A Kadir Jasin
[NOTA KEPALA: Sila terus berbahas tampalan berjudul: Government Expert: GST Not Burdonsome. Yang ini cerita penghipur lara. Terima kasih]
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DALAM dunia, macam-macam ada. Di kampung saya masa saya remaja dulu, kalau mahu isteri cantik, minta ibu carikan.
Yang pertama sekali dia akan pastikan bakal menantunya cantik, tak berparut dan mempunyai susuk badan yang boleh melahirkan banyak anak. "Susu" mesti segar dan besar.
Mula-mula majlis menengok di mana rombongan akan curi-curi tengok bakal menantu. Seeloknya waktu pagi lepas mandi kerana pada waktu itulah, konon cerita, kejelitaan seseorang gadis menyerlah.
Dulu memang susah nak cari anak dara tak berparut duit siling kerana jangkitan kudis buta atau calar balar terkena onak dan duri.
Lepas itu merisik. Bila semua kena dan setuju, baru masuk meminang. Selalunya bakal pengantin tidak jumpa satu sama lain sampailah akad nikah bila suami menyarungkan cincin ke jari manis isterinya.
Dipantaskan ke hadapan 50 tahun, kalau si Duta Arab yang dalam berita itu meniru cara Melayu lama, dia tentulah tidak berakhir dengan isteri bermisai dan mata juling.
Akhbar Gulf News dari UAE melaporkan seorang Duta Arab terkejut besar dan terus mengemukakan saman bila mendapati isteri yang baru dinikahinya yang memakai “niqab” (penutup muka) rupa-rupanya bermisai dan bermata juling.
Duta ini orang baik. Walaupun dia berjumpa wanita itu beberapa kali waktu bertunang, dia tidak pernah minta tunangnya buka tudung muka. Boleh jadi juga dia nak tunggu klimak bila mereka ijab kabul dan memadu asmara – macam dalam cerita Seribu Satu Malam.
Malang seribu malang, bila habis ijab kabul dan ketika si Duta nak cium pipi isterinya, si isteri rupa-rupanya bermisai dan mata juling – bunyi macam dalam lagu Allahyarham P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma.
Masa pelampau militan yang menduduki Lal Masjid (Masjid Merah) di Islamabad, Pakistan pada tahun 2007, ketua gerombolan itu dilaporkan cuba lari dengan memakai jubah wanita dan “niqab”, tetapi ditembak mati.
Waktu saya di New Straits Times, pernah dua orang pelatih UiTM berpakaian begitu datang nak buat praktikal. Saya arahkan pengawal tidak benarkan mereka masuk kerana peraturan keselamatan wajibkan pekerja dan pelawat daftar diri, dicamkan wajahnya dan pakai tag keselamatan.
Saya beritahu UiTM dan semua universiti, saya tidak akan terima pelatih yang menutup muka. Habis cerita.
Berbalik kepada si Duta malang, dia bawa kesnya ke Mahkamah Syariah United Arab Emirates, mendakwa dia ditipu.
Rupa-rupanya ibu pengantin perempuan tunjukkan gambar adiknya kepada ibu si Duta. Kalau dapat adik, tak jadi hallah -- tak ada misai dan mata pun tak juling. Arab pun tipu juga?
Si Duta minta nikah dibatalkan dan tuntut ganti rugi 500,000 dirhams – lebih kurang RM460,000) -- iaitu harga pakaian, barang emas dan hantaran lain yang dia bagi.
Mahkamah batalkan nikah tetapi tolak tuntutan ganti rugi. Laporan Gulf News tidak menyebut siapa si Duta malang itu. Macam plot filem P Ramlee. Semoga Allah curah rahmat ke atas rohnya.
Moral ceritanya, lain kali, si Duta malang tu selaklah dulu. Bukan banyak pun -- tutup muka saja.
Thursday, February 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
23 comments:
Pasangan sekarang sebelum kahwin nak 'test' dulu or nak ringan-ringan... Naudzubillah...
