Thursday, August 19, 2010

Puasa Zaman Dolu Kala

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anoynymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS Langitbiru, dalam salah satu komennya, antara lain, berkata: “Berbanding zaman Pak Lah yang mana Dato' begitu hebat mengkritik kepimpinan Pak Lah, tapi kepimpinan Najib nampak Dato' nak kritik "malu-malu kucing."

Manakala pembahas Sinbad pula, antara lain, berkata: “Sempena Ramadhan ini, saya harap Datuk dapat bercerita sedikit tentang nostalgia berpuasa di zaman "dolu-dolu".

Kepada Saudara Langitbiru, saya memberi tindak balas kepada sesuatu perkara dengan tiga cara. Pertama, saya setuju dengan memuji atau berdian diri. Kedua, saya tidak bersetuju dengan mengkritik atau berdiam diri. Dan ketiga saya berkecuali.

Ada waktunya saya menyatakan sikap berkecuali saya itu secara terbuka dan ada masa saya berdiam diri. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik.

Ada pembahas yang kata saya rapat dengan kepemimpinan negara. Tak betul kot? Dulu boleh jadilah. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pasir berubah.

Apa kita nak kata, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak ada Kabinet, ada Majlis Tertinggi Umno dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional, ada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), ada pembantu biasa dan pembantu khas, ada think-tank, ada kementerian, ada jabatan dan ada agensi yang boleh bagi maklum balas dan nasihat.

Bagi yang lain, termasuklah kita yang berbahas dalam blog ini, sekiranya kita sudah sampai umur mengundi dan sudah mendaftar sebagai pemilih, kita boleh memberikan tindak balas mutakhir (ultimate) kita bila tiba pilihan raya.

Mengenai cerita zaman “dolu-dolu” seperti Saudara Sinbab cadangkan, saya rasa kita semua boleh renung kembali waktu yang sudah berlalu mengikut usia dan pengalaman kita masing-masing.

Yang muda dengan pengalaman berpuasa di kolej atau di luar negara. Yang tua dengan cerita beli air batu berbalut sekam dan habuk kayu pada zaman “dolu kala.”

Yang muda dikejutkan untuk bersahur oleh “alarm” telefon bimbit. Yang tua oleh kokok ayam atau budak-budak mengetuk gendang raya di masjid atau berjalan keliling kampung memukul ketuk atau tok-tok.

Cerita beli air batu ketul cukup menarik. Kalau lambat sampai ke pekan, air batu habis dijual. Kalau tidak dibungkus dengan kemas, air batu cair sebelum sampai ke rumah. Kalau sampai rumah awal, kena bungkus dengan guni untuk cegah cair.

Waktu itu, kita minum sirap perasa ros, sarsi, air sarbat atau ais bandung. Ada orang kata, sarbat itu dipadankan daripada perkataan Perancis “sorbet” (dibunyikan sorbei) atau “sherbert,” sejenis hidangan lepas makan yang diperbuat daripada air gula berperisa buah-buahan.

Boleh jadi betul, sebab mengikut pengistilahan, perkataan “sorbet” dan “sherbert” dipadankan daripada istilah bahasa Turki “serbat” atau bahasa Parsi “sharbat” yang asalnya daripada bahasa Arab “sharbat” yang bermaksud minuman atau jus buah-buahan.

Sekarang tak ada lagi orang jual air batu ketul dan jarang sekali air sarbat dihidangkan. Air batu pula tersedia dalam peti sejuk di rumah.

Selepas sembahyang tarawih ada moreh. Dulu moreh disediakan bergilir-gilir. Kita masak di rumah dan hantar ke masjid atau madrasah. Sumbangan istimewa keluarga saya adalah bihun goreng dengan daging atau udang.

Jabatan Agama tidak pungut zakat fitrah. Jadi kita bagi kepada orang miskin, anak yatim, tok-tok guru, orang catat, tok-tok lebai dan ibu tunggal. Kita bagi beras.

Pada beberapa hari sebelum raya, ramailah oleh miskin (orang susah) berkumpul di masjid dengan karung tepung gandum menanti orang datang bayar fitrah -- segantang beras seorang.

Ada penerima fitrah bawa balik beras untuk dimakan dan ada pula yang jual di kedai Cina untuk dapatkan wang tunai.

Membeli baju dan kasut raya saat paling gembira kerana itulah pakaian baru untuk sepanjang tahun bagi kebanyakan budak-budak kampung. Pakai kasut baru sampai “melecir” tumit. Bila dah tak tahan, kasut naik tuan.

Penghujung puasa paling mencabar dan menggugat iman apabila emak mula membuat kuih raya. Kuih istimewa emak saya adalah bahulu (buah hulu) telur itik yang dibakar dengan sabut kelapa.

Kita kurang lain mercun. Itu permainan budak-budak “ponen”. Budak-budak hero main “meriam kabat” (carbide/karbida). Ada meriam buluh, meriam tanah dan meriam tin. Salah-salah bakar buta mata, putus jari.

Itulah antara cerita bulan puasa saya zaman dulu kala. Nostalgia dan sejarah.

58 comments:

mat nisfu said...

Hmmmm, nostalgia lama tu Datuk. Teringat beli ais ketoi dibalut serbuk kayu. Kalu cuaca panas, ais tu dah "cayaq" bila smpai rumah. Alahai, tinggal kecik je.Mula le tok wan membebel.

Teringat juga seorang kawan dari alor staq yang ikut saya mai KL. Kat kedai makan, bila pelayan tanya, nak minum apa? Sahabat saya ni jawab, "ais katok ada ka"?. Berkeriut muka pelayan tu. Terpaksa saya cakap "tolong bagi air sirap".

Kat mana nak cari ais kepai kat KL ni. Bunyinye srrruuppppppp... Sedapnya hirup ais kepai ni.

Sarjan Hassan said...

Dato

Cerita puasa dolu kala, yang paling saya ingat ialah tentang kekalutan tentang azan magrib waktu berbuka.

Bapak saya biasa ikut azan kat radio, manakala mak saya lebih percaya kat bilal masjid yang mana corong mikropon dan tuan punya suara sama sama dah tua. Biasanye azan lewat le sikit.

Alasan bapak saya ialah Tok Bilal tu mesti lah minum air dan makan kurma dulu sebelum dia ada tenaga nak panggil azan....

Fening kepala anak anak yang dah tak tahan tengok air sirap bandung.

hangkedee said...

Dahulu orang cina dok di kampong macam isi dengan kuku tetapi sekarang cina kaya depa macam kuku besi nak perintah Malaysia

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Saye orang Kelumpo(KL)(Key ell)tak banyak nostalgia zaman saye yg serba maju.

Tapi abah selalu cite, bila nak raya gi beli belah kat chow kit road atau kat jalan petaling(Petaling street)penuh orang melayu berbelanja disana tapi tak de sorang pon orang melayu yang jadi peniaga.Peniaga cina pulak tu mcm samseng,harga bole tawar menawar tapi tak bole tak jadi beli, kalau tak jadi siap kena maki hamun,(Kalau mau murah bikin sendiri lah atau kalau tak de wang jangan tanya, suei katenya)begitulah angkuhnya mereka.

Begitulah keadaanya di key ell sebelum 13 mei berlaku.

Hanezam said...

Dearest Datuk,

di kampung kami orang masih bayag zakat fitrah direct dekat orang miskin. Saya sendiri tiap-tiap tahun akan bayag fitrah kepada ibu tunggal pilihan saya dalam kampung kami.

Agaknya teknologi pembuatan dan pemasaran aih ketui di zaman kita tidak ada bezapun pun. Saya pun dulu beli aih ketui yang dilomog dalam sekam atau abuk ketam kayu. Ketui aih tu besag sangat dan dipotong kecik-ikut saiz kita nak beli dengan menggunakan gaji. Dah beli, kena balik rumah cepat-cepat nanti aih cayag.

Datuk dan pembaca-pembaca blog Datuk,
Selamat menyempurnakan ibadah puasa. Biarlah Ramadhan kali ini jadi yang terbaik pernah kita jalani

Nandre The Legend said...

ya dato,

seronok betui bila dok teringat zaman dulu-dulu posa kat kampong. saya dulu masa kecik, jadi org kuat pasang pelita panjut kelilin rumah.. Saya asai dari perak, dok kat perak utara..

main mercun semua tu biasa la..

malam raya pi pusin satu kampung naik motor, masa tu tadak lesen lagi, bapak dok bagi naik motor masa raya tu la...

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat yang dihormati,

Saya di kampung ni. Buka posa dengan mak.

Tadi pi mengai ikan puyu -- Mat Salleh kata, climbing perch. Dapat la dalam 20 ekor. Adik dok tengah siang. Nak goreng garin.

Ulam pun banyak. Jantung pisang, pucuk cemumaq, umbut kantan, umbut lengkuas, pucuk kadok dan cekoq.

Tu la makanan kegemaran saya. Cabai dengan ulam wajib. Selera oghang kampung.

Hujan. Romantis "giler". Pinjam slang orang muda.

Selamat berbuka puasa.

Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati. Alhamdulillah kita akan masuk hari kesepuluh puasa Ramadhan esok hari , Insyaallah. Allah sayangkan kita dengan memberi kita masa untuk membetulkan arah hidup kita jika tersasar.Buat kali pertamanya ramai orang Melayu yang hilang kedudukan dengan sekelip mata lepas pilihan raya ke 12 berfikir dimana berlaku silapnya dan apa yang harus dilakukan untuk mendapatkan kembali kedudukan. Moga-moga Allah akan memberi petunjuk ke jalan yang benar.

