[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[MUTAKHIR] – JALAN lama ke Ipoh berliku. Tidak lurus seperti lebuh raya baru. Begitu jugalah politik negeri “the land of grace” (Darul Ridzuan) yang penuh dengan simpang siur.
Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan yang Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.
Zambry Abdul Kadir gagal mendapatkan perintah menangguhkan penguatkuasaan perintah itu. Dia akur dan akan mengosongkan Pejabat Menteri Besar serta merta.
Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan membuat permohonan mengadap Sultan Perak pagi esok untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Belum ada kepastian sama ada Zambry akan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
[Posting Asal]
APA-APA pun yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Sehari suntuk di Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan melihat kelakuan pembesar politik, saya mendapat banyak pengajaran.Bukan daripada para pembesar politik, tetapi daripada apa yang saya lihat, dengar dan ingat. Orang Pakatan Rakyat marah. Noktah. Orang Umno pun marah, tetapi mereka juga berasa malu.
Mungkin Bandaraya Ipoh, seperti pokok beracun yang memberi nama kepadanya, telah kembali menjadi tempat toksik. Getah pokok ini digunakan oleh Orang Asli sebagai racun untuk menyumpit binatang.
Saya kembali teringat cerita Allahyarham datuk saya, Haji Hassan Md Isa mengenai kehebatan Ipoh pada tahun 1930 dan 40-an.
Pada zaman datuk saya, Ipoh dipenuhi orang putih pengurus estet dan lombong, tauke-tauke balak Cina, pekerja ladang dari India, perempuan kabaret, sarang candu, kedai todi dan kongsi gelap.
Pada waktu itu, candu halal dan pengedarannya dilesenkan oleh penjajah Inggeris. Sarang candu atau opium den dan kedai todi adalah institusi yang sebati dengan buruh ikatan dari China dan India.
Apabila orang Inggeris membenarkan dan membawa masuk buruh dari negeri China dan India, mereka mengizinkan pendatang itu membawa bersama tabiat mereka – buruh Cina dengan penagihan candu dan pekerja India dengan minuman todi.
Sesiapa yang membaca sejarah tentu terbaca cerita mengenai monopoli Inggeris ke atas perniagaan candu setelah mengalahkan Negeri China dalam dua Peperangan Candu (Opium War) daripada 1839 hingga 1860.
Siri peperangan ini berlaku apabila Inggeris melanggar undang-undang Negeri China dengan menyeludup candu dari India untuk kegunaan rakyat China.
Pada hari Khamis, 7 Mei walaupun tidak ada lagi manager orang putih, perempuan kabaret, kedai todi dan sarang candu di bandar raya itu, namun perangai segelintir penduduk dan pelawatnya tidak tumpah orang khayal candu dan mabuk todi.
Sangat mengaibkan. Kredibiliti dan kesahihan politik Perak terus menjadi bahan pertikaian. Mungkin sudah sampai masanya difikirkan kearifan mengembalikan mandat kepada pengundi.
Tetapi bukan semua yang berlaku dan dialami sehari di Ipoh itu buruk. Saya berkesempatan bertegur sapa dengan beberapa orang pembaca blog ini daripada kedua-dua belah pihak.
Bakar Penarik Beca ada di sana. Dia pakai baju hitam tsunami. Tetapi kali ini dia tidak ditangkap. Mungkin kerana dia di luar kawasan larangan macam saya. Bakar adalah veteran tunjuk perasaan dan kena tangkap sudah jadi alah bisa tegal biasa baginya.
Makanan di Ipoh boleh tahan. Jelingan seorang wanita bertudung di kedai makan Yong Suan aka "wangge" mencetuskan ilham untuk berpuisi. Siapa gerangan dia?
Pemandangan di luar daripada kawasan kepungan polis melegakan. Bangunan-bangunan lama mengingatkan kembali tahun 1950 dan 60-an. Moga-moga Majlis Bandaraya Ipoh mengekalkan bangunan-bangunan lama ini.
Perjalanan pulang melalui Jalan Persekutuan 1, iaitu jalan lama membawa saya menyusuri pekan Kampung Kepayang yang sudah ditinggalkan, Gopeng, Kampar, Temoh dan Tapah.
Sejak adanya Lebuhraya Utara-Selatan, pekan-pekan di sepanjang Jalan Persekutuan di Perak semakin usang dan ditinggalkan.
Rumah-rumah kampung yang tidak dihuni telah ditelan belukar dan semak-samun. Kita terpaksa mengintai baru nampak rumah-rumah kayu yang berseni ini dicelah-celah pokok durian, manggis, langsat dan rambutan.
Tapi teh dan kopi di kedai kopi usang yang diusahakan oleh sepasang suami isteri tua Cina di Tapah, berhampiran stesen bas masih melegakan.
Jadi, sekali-sekala elok kita tinggalkan keselesaan lebuh raya dan meninjau semula pekan-pekan kecil dan kampung-kampung yang pastinya mengembalikan nostalgia.
Pendek kata, kalau kita kenal sejarah dan kita dekati Perak di luar lingkaran sempit politik hodoh Bandaraya Ipoh, insya-Allah kita tidak akan berasa terlalu gundah-gulana, amarah dan kecewa.
129 comments:
Dato':
I couldn't agree more with you. I love to use Perak the said Perak trunk road. Perak sleepy towns still has something to offer.
Salam,
"Kembalikan mandat kepada pengundi" agaknya bukan saja perlu difikirkan, tetapi perlu disegerakan.
Mungkin itu saja jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik Perak, walaupun tentunya BN yang baru merampas kuasa di negeri itu paling sukar untuk bersetuju.
Datuk,
Apabila dua orang lelaki berebutkan seorang wanita, maka tanyalah wanita itu yang mana pilihan hatinya agar kedua-dua lelaki itu tidak bergaduh, bercakaran sehingga mendatangkan aib.
Samalah dalam hal ini, jika dua MB berebutkan satu kerajaan, maka serahkanlah kepada empunya kerajaan (rakyat) itu untuk membuat keputusan.
www.duniacacamarba.blogspot.com
Salam Dato AKJ
Melangkolis Ipoh. Kini kita kehilangan nostalgia itu satu demi satu. Hanya dapat di imbau dari karya kartunis Dato' Lat sebagai kenangan.
Salam Dato'
Bila kenal sejarah,kita kenal siapa kita,asal usul kita dan ke mana hala tuju kita..
Kita selalu berganding tangan di sepanjang jalan itu...apa yang tinggal pada kenangan dulu..zaman nenek moyang bersatu padu.
zaman kartunis Lat mengabadikan kenangan juga tenggelam..kini rakyat berantakan sesama sendiri sedang yang berkuasa tersenyum bangga..
jangan pula lupa andai di beri kuasa..umpama power rangers..
selalu2lah merenung pada yang lebih atas..
Sepandai mana, sehebat mana, sekuat mana pun kita, akan sampai waktu dan masa kita menerima timbal balasnya..
Semua telah di catur dalam sejarah..
Dato' ,
Tragedi 7 mei 2009 akan menjadi titik hitam buat BN yang memerintah negara, tarikh ini akan membangkitkan kebencian rakyat jelata bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara bilamana BN menggunakan jentera yang di milikinya untuk mencabul dewan legislatif dan undang-undang untuk menghalalkan cara.
Rakyat Malaysia pasti tidak akan melupakan peristiwa hitam ini dan akan menterjemahkan dalam PRU 13.
Slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanya sekadar slogan, BN sepatutnya menyerahkan suara keramat rakyat untuk memilih semula kerajaan Perak dan akur dengan apa jua keputusan pilihan rakyat.
Terbukti BN yang selama ini menempelak PR dengan demontrasi jalanan menggunakan jentera kerajaan untuk menjadi samseng yang buas membelasah speaker yang sah dalam DUN Perak.
Rakyat dan pengundi tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan gangster, tetapi semalam (7/5/2009) membuktikan bahawa BN memang samseng.
Dunia melihat kejadian semalam dengan menjadikannya bahan lawak semasa. Kalau dulu kita hanya melihat MP Taiwan yang bertumbuk dan bercakaran tetapi tidak melibatkan rampasan kuasa, di Malaysia penduduk dunia melihat orang-orang Malaysia lebih ganas dan buas bila menghumban speaker yang sah dan mengurungnya seperti binatang, undang-undang rimba yang dipelopori oleh BN amat memalukan Malaysia.
Sekiranya PM Najib tak akan sempat membersihkan kotoran semalam sebelum PRU 13, BN pasti dihumban oleh rakyat sepertimana Sivakumar dihumban oleh "pegawai" BN.
Amat memalukan.... rakyat akan mengenang sejarah hitam demokrasi di Malaysia..
...ia akan terus dikenang....
"KEMBALIKANLAH KUASA RAKYAT"
ANAK MALAYSIA
"Beta tak mahu masuk campur."
"Beta tak mahu masuk campur. [I don't want to get involved in this]. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want tto work with me in future, you have to respect my speech. Understand? "So go and tell that (to the Pakatan Rakyat assemblymen who had stood together in front of the royal dais) to take their seats." - Raja Dr Nazrin Shah
comment:
Belajar je tinggi-tinggi tapi tak tahu bahasa. Perangai macam "PARIAH". Memalukan. Memang bangsat. Tak menghormati Raja Melayu langsong.Menjatuhkan maruah orang Melayu, Raja kita di pandang macam tak berdaulat.
Mereka semua patut di buang daerah.
Salam DAKJ
BELIT dan Pelakon Super Handalan
Becerita tentang Ipoh, saya pernah ke sana sekali 25 tahun lepas. Lepas tu tak pergi lagi. Nasib baik ada cerita kerajaan pasir dua butir buatkan Ipoh famous balik. Betulke jalan penyelesaian di Perak ialah dengan membubarkan dewan. Saya tak setuju.
PERTAMA, tak payahlah over confident dan cakap besar sangat. Menang PRU dulu pun nasib nasib sebab ramai yg termakan PUTAR BELIT chiefnya yg cakap BERBELIT BELIT. Ingat bulan Julai ni bicara kes liwat. Kalau terbukti bersalah chief masuk jail sekali lagi. Baru tahu langit tinggi rendah. Kalau 2 kali masuk jail takkan nak BELIT dengan teori konspirasi lagi. Cukuplah dibelitnya. Memang ada Melayu masih menyokong tetepi lebih ramai yg dah menyampah sebenarnya. Tunggulah next PRU nanti.
KEDUA, kalau menang akan dikatanya pilihanraya yg adil TAPI bila kalah akan dikata SPR tak adillah dan sebagainya. Bukan saja SPR malah keputusan mahkamah sekali. Bila berpihak kepada mereka akan dikatakan adil walaupun ianya disebabkan masalah teknikal tapi bila tidak berpihak kepadanya akan dicakap macam macam. Bukan sekali dua tapi dah terlalu banyak kali. Biasalah tu KUAT BELIT macam chiefnya. SO boleh percaya ke cakap mereka???
KETIGA, Lihat betapa biadapnya ADUN pembangkang yg gila kuasa sehingga baginda sultan pun tidak dihormati. Orang yg berlakon gila setelah membunuh orang automatic akan dihantak ke hospital Tanjung Rambutan untuk diobserve. Pelakon handalan pun boleh berlakon jadi gila dalam masa 3 – 6 bulan lepas itu keluarlah watak sebenarnya. Tapi saya rasa pelakon sembah derhaka OK jugalah sebab watak mereka yg sebenar hanya diketahui oleh seluruh Malaya selepas 1 tahun 3 bulan. Baru keluar imej sebenar meraka iaitu aksi kurang ajar, biadap, tiada hormat pada raja, gangster, berlagak dan sebagainya. Saya anugerahkan mereka sebagai PELAKON SUPER HANDALAN. Tahniah. Memang macam macam alasan BERBELIT yg penyokong mereka boleh berikan tetapi kalau dah kurang ajar dan biadap mamang tak boleh disorok-sorok lagi. Kalau orang Melayu tak nampak lagi, tak tahu nak cakaplah.
KEEMPAT, PRK akan berkubur jika chiefnya masuk jail balik. PAS pula akan hanya disokong oleh penyokong tegar dan orang kafir. Lepas ni kita tengak berapa ramai orang kafir dapat seruan masuk islam dari Ustaz DAP ataupun PAS hanya untuk digula-gulakan oleh orang kafir. Dalam erti kata lain, PAS hanya syok sendiri mengatakan sokongan orang melayu kepadanya bertambah. Sekian TQ.
Salam Dato',
Saya setuju dengan pandangan Dato' supaya dikembalikan hak memileh kerajaan negeri Perak kepada rakyat melalui pilihanraya negeri sekali lagi. Tak payahlah buang duit masuk mahkamah, atau nak "menjaga hati/keputusan" sultan yang tak maksum pun, atau nak menegak "kemenangan melaui pintu belakang".... dari menghadapi porak peranda tak berkesudahan yang hanya merugikan rakyat biasa macam kita ni, saya harap PM baru ambik initiatif berbincang dengan pembangkang dan adakan pilihanraya negeri! Itulah yang terhormat dan berhemah, KALAU KEPENTINGAN RAKYAT yang diutamakan! Semoga politikus kita tak terus jadi tikus dan pikirkan kepentingan bersama.
Salam Dato',
Kontras di dalam dan di luar lingkaran 500m yang diceritakan Dato' membuatkan saya berfikir.
Politik negara dewasa ini lah yang mengusutkan ketenangan hidup rakyat.
p/s Hee menafikan dia menggunakan pepper spray terhadap seorang ADUN. Kini gambar dan klip video beliau telah ada dimana-mana. Tak tahulah jika botol yang dipegangnya itu, botol minyak wangi....
Salam Dato'
Kejadian 7 Mei telah terjadi. Ia amat memalukan. Kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung (ADUN) dan pemimpin lain mempertahankan yang mereka betul. Mungkin kedua-duanya betul... Mungkin ribu-ribu atau puluh-puluh ribu penyokong bersetuju dengan tindakan sedemikian... tapi
Bagi saya rakyat umum yang berpuluh-puluh juta itu yang akan menentukan siapa betul atau siapa salah. Bagi kebanyakan rakyat kadangkala soal betul atau salah bukan di ambil kira sangat tetapi bagaimana pihak-pihak yang terlibat menangani masalah itu yang menjadi pertimbangan.
Bagi pihak BA di Perak jadikanlah Kelantan di bawah PAS sebagai tauladan. Bertindak 'Low Profile' antaranya. Bagaimana dia boleh bertahan sampai hari ini (Besok cerita lain). Bukan kecil masalah dan tentangan. Masalah dengan Istana. Masalah dengan pemimpin pusat.Strateji yang digunakan sebelum PRU 12 juga boleh digunapakai. Biarlah pihak lawan buat apa saja. Kita lawan ikut saluran yang betul. Soal kalah tak timbul. biarlah pihak lawan berpesta mengatakan kita kalah. Rakyat yang berpuluh-puluh juta akan menentukan.
Lihat hasil yang telah diperolehi berkat kesabaran dan starateji sebelum PRU 12, PAS masih memerintah Kelantan. BA telah menawan 4 negeri lagi.
Bagi BN belajarlah dari sejarah PRU 12. Sikap memandang rendah/sambil lewa pada pendapat orang yang berlawanan dengan kita, memuji diri sendiri betul dan menyalahkan orang lain, membiarkan keputusan-keputusan yang menimbulkan kontrovesi dari pihak penguatkuasa seperti polis dan mahkamah tanpa penjelasan yang boleh diterima oleh rakyat boleh mengundang kemusnahan pada PRU 13
Kedudukan sekarang BA mempunyai peluang yang cerah untuk menggantikan BN pada PRU 13... Tapi syaratnya mengekalkan strateji sebelum dan semasa PRU 12. Di samping membuktikan kewibawan pada negeri-negeri yang telah di perintah. Peluang sebegini jarang datang. Jangan terlepas. Kalau terlepas mungkin 50 atau 100 tahun lagi akan timbul.
Bagi BN pada pandangan saya hendaklah lebih 'low profile'. biarlah rakyat yang puluh-puluh juta ini beranggapan bahawa BN telah berubah.. tidak lagi angkuh, tidak lagi memuji diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
terimakasih
Salam Dato' AKJ
Perak memang negeri yang banyak sejarah. Bandar-bandar yang Dato' sebutkan itu adalah sebahagian daripada sejarah Perak selepas penemuan bijih timah, komoditi yang menarik kuasa Inggeris campur tangan di sana. Laluan sejarah yang lebih awal adalah sepanjang tepian Sungai Perak, dari Teluk Intan hingga ke Kuala Kangsar. Pembunuhan Birch di Pasir Salak pada 1875 dijadikan alasan untuk pihak Inggeris memperkosa khazanah bumi Perak dan sistem sosialnya, termasuk membunuh pusat-pusat ekonomi tradisional dengan membangunkan bandar-bandar baru.
