A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KALI ini saya nak sebut dua sahaja daripada banyak macam-macam ada yang berlaku di negara kita atau yang berkaitan dengan kita.
Pertama, Mohd Zaid Ibrahim sudah masuk parti baru. Kejayaannya yang pertama dalam parti baru ini adalah meminda namanya daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Akim yang dikatakan berpangkalan di Kelantan, negeri tumpah darah Mohd Zaid, apabila menjadi Kita akan membuka pintu kepada semua kaum dan komited kepada keadilan untuk semua.
Kita (parti baru Mohd Zaid) tidak berhasrat menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi akan menyokongnya dalam hal-hal yang penting.
Dari Umno Zaid masuk PKR. Dari PKR masuk Akim. Ambil alih kepemimpinan Akim dan tukar nama jadi Kita. Sekarang tercapailah hasrat beliau untuk mengepalai sebuah parti politik tanpa susah bertanding.
Macam-macam ada yang kedua adalah mengenai Menteri Luar, Anifah Aman menyerahkan surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, T. Jasudasen, berkaitan apa yang pembesar Singapura kata mengenai negara kita.
Laman Web Wikileaks telah membocorkan banyak dokumen rahsia kerajaan Amerika Syarikat. Yang berkaitan Malaysia adalah perbualan antara diplomat Singapura, Amerika dan Australia. Antara yang dipetik dan dilaporkan oleh agensi berita Perancis AFP adalah:-
1. "A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia," permanent secretary for the Ministry of Foreign Affairs Bilahari Kausikan reportedly told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney in a cable dated September 2008. (Ketiadaan kepemimpinan yang kompeten adalah masalah yang nyata bagi Malaysia.)
2. As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Bilahari was quoted as saying. (Keadaan di negara jiran Malaysia adalah keliru dan berbahaya, ditambah pula oleh kemungkinan berlaku konflik perkauman yang akan menyaksikan orang Cina tempatan lari dari Malaysia dan membanjiri Singapura.)
3. Another official, Peter Ho, reportedly described Malaysian Prime Minister Najib Razak as "an opportunist" who "would not hesitate" to be critical of Singapore if "it is expedient for him to do so."
He said allegations linking Najib to the murder of a Mongolian woman in 2006, which the leader has strongly rejected, would continue to "haunt" his political fortunes. (Seorang pegawai lain, Peter Ho, dilaporkan berkata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak adalah “seorang oportunis” yang “tidak teragak-agak” berfikiran kritis terhadap Singapura jika “bermanfaat berbuat demikian.” Katanya, dakwaan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia pada 2006, yang dinafikannya dengan keras, akan terus “menghantui” turun naik politiknya.)
4. Further WikiLeaks revelations have shown that leaders in Singapore also believe Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim had sex with a male aide in a honey trap set by his enemies. (Wikileads juga mendedahkan yang pemimpin Singapura percaya ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya di dalam perangkap yang dipasang oleh musuh-musuhnya.)
5. Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted', (Perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas Perdana Menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA (Office of National Assessments) dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa ketua pembangkang Anwar “memang melakukan perbuatan yang dia sedang dibicarakan sekarang.”)
Saya langsung tidak hairan dengan apa yang diperkatakan oleh pegawai Singapura itu. Memang itulah kerja Singapura sejak dalu lagi, sama ada ketika dalam Malaysia apatah lagilah selepas dinyahkan.
Itulah yang diajarkan oleh Lee Kuan Yew kepada rakyat Singapura – membenci jiran-jiran, menakut-nakutkan mereka terhadap Malaysia dan Indonesia kerana kita lebih besar dan majoriti rakyat kita beragama Islam, mengganggu gugat ekonomi kita dan pada masa yang sama cuba memonopoli ekonomi kita dengan bermacam cara.
Sebab itulah saya sentiasa memberi amaran kepada para pembesar Malaysia agar berhati-hati dan jangan baik sangat bila berurusan dengan negara itu. Tetapi nampaknya selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad, para pembesar kita taasub sangat hendak berbaik-baik dengan Singapura hingga tunduk kepada kehendak negara itu.
Singapura adalah “wakil” Amerika dan Australia di Asia Tenggara. Ia adalah “listening post” (pusat merisik) bagi badan perisikan Israel. Jadi adalah tidak menghairankan bagi diplomat Singapura bertukar-tukar nota dan membuat analisis negatif mengenai negara kita. Yang silapnya, ramai orang kita memandang remeh bahaya pengintipan dan propaganda Singapura ini. Wallahualam.
Thursday, December 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
68 comments:
Antara Zaid vs Brahim, siapa lebih pandai main politik, Tok?
Kedua-duanya 'pakar lompat'!
Kedua-duanya species dari UMNO.
Dua lagi species dari UMNO yang sepatutnya dijadikan teladan bagi Zaid dan Brahim, adalah Ku Li dan Nwar Brahim. SEBAB, kedua-dua Ku Li dan Nwar yakin ada pengikut tetap, setia yang ramai yang mampu beri tentangan kpd bekas keluarganya UMNO.
