Saturday, March 06, 2010

MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

OLEH sebab saya, seperti juga rakyat jelata Malaysia yang lain, tidak “privy” kepada Model Ekonomi (Model Baru Ekonomi?) – New Economic Model – yang khabarnya akan diumumkan penghujung bulan ini, maka saya hanya boleh bertanya dan membuat andaian.

Bagi saya, buatlah apa pun dan gunakanlah apa jua label, tetapi semuanya tidak berguna dan tidak sah jika Perlembagaan dan Rukun Negara tidak dihormati.

Ia tidak berguna dan tidak sah jika kepentingan majoriti, sama ada daripada aspek bangsa, agama, status ekonomi atau wilayah diabaikan.

Perlembagaan menjamin hak semua rakyat jelata dan memberi beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah sebagai bangsa tuan rumah.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan amat jelas dan terperinci mengenai hal ini dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melaksanakannya.

Kalau pemerintah boleh melesenkan orang bukan Islam membuka kedai judi, kedai arak dan pusat-pusat istirahat yang kemudiannya menjadi sarang pelacuran, kenapa pemerintah tidak boleh terus mengeluarkan lesen dan memberi biasiswa, latihan dan pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Benarlah tempoh laku DEB sudah berlalu dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu oleh Dasar Pembangunan Wawasan, tetapi hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak kekal.

Kemiskinan kembali mengancam dan jurang pendapatan semakin meluas. Matlamat menyusun semula masyarakat masih belum terlaksana.

Jadi, bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang miskin kerana sekarang masa melaksanakan dasar ekonomi bebas?

Bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang miskin dan orang berpendapatan rendah kerana pemerintah wajib menghapuskan subsidi, membuka pasaran dan melaksanakan tender terbuka selaras dengan tuntutan negara maju?

Perkara 153 Perlembagaan

Apakah peruntukan 153 Perlembagaan seperti berikut tidak bermakna lagi?

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”

Apakah keghairahan pemerintah memperkenalkan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi daripada subsidi dan membuka seluas-luasnya kepada persaingan global menghalalkan segala-galanya.

Bukankah Perkara yang sama mengatakan: “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.”?

Apakah subsidi terlalu buruk dan terlalu membebankan pembayar cukai sehingga pemerintah perlu mengorbankan kepentingan rakyat jelata miskin tanpa mengira bangsa, tempat dan wilayah?

Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?

Atau apakah Perjanjian Perdagangan Bebas begitu penting dan kritikal sehingga hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan terpaksa diabaikan?

Umno dan Risiko Politik

Nampaknya begitulah. Apa tidaknya, apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, pada 5 Mac dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.

Dengan sombong juga dia berkata persaingan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penyokong Barisan Nasional “yang menyokong agar dasar ekonomi yang berasaskan bangsa dan naungan politik diteruskan.”

Soalnya, apakah Umno yang ditubuhkan sebagai parti nasionalis Melayu yakin hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dikorbankan atas nama MEB, penghapusan subsidi dan persaingan global?

Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?

Apakah mekanisme perundingan massa seperti Kongres Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) tidak berguna lagi kerana kini wujud Majlis Penasihat Ekonomi?

Buat sementara waktu ini, nampaknya kita rakyat jelata hanya boleh bertanya, berharap dan berbahas sesama sendiri dalam sidang, seminar dan perhimpunan massa anjuran badan-badan bukan kerajaan Melayu.

Kalau seperti kata Ahmad Husni Hanadzlah, risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB, maka apa yang tinggal kepada kita adalah menanti saat ia datang melawati kita dan kita bertindak balas ke atasnya.

103 comments:

Anak Johor said...

1 Malaysia ialah satu dasar sosial yang masih belum jelas dan tercapai, bahkan masih menjadi bahan jenaka pula.

Mengapa mahu di ujudkan MEB pula ?

Ingat bahawa sekali anda telah memberi, tidak kira di pihak mana pun, mereka tidak sekali akan memulangkannya semula. Bahkan bersikap di beri betis, mahu paha pula.

Contoh paling ketara dapat di lihat pada hari ini di dalam negara dan juga di seberang negara.

Bak kata seorang coach badminton Malaysia dari luar negara, Di Malaysia mereka mahu keputusan yang besar pada kadar segera tanpa mengambil kira kelemahan perkara dasar.

Orang luar juga yang nampak hal ini.

Unknown said...

Dato' kata "....Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?..."

Saya rasa dah byk kali saya ckp benda ni. Saya terasa M itu telah dipinggirkan sekian lama. Maka, UMNO jadi U.NO

Komen terawal sejak timbul 1Malaysia dulu saya dah cakap, kalau nak 1Malaysia tubuhlah parti 1Malaysia. UMNO ada perlembagaannya tersendiri.

nu·me·ro u·no (nm-r n, ny-)
n. Slang
1. One that is first in rank, order, or importance.
2. One's own interests; oneself.
adj.
Number one.
[Spanish número uno or Italian numero uno, number one.]

/MANTOL/

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

This is the age of sloganeering and rebranding! Very true indeed of what Dr Mahathir said about half-past sixes in control of the country. They haven't learn anything with their many years in the cabinet.

They talk big and feel safe for themselves least for the meantime. Bangsa is dispensible. We must catch votes!

Out of his own doing Najib now has to shoulder many biawak hidup. Things can't go right for him and worse the RAKYAT suffers with all these people putting trash ideas.

The economic situation must be that bad. My daughter teaching at Skudai was instructed to bring students for swimming competiton at Batu Pahat. She can't claim mileage, food and lodging! The Pengetua said that classroom fans can be only switched on after 10am.

What is this PERMATA scheme with RM millions being allocated? High performance schools to be given RM1 million? Much salary increase for Pengetua who performed well? Don't we know that it is the ordinary teachers who slog even weekends to bring up the name of the school? The Pengetuas are always out of office to attend meetings and courses.

Many of our government systems are suffering from sustainability crisis. Talk is cheap.

Roti Planta said...

Dato',

UMNO kan pemerintah. Jadi buat sahaja lah perkara-perkara kononnya untuk kepentingan Melayu/Bumiputra. Lagi pun MCA dan MIC sedang lemah. Inilah masanya!.

Namun setelah lebih 50 tahun memerintah, orang Melayu/Bumiputra terus ketinggalan, UMNO makin dilupakan maka keluar ayat bidaah bahawa Melayu perlu menyokong UMNO kerana Melayu masih ketinggalan. Kalau begitu pegangan Dato, maka lebih baik Melayu dibiarkan terus ketinggalan kerana selagi Melayu ketinggalan maka selagi itu UMNO kena disokong.

Pada pandangan saya, Melayu perlu terus dibantu tetapi bukan oleh UMNO.

Bye/ Roti Planta

pakteh adam said...

Salam Dato

Mungkin pemerintah tengah bersenang hati ekoran daripada apa yang sedanag berlaku di seberang sana. Kekuatan sudah dirasakan kembali. Tenaga sudah muda dirasai. Jari jemari dirasakan sudah mampu menjentik sekali lagi.

Kadang kadang saya rasakan pribahasa, sudah terantuk baru tengadah sudah tidak relavan lagi.

Adakah mereka begitu yakin, Melayu akan bila terpandang logo UMNO dan terus terpukau lalu sujud lah ia?

Sebagai orang kampung, tergamam juga bila membaca, bagaimana sorang president parti komponen BN yang hampir tidak relevan dihadiahkan seutas jamtangan bernilai RM500,000.00 oleh jutawan Hong Kong.

Sinis Malaya said...

Salam,

Spot-on! Melayu memang mudah LUPA!

Melayu Pasir Gudang said...

Salam Dato'

Orang-orang melayu yang celik perlembagaan mesti menerangkan kepada PM dan barisan kabinetnya batapa negara ini di lindungi oleh undang-undang yang di namaknnya PERLEMBAGAAN NEGARA justeru itu mana-mana peraturan atau undang-undang yang melanggar perlembagaan samada secara langsung atau tidak langsung mestilah di lawan.

basicnya senang. cuma ada satu malaysia sahaja dalam dunia ini iaitu malaysia yang merdekanya pada 31.Ogos 1957 dengan perlembagaan yang telah diterima oleh semua semasa kemerdekaan. justeru itu sebarang doktrin yang cuba menafikan perlembagaan akan mewujudkan malaysia yang kedua.

maknanya kalau ada cubaan untuk menyamaratakan (sama rata sama rasa) masyarakat malaysia maka bukan lagi malaysia yang satu tapi ada malaysia baru.

wallah ualam.

tamingsari said...

Asalamualaikum Dato'

Artikel yg provokatif. Kita tunggu dan lihat sejauh mana dasar baru ini memberi manfaat pada rakyat dan sekuat mana ianya menjaga kepentingan bangsa melayu.

Orang melayu tidak mempertikaikan kekayaan yg dimiliki bukan melayu sebagaimana mereka tidak pernah mempersoalkan kemiskinan dikalangan bumiputera. Kita lebih berhak menuntut keadilan ekonomi dibumi sendiri setelah bertolak ansur dgn mereka dalam banyak perkara.

Tidak dinafikan untuk terus berkuasa Umno perlu sokongan bukan melayu. Bagaimanapun, kepentingan bangsa melayu terus dipertahankan
dengan memberi faham bahawa sebarang ancaman terhadap kepentingan orang melayu, adalah ancaman terhadap keamanan negara.

Sikap toleransi dadam hal budaya dan beragama menjadi amalan rakyat. Begitu juga hendaknya wujud toleransi dibidang ekonomi bagi bumiputra. Melayu masih perlu pembelaan dari kerajaan. Andainya perkarai ni tidak diterjemahkan didalam dasar yg bakal diumumkan, saya bimbang Umno bakal hilang sokongan dari orang melayu sendiri.

zainal abidin awang kechik said...

menarik..sungguh..tok punya ispirasi penulisan..
APA YANG TOK GAMBARKAN MENJADI TERINDAH MALAYA DISANA..


SALAM

pak_samad said...

Datuk,
Intipati MEB belum diperjelaskan. Janganlah cepat sangat buat kesimpulan. Apa-apa pun, keistimewaan lebih atau kurang kepada bumiputera, biarlah ia menjuruskan kepada mengajar bumiputera menjadi berdikari.

Kalau kita tengok perniagaan bumiputera, banyak yang mengharapkan kontrak dengan kerajaan. Tak kiralah samada dalam bentuk vendor ataupun kontraktor. Agen adalah bumiputera, tetapi principal adalah biasanya kaum cina. Dengan kata lain, bumiputera ni banyaknya jadi salesman. Kerja-kerja yang susah sikit seperti bidang pembuatan dan business development untuk sektor swasta kurang mendapat sambutan. Jadi, sudah tibalah masanya kerajaan tengok daripada segi penyertaan bumiputera dalam economic chain yang lebih tinggi. Mungkin apabila bumiputera sudah berjaya, mereka mungkin tidak perlukan lagi talian-hayat daripada kerajaan.

Anonymous said...

Akibat kepimpinan yang lemah Dato'
Terima sahaja lah... apakah sekarang Dato' baru sedar....!!!
Jangan di ajar orang melanggar Perlembagaan dan pucuk pimpinan negara berdiam diri kerana kepentingan peribadi bukan atas dasar kepentingan negara.
Penulis seperti Dato' juga berdiam diri malahan masih mahu mengampu untuk keseronokan sementara, takkan lah Menteri Kewangan kedua berani bercakap kerana dimana letak nya Perdana Menteri? Masa pukul anak sindir menantu dah berlalu Dato', we need to hit right on target, tembak mesti ke sasaran yang tepat. In short and simply said Najib is unfit to be the president of UMNO!!! AnakUMNO69.

Quantum Metal Consultant said...

Tak kesah kalau mereka tidak melanjutkan legasi Tun Mahathir tetapi janganlah pula menjadi pengkhianat kepada Allayarham Tun Abdul Razak.

abdullahngah said...

Kalau begitu ianya macam syarat yang ditetap oleh Allah jugalah.

Perempuan yang keluar tidak menutup aurat tidak diterima sebarang amalan yang dilakukan.

Solat lima waktu, puasa sebulan bulan ramadan, keluar zakat tunai haji tidak diterima jika keluar tidak menutup aurat.

Itulah syarat di nyatakan oleh Hadis nabi.

macam juga DEB dan apa apa ransangan yang pernah di wujudkan dan dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.

Sebab itu segala galanya tidak berjaya membasmi kemiskinan.

Apatah lagi koutar 30 peratus yang diperuntukan kepada orang Melayu.

Apabila yang menjadi syarat sepertimana yang ditetap tidak dipatuhi maka tunggulah risikonya nanti.

Sekarang kita nampak dengan jelas kedudukan agama islam bangsa Melayu berada dalam bahaya.

Atau dengan kata lain ia mengancam keselamatan dek tindakan kepimpinan yang mementang perut yang disifat oleh Saidina sebagai tidak berguna langsung.

Pendek kata perutlah punca segala penyakit.

Oleh itu tidak hairanlah begitu ramai orang melayu yang kena kecing manis dan tunggu masa untuk dikerat kaki, tangan dan lepas itu mati.

Saya percaya apa yang dinyatakan oleh Datuk Kadir jasin itu suatu realiti yang tidak dapat dinafikan.

