Thursday, June 19, 2008

Implikasi Cadangan Undi Tidak Percaya

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMBIL kita terus berbincang mengenai sindrom koro yang sangat merisaukan dalam posting 17 Jun, elok kalau saya sebut sikit mengenai cadangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pandangan saya, sama ada cadangan Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party - SAPP) itu berjaya diusulkan atau tidak di Parlimen Isnin ini tidaklah terlalu penting.

Yang penting adalah wujudnya tahap ketidakpercayaan yang begitu tinggi terhadap Pentadbiran Abdullah sehingga satu tindakan yang begitu keras dan kasar tergamak difikirkan oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sendiri.

SAPP yang memutuskan untuk mengemukakan usul itu pasti tahu bahawa tindakan itu bukanlah mudah untuk dilaksanakan apatah lagi untuk mencapai kejayaan.

Seluruh jentera parti, kerajaan dan propaganda rasmi akan digembleng bagi menggagalkan percubaan itu dan menongkat Pentadbiran Abdullah yang condong.

Kita sudah pun membaca, mendengar dan melihat daripada media massa arus perdana bagaimana pelbagai pihak yang bergantung nasib kepada Abdullah telah berikrar menyokong beliau dan menggagalkan percubaan SAPP itu.

Pengikut setia Abdullah seperti Naib Presiden Umno, Mohd Ali Rustam, misalnya menyifatkan tindakan paling tepat terhadap SAPP adalah memecatnya daripada BN.

Saranan seperti inilah yang ditunggu-tunggu oleh SAPP. Ia mahu dipecat daripada BN supaya bebas daripada kongkongan Kuala Lumpur atau sebagai langkah awal menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi.

Usaha juga pasti dilakukan untuk menggagalkan usul itu daripada dibentangkan. Ini sudah menjadi amalan Parlimen Malaysia. Apatah lagi cadangan ini menyentuh kedudukan Perdana Menteri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia berkata sama ada usul seperti itu diterima untuk dibahaskan “terpulang kepada Speaker... iaitu sayalah.”

Harapan SAPP yang mempunyai hanya dua orang anggota dalam Dewan Rakyat berjaya mengemukakan usul itu adalah tipis apatah lagi untuk memperoleh sokongan yang cukup daripada ahli dewan.

Walaupun dua wakilnya itu mengundi tidak percaya terhadap Abdullah dengan disokong oleh kesemua 82 ahli pembangkang, Abdullah masih boleh mempertahankan kedudukannya dengan mudah kerana dia mempunyai 140 ahli dalam dewan.

Saya tidak menjangka ada ahli BN, biar sedalam mana pun ketidakyakinan mereka terhadap Abdullah, akan menyokong usul pembangkang.

Melainkan mereka menderita serangan koro yang sangat hebat, mereka akan diwajibkan oleh “tukang rotan” (whip) BN supaya hadir dan mengundi menolak usul itu.

Ingat lagi cerita Shahrir Abdul Samad yang dibelasah teruk kerana menyokong usul pembangkang dalam Parlimen yang lalu?

Sekarang Shahrir sudah jadi menteri jadi dan tentunyalah dia tidak akan menggoyangkan perahunya. Malah dia adalah antara yang terawal meramalkan kegagalan cadangan SAPP itu.

Namun cadangan undi tidak percaya itu sahaja sudah cukup untuk melemahkan lagi kedudukan Perdana Menteri. Tidak perlu diusulkan, dibahas dan diundi di Parlimen.

Setidak-tidaknya pun, cadangan SAPP itu memberi akal (idea) kepada pihak-pihak lain yang tidak puas hati dengan Abdullah untuk mencari jalan menjatuhkan beliau, sama ada sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno atau Pengerusi BN.

Ia juga pasti memberi akal kepada parti-parti komponen BN yang lain untuk membuat pelbagai tuntutan dan asakan terhadap Abdullah sebagai alasan untuk mempertikaikan kewibawaan beliau dan mendapatkan sesuatu untuk kaum dan kelompok yang mereka wakili.

Semua ini sedang diperhatikan dengan teliti oleh pelabur dalam dan luar negara yang bercadang terus melabur atau menambah modal mereka di negara ini.

Manifestasi negatifnya sudah sekian lama kelihatan di Bursa Malaysia di mana harga dan jumlah dagangan jatuh lebih teruk daripada bursa-bursa antarabangsa yang lain yang tertekan akibat harga minyak dan prospek ekonomi dunia yang membimbangkan.

Bagi Umno pula, cabaran terhadap Presidennya oleh sebuah parti komponen BN akan merumitkan lagi proses pemulihan dan pemilihan pucuk pimpinan Disember ini.

Apa pun yang terjadi Isnin ini, ia bukanlah yang pertama dan terakhir kerana momentumnya sudah bermula. Umno perlu mengakui dan menerima realiti bahawa kedudukannya sebagai parti dominan sedang dicabar dan dihakis.

103 comments:

zulkplyjoharis said...

Pak Lah ni tak tau malu ke ape. Sudah terang lagi bersuluh, orang tolak dah kepimpinan. Bukan setakat orang melayu sendiri, malahan orang bukan melayu pun hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau. Cukup melalukan dan harap usul undi tidak percaya akan berjaya dilakukan bagi menjatuhkan Pak Lah dari terus menerajui kepimpinan negara. Tak sanggup lagi dah tengok beliau mentadbir entah apa-apa sekarang ini. Kita nak reformasi pentadbiran berlaku sekarang...

Cak Kun Cak said...

YB Dato,

Pada pandangan saya sudah tidak ada jalan pulang kepada UMNO, setelah DS Najib Tun Abdul Razak sendiri pun tidak 'berani' menegakkan apa yang benar dan realiti.

Walaupun saya terasa agak kecewa, namun semua ini bukan salah orang Melayu.

Pada pandangan saya ianya cuma salah

Pertama,DS Abdullah yang tidak keluar dari sikap 'in-denial'nya dan mungkin terus yakin dengan orang-orang tingkat 4 dan menantunya walaupun realitinya terlalu jelas.

Kedua, DS Najib yang gagal dalam ujian untuk membuat pilihan.

Ketiga, Tun Dr M kerana memilih DS Abdullah.

Antara ketiga-tiga mereka, sejarah akan ingat hanya Tun Dr M yang bermaruah untuk membetulkan kesilapannya.....

Mereka berdua pula akan di ingat sebagai pemimpin yang gagal dan mencetuskan kemusnahan UMNO hanya kerana kepentingan mereka sendiri.

Anonymous said...

Dato KJ,

Memanglah SAPP tidak akan berjaya tetapi saya gembira sebab ini akan memalukan Dollah dimata rakyat dan dunia sebagai PM Malaysia, Anggota Asean, Pengerusi OIC dan NAM.

Kredibilitinya semakin dipersoalkan oleh semua orang didalam dan diluar negara. Ini merupakan tsunami kedua untuk Dollah.

Selain dari itu, sudah pasti gerakan sarafnya melalaui KJ untuk pemilihan Umno yang akan datang agak tergugat kecuali menggunakan umpan wang dan pangkat.

Kepada ahli Umno, tunggu apalagi. SAPP dan Tengku Razaliegh telah memulakan bola bergolek. Tunggu apalagi, nyahkan Dollah dan Najib dari pimpinan Umno.

Anonymous said...

Datuk berilah petua mujarab, saya nak dengar nasihat bagaimana kita nak huraikan kekusutan ini. Datuk tak boleh bagi 'open ended solution' atau macam Nabil Raja Lawak cakap ' lu pikirlah sdiri'

hjramly
KL

Anonymous said...

Saya menyeru umat islam di negara yang tercinta ini supaya melakukan solat hajat beramai-ramai untuk memohon pertolongan Allah S.W.T ke arah Malaysia yang lebih baik. Juga supaya Allah S.W.T melembutkan hati-hati pemimpin yang keras itu.

Unknown said...

Ya, saya setuju dengan Dato' bahawa usul pertanggungjawaban itu tidak berapa penting. Apa yang pasti satu lagi sejarah hitam telah tercatat sebuah parti komponen walaupun mungkin kecil untuk pertama kali dalam sejarah negara berani membuat kenyataan terbuka hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

Sementara kebanyakan pemimpin UMNO memberian reaksi balas yang negatif kepada SAPP namun harus diakui inila permainan politik yang pernah dibawa oleh UMNO pada tahun 1994. UMNO pernah bekerjasama dengan pemimpin SUPP menumbangkan kerajaan PBS. Kini kita hanya menyaksikan kitaran sejarah berulang.

Walau cabaran 2 undi SAPP ini tidaklah mencabar sekalipun disokong oleh semua MP Pakatan Rakyat namun risiko mereka sebenarnya lebih kecil. SAPP mungkin telah menimbang baik buruk dan sedia mengambil sebarang risiko untuk masa depan mereka dan parti mereka.

Namun UMNO dan BN sebenarnya walau suara majoriti tetapi dengan ketiadaan sokongan 2/3 memungkinkan berlaku risiko yang besar. Soalnya mampukan UMNO dan BN membayar harga yang mahal dengan kehilangan kuasa di peringkat persekutuan yang dipertahankan sejak 50 tahun yang lampau?

Orang yang tidak belajar dari sejarah akan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama. Sejarah akan munghukum mereka.

Anonymous said...

Dato,

Abdullah memang patut dilempang mukanaya dikhalayak ramai. Baru padan muka Tun Daim dan juga keluarga Abdullah.

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Saya cadangkan Muhyiddin, Tg Razaleigh, Rais Yatim, Mukhriz, Rafidah Aziz, Anifah Aman, Puad Zarkashi, Tajuddin Rahman, Ismail Kassim, Tengku Azlan, Jamaluddin Jarjis, Ghapur Salleh dan 16 org lagi ahli parlimen dr UMNO menghantar petisen pada Pak Lah agar letak jawatan atau sekurang-kurangnya mengisytiharkan dgn jelas tarikh persaraan beliau sbg Perdana Menteri. Ini boleh menggambarkan dgn jelas yg Pak Lah telah gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Hanya orang yang tak tahu malu sahaja yg akan masih mahu mempertahankan kedudukannya sbg ketua.


-sinbad-

Anonymous said...

YBhg Dato'
memang satu tamparan hebat pada AAB. Mungkin ianya tidak berjaya diusulkan tapi pada umun PM Malaysia sudah tidak dihormati lagi walaupun dari parti komponen BN....AAB seharusnya lebih hadhari dan turun tahta sebagai PM kerana tiada guna lagi untuk beliau terus memimpin. Kehadiran PM ditempat perayaan hanya akan di boo oleh masyarakat umun....so para penyokong kuat AAB tak payah lah nak bersusah payah menghayalkan AAB dengan cerita yang beliau diperlukan oleh rakyat Malaysia...We want a better PM to represent Malaysia not the sleepy AAB. Selamat bersara Pak Lah ...pegilah berbulan madu di Australia dan makan nasi kandar atas kapal baru...dan pergilah naik jet duit rakyat sebagai penghargaan rakyat diatas jasa yang tak seberapa pada rakyat. Lagipun kaum keluarga AAB pun dah kaya raya....
Ipohmali Ma

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & rakan-rakan pengomen yang lain.