Seperti yang Dato' nyatakan kita sebagai pembahas tidak dapat membuat apa-apa selain dari keluar mengundi pada pilihan raya.Kita bagaimanpun perlu terus menjalankankan tanggungjawab kita untuk ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran. Kontroversi yang paling besar sekarang adalah perbalahan antara Presiden MCA dan Timbalan Presiden UMNO. Sebagai rakyat saya berharap tiada mana-mana pihak bertindak mencetuskan pergaduhan kaum.Pada saya tiada salahnya seseorang meminta apa yang diperlunya . Yang perlu adalah pihak berkuasa bertegas menolak apa-apa yang bercanggah dengan Perlembagaann dan apa-apa yang dipersetujui sebelum ini. Apa yang tidak kena adalah isu tidak dibincang dengan terbuka tetapi disebalik tabir.Pada pandangan kasar banyak kepenting Bumiputera telah terlepas selama 50 tahun yang lepas tanpa mendapat apa-apa dari pihak lain.

Bersabit dengan main mercun dan meriam buluh saya teringat ada orang membuat meriam dari paip besi 10 inci tinggalan lombong bijeh. Dentuman terlalu kuat hingga polis keluar mencarinya. Ini menyebabkan penembak meriam dan rakan-rakanya lari bertempiran.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

ibrahim yahaya said...

Tok,

Waaa...semuanya sedap di kampung. Selamat berbuka tok.

OKJ said...

Salam DAKJ

Ulam ni pahit rasanya. Tapi bila dimakan dengan budu, sedap pulak dan bertambah selera. Yg paling saya suka ialah bunga kunyit, kemudian pucuk ketereh dan ulam raja. Ayah pulak suka makan jeruk maman dengan ikan jeruk. Ikan tamban yg penuh tulang menjadi sumber protein kami masa dulu, tapi tak pernah pulak lekat tulangnya (atau mungkin tak ingat kut). Satu lagi masak asam pedas batang keladi, memang sedap.

Bulan puasa pulak, menu berbuka, bubuk lambuk jelah tiap-tiap hari. Cuma saya terkilan sikit sebab kuih TEPUNG PASUNG, kegemaran nenek dan juga saya, susah betul nak jumpa dan dah tak jumpa-jumpa sekarang. Mungkin dah masuk dalam ‘Endangered meal'. Kalau sesiapa yg tahu nak beli kat mana, tolong khabarkan. Sekian, selamat berbuka dan menjamu selera. TQ.

hazimah said...

Dato. bila posa teringat pasai raya posa.saya mass dulu-dulu orang amat miskin.hari raya pakai baju sekolah dan kasut sekolah.ayah beli pakai raya terus dengan persiapan pi sekolah.teringat lagi tahun 60an baju puteh seluak hitam beg rotan.paling teringat malam raya baru pi beli baju raya.pasai ptg itu baru dapat gaji motong getah.saya dan semua adik beradiek serupa la dato.masa tu cukop susah.ayah dan emak saya pakai baju lama juga.cuma salin kain pelikat untok ayah emak satu kain batik.saya cukop perihatin dgn orang susah.orang lain hanya melihat.tapi saya alami sendiri.masa masuk lower six ayah jual semua barang kemas emak.masa masuk usm ayah jual tanah.nasib baik saya merasai kesusahan dan kemiskinan membuatkan saya tidak lupa diri.Syukor la dato.bila posa sahaja teringat pasai raya yg seronok juga waktu dulu.

Anonymous said...

Ybhg Datuk

saya masih ingat lagi semasa darjah dua. Cikgu tanya cita-cita setiap murid. Ramai yang kata bila besar nak jual ais sebab tertarik dengan budak budak besar yg diupah jual ais ketul masa bulan puasa.
Jadi kakau cerita bab puasa zanan dulu-dulu tidak lengkap kalau tidak cerita ais ketul selimut habuk papan.

Melayu Lama

alunbm said...

Apa yang Dato' ceritakan ini semua pernah saya alami beli ketui ais dilumur dengan abuk kayu buat saya senyum sendirian kenang masa lalu.
Main meriam tin meriam buloh meriam tanah sambil duk usung pelita merata dan sehelai daun nyiok kering untuk dibuat tempat cucuh.Hari raya ketiga sebuk pulak pi ke pekan sama kawan kawan pi tenguk wayang masa tu harga tiket baru 45sen kelas 3 dan 7kupang kelas i.Hanya tiket kelas 3 saja yang selalu dibeli. he he he

Masa beredar zaman berubah apa yang pasti pengalaman seperti itu tidak akan dilalui lagi oleh anak anak saya.

Drebar Lori said...

Ha'aa..Nostalgia posa zaman dolu kala..
Betui Datuk..dulu budak lelaki yang main bunga api dan mercun tu kira 'ponen' ( pondan ).
Saya memang expert buat meriam buluh. Buluh tu kena buluh ketin sebab tebal dan ruas panjang.
Senang sangat nak buatnya...potong buluh tu dalam 4 kaki panjang. Tojah ruas dalam tu biar berlubang- lubang. Yang hujung sekali jangan tojah la. Lepas tu buat lubang kat hujung buluh yang dah siap di tojah ruas tu. Lubang tu tebuk belah atas buluh tu.Lepas tu buat kayu pangkah untuk letak meriam ni..lbih kurang 30 degree sendeng.
Lepas tu ambil tin sardin potong separuh dan paku atau ikat pada kayu buat seperti penyeduk air.
Ok...sekarang sedia untuk letup.
Masukkan kabat ( carbaid ) sebesar 2 jari ke dalam tin sardin tadi dan jolokkan masuk ke dalam meriam buluh. Pastikan tin sardin ni sampai ke lubang yang di buat di hujung meriam tu. Lepas tu masukkan air...dengar seperti air mendidih bila air bercampur kabat.
Ha'aa...lepas tu apa lagi...cucuh kat lubang tu...Cucuh guna kayu/ daun nyiur yang panjang sikit...
Meletoppp...huishhh..memang power...tapi ya lah..setakat mana power pun...Meriam Buluh...umpama UMNO benci rasuah je lah...ahhakkss

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap tentang makanan lagi, satu lagi kuih yg ramai tak berapa tahu ialah kuih temosa. Bagi sayalah, ianya lebih sedap dari karipap. Ramai orang Kelantan suka makan jala mas, buah tanjung dan akak. Memang manis. Ada orang kata kuih akok lebih sedap tapi saya rasa bahulu lagi sedap. Satu lagi, saya pernah makan kuih orang asli, diparutnya jagung dan dimasukkan ke dalam buluh lalu dibakar. Boleh tahan juga sedapnya.

Cuma saya mengidam sangat nak makan snook fish selain dari ikan kelah. Sekian, TQ. Maaf tersilap taip bubur jadi bubuk.

pakbelalang said...

Kenangan pada zaman kecil saya dulu bila bulan puasa kerja saya ialah tuang minyak tanah masukkan dalan lebeh kurang 20 lampu raya di pasang di sekeliling rumah. Masa tu tak ada lampu letrik. Jadi bila pulang dari terawikh di masjid naik basikal nampaklah lorong nak balik ke rumah.

Tapi malangnya lampu raya selalu kena kebas oleh budak-budak nakal sekampong dan terpaksa di ganti beli lampu baru. Waktu itu satu lampu harganya 20 sen.

Saya merasa juga bermain meriam buluh. Masa tu tak kesah tentang bahaya main meriam buluh.
Bapa pun tak melarangnya. Mungkin sudah menjadi tradisi turun menurun main meriam dikampong pada tiap bulan puasa.

Semasa dikampong saya tidak pernah dapat berbuka puasa bersama bapa saya kerana dia berbuka di masjid. Ibu saya akan bekalkan makanan di bawa ke masjid untuk sama-sama kongsi juadah bersama-sama mereka yang berbuka dimasjid.

meriam buluh said...

Salam Dato

Antara cerita puasa zaman dulu yang kuat di ingatan saya adalah malam-malam Lailatul Qadar.

Disekolah, guru agama manakala di masjid pula imam dan rumah pula ibubapa akan mengingatkan anak anak kelebihan malam tersebut.

Dahulu kanak kanak biasanya akan diberitahu bahawa jika mereka terserempak dengan kejadian alam yg luarbiasa, maka mereka mungkin antara manusia yg terpilih dan beruntung.

Maka setiap hujung bulan ramadhan, ada sahaja "claim" dari rakan rakan saya bahawa mereka nampak perkara luarbiasa pada malam sebelumnya. Ada diantara mereka yang belum berkhatan pun lagi!

Sekarang bila saya ingat balik, mungkin itu rezeki dan hak masing masing.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Hazimah, itulah "untungnya" kita yang melihat dan merasa kemiskinan.

Tapi ramai pembesar kita hari ini lahir dengan sudu emas dan tidak melihat kemiskinan. Jadi mereka tak tahu "what it means to be poor."

Saya sangat bimbang bahawa di tangan orang seperti ini, orang miskin akan menjadi lebih miskin kerana mereka tidak faham dan tidak peduli.

Hari ini, kalau kita hidup senang, kita tetap boleh rasakan kesusahan orang miskin, dan sejauh yang terdaya, kita bantu.

Di kampung saya ini masih ramai orang miskin. Ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan orabg tua. Sebelum puasa, kami memberi zakat dan bersedekah. Dulu ayah uruskan. Sekarang emak ambil alih kerana ayah tidak ada lagi. Dah lebih setahun dia meninggal.

