A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEBELUM perjuangan menawan hati pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor bermula, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan dulu sebarang perbezaan di kalangan parti komponen mereka.
Bagi kedua-dua buah gabungan, kalau penentuan calon diasaskan semata-mata kepada majoriti pengundi, maka mereka akan memilih calon Melayu.
Ini adalah kerana hampir 54 peratus daripada 60,000 pemilih berdaftar kerusi itu Melayu, 26.7 peratus Cina dan 19 peratus India.
Tetapi atas semangat setia kawan dan tolak-ansur, BN sebelum ini menyerahkan kerusi ini kepada parti yang mempunyai bilangan pengundi paling kecil iaitu MIC.
SAMBIL kita berbincang mengenai pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya ingin berkongsi gambar beruk pemetik kelapa yang menurut cerita New Straits Times hari ini, namanya Kadir. Nama tuannya diberikan sebagai Yusof Kadir dari Kampung Gerong, Tumpat, Kelantan.
Si beruk Kadir jelaslah bukan beruk Mat Yeh. Menurut laporan NST, ia seekor beruk yang kuat kerja. Kalau setakat 100 biji kelapa sehari perkara biasa.
Dalam ungkapan Utara, beruk Mat Yeh membawa maksud seorang yang berperangai buruk atau nakal macam beruk. Mungkin beruk milik Mat Yeh di Kedah pemalas dan nakal tidak seperti Kadir milik Encik Yusof.
Masa Sanusi Junid jadi Menteri Pertanian, dia beri subsidi beruk dan buat pertandingan beruk pemetik kelapa terpantas. Lepas itu, ada pula yang buat pertandingan ratu cantik beruk. NOTA: Gambar dan cerita ini langsung tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor.
(Sambungan cerita pilihan raya kecil Hulu Selangor)
Namun begitu, selepas prestasi buruk MIC pada pilihan raya umum 2008 dan memandangkan calon India BN kalah kepada calon Melayu PKR, maka amalan ini wajar dan wajib dikaji semula.
Mungkin MIC bukan lagi parti komponen yang layak mewakili BN di Hulu Selangor melainkan BN bersedia mengambil risiko yang tinggi dan melakukan pendakian yang sukar dengan terus memberikan kerusi majoriti Melayu ini kepada MIC.
Apatah lagi, di pihak PR sudah pun jelas bahawa seorang calon Melayu daripada parti yang sebahagian besar kepemimpinannya Melayu iaitu Parti Keadilan Rakyat akan mewakilinya.
Seorang calon Melayu daripada parti yang ramai pemuka Melayu sudah tentulah lebih berkemampuan menarik minat orang Melayu berbanding dengan seorang calon India dari parti orang India. Inilah delima awal BN.
Hanya sokongan besar orang Melayu yang pro-Umno sahaja akan mencerahkan harapan calon MIC memenangi semula kerusi itu.
Soalnya, adakah Umno sudah cukup pulih dan diyakini oleh majoriti orang Melayu sehingga boleh merayu orang Melayu agar menyerahkan undi mereka kepada seorang calon India yang mereka tolak dua tahun lalu?
Atau apakah pengundi India dan Cina akan memberi sokongan padu kepada calon MIC yang mereka juga tolak dua tahun lalu?
Harapan BN lebih cerah jika diwakili oleh seorang calon BN yang popular seperti yang terbukti dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, September lalu di mana bekas Menteri Besar, Mohd Isa Abdul Samad, mengalahkan calon Pas dengan majoriti yang besar.
Jadi tidak hairanlah nama bekas Menteri Besar Selangor dan bekas ADUN Batang Kali dalam kawasan Hulu Selangor, Muhammad Muhd Taib, disebut sebagai layak mewakili BN dalam pertandingan itu.
Kalaupun harapan BN lebih cerah kali ini, sebabnya bukanlah kerana kekuatan sejati BN, tetapi kerana kelemahan PR, khasnya PKR .
PKR sekarang bukan PKR yang membuat kejutan hebat dalam pilihan raya umum 2008 dengan muncul sebagai parti induk barisan pembangkang.
Hari ini, akibat krisis dalaman, kedudukan PKR sebagai parti induk PR telah diambil alih oleh DAP. Peletakan jawatan empat Ahli Parlimennya menyebabkan perwakilan PKR dalam Parlimen lebih kecil daripada DAP.
PKR dan rakan-rakannya dalam PR akan mendapati lebih sukar untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh terus dipercayai dan wakil-wakil rakyat mereka tidak akan melompat keluar parti.
Selain empat Ahli Dewan Rakyat, dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP turut keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Bagi BN, sama ada calon MIC dipilih bertanding atau tidak, kemungkinan ia mendapat sokongan padu pengundi India belum terjamin. Malah undi India akan berpecah tiga jika Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan mengotakan cakapnya untuk bertanding pilihan raya.
Awal bulan ini, Hindraf berpisah daripada PR. Pengasasnya, P. Uthayakumar, menuduh PR mengkhianati harapan dan sokongan masyarakat India.
Lantas dia berikrar kumpulannya akan bergerak bersendirian dan bertanding 15 kerusi Parlimen dan 30 DUN yang mempunyai antara 20 hingga 30 peratus pengundi India. Uthayakumar mungkin menggunakan Hulu Selangor untuk mengotakan ancamannya.
Kerusi Hulu Selangor menjadi kosong akibat kematian Ahli Parlimen PKR Dr Zainal Abidin Ahmad pada 26 Mac. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Zainal menang tipis dengan majoriti 198 undi. Dia memperoleh 23,177 undi berbanding G. Palanivel 22,979 undi.
Memandangkan majoriti pemilih Hulu Selangor Melayu, maka tidaklah memeranjatkan jika ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, akan berasa kecewa jika calon Umno tidak dipilih mewakili BN. Apatah lagi di saat Umno dikatakan semakin pulih tetapi pemuka Umno didakwa terlalu tunduk kepada tuntutan kaum minoriti.
Sunday, March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
85 comments:
Kalau BN nak menang ianya kena pilih personalti yang popular di kawasan Hulu Selangor, tak kira sama ada bakal calon dari orang India, Cina atau Melayu.
Kedua, BN mesti meneliti "mood" atau "trend" pengundi di situ. Adakah pengundi sudah "berubah angin" untuk balik semula kepangkuan BN.
Ketiga,apakah strategi kempen BN untuk menarik hati semula pengundi di kawasan situ.
Jangan pula ada pemimpin yang "melatah" dalam kempen hinggakan menjadi isu besar dan boleh menjejaskan peluang untuk menang.
Selamat berkempen!! Semoga pengundi dapat memilih calon dan parti yang boleh membawa kesejahteraan di kawasan Hulu Selangor!!
salam.....
Jika kaw. satu-satu kaum lebih ramai dan diletakkan calon mengikut majoriti boleh dianggap kini racist....dan meletakkan
calon minoriti pula dianggap sebagai
suatu cara memupuk perpaduan..tetapi
realitinya sentimen ini adalah ritorik semata.
Di Hulu Selangor majoriti melayu..jika
diletak calon melayu peluang amatlah
cerah boleh menang..jika diletakkan calon india atau cina peluang dianggap
50-50!..dari sejarahnya calon MIC yg lepas kalah hanya 1% undi sahaja.
Untuk menguji penerimaan pengundi kepada BN/Umno dan penolakkan PR/Pkr
dengan kemenangan cukup bergaya atau tamparan hebat
kekalahan letaklah calon MELAYU..ada bran?
Salam DAKJ
PRK Hulu Selangor
Suasana makin rancak diluar dan dalam. PRK Hulu Selangor dinantikan. Saya setuju kalau BN nak menang, calon UMNO mesti diletakkan. Kalau tak maksudnya selamat jalan. Calon bekas MB dulu pun mengancam. Ialah, semua orang pernah terpijak kulit pisang.
Kata ganti nama tanya
Kalau semua orang Islam berpikir macam saudara Saji, mungkin Islam dah jadi kuasa besar dunia sekarang. Tapi masalahnya, tiada pulak dalam Quran menyuruh kita menipu, tuduh tanpa bukti dan FITNAH. Tak payahlah bagi contoh rasanya. Satu lagi, bukan semua dari Barat tak boleh dipakai. Lainlah kalau sokongan yg diberi daripada penegak GAY dan LESBIAN. Yg ketiga, kata ganti nama TANYA memanglah diajar di sekolah rendah. Takkanlah kita nak standard pemimpin kita standard tu je?? Memanglah bangunan pun tak runtuh sebab nak buat pun tak BERKEMAMPUAN. Tak payahlah bagi contoh kot. Silap-silap tukar langsir rumah pun suruh orang gaji sebab takut jatuh tangga.
Terminology
Bodoh - tak tahu apa yg tak tahu; Bodoh sombong – tak tahu apa yg tak tau tapi berlagak tahu; Bahlul – kedua di atas sambil berbincang dengan orang yg sama sama tak tahu. Kebenaran – memang pahit untuk ditelan. Maaf sebab terkasar bahasa. Sekian TQ.
Kita selak balik sejarah PRU 2008
3 kawasan ADUN dalam kawasan Patlimen Ulu Selangor di menangi oleh BN dengan majoriti yang agak selesa berbanding PR menang Parlimen dengan majoriti 184 sahaja.
Samy vellu kena ingat PRK Bukit Selambau tahun lepas. Peluang dan sokongan sudah di beri tetapi masih tewas. Petanda terang bahawa masa untuk dia untuk berehat sudah tiba dan beri peluang kepada orang lain pimpin MIC.
Tentang calon Umno, baik bagi anak tempatan yang lebih muda dari Mat Taib. Takkan lah nak keluar dari pencen sampai 2 kali.
Tentang calon PKR, Di kala ini,
Zaid Ibrahim mungkin tak dapat sebab sentimen PKR sekarang amat marah dengan orang yang keluar dari parti. Biarlah Azmin sahaja yang memberi pendapat buat maaa ini
Salam dato'
sebagai seorang anak muda, saya rasa selagi MCA tidak pulih, selagi itu BN 'susah' nak stabil lagi2 nak menang pilihanraya. Undi melayu memang kita dh tahu split. Undi bukan melayu yang penentu.
Macam mana kalau kita gabungkan sahaja semua parti komponen BN yang bukan melayu? MCA, MIC, GERAKAN, PP- gabung je jadi satu.
berkaitan prk hulu selangor ni saya rasa mmg dpt kat BN la. cuma saya hrap janganlah diambil mat taib. sampai bila pemimpin lama era mahathir juga yang dicari? Tun Dr Mahathir pun reti nak bersara. org2 sebegini janganlah jadi macam Isa samad.
di akhirnya kami yang muda ni harapkan calon yang muda agar budaya politik kita makin segar.
Salam Bro,Ketua Pemuda Hulu Selangor mana? Bersuara lah jangan diam aje.Kot2 ada peluang jadi calon.Tuah ayam nampak dikaki tuah anda di....
Dalam BN, ada MIC: Presiden "Tuhan Samy", ada PPP: Presiden Murugiah-Kayveas masih tarik tali, ada Makkal Sakti, serpihan Hindraff: Presiden Thanenthiran dapat restu RM-Najib tapi tak dapat restu 5 pengasas Hindraff, ada BN-Friendly IPF serpihan MIC: Presiden balu MG Pandithan iaitu Jayasree Pandithan, BN-Friendly MIUP Malaysian Indian United Party, BN-Friendly MINDRAF Malaysian Indian Democratic Action Front, lagi tak Dato' parti India dalam BN?
MIC dengan "Tuhan Samy" Dato' dah ulas panjang lebar, PPP belum selesai, Makkal Sakti pun bergolak, IPF nak masuk BN "Tuhan Samy" tak restu.
Muncul pula HRP, terdiri daripada 5pengasas HINDRAFF mahu ganyang Makkal Sakti!