Buatlah apa apa pun tetapi ianya adalah risiko yang sangat besar kepada orang melayu dan agama islam di negara.

pokok pengkalnya kepimpinanan negara kasih kepada nabi Mohammad macam Abu Lahad yang sambut kelahiran ana saudara dengan tawaf kaabah tujuh keliling.

Abu Lahad sangat gembira dengan kelahiran Mohammad, tetapi menentang bulat bulat dengan dahkwah yang dibawanya.

Pokok pangkalnya tidak ikut islam atau dengan kata lain tolak ajaran islam.

Islam jelaskan judi haram tapi dilesenkan (halal) Islam jelaskan arak haram tapi dibina kilang.

Anonymous said...

Kalau Melayu je duk open, bajet liberal konon tapi cina yang mendesak tapi masih dengan kecinaan mereka... jawabnya Hancur Melayu !

Unknown said...

Dato'

Rasanya tajuk MEB ini telah sering di bangkit tapi hidung pangkal pun belum nampak....Diharap yang diheboh hebohkan ni tak kan jadi AntiClimax bila di tayangkan nanti.....

Wayang "Akan Datang" selalu menampakkan ciri ciri Hebat tapi bila kita keluar duit pergi tengok amat menghampakan.. Diharap MEB ini tidak akan jadi Wayang "Akan Datang" "B" Grade Movie.

amarneng said...

DATUK...

Apabila sesuatu perubahan dan dasar yang akan dilaksanakan seperti "MEB" disaluti dengan keangkuhan oleh perancang dan pengubal, biasanya ianya hanya akan memberi banyak faedah kepada kroni kumpulan tersebut.

Misalnya, Dasar Politik Pembangunan yang dicanang oleh Ketua Menteri Pehin Seri Taib lebih 25 tahun lalu ianya pada mulanya di lihat sebagai gula-gula untuk rakyat.Dan jika dirujuk kepada modul asal yang diilhamkan oleh pehin seri memang konkrit tetapi malangnya apabila kerakusan mengatasi misi dan wawasan.Apabila ianya sudah melangkaui hampir 3 dekad. Hasilnya cuma politik pembangunan itu untuk kerabat dan golongan bukan Melayu.Manakala Dayak dan Melayu/melanau serta peribumi Sarawak hanya menjadi penyaksi kehilangan dan kemusnahan harta warisan yang sepatutnya menjadi milik peribumi berpindah kepada kepentingan asing.Para Yang berhormat dan golongan bangsaan dan kerabat pehin gila menjual harta milik generasi akan datang.Lebih 3 juta ekar tanah berpindah tangan kepada kepentingan asing melalui kepentingan setempat.Dari Hutan ke tanah dan sampai ke laut seakan tidak ada baki untuk generasi akan datang, kegairahan membangunkan ekonomi bertukar menjadi malapetaka akan datang yang sudah pastinya akan menghempap rakyat yang sudah miskin dan merana,apa tidaknya tanah yang menjadi teras kehidupan manusia sudah dijajah dan digadai orang dan generasi hari ini hanya disebabkan oleh kegilaan membangunkan ekonomi dan rakus dengan kekayaan.

Seperti biasa Dasar ekonomi seperti MEB memang ada rahsia dan hanya diketahui oleh perancang dan pengubal. Rakyat biasanya akan melopong mulut menelan air liur basi kerana yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus merana.Yang berkuasa akan terus berkuasa ...Apabila ia di ulas dan dikaji semula, sifat dan kelemahan rakyat akan ditonjolkan dalam menudungi bangkai kegagalan ciptaan mereka sendiri.

Datuk...

Apabila datuk menyentuh mengenai hak peribumi Sarawak dan Sabah...saya begitu khuatir akan nasib peribumi di sini...Dan saya teringgatkan akan sumpahan "Tuggau"(seorang makhluk yang gagah dan besar dalam lagenda rakyat di Batang Igan).Beliau mati di bunuh menantunya yang bernama Siong (Iban) dan sebelum mati beliau bersumpah yang kononya " Orang Iban hanya akan dapat memerintah dan menjadi Tuan kepada bumi Kenyalang apabila semua hasil mahsul negeri ini sudah habis dan setelah dilanda 7 sumpahan".

Jadi jika di renung, memang barangkali ada kebenaranya bahawa peribumi Sarawak akan menjadi tuan di negeri sendiri selepas Sarawak miskin dan porak peranda.Bak kata pepatah Iban " Apabila Lubuk Udah Nyadi Langkang Baru Nemu....."

Saya tidak bermaksud Sarawak bukan peribumi tuanya tetapi jika dikaji memang itulah hakikatnya...

Wallahualam....

vinnan said...

UMNO/Perkasa tahu bahawa orang Melayu secara umum tidak akan berani memberontak, walaupun ditindas dan diperbodohkan. Kalau ada yang memberontak pun hanya segelintir daripada masyarakat Melayu. Lagipun polis menikmati kenaikan gaji yang lumayan serta perlarasan 1 tahun, sudah pasti polis akan dengar cakap UMNO/Perkasa. Tak hairanlah UMNO/Perkasa Sedia Hadapi Risiko Politik.

dheep said...

Anda mengaku tidak mengetahui apa-apa mengenai NEM tapi merasakan adil untuk membuat spekulasi.

Apa salahnya menunggu, nilai dan baru memberi respon?

Kedua, hak istimewa orang melayu termaktub dlm perlembagaan, tidak ada mana-mana dasar kerajaan boleh menghapuskannya (dengan mudah). Saya kecewa kerana anda sudah menjadi seperti kebanyakan mereka yg lain yg mengikut emosi tanpa memikirkan perkara ini secara rasional terlebih dahulu.

Anonymous said...

Dato

Kita mengalu-galukan dasar baru ini. hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra lain termaktub dengan kukuh didalam perlembagaan kita dan tidak mungkin tergugat.

Jika kita lihat dari tahun 1990 hingga kini, walaupun keistimewaan itu utuh didalam perlembagaan, tetapi dari segi hakikatnya keistimewaan itu bagi massa melayu tidak membawa apa-apa kemajuan signifikant kecuali kepada segelintir puak-puak UMNOputra dan kroni-kroni mereka.

Hakikatnya orang melayu diluar UMNO masih berada ditakuk lama dan makin terhimpit oleh arus globalisasi dan himpitan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Cuba kita buka mata dan kepala kita luas-luas melihat nasib orang melayu diluar UMNO dan ahli-ahli kerdil UMNO diseluruh negara.



Dalam 20 tahun lebih ini, banyak roterik-roterik dibuat oleh pemimpin besar UMNO untuk memajukan orang melayu. Hampir kesemuanya hanya roterik untuk memancing undi sahaja. Kalau adapun, ia banyak gagal diperingkat perlaksanaan.

Diatas kertas, cantik, tetapi bila dilaksanakan banyak penyelewengan.Last-last yang mendapat manafaat hanyalah kumpulan-kumpulan tertentu dalam UMNO sahaja. Ahli-ahli kerdil UMNO yang majoriti pun tidak mendapat manafaat apa-apa.

Dasar baru yang dato sebutkan juga akan menemui nasib yang sama juga. Kita bukan bersikap pesimis tetapi trend sejak zaman TDM dulu tidak pernah berubah. Kita alu-alukan usaha murni ini. Tetapi "onus to prove our pesimistic is wrong lies with th gomen, mainly on UMNO lead gomen".

Gomen kena buat betul-betullah dengan ikhlas untuk kepentingan rakyat bukan untuk kpentingan segelintir.

bat8

pakbelalang said...

The New Economic Model will determine which direction Najib is going to lead the country. If the model which is going to be announced soon appears to have so many contradictions and controversies particularly with regard to the position of Special Malay and Bumiputra Rights, then I am afraid the governmet led by Najib will continue to have nightmare to move forward.

The success and failure of the NEM will depend much on the perception of the rakyat. No matter how creative the NEM is but if there is rejection across the board among the majority of the rakyat especially the Malays then it will be doomed for BN govt. come PRU 13.

It will be a "field day" for the Oppositions' symphatizers and supporters to continue to ridicule and manipulate the minds of the rakyat to take advantage of the "perceived" weaknesses in the new model.

The govt. must prepare themselves to get ready with a "solid" FAQ (Frquently Ask Question) and "rehearse" in order to counter all the expected negative elements that could be detected and identified after realeasing the NEM to the public so that the govt. won't get caught off guard.

If Najib just buldozes all the way and announces the NEM without having contingency plan or "dry run" on the NEM then I can safely say that Najib will have to face the "music" and spend most of his time doing the explaination to support his economic policy without having getting the model off the ground immediately.

As far as I am concerned I am more interested in the education aspect of the NEM. I would be very happy it the model incorporates a target to have more Malay professionals particulary in the field of engineeering, science and technology.Indeed, it would be very ideal if the Malays could get 60% of the total professionals in this country by 2020.

Orang Kampung said...

Datuk,
Terima kasih kerana mengutarakan panadangan sedemikian. Ia saya anggap satu peringatan berguna, sementara peringatan itu sendiri adalah" berfaedah kepada orang mukmin "- maksud al-Quran.

Menyentuh tentang dasar, saya tidak gusar jika DEB dihapuskan kerana ia ada tempoh tertentu tetapi saya rasa dukacita apabila ciri-ciri utamanya dikikiskan sedikit demi sedikit.

Saya pun hairan kenapa ciri-ciri utamanya menjadi begitu, sedangkan dalam konteks pembangunan sosio ekonomi di Malaysia ia dilihat lebih relevan untuk selama-lamanya.

OKJ said...

Salam DAKJ

The future conundrum

Is it true that the Malay future in Malaysia is still in a conundrum? However, with more than 50 years of experiences, I think our government knows what to do and what is the best for all Malays in Malaysia. Although, there will be small lumps and bumps here and there, but it won’t metastasize to become cancerous. In reality, making mistake is unavoidable. Mistake makes everyone more mature and becomes more responsible to themselves and others. However, we shouldn’t make the same mistake repeatedly. My presentiment said that the 1 Malaysia concepts are so alluring and enchanting to all Malaysians. On the same time, Malay suzerainty won’t be forgotten as well as the good deeds from the seniors (orang lama). Sekian TQ.

Hisham said...

assalamulaikum dato'.

Saya mememang semakin takut dengan apa yang berlaku pada masa sekarang. Pihak UMNO pada hari ini hanya mementingkan periuk nasi mereka sahaja tanpa memikirkan masalah yang di hadapi oleh rakyat terutama rakyat yang masih lagi hidup dalam kesempitan kewangan.

Apakah dengan perlaksanaan Model Ekonomi Baru ini akan berkesan kalau rasuah pihak atasan masih lg berleluasa????

Bagaimana dengan karenah Birokrasi yang masih lagi berlaku dalam negara yang tercinta ini???

Syafiqa Binti Kadir said...

BERITA GEMPAR!! MENGGEGARKAN!!

Assalamualaikum Tok Kadir dan para pembaca yang lain:

Sila baca dan fahami rencana ini yang bertajuk "Nasib Melayu di Pulau Pinang" (klik di sini).

Kalau kita benar-benar ambil berat mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang, wajib baca rencana ini.

Sekian.

Anonymous said...

salam dakj,
disini saya paste kan komen saya kpd blog dato seri raja ahmad zainudin yg rasa brkaitan dgn tajuk tulisan dakj. salam DSRAZ,
hak melayu dan islam telah pun dipertikai dan dipersendakan olih mereka2 semua personaliti pkr,dap,pas,mic,mca dan macam2 lagi tiada apa pun yg dapat dilakukan olih umno, saya dapat merasakan kekecewaan melayu, umno dilihat saya ulang DILIHAT gagal memperjuangkan orang2 melayu deb bungkus, biasiswa jpa kurang, amanah saham dulu pnb ditubuhkan utk mempertingkatkan ekonomi bumiputra tetapi kini sudah bukan keutamaan pnb kpd bumiputra dan macam2 lagi. pemimpin2 umno seolah olah lupa pru12 yg mengangkat bn ialah kemenangan olih umno. mca, mic, gerakan hancus apakah jawapannya kpd pru13??
sekian dr orang perak dipahang.

ab said...

Salam Dato'


Nada tulisan Dato sudah meng`ain' kan gambaran negatif MEB ni...100% kalau tak 200% saya yakin akan berakhir dengan `lingkup' lagi sekali 5-6 generasi bangsa melayu....


MEB ni nak kayakan:-

NAK KAYAKAN NEGARA ( risab simpanan negara)??

NAK KAYAKAN penduduk?

NAK KAYAKAN ORANG MELAYU?

Nak sempitkan jurang perbezaan pendapatan rakyat?

Nak sempitkan jurang perbezaan pendapatan bangsa melayu dan cina?

Nak kayakan geng??

Enslaved the malays?-kalau dah miskin jadi `hamba' kurun ke21 laa..!


KALAU NAK KAYAKAN KERAJAAN....tak mungkin, sebab kerajaan bukan ditubuhkan untuk jadi kaya,tetapi menguruskan rakyat dan negara sebaiknya.


Konsep `kerajaan' ialah to spend and to expand at all/most of the times(expenditures,infrastructures,
employments, etc) untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
TAK ADA KONSEP UNTUNG langsung seperti perniagaan,dalam pentad-biran kerajaan.....


KALAU KERAJAAN berniaga, mampuslah rakyat..mana bolih lawan...kerajaan
cap duit,tak bayar cukai,bolih tetapkan faedah,ada hakmilik keatas sumber dsb...KALAU MEB membolihkan kerajaan berniaga, MAMPUS RAKYAT BANGSA MELAYU LAGI CEPAT!!.


KALAU MEB bertujuan menidakkan subsidi kepada rakyat...ni sudah kontra fungsi sebuah kerajaan itu juga....SUBSIDI bukan jenayah, BATALKAN SUBSIDI bolih jadi kes jenayah kerajaan memerintah...

NEGARA MANA YANG TIDAK ADA SUBSIDI???..

Kedudukan keewangan kebanyakan orang melayu setakat ala kadar saja...at best kalau dah pencen,umur 55-58 tahu ada sebuah rumah(dah habis bayar?) dan sebuah kereta( dah habis bayar?)..dan dibebani dengan persediaan anak-anak untuk kekolej/universiti dan juga persediaan anak-anak untuk berkahwin,downpayment kereta anak,downpayment rumah anak etc....PERUNTUKAN untuk anak-anak ini mungkin 100-200 ribu ringgit,mungkin lingkup duit gratuiti dan KWSP!! .....

LEPAS tu TINGGAL NYAWA DAN MYKAD SAJA, tunggu sakit dan gol!....

Kalau ada dua atau lebih rumah/ kereta,itu dari sumbangan pekerjaan suami/isteri.Kalau ada yang cari duit dengan berniaga sambilan,MLM, dapat harta faraid, kena ekoq, menang judi, rasuah dbs...adalah lebih sikit kut duitnya!


TETAPI KEBANYAKAN ORANG MELAYU MASIH KURANG KEMAMPUAN KEEWANGAN untuk benar-benar MERDEKA di tanahair kita ni!!


SO MEB MUST SHOW HOW THESE ARE ATTENDED TO,kalaupun tidak, tunjukan rancangan yang meyakinkan.
Kalau tidak, MEB adalah racun berbisa tanpa penawar untuk orang melayu....pasti keok!

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato',

Syabas, akhirnya Dato' bersuara.

Anak Parit/Bota

xpara87 said...

Setuju dengan AIRMAN 1,
Dah pencen yang tinggal hanya Mykad, Kad pencen dan tunggu nak gol saja...

:: c'chantique :: said...

assalamualaikum....

1. negara maju pun ada subsidi...

2. dengan subsidi pun, rakyat hidup cukup2 makan..apatah lagi tanpa subsidi..

3. Islam Hadhari, 1 malaysia hanyalah slogan semata2..tetap akan mati ditelan zaman..

4. 100juta buat PERMATA adalah pembaziran mutlak..salah 1 contoh lagi salah guna kekayaan negara..

5. buatlah apa dasar sekalipun..DEB,MEB, glokal, DUMB etc2..selagi adanya rasuah, kronisme, nepotisme dan kesetiaan yg membabi buta..tetap saja akan gagal....

6. sebelum mintak rakyat berjimat cermat, pemimpin sekalian harus meninggalkan kebiasaan kehidupan serakah..

7. kurangkan perbelanjaan tidak perlu, kurangkan ke luar negara, kurangkan majlis tidak perlu etc etc..then, baru nasihat rakyat biasa...

8. pemimpin jgn cakap pandai saja (org utara sebut cakap k**e)..sebelum cakap tu fikir habis2..kesemua advantage, disadvantage, effect etc

9. belajarlah dari pemimpin lama yg masih ada..selagi mereka masih ada..TUN M, DS rafidah aziz,Ku Li,DS Nik Aziz, etc2..itu tanda merendah diri dan tanda org bijak

wallahualam dan wassalam

H.A.P.R.A.K

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Pahala besaq Tok bawak keluaq isu ni pasai orang ulu org darat masih dok takok lama malah lebih terok di bandaraya sekali pun.

UMNO ni pembesar banyak asai orang bangsawan,mana depa ingat org susah.Kalu ada pun yg mai dari kampung,dah jadi lebih elit dari yang elit.

PAS pulak panggung kepala pun dak.saksama konon!Yang dalam PKR pulak dah jadi lebih DAP dari DAP.

Unik sungguh bangsa kita Tok.Saya pun yg masa kecik tempat feveret melabur atas pokok manggis, kawan kawan dok kata lebih mat saleh dari mat saleh.Nak buat lagu mana,culture shock.he he.

TERUS KAN PERJUANGAN DATUK

tk

saji said...

Salam Dato'

1. Dalam artikal Dato' yang lalu, Dato' baru kata, PKR's leadership of PR under pressure.

2. Dalam artikal ini Dato' seolah-olah mengatakan UMNO's leadership of BN yang sebenarnya under pressure.

3. Bezanya, yang under pressure UMNO's leadership ialah MCA dan GERAKAN iaitu dua sekutu kuat UMNO. Manakala yang under pressure PKR's leadership ialah ahli PKR sendiri.

4.Mana yang lebih teruk kena under pressure?

5. Ahli PKR yang melompaat parti secara tiba2 itu dilapurkan lebih banyak bercakap daripada buat kerja atau mempunyai prestsi rendah sebagai wakil rakyat. Ada masalah kewangan dan ada masalah dengan SPRM. Malah di kalangan ahli PKR mereka dianggap daki di badan PKR.

6.Gagasan MEB DSN adalah hasil analisis PRU 12 oleh parti GERAKAN dan MCA berupa desakan yang mahukan hak2 keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan dan di bawah DEB yang menyekat pembangunan dan kemajuan orang Cina di negara ini dihapuskan seperti pemberian biasiswa.

7. Bagi menambah pressure kepada UMNO's leadership of BN ada dikalangan perwakilan di perhimpunan MCA dan GERAKAN yang mahukan dua parti Cina itu keluar daripada BN.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Pahala besaq Tok bawak keluaq isu ni pasai orang ulu org darat masih dok takok lama malah lebih terok di bandaraya sekali pun.

UMNO ni pembesar banyak asai orang bangsawan,mana depa ingat org susah.Kalu ada pun yg mai dari kampung,dah jadi lebih elit dari yang elit.

PAS pulak panggung kepala pun dak.saksama konon!Yang dalam PKR pulak dah jadi lebih DAP dari DAP.

Unik sungguh bangsa kita Tok.Saya pun yg masa kecik tempat feveret melabur atas pokok manggis, kawan kawan dok kata lebih mat saleh dari mat saleh.Nak buat lagu mana,culture shock.he he.

TERUS KAN PERJUANGAN DATUK

tk

saji said...

Sdr Pak_Samad

Sdr Pak_samad, antara lain, berkata, "Intipati MEB belum diperjelaskan. Janganlah cepat sangat buat kesimpulan. Apa-apa pun, keistimewaan lebih atau kurang kepada bumiputera, biarlah ia menjuruskan kepada mengajar bumiputera menjadi berdikari."

Yang saya tahu, kalaupun kesemua intipati MEB dijelaskan ia berkisar aspek kemanusiaan melibatkan dasar, konsep dan strategi2 yang, dalam kebanyakan kes, bukan sahaja hanya difahami oleh pihak atau kumpulan yang mencipta MEB tersebut, malah boleh diubah2 jika berdepan dengan masalah pelaksanaan atau bercanggah dengan kepentingan politik.

Maksud saya, rakyat kebanyakan hanya boleh faham jika aspek teknikal membabitkan ciri struktur, sistem dan tatacara pelaksanan MEB dijelaskan.

Habib RAK said...

AKJ, When can the "pandatang" be treated equal like the Melayus? In 5years? 10years? 20years? When? Are the "pendatangs" doomed as second class forever? What is the sin of the 2nd, 3rd, etc generation of the "pendatangs" in Malaysia?

Tinta Hitam said...

Beginilah Datuk.Kita tak tahu apa dia MEB sebenarnya.DEB tu pd dasarnya bagus dan mulia.Tetapi perlaksanaannya yang menyimpang dari tujuan asal.Bukan ke salah satu dasar asas DEB adalah "membasmi kemiskinan tanpa mengirak kaum? Jadi maknanya disini sesiapa shj yg miskin dan backward akan dibantu.Secara kebetulan pula org org melayu pd tahun 70an dan sebelum 70% adalah pada atau dibawah paras kemiskinan.

So nothing wrong with DEB.DEB in principal was halal,noble and kosher.However its implimentations were subject to strong criticsm from all walk of lifes except maybe our malay kampung folks.

UMNO leaders had used DEB as their vehicle for quick wealth.They abused the noble plan for their own self interest.So they were the one who had desecrated DEB.

What about MEB? Based from the past records I could safely said that the new economic plan will be subjected to similar abuses by the socalled malay championed party

Sebenarnya UMNO tidak peduli sgt pasal melayu atau bukan melayu ni.Apa yang penting langkah mereka itu boleh mengekalkan mereka ditampok kekuasaan.

Pimpinan UMNo sekarang dah tak boleh diharapkan utk membela org org melayu.Semua pimpinan mereka adalah kaki anggok semata mata.

Anonymous said...

Saya setuju dengan beberapa orang di sini, masih awal lagi untuk memberi komen.

Mukhriz dah dua kali dalam masa dua minggu menegaskan MEB akan berinspirasikan DEB.

Malah diberitakan, kelahiran MEB sedang diusahakan di makmal (istilah yang digunakan menteri) dan pembentangan asas telah dibuat kepada kabinet sebelum ini.

TAPI KITA RAKYAT BIASA MASIH BELUM TAHU APA-APA.

Sehingga tertanya-tanya adakah isu subsidi minyak (yang lepas dan yang akan dibentangkan Ismail Sabri tak lama lagi) selain GST; adakah selari dengan MEB.

DAKJ, DO YOU KNOW MORE THAN WHAT YOU ARE SAYING?

Fed Up

dan kajang said...

Assamualaikum Dato'.

1. Umno memang mudah lupa. Dengan perkembangan PR masa kini Umno merasakan merasa agak kuat. Jadi kononnya nak test market. Kita harap tindakan pemerintah memperkenalkan MEB tidak akan termakan diri. Takut2 rakyat akan tunjuk protes mereka sekali lagi semasa PRU 13.

2. Eloklah Kerajaan BN bersabar dulu. Jangan angkuh sangat nanti buruk padahnya.

Anak Ascot said...

UMNO harus sedar,apa juga dibuat untuk menarik bukan melayu mengundi BN tidak ke mana. Dalam pilihanraya akan datang, daripada 10 pengundi bukan Melayu hanya dua akan undi BN, itupun belum pasti.Jadi lebih baik jaga hati Melayu,sekurang-kurangnya UMNO/BN akan terus berkuasa di peringkat pusat. Mungkin kehilangan Pulau pinang tidak dapat ditebus.

Azman said...

YBhg Datuk AKJ,

Lain macam sahaja nada posting Datuk kali ini. Semacam ‘bengkak yang tunggu pecah’ sahaja gayanya.

Di dalam kolum “Other Thots” beberapa minggu lepas, Datuk ‘tembak’ pengerusi NEAC, sekarang MOF2 pula kena bidik! Saya memang suka baca ‘tembakan-tembakan’ semacam itu sebab ramai yg sudah jadi kacang lupakan kulit.

Datuk Ibrahim Ali pun nampaknya begitu hebat mengeluarkan ‘school of thought’nya terutama mengenai liberalisasi ekuiti Bumiputra. Syabas! Saya sokong 100% kerana pada pandangan saya, sedangkan UNCTAD pun tidak menaikkan threshold equity 10% oleh mana-mana MNC utk membuat FDI di negara ‘host country’, mengapa kita pulak yg rasa tertekan mengatakan ekuiti 30% Bumiputra kita menjadi punca FDI tidak masuk?

Mengenai Model Ekonomi Baru ini, saya rasa Tun M yang mula-mula cetuskan idea ini semasa inflasi memuncak akibat subsidi minyak ditarik balik pada tahun 2008. Idea beliau ketika itu adalah untuk memperkenalkan satu model baru yg akan menaikkan pendapatan rakyat secara aggregate hence high income nation. Ketika itu, rata-rata rakyat berpendapatan rendah mengeluh pasal pendapatan bersih mereka lenyap dek inflasi.

Tetapi ketika itu, kerajaan seolah tidak ambil pusing langsung mengenai idea beliau tersebut. Mujurlah kita dapat kepimpinan baru. Saya secara peribadi memang sukalah bila PM Najib umumkan MEB ini kerana ternampak keterbukaan beliau terhadap idea-idea yang radikal.

Namun demikian, apabila ‘agenda asal’ MEB ini telah ‘terhoyong hayang’ akibat tekanan konsep globalisasi, liberalisasi, subsidi dan GST yg saya rasa sudah ditafsirkan mengikut selera ‘orang luar’, apa benarkah MEB itu nanti akan berunsurkan kekuatan tempatan yang majoritinya adalah orang Melayu?

Negara kita ini masih lagi dikategorikan sebagai negara membangun. Walaupun kita sudah mempunyai beberapa gergasi MNC tempatan yang tidak memerlukan bantuan kerajaan, ratusan ribuan lagi syarikat-syarikat tempatan yg memerlukannya. Terdapat banyak aspek “competitive disadvantages” dan “late comer’s disadvantages” di arena global mahupun tempatan yang memerlukan bantuan institutional framework seperti polisi kerajaan dan lain-lain, sebagai compensation utk membolehkan kita bersaing. Janganlah kerajaan termakan ‘pujuk-rayu’ gergasi-gergasi tertentu kerana mereka hanya mahukan monopoli mereka terjamin.

Terlanjur kerajaan sudah melewatkan pengumuman MEB yg sepatutnya dibuat pd penghujung Feb tempohari, eloklah kerajaan tangguhkannya lagi sambil memikirkan balik cadangan-cadangan dan rungutan-rungutan rakyat. Jangan jadi sombong sangat.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Selagi pemimpin Islam tak kira melayu,cina,india tidak bersungguh berpegang pada agama; mementingkan diri,hobi mengumpul harta dunia, lupakan orang miskin, payah ekonomi orang Islam melayu terutamanya nak maju. Yang keluar zakat ramai yang tak berzakat pun ramai. Yang solat ramai, yang tak solat lagi ramai.
Dalam 50 tahun ini, bangsa Melayu telah dikaratkan dengan pelbagai budaya negatif dan sehingga rambut pun taknak warna hitam. Lain la kalau kena albino. Pergaulan bebas berleluasa, mak bapak tak kisah anak gadis lepak dengan lelaki sampai tengah malam, borak2 je katanya. Kalau ditegur, kita pulak yang kena. Amalan baik dilupa, santau menyantau amalan biasa. Tak boleh tengok orang maju secara halal. Yang maju secara haram(rasuah,kronisme)jika ditegur dikatakan dengki, tak boleh tengok orang melayu kaya. Negara luar menteri letak jawatan kalau ada kes rasuah, atau kronisme. tapi lain bagi orang melayu. Berebut jadi pemimpin untuk kumpul harta. Orang Malaysia melihat menjadi menteri umpama kena loteri, makan,rumah,keta,tol free, ada tukang masak, orang gaji. Bercuti dapat duit poket. Cukai takdak. Cuti2 1Malaysia hanya untuk rakyat, tak bagi pegi luar takut2 terjumpa menteri yang bercuti. Mana perginya pemimpin melayu yang bergadai untuk rakyat. Yang tinggal gadai tanah kaum melayu dan rizab melayu buat projek, dah tu retak dan runtuh sana sini. Ada menteri yang buat rumah juta2, ada yang rumah biasa je, tapi anak menantu luar biasa. Tak kira parti apa, kalau salahguna harta negara, ke neraka la destinasinya. Bukannya tak belajar agama, tapi terlebih belajar agaknya sampai selamba sahaja langgar hukum tuhan.

Peace

asyMok_Aambo said...

HANTAM SAJALAH LABU!

pakbelalang said...

Dasar asas perjuangan parti UMNO tidak ada cacatnya. Yang mencacatkan UMNO ialah segolongan pemimpin Melayu yang dah lupa daratan dan tidak sedarkan diri "melacurkan" UMNO hingga menghancurkan maruah orang Melayu.

Soalan saya:

1. Bolehkah UMNO dipulihkan semula?

2. Patutkah kita tinggalkan UMNO?

3. Bolehkah orang Melayu "hidup" tanpa UMNO?

4. Adakah alternatif lain untuk orang Melayu berpaut selain dari UMNO dalam memperjuangkan untung nasibnya?

5. Adakah orang Melayu dah bersedia ubah selera dan menyokong PKR, DAP dan PAS sebagai alternatif yang terbaik?

6. Adakah perjuangan PKR, DAP dan PAS akan memberikan harapan yang lebeh baik lagi kepada orang Melayu?

7. Apakah dasar PKR terhadap orang Melayu?

8. Apakah dasar DAP terhadap orang Melayu?

9. Apakah dasar PAS terhadap orang Melayu?

10. Adakah dasar tiga parti pembangkang ini boleh menjamin orang Melayu kemercu kejayaan yang lebeh sempurna lagi atau akan membawa orang Melayu kemercu kehancuran?

11. Adakah orang Melayu berpuas hati dengan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sekarang?

12. Adakah pemimpin Pakatan Rakyat lebeh baik lagi credibilitynya dari pemimpin BN dan boleh mentadbir kerajaan dengan cemerlang lagi?

Inilah soala-soalan asas yang patut orang Melayu renungkan dan berikan jawapan dengan jujur dan ikhlas supaya keputusan yang orang Melayu buat nanti tidak dianggap "haprak dan HP6".

Saya ingin cadangkan supaya semua orang Melayu dari semua golongan seperti NGO dan lain-lain patut adakan pertemuan dan perbincangan apabila MEB diumumkan dan meneliti kandungan dasar MEB. Jika ada percanggahan yang melibatkan kedudukan dan hak istemewa orang Melayu maka segeralah membuat bantahan dan diperbetulkan sebelum MEB dilaksanakan.

affendi hussain said...

Salam Dato'

Mau taknya regime 1Malaysia makin bongkak tok ..armada lawan dah retak mcm nak karam..nak tembak meriam pun setakat keluar kentut busuk masam..kalau boleh tembak meriam depa tetap hala kat org Melayu & agama Islam jugak..sama je tok..2x5.. baik karam je, Kurang satu masalah kita rakyat marhain ni..senang kita nak tumpu dgn masalah & onar dibuat oleh geng BN pula..

Maka pemerintah jadi serupa macam USA lah tok..berlagak jadi Polis Dunia bila Soviet Union dah runtuh..

Depa kutip cukai eksais merapu atas kereta yang lain2 dunia tak pernah buat sampai harga jadi tak munasabah dgn nisbah pendapatan perkapita rakyat Malaysia..

Lepas tu depa bising pasal subsidi bahanapi yg konon negara lain tak buat..rugi kerajaan konon..Kerajaan ada penyata untung rugi ka?
pengangkutan awam masih di takuk 20-24thn dulu (permulaan perkhidmatan Star/Putra LRT & KTM komuter di Lembah Klang.)

..tarak logic & sense..itu sah2 menindas rakyat.. kalau ambil satu (subsidi) kenalah buang satu (cukai) yg setara la, bukan mcm cukai jalan setahun sekali tu. Tapi pendekatan kerajaan tidak 'memberi pilihan' dan tidak juga 'menyediakan pilihan' dan dasar dibuat seperti naik minyaknya si babi hutan meluru melanggar pokok hutan..

Betullah mcm ada sorang komentar cakap
1Malaysia = Malaysian Malaysia..

kalau dlm tahun 1946 ia dipanggil Malayan Union..

Sejarah berulang kembali!

Nota: Geng "Soviet" ni satu je bodoh yg paling ketara..dulu masa PRU12 sokongan org Melayu dah pi kat depa, tapi depa2 ni perasan bagus & ego kemaruk dengan dakyah2 terselindung DAP , hentam balik sensitiviti org Melayu..tangoklah pendirian depa dlm isu "Allah"..bagi pistol tembak kaki..
Org bodoh mcm ni memang patut kena tendang pungkoq pun..tak perlu simpati, padan muka!


(".)

Anonymous said...

Salam Dato',

Walaupun dasar terperinci MEB masih belum dibentang dan intisari sebenar tidak diketahui umum tetapi jika kita perhatikan kepada kecenderongan DA Najib yg selalu mengalah dan bertolokansur seperti dasar liberalisasi dan beberapa tindaknya sebelum ini rasanya intisari MEB ini tidak jauh lari daripada jangkaan Dato'.Perkara ini disokong pula olih keadaan bahawa penasihat penasihat PM terdidi daripada pakar pakar yg tidak menjiwai semangat orang Melayu dan tidak dapat merasai denyut nadi serta kepahitan hidup yg dialami olih orang orang Melayu dibawah sana.Sebab itulah menteri kewangan kedua berani mengluarkan kata kata"pemerintah sedia hadapi risiko politik" dengan sombong dan angkoh.
Jika sekiranya dasar MEB ini seperti apa yg diramalkan itu maka hasilnya samalah seperti apa yg dikatakan "yang dikejar tak dapat tapi yg dikendong pula berciciran".

Askar Tua

affendi hussain said...

Pembetulan fakta Dato'..

..pengangkutan awam masih di takuk 20-24thn dulu (permulaan perkhidmatan Star/Putra LRT & KTM komuter di Lembah Klang.)

10 - 14 tahun sebenarnya..1996 & 2000, tetapi kalau banding teknologi & tahap efisien dgn Jepun, Eropah, Singapura malah China memang mcm beza 20-24thn atau lebih..

(",)

amarneng said...

ASSALAMULAIKUM DATUK...

Keyakinan rakyat dan pemikir sudah kurang terhadap kerajaan dan umno apabila dasar baru hendak di laksanakan.Memang pening sesiapa sahaja jadi perdana menteri Malaysia.

Dasar apa sahaja yang dicadangkan yang untung bukan Melayu. Itu kerana semua dasar akan memberi untung kepda kroni subsidi pembuat dasar dan penyangak buisnes subsidi yang menjadi ahli kroni.Banyak mana pun mereka diberi tak cukup...

jika ada subsidi orang tengah iaitu orang politik akan ambil separuh dan suku hanya akan sampai kepada rakyat dan suku lagi untuk tali barut orang politik, walaupun bebeza cara dan pendekatan macamana mereka makan yang jelas rakyat hanya dapat suku bahagian sahaja.

Bagi orang seperti kita terpaksa bertungkus lumus untuk hidup dan berjaya...tetapi bagi penyagak politik peluk tubuh dapat 5-10 peratus. Tahun depan mintak lagi....kalau tak bagi tuduh kerajaan umno jahat dan rasuah...jika kita nak layan golongan seperti itu...datuk...sampai bila orang melayu dan rakyat tidak akan maju dan berjaya....

Misalnya di Sarawak....tahun lepas bantuan kecemasan banjir telah diberikan kepada golongan petani yang miskin dan rugi akibat kena banjir...jumlahnya banyak tetapi yang dibahagi rakyat cuma separuh....nak tolong rakyat hanya bagi tempoh seminggu kepada ketua masyarakat...YB bawa duit tunai nak bagi-bagi kepada rakyat macam semasa pilihanraya nak beli undi...macamana ketua kampong atau ketua masyarakat nak buat bancian dan pemeriksaann kepada anak-anak buah mereka yang terkena banjir..akhirnya duit bantuan itu diberika kepada golongan yang tidak layak menerima dan tak sepatutnya menerima....dan akhirnya sekarang ini bepuluh-puluh ribu rakyat dan petani miskin belum dan tidak menerima bantuan dan subsidi tersebut.....

Datuk....Saya rasa konflik ekonomi orang Melayu seluruh Malaysia adalah berlaku berpunca daripada ketidak jujuran pemimpin dan wakil-wakil rakyat termasuk kakitangan kerajaan......Wassalam Amarneng.

Anonymous said...

Mungkin rakyat patut didedahkan terlebih dahulu kepada konsep persaingan terbuka daripada terus dihumban terus ke ‘pasaran-terbuka’ seperti apa yang dirisaukan Ibrahim Ali dan MPM.
Misalnya dari sekolah lagi rakyat patut diajar supaya menerima persaingan, hinggalah ke peringkat university. Selain dari menerima persaingan, rakyat patut diajar supaya lebih inovatif dalam mencipta sesuatu yang ada nilai pasaran.

I rasa proses peralihan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12-15 tahun.

Now, yang paling penting sekali – MEB mesti ada safety net. Persaingan terbuka pada teorinya itu bagus, tapi pada realitinya – amat keras dan tidak adil kepada yang tiada daya saing.

Jadi semestinya MEB memperuntukkan sumber-2 yang mencukupi untuk

a) Membolehkan (to facilitate) sebanyak-banyak rakyat supaya dapat terlibat dalam kegiatan-2ekonomi yang sesuai dengan persaingan terbuka

b) Membantu rakyat yang gagal atau tidak mampu dalam perkara (a)

Pada pendapat saya Artikel 153 secara dasarnya menghalang MEB. Bahkan MEB boleh disesuaikan supaya selari dengan Artikel 153 i.e. orang-2 Melayu dan Pribumi digalakkan bersaing secara seluas-luasnya dan akan dibantu jika gagal atau tidak boleh berbuat demikian.

Of course saya pun tak tahu MEB – belum keluar lagi benda tu… Ha ha…

Tapi tak salah kalau mencadangkan sesuatu ya…? Apa pula komen AKJ dan lain-lain pembaca

Mamat

Azman said...

YBhg Datuk AKJ,

Saya ada soalan sikit berkenaan Ekuinas. Harap-harap Datuk dapatlah beri sedikit pandangan.

Penubuhan Ekuinas ini dikatakan adalah selari dengan konsep MEB. Salah satu objektifnya adalah utk mewujudkan gagasan syarikat Malaysia yang dapat berdaya saing hingga ke peringkat global, dan pada masa yang sama memastikan penyertaan ekonomi Bumiputera yang lebih kukuh dan mapan (PMO, 2009).

Ekuinas ini ditubuhkan selepas pengumuman langkah-langkah liberalisasi dan selepas MECD ditutup. Nampak macam bunyinya adalah utk menyakinkan rakyat bahawa langkah liberalisasi tersebut tidak akan meminggirkan kepentingan ekuiti Bumiputra kerana Ekuinas akan menguruskannya dgn lebih hebat lagi (berbanding PNB).

Soalan saya:

1. Walaupun Ekuinas adalah sebuah entity swasta berkaitan kerajaan (GLC) yg semestinya berorientasikan keuntungan, objektif asasnya sepatut tidak dapat lari drp menguruskan dana Bumiputra supaya ekuiti Bumiputra akan berjaya ditingkatkan.

Mengapa pula operasi pelaburannya yang mencakupi 60% dana permulaan hendak di“outsource”kan melalui RFP (request for proposal)? Ini termasuklah RFP kpd syarikat-syarikat asing luar negara yg akhirnya berkemungkinan mengandungi elemen-elemen “perils” terhadap objektif asal menolong Bumiputra?

2. Tidakkah tindakan meng”outsource”kan operasi pelaburan itu menunjukkan kakitangan Ekuinas semacam tidak berkemampuan membuat kerja? Justeru, mengapa hastily incorporated Ekuinas in the first place?

3. Andai katalah kerajaan benar-benar melewatkan pengumuman dan perlaksanaan MEB nanti, apa akan terjadi kepada RFP outsource tersebut yg dikatakan sudah bermula sejak December 2009?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Ada clarification sedikit.

Tadi saya bilang “Pada pendapat saya Artikel 153 secara dasarnya menghalang MEB. Bahkan MEB…”

Sorry, bahasa tak bagus. Maklumlah pakai tulis tanpa membaca/ edit.
Ini sebenarnya apa yang saya mahu tulis:

Pada pendapat saya Artikel 153 secara dasarnya boleh menghalang MEB jika MEB itu digubal 100% mengikut teori buku teks ekonomi (dari edisi-2 yang condong kepada Washington Consensus). Teori ekonomi seperti itu sememangnya memandang amat-2 negatif segala apa keistimewaan dan hak berdasarkan kelahiran, keturunan dan kaum. Itu hakikatnya.

Tetapi MEB itu boleh digubal supaya selari dengan Artikel 153 i.e. orang-2 Melayu dan Pribumi digalakkan/ diberi insentif bersaing secara seluas-luasnya dan akan dibantu jika gagal atau tidak boleh berbuat demikian.




Mamat

saji said...

Sdr pakbelalang

Sdr cadangkan supaya semua orang Melayu dari semua golongan seperti NGO dan lain-lain patut adakan pertemuan dan perbincangan apabila MEB diumumkan dan meneliti kandungan dasar MEB. Jika ada percanggahan yang melibatkan kedudukan dan hak istemewa orang Melayu maka segeralah membuat bantahan dan diperbetulkan sebelum MEB dilaksanakan.

Saya rasa demontrasi besar-besaran lebih berkesan. Lagi pun lani macam hari-hari ada demonstrasi NGO. Polis pun macam dah tak kesah sangat ....................

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya setuju dengan ramai pembahas di sini; gagasan yg hebat tidak mengubah banyak perkara JIKA perlaksanaannya tidak bebas daripada rasuah. Episod Zon Bebas Port Klang cukup menunjukkan bahawa amalan rasuah tidak merosot walaupun BN mula jelas terancam kedudukannya.

Semangat Perkara 153 tu memang wajib dihayati tetapi menyokong Melayu semata-mata kerana dia Melayu boleh membawa negara kita jadi macam Zimbabwe....menakutkan

Tak boleh nak komen sangat fasal MEB ni..belum tahu hujung pangkalnya. Tak tahu macam mana UMNO tafsir MEB tu nanti dan macam mana pula MCA/Gerakan/MIC tafsirkannya. Tak tahu macam mana pula massa mentafsirkannya...Kalau bercelaru maka celaru lagilah undi rakyat dalam PRU13 nanti.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Saya rujuk komen Shafiqa Binti Kadir.

Bila cerita Perkara 153 Perlembagaan, seronok betul. Kalau zaman dulu-dulu, ibarat mengisar keris selepas menang menyabung ayam, walaupun tahu pantang menghina pihak yang kalah.

Di Kelantan, jalan persekutuan yang tiga laluan hanya terhad kepada kawasan yang dimenangi BN sahaja (rujuk semasa Anuar Musa jadi ketua perhubungan negeri), kecuali depan istana air mata.

Paling tidak, bagi yang makan angin, perasan tak kualiti jalan semasa menyeberangi sempadan Terengganu/Kelantan dari Besut ke Pasir Puteh?

Begitu juga lah sikap kerajaan persekutuan terhadap negeri-negeri yang di perintah kerajaan bukan BN.

Jadi bagi rakyat Pulau Pinang, pandai-pandai la simpan dalam hati. Anda baru 2 tahun, kami dah 20 tahun makan hati.

Mana pergi Perkara 153 Perlembagaan?

Sampai ada yang komen mengibaratkan orang Kelantan yang merantau itu seperti bangla (rujuk komen politik69 dibawah tajuk artikel DAKJ : ROYALTI MINYAK : MOHD NAJIB VS KU LI).

Fed Up

Unknown said...

tidakkah dato' nampak dan sedar semua kebobrokan/kekalutan ini adalah angkara UMNO..saya ulang..angkara UMNO!!! bukan pas/pkr/dap..
telah pupus pemimpin Umno yg benar2 merasai denyut nadi semangat melayu..

Russell Baker said...

Alangkah bagusnya saya dewasa di zaman ini, zaman kuasa bakal balik ke tampuknya. Bergelora darah melayu ini.

Indigo said...

Scribe,
Salaam

FDI v DDI
(mana sama warna duit mereka)

Kita jangan marah-marah sama orang Tambun, dato', nanti ke Tanjung Rambutan.

Mana lagi kan kita cari 'domestic direct investors' kerana YBhg Kouk, Robert dan rakan-rakan masih tunggu saat pelaburan yang lebih baik dan 'direct foreign investors' itu PATI cap ayam, sebenarnya dan jumlah mereka samar-samar.

Terima Kasih

langit biru said...

Tun Razak gubal DEB selepas kajian yang cukup mendalam, selepas tragedi berdarah!

DEB satu perkara yang bagus, memenuhi tuntutan perlembagaan Persekutuan.

DEB memang bagus.

Yang tak bagus adalah orang yang melaksanakannya, iaitu pemerintah yang berkuasa. DEB dimanipulasi oleh golongan cintakan dunia bukan cintakan dunia Tanah Melayu!

Demi "menyambung nyawa Be End" dari sokongan undi Bukan Melayu, MEB diwujudkan oleh anak lelaki Tun Razak, Najib 1 Malaysia. Tindakan "harakiri" Najib ini satu PELABURAN PERJUDIAN BESAR yang amat beresiko tinggi, MENGAMBIL PENDEKATAN "UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM", yang dimaksudkan "Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik".

Ini kali kedua Najib1Malaysia 'MENGIKIS' legasi bapanya:

Kali pertama, menafikan royalti 5% kepada Kelantan.

Kali ini kali ke 2, menghapuskan DEB digantikan dengan MEB YANG AMAT JELAS UNTUK KELANGSUNGAN POLITIK UMNO, bukan untuk rakyat Malaysia.

Resiko ini bukan sahaja UMNO yang tanggung, tapi semua orang Melayu. Kalau ia "untung batu", UMNO akan diingati selama-lamanya oleh Melayu sebagai......

Meminjam senikata lagu Raihan....Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa...!

Tok, apa kata Tun M? Tun AAB?

Anonymous said...

Bagi mereka yang mangatakan bahawa kaum Bumiputera harus diajar berdikari supaya menjadi lebih maju adalah mereka yang dangkal dalam pemikiran. Dijamin bumiputera akan lebih tertindas sekiranya dasar ini diamalkan. Syarikat bukan Melayu yang besar dan maju sekarang ni pun banyak yang bermula dengan hasil bantuan kerajaan. Dengan senang mereka mendapat habuan sebesar-besar tanah di negara ini. Tetapi apabila kerajaan cuba membantu kaum bumiputera serba sedikit bermacam-macam tohmahan diberikan, seprti penyelewengan, kronism dsb. Ini adalah mantra yang kerap diulang-ulang sehingga ramai kaum bumiputera sendiri mempercayainya. Sudah jelas dan nyata merekalah yang terkaya di negara ini, tak cukup-cukupkah lagi? Tamak haloba sungguh. Kerajaan harus menggubal lebih banyak dasar yang membolehkan kehidupan bumiputera di negara ini tidak terancam, bukannya menghapuskan segala macam dasar yang telah diolah secara teliti oleh pemimpin terdahulu. Jika perkara ini tidak dilakukan, bersedialah kaum bumiputera untuk merempat di negara sendiri.

-bumiputera juga berhak-

Anonymous said...

Salam....

Betul la tulisan beberapa org pengulas tajuk ni datuk....slogan 1 Malaysia tapi negeri² yg sedang ditadbir oleh pihak yg tak sehaluan dgn kerajaan pusat masih dipinggirkan. Saya tak nak guna pembangkang sebab di Selangor BN yg jadi pembangkang.Ada logiknya perkara ni...kenapa ye datuk?Kenapa peruntukan tu tak telus, jujur dan ikhlas. Memberi pd yg berhak....apa yg sepatutnya. Adakah BN masih lagi berpura²? Kalau ia pun dah lancarkan slogan 1 Malaysia....layanlah semua rakyat tak kira negeri mana sama rata, lagi elok di fikirkan jika melalui kerajaan negeri itu sendiri. Majoriti dah undi suruh mereka yg tadbir negeri terbabit. Tak kiralah sealiran dgn kerajaan pusat atau tidak.Bukan rakyat tak tau menilai....telus dan jujur.Jadi buat seberapa yg termampu dan terbaik utk menunjukkan UMNO/BN dah berubah. Barulah laksanakan MEB ni. Adalah lah sikit penambahan tahap kepercayaan rakyat pd kata² pemimpin kerajaan pusat sekarang.Sebabnya bukan apa....kalau seseorg tu dah buat silap...bila dia berjanji nak berubah, tunjukkanlah dgn bersungguh² yg dia akan berubah.Nak berubah siap dgn slogan lagi......buktikan dulu.Beberapa perkara yg jelas tak payah disuluh tu harap diubah dahulu.

Malik Klang.

Malik Klang....

abdullahngah said...

bercakap pasal Melayu atau bangsa Melayu ini teringat saya akan kata kata seorang ustaz.

Ustaz itu berkata, kebanyakan manusia apatah lagi orang Melayu...

Kebanyakan kita ini tidak kenal diri sendiri.

Mustahil kebanyakan kita tidak kenal siapa sebenar diri mereka.

Betul juga kata ustaz itu. Klau mereka kena siapa sebenarnya diri mereka mana mungkin apabila diberi amanah menjadi pemimpin mereka salahgunakuasa.

Pada mulanya terasa juga hendak marah apabila ustaz itu berkata demikian.

Fikir punya pikir teramat betul kata kata ustaz itu tadi.

Kalau kita kenal siapa sebenarnya diri kita, kita tidak langgar perintah Allah sehingga menyebabkan orang melayu terpinggir bumi sendiri.

Inilah punca DEB gagal. Pendek kata semua apa yang diputusan oleh orang Melayu semuanya menemui kegagalan.

Orang kafir sah mereka tidak kenal diri sendiri. Mereka tidak boleh jawab jika ditanya siapakah sebenarnya kamu.

Tetapi malangnya orang melayu yang mengaku beragama islam juga tidak kenal diri sendiri. Jika diuji dengan soalan lisan barangkali sedikit sahaja yang boleh diberi markah penuh atau seratus peratus.

Mungkin pembahas blog ini juga tidak dapat menjawab dengan betul jika ditanya dengan soalan siapakah sebenar diri kamu ini.

Jika demikian jangan diharap UMNO dapat memperkasakan bangsa Melayu. Jauh sekali untuk memdailatkan Islam sepertmana yang diperintah Allah dan Rasulullah SAW.

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya adalah seorang level-headed old man yang telah menjangkau umur 60. Bab demonstrasi jalanan dah tidak ada minat lagi. Malu dengan anak-anak kalau nak berdemonstrasi lagi. Saya dah puas ikut ragam Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim semasa muda dulu berdemonstrasi hampir kepala nyaris-nyaris kena gas canister. Cukuplah. Lutut dah tak larat nak lari kalau kena kejar dengan FRU. Perut pun dah boncit. kah, kah, kah !!!!

Saya rasa sekadar beri komen dalam blog Dato' AKJ sudah memadai untuk saya mencurahkan segala isi hati saya. Sekurang-kurangnya saya dapat gerakan otak saya yang dah tumpul supaya jangan nyanyuk sebelum Allah cabut nyawa saya.

Walau apa pun berlaku saya tetap berparti UMNO dulu, kini dan hingga akhir hayat saya. Kalau UMNO terkubur, saya akan "sumpah" pemimpin UMNO yang "dajal" tetapi parti UMNO tetap saya jujung walaupun dah kelongkang.!! Saya masih lagi kuat berpegang kepada dasar perjuangan UMNO. Telah saya katakan awal lagi bahawa parti UMNO tidak ada cacat. Yang mencacatkan UMNO ialah pemimpin "dajal" dalam UMNO. Mereka sepatutnya sudah dikenal pasti dan mesti dihumban ke lobang tahi.

al-Din-amin said...

The proposed MEB and the proclaimed Ekuinas, 1Malaysia, PERMATA etc are all poorly justified or unjustified heavyweights that are going to sink UMNO, Melayu , Barisan and rakyat as a whole into an economic and political mess. Malaysia may develop into a half-way failed state. What is this endless sloganeering?

By taking in corrupts, have-beens, non-performers Najib has fallen into his own foolhardy doing – an entrapment he can't extricate himself. But we can do that service for him! To many Malays he and his ignoramus group are a liability to UMNO. The invitable cure is Najib has to go willingly. Ku Li is waiting.

INDIGO said...

Kita merujuk berita ini:

Thursday, 25 February 2010
Cadangan Untuk Model Ekonomi Baru Perlu Dikemuka Secepat Mungkin


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebarang cadangan untuk memantapkan lagi model ekonomi negara yang baharu perlu dikemukakan secepat mungkin kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir Mac ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Mahathir berkata pihak kerajaan melalui MPEN sentiasa terbuka untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak.

"Kita sentiasa terbuka untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak tapi kita faham Perdana Menteri dijangka mengumumkan model ekonomi baru ini akhir bulan depan.

"Oleh sebab itu, sudah tentu pihak MPEN memerlukan masa untuk menyiapkannya (jadi) kita minta supaya sebarang cadangan dapat dikemukakan secepat yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog antara wakil-wakil persatuan, dewan-dewan perniagaan, pihak MITI dan pihak MPEN.

Sesi dialog itu, yang dihadiri lebih 70 orang itu, dipengerusikan oleh Pengerusi MPEN Tan Sri Amirsham A. Aziz.

Dalam sesi itu juga, pihak MPEN juga turut menjelaskan keadaan ekonomi semasa kepada 40 wakil persatuan dan dewan perniagaan.

"Sesi ini diadakan supaya pihak MPEN mendapat maklum balas secara langsung daripada dewan-dewan perniagaan, pertubuhan yang mewakili golongan bumiputera sebelum model ekonomi baru dilancarkan.

"Kita telah mengumpul banyak usul-usul melalui memorandum dan sebagainya daripada pelbagai pihak dan kita telahpun kemukakan kepada pihak MTEN tetapi kita rasa lebih wajar kalau Tan Sri Amirsham sendiri dengar daripada mereka," kata Mukhriz.

Model ekonomi baru yang disediakan oleh MPEN itu difahamkan akan dibentangkan kepada kabinet bulan ini.

-- BERNAMA

samurai melayu said...

Salam Kasih dan Sayang
DAK,
Kata Ahmad Husni Hanadzlah,
...risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.
Kata 'Samuraimelayu',
Perlaksanaan MEB akan hanya mengundang pemberontakan yang lebih dashat daripada Mei 13 apabila anak bangsa TUAN RUMAH sedar bahawasanya MEB adalah satu Muslihat Ekonomi Bodek kerajaan Melayu Ego Berok yang telah Mengorbankan Entiti Bumiputera atau dalam English language.. Malay Entity Banished

DAK telah memberikan gambaran, maka marilah kita tunggu dan lihat bersama kedatangan detik...
Musibah Era Baru !

Alfatihah, Amin.

Unknown said...

Salam Dato',
Nampaknya virus KORO ni masih membiak dalam psyche pembesar Melayu/UMNO... sekarang ni ada semacam trend "menjilat" dikalangan pemimpin tertinggi Melayu/UMNO pulak!? Tak kemanalah kita nampak nya... pi mai, pi mai tang tu jugak!

A KADIR JASIN said...

Sdr (Anonymous) Bimiputera Juga Berhak, antara lain, berkata:

"Syarikat bukan Melayu yang besar dan maju sekarang ni pun banyak yang bermula dengan hasil bantuan kerajaan. Dengan senang mereka mendapat habuan sebesar-besar tanah di negara ini. Tetapi apabila kerajaan cuba membantu kaum bumiputera serba sedikit bermacam-macam tohmahan diberikan, seprti penyelewengan, kronism dsb. Ini adalah mantra yang kerap diulang-ulang sehingga ramai kaum bumiputera sendiri mempercayainya."

1. Roberk Kuok Hock Nien, Raja Gula, orang terkaya di Malaysia dapat monopoli gula sejak tahun era bapanya, Kuok Keng Kang;

2. Ananda Krishnan dapat penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang kini menjadi KLCC, lesen judi, lesen telekomonukasi (Maxis), lesen satelit dan lesen Astro;

3. Vincent Tan dapat lesen judi Toto, tanah Bukit Kiara dan tanah Bukit Tinggi;

4. Tan&Tan dapat kontak rumah murah Koh Kai Bow zaman Tunku Abdul Rahman dan tanah Dewan Bandaraya untuk buat Mid Valley;

5. YTL hampir mulflis pada tahun 1970 tapi jadi kuat balik akibat konttrak bina hospital pada tahun 1980an. Dapat tanah Bandaraya dan majukan Pantaiu Hillpark dengan Syarikat Perumahan Negara. Dapat lesen pertama IPP. Dapat tanah kereta api di Sentul;

6. The Pavillion dulu tapak sekolah Bukit Bintang Girls' School. Taukenya Cina juga -- Desmond Lim;

7. Chan Ah Chai Talam Berhad dapat tanah dan projek PKNS;

8. Patrick Lim dapat tanah rezab hutan di Puchong untuk buat Taman Equine.(Dia dan jual).

Malangnya bila Melayu/Bumiputera dapat sikit saja, mereka dituduh kroni, Umnoputera dan macam-macam lagi.

Cuba tanya, berapa ramai atau berapa peratus kakitangan Bumiputera yang pegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat milik Cina ini?

Yang jadi driver, bodyguard, jurujual, storekeeper dan GRO ramai lah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam dato,

Saya nak sebut satu je pasal ekonomi ni.

tak kiralah kerjaaan set berapa peratus ekuiti bumiputera, 30% ka, 40% ka, 50% ka waima 20%. deb ka meb ka menatang apa ka. kalau bangsa lain especially bangsa cina yang menguasai ekonomi negara tak bantu bangsa bumiputera, memang susah nak capai pegangan ekuiti bumiputera ni.

Yang ni kena tanya puak depa la kenapa jadi lagu tu. tak bantu ka? tak nak bantu ka? isu racist ka? apa ka? kalau kita dok perati, persatuan dan pertubuhan perniagaan pun berkisar pada kaum dia saja. tak 1 malaysia sungguh.

so, kalau nak cekik perabih ekonomi untuk satu kaum sahaja, janganlah dok bising nak sama rata la, nak lebih kuasa politik la apa la.

sekadar intro.

aku bukan politician

amarneng said...

Salam Datuk....

Saya setuju dengan pendapat datuk semalam, yang orang melayu dan peribumi berhak untuk duduk di jawatan ekskutif dalam syarikat-syarikat bukan bumi...

Jika di Sarawak orang melayu dan peribumi sukar mendapat tempat ekskutif dalam syarikat-syarikat Cina. Walaupun ada pengarah melayu dan bumiputera dalam syarikat berkenaan, mereka jadi pengarah boneka, cuma berbangga dengan makan wang pengarah tetapi tidak berusaha meletakkan kakitangan melayu dan bumiputera di syarikat mereka bagi jawatan ekskutif...

Memang benar, orang melayu dan bumiputera Sarawak hanya mendapat tempat sebagai pemandu,kerani,budak pejabat dan jaga...

Seperkara lagi, datuk....peribumi Sarawak memang sentiasa tertinggal jauh untuk menikmati apa juga dasar ekonomi negara...di mana silapnya..saya pun tak pasti, tetapi yang saya lihat barangkali puncanya ialah kakitangan kerajaan yang berfungsi sebagai pelaksana tidak cukup faham dan malas untuk bekerja melaksanakan sesuatu dasar ekonomi itu....di tambah pula dengan wakil rakyat yang sentiasa perlu dikejut dan syok sendiri...

Sekian amarneng

Habib RAK said...

AKJ,
I read your feedback where you question why "Malangnya bila Melayu/Bumiputera dapat sikit saja, mereka dituduh kroni, Umnoputera dan macam-macam lagi"

It is good that you have acknowledged that the Malayu/Bumiputera too "dapat" the same things that were given to non Melayus although you have limited it to "sikit saja" The bigger questions is why is that the non melayus are still able to hold on to the what was given to them and build on it further whilst the melayus have mostly sold it for easy gains? Perhaps the answer lies in the word "Melayu" itself. Does the Melayu suka jadi layu? Is that the reason why they are called "Melayu"?

saji said...

Sdr langitbiru

Sdr, antara lain berkata,Tun Razak gubal DEB selepas kajian yang cukup mendalam, selepas tragedi berdarah!

DEB satu perkara yang bagus, memenuhi tuntutan perlembagaan Persekutuan.

DEB memang bagus.

Yang tak bagus adalah orang yang melaksanakannya, iaitu pemerintah yang berkuasa. DEB dimanipulasi oleh golongan cintakan dunia bukan cintakan dunia Tanah Melayu!"

1. DEB merupakan dasar ciptaan manusia yang tentunya ada kekurangnnya sana sini.Ini hakikat yang orang Islam seperti sdr tidak boleh nafikan.

2. Bagaimana jika saya katakan bahawa, DEB, dari sudut akademik mengenai dasar awam, mempunyai kelemahan yang tidak sempat difikirkan berikut:

Dasar awam yang baik/bagus ialah yang "open-ended" (meminjam istilah perancangan),yang dalam konteks perbincangan ini, pencipta dasar tersebut iaitu Tun Razak tidak perlu menetapkan sasaran tempoh masa pencapaianya iaitu 20 tahun. Sebaliknya, memadai dengan hanya menetapkan pancapaian sasaran objiktif utama dasar tersebut iaitu membasmi kemeskinan, disamping merapatkan jurang pendapatan antara kaum. Maknaya, selagi obejtif utama tersebut tidak dicapai, DEB perlu terus wujud dan tidak perlu diubah atau digantikan dengan dasar baru seperi MEB!

3. Yang perlu diubah ialah ciri2 aspek teknikal DEB atau mekanisme terjemahannaya yang meliputi struktur organisasi pelaksanaan DEB, peralatan dan kemudahan sistem dan tatacara pelaksanaannya bagi tujuan mengelak DEB dimanipulasi oleh pihak/kumpulan yang mempunyai kepentingan diri, mahupun untuk disesuaikan dengan keadaan atau cabaran zaman berubah2.

samurai melayu said...

Salam Kasih dan Sayang
DAK,
A KADIR JASIN said...

Sdr (Anonymous) Bimiputera Juga Berhak, antara lain, berkata:
....
7. Chan Ah Chai Talam Berhad dapat tanah dan projek PKNS;
....
Sebenarnya Si Achai dapat tanah dari Si Mat dan jual balik ke PKNS buat projek Selangor Science Park 2 terletak dekat dengan Toll ke Cyberjaya.

Dulu kita guna istilah "ALI BABA"
Mungkin selepas MEB di laksanakan akan wujud pula istilah baru...

"MAT ACHAI"...tak tahu nak ketawa atau menangis?

Alfatihah, Amin

saji said...

Salam Dato'

"Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?"

Antara cabaran utama masa kini di seluruh dunia yang dihadapi oleh pihak pelaksana dasar awam membabitkan dasar bentuk projek ialah pengaruh pemikiran kapitalis menebal di kalangan pihak pembuat dasar atau pemerintah yang cenderung melaksanakan projek saiz mega termasuk tindakan mencantumkan beberapa projek kecil atau sederhana menjadi projek mega. Antara alasan yang diberikan ialah, untuk menjimatkan kos, memudahkan pengurusan membabitkan promosi dan pembiayaan, hasil pembangunan yang komprihensif, penerapan idea2 perancangan dan baru serta memberi impak besar, iaitu kebaikannya. Ini ada kebenarannya jika dirujuk kepada pembangunan Putrajaya.

Politik Kluang said...

Diharapkan, DYMM Sultan Ibrahim dapat mengingatkan kembali tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin politik.

"...now as the new Johor ruler, Sultan Ibrahim said he wanted to speak his mind and give suggestions.

“This is a new millennium. A new era and as a new Sultan, I expect a lot of changes in my state,” he said during an exclusive interview at Istana Pasir Pelangi here recently. “In short, I want to know everything and nothing must be hidden from me,” he said, reminding the agencies not to give false reports..."

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/7/nation/5812152&sec=nation

Anonymous said...

Dato'

Pakbelalang kata.

"Walau apa pun berlaku saya tetap berparti UMNO dulu, kini dan hingga akhir hayat saya. Kalau UMNO terkubur, saya akan "sumpah" pemimpin UMNO yang "dajal" tetapi parti UMNO tetap saya jujung walaupun dah kelongkang.!!"

Ini adalah alasan yang dihargai olih "dajal" yang sudah tentu mementingkan undi anda....untuk dia terus memboncitkan perutnya dengan harta pencarian menerusi UMNO...

Dia cuma mampu berterima kasih kepada anda dulu,kini dan sehingga UMNO tengelam. Selepas itu mereka akan cari tempat berteduh yang baru.




Joe Black

pengkaji said...

Dato dan bloggers

ini bukan isu memberi subsidi, tetapi memberi hak kepada rakyat bumiputera yang telah dinafikan hak selama 500 tahun sewaktu di jajah dan dipinggirkan oleh orang asing.

Kini baru 52 tahun merdeka dan baru cuba mengecapi hak kita dan menikmati erti kemerdekaan, hak kita di pertikaikan secara perlahan dan halus oleh penduduk yang tidak faham erti di pinggirkan di tanah air sendiri.

Tidak salah mencari madu, tetapi jangan sampai menjolok sarang tebuan.

Apakah 500 tahun di pinggiri di tanah sendiri itu mahu kita ulangi?

CommonerNinetyNine said...

pemerintah biasa kaya raya, atau ada cara cari kekayaan, atau sedang dalam perjalanan ke arah kekayaan.

mana mereka risau mengenai kos kehidupan rakyat?

apa yang mereka risau adalah 'muka'. nak show mereka bertapa 'liberal'.

mulut senang tunjuk 'liberal', tapi cakap tak ada kandungan.

nak hapuskan subsidi tapi tak cakap macammana.

adakah cara begitu 'miracle', tolak subsidi, tak susahkah rakyat! lagipun tak cakap duit 'saved from' bayar subsidi pergi mana!

sama dengan cakap besar mengenai gst.

gaji tak tambah, tapi tambah tax, tak akan jadi susah untuk rakyat! begitu 'miracle'!

nak tunjuk pandai memang boleh, tapi bukan guna mulut. lagipun, banyak cara dan jalan boleh tunjuk kepandaian.

politik bukan buat lakonan, show ini, show itu. yang penting adalah kefahaman benar mengenai situasi kehidupan rakyat dan buat kerja benar untuk selesai atau naik taraf kehidupan rakyat.

duduk, atau hidup dalam tempat mewah saja tak akan dapat faham apa yang dihadapi oleh rakyat.

dan, pergi jalan-jalan diikuti ratusan 'gang' dan orang media ke tempat 'happening' satu dua kali setahun tak akan dapat tahu kisah benar megenai kehidupan rakyat.

kalau kerja kerja benar dan bagus dibuat untuk rakyat, rakyat bukan bodoh, rakyat boleh rasa. tak payah bagi tahu dengan surat khabar 'front page' tiap tiap hari.

tapi kalau kerja kerja bagus dibuat oleh mulut saja tiap tiap kali, walaupun konsep baik, rakyat akan semakin tak ada rasa, lagi teruk, rakyat mungkin rasa kena tipu!

asyMok_Aambo said...

actually model ekonomi baru tu idea anwar. moralnya, anwar menang, najib tewas. cuma bezanya kalau anwar yang nak buat, tv1 dan utusan malaysia akan hentam cukup-cukup, tapi kalau najib yang nak buat benda sama, hanya berahim ali je yang berkias-kias.

Cikgu Ibrahim said...

saya rasa tulisan ini amat menarik. dato, izinkan saya mengambil tulisan untuk paparan dalam blog saya.

Anonymous said...

Terlanjur DAKJ sebut YTL, saya nak ajak baca berita berikut :

http://www.nst.com.my/articles/04yeoh/Article/index_html

YTL tu bukan "little brother" ke? Francis Yeoh pun dah lupa yang asalnya YTL dapat hidup pun sebab dibantu sampai sekarang terutama dengan subsidi IPP.

Tambah pula bila Nazir Razak sendiri (tahun lepas) yang bela YTL dengan mengingatkan konon bahaya bon kredit yang mungkin meletup jika subsidi IPP disusun semula.

Yang hairannya Ismail Sabri baru-baru ni tak ada pulak sebut tentang subsidi IPP.

Fed Up

Aku Pun Orang Lama said...

Salam Tok Kadir,

Maaf kalau menyimpang.

Mintak ulas sedikit tentang tulisan ni. Rasa2nya PAS dgn DAP bertelagah lagi ke tidak?

smokie said...

They should really look in the aspect of the implementation really.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya petik tampalan dato' di atas

"Cuba tanya, berapa ramai atau berapa peratus kakitangan Bumiputera yang pegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat milik Cina ini?

Yang jadi driver, bodyguard, jurujual, storekeeper dan GRO ramai lah."

Jawapannya pendek aja: Sedikit.

Saya nak tambah lagi:

(1)

Bukan setakat syarikat milik penuh Cina tapi dalam syarikat MNC yg Cina jadi pengurus atau eksekutifnya, anak-anak Melayu diketepikan berbanding anak-anak Cina.

Anak saya bekerja dengan sebuah MNC yg pengurusannya dimonopoli Cina. Baru-baru ada promotion exercise, 100% pekerja Cina dapat promotion tapi yang Melayu sorang pun tak dapat.

(2)

Dalam syarikat Cina pun ada Melayu dalam board of director nya tapi "sleeping partner" good and only meant for facilitating linkages with various govt agencies. Mereka lazimnya dari kalangan suku sakat pembesar UMNO atau pengarah /pangkat tertinggi jabatan kerajaan yg dah besara.... diperkudakan. Kalau kalangan bekas pengarah abis lama 5 tahun, lepas tu bisanya dah hilang..lalu dikeluarkan. Dari kalangan suku sakat UMNO bergantunglah kepada bintang yg di atas tu, kalau kuat yg di atas maka lamalah dia diguanakan..kalau bintang mula malap macam Khairy misalnya, maka suku sakatnya pun kurang nilainya lagi. Semua orang ada "price tag".

Kesimpulannya: Saya yakin bahawa Cina ni kalaui dia berkuasa mampuslah Melayu dilanyaknya. Rasanya Cina tak akan lakukan genocide pada Melayu tapi bila dia pegang kuasa dia akan pastikan Melayu jadi bangsa hamba di Malaysia ni.

Soalnya: Adakah pembesar UMNO sedar hakikat ini dalam ertikata yang sebenar? Kenapa beria-ia sangat nak meraih undi Cina/India yang sekadar 20-30% tu sampai sanggup tekan (tenyeh/tindas sebenarnya) Melayu parti lawan? Kenapa tak cari jalan menyatukan Melayu? Apa sangat demand PAS yang orang Melayu tak boleh beri atau yang tak appeal to the Malay masses?

Hakikatnya, bilangan kerusi parlimen yg betul-betul majoriti pengundi Cina cuma 38 (tolong betulkan kalau ini salah), tak ada satu kerusi parlimen atau ADUN yang majoriti pengundi orang India. Kalau Melayu 100% solid di belakang UMNO, sampai bila-bila pun Melayu majoriti di parlimen. Tapi kenapa kita sampai ketahap kelam kabut sekarang ni? Amat mudah apabila menuduh PAS sebagai penyebab Melayu berpecah sedangkan PAS itu asalnya parti serpihan UMNO. Terimalah hakikatnya bahawa kalau pun ramai dah Melayu sekarang yang tak pedulikan agamanya tapi masih ramai lagi yang sayangkan agamanya. Walaupun semakin ramai Melayu mengunjungi pusat KoK dan pergi clubbing secara rutin, namun masih ramai lagi yang bimbang dengan gejala unislamic itu. Tak bolehkah UMNO kembali kepada Islam dalam ertikata sebenarnya demi survival bangsa Melayu itu sendiri? (Yang terafdhal ialah kembali kepada Islam kerana Allah!) Bukankah Melayu itu Islam? Bukankah Islam itu bermakna menyerah tunduk kepada Allah? Sesat dihujung jalan, baliklah ke pangkal jalan..jangan beretorik.

Ketuanan Melayu? Artikel 153?

Tuan tidak bermaksud kita tuan yang lain hamba. Tuan bermakna kita menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ada dalam negeri ini. Artikel 153 dan Agong BUKAN jaminan ketuanan Melayu kerana semua itu jaminan atas kertas yang boleh dibeli dengan cara tipu daya (bila kita bodoh dan lalai / cuai / apathy) atau menggunakan wang ringgit (bila kita miskin). Remember, EVERYONE has price tag. Banyak yang melalaikan Melayu sekarang ni dan anak-anak kita dihidangkan dgn program realiti TV yg membolehkan orang jadi jutawan melalui hiburan. Akhbar Melayu meletakkan cerita sensasi artis di mukadepan! Drama TV atau filem Melayu menggambarkan kehidupan anak-anak muda yang tenggelam dalam keseronokan dan orang bisnes Melayu yang hidup ala-ala JR Ewing dalam Siri Dallas aja... Apa halnya?

Maaf Dato', saya dah mula emosi. Elok saya stop kat sini aja.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Komen kedua, yang pertama tak lepas. takpe.

Habib Rak bertanya

"AKJ, When can the "pandatang" be treated equal like the Melayus? In 5years? 10years? 20years? When? Are the "pendatangs" doomed as second class forever? What is the sin of the 2nd, 3rd, etc generation of the "pendatangs" in Malaysia?"

Soalan saya, equal tang mana? dari segi ekonomi lebih dah... dari segi bahasa, budaya dan pendidikan pun lebih dah...
harap dapat jelaskan.

Soalan kedua saya, kenapa parti kaum cina (baik dalam bn atau di luar) asyik persoalkan deb dan kenapa melayu tak boleh capai sasaran ekuiti 30%? kenapa tak bagi solution? kenapa tak bantu? kenapa pilih mengali babakan melayu instead of ambil jadi partner? kalau nak cerita jadi TPM lah, jadi PM lah, tapi tak mau jaga rakyat majoriti, mimmmmmmpiiiiiii sajalah.

Lagi satu, tau tak kenapa Lim Kit Siang dan Karpal Singh tetap beriya-iya nak Anwar kekal jadi ketua pembangkang? hahaha fikir-fikirkanlah. klunya, tengoklah sapa yang dok berguling tengah jalan di perak sambil pegang bendera dan menghalang kenderaan paduka tuanku. Berguling untuk apa? untuk siapa? untuk Kerajaan yang taknak terima orang Melayu jadi MB.

Pasal pak menteri/pemimpin badigol al samdol dalam UMNO, saya tak nafikan, tapi dah tak daya sungguh nak sebut. macam tak boleh nak ubah dah, nampak muka pun nak muntah dah. cuma tak nampak alternatifnya. yang memerintah kacau yang teringin nak memerintah pun banyak meracau. dua-dua pun sama, kasi kera di hutan susu punya baka.

salam

Aku bukan politician

A KADIR JASIN said...

Sdra Aku Pun Orang Lama,

Pandangan sepintas lalu saya lebih kurang begini.

1. Mungkin benar DAP tidak pernah menafikan atau menolak kedudukan Islam sebagai agama rasmi atau menghina Islam atau mana-mana agama.

2. DAP memperjuangkan kebebasan memilih dan mengamalkan mana-mana agama di Malaysia termasuk Islam.

3. Tidak kelihatan pun mana-mana pemimpin DAP yang "menyerang Islam" atau anti-Islam sama secara terbuka.

4. Tetapi ini tidak bermakna DAP setuju dengar dasar dan matlamat Pas.

5. DAP sudah berkali-kali menolak matlamat Negara Islam yang Pas perjuangkan.

6. DAP menolak Hukum Hudud Pas.

7. Jadi, walaupun DAP tidak menghina Pas, tetapi DAP telah mencela (menghina?) berulang matlamat Pas mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud.


Terima Kasih.

Melayu Daif said...

Nampaknya Dato semakin menjadi2 latah 'orang2 atas' tu...

Baru2 ini MOF keluar kenyataan (tak silap saya dlm 4-5 hari lepas) supaya pegawai kerajaan tidak melayan sebarang SURAT SOKONGAN drp ahli politik.

Surat Sokongan ni dah sinonim dengan orang Melayu malah itu adalah cara 'membalas jasa' di atas sokongan dan kesetiaan ahli dan pengundi tersebut.

Walaupun banyak kes YB melobi dan menggasak projek menerusi kroni tetapi bagi hamba rakyat yang bergantung hidup kepada projek & tender kecil2an di mana mereka nak mengadu jika tidak kepada YB?

Dan jangan lupa 'buaya' di dalam jabatan kerajaan tu tak perlu pun surat sokongan YB untuk melahap projek, tender dan lesen melombong !!

Anonymous said...

what do we tell the wife of a pm who has a project
that is not as important as the running of the national
school itself. i certainly do not envy the responsiblity
of the top leadership in the ministry of education
who has to sideline the education priorities merely to
accomodate the pet project Datin RM .

As a regular viewer of national land-based tv I am
bombarded with with programs that are imbued with
good chinese values. Can I remind the readers about
the chingkification of malaysia by the national land based
tv stations.

Well having seen many nice chinese serials , may I
relate the duties of the No 1. wife -the old version
of First Lady which i believe RM like to be adressed as.

Well in ancient china, one of the major function of
the first lady of the house is to find a suitable young
wife for the husband. In Indonesia there is a nice
saying-

Om senang , Tante girang
If the Master is happy [and can find relaxation through
a young and pretty wife ] , the First Lady surely will
be joyous.
This philosophy makes sense. I am sure you guys
will support me if this matter is published and brought
to the attention of the First Lady of the Pee Em's
household.

notoktok

pemerhati said...

Dato

yang kita duk discuss ni depa nak baca dan ambil kira kah ?

Harap thru connection Dato dapat le segala pendapat di sini dapat di lontarkan kepada mereka di atas sebagai sebahagian dari suara rakyat di bawah.

Jangan undi kita saja yang mahu di ambilkira.

Puyot said...

Bagaimana dengan UMNO yang juga menolak hudud tok? Tak ka sama ja UMNO dengan DAP kalau penolakan hudud itu dijadikan garis panduan sebagai menyerang Islam?

Walhal lebih teruk lagi UMNO sebab mereka itu Islam pada asasnya. DAP itu kebanyakannya kafir dan tidak mengerti tentang Islam.

