Thursday, February 18, 2010

Kes Anwar: Mentaliti Penjajah Dunia Barat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENTALITI penjajah dan sikap tinggi diri susah hendak dipisahkan daripada bangsa-bangsa Eropah apatah lagi bangsa-bangsa yang pernah menjadi penjajah.

Inilah yang terserlah daripada sikap angkuh 50 Ahli Parlimen Australia yang menuntut agar tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, digugurkan.

Mereka ini berasa mereka berhak campur tangan dalam urusan semua negara, khasnya negara-negara yang tidak sama warna kulit dengan mereka.

Tapi mereka amat berhati-hati atau tidak campur tangan langsung dalam urusan negara-negara yang sama warna kulit dengan mereka.

Tetapi kalau negara itu berkulit hitam, sawa matang, kuning, coklat atau apa saja warna selain putih, mereka cepat masuk campur.

Seolah-olah tersemat dalam sanubari mereka bahawa orang kulit berwarna tidak mampu menguruskan diri dan negara mereka.

Tidak kiralah sama ada ketua kumpulan 50 MP Australia itu, Michael Danby, seorang pengamal seks JDJ (jantan dengan jantan), seperti yang didakwa, atau sah seorang Yahudi, tindakan mereka itu sangat angkuh.

Mereka mahu negara jadi macam negara mereka di mana seks sama jenis tidak menjadi kesalahan malahan parti Danby, Parti Buruh Australia, tahun lalu mengambil ketetapan membenarkan perkahwinan sesama jenis jika ia kembali berkuasa.

Tetapi di Malaysia seks sesama jenis, tak kira jantan atau perempuan, adalah salah di segi undang-undang.

Kita akui Anwar ramai penyokong dan pesimpati di negara-negara Barat. Ini tidaklah menghairankan. Sebelum menyertai Umno dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pun, dia telah menjalin perhubungan yang akrab dengan aktivis, pemikir, cendekiawan dan ahli politik Barat.

Reaksi Amerika Syarikat, bagaimanapun, lebih sederhana. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Dewan Senat, John Kerry, sekadar menyeru “penyelesaian kes ini dengan cara yang membina keyakinan terhadap keberkecualian dan kredibiliti sistem kehakiman Malaysia.”

Seruan itu berpatutan tetapi tidak mempunyai kredibiliti kerana Amerika sendiri tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia walaupun seks sesama jenis tidak menjadi kesalahan asalkan atas dasar suka sama suka. Tapi kalau paksa, kena juga.

Amerika menangkap, memenjara dan menyeksa ratusan rakyat asing, hampir semuanya Islam, di Guantanamo Bay tanpa perbicaraan kononnya kerana Guantanamo Bay bukan dalam wilayah Amerika. Ia terletak di pulau Cuba.

Sebenarnya agak aneh yang hanya dua buah negara Barat setakat ini membuat petisyen rasmi mengenai kes ini.

Mengenai tindakan Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong campur tangan 50 MP Australia itu, ia tidak memeranjatkan. Anwar adalah ketuanya dan parti-parti pembangkang Malaysia akan menyokong sesiapa saja yang memburukkan kerajaan.

Haji Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin sudah lupa atau tidak membaca dan tidak mendengar berita bagaimana Barat mengutuk dan menyifatkan Undang-Undang Hudud Pas sebagai zalim (draconian).

Protes Pemuda Umno dan Perkasa bukan terhadap kerajaan atau rakyat Australia tetapi terhadap 50 MP Australia itu. Lagipun Danby bukan daripada parti pemerintah dan hanya 50 daripada 226 Ahli Parlimen (Senat dan Dewan Rakyat) yang tandatangani petisyen itu.

Satu aspek menarik perbicaraan kes Anwar setakat ini adalah percubaan pihak pembela menggunakan pelbagai isu dan helah teknikal untuk membatalkan perbicaraan atau setidak-tidaknya pun melengahkannya.

76 comments:

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia DKJ

Lagi satu benda yg saya kurang faham, kenapa Datok Jamil Khair Baharum yg menghalang qazaf, kenapa tidak saiful atau peguam saiful. Minta datok terangkan sket, bab ni saya tak berapa faham. Bimbang org lain juga kurang faham, maka ditafsirkan bahawa kes mahkamah ni adalah angkara atau perancangan UMNO plak. Sekarang ni persepsi senjata yg paling berkesan. Harap datok boleh terangkan sket, kenapa ianya sangat dipertahankan oleh wakil kerajaan UMNO/BN. Sangat2 nak tau ni.
Dari MAD Baling, Kedah

pakbelalang said...

The best thing to do is to ignore them and lets move on with our business. Tak payah nak layan Mat Salleh "mabuk". They expect us to "melatah" for cheap publicity to tarnish our image. That's their objective ie. to ridicule our legal system. In other words, our local media should not give them a damn. Why should we give them space and exposure to ridicule us!!

Typical of the Australian and western politicians trying to be the champion to follow their ideals.Nothing doing!!They can go fly kite!!

Shah said...

Dear DAKJ'
Orang di negara lain buat komen atau protes terhadap apa yang berlaku dalam negara kita, dan kita buat kerja yang serupa terhadap apa yang berlaku di negara lain, kepada saya adalah lumrah dunia sekarang. Tidak ada apa yang hendak di herankan. No big deal, kata orang puteh. Takkan kita lupa orang Indonesia protes terhadap kes lagu Negaraku dan kain batik dahulu? Dan kita protes campurtangan Amerika di Iraq.

Shah said...

Dear DAKJ'
Orang di negara lain buat komen atau protes terhadap apa yang berlaku dalam negara kita, dan kita buat kerja yang serupa terhadap apa yang berlaku di negara lain, kepada saya adalah lumrah dunia sekarang. Tidak ada apa yang hendak di herankan. No big deal, kata orang puteh. Takkan kita lupa orang Indonesia protes terhadap kes lagu Negaraku dan kain batik dahulu? Dan kita protes campurtangan Amerika di Iraq.

Anonymous said...

1. Rakyat 1Malaysia sedia maklum yang akhbar2 arus perdana BN tidak akan melaporkan dengan adil perjalanan kes liwat DSI di makahmah.

2. Dalam Al-Quran Allah dah jelaskan, Insan seperti Saiful ini harus disebat 80kali sebatan kerana tidak membawa 4 saksi dan penyaksian beliau harus ditolak sehingga kiamat kerana fasik.

3. Kalau benar DSI meliwat Saiful, dia akan terlepas dari hukuman di dunia tapi belum tentu terlepas hukuman di akhirat.

4. Orang Islam telah diamanahkan menjaga maruah sesama islam dan kita orang islam telah gagal menjaga amanah ini. (Semoga Allah ampunkan kita semua)

5. Kita seharusnya melihat kes ini dari sudut kita sebagai seorang islam dan bukan di atas kepentingan politik.

6. Kita patut malu kerana dunia sedang mentertawakan 1Malaysia.

7. Oleh itu cuba kita luaskan cara pemikiran kita dengan membaca laman-lawan web alternatif yang lain. Saya baru jumpa yang ini http://www.greenboc.blogspot.com

8. Maaf Pak KadirJasin I dont buy your story..dan jelas tuan ini OKU(Orang Kuat UMNO)..so ada element bias.

- Anti Liwat-

Fooart said...

Salam Dato'

Apa yg bermain difikiran saya sehingga kini, "kenapa DSAI tidak sanggup bersumpah tidak melakukan perbuatan terkutuk itu". Saya bukan mempercayai bulat-bulat DSAI tergamak meliwat, malah tidak juga menidakkan. Jika saya didalam kedudukan DSAI saya berani bersumpah jika benar saya tidak melakukan. Tapi DSAI tidak langsung sanggup dan memberi pelbagai alasan tentang hukum sumpah ini dalam sudut ugama Islam. Jadi biarlah mahkamah tentukan. Jika Haji atau Guru Agama dan datuk sanggup merogol anak murid dan cucu mereka.....tiada yang mustahil dalam dunia ini. Tiada yang perfect...so let us see what the court got to say!!

A KADIR JASIN said...

Salam kepada pembahas dan pembaca.

Saya hairan dan dukacita ramai pengulas yang tidak setuju dengan rencana ini atau yang menyokong Anwar Ibrahim menghantar komen tanpa nama.

Takkanlah nak guna nama samaran pun tak sanggup. Kalau tak sanggup atau takut, buat apa susah-susah hantar komen.

Kalau setakat nak maki hamun saya tak guna. Saya dah tahu ramai akan maki hamun saya kerana tak sehala dengan mereka.

Ini macam orang yang tutup muka kemudian menyorok belakang semak dan baling najis ke muka saya.

Janganlah darai (daghai) sampai macam tu. Kalau berani sokong, kenalah berani tunjuk muka.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr kluangman dan Sdr Anonymous,

1. Sdr kluangman, kalau boleh, tolong sunting dan buang perkataan pengkhianat dari tajuk buku yang sdr cadangkan. Saya boleh disaman kalau membenarkan sdr menuduh orang pengkhianat.