Waah, haru biru lo! Kalau kaum Indian yang 90% adalah Tamil, depa nak undi sapa??
PKR, 3ADUN jadi "katak" lompat, Changkat Jering,Behrang,Pelabuhan Kelang. 4AP "katak" lompat serentak, menjadikan 7. SUDAH tentu PKR akan cari calun yang boleh dipercayai, tinggi integriti supaya pisang tak berbuah kali ke 8!
BN nak calun sapa? Palavinel MIC atau "Mike Tyson"?
Atau PERKASA "Raja Katak" juga berminat meletakkan calunnya(atas lambang bebas).
PERKASA sama dengan HRP kononya PEMBELA BARU kaum masing-masing! Dalam Mesyuarat Agong pertama semalam, PERKASA dengan Pengerusinya "Raja Katak" tidak segan silu hentam PAS Nik Aziz, walaupun si Pengerusinya yang menang kerusi parlimen Pasir Mas dengan memakai "Baju Bulan". Tepat pepatah Melayu, Seperti Melepas "Katak" Tersepit!
Apapun, PRK Hulu Selangor ni amat menarik KERANA keadaan politik sekarang amat panas dan tegang, SAMA SEKALI TAK SAMA dengan PRK yang sudah sudah.
Siapa yang menang AKAN dapat kekuatan moral dan "political mileage" yang cukup berkesan, signifikan.
Saya ramalkan, jika berlawan dilantai yang sama rata, lantai tak berjongkang-jangkit, PKR ada kelebihan terhadap MIC atau UMNO!
Dato'
I was brought up in Hulu Selangor and went to school in Tanjung Malim and left the kampong 35 years ago. Many of my relatives are UMNO diehards. I know the wakil rakyat, idris Bakar, Mohd Taib and those UMNO warlords in Hulu Selangor. All of them as you know of what UMNO is made up-need no explanation for you sir!!!
This time around the agenda is to go for change, too long and enough is enough for UMNO to betray the kampong folks.
Come what may, the mobilization is set that we will fight for the BN/UMNO to be voted out again. Though with limited resources but fight we must and ALLAH is almighty. You are most welcome and don't let the poor folks in Hulu Selangor to be taken for another ride by the BN goons.
Kita mesti bertanggung jawab dalam menghapuskan kezaliman dan penipuan.Insya'ALLAH. AnakHULU53.
YBhg Dato'
Assalamualaikum,
Mengikut bancian yang telah diadakan dahulu BN tidak menunjukkan prestasi yang baik. Adakah sebarang perubahan sekarang.?
Pada pilihan raya 2008 BN kalah kerana ada pemimpin parti yang meminta ahli UMNO tidak mengundi BN sebagai satu pengajaran kepada pemimpin yang tidak secucuk dengan mereka. Sekarang terdapat pula ungkapan UMNO tidak dipercayai lagi untuk membantu rakyat dan dengan itu timbullah NGOs untuk memperjuangkan hak rakyat.Agak mengelirukan.
Pada saya kita perlu menyatakan apa yang kita perlu dari wakil rakyat dan memberi sokongan kepada mereka yang berwibawa yang "Bikin seperti Yang dikatakan". Kita tolak calun yang siang-malam mencerca pihak lawan tanpa mengemukakan program konkrit apa yang mereka akan lakukan jika menang.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya
Assallamualaikum Y.Bhg Dato'
Den suko baco blog Dato' walaupun ado juga pendapat Dato' yang den tak bersetuju . Tapi kali ini , den raso lah pandangan Dato' bertopatan dongan apo yang berlaku didalam senario politik tanah air kito pado maso kini . Siapo yang monang adalah barometer pado PEMILU 13 akan datang. Den bukan pengundi di Hulu Selangor tapi den percayo bahawo pengundi-pengundi disano tau memilih diantaro batu jalan yang dihiaskan menjadi intan berlian dongan intan sebonar yang ponuh dongan dobu sebolum di kilekkan .
Wassallam Dato'
Dato',
Adakah wajar proses perubahan UMNO=BN adalah dengan memasukkan semula pemain yang telah bersara seperti Mat Taib. Nampaknya seperti Argentina memanggil semua Maradona bermain di Piala Dunia nanti. Kalau pun dia bagus tetapi itu DULU!
Jika kita terus mengambil pemain-pemain lama maka akan menjatuhkan moral dan peluang pemain-pemain muda yang aggresif dan dinamik. Lagi pun pemain lama yang hendak diambil itu pun telah dibersarakan kerana ada masalah. Kalau Marodona dengan masalah ketagihan dadah, Mat Taib dengan masalah ketagihan yang sama iaitu ketagih wang!. Jika pun nakkan calon orang lama, lebih baik ambil Samy Vellu dan MIC nya.
Jadi pencalonan Mat Taib nanti bukan sahaja akan menjejaskan PRK Hulu Selangor tetapi seluruh negara apabila MIC sudah tidak percayakan UMNO lagi.
Bye/ Roti Planta
BN mesti pilih technokrat tempatan yang berjiwa rakyat. Jangan pilih kontrator "klas F" atau "AP holder" yang telah "berjaya", kalau orang UMNO yang jadi pilihan calon. Calon BN mesti ada potensi sebagai pemimpin berwibawa yang tinggi IQnya.
Kalau pilih orang India jadi calon, jangan sekali-kali ambil orang kuat Samy Vellu. Ianya akan menjadi liabiliti kepada BN apabila berkempen untuk meraih sokongan orang India.
Kalau pilih orang Cina, pilihlah dikalangan professional dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Dia mestilah dapat sokongan padu dari pengundi Cina di situ dan juga dikenali oleh pengundi Melayu. Pengundi Melayu mesti "selesa" dengan personalitinya. Ideally, he should be a doctor and has a private clinic in the area. Dia tidak semestinya dari MCA.
Walau apa pun, kita lihat dan tunggu apakah keputusanya nanti.
Saya rasa Najib lebeh "cerdik" lagi dalam memilih calon supaya tidak berlaku lagi "salah pilih". Dia akan memilih calon yang terbaik untuk penduduk kawasan Hulu Selangor.
Siapa agaknya calon Pakatan? Personally, jawapan saya ialah "lantak depa lah"!! Mungkin depa letak calon ala " Elizabeth Taylor" !!
Dato' AKJ,
Calon pilihan saya:-
Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman
Qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman muncul juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51.
Guarantee BN menang!! Make no mistake about it!!
Assamualaikum Pak Kadiq.
Saya sekarang ini berkebetulan tinggal di Kuala Kubu Bharu- Hulu Selangor walaupun asal dr kelantan.
Juga saya hadir ke Pelancaran Perhimpunan Selamatkan Malaysia oleh Brother Nuar kita! Diheretnya malam itu dua orang bekas tahanan ISA yg kini join Hindraf. Tak lain dan tak bukan untuk pancingan undi org India. Uniknya hulu Selangor ini, menurut firasat saya ialah kawasan majoriti Melayu tetapi calon BN dari MIC. Sama dengan kes di Sungai Siput, Majoriti MElayu calon MIC. Dlm pilihanraya baru ni, Allahyarham telah membuktikan bahawa beliau boleh memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Bukan kerana dia PKR tetapi kerana dia MELAYU.
Risik2 & tinjauan yang saya buat dengan penduduk sekitar jelas menunjukkan kecenderungan yang tinggi akan calon dari MELAYU. Rata2 mengatakan, "tak kira mereka itu parti apa, jika calon merekaMELAYU mereka akan sokong n pangkah. Tak rela lagi mereka bertuankan bukan Melayu".
Pernyataan ini datang daripada bukan sahaja pak bulan/pkr tetapi juga dari grass root UMNO dan bekas-bekas pencen askar/polis.
Jadi..kita tunggu kebijaksanaan PEMIMPIN BN membuat keputusan..apakah rakyat Majoriti di dahulukan ataupun dasar pembahagian kuota BNyg sudah tidak relaven lagi akan digunapakai.
Yang pasti, kemenangan Datuk Dr. Zainal adalah petunjuk yang nyata.
p/s: Jika datuk mahu ke sini, bolehlah hubungi saya sebagai "Tourist Guide", sementelah saya tengah bercuti pula selama 3 tahun.
Tok Kadiaq
Saya berani potong jari yg Najib tak kan berani letak calon Melayu.
Sekali lagi rakyat terpaksa memilih bukan atas dasar mana yang lebih baik
tetapi siapa yang lebih terok.
tk
Sdr OKJ
Saintifik research yang sdr sanjungi itu ada kelemahannya berdasarkan hujah berikut:
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terangganu melakukan kajian /siasatan masing2 terhadap kes bumbung Stadium Sultan Mizan di Terangganu runtuh.
Jika sdr bersetuju dengan saya bahawa, kajian/siasatan tersebut telah dilakukan secara saintifik membabitkan analisis sains kejuruteraan bahan dan sistem binaan bumbung terhadap sistem bumbung jenis space structure yang runtuh itu, di satu pihak, dan di pihak lain, sains sistem pengurusan projek yang dilaksanakan, tetapi hasil kajian/siasatannya berberbeza berikut yang saya anggap satu kelemahannya.
Kerajaan Pusat meletakan kontraktor utama sebagai pihak yang bersalah, manakala Kerajaan Negeri Terangganu meletakkan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan projek tersebut sebagai bersalah.
sekali lagi parti rakyat miskin akan bertarung melawan parti orang kaya buncit rasuah. satu lagi pertarungan 'david and goliath'. amat menarik melihat apakah strategi masing2 utk menang kerusi. it's always interesting and entertaining when the underdog wins.
Saya tidak faham kenapa MIC menyibuk mahu mesti calun India. Juga hairan kenapa ada segmen dalam PKR yang sama mahu mesti calun India.
Adakah calun yang mampu membawa suara di Parlimen dan komited kepada parti sendiri sebagai syarat yang sudah mencakupi?
OKJ,
Saya tak sekolah tinggi. Memang saya bodoh. Saya hanya tahu tanya “who, when, what, where and how”.
Tetapi bertanya “who, when, what, where and how” bila tidak faham, ini bermakna saya BUKAN bodoh sombong.
Dalam fikiran orang bodoh tak sombong macam saya, bila soalan mudah “who, when, what, where and how” bertaraf sekolah rendah tidak dapat/mahu dijawab, maknanya ada yang tidak kena atau tidak telus.
Bila baca MSM dan ulasan Audit Negara, sememang nya orang bodoh TAK sombong macam saya akan syak macam-macam.
Orang intelek macam OKJ, bila baca MSM dan ulasan Audit Negara secara bersama, tentu tak ada kesimpulan macam kesimpulan saya itu.
Tentunya semua yang bocor dan runtuh itu perlu dikaji dulu secara “Scientific research, evidence based, level of evidence, grade of recommendation, the future direction” meskipun kena makan masa bertahun macam kes stadium, mahkamah dan lain-lain lagi (sampai la ni pun belum tahu salah siapa).
Sementara laporan belum siap, orang yang bodoh jangan cuba nak memandai-mandai, bukan begitu OKJ?
Oh ya, calun bekas MB yang "I no speaking english tapi bawa tunai juta-juta ke Australia (tempat ramainya diam kaum penegak GAY dan LESBIAN) dulu" itu sampai ke standard intelek macam yang OKJ mahukan?
