A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
WALAUPUN kita dah beberapa tahun diperkenalkan kepada KPI (Key Performance Indicator/Penanda aras Utama Prestasi), saya rasa ramai masih kelabu dan keliru.
Saya sendiri pun masih kurang faham dengan siluk-belok KPI ni dan macam mana kita nak ukur atau nak rasa kesannya.
Semalam, dalam perjalanan kereta api selama sejam dari Zurich ke Luzern (Lucerne) saya mendapat satu idea.
(Idea bukan ide. Ide tu bahasa Wak Jawa kawan saya dari Surabaya. Dia tak boleh sebut idea. Dia sebut ide. Macamlah dia sebut golf sebagai golof dan debate (bahas) sebagai debat.)
Idea saya itu tercetus akibat daripada dua, tiga perkara yang saya perhatikan. Pertama kereta api Swiss sangat rapi penyelenggaraannya. Kedua tandasnya begitu bersih kita boleh jadikan tempat rehat dan ketiga ia menepati jadual.
Begitu tetap jadual kereta apinya sehingga wujud apa yang dipanggil waktu kereta api Swiss. Malah ada jam tangan dan dinding yang menggunakan jenama Swiss Railway.
Bukan kereta api saja diselenggarakan dengan rapi, bersih, selamat dan menetapi tuntutan pelanggan. Bas, trem, taman awam dan bangunan pun begitu juga. Yang kelas tu tandas ada di mana-mana, tak kena duit dan bersih sehingga berbau wangi.
Penyelenggaraan rapi, kebersihan dan ketepatan waktu adalah antara ciri yang boleh kita rasai dan mudah kita fahami.
Jadi idea saya adalah kita, sebagai rakyat jelata, pembayar cukai (hasil) dan pengundi, jadikan ciri-ciri kerapian, kebersihan (fizikal dan moral), menepati waktu dan janji serta keberkesanan kos sebagai KPI kita untuk mengukur prestasi bapa dan ibu Menteri, Ahli Parlimen, Adun dan kakitangan awam kita.
Saya perhatikan masih ada Menteri yang hadir majlis awam tidak menepati masa yang dijanjikan. Malah ada yang tidak pun memohon maaf kepada hadirin yang lama menunggu. Mohon maaf saja tak bermakna kalau tabiat lewat ini tidak diatasi.
Kalau kita tengok di negara kita, bas Rapid KL yang baru trang tang tang pun tak putus-putus keok di jalan raya. Buka saja penumpang tergendala malah pengguna jalan raya yang lain turut tersangkut disekat bas yang keok itu.
Jadi kita kena tanya dua Menteri Senator yang jaga KPI (Koh Tsu Koon dan Idris Jala), siapa yang bekalkan bas yang selalu keok itu dan siapa pula yang selenggara?
Yang kita takut bas-bas ni keok bukan saja fasal pemandu dan mekaniknya hap pas six (half-past six) tapi fasal ada konspirasi supaya boleh selalu beli bas baru.
Sesiapa yang pernah memandu ke arah Kuala Kubu baru mungkin sudah nampak “tanah perkuburan” bas Rapid KL yang mengandungi beratus-ratus bas keok yang dari jauh nampak masih cantik -- lebih cantik daripada bas Mara Liner yang digunakan di Pendang.
Tengok sajalah beza antara jalan JKR dengan lebuh raya Plus atau jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan jalan bertol.
Soalnya apa dah jadi dengan duit cukai, duit hasil dan duit yang kerajaan pinjam berbilion-bilion setiap tahun itu? Ini termasuklah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri. Jadi kita wajib PKIkan semua pihak yang pungut dan guna duit cukai kita.
Di Malaysia, tandas bayar pun ada yang sama kotor dan sama busuk dengan tandas angkut tahun 1950an. Dalam hal tandas awam ni, kita betul-betul bermentaliti dan berkualiti Dunia Ketiga.
Ramai orang kita nak guna tandas pun tak tahu. Yang lain tak bersikap sivik. Orang guna tandas dulu baru pam. Kita pam dulu baru guna.
Ini punca salah pusingan. Bila habis guna, air dalam tangki tak penuh lagi. Nak pam tak cukup air. Jadi ditinggalkan penuh najis, busuk dan menjijikkan. Orang yang nak guna kena pam dulu. Dan salah pusingan ini berterusan. Nasib baik ada pekerja asing yang bersihkan kekotoran kita. Malu.
Mari kita KPIkan penggunaan tandas awam dengan membetulkan pusingan ini. Kita guna tandas. Kita pam. Dan kepada yang jantan tu, mintalah “aim” pancutan dengan tepat!
Di Switzerland ni, dasarnya “anda peroleh apa yang anda bayar”. Cukai dan harga barang tinggi. Untuk naik kereta apa kelas 2 dari Zurich ke Luzern pergi balik harganya 72 Swiss Franc atau lebih kurang RM240. Saya tak berani nak kata apa dasar cukai, harga dan kualiti perkhidmatan di negara kita.
Alles Gute!
Monday, October 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
65 comments:
Best ar pegi Zurich.Tapi kenapa mesti dalam bulan Syawal.
BTW sy setuju pandangan Dato' tentang tahap tandas awam kita yang hampeh ini.
-ryan-
Dato'
Niat buka kedai makanan itu ada baiknya kalau belum ada persaingan. Cumanya sektor berkenaan perlukan ramai pekerja, modal pusingan yang banyak dan kalau tidak habis terpaksa di tuang ke dalam longkang.
Kat sini ramai yang kepingin berniaga tetapi pilihan mereka itu seolah-olah akan menyusahkan diri sendiri. Perniagaan yang diceburi hanya mampu memberikan cukup makan dan pakai, sukar berkembang dan akhirnya sukar untuk diwariskan kepada generasi penerus.
Walhal ada banyak lagi bidang perniagaan yang boleh diusahakan selain daripada membuka kedai makan. Contohnya kedai jual CD, jual telefon bimbit atau kad pra bayar.
Bayangkan sepinggan nasi berharga RM5 tetapi kalau tidak terjual maka tidak boleh di bawa ke hari besoknya. Ini berbeza dengan CD yang sekeping saja berharga RM 10 dan kalau tidak habis boleh disimpan untuk hari esoknya.
Begitu juga dengan telefon bimbit, sebuah berharga ratusan hingga ribuan ringgit yakni kalau laku satu biji sehari saja sudah cukup untuk bayar sewa dan sebagainya.
Kalau begitulah caranya peluang diintai dan di terokai, bagaimanalah kalangan yang ketinggalan dalam sektor ekonomi dapat mengejar golongan yang telah jauh berada di hadapan mereka?
ALPASIKU
DAKJ,
Interesting thoughts about KPI because the words I would like to use is we are "squandering" our resources without adding value and therefore wasting and become inefficient.
Waste not want not...is the saying. After all, our esteemed Chairman NEAC himself commented that we lost our edge to countries like Korea whose GDP was the same level as we were in 70's. Coming from someone who is also culprit who squandered Maybank funds for BII says a lot doesnt it?
KPI can always be manipulated Datuk if it has no intention of being sincere or transparent. Heck, anything can be.
I give you an example that "was" practised in Maybank under TS Amirsham.
At company level a profit of 100 million is to be achieved. So lets give the budget of 120 million to the division. The division head wants to make sure they meet their targets so, lets make sure the region gets 142 million budget. Now, the region heads wants to make sure they reach their target so they give the branches 170 million budget.
How this works is very simple, at branch level, meeting the budget at150 million means they just meet their KPI no extra bonus for you. At regional level you, you have exceeded your budget by X% so, a little extra bonus for you so on and so forth...so by the time it reaches at the CEO level he has exceeded 50% above budget. Wow! Fantastic! the officers at branches get screwed....
Apologies for the language. Now, you know why banks have union.... I have left the bank so I would not know what kind of KPI they use now. Such wonder why you have so many "ordinary" not so important people angry and wants to vote out injustice.
Like I said, interesting thoughts, not sure if its going to work without integrity....For me right now, too much to hope for looking at the Bagan Pinang candidacy.... Like one of my late father's friends say, how do you clean the dirt when you are wallowing in it.
Same as how do you clean yourself in a dirty toilet....
Keturunan Jebat
Dato,
Ini IDEA yang patut sangat dijadikan kenyataan. Kalau ada yang perasan tu, cepatlah berubah, kalau tidak sampai masa PRU13, ramai yang menyesal nanti. Ini sepatutnya difikirkan oleh semua pihak, dari kedua-dua belah pihak. Yang dapat membuktikan pimpinan paling berkesan akan menjadi pilihan rakyat.
Pasal Public Transport, saya rasa selain dari Switzerland, Toronto melalui Toronto Transit Commission (TTC) mempunyai sistem yang sangat bagus. Masa ketepatan sampai kepada setiap minit. kalau kata sampai 11.05, kita boleh jalan ke station atau stop tepat dan Bas atau Streetcar sampai pada masanya. Itu lebih 20 tahun dulu, rasanya sekarang mesti lebih baik.
