Friday, November 05, 2010

PRK: BN Menyerlah Tapi PM Masuk Hospital

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 6 Nov.] – TERIMA kasih kepada para pembahas kerana memberi reaksi kepada keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas tanpa menunggu petunjuk dari saya. Saya setuju dengan sebahagian besar pendapat para pembahas sekalian.

Secara ringkas, reaksi saya adalah seperti berikut:

1. Kemenangan besar Barisan Nasional di kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah membayangkan kesepaduan BN negeri, simpati pengundi terhadap calonnya, kerana kematian suaminya yang berupa Ahli Parlimen kawasan itu dan undi pembangkang yang berpecah antara PKR dan SAPP;

2. Kejayaan BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan, adalah berpunca daripada:

i. Ketepatan lantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN;

ii. Dengan ekonomi rakyat jelata semakin tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, janji pembangunan dan bantuan kewangan oleh BN mengatasi pertimbangan ideologi dan emosi;

iii. BN/Umno juga mendapat faedah daripada masalah dalaman Pas. Walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat terus karismatik di kalangan akar umbi Pas, namun peranannya sebagai ketua pentadbir Kelantan dan ketua Pas negeri semakin dipertikaikan;

iv. Ada kebenaran kepada tanggapan bahawa kepemimpinan Pas Kelantan tidak (atau belum) menampakkan barisan pewarisan yang jelas. Terdapat andaian wujudnya persaingan hebat antara golongan konservatif dan progresif dalam kepemimpinan Pas Kelantan;

v. Pas menanggung beban yang berat mempertahankan perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan sekularisme dan secara terbuka menolak konsep Negara Islam dan Hukum Hudud Pas;

vi. Dalam jangka masa sederhana – sehingga pilihan raya umum akan datang – BN mempunyai peluang lebih cerah memperkukuhkan kedudukannya jika ia berjaya membawa perubahan positif kepada taraf ekonomi dan sosial rakyat jelata seperti dijanjikannya di bawah pelbagai slogan, model, program dan projek; dan

vii. Tetapi jika BN agal melaksanakan ikrar-ikrar ini, sebaliknya menjadi angkuh, terus memandang remeh korupsi dan tidak membuat pembaharuan kepemimpinan, pengundi akan menghukumnya dengan lebih teruk pada PRU akan datang, apatah lagi dengan bertambahnya bilangan pemilih muda.

[Posting Asal]



HARI ini perayaan Deepavali atau Divali. Zaman saya jadi pengarang di New Straits Times Press dulu, kita terbitkan akbar 365 hari setahun. Tak boleh jual banyak pada cuti umum, kita jual sedikit. Peranan akhbar untuk memberi maklumat tetap dilaksanakan.

Sekarang cuti umum akhbar tutup kedai. Nasib baik ada radio, TV dan pada akhir-akhir ini Internet. Jadi yang ada radio, TV dan Internet tak putus berita. Bayangkan selepas lebih 50 tahun merdeka, pengedaran akhbar masih dimonopoli oleh kaum India. Mereka mahu cuti atau mogok, akhbar tak boleh diedarkan.

Malaysia kita ni dah jadi negara cuti -- negara siasta. Banyak sangat cuti sampai dah mula jejas produktiviti. Kalau nak tahu jadilah majikan. Gaji pekerja jalan, tapi tak dapat penghasilan. Lepas tu kena bayar kerja lebih masa pula untuk kejar deadline.

Antara maklumat yang kita hendak tahu hari ini adalah keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan. Barisan Nasional menang kedua-duanya.

Di Batu Sapi, calon Barisan Nasional, Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan suara 6,359 setelah mendapat 9,773 undi. Beliau mengalahkan calon PKR, Ansari Abdullah yang memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Yong Teck Lee yang mendapat 2,031 undi.

Manakala di Galas, BN merampas semula kerusi itu daripada Pas dengan kelebihan undi 1,190 undi. Calonnya Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Dr Zulkefli Mohamed memperoleh 4,134 undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi setelah bersungut sakit perut.

Pemeriksaan mendapati beliau menderita “superficial ulcers” dan gastrik ringan. Respons kepada perubatan adalah baik dan beliau dijangka berada di hospital beberapa hari. Sebelum ini beliau bercuti kerana deman campak (chicken pox).

Kita harap beliau makan ubat betul-betul seperti diarahkan doktor dan jangan tersalah makan. Bila dah berusia ni, kita kena jaga makan. Tanya dulu apa yang orang jamu. Saya dah lama tak makan melulu.

Saya sikit-sikit tahulah sebab saya pun ada “mild gastrics”. Semalam perut meragam. Saya kunyah pucuk jambu batu, Alhamdulillah baik. Pucuk jambu batu baik untuk ceret-beret.

49 comments:

abd rahim said...

Dato',
Tahniah kepada BN kerana berjays di Galas dan Batu Sapi. Ini satu petanda baik kepada proses transformasi Kerajaan diterima rakyat. Paling manis kemenangan dicapai selepas perhimpunan agong UMNO dimana Dato Najib telah dengan berani mempertahanakan kontrak sosial yang terikat dalam Perlembagaan negara. semoga momentum kejayaaan ini diteruskan dan tidak dicemari dengan salah laku tadbir, rasuah dan nepotisma atau kronisma.

iklas,
Rahim

Ms Pearl said...

semoga cepat sembuh
he still has a lot of things to do before next PRU.

amin.......

jab sp said...