Fed Up
tok..
the winner is TAN SRI MOHD TAIB
salam dakj,
saya tak mau jadi tok nujum nak ramal calon mana boleh menang.
sebagai orang melayu saya rasa dah cukup tolak ansur yang ditunjukkan terhadap rakan bangsa lain.
ada mp rakan bangsa lain yang menang atas undi majoriti melayu, tuduh orang melayu sebagai pendatang. ada mp rakan bangsa lain nak saman orang yang bangkitkan isu sistem satu sekolah. ada mp rakan bangsa lain pertikai kenapa kawasan majoriti bukan melayu diletakkan calon melayu. ada mp rakan bangsa lain tidak hormat bahasa kebangsaan dan guna selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan kawasan yang majoriti bukan orang melayu.
sebagai orang melayu, saya rasa sangat terhina dan sangat marah dengan perkara-perkara sebegini. hanya mp melayu sahaja yang terhegeh-hegeh nak tunjuk mereka ni pemimpin yang prihatin kepada semua bangsa (ikhlas ke tak ikhlas ke itu bukan urusan saya, tetapi itulah hakikatnya). pandangan peribadi saya, inilah punca kenapa rakan bangsa lain tidak layak pun nak jadi mb/km/pm hatta nak bercakap mengenai perkara ini pun pada saya mereka patut malu.
mengenai undi minoriti bukan melayu sebagai undi penentu, komen saya mudah saja. kenapa sibuk nak jaga minoriti sampai mengabaikan majoriti? di prk kt, orang lain yang berperang, orang lain yang dapat habuannya. cuba lihat di kawasan melayu sebagai minoriti, apa yang kita dapat? jangankan nak diiktiraf sebagai undi penentu, berterima kasih pun tidak.
kalau ada yang kata saya bersifat perkauman, terpulanglah. hakikatnya kita tahu siapa yang bersifat perkauman dan menolak prinsip-prinsip kenegaraan dan kebangsaan. dan saya tidak akan bertolak ansur dengan golongan ini. kalau pandangan saya ni bias, boleh dengar pandangan saudara ridhuan tee.
yang terakhir yang saya nak nyatakan di sini, hak keistimewaan melayu/bumiputra yang termaktub di dalam perlembagaan adalah merupakan kompromi orang melayu. cuba lihat siapa dapat apa dan siapa hilang apa pada masa ia digubal? siapa yang dapat keistimewaan dan siapa yang dapat kompromi? jadi, kepada semua pihak, sedar dan insaflah mengenai hakikat ini.
kesimpulannya, sebagai orang melayu saya hanya akan mengundi calon bangsa melayu. sekiranya tiada calon melayu, saya akan undi calon rakan bangsa lain yang menerima pakai perlembagaan negara tanpa kompromi, fasih berbahasa kebangsaan, mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara serta mengambil berat hal ehwal rakyat tanpa mengira kaum. sekiranya tiada juga calon seperti ini, saya tak ingin nak mengundi.
salam
aku bukan politician
Salam Dato,
Walau apa pun, PM MESTI letak calun melayu.....
MOOD orang melayu tengah tak bagus sangat dah ni,luka besar menusuk tulang,seabad mungkin tidak sembuh ...tak ndak pandang wakil china atau india sebelah mata pun melihat tindakan mereka-mereka kebelakangan ini.
KALAU BN menang..melayu.
Kalau PR menang...melayu.
THE TRUTH IS, IT MUST be a malay representative now.....
KALAU PM letak `recycled- malayu', mampuih terjehge orang hulu selangur...dah habis kaa orang melayu yang bolih jadi pemimpin!!
Abu Bakar Ab Rahman
Dato'
Sebagai orang Melayu, yang selama ini sentiasa bertolaransi dengan permintaan, desakan dan karenah bukan Melayu di dalam BN, merasakan sudah sampai masanya untuk pemimpin melayu bertegas bahawa di kawasan majoriti Melayu seperti di Hulu Selangor, hendaklah di letakkan calon Melayu. Apa guna nak tunjuk bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa bertoleransi, walhal kaum lain sememangnya tidak `appreciate' `pengorbanan' UMNO. Apa tak lagi dengan calon India yang kini langsung tidak akan `deliver' undi di kalangan orang-orang India sendiri. MIC tidak diterima oleh parti-parti India lain (PPP, Makkal Sakhti, IPF) apa tah lagi orang bukan India. DS Najib mesti dengar suara orang Melayu. Kita lihat jika PKR meletakkan calon Melayu, BN mesti meletakkan calon Melayu, dan kita lihat siapa yang mendapat undi, Melayu BN atau Melayu PKR.
Salam Datuk,
PRK Hulu Selangor seolah-olah allah membuka "hijab" memberitahu umat melayu islam melihat dan menguji kerjasama MIC dalam BN.Inilah masa untuk melihat kesetiaaan MIC dalm BN,Inilah masa untuk melihat kejujuran MIC dalam BN dan inilah masa untuk melihat warna sebenar MIC dalam BN.
Saya setuju dengan ryzal72. Bukan soal rasis tapi mengotakan slogan "Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan".
Datuk,
Jika BN benar-benar mahu menang letak calon UMNO. harapannya 75 menang.Jika letak datuk palanivel peluang untuk menang hanya 45 peratus.
Jika palanivel menang Datuk Najib pasti pening kepala, Samy Velu pasti mahu timbalannya dilantik sebagai menteri dn mana pula nak letak s.subramaniam, menteri tenaga manusia? bukan nak tambah kuota MIC demi 1malaysia.
Pemilih HS
Salam DAKJ
Dato’, minta diberi laluan.
Kepada Sdr Saji – Jalan penyelesaian ialah gunakan kaedah “Metanalysis”.
Kepada Sdr Fed Up – saya minta maaf banyak-banyak kalau tulisan saya terkasar bahasanya. Ialah, bila berbahas, kadang-kadang terover pulak. Masing-masing nak memberi pendapat. Bukan apa, bila tua-tua ni, dah banyak makan garam dan banyaklah sikit pengalaman terutama bila buat baik kena berpada-pada supaya tak dipijak kepala. (sebab dah banyak kali terkena) Juga kepada Sdr Langitbiru. Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak kalau tulisan saya minyinggung perasaan kalian berdua. Janganlah disimpan di dalam hati. Cuma berbeza pendapat bolehkan. Saya juga berazam untuk lebih berhati-hati bila memberi pendapat supaya tidak menyinggung perasaan sesiapa. Sekian, harap maafkan. Nak tidur pun rasa tak sedap ni. TQ.
Najib kena hantar orang dari BN pusat buat survey calon BN yang macamana yang pengundi US (Ulu Selangor ) akan sokong. Kan kami yang akan mengundi.
Masih ada masa lagi Tok.
Jangan le harap kan intel info dari BN Bahagian US sahaja. Pusing pusing nanti nama Mat Taib atau Palanivel juga yang naik.
Ni lebih kurang macam senario di teluk kemang PD. Tapi berbeza persepsi rakyat tempatan tentang Mat Taib dan Palanivel jika di banding dgn Isa Samad.
Jika di lihat PD dan teluk kemang di bawah Isa Samad jauh lebih maju dari kawasan US di bawah Mat Taib walaupun dua dua bekas MB.
Samy Vellu kena le bagi jalan dulu buat sementara waktu. Palanivel pegang 3-4 penggal pun kami tak nampak apa pun perubahan ekonomi yang ketara jika di bandingkan dengan kawasan lain di selangor.
Last sekali tak payah le bawak Royal Sarkis ke US sewaktu kempen PRK nanti. Bawak pasar tani dan workshop "pertanian adalah perniagaan" lebih praktikal bagi kami di US. Rakyat sudah pandai menilai.
PS Hubungan Anwar di US sini/kami
tak lah serapat dengan hubungan dia dengan US di sinun.
Asalamualaikum Dato,
Saya lebih senang dgn calon MIC diberi peluang di Hulu Selangor. Majoriti PRU lepas 198 undi adalah dalam suasana Umno bermasalah dibawah Pak Lah.Untuk menguji kembali atau tidak sokongan rakyat dan pengundi terhadap BN, maka inilah ketikanya. Kita juga ingin melihat sokongan kaum india yg dijajakan sebagai telah hilang kepercayaan pada PR.
Umno tidak boleh membelakangkan semangat setiakawan dikalangan ahli parti komponen. Saya yakin perubahan sikap pengundi di Hulu Selangor akan membantu kemenangan BN walaupun MIC calonnya. Cuma jentera p.raya perlu kerja keras. Umno Hulu Selangor harus menerima hakikat bahawa kerusi MIC terletak di kawasan majoriti melayu. Ini kenyataan sebenar.
Angin perubahan jelas memihak pada BN. Yg perlu diharapkan ialah penerimaan dan toleransi dengan penuh semangat Barisan Nasional. Inilah masa dan waktu untuk diterjemahkan konsep 1 Malaysia didalam BN. Beri makna pada slogan kita.
salam dato dah lama saya tak buat ulasan dalam laman dato ini. ok lah pada hemat saya pengundi cina 95% akan ke PR undi india 53% ke PR undi melayu 45% ke PR isu nya mudah sahaja melayu bukan penentu bagi kawasan yang dianggap midle ini yang menjadi penentu kejayaan adalah pengundi cina.Bagi BN walau siapa sahaja jadi calun nya adalah sama sahaja kerana parti ini sudah tidak punya daya tarikan kepada pengundi kerana para pemimpin nya berani kah barisan kepimpinan baru MCA turun dilapangan untuk berkempen atau MIC mahu pun UMNO itu sendiri setekat berucap kemudian buat press memang berani tapi untuk berhadapan dengan pengundi secara face to face tidak berani kerana mereka tahu siapa diri mereka.Maka disini sudah tentu akan berlaku pertembungan antara JKKK akan berantap dengan JKKKP pasti berlaku dimana bidang kuasa JKKK adalah amat besar pengaruh nya kepada penduduk kampung kerana diselangor ini ditadbir oleh PR yang menguasai sepenuh nya JKKK.Pada hemat saya BN tidak akan berjaya merampas kerusi P94 hulu selangor kerana BN berharap hanya kepada pengundi melayu sahaja yang peratusan keluar mengundi nya adalah rendah berbanding dengan kaum cina yang hampir 100% keluar mengundi disinilah kita mesti memikirkan nya kerana pada masa ini tidak semua melayu mengundi BN tetapi pengundi bukan melayu khusus nya pengundi cina akan mengundi PR. Itu sahaja coretan saya dato nanti kita jumpa lagi tentu amat menarik tentang P094 ini tapi percayalah dato PKR bergoyang diatas tapi namum akar nya tetap utuh.WASSALAM DARI PEMERHATI BEBAS...
Harimau mati meninggalkan Belang, Yang Berhormat mati meninggalkan kerusi.
Terima kasih Saji atas makluman anda berkenaan stadium di Terengganu.
Belum ada kesimpulan konklusif jadi nampaknya saya agak masih belum ada tindakan kepada mereka yang bersalah.
Maklum lah belum tahu samada nak ambil tindakan dalaman, tuduhan sivil atau tuduhan jenayah.
Agaknya runtuhan itu masih belum terusik ke? Saya dah hampir 6 bulan tak ke sana.
Ada apa-apa berita berkenaan kolam renang nya?
Fed Up
Sdr DAKJ
PRK Hulu Selangor
1. Untuk short term gains, DS Najib tak perlu fikir banyak2, letak sahaja TS Mat Taib.
2. Untuk long term gains dan demi 1 Malaysia, BN kena letak calon MIC.
Salam Datuk,
Saya dengan sukarianya kemukakan ramalan-ramalan saya berkenaan pilihanraya kecil untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor :-
1.Peratusan Melayu keluar mengundi dalam Pilihanraya nanti akan meningkat;
1. saya percaya Najib/BN akan bertindak bijak memilih calon MELAYU;
2. saya percaya Najib/BN akan bertindak bijak TIDAK MENAMAKAN Muhammad Mat Taib. Muhammad Mat Taib bukannya "likeable" semacam Cikgu Isa Samad. Muhammad Mat Taib pun bukan persona politik yang sehebat Chua Soi Lek ahem... BN perlukan calon MELAYU yang bersih, dari kalangan cendikiawan dan takde bebanyak baggage.
