Sunday, November 16, 2008

UPSR:Prestasi Buruk Itu Yang Menjadi Masalah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEPERTI biasa, media massa hilang akal (went crazy) menguar-uarkan kecemerlangan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Yang mendapat lima A itulah yang diuar-uarkan.

Begitu jugalah dengan keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lain. Pelajar yang berjaya dan cemerlang itulah yang diuar-uarkan, diceritakan kisahnya dan dihebahkan nasihatnya.

Tidak salah mengiktiraf kejayaan. Lagi banyak diuar-uarkan, lagi baik untuk menaikkan semangat dan menjana motivasi.

Tetapi kita juga wajib mengiktiraf bahawa yang menjadi masalah bukan murid atau pelajar yang cemerlang. Yang menjadi masalah adalah mereka yang gagal atau rendah prestasinya.

Beberapa tahun lalu, saya membuat analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan membandingkan tiga buah sekolah di Lembah Klang. Semuanya sekolah biasa atau sekolah harian.

Sebuah di kawasan kelas menengah dan profesional pelbagai kaum di mana komposisi muridnya mencerminkan kepelbagaian kaum dan dua buah sekolah lagi di kawasan majoriti Melayu yang bertaraf ekonomi sederhana dan rendah.

Dalam semua aspek dan mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, Inggeris serta Agama Islam, sekolah campuran pelbagai kaum memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.

Hatta pencapaian bahasa Melayu dan Agama Islam pun hambar di sekolah majoriti Melayu – sebuah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Petaling Jaya.

Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.

Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.

Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.

Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan. Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.

Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?

Kini bukan zaman dulu kala lagi. Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.

Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.

Di sebelah rumah saya ada dua pondok – Pondok Haji Abdul Rahman yang pro Umno dan Pondok Haji Abdullah yang pro Pas. Mereka adik beradik.

Saya ke sekolah Melayu Pendang, lima kilometer dari rumah. Saya masuk sekolah umur tujuh tahun. Itu pun saya ditipu. Saya memang tidak mahu ke sekolah. Pertama, saya memang takut hendak ke sekolah dan kedua, saya risau siapa akan menjaga ayam didik, ikan pelaga dan burung ciak tuli saya.

Bagi ayah saya pula, dia tunggu sehingga saya cukup besar supaya boleh dihantar bersama-sama kakak saya ke sekolah. Jadi terpaksalah kakak saya menunggu hingga usia 10 tahun.

Tetapi tujuh dan 10 tahun adalah muda kerana ada rakan sedarjah kami yang berusia 14 atau 15 tahun. Waktu itu, usia bukan kriteria utama. Kriteria utama ialah kemahuan dan kemampuan datang ke sekolah.

Pada musim menanam dan menuai padi, ramai yang ponteng kelas kerana menolong ibu bapa di sawah atau di kebun getah.

Menjelang darjah empat, tinggal separuh yang bersekolah. Ini kerana waktu itu, setiap hujung tahun ada peperiksaan dan kalau tidak lulus tidak naik darjah. Kalau umur muda boleh ulang. Yang lain berhenti kerana sudah boleh baca abc, alif ba ta dan mengira sampai 100.

Namun majoriti murid berhenti kerana menolong ibu bapa di sawah dan kebun getah atau seperti kakak saya, kerana sudah jadi anak dara dan tidak manis bergaul lelaki perempuan.

Berbalik kepada cerita saya ditipu ke sekolah. Ayah saya gagal memujuk saya untuk dibawa melaporkan diri tiga hari berturut-turut, iaitu Ahad, Isnin dan Selasa. Setiap pagi saya akan lari ke rumah nenek dan bersembunyi di dalam belukar hingga lepas waktu ke sekolah.

Bagaimanapun ada hari Rabu, ayah menyuruh saya bangun awal dan pakai pakaian elok dengan alasan kami akan ke pekan sehari seperti biasa. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Malang seribu kali malang, ayah tiba-tiba mengayuh basikal dengan laju dan di Pekan Simpang Tiga dia berpusing ke kanan, ke arah Pendang dan tidak ke kiri ke arah pekan sehari.

Setengah jam selepas itu bermulalah “persekolahan paksa” saya yang berterusan selama lima tahun di Pendang dan 10 tahun di Alor Setar.

Saya ingat lagi guru besar, Allahyarham Datuk Haji Shaari Abu Bakar mencabut tiang pagar yang diperbuat daripada buluh dan memberi kata dua bahawa siapa yang nakal atau menangis akan dibelasah dengan tiang itu.

Tangisan berhenti setiap kali Cikgu Shaari lalu dengan tiang pagarnya. Cikgu Shaari kemudian masuk politik, jadi adun, exco dan akhir sekali Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sehingga hari ini, sekolah kampung seperti Sekolah Kebangsaan Pendang masih belum mampu menyaingi sekolah terpilih di bandar-bandar besar.

Maka tidak hairanlah kalau murid luar bandar yang majoriti Melayu dan Bumiputera masih gagal memperoleh pendidikan awal yang mantap dan kompetitif sehingga memaksa ramai ibu bapa bersusah payah menghantar anak-anak mereka berpuluh-puluh kilometer jauh ke sekolah di bandar dengan harapan mereka memperoleh “foundation” yang lebih kukuh.

Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.

Begitu pun apa halnya dengan sekolah bandar yang kaum terbesar muridnya adalah Melayu, tetapi masih hambar pencapaiannya? Kalau keadaan ini kita terima sebagai kebetulan, maka janganlah kita mengeluh kalau ramai murid yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal itu akhirnya menjadi mat dan minah rempit.

Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.

Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah. Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

73 comments:

band0tue said...

Salam Datuk,

Terima kasih krn memberi maklumat, sejarah dan pandangan yg baik.

Kenapa sekadar pencapaian UPSR yg dibesar-besarkan?

Prof Koo Kay Kim pernah bertanya, pernahkah kita buat kajian terhadap pelajar yang mencapai byk A dlm SPM setelah 10 tahun mereka di mana?

Saya juga tertanya2 apakah mereka yang berjaya dlm hidup hanya terdiri daripada yg dpt byk A dlm pelbagai peperiksaan?

Benarkah yg byk dapat A tidak terlibat dgn rasuah, najis dadah, perzinaan, perogolan dan penzaliman?

Lihat dan kajianlah yg menjadi masaalah sebenar kita?

http://nawawidahalan.blogspot.com

Anonymous said...

Dato,

"Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.

Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah. Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi."

A student's performance is not only based on innate ability.

Most of the time dilligence + enthusiasm will make up for most shortcomings.

Research has shown that a nurturing home environment is more importantly.

Additionally, teachers should motivate students about the benefits of acquiring knowledge.

Perhaps we can also learn from Singapore. The tiny island state has done away from its obsession with exam results, abolishing UPSR-level and SRP-level exams, if I recall correctly. Holistic education is now the focus and is probably most suitable to address children of varying talents/inclinations.

Anonymous said...

Datuk,

topik topik yang Datuk pilih banyak topik yang dekat dihati saya. Saya merupakan "batch" yang pertama ditukarkan daripada perantaraan bahasa inggeris ke bahasa malaysia dan menduduki pemeriksaan tingkatan lima saya sebagai SPM bukan MCE.

saya bukannya nak bangga diri dengan penguasaan dwi bahasa saya tetapi lebih kepada sedih yang anak bangsa saya sekarang ni bukannya sahaja lemah didalam bahasa melayu tetapi juga bahasa inggeris didalam bentuk lisan mahupun tulisan.

bagaimana anak bangsa melayu boleh maju kehadapan tanpa penguasaan bahasa? tanpanya penguasaan bahasa maka lemah lah juga penguasaan ilmu. Sudahlah ilmu teknikal tidak dikuasai, ilmu ugama yang menjadi tunggak pegangan pun serupa. tinggallah bangsa melayu yang lemah dalam segala segi iaitu duniawi mahupun akhirat.

Iqra' - bacalah dan itulah ayat pertama yang diturunkan melalui Jibrail dan itulah juga ayat yang telah diketepikan bangsa melayu yang dimalaysia islam.

seperti kata pepatah melayu "jangan salahkan ibu mengandung" mana dia "custodian" bangsa melayu dewan bahasa dan pustaka? kalau nak cerita panjang lagilah jawabnya....

keturunan jebat

Anonymous said...

Salam Dato',

Pada saya inilah agaknya dilema yang dialami para pendidik kita. Mengimbangi antara memastikan kecemerlangan dan mengelakkan keciciran.

Sekurang-kurangnya di sekolah anak saya, ada kelas tambahan untuk mereka yang lemah dan juga kelas khas untuk mereka yang terpilih untuk cemerlang.

Tahniah untuk mereka.

Dengan sendirinya keadaan ini meletakkan tanggungjawab kepada saya sebagai bapa untuk memastikan anak-anak saya tidak tercicir dan mendapat kecemerlangan.

Kecemerlangan atau keciciran bermula dari rumah. Attitude terhadap pelajaran dibentuk oleh ibubapa dan keluarga. Sekolah hanya agen pemangkin sahaja.

kucau said...

Assalamualaikum Dato,

1) Inilah akar tunjang kepada permasaalahan sekarang : Sistem Pendidikan. Selagi ini tidak dapat dilihat atau TIDAK MAHU TERIMA atas sebab politik ataupun sebab2 lain, maka penyelesaian tidak akan dapat diambil. Tidak tahu sakit masakan tahu ubatnya

2)Jika kita terlalu melihat kuman dengan microskop, maka gajah disebelah tidak akan dilihat. Yg cemerlang biasanya tidak akan memberikan masaalah. Yg akan memberikan masaaalah yg tidak , ini harus diberi perhatian lebih. Jika kita didodoi dengan cemerlang sahaja maka kita akan mendungu dgn kecemerlangan sahaja.

3)Dato pasti ingat, boleh kata disetiap peperiksaan SPM ke PMR ka , apa ka yg ditekankan adalah PENINGKATAN. Sebagai contoh , prestasi Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris meningkat ataupun jumlah A semakin bertambah setiap TETAPI kenapakah kita tidak dpt tuai hasilnya. Kenapakah rata2 kita lihat graduan kita kurang tahu berfikir dan lemah bahasa inggerisnya lebih2 lagi yg dari luar bandar ( saya termasuk ). Jika difikarkan peningkatan setiap tahun yg sebigini baik, kita sepatutnya susah ada seorang Albert Einstein. Jika benih padi setiap tahun semakin baik , kenapakah hasilnya tidak meningkat?

4) Adakah disebabkan faktor2 politik maka kita harus mewujudkan halusinasi keputusan baik di point 3? Untuk menyenangkan hati org2 diatas?


5) Salah satu faktor lain yg harus dinilai. Adakah kecemerlangan ini bersifat teori? Hafal macam si kakak tua dan muntah hafalan A ini masa peperiksaan . Selepas habis peperiksaan, hati dan otak itu menjadi kosong. Adakah faktor ini penyumbang kepada point 3) ?

6) Apabila org2 bersifat teoritikal ini menjalar ke sistem universiti maka penyerapan nilai2 yg sama berlaku. Universiti mesti ade ISO, CGPA mesti tinggi TANPA ada garis yg dibandingkan dari UNIVERSITI luar. Kenapa tiada deans list student tahun ini? ini soalan biasa. Nombor2 ini semua mesti tinggi tak kiralah graduan ini tidak tahu kerja kelak ataupun tidak tahu berfikir. Hanya perlu teori , telan dan muntah.Cuba dato tgk berapa ramai pensyarah yg mengajar ermm contoh akaun tapi TIDAK PERNAH bekerja. Betullah ade Master ade PHD tapi tahukah real life kerja macam mana? teori tidak same dengan praktikal tapi praktikal boleh diselarikan dengan teori . Apa yg diajar ? Maka, nak naik pangkat kat kerajaan PON kene exam PTK.

Terima kasih

Anonymous said...

Aneh nya Dato' Pak Menteri kita, pegawai pelajaran dan ramai lagi lah yang berkaitan turun naik melawat dan berseminar didalam dan luar negara, tapi berkesudahan dengan "finish rice"
Tak kurang juga yang menambahkan ilmu di peringkat sarjana dan Phd, tapi semua nya tak berubah tambah kelam kabut dasar pelajaran negara.
Cuba kaji berapa banyak wang yang dibelanjakan oleh Kementerian dan apa kah pula kesan nya terhadap pendidikan negara? Duit yang dibelanjakan setiap tahun tak setimpal dengan hasil yang diharapkan
Yang heboh nya keputusan UPSR, PMR dan SPM dengan cerita straight A dan menteri pun merasa bangga. Mentaliti macam program TV3 Jom Heboh sama taraf "dok heboh saje tapi habok pun tarak"
Menteri pelajaran yang ada pun tak bolih di harap. Mungkin dia pun kelabu asap. Tak tahu lah Dato' apa nak jadi, si Menteri kita tu tahu ke apa yang di buat nya? dh9753

Anonymous said...

Dato',

Penggunaan English didalam Math and Science lebih membawa keburukan kepada pelajar terutama di luar bandar. Ini akan menjadi punca utama merudumnya prestasi pelajar Melayu luar bandar. Mereka bukannya tidak berkualiti tetapi kurang kemudahan dan pendedahan terhadap bahasa alternatif.

Perkara yang sama dialami oleh saya pada masa dahulu dimana English diajar oleh guru yang bukan sebangsa (maaf), bengis dan tidak peduli apa sahaja prestasi pelajar kerana jika ramai gagal, beliau boleh menyalahkan faktor pelajar luar bandar. Majoriti kami tidak dapat membezakan 'is or are' sehingga ke sekolah menengah. Peliknya sekarang murid2 tua tadi majoritinya boleh berbahasa Inggeris sehingga terbawa di dalam mesyuarat PIBG setelah bersekolah menengah dan universiti di bandar.

Jadi diharap murid2 luar bandar diharap tidak tersisih hanya kerana bersekolah di luar bandar dan mendapat guru yang 'tidak berapa mahu mengajar' kerana menganggap kami bodoh.......

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Dato',

Apakah suatu hari kita akan mendapat PM yang tidak boleh berbahasa Melayu?

Jika yang tidak fasih/bercakap Bahasa Melayu (anggaran saya) 60% Cina (populasi Cina 30%), 70% India (populasi India 10%), 20% Melayu/Bumi (populasi Bumi/Melayu 50%). Ini menjadikan peratusan penduduk yang tidak fasih/bercakap Bahasa Melayu bagi Cina 18%, India 7% dan Bumi/Melayu 10%. (Contoh pengiraan peratus tidak fasih darab peratus penduduk). Jadi pada masa sekarang peratus penduduk negara yang tidak fasih/bercakap Bahasa Kebangsaan adalah 35%.