Dato'
Galas telah digalas kembali olih BN.Dan Batu Sapi terus disapu juga olih BN.
PAS dan PKR+SAPP akan terus mencari ,justifikasi yang pasti tidak akan dituding jari punca kekalahan mereka disebabkan jentera yang lemah.
Antara alasan yang pasti dijumpai dan menjadi alasan "tetap" bagi setiap kekalahan adalah kerana BN menjadikan semua jentera kerajaan adalah sebagai jentera BN.
Walaupun tidak semestinya semua tuduhan ini benar,tetapi tuduhan pilihanraya tidak berlaku dalam suasana yang seimbang lantaran SPR sebagai pengawas utama PRK sering "dikatakan" tidak menjadi pengadil yang terbaik tidak bolih dinafikan sama sekali.
Was was dan kenyakinan bahawa PAS akan tewas di Galas mula terasa sebaik sahaja SPR membuat pengumuman kiraan undian yang selalunya dilakukan ditempat pengundian akan dilakukan ditempat perjumlahan undi menjadi satu sebab ketelusan SPR terus dipertikai.Walaupun hanya 3 peti undi yang terlibat,kesannya ternyata besar.Usah diberi jaminan bahawa peti undi ini dalam kawalan,kerana umum mengetahui siapa yang mengawalnya.
Dato'
OK,itu tentu antara apa yang akan terus dicakap dikedai kedai kopi olih penyokong Pakatan kerana tanpa alasan,hati tidak akan tenang bagi menerima satu satu kekalahan.
Dato'
Walaupun kini saya sudah tidak aktif lagi dan tidak punya sebarang peranan besar dalam mana mana parti politik,hakikatnya saya terpaksa menerima bahawa saya juga terpaksa menerima kesan akan permainan politik.
Corak kempen terutama BN ternyata tidak berubah.Politik pembanggunan sering menjadi tema.
Dan bila tema ini terus dipilih,stail kehidupan pengundi(rakyat)wajib dikekalkan supaya sentiasa dapat dipergunakan.
Kezaifan,kemiskinan,kepapaan adalah modal paling mudah bagi mengikat pengundi.Selagi ada golongan ini,BN tidak perlu risau,matlamat dan keinginan untuk berkuasa akan terus dapat dipertahankan.
Untuk hidup,pemberiaan segera sekadar RM100 saja sudah memadai.Janji yang diulang janji merupakan makanan dan habuan yang amat dinanti.
Isu agama bukan lagi isu mutlak.Isu kaum(bagi Melayu)juga bukan isu yang bolih menarik simpati. Tapi hanya isu pembanggunan saja akan terus menjadi isu yang paling relevan buat pengundi masa kini dan mungkin bertahun akan datang.Untuk kekal berkuasa,BN perlu memastikan rakyat kebanyakan terus hidup dibawah paras kemiskinan dan slogan slogan bahawa kita akan menjadi Negara Berpendapatan Tinggi hanya akan tinggal sebagai satu slogan.
Saya berkongsi pendapat dengan seorang sahabat yang buat komen pada tajuk sebelum ini,mungkinkah dalam usia sekarang saya(atau kita yang seusia dengan saya)akan mampu melihat Malaysia benar benar berjaya menjadi Negara maju.

HHalem said...

Asalam'kum Datok,

Dulukala di Telok Wanjah, saya pun kunyah daun pucuk jambu batu bila sakit perut, bukan setakat kunyah, telan teruis. Kecik2 dulu, orang tua2 sapu kot atas perut juga.

Tapi kat KL la ni dah x da pokok jambu. Payah nak tanam.

Jadi pekena ENO is the next alternative.

Depa kata, Pil Chit Teik On, ada serpeh kaki katak, kulit ulaq, betui kaa?

Selamat ramai2 kita balik Aloq Setaq, 2 minggu lagi.

Fr HHalem

AMENO ChaCha Marba said...

KESIAN DATO SERI NAJIB(DSN),kena masuk Hospital...Ni lah dia gara2 Bimbangkan ini,Bimbangkan itu..!!

Dia Bimbangkan Galas/Batu Sapi,dah OK dah.Tapi baru Menang Round Mid-Term aje(2010). Yang PENTING tetap PRU 13(2011/2012)....

Jangan masa tu,DSN kena Jantung pula...!! Maklum lah umur bertambah
matang....!! Nanti Haru Biru BN nak berdepan PR.

Kita doa DSN cepat sembuh.In the meantime,Rosmah JGN memandai2 dgn urusan negara,biar pak Mahyuddin jalankan kerja.Kalau tak,susah nnti
,ini cakap2 grassroot...

Untuk Persiapan PRU 13,saperti pesan DSN dalam perhimpunan Agong UMNO baru baru ini,4 Teras perubahan secara menyeluroh perlu di perbaiki & diselaraskan SEGERA:

1)Peringkat Federal,antara AMT dan polisi2 serta kerjasama dari gerakan Wanita UMNO,Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan link dengan Kementerian kementerian yang diterajui olih Menteri2 Umno yang dilantik dan terpilih...
Jangan ada kes jalankan kerja ikut
I.S.A.(Ikut Suka Ati Aku Aje..),tak Peka dgn keadaan dan situasi semasa,mcm Rais vs Blogger,

2)Di peringkat Negeri,UMNO kena mentadbirkan UMNO2 Bahgian dan Cawangan2 dalam Negeri masing2 secara menyeluruh,bukan pada Bahagian dan Cawangan2 Kuncu2 dan Penyokong UMNO Negeri sahaja..go Down to the Ground and Walk the Talk,tengok apa masalah2 dan apa2 yang boleh dibaikpulihkan,Kritik Positif dgn tekad nak memotivasikan
dan menyemarakkn Semangat UMNO 40an
,50an-70an kearah kebaikan MELAYU keselurohannya(Total Goodness). Kita nakkan SEMANGAT,bukan cara lama,cara ikut cara MODEN(dgn kecanggihan Internet,sms,
i-Pod,FC,Twitters dsb)..

3)Di peringkat UMNO Bahagian,perlu
WUJUDkan Semangat berbaik2 yang IKHLAS dan BERSATU PADU,bukan kerana nak berebut jawatan dalam Bahagian(agar dpt mengharap kontrek dan"rub shoulder" dgn pemimpin Negeri/Federal)..sebalik nya hendakkan membuat rapport yang rapat dengan Cawangan dan ahli ahli biasa,kerana UNDI PILIHANRAYA adalah pada tangan Ahli2 biasa..!!

4)Diperingkat Cawangan2,AJK AJK patut"go to the Ground,be in contact"dgn Ahli2 Biasa,"JANGAN ACTION..!!"JGN ingat jawatan AJK tu dah besor sangat..!! Sepatutnya Cawangan MASUKkan 30% Komposisi ahli orang2 muda 30an,40an umur..
Baru lah orang2 Muda ada Minat nak bagi idea dan Khidmat mereka kearah memantapkan UMNO.Apa yang berlaku skrg AJK Cawangan SEKAT MENYEKAT orang2 Muda dari bergiat aktif..!!Ada yang sekat orang Muda dari menjadi Ahli Cawangan,takut jawatkan AJK mereka akn tergugat!

DAN apabila UMNO MENYERLAH,BN akan juga MENYERLAH.....

AMENO ChaCha Marba

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Di Batu Sapi dan Galas nampak gaya depa pilih
'Jembalang yang depa kenai'(the devil they know).

Depa tiada pilihan,elok sikit dari yang lebih buruk.