3. Saya percaya BN akan menakluk di Hulu Selangor.
Kalau mana-mana ramalan di atas adalah salah, saya berikrar akan tidak baca blog Datuk selama sebulan dikira daripada tarikh kesilapan dizahirkan.
Baca blog politik semakin meloyakan. Ditambah pulak komen-komen daripada orang-orang semacam OKJ. Sorry ye OKJ.
Nak buat macam mana, ini bukan blog bapak I.
Tee Kiat to Soi Lek: Hand over to One Hand Cover the Whole Gloomy PKFZ scandals. Selamat tinggal 12.8 Billion PKFZ skandal. Cuma 4 orang “ikan bilis” didakwa, tapi “jerung” masih bernafsu DAN SEMAKIN BEBAS berleluasa boleh tidur lena dan rasa lebih selamat dan aman. RM-Najib temui “TANGAN” yang MAMPU MENGUBURKAN PKFZ bersama 12.8 Billion untuk “selamanya”.
Antara Chua Soi Lek dan Anwar. Mahathir KATA dia terpaksa SINGKIR Anwar sebab Anwar TAK BERMORAL. DAN segala jentera digunakan ke atas Anwar termasuk disumbat ke dalam jel SEBAB ANWAR TAK BERMORAL. TAPI CSL tetap “bermoral” bagi RM-Najib. Prinsip BN, kalau pemimpin sekutu orang KAFIR, “adulterous and unnatural sex behaviour” tiada masalah,BERMORAL untuk jadi Menteri Kabinet! Jadi, MCA sudah menolak Agenda REFORM dan menerima NILAI TAK BERMORAL. Saya fikir, yang “MASIH TINGGAL” dalam MCA adalah delegetes tu saja, ku li bawahan dah bercempera lari….. Ha, sebelum ini Ketua Wanita Chew Mei Fun, juga Ketua MCA Perlis berkata, dia AKAN QUIT kalau CSL menang. Mana boleh “porn star” jadi pemimpin, sekarang macammana? Mei Fun, get ready!! Adakah Ka Ting, Ka Chuan, Ong Ong dok diam-diam. Dalam politik Malaysia, sekali berpolitik selamanya berpolitik!
Tee Kiat, kalau LOMPAT pun, dikira LOMPAT kerana BERMORAL,BERPRINSIP! Tunggu apa lagi, Jui Meng menunggu di sana.
Apapun, 26% pengundi Cina Hulu Selangor akan memberi penghakiman yang bebas tanpa dipengaruhi oleh “tangan-tangan” ghaib sepertimana pengundian Presiden MCA!!!
Sdr Fed Up
Projek Stadium Sultan Mizan dan Kolam Renang Pusat Aquatik
1. Walau pun, pihak Kerajaan Pusat menyalahkan pihak kontraktor utama dan pihak Kerajaan Negeri Terengganu menyalahkan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan projek tersebut, tetapi pihak kontraktor utama sudah dipertanggungjawab dan diarah membaiki bumbung stadium tersebut.
Terpulang kepada sdr sama ada keputusan kajian/siasatan stadium tersebut satu kesimpulan konklusif atau tidak.
Kalau sdr kata tidak, itu satu lagi kelemahan hasil kajian saintifik.
Yang pasti, pihak kontraktor utama belum mencabar keputusan menyalahkannya itu.
2. Mengenai kes kolam renang berkenaan, belum ada keputusannya lagi.
3. Kembali kepada perbincangan mengenai penggunaan kata ganti nama “who, when, what, where and how” dalam memula dan melakukan analisis/kajian/siasatan terhadap sesuatu isu/kes seperti dua projek di atas dengan ganti nama "who" digunakan untuk mengandai pihak yang menjadi punca kepada sesuatu masalah yang cuba diatasi, sdr, dari sudut menyelesai masalah cara Islam yang saya bincangkan sebelum ini, boleh terperangkap dengan analisis kajian yang didasarkan kepada pandangan mata dan akal atau logik akal/sains yang rumusannya boleh dipertikaikan oleh pihak yang tidak bersetuju dengannya juga iaitu sama seperti hasil kajian saintifik berkenaan.
Maksud saya, jika dianalogikan pandang ke laut, mata sdr mengatakan, cuma nampak ombak, bueh, sampah dan kapal, manakala akal sdr pula mengatakan, cuma nampak ikan, sotong dan plangton.
Tetapi, dengan melakukan kajian berdasarkan pandangan mata hati, mata hati sdr akan mengatakan di bawah dasar laut itu rupa2nya ada minyak!
Mari kita renung sejenak apakah pembangunan yg ada di Hulu Selangor sejak G. Palanivel jadi MP selama beberapa penggal. Terlalu sedikit dan amat perlahan. Apa yg boleh dibanggakan kecuali kewujudan bandar2 baru seperti Bukit Beruntung ( yg memangnye tak menguntungkan pun ), Bkt Sentosa , Bandar Sg Buaya serta 2 buah kilang aotomobil iaitu Perodua dan Tan Chong.
Analisis dan pendapat2 kami pengundi2 P 094 dari parti PAP ( Parti Atas Pagar )seperti berikut :
i. Peratusan pengundi akan naik mencanak jika pertembungan calon2 melayu. BN berpeluang cerah jika letak calon Melayu yg berwibawa dan bersih
ii. BN gerenti bungkus lagi jika calonkan calon MIC especially G. Palanivel ataupun calon usang anak2tempatan seperti Mike Tyson atau Zainal Sakom.
iii. Pengundi2 MCA nampaknya kurang bernafsu utk keluar mengundi jika calonnya G Palanivel.
iv. BN akan tabur janji2 kosong sepertimana yg dilakukan oleh calon 3 PRU terdahulu ( semestinye G . Palanivel) tetapi hanya 1 peratus yg ditunaikan. Yg ni membuatkan kami marah dan kecewa dan berakhir dengan undi protes pada PRU ke 12.
Kepada kepimpinan BN, buka mata dan jgn buat kesilapan lagi. Nak berkompromi dgn MIC tu boleh tp tengokle keadaan semasa . Prestasi MIC sekarang amat buruk selagi ada " Tuhan Samy" and the gang.
Saji,
Tidak konklusif maksud saya adalah bila ada dua kesimpulan berbeza (negeri vs persekutuan). Justeru tidak ada tindakan kukuh yang boleh diambil buat masa ini.
Contohnya, jika kontraktor utama disaman persekutuan, mereka akan cabar menggunakan laporan negeri. Ini contoh cara mudah.
Saya tidak merujuk kepada laporan itu sendiri. Tiada apa yang hendak dikomen tentang isi laporan sebab saya pun tak tengok sendiri, sekadar menumpang info Saji sendiri.
Selain itu ada sebabnya saya sebutkan soal bekas runtuhan. Katanya dulu yang saya dengar, jika siasatnya belum selesai, runtuhan stadium itu tidak akan diusik.
Maknanya, kalau ikut tafsiran saya, jika batu-bata runtuhan belum dialihkan, maknanya siasatan "sebenar" belum selesai.
Soal gantinama, saya setuju, persoalan yang dilontar pada mana-mana isu tidak boleh terhenti setakat penilaian akal sahaja dan perlu disertakan sehingga ke mata hati.
Mungkin penulisan saya tidak menggambarkan diri saya yang sebenarnya, tapi selalunya persoalan saya biasanya tidak akan mudah menjadi muktamad dengan begitu sahaja.
Kerana itu juga saya gunakan nama "Fed Up" dan bukan "Give Up".
Namun jika ada komen saya yang menyimpang dari hakikat Islam, sila tegur. Maklum lah, soal agama tidak dapat dicapai dengan akal semata dan saya juga tidak belajar tinggi dalam soal agama.
OKJ,
Jika sudah sudi untuk "agree to disagree" maka saya katakan "all as water under the bridge".
Saya juga akui saya beremosi dan saya mohon maaf.
Fed Up.
Don't consider Mat Taib at all. Put him to rest. He is now in the twilight zone!!! He is gone with the wind.
Saki baki orang lama pemimpin UMNO yang banyak menimbulkan controversi di Selangor tidak boleh lagi diiktiraf sebagai pemimpin yang boleh menyelamatkan parti dan kerajaan BN. Mereka telah menghancurkan credibiliti kerajaan BN di Selangor.
Salam....
Betul tu PAK BELALANG!!! Umno dah ketandusan calon ke? Yang muda-muda dan terpelajar tak de ke yg layak dipilih menjadi calon BN kat Hulu Selangor? Bagi saya kalau dah kata setia pada parti BN/UMNO di mulut tu, pucuk pimpinan letak calon yg TAK terkenal TAPI muda dan terpelajar...sokong je la.Kalau semua bersatu hati tanpa ada sabotaj lagi , pasti BN/UMNO menang bergaya walaupun calon kurang dikenali. Kalau beliau menang...diberi bimbingan dan sokongan dari akar umbi juga semua peringkat kepimpinan takkan ade byk masalah punya. Nak juga yg byk duit mcm TS Muhd. Taib jadi calon! Nak duit ke nak apa org-org atasan UMNO dan jentera pilihanraya bahagian Hulu Selangor ni?....Bila la nak berubah ni ????Yang dah OTAI tu silalah beri nasihat dan bimbingan saja.Bersara jadi calon tapi bukan ahli parti....alahaiiiiii bila terlalu fikirkan wang agaknya akal pun jadi buntu dan singkat!
Malik Klang.....
Ramai dari komentar blog Dato' ini meramal BN akan menang...betoi ka...sedangkan kerajaan Najib/Rosmah belum tentukan calon lagi.Mic pun mau calon.Umno pun mau calun.
Sebenarnya Najib/Rosmah dalam dilema untuk buat pilihan antara MIc atau UMNO.Silap haribulan salah satu akan merajuk dan nak kena pujuk tentulah nak kena bagi gula-gula yang manisss...
Benarlah kata Mack PKR yang bergoyang diatas tetapi akar umbi tetap utuh.
Sudah tentulah Pakatan Pembangkang akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kerusinya.
Pada BN janganlah sangka akan menang semudah membaca A..B..C...
Salam Dato',
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Dr Zainal Abidin Ahmad. Saya sempat ikut kuliah dia di UKM kira2 35 tahun yg lalu.
Tepat sekali bahawa PRK P94 kelak adalah satu medan utk menguji setiakawan dalam BN dan PR.
PKR terlepas dari kemelut memilih bangsa calon. Telah terdengar dua nama di sebut2 untuk calon PKR/PR, iaitu Dato Zaid Ibrahim dan Ust. Badrul Amin. Dua2 ni mempunyai tabiat yg hampir sama, suka cakap lepas tak berlapik-lapik lagi terutama Ust. Badrul Amin....Teruk benar cara dia malabel Mufti Perlis (Dr MAZA) tempoh hari.
Bagi BN/UMNO kalau nak ambil mudah letakkan saja YB Mohd. Isa Abu Kasim kerana dia menang bergaya di DUN yang mempunyai pecahan undi yg seakan-akan pecahan undi P94. Nampaknya formula PAS di KT dan BG boleh dipakai kat P94 (kubu BN).
Siapa pun menang nanti tak akan mendatangkan banyak perubahan..cuma buat tambah sedap cakap kat kedai kopi je.
Dato',
Gambar Kadir siberuk tu memang menceritakan banyak perkara. Sang beruk kemas rapi sedang tuannya kelihatan kurang terurus; kulit terbakar hitam dek panahan mentari sambil mengayuh basikal yg nampak kurang sempurna. Pun begitu, Pak Yusof Kadir pada usia 65 tahun masih nampak macho. Tidak akan ada yang akan berfikir Pak Yusof melakukan itu semua kerana hobi. Dia mengerah kudratnya kerana mencari rezeki; lebih mulia daripada meminta-minta.
Cuma satu yg memuskilkan saya apabila membaca caption gambar di NST online pagi tadi: "ALL IN A DAY'S WORK: For Kadir the monkey, riding on his master’s old bicycle in the blistering heat is just another part of the job. Despite the prolonged heat of late, this faithful assistant diligently plucks coconuts for Yusof Kadir, 65, who earns RM10 for a bundle of 100 coconuts which he delivers to homes around Kampung Gerong in Tumpat, Kelantan. — NST picture by Syamsi Suhaimi"
RM10 for 100 coconuts? (delivered to our doorstep)...maka benarlah dialog sebuah filem Indonesia tahun 70an dulu "si miskin makanan si kaya"
Pak Hj JB
Sdr Fed Up
"Mungkin penulisan saya (Fed Up)tidak menggambarkan diri saya yang sebenarnya, tapi selalunya persoalan saya biasanya tidak akan mudah menjadi muktamad dengan begitu sahaja."
Kalau hasil analisis reka bentuk seni bina bumbung jenis rintangan jauh bersama2 analisis sains kejuruteraan bahan dan struktur bumbung jenis rintangan jauh yang saya lakukan terhadap kes bumbung Staduum Sultan Mizan runtuh tersebut mengatakan, sistem bumbung rintangan jarak jauh jenis space structure sistem yang digunakan itu tidak sesuai dari segi konsep seni bina bumbung rintangan jauh jenis/bentuk organik -shell/kerang seperti yang diinginkan oleh si arkiteknya, bahan dan kejuruteraan bumbung rintangan jarak jauh, berbanding dengan sistem bumbung rintangan jauh konvensional jenis/bentuk organik -shell/kerang iaitu seperti yang diinginkian oleh si arkiteknya juga, adakah hasil analisis saya ini sdr anggap muktamad?
dato'kadir,
sedikit pembetulan tentang caption gambar beruk dan tuannya. semasa ts sanusi junid menjadi menteri pertanian, beliau tidak pernah memperkenalkan subsidi beruk dan pertandingan beruk panjat kelapa. subsidi beruk pernah diperkenalkan oleh menteri pertanian yang berasal dari terengganu iaitu lebih awal dari ts sanusi junid. ini adalah fakta dari kementerian pertanian.
Samy Vellu ni mabuk ke apa? Jangan cakap ikut sedap rasa ikut sedap hati la baiya...
Palanivel tu memang bagusla baiya... but not now and not there!
Tolong rasional sikit boleh ka baiya..!?
Kenapa perlu Mat Taib?
Tidak adakah lagi calun2 lain atau kenapa tidak di pilih calun muda golongan profesional untuk diketengahkan?
Adakah kerana Mat Isa menang di N9 maka Mat Taib juga akan melakar kemenangan di Selangor?
Cukup2lah berpolitik cara sempit zaman tori dan belajar lah drp kesilapan yang lalu. Seperti kata Dr M sokongan Melayu berubah kerana UMNO sendiri tidak bersungguh untuk membela orang Melayu.
Salam, betul tu pak belalang, dan malik harapkan jangan letak Mohd Taib, memang akan lagi disaster. Dia sudah kecilkan hati orang2 melayu dgn perbuatan lampaunya. Pleaze, sebagai penduduk Hulu Sgor, I just do not want to see this guy anymore.
ml
Hulu selangor akan DIJADIKAN pentas buat UMNO/BN dan PKR memperbaikikan dan membina semula imej yang tercalar dan juga kayu ukuran populariti mereka di mata rakyat secara umumnya di waktu ini.
Anwar pasti sibuk mengambil kesempatan menagih simpati dan sokongan dengan menjaja isu Saiful
Tetapi jika terlalu sibuk mengejar sentimen populariti dan simpati, sedangkan kehendak dan keperluan rakyat dan pengundi HULU Selangor
hanya setakat janji dan retorik, maka saya pasti ia akan memakan diri sendiri.
Undi kami tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Ia tiada kesan besar dan langsung kepada kerajaan negeri mahupun pusat.
Jadi, di kesempatan ini lah akan kami gunakan undi kami sepenuhnya bagi mendapatkan kemudahan dan juga memenuhi kekurangan di Hulu Selangor.
Itu lah nilai undi kami dari kacamata saya.
BN akan menang la kat Hulu Selangor ni.. Mana taknya.. dia akan kerah semua gerombolan menteri kabinet, senator, semua media cetak dan elektronik, Berita Harian, Utusan Melayu, NST, TV1, 2, 3, 7, 8, 9, Bernama, cuma Awani yang 50:50... Then semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan akhir sekali semua GLC's kena turun berkempan.....!!! Hebatkan penangan 1 kerusi parlimen.
Lepas tu HS akan diishtihar sebagai kawasan angkat dan semua projek pembangunan, universiti, international school, high tech city with full package broadband, free WiFi dan semua yang sewaktu dengannya akan ke HS... Hebatkan penangan PRK...
Di masaorang mencabar ugama kita, perjanjian kita denagan mereka, maka baiklah di letak calun melayu.
Biar pengundi melayu atas pagar tengok yang ugama dan bangsa terbela.
BIarlah kita kuat untuk menjaga kita dan mereka.
Dato'
Kalau PM percaya bahawa konsep Satu Malaysia telah tersemat dihati rakyat malaysia, pilihlah G Palanivel sebagai calon dan sekiranya GPalanivel menang,konsep 1Malaysia PM dah berjaya mencapai sebahagian kecil matlamatnya.
Kalau masukkan semula Mike kedalam arena lanskap politik selangor, itu menunjukkan PM tak yakin bahawa konsep yang diutarakan telah tersemat dalam hati pengundi di Parlimen Hulu Selangor.
Cakap biar serupa bikin, buktikan! dengan meletakkan GPalanivel sebagai calon . Apa nak ditakutkan kerana kerajaan BN tak kan tumbang dengan satu kerusi yang sememangnya milik PKR. PKR pun sedang bergolak dan kacau bilau bila 4 "firaun kecil @ Little Napoleon" melompat dari PKR ke bebas mesra BN.
Hantarlah jeneral 4 bintang ke Hulu Selangor dan bom kubu PKR hingga hangus supaya PKR tak mampu bernafas di situ lagi. Gunakan segala senjata dan amunisi yang ada supaya DSAI serik untuk bertanding melawan BN.
Mampukah? Sanggupkah?
Anak Bota/Parit
Sdr Kaca Permata,
Terima kasih atas maklum balas. Mungkin Zaman Othman Manan jadi Menteri Pertanian.
Terima kasih.
Datuk dan para pembahas. Salam.
Spekter Chua Soi Lek (seks luar nikah), Anwar Ibrahim (2 tuduhan liwat), Muhammad Muhd Taib (kahwin diam-diam dengan anak raja/tangkapan mata wang asing di Australia) adalah manifestasi hubung-kait antara politik (kuasa) dengan seks (nafsu). Lagi berkuasa, lagi bernafsu. Nafsu seks, nafsu kuasa, nafsu kekayaan.
Di sini juga letak dilema kita, khasnya umat Islam. Bolehkah kita terima pemuka Muslim yang dicurigai moralnya? Bolehkah kita menggunakan kaedah benefit of the doubt seperti diamalkan Barat? Atau kita ikut amalan Islam dan tata susila Melayu? Kita pilih pemimpin yang moralnya tinggi dan di luar persoalan serta pertikaian. Atau kita terima juga orang yang moralnya dipesoal? Adakah kita umat Islam di Malaysia sudah ketandusan pemimpin yang tinggi dan bersih moralnya.
Tidak perlu kita menang dengan mengangkut orang yang tercemar dan dipertikai moral dan tindak-tanduknya.
Dilema kita juga kerana kepada bangsa dan agama lain di negara kita ini, konsep dosa sama ada tidak wujud atau tidak sama dengan Islam. Jadi Chua Soi Lek mungkin diterima sebagai pemimpin tanpa banyak soal jawab. Bagi orang Cina, yang memalukan bukan moral yang rendah atau seks, tetap menjadi orang baik tetapi miskin dan hina.
Bagi orang Cina yang tidak beragama Islam atau Kristian, nilai moralnya lain. Tidak guna jadi wanita cantik dan suci kalau miskin dan tidak dihormati. Lebih baik jadi pelacur atau perempuan simpanan yang dapat banyak wang yang kemudian diguna untuk buka kedai pelacuran, rumah urut atau saloon rambut sendiri. Ini bukan rahsia atau penghinaan, tetapi ada dilaporkan saban hari dalam akhbar.
Orang Hindu pula banyak Tuhannya, dewa dan devi yang berbagai pula ajaran dan nilai moral yang diajarkannya.
Jadi bila orang Islam berdepan dengan spekter kuasa (politik) dan nafsu (seks dan kekayaan), maka dia dalam dilema yang sepatutnya bukan begitu kerana Islam mewajibkan kita memilih pemimpin yang bersih dan bermoral. Dilema kita selesai dengan menolak (tidak mengundi) calon yang tidak bermoral tidak kira dia Melayu, Cina atau India.
Muslim Melayu
......Dan 2 minggu selepas keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, tanpa ambilkira siapa yang menang, nasib kami tetap akan kembali seperti siKadir dan Pak Yusuf.
Renung renung kan lah.
Bila masa pulak kita ada kerajaan Najib/Rosmah? kah, kah,kah !!!
Memang handal,Rosmah!! Tak susah payah nak bertanding terus dapat mentadbir kerajaan!!
Syabas, alunbm kerana menaikkan darjat Rosmah!!
BN kena ambil calon tempatan. Samy Vellu jangan 'jump the gun'. Respect lah sikit sesama komponen parti.
Salam DAKJ
Konsep “pinjam je dulu”
Pesanan Tun dalam Perkasa supaya tidak meminggirkan Melayu dalam membuat keputusan. Dan nampaknya YAB PM telah respond dengan membayangkan calon yg akan diletakkan adalah yg diminta majoriti disana. Alhamdulillah.
Kita ni orang Melayu, kalau nak buat baik pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai orang pijak kepala. Dan sekarang ramai yg ambil kesempatan hingga ucapan Tun pun ada yg kata menjijikkan.
Post mortem dilakukan untuk tidak melakukan kesilapan yg sama. Kalau dulu semua DUN menang tiba-tiba parlimen kalah, mesti ada yg tak kena. Paham-paham jelah maknanya tu. Macamnilah, saya cadangkan UMNO terangkanlah macam abang dan adik, kita cuma pinjam je dulu, nanti kita bayar baliklah. Sekian TQ.
Sdr Anak Bota/Parit
1. Konsep 1 Malaysia merupakan langkah jangka panjang/long term DS Najib untuk menjadikan negara kita ke arah negara maju yang juga merupakan salah satu prinsip Model Ekonomi Barunya.
2. Ia masih di peringkat teori, kerangka dan pendekatan tanpa tata cara pelaksanaannya yang jelas dalam semua aspek pentadbiran negara, termasuk dalam bidang politik mengenai kriteria yang dipakai untuk meletakan calon BN di satu2 kawasan pilihanraya.
Atau, dari sudut arkitek, ia masih berbentuk lukisan2 konsep arkitek yang cantik2 yang biasanya dipersembahkan oleh arkitek kepada klainnya.
Maksud saya, selagi konsep 1 Malaysia belum disuntik input tata cara pelaksanaannya tersebut atau lukisan konsep arkitek yang belum diubah menjadi lukisan pembinaannya, ia masih boleh diubah2 mengikut keperluan keadaan, masa dan tempat yang meliputi keperluan jangka pendeknya seperti pentingnya BN memenangi PRK Hulu Selangor pada masa ini.