Ku Li tubuh S46, gabung dgn PAS jadi APU, tersungkur UMNO di Kelantan.
Nwar tubuh KEADILAN.
Sebelum Zaid, Brahim pernah dilantik oleh Mahathir masuk Kabinetnya, TAPI kemudian dibuang. Bukan setakat itu, jawatan Ketua UMNO Pasir Mas juga dilucutkan. Marahlah Brahim. Pilihanraya kemudiannya masuk bertanding sbg BEBAS dalam 3 penjuru di Pasir Mas. Dapatlah undi hampir 5000. Baru Brahim tahu 'langit tu tinggi', penyokongnya tak seberapa.
Demi menyambung hayat karier politiknya, dia masuk bertanding lagi guna lambang BULAN, lepas diperkenankan Nik Aziz. Menanglah dia! TAPI, tamak haloba tak habis-habis, kacang lupakan kulit!
Dipendekkan cerita, dia tubuh PERKASA, juga demi menyambung hayat karier politiknya yang dihujung senja.
Mengapa Brahim tak tubuh Parti Perkasa?? Sebab dia dah ukur baju dibadan sendiri di Pasir MAs dalam pilihanraya sebelum ni! Kalau dia tubuh Parti Perkasa, berapa orang sangat akan ikut dia!!
Perkasa adalah untuk bekas OKU yang gila talak.
OKU, Orang Kuat UMNO, yang gila talak lepas hilang cengkaman kuasa!!
Tampillah OKU melaungkan 'Ketuanan Melayu' KONONNYA!!!
Zaid, tak seperti rakan speciesnya tersebut, dengan MENGAMBIL ALIH Parti orang lain, tukar nama je.
Macam tukar nombor plate kereta lah, enjin dok buruk meragam macam tu jugak, walaupun nombornya TERBARU dan TERKINI!!!
Jadi, Zaid vs Brahim sapa lebih terror main politik?
Salam Dato',
Saya nak bertanya, adakah Wikileaks ini sumber rasmi sampaikan kerajaan bertindak menyuarakan bantahan keras terhadap S'pura? Kenapa kerajaan cepat sangat melatah pada hal2 berkaitan perempuan Mongolia itu tetapi dalam masa yg sama beriya2 bercerita mengenai salah laku Anwar yg diambil drp sumber yg sama? Beberapa hari ini pula, kerajaan seperti melakukan 'damage control' pula kpd kenyataan yg mengatakan pemimpin kita tidak cekap. Kalau tidak benar kenapa kita menafikannya?
Jika kita terus melayan sumber2 begini, sudah tentu si Assange tengah tersenyum lebar. Kita betul2 pastikah semua pembocoran itu betul dan tidak disulam dgn penipuan yg berniat jahat dan palsu? Mudah sangat kita masuk perangkap, ada sebab S'pura kata pemimpin M'sia tidak cekap!
Salam
Singapura terdiri daripada masyarakat 'Kiasu'. Masyarakat Cina Malaysia pun tak tahan dengan keangkuhan orang-orang Singapura apatah lagi kita yang Melayu ni. Itulah yang menghairankan kita, kenapa pemimpin kita suka mengipas Singapura dan membiarkan Singapura mengebas apa-apa yang ada di negara kita. Sejak zaman David Marshall lagi kita semua dah tahu betapa Singapura itu mempunyai link yang kuat dengan YAHUDI.
Biarlah Singapura nak rasa moden atau maju, peduli apa kita dengan mereka di sana. Kalau kita tak ada, mereka semua akan jadi gila kerana terpaksa berpusing-pusing di pulau itu sahaja.
Pemimpin kita kena jadi manusia yang bijak, tak perlu gentar dengan pulau kecil yang menjadi jiran kita itu. Nak takut apa dengan mereka?
1. Anwar Ibrahim ajak Lee Kuan Yew bersemuka di mahkamah untuk membuktikan apa yang LKY cakap..
Mana pernah orang Melayu Islam yang berani cabar LKY ke mahkamah? kita tengok apa respons LKY...
2. Mahathir pula tetiba percaya apa yang LKY cakap..kelakar bukan?
3. Najib setakat ini dok main 'taichi'. Umum tahu siapa yang 'kontrol' Najib dan apa yang menyebabkan Najib 'melutut' dengan Singapura. Masakan tanah KTMB diserah kepada Singapura dengan begitu mudah sekali..
4. Bekenaan isu APCO, Anwar Ibrahim dijangka digantung drpd menghadiri parlimen selam 6 bulan.
Umum tahu siapa dan apa tugas APCO.
5. Tetiba ada anasir2 yang dok mintak Tanjung balik ke Kedah? Over my dead body brader zaini..
6. Semoga Allah selamatkan Malaysia drpd anasir2 jahat!
minah ronggeng
Saya nampak dengan jelas bahawa kenyataan Lee Kuan Yew dalam wikileaks sesawang milik Dr.Julian Assange yang sedang dibicarakan itu, Najib Razak tak layak jadi perdana menteri Apatah lagi ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa orang melayu tidak layak jadi pemimpin malaysia, kecuali orang China saja yang layak.