2. Sdr Anonymous yang ungkit mengenai kedudukan saya sebagai wartawan, sila guna nama sendiri atau nama samaran kalau sdr mahu saya pertimbangkan komen sdr. Salam. Salam apa?

Terima kasih.

razzmatazz said...

Salam perkenalan dato',

Itulah maksud salam saya tadi. Terima kasih menegur saya, saya budak baru belajar. Hanya mengutarakan pendapat saya mengenai rencana dato'. Sekian. Assalamualaikum.

Anonymous said...

Salam Dato'

Part DSAI ni payah datuk.Sebab penampilan juga keperibadian dia agaknya yg org susah sgt nak percaya...agaknya la.Lagi² bila tgk ahli keluarganya....maksud saya isteri dan anak²nya.Tak tau la dia mmg sudah mempersiapkan diri sehingga mengambil kira semua ini kerana ia salah satu faktor kepercayaan umum bagi saya kepada dia.Setahu saya DSAI telah bersedia lama dah dgn sokongan bukan saja dari dlm negara malah sehingga ke timur tengah dan negara barat.Agaknya itulah pentingnya imej selain PR yg terbaik kot....bagi sesetgh org kalau dia dpt memimpin keluarganya...bermakna dia berkobolehan juga utk memimpin satu kelompok yg lebih besar.
Berbalik kepada isu yg datuk ketengahkan ini, saya rasa bukti saja yg boleh membuatkan org tak boleh menafikan lagi apa yg disabitkan pd DSAI...percayalah!Itulah tanggapan ramai diantara kita skrg ini.Cuba kita tgk pd kes Datuk Chua Soi Lek....tak boleh buat apa lagi dah datuk....jelas dan terang!Ni lah payahnya ni....takkan tak de sesapa pun boleh perangkap sehingga ke tahap tu supaya DSAI tak boleh berdalih lagi? (kalau benar perkara ni terjadi!).Gambar ke..rakaman video ke...apa saja la yg terang dan jelas tunjukkan muka pelaku dan mangsa.Pasal ni la...balik² kita dgr tuduhan ....'ini semua mainan politik UMNO'.Keputusan mahkamah ni skrg....kekadang jadi bahan gurauan org....tu yg payahnya tu.Org lak yg mengundi tiap kali pilihanraya kecil ke umum.Kalau lembu ke kambing....biaqpi la.Tak kesudahnya datuk....tu tak tau la kalau lepas dari pertuduhan lagi tu....isk.
Berkenaan parlimen Australia tu....bagi pandangan saya biarkan la.Biar je bijak pandai dalam kerajaan duduk berbincang nak selesaikan perkara ni.Setahu saya parlimen kita juga ada tubuhkan beberapa j/kuasa kecil utk menegur negara luar....Myanmar cthnya...tu bukan campurtangan dlm pemerintahan sesebuah negara juga ke? Yang ni diharap pihak Pemuda UMNO dpt lebih berhati² dan juga supaya demo yg dilakukan dpt diperjelaskan kpd umum secara bijaksana.La ni org dah ramai yg berfikir tentang sesuatu maklumat yg dibaca atau didengar.Berhati² dgn strategi jgn sampai memakan diri....
Terima kasih datuk....

Malik Klang......

Anonymous said...

Itu biasa tu DAKJ. Kerajaan Malaysia pun biasa buat kerja cam tu.

Agak janggal bila DAKJ buka cerita yang dah "agak lama ini".

Saya rujuk kes Iran; 80an dulu US yang supply senjata kepada iran. La ni macam US nak serang iran.

Duta Malaysia dipanggil balik sebab bantah usul US berkenaan Iran, TDM baru sebut hari tu.

Yusof Qardawi pula kata Anwar dianiaya.

Kadang-kadang saya menjadi tidak pasti siapa yang lebih kamcing dengan US, ketua kerajaan atau ketua pembangkang.

Isu teknikal atau melengahkan perbicaraan juga bukan baru. Kes Menteri meraba dulu dibuang sebab pendakwa tarik balik dakwaan.

Sebab tu saya tak minat tunjuk-tunjuk jari.

Ada lebih baik kita tumpu kepada sesuatu isu yang boleh jadi precedent atau pelan masa hadapan.

p/s dengan RM4 juta boleh senang-senang amankan PEMUDA? DAKJ tak nak komen? Sedih bila PM sendiri tak kreatif.

Fed Up

ishakiateng said...

kepada DKJ
Sepatutnya kita mesti menggunakan makhamah syariah untuk keadilan DSAI kerana kata negara kita ni negara islam kenapa tiada seorang pun menteri yang bersuara, kenapa? tolong DKJ jelaskan.

mosabit said...

nak buat macamana bro...kita sekarang hidup bergelumang dengan budaya orang kulit putih.....
dari segi gaya hidup..
pakaian..makanan...tindakan...semua ikut gaya sikulit putih...
ada apa apa perbezaan ker?...
hasil kesungguhan kerajaan i malaysia hidup cara orang kulit putih...kerajaan tak halang...jangan bro nak sebok pulak...

MANTOL said...

- Anti Liwat- said,

2. Dalam Al-Quran Allah dah jelaskan, Insan seperti Saiful ini harus disebat 80kali sebatan kerana tidak membawa 4 saksi dan penyaksian beliau harus ditolak sehingga kiamat kerana fasik.
-------

Hmmm bagaimana kalau ibu, isteri, dan anak saudara kena liwat dan rogol? Zaman sekarang tidak susah untuk buat itu semua tanpa 4 saksi.

Kalau tiada 4 saksi, tak payah bicara?

Satu dunia akan tertawakan saudara.

/MANTOL/

Anonymous said...

Kepada Anti Liwat,

Yang saya tau 4 saksi untuk pompuan yang kena rogol saja, jantan pun nak 4 saksi jugak ka?

Pakitam

Unknown said...

DKJ,

I had the opportunity today to bump into anwar ibrahim and his team of lawyers at my club, near the parliament... He seem a bit down today when i did say hi to him, I asked how is health holding up, hopefully that the current situation is not bringing down his health...anyway, even though i had pleasantries and seem to me as a nice guy in person... i think what he did in getting others from outside the country is an act of treason... and he should be charged for sedition...

the act of the 50 MPs is un heard of if we are USA or UK...

The american don't even give a crap what ever we say to them about the Gitmo Prison...


why should we entertain this samantic gay lover MP, who is actually not even the ruling party of Australia ?


salam DKJ...

Wan Shamsudin said...

Salam Dato;

Orang yang tak berani pakai nama atau tak ada nama tu, sebenarnya tak ada teloq. Mereka hanya pandai membuat komen tapi tidak ada pendirian, dan tidak berapa yakin dengan apa yang di komenkan mereka.

Tentang Ahli Ahli Parlimen Australia tu, biasalah mereka dah tidak ada modal untuk Negara mereka. Jadi perihal Negara orang pula di sibukan mereka.Besar kemungkinan mereka itu adalah pengikut pengikut main sama sejenis, menghalalkan APA yang ISLAM haramkan.

Jika kita menyokong mereka dan orang orang seperti MEREKA, maka kita adalah bersama gulungan orang orang yang SESAT. Nauzubillah.

Quantum Metal Consultant said...

DAto', terima kasih.

Saya cadangkan buku yang mengesahkan politik Anwar diberi tajuk "Perjalanan Sepi Seorang Pejuang Belakang'

Pembabitan campurtangan asing sebenarnya tidak begitu ketara pada kes liwat kedua Anwar ini kalau dibandingkan ketika Anwar didakwa ketika era Mahathir.
Ini menunjukkan sokongan kepada Anwar begitu merudum. Salah satu faktornya kerana Anwar sendiri menagguhkannya beberapa kali sehingga rakyat jemu lalu masing2 telah 'menjatuhkan hukuman mengikut tafsiran masing2' walaupun mahkamah sebenar belum lagi membuat keputusan.

Anonymous said...

Dato AKJ,

Saya meneliti banyak isu dan epik-epik sejarah yang berkitar semula. Sodomi II adalah contoh epik jelas.

Public Opinion telah digariskan oleh latar cerita yang hampir sama seperti Sodomi I. Jalan cerita, pelakon, watak, dan corak penceritaan hampir sama.Bahasa mudah, cerita ini adalah cerita ulang buat, mengulang kata-kata Hishamudin Rais.

Soal campurtangan bangsa luar terhadap isu-isu Malaysia adalah soal-soal prinsip.Tanpa menidakkan sikap suka ambil tahu hal orang oleh kuasa-kuasa besar dunia,saya melihat ia daripada sisi lain. Selaku rakan dagang Malaysia, Amerika Syarikat contohnya, kestabilan semua aspek di Malaysia amat penting dalam memastikan sikap rakan dagangnya membantu ekonomi mereka.

Kedua, situasi ini bukti mudah yang sistem kehakiman Malaysia seolah langsung tidak berubah.Konsep trias politica, langsung tidak difahami dengan betul dan dipraktikkan.