Pada pendapat saya ianya akan menjadi majoriti jika peratusan Melayu yang tidak mahu berbahasa terus Melayu meningkat dan dasar menjadikan seolah Bahasa Melayu bahasa kelas dua berterusan. Bidaan yang mengatakan Bahasa Inggeris teramatlah penting dan menentukan kejayaan hidup seseorang pelajar telah mula tersemat pada generasi pelajar sekarang

Tidak mustahil kita akan mendapat PM yang berbahasa Melayu pelat Samy Vellu dalam masa 20 tahun lagi dan PM yang tak tahu berbahasa Melayu dalam masa 50 tahun lagi. Tunggu....

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Alhamdulillah. Satu posting yang amat menarik terutamanya kepada seorang ibu ini yang mana anaknya yang akan ke Darjah Dua tahun depan ditempatkan di Kelas ketiga (dari jumlah tiga kelas), yang mana gurunya berkata "Kami tidak menguar-uarkan kami meletakkan murid-murid Tahun 2 ke atas menurut prestasi, tapi murid-murid besar tahu dan ibu-bapa tahu (atau kata orang putih `open secret' lah tu). Saya meminta pada guru tersebut dan saya berdoa sesungguh-sungguhnya kepada Allah Ta'ala supaya anak saya dan rakan-rakan sedarjah nya tidak dipinggirkan. Yang sedih tu, anak saya mencapai peratus 88% tapi menduduki tempat ke 34 dalam kelas. Amatlah tidak patut jika anak saya dipinggirkan sebab dikelaskan ke dalam kelas `corot'.

It would not be surprising that those children Datuk's refering to i.e. those who did not do well to merit the attention of the media are like my son - who, can be as intelligent albeit probably with a bit more attention from the teachers, but alas, the teachers prefer to not to work too hard or would rather be associated with students who are outrightly intelligent.

Salam
Bekas Murid Sekolah Kebangsaan (Inggeris) Langkasuka, Yan, Kedah

Hiriyati said...

Memberi tumpuan kepada yang cemerlang supaya terus cemerlang tidak salah. Tetapi janganlah sampai meminggirkan yang tidak cemerlang.

Di kawasan saya mengajar ada 3 sekolah menengah: SMKSS, SMKSI dan SMKSK; dan 7 sekolah rendah: 3 SK (SKS, SKSS dan SKTU), 3 SKJ(C)dan 1 SKJ(T). Kebiasaannya semua murid dari SKSS akan ke SMKSI sebab kedua sekolah ini bersebelahan. Pencapaian murid-murid dari SKSS juga lebih baik dari SKS.

Untuk tahun 2009, Pengetua dari SMKSS menuntut bahawa murid-murid dari 3 kelas terbaik setiap SK dihantar ke SMKSS. Yang lainnya akan dihantar ke SMKSI dan SMKSK. Kenapa mesti ambil yang cemerlang sahaja? Bukankah sebagai pendidik mesti mendidik semua murid supaya semuanya boleh cemerlang?

Senario di SMKSI pula.
Kelas-kelas untuk tingkatan satu dan dua serta kelas Peralihan diletakkan di sesi petang, kecuali dua kelas bagi murid-muird yang cemerlang diletakkan di sesi pagi.

Enrolmen untuk kelas murid-murid yang cemerlang ini tidak melebihi 20 orang tetapi enrolmen bagi semua kelas di sesi petang di antara 35 hingga 40 orang. Wajarkah begitu?

Apa kan daya. Saya hanya seorang guru kecil yang pendapat dan pandangannya hanya akan ditolak ke tepi. Silap hari bulan di'blacklist'kan.

mantra-indeeptots said...

Salam Dato Scribe

Antara murid lemah dan murid pandai. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai guru sementara di Alor Gajah, Melaka, di zaman serangan ekonomi meleset kali pertama di Malaysia sekitar tahun 1988.

Ketika itu, ruangan jawatan kosong di surat khabar sangat menyedihkan.

Saya ditugaskan sebagai guru kelas Tingkatan 2 dan mengajar Bahasa Inggeris serta Perdagangan di Tingkatan 2 dan 4.

Kaedah pembahagian murid-murid terdiri daripada murid pandai, sederhana dan lemah yang juga terdiri daripada bangsa melayu, cina dan india. Seperti biasa, murid cina adalah murid pandai, murida melayu sederhana dan murid india yang lemah.

Perkauman berlaku dengan nyata sekali. Apa yang telah saya lakukan, saya mengatur murid yang pandai duduk di sebelah murid sederhana dan murid sederhana duduk di sebelah murid lemah. Saya juga pastikan murid pandai memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan mereka yang lemah. Simple task it seems di mana, setiap kali rakan sebelah mereka tidak membuat kerja rumah, murid yang pandai akan dipertanggungjawab.

Kesannya;

1. Yang lemah akan selalu dileteri oleh rakah pandai mereka, justeru kedua-dua mereka akan sentiasa bersiap sedia. Akhirnya, yang lemah menjadi bertambah rajin dan hilang rasa rendah diri.

2. Oleh kerana kelas saya terdiri daripada semua kaum, mereka mengenali satu sama lain lebih mesra dan bertanggungjawab. Sehinggakan, tanpa disuruh... rakan2 india yang ada kutu pun diusahakan sesama mereka. (Well, they ought to since they sit side by side).

3. Moral tulisan saya ini, yang lemah jangan ditinggalkan dan harus diberi peluang. Guru hanya boleh membimbing tetapi rakan-rakan mereka sebenarnya yang dapat memajukan mereka.

4. Saya tidak berapa setuju sekolah-sekolah yang terdiri daripada kaum-kaum majoriti tertentu. Murid-murid sekolah terlalu 'fragile', mudah mengikut..

5. Anyway, I miss those days. You will know if you are appreciated especially on teacher's day. Even my kutu students made effort to surprise me with a gold fish!

A KADIR JASIN said...

Sdri (ibu) Yus Ibrahim,

Do not despair. A fact that I did not mention in my posting is that average pupils and students tend to perform better in the long run. With your perseverance and cooperation with the school, Insya-Allah, your child will do well.

Take it from me. I was most the time at the bottom of my class and always in the worse class. I was in Form 5C at St Michael's School. When we sat for the sixth form entrance examination, our mathematic teacher, who was the form teacher of form 5A, chided for wasting my dad’s money.

But when the results came out, the highest number of passes came from Form 5C, whose great form master was Master Dorairatnam alias Mohd Yusof (God bless his soul).

My thought is this. Any future national policy should stress on quality instead of quantity and on equality so that the mostly rural-based Malays and other Bumiputeras are will not continue to be left behind. Our growing elitism is bad for the masses.

To all parents, do not despair. There are still many good and dedicated teachers out there. Hardwork and perseverance will pay off, Insya-Allah.

Thank you.

Anonymous said...

Terima kasih Datuk kerana menyentuh tentang pelajaran anak bangsa dalam posting kali ini. Sekurng-kurangnya ada juga orang berpengaruh seperti Datuk yang sudi menjengah daerah kehidupan yang amat penting ini.

Sebenarnya, Datuk, bidang pendidikan penuh dengan perkara yang perlu diperbetulkan atau ditambah baik, termasuk pemilihan murid ke sekolah yang berkualiti dengan guru yang berkualiti pula. Ada guru yang berkualiti di sekolah yang majoriti pelajarnya berbangsa Melayu, ditukar ke sekolah yang kononnya mempunyai ramai murid yang terdiri daripada anak orang berada dan berkedudukan tinggi. Kesudahannya, sekolah di pinggir bandar dan yang mempunyai ramai pelajar Melayu hanya mempunyai guru yang kurang cemerlang atau yang ditukarkan ke situ kerana dianggap tidak berkualiti di sekolah lain. Apabila ini terjadi, maka muridlah yang menjadi mangsa.

Sepatutnya, hantarlah guru yang lebih berkualiti untuk mengajar di sekolah yang muridnya kurang cemerlang supaya anak-anak ini akan meningkat maju dalam pelajaran mereka.

Di samping itu,, ada juga pelajar yang hilang semangat untuk belajar dengan tekun apabila mendapati rakan yang mencapai keputusan kurang memuaskan, berjaya masuki sekolah terpilih, sedangkan mereka yang mendapat keputusan lebih baik, terperuk di sekolah biasa saja. Banyak contoh tentang perkara ini boleh ditemui jika kita rajin membuat tinjauan.

Semoga Datuk terus bersuara bagi memastikan khidmat pendidikan yang diberi kepada anak Melayu di luar bandar dan di pinggir bandar meningkat pada masa akan datang.

Balanglama

Quantum Metal Consultant said...

Bukan berapa A jadi ukuran, dan yang tidak A bukan bererti musnah dan punah. Kehidupan ini sangat adil pada yang mahu berusaha dan bukannya pada yang pandai dan bodoh tetapi 'malas' dan 'take for granted'.

Ramai yang 'cemerlang' ketika sekolah dulu kini 'nobody' tetapi yang corot pada masa sekolah dulu kini 'towkey' kereta mewah.

Perbandingan tentang sekolah mana yang dapat A banyak dengan sekolah yang kurang mendapat A hanya boleh dibuat untuk ukuran 'akademik' tetapi bukan satu ukuran untuk 'kemanusiaan' dan kesempurnaan hidup. yang corot A biasanya akan menjalani kehidupan yang pelbagai dan atas pengalaman itulah mereka berjaya.

otoote said...

Salam Dato'

Nice posting.TQ. Zaman saya sekolah tidak jauh kebelakang dari zaman Dato.
1. Apa yang ada pada masa itu adalah buku teks. Guru mengajar berpandukan buku teks. Sorry to say and with due respects to all teachers, ramai mengajar sekarang berpandukan past years questions dan soalan spot. Pasal apa? sebab all schools nak masok to the list with numbers of straight As scorers.

2. Masa saya belajar dulu pencapaian pelajar adalah Gaussian atau bell-shaped graph. Sekarang sudah inverted bell-shaped. What we have small numbers of scorers and of course bell senget to the side of under achievers for reasons that was discussed by you and the comments. And of course majority to the left are Malays.

3. I think that phenomena is worldwide- in terms of diminishing average students. But what can we ( I gave up of using 'what government can do') do to address this? There was an article once in NST on our Ministers of Education. Najib or Hishamuddin did their schooling in the west - what we call the elite Malays. They don’t have overall view of problems facing rural students- what with ‘everything ok Dato’’ attitude of state JPN people. When TS Musa was briefly MoE, there was some hope that someone from rural Malays school can address this problem. But his brief spell as minister seems to falter too.

4. A partial solution to me is not about looking at how to get more A students but Ministry of Human Resources can complement MoE in providing the training for the 'also runs'. I don't think the problems of the underachieving Malays were at the back of Fong Chan Onn's head. Neither do I give any hope to Subramaniam. A concerned Malay (not the guy who gets the highest vote in UMNO's MT) should sit there.

5. As of today's exam results, for every graduate we are producing 5 mat rempits and drug addicts. Its not a fault entirely theirs, but HOPE must be there hanging over their head. Every students in a school counts. Exam may not be the best way of assessing student ability but with restraints we cannot afford other venues like continuous assessments. But those who cannot perform in examinations must be given escape routes to further their ‘education’ in various alternatives. Stupid and untrainable are totally different in many ways.

6. To all Minister of Educations- stop using education as their stepping stones to power. Changing all rules and altering graphs to show that during their tenure- students are performing excellently.

Hanief said...

Saya teruja dengan usia muda Datuk yang dibentuk oleh bapa Datuk untuk ke sekolah.

Lagi satu Datuk, idea untuk belajar awal dan tidak-takut-untuk-baiki-kesilapan atau ulang belajar itu sangat saya sukai dan kagumi.

Bagus juga, jika nak mengulang-ulang pun tak mengapa kerana umur pun masih muda. Masalahnya di Malaysia, sistemnya tidak seperti dahulu. Jika ada yang separuh tahu atau separuh lulus pun dapat naik ke peringkat darjah atau pun tingkatan seterusnya.

Konsep belajar negara kita perlu diubah. Kena ada satu syarat supaya setiap pelajar itu faham dengan apa yang dipelajari bukannya dengan menilai berapa A dan berapa E.

Di sini memang saya dapat lihat di mana budak-budak yang belajar awal ini ada baiknya. Biar jatuh awal, agar dapat bangun kembali dengan cepat.

Anonymous said...

Salam DKJ dan pembaca sekalian.

Terima kasih di atas perkongsian isu Prestasi buruk peperiksaan itu yang menjadi masalah.Saya memamng bersetuju,Menteri dan Pengarah Pelajaran hanya memfokuskan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sahaja.Menutup dan menyimpan maklumat pelajar kurang berjaya dari perhatian masyarakat.

Pembaca sekalian,pengunaan Bahasa Inggeris dalam matematik dan sains dikatakan tidak gagal oleh Menteri dan Kementerian Pelajaran,Saya sangat yakin sekiranya soalan UPSR 2008 hanya menggunakan Bahasa Inggeris sahaja,prestasinya akan mengecewakan terutama masyarakat luar bandar.

Untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah,Kementerian Pelajaran perlu menambah masa P&P BI itu sendiri,menyediakan guru opysen BI secukupnya kepada seluruh sekolah di bandar atau di luar bandar.

Kementerian sebenarnya sanagat gagal untuk memenuhi keperluan guru BI di luar bandar dan masyarakat di luar bandar 'dimalang'kan lagi dengan kekurangan keupayaan dan kebolehan guru-guru menguasai BI menjadi tenaga pengajar subjek Sains dan Matematik.Masyarakat luar bandar terus menjadi korban dan dikorbankan oleh mereka yang diberi 'tanggungjawab'(pembuat dasar).Fikir, fikirkan!.

Sekolah yang baik akan merancang dan memberi fokus kepada keupayaan pelajarnya.Group A bagi mereka yang ditargetkan mencapai A,group B akan ditingkatkan pencapaiannya dari C ke B dan group C akan ditingkatkan dari gagal kepada lulus, inilah strategi sekolah untuk mencapai target sekolah.Sekolah yang baik samada di kawasan bandar atau luar bandar tidak sama sekali mengabaikan pelajar lemah.

Saya suka berkongsi cerita pencapaian sekolah luar bandar dalam UPSR baru-baru ni,SK LKTP Jengka 16,40% calonnya mendapat cemerlang 5A, dan peratus lulus 88%.Untuk mencapai kejayaan sedemikian guru-guru menyediakan program 'kelas prac' sebelah petang, sebelah malam dan hari cuti Sabtu dan cuti penggal diadakan kelas tambahan.Dalam ertikata lain guru terpaksa mengorbankan cuti sabtu dan cuti penggal manakala murid terpaksa belajar sepanjang masa ibubapa pula mesti menghantar anak-anak ke sekolah.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian bukan semua sekolah mampu bekorban seperti guru-guru SK LKTP Jengka 16,kerana banyak sekolah disekitarnya dan sekolah di bandar yang berhampiran dengannya.SK ini telah membuktikan peningkatan pencapaiannya banyak tahun.Sepatutnya Kementerian Pelajaran memberi 'penghargaan istemewa'kepada sekolah tersebut.
Syabas dan tahniah buat Guru dan masyarakat Jengka 16.
Terima Kasih Cikgu!.

afja02.

