Monday, March 09, 2009

Nasionalisme Pemangkin Baru Pakatan Rakyat?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KETUA Parti Keadilan Rakyat merangkap ketua tidak rasmi Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menguarkan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu sebagai kelahiran semula (baru) nasionalisme.

Portal berita bebas Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata demikian dalam ucapan menandakan ulang tahun pertama PRU ke-12 di hadapan kira-kira 1,000 orang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Serentak itu, Anwar menggesa Pakatan Rakyat mengajak rakyat jelata untuk menjadi sebahagian daripada gerakan itu.

“Ajak rakyat jelata menjadi sebahagian daripada kelahiran baru nasionalisme ini bagi membina negara ini atas prinsip keadilan, kesamarataan dan peluang untuk semua,” katanya.

Malaysiakini melaporkan Anwar, yang gagal menunaikan janjinya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional September lalu melalui lompat parti, menggesa pengundi agar tidak melepaskan peluang mencipta sejarah pada pilihan raya umum akan datang.

Meminjam pakai istilah yang dipopularkan di Malaysia oleh akhbar New Straits Times di bawah kepemimpinan bekas ketua pengarang kumpulannya, Kalimullah Masheerul Hassan, Anwar berkata (izinkan saya menggunakan petikan asal dari Malaysiakini):

“The Umno-dominated BN is caught in a warp of its own making. They talk of reform but cannot walk the talk. This is what a half century in power does to you.”

Kalau kita masih ingat, ungkapan “walk the talk” (buat apa yang dicakapkan) kerap diguna oleh Kalimullah dan konco-konconya bagi memperjelaskan pegangan Abdullah Ahmad Badawi yang mengotakan apa yang dicakapkannya.

Sementara itu, penganalisis politik, Ong Kian Ming, dalam tulisan yang disiarkan oleh Malaysiakini berpendapat BN tidak mampu mereformasi diri atau memperkenalkan perubahan bagi mengembalikan sokongan pengundi kepadanya.

Namun beliau turut berasa bahawa pembangkang juga perlu mereformasi dirinya jika tidak mahu terperangkap dalam situasi serupa yang menyebabkan kelemahan BN.

Beliau, antara lain berkata, walaupun dua parti tertua PR –DAP dan Pas – tidak terkecuali daripada masalah dalaman, namun dua faktor menyelamatkan mereka.

Pertama, kurangnya peluang untuk mengamalkan dasar naungan politik (politics of patronage) dan kedua, kehadiran pemimpin atasan yang tidak mementingkan diri sendiri seperti Nik Abdul Aziz dalam Pas dan Lim Kit Siang dalam DAP.

Amaran Ong Kian Ming itu ada asasnya. Pemimpin seperti Nik Abdul Aziz dan Kit Siang tidak akan menongkat langit dan dengan kuasa, muncullah peluang untuk mengamalkan sistem naungan politik.

Pengaruh kuasa ini sudah pun mula berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Misalnya, sudah ada wakil rakyat yang dipilih atas tiket PR dan operatornya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah atau dilucutkan jawatan.

Anwar sendiri sedang menghadapi perbicaraan kes liwat yang baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala Menteri Besar Selangor dari PKR, Abdul Khalid Ibrahim, disiasat kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Soalnya apakah Pas dan DAP yang lebih tua dan nampak bersih daripada skandal bersedia memperjudikan nama baik mereka dengan bersekongkol bersama PKR dalam jangka masa panjang?

Ong Kian Ming berpendapat, jika ada parti dalam PR yang terdedah kepada “reform fatigue” maka ia adalah PKR.

Katanya: “And if there is any party that would be most susceptible to reform fatigue if Pakatan takes over power at the national level, it would be PKR, partly because of the baggage which Anwar carries with him and partly because of the short history of the party.”

(“Dan jika ada parti yang paling terdedah kepada reform fatigue sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih di peringkat nasional, ia adalah PKR, antaranya kerana beban yang dipikul oleh Anwar sendiri dan kedua, disebabkan sejarah parti itu yang singkat.”)

Tidak seperti DAP dan Pas yang jelas dasar dan ideologinya, PKR agak bercelaru kerana ia lahir daripada gerakan reformasi yang menggabungkan pelbagai organisasi dan individu yang berlainan ideologi, perjuangan dan matlamat.

Ong Kian Meng mengulas: “PKR’s membership and leadership is made up NGO activists, former Umno leaders who left together with Anwar Ibrahim, socialists from the PRM wing of the party, former disgruntled leaders from MCA and Gerakan, and so on and so forth.

“Without a coherent identity of its own and a longer history of candidate selection, it is by not a coincidence that the BN is targeting PKR state assemblymen and MPs to defect from Pakatan, with some success, most notably in Perak.”

Justeru itu, beberapa persoalan perlu difahami dan dipertimbangkan bagi mengukur kekuatan dalaman Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional:

1. Bolehkah Pas dan DAP menerima kelahiran baru nasionalisme seperti yang dicanangkan oleh Anwar itu?

2. Pas sejak sekian lama menggunakan isu nasionalisme (kebangsaan) sebagai senjata untuk menikam Umno yang didakwanya assabiyah;

3. Bolehkah DAP yang sejak penubuhannya pada tahun 1967 menolak nasionalisme sebagai landasan perjuangan dan memilih konsep “Malaysian Malaysia” sebagai manifestonya menerima nasionalisme baru Anwar?;

4. Adakah PR benar-benar kuat dan diterima umum atau ia nampak kuat kerana BN lemah?;

5. Adalah diakui umum bahawa PR mendapat sokongan besar pengundi tahun lalu kerana ramai penyokong BN marah terhadap parti mereka sendiri dan mengundi pembangkang sebagai protes.;

6. Adakah ini akan berulang tiga atau empat tahun akan datang apabila pilihan raya umum diadakan?

7. Bolehkah Pas, Dap dan PKR merasmikan PR sebagai pakatan yang berdaftar atau ia akan kekal sebagai gabungan tidak rasmi?; dan

8. Adakah Umno dan BN akan pulih selepas era Abdullah untuk menyekat kemaraan PR dan menggagalkan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri?

Kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan kepada sesetengah daripada soalan ini. Hasil pemilihan Umno bulan ini dan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai bulan depan adalah antara petunjuknya.

53 comments:

Anonymous said...

sama-sama kita tengok ,,, mudaha mudahan yang benar tetap benar yang bathil tetap bathil

singacobra

Anonymous said...

YBhg Dato`

Posting panas. Posting ni saya jangka mendapat komen lebih dari 90 orang ni.

jemnuh nak baca ni.

Anonymous said...

Pakcik.
Ulas la skit ttg paper Liberation French tu. tentang bakal mamak bendahara kita tu. Yang skandal sex dan jenayah tu. Mana CSI malaysia? kah kah. Pakcik kan katanya kritikal, takkan membisu je kot. Takut ke? kah kah kah. Apa kelu lidah tak berbunyi2. kah kah. mmg dah dasar paper BN. dah pencen pun buat perangai tu lagi. tak lapor maka tak berlaku. kah kah kah. Amacam pakcik?

Azman b. hj. saad.
Bandar Baru Sentul. K.L.

Unknown said...

salam pak kadir.

rasanya kebangsaan yg d mksudkn tu kebangsaan Malaysia bukan kebangsaan perkauman seperti yg biasa kita faham.

Kebangsaan "baru" brgkali..

Sebenarnya masih menanti ulasan pak kadir dlm isu bantah PPSMI.

tak mau prejudis tapi rasanya boleh jangka pandangan dari seorang yg pro-Tun.

Anonymous said...

Dato'
Tidak ada yang kekal di dunia ini. Masa berubah. Orang berubah. Keadaan berubah, pendek cerita semuanya akan berubah dan sesiapa yang tidak mahu membuat perobahan akan ditinggalkan ataupun ia akan pupus.
Simply put, if DAP and PAS resist to change then, both will be dead via natural causes so do with UMNO and the indicators for UMNO/BN are very clear.
But the one that is going to survive is the agent of change who are ever willing to face the reality or simply put, berpijak di bumi nyata.
My take is Ketuanan Rakyat must prevail and all men are created equal by God and any departure from it must be opposed for the benefit of the nation and the future generation. The choice is either we stick to the 'Reformasi" or do we need to go into 'Revolusi'. Status quo is not the order of the day anymore, so Dato' we are at the tipping point and brace yourself for change.
Semoga negara kita diselamatkan dan diberkati ALLAH dengan pemimpin yang amanah. dh9753.

Anonymous said...

YBhg Dato` Kadir Jasin,

Di sini ada 3 amalan lazim yang saya ingin sampaikan.

