Monday, June 14, 2010

Kemungkinan Menarik Bukan Islam Jadi Calon Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 15 Jun.] - MALAYSIAN Insider melaporkan yang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi kerusi Malim Nawar, Keshvinder Singh, keluar parti dan mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Dia adalah Adun kedua DAP yang keluar parti sejak Pilihan Raya Umum 2008. Keshvinder berkata beliau keluar kerana "mahu berkorban demi kepentingan rakyat".

Awal tahun lalu, tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak. Mereka termasuklah Adun DAP Jelapang, Hee Yit Foong yang pada waktu itu Timbalan Speaker DUN.

[Posting Asal]

KEPUTUSAN Dewan Ulama PAS membenarkan parti Islam itu diwakili oleh calon bukan Islam dalam pilihan raya sangat menarik.

Akhbar atas talian Pas, Harakah Online pada 11 Jun memetik Bernama sebagai melaporkan yang parti itu akan membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiketnya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bernama memetik Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, sebagai berkata calon bukan Islam akan dibenarkan mengguna simbol parti itu tetapi dengan syarat mereka hendaklah menerima dasar dan perjuangan PAS serta berakhlak dan moral tinggi.

Abdul Hadi berkata perkara itu telah diluluskan Dewan Ulama PAS Pusat bagi membolehkan orang bukan Islam yang menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pilihan raya atas tiket Pas.

Saya sengaja tidak menggunakan istilah penting kerana kita belum tahu sejauh mana Pas akan mempraktikkan keputusan itu. Kalau sekadar keputusan umum atau hanya membabitkan seorang dua calon bukan Islam, ia tidaklah boleh dianggap sebagai penting.

Namun ia tetap menarik kerana dengan keputusan itu, Pas bergerak setapak lagi ke arah melunturkan identitinya sebagai parti Islam dan parti majoriti orang Melayu.

Para pembesar Pas sering berkata orang bukan Melayu boleh memimpin Pas dan menjadi Perdana Menteri asalkan dia Islam.

Tetapi sekarang Pas mengatakan calon pilihan rayanya tidak perlu seorang Islam. Dalam erti kata yang lain, seorang penganut Kristian, Hindu atau Buddha boleh menjadi calon Pas dan mengambil bahagian dalam kepemimpinan Pas jika dia menang.

Keputusan kontroversi ini pasti mencetuskan kesan yang menarik, bukan sahaja terhadap parti-parti Barisan Nasional, malah akan menyentuh parti-parti rakan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi Abdul Hadi cepat menjelaskan yang keputusan itu bukan berniat meminggirkan parti-parti kotmponen PR. Dia memberi alasan kalau PKR dan DAP ada perwakilan bukan Islam, apalah salahnya Pas juga membuka pintu kepada bukan Islam.

Soalnya, Pas berlainan daripada PKR dan DAP. Pas adalah parti agama, iaitu agama Islam sedangkan PKR dan DAP adalah parti sekular.

Keputusan Pas itu juga akan membuatkan orang bukan Islam dalam parti-parti BN seperti MCA, MIC dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah berfikir mengenai opsyen baru yang terbuka kepada mereka.

Ia membuka jalan dan peluang baru kepada orang bukan Islam untuk bersekedudukan dengan Pas dalam usaha mereka memperluaskan opsyen politik mereka.

Bagi orang bukan Islam yang berupa 40 peratus daripada penduduk negara ini, mempunyai suara dan perwakilan dalam Pas memberikan mereka jaminan tambahan.

Besar kemungkinan Pas mengambil langkah ini kerana mahu terus membuktikan kepada rakan-rakannya dalam PR bahawa ia bukan parti Islam radikal.

Atau mungkin juga kepemimpinan Pas menyedari atau sudah pun membuat kesimpulan bahawa retak dalam PKR sekarang mungkin membawa pecah dan dengan itu membuka peluang kepadanya menarik elemen bukan Islam dalam PKR untuk menyertai Pas.

Yang menjadi tanda tanya, adakah pembukaan pintu kepada bukan Islam ini sesuatu yang hakiki atau sekadar ajak-ajak ayam sahaja?

Bagi Pas, kalau orang bukan Islam tidak mahu menyahut pelawaannya, itu hak mereka. Tetapi dipihaknya ia telah membuat pelawaan. Tanggungjawabnya untuk membuktikan keterbukaan dan liberalismenya sudah tertunai. Orang bukan Islam tidak lagi boleh menuduh Pas parti eksklusif orang Islam.

Pelawaan kepada bukan Islam untuk beranding atas tiket Pas mungkin berguna dan berkesan jika parti itu hendak bertanding dan memang di lebih banyak kerusi yang ramai pemilih bukan Islam.

Abdul Hadi secara spesifik berkata calon bukan Islam itu akan bertanding atas tiket Pas dan menggunakan lambang Pas.

Soalnya, apakah Abdul Hadi juga bermaksud mengatakan bahawa PR tidak akan menggunakan simbol yang sama (common symbol) pada pilihan raya umum akan datang?

Langkah Pas ini mungkin mencetuskan tekanan ke atas PR kerana kalau Pas berjaya menarik ramai calon bukan Islam, ia boleh menuntut untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Kesimpulannya, Pas sudah bersedia menjadi lebih terbuka mengenai kepemimpinan dan identiti Islamnya dengan membuka pintu kepada kepemimpinan bukan Islam melalui pilihan raya.

Ini tentunya akan mencetuskan tindak balas ahli dan penyokong parti itu yang selama ini amat ortodoks dan tegar mengenai agam Islam.

Kalau keputusan ini menjadi realiti, mereka terpaksa berkongsi kepemimpinan dengan bukan Islam. Pada ketika itu, Islam yang dibawa oleh Pas tidak lagi eksklusif kepada orang Islam kerana orang bukan Islam juga mempunyai suara ke atas Islam melalui perwakilan mereka dalam Pas dan melalui cawangan legislatif.

118 comments:

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

PAS akan menjadi kuda tongangan untuk
orang bukan melayu menghantam orang melayu.

Cina,India akan lebih bermaharaja lela pasai yang nak pi tidoq tengah jalan tahan sultan bukan depa tapi golongan fanatik yang kononnya nak keadilan.

Pi la Thailand negara Buddha,Filipina negara Kristian tengok dulu macamana depa buat dgn orang Islam.

PIIIIIIRAAAAHHHHHH!BOLEH BLAAAAH

Quantum Metal Consultant said...

Ia juga memberi peluang kepada mana mana katak yang bukan Islam untuk lompat masuk ke dalam PAS - inilah tadahan dan umpan yang disediakan 'percuma' tetapi memungkinkan keuntungan segera.

Mana mana parti pun jika banyak sangat pindaan dan perubahan walaupun atas nama 'lebih maju, baik dan dinamik' tetapi tersasar dari matlamat dan perjuangan asal akan membawa padah tersendiri. Masalah dalaman akan memburukkan keadaan.

Abdul Muiz said...

Assalamualaikum Dato KJ,

Saya rasa PAS sudah bergerak maju ke hadapan dengan memberi peluang kepada orang bukan Islam aktif bersama PAS dan menjadi calon bertanding menggunakan lambang PAS.

PAS harus mengambil peluang ini dengan menjelaskan kepada mereka erti ISlam yang sebenar keran Islam itu untuk semua dan Islam bukannya hak eksklusif orang Melayu.Walaubagaimanapun,PAS harus berhati-hati.

Kepada Dato KJ dan rakan-rakan yang lain silah melawat blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/.Anda boleh memberi komen dan menjadi pengikut blog saya di samping membaca blog saya.

Terima kasih.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Satu perkembangan yang menarik. Kalau kita lihat dari segi sejarah PAS adalah serpihan dari party UMNO. Ianya bukan diwujudkan semata-mata memperjuangkan Islam tetapi suatu parti politik yang menekankan Islam dalam dasarnya.

Pada saya apa yang akan berlaku adalah perbezaan antara PAS dan UMNO adalah sementara UMNO mempunyai pakatan dengan lain-lain kaum melalui parti-parti yang berasingan PAS mempunyai ikatan dengan lain-lain kaum secara terus.Mungkinkah UMNO akan membuka pintunya pula dengan mengubah dasar dan namanya kepada United Malaysian National Organisation mengikut trend semasa termasuk dasar satu Malaysia?Sama-samalah kita lihat.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Hanez said...

Salam Datuk,

Hmmm …makin celaru dibuatnya. Sebuah parti hard-core Islam memilih bukan Islam menjadi pemimpinnya. Ada yang tak kena di sini. Tapi, di mana ya…tunjukkan aku, pada titik mana harus aku bermula untuk merungkai celaru ini..

Pada 6 November 2009 di blog Datuk ini, Datuk tulis tentang satu pro-tem committee diketuai oleh Tuan Haji Datuk Zaid Ibrahim yang telah membuat permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah perikatan rasmi.

Semenjak itu tidak kedengaran lagi apakah keputusan permohonan tersebut mahupun perkembangan terkini berkaitannya. Atau mungkin juga saya yang tidak peka akan perkembangan selepas itu.

Kalau pembentukan perikatan baru itu belum terlaksana, maka Pakatan Rakyat belum lagi sebuah entiti di sisi undang-undang yang diiktiraf oleh suruhanjaya pilihanraya. Walaupun kewujudan Pakatan Rakyat di kalangan warga kedai kopi politik tanahair begitu real , hakikatnya ia sebenarnya masih dalam bentuk tidak tertakrif. Kalau mereka secara bersesama berjaya merampas majoriti selesa selepas PRU 13 nanti mereka akan terpaksa bergabung juga walaupun tanpa satu logo dan label yang rasmi di segi undang-undang.

Kita juga telah bincangkan perlagaan ideologi parti-parti komponen PR masing-masing yang menjadikan masing-masing tidak boleh tidur sekatil apa lagi sebantal.

Apa yang Datuk tulis hari ini buat saya berfikir sedikit lagi. Kalau sudah ada pakatan PR itu secara rasmi, masih perlukah PAS menamakankan calon bukan Melayu ? Kalau pakatan itu terlaksana, sudah tentu mereka pun perlu formulakan agihan kerusi macam yang diamalkan BN. Kita PR menjadi realiti, sudah tentu tindakan PAS ini boleh kita anggap tamak.

Ka depa memang dah tak nak pakat-pakat lagi ?

Zolkharnain Abidin said...

1. Adakah maksud Dato' begini? Kalau seorang peniaga Muslim berniaga dengan orang bukan Islam bermakna peniaga itu melunturkan identitinya sebagai peniaga Muslim? Atau, seorang lelaki Muslim Melayu berkahwin dengan seorang perempuan Muslimah Cina, maka lelaki tadi melunturkan identitinya sebagai suami Melayu Muslim?

2. Saya fikir itu bukan soal melunturkan identiti. Identiti PAS sebagai parti Islam tidak luntur kerana bersedia menerima orang bukan Islam sebagai calon, malah itu suatu keperluan untuk PAS mengukuhkan identiti Islamnya untuk mengelaknya daripada kehilangan identiti itu.

3. Jika Rasul sendiri pernah mengikat perjanjian dengan orang bukan Islam, mengapa tidak PAS dalam konteks menghayati sunnah itu?

pakbelalang said...

Satu percaturan politik yang sungguh menarik. Kita tunggu dan lihat apakah hasilnya nanti. Kemungkinan strategi PAS akan berjaya atau mungkin "backfired".

Pada pandangan saya kebelakangan ini saya lihat PAS telah membuat "rebranding" kepada "product lamanya" untuk menarik "pelanggan baru". Kemungkinan " product rebranding" yang dilancarkan ini akan menambahkan pelanggannya atau kemungkinan pelanggan yang lama atau conservative akan menolaknya kerana sudah tidak ada keasliannya.

Roti Planta said...

Dato',

Satu kemajuan dan idea baru didalam berdakwah. Sokongan bukan Islam kepada PAS adalah berdasarkan nilai-nilai kebaikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Ini boleh membuka semula mata orang-orang 'Melayu-Islam' bahawa Islam adalah ad-Din yang merupakan cara hidup. Jika bukan Islam sanggup mengambil nilai-nilai murni Islam, mengapa kita sebagai 'Melayu-Islam' hendak pula yang mengambil nilai-nilai barat seperti judi, judi-bola dan sebaginya

UMNO usah bimbang dan harus kekal identiti sebagai parti perkauman, kronisma dan rasuah. UMNO juga usah menyibuk pasal hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana ini adalah urusan PR bukannya urusan Barisan Nasional (BN).

Logo mana pun Pas nak bagi calon bukan Islam PAS pakai, bergantung kepada mereka.

"Islam for All"

Bye/ Roti Planta

abdullahngah said...

jika benar PAS setuju bukan Islam jadi calon, bermakna PAS telah memberi wala' kepada orang kafir.

Saya tidak hairan dengan perkembang terbaru PAS ini, kerana PAS berada dalam keadaan tertekan.

Mahu tidak mahu terpaksa bergantung kepada orang kafir untuk menang dalam pilihanraya konon.

Kedua, PAS tidak punya matlamat khusus ketika bekerjasama dengan PKR dan DAP.Cuma untuk jatuhkan BN sahaja bukan untuk merealisasikan syariat Allah.

Jadi apa yang dilakukan itu kadangkali macam tidak masuk akal, kerana meninggalkan perintah Allah.

Bagaimana mungkin prseiden bercakap PR berdasarkan Quran syariat, sedangkan DAP adalah parti kafir dan PKR parti serpihan UMNO yang jelas menolak syariak.

Bercakap pakai lempar lepas itu terkia kia cari pendoman.

Saya percaya PAS juga macam orang kena angin ahmar yang lumpuh kedua belah kaki.

Bayangkan seorang yang lumpuh kedua belah kaki pasti mengharap kerusi roda untuk bergerak.

Orang lumpuh ada yang mulutnya masih boleh bercakap. Bukan sekadar bercakap malah boleh bercakap dengan suara yang lantang, tapi malangnya ia mengharap orang lain dengan kerusi roda.

Oleh itu tidak hairanlah apabila Nik Aziz berkata PAS terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

Tulisan saya ini berdasar ucapan presiden dan musyidul Am di maktamar ke 56.

Apa yang saya faham. demikian kedudukan PAS setelah bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Bayangkan apakah yang boleh dibuat olehnya selain bercakap dan bercakap yang semacam tidak masuk Akal.

Anonymous said...

Salam Dato',

Memang itu satu perkembangan yang menarik. Ianya adalah siasah Pas untuk menjadikannya relevan dalam kancah politik Malaysia. Terlalu awal untuk dikatakan ianya sebagai langkah buruk buat Pas atau sebaliknya.

Dalam konteks politik Melayu, lawan sebenar UMNO ialah PAS. Dua-duanya parti majoriti Melayu; matlamat perjuangan adalah sama tapi cara mengungkapkan dan pendekatannya saja yang bebeza. Maka tak heran jika berlaku ahli UMNO masuk Pas atau pun ahli Pas masuk UMNO. Baik UMNO mau pun PAS, masing-masing dah ada penyokong tegarnya, maka dalam keadaan 50:50, sokongan pengundi atas pagar dan terutama sekali pengundi bukan Melayu amat diharapkan untuk memenangi kerusi pilihanraya.

UMNO memancing sokongan bukan Melayu melalui pameran perkongsian kuasa sambil menakutkan mereka kepada Pas. Sebagaimana Yahudi melalui propaganda medianya memberi imej "terrorist" kepada orang Islam, maka UMNO sejak sekian lama mempropagandakan imej ala Taleban pada Pas untuk menjarakkan bukan Melayu daripada Pas.

Sejak PRU 12, nampak jelas bahawa bukan Melayu sudah hilang takutnya pada Pas. Ini memeranjatkan ramai orang, dan saya fikir, termasuk kalangan pimpinan Pas juga. Bukan Melayu mula melihat Pas sebagai rakan yang boleh diharap. Persepsi ini sedang dinikmati oleh Pas dan sedang dieksploit secukup-cukupnya.

Sedang Pas menunjukkan keterbukaan, UMNO semakin menyempitkan imejnya apabila nampak mesera dengan PERKASA. Lebih malang lagi, imej rasuah UMNO masih belum terhakis. Semuanya amat bergantung kepada imej kerana imej melahirkan persepsi...Betul (kebenaran) atau salah (kebatilan) akan mengambil masa untuk menimbulkan dirinya.

UMNO masih menikmati kelebihan berbanding Pas dalam persepsi sebagai parti yang mampu melakukan pembangunan. Masih ramai pengundi yang skeptical akan kemampuan Pas menjana kemakmuran melalui pembangunan. Kerugian Sime Darby dan macam-macam kerugian/kehilangan yang lain telah menyumbang mengencilkan keyakinan Melayu sendiri kepada UMNO sebagai parti yang bijak mentadbir. Kalaulah dividen ASB 2010 dan dividen Felda nanti merudum, makin ramilah makcik dan pakcik yg selama ini tak kesah mula ambil pot dan menyoal. Amat tak baik natijahnya jika PRU13 dilangsungkan tahun depan.

Saya percaya ramai anak-anak Melayu yang dah capai umur 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi. Tak nampak pula gerakan agresif UMNO atau Pas untuk membanci dan mendaftarkan mereka. Adakah ini tidak termasuk sebagai agenda politik?

Pak Hj JB

Anak Ascot said...

Sebagai seorang penyokong PAS saya belum mendapat jawaban pasti kenapa bukan Islam di Semenanjung rata-rata menyokong PAS, walhal lima tahun dulu ini tidak wujud.Malah DAP yang cuba bekerjsama dengan PAS menerima padah,apabila beberapa orang pemimpin kanannya kalah dalam pilihanraya.

Jika kita ditempat mereka apa menarik sangat menyokong PAS? Bolehlah diterjemah secara kasar bahawa ini kerana pimpin2 PAS hanya mahu mempertahankan Agama Islam dan bukan bangsa,yakni Melayu.PAS sudah membuktikannya di Perak semasa orang PAS jadi MB.

Sejarah membuktikan British tidak mencampuri hal2 berkaitan Islam.Mereka dapat memerintah Malaya dengan jaya.Saya dibesarkan ketika itu.Hal2 kepentingan Melayu tidak perlu diambil kira,termasuk dalam pelajaran.Sekolah Melayu hampir 99 peratus hanya setakat darjah V.atau Vl.(itupun kena dapat pangkat Satu dalam peperiksaan pusat).Kecuali di bandar2 Diraja,masjid dibina oleh orang Melayu sendiri, tak ada yang besar.Sebagai contoh,Di Ipoh masjid terbesar ialah Masjid India Muslim.Begitu juga di bandar lain yang orang India Muslim ramai. Negeri2 bukan sekutu non-federated Malay States)sekolah agama hampir tidak ada.Apapun, majoriti orang Melayu menerima dengan penuh kerelaan. Itulah sikap Melayu terbilang,gemilang dan terbilang

Sejarah sebegitu tidak akan berulang.Tidak perlu takut dengan pendirian PAS hari ini.Mungkin PAS yakin perubahan perlu dilakukan, kalau tidak sekarang bila lagi.Mereka yakin orang Melayu sudah bersedia bersaing dengan bukan Melayu terutama dalam bidang ekonomi dan pelajaran secara terbuka.Baguslah,yakni,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Maka dengan itu tak perlulah MARA adakan sekolah asrama penuh.Yang ada sekarang: ambil pelajar bukan Melayu seramai mungkin dengan pendekatan baru.Maaf,saya terlupa, ekonomi dan pelajaran (bukan sekolah agama) tidak termaktub dalam aganda PAS.

Natijahnya,ini selari dengan Satu Malaysia UMNO/BN:PAS semua bangsa sama.Zaman global mana ada sempadan.

AKS
Subang Jaya

Anonymous said...

pakcik,

saya rasa pas sedang meniru rakan perpaduan tak jadi iaitu umno dlm membuka keahlian. kita tahu singkatan umno itu membawa maksud apa. tapi di sabah pun ramai ahli amno terdiri dari bumiputera bukan islam. nampaknya pas terkebelakang dlm hal ini. syabas amno.

Azry Hisham said...

Dato',

Jelas PAS kini sudah bersikap lebih terbuka. PAS tidak lagi memperjuangkan Hudud atau menjadikan Malaysia negara "Islam" sepertimana yang dilaungkan selama ini. Mungkin setelah bersekongkol dengan PKR dan DAP pemimpin PAS telah menjadi lebih liberal! Ini suatu perubahan yang amat ketara. Anehnya satu masa dulu PAS melabel orang UMNO sebagai "kafir" dan bagaimana pula orang DAP serta PKR yang bukan Islam? Bagaimana PAS mentakrif mereka. Lebih lagi apabila mereka ini juga boleh berdiri diatas tiket PAS untuk bertanding didalam pilihan raya. Agak aneh semua ini.