Dato' AKJ,
Masa tu bersanding pada pukul 4 atau 5 pagi siap dengan selawat ke atas nabi dan pengantin kena tadah tangan atas pelamin, Web site di bawah menggambarkan kenangan masa lalu:
http://www.esnips.com/doc/bfb34a8a-d802-44cc-97be-5c9fd7018527
Salam dato,
Saya ni tak tau banyak hal ugama islam ni...masih do belajaq.
Tetapi kalau seorang wanita islam nak tutup aurat tentu lah baik,tak gitu??..
YANG SAYA NAK TANYA kepada yang tahu HUKUM HAKAM islam ni ialah:-
PASAI APA masa sembahyang wanita islam KENA DEDAH dedah muka dan tapak tangan???.. begitu juga semasa TAWAF dan masa ihram?.
Jikalau mengadap tuhan dan melawat baitullah dan ihram, wanita islam kena DEDAH MUKA DAN DEDAH TAPAK TANGAN..... sudah tentu tak perlu tutup muka dan tapak tangan kalau mengadap manusia!!.
KALAU NAK tutup tu lantak hang laa,
tapi jangan kata itu AJARAN ISLAM!, nak lebih alim,nak lebih taqwa,nak lebih iman...
ALIM,IMAN dan TAQWA tu bukan kat muka dan tapak tangan tertutup! ,tetapi adalah akidah,ilmu, ibadah dan amalan..tak gitu?....
MAYAT orang islam tu ditutup habis,kecuali mati masa ihram atau mati syahid... betui tak ni?..
Atau tu fesyen ala mayat!..
Abu Bakar Ab Rahman
apapun, itu hak masing-masing!
What about our country very own "Marriage of Convenience"??
Who will be the Duta Malang?
Everybody else can see that the Pengantin already got 'misai' for ages since 'anak dara', but the bridegroom was so blinded by the "new love"..the 'cupid' was even a wierdo with hyperlust political obsession..
worst..now the bridegroom end up being Queen Controlled with no way out..sad story.
("/)
Apa pendapat anda apabila membaca perkataan "Arab pun tipu juga?".
Bagi saya tipu tak mungkin berlaku di negara Arab.
Tipu berlaku di mana mana sahaja hatta di negara Arab sekalipun.
Hendak cerita pasal tipu. Usah di negara Arab, malahan di Mekah berlaku penipuan.
Mengapa mereka tiupu menipu? sah kerana tidak ikut ajaran Islam.
Pokok pangkalnya mereka tidak takut dengan dihumbang ke dalam neraka.
Macam perdana menteri negara kita yang berkata "rakyat didahulukan".
Mana dia praktis "rakyat didahulukan". Demikian manisnya mulut atau mulut manis yang diamalkan oleh pihak yang menyokong kerajaan.
Cerita pasal tipu. Duta yang kena tipu itu jelas dan sah beliau tidak ikut kaedah meminang yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Kan harus melihat wajah bakal isteri sewaktu datang merisik atau mengikat tali pertunangan.
Sama ada tutup wajah sekali pun bakal suami harus melihatnya dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar hantaran pertunangan yang disifatkan melamar.
Apa apa pun jika tidak ikut ajaran Islam semuanya tertipu dan kena tipu.
berbalik kita dengan tipu yang berlaku di Mekkah.
Seorang sabahat yang menunaikan haji tahun 2007 membeli jam tangan berjenis RADO dengan harga ribuan ringgit.
Manakala yang tiruan hanya dua ratus ringgit sahaja.
Apabila pulang jam tangan itu rosak dibawa ke kedai baiki jam.
Apa kata tukang jam? engin jam itu buatan cina manakala bodinya memang asli.
Ini berlaku di Mekkah apa yang hendak dihairankan jika berlaku tipu di negara Arab. Tipu tetap tipu.
Salam Dato''
Susu mesti besar dan segar....Inilah yang para perisik mesti beri perhatian masa dulu.Ada sebab ke Dato'? Telahan saya ialah...masa dulu anak-anak akan bergantung banyak kepada susu ibu kerana susah nak dapat susu tin dan faktor ekonomi juga barangkali. Tapi amat menarik fakta tersebut..