Bab Toilet/Tandas ni, adalah masaalah SIKAP dan ini perlu ditangani oleh semua pihak. satu perkara yang saya kenalpasti, ialah fasiliti kurang baik, dan pada kebanyakkan masa, air tak ada, jadi bayangkan lah nak buat macam mana??? Konsep Tandas perlu di perbaiki.
Orang kita suka sangat puji diri. Sopan santun kunun. Ramah mesra konon. Bersih kunon kerana kebersihan itu dituntut oleh agama Islam.
Tapi apakah hakikatnya?
Tandas masjid-masjid kita kotor.
Mana ada sopan santun di jalanraya. Maki hamun ada.
Menepati waktu sembahyang lima waktu sepatutnya mengajar kita menepati waktu untuk seluruh aktiviti kita. Tapi, penceramah-penceramah agama di masjid-masjid pun sering datang lewat seolah-olah tidak menghormati dan menghargai masa orang lain.
Kalau di Zurich, nak naik tram yang panjang-panjang itu semua orang beli tiket di stesyen walaupun tidak ada gate atau conductor yang memeriksa tiket. Di US orang masukkan satu quarter ke dalam coin slot, buka kotak dan ambil se naskah akhbar, tidak lebih, walaupun tidak ada sesiapa yang selia.
Bilakah kita akan dapat berbangga dengan budaya positif sebegini? Apakah ada tindakan dari mana-mana pihak ke arah ini? Atau adakah kita berpuashati dengan cara hidup kita sekarang dan tidak perlu ada apa-apa perubahan?
Salam Dato'
Saya lama perhatikan kawan Swiss saya, Patric Aundery yang berniaga kemudahan sukan lasak di 1Utama kalau buat kerja projek dan attend meeting hanya pakai baju' T dan seluar jeannya yang tak
bergosok.
Tetapi, kalau kita jengok premis perniagaannya dan cuba masuk
tandasnya, saya rasa, sama bersihnya dengan tandas2 yang Dato'
ceritakan di Switzerland itu.
Padahal tandasnya itu dibina dengan kemasan cement render untuk lantai dan dinding dengan pintu plyood tidak bercat atau bernis iaitu penggunaan bahan binaan untuk tandas dari jenis bahan yang bukan sahaja murah, malah sukar dicuci.
Atas alasan kebanyakan yang berkunjung ke premis kawan saya itu adalah kalangan anak muda warga kita tempatan, adakah mentang2 kawan saya itu Mat Saleh, maka warga kita itu menjadi orang yang pandai menggunakan tandas? Atau, kekerapan cucian oleh cleaner kawan saya itu?
Apa pun jawapanya, saya akan mengatakan imej reka bentuk premis dan kemudahan yang menakjubkan serta digabungkan dengan asal usul tuan punya premis adalah faktornya.
salam datuk ... pertama kali saya memberi respon setelah hampir 2 tahun menjadi pembaca setia. Bersetuju dengan Datuk bahawa mentaliti masyarakat Malaysia adalah bertarak dunia kelas ketiga terutamanya berkaitan penggunaan dan kebersihan tandas awam. Susah nak jumpa tandas awam yang bersih dan kekal bersihnya untuk tempoh yang lama.
Yang mudah di temui dan di lihat adalah tandas yang berbau hancing dan kotor. Kalau tandas dirumah boleh kita guna dengan betul dan jaga dengan baik, kenapa tidak amalan serupa dipraktikkan ketika menggunakan tandas awam ?
Sedangkan tandas awam berbayar pun teruk keadaan dan baunya, apatah lagi tandas awam tidak berbayar. Yang jelasnya, apa saja kemudahan awam yang disediakan sama ada berbayar atau tidak; memang tidak di hargai oleh masyarakat Malaysia. Tidak ada ' civic consciousness' di kalangan masyarakat kita.
Di mana silapnya? saya berpendapat silapnya pada sistem pendidikan yang sepatutnya bermula di rumah. kalau sesuatu amalan atau sikap yang baik dan betul itu tidak ditekankan dan diamalkan di rumah, sememangnya seseorang individu itu akan terbawa-bawa dengan amalan/ kebiasaan yang tidak sepatutnya itu ketika bergaul dengan masyarakat di luar dan ketika menggunakan kemudahan awam yang disediakan.
zue
Dato'
Nak pendekkan cerita, pangkalnya ialah didikan awal. Jika anak-anak kita tidak di ajar tentang berbagai adab yang baik untuk di amalkan semasa kecil lagi maka budaya negatif akan berterusan hingga mereka dah jadi "tua bangka" !!
Contoh yang ketara ialah tentang kebersehan tandas. Kalau di rumah ibu bapa tidak pentingkan kebersehan tandas maka jangan haraplah mereka dan anak-anak mereka akan perihatin tentang kebersehan.
Islam begitu tekankan tentang kebersehan tapi kalau kita ke masjid kita akan lihat bagaimana keadaan di bilik air di masjid dan di surau. Menyedihkan !!
Wal hasilnya pi mai, pi mai tang tu juga !!
Budaya tentang kelakuan dan adab buruk ini boleh diperbaiki jika pihak kerajaan dapat mengambil daya usaha "BERTERUSAN" dengan menunjukkan dokumentari filem dan iklan (community advertisement)contoh-contoh bagaimana umpamanya di negara barat rakyatnya mengamalkan budaya kebersehan. Tunjukkan bagaimana bersehnya keadaan "public toilet" di restoran, di stesyen keretapi, di lapangan terbang, di panggong wayang, di shopping mall dan di rumah mereka. Ini hanya sebagai satu contoh sahaja. Banyak lagi contoh-contoh untuk mendidik masyarakat umum supaya mempunyai mentaliti klas pertama. Cara bertutur,cara makan, cara menggunakan handphone, cara memandu kereta, ketepatan masa apabila membuat temu janji, semuanya ada adab untuk dipraktikkan dengan sopan dan berbudaya.
Berkaitan dengan RapidKL fleet of buses lying idle, saya tertanya-tanya apakah muslihat atau strategi pihak pengurusan syarikat yang menjalankan operasi bas di KL?
Kalau tak silap saya Tun Mahathir ada bangkitkan perkara ini dalam blognya.
Adakah syarikat operasi bas RapidKL ini mempunyai pengurusan yang sama berkaitan dengan pembekalan "jual beli" bas untuk keperluan RapidKL? Siapa yang membiayai pembelian bas-bas tersebut? Adakah Khazanah Malaysia?
Ada konspirasi ke? Mungkin ada keluarga istemewa yang boleh beri jawapanya !!
Salam Dato,
Tenguk jembatan kayu tengah pekan luzern beratus tahun tu pun elok lagi walaupun dah terbakar sebelum ini.....jadi tempat pelancung lepak..
Negeri kita ni macam nak kalut lagi ni....government disposable income (income tax,custom tax,petronas dividen etc,khazanah income and etc) tolak kos belanja pentadbiran public service `giant' dan pencen ni makin kecil jumlah nya....
NAK TAMBAH HUTANG negara??....elok jual saja kat China enmass...sama saja akhirnya terjual negara juga.
NAK KURANGKAN kos public service dan pencen?...potong gaji,potong pencen?.. GOMEN KEOK SEBELUM PRU 13kut la ni!.
NAK KURANGKAN SUBSIDIES macam-macam....sama juga, rakyat akan mengamuk!.
CANCEL or DEFER or DELAY or FORGET about new projects??..geng kutuk dan mati sekali juga akhirnya...
TAMBAH cukai-cukai apa pun...rakyat bising dan marah, gomen keok juga!.
PRINT DUIT, distribute duit baru...bonus ka,dividen ka,sepcial allowances ka..semua ketawa berdekah... sat lagi, lepas tu rakyat mengamuk balik sebab semua barang mahal...GOMEN NASIHAT JANGAN BELANJA BESAR,JANGAN BOROS!!!..belanja ikut kemampuan,bla,bla,bla...
MEANWHILE...old structures rotting away,recent structures crack or
runtuh sana sini....
HOW ABOUT THE SERVICE?....maintain LIPSERVICE!!!.
GOMEN NI macam tengah ditributes the REMAINING WEALTH among `themselves' mostly, and PREPARING TO WELCOME THE NEW TENANT!.., welcome to the rotting home and SENARIO-and-PAKCHUKANG-type of politiking!!
I THINK THE BEST THING is to sit still on both hands and wait for the bad weather to settle, may be 1year,3 years,5 years, no one knows for sure...DON'T WASTE THE NATION WEALTH,DON'T PRINT NEW MONEY AND NO
NEW PROJECTS......JUST MAINTAIN THE STRUCTURES/SERVICES THAT WE ALREADY HAVE AND IMPROVE THE SERVICES AND THE DOWNSTREAMS ACTIVITIES!!.
KALAU toilet kat KLIA jadi macam jamban kat supermarket-supermarket, alamat busuk sungguh negeri ini!.
Dato, jalan balik bolih singgah makan kat montreoux,tepi istana lama tu...sedap dan mahal!,tapi ok la sekali sekala ya tak?.
