Monday, August 25, 2008

Implikasi luas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM masa tidak sampai 12 jam pemilih kawasan Parlimen Permatang Pauh akan keluar mengundi bagi menentukan bukan sahaja kesudahan politik Anwar Ibrahim tetapi masa depan politik negara.

Sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menang atau tidak, implikasi pilihan raya kecil ini adalah luas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penyudahnya.

Jangkaan umum menjurus kepada kemenangan Anwar. Yang menjadi persoalan hanyalah sama ada ia kemenangan besar atau tipis. Menang tetap menang.

Yang sudah pasti adalah kempen pilihan raya kecil itu bukan sahaja sengit tetapi mengandungi unsur-unsur sensasi yang nyata banyak melanggar etika, adab dan tatasusila – daripada tuduhan liwat kepada pembunuhan, pengkhianatan, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Tetapi salah satu kesan jangka panjang yang memerlukan masa untuk diselidik dan difahami adalah tindakan beberapa watak terbabit menggunakan sumpah untuk membela diri.

Apakah sumpah atas nama Allah atau sumpah di masjid ini boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan dijadikan amalan politik harian?

Yang pertama bersumpah dengan nama Allah dan merujuk kepada balasan laknat adalah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku dia telah diliwat oleh Anwar.

Dia bersumpah di hadapan imam dan pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh.

Walaupun sumpah Saiful Bukari itu didakwa tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, namun menurut laporan media massa arus perdana dan alternatif ia menjadi bahan kempen yang hangat bagi Barisan Nasional.

Tindakan Saiful Bukhari dicontohi oleh Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak apabila beliau bersumpah, juga dengan nama Allah, di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Mohd Najib bersumpah dia tidak pernah berjumpa dan tidak kenal dengan mangsa pembunuhan sensasi Altantuya Shaariibuu. Penasihat politik Mohd Najib, Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu.

Apa pun muslihat dan kesan mutakhir dua sumpah ini ke atas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kepada orang yang bersumpah, satu perkara yang dikhuatiri adalah implikasinya terhadap Islam.

Apakah kesan sumpah ini terhadap orang Islam keseluruhannya dan terhadap pandangan orang bukan Islam kepada Islam?

Perbuatan bersumpah ini boleh mencetuskan persoalan dan pertikaian yang berkemungkinan akan mencemar dan memburukkan lagi imej Islam di negara kita.

Misalnya, apakah reaksi mahkamah sivil terhadap sumpah seperti ini? Adakah sumpah di masjid dengan menggunakan nama Allah atau Al-Quran boleh diterima sebagai bukti?

Dalam keghairahan orang politik dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka menggunakan kaedah sumpah ini untuk membela diri, mereka wajib sedar bahawa tindak-tanduk mereka boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mendedahkan agama Islam kepada sendaan orang bukan Islam.

Adalah sangat merugikan Islam apabila pihak-pihak yang membelakangkan Islam di dalam tindakan rasmi dan peribadi mereka tiba-tiba bersumpah atas nama Allah dan Kitab Suci apabila tersepit.

Di satu sudut lain pula, perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran ini boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu hukum hudud diperkenalkan sebagai undang-undang sejagat bagi memperkukuhkan tuntutan mereka.

50 comments:

Richguy said...

You have raised a valid point. Though I'm not a Muslim, being someone who respect all religions, I would like to highlight few reasons that are worth taking note.

My question to you and others is, did anyone see the qualities in Anwar as Muslim? I see that and hope the Muslims especially see that too!

A person who is god fearing and religious will never do few things under whatever circumstances.

1) He will never dare to swear on his holy books or in the name of god. Anwar never wants to swear on Koran – which means he respects and fears god and his holy religion.

2) Saiful in accusing Anwar of sodomizing him, has sworn on Koran to prove he was telling the truth. In Anwar’s case, he has refused though it matters most for him as he is in for election – willing to take a risk of losing rather than exploiting religion.

3) “Let us assume Anwar had actually sodomized Saiful” If this was a truth, we could imagine the type of Anwar we could see – a sodomite could not be respecting his religion and god so much, so he would have also by now sworn on Koran as requested to quickly come out clean at whatever cost. To him Koran could be a plain book and nothing more.

Did Anwar do that? No, not all. So it’s an easy conclusion. Someone who had gone to the extent of raping another person would also be capable of lying under any circumstances more so in the case of Anwar, who has so many things, including being a PM on the stake. Yet he is not willing for one sole reason- don’t belittle god and religion for your personal interest.

Therefore it is not possible for Anwar to indulge himself into this despicable act.

ANWAR IS INNOCENT AND GOD FEARING MAN.

Anonymous said...

dulu tunku dah sebut negara kita negara sekular, tapi parti perikatan atau bn menang besar dalam pilihan raya dan pas terpinggir jauh, tapi semenjak tun dan pemimpin baru bn menyatakan yang melaysia adalah negara islam telah menjadi satu perbalahan antara orang umno sendiri, dan ini menyebabkan keyakinan bukan melayu berkuranggan dan melayu sendiri telah berpecah, dan saya yang kurang ilmu bilamana menyatakan malaysia sebuah negara islam menyatakan, bagaimanakah negara yang digelar negara islam mengikut hukum syarak?

Anonymous said...

salam datuk akj,
SAYA sangat bersetuju dengan pandangan Datuk mengenai kesan sumpah terhadap imej Islam.
Rakan saya bukan beragama Islam bertanya mengapa perlu ada sistem perundangan dalam Islam seperti mahkamah syariah jika dengan bersumpah seseorang itu bersih daripada sebarang tuduhan. Dengan bersumpah sudah cukup, kata mereka. Tidak perlu bicara ke? tanya mereka lagi. Jika bicara dan orang yang bersumpah itu didapati bersalah, keputusan mana yang hendak dipakai.
Pening hendak menjawabnya.

Anonymous said...

SAYA AMAT SETUJU DENGAN SDR KADIR JASIN.. AMALAN SUMPAH SEPERTI INI ADALAH PERBUATAN ORANG KRISTIAN.. DAN MEREKA YG DIANGGAP ISLAM YG BERBUAT DEMIKIAN SEBENARNYA AGEN KRISTIAN YG PALING DAHSYAT !!

Mr. Smith said...

Sumpah-sumpah ini boleh mencetuskan persoalan dan pertikaian yang berkemungkinan akan mencemar dan memburukkan lagi imej Islam di negara kita.
======================
It would be more fitting had the demonstrators at the Bar Council forum had done the same thing in front of the mosque here the swearing took place.
To me this swearing by Saiful and Najib is worth less than one sen.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

berdasarkan pengatamatan dan tulisan dato' Anwar tetap menang sama ada besar atau kecil.

jadi dato' memang dah berharap anwar akan menang?

