A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.
Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.
Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat Salleh
Datuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.
Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.
Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.
British hebat putar-belitnya
Mereka tidak mahu
Buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara
(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.
Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama Bumiputera
Lega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.
Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.
Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.
Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnya
Sepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.
Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.
Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.
Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.
Friday, November 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
70 comments:
congratulation datuk,
you dare say it.Do those concerned read this ? I don't think so.
Kalau depa tak baca,matlamat datuk tak akan tercapai.
Anyhow tabek.
Dato,
Agak menyegarkan membaca puisi Dato pagi ini.
Saya fikir kita terlalu banyak menyalahkan orang lain dalam isu orang Melayu. Sekiranya kita mahu orang Melayu maju dan kehadapan, maka orang Melayu harus mencerminkan diri sendiri. Mencerminkan diri bermaksud bermuhasabah dan menilai kelemahan diri.
Kebimbangan saya ialah orang Melayu dilanda penyakit keyakinan diri yang rendah. Lantaran itulah, orang Melayu berasa takut dan bimbang di tanahair sendiri.
Dulu, orang Melayu takut hantu. Macam-macam jenis hantu dicipta bagi menjustifikasi ketakutan itu. Orang Melayu tak mahu mengaku dia lemah, dia menyalahkan hantu kerana dia takut.
Hari ni, orang Melayu takut untuk memperjuangkan hak mereka sendiri, sampaikan keris yang menjadi sebahagian budaya sendiri pun sudah tidak dicium lagi. Mengapa? Kerana orang Melayu hari ini menjadi bangsa penakut!
Dato Kadir.
Saya nampak dalam tulisan ini Dato macam penceramah dari BTN.Macam Shagul Hamid,macam Nordin Kardi dan Macam Dato Razai bekas wakil raayat Pendang.
Bukan sekali,malah beratus2 kali Melayu di Peringatkan.Banyak kursus yang di anjorkan kapadaegawai2 melayu oleh BTN,di langkawi,di Port Dickson di Negeri Sebilan,dan macam2 semangat yang diu berikan tapi maseh tak masok dalam kepala.
Saya maseh ingat,dulu ada saorang pegawai kerajaan bernama Dato Hasan Ibrahim.Diab ini pegawai kerajaan yang amat pro Melayu,bermacam sabotag yang ia bongkarkan dalam jabatan2 kerajaan.Apa dah jadi.Kata orang2 Melayu hangat2 tahi ayam.
Sama juga dengan Prof Zainal Abidin Wahid.Prof Aminuddin,mereka ini merupakan pejuang2 nasib Melayu yang menimbulkan bermacam2 idea untok menolong Melayu.Malah University Kebangsaan lahir kerana perjuangan mereka ini.Pada masa itu University Malaya betul2 di monopoli oleh orang cina dan satengah2 fakilty saperti kejuteraan,sains,perubatan tidak nampak Melayu langsong.
Insyallah dengan polisi yang di jalankan sudah ramai Melayu dan Pensyarah melayu di fakulty tersebut.Malangnya di waktu Tun Mahathir menjadi PM ia memperkenalkan metrokrasi,ia itu kemasokan pelajar ka fakulty mengikut merit.Akibatnya sekarang ini,fakulty perubatan,kejurateraan,phamacy di University penoh dengan pelajar bukan Melayu.
Dato Kadir,saya tak tahu lah apa nak jadi dengan anak kaum bangsa kita.Kadang2 bila saya melihat anak anak Melayu di sekolah,menitis ayer mata,tak tahu apa akan jadi dengan nasib mereka.Kita lihat pelajar2 Cina pergi sekolah ada laptop.Orang Melayu nak guna computer pub tak tahu.Akhirnya mereka ini hilang kepercayaan pada diri sendiri.
Saya tak yakin pemimpin Politik kita sekarang sedar akan nasib bangsa sendiri,yang melarat di negeri sendiri.Saya yakin,kesalahan ini bukan lah bermula dari Pak lah,tapi bermula dari Mahathir menjadi Perdana Menteri.Pada mulanya mahathir dan Musa Hitam telah dapat memberikan semangat baru kapada Orang Melayu tapi pada saat akhir pemerentahan Mahathir sabagai PM ia telah merosakkan dan Menjahanan kan Pemimpin Melayu,Pegawai Kerajaan Melayu,Pemimpin Ugama Islam melayu dan Pelajar2 Melayu.
Semua Pemimpin Melayu yang Corrupt dalam kerajaan Pusat dan Negeri timbul samasa Tun Mahathir.Tidak saorang pun yang ia tangkap dan masok jail.Sebab itu sampai sekarang mereka ini menjadi kanser dalam masyarakat.
Perniaga2 Melayu yang hidup dan menjadi kaya samasa mahathir semuanya di bunoh samula pada waktu Mahathir.Orang2 saperti tan Sri Ibrahim,Dato Saleh Yusof,dato Syed Kechik,Tan Sri Halim,Tan Sri tajuddin,Rashid,Semuanya naik dan di jatohkan masa mahathir.Pada hal Ananda,Francis Yeoh,Vincent,Denny,dan ramai lagi hidup kerana mendapat perlindongan dari Kerajaan melayu.
Kadir,tengoklah Akhbar Star boleh lebeh maju dari NST akbar yang tertua.Kenepa.Kenapa ST Singapora boleh maju dari akhbar2 lain.Sebebnya kerajaan PAP mempertahankannya dan memberi segala macam bantuan untok membuatkan ia maju.
Banyak lagi jikalau nak saya sebut,cukuplah jikalau saya kata bahawa tak ada kah orang melayu untok mengetuai NST.Siapa itu Anthony Bujang.Tak pernas saya dengar namanya langsong.Kalau zaman Hasan Ibrahim,zainal Abidin wahid You ingat mereka akan biar ini berlaku.?
Melayu itu Pemalu dan Melayu itu Penyengap.Kalau pijak kaki maseh boleh senyum.Kalau pijak Kepala saya ingat Mereka akan Amok.
Gurindam Dua Belas Fasal 11 dari Raja Ali Haji
Hendaklah Berjasa
Kepada sebangsa
Hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela
hendak memegang amanat
buanglah khianat
hendak marah
dahulukan hujah
hendak dimalui
jangan memalui
hendak ramai
murahkan perangai
tq Datuk AKJ
Rasa mendidih pulak darah muda bila baca puisi Dato' kali ini. Sudah lama dan banyak bangsa kita leka. Dulu zaman Tun M selalu lah juga mendengar kata-kata semangat untuk bangsa melayu, tapi zaman ke'terbuka'an Pak Lah, nampak banyak sungguh cacat celanya bangsa kita..bukan semakin baik, malah semakin membusuk...
Salam Datuk AKJ,
Sebuah puisi yang kritis dan mendalam maksudnya. Mengikut pemahaman saya, puisi ini memberi gambaran secara keseluruhan sejarah melayu kita.
Siapa mengalpakan melayu? Pemimpin atau rakyatnya. Masing-masing ada peranannya dalam kepincangan institusi melayu. Pemimpinnya gilakan kuasa dan kekayaan, rakyatnya setia kerana takut dianggap derhaka. Salah dan betul dah tiada beza, kerana pemimpin tak boleh ditegur.
Zaman sekarang melayu suka ikut kaum lain. Takut ketinggalan zaman, malu plak nanti. Orang jadi gay, melayu pun nak jadi gay. Orang jadi pengkid, melayu pun kena ada pengkid. Ntahlah, mak bapak pun sama, zaman sekarang dah tak berani tegur anak, takut dicop pemikiran kolot. Tapi ikut logiknya, pemikiran kolot prang dulu-dululah yang banyak melahirkan cendiakawan kini.
Mungkin zaman sekarang, melayu terlebih pandai. Golongan atasan sekarang banyak belajar di luar negara, so didik anak ikut stail sanalah, baru otak anak berkembang.
Kalau semua nak kena ikut orang, sampai bila pun kita tak mampu memperkasakan bangsa sendiri. Adat resam kita pun, makin lama makin dilupai. B.Melayu pun dah jadi B.Malaysia. Tak lama lagi tinggal Baju melayu jela untuk orang Melayu. Sebab semua benda nak bagi dan kongsi dengan orang lain.
Dato,
Saya tak pandai berpuisi tapi memang sedap puisi Dato hingga terpaut untuk memberi ulasan marah saya kepada pemimpin2 Melayu dari segenap lampisan yang tak guna ini. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kita suruh pilih yang terbaik, mereka dok pilih yang pi menjaja bangsanya sendiri. Buat apa.
Jahanam punya tali barut. Kalau ku tahu Pemimpin Melayu yang menjaja rasuah memang ku penggal kepalanya hidup-hidup. Kalau kamu semua tidak mahu aku yang penggal kepala mereka pastikan mereka tidak melakukannya.
Ada empat bulan untuk pilih hanya yang terbaik untuk Bangsa Melayu. Empat bulan ini akan menentukan Melayu tidak mengemis seperti di Singapura. Melayu tidak dijadikan hamba seperti di Afrika Selatan dulu. Aku tahu memang ramai tidak mahu cucu-cicit mereka merempat dijalanan. Pastikan perasuah dan kuncu2nya dijahanamkan secukup2nya biar serik bagi yang lain untuk mengikutinya. Mungkin kalau perlu kita rejam dia.
Dato, hamba minta maaf. Hamba pohon Dato tulislah lebih banyak cerita yang boleh menaikan semangat Melayu dan insafkan mereka yang sudah terkeluar dari landasan. Kalau tidak ramai yang kena rejam. Hamba rasa kita boleh 'sacrifice a few' asalkan Melayu tak melarat di masa hadapan. P'se.