Den baru balik meeting dongan klien den kek KL. Mulo-mulo kami berbincang pasal kojo. Tapi lopes tu terbukak pulak cerito SAPP hah.

Den setuju dongan Sedaro Kadir kito. Samado usul sampai peringkek undi ko tidak, tak penting. Yang penting, ado oang yang doh buet pengumuman tak percayo kek Pak Lah. Itu yang penting!

Dulu den buet ramalan pasal nogori yang akan jatuh ke pembangkang. Yang den ramalkan dulu adalah Kelantan (kekal dongan pembangkang), Terengganu, Perlis, Kedah, dan Penang. Den dapet 3 dari 5 betul lalu den pun tepukle bahu sendiri. (dah takdo oang lain nek buet camtu...den kenole buet sendiri)

Sekarang den nak buet ramalan berikut:

(1) Undi tak percayo tak berjayo dibuet. Kalo berjaya pun, tak menang undi...

(2) SAPP "dipecat" dari BN. (Gembiro sungguh oang SAPP! Mereko ni jadi hero kek Sabah tu.)

(3) Ahli-ahli UMNO akan calonkan Ku Li & Muhyiddin sebagai Presiden & Timbalan Presiden lawan Pak Lah & Najib. [Den dongar oang najib dah lamo buet pergerakkan cumo tunggu maso & signal dari najib. Tapi masaalah yang dah jadi problem, najib terlalu banyok baggage keno angkut. Tu le dio tu nampek lombab hah...]

(4) Menantu Pak Lah akan cubo mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketuo Pemudo. Tak berani dio tu bertanding Ketuo Pemudo. Rasonyo kalah kut.

(5) Pilihanrayo Kuala Kangsar akan diistiharkan tak sah. Terpakso le buet by-election dan Anwar Ibrahim akan bertanding lawan calon BN. Cumo calon BN bukanlah Rafidah! Tak tau lah den sapo calon hah...

Cukup le takat tu. Den buet ramalan (serupo dongan ramalan cuaca) je berdasarkan pemikiran den yang kocik ni hah. Nak buet ramalan sampai akhir taun susah le sikit. Ramalan totap ramalan semato-mato...

Dalam sejarah Msia ni, tak pernah oang buet undi tak percayo kek PM. Yang pernah dilakukan dengan jayo adalah Ketua Menteri Sarawak dulu - Stephen Kalong Ningkan (kalo tak silap den). Bilo berlaku undi tak percayo maka tamat le riwayat politik KM yang berkenaan... Bak kato oang Sarawak - "nya sik mauk dengar kata urang. Nya rasa dirik nya terra gilak. Dah kenak baruk merasa..."

Sekian.
- Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

dato,

ini perdana menteri tak pernah paham apa-apa... takde guna.. tunggu sahaja kejatuhan BN selepas PRU akan datang.

mie said...

Salam Dato',

Pak Lah harus memahami apa yang berlaku sekarang. Jika tidak negara akan hancur dalam arus sekarang. Kedudukan ekonomi dan politik negara dalam keadaan kucar-kacir. Sekurang-kurang orang berpuas hati bila Pak Lah letak jawatan.

Sejak dari kenaikan harga minyak sebanyak 40%, ramai orang marah, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri. Dimanakah perginya suara akar umbi yang selama ini digunakan oleh pemimpin negara kita.

AzmIe_(",)

kuanderas said...

Dato'

mohon ulasan tentang peluang UMNO dalam pilihan raya kecil di Perlis.
Peluang serta impak sekiranya tewas.

Betulkah kenyataan Nik Aziz yang menyatakan ini pertama kali mahkamah berpihak kepada pembangkang sejak 1963. Takut beliau tersilap, sebab berbohong sifat orang munafik.

Unknown said...

Kalaulah saya sebagai ketua dan ada orang yang tidak yakin dengan pimpinan saya, saya akan melepaskan jawatan tersebut supaya ketua yang lebih dipercayai dapat dipilih. Soalannya bukan kerana Pak Lah tak tahu malu tetapi duit dikumpul belum cukup ataupun bukti-bukti belum dihapuskan. Macammana nak dilepaskan jawatan itu.

tok dam said...

kalau usul ni dapat dibentang pun... tak mungkin banyak mp pembangkang yg sokong..tak mungkin sampai pak lah kena turun takhta.. dan tak mungkin penasihat pkr sanggup berputih mata lagi!

Hambali ® said...

Hanya masa akan menentukan apa yang akan terjadi. Macam mana cerita P Ramlee kata (3 Abdul) , "tengah tunggu apa nak jadi pulak".

Yang peliknya kenapa SAPP membuat penguman awal berhubung hal ini? Bermakna masih ada hari Khamis (hari ini), Jumaat, Sabtu dan Ahad (jumlaah keseluruhan 4 hari).

4 hari ini; macam-macam boleh berlaku. Mungkin ada tawaq menawaq. Mungkin ada main tarik tali. Atau mungkin kot ada benda lain lagi nak jadi.

Dan mungkin orang lama dan penuh panglaman di dada macam Dato' ada pandangan lain.

Anonymous said...

Datuk,
Kesinambungan cerita ini akan berterusan sehinga ke Perlis. (Pilihan Raya kecil, jika terjadi) Saya yakin jentera BN akan bersungguh2 untuk mempastikan kemenangan majoriti lebih banyak dari sebelumnya bagi menunjukkan sokongan kepada PM. Ayuh apa lagi orang Perlis, bertuah kerana tidak perlu menunggu PRU13, ini lah peluang kamu. BN tak de masalah cuma administratornya sahaja yang perlu ditukar. Semua duit cukai kita hendaklah digunakan untuk manfaat rakyat dan bukan untuk memperkayakan orang2 tertentu sahaja. Kudos SAPP.
Salam

Anonymous said...

Dato,

Why the Federal Government still unable to resolve these issues, that brought a point SAPP is making an unprecedented attempt to unseat PM ‘Flip-Flop’ Abdullah?

The most important part from PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s spontaneous reaction here is, “to satisfy the greed of Sabah BN leaders”. Is that how PM ‘Flip-Flop’ Abdullah resolve issues and obtain their loyalty, by satisfying their greed?
If that is so, then truly PM ‘Flip-Flop’ Abdullah weak leadership and incompetency being exploited into being blackmailed and thus resolves into practicing ‘money politics’ of the highest level, but on the cheapest node.

Quantum Metal Consultant said...

Semasa balik ke Kluang, di sebuah warong Melayu, terdapat risalah dalam Bahasa Inggeris dan Cina yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu memperihal dan membandingkan harga petrol di negara negara Pengeluar Minyak di dunia, ternyata harga petrol di Malaysia termahal dan tidak munasabah. Apa yang saya mahu tekankan di sini ialah di akgir risalah tersebut, tertulis seruan supaya MENENDANG KELUAR UMNO KERANA SUDAH MENIPU RAKYAT BEGITU LAMA. Dan yang paling nyata HARI INI kaum bukan Melayu sudah berani mengajak dan menyeru orang Melayu membenci UMNO, pernahkah sebegini ujud secara berterangan di masa dlalu ????

SAPP mungkin mengikut saranan TDM, MP BN keluar BN menjadi MP yang mempunyai kuasa tawar menawar.

Saya ulang sekali lagi, UMNO sudah tidak lagi relevan selepas PRU12 dan yang kita asyik dan sebok membicarakannya hanyalah sekadar membicarakan dan memerhati detik dan peristiwa saat dan masa UMNO kecundang. Dato' dan yang lain lain boleh bersedih tetapi inilah titik tolak untuk orang Melayu menjadi bangsa yang lebih dihormati akan datang. UMNO secara ketara sejak Dolah sudah lama menjalankan aktiviti menghapuskan etnik Melayu golongan miskin dan sederhana. Mereka hanya mengkayakan kroni dan keluarga mereka sahaja.

Anonymous said...

Terlalu sedih untuk diperkatakan, tapi itulah kebenaran. Mentaliti "yes man" dikalangan menteri-menteri and ahli parliment yang hampir keseluruhannya tidak beberapa cerdik inilah menyebabkan Dolah masih mampu bertahan seterusnya memyebabkan negara dan rakyat terus dilanda arus kemelaratan.

Hampir pasti usul SAPP ini akan terus dipekakkan dan ditenggelamkan melalui usaha-usaha peralihan "tumpuan" oleh para penasihat yang kurang berfikir.

SeTun

Mr. K said...

Bersaralah dengan terhormat Pak Lah. Jangan diikut resmi Sami vellu yang kalah dalam pilihanraya sebab bangsanya sendiri serta rakyat tempatan tidak lagi percaya kepada dia.

Malulah, Pak Lah. Turunlah segera.

~k~

Anonymous said...

Pak Lah haii Pak Lah.. sedar2lah diri sikit.. tak tau macam mana lagi nak cakap dah..!

Anonymous said...

Dulu rakyat Malaysia juga yang hendak sangat peminpin Mr Clean berimage Islam.Sekarang baru sedar bahawa image tidak penting yang penting kebijaksanaan dan keberanian untuk memimpin.Tun cuma pilih mengikut selera rakyat ketika itu.Tun tak salah kita yang bodoh.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Juru Lompat...Ibrahim Ali.

2. Juru Tikam...Yong Teck Lee.

3. Juru Perunding...Anwar Ibrahim

http://sukj.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato..

Ku sangka hujan sampai ke petang..rupanya panas di tgh hari hehehe..kami rakyat tertunggu-tunggu parti komponen mana yang akan memulakannya dulu dan semuanya kini terjawab.

Saya bukan penyokong parti pembangkang tetapi saya akan menjadikan satu kepastian yang saya tidak lagi akan mengundi untuk UMNO/BN kerana rasa terhina sebagai rakyat yg hanya diperkudakan oleh pihak yg tak bertanggungjawab (PAK LELAH & kroni)

Akhir kata..MAJULAH SAPP UTK NEGARA :)

Anonymous said...

Hi Datuk.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan sejarah dicipta semasa pemerintahan PaRkLah - walaupun baru masuk tahun kedua mentadbir negara!

Yang baik pun banyak dan yang buruk lagilah banyak. Saya ni penduduk luar bandar - guna perahu dan enjin sangkut untuk bergerak. Harga minyak di rumah panjang saya sekarang RM20 se gelen (lebih kurang 4.5 liter lah).

Kalau datuk isi se liter dikenakan bayaran RM2.7 kita di rumah panjang dikenakan RM4.50 se liter.

Dahlah tak dapat rebate sebab tak ada kereta, harga minyak melambung pula. Baru-baru ini paklah bagi RM1 billion tapi tak ada nampak faedah pun kepada orang seperti saya.