Isu sekarang apa yang PKR pimpinan Anwar lakukan kini amat menyakiti hati orang Melayu dan bukan Melayu seolah-oalh diajar suupaya menendang Melayu.

Pada sebelum pr yang lepas, perkara begini tidak berlaku. kita hidup harmoni sehinggalah anwar dibebaskan dan harga minyak melambung naik serta peluang pekerjaan semakin hari semakin tiada.

Tambahan pula, di bawah Pakatan, peluang pekerjaan yang disediakan oleh mereka seolah-olah tiada. yang ada notis perbehentian kerja ada macam berlaku di Perak dan Pulau Pinang.

Mungkin negeri Pakatan rakyat akan terikut-ikut dengan SISTEM EKONOMI PAS DI KELANTAN?

SEMUA ORANG BERHIJRAH KE SINGAPURA?

R@duan said...

1) Agama Islam dipersendakan, bukan oleh orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri. Jangan salahkan orang lain.
2) Bila terdesak baru nampak jalan 'agama'
3) Semakin ramai orang akan bermain dengan sumpah selepas ini. Bila terdesak, bersumpah.!Bila tersepit, besumpah.!

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

1. Apabila seorang bersumpah tidak bermakna dia lepas dari tuduhan atau dengan sendirinya dia dianggap di pihak yang benar. Sumpahnya juga tidak boleh diambil kira dimahkamah

2. BERSUMPAH hanya satu cara memberitahu umum KESANGGUPAN menyatakan sesuatu. Ia adalah jalan terakhir untuk mepertahankan diri dari terus dituduh tambahan pula tuduhan tersebut dibuat dengan meggunakan mahkamah rakyat atau mahkamah media.

3. Selepas itu terpulang kepada rakyat dan media tadi yang sama-sama membuat dan menilai tuduh menuduh tersebut.

4. Tidak ada hukuman di dunia yang akan menimpa orang yang bersumpah kerana sebenarnya urusan bersumpah ini ialah antara orang yang bersumpang dengan ALLAH

5. ALLAH yang akan menghukum sekiranya perbuatannya bercanggah dengan sumpahnya.

6. Bagi kita di dunia, hanya akal dan emosi sahaja yang menjadi penentu.

7. Sebagai penenang hati, semua penganut agama melakukan sumpah dengan cara tersendiri, tetapi tujuan yang sama.

donmny said...

TUAN

kenapa orang 'kita' makin bodoh.

dulu masa kecik-kecik, orang tua-tua selalu pesan. jangan dok sumpah tak ketahuan. kita senyum je.

sekarang PAK MENTERI pun bersumpah. nak kata apa lagi.

sekarang kita kena kata dekat anak-anak kita.
"sumpah selalu apa yang hampa buat, menteri pun sumpah, pasai pa hampa ketegaq tak mau sumpah".

kalau anak-anak kita tak mau sumpah juga, kita sumpah depa pula jadi batu. bila semua jadi batu senyap sikit kut.

zul helmi telah bersumpah atas nama tuhan yang najib memberi 'duit' kepada roslan kasim dan gengnya. najib kena sumpah balik ka.

apa ceta ni MELAYU MALAYSIA

Hariz Hussein said...

agama menjadi bahan permainan ahli2 politik di negara kita sekarang ni. bukan bukti yg penting tetapi sumpah yg lebih penting. sepatut nya sumpah adalah yang jalan terakhir setelah melalui semua fasa perbicaraan dan masih tiada bukti dan penuduh masih ingin menuduh tertuduh.

www.mencandat.blogspot.com

Anonymous said...

Salam DKJ.
Saya sebagai seorang penganut Islam berasa sangat malu melihat serangan kempen PR44,terutama kompolan yang memperalatkan Islam untuk menyelamatkan bahtera yang hampir karam.Hakikatnya kehidupannya hariannya tidaklah kelihatan sangat Islamnya.
Sumpah memegang Quran dengan tangan kirinya,menyebut kalimah-kalimah suci tersasul tersilap dan tersalahnya....
Lebih menyedihkan lagi TPM menuruti jejak seorang remaja 23 tahun turut melafazkan sumpah dan disusuli matan MB Perak.Sumpah jadi mainan,anak-anak kecil,remaja akan mengikut jejak langkah mereka yang lebih tua, semua ini merosakan keimanan orang Islam.
Berpolitik biarlah pada tahap kematangan,bersesuaian dengan tahap usia kita merdeka dan tahap pendidikan masyarakat terbanyak.
Saya melihat bukan saja menimbulkan kekeliruan dan pelbagai prasangka dikalangan umat Islam apatah lagi bukan Islam.
Perjuangan menegakan Islam yang sentiasa diperjuangkan oleh PAS setidak-tidaknya dibuka ruang oleh pelaku sumpah yang 'kononnya'hendak diadili dalam kontek Islam.
Saya juga bersetuju dengan DKJ Anwar InsyaAllah akan menang dalam PR 44.Demikianlah cakap-cakap masyarakat setempat.
Sama-sama kita tunggu keputusannya.

afja02

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kertas pertuduhan liwat suka sama suka @ sukarela. Kertas sumpah diliwat secara paksa...!!!! Mana satu yang betul tu..???

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih kerana memilih tajuk ini untuk dibincangkan. Bagi saya amat tepat masanya.

Sumpah laknat bukan suatu perkara yang kecil. Ia adalah suatu sumpah dengan nama Allah SWT. Ia juga suatu sumpah yang meminta Allah melaknati diri sekiranya apa yang disumpah itu adalah tidak benar.

Sehingga kini, jika ada penjelasan dari ulamak sekalipun, ia dibuat secara umum sahaja dan tidak pula disertakan nas dan rujukan. (Jika ada yang lengkap sedemikian, harap dapat kongsikan di sini).

Beberapa minggu lepas, dari sumber-sumber bacaan yang mudah diperolehi, kita dengan jelas dapat mengetahui dengan lengkap prosedur pemeriksaan keatas mangsa liwat.

Malangnya kita sukar untuk mendalami apa itu sumpah laknat. Apa rukunnya? Apa keperluannya. Jika perlu saksi, berapa orang dan orang yang bagaimana?

Sehingga kini, dalam masa seminggu, kita telah menyaksikan 3 sumpah laknat.

Satu sumpah laknat mengaku dianiaya (Saiful) dan dua sumpah laknat berkaitan penafian subahat dalam penganiayaan (TPM dan Mantan MB Perak).

Islam itu mudah. Namun saya pasti Islam tidak boleh diamalkan dengan sikap ambil mudah.

anakbuah said...