Inilah yang memrbahayakan Malaysia dari segi langskap politik kini.
Kenyataan Lee Kuan Yew ini ada kaitan dengan pembelian empat buah kapal terbang tempur serba canggih yang dikatakan berharga RM 1 bilion sebuah.
Najib yang mendabak dada mengatakan pentadbiran malaysia cekap dikatakan akan membeli kapal terbang tentera masih jadi kontraversi mengenai harga rendah dibeli dengan harga yang mahal lebih tiga kali ganda.
Bagi saya Singapura macam Israel terhadap rakyat Palestin khususnya dan umat islam amnya yang barang kali tunggu masa untuk melakukan kejahatan menerusi pelbagai sabotaj agar malaysia jatuh ketangan orang china.
Setuju Tuk, Mereka tak pernah hormat kita, dan mereka sentiasa menganggap kita boleh diperalat dan diperbodohkan.
Teringat ungkapan Tuk Zam kita, ketika ada polemik antara 2 negara, seorang menteri singapura berkata "lihatlah para penjual ubat di tepi jalan sedang menyalak..." ditujukan kpd barisan kabinet kita...
Saya faham, Dato' tahu byk tentang Singapura. Semoga kepimpinan kita lebih bijaksana dan sgt berhati2 berhadapan dgn jiran spt ini...
Kalau kita rajin membaca dan mengambil tahu,sebenarnya apa yang dikatakan "pendedahan" Wikileaks bukanlah satu perkara baru yang juga bukan berada diluar pengtahuan kita.
Rajinlah menjengok pelbagai media dan catatan blogger,samada media dan blog ini penyokong BN-UMNO ,atau media-blog simpitism pembangkang,ianya telah lama berada dan berlegar dalam catatan,cuma samada kita ada kesempatan masa untuk membacanya dan seterusnya mempercayainya atau tidak,itu sahaja.
Ia menjadi gah dan dilihat sebagai satu ancaman apabila ia dikeluarkan dalam satu bentuk yang dinamakan lapuran dan risikan,tambah tambah bunyi hujungnya ada kait dengan Amerika,Australia dan Singapura.
Dunia tanpa sempadan(negara tanpa sempadan?)menyebabkan semua ini terjadi.Sekecil kecil keberkesanan stelite pun akan dirasai olih kita jika berpengalaman menggunakan GPS sebagai hala dan panduan perjalanan kita sewaktu memandu.Melalui hadlaju 60km dikawasan yang tidak sepatutnya dipandu laju,memasuki lorong yang salah dilaluan yang banyak lorong pun bolih dikesan,apatah lagi jika sistem sistem pengawasan berkonsep setalite yang ada dilakukan dan dibantu olih kepakaran dalam bidangnya.
Bagi yang punya ingatan yang kuat tentu kita tidak lupa ,sewaktu penglibatan APCO diheboh dan dipertikaikan( dan kini hasilnya Anwar Ibrahim dan beberapa MP lagi sedang menghadapi tindakan pengantungan daripada sidang parlimen)isu kehadiran pakar pakar untuk membangunkan sistem perhubongan di PDRM telah diulas dan dibantah kerana ianya seolah mengundang perisik luar membolosi sistem keselamatan negara.
Nah sekarang lihatlah kesannya.Samada apa yang diberitahu itu benar atau tidak,satu soal yang lain,tetapi pencerobohan untuk mendapatkan maklumat negara bukan satu perkara yang bolih dimain main dan tidak perlu dilihat melalui kacamata pertelingkahan politik dalaman Malaysia.Ia perlu dilihat dari aspek keselamatan negara secara keseluruhan.Apakah perlu dinyahkan pakar pakar luar ini jika mereka masih berada diMalaysia dan semua peralatannya dimusnah dan dibangun semula dengan kepakaran tempatan ,jawapannya hanya pemerentah semasa sahaja yang mampu menjawap dan melakukannya.(* mengapa perlu dimusnah dan diganti, jawapnya ada pada mereka yang mahir dengan sistem komunukasi).
Realitinya kita tidak bolih terlepas dari pencerobohan ini tetapi berusaha menghalangnya adalah menjadi satu dari kemestian kita.
Ding dong dalam soal keselamatan negara tidak bolih dimaafkan.
Hikmah disebalik apa yang berlaku ialah adalah diharap tidak akan ada lagi pemimpin kita,samada pemerentah atau pemimpin pembangkang akan terhengeh hengeh bertandang ke Singapura jika ingin merungkai isu dalaman yang sulit daripada dihidu olih musuh politik dalaman.
Mengenai Zaid Ibrahim,diucapkan tahniah kerana bukan setakat timbalan presiden yang dia dapat malah melangkau lebih dari itu ,menjadi seorang presiden.
Salam Dato',
"Negara Yahudi di Asia Tenggara" memang sesuai untuk negara jiran kita di selatan tanahair.
