A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
PERINTAH Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan negeri berkenaan.
Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan ini menamatkan harapan bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas Pasir Panjang) untuk mendapatkan semula jawatannya.
Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.
Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.
Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).
Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:
“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”
Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-
1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;
2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;
3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;
4. Isu moral akan selesai hanya apabila hal ini dirujuk kepada pengundi;
5. Rujukan kepada pengundi ini mungkin berlaku apabila pilihan raya umum diadakan atau lebih awal dalam bentuk pilihan raya negeri;
6. Masalah Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) keluar parti atau lompat parti memerlukan pemikiran dan tindakan lanjut;
7. Penyelamat keadaan adalah tiga Adun yang keluar parti itu tidak menyertai BN. Mereka kini Adun Bebas dan memberi sokongan kepada BN;
8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan
9. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.
Tuesday, February 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
55 comments:
Dato,
Kata Kata Dato:
"8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan"
Apakah sebabnya Beban Zambry boleh jadi lebih berat? Boleh datuk memberi penjelasan?
Ianya sepatut lebih senang kerana Kerajaan Beliau boleh dianggap Sah dari segi undang undang dan Nizar tidak lagi boleh mencabar beliau.
Tok dok cakap pasai Perak
Saya di Kedah dah nak terberak
Projek kerajaan dah lama tak dak
Yang dok tinggai hanya seredak.
Media asyik dok cerita pasai Anwar
Kami di kampung dak berak dalam seluar
Kecut perut dalam dan luar
Duit tak masuk tapi keluar.
Tu la bahana buat kerja pelek
Benda tak betol kita dok belek
Sekarang ke mahkamah dah kena heret
Ramailah yang kene ceret beret.
Mat Tunjang kata macam ni lah
Hal orang besar-besar jangan dok susah
Depa cari lawyer buat macam-macam helah
Akhir yang salah jadi tak salah.
Yang susah ni kita orang biasa
Bila mengundi kitalah raja
Lepas mengundi jadi hamba
YB kita pun tak nampak rupa.
Satu Malaysia dok rioh rendah
Slogan baru sedap dan indah
Rakyat didahulukan itulah madah
Tapi kita makin hari tambah susah.
Mintaklah pemimpin tok sah dok janji
Kalau setakat nak sedapkan hati
Kami rakyat bukan tak reti
Kita jumpa di peti undi.
Mat Tunjang nak pi dulu
Ada kerja di Alor Mengkudu
Anak bini dah lama tunggu
Janji nak pi makan Mi Abu.
Mat Tunjang Enterprise
DAKJ,
8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan
Saya nak angkat tangan dulu, nak tanya. Apa yang lebih berat dan mencabar tu?
Fed Up
Datuk,
Alhamdulillah.
Keputusan yang dapat mengelak dari menjatuhkan air muka dan maruah Tuanku Duli Sultan Perak.
DAULAT TUANKU!
-sinbad-
Zambry has to move on come what may !!
Continue give good service to the rakyat and take up the challenge dan banyak bersabar!!The rest berserah kapada Allah dan percaya kepada qadak dan qadar.
Najib harus membubarkan DUN Perak untuk menilai KPInya, 1Malaysianya dan sejauh mana dia diterima dan berjaya untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat.
Dari segi teori, Najib yang terkenal dengan 'play safe' sejak dulu lagi mustahil untuk berbuat demikian.
Salam dato,
Saya berpendapat macam ni:-
1.Terima keputusan mahkamah itu.
Bukan satu mahkahmah,bukan satu hakim.. hakim-hakim belajar dan
memperguna ilmu untuk membuat keputusan....
2. Dikalangan kita ini,berapa orang hakim? berapa orang mejistret? berapa orang baru lulus clap,berapa orang tak lulus clap dan berapa ramai tak faham langsung istilah-istilah undang-undang.. yang terakhir termasuk saya la tu!.
3.Keputusan ini BAGUS SEKALI, kalau orang perak NAK EXX NI LA MASA NYA!, HAMPA MINTA LAA APA-APA PUN...MB MESTI USAHA SAMPAI BOLIH PUNYA, biaq papa, asai dapat hampa!asai hampa pilih kami lagi..jadi orang perak dema tunggu apa lagi? MINTA LAA buat surau baru,cat mesjid,bilik darjah tambahan,bas sekolah kerajaan punya, yuran sekolah potong 50%,cukai pintu potong 50%, cukai tanah potong 50%,kalau dapat elaun bela mak mertua,elaun bela pak mertua,elaun bela kak ipar,adik ipar dan apa-apa lagi laa!!...
4. Parti pembangkang pula KENA LAA kerja kuat lagi, ajak orang buat baik...jangan ajak orang baring atas jalan,tahan bas pakai badan,pakai songkok dan ketayap maki orang dan selak kain tunjuk kote kat budak pempuan sudah laa!.
5.THE BEST is, NOBODY CAN FORESEE
the PRU13 result kalau dok tenguk
ragam haru biru politicians sekarang didalam semua parti....SO SEMUA MESTI KERJA KUAT,KUAT SENYUM,KUAT MELAWAT RAKYAT,AMBIL TAHU KESUSAHAN RAKYAT,JANGAN CHONG KUAT SANGAT...sekarang ni,orang pekak pun bolih faham kalau kamu chong dia...orang cacat otak pun tahu kalau kamu tipu dia!.
6. DATO, tak ada ka post graduate
students yang buat thesis keatas
keadaan politik,politicians, economy dan masa depan Malaysia la ni?...masa ni bagus sekali,raw data terlalu banyak,kalau semua kertas dikumpul,tentu tinggi lagi dari gunung kinabalu agaknya ! ..saya agak data-data yang ada cukup untuk 100+ new PHD thesia ni!!
Pi prsent kat havard ke,Yale ka,stanford ka ...tentu mat saleh tu nak,sebab nak guna info tu untuk hentam kita balik!!!
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
Good write up.
there are a lot of implication including the role of Sultan and the method of dissolution of the assembly.
I bet the written judgement is not written yet as the oral judgement is too short and without basis of support (ie, the rationale) . Certaintly, there are no cases in commonwealth countries that they can refer to. Wonder what is being cooked.
amoker
Assalamualaikum Dato',
1. Apa kata pun, keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan bahawa YAB Dr. Zamry adalah MB Perak yang sah. Seperti biasa pihak yang kalah akan merasa tidak puas hati dan kecewa.