Anonymous said...

Datuk,
It is great to hear that you are touching on key issue of education.

It is timely that we have an Education Minister who is not a politician. But an educationist who put the agenda of nation building above all.. It is not easy to find but surely if we search enough we should be able to find it. We need somebody a character or leadership like Zeti in Bank Negara in our Education Ministry..

For the past many years, I realised the current Malay education minister from UMNO, has their hand tied. They are thinking more of their political career... rather than bold enough to carry and form the Malaysia Education program. They are afraid to do any bold to put back our Msia education on track...

Kalau radical sangat...nanti kalah.. atau tak leh jadi PM ke, TPM ke di masa hadapan...pendek umur politik mereka...

Terima kasih
Zacky

azizIbrahim said...

Datuk,

Saya bukanlah guru tapi bekas pekerja swasta GLC yg terkemuka.
Dalam Syarikat swasta ada KPI yang mengukur tahap pencapaian kerja untuk diberi prestasi bagi menentukan berapa kenaikan gaji tahunan dan jumlah bonus tahunan.

Rasanya guru pun ada KPI juga (mungkin disebut berbeza), Jadi jika guru beri tumpuan lebih kpd pelajar yg lembab tentunya tidak berbalui kerana belum pasti akan berjaya sebaliknya jika ditekankan terhadap kumpulan pelajar yg pintar sudah pasti mmbuahkan hasil. Itu mungkin teori pendidikan agaknya.

Itulah datuk, ramai orang menuding jari kepada PMS dlm BI yg konon memberi kesan buruk kpd pelajar tapi saya rasa sistem penddikan kita sekarang terlalu lemah.

Pengajaran BI sangat mengecewakan sebab itu pelajar Melayu gagal menguasai BI. Bila memasuki IPT guna buku2 rujukan BI khususnya Accounting, Finance dsbnya. Kalau Library di UNITAR, UNITEN, MMU tenguklah tak kurang 90 % rujukan dlm BI.

Saya pun hairan mengapa cendikiawan2 Melayu spt Prof Zainal Kling menentang sangat guna BI dlm Maths dan Sc tu. Bangsa Melayu terlalu baru (tamadun keilmuan) jadi terpaksalah kita memperalatkan bahasa lain untuk menimba ilmu.

Terimalah realiti jangan mereka ini berkhayal kerana di negara kita sendiri orang masih mengguna BI dgn meluas, mengapa pejuang2 bahasa ini tidak berperanan?

Kita tidak sama seperti (sebagai contoh) Thailand yg mengguna 100% bahasa ibunda. Orang cina, india,pakistan pun cakap Thailand, tak ada sekolah cina dan tamil melainkan sekolah agama pondok di Selatan Thailand.

anakbuah said...

Baru2 ini sekolah rendah anak2 saya baru saja menyambut ulangtahun ke-125 penubuhannya. Sekolah mat salleh ini tua tetapi penuh dgn idea2 dan konsep2 yg jarang diamalkan oleh kebanyakan sekolah awam di M'sia.

Yg menarik, tiada pengasingan antara pelajar dan kelas di sini. Kesemua kelas adalah setaraf dan pelajar2 dilayan sama rata - tiada yg lebih bagus dan tiada yg paling lembab/corot. Setiap guru mengajar tidak lebih drp 20 org murid. Di dlm kelas, murid2 tidak duduk kekal setempat. Guru akan memerhatikan dan menukar tempat bila perlu utk memastikan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Yg lebih pandai digalakkan membantu yg kurang pandai dan mereka dibiarkan bercampur serta belajar bersama2. Kesannya, kesemua murid akan sama-sama maju dan tiada yg ketinggalan di akhir tahun pengajian.

Di peringkat rendah, akademik adalah perkara kedua. Yg utama ditekankan di sini adalah kemahuan, kreativiti, kesopanan/kejujuran dan kebersihan. Pelajar2 digalakkan menggunakan kemudahan IT sejak tadika. Saya perhatikan guru2 amat prihatin dgn perubahan mood murid2. Cara pemakanan yg tidak sihat terus ditegur oleh guru2 dan adakalanya diberitahu kepada ibu bapa.

Saya menyentuh sedikit sahaja. Memang dr dahulu saya tidak setuju dasar pendidikan negara dieksperimen tanpa perlaksanaan yg jelas. Penguasaan bahasa Inggeris tidak berkesan jika hanya digunakan utk pelajaran sains dan matematik sahaja. Ianya perlu diamalkan dipersekitaran yg menggalakkan setiap hari, bukan hanya bila mahu menjawap soalan ujian/peperiksaan sahaja. Bagaimana apabila pulang dr sekolah, semasa bergaul, di rumah, di padang permainan, semasa membeli belah dll? Pelajar2 mungkin dapat menguasai istilah2 sains dan matematik tertentu sahaja tetapi kalau masih berfikir dlm Bahasa Melayu, bukankah haru-biru jadinya? Lihat saja, pada mulanya, bagaimana guru2 menyampaikannya.

Anonymous said...

Saya tertarik dengan tajuk artikel yang ditulis oleh Datok iaitu di tengah kita bermegah2 dengan ramainya penuntut mendapat A di dalam keputusan peperiksaan, kita meminggirkan isu yang lebih penting iaitu berapa peratusan murid2 yang mendapat keputusan tercorot. Akhbar2 dengan begitu mudah mewar-warkan tentang banyaknya murid yang mendapat A hasil menukar bahasa penghantar matapelajaran Sains & Matematik kepada B.Inggeris. Bagi saya keputusan UPSR ini tidak langsung boleh dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan UPPSMI kerana :
1. Keputusan yang lebih baik mungkin disebabkan oleh kualiti murid2 pada tahun berkenaan secara keseluruhannya lebih baik.
2. Graf markah lulus dan cemerlang mudah dimanipulasikan.
3. Isu soalan bocor berlaku setiap tahun dan khabarnya paling serius pada ujian UPSR yang lepas sehingga dikatakan ada yang menerima sms jawapan dan anak2 hanya menghafal jawapan ke dewan peperiksaan.Betul ke tidak, perlu disiasat.
4. Bagaimana peratusan murid2 yang mendapat markah tercorot ? Dari sekolah mana dan dari kumpulan etnik mana? Ini tidak diwar-warkan
5. Jika pun benar prestasi UPSR sedikit lebih baik, adakah berbaloi dengan kerja keras, wang ringgit serta masa yang dicurahkan oleh guru2, ibubapa dan murid2 yang terpaksa menyesuaikan diri dengan penggunaan B.Inggeris bagi matapelajaran Sains & Matematik.

Saya berharap, semua pihak bersifat jujur dan ikhlas untuk memastikan anak bangsa kita maju ke depan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan ahli2 akademik, pakar2 bahasa dan pengubal dasar untuk duduk semeja dan bermuhasabah bagi mencari penyelesaian yang terbaik tanpa mempunyai agenda2 lain yang tersembunyi.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Afja02 kata, "Untuk mencapai kejayaan sedemikian guru-guru menyediakan program 'kelas prac' sebelah petang, sebelah malam dan hari cuti Sabtu dan cuti penggal diadakan kelas tambahan."

Adakah ini yang sepatutnya jadi budaya kerja para guru?

Isteri saya guru. Isteri/suami sdr kerja apa?

Sebelum saya meneruskan komen saya, perlu saya tegaskan bahawa hujah saya ini berasaskan kepada fakta bahawa guru-guru yang terbaik sesebuah sekolah itu sahaja sahaja yang diberi tugas dalam mengendalikan kelas-kelas tambahan.

Semasa saya makan gaji dahulu, saya sering ambil cuti menguruskan anak-anak sendiri dalam hal persekolahan kerana isteri saya diperlukan untuk menguruskan anak-anak orang lain.

Ini juga antara sebab saya memilih untuk kini bekerja sendiri.

Ini bukan pentingkan diri. Sekadar meminta hak anak-anak saya terhadap ibu mereka.

Macam mana pulak saya yang tidak makan gaji dengan sesiapa tetapi kena menguruskan hal makan malam dan pembelajaran anak pada sebelah malam? Ini kerana isteri perlu hadir disekolah memberi kelas tambahan/pemulihan, menyemak kerja para pelajar dan bersiap untuk bahan bagi kelas esoknya.

Cubalah kira sendiri, hadir disekolah dari 7 pagi sehingga 2 petang. Dari 4 petang hingga 6.30 petang. Kemudian malam 8.00 hingga 10.00. Itu disekolah sudah 11.5 jam disekolah. Belum lagi dikira masa dirumah yang dihabiskan untuk kerja-kerja sekolah.

Jika belum tahu, bagi kebanyakan guru, terutama guru yang baik dalam bentuk rekod prestasi pelajar-pelajar, perlu menghabiskan masa tidak kurang di dari 55jam seminggu disekolah manakala masa keseluruhan yang dihabiskan untuk urusan sekolah (termasuk urusan pentadbiran) adalah tidak kurang daripada 75 jam seminggu.

Jika ada PIBG yang PERNAH MENGADAKAN TABUNG untuk memberi elaun lebih masa kepada guru, sila beritahu saya.

Bukan nak minta duit (jika tidak faham, perenggan di atas itu hanya sekadar sindiran). Sekadar meminta supaya berlaku adil. Jika masa guru diminta lebih, harap MASA IBUBAPA juga sepatutnya diberi lebih. Bukan minta duit. TETAPI MINTA MASA IBUBAPA.

Malangnya kebanyakan ibubapa tidak dapat membayangkan bagaimana komitmen masa mereka dapat meringankan beban guru. Malah kebanyakan mereka hanya berupaya berkata,

"PELAJARAN ITU BIDANG CIKGU. SAYA APA YANG TAHU. TERPULANGLAH KEPADA CIKGU."

Ibubapa mana yang tidak prihatin dengan pencapaian pelajaran anak-anak? Saya tidak mahu memberi komen tentang aspek emosi keibubapaan.

Sekadar memberi komen bahawa budaya pembelajaran melampaui waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari sepatutnya tidak perlu.

Jika dihabiskan masa lebih dari itupun adalah untuk maksud pemulihan. Itupun janganlah secara melampau.

Bagi ibubapa dan pegawai pendidikan yang menganggap waktu kerja begitu adalah wajar bagi guru kerana mereka bercuti pada masa cuti sekolah, ANDA SILAP.

Kecualilah anda tidak kisah guru yang kurang baik prestasi sebagai guru kelas tambahan pada petang, malam atau hari minggu. Kelompok ini yang sering berkerja secara minima memang patut diberi tugas adhoc.

Ada beberapa aspek lagi dalam aspek pendidikan negara yang belum saya sentuh. Namun saya akan sentuh perkara-perkara berkenaan dalam komen berasingan pada lain kali.

Cikgu Farish said...

Salam Datuk,
Sepatutnya saya yang pertama memberi ulasan atas kapasiti saya yang secara langsung membina dan membentuk modal insan negara. Namun saya masih merasakan bahawa saya masih belum terlewat bagi memberikan pandangan.

Sebenarnya apa yang boleh disimpulkan di sini adalah amalan pendidikan kita kini telah banyak lari dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kini ia tidak lagi menurut garis falsafah yang secara luhurnya telah digubal berdasarkan kehendak masyarakat Malaysia, cuba kita renungi bahagian pertama falsafah ini:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Kini ia tidak lagi dipatuhi kerana para pendidik lebih cenderung mementingkan peperiksaan berbanding usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.

Usah disalahkan para pendidik yang tersasar fokus ini, kami hanya 'Yang menurut perintah' bagi desakan-desakan dan tekanan-tekanan yang mengkehendaki para pelajar mendapat 'A' yang banyak. Memang ramai yang telah mencapai 'A' yang banyak. Akan tetapi tidak ramai yang 'mempelajari' sesuatu dari apa yang mereka pelajari di dalam setiap subjek.

Ambil sahaja subjek sejarah sebagai contoh, berapa ramai pelajar 'A' ini yang boleh menghuraikan implikasi prinsip 'Jus Soli' misalannya. Mereka hanya sekadar menghafal definisinya berbanding manganalisis implikasi dan kaitan dengan keadaan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Mungkin kelihatan agak keterlaluan sekiranya kita katakan apa yang sistem pendidikan telah hasilkan pada hari ini adalah 'insan kakaktua' berbanding 'insan yang terbina potensinya secara menyeluruh'. Tetapi itulah hakikat yang pahit untuk kita telan.

Para pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teori pembelajaran, namun tidak semua itu teraplikasi atas sebab ketaksuban mengejarkan 'A' di dalam setiap subjek. Antara yang saya sendiri cenderung untuk mengaplikasikan adalah teori 'multiple intelligences' Howard Gardner. Jikalau apa yang dihuraikan oleh teori ini diamalkan, para pelajar yang dikatakan 'lemah' ini tetap mempunyai peluang yang amat cerah di dalam memperkembangkan potensi mereka dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan negara di dalam setiap bidang.

Akhir kata, menjadi pendidik merupakan satu tugas yang amat mencabar dan mempunyai tanggungjawab yang maha berat kerana bukanlah mudah untuk kita memanusiakan manusia.

anakbuah said...

Salam Dato',

"Any future national policy should stress on quality instead of quantity and on equality so that the mostly rural-based Malays and other Bumiputeras are will not continue to be left behind. Our growing elitism is bad for the masses."

# Menilai kuantiti mudah Dato' tetapi menilai kualiti ini amat subjektif. Cuba kita pertimbangkan kes kehilangan pelajar tajaan Petronas di Australia baru2 ini. Pelajar tersebut cemerlang kedua2nya - kuantiti dan kualiti. Tetapi bila sampai bab emosi dan psikologi...hanyut. Mendapat A dlm agama Islam pun tidak cukup.

# Satu lagi yg saya tidak setuju adalah terlalu bergantung kepada kelas tusyen dan kelas tambahan. Tusyen sudah mcm suatu industri pula - tempat guru2 mendapatkan wang tambahan atas kelemahan pelajar2. Pengalaman saya, tumpuan dan pemahaman di dlm kelas amat penting, kemudian disusuli dgn latihan sendiri. Atau cuba pelajar2 sekolah biasa amalkan kedah pembelajaran dan disiplin seperti sekolah asrama penuh - petang ada prep. dan prep. mlm. Saya rasa ini sudah cukup dan tidak perlu kelas tusyen yg mahal dan mendedahkan pelajar kpd anasir2 negatif seperti pergaulan bebas, merokok, berfoya2 dll. Dlm hal ini, peranan ibu bapa dan penjaga amat perlu terutama dlm mengawal masa dan aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan.

Anonymous said...

Dear Dato' AKJ,

The success of our education system has been the building block of our nation. Despite its shortcomings (even developed countries have their problems the most recent being the decline in students wanting to take up mathematics and science in schools).