Tahniah BN,Ingat, jangan pula lupa nak bantu golongan yang pangkah BN,bukan yang nak pejatuh depa!

tq

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah. Tahniah kepada yg berjaya. Kepada yg tidak berjaya, janganlah terlalu bersedih dan itulah adat pertandingan. Marilah kita bersama-sama mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian seindahnya hidup bersyariat. Bersederhanalah dalam setiap perkara.Marilah kita saling hormat-menghormati rakan-rakan yg lain, janganlah berbangga jauh sekali mengeji.

Kita tutup dulu bab politik sekejap. Kesian PM kita sebab kena chicken pox dan gastrik, dan diteropong perut semalam. Sebenarnya, antara procedure yg paling saya suka buat masa dulu ialah OGDS (teropong perut orang). Rasanya macam main video game 3D. Yg susah sikit bila nak lepasi ‘gag reflex’. Yg bestnya, joystick OGDS siap boleh ke kanan kiri, atas bawah, ditarik ditolak dipusing U turn dan juga boleh sembur air dan juga pam angin dan sedut semula angin dan air tu.

Yg paling mencabar ialah bila nak masukkan scope ke duodenum melalui pyloric ring. Lubangnya kecil, bergerak-gerak ikut peristalsis. Kena betul-betul tepat baru boleh masuk. Memang mencabar tapi best dan ex-boss saya kata OGDS ni hanya sesuai untuk orang yg dah kawin je sebab kena cekap. DAN saya bersetuju sungguh. Sekian TQ.

Roti Planta said...

Dato',

Sebelum ini makanan yang diberikan kepada PM penting untuk dipastikan selamat dan sesuai bagi mengelakkan terganggu kesihatannya. Jika PM sakit maka banyak program terpaksa dibatalkan atau ditunda. Maka program-program kerajaan akan terbantut.

Namum sekarang kita 'beruntung' kerana mendapat isteri PM yang setaraf dengan PM. Jika PM sakit dia boleh menggantikan untuk memberi ucapan atau merasmikan apa-apa program kerajaan. Cuma mempengerusikan mesyuarat kabinet sahaja yang dia belum buat. Banyak keputusan yang sepatutnya dibuat oleh Menteri dia telah lakukan terutama aktiviti atau keputusan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Maklumlah dia 'Wanita Pertama' manakala Sharizat cuma Senator sahaja.

Jika 'dia' mendapat ampu yang baik maka tidak mustahil dia akan bertanding di Parlimen pula. Banyak terjadi di negara luar isteri PM/Presiden menggantikan PM/Presiden. Cuma kita yakin karier politik DS Najib masih panjang untuk menjadi MP Pekan. Parlimen yang sekarang nampak tidak bertuan ialah Parlimen Rompin. Jadi bagus juga jika Puan Seri ke sana!

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Dato', bercakap pasal makan, saya selalu nampak Dato' beratur di Nasi Kandar Kudu Jalan TAR. Saya juga peminat nasi kandar di KL ni dan secara peribadi Restoran Kudu memang terbaik di KL. Kadang2 saya juga makan nasi kandar di Yassin (lokasi berhampiran Restoran Kudu) dan Ibrahimsha. Tapi Kudu ni rasa dia tak berubah sejak dulu lagi. Patutla P Ramlee pon suka makan di situ. Ada kawan saya beritahu P Ramlee jadi gemuk antara lain sebab makan di sana. Kalau tak salah saya Kudu start bisnes di Jalan TAR tahun 1969. Mgkn sekali lagi Dato' boleh buat tampalan pasal makan, esp nasi kandar yg terkenal dgn kandungan kalori yg tinggi ni. Tapi saya tengok Dato' slim sahaja, pinggang pon mgkn size 28, 29 kot. Apa rahsia Dato' jaga kesihatan boleh kongsi2 dengan pembaca blog Dato'di sini. - Bashir Klang

pakbelalang said...

We don't have to worry about Najib's health condition.That is most probably just a sign of occupational hazard. He will be alright.Anyway, leaders will come and go anytime!!

What is important is to support the party cause. Not the figure. Because when its leaders retire, the cause does not."

pemerhati bebas said...

Dato

Kesian DS Najib, TS Mahyuddin yang penat terbang antara Batu Sapi dan Galas, Najib pulak yang masuk hospital.

Tapi camana pun tahniah BN dengan signal yang di beri oleh pengundi.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

PM berehat dihospital dengan perasaan aman dan gembira. Harap halatuju kerajaan beliau akan datang lebih mencerminkan kehendak rakyat jelata.

Tiap penyakit ada ubatnya melainkan yang diqada'kan Allah. Khazanah hutan rimba dan tumbuhan disekeliling maupun binatang boleh mengubati penyakit tertentu.

Alhamdulillah, saya baru mendapat ramuan tumbuhan hutan yang dipercayai boleh mengubati cancer dan sedang mengujinya.

ab said...

Salam dato'



SEMUGA PM CEPAT SEMBUH....



PM kena pi cuti sat ... gastric ulcer dan `gastritis' ni ada hubungan dengan stress kehidupan dan pekerjaan...selain dari faktor lain dalam perut.


Saya fikir `kehidupan' PM tidak susah macam rakyat biasa, TETAPI
STRESS PEKERJAAN beliau sangatlah tinggi...



Mana tidaknya, setaip orang yang jumpa beliau, tak kira bangsa,tak kira orang tempatan atau orang luar MESTI ADA HAJAT.....




KALAU DAH SAMPAI JUMPA PM untuk minta `HAJAT' ,selalunya TENTU DAPAT, kalau tidak dapat, alamat `the massenger' akan KENA TAKOQ!....



KALAU sehari 50 orang,sebulan dah 1500 orang,setahun dan 18000 orang..kalau dah 2 tahun PM di`pejabat' itu, dah 36,000 orang dengan hajat hajat masing masing!....BOLIH KA SEMUANYA TERTUNAI SEPERTI yang diharapkan olih PM?.... Kalau tidak `TERTUNAI HAJAT' ,depa mai balik `MELAWAT PM'! dan minta tunai hajat lagiiii...



HAJAT HAJAT PM sendiri pun tentu banyak, tak kira lagi ni,entah tercapai entah tidak, hanya beliau sahaja yang mengetahuinya!



SEMASA PM DI HOSPITAL NI PUN NANTI ADA `KUTU KUTU HAJAT' ni sampai juga!... bagi la peluang beliau sembuh dulu....



Pelbagai hajat hajat diseluruh Malaysia tak la banyak, CUMA DALAM 27 juta sahaja noooooo!!...