Atas muslihat ekonomi kononnya, imigran dibawa masuk secara besar-besaran bersama-sama dengan adat resam mereka. Bukan sahaja candu yang dibawa masuk oleh imigran Cina, bahkan kongsi gelap. Pergaduhan sesama merekalah yang mencetuskan suasana tidak tenteram di kawasan yang mereka diami. Tercetus perang dan Inggeris mengukuhkan lagi kedudukan mereka melalui Perjanjian Pangkor 1874.
Sudah menjadi resmi dasar pecah dan perintah, mereka akan menyokong yang lebih lemah di antara dua pihak. Keadaan politik yang berlaku sekarang pun tidak banyak berbeza. Saingan utama UMNO, PAS yang mengagungkan diri sebagai parti yang membela Islam, diambil sebagai rakan kongsi oleh DAP (dan PKR). Hakikatnya, DAP memperalatkan PAS sebagai pihak yang lemah mewakili kaum Melayu berbanding UMNO, untuk mencapai cita-citanya memperkosa negeri Perak secara pecah dan perintah. UMNO yang masih kuat melalui penguasaan 27 kerusi DUN dihampakan oleh rakan-rakan kongsi BNnya yang tidak cukup berpengaruh mengimbangi asakan DAP dan PKR.
Mereka merasa mereka begitu berkuasa tetapi mereka perlu sedar bahawa laluan sejarah Perak yang lebih awal turut memerhati dan sentiasa siaga. Jangan sangka air yang tenang tiada berbuaya.
Datuk,
Lama kita tidak bersua muka minum pagi. Teringin di hati tetapi kita sama-masa sibuk melihat dan menganalisa demi negara tercinta.
Saya sering ke Ipoh semenjak penamaan calon Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuat analisa serta kajian di Ipoh, Taiping dan kawasan pilihanraya. Kajian saya mengahasilkan idea yang sama dengan Datuk.
Sudah sampai masanya kita melihat kebijaksanaan memberi mandat kepada rakyat yang memungkin kan pahit kepada BN. Saya sedih apabila hasil kajian saya memalukan apabila BN diperlekehkan seperti penyamun.
Salam sedih.
zulkufli
http://zulkufli.blogspot.com
Apabila baca sepanjang jalan kenangan teringat saya kisah lama kawan kawan yang dapat peluang belajar di luar negara.
Apabila mereka balik dan bekerja sebagai "orang besar" di negara sendiri.
Belajar di luar negara jadi orang besar pula.
Ada yang jadi pensyarah dan ada yang jadi jurutera.
Apa amalan yang mereka bawa balik?
Kalau diperak orang china khayal candu dan orang india mabuk todi tapi orang Melayu mabuk arak.
Yang peliknya negara sudah mencapai kemerdekaan tapi orang besar apabila malam hilang mengunjugi kelab malam, kelab disko yang penuh dengan hudangan arak.
Di Ibu Kota atau bandaraya bandaraya di negara kita inilah amalan yang sangat popular.
Yang sunggup menyedihkan ada antara orang besar tidak tahu solat dan memang kebanyakan orang besar tidak solat pun.
Apa apa pun adakah ianya suatu hikmat dan pengajaran.
Seorang pensyarah yang tinggal bersama saya di Medan Tunku Abdul Rahman pernah ajak saya jalan jalan.
Apa yang dia beli? tidak lain dan tidak ialah buku panduan solat tulisan rumi hendak belajar solat.
Itulah orang besar kita yang berbangsa Melayu. Apa akan jadi jika orang besar jenis ini jadi perdana menteri dan timbalan perdana dan menteri kabinet.
alangkah malangnya nasib kita apa orang besar tinggal perintah Allah sedangkan arak itu ibu segala maksiat.
Polis negara kita telah membuat kajian apakah punca segala kejahatan yang berlaku di negara kita. Keputusan maktamad ialah wujudnya kelab malam dan kelab disko di ibu kota dan bandaraya seluruh negara.
Jadi apa yang dibawah oleh orang putih tetap menjadi amalan orang besar negara kita. Bukan orang china dan india, tetapi orang Melayu yang mengaku beragama Islam.Sedangkan Islam mengharamkannya.
Kita berbangga dengan kemajuan dan kemewahan tanpa ingat langsung hari pembalasan yang menjanjikan kekal dalam neraka selama lamanya dan kekal didalam syurga selama lamanya.
i do wonder if UMNO has any feeling of remorse, ever. Maybe bit malu, but surely they jest.
Dato'
Jalan Kenangan sahajalah kita yang sudah tua melalui, terutama kenangan manis....
Walau pun umur saya munkin tak lebeh sangat dari Dato' tapi "long term" memori bagi kami orang yang sudah lanjut umur lebeh terang dari "short term" memori. Ini telah di sahkan oleh pakar science yaitu orang yang lanjut umur lebeh mengingati "long term" memori dari "short term" memori....Itu lah sebabnya apabila kita berdebat mungkin yang baru baru berlaku menjadi samar sedangkan yang berzaman dulu kita ingat dengan lebeh terperinci...
Yang penting di harijadi Buddha ini kita mesti ingat pesanan Buddha yaitu yang amat penting dalam hidup kita adalah "VOLITION", yaitu NIAT...
Apa pun kita lakukan walaupun nampak baik, jika NIAT tak baik tak akan berkat...
Jadi yang penting Kita mesti berhati baik dengan berbuat dengan NIAT yang baik.....
Dato:)
Democracy is for the dogs and monkeys. That is what was shown by the participants in the dewan yg mulia in Ipoh. Those standing on the tables are probably the monkeys.
Thanks to Raja Muda for showing us how to handle the dogs and the monkeys. They deserve to be Kera(Raja)an- to run Kerajaan?.
Happy to see the monkeys behaving after the royal rebuke.
Don't let the country go to the dogs and monkeys.
Daulat Tuanku.
yy
Assalamualaikum,
PM Mohd.Najib dengan sewenang-wenangnya menyalahkan pihak pembangkang apabila berlaku kekecohan dalam sidang DUN Perak.
"Pembangkang tidak mengikut undang-undang," katanya.
Saya nak tanya: Timbalan Speaker merampas kuasa daripada Speaker yang berwibawa dan sedang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya itu mengikut undang-undang ke? Pelantikan Ganesan sebagai speaker baru secara haram itu mengikut undang-undang ke? Polis mengusung keluar Speaker V.Sivakumar untuk dkurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam tu mengikut undang-undang ke?
PM Mohd.Najib jangan memperbodoh rakyat. Anda nampaknya berfikiran Melayu totok; tidak berfikiran Islam. Anda telah gagal dalam PKI mengikut ukuran saya.
Maaf. Wassalam.
Lihat sejarah kejatuhan kerajaan agung Islam,Islam yyang merobek Islam,jika kafir jatuhkan Islam,Islam akan bangkit,tapi jika Islam yang jatuhkan Islam,Kafir yang akan gah bertakhta.Contohnya Iraq dan Afghanistan sekarang.
Ingat Melayu,Melayu lawan Melayu,Melayu dan Islam akan rugi.
Dari Mac 2008 hingga kini sudah byk hak kita tergadai krn kita saling bercakaran.Kita sudah tidak kuat spt dahulu.
Bangkit Melayu Daulatkan Islam.Daulatkan Islam Dengan Bijaksana.PAS dan UMNO harus bersatu..Perjuangan UMNO:Bangsa Dan Agama Islam
Perjuangan PAS:Agama Islam
Manusia pertama yang akan gentar jika UMNO dan PAS bergabung ialah Anwar Ibrahim
Assalamualaikum pakbelalang,
Sebenarnya pakbelalanglah yang berperangai macam "PARIAH".Memalukan. Memang bangsat!"
Saya tak hairan sangat kalau pakbelalang tak faham maksud Raja Dr Nazrin Shah apabila baginda bertitah kepada PR,"If you want to work with me in future ......" kerana pakbelalang "tak belajar tinggi-tinggi".
Biarlah saya dengan ikhlasnya memberitahu pakbelalang bahawa maksud tersirat daripada ungkapan Tuanku itu ialah peluang dan harapan untuk PR memerintah dan mentadbir Perak sudah terlalu dekat ...sekarang ni PR kenalah sabar dulu, nanti ....."You (PR) can work with me."
salam
apa yang orang melayu bising sangat pasal Perak ni? Tak sedar ke yang memerintah dulu tu DAP? kalau benci sangat dengan BN takkan lah sampai suka benar dengan DAP. Adun PAS hanya berapa kerat. PKR pula ramai kaum lain.
P.Kadir
Dah kata berpuluh2 kali. Bubar DUN dan buat election baru. Itu la seadilnya. Skrg tgk. Semua da macam beruk, lebih2 lagi BN. Buat malu je nak jd pemerintah dgn gaya mcm ni. Tu la, rakyat ckp xmau dgr. Ingat politikus ni bijak sgt ke. Bodoh tak bole di ajar ni yg susah dan menyusahkan.
Tulisan Dato' membawa saya kepada kenangan semasa budak dan remaja dikampong dimana ianya sungguh indah dan shahdu jika boleh ingin kembali kepada kehidupan tersebut. Cuaca tidak berapa panas, sungai masih bersih dan boleh mandi dan mengandungi ikan yang kadang2 sama2menangkap dengan arwah ayah tersayang , sawah padi yang menghijau masa baru tanam dan menguning semasa musim menuai.burung ciak dan tempua berterbangan makan padi. Penduduk kampung yang sentiasa ceria bercerita selepas penat bekerja. Walaupun mereka tidak kaya tetapi cukup makan dan selesa. Budi bahasa masih menjadi keutamaan. Tapi sayang rumah2 kebanyakan kita dikampung telah ditinggalkan dan penghuninya berhijrah seperti diPerak yang Dato' sebutkan. Ini berlaku mungkin peluang pekerjaan banyak di bandar atau pinggir bandar dan proses urbanisasi dlm dasar kerajaan menyusun masyarakat dari segi kaum dibandar dlm DEB dulu.
Kenangan Dato' tidak jauh beza dengan orang2 melayu yang berasal dari kampung dan berumur lebih atau kurang sedikit dari Dato'. Kenangan dan pengalaman ini mungkin tidak ada pada generasi muda sekarang.
Berbalik kepada cerita politik ni Dato' pesanan saya satu je lah kalau kita ingat KUASA itu satu amanah tuhan kita pikul dan laksanakan amanah itu sebaiknya mengikut kitab2 nya. Ini termasuklah cara kita mendapatkan kuasa itu tuhan lebih mengetahui kita tak dapat nak menyembunyikan nya walaupun berbagai2 hujah kita. Manusia dijadikan khalifah dibumi ini untuk memakmurkannya bukan menjahanamkannya. Ingatlah kita akan disoal dihari pembalasan. Tak ada siapa boleh membantu ,tak de lawyer nak bela kita melainkan amal,kebaikan,sedekah kita yang membela kita. Kalau manusia tidak alpa bahawa hidup ini ada dua tempat,didunia dan akhirat mereka akan takut untuk berlumba2 mendapatkan kuasa macam orang mabuk(sehingga keharmonian masyarakat terjejas, hilang budi bahasa sesama kita) kerana berat tanggungjawabnya. Wassalam
Dato,
Bersetuju dengan OKJ. Sebab2 yang dikatakan oleh OKJ memang tepat.
Saya berpendapat Tuanku telah membuat keputusan yang tepat. Mengapa perlu dapatkan Mandat dari Rakyat Perak lagi? Mandat telah diberi menerusi wakil mereka. Tuanku telah mengambil kira akan hal itu semua. PKR kena sabar dan tunggu PRU13.
Sekarang adalah bagi BN untuk bekerja keras. Najib perlu tumpukan perhatiannya kepada 4 negeri yang mereka tewas ni.
Saya tahu ramai Melayu yang masih menyokong UMNO. Najib jangan sesekali ketepikan orang Melayu.
Bagi saya Melayu PKR adalah oportunis. Tanpa Anwar mereka akan tenggelam. Melayu Pas, mereka macam semut. Hanya Nik Aziz penyatu mereka. Tanpa Nik Aziz, mereka akan bercelaru. Melayu DAP adalah Melayu paling bodoh, tak perlu risau kerana mereka taada pengikut. Masalah besar UMNO ialah orang UMNO sendiri.
So, UMNO perlu beri tumpuan kepada orang Melayu. Najib kena beri tumpuan pada UMNO dan orang Melayu tapi jangan lupa pula dengan BN.
Zambri, pastikan MP dan ADUN Perak BN bekerja habis-habisan agar rakyat menikmati usaha anda semua.
Selamat berjaya.
Perakian.
Salam tok,
Di perak makan-makanan juga hebat2 belaka...di ipoh sahaja jangan kita lupa pada POPIAH S.S ALI dan SATAY ENDUT ditaman kanak2(kalau tahun 80an dulu)sekarang masih ada. Distesen bas lama kita jgn lupa "NASI GANJA" dalam kedai kopitiam. Di Tapah pulak kopitiam yang datuk singgah itu (belakang kfc, kfc itu bermula tahun 1993)biasanya di datangi oleh polis2 ibu pejabat polis batang padang setiap petang habis kerja(sekitar 80an dan 90an).sederet dengan kedai kopitiam itu terdapat restoran haji(pada waktu ini diseluruh kl kita kenali sbg RESTORAN HAJI TAPAH)masa dalam darjah 2 bapa bawak saya mkn roti canai yang di buat sendiri oleh haji tersebut...yummy sampai skg masih terhidu dan terasa sedapnya.Selepas tapah kita akan jumpa deretan kedai-kedai menual jambu yang kualitinya baik dalam keaadan harga murah tak lupa juga ulam yang sinonim dengan org melayu "petai"....hinggalah sampai pintu keluar negeri perak tg malim..AYAM KAMPUNG(Bila kita nak pekena)......
Memang benar Perak banyak sejarah silamnya.
Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.
Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".
Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.
Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja Melayu mereka.
Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempapirkan sifat yang sungguh rendah moral mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja mereka.
Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan pengkhianat kepada raja mereka.
Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti "setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.
Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.
Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".
Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang telah menjatuhkan maruah Raja.
Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi raja Melayu?
Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !
Salam hurmat AKJ;
Kita amat sedih atas apa yang dilihat berlaku di Ipoh, Perak. Disini kita lihat ramai wakil wakil rakyat yang di pilih olih Rakyat, nampaknya telah menjadi KURANG AJAR dan BIADAB.Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pun sama. Sama sama kurang ajar dan BIADAP.
Mereka bersikap KURANG AJAR dan BIADAP di hadapan Raja Muda mereka.Kerana berpolitik dan mahu tunjuk berkuasa maka mereka telah jadi Manusia yang tidak berakal dan HILANG AKAL.Mereka semua sepatutnya di hantar saja ke Tanjung Rambutan.
Seorang Pemimpin yang BAIK, tidak akan bersikap demikian, samaada di hadapan Raja Muda atau di belakangnya.Percayalah MEREKA semua bukannya mewakili Rakyat tapi mewakili diri MEREKA yang niat didalamnya amatlah KOTOR dan JIJIK. Saya benar benar kesal dan sedih kerana mempunyai wakil Wakil Rakyat seperti mereka.
Si Zamri mahu tunjuk kepada BOSSnya Si Najib, dan Si Nizar pula nak tunjuk kepada DAP dan PKR, bahwa dia mampu berbuat apa saja untuk nak tunjuk dia berkuasa.Apa yang sedihnya , MEREKA berdua adalah 'Melayu' dan telah diperbodohkan olih nafsu masing masing dan diperalatkan.Begitu juga SI Sivakumar, telah di perbodohkan olih DAP. Cuba tengok orang CINA. Mana MEREKA? Mereka tepuk tangan saja.
Kenapa semua ini terjadi? Kerana 2 LEMBU terlepas kandang PKR dan ingin menyelamatkan diri. Lembu lembu kotor yang tak bermoral ini di selamatkan olih UMNO/BN. Inilah puncanya.
Saya cadangkan mereka semua termasuk semua Wakil Wakil Rakyat tak kira BN atau PR, di hantar ke Biro Tata Negara atau mana mana tempat untuk belajar agar TIDAK menjadi orang yang kurang ajar.
