Friday, October 24, 2008

Rafidah Lwn Shahrizat: Keagungan Suara Akar Umbi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM mitos Roman, Julius Caesar mengisytiharkan perang dengan menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 sebelum Masihi.

Daripada peristiwa itulah datangnya ungkapan “crossing the Rubicon” – menyeberangi Rubicon -- yang hampir-hampir seerti dengan berkerat rotan berpatah arang. Dalam bahasa yang mudah melakukan sesuatu yang tidak ada jalan pulang atau kemungkinan berpatah balik.

Berlandaskan ungkapan itu, terlintas di fikiran saya pertanyaan apakah Shahrizat Abdul Jalil sudah menyeberangi Sungai Rubicon dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia?

Adakah dengan melepasi jumlah minimum 39 pencalonan oleh bahagian naib ketua wanita itu sudah bersedia mengisytiharkan perang terhadap ketua pergerakan itu, Rafidah Aziz?

Menurut perangkaan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, sehingga 21 Oktober Shahrizat memperoleh 41 pencalonan manakala Rafidah 81.

Untuk mengetahui secara sahih sama ada beliau akan mencabar Rafidah, kita kena tunggu sehingga minggu depan. Shahrizat memberitahu wartawan dia akan membuat keputusan minggu hadapan.

Semua orang tahu Shahrizat akrab dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi manakala Rafidah adalah musuh Abdullah.

Shahrizat kalah pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi dilantik Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan.

Rafidah menang tetapi digugurkan daripada Kabinet dan tidak diberikan sebarang jawatan. Dia berkerat rotan berpatah arang dengan Abdullah apabila menulis sepucuk surat 13 halaman mengecam Perdana Menteri selepas pilihan raya umum lalu.

Kalau Shahrizat mengambil keputusan mencabar Rafidah, tindakannya itu pasti akan dikaitkan dengan Abdullah. Keakrabannya dengan Perdana Menteri sekali lagi terserlah apabila Bahagian Kepala Batas mencalonkannya untuk jawatan itu.

Ada buruk dan baik kepada perisytiharan Shahrizat nanti. Kalau dia berkata dia akan bertanding, ada kemungkinan banyak bahagian yang belum bersidang akan mencalonkan beliau.

Tetapi bahagian yang anti-Abdullah mungkin akan menolak beliau kerana keakrabannya dengan Perdana Menteri dan mencalonkan Rafidah walaupun mereka kurang senang dengan beliau.

Harapan Shahrizat menang ada tetapi tipis kerana suara akar umbi yang dimanifestasikan dalam bentuk pencalonan memihak kepada Rafidah.

Shahrizat akan menang hanya jika perwakilan mengkhianati suara akar umbi dengan memberikan undi kepada beliau walaupun ahli akar umbi memberi lebih banyak pencalonan kepada Rafidah.

Isu undi akar umbi (melalui pencalonan) lawan undi perwakilan di perhimpunan agung nanti tidak tertumpu dan terhad kepada jawatan Ketua Wanita sahaja. Ia relevan kepada semua jawatan yang ada pertandingan.

Logiknya, calon yang mendapat banyak pencalonan akan mendapat undi yang banyak juga. Tetapi jika perwakilan mengingkari dan mengkhianati aspirasi akar umbi kerana rasuah atau pertimbangan lain, maka harapan melakukan restorasi ke atas Umno mungkin tidak tercapai.

Kalau keagungan (supremacy) aspirasi dan suara akar umbi yang dijelmakan dalam bentuk pencalonan itu tidak diendahkan, semakin ramai ahli akan menyisihkan diri atau terus meninggalkan parti.

Mereka sudah memberi mesej yang jelas, keras dan klasik pada pilihan raya 8 Mac lalu yang mereka mahukan perubahan.

Tetapi jika kepemimpinan Umno masih bengal, bengap dan terus mementingkan diri sendiri, mantera pembangkang bahawa Umno akan mati mungkin menjadi realiti.

Nota Kaki: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menukar rentak tariannya dengan mengisytiharkan yang dia tidak tergesa-gesa menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.
Dia menggunakan krisis ekonomi dunia sebagai alasan. Malah katanya Pembangkang perlu berunding dengan Kerajaan bagi memastikan langkah yang tepat diambil bagi menangani krisis itu.

40 comments:

Brahim Nyior said...

Saya petik kembali klausa tuan dalam posting terbaru ini:

"...Harapan Shahrizat menang ada tetapi tipis kerana suara akar umbi yang dimanifestasikan dalam bentuk pencalonan memihak kepada Rafidah.

Shahrizat akan menang hanya jika perwakilan mengkhianati suara akar umbi dengan memberikan undi kepada beliau walaupun ahli akar umbi memberi lebih banyak pencalonan kepada Rafidah.

Isu undi akar umbi (melalui pencalonan) lawan undi perwakilan di perhimpunan agung nanti tidak tertumpu dan terhad kepada jawatan Ketua Wanita sahaja. Ia relevan kepada semua jawatan yang ada pertandingan."

Mungkin tipis harapan Shahrizat, tapi mungkin juga dia berpeluang. Apa-apa pun, ia bergantung kepada pengumumannya minggu depan.

Bagaimanapun, ini satu petanda kepada Rafidah, agar memikirkan semula pelan peralihan kuasa dalam WANITA yang pelik dan tak sesuai.

