Saturday, January 09, 2010

Islam: Hak Dan Tanggungjawab Raja-Raja Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AMARAN KHAS – Tolong berhati-hati apabila membincangkan isu ini kerana kita boleh dituduh menghina mahkamah dan/atau menghasut.

MASA sudah berlalu untuk retorik, janji dan kata dua. Orang Islam Malaysia sudah amat marah. Gereja sudah dibakar.

Kita boleh mengutuk perbuatan ganas dan berbahaya ini. Dan saya, sebagai blogger dan seorang Islam mengutuk perbuatan ini.

Tetapi kutukan dan ancaman mengambil tindakan paling tegas, termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, tidak akan menyelesaikan masalah pokok.

Ada orang sudah menabur angin. Maka hendak tidak hendak kita semua akan menerima badainya.

Seperti saya nyatakan dalam respons saya dalam ruangan komen blog ini, kita jangan sekali-kali memperkecilkan hak, kuasa dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam hal ini.

Dalam Perlembagaan negara, agama Islam adalah Agama Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah ketua agama yang berhak dan bertanggungjawab ke atas agama Islam.

Jadi saya rasa, sudah sampai masanya bagi setiap orang Islam, sama ada sebagai individu, persatuan, pasukan atau kumpulan, merayu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu agar campur tangan.

Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun bertitah.

Baginda bertitah, bagi menjamin keamanan dan keharmonian di kalangan pengikut pelbagai agama, maksud dan rujukan kepada “Allah” dalam konteks umum wajib menepati deskripsi yang ditentukan oleh Islam kerana ini adalah amalan yang telah diterima selama ini oleh semua kepercayaan rakyat Malaysia.

Kata baginda: ""Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,"

Sebagai ketua dan pelindung agama Islam dan adat resam Melayu, Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab memberi kata putus agar Allah kekal sebagai Allah orang Islam, Allah yang Satu.

Lihatlah apa yang telah terjadi. Bukan semua orang Islam boleh sabar dan bukan semua orang Islam tahu selok-belok agama Kristian.

Yang menggunakan “Allah” dalam penerbitan dan mencabar Menteri Dalam Negeri di mahkamah itu adalah mazhab Roman Katolik. Tetapi gereja yang diserang mungkin bukan gereja Roman Katolik. Mereka tidak boleh membezakannya.

Bagi orang Islam, khasnya di Semenanjung Malaysia, Allah adalah Tuhan orang Islam. Lagipun Allah yang disembah oleh orang Islam tidak sama dengan Tuhan yang disembah oleh Roman Katolik.

Allah orang Islam adalah satu. Adalah Esa. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tetapi Tuhan Roman Katolik mempunyai tiga bentuk penjelmaan. Tuhan sebagai Bapa, Tuhan sebagai Anak dan Tuhan sebagai Roh Suci.

Islam adalah Agama Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

Jadi kalau Baginda semua bertitah yang Allah hanya boleh digunakan oleh Islam, insya-Allah akan redalah kegelisahan orang Islam.

Soal derhaka kepada Raja, jika timbul atau ada pihak yang berani melakukannya, kita tangani kemudian. Buat saat ini, meredakan kegelisahan orang Islam adalah keutamaan.

Orang Islam tidak lagi boleh bergantung kepada kepemimpinan politik semata-mata.

Sudah amat jelas bahawa isu yang bermula sebagai isu pentadbiran dan mahkamah ini telah begitu teruk dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan, kegelisahan dan kemarahan umat Islam.

Hanya Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu boleh memberi dimensi baru yang positif kepada kemelut ini.

Daulat Tuanku.

72 comments:

yes said...

Assalamualaikum,
Terima kasih datuk, tulisan yang pendek dan tepat.Harap isu ini akan ditangani secepat mungkin.

Saya juga takut jika isu ini tidak ditangani dengan segera akan ada pada suatu masa nanti orang bukan Islam akan mencabar kenapa mereka harus memeluk ugama Islam untuk berkahwin dengan orang Islam.

Saya setuju sangat mengenai kita tak boleh mengharapkan parti politik sahaja. Lihat contohnya, Pas yang selalu berkata bahawa agenda mereka ialah memperjuangkan Islam. Pemimpin pemimpin mereka juga berbalah tentang hal ini. Kemudian di katakan ahli mesti ikut jemaah. Walau pun saya menyokong Pas selama ini tapi tak kan lah saya bodoh sangat bahawa saya dapat menerima arahan itu. Saya ingin tanya pada pemimpin Pas, adakah Allah akan tanya saya diakhirat tentang akidah saya atau minta Pemimpin Pas yang jawabkan bagi pehak saya?

Quantum Metal Consultant said...

Kepada mazhab Roman Katolik kita nasihatkan supaya di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung dan jika masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak..

Secara positifnya kita dapat melihat bagaimana musuh terus menguji kekuatan dan perpaduan Melayu/Islam.

Secara positifnya, kita masih mendapat gambaran bahawa apabila Islam disentuh, umat Islam di Malaysia majoritinya 'bersatu' tanpa mengira idealogi politik dan kaum.

Secara positifnya juga kita dapat melihat siapa musang berbulu ayam.

Tam Dalyell said...

Salam Dato'

Sayangnya sudah terhantuk baru tengadah.

Dibiarkan anak kecil berumur setaraf atok berpangkat biskop bermain api. Hati sudah terbakar, menjalar menjilat keluar, merusak dan membinasa, baru 'sedar' ia penyakit membawa padah.

Pandai tak cukup bijak. Pandai mengungkap kata-kata azimat "prevention better than cure" tetapi kurang bijak, tidak proaktif mengenai hal sensitiviti kaum.

warongkopi56 said...

Salam Datuk,

Isu ini kena dilihat dari dua sudut. Pertama kesucian dan keagungan Allah pada orang Islam.

Kedua kenapa kalimah Allah hendak digunakan oleh kristian katolik sedangkan kepercayaan mereka telah terkeluar dari kepercayaan orang Islam.

Menggunakan kalimah Allah ini pada pandangan saya, tidak lebih dari apa yang ahli ahli politik menggunakan ayat ayat Al-Quran tetapi adakah mereka beriman pada Allah itu pokoknya?

Mereka boleh berkata "Allah is the creator of mankind" tetapi dimana keimanan mereka jika mereka menyekutukan Allah?

Kalau sekadar untuk memberi kefahaman yang jelas siap itu,"lord, siapa itu jesus dan siapa itu holy spirit" saya rasa amat amat tidak munasabah. Mereka tidak sepatutnya mengambil jalan senang dengan menggunakan kalimah Allah tetapi tidak beriman sepenuhnya dengan Allah.

Fikir fikirlah niat pihak kristian itu.

Anonymous said...

Tuanku telah betitah.

Daulat Tuanku.

Nani Cheras

ABDUL HALIM YUNUS said...

Allah itu Esa,iaNya satu ,iaNya tidak diperanakkan.Allahuakbar! Allahuakbar ! Allahuakbar !Sama-samalah kita mendoakan supaya perkara ini dapat diselesaikan secara aman tidak berlaku sebarang kekacauwan dan peperangan agama di Malaysia ini.

Brahim Nyior said...

Salam Dato' KJ,

Ibarat menjolok sarang tebuan, tindakan Murphy Pakiam disusuli keputusan Hakim Lau Bee Lan pada saya, adalah tindakan provokasi kepada apa yang berlaku sekarang.

Saya berterima kasih kepada DYMM Sultan Mizan yang membuat kenyataan tegas berhubung perkara ini. Sekiranya pihak Gereja Katholik masih bermain api, mungkin perkara yang lebih buruk berlaku.

Apa yang penting sekarang, semua harus bertenang dan biarkan pihak berkuasa menguruskan apa yang perlu. Jika saling berbalas tindakan, saya bimbang perbalahan agama yang berlaku di Ambon, Indonesia berulang di sini.

Nauzubillah..

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Pak Kadir,
Saya melihat isu ini dar angle begini. Kepimpinan politik kita lemah, sebab itulah semuanya menjadi krisis dan kronik.
Mereka terbuai dengan KPI sehingga lupa tentang isu sebenar negara. betul kata tun M, mereka lupa.

Jadi kegagalam mengurus krisi oleh pimpinan poliik kita telah menatijahkan apa yg berlaku sekarang. Amat menyedihkan. So apa nilaian kita tentang KPI pimpinan politik dengan berlakunya hal ini.
Oh 1Malaysia!

Anonymous said...

Di zaman mahathir, kebijaksanaan mahathir terserlah, isu ini pernah timbul, tapi diselesaikan dengan aman.

Di zaman Pak Lah, semasa syed hamid albar menjadi menteri dalam negeri, di zaman imej UMNO di paras sangat rendah, di masa sokongan melayu dan bukan melayu terhadap umno merudum, isu ini "gagal" diselesaikan.

Go figure, am out of here.

Windtalker

langit biru said...

Kejadian membakar 3 buah gereja ini amat melampau dan wajar dikutuk. Macammana marah sekalipun, kiranya kita faham ajaran agama kita, Agama Islam yang melarang menghina agama-agama lain apatah lagi membakar rumah ibadat mereka, mereka yang bertanggungjawab tentu tak buat perkara begini.

Jadi, yang melakukan perkara terkutuk ini adalah golongan yang meletakkan emosi mengatasi pemikiran yang waras, dan tidak faham ajaran Islam!

Ayat 6 Surah Al-Kafirun : "Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".

Saya tak tahu selok belok prosedur perundangan. Kalau pihak berkuasa nak dakwa seseorang, kena melalui Jabatan Peguam, boleh masuk mahkamah atau tidak. Dlm kes ni, Pihak Katholik saman Kementerian Dalam Negeri, kena lalui Jabatan mana Dato'? Jabatan ni tak ada kuasa ke nak terima/tolak kes dari masuk mahkamah? Harap Dato’AKJ atau mana-mana peguam atau individu boleh jelaskan sedikit hal ini.

Dato tulis, “Sudah amat jelas bahawa isu yang bermula sebagai isu pentadbiran dan mahkamah ini telah begitu teruk dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan, kegelisahan dan kemarahan umat Islam”.
…….. telah begitu teruk dipolitikkan……..siapa yang mempolitikkan Dato’? Yang saya dok tengok dalam TV1,TV2,TV3, yang duat demo, jerit sana jerit sini semuanya Pemuda UMNO. Pemuda UMNO nampaknya menjuarai isu ini, UMNO dapat significant political mileage yang cukup besar di hati orang Melayu Islam! Atau siapa yang mempolitikkan Dato’?