Semua, termasuk PM, TPM, Menteri Menteri, Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri Ketua Menteri mesti di hantar berkursus agar sentiasa berada dalam keadaan WARAS dan tahu tanggung jawab mereka sebagai Wakil Rakyat. Bukan Wakil Rakyat yang hanya ingin cari 'madu kesenangan'.Cuba buktikan Menteri Besar dan Ketua menteri dan Menteri Menteri yang SUSAH? Ada? Khir Toyo, Sahidan, Mat Taib, Idris Jusoh,Isa dan bermacam macam dan banyak lagi.....semuanya hidup senang lenang.Rakyat saja yang terhegeh hegeh kesana kemari, sokong sana sokong sini, tapi hidup susah.Apakah Rakyat sedar bahawa mereka telah di perbodohkan dengan mainan politik Wakil Wakil Rakyat yang mereka pilih?
Apakah MEREKA ini mesti kita hurmat dan sanjung? TEPUK DADA TANYA SELERA.
Kepada Najib, Anwar, Haji Hadi dan Nik Aziz.Buktikanlah kepada Rakyat bahawa KAMU benar benar berjuang untuk Rakyat dan Bangsa Kamu.KAMU dan ORANG ORANG kamu semua, tolong buktikan.
Percayalah RAKYAT bolih BUKTIKAN.
Sedihnya yang terdidik sekarang x reti nikmat singkap/kirai yang tersirat – malah jurus mata kero kesep salah baca erti.
Lebih memilukan jika anak cerdik pintar tegal x mau lonjatkan minda/mengalih sudut pandang – lantaran ditubi bertubi serap ‘fakta’ yang lazim disuling yang disogok ke mulut nganga.
» Kerana semangat jatinya x dilentur mantap meredah hingga calau balau, mengkais, menimba elmu alam semesta & menelek mata dacing penimbang yang tentu letaknya di sudut penjuru hati.
Hikmah acuan sukatan dulu ke kita ni ‘Tok..? Atau saya yang cetek salah tapsir..
~ Dak Din
Para pembahas yang dihormati sekalian,
Mengenai peristiwa mengeluarkan bekas Speaker Sivakumar daripada Dewan, butir berikut telah dimaklumkan kepada saya:
1. Bentara telah dikasari tiga kali oleh Adun yang cuba menghalang penyingkiran Sivakumar;
2. Bentara terbabit cedera di kaki, khabarnya ditimpa pasu bunga ketika bertolak-tolakan;
3. Anggota PDRM hanya mengiringi bentara dalam tugas mengeluarkan Sivakumar daripada Dewan.
Terima kasih.
Cerita yang segar. Belum pernah dengar sebelum. Enak sekali..
-azienmat-
askum Dato AKJ,
Hasbunal
Zaman dah berubah begitu cepat sekali sedar tak sedar dah lima puluh tahun lebih umno berkuasa. Kenangan kita waktu dulu tidak sama dengan apa yang dilalui oleh anak muda kini. Zaman kita waktu balik dari sekolah , waktu ptg kena pi mengaji Quran , malam wajib bersolat bersama ibubapa, tak ada masa untuk aktiviti lain. Permainan pula hanya main gasing,main guli, polis sentri, main wau . Kekadang pi cari ikan ,timba telaga ikan ,semua itu ada manfaat dan itulah yang mendidik kita menjadi insan sekarang ni.
Berlainan dari bebudak sekarang, depa main sms hp, depa chating, emel segala pergerakan mereka pantas, maklumat yang baik dan tak baik pun cepat depa terima, Itu la kenangan yang mengusik jiwa kita.
Saya setuju 100% cadangan dato' supaya kemelut DUN Perak ini dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan. Slogan baru Rakyat diutama .. nah sekarang buktikan dengan kuasa yang ada untuk menterjemahkan maksud tersebut. Tak usah pandai cakap dengan slogan yang menarik tetapi tak serupa dengan apa yang bikin. Biar rakyat yang menjadi hakim. Keputusan muktamad.
Kalau tidak ditangani segera Negeri Perak tiada berkerajaan, peristiwa yang telah terjadi pada 7 mei bukan merungkaikan masalah tetapi menambahkan lagi kekusutannya.Akhirnya siapa yang jadi mangsa. Rakyatlah yang terjerat dengan tindakan BN yang tidak budiman. Pelabur tak akan datang melabur , nak buat kilang , kena dirikan atas tanah , siapa yang nak luluskan tanah. Kalau nak berantakan sampai bila pun tak akan ada kesudahannya. Kes mahkamah akan terus meningkat di Perak, akan selesaikah dengan tindakan mahkamah?. Cara mudah ialah kembalikan hak kepada rakyat. Awat BN takut ka nak serah kembali hak kepada rakyat. Peralihan pimpinan baru dah pun berlalu , uji la tengok perubahan dan sokongan rakyat kepada UMNO. Ni la masanya.
salam dato'
kenapa orang melayu UMNO ni bangga dengan melayu bukan dengan Islam sedangkan melayu ni tak bawa mati pon.
Kuboq orang melayu pun mana ada taruk perkuburan melayu islam yang ada hanya perkuburan islam.
Cina ada kuboq depa , India ada kuboq depa, melayu ada ka kuboq melayu???
Lepas ni saya cadangkan orang UMNO wat kuboq melayu, baru mati orang tau dia melayu UMNO.
adiossss,
TayadihMaysia, Memang tepat kiasan yang anda berikan.
Apabila 2 orang lelaki berebut perempuan maka tanya lah perempuan tersebut. Hmmmm..
Tapi kalau perempuan itu dah jadi bini orang macam mana pulak, telah ditunangkan. Nak kena tanya perempuan itu?
Bagaimana pula 2 orang perempuan berebut seorang lelaki, haruu.. Siapa yang lelaki dan siapa yang perempuan ni Tayadihmaysia..
satu lagi..
Mana2 pihak akan kata itu ini. Tak kan p.kadir nak ambik keterangan mcm ni? Umumnya da jelas. Walau dlm apa jua keadaan, pihak polis atau samseng2 tak boleh masuk dewan..kecuali ada ADUN atau speaker tetiba mati kat dlm. Ini jelas atas apa alasan pun, dewan dicemari dgn tindakan polis dan samseng2 yg tak sepatutnya berada di dalam dewan. Kalau dewan kecoh dan masih gagal bersidang. wajib tunda. Bukan main heret2 org. Ni org hutan punya kerja. Kah kah kah
Salam Dato',
Pada pendapat saya, ada yang salah faham.
Pada awal perlantikan Zambry, majoritinya penyokong PR yang mahu DUN dibubarkan kerana mereka yakin akan dapat mejoriti lebih besar.
Kini selepas beberapa bulan, kemahuan untuk pembubaran DUN bukan hanya sekadar dikalangan penyokong PR sahaja.
Orang tidak berparti malahan ada dikalangan penyokong BN sendiri juga mahukan DUN dibubarkan. Dan mereka bukan yakin PR boleh menang, tapi kerana mahukan kestabilan.
Penerimaan mahkamah untuk membicarakan aduan kedua-dua BN dan PR menunjukkan bahawa banyak isu-isu adalah tidak 100% memihak kepada BN atau Perak.
Jika ada aduan yang tidak berasas, mahkamah hanya akan menolak dari membicarakannya.
Penilaian rakyat kebanyakan adalah semudah itu.
Pak Belalang rujuk kat mana kata-kata Raja Nazrin kepada Nizar tu?
Ini bukan menyindir, ini betul-betul ingin tahu. Sebab dalam gambar, saya lihat orang lain berada ditempat masing-masing. Dan melihat kedudukan Raja Nazrin dan Nizar itu, seolah-olahnya perbualan itu hanya terhad antara keduanya sahaja.
Jika ada sumber, saya juga ingin tahu apa perbualan Nizar dan Raja Nazrin semasa Nizar mengiringi Raja Muda Perak itu meninggalkan dewan tatkala ADUN lain termasuk Zambry sendiri kekal dikerusi masing-masing.
Juga untuk berkongsi dan renungan, sebelum berangkat, Raja Nazrin mengumumkan mahu bersalam dengan SEMUA ADUN (walaupun ini bukan protokol dan perlu pula menunggu sehingga berjam-jam).
Rakyat Perak sememangnya bertuah. Daulat Tuanku.
Kepada DAKJ, sekali lagi saya sarankan Dato' lihat gambar dan klip video yang banyak terdapat di internet.
Kedudukan asal pasu-pasu bunga adalah di atas lantai, bukan diatas meja speaker atau tangga menuju ke meja speaker. Jatuh? Tak mungkin.
Mungkin ke terpijak serpihan pasu yang pecah?
Yang nyata, kenyataan "Anggota PDRM hanya mengiringi bentara dalam tugas mengeluarkan Sivakumar daripada Dewan." dibuktikan sebagai tidak benar berdasarkan gambar dan klip video yang saya lihat.
Lihat sahaja laporan Utusan hari ini, berkenaan Hee Yit Foong dan pepper spray.
Hee Yit Foong mengelak dari memberi jawapan ya atau tidak sebaliknya mencabar ADUN PR membuat laporan polis jika benar dia bersalah.
Semalam mengikut laporan, Hee Yit Foong kata itu kunci hotel.
Gambar dan video jelas menunjukkan Hee Yit Foong menggunakan sesuatu yang mempunyai semburan apabila dipicit (seperti botol minyak wangi)terhadap seorang ADUN PR.
KUALA LUMPUR: Halal products need to be scientifically proven to be halal.
This requires extensive research and development initiatives and a quest for alternative ingredients to replace non-halal ingredients in halal products, said Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah, who was delivering the closing speech at the World Halal Research Summit 2009 at the Kuala Lumpur Convention Centre yesterday, said there were many areas that had a huge potential to generate profit.
comment:
I just wonder whether it is appropriate for Rosmah to the deliver the speech. Is she a minister or Director General of a Ministry?
For the past one month Rosmah seems to get a lot time space making statement on TV news.
Dulu jarang sekali isteri-isteri Perdana Menteri dapat bercakap dalam berita TV.Mereka hanya di tunjukkan berita vedeo clip sahaja tanpa bercakap.
What does that reflect? Either somebody trying to "bodek" Rosmah or Rosmah is dictating terms to Ministry of Information officials to give her maximum exposure.
Sdr A Kadir Jasin,
Walaupun tidak sekerap sesetengah orang, saya juga selalu pergi ke merata negeri di Tanah Melayu ni. Tetapi jarang melalui jalan lama, dah terlalu biasa dengan lebuhraya.
Sesekali teringin juga mengguna jalan-jalan lama. Tetapi hanya dilakukan bila terdapat sedikit kelapangan. Memang perjalanan melalui jalan-jalan alternatif ini bolih mengasyikkan.
Banyak cerita dan sejarah bolih dipelajari, cuma terpulang pada setiap insan untuk belajar atau tidak. Tetapi dari khabar berita terkini, nyata amat berkurangan pembelajaran yang diperolihi.
Sekian.
Jalan lama Taiping, Ipoh ke KL tidak lagi sehebat dulu, begitu jua dengan bandar di tepinya. Namun jalan persisiran pantai makin kerap digunakan dari KL untuk ke utara. Di situlah terletaknya Lekir, Pair Panjang, Kampung Koh, Sitiwan, Lumut dan Ayer Tawar. Kesemua mereka, Nizar, Ngeh, Nga dan Zambry mewakili kawasan di sekitar itu.
Sebagaimana biasa kawasan persisiran pantai tidak sunyi dari ombak kecil dan besar. Politik juga turut beralun.
Bandaraya Ipoh selama ini memang tenang dan indah apatah lagi suara rakyat sentiasa dihormati sehinggalah dicabuli oleh ahli-ahli politik yang rakus dan tidak memahami erti sistem demokrasi berperlembagaan.
Kembalikanlah hak dan suara kepada rakyat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan. Di manakah hak yang sepatutnya ada pada rakyat? Apalah gunanya pilihan raya apabila suara rakyat sudah tidak pentingkan lagi? Kalaulah kerajaan boleh ditentukan melalui kekerasan seperti ini, lebih baik tidak payah ada pilihan raya, lebih-lebih lagi dikatakan pilihan raya membazirkan wang rakyat.
Biarpun Bandaraya Ipoh terdiri daripada majoriti kaum Cina, namun insiden 7 Mei ini akan terus dikenang oleh semua rakyat Perak sebagai detik paling hitam di negeri mereka.
Dato janganlah anggap orang yang buat kacau itu macam khayal candu dan mabuk todi. Mereka masih berfikiran waras dan merekalah mendukung sistem demokrasi dan mencintai keadilan. Namun kalau tak tumpah macam khayal candu dan mabuk todi adalah orang-orang yang tidak tahu undang-undang di dalam dewan. Mengherdik, mengheret dan membuat keputusan dengan menggunakan undang-undang ciptaan sendiri.
Sidang DUN 7 Mei seperti sudah tidak ada undang-undang lagi. Undang-undang polis yang bermaharajalela. Hak Speaker dicabul dan diketepikan.
Perasaan cukup sedih melihat insiden sedemikian. Demokrasi memang sudah tidak ada apa-apa erti lagi. Disepak teranjang dan dilayat-layat dengan sewenang-wenangnya.
Salam Dato',
Kalau nak dituliskan semuanya tentulah menjadi panjang jalan kenangan di Perak ni. Oktober lalu saya ada bengkel di Ipoh di Hotel Casuarina sebelah bangunan UMNO Ipoh.
Tak kemana-mana sangat, tapi adalah seorang sahabat lama membawa saya berjalan2 meronda bandar Ipoh waktu malam. Makan nasi lemak ayam kampung goreng campur belut goreng. Pergi tengok pokok Ipoh yang ada dipadang stesyen keretapi Ipoh. Selepas jam 12.00 mlm gitu pondan2 Ipoh berskirt pendek ramai berdiri mundar mandir dihujung lorong2 jalan.
Sahabat saya tu memang meminati sejarah. Ditunjukannnya rumah peninggalan Ibrahim Ngah (?) yang pernah dijadikan bangunan maktab perguruan pertama di Malaya (bukannya MPSI di Tg Malim tu spt yg dimaklumi ramai). Dibawanya saya ke Kuala Sepetang (Port Weld) melihat papan tanda stesyen "Port Weld" yg masih ada dicelah2 rumah nelayan Cina di situ. Tapi yg paling menghibakan, ditunjukkan juga rumah-rumah orang-orang besar Melayu dalam bandar Ipoh yang telah menjadi milik Cina dan masjid yang terpaksa bergilir selang seminggu untuk mendirikan solat jumaat kerana dah tak ada jemaahnya yang bermukim di sekitarnya. Sejak kita merdeka, apa agaknya fungsi Sultan yang didaulatkan oleh Melayu dan UMNO yang bertempik membela bangsanya sehingga membiarkan sahaja senario ini berlaku? Are they helpless? OR hopeless? I wish I know the answer.
Pak HJ JB.
Dato',
Saya nampak kali ni Dato' pun terpaksa menegakkan benang yang basah, dek kerana sayang kepada UMNO. Malang sekali....
Azahari
Datuk,
Biarpun apa yang Datuk sebut berkenaan Bentera itu benar, boleh tak Datuk memberi komen terhadap penyingkiran Sivakumar and perlantikan Ganesan? Datuk menggunakan perkataan 'bekas'. Adakah proses penyingkiran itu betul? Setahu saya sidang Dewan pada hari Khamis tidak pernah dirasmikan oleh Sivakumar.
Pada pendapat saya, kedua-dua pihak hanya mengutamakan kepentingan politik masing-masing, sehinggakan nasib rakyat tergadai. Saya berharap krisis ini dapat diselesaikan melalui pilihan raya. Biarlah rakyat yang menentukan. Lebih baik daripada wang yang dibazirkan di mahkamah.
Salam,
Jika Sep16 berlaku, senario yg sama mungkin berlaku. Jadi PR tak leh salahkan BN. Same je. Memalukan !
Tak hormat langsung kepada Raja Nazrin.
Both sides were at fault and only solution is to get new mandate from the Rakyat.
I wish the Sultan would dissolve the DUN asap and to add 'Beta tak hendak lihat muka-muka ADUN sekarang dipersidangan akan datang'.
I could only dream this knowing it may not happened but I know many friends agreed with me.
Just my thoughts.
Nani Cheras.
Yob Perak,
"So, UMNO perlu beri tumpuan kepada orang Melayu. Najib kena beri tumpuan pada UMNO dan orang Melayu tapi jangan lupa pula dengan BN."
Lupa kot, 30% utk bumiputera opps Umnoputra dah dimansuhkan.
Maafkan saya Dato', lepas 50 tahun org Melayu Islam masih takuk lama dan bilangan org Melayu Islam murtad pun dan meningkat.