Datuk, Rafidah pun sedang ditolak oleh WANITA, sama ada secara drastik atau perlahan-lahan, tapi tetap sama, sedang ditolak tepi..

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Pergaduhan semasa mesyuarat Wanita UMNO Kuala Selangor baru-baru ini menggambarkan betapa sengitnya persaingan jawatan.

Nampaknya dalam UMNO, Wanita tidak mahu mengalah dengan ahli-ahli lelaki.

Rancangan asalnya untuk penyerahan jawatan pada Jun 2009.

Segenap lapisan UMNO ada penyakit berebut kuasa.

Apapun alasan Anwar, yang jelas Anwar lebih suka "memberi peluang" kepada UMNO untuk mempunyai ruang bergaduh dan berebut sesama sendiri.

UMNO kini jelas kelihatan tidak seperti UMNO menjelang tarikh 16 September tempohari. Padahal baru sebulan lebih kurang.

Anwar vs UMNO. Ting! Ting! Pusingan kedua bermula.....

Anonymous said...

Dari segi teknikal Shahrizat tidak patut bertanding jawatan Ketua Wanita. Ini kerana ia hanya beberapa bulan sahaja lagi peralihan kuasa akan diserahkan oleh Rafidah kepada Shahrizat. Jadi 'just a matter of time' Shahrizat akan menjadi Ketua Wanita.

Adalah lebih baik Shahrizat bersifat gentleman dalam hal ini. Sekiranya Shahrizat kalah dan Rafidah menang, ia akan menjatuhkan sedikit 'creditability' Shahrizat.

Wan Nordin Wan Hussin said...

Tok Scribe,
Satu analisis yang jelas dan jernih. Rafidah dan Sharizat adalah di antara beberapa bakat besar yang masih ada dalam UMNO, dan ahli UMNO akar umbi mahukan mereka melawan satu sama lain, walaupun kemungkinan itu menjadi kenyataan adalah tipis. Satu common faktor yang mereka kongsi adalah kedua-duanya ternyata anti Anwar, lihat sahaja kenyataan Rafidah berhubung dengan insiden black eye, dan jihad Sharizat yang tidak menjadi di Permatang Pauh.

Bagaimana pula dengan reaksi ahli akar umbi di Kubang Pasu ya? Saya hanyalah an armchair commentator dan bukannya an astute political observer, tapi keputusannya akan mencerminkan yang mana lebih lestari (?, prevail), faktor Mahathir atau faktor JB. Lebih menarik adalah siapa yang akan dicalonkan sebagai Ketua Pemuda, Mukhriz atau KJ.

Anonymous said...

Yang Berbahagia Datuk

Kalau dikait Sharizat dengan Abdullah, memang Sharizat tidak ada peluang. Tapi Sharizat ni nampaknya macam Mustapa Mohamad dari Jeli. Kedua-dua boleh boleh survive dengan mana-mana pucuk pimpinan pun. Zaman Mahathir dia survive. zaman Abdullah tak menang pun dia berstatus menteri. Itulah faedahnya kalau bermulut manis.

Pada pandangan saya, Sharizat tetap akan bertanding. Pertamanya, kerana memenuhi permintaan penyokong dan yang kedua Sharizat meragui plan peralihan kuasa.

Saya jangka Shahrizat mesti bertanding melawan Kak Pidah.

Rasa ingin tahu juga bagaimana hubungan Sharizat dengan Najib. Sekarang ini Najib jadi ~ pakugasing~ semua sudah berpaksi kepada Najib.

Lo said...

Datuk

Maaf tapi saya rasa ejaan sepatutnya pada tajuk posting Dtuk mungkin 'umbi' bukan 'umni'. Tq

Lo

dan kajang said...

As'kum Datuk,

1. Sebenarnya Shahrizat dan ahli akar umbi Wanita kini berada dalam keadaan delima tentang pelan peralihan kuasa di antara Rafidah dan Shahrizat.Apa rasionalnya bagi mereka memilih Rafiah sebagai Ketua dan selepas tiga bulan (belum panas kerusi) Ketua mereka akan melepas jawatan dan serahkan pula kepada Shahrizat untuk memangku selama lebih dari 2 tahun sebelum pemilihan berikutnya.

2. Niat Rafidah,kononnya supaya Shahrizat dapat menerima jawatan itu dengan mudah supaya tiada pertandingan di peringkat Ketua.Tapi sekarang jelas bahawa anggapan Rafidah itu salah dan tidak diterima oleh beberapa ahli akar umbi.Mereka tetap mahu Shahrizat menyandang jawatan Ketua secara mutlak.Di masa yang sama pihak yang mahu Pak Lah berundur pula,mahukan Rafidah memegang jawatan itu kerana tidak suka melihat percaturan Pak Lah yang tidak suka Rafidah dan secara terang mengugurkan Rafidah yang menang dalam PU12 dari Kabinetnya tapi sebaliknya melantik Shahrizat sebagai Penasihatnya bertaraf Menteri.Mereka tidak mahu Sharizat terus dibayangi oleh Pak Lah.

3. Bagaimana pun senario ini telah berubah apabila Pak Lah mengumumkan untuk lepas jawatan pada Mac 2009.Jadi adalah wajar bagi Wanita menimbang semula pendirian mereka terhadap pelan peralihan itu.Selepas PAU Mac 2009 Pak Lah tidak wujud lagi.Hanya yang tinggal mungkin bayang2nya("Pengaruh2").Namum demikian bagi sesetengah ahli akar umbi Wanita masih terus mempunyai persepsi bahawa Shahrizat adalah orang Pak Lah dan akan terus membawa bayangan Pak Lah dalam stail kepimpinannya.