1. Tangkap dulu, kat balai cerita - Amalan Polis. Akibatnya ... no komen.

2. Bagi pinjam dulu, kemudian baru isi borang - Amalan Bank di US. Akibatnya krisis subprima.

3. Tumbangkan kerajaan BN dahulu. Kemudian baru bincang pasal kerajaan campuran. Amalan PKR. Akibatnya kerajaan yang tak MANTOP ( Pinjma punchline Samsul Ghau Ghau dalam komennya di Gelanggang Raja Lawak.)

Sekian,

Anonymous said...

Jawapannya

1. Boleh

2. Tak ade masalah bagi PAS

3. Boleh

4. PKR sama dgn parti-parti lain tapi Pakatan Rakyat yang kuat.

5. Bukan tanda protes tetapi sebagai altenatif kepada BN

6. Tidak akan berulang pada 3-4 tahun akan datang tapi akan berterusan jika PR masih berpegang pada ungkapan "dari Rakyat untuk Rakyat"

7. Kekal sebagai gabungan tidak rasmi. Kalau daftarkan jadi mcm BN.

Betul mcm saudara cakap tak perlu tunggu lama dan tak perlu juga tunggu jawapan sampai 3 PRK tersebut, jawapannya dah ada PR (3) BN (0). Bagi rakyat pemilihan UMNO dah tak penting lagi sekarang. Mulai sekarang BN akan ditunjukkan jalan keluar.

Brahim Nyior said...

Terlebih dahulu maafkan saya jika menyentuh hati dan perasaan Datuk.

Beberapa persoalan yang perlu Datuk secara jujur menjawabnya:

1. Apakah pandangan Datuk terhadap GMP yang mengadakan demontrasi menyerahkan memo kepada YDPA Sabtu lalu?

2. Adakah Datuk seorang pejuang bahasa? (memandangkan Datuk mempunyai sejarah panjang dalam dunia kewartawanan.)

Terima kasih menjawab persoalan itu secara jujur.

sap said...

Salam Dato'..
Sy amat bersetuju dgn no4,5&6..same2lah kita nntikan ape akn terjadi 5 atau 10 atau 15 tahun akan dtg kerana suhu politik di Malaysia ibarat sinusodial graf..skjp d atas skjp d ats n skali skala d tgh2..

Shahabudeen Jalil said...

tulisan yg baik. terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Brahimnyior, bertanya soalan berikut:-

1. Apakah pandangan Datuk terhadap GMP yang mengadakan demontrasi menyerahkan memo kepada YDPA Sabtu lalu?

2. Adakah Datuk seorang pejuang bahasa? (memandangkan Datuk mempunyai sejarah panjang dalam dunia kewartawanan.)

Soalan nombor satu: Saya tidak akan memberi jawapan. Saya tidak mahu menjadi seorang lagi hipokrit.

Soalan nombor dua: Saya tidak berani mengaku pejuang. Bukan mudah mencapai taraf pejuang. Tiada bermakna kalau setakat menjadi penjuang jalanan.

Saya "berjuang" untuk bahasa saya dengan cara saya sendiri iaitu dengan menulis dan berturur bahasa yang baik.

Syukur Alhamdulillah, dengan turut menguasai bahasa Inggeris, saya dapat memperkayakan Bahasa Melalyu yang saya gunakan.

Itulah sumbangan saya kepada bahasa saya. Saya tidak meniru membuta tuli.

Jawapan saya kepada orang lain pun sama.

Terima kasih.

terubuk jantan said...

salam dato akj,
satu perkara yang kita perlu sedar ialah, Kemenangan PR pada pilihanraya yang lalu kerana kelemahan kepimpinan BN Sepanjang tahun 2004-2008.Banyak sangat yang dipolitikkan oleh PR sejak mula dapat "duduk-duduk sedikit" di beberapa negeri.Saya tetap yakin PR menang kerana Undi Protes rakyat bukan kerana UNDI Pakatan Rakyat.

Aku Bersama Kamu said...

1. Nasionalisme pemangkin baru Pakatan Rakyat, mungkin menjadi kenyataan sekiranya Barisan Nasional terlepas pandang akan konsep acuan Malaysia yang win win situation untuk rakyat. Adil peratusannya dalam kesamarataan kualiti dan kesejahteraan hidup bukan setakat di bandar bahkan juga pedalaman.

2.Yang penting dapat terjemahkan dasar itu dalam bentuk fizikal dan penduduk merasai nikmat serta faedahnya sekaligus mewujudkan perasaan sense of belonging kepada kerajaan.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

ramai yg bertanya pendirian dato ttg ppsmi, barangkali kita sependapat!! tujuan dan pandangan jauh tun memang saya amat setuju, bernas dan mantap tetapi yg menjadi masalahnya adalah perlaksanaannya, kenapa dasar ppsmi dibuat tergesa-gesa, tanpa kajian atau perbincangan mendalam??? sepatutnya dasar halatuju pendidikan anak bangsa perlu dibincang dirumus sedalam-dalamnya, dapatkan pandangan cendikiawan2 negara, golongan2 intelek, prof2 yg ada dinegara dapatkan satu kerangka dasar yg menyeluruh, kemudian bentangkan dlm satu forum libatkan guru2 kerajaan, pendidik2 swasta, golongan2 profesional dan wakil2 ibubapa, debatkan!bincangkan!rumuskan! sehingga tiada lagi sudut yg tertinggal!! dan barulah dasar ini dibentangkan di parlimen atau dikabinet untuk dilaksanakan, jika kita tertib dan berdisiplin saya yakin tiada yg tidak dapat kita laksanakan demi anak bangsa dan negara MALAYSIA yg kita cintai ini

p/s : ppsmi=kontrak kroni utk cd bi, projektor,screen, wiring dll!!!!! masyaallah

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

Dato'
Maaf saya off topic. Amat tidak bersetuju dgn mereka yg mempolitikkan PSSMI. Org Melayu berarak beramai2 menganggu ketenteraman org lain hanya ingin membatalkan PSSMI. Sejak Anwar Ibrahim muncul semula tiada benda lain yg dilakukan ..yg nampak berjaya..bila org yg xpuas hati melahirkan rasa tak puas hati mereka dgn mengadakan perhimpunan raksaksa yg tak mendatangkan satu faedah pun..
Pada yg anti PSSMI jgnlah berfikiran sempit sngt. Biarlah PSSMI diteruskan. Kebaikan utk anak bangsa kita juga. Jgn terlalu ghairah utk anak mencapai keputusan cemerlang di peperiksaan..Akhirnya anak yg kurang dpt menguasai bahasa inggeris akhirnya terpinggir bila dialam pekerjaan.
Sedih juga dilihat segelintir anak muda kelulusan universiti yg langsung tidak boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris.
Latihlah guru yg mengajar sebaik mungkin. Kerana guru adalah pemangkin utk murid2 menguasainya.
Kenapa selepas 6 tahun baru ada golongan yg berkokok tak bersetuju???

-goby-

syauqi_x said...

slm pak kadir...

saya sedih dengan putar belit media yang menggambarkan pejuang-pejuang bahasa sebagai orang yang menolak kemajuan kerana menolak pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris...

padahal bukan itu yang menjadi pokok permasalahannya di sini...

tanpa ada perlawanan dari pejuang bahasa pun, bahasa melayu sekarang sudah merudum ke dalam gaung yang dalam...dengar sajalah kualiti dan gaya bahasa mereka-mereka yang diwawancara dalam tv, seperti tidak ada yang boleh berbicara dalam bahasa melayu yang baik, semua pakai bahasa melayu jalanan sahaja...

itu belum lagi yang cakap bercampur-campur dengan bahasa inggeris, yang mungkin merasakan dirinya lebih 'sophisticated' dengan cakap-cakap bahasa caca marba itu...

saya perhatikan, mereka-mereka yang selalu bercakap dengan bahasa campur-campur ini, penguasaan bahasa mereka sebenarnya sangatlah lemah, bahasa melayu ntah ke mana, bahasa inggeris juga sakit hati kita mendengarkannya...hasilnya, dua-dua bahasa pun mereka tidak menguasai dengan baik...

cuba pak kadir ambil anak-anak muda di jalanan secara rawak, dan suruh mereka baca teks jawi...saya tak terkejut kalau jawapan mereka 'eh, saya mana tau baca bahasa arab ini!'

masyaAllah...

bagi saya, salah satu cara supaya saya dapat kembali bertutur dengan bahasa melayu yang baik (sebab saya pun bahasanya 'ter korup ' juga) adalah memperbanyak berbicara dengan warga-warga emas yang kebanyakan tutur katanya hampir 100% masih dalam bahasa melayu yang baik...kalau nak harapkan kawan-kawan, alamat caca marba jugalah saya ini!