Apa peranan kita Dato'
Saya suka komen dari Dato' Salleh Majid dalam Asro, kehidupan ini adalah satu perjalanan utk balik ke kg. dan perlu bawa byk bekalan utk menuju ke "sana".
Wasalam.
Salam Datuk,
Masih ada lagikah sisa perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, membisu setelah dijerkah OKU? Alahai hulu balang PAS!!! Penakut rupanya.
Tidak adakah lagi Bilal dalam PAS untuk meneruskan perjuangan? Atau hanya tinggal burung kakak tua.
Sejak dari dulu hingga kini, DAP tetap berpegang kepada prinsip perjuangan walau pun perjuangannya berbaur perkauman - namun mereka tidak korbankan prinsip demi meraih undi.
PAS? Memperjuangkan kebenaran pun mereka tiada pendirian !!!
Pimpinan Melayu Islam PAS, UMNO, PKR - berpecah atas perkara sampingan tidak mengapa tetapi jangan berpecah atas perkara pokok!!!
zul
salam pak kadir,
bentara cedera di kaki kena tolak dan kena pasu?
polis cuma mengiringi dalam menarik dan menghumban sivakumar ke dalam stor?
bagaimana dengan ini pula pak kadir:
bentara duduk diam dan buat 'dek' sahaja bila speaker sivakumar meminta dia mengeluarkan semua yang digantung?
khabarnya bentara main bisik2 dengan setiausaha negeri yang pernah kurang ajar dengan wartawan (menjerit KELUAR!!)
sejak bila pula speaker sivakumar boleh diganti secara automatic oleh hee-hee-hee the pepper spraying gal? atas dasar apa dia boleh diganti oleh deputi hee-hee-hee ini, walhal dia masih duduk di atas kerusi speaker?
kenapa microphone sampai dimatikan? (microphone yang nyala hanya di sebelah BN sahaja) sangat terdesak kah zamb-zamb kali ini?
kenapa polis buat rekod dalam sejarah malaysia lagi, untuk kali yang pertamanya masuk ke dalam dewan persidangan? sejak bila polis boleh masuk campur urusan dewan? mungkin melayu mudah lupa rasanya, dulu masa karpal singh kena 'roughed up' dengan mafia pemuda UMNO (gimmick pemilihan UMNO, harap2 terpilih! kalau tak, buang air liur sahaja maki2 karpal singh kelmarin!) hamid albar dan musa hassan kata polis tidak ada kuasa dalam kawasan dewan...kejadian kali ini terjadi DI DALAM dewan!!! hypocrisy of the highest order!
mana pergi neutrality kakitangan kerajaan semua? bermula dari setiausaha negeri, bentara, juak-juak yang lainnya, dan tidak lupa juga polis tercinta? kenapa begitu galak meligan orang-orang PR dan sesiapa sahaja yang berseberangan dengan kerajaan? siapa bayar gaji anda semua ni, UMNO ka rakyat? anda kerja dengan siapa? tak takut makan gaji haram ke kakitangan kerajaan semua?
(MOTO KAKITANGAN KERAJAAN YANG PALING DIBENCI SEKARANG: KAMI HANYA MENURUT ARAHAN!)
padan lah mula-mula tak bagi wartawan yang tidak 'friendly' untuk meliputi persidangan ini, banyak underhanded tactics yang dah bermain di fikiran dan dirancang sebenarnya! tak apalah, kalau ini terjadi 10 tahun dulu, boleh la kami kena tipu, tapi sekarang berita kami dapat minute by minute, tidak ada masa lagi untuk di spin!!
zambry pula, kerana dah tertangkap basah melarang wartawan masuk, dengan cepat mengkambing hitamkan orang bawahannya...such is the leadership quality of this pangkor fella!
ok, ok....lupakan sajalah siapa yang bersalah, kerana dalam ilmu psychology dan public relation, walaupun kita bersalah tapi kita bermati-matian mengatakan kita tidak bersalah (dan menyalahkan orang lain pula), kita dengan sendirinya berjaya mendapatkan 'the benefit of doubt', jadi tidaklah terlalu busuk sangat bau nya walaupun najis sudah terpalit di seluruh batang tubuh!
"1Malaysia, People First, Performance Now"
If u ask me, this is just pure PR rubbish, Najib should fire those PR boys, the slogan simply ain't good enuff!
AKJ,
mungkin ada baik juga jika kedai candu dan todi seperti di zaman British di hidupkan semula.
Jadi tak lah perlu kita melihat aksi tersebut didalam dewan lagi
Hello Pak Belalang,
Naper blog kau xleh nak tengok?
Yob Perak
Dato'
A man sees what he wants to see...
Was it a Pepper Spray? No it's a Key Chain?
Was the police Dragging him out? No the police was helping him to leave...The wrong police is helping the right police drag him out?
Is BN fearful of calling for a Statewide Elections in Perak?
Why the Fear? Is it driven by Guilt?
The approach of Cowardice is looking for some tremendous external help, whether it comes from the Throne, the Sky or from the earth...You are afraid of seeing yourself..
Anybody who is interested in looking at oneself, finding out about oneself and practising on the spot could be regarded as a warrior..
yob perak,
Tak payahlah nak jengok blog saya. There is nothing there. My blog is dormant.
Itu sebab saya tumpang komen di blog Yang Berbahagia Dato' A Kadir Jasin. Itu pun kalau dia sudi melayani komen saya.
Apa sebab nak di adakan pilihanraya semula? Sedangkan BN terang2 mempunyai majoriti.
Yang minoriti sepatutnya menerima kenyataan yang mereka adalah minoriti.
Adalah bodoh untuk mereka yang majoriti menerima ajakan yang minoroti untuk satu perlawanan yang tak perlu.
Kalau PR di tempat BN sekarang, nescaya mereka akan bermati-matian tidak akan berpatah balik untuk pemilihan semula.
Masalahnya, apa sudah jadi dengan jentera penerangan kerajaan? Apakah masih belum sembuh dari virus badawi yang lembab dalam serba serbi, tak tahu nak memberi penjelasan langsung?
Macam Zoo Negara, macam-macam binatang ada...
Perangai pun serupa tiada berbeza...
KOTA BAHARU, May 9 (Bernama) -- The 1Malaysia concept mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak aims to cure the "disease" of those who like to object and disrupt peace and stability in the country said Rais Yatim.
comment:
Can the disease be cured before PRU13? It is a real challenge for Najib. All the best to him. If he fails then nothing can be done. At least he is making an effort to cure the disease.
Now the ball is on the rakyat court how receptive they want the disease to be cured.
Maybe Anwar has the prescription to cure the disease but unfortunately he will have to wait until 16th September 20...?
ISA detainees M. Manoharan, K. Vasantha Kumar and P. Uthayakumar have been released from the Kamunting detention camp.
comment:
Hopefully they have learned a very good lesson and realise what they were championing before was a futile cause which does not serve any good to the Hindu community.
It doen't pay to be arrogant especially so when you are representing the minority without giving due respect to the majority who love peace and harmony.
Tidak kena tempatnya untuk menunjukkan belang. Akhirnya makan diri sendiri terjerumus masuk kandang.
DAKJ.
PRU13 (Pengadil)
2. "Tidak guna kita menang bicara, jika kita kalah kuasa." kata DASURY
As'kum Dato',
1. When I suggested the goverment should declare emergency for Perak in my last posting to you, I know many will not agree, amongst them "Nik".
2. As I said it may sound a stupid idea, but under the present circumstances, where we have witnessed the ADUN, especially from the PR have misused and refused respect the democratic system of goverment, I don't see we can expect a simple solution that soon. In fact the "former Speaker" still claim he is still the DUN's Speaker and will still report to work as a Speaker on Monday. So where does it lead now. Another criris?
3. So when I suggested the goverment to declare State Emergency, I mean that the NOC will take over for some time, just to make sure the state machineries are in order. Then the goverment should immediately disolve the NOC and call for a fresh state election. Let then the rakyat decide after that who should be the legitemate goverment. I know this may sound easy. But I am sure there are few legal procedures involved. But what is important is that we want to see a smooth take over. Not the way is happening today. The investers will definately turn away from Perak and Malaysia if the present crisis continues without a proper solution .
kalau di amati situasi di perak ,rasa-rasanya hanya adun2 PR yang nampak melebih-lebih sedangkan para penyokong yang sering mereka hasut tidak merestui tindakan gila mereka.
walau pun ada segelintir yang keluar membantah tetapi jelas jumlahnya tidak mengambarkan apa yang diwar-warkan para pemimpin PR.
keadaan ini barangkali mencerminkan kehendak ramai rakyat yang tidak menyenangi tindak-tanduk menteri besar sebelum ini (ds nizar)terutamanya orang2 melayu, malahan dikhbarkan sebelum ini bahawa perusuh yang sanggup berbaring di jalanan menghalang kenderaan tuanku sultan perak adalah terdiri daripada orang luar dari negeri perak.
beberapa pembahas dalam blog dato ini ada yang seolah menghantar ugutan tentang GE-13,adakah pemimpin pr yakin sangat akan mendapat sokongan rakyat setelah galagat liar dan kerakusan yang mereka pertontonkan sebelum ini (11 bulan perintah),rasanya jawapannya dapat diramalkan dengan seruan para pemimpin pr yang seolah-olah meminta orang ramai keluar ke jalanan dipandang sepi semalam.
rasanya juga tumbangnya PR di perak telah melegakan sebilangan besar perasaan orang2 melayu yang telah tersilap pangkah dengan memberi undi kepada pr pada GE12 yang lalu.
BN yang menerajui semula kepimpinan negeri perak perlu teruskan pentadbiran dan berani dalam membela rakyat dengan adil dan saksama.
PR perlu belajar daripada PBS yang hanya dapat menubuhkan kerajaan selama dua minggu pada 1994 di negeri sabah,tetapi dapat menerima dengan dada yang lapang walaupun pahit untuk ditelan tetapi hakikat perlu di terima.
kalau gian sangat nak berpilihan raya insya-Allah sama-samalah kita tunggu GE-13 kelak.Sekarang ini jangan buat kacau dan ganggu orang yang berhak untuk buat kerja.
Dato
Antara event yang saya lakukan samada tahunan atau dwi-tahunan adalah memandu menggunakan jalan persekutuan mengelilingi semenanjung Malaysia melalui pekan kecil atau besar dari Johor sampai ke Perlis (walaupun tidak dapat cover semua). Hanya perlu bercuti selama seminggu, duit minyak dan tidur di budget hotel. Yang paling menyeronokkan adalah berhenti (kadang-kadang banyak kali) untuk makan di warung di ceruk-ceruk kampung sepanjang perjalanan; bukan saja murah malah menyelerakan.
Saya dapat rasakan (secara indirectly) Dato AKJ mengajak semua bertenang (daripada ammarah) dan berehat sebentar daripada berhujah mengenai pegangan politik masing-masing seterusnya mengambil iktibar daripada kejadian di Ipoh (yang sangat memalukan) terutama dalam perjalan Dato semasa pulang ke KL (sesuatu yang lama dan ketinggalan zaman sebenarnya kadang-kadang lebih berharga).
Dato mengingatkan saya kepada bapa saya. Saya dilahir dan dibesarkan di Johor (Sekarang saya menetap di Selangor). Walaupun kadang-kadang kami berlainan pandangan (politik) tetapi saya sentiasa menghormati (pandangan) beliau; bagi saya jika saya pakai "kasut" beliau baru saya tahu (kenapa) beliau berpendirian sedemikian.
Berbalik kepada situasi di Perak saya rasa (mungkin saya silap) dengan apa yang berlaku BN akan menghadapi kepayahan (kecuali di kubu-kubu kuat) pada PRU13. Tambahan pula PR (baca DAP dan PAS ) seolah-olah telah memenangi undi bangsa selain melayu; jika digabungkan (undian bangsa selain melayu) boleh mengimbangi undian pengundi melayu (baca UMNO) secara total; inilah gundah-gulana yang dimaksudkan oleh Dato (maaf jika saya silap) dan Dato bukan memandangnya dari kacamata racist tetapi lebih kepada survival berdasar pengalaman Dato sebagai seorang veteran.
Dato teruslah menulis. Adatlah samada orang suka atau tidak. Percayalah pandangan Dato amat berguna untuk kami.
Wallahu a'lam
Salam hurmat Dato AKJ;
Sayang! kadangkala kita yang gelarkan diri kita 'yangretibase', sebenarnya TIDAK FAHAM BAHASA!
Seseorang yang berilmu itu adalah seorang yang bolih mengunakan AKALnya dengan betul dan baik. Dia adalah seorang yang 'balance', dan tahu apa yang 'positif' dan 'negatif'.
Kita pergi ke Ipoh lagi.
Apakah yang dimahu olih Nizar dan 'geng gengnya'? Apakah mainan mereka? Si Nizar sepatutnya bersyukur kerana di anugerahkan Pingat 'Dato Seri' olih Paduka Sultan.Jika Nizar tidak gilakan 'kuasa' dan 'nama', maka kenapa dia menerima gelaran tersebut? Manusia tetap manusia. Sebab itu ada bahasa yang di sebutkan manusia itu sebagai 'human animal'.
Kita lihat saja saban hari, tak kira di mana, Perlis hingga ke Sabah. Ada saja cerita cerita sensasi, samaada ROGOL, BUNOH, REMPIT, RAMPOK dan bermacam macam lagi. Sehingga ada yang sanggup melepaskan nafsu GILA kepada anak anak sendiri.
Semua ini kerana pengawalan diri yang amat lemah, kerana tidak waras.Sama seperti yang kita lihat berlaku di Ipoh.Wakil Wakil Rakyat PR hilang kewarasan di hadapan Pemangku Sultan.Wakil Wakil Rakyat BN pun sama juga. HANYA ORANG GILA SAJA BERSIKAP DEMIKIAN.'Sesaat kita berada dalam keadaan kemarahan maka kita berada didalam keadaan kegilaan'.Kita sebagai orang timur tentunya punyai tingkah laku dan sopan santun yang baik dan akan menunjukan contoh yang terbaik apabila dilantik menjadi ketua atau Wakil Rakyat.
Kini gulongan manusia seperti inilah yang ramai dan mereka ini adalah yang telah kita amanahkan untuk membela nasib kita dan generasi kita yang akan datang.
Apabila dah ada kuasa maka mereka lupa asal usul mereka, darimana dan dimana mereka dahulu dan Siapa yang meletakan mereka disitu.
SEMOGA MEREKA SEMUA SEDAR AKAN PERJUANGAN MEREKA SELAMA INI.
Dato',
Kurang dari 4 tahun PRU 13, BN masih belum terlambat "mencuci" kotoran yang telah di buat oleh kuncu-kuncu@balaci BN.
Dalam UMNO transformasi yang dilakukan ialah percakaran di Perlis dan Trengganu, Perlantikan muka-muka bermasalah dengan politik wang di Melaka.
percakaran UMNO Pahang yang mahukan MB digugurkan, begitu juga Johor di mana Ghani Othman tak terpilih sebagai MT, Di Kedah pula, orang sabah menerajui UMNO Kedah.
"SEMPATKAH PM BUAT PEMBERSIHAN KURANG DARI 4 TAHUN? "
UMNO pasti di "transformasikan" selepas PRU 13.
ANAK MALAYSIA
Terlintas persoalan jikalau Tuanku Sultan Perak tidak menyebelahi BN (melantik Zambri menjadi MB) adakah kini Perak telah mendapat 2 Sultan?
UMNO memilih untuk mengikut cara yang tidak elok dan molek untuk mendapat kuasa. Tidakkah ada cara yang bermaruah untuk mendapat kuasa? Kemana perginya kesopanan Melayu? Kemana perginya adap Melayu?
Dan kini Barisan Rakyat hanya tersenyum menghulurkan tali gantung untuk UMNO mengantung diri sendiri atas tindakan mereka.
Tindakan bijak mereka merakam kejadian tersebut merupakan backfire kepada UMNO/BN. Rakyat akan menjadi hakim.
Rakyat terkejut melihat gelagat kedua belah pihak..Namun tindakan UMNO dan BN lebih menjijikkan.
Seperti ulasan Tun Mahathir, UMNO tergesa-gesa untuk merampas Perak. Di dalam tergesa-gesa akan ada kesilapan.
Memang YB-YB di dewan perak biadap dan kurang ajar. Tetapi yang salah guna kuasa, terang-terang curi duit rakyat, bagi kontrak dan kedudukan serta kuasa kat konco-konco dan son-in-law, tak kurang ajar ke? Itu tak biadap ke?