Silap dia laa Datuk....lain kali tengok jari dulu lepas tu baru selak tutup muka...Org dulu-dulu dah bagi panduan.kita ikut jer laa...Tak ada dulu.tak ada sekarang..NAsib Badan.....ish ish ishhhhh
Duta Arab?
Setahu saya, orang-orang Arab ni, kalau dah biasa ke luar negara, bukan saja terlalu biasa dengan keadaan tidak menutup aurat, malahan mereka lebih terbuka dari orang-orang barat dalam segala segi - makan, minum, berpakaian, dll.
Memang Duta yang satu ni satu dalam se ribu. Nak tergelak pun ada!
burqa adalah adat takde kene mengena dengan suruhan agama.
bak kata sarkozy, it's subjugation, there's nothing religious about wearing a full face veil.
apa-apapun, saya dok tergelak baca kisah duta arab yang malang tu. memang malang bebenor.
Salam Dato'
Moral dari cerita tu ada lah apa2 keputusan yang penting melibatkan diri kita mestilah kita sendiri yang melihat dan membuat penilaian akhir. Walaupun kita percaya dengan ibu kita tetapi kita mesti check juga untuk mengelak kesilapan seperti yang berlaku kepada Duta Arab tersebut.
Apa pun kesian juga lah kita dengan tok arab tersebut mungkin dia akan memilih gadis mat salih selepas ni dan dia suroh bini dia pakai tudong lepas kahwin supaya tidak tertipu lagi.
Cerita Dato' kali ini agak lucu kerana kahwin pun boleh tertipu kawan arab kita tu dah plan cantik untuk honeymoon kerana dia sure banyak duit terbantutlah mood dia . ambil masa nak pulih tu Dato'.
Datuk,
Hemat saya, zaman sekarang tidak sukar melakukan tinjauan awal sebelum memilih bakal isteri.
Jika 'Duta' terbabit bermastautin di Malaysia, bimbang pula dia rambang mata. Apa tidaknya, sebilangan besar gadis kita (layak berkahwin) memang kelihatan gemar sungguh mempamerkan 'aset' mereka.
Pakai baju bertali kecil, seluar sesingkat mungkin, biar lelaki menjeling berulangkali. Namun, jika ditenung tepat segelintir masih malu alah.
"Pervert! Gatalnya lelaki tu, pandang kita macam nak makan orang," komen mereka.
Pastinya waktu zaman Datuk lebih muda, keadaan jauh berbeza. Dahulu, gadis kelihatan seksi juga. Berlenggang membawa besin ke sungai, dalam besin ada kain basuhan, mereka berkemban, sambil bersembang, sambil membasuh baju di tebing sungai.
Kalau dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, mesti ada scene bernyanyi beramai-ramai sambil bermain air sekali.
Rumusannya, sekarang lebih mudah 'meninjau' fizikal bakal isteri tetapi kualiti dalaman, itu bergantung kepada nasib.
Macam nasib Labu Labi.
Salam Datuk AKJ
Dalam politik, kisah macam pengantin Duta Arab itu sering berlaku. Kalau dalam kisah itu, yang terima akibat cuma pasangan pengantin dan keluarga masing-masing, dalam politik, kesan yang terbit membabitkan kepentingan yang lebih luas, masyarakat umum.
Malam tadi UMNO sebuah bahagian di Selangor memanggil semua Ketua Cawangan dan sayap-sayapnya untuk menghadiri perjumpaan dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Bahagian ini bermasalah kerana Ketuanya sedang digantung oleh Majlis Tertinggi kerana menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah. Sebelum ini, Timbalan Ketua Bahagian memangku jawatan Ketua serta menjadi Penyelaras DUN. Dengan pelbagai tekanan oleh Ketua Bahagian yang digantung, Timbalan Ketua menarik diri daripada Penyelaras DUN dan "pemangku" Ketua Bahagian. Maka perjumpaan malam tadi bertujuan untuk menjernihkan kembali suasana.
