Monday, March 23, 2009

Musang Berbulu Ayam dan Pemilihan Umno

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR]AHLI Majlis Tertinggi (AMT) Umno merangkap Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria, telah diharamkan bertanding jawatan AMT oleh Jawatankuasa Pengurusan.

[Posting Asal]


YANG korek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jadi tidaklah indah bahasa seandainya musang berbulu ayam dibaratkan kambing korban.

Yang menuturkan itu mungkin hendak menampilkan budinya. Tetapi ibarat kendi yang rosak kerana kotor air di dalamnya, maka rosak jugalah budi kerana bahasa.

Dalam pengertian Islam, kambing korban amat suci. Nabi Allah Ibrahim sudah bersedia mengorbankan anaknya Nabi Ismail apabila Allah Taala menggantikannya dengan seekor kambing.

Maka dalam pengertian Islam, kambing korban adalah haiwan yang sangat suci. Orang yang rasuah atau mengamalkan politik wang pastinyalah bukan kambing suci.

Dalam peribahasa Inggeris pun “sacrificial lamb” (anak kambing biri-biri korban) adalah mulia. Dia seorang yang tidak bersalah tetapi dikorbankan untuk menyelamatkan orang lain yang bersalah atau untuk menutup sesuatu keaiban.

Jadi, dalam konteks tindakan Lembaga Disiplin Umno pada 17 Mac lalu, isu kambing korban tidak berbangkit langsung.

Mereka yang dapati bersalah kerana rasuah politik wang dan dihukum itu bukan sekali-kali kambing korban atau “sacrificial lamb”.

Musang Dalam Reban Umno

Kalau kita hendak berterus terang, mereka adalah musang berbulu ayam atau mengikut ungkapan Inggeris “wolves in sheep skin” iaitu serigala yang berbulu kambing.

Tidak perlulah sesiapapun membuat alasan atau cakap berlapik kalau mereka mahu menjadikan pemilihan Umno 26 Mac ini sebagai titik permulaan pemulihan parti itu.

Kalau ada di kalangan calon Majlis Tertinggi Umno musang berbulu ayam, kita kata sajalah mereka musang berbulu ayam.

Bagi yang tidak faham bahasa Melayu atau lebih selesa dengan bahasa Inggeris, kita kata sajalah mereka itu “the wolves in sheep skin.”

Kalau di kampung saya pada waktu desa masih desa di mana petani memelihara ayam dan itik, musang yang masuk ke reban ayam akan ditembak dengan senapang patah.

Kita jangan keliru, musang bukan “fox” (rubah) yang didapati di kawasan iklim sederhana dan sejuk. Haiwan jenis itu tidak ada di negara kita. Musang yang kita maksudkan ini dipanggil “civet cat” dalam bahasa Inggeris.

Jadi amat kenalah Lembaga Disiplin bertindak keras terhadap musang-musang berbulu ayam.

Tapi biarlah adil. Jangan ada musang yang dibedil dan ada musang yang dijentik telinga sahaja – tidak kiralah musang itu musang tenggalung (Malayan civet cat) atau musang pulut (palm civet cat).

Awas Calon Rasuah

Atau adakah dua orang calon itu sahaja yang terbabit dengan rasuah politik wang? Yang bukan calon atau yang jadi wakil dan tukang tabur duit lainlah. Yang kita maksudkan ini calon.

Apa hal pula dengan calon yang didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana politik wang macam Norza Zakaria? Bolehkah dia bertanding?

Atau perwakilan yang terima rasuah? Terima duit kocek dan penginapan tu perkara biasa. Ini yang terima duit sehingga boleh beli kereta baru atau bercuti ke luar negara.

Memanglah susah hendak mencari pemimpin politik yang sempurna dan unggul, tidak kira dalam kem kerajaan atau pembangkang, di Malaysia atau di negera-negara lain.

Hanya di negara yang mengamalkan sistem satu parti macam China atau yang tidak ada pembangkang macam Singapura yang boleh memilih-milih pemimpin.

Mula-mula sekali tidak ada calon atau pemimpin yang sempurna dan unggul kerana mereka pun manusia juga.

Kita lihat sajalah apa yang telah dan sedang berlaku dalam barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun PR diuar-uarkan oleh penyokongnya sebagi lebih bagus daripada kepemimpinan Barisan Nasional, namun kita lihat ia juga sedang mengalami pelbagai masalah.

Huru-hara di Perak sekarang bermula apabila tiga Adun PR – dua dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang dari DAP –keluar parti dan “menyokong” BN. Dua bekas Adun PKR itu pula sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Di Bukit Selambau, Kedah, pilihan raya kecil terpaksa diadakan kerana Adun PKR, V Arumugam, meletakkan jawatan pada 9 Feb. lalu atas sebab masalah peribadi.

Dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 dia bertanding bebas dan kemudian menyertai PKR.

Kemudian pada 17 Feb. Adun PKR Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong, pula mengumumkan peletakan jawatan Adun dan Exco setelah gambar bogelnya tersebar di khalayak.

Gambar itu didakwa diambil dan disebarkan oleh bekas kekasihnya, Hilmi Malek, 32, yang juga seorang petugas penting PKR. Hilmi menghilangkan diri dan dipercayai lari ke Indonesia.

Adalah menjadi pengetahuan umum yang ramai pembesar PKR, khasnya yang berasal dari Umno, kerap menggunakan Jakarta sebagai tempat “rendezvous” (ron-day-vu -- bertemu) untuk membuat perancangan atau menyembunyikan diri.

Kemudian pada 21 Mac, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, juga dari PKR, diumumkan akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 8 April ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP) berkata Mohammad Fairus juga akan mengosongkan jawatan Exco tetapi enggan memberi sebab dia meletakkan jawatan walaupun wujud dakwaan oleh orang PKR sendiri yang dia terbabit dengan kes kuari di negeri itu.

PR Kuat Atau BN Lemah?

Ini membawa kita balik kepada persoalan adakah BN lemah kerana PR kuat atau PR nampak kuat sebab BN sangat lemah?

Kalau PR benar-benar kuat tidak apalah. Sekurang-kurangnya pengundi mempunyai pilihan. Maksudnya PR boleh menjamin kepemimpinan yang lebih baik daripada BN dan Umno.

Tetapi apa halnya jika PR sebenarnya tidak kuat, tetapi nampak kuat kerana BN dan Umno sangat lemah?

PR masih boleh menjadi alternatif kepada Umno dan BN yang lemah. Tetapi apakah ini alternatif yang unggul bagi pengundi dan rakyat jelata Malaysia?

Kalau inilah keadaannya, kita sebenarnya sedang mengalami masalah kepemimpinan politik nasional yang sangat mencemaskan. Apatah lagi kita sekarang sedang mengalami masalah ekonomi yang runcing.

Justeru itu, keputusan pemilihan Majlis Tertinggi Umno Khamis ini bukan sahaja relevan kepada Umno malah akan memberi kesan kepada politik nasional keseluruhannya.

Sekiranya perwakilan membuat pilihan yang tetap dengan memilih calon yang terbaik dari segi kebolehan dan moral, maka harapan Umno pulih daripada kecelakaan PRU ke-12 adalah lebih cerah.

Sebenarnya, dengan penolakan pengundi Cina dan India terhadap BN pada pilihan raya umum lalu, khasnya calon-calon MIC, Gerakan dan MCA, Umno perlu lebih kuat mempertahankan hak orang Melayu di samping cuba memulihkan BN.

Pertimbangan Memilih Pemimpin

Mungkin syarat-syarat berikut boleh dijadikan panduan kasar oleh perwakilan dalam membuat pengundian Khamis ini:-

1. Tolak calon yang pernah didapati bersalah melalukan rasuah oleh Lembaga Disiplin;

2. Tolak calon yang didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;

3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;

4. Berhati-hati terhadap calon-calon yang disyaki mengamalkan rasuah dan sedang disiasat;

5. Pilih calon-calon yang terbaik;

6. Pilih yang agak baik daripada kalangan yang tidak baik;

7. Pilih calon-calon yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja; dan

8. Pilih calon-calon yang boleh mewakili parti dan negara di majlis kecil di kampung terpencil dan sidang kemuncak antarabangsa di merata dunia.

Kalau perwakilan buat juga kerja-kerja yang buruk kerana disogokkan wang atau dijanjikan peluang, selain peluang untuk membuat kebaikan, janganlah hairan jika talkin yang dibacakan untuk Umno oleh musuh-musuhnya menjadi kenyataan.

Banyak parti politik dunia yang sezaman dengan Umno telah lenyap atau hidup segan mati tak mahu.

80 comments:

syauqi_x said...

slm pak kadir...

the current crops of UMNO leaders are like headless chicken, they move very fast all over the place, often without thinking...

the very system that elects the so called leaders in UMNO leaves the delegates with no choice but to elect these headless chicken to power, whether they are corrupt or abusive, it doesn't matter anymore...

UMNO does not stand to cleanse itself if the system remains the way it is today...Only those with $$$ and power could hold sway the delegates, not some rags from kampung or felda settlement...

Deep in your heart, do you really believe you could entrust the future of your children or Malaysia in their hands? I don't...

Sadly to say, UMNO the 'malay teacher based party' (my grandpa is one of those teachers) has long gone with the wind of damnation, what we have today is a party that belongs to a bunch of ali baba and gold diggers...

And of course, don't forget the headless chicken, and the 40 thieves too...

Anonymous said...

dalam perang, tidak selamanya perlu menyerang dan balas serangan.
ada ketika perlu buat gencatan senjata.

maka saya amat setuju (sebagai golongan muda < 30 thn), supaya diadakan kerajaan perpaduan.

tetapi kenapa yg dipanaskan sekarang, seolah2nya hanya BN dan PAS yg terlibat dlm cadangan pres PAS itu?

Mahmud Yussop said...

Being a sacrificial lamb is good.But to be made a scapegoat is to let loose the political beast in UMNO.Is now a field day for the 'Dajal' in UMNO.Sorry,I have no big ideas to prevent this evil in UMNO except for the perwakilan to sacrifice their desire for wang 'ehsan'/wang rasuah/wang cuti/wang beli kereta..etc to the drain.

Si Tampok Manggis said...

Salam Dato'

Kata Dato': 3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;

Macamana dengan Presiden kita?
Tak adil ler gitu Dato'. Orang saja-saja tuduh dia. Sekarang satu dunia dah lihat di sebagai ' tak nampak bersih'

Kalau kita nak dihormati dunia saya setuju kalau yang di jadualkan akan jadi Perdana Menteri jadi kambing korban dahulu, 'demi bangsa negara dan ugama' kita bersama

Vesu said...

Datuk , usaha Menteri Kewangan untuk memastikan setiap bantuan kerajaan melalui pakej perangsang disalurkan terus melalui JKR dsb telah terbukti dengan kenyataan di bawah ini. Nampaknya DS Najib Walk The Talk' harap ia berterusan.

KENYATAAN MEDIA


22hb Mac 2009

PAKEJ PERANGSANG EKONOMI MEMBAWA BERITA BAIK UNTUK SJK [T] LADANG SENAWANG , NEGERI SEMBILAN.


Setelah pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan bahawa kerajaan memberi jaminan kerajaan untuk membantu sekolah tamil di negara ini , kementerian pelajaran telah meluluskan untuk mengunapakai peruntukan nya bagi melaksanakan pembinaan sekolah tersebut berdasarkan kos atda melebihi RM 4 juta ringgit.