Sejarah pertikaian agama berlaku sekitar tahun 1986/87, di mana 3 buah masjid dibakar hangus di Pahang. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahang. Bagaimana kesudahan kes ini Dato’? Saya harap, pelaku bakar gereja ni tak terlepas begitu saja!!

syamsul said...

salam Dato
sesungguhnya YDP Agong harus menjadi faktor penyatu rakyat khasnya org Islam.
Tidak semua pula faham/merasakan YDPA sbg unifying factor. Ini timbul masalah.
tk

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya rasa terlalu awal untuk kita membuat andaian membakar gereja tu kerja orang Islam...biar pihak berkuasa siasat dulu. Kalau kita kita seolah-olah menuduh tanpa usul periksa...mana kita tahu ada pihak tertentu yang nak hur harakan negara.

Jari hantu

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

BRAVO,TERUSKAN PERJUANGAN,PADAN MUKA DEPA.

Maaf cakap ,tu yang terlintas di hati saya bila baca gereja di bakar.

UMNO dan PAS lebih pentingkan undi politik yang tak sebanyak mana, mengadai maruah melayu islam.Lebih menyedihkan PAS terus hanyut kononnya islam untuk semua.PIIRAAAH.

Terus terang saya amat bangga masih ada di antara kita yang sanggup bersusah payah memperjuangkan bangsa.

'aku bukan lah seorang perwira..
gagah menghunus senjata..namun rela berjuang dengan cara sendiri..DEMI CINTA INI'lagu sudirman.

Sejarah menunjukkan bahawa pejuang sebenar bangsa terdiri dari mereka yang tiada pangkat dan nama.

KEIKHLASAN KALIAN MENJADI OBOR BANGSA.TERIMA KASIH BANYAK.

Habib RAK said...

AKJ,
There is only Allah for the muslims. No one can shake our iman on this. This is how we accept Allah without any reservation. To this point, there is 100% unison. Then, we also know that there are others who also pray to god. They have their own concept of God. But we know, as muslims, that there is only Allah (one God). Thus, when the non muslims pray to their concept of God, by OUR OWN faith we have to take it that they are actually praying to Allah because there is only Allah (one God). However, since the way they view God is different, we refer to them as misguided. But the bottom line is, there is only Allah for all mankind/universe (Rabl Alamin). Thus when others call Allah, how can we take offense to it? Even when their concept of Allah is different, we simply must assume that there is only Allah and we educate ourselves to understand this. The idea of imposing our view onto the non muslims is a futile one. Below is a comment that I read from another contributor (InsanMarhaen) and I think it explains it well.

Berdasarkan reaksi org ramai khususnya org melayu nampaknya ramai sangat yang KELIRU dan kerana keliru juga mereka mempertahankan kekeliruan itu...

Muslim meyakini bahawa Allah itu esa, tak beranak dan diberanakkan. Sedangkan Kristian pula menyangka Allah itu punya anak. Hakikatnya adalah kedua-dua Muslim dan Kristian merujuk Allah kepada ENTITI yg SAMA tetapi BERBEZA pandangan bagaimana sifat-sifat Allah itu.

TAPI sebahagian muslim menganggap kristian merujuk Allah kepada ENTITI yg LAIN selain tuhan maha kuasa yang satu itu, maka semestinya mereka marah dan menentang kerana menyangka ada DUA ENTITI berkongsi nama yang sama iaitu 'Allah'.

Malah ramai Muslim menganggap bahawa tuhan mereka Allah sedangkan tuhan orang non-muslim bukan Allah. Seolah-olahnya Muslim dan non-Muslim mempunyai tuhan masing-masing.

Muslim mengtauhidkan Allah, Muslim MengEsakan Allah, sedangkan Musyrikin (termasuk kristian) mensyirikkan/menyekutukan Allah. Inilah perbezaan aqidah Islam dan aqidah musyrik.

Yang membezakan antara Muslim dan kristian bukanlah tuhan mereka sembah tetapi aqidah serta pandangan mereka tentang konsep ketuhanan.

I sincerely hope, the dialogue we are having in your blog will help bridge gaps and find common ground. We cannot live for long in isolation within the shores of Malaysia thinking that we have majority and might on our side.

Anonymous said...

Salam hormat Dato',
Kemelut ini sepatutnya sudah boleh disekat awal awal lagi jika pihak berkuasa KDN dan PDRM panggil padri berkenaan dan bentang kpd mereka akibatnya tindakan keras hati mereka - seperti yang sedang berlaku sekarang.
Kenyataan Nazri Aziz amat relevan sekali - mengapa mereka (pihak Katolik) sebuk sangat hendak guna kalimah Allah sekarang walhal sebelum ini (sepanjang 52 tahun Merdeka)tiada siapa yang peduli. Katanya lagi kpd pihak Kristian dan Katolik mereka tak akan mengalami apa apa kerugian jika tak dapat guna Kalimah ini.Ya mengapa sekarang dan apakah kalimah ini sedang turut digunakan oleh gereja Katolik di Eropah dimana Islam sedang dijadikan musuh ketat?
Dalam tahun 1991 tiga buah surau di Kelang dibakar dan kepala babi di tinggalkan dimasjid UIA PJ. Orang Melayu tak menjerit ketika itu. (Masjid yg dibakar di Pahang dilakukan oleh orang Melayu yang marah di atas salah guna wang Zakat).
Mereka mempunyai muslihat. Mereka tahu yang mereka akan menjolok sarang tebuan tetapi hendak menguji sejauh mana konsep 1Malaysia boleh menyebelahi mereka.
Toleransi adalah kelemahan orang Melayu Islam yang sedang memukul kita balik!
Dzulman Shah merasa amat sedih.

Anonymous said...

salam,

tindakan membakar gereja atau rumah ibadat agama lain memang perbuatan yang tidak dibenarkan dalam Islam. di larang.

tapi dalam hal ini, kita tak tau siapa yang bakar? orang melayukah, cinakah, indiakah, atau penganut agama Islamkah, Hindukah, Buddhakah atau Kristiankah. yang saya tau, kalau ada perkara sensitif macam ini, sesiapa saja boleh ambil kesempatan.

sebab itulah, semua pihak kena berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mahupun setiap tindakan berkaitan isu-isu sensitif seperti isu perkauman, agama dan lain-lain. jangan ikut sedap mulut, kononnya atas dasar kebebasan.

lihatlah apa yang telah terjadi? siapa yang boleh dan mahu bertanggungjawab sekarang? Kerajaan juga yang dipertanggungjawabkan dek kerana sikap rakyat yang kononnya pandai dan tidak mengambil kira sensitiviti sesuatu perkara.

Tapi, memanglah Kerajaan patut bertanggung jawab sebab tak mampu nak mencegah perkara ini.

Kesimpulannya, rakya tu cermin Kerajaan. macamana rakyat begitulah Kerajaannya. Jadi kedua-duanya kena ambil tanggungjawab terutama yang terlibat secara langsung. faham-fahamlah ya.

p/s: nampaknya politician pun tidak membantu apa-apa dalam perkara ini. baik yang di sinun mahupun yang di sinin. sedarlah saya sekarang walaupun sebelum ini telah sedarpun.

-saya bukan politician-

NiNe said...

Salam Datuk Kadir,

Selepas membaca rencana Datuk, ada sedikit gelombang cahaya di tengah kegelapan apabila saya melihat isu sensitif ini.

Apabila Datuk membangkitkan bahawa 'Islam : Hak Dan Tanggungjawab Raja-Raja Melayu', secara otomatiknya gelombang itu menerjah ke dalam pemikiran saya.

Sebagai rakyat biasa, saya memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah swt. kerana dengan limpah kurniaNya, menghakikatkan saya untuk masih dan terus berpijak di bumi bertuah ini dengan di payungi oleh sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan.

Malah saya percaya setiap umat Islam di Negara ini akan senantiasa berdoa agar institusi Raja-Raja ini terus kukuh serta dirahmatiNya di persada Negara ini.

Sejujurnya, saya melihat bahawa segala gejolak permainan perasaan rakyat dalam isu ini wajar ditangani dengan penuh kebijaksaan oleh yang hak.

Sebagai rakyat biasa, saya berdoa agar segala kekusutan ini terus dirungkai lalu menjurus kepada titik penyelesaiannya 'umpama menarik rambut dari tepung'.

Apa pun, sekalung tahniah kepada Datuk kerana bawa melihat isu berat ini biar pun dirasakan cahaya itu sebenarnya perlu dihalakan tepat kesasaran untuk menambahkan lagi kejelasannya.
Maafkan saya.

Dari,

Zulkarnain Zaki
Pahang DM.

Anonymous said...

Dear DAKJ,

Sedikit pembetulan:

Tuhan (Allha) yg disembah oleh org Islam dan Tuhan yg disembah oleh org Kristian adalah Tuhan yg sama...malah Tuhan yg sama disembah sebelumnya oleh org2 Yahudi dan pengikut2 nabi dan rasul sebelumnya sehinggalah ke nabi Adam.

Tetapi, oleh sebab matinya nabi2, rasul2 dan ulamak2 dan ditambah juga dengan kedegilan umat manusia, ajaran Tauhid diselewengkan. Maka dengan itu disepanjang zaman, Allah menurunkan saling berganti nabi2 dan rasul2 utk menunjukkan kembali kpd masyarakat setempat akan ketauhidan yg sebenarnya. Begitulah putaran itu berulang2 smpi kepada nabi kita.

Of course bila smpi peringkat nabi Muhammad, Allah telah menjanjikan usaha nabi kita akan terpelihara. Cycle penurunan nabi dan rasul terus terhenti sebagai janji akhir zaman.

Berbalik kpd topik asal, Tuhan yg kita sembah dan yg mereka Kristian sembah adalah Tuhan yg sama. Bukan dua Tuhan yg berlainan. Yang membezakan adalah aqidah dan ketauhidan kita. Jalan yg betul berbanding dgn jalan yg salah.

Muslim Peka

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan apa yg berlaku skrg ini...Kadang2 menimbulkan syak wasangka samada wujud "fifth column" dalam negara kita yg bertindak utk menimbulkan keadaan tidak stabil diantara masyarakt Malaysia.

Sixth Column

dan kajang said...

Assalmualaikum Dato',

1. Saya bersetuju bahawa ada beberapa usaha lagi yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini. Bagaimana pun saya berpendapat bahawa Mahkamah bukanlah cara yang terbaik untuk atasi isu agama ini.
Seperti kata TDM, Mahkamah hanya akan mengambil kira soal undang2 tanpa mengambil kira sensitiviti dan emosi kaum2 yang terlibat.

2. Sepertimana yang kita tahu dalam undang2 jika tertinggal satu perkataan sekali pun atau tertinggal koma (,) atau titik (.) akan membawa makna yang berbeza dan akan memberi kesan kepada Hakim yang membuat keputusan. Lihat sahaja kes Pulau Batu Putih sebagai contoh.