2. Sekarang ini mereka, samada yang menang (BN) atau yang kalah (PR), harus sedar bahawa ini adalah undang2 dunia yang dibuat dan diputuskan oleh manusia. Manusia membuat keputusan ini berdasarkan kepada fakta dan fikiran mereka yang arif. Sebagai manusia biasa mereka bukannya maksum. Oleh itu, walau sebaik mana keputusan mereka, pasti ada kecacatannya. Jadi kita sebagai rakyat harus menerima hakikat ini dan menghormatinya. Jika kita tidak mahu menerima keputusan mahkamah maka tidak perlulah rujuk kepada mahkamah. Buat undang2 sendiri.
3. Bagi YB Nizar dan semua barisan PR di Perak pula, mereka kenalah menerima keputusan ini walaupun perit mana sekali pun dan hendaklah meneruskan tugas mereka sebagai Wakil Rakyat seperti yang diamanahkan oleh pengundi.
4. Sebenarnya tidak ada bezanya berkhidmat sebagai Parti pemerintah atau sebagai pembangkang. Yang membezakan wakil2 rakyat ini ialah samada mereka bekerja ataupun tidak. Jika mereka tidak bekerja tapi hanya tahu cari salah orang sahaja maka tidak ada gunanya jadi Wakil Rakyat. Eloklah jadi tukang kritik sahaja. Untuk jadi tukang kritik tidak perlu bertanding atau berparti.
5. Rakyat Perak sebenarnya sudah lama menderita. Mereka dah muak dengan apa yang mereka saksikan selama ini. Mereka dahagakan pembangunan.
Tahniah kepada Zambry. Kepada Nizar, politik bukan hanya berkisar mengenai kuasa dan jawatan.
Zambry mesti insaf bahawa kerusi yang dipegangnya hari ini adalah 'by chance'. ketika perak bergelut untuk mencari seorang menteri besar selepas peristiwa lompat parti yang menyaksikan bn menguasai majoriti tipis tahun lalu, beliau dilihat boleh menjadi seorang 'arbitrator' kepada beberapa kumpulan umno perak yang masing-masing ingin menyuakan calon masing-masing.
laluan beliau ke jawatan no.1 negeri itu pun bukan mudah malah berliku-liku. selepas dicerca dan dimaki nista oleh pembangkang dan mereka yang tidak puas hati, beliau terpaksa pula berdepan dengan nizar di mahkamah.
saya yakin kesukaran ini ada hikmahnya kepada zambry. kesedaran bahawa nipisnya penguasaan bn di perak akan membantu beliau memperkukuhkan jentera pentadbiran dan membangunkan taraf sosioekonomi rakyat.
bukan mudah mentadbir sebuah negeri seperti perak. suara pembangkang masih kuat walaupun hilang kuasa memimpin negeri. cabaran paling besar zambry ialah mempertahankan kedaulatan institusi diraja perak yang sebelum ini dipersenda dan diperkecilkan oleh dap.
rakyat perak akan menerima zambry jika beliau mampu memulihkan semula imej diraja perak dan memenangi hati sebahagian besar rakyat yang mengundi pembangkang pada pru12 yang lalu.
"No proceedings in a State Assembly may be questioned in any court of law!"
What happened to that law Dato?
dpp
We are all of 1 race, the Human Race
korang tak habis-habis ah...nak sangat PKR dan PAS...in the end yang untung DAP...melayu oh melayu...
Kalau tak berhati-hati,,jadi lah korang macam Singapura...baru korang tahu mana korang duduk nanti..
DAP duduk dan lihat jer melayu-melayu bodoh nie bergaduh..kerana yang untung mereka...
Keputusan ini juga seolah2 memberi tanggapan bhw DYMM Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam penentuan siapa yg layak di lantik menjadi MB. Walaupun DYMM Sultan Azlan sendiri pernah menyatakan bahawa suatu kes berkaitan seperti ini tidak seharusnya dirujuk kpd perlembagaan ditempat lain, mahkamah masih juga merujuk kpd beberapa kes yg seolah2 berkaitan dlm membuat judgement. Dalam hal ini mungkin mereka yang ada di dalam DUN Terengganu berminat, malah yang dikatakan beban bukan pada bn sahaja malah kpd mana2 pihak yg menjadi kerajaan.
teringat saya pada TUN MAHATHIR kata saya..in politik satu undi pun kira menang..
salam
Salam DAKJ
Syukur Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yg mencipta alam semesta. Akhirnya kebenaran timbul jua. Allah sayangkan orang-orang yg benar. Allah kasihkan orang-orang yg percaya pada Qada & Qadar. Segala ketetapan adalah dari Allah jua. Allah melaknati orang-orang kafir. Allah juga melaknati munafik yg bertopengkan Islam sambil bekerjasama dengan kafir laknatullah untuk menjatuhkan sesama Islam. Rasullullah pernah mengingatkan kita dimana seburuk-buruk manusia di dunia adalah khawarij dan golongan ini jugalah adalah ANJING-ANJING di neraka jahanam nanti. Dosa dan Pahala adalah perkara ghaib yg wajib dipercayai oleh seluruh Islam. Candlelite vigil untuk tunduk hormat pada orang mati yg menyamai agama lain adalah HARAM disisi Islam yg boleh mendatangkan SYIRIK. Munafik yg berdolak-dalik tentang penubuhan negara Islam mengikut auditorium dan audience mungkin telah ‘dibayar cash’ harini. Akhir kata, kerajaan pasir dua butir dibawah pokok dah berkubur seperti doa pengikutnya sendiri yg mendoakan berkuburnya parti mana yg mempermainkan kalimah suci Allah. Sekian TQ.
Sdra Scribe,
D Zambry kena peka dengan perkembangan kelilingnya. Apabila mahkamah membuat keputusan berpihak kepadanya, beliau harus sedar bahawa beliau masih perlu mendapat mandat penuh dari rakyat. Ini hanya akan diperolehi melalui proses pilihanraya. Jika mahu kekal sebagai MB, kena menang dalam pilihanraya. Rakyat Perak udah jemu dengan mainan politik yang membuang masa. Sekarang ialah waktu untuk berkhidmat dengan jujur dan berkesan. Waktu retorik udah berlalu.
pahit manis
Tok,
Terima kasih Tok kerana ingatkan kita siapa bawa kes ke mahkamah. Dah lama jadi Yeop pun dah lupa. Rupa-rupanya Md Nizar. Yeop rasalah kalau Md Nizar tak bawa kes ke mahkamah, Zambry dah lama jatuh.