Back to our education system. If we travel to small villages the impressive buildings are schools.So the government is spending good money on ensuring a good conducive environment for studying.

I'm one of those people that have benefitted tremendously from the policy by the government to send good students overseas and syukur I'm in the university now sharing my knowledge with other people's kids. I see myself as a good educationist and I could not have achieved what I have today without the government spending something close to RM 1 million on me alone.

The point I wish to make is that the government has shown success in educating the masses. And I wish to give credit where it is due.

Presently both the Ministry of Higher Education and Ministry of Education have launched their respective strategic plans to transform education in this country. Transformation into a learned society with the often said "First class mindset" (yes everyone is included). The Minister definitely will have to think of his/her political career as that is what they do. However, we need good director generals who are apolitical to implement the plans. Continuity is pertinent to the success of the plan and it does not matter even there if is a change of minister the implementation of the plans must remain on course.

My worry is that how many ministers do we have that understand the need to get the work moving forward based on where the previous minister left off. Pick up where your predecessor left and continue and improve. What we see though is many has this tendency to change everything and the need for self glorification. Just look at Azalina with her zoom when "cuti-cuti Malaysia" is still in the minds of he rakyat.

Dorothy Hodgkins

Unknown said...

Saya lebih menghargai seorang guru yang dapat menjadikan murid-murid di kelas tercorot (yang memang bermasalah) menjadi manusia yang berguna.

JoDiane said...

salam sejahtera dato'

boleh tak dato' komen tentang 'pengambilan pelajar universiti dewasa ini', adakah hasilnya (graduan) berkualiti seperti zaman zaman dulu?

Anonymous said...

Salam Dato',
Masalah atau lebih tepat, cabaran pengajaran dan pembelajaran anak2 kita sebenarnya amat luas dan sentiasa berat. Keadaannya menjadi semakin rumit apabila dalam urusan pendidikan pun kita nak main politik dan akhir2 ni kita jadikan pendidikan sebagai satu komoditi. Di sekolah, umumnya guru2 menghadapi cabaran utk mendidik murid2 yg tak bermotivasi. Saya berpeluang menyelia guru2 pelatih yg mengajar murid2 tkt 2 dan 4 yg berbual2 mcm kat pasar semasa guru sdg mengajar didepan seolah2 mcm cikgu tu tak ada. Itu kat sekolah dibandar kuching (tahun 2004). Tahun 1979 dulu, kat sek Ked Hwa (jln ke kuala kedah), murid2 bergurau senda semasa cikgu pelatih mengajar didepan. Kat Sek Men Bkt Easter (Kota Tinggi) pula, ada murid2 yg tidur masa guru pelatih mengajar. Apa makna semua tu? Pelajar2 yg rendah pencapaian akademiknya tu adalah golongan mereka yg tak minat belajar. Tak larat cikgu nak berpsikologi dgn golongan ni, sementelahan pula mmg tak ada kepakaran pun utk tangani masalah ni. Bak kata pantun lama, "kerja guru bukannya mudah, seperti orang melawan ombak". Ibu bapa lah yg utama mendidik anak2 utk menjadi manusia yg cintakan ilmu, hormatkan guru, sayangkan nyawa dan harta benda. Apabila ibu bapa leka dgn hiburan, anak2 jd terbiar dan perlahan2 mereka jadi liar. Jadi kita ni mcm masuk dlm satu lingkaran syiatan yg membelenggu kita untuk terus menghancurkan diri sendiri (baca, bangsa sendiri). Oh ya, saya ni bersekolah melayu dpd darjah 1 sampai tkt 6 atas. Dapat BSc dpd UKM. Lulus MSc dan PhD dari UK. Kalaulah tak ada sekolah menengah aliran melayu dulu, pastilah saya hanya lulus setakat darjah 6 saja. Maklumlah, masa tu yuran bulanan sek men aliran ingeris $5 sedangkan banyak hari2nya dlm sebulan duit 5 sen pun keluarga saya rasa besar mcm roda kereta lembu... selalu tak jumpa nasi dan gula, alas perut dgn keladi rebus, pisang rebus, ubi rebus, atau umbut rebus saja.
Pada saya PPSMI adalah satu malapetaka bagi bangsa melayu. Amalan persempadanan markah bagi penggredan keputusan UPSR, PMR, SPM, STPM dan Matrikulasi yg tak berhemah adalah juga malapetaka bagi pendidikan di Malaysia. Liberalisasi pendidikan tinggi tu baik, amalan meritokrasi tu baik. Tapi apabila kita laksanakan kedua2 tu serentak dgn amalan persempadanan markah yg tak berhemah, hasilnya adalah buruk. Jika kita syok terus dgn cara ini, akan tiba masanya sistem pendidikan kita jadi bahan persendaan. Semua gred yg kita pamerkan tu sekadar termometer saja. Allahu a'lam.
Pak HJ JB

KS said...

Salam Datuk,

Dalam kegilaan kita mengejar "A" sebanyak mungkin dalam apa juga peperiksaan awam mari kita lihat kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Apakah matlamat pendidikan kita sudah jauh menyimpang dari apa yang termaktub dalam FPN itu sendiri.Mari kita renung kembali kandungan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 serta Laporan Kabinet 1979.Buka kembali kandungan Laporan Hussen On 1971 dan Laporan Mahathir 1976.Ketika itu sistem pendidikan mempunyai tempat rujukan yang mantap sebelum melaksanakan sesuatu perubahan.Apabila kita ketepikan semua laporan itu maka sistem pendidikan kita telah hilang arah.Puncanya satu sahaja iaitu kerana terlalu ramai tangan politik mengucarkacirkannya.Pandangan saya biarkanlah pakar-pakar pendidikan yang menguruskan soal-soal pendidikan manakala orang politik jangan korbankan sisten pendidikan untuk political milage mereka..

-WADAH- said...

Assalamualaikum semua....

Penulis sekali lagi nak ulas dua perkara; bahasa dan pendidikan.

Banyak yang perlu dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa terutamanya mereka yang benar-benar sayang kepada bahasa Melayu agar benar-benar menyampaikan masej kepentingan Bahasa Melayu.

Namun hal itu bukan bermakna bahasa Inggeris tidak penting.Bukankah "belajarlah pelbagai bahasa nescaya anda tidak sesat."

Pasal sistem pendidikan, selagi berita dan ruangan "Surat" di dalam akhbar harian asyik penuh dengan masalah cikgu ini dan cikgu itu, gaji ini dan gaji itu, beban ini dan beban itu, tak adil ini dan tak adil itu, tampar ini dan tampar itu, terajang ini dan terajang itu; penulis kira tak perlulah orang yang bukan cikgu hendak ulas. Kalau ulas banyak sangat nanti dikata "awak bukan cikgu, apa tau?" (Penulis balas balik, dah tu kalau awak tu cikgu; tau semua benda ke? - guru jangan marah; tapi kita memang bukannya profesor serba tahu...)

Sebagaimana aspek bahasa, aspek pendidikan juga mencakupi perbincangan yang sangat luas yang perlu kita bincang bersama, bukannya kita buat kompartmentasi bagi menyelesaikan isu ini. Semoga kerajaan mampu menyelesaikan bersama-sama dengan mereka-mereka yang terlibat....

Wassalam

Anonymous said...

Salam DKJ dan pembaca sekalian.

Respon kepada sawit futures trader
tentang 'hanya guru yang baik dan rajin akan terbeban dengan kerja' dan guru yang culas dikurangkan tugas dan tanggungjawabnya. Bolehlah diterima secara umum.

Tidak menjadi tugas atau kewajipan guru untuk bertugas sebelah malam,hari sabtu dan hari cuti sekolah, tetapi ia menjadi satu tradisi di SK LKTP Jengka 16, itulah keistimewaan dan kelebihan guru-guru sekolah tersebut.Dikatakan dalam cuti ini kelas akan bermula 01 Disember 08.Itulah realiti.Sekalong tahniah buat guru-guru sekolah tersebut.

Memang diakui benar 'guru-guru yang menurut perintah' telah bertungkus-lumus berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan boleh diakui lari dan jauh tersasar dari Falsafah Pendidikan Negara,tapi masyarakat perlu ingat bahawa ukuran akhir jabatan dan kementerian adalah punca guru-guru terpaksa memikul beban untuk mencapai keputusan yang cemerlang.Falsafah untuk melahirkan insan seimbang dari sudut jasmani,rohani,emosi, dan intelek terabai dan diabaikan.

Terima kasih guru, di bahu kalian segala amanah berbentuk pendidikan ditandu oleh golongan guru.Teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara.

afja02

Anonymous said...

Salam Dato'
Topik kali ni agak menarik untuk dibincangkan. Eloklah kali ini kita keluar sedikit dari skop politik, namun perkara ini boleh dipolitikkan juga.
Nampaknya Dato' begitu prihatin tentang pendidikan di negara ini sehinggakan Dato' telah membuat kajian beberapa tahun yang lalu.
Seperti kata Dato' kebanyakan keputusan peperiksaan awam yang diuar-uarkan adalah tentang kecemerlangan pelajar, tidak sebaliknya. Jadi kenapa media massa tidak membuat perbandingan tentang kejayaan dan kegagalan pelajar seperti yang Dato' utarakan supaya yang berjaya dijadikan contoh dan yang gagal dijadikan sempadan.
Dato', masa zaman saya SRP/LCE sekarang PMR bukan semua murid akan pergi ke tingkatan 4. Contoh kalau sekolah tu ada 100 org murid. Lepas SRP/LCE tinggal 70% yang layak ke tingkatan 4, 30% lagi berhenti sekolah. Daripada 70 org tadi 1 kumpulan masuk kelas sains dan 2 kumpulan lain masuk kelas sastera atau vokasional. Bila SPM/MCE yang lulus 60% (42 orang).
Tapi sekarang Dato', semua pelajar PMR naik terus ke tingkatan 4 tak kira lulus atau gagal. Jika ada 100orang semua masuk tingkatan 4, lepas tu ambil SPM dan 70% lulus. Kalau sistem dululah(LCE), ini bermakna yang 70 orang terpilih itu semuanya lulus (100% lulus)
Itulah peliknya Dato', ada kawan saya pensyarah kat Universiti heran macam mana pelajar SPM, Maths 1A dan Add Maths 1A juga tapi ambil maths kat Universiti yang asas pun kantoi? Entahlah banyak perkara sebagai penyebabnya.
Dato',
Sekarang ni ramai antara guru-guru sekolah ni dalam delima. Banyak sekatan dan peraturan yang mengikat tugasan guru, tidak macam cikgu Dato' sehingga boleh jadi ADUN.Sekarang ni segala tindakan guru perlu dibuat dengan amat berhati-hati dikuatiri tindakan itu akan memakan diri guru tersebut.Kalau tidak pihak ibu-bapa, pihak jabatan atau kementerian akan memberi tekanan kepada guru berkenaan. Sebab itu ramai guru akan melaksanakan tugas mengikut sepatutnya saja. Tidak macam guru dahulu kelihatan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Kalau Dato' berpeluang dapat berbincang dengan para guru tentang pendidikan, tentu Dato' dapat lebih maklumat tentang senario sekarang.
Kalau Dato' diberi pilihan yang manakah keutamaan Dato', ajar murid jadi pandai dan bijak atau didik murid jadi manusia/insan?
Kadang-kadang Dato' dalam melaksanakan tugas ni ada yang bernasib baik dan ada yang kurang bernasib baik, macam bercucuk tanam ada tanahnya subur dan ada yang kering kontang. Namun sebagai petani kita tidak arus berputus asa walaupun tanah kering kontang kalau kena cara dan ikhtiarnya tumbuhan akan subur juga. Begitulah halnya dengan guru tidak ada istilah putus asa dalam membentuk sahsiah muridnya.
Terima kasih. Say22.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya berpendapat pengurusan hal-ehwal pendidikan di negara kita tidak sepatutnya di letak di bawah ahli2 politik. Sebabnya setiap kali menteri berubah, pelbagai polisi dan dasar berubah. Perlu rasanya diberikan tanggungjawab ini kepada daripada kalangan 'education scientist' yg mampu membuat keputusan secara objektif dan bukan kerana kepentingan politik masing2.

Anonymous said...

Dato;

Saya maseh ingat pada masa dato maseh lagi berkerja dengan NST,semua surat surat khabar telah bersetuju tidak lagi akan memainkan issue kelulusan pepereksaan di akbar.Beberapa tahun salepas itu mereka tidak lagi menyiarkan.Salepasitu akhbar Star mula menyiarkan samula pretesasi pelajar dan Sekolah di dalam pepereksaan.

saya berharap.memteri pelajaraan UMNO akan ambil iktibar dan dapat mengunakan akal fikiran untok memberhentikan terus penyiaran keputusan pepereksaan sacara besaran.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Dengan dua orang anak Tahun 3 dan Tahun 2, percaya atau tidak banyak masa dihabiskan untuk mengulangkaji matapelajaran Sains dan Math sahaja. Subjek lain langsung diabaikan. Alhamdulillah still boleh dapat A or B.

Terbaca dalam akhbar, lain bengkak dan lain bernanah tapi kaki lain yang diubati. Kalau dah tahu pelajar Melayu lemah BI, tekankan dan agresif kan subject BI dan Public Speaking. Bukan buat keputusan drastic ajar Math dan Sains dalam BI. Adkah UPSR penentu segalanya?

Bagaimana Pak Menteri boleh kata 51% jawab dalam BI kira PPSMI tak gagal. Saya mahu lihat dari 51% tu berapa peratus yang dapat A bila jawab dalam BI.

Belajar Sains dan Math dalam BI since Year 1 to 6 tapi kenapa only 51% dare to answer in English...??? Ini kementerian perlu buat post mortem.

Kalau NTUP pun dah reject PPSMI ni maka eloklah kembalikam ke BM balik. Jangan terkejut bila ada cikgu yang susah nak paham kat student sebutan mines atau substract, disebut 5 push 3..????

A KADIR JASIN said...

Sdr Dato Rahman Kedah, antara lain, mengulas:

"Saya maseh ingat pada masa dato maseh lagi berkerja dengan NST,semua surat surat khabar telah bersetuju tidak lagi akan memainkan issue kelulusan pepereksaan di akbar.Beberapa tahun salepas itu mereka tidak lagi menyiarkan.Salepasitu akhbar Star mula menyiarkan samula pretesasi pelajar dan Sekolah di dalam pepereksaan."

1. Saya rasa kita tidak "blackout" berita keputusan pepereksaan. Hanya kita tidak perbesar-besarkan sangat;

2. Kita cuba bagi laputan kepada sekolah luar bandar juga. Tapi kita dapati prestasi mereka tidak merangsangkankan;

3. Sekarang ini media suka mensensasikan segala-galanya. Jadi pelajaran dan pendidikan pun jadi jadi macam "sure heboh".

Terima kasih.

Unknown said...

Sekolah anak saya (sebuah sekolah rendah di Ipoh) setiap tahun mengadakan anugerah pencapaian akademik untuk pelajar-pelajarnya.