Pasca Mac 2008 sebenarnya membawa Malaysia lebih jauh untuk memahami apa sebenarnya sebuah Negara.

Roti Planta said...

Dato',

Sekarang ini sepatutnya Saiful kena buktikan DSA bersalah bukannya DSA kena buktikan dia tidak bersalah. Apa yang berlaku pula sekarang akhbar dan wartawan pencacai telah mendahului hakim menjatuhkan hukuman kepada DSA.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Saya tabik kepada Dato' Ibrahim Ali (Perkasa) beliau tidak terjebak dgn drama politik BN ataupun telenovela Pakatan Rakyat. Isu yang diprotes disini adalah campur tangan pihak barat terhadap kedaulatan undang-undang negara ini. Tak kisah la org yg kena liwat atau org yang meliwat..perkara itu masih dlm perbicaraan. Bersalah atau tidak...itu cerita lain.

Taktik yang digunakan sekarang tidak ubah seperti taktik bangsa Yahudi Walaupun bangsa Yahudi ini cuma merangkumi 0.2% dari populasi dunia, mereka dapat menguasai dunia dari segi kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Orang-orang Yahudi akan menggunakan Amerika, Britain dan negara-negara barat termasuk Australia untuk maraih sokongan, simpati untuk mempertahankan negara dan kepentingan mereka terutama Israel.

Sounds fimiliar?...mcm pernah dengar je taktik ni digunakan di negara ini.

Tapi kenapa 50 ahli parliamen Australia begitu tertarik dgn kes ini? adakah mereka ini "Jews Sympathizers".....setahu saya kat Malaysia tidak ada bangsa Yahudi...

Aretehnone said...

Orang di malaysia sekarang ramai yang bijak berbicara mengenai hegemoni bila bincang pasal politik tempata,, tetapi mereka sendiri tidak sedar pemikiran mereka dikongkong oleh kuasa hegemoni barat, yang melihat apa sahaja dari barat adalah baik dan maju, termasuk pemimpin dan penyokong PAS yang selama ini melihat masyarkat barat sebagai `rosak', bobrok dan

Saya tidak heran jika sokongan terhadap 50 MP Australia datang dari DAP dan PKR, kerana memang tidak bersetuju dengan hukum moral berasaskan Islam, tetapi bagi orang PAS yang senada bersetuju bahawa undang-undang homoseksual (JDJ, kata Dato') adalah ketinggalan zaman, ini membuat rakyat marhaen rasa amat kecewa.

Kepada orang PAS yang menjengok blog Dato' ingin saya berpesan agar jangan kerana Anwar Ibrahim yang kini diragui peribadinya, tuan-tuan sanggup mengorbankan hukum Allah.

AbGJaS said...

Salam datuk kadir,

Datuk dituduh bias dlm rencana ini. Datuk perlu menyokong tindak tanduk pakatan utk dilihat berada di jalan yg lurus..

zainal mohd jais said...

Selama ini kita fikir dia si kitul atau si luncai, rupanya dia adalah serigala jadian hasil ujikaji makmal yang gagal, terlepas dari kurungan. Tiada perasaan, tiada pertimbangan. Sedang membuka pintu kota, menjemput sekumpulan serigala lapar yang mahu menyiat-nyiat mangsanya.
Lebih merisaukan, dia mengendung bom jangka yang tak terjangka kekuatannya, bila-bila masa akan menghancurkan Melayu.

Wahai Melayu, bukalah mata !

ab said...

Salam Dato,


Ini baru kes perbicaraan kes tuduh kena liwat dah macam nak punah satu negara!!!.....


Agaknya kalau osama dok kat malaysia dah semua `liberal minds' kat sini akan JEMPUT US hantar misile dan bom Malaysia......WE WANT YOU TO DESTROY US, please come now!!...


INI dah macam gaduh dalam satu rumah,pi suruh jiran bakar rumah,kalau bolih bunuh penghuni rumah dan tuan sendiri,kalau bolih buang abu dan tulang dalam parit!!!!...


Saya fikir ramai dah yang tak nampak langit dan tak nampak langsung tanah dikalangan pendebat....agaknya dah lama sangat dok kat rumah pangsa tapi `naikan syok sikit,tambah perasan sendiri' jadi flat, kata kondo, apartment,pasang airconditioner sejuk-sejuk, jari tekan remote control,tekan butang telepon...DAH KIRA TINGGI STANDARD NYA!!!..so tak payah fikir yang dirinya sebagai rakyat negara ini lagi laa ni.....


HOI, KALAU HAMPA NAK TAU BERAPA SAAT BERITA TENTANG MALAYSIA NI di LUAR NEGARA,HAMPA PI LAA TENGUK TV DAN BACA NEWSPAPERS KAT EROPAH ,US,canada,brazil,UK Dan paling dekat kat Indonesia, Thailand dan Philipina.... kalau ada SETENGAH SAAT tu dah kira baguih dah....ZERO BROS,ZEROOOO...


TETAPI RAMAI KAT SINI berfikir macam depa dok kat negeri mat saleh...pi laa rasa kat 1-2 bulan,
teguk macam mana layanan dari depa YANG RAMAI DOK PUJI MELANGIT NI!!


INI la salah satu petunjuk OTAK BAWAH TEMPURUNG, dan yang ORANG LAIN SUKA SANGAT laa...bolih dipengaruhi dengan mudah......


In summary.....the so called `liberal minded' kat sini..tak JAUH, KAT TEPI,TETAPI MASIH KAT BAWAH TEMPURUNG JUGAA.....


BANGUN DAN KELUAR LAA dari tempurong ni.......


THIS IS MY COUNTRY...so ozzies,.yenkis bolih blah..pi main pungkoq hampa kat sana...


Bab kes main pungkoq dua ekoq ni tunggu laa apa kata hakim, TAK MUNGKIN HAKIM-HAKIM BODO,depa tu tak bodo...kalau bodo,bolih lepaskan semua tahanan kat penjara,pusat serenti,pusat tahanan PTI.. BOLIH mampuih hampa semua kalau semua orang-orang itu dibebaskan..KALAU IKUT MOOD PEMBAHAS-PEMBAHAS YANG KATA COURT TAK BETUL,HAKIM BODO DLL....


PI LAA RAMAI RAMAI MINTA MAHKAMAH MALAYSIA DITUTUP SEMUANYA DAN HAKIM-HAKIM DIBUNUH DI MALAYSIA ...pi mintak ozzies dan yengkis yang ramai sangat suka ni...pi laaa, apa tunggu lagi...MINTA DEPA HANTAR ASKAR,KAPAL PERANG DAN BOM BANYAK-BANYAK kalau gomen ni degil sangat!



Abu Bakar Ab Rahman

Donplaypuks® said...

But the M'sian Govt, Minsiters and ex-PM's also intefere in the internal affairs of other countries by telling:

1, Burma it must be more democratic and hold free elections.
2. Thailand it must be sympathetic to Muslim Separatist Terrorists demands in S. Thailand.
3. Insulting USA that Tel Aviv is its foreign capital and that USA should pressure Israel about Palestine.
4. India must resolve Muslim Seapratist Terrorist demands in Kashmir.
5. That Malays in S'pore are unhappy!

So, why shouldn't 50 Oz MP's and US Senators ask for justice and fair trial for Anwar?

Why take umbrage and practice double standards?

Note also the police appear to have accepted the "peaceful" intent of UMNO Youth and Bloggers' public protest but Opposition parties are not even allowed to make speeches in private behind-closed-doors gatherings? What kind of policing and double standards are these?

dpp
We are all of 1 race, the Human Race

Kiryu said...

Salam Datuk,
Ada yang berpendapat yang kita tidak patut terasa, bila negara luar protes supaya salah satu rakyat M'sia tidak di dakwa di mahkamah kita, atas sebab kita protes AS serang Iraq atau Israel rampas tanah Palestine.
Bagi saya perkara ini nyata berbeza. Yakni bila kita protes ia adalah isu antara dua negara. Yang sekerat MP Australia protes ialah cara kita mendaulatkan undang-undang kita.
Jadi saya harap sangatlah orang yang menyokong atau tidak memperdulikan Orang Luar campurtangan undang2 kita untuk menjiwai Rukun Negara kita mengenai "Kedaulatan Undang-Undang". Janganlah kata patriotik ada dalam hati, tak payah kibar bendera, bila benda ini pun tak terasa tersinggung. Nanti jadi koro.

Anonymous said...

Datuk,

In law, conspiracy theory does not hold water. A group of concerned citizens working together to expose a crime or an unlawful act is not a conspiracy.

On trial is not how the alleged crime was exposed. On trial is how the expose was investigated and charged framed.

The accused charged with the crime has to create doubt about her or his alleged crime and not about how she or he was alleged to have committed the crime.

The group of concerned citizens getting together or "conspiring" to expose her or his alleged crime notwithstanding, the task of the accused person is to prove her or his innocence.