Bagaimana pula reaksi para penyokong PAS? Adakah kesemua mereka bersetuju dengan apa yang ditelah diputuskan para pemimpin parti. Mungkin mereka juga akan tertanya-tanya kemana hala tuju PAS kini dan masa depan! Sekiranya orang luar dibenarkan untuk bertanding diatas tiket PAS bagaimana pula mereka yang telah bekerja keras didalam PAS dan mengharapkan pencalonan tetapi pada saat akhir tidak mendapat pencalonan?

Mungkinkah PAS telah berjaya diperdaya serta dipergunakan DAP demi untuk kepentingan jangka panjang DAP? Agak malang bagi PAS sekiranya pemimpin PAS menjadi "pak turut" didalam mengejar cita-cita untuk membentuk kerajaan memerintah Malaysia. Mungkin pucuk pimpinan PAS berpuas hati sekiranya mereka dapat menjadi menteri didalam kabinet yang bakal dibentuk.

Amat malang bagi orang Melayu diMalaysia sekiranya orang Melayu tidak lagi menjadi Perdana Menteri! Seperti kata Perdana Menteri Singapura, majoriti penduduk republik tersebut terdiri dari orang Cina maka mustahil bagi bangsa lain untuk menjadi Perdana Menteri Singapura. Sekiranya orang Melayu tidak sedar dan tidak bersatu berkemungkinan orang Melayu akan menjadi hamba dinegera sendiri!

Renung-renungkan!

A Hisham

mad said...

maaf datuk saya keluar tajuk, macam biasa. saya petik dari blog 'out syed the box' :

"Dato Seri Idris Jala is working hard on the Government Transformation Program, the 12 National Key Economic Areas, the Key Performance Indicators, the 6 Key Result Areas and what not. Actually these are all con-sultan driven - with the 'Mother of all GLCs' closely involved. The GLC folks and the con-sultans are the ones thinking up all these things. The Government has subcontracted its thinking to the GLCs and the con-sultans.

Even the bound volume of the 10th Malaysia Plan (which is sold at RM80 per copy) was prepared by the con-sultans. It does not follow the usual Government format. We were shown the document with fancy pictures and colourful graphics thrown in - typical of a PR outfit.

Then came the bombshell. Idris Jala is conducting "labs" (another typical con-sultan terminology) for the GTP, the NKEAs, the KRAs, KPI whatever. There are about 19 "labs" that have been completed or still running. Each "lab" runs for eight weeks. The labs are run by the con-sultans.

Hold on to your pants ok. Tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari yang saya hormati, each "lab" costs us the taxpayer RM6.0 - RM7.0 million Ringgit - paid to the con-sultans. So far six "labs" have been completed. That is RM42 million paid to the con-sultans. 13 more to go? That is another RM91.0 million to go. So we will be blowing off RM133 million on these 'labs' alone."

utk artikel penuh sila lawati > http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/06/idris-jalas-plan-to-bankrupt-malaysia.html

nampaknya banyak tindakan-tindakan kerajaan akhir-akhir ini menggunakan khidmat konsultan. tak kiralah konsultan yahudi atau konsultan tempatan, sehingga teks ucapan pun disediakan oleh konsultan. agaknya tak lama lagi konsultan akan mengambil alih pula kerja-kerja mengurus negara. saya pasti hj munawar suka diambil konsultan dari israel.

Anonymous said...

Islam agama universal bukan untuk melayu sahaja. InsyaAllah selepas melaihat keadilan islam saya optimis ramai non moslem akan memeluk islam

matt

Anonymous said...

Salam Tok wan kadiaq,

Sounds like you are so envious of PAS at the time when PAS is accepted by non moslem but not UMNO. UMNO is a gone case if you ask me. They dabble in malay nationalism but PAS does not subscribe to that. PAS uphold Islam and what could be much better than having non moslems in its struggle ,and in the process dakwah is being conveyed to them. At least they have dutifully carried out dakwah to non moslems in the way they know best but what about you Tok Wan Oii?

Sorry to say but your writings is a clear evident of how much hatred you have towards PAS even though PAS has done a good thing for dakwah to non moslems.

SiD
The New-Gen.


p/s I am so not into your articles but u need a telling off from your "cucu". You are an old man now, u need to reflect and beristigfar always before leaving this world for alam barzah, not too distant in the future. Let your leaving be in line with the true teaching of Islam. Ameen!

Anonymous said...

Dato Kadir,

Maaf Dato'. Dato ni umur dah menjelang senja jaganlah spin fitnah macamtu, buat dosa jer. Satu lagi , janganlah dengki kalau ada orang melayu yang boleh menarik non moslem kepada islam.

trinora

Roti Planta said...

Dato',

Era 70'an dan 80'an hanya ada satu sahaja media iaitu media kerajaan (TV dan akhbar nasional). PAS dikatakan sebagai parti yang dipengaruhi oleh pelampau agama (layak dihapuskan seperti di Memali), parti konservatif yang menolak pembangunan (undi BN untuk pembangunan), parti tok-tok lebai (hanya tahu menguruskan masjid dan surau). Imej-imej negatif ini menyebabkan ianya menjadi parti yang ditakuti oleh orang bukan Islam dan tidak mahu didekati oleh orang Islam.

Pada 90'an dan alaf baru ini media alternatif telah tumbuh macam cendawan. Propaganda media kerajaan telah difikirkan semula dan dipertimbangkan oleh rakyat tentang kebenarannya. Hasilnya rakyat bukan Islam dan Melayu Baru mula memahami perjuangan PAS. Hasilnya mereka mula mengundi PAS dan sekarang mendesak untuk menjadi ahli Parti Islam SeMalaya!. PAS terpaksa membuka dewan perhimpunan bagi ahli bukan Islam bagi menampung sokongan bukan Islam yang ramai.

UMNO yang pada dulunya menjadi pilihan rakyat sebagai parti pembangunan, perpaduan kaum, tolenrasi dan sebagainya kenapa berubah menjadi parti perkauman, rasuah, songlap duit pembangunan dan sebagainya. Kenapa menjadi 'perkauman'? Sedangkan 'perkauman' adalah sifat buruk yang ditolak oleh manusia sejagat. Adakah APCO tidak memberi nasihat kepada PM bagaimana hendak mengembalikan sokongan rakyat berbilang kaum?. Adakah APCO memberi nasihat untuk meruntuhkan UMNO?. Percayalah jika UMNO terus begini maka rakyat akan semakin menjauhi.

Usah ditakuti jika orang bukan Islam mendekati parti Islam kerana sekurang-kurangnya mereka akan memahami nilai-nilai murni ajaran Islam.

Bye/ Roti Planta

nadia said...

tumpang lalu..sy bdk baru belajar..
tp, pd hemat sy yg mewakili sebahagian besar (the young generation - rasanya dlm diam dato' terpaksa akui kemana arah sokongan kami).. dato' dan yg lainnya tidak harus melihat perkara ini melalui kaca mata seorg UMNO.. Muslim & Islam itu lain maksudnya.. seorg Muslim yg perasuah & Non-Muslim yg bernilai Islamic mana satu yg lbh mudharat? Igtlah hidayah itu milik Allah, semoga mereka yg blm bersyahadah itu boleh mnjadi lebih dekat dgn Islam.. wslm

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Keputusan yang dibuat oleh TG Haji Hadi itu memanglah menarik dan amat berani.Namun ia juga akan mengundang suatu berisiko tinggi yang akan menentukan masa depan politiknya.

2. Ia merupakan suatu perubahan dasar PAS sendiri yang hampir berpusing sebanyak 360 darjah yangmana selama ini berdiri teguh dengan perjuangan Islamnya. (Memang tepat cadangan Prof. Zainal supaya PAS patut mengugurkan nama "Islam" pada partinya). Untuk mencadangnya memang mudah, tapi soalnya bagaimana dari segi perlaksanaannya pula. Bolehkah ahli-ahli akar umbi dan penyokong hard core PAS menerima perubahan ini?

3. Agak pelik juga kalau ada calon bukan Islam dari PAS yang dikatakan berkeliber sanggup bertanding di bawah panji PAS sedangkan beliau mempunyai dua lagi parti pilihan iaitu DAP dan PKR untuk bertanding. Saya tidak fikir PAS akan letak calon bukan Islamnya dikawasan yang majoritinya orang Melayu/Islam. Kalau diletakkannya di kawasan majoriti Cina pula,sanggupkah DAP/PKR nak bagi jalan. Dan tidakkah kemungkinan penyokong DAP/PKR akan tukar sokongan mereka kepada calon BN dari kalangan MCA atau MIC sebagai protes??

4. Bagi ahli-ahli PAS pula saya fikir perkara ini akan terus dibincang dari sudut pro dan contranya. Tidaklah mustahil jika ada ahli-ahli PAS yang akan bertindak terhadap TG Hj. Hadi sepertimana Umno bertindak terhadap Datuk Onn Jaafar dulu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
IZINKAN,

BAGI KAMI ANAK MELAYU ISLAM,
PARTI PAS BUKAN LAGI PARTI BERLANDASKAN DASAR DAN PERJUANGAN ISLAM TETAPI SEBUAH 'PARTI AMALAN SONGSANG' YANG BERSELINDUNG DIBAWAH JUBAH DAN SERBAN YANG MEMPERSENDA KAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI... APABILA DEWAN ULAMA PAS PUSAT MELULUSKAN DAN MEMBOLEHKAN ORANG KAFIR MENJADI ANGGOTA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP)DAN BERTANDING DIATAS TIKET PARTI YANG KONON NYA MELAMBANGKAN ISLAM..

DARI SEGI UGAMA..YANG MENGANGKAT SUMPAH 2 KALIMAH SYAHADAT SAH ORANG
ISLAM DAN YANG TIDAK MENGANGKAT SUMPAH SAH ORANG KAFIR!...TIADA HARUS NYA.

DAN SETANDING KE AKHLAK DAN MORAL ORANG KAFIR DENGAN ORANG ISLAM YANG BERSYAHADAT YANG 'MENJUJUNG' ALQURAN DAN HADITH?

...NAUZUBILLAH!

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Mohon ribuan maaf Datuk...huruf BESAR...Sedih dan Pilu bila agama ISLAM suruhan NABI MUHAMMAD S.A.W dijadikan landasan politik SONGSANG.

asyMok_Aambo said...

bukan dewan ulama
Dewan Ulama PAS diketuai Harun Taib dan Timbalan Ahmad Yaakob
Majlis Syura Ulama PAS
diketuai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am
Majlis Syura Ulama
suara tertinggi dalam meluluskan sebarang usul.

Hj Munawir said...

Dato Kadir.

Hari ini kita dengar ucapan Tun Mahathir yang bagitu emotional mengenai nasib yang akan menimpa orang Melayu.Kononnya orang Melayu Malaysia akan menjagi saperti orang Melayu Singapora.

Sabenarnya orang yang bertanggong jawab menyebabkan orang melayu bagitu lemah ia lah Tu Mahathir sendiri.Semasa ia menjadi PM bermacam polisi ia laksanakan yang menyebabkan orang Melayu makin Lemah.

Kemasokan Ka University samasa Dr Mahathir dilaksanakan dasar mengikut kepandaian pelajar dan bukan lagi mengikut kota.Akibat dari sistem ini kita dapada fakulty Perubatan,Phamasi,Kejuteraan di university Kerajaan saperti UM,UKM,University Sain di penohi oleh orang Cina.

Di masa Tun Mahathir juga kita dapati ramai Perniaga Melayu yang menghadapi kesulitan nakibat krisis kewangan di biarkan mati dan syarikat2 mereka di ambil aleh oleh Khazanah Malaysia.Tan Sri halim Saad,Tan Sri Tajudin,Amin Shah dan ramai lagi.Pada zaman Mahathir juga kita dapati ia mengujukkan ramai billionair Cina dan India saperti Ananda dan YTL>

Untok menguatkan lagi orang Melayu,saya nampak tidak ada jalan lain melainkan PAS mesti bergabong dengan UMNO>.

Ancaman untok orang Melayu sekarang ini bukan sahaja dari segi ekonomi tapi dari segi keagamaan Ugama Islam.
Gerakan Kristian Antara bangsa sekarang ini bagitu aktive sekali untok membantu menjatohkan UMNO.Pergerakan ini amat ketara sekali di Sabah dan Serawak.

Mereka amat yakin sekaliyang Bn akan tumbang dalam pilehan raya akan datang.

Najib pula perlu lah sedar dan berani mengawal nafsu isterinya supata tidak trelalu tamak untok membuat duat tampa memikirkan kemarahan orang2 Melayu.

Konsep One malaysia yang dilaungkan oleh Najib merupakan senjatan yang makan diri sendiri.Konsep ini yang ideanya datang dari Koh Tsu Koon,amat tidask disenangi oleh Orang Melayu.Mahayuddin juga tidak setuju,tapi apa nak buat dia hanya timbalan.

Anonymous said...

pada saya tak kisah kalau orang cina memerintah, yang penting dia islam, saya dah lama bekerja dengan orang cina, kalau kita rajin bekerja dan tak kisah sangat pasal lebihan kerja mereka pun suka dengan kita. selama nie pun saya tengok orang melayu lebih banyak bekerja dengan cina daripada dengan melayu. cuma satu yang ketara mereka memang melebihkan bangsa mereka itu kenyataan, bukankah allah telah menjadikan kita berpuak-puak supaya kita kenal sesama kita dan mengasihani sesama saudara, jadi tak salah dia melebihkan sesama bangsanya, sebab kita tak dididik
sebagai satu bangsa seperti indonesia yakni bangsa indonesia walaupun dari keturunan mana.

mohd paizal

Anonymous said...

Salam buat Dato' dan saudara sekalian,

Saksama dan Samarata
--------------------

Kenapa setiap kali berdiskusi mengenai Pas, ia harus dibuat dalam konteks keagamaan atau setidak-tidaknya menyentuh konsep keagamaan? Kenapa setiap kali kita melihat Pas kita hanya nampak wajah agama walhal Pas bukanlah sebuah entiti keagamaan? Pas hanyalah sebuah parti politik.

Pertanyaannya ialah, siapa yang menyebabkan kita bersikap sedemikian terhadap Pas? Adakah kefahaman yang tertanam dalam diri sendiri atau kefahaman yang selama ini disemai oleh Pas atau kedua-duanya sekali?

Sebagai individu bukan maksum sememangnya kita ada kelemahan dalam menilai individu atau pihak lain. Namun itu tidak menghalang kita untuk menyampaikan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh individu, pihak atau parti. Kita hanya mampu memberikan kritikan atau pandangan membina tetapi masih terpulang kepada pihak sasaran sama ada mahu menerima atau menolaknya.

Begitu juga semestinyalah tidak ada kelompok atau parti yang maksum makanya tidak ada kesilapan yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana parti dan ini termasuklah parti yang memakai label agama. Dan jangan lupa bahawa kesilapan di peringkat parti membawa impak kepada lebih ramai pengikut berbanding kesilapan di peringkat individu.

Dan oleh kerana agama itu bersifat universal, makanya setiap penganut layak untuk mengkritik mana-mana individu atau parti yang berpegang kepada ajaran yang sama. Dalam lain perkataan parti yang berteraskan agama juga layak dikritik oleh penganut agama yang sama.

Cumanya kalau kita sebagai individu tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan baik di waktu lampau maupun di masa yang mendatang; hakikat yang sama juga terpakai buat mana-mana parti politik. Justeru individu atau pihak atau parti perlulah membuka telinga dan minda terhadap kritikan, pandangan atau saranan sekiranya mahu mengurangkan risiko melakukan kesilapan untuk masa-masa mendatang.

Dalam konteks agama, keadilan harus terpakai kepada semua agama. Kalau parti A (mewakili agama A) mahu mengambil si B (mewakili agama B) untuk dijadikan calon pemimpin, dan sekiranya itu di terima dengan baik oleh agama B, makanya kalau ada parti B (mewakili agama B) mahu mengambil si A (mewakili agama A) sebagai calon, makanya parti A juga harus bersetuju. Itulah keadilan dalam konteks agama - terpakai untuk dua hala.

Oleh itu harap-harap parti A tidak mudah melenting dan mengeluarkan berbagai perkataan dan hukum-hakam yang tidak sedap didengar seolah-olah agama A adalah milik peribadi si parti A. Akhirul kalam, kita boleh buka pintu untuk penganut agama lain tetapi dalam masa sama demi keadilan kita juga tidak boleh menghalang agama lain buka pintu kepada saudara kita.

ALPASIKU

Anonymous said...

Malang sekali tidak ramai yang mahu melihat isu ini mengikut konteks tapi terus menterjemah dan mentafsir dengan mengikut hati.

Semua orang tahu, kebanyakan kerusi yang ditanding PAS adalah di kawasan majoriti melayu yang tinggi. Tentunya ini masih dikekalkan kepada calun muslim.

Ada sedikit kerusi yang majoriti muslimnya nipis. Yang kategori inilah yang boleh dipertimbangkan PAS untuk ahli bukan islam sebagai calun.

Atau mungkin PAS mahu melebarkan sayap dengan meletakkan calun pada lebih banyak kerusi nanti?

Jika andaian saya itu tidak betul, barulah boleh dikatakan yang PAS sudah jadi caca merba.

Namun saya percaya, PAS tidak akan jadi sebebal itu.

Orang macam Anak Ascot yang menyamar dan mengaku kononnya penyokong PAS memang ramai. Yang dihajati hanya untuk mengelirukan sahaja.

Yang orang macam Anak Ascot berjaya pungut nanti sekadar menjauhkan orang bukan Islam dari ajaran Islam itu sendiri.

Ekonomi dan pelajaran (bukan agama) tiada dalam agenda PAS? Kutip dari mana, dari mimpi ke?

Memang ramai yang suka kata begini bila bercakap tentang tokoh PAS. Katanya tokoh PAS hanya reti bab ugama sahaja. Tapi yang kata begini tidak pernah penyokong PAS tapi penyokong BN sahaja.

Abdullah Ngah,

Jika melayu yang 60% penduduk Malaysia sokong UMNO maka bersatulah orang Melayu, begitu ke maksud saudara?

Jika melayu yang 60% penduduk Malaysia sokong PAS, macam mana pula? Tidakkah ini juga penyatuan orang Melayu namanya?

TDM kata di GERTAK, melayu berpecah 3. Tapi di Parlimen, melayu dan islam adalah majoriti (tanpa mengambil kira sabah dan sarawak). Cuma mereka tersebar di kerusi UMNO, PAS dan PKR.

Dan REALITInya, kerana perlembagaan negara kita adalah begitu rupa, walaupun melayu adalah kaum majoriti, melayu tetap tidak dapat menjadi pemerintah tanpa sokongan bukan islam.

Pada pendapat saya, apa yang mahu dibuat PAS adalah strategi politik yang baik. Jika PAS dapat benar-benar menapis calun bukan Islam dan memeastikan mereka itu benar-benar terdidik dengan aspirasi politik dan pentadbiran yang islamik, itu adalah lebih bagus kerana ia akan menjadi sumber dan jalan dakwah.

Itu pendapat peribadi saya yang tak sekolah tinggi.

Fed Up

Anonymous said...

PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam. PAS telah lari dari prinsip Islam dan telah banyak mengelirukan ummah.

Perjuangan Islam PAS tidak lagi sejati, berpura-pura dan tidak ikhlas.

PAS bolehlah dianggap sebagai parti "pseudo-Islam"!!

Oleh kerana hendakkan sangat kuasa, pemimpin PAS nampaknya telah sanggup korbankan perjuangan asas Islam yang diperjuangkan selama ini.

Saya meragui kewarasan setengah pemimpin Islam PAS. Adalah diharapkan penyokong-penyokong kuat PAS yang bijaksana dapat membuat penelitian yang bijak sama ada perjuangan PAS masa kini telah dinodai dan digodai oleh hawa nafsu syaitan dan iblis.

Bermacam-macam "fatwa" yang pelik-pelik telah dikeluarkan oleh pemimpin PAS untuk "menghalalkan" berbagai isu politik hinggakan terdapat dikalangan masyarakat Islam menjadi keliru.


-Che Mat Din-

Anonymous said...

PAS has effectively replaced UMNO to be the main player in malaysian politics.

now UMNO is wearing the 'jersey' worn by PAS 15 years back!

satu lagi berita baik:

NAJIB BERJAYA BUKTIKAN KEMAMPUAN - melayau

Abdullah Ahmad Badawi menyelar tindakan pembangkang yang sengaja mempertikai kewibawaan Najib Razak yang terbukti kredibiliti dan keupayaannya dalam mentadbir negara.

komen:

mat zzzzz dah bangun dr tido'...

bru perasan nak menantu takde jawatan;

masa dah tiba amek tindakan;

sang ketua perlu puji-pujian;

nak tolong nak menantu dapat jawatan;

baru 'secure' projek masa depan.


minah ronggeng

Anonymous said...

Salam DKAJ,

Sebagai pengundi atas pagar (PAT), saya rasa dilema saya semakin meningkat. Pada PRU lalu saya undi Pas bagi kerusi DUN dan undi rosak bagi Parlimen. DUN ditandingi Umnoi dan Pas. Saya pilih Pas. Tapi DUN Pas saya senyap sunyi dalam Dewan di negeri yang diperintah oleh PKR.