Harapan saya ulcer beliau tidak keperingkat berdarah disebabkan pelbagai hajat olih kutu kutu hajat ini...KALAU berdarah, PM akan MUNTAH DARAH!...lagi teruk kisah komplikasi ini....



BERDOA la kita semuga beliau cepat sembuh, terutamanya pada hari yang mulia ini, hari JUMAAT.



DATO, pujuk jambu tu bagus untuk ceret beret.....


Abu Bakar Ab Rahman

Queen Latifah said...

Salam, Datuk

Tahniahlah kepada BN kerana berjaya. Iyalah, kalau tak BN yang menang, siapa lagi, kan?

saji said...

Salam Dato'

Tahniah BN kerana menyapu bersih dan mengaut majorti diluar dugaan!

"Malaysia kita ni dah jadi negara cuti -- negara siasta. Banyak sangat cuti sampai dah mula jejas produktiviti. Kalau nak tahu jadilah majikan. Gaji pekerja jalan, tapi tak dapat penghasilan. Lepas tu kena bayar kerja lebih masa pula untuk kejar deadline."

Dato' sudah beberapa kali timbulkan isu di atas. Apa agenda Dato'? Atau, ia isu ringan bagi beri peluang anak muda kita berbahas?

ibni ismail said...

Dato.Maklum lah bila dah tua mata terang jadi kabur.Badan sehat selalu uzur.Masa muda kulit tagang bila tua kulit pun kendur.Jangan lupa makna kata kita sudah hampir dengan lubang kubor.Dulu masa sehat muda makan nasi bila tua sakit kena makan bubor.Itulah antara ciri-ciri dan ragam orang tua.

Shamsuri said...

Tahniah saya pada BN kerana menang dengan bergaya.Cuma agar janganlah UMNO/BN terus puas hati dan goyang kaki lepas ini.Kemenangan itu hanyalah sementara sahaja sebelum PRU 13 nanti.Di Batu Sapu jelas Pengaruh PBS masih kuat dengan disokong rakan yang lain dalam BN.Kalau di jumlah undi yang pergi kepada PKR dan SAPP jangan dipandang ringan sama sekali.Segala janji dan kerja kuat MP baru ini kena berterusan.Manakala di Galas saya nampak pengaruh Ku Li masih mengatsai yang lain.Tanpa jaringan dan jelingan Ku Li mungkin gawat juga.Semoga UMNO /BN janganlah pandang ringan sama sekali akan pengaruh Ku Li ini di Gua Musang khasnya.Lain padang lain belalang.Itulah senario politik ketika ini.Cuma satu bagaimana agaknya jika ada satu lagi pilihanraya kecil di Kota siputeh Kedah nanti.Jadi ke atau tidak.Katanya UMNO takut kalau ada PRk di sini.Betulke.

Anonymous said...

PAS harus keluar daripada kebekuan idea dan hanya menjadi "kuda tunggangan" jika hendak meyakinkan pengundi Melayu.
Amat ketara PAS tidak mampu bersuara dalam PR serta banyak bergantung pada PKR dan DAP.

anti yang menunggang

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati,

Terlebih dahulu marilah kita berdo'a semoga YAB Perdana Menteri sembuh dari penyakitnya.Pada saya PM perlu rehat dan tenangkan diri. Terlalu banyak yang merungsingkan kerana hampir semua yang beliau kemukakan mendapat reaksi yang negatif.Ini biasanya membuat perut memulas dan akhirnya gastrik.

Jangan terlalu mengejar impian menjadikan Malaysia Negara maju pada tahun 2020. Yang lebih afdal berusaha menjadikan negara ini makmur dan aman damai untuk semua rakyat dan bukannya yang terpilih. Jangan terpengaruh dengan formula-formula yang dikeluarkan konsultan kerana akhirnya negara kita akan terjual kepada warga negara asing yang akan mencurahkan wang mereka untuk membeli hartanah kita samada cara langsung atau secara proksi.

Alhamdulillah pilihan raya kecil telah berjalan dengan baik. Apa yang kita bolih pelajari adalah pengundi memileh pihak yang mereka kenali dan percayai. DUN Galas sudah lama dalam tangan BN .Mereka lebih mengenali Ku Li dari kedua-dua calun dan dengan itu memenangkan BN.Tahniah kepada pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak berjaya.

Bakal-bakal calun bagi pilihan raya umum akan datang perlu berusaha dari sekarang mengenali pengundi dikawasan mereka.Jangan harap kekuatan parti untuk berjaya. Contoh yang baik adalah kekalahan parti yang kuat di Turki pada suatu masa dahulu.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Dato Mokhtar said...

Dato Kadir.

Galas dan Batu Sapi. satu pertunjok yang strategi APCO berjaya.

Bagi pilehan raya Serawak saya ada bertanja Dato Effendy.Dia kata no problem bagi BN menang dan menubohkan kerajaan negeri.Dia bercakap melalui pengelaman nya.

Saya setuju.

Bagi PKR selamat bergadoh sesama sendiri.Bagi PAS sila kekalkan peminpin tua dan yang dah ketinggalan zaman.

Bagi DAP selamat bergadoh sesama sendiri.

lebai pondok said...

Pada Dato Najib jangan susah hati.relax lah kat hospital dulu.BN dah menang sapu bersih 2-0.TPM dah buat tugas dengan baik sekali.Biasalah Dato Najib kena ambil rehat dan rawatan yang secukopnya.Semoga PM kita cepat semboh untok melaksanakan tugas seperti biasa.Amin

Anonymous said...

Saya baca akhbar The STAR online dari 10 malam 4hb NOV 2010, sehinggalah 5hb NOV sebelah malam, tetapi tiada berita mengenai kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas.
jelaslha akhbar the STAR tak suka BN menang?- Pengundi Kelana Jaya

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Semoga PM kita cepat semboh dan dapat merayakan Dewali dan kemenangan prk Galas dan Batu Sapi.

Sedikit sebanyak kemenangan ini akan memberi semangat untuk beliau.

anak pulau sayak said...

Tanniah pada KU Li kerana berjaya memimpin satu pasukan jentera UMNO/BN di Gua Musang dalam PKR Galas.Nampaknya UMNO Gua MUsang masih setabil dibawah pimpinan Ku Li.Aku harap UMNO pusat janganlah lagi pandang ringan atau sebelah mata sahaja pada Ku Li.Sebenarnya UMNO masih memerlukan juga tokoh lama macam Ku Li.Apalah guna tokoh muda dan baru tapi tak berguna.Ayik bergaduh sesama sendiri sahaja dalam bahagian dan cawangan.Tak semua orang lama tak berguna.Begitu juga tak semua tokoh muda boleh pakai semua.Contohilah semangat yang ada pada Ku Li dan karismanya sebagai pemimpin yang nampak tenang walaupun sekali sekala mengancam.

abdullah ngah said...