Pengerusi PIBG sekolah tersebut Encik.Bala mengalu-alukan berita baik itu dengan perasaan amat lega dan gembira.


Menurut beliau “ Saya amat puas hati dengan sumbangan kerajaan , saya ucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib dan Kementerian Pelajaran’

Menurut Encik Bala lagi berita ini di sambut baik oleh ibubapa kepada hampir 700 murid sekolah tersebut

Beliau seterusnya berharap kerja-kerja pembinaan akan bermula secepat mungkin dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR .



sekian, terima kasih


BALA
PENGERUSI
PIBG
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
LADANG SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL; 0126014073 / 0196202254 OR 06-6788191

Unknown said...

salam dato,

pemilihan UMNO akan bermula esok,
seluruh tumpuan akan diberikan dari segenap sudut oleh masyarakat antarabangsa dan malaysia.

cuma saya masih tertunggu-tunggu kenapakah calon presiden membersihkan namanya dari tuduhan yang dilemparkan. saya cuma mahu seorang pemimpin negara yang mampu membersihkan dirinya =.

awi.prt8 said...

SALAM DATUK AKJ,

ORANG TUA JALAN BERTONGKAT,
RIMBA JAUH NAMPAK DEKAT,
KALAU KITA SUDAH SEPAKAT,
HARIMAU DI HUTAN DAPAT DI IKAT,

salam dari " PEMUDA BERANI ".

Anonymous said...

Ya Allah Ya tuhanku, Kau kurniakanlah hidayah dan bukakanlah pintu hati para perwakilan UMNO untuk memilih pemimpin yang amanah, jujur, berjiwa rakyat, taat perintah Mu dan tidak rasuah. Amin

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Syabas di atas penulisan yang begitu "straight forward and bold." Gaya sebeginilah yang sudah lama hilang dalam penulisan/pemikiran orang-orang Melayu.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

DATO', biarlah UMNO di talkinkan dari mereka terus menghancurkan negara.
Hanya satu cara sahaja, sebelum Najib jadi PM, beliau mesti membersihkan diri dari segala persepsi terhadap diri nya. Sekira nya berjaya maka beliau mesti berani mengenepikan mereka yang kebanyakan nya musang berbulu ayam diketepikan dari pimpinan negara.
It is now or never, sekiranya tiada political will dan leadership will, maka nantikan lah PU yang akan datang. Keyakinan terhadap kepimpinan UMNO semakin hari semakin pudar, Orang Melayu menjadi resah dan gelisah dan sakit hati dan meluat melihat tingkah laku pemimpin UMNO. Sombong, bongkak dan lupa asal usul mereka dan kita bolih perhatikan semasa PAU Rabu ini. Kuala Lumpur akan dipenuhi musang berbulu ayam, mengangguk kan kepala mereka seperti unta kekenyangan.
The present UMNO line up is not inspirational at all. MSM be it traditional, electronics or so called alternative media are not helping but more of destructive in nature.
But Dato' I still feel, it is never too late if they are sincere and focus with the overarching national interests with the "Melayu" remains as the background that will be the centre point of all decision making process and manage in the most respectful as had been when the nation was proclaimed "Merdeka" by our great forefathers.
Beritahu lah Najib dan kuncu kuncu nya sekiranya sesat di hujung jalan maka balik lah kepangkal jalan. Alangkah sedih nya kalau mereka terus bermimpi. dh9753

amoker said...

Kudos for Lim at least for sticking to his CAT. It is humiliating on short term, but better on long term.

I wonder if someone should take the fall for losing Batu Putih or RM60 billion in forex loses?

Unknown said...

Orang ramai selalu nampak orang politik yang melakukan rasuah. Sebenarnya pekerja-pekerja jabatan kerajaan dan swasta juga banyak mengamalkan rasuah.

Ini samalah seperti orang ramai lebih gempak bila mendengar berita selebreti atau artis ditangkap khalwat. Padahal orang biasa lebih ramai kena tangkap khalwat.

Pemakan rasuah ini sukar untuk dibuktikan kerana mereka begitu licik dalam menghapuskan bahan bukti.

Anonymous said...

salam
sebagai ahli umno rasa sedih dengan apa yang berlaku ,cuma kita tengak apa yang berlaku dalam dua tiga minggu ni emmmm

singacobra

Anonymous said...

ntah la apa nasib umno sekarangni ,, buat ahli pening
harap dato terus menulis bagi memberi semangat kepada bangsa

singacobra

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
JIKALAU BENAR NAJIB RAZAK MENJADI PM DALAM BULAN APRIL DEPAN (HARAP TIDAK 'DIPERBODOHKAN') DAN BERANI 'MENGHAPUSKAN' MUSANG2 BERBULU AYAM DAN MELANTIK 'SHAWAL2' YANG BERSIH DAN JUJUR MEMBELA/MENJAGA 'KHAZANAH' NEGARA DAN ADIL TERHADAP RAKYAT KESELURUHAN NYA , MAKA KAMI KATAKAN LANGIT UMNO/BN AKAN CERAH KEMBALI TANPA AWAN KELABU.
DAN KAMI RAKYAT JELATA JUGA TELAH SERIK DENGAN MAINAN 'APRIL FOOL' ALA PAK 'AAB'(ATAS ADA BATU) DAN PAK 'PKR'(PUNGGUNG KURAP REBEH).

KEKELAHAN DI 5 DUN NEGERI DAN 2/3 MAJORITI PARLIMEN ADALAH SEBAGAI PENGAJARAN TERHADAP KELEMAHAN PEMERINTAHAN 'AAB' YANG AKAN MENJADI MANTAN PM TIDAK LAMA LAGI.. INSYAALLAH.

BARU SATU TAHUN MENTADBIR 5 BUAH NEGERI, PR TELAH MENAMPAKKAN BERTAPA RAPUHNYA PEMERINTAHAN MEREKA. NAMA PUN PR, PAKATAN RAPUH!

JOM KITA BERSATU DALAM MEMPERBAIKI RUMAH 'UMNO' YANG TELAH MENJADI TEMPAT BERLINDUNG ORANG MELAYU/BUMIPUTERA DAN RAKYAT JELATA NEGARA TERCINTA INI SELAMA 50 TAHUN.

BERSAMA 'BN', BINA NEGARA', BERCAMUK 'PASTI ROBOH(PR)..

KITA FIKIRKAN BERSAMA.

ALFATIHAH, AMIN.

AMJ said...

Satu lagi syarat calon yang baik mesti pandai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kalau bolih yang datang dari sekolah berbilang kaum.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya kurang simpati pada Ali Rustam,Azalina atau mana mana pemimpin UMNO yang telah menjadi so called sacrificial lamb..

Walupun mereka turut menjadi mangsa pilihkasih UMNO tetapi mereka jugalah penyokong tegar terhadap segala ketidakadilan UMNo selama ini.

Mereka lupa bahawa ketidakadilan tersebut akhirnya satu hari nanti memakan diri mereka sendiri.Sebahagain tehalh pun dimakan dan yang lain sedang menunggu untuk dimakan..

Tun M dan DS Anwar telah menjadi mangsa,Paklah akan menjadi mangsa.Begitu juga Najib suatu hari nanti.

Kita perlu ingat ketidadilan dan kezaliman tidak memilih bulu.

dari chokro KE ransom rd. said...

6. Pilih yang agak baik daripada kalangan yang tidak baik;

ingat masa ngaji dulu2..kalau dah najis tu tetap najis...tak sah dalam solat....heh

dari chokro KE ransom rd. said...

satu lagi tok,

Kata orang tua2
"SESAT HUJUNG JALAN,
PULANG KE PANGKAL JALAN"

Unknown said...

Perasuah politik sudah dikenalpasti
Tetapi kenapa masih diberi peluang untuk bertanding?
'Double-standard' dalam melaksanakan hukuman.
sangat pelik

ZHARIF

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Perwakilan seharusnya bijak menilai siapa yang layak dan sesuai untuk diangkat memulihkan UMNO dan kepimpinan negara. Pada tika rakyat hilang kepercayaan pada UMNO, jika perwakilan masih juga terikat dengan sogokan, bererti UMNO akan rebah sebelum Izrael datang menjemput!

Saranan Datuk ni bagus, benar dan tepat. Cuma nak cari kepimpinan UMNO yang bersih.. alahai, macam tak ada je calonnya... masing-masing ada 'black record'.. Entahlah kalau bakal PM kita juga bersih...

alrawa said...

Datuk,
Geli hati saya apabila terpaksa Datuk memberi panduan kepada perwakilan Umno bagaimana hendak memilih pemimpin.
Saya percaya Datuk berbuat demikian kerana 'pengalaman' mengajar Datuk untuk mengajar perwakilan.
Kalau sehingga begini lah perwakilan harus diingatkan,saya ucapkan 'Selamat Berdrama' kepada semua perwakilan dan semoga dapat memilih 'Pelakon Terbaik' kelak.

Anonymous said...

Datok,
saya berkenan dengan posting ini untuk tidak meyokong mana2 calon yang mengamalkan politik wang atau dilihat terbabit.masalahnya adakah calon2 untuk post utama(tim dan naib presiden umno)benar-benar bersih atau masih dilihat terpalit dengan politik wang.saya setuju dengan kriteria calon yang hendak dipilih,saya nak tambah semua calon mesti dilihat track record sepanjang dalam parti dan kerajaan(semasa jadi mb,setpol,menteri,set parl,dll)walau seseorang calon itu dikatakan tidak mengamalkan politik untuk PAU ini,bagaimana PAU2 sebelumnya.perlu diingat orang melayu amat tebal dengan konsep 'kenang budi",bermakna apabila seseorang perwakilan itu telah dibeli ,adakah beliau akan berpaling tadah untuk tidak menyokong orang yang berbudi kepadanya.tak kan madu nak dibalas dengan tuba.mengenai generalisasi bahawa semua parti mengamalkan politik wang,saya mohon untuk tidak bersetuju.apakah dengan menyenaraikan kes2 politik wang seperti ahli pkr,seolah-olah kita mesti menerima fenomena ini dan ianya budaya baru .saya menyatakan beza bn/umno dan pr ialah ketelusan dalam mengambil tndakan dan tiada kompromi kepada pelaku.ini yang agak tiada dalam bn/umno.saya sebagai orang biasa mengharapkan tindakan mesti diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan.namun sebelum apa2 tondakan nak diamabil,pemimpin paling tinggi mesti dilihat bersih dan tiada apa2 kontraversi.satu lagi,macamana nak kenal musang berbulu ayam dalam umno kerena mereka kelihatan semacam semua.zahir dan batin mereka semata-mata umno untuk bangsa,agama dan negara.
sekian.zmy

zainal abidin awang kechik said...

saya nak mula dengan Berdoa kehaderat ALLAH swt semoga tok sekeluarga di beri RAHMATNYA..bagi terus mendapat tenaga,fikiran yang boleh membantu untuk membetulkan umat manusia di malaysia.

Tok..umno dah lupa bahawa parti ini di bina dengan keringat dan air mata.Mereka yang membina umno kekal dengan kemiskinan..

UMNO Kuala Terengganu sebagai contoh..calon anak tempatan,pandai,tapi gagal untuk menjadi wakil di parlimen.