Datuk,
tahniah utk puisi yg ikhlas, jelas, tepat, tajam & benar. Usahakan ia untuk disiarkan di media massa utama agar menjadi tatapan dan renungan semua Melayu yang masih sayangkan Tanah melayu.
Assalamualaikum Datuk
Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai.
Amat malang bagi orang Melayu bila pemimpin yang jelas korup, menyeleweng dan hanya memenuhi tembolok keluarga sendiri dijulang ke atas.
Pemimpin yang ikhlas dan menentang arus dipijak, dipinggir dan dicerca.
51 tahun merdeka, generasi pemimpin sekarang sudah luntur semangat merdeka, telah bacul jiwa Melayunya serta telah karam integriti dan harga diri mereka.
Dah tak banyak lagi orang Melayu macam Datuk dan seangkatan yang bermati-matian menyemai semangat jati diri Melayu pada generasi Melayu baru. Melayu sekarang terlalu liberal atas dasar 'keterbukaan' yang melulu.
Saya produk BTN dan saya cintakan bangsa dan darah Melayu yang mengalir dalam tubuh ini.
Datuk,
ini hanya untuk pengetahuan Datuk. Saya keturunan Datuk Hassan Ibrahim. Letih ayah saya perjuangkan untuk membersihkan pejabat kerajaan termasuk RISDA. Ironinya saya ada terlibat melalui pelanggan saya dengan projek yang melibatkan RISDA, sebagai jururunding swasta. Pergi balik, rasanya apa yang arwah bersihkan sebelum ni semuanya dah tak ada kesan. Habis hancur sistem yang beliau buat. Penyelewengan and tidak kecekapan pengurusan yang tinggal....
RISDA yang sepatutnya menjaga kepentingan pekebun kecil....jadi siapa yang mereka jaga sekarang ni?
Pak Menteri? Bapak bapak birokrasi?
Sekali lagi...salah siapa?
Akulah anak Melayu!
Tapi hati ku sayu
Kulihat anak bangsaku
Terkulai layu
Dicelah kepulan asap candu!
Keturunan Jebat
Datuk,
Your last few postings have centred heavily on the plight of the Malays.
I count myself as being within the middle (and hopefully, going to middle upper class in the near future), and one who is four years delayed in terms of achievements compared to my compatriots from the same group.
That is from my own mistake which I am paying for.
Probably I am seeing things with blinkers on when I say that the sizeable middle class Malay seems to point to some successes vis a vis the 1980s and 1990s era where Malay students are given the chance to push themselves further.
A number of my compatriots are heads of major banks, government departs, GLCs and even private companies.
There are those who fall on the wayside like me, but admittedly from my batch, this is in the minority.
Of more concern would be the current generation.
I see such a strong disparity between those with a clear direction to their future against those without any.
It seems as though some of us are not only content with their stock in life as the downtrodden but also revelling in it.
Ours was a community without any leadership.
Those who were supposed to guide us (spank us when we go wayward) are not doing their job.
Even within the NEP context, merit is still applicable, so let's not kid ourselves that its all somebody else's fault.
The "we'll lose our Ketuaan" bogeyman gets tired if its repeated without those spouting it prescribing the needed medicine.
As the Malay saying goes (correct me if I'm wrong ): Yang pahit it ubat, yang manis it racun.
We have to swallow the bitter realities that Malays would have to just embrace the principles of progressing on merits as we can no longer depend on our chequered past.
PS: Puisi Datuk a bit to direct to truly enjoy. Maaf. :)
Saya agak senada dengan karya Datuk.
Melayu takut pada persaingan, semua perlu ditaja dan disua. Dari awal dipimpin untuk bertatih, diberi tongkat untuk berjalan dan sampai sekarang tak tahu berlari. Melayu bukan takut pada kekuatan yang lain. Tetapi takut pada kelemahan sendiri.
Melayu adalah kata kerja yang membawa maksud menjadi lemah, tak bermaya, longlai. Contoh ayat, bunga itu melayu.
Pathetic Malays..
-era baru-
Wahai Peminat Hassan Ibrahim
Hamba tidak setuju Panglima Besar hamba diperkecilkan begitu rupa. Pada mata hamba itu bukan kesilapan Panglima Besar hamba. Penguatkuasaan yang lemah. Mungkin dok sebab rasuah, malas dan lain2.
Meritokrasi penting. Dah sampai waktunya Melayu boleh. Kalau Melayu masih dibuai mimpi indah, ini lah jadinya kebanyakan Melayu sekarang. Nak naik atas caranya adalah rasuah. Tak tahu nak berusaha. Baik jadi Mat Rempit. Kehulu kehilir dengan motosikalnya. Tak payah pening kepala. Baik jadi nelayan. Tunggu ikan gigit umpan. Tak perlu fikir dan pening kepala. Apakah Melayu begitu yang kita hendak? Kita mahu yang rela berjuang untuk sampai di atas.
Nama-nama yang anda sebut semuanya hamba setuju kehebatan mereka. Mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dalam jawatan yang disandang. Kita memerlukan orang yang sebegini. Kita patut puji yang sudah melaksanakan tugas mereka dengan baik. Semua orang ada hadnya.
Panglima Besar hamba mendapat pujian merata dunia tetapi mengapa anda memperkecilkan sedemikian rupa? Jangan jadi kacang lupakan kulit.
saya sangat terharu kali ini Datuk..
Kurang Ajar ~ Usman Awang
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
~ Usman Awang
datuk untuk selingan puisi datuk..
Menyahut puisi datuk di pagi jumaat yg mulia..
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
[Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.]
ayat ni lah yg paling menyetuh jiwa psl kena dgn btg hidung sy... byk berlaku skg... ramai org local diketepikan sbb amik org luar yg dibyr USD utk skill yg org kitas pun bole buat. kalau nak amik pun org luar at least bagi lah gaji yg sama2 at par... ini syay lihat byk tpt yg seolah2 mengagung2kan org luar... mentaliti dijajah tak habis2
Hayat
Ku rasakan hayatnya makin hampir
Ketemu antara dosa dengan pahala
Di sini kita ikrar bersama-sama
Untuk membina satu bangsa
Tetapi tiada apa lagi yang kita jumpa
selain secebis nota
Yang memadam sejarah perjuangan
Jauh dalam hati kita
Mahu melihat negara aman dan makmur
Tetapi bagaimana?
Segala yang pincang sudah terdedah
Segala yang buruk sudah dihidu
Apakah silapnya bangsa kita?
Jauh kita berkelana
Mencari jawapan panjang
Tentang bangsa, masalah dan jiwa mereka
Tetapi kita tewas
Dalam mempersoalkan antara hak dengan kesamaan, antara prinsip dengan hakikat dan antara pemimpin, pengurus dengan perjuang.
Semua ini, menjadikan kita lemah
Kerana terus bertelagah
Yang layak kita ketepikan, yang berkebolehan kita sisihkan
Kita lebih gemar memilih melalui emosi dan bukan melalui petunjuk Ilahi..
Nukilan Ikhlas
Muhammad Azli Shukri
Editor Dewan Ekonomi
Salam Dato',
Betul ke melayu tu begitu dan cina, india pula begitu?
Mungkin mata saya tak elok tetapi yang kecoh sangat tentang tuntutan dan ketuanan, baik melayu, cina atau india, hanya sekadar orang politik je. Baik ahli politik melayu, cina atau india.
Memang benar melayu ditindas. Siapa yang menindas?
Bagi saya, jawapannya adalah AHLI POLITIK MELAYU, CINA DAN INDIA.
Apa contohnya?
Light Sweet Crude dah cecah USD48.70 per barrel. Patutnya indeks bursa New York naik la kan. Sebab kos bagi perniagaan dah jadi makin murah. (Harap maklum harga tiga/empat bulan dulu adalah USD145.)
Tapi ini tidak berlaku.
Dow Jones ditutup 444.99 mata lebih rendah pada 7,552.29. Paras terendah DALAM TEMPOH 6 TAHUN.
Agaknya apa dah jadi pada RM5 billion DUIT KITA kat KWSP hari tu? Ada sesiapa dari Valuecap boleh jawab? PM dan TPM kita kat luar negara sekarang ni.
Salam,
Sesuatu yang agak menarik bila membaca bait-bait puitis yang dato buat pada kali ini.
Kita sebagai rakyat yang asalnya di tanah melayu seperti dipijak dan dihina walaupun perlembagaan telah termaktub mengatakan bahawa kita adalah kelompok yang mempunyai hak-hak dalam tanah kelahiran kita. Kita beri mereka hak kesamarataan untuk mengujudkan sekolah-sekolah bebahasa mereka dan tidak disatukan dalam satu sekolah kebangsaan.Kita baik.
Penggunaan bahasa melayu yang tidak dipraktikan secara menyeluruh dimana kita bebas berbahasa mengikut bangsa masing-masing.Lihat dan perhatikan dan bukan membuat perbandingan,bahasa indonesi ditutur oleh semua bangsa dan agama.
Melayu terlampau baik,Melayu mudah layu,Melayu bangsa yang pemurah.
Takkan hilang melayu di dunia kata-kata pahlawan melayu tetapi bagaimana kalau kewujudan melayu pun tidak dirasa.
Kita harus bersama mencari dan memberi idea bagaimana cara dan implementasi untuk memajukan melayu bukan hanya memberi alasan.
Malayneum
21 November 2008
12.27pm
Dear Kadir,
Every malay nowadays know that they are not supreme anymore.What are we waiting for?From TDM right to people in the street realised that something should be done,but nothing happens.Are we waiting for a Malay Messiah to come and show us the way.