Tahun lepas (2007) seorang ADUN UMNO dijemput sebagai tetamu khas. Punya lah 'boring' ucapannnya...dari awal sampai akhir cakap pasal politik. Asyik cakap pasal apa yang 'dia' SUDAH buat untuk sekolah tersebut, walaupun sekolah itu nampak sama je sejak 10 tahun lepas. 'Tak tahan' dengan ucapannya, saya pergi pekena teh tarik sekejap.

Tahun ini (2008), seorang pengurus besar bank dijemput. (sebab ada ruling tak boleh jemput ADUN PR). Tak kisah lah...at least dia tak cakap pasal politik dan dia cakap apa yang dia HENDAK buat untuk sekolah tersebut!

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

tiada apa yg membanggakan saya sekarang, kalau dulu saya kagum dgn pencapaian junior2 dan anak2 buah saya, tetapi dengan ranking ipta kita sekarang ianya membuka mata , kecemerlangan anak bangsa hanyalah retorik dan mainan politik semata-mata!!!

adalah menjengkilkan dan memualkan melihat didada2 akhbar dan tv menghebahkan kecemerlang satu 2 kerat pelajar, kementerian patut jujur menganalisis keputusan exam secara keseluruhan baik sekolah luar dan dalam bandar, mungkin pak menteri takut nanti ada pihak menyalahkan beliau, bukankah menteri dilantik utk memikul tanggungjawab ini, sama ada berjaya atau tidak itu pak menteri harus jawab, kalau skandal sex, rasuah, salahguna kuasa pak menteri berani, kenapa tidak soal2 pendidikkan dan masa depan golongan pelapis ini

dan akhir sekali tahniah kepada ibu bapa yg anaknya cermerlang, pastikan kecemerlangan ini berterusan sehingga dpt mengangkat ipta2 kita ke satu tahap yg membanggakan seperti dulu-dulu

"sekolah sekejab sahaja,kerja sampai kita mati, jadi rajin2 belajar kalau nak kerja senang nanti" kata2 motivasi ayah saya

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

Pencapaian UPSR sekolah-sekolah elit seperti SK Bukit Damansara dalam UPSR bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Saya amat bersetuju dengan Datuk yang mahukan agar sekolah-sekolah yang tercicir diberi tumpuan. Pelajar-pelajar SK Bukit Damansara yang rata-rata kawasan elit Damansara mampu mempunyai tutor peribadi bagi setiap subjek, malah persekitaran mereka juga menggalakkan pencapaian cemerlang. Oleh itu, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi sekiranya ada sekolah yang pelajar-pelajarnya dari rumah-rumah pangsa atau setinggan, yang kebanyakan pelajar mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa tiada pekerjaan tetap, perceraian, ibu bapa tidak berpendidikan dan lain-lain masalah, maka itu baru dikatakan pencapaian. Pelajar-pelajar tersebut, dan sekolah serta guru-gurunya harus diberi pujian. Sudah tiba masanya kita ubah pemikiran tentang pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam matapelajaran kerana kebanyakan daripada mereka hanya mahukan 'glamour'.

eddy said...

Salam Dato'. Tajuk yang sangat penting dibinchang.

1. Saudara Jed Yoong wrote about the revamped education system in Singapore where there are no more UPSR(std 6) or PMR(Secondary 3)exams equivalent. Singapore adopts a holistic overall approach with less emphasis on exam results. Maybe its a good idea if our education policymakers go across the Causeway and take a look at what is happening and study/analyse the results of the education system there. Subjecting our Standard Six pupils to such pressure at a young age are bound to cause unhealthy problems, especially so for the students who did not attain the sought after 5As etc.

2. Saudara Zaki made a very important statement, he said "Saya berpendapat pengurusan hal-ehwal pendidikan di negara kita tidak sepatutnya di letak di bawah ahli2 politik. Sebabnya setiap kali menteri berubah, pelbagai polisi dan dasar berubah. Perlu rasanya diberikan tanggungjawab ini kepada daripada kalangan 'education scientist' yg mampu membuat keputusan secara objektif dan bukan kerana kepentingan politik masing2". Saudara Zaki I believed that you have actually answered why our education policy is in a mess and that it is about time that EDUCATION be taken out of the hands of Politicians and given to the Education Professionals who could devise objective education solutions for our young without any political agenda. Anyway Dato' I've also been hearing from the grapevine that "some" Government Ministers are sending their young Children to International Schools around KL like the Mary Ellis etc. Could it be that even the Politician who are supposedly Policy Makers do not have confidence in the system that they decided on? I hope the rumours are just rumours, but if it is true, then, I believe such unpatriotic Politicians certainly has no business running this wonderful country of ours.

3. As for me, I am the product of the education system where one can choose a Malay(SPM/STPM) or (MCE/HSC) English stream. My Malay stream class friends from MRSM Kuantan has gone on to become Doctors, first class brain/neuro surgeons, finance supremos, Consultant Engineers even Pilots flying the Boeing 747 and their English is as good as their Malay. Of course the English stream students are very good at English and Malay and are as successful as their Malay stream friends. So maybe instead of having a hodge podge half baked idea about having to learn Sains and Mathematik in English why not revamp the whole National Education system and reintroduce the Malay Stream and English Stream education policy. That way every parents get to choose what is best for their children's need. Bahasa Melayu shall still be the National Language and English will become the second language of choice. Maybe as an added bonus,with this also, Parents sending their children to other vernacular schools would send their children to the national schools and with that integration could be achieved instead of the increasing polarisation of race that we see happening right before our eyes.

wanbaki said...

Salam Dato`,
Kita tengok keputusan peperiksaan apa pun Kelantan akan ada yang dapat cemerlang, malah dari luar bandar. Contoh yang saya bak berikan seperti di Baling dimana tempat saya belajar dulu, keputusan bergantung juga kepada beberapa fartor.

1. Sekolah diluar bandar kekurangan pelajar pintar kerana pelajar pintar akan diambil untuk bersekolah di sekolah prestasi tinggi yang biasanya terletak di bandar. contohnya 10 hingga 20 orang pelajar bijak di sekolah di kampung saya ditawarkan ke Sekolah Model Khas di Baling. Bayangkan apa keputusan di sekolah tersebut.
2. Kualiti guru yang mengajar di luar bandar berbeza dengan guru yang mengajar di bandar. Guru yang cemerlang akan mengajar pelajar yang bijak pandai. Sudah tentu sekolan di bandar.
3. Kesedaran ibubapa di bandar lebih baik dari ibubapa di luarbandar. Pelajar yang cemerlang dari luar bandar kebanyakannya adalah dari keluarga yang ibubapa mereka mempunyai mentaliti yang mahukan anak2 mereka cemerlang.
4. Banyak tempat tuision dan pelajar luar bandar kurang mendapat peluang ini.
5. Pendapatan keluarga
6. Macam macam lagi....yang sepatutnya kementerian WAJIB mengkaji masalah ini.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih kepada Afja02 kerana memberi respon terhadap komen saya.

Bak kata Afja02, beliau boleh bersetuju dengan fakta bahawa "hanya guru yang baik dan rajin akan terbeban dengan kerja' dan guru yang culas dikurangkan tugas dan tanggungjawabnya."

Sekali lagi saya mengetengahkan persoalan yang saya telah bangkitkan sebelum ini.

Adakah ini budaya kerja yang patut ada dikalangan para guru kita?

Afja menyebut realiti maka marilah kita melihat realiti. Tradisi kerja di SK LKTP Jengka 16 itu kerap di jadikan benchmark kepada sekolah-sekolah lain.

Sekali pandang bagus. Masalahnya apabila benchmark hanya dilihat pada kerja guru yang tampak dimata sahaja.

Apa peranan ibubapa disana? Bagaimana pula keluarga guru-guru berkenaan? Apa pula sokongan pentadbiran kepada guru-guru berkenaan?

Jika faktor-faktor begini dapat diketengahkan, barulah seimbang perbincangan kita dalam membudayakan kerja diluar waktu persekolahan.

Tahniah kepada guru-guru SK LKTP Jengka 16.

p/s jika hanya guru yang baik dan rajin akan terbeban dengan kerja dan guru yang culas dikurangkan tugas dan tanggungjawabnya, tidak kah ini lebih beban bagi guru yang baik sekaligus menjadi hadiah kepada guru yang kurang baik? Ini juga satu persoalan budaya kerja yang perlu dilihat dan dianalisa.

Secara umumnya di Malaysia, ketidak seimbangan budaya kerja inilah yang menghasilkan jurang besar antara pelajar yang berjaya dan pelajar yang rendah pencapaiannya.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Cikgu Farish ada menyebut tentang teori Gardner berkenaan "Multiple Intelligence".

Teori berkenaan umumnya adalah berkenaan tahap kecerdasan pemikiran manusia yang berbeza-beza, sebagai contoh mudah - ada yang mudah menyerap pelajaran yang abstrak seperti seni dan ada yang lebih mudah menyerap pelajaran yang berasaskan sesuatu yang praktikal seperti pertukangan.

Melalui teori ini, manusia dikenalpasti mempunyai tahap pemikiran yang berbagai peringkat dan melalui kenalpasti, ubahsuaian dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh dibuat untuk memaksimakan pencapaian mereka.

Cikgu Farish mungkin mengenal teori ini melalui kelas degree anda. Ini kerana teori ini baru dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan di Malaysia dalam dekad ini sahaja.

Malangnya, secara dasar, diperingkat kementerian, praktis teori ini hanya diserapkan ke pendidikan khas dan pendidikan vokasional. Ia tidak dimasukkan dalam P&P peringkat sekolah rendah atau pra sekolah secara langsung.

Hanya guru yang terdedah dan berinisiatif seperti Cikgu Farish yang akan mempraktikkan kaedah-kaedah dalam teori ini ke dalam P&Pnya.

Ini adalah masalah Kementerian yang tidak mengikut arus terkini dalam kajian pendidikan dunia. (contoh terkini - Pak Lah dan Hishamuddin faham ke apa makna "pendidikan inovasi"?)

Seperti kata Afja02, "bottomline" bagi guru (seperti yang ditetapkan oleh ketua jabatan dan kementerian) adalah untuk mencapai sebanyak mungkin A. Pendekatan kuantiti masih lagi diutamakan.

Jika teori Gardner di aplikasikan secara menyeluruh, saya percaya kualiti akan diutamakan.

Sekaligus aspek kuantiti akan dapat dicapai kerana pelajar di didik mengikut potensi mereka yang berbeza-beza. Ini berikutan jumlah pelajar yang tercicir dapat diminimakan.

Iskandar PT said...

Salam Dato' AKJ,

Berkerjaya sebagai pendidik bukanlah mudah apabila ibubapa sepenuhnya meletakkan tanggungjawab mengasuh dan mendidik sepenuhnya kepada guru@pendidik@pengasuh.
Kadangkala guru diserang apabila cuba memanusiakan pelajar yang agak nakal...amatlah mencabar dan secara terbuka mengakui tidak sanggup menerima tanggungjawab sebagai guru. Saya amat menghormati profesion perguruan@pendidikan.
Ibubapa yang sepatutnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak mereka sendiri adalah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, sekiranya dibuat pernisbahan masa antara anak mereka dirumah dan di sekolah, 60% masa (seminggu) adalah sepatutnya dirumah wajar dimanafaatkan oleh ibubapa untuk mengasuh dan mendidik anak mereka sendiri, bila kejayaan diperolehi oleh anak mereka, hanya nama ibubapa yang disebut dan bukan nama guru-guru dari darjah satu hingga tingkatan
5 yang dicanang.
Sistem pendidikan dan pembelajaran yang terlalu menekan peperiksaan juga wajar dirombak supaya para pelajar tidak terlalu menekan soal mendapat A atau gred yang tinggi menjadi indeks prestasi pelajar.
Dari pengamatan saya sewaktu belajar di sekolah dulu, pelajar yang mendapat banyak A, kurang berjaya dalam hidup apabila menempuh alam pekerjaan berbanding pelajar yang aktif bersukan dan berpersatuan.(hanya dari pengamatan dan bukan statistik yang sah).
Walau apapun, sekalung penghormatan wajar diberikan kepada pendidik yang berjaya membentuk modal insan yang berjaya dan membentuk generasi pemimpin negara.

Anak_Parit

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Terima kasih banyak tok sebab sudi nak leuar daripada isu politik. dah letih hari-hari cerita pasal politik.

Saya ada adik. Dia ni malas nak menghafal dan membaca buku-buku ilmiah. Kalau komik kartun kungfu dan Initial D memang dia minat. Tapi dia rajin baiki lampu, bukak enjin motorsikal arwah bapak saya bagi lingkup. SPM dia 'kantoi' big time!. Dapat pangkat 3, tu pun sikit lagi nak tergelincir masuk dalam kem SAP. Saya tanya dia, dia nak buat apa? Dia cakap taktau. Saya marah dia dan suruh dia pikir sendiri. Saya bagi kata dua, kalau nak duduk rumah mak, kena bayar sewa takpun bil api/air.

Saya suruh dia pi kerja kilang dan dia setuju. 3 bulan ja tok. Dia tak tahan sebab kerja memang jadi hamba dan gaji pun 'ciput'. Akhirnya, abang saya ada kawan (guna kabel la ni) yang boleh tarik adik saya masuk IKBN. Maka, bermulalah episod cerita yang baru untuk adik saya. Habis di IKBN, dia sambung di ILP, lepas tu di ADTEC.

La ni, adik saya pandai buat robot. Dia masuk ROBOCON di PWTC dua tiga tahun sudah mewakili ADTEC Kulim dan menang tempat ketiga peringkat kebangsaan. Kalah pun dengan budak2 UTM yang ada dana bina robot canggih. Robot adik saya pakai barang terbuang ja. Kitar semula la tu. La ni adik saya tengah buat Latihan Industri di Petronas Melaka.

Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, tanggungjawab belajar tu atas individu. Tanggungjawab untuk ambil tahu dan ambil berat tu letaknya pada bahu ibubapa, adik-beradik serta guru-guru.

Saya percaya setiap orang ada kelebihannya. Dan saya percaya bukan semua guru-guru dok ligan 'A'. Cumanya banyak guru-guru pada hari ini terbeban dengan kerja pengkeranian menyebabkan mereka tak dapat nak tumpukan perhatian dalam pengajaran.

Dan, maaf cakap kalau ada yang terasa hati. Ramai yang masuk profession perguruan ni bukan sebab cinta dan minat nak mendidik dan mengajar, tapi lebih kepada nak dapatkan kerja dan ada cuti panjang. Tu yang bila kena kerja lebih sikit, mereka berkira.

Buat ibubapa, tolonglah ambil berat pasal 'kerja rumah' yang guru2 sediakan. Dan tolonglah ambil tahu tentang perkembangan anak2 di sekolah. Saya tau la sebab saya pernah kerja jadi cikgu di sekolah antara yang tercorot di dalam daerah.