Abu Bakar Ab Rahman
Saya ingin tambah tentang cerita bas-bas RapidKL. Adakah chasis bas di import dari negeri Cina? Berapa banyak syarikat RapidKL diberi AP mengimport bas-bas tersebut? Adakah syarikat RapidKL mengimport bas CBU (complete build up)? Atau badannya difabricate locally? Siapa syarikat yang membuat badan bas tersebut? Adakah syarikat subsidiary RapidKL? Bagaimana harga seunit bas di tentukan? Melalui open tender, close tender atau no tender at all. Siapa yang membiayai pembelian bas tersebut? Bank atau Khazanah Malaysia?
Frankly, if fabrication of the bus body is being commissioned by local company, it is a very lucrative business indeed and the element of abuse in terms of "kickbacks" is very great indeed kalau "iman" tak kuat !!!!
SALAM DATO..DATUK KOMEN BAB TANDAS NI,SAYA TERKUK KIK KUK KIK MEMBACANYA.SAYA PUN CUKUP2 TAK FAHAM MCM MANA 'BERUK2NI'MENGGUNAKANYA.BERUK2 NI KENA MENG'KPI'KAN DIRI MEREKA DULU,BARU DEPA LAYAK NAK KPIKAN ORANG LAIN.
Dato' AKJ,
Isu tandas awam ni, memanglah suatu masalah di negara kita Malaysia. Bahkan saya rasa, orang-orang luar seperti orang Swiss yang Dato' sebutkan itu, tambah lagi saya sendiri pun pernah belajar di Australia, dapat membayangkan betapa di dalam hati-hati mereka ini akan menjadi marah bercampur geram apabila mereka ingin menggunakan tandas, tetapi didapati keadaan tandas awam tersebut kotor, sehinggakan sampai ke peringkat menjijikkan dan meloyakan tekak kepada siapa yang melihatnya.
Dan salah satu cara penyelesaian yang saya nampak ialah sepertimana saranan pakbelalang iaitu menyemai sifat-sifat menjaga kebersihan atau juga menghargai nilai-nilai kebersihan di dalam minda anak-anak kita sejak mereka kecil lagi, seperti pepatah Melayu, kalau nak melentur buluh, biarlah sewaktu rebungnya lagi.
Terima kasih dan salam hormat dari saya.
Dato',
Saya pun nak kongsi pengalaman di Switzerland.
Dulu saya tinggal 3 minggu di sebuah hotel Frenfeld. Hotel ada +-50 bilik tapi hanya ada 4 pekerja. Manager dan kerani sambut tetamu untuk check in. Dua lagi sebagai cleaner kemas bilik dan sebagainya. Masa breakfirst Manager susun makanan (roti dsb) yang dibekalkan oleh Restoran. Tidak perlu buka restoran atau kichen semata2 utk breakfirst. Penghuni dibekalkan kunci pintu kecil jika balik selepas jam 8pm kerana pintu besar ditutup. Jika ditempat kita sekurang-kurangnya perlu 25 pekerja untuk menjalankan hotel tersebut. Siap ada manager, ass. manager, supervisor, 5-6 orang kerani dsb. Jadi siapa kata kita perlu/mesti guna pekerja asing untuk membangunkan negara?
Perkara kedua pasal National Sevice (NS). Setiap tahun setiap rakyat menjalani satu bulan NS. Mewujudkan masyarakat berdisiplin dan sepanjang tahun banyak tugasan dibuat oleh NS ini. Program NS kita terlalu banyak terikat dengan silibus ceramah menyebabkan peserta bosan dengan propaganda dan leteran.
Bye/Roti Planta
duit cukai yang rakyat bayar, sebahagiannya habis di projek PKFZ.
Dato' Scribe,
Bercakap pasal KPI menteri, saya sebenarnnya tak berapa setuju dengan saranan pemimpin kita supaya menteri dan wakil rakyat 'turun padang' mendekati rakyat.
Pendekatan inilah yang menjadikan sesetengah pemimpin dan wakil rakyat hanya gah dipandang bila turun padanng melawat LRT, pasar, Stesen Bas dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bila baru dilantik kejawatan atau sewaktu berkempen.
Sebenarnya tugas hakiki menteri adalah menyelesaikan masalah rakyat dan memberikan perkhidmatan serta menjamin keselesaan melalui dasar dasar yang dirangka serta perlaksanan yang berkesan. Jadi tak perlulah sangat nak publisiti seperti seorang senator ynag merangkap menteri tu dok sibuk buat sampai sebulan gaji pun nak derma kat orang. bukan itu yang kita minta!!!!!
Memadailah, mereka selesaikan kerja mereka melalui pejabat mereka tetapi kita dapat merasai kesan perkhidmatan mereka melalui dasar-dasar yang berkesan serta efisien.
Assalamualaikum Datuk AKJ,
"Pembesar" kita termasuklah para mufti. Saya ingin mencadangkan agar Datuk AKJ sendiri dan semua pembahas Datuk mengKPIkan SS Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan mantan Mufi Johor, Datuk Noh Gadut. (Noh Gadut kini merupakan seorang pembesar agama negara kita). Kita KPIkan juga Menteri Agama kita, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Saya mengajukan idea ini kerana saya ingin mendengar pendapat Datuk dan pembahas Datuk sekalian adakah ketiga-tiga orang agamawan kerajaan Malaysia ini ulama benar di sisi Allah SWT, ulama warith Nabi, ulama Rabbani atau ulama Malaki; dan bukan ulama suu', ulama jahat atau ulama material.
P.S: Ketiga-tiga tokoh agama Islam ini melarang non-Muslim membaca al-Quran. Apakah pendapat anda sekalian dalam hal ini?
Selepas saya meneliti pendapat anda, barulah saya utarakan pendapat saya yang lengkap dengan hujahnya sekali.
AKUM DATO SEMOGA SEHAT DINEGERI SEJUK DAN SEMOGA ALLAH TETAP MELINDUNGI DATO DARI PERKARA2 YANG MUDARAT. DATO orang malaysia tak apa kaum pun sama sahaja mentalitinya suka kata orang lain salah dia betul. Sepatutnya perkara KPI ini ada pada semua rakyat tak kira disektor mana sekalipun sama ada yang bekerja sendiri atau pun makan gaji. Tahap nilai pencapaian mesti lebih baik dari masa ke masa untuk menambahbaikan sesuatu yang sedang diushakan.Apakah KPI kerajaan sentiasa meningkat atau sebaliknya bagaimana pula menteri yang 2 orang ini adakah KPI mereka juga ada peningkatan atau pun sekadar sederhana sahaja mari kita fikirkan nya.Saya bertugas disektor swasta dimana pencapaian KPI adalah penilaian yang mesti dicapai oleh seseorang yang bertugas melaksanakan matlamat syarikat jika tidak ada penambahbaikan pihak syarikat akan tunjukan mereka jalan keluar samada keluar dengan senyuman atau pun masam muka kerana khidmat anda tidak diperlukan lagi.Jika kita ada mempunyai kebersihan HATI sudah tentu kebersihan diri akan menjadikan kita insan yang pembersih walau dimana kita berada. Kalau kita besih HATI kita akan menjadi manusia yang menepati masa.Kalau kita bersih HATI sudah tentu kita akan jujur dalam melaksanakan amanah yang diberi kepada kita. Soal nya siapakah kita yang penting disini tanggungjawab kita kepada apa yang telah diberi kepada kita sama ada ahli politik mahupun penjawat awam ataupun sektor swasta mahupun pak tani semuanya ada peranan maka ukuran pencapaian mudah adakah kita lebih berjaya dari semalam atau pun kita lebih gagal dari semalam. SEKIAN DATO SAYA DOAKAN DATO DALAM KEADAAN SELAMAT WALAUPUN DIMANA BERADA YANG PENTING DATO JAGA KESIHATAN. WSLM
Salam,
Bila kita ke luar negara, memang kita sering teringatkan roti canai, nasi lemak dan teh tarik tapi saya tak rasa kita rindukan tandas atau sistem pengangkutan di Malaysia.
Saya rasa PM Malaysia boleh dianggap paling berjaya jika dia boleh membudayakan masyarakat Malaysia tentang kebersihan dan memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap. Tak payah lah cakap pasal projek mega berbillion ringgit kalau tidak boleh ubah pemikiran rakyat tentang kebersihan dan bas asyik rosak je.
Isu yg baik.
Segalanya bermula dgn latihan. Untuk menjadi org yg pembersih, berdisplin kena dididik dah dilatih dari kecil. Sesiapa yg ada kesedaran, kena bermula. Jgn ada kesedaran tapi harap org lain yg berubah.
Dlm Islam mmg letakkan kebersihan sebagai separuh dari Iman, tetapi perlaksanaannya kena diasuh, dilatih, dididik dari kecil. Sama seperti solat, kalau dari kecil tak dilatih bermakna berat la masa tua bangka ni bersolat. Begitu juga puasa. Islam beri jaminan bahawa mengamalkan kebersihan juga boleh dapat ganjaran di akhirat kelak. Praktikalnya, kena asuh dari kecil.
