Monday, May 04, 2009

Menanti Kata Putus BN Menganai Penanti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMA ada ia strategi Pakatan Rakyat atau penentuan Ilahi, perkembangan dalam pakatan tidak rasmi itu akan terus menguji keanjalan dan kewarasan Barisan Nasional.

Selepas peletakan jawatan Mohammad Fairuz sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, sebuah lagi DUN milik PR mungkin dikosongkan.

Adun DAP bagi Kota Alam Shah, Selangor, M Manoharan, mengesahkan yang dia sedang menimbang kemungkinan mengosongkan kerusinya.

Manoharan, penasihat pertubuhan haram Hindraf, berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dia sedang menimbang kemungkinan meletakkan jawatan.

Katanya, penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak membolehkan dia memberi perkhidmatan berkesan kepada penduduk kawasan pilihan rayanya.

Dia ditahan sejak 14 bukan laku kerana terbabit dengan pertubuhan haram Hindraf.

BN akan masuk perangkap sendiri jika ia meneruskan cadangan tidak bertanding pilihan raya kecil Penanti. Jika ia memulaukan Penanti ia terpaksa memulaukan semua PRK yang berlaku di kerusi pembangkang.

Tetapi jika BN masih BN yang sama – BN yang demokratik dan tidak menyerah kalah sebelum berjuang – ia akan bertanding di Penanti dan dalam semua PRK di kawasan parti lawan.

Kalau boleh dielakkan, Parti Keadilan Rakyat pun tidak mahu PRK diadakan. Walaupun harapannya mengekalkan kerusi Penanti cerah, ia tetap berupa satu perjudian.

Lebih daripada itu, PRK Penanti adalah manifestasi persekongkolan dan pergolakan dalaman PKR selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Malaysiakini dalam satu analisis baru-baru ini, antara lain, memetik sumber-sumber PKR sebagai berkata bahawa Penanti adalah permulaan kepada babak baru dalam pergelutan kuasa dalam parti itu.

Menurut portal berita itu, PKR Pulau Pinang kini berpecah dua. Pertama adalah kumpulan peneroka PKR yang terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat sivil. Mereka adalah pelopor dan penaja PKR melalui pembabitan dalam gerakan reformasi pada tahun 1998.

Kumpulan kedua terdiri daripada bekas penggiat BN, khasnya Umno, yang melompat pagar sebelum dan selepas pilihan raya umum 2008.

Laporan Malaysiakini mengatakan oleh sebab kumpulan kedua terdiri daripada ahli politik yang berpengalaman dan banyak tipu helah, mereka kini memainkan peranan penting dalam kerajaan campuran Pulau Pinang.

Ini membuatkan kumpulan pengasas berasa mereka diketepikan dan menuduh Ketua PKR Negeri, Zahrain Mohamed Hashim dan anak didiknya, Abdul Malik Kassim, sebagai mengamalkan pilih kasih.

Zaharin adalah Ahli Parlimen Bayan Baru manakala Abdul Malik ada salah seorang daripada dua Ahli Exco Kerajaan Pulau Pinang. Mereka didakwa memonopoli jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan tempatan.

Bakal calon PKR di Penanti, Dr Mansur Othman, adalah daripada kumpulan bekas ahli Umno dan berupa timbalan kepada Zahrain dalam PKR bahagian Bayan Lepas.

Bagaimanapun, dia dikatakan lebih diterima luas oleh kumpulan pelopor PKR.

Malaysiakini melaporkan timbul syak wasangka bahawa Mohammad Fairuz adalah mangsa pergolakan ini, khasnya apabila laporan dan siasatan rasuah ke atasnya didapati tidak berasas.

Adalah diketahui umum bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, sejak awal lagi bercita-cita melantik Mansur sebagai calon TKM1. Tetapi Mansur gagal memenangi kerusi DUN Pulau Betong pada PRU lalu.

Ini tidak menghairankan kerana Mansur adalah bekas setiausaha politiknya ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pergolakan dalam PKR ini disedari oleh DAP dan Pas. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bertikam lidah dengan Anwar mengenai “pemecatan” Mohammad Fairuz.

Manakala Pas Negeri Pulau Pinang mahu calonnya bertanding di Penanti walaupun Pas Pusat bersetuju kerusi itu terus ditandingi PKR.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Pas wajar bertanding kerusi itu bagi memulihkan imej PR yang tercemar akibat peletakan jawatan Mohammad Fairuz.

Bagaimanapun, Anwar berkata segala berbezaan di kalangan parti-parti PR sudah diatasi dan mereka kini bersedia menghadapi cabaran Umno dan BN.

Dalam erti kata yang lain, Anwar sendiri tidak percaya bahawa Umno dan BN adalah serius untuk memulaukan PRK Penanti.

Umno dan BN tidak mampu untuk menghampakan ahli dan penyokong mereka di Penanti yang pada PRU lalu memberikan 5,127 undi kepada calon BN, Abdul Jalil Abdul Majid.

Kalau Umno dan BN memulaukan PRK Penanti ia akan dianggap bacul dan tidak mempedulikan ahli dan penyokong. Ini akan menyebabkan mereka bertindak balas memulaukan BN pada pilihan raya akan datang.

Umno dan BN di bawah kepemimpinan baru seharusnya lebih demokratik dan berani.

Masakan mereka tidak mengenali Anwar selepas 16 tahun bersekongkol dan berbulan madu dengan beliau daripada tahun 1982 hingga 1998.

Umno dan BN pasti sudah tahu bahawa Anwar akan menggunakan apa sahaja taktik dan cara, termasuk protes jalanan, untuk terus menarik perhatian orang ramai sambil cuba mengalihkan pandangan mereka daripada masalah dalaman PKR.

Suka atau tidak, krisis politik Perak yang akan sekali lagi diuji Khamis ini, tercetus akibat pembelotan dua Adun PKR sendiri dengan disertai oleh seorang Adun DAP.

Jadi PKR dan DAP akan melalukan apa sahaja untuk menutup pekung di dada mereka. Yang menarik diteliti adalah peranan Pas yang berupa kuasa ketiga dalam PR Perak.

Kalau Umno dan BN bersedia berjudi dan bertarung di Perak, tidak ada sebab dan alasan mengapa ia mahu menjadi pengecut dan kembiri di Penanti.

68 comments:

joegrimjow said...

da sampai mase kene jadi ikan paus!!

Dan said...

Saya jangka BN tidak akan tanding di Penanti dalam pilihan raya kecil ini.

Tetapi PKR tidak akan menang tanpa bertanding kerana akan ada calon Bebas yang menentang!

Dan kita akan rasa hairan kerana dimanakah datangnya wang sponsor untuk Calon Bebas, kenapa dia ada wang untuk mendirikan bendera dan sebagainya!


Tunggu saje la!


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

PARPUKARI said...

SALAM DATO, SAYA RASA BN AKAN BERTANDING DI PENANTI...

HMMMMM....

Datuk Ahmad Saad. said...

DatoKadir.

Untok pengetahuan kawan kita di luar kawasan Penanti,saya akan jelaskan di sini,nama kampong2 didalam kawan Penanti dan Sokongan yang akan UMNO/BN terima jika berlawan di kawan tersebut.Kawasan2 Peti undinya saperti berikut.

1-Kubang Semang -kubu kuat Pas/PKR

2-Pekan Penenti.Kawasan Cina.dulu MCA sekarang DAP/PKR.

3-Kubang Ulu. Kawasan Pondok .Kubu kuat PAS/PKR

4-Mengkuang(Mengkuant Titi dan Mengkuang Dam) PKR dan UMNO.50;50.

5-Sungai Lembu.kampong Cina.PKR/DAP

6-Berapit.War lordnya Che Gu Ibrahim,wakil calun dan guru Anwar.PKR dan UMNO 60:40

7-Permatang Rawa.PKR/DAP.Kawasan Cina.
8-Tanah Liat.Kawasan Dr Ibrahim Saad dan bapa mertuanya.UMNO/PKR 60;40.

8-Kampong To Elong.UMNO/PKR 60;40.

9-Sungai Semambu.UMNP/PKR 50;50;

Dalam Pileharan raya 2008.Firdaus lawan dati jalil(UMNO) lawan Fiarus.Kawan Penenti BN kalah demgam majority 2219 votes.

Dalam Pilehan Raya kechil Anwar Lawan Arif Shah.BN kalah sabanyak 3825.Dalam Pilehan raya Parliment 2008.Wan Azizah meneng dengan Firdaus dengan majority 2993.

Pelaung UMNO tipis,ditambah pula bahagian Ptg Pauh berpecah.

Kapada Mahathir dan Samy vellu boleh buka mata sikit.Kenepa BN hendak demgam cakap Samy pengunddi India hanyalah tak sampai 100 orang.Jumlah pengundi 16,000 ribu.

Kapada Najib dan mahayuddin jangan lah buang masa.nanti malu.kenapa hendak masok perangkap PKR.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Pada pandangan saya, lebih ramai yang berpendapat bahawa isu Perak bermula dengan masalah "kehilangan" dan bukan masalah "pembelotan".

Saya tidak ada data, jadi saya mungkin salah. Sekadar pemerhatian peribadi terhadap keputusan PRK Bukit Gantang.

p/s musykil juga saya; adakah Manoharan menjangka akan dibebaskan jika menang (semasa mendaftar sebagai calun pada PRU12 tempohari)?

numero_uno said...

Salam Dato'

Saya baru sampai kampung kat sungai semambu, penanti.Kebetulan pulak bukak blog dato' sembang pasal Penanti.

Dari pengamatan saya bersembang kat kedai kopi petang tadi peluang untuk UMNO menawan penanti memang tipis.
1)Boleh dikatakan 100 percent bukan bumi sokong PKR didalam kawasan penanti selain dari ahli MCA dan MIC.
2)kalau dato' nak tau orang2 melayu kat penanti kebanyakan sokong PKR.Ni semua disebabkan sentemen DSAI sewaktu dilucut jawatan dlm UMNO dulu.Melayu kot belah lain dalam penang ramai gak sokong UMNO cuma dalam kawasan Pmtg.Pauh ja kubu kuat PKR.

UMNO bahgian dok pening pasal calon.UMNO takdak calon yang boleh menawan hati rakyat penanti.
Ada yang cadang cikgu zoyah ketua cawangan Tanah Liat, ada juga saki baki penyokong dato' Seri Ibrahim Saad yang nak dia bertanding.

Bagi orang-orang penanti pulak mereka lebih suka kalau TUN di letak sebegai calon UMNO,baru meriah depa kata.