Beras RM50 untuk packet 10kg, di rumah panjang harganya RM72.

Memang sakit tenat kalau duduk di rumah panjang macam saya. Dahlah pendapatan tak tetap, musim buah 'engkabang' bolehlah dapat RM800 sebulan tapi masalahnya engkabang berbuah setahun sekali.

VanDerVijk said...

YB Dato,
Kesimpulan kita terhadap kredibiliti Pak Lah telah jelas. Tidak ada apa-apa ulasan baru mengenainya yg perlu diperkatakan lagi. Tiada apa yg mengejutkan lagi. Semua sudah dibongkar.

Kini nampak jelas pula kelemahan Datuk Mohd Najib. Sikap suka senang beliau (memetik kata Tun Dr M) amat mengusarkan saya.

Sekiranya beginilah calon no 1 pemimpin negara, bangsa dan agama saya, saya rasa malu dan takut. Takut mengingatkan nasib anak dan cucu saya dipimpin di oleh pemimpn yg lemah.

Saya mahukan pilihan lain.

Heical said...

Penyakit KORO lagi , bahaya berjangkit pula.Dato Kadir mana dapat idea Koro ni . Mungkin Dato pernah kena kot.

Akar Umbi said...

Sememangnya SAPP nak keluar BN, tapi sengaja membuat keadaan "tersingkir". Ternyata dah berkeupayaan lagi memimpin negara dan parti. Cuma gila syok sendiri, barangkali.

zulkufli.umcced@gmail.com said...

Trust me, the inconfidence vote will fail. That is Malaysian style BUT and UNLESS the votes comes in a piece of papers and not by 'hands-up'then, there might be a surprise.

In whatsoever ways I would like to refer to the "leadership theory" written by Robbins, 2007. According to Robbins in his book, "Managing Organizational Behaviour", one of the most important factors in leadership is the TRUST in the leadership. I am not sure here what will happen in our country but eversince I have been adopting the leadership theory despite whos theory, it seems that we are able to forecast what shall happen in Malaysia accordingly.

Despite what happen next might not be right, but the average of happenings is always right. And I believe it will happen despite I says in my opening of this comment 'it shall not happen'.

Well guess over what I says.
Best of luck to all for us and prayers to all of us.Amin

Zulkufli

wham said...

Dato' Scribe

Walaupun usul tidak percaya kemungkinan besar akan gagal, PM Koro Flip Flop telah kalah secara moral. Kautan belum selesai sebab tu taknak letak jawatan. Ada satu pertubuhan dalam satu GLC siap panggil MP dari pembangkang bagi ceramah masa lunch hour, suruh jatuhkan kerajaan sekarang lagi..GLC pun dah ditakluki oleh pembangkang. Tunggang terbalik kepimpinan sekarang. Tunggu tumbang saja.

Apanama said...

Excellent analysis, Sir!

Segala kemelut ini akan reda jika Abdullah Ahmad Badawi akur bahawa rakyat sudah tidak menyokong beliau lagi.

Secara kasar, mungkin tinggal hanya 10% daripada jumlah keseluruhan pengundi Malaysia yang MUNGKIN sokong beliau atas sebab2 peribadi/perniagaan/jawatan/ dll yang sewaktu dengan-nya.

Pak Lah! It's time for you to go. If you remain arrogant and continue to bury your head in the sand ... expect a hard KICK on your butt.

The choice is yours.

Pak Lang Rembau said...

Aneh sekali tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini. Undi tidak percaya itu diusulkan oleh komponen BN tetapi tajuk yang terpampang ialah 'BN SOKONG ABDULLAH'. Saya keliru apakah dalam proses penerbitan akhbar, tukang pilih tajuk tu wartawan ke atau tukang jaga mesin cetak? Agaknya tukang jaga mesin kot? Datuk AKJ tentu boleh jelaskan.

Tentang Pak Lah, saya gerenti dia tak akan letak jawatan walau dimalukan macam mana pun. Dia seperti kata orang putih 'nothing to loose'. Imej 'nice guy' pun dah tercemar, rekod kalah pilihanraya pun dah tercatat, dan macam-macam lagi. Oleh itu dia bertekad 'alang-alang jahat biar jahat sejahat-jahatnya'!

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas sekelian,

Saya berpendapat, negara kita sedang mengalami “perils of political instability”. ‘In-fighting’ di dalam UMNO, ketidak seragaman pendirian di antara komponen BN, ‘kebangkitan’ pembangkang – semuanya merupakan signal jelas terhadap ‘perils’ ketidak stabilan politik itu. Jika tidak ditangani dengan teliti dan bijaksana, implikasinya adalah buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun kerajaan cuba menggambarkan bahawa semuanya adalah ok, tetapi umum mengetahui ianya ibarat ‘a swan swimming in a pond’.

Cadangan SAPP untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, menambahkan lagi betapa ‘perils’ tersebut semakin ketara. Dunia akan membuka mata sebesar-besarnya mengikuti perkembangan ini. Semua ini akan membuatkan ‘investment climate’ tidak menarik bagi portfolio investors.

Apabila portfolio investors menjauhkan diri, bursa saham kita akan merudum. Selama 100 hari pertama selepas PRU12, pelabur-pelabur ini cuma memerhati dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pelaburan mereka di sini. ‘Cushion period of 100 days’ ini digunakan oleh portfolio investors membuat analisa mengenai kestabilan politik negara untuk tahun-tahun berikutnya. Malang sekali, setelah cushion period itu berakhir, ‘motion of no-confidence’ pula yang menjelma.

Kita juga maklum bahawa inward FDI ke negara kita banyak bergantung kepada domestic financing - as a result of good performance of Bursa Malaysia. Jika portfolio investors menjauhkan diri, inward FDI akan menurun menyebabkan pertumbuhan ekonomi merudum. Akhirnya rakyat akan mengalami ‘financial distress’.

Di satu pihak, saya suka juga ‘motion of no-confidence’ ini. Kerana ianya merupakan ‘direct official statement’ atas ketidakpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah. Sekarang beliau tidak boleh menafikannya lagi seperti mana "denial" beliau terhadap maksud sebenar keputusan PRU12 tempohari.

Samada ‘motion of no-confidence’ ini akan menjadi ‘a futile attempt’ di Parlimen ataupun tidak, ianya tidak penting. Yang jelas ‘the hate is already in the air’; dan ‘hate’ ini mudah berjangkit! Jika ‘denial syndrome’ masih berleluasa, rakyat akan menjadi lebih vokal selepas ini.

Manakala di satu pihak yang lain pula, saya bimbang akan ada “orang yang bijak” (memimjam kata Datuk) menangguk di air yang keruh! Kegoyahan BN ini mungkin akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mendapatkan status rasmi di Parlimen di mana “confidence vote of 138 vs 84” adalah lebih bermakna berbanding status “simple majority 140 vs 82”.

Jangan pulak nanti kita hendak lari dari mulut buaya, masuk pula mulut harimau….

Azman Mohd Isa
Shah Alam

A KADIR JASIN said...

Sdr Pak Belalang Rembau,

Jangan malukan tukang jaga mesin cetak.

Kalau mereka ada kuasa, tajuk beritanya berbunyi: SAPP Tidak Percaya Kepada PM.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Emran,

Bawa bersabar. Jangan mencarut dan maki hamun. Kalau pembesar kita ada akal dan ada maruah, kita tak perlu maki hamun mereka. Mereka akan faham rasa hati kita.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Datuk KJ,

Wahai Perdana Menteri yang tidak disukai lagi, serahlah jawatan mu dengan cara terhormat. Janganlah membiarkan diri mu di maki hamun setiap hari. Malulah kapada anak-anak dan cucu-cucu kamu, bangsa dan agama kamu. Cukuplah, khidmat mu tidak diperlukan lagi dan wajah mu pun nampak tak ada seri lagi.

anak umno

BlueMoon said...

Saya sukup setuju dengan saranan Dato' bahawa kenyataan atau ugutan tidak percaya presiden SAPP hanyalah polemik semata-mata. Tujuan Dato' Yong sebenarnya ialah untuk mengaibkan Perdana Menteri. Tiada masa yang paling sesuai kecuali pada saat ini semasa kedudukan Pak Lah, di kacamata sebahagian besar pemerhati politk, amat lemah serba serbi. Sekuat mana Pak Lah dapat menahan asakan demi asakan, dari luar dan dari dalam BN, kawan serta lawan, hanya beliau dan kemungkinan besar isteri kesayangan beliau DS Jeane sahaja yang mengetahui. Sama-samalah kita tunggu.

Anonymous said...

salam dato
semakin hari saya semakin mengalami konfius jiwa yang gulana bila saja hati terdetik utk memikir perihal politiking negara..
bagaimana ini boleh berlaku di negara yang satu ketika dulu begitu dihormati dan disanjungi serta di banggai oleh rakyat sendiri.Kemana saya pergi dikampung,ceruk rantau malah mana sahaja jika bercerita tentang UMNO samada dari ahli UMNO atau bukan ahli,yang disebut balik-balik nama KJ(not u). walaupun saya kurang arif berkaitan latarbelakang si Kj tu....melainkan dari pembacaan blog-blog yang ada...saya pasti tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan dia mungkin....
walaupun beliau agak kurang lantang sekarang berbanding sebelum PR yang lalu...
Namun saya kecewa dgn situasi politik masakini...sekian
singacobra.....jb

Panglima Perang Cyber said...

Pemimpin yang benar benar ikhlas akan nampak pecah amanah di akhir zaman.

Pemimpin penipu akan dilihat sangat jujur di akhir zaman - sabda Nabi s.a.w.

Harap para pembaca semua yang memang pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara kena baca isyarat Nabi yang sangat penting ini.

YAHUDI sudah porak porandakan kita.

Zaman Nabi Yahudi gunakan MUNAFIK ( ulang sekali lagi) MUNAFIK untuk porak porandakan Nabi dan sahabat.

Yang mana mereka ( kaum Aus dan Khazraj ) telah disatukan kerana Islam...

Begitu juga fitnah kepada Nabi melalui siti Aisyah juga disebarkan oleh MUNAFIK dari hasutan YAHUDI ZIONIS zaman itu.

Cari kitab sirah dan baca sampai habis kisah tersebut.

Kerana Sejarah akan berulang...

tak percaya ?

anda kaji dan fikir dalam dalam.

Harap ALLAH merahmati pemimpin ikhlas lagi berjasa.

Oh ya kenapa Siti Aisyah difitnah ?

kerana mereka tak ada isu nak pertikaikan Nabi s.a.w...

jadi kena cari kambing hitam lah.

Ada faham ?

Kias kiaskanlah...dan jgn bodoh sangat kita ni.

Meh baca protokol YAHUDI di sini

http://mufti.penang.gov.my/artikel_3.htm

atau

http ://ustazmoden.wordpress.com

atau di sini

http://warkah2umat.wordpress.com/

siar jangan tak siar ! demi kebebasan media blogger...