Mcmana nak latih anak supaya jadi pembersih kalau mak bapa dan masyarakat sekeliling tidak jadikan kebersihan sebagai keutamaan. Ayah buang abu rokok merata, buang tisu keluar ikut tingkap kereta. Mak buang kulit langsat ikut tingkap kereta. Anak dok perati, lepas tu ikut.
Seperti yang saya tulis tadi, kita mengharapkan orang berubah bukan kita yang mulakan dulu.
p/s saya dah praktikkan bagi laluan kepada kenderaan hadapan yg mahu gostan (nk keluar dari parking), sbb dlm keadaan mahu gostan memerlukan kerjasama dari kereta yg datang. Situasi biasa rakyat kita, HON !!!
Salam Dato'
Errr...are you sayin' that the way to the rakyat's heart is via our "tummies"?
Haven't most of us been voting and evaluating our governing and opposition leaders that way all along - based on the well being of our "tummies"?
Melati.
Talking about food business, I learn something from my Chinese friends. They are willing to drive to far away places, such as Bagan Lalang, Broga, Bentong, Tapah, even day trip to Ipoh and Melaka, just for good food. Some of those restaurants are tucked away in deep places. Even Singaporeans go to these places. The core factors are simple, repeat customers and words of mouth advertising. But to achieve these are not easy lah.
Windtalker
Tok Kadiaq
Sebut bab keretapi teringat zaman sekolah awai 80 an.Bila sampai kat k kangsar,mesti dah penuh.Selalu juga kena duduk kat tandas sampai b mertajam.
Pengotoq betui bila pikiaq balik tapi mungkin pasai dah biasa masa kecik melabur ikut dan, main kambuih sana sini,paling syok atas pokok manggis.Dalam tandas KTM pun ok.Siap boleh tidoq.
Masa tu kita dok kalut pasai permodenan,negara maju la apa la.Baca paper nst pun dok kata kita
maju konon.
Bila dapat peluang belajaq ka negara orang putih(tang ni byk t kasih pada DEB)baru la tau apa itu negara maju.
LA NI KEDAH MAJU 2010..SELANGOR MAJU LA..TERENGGANU LA..KPI APA DEPA NAK PAKAI SAYA PUN NAIK HAIRAN.
KALAU NAK MENIPU RAKYAT PUN AGAK AGAK LAH..KAH KAH KAH
Idea tu bahasa melayunya adalah ILHAM.
Assalamualaikum Dato'..
yeah, kita orang Malaysia memang suka bercakap menggunakan terma2 besar (talking in big terms) - KPI lah, NKRA lah, Visi 2020 lah, Biotech lah - sehinggakan perkara kecil seperti kebersihan dan ketepatan masa ditidak diambil peduli.
Semuanya kata kita patut ikut cadangan dato'. tapi hakikatnya, adakah semua orang "cakap serupa bikin"? selalu sangat kita dengar persetujuan terhadap cadangan bernas tapi yang benar-benar melakukannya tak sampai 1%. akhirnya, sikap "tak apa" juga yang menjadi amalan...
Salam Dato'
Tak terlambat rasenye mengucapkan Selamat HariRaya Aidil Fitri...
Bestnye dato dpt bercuti keluar negara...mcm saya hanya boleh mimpi aje lah...Coti2 Malaysia pon dlm setahun tak tentu tercapai pun.Biasalah kekangan hidup...
Apa2 pon bab KPI ni saya hanya nak bgtau sebelum kita semak KPI orang..kita semak KPI diri sendiri dulu...jika KPI kita baik dan bagus barulah kita boleh mengharap KPI orang lain sebaik n sebagus kita...itu saja...satu lagi..utk dptkan perkhidmatan bermutu perlulah kita membayar dengan nilai yg lebih...jika kita hanya nak kan yang murah saja,maka itu lah yang kita dapat...
Saya amat bersetuju dengan saranan datuk. Di Melaka walaupun ada pelbagai agensi kerajaan dan exco untuk pemantauan, ianya memerlukan penglibatan ketua menteri dalam pemantauan kebersihan dan kawal selia pembangunan. Sebab itu Melaka menjadi salah sebuah negeri paling bersih dan pendapatan per kapita nya tinggi walaupun tidak mempunyai hasil bumi yang banyak.
Rata-rata pegawai kerajaan hanya boleh bekerja dengan cekap apabila ketuanya seorang yang garang dan kurang bertolak ansur dengan ketidakcekapan. Hasilnya apabila rakyat menikmati persekitaran yang bersih, dengan sendirinya mereka merasa sayang untuk membuat kekotoran.
Rakyat Melaka
Dato,
Apa kata kita mula dengan harta2 kerajaan dulu. Putrajaya must lead the way on cleaniness. Kalau Dato' pergi ke tandas tandas di bangunan kerajaan diPutrajaya, standard disana sikit lebih baik dari tandas awam. Lihat pada peralatan2dalam tandas yang tidak diuruskan dengan baik. Mungkin itu bukan harta bapa mereka. Dato' tak payah pergi keSwitzerland, diMalaysia pun ada, pergi lihat tandas di komplek beli belah i.e.Sunway Pyramid. Kepimpinan yang haprak pastinya tidak dapat membuahkan satu situasi yang ideal. Wallahualam
Alangkah bodohnya orang yang tidak dapat mengukur KPI para pemimpin negara kita.
Yang mengampu atau punya kepentingan peribadi pasti tidak dapat ukur KPI pemimpin, kerana mereka dapat apa yang hawa nafsu mereka mahu.
Inilah yang membuat pemimpin masuk lubang biawak mereka turut masuk sama tanpa hitung neraka syurga.
Orang bodoh memang jadi mangsa orang cerdik dan jahat.
Oleh itu jangan jadi orang bodoh sepertimana Allah sebut bahawa manusia itu bodoh lagi jahil.
Pemimpin makan tahi mereka turut makan tahi.Pemimpin jahat mereka turut buat jahat.
Ini namanya orang tidak ada akal.
dato,
apa yg dato ckap itu mmg byk benarnya.. Cuma kalo bab implementasi org kita byk 'but'... Nak jaga hati org itu dan ini, itu je stumbling bloknya.
Lagipun kita dimesia tidak dibiasakan dgn penanganan benda2 negatif seperti menerima teguran..bab tandas umpamanya kalo ditegur mesti ada yg takleh terima teguran akhirnya kita diserang balik kononnya teguran kita keras, tak bertempat dan mcm2 lagi sehingga isu asal (tandas kotor) terus hilang.
Barangkali as a start kita patut mendidik anak2 kita (dan kita juga) cara2 menerima teguran dan menukarkan pandangan2 negatif kepada sesuatu yang positif dan membina. Then barulah kita boleh berckap soal penambahbaikan berterusan.
Salam DAKJ
Lama dah tak join forum Dato’. Maaf Dato’ sibuk sikit. Tentang tandas mat salleh, memang diakui ianya bersih. Tapi masalah besar adalah tak sesuai untuk orang Islam. Adeke lepas buang air disuruh kesat-kesat je? Mula mula bagi wet tissue lepas tu suruh guna dry tissue. Susahnya kalau ada emergency, hanya tuhan saja yang tahu.
Sebenarnya tandas di Malaysia telah disesuaikan untuk orang Islam. Cuma yg perlu diambil perhatian adalah tentang kebersihan. Ramai yg tak rasa bersyukur hinggalah bila pergi oversea dan sakit perut. Barulah rasa langit tinggi rendah. Terpaksalah guna air mineral water. Sekian TQ.
Dato
Everything works like clockwork in Switzerland because the Administration is top notch and the people get what they pay for.
And it's wrong to compare the high cost of train travelling in Swiss on a appx. 3:1 exchange rate since the per capita income is on average at least 5 or more times higher than that in M'sia.
Sadly, in M'sia we pay through our noses and get 3rd rate administration and services.
It all starts from school and we have sacrificed high standards for poor quality mass education.
In a nation where more than 1/2 the people flood public toilets (take a look at those in the NS Highway) by refusing to use toilet tissue papers, there is very little hope!
dpp
We are all of 1 race, the HUman Race
Salam Datuk
Bukan saja di Zurich jer yang ada jamban bersih gile...di Doha pun jamban-jamban semuanya bersih gile walaupun majoriti penduduknya pendatang dari India. Ini semua sikap yang boleh dididik dan diajar oleh pemerintah.
Doha yang baru nak membangun macam Malaysia pun mengambil kebersihan amalan mereka..Bersihnya macam pakaian jubah putih tok arab juga.
Mai la melawat doha...
Minda menteri dan pemimpin kementerian perlu di upgradekan sofware dan reboot. Ops sikap sebagai contoh, Balik balik ulang 'ayat surat khabar lama', pemandu tidak berhemah, terburu buru dan mcm mcm lagi.Kemalangan nyawa meningkat setiap tahun.Pemimpin gagal mencari idea menangani situasi yg berulang setiap tahun.Sikap pemimpin tidak mahu berubah (not dare to be different)terlalu ambik mudah dan menyalahkan org lain. KPI adalah peluang bagi individu menerjah diluar kotak minda. KPI sebenar bukan sebagai bebanan arahan tetapi cetusan inovasi kreatif sebagai pemimpin dan juga pasukan dibawah nya.