Rakyat kita dah jemu dengan janji..sangkaan mereka terhadap UMNO.mungkin lama sangat kut.Ucapan Bakal PM semalam pun saya lihat agak ada sedikit kelongaran dari sudut KETENTUAN YANG TERTULIS...,

kita di malaysia ni dah kurang orang bijak pandai yang meletak hukum menjadi asas keputusan kepimpinan mereka.UMNO sudah sampai masa untuk membentuk pengisian yang selari dengan tuntutan yang memberi pulangan yang jujur dan ikhlas kepada bangsa dan negara.
selagi MUSANG MUSANG YANG BERBELU AYAM SERTA MUSANG MUSANG YANG BERJANGUT..kita tunggu dan lihat bila "BALA YANG AKAN MENIMPA"

saya pegang kuat kata kata tok kepada saya di masa lalu.
"MOGA ALLAH SELAMATKAN BANGSA INI"

SALAM

ab said...

Salam dato,

Minggu ini saya fikir banyak ayam betina dan ayam jantan rabun dan ayam bodoh,atau ayam buat-buat rabun dan buat bodoh..tenguk musang berbulu ayam...kalau ayam-ayam tersebut tenguk kepala dan kaki tentu tak mungkin tertipu...

KALAU PAKAI SONGKOK dan cakap arab pun, suara masih suara musang,mata musang,gigi musang dan berkaki empat ada kuku tajam!!! KALAU TAK KENAL JUGA,entahlah..bodo piang dan baghal ayam-ayam ni,elok cucuk tengkuk kat damansara heights!.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam DAKJ

Sorry ! outstation. Bila balik, banyak pula assignment yang kena buat dari yang hakiki dan hal alam semesta di Malaysia. Kedua-duanya sama penting. Panjang sikit tak apa ye Dato’ sebab banyak benda nak di ‘summarize’kan.

Mini budget
Bercakap menyenai ayam, sebenarnya UMNO cuma ajak-ajak ayam dengan Pakatan Rakyat. Kalau terasa ayam jemputlah. Sebab selagi berkawan dengan syaitan, mana kita nak percaya. Alhamdullillah terkena juga perangkap.hehehe……..Bijak juga next PM ni .

PAS
Tahniah!!!! Sekarang dah pandai berbahasa Perancis. Tujuan PPMSI rasanya untuk anak anak kita pandai BI. Alhamdullilah, nampaknya bukan saja anak pandai BI tapi mak bapak boleh berbahasa Perancis. So, tiada sebab PPMSI tak perlu diteruskan.

Pemimipinnya, bila ditanya, katanya hendak mengikut sunnah. Tapi bila diteliti, sebenarnya ambil kesempatan je. Contohnya, Rasullullah hanya berkahwin lagi selepas isteri pertamanya wafat. Ini isteri pertama tak mati lagi dah pasang dua. Ada juga yang naik turun court sebab nak ceraikan isteri kedua untuk bermadu tiga. So betul ke sebabnya nak ikut sunnah??? Pikir sendiri la.

PKR
Kan saya dah kata mengenai ‘keadilan diri’ cuma dapat selepas berpuluh tahun dan penuh ilmu didada. Tup tup TKM Penang nak berhenti katanya nak sambung belajar. Baru tahu langit tinggi rendah, siapa kawan siapa lawan yang sebenarnya. Tak payahlah malu malu ayam nak beritahu. Pergilah belajar rajin-rajin dulu.

Memang Parti yang tak berkat. Dari mula macam-macam masalah. Dari Kedah, Penang, Perak dan Selangor. Dengan boyfriendnya, lompat kataknya, orang suruh bersumpah, kecut perut dan ketar lutut. Macam biasalah, chief dia suruh cabut lari (bercuti konon) atau kata ada konspirasi. Sekali sekala orang percaya, bila banyak sangat menyampah jadinya.

Pemilihan UMNO
Pemilihan dah dekat sangat dah tapi Dato’ tak bagi senarai pilihan lagi. Saya dah bagi calon pilihan siap dengan alasannya sekali. Sesekali kenalah ‘straight to the point’, tak boleh nak berkias lagi.
Sekain, TQ.

Najib Milatu said...

"Kalau inilah keadaannya, kita sebenarnya sedang mengalami masalah kepemimpinan politik nasional yang sangat mencemaskan."

Secara am, memang inilah masaalah kita di Malaysia sekarang. Kita memang sedang mengalami masaalah kepimpinan politik yang sangat mencemaskan.

Buat masa ini, UMNO memang parti politik yang menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia. Bakal Presiden UMNO, walau mendapat sokongan hampir penuh ahli parti untuk menjadi Presiden dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia, masih tidak dapat mengelakkan tuduhan salahlaku yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik, dengan berkesan dan meyakinkan. Masih ramai rakyat yang menerima beliau dengan tanda tanya.

Dari dua orang yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, salah seorang telah tertangkap membawa wang bernilai jutaan ringgit semasa melepasi sempadan negara asing. Memang beliau dilepaskan dari hukuman mengikut undang-undang negara tersebut tetapi persoalan yang masih belum terjawab adalah dari mana beliau mendapat wang sebanyak itu.

Dari tiga orang yang layak bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda, salah seorang sudah diberi amaran berhubung dengan kegiatan rasuah untuk memancing undi.

Yang seorang lagi, walaupun disahkan tidak terlibat dengan rasuah oleh Lembaga Disiplin Parti, masih menghadapi tuduhan-tuduhan pelanggaran undang-undang walaupun masih belum atau tidak disabitkan bersalah.

Memang undang-undang memperuntukkan bahawa seseorang itu dikatakan 'innocent until proven guilty'. Walaubagaimanapun, dalam sistem kepimpinan berkaitan demokrasi, pandangan masyarakat akan menentukan kekuatan sebenar seseorang pemimpin. Sekiranya tuduhan yang dilemparkan terhadap seseorang pemimpin boleh malah mudah dipercayai oleh orang ramai maka dengan sendirinya kewibawaan pemimpin tersebut sudah tercemar.

Daripada analisa pendek pada tiga peringkat pemilihan kepimpinan UMNO tersebut, kita dapat menilai tahap kewibawaan parti tulang belakang kerajaan dan tahap kewibawaan pemimpin peringkat tertinggi parti tersebut.

Bagaimana pulakah agaknya kewibawaan pemimpin peringkat lain dalam UMNO. Adakah mereka mempunyai tahap kewiwabawaan lebih tinggi. Mungkin tidak kerana sekiranya ia, sudah tentu merekalah yang bertanding untuk jawatan-jawatan penting parti tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak Pakatan Rakyat juga tidak menampilkan tahap kewibawaan tertinggi dalam barisan kepimpinannya. Pemimpin tertinggi PR tidak lepas-lepas dari tuduhan perlakuan sumbang yang memalukan.

Ada pula di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berpayung dalam kumpulan mereka hanya menyertai meraka sejurus sebelum atau sesudah PRU12. Tidak ada sistem pemilihan berkesan bagi menapis dan membuktikan kewibawaan mereka sebelum diterima berlindung dengan mereka.

Kerajaan Persekutuan dikatakan kini lemah akibat bertambahnya kekuatan pembangkang di Parlimen. Yang dikatakan lemah memang lemah kerana tulang belakangnya terdiri dari kumpulan yang lemah. Pembangkang yang dikatakan bertambah kekuatannya pula sebenarnya tidaklah sekuat mana kerana ramai di kalangan anggotanya juga lemah dari segi kewibawaan kepimpinan.

Jelaslah bahawa Malaysia pada masa ini memang sedang menghadapi krisis kepimpinan politik yang mencemaskan.

Anonymous said...

How come under Umno's Ketuanan Melayu, we have more Chinese billionaire individuals in Malaysia than in Singapore? The real "tuan" for Umno is duit. That's why the entire Pulau Pangkor Laut and Pulau Redang is handed to Chinese towkays. But when PR granted a land status for poor Chinese in Perak, they made a fuss of it. These Chinese (some r Malays too) have been living in the settlement for 70 years. Have the towkays been occupying the islands for 70 years? Umno = Ketuhanan Duit!

Anonymous said...

salam Datuk A kadir,

Bagi sayalah Dtk masalah dalam UMNO adalah kerana Saf pucuk kepimpinan UMNO itu sendiri adalah punca masalah UTAMA yang perlu di benteras...ikhlas dari saya Ahli umno generasi muda...

NAJIB bukan pilihan yang tepat sebagai presiden UMNO dan PM.Ahli UMNO sudah tersalah meletak harpn pada NAJIB...pendapat say NAJIB akan membawa rakyat semakin jauh dengan UMNO....kebenaran apa yang saya utarakan ini akan terbukti tidak berapa lam lagi InsyALLAH...


Azman..kuala lumpur.

Quantum Metal Consultant said...

Najib dah buat penafian pembabitan dengan kes altantuya rasanya bukan sekali, lebih dari itu.

Untuk memuaskan hati semua rakyat termasuk pembangkang sesuatu yang mustahil.

Lebih penting, secara majoritinya ia diterima oleh ahli partinya dan ia dinafikan melalui undang undang - tidak ada jalan pintas dan cepat untuk membuat penafian ketika musuh politik bergentayangan.

Ketika Anwar memberi alasan, Timbalan KM Pulau Pinang meletakkan jawatan atas sebab melanjutkan pelajaran, agak2nya siapakah yang menerima dan menolak alasan tersebut.

Bagi penyokong Anwar itu adalah kebenaran dan bagi Anwar itu sudah mencukupi untuk dia terus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kerana masih 'laku'.

Najib wajar terus membisu kerana banyak lagi kerja yang perlu dibuatnya dari sebok menjawab saolan yang akan terus diputar belit dan jika nNajib layan hal hal ini, banyak tugas terbengkalai dan Najib sekali lagi dituduh sebok dengan hal peribadi.

Najib bukan musang yang perlu bermati matian menafikan dia berbulu ayam.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

PAU akan ditayangkan di TV3. Semua mata akan memandang.

Tamat PAU, rajin-rajin lah singgah ke kedai kopi dan pasang-pasanglah telinga.

Saya jangka, walaupun rumah dah siap, bunyi pahat akan kedengaran disana-sini. Dan bunyi pahat ini, dalam rumah lebih banyak bunyinya dari diluar rumah.

Anonymous said...

Dato

Saya rasa permerhatian, analisa, rayuan dan nasihat sudah banyak diberikan baik dari yg tua maupun yg muda, tapi dalam genggaman tangan perwakilan adalah RINGGIT dan dalam hati mereka sekarang HOW MUCH MORE RINGGIT CAN I MAKE dalam 3 hari mendatang.

[1] Besok banyak ayam berkeliaran dan sudah tentu, musang sudah siap untuk membaham ayam.