Legal Eagle

Anonymous said...

Interesting Datuk, but a bit more about man Danby -- Many swinging Jewish voters support the sitting Labor MP, Michael Danby, because he is Jewish and passionately pro-Israel.

Downunder

Quantum Metal Consultant said...

Ini baru sehari dua perbicaraan dijalankan.. sudah banyak 'kerenah' yang ditunjukkan tetapi nyata di tahun harimau, tembelang cepat pecah bila Karpal tersasul di dalam mahkamah: '"There is no more delaying tactics"?

Kemungkinan hingga ke satu tahap, jika Karpal tertnyanyuk dan merosakkan kes, Karpal juga akan dipecat untuk 'perbicaraan' dimulakan semula atau dirombak semula.

Beberapa kes penangguhan pasti terjadi lagi selepas ini atas nama 'keadilan' - ini fasa pertama.

Fasa kedua - kalau dijatuhkan hukuman 'bersalah' - berapa lagi pula kes rayuan.

Fasa ketiga: Kalau kepenjara - berapa kali lagi pula keluar masuk hospital.

2010 - harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan tembelang.

Junior Ranau said...

saksi bukan setakat orang yang melihat perbuatan tersebut.DNA juga boleh menjadi saksi yang kuat dan boleh dipercayai!

Anonymous said...

Salam Jumaat yg barakah kpd semua.

Tok, kalau cerita pasal politik ni mmg boleh kumpul dosa percuma. Nasib rakyat M'sia skrg bergantung pd satu lubang....Kita sedang ditertawakan...

Sesekali kita layan lagu nasyid pun bagus jugak dato. Sekurang-kurangnya dpt juga ketenangan di hari yang mulia ini.

KITA INI TETAMU SENJA
Artis: Kopratasa

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya

Kita datang ini kosong tangan kosong dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat

Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat.

p/s: Mati itu adalah pasti. Firaun mengaku tuhan juga mati akhirnya. Setiap kali kita menghasut orang melakukan kejahatan di mukabumi ini akan dibalas lambat laun. Tempiasnya akan kena pada ahli keluarga sendiri. Terima kasih Dato Kadir krn mmberi ruang.

rakyat dah bijak

Tinta Hitam said...

Datuk,
Yang diminta oleh MP MP Australia bukannya jangan dakwa DSAI jika bersalah.Mereka cuma minta agar mahkamah berlaku adil dan mengikut prosidur keadilan udg udg sejagat.Adakah itu campur tangan?

Bagaimana dengan kritikan pimpinan negara kita terhadap negara negara lain? Umpamanya terhadap Thailand mengenai pembunuhan beramai ramai umat Islam Pattani? Bukan kah jika logik UMNO diambil,ianya merupakan campurtangan terhadap hal ehwal dalaman Thailand?

Sebenarnya pihak Kerajaan Malaysia cuba hendak mengalihkan perhatian masyarakat yang sudah sedia maklum mengenai ketidakadilan sistem kehakiman kita.

Kit asepatutnya malu dengan sistem kehakiman kita yang telah jatuh begitu teruks semenjak 15 tahun yang lepas

Tam Dalyell said...

Anuar saling tak tumpah seperti ikan meronta-ronta dalam jaring dalam perjalanan unggun api.

Anonymous said...

mantol cakap..

"Hmmm bagaimana kalau ibu, isteri, dan anak saudara kena liwat dan rogol? "

'pandai' nya mantol..

even budak kecik pon akan lawan kalau di ancam rogol dan liwat..tak payah lah budak kecik...kucing dan arnab sekali pon..

saifool nie lain la..siap sua bontot disapu KY lagi..

maybe anak beranak mantol nie jenis tak pandai lawan kalau di ancam musuh kot!

mantol...why not u try first with a cat, and see if you can get away without a scratch/injury!

minah ronggeng

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Tugas orang putih kena ajar orang kulit berwarna untuk jadi bertamadun. Kalau orang putih kata masuk ikut belakang lagi sedap, orang kulit berwarna pun kenalah ikut. Kalau tidak dia akan kata orang kulit berwarna ni masih belum bertamadun.

Kerana tugas itulah, mereka menjalankan penjajahan. Sampai sekarang pun, mereka masih melaksanakannya. Dan orang kulit berwarna pun masih sama, perlu menerima apa sahaja ketetapan yang mereka putuskan. Tidak boleh salahkan mereka kerana mereka cuma menjalankan tugas yang menjadi tanggung jawab mereka.

Ada pula yang memandai minta gunakan mahkamah syariah untuk adili kes ini. Lagilah orang putih itu akan protes kerana hukum yang digunakan bukan daripada undang-undang mereka yang bertamadun.

Bila dah taksub itu, macam-macam hal jadinya, Datuk. Taksub memuja dan taksub membenci. Bila bercantum keddua-duanya, hilanglah rasional akal yang menjadikan kita makhluk termulia. Kalau setakat taksub puja Anwar tapi tidak taksub benci BN, tidaklah jadi hal sangat. Begitu juga kalau taksub benci BN tapi tidak taksub puja Anwar. Yang letak hukum Saiful kena 80 kali rotan, jelas yang taksub puja Anwar dan taksub benci BN. Ikut hukum Qur'an, kalau tak dapat bawa saksi, kedua-dua pihak (suami isteri yang disebutkan) kena bersumpah. Saiful sudah bersumpah laknat, sepatutnya Anwar kena bersumpah menafikan tuduhan. Bukannya berat pun, tak payah junjung Qur'an, cukup dengan sebut nama Allah. Kenapa liat sangat tak nak buat. Kalau tak percaya kenyataan ini, sila buat penyelidikan dalam Qur'an sendiri, jangan setakat ulang apa yang ustaz-ustaz cakap itu. Kalau dah sumpah, tak yah susah-susah nak bicara di mahkamah syariah pun, tunggu sahaja Allah tunjukkan kebenaran, tidak di dunia, di akhirat nanti Dia bagi kaw-kaw.

Anonymous said...

Datuk, Salam,

Betul macam kata beberapa pengulas. Penyokong Anwar memang fanatik. Macam mana mereka boleh banding campor tangan Australia dan Amerika dalam kes liwat Anwar, seorang manusia politik, dengan campor tangan negara kita menentang pembunohan saudara seagama kita di Siam, Palestin dan Iraq.

Mana nak sama kita dan negara-negara Asean gesa Burma laksanakan demokrasi dengan 50 MP Australia suroh kita gugorkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Datuk, inilah bila penyokong fanatik pemimpin boleh buat apa saja, termasok jenayah, tapi mereka sokong juga. Kerana penyokong fanatik macam inilah, tak kira dapam mana parti pon, pemimpin berani buat kerja-kerja yang salah kerana mereka tahu penyokong fanatik akan sokong juga.

Takkanlah kerajaan atau Peguam Negara bodoh sangat atau berani sangat sampai sanggop frame-up Anwar dua kali berturot-turot atas duduhan yang sama bila akibata tudohan yang pertama dulu kerajaan kalah terok dalam PRU 1999.

Tapi Datuk, penyokong fanatik Anwar tetap tidak percaya kerana itulah kepandaian Anwar iaitu dia pandai melatih penypkong dan pengikot fanatik. Saya pun pernah ikot dia masa campus revolution di UM pada tahun 1960/70 dulu. Darah muda Datuk.

Pesara Civil Service

Anonymous said...

Pak Kadir... Anuar Ibrahim telah berjaya memaparkan imej "pijak semut tak mati".Imej ini telah memikat jutaan umat manusia bukan setakat malaysia malah global..Jadi tak hairan kita dengan suasana sekarang ni.. nazri shah alam.

Anonymous said...

Salam Dato'

Pasal Pas sokong petisyen Australia dan Amerika itu, saya tidak hairan. Sebagai orang Pendang yang bergelumang dengan politik Pas-Umno, Dato" tentu tahu mentaliti dan intelek Pas.

Pas akan ikut apa yang DAP suruh dan buat apa yang PKR buat, macam berguling atas jalan raya di Kuala Kangsar kerana pertahan MB Pas lantikan DAP.

Kerana DAP lantik Nizar dan Nizar pun ikut telunjuk Ngeh dan Ngoh, maka DAP arah Pas buat protes depan Raja. DAP baling batu sembunyi tanyan biar Melayu lawan dengan Melayu. Pas yang baru keluar bawah tempurung yang dibuka oleh DAP pun lompat sana sini macam katak puru atas jalan tar yang panas. La panas di Kedah Tok. Musim kemarau.

Ngeh dan Ngoh serta suku sakat DAP mereka tidak akan lawan Raja Melayu sebab bahaya besar. Satu Lagi, geng-geng DAP ramai peguam jadi mereka tahu undang-undang sebenarnya. Jadi mereka gunalah si Pas yang baru nampak matahari dan dapat kaki untuk melompat.