Kemalangan setiap perayaan mampu dikurangkan jika kenderaan kurang di lebuh raya. Cadangan seperti meletakan hari memasuki lebuh raya bagi plate kenderaan bermula nombor ganjil dan diikuti keesokan hari kenderaan bernombor genap. Perbagai cara mampu difikirkan secara inovasi dan creative jika pemimpin mempunyai sikap kasih sayang. Setiap cadangan tidak semesti nya berkesan akan tetapi continious improvement perlu agar fine tuning ini akhir nya menemui jawapan yg tepat dan berkesan.
-JG-
Gruezi Datuk AKJ,
KPI untuk Pak Menteri mesti melibatkan pendapat orang awam....Kena ada website di mana orang awam boleh memberi markah.
1Malaysia!
Setujukah Dato' jika saya katakan selagi kita rakyat Malaysia,yang bertaraf rakyat biasa maupun pemimpin tertinggi dalam kerajaan atau siapa saja yang terlibat secara lansung atau tidak dalam membangunkan negara ini tidak mengubah sikap , permasalahan yang Dato' kemukakan itu tentu tidak akan berubah.
Bagi saya mengubah sikap itu lebih baik daripada meminta maaf.
Salam Dato'
Bukan saya tidak setuju dengan pendidikan di rumah dan didikian ibu bapa sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tandas kotor di negara kita seperti yang diutarakan oleh sesetengah pembalas, tetapi ia mengambil masa yang terlalu lama.
Yangretibase,
"Ketiga-tiga tokoh agama Islam ini melarang non-Muslim membaca al-Quran. Apakah pendapat anda sekalian dalam hal ini?"
comment:
Pada pendapat saya semua manusia yang tidak buta huruf di dunia ini dan yang jahil tentang agama Islam di galakan membaca Quran dan cuba faham isi kandungan firman Allah yang terkandong dalam nya.
Inilah caranya yang berkesan untuk berdakwah dan menarik minat orang bukan Islam menghayati agama Allah.
Macam mana kita hendak melarang orang bukan Islam membaca Al-Quran sedangkan Al-Quran terdapat di internet berserta dengan terjemahan dan tafsiran sekali dengan berbagai bahasa.
Bukan setakat itu sahaja kita boleh berulang-ulang mempelajari dan mengikuti bacaannya dengan jelas dan terang dari pembaca-pembaca Quran yang terkenal di internet.Dan terdapat juga beribu-ribu bahan rujukan tentang agama Islam di internet.
Kalau kita tonton Youtube, kita juga dapat perhatikan bagaimana ramainya orang Amerika dan Europa akhirnya memeluk agama Islam setelah mereka membaca dan membuat research tentang Al-Quran.
Kesimpulannya saya rasa pandangan ke tiga-tiga tokoh agama kita ini tidak memperlihatkan keterbukaan tentang agama Islam. Amat malang sekali !!!
Anon. Rakyat Melaka 3:32 PM:
"Di Melaka walaupun ada pelbagai agensi kerajaan dan exco untuk pemantauan, ianya memerlukan penglibatan ketua menteri dalam pemantauan kebersihan dan kawal selia pembangunan. Sebab itu Melaka menjadi salah sebuah negeri paling bersih dan pendapatan per kapita nya tinggi"
Apa kata rakyat Kedah tentang kebersihan dan pendapatan per kapita negeri mereka? Tengok bandaraya Alor Star pun dah cukup untuk mengKPIkan Dato' Bandar dan Menteri Besarnya (dulu dan sekarang).
Sdr Yangretibase
Jika Sdr dapat pastikan tiada nas al-Quran, Hadis, Ijma' dan qias yang membincangkan mengenai hukum yang melarang non-Muslim membaca al-Quran atau sebaliknya, Sdr, dari sudut dasar perundangan Islam yang dinamakan Masalih Mursalah, dibolehkan memberikan pendapat sendiri atau berijtihad sendirian mengenainya atau jika sdr tidak mempunyai kelakyakan sebagai mujtahid sdr boleh melakukannya secara jemaah berdasarkan prosedur2 yang ditetapkan oleh Dr Yusof al-Qaradawi.
Itulah yang dilakukan oleh 2 ulamak dan 1 menteri berkenaan masing2, iaitu ijtihad secara sendirian, dan itulah yang dilakukan oleh para pemimpin parti PAS iaitu secara jemaah.
Kalau betul ijtihad Sdr, Sdr, mengikut hukum ijtihad dijanjikan mendapat 2 pahla, kalau salah 1 pahala.
Dato'
Oleh kerana artikel "Yangretibase" boleh lepas makanya saya ingin memberikan reaksi balas saya.
Saudara Retibase,
Bukanlah susah sangat nak cari ayat tertentu dalam era ICT. Pergi laman web, taip perkataan yang diperlukan (kafir, munafik, pasik dsbnya), akan keluarlah ayat-ayat berkaitan.
Tidak perlu saintis roket untuk melayari internet. Tak perlu tunjuk ajar tok guru untuk dapatkan perkataan yang relevan. Hakikatnya, kalau dimulakan, akhirnya bukan Gobala seorang saja yang boleh mendapat 'lesen' untuk berbuat demikian!
Bayangkan kalau OTK, KTK dan SV membuat perkara yang sama untuk 'pulangkan paku buah keras'. Setakat buat apa yang Gobala buat bukanlah berat untuk mereka bertiga. Betulkan?
Oleh itu apakah komen Salahudin AA kalau SV dengan pelat budunya memetik ayat tertentu yang ada kaitan dengan kes De Fakto lalu diikuti dengan ketawa berdekah-dekah dalam kalangan hadirin?
Ingatlah parti politik tidak ubah seperti penjaja yang menjual perkhidmatan semata-mata untuk mendapat keuntungan (kuasa). Apakah perasaan pengguna muslim kalau promoter bukan mukmin menggunakan ayat tertentu untuk melariskan jualan?
ALPASIKU
Mohon maaf kepada Sdra/Sdri para pembahas kalau lambat sikit siarkan komen.
Ada sikit masalah. Saya tidak mahu kata masalah teknikal.
Masalah tetap masalah, teknikal atau sebeliknya.
Ada peringatan mengatakan berlaku masalah dengan blog saya dan sedang disiasat oleh Blogspot.com.
Harap maklum dan mohon maaf.
Terima kasih.
Assalamualaikum pak jasin,
saya ingin bertanyakan pendapat pak jasin tentang tindakan kumpulan indonesia, benteng demokrasi rakyat yang mahu menghantar ahlinya ke tanah air Malaysia bagi memulakan perang. Tindakan mereka sudah keterlaluan untuk isu seperti tarian pendet dan mula mengamcam keselamatan negara.
Salam DAKJ,
Tak aper, tak adalah lewat sangat. Tetapi saya bersetuju sangat dengan kenyataan Dato' yang kata masalah tetap masalah, cumakan kita termasuklah saya apabila seseorang itu memohon maaf ke atas kekhilafannya, kita boleh gambarkan karakter seseorang itu.
Maaf diterima dengan senang hati.
YBhg Dato'
Assalamualaikum. Kita harap masalah blog Dato' dapat diatasi kerana kita sekarang beralih kepada membicangkan masalah yang dihadapi bangsa dan negara .Trend ini akan membantu menyelesaikan masalah yang terdapat sekarang secara konkrit dan tidak hanya melepaskan perasaan geram sahaja.
Pada tahun 7 puluhan pengungjung ke Malaysia memuji kesopanan rakyat Malaysia.Situasi sudah berubah apabila perkara-perkara berikut berlaku :-
1. Ketua Pemuda satu Parti Politik mengeluarkan kenyataan orang Melayu terlalu lembab dan jalan keluar adalah orang Melayu perlu ada sikap kurang ajar.
2. Di sidang satu seminar untuk meningkatkan daya saing orang Melayu dalam perniagaan ada Menteri menyatakan orang Melayu tidak akan berjaya jika mereka tidak menerap apa yang dilakukan sebahagian orang bukan Melayu , iaitu amalan tumbuk rusuk(rasuah).
3.Ada Menteri Pelajaran yang berpendapat penuntut Melayu dibebankan dengan perkara yang tidak memberi kecermerlangan akedamik. Diantaranya mereka dibebankan dengan mepelajari ugama.
Yang tersebut diatas telah mendedahkan orang Melayu kepada nilai-nilai yang negatif yangterdapat sekarang.