Besok saya rasa penyiasat bebas lembaga Displin UMNO, SB, POLIS, SPRM perlu kerja kuat dalam 3 hari ini, menyiapkan bahan bukti untuk "THE DAY AFTER" the election untuk menangkap musang-musang yg terlepas, elok juga ditangkap sama yg menerima sogokan biar dia merasa merengkok dalam penjara, sebab dulu, mengikut pemakaian istilah Dewan Bahasa Dato mengenai "musang berbulu ayam" ada yg bernama ISA SAMAD walaupun menang undi terbanyak bagi jawatan Naib Presiden, di tembak oleh ABDULLAH AHMAD BADAWI dengan senapang lalu tersungkur menyembah bumi,

[2] Jadi saya sarankan Lembaga Displin jangan berhenti berehat dulu, silakan menyamar dan memasang kamera untuk menangkap gambar simusang dan perwakilan yg masih kental didalam hati "HOW MUCH MORE MONEY CAN I MAKE " dalam 3 hari mendatang, biar mereka merasa terlepas dan sudah dibayar, supaya 7 hari setelah diistiyharkan menang, biar mereka merasa GARI dipergelangan tangan dan merasa makan ditanggung kerajaan kerena ketamakan yg tidak kunjung reda

[3] Saya juga sarankan, mana-mana yg seperti Dato kata musang berbulu ayam ditayangkan wajah mereka sebelum sessi UCAPAN PENUTUP PRESIDEN, supaya mereka tersedar dari keadaan mereka yg masih ada yg melihat, masih ada yg mendengar dan masih ada yg sayangkan UMNO.

[4] Sayang ini hanya cadangan untuk menghadapi musang-musang yg masih terlepas, kerana masaih tidak lagi dapat ditangkap siapa sebenar GRANDMASTER dan GREAT BANKER yg menyumbang punca kewangan - sudah pasti dalam permainan yg sebegini besar ada RING LEADER nya dan sudah pasti BANKER yg mengeluarkan belanja.

[5] Kalau tak cukup mata-mata dan SB, Dato saya pun sanggup membawa kamera kecil saya untuk merakam saat musang melepas serakah keatas ayam-ayam yg sanggup menghalalkan diri, [contoh hab HALAL dalam UMNO] untuk menjadi bahan dagangan bangsa.

[6] Saya rasa bukti yg boleh didapati dalam 3 hari ini mampu mematikan sebahagain besar musang-musang yg masih berkeliaran

Terima kasih

OrangBaruLahir

Anonymous said...

Is there any of the UMNO candidates who are `clean' and perceived to be `clean'? At least in PKR, those who are perceived as not `clean' immediately step down and resigned. That is what we called integrity.

In UMNO even those already proven corrupt can still remain as CM. Those who were proven corrupt in the past are still contesting to become leaders.

Our future cannot be trusted on those bunch of rotten leaders. It is not a question of choice based on whether BN is strong/weak or PR is strong/weak. The choice of leaders must be based on integrity.

Anonymous said...

Dear Abang Dir

Very interesting.
Tapi siapa civet cat, siapa pula palm civet cat.
Siapa pula yang menjadi ayam.
Itu you kena jelaskan since you said Umno must be honest.
I rasa orang Umno tak nampak semua tu.
Yang depa tahu siapa kawan, siapa lawan.

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Agreed... we, the rakyat, do not really have much of a choice when it comes to "capable" leaders with high integrity and morality. SIGH!

If only we have the options to chose from, we would not be saddled with young jokers/punk from Oxbridge or from the "ruling elite family" that are very much "out-of-touch" with the "real-laymen-world".

As repeatedly mentioned before, our choices are limited to those born with the silver spoon in their mouth or are married into the elite family. Whichever way, the rakyat are the real losers!

I seriously cannot think of a solution right now... SIGH!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Sha said...

Masalahnya dengan kebanyakan calon2, pada awalnya semangat perjuangan tu memang kuat tapi bila dah lama memegang jawatan, perjuangan entah ke mana, constituency sendiri pun dah jarang nak jenguk.

Sebab itulah pucuk pimpinan negara ni perlu dirombak sepenuhnya. Seperti kata Najib, this country needs fresh new faces, give the young people a chance to help run the country.

I have nothing against the "orang tua-tua" and certainly I don't want to be rude but the veterans in UMNO couldn't be bothered about the country becoz they are way too comfortable already and displaced from the going-ons of the rakyat, especially the poorer rakyat.

Macam SamyVellu. This is going to be his 11th term which ranked him as holding the longest term as leader of a party? Apa ke jadahnye sampai 11 tahun? Welfare kaum India macam tu jugak. This is not about breaking a record.

What I'm saying is this. Mana-mana pemimpin yang dah terlalu lama memegang jawatan, tolongla di "expire" kan. Sifat nyanyuk pun kadang2 dah mula memancar. Kalau nak direcycle balik pun ambik yang selective few only. Bagi peluang kepada yang muda-muda, yang dynamic, dan yang mungkin masih mentah in learning the "trick of the trade" when it comes to wriggling themselves out of getting caught for corruption.

Yang korup tetap akan wujud, but masalah kita sekarang ni, dah tahu orang tu korup, macam mana dia boleh terlepas dari di gam pun hanya tuhan je yang tahu...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Datuk,

Dunia akhir ni kekadanganya ayam pula yang jadi musang.Sapa pun tak boleh harap sapa.

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Kalau bercerita pasal musang, saya pernah bela anak musang selama beberapa hari (musang pulut) tetapi akhirnya mati disebabkan ia termakan buah beracun setelah diberikan ibunya sendiri. (mungkin ibunya marah sebab saya ambil anaknya).
Perumpamaan 'musang berbulu ayam lebih sesuai untuk DSAR kerana sikap 'cakap tak serupa bikin'. Pemimpin yang menyuruh pengikutnya berbuat baik tetapi sendiri berbuat noda memang wajar dihapuskan dari pertubuhan yang merekrut pemimpin seperti UMNO. Apa yang merisaukan kita, dalam 3 tahun lagi pemimpin seperti ini akan diangkat semula walaupun telah terpalit dengan kotoran yang sukar dicuci. Dalam UMNO ramai pemimpin begini 'naik semula' untuk mendapatkan jawatan dan meneruskan perjuangan 'suci' mereka. Nama-nama mereka sudah popular dan sekarang layak bertanding kerusi tertinggi UMNO.
Adalah amat malang bagi UMNO sekiranya undi memihak kepada mereka setelah 'jasa' mereka-mereka ini menyumbang kepada keputusan teruk PRU 12.
Ingatan yang dilemparkan oleh TUN DM tentang bahaya perwakilan yang korup memilih mereka-mereka ini perlu diberi perhatian kerana ingatan beliau adalah jelas tentang keburukan perasuah bila mentadbir negara.
SPRM yang jelas banyak bermain dengan 'ayat-ayat' penafian tentang rasuah politik UMNO bila menyatakan bahawa kes DSAR hanyalah masalah teknikal dan bukan rasuah politik wang.
Ayat-ayat sebegini akan memusnahkan kredibiliti SPRM dan ia juga akan memusnahkan impian rakyat Malaysia yang mengharapkan SPRM sebagus ICRC Hongkong.
Institusi kehakiman yang terpalit kekotoran selepas sandiwara VK Lingam dan barisan pelakonnya masih belum dihadapkan ke Mahkamah walaupun Suruhanjaya di Raja mendapati terdapat salah laku para ketua hakim yang beraksi dalam video klip tersebut.
Rakyat/Pengundi akan terus memerhati ,mungkin untuk sehingga PRU 13 untuk memberi peluang BN memperbaiki dan mengotakan janji menghapuskan rasuah. Selepas PRU 13, para pelawak tersebut mungkin diseret kemahkamah oleh kerajaan PR kerana kerajaaan yang ada sekarang pasti tumbang bila keputusan PRU 13 diumumkan.
Rakyat tak pernah lupa, rakyat akan terus menagih janji yang dibuat BN/UMNO.
Kembalilah ke landasan perjuangan yang sebenar iaitu " tradisi membela rakyat "

Anak_Parit

Ustaz Fxxxul Baxi said...

Tun kata, public perception terhadap Khairy amat penting diambil kira. Tun juga kata, tanggapan buruk terhadap Najib hanya public perception sahaja.
Kedua-dua kenyataan ini dibuat dalam satu ucapan yang sama.

Anonymous said...

Datuk,

Terlebih dahulu saya ingin memuji pendapat Alias Mohd Yusof (11.56am). Ringkas tapi sangat bernas dan tepat!

Orang berniaga macam saya ini memang dah letih dengan gelagat babi-babi rasuah dalam jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi-institusi kewangan negara. Mereka-mereka ini ada yang pakai songkok, ada yang pakai ketayap, ada yang pakai serban. Tapi yang paling ajaib nya, mereka-mereka inilah yang juga paling kuat mengutuk dan mengecam orang politik kerana kuat makan rasuah. Cakap tarak serupa bikin. Memang babi betul!

Mengenai politik wang,

Kawan-kawan saya orang UMNO kata mereka tidaklah berasa diri mereka jahat kerana ambil duit rasuah. Mereka kata mereka hanya buat nakal sahaja bukan buat jahat. Alasannya, walaupun mereka ambil duit rasuah itu, ia bukan menjadi faktor penentu siapa yang bakal mereka undi kelak. Ketokohan calon, daya kepimpinan dan semangat perjuangan tetap menjadi faktor utama undi mereka.

Boleh percaya ke Datuk? Entahlah.

Bila saya tanya, tidak boleh kah kalau tidak ambil?

Satu orang Ketua Bahagian bagitahu saya, tidak boleh kalau dia tidak ambil. Sebabnya, kalau dia tidak ambil, itu akan mendedahkan bahawa dia tidak menyokong calon itu. Ini amat merbahaya kerana jikalau calon itu menang, di pemilihan yang akan datang, calon itu akan hantar orang untuk "langgar" dia sebagai Ketua Bahagian. Inilah yang berlaku ketika Anwar berlawan dengan Ghafar Baba dulu. Ketua-ketua bahagian yang tidak mencalonkan Anwar ketika melawan Ghafar dulu, Anwar hantar orang untuk langgar bagi tumbang. Habis Sanusi Junid, Daim dan beberapa yang lain jatuh terkorban.

Mmm .... betul juga cakap Ketua Bahagian ni Datuk.

Kawan-kawan saya orang PAS pula kata, demi survival politik, mereka sedia menyokong Anwar walaupun dulu merekalah yang paling kuat mengecam Anwar dengan rasuah ini. Bukan kata Anwar, kalau ditakdirkan Najib atau KJ sendiri terkeluar dari UMNO, PAS sedia menerimanya. Apa-apa sahaja yang dapat melemahkan UMNO, PAS akan sedia menyokong.

Jadinya Datuk, babi rasuah ni sekejap dia boleh jadi halal, sekejap dia boleh jadi haram. Itu sebab babi rasuah ni susah betul kita nak musnahkan?


-sinbad-

Anonymous said...

Salam Dato,

Mana perwakilan tak tergoda, duit cash dah ada depan mata. Mana iman tak goyang.

Macam inilah Dato, kalau ada penjual, mesti ada pembeli. Maaf cakaplah Dato, ibarat pelacurlah, kalau takde ada pembeli memang takde penjual. Tapi dapatkah kita hapuskan pelacuran? Macam tulah juga dengan rasuah ini.

Cuma didikan agama dan iman yang kuat dapat menghalang seseorang dari memberi atau menerima rasuah.
Didunia ini senanglah, disana nanti terimalah habuannya.

Ya, memang PKR dan UMNO tu lebih kurang je perangainya. Nama saja lain.

Tapi saya "tabik springlah" dengan kepimpinan PAS, yang tidak goyah, walaupun memerintah Kelantan dengan hanya majoriti 1 kerusi walaupun ada berita yang mengatakan ada cubaan menyogok ADUN PAS.