Tapi ramai juga orang miskin yang jadi kaya dan senang lenang lupa kepada suku sakat mereka yang masih susah.

Sdr OKJ, bunga kunyit? Nyam-nyam, kegemaran saya juga tu. Tadi pi selak rumpun kunyit, tapi tak ada bunga.

Terima kasih kepada semua pembahas kerana berkongsi pengalaman dan kenangan.

Anonymous said...

pepatah melayu dolu kala:

masuk bakul angkat sendiri.

pepatah melayu la nie bercambah menjadi...

mata lebam tumbuk sendiri...
hilang nyawa cekik sendiri...
hancur badan letup sendiri...
dubur koyak liwat sendiri??


minah ronggeng

abdullahngah said...

Datuk Kadir jasin,

Banyak harta macam pemimpin umno sekarang adalah ujian daripada Allah.

Demikian juga miskin.

Mereka diuji dengan kesabaran menanggung beban, termasuk kos sara hidup yang semakin tinggi.

macam tidak boleh dikawal lago oleh kerajaan yang memerintah.

Yang paling saya bimbang sekali ada diantara para pemimpin UMNO dahulu dan sekarang semacam nak jadi macam qarun yang dianugerahkan dengan kekayaan dan derhaka kepada Allah.

Bimbang para pemimpin UMNO juga turut derhaka kepada Allah setelah dianugerahkan kekayaan yang melimpah ruah.

Diam memang boleh, tapi jika kita diam apa bila melihat orang buat salah, maka dosalah jawapnya.

Orang buat salah pasti berdosa, tapi kita yang tahu mereka buat salah buat diam atau tak mahu menegurnya juga berdosa sama.

Sokong dosa, diam pun dosa. sama sama berdosa.

Anonymous said...

Sebenarnya seronok bila dikenang2 cerita2 kenangan lama. Tetapi apa yg saya nampak amat berbeza dulu dan sekarang ialah ketika solat tarawih sekarang budak2 lelaki tak pergi solat. Yg pergi hanya golongan dewasa. Zaman dulu bdk2 lelaki inilah yg tukang sambut "sollohloh....wasallam alaiiih" selepas bilal membacakan selawat dengan begitu gamat yang pastinya menyemarakkan suasana Ramadan di dlm kg.itu. Sekarang ini, yg terdengar hanya suara bilal jika masjid menggunakan pembesar suara. Jika tidak, tak perasan pun solat tarawih sdg berjln jika dilihat dr luar. Tak adalah meriahnya. Selain itu apa yg paling ptg, generasi muda sekarang semakin dilalaikan drp sambutan sepatutnya dlm bulan Ramadan al mubarak ini . Itulah yg sedihnya. -------drp makngah

Pegawai Khalwat said...

Dato', tumpang tanya.
Bahulu telur itik tu, telur itik nila atau itik air?

MalaysianKita said...

Ya Tok, di kampung saya dulu, bertukar juadah dan hidangan berbuka puasa adalah satu kemestian di kalangan jiran-jiran.

Kerap juga Masjid anjur majlis berbuka puasa dengan makanan, juadah berbuka puasa semua dibawa oleh penduduk kampung. Itu satu kelebihan hidup bermasyarakat zaman dulu.

Ya, kalau dulu dikampung-kampung amalan gotong royong satu kebiasaan. Hari ini, amalan gotong royong diganti dengan upah-mengupah!

MalaysianKita said...

Berdiam diri Dato’ boleh jadi setuju, boleh jadi memuji.

Berdiam diri Dato’ boleh jadi tidak bersetuju, boleh jadi mengkritik.

Berdiam diri Dato’ boleh jadi berkecuali.

Maka, Berdiam diri Dato’ boleh jadi setuju,tidak setuju atau berkecuali.

Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik. Dalam keadaan macammana?

Berdiam diri para ulama juga salah satu sebab jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah, Uthmaniah.
Berdiam diri dari kemunafikan dan kemungkaran pemerintah, walaupun diketahui dengan jelas pasti itulah salah satu sebab jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah, Uthmaniah.

Berapa ramai para Ulama yang tidak berdiam diri dari kemunafikan dan kemungkaran para pemerintah dipenjara, diseksa, dibunuh dan dipenggal leher mereka. Inilah Jihad paling Agung, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Bukankah kita pernah mendengar kisah seorang Ulama dizaman Abbasiyah yang dipenggal lehernya, tetapi mulutnya masih lagi berkata-kata menyeru kepada Islam terhadap pemimpin yang zalim!

Ya, Seruan Kepada Islam. Islam Untuk Semua. Nabi Muhammad s.a.w menyeru Bangsa Quraisy kepada Islam, BUKANNYA menyeru kepada Semangat Kebangsaan Quraisy. Dengan Islam, Bangsa Quraisy bersatu-padu. Dengan Islam Aus dan Khajraj yang berasal dari Yaman bersatu. Jika Muhammad saw menyeru kepada Semangat Kebangsaan, MUSTAHIL Quraisy berbaik-baik dengan Aus dan Khajrah. (Saya tidak faham mengapa Mufti Harussemua berterusan menyeru kepada Perpaduan Bangsa Melayu!)

Hebatnya Seruan Kepada Islam, Abu Jahal musuh no 1 Muhammad saw tetapi anaknya Ikrimah dilantik menjadi Panglima Perang Muslimin dan Pentafsir Quran yang hebat selepas Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.

Hebatnya Seruan Kepada Islam, Hulago yang membakar Baghdad dan menjatuhkan Kerajaan Islam Abbasiyah, tetapi cicit-cicitnya yang mendiami bumi Arab menjadi 4 tokoh hadis sahih termasyur iaitu Bukhari, Muslim,Ibnu Majah dan Abu Daud.

Seruan Kepada Islam juga diiringi Doa, senjata paling ampuh bagi Kaum Muslimin yang beriman. Nabi saw berdoa ke hadrat Allah swt agar diberi petunjuk dan hidayah kepada antara 2 Umar, iaitu Umar Al-Khattab dan Umar Al-Hakam (Abu JAhal). Maka tidaklah salah kalau pemimpin UMNO mahu berdoa agar diberi petunjuk kepada Samy Vellu, Soi Lek,Murugiah, Koh Tsu Koon dll. Juga tidaklah salah kalau ada yang berdoa agar Lim Guan Eng diberi petunjuk dan hidayah. KERANA Nabi saw pernah berdoa kepada Umar Al-Hakam (Abu Jahal) dan Umar Al-Khattab!

Jika Kaum Kafir menolak Islam, mereka bolehjadi tergolong kepada 3 jenis manusia. Pertama, seperti Abu Jahal, yang berterusan menentang Islam. Kedua, seperti Abdullah Bin Ubai, Bapa Munafik. Ketiga, seperti Abu Talib,tidak menerima Islam tapi redha dengan Islam. Kalau seruan kepada Islam ditolak, sekurang-kurangnya mereka tergolong dalam jenis yang ke 3!

affendi hussain said...

Salam Dato' AKJ..

Cerita dolu kala ni sama la mcm cerita dolu kala punya pemimpin dgn skrg..

dulu pemimpin asal org2 kampung jugak, sebab tu perjuangan mereka ingat org2 miskin..

pemimpin skrg celik2 dah "silver spooned".. istilah sudu emas Dato' kira lagi ekstrem bunyinya tetapi relavan dgn situasi skrg..

dulu hanya ada jutawan..skrg billionwan (laksawan) atau yg bunyi ala2 angka-sawan..sedangkan yg miskin susah nak cari makan pucuk paku rawan..

teringat masakan mak mcm kerabu2 pegaga, jantung pisang, paku rawan dan segala mak nenek kerabu dan gulai ikan talang dgn terungnya..tapi nak wat lagu mana..mak sakit tenat skrg..mungkin ini peluang Allah s.w.t bagi utk anaknya berbakti kali terakhir pula..

wallahualam bis sawwab..

(",)

Tinta Hitam said...

masa tarawih zaman dulu ianya dibuat dgn cepat sampai kesempurnaan sembahyang tu di "compromise".Saya kurang pasti dimana dtgnya pendapat perlu buat cepat cepat tu.Inilah pendapat mengarut yg mengambil masa yg lama utk berubah.Alhamdulillah berkat usah usaha NGO NGO Islam pd thaun 80an amalan karut ni berjaya dibenteras.Yang peliknya mana pergi ustaz ustaz dan tok guru tok guru yg berdiam diri dari menegur amalan salah ini?

Nostalgia lain tu saya rasa sahabat sahabat lain dah byk komen sebab pengalaman tu lebih kurang aje.

SELAMAT BERPUASA PADA DATUK DAN SAHABAT SEMUA

amarneng said...

Salam Dato,

Saya percaya semua kita ada pengalaman dan kenangan yang indah semasa kecil ketika menjalani ibadah puasa..

Sekarang ini, kehidupan sudah berubah, anak-anak kita sibuk dengan permainan komputer dan mengunjungi pusat-pusat siber sementara menunggu waktu berbuka,berbanding masa lalu.

Jika masa lalu juadah berbuka,ibu sediakan pengat labu atau pengat ubi kayu, sudah syukur tapi sekarang banyak juadah dijual dan dapat dinikmati anak-anak kita,anak-anak kita kurang mengenali "pengat" atau " kolak" bagi kaum Jawa.