Bak iring lembu masuk kandang ditepinya ada rumput hijau dan rumput biru, malang sungguh ada lembu yang hendak makan rumput hijau, tapi dipaksa makan rumput biru.

Demikianlah menyerlahnya Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil DUN Galas pada 4 November lalu.

adik abang said...

Semoga Dato Najib cepat semboh dengan rehat yang cukop.Nak pesan satu sahaja pada isteri Dato Najib tak payah lah sebok dengan urusan kerajaan.Serah sahaja TPM Tan Sri Mahyudin dan kabinetnya.Pihak lain akan ambil kesempatan buat fitnah yang tak elok terhadap karajaan dan Dato Najib sendiri.Marilah kita doakan supaya Dato Najib cepat sembuh dengan ditemani isteri nya sepanjang masa .Tak payahlah dok kalut sana sini.

zainal abidin awang kechik said...

PM tak mai..sakit..kalau PM ambik cuti PRU 13.. baguis.. jugak boleh menang. KU LI punya plan pun menjadi jugak..TOK PA kerja siang malam>> tahniah la kat BN tok..kerana dapat MENgalas BATU SAPI.. salam tok

rumah tok di kedah apa berita..salam

makbudak said...

Salam dato'

minta izin nak rujuk komen ab...

"PM kena pi cuti sat ... gastric ulcer dan `gastritis' ni ada hubungan dengan stress kehidupan dan pekerjaan...selain dari faktor lain dalam perut.


Saya fikir `kehidupan' PM tidak susah macam rakyat biasa, TETAPI
STRESS PEKERJAAN beliau sangatlah tinggi..."

komen saya:

kalau dato' najib tak tahan stress dgn pekerjaan sekarang, cari kerja lainla yg tak stress. dah 5 org pm malaysia sebelum beliau, semuanya ok, takkan pm ke 6 ni tak tahan....

hehe... saja nyakat... :)

Anonymous said...

End of the road for PKR. There is nothing to shout about for PKR leaders except rhetoric kosong. There is light at the end of the tunnel for UMNO to recover. UMNO is changing for the better. UMNO Boleh!!

Umno has changed its image and now in the right track to continue the struggle to uplift the well being of the Malays. It is time to rally behind UMNO to strengthen our solidarity.

PKR is not doing any good for the Malays. PKR telah memporak-perandakan perpaduan Melayu. Cukuplah tu!!

PAS mesti bersatu dengan UMNO jika ingin melihat umat Melayu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Perpaduan ummah sepatutnya diutamakan dari kepentingan politik yang sempit dan tidak menguntungkan ummah. Kita mesti bersikap prakmatik dan terima hakikat bahawa perpecahan ummah akan membawa padah.

-jintana-

makbudak said...

Salam dato'

(sambung sikit)

apapun sya tetap doakan dato' sri Najib sembuh segera. cuma saya harap tolonglah jangan dibiarkan isterimu mengganggu tugas2 menteri. isteri tempatnya di sisi suami. jgnlah dibuat negara ni mcm syarikat keluarga sendiri, boleh wakil kat isteri utk ambil alih tugas. ataupun mengambil aleh tugas yg menjadi tanggungjawab menteri2 lain. habis, buat apa ada timbalan perdana menteri dan menteri kebinet?

terima kasih...

pakbelalang said...

UMNO kalau nak menang lagi ianya mesti perkukuhkan jentera perkhidmatan kepada rakyat di bahagian-bahagian UMNO yang dikuasai oleh "warlords" yang korup, yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Masih ada lagi saki-baki "warlords" yang bermaharajalela di bahagian-bahagian. Mereka ini dah tak guna lagi dan patut ditamatkan perkhidmatan mereka dengan segera. Lagi cepat dilakukan oleh ahli-ahli UMNO akar umbi lagi cepat UMNO dapat dipulihkan credibilitynya.

UMNO perlukan Ketua Bahagian yang betul-betul ikhlas berkidmat kepada rakyat dan bukanya untuk dapat habuan dari kedudukan yang di pegangnya.

UMNO perlukan lebih ramai lagi teknokrat professional yang bijak dan mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang untuk membantu kerajaan supaya dapat melaksanakan agenda kerajaan dengan cekap dan berkesan. Kita tidak mahu Ketua Bahagian yang pandai "jual air lior kosong" untuk memperkayakan diri mereka.

Tinta Hitam said...

Ap apa hal pun kita ucapkan tahniah dulu pd BN kerana menang kedua dua kerusi.Supaya kedua dua YB baru ni jgn spt YB BN lain.Selalu lepas menang jarang nampak muka.

Cuma satu perkara disinilah.A poin to ponder lat org putih.UMNO tidka memerlukan Najib utk menang.Malahan jika Najib hadhir mungkin UMNO boleh kalah.Keduanya kemenangan diGalas adalah kemenangan peribadi Kuli.Dgn kemenangan ini pengaruh Ku Li dlm UMNO semakin naik dan jawatan Najib semakin tercabar.Jika ada pun org yg berani mencabar Najib dlm UMNO,KuLi lah orgnya.

Seterusnya saya perhatikan adakah sebarang pakatan rahsia antara PAS dan Ku Li? Sbb PAS pun tidak bersungguh sungguh spt selalu.Seolah olah mereka bersedia kalah sebelum bertarung.

Walau apapun Najib semakin sakit selepas kemenangan KuLi diGalas.I was made to understand that he suffer from demam pelentong but why no scars visible.kih3.Pelentong jenis tak berparut ke?

makbudak said...

Salam dato'

maaf dato' nak tegur sedikit kesilapan tulisan dato', posting update dato', bukan 6 okt. 6 november dato'...

terima kasih

cucu tok adam said...

Betul la Dato kata tu.UMNO jangan jadi ego pula bila menang 2-0.Cuma bagi saya untok PRU 13 nanti Dato Najib perlu cari calon yang benar kualaiti dari segi peribadi,kelulusan,amanah,nilai kepimpinan,bukan calon rasuah,akhlak baik.Insy Allah UMNo akan selamat.Kalau Dato Najib pakai tangkap muat sahaja alamat lingkuplah UMNO kali ini.Pastikan calon yang betul-betul bersih.PRU 13 adalah amat penting menentukan masa depan UMNO.Calon hendaklah calon restu akar umbi.Bukan calon yang beli jawatan dan tidak disukai akar umbi.Semoga UMNO terus berkuasa selapas ini.Itulah harapan kami.

OKJ said...

Salam DAKJ

Analisa dan analisis yg Dato’ buat tu memang tepat. Cuma satu je yg Dato’ tak sebutkan iaitu penerimaan konsep 1Malaysia dikalangan rakyat yg diilhamkan oleh YAB PM kita tu. Janganlah begitu dan bagilah sedikit kredit dekat PM kita. Dato’ ni asyik puji Tun dan Tg Razaleigh je, beralih anginlah pulak ikut iklim politik semasa.

Sebenarnya, selepas saja Dato’ Seri menjadi PM, beliau bekerja keras sampai TUN pun tanya bila PM kita tu tidur. Secara perlahan-lahan beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia. Ramai yg ragu pada mulanya takut hak Melayu dipinggirkan. Nah! hasilnya sekarang, Melayu tahu hak Melayu, India pun begitu hingga diberikan projek berbilion buat jalan dekat India bermodalkan little India dan sokongan Cina pun dah start naik semula. Sehinggakan orang asli pun tahu kebaikan dan kesungguhan YAB Dato’ Seri. Wah ! Dahsyat ! Dahsyat !

Akhir kalam, apa salahnya Dato’ tulis satu artikel tentang penghayatan, penerimaan dan kebaikan konsep 1Malaysia. Yg terbukti baik tu kenalah diberikan kredit sikit. Tak eloklah asyik kritik je dan kena adillah juga. Sebabnya, anak-anak muda kita juga nak tengok kita (sebagai orang lama ni) bertindak adil bukannya hanya bercakpa je tentang keadilan. Sekian TQ.

MalaysianKita said...

2. Kejayaan BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan, adalah berpunca daripada:

i. Ketepatan lantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN;

AURA Ku Li memenangkan UMNO di Galas!

ii. Dengan ekonomi rakyat jelata semakin tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, janji pembangunan dan bantuan kewangan oleh BN mengatasi pertimbangan ideologi dan emosi;

Kempen UMNOBN tiada lain adalah AGENDA PEMBANGUNAN. Ternyata, UMNOBN amat licik dan pandai mengambil kesempatan di atas kemiskinan dan kemelaratan rakyat. JANJI demi janji macam biasa, datang mencurah curah. Janji 1500 buah rumah PPRT ( Projek Perumahan Rakyat Termiskin) dengan sebuah rumah kos RM36K, sudahpun UMNOBN “memegang 1500 undi” dalam tangan. INILAH UMNO, mengambil kesempatan atas kemiskinan rakyat, dan sebenarnya, rakyat akan terus dibiarkan miskin untuk UMNOBN mencanangkan MODAL agenda pembangunan bagi meraih UNDI kelak.

iii. BN/Umno juga mendapat faedah daripada masalah dalaman Pas. Walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat terus karismatik di kalangan akar umbi Pas, namun peranannya sebagai ketua pentadbir Kelantan dan ketua Pas negeri semakin dipertikaikan;

Apakah Dato’ berpegang kepada fakta-fakta yang sahih atau berdasarkan khabar angin atau satu strategi propaganda Dato’ untuk melemahkan keyakinan rakyat Kelantan kpd Kepimpinan Nik Aziz?

Pada pandangan saya, Dato pegang kpd perkara kedua dan ketiga, bukan pertama berdasarkan fakta sahih.

iv. Ada kebenaran kepada tanggapan bahawa kepemimpinan Pas Kelantan tidak (atau belum) menampakkan barisan pewarisan yang jelas. Terdapat andaian wujudnya persaingan hebat antara golongan konservatif dan progresif dalam kepemimpinan Pas Kelantan;

Apakah ini yang dimaksudkan Dato’ “masalah dalaman Pas”?

v. Pas menanggung beban yang berat mempertahankan perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan sekularisme dan secara terbuka menolak konsep Negara Islam dan Hukum Hudud Pas;

Bila PAS kalah, ini kesimpulan Dato’. Bila PAS menang, tiada pula kesimpulan sebaliknya! Baik UMNOBN, atau PASPR, dalam PRK pasca 2008, kedua-dua nya menang kalah silih berganti. PAS umpamanya, menang di PRK PARLIMEN Kuala Terengganu dan Bukit Gantang dan DUN Manik Urai.

Jadi,kesimpulan ke V, Dato’ saya juga lihat satu propaganda yang terus menerus digunakan oleh UMNOBN untuk memecah belahkan PR!

Apapun Tahniah UMNOBN!

pakbelalang said...

Pengundi Kelana Jaya,

Benar. Akhbar the Star tidak memberikan liputan dan laporan yang utama atas kemenangan PRK di Galas dan Batu Sapi.
Akhbar the Star memang dah lama berpendirian menyebelahi pembangkang secara halus. Ini boleh kita teliti dalam berbagai bentuk penulisan, laporan dan editorial mereka.

Akhbar ini kadang kala memang pandai "mainkan bontot" kerajaan dengan memutar-belitkan cerita.

If you read newspaper you must read this book "FLAT EARTH NEWS" written by Nick Davies.

Anonymous said...

Datuk Pemblog,

Peti Deposit Siapa Yang Tidak Selamat?

Barangan yang berharga, bernilai tinggi atau dokumen-dokumen penting perlu disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkannya daripada hilang, dicuri atau pun musnah.

Kebiasaannya barang-barang kemas, sijil kelahiran, sijil akademik, surat-surat wasiat, bon, saham atau wang tunai perlu di simpan dalam ‘peti deposit selamat’. Di luar bandar peti deposit selamat adalah di bawah bantal, atas para, bawah tikar atau menggunakan peti besi.

Bagi warga kota kemudahan peti deposit selamat boleh dilanggani di bank-bank tertentu. Namun, simpanan tetap bukanlah 100% selamat sebagaimana yang difahami, baik yang disimpan dalam peti besi di rumah mahupun yang disimpan di dalam .

Contohnya, apabila berlaku banjir seperti di bahagian utara Semenanjung (yang terlebat dalam tempoh 100 tahun), sudah tentu rumah dan isiannya (termasuk peti besi), sama ada tenggelam atau dihanyutkan oleh arus air bah yang deras.

Begitu juga bilik kebal yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih bukanlah bermakna ia adalah 100% kebal. Kecurian barangan dalam bilek kebal milik bank-bank bukanlah mustahil berlaku malah ia dilaporkan oleh pihak media dari semasa ke semasa.