Salam Dato',

Kalau kita masuk blog2 yg ramai pengunjungnya bukan Islam atau bukan Melayu, kita akan dapati kebanyakan mereka sudah mula mempersenda dan mempersoalkan kesucian AlQuran dan masjid. Persepsi mereka kedua-duanya boleh dipermain2kan seperti juga Bible dan gereja. Yg lebih buruk kata mereka, org Melayu Islam membuat masjid tidak ubah seperti lorong2 "belakang mati" - lebih hina drp rumah ibadat lain! Rupa2nya musuh2 Islam tidak perlu buat apa2 utk menghancurkan Islam - org Islam sendiri yg melakukannya. Di M'sia, "tentera2" kuffar tidak perlu datang drp luar, seperti di Iraq atau Afganistan misalnya.

Masjid di M'sia bukan mahkamah syariah. Dan kalau kita percaya mahkamah syariah setaraf dgn mahkamah civil (bagi yg fanatik, suatu penghinaan terhadap undang2 syariah Islam), kita perlu selesaikan dahulu di mahkamah - bukan terus bersumpah. Dan kenapa perlu di masjid? Tapi Saiful dengarnya pergi ke JAWI bukan urusan liwat, lapor akhbar harian. Kenapa mahkamah syariah lambat menggesa Saiful membela diri? Di mahkamah civil, kes2 Anwar ini cepat sahaja - mahkamah syariah tidak rasakah kes ini amat penting kepada umat Islam dan bukan Islam amnya? Kita nampak mahkamah syariah bersungguh tidak bersungguh. Takkan nak buat alasan, dokumen pertuduhan "lesap" mcm 10 tahun dahulu lagi? (Yg akhirnya, mahkamah civil pula mengambil-alih pertuduhan tersebut sampailah digugurkan selepas itu)

Org bukan Islam akan bertanya, beginikah keadilan undang2 Islam sebenarnya? Bersumpah, habis cerita. Mcm persalah Kristian, 'confess' dgn paderi, gugur dosa. Islam bukan begitu, bukan? AlQuran itu mukjizat, bukan seperti kitab2 agama lain. Kenapa kita main2kan mukjizat tinggalan Nabi kita utk keuntungan politik murahan begini? Saya setuju dgn Mufti Perlis, lihat Salah pegang Al-Quran ketika bersumpah: Mufti Perlis “Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya.

Saya bukanlah kuat agama sangat tapi cukuplah kalau saya malu nak mengaku Melayu. Kalau kita tidak lagi menurut ajarannya, Islam jangan sekali kita cemarkan.

Anakbuah

p.s.#1: Nampaknya Najip pula bergurukan Saiful. Apalah nak jadi...?

p.s.#2: Mana mufti2 kita yg lain? Kita ada mufti Perak dan Perlis sajakah? Kenapa Majlis Fatwa lambat sangat nak bersidang?

the indie story said...

Assalamualaikum Dato' Kadir yang dikasihi dah dirahmati Allah swt. Semoga tenang bersama keluaraga tersayang berserta anak cucu.

Adalah tidak menghairankan semenjak kebelakangan ini para politikus kapitalis sering mengucpakan sumpah seolah-olah seperti mendeklamasikan sajak.

Tuhan pun mereka tidak takut, inikan pula sesama manusia. Namun itu tidak penting, samada takut atau tidak...pembalasan nya pasti tiba. Percayalah! Tunggu jawapannya dalam masa tidak lebih setahun. Ini bukan kata saya, tetapai kata-kata para alim ulama' muktabar seperti yang terkandung didalam kitab-kitab sunnah. Tungu dan lihat...


Masakan mereka ini takut untuk bersumpah, bukankah selama ini kebanyakkan para poltikus ini mengamalkan satu konsep politik yang dipanggil 'Politik Sesumpah'.


Ini kata-kata saya : Manusia jahil memang tidak sesekali takut untuk bersumpah. Mereka boleh bersumpah sejuta kali pun. Diakhirnya...ALLAH swt juga yang akan memberi balasan yang setimpal. Tidak kira samada mereka ini PM, TPM, bekas TPM dan rakyat biasa.

Jangan sampai dimakan sumpah!

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Terima kasih kerana Datuk memberi respon kepada soalan tambahan saya pada posting yang lepas. Saya yakin, walaupun dalam kesibukan , Datuk sempat membaca semua komen-komen kami di blog ini. Semangat seorang editor masih membara. Syabas.

Datuk,

Bercakap tentang sumpah terkenang saya zaman kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak sumpah seperti ini selalu digunakan untuk membuktikan kebenaran atau kejujuran. Jika ada seorang kawan dituduh mencuri, dia akan bersumpah menggunakan perkataan LILLAH. Tetapi kami budak-budak ini tidaklah bersumpah di dalam masjid. Kami bersumpah di mana-mana. Tetapi kami tidak sekali-kali berani bersumpah sewenang-wenang. Walaupun masih kanak-kanak, kami sedar akan implikasi sumpah seperti ini. Kami hanya bersumpah apabila kami berada di dalam keadaan yang benar sahaja. Kami juga tidak mempersoalkan kebenaran atau kejujuran setelah seseorang itu bersumpah. Jika ada kawan yang bersalah dan diminta bersumpah, kawan itu tidak akan bersumpah tetapi akan terus keluar dari situasi tersebut dengan bermacam-macam alasan. Orang tua cukup marah kalau ada budak-budak yang bersumpah menggunakan LILLAH. Itulah cerita zaman kanak-kanak.

Membaca berita-berita kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh menegakkan bulu roma saya . Seperti kata Datuk, banyak sangat unsur-unsur sensasi yang nyata banyak melanggar etika, adab dan tatasusila – daripada tuduhan liwat kepada pembunuhan, pengkhianatan, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.
Ada orang pecah tembelang kawan lama. Kawan bogelkan kawan. Samaa ada fitnah atau hakikat orang tulis tetap tulis. Sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri menang atau Timbalan Perdana Menteri sekarang menang, terpalit tetap terpalit arang. Seperti kata Datuk, implikasi pilihan raya kecil ini adalah luas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penyudahnya. Dalam hal ini, saya amat berharap kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir MELAYU MUDAH LUPA menjadi kenyataan. Kita mahu cepat melupakan wajah kedua-dua calon pemimpin kita yang huduh semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Inilah akibatnya kalau persaingan terlalu sengit hingga tahap sabung nyawa.

Dalam keadaan yang bercelaru ini, sempat juga hati saya terhibur. Jam 11, hari Isnin saya tonton RTM slot Dari Parlimen. Saya nampak dua orang Yang Berhormat, seorang dari Pas dan seorang dari UMNO dijemput untuk berbincang. Apa yang mereka bincang tidaklah mahu saya panjangkan di blog Datuk ini. Saya perhatikan non verbal mereka. Kata orang, untuk melihat kejujuran seseorang itu, janganlah dengar apa yang diujarkan tetapi pandanglah wajah mereka. Tenung mata mereka dan perhatikan gerak mereka. Saya pun perhatikan muka kedua-dua YB ini. Otot muka kedua-dua mereka tidak kejang. Mereka saling pandang memandang, saling barter senyuman, saling anguk-menganguk. Pada hemat saya kedua-dua YB ini masing-masing jujur dalam mebincangkan tajuk yang dikemukakan. Sejuk hati saya. Teringat slogan zaman Woodstock, zaman hisap ganja belum menjadi kesalahan…..PEACE NOT WAR.