Jika di daerah saya Batu Pahat,selepas berterawih dan bertadarus, masa lalu kami bermain "kotekan" bagi menandakan esok masih berpuasa...alat seperti bedok,kentong kayu menjadi mainan kami.Tapi sekarang tiada lagi...

40 tahun lalu nostalgia bulan puasa memberi sejuta pengertian dan memori generasi hari ini,saya bersyukur Dato kerana masih diberi peluang menjalani kehidupan sebagai umat Islam dan orang Melayu.

Sekian Amarneng.

Anonymous said...

Ybhg Datuk,

Pakbelalang, yang kebas tu saya lah dengan kawan-kawan. Tapi saya tak kebas lampu, saya cuma ambil minyak sahaja. Di kampung saya kebas mengebas minyak pelita raya perkara biasa. Hari ini saya kebas minyak orang, Semalam orang kebas minyak saya. Yang kebas dan kena kebas bukan oran lain, sepupu sepapat juga.

Zaman dulu lampu buat dgn buluh. Sumbu buat daripada tali guni. Kalau tak ada tali guni kami buat dengan perca kain buruk.
Teringat masa itu.

Melayu Lama

Anonymous said...

Datuk,
Pada awal 1960 sayalah jaguh kampong kami bila bulan posa. Saya penjuall ais ketul dengan modal hanya 3 ringgit dapat belai satu bantai potong 50 ketul. Untung 2 ringgit jika laku semua.Bagi pelanggan yang buat tempahan, saya kena 1 ringgit sepanjang bulan posa itu (deleveri charge). Surau 5 ketul setiap hari bail kepada tuan more (1 ringgit) 100 percent untung. malam 27 kira untung lepas teraweh pi White Palace, beli kasut dan baju raya. Bayar utang mak 3 ringgit modal awal. Kadang-kadang jual mercun sekupang sekeping. Mercun beli di Pekan Cina, 12 keping 8 kupang untang 4 kupang. Kalau hujang mengeluh sepanjang malam tak untung banyak kerana ais tak ;aku. tapi pelanggan tetap mesti ambil juga kerana dah hantar rain or shine, begitu juga surau. Sepanjang bulan posa jual ais dan merfcun untung 60 ringgit berkepak lah raya. Raya tiga pi Penang, naik ferry terus p[i kedai Ali Picai, beli baju Arrow atau attex baru 10 ringgit sehelai kalau baju Don beli kat kedaio C Moosa di alor Star saja 7sehala sepasang Badminton Master 3.90 sen. raya sakan saya. La ni anak-anak beli sports shoes Nike RM350 sepasang, Baju Utoo RM 200 sepsang, Baju Melayu Din Wahab RM350 sepasang tanpa samping dan songkok lagi. Bila cerita kepada anak-anak tentang zaman saya budak-budak anak-anak tergangga mulut mendengar penderitaan bapak mereka. Esok lusa kena balik Pekan Rabu beli songkoko (dah 3 tahun tak tukar) kueh karas (my favourite) dan bubur caca.
Mee Abu dan Laksa Ya mesti kena sebelum balik KL.

Ex kolejan

Anonymous said...

Dato'

Masalah utama dalam bulan puasa ialah lapar dan dahaga. Ia bukan saja dirasai dalam kepala tetapi dialami oleh perut jua.

Namun perasaan itu hanya untuk beberapa jam saja ia iaitu ketika memasuki waktu tengah hari tetapi beransur hilang di sebelah petang tetapi datang semula memasuki waktu senja.

Kepada golongan yang baru berpuasa, berbagai nasihat diberikan tentang bagaimana mahu mengurangkan perasaan lapar dan dahaga.

Ada yang suruh berehat, ada yang suruh buat kerja, ada yang menonton TV, ada yang membaca, kerapkan mandi dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak keadaan, yang paling membantu dalam mengurangkan dahaga ialah apabila cuaca menjadi redup atau lebih berkesan dari itu apabila hujan turun.

Berbalik pada dahaga, persepsinya ialah air batu dapat mengurangkan perasaan itu dengan cepat dan berkesan. Cumanya adakah ianya benar atau 'karut'?

Apapun dengan persepsi itu, peniaga air batu mendapat faedah terutama kalau cuaca adalah berbahang dan panas terik.

Apabila cuaca redup atau hujan turun sepanjang hari, keperluan terhadap air batu dengan sendirinya berkurang.

Walau pun di simpan dalam habuk kayu, air batu terus cair sedikit demi sedikit dan sampai pada keesokan harinya yang tinggal dalam peti kayu hanyalah serbuk kayu saja.

ALPASIKU

Anonymous said...

Tuan Pemblog,

Dalam bulan puasa ini saya tidak ada nostalgia yang mahu dikongsikan. Cumanya saya ada sedikit kemusykilan yang saya ingin ajukan kepada Dato' dan para pembaca.

1. Perlukah pengundi terhutang budi kepada pemimpin yang mereka undi? Iaitu pemimpin yang naik menerusi permainan dan strategi.

2. Kalau ya, apakah caranya yang boleh digunakan dan lebih penting diterimapakai oleh semua mukmin untuk sepanjang zaman, yakni bukan hanya diguna pakai secara ekslusif dan halal untuk satu pihak saja.

3. Apakah mukmin boleh campuradukkan elemen politik kepartian dalam kehidupan spiritualnya dan kalau boleh apakah batas dan hadnya?

4. Tanpa tahu hujung pangkal, tanpa kenal seseorang individu itu secara dekat, tidakkah pelik kalau tup-tup didoakan agar individu itu dan apabila dipertikaikan, lalu ia dipertahanan dengan berbagai alasan dan justifikasi sedangkan umum nampak seolah-olah alasan semua itu terdesak lakunya.

5. Bukankah dalam konteks pengundi dan penjawat, keakraban berpilih-pilih dan di buat-buat hanya mengundang persepsi 'angkat dan bodek'? Atas sebab itu selama ini kalau ada komentar yang melahirkan perasaan terhutang budi, ia di kritik kiri, kanan, atas dan bawah?

6. Kalaulah selama ini mukmin disarankan agar tidak perlu berterima kasih kepada pemimpin politik kerana mereka adalah dilantik menerusi undi, apakah saranan itu boleh diubah sekarang ini?

Kah-Kah-Kah

Ustaz S.H.Alatas said...

Ketika masih kecil dahulu kita sungguh gembira bila dekat bulan Ramadhan. Ayah mendidik anak-anaknya supaya berpuasa dibulan Ramadhan. Barangsiapa dari anak-anaknya yang sanggup berpuasa penuh sehari dibulan Ramadhan, maka anak-nya dibenarkan berbuka bersama keluarga yang berpuasa, dengan mendapat hidangan yang lebih istimewa Sesiapa dari anak-anaknya yang berpuasa, tapi berbuka terlebih dahulu, maka hukumannya, karena tak tahan haus dan lapar, terpaksa berbuka puasa sendirian, atau dengan kumpulan yang tak tahan uji.
Ayah mendidik kami supaya sanggup bangun sahur, walaupun sangat mengantuk, pendek kata kami kanak-kanak merasa amat gembira bila tibanya bulan Ramadhan.

Sungguh berbagai kenangan teringat kembali, untuk mengisi laman web sdr. A.Kadir Jasin, saya kuatir terlalu panjang dan bosan pula orang membacanya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Menipu di bulan puasa

Saya malas nak bercakap tentang isu semasa bulan puasa ni. Tapi bila dalam khutbah Jumaat, tiba-tiba mendoakan kafir masuk Islam dalam bahasa Arab kononnya, rasanya zaman nabi dulu pun tak pernah dibuat. Itulah sifaj khawarij yg membelakangi ketua agama Islam sendiri tapi memudahkan kafir laknatullah.

Dulu kata Ketua kafir dah terima undang-undang Islam. Alih-alih, ketua kafir kata tak sesuai pulak. Lain kali, kalau kafir tu cakap, janganlah cepat percaya sangat. Takut ada udang di sebalik batu. Dah berapa kali nak kena tipu ni bro ??? Tolonglah, janganlah cepat sangat kena tipu lagi.

Satu lagi, bila tengok gambar je boleh bagi diagnosis 80% homiside, Cuma 20% suicide (siap dengan percentage sekali) tapi bila evidence depan mata, tak dapat nak buat diagnosis langsung dan tergantung serta percentage pun hilang dah. Sebab itulah bomoh siam tak boleh practice kat Malaysia, hanya pandai telek gambar je, buat kerja tak reti. Bila ditanya semula, alasannya adalah ANDAIAN itu dibuat untuk post morterm yg kedua. Tapi masih lagi dipercayai oleh pak-pak janggoat. Kitani orang Melayu, kalau nak kena tipu pun biarlah sekali sekala, bukannya setiap masa. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Imam didn’t drop King’s name from sermon, says exco man


GEORGE TOWN: The Penang state government has denied that the state-appointed imam had dropped the name of the King and replaced it with Chief Minister Lim Guan Eng’s name during this week’s Friday prayer.

State executive councillor Abdul Malik Abul Kassin said such talk could have originated from certain committee members of mosques who were out to sabotage the state government’s religious programmes.

“I am sure no rational-thinking mosque official would be disrespectful of the King,” Abdul Malik said yesterday.

He was responding to an allegation by state Umno chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi that an imam in Tasek Gelugor had dropped the King’s name and instead inserted Lim’s name at the end of the Friday sermon.

Dr Ahmad Zahid was reported by a Malay daily as saying that the action by the imam could be viewed as an attempt to replace the King’s role as head of the Penang Religious Council.