Yeop sebagai orang dan pengundi Perak tengok Md Nizar lagi kuat dari Zambry masa dua katak PKR dan satu katak DAP tu lompat keluar parti mereka.
Md Nizar ada kredibilit pasal dia dari Pas. Walaupun Pas minoriti dalam kerajaan PR Perak, tapi Pas solid, tak ada yang lompat. Orang Cina dan India yang ramai di Perak pun sayang pada Md Nizar pasal bagi geran tanah dan macam-macam lagi kepada Cina dan India.
Tapi MD Nizar silap bila dia saman Zambry. Itu pun pasal dia dengar sangat cakap Sivakumar dan Ngeh bersaudara yang nampak sangat gila kuasa. Akhirnya MD NIzar jadi alat DAP dan PKR yang malu besar kerana Adun mereka lompat keluar dan kerajaan PR roboh.
Sekarang Md Nizar lagi kuat disokong oleh Cina dan India tapi Melayu Perak sudah mula ubah fikiran. Ramai masih tak sokong Umno tapi ramai dah tarik balik sokongan kepada PR.
Itulah politik Tok. Tupai yang duduk atas pokok itu pun kadang-kadang jatuh ke tanah, ini pula MD Nizar yang baru berkecimpung dalam politik dan tiba-tiba naik polok tinggi kerana DAP dan PRK tak ada calon untuk jawatan MB Perak.
Yeop Kejor
Dato' Kadir,
Kita orang Utara kata terbotoi bila seseorang tu salah langkah sampai jadi malu. Jadi Datuk Seri Nizar Jamaluddin dah terbotoi BILA DIA SAMAN Zambry Kadir.
DIA YANG SAMAN. Apa pasai dia SAMAN?
Kes politik, selesailah dalam Dewan dan di arena politik. Pasai apa BAwAK ke mahkamah.
Kamjat
Perjuangan dan Jihad tetap diteruskan bahkan semakin menebal dan bersemangat.
InsyaAllah kekalahan 5-0 ini ada hikmahnya.
InsyaAllah PRU13 ada sinar kemenangan bagi orang yang bersabar.
Sesuailah Ayat 26 Surah Al-Imran yang kita semua dok baca wirid lepas sembahyang lima waktu:
3:26 "Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Juga peringatan Allah swt bahawasanya segala kerajaan adalah milikNya sepertimana tertera dalam Ayat 107 Surah Al-Baqarah
2:107 Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.
InsyaAllah, barisan saf Perak yang sememangnya rapat dan kukuh akan terus diperkuatkan bagi menghadapi segala cabaran semasa dan PRU13 nanti.
Allahuakbar.
Datuk YM salam,
Saya seju dengan Sudara OKJ yang katanya "Allah juga melaknati munafik yg bertopengkan Islam sambil bekerjasama dengan kafir laknatullah untuk menjatuhkan sesama Islam."
Saya bimbang pemuka Islam dalam Pakatan Rakjat, umumnya dari Pas, telah bersifat bermuka-muka yakni ciri orang munafik bila mereka sengaja dengan sedar memutar lidah membelit hujah-hujah mereka.
Sekrang setelah tewas di muka pengadilan mereka mahu rakjat tolak pengadilan mahkamah itu. Sekarang mereka kata kembali kepada kuasa rakyat.
Tetapi mereka belakangi rakyat bila mereka sendiri bawa perkara ini ke muka pengadilan. Kerana terlalu mabuk kuasa Zijar pantas membawa kejatuhannya kerana khianat Adunnya sendiri ke muka pengadilan untuk halang Zambri.
Nijar dan Adunnya dipilih rakjat bukan dilantik oleh mahkamah. Tetapi Nizar belakangi rakyat dan bawa kesnya ke muka pengadilan yang belum tentu akan menyebelahinya.
Kalau tidak jakin kepada makhamah, kepada bawa kesnya mahkamah? Ini sifat orang munfik yang suka putar belit kata-kata kerana terlalu gilakan kuasa.
Saya setju dengan Sdr OKj bahwa "Candlelite vigil untuk tunduk hormat pada orang mati yg menyamai agama lain adalah HARAM disisi Islam yg boleh mendatangkan SYIRIK."
Mari kita senungkan bersama mungkin inilah balasan kepada pemuka Islam dalan Pakatan Rakjat umumnya Pas kerna mengamalkan ciri-ciri munafik dan sjirik sehingga membohongi rakjat..
Profesor Pencen
Bangi
Legally - BN won
Morally - Nizar won
Pada pendapat saya pendapat-pendapat OKJ semuanya bongok-bongok belaka.
Sekian, terima kasih.
Salam DAKJ
Kemelut politik negeri Perak telahpun selesai dengan pengesahan kuasa pemerintahan dikekalkan kepada kerajaan Barisan Nasional.Ini adalah keputusan yang terbaik mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak serta menghormati keadaulatan Sultan Perak.
Tahniah diucapkan kepada MB Zambry, Obama Malaysia dari pulau pangkor itu.Selamat majujaya demi kepentingan rakyat.
Saya yakin bahawa rakyat Perak akan menyambut keputusan mahkamah rayuan ini dengan gembira dan akan menikmati pengurusan dan pembangunan dibawah kerajaan BN seterus nya.
Saya juga berharap bahawa ketiga-tiga ADUN yang kini bertindak sebagai ADUN bebas akan tidak teragak-agak untuk membuat pilihan halatuju politik mereka dan seterus nya menjadi ahli UMNO/MCA/Gerakan agar dapat membuktikan
sokongan padu mereka kepada perjuangan parti BN.Ini akan mengelakkan mereka dilabel sebagai "political opportunist" yang tidak bermoral.
Assalamualaikum Dato' KJ dan rakan-rakan yang lain.
Saya ingin mengambil sikap tidak berpihak dengan mana-mana parti-parti politik.Tentang keputusan mahkamah baru-baru ini saya ucapkan tahniah kepada Dato' Zambry atas keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau.