If so,who will the Messiah be?Why are we waiting for March 09?Can't we do it right now?The longer we wait,there'll be more casualties.
No point of being poetic,what we want is action.
Tok, nak sedap lagi puisi tok tu tukar saja perkataan Melayu dalam puisi tu kepeada Pemimpin UMNO. Baru la sampai maksud. Orang zaman sekarang tak reti nak berkias2. Yang secara terang2an pun depa buat bodo.
Saya dok nampak macam tok ni condong ke arah nak bagi Melayu naim semangat. Naik semangat tu takpa, tapi jangan la 'hot hot chicken shit'.
Ni satu lagi nak pesan kepada Melayu dan ultra2nya: "Hangpa kalau nak berjuang, berjuang atas nama Allah, bukan atas nama bangsa. Kalau menang perjuangan atas nama bangsa, tu adalah kemenangan palsu. Bila dah menang, kembali pada agama. Apa-apa pun, agama mesti didulukan, bukannya bangsa!"
Satu lagi tok, bangsa yang bila sebut bangsanya terus orang tau apa agamanya ada dua: 1. Yahudi
2. Melayu. Tapi Melayu hari ni dah banyaknya takdak agama secara tak rasmi sebab tak takut kat Allah Taala.
Ka gumana?
Sungguh banyak kesilapan kita
Antaranya bergaduh tanpa senjata
Setakat ini hanya kata-kata cuma
Termasuk sekalilah kita
Hanya bijak berbicara
Bukan seperti Datuk Maharajalela
Mampus British ditikamnya
Sangat puas dihatinya
Walau dipenjara jua
Sungguh banyak kesilapan kita,
Antaranya
Politik rasuah,
Penyelewengan Wang Kerajaan
Pemerkosaan hutan belantara
Kronisma dan Nepotisma
Kadang-kadang,
Lebih dan terlajak perahu kita,
Harta diberi kepada mereka
Yang ada pada kita'
Cuma sebotol cuka jua
Yang mengundang padah
Dan kita menjadi Duka
Pemimpin sering membuat seruan
Kepada Pertiwi dilupa jangan
Melayu sudah kena sepak dan terajang,
Oleh mereka yang tak potong barang
Yang sering mengaut
Harta dan peluang
Menjadikan Malaysia umpama Singapura
Walau bukan sekarang tapi masa hadapan
Ketika itu
Apapun hanya kenangan
Kepada yang bergelar Ali dan Hassan.
Salam Dato'
Depa tu janji kira masuk duit apa nak jadi belakang kira. Dulu pasai2halal ni Jakim buat, la ni bagi kat HDC. HDC ini pula sebuah syarikat swasta saja lagi bukan GLC pun. Baru2 ini wujud International Halal Integrity Alliance (IHIA) sebuah badan macam NGO la kot tapi peneraju utama ialah HDC. Dengar kata badan ni pun akan dapat peruntukan yang banyak dari kerajaan juga. Perkara ni kira ada kaitan dengan 'dibuai mimpi dan kuasalah'. Minta Dato' siasat. Dato' tak payah lah siar pendapat ini. This is for your own consumption only
Assalamualaikum,
Dato'
Setelah membaca puisi panjang Dato' yang penuh bermakna tu, tergerak di hati saya untuk memberi respons terhadapnya melalui puisi juga. Bagaimanapun, puisi saya ini taklah sehebat karya Dato'. Puisi yang tak sepertinya ini saya tulis lebih kurang dua tahun lepas. Puisi berkenaan(kalau boleh dipanggil puisilah)adalah seperti berikut:
UNIKNYA TANAH AIRKU
Ada sebuah negara
buminya dah lama merdeka
suara membelah dunia
tapi bangsa asalnya menjadi hamba
ada pertiwi
diajak orang berkongsi
kaum sendiri selalu diketepi
dagang pula dihargai
ada bahasa
sering dianak tiri
lidah asing disanjung tinggi
konon untuk mencapoai mimpi
ada kedaulatan
digadai kepada pendatang
anak sendiri selalu dimarahi
pendatang pula ditatang dijulang
ada kekayaan
dibiar orang kekenyangan
ada minyak
tapi harganya tinggi mendongak
ada kuasa
dibiarkan orang perkosa
ada singgahsana
tapi rajanya dilucut kuasa
ada sejarah
tapi sengaja dilupa
ada cita-cita tapi tak sampai ke mana
ada wawasan
tapi seringkali hilang haluan
ada cendekiawsan
tapi sering dipinggirkan
ada sebuah negara
memang unik di dunia
namanya dipinda
untuk mencari nama
ada sebuah negara
suka membuat jenaka
dulu mengukir jaya
kini melakar hiba.
Balanglama
Orang Melayu berugama Islam. Allah kata bumi ini Allah yang punya, bukan Melayu, Arab , Yahudi atau apa-apa bangsa pun. Allah kata Orang Islam adalah khalifah Allah di mukabumi ini. Tugas khalifah ialah amar maaruf nahi mungkar.Mengagih-agihkan peluang-peluang dari bumi ini secara adil adalah amar maaruf. Memberi peluang-peluang itu kepada geng dan kroni adalah mungkar.Memperkosa alam semula jadi demi kepentingan wang adalah mungkar. Memelihara alam sekitar adalah amar maaruf.Berlaku adil dan saksama terhadap semua rakyat adalah amar maaruf. Melakukan diskriminasi tanpa alasan yang kuat adalah mungkar. Melaksanakan undang-undang yang tidak adil adalah mungkar. Menggubal undang-undang yang baik adalah amar maaruf. Begitulah seterusnya dan seterusnya. Bila Allah tengok mereka yang diberi kuasa pemerintahan tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai khalifah itu, maka Allah akan tarik balik kuasa itu.It is as simple as that. Tak perlu bersajak-sajak dan bersyair-syair. Emosional tak tentu fasal. Get back to the basic. Become and act like the true vicegerents of Allah.
Salam Dato,
Berilah nasihat banyak mana, karanglah sajak yg boleh mengalirkan air mata,menaikkan semagat serta menginsafkan ...tetapi kalau melayu tu tak mahu berubah, macam mana kita nak buat..
Salam dato'
Saya menitis airmata membaca tulisan Dato hari ini.
`Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara'.
Khutbah Jumaat tadi pula menghentam remaja yang kaki minum arak,suka berzina,suka berpoya dan lain-lain tabiat yang tak ada dalam islam.
Dari mana remaja ni `datang'?. Semestinya dari keturunan ibu dan bapa juga...yang juga dipimpin olih pemimpin-pemimpin `gagah' melayu hampir kesemuanya.
Dato', HAKIKATNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN
MEALAYU lah yang membawa pengikut-pengikut orang melayu (entah islam, entah tidak islam tak tahu lah saya)...kearah sekarang ini.
Selagi PEMIMPIN hilang tujuan, selama itulah orang melayu hilang tujuan jua.
ADAKAH PEMIMPIN yang baca tulisan Dato' ini?...kalau tidak saya cadangkan hantarlah sesalinan kepada semuanya..kalau nak marah,nak hukum,nak tengking dan nak bunuh sipenghantar pun tidak mengapa......
MEREKA terlalu kejam keatas islam dan melayu...sebahagian besar bilanganya.JANGAN NAK TEMBERANG mahu berkata TIDAKK...
Abu Bakar Ab Rahman
Tok, saya tak faham mengapa saudara kita (dari Indonesia) semacam Tok mahu disamakan dgn penghijrah dari Burma dan Afrika. Mengapa Tok? Tolong beri pencerahan. Tok kata:
"Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati"
Min Sabah
Dato,
Puisi tu kalau dapat di terterakan kat muka2 akhbar, bagus Dato.Translate sama dalam paper nanyang dan paper bahasa tamil.Baru kena..bagi semua org baca...terutamanya MELAYU yang tak sedaq2.Lebih2 lagi org2 tertentu kat PENANG nun.Maaf cakap sikit...org penang yang rasa depa"handal"(perasan handal)mmg suka bagi org MELAYU haru biru.tengok la anwar ibrahim dgn pak lah..dua -dua dari penang.beras apa depa makan ha?jgn marah org penang na...mgkn kebetulan 2 org tu dari Penang.
Org KEDAH ok kan Dato?:)Nasib baik sy dari Kedah,klu dari PEnang...malu!
satu lagi....sy duk terpikir pasal hal hindraf pi saman kerajaan british.depa saja buat mcm tu sbb mcm nak berlapik kononnya..padahal yang betui, saja nak HINA org Melayu. Kita pun patut pi saman jgk kerajaan British sebab pi bawa masuk India dan Cina mai negara kita.Saya penah terbaca satu catitan sejarah...yg bercakap ni...ketua MIC yang pertama.sy ingat nama depan dia mcm bunyi Vicks sikit2.Dia kata...org India tak diterima di Sri Lanka,mau pun ditmpt2 lain luar dari India.Begitu jgk dgn org Cina.Tak diterima oleh org Indonesia, Vietnam, Laos, Filipina mau pun kepulauan2 MElayu yg lain.TETAPI.....hanya org Melayu di SEMENANJUNG TANAH MELAYU sahaja yang amat berbaik hati menerima depa2 yang bangsat ni datang dan hidup secara aman damai bersama sama org MELAYU.
Nah....sekarang...budi yang baik kita bagi, tuba dibalasnya.Renung2kan.....
Salam,
Barangkali tidak salah jika saya mengatakan, bahawa dalam sesebuah masyarakat biasanya orang yang boleh membuat keputusan penting, yang mempunyai kesan terhadap kehidupan sesuatu bangsa, dalam jangka pendek dan jangka panjang, ialah "orang besar", "pemimpin" atau "penguasa" dalam masyarakat tersebut.