Abdul Malik, who is state Religious, Domestic and Consumer Affairs committee chairman, said it was a standard practice for imam and khatib to mention the King and the Yang di-Pertua Negeri at the end of every Friday sermon.

“The allegation is serious, especially during Ramadan. We are studying the possibility of lodging a police report and taking the matter to court,” he added.

He said Dr Ahmad Zahid should have checked with the state first before making the allegation.

He also denied that Lim had handed out “zakat and asnaf” (tithes), saying the Chief Minister only attended such events but had never participated in the handing out of aid to Muslims.

In a related development, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has called for a probe into the media report on the issue.

“Prayers during Friday sermons are reserved for the federal or state religious leader which is the Yang di-Pertuan Agong and the Sultan and not for chief ministers, whether they are Muslims or not,” he


comment:

Kalau perkara ini benar-benar tidak berlaku saya rasa pemimpin UMNO seperti Ahmad Zahid adalah pemimpin yang dah "kehabisan modal". Dia mencari "barangan" murah yang dah tak laku untuk dijadikan modal.

Come on, Ahmad Zahidi, please grow up and be a matured politician and minister. Don't lower your intelligence by picking up something that is not true and make it an issue. This kind of tactic is a thing of the past. People don't buy such tactic. Zaman dah berubah, pemimpin UMNO masih ditakuk lama.

Tapi kalau benar ianya berlaku maka kerajaan Pulau Pinang dah mula nak tunjukkan belangnya untuk menghina orang Melayu.

azhar said...

salam dato

pengalaman lama yang akan tinggal dalam kenangan jika kita masih hidup,dan tinggal dalam sejarah jika ditulis/dibukukan.

selamat berpuasa

azhar said...

salam dato

pengalaman lama yang akan tinggal dalam kenangan jika kita masih hidup,dan tinggal dalam sejarah jika ditulis/dibukukan.

selamat berpuasa

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT

Berpuasa dan berbuka di kampung dan pada zaman kanak2 mmg cukup indah dan menarik.ditambah pula dgn kehadiran hariraya,kalau dulu permainan bunga api mmgnya satu kemestian,kalau tak main bunga api mmg mcm tak meriahla hariraya pada tahun tersebut.

Kalau kat kg pun sudah ada bermacam juadah dan murah2 dijual,jika nak dibandingkan dgn juadah skrg ni di tempat saya karipap dijual 5 2 ringgit,alangkah berbezanya jika dibandingkan pada zaman dahulu serba murah dan skrg serba mahal.

Baru2 ini UMNO kg saya mengadakan program "jom sahur" dan datuk saya di kampung terpilih sbg org yg layak menerima bantuan.Maka dtg2la gerembolan ADUN,pemuda serta puterinya utk mengagihkan barang2 keperluan seperti beras,kuih raya kepada datuk saya.

Datuk saya berusia dalam 91 tahun dan sepanjang usianya sebelum ini belum pernah merasai sumbangan yg sebegitu walaupun telah berkhidmat dgn UMNO selama berpuluh tahun sebelum ini.
Nampaknya cara pemberian pun tidak tepat pada saya kerana lebih berdasarkan kroni juga

saya berharap juga agar UMNO dapat mengagihkan bantuan kepada org yg berhak dan bkn kepada kroni atau kenalan semata2.Dan jgnlah segala sumbangan itu dibuat atas nama parti politik semata2 sebaliknya di buat atas nama kerajaan negeri kerana segala bantuan tersebut semestinya dari hasil cukai rakyat.

Maka dalam bulan ramdhan ini agihkanla seadil2nya mengikut Islam.

Kamal Melaka

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Bila Dato' buka cerita lama saya terus terpanggil untuk mengambil bahagian. Bukan apa, kalau kita buka cerita dolu2, kita akan terasa diri kita bertambah muda sikit. Jiwa terus jadi tenteram.

2. Dulu masa zaman saya kecil dalam tahun 50an dan 60an tidak ada Pasar Ramadhan. Yang ada hanyalah kita saling tukar hantaran juadah kuih dengan jiran2. Kadang2 kuih yang diterima dari hantaran jiran terlalu banyak hingga tak habis makan. Sebelah malam pula selepas Terawih ada pula more. Jadi mana boleh habis. Tapi yang penting ialah kita dapat mengeratkan hubungan salitulrahim dengan jiran2 kita.

3. Tapi hari ini kalau tidak ada Pasar Ramadha, nampaknya tidak ada kuihlah semasa berbuka. Kalau yang rajin,dapatlah buat satu dua jenis untuk makan sendiri. Budaya saling hantaran juadah kepada jiran2 telah lupus dari pandangan.

4. Apa yang dapat kita perhatikan sekarang ialah setiap orang atau setiap keluarga akan membalanjakan di antara RM5/ hingga RM10/ sehari untuk membeli kuih berbuka. Nampum hakikatnya ialah tidak kurang 10% (atau RM0.50 hingga RM1/-) dari kuih2 yang dibeli dari Pasar Ramadhan akan berakhir ke dalam bakul sampah.

5. Jadi terpikir pula dalam kepala otak saya bahawa kenapa tidak setiap pelangan orang Islam yang membeli belah di Pasar Ramadhan itu dapat mengurangkan perbelanjaannya untuk membeli kuih sebanyak RM0.50 hingga RM1/- setiap hari. Wang yang dikurangkan itu sebaliknya diderma dan dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan Palastin yang akan diletakkan di setiap Pasar Ramadhan. Bayangkan jumlah kutipan derma yang akan terkumpul di akhir bulan Ramadhan ini.

6. Cara ini akan menjadikan umat Islam di Malaysia bukan sahaja berhati mulia yang bermurah hati menderma kepada yang memerlukan tapi juga mengajar kita supaya tidak membazir.

Selamat Mencuba.

A KADIR JASIN said...

Pakbelalang, OKJ and others,

What’s the big deal if Guan Eng’s name is mentioned in the Doa Khutbah?

But dropping the King’s name is detestable. In the former Straits Settlement states like Penang, the King is the head of the religion of Islam.

As for praying for LGE, who knows the doa will change his heart towards Islam and he no longer opposes the Darul Islam policy of his Pakatan Rakyat ally, Pas.

Who knows his heart will be endeared to Islam that one day he converts to the religion of the Prophet (PBUH) and becomes a Muslim brother to us.

Thank you.

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Bagi mereka yang di luar Pulau Pinang, mungkin percaya ulasan Utusan Malaysia Dan Zahid Hamidi, mengenai ISU DOA LGE DALAM KHUTBAH JUMAAT.

Perkara tersebut dah 2 bulan berlalu. Kebetulan Zahid Hamidi "melawat kawasannya" di bulan puasa ni, Negeri Pulau Pinang, dikhabarkan kepadanya cerita yang dah lapok, dah lama.

Imam tersebut mula berkenalan baik dengan LGE semasa dalam tahanan ISA kerana LGE buat heboh kes remaja bawah umur yang didakwa dirogol oleh pembesar UMNO Melaka dulu. (YAng dibelanya adalah remaja Islam, natijahnya masuk jel!).Dalam tahanan ISA, macam-macam buku dibaca oleh tahanan kerana itu sahaja yang boleh buat! LGE diberi buku Al-Ghazali, di situ persahabatan mereka berputik.

Imam tersebut adalah bekas Guru Pondok Tahfiz selama 25 tahun di Perak, Mufti Harussemua mungkin kenal dia!

Atas persahatan yang terjalin tersebut, Imam tersebut berdoa "Mudah-mudahan LGE diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt".

Akan tetapi, Zahid Hamidi memutar laju isu ini mendakwa Imam baca doa kesejahteraan LGE ganti Gabenor dan Agung dalam Khutbah Jumaat. Ini adalah satu fitnah yang amat jahat apatah lagi di bulan puasa yang amat mulia ini.

INGAT, NABI MUHAMMAD SAW PERNAH BERDOA KEPADA 2 UMAR (UMAR AL-KHATTAB DAN UMAR AL-HAKAM ATAU ABU JAHAL) AGAR SALAH SATUNYA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH SWT.

Kepada Saudara OKJ,

Periksalah terlebih dahulu sumber berita, siapa yang membawanya, benarkah beritanya.

Janganlah kalau semua berkaitan dengan PAS tu semuanya adalah KHAWARIJ. Istighfarlah banyak-banyak, kerana ini berkaitan dengan bab akidah, bab mengkafir sesama muslim. Itu nasihat saya, kalau tak nak ikut pun tak apa!

Bacalah Ayat 6 Surah Al-Hujurat

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan beri komen kepada Sdr Dan Kajang.

Cadangan Sdr berkenaan penjimatan pembelian kuih-muih dari pasar Ramadhan & disalurkan ke arah pendermaan pula adalah sangat saya setuju.

Namun, apa yang saya perhatikan, senario memberi sedekah dan meminta " derma" terutamanya dari orang-orang perseorangan atau organisasi-organisasi tertentu, (e.g. sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim) muncul dengan bilangan yang besar juga semasa bulan Ramadhan. Mungkin mereka ingin mengambil kesempatan terhadap sikap orang-orang Islam yang akan meningkatkan kadar bersedekah mereka lalu ditempatkanlah 'agen-agen' pengutip derma di mesin-mesin ATM, stesyen minyak, gerai-gerai makan, dsb. Agen-agen yang digunakan pula adalah kebanyakannya anak-anak yang masih bersekolah.

Sementara memberi sedekah itu mulia, meminta "derma" dengan memanipulasikan anak-anak yang bersekolah adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai tidak beretika, jika tidak hina.