Lagipun Pas ni junior partner dalam Parlimen. Nombor tiga lepas PKR dan DAP jadi kenalah tahu tempat. Itulah Dato" bila Haji dan Lebai kampung dapat kuasa dan nak berkawan dengan kaki bar dan kaberet. Tengok botol arak, depa dah mabuk. Tengok GRO tercabut serban dan kopiah putih.

Pondok Chegar

Fikir Tajam said...

BERANI KERANA BENAR

TAKUT KERANA SALAH

TANGGUH KERANA TAKUT!

asyMok_Aambo said...

Kita lihat siapa yang KENA!

affendi hussain said...

Anwar Ibrahim must be a whitemen burden..

See how his supporters trying so hard to justify their comparison with this foreigner MPs mendling with other country court of law affairs with the situations taking place in Burma, Palastine, Iraq, Southern Thai & bla..bla..

They really forgot one most important fact that can make them look dumb - they are comparing a person on sodomy trial and trying hard to equalized the weight to the plight of thousands or millions of those people in Burma, Palastine , Iraq & Southern Thai..

So far i never heard Malaysian Parliment putting any say on Bill Clinton, Thaksin, Musharaf, Suharto, the bankrupted opposition leader in S'pore or anything similar.

Sound like a screwed up brain to me..no logic and sense at all..

Last time, the Aussies protest on Singapore court that sentenced a boy with canning for vandalism charge..How did S'pore retaliate? They didn't give a damn to these morons demands or organized a street protest. We in Malaysia should also follow the same like S'pore. At the end, what can these decendant of convicts do tu us? Report to the UN and call for a resolution to condemn M'sia? Better fly kite..hahahaha!

As for the liwat case, why we need to pre-judge the court? let the verdict come out 1st before jumping to any conclusion like some wild monkeys on belacan diet.. 50-50, neither anybody win nor loose yet.

Jump oompa loompa..jump high to the sky! who need clowns for entertainment when we have politicians to fly. Exciting!

p/s: Jika benar tuduhan si Saiful itu, maka saya amat bersimpati dgn beliau kerana tidak mampu mempertahankan lubang najis beliau dari disodok lelaki tua yg oportunis yg gila kuasa dgn matlamat menghalalkan cara..Auwww!
Kawan saya (seorang polis) sendiri cakap perempuan pun susah nak dirogol 'dgn aman' "one to one" melainkan pengsan, cedera parah, kena dadah, 'gang rape' atau dgn kerelaan diri & bila sedar diri & menyesal lapor kes rogol.

("/)

yem said...

Dato''

1. To Roti Planta sekarang ni kat mahkamah Pendakwaraya tengah nak membuktikan yang DSAI yang melakukan perbuatan tersebut dan pihak peguam bela pula nak menwujudkan keraguan terhadap kes. OKT tak perlu mempertahankan diri apa yang mereka lakukan cuma untuk memnimbulkan keraguan. seperti kes liwat 1 hakim persekutuan berpendapat wujud perlakuan liwat tetapi masa dan tempat kejadian meragukan sebab tu DSAI dibebaskan.

1.To DONPLAYPUK kena faham dasar luar kita kebanyakan berkaitan dengan perkara melibatkan Malaysia. Kita berunding untuk memcari penyelesaian sebagai contoh pegolakan di selatan Thai yang merupakan kawasan yang bersempadan dengan Malaysia .sekiranya berlaku kekacauan dan melibatkan perhijarahan maka kita terpaksa menampung kos pengendalian pelarian.

Dasar Amerika terhadap Israel adalah berkaitan dengan malaysia sebagai anggota OIC yang memang megutuk pencerobohan Israel .Kita kutuk pencerobohan kepada satu bangsa bukannya individu .

Soal Guatanamo persoalannya kenapa ISA adalah undang undang zalim dan Patriotic Act Amerika tidak zalim.

Saya tahu anda cuba menjadi penulis tetapi sayang pengetahuan asa pun tidak ada pada anda.

mad said...

rakyat dah bijak said....

"Nasib rakyat M'sia skrg bergantung pd satu lubang...."

kah kah kah memang betul pun. as i said before, this will be the year of shame for malaysia. we are at our lowest ever in the eyes of the world. the well being of a certain ruling party really depends on whether somebody's ass got penetrated or otherwise. that's the big joke of the year. really shameful

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Malaysia ni kira ok la jugak.

Kalau Israel atau Amerika depa bom terus.

tk

abdullahngah said...

memang benar di Malaysia ini tidak ada bangsa Yahudi.

Tapi banyak yang jadi macam Yahudi.

Yahudi ini ialah "degil" maka sesiapa yang "degil" miskipun dia bangsa Melayu dia macam Yahudi.

Allah Subha nahu wataala pernah minta kita "jangan jadi macam Yahudi"

Tetapi banyak bangsa Melayu yang mengaku Islam jadi macam Yahudi.

Mengapa saya kata begitu? mengapa tidak.

Banyak orang Melayu yang mengaku islam halalkan riba dan halalkan rasuah.

Hal ini pernah disebut oleh Datuk Seri Najib manis mulut dalam perhimpunan agung tahun lepas,

bahawa perhimpunan kali ini adalah perhimpunan yang paling bersih.bermakna tiada rasuah.

pada hal ramai yang terbabit dengan politik wang.

Jadi soal camputangan orang luar itu tidak jadi kudis gatal pada pihak kerajaan, kerana mahkamah memang ada imuniti.

Oleh itu jangan takut bayang bayang sendiri.

Tok Janggut said...

"Anti balon blakang"

dah nama kafir..takdanya mereka akan menyokong yg baik2.
selagi ada peluang untuk menjatuhkan umat islam...selagi itu mereka akan mencuba utk campur tangan...

said said...

Assalamualaikum Dato'
(akan dijawab dgn "waalaikumussalam")
tapi kalau diucapkan SALAM 1 MALAYSIA apa cara mau jawab (jadi, baik toksah la bagi salam 1 Malaysia. Biarkan depa di media elektronik sudah kot)

Saya ingat salah Dato' juga kerana menyiarkan kemen mereka yang bernama "anonymous" tu. Kalau nak kata depa tu daghai, awat Dato' dok layan depa? Tanpa pengenalan tetap, elok jangan diberi tempat walau sebaik manapun komen depa. Cuma dgn cara tu saja kot nak boleh kurang sikit orang yang bernama sama - anonymous.

Tamingsari said...

Asalamualaikum Dato,

Lepas tahun baru cina ramai yg datang melawat blog Dato. Lain mcm je ang pow yg tetamu bawa. Rupanya sama banyak pemyokong Australia dan penyokong Anwar. Seri 1-1.

Kalau Russia,Amerika,Indonesia,France atau negara lain serang Malaysia mereka akan berdiam diri. Tapi kalau mereka serang Anwar baru nampak semangat patriotik penuyokong Anwar.

Kita kena belajar menerima kebenaran walaupun pahit sekalipun.
Memang susah hendak berpisah dgn yg kita sayang. Yg kita sayang kena pandai jaga diri jgn samapi terjadi perpisahan.

Barat dah gian sangat. Darah penjajah masih mengalir. Bila Amerika diam proxi pula bersuara. Tetapi 50 ahli parlimen Australia tdk mencerminkan pendapat kerajaan dan rakyat negara itu. Bagaimanapun, kes jenayah didalam mahkamah negara yg berdaulat tdk boleh dicampuri oleh mana2 negara atas sebab, yg dituduh adalah kawan ahli parlimen mereka.

Unknown said...

salam,
moga2 Allah lindungi mahkamah dari tangan correct..correct...correct..

puaka said...

Kpd Semua Pengkomen Anonymous,

Sila buka 'main page' blok ni dan baca kata-kata awal yg antara lain berbunyi, "...anonymous tidak akan dilayan..." Jadi tak payah lah mintak Datuk AKJ beri komen kalau dah guna nama 'anonymous' ni. Dah bagus Datuk AKJ 'approved' utk disiarkan. Itu pun dah syukur sepatutnya.

Datuk AKJ,

Tak payah nak respond pada mereka. They should know themselves!

TintaHitam dll,

Please get your facts right. The 50 (gay) MPs from 'downunder' (benci nak sebut nama negara ni) did not ask for a fair trial on Anwar case. Mereka minta buang kes terus! Satu lagi, jangan samakan campurtangan kita di luar negara dgn campurtangan mereka terhadap kita. Kita tuntut (campurtangan) di Burma, India, US dan lain-lain semata-mata atas isu kemanusian. Kita tak tuntut seseorang yang sedang dibicarakan untuk dibebaskan!

Si 'downunder' ni adalah satu-satunya negara pengamal kuat dasar ala apartheid yang masih bertahan dalam senyap. Berapa ramai pelajar India dah kena bunuh di sana? Mereka ni sebenarnya masih bercita-cita nak jadi 'Deputy Sheriff' di Asia Timur.

Kes Sodomi II ni berbeza dengan kes Sodomi I. Semak fakta kes betul-betul. Dulu lain, sekarang lain. Saya rasa kes Sodomi II ni lebih berat dari yang dulu. Sebab itulah gerombolan peguam Anwar buat 'delaying tactics'. Mereka nak 'delay' kalau boleh sampai lepas PRU 13. Nasib mereka semua (PKR, DAP dan PAS) bergantung kuat pada kes Anwar ni. Kalau Anwar terbukti bersalah dan masuk jel habislah mereka.

Sebenarnya, Haji Hadi dan Nik Aziz malah mungkin juga Karpal Singh sendiri "tahu" alkisah sebenar "kegemaran" Anwar ni. Cuma dah duduk dalam satu kapal, maka buat-buatlah tak tahu.

Salam Datuk AKJ.

alunbm said...

Rakyat biasa seperti saya dan jutaan diluar sana kemana Anwar selepas ini sudah pasti tidak memberi apa2 kesan pun pada kehidupan kami.

Hidup harus diteruskan,anak bini kena bagi makan maka berkerjalah siang-malam mecari rezeki yang HALAL bukan yang HARAM macam sesetengah orang dok amalkan sehinggakan sebati menjadi darah daging dengan amalan RASUAH...

Mengenai demo tu mereka yang berkepentingan untuk survival politik saja yang turun terpekik terlolong kearah bangunan konkrit tu kahkahkah...kabarnya tidak ada pun simata sepet join demo,bukan budaya depa agaknya!!!.

ab said...

Salam Dato,

Maaf terkeluar tajuk,

BNM RESERVE IS DOWN...a little bit ONLY.........

Dato, nak belajar matematik BM ka BI???... dua dua lingkup kalau Dato baca para 1 berita ni....

BM.... reserve turun RM10.1 BILION

BI.....reserve turun USD 0.1 bilion!!!

Pada tukaran RM3.4= I USD=340 milion ringgit....!!


APA KATA GABENOR BNM???...kira duit pakai tasbih bolih tak??

Abu Bakar Ab Rahman




Bank Negara's reserves at RM322.1 billion as at Feb 12
2010/02/19


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia's international reserves decreased marginally to RM322.1 billion (US$96.9 billion) as at February 12 from RM332.2 billion (US$97 billion) as at January 29.


The reserves position is sufficient to finance nine months of retained imports and is 4.1 times the short-term external debt, the central bank said in a statement today.

The gross international reserves comprised foreign currency reserves of US$87.3 billion, IMF Reserves position (US$400 million), special drawing rights (US$2.1 billion), gold (US$1.3 billion) and other reserve assets (US$5.8 billion).

Bank Negara's assets and liabilities stood at RM363.953 billion.

Apart from the international reserves, other assets included Malaysian government papers (RM2.683 billion), deposits with financial institutions (RM9.544 billion), loans and advances (RM12.454 billion) and other assets (RM7.177 billion).

Bank Negara's liabilities comprised paid-up capital (RM100 million), general reserves fund (RM11.977 billion), other reserves (RM30.404 billion), currency in circulation (RM59.060 billion), deposits by financial institutions (RM181.013 billion), deposits by federal government (RM16.225 billion), other deposits (RM1.273 billion), Bank Negara papers (RM27.885 billion), allocation of Special Drawing Rights (RM7.231 billion) and other liabilities (RM28.786 billion). -- BERNAMA

Keylee Daud said...

apa yang pasti barat atau timur tiada berbeda ada bagus ada tak bagus

zainal abidin awang kechik said...

68 tahun umur ANWAR.. saya tak tanya KETUA PEMUDA UMNO.. dia marah kepas ahli parlimen kangeroo teramat sangat terpekik pekik..."SEDANGKAN SAYA TERINGAT KEPADA PASSPORT ANWAR.. MASIH HIDUP KE ATAU DAH LUPUT TARIKH"
RASA NYA KETIKA ITU KHARI JAMALUDDIN YANG TUKANG BUAT NYA"

salam untuk bonda tok tercinta ..

Tamingsari said...

Minta izin Dato nk komen Tinta Hitam.

Sdr. Tinta Hitam, Kalau pasal memberi keadilan dalam perbicaraan
dimahkamah Malaysia dunia tdk perlu bimbang. Kita mengamalkan sistem keadilan yg sama dengan Amerika dan Australia. Setiap orang yg kena tuduh berhak mendapatkan khidmat peguambela. Sekiranya OKT tidak mampu, Biro Khidmat Guaman sedia membantu.

Perbedaan keadilan sesebuah negara dgn negara lain ialah undang2 yg
diguna pakai. Kesalahan dan salahlaku seksual sodommy bukan jenayah mahupun satu kesalahan moral di negara tertentu tetapi tidak di Malaysia.

Langkah pembelaan pertama oleh peguambela Anwar adalah meminta mahkamah menggugurkan tuduhan. Ini juga yg didesak oleh 50 ahli parlimen Australia yg diketuai rakan dan sahabat Anwar. Anwar mengendalikan network politik yg meluas diluar negara. Tanpa ragu ini adalah kenyataan. Melalui network inilah pelobi2 anwar bergerak. Ini satu stratiji konspirasi yg boleh dibuktikan, berbeza dengan tomahan konspirasi 'as a line of defence' oleh peguambela Anwar.

Penyokong Anwar dan pihak pembangkang tidak perlu bimbang dalam soal keadilan mahkamah. DSAI
dikelilingi dengan satu pasukan peguambela yg terbaik di Malaysia.
Belum ada dalam sejarah mahkamah Malaysia,satu tabung peguambela yg
berjenama dikumpulkan untuk membela yg dituduh. Sekiranya ada unsur fitnah, kumpulan peguambela ini akan dgn mudah membuktikan kebenaran Anwar.

Either guilty or innocent, beyond any reasonable doubt. Fear not, only believe.

A KADIR JASIN said...

Sdra Zainal Abidin Awang Kechik dan para pembahas,

Sdr, umur Anwar 62 bukan 68. Muda lagi. Dia hanya 13 hari lebih tua daripada saya.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr ab,

Kebetulan saya kupas hal yang sama dalam kolum saya Other Thots dalam keluaran 16 Feb. 2010 majalah Malaysian Business.

Terima kasih.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Memang mentaliti penjajah macam tu. Semua depa betul. Orang lain, terutamanya Malaysia buat semua salah. Depa ingat depa hebat sangat. Yang peliknya ada juga rakyat Malaysia yang sokong tindakan Barat ini.

2. Bagi orang Malaysia, kita harap mereka hendalah sentiasa berpandu kepada fakta yang ada di depan mata. Jangan buat andaian atau silap mata atau silap hati(buta hati). Bagi kes yang seluruh rakyat Malaysia sedang menumpu perhatian ini adalah kes jenayah. Fakta bagi kes ini adalah mudah iaitu ia ada pengadu (mangsa) dan orang yang kena tuduh (OKT). Pengadu telah memberi fakta dan buktinya kepada pihak Polis. Manakala Peguam Negara pula pada pendapatnya telah berpuashati bahawa ia mempunyai kes untuk mendakwa OKT. Itu faktanya.

3. Jadi kita rakyat biasa, termasuklah penjajah Barat hendaklah menerima prinsip Undang2 ini. Kita janganlah buat apa2 andaian atau rekaan cerita yang bukan2 seperti konspirasilah, politik membunuhlah, fitnahlah dsb. Semua andaian itu perlu ada bukti barulah kita boleh cakap. "OKT is innocent, unless proven guilty". Let the court of justice takes its course.

4. Bagi orang politik pula, janganlah guna kedudukan mereka sebagai kekebalan untuk melepaskan diri dari tindakan jenayah mereka. Sudah menjadi trend sekarang, kalau orang politik kena tuduh kes tipu ke, kes rasuah ke, kes bunuh ke atau kes curi ayam ke, semua mereka kata konspirasi untuk membunuh career politik mereka. Mudah sekali untuk lepaskan diri. Tapi kalau orang biasa, kes curi ayam pun kena hukum berat.

5. Jadi biarlah mahkamah putuskan kes mengikut undang2 negara. Orang politik jangan masuk campur.

Anonymous said...

Salam Dato,

1-Komen 50 ahli parlimen ostrolia tu tak perlulah orang kita gembar gemburkan.Kenapa nak dilayan sangat tiap kali ada sesiapa dari luarnegara beri apa jua komen negatif. Orang kita ni cepat ngat melatah. Buat bodoh jer.... kecuali lah komen itu datang secara resmi pendirian negara itu atau dari Menteri2 mereka.

Karpal siap minta sidang khas parlimen nak bincang desakan mereka ! Buat tak tau je....

2- Kepada yang menimbulkan isu macamana Anwar boleh liwat budak muda yang lebih kuat..... itu bukan isunya ! Isunya adakah Anwar meliwat saiful atau tidak. Pernah tak saudara2 bertanya kemungkinan liwat itu atas kerelaan bersama ? Atau izin dalam paksa ?

INI BUKAN KES LIWAT ROGOL ! Ini cuma kes liwat jadi tak timbul sapa paksa sapa. Kalau Saiful kata dia rela diliwat anwar pun, kes tetap jalan.

Ini pendapat saya jer..... sebab apa yang saya baca tak timbul perkataan 'dipaksa' dalam pertuduhan....mungkin saya silap, dato?

ghani said...

jangan nak buat cerita kadir,hang ingat ke cerita karut mahathir dulu terhadap anwar,hang ada kepentingan macam lain2 pengampu menggunakan kepandaian menulis untuk menipu rakyat yang hang ingat baghai.hang langsung tak boleh bezakan yang mana watak jahat dengan yang baik sebabnya terlalu banyak makan benda haram

Anonymous said...

Kepada Said dan yang sewaktu dengannya.

Anda sendiri guna nama Said. Tetapi bila ke blog anda, tak ada info peribadi pun malah entri pun tak ada. Apa bezanya dengan nama samaran beserta google identity anonymous?

Boleh sesapa jelaskan apa argument pendakwa bila pembela kata dua orang doktor kata tak ada penetrasi? Ini kes liwat atau kes seks oral?

Bila baca teks media, saya tak faham. Kini saya saja nak tahu apa pendapat mereka yang dah jatuh hukum....

Fed Up

Sha said...

Dah brapa kali Australia cuba cari gaduh dgn kita. sepatutnya kita dah tak heran lagi dah. The 50 Australian politicians knew well not to meddle in an ongoing court process but they did it anyway. Just to spike us I believe. There's no rationale to their actions and if we ask them to give one, surely they'll go numb.

mns said...

Dato dah buat tuduhan melulu bila mengatakan PR sebulat suara bersetuju dengan tindakan MP Australia itu . Boleh dato berikan statment tersebut . TG Haji Hadi sendiri ada keluar statment tentang isu ini dan beliau juga tidak menyokong campurtangan MP tersebut .

TGNA juga tidak ada mengatakan menyokong mahupun membenarkan perbuatan MP ini tapi mereka tidaklah melolong macam pemuda UMNO minta kjaan Msia pertimbangkan hubungan diplomatik dengan Australia .. Adakah mereka fikir siapa bergantung pada siapa ? dalam ekonomi tenat sebegini adakah najib berani panggil balik kedutaan besar malaysia di australia ? jadi minta la budak2 UMNO supaya matang dalam buat statment ... dulu katakan pendemo itu beruk dan sekarang nampaknya beruk mana yang tergila2kan demo

pengkaji said...

Datuk

saya cadangkan peng komen membaca buku- buku yang berikut dan kemudian baru hantar komen:

1. Kingmakers
The Invention of the Modern Middle East

by Karl E. Meyer and Shareen Blair Brysac

2.Tournament of Shadows
The Great Game And the Race for Empire in Central Asia
by Karl E. Meyer and Shareen Blair Brysac

3.The Dust of Empire
The Race for Mastery in the Asian Heartland

by Karl E. Meyer

orang kampung said...

Saya terpanggil untuk komen sikit pasal kes anuwar.

1.Kes liwat sodomi 1 tak sama dengan kes sodomi 2.Nampak sama tapi tak serupa.Kenapa tak serupa?Sebab kes sodomi 1 kejadian sudah berlaku lama,malah bertahun2.Kes pula diambilkira secara rambang kejadian2 terdahulu.Ini mengakibatkan salah fakta seperti tarikh atau tahun kejadian hasil dari salah ingatan saksi dsb.

Manakala kes liwat/sodomi 2 pula adalah jelas.Malah pihak pendakwa cuma fokus terhadap cuma kejadian liwat yg terakhir,pada tarikh 25 jun 2008,supaya tidak bercampur aduk dengan kejadian2 yng telah berlaku sebelumnya.Ini untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang sepeti kes sodomi 1 sehingga beberapa tarikh dipinda akibat kesilapan ingatan saksi.

2.Tidak ada fakta yang bercanggah dalam keterangan saksi pertama(saiful).Semuanya sync dengan rakaman cctv.Ini juga mungkin menjadi punca pihak peguambela ragu2 untuk cross examine saksi pendakwa kerana mereka tahu kes ini sangat straight forward dan peluang mereka sangat tipis untuk menang.Maka tak ada cara lain yang mereka boleh gunakan melainkan terpaksa mencari helah demi helah untuk melengah2kan perjalanan perbicaraan dan memainkan semula radio buruk mereka tentang teori konspirasi ke hulu konspirasi ke hilir.

Bagaimana keadilan dapat ditegakkan kalau pihak pembelaan sendiri tidak berani berhadapan dengan saksi pendakwa?Kalau berani maka teruskan saja,jangan diliwat2kan perbicaraan.Kalau ada yang tak kena dimana2 sama ada keterangan saksi dsb,rakyat akan perasan juga,jadi janganlah takut sangat.Berani kerana benar,takut kerana salah.

orang kampung said...

3.Hukum kazaf bukanlah hukum yang stand alone.Maknanya hukum kazaf ini disokong oleh hukum yang lain sebelum ianya boleh dilaksanakan.Kalau tidak hukum kazaf ini adalah satu hukum yang zalim kerana boleh disalahgunakan oleh penjenayah(perogol/penzina/peliwat)dan menganiayai mangsa.Siapa dia penzina atau peliwat yang bodoh sangat sehingga perbuatan terkutuk ini sampai boleh disaksikan oleh ramai orang?Kalaulah berjaya juga dilihat oleh orang,pasti saksi2 ini tidak akan membiarkan perbuatan zina atau liwat ini berlaku melainkan mereka akan menghalangnya.

Sebelum mahu dilaksanakan kazaf,jenayah rogol/zina/liwat ini hendaklah didakwa dibawah hukum takzir.Prosesnya adalah seperti biasa,pembuktian boleh dilakukan oleh DNA,rakaman cctv,laporan perubatan dll.Ini dipanggil qarinah.Sekiranya didapati bersalah dengan cukup bukti maka penzina atau peliwat ini tetap akan dijatuhkan hukuman.Apabila penjenayah ini sudah terbukti bersalah maka tuduhan kazaf ini dengan sendiri terbatal.

Inilah yang sedang dilakukan oleh mahkamah syariah apabila membuat keputusan supaya prosiding kazaf ditangguhkan sehingga mendapat keputusan dari mahmah sivil sama ada anuwar bersalah atau tidak.Mana mungkin kazaf mahu dijalankan sedangkan penyiasatan dan pembicaraan masih berjalan.(Mahkamah sivil disini dianggap sebagai 'pelaksana' kepada hukum takzir kerana ketiadaan peruntukan takzir dalam mahkamah syariah di negara kita).Sebab itu juga Dato' Jamil Khir Baharom memfailkan permohonan penangguhan kazaf oleh mahkamah syariah,supaya tidak berlaku kezaliman terhadap penuduh.

3.Laporan perubatan tidak pernah dikeluarkan oleh mana2 hospital/pakar perubatan.Yang digembar-gemburkan oleh pihak pembelaan tentang apa yg dipanggil 'laporan perubatan' sebenarnya cuma catatan rekod pesakit oleh doktor biasa dan bukannya laporan perubatan oleh doktor pakar.Rekod pesakit yang dikeluarkan oleh pusrawi itu tidak membuktikan apa2 pun malah tidak boleh digunakan di mahkamah.Laporan perubatan yang diterima mahkamah adalah laporan perubatan rasmi yang dikeluarkan dari hospital kerajaan oleh doktor pakar.Maka sahlah ini cuma cubaan dari pasukan peguambela tertuduh untuk menimbulkan persepsi awam bahawa tertuduh tidak bersalah sebagaimana persepsi yang sama juga cuba mereka timbulkan tehadap 'teori konspirasi'.Caranya adalah dengan menimbulkan keraguan demi keraguan walaupun ianya tidak benar dan sekadar khabar angin atau fakta yang diselewengkan.Dan hasilnya ramai juga yang termakan dengan dakyah2 palsu ini.

Kesimpulannya belum ada laporan perubatan dikeluarkan setakat ini termasuklah dakwaan seperti 'tidak berlakunya penetrasi oleh laporan perubatan'.Ini semua dakwaan tak berasas,kalau ada sila buktikan.

orang kampung said...

4.Kejadian liwat ini tak semestinya dilakukan secara kekerasan.Alasan lemah seperti,'takkanlah seorang muda yang besar tegap tak mampu melawan seorang tua' cuma andaian seorang yang naif atau pura2 naif tentang pengaruh pujuk rayu,karisma dan faktor2 lain.

Mengapa liwat tidak boleh dilakukan dalam keadaan rela dalam paksa?Mengapa liwat tidak boleh berlaku kepada seorang yang mempunyai kemahuan luar tabie terpendam jika boleh diandaikan begitu terhadap saiful?

Dimanakah logiknya seorang datuk berusia 70 tahun boleh menggagahi cucunya yang berumur 16 tahun,kalau cuma faktor seperti umur dan kekuatan fizikal yang diambilkira?

Yang pentingnya perbuatan liwat ini harus dibuktikan berlaku tidak kira sama ada dilakukan secara paksa atau rela.Apakah sekiranya liwat berlaku secara suka sama suka maka ia harus dimaafkan atau diterima malah dibela?

5.Yang penting keadilan mestilah ditegakkan dan bukan menghukum mengikut sentimen kepartian atau sokongan pada mana2 individu.Desakan seperti mahu menggugurkan kes semata2 kerana mempunyai tabie yang sama(50 mp oz)atau kerana atas dasar 'hak asasi manusia' tidaklah boleh diterima pakai di negara kita yang tercinta ini.

Apa2pun sama2lah kita menunggu keputusan dengan hati yang tebuka dan matang.Sementara itu biarlah mahkamah menjalankan proses perbicaraan dengan lancar dan tenang tanpa gangguan yang remeh temeh bermotifkan politik.

6.Sekian,pandangan saya,wallahua'lam.

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

Apa nak takut.....

Biar lah sesiapa pun MP dari luar buat kenyataan, buat petisyen, macam-macam lagi.....

..di Malaysia, kita guna pakai undang-undang Malaysia....

...bukan undang-undang Australia, Amerika, Republik Congo ka....

......jadi, biarlah mereka nak menjerit ka....ambil gambar, posing cantik-cantik ada orang putih berdiri kiri kanan....gimik aje ni... sebab bila dah tua nyayuk nanti boleh cerita kat cucu cicit pernah jadi pegumabela satu kes BESAR di Malaysia.....

...OLD HABITS DON'T DIE.....FIKIR LA SENDIRI.....

Anonymous said...

assalamualaikum wbt

1. negara ni negara berdaulat.kenapa org luar nak masuk campur urusan dalaman..URUSAN DALAMAN malaysia?

2. ni bukan kes malaysia serang mana2 negara, ni kes undang2 dalam negara yg melibatkan org malaysia, berlaku atas tanah dan bwh langit malaysia, dan diadili dibawah hukum hakam malaysia.

3. saya tak peduli DSAI betul atau salah..tapi pokoknya tidak boleh ada campur tangan asing!!ini negara berdaulat..tak boleh!

4. mana2 pihak yg menyokong campurtangan asing boleh juga disamakan sebagai pengkhianat negara.

5. kita dapat ambil contoh dari negara lain bagaimana demo2 jalanan dibiayai pihak luar..bagaimana pemimpin sesebuah negara digulingkan dengan bantuan intelligence asing...dan pelbagai lg contoh yang mana ujung2 cerita, negara tersebut terpaksa tunduk PATUH kepada pihak luar (terutama barat)

6. sejarah malaysia jugak ajar macamana campur tangan british yg awal2nya disokong sbahagian pihak brtelagah yg mana akhirnya seluruh tanah air tergadai.bodohla bangsa kita beratus tahun!!

7. kalau nak fanatik macamana sekalipon,janganla jadi tak cerdik. ulamak besar pon boleh buat salah, apatah lagi anwar ibrahim..

8. satu lagi yg saya tak paham: SIS (sister in Islam)..apala punya tak cerdiknya..undang2 islam dikatakan zalim dan tidak selari dengan hak asasi antarabangsa..tak cerdik,tak cerdik...

9. hak asasi manusia..1 lg modal macamana barat nk jinakkan kita..demi hak asasi manusia la gay,lesbian,tukar jantina, kawin beza agama, seks bebas etc etc jadi halal dan islam jd agama yg zalim dan tak bertamadun.

10. ujung cerita..pakat2la kita tunduk dan sujud kat kaki org putih..susah2 depa tolong kita..nama pon whiteman burden kan..sapa la kita tanpa depa,kan?

hah,apa lagi..pi la ngadu kat tuan2 mat saleh hangpa..cepat,ngadu!


H.A.P.R.A.K

Anonymous said...

orang kampung cakap..

"Kejadian liwat ini tak semestinya dilakukan secara kekerasan.Alasan lemah seperti,'takkanlah seorang muda yang besar tegap tak mampu melawan seorang tua' cuma andaian seorang yang naif atau pura2 naif tentang pengaruh pujuk rayu,karisma dan faktor2 lain."


hai orang kampung..

tahu tak apa itu KY jelly produk keluaran johnson&johnson?

cuba hang buat benda "rela dalam paksa" itu tanpa KY jelly dan tengok apa akan berlaku...

jangan sekali2 libatkan cucu-cicit ya..


minah ronggeng

castello said...

salam dato, Pada kebiasaannya kita melihat apa saja yang datang dari luar samaada protes atau apa saja jika ianya tidak sealiran dengan pemerintah ianya dikatakan campur tangan,Pada saya ,saya tidak nampak pun apa yang dikatakan campurtangan,kita seperti biasa membina persepsi sendiri dan melaung slogan jangan masuk campur undang undang negara kami,Persoalan yang paling asas sekali adalah kita kembali kepada kronologi kes ini yang membawa kepada apa yang didakwa sebagai campur tangan,Semua orang sedia maklum bahawa nama Anwar Ibrahim bukan lah nama yang mudah dicemar,apatah lagi Anwar dikenali di seluroh dunia terutama negara islam,ini dapat dilihat betapa konsistennya sokongan yang diberi oleh negara islam termasuklah ulamak.Plot cerita ni amat mudah,iaitu sisaiful berjumpa pm sendiri,dan pm sendiri terpaksa membuat pengakuan walaupun sebelum itu telah menafikannya.Kebetulan pula waktu itu Saiful belum membuat repot polis lagi,kemudian timbul cerita Pegawai polis yang sama terlibat dalam kes liwat 1 dulu.kemudian timbul pula cerita laporan doktor ditolak,maka ianya menjurus kepada plot cerita seperti diada adakan.lebih mudah cakap ada agenda politik yang tersembunyi.Semua cerita cerita ini dilapurkan oleh media antarabangsa kecuali media mainstrim dalam negara,Contohnya kes altantuya dulu,media antara bangsa memberi ulasan pemberitaan secara telus berdasarkan apa yang berlaku,manakala media tempatan seolah tidak tahu pun apa yang terjadi ,Atas sebab itulah maka parlimen Australia membuat bantahan,Sepatutnya dalam hal ini ,kita yang patuh kepada keluhuran undang undang lah secara bijak menangani kes ini tanpa dilihat seperti mempunyai agenda politik.Kemudian kita bangun dan mencari salah pihak luar pulak dan mengatakan negeri sendiri pun tak betul,sepatutnya kita berterima kasih kepada Australia kerana menyedarkan kita betapa luhurnya undang undang yang patut ditegakkan.Secara tak langsung intigriti sistem undang undang kita sedang dihakimi sebenarnya.

syed putra ahmad said...

'tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata'.

barangkali kata-kata bijak melayu ini cukup untuk merumuskan isu ini.

biarpun kita menolak 'campur tangan' orang luar dalam hal dalaman kita, pada saat yang sama, kita juga harus jujur dengan hal ehwal kita sendiri.

kenapa perlu marah apabila orang luar campur tangan, apabila kita sendiri tidak pernah pun endah tentang wajah dan imej badan kehakiman /perundangan kita selama ini walaupun sudah puluhan tahun dan jutaan rakyat kita sendiri melihatnya sebagai bobrok, hina, kotor dan tidak boleh diharapkan.

tidakkah sikap marah ini mendedahkan tembelang minda dan jiwa terjajah kita sendiri?

hanya sibuk apabila orang asing sibuk, tetapi pekak badak apabila anak-anak sendiri merintih.

hanya sibuk apabila pelabur asing tidak datang, tetapi tuli sewaktu anak-anak sendiri melarikan wang ke luar negara.

berlaku jujurlah. berdirilah di hadapan cermin dan lihat diri kita seadanya. jangan pula salahkan cermin jika panau dan kurap telah menjadi kulit.

Kri Tok Rashid said...

Habaq kat puak Australia tu hampa pi kalut di Palestin, suruh depa bantai puak2 Yahudi tu. Tapi kita tau depa takkan kacau Yahudi punya.

AMARNENG said...

Datuk...

Saya bosan negara dibebani dengan isu Anwar Ibrahim. Walaupun beliau ramai pengikut...beliau adalah manusia biasa, biarkan mahkamah mengendalikan kes peribadi liwatnya.

Tak payah terlalu fokus dengan kes Anwar, masa kini rakyat mahukan lebih dari apa yang kerajaan telah buat...jangan heret rakyat kecoh dengan kes itu, meluat .

Rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam hendaklah sedar dan reda serta berserah dengan Allah...jangan kita hilang pertimbangan..banyak lagi perkara yang boleh kita bincang dan perjuangkan.

Sekian Datuk Wasalam

Anonymous said...

Kita tidak perlu mendengar kata-kata orang luar terutamanya orang yahudi apatah lagi membuatnya sebagai kawan kerana dalam al-Quran sudah terang-terangan mengatakan dalam surah al-Maidah ayat 51 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

[CBB 534]

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).