Dahulu, dalam masyarakat Melayu orang yang demikian ialah raja dan para pembesar. Sekarang barangkali tokoh politik yang kita anggap sebagai "pemimpin negara".
Nah, jika kita hendak mengkaji sebab-sebab bangsa kita (Melayu) berada dalam keadaan yang agak terdesak seperti yang terdapat sekarang, mungkin wajar sekali jika kita mengkaji apakah keputusan penting dan dasar-dasar utama yang dirumuskan oleh pemimpin kita, sejak Tunku Abdul Rahman, Tua Razak, Hussein Onn, Mahathir dan Abdullah.
Kita mungkin akan mendapati pemimpin besar kita itu banyak juga membuat kesilapan (di sampung dasar dan tindakan mereka yang betul).
Nah, sebagai rakyat dan sebagai orang kecil, kita tentu sukar hendak mengelakkan diri dari kesan negatif yang terhasil dari kesilapan pemimpin besar kita itu.
Pengajarannya? Jika ada peluang, dan kita mesti mencari peluang, untuk "memilih" pemimpin yang betul, yang tidak selalu membuat kesilapan!
Wow Dato' AKJ,
Saya tumpang sedih membaca sajak. Tapi Dato' masih ramai yang ingin berjuang. Ingin menebus maruah yang tercemar.
Mat Kilau berjuang untuk kebebasan. Dan perjuangan ini mesti diteruskan.
Cicit Mat Kilau
sdr KJ (kadir jasin);
melayu lemah jati diri dan dipandang hina dan layu sebab utama nya hanya lah satu; kegagalan UMNO.
sudah tiba masa nya UMNO perlu diNYAHkan dari kepala otak melayu.
UMNO merosakkan segala gala nya.
UMNO parti racist. A very good reminder to all. FOR EVERY ACTION THERE IS A REACTION. racist melayu akan di jawab dengan racist cina dan racist india.
malang nya di kala racist india dan racist cina terutama nya berjaya memertabatkan bangsa mereka walaupun dalam keadaan mereka di kekang dan di kongkong pelbagai cara, parti racist melayu (UMNO) dengan beberapa banyak tongkat2 yang di beri kepada bangsa melayu hanya menghasilkan manusia2 SAMPAH seperti pembuang bayi, penghisap dadah, pelajar2 mediocre dan kalau yang berjaya secara materialisma pun juga dari jenis SAMPAH seperti KJ (khairi jamaludin) dan muhammad muhammad taib (yang mengheret wang TUNAI berjuta ke australia- lest we forget).
bilakah orang melayu yang kaya raya boleh contohi philantrophists seperti bill gates dan warren buffet?
dan UMNO masih tidak serik dan insaf...dikala melayu di himpit sebegitu rupa apa mereka buat?? berlumba2 untuk memenangi jawatan2 parti melaluai RASUAH politik wang.
melayu di hina di segenap aspek tapi jangan salahkan sesiapa. salahkan diri kita sendiri. melayu menghina diri mereka sendiri.
selagi UMNO tidak di lenyapkan dari muka bumi ini selagi itu lah malang nya nasib melayu...
Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.
Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.
Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-
1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
6. Cheguman = waadat.blogspot.com
7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)
Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.
Siapa yang layak untuk menyertai?
1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)
Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-
Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com
Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai
Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )
iulah melayu...politik orang melayu....habis sangat lepaskan marah @ geram di warung-warung kopi...sembang berjam-jam yg tiada noktah nya...semua dia tahu...balik-balik melayu yg ketinggalan...kerana melayu mudah lupa ....melayu subsidi....melayu bumiputera....semua bisa boleh dapat ...walaupun tanpa apa-apa...hanya dengan wacana politik ...semuanya bisa boleh....hari ini daftar ..esok terus boleh pi Mekah...kerana kenalan orang politik...menteri itu...menteri ini...potong que sana..potong que sini...kerana politik...buatkan melayu jd gagah sombong....hj elias
Assalamualaikum Datuk KJ,
Sajak Datuk sungguh berkesan menaikkan semangat Melayu. Diharap anak anak Melayu membacanya dan sedar betapa pentingnya hasil perjuangan pemimpin pemimpin dimasa lalu kepada kedudukan kita hari ini.
Tetapi Melayu mudah lupa. Generasi baru perlu disedarkan untuk kebaikan masa depan anak cucu kita.
Akan tetapi saya rasa janganlah kita terlalu meniupkan angin perkauman, kerana ia boleh menjejaskan keamanan negara.
Apa yang perlu ditekankan seharusnya bagaimana hendak meneguhkan jatidiri bangsa Melayu, dan menanam nilai nilai yang baik dikalangan masyarakat kita. Saya yakin inilah jalan sebaik baiknya untuk menghapuskan rasa rendah diri anak Melayu, dan membolehkan mereka bersaing dengan lebih berkesan.
Jika kita lihat dalam masyarakat Cina mereka tahu berdikari, tiada masalah rendah diri dan sangat kompetitif dan serba serbi. Mereka lebih banyak menerap nilai murni, berbanding masyarakat Melayu.
Inilah yang kita perlukan dalam masyarakat Melayu. Tetapi untuk mencapai matlamat ini kerajaan jangan terlalu memanjakan masyarakat Melayu. Boleh tolong, tapi biarlah tolong berpada pada.
Untuk maju dalam business misalnya, Melayu perlu mempertingkatkan penerapan nilai nilai murni dalam masyarakat, nilai seperti amanah, jujur, rajin berkerja dan berdisiplin.
Kerajaan perlu juga mengubah amalan pentadbiran, perlu telus, beri peluang kepada Melayu/Bumiputera berdasar merit. Kuota perlu dikekalkan, tetapi peluang cuma diberi berdasarkan merit dan jangan sekali kali dikaitkan dengan keahlian dalam UMNO atau mana mana parti politik.
Hanya dengan cara ini Melayu boleh bersaing dengan bukan bumiputera.
Untuk ulasan lanjut sila lihat artikel 'Masyarakat Melayu dan Budaya Niaga' dalaM blog DAH IKHWAN. Blog ini mudah di lawati melalui google search.
DAH IKHWAN
Sdr A Kadir Jasin
Eloklah puisi andauntuk diri anda, keluarga dan kawan-kawan rapat dan adakah Melayu yang anda maksudkan saperti Razak Baginda, kuncu-kuncunya dan mereka yang sedarjat?
Siapa Kata Ianya Sebab Pembelian Kapal Selam Dan Puisi?
Razak Baginda: Henti fitnah Najib
Oleh TAN MING WAI
PENAMPILAN PERTAMA... Abdul Razak Baginda memberikan sidang akhbar pertamanya sejak dibebaskan bagi menjelaskan pelbagai perkara berhubung kes Altantuya di Hotel Maya, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing.
Sebelum sesi soal jawab, Abdul Razak turut membaca dan mengedarkan kenyataan akhbar tiga muka surat kepada pihak media.
Hadir menemani Abdul Razak ialah bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguamnya, Avtaran Singh, Rozana Abdullah dan Alex Tan.
Abdul Razak, 48, menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Najib yang dikenalinya sejak awal tahun 1990-an.
Jelasnya, sejak dibebaskan baru-baru ini, beliau tidak pernah bertemu, bercakap atau berhubung sama ada dalam bentuk perbualan, penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun e-mel dengan Najib.
“Saya kenal Najib secara profesional sebelum kemudiannya secara peribadi. Tetapi ada yang mendakwa saya ialah pembantu atau setiausaha politik beliau. Itu tidak benar,” tegasnya.
Abdul Razak menambah, selepas dibebaskan, beliau sempat merujuk semula laporan-laporan mengenai kes tersebut dan mendapati banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya dan Najib yang disiarkan menerusi media terutamanya Internet.
“Banyak pembohongan berlaku sepanjang tempoh saya ditahan, macam-macam mereka cerita... saya kahwinlah, saya jumpa si mati (Altantuya) di partilah, saya ada anaklah. Semuanya fitnah, tapi orang minat baca seterusnya terus percaya semua itu,” ujar beliau.
Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama Najib dan Altantuya yang pernah jadi isu sebelum ini, beliau menyifatkan sesiapa yang mempercayai kesahihan gambar itu sebagai ‘bodoh’.
“Saya disiasat oleh Suruhanjaya Multimedia ketika di dalam penjara dan saya ditunjukkan gambar tersebut. Bagi saya hanya orang yang benar-benar bodoh yang percaya gambar itu asli.
“Sejenak melihat gambar itu pun kita tahu ia gambar yang diubah suai, lebih lagi wanita dalam gambar itu bukannya si mati, sebaliknya seorang model Korea,” jelasnya.
Dalam sidang akhbar yang bermula pukul 9.30 pagi itu, atas nasihat peguamnya beliau mengelak daripada menyentuh perkara-perkara mengenai perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai.
Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya iaitu selepas 22 bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh serta menghadapi 151 hari perbicaraan.
Pada 6 November lalu, beliau dijadual mengadakan sidang akhbar di lokasi yang sama namun dibatalkan pada saat akhir.
Abdul Razak memberitahu, sidang akhbar ketika itu terpaksa dibatalkan atas sebab dirinya masih dalam proses menyesuaikan diri selepas meringkuk hampir 22 bulan dalam penjara.
Abdul Razak mengulangi bahawa beliau tidak melakukan kesalahan terhadap Altantuya dan ia telah dibuktikan menerusi keputusan mahkamah yang membebaskannya.
Ditanya sama ada Altantuya mempunyai kaitan dengan satu rundingan pembelian kapal selam, beliau berkata: “Tiada kaitan langsung. Semua orang malas dan tidak menyemak fakta.