Seorang kawan saya, bekas perisik tentera pernah memberitahu saya terdapat perisik tentera negara "Yahudi Asia" ini yang sentiasa mengintip setiap kem tentera kita di Johor, mereka akan menghantar maklumat setiap pergerakan tentera kita samada membuat latihan, perkara yang dilakukan setiap hari dan tak kira apajua gerakkerja tentera kita.
Tentera kita juga mengetahui apa jua pergerakan tentera mereka, lokasi senjata,jenis senjata,kekuatan senjata pergerakan, bunker dan sebagainya.
Tentera kita juga tak pernah mempercayai "Yahudi Asia", sekadar diplomatik dan hanya untuk ekonomi negara kita sahaja kerana kita masih memerlukan pelaburan dari "Yahudi Asia" ini. Berbuat baik pada mereka umpama melepaskan anjing tersepit, sudah terlepas kita digigitnya.
LKY seorang yang licik dan sentiasa mencemburui Malaysia, mereka meniru apa yang menguntungkan seperti Formula One dan kasino setelah menyedari bahawa rakyat mereka ramai berkunjung ke Malaysia bila musim F1 dan untuk berjudi.
Mereka menghalang pembinaan jambatan bengkok kerana jambatan tersebut akan mengurangkan pendapatan pelabuhan mereka, TUN DM telah melihat potensi jambatan tersebut, namun DSAAB menghentikan projek tersebut setelah mendengar nasihat budak hingusan tingkat 4. DSNAR wajar meneruskan projek tersebut untuk meningkatkan pendapatan pelabuhan di Johor.
Amat malang bagi negara kita bila mempunyai PM yang hanya mengikut telunjuk musuh yang mempunyai agenda mereka sendiri.
Mengenai Zaid Ibrahim, percaturan politik beliau telah dapat diramalkan bila beliau menyertai AKIM dan membubarkannya. Membentuk parti KITA , sebagai ketua parti baru dan membuat sejarah baru untuk parti KITA.
Penyokong parti tersebut akan terus menyokong beliau kerana sebelum ini mereka tak mempunyai seorang pun tokoh untuk menggerakkan parti tersebut.
Penyertaan KITA dalam PRU 13 akan datang hanya untuk memecahkan untuk BN atau PR, mungkin mereka akan mendapat undi tetapi sukar untuk mendapat mendapat sebarang kerusi DUN atau Parlimen. KITA akan hanya beroperasi di Kelantan dan takkan mampu menyeberang ke Terengganu atau negeri lain berdasarkan sejarah AKIM, mungkin parti ini akan berkubur setelah tamat PRU 13, atau ada seseorang yang bertanding melawan Zaid pada pemilihan parti itu pada masa hadapan.
Anak Parit/Bota
Dato,
Singapore kan anak didik Israel, cara berfikir dan cara meberi komen pun sama.
Cuma org kita yg kurang cerdik sikit, cepat melatah.
Apakah pemimpin politik Malaysia begitu bersih sehingga tidak berkata apa-apa kpd Singapura?
Politik antarabangsa menyaksikan persaingan ekonomi dan kebendaan banyak negara. Sudah pasti ada perkara-perkara tertentu yg menyebabkan kita dikata oleh Singapura. Bahkan, kita sendiri juga termasuk Dato juga mengata Singapura.
Human Nature.
Apa yg hendak dibimbangkan sgt?
Kita harap semoga media negara kita berfikir menggunakan kepala otak dan jangan gunakan kepala lutut!
Ada isu yang boleh kita ketengahkan.. tak jadi masalah, isu anwar ni pun takde masalahnya nak dedahkan bukti macam mana pun..
yang kena jaga ialah sifat hati2 kita, negara kita adalah sebuah negara berdaulat yang punya maruah..
tidak mudah sebuah akhbar menceritakan di muka hadapan akhbar mereka tentang kehebatan perisikan negara asing dengan mengenengahkan kelemahan sistem keselamatan negara..
perkara begini boleh menjadi lawak dan bahan jenaka oleh penduduk dan kerajaan singapore, malah negara2 luar melihat sebagai kebodohan apabila akhbar tempatan yang mengeluarkan cerita ini.. biarlah ia berlegar di dalam internet atau secara sendiri tanpa makluman besar2an oleh sebuah media..
sememangnya berita dari orang fasiq kena diperiksa kebenarannya namun berita ini apabila disebarkan tetap menjatuhkan maruah negara samada benar atau palsu..
Di mana letaknya maruah sebuah negara?
gebhart
Seperkara lagi,"sikap tak apa" yang dimiliki secara mewarisi kepimpinan dulu kala masih tebal dan menjiwa pemimpin hari ini membuat "berbahaya ke apa apa ke lagi "kepada bangsa negara dan agama tiada dalam kamus politik mereka.
Kita kata "bahaya" tapi bagi para pemimpin umno "tak apa apa".
Sebab itu apa di perlakukan oleh kerajaan Singapura miskipun berbahaya, tapi tak bahaya.
Oleh itu, macam para pemimpin palestin yang masih yakin dan percaya pada "perjanjian" yang jelas dan nyata "berbahaya" dan "mendukacitakan".