Untuk membetulkan keadaan kita perlu mengikut ajaran Nabi kita supaya supaya setiap orang mengutamakan mendidik/ menolong keluarga , saudara ,jiran dan masyarakat supaya menjadi baik.Ini sukar dilakukan sekarang kerana kita selalu dihujani dengan kata-kata 'kroni' yang membuat orang memandang serung apabila kita menolong saudara atau kawan kita. Kita perlu mengdefinasikan apakah sebenarnya yang dikatakan kroni itu untuk membolihkan kita bantu-membantu kearah kemajuan bersama.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya
MACAM MANA PENDAPAT DATO TENTANG KPI CALUN UMNO/BN ADAKAH IANYA MENEPATI KPI PARTI ATAU KPI RAKYAT SAYA KURANG FAHAM ATAS TINDAKAN UMNO/BN MENCALUNKAN OARANG INI
Sdr pakbelalang
Alangkah baiknya jika hujah sdr tersebut yang menolak pandangan 3 tokoh agama kita mengenai kebebasan/kecederungan ahli politik non-Muslim menggunakan ayat2 al-Quran untuk berhujah terhadap lawan politiknya itu disertakan dengan hujah, lebih banyak kebaikannya daripada kemudaratannya kepada MASYARAKAT Islam tempatan, khasnya dan antarabangsa, amanya dan AGAMA ISLAM SENDIRI jika kebebasan. kecenderungan tersebut dibiarkan.
Lihatlah beberapa perkara berikut berkaitan sikap & mentaliti manusia..perkara ni tak mengira kaum..secara umumnya inilah mentaliti org asia dunia ke3..
1. TANDAS:
- Kat Europe toiletnya (WC) disediakan berus tandas..dgn kata lain, kalau bagi kotor tu pandai2 lah basuh sendiri ye..tanggungjawab..anggap jamban tu mcm muka sendiri..
- Kat Malaysia harap org lain cuci "..kami dah bayar duit! "
Najis tanggungjawab tukang cuci lah.
"eh..kepala paip ni stainless steel lah, hehehe.."
"apa punya tandas ni..tak fully automatik.."(nak ada org basuh pungkoq dia agaknya, baru fully automataik dgn RM0.30 dia..mcm mana dia buat 'projek' kat jamban rumah dia ntah le, teruk..keok!
2. TANGGUNGJAWAB
- Orang Eropah/Jepun mengambil tanggungjawab menyelesai masalah akibat kesilapan mereka..jepun lg dahsyat kerana berkait dengan maruah..mereka rela harakiri dari terus jadi muka tebal tak malu mcm Sami Velu.
- Org Malaysia/Asia - cari org lain untuk kesilapan dilakukan..agaknya sebab didikan mak bapak..bila anak terhantuk meja, makbapak dan anak pakat2 pukul meja yg "jahat" tu walhal meja tak bernyawa tu tak salah apa2 pun..keok!
3. FASILITI KELAS PERTAMA
- Europe/Japan : the quality of service commensurate what you pay..honour & savour the good things. Complaint only when necessary for the benefit of others too.
- Malaysia.. "..kami mahu kerajaan buat pengangkutan awam yang laju mcm Shinkanzen atau TGV yg 350km/h.." .."ttp kami hanya mampu bayar RM1 atau kalau boleh percuma saja"..
ERL 160km/h RM35 tu pun org kata mahal sgt..keok!
hmm..naik keretapi mcm kat India sajalah..yg penting ada volume & "fit the purpose"..khas utk rakyat malaysia yg rata2 3rd class mentaliti..maaf & simpati kpd yg bukan bersikap & berfikiran begitu..tetapi ini negara demokrasi..so majority 3rd class rulez!
4. BISNES
- Eropah: pentingkan pertambahan "revenue" melalui kreativiti minda pekerja untuk keuntungan. Pekerja adalah aset paling "resourceful"..
- Malaysia: Untuk untung dan "please the boss" ,potong kos kakitangan (short cut measure), sudah tentu margin untung naik bila ada penjimatan..tingkatkan "revenue"? susah lah!..pekerja adalah liabiliti, menyusahkan..upah buruh asing lagi murah..org tempatan yg ada PhD tu bukan pandai sgt pun mcm ekspatriat auta dari luar negara pun, mana boleh bayar mahal2....bantuan 'duit dari langit' adalah yg paling "resourceful"..
Kesimpulanya Dato'...
Org putih perlukan beratus tahun sejak zaman renaisannce untuk berada dimana mereka sekarang ni..
Jadi apa nak di kecoh Dato'.. kita guna jam juga..tatapi jenis sand-glass mcm icon Window masa menunggu download tu...tetapi diisi pasir curi dari dasar sungai..memanglah sangkut!
Tunggu sajalah..sampai ke liang lahad lah kita gaya nya..
Ya Dato..sampai saya yg baru 3 dekad hidup ni mati pun kita akan masih begini, tiada banyak berubah..percayalah!
Langkah setapak..undur 3 tapak..lambatlah nak sampai lagu ni..
Salam 1 Malaysia
p/s: Saya salahkan juga pendatang2 dari dunia kurang bertamadun ni yg masuk berkepuk-kepuk ke negara ini.. siapa bawa? lu fikir lah sendiri..mereka sendiri penyumbang kpd pencemaran tandas2 awam dan persekitaran..tempat mereka sendiri mana ada jamban "sisten flush", tong sampah pun mereka tak kenal..ini fakta saya sendiri lihat dpn mata.. yuxx!
(",)
The Scribe
Tepat sekali!Kalau yang mudah-mudah macam jaga tandas, tanam pokok utk cantikkan bandar, cuci jalan, cat bangunan,cekapkan pengangkutan, makna yang mudah-mudah, jangan cakap besar nak jadi'developed nation', 'high-income-economy'dan 'world-class' itu dan ini.Elok kita KPIkan pembesar begini, KPI atau KETEPI sahaja.Salam mesra
Tanggungjawab Datuk munkin boleh KPI kan para pembesar...
Bagi kami yang rakyat biasa yang bilamana pilihanraya akan tiba wakil rakyat mula menagih kuasa pada tangan tangan rakyat yang tak punya apa2..
Cukuplah kami beramai2 KPI kan keluarga kita dahulu..Dah cukup ke pendidikan akal jasmani dan ruh yang kita bagi pada anak2 kita...
Macam mana nak disiplinkan diri sendiri..macam mana nak gunakan tandas cara betul, supaya bersih sentiasa..supaya bilik ayag kita tak hancing...
Bagaimana nak jaga kebersihan rumah kita dulu sebelum anak2 membesar jadi insan yang bersih dan cermat lagi beradab...
Semua itu akan mengajar mereka memelihara persekitaran alam dan mengenal manusia...
Bila di rumah dah ok..kita tengok pulak ada tak jiran2 kita yang tak makan..balu2 yang susah getir meneruskan kelangsungan hidup..ada tak anak2 yatim yang terbiar di jalanan..
Sesudah tu barulah kita hayati kerja amal wakil rakyat kawasan kita...kalau setakat buka pejabat untuk pecacai lepak, mendabik dada sedang wakil rakyat entah ke mana..
Maka kita guna kuasa yang ada di tangan kita..di tangan anak2 kita...di tangan ibu2 bapa kita jika masih ada..begitulah seterusnya kita bina networking kita untuk menukar pula wakil rakyat yang baru...yang mana kita cuba pula resipi baru..jemu jugak kalau dok tengok muka2 pecacai yang tidak beretika tu....pesan orang tua2 nak tengok sapa kita kena tengok sapa kawan kita...
Kalau gamak2 pengangkutan awam kawasan kita pun teruk..bas2 zaman tok nadog pun dok guna lagi,tandas petronas di pekan kecil kita pun nak muntah bila masuk maka sesungguhnyalah...tunggu apa lagi tuan2 dan puan2,makcik2 dan pakcik2..yang dah 21 tahun tu semua baik OKU atau yang tak berupaya..pakat2lah keluar beramai2 buat pilihan yang jujur lagi ikhlas..bukan depa nak tembak pun kalau tak pangkah...
Begitulah adanya bagi kami nak menilai KPI mereka...
Teringat saya kartun dalam harakah masa pilihan raya yang lalu..
Ada anak panah suruh PM dan TPM tak payah nak susah2 tawan Kelantan..pakat pi lah jaga Pulau Pinang...
Akhirnya jadi kenyataan..Apa pun tahniah pada dua beranak LIm Kit Siang Dan Lim Guan Eng...
Dari saya muda dulu saya amat benci pada Lim KIt Siang...
Last2 dah tua2 ni baru saya sedar perjuangan mereka dua beranak..begitu juga Karpal dan anaknya...Ada kesempatan saya ingin berjumpa mereka memohon maaf atas ketidaksempurnaan saya..
Lebih hiba bila mengimbau kembali perjuangan seorang isteri bernama Wan Azizah..wanita yang tak pernah bersuara hanya berdiri di samping suami akhirnya akhirnya bangkit berjuang sehingga jadi presiden..ada lagi kah wanita macam tu di Malaysia ni...yang ada cuma yang meruntuh dan menambah beban suami memang banyak bersepah dimana2...
Saya tidak memihak pada sesiapa. Undi adalah rahsia...sampai masa kita berhak pilih seperti mana rakyat Terengganu bersatu buat pilihan...Bila depa kata depa tak mau semua pakat tak mau..
Rahsia hati naluri rakyat Terengganu jelas membayangkan prinsip yang sama seperti rakyat Pulau Pinang.. Jati diri tu kena ada..