Banyak lagi faktor2nya macam peranan PPD, Pengetua/Gurubesar, guru2 yang tiada motivasi, makbapak yang memang buat tau dengan anak2, pelajar2 yang memang tak minat belajar, yang mana kalau disentuh di sini, sure heboh dan sure panjang meleret2 punya.

Dan untuk pengetahuan semua, bekas murid2 saya yang nakal, kelas corot dan yang selalu kena marah, masih lagi panggil saya cikgu dan tak segan menyapa saya. Yang cerdik2, nak sapa kita pun takmau.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Komen Puyot menguatkan lagi hujah dimana jika aplikasi Teori Gardner - Multiple Intelligence di guna pakai di dalam P&P, potensi adik beliau dapat digilap lebih awal.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Saya terkedu membaca entri kali ini, kerana saya tak sangka Dato akan menulis isu kepincangan pendidikan.Saya yakin ramai yang menyedari hal ini tetapi merasakan tidak guna untuk bercakap atau memberi pendapat kerana Kementerian Pelajaran @ pendidikan negara kita dipolitikan. Sepatutnya pendidikan tidak dipolitikan kerana untuk menerapkan sesuatukan sistem ia memerlukan jangka masa yang tertentu, bukan 4 @ 5 tahun sekali mengikut pilihanraya. Hasilnya semuanya menjadi pupet.Prestasi guru dinilai daripada berapa murid A yang berjaya dihasilkan.Guru besar/Pengetua pula dinilai daripada peratusan keputusan peperiksaan sekolah,timbalan pengarah/pengarah di Jabatan dan Kementerian dinilai berdasarkan prestasi sekolah didalam negeri /kawasannya. Akhirnya untuk memuaskan semua pihak secara berperingkat banyak keputusan palsu dikeluarkan. Markah2 lulus direndahkan sehingga tahap yang tak akan dipercayai jika diumumkan. Hasilnya lahirlah pelajar2 yang ada sekarang.Tidak perlu diulas lagi semua sedia maklum.
Di Kementerian Pelajaran pegawai2 bahagian dasar/kurikulum diberi peluang untuk berkursus dalam dan luar negara. Soalannya adakah mereka membuat kajian yang tepat/ betul/terperinc/ dibincangkan/diperbetulkan sebelum sesuatu dasar itu dijalankan. Sedihnya setelah 51 tahun merdeka kita semakin jauh dari realiti. Semua dipolitikkan demi kuasa dan kekayaan. Sekolah2 Men dan Ren di Putrajaya pula hendak diaplikasikan sekolah dari pukul 7.30pagi hingga 5.00 petang. Apakah sekolah/guru telah bertukar menjadi pusat jagaan kanak2/murid2? semua dilakukan atas alasan supaya pelajar tidak melepak dan menghabiskan masa tanpa perhatian. Dimana tugas ibubapa? Adakah kajian menyelruh telah dilakukan @ hanya hendak memuaskan hati pengarah yang hendak menonjolkan diri di mata Menteri Pelajaran. Bukankah ini politik namanya!!! Nasib anak bangsa akan hancur dan penyakit sosial bermaharajalela jika semua pihak pentingkan diri sendiri.

Cikgu Tua

Anonymous said...

Salam...
Bagi saya, keputusan cemerlang dalam peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM dan STPM keputusan CGPA 3.50 ke atas adalah advantage dari usaha gigih seseorang individu semasa belajar...Ini juga memudahkan mereka melangkah lebih jauh dengan keputusan cemerlang yang diperolehi. Walau bagaimanapun, keputusan cemerlang bukanlah penentu sama ada seseorang benar-benar berjaya dalam kerjaya dan hidup. Ia juga tidak menjamin seseorang agar tidak terlibat dengan gejala negatif seperti rasuah... Kita harus ingat bahaw alam persekolahan, alam universiti tak sama dengan kehidupan sebenar semasa kerja yang mana suasana kerja lebih mencabar...

A KADIR JASIN said...

Memandangkan ramai pembahas merujuk kepada Teori "multiple intelligences" oleh Howard Gardner, berikut ini saya siarkan penjelasan teori itu daripada Wikipedia:

"[Expand]
Support Wikipedia: a non-profit project
Donate Now »

Theory of multiple intelligences
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

"The theory was proposed by Howard Gardner to more accurately define the concept of intelligence and address whether methods which claim to measure intelligence (or aspects thereof) are truly scientific. Gardner's theory argues that intelligence, as it is traditionally defined, does not adequately encompass the wide variety of abilities humans display. In his conception, a child who masters multiplication easily is not necessarily more intelligent overall than a child who struggles to do so. The second child may be stronger in another kind of intelligence, and therefore may best learn the given material through a different approach, may excel in a field outside of mathematics, or may even be looking through the multiplication learning process at a fundamentally deeper level that hides a potentially higher mathematical intelligence than in the one who memorizes the concept easily. 'The theory suggests that, rather than relying on a uniform curriculum, schools should offer "individual-centered education", with curriculum tailored to the needs of each child.[1] (This includes working to help students develop the intelligences in which they are weaker.)' Gardner identifies kinds of intelligences based upon eight criteria. His eight criteria for describing something as an independent kind of intelligence (rather than merely one of the skills or abilities included in a kind of intelligence, or a synonym for, or combination of other kinds of intelligence) include:[2] [3]

* case studies of individuals exhibiting unusual talents in a given field (child prodigies, autistic savants);
* neurological evidence for areas of the brain that are specialized for particular capacities (often including studies of people who have suffered brain damage affecting a specific capacity);
* the evolutionary relevance of the various capacities;
* psychometric studies; and
* the existence of a symbolic notation (e.g. written language, musical notation, choreography).

Gardner originally identified seven core intelligences: linguistic, logical-mathematical, spatial, bodily-kinesthetic, musical, interpersonal and intrapersonal. In 1997 at the symposium. "MIND 97" (Multiple Intelligences New Directions) he added an eighth, the "Naturalist" Intelligence, indicating that investigation continues on whether there are Existentialist (existential) and Spiritualist (spiritual) Intelligences.

The theory has been widely criticized in the psychology and educational theory communities. The most common criticisms argue that Gardner's theory is based on his own intuition rather than empirical data and that the intelligences are just other names for talents or personality types. Despite these criticisms, the theory has enjoyed a great deal of popularity amongst educators over the past twenty years. There are several schools which espouse MI as a pedagogy, and many individual teachers who incorporate some or all of the theory into their methodology. Many books and educational materials exist which explain the theory and how it may be applied to the classroom."

Terima kasih.

takut puchong said...

mudah utk atasi masalah ini. buat soalan yang perlu dijawab hanya dgn jawapan "betul" atau "salah". dengan mengurangkan probability tersalah atau menambah kebarangkalian mendapat jawapan yg betul sebanyak 50%, saya yakin peratusan yg lulus dgn cemerlang juga akan dapat ditingkatkan. malaysia boleh!!!!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Nostalgia persekolahan.

Anonymous said...

Datuk,

Sistem rating A, B, C, terpaksa diadakan untuk membuat penilaian secara objektif bagi menentukan kelayakan seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran, mendapat biasiswa dan peluang pekerjaan.

Sistem rating yang subjektif dan tidak mempunyai justifikasi akan dituduh sebagai berat sebelah, pilih kasih, tidak adil dan kadang kala perkauman.

Kita sedia maklum sistem rating A, B, C, ini tidak semestinya tepat bagi menentukan keupayaan dan kelayakkan seseorang pelajar. Pelajar yg memperolehi A bagi semua matapelajaran mungkin hanya seorang pelajar kakaktua dan robot.

Tapi apa pilihan yang kita ada?

Dizaman dahulu, sepucuk surat sokongan dari gurubesar "orang putih" sudah cukup melayakkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran atau mendapat peluang pekerjaan disektor swasta.

Dizaman sekarang, kalau perkara sama berlaku, ia akan dituduh sebagai perbuatan pilih kasih, main politik, tidak telus, menindas peluang pelajar lain dan sebagainya.

Inilah yang berlaku apabila Prof. Ramasamy menuduh polisi UMNO yg menyebabkan kurangnya kakitangan bukan Melayu yg bekerja disektor awam.

-sinbad-

Anonymous said...

Scribe,

Sorry to interupt your discussion on Hishamuddin but:

Singapore's October exports plunge 15 percent
By ALEX KENNEDY, Associated Press Writer Alex Kennedy, Associated Press Writer
1 hr 22 mins ago

SINGAPORE – Singapore's non-oil exports fell for a sixth month in October, a sign the city-state's economy will likely contract for a third consecutive quarter.

Exports in October fell 15 percent to 13.4 billion Singapore dollars ($8.8 billion) from a year earlier as consumer demand from Europe and the U.S. plunged, according to Ministry of Trade and Industry figures released Monday. Exports fell 7.4 percent in October from the previous month.

"The underlying weakening momentum in exports seems to have intensified," Kit Wei Zheng, an analyst with Citigroup Inc., said in a report. "We maintain our view that the global slowdown will continue to drag the Singapore economy into a recession in the next 6-12 months."

The drop in exports was led by non-electronic goods, which decreased 16 percent in October on the back of a 39 percent drop in pharmaceuticals. Electronic goods_such as disk drives, chips and telecommunications equipment_fell 15 percent.

Exports fell 5.7 percent in September and 14 percent in August from a year earlier.

Exports to Europe fell 14 percent last month while sales to the U.S. cratered 31 percent.

Singapore's trade-dependent economy was the first in Asia to slip into recession this year after gross domestic product contracted in the second and third quarters compared with each of the preceding quarters. A recession is usually defined as two straight quarters of contraction in economic activity.

The government last month cut its 2008 economic growth forecast to 3 percent from between 4 percent and 5 percent on expectations of falling consumer demand in the U.S., Europe and Japan.

Citigroup expects the economy to shrink 1.2 percent next year, and Morgan Stanley said last week Singapore GDP will likely contract 2 percent in 2009.

Non-oil exports account for about 70 percent of the country's gross domestic product.


Nota:

Suatu yang kait-berkaitan.
Janganlah tercelalah Budget2009 lama dan baru bilamana berlaku RMK-9 dan teras nasional pun dikhuathiri gagal mencapai matalamatnya nanti.

Dalam suasana ekonomi yang tidak mengalakan di manakah pelajar-pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang dalam pasaran tenaga kerja negara?

Bila Che Det mahu bersuara memandangkan pakar-pakar ekonomi Kementerian Kewangan telah GAGAL setakat ini membentangkan perancangan berhemah - lebih baik dari 'Pavlov Syndrome' - yang membolehkan negara lebih bersedia dalam menghadapi cabaran kelembapan ekonomi dunia dan krisis kewangan global.

Anonymous said...

Salam Dato',
Tahniah kerana topik ini nampaknya mendapat respon yang baik dikalangan guru dan ibu bapa/umum.
Kalau Dato' ada kesempatan bolehlah Dato' ketengahan perkara-perkara lain berkaitan pendidikan agar kita sama-sama dapat memberikan pandangan masing-masing atau meluahkan apa yang 'terbuku' dihati meraka yang berkaitan. Antara topik yang sesuai diutarakan ialah:
1. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan - PIPP
3. PPSMI
4. Dasar 60/40.
Dato' cubalah buka topik ini dalam forum Dato'. Bagaimana agaknya respon guru-guru atau pun pihak yang berkaitan.
Terima kasih Dato'. - Say22

Heical said...

Salam Datok,

Masalah negara - kenapa mereka ini cadang hendak ubah semula ke BM sedangkan BI sudah selesa bagi setengah mata pelajaran.

Masalah Negara 2 - banyak sangat jenayah org.asing dekat Malaysia
Benarkan negara kita dibolosi org asing begitu mudah?.D.Hamid asyik ISA masalah ini telah dilupakan? atau ada mata yg dah jadi kelabu,ada pagar yg bolih dibolosi.

Masalah UMNO - orang lama dah kalah Mac 2008 kenapa tidak diberi laluan kepada org muda & cerdik pandai.Nak pegang jawatan Wanita sampai ke kubur ke.
Salam semua.

anakbuah said...

Cikgu Tua,

"Di Kementerian Pelajaran pegawai2 bahagian dasar/kurikulum diberi peluang untuk berkursus dalam dan luar negara. Soalannya adakah mereka membuat kajian yang tepat/ betul/terperinc/ dibincangkan/diperbetulkan sebelum sesuatu dasar itu dijalankan."

# Kita yakin mereka sering membuat lawatan dan berkursus di dlm maupun di negara. Samada mereka betul2 keluar berkursus atau melancong, kita boleh buat telahan sendiri. Kdg kala, yg pergi bukanlah pegawai perlaksana tetapi yg berpangkat ketua jabatan atau penolong pengarah. Bila balik drp "melencong" tadi, buat claim. Kemudian kertas kerja dan laporan, pegawai tengah/bawahan yg dipaksa siapkan. Bila sampai ke tangan pengarah atau ketua pengarah utk dipertimbangkan dan di bawa ke pengetahuan pembuat dasar, fakta2 dan pengetahuan yg sebenarnya telah terpesong. Kita tahulah bagaimana keupayaan pembuat dasar kita - mereka ini ahli politik. Duduklah pakar2 pendidikan ini di depan meja bulat atau meja lonjong berkali2 sekali pun, kata putus di tangan menteri2 ini.

# Kes2 begini hampir sama saja - tidak kira kementerian mana. Yg paling klasik, JKR. Yg topgun2 berpangkat Datuk Ir. Dr., jurutera dan pakar perunding hebat2 tetapi jejambat MRR2 cacat juga. Rakan2 di Jabatan Peguam Negara juga merungut perkara yg sama - org lain yg pergi berkursus, org lain yg buat laporan.

# Jadi dlm hal dasar pendidikan kebangsaan ini juga sama. Saya yakin lawatan dan kursus itu amat bernilai tetapi sejauh manakah ianya sampai utk dipertimbangkan atau dilaksanakan?

# Atau mungkin memang tidak guna bercakap? Dan kalau ibubapa/penjaga pula ingin lepas tangan, elok kita jangan bercakap langsung!

Siti Khadijah said...

Dear Dato A Kadir Jasin,

Sorry to ask this question not connected to the topic being discussed. What are you views on Dato' Rafiah's requests for a public apology from the Deputy Minister?

Anonymous said...

Salam Dato',

Sistem pelajaran di negara kita ini terlalu mementingkan pencapaian.(Result oriented). Pelajar yang mendapat banyak "A" akan dianggap berjaya, sebaliknya pelajar yang sedikit jumlah "A"nya dianggap gagal. Persepsi ini tidak pernah berubah walaupun kita sudah 51 tahun merdeka.

Kita tidak boleh menilai kemampuan seseorang pelajar itu dengan berapa banyak "A" yang dia dapat. Kita harus melihat secara keseluruhan kebolehan atau skill yang dimiliki oleh seseorang pelajar.