YBising
Pimpinan UMNO selalu menyebut kalau kuasa melayu lemah, umat melayu akan merempat, hidup susah di tanahair sendiri. Okay, that's fine. Tapi alangkah lebih syahdu jika pimpinan sama selalu menyebut kalau main rasuah, merempit, membohsia, melalak atas pentas, umat melayu-islam akan dibakar di api neraka, siksaan yang amat pedih. Tapi, ayat-ayat itu impossible, Itu lah darjat keislaman yang ada. Jangan marah...
Salam Dato n all,
Through all this mess we almost forgot that all this can be avoided if ex MB NIzar step down gracefully when he no longer command the majority in DUN.
All this mess can be avoided if Sivakumar (since when we let an INdian rule the state? ) did not try to cling on to power at all cost.
All this mess can be avoided.
if Pakatan rakyat take heed of Sultan Perak advice
If all parties behave gentlemenly, and accept defeat when it comes we will not be in this mess.
BN accept defeat in 2008 in Perak, likewise PR should accept defeat when 3 of their ADUn jump ship.
How about the rakyat? well to bad rakyat have choose in 2008 3 ADUN who jump ship.
So wait till next PRU to have your say. Likewise Pakatan Rakyat leaders please grow up, stop creating chaos in the Dewan, in the street and in Istana.
Bn leaders you only have a couple of years to prove your worth, otherwise you are gone.
Dato',
Nampaknya dua lagi Parti untuk kaum India akan ditubuhkan. Satu oleh Utakumar bagi sayap politik Hindraf dan satu oleh Murugayah apabila dipecat oleh PPP sebab nak lawan Presiden Kavies.
Pendaftar Pertubuhan kena letakkan syarat tambahan kepada mana-mana parti kaum India iaitu Presiden adalah seumur hidup dan mana-mana ahli nak menjadi Presiden kena tubuhkan parti baru.
Meriah betul kaum India ni. Terlalu banyak parti sampai tiada lagi warna nak dijadikan simbol hehe.
Bye/Roti Planta
Keadaan di Perak tidak akan kecoh sekiranya BN tidak takut untuk berdepan kenyataan. Sesebuah kerajaan ditentukan oleh kuasa rakyat. Biarlah rakyat pilih kerajaan yang mereka mahu.
Kalaulah di Perak pun tak berani hadapi kenyataan, bagaimana dalam pilihan raya umum kelak, nak main pilih kerajaan dalam istana juga ke?
Salam Dato,
Mengimbau tentang nostalgia negeri Perak teringat saya pada kartunis tersohor negara yang juga anak jati Perak, Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Noor Khalid.
Lat banyak melukis kartunis berdasarkan pengalamannya sendiri. Lat adalah seorang kartunis yang dikenali bukan saja dikalangan orang Melayu, bahkan juga dikalangan bangsa-bangsa lain diMalaysia.
Lukisan komedi Lat banyak mengambarkan kehidupan keharmonian kaum di Lembah Kinta ketika itu. Kehidupan yang "laid-back", suasana kampung yang damai serta kehidupan seharian berbagai kaum.
Sebagai peminat Lat, saya ada banyak menyimpan koleksi kartunis Lat, dan apabila membacanya semula teringat saya akan motosikal AJ, basikal Raleigh dan kereta Mini Cooper yang selalu ditonjolkan secara nostalgia oleh Lat.
Lukisan Lat yang meliputi berbagai ethnik kaum di Malaysia, telah diterima oleh semua lapisan kaum di Malaysia, dan dianggap kartunis pertama yang dapat memecahkan tembok perkauman.
Anak Bayan.
Saya setuju dengan antiDAP.
DAP yang memerintah Perak sebelum ini benar2 menggunakan melayu bodoh sebagai batu loncatan.
Yang memberontak depan istana Perak pun orang melayu jugak. asal lepas sembahyang jumaat je, orang melayu yang tak sedar diri ni berarak buat hal terjerit pekik.
Tak boleh nak salahkan DAP sebab mereka punya agenda cuma nak menjatuhkan melayu. Yang melayu bijak pandai boleh terpengaruh dgn diorang ni apa hal?
Pertama yang terlintas dibenak saya bila terpandang Tajuk ngomelan Dato kali ini; SEPANJANG JALAN KENANGAN' ialah lagu ciptaan A. Riyanto yang dinyanyikan oleh
Tetty Kadi tahun 70-an dulu.
Begini liriknya...
-----------------------------------
Sengaja aku datang ke kotamu
lama kita tidak bertemu
ingin diriku mengulang kembali
berjalan-jalan bagai tahun lalu
*Sepanjang jalan kenangan
kita selalu berganding tangan
sepanjang jalan kenangan
kau peluk diriku mesra
hujan yang rintik-rintik di awal bulan itu
menambah nikmatnya malam syahdu
Walau diriku kini telah berdua
dirimu pun tiada berbeda
namun kenangan sepanjang jalan itu
tak mungkin lepas dari ingatanku
-----------------------------------
Mungkin sedikit ubahsuai pada lirik
berkenaan dapat menguatkan jalan
cerita 'Sepanjang Jalan Kenangan diIpoh' yang Dato lalui minggu lepas.
Perak memang penuh dengan pelbagai sejarah. Siapa yang belajar 'Tawarih' tentu menemui nama-nama seperti Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, JWW Birch,
Gee Hin, Hai San, Perjanjian Pangkor, Ngah Ibrahim.....
Perak jugak banyak melahirkan kartunis-kartunis berbakat yang bergelanggang diKL dan yang paling tersohor tentulah Datuk Lat.
Jamal Abdillah diantara penghibur yg mengharumkan nama Perak bersama
ramai lagi rakan seangkatan dalam bidang muzik.
Perak jugak tidak ketandusan dengan barisan pelawak-pelawak berprofil tinggi yang 'lawak' mereka menjadi sebutan seluruh negara sehinggakan Datuk AKJ yang mendapat pas percuma dari Jabatan Penerangan pun tidak berpeluang menonton persembahan mereka. Full house... atau Fool Horse?
Salam Dato,
Perak dan Ipoh.
WAHAI ORANG-ORANG MELAYU....
PERAK:
Ingatlah kamu di sini bermulanya
MELAYU HILANG TAKUT kepada penjajah
sejak kurang 300 tahun....di PASIR SALAK.
PANDAI SILAT TIKAM PANDAI SENAPANG.
UNTUK MARUAH DAN KUASA RAJA MELAYU DAN TANAH MALAYU DAN ORANG MELAYU.
IPOH-
DISINI KERAJAAN MELAYU DAN MELAYU
DIJAHANAMKAN OLIH MELAYU.....tak sampai 150 tahun selepas Pasir Salak.
PANDAI KEJURUTERAAN BUNUH INSTITUSI
RAJA DAN LEGESLATIF ...
UNTUK KEKUASAAN SEORANG INDIA!.
CERDIK DAN PANDAI sungguh melayu
sekarang!.
SERONOH,MEGAH dan BANGGA mempertahan kedudukan seorang India!
SERONOH BENAR dan MEGAH BETUL MEMPERSENDA institusi raja melayu.
SERONOH,MEGAH,BANGGA benar mempermainkan institusi legislatif
negeri.
MELAYU ITU DAH LUPA UGAMA, LUPADIRI, LUPA SEGALANYA....
Yang tinggal hanyalah MEGAH,BANGGA, HALOBA dan TAMAK.......
HILANG MELAYU DIDUNIA, TINGGAL MELAYU BANGSAT SAHAJA!!!
Abu Bakar Ab Rahman
YBhg Dato'
Assamualaikum. Seperti yang dijangkakan 7 Mei 2009 memang suatu tarikh yang mendebarkan di DUN Ipoh Perak.
Kalaulah MB/ SUK Perak mengambil ingatan bahawa dizaman komunikasi yang serba canggih ini kita perlu berhati-hati kerana apa yang kita laku akan tersiar terus dan tidak dapat diselindung dengan menafikan apa yang benar-benar berlaku.Teori siapa yang dapat mengawal informasi akan mengawal keadaan sukar diwujudkan sekarang. Dari itu rancangan mengawal pemberita termasuk Dato' sendiri membuat liputan yang saksama menujukkan (samada benar atau tidak ) bahawa sudah ada perancangan untuk melakukan sesuatu yang tidak betul yang orang diluar Dewan tidak bolih tahu.
Seandainya peristiwa yang berlaku adalah sebelum YABhg TDM memberi nasehat supaya jangan gopoh membuat sesuatu kita bolihlah terima ianya sebagai kesilapan orang muda yang kurang pengelaman. Tetapi ianya berlaku selepas itu.
Tuduh menuduh siapa yang biadap dan bersalah dalam kes ini tidak susah hendak diketahui kerana khabarnya apa yang berlaku telah dirakamkan. Tiada siapa yang dapat menafikan Speaker telah diusung keluar secara fisikal dan begitu juga jika ada peristiwa pertengkaran, pergelutan dan sebagainya.
Memang benar kata DSN masalah ini tidak terjadi jika tiap-tiap orang mengikuti peraturan. Sekiranya ada perbincangan bersemuka antara SUK dan Speaker mengenai Persidangan ini sebelum ianya diadakan mungkin masalah ini tidak seburuk yang telah berlaku. Kita misti ada prinsip hormat-menghormati sesama yang bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas dan tidak menidakkan kuasa dan fungsi seseorang yang berjawatan.
Persetujuan DSN untuk menimbang cadangan YB Lim Kit Siang untuk berbincang bagi mengatasi kemelut politik Perak menampakkan DSN sudah bersedia memainkan peranan sebagai Bapa kepada rakyat Malaysia tidak kira parti politik yang dianuti.Kita kena balik kepada matlamat menjadi wakil rakyat dan seterusnya membentuk Kerajaan adalah sepatutnya untuk kepentingan rakyat.Semua wakil rakyat hendaklah berlumba-lumba memberi yang terbaik untuk rakyat dan tiada sebab mengapa mereka perlu bermusuhan antara satu dengan lain.
Dengan pendekatan baru yang diambil DSN Insyaallah tiada masalah yang tidak dapat diatasi jika itu adalah matlamat kita bersama.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya
Memang isi kandungan blog saudara boleh mencuit kenangan sesiapa pun yg membacanya. Saya dibesarkan di Taiping dan sering ke Ipoh. Semasa menunggu result MCE 1978 saya berniaga burger di Ipoh. Memang saudara pandai mengembalikan kenangan pembaca kpd Ipoh. Saya memang terlalu suka membaca blog saudara tetapi saya terlalu benci dengan kerajaan yang ada.
Salam Datuk KJ,
Bagi saya "sepanjang jalan kenangan" adalah mengimbaskan kembali apa yang telah berlaku di persidangan DUN Perak pada 07Mei 2009. Pada hari itu, Kerajaan BN telah berjaya diperkenankan kebawah Duli Sultan Perak untuk mengadakan Persidangan DUN pada sessi yang kedua. (Pada Persidangan DUN pada sessi yang pertama adalah dibawah pemerintahan kuasa kerajaan PR).
Saya suka mengimbaskan kembali bahawa yang sebenarkan kerajaan PR enggan menerima hakikat bahawa mereka telah tidak berkuasa lagi, apabila tiga wakil ADUN telah keluar daripada PR dan seterus nya "bebas" menyokong BN. Justeru BN telahpun mendapat "majoriti" (BN: 28 kerusi + 3 kerusi bebas = 31 kerusi di DUN pada bulan Februari yang lalu. PR hanya ada 28 kerusi.
Pada hakikat nya kerajaan BN di Perak telah mempunyai mandat untuk mengadakan persidangan DUN pada 07Mei setelah diperkenankan kebawah Duli Sultan. Tetapi malangnya pula pihak kerajaan PR (yang berkuasa dahulu) enggan memperakui kesalihan pemerintahan kerajaan Perak oleh BN yang telahpun diperkenankan kebawah Duli Sultan.
Pada hakikatnya, soal BN merampas kuasa daripada PR tidak harus timbul kerana PR telah kehilangan majoriti untuk terus memerintah negeri Perak pada bulan Februari yang lalu. Bekas MB Nizar tidak disingkirkan oleh Duli Sultan tetapi telah hilang kuasa majoriti daripada perhitungan jumlah kerusi PR di DUN.
Persidangan DUN pada 07Mei adalah hak muhlak kerajaan BN mengikut amalan demokrasi. Persidangan tidak akan kecoh sekiranya pihak PR menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi memerintah pada hari itu. Mereka harus akur kepada peraturan "Standing Order Dewan" dan memberi laluan kepada BN untuk menguruskan persidangan DUN yang perlu dirasmikan oleh Raja Muda Perak Wakil Sultan.
Pada hakikat nya Sivakumar bukan lagi Speaker DUN pada persidangan DUN 07 Mei itu, dan kerajaan BN berhak untuk melantik Ganesan sebagai Speaker yang baru. Yang buat kecoh siapa BN atau PR?
Tindakan untuk mengheret Sivakumar daripada kerusi Speaker adalah satu tindakan yang terpaksa dilakukan dengan bantuan pihak polis atau kakitangan dewan. Sivakumar itu gila kuasa sungguhpun talak telahpun dijatuhkan. Jadi kita seharus nya tidak menyalahkan kerajaan BN yang telah berkuasa pada masakini untuk mengambilalih pemerintahan di Perak atas Kerajaan majoriti yang sah dari segi undang-undang. Soal untuk "membubarkan DUN juga tidak timbul" dan kerajaan BN akan terus memerintah negeri Perak. Kita akan tunggu keputusan Mahkamah pada hari Isnin depan "siapa yang berhak untuk memegang jawatan MB Perak: Zambry atau Nizar?"
Salam Dato'
Bila anak-anak kecil bergaduh sesama mereka kerana berebutkan sesuatu ianya tidak buruk dipandang kerana dari situ mereka akan belajar tolenrasi, berunding dan belajar mendapatkan hak.Ianya satu proses kematangan dan kawalan emosi.
Apabila orang-orang tua yang telah melalui pelbagai proses membentuk kematangan dan kawalan emosi masih berebut-rebut tanpa boleh bersikap matang dan mengawal emosi ianya adalah satu perkara yang amat memalukan.
ab,
Kalau ab seorang bangsa Melayu, sekurang-kurangnya ada seorang manusia bernama Melayu yang faham apa kesudahannya nasib bangsanya.
Ya, benar. Melayu akan hilang didunia. Yang tinggal hanya Melayu "bangsat" yang dah lupa diri.
Bila semua bangsa Melayu dah tenggelam maka tiada siapa yang akan menyebut "inna lillah hiwainna ilaa hira jiuun". Mungkin yang akan menyebutnya nanti ialah "Tok Guru" Ngah dan Ngeh dan Sami Siva.
Too much democracy and individual right you 'll destabilise social order... that what Anwar want...
Salam Datuk,
Maaf, saya terpaksa membetulkan fakta Datuk mengenai keadaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempoh hari.
Sebagai salah seorang pekerja sebuah akhbar arus perdana, saya dilatih untuk sentiasa objektif dalam membuat setiap liputan. Melaporkan yang benar, tepat namun seperti yang Datuk maklumi, bahan perlu mencapai matlamat yang dimahukan pengarang2 di ibu pejabat atau ketua biro. Saya bertuah kerana berpeluang berada di DUN Perak bagi membuat liputan kekecohan yang sememangnya diduga semua pihak itu.
Datuk,
Sangat tidak tepat BENTARA dijadikan sandaran punca polis dibawa masuk. Sepanjang pemerhatian saya, sebelum kekecohan tercetus, Bentara DUN Perak merupakan pihak yang paling tidak profesional. Mereka bertindak bukan berdasarkan arahan Speaker mahupun Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tetapi hakikatnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim. Hampir sepanjang tempoh sehingga kira-kira selepas DUN berhenti berehat, Datuk SUK Perak bermundar-mandir beriya-iya mengarahkan Bentara hatta mendesak Abdullah Antong Sabri. Bagi saya yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, Bentara yang sepatutnya bertuankan Speaker di DUN sebaliknya terpaksa taat kepada Datuk SUK yang kami pengamal media di Perak, tahu betapa bias dan tidak profesional sebagai penjawat awam.
2) Polis bukan terpaksa dipanggil masuk tetapi telah bersedia dengan pakaian preman di luar DUN. Kelibat polis hakikatnya digunakan untuk mengusung Sivakumar keluar dari DUN bagi membolehkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memulakan titah perasmian. Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang hanya dijadikan sebab untuk khidmat polis kononnya terpaksa dikerah sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku begitu. Saya dan rakan-rakan media sangat terkejut dengan perkembangan itu bahkan ramai yang menggelengkan kepala, mengapa begitu ramai `orang yang tidak berkenaan' masuk dan mencampuri persidangan? Justifikasi tindakan itu, Speaker baru kononnya mempunyai hak berbuat demikian berdasarkan Fasal 90, Peraturan Mesyuarat. Speaker baru, Datuk R. Ganesan boleh berbuat demikian (memanggil polis) tetapi apa yang berlaku, bekas ADUN Sungkai itu tidak memanggil pun polis seperti termaktub dalam peraturan itu. Sumpah Datuk....gerombolan polis bersama dua pegawai yang salah seorangnya berpangkat Supritendan merempuh masuk dan bermula pada saat itu, polis menguasai DUN Perak.