Tetapi harus diingatkan kemenangan beliau itu hanya sementara dan beliau tidak boleh menganggap kedudukan politik beliau di Perak sudah stabil.
Kepada Datuk Seri Nizar,jawatan MB bukanlah segala-galanya.Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran kepada PR dan PAS. datu Nizar ada potensi menjadi PM.Susun kembali jentera dan strategi untuk menawan kembali Perak. Pastikan clon-calon yang di pilih oleh PR itu mempunyai kualiti serta prinsip yang jelas. Lagipun saya tidak mersakan BN boleh mengekalkan kemenangan di Perak.
Kepada 3 orang Adun yang lompat parti itu saya juga ingin mengucapkan tahniah dan mereka bertiga memang layak masuk BN.Jenis YB-YB yang bermasalah memang layak masuk BN.Kepada 3 YB yang lompat termasuk Adun Bota tahniah dan selamat menjalankan tugas. Sebagai Ahli politik yang tidak kenal erti politik dosa pahala anda mesti bertanggungjawab bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada Tuhan.
Salam Dato'
Saya terfikir kesannya untuk masa²akan datang.Kes ini akan dijadikan rujukan.Apa yg akan berlaku jika BN yg sedang memerintah tiba-tiba ada yg melompat dan kerajaan BN terlungkup? Sama yang berlaku sekarang pada kerajaan Pakatan di Perak sebelum ini lah secara logiknya...bukan begitu dato? Bukan ke kita ni sepatutnya kerajaan DARI RAKYAT dan UNTUK RAKYAT. Skrg ni siapa yg pilih wakil sehingga terbentuknya kerajaan? Putar sana sini ... terlompat sana sini..bicara sana sini..keputusannya itulah kerajaan yg dipilih oleh rakyat secara 'majoriti'(sesuatu yg tak terbukti hingga kini utk Perak).Kalau begini baik tak payah mengundi, jimat duit negara!Skrg siapa yg boleh buktikan kerajaan Perak yg sah di mahkamah ini adalah pilihan majoriti pengundi di Perak? Nak nampak 'macho' dan 'braveheart' elok BN buat pilihanraya kecil secara seluruh negeri Perak ataupun 3 DUN yg bukan kekasih BN..tetapi mesra tu.Bagi saya itulah cara BN ingin menutup mulut pengkritik...pemikir yg memandang rendah cara BN mengambil tampuk kepimpinan negeri Perak hingga kini.Media pun satu hal juga,mencanangkan bahawa pemerintahan BN semakin diterima oleh rakyat.Kalau media pro BN 'bijak' jgn ulas isu sokongan ini. Nah sekarang ada juga yg bertanya..'kalau dah ramai yg sokong...buatlah pilihanraya kecil!'.Bagi saya ini bukan pasal bangsa Melayu,Cina atau India...tetapi soal prinsip dan maruah.Perkara dah berlaku...yg pergi luluskan pewartaan sempadanan semula kawasan pilihan raya dulu sapa?Selangor,Perak sampai 50 lebih Adun!Kawasan majoriti melayu dipecah²kan.Ini lah akibatnya agak² dah fikir panjang..tapi utk kepuasan jangka pendek sahaja.Anak cucu gak yg merana.Harap² kalau terkena kat BN biarlah zaman cucu saya Dato'.Saya pun ntah ada lagi entah tidak kat dunia ni.Senang tak payah menjawab!Nak buat mcm mana zaman atuk..moyang diorg semua pandai².
Malik , Klang.
Ramai yang ungkit kata salah Nizar bawa kes ke mahkamah.
Saya kata tak setuju.
Bila bawa ke mahkamah, maknanya minta mahkamah tafsir undang-undang dan perlembagaan. (Undang-undang tubuh negeri dan perlembagaan negara tentunya tak bercanggah, pada pendapat saya lah). Tafsiran itu amat penting sebagai precedent kepada kes/isu di masa hadapan.
La ni kita tahulah, jika ada yang nak melompat, jangan bising-bising. Diam-diam, pakat jumpa Sultan atau Agung, minta tukar kerajaan. Jika cukup majoriti dan direstui, maka akan bertukar lah kerajaan, tak gitu?
Betul ke tafsir begitu bagi orang yang tak belajar undang-undang macam saya ni?
Fed Up
Dato' AKJ,
Bagaimana jika 3 Adun bebas yang melompat parti itu tiba-tiba beralih sokongan dan kembali kepada PR.
Adakah Perak akan mendapat MB baru lagi?
-yop kuning-
Hadoiiii apa punya berita ni, tak faham mokcik, tonggak? GTP? model? dasar?.
Apa gagasan 1Malaysia nih? Yang rakyat didahulukan tu maksudnya harga minyak tak naik2 lagi ke? gula turun harga balik ke?
beras murah macam dulu ke?
Mokcik poning dah nih...belanja dapur dah susut bonar...
Mokcik Felda Pasuh
Maksudnya pada tahun baru cina nanti kita pergi rumah camry (opps zamreeee eee )dia nak bagi buah oren meraikan kemenangannya sebagai menteri besar(lebih besar dari undang-undang)
Kalau oren tu manis sah la dia menteri halal dan kalau masam jangan nak minta sijil halal jakim pulak.
manira
En. Iskandar Dzul...., kamu kata kamu tidak berada dimana pihak. Tetapi cara kamu menulis kamu memihak kepada PKR dan Pas. Senyum sinis.
ml
Salam.
Tok..moral nie relatif tok. Saya rasa tak ada yg tak selesai dari segi moral. Sebaliknya ianya mnegajar apa erti moral.
Jika anwar membelakangkan demokrasi dgn menyuruh orang lain melompat pembangkang.....bila kena sendiri amacam? Jadi bukankah itu yg kita dapat pengajaran moralnya?
Dato,
Nak berpesan kepada Pakatan untuk memilih calun yang betul.
Jangan tangkap muat sahaja.
Bila dia lari,salahkan mereka.
Bila rakyat masih menyokong tidak tahu mengambil kesempatan,
Bila rujuk kat mahkamah,tak pandai berhujah.
Ingat PR,
JANGAN JADI BODOH.
TAK PAYAH SALAHKAN ORANG LAIN.
YBhg Dato'
Assalamualaikum,
Keputusan sudah pun di keluarkan Mahkamah. Masa untuk pilihan raya ke 13 pun bertambah hampir. Saya harap semua yang berkenaan akan meneruskan tanggungjawab masing dan mencuba nasib memenangi sokongan rakyat untuk menang.
Semua parti politik hendaklah berfikiran strategik dan menganggap rakyat bijak bertindak dan bukan budak-budak yang bolih dipermainkan lagi. Adakan manisfesto yang mudah difahami dan bolih dilaksanakan. Sebagai contoh nyatakan kebaikan ISA dan akan meneruskannya ,atau, nyatakan ISA zalim dan akan dimansuhkan jika menang. Begitu juga dengan hal-hal berkaitan royalti , cukai GST ,harga minyak ,memperkasakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Rakyat akan menilai samada apa yang dijanjikan itu praktikal atau tidak dan akan mengundi sewajarnya. Mana-mana parti yang terus memburukkan parti lawan dan tidak menjalankan tugas wakil rakyat untuk rakyat hendaklah diketepikan.Kepada rakan pembahas marilah kita nyatakan apa yang perlu dilakukan wakil rakyat untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya
Sana-sini, bila cerita Perak, orang akan sebut 3 ADUN. Dan bila sebut Raja Katak, ramai yang terbayangkan Ibrahim Ali.
Saya kata semua salah.
Raja Katak adalah ADUN Bota. Beliau juga merangkap Raja Trojan Horse.
Yang lain tu, nak lompat parti, biasalah tak kira BN atau PR. Saya masih boleh terima.
Tapi ADUN Bota luar biasa lompatnya, nampak sangat memainkan pengundi.
Fed Up.
Salam Dato'
Pada pendapat saya PR tak boleh nak salahkan sesiapa dalam kemelut ini. Cuba kaji balek siapa yang melompat yang menyebabkan majoriti hilang. ADUN PKR dan DAP kan. Bila majoriti hilang jatuhlah kerajaan PR. itu asasnya, Cuma yang dipersoalkan cara dan proses nya sahaja. Soal lompat tu memang perkara pasti dan telah berlaku tak kira lah apa alasannya. Namanya pun politik siapa lalai akan terkenalah oleh pehak lawan. Macam main bola. pertahanan tak kuat asyik menyerang pehak kubu lawan kubu sendiri bocor kena score gol.
PR kena sabarlah untuk menang next game PRU13 kuatkan disiplin dan ketatkan pemilihan calon. Yang lepas tu sudahlah bena strategi baru untuk kemenangan baru. Jika PR menerima keputusan secara terbuka rakyat lagi hormat dan simpati sebagaimana nasihat MB kedah.
Salam DAKJ
Islam itu sempurna. Islam itu indah. Islam itu manis. Allah maha esa. Allah maha mengetahui. Quran adalah kalam Allah. Allah menjanjikan tiada pembohongan di dalam Quran sehingga hari akhirat. Rasulullah rasul yg terakhir. Malaikat sentiasa berada di kiri kanan manusia. Hari kiamat tetap akan tiba. Qada dan Qadar adalah ketetapan dari Allah.
Marilah kita bersama sama menyampaikan syariat Islam ini kepada saudara-saudara kafir kita yg masih dalam kesesatan dan kegelapan. Tiada istilah terlambat di dalam kehidupan. Allah juga menjanjikan segala dosa yg lalu terhapus bila mentauhidkan Allah, sesuci bayi yg baru dilahirkan. Mudah-mudahan dibukakan hati saudara-saudara kafir kita yg masih dalam kesesatan, yg mengbangsatkan diri di bumi Allah tanpa menghormati dan masih tercari-cari penciptanya. Amin. Sekian, selamat malam. TQ.
Politicians are just a bunch of hypocrite lunatic powerphilics creatures..a mentally screwed up lot.
Their fanatic pom-poms are also bunch of jokers who probably had their brain left at home when issuing their obssessed verbal remarks..
They don't have a rigid stand in any issues..all can be manipulated to suit their favour & agenda..
Don't try to preach us what is meant by MORAL, you freaks!
("/)
Saya nak jawab soalan dari seorang manusia yang menulis ddalam ruangan komen ini.sayangnya dia tidak berani menunjukkan dirinya yang sebenar.
saya memang tidak memihak kepada sesiapa.PR juga harus dipersalahkan kerana meletakkan calon yang tidak berkualiti serta mempunyai ciri-ciri perangai seperti wakil-wakil rakyat UMNO dan BN.
PR perlu berhenti berdemonstrasi menuntut DUN dibubarkan kerana individu yang berhak untuk membubarkan DUN tidak mahu membubarkan DUN.
Nizar dan PR harus terima hakikat yang mereka sudah kalah.Jawatan MB bukanlah segala-galanya.Apa yang lebih penting ialah berjuang untuk kepentingan rakyat.Nizar sudah dikira bertindak bijak apabila memilih untuk bekerjasama dengan BN perak demi rakyat.
Nizar tidak perlu gusar.Sebagai manusia yang berkecimpung dalam dunia politik anda patut sudah tahu situasinya macam mana.Jika ditakdirkan oleh Allah,Nizar dan PR boleh mendapatkan kembali bukan sahaja Perak tetapi Malaysia.
Jika Nizar yakin rakyat Perak bersamanya,beliau harus buktikan dalm PRU akan datang.
Bn Perak harus berhenti bermain politik dan tumpukan usaha membangunkan negeri.Zambry dan BN tidak boleh menganggap diri mereka sudah kukuh dengan pertolongan 4 Adun yang tidak istiqamah.
Saya cabar BN meletakkan 4 Adun yang lompat ini dalam PRU akan datang kalau lompatan mereka itu demi rakyat.
iskandar zulkarnain berkata
Kepada 3 orang Adun yang lompat parti itu saya juga ingin mengucapkan tahniah dan mereka bertiga memang layak masuk BN.Jenis YB-YB yang bermasalah memang layak masuk BN.Kepada 3 YB yang lompat termasuk Adun Bota tahniah dan selamat menjalankan tugas.
saudara,
bukankah nizar yang berkata semasa adun bota melompat ke PR bahawa tindakan adun tersebut adalah demokrasi?
bukankah nizar jugak yang seronok pukoi canang merata media bahawa akan ada adun BN yang akan melompat?
bukankah tindakan melompat parti diumpamakan oleh nik aziz sebagai hijrah rasulullah?
janganlah amalkan double standard saudara
YB2 bermasalah memang layak masuk BN?