Apa-apa pun dato' bagi saya UMNO patut letak calon walaupon memang dijangkakan kalah kerana biar kalah bertarung daripada tak bertarung langsung macam takdak teloq.
kalau UMNO tak letak calon pada saya pilhanraya umum akan datang silap-silap UMNO boleh bungkuihh!


adioss..

pakbelalang said...

Tun Abdullah Appointed As MAS Advisor

comment:

Just to put on record, what does he know about airline industry to make him eligible to be MAS advisor? How much he is being paid as an advisor?

Anyway, if it is just a political appointment then it is really a waste of company's fund. Well, it looks like it has become part of a tradition for ex-prime minister to be given a so-called lifetime "high profile" job with all the "mind boggling" perks attached just to "acknowledge" his vast contribution to the nation.

Is there an annual KPI assessment for an advisor or the job is exempted from it? What a lucky guy he is !!

Quantum Metal Consultant said...

Permainan politik berterusan samada UMNO suka atau tidak kerana Anwar hanya relevan dan pembangkang akan survive jika ada banyak isu untuk dihalakan kepada kerajaan pimpinan Najib libaskasi selepas mewarisi dari Abdullah tidori.

Pilihanraya kecil juga bertujuan menutup percakaran dan kelemahan di dalam pembangkang sekaligus mereka tidak punya banyak masa untuk mempertikaikan beberapa perkara kerana sebok prk demi prk dan keadaan ini akan berterusan sehingga pilihanraya umum 13 nanti dan UMNO ketika itu sedang lelah dan penat.

Anwar sedang mengajak UMNO berlari mendaki bukit untuk mengejarnya sambil mereka saling bersalakan. Mari kita lihat siapa yang akan penat...

Saya berharap dan menjangkakan UMNO juga sedang bermain dan mengatur strategi samada bertanding atau tidak malahan saya berharap UMNO dapat menaja calon PAS yang bertanding atas tiket bebas dan secara terbuka menyokongnya.

UMNO bertanding secara langsung atau tidak harus datang dengan satu formula yang segar, hebat, kelainan dan mengejutkan untuk mendatangkan semula roh dan semangat perjuangan UMNO.

Jika sekadar meletakkan calon dan pengumuman dibuat seperti ayat lazim, UMNO akan dipukul teruk di pilihanraya Penanti yang menanti. Anwar memang sedang menanti Najib untuk memalukannya di Penanti seperti nyawa nyawa ikan.

Siti Khadijah said...

Dear Dato' AKJ,

They must contest!

zakwan said...

Wanna know y UMNO is indecisive in wantin 2 contest in Penanti yet?
Because they hav no ammunitions against Pakatan

Let's take a look at past by elections n the campaign modal used by BN

Permatang Pauh :Liwat issue
Kuala Terengganu : Hudud issue
Bukits Gantang/Selambau : Derhaka kpd Raja,Nizar boneka DAP
Batang Ai : Well BN was pretty confident in retaining this seat, so no issues were brought up

Obviously, all these issues failed miserably n caused more damage 2 BN

Perhaps they'll use the "PKR internal politicking" or "wasting funds which should be used 2 help the rakyat" issue
As if BN especially UMNO does not hav their own drama
We still remember all the "mi segera" projects n sweet promises in previous by elections but 2day,they remain just that, promises

The fact that they keep delayin their verdict on Penanti says a lot, considerin the fact that UMNO was always excited n confident in contestin in Malay majority constituencies, so much they should announce their candidate weeks ago

Contest or not,the people of Penanti will exercise their rights 2 vote anyway

Atan said...

Salam, Datuk;

Saya pernah berkata dalam blog Datuk ini bahawa BN-UMNO tak perlu bertanding di Penanti kerana banyak mengahabiskan wang, masa dan tenaga sedangkan telah diketahui peluang menang tipis. Ya, tindakan untuk tidak bertanding akan memperlihatkan kebaculan tetapi kebaculan hanya persepsi tetapi pembaziran itu realiti.

Tetapi, apabila timbul ura-ura akan ada kekosongan lagi di DUN Kota Alam Shah, Selangor, tindakan BN untuk tidak bertanding jadi kurang wajar. Walau bagaimanapun, eloklah dibuat kaji selidik tentang prospek untuk menang-kalah dalam PRK itu. Jika kaji selidiknya positif, teruskan; jika tidak tak payah bertanding.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Kalau kita buat analisa kemungkinan BN kalah memang besar di Penanti.

Kalau wang ringgit diambilkira memang pilihanraya kecil membazir.

Pada mula-mula saya rasa BN tidak patut bertanding. Tetapi selepas dipikir betul-betul eloklah BN bertanding.

Bertanding bukan:
(1) untuk memuaskan hati para penyokong UMNO/BN di Penanti; atau
(2) untuk berkempen dengan cara mengutuk parti lawan, memperlekeh parti lawan atau memperkecilkan parti lawan.

BN hendaklah berkempen dan bertanding dengan strategi baru. Strategi yang berpaksikan penduduk tempatan serta keperluan mereka.

Bukan dengan cara lama yang asyik bermegah dengan menepuk bahu sendiri. Memuji diri-sendiri dengan hujah "pembangunan yang dibawa olih BN" dan sebagainya.

Lupakan semua khidmat-bakti yang telah dicurah.

Semua bakti yang telah dicurah adalah tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan olih para pengundi sebelum ni setelah mempercayai janji calon/parti semasa berkempen. Bukannya janji pengundi kepada calon/parti.

Calon/parti mesti ingat siapa BOS...!!!

Kalau calon/parti dah berjanji untuk bekerja keras untuk pengundi dan pengundi dah terima janji tersebut, maka terdapat elemen kontrak. Kontrak calon/parti adalah untuk melaksana janji pilihanraya.

Berubahlah BN. Tak perlu asyik memetik sejarah khidmat-bakti masa lampau. Fokuslah kepada keadaan dan keperluan pengundi serta kawasan masakini.

Strategi baru mungkin tidak berapa berkesan di Penanti tetapi jika ada lagi pilihanraya kecil selepas ini, BN mungkin bolih menang tipis.

Kalah atau menang di Penanti, wakil/calon UMNO/BN mesti terus berkhidmat kepada mesyarakat setempat.

Jikalau BN nak pengundi berpaling balik kepada mereka, mulalah khidmat mesyarat dari sekarang. Tidak perlu tunggu pilihanraya baru nak tunjuk muka. Penduduk tempatan tahu membeza muka lama dan muka baru.

Bahagian/Cawangan UMNO/MCA/MIC buatlah kerja dari sekarang. Bukalah bilik gerakan untuk penduduk setempat mengadu nasib.

Memang banyak kerja tetapi tiada siapa yang menyuruh masuk politik dan menyawarkan diri untuk berkhidmat dengan mesyarakat.

Sekian.

pakbelalang said...

I am of the opinion that Anwar Ibrahim is a very irresponsible politician. He is a very desperate person who will do anything for his self-interest and political survival.

Anyway, whatever strategy he has something up his sleeve will not be totally successful. Yes, he might win some by having continuous by-elections but "pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".

I am very confident that his dream to be the 7th prime minister of Malaysia will never materialise. He will continue to a dreamer!

Every year the date 16th Sept. will continue to haunt Anwar, biting his fingers like a crying baby with feeling of frustration and anger for not getting what he wants.

At the end of the day, his political career will fate away and gone into infinity. He will be floating into the twilight zone as UFO (Unidentified Flying Object).

Actually, it is a blessing that he is not our Prime Minister. Or else I think the tendency for him to be like Sukarno is very great indeed.He will behave exactly what Sukarno did when he was in power as President of Indonesia.

Anwar is a man having split personality. Today he can be an ulamak and tomorrow he can be a devil.Having such personality as a leader is very dangerous indeed. He will sell all of us to Husin Lempoyang, the Saudagar Unta jadi hamba tukang urut !! kah,kah,kah.

pakbelalang said...

Malaysia has done well to maintain its 21st position in the World Economic Forum’s la­­test global competitiveness.

comment:

KPI for Najib.

Can he improve Malaysia's global competitiveness to top 15 within 3 years?

PenantiMan said...

Najib dah bagi go-ahead Datuk! UMNO akan lawan, cuma tak mau buat pengumuman secara rasmi, nanti dianggap membelakangkan BN pulak. Bila dia bawak ke Majlis Tertinggi BN, baru lah pengumuman rasmi confirm akan lawan!!

Mana boleh bagi menang free saja datok!! Sekarang UMNO dah dapat balik sokongan melayu (walaupun naik sedikit saja laa)

Orang Penanti memang dah menyampah dengan Fairus ni. Tambah lagi depa main wayang. Ingat rakyat bengap ka? Kalau dulu boleh tukar, sekarang pun boleh tukar! Ingat kerusi tu PKR punya ka?

Datuk Kamaruzaman hitam said...

Dato;

Keputusan untok bertanding di Penenti atau tidak akam menentukan sama ada najib adakah saorang Pm yang Emotional,Rational,Steady ,shaky atau firm.

Keputusan nya di Perak sudah dapat mengambarkan yang Najib merupakan saorang pemimpin yang rakus,takut,tamak dan tak stabil.

Sama kita lihat labu siapa akan tengelam dalam Sungai Perak atau Sungai Derhaka(sungai di kawasan Penenti)

Anonymous said...

Saya duduk kat KL...kawan2 multiracial saya yang urbane, educated, middle class yang dulu ramai2 undi PR dah muak dgn anwar. We do not want to be fooled by anwar, in the same manner that UMNO used to fool us. BN should understand this sentiment, and take advantage of this half hearted u-turn by people like me (meaning already fed-up of anwar....but not convinced of BN...not yet). Don't contest...period. And forget Penang. The Chinese will return DAP govt next election, the Malays will still return PKR/PAS. Why bother with Penanti? So what if PKR wins, what is there to celebrate. Look at the bigger picture. People are already impress with crime busting work by the police. BN should do more works like this. If BN understand the rakyat punya sentiment, they won't contest Penanti. If they contest, we can only laugh at them. Najib is smarter than anwar, i believe.

McPapadum

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
"Kalau Umno dan BN bersedia berjudi dan bertarung di Perak, tidak ada sebab dan alasan mengapa ia mahu menjadi pengecut dan kembiri di Penanti."
>> Kesimpulan: virus "koro" masih ada lagi dalam badan pemimpin tertinggi UMNO?

Unknown said...