Apa kejadah begitu? Sumpah Datuk, inilah antara salah satu liputan yang saya rasa sangat jelek untuk dihasilkan beritanya! Saya sentiasa cuba bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam tugas, tetapi kejadian membawa masuk puluhan polis ke dalam Dewan yang dianggap mulia apatah lagi ia tidak perlu dilakukan, sangat mendukacitakan.
Kepada parti pemerintah, saya yakin kalian boleh tawan Perak semula jika berlaku pilihan raya kecil negeri. Apa mahu takut, bubar sahaja DUN Perak dan bagi saya..itulah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang akan terus berpanjangan ini!
salam sejahtera...
nontonla ni...
http://www.youtube.com/watch?v=lklESQmOODY
banyak komen kata polis jahat,kejam etc etc...
saya kata polis buat kerja depa..hangpa pikiaq polis suka sangat ka nak kerja kat tempat2 riot tu..facing all nonsense ppl..
i really2 hate PR...u wanna take dis country thru demonstration?watch out...
shame on u guys!
-HAPRAK-
Abu Bakar Ab Rahman menulis
"SERONOH,MEGAH dan BANGGA mempertahan kedudukan seorang India!"
Main racist nampak, Nabi tak ajar kita utamakan bangsa tapi Islam.
Lupa lak nak tanya.... Ganeson tu siapa ya....?
Yob Perak
Pembangkang bercakap mengenai undang2 tetapi bila mahkamah putuskan besok - kita lihat apa pula kata mereka.
Shahimah said...
"Saya setuju dengan antiDAP.
DAP yang memerintah Perak sebelum ini benar2 menggunakan melayu bodoh sebagai batu loncatan."
-----------------------------------
Ada satu lagi, Umno/BN perintah guna Perlembagaan yg ditulis oleh Lord Reid.
Tanya pada Sultan pada waktu itu, siapa yg setuju dgn perlembagaan ini... Umno le...
Jus Soli.... apa citer...
Tanda2 kiamat apabila rakyat dan pemerintah tidak ikut Islam.
Apabila tiba ketika itu, Allah akan turunkan satu kaum yang cintakan Allah dan Allah cintakan mereka....
Melayu xmahu Islam??? Jgn menyesal nanti satu kaum lain akan ganti org Melayu.
Renungan:
Syaidina Umar al-Khattab RA berkata tak kala memasuki Palestine (Baitulmuqddis), "Kami kaum dimuliakan oleh Allah dgn sebab Islam dan bukan kerana bangsa Arab kami dan mana2 org yg mencari kemulian tidak mengikut kemulian yg dimuliakan oleh Allah maka dia akan dihina oleh Allah"
Salam
Yob Perak
Dato',
Sudah resam orang yang kalah saja akan tetap mahu rematch sampailah dia menang.
Soalnya, patutkah yang menang tu layan?
Bagi pihak BN, apabila ada satu negeri yang MBnya sudah didapati gugur taraf kerana tidak punya sokongan, ia bagai pucuk dicita ulam mendatanglah.
PR pun akan buat perkara yang sama, tidak ada salahnya.
Yang menjadi salah ialah apabila yang sudah hilang kelayakan tadi tak mahu terima kenyataan dan mahu rematch sampailah dia layak.
Masalahnya, rematch ini memakan masa dan duit rakyat. Lagipun, rematch akan datang sudah tidak lama.
Bukankah kalau mengikut perkiraan PR, BN akan lingkup PRU13 nanti?
Jadi, apa salahnya tunggu saja dan biarkan rakyat 'mengajar' BN nanti?
Nampaknya, belum diberi sudu pun, ada orang sudah menghabiskan kuah.
Rakyat nampaknya ada 2 pihak yang perlu 'diajar' PRU 13 nanti. Itupun kalau BN masih tak belajar dari kesilapan mereka underestimate kuasa rakyat.
Scribe,
Anda Buat Cerita Ipoh MariKah?(di mana letak dualat tuanku scribe)
can you tell me a solution
or a can you suggest me an alternative
that may help tuanku in this matter, scribe?
Terima Kasih Che Det
Sports should once again be given serious emphasis in schools to produce students who are well-rounded, Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Sunday.
comment:
It is rather shameful only now the Ministry of Education is going to emphasize seriously on sports in schools.
Hisham failed to look at this very basic school curriculum when he was the Minister of Education. His KPI was "ground zero" !!.
Tulisan Datuk meningatkan saya kepada novel karangan Anthony Burgess The Malayan Trilogy dimana dia memanggil Perak dengan nama "Lanchap".
Juga di gambarkan orang Melayu, Cina dan India sebagai "The Chinese and Indians, who did the work of the Federation while the Malays watched the coconuts fall, feared independence, which would put power entirely into the hands of the Malays, a very xenophobic lot... Work had always been an alien substance to the Malays."
Walaupun novel itu lama tapi menempelak keadaan di Perak dan menyangjung sesetengah situasi disana.
Aki Andak
Rungkup
Assalamu'alaikum Dato' AKJ
Hasbunal
Durjana BN pada Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009.
Saya nak ambil kiasan dari main bola, semua orang suka main bola, yang tak pandai main bola dia pandai pula tengok bola... ceritanya begini....
Sebelum bermula permainan Sang Pengadil akan turun kepadang,lalu menjemput pasukan pelawat dulu untuk masuk, kemudian pasukan tuan rumah , dia suruh buat saf , kemudian sang pengadil akan membilang jumlah pemain kedua-dua pasukan samada tepat kesebelasannya atau pun lebih, tetiba dia cam ada pemain yang dah dilontar kad merah pada permainan yang lalu turut berada dalam kesebelasan pasukan tersebut, sang pengadil akan mempersilakan pemain tersebut keluar padang sebelum permainan dimulakan, selagi pemain yang kena kad merah itu tidak keluar , permaianan tidak akan bermula. Tetapi pemain tersebut terus berdegil tak mau keluar lantas mengambil bola dan mengatur serangan terus ke Gol lawan dan berjaya menyumbat satu gol, terus mereka berteriak , kami dah menang...... Pada hakikat yang sebenarnya Sang Pengadil belum lagi meniup wisel sebagai tanda memulakan permainan. Oleh kerana sang Pengadil tidak menyebelahi pasukan mereka , mereka mengusung sang pengadil keluar padang dan menggantikan dengan Sang Pengadil yang baru. Itulah tamsil dan ibaratnya persidangan DUN Perak .. lu pikiaq la sendiri , siapa betul siapa salah?.
Ipoh mali manyak sombong
salam DAKJ n Bloggers,
kepada bloggers yg impikan DUN dibubarkan - bn akan menidakkannya "at all cost" yesss "at all cost"
kata2 racist bloggers mengatakan tuan speaker india - ex adun sungkai apa bangsanya?
undang2 rimba - sekali lagi dsn mencedok dan copycat statement yg lazim digunakan oleh PR
raja nazrin - sepatutnya baginda tidak perlu merasmikan persidangan,tindakan baginda seolah2 baginda boneka kpd agenda bn
kerajaan haram - keraJAAN kudeta mmg pernah berlaku dulu di kelantan, so umno mengulangi kerakusan itu di dalam dua zaman komunikasi yg berbeza
pulis dan samseng - kehadiran mereka yg tidak dijemput didlm dewan adalah penghinaan, bentara bertindak atas arahan SUK pun memualkan
p/s : kesian kpd rakyat berak.....ALAHAI
HAMBA ALLAH
Dear DAKJ'
Saya syorkan Dato Seri Zambry Kadir rekomen Pak Belalang kepada Tuanku Sultan Perak anugerah dia jawatan Orang Besar 4 Negeri Perak dengan gelaran Orang Kaya Kaya Sri Ampu di Raja.
Bercakap mengenai krisis politik di Perak ,kata mengata pro dan kontra tidak akan habis-habis selagi kita tidak bertumpu kepada isu pokoknya. Isu yang paling pokok ialah adil atau tidak , patut atau tidak sesebuah kerajaan yang telah dipilih oleh majoriti rakyat melalui pemilihan ADUN-ADUN yang mewakili parti, bukannya diri sendiri, ditumbangkan dengan cara beberapa ADUN lompat parti atau lompat keluar parti dan jadi ADUN bebas yang menyokong parti tertentu. Ketepikan isu sah atau tidak sah dari segi undang-undang atau perlembagaan. Bila 3 ADUN itu keluar parti dan menjadi BN friendly adakah mereka telah mendapat mandat majoriti pengundi yang telah memilih mereka dalam PRU12 dulu berdasarkan parti mereka? Sudah tentu tidak. Asas demokrasi ialah penentuan kuasa oleh rakyat.Sistem demokrasi yang kita pakai ialah Westminster-styled parliamentary democracy yang mana kehendak rakyat di 'bai'ah' melalui wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing(Ahli Parlimen dan ADUN).Oleh itu ADUN yang telah dipilih dalam pilihanraya adalah memegang 'bai'ah' melalui parti ini. Bila mereka mengisytiharkan diri jadi ADUN bebas , maka adalah jelas mereka telah mengkhianati 'bai'ah' tersebut.Adakah ini adil dan beretika?.Dilihat dari perspektif apa pun , baik dari segi ugama mahupun nilai-nilai sejagat, pengkhianatan adalah sesuatu yang dicela dan dilarang. Adakah UMNO/BN gembira dan berbangga menubuhkan sebuah kerajaan yang didokong oleh pengkhianat-pengkhianat?
Najib merujuk kepada kes Winston Churchill dan kes seorang senator di Amerika yang lompar parti.Tapi Najib harus paham demokrasi di Britain dan US sudah lama dewasa dan senario di sana berlainan. Seorang ahli parti di Amerika Syarikat mempunyai keterikatan yang sangat longgar dengan perti masing-masing. Mereka boleh menentang polisi parti tanpa diambil tindakan disiplin. Seorang senator, gabenor atau presiden, umpamanya, dipilih dalam pilihanraya lebih berasaskan ketokohan dirinya sendiri dan bukan partinya. Arnold Swarchzenegger dipilih menjadi Gabenor California dengan mendapat majoriti besar kerana popularitinya, bukan kerana kepopularan parti Republikan yang dia menjadi ahli.Najib juga merujuk kepada percubaan Anwar yang gagal untuk mengambilalih kuasa secara lompat parti untuk mewajarkan ambilalih kuasa di Perak. Jika kita berpegang kuat kepada etika dan integriti, patutkah kita ikut cara yang tidak betul itu?.Kalau kita ikut , maka kita dua kali limalah dengan dia. Orang berak di tengah jalan, maka kita pun berak di tengah jalan juga.Tidakkah kita kita pun sama-sama busuk?
Semua kekusutan politik ini hanya boleh diselesaikan dengan memulangkan kuasa penentuan kepada rakyat.Sekurang-kurangnya adakah pilihanraya semula di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.Suruhanjaya Pilihanraya mungkin boleh mengecualikan larangan ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada bertanding bagi membolehkan mereka bertanding sebagai calun bebas untuk menentukan benar-benarkah itu kehendak pengundi di tiga DUN itu.Baru fair and square.
Salam datuk!
Saya sokong pandangan OKJ! PR jangan ingat menang PRU 12 tempoh hari rakyat ramai menyokong mereka. Jadi saya rasa takde masalah untuk SPR bersetuju, BN di pihak Kerajaan Pusat bersetuju dan PR yang saya rasa dah lama memang inginkan.......semua sebulat suara nasihatkan Sultan Perak bubarkan DUN Perak. Kita pilihanraya semula....biar rakyat Perak termasuk teman ni tentukan siapa yang berhak jadi pihak yang berhak memerintah negeri Perak ini.
Semoga semua pihak yang terlibat jadi orang dewasa macam wajah dan tubuh badan yang ada ketika ini!
Terima kasih datuk.....
Malik
saya ucapkan setinggi2 tahniah terlebih dahulu kepada mahkamah yg telah membuat keputusan yg adil bijaksana dalam kes menteri besar perak, walaupun teru-terang saya katakan sebelumnya saya kurang yakin akan kemampuan mahkamah berlaku adil. saya yakin tidak ramai yg menjangkakan kemenangan yb nizar tetapi itulah hakikatnya.
tahniah mehkamah tinggi sekali lagi.
Dato.
Mahkamah Tinggi hari initelah mengistiharkan Nazar sabagai MB yang sah.
Satu lagi kenangan Manis dari Perak dan kenengan Pahit bagi Najib,Nazri dan Sultan Perak dan anaknya yang pandai undang2.
Dato,Oleh kerana Dato amat rapat dengan penasehat Najib,apakata dato tulis satu cerita minta DUN Perak di bubarkan.Saya tidak tahu kenapa UMNO/BN takut sangat hendak menghadapi raayat Perak.Apakah salah mereka saya tidak tahu.
Berani kerana Benar dan takut kerana Salah.
percayalah keputusan mahkamah ini telah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman yg sudah banyak kali disajikan dgn sandiwara berat sebelah selama ini.
dengan keputusan yg adil ini, kemarahan rakyat sedikit sebanyak dapat diredakan. mungkin ini adalah langkah permulaan kepada pemulihan sistem kehakiman negara kita. semoga sistem kehakiman negara ini menjadi antara sistem kehakiman yg paling berwibawa dan dihormati di asia tenggara, kalaupun tidak didunia. terima kasih datuk
Dato',
Nizar dah disahkan sebagai MB. Kini giliran Umno pula nak desak adakan pilihanraya (hari tu tak nak). Hahahaha... menjadi ahli politik ni rupanya mesti bercakap ikut arahn parti, bukan arahan agama (sifat munafik: bila bercakap dia berdusta, bila diberi amanah dia berlaku curang, bila berbalah dia melebihi batas, bila berjanji dia mungkiri)
Kalau mahkamah rayuan nak tukar keputusan pun saya harap biarkan Nizar teruskan kerajaan dan buat bayaran (sign cek) kepada kontraktor (yang tunggu dah 5 bulan)
Bye/Roti Planta
Salam,
Dato, belum update lagi ke perkembangan terbaru di Perak?
Anak Bayan.
salam DAKJ n Bloggers,
perkembangan terkini di mahkamah tinggi menyebelahi dsnj
diharap peristiwa hitam ini menjadi iktibar kpd puak2 bn bak kata tun "gelojoh"
dsnj tidak perlu bubar DUN cukuplah 3 prk perak shj bagi menjimatkan duit rakyat tetapi kalau dsai hendak memanjangkan kepada yda tuanku mirzan utk undi tidak percaya ke atas dsn....SAYA SETUJU
p/s : sidang dun 7hb tempohari tidak lebih dari pertunjukkan SARKIS DIRAJA....
HAMBA ALLAH
440pm
Correction my eailier comment:
Nizar the rightful MB. So what next?
Amacam Dato?
Nizar MB Perak..kesian abg zambry.
Tu la degil. Kata PR gila kuasa la ..tak hormat undang2 la..derhaka la. Kira yg jahat tu semua PR la. Puji la lagi UMNO dato tu. Org sibuk nak angkat rakyat hang dok sibuk nak angkat parti. Kah kah kah.
Salam Dato,
WAHAI ORANG-ORANG MELAYU....
NAH, setempayan besar cuka getah dah tertumpah lagi kekepala orang-orang melayu hari ini....
Judiciary institution sudah membuat keputusan hari ini.
AKAN TEMPIAS CUKA ITU keISTANA CANDAN dengan DUA raja melayu yang tersangat terpelajar...
BUKU MANA PULAK NAK DIRUJUK SELEPAS INI?.....
KITAB TERBAIK DAN TERSOHOR sejak 1430 tahun lalu SUDAH LAMA DILUPAKAN, BEGITU JUGA DENGAN MUAZIMNYA,IMAMNYA DAN SIAKNYA!.
ATAU JEBAT AKAN BERTIKAM DENGAN TUAH DILANTAI ISTANA BERPERMAIDANI DI LUNJAN TOMBAK DAN PARANG DARI BAWAH LANTAI ISTANA olih orang-orang cina dan india....