Tak payah orang nak bagi gula2 pun kita dah bijak buat pilihan...
Saji,
Maaf. Saya rasa saya sudah keliru tentang issue yang di kemukakan oleh Yangertibase.
Kemungkinan besar comment saya telah lari dari issue sebenar yang dibangkitkan.
Walau apa pun, comment saya itu tidak ada kaitan dengan politik semasa yang saya tidak tahu cerita sebenar hujung pangkalnya. Maaf !!
Kalau Quran digunakan oleh ahli politik bukan Islam sebagai hujah mereka, itu adalah salah dari segi moral seolah-olah memperkecilkan kebijaksanaan orang yang menganut agama Islam yang beriman.
Mereka yang tidak beriman dengan Al-Quran tidak boleh "menjaja" ayat Quran dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik mereka.
Maka teguran dari 3 tokoh agama kita adalah tepat sekali.
just back from bali and read ur blog.
while in bali, so a sign
"kebersihan tanda manusia bertamadun"...
senyum sinis seorg-org while thinking about kelantan, public toilet, our roads...
segala galanya memang salah duduk diatas.
Macam kata Dr ismail Ibrahim dalam HALAQAH tv9 bahawa makan halal yang dibeli dengan menggunakan wang haram (rasuah) ia tidak menjadi khasiat.
Kalau makanan yang dimakan tidak jadi khasiat pasti ianya menjadi mudarat pada tubuh badan sesiapa sahaja yang memakannya.
Bayangkan apabila badan seseorang itu mudharat pasti apa yang dilakukan juga turut jadi mudharat.
Sebab itu apa yang berlaku pada negara kita semuanya tidak kena.
Tidak kena dengan Allah dan tidak kena dengan manusia (rakyat)
Oleh kerana pemimpin begitu maka pemimpin pun turut begitu.
Tidak hairan jika mufti dan pembesar agama juga turut jadi macam seeprtimana yang kita bangkitkan.
Urusan wang negara juga turut diselewengkan oleh pemimpin yang kita pilih melalui pilihanraya.
Islam telah berjanji: sesiapa yang pilih pemimpin yang jahat, tempatnya ialah didalam neraka jahnam. ingatlah hidup didunia ini tidak lama.
Assalamualaikum Datuk AKJ dan pembahas sekalian, khususnya saudara-saudara saji, pakbelalang dan ALPASIKU,
* Al-Quran kalamullah. Al-Quran hak mutlak Allah. Kitab al-Quran yang terdiri daripada 114 Surah dengan 6,236 Ayat itu diturunkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah (SAW) untuk umat baginda. Umat baginda Rasulullah (SAW) terdiri daripada manusia yang beriman (Islam) dan manusia yang tidak beriman (kafir, tinggal lagi mereka tidak mengaku bahawa mereka umat Nabi Muhammad (SAW).
Dengan kata lain, al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia, sama ada mereka itu penganut Islam atau bukan Islam hinggalah ke hari Qiamat. Ini bermakna, al-Quran juga ditujukan kepada kaum kafir.
Oleh yang demikian, memang menjadi hak mereka untuk membaca a-Quran. Sebaliknya, tiada sesiapa pun yang berhak melarang atau menghalang mereka daripada membaca al-Quran.
* Dalil: Sila perhatikan Ayat-Ayat berikut:
i. Ya ayyuhallazi naamanu ... (Wahai orang yang beriman) ditujukan khusus untuk orang Islam.
ii. Ya ayyuhal kafirun ... (wahai orang yang kafir) ... ditujukan khusus kepada orang kafir.
iii. Ya ayyuhannas (Wahai manusia) yang ditujukan secara umum, termasuklah orang kafir.
Lagipun, orang kafir berhak mendapat maklumat tentang syurga dan neraka, sirah Anbia dan apa sahaja yang terkandung dalam al-Quran. Dengan izin Allah, al-Quran sebagai kitab hidayah, menghidayahi mereka untuk beriman kepada Allah SWT.
p.s: (Dalam dunia ini, terdapat beberapa orang non-Muslim yang muncul sebagai pakar tafsir al-Quran, sehingga dikatakan kepakaran mereka itu mengatasi kepakaran orang Islam sendiri).
Sdr mack
KPI, jika dikaitkan dengan konsep dan ciri pengurusan oragnisasi moden (K&CPOM), boleh dimaksudkan sebagai pelaksanaan apa yang dipanggil sebagai ciri sistem aspek teknikal K&CPOM membabitkan kaedah sistematik/ saintifik untuk menilai dan menambah -nilai secara berfasa2 mengenai tahap pencapaian ahli dan pemimpin sesebuah oragnisasi yang hendak diKPIkan berdasarkan set sistem nilai (baik) yang disasarkan dan dipersetujui oleh kesemua ahli organisasi dan ketuanya, demi memastikan perjalanan oraganisasi dapat memberikan faedah kepada ahli, pemimpin dan masyarakat sekelilingnya.
Yang mungkin menyebabkan Sdr tidak faham ialah, mengenai sama ada sistem KPI yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, DSN mampu menilai ciri2 bakal pemimpin UMNO yang diterima rakyat, dan adakah sistem KPI tersebut mampu menambah-nilai bekas pemimpin oraganisasi UMNO yang disahkan telah mengamalkan politik wang.
Dato,
Asas kena betul tetapi kalau asasnya tidak betul maka kalau nanti mereka ini berkuasa lagilah tidak betul pembawaannya dan lagilah tidak telus KPI yang akan dibawa oleh kedu-dua pihak.
Contohnya isu ISA (BP). ISA di dapati bersalah oleh partinya bagi pertuduhan berkaitan menabur 'politik wang'. Kini pembangkang menggunakan rekod berkenaan untuk mengenakan ISA di BP (tidak ada integriti). Dan meskipun ISA diberikan "benefit of the doubt" oleh partinya tetapi pembangkang tetap memanipulasi kes berkenaan untuk merendah-rendahkan KPI ISA.
Kes ISA sama dengan kes De Fakto PR. De Fakto juga dikesan melakukan kemungkaran dan dihadapkan ke muka pengadilan. Oleh itu kes De Fakto lebih menggambarkan ketelusan kerana ianya dihadapkan ke institusi keadilan awam.
Dalam kes ISA pembangkang tidak mahu menerima "benefit of the doubt" tetapi dalam masa yang sama mereka menolak bulat-bulat kes yang mencemar integriti De Fakto meskipun kedua-dua mereka adalah dulunya berada dalam kapal yang sama. Tidakkah ini merupakan sikap yang terang-terangan memilih bulu dan hipokrit dalam menentukan siapa yang ada integriti dan siapa yang tidak.
Oleh itu kalaulah asas menentukan integriti sudah tercemar, pilih bulu dan mengikut tafsiran politik masing-masing bagaimanakah boleh diharapkan KPI yang telus dan berkesan dapat diadakan bagi menilai perjalanan pemimpin sendiri termasuklah di negeri PR?
ALPASIKU
YangRetiBase,
Memangpun Kalam Allah diturunkan untuk semua manusia agar mereka tahu siapa mereka, siapa Tuhan mereka, siapa yang menjadikan alam semesta, apa peranan dan tanggungjawab manusia, apa yang boleh dan TIDAK BOLEH, tingkah laku dan adab, nilai baik dan buruk, antara bersih dan kotor, kemana mereka akan dihantar dan apa yang mereka akan lalui dan peroleh sesudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Cumanya isu yang didebatkan ialah BUKAN siapa yang boleh baca dan siapa yang tidak boleh baca Kalam Allah. Tidak ada manusia yang berhak melarangnya. Dan atas sebab itulah maka telah ujud berkurun lamanya kuliah perbandingan antara agama tanpa mana-mana pihak membuat 'fatwa pelik' untuk menentang kehadirannya.
Oleh itu yang ditentang di BP bukalah dalam konteks orang bukan Islam yang membaca surah suci di bilik kuliah atau dalam majlis agama atau dalam perpustakaan / internet yang mana ianya telah berlansung sekian lamanya. Yang diragui dan tidak dipersetujuai ialah motif membacakan ayat suci atas pentas politik yang terpalit 'kekotoran' di BP!
Oleh itu debat disini ialah bukan berkenan siapa yang lebih handal dalam mentafsirkan kandunga Kalam Allah. Isunya ialah bersabit etika, kesesuaian majlis dan adab dalam memperdengarkan sebutan dari Kalam Allah. Isunya ialah apa tujuan yang dibolehkan dan tidak dibolehkan.
Yang keliru adalah saudara. Saudara tidak nampak bahawa kefahaman bukan tanda persetujuan atau pengiktirafan. Contohnya teori evolusi momokan Charles Darwin. Boleh dikatakan semua saintis termasuk yang Islam dapat memahami apa yang dihujahkan dan dibuktikan oleh Darwin, cumanya tidak semua bersetuju untuk menerima pakai teori gila berkenaan sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku secara harfiah apatah lagi orang Islam!
Dalam konteks agama, ada ramai cendekiawan yang membaca dan mengkaji kitab pelbagai agama, tetapi berapa kerat sangat yang melakukannya bagi tujuan menukar agama? Dan berapa kerat sangat yang mahu menerima dan mengiktiraf kandungan kitab kajian sebagai perkara yang benar! Kenapa? Ini kerana mereka membaca dan mengkajinya dalam konteks ilmiah, politik, saintifik dsbnya dan kalau kebetulan mereka masuk agama itu dan ini sekalipun kemungkinanya ialah kes terpencil saja.
Hakikatnya ada banyak kitab pelbagai agama. Kalau manusia itu ikhlas dengan dirinya sendiri sudah tentu timbul satu pertanyaan dalam diri mereka: "kenapa ada begitu banyak kitab agama?" Seterusnya 'kitab yang mana satu yang tulen dan mana yang palsu?" Dan akhirnya "kitab yang mana satu yang bukan dikarang oleh manusia tetapi diturunkan oleh Tuhan Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam?"
Justeru, kalau seseorang itu membaca semua kitab yang ada kerana didasari oleh perasaan ingin mencari kebenaran; menggunakan akal yang lurus; bukan kerana menunjuk-nunjuk bagi menambat hati mukmin atau meraih sokongan; dan seterusnya jujur dalam membuat perbandingan antara semua kitab yang ada, bukankah di situ tidak ada keraguan bahawasanya Kalam Allah adalah satu-satunya panduan buat manusia dan ianya masih tulen (yang bukan dikarang atau diubahsuai oleh manusia) dan merupakan satu-satunya kitab yang dapat memandu manusia untuk mengenali siapa Tuhan mereka yang sebenarnya?
Habis kenapa mereka yang bukan Islam yang ada otak yang lebih bergeliga dan lebih pakar dalam mentafsirkan Kalam Allah seperti yang anda nyatakan itu, sesungguhnya kalau mereka mahu menghayati kehidupan beragama dalam konteks sebenar-benarnya maka kenapa pula mereka nampak terlalu lembam dalam menerima Islam sebagai anutan untuk semua umat manusia? Apa jawapannya? Bodoh?, Hipokrit? Tidak ikhlas? Sengaja tidak mahu? Atau apa?
ALPASIKU
Salam
Jika dilihat dari aspek kebersihan serta kecekapan kemudahan awam di Malaysia, kita kena terima hakikat bahawa rakyat Malaysia serta para pemimpinnya masih pada tahap mentaliti kelas-3 malah kelas-4 atau kelas-5.
Tak perlu susah-payah pergi sampai Zurich atau Moscow untuk buat perbandingan atau untuk timbulkan kesedaran.
Kesimpulan paling mudah ialah kita lebih suka engkar perintah Allah dan Rasul dalam aktiviti seharian. Bila kebersihan luaran yang mudah itu pun tidak terurus, apalagi kebersihan rohani kita...?
Itu pasal kita jadi jaguh dalam acara rasuah, rogol, arak, zina, dadah, dedah, bohsia, pelacuran, rempit, ragut, rompak, ugut dan sebagainya.
Sdr Yangretibase
Terima kasih kerana mengemukakan tiga dalil al Quran yang sdr gunakan bagi menjelaskan Islam tidak melarang bukan Islam membaca al Quran dan menggunakannya untuk menguatkan hujahnya dalam bidang2 atau isu2 yang boleh diijtihadkan yang tidak dipersetujui oleh tiga tokoh agama negara itu.
Namun, tiga dalil tersebut tidak digolongkan sebagai dalil yang 'terang dan jelas' untuk dijadikan hujah sdr itu yang mungkin disangkal oleh tiga tokoh agama berkenaan dengan mengemukakan dalil2 yang lain yang meliputi dalil penghinaan umat Islam oleh orang kafir.
Ini, walaupun saya tahu, sdr menggunakan kaedah hujah Islam yang dinamakan 'qias' dalam mengemukakan hujah sdr tersebut yang juga dibenarkan dalam Islam.
Iaitu seperti mana ulamak dahulu menjelaskan hukum memakan lemak babi dengan menggunakan dalil alQuran yang mengharamkan umat Islam memakan daging babi.
Apa yang saya ingin cadangkan kepada sdr ialah, sdr tidak dapat tidak selepas ini menggunakan dasar perundangan Islam Masalih Mursalah untuk mengemukakan analisa perbandingan yang menjelaskan lebih banyak kebaikan daripada keburukannya jika bukan Islam dibiarkan menggunakan dalil alQuran untuk berhujah seperti yang dibincangkan di atas.
Salam Dato' Kadir,
Kalau kita pergi SURIA KLCC, dia punya TANDAS punyalah kotor. Bau Hancing campur Bau TAIK harum semerbak. Nak melabur pun tak berselera.
Kecuali yang kat tingkat 1, untuk kegunaan VVIP. Itu pun kalau sekali masuk kena bayar RM2. Haa yg tu dia jaga bagai nak rak. TANDAS pun ada KASTA.
Pelancong asing masuk, dah pasti mengutuk rakyat Malaysia sebagai bangsa pengotor.
Artikelk Dato' ini sangat-sangat bagus.
wasalam
Salam Dato'
Umat Islam kini sudah banyak berpecah-pecah, berpuak-puak. Dan Islam itu sendiri telah dijuzukkan kepada beberapa juzuk.
Islam dijuzukkan berdasarkan geografi dan negeri. Di sana kita pernah dengar Islam Indonesia, Islam Malaysia, Islam China dll.
Islam juga dijuzukkan dengan istilah istilah. di sana kita pernah dengar Islam Kontemporari,Islam Fundamentalis, Islam Moderate, Islam Konservatif, Islam Liberal dll. Islam Hadhari???
Islam juga dijuzukkan dengan puak-puak atau fahaman. Islam Syiah, Islam Wahhabi, dll
Dan banyak lagi penjuzukan Islam terus berlaku.
Penjuzukan Islam yang banyak ini seolah-olah Islam itu macam-macam ada, sebenarnya perancangan musuh-musuh Islam supaya Islam itu sendiri dilihat sempurna tidak seperti mana Islam yang diamalkan oleh Penganut Yang Terbaik dimasa kurun yang terbaik (zaman para Sahabat).
Dan "Islam yang pelbagai juzuk" ini seringkali,kerap kali bertelingkah dalam soal-soal fekah hingga 'alpa' keutamaan pengajaran Islam.
Hari ini satu soalan juga, samada bukan Islam boleh baca Quran?
Anehnya, dalam kita berdebat soalan itu, Tandas-tandas masjid kita dari "pelbagai juzuk" tadi adalah sama standard nya, kotor , busuk, jijik yang langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam!
Di Barat, ramai manusia yang ingin mencari sinar cahaya kebenaran membaca pelbagai kitab-kitab agama langit seperti Quran, Injil dan lain-lain. Bahkan perbandingan agama di sana dibincangkan secara terbuka. Cat Steven juga membaca dan mengkaji Al-Quran, yang akhirnya beliau diberi hidayat.
Soal Non-Muslim baca Quran bukan isu yang diperdebatkan.
Isunya adalah bolehkah Non-Muslim (spt YBGobalakrisnan, YB Nga Kor Ming, dan lain-lain)menggunakan/menyampaikan/mengajarkan ayat-ayat Quran sebagai hujah/kempen kepada Muslim? Dan isunya, bolehkah Muslim menerima hujah-hujah ayat Al-Quran dari Nan-Muslim?
Sebagai contoh, bolehkan saya berkata, Ayat 208 Surah Al-Baqarah mengikut pengertian sipolan bin sipolan (non-muslim), sebagai hujah dan rujukan??
hai....DATO AKJ
klau hendak melentor buloh biar dr rebongnya semua orang tahu peribahasa ini..
tapi klau dah mjadi buloh adakah sesiapa ada memikirkan theorynya bgmn hendak melentor buloh??
pada pendapat 3 ulamak tersohor itu jgn disalah ertikan.pada pemahaman saya pendapat itu dtujukan pada spembaca yg berkepentinggan unt politik dan diri sdiri,bukan unt memahami dan memperlajari akam alquaran
Dalam sibuk kita memperkatakan si pulan atau si kafir layak atau tidak membaca AL-Qur'an maka kita sebagai orang Islam yang beriman jangan lupa tuntutan Al-Qur'an terhadap kita yang perlu dibaca samaada paham makna atau tidak serta perlu beramal dengannya...
Tuntutan Al-Qur'an paling ringan perlu khatam dua kali setahun..
Orang Melayu ni majoriti faham baca al-Quran tu maksudnya baca berlagu..
Memang syok dan asyik lah mcm org nyanyi lagu hindustan ..tapi tak faham makna..jadi dia main ikut sajalah membabi buta..
(",)
Salam langit biru
Akhir2 ini, sdr pun tahu semakin ramai pakar perbankan non-Muslim menyertai penyelidikan perbankan Islam, di mana ada yang terlibat dengan penkajian Hadis dan al-Quran untuk berhujah. Maka, soalan saya pula, bolehkah diterima hujah al Qurannya jika ia mampu menyelesaikan permasalahan perbankan Islam sekarang?
Post a Comment