Begitulah kalau iman didada sudah penuh, pelacur depan mata pun tak dijamah.

Anak Bayan.

Unknown said...

3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;

kalau yang no 3 ini, hatta Najib pun jangan kita pilih.....

Siti Khadijah said...

Dear Datuk AKJ,

Please beware of the civet with a goatie i.e. musang berjanggut!

Anonymous said...

In 1982, Malaysia was ahead of South Korea and Taiwan. Our economy then were in the same league as Singapore and Hongkong. The time when the British left, Malaya, Singapore and Hongkong were the most prosperous nations in Asia. Thailand and Indonesia were in a lower league altogether. Today, look, what has Umno done to our nation? Umno has undone and "merosakkan" all the good system we inherited from the British, especially the rule of law. Our convicts are hailed as heroes and freedom activists by the rest of the world. This is how South Africa was viewed during the apartheid time when a "criminal" like Nelson Mandela was convicted in its "court of law"

Anonymous said...

OKJ .. Kalau nak bercakap ttg agama tu kena selidik dulu ..Jangan main2 sedap lepas mana sunah @ tidak .

PAS

Pemimipinnya, bila ditanya, katanya hendak mengikut sunnah. Tapi bila diteliti, sebenarnya ambil kesempatan je. Contohnya, Rasullullah hanya berkahwin lagi selepas isteri pertamanya wafat. Ini isteri pertama tak mati lagi dah pasang dua. Ada juga yang naik turun court sebab nak ceraikan isteri kedua untuk bermadu tiga. So betul ke sebabnya nak ikut sunnah??? Pikir sendiri la.

Tentang kahwin empat .. sunnahnya pada suruhan . Rasulullah s.a.w kahwin bukan kerana Khadijah meninggal , semuanya adalah petunjuk dan wahyu dari Allah . Rasulullah s.a.w berkahwin umur 25 thn bkn maksud berkahwin umur 25 itu sunnah .Lagi satu saudara , ttg berkahwin empat ini adalah atas dalil ayat al-Quran yang ALlah turunkan . Sila rujuk surah al-Maidah . Jadi bertanyalah dulu kepada mereka yang tahu . Andaian saudara ttg agama ini boleh mengelirukan orang ttg mana sunnah sebenarnya .

Lagi satu saudara ... semua orang yang mengaku ISLAM kena mengikut syariat dan sunnah . BKN PAS sahaja saudara .

Mendedahkan aurat itu hukumnya jelas HARAM dan BERDOSA . Jadi apa komen saudara ttg WANITA dan PUTERI . Melakukan benda yang HARAM secara terang2an dan menjadi contoh kepada anak2 perempuan yang sedang membesar .

TERSERAH ...

Anonymous said...

salam dato,

Kepada orang UMNO sekarang tak boleh kita cakap bahasa puisi atau kiasan seperti topik yang dato tukliskan ini sebab mereka yang baru-baru tak faham la. Kepada mereka ni kita kena kata 'direct' walaupun pahit, tapi kadang kala ada mata buta dan ada telinga tuli (ayat 17 surah al-Baqarah)BUKTINYA

1. Ramai perwakilan dan 'public' tahu pemimpin yang RASUAH tapi masih diPILIH dan MENANG pula!!

2. Hampir SEMUA perwakilan TIDAK akan baca atau pun dengar nasihat bagaimana nak pilih pemimpin-pemimpin MELAYU yang benar-benar patut dipilih...SEBABNYA otak mereka tu telah terkunci dengan habuan-habuan, kalu tak caya selesai saja mengundi ramai akan tak hadir dalam dewan tapi lebih selesa berborak-borak di ruang legar atau kedai-kedai kopi dan ada setengah tu balik terus.

3. Satu perkara yang kita boleh belajar daripada perwakilan semasa perbahasan nanti pada hemah saya,(yang pernah dengar & hadir)majoriti pembahas yang mewakili negeri-negeri atau bahagian tu BUKANNYA berbahas tapi lebih kepada nak jadi hero bercakap, moga-moga disayangi ketua...lepas tu akan boleh la itu dan ini(ini cara penilaian yang biasa dibuat)

4. Tapi ada juga pembahas yang baik hingga ada yang gelak-ketawa (kelakar konon)dan ada juga yang terkeluar air mata (sedih/guris perasaan),kononnya insaf dan jiwa raga rasa berkobar-kobar akan terus berjuang untuk agama,bangsa dan negara. Soalanya tidakkah agama Islam, bangsa Melayu dan hak-hak negara ini SEDANG DIUNGKIT-UNGKIT HARI INI.Dengan kata lain pemimpin yang dipilih dalam perhimpunan nanti ada yang tak buat kerja.Jika tak silap saya masih ada lagi resolusi tentang ekonomi dan pendidikan kita ni yang masih tidak dilaksana hingga sekarang. Itu la salah satu sebab MERUDUMNYA PRU12 lalu...

KESIMPULANYA SELESAI SAJA PERHIMPUNAN NANTI...PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG TERPILIH TIDAK AKAN MUDAH BERUBAH DENGAN PERANGAI YANG SEDIA ADA..kadang-kadang sayang,adakala BENCI..wslm

pakbelalang said...

Last call untuk perwakilan UMNO sama ada mereka akan ke syurga atau neraka.

Pilihlah pemimpin yang bijak dan amanah menjalankan tanggong jawab untuk memperjuangkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Perwakilan yang dah terima wang "pengeras" dari pemimpin perasuah masih ada lagi peluang untuk ke syurga. BERTAUBAT LAH !!!

Sebelum mengundi dan untuk mententeramkan jiwa supaya dapat memilih pemimpin yang tepat saya ingin sarankan supaya perwakilan membaca surah al-baqarah ayat 18.

Shummun bukmun 'umyun fahum laa yar ji'uun !

Mereka tuli, bisu, buta, maka mereka tidak dapat kembali (ke jalan yang benar).

Anonymous said...

Dato Kadir.

Saya sabagai wakil Bahagian dalam Persidangan UMNO tahun ini.Jika mengikut Nasehat Dato cara hendak memileh pemimpin UMNO,maka orang yang berikut tidak layak di pileh untok menjadi ahli majelis tertinggi.

1.Tan Sri Mahayuddin Yasin.Rekordnya samasa menjadi Menteri Besar Johor dan sawaktu ia bertanding Vice Presiden dengan team wawasannya.Cukup setakat ini,jikalau saya cerita dengan detail dato akan kata itu fitnah.

2.Tan Sri Mohd Taib kerana kesalahan nya di Australia.

3.Dato J.Jajis.kerana laporan polis yang di buat kaatasnya kerana meraba pekerja Hotel.

4.Tan Sri Isa samad kerana kesalahan rasuahnya dalam pemilehan 2004.

5.Dato Zaid Hamidi,laporan polis yang di buat kaatasnya sebab memukul biker dari kelantan yang melari anak perempuannya.

6.Khairi,kerana kesalahannya mengunakan wang untok berkempen.

7.Khir Toyo,kerana membina rumahnya macam istana di Shah Alam.Jikalau ia mengharapkan gajinya sabagai MB ia hanya boleh membeli rumah berkembar.

8>Dato Noh Muhamad kerana ia telah memberi hampir 1000 lesen
teksi kapada ahli2 UMNO.

9 Dato Aziz Putera UMNO,ada 3 laporan polis yang dibuat atasnya yang maseh dalam siasatan Polis.

Saya ingat jikalau Najib hendak mencuci sacara total UMNO dan Kerajaan,sebaik sahaja ia menjadi PM pada 4 April ini,ia lakukan macam bapanya lakukan dalam tahun 1969.Pergi Jumpa Agong dan Minta ia gantong Parliment.Tuboh Mageran.

Kemudian ia buat operasi lalang.Tangkap semua pengacau2 dan penghasut.Kemudian Najib bubarkan UMNO.Buat party baru mengikut model PAP.Tidak ada pilehan Raya.Semua p[emimpin di lantek oleh President Partry.Jadi pemimpin yang berseh dan berkelibar sahaja di pileh.

Najib maseh muda,ia maseh boleh bertahan salama 20 tahun.Dengan cara ini Partynya akan kukoh saperti PAP di Singapura.

Anonymous said...

YBhg Dato Kadir

Terlanjur cerita pasal musang , saya nak tanya satu soalan. Pernah tak tenguk cerita Musang Berjanggut?

Saya pun ingat-ingat lupa cerita itu. Tapi cerita ini pun ada juga kaitan dengan cerita musang berbulu ayam Dato`.

Yang saya ingat bahawa apabila anak raja mendapat seorang isteri yang cantik, ramai yang tergila-gila akan kecantikannya. Antara yang tergila-gila itu antaranya adalah Datuk-datuk Istana (Bukan Dato Kadir). Malah Pak Mentua permaisuri sendiri pun turut tergila.
Mereka ini sanggup masuk ke dalam bilik permaisuri semasa ketiadaan suaminya.

Mereka ini semuanya orang baik-baik dalam masyarakat. Berkedudukan tiggi dan dihormati. Akan tetapi, kerana tergoda akan kecantikan permaisuri, sampai sanggup merayap dalam bilik permaisuri.

Ada tak di kalangan pemimpin kita yang seperti ini. Nampak macam baik tapi busuk giler. Mana ada. Tak ada kot.


Awas Musang berjanggut.
dan Awas LEMBU DI ATAS JAMBATAN.

Beware of ox on bridge (Oxbridge)

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

RASUAH DAH MEMBARAH DI MALAYSIA. MUNGKIN DAH SAMPAI PERINGKAT EMPAT DALAM UMNO.

JIKA TIDAK MASAKAN DR MAHATHIR BOLEH KALAH DI KAWASAN NYA SENDIRI?

UNDANG-UNDANG RASUAH PATUT DIGUBAL SEMULA. PESALAH YANG TERBUKTI HARUS DAPAT HUKUMAN YANG SETIMPAL SEPERTI YANG DILAKSANAKAN DI NEGARA CHINA.

Anonymous said...