Akhirnya jebat dan tuah tertikam dan mati tanpa syahid...dan raja kedua gering dan istana terbakar....negeri menjadi padang jarak bertuan baru....padang yang meniksakan semua melayu bangsat...
Yang tinggal BERGEMBIRA,BERSELOKA SENENTIASA,BERPESTA SENENTIASA pasti SIKITOL dengan GROMBOLAN PENYAMUNNYA...dan simendalin...
WAHAI ORANG MELAYU...banyak mana harta dan simpanan kamu? semuanya akan dirompak,disamun dan kamu bernasib baik jika masih bernyawa lagi........
Abu Bakar Ab Rahman
Sdr Abu Bakar Abd Rahman, antara lain, berkata:
"Yang tinggal BERGEMBIRA,BERSELOKA SENENTIASA,BERPESTA SENENTIASA pasti SIKITOL dengan GROMBOLAN PENYAMUNNYA...dan simendalin..."
Sdr, siapa gerangan Si Kitol itu?
Adakah dia seorang yang berpengaruh di Istana Perak dan di Putrajaya?
Awas, Kitol ada di mana-mana.
Oh ya, apa jadi dengan nasihat Queen's Counsel yang diberikan kepada Zambry itu?
Terima kasih.
Sdr Dato Anwar Zani, antara lain, berkata:
"Dato,Oleh kerana Dato amat rapat dengan penasehat Najib,apakata dato tulis satu cerita minta DUN Perak di bubarkan."
Saya bukan penasihat Perdana Menteri atau penasihat kepada penasihat PM.
Namun kalau Sdr membaca komen saya kali ini dengan teliti, Sdr pasti terbaca hujah saya yang berbunyi:
"Mungkin sudah sampai masanya difikirkan kearifan mengembalikan mandat kepada pengundi."
Dari awal lagi saya menyarankan agar mandat dikembalikan kepada rakyat, setidak-tidaknya di tiga kerusi DUN yang penyandangnya keluar parti.
Terima kasih.
Sdr Hasbunal,
Untuk komen seterusnya TOLONG letakkan nama sdr di bawah komen, BUKAN di atas.
Terima kasih.
Dato AKJ...
Buat apa nak serabut perut n kepala lagi.
Habag kat depa 'CHUKOPLAH' 'SUDAHLAH'...
Mai kita pakat-pakat nyanyi lagu dibawah agar cepat ianya menjadi kenyataan.
1..2...3... muzik please!
Marilah Mengundi
----------------
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi
Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi
bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Salam Dato',
Pada 7 May, selepas berlakunya insiden sidang DUN Perak, saya ada memberi komen tentang kemungkinan lebih banyak fail akan difailkan dimahkamah.
Saya jangka, jika ke mahkamah, isu berikut adalah yang utama :
1.Sah atau tidak sidang DUN di bawah pokok dan resolusinya?
2.Sah atau tidak sidang DUN pada khamis lepas dan resolusinya?
3.Apakah saman atau tindakan akan diambil terhadap SUK dan lain-lain penjawat awam yang berkenaan - setakat ini, penasihat undang-undang negeri Perak telah digantung tugas.
4.Adakah status perbelanjaan kerajaan dalam tempoh 3 bulan ini akan dikira sebagai "perbelanjaan negeri" atau "salahguna wang kerajaan"?
5.Apa status JKKK dan saman mereka?
Selepas 3 bulan, kemelut di Perak bukan lagi hanya bersekitarkan isu 3 ADUN yang melompat.
Juga bukan soal parti mana kuat atau lemah.
Soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.
Kemelut di Perak MENUNTUT kerajaan negeri yang kukuh dari segi majoriti yang dikuasai kerajaan yang memerintah.
Justeru, pada pendapat saya, penyelesaiannya hanya satu iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Jika selepas itu, keputusannya masih tipis, kita hanya boleh mengharapkan kematangan ADUN dari kedua-dua belah tabir untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali.
YBhg Dato'
Assalamualaikum. Yang penting kita belajar dari apa yang telah berlaku. Dizaman yang semua cangih ini dan rakyat berpelajaran yang sebaik-baiknya kita mengambil jalan lurus. Kita janganlah cuba menipu diri dan sebaliknya berani mengatakan "a spade is a spade".
Seandainya kita bertanya kepada bekas Pengerusi SPR apa sepatutnya kita lakukan menghadapi situasi orang melompat parti, masalah tidaklah sampai sebesar ini. Sebaliknya kita tidak layan pun pendapat beliau dan inilah akibatnya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya
Salam All,
Yes High Court decided Nizar still MB. BN can make it difficult by calling emergency DUN seating and remove nizar as MB (this should be done long time ago but Sivakumar tanak panggil DUN seating.
The court is saying in short go back to DUN to remove MB so this can be done since BN hold the majority now.
So PR supporters hold your horses, It is still up to Tuanku, if he refuse to bubar dewan he can instruct for DUN to do emergency sitting and let DUN decide who will be the MB.
Lets hope though that common sense prevail and everybody act gentlemenly be it new election or emergency DUN sitting.
Sdr. A Kadir Jasin,
Mahkamah dah membuat keputusan. Apa akan berlaku seterusnya?
(1) Adakah BN akan membuat "appeal" di mahkamah yang lebih tinggi?
(2) Adakah Nizar akan memdapat perkenan untuk membubar DUN?
(3) Apakah lelongan yang diarah olih Zambry sah di segi undang-undang?
Banyak lagi persoalan yang timbul.
Yang pasti:
(1) rakyat menanggung semua ini termasuklah dengan wang-ringgit cukai; dan
(2) ekonomi masih kurang menentu.
Semua ini dibuat atas nama "ketamakkan"...!!!
Sekian.
As'kum Dato',
1. Nampaknya episod pertama Hikayat Purba Warna Negeri Perak telah selesai apabila mahkamah mengisytiharkan DS Nizar berhak tuntut tahta MB Perak.
Seperti dijangka BN akan mengemuka rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Apa yang akan berlaku selepas itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin lebih kusut lagi.
2. Mungkin selepas ini akan berlaku pula perebutan jawatan Exco, Speaker dan beli balik kereta resmi Camry. Episod ini menjadikan rakyat lebih meluat dan bosan pada wakil2 rakyat BN mahupun PR. Semuanya ini adalah angkara manusia yang gila berebut kuasa dan 'the bottom line' ialah kerana "DUIT" dan bukan lagi kepentingan rakyat yang kononnya dilaungkan oleh YB2. Kebajikan rakyat kini menjadi keutamaan nombor 8 bagi YB2 ini.
3. Oleh itu eloklah ditamatkan sahaja episod yang maha serabut yang bakal berlaku selepas ini. Oleh itu saya cadangkan supaya eloklah BN mula tunjuk sifat prihatin mereka terhadap nasib rakyat dengan menerima sahaja keputusan mahkamah itu dengan rela hati dan seterusnya tidak lagi merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan DS Nizar pula patutlah insaf dan bersedia meminta pekenan Tuanku Sultan supaya membubar DUN secepat mungkin bagi mengadakan PR Negeri. Biarlah kali ini rakyat pula menjadi Raja dengan mengunakan kuasa mereka memilih Kerajaan yang sah untuk negeri Perak. Barulah selesai episod Hikayat Kerajaan Kelam Kabut Negeri Perak Darul Ridzwan dan seterusnya "the rakyat will live happily ever after". Insyallah.
Salam hurmat Dato;
Syukur alhamdullillah, Mahkamah telah membuat keputusan.Saya tidak kisah keputusan memihak kepada sesiapa pun, yang penting kita mesti hurmat keputusan mahkamah.Semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita semua, terutama kepada Barisan Nasional dan Pakatan rakyat.
Tamparan yang amat terasa tentunya kepada Barisan nasional, terutamanya UMNO.Saya percaya, perkara ini timbul pabila 3 ADUN PR melompat dan tunjuk mahu menyokong BN. Berlakunya ini ketika pentadbiran MANTAN Perdana Menteri.
Ini menunjukan kelemahan pimpinan mantan PM ketika itu.
Kita tertunggu tunggu kejutan DSAI yang mengatakan ramai Wakil Rakyat BN akan lompat ke PR. Yang ditunggu tak kelihatan, yang tiba lain pula.Ini membuat Pemimpin BN/UMNO seronok hingga lupa daratan, dan mereka ikut alunan mainan PR. BN lupa yang tiba itu berpenyakit dan sepatutnya 'dikuarantinkan' dahulu.Ini tidak, BN/UMNO terus terima 'KETIGA' itu dengan dakapan yang mengiurkan dan lupa akan akibat yang akan menimpa mereka kelak.Kesan sebenar, hanya BN/UMNO yang tahu samaada melibatkan MORAL atau MATERIAL.
Seseorang Pemimpin atau Wakil Rakyat yang baik hanya akan memikirkan amanah yang di beri olih Pengundi Pengundinya dan janji janji yang di luahkannya ketika berkempen kepada Rakyat, bukan penting DIRI SENDIRI.Kini, apa yang kita lihat KEBANYAKAN Wakil Rakyat di Negara kita HANYA mementingkan diri sendiri, sebab itulah ramai yang SHOK SENDIRI apabila di pilih menjadi Wakil Rakyat.
Jika setiap Wakil Rakyat tahu akan tanggung jawab mereka tentunya perkara lompat melompat tidak akan timbul dan berlaku.HANYA MANUSIA YANG PUNYAI KEPERIBADIAN YANG JIJIK DAN KOTOR SAJA AKAN BERSIKAP SEDEMIKIAN.
Dengan keputusan Mahkamah ini maka kita berharap semua yang terlibat menjadi matang, tidak seperti KERBAU NAIK MINYAK yang kita lihat didalam Dewan Undangan Negeri.Mereka sepatutnya mengambil contoh contoh yang baik dan bukan mengambil dan mengikut contoh contoh Wakil Rakyat yang 'samseng' dan bersikap 'ganster' dari luar Negara.
HANYA MANUSIA YANG BAIK SAHAJA AKAN BERSIKAP BAIK DAN YANG TIDAK BAIK TENTUNYA BERSIKAP TIDAK BAIK. APAKAH WAKIL WAKIL RAKYAT KITA BAIK DAN PUNYAI SIKAP, TANGGUNG JAWAB YANG BAIK?
Dear Dato' AKJ,
Let the rakyat decide. Enough of this opera.
Datuk,
Ada antara pembahas yang cuba memutar belitkan titah Raja Nazrin terhadap DS Nizar dan Dato' Ngeh. Apa yang menghairankan saya, Raja Nazrin menitahkan Nizar supaya mendekatinya tapi kenapa Ngeh mesti ikut. Kenapa tak percaya pada Nizar ke?
Nazi berkuasa di Germany kerana pengaruh propandanya begitu juga dengan komunis di Russia dan beberapa buah negara lain. Malahan di Malaysia sendiri. Ketika Soekarno melancarkan kempen "Ganyang Malaysia" PKM juga melancarkan propagandanya melalui radio "Suara Revolusi Rakyat Malaya". Isu-isu yang dibangkitkannya ada yang tidak masuk akal. PKM juga menyeru supaya rakyat menggulingkan kerajaan yang sah.
Tentera-tentera Indonesia yang diterjunkan di Labis dikatakan menerima sambutan meriah rakyat Malaysia. Sebenarnya mereka disambut oleh tentera-tentera Malaysia. Ada yang mati ditembak dan lain-lainnya ditangkap. Sayang peta yang mereka gunakan merupakan peta lama yang diberi oleh pengkhianat-pengkhianat Malaysia. Mereka digugurkan diladang-ladang getah dan kelapa sawit dan bukannya dihutan-hutan seperti mana peta (lama).
Bagimanapun, tentera Malaysia yang sebahagian besarnya anak-anak Melayu sanggup menentang tentera-tentera Indonesia meskipun dari darah serumpun, demi taat setia kepada raja, negara dan bangsa. Tanpa taat setia anak-anak kampung yang menjadi tentera khususnya Askar Melayu dengan motto "Taat Setia" Persekutuan Tanah Melayu sudah menjadi negara komunis dalam darurat pertama (1948-60).
Inilah antara "Sepanjang Jalan Kenangan" saya sebagai anak Perak dan pernah bertugas dalam tentera dizaman konfrontasi dan darurat kedua.
Sayangnya Perak yang banyak menyaksikan pertumpahan darah anak-anak Melayu bermula dari zaman Tok Sagor, Dato Maharaja Lela dan ramai lagi ini terus bergolak. Seolah-olah ulangtayang. Plot dan watak-wataknya tidak banyak perbezaan.
Saya rasa masih ramai anak-anak Melayu yang mempunyai darah keperwiraan sebagaimana Tok Sagur, Dato Maharaja Lela, Megat Terawis atau Si Puntom. Taat setia terhadap Raja dan Negara tidak akan luntur selagi Askar Melayu menggunakan motto "Taat Setia".
Saya seringkali terkenang saat-saat manis menyanyikan lagu "Sepanjang Jalan Kenangan" bersama-sama pegawai-pegawai tentera Indonesia yang ada antaranya pernah berkhidmat dalam pasukan "Ganyang Malaysia" ketika saya berkhidmat di Eropah Timur di zaman pemerintahan komunis ditahun-tahun 80an.
ab said,
WAHAI ORANG MELAYU...banyak mana harta dan simpanan kamu? semuanya akan dirompak,disamun dan kamu bernasib baik jika masih bernyawa lagi........
comment:
Kalau Melayu nyawanya dah seperti nyawa ikan, jawabnya terus dikelar dan digoreng je. Sedab dimakan !!Habis riwayat Melayu yang kononnya takkan hilang didunia.
Sdra/Sdri pembahas dan pembaca sekalian.
Ramai pembahas mengalu-alukan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah.
Namun, kita perlu menyiapkan minda kita untuk menerima kemungkinan penyelesaian masalah di Perak tidaklah semudah atau secepat yang digambarkan. Sila beri perhatian kepada kemungkinan berikut:-
1. Zambry/BN telah pun berkata akan merayu. Proses rayuan bermula di Mahkamah Rayuan dan berakhir di Mahkamah Persekutuan. Proses ini akan mengambil masa;
2. Mohammad Nizar akan memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN;
3. Soalnya adakah setelah keputusan Baginda dicabar di Mahkamah, Baginda akan sewenang-wenang memberi perkenan?
4. Adakah Mohammad Nizar bersedia mengusulkan kepada Dewan supaya DUN dibubarkan?
5. Kalau beliau mengusulkan kepada Dewan adakah beliau akan mendapat sokongan majoriti Adun?
6. Apakah 28 Adun BN campur tiga akan mengundi menyokong usul pembubaran DUN?; dan
7. Adalah tidak mustahil isu ini berlarutan di Mahkamah dan Negeri Perak akan mempunyai “kerajaan yang tergantung.”
Terima kasih.
SHAH ALAM, May 11 (Bernama) -- Umno will harness the power of the new media to attract the young towards the party but not in the way the opposition has been using them to undermine leaders of other parties.
comment:
UMNO kalau nak pikat anak-anak muda Melayu berjinak dengan parti UMNO senang saja.
Tiap-tiap cawangan mesti disediakan UMNO Social Club House untuk anak-anak muda. Adakan berbagai aktiviti social yang boleh menyatu-padukan masyarakat pemuda dicawangan-cawangan. Tak payah cerita pasal politik sangat. Make it a very informal interaction among themselves and give them free hand to organise whatever activities they want to initiate. Ketua Bahagian and Ketua Cawangan mestilah proaktif, dan beri sokongan dan guidance untuk mereka.
Kalau facilities di Club House itu canggih dengan segala kelengkapan seperti internet, gym dll. lagi kuat tarikan anak-anak muda bersama UMNO.
Assalamualaikum Sdr.A.Kadir Jasin,
Kalau PM Mohd.Najib benar-benar mengutamakan rakyat sebagaimana laungan slogannya, beliau pasti terus akur akan kehendak rakyat terbanyak dengan mengadakan pilihan raya DUN Perak; kecualilah jika beliau seorang munafik.
Tentang perkenan Tuanku Sultan Perak, saya yakin Tuanku seorang yang berjiwa yang istimewa besarnya; apabila Tuanku menyedari akan kekhilapan baginda, saya yakin Tuanku tidak segan-segan dan tidak silu-silu untuk memperkenankan pembubaran dewan yang membolehkan pilihan raya baru diadakan.
Selepas ini,tepatlah dakwaan pakbelalang bahawa Raja Dr Nazrin Shah telah bertitah kepada Nizar " ...if you want to work with me ...."
- Daulat Tuanku -.
Datuk,
Just want to test whether this message reach you.