Ini menunjukkan dalam aspek keselamatan harta benda, manusia hanya boleh berusaha tetapi jaya atau tidak usaha itu, ada masa dan ketikanya ia berada di luar kawalan manusia itu jua. Tahap 100%selamat mustahil dicapai.

Dalam konteks politik, pihak media sering mengaitkan Sarawak dan Sabah sebagai peti deposit selamat (kubu kuat/kawasan selamat) milik parti yang memerintah. 'Kerusi' di dua buah negeri berkenaan sukar 'dicuri' oleh pihak lawan.

Ini bermakna, meskipun kerusi di lain-lain tempat berhadapan kemungkinan di ‘rompak’ oleh pihak pembangkang, Sabah dan Sarawak sukar ditembusi apatah lagi dicilok kerana konsep peti deposit selamat yang dianalogikan dalam konteks politik.

Cumanya, kalau parti pemerintah diura-uarkan memiliki peti simpanan selamat, apakah parti pembangkang tidak memilikinya? Bukankah pembangkang telah memiliki peti simpanan selamat selama lebih 2 dekad di Kelantan dan kini dan di Pulau Pinang?

Kalau selama ini pihak media dan pembangkang memfokuskan kepada peti deposit milik parti pemerintah, apakah ada jaminan peti deposit mereka 100% kebal yakni tidak mungkin di cerobohi dan seterusnya di'rompak'?

Tidakkah perkembangan di Galas dan Batu Sapi memberi satu gambaran baru yang mengkhuatiri pembangkang (gambaran yang tidak terfikir oleh pakar keselamatan politik PR sebelum ini)? Dalam mereka menjaja gimik tentang “safe deposit’ parti pemerintah bakal diceroboh, apakah safe deposit kepunyaan mereka terjamin selamat?

AndiKaryaMaya

Anonymous said...

Tahniah Tan Sri Muhyiddin, kerja keras beliau bersama jentera BN nampaknya telah berhasil dan ini menunjukkan petanda baik bagi PRU-13.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ PRK atau mana-mana pilihan raya bukan satu pertandingan menang/kalah, tetapi memilih calon dan/atau parti terbaik untuk membentuk kerajaan membela rakyat.
2/ Saya memberi perhatian secara teliti kepada parti yang memerintah kerana keputusan dan saranan gabungan pari tersebut memberi kesan kepada kehidupan kita. Parti pembangkang, saya kurang hirau dan risau kerana bising mereka tidak memberi kesan kepada kehidupan saya dan anak cucu. Dalam masa terdekat tidak nampak keupayaan mereka untuk mengambil alih kuasa.
3/ Paling membimbangkan kemenangan secara mutlak akan akibatkan keangkuhan diri, maka transformasi , terutama transfomasi mencegah rasuah, tidak di usahakan secara bersungguh dan secara adil. Membaca ulasan Datuk berkaitan KWSP-UEM mengambil alih PLUS , menyebabkan saya masih kurang nampak cahaya dihujung transformasi tersebut.

Anonymous said...

abdullah ngah said...

"Bak iring lembu masuk kandang ditepinya ada rumput hijau dan rumput biru, malang sungguh ada lembu yang hendak makan rumput hijau, tapi dipaksa makan rumput biru."

Komen:

Mungkin juga lembu-lembu sekarang sudah bijak menilai antara kebenaran dan kepalsuan.

Dek kebijakannya itulah maka meskipun di paksa memakan rumput hijau tetapi ditolak.

Alasannya mungkin kerana rumput hijau berkenaan telah layu dan tidak lagi mempunyai khasiat.

Ibarat kubis hijau Lojing dan Kubis biru Cameron Highland, pakar pemakanan mestilah syorkn yang biru.

Dan begitu juga dengan lembu moden, mereka memilih rumput biru kerana sedar ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik.

Kah-Kah-Kah

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya tertarik dengan 2 isi dalam ucapan Presiden Gerakan. Pertamanya mengenai kungfu Mentadak yg baru dipelajari dari adiknya. Iaitu keras pada masa-masa yg tertentu. Rasanya, dah lama dah saya menguasai kungfu ni.

Keduanya, beliau juga menceritakan nasib yg terjadi pada SAPP di Batu Sapi. Alhamdulillah, tak payah kita cakap tapi mereka dah perasan sendiri. Itulah aura YAB PM kita. Rasanya lepas ni, tiada lagilah ugutan-ugutan nak keluar BN.

Dan terakhir, maaf cakaplah tapi rasanya pepatah mengatakan ‘cakap memang senang tapi buat belum tentu’ memang tepat hingga hari ini. Saya juga bersetuju kritikan itu membina tapi sekali-sekala nak juga dibelai manja lo. Sekian TQ.

ORANGUTAN PENANG said...

KAH KAH KAH

Betui jugak kata saudara/saudari.

Tapi PAS boleh pusing balik kata
rumput biru tidak halai walau sihat dan gemuk.

Pasai dah kena cucuk dengan botox.

KEH KEH KEH

pakbelalang said...

Zaid quits race for PKR No 2, all party posts

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim has quit the PKR deputy presidential race saying the party "leadership actively condone malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives."

"I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.


comment:

I hope there is no another "katak si katak lompat" in the making.

I think it is time for Zaid to quit politics. He is too idealistic a person to be involved in politics. He will never ever achieve his ambition to be among the Malysian great political leaders.

Anonymous said...

DAKJ dan para komentar,

Tinta Hitam said...

"Walau apapun Najib semakin sakit selepas kemenangan KuLi diGalas.I was made to understand that he suffer from demam pelentong but why no scars visible.kih3.Pelentong jenis tak berparut ke?"

8:35 PM

Komen saya:

Apakah anda meragui diagnosis yang di buat oleh pakar seperti yang dilaporkan dalam media?

Sedarkah anda perbezaan antara rawatan alternatif dan moden dalam konteks pelentong?

Kalau anda tidak tahu tetapi ingin tahu maka inilah perbezaannya:

1. Rawatan alternatif tidak mensasarkan kepada 'agen' penyebab pelentung. Ini bermakna ruam akan terus timbul dan akhirnya menjadi parut.

2. Rawatan moden, berdasarkan maklumat di internet, berupaya mematikan agen penyebab pelentong terutama kalau penyakit berkenaan di kesan pada peringkat awal dan diberikan rawatan segera.