“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”
Katanya, beliau tidak terkejut malah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bapa Altantuya, Shaariibu Setev yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ingin membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Itu adalah haknya, saya tidak bersalah dan tidak ada apa untuk dibimbangkan.
“Bagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati... biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman,” katanya,
Ditanya di mana beliau mengenali Altantuya, Abdul Razak berkata: “Ini melibatkan soal kematian, di mana saya jumpa dia itu tidak membawa apa-apa makna. Apa yang saya hendak beritahu ialah Najib tidak pernah jumpa wanita itu. Oleh itu, apa diperkatakan selain daripada itu adalah bohong semata-mata.”
Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.
Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober 2006, dan 1 pagi keesokannya.
Pada 14 November lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan kes itu telah memutuskan tidak akan memfailkan rayuan atas pembebasan Abdul Razak kerana alasan hakim yang memutuskan kes itu telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Abdul Razak.
Mahkamah menetapkan 15 Januari tahun depan untuk mereka mengemukakan keterangan membela diri.
--------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan penuh Razak Baginda
IZINKAN saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada saudari/saudari sekalian di atas kehadiran saudara/saudari pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu saudara/ saudari sebelum ini.
Izinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara saudara/saudari sebagai seorang yang bebas.
Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.
Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan.
Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sangat bertuah.
Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang menjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum di penjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad.
Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda sangat bermakna kepada saya dan keluarga saya.
Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah bekerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri. Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas.
Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna.
Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisme yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka.
Pembohongan
Tidak ada perkataan yang mampu menyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang dilalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang.
Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Beberapa pihak telah membuat usaha yang bersepadu untuk memutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya."
Saya akui saya sendiri merasa terperanjat menyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesongkan pandangan sedemikian ramai orang.
Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Orang ramai mudah diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.
Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya. Saya terperangkap dalam situasi 'dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu'.
Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apa pun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun diceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.
Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawab menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan. Bagi saya, mengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggungjawab. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan."
Ahli Media Sekalian,
Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Datuk Sri Mohd. Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Datuk Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada TPM dan isterinya.
Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.
Saudara/saudari mungkin cukup mengerti perbicaraan kes masih berlangsung. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak menyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati ke atas kehilangan mereka.
Ribuan terima kasih di atas perhatian saudara/saudari.
Nota:
Ada ramai Melayu yang kecewa dengan tindakan ISA keatas anak Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan mereka ini juga - ramai - yang merasa sedih-gembira atas syahidnya tiga pejuang Islam-Melayu yang mati di tembak di Indonesia susulan Pengeboman di Bali.
Puisi basi semacam kenyataan Razak baginda ini, Scribe, untuk golongan orang saperti anda dalam UMNO dan parti politik lain - bukan akar umbi UMNO dan kebanyakan orang Melayu yang bukan ahli mana-mana parti politik yang lebih ramai lagi.
Terima Kasih
ps tak payah sebarkan. cukuplah untuk diri, kelaurga dan kaum anda sahaja.
Hidup Islam! Hidup Melayu!
Salam Dato',
Kecut perut baca puisi Dato'... bak kata mat saleh, "you have to take the bull by the horn"..., "dire situation calls for drastic action"... tapi so far, Melayu, terutama pemimpin atasan UMNO, masih dibuai mimpi macam sifunya dolah badwi... nampaknya perubahan top-down membabitkan UMNO susah nak jadi, mungkin kena "bottom-up approach"... maknanya, akar umbi kena buat perubahan, contohnya,jangan pilih wakil yang senang dijual beli, tapi kalau akar umbi pun tak nak berubah, masih pilih wakil yang terbukti rasuah wang, etc.... nak salahkan siapa? Allah dah reminds kita, sunnatullah: Allah tak akan merubah nasib sesuatu bangsa, selagi mereka tak ubah apa yang ada dalam diri mereka..., MELAYU MEMERLUKAN PENGHIJRAHAN SIKAP, MENTALITI & WORLDVIEW!! Tak ada orang lain yang boleh buat untuk Melayu, tak ada choice, kena buat sendiri... its going to be a painful journey, tapi kena start right away!
Assalamu'alaikum Dato' and all
Why is our country called MALAYsia? Our taking things too much for granted might just render our existence irrelevant in the not too distant future, I shudder. What will our country be called then, for all intent and purpose?!!
Tok Mila Orang Yan
salam.. datuk,
puisi keramat datuk very meaningful..thanks much and tahniah datuk kerana sayang dan memberikan satu ingatan yang tulus dan murni kepada orang melayu.
Dan wahai sahabatku melayu sekian..sedarlah,bangkitlah dan lakukanlah sesuatu yang konkrit pada azam, matlamat dan perjuangan..pada agama,bangsa dan negara melayu ini.(paling tidak pun,mulakan dalam struktur sosial masyarakat melayu seharian).Ini kerana, dalam struktur sosial orang melayu pada hari ini jelas kelihatan perpaduan yang pudar,tiada kerjasama,tiada tolong menolong dan cukup kritis dan kritikal dalam hal politik sesama bangsa sendiri malah dalam satu parti politik yang sama.yang peliknya boleh berkrompomi pula hampir dalam semua hal dengan bangsa lain.. yang mana hanya demi untuk terus memegang tampuk kerajaan,dan akhirnya orang melayu yang di luar ini yang mengharungi arus sosialisasi yang amat ketara ketidak seimbangannya dalam semua aspek ekonomi,sosial dan budaya.
Bukan orang melayu malas,bukan orang melayu tidak pandai dan bukannya orang melayu tidak tegas..tapi ruang sosial kami dipersempitkan, ruang ekonomi dihadkan..dan juga ruang karier dinafikan..
Lihat sajalah pada persekitaran sosial kita..apa yang anda lihat adalah satu persekitaran yang tidak seimbang.Dan mereka ini pula tidak tahu untuk berterima kasih pada orang melayu, kerana orang melayulah yang banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi mereka.Tanpa duit orang melayu,mana mungkin mereka boleh berdiri dengan sendiri dan oleh kerana pada hari ini,mereka menguasai ekonomi,mereka sudah angkuh dan lupa asal usul tongkang mereka.
Para pemimpin melayu haruslah tegas dan teguh pada prinsip dan nilai kepimpinan agar orang melayu dihormati dan disegani.Mereka perlu ada visions and values yang jelas dan konsisten dalam menerajui kepimpinan bangsa melayu.Pemimpin melayu MESTI melindungi kepentingan orang melayu dan ini jelas dan tidak boleh di nafikan..that's what you are standing up for.. Pemimpin melayu yang berintegriti tinggi dapat membentuk satu struktur bangsa melayu yang bersatu padu, berperkerti mulia dan berwawasan tinggi dan ini seterusnya dapat membentuk satu bangsa MELAYU,satu bangsa yang kuat dan cemerlang.Walaupun dari pelbagai aliran politik yang berbeza tapi boleh bersatu dalam SATU nada suara,iaitu SUARA MELAYU.
Allah lebih mencintai orang yang kuat dan bukan orang yang lemah..
Ketamadunan Melayu itu sendiri adalah satu tamadun yang mempunyai nilai dan peradaban yang tinggi dan mulia.Dan kita orang Melayu seharusnya memiliki juga nilai dan peradaban yang tinggi dan mulia..dan melalui agama kita,Islam, akan menyatupadukan dan menjadikan kita semua sebagai satu UMMAH yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Dan di redai Allah di dunia dan di akhirat kelak.
And hang tuah said 'Tak Melayu hilang di dunia..'
tok,
yang hang tuah dok kata TAK MELAYU HILANG DI DUNIA tu, boleh pakai lagi ka?
Terima kasih Datuk dgn Puisi yg puitis itu,
sy lihat dlm blog bila memberi komen ttg keadaan melayu skrg ramai yg cuba menoleh menunjuk kebelakang dgn menuding kesilapan pemimpin itu dan ini, tentu lebih hebat kalu kita menuding kpd sultan mahmud mangkat dijulang kerana kelemahan pemerintahan bagindalah serba keadaan menjadi porak peranda hingga hari ni,
tentu bunyinya seolah retorikkan datuk? Tapi itulah yg memberi komen dlm blog2 skrg, yg disalahkan pd mahathir, bijakkah bila keadaan menjadi teruk terus menuding pd masa lalu wahai nobisha?
sepatutnya dgn kuasa yg masih tersisa inilah kita perlu bijak berkira, mempunyai kejituan yg tinggi terhadap tindakan yg berkuasa barulah itu dinamakan kebangkitan, spt kata2 kita diri kekuatan di atas robohnya kota melaka, bukankah itu dinamakan berfikir kpd penyelesaian masalah, bukan jenis melankolik, tuding sbb itu dan ini.
Asyik2 salah mahathir, so sampai jatuh hancur berkecai org melayu dok bertelagah sapa yg punya angkara, tapi bodoh utk bertindak bg selesai masalah.
Melati desa
Dato.
Kapada Tulisan Keturanan jebat,terima kaseh kerana memaalumkan kapada saya Dato Hasan Ibrahim telah meninggal.Doa saya semoga Rohnya di cucuri Rahmat Allah.
Sekarang ini,Risda di ketuai oleh Dato Rahim bekas KM Melaka.Minta doa kapada Allah supaya di jauhkan bala bagi RISDA.Saya dengan mecam cerita.Pegawai Khas nya pun berlagak lebeh sangat.Risda di gunakan untok kepentingan politik nya.Nasib kau lah orang Melayu.
Kapada Panglima Jahanan.saya ingat awak ini datang dari keluarga middle class,yang tinggal di bandar .Saya ingat you boleh bercakap soal kemiskinan bangsa Melayu tapi you tak tahu bagaimana rasanya bila kita miskin sebab saudara tak pernah hidau sabagai saorang Miskin.Sama saperti Dato Hishamuddin,Ketua pemuda atau Khairy mereka boleh bercakap untok membela orang Melayu Miskin tapi tak pernah hidup Miskin.
Kalau orang Melayu yang datang dari Sekolah Menengah Melayu dari Sik atau telok Wang macam mana ia nak compete dengan anak Melayu yang belajar dari sekolah Menengah Melayu Bukit Damansara atau Bangsar.Sebab itu saudara tak tahu apa itu hidup susah.datang sekolah tak makan pagi,minta wang pada ayah kena tengking,balek rumah kena pergi kebun atau sawah bantu ayah ibu,tidur malam atas lantai,kain selimut dari kain palaikat,bantal kekabu,bakar ubat nyamok untok halau nyamok.tu pun kalaunasib baik.
Jadi sdr panglima Jahanam,kalau nak cakap pasai metrokasi dan menyokongnya saya ingat saudara perli lihat sendiri nasib anak Melayu di sekolah luar bandar yang saya nyatakan tadi.
Sungguh pun Tun Mahathir merupakan ultra Melayu dalam Perjuangannya tapi Dia datang dari keluarga yang kaya.Rumahnya di Titi Gajah macam Istana.Rumah itu di bena tahun 1968.Pada masa itu orang melayu kebanyakannya nak beli basikal pun tak ada duit.
Sekarang ini mana dia Hasan Ibrahim,Zainal abidin wahid dan lain nasionalis yang berani menkeritik pemimpin Kerajaan sacara terbuka dan lantang.
Tulisan dato Kadir amat relevant.
Salam DKJ dan pembaca sekalian.
Syabas DKJ kerana banyak posting terkini mengalunkan melodi bangsa yang digambarkan sebagai bangsa pemaaf,bertolak-ansur,kelumpuhan dan yang 'semasa' dengannya .
Saya bersetuju kiranya DKJ ada visi dan misi yang hendak digapai.
Postingnya bukan sekadar meniup tetapi mendidik dan memandu arah dengan berani,apa perlu rakyat Melayu dan pemimpin Melayu/UMNO mesti lakukan bukan sekadar menjadi peniup semata untuk menghidupkan kembali keyakinan orang melayu kepada perjuangan UMNO yang secara jujurnya telah berada dalam keadaan tersangat parah dengan pergolakan dalaman. Jika itu tujuannya DKJ akan termasuk dalam golongan mereka yang 'memusnahkan' Melayu.Perjuangan 'Ultra Bangsa'meski pun tidak ada 'kitab panduan'masih boleh dan berupaya membangunkan bangsanya dengan syarat mereka ikhlas,tidak mementingkan diri,sanggup bekorban , bijaksana dan bermoral.
Perjuangan Bangsa jika berjaya hanya akan dinilai di atas muka bumi sahaja dan dibanggakan oleh bangsanya saja. Bagi orang Melayu dia ada dua pilihan; berjuang atas dasar bangsa atau berjuang atas dasar Islam.JIka berjuang atas dasar Islam, jika berjaya mereka dapat dua 'keuntungan'di dunia dan diakhirat.
Fikir-fikirkan..!
afja02
Salam Dato,
Sayang rintihan Dato mungkin tidak dapat menembusi ketebalan hati golongan ini.Para pemimpin melayu yang kononya berjuang mencapai aspirasi melayu tapi disebaliknya sibuk menghimpun harta disana sini yang lain apa peduli.Realitinya rata-rata pemimpin dan menteri kabinet yang punyai harta diluarnegara.Kita tidak irihati jauh sekali ingin berkongsi.Hati begitu sayu melihat bangsa tidak berani bekata-kata ditanahair sendiri.Salah siapa kalau bukan kita,maruah pemimpin melayu sekarang boleh diniaga dipasaran terbuka sebut saja harga tender.Yang penting akaun bank kita asing-asing.Kalau kita tidak berubah dan enggan belajar dari sejarah suatu hari nanti kita akan merempat di negara sendiri.
Heathrow.
Dato;
Kapada sdr kerismalay dan bunjai,sila ambil perhatian bahawa Hang Tuah itu panglima Cina yang di tinggalkan oleh Laksamana Cheng Ho untok mengawal dan menjaga Sultan Melaka,
Dia tak pernah kata Tak Kan Melayu Hilang di Dunia.Itu cerita dongeng dari ahli sejarah Melayu yang desperate macan Pak Lah.
Kalau Hang Tuan maseh ada dan dia baca tulisan Dato Kadir Jasin,dia akan tertawa.Melayu zaman Kesultanan melaka dan Melayu sekarang perangainya sama.Bagitu juga dengan Melayu yang ada di Cape Town dan Sri Langka.
Dato Kadir.Jangan risau dan gundah.Melayu penang dan Kedah macam pelakon M Zain.Melayu Selangor macam pelakon Ahmad Nesfu.
Kita perlukan Lee Kuan Yew baru untok memerentah Malaysia,baru lah Melayu boleh Maju.
Salam Datuk AKJ.
Baguslah puisi ini. Kalau di'rap'kan dan dilagukan sikit, tentu generasi muda suka dan akhirnya boleh dihafal pun liriknya.
Thanks Datuk.
- Anak Muda Tua
nak bangun,nak bangkit,nak mempertahankan ibu pertiwi macamana dato'? depa tak boleh bagi permit,kumpui 10 orang pun depa nanti tembak dengan meriam..
kah..kah..kah..
dato' pun i doubt kalu nak ajak pi mempertahankan hak-hak kita,dato' boleh ikut.
If the human race wishes to have a prolonged and indefinite period of material prosperity, they have only got to behave in a peaceful and helpful way toward one another." -- Winston Churchill
"More than an end to war, we want an end to the beginning of all wars -- yes, an end to this brutal, inhuman and thoroughly impractical method of settling the differences between governments." -- Franklin D. Roosevelt.
"I object to violence because when it appears to do good, the good is only temporary; the evil it does is permanent." -- Mohandas K. Gandhi
Malaysian bloggers suddenly feel empowered. In the past, their inner pent-up undesirable desires were whispered only among close circles and more often then not their narrow extreme viewpoint or personal worldview is only confined to a few. And they stop there!
Now we have different extremes at many ends of blogger's world and I see Malaysians of different extremes and divide singing and parroting their extremist point of view as if they are the majority. The sudden feel of having a pack...the confidence of having support...the arrogance of new found audience and newly gained power is creating a bigger divide. Whereas some of their readers or audience are only able to grunt their dissatisfaction and extremist desire for change and changes along their way though it is not any better for the people or the country.
Now we have clusters of Ultras, Extremist , Chauvinist and Liberals all singing their own tune in rhythm only to their own kind. The silent majority, the voice of moderation and the peaceful loving feeling of the man in the street have been disturbed to the extent that there is now confusion , anxiety , fear and a lost feeling on the ground...
Sad to say , we are lost in the wilderness. Blogsphere is not meant for one to vent their frustrations without being responsible. Blogsphere is not meant to replace poison pen letters. Blogsphere is not meant for us to grunt nonsense. Blogsphere is not meant for retired elders to reinvent themselves and continue to hold and dictate the new generation to continue to sing the same old song. Blogsphere cannot disregard political conventions and traditions overnight. Blogsphere is not meant to hurt each other's feelings.Blogsphere cannot seek a revolution or drastic changes for in real life, it will bring drastic consequences and cause untold damage.
Happy to note, we are now talking and learning to express our views. Blogsphere encourage discussions. Blogsphere improves transparency but sometimes disseminate a chain of lies and spin untruths. Blogsphere is giving us light to discuss issues in a forum whereby no one can burn the Papers or disrupt a Forum of Discussion. Blogspere is giving us light and hope for the future of a New Malaysia...Malaysiakini! But let's not light a BONFIRE of emotions or political angst !
Assalamualaikum
Membaca puisi Datuk amat mengharukan
Daripada isinya dapatlah disimpulkan kelemahan Melayu bukanlah baru
Malah ianya berlaku sejak masa merdeka diperjuangkan
Bila politik dan agama kononnya tak boleh bersatu
Mudahnya Melayu diputar-belit British untuk berkongsi negara.
Murahnya hati Melayu sehingga negara sendiri di tukar nama. Bayangkan sekiranya negara ini masih bernama Tanah Melayu.
Taklah begini berbagai tuntutan di aju
Warisan tulisan jawi dihapuskan supaya semua selari.
Bahasa Melayu pun di minimakan agar dapat mengejar globalisasi.
Malah agama Islampun nak dihadkan supaya menjadi agama sendiri-sendiri.
Datuk,
PM bertukar ganti
Namun hanya dari satu parti.
Berubah orang tapi tetap sama ideologi.
Perjuangan bangsa konon dijaja.
Tetapi hanya untuk satu pauk saja.
Puak lain di tindas sesuka.
Hinggakan perjanjian royalti minyak yang dah berpuluh tahun boleh dibatal saja-saja.
Bila dia menang eh.. boleh ada pula.
Apa nak harap pada yang ada
Kepala otak hanya berfikir kepada harta
Halal dan haram dah sama saja
Syurga neraka belakang kira
Macam mana nak lahir generasi cemerlang
Kalau pemimpin asyik temberang
Sesama dia pun berasuah sakan
Nak percaya ke pilihanraya umum dapat dibersihkan?