Pada pandangan saya, BN perlu bertanding. Samada menang ataupun kalah bukan menjadi ukuran tetapi kerana wujudnya demokrasi di negara ini.Kadangkala kalau difikirkan memang BN akan kalah di Penanti tetapi semuanya terletak kepada pengundi dan tidak semestinya setiap pengundi tidak dapat berfikir secara rasional dan jangan terkejut sekiranya ada pengikut PAS dan PKR akan berpaling tadah.Isu demi isu sudah terungkai dan kalau dilihat secara kasar rakyat semakin meluat dengan tindak tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini.Terlampau banyak politiking dan kadangkala kelihatan seolah-olah macam kebudak-budakan.Saya yakin sekiranya strategi yang tepat, tidak mustahil kali ini BN akan mengambil balik DUN PENANTI.

Sekian

Unknown said...

Dato'

Adakah Dato' tahu mengapa keputusan UMNO untuk bertanding di Penanti memakan masa yang amat lama? Adakah ini kerana PM baru takut hendak membuat keputusan? Takut buat keputusan salah?
Tak kan tak nak bertanding kerana takut kalah!

Banyak teka teki...Adakah berkaitan dengan Kes Kes dimahkamah? Tunggu maklumat dari SB?....

Kalau macam tu boleh dikatakan kita takut nak kerja kerana takut nanti kena buang kerja.....

Dimana mana parti pun akan ada pergolakan di tahap berjawatan 2nd dan 3rd liners...

Selagi Pemimpin Pemimpin sekutu PR masih teguh, agak susah nak pecah barisan pertahanan mereka.
DiBN pula masih dapat caci mencaci dikalangan Pemuda dan 2nd serta 3rd liners....Musim mencaci KJ dan kenaikan mendadak Mukhriz mendapat perhatian ramai...
Dikalangan Pelopor Media UMNO juga dapat dilihat pergolakan apabila nampak penempatan muka muka baru/lama tampil balik....

Ahli Politik kedua dua belah
pihak bergolak sesama sendiri, sambil Rakyat yang masih Waras dan berpandangan jauh melihat dengan tenang kejadian aneh dikalangan ahli politik negara ini....

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Pada pendapat saya BN patut bertanding di Penanti walaupun ini merupakan suatu perangkap PKR. Kita tahu DSAI mempunyai agendanya tersendiri supaya diadakan PRK ini. Antara lain ialah untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes yang akan beliau hadapi tidak lama lagi. Di samping beliau mahu mengunakan platfom kempen di PRK Penanti ini untuk mencerca Kerajaan baru pimpinan DS Najib.

2. Seperti kata Datuk Mukhriz, BN patut ubah strategi kempennya. Mereka patut berfikir out of the box mengenai tektik2 yang perlu digunakan kali ini. Kebanyakan orang PKR adalah bekas ahli Umno. Jadi mereka dah tahu membaca stretegi lama Umno. Biarlah kali ini PKR (khususnya DSAI) terperangkap dengan tektik baru BN/Umno pula.

3. Saya percaya ramai strategist Umno yang bijak mampu mencorak stretegi baru yang lebih berkesan lagi. Biar kali ini rakyat lihat bahawa DSAI menjadi tidak releven lagi kepada politik Malaysia. Jika selama ini DSAI menganggap beliaulah yang paling hebat sekali dalam politik Malaysia, tapi BN kali ini perlu mulakan stretagi baru untuk menjadikan beliau tidak lagi releven di bawah kepimpinan baru PM DS Najib. Yang penting BN/Umno tidak lagi boleh menguna cara lama yang sombong dan ego. Kurangkan publisiti murah tapi sebaliknya hanya sampaikan apa yang hak kepada rakyat sahaja. Kalau ramai orang tidak tahu apa yang dilakukan pun tidak mengapa asalkan kita ikhlas. Tuhan akan membalas kerja2 yang ikhlas. Percayalah Allah tidak akan aniaya umatnya yang sentiasa ikhlas.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Dato,

Pandangan saya nak tunjuk kejantanan biarlah bertempat dan berkira kira.

BN bertanding atau sebaliknya tidak akan memberi suatu impak yang menyulitkan kerana untuk penggal PRU 12 ini pengundi di kawasan PR menang akan terus mengundi PR bagi membolehkan PR membuktikan keupayaan mereka sebelum pengundi pengundi ini membuat keputusan pada PRU 13.

Oleh yang demikian BN tak payahlah buang masa, duit untuk menari rentak PR. Adalah lebih baik berusaha membaik pulih BN agar diterima rakyat dengan hati yang terbuka.Jangan jadi serupa DUN Kota Alam Shah, wakilnya dalam tahanan pun boleh menang,BN kena
betul betul ikhlas untuk perubahan.

Perbetulkan kacau bilau UMNO Ptg. Pauh dulu agar segala tiris bocor ditampal atau bumbongnya diganti dengan yang baru.

Wasalam

Cabincabina said...

Dato'

UMNO kena letak calon jugak, soal permainan politik pkr atau pembaziran wang rakyat bukanlah menjadi hal. pembaziran memang telah lama berlaku dalam kalangan pemimpin. Najib tak layak bercakap soal pembaziran.

hj md aris bin ismail said...

Saudara A. Kadir Jasin,

Yang beria-ia nak lawan ialah Dr. Mahathir. Saya cadangkan UMNO letakkan Dr. M sebagai calon. Lagi pun Dr. M dah kembali ke dalam UMNO dan juga daripada cuti pencen dalam arena politik. Biarkan Dr. M lawan DSAI sekali lagi.

PM Najib dan TPM Mahyuddin boleh tidur lena jika Dr.M 'mati' dalam PRK Penanti. Nak Nanti apa lagi!

Anonymous said...

Dato',
Semua parti politik di Malaysia ni mempunyai pekong di dada.
Yang banyak pekong di dada ada lah BN/UMNO- that is the real problem for UMNO leaderships.
Tetapi buat masa sekarang ini dan mungkin beberapa lama lagi rakyat lebih cenderong dan percayakan kepada Pakatan Rakyat. Apabila UMNO buka satu pekong di dada Pakatan, maka PR pula akan membuka 10 pekong UMNO/BN.
Apa yang PM takut...Lawan tetap Lawan- kalau nak ikut Ketua Umum PKR- tetapi saya rasa ia lebih menjerat. Pimpinan UMNO di harap jangan tersalah langkah, kerana buruk padah nya sekira nya terpaksa menghadapi kekalahan sekali lagi. Najib pasti tahu bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Salam Dato', Rasa nya dalam UMNO terlalu ramai "Melayu ini berani jika bersalah, Takut kerana benar, Jika menipu bersopan, Bila mengampu pun lembut beralas" dh9753.

Shahiran Shahid Zahri said...

tak perlu bertanding. boleh juga kiranya UMNO memulaukan semua PRK sehingga PRU akan dtg. kerana UMNO sedang dlm perlaksanaan perubahan. tumpuakn pada kerja2 tersebut dan jgn biarkn PRK mengganggu kosentrasi pemimpin UMNO dalam melaksanakan perubahan, keran yg dituntut oleh rakyat ialah perubahan ini. mereka tidak mahu melihat UMNO bertanding, kerana mereka (rakyat) sedang memperhatikan proses2 perubahan yg dilakukan UMNO, bukan lagi PRK dan isu2 semasa. masa dan keadaan tidak menyebelahi UMNO ketika ini, namu sekiranya perubahan yg dicangkan akan menampakkan hasil sedikit demi sedikit, nescaya UMNO akan beroleh kekuatan kembali. UMNO akan diyakini, dan mungkin semua calon2 PR yg menang tanpa bertanding tu pun akah berubah haluan utk menyertai UMNO sekiranya dilihat UMNO juga mampu mambawa perubahan yg sepatutnya mereka perjuangkan. apatah lagi UMNO masih memerintah.

malah jika kejayaan kpd perubahan2 yg dilakukan itu jelas kelihatan, maka tak mustahil semua wakil2 rakyat PR akan sertai UMNO dan akhirnya UMNO tak perlu lagi bimbang akan PRK mahupun PRU kerana semua rakyat akan menerima dan meyakini UMNO semula.

perubahan yg dirangka ini, jika berjaya dlm perlaksanaannya, tidak mustahil semua parti2 politik yg lain akan dibubar kerana rayat secara keseluruhannya akan menyokong UMNO.

teruskan usaha kpd perubahan demi bangsa, agama dan negara.

kesian pada penyokong2, dah tak larat berhadapan realiti, lebih baik beri mereka alasan utk diberi bila ditanya, jgn biarkan mereka terus membisu kecewa.

Anonymous said...

Ybhg Dato

"getting it right " means the spelling must be right, the sentence must be right and the whole article must be right, but at the very end the message must be right.

PENANTI adalah peluang bagi memastikan message yang dibawa oleh parti pemerintah disampaikan dan difahami oleh para pengundi di PENANTI.

Of course, ada pengundi yang dengar hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan, tapi akan ada juga pengundi yang masuk ke telinga kiri, lalu sekejap diotak yang telah dicemar dengan perception mengenai UMNO, dan keluar di tangan dengan masih memangkah PKR.

TETAPI sudah pasti ada juga pengundi yang mendengar dengan kedua-dua, telinga dan di proses didalam otak dan mausk kedalam hati untk mengundi UMNO.

Yang jelas the message must be clear, dan yang jelas proses pilihanraya kecil adalah proses berterusan untuk mengambil tahu segala isu yang masih menghantui perasaan si pengundi, yang harus diperkirakan dalam situasi menghadapi piliharaya umum.

Mungkin yang lebih penting, barisan pemimpin pelapis UMNO yang baru mengambil teraju, harus digerakan untuk melalkukan perubahan yang dapat memenangi hati pengundi. Ini barisan baru pemimpin UMNO yang harus mengambil peranan awal menghadapi piliharaya umum ke13. Mereka harus turun padang, mengambil tahu jenis belalang yang ada, belalang kunyit, belalang patung, DAN ini jugalah proses mereka membena jembatan-jembatan yang roboh antara pengundi sebelum perang, sesudah perang dan generasi yang memang tak kenal peperangan.

Harap UMNO turun padang dengan tujuan menerapkan [1] message pembaharuan dalam menghadapi kemelut pergolakan sistem politik tanah air, yang memang jelas tidak menguntungkan orang melayu dan juga bangsa-bangsa lain jika orang melayu yang dirugikan [2] mengatur taktik pilihanraya dikawasan yang dikira kubu kuat pembangkang dan mengambil sikap mendengar apakah sebenar keluhan mereka [3] turun padang dengan barisan pemimpin yang baru untuk memperkuatkan gandingan cara berkempen sebagai pasukan.

UMNO tetap tidak akan rugi selagi kekal dengan dasar memperjuangkan politik orang melayu, kerana UMNO lah satu-satu nya parti politik orang Melayu yang telah sememenjak 5 abad menjaga kepentingan orang melayu dari segala segi, dan telah kekal mempertabatkan kedudukan orang Melayu bukan hanya di Malayisa bahkan dimerata dunia.

UMNO harus menghalusi kelemahan dan cara perjalanan berparti yang tidak diberikan perhatian oleh barisan yang diketuai oleh ABDULLAH BADAWI dan memperbaiki struktur dan peranan berparti orang Melayu.

The message must be delivered, at least some amunt of time must be spent to expalin the message and last but not least it must be stated that it is for the greater good of the Malays.

50 years is a long time for a party to continue to govern in a good stead, looking at Britain and the US - the cycle of change is always there, BUT why change when there is nothing better to be offered by the weak opposition.

Salam kasih sayang buat para blogger, and for spending a minute to read, understand and maybe continue helping the Malays.

Salam perjuangan - ORangBaruLahir

abdullahngah said...

saya pernah tulisan dan yakin bahawa UMNO tidak sekali kali melepaskan peluang untuk bertanding dalam DUN Penanti yang akan berlangsung pada 31 Mei ini.

Tetapi setakat hari ini Umno belum buat sebarang keputusan muktamad sama ada bertanding atau tidak.

Mungkin keputusan sudah ada, cuma tidak dihebuhkan kepada media supaya tidak bocor rahsia strategi yang dianggap sebagai suatu yang strategik ketika umno dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Lebih lebih lagi umno yang mahu berubah dan rebah?

Bagi saya Umno akan bertanding sama ada melalui calon atas nama BN atau menaja calon bebas yang pernah dilakukan sebelum ini.

Kalau Umno ambil keputusan tidak bertanding pasti imej dan bahannya sangat besar.

Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang punyai serba serba kemudahan boleh bertindak demikian rupa.

lebih lebih lagi ramai orang Umno yakin dan percaya selagi umno ada duit selagi itulah mereka tidak boleh kalah.

Apakah mereka sudah lupa dengan kata kata keramat yang dipuja selama ini.

Kekalahan calon umno dalam pilihanraya lalu tidak boleh ubah landskap politik negara.

Demikian juga kemenangan PR dalam pilihanraya kecil tidak lama dahulu.

Imej PR semakin baik manakala imej Umno semakin buruk walaupun sudah diterajui oleh Najib Razak.

Orang miskin bertambah ramai dan yang kayaraya senang lenang adalah kalangan para pemimpin sahaja.

Masih tidak berubah hingga sekarang.rakyat yang diutamakan habuk pun tidak ada.

OKJ said...

Salam DAKJ

WAS WAS & HOBI

Was was adalah merbahaya. Dalam Islam ianya disebabkan oleh syaitan Khannas seperti terkandung dalam surah An Nas. Dalam medicine pula ianya disebabkan oleh penyakit obsessive compulsive disorder. Pemimpin yg baik ialah bila dilakukan keputusan dengan tidak ada perasaan was was. Keputusan kena cepat, tepat dan betul supaya orang yg dipimpin berasa yakin. Ada lebih 5000 penyokong UMNO di Penanti menanti. Mereka menanti calon UMNO untuk PRK nanti. Janganlah membiarkan mereka ternanti nanti. Apa kata mereka nanti seperti tak dihargai.

HOBI adalah satu perkara yg kita suka dan tak berasa membazir walaupun sebaliknya. PKR hobinya adalah bertanding PRK. SO mereka akan seterusnya resign dan bertanding semula tapi di kawasan yg mereka pikir boleh menang je. Kawasan yg menang nasib nasib, takut pula nak bertanding. Biasalah tu., nak cari makan. Walaupun ramai kata membazir, tapi sebab dah jadi HOBI, mereka rasa OK je.

Kalah menang adat bertanding. Lagipun chief mereka akan dibicara kes LIWAT pada bulan Julai ni. Saksi utama pun dah ternanti nanti. Kalau didapati bersalah akan masuk jail balik. Bila chief dah masuk jail, tamatlah riwayat parti tak bermoral ini dengan segala isu isu yg timbul dalam jangkamasa setahun ni. Bagilah peluang kat chief dia bersenang senang dulu. Satu lagi, hidup ni seperti roda, adakala kita kat atas dan adakala kita kat bawah. Bila kat atas, kena hormat orang di bawah dan bila dibawah kena cuba naik kat atas. Semuanya satu pengalaman yg berharga. Sekian TQ.

penangboyumno said...

With due respect to the analysis of Dato Ahmad Saad.
Dalam pilihanraya, macam-macam boleh jadi.
Sentimen boleh berubah bila-bila masa.
Realiti hari ini mengikut analisis tersebut hanya membuktikan bahawa tenaga kerja pilihanraya UMNO Permatang Pauh perlu lebih tangkas dan keras bekerja.
I am of the opinion, for a few couple of elections in Permatang Pauh, UMNO has failed to perform and execute their task. Banyak sangat 'politicking'. I believe even some of the UMNO members still have a soft spot for Anwar.
BN perlu bertanding di Permatang Pauh. Soal calon, just pick somebody who is clean with a nice smile.
BN must win and make the impossible possible.
I am still counting on the protest votes that BN will received.
Bloggers should do their job in exposing the obvious in Penanti today after 1 and a 1/2 year of this PKR leadership. Bloggers of Penang should start blogging about Penang today.

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum. UMNO/BN patut bertanding atau tidak ? Soalan yang mudah tetapi mempunyai implikasi yang besar.Sebagai PM dan bekas Menteri Pertahanan DSN bolih mendapat risikan tentang keberangkalian menang atau kalah dan dengan itu boleh membuat keputusan. Kita tidak boleh emosi dalam hal ini masa kini.

Walau apa sekali pun kita perlu berfikiran strategic dan tidak mengikut perasaan.Untuk menang kita perlu menarik kepada pengundi dan bukannya semata-mata mengikut analisis pakar runding , pelobi dan sebagainya.Dalam hal DUN Penanti mejoritinya orang Melayu dan usaha hendaklah diambil untuk mengetahui apa dekat di hati mereka : ugama , bahasa , DEB dan sebagainya.

Kalau masa saya sekolah dalam tahun enam puluhan dahulu, untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Overseas School Certificate kita digalakkan berlatih menjawab soalan tahun-tahun yang lepas.Dalam hal PRK Penanti ini semua parti perlu berbuat demikian untuk mengetahui apa yang dititik beratkan pengundi.

Ringkasnya UMNO/BN telah kalah banyak kerusi talam PRU 1999 kerana terlalu banyaknya fitnah-memfitnah. Orang Melayu tidak mahu bersubahat dalam hal kemungkaran. Dalam PRU 2004 PM DSAAB telah mengambil sikap berlemah lembut dan disamping membebaskan beberapa tahanan ISA juga membenarkan pengurangan hukuman terhadap pesalah. UMNO/BN telah menang besar di PRU 2004.

Kemenangan besar bagaimanapun telah menimbulkan masalah dalaman UMNO dan ahli-ahli telah balik ke asal bersikap agresif. Tindakan agresif ini telah dibawa kepada PRU 2008 dan beberapa PRK kemudiannya.Keputusannya kita sama-sama tahu.

Untuk berjaya kita hendaklah mengakui keadaan sudah berubah. Kita tidak boleh menganggap rakyat tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka menjadikan keputusan pilihan Presiden Amerika Syarikat dan Pilihan Raya Turki sebagai motivasi bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang bolih dipercayai untuk memerintah. Jika dahulu orang Cina dan India takut kepada PAS sekarang mereka tidak takut lagi kerana mereka merasa selesa semasa berada di Kelantan. Jika dahulu orang Melayu curiga dengan DAP sekarang banyak yang sudah mula selesa di Pulau Pinang. Mengapa ? Kerana Ketua Menteri tahu perkara yang rapat dihati orang Melayu adalah ugamanya. Dengan mengambil berat mengenai nasib guru Sekolah Ugama Rakyat beliau berjaya menyejukkan hati orang Melayu. Ini berbeza dengan UMNO yang masih mempertahankan kedudukan bahasa Inggeris walaupun beribu-ribu anak Melayu di luar bandar menghadapi kesukaran belajar dalam bahasa Inggeris mata pelajaran Sains dan Matematiks kerana ketiadaan guru yang fasih dalam bahasa Inggeris di kebanyakkan sekolah di luar bandar.Bagaimana hendak memikat hati orang Melayu jika mereka terus mengatakan mereka lebih tahu apa yang diperlukan olih orang Melayu.

DSN mempunyai produk yang sungguh baik ,iaitu :- 1 Malaysia ,Rakyat didahulukan dan Pencapaian di utamakan.Terjemahkanlah ini kepada kenyataan dan Insyaallah kemenangan menjadi ganjaran.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.

TOOLBOX said...

Dato

Apa juga keputusan yang bakal dibuat, PRK Penanti umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak bagi DSMNAR. Ianya akan "memakan" diri; DSMNAR sendiri mempunyai liability peribadi yang bakal dimanipulasi secukup-cukupnya oleh pihak lawan (Dato faham maksud saya), luka/parut selaku komander PRK-PRK lepas yang masih belum sembuh ditambah pula PRK kali ini di kubu kuat lawan. Bagi pihak DSAI seperti tikus jatuh ke beras!

Saya hormati pandangan Dato tetapi dalam keadaan tertentu kalau bergaduh (sebagai contoh), kita tak mahu bertumbuk (bukan kerana takut) bukan maksud kita pengecut atau kalah; dan kalau kita kuat bertumbuk pun bukan maksud kita gagah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Toolbox dan para pembahas dimuliakan,

Ini bukan bertumbuk di kampung atau di tepi jalan.

Ini demokrasi, tanggungjawab dan prinsip.

Hak pengundi tidak boleh dipermainkan.

Baru hilang 82 kerusi di Parlimen dan lima buah negeri sudah mengaku kalah?

Ini bukanlah Umno yang saya kenali lebih 40 tahun.

Umno bukan mengenai maruah Presiden parti seorang sahaja. Ia mengenai maruah jutaan ahli dan penyokong.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Can we safely say that the Malays are now a failed race? They are just hopeless in every aspect of life. They are naive and gullible lot. Their mentality is far from matured. They can't take care of themselves.

Some of the Malay leaders UMNO/PAS/PKR and the Malays themselves seem to be "bodoh sombong" and dah "bodoh stupid". Are they suffering from cultural shock with the "limited" success they have achieved thus far that make them become arrogant? Are they having difficulty to adjust themselves with the fast changing environment?

There must be something wrong with their state of mind. It is very obvious that they really do not know what they want in life.

Politically, they are not united and they are now "terombang ambing" without direction.

Mereka pandai cakap dan komen saja tapi akhirnya pi mai pi mai tang tu je. Haprak and HP6 !!!