Anonymous said...

Dear Kadir.

Good Move.You are right.Substantial damage done to Pak Lah.

Tak Pernah terjadi dalam sejarah BN.Keputusan malam ini SAPP maseh di dalam BN.Ini menunjokkan BN dan Pak Lah memang takut.He lost more respect.Ini macam cerita kerajaan OTTAMAN EMPIRE di akhie pemerentahannya sabelum Kamal Attutuk mengambil aleh TURKY.Gabenor Wilayah sudah tidak boleh kawal anak2 buahnya.

Kedudokan Pak Lah dan BN dengan SAPP."Di telan mati Pak Lah di luah mati BN."

Satu lagi berika yang akan mengejutkan akan berlaku pada 5 July ini.Sama sama kita tunggu.

Mengikut PKR besok mereka akan trigger PLAN B.

Saya amat terkejut sahingga sekarang UMNO dan pemimpin di KL maseh tidak faham politik Sabah.Kalau saya ada kuasa orang yang patut di Pecat ia lah Ketua Menteri Musa Aman.Ia merupakan Batu api wahid.

Latar belakang Musa,Ia merupakan kawan baik Haris Salleh penhgasas parti Berjaya.Berjaya yang menyerahkan Labuan kapada WP dan bukan sabaleknya.Musa merupakan keturunan Pathun yang datang dari Pakistan satu kurun dulu.

Tunjang Kuasa di sabah ia lah orang2 Bajau yang di bawah Tun Mustafa.Sekarang ini Musa cuba menleyapkan pengaroh Bajau.Dalam pilehanraya yang lepas satu saja calum dari keturunan Bajau.Sebab iyu ada ura2 sekarang hendak menghidupkan parti USNO samula.

Masaalah dengan Yong.Ia bukannya tamak jawatan dan projek.Apa yang berlaku Musa yang menawarkan jawatan senator kapada nya dan bukan ia meminta.Ia juga di tawarkan projek oil dan Gas dari Petronas yang bernilai 300 juta.Semuanya ia menolak.Ynag kenal Musa dan ia tahu politik Musa yang mahu kekal menjadi KM.

Kadir,Tunggu dan lihat.Plan B dan Plan C akan berjalan.

Selamat Jalan Pak Lah.Jangan di tanya kamana BN akan pergi.

mCrossings said...

Datuk,

Situasi politik sekarang amat menyedihkan.

Pak Lah sememangnya ada agenda rahsia tersendiri, beliau tidak langsung menghiraukan kehendak rakyat dan akar umbi, kegelisahan rakyat dengan harga minyak dan sebagainya.

Lagi menyedihkan sikap pembesar2 UMNO yang diam seolah2 mementingkan diri masing2.

Adakah mereka takut menyuarakan yang benar.

Adakah mereka telah termakan budi atau dirasuah Pak Lah.

Mereka ini adalah wakil rakyat, suara rakyat, dipilih rakyat.

Jika inilah sikap ahli politik kita, maka laknatlah kita semua. laknatlah kepada masa hadapan generasi anak kecil kita yang masih jauh.

Masa depan ahli2 politik yang semakin pendek ini nampaknya lebih berharga.

Sedih datuk...tersangat sedih.

mrf said...

SAPP??Yong Teck Lee?? ala..orang cina biasa la..aku tak hairan kalau mca, mic pon buat mcm tu sebab diorang bukan melayu..memang nak jatuhkan melayu..
pada mereka pas sebuah parti yang boleh di kontrol..umno pula parti melayu terbesar dan halangan mereka bagi yang bukan melayu ni adalah umno..maka tak hairanlah kalau orang2 cina ni nak kasi padan muka kat BN..
apa-apa pun aku harap PAS terus bertegas dalam merperkatakan soal islam, jgn berdiam diri bila karpal singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak wujudkan negara islam.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sekali lagi Kepimpinan telah dimalukan, dan apakah tindakan susulan?

Boleh ke ada tindakan susulan? Terjerat.

Between a rock and a hard place.

"Tamparan Hebat buat UMNO & Barisan"
http://umnodu.blogspot.com

Anonymous said...

Scribe,

Saya rasa tak cukup katak nak pancing haruan. Kalau toman - bapak toman pun - ok.

Enough good frogs to croak for a rainy day - orang padang pasir tahukah katak panggil hujan?

UMNO Sabah gagal segagalnya.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Yang tersurat ialah Pak Lah dimalukan oleh Datuk Yong Teck Lee selaku Presiden SAPP yang merupakan komponen BN. Yang tersirat ialah penyakit koro yang telah menjangkiti seluruh kabinet Pak Lah.

Datuk Yong menyebut undi tidak percaya kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Seluruh kabinet yang ada adalah lantikan oleh Perdana Menteri. Dengan kata lain, Datuk Yong menyatakan bahawa undi tidak percaya itu juga adalah kepada seluruh anggota kabinet yang ada.

Kita faham dan memang menjangka bahawa Pak Lah memang akan terus dengan kedegilannya untuk buat tak tau dengan desakan ini. Walau bagaimanapun, jika di antara anggota kabinet ada yang memahami mesej tersirat, sudah tentu akan mengambil keputusan meletakkan jawatan secara terhormat.

Jika anggota kabinet pun buat tidak faham dengan mesej yang tersirat, kedudukan mereka samalah dengan ketua mereka, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau sendiri tidak boleh berada di kedudukannya sekiranya tidak mendapat sokongan kabinet, hatta kabinet dapur sekalipun.

Anonymous said...

Dato'

Nampaknya Khairi bukannya boleh jadi PM sebelum umur 40 tetapi dilupakan oleh Umno sebelum umur 40 hhee dan PakLah akan dingati sebagai Presiden Umno terakhir.....

affendi hussain said...

Salam Dato,

1.Org sibuk2 kata Ezam ex-PKR "Trojan Horse"...

2. Sebenarnya Pak Lah tu ler Trojan horse sebenar utk musnahkan UMNO & "amplifier" perpecahan Melayu.

3. Skrg baru setakat keluar manantu, anak, balaci & kroni... tentera2 pemusnah "Yakyud & Makjud" hanya menunggu masa utk menyerbu masuk apabila pintu kota Troy dibuka & berpesta memusnahkan segala isi didalamnya!

4.Kisah Abdullah bin Ubai ...ketua org Munafik di zaman Rasulullah..??

5. Kisah masjid didirikan oleh org munafik diarah bakar oleh Rasulullah demi perpaduan ummah?

6.Kisah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.. Imam Hadhari..hari ni cakap lain esok lusa dah jadi lain ??

7. Kita dah jumpa Trojan Horse sebenar, maka bakarlah ia demi kebaikan sejagat tamadun kota Troy yg susah payah dibina..

8. Jika tidak, kita akan musnah & hilang tak bernisan dari muka bumi seperti sejarah Troy juga!

9. Adakah ini sejarah versi hadhari (masakini)..?

10. Ya Allah..bantulah kami dgn ilham untuk kami berusaha selamatkan diri kaum kami sendiri..
Ar-Raad:11

Wallahualam

Iskandar PT said...

Salam Dato AKJ,

SAPP istihar tidak percaya pada Pak Lah. Ini merupakan langkah awal atau simptom awal kejatuhan Pak Lah. Sejak akhir-akhir ini Pak Lah asik berulang alik ke Malaysia Timur di sebabkan nak memuaskan hati komponen di sana dengan menjanjikan bermacam habuan pembangunan (kononnya). Sedangkan kita amat mengetahui bahawa ia adalah langkah terdesak Pak Lah mengekalkan kuasa nya.
Sehingga PRU 13, Pak Lah akan pasti ke sana berulangalik termasuklah menteri-menteri kabinet .. tetapi mampukah Pak Lah memuaskan hati dan nafsu komponen BN disana??.
Bagaimana pula dengan nafsu komponen BN di sini??
Mampukah Pak Lah bertahan lagi sehingga PRU ke 13??
Kerana dok asyik nak jaga sebelah Sabah dan Sarawak, Pak Lah lupa sebelah Semenanjung dan ini akan memberikan Pak Lah satu kejutan apabila komponen disini mengistiharkan keluar BN. Desas-desus kedai kopi ekslusif mengatakan komponen di Semenanjung juga akan keluar BN kerana tak percaya pada PM (khabar angin).
Jika di amati senario ini, adalah lebih baik PM melepaskan talak kepada komponen yang berhasrat curang kepada BN dari pada terus menyimpannya kerana mereka akan jadi "api dalam sekam" dalam PRU 13nanti disebabkan rasa irihati pasti memuncak ketika itu apabila setiap ketamakan yang di minta tak diperolehi.
Pada hemat saya,sikap Pak Lah yang masih mahu jadi PM walaupun sudah kalah teruk di 5+1 negeri amatlah memalukan. langkah-langkah pembetulan selepas PRU 12 yang dilakukan PM hanya menambahkan kebencian pengundi kepada BN, BN pasti kalah di Sanglang, Perlis jika bermain secara adil kecuali lah pengundi di Sanglang dipenuhi hantu-hantu yang balik mengundi.
Namun begitu , kita sebagai pemerhati dan bloggers akan terus setia menanti telenovela BN yang hampir menuju episod terakhir sebagai parti yang memerintah.

Anak_Parit

Monster Mom said...

I really like the "old" Shahrir but now that he's a Minister, he's got to obey the master... too bad...

What is wrong with agreeing with the pembangkang if the issue is about the truth???

Sepatutnya MP menjadikan rakyat sebagai kriteria utama dlm semua hal dan bukannya parti... pilihanraya dah tamat...

Get on with your work! People are suffering and these MPs are still thinking about their beloved party...

Sedih tapi benar....

mad said...

situasi politik sekarang menyedihkan atau menceriakan, tertakluk kepada pandangan dan kedudukan individu. tetapi bagi saya tentulah yang kedua, dan saya pasti juga kepada majoriti rakyat malaysia.

kita lihat parti yg selama ini gagah dan angkuh, sambil menaungi org2 politik/ahli perniagaan elit yg kaya dan rasuah kini porak peranda dan hanya menanti kehancuran yg semakin hari semakin pasti. walaupun media perdana memberikan berita yg baik sahaja tetapi ramai maklum umno/bn akan rebah bersama pak lah. sudah terlalu banyak pukulan tko yg diterima oleh parti memerintah.

ini adalah berita baik buat rakyat kecil dan merana seperti saya yg memang sudah lama jelek dgn pemerintahan umno/bn sejak di banku sekolah lagi 20 tahun yg lampau.

saranan dsai agar pm malaysia akan datang diberi had selama 2 penggal sahaja bertugas memang patut dialu-alukan. ini akan menghalang pm akan datang dari korupsi dan mengaut harta mengkayakan kroni dan keluarga seperti yg berlaku sebelum ini.

semoga umno/bn akan cepat rebah agar malaysia segera memulakan langkah baru ke arah pemulihan ekonomi dan gejala rasuah.

azlishukri said...

makin teruk keadaan Pak lah..UMNO perlu diselamatkan..