4. Begitu juga Shahrizat,beliau perlu juga memikir semula janji yang dibuat dalam pelan peralihan kuasa dengan Rafidah.Tempoh 2 tahun lebih untuk ia memangku jawatan Ketua itu adalah terlalu lama dan beliau akan terus dibayangi oleh Rafidah.Oleh itu jika Shahrizat berhasrat untuk keluar dari bayangan Rafidah beliau perlu mencabar Rafidah dalam PAU Mac 2009ini.

5. Dan pada masa yang sama jika Shahrizat mahu pula mengikis persepsi bahawa beliau "orang suruhan Pak Lah" dan keluar dari tanggapan ia termakan budi atas perlantikannya sebagai "Penasihat PM" maka beliau hendaklah terlebih dahulu meletak jawatan sebagai Penasihat PM sebelum mengumumkan niatnya untuk mencabar Ketuanya.Tatkala itu barulah ahli akar umbi (khusnus yang bukan Pro Pak Lah) akan terus menyokongnya.

Unknown said...

Dato'

I'm sorry to note the sense of exasperation in the tenor of your comments.

Does the akar umbi member realise that Rafidah chose Shahrizat in the same light as Mahathir choosing Badawi? All Autocrats prefer Yes Man/Yes Woman as their deputies....

Imagine Shahrizat trying to Control the Hardliners in wanita UMNO...I have seen them! they can be more agressive than the men. One of the women's branch meeting recently had chairs flying after a few of them disagreed with the chairperson of the meeting...

Maybe Azalina with her Taikwondo Stance will be a better leader to handle these chair throwers.

So? Where does that leave Wanita UMNO?

Anonymous said...

Salam Dato'

kalau kak dah tarik diri atau lawan sarizat dan kalah maka sarizat akan jadi ketua dan timbalannya sapa pula? nak ambil amazon tu (azalina)...tanyalah pegawai2 kanan di kbs kalau nak tahu sapa azalina ni...layak ke dia jadi pemimpin negara...bila buat promosi pelancongan dgn pasang bilboard mesti tenggek gambaq sendiri dgn gambaq pm dan tpm, kira mentaliti macam pengasas produk kecantikan juga ya...kalau kita baca majalah mingguan wanita hampir 80% adalah iklan produk kecantikan/kosmetik...saya rasa azalina memang baca majalah2 begini sahaja sebab itu masa menerajui kbs dulu kbs tak kemana pun

Anonymous said...

Rafidah ada kelebihannya. Begitu juga dengan Shahrizat. Masing-masing ada penyokong senidri. Walau bagaimanapun, sekarang ni pencalonan untuk Rafidah melebihi pencalonan Shahrizat. Apapun ia masih boleh berubah. Ia bergantung kepada suara akar umbi...

A KADIR JASIN said...

Sdri Puteri Gunung Keriang Dok (Dot?),

Ada satu papan iklan pelancongan dengan gambar Azalina bersama bos-bosnya yang saya setuju sangat-sangat iaitu iklan mereka mempromosikan Zoo Negara.

Papan iklan ni ada tiga guna. Satu untuk promosi produk (pelancongan dalam konteks ini). Dua sambil-sambil tu promosi diri sendiri. Tiga, adalah yang dapat kontrak pasang poster itu.

Saya nampak ada poster macam tu yang sudah dibuang atau dibalut kerana salah seorang yang wajahnya terpampang dah bukan MB lagi iaitu Mohd Khir Toyo.

Nasihat saya tak payahlah perhabis duit promosikan diri sendiri dengan bertopengkan projek negara. Malu!

Terima kasih.

Anonymous said...

“crossing the Rubicon”, ni cam ungkapan member kita saudara Rais Yatim aje. Lepas tu kelang kabut lak membina balik jambatan yang beliau runtuhkan kat Jelebu tu. Nak tergelak tengok perangai politikus politikus, cam kera kena belacan.

Saudari Sharizat, lain pula ceritanya. Tak payah susah susah nak panggil Wanita wanita tolong runtuhkan jambatan tu, nanti dah runtuhlak, nak pi pasar, kena naik perahu Rafidah. Tak berasaplah dapur nanti. Politik, politiklah, tapi makan suami dan anak anak kena siapkan juga.

39 pencalonan ke, 60 pecalonan ke, tu semua tak penting. Yang penting, Sharizat tahu kuda Rafidah dah nak pencen, dah pun tempah kandang persaraan kat Kebun Kuda di Rawang tu.

Ni surat surat habak sibuk nak laggarkan mereka berdua buat apa? Buat kerja fitnah yang tak berfaedah aja. Tu pasal kami taknak baca lagi tulisan tulisan mereka yang ‘non-value’ dan entah apa apa lagi.

Mika Angel-0 said...

Scribe,

Jangan haraplah Sharizat berani nak bertanding. Periuk nasi Sharizat adalah berpolitik semata-mata dan perempuan UMNO ini penakut.

zakimi said...

Salam Datuk... suara akar umbi telah kedengaran... tetapi kenapa pemimpin macam pekak badak aje... atau merancang strategi seperti mana yang telah dilakukan oleh DS Anuar kepada Allahyarham Tun Gaffar Baba semasa pemilihan Timbalan Dahulu... Sejarah mungkin akan berulang...