Dan lihatlah pencipta Apple Computer, Steve Jobs. Adakah dia menamatkan pengajiannya? Adakan dia straight "A"s student? Dengan kemahiran yang dia miliki dia mampu menakluki dunia dengan ciptann Apple Computernya.

Jadi kesimpulannya, mendapat banyak "A" dalam UPSR,PMR atau SPM tidak menjamin seseorang pelajar itu berjaya.

YANG PENTING SEKALI SESEORANG PELAJAR HARUS MEMILIKI "MULTI-TASKING SKILLS" UNTUK BERJAYA.

Anak Bayan.

A KADIR JASIN said...

Sdra/i Madam Curi asked me this question:

"What are you views on Dato' Rafiah's requests for a public apology from the Deputy Minister?"

1.Our Hadhari Government loves to wash dirty linen in public in the name of openess and transparency!

2. I don't take the words of the deputy minister too seriously. I don't even listen to some ministers seriously.

3. This is our Hadhari government. Ministers run down one another. The last VC of UM was appointed during the ternure of the former Higher Education Minister;

4. If an apology is due, it's not just to one person but to the whole country -- the voters and taxpayers;

5. I agree with the view that there should be less (or no) meddling by politicians in the day-to-day running of the education system.

Thank you.

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Salam.

Sewaktu bersekolah menengah,kita ada diminta guru supaya memasukkan tiga cita-cita kita dalam kad laporan. Saya tulis - guru, pensyarah dan penulis.

Ayah saya seorang guru dan saya sangat berminat untuk menjadi guru. Masa kecil, saya suka main cikgu-cikgu. Dan sudah tentulah saya yang menjadi cikgu, tidak kiralah kalau bermain dengan kawan sebaya dan yang lebih tua atau muda sedikit daripada saya.

Disebabkan minat itu maka apabila sudah dewasa dan sewaktu menunggu keputusan HSC, saya memohon menjadi guru sementara menggantikan guru yang bersalin di 2 buah sekolah. Mula-mula di sekolah rendah dan lepas habis tempoh saya dihantar ke sekolah menengah pula.

Di sekolah rendah saya ajar semua mata pelajaran dan di sekolah menengah saya ajar mata pelajaran seni lukis dan matematik.

Habis tempoh mengajar, saya beritahu abah saya yang saya tidak berminat menjadi guru. Bukan kerana saya tidak suka mengajar/mendidik. Tapi kerana saya tidak suka dengan bebanan kerja laporan yang perlu disiapkan sehinggakan saya kekurangan masa untuk mempersiapkan diri bagi tajuk yang hendak diajar keesokannya.

Itu sekitar tahun 80-an. Jadi kita boleh bayangkan bebanan tugas yang dipikul guru pada zaman sekarang. Yang ditekankan bukan pembelajaran dan pendidikan anak murid, tetapi kerja-kerja pentadbiran - laporan itu dan laporan ini. Yang ditekankan bukan pembentukan jati diri, tapi pencapaian akademik. Sebab itu murid lemah dipinggirkan kerana guru dan guru besar mahu jaga nama.

Rata-rata guru menjadi guru pun sebab "ada pencen", "cuti panjang", "anak-anak boleh sekolah sekali dengan mak/bapa", "kerja pejabat terlalu mencabar".

Mangsanya? Anak-anak kita.

Saya tak nafikan ibu bapa juga mainkan peranan. Jangan campuri urusan sekolah selagi fizikal dan mental anak-anak kita masih dalam keadaan asalnya. Bagi cikgu peluang mendidik anak kita. Hormati jawatan mereka walaupun kita tidak setuju dengan cara mereka. Janganlah kalau cikgu marah anak, kita pula yang mengamuk! Kenal pasti dulu apa puncanya. Kata anak-anak bukan boleh dipercayai 100 peratus sebab mereka juga hendak 'selamat'.

Saya selalu bagitahu anak-anak yang balik mengadu dengan saya bila kena marah dengan cikgu - "cikgu takkan marah awak tanpa sebab, macam mak takkan marah kalau awak tak buat salah."

Saya akhirnya memenuhi cita-cita saya yang ketiga - menjadi penulis (wartawan).

CT Tanjung Perak.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato,

Memang benar kata Dato. Media dan kerajaan terus memberi perhatian melebih-lebih kepada pelajar dan sekolah yang mencapai kecemerlangan. Dan Pengarah Pejabat Pelajaran setiap negeri pula akan berbangga dengan berapa tingginya peratus pelajar cemerlang negeri mereka.

Di pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) pula akan mengkategorikan sekolah-sekolah mengikut pencapaian pelajar cemerlang, Maka terpaparlah sekolah yang pencapaian tercorot di dalam buku analisa pencapain UPSR 2008. Adilkah ini?..terutamnya bila sekolah di pedalaman yang rata-rata muridnya dari golongan petani, penoreh getah dilabelkan sebagai SPR (Sekolah Pencapain Rendah)?

Saya cukup setuju dengan pandangan Dato bahawa yang menjadi masalah ialah mereka yang 'Prestasi Buruk'

Kementerian Pelajaran mesti mengambil langkah agar tidak melabelkan sekolah kepada SPR kerana saya cukup yakin bahawa SEMUA guru inginkan pelajar mereka mencapai keputusan cemerlang.. regardless as to where they are teaching.

Salam...

wanbaki said...

Dato',
Bila bercakap pasal dasar, mesti orang akan menuding jari kearah Kementerian@kerajaan.. Mengapa? Sedangkan 60%~70% guru dan kakitangan kerajaan dalam kementerian tidak memilih BN semasa pilihanraya...
Adakah kelemah pentadbiran dibsebabkan ramai pembangkang untuk melaksanakan dasar kerajaan ini? Ramai guru yang lebih berminat bercakap politik di sekolah...Takpercaya ka??????...

Ibubapa zaman sekarang ni sibuk sangat. Nak tanya pasal pelajaran anak sebulan sekali pun susah. Kalau ibu tak bekerja ada harapan la sikit kerana ada kawalan dari ibu. Kalau kedua-dua bekerja.. bagaimana????...Siapa pedulukan pelajaran anak-anak???? Peranan ibubapa yang akan mengesan kebolehan anak-anak... kalau tiori apa pun yang diguna pakai tapi tersalah sasaran tak kan berjaya juga...

Saya tertarik dengan cerita abg saya mengenai sistem pelajaran computer/IT di india. sedartak kita yang india merupakan pengeluar pekerja mahir IT terbesar di dunia malah 30% pekerja Microsoft adalah orang india???? Mereka yang bijak IT ini tidak diajar mata pelajaran kimia, fizik, tasaur islam, matematik tambahan, dan sebagainya. Yang mereka tahu IT dan bahasa Inggeris.
Mengapa sisem ini diguna pakai di india tdak di malaysia. Tahniah Cosmopoint kerana mula melangkah melaksanakan sistem ini...

Anonymous said...

Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris akan memihak pada mereka yang ada asas bahasa Inggeris yang baik. Contoh bila saya belajar Matematik dalam bahasa Inggeris selepas SPM, saya dapat Distinction dalam Pure Maths dan statistic walhal masa SPM Kredit C5 sahaja.

Pada saya, bila belajar dalam bahasa Inggeris pertama suku Bahasa Inggeris pendek-pendek jika dibandingkan dalam bahasa Melayu contoh, punca kuasa dua, - 5 suku kata dalam bahasa Inggerisnya squere root - 2 suku kata, Punca kuasa tiga - 6 suku kata, BInya cubic - 2 suku kata. Secara psikonya perkataan yang kurang suku-kata akan mudah diingat. Jika senang diingat, akan cepatlah kita dapat menguasai konsep-konsep yang lebih kompleks dan sukar lagi.

Walaubagai mana pun secara peribadi pula tentulah saya sangat suka kalau Maths & Science diajar kembali dalam bahasa ibunda. Tak payahla pemerintah keluar duit lebih untuk bayar elaun Khas untuk mereka yang terlibat dalam pengajaran Bahasa Inggeris ini. Dengan harapan penjimatan dari situ bolehlah diagihkan pula untuk apa-apa jenis benefit-in-kind yang dirasakan patut untuk kami yang bukan guru ini.

Saya bukan nak cemburu dengan guru-guru pun. (tapi memang cemburu tahap Gaban dan meluat pun) sebab merekalah yang paling banyak dapat keistimewaan dalam perkhidmatan Awam, tapi mereka semacam tak pandai menghargai apa yang mereka nikmati.

Biasalah orang kalau kerjanya mengajar aje, teori sahaja yang ada, praktiknya tidak ada, apa mereka faham masalah, cabaran dan dugaan bagi mereka yang terlibat dalam dunia urus-tadbir sebenar? Pada merena semuanya dah hitam, kelam, kelabu. Dah macam tak de satu pun yang putih...melainkanlah jika yang ada ini digulingkan segera. Dah tak nampak jalan lain lagi dah.

Kalau hari ini generasi muda kita sangat anti-establishment, (yang putih itu pembangkang, yang hitam itu pemerintah) dari mana agaknya semangat seperti ini datang?

Siapa agaknya yang bertanggungjawab menjerumuskan anak-anak kita pada falasi HITAM PUTIH ini. Mak saya kerja kilang, dia bukan pemikir, jadi di manakah lagi dia hantar saya belajar berfikir kalau bukan di sekolah?

Mujur saya ini semulajadinya jenis pemilih yang sangat cerewet. Saya pilih belajar berfikir dari Pak cik-Pak cik saya sendiri dari cikgu-cikgu kat sekolah tu.

otoote said...

Salam dato'dan semua
Menarik sungguh topik ini. Orang tua macam saya selalu bercakap tentang nostalgia masa bersekolah sebab zaman persekolahan adalah zaman paling gumbira!.

Zaman itu adalah zaman what I would term as 'growing up organically'. Zaman di mana saya looking forward untuk pergi sekolah sebab seronok. Seronok belajar,seronok berkawan walaupun berjalan kaki 2 atau 3 batu setiap pagi ke sekolah.

Saya rasa cabaran utama masakini adalah ' How to make schooling enjoyable'.

Masa saya Form 5 MCE pon tak ada tuisyen. Sekarang tuisyen mula dari tadika????? Apa sudah gila ke kita zaman ini. How do we cultivate human values...or in fact...how do we raise a human being, kalau anak2 dirompak zaman kebudakan nya disebabkan mengejar...., seriously saya pon tak tahu apa yang dikejar.

Di antara sistem pembelajaran yang menyeronokkan dan sistem pembelajaran mengejar A, di manakah titik keseimbangan? Atau adakah kedua2nya overlapped? Adakah masalah displin di sekolah ini timbul kerana stress yang diwujud dan perkara yang di'induced' oleh kegilaan untuk mengejar A? Apakah kegilaan ini melawan arus dengan sifat tabii seorang kanak2/pelajar? Apakah yang akan terjadi kepada pelajar yang berlawan dengan sifat tabiinya?



Adakah perbincangan ini mendapat perhatian atau terdetik hati the powers that be dalam sistem pendidikan kita?

Adakah mungkin untuk Dato membuat kesimpulan dan Resolusi dan menyampaikan pendapat2 ini kepada orang atasan? Kalau takat surat,masok tong sampah aje sebab ramai orang di Kementerian Pelajaran ada PhD dan cerdik pandai dan tidak memerlukan pandangan rakyat untuk menjalankan tanggong jawab.

JFKennedy berkata " If you want to look into the future of a nation, look at its youth"

Bagaimanakah agaknya Malaysia pada 2020 jika pelajar sekarang berada pada keadaan semasa?

Quantum Metal Consultant said...

Dalam sistem pendidikan sejak merdeka, kita masih lagi terjerut, bertekak di persimpangan BM atau BI, bila nak selesai 'once for all' atau memang 'berada di persimpangan' melambangkan dinamik ?

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Diharap semua rakan pengomen dapat menyedari hakikat, SEPERTI DI MANA-MANA JABATAN, di sekolah terdapat dua golongan guru iaitu golongan yang berprestasi baik dan mereka yang tidak mempunyai pencapaian baik.

Adakah kita memperakui masih terdapat pelajar-pelajar yang berjaya? Jika jawapannya ya, tentu kita juga sedar mereka itu bukan cemerlang dengan bersandarkan pembelajaran sendiri semata-mata.

Peranan dan khidmat guru perlu kita perakui.

Pelajar yang memperolehi 5A pula tentunya perlu diberi penghargaan. Mereka mendapat 5A bukan kerana nepotisme, kronisme, rasuah atau sebagainya.

Jikapun mereka dibantu dengan tutor peribadi, kelas tuition atau galakan guru dan ibubapa, masa dan usaha mereka sendiri dalam proses pembelajaran itu sendiri tidak perlulah dipertikaikan.

Seperti isi artikel Dato' AKJ, persoalannya adalah pelajar yang tidak berjaya.

Mereka ini tidak dibantu sepenuhnya, baik dirumah ataupun disekolah.

Pelbagai isu dirumah mewarnai sikap dan minat pelajar seperti kemiskinan, pola pendidikan dan pekerjaan ibubapa, tahap sosial keluarga dalam masyarakat dan lain-lain lagi.

Fokus hujah saya ini bertumpu kepada pengisian di sekolah.

Seperti yang saya nyatakan awal tadi (dan pada komen saya sebelum ini), guru terbahagi kepada yang berprestasi baik dan yang sebaliknya.

Memandangkan guru adalah pekerja "frontline" yang berdepan secara langsung dengan "pelanggan" (murid dan ibubapa), mereka yang mempunyai rekod baik SENTIASA diletakkan dibaris paling hadapan manakala selebihnya berada dibahagian belakang (dan tentunya kerana tidak tampak, bebas berkeliaran).

Bagi saya, masalah berpunca dari dua perkara.

Pertama, kualiti guru yang tidak menyeluruh.

Keduanya, fokus guru yang bukan kepada tugas teras.

Bagi masalah pertama ia bermula dimaktab.

Tahukah anda, pernah berlaku, seorang "cross dresser" diterima masuk maktab. Datang kuliah pakai macam lelaki biasa. Tetapi bila datang untuk raptai majlis di maktab, datang berlipstik.

Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan calun guru ditapis dengan ketat sekali dan hanya hanya mereka yang memenuhi kriteria sikap, watak, minat, potensi dan lain-lain objektif sahaja yang diterima.

Kemudian isu pembelajaran berterusan bagi guru. Seringkali sesi latihan dalaman di isi dengan demo dan promosi direct selling atau yang tidak berkaitan dengan bidang pendidikan. Siapa yang mengatur program latihan dalaman? Yang nyata, sipolan itu adalah sebahagian dari pengurusan kanan sekolah.

Jika guru benar-benar menghadiri kursus yang berkaitan dengan tugas, ia bertempat diluar dan dalam tempoh yang panjang. (Disekolah, tempoh lebih dari 2 hari adalah tempoh yang panjang kerana banyak sukatan pelajaran yang dapat dihabiskan dalam masa 3 hari).