Hari hari rakyat palestin dibunuh. Tapi bagi para pemimpin "tak apa apa" asal kan mereka dapat apa yang mereka hajati.
Macam Malaysia, Singpaura ambil batu putih tak apa apa. Singapura ceroboh ruang udara malsysia tak apa apa.
Mungkin perisik jual maklumat pun tak apa apa, macam Mesir tenteranya jual maklumat kepada Yahudi pun tak apa apa.
Mungkin tak sedar DAP sudah pun jual maklumat kepada PAP macam MCA jual maklumat kerajaan kepada DAP hingga segala rahsia kerajaan ada ditangan para pemimpin DAP.
Namun soal bocor atau maklumat bocor bukan cerita baru, malahan sudah lama di perlakukan oleh puak puak yang punya cita cita untuk jadikan malaysia negara bukan hak Melayu.
Melayu hanya jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri saja, manakala kuasa ekonomi, politik pendidikan sosio-ekonomi mengikut telunjuk orang kafir, sedangkan rasulullah SAW pernah menyatakan jangan ikut orang kafir dan jangan jadi macam yahudi.
Kita tengok hari kebanyakan orang melayu yang mengaku beragama islam sudah mengikut apa kata orang kafir dan jadi macam Yahudi pasal agama tolak tepi. Malah ada yang kata solat, puasa dan zakat tak penting, yang penting kumpul harta sebanyak mungkin.
Itulah yang berlaku antara malaysia dan singapura dulu dan kini. Mungkin buat selama lamanya jika umno memerintah negara ini.
Bercakap pasal Zaid Ibrahim anak Ibrahim Ali itu dia hanya berjaya ubah "AKIM" kepada "KITA" yang akan jadi aku, aku, mu, mu dalam langskap politik negara.
Salam dato,
DAH SAHIH.....inferiority complex Melayu makin TERUK!
TOKSAH minta orang `hormat' kita. TOSAH kutuk orang kalau orang `merendahkan' kita .
PASAI APA?....orang singapore dulu pun macam orang malaysia juga...
LEPAS depa blah,depa mengaji `kuat kuat'...la ni dah jadi `pandai' ...sebab itu lah orang `hormat', itu juga dalam 45 tahun lebih kurang....
Singapura dengan usaha ( betui ka,tipu ka, belit ka, putaq ka)...dah jadi pusat kewangan yang terkenal, dah jadi pengekport macam macam barangan, walaupun tak ada pokok kelapa sawit,poko jati,getah, nenas,kelapa,ubi kayu dll...
YANG KITA ni.... makin pandai ka makin bodo?
NAMAKAN SATU PENCAPAIAN/PRODUK negara yang betui betui SAHIH, dan mendapat permintaan tinggi di asia/eropah/US sejak 2000?.
Namakan satu syarikat baru dari Malaysia yang terkenal diseluruh asia/ dunia sejak 2000?...
Namakan seorang ahli falsafah malaysia yang terkenal di asia dan negara..
Namakan seorang penulis yang terkenal diasia dari MALAYSIA.
YANG ADA dan terkini terkenal diseluruh asia/amerika latin dan setengah negara dieropah ialah...LAT(dan DATUK LAT) dan TAN SRI ZETI .
Tak lama lagi mungkin upin dan ipin....
Petronas,Proton, Maybank,TWIN TOWER,MAS,KLIA...... semua itu adalah produk lama!!
Sebenarnya, orang kita banyak bercakap,berpolimik dan berpolitik......SEPANJANG MASA.
dan suka dipuji siang malam.
MALANGNYA..semua aktiviti tersebut tak laku untuk dijual dipasaran tempatan dan juga luar negera!
KITA terlupa untuk jadi `pandai' walaupun mengaji `tinggi'.
Walaupun ramai rakyat islam,tetapi `ilmu' dan `rezeki' dari langit TIDAK DAPAT di pergunakan untuk membuat `tools' dan `services' yang tinggi permintaan/penggunaan tempatan dan luar negeri.
Kadang kadang saya fikir akhirnya negara ini juga akan melalui revolusi penghapusan manusia seperti di amerika,diaustralia, di gaza dan tebing barat,dikosovo, dinegeri china(dulu) dan diPeranchis dulu....
Abu Bakar Ab Rahman
Singapura senantiasa dalam keadaan ketakutan. Itu sebabnya Singapura tidak ada alternatif lain untuk menjaga keselamatan negeranya, ia terpaksa bepaut kuat pada Amerika Syarikat sebagai sheriff dunia. Singapura adalah seperti Israel juga senantiasa berusaha " to be in the good book of U.S." atau dalam bahasa kasar jadi "baruah" kepada Amerikat Syarikat. Seperti juga Israel, Singapura banyak gunakan "lobbyists" untuk memberikan "feeback" kepada Amerka Syarikat dalam merangka dasar luar Amerka Syarikat di rantau Asia Tenggara. Tujuannya ialah supaya dasar luar A S dirantau ini mengambil kira tentang keselamatan Singapura.