Datuk memikirkan tentang peranan sumpah dalam mahkamah sivil. Saya pula memikirkan tentang konflik kuasa mahkamah syariah dengan mahkamah sivil dalam mengendalikan soal rogol. Bagaimanakah agaknya untuk memberi keadilan kepada seorang yang didakwa merogol sekiranya ia menuntut Qazaf. Nampak macam akan berlaku konflik antara mahkamah dalam soal ini. Fenomena ini pun agak baru bagi saya. Ianya berlaku dalam ruang masa yang hampir sama dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Apakah kesan pilihan raya kecil Permatang Pauh? Soalan ini mengingatkan saya kepada Imam Ramlang Porigi. Di manakah Imam Ramlang selepas pilihan raya kecil ini. Jauh benar pemikiran saya menyimpang daripada arus pemikiran perdana. Apa boleh buat. Hanya itu termampu saya fikirkan. Pesan orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri. Sehubungan itu, malam tadi Mufti Wilayah Persekutuan menyelar Imam Ramlang Poringi di TV. Mufti kata Imam Ramlang seorang pegawai bawahan. Kerja Imam Ramlang hanyalah menjadi imam dan menjalankan upacara nikah kawin. Mufti juga sebut Imam Ramlang boleh sentuh bab tajwid. Mufti juga kata, jika hendak bercakap atau membuat keputusan tentang perkara yang besar perlulah ada rujukan. Dalam erti kata lain, mufti membidas Imam Ramlang yang memandai-mandai. Bahaya juga kalau seluang menodak baung.

Ada orang bersumpah. Ada orang menyumpah. Ada pula yang jadi sesumpah. Haiwan yang bertukar warna mengikut keadaan.

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku

mn said...

Salam Datuk,

1. Sebenarnya Tuhan nak tunjukan kepada Pemimpin dan rakyat Malaysia, bahawa semua SISTEM yang ada di negara kita sekarang semuanya sudah tidak boleh dipercayai lagi...kerana apa?

2. Kerana RASUAH yang amat teruk dalam negara kita sebelum ini.

3. Akhirnya Mahkamah, Hakim, Peguam Negara, Polis, Bpr, Pendakwa, Peguam, Spr, Imigrasyen, Kastam, Media, Mufti, Hospital, Sumpah...semuanya telah LUMPUH dan tidak dipercayai lagi oleh rakyat di negara ini.

Unknown said...

bersumpah konon! dalam masjid lak tu! apakah orang boleh yakin? sedangkan mukjizat Al-Quran pun tak dihirau serta di perlekehkan, diperhinakan, konon perlakuan semua baik sempurna, nak jadi pm, sedangkan keluarga tak nampak seperti nama Lukmanul-Hakim yang disebut dalam Quran.

tunjuk contoh yang baik baru orang lain boleh ikut.

drp: cucu orang utan

Anonymous said...

Scribe,

Hukum Karma
(dirinya yaumulyaqumulhisaab)

Dan hujan pun berhenti mungkin
seketika mungkin kekejap
walau tadinya tertanya

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

kalau bomoh hujan diupah
kerja esoknya indah
sejauh permatang pauh memandang

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

Dan terlantar di sana
adat puteri mahal harganya
Pak Samad penulis agong

Pak Kadir jaguh Pendang
bukan setakat ulas cerita
sekamus penglipurlara dijajanya

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

Dan sampai sepikun umur
walaupun perdana menteri
tiada faham orang tua-tua

Ulit diulit semayang sari
terongkai sedikit demi sedikit
kezaliman mengamit datang

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

Dan akhirnya tergelak senyum
kesenorokan perdana menteri
melihat negaranya tergadai

politik gangster kampung
politik murah-murah
itu bukannya politik matang

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

Dan dewasanya dendam
bergelodak pekat bergaung
benteng terakhir hancur-ranap

perbuatlah yang terhajat
dunia ini kian tua
ceritanya sebutir derita

depa dok krobek apa
punaih sini perisi sana

Itu karma

Anonymous said...

Datuk AKJ,
Saya yakin DSAI akan menang tapi saya harap agar tiada MP yang lompat parti. Bagi saya,bila keadaan ini berlaku,maka DSAI pula akan dalam kedudukan yang lebih lemah berbanding AAB. Dengan setakat kelebihan dua kerusi ( itupun jika benar 30 MP akan lompat ), mustahil bagi saya untuk melihat DSAI mampu mentadbir negara ini dengan baik. Harus diambil kira bahawa BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun. Ia memerlukan gergasi seperti BN juga untuk menumbangkan BN. Jika DSAI berrjaya memujuk 30 MP untuk melompat parti, maka saya merasakan bahawa kerajaan yang dibentuknya adalah lebih rapuh berbanding sekarang.

Berkenaan sumpah pula, saya setuju dengan pendapat Datuk. Saya loya, jijik melihat sebahagian pemimpin kita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal.

ps: Saya terdengar bahawa setiap pengundi seberang jaya yang mengundi BN akan mendapat 3K jika BN menang. Datang dari sumber yang dipercayai. Saya memang mengharapkan kemenangan Arif Shah, tapi bukan dengan cara memberi rasuah..

A KADIR JASIN said...

Sdr Melayu 2020,

Betul bersumpah atau confession itu amalan orang Kristian (Roman Catholic).

Tetapi sumpah mereka sangat peribadi dan rahsia. Mereka bersumpah satu sama satu dengan paderi mereka saja.

Mereka tidak buat ramai-ramai dengan dihadiri oleh media massa atau ketika mereka menghadapi tuduhan.

Saya tahu sedikit sebanyak sebab saya dulu mengaji di sekolah mubaligh Katholik Rom dan ramai kawan-kawan Kristian.

Terima kasih.

Anonymous said...

Well said Datuk ! Thank you for that piece of writing.

The current sumpah-menyumpah episode has made a mockery of Islam and the way the religion is managed and administered in Malaysia. I guess the term "fear of God" has very little meaning for some people nowadays.

As we prepare for Ramadhan, this should be a time of reflection for Muslims in Malaysia.

As those in power continue to celebrate their success or drown in defeat, lets hope that the poor, the orphans and the unfortunate are not forgotten in the coming holy month.

Selamat Berpuasa to all!

A. Hatta

Unknown said...

Fantastic article datuk! SYABAS!

I really hope the Muslims in Malaysia will go back to the basic teachings of Islam. What saddens me is that the muslims in this country themselves are smearing the good name of Islam for their own political survival.

Anonymous said...

Salam Dato',
Kepimpinan UMNO sekarang memang mempermainkan @ memperalatkan Islam tapi dgn RTM, TV3 dsb mereka kata pembangkang memperalatkan Islam dan lebih teruk mengata org Cina dan India mneghina Islam. Kalau saya org Cina atau Hindu saya pun rasa pelik dgn Islam bila tengok cara org2 Melayu terutama UMNO dlm urusan politik mereka. Istilah Islam Hadhari itu pun sudah jelas menghina kesucian Islam walau pun ada org2 spt Nakahie yg beria2 mengartikulasikannya. Kampung Hadhari dgn masjid kristal di KT jelas sekali melambangkan ketololan org Islam yg terlibat. Kerana apa jadi begini? Sebab Allah sudah jauh dari hati mereka walaupun mulut dan perbuatan tak nampak macam spt itu. Saya fikir, ungkapan "absolute power corrupts absolutely" amat tepat menggambarkan senario politik UMNO sekarang ni. Saya harap Anwar menang dan berjaya mengumpul MP yg cukup untuk bentuk kerajaan baru. Org Melayu perlu ada anjakan paradigma tapi mengekalkan pegangan fundamental: walau bagai mana sayang sekali pun kita kpd UMNO tetapi apabila ia telah rosak dek rasuah kita perlu lebih sayangkan bangsa sendiri, kuburkan UMNO dan ganti dgn yg baru. Fundamental kita yg sejati ialah Islam: addin yg melarang kita jadi org yang meminta2, yang korup, yg malas, yg hasad dengki, yg menipu, ..banyak lagi.

Pak Hj JB

anakbuah said...

Dato', Sdr Richguy & Sdr/i,

Komen Sdr Richguy, dlm situasi serumit ini dan sebagai bukan Muslim, is very very rare! Dlm ada yg berkata kertas AlQuran boleh dibuat tisu tandas, mujur ada juga dikalangan bukan Islam nampak sesuatu yg tidak kena dgn semua sumpah menyumpah begini. Malu kita sebagai org Islam!

Jgn kita tengok dr sudut pandangan Sdr Richguy betul atau tidak. Yg lebih utama adalah menjaga persepsi masyarakat bukan Islam dan org Islam terhadap kesucian Islam, institusi masjid dan AlQuran. Tidak seperti kita manusia (Anwar, Najib, Siful dll), mukjizat AlQuran tidak akan lenyap dan mati sehigga kiamat (sampaikan AlQuran nanti memberi syafaat kepada hafiz2 dan yg terpilih lain utk masuk syurga tanpa hisab) - itu yg patut kita pertahankan! Bukan kerana politik atau by-election seperti skrg.

Kita tidak mahu mendengar ulamak2 kita berbalah tentang sumpah menyumpah ini. Bukankah ianya mengelirukan, bukan saja org bukan Islam tetapi juga kita org Islam. Bercanggah pendapat begini tidak menyelesaikan permasalahan. Ulamak yg lebih alim maupun yg lebih muda, masing2 jgnlah menunjuk "aku betul, kau salah" dlm masa masyarakat memerlukan kekuatan dan arah yg betul. Cuba terangkan dgn dan dlm bahasa yg difahami oleh semua. Inilah peluang dan masanya kita menunjukkan keindahan Islam.

Anakbuah

p.s.: Sekali lagi, lihat perbezaan pendapat antara 2 mufti terkenal (Dr Asri dan Dato Harussani) mengenai kes ini supaya kita lebih jelas apa yg dipertikaikan oleh mereka. Apa sekali pun, kita mesti letakkan kepentingan Islam di atas segalanya - bukan peribadi, bukan politik, bukan by-election dll.

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & Sdr. Richguy,

Whether Anwar is innocent or not, that is up to the courts to decide. Whether he is pious or not, only God knows - even Anwar himself does not know.

For the sake of the country and specifically for the sake of Islam, I do hope Anwar would not be PM.

Those who knows, know what I am talking about.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

mf said...

Kalau sumpah boleh selesaikan masalah.TUTUP saja mahkamah... Bahlul punya bangsa.

Anonymous said...

Salam Datuk,

saya cuma inginkan penjelasan maksud datuk dengan statement berikut :

"Di satu sudut lain pula, perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran ini boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu hukum hudud diperkenalkan sebagai undang-undang sejagat bagi memperkukuhkan tuntutan mereka".

Adakah ianya bermaksud bahawa tuntutan pihak-pihak tertentu untuk melaksanakan hukum hudud tidak wajar?

Terima Kasih

abdrahim kassim said...

Datuk,

Menjijikkan, memualkan, meloyakan, memalukan, itulah telatah dan gelagat badut-badut Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Badut-badut ini mungkin tidak akan ada lagi dalam pentas politik negara, apabila MCA, Gerakan dan MIC benar-benar mahu memikirkan secara serius untuk terus berada di dalam BN.

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Seorang Muslim sejati tidak perlu bersumpah kerana berkata benar adalah merupakan satu kewajipan. Jika sesuatu keadaan memerlukan seseorang itu bersumpah, maka dengan itu difahami bahawa sepanjang kehidupannya telah dipenuhi dengan kata-kata dusta sehingga sesekali apabila seseorang itu bekata benar, maka dia bersumpah dengan nama Allah bagi meyakinkan bahawa dia adalah benar.

Dalam konteks ini, konsep bersumpah sewajarnya tidak boleh diterima pakai dalam menentukan kebenaran dan keadilan terhadap seseorang. Sebaliknya, ia adalah perantaraan di antara seseorang yang bersumpah dengan penciptanya (Allah) dan bagi memberitahu kepada khalayak tentang kebenaran melalui sumpah yang lafazkan. Namun ianya tidak terikat dengan mana-mana peraturan mahupun undang-undang bahawa dia adalah benar. Kerana kebenaran hakiki hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Oleh itu, proses perundangan masih perlu diteruskan samada melalui hukum syaria ataupun sivil. Selebihnya, khalayak berhak membuat persepsi peribadi.

Inilah yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah golongan dalam usaha meraih kepentinga politik iaitu dengan mengeksploitasi persepsi khalayak untk mendapat undi.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, setelah kemelut ini diheret kepada isu sumpah serta melibatkan kesucian agama Islam dan kebesaran Allah s.w.t, maka penulis dengan rendah dirinya ingin mengajak SELURUH UMAT Islam terutama di Malaysia, atas tanggungjawab FARDHU KIFAYAH, agar bersama-sama menunaikan SOLAT HAJAT dan berdoa agra Allah s.w.t menunjukkan KEBENARAN HAKIKI melalui kekuasaan yang dimilikinya dengan melimpahkan RAHMAT kepada mereka yang dianiaya dan menurunkan LAKNAT kepada mereka yang menganiaya. Ini kerana umat Islam sudah muak dan jijik dengan keadaan serta kemelut yang melanda di negara ini. Ayuh, saudaraku,firman Allah dalam surah AL-Fatihah " Hanya Engkau Kami Sembah, Dan Hanya Engkau Kami Memohon Pertolongan".A Lu Pikir Lah Sendiri

fikirlahsendiri.blogspot.com

painah said...

