Tuesday, June 29, 2010

Azmin Lwn Khalid: Yang Tersurat dan Tersirat

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PENGGUGURAN Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Selangor dan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti memberi kesan besar kepada dua pemuka PKR itu.

Sekali gus ia memperkukuhkan kedudukan Mohamed Azmin dan di masa yang sama mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan politik Abdul Khalid.

Gabungan jawatan naib-presiden dan pengerusi PKR Selangor menjadikan Mohamed Azmin pemuka terkuat parti itu selepas ketua umumnya Anwar Ibrahim dan presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Prestij Mohamed Azmin sebagai sekutu akrab dan “loyalist” Anwar mendapat anjakan kerana sekarang beliau juga menjadi supremo politik Selangor, sebuah negeri maju di mana PKR adalah peneraju.

Sejak awal lagi, Mohamed Azmin dianggap penyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang paling sesuai, tetapi tidak dipilih kerana beberapa sebab. Antaranya, Anwar tidak mahu Mohamed Azmin terpisah jauh daripadanya dan kedua dia tidak mahu dituduh mengamalkan pilih kasih dengan melantik Mohamed Azmin.

Di pihak lain, Anwar terpaksa memberi muka kepada Abdul Khalid yang banyak membantu imej PKR apabila dia menyeberang daripada Umno dan pada masa yang sama memainkan peranan penting sebagai Bendahari PKR.

Tetapi Anwar tentu sejak awal lagi sedar bahawa watak dan latar belakang politik Abdul Khalid boleh menjadi beban kepada PKR kerana mereka sama-sama dalam Umno dan kenal rapat antara satu sama lain.

Abdul Khalid bukanlah watak yang popular. Sama ada dalam dunia korporat sebagai eksekutif kanan PNB dan kemudian “pemilik/pengurus” Kumpulan Guthrie atau sebagai penggiat Umno, dia kurang disenangi.

Dalam PNB, beliau diketahui sangat akrab dengan pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham (Tun) Ismail Mohd Ali, tetapi percubaannya memenuhi aspirasi politiknya melalui Umno Selangor tidak menyerlah. Setelah hilang “kawalan” ke atas Kumpulan Guthrie, beliau meninggalkan Umno untuk mencuba nasib dengan PKR, di mana nasibnya nyata lebih baik.

Mohamed Azmin mempunyai watak yang lebih disenangi dan mempunyai ramai kawan serta orang yang bersimpati dengannya kerana untuk sekian lama dia bertugas sebagai pembantu khas dan orang “cofidante” Anwar ketika Anwar dalam kerajaan. Ketika itu, Mohamed Azmin adalah penjaga pintu (gatekeeper) yang berkuasa.

Walaupun Anwar mendapat kawan dan penyokong baru selepas dipecat daripada kerajaan pada akhir 1998, namun Mohamed Azmin kekal istimewa dan akrab.

Anwar sedar bahawa tanpa campur tangan beliau melindungi Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor itu pasti tidak mampu menangkis serangan penyokong Mohamed Azmin. Di masa yang sama, dia tidak boleh lagi menyekat kemaraan Mohamed Azmin, lebih-lebih lagi dalam suasana di mana beliau sendiri menghadapi tekanan akibat tuduhan liwat terhadapnya.

Sekiranya Mohamed Azmin tidak dibenarkan memenuhi potensinya untuk mara dalam kepemimpinan PKR sekarang, masa depannya mungkin tidak secerah sekarang memandangkan kemasukan beberapa pemuka baru yang bercita-cita besar. Mereka ini boleh membantut dan seterusnya menamatkan riwayat politik Mohamed Azmin.

Anwar tentu tidak mahu atau tidak mampu membenarkan kemungkinan ini berlaku kerana bukan sahaja Mohamed Azmin terlalu istimewa kepada beliau, tetapi masa depan PKR sebagai “creature” ciptaan Anwar dan untuk Anwar, akan terancam jika kepemimpinan parti itu terlepas daripada tangan para “loyalist”nya. Buat masa ini, Mohamed Azmin adalah orang setia Anwar yang paling kanan dalam PKR.

Tidak dapat dinafikan iaitu jika PKR mahu terus mengekal dan memperkuatkan sokongan orang Melayu, parti itu memerlukan pemuka yang berjiwa dan berwajah Melayu yang sekali lagi diwakili oleh Mohamed Azmin.

Jadi, walaupun perubahan jawatan yang membabitkan dua pemuka Selangor ini nampak kecil dan diuar-uarkan sebagai perubahan biasa, namun apa yang tersirat sebenarnya lebih besar dan mendalam.

Sekalipun Abdul Khalid tidak dijangka mempunyai pengaruh untuk mensabotaj Mohamed Azmin, tetapi pihak-pihak lain yang mahu menyekat kemaraan Mohamed Azmin atau cemburu terhadap keakrabannya dengan Anwar, mungkin mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh.

Sebaliknya, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar belum tentu selamat kerana, mengikut laporan media massa, penentangan terhadap beliau masih berterusan.

61 comments:

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar.

"It is said that power corrupts, but actually it's more true that power attracts the corruptible. The sane are usually attracted by other things than power.
- David Brin, American author (1950)

Maaf jika pemikiran saya berlainan dari para komentar semua...

Pendapat saya dengan "pengasingan" kuasa yang ada pada YB Menteri Besar menerajui sesebuah negeri dengan melepaskan tanggungjawab yang dipegang di dalam parti politik marupakan satu langkah yg baik.

1. YB MB dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan dan pembentukan ukhwah di negeri yang ditakbir,

2. Dapat mengurangkan "involvement" dari pengharap projek yang berpaksikan landasan politik bagi mendapat sesuatu projek,

3. Memastikan Dasar Kerajaan Negeri dicapai dengan jayanya,

4. Meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dengan pengasingan kuasa ini juga, ianya dapat mengurangkan beban kpd YB MB dan juga dapat memberi fokus terhadap perlaksanaan visi serta misi kerajaan negeri bagi mencapai tahap yang terbaik.

Bila seseorang itu memegang terlalu banyak kuasa, kita selalu dapati akan terdapat penyelewangan kuasa yang ada, pengalaman yang lepas dimana mantan YB MB Selangor yang memegang terlalu banyak kuasa telah menyeleweng wang kerajaan untuk membawa ahli keluarga "tour" ke Disneyland. Ini terjadi apabila bila seseorang itu terlalu berkuasa, tidak ada seorang pun yang berani berkata apa bagi menentang.

Apabila YB Azmin mengambilalih jawatan yang penting didalam Parti, maka ini merupakan satu lonjakan ketelusan pentabiran kerajaan negeri supaya ada lapisan yang berani menegur dan juga berani ditegur bagi melincinkan jentera pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim, which is a a true gentleman.

Perbalahan adalah satu perkara yang amat biasa didalam arena politik, spt juga terjadi didalam BN - MCA,MIC dan juga UMNO serta parti komponen yang lain juga ada masaalah ini dan agak meruncing lagi bila ketua parti yang tidak pernah terfikir mahu turun dari tahta.

Oleh itu, jika pemikiran kita menjurus kepada kebencian yang amat, maka kotor lah pemikiran itu, dan kalau pemikiran yang menjuruskan kepada kebaikan, maka kebaikanlah yang akan ada selamanya.

Apa yang kita harap keadaan ini tidak memberi apa2 implikasi politik kepada pemerintah negeri, dan kepada pembangkang di Selangor, ambil lah iktibar ini untuk kebaikan bersama.

Sekian.

1280-K Taman Malik

pakbelalang said...

Khalid is not a polished politician nor is he a successful corporate man. I think his level of intelligence suits to be just a junior investment executive of a unit trust company. That is what his position should be.

To be a Mentri Besar of Selangor you must have charismatic outlook in your personality in order to get the respect from the rakyat.

The glaring weakness of Khalid is his poor communication skills. Dia bercakap dulu sebelum berfikir. Jadi selalu tersasul !!! Not convincing at all.

With regard to Azmin, I reserve my comment.

yoko ono said...

salam datuk,
saya kira semasa azmin menjadi penolong peribadi kpd anwar dizaman
anwar menjadi menteri,pengalaman azmin sudah tentu lah menyaksikan
betapa agrresif dan 'nation building'attitude anwar.apakan lesen di beri kpd bank hong leong,rashid hussain,phileo,di buatnya spnb,dasar yg menggalakkan
pasaran saham,nst,tv3,mrcb dan polis dan askar di beri housing...

di bawah khalid,industri pasir hancur,nak beli syabas tak jalan,duit kdeb 222 juta habis,parking consession negeri selangor bagi kat rozali(suasa efektif sdn bhd),pkps habis duit simpanan,pj central projek tak jalan sebab kata dia itu dan ini,apa benda pun tak!

sombong pulak tu...dap dah berangan pkr subsidiari dia...tak on lah...janji dap ctrl penang je..
pkr selangor,pas ktan dan kedah..

azmin tu sopan..dia tak akan
buat kerja ni kalau tak terpaksa...

andakmaon said...

Dato,
Perkembangan mutakhir yg berlaku ini sangat menarik utk diikuti perkembangannya. Ianya merupakan ' turning point ' kpd karier politik kedua-duanya. Mungkin juga Selangor bakal menuruti jejak Terengganu selepas PRU 13 nanti atau mungkin saja jadi ' base ' yg kuat kpd PKR di bawah Azmin.

liyas said...

Dengan kemeriahan piala dunia di Afrika Selatan, perlu lah difahami bahawa di dalam politk juga bola adalah bulat...sebulat boleh di piala dunia itu..kalau di atas pun tidak laman...sebelum ke liang lahad.

pemerhati said...

Dato

dah nama pun orang politik, tak kiralah PR ke atau BN, memang ramai yang gila nak berkuasa.

Jarang pulak kita dengar mereka bergaduh sesama sendiri berebut nak turun padang dulu untuk bantu rakyat.

Rakyat pulak yang kena pergi pejabat depa berulang kali untuk merayu mintak bantuan.

Dunia dunia.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Tergelak besaq saya bila perkataan 'creature' menjadi pilihan.

'Man is the only creature we know, that, when the term of his natural life is ended, leaves the memory of himself behind him.'- William Godwin.