Mengenai andaian bahawa pemimpin kita tidak "competent" saya berpendapat ada kebenarannya. Ada setengah pemimpin kita yang memang tidak layak pun menjadi pemimpin atau menteri.Pemimpin yang haprak dan HP6. Sudah sampai masanya rakyat memilih pemimpin yang berwibawa untuk menjana kearah kemajuan yang lebeh cemerlang lagi supaya negara luar tidak memandang hina kepada kita. Hanya rakyat sahaja yang boleh menentukannya. Jadi peluang terbaik kepada rakyat untuk merobah corak kepimpinan kita supaya bermaruah dan berkalibar ialah pilihan raya umum akan datang. Pilihlah pemimpin yang terbaik untuk mentadbir negara kita supaya disegani oleh negara luar.
Mengenai Zaid, saya rasa biarkan dia mencuba nasibnya untuk terus berkecimpong dalam politik. Dia sedang meraba-raba untuk mencari tempat berteduh bagi meneruskan cita-citanya.
Datuk Kadir,
Kepada mereka yang sering terlopong dan taksub dengan kecekapan dan keunggulan LKY mentadbir Singapura, pandangan saya adalah saperti berikut;
Yes, LKY sucessfully reengineered Singapore, but he was lucky that 75 % of the population are Chinese, and less than 15% are Malays.
If history could be tweaked where the Chinese is 55% and the Malays 35% , can anybody dare say that Singapore could attained to its present height?
There would be a Malay" Karpal Singh or Lim Kit Siang ",a Chinese " Nik Aziz", a Malay " Hindraf group" a Malay "Dong Zong", a Malay "Foong Yew "school, and the likes of a Chinese "Perkasa", forever screwing whatever good intentions LKY might have for his Singapore.
Really he is a frog in a small pond.
Sdr gebhart kata "perkara begini boleh menjadi lawak dan bahan jenaka oleh penduduk dan kerajaan singapore, malah negara2 luar melihat sebagai kebodohan apabila akhbar tempatan yang mengeluarkan cerita ini.."
# Kerajaan bantah tapi dlm masa sama kalau ada yg politically motivated, ambil kesempatan. Memang lawak.
# Memanglah kita terasa tapi apa yg nak dihairan S'pura mengata kita. Kita mengata pun banyak cuma belum terdedah sahaja.
# Dlm isu pendedahan War Diary Iraq dan Afghan, Amerika cuma mengatakan ianya damaging tapi tidak mengesahkan ianya betul atau tidak. Berita2 dia akhbar dan media negara seolah-olah "mengesahkan" isi kabel2 tersebut adalah benar dan pegawai2 kita pula masing2 meminta penjelasan S'pura. Ini tidak bijak.
# Mengenai keselamatan, SB M'sia atau perisik S'pura sepatutnya tidak menjadi isu - perisikan adalah perkara biasa. S'pura risik M'sia, M'sia risik S'pura. Sehinggakan dlm hal2 tertentu, kita bertukar2 info perisikan dgn AS dan negara lain. Utk kebaikan atau pun keburukan, ini semua sepatutnya rahsia. Cuma jgnlah kita sendiri pelawa masuk anasir2 ini dgn membina atau mengendalikan sistem kita. Kalau kita biarkan, tidak hairan satu hari ada kapal terbang milik negara kita secara terancang melanggar KLCC. Itu imaginasi saya tetapi dlm dunia moden dan canggih, apa saja boleh berlaku.
p.s.: Ada kisah Lufthansa terpaksa membuang dan menggantikan sistem avionic beberapa buah pesawat Boeing setelah menjumpai peranti atau chip yg diragui "tertanam" di dlm pesawat2 yg baru dibeli. Ada pakar Jerman mengatakan, peranti2 tersebut mungkin menyebabkan pesawat hilang kawalan sendiri dan dikawal dari jauh oleh pihak2 tertentu seperti pengganas dan sebagainya. Teknologi ini rupa2nya telah dimajukan oleh Zionis Israel setelah "mencuri'nya dr Perancis suatu ketika dahulu. Kalau pun kisah ini hanya khabar angin atau palsu, ianya tidak mustahil dan ianya amat menakutkan. Perkara2 beginilah yg patut diberi perhatian oleh kerajaan.
whatreallyhappened.com kata wikileaks akan 'bongkar rahsia' semua negara melainkan - Israel.
Jika 'rahsia yg dibongkar' itu bersama ducuments dlm bentuh PDF, mungkin kita boleh percaya.
Jika hanya 'cakap-cakap' kenapa pakar-pakar politikus kita melompat-lompat kepanasan ?
Nani Cheras
Sebelum ini, AKIM sekadar meletak satu sahaja calun dalam PRU.
Setelah Zaid ambil alih, adakah KITA akan meletakkan 50 calun dalam PRU?
Kenapa nak beratkan kepala? Besar sangat ke sumber dana dan sumber manusia dipihak Zaid?