Hanya masa sahaja yang akan menentu ke arah mana Melayu hendak pergi.

Dalam situasi Melayu dah kena "main" seperti di Perak tidak heran Melayu akhirnya akan terjeler lidahnya mengeluarkan air lior sahaja mengharap belas kasihan dari orang lain.Itulah hakikatnya yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.

Melayu masih belum sedar lagi dan mungkin tidak akan sedar langsung dari terlena.

Melayu mesti bersatu kalau inginkan perubahan untuk bangsanya. Jika tidak terimalah padahnya nanti kepada anak cucu kita.

Pandanglah anak cucu kita puas-puas dan fikirkanlah apakah nasib mereka akan datang kalau kita tak bersatu. Janganlah biarkan mereka merempat dinegaranya sendiri Persekutuan Tanah Melayu !!

Unknown said...

Dato'

OKJ Said

"Pemimpin yg baik ialah bila dilakukan keputusan dengan tidak ada perasaan was was. Keputusan kena cepat, tepat dan betul supaya orang yg dipimpin berasa yakin."

Tah kemana pergi nya KPI Pemimpin UMNO....

nur mohd nidzam said...

Umno letak calon atau tak letak, keputusan sama saja.BUNGKUI.Lagi pun najib dah kata tak mau bazir duit rakyat/ kalau cam tu tak payah lah bertanding.Tak kanlah tak mau bikin macam cakap lagi.
Lagi pun umno dah macam tak ada peluru lagi nak hentam PR lagi.
PERMATANG PAUH: LIWAT
KUALA TEREGGANU:HUDUD
2 BUKIT: MENDERHAKA
PENANTI: ?
semua isu isu gagal, apa nak buat lagi?

musyu kestaro said...

tak apa laa tak payah gaduh2 pasal nak letak calon ka tidak.... takpa kita bagi peluang najib UMNO/BN memerintah... PRU13 tak lama ja lagi... masa tiga tahun lagi najib akan buat sedaya upaya untuk tawan hati pengundi... macam biasa... rakyat akan terima durian runtuh mana yang bernasib baik... kita kaut habis2 selagi ada peluang yang akan ditabur oleh najib.... kita sorak gembira setiap kali najib umum berita gumbira buat rakyat... kita sapu sekonyong2nya.... last sekali bila PRU13... kita pangkah PR... yaribaa!!!!

Dato Ahmad Saad said...

Dato Kadir.

Kapada tulisan Penangboyumno yang di hormati.

Kampong saya di Kepala Bukit,kawasan Ptg pauh.Saya terlibat dalam UMNO Ptg Pauh salama 25 tahun.Lima pilehan raya.Taring saya maseh ada di situ.Saya hanya memberi pandangan ikhlas.

Pilehanraya bukan nya soal maruah.Ia merupakan lebeh kapada soal tektik.Macam perang gurealla.Ada masa kita attack dan ada masa kita berundor.

Jikalau dah tahu hendak kalah kerana musoh kuat dan ramai ,kenapa kita nak membuang masa melawan.

NasehatJangan masok perangkap.

Ikaut hati mati.Ikut rasa binasa.

Takut bini lingkup.Takut PKR tak apa.

Anonymous said...

Selamat malam Dato',

BN mesti bertanding tetapi jangan sogokkan sesuatu yang membuatkan rakyat meluat. Jangan pula seminggu sebelum pilihanraya, TV3 yang terlebih kerajaan terus menyiarkan propaganda yang membuatkan rakyat seperti diperbodohkan.

Semua itu tak perlu. Yang penting, BN perlu berubah. Ikhlas dan jujur berkhidmat untuk rakyat.Ini masa pilihanraya baru nak tunjuk muka. Semua pemimpin dari utara ke selatan dan dari semenanjung ke Borneo boleh datang berkampung turun padang.

Bila habis pilihanraya, enak-enak sahaja tinggal di KL mahupun melancong ke sana-sini. Balik-balik muka pembantu sahaja di pusat DUN/Parlimen. Nanti, lagi 5 tahun baru nak naik rumah buruk rakyat, tolong rewang kenduri, redah banjir dan sebagainya dengan segala jurugambar dan pemimpin kanan parti.Muak...Muak...

Cuba tengok. Wanita dalam PKR aktif menolong kawasan tidak kira hari. Melayu, cina dan india semua mereka beri.

PUTRA MERDEKA said...

salam dato',
setuju bahawa UMNO/BN perlu mletakkan calon bertanding di prk penanti. ulasan menyokong bertanding telah saya coret di blog saya di bawah tajuk 'sejak bila UMNO/BN takut bertanding prk?
tkasih

Puyot said...

Tok,

Awatnya liat sangat nk keluaq keputusan nak bertanding ka tidak? Saya kata patut bertanding. Hak demokrasi patut diberikan kepada rakyat. Ni macam tak hormat rakyat namanya. Kalah menang tu adat bertanding.

Awatnya yang pi guna alasan membaziaq duit rakyat? Makna kata, BN selama ni dok salah guna duit rakyat untuk kepentingan BN? Mana dia duit parti? Ka selama ni dok sesah dan belasah duit rakyat?

Satu lagi, sejak bila SB2 drpd polis dan tentera (yg dibayar gaji mereka guna duit rakyat) bekerja untuk BN terutamanya UMNOmore? Awat yg pi salahguna banyak sangat ni? Bila masa polis dan tentera jadi parti komponen BN? Patutnya SB2 polis ni pi buat siasatan tangkap tokan2 besaq dadah dan kongsi gelap. Ni dah salah bidang ni. Padan la mencanak naik 'rating' jenayah.

Nampak sangat tadak intergriti dalam kerajaan BN. Tak kata ka rakyat penyokong PR bila dok kata polis ni tali-barut BN. Dah terang lagi bersuluh salah guna kuasa. Padan la rakyat koi meluat.

Nak pebetui persepsi rakyat terhadap abgJib dan BN? Boleh. Senang ja. AbgJib saman malu ke atas akhbar luar yg dok sibuk jaja cerita kakakYa Mongol. Lepaih tu, kita sembang.

Ka gumana?

imah said...

Tak payah tanding ler Datuk weih!!!

Dah kerusi tu dia punyer..biarkan saja.

Lepaih ni kalu si Mano tu nak letak jawatan pun letaklah...BN jangan tanding. Biar depa lawan dengan bebas jer.

Kena empat lima nam PRK depa dok tanding sorang-sorang untuk rebut kerusi sendiri, orang akan nampak siapa yang biol.Melainkan PRK kerana sebab kematian atau atas sebab kes mahkamah, maka dalam keadaan demikian barulah BN bertanding. Baru "nampak cerdik" skit.

Indigo said...

Sabah Came And Went(while the stock markets seem happy)

like it came out only after the model hit
the shower - quite messy and gooey
spluttering like pieces of smithereen ice and cold blooded shards

sensing a poising danger in the flank
the suspense of a prime minister's son

on prime time tv

the editors hope najib won't over do it

like it came out only after the model hit
the shower - quite messy and gooey
spluttering like pieces of smithereen ice and cold blooded

and i need a speech therapist
and a linguist lipstick
while bernanke play keynes

parlez-vous francais, scribe

(who cares if BN tanked - just as long as KJ and Mukhirz take the credit i say that to you, scribe - vulgar as it seems)


terima kasih orang melayu sokong sasterawan negara mahu referendum

Mustapha Ong said...

Dear Datuk KJ,

DPM Muhyiddin had said that UMNO did not discuss the position of Penanti at their last political bureau meeting chaired by PM Najib. However, it is expected that the issue whether BN will contest in the Penanti by-election will be discussed in the coming BN supreme council meeting soon.

I opined that BN should not field any candidate for the by-election on the following ground:-

1. BN will neither gain nor lose in the outcome of the by-election as the seat was previously won by PKR.
2. BN should stand by its principle that it was unethical for the PKR incumbent to resign from the seat without logical reason. PKR has betrayed the trust of the voters.BN should send a strong signal of democratic protest to the opposition that elected MPs or ADUNS cannot simply resign in order to meet their political agenda.
3. The government should repeal the existing election regulations and law with the view to curb such unethical practice of forced resignation by MPs or ADUNs, contravening the spirit of parliamentary democracy.
4. At the moment SPR is bind by the law, although SPR is responsible to improve the ethics of the election procedures. Why is SPR reluctant to do so and knowing very well that there are certain loop holes in the demorcatic process?
5. To my mind the incumbent candidates can only resign from their seat, due to continous ill health,death or bankruptcy that will prevent them from serving his/her constituency.

I therefore urge the prime minister to review the existing election procedures in the interest of the public. I believe a lot of people are still unhappy when Wan Azizah gave up her seat in Permatang Pauh, for Anwar Ibrahim to be elected to parliament by such unethical tactic which remain unchallenged.

However, many critics had expressed their displeasure and a few friendly governments had a great laugh over our lack of political principle and stupidity.

Now that Anwar had reported that more by-elections are in the pipeline, although BN will not be affected by such an unethical and immoral move at the expense of the people and wastage of time and public fund.

Mr prime minister as we move ahead to support your vision through the 1Malaysia concept, we also demand that you will the guts to curb such an unethical move and the abuse of the democratic process by the opposition at the behest of PKR and the opposition. BN should not continue to play to the gallery of Anwar Ibrahim and his political antics.

If BN government cannot restrain Anwar from forcing his political antics and agenda to mislead the people, I wonder whether it's worth to continue and support the BN government in the coming 13th general election.BN should stand up to the aspirations of the rakyat and the silent majority in order for all Malaysians to support the many changes that are taking place now.

abdullahngah said...

Marah memang marah. Pengundi Penanti 72 peratus Melayu pasti membuat Umno menjadi teruk. Kalah teruk atas sebab "satu malaysia".

Satu Malaysia difahami oleh kebanyakan orang Melayu seluruh negara misi dan visinya membuang bangsa dari batang tubuh bangsa bangsa di negara ini.

Orang China dan India juga marah, kerana bangsa mereka menjadi bangsa Malaysia yang tidak pernah ada dalam kamus dunia.

Allah mencipta manusia berpuak puka berbangsa bangsa untuk kenal mengenal satu sama lain, tiba tiba hendak diubah oleh Najib supaya bangsa itu dihapuskan.

Bukan setakat bangsa bangsa yang wujud hendak dihapuskan, malah bahasa juga nampaknya akan dhapuskan agar orang Melayu tidak tahu lagi bahasa sendiri sepertimana zaman bapanya menghapuskan tulisan jawi.

Apabila bangsa Melayu, bangsa china bangsa India ditiadakan bagaimana pula dengan kedudukan institusi raja raja

Wujudnya raja Melayu kerana mereka berbangsa melayu, sedangkan raja di negara ini adalah raja Melayu,bukan raja china dan india.

mungkin suatu masa nanti orang china dan india punya keinginan untuk jadi raja, pasti status quanya berubah.

Ini membuat orang Melayu naik darah dan marah marah atas sebab kebaculan seorang perdana menteri Melayu sendiri.

nampak sangat perdana manteri baru bacul dan pengecut, kerana takut bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti.

Adalah tersangat benar apabila Tun Mahathir pernah sebut bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak pengecut.

Kalau dia bukan seorang seorang yang berani sudah lama dia membuat keputusan untuk bertanding, bukan buat kenyataan samar samar yang menyebabkan rakyat dapat membaca sikap dan sifatnya.

Seolah olah takut pada bayang bayang sendiri yang jelas tiada "gah" sebagai seorang perdana menteri yang boleh membawa perubahan yang diharap harapkan oleh rakyat.

langit biru said...

DatoKadir.

Assalamualaikum Dato' AKJ dan rakan perayap yang amat dihormati.

Dato'AKJ kerap guna perkataan "Bacul". Dalam komen saya sebelum ini, saya gunakan perkataan "Dayus" tapi tak disiarkan oleh Dato'AKJ. Saya hormati keputusan Dato'. Bagi saya, Bacul dan Dayus tu banyak persamaan!

Datuk Ahmad Saad said, "Saya terlibat dalam UMNO Ptg Pauh salama 25 tahun.Lima pilehan raya.Taring saya maseh ada di situ".

Ya lah tu Datuk Mad! Siapa tak kenal Datuk di Permatang Pauh, Bekas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh. Lebih dikenali Tok Mad Saad. Bagi saya pulak, UMNO Permatang Pauh adalah Bahagian UMNO yang paling bergolak di Malaysia, dan Tok Mad "yang masih ada taring di Permatang Pauh" adalah salah seorang pemain utamanya.

Apakah benar Dendam Kesumat Dato kpd Dato'Jalil masih belum-belum reda, padam? Apakah Dato' benar-benar turun padang semasa Datuk Arif Shah lawan DSAI baru-baru ini? Apakah Dato' berasa makin terancan dengan sokongan semakin kuat kpd Dato Nasir, Timbalan sekarang? Apakah benar Dato tersenyum lebar bila Dato' Pirdaus kalah untuk kesekian kalinya dlm PRU 12 dan pemilihan bhg umno baru-baru ini?

Dan soalan saya seterusnya, apakah BENAR Dato takut untuk bersua muka dengan DSAI? Semua orang tahu apa yang DSAI sumbang kpd Dato' sebelum ini!!!!!

Gini lah Dato! Apakata Dato' jadi calun di Penanti? Sekiranya Dato jadi calun, apakah Dato yakin akan menang? Kalau berasaskan analisis Dato, saya amat yakin kalau Dato' jadi calun, Dato sendiri tak yakin untuk menang. Apapun, saya melihat ini adalah satu penilaian Bekas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang mana kalau lah sekarang ini Dato jadi Ketua Bahagian , awal-awal lagi Dato' angkat bendera putih! Meminjam istilah Dato' AKJ sebagai BACUL!

Atas perkembangan itulah SEBAB utama UMNO akan kalah di Penanti adalah kerana politiking cantas-mencantas, pijak memijak di kalangan Dato' Dato' UMNO Bahagian Permatang Pauh begitu hebat.....semua orang tahu!!! Kelebihan UMNO Permatang Pauh adalah terlalu ramai Dato' Dato' yang masing masing ada taring tersendiri, YANG sebenarnya itulah kelemahan utama UMNO di P.Pauh. Dan saya amat yakin, keadaan ini akan terus berterusan hingga ke PRU ke 13!!!!!

Mohon diri dulu Tok Mad!

fauzi rashid said...

saya melihat minda dato' tidak bebas dari belenggu mengampu. Ini menyebabkan tulisan yang tidak berasas dan dangkal. Beranikah PM turun berkempen kali ini ketika kes altantuya tidak dipedulikan? Apakah dengan tidak memperdulikan kes altantuya bermakna pada rakyat dia tidak terlibat? Atau rakyat berpendapat sebaliknya...fikirkanlah.Kerana PM pemimpin kita sekarang..beliau wajib membersihkan diri...telus berintegriti. Pendapat YB moanoharan dibrainwash dalam ISA tdk dapat nak dinafikan begitu sahaja oleh mereka yang berfikiran bebas. Iulah taktik yang jelas jijik dalam aspek demokrasi. Matlamat menghalalkan cara..

Anonymous said...

Tetiba pula Pakatan Rakyat buat kempen bebaskan ADUN Kota Alam Shah untuk mengelakkan satu lagi PRK. Alasannya mudah, kerajaan pusat tidak menggalakkan PRK terlalu kerap kerana membazir dan Adun terbabit tidak dapat menjalankan tugas secara berkesan. Nampaknya yang cuba memerangkap akan terperangkap dengan isu kekerapan PRK yang diadakan akhir² ini. Tak sudah-sudah.......

Malik, Klang

ab said...

Salam dato,

DAH LEMAS dengan PRK ni, asyik dok melaung janji outa sana sini.

BN kata taringnya panjang dan kuat,
PR kata taring mereka lagi kuat, lagi panjang....

Last last, BARU TAHU semuanya taring palsu...gigi pun busuk dan kuning sangat.

Silap haribulan perkapita income rakyat malaysia bolih merudum sampai RM5000.00 mulai tahun ini.

MAKIN ramai remaja melayu melepak sana sini,lumba motosikal,suntik dadah,hisap candu,rogol sana-sini jadi perompak,merempat kat pusat serenti dan lokap,pi institusi pengajian setaun dua dah bungkus, kalau lepas,ramai pula setakat paras hidung kelayakannya..susah nak dijadikan perkerja etc,etc...

PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU ASYIK MENYALAK DAN TEPUK DADA sana sini!!.

Orang melayu dah terungkai dari
sifat` orang kampung' dengan kehidupan yang tenang walaupun susah...dah jadi `orang bandar' tapi tiada contoh `orang melayu bandar' sejak beratus tahun dulu.
TAK ADA SENSE of belonging kat bandar,TAK ada ROOT/ANCHOR hidup dalam bandar dan pekan.

Dah 60-70% orang melayu hidup dibandar dan pekan...kehidupan orang-orang melayu ni sekarang didalam ilusi dan mengejar mimpi.

Kata orang dulu, pangkal pun tidak,pucuk pun tidak..macam setengah tiang...

Saya fikir INDONESIA bolih jadi
contoh untuk orang melayu sekarang.
Kebanyakan nya kuat bekerja,rajin kesurau dan sanggup pindah -randah kenegara lain untuk menempuh hidup baru...

Kalau orang melayu semakin tamak haloba, Singapura jadi contoh orang melayu 10-20 tahun lagi...
SAMPAI MATI PUN BELUM TENTU MAMPU NAK BAYAR DUIT TANAH KUBUR!.

Kalau orang melayu asyik nak marah semua orang,bolih jadikan Thailand contoh...4-5 orang PM setahun..
tak kemana juga akhirnya.

Kita mahu orang melayu macam di Kota Bahru,Jakarta, Madagaskar,
Chrismas Island dan Perth... independent dan aktif dalam perniagaan kebanyakannya.

Ada pengalaman dato mengenai orang melayu di Afrika Selatan/Cape Town
dari segi kehidupan dan activiti ekonomi mereka?.

Abu Bakar Ab Rahman.

Unknown said...

Dato'

Langit Biru Telah tersasul dari Prinsip yang Dato' Ajukan... Yaitu Prinsip mempertahankan martabat Parti...
Adakah kita tidak buat apa apa kerana takut?
Wujudnya parti adalah berjuang untuk ahli dan rakyat negara....
Adakah Amerika takut berjuang diAfghanistan kerana takut dikalahkan oleh Taliban?

Langit Biru terus berada diawan nun jauh dan bukan berpijak dibumi.

Anonymous said...

Salam Dato',

BN takyah lah tanding di Penanti tu. Buang masa dan duit aje.

Tumpu perhatian pada masalah rakyat. Banyak masalah pentabiran lama masih tak di selesaikan lagi.
Pulihkan diri sendiri dulu, lepas tu tumpukan pada masalah yang dihadapi rakyat sekarang.

Tak kisahlah apa Dato nak kata, bacul ke, maruah ke, lantaklah.

Kalau menang pun, tak akan ubah kerajaan negeri Pulau Pinang. Tak taulah kalau menang, ada pulak Adun yang nak melompat, cam katak.

Yang penting sekarang, RAKYAT DIUTAMAKAN.

Anak Bayan.

Anonymous said...

mr mustapha ong..

you said BN should stand by its principle that it was unethical for the PKR incumbent to resign from the seat without logical reason. PKR has betrayed the trust of the voters.

So mean to say that the 3 frogs in Ipoh has betrayed the trust of the voters..right?

and UMNO/BN has accepted them as BN friendly ADUNS...right?

and UMNO/BN can accept corrupt charged politicians as BN friendly....right?

mr clean

Against The Wind said...

Dato AKJ,

In my opinion BN have already decided to contest Penanti, cuma belum membuat pengumuman rasmi sahaja. Strategy politik barangkali so as not to give PKR early campaign bullets against BN candidate to be.

Apa yang akan berlaku adalah UMNO akan meletakkan calun tetapi tumpuan berkempen seperti PRK sebelum ini tidak akan berlaku. Tiada lagi UMNNO bigshots turun padang except for Mahyuddin sekali dua.

Cuma UMNO Pulau Pinang dan UMNO Permatang Pauh yang akan di kerah untuk memastikan majoriti PKR dikurangkan.

Dengan cara ini kalau kalah sekali pun tidak apa ..memang dah kalah in 08 ..menang mungkin susah memandang undi Cina sudah tidak memihak kepada BN lagi.

Kepada Dato' Ahmad Saad , with all do respect saya juga asal usul nya Kubang Semang...maka saya juga tahu Dato' masih banyak pengaruh di Permatang Pauh khas nya Penanti..gunakanlah mulut manis Dato' merayu undi walau siapapun calun nya nanti.

TOOLBOX said...

Dato

Saya memang bersetuju ianya persoalan demokrasi, tanggungjawab dan prinsip. Tetapi suka atau tidak, rakyat memandang peribadi dan tidakan (yang lepas, sedang dan yang akan dibuat) oleh Presiden UMNO menjadi penanda aras bagi UMNO dan BN. Dato sendiri pun sebut beberapa tidakan yang diambil semenjak mengambil alih jawatan PM dengan mengguna alasan untuk reform bukan mengembalikan keyakinan tetapi buat rakyat makin tertanya-tanya. Sebab tu saya katakan ianya akan memakan dirinya (dan kesan sampingan memakan BN).

Terus terang BN tidak akan nampak bersih (walaupun bersih) selagi Presidennya tidak nampak bersih (atau sekurang-kurangnya cuba membersihkan diri).

Wallahu a'lam

abdullahngah said...

Apabila membaca komen dari pembahas blog dato' bertajuk: menanti kata putus BN mengenai Penanti jelas Umno Pulau Pinang tidak sokong perdana menteri Baru.

itulah yang menyebabkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak keluar kalam entah berentah hendak tanding atau tidak.

Kalau Umno pula pinang tidak beri sokongan sudah pasti calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti 31 Mei ini kalah teruk macam kalah di Parliman Pemantang Pauh.

Ini sangat memalukan kerana orang Umno jadi pembelot memberi skongan padu kepada datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan liwat kali kedua.

Mereka berdua masing masing belum bersih. Anwar dituduh melakukan liwat manakala Najib dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Patut pun Najib enggan letak calon untuk bertanding di DUn Penanti. Sebab dia tahu orang Umno tidak akan sokong sesiapa yang jadi calon.

Lebih lebih lagi Tun Abdullah Ahmad Badawi dipecat dari pengerusi Badan perhubungan Umno Pulau Pinang.Lagi marah dengan amarah.

Apa akan jadi dengan Umno sekarang. Ingat sudah mula pulih apabila presidennya diganti.

Rupa rupa nya makin parah dan membarah.

penangboyumno said...

Dato' Ahmad Saad,

Saya pernah turun berkempen di Permatang Pauh sejak di zaman universiti untuk DSAI.
Saya nampak jelas ada banyak perubahan tentang cara berkempen di sana. Sewaktu DSAI bertanding atas tiket BN dan selepas itu.
Secara ringkasnya, BN tak berkempen selepas DSAI.
Orang luar yang turun ke padang berkempen sebenarnya banyak melihat padang dari melihat orang.
Orang yang hadir kat padang 3/4 bukan yang mengundi disitu.
Memang lah nanti kalah.
Yang parti lawan, pergi rumah ke rumah, dengan tangisannya dan cerca nistanya.
This is nothing to do with the lady, this is got to do with the emotional blackmail that the lady has on Penanti.
Everybody knows that blackmail is evil.
Evil must perish.
We cannot give way to evil.
Dan mereka selalu memberi harapan kepada penduduk disitu bahawa merekalah agen perubahan.
Sebenarnya harapan itu sudah tiada. Dengan pentadbiran kerajaan yang baru harapan itu akan jelas terkubur untuk sekurang-kurangnya 2 terma lagi.
Dahlah tu, depa letak orang yang orang lain dah berulang kali tak mahu.
Kalau tak salah saya, Penanti adalah kubu kuat PAS dan bukan PKR.
Takkan orang PAS tak boleh fikir kut. Macamlah Penanti sengkek dan kuno sampai tak ada anak jati Penanti yang boleh diletak sebagai calon sampai kena letak calon yang orang tak mahu.
Kalau kita orang UMNO perlu ajar parti kita dengan mengundi lawan, mengapa tidak parti lawan berbuat demikian demi mengekalkan prinsip perjuangan masing-masing sebab bos-bos depa dah jadi macam pemimpin-pemimpin kita dulu, yang cakap tak serupa bikin.
Bukan depa nanti rugi satu sen pun. Penang masih depa punya. TKM tak akan diberi pada PAS. Nothing to loose.
Sebab itu BN perlu meletakkan calon hanya sekadar sebagai pilihan. Menangnya adalah kemenangan penduduk Penanti yang akan di cop sebagai matang dan berpendirian. Sekiranya kalah akan dianggap sebagai Penanti belum bersedia menghadapi kenyataan.
Kalau BN tak bertanding pun saya yakin pasti akan ada pertandingan di Penanti. So why not?
Kalau DAP berfikir macam Dato' Depa tak akan memerintah Penang hari ni.
Sekadar berdebat ya Dato'.

hang_nadim2 said...

Salam Dato'

Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, tetapi bangsa Melayu menjadi lemah kerana kepimpinannya.
Sekian terima Kasih.
Harap Maaf

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Dato' AKJ dan rakan-rakan dikasihi sekelian,

Dalam satu kolum lepas saya dah khabar dah kepada pakbelalang bahawa memang UMNO sekarang ini lain betul dengan jenama ASAL dulu tu.. itulah sebab mengapa ramai terpinga-pinga dengan keputusan PM Dato'Sri Najib dalam hal pencalonan di Penanti...MENANTILAH juak-juak bawahan ni. Jadi ke tak jadi ke....

Jembatan bengkok pulak, jadi ke tak jadi ke, jadi ke tak jadi ke. Jika macam ni punya sikap PM, lengkap dengan penasihat bayangannya lagi - ganti budak tingkat 4, lebih lebur lagi nampaknya. Bimbang tu ramai lagi pengikut bertukar BAHTERA MERDEKA.

Ikut saya yang tak berparti ni, tetapi setia mengundi, senang je. MASUK BERTANDING, lagi pun atau biar pun yang terjadi BN tetap memerintah pada penggal ni. Nak risau buat hape?.

Cukuplah dulu Dato'. Salam hurmat dan kasih sayang sesama rakan bloggers - jagalah perkembangan negara kita dengan penuh tanggung jawab.

Terima Kasih

DUNGUN, TERENGGANU

pakbelalang said...

The Selangor Government will launch a programme to turn Mat Rempit into useful citizens, said Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“We will announce the programme in two or three months’ time. We want to change their (Mat Rempit) ways so that they will no longer be regarded as menaces to society,” he said.

comment:

Lets monitor in 3 months time what kind of pragramme this "textbook" Mentri Besar is initiating to turn the Mat Rempit into useful citizen.

Jangan cakap tak serupa bikin. Sampai masanya dia pun lupa apa yang dia cakap dulu.

Actually, this Mentri Besar of Selangor is not an intelligent person. He looks like an intellectual but actually he is just a lucky person being with the right "godfather" (the late Tun Ismail) at the right time and place.

The way he expresses himself on certain issues, you will find that he is having difficulty to explain to the public in a clear and concise manner. All vague and a lot of contridictions and confusions.

Mungkin pasal dia GAGAP kut.

rozana said...

UMNO/BN tidak lemah kerana masih ada tampuk kuasa (media, wang & jentera). Tapi, rakyat marhaen & golongan muda meluat dengan nilai integriti yang ada pada UMNO. Contoh klasik, " dah ada rumah banglo dan kereta mercedes pun dapat duit kwapm".Kalau satu dua kes tak pa, tapi dah berleluasa sana sini. Meluat rakyat!

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

Selama 50 tahun Perikatan/BN yang bertunjangkan Melayu memerintah. Kehidupan orang-orang Melayu banyak berubah. Kalau ibu bapa dizaman sebelum merdeka atau baru merdeka merupakan petani/nelayan/penoreh getah/buruh kasar tetapi anak-anak mereka ada yang menjadi doktor, jurutera, juruterbang, pegawai Tadbir (Perkhidmatan Tadbir dan Dipomatik), diplomat, ahli koperat dan lain-lain.

Tidak dinafikan masih ada orang Melayu yang miskin. Tapi dunia mana yang tidak ada orang miskin. Di Amerika Syrikat (negara paling berkuasa di dunia)lebih 40 juta miskin. Begitu juga dengan Saudi Arabia yang kaya dengan minyak.

Tapi miskin orang Melayu hari ini tidaklah seteruk miskin sebelum merdeka. Begitu juga dengan miskin bukan Melayu. Khabarnya penerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mampu melanggan perkhidmatan astro. Wah..orang-orang Afrika akan menangis keriangan melihat keadaan ini. Di beberapa buah negara Afrika rakyat yang tidak dikategorikan sebagai miskin belum tentu dapat memasang cable tv di rumah.

Melalui dasar pelajaran yang sering dicemoh oleh orag-orang Melayu/bukan Melayu sebagai "tempang" anak-anak muda Melayu sudah boleh berfikir, meluah fikiran dan mengkritik kerajaan. Memang kita ada ISA dan beberapa akta yang didakwa menyekat kebebasan akhbar/bersuara. Tetapi blog-blog dan portal berita masih bebas menyiarkan berita-berita dan artikel-artikel yang dikira sensitif.

Perkara seumpama ini tidak berlaku di Singapura sebuah negara yang perintah oleh etnik Cina dan menjadi idola bukan Melayu di Malaysia. Di Singapura kalau kritik kerajaan individu berkenaan akan disaman dan didenda hingga jadi bangkrup. Hilang kelayakan berpolitik. Inilah bayang-bayang yang akan berlaku di Malaysia. Malahan budaya saman menyaman nampaknya mula meresap ke Malaysia.

Saya sering bertanya apakah dasar PAS dan PKR sehubungan dengan orang-orang Melayu. Apakah dasar-dasar ekonomi, pelajaran, pekerjaan dan sebaginya lebih baik dari UMNO. Bagaimana dengan isu-isu demokrasi yang sering diperjuangkan. Apakah media akan dibiarkan bebas sebebasnya. Bagaimana dengan berbagai akta yang dikatakan mengongkong akhbar dewasa ini. Apakah nanti rakyat boleh menulis dan menyiarkan apa sahaja termasuk yang bersifat perkauman iaitu salah satu punca meletusnya peristiwa 13 Mei 69. Atau Malaysia akan mengikut jejak Singapura.

Dalam pilihanraya tahun 69 kalau ingatan saya masih jelas, Datuk Asri Haji Muda (PAS)pernah berkata dia lebih rela kalau Kota Baharu dipenuhi bangunan-bangunan kayu asalkan ianya kepunyaan Melayu. Mungkin beliau membandingkan Kota Bharu dengan bangunan-bangunan batu di bandar-bandar besar Tanah Melayu yang dipunyai oleh bukan Melayu.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Ini satu hakikat. Apa yang dicapai sejak 50 tahun lalu adalah melalui sebuah kerajaan berpaksikan Melayu. Jelas Melayu membuktikan ianya boleh mmerintah dengan adil untuk semua kaum. Ini adalah kerana orang-orang Melayu bersikap pengasih dan cepat kesian pada orang. Jenerasi tua sering diceritakan tentang bagaimana pendatang-pendatang Cina yang menumpang di tanah kepunyaan Melayu untuk bercucuk tanam akhirnya berjaya membeli tanah tersebut dan tuan punya tanah (Melayu) akhirnya menjadi kuli kepada pendatang tersebut.