3. Pada pendapat saya untuk melibatkan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah langkah kedua terakhir yang boleh diusahakan. Bagi saya eloklah kita balik dahulu kepada pangkal dan asas isu ini bermula iaitu tindakan pihak Gereja Katolik yang mahu menggunakan nama "Allah" dalam keluaran majalah mereka. Soalnya penting sangatkah mereka mendesak untuk menggunakan nama "Allah" itu sekarang(sedangkan mereka tahu bahawa orang Islamlah yang lebih berhak untuknya) sedangkan selama ini tidak pernah diambil kisah. Penting sangatkah bagi mereka mempertahannya hingga sanggup melihat rakyat kita berpecah?

4. Kalau mereka benar2 jujur dan mengaku sayangkan Malaysia, mahu mendaulatkan undang2 dan Rukun Negara serta cintakan kedaimaian, maka kita cadangkan supaya mereka tarik balik niat mereka untuk terus menggunakan nama "Allah" dalam keluaran majalah "Herald" mereka. Tariklah kes ini sebelum ia menular ke Mahkamah Rayuan. Kita khuatir jika sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan dan keputusan undang2nya pula masih memihak kepada mereka, maka tatkala itu nasi akan menajdi bubur. Keamanan dan kedamaian yang kita bina selama ini mungkin akan hancur.

5. Merekalah yang akan dipersalahkan jika kejadian yang tidak diingini berlaku. Fikirlah masak2 cara orang Malaysia.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Silap untuk kita terus menyimpulkan bahawa perbuatan membakar gereja itu dilakukan oleh pihak beragama Islam yang bersikap ektrim. Di Malaysia dan di mana-mana tempat yang Islam mahu dipalitkan dengan keganasan, tindakan sedemikian boleh sahaja dilakukan oleh pihak yang mahu mengesahkan jenama Islam = keganasan itu. Jangan terkejut pula kalau dalam sehari dua lagi akan berlaku kejadian masjid dibakar, seolah-olah wujud unsur tindak balas. Pihak yang mengawasi keselamatan haruslah membuat pemantauan teliti supaya rantaian sedemikian tidak berlaku.

Titah Tuanku YDP Agung amat jelas dan tegas. Bagi mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan agama atau kepercayaan, punya tanggung jawab untuk mentaati titah baginda. Titah itu bebas daripada pengaruh mana-mana kumpulan politik. Jika ada yang mempertikaikan titah Tuanku, eloklah pihak KDN menarik balik kerakyatan mereka, tanpa teragak-agak.

Peranan mahkamah juga seharusnya melampaui membuat tafsiran undang-undang semata-mata. Sebagai salah satu cabang kerajaan, badan kehakiman juga bertanggung jawab untuk menjaga kepekaan masyarakat. Dengan membuat segala keputusan berdasarkan undang-undang secara objektif dan mengabaikan peranan pemelihara institusi negara dengan meminggirkan sensitiviti masyarakat adalah satu tindakan yang tidak bertanggung jawab oleh mereka. Walaupun ketiga-tiga cabang itu bebas antara satu sama lain, bebanan tanggung jawabnya tetap dikongsi dan bertindih. Jika kenyataan ini dikatakan mengandungi unsur hasutan atau menghina mahkamah, mungkin ada pihak yang mahu menafikan hakikat.

yes said...

Assalamualaikum,

Boleh sesiapa terangkan sudah berapa lamakah mubaligh kristian ini menggunakan kalimah Allah.

Apakah mereka menggunakan Bahasa Malaysia di zaman itu atau menggunakan local dilect untuk berdakwah.

Anonymous said...

assalamualakimu wbt...

1. sudah agak terlambat.saya rasa dah agak terlambat utk Tuanku mengeluarkan titah.tapi seperti kata omputeh, better late than neva..spatutnya soal tuntutan gereja ni xmasuk mahkamah...harus straight to YDP Agong kerana hal ini berkaitan dengan kesucian agama Islam...tak semua benda boleh diselesaikan dlm mahkamah..dan tak semua hakim memahami inti masalah

2. next step terbaik adalah mengeluarkan informasi dan penerangan berkaitan hal ini..kalau majlis raja2,ulamak2,mereka yg tahu akan hal ini telah membuat keputusan...harusnya mereka juga menjelaskan keputusan mereka..awat depa kata tak boleh pakai atau awat depa kata boleh pkai..basically,bagilah penerangan...jangan dok diam or biaq lagi...

3. kalau DS Najib mengutuk pengebom gereja..saya mengutuk zaid ibrahim dan mahfuz omar...dua makhluk ni contoh perosak dan gunting dalam lipatan umat islam-melayu...zaid kata semua ni salah UMNO dan mahfuz pulak kata takut peristiwa ops lalang berulang(baca malaysia today)...apa la 2 hap**k ni...dah jadi lagu ni pon hangpa nk 'perhangat' lg..ish2 betul..nak penaik nama pon,waktu lain la....terkutuk la kalian ye...sama la hangpa dengan yg dok pi bom tu..

4. sebenarnya peristiwa pengeboman gereja tu sungguh memalukan. bukak aljazeera, baca koran indonesia,bukak singapore news..semua dok cerita benda yg sama...memalukan bangsa,memalukan negara dan memalukan agama..Polis patut siasat betoi2..jgn smpai ada konspirasi disebalik pengeboman ni..mana tau, ada yg dok sauk di ayaq yg keroh..

5. cuba fikirkan..mungkin suatu hari nnti, yg kristian pon akan turut mnggunakan Allahyarham, halal, tahlil dan segalanya..pada masa tu agaknya dh terlambat kot nak menyesal...ye zaid ye...

wallahualam dan wassalam

H.A.P.R.A.K

mtgbertam said...

Isu ini diperangat oleh akhbar & TV. Berhelai2 mukasurat dimainkan isu ini. Natijahnya, kedua pihak yang terlibat iaitu tempat ibadat kristian dan Islam dijadikan sasaran.

Kalau dari awal dibendung dari disiarkan secara keterlaluan, kemungkinan dapat diselesaikan secara rundingan.

Kami faham sgt dah style media mainstream ni....selain dari mengampu, depa juga nak pelaku akhbar depa.

Roti Planta said...

Dato;,

Jika isu sebesar isu nama Allah ini orang Islam di Malaysia tidak dapat bersatu maka isu apakah lagi yang lebih besar daripada Allah yang membolehkan umat Islam bersatu?

Bye/ Roti Planta

Anonymous said...

Tindakan bakar gereja macam satu konspirasi yang terancang.
Baru surf utusan jap tadi, dapat peruntukan RM500k tuh.
Kalo masjid, kuil, tokong belum tentu dapat peruntukan bedebuk gitu.

Belum pernah kedengaran gereja diroboh di negara kita sebelum ni. Dalam berita pun ada beritahu kerosakan kecil je, tak parah pun.

Masjid, kuil, tokong pernah dirosakkan lebih dari itu, takde pun dapat RM500k.

(Betulkan saya kiranya tersilap)

-peace

MANTOL said...

DYMM AGONG boleh beri isyarat yang jelas dengan menarik balik gelaran Tan Sri dan entah apa-apa lagi yang telah diberikan kepada Si Kristian yang membawa kes ini ke mahkamah.

Kalau saya, ISA kan saja.

/MANTOL/

MANTOL said...

Kenapa bila orang bukan Melayu memulakan sengketa, pemimpin UMNO, PAS, PKR dan lain-lain senyap seribu bahasa. Paling kuat pun cakap berlapik-lapik.


Bila orang Melayu dah mengamok, bukan main lagi menyalahkan dan secepat kilat membela kaum bukan Melayu.

Serta-merta buat press statement "tak teragak-agak guna ISA".

BOLEH JALAN DAAAAAA.

/MANTOL/
Tiada angin masakan pohon bergoyang.

OKJ said...

Salam DAKJ

Tepuk dada tanya selera

Sebenarnya banyak perkara yg perlu difikirkan. Bila ada kes kena bom, orang akan tanya siapa yg kena bom? Kenapa kena bom? dan siapa yg bomkan? Soalan seterusnya ialah mengapa dibomkan sekarang tidak dulu? Ada apa apa konspirasi ke? Siapa yg mendapat untung dari keadaan kena bom tu? Siapa pula yg mendapat rugi dari isu bom ni?

Macam biasalah, terjadinya tuduh menuduh. Pertanyaan berikutnya ialah siapa yg tuduh siapa? Kenapa tuduhan itu terlalu cepat dan tanpa usul periksa? Ikut Islam ke setan kalau main tuduh tanpa bukti? Akhir sekali adalah antara Islam dan kafir, siapa yg kita lebih percaya? Lainlah kalau Islam ala ala Abdullah Bin Ubai iaitu bapak munafiq yg mana penyataan akhbar lain dan bagi khutbah Jumaat lain, Islam yg dah kufur, Islam Khawarij, Islam liberal, Islam bersahabatkan setan dan orang Islam yg dulu kononnya nak tegakkan Islam tapi loni nawaitu hanya nak menang pilihanraya.

Setiap orang boleh beri jawapan masing masing dan sendiri nilaikan samada jawapannya itu ikhlas dengan nama Allah atau ala ala setan. Dengan jawapan tersebut, mungkin itulah diri anda. Sekian TQ.

Hj Mustapa Ong. said...

Dato.

Islam di malaysia amat unique.Ia berbeza dengan negara Indonesia atau negara2 Arab.Di Malaysia Islam dan adat2 Melayu di bawah kuasa raja dan Yang di Pertuan Agong.Orang2Melayu mesti berugama Islam jika tidak ia bukannya orang Melayu.

Di Malaysia jika Raja2 atau Yang di Pertuan Agong memerentahkan yang hanya orang Islam boleh mengunakan perkataan Allah maka itu merupakan perentah.

Ada lah satu kesilapan yang besar jikan kita membuat kenyataan bahawa di Indonesia dan Negara Arab orang2 kristian boleh mengunakan nama Allah maka orang2 kristian di sini boleh mengunakan nama Allah.Ini ada lah kerana kedudokan yang unique di malaysia dari segi menjaga kesuchian ugama Islam maka Raja2 lah yang menjadi pelindongnya.

Dato,yang salah besar di sini ia lah Kementerian dalam Negeri dan Menterinya.Sepatutnya mereka memberitahu Paderi Ketolic supaya jangan cuba untok mempertikaikan pengunaan Perkataan Allah kerana ia nya sensitive.

Salepas Mahkaman membuat keputusan,Akhbar Utusan,NST dan stesion2 TV telah mengapikan lagi keputusan ini.Di tambah pula dengan kenyataan Menteri UMNO,ahli2 Parliment UMNO,NGO Islam dan PM Najib membuat kenyataan yang membenarkan protes di buat di mesjid salepas sembayang jumaat.

Dato.saya rasa isu ALLah telah di politikkan oleh UMNO untok menunjokkan yang ia lebeh Islam dari PAS dan PKR.