Anonymous said...

Salam Dato AKJ

Sejarah telah menukilkan bagaimana Ku Li hampir berjaya mengalahkan Dr. Mahathir yang mendapat sejumlah besar pencalonan dahulu. Maksudnya, sudah terbukti bahawa keagungan suara akar umbi telah dimungkiri oleh perwakilan sejak lebih 20 tahun dahulu sehingga membawa kepada pengharaman UMNO. Maka bukanlah suatu kejanggalan jika kita menyaksikan siaran ulangan babak yang serupa pada PAU yang akan datang ini. Selain jawatan Ketua Pergerakan Wanita, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda juga bakal menyaksikan pertandingan dua atau tiga penjuru. Corak yang ditunjukkan oleh pencalonan mahukan Mukhriz yang pernah memenangi undi tertinggi exco pada 2004 memimpinnya tetapi sekiranya keagungan suara akar umbi dimungkiri, maka sebagaimana yang Dato nyatakan, bertambah malaplah harapan Umno untuk memenangi semula kepercayaan, baik dari kalangan ahlinya, lebih-lebih lagi daripada rakyat secara umumnya. Kalau suara akar umbi Umno sendiri tidak dipedulikan, masakan rakyat mahu memperjudikan nasib menyerahkan teraju kerajaan kepadanya pada masa akan datang. Sebagaimana sebuah syarikat, walaupun secara perundangan merupakan entiti tersendiri, manusia yang mengendalikannyalah yang menentukan halatuju dan perjalanannya sama mampu meningkatkan nilai kepada pemegang ekuitinya atau sebaliknya. Bagi Umno pula, manusia yang terlibat dalam PAU, sebagai badan tertinggi parti, yang akan menentukan tanggapan rakyat terhadapnya. Kegagalan Umno bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya manusia-manusia yang terlibat masih mengutamakan perut dan periuk nasi masing-masing mengatasi segala-gala yang lain dalam tindak tanduk mereka pada PAU nanti.

Anonymous said...

Salam Dato',
Kita kena belajar dari tabiat kucing atau singa. Baka satu kawanan kucing atau singa adalah baka dari bapak kucing atau bapak singa yang terkuat yg bukan menjadi ketua kumpulan kerana warisan tetapi kerana menang berlawan. Dia akan sentiasa dicabar. Sampai masanya apabila dia bukan yang terkuat sebab dah tua atau tercedera maka dia diusir daripada tampuk kuasa jadi pengikut. Kalau degil juga diusir dari kawanannya. Kalau mahu Wanita jadi kuat maka pertandingan mesti diadakan tapi mesti jujur tak main kotor. Najib kena sokong sapa yg menang bukan sapa yg dia suka. Jgn ikut perangai TDM..ketepikan Dr Zaharah yg jelas dah menang. Jgn ikut DSAB, ketepikan Rafidah yg jelas menang PRU12 dan masih Ketua Wanita. Inilah hadiah yg DSAB dapat...terpaksa undur dari kerusi empuk walau pun belum masanya...The fact is, TDM dan DSAB terpaksa undur sebelum masanya...
Pak Hj JB

Anonymous said...

assalamaualaikum...


Datuk kata....
Tetapi jika kepemimpinan Umno masih bengal, bengap dan terus mementingkan diri sendiri, mantera pembangkang bahawa Umno akan mati mungkin menjadi realiti..

saya kata...
masih

-karimku sayang-

affendi hussain said...

1) Baling2 kerusi kira dah 'gentlemen' lah wanita skrg..terlebih testostrone..kerusi rosak tarak hal..boleh beli punya.
Oklah tu masih ber'hormon'..belum 'menopause' utk berpolitik..

2) Kalau 'gentlewomen' dia main tarik2 rambut..habis lah rambut 'rebonding' ku yg mahal penyelenggaraannya & tudung selempang sutera berlabuci ku.. tak main aa gitu2 skrg ok..

3) Dalam politik..konsep yes man/yes women itu hanya ilusi sementara saja.. jgn percaya sgt ramalan2 tahyul dunia politik ni..mereka sendiri boleh berfungsi menjadi mambang, jembalang & toyol utk buat ramalan...tok bomoh pun dikalangan mereka sendiri jugak.

4) Bila kuasa sudah dlm genggaman pasti lain jalan ceritanya.. akan jadilah : "shut up old man".. "shut up old woman".. Pak Lah pun dulu2 'yes man' Mahathir juga...skrg dah lihat sendiri kan?

p/s: makcik2 & akak2..jgn lah marah saya...ampun..

(",)

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

kalau shahrizat istihar jihad sure kak pidah bengang, nasib shahrizat nanti samalah dgn nasib zaharah..ingat!! kak pidah menang pru tempoh hari tapi beliau tiada tempat dlm kabinet pak lah...beliau ini masih belum putus haid untuk berkuasa kembali

kenyataan DSAI mmg akan mengecewakan ramai refomis2, tapi bagi yg mengerti dan sabar, hari itu pasti akan datang, kita perlu respect pengorbanan DS, segala tindak tanduk beliau tidak pernah membelakangkan kepentingan rakyat...kita lihatlah seseorang itu sekarang bukan dahulu, perubahan kepada yg lebih baik dituntut oleh agama

HAMBA ALLLAH

Anonymous said...