Janganlah kita memandang rendah orang-orang yang memperjuangkan bahasa ibunda kita sendiri...media menggambarkan mereka sebagai ekstremis bahasa melayu yang sepertinya tidak mempunyai toleransi terhadap bahasa lain, tapi kalau ditelusuri banyak juga di antara mereka yang mempunyai penguasaan bahasa lain yang jauh lebih baik dari anak-anak muda sekarang ini...

Bahasa jiwa bangsa...tanpa bahasa yang baik, kosonglah jiwa bangsa tersebut..

terima kasih..

Izwan Razman said...

Sir,

I'm here 'begging' you to please set back Malaysians and its leaders back in the 'right' track. It's enough politics already, we need to focus (and, re-focus and re-focus) on economy and the nation building.

All these polemics, and distractions are merely retarding our situations to the south. I'm sure you know, that most majority ( i believe and I think) of Malaysians is already gave- up with both side. They are simply selfish with their own personal agenda and let the crowd turns into mobs in their own advantage, I don't know.

Sir,

Here, i link together this comment with the link on what Warren Buffett had said yesterday, which supposed, what those with the governing jobs suppose to do;

http://firstread.msnbc.msn.com/archive/2009/03/09/1828508.aspx

Thank you.

p/s- I think Anwar is Malaysian version of world improver turn bad, i don't know.

Anonymous said...

Datok,
awat banyak sangat isu/perkara dalam posting ini?.apa yang menyebabkan Datok rasa tak selesa dan menembak bertubi-tubi.bagi saya tak salah, cuma nampak pelik sikit,luar biasa.bagi saya;
1.sifat nasionalisme baru adalah nasionalisme sejati bangsa malaysia bukan nasionalisme sempit/nasionalisme melayu atau cina tetapi nasionalisme berasaskan meritokrasi dan keadilan sebenar.
2.Assabiyah yang ditolak oleh islam adalah seperti assabiyah kaum yahudi iaitu akan mempertahankan kaum mereka walau salah/jenayah sekalipun.bahasa politik baru "dakwaan terpilih"/selamat kalau rapat dengan orang atas/cover mengcover/dll.orang Yahudi mengenakan hukum yang berbeza mengikut pangkat/kedudukan seseorang itu walau dalam kes yang sama.
3.akhir sekali ,islam amat mudah iaitu kesederhanaan dalam apa-apa pun.bila berlebihan ia akan mengundang fitnah dan menikam kita sendiri.dan apa yang berlaku sekarang adalah nmanifestasi sikap sesetangah pihak yang melampau-lampau.kecelaruan politik/ekonomi hari ini bukan disebabkan oleh PRU 12 tapi sebab-sebabnya sudah membarah sekian lama
sekian.zmy

hlekir said...

Terubuk jantan,

Yg dok siar dalam media naungan media prima saban masa tu bukan politik ke?

Patut la terubuk jantan, layak dimasinkan saja

Unknown said...

Dato'

It does not matter what Lingo these people use.... Yang Penting dan Patut mereka Amali adalah..

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS

Jadi, semua ahli politik (tidak kira dari mana pihak) atau raja sekalipun hendak lah patuh pada amalan ini. Jika tidak rakyat tetap akan membelakangkan mereka yang cakap lain bikin lain.

Saya rasa ungkapan Nasionalisme dizaman cyber (yang mementingkan kepentingan individu) ini sudah ketinggalan zaman...Tapi tahu lah Anwar. Dia bukan senang nak terima kenyataan......kesiaaaan

bumilangit said...

salaam,

mula2 kita juga pikir yang tsunami yang lalu adalah akibat ABU (asalkan bukan Umno), protes terhadap kebiadapan umno selama ini namun setelah dua kali PRK, dengan dua calon bebas, nyata teori ABU salah kerana pengundi boleh saja memilih calon bebas.

kita rasa, pakatan merupakan satu alternatif daripada 'tempat lepas geram'.

Anonymous said...

Dato Kadir.


Ulasan you dalam politik agak kelam kelibut.Ini kerana you sabagai wartawan yang tak paham sepak terajang orang Politik.

You tak faham pemikiran orang2 politik walau pun you boleh 'claim" you ramai kawan2 orang politik .

Analisa saya amat mudah Dato;

1-BN dan UMNO maseh kuat dan bertenaga.Ia kalah di dalam pilehanraya ke12 dahulu kerana President dan PM Pak Lah lemah.Penasehat2nya lemah dan policynya kucar kachir.

2-BN dan UMNO memenag di beritahu oleh SB dab Army Intelligent yang mereka akan kalah 80 kerusi Parliment.Tun Daim pernah menyebut bahawa sabelum pilehan Raya di panggil,UMNO mesti selesaikan banyak issue.Ia kata UMNO dan BN akan kelah di Perak dan Selangor.Semua orang tak percaya.Saya maseh ingat bila saya tanya Pak Lah mengenai kenyataan Daim,Ia kata setiap orang berhak mengeluarkan pandagannya sendiri.

PKR,PAS dan DAP bukanlah kuat sangat.Mereka jadi kuat kerana BN dan UMNO lemah.Sekarang ini mereka meseh kuat kerana UMNO dan BN maseh mencari famula untok bersatu samula.

Saya ingat jikalau Najib pandai dan berani,salepas ia mengambil aleh pada bulan April ini,jalan kan satu lagi operasi lalang.Masokkan dalam ISA semua kaki buat kacau dan mengelirukan raayat.

Biarlah kita belajar dari Lee Kuan Yew bagaimana ia dapat mengawal dan menghapuskan pengacau2 politik.

affendi hussain said...

Salam Dato' & para pengomen..

1.Kita diblog hanya mampu bicarakan hipotesisnya..kita sendiri pun keliru hala tuju politik tanahair..

2. pengundi sebenar akan mengesahkan realitinya..pilihanraya kecil di bukit2 itu akan jd 'indicator' awal..lepas tu kita lihat ada 'post-mortem' lagi.

3. sama2 kita tunggu...BN & PR masing2 nampak dah bankrap idea nak pengaruh & memberi keyakinan kpd pengundi ditengah-tengah kemelut masalah ekonomi global & carca-marba politik cetusan mereka sendiri..

4. Modal mereka hanya masing2 mengambil kesempatan di atas kelemahan lawan masing2..tiada pun yg saya nampak secara kualitinya lebih baik..

6. Demam demokrasi..& demonstrasi.. pemimpinan negara yg lemah & lembab bertindak ibarat menganugerah lesen 'demo kasi' terbuka..

7. Demokrasi ala-malaysia..mabuk kuasa kerana tiada prinsip pengasingan mutlak.. mereka hanya nampak apabila dpt majoriti Parlimen/DUN ia datang dgn pakej gula2 kuasa maha besar..

8. Itu baru legislative & eksekutif.. selera manusia kadang2 mengalahkan jin..batas kuasa jurisdiktif pun mau dilanggar juga kalau ada peluang..

9. Nasionalisme? minta ketua PKR huraikan & jelaskan apakah dasar2 penyatuan nasionalismanya & kesamarataannya dalam aspek berikut:
a. bahasa ?
b. budaya?
c. pendidikan?

10. Kalau boleh dijawab.. bolehlah kita lihat 'Sukarno ala Pak Syeikh' versi Malaysia..

p/s: bercakap memang mudah dari melaksana...budak 4thn pun boleh cakap.

(",)

Anonymous said...

Ini pertama kali saya lawat laman Dato' dan dari komen-komen di atas saya melihat satu bentuk cara berfikir yang tidak lagi terbelenggu oleh pilihan dan retorik yang dibuat oleh pemimpin cumanya saya bercakap sebagai seorg rakyat Malaysia, choice have to be made..samada BN/UMNO atau PR yang penting kita adalah sebutir dari lebih 27 juta rakyat Malaysia..yang akan menentukan halatuju, tak dapat lari adalah subjek kepada 'nasionalisme' yang di bawa Anwar, dlm keadaan kelam kabut ini saya mengandaikan ianya sebagai satu transformasi kematangan dan kesedaran yang sgt tinggi terhadap apa yang selama ini saya anggap hanya dibincang oleh org-org intelek mcm Dato'. 'Nasinalisme' yang dibawa oleh Anwar tidak dilihat sebagai retorik politik oleh sebahagian besar rakyat yang dahagakan perubahan untuk lari dari kemelut yang menghimpit (samalah mcm kalau ada org yang sedang dahaga air, tak guna ckp byk nati kena penampar pulak),..apa pun iti hanya pandangan saya dari sisi lain pandangan rakyat terhadap hal ini.

Anonymous said...