Tiba-tiba Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri mengumumkan, Ketua Bahagian yang digantung itu dilantik sebagai Penyelaras DUN yang baru. Katanya, keputusan itu muktamad walaupun dibantah keras oleh bekas Ketua Bahagian dan bekas Timbalan Ketua Bahagian.
Dalam ucapannya, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri itu menekankan bahawa kapal tidak boleh ada dua nakhoda. Tapi dengan pengumuman bahawa Ketua Bahagian yang digantung sebagai Penyelaras DUN, keadaan yang wujud di bahagian berkenaan ialah kapal dengan dua nakhoda. Sedang dia digantung di dalam parti, dilantik pula ke jawatan yang memerlukannya berdamping dengan masyarakat umum.
Ini macam tunjuk gambar lain tapi hantar orang lainlah juga. Parti gantung orang itu tapi dalam masa yang sama beri jawatan dengan peranan yang lebih luas. Macam mana Timbalan Pengerusi Perhubungan berkenaan mahukan kemenangan parti bila dia lantik orang yang masih menghadapi tuduhan rasuah untuk jaga kawasan, ala ala mertua Duta Arab itu aja gayanya.
Datuk yang mungkin ada access dengan YAB DS Presiden yang juga Pengerusi Perhubungan Selangor mungkin boleh highlight tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungannya yang ini sebab akar umbi jelas terkeliru dengan konflik yang tercetus ini. Kalau diteruskan juga, jangan mimpi nak menang, sekurang-kurang di kawasan terbabit, atau mungkin seluruh negeri umumnya.
Duta Arab pun tolak mempelainya yang bermisai, inikan pulak akar umbi yang dah nampak Ketua yang ... ini.
Sesungguhnya, wanita itu secara fitrahnya dilahirkan cantik dan menarik perhatian kaum Adam. Hakikatnya, kecantikan wanita yang tidak beriman, yang memperlihatkan kecantikan tubuh badan merupakan satu fitnah yang besar kepada masyarakat Islam. Sejarah telah membuktikan berapa ramai pemimpin-pemimpin termasuk di kalangan pemimpin Islam, jatuh bersama kerajaannya hanya kerana fitnah wanita. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Imran,
3:14 Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita , anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga) (Ayat 14, Surah Al-Imran).
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna sebagaimana ayat 3 dari Surah Al-Maidah. Kesempurnaan ini mengcakupi segala aspek kehidupan rohani dan lahiriah termasuklah cara berpakaian dalam Islam sebagai satu pencegahan kepada masalah yang lebih buruk.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu menjadi agama bagimu.
(5:3 Al-Maidah)
Tujuan menutup aurat wanita Muslimah adalah supaya mereka lebih mudah di kenali dan kerana itu mereka tidak diganggu sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab Ayat 59:
33:59 "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ""Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya(tudungnya) ke seluruh tubuh mereka"". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang." (Ayat 59, Surah Al-Ahzab)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa Asma’ Binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi s.a.w memalingkan mukanya sambil bersabda; “Hai Asma’,sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya)”
Arahan kewajiban menutup aurat adalah jelas dalam ayat 31 dari Surah An-Nur:
24:31 "Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(Ayat 31, Surah An-Nur)
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat kaum wanita diazab dalam neraka diantaranya wanita digantung dengan rambutnya hingga menggelegak otak mereka. Rasulullah s.a.w menerangkan dengan bersabda,
“Adapun wanita yang digantung dengan rambutnya itu adalah kerana dahulu di dunia mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi;
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”
Begitulah janji seksaan azab Allah s.w.t kepada kaum wanita yang mendedahkan aurat di dunia ini.
Saya tak faham apakah implikasi cerita ini.Adakah ia bermaksud bahawa apa yang diperintahkan dalam Al-Qur'an berkenaan dengan tatacara berpakaian wanita merdeka itu tidak sesuai lagi dizaman ini dan tidak perlu dipatuhi lagi.
Amat setuju dengan Langit Biru.. Kalau nak cakap soal agama perlu ada fakta atau nas.... bukan ikut logik, akal dan adat..