Dato Kadir;

Penilaian Tian mengenai hubongan Rafidah dan Sharizat ada lah.Sharizat memang benar orang Pak Lah tapi Dato mesti ingat Sharizat juga kawar rapat Rosmah.Mereka belajar sama tahun di University Malaya.Rosmah buat sociolgy dan Sharizat buat Law.

Rafidah pun dah jadi surat khabar burok.Dia tahu masa nya telah sampai yang ia akan berhenti.Masa nya untok menjaga cucunya dan main golof.Saya ingat Rafidah juga pratical.Bulan Mac ini dia akan undor diri.

Kahiry pula akan mewaskan Mukriz dan Toyo.Dari segi strategi budak ini banyak pandai.Hampir kesemua pemuda2 ada menekmati manisan dari Khairy.Mukriz ini kedekut.Dia tak banyak modal.Kalau dia tunggu 6 bulan,dia boleh lari malam.Hnaya harap Tun Mahathir sahaja untok bantunya.Dari segi kepala otak dia tak boleh lawan dengan Khairy.Ynag samanya ia lah kedua2nya hisap curut CUBA.

Bagi Anwar Ibrahim,dia beleh mimpi siang hari.Diapun sejok panas sahaja dengan kesnya.Megikut saorang Judge yang sudah pencen,NMasa Mahathir PM Anwar kena 6 tahun sunggohpun kes nya sukar di buktikan.Rasuah tampa wang.Masa Pak Lah jadi PM ia di lepaskan dari tudohan kedua.Sekarang masa Mahathir,Daim berkuasa samula melalui Najib.You ingat mereka akan biar dia lepas.Saya berani bet kalau umnor panjang,Anwar masok samula.Barulah najib dan Rosmah dan mahatjhir boleh hidup aman.Kesian dia.Apa nak buat dah takdir Illahi,kata P Ramlee.

Tadi,sembayang Jumaat saya berjumpa dengan kawan saya yang lama.Saya terkejut melihatnya dengan jubah dan ketayap putih.Masa muda dulu dia ini baik sadikit dari shaitan.saya kata apa dah jadi?.Dia jawab masa dah masok Asar,Pada bila masa dia akan masok kubor.Harap2 Tuhan ampun kan dosanya.

Dato.Kita pun sama.kalau you jumpa Tun Mahathir,peringat lah dekat dia.Umornya dah 82 tahun.tak usahlah menabor fitnah dan meyakitkan hati orang lagi.Banyak2 lah istifghar.

TULIS ONLINE said...

Salam Semua...

Datuk Penulis,


Saya sebagai anak muda yg setiap hari mengikuti secara serius akan perkembangan politik tanah air ini berpendapat bahawa dalam kes Wanita UMNO ini ia akan berpihak kepada Rafidah Aziz dgn senario atau sintem UMNO lusuh ini.

Dengan gerakan dalaman UMNO yg anti Abdullah ingin melihat Najib naik mengantikan Abdullah dalam masa terdekat ini, sudah tentu golongan sayap UMNO ini juga akan bangkit menumbangkan 'perempuan2' Abdullah dalam apa jua cara sekalipun.

Dalam masa yang sama dlm Pemuda UMNO. Kita melihat anak2 muda yg pro Abdullah ini yg didominasi oleh KJ akan terkandas dengan kumpulan pro Mukhriz...

Oleh itu, Najib pasti inginkan UMNO yg dipimpinnya dikuasai oleh kumpulan yg pro Mahathir iaitu Mukhriz, Rafidah dan Muhyiddin Yasin...

Anonymous said...

Bukankah Shahrizat sudah berjanji bahawa tidak akan bertanding untuk jawatan Ketua? Munafik saja yang mungkir janji bukan? Tiada kaitan langsung dengan peralihan kuasa.

Melainkan ada agenda pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan Rafidah dan Shahrizat?

Bahagian Kepala Batas ada mencalonkan Shahrizat?

Pelik Betul

mn said...

Datuk,

Saya risau juga takut Si Rafidah buat nyanyuk dia nak bertanding jawatan 'Ketua Puteri' pulak?

Anonymous said...

Datuk,

Saya tak nampak Shahrizat ni sbg orang Pak Lah. Ini kerana, di zaman Dr.Mahathir pun beliau dilihat sebagai orang Dr.Mahathir.

Mungkin kita boleh kata, Shahrizat ni orang "Presiden". Beliau setia pada Presiden UMNO. Tak tahulah samada setia sebab akur kepada Presiden atau akur sebab nak selamat. Ha..ha..

Tapi Dato, dari segi berkhidmat pada masyarakat, saya tabik pada Shahrizat ni. Rata2 "rakyat" di kawasan parlimen Lembah Pantai puji cara dia buat kerja. Selalu turun padang dan tolong orang. Bukan macam sesetengah wakil rakyat yang langsung tak tengok kawasan.

Tapi dah nasib badan. Rata2 pengundi Lembah Pantai adalah dari golongan yg berpendidikan dan tidak terlalu ketagih dgn bantuan kerajaan. Isu2 nasional banyak mempengaruhi undi mereka. Ironi nya, Shahrizat yg jaga kawasan "Pantai" bungkus kena telan ombak tsunami.