Datuk, agaknya bila lagi orang utan yg datok pegang tu nak bersumpah kerana dia tak suka datok duk sebelah dan megusap kepala dia?

Tahniah, artikel yg merungkai walau tak terbarai!

A KADIR JASIN said...

Sdr A Hatta,

Daripada permohonan derma dan sedekah yang saya dan firma kecil saya terima, jelas bahawa bilangan orang yang daif dan tidak berdaya semakin ramai.

Daripada persatuan polis hingga kepada ibu tunggal dan pekerja yang diberhentikan, pelbagai pihak memohon bantuan.

Malangnya, sejak 10 tahun yang lalu ini ramai usahawan dan dermawan Melayu telah disingkir, dipinggir dan ada yang muflis.

Dulu mereka banyak menderma. Tetapi bila perniagaan mereka diamil alih dan dijadikan GLC maka hilanglah daya mereka menderma.

GLC tak bebas menderma dan bersedekah kepada masjid, surau dan rumah anak yatim macam usahawan Islam.

Sebab itulah dalam Islam harta kekayaan diutamakan kerana orang kaya wajib bayar zakat dan diberi pahala besar bila bersedekah.

Tapi ada juga orang Islam yang anti kekayaan. Mereka tak habis-habis cakap fasal takdir dan dunia pinjam-pinjaman. Tapi bila masjid atau surau mereka bocor atau perlu diperbesarkan, mereka cari orang yang ada duit untuk bantu. Inilah orang yang munafik sifatnya.

Terima kasih.

amoker said...

I agree with richguy.

For me, Anwar displays the act of a Muslim where he respects other races and religion. UMNO and BN acted like zionist, where they believe that their race is superior than the rest.

Anonymous said...

Datuk,
Terdapat 3 sumpah yang dipaparkan pada satu malam waktu buletin utama tv3:-
1.Sumpah Si Saiful
2.Sumpah Najib
3.Sumpah Tajol Rusli(sambil bersumpah boleh gelak2.. menyatakan tiada kaitan dengan konspirasi menjatuhkan Pkr di Perak)
Sumpah atas nama tuhan menjadi mainan..sesedap mulut menyatakan sumpah.. saya makin menyampah dengan tindakan politikus2 seperti ini..

Anonymous said...

Tok Scribe,
You nail it.
aMiR

Anonymous said...

Sumpah tiada kaitan dengan hukum hudud. Sumpah menggunakan nama Allah wajar dibuat sekiranya diri kita difitnah atau teraniaya oleh orang ramai dengan menuduh sesuatu yang kita tidak buat. Masyarakat telah membicarakan kita dan menuduh kita bersalah. Jadi untuk mententeramkan diri kita sendiri serta untuk memohon perlindungan Allah, maka kita bersumpah dengan Namanya. Tetapi wajar diingatkan bahawa sejahat-jahat manapun seorang umat Islam itu, mereka tidak akan berani bersumpah dengan nama Allah apatahlagi bersumpah laknat jika mereka berbohong, kerana implikasinya amat besar sekali. Ini ada kaitan dengan cara umat Islam membersihkan namanya di mata masyarakat.

Bagi hukuman pula, hanya Allah yang maha mengetahui. Kita sebagai umat Islam wajar menghormati sumpah seseorang Islam itu kerana ianya dilakukan dengan menyebut nama Allah. Bukan menghormati orang yang bersumpah, tapi menghormati kalimah Allah yang dilafaskan. Kita sebagai orang Islam TIDAK sesekali wajar mempertikai, apatah lagi mempersenda sesuatu sumpah yang menggunakan nama Allah.

Kita juga tidak wajar mengaitkan kaedah sumpah dengan hukum hudud, kerana ianya tiada hubung kait antara satu sama lain, melainkan dalam kes tertentu, berkemungkinan ianya hampir bersamaan.

Dan yang akhir sekali, sebagai seorang Islam yang amat menghormati nama Allah dan kebesaranNya, saya amat yakin akan ketulenan sumpah itu, selagi DSAI tidak bersumpah laknat yang sama. Sama ada ia benar atau tidak, hanya Allah yang akan tentukan. Yang pasti sumpah itu tulin, benar dilakukan menggunakan nama Allah.

Anonymous said...

Dato', sekadar menyatakan realiti Melayu zaman ini, maaf cakaplah saya tak berminat untuk memihak kepada para politikus Melayu yang bangkrap hati dan perasaan, baik BN maupun PR, kebanyakan pemberi komen di sini sebenarnya hipokrit. Kalau hari ini Anwar Ibrahim yang bersumpah laknat di Dalam Masjid, esok akan berderu-deru mereka menyerang si Saiful dan Najib tu suruh bersumpah. Pemimpin-pemimpin PAS pula akan bermati-matian mempertahan sumpah Anwar itu. Tak payah nak tanyalah pada mereka...Kalau mereka nafikan kenyataan saya ini, bermakna mereka betullah hipokrit. Sekilas ikan di air dah tau jantan betinanya. Saya tahu dalam HATI YBhg Dato juga bersetuju dengan saya. jangan bohong Dato', berdosa... maaf zahir batin. Assalamualaikum semua.

Queen Latifah said...

Salam, Saudara

Kita sedang hidup dalam sebuah negara yang kaya tetapi miskin. Kaya kerana Tuhan telah berikan segala nikmat yang mampu membuat kita hidup lebih baik daripada orang lain, namun kita miskin kerana pemimpin kita telah mengikis segala-galanya, termasuk budi, bahasa, agama, adat, jatidiri... malah semuanya melalui satu proses budaya yang sudah lama dimekarkan dalam jentera kepimpinan kita, ia itu budaya RASUAH. Budaya inilah yang sedang mempapakedanakan orang-orang kita.

Kita tak boleh salahkan keturunan lain kalau kita merasakan bahawa kita jauh lebih miskin daripada mereka, kerana kemiskinan yang ada ini datangnya daripada orang kita juga. Mungkin betul kita diberikan pelajaran, mungkin betul kita diberi sabsidi sana dan sini. Tapi... adakah itu caranya untuk menguatkan ekonomi orang Melayu?

Masalah besar yang kita hadapi apabila orang-orang kita sudah jadi tamak haloba. Mereka fikirkan tembolok masing-masing. Mereka mahukan kuasa dan harta kalau boleh cukup sampai kiamat. Mereka tak pernah pedulikan bangsa atau agama, jauh sekali rakyatnya.

Malangnya, orang Melayu mengambil masa yang panjang untuk melihat semua ini. Masing-masing lebih suka untuk menunggu sahaja. Tak tahulah nak tunggu apa lagi.