Cukuplah lebih separuh abad ulama dihina
Cakap boleh tapi kuasa tiada
Sekadar menghias Forum Perdana
Untuk umat bergelak ketawa
Datuk
Sudah tiba masanya
Ulama dan profesional diberi peluang
Akhirat dipelihara dunia diperjuang
Baru menjadi keadaan seimbang
Tidaklah sampai tertunggang-langgang
Memang mereka ada silapnya
Namun ikhlasnya nampak nyata
Hampir 20 tahun Kelantan dijaga
Tiadalah seleweng amanah dibela
Mahukah kita secara terbuka
Memberi sokongan dan panduan
Mencurah ilmu dan pengalaman
Agar dibaiki apa yang kurang
Tiada jalan lain yang ada jaminan
Hanya ke jalan Allah jua pilihan
Tetaplah ia jalan kemenangan
Di dunia sini dan di akhirat sana
ar-Razi
Hilang bahasa hilanglah negara
Pulau Mutiara menjadi bukti
Bahasa Melayu sudah diketepi
Bahasa asing dinaik taraf
Maka berteriaklah kaum pendatang
Bahasa mereka sudah disetara
Mana perginya pemimim UMNO?
Yang kononya berjuang untuk agama, bangsa dan negara
Lupakan terus PAS dan PKR
Mereka sudah mabuk kuasa
Menangis Dato' Hang Tuah jikalau beliau masih hidup
Orang Melayu sekarang sudah lupa
Lupa segala-galanya kerana kuasa dan harta.
Salam Dato'
Saya senada dengan Puyot dan Greenbottle di dalam kenyataan mereka....
Saya nak tambah...
Pihak yang sepatut dipersalahkan adalah pihak yang telah berkuasa selama 51 tahun, kuasa di tangan mereka-mereka inilah yang sepatutnya boleh merubah langskap kehidupan masyarakat melayu daripada lemah kepada kuat, daripada rendah kedudukan kepada tinggi, tetapi disalahgunakan untuk kepentingan peribadi oleh pemimpin-pemimpin yang tamak haloba.
Kuasa dato'!, kuasa!!! ada kuasa macam-macam boleh buat. Dato' ada kuasa pegang pen, dato' boleh menulis, dato' ada kuasa tekan aksara di keyboard, dato' dapat mengarang pelbagai cerita. Sama la kalau pemimpin mempunyai kuasa untuk memerintah negara. Penguatkuasaan undang-undang ISA, pecat hakim, gelapkan/bazirkan duit rakyat berjuta-juta, bukankah itu semua memerlukan kuasa Dato'!.
Saya hairan sudah tahu yang kedudukan melayu di bumi Malaysia ini serius tergugat, masih lagi terhegeh-hegeh untuk menegakkan benang yang basah, sokong pada yang tak patut, apa kata kita bagi peluang 100% kepada parti yang terbukti bersih di kalangan pemimpinnya untuk memimpin Malaysia ni, insyaallah banyak permasalahan akan dapat ditangani.
Nak tanya Dato'..melayu yang mudah lupa ni, melayu yang mana ya Dato'?
Jawapan saya, Melayu umno, Dato', sebabnya bila depa ni dapat duit bertimbun-timbun, kenyang seorang diri dengan anak-beranak. Depa ni lupa pada melayu yang tinggal melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Hendak ditekankan sekali lagi, tak usahlah berjuang untuk bangsa, berjuanglah untuk agama Islam, yang pasti akan menuju kepada kejayaan bukan setakat di dunia malah di akhirat sekali.
Tak mau ke Dato' 2 in 1.
Pokiok...
Datuk, Salam.
Apabila saya membaca rangkap ini,
"Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara."
Saya terpandang muka Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjalankan amanahnya sebagai Ketua sayap pendesak benteng pertahanan Bangsa Melayu tetapi masih inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam parti dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang diam seribu bahasa apabila Ketua Wanita Gerakan menyoal keturunan bangsa kita.
Sebagai anak bangsa Melayu yang tulen, dan setelah membaca puisi Datuk, Haram undi saya bagi Ketua Pergerakan Pemuda yang akan bertanding Naib Presiden pada bulan Mac ini dan buta agaknya perwakilan wanita yang mengundi penyandang sekarang di bulan yg sama.
Maaf jika saya dilihat sedikit emosi disini tetapi itulah masalah Bangsa kita dimasakini. We are not emotional enough about the attacks on our race and existence!
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com
Datuk,
Politik orang Melayu terlalu tebal dgn sikap kepartian. Seolah-olah parti politik itu lebih penting dari nasib agama dan bangsa.
Berlainan pula dengan politik orang bukan Melayu. Mereka bersedia berpadu tenaga perihal perkara yg melibatkan kepentingan bangsa mereka.
Orang Melayu masih dibuai dengan tanggapan bahawa tanah ini tanah orang Melayu dan akan kekal jadi milik orang Melayu selama-lamanya. Berkelahi sesama sendiri, adu domba sesama bangsa, kecam mengecam, rasuah merasuah, bersekongkol dgn chauvinist tidak akan mengugat kedudukan orang Melayu. Inilah tanggapan orang Melayu lebih2 lagi pemimpin2 politiknya.
Bukan Melayu pula pandai mengambil kesempatan untuk buat tuntutan itu ini dan sudah mula berani mengugut. Sedikit demi sedikit mereka mengketengahkan agenda dan kepentingan mereka atas dasar keadilan dan semangat bangsa Malaysia yg satu. Tapi, yg menghairankan, mengapa hanya hak orang Melayu sahaja dipertikaikan? Mengapa kewujudan sekolah jenis kebangsaan tidak langsung dipertikaikan kalau benar2 mahukan bangsa Malaysia yg satu?
UMNO pimpinan Pak Lah dilihat sudah jadi penakut dan kepalanya sudah boleh dipijak-pijak oleh parti Gerakan dan MCA.
PAS yg dilihat alternatif kepada UMNO juga diam membisu, kian mabuk ketagihan sokongan bukan Melayu dan tiba2 boleh "give and take" dalam hal2 perjuangan agama nya.
UMNO melihat PAS sebagai musuh. PAS melihat UMNO sebagai musuh. Tetapi adakah mereka sedar siapa musuh mereka yg sebenarnya?
Datuk,
Ramasamy di Pulau Pinang faham benar sikap permusuhan UMNO dan PAS ini. Sebab itulah beliau menuduh dasar UMNO lah yg menyebabkan ketidakserataan pekerja Melayu dan bukan Melayu dalam sektor awam. Beliau juga menuduh borang permohonan bukan Melayu telah dikoyak2 dan dibuang ke tong sampah.
Serangan beliau ditujukan pada orang Melayu keseluruhannya. Tapi bagi mengelak dianggap perkauman, beliau cuma ubah perkataan Melayu itu dengan perkataan UMNO. Nah! maka akan butalah mata hati dan kelulah lidah orang2 Melayu PAS dan PKR.
Seperti yg saya katakan tadi. Politik orang Melayu terlalu tebal dengan sikap kepartiannya. Orang Melayu PAS dan PKR tidak akan mengkritik kenyataan Ramasamy ini walaupun mereka tahu majoriti penjawat awam di Pulau Pinang itu adalah penyokong mereka sendiri! Dan pemimpin UMNO yg penakut terus sahaja bersetuju untuk menaikkan peratusan penjawat awam berbangsa India menjadi 7%, seakan2 mengiakan kenyataan si Ramasamy ini.
Datuk,
Kita bercakap mengenai kontrak sosial. Kita bercakap mengenai ketuanan Melayu. Tetapi diam tak diam, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina itu sudah mahu orang panggil dia "Tuan".
Tuan Lim Guan Eng.
Saya tak faham. Protokol mana yg diambil. Langsung tidak kena tempat. Kalau adapun protokol yg membenarkan penggunaan "Tuan" pada Lim Guan Eng ini, saya harap ia diubah dengan segera. Amat memualkan andai DYMM Yg Dipertuan Agong dan Sultan2 Melayu malah Perdana Menteri dan Menteri2 sendiri terpaksa memanggil Lim Guan Eng ini "Tuan".
Arwah Khir Johari jadi Menteri selama lebih 20 tahun pun, orang masih panggil "Encik". Begitu juga Arwah Ghafar Baba. Kenapa Lim Guan Eng baru jadi KM, sudah kena panggil dia "Tuan"?
-sinbad-
Datuk,
Saya susah nak kaitkan hubungan diantara kejatuhan moral anak2 melayu dengan pemerintahan melayu UMNO. Pendapat yang sedemikian terlalu prejudis jika diambil kira. Saya percaya kita sebagai ibubapa atau orang dewasa harus menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu serta mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan kita sendiri.
Salam
Dulu di kampong, orang selalu panggil 'cina bangsat' bererti cina perantau....
Tapi kini depa kaya raya kerana menjadi orang bangsat (orang merantau) bnayak memberi kesedaran lalu mereka 'bertindak' untuk maju.
Tetapi hari ini Melayu menjadi 'bangsat' di tanah air sendiri. Kenapa tidak maju?
Sdr Kluangman,
Terima kasih kerana mengingatkan kembali penggunaan harian istilah bangsat.
Di Utara, bangsat sewaktu saya membesar, digunakan silih berganti dengan merantau.
Orang merantau atau di perantauan di panggil orang bangsat.
Misalnya: "Haa, dia tu budak bangsat mai dari Selama, Perak."
Atau: "Dia bangsat pi Bagan cari kerja."
Jadi, disebuatlah Cina bangsat, Siam bangsat, Melayu bangsat, Keling bangsat, Bengali bangsat, orang Kelantan bangsat, orang Tanjong bangsat.
Tidak menghina dan tidak siapa yang marah.
Terima kasih.