Melayu Mudah Lupa.

tk

Anonymous said...

Salam buat Dato' dan pelayar,

Kepada golongan marhaen Khalid mempunyai perwatakan, penampilan dan ketokohan yang sederhana. Malah kalau dibandingkan dalam konteks 'epal dengan epal', antara Khalid dan kepimpinan dalam Pas, Khalid ada kelebihannya - keangkuhannya tidak setinggi Pas.

Dengan kualiti berkenaan, Khalid begitu mudah mendapat kepercayaan untuk menerajui pentadbiran kuasa di Selangor meskipun dari segi faktor lain - keakraban dengan De Faktoe, kekananan dan hubungan kepolitikan sesama rakan - ada tokoh-tokoh lain yang boleh bersaing secara sihat dengan beliau. Meskipun ada kalangan yang tidak percaya cempedak menjadi nangka, Khalid telah pun membuktikannya.

Setelah sekian bulan berada di puncak, Khalid mungkin telah melupakan pesaing-pesaing tadi. Apa yang Khalid mungkin kurang sedar ialah pesaing-pesaing tadi tidak pernah melupakan khalid.

Kalau satu ketika itu persepsi dan pendapat marhaen sangat diambil kira hingga muncul ungkapan seperti 'makkal sakhti', 'kuasa rakyat' dsbnya rupa-rupanya ia sekadar ungkapan pemanis mulut buat musim yang itu saja. Apabila ungkapan ini mula dipinggirkan, begitu jugalah dengan kedudukan Khalid.

Terkini, apabila propaganda dan psyWar dengan mudah memandu persepsi umum ke satu arah yang ditetapkan. Khalid tidak boleh beranggapan bahawa panas mentari yang bersinar terang akan berpanjangan memasuki waktu petang. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, terkini, meskipun posisi Khalid umpama telur di hujung tanduk, apakan daya, 'makkal sakhti' dan 'kuasa rakyat' hanya dapat memerhati dari kejauhan.

ATAS PAGAR

Abdullah Ngah said...

Yang buat saya hairan kebanyakan rakyat di negara ini masih belum kenal perangai para pemimpin UMNO.

Baru baru ini Seorang digelar ulamak dikatakan telah ditipu oleh Datuk Seri Mohd Najid Razak.

Jika benar sang ulamak tali kasut ibnu Khatsir itu kena tipu, maka sah sang ulamak itu bodoh.

lazim,Orang bodohlah jadi makanan orang cerdek. Namun usah salah orang lain dan berkata macam macam, termasuk mengatakan, umno pembohong.

Memang itulah perangai orang UMNO.

Apabila membaca tulisan Datuk Azmin lawan Khalid: Yang tersurat dan tersirat dapat kita buat kesimpulan bahawa seiapa yang duduk dalam umno memang begitulah perangainya.
Lebih lebih lagi pengilabatan mereka dalam parti politik tidak lain dan tidak bukan hanya mahu kumpul harta agar jadi jutawan.

Ini sepertimana dinyatakan bahawa khalid Ibrahim mencuba nasib dalam Parti Keadilan rakyat setelah nasibnya kurang baik setika berada dialam UMNO.

Itulah yang tersurat dan itulah yang tersirat.Praktis dan realistik.

Kalau Khalid bersikap demikian apatah lagi dengan yang lain, termasuk Azmin Ali yang dilantik sebagai pengerusi mengganti orang sudah bernasib baik sebagai menteri Besar Selangor negeri terkaya di Malaysia.

Jika gagal dalam UMNO mereka akan mencuba nasib dalam parti lain.

Inilah perangai orang UMNO yang perlu diawasi oleh orang PAS yang bekerjasama dengan Parti keadilan rakyat dan DAP.

Yang peliknya kebanyakan orang Melayu tidak kenal perangai asli orang UMNO ini sehingga ternoda dan tergoda dan jadi makanan.

Nampak dengan jelas, kepentingan peribadi didahulukan berbanding kepentingan rakyat.Percaturan sah rakyat yang menjadi mangsa menanggung segala beban.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Letih la....

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato’

Professor Dr Khalid Ali Muhammad al-‘Anbariy dalam bukunya, “Sistem politik Islam menurut pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan pendapat Ulama Salaf”, berkata, “Politik adalah Ilmu dan Kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai Prinsip-prinsip dan Disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ilmu politik”.

(Dr.Khalid, Pensyarah di Universiti ‘Ajman dan Universiti al-Malik Su’ud sebelumnya. Ulama muktabar masa kini yang sering jadi rujukannya adalah Syeikh Abd Aziz bin Abdullah bin Baz, Mufti Arab Saudi).

Dalam buku beliau, katanya, “Kita ingin tegaskan bahawa tiada hubungan atau kaitan langsung antara Islam dan demokrasi. Tidak ada demokrasi dalam Islam”.

Dr.Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, “Fiqah Daulah dalam perspektif Al-Quran dan As-Sunnah”, berkata, “Substansi Demokrasi Sejalan dengan Islam”. Dr Yusuf Al-Qaradawi, bekas ketua pengarang Ikhwan Muslimin Mesir, jawatan yang sama dipegang oleh gurunya, Hassan Al-Banna yang mati di tali gantung penjara Mesir)

Buku kedua-dua tokoh ulama terbilang ini amat menarik untuk dibaca bagi mereka yang ingin mendalami Ilmu Politik Islam.

Kedua-duanya menggunakan hujah Al-Quran dan Al-Hadis serta sejarah Rasulullah saw.

Itu dari segi ILMU.

Dari segi Kemahiran: Mahir mengaplikasi Ilmu Politik ke dalam dunia Politik, Mahir dalam Permainan Politik.

Mahir mengaplikasi Ilmu Politik berteraskan prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin ilmu politik.

Mahir dalam permainan politik berteraskan kekuatan akal.

Apa yang berlaku, sebahagian besar ahli politik tidak mempunyai ilmu politik, tidak mahir dalam prinsip dan disiplin politik, TETAPI SUKA DAN ASYIK dalam permainan politik.

Permainan Politik Acuan Demokrasi Sekular Barat bertunjang kepada Matlamat Menghalalkan Cara. Di sini Dr Khalid tidak menemui titik pertemuan antara Demokrasi dan Islam.

Permainan Politik Acuan Demokrasi UMNO, sebenarnya juga Acuan Demokrasi Sekular Barat yang dikosmetikkan dengan elemen Islam bagi mengaburi pandangan rakyat beragama Islam. Hakikatnya, Demokrasi Sekular Barat Berjaya MEMISAHKAN GEREJA (AGAMA) DARI POLITIK, dan itu jugalah yang mahu dijadikan kepada Islam, MEMISAHKAN ISLAM DARI POLITIK, yang jadi ikutan UMNO, punca kelahiran parti serpihan UMNO, iaitu PAS.

Lagi Serpihan UMNO, iaitu PKR, tidak sama objektifnya dengan sebab-sebab kewujudan PAS. Mereka juga masih kekal dengan Acuan Demokrasi UMNO, kerana disitu mereka diasuh, dididik.

Permainan politik UMNO, yang berkuasa dalam Parti adalah yang berkuasa dalam Kerajaan. Ketua UMNO Bahagian, jadi Ahli Parlimen Kawasan Bahagiannya.

Sistem Piramid, Rakit-Berakit, Payung-Memayung, Satu Kapal, menyusur arus menongkah arus, Si Ketua “membela” penyokongnya dengan Jawatan-Jawatan dalam Kerajaan atau dengan Projek-Projek Kerajaan. SEMUA SISTEM INI terbukti merosakkan Negara.

Kegagalan Khalid adalah gagal memenuhi tuntutan penyokongnya, sebagaimana berlaku kpd bekas TKM 1 Pulau Pinang.

MAKA, langkah PENGASINGAN KUASA DALAM KERAJAAN dan KUASA DALAM PARTI, baik dalam BN atau PR amat wajar bagi memastikan ketelusan pentadbiran Negeri /Negara.

Anonymous said...

Salam,

UMNO parti yg tak pernah tipu orang, mana ada...

UMNO parti yg berjasa pd org ramai, mana ada...

UMNO parti yg skrg makin kuat dan sentiasa di sokong oleh bekas2 ahli UMNO...mana ada.

Cuma, isu royalti 3 batu notika jd ehsan tu UMNO tak tipu tapi kelentong rakyat jer...

eh kamu semua percaya pada saper???

Tengku Razaleigh + Tun Salleh Abbas atau ....
UMNO???

Mestilah UMNO yg lebih bercakap benar...sebab duit tu UMNO yg punya bukan Ahmad Said (albab) yg punya...

Speaker DUN Perak, mana yg betol dan mana yg palsu??? V Sivakumar atau Datuk R Ganesan ??? UMNO tak tipu... Datuk R Ganesan yg sepatutnya jadi Speaker pasal dia berjaya pakai baju speaker yg baru.

Judi bola??? Kamu percaya Vinsetan ke atau Najib...
Mestilah Najib, pasal Najib bagi lesen...

Kes liwat, nak percaya sape, Anwa ke saipool...mestilah Saipool pasal dia yg tanggung 2 hari... tak berak dan masa mandi junub bilas badan je, tak bg kena bontot (juXXr)...

kesimpulannya, jgn sape2 mengata pd UMNO parti2 org2 Melayu yg suci itu...

man remos

Anonymous said...

datuk..

you masuk PERKASA je la...boleh geng dengan pak brahim ali yang pandai baca yang tersurat dan yang tersirat..

patut la melayu tak maju...dok baca terbalik ja..


IBRAHIM ALI SERANG KJ BELA WEE, GESA LETAK JAWATAN – minsider

Ibrahim Ali pagi ini membidas Khairy Jamaluddin dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” dengan mempertahankan Ketua Pemuda MCA semalam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee Ka Siong minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”


minah ronggeng

ab said...

Salam Dato,



ni kesah tiga anak ibrahim dan satu anak ali.


anak ali lagi satu dok hembus hingus siang malam....matanya bengkak lagi dan berayaq..


lip lap lit lap, tenguk kiri tenguk kanan,pui kiri pui kanan.....


ALIH ALIH anak beranak siang dan sing YANG BERUNTUNG.....


MELAYU OOOOO00000 MELAYU!!


Abu bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato'...

Pelbagai artikel telah dikeluarkan dan Khalid telah mengaku bahawa dia bukan pemain politik yang popular.....

Setiap warga GUTHRIE mengenali siapa Khalid Ibrahim dan mengakui jasa Khalid kepada GUTHRIE dan PNB. Ramai mengakui betapa hebatnya Khalid Ibrahim sehingga beliau mendapat gelaran TAN SRI atas tiket usahawan bukannya politik.....

Ramai penyokong PR mengenali Azmin dari awal penglibatan beliau dalam KEADILAN. Sentiasa berdiri teguh dibelakang DSAI sehinggakan isteri beliau difitnah mempunyai hubungan sulit dengan DSAI hingga melahirkan anak luar nikah. Beliau sanggup menghadapi ujian DNA bagi membuktikan bahawa tuduhan itu satu fitnah..

Beliau juga sanggup bersengketa dengan adik-adik beliau dalam menegakkan keadilan. Semasa adik-adik beliau diketuai oleh Asmidar terpengaruh dengan wang ringgit hasil umpanan Mahadet... Azmin masih lagi kukuh bersama dengan kepercayaan dan prinsip keadilannya...

Itulah Azmin dan itulah Khalid Ibrahim yang mewakili PR.

Kenapa Kadir Jasin tidak mengatakan betapa UMNO terangganu, kedah, selangor dan beberapa negeri lagi berada didalam kekalutan politik dan kepercayaan kepada pemimpin.

Di Terangganu, Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri, manakala Mat Said menjadi Menteri Besar... Kenapa tidak pertikaikan.

Di Perlis, Ketua Perhubungan Negeri masih disandang oleh Shahidan Kassim tetapi MBnya ialah Mat Isa..

Dikedah, diletaknya Safie Afdal dari Sarawak menjadi ketua Perhubungan Negeri mengantikan Mahatir Khalid anak tempatan....

salute to dato krn dpt title "dato" di era Tun DR M.

tarmizi yusuf

KEMBALIK said...

Memang kelakar kalau masih yg naif akan percaya pengasingan kuasa MB dgn bos politik negeri di Malaysia ini.

Macam mana nak jadi MB kalau tiada kuasa politik? MB Patung? MB Proksi?

Siapa yang menangkan dan memberi kedudukan sebagai MB kalau bukan usaha parti politik?

Untuk menang politik perlu wang. Wang datang dari langit? Orang politik nak guna wang saku sendiri? Hahaha Wang tajaan? Penaja nak bagi free ka atau nak pulangan?

Gunalah akal yang Allah beri.

KEMBALIK

umar said...

You are just parroting what the main stream media writes. Don't you indulge in serious intellectual perspective view to anything ? A man of your calibre should not just write such superficial article.
Look at Ezam , Chandra Mudzafar and their ilk. Do they have any principle ? UMNO rewarded them both. So it pays to a traitor in your parlance !

mtgbertam said...

Katua pemikir UMNO Selangor dan majoriti umno menyelar perubahan dalam PKR Selangor. Khir Toyo kata, MB tanpa kuasa politik di negeri susah nak tadbir.

1) Itu teori UMNO, kalau Pakatan Rakyat ikut, natijah akan sama dgn UMNO.

2) MB/KM UMNO perlu kuasa politik negeri sebab demi memastikan kedudukan dalam politik kukuh, WANG kena ada. Wang ini ada pada MB/KM. Dengan wang ini, MB akan dapat bela juak2 bawahan untuk terus menyokong tanpa bantahan. Letak sebelah isu2 yg tidak menyebelahi rakyat, yg penting MB/KM dapat beri kemewahan, projek.

2) Adun2 UMNO juga bukankah mengadu bahawa peruntukkan dari pusat untuk DUN disalurkan melalui ketua bahagian UMNO, bukan wakil rakyat. Bukankah ini sama?

3) Kalau ini mentaliti ketua pemikir UMNO negeri, sah UMNO akan tumbang. Sooner or later, cuma tak pasti AKJ dapat saksikan atau tidak detik2 tsb.

pakbelalang said...

Are they really serious in developing the state? It looks like they are neglecting their responsibility or just pure unable to govern the state effectively.

Too much politiking is no good for the state. Period.

There are so many things that the Pakatan state government should focus on development but so far I don't see anything much that the state government has done.

Lets see whether they can really sustain their position to rule the state government.

As I see now, it is rather difficult for them to be able to maintain their position. It is very obvious that they are losing their grip and looks like the scenario now is becoming bad to worse. I don't see any progress at all.

saji said...

Salam Dato'

1. "Walaupun Anwar mendapat kawan dan penyokong baru selepas dipecat daripada kerajaan pada akhir 1998, namun Mohamed Azmin kekal istimewa dan akrab. "

Komen:

Bagaimana dengan Ezam? Maksud saya, tidakkah Ezam juga istimewa dan akrab dengan Anwar?

2. "Sejak awal lagi, Mohamed Azmin dianggap penyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang paling sesuai, tetapi tidak dipilih kerana beberapa sebab. Antaranya, Anwar tidak mahu Mohamed Azmin terpisah jauh daripadanya dan kedua dia tidak mahu dituduh mengamalkan pilih kasih dengan melantik Mohamed Azmin."

Komen:

Apa salahanya Mohamed Azmin di masukan ke padang dalam 'seperauh masa kedua' sebagai MB Selangor penggal ini dan 'sepenuh masa' penggal akan datang?

saji said...

Sdr pakbelalang

"To be a Mentri Besar of Selangor you must have charismatic outlook in your personality in order to get the respect from the rakyat.

The glaring weakness of Khalid is his poor communication skills. Dia bercakap dulu sebelum berfikir. Jadi selalu tersasul !!! Not convincing at all."


What is the glaring weakness of the present MB Negeri 9 and Perlis?

Anonymous said...

Saudara KEMBALIK menulis..

Memang kelakar kalau masih yg naif akan percaya pengasingan kuasa MB dgn bos politik negeri di Malaysia ini.

Macam mana nak jadi MB kalau tiada kuasa politik? MB Patung? MB Proksi?

Siapa yang menangkan dan memberi kedudukan sebagai MB kalau bukan usaha parti politik?

Untuk menang politik perlu wang. Wang datang dari langit? Orang politik nak guna wang saku sendiri? Hahaha Wang tajaan? Penaja nak bagi free ka atau nak pulangan?

Gunalah akal yang Allah beri.

KEMBALIK

1:55 PM

Pandangan beliau berkenaan komen adalah sangat jangkal dan cetek ilmu.

Saudara Termizi Yusuf telah menulis tentang perkara ini dan amat bagus penjelasan oleh beliau tentang pengasingan kuasa tidak kira di kelompok BN ataupun PR.

Cuma orang yang kekurangan ilmu saja yang berkata bahawa politik itu berpaksi kpd wang.

Ini adalah cara politik Khir Toyo kalau segalanya wang dan hasil kerja warga kerajaan Selangor di beri Penyapu saja.

"The art of good government is possible when people become aware of the spiritual principles underlying all life." Hendryk Skolimowski

YB MB Khalid mempunyai kuasa eksekutif di dalam pentadbiran negeri dan YB Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor (jawatan seperti Ketua Perhubungan Negeri kalau ikut status BN). Ini dapat memberi ruang pada mereka untuk memberi sepenuh fokus kepada PRU13 nanti.

Hairan ya? Kenapa jika PR memerintah, semua tidak bagus? BN perintah Ok ke? Saya rasa biasa saja.. business ok.. makan cukup.. tidur lena. Saya rasa KEMBALIK ni adalah pengemis projek di Selangor masa zaman Khir.. sekarang tak ada projek.. kepala pening.. hati sakit.. perangai biul!!!

Yang penting saudara, hati kena baik.. fikiran kena positif. Baru ikut sunah Nabi dan menjadi makluk Allah yang baik.

Allah bagi otak.. fikir sedikit dan jangan tak guna pula, nanti jadi Pekasam... BUSUK.

1MALAYA

Anonymous said...

Saudara Tarmizi Yusof,

Shafie Afdal dari Sabah. Mungkin tuan tersalah type.

Amat bersetuju dengan komen 1280-K dan juga Saudara Tarmizi. Pengasingan jawatan memang ada pada BN/UMNO dan tidak pernah dipertikaikan pula?

Ini perkara dalaman PR, tidak perlu BN nak susah2 fikir pula. Buat kerja sebagai perti pembangkang dan kalau nak menang, sila ambil hari rakyat.

Faiz Hj Ahmad

Ab Razak Hj Ahmad said...

Yang kat T'ganu... MB lain, pengerusi BN pun bukan MB... Perlis pun sama, MB orang lain while Pengerusi BN orang lain... So, what's the big deal when Selangor also follow BN foot step...???

TokMatTempel said...

Salam Datuk,

Dengan izin,

Wah .. menarik sekali komen Cikgu langitbiru. Cikgu telah faham soalan saya dulu. Soalan-soalan saya yang lepas terbit dalam fikiran saya sendiri. Saya belum pernah membaca dua buku yang Cikgu sebutkan itu. Insya Allah saya akan cari dan baca dan kemudian cari Ustaz-ustaz yang saya yakini otoriti mereka sebelum saya berpegang dengan ilmu-ilmu dalam buku-buku itu, jika ada. Tidak bermakna saya nak masuk PAS.

Dan saya ingin sekali nak tahu : bagaimana ya Demokrasi Acuan Pas itu, kalau dah demokrasi itu sendiri acuan sekular ?

Salam.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

poor pakbelalang must be physically and spiritually blind not to see and notice what TS Khalid Ibrahim has done in Selangor.

Let me tell you that TS Khalid has done wonders, inspite of all the upheavals and constrains he has been facing.

But you, pakbelalang, as an UMNO totok supporter, anda ahli prasangka buruk terhadap orang yang anda benci. Bertaubatlah anda.
Wassalam.

Pokiok said...

Salam Dato'

Bawa bincang benda spt 2 Blok minyak dan Pulau Batu Puteh bg free kat Brunei dan Singapore lagi byk manafaatnya dan dpt menarik ramai pembaca.

Dan kalo boleh Dato' Listkan apa lg yg Kerajaan yang disayangi nk bagi hadiah kat Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa negara sekitar lg. Inikan pun bagus.

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya akan komen tentang MB Negri 9 dan Perlis jika ada issue ditimbulkan oleh Dato' AKJ dalam blognya.

Walaupun begitu saya telah ada buat komen tentang MB Negeri 9 dalam blog Dato' AKJ.Saya dah tak ingat bila.

Saya tak nak ulang komen saya seperti komen saya tentang Rosmah. Nanti Dato' AKJ tegur saya.

Tentang MB Perlis, saya tak mengikuti perkembangan beliau. Saya tak kenal pun siapa dia. Maaflah. Mungkin dia tak banyak timbulkan controversy.
.

MalaysianKita said...

Saudara TokMatTempel,

Kedua-dua tokoh ulama terbilang, Prof Dr.Khalid Ali Al-‘Anbariy dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, telah melakukan IJTIHAD dalam permasalahan Ummah.

Sebagaimana yang kita ketahui, syarat-syarat menjadi Ulama Mujtahid (melakukan Ijtihad) amat ketat ciri-cirinya.

Mengapa perlu Ijtihad?
(Ijtihad: “Mencurahkan kemampuan untuk mendapatkan hukum syarak yang bersifat operasional dengan cara istimbat (mengambil kesimpulan hukum)” (Imam As-Syaukani)

5:3 Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maidah 3)

Kita semua WAJIB yakin Islam adalah agama yang sempurna, lengkap, tanpa sebarang keraguan,kekurangan.
Syariat Islam, syariat terakhir yang membawa Petunjuk Allah swt bagi seluruh Jin,Manusia dan seluruh Alam. Segala asas-asas, dasar-dasar, hukum-hukum, berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia menuju akhirat, SEGALANYA sudah lengkap dan sempurna, sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.

Istimewanya Syariat Islam juga adalah bersifat Umum, Abadi, dan meliputi segala aspek kehidupan. Atas sifat UMUMNYA itu juga telah diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan hak untuk berijtihad, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil yang qat’i(pasti).

Dengan Ijtihad ini, Syariat Islam akan mampu menghadapi segala perkara-perkara baru dalam kehidupan manusia, serta mampu membimbing setiap kemajuan kehidupan umat manusia kejalan yang lurus. Ijtihad juga mampu mengubat apa jua penyakit kemasyarakatan dan ummah, kerana segala asas-asasnya, dasar-dasarnya, hukum-hukumnya, bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Banyak perkara kehidupan masakini yang memerlukan Ijtihad para Ulama Mujtahid yang muktabar.

Sistem Ekonomi Dan Kewangan Moden umpamanya, AMAT-AMAT memerlukan ijtihad. Asas dan Dasarnya tentulah Muamalat Dalam Syariat Islam. Aplikasinya dalam zaman moden ini memerlukan Ijtihad. Ijtihad ini akan meletakkan Yang Halal tetap Halal, Yang Haram tetap Haram, tiada di persimpangan antara keduanya.

Bidang Perubatan yang mempunyai transformasi paling pesat, juga AMAT-AMAT memerlukan Ijtihad. Pemindahan organ manusia hidup kepada manusia hidup yang lain, wasiat pindah organ bila mati kepada orang masih hidup, bayi tabung uji yang melakukan persenyawaan benih lelaki dan perempuan diluar rahim wanita, pengguguran kandungan hasil perkosaan, pencegahan kehamilan, vaksinasi dan sebagainya memerlukan Ijtihad.

Tugas Ulama Mujtahid adalah mencari asas-asas, dasar-dasarnya dan mengkaji segala fenomena berkaitan selaras dengan syariat atau bertentangan dengan syariat.
TERMASUKLAH JUGA dalam Sistem Politik yang menentukan perjalanan sesebuah Negara, yang tentunya mempengaruhi pemikiran dan kehidupan ummah.

Demokrasi umpamanya, hasil ciptaan Barat selepas Revolusi Perancis. Ya, kalau 100% acuannya adalah acuan Barat dan Sekular, tentu sekali tiada titik pertemuan dengan Islam.

Bagaimana Demokrasi Acuan Islam? Yaitu, orang-orang Islam umumnya dan Pemimpin-pemimpin Islam khususnya (di Negara Islam) mengubahsuai dan membuang elemen-elemen sekular, elemen-elemen haram, memperbetulkan disiplin dan prinsipnya kepada perkara yang selaras dengan Syariat Islam?

Analoginya, Ayam KFC di Amerika sudah tentu HARAM bagi orang Islam memakannya kerana cara penyembelihan ayam, cara pembersihan ayam dan cara penyediaan ayam serta rempah ratusnya yang bercampur aduk dengan bahan-bahan yang haram, menjadikannya haram untuk orang Islam.

Adakah Ayam KFC di Malaysia haram untuk dimakan?

Kalau Demokrasi adalah haram dan kufur, bagaimana keadaan dan cara bagi umat Islam di negeri majoritinya Islam, pemimpinnya Islam tapi mengamalkan demokrasi, berusaha untuk mendapat kekuasaan pemerintahan/politik Islam?

Bagi pemuda-pemuda Islam yang bersemangat,agresif, emosi bergelodak, apakah tidak mungkin fatwa yang keras mendorong mereka mengangkat senjata, meletupkan bom sana sini, kerana alasan pemimpin Islam yang mengamalkan Demokrasi adalah jalan kekufuran, bercanggah dengan Islam?

MalaysianKita said...

Saudara TokMatTempel,

Kedua-dua tokoh ulama terbilang, Prof Dr.Khalid Ali Al-‘Anbariy dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, telah melakukan IJTIHAD dalam permasalahan Ummah.

Sebagaimana yang kita ketahui, syarat-syarat menjadi Ulama Mujtahid (melakukan Ijtihad) amat ketat ciri-cirinya.

Mengapa perlu Ijtihad?
(Ijtihad: “Mencurahkan kemampuan untuk mendapatkan hukum syarak yang bersifat operasional dengan cara istimbat (mengambil kesimpulan hukum)” (Imam As-Syaukani)

5:3 Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maidah 3)

Kita semua WAJIB yakin Islam adalah agama yang sempurna, lengkap, tanpa sebarang keraguan,kekurangan.

Syariat Islam, syariat terakhir yang membawa Petunjuk Allah swt bagi seluruh Jin,Manusia dan seluruh Alam. Segala asas-asas, dasar-dasar, hukum-hukum, berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia menuju akhirat, SEGALANYA sudah lengkap dan sempurna, sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.

Istimewanya Syariat Islam juga adalah bersifat Umum, Abadi, dan meliputi segala aspek kehidupan. Atas sifat UMUMNYA itu juga telah diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan hak untuk berijtihad, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil yang qat’i(pasti).

Dengan Ijtihad ini, Syariat Islam akan mampu menghadapi segala perkara-perkara baru dalam kehidupan manusia, serta mampu membimbing setiap kemajuan kehidupan umat manusia kejalan yang lurus. Ijtihad juga mampu mengubat apa jua penyakit kemasyarakatan dan ummah, kerana segala asas-asasnya, dasar-dasarnya, hukum-hukumnya, bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Banyak perkara kehidupan masakini yang memerlukan Ijtihad para Ulama Mujtahid yang muktabar.

Sistem Ekonomi Dan Kewangan Moden umpamanya, AMAT-AMAT memerlukan ijtihad. Asas dan Dasarnya tentulah Muamalat Dalam Syariat Islam. Aplikasinya dalam zaman moden ini memerlukan Ijtihad. Ijtihad ini akan meletakkan Yang Halal tetap Halal, Yang Haram tetap Haram, tiada di persimpangan antara keduanya.

Bidang Perubatan yang mempunyai transformasi paling pesat, juga AMAT-AMAT memerlukan Ijtihad. Pemindahan organ manusia hidup kepada manusia hidup yang lain, wasiat pindah organ bila mati kepada orang masih hidup, bayi tabung uji yang melakukan persenyawaan benih lelaki dan perempuan diluar rahim wanita, pengguguran kandungan hasil perkosaan, pencegahan kehamilan, vaksinasi dan sebagainya memerlukan Ijtihad.

Tugas Ulama Mujtahid adalah mencari asas-asas, dasar-dasarnya dan mengkaji segala fenomena berkaitan selaras dengan syariat atau bertentangan dengan syariat.

pakbelalang said...

Saya dapat lihat bahawa jika ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau akan menguruskan negara ini secara "authoritarian". Saya sudah dapat merasai trend ini. Beliau akan sentiasa "mengelabah" apabila kuasanya dicabar dan akan menggunakan berbagai cara dan helah untuk mengukuhkan kedudukan kuasanya. Beliau memang "expert" memutar belitkan fakta untuk menyebelahi kepihaknya. Awas-awaslah dengan kenyataan beliau.

Kita harus bijak meneliti kenyataan-kenyataan yang beliau ucapkan seperti mana kita harus juga teliti apa yang Najib cakap dan buatlah perbandingan yang jujur dan ikhlas demi untuk kesejahteran masa depan anak cucu kita.

MalaysianKita said...

Saudara TokMatTempel,

Kedua-dua tokoh ulama terbilang, Prof Dr.Khalid Ali Al-‘Anbariy dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, telah melakukan IJTIHAD dalam permasalahan Ummah.

Sebagaimana yang kita ketahui, syarat-syarat menjadi Ulama Mujtahid (melakukan Ijtihad) amat ketat ciri-cirinya.

Mengapa perlu Ijtihad?
(Ijtihad: “Mencurahkan kemampuan untuk mendapatkan hukum syarak yang bersifat operasional dengan cara istimbat (mengambil kesimpulan hukum)” (Imam As-Syaukani)

5:3 Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maidah 3)

Kita semua WAJIB yakin Islam adalah agama yang sempurna, lengkap, tanpa sebarang keraguan,kekurangan.

Syariat Islam, syariat terakhir yang membawa Petunjuk Allah swt bagi seluruh Jin,Manusia dan seluruh Alam. Segala asas-asas, dasar-dasar, hukum-hukum, berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia menuju akhirat, SEGALANYA sudah lengkap dan sempurna, sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.

Istimewanya Syariat Islam juga adalah bersifat Umum, Abadi, dan meliputi segala aspek kehidupan. Atas sifat UMUMNYA itu juga telah diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan hak untuk berijtihad, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil yang qat’i(pasti).

Dengan Ijtihad ini, Syariat Islam akan mampu menghadapi segala perkara-perkara baru dalam kehidupan manusia, serta mampu membimbing setiap kemajuan kehidupan umat manusia kejalan yang lurus. Ijtihad juga mampu mengubat apa jua penyakit kemasyarakatan dan ummah, kerana segala asas-asasnya, dasar-dasarnya, hukum-hukumnya, bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Banyak perkara kehidupan masakini yang memerlukan Ijtihad para Ulama Mujtahid yang muktabar.

Sistem Ekonomi Dan Kewangan Moden umpamanya, AMAT-AMAT memerlukan ijtihad. Asas dan Dasarnya tentulah Muamalat Dalam Syariat Islam. Aplikasinya dalam zaman moden ini memerlukan Ijtihad. Ijtihad ini akan meletakkan Yang Halal tetap Halal, Yang Haram tetap Haram, tiada di persimpangan antara keduanya.

Bidang Perubatan yang mempunyai transformasi paling pesat, juga AMAT-AMAT memerlukan Ijtihad. Pemindahan organ manusia hidup kepada manusia hidup yang lain, wasiat pindah organ bila mati kepada orang masih hidup, bayi tabung uji yang melakukan persenyawaan benih lelaki dan perempuan diluar rahim wanita, pengguguran kandungan hasil perkosaan, pencegahan kehamilan, vaksinasi dan sebagainya memerlukan Ijtihad.

MalaysianKita said...

Demokrasi umpamanya, hasil ciptaan Barat selepas Revolusi Perancis.

Ya, kalau 100% acuannya adalah acuan Barat dan Sekular, tentu sekali tiada titik pertemuan dengan Islam.

Bagaimana Demokrasi Acuan Islam? Yakni, orang-orang Islam umumnya dan Pemimpin-pemimpin Islam khususnya (di Negara Islam) mengubahsuai dan membuang elemen-elemen sekular, elemen-elemen haram, memperbetulkan disiplin dan prinsipnya kepada perkara yang selaras dengan Syariat Islam?

Analoginya, Ayam KFC di Amerika sudah tentu HARAM bagi orang Islam memakannya kerana cara penyembelihan ayam, cara pembersihan ayam dan cara penyediaan ayam serta rempah ratusnya yang bercampur aduk dengan bahan-bahan yang haram, menjadikannya haram untuk orang Islam.

Adakah Ayam KFC di Malaysia haram untuk dimakan?

Kalau Demokrasi adalah haram dan kufur, bagaimana keadaan dan cara bagi umat Islam di negeri majoritinya Islam, pemimpinnya Islam tapi mengamalkan demokrasi, berusaha untuk mendapat kekuasaan pemerintahan/politik Islam?
Bagi pemuda-pemuda Islam yang bersemangat,agresif, emosi bergelodak, apakah tidak mungkin fatwa yang keras mendorong mereka mengangkat senjata, meletupkan bom sana sini, kerana alasan pemimpin Islam yang mengamalkan Demokrasi adalah jalan kekufuran, bercanggah dengan Islam?

MalaysianKita said...

Dengan Ijtihad ini, Syariat Islam akan mampu menghadapi segala perkara-perkara baru dalam kehidupan manusia, serta mampu membimbing setiap kemajuan kehidupan umat manusia kejalan yang lurus. Ijtihad juga mampu mengubat apa jua penyakit kemasyarakatan dan ummah, kerana segala asas-asasnya, dasar-dasarnya, hukum-hukumnya, bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Banyak perkara kehidupan masakini yang memerlukan Ijtihad para Ulama Mujtahid yang muktabar.

Sistem Ekonomi Dan Kewangan Moden umpamanya, AMAT-AMAT memerlukan ijtihad. Asas dan Dasarnya tentulah Muamalat Dalam Syariat Islam. Aplikasinya dalam zaman moden ini memerlukan Ijtihad. Ijtihad ini akan meletakkan Yang Halal tetap Halal, Yang Haram tetap Haram, tiada di persimpangan antara keduanya.

Bidang Perubatan yang mempunyai transformasi paling pesat, juga AMAT-AMAT memerlukan Ijtihad. Pemindahan organ manusia hidup kepada manusia hidup yang lain, wasiat pindah organ bila mati kepada orang masih hidup, bayi tabung uji yang melakukan persenyawaan benih lelaki dan perempuan diluar rahim wanita, pengguguran kandungan hasil perkosaan, pencegahan kehamilan, vaksinasi dan sebagainya memerlukan Ijtihad.

Tugas Ulama Mujtahid adalah mencari asas-asas, dasar-dasarnya dan mengkaji segala fenomena berkaitan selaras dengan syariat atau bertentangan dengan syariat.
TERMASUKLAH JUGA dalam Sistem Politik yang menentukan perjalanan sesebuah Negara, yang tentunya mempengaruhi pemikiran dan kehidupan ummah.

MalaysianKita said...

Saudara TokMatTempel,

Kedua-dua tokoh ulama terbilang, Prof Dr.Khalid Ali Al-‘Anbariy dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, telah melakukan IJTIHAD dalam permasalahan Ummah.

Sebagaimana yang kita ketahui, syarat-syarat menjadi Ulama Mujtahid (melakukan Ijtihad) amat ketat ciri-cirinya.

Mengapa perlu Ijtihad?
(Ijtihad: “Mencurahkan kemampuan untuk mendapatkan hukum syarak yang bersifat operasional dengan cara istimbat (mengambil kesimpulan hukum)” (Imam As-Syaukani)

5:3 Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maidah 3)

Kita semua WAJIB yakin Islam adalah agama yang sempurna, lengkap, tanpa sebarang keraguan,kekurangan.

Syariat Islam, syariat terakhir yang membawa Petunjuk Allah swt bagi seluruh Jin,Manusia dan seluruh Alam. Segala asas-asas, dasar-dasar, hukum-hukum, berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia menuju akhirat, SEGALANYA sudah lengkap dan sempurna, sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.

Istimewanya Syariat Islam juga adalah bersifat Umum, Abadi, dan meliputi segala aspek kehidupan. Atas sifat UMUMNYA itu juga telah diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan hak untuk berijtihad, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil yang qat’i(pasti).

MalaysianKita said...

Demokrasi dalam PAS?

Tanyalah Kepimpinan PAS, Dewan Ulama PAS, MAjlis Syura PAS.

Saya hanya menyokong landasan Politik Islam.

Anonymous said...

Dato',
Langkah PKR negeri Selangor mengasingkan jawatan politik dan kerajaan adalah suatu langkah yang baik.Pengasingan kuasa dalam parti dan kerajaan adalah baik untuk kesejahteraan rakyat kerana yang tiada berjawatan mampu menjadi 'auditor' kepada yang memegang kuasa, itupun sekiranya yang memegang kuasa ingin mendengar teguran golongan yang menjadi auditor. Sekiranya golongan auditor telah disumbat dengan RM sehingga tak mampu bersuara ..ianya tak guna juga.
Apa yang penting adalah keikhlasan dan amanah dalam tanggungjawab, keimanan kepada Allah SWT adalah kunci kepada jujur dan amanah.
Kita kena belajar dari jiran di Selatan Tanah Air tentang bab amanah dan jujur dalam tanggungjawab walaupun kerajaan mereka bukan dari seagama dengan kita, mereka mengamalkan "zero corruption", sedangkan negara kita yang majoritinya agama Islam banyak mengamalkan rasuah, nepotisme, kronisme dan bermacam lagi ketidakadilan dalam pentadbiran, kita patut malu dengan kedudukan indeks rasuah kita yang semakin buruk dan tidak nampak sebarang perubahan kearah kebaikan melainkan hanya mengubah nama jabatan dari BPR kepada SPRM..

Anak Parit/Bota

saji said...

Salam langitbiru

"Professor Dr Khalid Ali Muhammad al-‘Anbariy dalam bukunya, “Sistem politik Islam menurut pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan pendapat Ulama Salaf”, berkata, “Politik adalah Ilmu dan Kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai Prinsip-prinsip dan Disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ilmu politik".

Komen:

Saya setuju. Cuma nak tambah berikut.

Antara ilmu dan kemahiran yang perlu ada pada ahli politik ialah ilmu dan kemhirannya mengenalpasti/merangka isu/masalah rakyat dan mengemukakan jalan penyelesaian dalam bentuk dasar awam yang sukar ditolak.

Malangnya apa yang kita lihat di kalangan ahli politik kita ialah ilmu dan kemahiran mencipta isu/masalah rakyat sahaja.

wanzaim said...

Salam Dato'AKJ ...

- Blog TSAKJ ni lebih kritikal terhadap kerajaan dari pembangkang.. bg pembahas baru .. sila rujuk tulisan2 Dato' yg sebelum ini .. utk penyokong PR .. JGN MALAS ... pantang dicuit skit .. terus melompat ...
- Pengasingan kuasa konon .. meh tunggu lg 3 bulan .. kompom Khalid out ..
- PAS pulak .. dok membangga diri yg PAS tu aje bersih ... aduhai ....
- UMNO lak awat simpan AZEEZ BALING yg kalah tu ... cukup2lah simpan nanah mcm dia tu ...

p/s: Kana SS 17 makin panjang dpt ruang makan di bahu jalan ... ishhh .. senangnyer jd tokeh tempat makan org besar ..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Pembahagian kuasa antara MB Selangor dengan Azmin tak ada masalah bahkan sangat baik kalau dapat diamalkan dgn sempurna.Saya setuju dgn 128k-Taman Malik.

Persoalanya kenapa sekarang? Tentunya ada krisis dlm PKR Selangor.Samalah dengan apa yang berlaku dgn UMNO di Terengganu dan di Perlis.Yang berbeza ialah kecil atau besar masalah itu, dapat diselesai dengan bijak atau hingga parti hampir hancur.

Abdulah Ngah kata..lebih-lebih lagi pengelibatan mereka dlm parti politik tidak lain dan tidak bukan hanya mahu kumpul harta agar jadi jutawan,..Tuduhan ini tidak tepat dan berniat jahat.Bukan semua ahli UMNO bagai dikata.Ramai pemimpin dan ahli UMNO yang jujur dan ikhlas berjuang untuk kebaikan bangsa agama dan negara.Bersyukurlah kalau sdr salah saorang yang menerima nikmatnya.

Sebenarnya UMNO perlu diputihkan kerana banyak 'ahli tenggek'berada dlm UMNO sekarang.
Apabila rasa tak selesa senang2 je melompat ke parti lain.Ini termasuklah Tg.Razaleigh Hamzah, Dato' Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim , DS Anuar Ibrahim dan banyak lagi.Mereka bukan orang UMNO tulin.Mereka sekadar bertenggek dan akan mengambil kesempatan apabila ada peluang.Bila gelap masa depan terus melompat ke parti lain hingga ada yang digelar putera katak.

Mereka nilah yang banyak merosakkan UMNO.Kerana sakit hati,dendam dan niat jahat mereka akan 'membalun' UMNO seperti mereka tak pernah berpayung dgn UMNO. Mereka adalah Melayu Kacang.

Kata Abdullah Ngah lagi,"..Yg peliknya kebanyakan orang Melayu tidak kenal perangai asli orang UMNO sehingga ternoda dan tergoda dan jadi makanan".Bahasa apa ni sdr Abdullah.Sangat kesatdan penuh dendam.

Umno dah memerintah sangat lama dan berjaya memakmurkan negara dan raayatnya.Orang2 yang tak dapat menilai ini mungkin BUTA HATI oleh dendam yang membara.Hilang segala pertimbangan.

Kpd man remos,kes liwat DSAI tu biarlah diputuskan oleh mahkamah.Kalau tidak mintalah DSAI jangan melengah-lengahkan perbicaraan atau bersumpah laknat je seperti yang dibuat oleh Saiful.Jangan duk berkokok tak tentu pasal.

langitbiru kata"...permainan politik Acuan Demokrasi UMNO, sebenarnya juga Acuan Demokrasi Sekular Barat,(PAS pun sama), yg dikosmetikkan dgn elemen Islam bagi MENGABURI pandangan raayat beragama Islam" ...dan itu jugalah yang mahu dijadikan kepada Islam,MEMISAHKAN ISLAM DARI POLITIK,yg jadi ikutan UMNO".

Ini satu tomahan yang amat jahat.Yang mengaburi orang Islam ialah PAS.Dulu marahkan UMNO kerana bersama MCA dan MIC dalam BN hinggakan satu ketika mengkafirkan orang UMNO.Sila semak Amanat TG Guru Haji Hadi.Sekarang sangat akrab dengan DAP.Mungkin ini yang dimaksudkan..kita boleh bersahabat dengan syaitan oleh TG Nik Aziz.

Salam hormat,

Lat Juno.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Kes Tan Sri Khalid dan Azmin ni kerana ada krisis dlm PKR Selangor.Itu adalah penyelesaian segera yg terbaik.Tak ada masalah.UMNO pun begitu.

Abdullah Ngah kata " ...lebih-lebih lagi pengelibatan mereka dalam politik tidak lain dan tidak bukan hanya mahu kumpul harta agar jadi jutawan...". Tuduhan ini tidak tepat dan berniat jahat.Bukan kebanyakan ahli UMNO bagai dikata.Ramai ahli UMNO yang jujur dan ikhlas.

Kpd man remos,kes liwat DSAI tu biarlah diputuskan oleh mahkamah kalau tidak suruhlah DSAI jangan melengah-lengahkan perbicaraan.Lebih baik lagi bersumpah laknat je seperti Saiful buat.Barulah keadilan dapat ditegakkan.Bukan ada pada nama parti je.Jangan duk berkokok tak tentu pasal.

Salam hormat,

Lat Juno.

Anonymous said...

Dato',

Kalau saya seorang politikus, saya lebih seronok berada pada kedudukan pembangkang. Sebabnya, sebagai pembangkang, kalau ada keputusan dan tindakan yang saya ambil itu nanti akan dipertikaikan oleh umum, makanya saya boleh gunakan alasan klise untuk menjustifikasikan keputusan atau tindakan saya itu.

Contohnya, kalau saya mengambil keputusan untuk mengasingkan kuasa pentadbiran dan kuasa politik bakal MB saya, dan kalau ianya dipertikaikan kerana mempunyai motif tersembunyi, saya boleh dengan sinisnya menafikannya dengan mengatakan langkah tersebut bukanlah langkah baru sebaliknya telah dimulakan oleh parti lawan!

Seperkara lagi kalau saya seorang politikus Islam, saya akan lebih beruntung dan ada banyak kelebihan dalam konteks 'penghalalan' semua tindak-tanduk saya. Ini kerana saya mempunyai pilihan sama ada untuk mengagamakan politik atau mempolitikkan agama.

Contohnya, kalau parti yang saya ketuai akan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menjadi calon wakil rakyat, dan kalau sekiranya keputusan saya itu dipertikaikan oleh umum, saya juga akan mengalatkan alasan yang agak klise juga: "saya lakukan itu kerana dakwah"!!!

Kesimulannya: Kalau saya jadi politikus yang kerjanya adalah bercakap dan membangkang tetapi untuk memudahkan saya pula berdepan dengan bangkangan dan kritikan terhadap saya, tempat yang paling selesa buat saya ialah di kerusi pembangkang moslem!

ALPASIKU

Anonymous said...

Setakat ini, laporan Azmin vs Khalid tidak pula menyatakan pentadbiran kerajaan negeri terganggu. Malah dalam komen-komen saudara saudari di blog ini pun tidak menyentuh aspek ini.

Jadi bagi saya, tak menjadi masalah walau apa sekalipun yang tersurat dan tersiratnya.

Bajet Kementerian Pelajaran parah berbanding lain-lain Kementerian sebab PM tak berapa berkenan dengan TPM; yang ini adalah saya dengar dari mulut orang Kementerian.

Fed Up

Anonymous said...

helo bapak belalang..

sudah2 lah hentam anwar tu...takut dosa kau memfitnah tu terbawak2 sampai anak cucu kau pulak...

selagi hayat dikandung badan..

minah ronggeng

Abdullah Ngah said...

latjuno,

Saya nampak apa yang Lat Juno tak nampak.

Atau Lat juno nampak tapi buat buat tak nampak.

Atau degil macam beberapa orang Profesor Dr tali barut Umno.

Sikap Inilah punca pemimpin UMNO tidak berubah menjadi lebih baik iaitu kekal sangat zalim dan sangat engkar dengan perintah Allah.

Sayang seribu kali sayang para pemimpin UMNO dahulu dan kini tak Pernah mengaku pengkhianatan yang dilakukan selama ini.

Lat juno tak nampak siri pengkhianatan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.

Kita aambil soal "amanah" kebanyakan tidak manah apabila diberi amanah.

berJanji. Kebanyakan tidak menepati janji yang dijanjikan. Bohong, juga begitu dan tipu menipu mainan.

Jenis apakah manusia ini jika memiliki istilah istilah tersebut.

Mereka berbangga duduk dalam UMNO. Kan bangga itu "takbur". Apabila mereka memilki sifat itu Allah akan membiarkan mereka dalam kecelakaan, termasuk tidak menerima nasihat yang baik.

macam mana hendak menerima nasihat manusia sedangkan perintah Allah pun mereka ingkar seperti makan riba dan makan rasuah jadi darah daging.

Apa yang saya nampak "kau kau" dan "aku aku" atau dengan kata lain nafsi nafsi yang menguasai para pemimpin Umno dan Melayu keseluruhannya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Saya dengan ikhlasnya menasihati ALPASIKU supaya segera beristghfar serta bertaubat. Saya bimbang bahawa pernyataan sindirannya 'mempolitikkan agama dan mengagamakan politik' boleh menggelencongkan aqidahnya sehingga menjadi kufurlah ALPASIKU.

Saya amat bersimpati dengan ALPASIKU atas kejahilannya sehingga tergamak melahirkan ungkapan biadab sedemikian.

Wassalam. Tolong maafkan saya ALPASIKU. Saya ikhlas.

pakbelalang said...

minah ronggeng,

Your comment is noted.

MalaysianKita said...

Salam Lat Juno,

Saya bukan berkempen kepada Saudara untuk menyokong PAS.

TAPI saya sudah cukup puas kalau Saudara sudah mengerti bahawa MEMISAHKAN AGAMA ISLAM DENGAN POLITIK adalah satu matlamat utama musuh-musuh Islam.

Di dunia ini, Nasrani dan Yahudi khususnya, akan berpeluk tubuh berdiam diri jika wujud mana-mana negara atas nama selain Islam. Negara Komunis, Negara Sosialis, hatta Negara berteraskan mana-mana agama selain Islam, akan dibiarkan berdiri dan berkembang.

AKAN TETAPI, mana-mana Negara yang berteraskan Islam, akan ditindas ditekan dari segenap penjuru. Apatah lagi kalau negara tersebut mula menunjukkan kekuatan, baik dari segi ekonomi, politik mahupun persenjataan.

Orientalis Barat, Zionis Antarabangsa, Nasrani dan Yahudi akan sedaya upaya mencucuk jarum-jarum halusnya kepada mana-mana ketua pemerintahan Islam.

Mesir umpamanya yang mengikut Demokrasi Sekular Atartuk, sanggup menutup satu-satu nya jalan darat ke Palestin di Rafah. Mesir satu ketika diambang kemenangan dalam peperangan dengan Israel.

Kalau pemimpin Islam Mesir berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Ulil Amri, sudah tentulah Palestin akan dibantu. AKAN TETAPI, DEMOKRASI di MESIR sudah berjaya sedikit sebanyak memisahkan ISLAM DENGAN POLITIK.

Inilah agenda musuh-musuh Islam, MEMISAHKAN ISLAM DARI POLITIK. Menjadikan Negara Islam lemah dipentas antarabangsa, berpecah belah sesama sendiri.

Sebenarnya, kekuatan Islam adalah IMAN dan TAQWA.

Ijtihad Iman dan Taqwa, mampu menerobos segala permasalahan hidup.

Ijtihad dalam segala bidang, ekonomi,sosial,perubatan,persenjataan dan peperangan, DAN IJTIHAD POLITIK.

Sekurang-kurangnya Saudara faham, "ISLAM TIDAK LENGKAP TANPA POLITIK, DAN POLITIK TIDAK LENGKAP TANPA ISLAM" sebagaimana hujah Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Sekurang-kurangnya Saudara faham, disana ada satu ILMU, iaitu ILMU POLITIK ISLAM.

abdullahngah said...

Lat Juno,
Jika mereka jujur dan ikhlas mereka tak duduk dalam UMNO.

Macam orang kafir-Macam mana musuh Allah boleh sokong Islam.

Oleh itu berkata jujur dan ikhlas itu hanya dibibir saja. Tidak lebih dari itu.

Kerja jahat orang UMNO dari serendah rendah JKKK sampailah setinggi tingginya.

Orang jujur dan ikhlas pasti panas punggung duduk dalam umno.

Anonymous said...

Izinkan hujahbalas ini Dato',

Yang retibase,

Terima kasih kerana sudi membaca pandangan saya dan memberikan pandangan balas anda pula. Anda menggunakan landasan agama untuk menilai pandangan saya iaitu yang terselit unsur satira (tetapi disertakan dengan contoh semasa). Anda tidak salah.

Seterusnya anda membuat kesimpulan yang ianya bersalahan dengan agama (menurut tafsiran anda) dan seterusnya menjatuhkan hukum (membuat label) berlandaskan ilmu, kefahaman dan tindakan yang anda rasa anda sendiri cukup layak putuskan? Wow, hebat tu!

Sebagaimana kita sedia maklum, seorang Mufti (yang berpendirian atas pagar) ada membuat teguran (yang dapat difahami sebagai): tidak apa menyelitkan elemen agama dalam politik - mengagamakan politik - tetapi JANGAN 'mempolitikkan agama'.

Apakah kenyataan itu sengaja-sengaja dilontarkan atau di sasarkan kepada pihak tertentu? Apakah ianya perlu didedahkan kepada umum kalau sememangnya gejala mempolitikkan agama tidak berlaku? Kalau berlaku siapa pemainnya?

Justeru kalau mengulangi apa yang disebutkan oleh seorang Mufti membawa kepada implikasi serius sebagaimana yang anda putuskan itu, makanya saya hanya boleh membayangkan anda seolah-olah mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari tokoh yang saya hormati itu.

Tokoh ini menjadi lebih dihormati kerana cukup berhati-hati untuk tidak mengaitkan kenyataannya itu dengan apa saja implikasi besar dari sudut agama. Nampakkan di mana ketinggian akal dan budi tokoh ini? Oleh sebab itu pandangan tokoh ini saya telah beli dan jadikan panduan.

Di pihak anda, bagaimana? Ya, anda boleh jual pandangan anda tetapi saya terpaksa berfikir lebih dari dua kali sebelum membelinya.

Saudara,

Kalaulah penulisan saya yang bertujuan untuk menyedarkan pembaca lain (satu pendedahan bagi mengesahkan pendedahan sebelumnya) bahawa perbuatan mempolitikkan agama nampak semacam ujud dalam kalangan kita itu telah terkena batang hidung dan dirasakan pedas, makanya saya hanya dapat membayangkan bahawa hidung itu adalah anda dan andalah yang memakan cili.

Apa pun maafkanlah saya kalau contoh yang diberikan membuat anda berasa tersinggung dan kepedasan. Cumanya, kalau sayalah yang rasa tersinggung atau terasa kepedasan, saya akan atasinya secara berhemah lagi budiman. Anda bagaimana? Bagi saya anda anda mewakili fiil-fiil tertentu mutakhir ini?

Nah! Reaksi bersifat negatif di atas pentas politik maya bukanlah baru. Apabila individu/pihak itu terkesan dengan pendedahan oleh "whistle blower" mereka terus naik emosi, hilang sabar dan ada juga yang hilang pedoman. Bukankah lebih molek kalau bermuhasabah diri saja.

Ini tidak berlaku, sebaliknya mereka mengambil jalan mudah iaitu menutup mulut "whistle blower" dengan cara melabel-labelkannya dengan label negatif lagi provokatif walhal label tersebut (kufur) bukanlah otoriti milik mana-mana pihak untuk memutuskannya? Pelikkan?

WHB: Sesungguhnya hanya Allah jua yang lebih mengetahui dan Allah saja yang mengetahui sebenarnya.

ALPASIKU

Anonymous said...

Izinkan hujahbalas ini Dato',

Yang retibase,

Terima kasih kerana sudi membaca pandangan saya dan seterusnnya memberikan pandangan balas anda pula. Anda menggunakan landasan agama untuk menilai pandangan saya iaitu yang mana terselit unsur satira (tetapi disertakan dengan contoh semasa). Sesudah itu anda membuat kesimpulan yang pandangan saya itu bersalahan dengan agama dan seterusnya menjatuhkan hukum (membuat label) berlandaskan ilmu, kefahaman dan tindakan yang anda rasa anda sendiri cukup layak mengambilnya. Wow! hebat tu!

Sebagaimana umum sedia maklum, seorang Mufti (yang berpendirian atas pagar) ada membuat teguran (yang dapat difahami sebagai): tidak apa menyelitkan elemen agama dalam politik – ‘mengagamakan politik’ - tetapi JANGAN ‘mempolitikkan agama’. Apakah kenyataan itu sengaja-sengaja di ketengahkan atau ada sasarannya? Apakah ianya perlu dilontarkan kepada kita kalau sememangnya gejala mempolitikkan agama tidak berlaku?

Justeru kalau mengulangi apa yang disebutkan oleh seorang Mufti membawa kepada implikasi buruk sebagaimana yang anda putuskan itu, makanya saya hanya boleh membayangkan anda seolah-olah mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari tokoh yang saya hormati itu. Bagi saya, tokoh ini menjadi lebih dihormati kerana cukup berhati-hati untuk tidak mengaitkan pandangannya dengan implikasi dari sudut agama. Makanya pandangan tokoh ini terus saya beli dan dijadikan panduan.

Dan kalau penulisan saya sekadar menyedarkan pembaca lain bahawa perbuatan mempolitikkan agama nampak semacam ujud dalam kalangan kita, tetapi, telah dirasakan pedas dan terkena mana-mana batang hidung, makanya saya hanya dapat membayangkan memang betullah ada pihak yang telah tersentuh batang hidungnya dan ada yang telah termakan cili itu. Cumanya, kalau saya yang terasa kepedasan atau tersinggung, saya akan atasinya secara berhemah lagi budiman.

Sedarlah reaksi negatif yang menggejala di pentas politik maya sekarang ini. Apabila individu atau pihak itu terkesan dengan pendedahan oleh "whistle blower" mereka cepat emosional. Susulannya, mereka mengambil jalan mudah iaitu menutup mulut "whistle blower" dengan cara jelik iaitu melabel-labelkannya dengan label negatif lagi provokatif walhal label tersebut (kufur) bukanlah hak mana-mana pihak untuk menggunakannya ke atas pihak lain. WHB.

ALPASIKU

hamdan said...

salam dato

Nak tergelak ada pembaca yg menyokong pemisahan ini..MB dan Ketua parti...hahahhaa

Dato rasa..pun umno yg mengahdapinya...apa agaknya pula komen pembahas2 nie dato?.

Anonymous said...

Datuk,

Apabila jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan sesebuah negeri itu dijawat oleh individu yang berlainan, ia mengambarkan bahawa wujudnya satu masalah besar sedang berlaku dalam kepimpinan negeri tersebut.

Saya lihat ramai mengambil contoh negeri-negeri BN seperti Perlis, dan Terengganu bagi mempertahankan hujah mereka bahawa tidak ada masalah di Selangor. Everything is OK.

Are you sure brother?

Negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Perlis dan Terengganu itu ada masalah BESAR sebenarnya. Masalah yang sama iaitu berebut jawatan dan pengaruh. Dan kita boleh ucap pada Selangor, "welcome to the club" lah.

Tunggulah masa PRU nanti, semua akan jadi tunggang-langgang, pangkah-memangkah, boikot-memboikot dan sebagainya. Apa tidaknya, MB nak orangnya jadi calon, Pengerusi Perhubungan Negeri pun nak orangnya jadi calon. Kalau tak pilih calon mereka, nanti ada yang boikot dan sabotaj.

Jadi, sama-samalah kita tengok wayang drama dan epik perang di Perlis, Terengganu dan New Kid in the Block, Selangor ini.

Macam biasa, dia orang sibuk main wayang, main politik. Kita rakyat jugak la makan angin keluar asappp.....


-sinbad-

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dengan izin,

Kpd.langitbiru dan Abdullah Ngah terima kasih kerana mengulas pandangan saya.

Minta langitbiru atau sesiapa saja yang mampu, huraikan berlandaskan Al Qur'an dan Hadis apa ciri2 yang dikatakan MEMISAHKAN AGAMA ISLAM DAN POLITIK.Ambil juga contoh2 yang diamalkan oleh UMNO dan PAS masa kini.

Saya akan membalas ulasan langitbiru dan Abdullah Ngah kemudian.IsyaAllah.

Salam hormat,

Lat Juno.

MalaysianKita said...

Terimakasih LatJuno,

DAN saya fikir, Saudara cukup arif dalam persoalan yang dilontarkan.

Jawaban sudah ada pada Saudara, kita berbeza pandangan dan cara berfikir.

Terimakasih.

abdullahngah said...

Maaf Lat Juno,

Tidak adil kepada rakyat berlainan fahaman politik suatu realistik, memisahkan agama dengan politik.

Cakap bukan main sedap, BN/UMNO beri layanan sama kepada rakyat tanpa mengira fahaman atau latarbelakang parti. Tapi praktisnya tidak serupa bikin.

atau dengan kata lain UMNO membela Melayu atau rakyat didahulukan.

Agama Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW melarang keras amalan politik seumpama itu.

Bukan setakat itu sahaja malah politik UMNO menganiaya rakyat yang tidak menyokongnya.

Banyak lagi yang barangkali jika dinyatakan akan dinafikan oleh Lat Juno dan yang seangkatan.

Amalan sekular yang jadi amalan UMNO selama ini jelas memisahkan agama dengan politik miskipun ia ada persamaan dengan ajaran Islam.

Saya tidak kenal siapa sebenarnya Lat juno, tetapi saya kenal Dr Othman Muhamadi dan Profesor Ismail Ibrahim yang masih berpegang bahawa negara ini bukan negara sekular.

Bagi saya Lat Juno mahu menegak benang basah dalam membicarakan politik dan agama Islam macam puak Islam liberal yang dapat saham dari Yahudi dan Oreantalis.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dengan izin lagi,

Alhamdullillah saya kembali.Kpd langitbiru dan Abdullah Ngah terima kasih kerana mengulas pandangan saya.

Saya bukan nak tegakkan benang basah walaupun saya pernah berjaya menegakkan benang basah dengan sedikit ubah suai dlm tahun 1964.Darjah 6 kali kedua (saya tak masuk darjah lima, lompat kelas).Sejarah.Bukan bijak sangat pun.

UMNO tidak memisahkan Agama Islam dari politik begitu jugak PAS.Tetapi tidak PKR.Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO bukan kerajaan sekular.Itu ialah hakikat.

Cuma PAS sekarang sedikit memperlekehkan Islam mungkin kerana nak sangat,kadang-kadang disebut gila,kuasa.Dulu,PAS berjuang untuk negara Islam dan hukum hudud.Saya biasa menghulurkan sedikit wang ke dlm.beg plastik (supit gelenyar) dan bertakbir bersama-sama.Sekarang dah kurang mungkin tekanan DAP atau tergoda dgn pujuk rayu DAP seperti tergodanya gadis Malaysia kpd pemuda Lombok.TG Nik Aziz berani menghina Allah dengan menggelarkan Allah mencarut,,memperlekehkan hukum syirik dlm Islam.Syirik khafi.Allah selalu mengingatkan orang Islam supaya jangan terpedaya dengan hasutan syaitan.Bahkan kita selalu berdoa kpd.Allah supaya kita dilindungi dari hasutan syaitan.Tetapi TG Nik Aziz dgn angkuh mengingkari nasihat Allah dengan berkata..tak apa, kita boleh bersahabat dengan syaitan..Bersahabat bukan sekadar berbaik-baik tetapi tolong menolong ketika susah dan senang.Agama Islam melarang seseorang Islam mengkafirkan orang Islam yang lain tetapi PAS senang2 mengkafirkan orang UMNO.Jadi UMNO bagi PAS tak boleh dibuat kawan.Baru-baru ini TG Nik Aziz sekali lagi menghina UMNO dgn mengecapnya sebagai syirik kerana UMNO bersifat Nasionalis dan mengenepikan Islam.TG Nik Aziz
tahu ini TIDAK BENAR.
UMNO tidak begitu, sejahat-jahat orang UMNO, dia tidak menggunakan agama untuk tujuan politik sehingga ke tahap memperlekehkan Agama,DAP boleh hina Islam kerana dia masih belum Islam, orang Kristian boleh guna nama Allah walaupun hanya untuk diperalatkan.DAP boleh menggunakan ayat Al-Qur'an untuk berhujjah walaupun mereka tak percaya dgn Al-Qur'an.DAP boleh dibuat sahabat dlm PR walaupun pemimpin tertingginya kata...kalau nak jadikan Malaysia negara Islam langkah mayat aku dulu.Saya bukan nak hinakan PAS tetapi bertujuan agar orang2 PAS sedar bahawa apa yang dibuat sekarang,bersama PR, hanya memberikan kekuatan kpd DAP.Orang Melayu Islam tak ada untung apa2.Janganlah duk bermimpi untuk meng Islamkan DAP.

Yang lain tu biarlah langitbiru, Abdullah Ngah dan lain2 tafsir sendiri.Selagi kita tak dapat tafsir susana politik disekeliling PAS, selama itulah Melayu Islam tidak dapat membina kekuatan ummahnya.PAS mesti keluar dari PR dan berjuang bersama UMNO.Buang yg keruh ambil yang jernih.Kita bina kekuatan Agama ,Bangsa dan Negara.

Salam hormat,

Lat Juno.

abdullahngah said...

jawapan lat juno jelas lah yang tersurat iaitu tidak boleh menerima kebenaran, hatta kebenaran itu datang dari Allah.

Juga yang tersirat didalam hati, iaitu telah diperteri kejat hati sehingga menolak bulat bulat kebenaran, miskipun jelas ia batil.

Yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar. Lat Juno tahu benda yang salah tetapi dikata tidak salah.

Macam orang ikut ajaran sesat juga.

Jelas, ajaran yang mereka ikut itu sesat, tetapi mereka tetap mengatakan ajaran itu mengikut landasan yang betul, miskipun sudah tergelicir.

Macam Amerika melakukan pembohongan sejarah dalam perang. Pada hal sejarahnya mereka kalah tetapi mereka tetap mengatakan dia menang dalam peperangan itu.

UMNO jelas memisahkan agama dan politik, tetapi dikatakan UMNO menegakkan Islam.

Saya boleh setuju kerana Islam UMNO Islam yang tidak diterima oleh Allah.

Yang malangnya apa yang dilakukan oleh UMNO bertentangan dengan islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Yang pasti UMNO menolak Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.Bukan setakat menolak malah tergamak mempersenda sendakan hukum hakam Allah termasuk hudud.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Abdullah Ngah kata:

1.UMNO jelas memisahkan agama dan politik,

2.Islam UMNO. Islam yg. tak diterima oleh Allah,

3.Apa yg dilakukan oleh UMNO bertentangan dgn.Islam yg.diajar oleh Rasulullah S.A.W dan

4.Yang pasti UMNO menolak Islam yang diajar oleh Rasulullah. Bukan setakat menolak malah tergamak mempersenda hukum hudud.

Alhamdulillah.Nampaknya bapa borek anak rintik.

Saya minta Abdullah Ngah buktikan kata-katanya agar semua pembahas dapat mengetahuinya.

Berkaitan hukum hudud, saya amat yakin UMNO tidak mempersendakan hukum hudud tetapi masih belum mampu melaksanakan hukum ini lantaran ketiadaan pakar undang2 ini di Malaysia untuk menggubalkannya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Bagaimana pandangan langitbiru dan yang lain.

Salam hormat,

Lat Juno.

abdullahngah said...

lat juno

Antaranya, tun mahathir muhammad semasa menjadi perdana menteri dan presiden UMNO pernah berkata, kalau hendak makan sup tangan bolehlah pergi ke kelantan.

Jika hukum hudud dilaksanakan maka kudunglah tangan orang Melayu atau dengan kata lain tiadalah tangan orang Melayu.

Datuk Ibrahim Azmi Hassan sewaktu jadi ahli parlimen Kuala Nerus, pernah berkata, habislah batu ditepi jalan dan maka keruhlah sungai nerus kerana penuh dengan tangan manusia.

Bagi saya ini bukan sahaja mempersenda sendakan hukum hudud, malah rosaklah akidah bagi mereka yang berpandangan demikian.

Amat malang sekali mengatakan kerajaan tidak mampu melaksanakan hudud kerana ketiadaan kepakaran, sedangkan ramai ulamak di universiti tempatan yang pakar dalam bidang tersebut.

Kalau negeri Terengganu boleh mengubal undang undang hudud, mustahil di peringkat negara tidak boleh berbuat demikian.

Kalau peringkat persekutuan ada majlis fatwa kebangsaan mana mungkin tidak boleh tubuh penal pengubalan undang undang hudud.

Alasan itu adalah alasan yang tidak masuk akal dan boleh ditertawakan oleh budak prasekolah hari ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato', dengan izin.

Sdr.Abdullah Ngah, bila MT UMNO bersidang dan telah membuat sesuatu keputusan barulah boleh dikatakan KEPUTUSAN/PANDANGAN UMNO.Itupun belum 100% pandangan ahli2 UMNO.

Apabila Tun Mahathir kata:..kalau hendak makan soup tangan pergilah ke Kelantan...jika hukum hudud dilakasanakan maka kudunglah tangan orang2 Melayu,,.
Datuk Ibrahim Hassan kata:..maka keruhlah sungai Nerus kerana penuh dgn. tangan maknusia,,.

Saya setuju kata-kata ini merosakkan akidah mereka TETAPI ini kata2 nakal mereka, pandangan peribadi mereka BUKAN pangangan UMNO.

Samalah dengan apa yang TG Nik Aziz kata, apa yang Karpal Singh kata,,,langkah mayat aku dulu sebelum PAS menjadikan Malaysia negara Islam, hanyalah pandangan peribadi bukan pandangan DAP.

Apa yg TMM dan DIH kata TIDAK sama sekali membuktikan UMNO memisahkan agama dan politik,mengamalkan Islam yg.tak diterima oleh Allah, perlakuan UMNO bertentangan dgn ajaran Rasulullah s.a.w.dan UMNO menolak Islam yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Saya menasihatkan Sdr Abdullah bertaubatlah daripada membuat tomahan yang buruk kepada orang2 Islam yang lain, buruk padahnya.Kalau nak berpolitik lakukanlah dengan baik dan ikhlas.

Hukum hudud mestilah adil dan saksama tetapi halusilah perkara ini: Bhg.III, Seksyen 9( 1 & 2 ) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud & Qisas ) N.Terengganu (2002) menyatakan seseorang yang menuduh dirinya dirogol oleh org. tertentu dgn. tidak mengemukakan bukti (nyata) yg.dikehendaki oleh syarak berkaitan dgn.nya atau dgn.tiada sebarang qarinah bagi menyokong tuduhan itu, bermakna telah melakukan qazaf.

Adakah ini adil kepada mangsa?Bolehkah enakmen ini menangani masalah rogol? Banyaklagi seksyen2 dlm. hukum hudud yg. perlukan sentuhan orang2 yg betul2 pakar dlm. hukum hudud.
Itu belum melibatkan hal2 pentadbiran antara Perlembagaan, Mahkamah Syariah dan kesan kepada raayat Malaysia yang berbilang agama. Lagi rumit.

Salam hormat,

Lat Juno.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).