Kopi Anda, Pak Kair Jasin
(idol saya! hensese pun hensem
macam si haji bakhil pembantunya
kereta jaguar! lepak di kopitiam -apaarah! -
mesti rajin dan bernas
dalam semua pekara
(because once you saved me in
a tea party i crashed)

- (ikhlas itu rahsia tuhan)

my salam to both Tun Mahathir and Family)

Sdr Ruhanie Ahmad,

Perhimpunan Agung Ku Ke-59
(bertapa mudanya aku ketika itu)

bung! mas! sayang ku si kuda kepang
sambil menggosok gosok mahkotanya
sapertinya kuda zulkarnian si-sulaiman
nabi raja sepelusuk cucu khalilullah kita

salaamun 'ala ibrahim fil-'alamiin

dikemas-kemaskan tocang-toacangnya, bung
teringatkan kita perhimpunan kita
membawa rasa - entahlah
seronok pun ada
suka pun ada
rindu pun ada
letih pun ada
sesal pun ada
sedih pun ada
semacam segala perisa
saperti pun perencah

tapi rindukan mas
seperti hanya mas yang tahu
juga kita selami bertapa dalamnya

kasih kita akan che det, bung -
bagaimana?

rasa kita terbuai politik kan , bung
demi bangsa, agama dan negara
manis di lidah tersenyum bibir
lupakan kita Tun Hasmah kekasih anak raja
semua

hidung mancung
senyuman menawan boleh tahan
ketika itu usia kita berapa, doktuur

hanya itulah yang ku tahu akan bawahnya arus
parti bangsaku ini, wahai temanku
memperjuangkan yang hidup
memperjudikan nyawa dan umur usia

setelah kitab kitab kita telaah
ceritanya cerita benarlah belaka
di dunia dulu
zaman dahulu
seketika

dan gelaknya kuda kepang mas mesti tahu
di perhimpunan agung ku ini
kita mendatanginya dengan segala harapan murni saperti mengejar-ngejarnya
nabi
debaran hati

apa yang kau kerjakan hari ini
akan kau tuainya di hari kelak

dan si-fakir itu hanya kirim salamnya

selamat bersidang di Perhimpunan
dan kirimkanlah salam kasih kepada semua
pewakilan pepermerhati
kepada abang abang kakek-kakeknya
semua
berserta do'a dan seiringi salam selawat
tak terlupa hadiah
fatihah kekasih
buat semua teman teman

saperti butiran-butiran delima bermahkota berlian bergedipan

berkatakan kita bung

bismillah

dan ikhlas itu sehalus halus bisik
malaaikat Allahul-malikul-mulki
al aziizur-rahiim


kepada allah berserah


(a poem for our datuk sharifah J, actually - she was right!
we love tun
but the presiden you don't touch
in brackets

how the ending will be i don't know
but i know it will be happy!

i am a malay)



terima kasih ahardcoreumnodudewillsaydemibangsaagamadannegara!



ps. the security is something else these days, scribe

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,
Saya "quote" balik comment saya dalam blog "Outsyed the Box" dalam hal ini (ma'af kerana guna bahasa ala Karpal Singh, tapi "message" nya amat tepat dalam konteks topik ini pada pandangan saya):
Kalau lah perwakilan UMNO memilih mereka2 yang terbukti rasuah atau "terbau" rasuah nanti, mereka2ini memileh bakal pemimpin yang tak ada "kemaluan" untuk memimpin UMNO; yang memileh mereka ini pun pastinya tak ada "kemaluan"; jika ini terjadi, by default, UMNO nanti akan jadi satu parti politik yang tak ada "kemaluan". Soalan nya adakah parti yang tidak ada "kemaluan" mungkin dipileh oleh rakyat dalam PRU13 nanti?!

samagreen said...

Semua orang udah tau rupa ayam, hampir semua udah lihat rupa musang. Cuma teman cuba nak bayangkan bagaimana rupa 'musang berbulu ayam'.

Mungkin Datuk Lat boleh bantu lukiskan, dan tolong buat juga 'ayam berbulu musang'.

Anonymous said...

Salam DAKJ

Nampaknya jentera kerajaan dah bertindak. Dimulakan dengan pengharaman harakah dan suara keadilan.Mungkin boleh kita debatkan implikasinya;
Implikasi negative:
1. akan dilebel sebagai penakut dan tak gentleman
2. ramai pengundi terutama pengundi muda akan memberontak dan memangkah pihak lawan
3. akan dikutuk oleh negara luar sebagai tak demokrasi
Implikasi positive
1. Dapat mengurangkan isu-isu yang dicipta untuk memburukkan kerajaan dan pemimpin tertentu yang tak tentu lagi kebenarannya
a. Lagipun kebanyakan artikelnya berunsur fitnah, menipu seperti keadaan KPN, isu Monggolia, kes lebam mata, sumpah meliwat dll
b. Kalau dibiarkan menyebabkan penyakit delusion nanti.
2. pengundi muda sebenarnya tak baca pun harakah dan suara keadilan. Yang dibaca adalah blog dan perkara-perkara yang sensasi. Kalau boleh dipatahkan isu sensasi (dengan cara serang balas) tersebut, Insyaallah settle. Biasalah orang muda.
3. Sebenarnya orang luar lebih suka kalau negara kacau bilau, tapi mereka cuma akan melabur di Malaysia jika Negara aman sejahtera. Dua kali lima je sebenarnya, tapi lebih untung jika negara aman makmur.
4. bolehlah menyerang pihak lawan tanpa dapat dipatahkan serangan
a. kesalahan pihak lawan – kandang babi, pemberian tanah kepada kampung baru, sedekah sex, isu derhaka kepada sultan, isu Raja Siva
b. keburukan pihak lawan – isu boyfriend, rasuah, mencaci mufti, takut nak bersumpah, kaduk naik junjung
c. kelemahan pihak lawan – dulu lain sekarang lain, non malay yang dominant sedangkan penduduk majority melayu, ada konspirasilah, lepas tu cabut lari, sembah derhaka
5. Bolehlah menyenaraikan kebaikan kerajaan tanpa dapat dipatahkan
a. kebaikan yang kerajaan dah lakukan dan akan lakukan – jalan, jambatan, lampu, surau, longkang, sekolah, gotong royong, sembur asap kurang nyamuk dll
b. keuntungan yang akan orang melayu perolehi nanti – quota universiti, peluang pekerjan di sector awam, bantuan perniagaan, pertanian, perkhidmatan, peluang bumiputra dll
6. Mainkan sentimen apakah akan terjadi jika bukan melayu yang memerintah seperti di Singapore berulang kali seperti quota universiti, raja-raja, nisbah professional, peluang pekerjaan, peluang perniagaaan dll
7. Mainkan sentimen warisan kemelayuaan – anak kecil main api berulang kali
8. dan bermacam macam lagi
9. PEDULI APA, yang penting menang pilihanraya. Sekarang bukan lagi Pak Lah dan Islam Hardarinya.

In summary, it is not a bad idea (and impelmetation) for the beginner. It is easier to list down the positive implications rather than the negative implications. Hopefully, other options including Akta Polis, Akta Hasutan, FRU (Water cannon), ISA should also be considered. As I mention before, Malaysia can’t achieve anyting without peace and harmony.TQ

Anonymous said...

Masalah dari pengharaman Harakah dan akhbar Keadilan pada masa ini adalah satu langkah yang kurang bijak. Sepatutnya dari selepas PRU ke 12 lagi. Bukannya ketika hampir PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Memang dijadikan isu nanti bahawa kerajaan ini kejam, tidak adil. Yang akan dipersalahkan sudah tentu bakal PM DS Najib. Ini semua akan membawa imej yang tidak elok di fikiran pengundi sejak dari awal lagi. Kalau begini lah berterusan keadaannya banyak masalah yang perlu diatasi oleh bakal PM kita dikemudian hari. Serangan dari pihak pembangkang kepada beliau berterusan dari hari ke sehari.Biarlah kerajaan yang baru, kabinet baru nanti nampak lebih baik dari segala segi di mata pengundi.Bukan lebih baik pada dan dimata ahli UMNO sahaja.Itupun oleh ahli UMNO yang betul-betul jujur ketika memilih pemimpin di PAU yang mula bersidang hari ini.Ingatlah perubahan anda untuk kesinambungan generasi akan datang sedang diperhatikan. Jika tidak parti pembangkang menjadi sandaran.Ingat, PR mempunyai satu parti yang dianggotai oleh keseluruhannya orang melayu dan berdiri juga untuk memperjuangkan Islam. Berubahlah secara ikhlas UMNO!

Anonymous said...

Tok dan pembahas sekalian,

Buat OKJ.. senangla kalau macam tu. kita toksah bagi anak-anak kita mengaji pandai2. Sebab bila dah pandai, depa melawan. Senang nak urus orang bodoh berbanding orang cerdik. Kan ka?

Lagi satu, laksanakan sistem kukubesi. Sapa cakap banyak, tangkap. Degil jugak, tembak, letup, bunuh ja. Tak payah nak guna akta sana-sini. Kan ka?

Ni la cara fikiran orang yang takmau guna akal fikiran. Eloklah tu.

Harakah dengan Suara Keadilan disekat. Cantiklah tu. Semua fitnah. Kalau dah semua fitnah, pi la saman. Kompem menang punyala. Tak boleh kritik ka? Kutuk sesikit dah mengamuk satu Malaya?

Saya makin kecewa dengan kerajaan hari ni tok Kadir. Bukan apa, BN ada segala alat media, kenapa tak guna untuk sampaikan maklumat? Kenalah cari punca kenapa orang-ramai terutamanya orang muda tak suka kepada media arus perdana? Bukannya dengan sekat sana-sini. Ingat ni zaman Nazi ka?

Kerajaan hari ni dah takmau nak dengar dan ambil berat pasal orang-ramai yang di bawah ni. Mula-mula kita tegur cara elok, lepas tu kita keraskan sikit nada, lepas tu kita jerkah kalau tak dengar juga. Salah ka?

Macam contoh dalam solat berjemaah la. Bila dah berjemaah, kita tak boleh laju daripada imam. Kena ikut apa yang imam buat. Bila imam baca atau buat salah dalam solat, makmum kena tegur. Kalau teguran tu tak diambil peduli oleh tok imam tu tadi, bolehlah kita 'mufaraqah' yakni memisahkan diri dari mengikut imam tu tadi. Untuk apa? Untuk menjaga kesejahteraan ibadah dan tatatertib dalam bersolat.

Macam tu juga dengan memimpin. Kena cara dan tertib, ianya menjadi satu ibadat. Tapi, kalau dah banyak sangat salahnya, selayaknya untuk rakyat bermufaraqah. Untuk apa? Untuk kesejahteraan kehidupan dan masa depan.

Nampak gayanya, kita ni ke arah kembali ke zaman gelap.

Anonymous said...

Dato Kadir.

Saya setuju dengan TICO.Saya lihat cerita musang Berjanggut.Seronok juga.Saya ternampak Tan Sri Muhamad Taib waktu ia bawa lari anak sultan lintas sungai golok pergi kawin di Naratiwat.Sekarang ia nak bertanding Jawatan Timbalan President.Kalau dia menang dia akan jadi Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian dia jawab Tun Mahathir yang kata dia tak tahu baca dan bercakap Inggeris.Dia kata dia belajar Inggeris di University dan dapat first class degree.

Ini bermaana he is a great liar.

Ini lah UMNO sekarang.Banyak lagi pemimpin dalam UMNO yang macam Tan Sri Mohamad.

sujini said...

Pak Kadir,

Sekadar mengalih pandangan.

1. Apakah maksud korek dalam ayat pertama pantun?

2. Saya tak berapa faham maksud Bapak bahawa kendi rosak disebabkan air kotor didalamnya.

3. Saya terbaca dalam blog bigdogdotcom, ucapan Tun Dr Mahathir di Perhimpunan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara @ 22 Mac lalu.
Pada salah satu para dalam ucapan beliau , ada menguna perkataan 'terkerempun-kerempun'. Beliau menambah ini adalah perkataan orang Kedah. Apakah maksudnya?

Berbalik kepada topik hangat sekarang.

1. Adakah Bapak dijemput hadir sebagai pemerhati pada PAU yg akan bermula esok (25 Mac)? ( It's my birthday, you know)

2. Pada saat-saat terakhir (the night before), bolehkah bapak mertua berkempen untuk menantu? ( A very general question. If you think it should be deleted then pse delete).

Che Jam said...