Mengapa mesti menggunakan anak-anak tersebut? Untuk menambahkan simpati atau supaya pemberian derma tersebut akan menjadi lebih dramatik?

Saya secara peribadi selalunya akan berasa malu apabila melihat anak-anak ini berdiri terpacak di mesin-mesin ATM meminta derma dari orang-orang yang mengeluarkan wang. Kekadang, niat hendak bersedekah bertukar menjadi benci apabila mengenangkan tabiat pihak pengurusan 'sekolah-sekolah' tersebut yang tidak malu langsung menggunakan anak-anak untuk mendapatkan duit!

Mengapa tidak pihak pengurusan sekolah itu sendiri yang berdiri terpacak di mesin-mesin ATM menggantikan anak-anak ini? Malu?

Jadi, anak-anak tersebut tidak malukah? Atau pihak pegurusan itu secara sengaja ingin mendidik anak-anak tersebut berdikari mencari wang?

Saya berasa sedih dan malu apabila mengenangkan nasib anak-anak yatim yang sudah kehilangan orang-orang yang mencarikan rezeki untuk mereka, di"kerah" pula untuk mencari wang untuk sekolah mereka. Dan, yang paling memalukan, bulan Ramadhan yang mulia digunakan sebagai "disguise" untuk menambah kantung sekolah. Kesian anak-anak tersebut; dahlah berpuasa, ke sana-sini pula mencari derma.

Saya berdoa agar senario memanipulasikan anak-anak yang bersekolah untuk mencari derma sebegini dapat dihentikan dengan segera. Jika tidak, dikhuatiri negara kita akan menjadi seperti filem "Slumdog Millionaire".

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

p/s berbuka puasa dengan ais ini tak baguih Datuk, cepat lesu. Nanti malas nak pi terawih:-)

pakbelalang said...

Dato' AKJ,

I am not a Muslim scholar. I beg to defer on your statement regarding the doa specifically for LGE. I think it is not appropriate to do that in a Friday congregation. It is rather odd indeed.I am rather conservative on this issue.

Salam. Thank you for noting my comment.

pakbelalang said...

Hazimah,

Saya pun pergi sekolah pakai beg rotan. Teringat peristiwa semasa sekolah rendah buku kerja sekolah habis basah kena air hujan kerana beg rotan tak waterproof. Tak ada penutupnya untuk mengelak buku-buku dari kena air hujan. Terpaksa kena ganti buku kerja yang baru.

Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Sekarang beg sekolah sungguh canggih. Ada gambar Superman,Ultraman,Transformer !!!

Anonymous said...

Ybhg Datuk

Ini pulak cerita imam dulu dulu baca khutbah sembahyang raya ayat moden. Khutbah ditulis dlm tulisan jawi. Cerita ini 5 tahun lepas.
Imam sebut KEMETOT utk perkataan KOMITED.
* kemetot makna biasa ialah org yang kecil dan rendah.

MELAYU LAMA

Anonymous said...

DAKJ,

Kalau tidak suka sekali pun buatlah secara budiman dan bukan dengan lagak hidung tinggi.

Kita ini hidup bermasyarakat maka perlulah berhati-hati dengan tindak-tanduk.

Ini kerana setiap kelakuan akan diperhatikan dan mampu mempengaruhi khalayak.

Kalau kelakuan kita itu terkeluar dari norma maka jangan salahkan orang lain kalau tidak ikut norma.

ALPASIKU

OKJ said...

Dear DAKJ

Tip of the iceberg.

Yes, I agree with you that it is ‘dibolehkan’ to pray for an infidel as long as the infidel is still alive. However, now, we are talking about ‘Sembahyang Jumaat’. On Friday prayer, Imam needs to fulfill five divine commands that are compulsory for the validity of Friday sermon, or else it is void. One of the divine commands is to pray for mu’min in the second sermon, NOT for the infidel. If the Friday sermon is invalid, automatically the Friday prayer will become null. Because of the stupidity of Imam or / and try to ingratiate the infidel, whole Muslims, who participate in the Friday prayer in that mosque on that day will be affected, and the Friday prayer probably will be rejected. It is a pity to those brothers. Besides, according to our minister, there was no similar exercise to be referred as an example during our prophet day. However, I will agree and follow whatever consensus, which is going to produce by Majlis Fatwa Kebangsaan BUT not from any bogus saints.

The above issue is the only tip of the iceberg. There are other big issues that have to be considered. I don’t want to talk about lying, priority, stupidity, respect and hurting other Muslim feelings. It is not nice to talk about it in Ramadhan. TQ.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Dolu masa susah boleh posa sebulan.
Lani senang awai pagi cucoq dah telan.
Dolu kecik solat teraweh mesti punya pi.
Lani dah besaq solat raya pun tolak tepi.

Dolu hobi pi ka bendang tangkap ikan.
Lani ikan bau hanyaq tak boleh makan.
Dolu perot buncit pasai cacing banyak.
Lani boroi beer champagne pun lanyak.

Dolu dikampung selalu dok bang disurau.
Lani dikaraoke peluk gro sambil bergurau.
Dolu Agong didoa pasai dia ketua negara.
Lani depa angkat kapiaq di Pulau Mutiara.

"All change is not growth, as all movement is not forward".
Ellen Glasgow

NAMPAK GAYA HIDUP KITA 'CHANGE FOR THE WORST'

TK

makbudak said...

Salam Dato' AKJ,

Budaya kita suka bagi duet raya masa time raya kan? tapi sepatutnya, bagi sedekah masa bulan puasa lagi banyak ganjarannya berbanding sedekah lepas raya. terbaliklah Dato'.

satu lagi, baru je semalam ustaz Muhammad Abdullah kat rancangan tv, "Tanyalah Ustaz" cakap, kalau pun kita tak berapa setuju dgn kanak2 atau mereka yg suka tunggu dkt mesin atm utk minta sedekah, atau rakyat asing yg suka minta sedekah time2 kita makan or lainnya, maka lepas tu pergilah mana2 masjid, masukkan sedekah ganti pada sedekah yg kita taknak bagi tadi. sebab? sebenarnya kita dah menolak peluang beramal yg ALLAH bagi kat kita melalui golongan2 ini (walau apapun niat mereka), maka gantilah rezeki amalan bersedekah yg kita lepaskan tadi pd masjid2 atau pihak2 mana yg kita rasakan lebih layak.

Dato' apa kata Dato' jemput pembahas2 yg biasa komen kat blog Dato' ni dtg beraya di satu majlis ramah mesra kat rumah Dato'. mungkin kita boleh berkenalan dan lihat sendiri rupa2 mcm OKJ, LANGITBIRU, FEDUP, PAKBELALANG, RAJA2U,MINAH RONGGENG,TINTA HITAM, SAJI,KAH-KAH-KAH dll. (sekadar menyebut beberapa nama).

mungkin bila dah bertemu dan masing2 kenal rupa, mungkin takdelah rasa nak berbahas2 sgt kat sini sebaliknya mencari titik penyatuan di antara sesama kita yg berbeza pendapat.

hehe... cadangan saya saja. taknak pun takpe...

Wallahua'lam... :)

A KADIR JASIN said...

Pembahas Makbudah,

Terfikir juga nak jemput, tapi terasa pula lebih baik kalau kita tidak mengenali satu sama lain secara peribadi.

Kalau kita kenal secara peribadi, mungkin tak seronok dan tak bebas lagi berhahas.

Saya lebih suka kita "remain anonymous" kecuali seorang dua yang guna nama sendiri atau yang telah bagi tahu saya nama samaran mereka.

Ada yang saya kenal, tapi balam blong ini mereka guna nama samaran, jadi saya tak tahu mana satu komen mereka.

Tapi kalau dengar saya buat "open house" (dah lama tak buat) semua pata pembahas adalah dijemput.

Datang dengan nama sendiri dan bukan Makbudak, Pakbelalang, OKJ, Minah Ronggeng dan sebagainya.

Terima kasih.

Ayong said...

Slm Datuk...Saya budak generasi baru.Bila Datuk imbau kembali kenangan lama mcm neh saya dok teringat kisah2 yang atuk saya cerita kat kami cucu2 dia...

Dia suka ckp zaman pra perang dunia 11 di Malaya neh adalah zaman terbaik dalm idup dia..Dia cakap tu musim aman tadak kacau2.Posa di zaman tu kata dia sangat lah indah sampi hari ni dok terkenang kenang.Melayu cina india omputih hidup aman damai.Dia selalu cakap omputih memang pandai memerintah.HEHE

Mungkin story atuk saya tu tak patriotik langsung...TTp kalo kita dok pikir balik ada gak setitis dua kenyataan Tuk saya tu yang benar..

slm Rmdhn dn slm gemuruh merdeka.dirgahayu Malaysia!

MalaysianKita said...

Saudara Anonymous Kah-Kah-Kah,

Saya cuba menjawab beberapa persoalan Saudara.

Pertama sekali saya nyatakan, IDOLA ATAU TAKSUB baik kepada Pemimpin atau kepada Parti adalah terlalu hampir dengan SYIRIK BESAR. Yang dibolehkan adalah KETAATAN ATAU KESETIAAN kepada Pemimpin atau Parti.