Dalam PRU 13, saya lebih suka fikirkan PERKASA yang saya jangka bertanding satu dua kerusi saja (paling tidak, pencalunan untuk Brahim Ali) tapi berarak sana sini.
Intimidation. Ini akan menjadi kos bukan saja buat PR tapi juga buat BN.
Berkait maklumat bocor, saya setuju ia bukan gelombang cerita baru. Sekadar gah kerana adanya nama wikileak, risikan US dan lain-lain.
Celupar mulut pemimpin Singapura dalam pandangan mereka pada pemimpin Malaysia juga bukan benda baru.
Fed Up
Salam Dato',
Tahniah kpd Dato Zaid Ibrahim kerana akhirnya mendapat sebuah parti yang beliau jadi presidennya. Semoga beliau boleh berasa lega dan puas hati.
Saya setuju dengan Dato' dan ramai pembahas disini yang mengatakan Singapura sentiasa mengintip jiran-jirannya. Rahsia Malaysia pun bukannya banyak sebab sentiasa terdedah. Kalau sebut fasal kem tentera, kita pun semua tahu betapa longgarnya jagaan kem-kem kita tu. Dulu ada "orang psycho" memimpin Al Maunah pun berjaya merompak senjata dari kem tentera; bayangkan apa yang boleh diselongkar oleh "orang intelligent". Baru-baru ni kita pun tercongang-congang bila dua engin jet pesawat TUDM boleh dilarikan dan dijual.
TDM pernah beritahu wartrawan bahawa Melayu gagal kerana kita tak organised. Bukan setakat Melayu, tapi gomen kita pun nampak tak well organised.
Sebenarnya apa yg bocor melalui wikileaks tu adalah perkara kecil. Diplomat kita pun boleh ada pendapat tertentu yg tak favorable kepada pimpinan negara lain..human nature lah tu. Tapi apabila Utusan Melayu (UM) menjadikan pembocoran wikileaks secara berpilih dimuka depan bermakna UM memberikan penarafan tinggi kepada status wikileaks...hahaha hehehe..Itulah kebebalan Ketua Editor UM. Maka semakin jelaslah sekarang bahawa UMNO kekurangan talent...PM DS Najib patut pecat saja Ketua Editor UM tu.
Sebenarnya banyak yang boleh dibebelkan bekaitan tajuk tampalan Dato kali ni. Tapi cukuplah setakat ni dulu...kalau diikutkan hati, blood pressure pun boleh naik.
Pak Hj JB
Datuk,
1/ Usah salahkan Singapura, tidak kemana kita ,bukan KITA ( parti baru).Kita akan hanya berubah jika mampu menyalahkan diri sendiri dan berani berubah.
2/ Betulkah T.S Hassan Merican setelah didapati terlalu tua untuk bekerja dengan Petronas diambil bekerja oleh Sinagpaura?. Kurang faham , mungkin Datuk boleh beri sedikit senario tersebut.
3/ Membaca cerita-cerita berkaitan perjanjian tanah KTM, macam berat sebelah sana sahaja.
Salam Dato'
1.Biar lah Zaid dengan politik macam-macam nya.Jika trek dia betul,akan ada penyokong dan pengikut..tapi presiden AKIM yang mengaku masih relevan dah melompat pula sebab nama parti di tukar jadi KITA !
2.Kalau di ambil dari sudut lain wikileak (jika ada),untuk rahsia Singapura pula, mungkin mereka tak boleh tepis kemarahan jiran-jiran Asian, yang sentiasa di pandang buruk dan penuh prasangka negatif oleh pihak Singapura.Singapura kurang berani dengan Indonesia kerana kekuatan yang di miliki Indonesia masa kini.
3.Apa-apa pun kelebihan tetap menyebelahi mereka kerana Singapura ada lah sebahagian proksi Amerika dan zionis seperti Dato' katakan...
4.Apa yang perlu,Malaysia mesti melaksanakan 'macam-macam' pembaikan dari segi ekonomi dan infrastruktur agar tidak lagi memerlukan khidmat Singapura untuk perdagangan komoditi dan servis kita ke dunia luar...sedikit sebanyak mereka sudah kian merasakan bahang kemajuan Malaysia
Terima kasih YB kerana sanggup terkorban untuk rakyat Tenang, Segamat!
Al-fatihah
Maka:
-ramailah cukong datang bertandang
-menteri2 balik kg di tenang
-jambantan baru bakal bergema
-katak dan berok melompat pagar
-tv 3/4 semakin tiga suku
-berita hairan bertambah hairan
-utusang melayau bertuan-tuanan
-kain batik dan beras bercucuran
-sampul surat berisi bersambut2
-kotak izam dan zul berlagu lagi
-jalan baru bertar baru
-masjid besar membesar saiznya
-jutaan RM kunjung ke sjkc & sjkt
-zaid kamikaze adu mengadu
-raja katak mengiau harimau
-si bisul berkopiah lantang menguap
-poket seluar sila besar labuhkan
-yang dicurah sila tadahkan
-gugur durian bukan selalu
-sekali sekala sambarlah saja
-Cikgu bad tak nampak muka
-Hj Mus jalan mereng-memereng
-PR berebut wakil nak letak
-Yang tua bersambut hamper
-yang sakit bersambut ringgit
-yang bayi berusap kepala
-yang menteri janjinya manis
-yang timb menteri senyum lebar
-maka menteri perempuan lunak langkahnya
-saiz gajah pijak semut tak mati
-makcik felda usah nganga2 - sambarlah, telanlah
-pakcik felda usah angguk2 - sapulah, rembatlah
-durian runtuh sekali-sekala!!!