Lagipun, soal hudud ni, zaman raja-raja Melayu sebelum Inggeris datang lagi dah wujud. PAS cuma nak kembalikan saja hukum tu ke tempat asal. Bukannya nak 'promo' perkara baru. Tak percaya? Cuba pi baca isi kandungan Batu Bersurat Terengganu tu ha.

Ka gumana?

amarneng said...

Assakum Datuk...

Bicang sedikit pasal ketuanan kita datuk..saya yakin dan percaya serta berserah,ketuanan kita akan mampu diperhankan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, asalkan kita masih mahu terus berpegang teguh dan yakin dengan tali Allah...

Mengenai Umno sebagai tonggak ketuanan Melayu/bumiputera Malaysia, saya yakin inilah satu-satunya untuk terus kita jaga dan bina selagi ada izin dan pertolongan serta kereedaan Allah...

Syarat lain yang harus dipatuhi ialah...semua ahli umno termasuk golongan bangsaan umno dan pemimpin pelbagai peringkat harus menerima hakikat Umno itu adalah milik semua kaum yang bergelar melayu dan peribumi. Umno bukan milik presiden umno seorang...umno bukan milik golongan bangsawan semata-mata dan umno bukan untuk menghancurkan bangsa Melayu sendiri.Kalau presiden sesuka hati membuat kenyataan tanpa bermuzakarah...ramai yang akan terluka khususnya rakyat jelata..
Jangan umno diadaftasikan menjadi United Malaysian Nasional Organisation..sebagaimana yang di utarakan oleh saudara politik69.Bukan lagi umno tetapi jadi U.NO.
YAB Najib harus berhati-hati dengan dasar "liberalisasi". Jika tersalah-salah akan menjadi racun pembunuh manusia yang bergelar Melayu ini.

Datuk...

Mahaf...ada ke golongan bangsawan politik terbaca apa yang kita forumkan selama ini ..? Atau ada ke mereka mengambil iktibar apa yang kita utarakan atau kita hanya cakap-cakap sesama kita sahaja...? Mahaf datuk sekali lagi kalau tersinggung,

wassalam-amarneng

langit biru said...

Saudara Saji, Assalamualaikum.

Itu yang sepatutnya dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi penasihat PM...mengkaji kelemahan DEB dan mencadang penambahbaikan DENGAN mengekalkan perkara dasar dan asas matlamat DEB, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

BUKANNYA menghapuskan terus DEB dan digantikan dengan satu asas baru MEB yang jauh menyimpang dari semangat DEB.

Noor M said...

Salam Semua,

Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan bini tinggal-tinggalkan
sayangkan negara UMNO tu tinggal-tinggalkan

pakbelalang said...

Joe Black,

Ya, komen sdra ada kebenarannya. Itulah perangai "dajal-dajal" dalam UMNO. Seperti kata pepatah Melayu "sudah habis madu sepah dibuang".

Mereka akan berhijrah mencari madu yang lebeh manis lagi untuk menampong "ketagihan" yang telah dialami mereka dalam UMNO.

Saya sebagai symphathizer parti UMNO dan tidak terlibat secara langsung dalam politik UMNO cuma mengharapkan "dajal-dajal" ini dapat dihumban keluar. Kalau pemimpin UMNO tidak mampu berbuat demikian adalah amat malang sekali bagi UMNO yang saya junjung tinggi perjuangannya.

saji said...

Sdr, antara lain bertanya, kenapa parti kaum cina (baik dalam bn atau di luar) asyik persoalkan deb dan kenapa melayu tak boleh capai sasaran ekuiti 30%? kenapa tak bagi solution? kenapa tak bantu? kenapa pilih mengali babakan melayu instead of ambil jadi partner?

Seingat saya, sdr Dr Ridzuan T Abdullah telah membrikan jawapannya dalam beberapa rencana beliau dalam UTUSAN MALAYSIA. Setidak-tidaknya dari segi falsafah, teori, nilai dan pandangan hidup orang Cina. Bahkan menganggap beliau orang yang paling layak memberikan jawapannya.

Anonymous said...

Dato',

Bukan kah pemilikikan st miguel oleh mirzan mahathir adalah salah satu contoh kemajuan orang melayu dalam perniagaan sejagat dan dalam semua perniagaan termasuklah bisnes arak....boleh dato komen sikit pasal st miguel ini. Kenapa kita perlu merasa "insecure" pada setiap masa. Kita bukan nya bangsa insecure.

rochdale

affendi hussain said...

"AKJ, When can the "pandatang" be treated equal like the Melayus? In 5years? 10years? 20years? When? Are the "pendatangs" doomed as second class forever? What is the sin of the 2nd, 3rd, etc generation of the "pendatangs" in Malaysia?"- HabibRAK

The answer is in this blog for quite some time.. Nope, its not 5, 10 or 20yrs.. its 200yrs or more..

What EQUAL?? I thought the 'pendatang' try so hard to preserve their DIFFERENCES and try to be DIFFERENT from rest of the MAJORITY..
The pribumi had been kind enough to be FAIR, yet the 'pendatang' keep on demanding for more & more forgetting about what they already had in hand as a result of the pribumi FAIRNESS & TOLERANCY. So greedy & selfish they are.

Still craving for EQUALITY?

Ok, look no further..see Thailand & Indonesia for such model..Thailand already had a Chinese PM (Thaksin)..even he is genetically a Chinese, he is so EQUAL in his own country, why?
Similar to Barack Obama also right? why?

Please name me a country that treat DIFFERENT people EQUALLY?

Definitely not like the 'pendatang' we had here in Malaysia.. the ball already at their feet to score for 52yrs passing over generations yet they didn't want to score..if they choose to be an ALIEN, why put the blame on the Malays? Cari pasal ka?

What is the SIN of the 2nd & 3rd?? They choosed to remain in their "doomed" status quo and yet still putting the blame on the Malay? ..now that is a sin.

Its MALAYSIA you know, not CINASIA or INDIASIA..

Belajar tengok cerminlah "pendatang"..dream on..the choice is yours..why put the blame on others when end up making a wrong choice? What about the choice made to migrate here? I bet if they think what their forefathers had done was wrong, they will still put the blame on the Malay.. Even if their cat/dog die also they will blame the Malays..It is so them..the inherited PENDATANG attitude.

Why can't these annoying "pendatang" assimilate?? 52yrs and yet still blaming the Malay?
1Sekolah pun tak setuju? Don't demand for something more than what your life can bargain for..

Bengong!

(",)

pemerhati said...

Saya cadang Dato pergi kat Puncak Gunung Jerai bila balik Alor Setar.

Lepas tu Dato renung dalam dalam ke bawah dan lihat sawah nun jauh menghijau.

Kemudian Dato fikir andainya jika satu hari nanti tanah yang di bawah tu nanti bertukar milik. Apalah agak nasib anak cucu aku nanti.

Bila berada diatas, kita boleh membuat gambaran yang lebih jelas.

Begitu lah sepatutnya

Unknown said...

Dato'

Apa sahaja yang akan timbul adalah dari Team Amirsham. Adakah Dato yakin yang Team Amirsham akan dapat "deliver" suatu cadangan yang memuaskan?

DS Najib akan bergantung pada dia dan kitchen kabinetnya. Jangan pula Kitchen Kabinet cuma dapat menghasilkan makanan ala Cina dan India Sahaja....

vinnan said...

affendi hussein,

In Thailand and Indonesia they expect you to accept a culture. In Malaysia they expect you to accept a religion. In the US a Black man can be president because the whites made it possible. In Malaysia even to be just a CM is considered a big deal.

Diversity of culture and religion is good. However, when a particular language is officially only linked to one religion and one race the other races will have trouble accepting it. By the way the Chinese language is not even called Chinese in China and the US have no official language. In the US today Spanish is becoming a part of government dealings with the public.

Look around the non-Muslim/Malay world and see the great diversity of culture at play. Perhaps it will reduce some of your rabid racialist thinking.

Anonymous said...

Vinnan,

I'm not exactly on the same page on Affendi Hussein views but WHERE DID YOU GET ALL THESE FICTIONS:

1."In Malaysia they expect you to accept a religion" and
2."However, when a particular language is officially only linked to one religion and one race the other races will have trouble accepting it".

Fed Up

affendi hussain said...

"In Thailand and Indonesia they expect you to accept a culture. In Malaysia they expect you to accept a religion."

Really??

I still remember, last time I already caught you with pants down with your hogwash stuff about the bumi discount & Univ/Govt post enrollment..Still with your "assumption to conclusion" bungee stunt again?

Wise man said, "Once bitten twice shy"..but i guess, this definitely do not work to your kind for sure.. right? hehehe..

1) So, if 'Muslimization' is the math you're speaking..then why the number of your kuil do not exactly follow the 'inversely proportional to time' equation? .. why it seems to be 'exponential to time' in ratio more than what the Muslim population over here had? Answer me Vinnan..

2) Why do you think Bahasa Melayu is associated to Islam..? The origin of Islamic literature is Bahasa Arab not Melayu..China is a mix 52 ethnics (not pendatangs ethnics). The dominant Northern Han/Manchu/Mongol language (Mandarin) is the NORM of that country medium of communication even though it is not declared as official..

3) If Islam was the NORM of bangsa Melayu in this land similar to the Anglo-Saxon's (UK) - Christian, why can't you accept if? You got problem with that??
Hey, people speaks Anglo (English) & live in the norm culture of the Anglo-Saxon's land too..but that doesn't mean we have to embraced the Anglo's norm of religion..so what's your point Vinnan?

4) This is Tanah Melayu..what odd does is make similar to the case of Deutch that speaks Deutch in Deutchland - Tanah Deutch (Germany)?? Answer me Vinnan..

5) If you cannot accept the NORM OF THE MAJORITY society of a certain place, I would suggest, it's better for you to LEAVE for the better good of yourself and the rest of the majority..No need to stress things out, understand Vinnan?

If you still insist, for a trial, may I suggest you do your Tamil stunt stuff in the US, the land of the green pasteur and epitome of democracy.. try Boston. Do write us a report on that on your return.

I hope you still remember my advice about the thing that can bite your @rse, Vinnan..

Ayoyo..Sudah lupa ka?

Thank you for displaying to us what type of hopeless ignorant you really are..nothing surprise us when it comes from a true blue pendatang, like you.

("/)

Anonymous said...

DAKJ and debaters,

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, March 16 — In a bid to regain straying non-Malay support, Tan Sri Muhyiddin Yasin said tonight the government’s New Economic Model (NEM) will provide equal opportunities to all regardless of race.

The deputy prime minister said the NEM will focus on nurturing individual creativity and innovation on the back of reviving the ailing low-income economy.

“It must be ensured that all races will have the same role and equal opportunities to nurture their potentials fairly in the economic sector,” Muhyiddin said at a dinner held by the Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall.--MI

So let me remind Muhyiddin of the following:

1. There are 62 per cent Bumiputeras, 30 per cent Chinese and 8 per cent Indians in the greater Tanah Melayu -- Malaysia.

2. 80 per cent of the poor and the low income people are the Bumis.

3. The poorest states are the Bumi-majority states.

4. Out of people with income less than RM2,o00 a month, 5 million are Bumis and 300,000 are Chinese.

5. GLC are not Bumi's institutions. They belong to all Malaysians.

6. Even PNB are being opened up to non-Bumis.

Yaqeen

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam Datuk,

DEB atau MEB, pokoknya tujuan asalnya mesti diteruskan, samada Ah Chong dan Samy suka atau tidak.

"These are your rights, your ancestors owned this country. How many died and crippled for the country? Who are the ones to shoulder guns to save and fight for the country? No one can take away these rights from you.." We came here to own a living and out of nowhere the British gave us part ownership of the land..."

Ayat diatas adalah beberapa ungkapan yang pernah dicetuskan seorang kawan berbangsa India setiap kali beliau membaca gesaan beberapa pihak (termasuk orang Melayu sendiri)agar kerajaan tidak terlalu 'memanjakan' orang Melayu, terutamanya dalam hal-hal ekonomi.

Sebenarnya dalam DEB itu sendiri, setiap RM1 yang kerajaan berikan kepada orang Melayu, 30 sen darinya akan disalurkan pula kepada Ah Chong. Bukankah ini teras kepada dasar untuk menolong semua kaum yang diwawarkan kerajaan? Dimananya dia dakwaan yang kerajaan mengutamakan orang Melayu?

Fakta ini sebenarnya diakui oleh Ah Chong dan Samy, tapi demi political interest mereka maka fakta ini harus disembunyikan. Afterall this is politic, your loss is my gain.

Cuma sayangnya ramai orang/ pemimpin Melayu yang tidak pandai bermain serta membaca sepak terajang politik.

Jimizul

Anonymous said...

Sdr Jimizul

DEB atau MEB, pokoknya tujuan asalnya mesti diteruskan, samada Ah Chong dan Samy suka atau tidak.

TPM, TS Mahyuddin dan PERKASA pun cakap begitu. Malah saya yakin harapan semua orang begitu. Namun, belum ada pemimpin Melayu di kalangan UMNO,khas memberikan kotmitmen menjelaskan bagaimana ia diterjemah di peringkat pelaksanannya untuk memepertahankan tujuannya itu dengan memberikan contoh, setidak2nya?

Subahir Taib

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).