Sekian untuk renungan penggundi-penggundi Penanti.

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR, May 6 (Bernama) -- Tun Abdullah Ahmad Badawi's openness and transparency in administration when he took over as the Prime Minister in 2003, contributed largely to a flourishing democracy in the country, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib said since taking over, Abdullah practiced a leadership that portrayed openness and one that was receptive to criticism.

comment:

Yes, but when Pak Lah allowed openness, transparency and criticism he should also be prepared to tackle and take immediate action for all the weaknesses of his administration. But on the other hand unfortunately,he did nothing and the end result was reflected by the rakyat forcing him to resign. That shows how stupid he is and he deserved it for being naive by letting his government of BN almost "masuk longkang" !!

Pak Mat Tempe said...

cadangan saya mudah je Dato'. Usahakan penyatuan parti2 politik diMalaysia ini dibawah satu lambang macam penubuhan BN oleh Tun Razak dulu. Kita semua kan tau ada diantara parti komponen BN sekarang adalah parti pembangkang yang memenangi banyak kerusi pada masa itu. Tak mustahil kan . Senario lebih kurang sama je. Saya berhujah begitu adalah memandangkan MCA sudah tidak disokong oleh orang cina dan tempat dia telah diambil alih oleh DAP. Begitu juga orang India telah memberikan undinya kepada PKR atau DAP membuatkan MIC seolah2 lumpuh. begitu juga GERAKAN hampir hilang pengaruh dan tempat dia diambil oleh DAP. So apa yang jadi masalah, nama parti je yang lain keanggotaan sama dari segi pecahan kaum. Ringkasan nya sepeti berikut:

CINA/INDIA (GERAKAN, MIC MCA) beri undi = DAP OR PKR.

BUMIPUTRA UNDI= UMNO OR PAS OR PKR

DICADANGKAN KEANGOTAAN BN BARU,
(UMNO+PAS+PKR+DAP)+k'ponen asal=BN

Elok dikekalkan parti komponen asal (walaupun kurang berkesan) dalam BN untuk menjaga hati tetapi saya yakin mereka susah untuk bangun semula kecuali UMNO yang masih kuat.

Kebaikan dari nya,
kurang politicking,
kurang lah ketegangngan politik,
Politik stabil pelabur yakin,
Tumpu pada agenda ekonomi rakyat
Melayu bersatu hak terpelihara.
last sekali tak payah pening kepala nak memikirkan calon PRK seperti dibincang

Parti yang tak setuju tinggalkan mereka kita bincang dengan yang bersetuju berunding dulu.

Cadangan ini nampak macam mustahil tetapi tidak ada yang mustahil jika niat kita baik demi ugama,negara, rakyat dan One Malaysia. Tuhan bersama dan mempermudah dengan orang yang berniat baik. Ini telah dibuktikan oleh ayah Dato' Najib dalam penubuhan BN.

Dr Radin Johore said...

Dato Kadir.

Terima kaseh Dato kerana mengingatkan peristiwa hitam di Kelantan.Sebab itu Nik Aziz mati mati tidak mahu berkerjasama dengan UMNO/BN.Dia merupakan orang yang maseh hidup dan tahu bagaimana pahitnya PAS di perdaya dan di tipu samasa menjadi rakan BN.

Sejak tahun 1977 sahingga tahun1990,PAS hilang hak memerentak PAS dan jika tidak kerana Allah iyu maha kuasa,menghantar Tengku Razaligh,orang kuat UMNO untok bergabong dengan PAS tahun 1990,PAS tak akan mimpi untok memerentah Kelantan,

Saya amat berharap .YB Nasaruddin,Timbalan President PAS dan YB Hassan Ali membaca blok ini dan membaca sejarah pahit Kelantan dengan UMNO sabelum berair hendak menubohkan kerajaan camporan.

Jangan lah tikam belakan rakan kongsi dalam Pakatan Raayat.Manakan PAS boleh menang bagitu banyak kerusi jikalau tidak ada sokongan rakan Pakatan.

Sebab itu orang yang waras saperti Nik Aziz,tahu akan tembelang UMNO.Macam Anjing tersepit,bila kita tolong ia gigit kita kembali.

Ada kah Najib akan berani mengistiharkan dharurat di Perak.Satu option yang baik.

Bagi saya,kenyataan TUN Mahathir semalam ada relevanynya.BN dan UMNO "gopoh"sadikit.

Bagi saya option yang baik,dissolve kerajaan Negeri.Hadapi raayat sekarang."Biar kita (UMNO/BN) kalah sekarang di Perak daripada kalah dalam PR13 nanti.Sekarang orang CINA dan India amat marah dengan UMNO/BN.kerana fisco Perak.

Kapada Najib dan Rosmah isteri tersayang,Good Luck.

Happy Mother Day.

sujini said...

Tn Hj AKadir,

Saya teringat komen Awang
Selamat....
2007 - Tahun Melawat Malaysia;
2008 - Tahun Keracunan Makanan
di Sekolah-Sekolah;

2009 - Tahun Pilihan Raya Kecil
(Ini komen saya)
2012 - ????

Penanti?

Nasib sabut timbul, nasib batu
tenggelam.

Kalau BN nak bernasib sabut,
saya cadangkan kempen cara
zionis.
Sebab apa?
Sebab nak lawan parti PKR.
Penasihat parti PKR ialah
penyokong zionis.

"Use the dirtiest trick in the
book," kata orang putih.
" It takes a thief to catch a
thief"

Beritau pengundi Penanti,Penang
akan jadi negeri zionis,i.i.
Yahudi kalau mereka masih sokong
PKR dan DAP.

Nasib rakyat akan jadi macam
rakyat Palestin. Menumpang,
mengemis di negeri sendiri.
Tunjukkkan gambar kanak-kanak
/rakyat Palestin yg kena bom
dan ditembak macam katak oleh
Israel.

Tak payah lagi janji-janji
nak bina itu nak bina ini.
Tak payah lagi beri juta-juta
ringgit kpd sekolah jenis
kebangsaan.
Tak payah lagi beri tanah
kerajaan, beri rumah kpd mereka.

Beritau saja fakta sebenar
apa akan jadi kalau pembangkang
memerintah Tanah Melayu.
Makan balik ubi kayu.

Anak-anak Melayu tiada peluang
lagi belajar tinggi-tinggi
sampai masuk Universiti.
IPTA akan dibuka untuk semua kaum.
Anak orang kampong hanya tinggal
melopong.

Laungkan kita tak nak jadi
macam Palestin dan Israel.
Hidup melarat dan menagih.

Anonymous said...

Undang-undang sepatutnya tak perlu memilh bulu. Tidak kira siapa pun walaupun wartawan ataupun bekas wartawan sekalipun.
Polis perlu menjalankan tugas dengan tegas, begitu juga menterinya.

-azienmat-

saya said...

Untuk apa kita berjuang..
jika tergadai maruah bangsa,

Untuk apa kita mengenggam kuasa..
kalau tidak memanfaatkannya untuk bangsa,

Untuk apa kita bekerja..
kalau bukan untuk membantu anak bangsa,

Untuk apa kita menguasai politik..
kalau kuasa penentu bukan di tangan kita,

Untuk apa kita berjuang..
kalau bukan untuk bangsa kita,

Kesedaran yang bagaimana harus disedarkan,
Atas kesedaran apa yang harus disedarkan,
Sedarkah kita dalam ritma kesedaran,
atau bangsa ini akan disedarkan oleh mereka yang tidak sedar?

Nukilan: Jalilmm

Anonymous said...

Salam sejastera. Al kesah. Sebuah kapal berlayar dan tenang di lautan dalam, bilamana laut bergolora keadaan kapal terhoyang2 di alun ombak yg besar. bila mana keadaan laut sudah tenang captain terus mengarahkan kapal ke daratan dan terus masuk limbungan untuk di perbaiki apa yg patut.yg bocor, tiris, terus di baik pulih,seumpama baru , namun hakikat sebenarnya kapal tersebut masih lama dan tua. setelah keadaan kapal di pulehkan, maka kapal tersebut memulakan perlayaran baru, dgn captain baru, anak kapal baru yg telah di naik pangkat, dari timb. captain ke capt. penuh dan seterusnya. setelah di lautan dalam kapal tersebut terus belayar dan tenang. maka dgn tidak terduga rebutpun mendatang, maka seboklah anak kapal dan capt. dalam keadaan rebut yg kencang maka terdengarlah laongan seorang anak kapal, kebocoran2.... teriak anak kapal. maka capt. terus mengarah usahakan sesuatu utk menampong kebocoran yg ada. maka selamatlah mereka dalam mehadapi gelora tersebut, kapal tersebut terus ke limbunganuntuk memasti apa yg telah rosak dan musnah dalam keadaan kelang kabut tersebut. setelah di teliti kerosakan yg ada kapal tersebut memang sudah rosak dgn teruk, maklumlah kapal yg telah terlalu tua. maka al kesah di sambung semula. setelah di repai dan di baik pulih semula, dgn cat yg baru, seolah umpama baru dari segai rupa nya. maka mulalah berlayar kelautan lagi ddn tujuan dan distinasi yg di tuju. Captain dgn agendanya, anak kapal dgn agendanya. arah tuju adalah sama. Namun pertumpang yg biasa penuh dan padat bila mana kali ini perlayaran membawa hanya sedikit penumpang . tiap kali berlayar penumpang semakin sedikit. maka kajian pun dibuat mengapa penumpang semakit mengecil sedangk kan kapal sudah di baik pulih sebaik mingkin. setelah membuat kajian mengapa? sebenarnya penumpang hilang keyakinan dgn kapal dan capt. tersebut. Inilah yg berlaku dgn umno dan bn. rakyat hilang keyakinan, walaupun dgn agenda baru satu malaysia namun percayalah tidak akan memdapat keyakinan dari rakyat. kapal yg terlalu tua org dah tak berani nak tumpang, sejarah kapal tersebut telah mengerikan dan capt. yg barupun cakap tak serupa bikin. cakap nak memperkasakan demokrsi? yg kita baca dan dengar tangkap sana tangkap sini. apa dah jadi? tv radio puji samapai mati.akbar perdana tulis hentak kemana? msaih tak faham lagikah pemipin yg ada pangkat itukah? rakyat sekarang lain dulu waktu dulu lain. kalau nak berubah berubahlah bila lagi? org tak suka ubahlah,undang yg lapok seperti isa. nak cegah rasuah bermula dari atas baru boleh jadi. plesae be rasional bn dan umno. jgn cerita lama. kena cerita baru. tq.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).