Salam DAKJ

Susahlah nak jawab sebab banyak sangat soalan. Bagi saya, DAP tak akan diterima dunia dan akhirat sebab terang terang nak menentang hukum Allah. Tak berkat hingga ke hari kiamat. PKR pula, sebuah parti yang cuma mengambil kesempatan; lompat katak pun boleh, hindraf pun boleh, ada masalah sikit cabut lari pergi rumah diplomat atau bercuti ke oversea. Lepas tu jaja dengan teori konspirasilah, fitnahlah dan sebagainya. PAS pula susah nak dipercayai kerana berbelit belit.Macam macam fatwa. Dulu lain sekarang lain(tak payah nak ulas lagi kot). Kalau betul betul nak menaikkan Malaysia sebuah negara Islam yang dihormati, kenapa masih mengeluarkan kenyataaan menyokong ‘PM sekarang’ yang keputusan-keputusannya flip flop dan selalu salah priority, Sepatutnya keluarkanlah fatwa mengajak Pak Lah berundur supaya negara boleh diterajui oleh orang yang lebih berwibawa.Ada udang di sebalik mi kot. Tepuk dada tanya selera.TQ

sap said...

Dato'...corection..
*skjp d ats SKJP D BAWAH
TQ..

zainal abidin awang kechik said...

BILA BUKIT BUKIT BERBICARA..

SAYA MELIHAT CITA CITA ANAK BUKIT MERTAJAM.. GAGAL MELEPASI KEBENARAN BUKIT AMAN..WALAU PUN DAHAKA MELAYU DI BUKIT CANDAN,GELORA YANG BERMULA DARI BUKIT BENDERA HINGGA BUKIT GELUGUR..BUKIT ANTARABANGSA TERINGIN MENGANTI PENGHUNI DI BUKIT MEGAWATI...KERUNTUHAN BUKIT LANJAN MASIH LAGI TERASA HINGGA KE BUKIT GASING...BUKIT SEGAMBUT..PUN SERABUT JUGA ...

SEBENARNYA MEREKA TENGELAM PUNCA KATA ORANG UTARA TOK..

KITA LIHAT DALAM MASA YANG TERDEKAT,,APA KATA BUKIT AMAN...

Sha said...

PKR is mainly consist of frustrated people who wants to vent their anger towards BN. All they are good at doing is opposing every single word that BN utters up to a point dah jadi tak professional.

Anwar is a maverick and he fights alone. He has proven that he is not a good manager. Good orator, yes, management? out. All he talks about is toppling BN when he himself couldn't control some of the actions committed by his own people.

I'm not saying in defense of BN either. The reason they did badly in the G.Election because people are simply fed-up with their one-sided story, as if we were born yesterday. That's BN's weaknesses... under-estimating rakyat's intelligence. The BN leaders has been up there for so long that they've lost touch with the people below and thinks that we all share their thoughts.

Nak tak nak, some resorted to vote for PKR only to find out that they are worse than the BN vultures.

Hampa... hampa..

nizamhameed said...

Salam,

Harap semangat kebangsaan baru ini membawa kebaikkan, jangan indah khabar dari rupa.

Dato' minta komen sikit pasal PPSMI, geli hati saya melihat telatah pemimpin UMNO komen pasal campurtangan pembangkang. Saya berani cabar, mana ada pemimpin UMNO yang nak turun membangkang... semuanya pak angguk. sebab itu kita perlu semangat nasionalisma baru.

sekian

Anonymous said...

ramai yang lari topic, blog article sebut mengenai perkara lain, depa beri komen berkenaan isu "hot" sahaja. standard manusia lah, suka ikut trend

my stand is clear, if PR does not manage to come up with a shadow cabinet and if PAS and DAP's ideologi remains different (the former calls for hudud, the latter is as secular as jerry springer show) i will not even THINK of voting for PR.

BN on the other hand is as what DAKJ is saying, weak. I will not vote for a weak govt nor will i be responsible in bringing up one.

I choose not to vote for the next election if our political scenario does not change for the better.

What's sad is that everybody is still in election mode. It's been a year since our past GE!

and why am i even thinking about who to vote come next election? its just too damn early!

Ahli politic suma pi buat keja la, buat perabis duit rakyat je. Anwar tah dah berapa bulan tak balik permatang pauh tu.

Unknown said...

Dato'

Dari Capt. Oon Johor.....
...Saya ingat jikalau Najib pandai dan berani,salepas ia mengambil aleh pada bulan April ini,jalan kan satu lagi operasi lalang.Masokkan dalam ISA semua kaki buat kacau dan mengelirukan raayat.

Pandangan Fascist saperti diatas inilah yang akan menghancurkan Negara. Tidak heran ianya datang dari seorang "Capt." Kerja askar membunuh bukan untuk membangun.
Semua Negara mempunyai sergelintir Fascist yang tidak mempunyai pelajaran dari segi sejarah dan kemanusiaan. Semua yang hidup mempunyai kaitan ......jangan ambil senang terhadap nyawa dan kehidupan insan atau binatang didunia ini......Padah menanti semua yang ingkar.

Anonymous said...

Dato;

Saya seronok dengar komen dato pasai bahasa Melayu dan pejuang bahasa.

Tahun 1970 kita dapati semangat yang sama berlaku.Tun Rahman Yaakop,menteri Pelajran waktu itu membuat keputusan untok mengunakan Bahasa Melayu dan menhgapuskan Bahasa Inggeris.

Akibatnya salepas 30 tahun kita dapati ramai pemimpin kita dan Pegawai Kerajaan kita tak faseh berbahasa Inggeris.Bila kita pergi berunding dengan rakan2 kita di perengkat antara bangsa,pegawai2 kita tak dapat mwnbwri pandangan yang baik kerana mereka tak tahu bahasa inggeris dengan baik.

Pegawai2 Diplomat kita bila pergi ka majelis resmi akan dudok sesama sendiri.Nak bersembang dengan orang lain tak faham bahasa Inggeris.

Sabanyak tiga generasi orang Melayu rosak,mempunyai sikap inferiority complex,kerana kisilapan pemimpin kita 30 tahun.

Minta maaf Dato,Ada ramai Menteri kita,saperti Zaid Hamidi Mohamad Tayson,Ali Rostam,Noh Muhamad tak boleh bernahasa inggeris dengan baik.Macam mana kita nak bersaing dengan Singapura.

Ada pelajar kita yang menjadi laywer yang keluar dari university tempatan tak tahu tulis agreement dalam bahasa Inggeris.

Kapada Dato Hassan Ahmad dan A Samad said saya nasehatkan supaya jangan rosakkan lagi bangsa Melayu.Juga kapad Haji Hadi Awang dan pemimpin Pas saya harap jangan politikkan bahasa Inggeris.

Tun Mahathir dapat lihat akan musabah ini dan ini merupakan satu sumbangan Tun yang tak ternilai nilainya.

Jangan jadi Hypocrite.

Anonymous said...

Salam Dato',

PR masih berstatus pembangkang makanya mereka tidak perlu membuktikan kata2 mereka. Modal airliur, tak payah bayar. Semuanya umpama budak sekolah menulis karangan, segala macam teori dikemukakan kearah satu masyarakat majmuk yang aman damai, bersatupadu, bersama berusaha dan bersama merasa. Sungguh murni bunyinya dan saya pasti semua pernah memikirkannya masa zaman sekolah dulu.

Tapi bila kita menjadi dewasa, meninggalkan zaman sekolah yang 'innocent', memasuki alam realiti....segala teori2 murni tersebut hancur !Tidak ada keadilan mutlak, tidak ada lagi 'sama usaha, sama rasa', tidak ada lagi kejujuran, keihklasan ...gone are all the innocence that formed the basis of our theories during schooldays.

Seperti itulah juga teori nasionalisme baru anwar. Hanya sekadar satu teori indah yang tidak berpijak dibumi nyata. Ia lebih merupakan satu manifesto pilihanraya yang tujuannya hanya satu - meraih undi.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. DS Anwar ni memang pandai menarik dan mengalih perhatian rakyat.Ada sahaja modal baru beliau.Ia pandai menjenama semula dirinya dengan berbagai rotorik.Terbaru ialah 'Nasionalisme".

2. Bagi saya ia hanya merupakan suatu tektik terbaru beliau untuk mengalih pandangan rakyat,terutamanya penyokong kuatnya,tentang kegagalannya mengambil alih Kerajaan Pusat dulu.Kesan kepada formula ciliknya mengenai Skim Lompat Parti bagi menubuh Kerajaan Pusat yang dianggapnya 'Constitutional' itu sebenarnya telah memakan diri apabila Kerajaan PR tumbang di Perak akibat formula ciptaannya.Jadi untuk memulih semangat penyokongnya maka terciptalah slogan baru "Nasionalisme".Mudah-mudahan ia akan memberi impak baru terhadap cita-citanya yang tidak pernah selesai, disamping ia akan mengalih perhatian rakyat dan penyokongnya dari kes sodomi yang akan dilaluinya.

3. Realitinya ialah kita tahu bahawa kejayaan yang tidak diduga dicapai oleh PR semasa PRU12 dulu sebenarnya bukanlah akibat kekuatan PR itu sendiri tapi adalah kesan kelemahan BN.Kita sedar formula BN adalah yang terbaik setakat ini.Sejarah membuktikan kebenaran ini.Cuma kepimpinannya sahaja baru2 ini yang merosak formula ini.

4. Bagi PR, walau pun mereka telah berjaya menakluki 4(5-1=4)negeri semasa PRU 12,tapi dari segi cara pentadbiran dan kerjasama di antara parti pakatannya setakat ini masih meragukan,tidak ada chemistry langsung.Bagi PKR,mereka mungkin boleh bekerjasama dengan PAS maupun DAP kerana PKR ini parti oportunis.Tapi bagi PAS dan DAP saya kira sampai kiamat pun mereka tidak akan ada pertemuan tulen dan sekata.Itu hakikatnya.

5. Jadi 'Nsionalisme' ciptaan DS Anwar ini sebenarnya adalah satu lagi episod baru beliau,tidak lebih dari itu.Sudah tentu kita akan disajikan dengan beberapa lagi jenama atau slogan baru selepas ini jika slogan terbaru itu gagal.Beliau masih menganggap rakyat dan penyokongnya bodoh yang akan menerima apa sahaja yang disajinya.

Anonymous said...

1. Bolehkah Pas dan DAP menerima kelahiran baru nasionalisme seperti yang dicanangkan oleh Anwar itu?

Orang berkawan dengan tukang besi mahu tidak mahu sikit sebanyak kena juga percikan apinya. Demikian orang yang berkawan dengan penjual air wangi. Mereka pasti akan berbau wangi.

2. Pas sejak sekian lama menggunakan isu nasionalisme (kebangsaan) sebagai senjata untuk menikam Umno yang didakwanya assabiyah;

Senjata itu sudah tidak boleh digunakan lagi, kerana kerap menikam diri sendiri apabila berkerjasama dengan PKR dan DAP. Jadi, mahu tidak mahu dicari senjata lain, hatta di murkai Allah sekalipun.

3. Bolehkah DAP yang sejak penubuhannya pada tahun 1967 menolak nasionalisme sebagai landasan perjuangan dan memilih konsep “Malaysian Malaysia” sebagai manifestonya menerima nasionalisme baru Anwar?;

DAP sanggup buat apa sahaja asalkan konsep peringkat awal kerana PKR dan PAS sudah ada para pemimpin yang gila kuasa sepertimana para pemimpin UMNO yang tiada halal haram dalam misi dan visi perjauangan.

4. Adakah PR benar-benar kuat dan diterima umum atau ia nampak kuat kerana BN lemah?;

PKR memang kuat di semanjung Malaysia, kerana para pemimpin Umno kini ibarat pagar – harap pagar pagar makan padi. Seperkara lagi kebanyakan tidak ikut undang undang. Apatah lagi patuh dengan perintah Allah.

5. Adalah diakui umum bahawa PR mendapat sokongan besar pengundi tahun lalu kerana ramai penyokong BN marah terhadap parti mereka sendiri dan mengundi pembangkang sebagai protes.;

PR seratus peratus terdiri daripada orang Umno yang sangat kecewa dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmada Badawi dan Mohd Najib Razak dan tidak mustahil akan memerintah negara dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

6. Adakah ini akan berulang tiga atau empat tahun akan datang apabila pilihan raya umum diadakan?

Rakyat sudah lama hidup di bawah kerajaan BN yang miskin tetap miskin dan yang kaya tetap kaya, tetapi kaya hutang Bank. dan BN tidak mungkin tongkat langit, kerana sudah banyak parti parti negara lain tumbang.


7. Bolehkah Pas, Dap dan PKR merasmikan PR sebagai pakatan yang berdaftar atau ia akan kekal sebagai gabungan tidak rasmi?; dan

Kalau mahu jadi kerajaan yang kuat selepas BN PR mesti didaftarkan dan PAS nampaknya sudah sedia buat apa sahaja untuk bersama sama dengan PR, kerana ada pendapat PAS tidak mungkin boleh tubuh kerajaan sendirian.

8. Adakah Umno dan BN akan pulih selepas era Abdullah untuk menyekat kemaraan PR dan menggagalkan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri?

Umno tidak mungkin dapat dipulihkan walaupun ada suara mahu suyapa dilakukan perubahan. Apa yang boleh dibuat oleh Mohd Najib Razak apabila memegang jawatan perdana menteri nanti selain dari bersikap sombong dan angkuh serta ego dengan sikap kekitaan akulah aku.

Kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan kepada sesetengah daripada soalan ini. Hasil pemilihan Umno bulan ini dan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai bulan depan adalah antara petunjuknya.

Kalau Permantang Pauh dan Kuala Terengganu pauh Umno kalah teruk, Apatah lagi Bukit Gantang dan Bukit selambau. Batang Ai entah.

Anonymous said...

Dato,

Bolehkah Dato mengajukan soalan ini kepada Anwar Ibrahim dan minta ianya di jawab secara terbuka ?

1. Jika DAP memerintah Malaysia, SUDAH TENTU Perlembagan Negara akan diubahsuai kepada ideoloi Malaysian Malaysia.

2. Jika PAS memerintah Malaysia, MUNGKIN ia akan di ubahsuai kepada ideologi hukum hududnya yang mungkin tidak disukai golongan yang sukakan kebebasan ala barat.

3. Jika Sdr Anwar (PKR) yang memerintah Malaysia, apakah beliau MENGUSULKAN DALAM PARLIMEN UNTUK MEMINDA PERLEMBAGAAN yang sedia ada demi memenuhi tuntutan parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat ATAU MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN YANG SEDIA.

Respon Dato AMAT di hargai.

Anonymous said...

Wajar sekali, nasionalisme diletakkan sebagai pemangkin untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini.Nasionalisme yang bagaimana yang dibangkitkan oleh DS Anwar Ibrahim, nasionalisme keturunan bangsa masing-masing seperti yang ada sekarang atau nasionalisme negarabangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira keturunan dan warna kulit. Nasionalisme yang membawa maksud kesatuan bangsa-bangsa dan keturunan didalam satu negara yang menjanjikan kesamarataan, keadilan dan ksejahteraan kepada rakyatnya, berpandukan peruntukan-peruntukan perlembagaan malaysia yang sedia ada.

Jika rakyat negara ini telah sanggup memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR yang dahulunya di kategorikan atau dikenali sebagai parti-parti berunsur agama, bangsa dan keturunan tertentu, berpuak-puak, saling cemuh mencemuh; mengapa tidak sekarang mereka bersatu sebagai satu Bangsa Malaysia dengan satu semangat nasionalisme Malaysia Baru.

Selagi perkara ini dikesampingkan selagi itulah kehidupan rakyat akan lebih berkecamuk, lintangpukang dibuatnya. Dasar pecah dan perentah harus di hapuskan,kerana dengan adanya perpecahan ini, timbul pemimpin yang berjuang semata-mata untuk membela kaum atau bangsanya sendiri saja. Cuba menjadi champion kepada kaum tertentu sahaja. Tanpa mengambil kira perasaan dan fikiran orang lain.

Sebagai pemimpin seharusnyalah semua rakyat; anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan dan anak-anak etnik Sabah dan Serawak adalah anak kita, seperti yang sering disebut-sebut oleh DS Anwar Ibrahim.


khoja ali

Anonymous said...

Kalau tak pandai bahasa inggeris, balajarlah bahasa inggeris tu baik-baik, bersungguh-sungguh, tekun lagi dan lagi. Latihlah guru-guru bahasa inggeris tu betoi2. Bagi latihan intensif khas kpd guru2 dan juga kpd anak murid.

BUKANNYA dengan cara mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris!!!

Cukup mudahkan?

Matlamat mengajar sains dan metematik adalah supaya anak murid tu pandai metematik dan sains. Itu matlamatnya. Bukan nak matlamatnya nak menguasai bahasa inggeris! ATAU persediaan BAHASA TEKNOLOGI / PERDAGANGAN ANTARABANGSA akan datang (kononnya)!

SAya juga yakin ramai pelayar disini melawat keluar negara. Jepun tak pandai bahasa inggeris pun lagi maju dari negara lain. Perancis, Jerman, Sweden, Italy yang melahirkan jentera bermotor yang hebat2 spt BMW, Mercedes, Peugeot, jet-jet pejuang, kapalterbang besar-besar spt Airbus dok guna bahasa ibunda masing-masing dalam akedemik, tak guna bahasa inggeris pun.