Ini bermakna, dengan rawatan yang diterima oleh pesakit pelentung, kemungkinan besar pesakit tidak akan mendapat ruam dan selebihnya tidak akan ada parut. Tidak percaya?

Hik...Hik...Hik...

saji said...

Sdr abdullahngah dan kah-kah-kah

"Bak iring lembu masuk kandang ditepinya ada rumput hijau dan rumput biru, malang sungguh ada lembu yang hendak makan rumput hijau, tapi dipaksa makan rumput biru."

Komen (kah-kah-kah):

Mungkin juga lembu-lembu sekarang sudah bijak menilai antara kebenaran dan kepalsuan.

Dek kebijakannya itulah maka meskipun di paksa memakan rumput hijau tetapi ditolak.

Alasannya mungkin kerana rumput hijau berkenaan telah layu dan tidak lagi mempunyai khasiat.

Ibarat kubis hijau Lojing dan Kubis biru Cameron Highland, pakar pemakanan mestilah syorkn yang biru."

1. Menarik perbincangan sdr berdua. Saya nak tumpang sekaki

2.Politik ideologi agama (Islam) yang diperjuangkan PAS yang lebih berteraskan nilai emosi-roh Islam dan alQuran, kehebatan tamadun Islam dll dan nilai budaya-pesejarahan kisah kehidupan Nabi muhamaad saw dan lain2 Nabi, sains Islam, senibina Islam dsb (meminjam dua istilah nilai konservasi)selama ini dalam melakukan intervansi (meminjam istilah konservasi) terhadap harta warisan umat Islam silam yang meliputi ilmu ukhrawi dan duniawi sudah sampai peringkat titik kabur atau blur point (meminjam istilah perancangan bandar dan desa) iaitu peringkat dimana pengkaji/pemikir PAS sudah tidak tahu apa yang mereka hendak lakukan lagi untuk meyakinkan umat Islam di negara ini untuk menyokong perjuangannya itu. Dari sudut konservasi, untuk PAS mengatasinya, PAS, tidak dapat tidak, kena lebihkan kepada nilai perjuangan yang berteraskan nilai gunaan -ekonomi, komersil, etnik dsb(satu lagi nilai konservasi)sebagai benar2 menjelaskan dan menampakkan sistem keadilan Islam sejagat. Memperkenalkan sistem pajak gadai dan dinar Islam di Kelantan dilihat tidak memadai, berbanding dengan apa yang sudah dan sedang dilakukan oleh UMNO dalam hal yang sama.Begitu juga usahanya melebarkan cabaang keahlian partinya kepada non-Muslim dan bergabung dengan parti non-Muslim.

2. Politik pembangunan nasionalisme UMNO yang banyak dikaitkan dengan dasar meningkatkan tahap ekonomi kaum peribumi Melayu seiring dengan kaum lain melalui program pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar, khasnya pun sampai peringkat titik kabur. Namun selepas PRU 12 ia telah diatasi oleh UMNO dengan melebarkan dasar terhadap kaum peribumi Melayu itu ke atas minoriti Cina dan India serta kaum peribumi lain di Sabah dan Serawak melalui gagasan 1 Malaysia.

saji said...

Sdr abdullahngah dan kah-kah-kah

"Bak iring lembu masuk kandang ditepinya ada rumput hijau dan rumput biru, malang sungguh ada lembu yang hendak makan rumput hijau, tapi dipaksa makan rumput biru."

Komen (kah-kah-kah):

Mungkin juga lembu-lembu sekarang sudah bijak menilai antara kebenaran dan kepalsuan.

Dek kebijakannya itulah maka meskipun di paksa memakan rumput hijau tetapi ditolak.

Alasannya mungkin kerana rumput hijau berkenaan telah layu dan tidak lagi mempunyai khasiat.

Ibarat kubis hijau Lojing dan Kubis biru Cameron Highland, pakar pemakanan mestilah syorkn yang biru."

1. Menarik perbincangan sdr berdua. Saya nak tumpang sekaki

2.Politik ideologi agama (Islam) yang diperjuangkan PAS yang lebih berteraskan nilai emosi-roh Islam dan alQuran, kehebatan tamadun Islam dll dan nilai budaya-pesejarahan kisah kehidupan Nabi muhamaad saw dan lain2 Nabi, sains Islam, senibina Islam dsb (meminjam dua istilah nilai konservasi)selama ini dalam melakukan intervansi (meminjam istilah konservasi) terhadap harta warisan umat Islam silam yang meliputi ilmu ukhrawi dan duniawi sudah sampai peringkat titik kabur atau blur point (meminjam istilah perancangan bandar dan desa) iaitu peringkat dimana pengkaji/pemikir PAS sudah tidak tahu apa yang mereka hendak lakukan lagi untuk meyakinkan umat Islam di negara ini untuk menyokong perjuangannya itu. Dari sudut konservasi, untuk PAS mengatasinya, PAS, tidak dapat tidak, kena lebihkan kepada nilai perjuangan yang berteraskan nilai gunaan -ekonomi, komersil, etnik dsb(satu lagi nilai konservasi)sebagai benar2 menjelaskan dan menampakkan sistem keadilan Islam sejagat. Memperkenalkan sistem pajak gadai dan dinar Islam di Kelantan dilihat tidak memadai, berbanding dengan apa yang sudah dan sedang dilakukan oleh UMNO dalam hal yang sama.Begitu juga usahanya melebarkan cabaang keahlian partinya kepada non-Muslim dan bergabung dengan parti non-Muslim.

(bersambung)

saji said...

Sdr abdullahngah dan kah-kah-kah

(sambungan)

2. Politik pembangunan nasionalisme UMNO yang banyak dikaitkan dengan dasar awam meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum peribumi Melayu melalui program pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar khasnya seirng dengan kaum lain yang sudah maju ekonominya juga sudah sampai titik kabur tersebut. Cuma selepas pasca PRU 12 dasar yang sama tersebut, secara prinsipnya, dilebarkan ke meliputi kaum manoriti di semanjung dan di Malaysia Timur melalui gagasan 1Malaysia, tanpa mengambil kira mereka golongan pendatang atau peribumi.

riffzam said...

assalamualaikum...betul-betul tu...faktor perlantikakan tengku razaleigh amat berpatutan...sebab beliau amat berpengaruh...mungkin kalau kerusi pengerusi perhubungan umno kelantan diberikan kepada beliau..mungkin BN/UMNO dapat kembali Kelantan dalam PRU 13...insyaALLAH...

*sekadar pendapat saya...

mudah-mudahan PM cepat sembuh...

riffzam.blogspot.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).