Api sudah menyala ,perasaan telah di lukai.Sunggoh pun usaha2 telah di buat untok memadamkannya tapi ramai orang Kristian telah marah.

Yang bahayanya Dato,Di Sabah dan Serawak hampir semua orang kristian bermazhab katolik.Apa kah mereka akan terus menyokong BN dalam pilehan raya nanti.

Gereja2 yang di bakar bukan lah gereja katolik.Ini membuatkan orang kristian mazhab lain pun marah kapada kerajaan Islam UMNO.

Siapa pula yang membakar gereja2 tadi.Ada kah mereka orang UMNO atau orang PAS atau orang PKR atau mungkin CIA dan Agent mossad.Hanya Allah yang tahu.

Anonymous said...

anak kecil main api,
terbakar hatinya yg sepi,
airmata darah bercampur keringat,
bumi dipijak....

...
....

kini kita cuma tinggal kuasa,
yg akan menentukan bangsa,
bersatulah hati bersama berbakti,
pulih kembali harga diri....

bahas

Wan Shamsudin said...

Salam Datuk AKJ;

Syukur alhamdullillah.Semoga kita semua menghurmati akan titah Tuanku YDP Agung.

Saya amat yakin, perkara seperti ini tidak akan timbul jika agama tidak di politikan. Kita lihat saja, apabila berkempen di pilihan raya kecil atau umum, ada saja isu isu agama di politikan olih parti parti yang berkempen. Tengok dan lihatlah, bagaimana wakil wakil DAP, dengan sikap kurang ajar mempersendakan ayat ayat suci Al Quran.Ini disokong pula olih Parti yang kononnya mewakili orang orang Islam.Kita telah membenarkan perkara perkara seperti ini berlaku dari awal lagi dan kita berasa bangga kerana orang yang beragama lain bolih menyebut ayat ayat suci Al Quran.

Saya amat yakin mereka itu hanya memperbodohkan kita saja dan yang menyokong adalah gulongan yang sesat.Tolong jangan campur aduk agama dengan politik.Inilah akibatnya.

Jika kita, orang Islam sendiri TIDAK menghurmati agama kita maka bangsa dan agama lain akan meremehkan kita.Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Tok,

Banyak lagi masjid robek di kampong. Kalau tak salah, sebuah masjid kampong harganya Rm500,000. Gereja yang kena bakar tu besar dan ramai sangat ka Tok penyembahnya?

Kamjat

Unknown said...

salam AKJ,
politically BN will not allow ydp agung to take the stand ("Allah" is for Islam)although it is the best short-term controll measure, simply because it would mean losing half of votes from the christians and it's sympithizers.
thus, ydp agung gets different advise altogether from the govt.....

dan kajang said...

Assalmualaikum Dato',

1. Sebagai tambahan dan lanjutan kepada kemasukan saya sebelum ini, saya juga ingin mengesyorkan supaya parti2 politik juga main peranan dalam usaha memulihkan keadaan.

2. Kalau dalam isu ini kita dapati bahawa Umno dan Pas boleh seYa dan sekata dan berdiri sebaris menentang penggunaan perkataan "Allah" maka mengapa tidak MCA,DAP,MIC,PPP,PKR dll parti serumpunnya juga tampil membantu.

3. Parti2 yang bukan Islam sepenuhnya ini serta yang mempunyai pengikut dan ahli dari kalangan beragama Kristian boleh juga memain peranan penting dalam meredakan keadaan ini. Kenapa tidak parti2 ini menasihat ahli dan penyokong mereka supaya bertolenransi sepertimana yang selama ini dilakukan oleh orang Melayu sejak Merdeka.

3. Kalau selama ini perkataan "Allah" tidak pernah muncul dalam pendekatan dakwah mereka, jadi apa perlunya perkataan "Allah" itu hendak dipertahankan sekarang jika IA akan mengakibatkan ketegangan kaum dan agama dinegara kita. Kadang2 dengan mereka berkompromikan prinsip mereka juga merupakan suatu "prinsip" yang mulia.

4. Jadi kita harap pemimpin2 Parti2 ini hendaklah sama2 menasihat Pemimpin Gereja mereka itu (yang memulakan isu ini) supaya secara sukarela dan ikhlas mengugurkan tuntutan mereka itu. Dengan cara ini mereka akan terus dihormati.

5. Kita harap pemimpin2 Pari2 politik ini hendaklah bertindak dengan rasional dan bukannya jadi penonton dan tukang sorak politik sahaja yang ingin mengambil kesempatan dan keuntungan politik diatas masalah ini.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Baru molotov cocktail,tu pun bukan semua meletup dah huru hara.

Setiap perjuangan perlu pengorbanan.Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Tak payah pi Palestine,Di Pattani,Mindanao,bangsa kita di tindas,di bom dengan bala tentera yang lengkap saban hari.Tapi mereka cekal menentang.

Kita akan terus dipijak dan diperlekehkan jika kita terus menikus.

WHEN THE GOING GETS TOUGH,THE TOUGH GETS GOING.

tk

anok peneroka said...

Assalamualaikum Dato'...

Saya agak teruja melihat kesungguhan dan semangat orang Melayu, Islam khususnya mengadakan tunjuk perasaan umum dan perhimpunan bagi menunjukkan bantahan dan perasan marah atas keputusan Mahkanah tinggi baru-baru ini yang membenarkan rayuan Gereja Roman Katholik untuk menggunakan kalimah Allah bagi maksud God dalam terbitan Herald Catholic terjemahan Melayu.

Semua orang bertakbir...kalau sebelum ini kelakuan bertakbir sinonim dengan penyokong sebuah parti tertentu, tetapi sekarang semuanya bertakbir. Cuma dalam hal ini janganlah kita hanya sekadar bersemangat untuk mempertahankan kalimah Allah sahaja kerana di sana ada perkara yang jauh lebih hebat dan agung untuk dipertahankan. Sejauh mana kita bersemangat mempertahankan aqidah kita dan sejauh mana pula kita bersungguh-sungguh pertahankan hukum Allah, suruhan dan larangannya. WaAllahua'lam.

Anonymous said...

Peace to you Datuk Kadir and praise be to Allah and Prophet Muhammad SAw.,

Many commentators here and also some liberal Malay bloggers like Marina Mahathir, Zaib Ibrahim and others have repeatedly spoken about Malays being liberal and reasonable. But seriously Datuk how many Malays fall into their category. How many Muslims are liberal like them?

I am a Muslim. English/foreign educated but I came from a village with strong family background and Islamic value. We are liberal in our thoughts but when it comes to Islam, we put aside our lirelism because devotion to Allah cannot be subjected to Western liberalism. Islam is about Tauhid.

It is proven that while Muslims like Marina and Zaid will not burn down churches, but what about the grassroot Muslims who can't diffentiate among the many Christian denominations and groups?

They don't know or don't care that Christians in Malaysia comprise of Anglicans, Baptists, Brethrens, non-denominational churches, independent Charismatic churches, Lutherans, Methodists, Presbyterian and Roman Catholics (Wikipedia). To them, one Christian is the same like the other.

But also Datuk why now the Roman Catholic Priests like PAKIAM and their supporters want to share Allah with the Muslims? Is it because the Malays and Muslims are perceived to be weak and are giving in to demands and pressure?

Christians have been here for centuries in peace, especially with the Muslims. I quote Wikipedia.

"Early Christian presence in the Malay archipelago may be traced to Nestorians from as early as the 7th century [3] and to Persian and Nestorian traders in Malacca prior to the Portuguese conquest in 1511 [4].

"The British acquired Penang in 1786, and in 1795 took over Malacca, which had been conquered by the Dutch in 1641.

"Catholic priests from Thailand established the Major Seminary in Penang in 1810. The LMS was based in Malacca and Penang from 1815, but most Protestant missions collapsed after 1842 when it became possible to enter China."

So why now Datuk and is it worth incurring the anger of the majority? Don't just blame the Muslims. Please, at least not here in Malaysia when we are the majority and have been largely tolerant of other religions. This episode has radicalised the Muslims. Please think.

Salam

Muslim First

Anonymous said...

Datuk,

Bukan isu kalimah Allah ini sahaja yang buat umat Islam di Malaysia ini tidak puas hati dan geram. Selama ini ramai yang pendam hati dan bersabar sahaja.

Daripada isu tulisan Jawi di papan-papan tanda jalan; seruan azan yang dianggap bising dan menganggu ketenteraman; isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat agama lain yang dikatakan tidak adil; isu Sultan dan Mufti yang diherdik dan dikeji di laman-laman blog; isu murtad oleh muallaf dan dikalangan orang Melayu; isu tuntutan wang zakat hendak digunakan untuk bukan asnaf; isu seruan azan yang diperlekeh menjadi lagu RAP; isu ayat-ayat suci Al-Quran diperguna dan dijaja untuk memperdaya orang dan meraih populariti politik; isu penjualan arak di kawasan-kawasan penduduk orang Islam; isu kepala babi di masjid; dan pelbagai lagi isu.

Setiap orang ada tahap kesabaran diri masing-masing. Kita tak boleh nafikan bahawa ada dikalangan orang Islam di Malaysia ini yang tahap kesabarannya berada di suhu yang menggelegak. Tunggu masa nak meletup sahaja!

Saya bukan hendak tuduh bahawa orang yang nak bakar gereja ini orang Islam. Kita pun tak tahu siapa punya kerja ni. Mungkin kerja orang-orang politik. Mungkin kerja orang-orang yang sengaja nak tengok negara ini kacau bilau.

Tapi yang pasti. Dikalangan orang Islam di Malaysia ini ramai yang rasa tercabar dengan tingkah laku beberapa cubaan untuk mempertikaikan kedudukan dan hak agama Islam sebagai agama rasmi negara.


-sinbad-

abdullahngah said...

Amat tidak wajar berkata orang melayu Islam yang bakar gereja tu.

memang belum tentu angkara orang melayu yang bakar geraja kerana marah.

Kalau yang kencing dalam surau menurut laporan TV 3 semalam barangkali wajar ditunding jari kepada orang bukan Islam walaupun statusnya belum tentu siapa punya angkara.

Orang yang mengaku Islam pun boleh jadi dia tidak akan buat kerja seumpama itu.

Mereka Kan tak marah dan mudah lupa serta tak apa,Orang Melayu masuk kristian pun mereka tak marah.

inilah punca pihak pemerintah boleh buat apa yang dia suka pendek kata apa sahaja diperlakukannya.

Nak naik harga gula kata untuk faedah rakyat.rakyat tak marah walaupun harga barangan lain sudah mulai naik sikit sikit.

Rakyat dahulukan menanggung beban harga sebarang barangan dah mulai naik.

Mustahil mereka marah dengan mahkamah yang buat keputusan boleh mengunapakai kalimah Allah.