Macam inilah, tolong balik ke kampung-kampung luar bandar sana, kawasan pedalaman, anak-anak kadang kadang yang darjah satu tu pun tak pandai mengenal ABC, jauh sekali membaca dan menulis, ni nak diajar dalam bahasa yang depa langsung tak paham!

Saranan saya, ajar betoi2 bahasa Inggeris tu, ajar betoi2 juga sains dan metematik tu. Matlamat adalah untuk pandai bahasa inggeris, pandai sains dan pandai metemetik.

Nasionalisme Baru?
Apa-apalah! Itulah garapan penulisan diatas kertas putih hasil daripada retorik pemikiran politik. Apa jua cogankata, slogan yang datang dari orang politik adalah untuk kepentingan politik, bukan untuk kepentingan rakyat!!!

Sama jugalah dengan Islam Hadhari. islam tu dah lengkap dan sempurna sebagaimana penegasan Allah s.w.t dalam al-Quran pada masa haji widaq, maka tak perlu tambah lagilah apa apa selepas perkataan Islam. Ini juga untuk kepentingan parti politik. Sama lah juga "Penerapan Nilai Nilai Islam", "Masyarakat Madani" dan lain-lain.

HAKIKAT sebenarnya, itu hanyalah kepentingan parti politik, BUKTINYA, masyarakat hari ini adalah Produk kpd "Penerapan nilai2 Islam", "Masyarakat Madani" dan "Islam Hadhari" yang mana kadar jenayah semakin menjadi-jadi, rogol sana sini, anak luar nikah semakin ramai, Bohsia Bohjan semakin ramai, mat rempit semakin ramai, pelajar Muslim tercicir semakin ramai dll yang semakin ramai! Slogan retorik yang TIADA USAHA konsisten, berterusan, istiqamah yang ada hanya penulisan didada akhbar milik kroni kerajaan. NAH, inilah hasilnya di depan mata!

UMNO MAMPU BERUBAH???

Kalau pelayar disini tidak pernah terlibat dalam parti politik, sekadar membaca cerita politik dari akhbar dan internet, mungkin sukar untuk menyelami keadaan sebenar dalam politik UMNO khususnya.

Jawapannya, UMNO takkan berubah! Kerana untuk berubah, pemimpinnya perlu berubah! Apakah pemimpin UMNO di peringkat Bahagian, Majlis Tertinggi mahu berubah? HANYA CAKAP CAKAP saja mahu berubah, CHANGE konon-kononnya tapi perangai tabiat tetap sama.

Pemimpin atasan takkan mampu "membersih" pemimpin bawahan kerana mereka naik atas atas dukungan orang bawah, atau lebih singkat MEREKA di atas addalah sebahagian daripada "SISTEM PEMBUDAYAAN UMNO" yang saling sokong menyokong (walaupun terang terangan salah), payung memayungi satu sama lain.

HANYA AHLI UMNO mampu membersih UMNO, BUKANNYA Pemimpin2 UMNO!!!

Dan hanya satu cara, KEMBALIKAN HAK MEMILIH PEMIMPIN KPD AKAR UMBI, bukannya ditentukan oleh 2500orang perwakilan!!!! Itu saja.

TAK PERCAYA???
SAya cabar mana-mana ahli perayap yang berkelulusan tinggi disini, professional, ahli akedemik, ahli agama, pergilah isi borang keahlian UMNO hari inidi mana-mana ketua cawangan UMNO. ANDA akan "disambut" lebih dari seorang Raja pada mulanya, kemudianya borang keahlian anda dibakulsampahkan!!!!! Tak percaya, cubalah.

Pendek kata, tak ramai golongan di atas ada dalam UMNO, semuanya di cah keting oleh ketua-ketua cawangan yang dipayungi hebat oleh Ketua Bahagian YANG MAJORITINYA orang BISNES, bukan lagi cikgu-cikgu seperti dulu kala!!!!

UMNO TAKKAN BERUBAH.!!!!

BYE BYE UMNO!

Anonymous said...

Waltzing Matilda
(di dekat pohon munthaha duniawiyah)

Perak Speaker Sues Three Independent Assemblymen, EC

KUALA LUMPUR, March 10 (Bernama) -- Perak State Legislative Assembly Speaker V. Sivakumar has sought a judicial review against three independent assemblymen and the Election Commission (EC).

He filed the suit personally at the High Court (Appellate and Special Powers Division) Registry at 3.40pm here today.

He told reporters that the House had received resignation letters on Feb 1 from Cangkat Jering Assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu and Jamaluddin Mohd Radzi of Behrang and another letter two days later from Jelapang's Hee Yit Foong.

"I had furnished the three resignation letters to the EC together with a letter stating that the three assemblymen had tendered their resignation and I had applied to the EC to hold elections within 60 days but unfortunately, I later received a letter from the EC saying that the decision was in doubt despite I having the power as the Speaker and my application was rejected and the elections were not called for the three state seats," here said.

He said that the situation showed some overlap of powers existed and he came to the court to get justice.

In the suit, he named Jamaluddin as the first respondent, Osman second, Hee third and the EC fourth.

Sivakumar sought a writ of "quo warranto" to compel the three assemblymen to show grounds and give information how and on what grounds or powers or authorities they were still representatives of the constituencies and could carry out the responsibilities, functions and duties of assemblymen.

He also sought a declaration that the Behrang, Changkat Jering and Jelapang seats vacant following the resignations of Jamaluddin, Osman and Hee, and an injunction to stop them from acting and carrying out the functions and duties of assemblymen.

He also wanted the court to grant a certiorari against the EC to review its decision not to hold by-elections for the three state seats and a mandamus to force the EC to hold the by-elections.

Sivakumar who is Tronoh Assemblymen also sought punitive, aggravated and exemplary damages payable to him and other reliefs.

Meanwhile, three voters from the three state constituencies -- Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin and Foo Hong Wai -- and three assemblymen, namely A. Sivanesan (DAP-Sungkai), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang) and Cheng Fook Chye (DAP-Keranji) also filed similar suits against the three independent assemblymen and the EC through Messrs Chooi & Co.
-- BERNAMA


nota:

Bajet Mini Misi Berani Hidup
(merangsang lazarus dari maut)

siapa yang mengamati budaya
mahkhamah mesti faham 'precedence'
pun akur pun berubah-ubah berjoget
mengikuti lunak suara resmi masa
:
kenapa di bukit selambau
surat letak jawatan resam diterima
;
dan dalam soal rangsang merangsang
ekonomi pseudoislamik-neoklasik
kapitalisma berasaskan riba dan tipu daya
dharuratnya elok pak menteri dan
kawan-kawan hiraki semuanya tangguh gaji


apakah tiada yakin tiada percaya
kita janji dan kata-kata
sang dewata saksa purba
semua jinn dan maknawi
dibangkitkan semula dan harta
bertimbun-timbun pampasan dosa
dihari yang kian tua akhirnya
menari-nari meniti mustaqeem

pohon yang baik tegak dan rendang
utoh berdiri dihari ribut melanda
tunjangnya mencecah keperut bumi
dan pohon si-musyrik raja sehari
jelek bagi yang berteduh padanya

dan di bawah pohon kemboja
si melayu mabuk laksananya persis
si-hindu botol menjerit pambu!

Ainur68 said...

Hukum alam, "If you fail to adapt change, you extinct". Do I have to say it more?

ab said...

Salam dato,

Kat US,UK,EU,China,India dll..semua bertekun buat pelbagai usaha untuk menyelamatkan ekonomi.. entah berjaya entah tidak, tidak ketahuan lagi sehingga beberapa bulan akan datang.

Kalau kita disini rioh rendah dok nak mempertahan nasionalisme ( apa ni? lukisan abstract ka?)..apa nak jadi ni....asyik bergaduh siang malam.

Lebih baik dapatkan maklumat ekonomi yang tak baik dan minta Dato' AKJ sampaikan kepada yang berkenaan, diharap dapat perhatian... kalau bolih.

Minggu kelmarin saya berjumpa dengan seorang hamba allah dari satu negara yang ada 500 (LIMA RATUS BAHASA SEKARANG INI) DAN NEGARA ITU dapat gunakan TIGA bahasa utama untuk semua.

SI HAMBA ALLAH INI bertanya saya kenapa MALAYSIA dengan TIGA bahasa utama BOLIH BISING MACAM NI???.

MALU SUNGGUH SAYA...