Kalau seorang wanita itu mampu berjilbab, maka jangan dia memandang serong orang yang tidak berjilbab.... Kalau seorang wanita itu tidak mampu berjilbab maka jangan pula dia memandang serong orang yang berjilbab....
dato, cinta telah membutakan hati manusia, walhal dalam islam sendiri panduan telah diberikan.
cerita dato adalah simbolik kepada kehidupan sekarang...
Salam DAKJ dan rakan pembalas
Memgadakan dua saksi lelaki merupakan rukun yang wajib dipenuhi oleh keluarga pihak calon pengatin perempuan dalam upucara majilis nikah. Sementara syarat lain yang wajib dipenuhi bagi dua saksi
lelaki tersebut ialah baligh, berakal, tidak fasik dan mengethui hal fizikal dan hal2 peribadi calon pengantin ahli keluarganya itu. Bagi saya, kes Duta malang tok arab itu lebih kepada kegagalan mematuhi rukan dan syarat sah saksi tersebut.
pertama kali baca blog nih
It is all culture confusion. Islam telah dicampur adukkan dengan unsur-unsur budaya tempatan yang sebenarnya bertentangan dengan hukum Islam. Perkara ini memang berlaku diseleruh negara Islam didunia terutamanya di India dan Pakistan dll. Banyak adat-adat yang nenek moyang mereka amalkan masih lagi kekal sungguhpun ianya bertentangan dengan hukum Islam. Begitu juga di Malaysia, ada adat-adat yang bertentangan dengan hukum Islam tapi masih dikekalkan hingga kini, seperti adat-adat istiadat dalam istana hinggalah adat-adat yang terdapat dikampong-kampong, sama ada upacara perkahwinan hinggalah kepada pekara-perkara yang jelas dan nyata ada unsur-unsur syirik . Soalannya mengapa adat-adat yang bertentangan dengan agama masih lagi dipertahankan oleh masyarakat Islam dan susah hendak dikikis? Walhal,kita faham bahawa adat-adat yang diamakan oleh nenek moyang kita ada unsur-unsur bida'ah hingga membawa kepada syirik. Adakah kita sengaja ingin terus terima "kejahilan" kita kerana ingin mempertahankan ungkapan "adat dipelihara, agama dijunjung" walaupun jelas bercanggah dengan agama. Inilah yang ditakrifkan sebagai "cultural confusion" antara agama dan adat?
Tok Kadiaq
Perkara perkara seperti rezeki,jodah dan maut kita sering dengar di kaitkan dengan takdir.
Cuma berapa ramai yang konsisten dalam bab takdir.Tok Arab ka tok Guru ka pun pening nak terima hakikat takdir ni.
Apatah lagi orang macam saya.
ORANGUTAN PENANG tk
macam nak hina purdah yang diamalkan oleh orang Islamaziz
Dato AKJ,
Bila saya baca post tajok "Si Duta Malang dan Pengantin Bermisai" saya saya ketawa sorang2 dan saya teringat ucapan aruah Dato' Yusuff Raman Perwakilan Jerlun/Lankawi ketika berucap di Perimpunan Agong UMNO Malaysia. Saya tak ingat tahun berapa. Masa tu Dato' jadi Wartawan kanan Berita Harian, kalau tak silap saya.
Dato Yusuff cerita pasai 'Orang Buta Nak Minum Susu'. Bersahaja je dia bercerita.
Si buta tanya Si celik
"Susu ni macamana?"
Si celik jawab
"Susu tu putih"
Si buta kata pulak
"Oooo... susu macam bangau lah nooo..? maca mana na minum?" sambil Dato' Yusuff menunjukkan tangang macam paroh bangau.
Masa tu, perwakilan ketawa berderai, terbahak2. TDM dan Dato Sanusi pun ketawa jugak.
Tengok Dato!!?, orang buta pun siasat dulu sabelum dia nak minum susu.
Macam mana Si Duta ni bodoh sampai tak siasat dulu bakal isterinya?.
Lain kali, nak buat apa pun dan nak kata apa pun kapada seseorang atau kapada pihak mana2 pun kena siasat dulu, kan Dato'?.
Post a Comment