Apa ada kena mengena dengan mereka. Kan itu kerja pemerintah sekarang.

Boleh buat apa sahaja yang mereka fikir baik untuk kepentingan golongan mereka.

Lebih lebih lagi orang UMNO dah istihar agama semuanya sama sahaja.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, semua agama untuk kebaikan.

Apa guna marah dengan katholik nak pakai nama Allah.

Bagi saya sesiapa yang kata bahawa orang Melayulah yang bakar gereja sangat tidak wajar. Kecuali dilakukan atas motif politik.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Bagi saya siapa yang membakar gereja ini tidak begitu relevan. Apa yang lebih penting ialah kepada pihak-pihak yang cuba membuat provokasi kepada umat Islam diMalaysia ini harus tahu bahawa orang Melayu/Islam tidak akan diam dan berpeluk tubuh saja jika saban hari kepala kita dipijak dan dihenyak.

Sabar kita ada hadnya. Harap mereka-mereka ini faham betul-betul makna tersirat dan tersurat peribahasa kita zaman berzaman:- "sarang tebuan jangan dijolok", "jangan bermain api kelak membakar diri", air tenang jangan disangka tiada buaya", "orang menjual, kita membeli" dan banyak lagi bidalan yang boleh dijadikan pedoman kepada mereka-mereka ini.

Arch. Murphy Packiam harus sedar bahawa sejak dari zaman penjajah hinggalah sekarang yang kalimah Allah itu adalah hak ekslusif orang Melayu/Islam dinegara ini serta sudah termaktub didalam perlembagaan. Hanya orang Melayu/Islam yang telah buta mata dan hati saja yang akan merelakan kemulian agamanya digadaikan demi perpaduan dan keamanan selama ini.

Jimizul

ab said...

Salam Dato,

SEKARANG MAHKAMAH dah buat trend baru, mahkamah A kata `salah', mahkamah B kata `ta ksalah', mahkamah C kata `ni final'......

MINTA MAAF KAT TUAN-TUAN HAKIM, tuan-tuan ni pandai dan cerdik, TETAPI kalau buat macam tu,lihat saja kesannya kepada negara dan rakyat.....

JANGAN SALAH ORANG BAKAR GEREJA ATAU BUNUH ORANG.....check balik `the spirit of each law' kalau nak cepat LINGKUPKAN NEGARA,lepas ni HARAMKAN ORANG MELAYU DEMONSTRASI keatas ISUE ALLAH ini,lagi cepat haramkan, LAGI CEPAT LINGKUP....

BUKAN SENANG NAK SEJUK PERASAAN MARAH ORANG ISLAM YANG TERAMAT SANGAT INI!!!

INI BARU MULA MUKADIMAH nya dato, ni baru bulan januari, ada lagi 11.5 bulan untuk tahun 2010.....

SAYA TIDAK SUKA PERGADUHAN, tetapi isu disini ialah isu AKIDAH....
AKIDAH TAK PERNAH DIHAKIMI DI DUNIA LAA bros...

DO NOT UNDERESTIMATE the followers
of QURAN responses...SO MANY HAVE EVEN BLOWN UP themselves, for good or bad, i can not and unable to say whether is it haram atau halal,syahid atau mati katak....


THIS is only A BEGINNING of a bigger things to come if the dewa-dewa kat kayangan tu terus bersu-karia,berdendang irama western, irama mat salleh,irama eropah dikalangan pengikut islam teramai dinegara ini....GO ON GET DRUNK and celebrate your illusions dan delusions,but,when at sunrise you will realise.....

THIS IS ONLY WORLDY HELL OF
YOUR CREATION!!!!


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

salam,

tumpang lalu sekali lagi.

kenapa aku tak nampak orang pakai serban baring atas jalan n pegang bendera pasal isu ni ha? boleh sesapa tolong jawab?

HARUUUUUUUU.....

nak cakap banyak pun tak tau dah... sedih tgk gelagat orang kita.

ni aku nak bagi balance comment ni, taknak nanti orang tuduh aku ni penyokong mana-mana parti?

mana ketua pemuda UMNO dan panglima2 yang lain? dok kecut macam kura-kura, senyap saja?

tak tau nak komen apa dah...SEDIH3x.

-saya bukan politician-

saji said...

Sdr langitbiru

Sdr kata, "Kejadian membakar 3 buah gereja ini amat melampau dan wajar dikutuk. Macammana marah sekalipun, kiranya kita faham ajaran agama kita, Agama Islam yang melarang menghina agama-agama lain apatah lagi membakar rumah ibadat mereka, mereka yang bertanggungjawab tentu tak buat perkara begini.

Jadi, yang melakukan perkara terkutuk ini adalah golongan yang meletakkan emosi mengatasi pemikiran yang waras, dan tidak faham ajaran Islam!"

Dari sudut konservasi bangunan bersejarah, jika benar mereka yang bertanggungjawab membakar 3 buah gereja tersebut adalah kalangan umat Islam kita, mereka dianggap ahli konservasi kazanah/harta warisan umat Islam tempatan (yang meliputi kalimah Allah dan ayat2 alQuran dsb) yang tidak mampu mengimbangi dan menstrukturkan antara struktur nilai EMOSI, BUDAYA DAN GUNAAN dalam usahanya mengkonservasikan harta warisnnya Islamnya itu.

Anonymous said...

Mustapha,
Tapi kenna ingat Indonesia terletak bersebelahan dengan Malaysia. Ramai orang2 Indonesia datang ke Malaysia untuk bekerja & sebagainya.
Apa implikasinya kalau KDN punya directive dilaksanakan? Kalaulah orang Indonesia ditangkap kerana menmpunyai kitab injil yang mempunyai perkataan begitu. Apakah Mustapha berfikir implikasinya? Terutamanya apabila Indonesia masih marah terhadap Malaysia kerana kehilangan Sipadan Ligitan. Mustapa ada ingat dengan insiden negaraku yang menyebabkan orang2 Indonesia marah terhadap Malaysia.
Dan kalau Indonesia bawa kes itu kat ICJ in the Hague? You think what would be the result of judgement?

Mustapha,
Habib kata betul. Malaysians must not remain within its shores. Hence, stick to original constituition.
Kenna ingat orang2 Sikh pun pakai Allah dalam Kitab pulak. Kalau ini pun haram, itu pun haram. Apa macam?
The world has no problem with this overly overblown issue. Why should Malaysia? Perhaps, we should ask Saudi Arabia on this matter. Anyway, Prophet Mohammad is from Saudi Arabia.
I disagrees with most commentators here. We need to take care of all sentivities of all Malaysians. Remember! Sabah & Sarawak got seperate agreement with Federation Malaysia. Read the constituition! Sabah & Sarawak don't have sultans/Raja2 Melayu

Kadir,
See the pandora box open by non other the former Home Minsitry's ban. I just can't imagine the tangle web Najib's weaving into.
Why not for once just be humble? Quietly allow Allah to be used by other religions as guaranteed under the constituition. Have a blackout! Better still bad Perkida & Perkasa

Shah said...

Dear DAKJ,
Sepatutnya semua pehak yang berkenaan, pemimpin parti, ulama, ilmuan dan cendiakawan bermesyuarah bagi membincangkan dan memutuskan perkara ini once and for all dengan berlandaskan kepada AL Quran dan Sunnah, bukan dok buat pandangan itu dan ini ikut suka hati sahaja.Saya yakin jika ikut Sunnah Nabi, tidak ada isupun.Our prophet is such a great leader with a great mind that he did not bother to tell the Makkah Musyrikin and Christians to stop using the term Allah when they refer to their god. What our great and much forward-looking prophet did was to tell them (and later fought them) they should not associate Allah with other beings. Kita patut jadikan Sunnah Nabi ini sebagai sandaran tindakan kita. Malangnya sebahagian orang Melayu kita lebih suka menyandarkan tindakan dan amalan mereka kepada 'Sunnah Melayu'. Inilah problemnya. Nabi tak suruh tok bilal baca doa kuat-kuat di antara dua khutbah Jumaat, tapi kita buat. Nabi tak ajar sesiapapun sebut nama Khalifah-khalifah Rasyiddin di antara dua rakaat solat tarawikh, tapi kita buat.Nabi tak kata kita mesti baca Yassin tiap-tiap malam Jumaat, tapi kita baca. Nabi tak ajar baca doa selepas solat asar pada awal Muharram , tapi kita baca. Banyak lagi benda-benda yang Nabi kita tak buat, tak ajar dan tak suruh , tetapi kita buat. Kononnya bidaah hasanah. Apakah kita lebih besar dan lebih hebat dari Nabi?
Inilah sebenarnya problem yang melanda umat Melayu dari segi amalan ugama di Malaysia ini Dato Kadir.Kita masih nak berpegang kepada amalan-amalan tradisi nenek-moyang kita yang sebenarnya bercanggah dengan Sunnah. Tapi bila sebahagian ustaz kita cakap mengenai hal ini, dituduh pula ustaz-ustaz itu Wahabbi.Termasuklah isu penggunaan kalimah Allah ini.Kalau Nabi kita yang hebat itu dan pemimpin-pemimpin Islam yang terkemudian tidak takut dengan kemungkinan anak cucu, cicit dan keturunan Arab Islam terpengaruh untuk menjadi Kristian atau menjadi musyrikin hanya dengan penggunaan kalimah itu oleh ugama-ugama lain,tetapi kita takut,
maka teruklah sangatlah bangsa Melayu ini. Malulah kita kepada Nabi Muhammad.Wallahu waalam.

langit biru said...

Semasa peperangan Mu’tah, Nabi saw melantik Panglima Perang Muslimin iaitu Zaid bin Haristhah. Kiranya Zaid gugur, Jaafar Abi Talib gantinya, kiranya Jaafar gugur, Abdullah Bin Rawahah gantinya. Perang Mu’tah adalah peperangan pertama Muslimin ke atas penganut Kristian di luar Madinah. Tercetusnya perang kerana pembunuhan ke atas 15 pendakwah Islam, utusan Rasulullah saw di perbatasan Syam. Selain itu, seorang utusan Nabi saw kepada Gebenor Heraklius di Bushra juga di bunuh. Jadi perang ini antara pasukan Muslimin menentang pasukan Kristian Pimpinan Heraklius, Bangsa Romawi. Pasukan Muslimin 3000 orang melawan pasukan Heraklius 200,000 orang.

Yang menarik peperangan ini, Rasulullah saw berpesan, Jangan membunuh wanita, bayi, orang-orang buta, atau anak-anak. Jangan menghancurkan rumah-rumah mereka dan rumah ibadat, jangan menebangi pohon-pohon. Di saat perang Fisabilillah menentang penganut Kristian, Nabi saw melarang memusnahkan rumah-rumah ibadat Kristian.

Sesuai dengan firman Allah swt ayat 108 Surah al-An’am yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108).