Seloka diatas tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati!
man remos
nani cheras berkata:
Jika hanya 'cakap-cakap' kenapa pakar-pakar politikus kita melompat-lompat kepanasan?
komen:
dimanakah integriti kewartawanan kalau 'cakap-cakap' seperti ini diberi keutamaan muka hadapan dan tajuk utama di akhbar dan dicanang dalam tajuk utama media massa tempatan?
saya perhatikan 'target audience' untuk 'cakap-cakap' ini ialah orang melayu yang membaca utusan, BH dan yang menonton TV1/TV3..
Di NST dan Star, berita mengenai 'cakap-cakap' ini tidak diberi keutamaan langsung..
Adakah orang melayu mudah terpengaruh dan ditipu dengan 'cakap-cakap' seperti ini?
2.Apakah tiada berita lain yang lebih penting dalam Malaysia selain dari 'cakap-cakap' ini yang layak ke muka hadapan media arus perdana tempatan?
just to 'kill' your opponent (DSAI), why would the goverment and its machinery would want to stoop so low?
minah ronggeng
and on a lighter note:
selalunye kalau mak bapa nak takutkan anak2 supaya tak buat benda2 jahat diorang akan ckp 'Allah nampak apa yg kalian buat'
tetapi sekarang dah ada 'phrase' baru:
'lee kuan yew nampak apa yg kalian buat'
hehe..
minah ronggeng
Salam Dato',
Zaid boleh buktikan parti KITA mampu mengugat atau tak, cuba lah di PRK Tenang, Johor. PERKASA juga boleh mencuba nasib disitu kalau nasib baik, wang deposit tak hilang, kalau malang, duit hilang, undi pun tak sampai 10. Dari keputusan PRK Tenang, Zaid dan Brahim bolehlah mencongak samada nak buang duit kat PRU 13 nanti atau kuburkan hasrat mereka mencuba di PRU 13.
Mengenai Singapura, tak payah nak beratkan kepala sebab mereka nih memang sentiasa cemburu dengan kita, mereka lagi tiada pemimpin berkaliber kerana Goh Chok Tong dan Lee kuan Yew yang dah bersara pun masih berkhidmat sebagai menteri, mereka dah kepupusan pemimpin dan sekiranya kedua-dua bekas PM tu jadi mendiang, Singapore akan tenggelam dilanggar todak sekali lagi kerana mereka tiada pemimpin berkarisma.
Lee Hsien Loong pun masih harapkan bapanya memimpin beliau kalau tak, Singapore dah jadi nota kaki sejarah jer.
Malaysia mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan berkarisma tetapi pengundi dok pilih pemimpin yang sama setiap kali PRU, mungkin PRU 13 akan menjanjikan perubahan kerana pengundi semakin muak dengan telatah parti yang semakin uzur dan usang.
Rakyat akan merubah senario yang ada kerana semakin meluat dengan telatah pemimpin yang dah 53 tahun memerintah.
Wallahualam.
Salam Dato',
saya fikir kita patot lebih bimbang negara punya moneyleaks dpd sebuk melayan temberang wikileaks tu.
memang padanlah pemimpin malaysia ni dikata tak cekap, sebab mudah sgt termasuk perangkap singapura. baru kena cocok sikit dah melatah2. kalau tidak karang bukan main lagi melayan si lky tu datang, siap ada pertemuan dgn first lady lagi tu. dahsyat tu! hairan jugak apa yang nak dibincang lky tu dgn first lady, tak cukup jumpa pm seorang.
terima kasih...
Asalam pak kadir,,,najib bukan lah pemimpin baik dan terlalu lemah dan tidak berpendirian yg tegas ?? Laim lah di zaman tun m... Dari aspek perhubungan luar negara tun m , memang berani dan tegas,,, tidak seperti najib yg kini terlalu banyak permasalah peribadi dan tidak di jawap dan di jelaskan... Di waktu pak lah jadi pm dia di angap lemah??? Namun masa najib lebih lemah dan lembek??? Najib sepatut undur daru pm , sebenar dari pandangan mata rakyat , dia ini bukan layak??? Berbalik kepada singapura,,, memang betul negara kita di nyek oleh lee kuan yu,,, sebab pm kita sendiri adalah seorng yg lemah...iq
Biarlah Singapura nak cakap apa pun? Jika tidak benar, kenapa cepat melatah. Sehinggakan PM perlu menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu risau dan yakinlah bahawa Malaysia kini ditadbir oleh ahli politik yang sangat kompeten dan cekap. