everyone ??..!! :O
6. Do not panic.. Especially in politics...otherwise you'll end up infected by Koro..In Malay culture, without that thing, a man is definitely useless..
7. That 'thing' is just like a keris and even associated with one..
8. It should be facilitated with honour, pride & dignity..
9. Definitely, it is more than just what Hishamuddin did with Saka Bangsa..UMNO's 'thing'.
10. Koro is already a plague in UMNO!
http://en.wikipedia.org/wiki/Koro_%28penis_panic%29
Datuk,
kat Malaysia Today tengah panas ni, pasal statutory declaration RPK
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9050/84/
Post a Comment