Inilah ajaran Islam, yang amat menghormati kebebasan beragama. Diperjelaskan lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 256:

"TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK (MEMASUKI) AGAMA ISLAM ; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Jadi, kejadian membakar Gereja adalah sesuatu yang amat dilarang oleh Agama. Bagi mereka kaum Muslimin yang benar-benar faham larangan ini, tentu sekali mereka tidak akan melakukannya. Jadi, yang melakukannya sudah tentu orang yang tak faham ajaran Islam, atau kaum munafik yang memusuhi Islam, atau musuh Islam sendiri!

langit biru said...

Apakah isu "Kalimah Allah" ini adalah satu perancangan pakar-pakar perang saraf UMNO?

Apakah situasi politik pasca 2008 ini ada persamaan dengan situasi politik pasca 1969?

Dato' AKJ mungkin antara yang terbaik untuk menjawabnya.

langit biru said...

Naluri hati saya amat yakin bahawa kiranya "isu kalimah Allah" ini sengaja diada-adakan dan dipolitikkan untuk meraih political mileage, mana-mana parti politik tersebut BAKAL "berkubur" akibat senjata makan tuan!

Anonymous said...

Datuk AKJ, Salam,

1. Saya perhatikan ramai pengulas di sini yang berhujah tentang hubungan baik Rasulullah dan para Sahabat dengan orang Yahudi dan Nasrani di Makkah dan Madinah.

2. Memang betul, dalam banyak hal dan perkara serta peristiwa, hubungan Islam dengan dua agama itu sangat baik dan saling menghormati pada Zaman Nabi dan para Sahabat.

3. Betul mereka semua menggunakan Allah atau saduran daripadanya kerana mereka menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Arab. Mereka adalah keturunan yang sama dipanggil Sematic People.

4. Itupun seperti kata pembahas yang lain pula, tuhan dalam bahasa Arab adalah "rob" atau "rab".

5. Itupun mungkin juga betul kerana dalam talkin kita sering dengar si mati akan ditanya Malaikat "Ma rubbuka?" Siapa Tuhan kamu. Si mati wajib menjawab "Allah Tuhanku."

6. Tapi samakah Yahudi dan Nasrani zamam Rasullullah dengan Nasrani (Kristian) di Malaysia sekarang?

7. Adakah Paderi Murphy Pakiam dan pederi2 yang lain di Malaysia sekarang ini sama peka dan tolak ansurnya macam Paderi dan Rabbi di zaman Nabi?

8. Ini semua kita kena tanya dan faham. Taurat dan Injil sekarang sama lagikah macam Torah dan Bible zaman Nabi?

9. Takut kita faham Kristian ikut zaman Nabi tapi Kristian zaman sekarang yang ada di Malaysia sekarang sudah sangat lain.

Salam

Profesor Pencen
Bangi.

ali ahmad said...

Dato,

DAULAT TUANKU..

DAULAT TUANKU..

DAULAT TUANKU..

langit biru said...

Shah said,

"Sepatutnya semua pehak yang berkenaan, pemimpin parti, ulama, ilmuan dan cendiakawan bermesyuarah bagi membincangkan dan memutuskan perkara ini ONCE AND FOR ALL dengan berlandaskan kepada AL QURAN dan SUNNAH, bukan dok buat pandangan itu dan ini ikut suka hati sahaja.Saya yakin jika ikut Sunnah Nabi, tidak ada isupun".

Setuju dengan Shah, kerana itulah sepatutnya dibuat oleh pemerintah sesuai dengan ayat 59 Surah An-Nisa,

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian JIKA KAMU BERLAINAN PENDAPAT TENTANG SESUATU, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa ayat 59)

Apa peranan Majlis Mufti Kebangsaan? Dah 8 Gereja dibakar, tak bersidang lagikah Dato'? Atau nak tunggu Masjid dibakar baru nak bersidang?

abdullahngah said...

Masih ramai yang salah faham dengan Kristian dan Yahudi.

Masih ada kalangan orang Islam yang yakin bahawa agama kristian dan yahhdi adalah agama samawi.

Kristian dan Yahudi agama yang asalnya dari agama sanamwi dan diubah ia alah cipta manusia.

Allah mengatakan penganut Kristiand an yahudi adalah kafir, kerana engkar dan memperseketukan Allah yang maha esa.

Masih ada orang kita yakin bahawa hubungan orang kristian dan Yahudi baik.

Macam mana boleh kita katakan baik, sedangkan Kristian dan Yahudi mengkhianati kerajaan yang dibentuk bersama di Madinah.

Rasulullah SAW memerintah Umar Al Khattab halau Yahudi keluar dari Madinah dan Mekkah.

Sejarah telah membukti tidak ada seorang pun Yahudi dan kristian boleh menjadi penghuni tetap di dua tanah haram itu sampai ke hari ini.

Begitu marahnya Rasulullah SAW kepada kristian yahudi yang buat perjanjian penubuhan kerajaan Madinah yang dkhianati.

Kalau Rasulullah SAW tidak buta perjanjian penubuhan kerajaan bersama sudah pasti tiada pengjaran dan panduan tentang Yahudi walaupun dalam Quran telah dijelaskan satu persatu tentang Yahudi dan kristian.

Saya sangat sedih apabila membaca tulisan yang mengatakan agama Kristiand an Yahudi agama samawi.

Kalau agama Kriatian dan Yahudi bermakna agama itu adalah agama yang benar disisi Allah.

Pada hal agama itu adalah agama cipta manusia yang jahat dengan Allah iaitu mengubah kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS.

Mana ada lain agama yang diaku agama yang benar disisi Allah sedangka Allah telah redha agama islam adalah agama manusia di atas muka bumi.

Sesiapa yang cari agama selain agama islam maka mereka itu sesat dan sesatnya.

Islam melarang runtuh atau bakar ke geraja hatta dalam waktu peperangan sekalipun.

Dalam perang Allah larang membunuh kanak kanak perempuan dan orang tua.

saji said...

Sdr saya bukan politician

Sdr tanya, "kenapa aku tak nampak orang pakai serban baring atas jalan n pegang bendera pasal isu ni ha? boleh sesapa tolong jawab?"

Pasal isu ni nak baring sekali lagi atas jalan tak balik modal la. Kan lebih baik tunggu orang tak pakai serban baling batu sembunyi tangan?

Anonymous said...

Setelah berhari menantikan jawaban dari semboyan UMNO iaitu Utusan Malaysia, akhirnya En Awang Selamat muncul memberi kata duanya mengenai serangan ganas ke atas beberapa gereja di negara tercinta kita ini.

Akan tetapi ia jelas sekali yang pihak Utusan langsung tidak prihatin kepada mangsa-mangsa serangan yang kian meningkat saban hari.

Dalam rencananya hari ini, beliau menulis:

“…ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh – menjadi dalang – yang kemungkinan itu tidak boleh ditolak mentah-mentah. Motifnya adalah untuk memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam.”

Ingin saya tanya, siapa yang dimaksudkannya sebagai “pihak lain” yang motifnya untuk “memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam”? Takkanlah dia menuduh penganut Islam sedemikian?

Masya’allah! Setelah menyiar artikel-artikel menghasut bertubi-tubi sehingga betul-betul tercetus serangan terorisme ke atas rakyat Malaysia sendiri, tak henti-henti lagi dengan hasutannya? Ke mana hilang keinsafannya?

Ini betul-betul bak sudah jatuh ditimpa tangga. Yang lebih menyakitkan ialah pihak yang jatuh itu ditolak oleh pengganas pengecut atas motosikal dan tangga itu dilempar oleh penulis rencana suratkhabar milik parti berkuasa mutlak negara ini.

Demi meneruskan hasutannya, Awang tidak sama sekali peduli yang dia terang-terang menyebarkan kata-kata bohong seperti berikut:

“Lihatlah punca sebenar. Kenapa sekarang kalimah Allah hendak digunakan di Semenanjung Malaysia?”

Bohong, bohong, bohong!

Mana ada tuntutan mana-mana pihak untuk menggunakan *kalimah* Allah di Semenanjung? Semua orang (Muslim dan bukan Muslim) memahami yang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Nabinya” adalah tunggak agama Islam. Mustahil yang pihak Kristian ingin menggunanya kerana fahaman asas kedua-dua agama amat berbeza sekali.

Kontroversi tercetus apabila kerajaan tiba-tiba melarang the Herald menggunakan *NAMA* “Allah” dalam suratkhabar edisi BMnya (yang sudah lama diterbit dengan permit rasmi kerajaan) yang dibaca oleh penganut Katolik di SABAH & SARAWAK sahaja yang tidak berbahasa Inggeris!

Mesti difahami bahawa penganut Katolik di Malaysia Timur menggunakan *NAMA* “Allah” (dan bukan kalimah) kerana mereka membaca Kitab terjemahan Bahasa Indonesia yang diterbitkan di Indonesia. Kitab ini menggunakan nama “Allah”. Keadaan ini telah berlangsung untk beratus tahun sebelum Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia. Pindaan Perlembagaan Malaysia pada masa itu jelas mempertahankan hak-hak Bumiputra di Malaysia Timur, termasuk yang bukan Islam.

Jadi, tindakan kerajaan UMNO mengharamkan penggunaan *NAMA* “Allah” oleh penganut Kristian di Malaysia Timur jelas memijak-mijak hak agama Bumiputra Malaysia Timur yang sudah lama termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia! Jadi demi menuntut keadilan untuk pengikutnya, meminta kerajaan menghormati undang-undang Perlembagaan, dan menegakkan hak Bumiputra Malaysia Timur, gereja Katolik telah membuat rayuan kepada mahkamah.

Kenapa UMNO yang tak henti-henti melaungkan terhakisnya hak asasi Bumiputra sebaliknya kini menghakis hak asasi Bumiputra Malaysia Timur?

Hipokrit yang amat keji!


ALBINO SABAH

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk KJ,

Perkataan Allah di Malaysia biasanya merujuk kepada Tuhan Agama Islam yang Maha Esa, akan tetapi ramai masyarakat Bumiputera penganut Agama Kristian di Sarawak dan juga di Sabah yang menggunakan Istilah Allah untuk Tuhan Kristian. Keadaan ini telah lama berlaku sejak bedekad dekad yang lalu, malah sebelum tertubuhnya negara Malaysia. Hakikat ini perlu diambilkira bagi menjamin keutuhan negara.

Malangnya seperti biasa di Semenanjung, sesuatu polemik dalam masyarakat biasanya berfokus kepada sensitiviti masyarakat Semenanjung sahaja, dengan tidak banyak menghiraukan tempias yang menimpa masyarakat di Sabah dan Sarawak. Begitulah hakikatnya selepas 50 tahun merdeka, sebilangan besar masyarakat di Semenanjung, secara tidak sedar masih merasai yang negara Malaysia ini hanya seolah olah wilayah Semenanjung sahaja.