Saya tidak melihat peranan gabongan parti pembangkang dapat menyelesaikan kemelutan yang sedang ada ini. Orang-orang politik Malaysia, siapakah antara mereka yang mempunyai hati yang jujur dan ikhlas untuk bangsa dan negara, jauh sekali untuk agama?

Bagi saya, belum nampak kelibat mana-mana calon yang boleh membawa Malaysia kepada sesuatu keadaan yang bersih dan jujur. Mampukah kita untuk bersihkan penyakit rasuah di negara ini?

Islam itu mudah, tapi manusia yang mengaku mereka Islam tak pernah menghayati agama yang mudah itu. Mereka tahu Tuhan, tapi tak pernah rasa kewujudanNya. Kerana itulah mereka jadi kebal dan benak! Subhanallah!

Saya bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan bahawa orang Melayu perlu kuat dalam bidang ekonomi. Biar kecil sekalipun perniagaan mereka, itulah yang akan menguatkan kita.

Kalau kita merupakan orang Islam yang baik, apa-apa bangsa pun atau keturunan boleh hidup di sini dengan aman. Mereka yang beragama lain tak perlu bimbang dengan Islam. Tetapi, kalau kita merupakan orang Islam yang tak beramal, jangankan orang bukan Islam yang perlu takut, orang Islam akan lebih takut!

Rakyat hari ini bukan sekadar jemu, jelak dan jijik dengan apa yang sedang berlaku, tetapi rakyat juga takut dengan apa yang akan berlaku. Apapun, selagi kita percaya pada Tuhan yang Maha Esa, kita tak perlu takut dengan mereka yang sentiasa mengguna kuasa untuk menakut-nakutkan orang lain.

Lihatlah pada sejarah. Lihatlah di sekeliling kita. Sebesar mana sekalipun kuasa manusia, tiada kuasa yang lebih besar daripadaNYA.

Selamatkanlah Malaysia, ya Tuhanku.

Anonymous said...

Datuk,
Permatang Pauh merupakan medan pertarungan politik Anuwar Dan Najib, bukannya Abdullah. Selama ini Anuwar bersikap agak benign terhadap Abdullah walaupun keras mengkritik dasar - dasar kerajaan. Agak jarang Anuwar menyentuh soal peribadi Abdullah, termasuklah menantunya Khairy. Sikap Anuwar sedikit berubah terutamanya selepas pendakwaan kes liwat. Sebaliknya, sikap Anuwar terhadap Najib adalah malignant sekali, terutamanya berkaitan hal hal peribadi. Oleh itu, saya berpendapat pertembungan Najib-Anuwar menguntungkan Abdullah walaupun tidak kepada UMNO. Abdullah agak jarang menyentuh soal bersumpah. Memang menyedihkan melihat orang Melayu-Islam memainkan isu sumpah. Ini memberikan tanggapan yang buruk kepada umat Islam. Saya menyeru kepada pihak yang arif dalam soal ini untuk menggerakkan tindakan dan menghentikan amalan bersumpah secara semborono. Kita harus ingat, kita sendiri sedang membenarkan diri kita ditertawakan.

TakiAki said...

Tabik Dato dan para pembaca budiman...

Melayu 2020 said...
SAYA AMAT SETUJU DENGAN SDR KADIR JASIN.. AMALAN SUMPAH SEPERTI INI ADALAH PERBUATAN ORANG KRISTIAN..

saya tidak tahu dari mana sumber maklumat ini di perolehi oleh saudara/saudari Melayu2020, namun sebagai penganut kristen, saya cukup yakin bahawa apa yg di sebut oleh melayu2020 ini adalah tidak tepat sama sekali..

berikut ini adalah beberapa ayat yg saya petik dari bible sbg kitab suci penganut kristen..

(34) But I tell you, Do not bind yourselves by an oath at all: either by heaven, for it is the throne of God;
35) Or by the earth, for it is the footstool of His feet; or by Jerusalem, for it is the city of the Great King
(36) And do not swear by your head, for you are not able to make a single hair white or black.
(37) Let your Yes be simply Yes, and your No be simply No; anything more than that comes from the evil one.
Matthew 5.34-37

Ayat di atas cukup jelas menyebut bahawa penganut kristen tidak boleh bersumpah samasekali walau atas nama apa pun..jadi saya beranggapan bahawa sumber maklumat yg diperolehi oleh Melayu 2020 ini adalah datang dari pihak yg tidak bertanggungjawab....

Anonymous said...

Taktik yang digunakan oleh Pak Lah dan KJ semakin menghakis credibility UMNO itu sendiri.......kerana nawaitunya pun dah songsang.

Anonymous said...

Sumpah dibenarkan dalam Islam. Macam jugak cerai. Tak salah seseorang bersumpah kerana sekurang-kurangnya menjelaskan pendiriannya. Tak lebih dan tak kurang dari itu.
Sumpah juga di dalam syarak di ambil kira sebagai satu keterangan (evidence) seperti juga di dalam mahkamah sivil. Oleh kerana ianya satu keterangan, ianya tidak membuktikan bersalah atau tidak. Seperti juga hari-hari orang bersumpah dengan menandatangani surat akuan sumpah dan seperti juga orang bersumpah di dalam mahkamah untuk bercakap benar sewaktu memberi keterangan.
Surat Akuan Bersumpah yang di buat oleh Raja Petra tidak pula digembar gemburkan kerana ianya sumpah juga.
Kalau sumpah sama ada dengan nama Allah atau tidak ianya perlu diterima terutama oleh orang Islam kerana orang Islam tidak boleh beranggapan bahawa sesama mereka adalah penipu. Kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Di dalam Islam dinyatakan juga bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah.
Apabila Anwar membawa ke Mahkamah Syariah tuduhan Qadzaf tidak pula dipertikaikan. Adakah logik untuk Saiful membawa 4 orang saksi yang melihat dia di liwat.
Padahal Saiful adalah mangsanya. Adakah apabila Mahkamah Syariah mendapati Saiful bersalah undang-undang syarak akan dipersendakan? Kerana selepas itu sesiapa yang dirogol tidak boleh membuat laporan kerana memerlukan 4 orang saksi. Lagilah orang akan mengutuk hukum syarak yakni undang-undang Islam.
Saya tak nampak pun walau pun peguam Muslim membuat apa-apa komen.
Apa dah jadi dengan Malaysia ni? Tak kan kut apa saja Anwar buat, dia betul?
Jadi bagi saya bersumpah ini telah dihujah keluar dari konteks. Kalau orang Malaysia menganggap bersumpah ini adalah perkara mainan tidak memberi implikasi bahawa ugama itu tidak baik mahupun perundangan negara ini tidak baik.
Pada pendapat saya let the politician play their game and we become the spectators. No point in becoming their supporters but only admirer as they changes every 5 years.
Do not let the politician lead us, let us learn the ways to lead them as guidance they do need and guidance should we provide.