Terima kasih PM! Kerana ingin meninjau denyut nadi rakyat di Hulu Selangor dahulu sebelum memutuskan calon yg layak mewakili kawasan berkenaan. Diharap DS Najib mengotakan janji tersebut...jgn tinjau hanya denyut nadi pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor, denyut nadi pimpinan UMNO Selangor dan denyut nadi DS Samy Vellu sahaja!Mereka semua ni patutnya bekerja keras tak kira siapa yg DS Najib letak. Apa nak ditakutkan? Warlords Bahagian ke....warlods negeri ke...skrg ni diorg tak sedar-sedar lagi ke?Janji calon yg DS Najib pilih muda dan bersemangat UMNO yg asal sudah. Tak salah UMNO letak YB Isa b. Abu Kasim (Adun Batang Kali) kalau dah tiada calon yg layak sgt untuk Hulu Selangor tu. Org sana pun dah tau keupayaannya mewakili mereka. Buat kelainan sikit ....apa salahnya.
BN patut serahkan kepada UMNO sebagai wakilnya. Itu yang paling tepat untuk kemenangan moral di HS
Rule of thumb for the candidate..
Go by popular demand..
anything other than that is just plain stupid..people who choose to be stupid are a true-blue blind brain idiot.
if the current trend prefer an educated ustaz..just give the majority people what they wanted..
'Ustaz' in al-Azhar is a term for Professor (PhD holder), not like our self proclaimed 'ustaz' kaki 5 qualification. Knowledge & wisdom do make a different. It comes in package.
p/s: not just Ulu Selangor & Sg. Siput..see also Bukit Selambau, hope u understand 'big brader'..
(",)
Saji, saya jawab cara yang saya faham, lebih dari itu, saya tak pandai hal teknikal binaan ni.
Menurut info Saji, saya simpulkan ramai pihak yang salah,
1.kontraktor yang tidak pantau sub-kontrak atau kontraktor yang salah beli barang
2.Jurutera yang membina
3.Penyeliaan JKR
4.Jika tidak silap, arkitek pun kena tandatangan untuk melengkapkan flow dokumen. Jika betul ditandatangani, arkitek juga subahat.
Jika dua-dua negeri dan persekutuan, laporannya kata perkara yang sama, saya akan kata ia muktamad. Masalahnya laporan negeri dan persekutuan adalah bercanggah.
Perkataan "muktamad" saya tidak rujuk kepada laporan dan siasatan semata-mata tetapi juga perlu muktamad selesai sebagai isu.
Kini, menambah kepada koleksi Terengganu adalah kes bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT di Gong Badak yang sedang dibina.
Pun kes bumbung juga. Bezanya ini lebih advance kerana belum siap dibina.
p/s Sedih membaca komen Org Kg Hulu Selangor tetapi itu lah realitinya kebanyakan pedalaman di Malaysia. Saya pernah dengar komen seperti ini di Jalan Gombak Bt. 8 semasa PRU12 dulu.
Fed Up
Saudara Saji,
Konsep pun dah menelan jutaan RM rakyat Malaysia, kalau dah sampai perlaksanaan dah tentu billion yang ditelan semacam konsep "Islam Had-had hari", setiap PM penuh dengan cogankata dan "mentekedarah" duit rakyat jelata, untuk menghalalkan cara konsep. Akhirnya kita semua menanggung beban hutang yang dibuat oleh kerajaan Pak lah dan PM yang ada sekarang.
1Malaysia sekadar retorik dan hanya gula-gula untuk mengelakkan rakyat melalak dengan senario ekonomi sekarang ni....
Anak Parit/Bota
Melayu ,makin dipinggir disebabkan Melayu itu sendiri. Melaka jatuh ketangan Portugis bukan kerana kekuatan portugis yang cuma berapa buah kapal tetapi kerana pengkhianatan melayu itu sendiri. Yang meruntuhkan bangsa itu adalah bangsa nya sendiri. Itulah sejarah,Musnahnya empayar Islam disebababkan orang Islam itu sendiri seperti kata Hulagu Khan, yang boleh mengalahkan tentera Mongul itu adalah Bangsa Mongul itu sendiri dan sejarah juga menbuktikan Mongul dikalahkan oleh Mongul.
"Ustaz' in al-Azhar is a term for Professor (PhD holder), not like our self proclaimed 'ustaz' kaki 5 qualification. Knowledge & wisdom do make a different. It comes in package".
Salam Saudara Affendi Hussain,
Ustaz di tempat kita, umumnya dimaksudkan kepada mereka yang mempunyai SEDIKIT-SEBANYAK ilmu agama.
Ilmu Agama bukan hanya boleh diukur melalui sijil-sijil dari Universiti, sepertimana jurutera, arkitek, doktor, akauntan dll.
Di tempat kita, pengajian pondok dah jadi turun temurun. Hanya sebahagian kecil sahaja melanjutkan pelajaran di Universiti (majoriti di bumi Arab BUKAN di bumi Malaysia), sebab TAK MAMPU nak ke sana, mohon pinjaman Kerajaan tak lulus sebab takut bila balik masuk PAS, lawan kerajaan! Jadi, majoriti meneruskan pengajian di pondok-pondok.
Harap, saudara tidak memperkecilkan mereka di pondok-pondok!
Salam Pak Belalang,
"Bila masa pulak kita ada kerajaan Najib/Rosmah? kah, kah,kah !!!"
Bagi Pak Belalang, ini memang lawak besar! SEBAB RM (Rosmah) bukan YB MP!
Kalau dah tahu bukan YB MP, pandai-pandailah bawa diri! Tapi gaya lenggok melebihi YB MP, hatta YAB MP Pekan!
Kalau gitu caranya, ramailah rakyat jelata yang panggil Kerajaan Najib 1 Malaysia, kerajaan laki bini RM-Najib!
Sama dengan Kerajaan Hadhari, ramai yang panggil kerajaan Anak-Menantu Pak Lah!
Jatuhnya Pak Lah kerana menantunya,
Jatuhnya Najib keranan bininya,
Sebab menantu dan bini tu "lebih sudu dari kuah"!!
p/s Dah banyak Kerajaan atas mukabumi ni jatuh dek kerana perempuan!!!
Datuk,
PRK Hulu Selangor adalah testing ground utk populariti BN/PR.Voters could go either way.Bagan Pinang lain.Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO.UMNO ada 80 cawangan sedangkan PAS cuma ada 2 shj.
Mungkin kali ini PERKASA boleh cuba nasib dengan meletakkan calonnya bertanding atas tiket calon bebas.Berapa mereka akan dapat undi? Tekaan saya adalah hilang wang pertaruhan
Sdr Fed Up
1. Bagi saya, jawapan kepada persoalan isu2 tempatan seperti isu bumbung Sultan Mizan runtuh yang dibincangkan ini akan menjadi muktamad jika hasil kajian yang dikemukakan oleh pengkaji terbabit mampu mempaparkan tahap cadangan/recomendation yang sukar ditolak oleh mana2 pihak tentang bagaimana kes/isu bumbung runtuh itu atau sepertinya boleh diatasi dengan cara yang bukan sahaja boleh difahami oleh semua pihak, bahkan dapat dipastikan ianya tidak berulang lagi seperti sebelumnya/seadanya, misalnya, dari satu aspek. Dari aspek lain, cadangan yang menjelaskan mengenai future direction (meminjam istilah OKJ) berkaitan, bagi menyokong cadangannya itu, setidak-tidaknya.
2. Maknanya, jika sdr tak faham dengan hasil kajian saintifik saya berkenaan, ia tidak muktamad. Namun, saya pasti, mana2 kontraktor pakar bumbung, arkitek dan jurutera struktur dapat memahaminya.
3. Berdasarkan hujah saya di atas, cadangan/ recomendation saya kepada kerajaan pusat dan negeri ialah berikut:
Hentikan penggunaan bentuk2 kontrak pembinaan jenis Price-in-advance bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build bagi projek saiz besar atau kompleks seperti stadium Sultan Mizan tersebut atau mega seperti empangan hydro Bakun dan berpindah menggunakan bentuk2 kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement bentuk Management Contract (United Kingdom), Performence Contract (New Zeland) dan Alliance Contract (Australia). Di mana Design and Buid contract merupakan kontrak bagi projek stadium Sultan Mizan tersebut.
Hujahnya adalah seperti berikut:
Bentuk2 kontrak pembinaan jenis Price-in-advance di atas merupakan, pertama, sistem kontrak yang sesuai bagi negara2 yang indeks rasuahnya rendah atau semua pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan tempatan terdiri daripada golongan yang amanah dan bertanggungjawab atau berintergriti, kedua, merupakan alat bagi golongan kapitalis untuk menjaga kepentingan dirinya, keluarganya dan golongannya, dan ketiga, penggunaanya dikenalpasti sebagai faktor utama yang mengagalkan aspek pelaksanan DEB dalam bentuk dasar -projek dan rancangan.
Sebaliknya, bentuk2 kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement di atas bukan sahaja merupakan kontrak alternatif yang dicipta oleh Barat untuk mengeatsi kelemahan/keburukan bentuk2 kontrak jenis Price-in- advance di atas, malah ia Islamik.
Janganlah pandang rendah ustaz atau ulamak yang mengajar/ belajar di sekolah pondok....
Istighfarlah..... Mungkin cara percakapan dan pakaian mereka tak glamour.. tapi itu semua tak di pandang oleh ALLAH.... hanya tawajuh, taqwa dan keikhlasan yang dipandang.... Ulamak yang pakai tie, jaket, etc tapi tak boleh nak tegur boss buat salah dan menyalahi aqidah dan syariat pun tak guna juga.... takut miss soru.. Naudzubillah....
Calun sepatutnya dipilih berdasarkan siapa yang beleh membawa suara rakyat di kawasan tersebut ke Parlimen. Calun berkenaan mestilah faham adat resam, budaya, hatibudi, cara hidup dan juga masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan itu. Ini termasuk hal-hal ugama, urusan kemasyarakatan dan juga sosio-ekonomi.
Tidak kira bangsa apa calun itu, dia mesti betul-betul faham akan keperluan penduduk disitu; tidak kiralah sama dia dari MIC (kaum India), atau dari MCA (kaum Cina) atau pun dari UMNO (kaum Melayu). Jika BN hendak menang, parti-parti komponen tidak boleh tamak.
Kita tahu bahawa majoriti dari penduduk adalah orang Melayu yang beragama Islam (melebihi 50%), manakala lebih dari suku (26%) adalah kaum Cina.
Adakah calun India yang dicadangkan oleh DS Samy Vellu faham akan adat resam dan ugama orang Melayu Islam sebagai penduduk utama di kawasan itu? Jika calun yang hendak diletakkan benar-benar faham akan kehendak majoriti penduduk, silakan...
Tetapi, jika hanya kerana hendak merebut kerusi di Parlimen; itu hanyalah sifat tamak yang akan merebahkan keseluruhan BN. Rakyat pun akan jadi muak dengan perebutan kerusi di Parlimen, tanpa menghiraukan keperluan sebenar penduduk di kawasan itu.
Shaharudin
Sdr Fed UP
(sambungan)
Sebaliknya, bentuk2 kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement di atas bukan sahaja merupakan kontrak alternatif yang dicipta oleh Barat untuk mengeatsi kelemahan/keburukan bentuk2 kontrak jenis Price-in- advance di atas, malah ia Islamik.
Mengapa saya katakan bentuk2 kontrak pembinaan jenis Cost Reimbursement tersebut Islamik?
1. Banyak persamaan yang nyata dan jelas dengan kontrak pembinaan Islam al-Ijarah atau Melayunya Upahan yang meliputi aspek takrif, rukun, syarat sah penggunaan dan contoh penggunaannya.
2. Tidak ada aspek teknikal kontrak tersebut yang bercanggah dengan Syariah.
3. Keempat2 mazhab Islam iaitu Hambali, Maliki, Shafie' den Hanafi sepakat mengharuskan penggunaannya sebagai kontrak pembuatan/manufecturing contract yang meliputi pembinaan.