Bagaimanapun, dalam konteks Semenanjung, ketika isu politik dan perkauman sedang memuncak, nampaknya Majalah Herald teringin menumpang ”Allah” yang lazimnya untuk Agama Islam. Maka di sini timbullah soal niat mereka. Adakah mereka benar benar tertarik hati kepada istilah Allah sedangkan perkataan Tuhan lebih sesuai untuk mereka. Atau sebaliknya Majalah ini dikuasai oleh mereka yang hanya gemar kepada Kontroversi untuk tujuan politik.

Sekiranya mereka betul betul tertarik kepada kalimah Allah, alhamdullillah dan diharap ini akan dapat membuka hati orang orang Kristian untuk mendekati Allah yang sebenarnya. Dalam Bahasa Inggeris berbunyi ‘It is better to have the real thing than an imitation‘, dalam Bahasa Melayunya lebih elok berpegang kepada kalimah asli daripada tiruan.

Istilah Allah sebenarnya tidak asing kepada Agama Kristian. Penganut Kristian yang berbahasa Arab sudah lama menggunakan Istilah Allah dengan tiada masalah bagi orang Arab Islam. Di Indonesia juga begitu, justeru itu kitab Bible berbahasa Melayu/Indonesia yang digunakan diperdalaman Sarawak dan Sabah menggunakan Istilah Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

Seperti di ulas oleh Dr. Maza, isu kalimah Allah bukanlah isu aqidah, tetapi lebih merupakan isu sentimen tempatan. Jadi, dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, sepatutnya setiap kaum dan Agama menjauhi kontroversi yang boleh mengeliru dan menimbulkan keresahan rakyat dan mengugat kesetabilan negara.

Oleh itu Majalah Herald dan penganut Agama Katholik dan Kristian harus menjauhi kontroversi. Penganut Agama Islam dan kaum Melayu pun perlu juga bersikap demikian.

Dalam perkara ini saya rasa pendapat yang rasional seperti pandangan Tun Mahathir dan Dr. Maza adalah yang terbaik dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Ini bererti istilah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian tetapi dengan syarat syarat tertentu, tidak mengelirukan atau mencabar sentimen Masyarakat Melayu/Islam yang majoriti.

DAH IKHWAN

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan bagi komen kpd Sdr Shah (10.29am).

Sdr,

Terlanjur Sdr bercakap mengenai Sunnah, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengaitkan hujah-hujah Dr Asri, bekas Mufti Perlis, sebagai rujukan terhadap komen-komen Sdr.

Dr Asri agak lantang menyuarakan pendapat bahawa tiada larangan khusus dan nas-nas tertentu terhadap penggunaan / perkongsian kalimah Allah ini. Beliau banyak mengemukakan contoh-contoh sejarah Arab dan/atau Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai hujah terhadap pendirian beliau tersebut.

Namun demikian, beliau juga akur dengan “kesensitifan” isu ini dengan mengatakan bahawa isu ini bersifat pentadbiran, tempatan dan keselamatan setempat (sila rujuk artikel pd 4/1/10 di blog beliau).

Tidak mencukupi dengan itu, beliau juga mengemukakan beberapa garis panduan untuk masyarakat Malaysia patuhi di dalam penggunaan/perkongsian kalimah Allah ini.

Soalan pertama saya -- jika hujah yang mengatakan Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, mengapa perlu dikemukakan garis panduan “tambahan”?

Tidak mencukupikah nas-nas Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dijadikan sebagai “sole references”? Sdr sendiri mengatakan bahawa “Saya yakin jika ikut Sunnah Nabi, tidak ada isupun. Our prophet is such a great leader with a great mind that he did not bother to tell the Makkah Musyrikin and Christians to stop using the term Allah when they refer to their god”.

Tidakkah garis panduan “tambahan” tersebut boleh menggambarkan bahawa Dr Asri sendiri gusar terhadap scenario “bala-petaka” yang akan menimpa umat Islam di Malaysia jika penggunaan kalimah Allah ini dibenarkan?

Justeru, bukankah ini boleh dilihat sebagai “persetujuan bersyarat” beliau, di mana itu boleh dikaitkan sebagai “tidak bersetuju” juga pada hakikinya?

Soalan kedua saya – jika “persetujuan bersyarat” Dr Asri ini adalah sesuatu yang bersifat “contextual” khusus untuk negara Malaysia kita, tidakkah segala hujah yang menggunakan “sejarah Arab” atau “negara-negara Arab” dan lain-lain seperti mana yang Sdr komenkan, sudah tidak relevan lagi?

Mengapa mesti “beating around the bush” dan fakta tidak selaras?

Saya sangat menghormati Dr Asri sebagai seorang pakar hadith dan sunnah. Beliau juga mempunyai banyak buah fikiran yang bernas dan “radikal” dan banyak daripada fikiran beliau yang saya bersetuju.

Namun demikian, saya berbeza pendapat dengan beliau dan juga Sdr, yang menggunakan alasan “Sunah Rasulullah s.a.w” padahal pada masa yang sama mengemukakan “garis panduan tambahan” (yang Rasulullah sendiri tidak pernah buat) seolah-olah Sunnah Rasulullah s.a.w tersebut tidak lengkap.

Soalan ketiga saya – siapa yang hendak memantau garis-garis panduan yang dikemukakan oleh Dr Asri tersebut? Majlis Agama Islam setiap negeri?

Bukankah lebih baik garis panduan tersebut dijadikan sebagai akta-akta baru di dalam perlembagaan Malaysia sahaja? Kalau ada sesiapa yang berani melanggar, tangkap dan hukum sahaja mereka itu…:-)

Terima kasih

Azman Mohd Isa

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru, antara lain,membuat ulasan berikut:

"Apa peranan Majlis Mufti Kebangsaan? Dah 8 Gereja dibakar, tak bersidang lagikah Dato'? Atau nak tunggu Masjid dibakar baru nak bersidang?"

Saya menarik perhatian saudara dan para pembahas lain serta pembaca kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008. Dalam mesyuarat itu, ia telah mengeluarkan fatwa berikut:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Soalnya:

1. Majlis Fatwa tidak suruh bakar gereja atau mana-mana rumah ibadat;

2. Namun adakah pihak Majlis Raja-Raja dan pembesar Islam mengambil maklum dan menguatkuasakan fatwa ini?

3. Adakah Hakim Mahkamah Tinggi terbabit tidak mengetahui atau tidak mengambil kira fatwa ini?

4. Adakah peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri tidak sedar atau tidak merujuk kepada fatwa ini dalam perbicaraan?

Hanya Allah yang mengetahui.

Terima kasih.

saji said...

Sdr Profesor Pencen

Sdr tanya, " Tapi samakah Yahudi dan Nasrani zamam Rasullullah dengan Nasrani (Kristian) di Malaysia sekarang?"

Sdr antara pembalas yang mengemukakan pertanyaan/hujah di atas, pada hal sendiri tahu agama Yahudi dan Nasrani zaman Rasullullah tak sama dengan agama Nasrani (Kristian) zaman sekarang di Malaysia. Saya pun tahu.
Tetapi, tidakkah pertanyaan/hujah sedemikain boleh mengundang pertanyaan/hujah balas berikut:

ADAKAH SAMA AGAMA ISLAM DI ZAMAN RASILLULLAH DULU DENGAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI?

Tidak kiralah sama ada si penaya itu orang Islam atau orang Kristian. Baik2 mengemukakan pertanyaan/hujah dalam membincangkan isu kalimah Allah ini.

Begitu juga pertanyaan/hujah sdr berikut: "Adakah Paderi Murphy Pakiam dan pederi2 yang lain di Malaysia sekarang ini sama peka dan tolak ansurnya macam Paderi dan Rabbi di zaman Nabi?"

Maksud saya, tidakkah pertanyaan/hujah di atas boleh mengundang pertanyaan/hujah berikut:

Adakah para ulamak di negara ini yang lantang mempersoalkan usaha penganut agama Kristian di negara ini menggunakan kalimah Allah sekarang ni sama peka dan tolak ansurnya macam para ulama di zaman Rasullullah?

Saji

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Maka berdebatlah para pembesar,para ulamak,para ilmuan,para cendiakawan dan bermacam macam para lagi yang saya pun malas nak pikiaq.

Macam macam teori,macam macam dalil,macam macam idea,macam macam perancangan dan bermacam macam macam macam yang saya pun malas nak pikiaq.

Teori,dalil,idea dan perancangan memang cukup hebat.Maklum lah semua belajaq tinggi.Makanan berkhasiat,hidup senang,kereta import, minda cergas otak pun panjang.

Tindak tanduk bijakpandai Melayu ni bukan takat pi mai pi mai tang tu,malah makin hari makin bermaharajalela pulak kaum pendatang.

Tup tup keluaq beberapa orang yang naik kapcai,otak pendek,jahil serba serbi(kalau betui teori TUN)pi baling molotov coctail tanpa perancangan rapi,barulah seluruh rakyat Malaysia mula kecut perut.

Mana lah tau kot hari ni bom botoi tanpa kecederaan,esok bom tangan, lusa bom dalam tanker teruih.Pakat bom hang aku.

Nampak gaya macam berkesan pulak tindak tanduk orang otak pendek ni.Macam depa pulak jadi penyelamat bangsa.

Apa pun saya amat berharap pengebom botoi ni hentikan lah perbuatan kalian.Mesej kalian sangat jelas dan cukup lah setakat ini saja.

TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

malay today said...

tahniah datuk, harap datuk terus mempertahankan maruah bangsa melayu walaupun melalui pena

zainal abidin awang kechik said...

tok..
meraka berjaya kerana kita dan media memberi liputan luas mengenai isu berbangkit.
..
"ALLAH YANG MAHA KUASA ..MAKLUK INI SEMUANYA CIPTANYA,,"
BANYAK BENDA YANG KITA BINCANG BENDA YANG KITA TAK BAWA PULANG..

SALAM

langit biru said...

Terimakasih Dato'

Sepatutnya Majlis Fatwa ingatkan kepada semua masyarakat lagi sekali keputusan mereka dulu tu, jangan dok senyap jo.

Manalah rakyat tahu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008. YB-YB tu lagi lah tak tahu! Tolonglah peringatkan semula rakyat akan fatwa dulu tu!

Shah said...