1.nik aziz bermasalah dengan kerenah menantu hantunya
2.khalid ibrahim bermasalah kena setelkan hutang rm66 juta kepada bank Islam
3.zulkifli nordin bermasalah dengan khalid samad
4.zahrain hashim bermasalah dengan LGE
5.zaid ibrahim bermasalah dengan zulkifli nordin
6.anwar ibrahim bermasalah dengan saiful
pemimpin2 pujaan saudara bukanlah maksum macam nabi
nizar naik pon dulu kerana Allah izinkan.zambry naik pon kerana Allah izikan jugak
takkan hanya percaya qada' dan qadar Allah bila sesuatu yang berlaku itu memihak parti yang kita sokong?
iskandar zulkarnain,
kenapa saudara tak terpekik terlolong bila anwar ibrahim cuba memancing MP BN sampai ke taiwan?
kenapa pemimpin pembangkang,kecuali karpal singh, bukan main seronok lagi bila anwar mewar2kan projek 16 septembernya?
tak payah la nak berdrama seperti orang atas pagar saudara.apalah nak dimalukan sangat kalau saudara mengaku menyokong PR?
lagi satu, majoriti rakyat perak memilih ngeh sebagai MB sebab itu DAP menang 18 kerusi
nizar hanya MB "ihsan" undang2 tubuh negeri perak sahaja...yang menyatakan seorang MB mestilah melayu Islam
Datuk,
Saya faham mengapa ramai orang memandang serong terhadap ADUN Bota. Saya percaya mereka2 ini tidak kenal pun malah tidak pernah berjumpa dengan beliau untuk menilai peribadinya.
Saya pun tidaklah mahu memaksa sesiapa pun mempercayai kata2 saya ini. Tapi memandangkan saya sedikit sebanyak tahu akan perkara yang sebenarnya, cukuplah sekadar saya menyatakan begini:
ADUN Bota bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR kerana sudah tidak tahan ditekan oleh orang-orang tertentu dalam UMNO dan kecewa dengan sikap pembesar-pembesar UMNO yang masih tidak mahu berubah walaupun sudah kalah dalam pilihanraya.
Tindakan ADUN Bota ini amat mengejutkan semua pihak tidak kira BN mahupun PR. Ia mencetuskan angin perubahan terutamanya terhadap UMNO yang sebelum ini masih liat dengan sikap bodoh sombong kebanyakan pembesar-pembesarnya.
Hanya setelah mendapat jaminan daripada pemimpin tertinggi bahawa UMNO benar-benar akan berubah, menyebabkan ADUN Bota kembali menyertai UMNO.
Tiada langsung faktor wang ringgit dari PR mahupun BN yang menyebabkan tindakan lompat melompat ini. Tiada juga rancangan sulit ala "mission impossible" untuk memalukan Anwar dan PR. Hanya keikhlasan dalam perjuangan yang dituntut oleh ADUN Bota.
Rata2 orang yang "tahu cerita" menganggap tindakan ADUN Bota ini satu tindakan yang amat berani dan tidak ramai yang sanggup melakukannya. Bukan setakat hilang kredibiliti, malah tindakan sebegini akan dicemuh orang sampai mati. Tapi itulah saja tindakan yang ada bagi menyedarkan sesetengah pembesar UMNO yang degil dan tidak mahu berubah itu. Berani kerana benar. Hanya orang yang ikhlas dalam perjuangan sahaja yang sanggup melakukannya. ADUN Bota sebenarnya rela mengorbankan diri bagi menyelamatkan UMNO.
Saya kira Nizar dan pemimpin2 PR yang lain juga tahu keadaan yang sebenar. Itu sebab mereka tidak terlalu menyerang ADUN Bota ini sepertimana mereka menyerang 3 ADUN yang lain. Mereka juga tahu faktor wang ringgit bukanlah menjadi pendorongnya. Mungkin mereka rasa sedikit tertipu tetapi melihatkan tekanan dan kekecewaan yang ditanggung oleh ADUN Bota ini, agaknya mereka boleh faham.
Datuk,
Memang payah nak gambarkan seseorang itu hanya dengan menulis dalam blog ini, tapi kalau kita betul2 ingin melihat gambaran sebenarnya, eloklah kita sendiri berjumpa dengan tuan punya badan. Kalau tidakpun, mintalah pendapat dan pandangan dari orang yang kenal dengannya seperti rakan2 ADUN baik dari PR mahupun BN, dan penduduk2 DUN Bota itu sendiri.
Saya yakin majoriti daripada mereka akan berkata bahawa ADUN dari Bota ini ialah seorang yang berperwatakan sederhana, baik budi, merendah diri, banyak membantu, tidak sombong dan bertimbang rasa.
Saya secara peribadi sangat kagum dengan keikhlasan hati ADUN Bota ini. Tapi apa nak buat ... akibat kes lompat melompat ini, ramai orang memandang serong dan menuduh beliau bermacam-macam.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
-sinbad-
Datuk,
Alhamdulillah Nizar tewas. Orang Melayu umumnya dan dari Pas atau PKR khasnya harus menilai semula sokongan mereka kepada beliau. Harus diingatkan yang menang dalam PRU12 lepas adalah DAP dan bukannya Pas atau PKR. Tetapi dek kerana Perlembagaan negeri menetapkan bahawa MB mesti dari orang Melayu/Islam, maka DAP terpaksa mencari seorang Melayu sebagai proksinya. Maka disini mula timbulnya nama Nizar dan Pas, sedangkan mereka ini semuanya tidak lebih dari 'budak suruhan' DAP.
Kasihan melihat begitu mudah sekali golongan buta mata dan hati ini termakan perangkap DAP yang sememangnya licik dan cekap berpolitik. Nizar/Pas terus hanyut didalam mimpi indah ciptaan DAP ini sehinggakan sanggup membelakangkan kepentingan bangsa/ agama hanya semata-mata ingin berkuasa menjadi MB...walaupun menjadi kuda tunggangan kepada parti chauvinist cina ini yang agenda politiknya cukup mudah disifir secara tersurat mahupun tersirat.