Salaam Datuk,
They are all hypocrites Datuk. When monopolizing the economy they don't want quote. They want meritocracy and level playing fields. But when it comes to election they want their seat quotas although they don't perform. No vote for BN from me where Malay majority seats are given to MIC.
Hardcore Malay
Slam buat Dato' AKJ,
BN jangan buat salah lagi macam Bukit Gantang.....
....TS Isa Samad menang kerana N9 adalah kubu BN...DAP boleh menang di Seremban, Bahau aje....PAS boleh menang di Ampangan (trend orang Melayu di Seremban ada perubahan sikit).....lain tempat...maaf....bawa mari AI pun belum tentu menang.....Hassan Ali pun gulung tikar di Tampin/Gemencheh......dulu.....
...DSN kena selidik sikit..
taburan penduduk
status pendapatan,kelayakan mengundi, umur pengundi dsb nya....
.....apa pun calon Melayu samada dari PR atau BN punya peluang besar untuk menang...jika PAS bertanding pun, peluangnya juga besar untuk menang....
..kalau BN simpan lain dari calon Melayu, terlalu tipis harapan....
Saji,
Walaupun saya tidak faham perkara teknikal, saya faham juga secara asasnya dan menyimpulkan yang Saji kata, arkitek nak cara lain tapi engineer buat cara lain.
Cara mudahnya, ini maknanya buat kerja tak ikut specs. Betul begitu?
Jika betul, tumpuan pembetulan patutnya bukan terhad pada isi dan bentuk kontrak (walaupun aspek ini juga tidak kurang penting dalam menetapkan asas kerja dan imbuhan).
Jika betul tanggapan saya di atas, tentunya yang lebih utama sebagai "future reference" adalah kawalan kualiti samada dalam tawaran kontrak, perancangan dan pembinaan.
Harap Saji dapat komen dalam aspek ini (kawalan kualiti).
p/s Yang saya belajar kat sekolah dulu, istilah "Ustaz" adalah perkataan arab yang bermakna sebagai guru. Tafsiran saya, di Malaysia, "Ustaz" khusus digunakan sebagai orang yang mengajar cabang-cabang ilmu agama Islam. Tentunya tahap ilmu dan amalan ilmu itu amat penting untuk mengukur tahap seseorang Ustaz.
Fed Up
Salam Datuk;
Membincangkan isu siapakah yang layak dipilih bagi menjadi calon kerusi Parlimen P.94 Hulu Selangor bertanding amatlah kompleks. Pelbagai reaksi dan andaian disuarakan bagi mengukuhkan hujah masing-masing. UMNO selaku tunjang dalam Barisan Nasional(BN)berharap calon dari parti itu bakal dipilih kerana peluang kemenangan ditaksir tinggi sekiranya calon adalah kaum Melayu. Manakala MIC awal-awal lagi menerusi Presidennya iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu telah menyuarakan hasrat untuk mengekalkan Datuk G. Palanivel iaitu timbalannya sebagai calon di PRK Hulu Selangor kelak (beliau merupakan calon dalam PRU ke-12). Alasannya mudah; Hulu Selangor merupakan kerusi tradisi parti berteraskan kaum India tersebut. Alasan ini bagaimanapun menjadi bahan perdebatan menghangatkan lagi calon dari parti mana yang bakal dipilih kelak. Namun pada akhirnya, calon kerusi Parlimen Hulu Selangor akan ditentukan oleh kepimpinan BN maka segala usaha melobi, cadangan dan "rumours" berlalu begitu sahaja. Di sini jelas membuktikan perasaan curiga di kalangan parti komponen BN masih menebal. Bagi ahli dan penyokong tegar UMNO, kerusi kawasan ini wajar diberi peluang kepada calon kaum Melayu kerana Datuk G. Palanivel telah tewas dalam Pilihanraya Umum (PRU) lalu walaupun kesemua maka meletakkan beliau kembali sebagi calon bagai 'menjerut leher sendiri'. Di saat UMNO mula dilihat kembali menerima sokongan orang Melayu ekoran kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang, pemilihan calon dari UMNO amatlah wajar bagi meneruskan "momentum" kemenangan tersebut. Pendapat ini disanggah oleh beberapa pihak yang melihat faktor perkauman tidak harus dimainkan dalam memilih calon kerana ianya akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kerusi tersebut. Mereka berpendapat walau siapa pun calon yang bakal dipilih oleh kepimpinan tertinggi BN nanti samada dari UMNO ataupun MIC, sokongan padu perlu diberi bagi memudahkan jentera kempen BN dalam menarik sokongan pengundi Hulu Selangor khususnya bukan Melayu. Pendapat ini saya kira amat menarik kerana meletakkan perpaduan dalam BN sebagai “priority” untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dan ini disifatkan sebagai “menarik rambut dalam tepung; rambut tak putus, tepung tak berselerak”. Seharusnya semua pihak dalam BN bekerja keras dan bergerak secara bersepadu bagi memperkasa jentera parti sepanjang tempoh berkempen kelak sekaligus memberikan peluang yang cerah untuk memenangi PRK Parlimen Hulu Selangor nanti.
Azam Askori
Sdr Fed Up
Prosedur kawalan kualiti bagi pembinaan elemen2 bangunan seperti binaan struktur yang dibincangkan ini jika didasarkan pengalaman saya terlibat dalam pelaksanaan projek2 kerajaan di Putrajaya yang dianggap sesuai dibincangkan, ia membabitkan pengemukaan tiga dokumen QAQC yang saling berkait di bawah oleh pihak kontraktor utama kepada pihak PMC iaitu KLCCPSB mengikut turutan berikut:
a) Dokumen QAQC mengenai pengemukaan katelog/brochure, sample bahan yang menjelaskan elemen bangunan yang dicadangkan oleh pihak kontraktor utama lengkap dengan manual teknikalnya, disamping contoh2 pembinaannya diMalaysia atau diluar negara.
b) Dokumen QAQC mengenai pengemukaan lukisan pembinaan shop drawings yang sudah dikoordinasikan dengan kehendak reka bntuk pihak perunding arkitek, khasnya lengkap dengan butiran kiraan struktur yang disediakan dan ditanda tangan oleh jurutera profesional.
c) Dokumen QAQC mengenai pengemukaan tata cara pembinaan/method of statement yang dilengkapi dengan rajah2 untuk menjelaskannya.
Di mana ketiga2 dokumen QAQC tersebut perlu diserahkan kepada pihak PMC untuk rekod yang kemudiannya menyerahkannya kepada team perunding reka bentuknya - arkitek, jurutera C&S , jurutera M&E (bagi struktur bumbung) untuk mendapatkan komen2 sesuai serta permarkahan masing2 berikut;
A = ditrima
B = diterima dengan sdikit komen
yang dianggap mampu dipenuhi
oleh kontraktor utama
c = diterima dengan banyak komen
yang dianggap sukar dipenuhi
oleh kontraktor utama
D = ditolak
Saya tidak tahu sama ada pihak JKR sebagai PMC projek stadium tersebut mengaplikasikan prosedur kawalan kualiti di atas.
Namun, jika didasarkan kepada lapuran media berkaitan yang mndedahkan dakwaan pihak perunding arkitek tidak diberi peluang memberikan komen terhadap cadangan kontraktor utama menggunakan struktur bumbung jenis space structure buatan Korea yang runtuh itu, ia sesuatu yang tidak sukar untuk kita fikirkan.
Terima kasih Saji.
Typical di Malaysia, secara hitam putih semuanya lengkap tapi praktikalnya boleh dipertikai dengan amat meluas.
Sama macam kebanyakan jabatan kerajaan yang lengkap dokumentasi ISO tetapi amalannya belum tentu - tapi masih terus kekal dapat diluluskan persijilan tahun demi tahun.
Melalui prosedur yang disebut Saji setakat ini (baik dalam kontrak mahupun kualiti), sepatut semuanya adalah jelas. Orang putih kata clear cut.
Malang sekali, kajian stadium runtuh itu memakan masa lebih dari setahun malah negeri dan persekutuan pula masing-masing mengeluarkan rumusan yang berbeza.
Lebih malang, masih tiada tindakan yang telah dibuat terhadap mereka yang bertanggung jawab.
Fed Up.
Sdr Fed Up
"Lebih malang, masih tiada tindakan yang telah dibuat terhadap mereka yang bertanggung jawab."
Saya rasa ada. Tetapi ia dibuat secara senyap2 dan membabitkan perkara2 yang public seperti sdr tidak tahu seperti berikut.
Tindakan susulan oleh pihak JKR sebagai PMC projek stadium tersebut yang mengarahkan kontraktor utama mengemukakan dokumen QAQC mengenai tata cara/method of statement yang menjelaskan secara terperinci dan praktikal mengenai cadangan bagaimana pembaikan bumbung runtuh akan dilakukan dan kepastian ianya tidak runtuh lagi, iaitu arahan di sebalik arahan awalnya mengarahkan kontraktor utama membaiki bumbung runtuh itu di bawah tanggungannya.
Saya timbulkan perkara di atas, kerana saya merasakan (berdasarkan pengalaman) pihak kontraktor utama terbabit ada 'masalah' untuk mengemukakan metod stataement tersebut, atau, jika ia sudah kemukakan, pihak JKR sendiri mengahdapi 'masalah' untuk meluluskannya yang memungkinkan mengapa masih tiada tindakan dibuat kepada mereka yang bertanggungjawab.seperti yang sdr persoalkan di atas.
Stadium itu dibina guna duit rakyat, untuk rakyat guna.
Bila siap laporan, ambil tindakan senyap-senyap, tak mahu heboh.
Jika ini benar, malangnya 1000x lebih parah. Saya pun dah meluat.
Mereka tak tahu ke di internet, orang di internet dah guna "Terengganu Darul Runtuh" cara meluas?
Sebab itu juga persepsi orang ramai yang BN itu sudah busuk dengan rasuah sampai ke usus (dipinjam kata asal dari TDM) tidak luntur walau telah dibuka mata pada PRU12.
Kepada orang macam itu, saya tak segan nak maki. Jadi cukup lah kita cerita pasal ni buat sementara. Takut melalut dan ditegur tuan rumah pulak.
Fed Up
Salam Fed UP
Saya terpaksa mendedahkan kelemahan sistem penyampaian kerajaan tersebut kerana,pertama, desakan sdr mahukan jawapan yang muktamad dalam persoalan2 yang sdr timbulkan, dan kedua, menjawab tegerun sdr OKJ mengenai pentingnya kajian saintifik dan menghindar gejala memfitnah dalam mengulas isu2 yang kita tak ahli /layak melakukannya yang saya sangat setuju.
Assalamualaikum DAKJ,
Certificate error apa ni. Tolonglah.
Salam semua,
Untuk makluman yg berkenaan..
Walaupun saya tak 'terer' bahasa arab (belajar 1thn je masa Tingkatan 4)
Guru = Mudarris
Ustaz = professor
'ustaz' yg ajar bahasa arab kelas saya sendiri yg bagi tau..masa bg salam dia suruh panggil.."Assalamualaikum ya mudarris.."
Pasal sekolah pondok, saya tiada nak komen sgt..cuma saya nk bgtau skop ilmu Islam itu luas lebih dari sekadar Fardhu Ain..Dah rasa sempurna?
Bagaimana dgn hukum halal haram ekonomi seperti riba yg memerlukan ilmu Fiqh Muamalat?