Dear DAKJ,
Sedikit respons saya terhadap posting oleh Sdr. Azman. Pada pandangan saya yang dhaif dari segi ilmu ugama ini, sunnah Nabi yang berkait dengan prinsip-prinsip asas ugama Islam sewajarnya terpakai secara universal. Kalau tidak tentulah orang akan kata Islam ini hanya untuk orang-orang Arab.Inilah yang ilmuan-ilmuan ugama kita kena perjelaskan. Adakah bila Nabi Muhammad tidak melarang kaum Musyrikin dan Kristian menggunakan nama Allah itu, sunnah ini terpakai dalam konteks masyarakat Arab sahaja ataupun untuk mana-mana konteks masyarakat pun dulu , sekarang dan selamanya?.
Dato merujuk semula kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah dibuat dalam tahun 2008 yang di antara lain melarang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Kalau berasaskan kepada keputusan Majlis Fatwa ini, maka bolehlah saya rumuskan bahawa keputusan Majlis Fatwa telah 'superseded' Sunnah Nabi. Dengan lain perkataan secara 'implied' Majlis Fatwa memutuskan bahawa Sunnah Nabi yang tidak melarang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam di tanah Arab dahulu adalah khusus untuk masyarakat Arab sahaja dan mungkin untuk zaman Nabi sahaja. Mohon penjelasan dari ulama-ulama dan mufti-mufti kita. Wallahu waalam.

sujini said...

Assalam mualaikom Pak Kadir,

Apa khabar bapak?
Semoga sihat-sihat saja.

Rupa-rupanya Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun berfatwa.

Sekarang ini siapa yang dunggu?

Pemimpin kenapa beri peluang kepada mereka-mereka yang pendek akal sehingga mereka sanggup membakar gereja?

Dua kali fikir siapa sebenarnya yang pendek akal, mereka yang bakar gereja atau pemimpin kita?

Buat kata pelawak Nabil, Lu fikirlah sendiri......

Anonymous said...

Dato' AKJ,

Saya memang berminat membaca isu penggunaan kalimah Allah. Mana-mana blog yang membicarakan isu ini saya baca. Begitu juga kebanyakan komen saya baca baik yang pro mahupun kontra!

Secara jujur saya sudah bosan untuk terus membicarakannya, kerana saya rasa tidak ada penyudahnya. Mereka yang menyokong dengan alasan-alasannya. Begitu juga yang menentangnya. Mereka yang menyokong dan menentang akan terus berpegang kepada pendapat masing-masing.

Untuk keharmonian kehidupan pelbagai kaum di Malaysia,saya rasa amat bijak kita mengikut perspektif Malaysia. 'Di mana bumi dipijak di situ langit' dijunjung! Kita boleh buat perbandingan di tempat-tempat lain tetapi keputusannya perlu berpaksi kepada keadaan di Malaysia.

Melalui pembacaan saya tentang komen-komen yang dibuat terutama bukan Islam, mereka kurang memahami 'What is kalimah Allah really means to the Malay Muslim' Akibatnya mereka tidak dapat benar-benar memahami mengapa orang Melayu Islam begitu 'gila-gila' mempertahankannya. Akibatnya timbul perspektif negetif mereka terhadap Melayu Islam.

Saya tertarik hati dengan pendapat Il nome mio nessun sapra dalam Blog Marina Mahathir. Untuk lebih memahaminya lagi saya ingin menambah apa yang telah disampaikannya. Kita lihat satu lagi isu di Malaysia. Mengapa orang China begitu menentang pendidikan satu aliran sekolah di Malaysia. Bukankah untuk perpaduan rakyat berbilang kaum perkara itu amat perlu dilaksanakan?. Pada saya penentangan mereka terhadap Sekolah Wawasan adalah melampau. Kita bukan hendak menghapuskan sekolah vernekular, tapi hanya memberi peluang supaya anak-anak berlainan kaum dapat belajar di satu kawasan supaya perpaduan dapat dipupuk.

Kalau mahu buat perbandingan lihat di Indonesia, Thailand malah Singapura dan'the great' western countries, mana ada sistem pendidikan yang begitu bertolerensi seperti di Malaysia?. Tetapi kerajaan kita begitu peka dengan keadaan yang ada di Malaysia sehingga perkara yang bermanfaat itu diketepikan. Kita lakukan mengikut acuan kita sendiri!

So kepada mereka yang bukan Islam malah Islam Leberal, saya yakin anda boleh memahami isi hati orang Melayu Islam kerana dalam isu kalimah 'Allah' dan apa-apa juga yang berkaitan agama Islam adalah sensitive!. Agama Ialam adalah roh dan jasad kami. Walaupun anda masih teguh dengan pendapat anda, terpulanglah!. Itu hak asasi manusia, hak untuk mempunyai pendapat sendiri.

Sekiranya pihak kerajaan boleh bertoleransi dalam isu pendidikan, mengapa anda tidak boleh bersikap terbuka kepada sensitiviti umat Melayu Islam? Apatah lagi isu ini tidak menggugat aqidah dan cara hidup anda.

Mewakili diri saya sendiri, saya tidak pertikaikan apa yang telah digunakan oleh penganut kristian Sabah, Sarawak dan Sikh. Selama ini pun saya tidak perasaan perkara ini terjadi. Tetapi apabila perkara ini dibenarkan secara bertulis ianya akan tersibar dengan meluas dan memberi kesan tertentu dalam jangkamasa panjang. Lihatlah apa yang terjadi di negara lain. Inilah yang kami Melayu Islam takutkan. Mungkin anda kata apa salah perkara itu? Biarlah kami dalam ketakutan kami, itu hak kami!

Rakyat Setia

saji said...

Salam sdr langitbiru

Sepatutnya pemimpin tertinggi Melayu -Islam UMNO/BN yang menghadiri mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-82 pada yang terdiri daripada PM dan MB2 dan KM2 tersebut pihak yang mengingkatkan seluruh rakyat amnya dan umat -Melayu Islam khasnya mengenai mesyuarat MFK yang menghasilkan fatwa mengenai penggunaan kalimah Allah tersebut. Bukan mufti. Kerana,pertama, UMNO yang sering meuar-uarkan mereka sahaja yang mampu dan banyak memperjuangkan agama Islam di negara ini, dan kedua, UMNO di belakang usaha yang mahukan pengeluaran fatwa tersebut.

Tidak berbuat demikian, UMNO boleh dituduh pihak yang mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah ini!

saji said...

Sdr Azman dan Shah

Ijtihad imam mazhab Hanbali, Maliki dan Shafie' tidak mengharuskan penggunaan kontrak/akad jual beli Islam al-Istisnaa' atau Melayunya Tempahan atau Inggerisnya Price-in-advance sebagai kontrak pembuatan/ pembinaan dan kewangan yang dibincangkan dalam dasar perundangan muamalat Islam di bawah bab kontrak/hukum/prinsip bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad. Ini meskipun ada Hadis yang maksudnya boleh disandarkan kepadanya bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menempah sebentuk cincin.

Hujah yang diberikan oleh 3 imam mazhab Islam tersebut ialah, jual belih barangan secara tempah yang tidak wujud ketika akad tidak dianggap kontrak, tetapi tanggungjawaban pihak2 yang berkontrak melunaskan amanah yang masing-masing menjanjikan.

Namun, mereka (3 imam mazhab Islam tersebut) mengharuskanya ( kontrak Tempahan sebagai kontrak pembuatan dan kewangan) jika rukun dan syarat harga/pembayarannya menggunakan/meminjam rukun dan syarat pembayaran kontrak Salam yang menghendaki pihak yang memberi tempah membayar 100% wang pendahuluan kepada pihak yang menerima tempahan ketika majlis akad.Di mana kontrak Salam Islam merupakan satu lagi jenis kontrak bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad yang lebih dikaitkan dengan bidang perniagaan pertaniaan.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan bagi komen kpd Sdr Saji.

Sdr,

Mohon maaf lah berbanyak-banyak, tetapi apa benda yang Sdr cakap ni?

Saya pada mulanya hendak juga bagi respon terhadap komen Sdr itu, tetapi bila saya pikir-pikir balik, biarlah saya memberi Sdr "benefit of a doubt".

Anyway, keep on trying Sdr.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Tuan budiman Setanah Melayu,

Kalau hak raya-raja dan ugama islam di bicara di mahkamah sivil dihakimi orang kafir, lenyap lah melayu di dunia, islam di tanah melayu.

NBL said...

Semua pihak harus faham,mengkaji dan bertoleransi dalam isu ini.

Situasi Pertama : muslim beriya-iya mempertahankan perkataan tersebut,diiringi oleh bantahan,demo,kenyataan media,blog meminta smua muslim bersatu menentang sebarang percubaan bukan islam menggunakannya,mendesak institusi di raja untuk masuk campur,serta keluar lah pelbagai NGO,pertubuhan,persatuan dan individu tertentu untuk menjadi hero.

Situasi Kedua : perkataan ini telah lama diguna pakai oleh kristian (tidak semua)oleh penganutnya di Sarawak & Sabah dalam cetakan bible,kitab injil dan pelbagai cetakan lain.TAPI kenapa tiada tindakan diambil? yang mana kerajaan negeri-negeri tersebut telah amat mengetahuina? kenapa setelah pihak

Situasi Ketiga :
Malaysia mempunyai pelbagai kaum,agama,pahaman,ideologi,pandangan,amalan..ada yang taat agama,ada yang sederhana,ada ynag buat tak tahu,ada yang menumpang nama mengikut agama

Penyelesaian : kerajaan perlu mencantumkan ketiga-tiga situasi di atas sebagai faktor dan point bagi mengadakan dialog/perbincangan (saya percaya ia sedang berlaku) di antara para arif agama dari pihak Kristian dan Islam.nescaya kerajaan melakukannya,kerana jika kita pernah berunding dengan komunis yang juga musuh negara,ini kan pula demi perpaduan kaum di Malaysia..PEACE for all.. positve thinking is mine..

Mahzan said...

Salam Datuk serta rakan rakan yang membaca blog ini..

Setuju benar dengan pandangan Datuk serta komen komen dari saudara saudara yang lain tu. saya ingin berkongsi apa yang berada di benak fikiran saya selain dari yang telah di ulas dan dikomen oleh rakan2 yg lain..

1) Bagaimana kes melibatkan Allah ini boleh terlepas ke mahkamah sivil? Kebiasaan nya kes yang melibatkan orang islam dan agama Islam mestilah dijuruskan ke Mahkamah Syariah. Persoalan saya, siapakah yang membuat keputusan samaada sesuatu kes ini dibicara di mahkamah sivil atau mahkamah syariah? harap Datuk dapat memberikan maklumat kepada kami semua.. thanks in advance.

2)Mereka membandingkan Malaysia dengan Jiran kita seperti Indonesia yang izinkan nama Allah digunakan dalam upacara keagamaan. Agaknya apa reaksi mereka jika kita juga samakan sistem pendidikan kita sama seperti Indonesia (tiada SJKC dan SJKT).

3) Terfikir juga kenapa PAS dan UMNO tak boleh bersatu dalam hal ini? Saya respect sungguh dengan MCA dan DAP. Bila timbul isu tentang bangsa mereka, punyalah bersatu selesaikan masaalah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).