Salam Datuk,

Mai kita teka terus :-

Pada PRU 13 nanti UMNO akan kalah teruk. Yang teramat teruk. Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak mengekalkan status quo. Kedah dan Kelantan tidak akan huru-hara sebab depa aman di bawah PAS. Tapi di negeri-negeri di mana PKR menguasai, huru-hara akan berlaku.

Believe me orang Cina dan India pun akan hidup dalam huru-hara dan bila orang Melayu berkelahi.

Menjelang PRU 14, baru ada satu satu parti baru akan ditubuhkan untuk menyatukan orang-orang Melayu Islam dan bekas-bekas ahli UMNO dan PKR dimana tagline mereka adalah Malaysia maju tanpa Melayu rasuah dan mata duitan.

Maaf Datuk, bunyinya sangat pesimistik. Tapi saya optimistik dalam jangka panjang. Dalam jangka masa terdekat ini, Datuk nampak ke optimisme dalam UMNO hari ini ?

Unknown said...

Datuk,

"3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;"

Kalau ikut betul2 kriteria pemilihan ini, banyak yang kantoi ni...silap2 bakal presiden pun kantoi.

www.duniacacamarba.blogspot.com

Anonymous said...

Yg Bhg Dato,

Sebagai orang melayu yang membesar sejak zaman Tengku sampai la ni, saya sesungguhnya TERAMAT keciwa dengan pembesar umno dan ahli-ahlinya serta pegawai-pegawai kerajaan.

Gila kuasa rasuah tidak amanah jumpa bomoh gila perempuan salah guna kuasa membunuh anak mengauli isteri orang menduburi mengambil sesuatu yang bukan hak berpura-pura rencong dalam lipatan cakap penuh dusta itu antaranya yang saya kira membunuh umno. Dosa-dosa besar tu Dato.

Saya teramat keciwa sehingga menjauhkan diri dari umno. Tak mahu terpalit lumpur bercampur najis nanah bangkai dsb.

Saya hanya mahu mengadap pokok bercakap dengan pokok. Getah hasilnya bersih, buah sawit tiada rasuah bila di jual. Apa lagi perniagaan yang boleh saya buat bersih dari rasuah Dato. Kadang-kadang terfikir untuk duduk di tanah suci saja menantikan kedatangan Malikal maut.

Sedih Dato apa nak jadi dengan umat hari ini. Saya nampak balasan Allah amat hampir kedatangannya. Ampunilah kami ya Allah wahai yang Maha Pengampun. Selamatkanlah kami.

Biso Bonar

A KADIR JASIN said...

Sujini,

1. Selamat menyambut hari lahir 25 Mac;

2. Korek dalam konteks pantun ini adalah berbintik-bintik;

3. Kendi adalah tempat mengisi asir seperti labu-labu; dan

4. Berkerempun-kerempun kalau tak silap saya berkumpulan-kumpulan dalam bilangan yang banyak.

Terima kasih.

Anonymous said...

Memang pun sekarang ini, tiada pemimpin yang sempurna. Mengikut istilah Islam sempurna ialah ”kamil”.

Mana ada manusia zaman sekarang ini yang ”kamil” hatta alim ulamak sekali pun belum boleh kita gelar ia sudah sempurna.

Apa lagi Mufti mufti yang dianggap sebagai jawatan paling tinggi dalam Islam.Mereka juga bukan orang sempurna. Baik dia digelar sebagai ”Tok Guru” atau ”Tuan Guru”.ulamak yang ada hari ini "tali kasut" ibnu Khasir. Tidak lebih daripada itu.

Apa lagi dengan para pemimpin Umno, baik yang memegang jawatan tertinggi atau dengan kata lain ketua biro agama Umno sekalipun.

Para pemimpin Umno tiada yang tidak terbabit dengan politik wang, baik diperingkat cawangan sekalipun. Apa lagi di peringkat ”Bahagian”. Lebih lebih lagi diperingkat Persekutuan.

Bagi mereka politik wang tidak salah. Kalau salah sudah barang tentu yang didapati bersalah oleh Lembaga disiplin Umno bukan mengantung keahlianya selama tiga tahun, malah wajar dilucutkan terus keahlian dan apa jawatan yang dipegang.

Sama ada musang berbulu ayam atau apa apa jenis nama yang diberikan, termasuk kambing hitam ke, itu hanya sama sahaja. Ayam mungkin tidak kenal musang berbulu ayam, kerana ayam tidak dibekalkan dengan fikiran.

Tetapi manusia sudah dibekalkan dengan akal fikiran untuk membezakan dengan binatang, tetapi juga tetap bertindak macam binatang yang harus disebut sebagai ”hairanu natik” oleh Al Quran.

Allah Subha nahu wataala pernah cop manusia sebagai ”bodoh” lagi ”jahil”. Tidak ada seorang pun manusia yang tidak marah apabila mereka dilabelkan sebagai bodoh dan jahil.

Mereka marah kerana mereka ada pendidikan atau mengaji diperingkat Unversiti dan mempunyai ijazah BA, MA dan PHD (DR). Bagaimana boleh dicop sebagai bodoh dan jahil.

Ijazah tidak boleh dijadikan sandaran apa lagi pangkat yang mereka miliki, termasuk Datuk, Datuk Seri Datuk Seri dan Tun sekalipun, kerana orang yang bodoh itu mereka tidak ikut perintah Allah dan Rasulullah.

Allah telah berjanji sesiapa yang ikut perintahNya dan Rasulullah SAW mereka akan hidup bahgia baik di dunia mahu pun diakhirat. Allah janjikan syurga kepada mereka yang ”beriman dan takwa” dan neraka kepada mereka yang ”ingkar”.

Allah mengharamkan rasuah (politik wang) mereka menghalalkan, malah halal dan haram tiada perbezaan.

Mabuk dijadikan amalan ”zina” dianggap biasa ”judi” untuk suka suka kerana terlalu banyak wang yang didapatinya melalui amalan rasuah kronisme dan nepotisme.

Maaf, kerana saya pernah menjadi Ahli Umno pada tahun 70an dahulu berpangkat Setiausaha pemuda dan dilucutkan jawatan kerana banyak memberi nasihat pada perkara perkara yang salah.

Sebab itu saya berkata berkata mereka yang masuk Umno dapat lubang kaya apabila jadi pemimpin,manakala akar umbi walaupun ada habuan mereka tetap ”papa kedana: termasuk JKKK yang punyai kuasa lebih besar daripada DO.

Jadi apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak iaitu mengadakan pakej rangsangan Ekonomi, termasuk Bajet mini sebanyak RM 60 bilion itu bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Tetapi bajet mini pakej rangsangan itu semata mata untuk mengujudkan projek projek mee segera yang memberi lubang mereka dan kroni kroni ”kayaraya”, termasuk membina sekolah yang diperuntukan sebanya RM 3.2 bilion.

Saya masih belum lupa dengan bajet bina sekolah seluruh negara dengan kos RM 4 bilion zaman Tun Daim Zainuddin menjawat menteri kewangan.

Siapa yang dapat habuan itu. Mohd Najib Razak melalui isterinya sebagai pemegang.

Sekarang ini setelah diberi kuasa sebagai menteri kewangan, beliau mengulangi lagi untuk mengujudkan lubang kaya.

Demikian juga apa yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad waktu jadi perdana menteri dan menteri kewangan.

Abdullah Ahmad Badawi juga serupa walaupun tidak sama.Najib segala galannya.

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Terbaru: Kerajaan mengharamkan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dari diedarkan selama tiga bulan tanpa sebarang sebab munasabah.
Terbaru: Pakatan Rakyat umumkan calon Bukit Gantang iaitu DS Nizar Jamaluddin untuk bertanding disitu.
Terbaru: Polis haramkan PR berceramah di kawasan Bukit Gantang.

BN/UMNO semakin takut dengan bayangan kekalahan di Bukit gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Semakin dekat menjadi PM, UMNO semakin gelabah. Hadapilah realiti............

Anak_Parit

adon said...

Dato'

I think it is high time that we need a system which enables common people to vote for their chosen leaders, besides voting for their representatives.

mknace unlimited said...

kita kena berani untuk berubah
saya setuju dengan datuk

Anonymous said...

Datuk Kadir,

Tengku Ahmad Rithaudeen cadangkan supaya sayap-sayap UMNO dibubarkan untuk elak politik wang. Ada yang sokong tapi ramai yang tentang. Jelas sekali yang sokong orang yang tak ada kepentingan. Yang tentang semuanya berkepentingan. Yalah lagi ramai bertanding lagi seronok.

Tapi cuba fikir baik-baik. Dah ada Pemuda dan Wanita kenapa mau putera dan puteri lagi. Apakah tak lama lagi akan wujud pula sayap baru dalam UMNO iaitu kumpulan "pioneer" dari kalangan kanak-kanak sekolah rendah sepertimana sayap parti komunis di negara-negara komunis.

Pokoknya batalkan saja sayap-sayap parti. Setidak-tidaknya Putera dan Puteri. Terlalu banyak politiking. Juga dikatakan punca rasuah.Di samping itu wujudlah pemimpin-pemimpin muda yang kredibiliti mereka diragui termasuk kelulusan akademik.

Memang betul Muhammad Muhammad Taib dapat BA (Hons) First Class pengajian sejarah, UM tahun 79 atau 80?. Kebanyakan syarahan-syarahan dalam berbagai fakulti terutama sekali fakulti sastera ketika itu menggunakan bahasa Melayu. Tambahan pula Mat Taib seorang guru. Mungkin juga guru sejarah. Dia masuk UM bawah sekim cuti belajar.

Tapi yang agak menggelirukan ialah tentang kelulusan sekolah menengahnya sebagaimana disiarkan oleh The Star.Yang saya tahu ketika itu ada dua jenis sijil iaitu "Senior Cambridge" atau SC dan " Federation of Malaya Certificate" atau FMC sebelumnya ditukar kepada "Malaysian Certificate of Education" atau MCE. Pokoknya kalau kelulusannya sendiri dia dah lupa ianya boleh menimbulkan keraguan tentang taraf kesihatan dan keupayannya berfikir khususnya tentang daya ingatannya. Jadi macam mana mau jadi TPM atau PM.Perkara yang sama juga perlu difikirkan oleh pemimpin-pemimpin lain.

Masalahnya semua orang mau bertanding. Mau jadi pemimpin kanan dan seterusnya menteri. Tapi tak sedar mereka tidak ada kualiti. Tidak mahu ukur baju dibadan sendiri. Oleh kerana mahu naik juga maka terjadilah berbagai jenis "lawak jenaka" dalam UMNO di samping semakin ramainya musang-musang berbulu ayam.

Awang Maya said...

Awang Harap nama berikut akan menang:-

1. Tim. Presiden - Tan Sri Muhyidin Yadin

2. N.Presiden:- Hishamudin, Rais Yatim dan Syed Hamid Albar

3. Ketua Pemuda:- Mukhriz Mahathir

4. Wanita:- Rafidah Aziz

AMARAN DARIPADA AWANG MAYA:-

Awang akan seal pintu hati Awang untuk menyokong apatah lagi mengundi UMNO jika nama-nama berikut menang:-

Muhammad Taib
Khairy Jamaludin

UMNO akan hancur jika dua nama diatas menang.

Awang tidak akan teragak-agak menyokong dan mengundi serta berkempen kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai agar menyokong PAS jika dua nama diatas menang.

Itu sahaja harapan Awang.