Mengenai Ramasamy, saya rasa dakwaannya yang borang permohonan kerja orang bukan Bumiputera dikoyak dan dimasukkan ke dalam bakul sampah cukup serius.
Ia wajib disiasat dan kalau betul, pegawai yang buat kerja jahat itu dikenakan hukuman keras;
Tetapi kalau tidak betul, Ramasamy wajib didakwa atas Akta Hasutan kerana menghasut. Perbuatan dia itu boleh menimbulkan keresahan;
Mengenai KM PP LGE, kalau betul dia mahu dibahasakan Tuan, saya terkejut besar.
Bunyi macam orang putih manager estate zaman dulu suruh buruh Melayu dan India panggil dia Tuan.
Kalau tak betul, dah jadi fitnah.
Terima kasih.
Salam Datuk
Datuk ini dilahirkan silap tahun ,mungkin kena lahir tahun Munsyi Abdullah.Apa yg ditulis memang betul.
"Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila"
Pantun ini kena tujukan kepada TS
Rafidah GK Dah jadi ketua Wanita dari 1984 ,tak puas lagi naik junjung,tamak kuasa , tenguklah dia cakap macam perempuan kena rasukan gila kuasa.Hairan sunggoh macamana org macam ini bolih bertahan lama . Mungkin ada kloni sendiri.Kloni mesti bagi makan baik baik baru bolih bertahan.
Zaman Feudal masih bertapak dalam UMNO,sebab itu Rafidah ingat dia Maharani UMNO.
Nampaknya disaster bagi UMNO & BN kalau Rafidah dipilih lagi
(menang bersorak Kampung Tergadai selama lamanya)
Masa Puisi (zaman lemah lembut telah berlalu sekarang zaman attack terus pemimpin lemah ,tamak ,kumpul harta,kalau tidak anda akan dipijak dan suatu masa dihadapan anda akan jadi .....macam Singapore.
Dato.
Kapada tulisan Bluemoon dan orang2Melayu Pulau Pinang.
Heboh sekarang di Pulau Pinang kerana kerajaan Negeri hendak mengunakan bahasa lain untok namajalan dikawasan yang di kunjongi Pelancong.
Kalau dengar cerita,macam hari dah nak kiamat.Ynag di tukar itu hanya sadikit saja.Kenana di Pulau Pinang menjadi issue besar tapi tidak di KLIA.kita tengok di KLIA ada tulisan arab,tulisan cina.kenapa tak bisisng,kenapa tak saman KLIA di mahkamah.
Sebeb itu saya kata orang Melayu ini cepat hilang Puncha.Kepala mereka besar dari Otak.Satengah2 dari Mereka terutamanya orang Melayu dan Pemimpin Melayu otak mereka di lutut.Dengan Orang Melayu nak cari gadoh nombor satu.
Orang Melayu boleh mimpi nak menaloki samula P Pinang.Pak lah sabagai Perdana Menteri 5 tahun tak ada satu programm pun untok memajukan Melayu P Pinang.Sekarang ini kita lihat orang UMNO Melayu macam Dato Izhar,Dato Rashid,Dato Musa dan ramai lagi cuba nak tunjok hera samacam mereka ini lah pembela Melayu pilau Pinang.
POORAH?.
asslamualaikum....
org melayu sakit kerana org melayu,
org melayu jahanam kerana org melayu,
org melayu tidak punya apa2 kerana org melayu,
telah diadakan DEB utk segarkan org melayu,
tetapi pengkhianat tetap pengkhianat...
DEB dijadikan periuk nasi mereka..
DEB dijadikan senjata politik..
hari ini DEB dikencing oleh mereka yg melayu dan bukan melayu...
namun, DEB sudah lama hancing di tgn sang melayu...
UMNO diwujudkan sang panglima,
dihidupkan para pejuang,
harta diberi, tenaga dikerah..
maka UMNO pun mengahalau sang penjajah..
hari ini?
UMNO hanyalah boneka..
dimiliki para pengkhianat..
motto nak idop slamat...
perangai macam BANGSAT...
UMNO dikhianat..
dan melayu tetap mudah lupa..
aku seorang melayu...
aku akan datang...
dan kalian sang pengkhianat..
akan aku ajar..
biar aku harus tidak punya apa2..
asalkan aku bukan pengkhianat..
ingat!!
aku dan bangsa2ku akan datang..
dengan ilmu penuh di dada...
kalian kan kami lumat2...
kerana bangsaku bukan pengkhianat!!
-melayu-
Datuk,
Saya bukan buat fitnah. Datuk boleh buat "carian" sendiri di Yahoo dan Google. Cuma perlu taip "Tuan Lim Guan Eng". Lihatlah sendiri apa yang keluar.
Halaman rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang itu sendiri akan membuktikan yg saya tidak buat fitnah.
Terima kasih.
-sinbad-
Salam DKJ dan pembaca sekalian.
Dato' 'kehinaan' Melayu sebagaimana yang Dato dan pembahas gambarkan setelah 51 tahun 'bangsa Melayu dan Bangsa Malaysia diperintah oleh sebuah parti Perikatan/Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO.
Kemajuan atau kemunduran rakyat atau negara adalah datangnya dari perancangan parti pemerintah yang memacu rakyat dan negaranya.Demikianlah juga kehinaan dan kemunduran rakyat dan negara adalah datangnya dari perancangan kerajaan yang memerintah. 51 tahun memerintah, bolehlah dijadikan ukuran penilaian kepada kejayaan atau kegagalan,keagungan atau kehinaan dasar kerajaan yang memerintah.Jika berdasarkan tulisan Dato dan pembahas yang menyokong pandangan Dato,seolah-olah menunding jari kepada kegagalan dasar pemerintah dan kelemahan pemimpinnya.
Semua pemimpin UMNO bercakap di tv,radio, suratkhabar mereka berjuang untuk bangsa, negara, dan agama.Semua mereka bercakap;pemimpin mesti berwawasan,berintergriti,ikhlas tidak mementingkan diri dan TIDAK RASUAH ? Kita nilai dan fikir-fikirkan kebenaran kata-kata mereka itu dengan nasib Melayu sepertimana yang digambarkan oleh Dato dan pembahas.Atau salah kah saya berpendapat/berfaham bahawa selama ini pemimpin UMNO telah berjaya mengeksploit dan menipu pengundi dan penyokong mereka?
Kita biarkan bahasa kita diturunkan martabatnya dalam pendidikan, (pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), mana pergi pejuang bangsa dan bahasa?Kita riuh/bising dengan nama jalan menggunakan bahasa Cina /Tamil,tiba-tiba muncul pejuang bangsa dan bahasa dalam isu ini,persoalannya betul ke perjuangan kita ni?
Kita sibuk/bising/heboh tentang pusat penternakan moden babi yang kerajaan PR Selangor dan Kedah umumkan walhal perancangannya telah lama (dlm masa kerajaan BN)tapi kita menjadi 'koro' dengan penternakan babi terbuka dan tidak bersistem serta tidak selamat di Negeri Sembilan, Melaka?sekali lagi soalannya betul ke perjuangan kita?
Sudah sampai masanya orang Melayu menilai dengan mata hati dan sedia berubah memberi dan menyerah amanah memerintah kepada PAS dalam PRU 13 nanti.
Fikir-fikirkanlah!
afja02
Salam Dato'
Tersentuh jiwa dan hati saya dengan puisi Dato - tepat, padat dan jelas dengan misi yang terteta dalam apa yang tersurat dan tersirat.
Tapi siapakah pemimpin Melayu dalma Umno yang mempunyai kualiti sebagi pejuang bangsa, agama dan negara?
Maaf dato. harapkan Najib, jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi.
Najib dengan 1001 keaiban yang terpalit, adalah pilihan yang salah oleh orang Umno.
Saya bernai katakan 99 peratus orang dalam Umnbo itu adalah korupted
salam DAKJ n Bloggers,
diawal rangkap ada menyebut tok janggut dan pejuang2 melayu yg lain, tiada kita belajar atau dengar pejuang2 cina ah kong atau ramasamy, saya pasti non bumi memang faham dan mengerti bahawa melayulah yg byk berjuang bermati-matian utk tanahair ini, cuma yg diharap dpt lah pemimpin melayu lebih adil dan bertimbangrasa, bukanlah susah berlaku adil dan saksama berlandaskan perlembagaan dan undang2
p/s : bangga dgn chong wei dan nicol david....
HAMBA ALLAH
saya sudah mulai bosan. pemimpin umno buta dan tuli. pemimpin pas pak turut. pemimpin pkr sudah gila.
assalamualaikum...
dato,
saya anak melayu yg amat sedih dgn perkembangan semasa..
dimanakah anwar ibrahim yg satu ketika dulu hero melayu?
dimanakah pemimpin2 melayu untuk menjaga bangsa??
anwar ibrahim semakin hari semakin hilang kemelayuan,beliau seolah2 melebihkan bangsa2 lain...
dan pemimpin umno hanya lihat kaku...
dan penyokong pakatan langsung tidak bersuara, dan mereka x abs2 menyalahkan umno...
dan penyokong umno hanya menyalak di kedai makan tanpa ada gerakan2 mempertahankan hak melayu...
dato jika keadaan semakin meruncing...saya akan bangkit...menegakan bangsa,agama dan negara
Assalamu'alaikum Datuk, Apakah yang Datuk maksudkan dalam baris kedua rangkap keenam:
Mereka tidak buruh Cina dan India
Abd Bashid Harun
Tuan GuruBashid,
Maaf. Silap saya. Sudah diperbetulkan. Sepatutnya berbunyi .. Mereka tidak MAHU...
Terima kasih.
Post a Comment