Berbalik pada hal pergerakan wanita UMNO... saya rasa Shahrizat tidak "takut" pada Rafidah. Yang menakutkan beliau sebenarnya adalah Azalina (seorang lagi orang Pak Lah?). Selain menjadi "wakil" tunggal Wanita UMNO dalam kabinet, askar2 Azalina dalam Puteri UMNO turut semakin ramai yang menjadi ahli wanita.

Andai Azalina cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO, saya rasa Shahrizat tidak ada pilihan lain selain mencabar Rafidah.

Rafidah lwn Shahrizat
Shahrizat lwn Azalina

Tapi yg sebenarnya, Rafidah lwn Azalina.

"Singa sama singa bergadoh, kucing mati ditengah-tengah".


-sinbad-

Hang Jebat said...

Datuk,

Saya setuju Shahrizat orang Pak Lah. Pak Lah buang Rafidah sebab banyak bagi gangguan pada KJ dan kroninya dalam dagangan antarabangsa gelap. Agaknya...

Kalau Shahrizat buat keputusan nak lawan Rafidah, dia akan dapat 'sokongan padu' dari kelompok KJ dan kroninya.

'Sokongan padu' ini bahaya. Rafidah mungkin tumbang pada Mac 2009.

Col Roseli said...

Rafidah sebenarnya bukan kecik anak. Jika dibandingkan kemampuan Rafidah dengan Sharizat, ia bagaikan langit dengan bumi. Sejak Sharizat diketengahkan sebagai Menteri, tidak ada satu pun dasar atau perkara-perkara yang bernas yang boleh dibanggakan yang telah dilakukan olehnya.

Namun Sharizat nampaknya sedang berada di satu persimpangan. Beliau merasakan bahawa beliau perlu membalas budi baik Pak Lah. Dengan cara menentang Rafidah, beliau akan dapat menyelamatkan Azalina (bagi jawatan nombor 2), satu lagi orang kesayangan Pak Lah. Namun beliau sedar akan kemungkinan beliau kalah ditangan Rafidah amat lah cerah.

Sebaiknya Sharizat tidak perlu membalas budi Pak Lah kerana Pak Lah tidak lagi boleh berbuat apa-apa terhadapnya kerana Pak Lah sendiri akan pencen.

Oleh itu elok jika Sharizat dinasihatkan agar tidak menentang Rafidah.

Saya percaya Rafidah akan menyerahkan jawatan Ketua Wanita itu kepada Sharizat pada pertengahan tahun hadapan, setelah Rafidah benar-benar pasti bahawa Azalina tiada mempunyai tempat didalam pergerakan itu.

Itu saja hajat Rafidah dan saya percaya Sharizat juga nampak permainan Rafidah itu.

Memandangkan Sharizat tidak ada mempunyai apa-apa kelebihan, ini lah jalan yang paling selamat bagi beliau.

jojo51 said...

Persoalannya apakah yang Sharizat boleh dapat jika bertanding jawatan Ketua Wanita. Kalau menang sekalipun dia tak boleh jadi Menteri kerana tewas dalam pilihanraya yang lepas. Bagaimana pula kalau beliau tewas. Akan tamatlah kerjaya politiknya. Jangan perkecilkan kemampuan Rafidah. Lagi pun kekalahan teruk UMNO pada pilihanraya Mac yang lepas kerana kelemahan pimpinan Pak Lah. Kalau kita tengok barisan kabinet yang sedia ada, ramai Menteri-menteri baru dari UMNO tak ada kaliber. Not even half as good as Rafidah.

Jadi saya tertanya-tanya. Sharizat ini lebih hebat ke dari Rafidah. Sedangkan hakikatnya Rafidah lagi hebat, berkaliber dan berwibawa. Beliau mampu untuk berada di kabinet sekurang-kurangnya satu penggal lagi. Yang saya nampak kenapa Sharizat dipujuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO kerana dia lebih muda sedikit. Itu sahaja. Jika dinilai atas kriteria kepimpinan, wawasan, kebijaksanaan, kecekapan, knowledge, track record dan kebolehan Rafidah jauh kehadapan dari Sharizat.

Adakah Wanita UMNO akan maju kehadapan dibawah Sharizat? Minta maaflah. Tak akan kemana pun. I sympathise with her. Kesnya seperti Pak Lah. Both Tun and Rafidah are outstanding leaders. Unfortunately, the successors are not. Good luck Wanita UMNO.

zainal abidin awang kechik said...

terima kasih masa yang terluang untuk saya..


tok jangan lupa

" Ramai nak ajak tok Makan kenduri dulu depa semua takut pada manusia..depa lupa Yang BERKUASA tu ALLAH swt"

salam

Anonymous said...

Datuk,

Nak kata akar umbi pun tak tepat juga. Kalau ada pun hanya di peringkat cawangan tetapi agak kerap ketua cawangan mempengaruhi pengundian yg kemudiannya mencerminkan kemahuan ketua cawangan bukan akar umbi. Di peringkat bahagian, perwakilan mengundi mengikut selera mereka (bergantung kpd siapa cepat 'beli' mereka) dan tidak semestinya seperti dikehendaki oleh cawangan. Perkara yg sama berlaku di perhimpunan agung. Kalau nak pastikan betul2 akar umbi, jalankan pengundian sulit terutama di cawangan tetapi kebanyakan pengundian main angkat tangan saja. Maklumlah kita org timur, ada perasaan terhutang budi, malu, takut dsb.