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam,

Sangat2 setuju dengan komen LANGIT BIRU, Masalah Bahasa Inggeris adalah disebabkan ketidak berkesanan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan pembelajaran.
Itulah!!!!kat KEMENTERIAN PELAJARAN ramai kaki ampu, jilat ludah,pentingkan diri sendiri, sanggup naik pangkat dengan mengorbankan anak bangsa sendiri. Pasai apa Mahathir cadangkan BI dulu, sebab laporan salah oleh orang2 kat Kemeterian Pelajaran. Porahhh..semua politik.
Kepada DATO AMIRIDDIN, tak ada kena mengena tak pandai bahasa Inggeris tak boleh bergaul. Orang bernama MELAYU BERHATI PENJAJAH TAK SEDAR DIRI DAN TAK ADA JATI DIRI SAHAJA yang bagi komen macam tu. DATOK AMIRIDDIN Sorang lagi penjilat tahi penjajah! Kita patut rasa malu kalau tak pandai berbahasa Melayu yang betul, Bahasa Ibunda sendiri tapi kalau dah jenis Penjilat Tahi tu memang susah nak ubah.

Melayu tlin kini dan selamanya.

Anonymous said...

Salam,

Without Anwar there will be no PKR and without PKR, there will be no PR. DAP and PAS can stand alone but cannot stand together. Anwar and PKR provide the link and strengthen the equation.

BN and also many commentators here, including the owner of this blog are in the state of denial. BN lost too many seats in the last election neither because BN was weak nor because Pak Lah was weak, but because the whole party is rotten. Think. BTW I am not a blind supporter of any party.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya perasan, Dato' kerap melontarkan isu pergabungan PAS, PKR dan DAP secara rasmi.

Harap Dato' dapat perincikan dan bandingkan, apa signifikasinya jika gabungan itu bentuknya secara rasmi dan tidak rasmi.

Berkaitan PPSMI. Telah 6 tahun perlaksanaannya.

Yang darjah satu dah jadi tingkatan 1. Yang tingkatan 1, dah masuk IPTA/IPTS, berkerja atau menganggur.

Saya kira, jika kesan negatifnya tidak ketara, tentu tak ramai yang bising. 6 tahun tu lama. Cukup lama.

Soalnya, MAJORITI disebelah negatif atau positif?

Perlu ke tunggu PRU untuk mendapat jawapan kepada soalan ini?

Masing-masing toleh dan lihatlah pada adik, anak dan cucu masing-masing.

Saya sendiri? Anak-anak saya sendiri tiada masalah tapi anak-anak saudara saya majoritinya bermasalah (majoritinya sekolah kampung).

p/s bagi yang kuat sentimennya kepada PPSMI (pro DAN kontra), tanyalah diri sendiri 2 soalan berikut.

1.Sudahkah anda mendaftarkan anak-anak anda sebagai ahli mana-mana perpustakaan awam?
2.Adakah anda memantau kad program Nilam sekolah anak anda?

Anonymous said...

Salam DAKJ

Saya nak kaitkan P Waythamoorthy (Pengerusi Hindraf) dengan isu kali ini. Masa mengutuk kerajaan macam macam dikatanya. Tapi bila sakit, sibuk nak balik ke Malaysia semula. Kesimpulannya :-
1. Biasalah, orang melayu, marah marah pun tak sampai hati tengok orang sakit. (Hai YB kita ni!! Bagi balik passport, aduhhhh) Ini bukan kes pertama. Ingat lagi ke budak cina yang mencaci lagu negaraku dulu. Ada terjadi? Ada apa apake? TAPI sampai bila!!! Dah sampai masanya untuk pemimpin pemimpin kita berubah. Orang pijak pijak kepala pun masih tak buat apa-apa. Sabar pun ada batasannya juga.
2. Sebenarnya, sistem pendidikan kita telah berjaya. Masakan sakit teruk pun nak balik berubat kat Malaysia. (biasalah bagi alasan nak bersama keluarga konon). Kalau kita tengok di IJN tu banyak mat saleh dan juga orang jepun datang untuk belajar dari orang Malaysia. Ramai juga orang Malaysia keluar negara terutama negara teluk untuk mengajar mereka. Nak apa lagi??? Matlamat pendidikan zaman Tun Razak dulu ialah menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh buat kerja bukannnya sebuah negara yang hanya pandai bercakap saja. Cuma matlamat colonial Inggeris pada masa dulu ialah untuk menjadikan orang melayu lebih pandai sikit dari ayahnya iaitu pandai bergaul masa ‘banquet party’.
3. Akhir kata, ramai lagi orang kita yang tak tahu apa yang dia tak tahu tetapi nak bagitahu kepada orang lain yang dia buat buat tahu semua benda. Dalam erti kata lain ‘BODOH SOMBONG’. TQ.

Anonymous said...


Sejahtera Abadi said...
Salam,

Without Anwar there will be no PKR and without PKR, there will be no PR. DAP and PAS can stand alone but cannot stand together. Anwar and PKR provide the link and strengthen the equation.

BN and also many commentators here, including the owner of this blog are in the state of denial. BN lost too many seats in the last election neither because BN was weak nor because Pak Lah was weak, but because the whole party is rotten. Think. BTW I am not a blind supporter of any party.

4:53 PM


We the humble rakyat didn't realize until now that we are in a state of denial. You must have been sent by God himself to enlighten us on our sin - which is to support BN.

We suppose more than half of Malaysians should be sent to hell for retaining BN as government.

Anonymous said...

Assalamualaikun DKJ dan semua,

Mengenai PSSMI, saya rasa orang yang mengikuti kursus sains, kejuteraan dan teknologi pada peringkat tinggi seperti diploma, ijazah dan PHD lebih faham kebaikan tujuan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Mengapa? Kerana boleh dikatakan semua buku rujukan dan jurnal peyelidikan adalah dalam bahasa inggeris. Untuk menjadi bangsa pencipta seperi (German, Perancis, Korea dan Jepun), terpaksalah kami membuat penyelidikan dan membaca beratus-ratus jurnal penyelidikan yang terkini setiap hari yang sudah tentunya dalam bahasa inggeris yang terdapat secara on-line di internet contohnya dari laman web (sesawang?) sciencedirect, web of science, scorpus, springer dan lain-lain lagi. Saya rasa kalau bagi satu contoh jurnal penyelidikan sains kepada orang yang menentang PSSMI, mungkin mereka faham mengapa pentingnya sains dan matematik harus diajar dalam bahasa inggeris. Tak kenal maka tak cinta.

Istilah2 yang digunakan tak terkejar untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu. Kalau diterjemahpun,mungkin ambil masa bertahun2 (itupun kalau DBP sangat aktif), ejaan saja lain contoh computer (komputer), mathematics (matematik). Ini boleh tahan lagi sebab bunyi sama, tapi kalau istilah contohnya paling mudah dalam matematik tambahan (Add Maths): Janjang? Pengkamiran? pening kepala bila rujuk buku rujukan lain bunyinya. Nak tahu carilah sendiri.

Tapi tak apa..kalau nak senang dulu susah kemudian hapuskan PSSMI. Saya adalah dari aliran melayu, dah tua-tua ni lambat sikit nak belajar, lainlah budak2, cepat menangkap kalau betul gaya mengajarnya. Kita harus menjadi bangsa yang maju, bangsa pencipta bukan bangsa pengguna, dengan itu secara tak langsung bahasa melayu akan dipandang tinggi.

Secara mudah saya cabar 'langit biru' mencipta satu alat yang sangat diperlukan oleh dunia dan cara operasinya ditulis dalam Bahasa Melayu. Berlumba2 bangsa asing akan belajar Bahasa Melayu. Sebab kita nak jadi seperti bangsa Itali, Perancis, Jepun dan German bukan? Yang boleh berdiri sendiri tanpa perlu bahasa lain.Insya Allah satu hari nanti.

Oleh itu jangan bandingkan kita dengan Jepun, Korea, German dan Perancis sebab mereka adalah bangsa pencipta (kereta, kapalterbang, komputer, telefon, mesin basuh, televisyen, jentolak dll) sedangkan kita asyik jadi pengguna dan menghabiskan masa sangat hebat merekacipta gossip, skandal, merempit, bercakar dan berpolitik pada isu yang remeh temeh.

Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca di zaman keagungan kesultanan melaka. Apa sebabnya? Maka kalau kita hendak meletakan Bahasa Melayu pada tahap yang tinggi, jadilah bangsa yang maju dan menjadi contoh kepada bangsa lain. Kita harus bersusah payah dan bekerja keras sekarang. PSSMI patut diteruskan dan segala kelemahan perlaksaannya haruslah diatasi dengan memberi idea-idea yang membina untuk generasi masa depan. Ini penting kerana kita harus mengaut ilmu sains dan teknologi secepat mungkin (fardu kifayah).