Anonymous said...

A'kum Dato Scribe,

Alamak, si koro nak kena pukul dengan tukang rotan....huhuhuhu..mungkin nanti terjelir lak anunya setelah dipukul......Takyah gi urutlah...

Anak Tukang Urut.

Small Talk said...

Salam,
Cadangan undi tidak percaya itu kepada siapa?
Kepada (1) kerajaan BN atau (2)kepada Perdana Menteri atau (3)kepada DS Abdullah Badawi secara peribadi?

Saya rasa kepada (3). Sudah tentu SAPP masih percaya kepada (1) dan (2) kalau kita baca "in between the lines" kata-kata Yong Teck Lee.

Rata-rata diperingkat bawah pun rakyat sudah tidak percaya kepada (3).
Walaupun undi itu tidak dibuat sekali pun, reputasi (3) amat tercemar kerana sebelum ini tidak berlaku kepada PM terdahulu.

abdrahim kassim said...

Datuk A. Kadir Jasin,

Dalam PRU 12 rakyat sudah memberi beri isyarat, Abdullah tidak faham.

Selepas PRU 12, ahli-ahli UMNO yang tidak kena sakit "koro" sudah bersuara supaya Abdullah berundur, tetapi dia buat liat juga.

Tun Mahathir, bekas presiden UMNO sampai sanggup keluar parti kerana mahukan Abdullah berundur, tetapi dia tetap selamba mahu pertahankan jawatannya.

Desakan dari kalangan pemimin UMNO yang "separuh koro" memintanya berundur, pun tidak dipedulikannya juga.

Tulisan dan ulasan-ulasan blog yang setiap hari menghentam, menasihat dan memintanya berundur, tidak diambil hirau olehnya.

Parti-parti pembangkang usah ambil kiralah, kerana dalam keadaan apa pun mereka memang mahukan Abdullah turun.

Sekarang ini SAPP, kawan dalam BN yang diharap menyokongnya, telah berpatah arang memintanya berundur.

Apakah Abdullah masih hendak tunjuk muka "toyanya" lagi, atau mahu tunggu parti-parti lain dalam BN ikut jejak SAPP.

Dalam Islam memilih pemimpin diutamakan kepada mereka yang sehat tubuh badan dan tidak cacat dari segi pendengaran dan penglihatan.

Walaupun Abdullah tidak termasuk dalam kategori itu tetapi dia tetap "tuli" dan "buta" terhadap desakan rakyat sekarang ini.

Anonymous said...

Dato'

Menurut laporan Utusan Malaysia, Yong Teck Lee mula disiasat kerana disyaki terlibat kes rasuah semasa menjadi KM Sabah dahulu, yang selama ini dipendamkan saja. Inilah agaknya antara implikasi seandainya menentang Pak Lah.

Saya mula beranggapan ada banyak kes lagi yang melibatkan pemimpin BN yang dipendam atau disorok.

Anonymous said...

Gempak! Sila baca...


Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/84786

MIC deputy president G Palanivel today slammed former premier Dr Mahathir Mohamad for accusing the party's long term chief S Samy Vellu of being a racist and warned such statements could fan deeper racial sentiments.

In a statement released today, Palanivel also said that the former prime minister's comments on Hindraf were short in accuracy and insensitive to the sentiment of Indians in the country.

"It is sad to note that Mahathir is not aware of the fact that Hindraf is not only made of Tamil people but includes many non-Tamil and even non-Hindus.

"He (Mahathir) is wrong when he said Hindraf leaders only represent Tamil racists," said Palanivel in defence to Samy Vellu who has recently joined in the bandwagon in advocating for the release of five Hindraf leaders detained under the Internal Security Act (ISA).

G. Palanivel also said Mahathir should look into "his own roots" before manifesting such statements. Mahathir's forefathers are from South India.

Anonymous said...

salam dato
konfius jiwa yang gulana dalam diri perihal politik pimpinan YAB PM kini dilihat semakin menuju ke arah yang tidak menentu tujuannya.
Kredibiliti yang semakin dipersoalkan oleh semua orang didalam(termasuk parti komponen) dan diluar negara mungkin boleh menjadikan rakyat menjadi pusing.
Saya bukanlah penyokong parti pembangkang ( ahli umno tak semestinya pangkah BN )tetapi saya akan menjadikan satu kepastian yang saya sebagai rakyat tidak rela untuk ..........emmmmm ntah laaa sdih laaaa

Anonymous said...

Salam

Setakat undi tak percaya tu benda kecik aje...

La nie sapa pun dah tak bole percaya...termasuklah yang senantiasa ketayap putih pun sama juga...Ini kan pula yang tak berketayap...

Tapi memang betol pun.......


p/s: Kesian plak tengok Malaysia dari jauh

Abd Karim Daud
Westmeath.ie

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

dATO',

Dalam Al-quran : Al-Baqarah ayat 18;Bermaksud: MEREKA TULI,BISU DAN BUTA,MAKA TIDAKLAH MEREKA AKAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.

Anonymous said...

Yang Bhg Dato'

Kita semua patut alihkan fokus atas implikasi pengumuman parti SUPP ini ke atas Ekonomi Negara.

Berita hasil dari perjumpaan tergempar yang saya dapat dari Yahoo amat mengecewakan. Memandangkan Najib sudah terlalu lama menderita KORO, Pak Lah patutlah beralah demi masa depan anak bangsa kita juga.

mat_terab said...

Apakah Pak Lah akan membubarkan parlimen bagi menyelamatkan survival politiknya atau akan mengistiharkan darurat kalau kaadaan memerlukan....
kita harap ke dua langkah ini tidak akan di lakukan kerana akan merugikan .....sepatutnya pak Lah terima dengan tabah sekiranya bertukar kerajaan sekalipun.....

Anonymous said...

Semoga kita diberi petunjuk oleh Tuhan agar ditunjukkan kebenaran. Sukar untuk kita jatuh hukum kepada seseorang terutama didalam dunia politik kerana kita tidak tahu sejauh mana ketidakadilan itu benar-benar berlaku atau sejauh mana keikhlasan individu yang berjuang atas nama rakyat.

Yang belum berkuasa dilihat indah dan rendah diri selagi kuasa tiada di tangan, yang berkuasa mungkin terlalai, diperguna atau disalah tafsir. Permainan politik itu mungkin tidak semudah mata melihat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Wallahualam.

Wan Shamsudin said...

31955AKJ yang dihurmati;

Walaupun SAPP itu sebuah Parti yang kecil dan mempunyai dua orang Ahli Parlimen tapi ini bukan menjadi sukatan. Persoalannya KENAPA SAPP MELALAK? Adakah kerana Yong Teck Lee, seorang yang bolih katakan TAMAK, seperti yang dikatakan Perdana Menteri.

Saya ingin menyoal Perdana Menteri dan Pemimpin UMNO yang lain. Tolong tunjukan kepada saya Pemimpin Pemimpin dalam UMNO yang tidak TAMAK dan TIDAK GILA KUASA.Apakah MEREKA semua tidak mengejar KEBENDAAN? Beranikah mereka bersumpah bahawa MEREKA hanya punyai harta yang HALAL, dan tidak mempunyai harta yang melimpah limpah yang bukan milik MEREKA? MEREKA semuanya orang Islam. Beranikah MEREKA bersumpah dihadapan QURAN. Jika mereka menipu maka nescaya akan menerima KARMA Allah SWT.

Tindakan Yong Teck Lee itu benar benar TAMPARAN kepada Barisan Nasional, terutamanya UMNO.

Secara kebetulan pula, ada berita yang mengatakan Yong Teck Lee ada menerima RASUAH!!!Kenapa sekarang baru timbul?? Apakah kerana Yong Teck Lee menentang, maka beliau adalah seorang yang CORRUPT? Sudah berapa lama perkara ini terjadi? Kenapa Pemimpin kita mendiamkan diri.SATU TANDA TANYA YANG MESTI DIJAWAB OLIH PEPIMPIN KITA.

Apakah Mereka yang berulang alik ke Sabah, menghabiskan DUIT kerajaan tidak merasa BAHANG ini? Atau mereka hanya pergi makan angin dan memberi berita yang baik sahaja untuk bodekan Pemimpin?

KJ pula selama tiga hari di Sabah buat apa? Mohd Taib, Ku Nan dan yang lain bikin apa? MAKAN ANGIN AGAKNYA.Jika MEREKA ini SETIA dan JUJUR dengan Perdana Menteri,maka MEREKA mesti bekerja kuat dengan JUJUR dan beri berita yang sebenar kepada Perdana Menteri.

MEREKA sepatutnya bolih 'counter attack' tentang apa akan berlaku.
Apakah MEREKA cerdik dan pintar berpolitik? MEREKA sepatutnya mempunyai daya 'instinct' yang baik kerana MEREKA adalah orang orang yang dipercayai sepenuhnya olih Perdana Menteri.Mereka sepatutnya berasa MALU.Mereka sepatutnya di pecat olih Perdana Menteri.

Jika niat Yong Teck Lee adalah JUJUR demi RAKYAT Sabah, maka beliau mesti diberi pujian diatas KEBERANIANnya untuk memperjuangkan nasib Rakyat Sabah.

Penasihat penasihat Perdana Menteri adalah seperti orang sekolah ATAP sahaja. Lihatlah keputusan PRU 12, pemilihan Menteri Besar Trengganu dan Perlis, masaalah perpaduan bangsa dan macam lagi. Semuanya ini nasihat SIAPA???? Perdana Menteri mesti sedar bahawa MUSUH MUSUHNYA ADALAH PENASIHAT PENASIHATNYA SENDIRI, dan bukan orang lain. Semuannya dari dalaman UMNO.

Jadi sekarang Rakyat berasa amat BENCI terhadap Perdana Menteri. Segalannya mesti di tanggung olih Perdana Menteri.Semuanya ini kerana penasihat penasihat beliau.

Perdana Menteri yang dihurmati, tolonglah ubah dengan membuat kebaikan kepada Rakyat seluruhnya. Jikalau tidak saya yakin masa depan UMNO akan berkubur termasuk di Sabah.'Pisau di tangan saudara Perdana Menteri, samaada mahu dicincang hancur buah tembikai itu atau di hiris dengan baik baik'.

zainal abidin awang kechik said...

BPR pun ada banyak kerja la tok..

dulu semua nya tersorok.. bila saya lawan TOK..

semuanya terkeluaq..

salam untuk sekeluarga

abdrahim kassim said...

Datuk A. Kadir Jasin,

Pak Lah kata cadangan usul undi tidak percaya SAPP isnin ini bukan keputusan parti tetapi keputusan Yong Teck Lee sendiri.

Tetapi menurut SMS yang dikeluarkan oleh The Star pukul 4.30 petang tadi, Majlis Tertinggi SAPP menerima cadangan yang dibuat oleh presiden mereka itu.

