A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[MUTAKHIR, 8 Jun -- Sepanyol 1 Jerman 0]
[MUTAKHIR, 7 Jun -- Belanda (Netherlands) 3 Uruguay 2]
[MUTAKHIR, 4 Jun – Sepanyol 1 Paraguay 0. 3 Jun - Jerman 4 Argentina 0]
[MUTAKHIR, Belanda 2 Brazil 1
Uruguay 4 Ghana 2 (penalty shootout)]
[Posting Asal]
PERTANDINGAN bola sepak Piala Dunia masuk peringkat suku akhir. Saya mengikutinya, tetapi tidaklah sampai jadi gila atau hilang akal.
Saya lebih mirip kepada geografi dan perangkaan. Jadi dari awal lagi saya bahagikan pilihan saya lebih kurang begini.
Apabila negara maju lawan negara membangun, saya sokong negara membangun. Bila negara besar lawan negara kecil, saya memihak kepada negara kecil dan bila negara Eropah/Amerika Syarikat lawan Asia, Afrika atau Amerika Selatan, saya memihak kepada Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
Kalau ada sedikit emosi pun bila New Zealand, Jerman atau Switzerland terbabit sebab New Zealand dan Jerman pernah bagi saya biasiswa belajar di negara mereka. Walaupun tidak lama, saya tetap berterima kasih. Switzerland pula kerana tiga orang cucu saya adalah warganegaranya dan mereka pun tinggal di sana.
Tetapi setakat ini New Zealand dan Switzerland sudah terkeluar, tinggal hanya Jerman. Jadi, bila Jerman lawan Argentina, saya akan berkecuali.
Kedua-dua pasukan istimewa -- Jerman taktikal dan disiplin manakala Argentina, seperti jurulatihnya, Diego Maradona, penuh aksi dan emonsi – mirip drama cinta dan kuasa Evita dan Juan Peron yang dipopularkan oleh lagu “Don’t Cry For Me Argentina”. Saya meramalkan kemenangan Jerman.
Jerman negara besar dan kaya. Penduduknya 82 juta dan pendapatan per kapitanya AS$34,212. Argentina ada 40 juta penduduk dengan pendapatan per kapita AS$14,560.
Bila Uruguay lawan Ghana, saya dalam dilema. Uruguay negara Amerika Selatan dan Ghana negara Afrika. Rasa-rasanya saya akan memihak kepada Uruguay kerana beberapa sebab. Pertama permainannya hebat dan konsisten dan kedua ia negara kecil. Penduduknya hanya 3.5 juta dan pendapatan per kapita mengikut pariti kuasa membeli (PPP) AS$9,425.
Tetapi saya juga mahu Ghana mara kerana ia satu-satunya negara Afrika yang tinggal. Walaupun Ghana lebih besar daripada Uruguay, tetapi ia miskin. Penduduk Ghana 23.8 juta dan pendapatan per kapita mereka hanya AS$1,591.
Dalam perlawanan Brazil-Belanda, saya mirip kepada Brazil kerana tanpa negara besar Amerika Latin itu, Piala Dunia bukan Piala Dunia. Tetapi saya turut kagum dengan Belanda. Walaupun ia antara negara terkecil di benua Eropah, namun tradisi bolanya hebat.
Brazil atau Brasil mempunyai 196 juta penduduk manakala Belanda 16.6 juta. Namun Belanda jauh lebih kaya daripada Brazil. Per kapita Belanda AS$39,938 berbanding Brazil AS$9,700. Jangkaan saya, Brazil menang.
Dalam perlawanan Sepanyol-Paraguay, sentimen saya memihak kepada Paraguay. Ini cerita gagah lawan pelanduk. Paraguay adalah David dan Sepanyol Golliath.
Sepanyol besar dan kaya. Penduduknya 46 juta dan pendapatan per kapitanya AS$29,689 manakala Paraguay kecil dan miskin dengan 6.8 juta penduduk dan per kapita AS$4,500.
Tetapi kalau Paraguay boleh seri 1-1 dengan Itali, johan bertahan, pada pusingan awal adalah tidak mustahil ia boleh “memalukan” Sepanyol. Siapa yang jaring dulu, besar kemungkinan menang.
Nampaknya, besar atau kecil, kaya atau miskin tidak menjadi persoalan lagi. Kita melihat bagaimana banyak negara kecil dan miskin berjaya ke pertandingan akhir di Afrika Selatan, manakala negara besar dan kaya kecundang.
Oleh sebab kita sedang menikmati bola sepak kelas dunia, saya tidak mahu sakitkan hati para pembaca dan pembahas dengan membabitkan pasukan boleh sepak negara.
Cuma saya keliru, pasukan Harimau kita itu menyerupai harimau yang mana – harimau liar di hutan belantara, harimau zoo, harimau sarkas atau harimau kertas? Itu saja yang nak tanya.
Friday, July 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
69 comments:
pasukan kita kini bukan lagi harimau, tapi kini hari hari mau.
selagi FAM tak berubah, selagi tu kita akan terus jahanam.
DAH 30 TAHUN DAH JADI PRESIDEN TAPI HASIL TADAK. NGA NGA APA LAGI ?
FAM = SAMPAH.
Setiap perlawanan bolasepak samalah seperti pilihnaraya kecil, belum tentu jumlah penonton yang datang dan bersorak menentukan kemenangan di padang. Cuma pengadil perlawanan dan penjaga garisan lebih tegas dan praktikal berbanding dengan Suruhanjaya Pilihanraya yang banyak mulut memberi amaran tetapi 'tindakan' hampir kosong.
Pengadil tegas walaupun melibatkan pemain terkenal tetapi SPRM kecut telor bila berdepan dengan 'orang kenamaan'. Pengadil tegas pada setiap kesalahan tanpa teragak agak membuat keputusan manakala hakim dan peguam di negara kita banyak bertangguh dan berputar untuk 'menang' dan bukannya untuk menegak kebenaran.
Selepas setiap perlawanan, kita merasa lega walau siapapun menang atau kalah dan persahabatan diteruskan antara keduanya (Majulah Sukan Untuk Negara) berbanding dengan setiap pilihanraya kecil, keputusan tidak pernah tidak ada yang 'mencerca' dan diteruskan permusuhan itu di dada akhbar dan mahkamah.
Jangan harimau "Tigger" (watak harimau dalam Winnie The Pooh) sudah..
Hehehe....you are typical old timer la dato'........"long-winded".
Remote saya sering bertukar channel: antara piala dunia dengan Wimbledon. Kenduri kahwin duduk di meja malamhari agak mengacau pula.
Salam tuan.. selama nie saya hanya jadi pembaca.. kali nie.. saya terpanggil untuk meninggalkan komen saya..
Harimau muda ialah.. Harimau Sarkis...
Menyakitkan hati dan mata..
Salam DAKJ serta para komentar.
Politik negera kita masih lagi cenderung kearah........
Eh!!!! Termelalut tentang politik pulak.. ni DAKJ cerita psl Piala Dunia kan?
Rata-rata minat seseorang meminati atau menyokong negara yg bertanding adalah kerana minat kepada -
1. Pemain pujaan
2. Corak permainan
3. Rekod kecemerlangan lepas
4. Sentimen peribadi (spt DAKJ)
Menurut DAKJ, menyokong sesuatu negara yg kurang tahap kemampuan kewangan atau tercorot di persada ranking FIFA membuak kan rasa simpati dan mengharapkan "miracle". Telah terbukti bahawa negara yg paling dekat dgn kita adalah Korea Selatan dan Jepun mampu sampai ke tahap yg baik. Jika dulu seingat saya, Jepun dan Korea Selatan adalah makanan kacang goreng Malaysia masa Pesta Bola Merdeka dan Olimpik, akan tetapi lonjakan tiba2 membolehkan mereka berada di dalam Piala Dunia.
Persoalan nya.. kita bila lagi?
FAM tidak harus menjadi "flip-flop" lagi jika ingin berada sama status dgn Jepun dan Korea Selatan.
Kita akan lebih MEGAH jika negara kita ini yg bertanding di Piala Dunia. Kemegahan ini juga dapat membuat kita menjadi lebih akrab tak kira bangsa dan agama.. atas dasar menyokong negara kita tercinta.
Pada masa itu kita tak akan peduli lagi siapa itu Drogba, Messi, Ronaldo, Kaka dan lain2.
Pada masa itu kita akan menyokong Kembar Zakuan dan Aidil, Syed Adney, Hilmy Aliza, Amri Yahyah, P Gunalan, D Surendran, Liew Kit Kong dan beberapa orang lagi.
Baru semangat beb!!! Baru 1Malaysia.
1280-K Taman Malik
Datuk,
Bola sepak Malaysia ini penuh dgn kekorupan semua peringkat.Itu sebab kita dapati bola Malaysia semakin lama makin malap
Dato'
Saya berasa piala dunia adalah lebih menarik sekiranya dapat mengenali sedikit sebanyak latarbelakang pemain-pemain bola sepak.
Umpamanya Lionel Messi dari Argentina yang prestasinya agak tinggi. Skuad German pula sangat muda pemain-pemain tapi bermain dengan hebat.
Squad German kali ini mempunyai pemain bukan bangsa German tetapi bangsa Turki seperti Mesut Ozil yang bermain dangan amat baik.Begitu juga Khedira dan Cacau berasa dari Brazil.
Amat melucukan juga atas kekalahan England. Akhbar England mengatakan "England had been Mullered by the German" disebabkan 2 jaringan daripada pemain berumur 20 tahun, Thomas Muller.
Nampaknya negara seperti Brazil, German ,Argentina dan juga belanda sangat consistent pada setiap World Cup. Pertarungan antara mereka sangat menarik.
Di Malaysia, kalau dahulu padang bola di sana-sini, sekarang ini terutamanya di bandar besar seperti KL dan JB, padang bola sudah dibangunkan untuk pembangunan yang lebih penting (kunonnya) seperti rumah kedai, dan juga pasaraya.
Makanya, anak-anak muda tidak bermain bola seperti tahun 80'an dan beralih bermain motorsikal dan mat-rempit.
Disebabkan prestasi pasukan kita tidak dapat diterokai dengan sepenuhnya, maka lebih sesuai dipanggil pasukan harimau berantai.
Sallam
Jay Bee
Pak Kadir,You pandai kerana berkecuali bila Argentina menetang German.Ini kerana ARGENTINA akan menang.German masuk ke suku akhir keran mereka telah menewas pasukan "BADAK LEMBEK" England yang terdiri dari pemain yang bergaji besar tetapi yang berlari macam BADAK.You pun betul dengan mengatakan yang kecil besar bukan penentu kerana keputusan permainan bukan ditentukan oleh pemain tapi ditentukan oleh BOOKIE di London.
Salam Dato'
"Apabila negara maju lawan negara membangun, saya sokong negara membangun. Bila negara besar lawan negara kecil, saya memihak kepada negara kecil dan bila negara Eropah/Amerika Syarikat lawan Asia, Afrika atau Amerika Selatan, saya memihak kepada Asia, Afrika dan Amerika Selatan."
Tang bola sepak piala dunia Dato' sokong pasukan negara kecil, membangun atau tak maju.
Tang parti politik tempatan Dato' sokong parti besar dan maju iaitu UMNO.
Apakah ini yang dikatakan pemikiran pragmatik atau pragmatisme?
Salam Dato'
"Cuma saya keliru, pasukan Harimau kita itu menyerupai harimau yang mana – harimau liar di hutan belantara, harimau zoo, harimau sarkas atau harimau kertas? Itu saja yang nak tanya."
Yang saya tahu, pemain pasukan Harimau kita itu emosinya, mentalnya dan fizikalnya tak boleh stretch to the limit seperti Mokhtar Dahari, Taukey Chin An dan Arumugam.
Tapi bab lain termasuk cari awek/bini mereka boleh strtetch to the limit.
Maaf dato'
Saya rasa Dato' perlu ambil PARACETAMOL / PANADOL.
Dato' demam bola .Jnagan melarat sampai jadi JUdi bola 111
Maaf !!
Suatu analisis yang menarik dari Dato'.
Pada saya sebelum melangkah ke separuh akhir sudah ada pertembungan yang sangat menarik untuk ditonton iaitu Brazil vs Netherlands dan Argentina vs Germany.
Brazil berpeluang menang menentang Belanda tapi sukar diramal pertemuan Argie vs German tapi saya optimis Argie akan menang!.
Dan akhir sekali saya memilih Brazil adalah juara dunia kali ini...
Bab bolasepak Malaysia ni semua orang tau tahap mana.
Tahap negara Asean saja..tu pun belum tentu menang lawan Filipna
kah kah kah
Bagi saya dan sesiapa yang sudah umur 40tahun keatas hanya tinggal mimpi nak tenguk Malaysia main dalam piala dunia. Bukan dalam masa 10tahun atau 20tahun akan datang!.
Dato' tanya menyerupai harimau yang mana
pada saya jawap nya harimau kertas teutama yang ada lambang RINGGIT macam orang politik jugak hilang pedoman dibuat nya kalau bab kertas ada lambang ringgit ni!!!
....Mat Dollah....
Dato',
Harimau kita jenis spesis yang baik cuma tuan jaga kandang harimau sahaja yang teruk dan tak tahu bagaimana nak menjadikan harimau baka baik ini mengaum. Dulu harimau spesis ini juga yang layak ke Olimpik.
Bye/Roti Planta
Dato',
Jika cucu3 Dato' itu ditakdirkan oleh Allah menjadi pemain bolasepak terkenal. Adakan dia akan bermain untuk Switzerland atau Malaysia? Jika dia mahu Dato' memilih/membuat keputusan, negara mana Dato' pilih?. Peraturan FIFA membenarkan pemain bermain untuk negara asal ibu atau bapa asalkan tidak pernah bermain untuk pasukan kebangsaan negara semasa.
Bye/Roti Planta
Sebenarnyua begitulah!Walaupun bolasepak diminati ribuan juta umat manusia,namun ia adalah permainan orang miskin dikabanyakan negara,termassuk kita.Sebab itu Ghana dan Cameron lebih handal daripada negara2 Arab yang kaya atau beberapa negara Eropah.Kita hanya melihat kumpulan anak muda atasan menyepak bola dalam dalam iklan TV saja dengan penuh bergaya,yakini diedit dengan memasukkan kaki orang lain.Pemain2 handalan negara tidak layak walaupun menggunakan kaki sendiri. Dikalangan pasukan2 negara majupun kita lihat ramai pemainnya golongan miskin kerana sebiji bola setidak-tidaknya disertai 22 orang.
Jadi seperti kata Datuk, tak payahlah kita perkatakan pasukan negara buat orang marah saja.Yang sedih kalau kalah mereka kena belasah tak habis2.Yang anehnya, golongan yang tidak tahu bola itu bulat pun turut serta.Yang kena suku sakat saya.
Jadi lebih baik kita tuntun perlawanan Piala Dunia (WC) seterusnya.Pada saya siapa menang itulah terbaik.Tidak ada pasukan pilihan kerana tidak ada kaitan langsung.
England,Bekas negara tuan2 saya pun sudah kalah.Sedih juga kerana mereka ajar Bahasa mereka kepada anak2 tempatan dengan kaedah yang baik.Kalau tidak mana boleh jadi Chief Editor NST.
Tks
AKS
Datuk,
Saya setujulah dengan komen sdr Hambali. Bolasepak Malaysia ni hari hari mau ...
Tapi mau apa?
Harap-harap jangan hari hari mau mati.
-sinbad-
Dulu team bola sepak kita memang diiktiraf dan disegani oleh pasukan bola sepak negara-negara Asia lain. Pasukan kita memang handal. Tapi kini team kita dah jadi team "Paper Tiger". Team yang hampir tercorot sekali dikalangan negara Asia dari segi ranking FIFA.
Berikut adalah kedudukan ranking kita:
Jepun 45
S Korea 47
China 84
N Korea 105
Thailand 106
Vietnam 117
Singapura 127
Indonesia 137
Hong Kong 140
MALAYSIA 146
__________________
Myanmar 147
Philippines 169
Laos 173
Cambodia 185
Brunei 189
Soalannya sekarang macam mana kedudukan ranking kita boleh jauh ketinggalan dengan negara-negara lain? Dimanakah silapnya tahun demi tahun tidak ada nampak kemajuan langsung team bola sepak kita.
Kalau kita perhatikan di bawah, struktur organisasai FAM kita sungguh teratur sekali, tapi hasilnya haprak dan HP6.
Saya tidak akan terperanjat jika satu hari nanti Singapura akan lebeh dahulu layak masuk ke peringkat Piala Dunia dan Malaysia akan terus tercecir MELOPONG dan TERCOPONG!
Executive Committee
PRESIDENT:
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah
Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
DEPUTY PRESIDENTS:
YH Dato’ Sri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
VICE PRESIDENTS:
YBhg Dato’ Haji Che Mat Jusoh
YH Dato' Affandi Hamzah
GENERAL SECRETARY: YH Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad
TREASURER: Ybhg Tan Sri Dato' Seri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim
Standing Committees
1. Finance & Management Committee
2. National Team Management Committee
3. Technical Committee
4. Youth Committee
5. Local Competition Committee
6. International Competition Committee
7. Regulation Committee
8. Vetting Committee
9. Futsal & Beach Soccer Committee
10. Discipline Committee
11. Appeal Committee
12. Welfare Committee
13. Security Committee
14. Medical Committee
15. Tickets & Gates Committee
16. Status Committee
17. Referee Committee
18. Ladies Football Committee
19. Observation & Transparency Committee
Cuba kita lihat berapa banyak standing committee yang di tubuhkan dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menampong aktiviti setiap committee.
Wal hasil balik asal. Pi mai pi mai tang tu sahaja lah!!
Dato'
Brazil tewas ditangan Belanda
Apo nak dikato
Begitulah akhirnya
yang kuat tak semestinya kebal selamanya
bola itu bulat
dengan usaha keras dan fokus sebagai satu team work
akhir nya Belanda berjaya
dalam misinya
Bn/umno pun begitu jugak
tak semesti kebal selama-lamanya
dah robek pun cuma tak pecah sepenuh nya lagi
Pakatan Rakyat harus fokus
macam pasukan Belanda
harus ambil iktibar
jangan sia-sia kan peluang ini
ruang masih terbuka!!!
Pak Belalang,
Itulah yang dikatakan PROFESSIONAL. !!!!
Dalam ingatan mereka ialah: "RM, RM, RM, RM, " sahaja.
Lain lah dulu mereka nya ditarif AMATEUR sahaja. Mereka fikirkanmacam mana nak menang untuk BANGSA dan NEGARA !!!
JEBAT -Pejuang amatuer.
Pasukan paling menarik setakat ini bagi saya adalah MEXICO. Argentina cuma bernasib baik saja menang....!
Yang paling seronok, England kena 4-1, pasukan yang dicanang bakal jadi Juara. Wal hal, barisan tunggaknya SAMA dengan WC2006, seorang pun tak berubah. Kemuncak pasukan England adalah pada WC2006, bukan WC2010!
Bola Malaya?
Gaji pemain bola sepak Malaysia (pemain negeri-negeri) rata-rata antara RM5000-7000. SO, kalau kena beli (kerana judi bola), TAK MUSTAHIL depa gadai mudah-mudah perlawanan.
Pemain Eropah, gaji depa 50K-70K sebulan. Mungkin 70K seminggupun ada! Jadi, depa ni main sungguh-sungguh, takkan kena beli punya, sebab gaji dah terlebih makan!
Jadi, kalau bagi lesen judi bola, MAKNAnya Pasukan Harimau Malaya dok demam tak kebah kebah lah!
Salam AKJ,
Saya macam AKJ juga.
Peminat bola Malaysia bukan apa, lebih terpengaruh dengan England, Itali dan Sepanyol kerana Astro ada tayangan liga negara tersebut.
Propagandanya hebat.
Pada hal mereka bukan kuat sangat.
Tengok apa sudah jadi dengan Itali keluar lebih awal dan England pula dipusingan 16. Sepanyol nyaris-nyaris bungkus.
Kalau ditemuramah (peminat bola Malaysia), yang hebat Rooneylah, Gerradlah, Lempardlah dan ramai lagi yang saban hari ditonjolkan di Astro.
Bila England kalah, melopong. Agaknya, kalau England kalahkan Malaysia mereka suka dan gembira.
Inilah metaliti peminat-peminat bola di Malaysia.
Di England sendiri tidak macam Malaysia lebih sudu dari kuah. Kalau mereka seronok dan menangis logik juga kerana England negara mereka. Kita, apa kena mengena dengan England.
Tolonglah rakyat Malaysia yang cintakan bola, sokonglah negara lain berpada-pada. Jangan lebih-lebih sangat.
Mengenai Harimau yang AKJ katakan itu, selagi orang politik kacau daun selagi itulah pasukan bola Malaysia terus menjunam.
Berilah kepada kalangan profesional (yang tahu pasal bola) memimpinnya. Grenti boleh menang bila lawan Jepun dan Korea Selatan.
Macam badminton.
- Pejaga Gol Teh Tarik.
Salam DAKJ.
Saya berpendapat sudah sampai masanya....sekurang-kurangnya berpolitik dalam pertubuhan atau persatuan sukan dapat dikurangkan di Malaysia. Kalau boleh kurangkan sekali ahli politik dalam bidang ni.Kecuali mereka memang ada pengalaman sebagai ahli sukan dan pernah terlibat dalam bidang berkaitan sebelum terbabit dalam politik sepenuh masa. Sibuk nak merampas jawatan itu ini....berpuak-puak dalam persatuan memang la tak kemana. Yang jadi mangsa? Atlit juga......
Malik Klang
Dato
First, get rid of the politicians and royals from our sports associations and replace them with experienced professionals with international exposure.
Then our national athletes and football and hockey teams we were so proud of in the '60's and 70's will learn how to achieve success on a global scale!
dpp
we are all of 1 race, the Human Race
Entah bila pemimpin Msia nak belajar - kalau gagal undurlah!!!!
Datuk ,
Tahap bolasepak MALAYSIA bukan lagi ditakuk lama tetapi telah jatuh ...sama standard dengan Bangladesh or
Pulau Maldives atau lebih teruk lagi.
Bila tengok pasukan ' THE BLUE SAMURAI ' ..yang pernah satu ketika tahun 80 'an sama standard dengan kita ..tapi sekarang mereka sudah setaraf pasukan eropah .
Dimana silap nya ?
Adakah FAM ..yang gagal melaksanakan program jangka panjang ?
Adakah pemain pemain kita yang leweh , lembik , semangat deficiency atau memang takdir kita tidak bolih pergi jauh ...
langitbiru said.
"Gaji pemain bola sepak Malaysia (pemain negeri-negeri) rata-rata antara RM5000-7000. SO, kalau kena beli (kerana judi bola), TAK MUSTAHIL depa gadai mudah-mudah perlawanan.
"Pemain Eropah, gaji depa 50K-70K sebulan. Mungkin 70K seminggupun ada! Jadi, depa ni main sungguh-sungguh, takkan kena beli punya, sebab gaji dah terlebih makan!
"Jadi, kalau bagi lesen judi bola, MAKNAnya Pasukan Harimau Malaya dok demam tak kebah kebah lah
Komen saya,
Gaji tinggi atau rendah bukanlah penentu ketahanan individu dalam konteks 'mudah dibeli' atau sebaliknya. Ada faktor lain yang lebih besar pengaruhnya iaitu, sikap, didikan sivik, agama, ketahanan diri, patriotisma dan pengaruh persekitaran.
Saudara membuat kesimpulan mudah iaitu gaji 50-70k sebulan tidak mudah di beli sementara gaji 5-7k lebih mudah dibeli berdasarkan logik akal tetapi bukan bersandarkan fakta. Betul?
Kalau bersandarkan logik akal, apakah tidak mungkin para pemain yang hebat-hebat yang mewakili Eropah telah menjual perlawanan hingga pasukan mereka mudah tersingkir di peringkat awal?
Dan berdasarkan logik akal, oleh kerana pemain yang mewakili benua Afrika mendapat gaji jauh lebih rendah, sepatutny mereka lebih mudah tergoda untuk menjual perlawanan. Betulkan? Habis kenapa Ghana mampu mara ke peringkat suku akhir wal hal Itali dan Perancis terkandas di pusingan awal?
Justeru, tidak salah mengkritik pasukan bola kebangsaan (berdasarkan pencapaian mereka yang kurang memberangsangkan) berlandaskan fakta yang betul dan secara ikhlas. Tetapi hindarkanlah penggunaan tanggapan buruk, mudah di beli dan bla, bla, semata-mata untuk menguatkan hujah sendiri.
ATAS PAGAR
datuk & pembahas sekelian
saya cadangkan Tun Dr Mahathir menerajui FAM. Apa macam?
Tuan Haji
Satu perkara yang saya perhatikan bila melayari website FAM, tidak ada "Mission Statement" dipaparkan oleh FAM dalam websitenya. Wal hal inilah yang patut FAM ambil perhatian.
Mengikut kaedah pengurusan moden semua organisasi mesti ada "Mission Statement" untuk menentukan apakah sebenarnya objektif organisasi tersebut.
Dari sini boleh dilihat bahawa FAM seolah-olah tidak ada alat yang dapat mengukur prestasi persatuan. Mereka yang terlibat dalam FAM tidak ada commitment yang nyata kerana mereka tidak tahu apakah mission persatuan FAM.
Mungkin pihak pengurusan FAM beranggapan bahawa "Mission Statement" ini tidak penting, wal hal sekarang ini banyak syarikat dan organisasi mengambil berat tentang pentingnya "Mission Statement" hinggakan ada setengah syarikat mengambil masa berseminar berbincang untuk tujuan melahirkan "Mission Statement" untuk syarikat mereka.
Dato,
Yes, association like FAM played a role for the decline but not all the blames are them to shoulder.
I think other bigger culprit is the school system which does not really encourage sports in schools. Just ask our children what they do during PE. Most likely they say nothing. I know my son primary school admin does not allow children playing during recess. I think this scene is pretty common at other schools.
The other factor is, football fields are becoming thing of the past. Football fields are being converted to housing and commercial development. Now people are more willing to pay to play indoor football call futsal. BTW I don't think we can produce good football players by playing futsal.
Our Education Minister came out saying to have 1 School 1 Sport for every student. We should welcome the idea but please Mr EM ensure there are enough teachers and certainly qualified ones to teach sports at schools. Don't want to see anymore Geography teacher or Ustaz to assume such responsibility.
Salam dato'
Kenapa Argentina kecundang:
1. Meskipun memiliki kemahiran individu yang tinggi, mereka tidak bermain sebagai satu pasukan yang mantap.
2. Meskipun Argentina mampu mara ke dalam kawasan lawan tetapi mereka tidak mampu menembusi pertahanan German.
3. Meskipun penguasaan bola mengatasi lawan tetapi ia tidak digunakan untuk mengatur strategi serangan yang berkesan.
4. Meskipun banyak meyerang tetapi serangan mereka hanya disudahkan dengan menmbak pintu gol lawan dari jarak yang sukar untuk menghasilkan gol.
5. Meskipun Argentina memiliki penyerang yang mempunyai larian dan ketangkasan tetapi mereka kekurangan daya larian yang eksplosif dan kelicikan untuk menewaskan lebih dari 2 orang pemain lawan.
6. Meskipun bertaraf profesional tetapi apabila 'curi ayam', perbuatan mereka mudah dikesan oleh penjaga garisan.
7. Meskipun bertaraf profesional, mereka tidak dapat menumpukan kepada permainan sebaliknya gemar mempersoalkan keputusan pengadil.
8. Apabila pihak lawan berjaya mendapat dua gol, nampak sangat ia memberi tekanan hebat ke atas semangat juang mereka.
9. Strategi menyerang yang tidak berkesan, ditambah dengan strategi bertahan yang lemah, membuka ruang kepada German untuk membelasah mereka 4-0.
10. German bukanlah saing sebenar Argentina untuk kali ini.
Justeru pertembungan antara buku dan ruas dalam konteks piala dunia 2010 hanya dapat disaksikan kalau dua pasukan eropah yang memasuki perlawanan akhir.
ALPASIKU
Walau siapa pun yang bersalah, faktanya, bola bukan lagi budaya hidup orang Malaysia; sekadar hiburan/rekreasi semata-mata.
Apa nak buat, di sekolah-sekolah pun, pentadbiran lebih sayangkan rumput dari bakat muda.
Fed Up
SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,
AKJ said...
Kedua-dua pasukan istimewa -- Jerman taktikal dan disiplin manakala Argentina, seperti jurulatihnya, Diego Maradona, penuh aksi dan emonsi – mirip drama cinta dan kuasa Evita dan Juan Peron yang dipopularkan oleh lagu “Don’t Cry For Me Argentina”. Saya meramalkan kemenangan Jerman.
Tepat ramalan Datuk!
Hanya takut nanti ramai 'punters' cari datuk untuk 'tips' pasukan yang akan menjuarai Piala Dunia hujung minggu depan...he he
Ramlan kami GERMANY JUARA 2010!
ALFATHAH, AMIN
Ps. Mutakhir, 4hb Jun - Spain 1-Paraguay 0
Tok Kadiaq
Nampak gaya ekonomi kita pun dah nak ikut jejak team bola .Yang tinggai DULU..(KINI DAN SELAMANYA,tak tau pi mana).
VIVA LA ESPANA
tk
Dato',
Kekalahan yang paling menyakitkan hati dalam kempen piala dunia 2010 ialah pertembungan antara Ghana dengan Uruguay yang berkesudahan dengan Uruguay menang dan layak ke peringkat seterusnya.
Walhal semasa perlawanan sedang berlansung hingga ke saat terakhir masa tambahan, kita dapat rasakan Ghana yang akan menang. Ghana peroleh sepakan penalti di saat terakhir masa tambahan. Pada kita sepakan penalti yang akan diambil oleh pemain utama tidak mngkin gagal. Kita berasa puas kalau wakil benua Afrika ini menang!
Keyakinan itu memuncak apabila dibayangkan sepakan penal itu masuk, maka wisel penamat pasti dibunyikan dan Ghana dengan itu berjaya menumpaskan Uruguay! Yahoo!, Ghana mara! Namun bola itu bulat. Sepakan penalti itu tidak masuk. Ramai penonton tergamam dan tidak percaya apa yang mereka saksikan.
Justeru kalau ditoleh ke belakang, apa yang tidak kena dan apa penjelasannya berhubung aksi yang dianggap antiklimaks ini? Nah! Ibarat binatang yang akan menemui ajal, sebelum ajal itu sampai mereka seolah mendapat petanda dan dengan petanda itu ia akan menunjukkan fiil dan perawakan yang dianggap pelik lagi ganjil.
Itulah yang ditunjukkan oleh Asamoah Gyan dari Ghana sebelum mengambil tendangan penalti apabila pemain Uruguay menggunakan tangan untuk menghalang bola di depan pintu gol. Gyan seolah-olah mendapat petanda dan petanda itu jelas terpancar diwajahnya.
Dalam hati kecil saya berkata, tendangan Gyan confirm tak akan masuk. Dan ternyata apa yang dirasakan yang datang dalam bentuk telepati itu ternyata benar! Tendangan Gyan yang deras umpama misil, terkena palang gol dan melantun ke belakang padang!
Meskipun mempunyai peluang kedua apabila pemenang perlu ditentukan menerusi 5 tendangan penalti, petanda yang ada itu tetap benar, hayat Ghana di pertandingan piala dunia berakhir apabila 'Black Stars' tumpas 2-4.
ALPASIKU
Sdra/Sdri pembahas sekalian. Salam.
Saya simpulkan perlawanan Jerman-Argentina begini:
1. Jerman pasukan muda. Tidak ada beban, seronok bermain dan tidak banyak ekspektasi;
2. Jerman main guna strategi yakni berfikir dan bermain. Mereka tentukan arah bola;
3. Argentina main guna mata dan ikut arah bola;
4. Jerman main berpasukan. Semua pemain sama. Argentina lebih individu. Bergantung kepada seorang dua;
5. Jerman buat segala-galanya bermula dari kindergarten. Tak hairanlah kindergarten itu pun dari bahasa Jerman;
6. Bila Jerman bertemu Sepanyol, keadaan serupa mungkin berulang. Jerman disiplin, teknikal dan strategik. Sepanyol berahi (passionate) dan individualis;
7. Daripada rekod jaringan gol, saya memilih Jerman sekali lagi; dan
8. Bagi negara kita, lupakan pentadbiran dan pasukan yang ada. Kalau hendah kembali berpeluang, bina pasukan baru bermula dari sekolah. Adakan pertandingan under 15, under 18 dan under 20. Andai tidak, lupakan saja!
Terima kasih.
Semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan bolasepak Malaysia. Kaedah, proses, disiplin kena mantap di kalangan pentadbir dan pemain. Masalah di Malaysia ialah ada orang tidak oleh ditegur dan POLITIK.
Terimakasih Saudara ATAS PAGAR,
Ternyata sesuailah dengan nama samaran Saudara, ATASPAGAR. Satu sikap terpuji, senantiasa berprasangka baik kepada orang lain.
Kalau saya ada prasangka "tanggapan buruk, mudah di beli dan bla, bla, semata-mata untuk menguatkan hujah sendiri", itu kelemahan saya. AKAN TETAPI, peribahasa kata akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
Radhi Md Din, bekas Ketua PAsukan Kedah kata ramai yang terlibat. Kalau dia bohong, maka bohong juga lah saya kerana ambil cerita dari dia. Sebab dia bekas pemain, dan sekarang tak ada apa-apa kepentingan, jadi saya fikir besar kemungkinan kata-katanya benar. ATAU SAUDARA ATAS PAGAR cuba-cubalah bertanya kepada bekas-bekas pemain yang lain. Bukan semata-mata berdasarkan logik akal! Ada pengalamannya disana!
Saya juga setuju dengan pendapat Saudara, gaji bukan penentu, dan saya tak cakap gaji penentu segala-galanya, TAPI salah satu faktor adalah gaji.
Dan sememangnya BENAR, "Ada faktor lain yang lebih besar pengaruhnya iaitu, sikap, didikan sivik, agama, ketahanan diri, patriotisma dan pengaruh persekitaran".
Realitinya, sama dengan politik, sikap semua itu yang sepatutnya ada kpd pemimpin, tapi sebaliknya, banyak yang korup!
Saya merujuk kepada Liga Malaysia, pemain-pemain negeri. Dan saya cuba tonjolkan implikasi judi bola terhadap kemajuan sukan bolasepak. Sebab, dari Ligalah dipilih pemain Negara. KESIMPULANNYA, sampai bila-bila kalau judi sukan diluluskan, sukan akan hancur.
Kedua, PISAHKAN ORANG POLITIK DARI MENERAJUI LAPANGAN SUKAN. Cukuplah Menteri Belia dan Sukan sahaja, yang lain, serahlah kepada orang yang benar-benar ahli dalam bidang sukan!
Terimakasih.
Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dato' tentang pasukan Jerman.
Nampak gaya skill dan kemahiran individu belum cukup untuk memenangi suatu perlawanan kalau tak dititik beratkan disiplin, teknikal dan strategik seperti yang ada dalam team Jerman.
Sepanyol mungkin mengalami nasib yang serupa seperti Argie jika tidak belajar dan menkaji apa yang team Jerman praktikkan.
Begitu juga dengan hoki Jerman salah satu team terbaik dunia.
Pakistan dan india seperti juga macam Brazil dan Argintena punya skill dan kemahiran individu tapi itu belum mencukupi jika disiplin, teknikal dan strategik tidak dititik beratkan.
Hoki Malaysia sama lah juga macam bola mengalami nasib serupa tidak kemana hanya layak menjadi jaguh kampung!!!.
samurai melayu said...
SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,
Cuma saya keliru, pasukan Harimau kita itu menyerupai harimau yang mana – harimau liar di hutan belantara, harimau zoo, harimau sarkas atau harimau kertas? Itu saja yang nak tanya.
Datuk,
Anak2 muda dalam pasukan kebangsaan adalah Anakanda2 Rakyat Malaysia yang bermain mati2an untuk mengharumkan nama NEGARA.
MALANG NYA, mereka dipimpin oleh sebuah Famili Ada Masalah...
Macam mana nak maju jika diharapkan kepada HARIMAU sarkis ( dah patut dipencenkan ) memajukan bolasepak Negara?
Kena minta tolong Muhyiddin Yassin cari cikgu bahasa German supaya kita boleh hantar pihak pengurusan F.A.M berkursus dengan F.A. Germany bagaimana hendak berjaya seperti #5...'buat segala-galanya bermula dari kindergarten.
Tak hairanlah kindergarten itu menghasilkan pemain2 taraf dunia yang konsisten persembahan nya pada setiap Piala Dunia!
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Cuma yang kami keliru.. adakah semangat Nasionalis kami ini akan dilaknati sebagai syirik?
12:19 PM
Dato'
Ramai peminat bola sepak Brazil tidak setuju dgn corak permainan yang berubah dari style menyerang kepada sekarang.
Tapi Argentina yang bermain style lama (attacking style) sama juga tewas teruk.
Nampaknya kedua-dua jurulatih Dunga dan Maradona yang pernah menjulang piala dunia berada dalam keadaan dilemma. Harapan rakyat Brazil dan Argentina sangat tinggi untuk menjadi Juara, setidak tidaknya sampai ke final.
German pula bermain seperti mercedes benz semalam.
Saya berasa Argentina tewas kerana kubu pertahanannya tidak kukuh. German sebaliknya effektif di bahagian pertanahan, tengah dan juga hadapan.
Terdapat persamaan antara corak permainan German dan Belanda. Rentak permainan pemain German dan Belanda amat pantas menunjukkan tahap kecergasan fizikal yang baik berbanding dengan lawan.
Setakat ini Belanda tidak pernah tewas setelah 23 perlawanan. Mungkin menarik jika dapat dilihat Belanda bertembung German.
Saya amat setuju untuk kita dapatkan bakat-bakat baru golongan muda. Perkara ini yang dilakukan oleh German.
Namun, untuk menaikkan martabatkan tahap sukan, perlu diadakan juga kemudahan-kemudahan seperti tempat riadah, sukan dan padang bola. Kita bersukan bukan disekolah sahaja. Janganlah ashik nak pentingkan buat bangunan sahaja.
Sallam.
Jay Bee.
Macam mana nak buat pasukan baru bermula dari sekolah jika setengah sekolah tidak ada padang bola. Jika ada pun padang bola, guru besar tidak ambil berat untuk menjaga padang hinggakan rumput padang pun tidak berumput dan berlumpur, tidak dijaga dengan rapi.
Setengah padang disekolah boleh kita beri contoh seperti keadaan yang telah ditunjukkan dalam iklan TV dimana Dato' Soh Chin Ann dengan payongnya duduk melihat budak-budak bermain bola kaki ayam dalam hujan. Begitulah keadaannya padang yang terdapat disetengah sekolah.
Merujuk kepada pasukan bola sepak negara kita, yang masih tidak menyerlah dan berjaya untuk menonjol sebagai juara hingga kini adalah kerana berkemungkinan ada elemen "rasuah" dikalangan pemain-pemain dalam pasukan negara. Kemungkinan mereka telah "dibela" oleh bookie-bookie untuk jual perlawanan. Cuba kita lihat "lifestyle" setengah dari pemain kebangsaan kita. Bergaya dan hidup mewah.
Selagi elemen rasuah ini tidak dapat dibenteras, pasukan negara akan terus merudum. Wal hasil balik asal.
Saya juga mengikuti Piala Dunia hampir kesemua perlawanan "bertemankan" makanan kacang Cap Tangan setiap malam. Saya lihat ada perbezaan gaya permainan antara pasukan Latin Amerika dengan pasukan Europa. Dari segi teknikal pasukan Europa jelas lebeh baik dari pasukan Latin Amerika. Pasukan Europa kecuali England dan Perancis bermain "total football" tetapi pasukan Latin Amerika pemain-pamain mereka adalah "impressionist" seperti juga pemain-pemain pasukan Afrika.
Saya penyokong kuat pasukan England kerana dipengaruhi oleh tontonan EPL setiap minggu. Saya rasa pasukan England tidak akan merasai jadi juara Piala Dunia sampai kiamat. Mereka dah terlalu egoistic disebabkan gaya hidup mereka yang terlalu kaya raya. Mereka hanya ingin jadi celebrity dan menonjolkan "WAGS" mereka sahaja.
Akhir kata, saya pilih Germany akan menjadi juara Piala Dunia kerana pasukan Germany adalah "the ultimate driving machine of football"!!!!
Kalau kat negara luar terutama England.... bila pasukan negara mereka kalah... mereka akan hentam sampai lumat. Macam-macam istilah dan karikatur akan terpampang. Kat Malaysia ada ke media yang berani komen.... Komen manja ada lah...
Gaji pemain EPL utk taraf star macam Rooney, Gerald, Lampard, Terry and Ferdinand (sekadar contoh) dlm lingkungan 80,000 hingga 120,000 pound sterling seminggu (bukan sebulan atau setahun)... manakala gaji pemain pro yang lain dalam lingkungan 30,000 hingga 50,000 pound streling seminggu....
Isu rasuah atau tidak bukan bergantung pada gaji kecil atau besar tapi bergantung pada iman dan taqwa....
Nak tergelak juga bila CUEPACS bagi cadangan agar gaji kakitangan awam dinaikkan untuk mengurangkan rasuah.. kerana mereka merupakan kelompok yang banyak terlibat dengan rasuah (berdasarkan laporan SPRM) dan Audit Negara yang lalu....
Tak kiralah staff gomen ke, VIP ke, private sector, GLCs', business man, sport man hatta petani dan nelayan pun boleh terjebak kalau iman nipis...
DAKJ, jika Sepanyol dapat kembali sentuhan "tiki taka" mereka sepenuhnya, tidak semudah itu untuk Jerman menang.
Bagi saya, Brazil dan Argentina mulakan perlawanan dengan sikap over-confident maka tidak memperlihatkan keupayaan sebenar.
Apatah lagi bila lawan menyamakan kedudukan (dalam kes Brazil) atau bila lawan pantas membolos gol (dalam kes Argentina).
Fed Up
Assalamualikum Dato',
1. Kalau kita tengok dan kaji keputusan di antara Brazil mlwn. Belanda dan Argentina mlwn. Jerman nyata sekali bahawa bola sepak sekarang bukan lagi bergantung kepada skill semata-mata tapi tektikal. Atas kertas dan melalui trek rekod sejarah bola sepak sudah tentu ramai yang menyangka Brazil dan Argantina akan menang mudah. Tapi akhirnya kedua-dua pasukan negara bola sepak itu dengan mudah ditewaskan.
2. Tengok bagaimana Jerman dan Belanda mengatur stretegi tektik mereka dan nampak mudah sahaja mereka menjaring gol lawan masing2. Sebagai contoh, pasukan Jerman telah menggunakan juga Jurulatih Hoki negara mereka bagi menasihat teknik dan tektik permainan hoki untuk diserap kedalam permainan bola.
3. Oleh itu FAM patut ambil iktibar ini. Malaysia patut membina sebuah pasukan ysng betul2 baru yang mementingkan kepada pendekatan sport science dan teknik bola sepak terkini. Namun untuk itu keseluruhan organisasi FAM hendaklah terlebih dulu dirombak 100%.
4. Untuk itu juga maka dicadangkan supaya aktiviti pembangunan bola sepak FAM hendaklah digantung selama 2 tahun. Dalam tempoh itu, Liga bola sepak FAM hendaklah digantung keseluruhannya. Tiada apa2 pertandingan diperingkat negeri. Malaysia juga tidak perlu menyertai mana2 pertandingan dalam negeri atau antarabangsa. Pertandingan hanyalah ditumpukan diperingkat sekolah2 sahaja.
5. Selepas tempoh "pergantngan" dua tahun, barulah "FAM baru" memulakan pencarian bakat baru di peringkat negeri2 dan kebangsaan. Pada masa itulah akan bermula era baru bola sepak Malaysia melalui pendekatan Sport Science mengikut acuan Jerman atau Belanda yang ternyata berjaya.
Tok,
team harimau malaysia? eh, kita ada team bola ke? biar betul tok, jangan la bergurau macam ni!!!
mzr
Salam Dato'
"8. Bagi negara kita, lupakan pentadbiran dan pasukan yang ada. Kalau hendah kembali berpeluang, bina pasukan baru bermula dari sekolah. Adakan pertandingan under 15, under 18 dan under 20. Andai tidak, lupakan saja!"
Saya setuju. Cuma nak tambah berikut:
Kerana kekurangan guru lelaki di sekolah kita dan guru lelaki betaraf jurulatih bola sepak, maka wujudkan kumpulan jurulatih bergaji/profesional disetiap daerah untuk membantu sekolah dan jabatan pendidikan daerah melatih pelajar berbakat dalam bola sepak dan mengurus pertandingan tersebut.
Salam DAKJ
TQ ASTRO
Bercakap tentang bola ni, saya minat jugak sikit-sikit. Piala dunia kali ni lebih menarik sebab kebanyakan pasukan lebih menyerang dari bertahan (beza sikit dari 2006). Tambah lagi, bila tengok pakai Astro beyond secara live (gambar digital HD pakai skrin besar & Audio system yg canggih). Huh!!! Puas hati.
Cakap-cakap Bola
Belanda dengan Roben, Germany dengan Muller, Uruguay dengan Forlan dan Spain dengan David Villa. Kesilapan Brasil dan Argentina saya rasa ialah bermain terlalu “open” dan tiada “man to man marking” iaitu berbeza dengan pendekatan Belanda dan Germany. Mungkin mereka over confident kut.
Satu lagi, saiz badan memang memberi impak terutama dalam menentukan 4 pasukan terbaik dunia. Sepatutnya Maradona menggandingkan Deigo Milito dengan Hugain sebab Milito tengah ‘on form’. Apa taknya, beliau baru saja melanyak pasukan German - Bayern Munich dalam Liga Piala Eropah baru-baru ini dengan skil individunya. Brasil pula, walaupun bermain 10 orang tapi mereka masih control the game. Silapnya Dunga cepat sangat keluarkan Top striker mereka Fabiano (diganti dengan Nilmar rasanya).
Bagi Spain pula, walaupun Torres sekarang tengah off form, tapi David Villa dapat cover up. Xavi dan Iniesta pula dapat control bahagian midfield dengan baik. Ditambah pula Sergio Ramos yg cukup rajin overlap dari wing kanan dan hardworking Puyol sebagai last man. Dan penjaga gol terbaik dunia Iker Casillas menjaga gawang. Kesimpulannya rasanya juara Eropah akan menjadi juara dunia pada kali ini. Sekian TQ.
Datuk
Pendapat saya mengenai pasukan German:
1. Pasukan German bermain cara pondan, hanya berharap pada "counter-attack" dan bertahan 10 pemain.
2. Bila mereka dapat jaringan awal, maka mereka akan kerahkan semua pemain untuk bertahan dan hanya tunggu peluang untuk quick counter attack sahaja.
3. Taktik ini boleh dilihat apabila mereka berlawan dengan pasukan Australia, England dan Argentina. Bila Australia, England dan Argentina bolos 1 gol, mereka tidak ada pilihan lain selain menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan. Pihak German mengambil kesempatan ini dengan guna taktik quick counter attack yang sangat berkesan. Syabas German! Kemenangan taktikal yang nyata.
4. Tapi apa pula yang berlaku bila German berlawan dengan pasukan Serbia dan Ghana tempoh hari? Pasukan Serbia dan Ghana juga menggunakan taktik bertahan dan berharap pihak German yang menyerang. German yang hanya berharap pada taktik quick counter-attacknya jadi hilang akal dan tiada banyak idea untuk menyerang. Bila kedua-dua pasukan amalkan taktik bertahan, maka akibatnya kita dihidangkan dengan satu perlawanan yang membosankan.
5. Perlu diingatkan bahawa German tewas 1-0 pada Serbia dan hanya menang 1-0 dengan Ghana. Walaupun German bermain dengan 10 orang ketika lawan Serbia, permainan mereka begitu hambar. Begitu juga ketika berlawan dengan Ghana. Mereka terpaksa berharap kepada jaringan cantik Mezut Oezil untuk mendapat kemenangan.
6. Jadi, di perlawanan Separuh Akhir menentang Sepanyol nanti, saya menjangkakan pasukan German akan menang kerana pasukan Sepanyol sudah tentu akan menyerang habis-habisan dan pasukan German yang cekap pukul curi itu mesti gembira melihat pelanduk masuk perangkap.
7. Di perlawanan akhir pula, jika German berlawan dengan Belanda, maka Germanlah yang akan menang kerana taktik pukul curi ini. Tapi kalau mereka kena lawan Uruguay, maka mereka akan tewas kerana Uruguay juga akan gunakan taktik bertahan yang akan menyebabkan pihak German hilang akal dan tenggelam punca.
hehehe ...
jangan mareee....
-sinbad-
Assalamualaikum Pak kadiq n semua,
Saya teruja dengan pandangan Datuk tentang perlunya di buat pertandingan di bawah 15, 18 dan 22 tahun. Idealnya datuk, kita akan mendapat satu pool pemain yang pandai2 dan berkemahiran tetapi datuk tahukah bagaiaman pemilihan gaya Malaysia?. Saya dan beberapa orang kawan dahulu pernah dikategorikan antara kelompok pemain yang ada kemahiran yg agak baik dan amat layak ketengahkan ke peringkat negeri (kami pernah dapat beberapa anugerah) tetapi akhirnya tak kemana...kenapa kerana saya BUKAN ANAK DO, SAYA BUKAN ANAK ORANG2 BESAU, sAYA BUKAN ANAK SIPULAN....hanya anak2 orang kebanyakan...jadi kami tak kemanalah. Apa yg saya mahu berkongsi dgn Datuk di sini ialah.....dunia bola kita dilumuri dgn politik kotor semenjak dari pemilihan pemain lagi;;;; jadi apa yg boleh kita harapkan dgn pasukan Hari..Hari ..Mau kita ! Itulah realitinya....
Assalamualaikum pak Kadir
Pade pemeratian pak Kadir ade tak komplot dalam pertandingan pada kali ini?,pada saya yang hanya minat nak tengok permainan saja dan tak pandai tentang strategi permainan ni, macam muskil sket tentang pengadilan ni.Pengadil mcm nak menangkan pasukan eropah je.Hehehehe... saya peminat ARGENTINA..huhuhuhuhuhuhu
Harimau Malaysia plak, mungkin dah sesat kotttt...hehehehehehe ntah laaaaaa.
Salam Dato'
Kalau cakap pasal bola ni Tok, seronok, tak habis-habis....!
Salam Saudara OKJ, lama "menghilangkan diri"?
Belanda Vs Uruguay - Saya sokong Uruguay, Pasukan Eropah cara bermain lebih kurang sama, SO kalau final, A.Latin Lwn Eropah, seronok sikit! Diego Forlan rajin berlari cari bola, kejar bola, TAK sama dengan STARs yang lain spt Messi,C.Ronaldo,Rooney, hanya tunggu bola dihulur, tapi malas nak kejar bola dari pihak lawan.
Belanda lawan Brazil, Belanda banyak lakonan, body contact sikit, jatuh terguling-guling, meraung sakit. Sama dengan Pasukan Pertugal terutama C.Ronaldo, banyak menipu Pengadil!
Jerman Lwn Sepanyol, saya fikir selayaknya Perlawanan Akhir! Saya suka tengok Ineasta main di tengah. Bastian Sw bagi Jerman juga hebat di tengah. Jerman kurang satu, Muller out! jadi, mungkin Xavi and Xabi bersama Inesta dapat kontrol tengah dengan lebih baik.
franz beckenbauer..
karl heinz ruminegge..
schumacher..
lothar mathaus..
juergen klinsman..
michael ballack..
miroslav klose..
NOT FORGETTING::
scorpions,
tokio hotel
AND ALSO:
bmw,
mercedes,
audi,
vw
p/s:
datuk pakai (pandu) kereta apa skrg?
minah ronggeng
ini ada iklan sikit..
Aku hari ni balik rumah,
Security guard borak meriah
Apa dia cakap aku tak petah
Orang luar yang jaga rumah
Aku ingat nak pegi makan
Singgah kedai makanan Melayu
Apasal lauk nampak tak sakan?
KONONNYA kedai makanan Melayu
Berapa ringgit semua ni kak?
6 ringgit semuanya bah!
Gadis muda berpangkat kakak,
Nak tersasul tersebut rupiah.
Jalan-jalan kat kawasan pembinaan,
Mana tau jumpa harta tertanam,
Dulu ni tempat kerja si Leman,
Sekarang ni penuh orang Vietnam
Gadis Melayu inginkan kawan,
Jadikan boifren tempat berteman,
Penat mencari orang tempatan,
Bangladesh jugak macam Shah Rukh Khan
Habis mana lelaki Melayu?
Apa mereka buat di siang hari?
Bawah jambatan mata pun kuyu
Dapat dadah sengih berseri
Perempuan pulak senang nak jumpa
Silalah ke Dataran Merdeka
Naik motor punyalah gembira
Punggung nampak satu Malaysia
Orang Cina jual DVD,
Orang India tercabut sendi,
Orang Melayu apa peduli,
Lapar?Pegi pau kat Pasar Seni
Oi kerajaan ku sayang,
Bangunan tinggi pandai kau pacak,
Lampu Putrajaya bertiang-tiang
Tapi Melayu jugak yang haprak
Agama aje Islam,
Perangai macam haram.
Sanggup tak tidur malam,
Kau bom buat apa jahanam?
minah ronggeng
i miss that fauzi omar world cup column in NSTP...quite popular among NSTP readers those days..
sekarang dah dpt pangkat 'datuk', mana dia pi ntah..
minah ronggeng
salam dato,
boleh tak dato menulis tentang pandangan dato seandainnya pilihanraya diadakan pada masa terdekat ? ramalan dato ? apa yang perlu dilakukan oleh parti pemerintah ? dan bagaimana menangani isu isu yang terjawab oleh pihak pakatan ?
Why Argentina lost, Dato'?
Because they did bring along a professional coach, instead they had a professional mascot by the name of Maradona behaving like a clown and showing his antics in the stadium trying to attract attention to world audience!!
Dato'
Commercial Break...
Daripada pemerhatian, pasukan yang banyak mementes kaki lawan merekalah yang banyak kalah. Jadinya kalau mana-mana pasukan mahukan kemenangan di perlawanan akhir, kurangkanlah menyepak betis lawan sebaliknya banyakkan menyepak bola Jabulani buatan Adidas. Dato' tak nak masukkan apa-apa aspek lain piala dunia 2010 selaian aspek permainan?
ATAS PAGAR
Scribe
Saya bukan peminat bola sepak. Makanya saya tidak dapat menghargai permainan ini. Tidak masuk diakal apabila seramai 20 pemain(tidak termasuk penjaga gol) menumpukan segala tenaga berebut 1 bola.
Macam juga permainan rugby dan golf.
Saya rasa lagi seksa golf, pukul bola supaya masuk ke lobang kecil.
Walau bagaimana pun lawak Scribe pasal pasukan bola sepak negara Harimau memang klasik. Bolehlah lawan lawak Nabil.
Hidup mesti berlawak, kalau tidak akan jadi sawan.
Salam Dato',
bukan harimau......
ha lemau!!
macam mana tak lemau.....
pengurus tak tahu main bola...tapi cerita gah pasal bola....
staf pengurusan pun tak tahu main bola..tapi cerita pasal bola....
belajar lah dari orang putih...
kepada Sujini,
Komen anda,
"Saya bukan peminat bola sepak. Makanya saya tidak dapat menghargai permainan ini. Tidak masuk diakal apabila seramai 20 pemain(tidak termasuk penjaga gol) menumpukan segala tenaga berebut 1 bola."
Sebenarnya objectifnya bukan berebut 1 bola tetapi untuk masukkan bola dalam gol.
Perlu ada strategy menyerang, pertahan dan bahagian tengah. Serupa juga dengan tentera berperang.
Mereka yang ingin menang perlu ada strategy, tahap fizikal dan skill bermain bola.
Perlawanan bola sepak ini juga boleh mengeratkan hubungan sosial, masing-masing menyokong pasukan masing-masing. Umpamanya Korea Selatan menyokong Korea Utara walaupun pemerintah masing-masing berperang.
Penyokong juga boleh memberikan buah fikiran, berbahas bagaimana pasukan mereka boleh menang.
Manusia mempunyai aspek fizikal dan perlu beriadah untuk menjaga tubuh badan.
Daripada golongan muda bermain motosikal, mat rempit, melepak di pasaraya dan aktiviti yang bukan-bukan adalah lebih baik bermain bola sepak supaya badan sihat dan akal cergas.
Tanpa permainan bola sepak, badminton dll,hidup ini ashik berpolitik,berkelahi bosan juga.
Saya harap (Sujini) boleh menghargai bolasepak sekarang.
Jay Bee.
Pasokan Uruguay di mana population nya 3.5 juta kalah dan Pasukan Engkand yang di katakan gah tu pun kalah ! Tidak ada quick solutions untuk Malaysia berjaya melayakan diri dan bertanding di Piala Dunia di masa depan. Cuba pinda sikap pemain pemain athelete kita dalam semua sukan kita telah melihat betepa lemah sikap, mental, keyakinan, fisikal mereka. Pada mula sekarang berhenti di asuhkan mereka saperti prima dona . Motivasi sendiri hendak menang lebih berkesan dari membina bangunan dan Akademi. Montary rewards sahaja tidak memadai .Motivasi untuk menang bagi diri sendiri dan negara Malaysia kita telah melihat nya pada Malaysia kalahkan Indonesia di Thomas Cup Final lebih 10 tahun di Stadium Negara yang ada mengingat nya lagi !
Dato'
Bola ni bukan sekadar pengurusan FAM & jurulatih saja..
Fizikal, stamina & minda pemain tu sendiri memain peranan..
Org2 malaysia katik2..pendek & lembik sbb makan gula & nasik byk sgt..itu belum masuk semangat kenegaraan..kalau dpt offer jadi warganegara Eropah dgn gaji RM 1juta seminggu nescaya dicampak saja passport & IC Malaysia..tak mcm org2 dari negara tak kaya di Amerika Latin & Afrika..semangat kenegaraan amat tinggi..
Org miskin di Argentina & Brazil budak2 kampung main sepak tin, botol sebelum dpt bola sejak kecil..budak kita manja..kecik2 dah merasa pakai but mahal Nike, Adidas etc. walau tempang..badan gempal hari2 telan KFC & McD... otak fokus hiburan..bukak astro mengadap akedemi nyanyi & afundi..pergi sekolah semua nak naik bas & kereta malas jalan kaki..sakit kaki..
Jepun & Korea Selatan moden sendiri dah ubah diet pemakanan mereka, dan telah pun menghasilkan generasi pemain yg tinggi melebihi 6 kaki mcm mat salleh masa kini.. tu pun masih belum dpt beri saingan sengit.
Dunia bola kita dah statik Dato'..lupakan saja kalau tak mampu buat pelaburan mcm Jepun.. nanti awal lagi kita bankrap sebelum 2019. Baik kita tidur dari mimpi di siang hari..
Bola sekarang bukan lagi berpaksi "all star" dan gelecek kaki..ia permainan "team work" & strategi..
Kalau tak Brazil & Argentina tak bungkus lah lawan Holland & Germany..England pasukan perasan & ego tinggi, hakikat mana dia ada 'star' kampung sendiri..semua kelab beli pemain sana sini..lagi tak tau cermin diri..boleh jalan lah MU, Liverpool, Arsenal & Chelsea, Englishmen disease punya mentaliti, org Malaysia tumpang sekaki..
Harap Germany menang lawan Spain..
Tapi sotong kurita ramal Spain menang...hahaha..kalau percaya sotong baik kepala pun potong..batu belum tenggelam, sabut belum timbul, belum tahu sapa untung..apa2 pun bokie bola juga kenyang mengelentong..
Wasallam
("/)
Jerman kalah. Spain menang.
Mungkinkah Jerman kalah sebab Paul Octopus Si Sotong Kurita kata Kalah? Mungkin ada benarnya, bilamana semua ramalannya secara kebetulan tepat, maka mereka terus percaya, hatta pemain-pemainpun mungkin juga dah terpengaruh, kerana sifat orang kafir, percaya kepada perkara khurafat, tenung nasib.
Apapun, hujah saya sebelum ini sebab pemain tengah Spain, Ineasta, Xavi bermain cemerlang, dengan Xabi juga bertindak jadi pemain tengah, tinggal Puyol dibelakang kerja seperti lipas kudung!
Jerman juga pincang di sebelah kanan kerana Muller tak ada, kalau diperhatikan perlawanan sebelum ini, gerakan sebelah kanan Jerman gandingan Lahm dan Muller banyak membantu jaringan gol, berbanding gandingan sebelah kiri Lucas Podoski dan Ozil Misut.
Lepas ni, ada pula gelaran paling,paling, paling.
Gol paling menarik
Gollie paling cekap
Penyerang paling baik
dll.
Yang saya perhatikan,
Gol paling menarik, jaringan terbang Hienze, Argentina.
Sepakan padu paling laju, Ludas Podoski Jerman
Sepakan lencung curly banana kick paling menjadi, Diega Forlan.
Spain vs Belanda, saya pilih Spain.
Salam Dato',
Rasa nak makan sotong goreng tepung hari ini..
Final Spain vs Holland..
Enjoy....... & after that back to productive work mode..
wasallam
("/)
Salam Kasih dan Sayang
Datuk AKJ
Izinkan,
Sujini said...
Saya rasa lagi seksa golf, pukul bola supaya masuk ke lobang kecil.
Kepada orang seperti 'Sujini', dah sahlah kami ini Gulungan Orang Lemah Fikiran..
Namun G.O.L.F. tetap sukan pujaan hati kuu.. Gulungan Orang Lapang Fikiran..
he! he! he!
Saudara kita ini nampaknya bukan peminat sukan..mungkin seorang 'O.K.B.'kot?... Orang Kaki Bangku!
ho! ho! ho!
Seperti gurauan 'Sujini'...
'Hidup mesti berlawak, kalau tidak akan jadi sawan'.
Alfatihah, Amin.
Ps. Datuk, ramalan kami Germany Juara 2010 meleset nampaknya..untuk final Spain lwn Belanda, kami ikut je kelembutan bahasa Sdr. Langitbiru... pilih Spain. Buat ramalan... perkara kurafat, tenung nasib.
TAK PAYAHLAH SIBUK SANGAT DENGAN PIALA DUNIA NI, BUKANNYA MALAYSIA MASUK PUN. LAGIPUN BOOKIE2 TARAF DUNIA DAH RANCANG DAH KEPUTUSAN FIFA 2010.
Orang kita sibuk bertaruh semasa menonton terutamanya di kedai makan. Samada bertaruh duit, belanja, rokok dsb, haram semuanya. Pengaruh berjudi/bertaruh ni dah berjangkit ke peringkat sekolah. Budak kecik pun dah pandai bet. Yang main Fantasy football, takkan main gitu2 je. Taruhan mesti ada punya.
Pandangan peribadi saya, FIFA 2010 ni berjaya mengalihkan tumpuan dunia dari kekejaman Israel baru2 ini. Lebih menyedihkan, ramai pula penyokong pasukan dari negara2 yang menyokong Israel dan menindas umat Islam. Apa nak buat, pepata mengatakan, Melayu Mudah Lupa.
Ramai sangat yang bermati-matian menyokong german, spain, argentina dll walaupun tak pernah pergi ke sana dan tak reti pun bercakap bahasa mereka. Apatah lagi membeli jersi dan barangan original.
Sanggup berjaga atau bangun malam untuk menyaksikan perlawanan, subuh kantoi. Tak sanggup bangun malam untuk tahajud. Bila semuanya bola, agama dilupakan. Berjaya benar taktik Israel untuk memesongkan umat Islam melalui sukan.
~Peace
Salam Kasih dan Sayang
Datuk AKJ
Izinkan,
Anonymous said...
Pandangan peribadi saya, FIFA 2010 ni berjaya mengalihkan tumpuan dunia dari kekejaman Israel baru2 ini.. Apa nak buat, pepata mengatakan, Melayu Mudah Lupa.
Tidak terlintas pula dalam benak melayu ini, President FIFA 'Jules Rimet' penggerak utama Piala Dunia pada tahun 1930 diUruguay perpandangan sejauh sdr. kita ini.. hingga 'Berjaya benar taktik Israel untuk memesongkan umat Islam SEDUNIA melalui sukan'. Ada yang kantoi solat subuh..ada tinggalkan zuhur, asar, maghrib dan Isha'.. ikut waktu GMT masing2, lah.
Ada kemungkinan Jules Rimet seorang rakyat Peranchis berketurunan Yahudi?... POSSIBLE... IMPOSSIBLE?
Apo nak dikato..seluruh dunia termasuk persatuan bolasepak negara2 Islam telah terpedaya dengan muslihat FIFA bersekongkol dengan Israel.
Nampaknya, bukan Melayu saja Mudah Lupa..satu dunia MUSLIM!... Masyaallah.
Bagi peminat Piala Dunia yang masih hidup dan mampu menonton... Alhamdulillah.
~Peace
Alfatihah, Amin.
Post a Comment