Soal tajaan itu adalah persaingan..kerajaan hantar dlm 300-400 org pelajar JPA & MARA ke Al-Azhar setahun..tempat terhad..dah tentu mesti pilih hantar yg terbaik...kenapa merungut salahkan org lain jika tak dapat peluang?
dan sama jugak..
yg mengaji pondok pun jgn lah suka pandang rendah kat org yg konon mengaji 'sekular' seolah2 mereka dah cukup sempurna, ahli syurga & paling teruk ada yg 'mengkafirkan' org lain..
wasalam
("/)
Kalau begitu, elok juga kiranya Saudara Affendi bagi penjelasan secara spesifik, siapa (definasi) 'ustaz' kaki 5 qualification?
Elok jugalah kiranya Saudara Affendi perjelaskan ilmu apa yang dimaksudkan "mengaji 'sekular'"? Ilmu apa "mengaji sekular"? Kalau doktor,jurutera,akauntan,ahli kimia dan bidang sains yang lain, saya fikir itu ilmu fardhu kifayah.
"...cuma saya nk bgtau skop ilmu Islam itu luas lebih dari sekadar Fardhu Ain..Dah rasa sempurna?" Atau mungkin Saudara yang bertanya dah rasa sempurna?
"Bagaimana dgn hukum halal haram ekonomi seperti riba yg memerlukan ilmu Fiqh Muamalat?" Apakah Saudara bermaksud ilmu Fiqh Muamalat tidak pernah diajar di pondok-pondok?
"Soal tajaan itu adalah persaingan..kerajaan hantar dlm 300-400 org pelajar JPA & MARA ke Al-Azhar setahun..tempat terhad..dah tentu mesti pilih hantar yg terbaik...kenapa merungut salahkan org lain jika tak dapat peluang?"
Ada baiknya Saudara Affendi nyatakan statistik secara tepat,rujukan maklumat di atas.
Majoriti yang belajar di pondok-pondok adalah anak-anak orang PAS. Majoriti bukan anak-anak yang berada. Usahkan nak bayar yuran Universiti, yuran sekolah pun ramai tak mampu bayar.
TIADA yang merungut kalau merit akedemiknya tak layak, TAPI kalau ditolak disebabkan perbezaan fahaman politik itu tidak adil, itu yang dirungutkan. Bukankah tanggungjawab kerajaan memberi peluang pendidikan tanpa mengira latar belakang rakyat?
"....yg mengaji pondok pun jgn lah suka pandang rendah kat org yg konon mengaji 'sekular' seolah2 mereka dah cukup sempurna, ahli syurga & paling teruk ada yg 'mengkafirkan' org lain.."
Saya fikir, itu tafsiran dan pandangan saudara!
Ramai guru yang mengajar, saya lihat memberi pandangan umum, sifat-sifat umum, bukan spesifik kepada mana-mana individu.
Sifat-sifat ahli syurga dijelaskan Al-Quran dan HAdis. Sifat-sifat ahli neraka dijelaskan Al-Quran dan Hadis. Jalan ke syurga dijelaskan Quran HAdis, jalan ke neraka dijelaskan Quran hadis. Sifat-sifat Taqwa dijelaskan quran hadis. Sifat-sifat fasik,munafik, zalim dijelaskan quran hadis.
Tiada satu perkara pun tertinggal dalam quran hadis.
Para Ustaz hanya memperjelaskan sifat-sifat di atas secara umum, tiada spesifik kpd mana-mana individu. Jangan pula kita mengatakan seolah-olah mereka (ustaz) dah sempurna, mereka hanya memberi peringatan, menyampaikan ayat-ayat Allah swt kpd masyarakat, mendidik masyarakat. Salah ke?
Sdr Lngit Biru,
1)Silapkah saya fikir 'ustaz' perlu taraf PhD(Dr.)/ Prof utk ajar bidangnya supaya tidak menyesatkan? "Atau mungkin Saudara yang bertanya dah rasa sempurna?" - itu terpulanglah kpd minda anda utk 'prejudged'.
2) Saya kira dgn soalan itu, sdr arif benar dgn silibus pengajian sekolah pondok & ilmu Fiqh Muamalat (FM). Kiranya silibus sekolah pondok dah cukup merangkumi:
- Apa itu riba & item2 ribawi? (vektor pembawa penyakit)
- aplikasi & modus operandi Sistem Perbankan Konvensional (SPK)- kena faham prinsip accounting. (cara mengenali penyakit)
- Bagaimana terjadinya hukum riba dlm SPK (mengenal simptom2 penyakit)
- Bagaimana kaedah akad urusniaga yg betul? (cara mengubati penyakit)
- Derivatif aplikasi FM dlm SPI : Bai-al-inah, Bai bithamin wal ajil, Bai muajjal, Hibah, Ijarah, ijarah summa Bai (ubat2 penyakit) .
3)Bab beri sumber mesti saya je ye? Hal terjah2 tu serah kat org mcm sdr? :) 300-400 tu hanya anggaran saya berdasarkan info rakan yg ada anak belajar disitu .Pelajar kita disana mengaji dlm pelbagai displin termasuk perubatan, bukan agama saja.Nak masuk Al-Azhar kena lalu STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), lulus cemerlang baru dpt pergi atas tiket Memorandum Persefahaman Kerajaan Malaysia - Univ. Al Azhar 1999, yg diwujudkan utk piawaikan kreteria kemasukan .
Keputusan STAM 2009. Dari 6,290 calon STAM'09, 422 (9%) dpt 'Mumtaz' (Cemerlang). Dah tentu yg Mumtaz ni sebelah kaki dah kat sana. My estimate still fall within the range. Alhamdulillah.
4) Tentang anak2 org Pas yg mengaji pondok, no komen, saya cuma nak tanya, kenapa tak pi mengaji Sek. Keb. atau Sek Men. Agama bantuan penuh. Yg miskin boleh mohon biasiswa kecil & RMT (Rancangan Makanan Tambahan).. yuran murah. Sekolah pondok ni kategori swasta mcm SRJK juga & dah tentu serba-serbi kos letrik-air, gaji guru etc. ditanggung melalui yuran. Kenapa perlu nak salahkan org lain?
5) Alhamdulillah kalau sdr faham ilmu2 'sekular' tu adalah fardhu kifayah, jelas ilmu Islam memang luas cuma si jahil saja nampak sempit, tetapi ingatlah juga, apa yg anda faham tak semestinya org lain pun faham.
6)Tak salah ingat mengingati & berpesan & cuma dlm asyik berpesan jgn terlupa berpesan kepada diri sendiri juga..tak begitu sdr?
Blog AKJ menjadi saksi sdr pernah menyebar fitnah ttg Petronas kerana tidak faham apa itu untung (profit) & hasil (revenue)? (Maintain buat kering je ke sdr?) Al-fitnatul assyadul minal qatl..
7)"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan di pertanggungjawabkan"
(Al-Israa', 17:36)
8)"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". ( Al-Asr:1-4)
Maaf Dato AKJ terpaksa buang masa utk siar komen saya ini di post lama.
I stand to be corrected by my words. Like you Dato', I don't do cheap lip services @ zero substance
Wasalam
(",)
Saudara Affendi hussain,
1)Silapkah saya fikir 'ustaz' perlu taraf PhD(Dr.)/ Prof utk ajar bidangnya supaya tidak menyesatkan?
Tidak silap.
Lain orang, lain pendapat,lain kayu ukurnya. Pendapat Saudara Ustaz perlu ada PhD(Dr)/Prof. Pendapat saya, Ilmu Agama amat luas, bukan semata-mata diukur dari Ijazah Kedoktoran PhD(Dr)/Prof. baru dianggap layak.
“Pasal sekolah pondok, saya tiada nak komen sgt..cuma saya nk bgtau skop ilmu Islam itu luas lebih dari sekadar Fardhu Ain..Dah rasa sempurna?”
Semua orang tahu, skop Ilmu Islam itu luas….bila dibaca ayat seterusnya,… Dah rasa sempurna?, seolah-olah terdapat nada ego disini!
3)Bab beri sumber mesti saya je ye? Hal terjah2 tu serah kat org mcm sdr? :) 300-400 tu hanya anggaran saya berdasarkan info rakan yg ada anak belajar disitu .
Sebenarnya, Saudara sendiri yang mengajar saja bagi maklumat yang tepat, bukan terjah2. Jadi, kalau Saudara sendiri yang terjah2, tak bertepatan dengan apa yang Saudara ajar!
“Pelajar kita disana mengaji dlm pelbagai displin termasuk perubatan, bukan agama saja”. Saya dan semua penjenguk disini sudah sediamaklum, bukan lah saya bodoh sangat sampai perkara sedemikian pun tak tahu. Cuma, bila kita bincang dalam kontek “Ustaz” orang yang berilmu agama, pengajian yang dimaksudkan tentulah pengajian Islam, bukan pengajian perubatan atau lain-lain bidang.
4) Tentang anak2 org Pas yg mengaji pondok, no komen, saya cuma nak tanya, kenapa tak pi mengaji Sek. Keb. atau Sek Men. Agama bantuan penuh. Yg miskin boleh mohon biasiswa kecil & RMT (Rancangan Makanan Tambahan).. yuran murah. Sekolah pondok ni kategori swasta mcm SRJK juga & dah tentu serba-serbi kos letrik-air, gaji guru etc. ditanggung melalui yuran. Kenapa perlu nak salahkan org lain?
Tak apa kekurangan serbaserbi…alhamdulillah, tidaklah sampai kebulur, yang penting dapat menadah ilmu. Soal sekolah mana nak pilih, terpulang…..masing-masing ada pertimbangan sendiri. Bukan menyalahkan orang lain kekurangan tersebut, tetapi sebagai PEMERINTAH, apakah segala aktiviti termasuk pendidikan agama yang dikaitkan DENGAN PARTI LAWAN, tidak wajar dibantu?
6)Tak salah ingat mengingati & berpesan & cuma dlm asyik berpesan jgn terlupa berpesan kepada diri sendiri juga..tak begitu sdr?
Blog AKJ menjadi saksi sdr pernah menyebar fitnah ttg Petronas kerana tidak faham apa itu untung (profit) & hasil (revenue)? (Maintain buat kering je ke sdr?) Al-fitnatul assyadul minal qatl..
Saudara memilih untuk mengungkit perbincangan lepas. Saya tidak menyebarkan fitnah ttg petronas, sekadar mengambil keratan dari majalah THE EDGE, satu majalah yang cukup terkenal. Juga merujuk kepada perbahasan di Parlimen.
…tidak faham apa itu untung (profit) & hasil (revenue)…kalau Saudara fikir saya tak faham, itu terpulang lah kpd Saudara yang AMAT arif dan faham!
Bagaimana dengan takrifan “tugas rasul hanya menyampaikan risalah Allah swt”, dah bincang dengan Ustaz PhD/Prof ?
Selective argument..?
Fiqh muamalat?
Character assassination based on assumption..?
Maklumat tepat ??
Tanggungjawab "Pemerintah" hanya merujuk kpd kerajaan pusat?
Laporan majalah terkenal dipetik drpd sumber ahli politik = analisis ilmiah drpd fakta mutlak?
Menyebarkan maklumat salah yg boleh menjatuhkan kredibiliti & integriti sesuatu pihak (BOD Petronas?) bukan suatu "fitnah"?
Al-Isra':36, saudara ada komen?
Saudara Langit Biru.. terima kasih kerana memberi sebab untuk saya tidak mengendahkan bicara saudara lg di masa hadapan..
Untuk soalan akhir, jika ada masa kita boleh bicara panjang di kemudian hari itupun jika saya masih ada masa & selera lg..
wasallam
("/)
I read your February Malaysian Business, you talked about The New Malaysian Model but suddenly you diverted your attention to Singapore Chinese Immigrants.Why?Are you a racist or a crony of Umno? Like Mamakthir you are also descendant of immigrants.what about the Sabah Muslims immigrants? The pot is calling the kettle black.I think you better be a politician.ha,ha.....
YMMalbertPang
Post a Comment