Pepatah orang tua-tua : Bangsa yang mulia bangsa berilmu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ilmu dan usaha tangga kejayaan. Bahasa mencerminkan bangsa. Bahasa molek, orang pun molek. bahasa kasar. Orangnya .emmm..

Dato, saya kena tulis tesis ni.. susah betul sebab Bahasa Inggeris Saintifik saya lemah..kena usaha lebih sikit ni!!!

Wassalam
JU..PP

Azim said...

AsSalam

apa ada pada bangsa...

ayat al Quran
Likulli Ummatin AJALUN
Fa Iza Ja_A AJALUHUM
La Yasta'khiruna SA_A'TAN
Wa La Yastakhdimun


Setiap ummat/ bangsa ada masa ajalnya
Maka Apabila tiba masa AJAL mereka
Tidak akan terlewat seSAAT
wan Tidak akan tercepat
maka apa ada pada bangsa

sedang bangsa melaytu sudah bercampur darah dengan
1.Arab
2.Mongol
3.Eropah
4.China
5.India


melayu sudah hibrid...


pandangan Insan Kembara

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya nak komen sikit tentang isu PPSMI nih.

Perkara pokok ialah jati diri kita.kita seolah-olah takut jika kita belajar bahasa Inggeris bahasa kita akan terhakis,tercemar dan sebagainya.itu menunjukkan jati diri kita belom utuh lagi.

Yang penting tak kira apa pon kita mesti kuatkan jati diri kita.Kalau da kuat jati diri kita,belajar bahasa apa pon kita takkan takot bahasa kita akan terhakis.Soalanya sekarang ialah bagaimana untuk menerapkan jati diri dalam darah anak-anak muda kita?Apakah bentuk jati diri yang sesuai untuk kita?Adakah dengan menerapkan semangat keMalaysiaan kita?Adakah bangsa2 lain sedia menerima bahasa melayu sebagai bahasa WAJIB pertuturan seharian?

Usah kita tengok orang Perancis,orang German boleh maju tanpa bahasa Inggeris.Kalu kita baca tentang sejarah Eropah ketiga-tiga bangsa nih boleh dikatakan sama taraf.Orang inggeris dengan newton,orang Perancis lak dengan Descartes manakala orang german dengan nietzche.

Orang jepun yg tak pandai bahasa inggeris pon boleh maju??saya tak percaya.kalau kita baca tentang sejarah jepun.pada masa pemerintahan meiji dulu,diorang ada hantar seramai mungkin anak-anak muda diorang pergi eropah belajar.masa kat sana adakah diorang berbahasa jepun masa kat universiti dulu?diorang wat kertas kerja guna bahasa jepun kah?yang untungnya diorang nih jati diri diorang kuat/utuh.diorang tahu tanggungjawab diorang.amik sebaynak mungkin ilmu yang ada,balik jepon terjemah pastuh ajar diorang dalam bahasa jepun balik.

bagi saya PPSMI itu elok jika diperbaiki sana dan sini.perkukuhkan jati diri budak-budak kita dulu.lepas tuh nak disuruh belajar bahasa Rusia pon saya xkesah.

maaf terasa banyak pulak saya nk ulas kat sini.selepas ni persatuan-persatuan bahasa lain pulak kah yang nak memperjuangkan bahasa mereka?kalau kita nak perjuangkan bahasa kita bukan setakat PPSMI saja.takot nanti pejuang-pejuang bahasa kita hanya gah untuk isu ni saja.isu-isu bahasa/budaya laen diam...

p/s :Jati diri bagaimana kita nak terapkan?jati diri melayu atau jati diri malaysia?

Anonymous said...

Datuk Kadir,

Saya ingin menyentuh komen Dato' Amiriddin tentang pegawai-pegawai diplomat kita yang menghadiri majlis-majlis gagal bergual kerana tidak faham bahasa inggeris.

Saya harap komen ini dibuat berdasarkan pengalaman sendiri. Memang ada antara diplomat kita yang tidak begitu fasih bahasa inggeris tapi bukan semua cuma sebahagian kecil sahaja.

Lagi pula yang berkhidmat di kedutaan-kedutaan/Suruhanjaya Tinggi bukan semua bertaraf diplomat. Ada juga bukan diplomat seperti Pembantu Khas, kerani dan sebagainya.

Malahan ada juga pegawai dan kakitangan dari kementerian-kementerian lain seperti kementerian pelajaran, pertanian, MITI,MIDA, Kementerian Pelancungan, Mara, Immigresen dan lain-lain. Bukannya semua dari Kementerin Luar Negeri. Mereka ini cuma diplomat sangkut. Mereka bukan tenaga terpenting disesebuah kedutaan. Maksud saya mereka hanya menjalankan tugas spesifik sahaja dan bukannya bertanggungjawab terhadap keseluruhan hubungan dua hala antara Malaysia dengan sesebuah negara tertentu. Peranan terpenting dipegang oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri seperti Duta Besar, Menteri Kedutan, Penasihat kedutaan dan sebagainya.

Dato' Amiriddin juga nampaknya seolah-olah tidak senang dengan dasar Memelayukan bahasa pengantar sekolah-sekolah oleh Tun Rahman Yaacob lebih 30 tahun lalu. Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada bahasa Melayu dan anak-anak Melayu di kampung-kampung sekiranya dasar ini tidak dilaksanakan. Hari ini pun bahasa Melayu jadi bahasa kelas dua. Bahasa pertuturan dikalangan orang-orang Melayu yang tidak faham bahasa lain sedangkan dipencil oleh bukan Melayu.

Dasar Tun Rahman ini juga berjaya menghasilkan ribuan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta baik yang masih berkhidmat atau telah bersara. Saya rasa dasar ini tidaklah buruk sangat. Sebagai contoh Malaysia tetap berkembang maju walaupun tidak sehebat Jepun.

Yang penting Malaysia meskipun ditadbir oleh pegawai-pegawai kelulusan bahasa pengantar Melayu bukanlah sebuah "fail state" sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara Afrika yang ada antaranya mencapai kemerdekaan lebih dulu dari kita. Paling menarik negara-negara ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa penjajah yang pernah menjajah mereka.

Dalam soal PPSMI kenapa agaknya sekolah-sekolah Cina dan Tamil menolak PPSMI, sebaliknya menggunakan bahasa ibunda mereka.

Saya rasa eloklah kita hayati titah Raja Nazrin dimajlis pelancaran buku yang mengisahkan tentang orang-orang Melayu oleh seorang penulis Australia beberapa hari lalu.

Salam.

Anonymous said...

Dato, para pengomen terutamanya Azwan:

Azwan tulis: Orang jepun yg tak pandai bahasa inggeris pon boleh maju??saya tak percaya.kalau kita baca tentang sejarah jepun.pada masa pemerintahan meiji dulu,diorang ada hantar seramai mungkin anak-anak muda diorang pergi eropah belajar.masa kat sana adakah diorang berbahasa jepun masa kat universiti dulu?diorang wat kertas kerja guna bahasa jepun kah?yang untungnya diorang nih jati diri diorang kuat/utuh.diorang tahu tanggungjawab diorang.amik sebaynak mungkin ilmu yang ada,balik jepon terjemah pastuh ajar diorang dalam bahasa jepun balik.-tamat.

Rasanya terjawab kot masalah PPSMI ni. Cuba baca balik apa yang Azwan tulis ni: amik sebaynak mungkin ilmu yang ada,balik jepon terjemah pastuh ajar diorang dalam bahasa jepun balik. - ni la yang patut berlaku sekarang, bukannya mengajar dalam bahasa asing, ada paham ka?

Anonymous said...

Jawapan kepada Capt Onn Johore.
inilsh pemikirsn politik sempit orsng melsyu umno....ISA ISA ISA ISA.....ingat bila rakyaat dah marah apa pun boleh terjadi...
baca dan kaji sejarah kita tak mahu samapai tercetusnya revolusi rakyaat.....

Anonymous said...

Pendapat saya, secara umum kemenangan PR pada pilihanraya lepas berdasarkan kedua-dua faktor iaitu BN semakin lemah termasuk barisan kepimpinan dan pelapisnya yang 'out-dated' dan penuh kontroversi; keduanya PR kelihatan smakin kuat bukan saja isu yang dibawa tetapi juga barisan kepimpinan yang mantap dan dibarisi pelapis muda yang bertenaga. Kelihatan UMNO, dan BN pula agak sukar mereformasikan diri terutamanya hal kepimpinan. Tengok saja pemilihan UMNO akan datang, banyak pepimpin UMNO yang di'recycle' semula termasuk mereka yang mempunyai kes-kes kontroversi. Hal ini tidak menarik rakyat, terutama golongan muda.

Dol

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).