Jimizul
Mussolini,
Suka saya mencelah, lompat tak apa itu biasa. Lompat sana-sini dalam tempoh tak sampai 2 minggu, itu ajaib.
Sinbad,
Kerana tidak puas hati ADUN Bota lompat ke PR. Selepas jaminan mulut, ADUN Bota lompat rujuk ke BN.
Ini ke material seorang ADUN?
Saya insaf, ramai ahli politik secara peribadi adalah seorang yang baik. Tapi watak politiknya jauh panggang dari api. Jika Sinbad biasa berkawan dengan orang politik, ini biasa.
Pada hari lantikan Ganesan, ADUN Bota duduk tepi diam-diam ke atau ikut naik minyak macam lain-lain ADUN dari kedua-dua ADUN BN dan PR? Harap Sinbad jawab cara ikhlas, videonya masih ada lagi di youtube.
Yang 3 orang ADUN lain itu saya anggap biasa kesnya. ADUN Bota kesnya luar biasa. Maaf cakap, ADUN Bota tidak layak menjadi pemimpin kerana main-main dengan loophole undang-undang dan perlembagaan.
PR tidak menyebut perkara ini kerana ia memalukan diri sendiri - trojan horse bukan bergerak dengan sendiri melalui pintu gerbang tetapi di tarik masuk oleh mereka yang berada di dalam kubu.
Bagi pengundi berparti tentulah akan berpandu kepada sebelah tebing mana dia tinggal. Malang bagi ADUN Bota, ramai pengundi atas pagar yang akan melihat dengan kacamata ini.
Mudah-mudahan la ni, selepas berada semula di dalam BN, ADUN Bota dapat berkhidmat kepada pengundi DUN Bota secara paling effisien, bukan untuk mengekalkan kerusi di PRU13 tetapi untuk membersihkan namanya.
p/s Untuk pengetahuan Sinbad, saya mengundi berdasarkan calun dan bukan berdasarkan parti.
Fed Up
Halo Fed Up..jika daging khinzir tu haram..tetap haram walupun hang makan satu aun..tak gitu?
Jika melompat tu salah...langgar hak rakyat..tak kira semingu ke 16 september ke..tetap haram...tak gitu?
manira,
jika anda ialah seorang muslim alangkah malangnya kerana mempercayai amalan tahyul dan khurafat
jika anda bukan Islam lantak pi la nak kopek limau ka..durian ka...manggis ka
Kata Hamdan
"Halo Fed Up..jika daging khinzir tu haram..tetap haram walupun hang makan satu aun..tak gitu?
Jika melompat tu salah...langgar hak rakyat..tak kira semingu ke 16 september ke..tetap haram...tak gitu?"
Haram makan daging babi tersurat dalam hukum Allah. Lompat parti tidak diharamkan dalam hukum undang-undang Malaysia.
Sebab itu melompat parti dari BN ke PR atau dari PR ke BN tidak menjadi kesalahan. Tapi melompat sekejap kesini sekejap kesana, itu ada yang tak kena tu.
Seperti saya kata dulu,
"Bagi pengundi berparti tentulah akan berpandu kepada sebelah tebing mana dia tinggal. Malang bagi ADUN Bota, ramai pengundi atas pagar yang akan melihat dengan kacamata ini."
Hamdan parti mana?
Jangan kata BN parti terbesar. Juga jangan kata PR parti terbesar.
Pengundi terbesar adalah mereka yang duduk atas pagar. Mereka ini yang berpengaruh dalam undian.
Dan saya katakan kelompok ini (termasuk saya) merasa jelek dengan perbuatan ADUN Bota. Tak percaya? Itu terpulang. Jika ADUN Bota bertanding lagi ditempat sama PRU13, kita akan tahu jawapannya.
Fed Up
halo fed up...aplah sangat dgn adun bota tu?. Dia tu YB biasa jea..nie yg ANuar Ibrahim dok ke hulu ke hilir nak suruh melompat apa sal? Lagi tak senonoh berbanding YB bota tu.
Memang yg atas pagar ramai..kira kau lak atas pagar mcm?. Kalau betul2 atas pagar..dua2 si YB bota dan anwar ibrahim sepatutnya dibenci...tak gitu?
Kes adun bota tu nak tunjukkan "jangan melompat"
Betullah dlm alquran tu tentang babii tapi bila cakap undang2 tak salah tapi bila orang lain buat salah...nie apa bendanya?.
dengan kemenangan zambri setelah diistiharkan oleh mahkamah maka episod tarik menarik ni dianggap selesai,Dalam kemelut episod tersebut mari lah kita tengok punca punca sehingga terjadinya kemelut ini yang seperti tiada kesudahannya.Berpunca dari tiga orang adun yang melompat,satu taktikal yang sangat jelas mengenepikan kehendak rakyat,Yang menjadi persoalan pokok disini,rakyat lah yang menjadi mangsa seperti ditipu,manakala pemimpin katak ni,(mungkin buta hati)tak tahu apa kehendak rakyat sebenarnya,kita tak mahulah komen lebih lebih pada perkara yang dah berlaku,tapi Episod malang ini dilihat sebagai pembunuhan demokrasi yang sememangnya telah parah.
Kawan-kawan sekalian,
Minta bertenang.
Komen saya mengenai ADUN Bota ini bukan lah nak memihak mana-mana parti politik. Mahu pun menjadi hakim moral menentukan siapa benar siapa salah.
Cuma, saya ingin menyampaikan kisah dari sudut yang berlainan. Berkongsi kisah benar yang saya secara kebetulan mengetahuinya.
Terpulanglah pada diri masing-masing samada nak percaya atau tidak dengan kisah saya ini. Maklumlah dalam politik ini ada bermacam-macam khabar angin, spekulasi, cerita-cerita sensasi dan teori-teori konspirasi.
Dalam kes ADUN Bota ini pun bermacam-macam teori dan cerita sensasi timbul untuk menjustifikasi tindakan beliau ini. Ada yang kata Anwar bagi dia RM5 juta. Ada yang kata Najib "counter offer" RM10 juta dan jawatan MB. Ada yang kata dia kena culik dan dikurung. Ada pula yang kata dia kena pressure dengan bini dan macam-macam lagi la.