Bagi yang "bernasib baik" tidak kena outstation, akan kekal fobia dengan keyboard komputer (salah satu contohnya).

Masalah fokus guru kepada tugas teras.

Nisbah guru kepada murid diantara satu sekolah dengan sekolah yang lain, amat tidak seimbang. Itu belum lagi dikaji mengikut guru dan matapelajaran teras guru.

Kekurangan tenaga sokongan juga menjadi masalah.

Tugas teras guru adalah P&P dengan pelajar mereka.

Sebaliknya, masa berharga guru perpustakaan banyak menghabiskan masa melabel dan mengkategorikan buku.

Guru sukan dengan rekod stor sukan selain penyelenggaraan alat sukan dan padang.

Guru kaunseling seringkali menghabiskan sebahagian masa kerja dalam fungsi pentadbiran.

Sering juga, majlis anjuran PPD, dikelolakan oleh pihak sekolah sebagai tuan rumah. AJKnya adalah juga guru.

Cukuplah sekadar itu saya kongsi dengan Dato' dan pengomen sekalian.

Asas yang pentingnya:

1.Nisbah guru berbanding pelajar adalah tidak seimbang. Ini diparahkan lagi oleh pembahagian tugas kepada guru yang hanya tertumpu kepada satu kelompok guru sahaja.

2.Tugas teras guru kepada pelajar tidak boleh diberi prioriti utama kerana tugasan pengurusan (samada di sekolah atau pada peringkat pengurusan yang lebih tinggi) mempunyai prioritinya yang hampir sama (kalau tidak lebih).

Saya percaya, jika dua perkara ini dapat diatasi, payung yang dibawa oleh guru dapat menaung lebih ramai pelajar. Sekaligus, mengurangkan bilangan pelajar yang tercicir.

LEBIH BANYAK LILIN YANG DAPAT DINYALAKAN. PADA MASA YANG SAMA RUANG YANG DITERANGKAN OLEH CAHAYA LILIN ITU ADALAH LEBIH LUAS.

p/s
Buat Mardhiah,

Cemburu tahap GABAN?

Kalau nak majukan diri, bandingkan diri dengan cikgu yang berada di barisan hadapan (Sila rujuk komen saya tentang dua kategori guru. Juga rujuk cerita tentang guru-guru SK LKTP Jengka 16 oleh Afja02).

Jangan bandingkan dengan guru yang berkeliaran di barisan belakang. Kelompok guru baris belakang hanya buat kerja yang VOGUE je.

affendi hussain said...

Salam semua..

Inilah dikatakan dilema sistem pendidikan purbakala yg berpaksi minda setengah abad lalu..

Terlalu lama disajikan dakyah minda oleh mak bapak bahawa segulung kertas (walaupun result cukup makan) bakal menjanjikan masa depan terang gemilang..benarkah?

Sistem peperiksaan beorentasikan hafalan.. bukan pemahaman? Apakah ini alam khayalan?

Kita kenalah terima hakikat Allah taala jadikan bukan semua manusia itu dijadikan untuk menduduki hierarki teratas..ni semua nak masuk U, yg lulus cukup makan pun boleh masuk U..last2 keluar jadi graduan hampas bersepah menyemak pasaran kerja...

Kalau semua nak jadi pegawai duduk dalam opis ada ekon.. sapa nak jadi petani, nelayan, buruh, mekanik, welder, machineman, operator crane, gredar, excavator etc.?

Patutlah bila dpt tawaran kerja dgn gaji starting RM800 w/pun ada ijazah terpaksalah dijilat mcm anjing dgn berat hati..sabar ye sabariah..nanti naiklah increment RM50 setahun..kesiannya diperkotak katik kerana hidup dlm minda kotak..

hangpa lah pi 'spoilt' ekosistem pasaran kerja..mcm ekosistem ekonomi 'demand & supply' jugak lah..dah lebih 'supply'..ekonomi teruk lg lah 'demand' turun..ikut sgt org politik yg mengaji pun half-past-six saja..(role model?)depa tu lain.. mangkuk mcm mana pun dpt elaun YB & projek2....dah dipilih majoriti.. nasib lah..

Piramid sosio-ekonomi yg tak seimbang..?
kenapa cuba ubah pusat gravitinya dgn ubah bentuknya?
Piramid adalah bentuk 3D terbaik tercipta didunia ini yg sentiasa melambangkan kestabilan..
Allah taala tinggalkan bagi kita utk tengok & fikir, dah 5000thn..yg baik2 ambil lah.
Yg buruk2 jangan..nnt jd mcm Firaun juga..(pelaburan haram skim cepat kaya, MLM Riba dll...)

Sapa punya kerja? Tentulah menteri2 pendidikan kita dan sistem pendidikan & hala tujunya yg berubah-ubah..

Akhirnya jadilah mcm iklan itik DIGI..dimagnifikasi dgn kanta pembesar kepalanya..akhirnya bila kepala itu membesar tak 'compatible' dgn kaki sedia ada..maka terbaliklah itik..

Last2 importlah abang La, abang Don, abang Nam dan mcm2 lg utk mengisi buruh2 level bawah..

Terus terang saya cakap disebabkan kepala itik dah terbalik tulah lulusan IKM, politeknik, Giat Mara & lain2 institusi kemahiran lg senang dapat kerja daripada graduan ijazah & diploma....

Mcm kat sykt saya.. org HR kata kalo buka iklan jawatan eksekutif beribu permohonan dtg, tak payah susah2 cari..kalo nak yg pekerja level bukan exec mcm mekanik, welder et. al. kena pi cari yg berpotensi, inteview & jemput dari IKM, giat Mara, politeknik..berebut dgn sykt2 lain.

Kalau betullah k'jaan atau pihak2 berwajib nak tarbiah, pi tarbiah mak bapak depa tu dulu..kuno & kolot mcm dok dlm pasir jerlus..memang perlu diselamatkan oleh org lain dari luar kotak..

Cakap kat depa, pakcik..makcik..jadi petani & nelayan konvensional tu bukan hina dina & akan terus hidup miskin melarat..bukan pekerjaan 3rd Class! Asas pekerjaan tu dah betul, boleh menjadi profession ekonomi yg sgt dominan & mulia.. Kadar Zakat tertinggi (1/10) dlm Islam pun drpd hasil pertanian..mengapa? Cuma kaedah sedia ada tu perlu ditambah baik dgn peredaran zaman..itu saja..

Awat mak bapak petani anak kena semestinya kerja pegawai? Jgn dok manja sgt anak2 yg hidup mcm parasit, mengaji bodo.. bagi moto.. biar merempit.. patut sepak pungkoq jgn bagi makan nasik..suruh belajaq mcm mana nak cari duit utk makan..bukan menghabiskan beras..

Tgk Org Cina..kalo anak dia bodo mengaji jgn harap dia nak bagi hidup mcm raja dlm rumah..dihalaunya kerja bengkel atau apa saja.. Jgn menyusahkan mak bapak..sebab apa? sebab depa tau depa tak mcm Melayu..tarak sapa boleh tolong mereka serba serbi kalau perangai mcm tu.

Anak makcik tu hantaq pi kursus, belajaq mcm mana nak buat pertanian secara fertigasi, akuakultur dll yg dpt hasil belipatganda.. kaedah penternakan ikan pun dlm kolam..

Kalau minat enjin motor, kerja bengkel dan lain2 pi hantaq masuk giat mara, IKM, politeknik.. bukan semua graduan skrg boleh jadi doktor, engineer, akauntan berjaya makcik pakcik oii.. 10 dlm 100? 10%??

Tetapi semua petani/pekebun yang ada tanah boleh jadi berjaya dgn usaha & kaedah yang betul disamping sokongan badan2 & agensi kerajaan.. 80 dlm 100? 80%?

Ingatlah..masa lagu mana krisis dunia..perang ka..apa2 aja ka.. org tetap tak boleh makan kertas atau meja utk hidup!

Pelajaran hidup yg paling berharga & melekat di jiwa datang daripada pengalaman yg perit.


Ubah persepsi minda..usah hidup dalam dilema KRISIS IDENTITI...terokai kepelbagaian potensi diri.

P/s: Dato'..skrg bukan zaman 'Baby Boomer' lah..skrg zaman Generation Y!

-Affendi (Generation X)-

Anonymous said...

salam Dato'

benar bagai dikata...

keputusan UPSR, PMR dan SPM..hatta CGPA yang cemerlang bukanlah kayu ukur kejayaan kita dalam hidup...

ketaatan kita kepada perintah-Nya adalah asas kepada pegangan kita.

kalau UPSR 5A, PMR 8@9 A (9A untuk sekolah agama aka sekolah arab)spm 20 A sekalipun...belum tentu dapat membentuk akhlak yang mulia...memang penting cemerlang dalam pelajaran...kalau anak2 kita cemerlang dalam pelajaran...tapi tidak pernah solat,puasa dan tidak pernah menghormati ibu bapa...apa gunanya kecemerlangan ini???

sebagai contoh...genius matematik kita...apa sudah jadi?

kawan2 universiti saya dulu pun ramai cemerlang...tapi sebahagian yang tak pernah risaukan ibadah kepada-Nya...tipu mak bapak untuk dapat duit lebih supaya boleh clubing hujung minggu...tu semua realiti yang pernah saya jumpa dan nilai secara tak formal...

kita mesti menerapkan pendidikan yang cemerlang berlandaskan etika Islam...tu yg tak pernah saya dengar di Malaysia ni (mungkin saya ketinggalan maklumat ini).

Scofield_84

Anonymous said...

Assalamualaikum, bukankah menghairankan pelajar-pelajar di malaysia yang belajar bahasa Inggeris secara terancang selama 11 tahun (sekolah rendah dan menengah) tapi masih tidak dapat mengusai bahasa Inggeris. Dimanakah silapnya?? Apakah silap pelajar atau silap cara/sistem mengajar. Pada saya sudah tentu silap kurikulum dan cara mengajar.
Pada saya cara mengajar bahasa Inggeris terlalu menekankan teori dan tiada buka praktikal. Mengapa tidak diambil contoh sitcom 'Mind your language' dalam mengajar BI dimana adakan satu atau 2 sessi seminggu dimana pelajar hanya perlu bercakap BI sesama sendiri atau bersama guru tanpa ada buku teks. Bercakap mengenai apa saja. Pelajar juga boleh menyediakan apa yang hendak dicakapkan sebelum sessi bermula. Dengan ini pelajar tidak berasa malu untuk berbahasa Inggeris biarpun salah dan mula berminat untuk menambah pengetahuan dalam bahas Inggeris.

Harap ada yang ambil perhatian cadangan saya.

Anonymous said...

Dato, maap cakap..

1/2 juta budak setahun. Tiap tiap tahun.

Acuan mendidiknya ikut dan. Campor aduk.

Dari dulu.

Saluran pelbagai - cina, tamil, visi, agama, asmara penuh, jr kolek, teknik bestari entah apa nya lagi - namun nan kebangsaannya satu.. kunun

Tapi yang pasti : biskut-biskut yang keluar ikut cookie cutter ni kan tak ubah corak macam yang kita selalu temu di warong tomyam belah Gombak je.

Order le apa ke, kalau yang dimintak tu diubah lain sikit dari menu standat biasanya, yang pasti akan sampai ke meja kita dalam pinggan tak akan menjadi macam yang kita nak.

Benda senang pon jadi susah.

Silapnya kita ke yang cerewet?
Kita yang jadi dangkal..memikir..

Situasi ni kerap. Baik di warong, mau di kilang atau pon opis..

Mentalitinya kan serupa.

Fokus tak da.

Inisitif kurang.

Kelaku bentak.

Baran mungkin.

Prestasi elek.

Jatidiri entah.

Dadah? You tell me...

Anak Sri Garden Sri Taman Cempaka je laa yang akan serlah camni

Yang beduit je le yang akan terus terjah ke depan dengan asuhannya yang melengkapkan mana mana yang capek.

Kat Mana Silap kalau lebih 100,000/setahun terusan dijana hasilnya camtu

PRESTASI BURUK TU BUKANNYA KAT UPSR JE

NAK DIJADIKAN HOMEGUARD PON ORANG DATANG DAH TAK NAK!

Masalahnya - Nak dibiarkan ke terusan jadi bekeladak?

~ Din Hilang Punca

Tolong sikit Tok

Anonymous said...

Scribe,

Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.

Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.


Suatu kenyataan yang harus mengundang banyak petanyaan di dalam kepala.

azahar said...

Salam Datuk,

Inilah yang telah lama saya perjuangkan (dalam senyap kebanyakannya). Kita terlalu memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Yang dapat 5A UPSR, 8 A PMR dan 10 A atau lebih SPM.

Apa yang mendapat kurang A itu tidak cemerlang? Atau apakah yang tidak mendapat A itu tidak baik?

Saya fikir kita telah banyak membazirkan pelajar yang berpotensi (yang mendapat kurang A). Mereka ini biasanya tidak mendapat peluang untuk belajar dalam bidang yang mereka sukai semata-mata kerana mereka tidak memperolehi kesemua A.

Pemerhatian peribadi saya mendapati ramai mereka yang mendapat 5A dalam UPSR tidak perform ketika dalam sek menengah dan ramai yang mendapat kurang A mempunyai prestasi yang lebih baik.

Sudah sampai masanya kita membuat penilaian yg lebih menyeluruh ke atas pelajar kita. Jangan hanya berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

Assalamualaikum Dato',

Kalau yang prestasi buruk itu yang menjadi masalah, apa pula ceritanya dengan Melayu di universiti?

Di UiTM musim periksa baru habis. Seperti biasa laungan "kita harus tolong Melayu" akan terdengar.

Caranya mudah, kalau bebudak yang gagal pun harusnya kita luluskan sebab nak tolong Melayu.

Yang kaki ponteng, haram tak pernah masuk kuliah, assignment tak hantar pun - luluskankah juga untuk 'tolong Melayu'.

Kenapa mentaliti ini yang selalu ada dalam kepala dan jiwa orang Melayu yang perasan dan percaya bahawa mereka itu sedang membantu membangunkan orang Melayu?

Apa kata Yang Berbahagia Dato' bincang tentang hal ini pula?

Lihat saja percanggahan fikiran di bawah...

1. Kita harus tolong semua orang Melayu dalam bidang pendidikan.

2. Kita harus tolong semua anak Melayu supaya berjaya di dalam pendidikan.

3. Kita harus tolong semua anak Melayu termasuklah yang ada masalah sikap dan minda yang apathetic kepada pendidikan.

4. Atas dasar "tolong Melayu" kita wajib luluskan semua anak Melayu yang ambil periksa termasuklah yang malas, keras kepala, tak pernah masuk kuliah, tak pernah nak mencuba untuk belajar, dan sebenarnya tak kisah pun tentang pendidikan.


Jangan lupa, yang penting kita sudah "tolong Melayu". Noktah.

-airil-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).