Nota Kaki: Mahathir pecahkan UMNO 2kali (S46 & PKR). Sekarang giliran Mukhriz pula menandingi
'kehebatan' bapanya.

Dpd: org lama

Anonymous said...

Shahrizat patut lawan Rafidah. Dalam pada dia kata tak nak lawan pun dah 40 bahagian calonkan dia, bermakna sokongan dari bawah amat kuat. UMNO nak pemimpin baru. Semua peringlat tukar orang baru...dari Presiden, Timbalan, Ketua Pemuda, Ketua Puteri semua muka baru...tiba2 tang Wanita nak kekalkan yg lama. Apa pasal? Bagus sangat ke Rafidah? Apa yg dia buat pada wanita UMNO? Tak ada apa. Dia cuma bagus di MITI tapi tak efektif di Wanita UMNO. Dia nak kekalkan jawatan pun sebab nak jaga air muka dia. THat is all. Tapi dia bagi alasan tak nak berpecah. Berpecah apa? Kalau Presiden n Timbalan pun boleh bertanding, apa istimewanya Wanita? Kalau saya jadi Rafidah, saya akan umum give to Shahrizat je lah. Tapi I dont think Rafidah will do that sebab org keliling dia tak kasi dia turun sebab depa risau periouk nasi depa. Shahrizat pulak tak akan lawan...dia cuma akan accept kalau Rafidah sendiri undur...bukan sebab dia beradat tak nak tentang ketua, bukan juga sebab dah janji, tapi sebab Shahrizat memang kecut perut. Dia penakut. Full stop. Orang penakut tak boleh jadi pemimpin. Nak jadi No 1 kena berani. Take risk. Kalau nak main selamat je, nak please semua orang, maka jadi flip floplah awak.
--Anak Mami yg berani.

Anonymous said...

tok,
pertama, apa maksud tersirat rafidah untuk menyerahkan jawatan ketua kepada sharizat hanya 3 bulan selepas pemilihan parti pada mac 2009?

kedua, sharizat bukannya menentang arus kerana beliau tidak mencabar rafidah.

ketiga, rafidah bukan lagi anggota kabinet dan langkah paklah melantik sharizat sebagai penasihat bertaraf menteri adalah mesej jelas agar rafidah maklum akan kedudukannya.

keempat, pencalonan yang diperolehi oleh sharizat adalah keputusan bahagian, berasaskan pandangan serta reaksi ahli akar umbi yang mahukan perubahan

kelima, ketika dr siti zaharah menewaskan rafidah suatu ketika dahulu, rafidah menjadi 'sour grape' (tak dapat istilah tepat dalam bahasa melayu), menyebabkan hubungan ketua dan naib ketua tidak berapa akrab

keenam, sharizat hanya satu-satunya calon berkelayakan setakat ini untuk menggantikan rafidah. ada orang lain ke?

ketujuh, umno perlu menghormati hasrat ahli akar umbi. jika ada yang telah mengundi pembangkang pada PR12 yang lalu kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan, perwakilan kali ini perlu menunaikan hasrat ini dan tidak akur dengan faktor lain.

kelapan... dah lah!

ChengHo said...

kalau di nilai dari segi meritrokrasi samada politik ,pentadbiran ,ekonomi ,dll kualiti kepimpinan Rafidah jauh lebih berkualiti dari Sharizat . seseorang pemimpin tidak bolih hanya di nilai dari factor populist walaupun ianya penting . kelemahan Rafidah hanya beliau sudah lama sebagai ketua wanita itu sahaja ,sepatutnya wanita perlu meletakkan Rafidah sebagai salah seorang Naib presiden Umno barulah mereka bolih mencalunkan orang baru sebagai Ketua Wanita yg baru. Shahrizat kalah di PRU 12 ditolak olih rakyat wanita harus menilai suara rakyat . ramai lagi exco wanita yg menang PRU 12 layak untuk memimpin wanita.

Anonymous said...

Saya baru terbaca wawancara Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mukasurat 12 Mingguan Watan (Bil. 09) di pasaran ketika ini.

Beliau dipetik sebagai mengatakan bahawa Barack Obama seorang Gabenor yang bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat. Untuk makluman yang kurang ilmu pengetahuan hal-ehwal luar negara, Senator Obama seorang ahli dewan perwakilan senat (Senator) Amerika Syarikat yang dipilih para pengundi negeri Illinois untuk bertanding jawatan tersebut.

Amat memilukan apabila seseorang yang ingin bertanding untuk jawatan penting negara tidak tahu membezakan istilah dan tugas gabenor dan senator.

Pelik Betul

amoker said...

i dun think she would contest. But i do prefer a competition than the normal herd mentality that UMNO members seemed to have.

"Mahathir is the best" Agree agree.
" AAB is the best" Agree agree.
"Najib is the best" Agree agree.

Quantum Metal Consultant said...

Shahrizat patut mengikut langkah Muhyiddin dengan hanya bertanding Timbalan Presiden walaupun mampu dan ada sokongan jawatan Presiden.

Sumbangan Rafidah Aziz terhadap negara bukanlah sikit walaupun dalam kedaan tertentu ia tidak pro Mahathir selepas Tun berhenti atau tidak pro Paklah selepas PRU12. Kemajuan negara dan UMNO tidak boleh dipisahkan dengan sumbangan Rafidah dalam pelbagai sudut.