Anonymous said...

YBhg Dato Kadir,

Bersedia ditransformasi. Begitulah bunyi slogan program realiti Akademi Fantasia 7 keluaran Astro.

UMNO perlu ditranformasi. Begitulah juga antara janji YAB DS Najib dalam ucap utama perasmian serentak pergerakan pemuda dan wanita UMNO sebentar tadi.

Tetiba saja, perkataan TRANFORMASI meniti di bibir orang ramai pada Mac tahun ini. Dan mungkin juga perkataan ini akan terus digunakan beberapa bulan selepas ini. Mungkin menjadi popular seperti perkataan (senjata) CANGGIH yang menjadi popular selepas Perang Teluk.

Ramai orang ragu-ragu dengan keupayaan Datin Sri Tiara Jac, Pengetua Akademi Fantasia untuk mentransformasi pelajar-pelajarnya. Awal-awal lagi ramai yang menjangkakan bahawa AF7 kali ini akan gagal. Itulah ramalan oracle novice dan oracle pencen.

Mampukah YAB DS Najib membuat trnaformasi kepada UMNO? Perkara ini sudah banyak dibahaskan sama ada dalam blog Dato atau di tempat-tempat lain.

Kedua-dua insan ini cuba menerapkan kepimpinan transformasi dalam organisasi masing-masing.

Anatara pengertian kepimpinan transformasi ialah...

Transformatial leadership is a leadership style that defines as leadership that creates VOLUBLE and positive change in the followers. A transformational leader focuses on "transforming" others to help each other, to look out for each other, be encouraging, harmonious, and look out for the organization as a whole. In this leadership, the leader enhance the motivation, MORAL and performance of his follower group.

Adalah lebih mudah untuk menjadi pemimpin transaksional. Pemimpin yang nelaksanakan ketetapan-ketetapan yang telah dibuat. Membuka fail-fail lama untuk mengulang precedent, Melakukan ulang tayang, menulis prosidur-prosidur kerja dan kerja-kerja rutin yang lain.

Apapun kita berharap kedua-dua, DS Tiara, pengetua AF7 dan DS Najib Presiden UMNO menjadi TRANSFORMER sejati. Bukannya jadi siri animasi Transformer seperti yang ditayang di TV.

Sekian.

ibnhassan said...

sdr samurai melayu,

bersemangat sungguh nampaknya.bagus, semangat itukan penting dlm perjuangan.

pada hemat sdr, dapatkah para perwakilan dlm PAU ini-memilih barisan kepimpinan yg benar2 bersih (rasuah,salahguna kuasa, habuan seks, ugut, ala genster dan segala macam perangai buruk) dan nampak bersih? tak apalah. pilihlah yang terbaik dari dari kalangan yg terburuk (pinjam ungkapan Pak Kadir).

pada hemat sdr lagi, mampukah najib memilih barisan jemaah menteri/kabinet yg bersih sedang beliau sendiri telah terima sogokan kurang lebih 500 juta rm (tuduhan PR, kalau tidak betul najib nesti ambil tindakan bersihkan nama dia-jalan terbaik tubuhkan suruhanjaya siasatan).

sdr samurai melayu,

dengar nasihat saya:janganlah kerana terlalu bersemangat sdr gunakan laqab (gelaran) yg tidak manis kpd sesama ISLAM.apatah lagi dia adalah pemimpin kita.jgnlah terikut-ikut dgn perangai barisan kepimpinan umno (dari bawah sampailah ke atas)iaitu apabila seseorang pemimpin hendak pergi (kes paklah lah)semua cepat-cepat cari dahan baru dan ucap bye bye. lebih teruk lagi depa kat, pergi mampuih lah hang!

dengar nasihat saya lagi, jgnlah gunakan nama SAMURAI kerana samaurai sanggup bunuh sesiapa saja termasuk sahabat karib hanya semata-mata hendak buktikan kpd kumpulan bahawa dia benar-benar setia.itukan tidak cerdik. ini amalan yg sangat tidak baik kerana ISLAM melarangnya.

nasihat saya lagi,

reserve kanlah ruang pemikiran sdr untuk memproses maklumat supaya tidak tertelan apa saja yg sdr terima atau disuapkan ke mulut sdr. manusia tidak sepi dari salah silap kecuali Nabi yg ma'sum.anwar ibrahim ada juga salahnya. begitu juga dgn mahathir.begitu juga dgn paklah apatahlagi najib.ini haqiqat.

sekiranya sdr (dan kpd sesiapa jua)benar-benar hendakan kebenaran, rajin-rajinlah membaca al quran dan hayatilah makna makna ayat ayat yg dibaca. sbg permulaan, rujuklah ayat 6 surah al hujurat yg bermaksud "wahai orang-orang yg beriman, jika dtg kpd kamu org fasik (rujuk kpd para ustaz makna fasik) membawa suatu berita, maka periksalah dgn teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu"

sdr samurai melayu,

amalkan doa ini:

Ya Allah, tunjukkan daku sesuatu yang benar itu sbg benar supaya aku mengikutinya dan tunjukkan daku yg bathil itu sbg bathil supaya membenci dan menjauhinya.amin. sekian, jumpa lagi.

Anonymous said...

Dear Dato Kj.

Bad news for the Malay and Malaysian.Tan Sri Mohamad Taib is leading in the race for Deputy President of UMNO.If winning he will be our Deputy Prime Minister and if anything happen to Najib he will be our Prime Minister.

Just finish meeting him in his house in Kelana Jaya.Pak Lah people and Ali Rustam is backing him.He also received solid backing from UMNO Sabah.

UMNO memang party yang ganjil.Dalam tahun 1974,Dato Harun menganjorkan perlawanan Boxing Mohamad Ali di Kuala Lumpur.Waktu itu ia hendak bertanding jawatan Naib President.Tun Hussein Onn amat marah dengan nya.Ia kalah dalam pertandingan itu.Dia di tudoh rasuah kerana mengambil derma dari HSBC sabanyak $250,000.Dato Harun masok jail.

Bila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri,ia memberi keampunan kapada Dato harun.Dato Harun bertanding pada masa itu untok jawatan Naib President.Ia tak payah berkempen dan dia menang jawatan itu.Pelek.Itu lah UMNO.

Jadi jikalau Tan Sri Muhamad menang jawatan Timbalan President jangan lah pitam.Itu lah UMNO.

Anonymous said...

To Saudara Nasir

Thank you for the clarification. I think there are lots of confusion between the definition of Sunnah and Hadith. From the Wikepedia, Sunnah means the manner or deeds of Rasullullah S.A.W (practical examples) and was validated. Hadith means collection of the narrations and approvals of Rasullullah S.A.W (with scientific citation). Is it true? Can you explain a little bit more regarding the definition and the difference? I love and enjoy the intellectual and scientific discussion.
Regarding ‘Aurat’, it is straight forward and is compulsory and applicable to all muslimah. Isu sekolah rendah tak payahlah dibangkitkan.

To Dato’.

Minta maaf sebab ambil ruang sikit. Mungkin Dato boleh ‘post’kan tentang MANISNYA MADU. Ramai juga yang suka dengar tu selain cerita politik. Mungkin lepas reda sikit isu politik

Heical said...

Salam Datuk,
Kenapa saya tidak bolih masuk lagi blog ini. heicalmy

samagreen said...

Salam DAKJ

1) Hatim Zahid Balkhi r.a pernah berkata mengenai salat beliau “Setiap kali aku mendirikan salat, aku sentiasa mengingati bahawa inilah salatku yang terakhir, dan aku tak mungkin berpeluang salat sekali lagi. Aku rukuk dan sujud dalam keadaan penuh serbahina, dan selesaikan salatku dengan serba tenang. Aku mengharapkan Allah SWT akan menerima salatku itu kerana ihsanNya, serta aku takut bahawa salatku itu tertolak jika Dia pandang dari segi kelayakannya.”

2) Kepada perwakilan dan calon yang akan bersidang, teman ucapkan selamat bersidang!! Mika anggaplah persidangan kali ni adalah merupakan ‘persidangan yang terakhir’, dan tak mungkin mika ada lagi peluang bersidang selepas ni. Atau sebagai 'perjumpaan yang terakhir', dan tak mungkin mika berpeluang lagi berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan selepas ni.

3) Sebelum parti-parti lain berkata "inilah persidangan terakhir utk UMNO", maka adalah lebih baik jika semua ahli UMNO menganggap persidangan kali ni merupakan 'PERSIDANGAN UMNO YANG TERAKHIR' dan tak ada UMNO selepas ni!!

4) Sesungguhnya ‘pemimpim yang berwibawa tu dipilih oleh mereka yang berwibawa’.

Wassalam


p/s: Apabila ditanya sejak bilakah beliau melakukan salat yang sedemikian itu? Hatim r.a menjawab “Aku mengerjakannya sejak 30 tahun yang lalu.” Wallahualam

borhan said...

Tentulah anda masih ingat Teori RAHMAN. Ia mengandaikan PM Malaysia mempunyai nama yang berawalkan salah satu huruf dalam perkataan RAHMAN mengikut urutannya.Sehingga kini ia menunjukkan kebenanarannya. R - Rahman, A - Abdul Razak, H -Hussain Onn, M - Mahathir Mohamad, A-Abdullah Ahmad Badawi, N - Najib Abd Razak (InsyaAllah). Apabila terlantiknya Najib lengkaplah teori ini.
Sekarang tamatlah Era BN..Selepas PR 13 kita akan mempunyai kerajaan baru..MasyaAllah.

Ahli UMNO No 00856875

mananbuyong said...

Datuk,

Kalau ikut garis panduan U tu, siapa lagi yang tinggal untok di-pilih?

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

YANG KAMI HORMATI MANUSIA YANG MENYAMAR DIRINYA 'IBNHASSAN',

KATA saYA muLUT MUrai(samurai)MELAYU
GERAK NAFSU MENGIKUT RUKUN
GERAK IMAN MENGIKUT KALIMAH

MEMBACA/MENGAMAL ALQURAN ADALAH PENGETAHUAN.

MENGENAL DAN MENGGUNA KALIMAH2 ALQURAN ADALAH ILMU.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PANGKALNYA 'ALIF' HUJUNGNYA 'MIM'
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Terima kasih atas nasihat tuan dan teruskanlah dengan bacaan ayat2 suci alQuran dan amalan doa yang kami disuruh amalkan ' Ya Allah, tunjukkan daku sesuatu yang benar itu sbg benar supaya aku mengikutinya dan tunjukkan daku yg bathil itu sbg bathil supaya membenci dan menjauhinya.amin. sekian, jumpa lagi.
SEPULUH JARI KAMI SUSUN MEMOHON MAAF KEPADA DATUK AK DAN PARA PEMBAHAS/PEMBACA.

sujini said...

Pak Kadir,

Sepanjang hari semalam (25 Mac) , saya tidak dapat layar internet tak tau sebab apa.

Walau bagaimana pun terima kasih diatas jawapan dan ucapan Bapak.

Wass.

sujini said...

Pak Kadir,

Sepanjang hari semalam (25 Mac) , saya tidak dapat layar internet tak tau sebab apa.

Walau bagaimana pun terima kasih diatas jawapan dan ucapan Bapak.

Wass.

JJBlues said...

Salam. Apa yang boleh saya katakan, di mana ada masalah, di situ peluang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).