Apa sudah jadi dengan Dolah ini Datuk?

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

Saya terpanggil utk memberi komen tetapi tulisan Sdr Enam Jahanam di Blog Rocky's Bru amat hampir dgn telahan dan pandangan saya:

"Ini yang paling kelakar -- Abdullah Badawi kata dia "tidak berjaya memuaskan ketamakan mereka."

Jadi, sebelum ini, Abdullah Badawi cuba nak bagi wang sogokan ya, nak puaskan mereka??

Wah, wah, bila sogokan dia tak jadi, baru dia cakap dia tak dapat puaskan ketamakan mereka.

Mari kita tangkap Badawi dan semua pemimpin UMNO sekali yang menggalakkan pemberian wang sogokan cam ni!

Ini dah jadi tradisi dalam UMNO dan BN.

Dah tiba masa dah kita singkirkan BN.

Kepada para penyokong UMNO dan BN, tolonglah, pikir be-baik, mari lah kita pilih pemimpin yang ada nilai 'accountability'.

Sekian.


Anakbuah

p.s.: Ada pulak yg berkata (Sdr. abcd)..."The thief is shouting "Thief ! thief ! thief !"" dan saya suka dgn komen Sdr AAB junior di blog yg sama..."If there is GREED involved, it is Badawi and AMNO which has shown greed by robbing Sabah."!!! Mungkin byk betulnya komen2 mereka di sana - 'It is the other way around'!.

Anonymous said...

Tukang Nujum dalam istana Pak Lah, sudah hilang 'power'. Ramalan nujum kaki lima, tampak lebih tepat dan benar.

Adakah tukang-tukang ( ampu, bodek, kipas, dll ) dalam istana Pak Lah, tidak beramal seperti yang dimahukan rakyat ?. Hal ini, menyebabkan penyakit masyarakat sudah merebak sehingga ke pendalaman Sabah.

Punca penyakit, semua dah tahu. Apa tunggu lagi, bakar sahaja istana, kita bina tamadun baru.

ADAM AMIN

nelly said...

Pak Lah kata SAPP president ada isu personal dgn dia. Saya nak tergelak bila dengar Pak Lah terlalu desperate menggunakan taktik tersebut. Dia kata ini perkara biasa dlm politik. Ada ke pernah terjadi kepada PM2 yg sebelum ni? Kita tengok sampai bila dia nak bertahan. Sah lah Pak Lah tidak kesah keluhan rakyat dan tidak pandai menjaga ekonomi negara. He only know how to spend....he got no business sense. Ada potensi buat business baru dia sekat sebab cut cost! Tak ke bodo namanya tu. He is the worst PM that we ever had!

nelly said...

SAYA JUGA SETUJU DENGAN CADANGAN MENGHANTAR PETISYEN MENYURUH PAK LAH LETAK JAWATAN. SAYA BOLEH DAPAT 1000 ORANG MENANDATANGGAN PETITION, TIADA MASAALAH.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pembahas,

Salah seoarng pembahas telah menarik perhatian kearah isu Hindraf. Saya nak bagi komen sikit.

Kalau tidak silap, dalam afidavit yang difailkan di mahkamah London Hindraf telah mempersoalkan kesahihhan perlembagaan Malaysia yang memberi hak istimewa untuk bangsa Melayu. Hindraf mahu Malaysia ditekan (pressured) untuk mengubah perlembagaan supaya hak-hak istimewa Melayu dihapuskan. Ini adalah sebab utama diantara sebab-sebab para pemimpin Hindraf telah ditahan dibawah ISA.

Persoalan dari minda simplistik saya adalah:
(1) "kenapa kerajaan PLKJ Tingkat 4 & Co. tidak menyiarkan saja afidavit tersebut untuk tatapan umum?"
(2) Kenapa AG Gani tak nasihatkan PLKJ Tingkat 4 & Co siarkan saja afidavit ini?

Pada minda yang bukan legalistik ini, afidavit adalah public document setelah difailkan di mahkamah. Tak tau le kalau undang-undang UK sangat berlainan dengan Malaysia dimana afidavit adalah document rahsia besar (TOP SECRET)??!!

I stand to be corrected.

Sekian...

abdrahim kassim said...

Datuk,

Kalaulah Abdullah kena kosongkan kerusi, siapa yang akan gantikan dia.

Najib tengah kelam kabut ni kerana Raja Petra sudah buat pernyataan bersumpah (statutory declaration)tentang penglibatan bininya dalam kes Altantuya.

Parah ni Datuk....

Berita dari gunung said...

Pak Lang Rembau said... Oleh itu dia bertekad 'alang-alang jahat biar jahat sejahat-jahatnya'!

Menarik. Memang, manusia tidak semuanya bersifat mulia. Ada juga manusia yang memilih-milih ketika dan suasana untuk bersifat mulia dan sebaliknya. Abdullah sudah mula belajar. Anwar pula sudah masak.

anakbuah said...

Dato' dan Sdr/i semua,

Di Utusan mengenai kes BPR Y. Teck Lee, sebahagiannya.... "....tindakan BPR memulakan siasatan ke atas Teck Lee tiada kaitan sama sekali dengan pengumuman Presiden SAPP itu dua hari lalu bahawa beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Itu cuma satu kebetulan kerana perkara itu (dakwaan rasuah RM5 juta) baru disebut di mahkamah, jadi kita kena menyiasat. Itu suatu perkara baru bagi BPR, dahulu siasatan kita tumpukan kepada sudut lain. Kita tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini,” ujar beliau."


# Nampaknya dah jadi amalan biasa akhir2 ini...lawan api dgn api, kalau tu pun tak cukup, lawan dgn petrol! Kalau yg dilawan tu terbakar, biar yg melawan pun rentung sama!!!

Anakbuah

anakbuah said...

Sdr man botak,

"Pada minda yang bukan legalistik ini, afidavit adalah public document setelah difailkan di mahkamah. Tak tau le kalau undang-undang UK sangat berlainan dengan Malaysia dimana afidavit adalah document rahsia besar (TOP SECRET)??!!"

# Mari kita cuba dapatkan afidavit tersebut dan siarkan di mana2 blog atau siarkan sahaja di sini kalau Dato' Scribe izinkan atau di blog saya. Saya yakin, tidak susah utk mendapatkannya sekira ianya 'public domain/document'.

MASA SUDAH SUNTUK. MULAI SKRG, ELOK KITA MULA "BEKERJA" DAN KURANGKAN TIDUR - NEGARA SUDAH MAKIN GAWAT!


Anakbuah

Heical said...

Di Sabah majoriti penduduknya terdiri dari Kadazan & Bajau.Kenapa Datuk Yong Teck Lee buat keputusan keluar BN.Sedangkan Dia cuma wakil dari kaum China bukan bumiputra Sabah.Kalau Sabah di perintah olih Berunai yg pasti dia tidak ada kerakyatan Sabah.

* Kadazan-dusun: 17.8%
* Bajau: 13.4%
* Malay: 11.5%
* Murut: 3.3%
* Other bumiputra: 14.6%
* Chinese: 9.6%
* Other non-bumiputra: 4.8%
* Non-Malaysian citizen: 25%

Datuk Yong Teck Lee melampau.
Pemerintahan & keputusan sepatutnya dari pehak Majoriti. Bersatu Malaysia. Kali ini kita kena bersama BN.

Anonymous said...

Selamat sejahtera Dato Kadir Jasin,

Terima kasih kerana menulis di blog Rocky's Bru mengenai isu MIC/HINDRAF itu

Saya rasa betul apa Dato cakap. Kita semua ada keturunan yang berbeza, tapi marilah kita sama-sama berusaha demi kesejahteraan bersama di bumi Malaysia ini.

Yang saya sedih Dato apabila saya dengar bahawa Dr. Mahathir macam cakap bangsa lain nak kasi kacau sama orang Melayu. Saya sedih Dato... saya rasa itu tidak betul. Semua bangsa mau sama-sama hidup sejahtera dan harmoni. Saya rasa betul Dr. Mahathir cakap kita kena pastikan kebajikan orang Melayu tidak terbiar. Itu betul. Saya tak suka lihat mana-mana rakyat Malaysia susah. Tapi janganlah cakap ada golongan bangsa tertentu semakin minta-minta banyak sangat. Itu macam mau kasi orang lain tak puas hati.

Cuma dulu saya sangat-sangat harapkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang menyatu-padukan rakyat tak kira keturunan. Sedih bila tengok bangsa ini curiga bangsa itu, bangsa itu takut bangsa lagi satu mahu rampas hak dan sebagainya. Mana ada betul, Dato?

Inilah saja keluhan saya. Terima kasih Dato kerana menulis kepada saya di blog Rocky Bru.

Saya juga minat baca blog Dato cara analisa Dato bagus dan blog data sangat seimbang.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Ikut lapuran Bernama, harga petrol akan naik lagi hujung bulan ini dari RM 2.70 kepada RM 3.15.

Tidak habis pening yang dibuat oleh SAPP, sekarang ini pening Abdullah ditambah lagi oleh Raja Petra, dengan pernyataan bersumpahnya di Mahkamah Tinggi yang menyebut Abdullah dan menantunya tahu penglibatan Rosmah dalam kes Altantuya.

Nanti orang akan persoalkan pula betulkah Abdullah ikhlas mahu reform badan kehakiman, kerana kes Altantuya ini telah ada sebelum Zaid jadi menteri.

Menyembunyikan fakta bererti mengkhianati keadilan....

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam Dato',

Mungkin ada yang mempertikaikan proses tawar-menawar...itu adalah adat resam politik.

PR pun sedang tawar menawar.

Bagi yang tiba-tiba menaikkan isu HINDRAF dalam posting ini, penulis ingin berkongsi sesuatu.

Sebelum Hindraf, penulis boleh bercakap tentang politik dengan rakan India secara seimbang dan objektif.

Tetapi setelah di"basuh" oleh propaganda HINDRAF,rakan India semakin ekstrem di dalam perbincangan. Jadi isu politik tidak lagi dibangkitkan.

Maksudnya di sini, walaupun di kalangan "moderate" Indians, kata-kata HINDRAF telah berjaya menaikkan elemen tidak percaya dan merenggangkan lagi hubungan antara kaum.

Kenapa isu ini tidak ditangani?

Bukan susah kalau dapat ditunjukkan statistik paras kemiskinan, golongan profesional, pendapatan purata...adakah benar kaum India dipinggirkan Tun M?

Hmm...

Wasalam Dato'
http://umnodu.blogspot.com

Anonymous said...

salam dato Akj

saya tidak tahu samada mahu menjerit terlampau suka atau biasa saja mengenai usul undi tidak percaya SAPP terhadap perdana menteri... tetapi yang pasti saya dan rakan rakan lain disabah berasa lega, gembira dan bersemangat dengan pengumuman itu...akhirnya ada juga parti/pemimpin yang berani meluahkan apa yang rakyat sabah cuba sampaikan melalui pemimpin mereka... tetapi saya kurang bersetuju dengan pendapat Bluemoon mengenai usul datuk yong... ia bukanlah kenyataan atau ugutan mahupun polemik tetapi apa yang diperkatakan datuk yong boleh saya katakan juga mewakili suara sebahagian besar rakyat sabah...dia hanya mahu menyampaikan kekecewaan rakyat dan bukan untuk mengaibkan PM, saya percaya....... malah mungkin org disemenanjung juga bersetuju... harapkan pemimpin sabah yang lain... semuanya tidak cukup cerdik, tidak berkebolehan dan penakut.. kalau tukang ikut belakang atau lalang pun saya mungkin boleh terima... tapi mungkin ini pun tidak ada dikalangan pemimpin disabah ini... semuanya mengharapkan gula gula atau buah tangan, barulah mereka memasang pembesar suara.. konon.. sebelum ini pun ada pemimpin yang kononnya lantang bersuara diparlimen... tetapi kini terus sepi... dengar khabar... ada yang ditawarkan projek besar sebuah syarikat minyak.... utk tutup mulut..ini bukan lagi rahsia, semua orang memperkatakannya... tetapi bukan Yong Teck Lee.. fikirlah sendiri siapa...

Saudara MRF berkata.......

"SAPP??Yong Teck Lee?? ala..orang cina biasa la..aku tak hairan kalau mca, mic pon buat mcm tu sebab diorang bukan melayu..memang nak jatuhkan melayu.....

Utk saudara MRF.. mungkin saudara perlu buka kacamata hitam.. patutlah dalam kegelapan... kalau nak dibandingkan yong teck lee dengan kebanyakan pemimpin melayu muslim dan umno di sabah ini jauh bezanya... datuk yong semasa jadi pemimpin, kenduri org muslim pun pun dihadiri, walau dipelusuk mana pun... makan pun tolak sudu dan garpu... ikut makan pakai tangan... org melayu pun banyak yg dibantu... lihatlah kenyataan org melayu muslim di daily express sabah dua hari lepas... pemimpin melayu muslim dan umno (bukan semua).. jadi menteri buat rumah juta juta... tak sedar sampai bpr pun bertanya... ada pulak yang main judi sampai kena saman masuk paper.. tapi kebajikan org sendiri terabai... buat lah research siapa mereka mereka ini..

saya harap datuk.. usul SAPP ini akan menjadi permulaan kepada yang lebih baik dari sekarang.....

usnobaru...

amoker said...

For one, the ACA case against Ahmad Said during the Terengganu crisis is similar to the timing and action that Teck Lee is facing. I do wonder what happen to Ahamd Said's case? ACA should be independent enough to submit the findings.

And what happen to the ex Minister-grope-cigar-lady case?

Secondly, we from Semenanjung may not understand how the Sabah/ Sarawakian feel nor fully comprehend their suffering. I do want to suggest however that Teck Lee view himself a Sabahan first and a Chinese second in identity. They are less into racial profiling until we bring in such culture there. How I wish that we can adopt the same view. Then our disccusions would be one as Malaysians instead of rhetorics of "majority is right".

anakbuah said...

Sdr helical,

"Di Sabah majoriti penduduknya terdiri dari Kadazan & Bajau.Kenapa Datuk Yong Teck Lee buat keputusan keluar BN.Sedangkan Dia cuma wakil dari kaum China bukan bumiputra Sabah.Kalau Sabah di perintah olih Berunai yg pasti dia tidak ada kerakyatan Sabah.

# Saya sebenarnya dah malas menulis byk mengenai semua ini sebab, seperti kata Sdr abdrahim dan Sdr Nginap Srengenge, kita sedang berdepan sambil menjerit dan menempik kpd mereka2 yg "tuli", "bisu" dan "buta". Apa saja yg saya tulis selepas ini hanya utk mengingatkan diri sendiri dan org lain yg tidak "cacat" begitu tentang kemungkinan bahaya di hadapan, kalau ada yg ingin mempertimbangkannya.

# Samada kita hendak terima atau tidak, bangsa Cina dari dahulu lagi memang bersikap kritis dan liat mempertahankan budaya mereka, bukan seperti kebanyakan bangsa lain yg cepat lupa dan hilang maruah diri dan kemudian tercari2 identiti sendiri - Melayu khasnya! Jgn cepat melatah bila saya tegaskan begitu kerana bangsa lain sedang memerhatikan tingkah-laku kita, sementara kita tidak perasan diperhatikan. Kalau tidak percaya juga, cuba Sdr/i masuk forum dan blog bangsa Cina kalau tahan dgn kata2 sinis, pedas dan tidak kurang ejekan mereka. Maaf, saya bukan berniat bersikap racist di sini - ianya benar. Bagi saya tidak hairan Datuk Yong Teck Lee (DYTL) mewakili bangsa Cina dan mendahului bangsa2 lain dalam percubaan mengusulkan undi tidak percaya ini. Yg lain2 di Semenanjung, koro!!! (Dan ada juga yg digelar kogho (dibaca kera), seperti kata Sdr budak nogori sebelum ini.)

"Datuk Yong Teck Lee melampau.
Pemerintahan & keputusan sepatutnya dari pehak Majoriti. Bersatu Malaysia. Kali ini kita kena bersama BN."


# Sdr helical, buat terakhir kalinya, di masa muda apabila sampai musim mengundi, saya dan kawan2 Gerak Gempurlah yg membawa bendera BN/UMNO ke hulu ke hilir, (atas arahan) "meracun"/menghasut pengundi sebelum sampai di pondok panas dan menyabung nyawa menyangkut poster2 serta bahan2 propaganda BN/UMNO di tiang2/wayar2 letrik bervoltan tinggi. Tetapi setelah yg layak mengundi dan kemudian berasa tertipu apabila seorang ketua bhg. mengatakan, nama saya telah dipergunakan di tempat lain utk memenangkan calon di Pahang (mungkin juga Najib pada masa itu), hati saya bukan kpd BN/UMNO lagi w/pun kedua2 org tua adalah 'hardcore' BN/UMNO dr dahulu. Sebab itulah saya "angin" sangat bila Najib koro begini sbb dia mungkin pernah menang dgn "undi hantu" saya. Org tua saya berkata, M'sia kecoh bila BN/UMNO "kalah" baru2 ini dan saya menjawap, bukan pihak lain penyebabnya - pemimpin2 BN/UMNO sendiri yg lemah dan lupa diri, kata saya. Tidak payah saya terangkan mengapa, perhatikan shj apa yg dilakukan oleh mereka akhir2 ini - sudah cukup buktinya!

# Cukuplah, saya tidak mahu lagi bercerita pasal "dosa-dosa" saya yg lepas lagi. Pentadbiran PakLah yg jauh melampau sebenarnya. Melayu skrg ini pun sudah ramai yg tidak mudah lupa. PakLah bakal diingati sebagai "Bapa Kehancuran BN/UMNO".

Anakbuah

Nostradamus said...

Apalah nak jadi?

Teori R.A.H.M.A.N ke, R.A.H.M.A.A.N ke, R.A.H.M.A.T ke, semakin nak jadi.

Menang sorak, kampong tergadai. (Sebelum dan selepas PRU12)

Kerana nyamuk, kelambu dibakar. (Sebelum dan selepas PRU12)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. (Pilih Tun ke, UMNO ke?)

Kerana politik, semua yang tak halal, dijadikan halal.

Kerana politik, ugama dan bangsa jadi mainan percaturan.

Kerana politik, pengampu paling hebat dinobatkan.

Kerana politik, pengkritik paling kuat di ISA kan.

Kerana politik , monyet di hutan disusukan.

Kerana politik, bayangan musuh diwujudkan.

Kerana politik, kawan dan sahabat dilupakan.

Kerana politik, rakyat Malaysia dipinggirkan.

Kerana politik, makanan pun dah jadi isu.

Kerana politik, bahasa pun dah jadi isu.

Kerana politik, nama pun dah jadi isu.

Kerana politik, pakaian pun dah jadi isu.

Kerana politik, nak kahwin siapa pun dah jadi isu.

Kerana politik, nak kahwin berapa pun dah jadi isu.

Kerana politik, hiburan dan tugu biasa pun dah jadi isu.

Kerana politik, manis di mulut, busuk di hati.

Kerana politik, kewarasan minda pun dah tak de.

Nostradamus pun dah tak dapat ramalkan apa akan terjadi kat Malaysia sebelum capai Wawasan 2020. Tak payah tilik sampai 100 tahun pun.

A KADIR JASIN said...

Sdr Abdrahim dan rakan-rakan sekalian,

Raja Petra Kamaruddin aka RPK tentu maklum implikasi tindakannya.

Statutory Declaration atau Surat Akuan Sumpah bukanlah sesuatu yang boleh dibuat dan dikemukakan kepada Mahkamah dengan sewenang-wenangnya.

Statutory Declaration is a procedure used to make solemn declaration Conscientiously believing that the information given or declared to be true.

The declaration is made under the provisions of the Statutory Declaration Act 1960.

Only officers with the Magistrate power are empowered to witness or certify such a declaration.

False or incorrect information can amount to an offence under the Penal Code -- Kanun Kesiksaan.

Jadi kalau tidak betul dakwaan-dakwaan itu, RPK boleh dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum.

Terima kasih.

izhamjaafar said...

Assalamualaikum Kadiaq

Saya pun tak tau la apa punya spesis Najib Tun Razak ni.Nak kata penakut ,tak kan la pulak .Kalau tengok badan dia yang besar tu macam HERO Hindustan .Keturunan Tun Razak mestilah hebat macam arwah bapaknya.

Melayu Glokal mesti berani tak kan nak jadi Presiden UMNO pun nak guna subsidi jugak kot?Najib kalau nasihat rakyat bukan main lagi “Rakyat jangan mengharapkan bantuan kerajaan untuk berjaya ,kita harus ada keberanian ,kita mesti GLOKAL “,Piraah, habih kalau nak tunggu peralihan kuasa dari Pak Lah dengan cara yang senang itu apa kebenda namanya ,subsidi politik la jugak tu .

Najib Tun Razak teringin nak jadi Panglima Perang tapi dia tak mau pi perang.Nak jadi panglima mestilah kena pi perang dulu baru tau macamana nak guna busur untuk memanah,kena tau macamana nak memacu kuda yang naik minyak ,kena tau macamana nak isi peluru meriam ,atur strategi menawan musuh dan yang paling penting sekali merasai sendiri kejayaan di medan perang ,barulah hebat.Nampak sekarang ni Muhyiddin dah mula memalu gendang perang supaya askar bersiap sedia.Najib tau ka bentuk gendang perang tu macamana?