Tidak banyak faedah dan bezanya samada Rafidah berundur sekarang atau beberapa bulan lagi. Adalah lebih baik Shahrizat mengambilalih jawatan dengan sokongan Rafidah dan dikuatkan sendiri oleh orang orang Shahrizat, dengan itu wanita UMNO tidak banyak puak dan politiking khusus dalam PRU13 nanti.

Fokus harus ditumpukan kepada jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden kerana itulah barisan pemimpin hadapan yang akan mencorakkan UMNO samada lebih kuat dan dihormati untuk menerajui BN dan mentadbir Negara.

Jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita serta Ketua Puteri hanyalah sayap sayap yang membantu dan tidak wajar berada dlam krisis dalaman.

rocky said...

dakj,

I think there are a few scenarios based on sharizat getting enough votes for both post and it is all based on sidelining Azalina:

one they go thru the plan transitions and then come June, they do the swap if Azalina gets enough vote for deputy post.They work to take her out during election which is not great since the deputy post is empty

two Sharizat get enough votes and Azalina fails thus once nominations is close, rAPfidah bows out and Sharizat takes the Chief post

Three Sharizat and rAPidah fight it out and Azalina seeks into deputy post if they make their intentions early thus they will not announce till last min or certain that Azalina doesn't have enough nomination to contest.

maybe there are more but they are joint in not giving an opportunity for Azalina.

rAPidah knows her time is up but she wants to make sure Azalina is not in a position in Wanita as she has asked Azalina Wanita in an interview before.

Sharizat the jihad crusader in P.Pauh will emerge winner in most scenario and all she needs is to ensure that she has a deputy that is unlike Azalina which will take her on come next election.

Anonymous said...

Datuk,
Ntah laa, saya rasa kedua-duanya ada kaliber. Kalau tak, masakan Rafidah boleh kekal begitu lama dalam persada politik negara. Kalau ikut kajian pun, sebab UMNO masih pegang kuasa adalah kerana golongan wanita yang banyak beri undi. Thanks to Rafidah.

Shahrizat juga seorang wakil rakyat yang berkaliber. Kalau tanya rata-rata wanita kat Lembah Pantai, memang suka pada beliau. Yang kerja dengan LPPKN tahu macamana dia jaga Kementerian Pembangunan Wanita. Antara menteri yang kreatif cari peruntukan nak jalankan aktiviti kementerian.

Kedua-duanya berkaliber, ada penyokongnya tersendiri, banyak pulak tuu. Saya rasa rugi lah kalau kena korbankan salah-satu. Tapi kalau nak fikirkan pasal umur, memang rasanya Rafidah kena bagi jalan. Tapi, janganlah di sideline kan terus beliau. Banyak lagi yang beliau boleh sumbang kepada wanita UMNO ni.

Masalah dengan Wanita UMNO ni adalah kerana orang suka cucuk-mencucuk, hasut-menghasut, suruh lawan si folan, si folan. Orang lain suruh Shahrizat lawan Rafidah adalah kerana untuk kepentingan diorang lah. Supaya diorang boleh naik ke atas jugak. Yang jelas, hanya untuk kepentingan diri.

Harap-harap adalah kompromi antara kedua-dua pemimpin hebat ini. Mungkin biar aje lah Rafidah sambung ke bulan Jun, bukan lama sangat pun. Shahrizat lepas tu boleh sambung tugas sebagai pemangku ketua. Apa salahnya? pemangku pun dikira ketua juga. Yang penting bukan jawatan, tapi sumbangan kita sebagai ahli UMNO. Cuma agaknya, yang tak senang duduk, mereka yang dok cucuk di bawah tu lah.

Rugi sangat kalau wanita berpecah-belah. Sebab wanitalah UMNO menang. Wanita lah tunjang UMNO. Yang buat kerja, merayu undi, wanita je.

Satu lagi harapan saya. Diminta bakal Presiden mansuhkan lah Puteri UMNO ni, atau letak sajalah di bawah Wanita UMNO seperti Putera UMNO. Nampak sangat perpecahan yang ketara di kalangan kaum wanita sekarang ni. Tuduh-menuduh, rampas kuasa, dan sebagainya. Sekarang pun ada kem dalam wanita sendiri - golongan yang graduate daripada puteri UMNO dan golongan veteran wanita UMNO. Masing-masing nak tunjuk hero. Alangkah mengecewakan sekali...

Rafieq Eastspring Unit trust said...

Dato', satu lagi perkara yang hangat sekarang ialah cadangan Khairy supaya diadakan debat terbuka antara calon-calon Ketua Pemuda untuk melihat siapa yang lebih berkaliber dan mempunyai agenda dan idea yang lebih baik. Minta dato' cepat komen dan kita bincang akan hal ini.

awi.prt8 said...

Rafidah juga antara faktor penyumbang kpd kekalahan BN dlm PRU yg lepas...So faham2 jer lah...dia patut ikut Pak Lah utk mengundur diri secara terhormat.
Macam kater SY dlm Sinar fm....I FOLLOW...

Anonymous said...

UMNO akan kekal wujud sebagai pembangkang. Tapi tumbangnya UMNO memungkinkan berakhirnya Politik Melayu Islam.

Selama ini tokoh poltik seperti Tun M, Datuk Hamid Othman dan Datuk Yusof Nor yang gigih berusaha kearah pembukaan minda Islam. Adakah kita sudah punya pengganti kepada mereka?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).