Sebenarnya ISTILAH PARTI POLITIK adalah kurang tepat, kerana Parti adalah satu elemen ciri-ciri demokrasi ciptaan Barat yang berada di Lingkaran Sekular. Namun, oleh kerana Negara yang majoritinya orang Islam, Pemimpinnya orang Islam menerima acuan penjajah Demokrasi Barat, nak tak nak, Jemaah Islam terpaksa terjun ke dalam kancah demokrasi dengan meletakkan nama kepada Jemaah Islam tersebut sebagai sebuah Parti Politik. Maka, sebenarnya yang lebih tepat bagi kita Umat Islam adalah Jemaah Islam.

Di Malaysia, Parti manakah yang didukungi oleh Jemaah Islam? Bolehkah ada beberapa aktivis Jemaah Islam mewujudkan 2 atau 3 Parti Politik? Apakah ciri-ciri Jemaah Islam?

Ayat 104 Surah Al-Imran yang amat terkenal bagi semua Umat Muhammad bermaksud,
“Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.

Dalam ayat di atas, ALLAH swt MEWAJIBKAN “amar ma’ruf nahi mungkar” yang sebenarnya tidak mampu berjalan secara sempurna kecuali dengan menggunakan KEKUATAN DAN KEPIMPINAN. Kekuatan dan Kepimpinan inilah Kuasa Pemerintahan, atau Kuasa Politik.

Bani Israel dilaknati Allah swt kerana menyia-nyiakan NAHI MUNGKAR.
“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan Lisan Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan MUNGKAR yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu” (AL-Maidah:78-79)

MalaysianKita said...

Maka, kepada siapa Ketaatan Dan Kesetiaan wajib diberikan?

Jawabannya, Ketaatan Dan Kesetiaan orang Muslim hanya terhadap Allah swt, RasulNya, dan Jemaah Mukminin (orang-orang yang beriman)yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan komited mendaulatkan dan menjaga Agama Islam.

Firman Allah swt dalam Ayat 55-56 Surah Al-Maidah,
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah swt. Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut Agama Allah itulah pasti menang”.

Kita membaca Hadis Sahih diriwayatkan At-Tirmidzi,

“Tangan Allah beserta Jemaah, dan sesiapa yang menyimpang maka ia akan meyimpang di Neraka”.

Hadis Sahih diriwayatkan Muslim, “Barangsiapa mati dan di lehernya tidak ada baiat, maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah”.

DAN tiada Ketaatan Dan Kesetiaan kepada Pemimpin/Parti Pemerintah yang tidak komited mendaulatkan dan menjaga Agama Islam di kalangan rakyatnya.

Jadi, sekiranya wujud 2 atau 3 aktivis Jemaah Islam sebagai 2 atau 3 parti Politik kerana terjun dalam kancah demokrasi yang bermuarakan kepada ayat 104 Al-Imran, 55-56 Al-Maidah yang bermatlamatkan mendaulatkan Islam dalam Negara Islam, ianya perlu dilihat secara positif memperkasakan penyatuan Umat bukan secara negatif memecahbelahkan Umat. Kerana musuh-musuh Islam juga terdiri dari pelbagai parti, organisasi, persatuan, maka pelbagai Jemaah Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tersendiri bagi menangkis serangan musuh perlu disokong bukannya ditentang sebagai memecahbelahkan umat .

MalaysianKita said...

Jika kita memahami konsep asas ini, maka tidak timbul persoalan “mencampuradukkan elemen politik kepartian dalam kehidupan spiritualnya”,kerana politik atau Kuasa Pemerintahan itu adalah sebahagian dari cabang-cabang Islam dan merupakan satu fundamental asas pembetukan sebuah masyarakat Islam yang diingini Umat Islam.

(Maka, dalam konteks Politik Malaysia, UMNO perlu menukar haluannya kepada LANDASAN Islam yang sebenar, menegakkan Syariat dan mengembangkan Syiar Islam, mendaulatkan HUKum-Hukum Allah ke dalam Sistem Kenegaraan. PEMIMPINNYA, YANG MENGUASAI PEMERINTAHAN NEGARA, perlu komited dan Istiqamah meletakkan dan mendaulatkan Islam, mendirikan Daulah Pemberi Petunjuk, bukannya Daulah Pengumpul Pajak, Harta dan Riba)

Antara Pemikir Falsafah Politik Barat menulis,

“Islam bukan hanya sekadar agama ( A Religion), tetapi ia merupakan tatanan politik (A Political System).Semua Pemimpin Islam telah membangunkan suatu landasan bahawa dua sisi ini saling bertautan, yang satu tidak mungkin dipisahkan dari yang lain” ( Dr.V.Fitzgerald: Muhammedan)

“Pada waktu yang sama Muhammad telah membangunkan Agama (A Religion) dan daulah ( A State). Batasan-batasan di antara keduanya saling berdampingan selama hidupnya”. (C.A.Nallino, diambil Sir T.Arnold dalam bukunya, The Caliphate).

“Kerana Islam ini difahami lebih dari sekadar Agama, maka ia juga menggambarkan teori-teori hokum dan politik. Dan sejumlah pendapat menyatakan bahawa ia adalah tatanan peradaban yang lengkap dan sempurna, mencakupi agama (A Religion) dan daulah (A State) secara bersamaan. (Dr.Schact: Encyclopedia of Social Sciences)

pakbelalang said...

Preview
Edit pakbelalang said... Tun Mahathir against Langkawi Bridge project


LANGKAWI: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is against the proposed RM130bil Langkawi bridge project saying that it will erode the island's unique features.

"Langkawi must remain an island and is unsuitable to be turned into a land mass," he told reporters after presenting chocolates and cash to 120 orphans and special children at Masjid Istiqamah in Kuala Teriang here Sunday night.

Two companies based in Perlis had proposed building a 48km bridge linking Langkawi to Kuala Perlis on the mainland.

Juruelit Sdn Bhd executive chairman Kamarudin Husin said on Friday the company had enough funds to build the project that includes a monorail bridge.

On another note, Tun Mahathir said he was disappointed that Muslims had become enemies just because they had different views.

He added as fellow Muslims they should not turn bitter enemies as it would divide and weaken them.

The former premier cautioned that this could result in Muslims losing power in their own land.

Tun Mahathir and wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali later joined 500 Muslims for buka puasa, maghrib, isyak dan tarawih prayers. - Bernama

comment:

Saya setuju dengan pandangan Tun Mahathir. Tak payah bina jambatan tapi adakan bot feri laju yang yang cantik dan canggih seperti pengalaman saya melancong bersama keluarga menaiki bot double-decker dari Singapura ke Bintan island. Botnya sungguh selesa, berseh dan mempunyai alat keselamatan yang lengkap. Saya rasa bot-bot ferri kita ke Langkawi mesti di naik taraf seperti di tempat pulau-pulau peranginan di Europa. Bila kita lihat di youtube kita akan lihat bermacam tempat pelancongan yang menarik. Carilah idea yang baik dari situ.

Dalam hal pembinaan jambatan, saya rasa yang paling mendatangkan faedah socio-ekonomi jangka panjang ialah dengan pihak swasta mengambil initiatif untuk membina jambatan atau tunnel dari Melaka ke Dumai, Sumatra seperti tunnel keratapi English Channel.Percayalah dengan adanya jambatan atau terowong tersebut akan memberikan peluang ekonomi yang lebeh tinggi lagi kepada kedua-dua negara. Mungkin jambatan boleh juga dibina serentak dari pulau Sumatra ke pulau Jawa. Kita boleh pergi ke Jakarta dengan menaiki kereta kita sendiri sambil melancong melihat tempat-tempat yang menarik.


Mengenai perpaduan ummah, memang wajar bagi kita untuk bersatu. Kita telah nampak perkara-perkara yang negatif sedang berlaku di negara kita kerana kekuatan kita dari segi ekonomi, politik dan agama telah mula dikotak-kotikan oleh pihak yang sudah nampak akan kelemahan kita. Maka sekarang belang pun dan mula menunjukkan taringnya untuk menyerang kita. Kalau kita leka dan masih bercakaran sama sendiri terutama dari segi politik maka akan hancurlah kita.

Tidak ada maaf dan jangan salahkan orang lain apa yang akan berlaku kepada kita.

Ini pandangan peribadi saya sendiri apa yang jelas saya lihat tentang senario politik hari ini. Kita memang telah berpecah macam main tarik tali akhirnya tali yang putus dan kedua-dua pihak terus menghempap antara diri mereka masing-masing. Maknanya tidak ada yang menang, semua MOLOPONG dan TERCOPONG!! Habiskan tenaga yang tidak menguntungkan apa-apa faedah.

pakbelalang said...

Tun Mahathir against Langkawi Bridge project


LANGKAWI: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is against the proposed RM130bil Langkawi bridge project saying that it will erode the island's unique features.

"Langkawi must remain an island and is unsuitable to be turned into a land mass," he told reporters after presenting chocolates and cash to 120 orphans and special children at Masjid Istiqamah in Kuala Teriang here Sunday night.

Two companies based in Perlis had proposed building a 48km bridge linking Langkawi to Kuala Perlis on the mainland.

Juruelit Sdn Bhd executive chairman Kamarudin Husin said on Friday the company had enough funds to build the project that includes a monorail bridge.

On another note, Tun Mahathir said he was disappointed that Muslims had become enemies just because they had different views.

He added as fellow Muslims they should not turn bitter enemies as it would divide and weaken them.

The former premier cautioned that this could result in Muslims losing power in their own land.

Tun Mahathir and wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali later joined 500 Muslims for buka puasa, maghrib, isyak dan tarawih prayers. - Bernama

comment:

Saya setuju dengan pandangan Tun Mahathir. Tak payah bina jambatan tapi adakan bot feri laju yang yang cantik dan canggih seperti pengalaman saya melancong bersama keluarga menaiki bot double-decker dari Singapura ke Bintan island. Botnya sungguh selesa, berseh dan mempunyai alat keselamatan yang lengkap. Saya rasa bot-bot ferri kita ke Langkawi mesti di naik taraf seperti di tempat pulau-pulau peranginan di Europa. Bila kita lihat di youtube kita akan lihat bermacam tempat pelancongan yang menarik. Carilah idea yang baik dari situ.

Dalam hal pembinaan jambatan, saya rasa yang paling mendatangkan faedah socio-ekonomi jangka panjang ialah dengan pihak swasta mengambil initiatif untuk membina jambatan atau tunnel dari Melaka ke Dumai, Sumatra seperti tunnel kertapi English Channel.Percayalah dengan adanya jambatan atau terowong tersebut akan memberikan peluang ekonomi yang lebeh tinggi lagi kepada kedua-dua negara. Mungkin jambatan boleh juga dibina serentak dari pulau Sumatra ke pulau Jawa. Kita boleh pergi ke Jakarta dengan menaiki kereta kita sendiri sambil melancong melihat tempat-tempat yang menarik.


Mengenai perpaduan ummah, memang wajar bagi kita untuk bersatu. Kita telah nampak perkara-perkara yang negatif sedang berlaku di negara kita kerana kekuatan kita dari segi ekonomi, politik dan agama telah mula dikotak-kotikan oleh pihak yang sudah nampak akan kelemahan kita. Maka sekarang belang pun dan mula menunjukan taringnya untuk menyerang kita. Kalau kita leka dan masih bercakaran sama sendiri terutama dari segi politik maka akan hancurlah kita.

Tidak ada maaf dan jangan salahkan orang lain apa yang akan berlaku kepada kita.

Kita seperti peraduan main tarik tali. Tali yang putus dan kita menghempap diri kita sama sendiri. Tidak ada yang menang. Dua-dua pihak melopong dan tercopong. Penonton yang melihat diluar ketawakan kita seperti seolah-olah kita macam badut!!!

Anonymous said...

Datuk,

Masa saya kecik2 di Ipoh dulu, bulan posa ni memang time yang ditunggu-tunggu. Apa tidaknya, boleh sambung aktiviti bermain sampai ke tengah malam maklumlah hantukan semua kena ikat.

Selalu buka posa mestilah di masjid sebab ada moreh. Makan pun best2. Lauk ayam merah, daging kurma mesti ada. Lepas berbuka dan solat Maghrib, kami budak2 buat aktiviti lastik cicak. Orang kata, kalau bunuh cicak ni dapat pahala. Entah la ... betul ke tidak. Selalunya kami cari getah lastik cicak ni kat pejabat Pos Besar yang pada masa tu dok seberang jalan saja dengan Masjid Negeri Ipoh tu.

Bila masuk time Isya'. Semua aktiviti kena stop sekejap. Selalunya sampai solat terawih la. Kami, budak2 paling suka solat terawih ni masa time sambut selawat dari bilal la. Nak sebut penuh tak berapa tahu. Yang tahu, alaihhh... alaihhh ... saja la. Haha...

Selalunya, solat terawih ni kami buat sampai 8 saja. Ada yang buat 6. Ada yang baru buat 4 dah surrender. Haha ...

Orang sibuk solat terawih, time ni la kami sibuk merayap keliling masjid. Ada juga sampai panjat bumbung masjid dan naik sampai puncak menara.

Sekali sekala, saya ikut kawan saya merayap sampai ke Padang Kelab Ipoh yang tak berapa jauh dengan masjid. Pada zaman tu Padang Ipoh ni pada waktu malam gelap gelita. Tak nampak apa pun yang ada kat tengah padang. Kat sinilah saya pertama kali berjumpa dengan mak nyah atau pondan. Rupa2nya kat tengah padang ni lah tempat mereka bercanda dan bercindai. Kami memang suka mengusik mak nyah-mak nyah ni. Buat mimik suara garau-garau yang mengoda-goda. Ada satu malam tu kami kena kejar dengan mak nyah sampai saya jatuh tersembam hingga koyak kain pelikat. Parut calar ada sampai sekarang. Haha..

Tapi yang magiknya, walau sejauh mana pun kami merayap, kami pasti akan berada di masjid bila orang baru nak habis rakaat akhir. Selalunya, kami akan joint makmum semula bila tiba time nak berwirid. Nampak seolah-olah macam kami solat penuh 20 rakaat la kan. Haha...

Selepas terawih, ada jamuan kecil selalu dihidang kuih dan minum teh dan kopi. Kena berhati-hati memilih minuman takut terminum teh dan kopi yang bercampur halia. Payau tekak dan berkerut dahi. Nanti mulalah asyik sedawa dan terkentut kentut buang angin perut.

Habis terawih selalunya kami akan melepak di Stesyen Keretapi Ipoh. Pada era 80an dulu, disinilah tempat port yang happening, lebih2 lagi bila tiba musim balik kampung. Bermacam-macam gelagat manusia boleh dilihat.

Selalunya, ketika melepak itu, kami berbincang mengatur strategi hendak menyerang "kampung" mana pula. Inilah yang paling kami suka iaitu aktiviti serang hendap dengan mercun roket. Ada kala kami yang serang kawasan perumahan orang dan ada kala yang lain kami pula yang kena serang. Kain pelikat yang kami pakai solat tadi akan jadi kain topeng Ninja pula. Hanya nampak mata supaya orang tak dapat cam budak mana yang buat angkara. Begitulah yang berlaku silih berganti sepanjang Ramadhan. Yang hairannya Datuk, walau meletup sekuat mana pun atau melayang selaju mana pun, tidak ada la pula kes sampai putus jari atau buta bijik mata kena mercun ni. Agak2nya lah budak2 zaman dulu lebih hebat kemahiran dan etika kenakalannya kot?

Memang seronok bercerita kisah di musim Ramadhan di zaman "dolu-dolu" ni Datuk. Kawan ramai dan kami benar2 enjoy zaman budak2 kami.

Tapi zaman sekarang, nak biar anak2 bebas bermain2 di luar rumah pun kita takut. Takut kena kidnap la. Takut kena ragut la. Huh.. macam2.

Datuk,

Saya rindukan Malaysia yang dulu.



-sinbad-

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.

Sungguh mencemaskan melihat lapuran polis sana lapuran polis sini berkaitan dengan perkara-perhara yang dikatakan racist dan politik. Jika ini berteruskan bagaimana pihak Polis hendak menumpukan masa membentras penjenayah yang diberitakan meningkat hingga dibanyak kawasan perumahan penduduk perlu mengupah pengawal keselamatan persendirian untuk mengawal kawasan perumahan mereka.

Kita sepatutnya sudah matang dan melihat perkara-perkara yang besar melibatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Presiden MCA sudah pun menyatakan akan bersama-sama dengan DAP bagi mengetengahkan kepentingan kaum Cina. Kita tidak perlu marah dengan perkembangan ini kerana memang itulah tujuan kedua-dua parti tersebut ditubuhkan. Yang pentingnya apa pula pendirian UMNO dan PAS . Tidakkah mereka akan melihat kembali objektif Parti-parti mereka ditubuhkan.

Cadangan Makbudak Dato' mengadakan rumah terbuka adalah baik kerana Insyaallah ianya akan melahirkan satu kumpulan yang mantap mempertahankan keutuhan Ugama, Bangsa dan Negara walaupun ahlinya terdiri dari aliran parti politik yang berlainan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Stratejik Vision,
Petaling Jaya

Mohammed Bin Bakar said...

Askum Dato' Cakap pasal ais ketul buat buka posa, saya dulu pon jual ais ketul juga awal 60an. Beli ais bantal 30 kupang di kilang ais di Pekan Anak Bukit bawa balik potong 6 dan jual keliling kampung Titi Besi berek polis dan PWD Kepala Batas , satu ketul sekupang. Ais diisi dalam tong kayu bekas tong oren lemened, bubuk habuk kayu gergaji ambil dari kilang di Kepala Batas. saya jaja dengan gerek arwah ayah saya sebab ayah saya tak bekerja sebelah petang melainkan kalau ada obertaim.Satu hari laku 3 bantal lepaslah duit belanja sekolah. Malu, segan tak kiralah tapi bila sampai depan rumah yang ada anak dara saya tak tak jaja. Itu lah nostalgia posa dulu kala.

Main meriam buluh adalah kemestian bila nak dekat Hari Raya. Saya dan geng (anak-anak pekerja PWD dan Polis) akan tebang buluh duri yang banyak tumbuh tepi sungai belakang berek tempat tinggal kami. Buluh duri memang tebal dan kukuh tapi nak lebih selamat lagi kami simpai (ikat)dengan dawai besi kalau dia pecah pun tak meyembur kuat. Di muncung meriam kami bubuh tempurung buat peluru. Tapi saya tak berapa ingat berapa harga sekati carbide masa tu.

Seingat saya "Serbat atau Sarbat" adalah air halia manis bercampur susu yang satu ketika dulu selalu dijual oleh orang Pakistan yang dijaja atas gerek besar dalam tong tin siap dengan dapur dan kepala paip. Mereka ini akan bertumpu tempat orang ramai seperti kedai jual ikan dan sayuran, kedai gunting rambut atau di jaja dalam kampung. Air akan dimasukkan kedalam kole kecil dan ditarik macam teh tarik sampai berbueh, satu kole seingat saya masa itu ialah sekupang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).