Kalau setakat nak jadi panglima tapi tak mau pi berlawan ,baik tak payah.Duduk rumah lipat kain lagi baguih.Najib kena ingat, dia berada di atas sekarang ni pun satu pelurupun dia belum tembak lagi.Macamana askar-askar nak menghormati panglima kalau panglima tak pernah tembak musuh.Najib kalau setakat tembak peluru kapur sapa pun boleh Pak Lah lagi terer tembak peluru kapur.

Kadiaq saya tau anda ada keupayaan untuk menasihati Najib ,tolong habaq kat Najib kalau setakat orang UMNO meluat dekat dia tak pa lagi ,tapi kalau rakyat dah menyampah dan meluat atas sebab penakutnya nak lawan Pak Lah ,nak naik atas dengan cara yang senang lupakanlah PRU13 .
Orang Seberang Perak sentiasa berharap.

p/s :kita pakat pakat kempen untuk Muhyiddin apa macam Datuk Kadiaq

abdrahim kassim said...

Datuk,

Implication to Raja Petra, we hope he is fully aware.

Implication to najib and umno leadership, is a cause for concern and the people await reaction.

Abdullah weak leadership, BN component no confidence towards Abdullah and this latest development, can BN sustain until PRU 13 or surrender to PR in september as anwar claimed?

Bung Karno said...

Datuk AKJ dan man botak,

Dapatkan dan siar afidavit HINDRAF tu supaya semua sedar betapa Tamil Hindu ini adalah pelampau kaum
dan tak mengenang budi.

Tun M tak salah menamakan Samy Value sebagai pelampau Hindu kerana kini dia penyokong HINDARF (setelah mencemuh mereka sebelum PRU 12. Ketika itu DS AAB yang jadi suruhan Samy mengadap ketua-ketua Hindu)

A KADIR JASIN said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

Sdr Ambilgambar, antara lain berkata:

"Kadiaq saya tau anda ada keupayaan untuk menasihati Najib ,tolong habaq kat Najib kalau setakat orang UMNO meluat dekat dia tak pa lagi ,tapi kalau rakyat dah menyampah dan meluat atas sebab penakutnya nak lawan Pak Lah ,nak naik atas dengan cara yang senang lupakanlah PRU13 ."

1. Mohd Najib ada penasihatnya sendiri. La ni, orang macam kita, pembesar Umno takut jumpa;

2. Kita boleh jadi ahli parti yang setia;

3. Kita boleh setia kepada ketua parti kalau dia bagus;

4. Tapi paling penting sekali pembesar parti WAJIB setia kepada ahli.

5.Kalau ahli mahu mereka naik, meraka naik. Kalau ahli mahu mereka turun, mereka kena turun. Kalau ahli mahu mereka lawan, mereka kena lawan.

6. Pembesar parti tertakluk kepada kehendak dan aspirasi ahli bukan sokong menyokong antara merek saja.

Sdr Bung Karno, ulasan Sdr mengebai Hindraf mungkin agak keras dan keterlaluan.
Boleh jadi bukan semua ahli dan penyokong Hindraf beragama Hinda dan dari negeri Tamil Nadu, India.

Sekali ini saya siarkan komen Sdr. Mohon kerjasama untuk masa akan datang.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri pembahas yang dimuliakan.

1. Kita tidak akan bincang lagi kandungan surat akuan bersumpah RPK;

2. Apa yang disumpahkan oleh RPK sudah cukup terang dan jelas;

3. Kita serahkan kepada pihak berkuasa -- khasnya polis;

4. Kita boleh berbincang mengenai tindakan polis menyiasat atau tidak menyiasat dokumen sumpah RPK itu;

5. Kita tidak akan membuat uluasan apatah lagi tuduhan terhadap sesiapa sehingga pihak polis dan Peguam Negara membuat keputusan.

Terima kasih.

Wan Shamsudin said...

Saudara AKJ yang dihurmati;

Saya membaca satu artikel dalam Malaysia Today bertajuk "The Mystery of Vanishing Oil Money", dan jika apa yang dikatakan itu BENAR, maka sepatutnya kita mesti menyokong dan memberanikan diri untuk menentang Pentadbiran yang mementingkan diri olih Pak Lah.

Walau bagaimanapun saya yakin Saudara AKJ dapat memberi pandangan didalam Ruangan Saudara, kerana Rakyat mesti tahu akan "salah guna' wang Petronas ini olih pentadbiran Pak Lah.

Kerjasama Saudara AKJ amatlah kami harapkan dan kami ucapkan ribuan terima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

tok.. cerita BPR ini ..saya ada kisah BENAR untuk tok dan saya sahaja,...

bila ada masa tok kena belanja saya teh tarik..

kisah ni tok tentu suka punya..

saksi masih hidup dan sedang berkuasa di pantai timur.


salam.

Anonymous said...

Scribe,

Looking For Direction
(if you know where x marks the spot)

Nota:

IPOH, 21 Jun (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan kerajaan perlu bertanggungjawab jika tindakan untuk mengembalikan Artikel 121 (1) Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukan asalnya membawa kesan buruk kemudian, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan yang diterajuinya ketika itu mempunyai sebab-sebab yang tertentu untuk meminda artikel berkenaan.

“Jadi kalau dia (Zaid) berpendapat bahawa sekarang ini tidak perlu lagi pindaan yang itu, terpulanglah. Kalau ada kesan buruk, itu mesti ditanggungjawabkan.

“Jangan kita buat sesuatu, lepas itu bila berlaku kesan buruk kita tidak (mahu) bertanggungjawab… itu tak boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Harapan Malaysia’ di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini Sabtu.

zainal abidin awang kechik said...

apa maksud UTUSAN MALAYSIA..tok

Menteri sokong guling PM Israel akan dipecat
22/06/2008 9:15pm


BAITULMAQDIS 22 Jun – Perdana Men teri Israel, Ehud Olmert hari ini mengancam untuk memecat Menteri Kabinet daripada parti sekutu dalam kerajaan perikatan, sekiranya mereka menyokong undi Parlimen bagi menggulingkan beliau berikutan skandal rasuah.

Langkah mengeluarkan Parti Buruh pimpinan Menteri Pertahanan, Ehud Barak daripada kerajaan akan mengakibatkan Olmert kekurangan majoriti perundangan, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya awal yang berkemungkinan membantut rundingan damai dengan Palestin.

Barak yang juga bekas Perdana Men teri, telah menyatakan bahawa parti pimpinan beliau akan menyokong undian awal di Knesset pada Rabu ini dalam usul pihak pembangkang, Parti Likud, yang mahu Parlimen dibubarkan.

Pegawai kerajaan berkata, Olmert telah menyerahkan nota kepada menteri-menteri daripada Parti Buruh yang menyatakan bahawa beliau merasa keberatan untuk membiarkan mereka berada di dalam kerajaan sekiranya mereka menyokong usul tersebut.

Olmert kini dalam siasatan polis dalam kes wang berjumlah RM488,318 (AS$150,000) yang diterima dari ahli perniagaan Amerika Syarikat, Morris Talansky sejak 15 tahun lalu.

Olmert dan Talansky menafikan dakwaan rasuah tetapi beliau menyatakan kesanggupan meletak jawatan sekira nya didapati bersalah. –

Anonymous said...

salam...buat akj dan commentors:
sebagai pemimpin, pastinya apapun tindakan yg laksanakan utk kemajuan,keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara,mengunakan akal dan buah fikiran pembuat dasar dan polisi yg mahir dalam bidangnya..sanggupkah sebagai pemimpin utk popular menidakkan peranan mereka dan rakyat?
Apa guna popular sekarang dan dikeji kemudian>?nawaitu pemimpin pelbagai..
tersirat dan tersurat!

mdzack@kapar

Anonymous said...

Scribe,

Apa hal dengan CheDet?

Special Note
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 22, 2008 11:09 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as "suspected spam blog". Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

Depsite repeated appeals Bloggers.com have yet to "unlock" chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority...Chedet.com



Apa cerita?
The Last King Of Scotland...

Mohd Nadzri Kamsin said...

UMNO kini umpama sebuah bahtera yang sedang berlayar di lautan yang penuh bergelora.

nadzrikamsin.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Sdr The Last King of Scotland dan para pembahas serta pengunjung sekalian,

Saya dimaklumkan blog Tun Dr Mahathir mengalami masalah teknikal. Blogger.com "mensyaki" blog www.chedet.com sebagai electronically-generated spam atau sampah.

Ini mungkin kerana terlalu banyak orang mengunjungi blog itu dan meninggalkan pesanan (komen) sehingga menyebabkan Blogger.co mentakrifkannya sebagai "spam" dan secara automatik menutup laluan.

Ini berlaku sejak Jumaat. Tindakan sedang dilakakukan dan blog Tun masih boleh diakses di www.chedet.com walaupun mungkin berlaku sedikit gangguan dan perubahan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam,

saya menciptakan pepatah untuk sahabat saya 'tak penting bila awak jatuh, yang penting adalah bagaimana awak bangun semula'

dan utk 'pembesar negara'(istilah Datuk KJ)
'TAK PENTING APABILA AWAK JATUH, YANG PENTING ADALAH BAGAIMANA AWAK HENDAK MELETAK JAWATAN'

kehormatan dan penghormatan adalah
kata dasar yang sama tetapi maksud yang amat berbeza....

Unknown said...

Salam Datuk AKJ,

Bila SAPP umum undi tak percaya, tetiba je BPR pun umum pasal rasuah YTL. Nampak sangat bila kita di pihak kerajaan, semua dosa akan di'ghaib'kan. Pada saat kita mula menentang kerajaan, dosa itu dipaparkan. Agaknya sebab itulah TPM pun beriya-iya mengaku setia.

Anonymous said...

YBhg dato,
Apa komen Dato' tentang RPK memberi kenyataan bersumpah tentang penglibatan Rosmah dan 2 x Lt Kol on Altantuya case???
Ceritanya Perisikan Tentera telah melapor pada Pak Lah tapi Pak Lah bagi dekat KJ simpan.....why???sebab nak suruh orang taat pada dia ke???
Helang 79

anakbuah said...

Sdr Helang 79,

"Ceritanya Perisikan Tentera telah melapor pada Pak Lah tapi Pak Lah bagi dekat KJ simpan.....why??? sebab nak suruh orang taat pada dia ke???

# Emmmm...camne nak jawap soalan ni yea. Mungkin mcm ini...kebanyakan kita tahu jawapannya....tentulah "for obvious reason"!

Anakbuah


p.s.: Maaf Dato' Scribe, saya tak mau komen sgt tapi tangan ni gatal. I've no further reply/comment. Terima kasih.

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0194171951 said...

anak komen terhadap bapa, kemudian masih duduk serumah makan semeja. macam tak ada berlaku. tak ada rasa malu segan silu ka. ataupun ditelan mati mak di luah mati ayah. alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ya tak ya telan juga pahit bak hempedu pahit lagi batang seruntun. batang seruntun jadi ubat kencing manis. manis ka kencing dia tak nampak pun semut

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).