Anonymous said...

For those who questioned 'sumpah'.

Thanks for showing true colors. Wonder what if DS Anwar Ibrahim 'bersumpah' and not Saiful or DS Najib? Different tune?

Sumpah tak bermakna bersalah atau tidak di mahkamah dunia. Susah sangatkah nak faham? Sumpah antara manusia dengan tuhan. Masih tidak faham?

Yang nak bersumpah, bersumpahlah. Kalau tak sanggup bersumpah, mengapa nak marah atau persoal orang yang bersumpah?

Gunalah akal.

*asampedas*

Unknown said...

The 'other' implication that we can see from the events of the last few weeks is that it has exposed the person that Najib is.

I don't think najib realises that he is judged by his behaviour during this elections and I believe there are a lot of people out there who fear for Malaysia should he become our next Prime Minister

anakbuah said...

Dato' dan Sdr/i,

Akhirnya saya terjumpa pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan di HarakahDaily.Net yg memetik laporan Bernama : Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa.

Ahmad Zahid yg mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berkata:

""Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan,"
katanya.

Anakbuah

p.s.#1: Lihat juga pandangan awal ilmuan Islam Islamic Scholars Defend Validity Of Swearing By Saiful [Bernama]

p.s.#2: Pada masa saya menaip ini, Anwar dilaporkan mendahului di Ptg. Pauh. Mungkin terlalu awal tapi saya ucapkan tahniah dan selamat kembali ke Parlimen kepada Sdr. Anwar Ibrahim.

Quantum Metal Consultant said...

Tidak ada cacat dan celanya dalam 'bersumpah' oleh seseorang Muslim dengan PenciptaNya Allah jika kita lihat dari segi positifnya. Sumpah adalah satu bentuk 'doa' atau penyerahan seseorang yang mengadu hal kepada Allah akan nasibnya. Tidak ada larangan berbuat demikian samada seseorang itu jahil atau pandai, ia lebih kepada niat dan keikhlasan seseorang itu dengan Penciptanya, tidak ada manusia dapat mengukurnya apalagi menghukumnya.

Ia juga tidak membebaskan seseorang itu dari sudut perundangan yang lain yang kena dilalui mengikut praturan dan hukumnya, malah kelebihan bersumpah adalah satu bentuk penyerahan dan kredahaan, jauh lebih baik dari 'menggantung diri' seperti yang majoritinya dilakukan oleh orang bukan Islam yang hilang punca dan tidak ada tempat mengadu.

Bersumpah sejak kebelakangan ini hanya disensasikan oleh orang politik dan ulamak politik, itu tidak menjadikan 'sumpah' itu tiada nilainya.

Majlis fakwa telah memutuskan 'sumpah' sesuai dilakukan selepas semua sistem perundangan diambil, dijalan dan dilaksanakan. Tetapi itu tidak menghalang seseorang secara kebebasan untuk bersumpah lebih awal kerana ia saling tidak mempengaruhi. Tidak banyak perbezaan bersumpah sebelum atau sesudah perundangan lain dijalankan.

Kernapa kita terlalu sensitif dengan 'sumpah' sedangkan kita tidak merasa malu dan menjatuhkan imej Islam di mana saban hari fitnah dan maksiat berterusan. Kita kononnya malu dan merasa Islam tercemar apabila sesuatu perkara dan hak (sumpah) dibenarkan dalam Islam, tetapi merasa 'tak mengapa' pada dosa dosa lain yang berleluasa. Adakah kita double atau tripple standard.

Setakat ini kita belum menyaksikan kesan 'sumpah laknat' secara umum dan ramai yang mungkin beranggapan atau mengambil jalan mudah 'bersumpah' sebagai satu penyerahan atau escapism. Tetapi apabila kesan sumpah laknat ternyata, mungkin kita akan rasa ngerinya. Seperti juga hukum hudud yang mahu dilaksanakan mempunyai banyak kebaikan tetapi dari sudut negatif, ramai yang takut rakyat Malaysia 'kudung tangan' menyebabkan umat Islam sendiri menentangnya, tidak pula orang seperti Dato' merasa malu dan berdosa menetang perlaksanaan hukum hudud tersebut.

Hukum hudud seperti juga 'sumpah' laknat mempunyai banyak hikmahnya, cuma kita selalu menunggu terhantuk, baru nak terngadah, baru mencari ugama sebagai jalan akhir penyelesaian sedangkan Islam is way of life..

Nak tunggu bila mahu dimulakan...

Anonymous said...

Baiklah, sumpah ini biasanya dilakukan di atas Holy Bible. Ini diketahui umum

Tapi kenapa kita perlu bercakap seolah-olah agama Kristian tu busuk atau bahaya?

Saya bukan Kristian, tapi yang saya paling kecewa sekali ialah perasaan anti-agama di kalangan kita orang Muslim.

Islam agama yang bertolak ansur. Maka tidak sepadanlah dengan Islam kalau kita macam pandang rendah terhadap agama lain.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

Sumpah mula berleluasa dalam UMNO kerana:
1) Baru-baru ini parti itu menerima keahlian Raja Sumpah Malaysia.
2) Belum ada yang dipanah petir atau ditelan bumi kerana bersumpah (mungkin laknat dalam bentuk yang lain).

Raison D'etre said...

Datuk,

Sumpah atau "swear" menjadi bahan gelak ketawa di kalangan bukan Islam manakala orang Islam terpaksa menelan dengan pahit sebab yang menggalakkan perkara ini Pembesar Islam dan konco - konconya.

Baru semalam saya menghadiri Seminar CIDB di KLCC dan pada sessi sebelah petang, bekas Presiden MBAM Patrick Wong secara berseloroh berkata "I swear... Nowadays everything has to swear one.." dan gegak gempita lah Dewan yang dihadiri kumpulan profesional dan ahli perniagaan dari bidang pembinaan.

Laknat kepada mereka yang menyebabkan kesucian islam dipersenda.

Salam,

Klik di sini untuk melawat blog saya .

jiwakita said...

SUMPAH DALAM ISLAM NAMPAKNYA TIDAK ADA NILAI...SETELAH SUMPAH INI
DIJAJA DAN DEPERLECEHKAN OLEH ORANG ISLAM SENDIRI...SUMPAH DALAM ISLAM SEOLAH-OLAH TELAH DISAMAKAN DENGAN SUMPAH POLITIK(SUMPAH DIPOLITIKKAN
UNTUK KEPENTINGAN ORANG LAIN).....

TETAPI TIDAK KEPADA YG MELAFASKAN SUMPAH....PADA DIRI DAN KETURUNAN
MENJADI CAGARAN...UNTUK MENEGAKKAN
KEBENARAN.

APA YANG DIKESALKAN NANTI..SUMPAH DALAM ISLAM AKAN MENJADI MAINAN ATAU JENAKA PADA BANGSA LAIN...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).