Saya akui tindakan ADUN Bota melompat dua kali ini adalah satu tindakan yang LUAR BIASA dan penuh kontroversi. Satu tindakan yang boleh menjahanamkan kredibiliti dan karier politik beliau sendiri. Bagi saya, tindakan ini ibarat BUNUH DIRI.
Saya sendiri pada mulanya tidak boleh terima langsung tindakan ADUN Bota ini. Tetapi setelah mengetahui kisah yang sebenar dan mendapat tahu alasan sebenar yang mendorong beliau melakukan perbuatan itu, saya jadi simpati dan respek pula pada beliau.
Pada saudara-saudara yang tidak mengenali ADUN Bota ini dan hanya menilai beliau dari jauh, terpulanglah pada diri masing-masing samada nak kutuk atau nak keji. Itu HAK saudara.
Saya cuma nak kongsi kisah benar ADUN Bota ini sahaja. Nak percaya boleh, tak percaya pun boleh juga. Saya tidak ada masalah mengenainya.
Tapi setahu saya, ADUN Bota ini bukan jenis orang yang suka naik minyak tak tentu pasal. Lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku dalam Dewan Undangan Negeri. Saudara Fed Up kata ada rakaman dalam youtube. Saya sukalah nak tengok rakaman tu kalau saudara boleh bagi alamat linknya.
Terima kasih.
-sinbad-
Hamdan,
PR lompat ke BN, mana ada aku bising.
BN tak lompat ke PR, mana ada aku mengeluh.
Lompat ke PR lepas tu tak sampai dua minggu lompat balik ke BN.
Ini aku tak puas hati.
Tamat siaran ulangan. Malah nak ulang lagi lepas ni. Kalau tak faham juga, sah engkau buta hati.
p/s sori DAKJ, post tadi lupa letak nama.
Fed Up
Sebab saudara Sinbad dah dua kali sebut, saya kenalah respek juga. Jadi kita anggap "agree to disagree" saja lah.
Macam saya kata sebelum ini, harap ADUN Bota dapat masuk gear 5 dalam memberi khidmat. Jika ini berlaku, syukur saja lah.
Nak tengok kat youtube, keywordsnya "Sidang ADUN DUN Perak". Macam-macam ada. Tapi saya belum semak semula, harap-harap semuanya masih ada disitu.
Fed Up
Fed Up...
Rasanya tuan yg salah...siapa buta hati....
Kalau anwar sebagai tokoh yg besar pengaruh boleh suka2 nak suruh orang lompat iaiutu kononnya sekarang digelar "merampas hak demokrasi"..apa lah sangat dgn tokoh bahagian bota nie...?? Tak gitu....itulah maksud saya. Yg besar tak nampak..si adun kecil bota tu lah yg dijaja...tak gitu?.
Sdr Fed Up,
Saya sebenarnya dah puas tengok youtube mengenai sidang DUN Perak yang dimaksudkan itu. Saya tengok yang versi BN dan juga versi PR.
Tapi sekarang ini kita berdua sedia maklum apa yang kita nak tengok dalam youtube itu kan. Kita bukan nak tengok ADUN-ADUN Perak buat perangai macam dalam sarkas tetapi kita nak tengok klip ADUN Bota naik minyak sepertimana yang sdr nyatakan sebelum ini. Mana dia?
Ataupun adakah ianya satu lagi kenyataan terburu-buru dari sdr yang main hentam kromo tak tentu pasal?
Ikut suka hati, mati.
Ikut suka kata, binasa.
Belajar-belajarlah bertenang dalam berbicara.
-sinbad-
Kalau gitu, Sinbad kena tengok lagi.
Saya tak kata dia naik minyak lebih dari orang lain, saya kata macam orang lain.
tip : kalau betul nak kaji, download dulu ke pc pakai youtubedownloader.
nampaknya saya seorang saja yang nak berhenti tapi Sinbad masih tak puas hati.
Nak sangat ke saya komen lebih lanjut pasal ADUN Bota?
Fed Up
Datuk
Dengan izin. Saya janji ini last call.
Sdr Fed Up,
Sdr berkata tempoh hari;
"Pada hari lantikan Ganesan, ADUN Bota duduk tepi diam-diam ke atau ikut naik minyak macam lain-lain ADUN dari kedua-dua ADUN BN dan PR? Harap Sinbad jawab cara ikhlas, videonya masih ada lagi di youtube."
.....n.....
Sdr yang minta saya jawab dengan ikhlas, jadi saya jawab la dengan ikhlas.
Saya tengok DVD. Saya tengok youtube tak nampak pun ADUN Bota ni naik minyak. Jadi saya mintalah link clipnya dari sdr. Ada ke takde? Kalau ada, bagi la sebab saya teringin sangat nak tengok bagaimana rupanya ADUN Bota ni bila dia naik minyak.
Kemudian sdr kata macam ni pula,
"Saya tak kata dia naik minyak lebih dari orang lain, saya kata macam orang lain"
.....n.....
Pulak dah ...
Sdr, tak ada bezanya LEBIH atau MACAM orang lain. Naik minyak tu naik minyak la.
Sdr kena sedar, bukan semua ADUN naik minyak masa tu. Ramai juga ADUN yang duduk diam-diam saja sebab tak reti nak kecoh-kecoh ni. ADUN dari PAS pun ramai yang duduk diam saja kecuali Nizar dan Khalil Idham Lim.
Jadi, janganlah main sedap-sedap tuduh saja. Bila orang minta bukti, liat nak bagi. Berdolak dalih pulak.
........
"Nak sangat ke saya komen lebih lanjut pasal ADUN Bota?"
........
Ini apa hal ni? Nak warning? Nak ugut?
Hoi!
Nak komen, komen saja la. Jangan buat perangai samseng kampung dusun dalam blog DAKJ ni. Sdr nak cerita hal ADUN Bota ni ..... ceritalah puas-puas. Takde orang nak halang pun. Saya sedikit pun tak untung tak rugi apa-apa kalau ADUN Bota ni hidup atau tumbang dalam politik. Tapi pastikan ada fakta dan ada bukti la. Jangan cakap main sondol macam kerbau saja.
-sinbad-
Post a Comment