-sinbad-
Dato',
Sewajarnya penyokong BN menerima keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB yang sah dan DS Dd Zambry sebagai tak sah atau MB haram.
"KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT"
"DAULAT TUANKU"
"DAULAT TUANKU"
"DAULAT TUANKU"
Anak_Malaysia
Sdr. A Kadir Jasin,
Mohon permisi untok komen sikit mengenai cadangan PakBelalang.
Cadangan PakBelalang memang menarik dan berkemungkinan berjaya menarik golongan muda. Cuma kalau dibuka kepada semua golongan mesyarakat termasuk kaum lain, saya rasa bolih "kill two birds with one stone".
Akan tetapi cadangan ini mungkin susah untok dilaksanakan kerana kebanyakkan para pemimpin UMNO disetiap peringkat amat pentingkan diri sendiri.
Maka agak susah untuk mereka membuka kemudahan kepada mesyarakat umum jika tiada "pulangan yang memuaskan" untuk diri sendiri.
Kebanyakkan pemimpin UMNO sekarang amat "shortsighted". Bukan seperti pemimpin UMNO dulu kala.
Yang utama adalah kekayaan dan kesenangan diri sendiri dan bukan mesyarakat.
Jika sesuatu cadangan itu bernas tetapi tidak memberi pulangan yang memuaskan dalam masa terdekat maka cadangan tersebut tidak baik.
UMNO sekarang memilih untok "berkasta". Golongan elit yang kaya raya dan golongan miskin, papa kedana.
Golongan miskin menjadi hamba kepada golongan kaya untuk "suap pagi makan pagi, suap petang makan petang".
Semua ini dengan alasan budi yang ditaburkan olih para pemimpin terdahulu.
Sekian.
Salam. Dato' & Rakan-rakan,
Jelas sekali negara kita belum bersedia untuk mengamalkan sistem 2 parti. Bagi saya komponen yang paling tidak bersedia ialah parti-parti politik dan politikus-politikus sendiri. Hanya kerana Ahli-ahli Yang Berhormat (melihatkan dari prestasi, kelakuan, tutur bahasa dsbnya saya tidak nampak apa yang patut dihormati) tidak berkaliber, ada yang hampir masuk dalam gulungan yang nenek saya sebut "tenyin" (elok sikit dari tongong) dan samseng, rakyat terpaksa menanggung bermacam-mancam kesusahan.
Apa tidaknya? Ekonomi tidak terurus kerana kerajaan dan pembangkang tidak peduli. Jenayah makin menjadi-jadi kerana pasukan polis yang tidak mencukupi dibebani tugas-tugas menyiasat lapuran-lapuran, mengawal ketenteraman awam dan menjejak bekas-bekas kekasih YB-YB. Tugas-tugas ini sepatutnya tidak timbul.
Wang rakyat dibelanjakan untuk pihanraya kecil yang terpaksa diadakan hanya kerana si suami hendak menjadi YB, si YB yang disiasat atas tuduhan rasuah hendak melanjutkan pelajaran, YB bawa isteri tidak sah ke majlis rasmi kerajaan dan entah apalagi selepas ini.
Yang lebih membimbangkan ialah keadaan perpaduan kaum yang saya kira terburuk sejak kita merdeka.
Pada hemat saya, tugas dan tanggungjawab politik saya sebagai seorang rakyat yang bukan politikus hanyalah sekali setiap 4-5 tahun iaitu mengundi di pilihanraya umum atau pilihanraya kecil bila ADUN/Wakil Rakyat saya jadi gila, jatuh sakit atau meninggal dunia.
Selebihnya terpulang pada kerajaan dan pembangkang untuk melakukan apa yang perlu untuk kesejahteraan rakyat. Samada rakyat berpuashati atau tidak akan ditentukan dalam pilihanraya umum.
Saya tidak patut dihasut merusuh untuk membantu politikus-politikus menjalankan tugas mereka.
Berbalik kepada kemelut di negeri Perak, sebagai anak Perak (Batu Gajah) saya sedih dan malu. Walaupun saya telah katakan bahawa pilihanraya kecil disebabkan selain dari kegilaan, kesihatan dan kematian adalah satu pembaziran dan kezaliman, saya tidak nampak cara lain untuk negeri Perak dan rakyatnya keluar dari keadaan sekarang.
Ape nak kate Yeop, doghian udah abaeh, bau tempoyak ade lagi.
Datuk....
Biarkan saja lah PKR bubarkan dewan Perak tu,mungkin mereka ingat mereka dapat sokongan padu,hanya yang diketahui sokongan bukan Melayu saja yang bertambah,tetapi sokongan Melayu terhadap UMNO tak berubah,elok jugak lah dibuat PRK untuk Perak,dapatlah di analisa sokongan bukan Melayu ini terhadap komponen BN yang lain,kalau selama ini komponen BN selain UMNO asyik mengatakan mereka bagus,maka tunjukkan lah dlm PRK Perak ini nanti,barulah boleh dibuat ape jua permintaan.Jangan suka tikam UMNO dari belakang..eloklah dibubarkan segera..biar PAS dan PKR serta DAP tahu yang Melayu tetap teguh bersama UMNO dan BN.Dari situ tahulah kita siapa musuh dlm selimut yang sebenarnya.
salam DAKJ n Bloggers,
kalau benar apa dikata dato, mmg sembelit terbelit jadinya perak!!!
ingatkan arahan/keputusan high court sudah meliputi segala-galanya!!!
ape bezanya usul sidang bawah pokok dan usul sidang sebelum perasmian sidang oleh raja nazrin??? bagaimana speaker haram itu diiktiraf sedangkan usulnya ditolak awal2 oleh speaker yg duduk di atas???chiken n egg isu??
bagaimanapun saya setuju dgn tuan sawit, dato dan majoriti bloggers di sini yg mahukan raja perak perihatin dgn nasib rakyatnya, terbaik adalah bubarkan shj dun, biarlah rakyat memilih, kpd yg kalah nnt terimalah keputusan rakyat.....SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT
p/s : bagaimana tuanku blh berada di luar negeri sedangkan negeri tuanku diambang kekalutan
HAMBA ALLAH
Salam hurmat Dato;
Saya amat yakin tentunya Rakyat Negeri Perak bangga kerana mempunyai seorang Sultan dan Pemangku Sultan yang cerdik dan berilmu tinggi.
Akan tetapi sayang, kerana Negeri Perak juga mempunyai DUA Menteri Besar yang nampaknya kurang berkaliber, ya, berpelajaran tetapi TIDAK BERILMU.Kedua keduanya pernah mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Sultan.APAKAH MEREKA LUPA AKAN AKUR SUMPAH DI HADAPAN TUANKU SULTAN KETIKA ITU?
Walaupun Mahkamah memihak pada Nizar tatapi saya yakin hubongan Nizar dengan Istana akan terus menjadi dingin, mungkin SEJUK sesejuk sejuknya.Nizar adalah seorang yang derhaka dan kurang ajar.Nizar dan PR patut di persalahkan atas apa yang berlaku di Negeri Perak.
Begitu juga dengan Barisan Nasional. Kenapa ADUN BN tidak membuat USUL tidak percaya pada Nizar baru baru ini? Ini bererti mereka ADUN BN tidak pandai atau mungkin tidak tahu cara untuk menyingkirkan Nizar.Mungkin juga mereka yang di pimpin Zamri terlalu 'taksub' dengan 'agenda'melantik Speaker baru dan berbahas secara samseng dengan ADUN PR.
Sekarang Zamri membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan, dan jika keputusan tidak diambil terima olih mana mana pihak maka ianya akan pergi ke Mahkamah Persekutuan.Ini akan mengambil masa yang lama. SIAPA YANG RUGI????
Rakyat yang rugi. Apabila DUA 'kerbau' naik minyak maka semua tanaman didalam kebun akan rosak.Pekerja pekerja kebun pun lari lintang pukang menyelamatkan diri.
Rakyat hanya tengok dan melihat karenah Wakil Wakil Rakyat mereka yang gila kuasa.Dengan apa yang di lihat berlaku di Negeri Perak saya yakin yang waras akan menjadi GILA kerana tingkah laku mainan ADUN ADUN yang GILA.
Semoga MEREKA cepat sembuh dari KEGILAAN INI.
Salam Dato,
SiKITOL berwarna kuning langsat.
Dia sedang berkira-kira:-
1.Raja dua beranak in checkmate state.
Kalau terima DSNJ minta bubarkan DUN...kelihatan fikiran raja tak menentu, sebab tak bertitah begitu dahulu.
Kalau tidak menerima beliau, tugas resmi baginda berdua tidak dijalankan.
Kalau dititah teruskan majlis DUN..elok semua DUN bawa keris dan bertikam sampai tinggal seorang untuk ditentukan nasibnya olih baginda..tak betul juga.
2.SiKITOL sedang mencongak untuk
meletakan dirinya/clone dia diBNM,PETRONAS,FELDA,LTH,PNB,MARA..
3.SiKITOL tahu decentralisation of power dari putrajaya kenegeri-negeri tak menjadi sebab tidak cukup resources disetiap daerah untuk dibaham...
3.Sikitol tahu rakyat sudah terpecah kepada tidak kurang 8 kumpulan dan dia tahu tak bolih ada sebarang unifying force...kalau ada,kena melayu saudagar-saudagar ynag ahli grombolan sikitol ini...
4.SiKitol ni tidak suka bertahta di
Purtajaya...
5.SiKITOL dah pilih kontraktor untuk renovate PARLIMEN untuk dibuat MUZEUM.
SiMEDALIN bewarna hitam,rambutnya tak kerinting macam tuk nenek dia..kacukan dah.
1.SiMandalin berkasihan dengan
sikitol dan bolih buka dan tutup
order dan invoice untuk semua hasil
negeri....MASUK BOLIH,KELUAR PUN BOLIH.
2.Si mandalin sedang berseloka, menari,berpesta dengan keluarga besarnya di siam,pakistan,jakarta, manila,new delhi dan tak lama lagi di bangladesh dan singapura.....
3.HE WHO OWNs PENISULAR MALAYSIA will OWN the FUTURE TRADE,MONEY, GEOPOLITIC AND ARMS MOVEMENT AND ARMS STATION....THE NEW JULIUS CEASAR of 21st century and beyond....
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
Alhamdulillah ... nampak gayanya komen saya akan muncul semula dalam blog Datuk ini setelah "digantung" sebeberapa ketika oleh virus misteri.
Datuk,
Gembira sungguh hati saya apabila mengetahui kehadiran Datuk ke kampung halaman saya, Ipoh bandaraya tercinta.
Memang benar Datuk, nasik "wanggey" yang Datuk cakapkan itu memang lazat. Entah apalah resipi rahsia masakannya. Begitu lazat sekali hinggakan timbul cerita-cerita nakal masyarakat orang Ipoh bahawa mamak itu ada letak ganja dalam resipi masakannya. Cerita-cerita ini berlarutan dan berterusan hinggakan lama kelamaan langsung melekat nama "nasik ganja" dan menjadi masyhur diseluruh Malaysia!
Datuk,
Begitu jugalah perihal propaganda politik ni Datuk. Walaupun benda tidak betul, kalau kita tiap-tiap hari berkempen, berucap, bersyarah pada orang ramai bahawa kita ni betul .... lama-lama orang pun jadi terpercaya dan terpengaruh. Ramai yang pemalas buat rujukan dan berselidikan akan ditelan dengan gelombang "Beckhamania" atau "Mawimania" iaitu "ikut apa saja yang orang lain buat".
Datuk,
Semasa di Ipoh tempoh hari, Datuk mesti terlihat hotel "Tower Regency" yang kini menjadi bangunan tertinggi di bandaraya Ipoh. Tidak jauh dari situ; diseberang jalan yang menghadap UOB Bank, terletak sebuah kelab eksklusif yang kewujudannya menjadi misteri bagi kebanyakkan masyarakat orang Ipoh.
Bisik-bisik dikalangan orang Ipoh menyatakan bahawa kelab ini kelab baru bagi menggantikan kelab "Coliseum" yang terkenal dengan "penyanyi amaturnya", "layanan mesra pegawainya" dan "permainan mesin kira-kiranya".
Bisik-bisik dikalangan orang Ipoh juga tertanya-tanya bagaimana kelab sebegini boleh tumbuh membiak diketika Menteri Besarnya pada ketika itu seorang yang memperjuangkan agama dan alim sifatnya.
Dan ramai juga yang tersenyum simpul apabila mengetahui bahawa kelab itu diberi nama Melayunya "Syurga Musim Panas", .... ialah, mungkin penggunaan perkataan "Syurga" itu bagi menghormati kewarakan dan kealiman Menteri Besar yang telah meluluskan kewujudannya.
-sinbad-
Dato.
Yang susah nak ambik jln penyelesaian ni BN dan Raja je. Jgn la belit2 dgn hal mahkamah. PR dan rakyat je tak susah. Kembalikan pd rakyat menerusi pembubaran DUN. Apa yang susah sangat tu?
Klu kata 'membazir wang' dari beri tumpuan ekonomi (kata BN) - Ya memang betul pun. Tapi kalau da tau mcm tu, kenapa dulu kacau kerajaan sah perak dengan colek 3 mangkuk hayun ni? siapa punya kerja tu? Ha skrg tanggung la akibatnya. Jgn slhkan PR.
Klu dato' pun, klu kerja atau rumah dato' org ambik dgn tak ikut cara. Takkan dato nak biar. Apa yg PR buat ni (lawan) adalah tindakan rasional. Tak slh pertahan hak. Yg silap BN. ambik cara kudeta. Org tgh sibuk kerja (atasi ekonomi) hang dok kacau. Skrg pandai lak bg alasan membazir wang buat election. Bodo betul. Ni pun nak sokong lagi. Apa punya Dato' la.
Dlm sejarah..mesti dato' tau. Kerja ambik2 kerajaan ikut pintu belakang ni sape punya kerja? S46? PAS? PKR? DAP? ada?
hanya BN (yg ada sokongan kuasa) je buat dan sanggup buat. Apa alasan nak sokong dia org Dato'?
sedarkanlah diri tu.
Anak Johor.
salaam dato,
tak dak kebijaksaan, tak dak kematangan untuk najib/zambry merayu, pasai semua orang tau jalan ni akan sambung kemelut lagi....
pemimpin2 kita ni tidak pentingkan kerja2 berkhidmat kepada rakyat.
nii lah masa kita kenang balek mahathir, dia kerja kuat, dia buat keputusan tetap, kita rasa pemimpin kita memang pemimpin.
pemimpin kita laa ni bila lagi nak buat kerja? dah lebeh setahun berpolitik!!! tiba masa untuk bekerja, kalau ada rasa tanggungjawab ke arah berkhidmat.
tapi kita ni rakyat sahaja, sapa lah nak dengak! depa bila dengak pon, bila rakyat dah buat undi pilihan.
UMNO/BN ROSAK TUNJANG,BURUK AKARNYA...SUDAH TIDAK DAPAT DI BAJA/BAIKI LAGI...KEMBALILAH KEPADA ALLAH TUHANMU YG MAHA AGUNG MAHA PERKASA!
Assalamualaikum Dato' dan pembaca.
Kenapa saya anti kpd Umno/BN
1. Mendera org Melayu
Cth: melambatkan peruntukan kpd Kelantan (95% adalah Melayu- anggaran saya.)
2. Peruntukan kpg adun selain dr BN dinafikan.
Tujuan: Supaya rakyat tengok adun pembangkang tidak membuat sebarang kemajuan (pada kacamata Umno turap jalan, sumbangan itu-ini dan lain-lain)
3. Ambil tanah org Melayu terutama tanah rezab Melayu lebih-lebih lagi di P.Pinang.
Kalan saya hendak senaraikan memang panjang tapi cukuplah setakat ini dahulu mungkin pembaca lain boleh sambung.
Dari kacamata kami, Umno byk menindas dari membela nasib org Melayu.
Dato', akhir kalam kita perlu kembali kepada fitrah asal kejadian kita. Kita adalah hamba Allah yang perlu patuh.
Wasalam
Yop Perak
Petronas mestilah dikekalkan sebagai badan perniagaan yang bebas dari sebarang ikatan politik dan kepentingan kroni. ia adalh syarikat milik negara kebanggaan semua rakyat Malaysia. Ia bukan tempat berehat menteri pencen atau tempat pembesar negara dan pembesar politik meletakkan kaumkerabat dan sukusakatnya untuk mengambil faedah dan keuntungan.Petronas mestilah diuruskan oleh profesional yang bijak dan bertanggungjawab, berkebolehan dan berkemahiran tinggi. Ia harus kekal sebagai panji gemilang negara dipersada dunia.
Post a Comment