Saya bagi undi rosak Parlimen sebab tak sanggup bagi undi kepada MCA atau DAP. Waktu itu saya benci dengan kesombongan dan sikap melampau orang Cina dan Indiua.

Pada PRU 2004 saya undi BN untik DUN dan Parlimen kerana saya sangka Pak Lah orang baik akan bawa kebaikan. Saya bagi dia can. Parlimen dan DUN saya bagi kepada BN. Tapi Pak Lah tidor dan serah negari kepada anak menantu dan kuncu-kuncu.

Kalau inilah sikap dan dasar Pas yang begitu menyerah dan tundok kepada bukan Islam semata-mata kerana hendak jatuhkan Umno, tapi serah kuasa kepada PKR dan DAP, saya rasa susah nak sokong Pas lagi.

Kalau Umno ambil hati Cina dengan bagi lesen judi dan bantuan sekolah Cina dan Tamil, Pas pula sanggup terima calon kafir kerana hendak lawan dengan Umno.

Kalau ini sikap dan dasar parti-parti Melayu, saya rasa saya tidak akan mengundi mana-mana parti dalam PRU akan datang. Tapi saya akan tetap kelaur mengundi untuk tunjuk protes saya kepada Umno dan Pas.

Melayu Dilema

Anonymous said...

Tok,

Kalau ikut zamanlah, nama Nadia ni nama orang muda. Jadi pembahas yang guna nama Nadia ni boleh jadi orang muda. Orang Muda ni tok, macam kita masa muda dulu jugak, fanatik tapi ilmu tak dalam.

Nadia tanya kita, "seorg Muslim yg perasuah & Non-Muslim yg bernilai Islamic mana satu yg lbh mudharat?"

Kalau betoi cakap Nadia tu tok, jelaslah Pas dah bankrup, dah tak dak muslim dan muslimat yang tak rasuah sampai kena buka pintu kepada kafir yang Islamic. Ada ka kafir yang Islamic Tok? Kalau Islamic, masuk sajalah Islam. Bolehkah orang yang tak mengucap dua kalimah shadat dianggap Islamic Tok?

Saya takut penyokong muda Pas macam Nadia dan beberapa orang lagi pembahas dalam blog Datuk ini lebih kurang macam kita masa muda dulu. Kita pun sangka Pas Islam, kalau tak sokong Pas jadi kafir. Kalau pakat dengan orang kafir, kita pun jadi kafir. Itulah yang Pas bagi tau kat kita dulu.

Sudah-sudahnya Tok, Pas ni parti politik saja. Bukan pasal Islam, tapi pasal nak kuasa. Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang adalah politikus macam Najib, Anwar dan Kit Siang saja. Cuma depa ni pakai jubah dan serban, dan depa bagi salam dan selawat panjang-panjang yang kita naik syok dengar.

Salaam

Kamjat Penang

Anonymous said...

Datuk,

Mujur Set-successor bukan cucu datuk, kan? Kalau tidak tentu datuk malu besar sebab kurang ajar!

Saya ikut blog datuk dengan penuh setia dan saya baca juga segala komen2. Saya dapati setiap kali datuk kritikal terhadap umno maka ramailah puak-puak pembangkang, termasuk pas dan keadilan yang memuji serta bersetuju dengan datuk dan menumpang 'mengutuk' kerajaan serta pembesar kerajaan.

Tapi bila datuk sentuh pas dan keadilan maka berduyun-duyunlah pemuja dan fanatik kedua-dua parti itu yang mengkritik datuk dan sesetengahnya menghentam. Mereka jadi buta dan tuli, tak nampak apa lagi dah, semua orang tak betul kecuali parti dan pemimpin parti dia. Tapi ada juga yang bijak berhujah dan saya hormat kepada golongan seperti ini yang agree to disagree. Sebab kalau kita tengok tulisan2 Datuk, saya buat kesimpulan yang dia berpegang kepada pendirian "yang elok kita kata elok dan puji, yang buruk kita mesti kata buruk dan tegur, walaupun dilakukan oleh orang yang sama." Betul tak, datuk?

Yang lain2, yang hentam keromo dan komen berbaur khianat adalah sebenarnya golongan yang akhirnya akan menjatuhkan Melayu dan Islam.

Allah SWT berikan kita akal untuk digunakan secara baik dan berilmu.

Tijah

Anonymous said...

Salam Hormat buat Dato' dan rakan sekalian,

Kalau Kamalanathan boleh menang di Hulu Selangor, makanya tidak nampak kenapa Mak Siti atau Pak Man Telo tak boleh menang di kawasan di mana bukan Melayu adalah pemilih majoriti. Kalau Hulu Selangor dijadikan penanda aras lanskap baru politik nasional makanya tidak nampak kenapa parti Melayu/Islam harus meletakkan calon bukan Melayu (Cina, India dll) di kawasan bermajoriti bukan Melayu.

Kemenangan calon bukan Melayu dalam kawasan majoriti Melayu bukanlah satu 'fenomena politik baru' tetapi telah berkembang sejak sekian lama. Ada dua faktor yang memungkinan fenomena ini berlaku. Pertama, faktor pemilih dan kedua, faktor calon. Tanpa Melayu menjadi pihak yang 'rabun warna', antirasis; atau kalau orang Melayu tidak berpegang kepada prinsip 'politik bukan agama', tidak mungkin begitu banyak calon bukan Melayu dapat menjadi wakil rakyat bagi kawasan bermajoriti Melayu sejak sedari dulu hinggalah sekarang. Ia adalah satu perkembangan kemasyarakatan yang boleh dibangga-banggakan dan secara langsung membuktikan majoriti Melayu mempunyai ciri-ciri silang kaum, budaya dan agama yang positif - antiperkauman, tidak rasis, tidak menganggap pemilihan 'calon kafir' sebagai satu yang berdosa.

Dari sudut calon, nilai positif yang dimiliki oleh Kamalanathan membolehkan dirinya dipilih oleh orang Melayu menjadi wakil rakyat meskipun calon yang ditumbangkan itu adalah berbangsa Melayu. Mesej dari Hulu Selangor kepada orang Melayu/Islam atau juga bukan Melayu yang berhajat menjadi calon di kawasan majoriti Melayu ialah:

1. Melayu/Islam bukanlah ciri yang otomatik mendapat kemenangan .
2. Keelitan bukanlah ciri-ciri wajib.
3. Harus ada penampilan, keyakinan dan nampak terpelajar.
4. Jangan terlalu memperalatkan agama, bangsa dan budaya kerana ia dipandang negatif.

Sekian pandangan saya.

ATAS PAGAR

MalaysianKita said...

Salam Dato’

Isu pokok adalah "Kemungkinan Menarik Bukan Islam Jadi Calon Pas". Atau dengan bahasa mudah, Pencalunan bukan Muslim di Parlimen/DUN atas tiket Pas.

Pas mula mengubah strategi dan pendekatan politiknya bermula tahun 90an.

Allahyarham Ustaz Fadhil Nor membawa dan membuka pintu seluas-luasnya kepada golongan professional. Pada awalnya, agak susah untuk pengikut akar umbi menyesuaikan diri dengan beranggapan majoriti professional adalah UMNO. Atas usaha bersungguh-sungguh dan berterusan, professional dan ulama Pas semakin hari semakin baik.

Akhirnya, umum ahli Pas menerima Profesional dan Ulama saling perlu memerlukan satu sama lain hingga timbul slogan tak rasmi, “Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional”.

Dengan munculnya Parti Keadilan, terutama tahun selepas tahun 2000, Pas mula memikir dan mengubah pendekatan yang lebih baik dengan non-muslim.

Barisan Alternatif (BA), pada awalnya “gagal” kerana “kalah” dengan propaganda media arus perdana milik UMNOBN yang tak habis-habis menakut-nakutkan non-muslim dengan hukum hudud, dan Pas sebagai Parti extrimis Islam. Pas bagaimanapun berjaya melalui tempoh tersebut dengan tenang.

Keberkesanan Kepimpinan Pas Kelantan juga sedikit sebanyak membuka mata ramai non-muslim.

Ledakan teknologi maklumat berjaya melondehkan UMNO sebagai parti Rasuah, semakin hari semakin terang dan jelas, menjadi-jadi pembaziran, ketirisan dan rasuah, sudah terang lagi bersuluh.

Penolakan golongan muda kpd UMNO adalah sebab RASUAH, disamping keterbukaan Pas kpd golongan professional, memberi pilihan kpd pengundi-pengundi.

Hari ini, Himpunan dewan penyokong-penyokong Pas yang digerakkan oleh Ustaz Mujahid Yusof Rawa mempunyai ahli mencecah 20,000 orang.

Mujahid, MP Parit Buntar, bekas pelajar Penang Free School, fasih berbahasa Inggeris, PhD dari Timur Tengah, begitu disenangi ramai non-muslim.

Sudah pasti, Dewan Penyokong Pas ini amat dicemburui oleh UMNO!!

Anonymous said...

Tok,

Saya ni orang Melayu agama Islam asai dari Penang. Bulan lepaih saya nak beli 1 tanah kat Kelantan tapi gomen Kelantan kata tak boleh. Alasan depa senang saja. Sebab saya ni bukan anak Kelantan.

Lagu mana ni Tok? Depa dok kata Islam tu tak kira suku atau bangsa. Tapi dengan sedara seagama sendiri pun dok berkira, apa kebendanya ni Tok? Islam apa lagu ni, Tok?


(mat nespu, mai dr penang)

makbudak said...

Salam dato'

saya ingin memberi komen dari kacamata saya seorang rakyat biasa merangkap surirumah yg akan mengundi pd pilihanraya nanti.

saya merasa hairan kenapa org2 melayu tak kiralah umno ke pkr ke pas sangat2 baik hati pada bukan Islam tapi bersangka buruk sesama Islam. masing2 berlumba nak tunjuk yg merekalah paling baik pada bukan Islam. bagi lesen judi, bagi peruntukan, kecilkan kuota utk bumi, menawarkan jawatan timbalan perdana menteri, membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiket mereka dll.

saya nak tanya pulak, ada tak yg bukan Islam berlumba2 nak tunjuk mereka sangat2 baik pd org melayu Islam apatahlagi kalau mereka diberi peluang menjadi wakil rakyat atau perlimen.

memang betul kita kena tunjuk akhlak yg baik pd bukan Islam tapi janganlah sampai mereka pijak kepala sampai mintak mcm2. tak
perlulah tawarkan mereka dgn mcm2 tawaran sampai mengecilkan hati org2 melayu Islam.

Maaf cakap, saya tak faham mengapa ada pemimpin PAS yg berpatah arang dgn umno tapi bersangka baik pulak dgn bukan Islam. kalau tak suka pun dgn umno, apa lebihnya dap? pada saya kalau nak memerintah negara tanpa berkerjasama dgn umno, baiklah pas berjalan sendiri. tak perlu bekerjasama dgn bukan Islam sampai terpaksa beralah dlm banyak hal semata2 nak jaga hati mereka.

entahlah dato', saya pun dah tak tahu nak sokong mana. sebelum ni saya memang walau apapun org kata, saya akan undi pas, tapi la ni pas dah banyak beri kaluan pada pkr atau dap, saya memang menyampah dorang ni. pkr tu pun asalnya umno jugak. pada saya desperate2 umno yg dah takde tempat dlm umno lompatlah masuk pkr. lepas tu kalau rasa susah takleh nak rasuah, takleh nak itu ini, kecewa, masuk balik umno. sakit hati je dengar. org2 mcm ni bikin politik mcm main pondok2 je.

pada saya, la ni, kalau nak pangkah jgn tengok parti lagi dah, tengok sapa calonnya. kalau mat sabu pun lawan dgn ustaz amran kasimin, tentu saya akan pangkah ustaz amran kasimin.

dulu, tok guru saya pesan, kalau calon Islam lawan calon bukan Islam, pilihlah yg Islam, tapi kalau Islam lawan sesama Islam, pilihlah yg lebih taqwa. tapi la ni, kalau bukan Islam lawan bukan Islam... tak tahulah nak pilih sapa, pasal PAS dah beri laluan pada parti lain...

maaf kalau ada yang tersinggung. Wallahua'lam...

asyMok_Aambo said...

Blogger Yang JUJUR
Tidak Akan Tabur FITNAH.
Usul Yang diluluskan
Majlis Syura Ulama PAS adalah:
Bukan ISLAM boleh guna Lambang BULAN dalam Pilihan Raya mendatang.
Tidak ada kena-mengena dengan
Revolusi Kepemimpinan.
Isu boleh DiGembar-gemburkan
Namun Biarlah IKHLAS
agar Ummah
Tahu Letak Duduk Perkara Sebenar.

MalaysianKita said...

Isu pokok adalah "Kemungkinan Menarik Bukan Islam Jadi Calon Pas". Atau dengan bahasa mudah, Pencalunan bukan Muslim di Parlimen/DUN atas tiket Pas.

Soal yang dibincangkan ada kena mengena dengan Pemikiran Politik Islam. Politik adalah salah satu cabang dalam Islam, dan Islam tanpa politik akan jadilah agama Islam sebagaimana agama agama yang lain. Dr Yusoff Al-Qaradawi berkata, “Islam tidak ada ertinya tanpa politik. Jika engkau melepaskan Islam dari urusan politik, bererti engkau menjadikannya agama lain, boleh jadi agama Budha atau Nasrani atau lainnya”.

Para orientalis barat yang menguasai dunia amnya dan masyarakat Muslim khususnya, berusaha keras menanam satu pemikiran songsang di dalam AKAL dan JIWA manusia bahawa Islam adalah agama semata-mata dan bukannya Daulah. Bermaksud, urusan Daulah (Kenegaraan) tidak ada kaitannya dengan agama. Pemikiran ini ditanam sebaik mungkin bahawa Islam tiada memiliki hubungan dengan politik dan Negara. Dalam bahasa mudah, “Islam Suku, Politik Suku”.

Perwakilan di Parlimen/DUN. Tidak timbul isu taat setia kepada Kepimpinan Bukan Islam. Wakil Rakyat (YB), hanyalah mewakili penduduk satu kawasan, samada di Parlimen atau DUN. Wakil YB ini, bukanlah Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri yang menguasai Kepimpinan Negara/ Negeri, tetapi hanya mewakili kawasannya di Dewan Rakyat/DUN. Fungsi Dewan ini adalah mengawasi para Menteri,MB,KM. Fungsi Dewan adalah mengawasi Kerajaan, bukannya diawasi.

Pencalunan Non-Muslim yang menjadi penduduk minoriti di dalam Daulah Kepimpinan Islam, untuk duduk di Dewan mewakili kawasan/kelompok tertentu, tidak ada satupun ketentuan syariat yang melarangnya, selagi majoriti anggota Dewan terdiri dari orang-orang Muslim, dan mereka (calun non-muslim) tunduk patuh kepada Kepimpinan Tertinggi yang terdiri daripada Pemimpin Islam.

Sebagai contoh, PRK Bukit Selambau, calun Manikumar disokong oleh Pas (Muslim), PRK Hulu Selangor, calun Kamalanathan disokong oleh UMNO (Muslim), dan kedua-dua calun tunduk patuh kepada Kepimpinan Tertinggi yang dipegang oleh Muslim (Manikumar kpd Ustaz Azizan, Kamalanatthan kpd Najib Razak).

Sepanjang Sejarah Tamadun Islam, orang-orang Muslim dari masa ke semasa memperbolehkan ahli zimmah non-muslim dilantik sebagai Menteri, Gabenor atau kedudukan yang setinggi dengannya di bawah Pemerintahan Islam. Ini terjadi dalam Kerajaan Islam Abbasiyyah.

Dalam Kerajaan Malaysia, ramai Menteri ahli zimmah non-muslim dilantik sebagai Menteri di bawah Kepimpinan Tertinggi Negara orang Islam.

MAKA, perlu dijelaskan dan ditegaskan, pencalunan (YB) dan perlantikan ahli zimmah non-muslim menjawat jawatan tinggi kerajaan, TIDAK BOLEH dikatakan sebagai pengangkatan orang kafir sebagai pemimpin atas orang Muslim, sebab orang-orang Muslimlah (melalui Pemimpin Tertinggi Islam) mengangkat mereka sesuai dengan petunjuk agama. Mereka non-muslim menjadi wakil rakyat di kawasan yang diwakilinya, namun mereka berada di bawah Kepimpinan Umum masyarakat Muslim.

Jadi, isu ini tiada kena mengena dengan TAAT SETIA atau WALA’ kepada Pemimpin Non-Muslim.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Pada saya selama ini memang Pas diterajui oleh orang2 yang celik (sedikit) ilmu agamanya tetapi buta berpolitik, lebih-lebih lagi politik perkauman seperti di Malaysia.

Cadangan mereka kali ini untuk menarik bukan Islam sebagai calon Pas bukan saja kemuncak kepada kejahilan tahap maksima mereka ini tentang berpolitik tetapi boleh juga dikategorikan sebagai a desperate attempt to woo the non-Malays voters.

Tindakan bodoh sebegini hanya akan merugikan orang Melayu pada masa akan datang.....tetapi mungkin pemimpin-pemimpin Pas ni tidak akan peduli kerana istilah Melayu sudah luput dari jiwa mereka..

Pada saya selama ini mereka terlebih bangga dengan konsep Islam acuan mereka sendiri sehingga sanggup mengetepikan kepentingan bangsa sendiri. Cuma lupakah mereka bahawa ini secara langsung menafikan kebesaran Tuhan yang menjadikan manusia itu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa?

Jimizul

MalaysianKita said...

Salam Saudara mat nespu, mai dr penang....

Nak beli tanah di Kelantan, kena ikut Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.

Tiada kena mengenanya dengan Kerajaan PAS atau UMNO. Kena ikut Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.

Itu salah satu cara, Kesultanan Negeri Kelantan dulu untuk mempertahankan Tanah Negeri dari dijual/ambilalih sewenang-wenangnya oleh orang luar!

TokMatTempel said...

Salam Datuk,

Dengan izin, Cikgu langitbiru :

(i)Yang mana satu pendirian PAS?; demokrasi serasi atau bercanggah dengan Islam ? Dalam contoh-contoh yang Cikgu bawa dari Abbasiyah itu, pemimpin-pemimpin itu dilantik oleh pimpinan tertinggi,(ie top-down, people at grassroot level have no say) bukannya dipilih melalui pilihanraya (bottom-up,that is)

(ii) perlembagaan persekutuan hari ini serasi atau tidak dengan Islam yang PAS bawa ?

(iii) non muslim malaysians hari ini setaraf ke dengan ahli-ahli zimmah itu. Ke kita bercakap tentang dua perkara berbeza tapi kita cuba pukul rata?

(iii) jika mana-mana peruntukan di dalam undang-undang tubuh Negeri Kelantan itu bercanggah dengan Islam, boleh ke tidak Kerajaan Kelantan di bawah Nik Aziz pinda ?

"tak nampak halatuju maka tak cinta"

Tolong Cikgu langitbiru tolong jawab.

affendi hussain said...

Salam semua,

Kalau bukan Melayu, takkan lansung pelik bunyi & nampaknya..

selaraslah dgn tagline "Islam bukan untuk org Melayu sahaja"..

Tetapi kalau bukan Islam..itu apa..? Defying logic?

apakah tiada Cina , India, kaum lain yg Islam lagi sebelum diwar-warkan cadangan semberono sebegitu?
Apakah calon2 itu sudah di "filter" perspektif mereka terhadap Islam dan bukan hanya menggunakan kelebihan sentimen pengundi majoriti (muslim) utk "political mileage" peribadi semata-mata..?

Apakah PAS sudah benar2 kenal org bukan Islam dlm Pakatan Rakyat terutama dari DAP dlm tempoh berpacaran selama 2 tahun ini jauh hebat dari UMNO yg masih tak kenal2 MIC, MCA & Gerakan walau dah tidur sebantal berpuluh tahun..?

Selagi mana kita masih keliru antara persoalan agama & bangsa, selagi itulah kita layak hidup seperti pariah di bumi sendiri menjadi tunggangan org lain sehinggalah hari kiamat..itulah perancangan 'mereka'..memang berkesan.

Wallahualam..

(",)

Anonymous said...

Kamjat Penang,

Bapa saudara Nabi kita sampai ke mati tidak masuk islam. Tapi beliau tidak pernah tidak menyokong anak saudara kesayangannya itu.

Cuba fikir betul-betul, yang Nadia kata tu betul ke 100% tak betul?

Makbudak,

Dalam perenggan kedua puan, cuba bilang berapa yang UMNO buat dan berapa yang PAS buat? Betul ke timbangnya masih berat kepada PAS? Ini Puan sendiri yang tulis tu.

Saya dah kata ramai yang menyamar konon penyokong PAS tetapi kata tak puas hati.

Matnespu,

Dulu-dulu masa hospital Jertih masih serba daif, pesakit yang parah dihantar dari situ ke Hospital Kota Bharu.

Makanya kes bersalin yang biasa dibuat di Jertih manakala yang kronik di KB. Makanya ada adik beradik yang lahir berbeza negeri langsung hak membeli tanah di Kelantan juga berbeza. Depa yang begini tak kecuh pun....

Maka kawinlah dengan orang kelantan. Besok-besok, beli lah tanah atas nama anak atau isteri.....Tapi lepas tu kalau nak jual masih kena jual kepada orang kelahiran kelantan.

Bagi tanah perumahan/industri, saya tak pasti. Rasanya lain kot.

Jangan tak tahu, undang-undang atau kanun tanah negeri Kelantan (seperti juga kanun tanah mana-mana negeri) dah ada sebelum merdeka lagi.

Fed Up

pakbelalang said...

Permaisuri Agong Higher Than 'First Lady', Says PM



KUALA LUMPUR, June 15 (Bernama) -- The position of the Raja Permaisuri Agong is higher than the 'first lady' because Her Majesty's position is given priority as enshrined in Article 32 (2) of the Federal Constitution, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Prime Minister said the notion that the 'first lady' referred to the Raja Permaisuri Agong was inaccurate.

He said the 'first lady' terminology did not exist in the Federal Constitution, thus to equate the Raja Permaisuri Agong with that terminology was totally inaccurate.

"If there is and it is adopted, the 'first lady' in Malaysia must be placed below the position of the Raja Permaisuri Agong," he said in his written reply to Tian Chua (PKR-Batu) at the Dewan Rakyat sitting Tuesday.

Article 32 (2) of the Federal Constitution states: The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.

"Based on the customs, culture, and protocol practices in Malaysia, the title 'first lady' is not a practice. Many people are of the opinion that in the Malaysian context, the tile refers to Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," said Najib.

In addition, Chua questioned on the government expenditure in placing the advertisement in The New York Times on April 16 with regard to the Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor.

comment:

Sudah lebeh 50 tahun merdeka tidak pernah kedengaran isu "first lady" di timbulkan. Mengapa sekarang timbul controversy mengenai "first lady"?

Heran juga ye !!!!

Anonymous said...

Mungkin di kg baru patut buat undang2 seperti di negeri Kelantan. Jangan jual pada orang luar mahupon mereka orang seagama nanti pon 'geng2' dari negerinya saja yang bertenggek kat situ. Berfikiran begini pon saya sudah rasa teramat malu buat kepada orang2 saya sendiri. Kesiannya.
ml

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',dengan izin.

PAS sekarang BUKAN PAS dulu.PAS sekarang bersifat 'pokkor'(sesumpah) yang boleh bertukar rupa mengikut keadaan sekeliling.

Saya ingin perturunkan di sini amanat Tuan Guru Haji Abd.Hadi Awang.

"Saudara-saudara sekalian percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO,kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional,kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.Percayalah saudara
perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma
kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ni, kalau kita mati dengan berlawan ini mati kita adalah syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi,kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk
Buddha,tetapi kita menjadi kafir dgn mengatakan politik suku agama suku."

Banyak lagi fatwa-fatwa lain berkaitan Islam.Tiga yang sangat penting.
1...Allah pun mencarut,
2...kita boleh bersahabat dengan syaitan,
3.DAP boleh menghina Islam kerana dia belum Islam.

Nik Aziz,dari segi hukum, adalah dlm syirik khafi kerana menyamakan sifat buruk makhluk,iaitu mencarut, dengan sifat Allah.Sekiranya Nik Aziz meninggal dunia sebelum bertaubat, berdasarkan hukum,dia mati dalam kesyirikan.Mungkin jugak dalam kekafiran.

Ingatlah,dalam perang Uhud,tahun ke 3 Hijriah, askar Islam sudah di ambang kemenangan tetapi kalah juga kerana pemanah2
Islam lupa tanggung jawab sebenar dek tamakkan harta rampasan perang.

Begitulah dengan PAS sekarang, saya berpendapat PAS sedang diuji oleh Allah.PAS sudah lupa akan perjuangan sebenar untuk membentuk negara Islam dan menguatkuasakan hukum hudud.PAS sekarang tergoda dan terpesona dengan tipudaya orang kafir hingga sanggup menerima calun bukan Islam dan membentuk sayap bukan Islam PAS.PAS seperti kayu buruk dimakan anai-anai,perlahan-lahan mereput.
PAS begitu syok sendiri dan terpesona dgn 'sokongan palsu' DAP dan bukan Islam.Bukan mereka yang memahami PAS, tapi PAS yang tergoda.Kelabu mata kerana nak sangat kuasa untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh raayat hatta syaitan pun dijadikan sahabat.

Kepada PAS dan penyokong2 ingatlah DAP dan seumpamanya, bolehlah diibaratkan seperti pokok jejawi(Ficus),tempat orang Cina menyembah/sembahyang,dengan perlahan dan senyap akarnya akan mencengkam dan membunuh pokok tempat dia menumpang dan akhirnya berdirilah dia dengan megah dan angkuh.
Kalau tuan-tuan sayangkan Agama Islam dan Bangsa Melayu baliklah ke pangkal jalan.Masih belum terlambat.Fikirlah masa depan anak,cucu,cicit,piut kita.Walaubagaimanapun tepuk dada tanyalah keyakinan diri kerana anda semua orang-orang yang sudah matang.

Salam hormat,
Lat Juno

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Nampaknya isu ini bertambah menarik. Ianya pasti membuat kita berfikir apakah sebenarnya isu yang dibahaskan.Ada yang mempersoalkan langkah PAS membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket PAS. Apakah agaknya beza UMNO membolehkan bukan Islam bertanding bersama-sama dengannya untuk tujuan membentuk Kerajaan berbanding dengan apa yang akan dilakukan PAS.Hasrat sesebuah parti politik adalah membentuk Kerajaan. UMNO memilih membentuk BN untuk tujuan tersebut dan apa yang dilakukan PAS adalah mengikut jalan yang sama dengan mendapatkan bukan Islam bagi menambah kerusi yang ditandingi untuk membolihkan mereka membentuk Kerajaan jika mereka berjaya mendapat mejoriti.Memandangkan terdapat anggota DAP yang keluar dari parti untuk menyokong BN adakah ini bermakna bukan semua ahli DAP masakini extreamist tetapi boleh membuat pendirian sendiri yang mana baik dan yang mana buruk.

Dengan terjadinya apa yang berlaku sekarang bolehkah kita katakan UMNO dan PAS sekarang mengguna strategi sama tinggal lagi rakan kongsi mereka terdiri dari kumpulan lain.Bolihkah kita katakan ini membawa kita kepada sistem dua parti dan rakyat bebas memilih mana-mana paerti yang mereka berkenan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

nasir said...

Dalam situasi ini sebenarnya UMNO merasa tertekan dan berada dalam keadaan jalan mati . Mati arah untuk menyerang PAS .

Suatu ketika dulu UMNO acapkali mempermainkan PAS apabila masuk bertanding dalam PRU dengan mengatakan
1- PAS bertanding olok2 macam mana nak perintah Malaysia ? masuk calon pun 40 -50 kerusi saja "
2- PAS perintah Bukan Islam akan kena macam TALIBAN buat di afghanistan . Ketika ini acapkali gambar afghanistan keluar di kacatv

3- PAS musuh orang kafir .

4- PAS parti kain pelikat + lebai macam mana nak perintah

Tapi hakikatnya sekarang PAS sudah kedepan dari UMNO . PAS melangkah tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan . Bukankah dasar PAS itu ialah ISLAM . Maka ISLAM menekankan keadilan sejagat .

Tetapi UMNO memperjuangkan Nasionalisme . Bangsa Melayu . Hakikatnya semakin hari semakin terlondeh hak2 melayu ditangan UMNO .
- Bermula dengan kehilangan kekebalan raja ditangan mahadet
- Tanah rizab melayu semakin mengangkang kera
- SAR dibiarkan SRJK disusukan

dan terkini semua orang tahu macammana najib menggadaikan hak2 melayu itu kepada bukan melayu . Jadi apa dasar yang UMNO perjuangkan sebenarnya ? Menjerit .. Merenggah ketuanan melayu ; hakikatnya merekalah menggadaikan PPinang dan Wilayah kepada Bukan melayu ...

Berkenaan dengan calon bukan Islam tak perlulah Dato AKJ nak risaukan ;
- Sekurang2nya PAS dapat melebarkan kerusi yang ditandingi ke kawasan majoriti Bukan Islam di mana UMNO sendiri pun tak dapat nak bertanding di kerusi2 ini kerana UMNO adalah parti Melayu .

- DHPP pun diwujudkan menandakan Islam tidak ditolak sebenarnya . Melainkan UMNO sahaja tak pernah menunjukkan akhlak Islam sebenarnya . Dato sendiri pun tahu perangai pembesar2 UMNO malahan sifat Putri dan Pemuda UMNO bila bersua ! DHPP tiada diberikan kuasa mengundi kerana perlembagaan PAS mensyaratkan pengundi adalah ISLAM . Namun PAS tidak mengenepikan mereka dengan mendengar pandangan dan membawa mereka ke meja perbincangan . Bukankah ini yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w . Bukan Islam tiada hak dalam pelantikan dan melantik Khalifah namun suara2 mereka dan peranan mereka diambil kira dalam melaksanakan pemerintahan . Dari situlah lahirnya zhimmi dan harbiyy .

nasir said...

Sebahagian pembahas melenting2 bila sebut PAS timbang letak calon BUKAN ISLAM di kawasan majoriti BUKAN ISLAM. Tidakkah pembahas ini sedar bahawa UMNO telah menggadai banyak kerusi MAJORITI ISLAM kepada BUKAN ISLAM ?
- P HSelangor majoriti ISLAM tetapi UMNO berikan kepada BUKAN ISLAM (MIC)
- Dun Titi Tinggi Perlis majoriti ISLAM tetapi diberi kepada BUKAN ISLAM ( MCA )
- Dun Kayang Perlis majoriti ISLAM tetapi diberi kepada BUKAN ISLAM(MCA)

ini hanya sebahagian kecil sahaja .Jadi tak usahlah berdegar3 melaung ketuanan melayu sedangkan dalam diam2 menyerahkan kerusi yang sepatutnya untuk ISLAM kepada BUKAN ISLAM . apa ulasan DATO` AKJ tentang ini .

PAS tidak pernah melakukan pengkhianatan seperti ini dan calon BUKAN ISLAM PAS hanya untuk kawasan majoriti BUKAN ISLAM@BUKAN MELAYU .

Jadi apa alasan bagi pembahas2 yang melaungkan PAS menggadai prinsip sedangkan UMNO mengorbankan ketuanan melayu sendiri .. ?

Anonymous said...

Tok Wan Kadiaq,

With all due respect, Ulama in PAS and UMNO are doing role reversal:

http://drmaza.com/home/?p=1146

In a nutshell, UMNO is going backward and PAS is going forward.

Abdullah Ngah said...

seorang pembahas yang mengaku dia adalah penyokong PAS.

Penyokong PAS pasti bukan seorang ahli yang berdaftar.

Beliau hairan dengan sokongan orang bukan Islam pada PAS.

Oleh kerana beliau bukan seorang ahli PAS sudah tentu berada diluar "kotak".

Mereka yang ada diluar kotak PAS sudah tentu tidak banyak tahu apa yang berlaku.

Kalau berada didalam kotak PAS ada juga yang tidak tahu, dengan apa yang berlaku.

Ada yang buat buat tidak tahu dan ada yang mengaku tahu tetapi tidak kisah sangat hatta dah kena tipu banyak kali.

Demikianlah apa yang terjadi dan sedang berlaku dalam politik PAS, sehingga ada kalangan kepimpinan tidak peka sifat politik pakatan Rakyat (PR).

Atau mereka sudah sedia maklum tapi buat tidak kisah kerana ada kepentingan peribadi diseblik itu.

Mustahil mereka tidak kena sifat DAP kerana mereka arif dengan AlQuran dan hadis.

Pemimpin orang kafir adalah syiatan dan iblis pemimpin orang islam adalah malaikat. Tapi kena ingat betapa banyak orang Islam di pimpin oleh iblis dan syaitan.

Cuma satu puak sahaja yang dipimpin oleh malaikat, manakala 72 puak lagi telah dipimpin oleh iblis dan syaitan.

Atas sebab itulah mereka percaya dengan rancangan orang kafir.Malah mereka percaya bahawa orang kafir boleh memberi sokonga kepada PAS.

Yang paling menyedihkan kita Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berkata kita terpaksa bergantung pada orang bukan Islam (Islam).

Yang sangat menyayat hati Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak berkata PR dasarnya ialah Quran dan hadis pada pakatan rakyat yang sifatnya sosialisme itu.

Bagaimana mungkin beoleh berkjata demikian.

Fungsi iblis dan syaitan ialah mengoda manusia diatas muka bumi ini.

Yang lemah pasti tergoda kecuali yang kuat beriman dan bertakwa sahaja selamat dari godaan iblis syaitan.

Anonymous said...

Salam Dato'

Tidak sah kalau parti politik tak buat kontroversi. Ia ibarat pelipur lara untuk menceriakan suasana atau dijadikan nilai tambah untuk kekal bergaya.

Kontroversi timbul apabila konsep, perkataan atau perbuatan sesebuah parti itu di pertikaikan majoriti rakyat. Contoh kontroversi yang sering dicetuskan oleh Pas adalah perubahan dari konsep mesra terhadap sesuatu golongan bertukar kepada konsep mesra semua golongan.; merujuk sesuatu kumpulan dengan perkataan/label negatif tetapi popular; dan terkini cadangan membuka pintu kepada politikus yang tidak menjadi ahli untuk dijadikan calon ‘payung terjun’.

Semua itu adalah strategi permainan yang akan ditafsir mengikut kefahaman masing-masing. Apapun persepsi terhadap isi yang tersurat tetapi yang tersirat itu - ‘sambil menyelam, minum air’ – harus diberikan puji-pujian kalaulah ia benar-benar dapat mendekatkan yang jauh dan menukar elemen penolakan kepada penerimaan.

PRIA DESA

MalaysianKita said...

Di mana asasnya, majoriti yang menentang pendekatan Pas bergabung dengan non-muslim (DAP), dan terbaru, mencalunkan non-muslim dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di KAWASAN MAJORITI NON-MUSLIM dihentam habis-habisan sebagai satu langkah non-Islamik, melunturkan identiti parti Islam dan perjuangan Islam. Seolah-olah DAP dan DHPP bagi pandangan mereka adalah kafir harbi bukan kafir zimmi yang dibenarkan bersama-sama dalam mentadbir Negara.

Hujah saya sebelum ini, pencalunan bagi kawasan Parlimen/DUN tidak boleh dianggap sebagai pengangkatan non-muslim sebagai pemimpin dan taat setia wala’ kepada pemimpin non-muslim. Mereka diangkat hanya mewakili kelompok mereka di dalam sistem pemerintahan, dan mereka sendiri perlu patuh dan taat kepada Kekuasaan Tertinggi atau Kepimpinan Tertinggi orang Muslim.

Ini sekaligus memberi satu pengiktirafan yang tinggi dan adil kepada non-muslim sebagai warga Negara dalam sebuah Negara Islam.

Sesuai dengan Ayat 8, Surah Al-Mumtahanah,

“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”.

Taat setia atau wala’ adalah satu fundamental yang paling asas dalam mana-mana sistem pemerintahan. Islam amat menekankan kesetiaan kepada pemimpin Islam yang mempunyai ciri-ciri Ulil Amri. Islam menekankan setiap pemimpin Islam WAJIB mempunyai sifat-sifat Ulil Amri sebagaimana ayat Al-Quran Surah An-Nisa’ Ayat 59,

4:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa ayat 59)

Ayat 59 ini ditujukan khusus kepada Orang-Orang Yang Beriman supaya, Taatilah Allah dan Taatilah Rasul. Perhatikan tidak dicatatkan “dan Taatilah Ulil Amri” sebaliknya hanya dicatatkan “dan Ulil Amri” bermaksud wajib taat kepada Ulil Amri adalah ketaatan bersyarat iaitu Ulil Amri itu terlebih dahulu wajib taat kepada Allah dan wajib taat kepada Rasul dan benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan hari kemudian. Taat dalam erti kata mengikuti segala ketentuan Allah s.w.t dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

MalaysianKita said...

Pendapat sebahagian Muslim menetapkan hukum mengharam mencalunkan Non-Muslim kerana bermaksud memberi KESETIAAN kepada non-muslim sebagai Pemimpin adalah satu pengkajian yang terburu-buru dalam Politik Islam.

Dr Yusoff Al-Qaradawi menjelaskan makna memberi Kesetiaan, “Untuk menghasilkan ketetapan hukum yang benar, kita mesti membatasi makna kesetiaan yang diharamkan. Sebab pembatasan makna ini sangat diperlukan untuk menghasilkan ketetapan hukum, agar tidak terjadi kekacauan dan kesalahan dalam pelbagai urusan”.

Larangan di dalam beberapa ayat Al-Quran adalah larangan menjadikan PARA PENENTANG ISLAM sebagai pemimpin, penolong, dan teman yang disayangi. Para penentang Islam ini memiliki komuniti yang menonjol dengan cirri-ciri agamanya, keyakinannya, pemikiran dan slogan-slogan nya, atau mereka yang disifati denga sebutan Yahudi, Nasrani atau lain-lainnya. BUKAN kapasiti mereka sebagai individu,teman jiran dan warga awam.

Yang termaktub DIWAJIBKAN kesetiaan Muslim itu hanya diberi kepada Muslim semata-mata.

3:28 Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu). (Ali-Imran:28)

4:144 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)? (An-Nisa’ :144)

4:138 Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,

4:139 (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (An-Nisa’ 138-139)

58:22 Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya. (Al-Mujadilah: 22).

Jadi, dimana asasnya pencalunan non-muslim bagi kawasan majoriti non-muslim bercanggah dengan Syariat?

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Saudara Abdullah Ngah,

bagaimana dengan UMNO? Dari 73 puak, UMNO termasuk puak mana?

Tanduk Dua said...

Sekiranya dibenarkan calon bukan islam dalam pas bermakna parti itu bukan lagi sebagai parti alternatif kepada umno untuk memperjuangkan wadah perjuangan bangsa melayu.

Parti pas akan jadi parti yang tidak kurang sama seperti dap & pkr. Dimana kedua2 parti ini dilihat seperti di 'control' oleh 'chauvinist' dan akhirnya parti pas akan jatuh ke tangan mereka ini dan akan menuruti segala kehendak dan agenda mereka.

Pas sepatutnya belajar daripada kesilapan tunku semasa menuntut kemerdekaan daripada british.

Memberikan kuasa pd kaum lain dalam menentukan pepimpinan hanya akan merosakkan parti pas itu sendiri. Sebagaimana ia hampir merosakkan sistem politik negara ini. Lihatlah sendiri bagaimana suasana politik negara menjadi huru hara sekarang ini angkara 'chauvinist'

Hyde said...

Assalamualaikum Dato'

Mohon sedikit ruang. Saya kira kita cukup dewasa untuk berfikir matang. Ini baru peluang. Selagi mana orang Melayu Islam cukup competent, peluang untuk dibuka untuk bukan Islam untuk menggunakan tiket PAS itu ada, tapi boleh jadi ia tidak dilaksanakan.

Strategi baik, tapi kepimpinan PAS sendiri jangan bolak balik dengan keputusan sendiri, penyokong pun sama. Jangan sampai tak yakin long run decision ini, back up plan pun hancur. Biasalah kalau berniaga, ada risiko, tapi bagaimana untuk tangani risiko, benda pertama, perlu keyakinan. Tak yakin maksudnya belum gerak dah hancur.

Dan bukti kalau pemimpin harap Melayu Islam tapi tak reti nak ikut hukum Islam sendiri lagi bermasalah kepada masyarakat umum dari pemimpin Cina bersama di bawah panji Islam yang tahu membawa kesejahteraan kepada kawasan setempat.

Atau masing-masing nak cakap, risau, orang Melayu sekarang memang dah hilang competency. Untuk kita yang menjadi masyarakat, pengundi, kita banyak komen untuk orang perjuangkan nasib, jadi hero kita, bawa suara kita, tapi seribu kali sayang sendiri tunduk pasrah. hanya keluar mengundi, harap orang lain yang ubah nasib kita. Itu yang mudah hidup dalam bayang.

Dan orang Islam, tolonglah jangan racistkan Islam. Mengaji Islam patutnya bukan setakat darjah 5 atau 6, tapi berapa keratlah yang yang ambil Islam sebagai subjek sepanjang hayat.

Lagi satu, kita ada undang-undang. Siapa salah guna kuasa apa pasal tak guna undang-undang? oh, lupa. Malaysia ini, undang-undang dipegang manusia. Fleksibel.

Apa fasal di Eropah, Australia, mereka sikit pun tak boleh silap? Apa fasal boleh zero bribe? Mereka 'halal' buat hubungan tak sah, tapi bila jadi orang atas tak boleh ada skandal, nanti kena tendang dari senat committee.

Maaf terkasar. Mohon tidak dikisahkan di hati, tapi dicerna di minda yang segar.

-hyde-

Anonymous said...

Saya tertarik dgn komen ATAS PAGAR 11.47AM.
kalau bukan melayu blh menang di kawasan majority Melayu kenapa Melayu tak boleh menang di kawasan majority bukan melayu.

Kalau fikir lojik memang tak mustahil utk keadaan tersebut (melayu menang di majority bukan melayu) berlaku. Terutama kalau calonnya memang bagus serba serbi, berakhlak dan beretika. Tambahan pula kalau calon tu dari parti yg bagus juga serba serbi. Senang cerita kena kaji calon dan parti sekali.
Saya pernah chatting dengan seorang Ustaz dari Kelantan. Daripada pengamatan saya (melalui perbualan kami), dapat saya simpulkan bahawa Ustaz ni kurang setuju dengan pembabitan ulama dalam politik. Kerana katanya disebabkan politiklah ramai orang tak hormat, menghina dan menghina ulama.
Tak salah pandangan Ustaz ni sebab memang betul ulama dicaci dan dihina (lebih2 lagi oleh org yg tak berpegang dgn agama). Tapi saya berpendapat sebenarnya ulama tak salah berpolitik. Cuma politik kat Malaysia je yang menjadi masalah (?).

Satu lagi masalah ialah kita ni tak mengaji Islam dengan sebenar-benarnya. Kemudian kita akan kata ulama tu cakap hal agama ikut suka mereka (ulama) bila apa yang dicakapkan tak selari dengan kehendak dan kefahaman kita. Mulalah kita memandang sinis para ulama. Mengutuk, mencaci dan menghina.

Satu anologi yang menarik diberikan oleh Ustaz dari Kelantan ni. Iaitu mengenai perjuangan islam zaman Nabi saw dan perjuangan islam masa kini.

Nabi berperang (selain berdakwah) untuk menegakkan dan mempertahankan Islam. Masa perang Badar di pihak islam kira-kira 300 orang manakala dipihak musyrikin pula lebih kurang 1000 orang. Tapi islam menang juga. Bagaimana islam menang, bolehlah kata dengan bantuan Allah ke, semangat juang kuam muslimin yang kuat ke, bantuan para malaikat ke dan sebagainya.

Tapi sekarang ni nak tegakkan islam dengan kuasa iaitu dgn undi/ pilihanraya (juga selain dengan jalan berdakwah). Kalau di pihak parti islam pengundinya hanya 1000 dan pihak satu lagi 2000 bolehkah islam akan menang? Adakah akan datang undi ghaib dari langit iaitu undi daripada para malaikat? Adakah dengan semangat juang yang tinggi saja boleh menang pilihanraya? Dengan doa atau solat hajat saja boleh menang pilihanraya? Saya difahamkan bahwa untuk menegakkan islam ialah pasti bahawa islam memerintah dahulu.

Lagi satu, saya dapati biasanya kenyataan ulama selalunya akan diputar belit. Baik di akhbar mahupun di kaca tv. Yang masuk paper satu perenggan atau satu ayat di tv tapi ulasan pihak lawan satu muka kat paper atau satu segmen di tv. Macamana tu. Maka saya sarankan kita ni samada atas pagar atau tidak, rajin2 lah belek suratkhabar dari mana2 versi, surf internet ke dan sebagainya. Jangan percaya bulat2 tak kira pihak mana pun.

WAVE100

Anonymous said...

Salam bahagia Dato'

Kalau orang Islam mahu menyampaikan mesej yang ada kaitan dengan Islam makanya jalan yang paling berkesan ialah dengan individu Islam itu sendiri menyampaikannya.

Melantik orang bukan Islam untuk melaksanakan penyampaian mesej Islam bolehlah disifatkan memperlekehkan kemampuan sendiri.

Justeru orang Islam harus mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk menyampaikan sendiri mesej murni waima dalam kawasan di mana Islam adalah minoriti.

ATAS PAGAR

abdullahngah said...

Mungkin anda dah tahu jawapannya,kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang ikut ajaranku sahaja diterima manakala yang tidak ikut ajaranku ditolak

Maka mereka itu jelas berada dalam puak lain, iaitu berada dalam puak ke72. Ia juga Islam, tetapi Islam yang tidak ikut ajaran Rasulullah SAW.

"Sesiapa yang setuju dengan puak itu maka dia sama dengan puak itu"

MalaysianKita said...

Assalamualaikum TokMatTempel

(i) Demokrasi serasi atau bercanggah dengan Islam?

Sebenarnya, bagi sesiapa menekuni memikir secara logik akal amalan demokrasi yang ADIL, akan menemui jawapan kepada soalan di atas! Apakah Islam memudahkan atau menyusahkan?

Di Negara-negara Arab, hampir semua negeri mengguna Sistem Pemerintahan Beraja turun temurun. Anehnya, Negara Arab yang terkenal dengan “Islam”nya, melabelkan demokrasi bukan sahaja bercanggah dengan Islam bahkan merupakan bahagian dari kekufuran! Raja boleh memerintah sebebas-bebasnya tanpa langsung tidak ada jeritan ketidakpuasan rakyat, kerana rakyat diwajibkan TAAT kepada pemerintah.

Manakala zaman awal di Barat, Eropah, juga di Timur rakyat bangkit menuntut hak, memperjuangkan “demokrasi” berperang bermatian-matian melawan Raja-raja, penguasa diktator, kuku besi, hingga banyak tertumpah darah, jutaan nyawa melayang menjadi korban. Pendukung kebebasan, penganut fahaman liberal mereka hari ini mendakwa kepada Muslim Arab bahawa Islam merupakan musuh demokrasi, pembela kediktatoran dan otoriter. Apakah benar Islam sedemikian?

Kesedaran mulai timbul bagi Muslim Arab bahawa demokrasi adalah cara yang paling ampuh untuk melawan dominasi kekuasaan peribadi dan politik.

Dr Yusuff Al-Qaradawi dalam menyanggah orang yang menghukumi demokrasi sebagai kekufuran berkata, “Kaedah yang sudah disepakati para ulama kita terdahulu adalah:Hukum tentang sesuatu merupakan cabang dari konsepsinya”.

Substansi Demokrasi adalah suatu proses pemilihan yang melibatkan orang ramai untuk mengangkat seseorang yang berhak memimpin dan menguruskan keadaan dan permasalahan sesama mereka. Sudah tentu mereka tidak angkat orang yang mereka tidak sukai, orang yang berfahaman tertentu yang tidak selari dengan masyarakat mereka, orang yang mendukung sesuatu sistem yang mereka benci, DAN mereka berhak melepaskan, menggantikannya dengan orang lain jika mereka menyimpang, mereka berhak menghitungkan pemimpin yang melakukan kesalahan.

Inilah asas substansi demokrasi yang melaksanakan beberapa sistem yang praktikal, seperti pilihanraya, meminta pendapat rakyat, menegaskan ketetapan majority untuk kepentingan bersama, pelbagai parti politik, hak-hak kaum minority, kebebasan akhbar, kebebasan bersuara, kebebasan mahkamah dari pengaruh pemerintah dan sebagainya.

Apakah demokrasi sebegini sebahagian dari kekufuran? APAKAH SUBSTANSI DEMOKRASI INI BERCANGGAH DENGAN ISLAM?

Dalam solah, sebuah hadis sahih riwayat Ibnu Majah, “Tiga golongan yang solatnya tidak boleh naik di atas kepala mereka sekalipun hanya sejengkal….lalu baginda menyebut yang pertama, “Seseorang yang mengimami suatu kaum dan mereka tidak suka kepadanya.” Islam menolak seseorang menjadi Imam solat yang tidak disukai orang-orang makmunnya. Bukan kah ini satu persamaan dengan substansi demokrasi?

(ii) perlembagaan persekutuan hari ini serasi atau tidak dengan Islam?

Model Perlembagaan Negara Islam adalah Piagam Muhammad, atau Piagam Madinah. Teras utamanya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Apakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan Kuasa Tertinggi Pemerintahan adalah Al-Quran dan As-Sunnah?

(iii) non muslim malaysians hari ini setaraf ke dengan ahli-ahli zimmah itu?.

Kafir Zimmi adalah kafir yang tunduk patuh kepada Pemerintahan Kepimpinan Islam. Kafir Harbi adalah kafir yang memerangi/menentang Islam.

(iv) jika mana-mana peruntukan di dalam undang-undang tubuh Negeri Kelantan itu bercanggah dengan Islam, boleh ke tidak Kerajaan Kelantan di bawah Nik Aziz pinda?

Nik Aziz dan Kerajaan Pas Kelantan pernah meminda Undang-Undang Jenayah Islam dan diluluskan oleh DUN Kelantan. Terpindakah Undang-Undang tersebut? Dimana halangannya? Siapa yang menghalangnya?

Soal Tanah Kelantan Untuk Rakyat Kelantan, apakah undang-undang tubuh Negeri Kelantan ini pada pandangan saudara bercanggah dengan Islam?

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Terimakasih Dato' kerana sudi memaparkan pendapat saya.

Roti Planta said...

Dato',

Sdr PakBelalng,

Selama 50 tahun ini tidak pernah ada isu 'First Lady' kerana Tun Sharifah Rodziah, Tun Hajjah Rahah, Tun Rosmah dan Tun Hendon/Tun Jane semuanya tidak mahu menjadi First Lady. Cuma yang akhir-akhir ini kemaruk nak jadi First Lady.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Salam Dato'
Satu masa dulu PAS (Hadi Awang)mengeluarkan fatwa bahawa UMNO dan penyokongnya adalah kafir.Hampir berlaku perdebatan antara UMNO dan PAS dengan tajuk Amanat Hadi Awang pada 11 November 1984 tetapi dibatalkan atas nasihat sultan.

Salah satu sebab Hadi Awang mengatakan UMNO kafir kerana bersengkokol dengan MIC dan MCA dalam Barisan Nasional.

Sekarang PAS sendiri bersengkokol dgn DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.Lebih hebat lagi bukan Islam boleh mewakili PAS dalam pilihanraya.Apa pendirian PAS sekarang?

PAS begitu teruja apabila kelihatan seperti DAP mulai meminati Islam apabila membaca beberapa potong ayat Al-Quran hinggakan Lim Guang Eng digelar Omar Abdul Aziz.

Sebenarnya tanpa sedar, kerana terlalu tamak kuasa, PAS perlahan-lahan ditarik oleh DAP menyokong mereka hingga sanggup menggadai maruah agama dan menjadi kuda tunggangan DAP.

PAS boleh berkawan berbaik dengan sesiapa ,hatta dengan syaitan sekali pun TETAPI jangan atas nama Islam.

Awang Besut.

makbudak said...

salam dato'

kepada en fedup,

saya dah kata, saya rakyat biasa, bukan politician. saya pandang pun dari kacamata saya. esok2 kalau saya nak mengundi, saya bukan ambil kirapun apa strategi yg parti2 politik buat. malah, mungkin ramai lagi rakyat kat luar sana yg berfikiran macam saya.

so, salahkah saya luahkan rasa tak berkenan saya pada pemimpin2 pembangkang atau kerajaan negara ini? saya dah kata, saya dah lama tak minat dgn umno ni. so, apa pilihan yg saya ada? pkr? nak menyebutnya pun saya rasa menyampah. pasal mcm saya cakap, ahli2 pkr kebanyakn dtg dari umno jugak yg dah tak dipandang lagi oleh pemimpin mereka. bila frust, masuk pkr. nawaitu? Wallahua'lam.

jadi, bagi saya PAS lah kalau saya nak undi pun, sekurang2nya dorang sayang kat Islam, peka pada hukum Tuhan, dan yg utama PAS meletakkan ISlam sebagai garis panduan.

saya dah lama berpendapat, negara biarlah dipimpin oleh umarak (tentunya yg wara'), TAPI menjadikan ulamak sebagai penasihat. sebab bukan semua ulamak yg boleh memerintah. biarkan sesuatu itu dipegang oleh ahlinya, sebab kita tahu kalau sesuatu perkara itu diserahkan pada yg bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya.

tak pernahkah terfikir mengapa PAS masih belum ALLAH izinkan utk memerintah malaysia? tentu ada sebab, jangan salahkan orang lain, muhasabahlah diri. tentu ada sebab ALLAH tak izin lagi PAS memerintah.

maaf cakap, kdg2 saya merasa ngeri bila memikirkan bagaimana tiba2 ditakdirkan pembangkang menang dlm pru selepas ini. bagaimana mahu dihapuskan mentaliti majoriti rakyat malaysia yg begitu gilakan hiburan, tidak peduli halal haram, tidak sensitif pada dosa dll. tv misalnya, apa yg akan PAS buat dgn saluran2 tv yg ada sekarang? dgn pelbagai cerita karut marut, tahyul, separa lucah dan entah apa lagi. begitu juga dgn pelbagai jenis majalah2 hiburan yg melampau. bagaimana dgn kilang2 arak, kedai2 toto, bukit2 judi, dunia hiburan artis dsb itu, apa yg akan PAS buat dgn benda2 yg saya sebutkan? tidak jadi gilakah mereka2 yg gilakan kuasa tiba2 terpaksa turun dari "takhta" mereka? bagaimana kalau mereka pula yang mengambil tempat jadi pembangkang, akan turun berdemo tiap kali mereka bantah apa saja tindakan yg diambil kerajaan baru, atas alasan mereka hanya meniru apa yg PR buat masa jadi pembangkang. nak tangkap jugakah dan hantar ISA atau apa?

ya, mungkin PAS sudah bersedia dgn itu semua dan sudah memikirkan langkah2 utk mengatasinya, tapi bolehkah DAP atau pkr menerimanya? bersediakah mereka utk menerima semua langkah2 PAS itu? masa belum memerintah, memanglah, semua baik, semua boleh tolak ansur, berpakat. esok2 tengok...? tak paham2kah sikap org bukan Islam? belum dpt kuasa pun dah mintak macam2, kalau dah dpt esok......entahlah? balik2 org melayu jugaklah yg mengalah.

Wallahua'lam.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Sebenarnya PAS selama ini bertindak mengikut acuan fikrah UMNO.Merek amelihat rakyat Malaysi ini sama spt UMNO.Melayu ,Cina,India,Ustaz ustaz PAS pun bil berceramah pasal ini juga.

PAS tidka bertindak dengan "out of the box thinking".Saya sudah lama mengharapkan perkara ini berlaku.Ini satu lagi langkah dakwah kepada masyarakat bukan Islam secara tak langsung.Jika ada org org bukan Islam yg sanggup jadi ahli PAS maknanya mereka sudah selangkah mendekati Islam.Hanya takdir Allah shj menentukan samad amereka menerima hidayah atau tidak.Mana mana calon bukan Islam yg mewakili PAS nanti faham bahawa mereka mesti mengikut polisi polisi parti.

UMNO selama 52 tahun memerintah telah mengabaikan maslah dakwah ini.Jika ada pun ianya hanya melepaskan batuk ditangga shj.

Tanpa menggadaikan prinsip spt dakwaan UMNO PAS telah menjadi semakin agile,flexible dan maju kehadapan.Satu perubahan yg amat ditakuti oleh UMNO.UMNO sebenarnya lebih senang PAS dgn imej tok lebai kampung.Pakai kain pelekat berbju melayu dan memekik takbir disetiap ceramah mereka.UMN O tahu jika setakat itulah shj,PAS tidak akan kemana..

Sorry UMNO.We are living you behind for good

Anonymous said...

Kata dulang paku serpih kata org depa yg lebih...UMNO dulu ok kini dan selamanya nak merosak kan org melayu...dah tak laku sentimen bangsa main sentimen agama pilak la...
ok la dari jadi kuda tunggangan toke kuda, toke judi bola hehehehehe apa punya tur la...

awangitam

Anonymous said...

Sekarang ini saya lihat perjungan PAS dah macam cerita "Keluarga 69"!!Tonggang terbalik !!Prinsip perjuangan PAS sudah kabur. Sudah kacau bilau.

Orang Melayu yang menyokong PAS pun sudah pusing kepala ke arah mana PAS nak bawa mereka. Ke syurga atau ke neraka?

Nampak gayanya orang Melayu akan hanyut kehidupan mereka dengan gelagat perjuangan parti PAS, UMNO dan juga PKR.

Akhirnya apa yang orang Melayu kejar tak dapat, yang dikendong tercecir.

Kesian anak cucu orang Melayu MELOPONG DAN TERCOPONG gigit jari makan ubi kerana hasil perjuangan pemimpin Melayu kita semuanya HAPRAK dan HP6 !!! Mereka telah memperjudikan untung nasib orang Melayu hingga jadi lemah longlai.

Wal hasil balik asal !!!

Melayu Oh Melayu

Kemana kita nak pergi?

Ke bulan?

Kenapalah orang Melayu tak sedar-sedar diri. Nak tunggu sampai kena hantok kepala kedinding baru nak sedar.

Kesian, kesian!!

-terang bulan-

pakbelalang said...

Dr Mahathir said that going by the latest survey carried out by the Merdeka Centre for Opinion Research, Najib stood more than a good chance of leading the Barisan Nasional (BN) to a handsome win.

The survey made public last week showed that Najib's approval rating had risen to 72%, higher than the 69% in April.

Najib said Barisan must first concentrate on strengthening itself before preparing for the next general election, while it also needed a strong line-up of leaders. - Bernama

comment:

The survey done was on Najib's performance only but what about the party- Barisan Nasional?

Najib has to strengthen BN and get rid of the deadwood leaders like Sammy Vellu and other "passengers" in the party especially at Division level. The faster Najib can identify those HP6leaders and get rid of them then only he could consider having election with confidence.

Another aspect is to look into the perception of the people towards BN and its policies and other outstanding issues (if any) that are detrimental to Barisan Nasional. These policies must be ironed out to be acceptable by people of all walks of life.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
affendi hussain said...

Salam Dato',

Saya masih tidak dapat melihat "chemistry" dgn kupasan2 yg bersumber situasi zaman Rasulullah dan juga dalil2 al-Quran yg cuba dikaitkan..Untuk membuat komen politik dgn penuh integriti seseorang itu perlu menjadi seorang "absolute citizen" dengan minda "above politics".

Bila berada diluar kotak politik, baru seseorg dapat melihat dengan jelas sama ada perbandingan itu dibuat seperti epal dengan epal atau epal dgn durian..

Ramai org melayu islam kita yang menolak lojik kononnya menyesatkan walhal lojik adalah suatu proses berfikir fitrah semulajadi otak kita. Mereka rela mengikut membabi buta terutama terhadap tokoh2 yg ditaksub mereka..inilah agenda NWO yg berkesan hasil terapan zaman-berzaman. Apabila ada segerombolan 'zombie' mengikut satu kepala..hanya perlu program kepala ketuanya dan selebih badan hanya mengikut 'order'..sungguh mudah.

Makan adalah contoh 'proses', menutup 'proses' ini secara berterusan akan merosakkan seluruh fungsi fizikal badan. Jika proses lojik ditutup, maka seluruh sistem minda akan mati.. Didalam Islam, tuntutan berfikir itu diseru berulang-ulang, disuruh melihat kejadian langit & bumi etc... itu LOJIK AQAL namanya, ia berlandaskan bukti, fakta dan norma2 yg konsisten..yg ditegah LOJIK KHAYAL yg berpaksi fahaman, fantasi & ketaksuban.

1) Di zaman Rasulullah, sistemnya model ketua yg di baiah (yakni persetujuan bersama berdasarkan kreteria & kualiti calon). Permuafakatan oleh masyarakat bukan Islam adalah bersifat 'subjugate' kerana pemerintah Islam berkuasa mutlak..

2) Meletakkan perbandingan yg sama dalam aplikasi sistem demokrasi moden barat adalah lojik khayalan yg secara subliminal sebenarnya menghalalkan cara demi matlamat fahaman politik peribadi..

3)Di dalam sistem demokrasi barat "majority number rule". Ia hanyalah permainan angka untuk kuasa. Lain2 cerita hanyalah bunga2 mantra pujangga bahasa yg jiwa & minda melara..

4) Kestabilan kuasa politik terletak pada jumlah kerusi majoriti yg mampu dikuasai secara 'rigid' di Parlimen.

Dato'.. mungkin olahan bahasa yg Dato' sampaikan tidak mampu dicerna oleh sesetengah mereka ini.. biarlah saya beri analogi mudah..

Cadangan ini adalah ibarat membeli kereta untuk orang lain utk dipandu yg dipindah milik nama geran atas nama orang itu. Matriks hubungan ini adalah bersifat 'parallel', bukan 'piramid'.

Apabila pemandu itu tiba2 berubah fikiran dan membawa lari kereta, tinggalah si tuan menggigit jari & berputih mata..silapnya, terlalu percaya & dalam konteks ini kpd yg berbeza aqidah yg masih tak nampak kesyumulan Islam yg cuba ditonjol. Dari segi perpaduan & kuasa ekonomi mereka lebih hebat dari apa yg cuba dijaja. Kagumkah bukan Islam dgn 'Islam' versi itu? Tepuk dada tanya minda.

Kita sendiri takut dgn pendekatan mereka2 yg berlabel 'ulama' itu yg seolah buta, keliru lg mengelirukan, cth: isu nama Allah yg boleh diguna penganut bukan Islam seolah-olah merestui syirik secara sedar..jika paksi pemikiran sebegini belum menggerunkan..saya kira kita ini mungkin mahu melihat Dajjal (pendusta) wujud dulu baru mahu mula berfikir.

Jika kelebihan kerusi yg dicari, apa susah2 mahu letak calon bukan Islam guna label Islam..? Baik letak saja calon Islam dan tanding di kawasan majoriti melayu yg diletak calon dari MIC/MCA/Gerakan dll. oleh BN..aduss mudah!
- Berapa banyak sangat kawasan di Malaysia ini yg majoritinya bukan Islam??

Defying logic..?

Welcome to the world of Risk Management and Strategic Management a.k.a reality..PAS management really need a new blood similar to UMNO that need to flush out all those 'silver spoon' generation..

Wallahualam
("/)

pakbelalang said...

Di bawah adalah komen Tun M dalam blognya :-

1. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

2. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

3. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

4. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

5. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

6. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

7. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Denga perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

8. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

9. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

10. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

11. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

12. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

13. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

14. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?

comment:

1.Apa yang dikatakan oleh Tun M memang benar.

2. Melayu memang dah berpecah belah. Sebabnya ialah ramai orang Melayu dah jadi "BODOH SOMBONG".

3. Mereka merasai diri mereka dah "MERDEKA" dari dirantai oleh UMNO.

4. Mereka anggap UMNO dah tidak relevent lagi. UMNO rasuah. UMNO untuk UMNOputra. UMNO mengamalkan cronyism. UMNO mengamalkan nepotism. Semuanya dianggap negatif terhadap pemimpin dan parti UMNO.

Apa yang dikatakan oleh Sdra. Terang Bulan juga sama nadanya dengan apa yang Tun Mahathir utarakan.

Penutupnya Tun M tanya nak kemana Melayu.

Saya ingin jawab bahawa Melayu pi mai pi mai tang tu juga!!!

Hidup segan mati tak mahu!!!

TokMatTempel said...

Salam Datuk,

Cikgu langitbiru, terima kasih atas jawapan Cikgu itu.

Yakinlah saya sekarang, PAS bukan pilihan saya.

Terima kasih Datuk juga.

borhan said...

Niat sebenar PAS membenarkan orang bukan Islam menjadi calun partinya hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kalau ia dilaksanakan atas prinsip dakwah maka ia adalah satu perkara yang mulia.

Tidak mudah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Selama ini aktibiti dakwah lebih tertumpu kepada kepada orang yang sedia Islam.Maka kalau orang bukan Islam dapat diajak lebih hampir kepada Islam menerusi aktibiti politik dan mereka pula dapat menerimanya, maka itu adalah usaha yang terpuji.Hanya hidayah yang memisahkan mereka untuk menjadi Islam.

Kerana hidayah milik Allah maka ia adalah diluar kemampuan manusia oleh memberikannya. Tetapi setidak-tidaknya mereka telah dibawa hampir kepadanya.

Anonymous said...

inikah jenis pemimpin yang kita nak??

fiesta kelantan di kota bharu 16 june 2010..

Di Stadium, sebaik sahaja bacaan doa selesai, blub..! blackout..! senyap sunyi... sudahnya Tok Pa berceramah pakai Loud Hailer, aku dengan geng-geng bantai gelak, ni majlis Gilang Gemilang kejadah pakai Loud Hailer..? sikit-sikit aku nampak Tok Pa "in future" tengah demo dengan gerombolan... hahaha...

Ceramah Tok Pa memang best... Tok Pa ajak rakyat Kelantan maju ke depan, nak maju kedepan kena naik Keretapi kata Tok Pa... aik..?

ni zaman bila ni Tok Pa... tapi ada betul jugak cakap Tok Pa... nak naik jet, enjin dah hilang, nak naik kapal, semua kapal dagang Zionis, nak naik kapal selam, kompom tak leh menyelam...


mantrain

Anonymous said...

Sasaran 30% Ekuiti Bumi Tidak Akan Tercapai walaupun UMNO dah memerintah selam 53 tahun.

This time round, Let's give a fair amount of chance to PAS to achieve this sasaran.

PAS are more accountable, and god-fearing. Enough of UMNO business acumen that got us no where but recession, pricey goods over and over again.

Trinora

saji said...

Sdr dan kajang


"Agak pelik juga kalau ada calon bukan Islam dari PAS yang dikatakan berkeliber sanggup bertanding di bawah panji PAS sedangkan beliau mempunyai dua lagi parti pilihan iaitu DAP dan PKR untuk bertanding. Saya tidak fikir PAS akan letak calon bukan Islamnya dikawasan yang majoritinya orang Melayu/Islam. Kalau diletakkannya di kawasan majoriti Cina pula,sanggupkah DAP/PKR nak bagi jalan. Dan tidakkah kemungkinan penyokong DAP/PKR akan tukar sokongan mereka kepada calon BN dari kalangan MCA atau MIC sebagai protes??"

Komen:


Tak pelik jika kita faham bahawa dasar baru PAS meletakkan calon bukan Islam itu merupakan jawapan kepada masalah lompat parti di kalangan wakil rakyat PKR dan DAP yang disokong oleh UMNO/BN itu. Walhal kemenangan wakil2 rakyat yang melompat parti itu adalah atas kerja keras akar umbi PAS. Pernah sdr dengar wakil rakyat PAS di bawah PR lompat parti?

saji said...

Sdr keluangman

"Mana mana parti pun jika banyak sangat pindaan dan perubahan walaupun atas nama 'lebih maju, baik dan dinamik' tetapi tersasar dari matlamat dan perjuangan asal akan membawa padah tersendiri. Masalah dalaman akan memburukkan keadaan."

Komen:

Dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden (sudah dibincangkan sebelum ini), kalau pindaan dan perubahan melibatkan 'aspek teknikal' tidak mengapa. Kalau melibatkan 'aspek kemanusiaan' itu yang akan menimbulkan masalah.

pakbelalang said...

Congressman Urges BP President to Commit Ritual Suicide
Meanwhile, one Louisiana congressmen says BP execs should at least have the decency to commit ritual suicide.

At yesterday's congressional hearing, Rep. Joseph Cao "went medieval" on BP President Lamar McKay, as the Daily News put it. "Mr. Stearns asked McKay to resign," said Rep. Cao. "Well, in the Asian culture we do things differently. During the Samurai days, we just give you a knife and ask you to commit harakiri.

comment:

Berita diatas boleh juga dikaitkan dengan kisah Sime Darby rugi 1.6 billion ringgit.

Sepatutnya Chairman Sime Darby dah patut letak jawatan. Tak payahlah sampai nak harakiri!!!

Inilah yang paling terhormat sekali Tun Musa sepatutnya lakukan sebagai menerima tanggong jawab atas kerugian Sime Darby.

Kalau dia boleh letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri mengapa pula beliau tidak mahu letak jawatan sebagai Chairman Sime Darby?

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar semua.

Kenapa lah semua ni bodoh sangat? PAS cuma parti politik, bukan nya satu ugama dan politik itu adalah satu fahaman. Terpulang pada mereka nak terima sesiapa pun, sama ada Islam atau Bukan Islam.

Yang sibuk sangat ni kenapa? UMNO pun bukan nya satu parti Islam pun.

Kita kena bijak pisahkan antara politik dan ugama.

Kalau lihat dari sudut "bright side", dengan keterbukaan PAS ini akan dapat menarik para saudara baru mungkin?

Untuk penyokong UMNO, sila perbetulkan segala yang tak kena dan kepada penyokong PAS, kalau approach ini baik bagi menarik ramai yang lain ugama memahami Islam, then itu dah satu perkara positif.

Yang para komentar disini, tak payah lah emotional sangat. tak pasal2 berdosa dok hentam orang.

Kalau pandai berpolitik, jadilah ahli politik yang sebenar dan jangan hanya cuma sibuk politik di dalam blog saja.

Sekian.

1280-K Taman Malik

P/S: Saudara DanKajang tahu bagaimana etika seorang Exco Pas di Kedah kalau dibandingkan dengan Exco dari UMNO.

Anonymous said...

Salam Tok,

Nak sebut secara umum di sini. Dulu time PAS tak bersama dengan PKR dan DAP. Korang kata PAS extrem lah, pengganas lah , radikal lah, suka potong tangan lah.

tapi bila PAS bersama PKR dan DAP, korang kata tolak Islam pula.

Bijak sungguh pengikut-pengikut dan pemuka pemuka UMNO/BN ni. Tak tau hukum-hakam, tiba-tiba nak sembang pasal hukum dan sebagainya. Kalau menyalahi hukum islam ulama dalam PAS tak buat lah.

Besides, Apa dakwah yg ko buat untuk non-moslems? AT least PAS dpt berdakwah dan menarik non moslem kpd islam.

Trinora

Unknown said...

Semua orang (PAS atau UMNO) berlumba2 skrg nak memenangi hati org2 bkn Islam....macam2 hak nak diberi. UMNO dgn kemampuannya dan PAS dgn kemampuannya. Berlumba2 mengikut kemampuan masing2. So sape pulak nak memenangi hati org2 Melayu??? Ada sape2 nak tgk statistik sosial dan terutamanya ekonomi org2 melayu? Kemudian mendatangkan perancangan2 yg bernas atau mendesak sesuatu!!!! Takdak....dok menunding jari ada.
Perlu diingatkan bahwa org2 bkn Islam ni bknnya minoriti...tetapi 2nd majoriti.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Ini bukan kemungkinan tapi betul betul laaaa..cobaaannnn.

PR(Dap,Pkr,Pas)merasakan hari hari mendatang seperti bergerak begitu pantas,tapi mereka masih belum lagi dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka(PR)telah bersedia untuk pilihanraya 13.Mereka semacam merasakan hari esok PM Najib akan umumkan besok kita akan bubar parlimen dan akan adakan pilihanya 13.

Tetapi bersediakah UMNO/BN?

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

'The difference between stupidity and genius is that genius has its limits.' Albert Einstein

tk

saji said...

Salam pakbelalang


"Penutupnya Tun M tanya nak kemana Melayu.

Saya (pak belalang) ingin jawab bahawa Melayu pi mai pi mai tang tu juga!!!"

Jawapan saya:

Melayu sedang mencari jalan mendapat keredaan Allah SWT dalam semua bidang kehidupan.

dan kajang said...

Sdra. Saji,

1. Saya memang tak faham dasar PAS sekarang. Pertamanya sebab saya ni bukan penyokong tegar PAS dan yang kedua kerana dasas PAS sekarang agak bercelaru banyak. Tidak seperti semasa zaman kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan Allahyarham Datuk Mohd. Asri dulu.

2. Dasar PAS yang saya tahu dulu ialah memperjuang Islam. Jelas sekali sebab tidak ada kompromi tentang Islam. Dulu pun TG Hadi pernah mengecop penyokong UMNO sebagai kafir kerana bersetongkol dengan parti bukan Islam. TG Nik Aziz pun dulu tidak mahu berunding dengan pemimpin Umno kerana Umno dikatakan sekular.

3. Tapi sekarang ni apa yang dulu haram oleh PAS dah jadi wajib (bukan sunat lagi). Sekarang ni dah pandai berpeluk2 pula dengan Karpal Singh dan Kit Siang yang terang2 menentang konsep Malaysia Islamic state dan hukum Hudud.

4. Oleh itu siapa yang boleh faham kalau dasarnya berpusing 360 darjah. Lepas ni tak tahulah apa lagi dasr barunya. Tapi biarlah kita letak penilaian ini kepada ahli2 PAS dan penyokongnya.

A KADIR JASIN said...

Saya mohon maaf kepada beberapa orang pembahas yang komen mereka tidak disiarkan.

Salah satu sebabnya ialah kesilapan fakta yang boleh membawa mudarat jika disiarkan.

Saya minta, tolanglah berhati-hati bila membuat kenyataan kerana fakta yang songsang bukan sahaja menyebabkan kekeliruan, tatapi boleh diambil tindakan.

Saya kekurangan masa untuk memaklumkan satu persatu kesilapan fakta itu.

Terima kasih.

nasir said...

2. Dasar PAS yang saya tahu dulu ialah memperjuang Islam. Jelas sekali sebab tidak ada kompromi tentang Islam. Dulu pun TG Hadi pernah mengecop penyokong UMNO sebagai kafir kerana bersetongkol dengan parti bukan Islam. TG Nik Aziz pun dulu tidak mahu berunding dengan pemimpin Umno kerana Umno dikatakan sekular.

---------------------------------
1- Dasar PAS dulu dan sekarang tak berbeza dan perlembagaan PAS tiada yang dipinda melibatkan dasar perjuangan . Saudara perlu merujuk kepada perlembagaan dan lihat kepada dasar perjuangan yang menjadi teras .

2-Tuduhan saudara yang mengatakan TGHHadi mengecop UMNO sebagai kafir amat berat . TGHH tak pernah menyebut dalam amanatnya mana2 pihak sebagai kafir. Ini semua hanyalah tuduhan UMNO terhadap TGHH. Sebab itulah PAS meminta muzakarah untuk membersihkan nama mereka , Namun akhirnya dibatalkan atas alasan kehendak sultan . Sepatutnya isu ini perlu ditutup kerana tiada ruang untuk TGHH membela dirinya dr tuduhan tersebut. Kaset2 ceramah beliau dan pandangan beliau sendiri ada . Malahan kalau saudara baca AMANAT tersebut tak terjumpa pun ayat yang menuduh UMNO kafir.

3- Sebenarnya dari dulu PAS tidak pernah menutup untuk berunding dengan UMNO . Namun UMNO yang takut untuk berunding secara terbuka dengan PAS. TGNik Aziz memang tidak bermasalah untuk mengadakan rundingan dengan syarat ianya terbuka supaya rakyat dapat mendengan sepenuhnya tanpa ada manipulasi dari media massa. Bukan saudara tak tahu media massa kita. Baru 1 tahun memerintah dah keluar statment ; krisis air di kedah ! melayu terpinggir di Penang !

Jadi banyakkanlah membaca dari 2 pihak terutama pihak PR kerana berita2 dari mereka takkan keluar di TV dan AKHBAR utama .

Anonymous said...

Salam DAKJ.

Apa kata kita bincang pula tentang statement dari Dato Nong Chik....


PETALING JAYA: Earning RM3,000 a month should be manageable if folks living in cities cut down on overheads such as Astro and cars, said minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

The Federal Territories and Urban Well-Being Minister said having cars could be a burden owing to the high cost of maintenance.

He added that a survey showed there was an average of three cars to a flat unit.

However, he did not say if the three-car-to-a-flat ratio was due to several tenants staying in one unit.

Raja Nong Chik said the cost of living depended on one’s lifestyle, adding that even the rich would complain of hardship if they had a RM1mil loan to service.

“This city is liveable for those earning RM3,000 a month, provided they do not live in luxurious places,’’ he said.

Raja Nong Chik said this when asked to comment on recent reports in The Star highlighting financial hardships faced by the middle-income group because of the escalating cost of living in the Klang Valley.

The minister said the overall cost of living in the Klang Valley was not that high compared with other foreign cities because the Govern ment subsidised many daily necessities.

Raja Nong Chik added that monthly rental for Kuala Lumpur City Council flats was only RM124 a month per unit.

However, he acknowledged that the number of such units were limited.

A high-income model was needed to enable the people to enjoy a good lifestyle, he added.

“To enjoy high income we need high productivity.

“For example, if waiters can manage an average of 10 tables each, the restaurant operator need not hire too many waiters and could therefore pay them better salaries.

“In Japan, for example, one caddie can serve four golfers at a time and therefore they earn a higher wage compared with Malaysian caddies who serve one golfer at a time,’’ he said.

Raja Nong Chik said dependence on cheap foreign labour should be reduced in order to push the salary scale to a higher level.

DAKJ.

Berkenaan dengan komen saya yang DAKJ siarkan, sedikit tambahan bagi menerangkan dengan detail.

Biarlah PAS/PR dengan ideologi politik mereka dan UMNO/BN dengan ideologi mereka, bagi kita sebagai RAKYAT, yang mana betul betul boleh menunjukkan bahawa mereka betul betul IKLAS untuk membawa ekonomi negera dan peningkatan pendapatan per kapita bagi setiap penduduk di negara ini, itu lah yang harus kita sokong. Kita sebagai RAKYAT mempunyai HAK kita untuk memilih mengikut persepsi politik masing-masing.

Sekian.

1280-K Taman Malik

Anonymous said...

Salam.

Kepada Saudara DanKajang.

Saudara tulis....

4. Oleh itu siapa yang boleh faham kalau dasarnya berpusing 360 darjah. Lepas ni tak tahulah apa lagi dasr barunya. Tapi biarlah kita letak penilaian ini kepada
ahli2 PAS dan penyokongnya.

Boleh juga kita buat perumpamaan seperti ini-

Dato Seri Najib berkata bahawa ...

Malaysia Will Not Go Bankrupt Like Iceland And Greece, Assures Najib

KUALA LUMPUR, June 8 (Bernama) -- Malaysia will not go bankrupt like Iceland and Greece following the nation's success in maintaining its debt level under control and prudent measures taken to reduce debt rate, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told the Dewan Rakyat Tuesday.

He said the federal government's financial position will be carefully planned, constantly monitored and strictly controlled with full responsibility.

"The deficit level is expected to dwindle while the debt level will be kept under control in the medium-and long-term.

"These measures will help ensure the debt level and the federal government's deficit will not increase to the extent of jeopardising the country's financial capacity to repay its debts," said Najib, who is also Finance Minister, in his written reply to Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Kit Siang had asked Najib on the actions taken to ensure Malaysia would not suffer a similar fate like Iceland and Greece and become a bankrupt nation, requiring a bailout from regional and international communities.

The Prime Minister said Malaysia's debts dwindled to RM233.92 billion last year as compared with RM236.18 billion in 2008 although the percentage rose slightly.

He said the debts reduced considerably following the federal government's promptness in repaying the medium-and long-term loans and more balanced repayment by the private sector's non-financial public enterprises.

"A stronger ringgit than the US dollar also contributed to the decline in external debts. The external debt service ratio at an estimated 7.0 per cent as at Dec 31 2009 reflected the strong export earnings to repay the loans.

"The international reserve ratio was more than enough to sustain 4.2 times short-term external debts," he said.

Najib said the government would continue to implement prudent and pragmatic management of external debts to facilitate public and private sectors to minimise risks and extend capacity to settle debts promptly.

"The government is studying restructuring of the fuel subsidy system which form the bulk of the government's annual expenditure," he said.

To boost revenue, he said, the government was working to introduce goods and services tax (GST)).

Under GST, the government's revenue base would be expanded and better protected by the upswing in fuel prices, he said.

The national debt percentage to the gross domestic product from 2004 to 2009 remained well managed at an average of 34.6 per cent, he added.

-- BERNAMA

Akan tetapi, mengikut Idris Jala.. ini berkemungkinan besar YA..Negara boleh bankrup.

Mana satu betul ni?

Statement ini bukan sahaja turning 360 degrees.. tapi dah macam statement "Wheelie".. (ataupun pacak kata Mat Rempit). Last-last jatuh tertonggeng......

1280-K Taman Malik

Moral of the story.. Mirror ourself before we mirror the others.

Anonymous said...

Misi rakyat sekarang adalah utk menyelamatkan negara dari dihancurkan oleh pemimpin2 umno dan bn dgn bantuan apco zionis.

Kalaupun mana2 politik itu sama, sekurangnya check n balance tu ada. Jika PR terlibat dgn salahlaku bukankah cepat baunya dihidu oleh SPRM dan PDRM.

Sistem dua parti kelak meletakkan kuasa rakyat sebagai penentu sesebuah negara bknnya ahli2 politik.PM kita hanya dipilih oleh 3ribu perwakilan umno utk menentukan nasib 27juta org di negara ini.

Jika dulu, rakyat tidak diberikan hak utk bebas berfikir dan bertindak spt skrg. Rakyat selalu dihidangkan cerita2 khayalan yg indah belaka in Bolehland. Sebab itulah harta dan duit rakyat ditibai habis-habisan sesama puak mrk @lanun2 dlm negara.

TOLONGLAH JANGAN FIKIR ISLAM ITU HAK MUTLAK ORG MELAYU SAJA DEMI SURVIVAL PARTI YG SEMAKIN TENGGELAM. BILA PAS INGIN MENARIK NON MUSLIM DIKATAKAN TIDAK ISLAMIK LAH BAGAI. JUMUDNYA!

Pak Belalang, Dr M sepatutnya bertanya pd dirinya sendiri KEMANAKAH AKU AKAN LARI BILA PR MEMERINTAH NANTI. Dia mana kisah ttg org melayu sebenarnya. Hanya melayu umno saja yg terhegeh2 melukut tepi mahathir.

Sblm buku Barry Wain dilepaskan pd public, penyokong2 karatnya dgn gah suruh mahathir saman mat saleh dituduh penipu itu. Skrg bila dia tak nak saman penulis buku, sekali lagi penyokong butatuli sibuk puji pulak kata jgn layan.Nak tergelak pun ada bila baca komen2 di sana.

Kalau tak berani saman adalah gaya seorg pengecut bukan hero namanya. Bermakna segala tuduhan itu adalah benar belaka.Takut masuk mahkamah nnt lagi byk daki,nanah, bangkai yg terbongkar kelak.

p/s: Tok, bila nak ulas pasal Felda pulak. Kali ni siapa patut letak jawatan beramai-ramai seperti Sime Darby? Ahli Lembaga Pengarahnya sedang sibuk mencari scapegoat yg terbaru agaknya.

Rakyat dah bijak.

saji said...

Salam dan kajang

1.Terima kasih kerana mengambil perhatian komen saya berkenaan.

2. "Dasar PAS yang saya (dan kajang)tahu dulu ialah memperjuang Islam. Jelas sekali sebab tidak ada kompromi tentang Islam. Dulu pun TG Hadi pernah mengecop penyokong UMNO sebagai kafir kerana bersetongkol dengan parti bukan Islam. TG Nik Aziz pun dulu tidak mahu berunding dengan pemimpin Umno kerana Umno dikatakan sekular."

Berdasarkan hujah2 sdr berkenaan temasuk di atas, khasnya, PAS tidak memperjuangkan Islam seperti yang sdr fahamkan. Yang PAS perjuangkan ialah apa yang dipanggil politik Islam dalam erti kata menggunakan ajaran agama Islam bagi membantunya menjatuhkan musuhnya iaitu UMNO yang, pada pandangan/ijthad para ulamaknya, merupakan penghalang utama PAS meneruskan perjuangan Islamnya membabitkan pelaksanaan hukum Hudud,antara contohnya.

3. Perjuangan Islamnya akan hanya dilakukan setelah UMNO dapat ditumbangkannya dengan apa jua cara (yang menjadikan sdr tak faham itu) dan menjuarai perjuangan oang Melayu dan Islam.

4. Politik Islam terletak di bawah Syarah -muamalat yang boleh diijtihadkan, dalam erti kata apa2 yang diijtihadkan sebelum ini boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa yang memihak kepada perjuangan Islamnya itu.

saji said...

Sdr musalman

"Semua orang (PAS atau UMNO) berlumba2 skrg nak memenangi hati org2 bkn Islam....macam2 hak nak diberi. UMNO dgn kemampuannya dan PAS dgn kemampuannya. Berlumba2 mengikut kemampuan masing2. So sape pulak nak memenangi hati org2 Melayu??? "

Bagi saya, yang nak memenagi hati Melayu ialah kalangan orang Melayu sendiri yang disamping tidak mempunyai kepentingan politik sanggup berkorban masa, harta dan pemikirannya untuk mengkaji permasalahan orang Melayu yang seadanya dan mencari jalan penyelesaiannya.

abdullahngah said...

Bercakap pasal buka pintu pas kepada orang bukan Islam teringat saya pasal bukan pintu kepada orang UMNO ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004)

Memang ketika pas memerintah Terengganu konsepsi buka pintu kepada orang UMNO suatu yang sangat bahaya.

Tetapi malangnya kes ini tidak pernah menjadi pengajaran PAS miskipun ada bukti yang sangat kukuh.

Allah pernah menyatakan bahawa "manusia sangat jahat dan sangat engkar dengan perintahNya" (ayat 34 surah Ibrahim).

Bagaimana pula akan terjadi apabila PAS membuka pintu kepada orang bukan Islam.

Setelah membuka pintu kepada UMNO, ketika memerintah Terengganu kedudukan PAS berada dalam bahaya yang amat sangat.

Kalah dalam pilihanraya umum 2004 sebagai contoh yang tidak boleh dinafikan.Bayangkan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS umnolah yang didahulukan.

Orang UMNO diberi jawatan penting dalam kerajaan, termasuk jawatan setia kerajaan yang sudah bersara dilantik semula dan dilantik JKKK menjawat jawatan JSR sehingga menjadi kecuh kerana mereka itulah yang agih "wang ihsan" kepada rakyat, sedangkan itu adalah hak umno.

konsepsi buka pintu inilah punca orang PAS terpinggir, termasuk pemberian lok lok tanah sebanyak 50 ribu itu kebanyakannya diberi kepada orang UMNO.

Segala projek kerajaan tidak terkecuali, termasuk pemberian kawasan balak diutamakan kepada orang UMNO.

buka pintu ini bukan sahaja menjadi nasib yang sangat malang kepada PAS, malah ia telah membuka "pintu fitnah" dengan seluas luasnya sehingga tidak dapat ditutup lagi.

oleh itu buka pintu kepada orang bukan Islam, bagi saya ia menjadi lebih buruk dan berbahaya yang implikasinya sangat besar kepada perjuangan dan dasar PAS selama ini.

Serangan pertama yang dapat dirasakan oleh PAS ialah satu saranan bahawa PAS wajar ditukar namanya kepada jenama lain yang barangkali dilihat ianya sudah tidak sesuai lagi menjadi parti Islam semalaysia.

Inilah gambaran awal bahawa PAS sangat tidak disenangi oleh pengalisis politik dari kalangan profesor di Manara gading.

Implikasi secara tidak langsung ini jangan diingat ia kecil dan tidak berbahaya pada sokongan rakyat di negara ini.

Betul pas dilihat sudah mula mendapat sokongan orang bukan islam, tetapi apakah ia akan kekal buat selama lamanya?

Sejarah telah membuktikan, semasa menyertai BN 70 an dahulu bahawa sokonganlah membuat PAS hilang kerusi di Terengganu dan tinggal dua batu nisan di kelantan apabila ditendang.

Ketika pihilanraya umum 1974 Parti kepala lembu naik mendadak hasil undi orang PAS yang berpaling tadah, kerana tidak setuju PAS bergabung dengan BN.

Apatah lagi buka pintu kepada orang bukan Islam era politik mutakhir ini.

Kita tunggu dan lihat perkembangannya. Jika dipanjang usia akan dirasai implikasinya.

abdullahngah said...

Cukup menarik apabila ada pembahas mengatakan agama Islam bukan "hak" orang.

Pembahas memahami bahawa agama Islam itu adalah "hak" manusia.

Agama islam bukan hak sesiapa. Ia adalah hak Allah.

Rasulullah SAW tidak pernah mengaku agama Islam itu haknya.

Yang pernah disebutnya dia adalah pesuruh Allah yang ditugaskan untuk menyampaikan ajaran agama Islam.

Mungkin atas sebab itulah umat islam berpecah kepada 73 puak.

Masakan tidak? apa mereka mengaku agama Islam itu haknya sudah barang tentu boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

Mereka boleh kata riba itu bukan riba apabila muamalat beroperasi secara perbankan Islam.

Hak dan tidak sama artinya dengan sebutan "islam agamaku" atau agama saya yang pernah diikrarkan oleh kebanyakan orang Islam (melayu baik apa bangsa sekalipun).

Berbeza agama Islam "hak saya" atau "hak saya". Inilah salah faham umat Islam sehingga mereka berpecah kepada 73 puak.

Ingat hanya sayu puak sahaja yang diterima keislamannya, manakala selain itu tertolak bulat bulat.

Kita memang tidak punya peluang untuk membahas perkara ini dalam blog yang memang terhad dan dikawal.

Tetapi apaboleh buat orang macam kita hanya boleh berbicara dan berbahas dalam rung yang sempit lagi terhad.

Diatas saya sebut antara hak dan Islam agamaku suatu perbezaan yang begitu juah.

Islam agamaku bukan hakku atau hak kita tetapi apabila kita sebut agama islam adalah hak ku, macamlah kereta hakku dasn orang lain tidak ada hak keatas kereta itu.

Macam juga rumah milik kita adalah hak kita yang boleh kita buat apa sahaja miskipun majlis bandaraya juga ada hak dibawah undang undang kecil.

Agama Islam adalah hak Allah kita tidak boleh buat sesuatu yang telah diwahyukan dan kita tidak boleh pilih selain daripada yang telah ditetapkan.

Tetapi hari ini kebanyakan umat islam cuba dengan sedayauppaya untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal termasuk melakukan ijtihad dari kalangan mereka (ulamak)yang tidak layak.

mana ada ulamak hari bergelar mustahid yang hafaz ribuan hadis yang jadi syarat kelayakan berijtihad.

Gelaran profesor masih belum layak melakukan ijtihad, kerana ilmu dan displin ilmunya antara ulamak silam macam langit dengan bumi.

ulamak silam seperti al Jauzi menulis sebuah buku 800 jilid, manakala profesor hari ini hanya ada beberapa buah buku yang kadangkala dispilin ilmunya tidak berpijak dialam nyata.

maaf.

al-Din-amin said...

Kalau PAS berhasrat RAHMAN.COM sebagai petunjuk PM yang ke-7. COM - Chinese of Muslim (bukan Chinese of Malaysia) kenalah sunat dulu sebelum masuk PAS dan mengundi atau diundi!

mtgbertam said...

Fakta2 dari minda dato' yg bercampur dgn karat sekularisma, lagi merbahaya.

Anonymous said...

Salam Dato dan Semua,
Bicara minda kali ini amat tinggi dan berat maksudnya bagi saya terutamanya.

Banyak kali saya ulang baca dan ulang baca termasuk comments dari pembahas2 yang lain.

Apa yang saya dapat simpulkan ramai yang beremosi dan mengulang bicara/bahas didalam hujah serta mungkin kepentingan peribadi mengatasi rasional fikiran .

Untuk bicara minda kali ini marilah kita berbicara secara resional,professional, tidak beremosi dan dengan niat yang baik bagi kebaikan sejagat.

Ketahuilah semua didalam dunia ini tidak ada satu pun manusia yang tidak melakukan kesalahan/dosa/kesilapan sama ada kesalahan/dosa/kesilapan kecil atau pun besar.

Dari itu apabila kita mengbicarakan yang hak/asas seperti islam dll bersatulah kita tanpa mengambil kira apa peganggan ideologi politik kita.

Berfikirlah kita secara matang dan membuat keputusan terbaik apa pilihan terbaik yang kita ada masa ini.

Dapatlah saudara sekian melayari dan membaca bicara minda Dr Ridhuan Tee mengenai " Bahaya Jika Kita Buta Sejarah" di blog beliau di.
http://ridhuantee.blogspot.com/2010/06/bahaya-jika-kita-buta-sejarah.html
Sebahagian besar ungkapan/titipan beliau boleh kita renungi dan amati bersama:-

SEJARAH:-
1)Sejarah Bangsa Melayu dijajah hampir 500 tahun.
2)Sejarah Bangsa Melayu / Pembesar2 bertelingkah dan hasad dengki.
3)Sejarah Bangsa Melayu yang sukar bersatu walaupun Kg/Tanah air/ Negara telah tergadai.
4)Sejarah bangsa Melayu yang ramai menjadi pengkianat/pembelot bangsa dan Negara.
5)Sejarah..sejarah..sejarah..

Tolonglah bangsaku bersatulah kita, kita telah berada di abad ke 21 . Tahun Masihi Dua Ribu Sepuluh Tahun.

Perjuangan besar kita banyak yang tidak tercapai lagi .Terutama dari segi Ekonomi , Pendidikan dll.

Sekian , Ikhlas

karismaputra said...

Salam Dato... PAS tidak perlu meletakkan calon bukan Islam untuk menarik kaum lain.. PAS mesti mengekalkan integritinya sebagai sebuah parti Islam dan membina struktur yang lebih kemas lagi seiring dengan perubahan sosial dan juga cabaran globalisasi masakini.

Anonymous said...

Datuk,

Ramai orang kita gah bersuara memperjuangkan Islam kononnya. Namun apabila sesuatu perkara yang bertentangan dengan Islam tetapi memberi manfaat kepada mereka, mereka akan diam menyepi malah mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan perkara itu pula.

Contoh terbaik apabila bercakap mengenai isu rasuah. Semua orang kutuk dan keji. Tetapi kalau saudara mara atau sahabat handai mereka sendiri yang pecah amanah dan beri laluan kepada mereka untuk dapat habuan..... langsung isu rasuah itu tidak kedengaran lagi.

Biasalah Datuk,

Kita harap orang lain dulu yang practice perfect Islam tapi kalau diri sendiri yang tak betul, kita main sorok-sorok pula.



-sinbad-

saji said...

Sdr krismaputra

Maksud PAS mesti mengekalkan, pertama, integritinya sebagai sebuah parti Islam, dan kedua, membina struktur yang lebih kemas lagi seiring dengan perubahan sosial dan juga cabaran globalisasi masakini itu apa?

affendi hussain said...

Salam Dato'..

Teruk nampaknya apabila melihat ramai yang menjadi OKU & SPASTIK apabila tidak mampu keluar dari kotak fahaman untuk menjadi "absolute citizen" yg berminda "above politic"

OKU - Orang Kuat UMNO
SPASTIK - Sokong PAS Taksub Ikut Kepala

Sekadar pembetulan fakta:-
1) Negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu & Johor hanya dijajah British pada awal kurun ke-20..itupun negeri naungan..500thn itu mungkin merujuk kpd Bandar Hilir Melaka saja..Ulu Melaka di Langkawi tak termasuk..sila baca sejarah.

2) Yang masih menuduh perbankan Islam itu mengamalkan riba, sila layari artikel2 ilmiah dari web ini sebelum petah menfitnah & mengkritik usaha murni muslim lain utk menegak syiar Islam, diri sendiri tanpa sumbangan nyata selain bebelan di alam siber. Sumber2 rujukan artikel itu drpd Hadis2 & dalil al-Quran, kalau itu pun masih ragu2 nak ditelan.. tepuk dada, tanya ilmu, & tanya iman..

Wasalam

("/)

siberangan said...

Ya Dato, PAS akan calunkan orang bukan Islam sebagai calun depa. Di Kedah PAS tak beghapa nak haghap sangat untuk dapat kemenangan kapada calun PKR dala PRU13.

Orang bukan Melayu akan undi PAS jika calun terdiri dari bukan Melayu.

Tak pa Dato', la ni kita nak tengok orang UMNO/Mealyu yang dok sabo calun BN/UMNO nak pi mana? depa nak undi sapa. Jika depa cerdik dak ada jiwa Melayu, depa nak undi sapa?. Jika depa undi calun PAS dari kalangan orang Cina atau India, nampa sangat depa BODOH. PAS memang telah perbodohkan mereka. Kita dah tahu bahawa jika Wakil Rakyat Cina atau India, adakah depa nak berjuang untuk Melayu dan Islam. Ini depa kena fikir.

Jika bertujuan undi calun PAS yang daripada Cina dan India dengan tujuan untuk suruh berjuang untuk Melayu dan Islam, nampak sungguh kepala hotak depa macam otak lembu dan kegha. Tapi undi kerana untuk sabo calun yang mereka tak suka, itu namanya otak depa dok di kepala lutut.

Apa pun, saya nak kata. PAS yang membuat keputusan bawa bangsa lain, iaitu Cina dan India masuk dengan ada kuasa mengundi dan di undi dalam parti, saterusnya boleh pulak menjadi calun dalam pilihanraya, PAS itu adalah parti yang tidak reliven dalam perjuangan bangsa dan ugama Islam. Otak depa juga di letak dikepala lutut.

Anonymous said...

Saya rujuk kepada Makbudak,

"jadi, bagi saya PAS lah kalau saya nak undi pun, sekurang2nya dorang sayang kat Islam, peka pada hukum Tuhan, dan yg utama PAS meletakkan ISlam sebagai garis panduan."

Atas pemikiran yang hampir kepada pemikiran Puan itulah, saya suka kata dalam komen, bila mengundi lebih baik pilih calun dan bukan parti.

Boleh juga kalau nak kata saya suka kempen supaya pengundi memilih calun berdasarkan kebolehan dan kredibiliti dan bukan parti.

Soal takut pada masa depan, kita pasrah sahajalah. Kita usaha dan Allah yang tentukan.

Semua orang akan risau bila fikirkan perubahan. Termasuk saya.

Selain itu, saya juga takut Malaysia akan terus dalam keadaan status quo dalam isu pembangunan ekonomi, inflasi, rasuah, pendidikan, peluang pekerjaan dan lain-lain.

Puan tak setuju ke dalam hal ini? Kita berbincang, bukan berlawan.

Fed Up

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Kepada Saudara siberangan, dengan izin,

"....kepala hotak depa macam otak lembu dan kegha...."

Saya fikir, tiada kemana kalau hujah saudara memperbodohkan, mengata orang lain secara keterlaluan. Tiada manfaatnya, tiada membawa apa-apa kebaikan dalam berhujah, melainkan mungkin berjaya menjolok gelodak emosi mereka yang tak sehaluan, tak sependapat, itu saja!

Saya percaya, calun non-muslim di kawasan majoriti non-muslim mungkin 3-4 orang sahaja, dan mereka ini tidak mungkin menerajui Kepimpinan Pas, hanya mewakili kelompok mereka.

Bagi saya, mana-mana kawasan kemasyarakatan (samada kawasan DUN/Parlimen), paling ideal wakilnya mestilah dari kumpulan majoriti kawasan tersebut.

Kalau kawasan Parlimen pengundi 60,000 orang, dengan 40,000 ahli masyarakatnya yang layak memilih adalah orang Melayu, maka calun yang paling ideal adalah Melayu. Kalaupun Melayu nya 30,000, paling ideal tetap Melayu.

TAPI ini tidak dipraktikkan oleh UMNO. Berapa banyak kawasan DUN/Parlimen yang Melayu majoriti melebihi 50%, calunnya tetap diserah kepada non-muslim?

Dan calun non-muslim pro-umno ini terus menerus memberi tekanan bukan sahaja soal pengagihan ekonomi, pendidikan, bahkan juga menentang segala usaha menegakkan hukum-hukum Islam.

Calun non-muslim pro-pas ini, bukan diminta berdakwah mengenai Islam, mengembangkan Islam, menerangkan pelbagai perkara mnegenai Islam, tetapi hanya mewakili kelompok mereka, mengutarakan apa jua permasalah kaum minoriti kepada pemerintah, DAN yang paling penting, mereka perlu redha dengan dasar-dasar Islam, termasuklah melaksanakan hukum-hukum Islam.

Anonymous said...

Saudara Affendi Hussain,

Sila minta komen pengurus Bank Rakyat tentang sistem "early settlement" di Bank Islam dan kemudian bandingkan kaedah di kedua-dua bank. Saudara akan terkejut dengan amalan sebenar perbankan islam di Malaysia.

Saya tidak pernah baca artikel atau kertas kerja tetapi saya pernah buat urusan "early settlement" dengan kedua-duanya.

Apa yang saya nak sampaikan, secantik manapun diatas kertas tetapi jika amalannya tidak sampai standard, bukan kah masuk angin keluar asap namanya.

Dalam isu berasingan tetapi berkaitan, sila juga rujuk laporan PNB, ada ke tak ada pelaburan mereka dalam kaunter saham bukan syariah.

Sila juga semak, ada berapa kaunter saham GLC yang diiktiraf sebagai patuh syariah.

Jangan lupa, yang saya persoalkan adalah perlaksanaan dan bukan dasar.

affendi hussain said...

Sdr tanpanama 1.56AM,

Bab isu "early settlement" tu saya syorkan pergi beli buku ni
dan baca sebelum buta2 buat andaian berdasarkan pandangan seorang pengurus bank, seorang pegawai operasi yg bukan pun ahli majlis penasihat syariah banknya sendiri ..

know the right source to materialized your info as a force for argument..

Dalam isu berasingan tetapi berkaitan, sila juga rujuk laporan PNB, ada ke tak ada pelaburan mereka dalam kaunter saham bukan syariah.

Bank islam mana yg dimaksudkan? PNB tu berkaitan ASB & Maybank Bhd. Maybank Islamic itu adalah entiti berbeza & tetap sebuah bank islam yg mempunyai majlis penasihat syariah sendiri yg berdaftar dgn BNM..mungkin boleh buat isu pun hanyalah modal penubuhan, mcm menang duit judi diderma utk buat surau..

"Jangan lupa, yang saya persoalkan adalah perlaksanaan dan bukan dasar."

Kalau tak faham dasar bagaimana nak melaksana wahai sdr..? mcm org yg tak reti arithmetic (campur, tolak, kali, bahagi) yg rasa dirinya dah pandai nak buat kira2..

Dasar penubuhan bankislam adalah untuk menguruskan soal RIBA dlm ummah.. saudara faham berat atau ringan RIBA ni?
(Refer Al-Baqarah: 275 - 279)

Setiap bank islam ada majlis penasihat syariahnya sendiri yg di pantau BNM. Mereka yg jadi ahli2 nya bukanlah taraf ahli kedai kopi atau tepi longkang..sekurang2 bersarjana Fiqh Muamalat.

Bank Rakyat adalah bank koperasi, bank2 Islam yg lain adalah bank2 perdagangan..anda tahu apa bezanya?
dan juga beza..
- Bank Islam & Baitulmal?
- BLR & BFR.. apa bezanya?
- Penalti konvensional vs ta'widh..apa beza & kaedah pengiraannya?
- Pinjaman vs Pembiayaan..apa beza dari segi modus operandi?
- interest vs profit sharing?

Jika lebih banyak tidak tahu dari tahu, saya syorkan cerahkan minda dgn isian ilmu ekonomi Islam sebelum prejudis terhadap aplikasi ilmu2 Ad-Din anda sendiri..Ad-Din itu sendiri menuntut kita utk tahu & memahami untuk memBEZAkan antara yg HAK & BATHIL.

Jika keruntuhan institusi kewangan Riba di USA belum menjadi pengajaran..maka tunggulah kemunculan New World Order dan proksi Dajjal mereka utk meranapkan seluruh sistem berasaskan pesongan maya ini utk mudah menguasai dunia, nilai sistem riba hanya pada kertas..bukan realiti..yg menguasai bank2 di USA adalah proksi Zionis yg boleh menjadi 'tuhan' pemberi rezeki & malapetaka kpd org2 USA yg majoriti hidup dibawah alam maya sistem riba ini..

Dalam Islam transaksi itu berasaskan AQAD yakni ada pihak penjual, pembeli & aset realiti (rumah, kereta, perniagaan) dibeli, sebab itu bukan semua bank islam luluskan pinjaman peribadi, apa aset nak disandarnya..? dlm kes Bank Rakyat..saham koperasi dijadikan aqad. Nak aqad kawin pun kena ada bakal isteri, wali, mas kahwin dan saksi..kita hidup dlm realiti, bukan fantasi.

Maka apabila suatu hari nnt istitusi Riba runtuh pula di Malaysia hasil tangan2 proksi NWO, nescaya mengelupurlah manusia2 yg meminjam apabila BLR tanpa siling melambung ke bulan & bintang..yang paling malang & celaka ketika itu tentulah org2 yg bernama muslim yg mendokong sistem di haram dlm Al-Quran ini..takziah.

Untuk rekod, kita hampir mengalaminya pada 1998 jika IMF dipelawa masuk oleh pak syeikh kita..

p/s: kalau betul nak bank islam yg betul2 ditubuh atas dasar Islam sejak dari awal penubuhannya hanya ada dua saja di Malaysia 1) Bank Rakyat 2) Bank Islam Berhad

wasalam

("/)

Anonymous said...

affendi hussain,

Sebelum menuduh orang lain buta dalam isu perbankan islam kerana tidak terdedah kepada buku dan artikel itu ini, sila lihat cermin jika wajar saudara berbuat begitu.

Jika Pengurus tidak layak mengulas tentang amalan perbankan islam adakah siapa yang layak selain Penasihat Syariah? Adakah saya akan ditemukan dengan Penasihat Syariah bila berurusan dengan bank untuk membuat pinjaman atau simpanan?

Bila pinjam 100, akad 200; early settlement masih bank islam mahu 200, itu jelas bukan riba (sebab berpandukan akad) tapi masih lagi berbentuk penindasan.

Baca surah manapun, kita akan ketahui bahawa riba diharamkan adalah kerana ada unsur penindasan.

Ada saya kata SPTF tak bagus berbanding sistem konvensional? Yang saya kata tak bagus adalah amalannya yang sudah lari dari prinsip asal. Jika tidak, sudah tentu amalan asas antara bank islam dan bank rakyat adalah sama tetapi hakikatnya adalah JAUH BERBEZA.

Jangan terlalu naif (atau buat-buat naif) hinggakan sanggup menghukum orang lain sebagai buta dalam penilaian.

Kebanyakan jabatan kerajaan ada pensijilan ISO; adakah ini maknanya perkhidmatan mereka cekap?

Fed Up

affendi hussain said...

"Sebelum menuduh orang lain buta dalam isu perbankan islam kerana tidak terdedah kepada buku dan artikel itu ini, sila lihat cermin jika wajar saudara berbuat begitu."

Saya ada buku tu..sdr nak pinjam?? Salahkah kalau saya kata bontot periuk hitam jika saya dah tengok sendiri apa dia benda nama periuk?

"Baca surah manapun, kita akan ketahui bahawa riba diharamkan adalah kerana ada unsur penindasan."

Sudah gaharu cendana pula..?

"Ada saya kata SPTF tak bagus berbanding sistem konvensional?"

Ada saya kata 'tanpa faedah' itu suatu yg percuma? Sebab tu saya suruh fahamkan perbezaan Bankislam & Baitulmal..faham?
satu institusi zakat utk membantu senarai asnaf & satu lagi entiti PERNIAGAAN berasaskan sistem Islam..jual beli diharuskan, riba diharamkan..pernah dengar?

"Yang saya kata tak bagus adalah amalannya yang sudah lari dari prinsip asal."

Apa yg sdr rasa dah lari jauh sgt tu? Boleh tolong cerita? Jika jauh lari mesti ada 'ukuran' tertentu sbg 'benchmark'.. bukan sedap cakap saja kelak menjadi fitnah.

"Bila pinjam 100, akad 200; early settlement masih bank islam mahu 200, itu jelas bukan riba (sebab berpandukan akad) tapi masih lagi berbentuk penindasan"

Dlm sistem Islam, ia berasaskan prinsip jual beli..Islam menjaga hak kedua-dua pembeli & penjual..tak seperti sistem riba..sapa paling pandai kelentong dia untoong!
faham ke perbezaan PINJAMAN & PEMBIAYAAN? dlm Islam pinjam memang tak boleh ambil se-sen pun tambahan..faham??
cth. pembiayaan perumahan- bank dah beli rumah tu dulu dari pemaju baru jual semula kepada anda dengan tempoh bayaran tertangguh yang dipersetujui..hubungan anda skrg hanya dgn bank, bukan dgn pemaju lg mcm pinjaman konvensional..aqad asal (harga jualan asal) tetap tak boleh dilanggar..
Namun penjual (bank) atas budi bicaranya (haknya) boleh memberi ibra' (rebet) atas 'early settlement' jika ia mahu (tak boleh paksa, mcm memberi sedeqah)..you already waived your right by breaching the contract (aqad)..jadi turunkanlah ego tu dan buat surat rayuan minta rebet..susah ke?

Cuba bayangkan anda buat kontrak sewa rumah dgn org, duduk minimum 1 tahun, lepas tu 3 bulan org tu nak keluar dah rumah..lepas tu penyewa tu marah pula kenapa anda nak lupuskan deposit dia..
Dlm soal ni siapa yg tertindas sebenarnya.. ?? Kalau ada tuan rumah yg sgt baik hati mungkin dia pulangkan..press your luck!

Anda faham?

Itulah bezanya antara org Islam dgn org Yahudi - berpegang kpd janji, bukan fleksibiliti..

Apa ingat pinjaman konvensional tak kena apa2 buat 'early settlement'? dah sah2 kena denda tanpa sebarang budi bicara..kalau tak boleh bayar denda tu akan campur harga pokok dan dikira interest lg..

Lastly,
"Jika Pengurus tidak layak mengulas tentang amalan perbankan islam adakah siapa yang layak selain Penasihat Syariah?"

- Apa saudara nak jumpa para ulama dlm JAKIM yg dah bagi status halal kpd KFC?
Buat apa serabutkan kepada jika diri sendiri pun byk yg tak tahu..asyik fed up memanjang..tak pernah puas hati serba-serbi..

ingat senang2 ulama nak 'endorsed' sesuatu produk? Mereka lah yg akan menanggung dunia akhirat utk keputusan mereka itu..bukannya kita.. samalah mcm produk perbankan..kalau masih mahu pening2 & melenting, tak perlulah bising2 kelak menjadi fitnah bertaburan sekeliling..

wasalam


("/)

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Pas ini ketinggaln zaman...BN telah lama mempraktikanya.
2.Pembesar-Pembesar PAS lembab...mereka hanya baca AL QURAN & HADIS... tapi tak dapat mentafsir untuk kesesuaian zaman..jauh ketinggalan..itu dalam aspek POLITIK...Ekonomi lagilah tak tahu apa-apa...nasib baik ada balak...dapatlah sedikit komisen..tak cukup...buatlah ceramah Perdana...pangillah ARTIS POPULAR LELAKI TERAKHIR...nik aziz...buka kopiah...mintak sedekah...ITULAH tok guru ajar "MEMINTA LEBIH BAIK DARI
MEMBERI"...dia sajalah yg ISLAM.
3.Inilah pembesar-pembesar PAS yang pandai tak boleh nak ikut...bodoh tak boleh nak ajar.

Anonymous said...

Affendi Hussain,

zaharuddin.net, saya biasa lawat. Baca buku dia saya tidak pernah.

Betul, semua yang saudara tulis semua betul.

Minta tambah satu lagi penerangan, harga bank jual semula rumah kepada pembeli hartanah sampai 220% tu dipanggil apa? Wajar dan adil ke namanya?

Dalam Islam tak ada batas dalam mengaut untung ke?

Dalam Islam, orang yang default pinjaman atau default janji ni semuanya sebab saja suka-suka ke?

Orang islam yang buat pinjaman SPTF ni semuanya kebal ujian nafkah ke?

Adakah Islam mengajar kita supaya tiada tolak ansur dengan orang sebegitu?

Dan untuk pengetahuan saudara, buat surat rayuan rebet tidak akan dilayan. Saya dah terkena walaupun masa itu ego saya buang masuk longkang.

Akhir kata, tak semua bontot kuali itu hitam. Hanya orang dapor saja yang sedar fakta ini tanpa perlu buta-buta mengungkap pepatah.

Fed Up

saji said...

Salam Fed Up


"Minta tambah satu lagi penerangan, harga bank jual semula rumah kepada pembeli hartanah sampai 220% tu dipanggil apa? Wajar dan adil ke namanya?"


Sdr kena faham perbezaan di antara komposisi kiraan PINJAMAN (BANK KONVENSIONAL) DENGAN PEMBIAYAAN (BANK ISLAM)berikut:

PINJAMAN = Modal (duit pemengang saham bank)+ kos operasi bank konvensionl + keuntungan + interest/riba berdasarkan BLR (tak tetap).

PEMBIAYAAN = Modal (duit pemengang saham bank)+ kos operasi bank Islam + keuntungan.

Mengapa harga bank Islam jual semula rumah kepada pembeli hartanah sampai 220%?

Jawapan saya ialah:

Kos operasi dan peratus keuntungan bank Islam semasa amat tinggi berbanding bank konvensional.

Mengapa kos operasi dan peratus keuntungan semasa bank Islam tinggi berbanding bank konvensional?

Jawapan saya ialah:

Masalah produktiviti dan sekala ekonomi, dengan maksud produktiviti bank Islam rendah di samping jumlah pelanggan bank Islam yang amat rendah berbanding bank konvensional.

Cara mengatasinya ialah:

Bank Islam kena cari cara menarik dan meningkatkan jumlah pelanggannya yang meliputi jumlah pelanggan pembiayaan pembelian rumah.

Antaranya ialah secara besar- besaran membiayai projek2 pembinaan yang meiputi projek perumahan dan merendahkan kos pembinaan rumah yang dibiayai oleh bank Islam sekitar 20% yang boleh dilakukan dengan cara meninggalkan penggunaan kontrak pembinaan al Istisnaa' (Tempahan )/Price-in-advance (sedia ada) dan berpindah menggunakan kontrak pembinaan al Ijarah (Upahan)/Cost Reimbursement.

affendi hussain said...
This comment has been removed by the author.
affendi hussain said...

"Minta tambah satu lagi penerangan, harga bank jual semula rumah kepada pembeli hartanah sampai 220% tu dipanggil apa? "

- Is dipanggil KEUNTUNGAN (profit). Itu dipanggil bithamin wal ajil (kontrak sewa beli). Bank beli rumah, anda sewa 20thn, sampai tempoh matang pindah milik kpd anda.

"Wajar dan adil ke namanya?"
- Tunggu jawapan di Padang Masyar..saya tiada jawapan utk itu & tak nampak apa yg tak adil jika aqad dah dipersetujui... Bankislam adalah institusi perniagaan yg menyedia fasiliti pembiayaan, bukan badan kebajikan..Jika tak mahu rasa tertekan, kumpul duit setiap bulan dan keluar EPF beli secara tunai bila bersara.its business..not welfare services..

"Dalam Islam tak ada batas dalam mengaut untung ke?"
- Tiada, selagi mana ada aqad JELAS (persetujuan antara pembeli & penjual).. Riba diharamkan, jual beli diharuskan.

"Dalam Islam, orang yang default pinjaman atau default janji ni semuanya sebab saja suka-suka ke?"
- Penubuhan bank islam tu pun ingat suka2 ke? mereka institusi perniagaan, bukan kebajikan..mereka mewujudkan peluang PEKERJAAN kpd umat islam disamping menyumbang ZAKAT kpd EKONOMI UMMAH..apa sumbangan anda kpd ummah skrg selain mengecam sistem perbankan islam?

kalau semua main default pinjaman, nescaya pengurus bank itu sendiri kena bersara awal kerana bankislam tmpt dia kerja tak mampu lg nk bayar gaji dia sehingga pencen..

ada paham?

"Akhir kata, tak semua bontot kuali itu hitam. Hanya orang dapor saja yang sedar fakta ini tanpa perlu buta-buta mengungkap pepatah.
- tak nak hitam sental lah dgn berus dawai selalu lepas masak..memanglah org dapor paham kerana itu dunia dia..nasihat saya, sental juga ilmu pengetahuan sendiri utk berpijak kedunia nyata sebelum terus menerjah ke bulan..

sdr saji..

selagi mana org majoriti Islam seperti fed up yg sentiasa memandang serong dan tidak menyokong perbankan Islam..selagi itulah bank2 islam takkan berkembang dari tahap 'mini market/kedai runcit' menjadi 'hypermarket' untuk memberi kadar yg lebih rendah utk manfaat seluruh umat islam di masa hadapan..

market capitalization bank islam di Malaysia hanya secebis berbanding konvensional w/pun wujud dikalangan manusia berlabel Islam yg hanya sekadar sembang kuat berdegar-degar melaung konon sokong Islam..itu dipanggi dilema melayu Islam..mentaliti subliminal subsidi yg menggangap bankislam = baitulmal..semua nak senang, mudah & "short cut".

wallahualam

("/)

MalaysianKita said...

Salam Dato'

Perbincangan Saudara Fed-Up, Affendi Hussain, Saji mengenai Bank Islam vs Bank Konvensional menarik perhatian saya.

Saya tiada banyak Ilmu Kewangan Dan Ekonomi Islam, juga tiada banyak Ilmu Kewangan Dan Ekonomi Moden, Global, Makro dsb.

Juga tiada banyak Ilmu saham, perbankan, atau ilmu perdagangan moden, kapitalis dsb.

Apa yang saya ingin sentuh, bagi saya, Sistem Kewangan Dan Ekonomi masakini amat-amat memerlukan IJTIHAD para ulama yang faham (diberi penerangan oleh pakar kewangan ekonomi, kajian2 dsb) akan sistem tersebut. Semua sistem sistem ini tiada dipraktikkan dizaman Rasulullah saw, TETAPI asas-asas dan dasar-dasarnya PASTI ADA DAN BOLEH DIKETEMUI oleh para Ijtihad.

Para Mujtahid Ijtihad perlu menggariskan HALAL HARAM sesuatu perkara berdasarkan Syariat.

Contohnya, Credit Card tak ada zaman Rasulullah saw, tapi asas-asas dan dasar-dasarnya ada disana yang memerlukan Mujtahid memberi justifikasinya.

Saham-saham harga naik turun, pagi lain petang lain, bolehkah jualbeli dalam Islam mengambil untung 220%, juga perlu kepada Ijtihad dan banyak lagi contoh contoh.

Tugas para Mujtahid (untuk berijtihad) AMAT-AMAT mencabar, kerana mereka akan menanggung amanah dan tanggung jawab tersebut.Tugas mereka menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram. Tugas mereka bukan menyempitkan skop yang luas, bukan menyusahkan yang mudah.

Orang kebanyakan macam saya akan ikut apa saja keputusan Para Mujtahid.

ILMU ISLAM amat luas. Ilmu Ekonomi, Ilmu Politik, Ilmu Sains, Ilmu Perubatan, dan pelbagai Ilmu.

Yang menariknya, tidak ramai yang mendalami Ilmu Politik ISlam! Tapi, paling ramai yang bercakap adalah hal-hal politik!

DALAM APA JUA BIDANG DAN ILMU, BERILAH PELUANG KEPADA USAHA-USAHA ISLAM.

saji said...

Sdr langitbiru

"Apa yang saya ingin sentuh, bagi saya, Sistem Kewangan Dan Ekonomi masakini amat-amat memerlukan IJTIHAD para ulama yang faham (diberi penerangan oleh pakar kewangan ekonomi, kajian2 dsb) akan sistem tersebut. Semua sistem sistem ini tiada dipraktikkan dizaman Rasulullah saw, TETAPI asas-asas dan dasar-dasarnya PASTI ADA DAN BOLEH DIKETEMUI oleh para Ijtihad."

Komen:

Apa yang saya lakukan di ISDEV Universiti Sains Malaysia dalam kajian yang bakal membentuk sistem pengurusan projek Islam (sudah dibincang sebelum ini)ialah mengwujudkan jemaah pengkaji yang mempunyai kepakaran dalam bidang mualamat, kemanusaian, ukur bahan, pengurusan projek dan arkitek.

Ia selaras dengan saranan Dr Yusuf al Quaradawi yang menekankan kepada
ijtihad secara jaamah dizaman moden ini berbanding dengan cara individu sekarang atas sebab2 yang saya rasa sdr tahu.

MalaysianKita said...

Kita memerlukan lebih ramai lagi usaha-usaha macam Saudara Saji,

Tahniah. Satu usaha buktikan jalan dan cara Islam adalah yang terbaik.

affendi hussain said...

Sdr Langit biru,

"Orang kebanyakan macam saya akan ikut apa saja keputusan Para Mujtahid."

Alhamdulillah..itu yg terbaik buat kita jika ilmu kita belum setaraf mereka..bukan terus menerkam dgn bazooka bicara kerana tak sesedap diri empunya rasa..

Utk makluman saudara segala perjalanan perbankan islam di malaysia adalah selaras dengan keputusan Majlis Kesatuan Ulama' Fiqh Sedunia yg membincangkan segala hukum dlm operasi & aplikasi kewangan moden. Antara ahlinya yg mungkin kita biasa dengar ialah Dr. Yusof al-Qardrawi & Dr Abd Sattar Abu Ghuddah..itupun kalau ada yg ambil tahu..bukan main sedap taram dari satu sumber kepala saja.

"Yang menariknya, tidak ramai yang mendalami Ilmu Politik ISlam! Tapi, paling ramai yang bercakap adalah hal-hal politik!"
Sama mcm kes fed up yg bercakap pasal perbankan islam tetapi cetek pengetahuan menyebabkan bicaranya menjurus kpd fitnah kpd institusi perbankan islam..

mungkin sdr boleh ulas pasal politik Islam kerana org jahil mcm saya sendiri tak nampak bagaimana cara melakar politik islam oleh pemain-pemainnya di pentas acuan Lord Reid berpaksikan perlembagaan ciptaan manusia.

"DALAM APA JUA BIDANG DAN ILMU, BERILAH PELUANG KEPADA USAHA-USAHA ISLAM."
- Ya saya sokong..asalkan kedua-dua aspek MATLAMAT dan CARA perlaksanaanya betul serta konsisten dalam menyampaikan mesej yang JELAS. Kayu pengukurnya adalah hasil..dan jika perlaksanaan perbankan islam di malaysia tidak selari dgn hukumnya, tanpa berkat Allah s.w.t, kita takkan dapat melihat perkembangan pesatnya hari ini yg mendapat tempat dihati muslim & bukan muslim. berbondong masuk 'perbankan islam'. Secara lojik, siapa nak menyokong benda haram & menindas. Jika yg tiada sekelumit aqidah Islam pun nampak perbankan islam cantik..yg Islam pula nampak jelik..tidakkah itu pelik atau tanda2 mental statik atau spastik?

Bukan muslim atas dasar ilmu ekonomi mereka jauh lebih memahami kelebihan perbankan islam dari muslim tipikal melayu berfikiran "short term" .

wallahualam & wasalam

(",)

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).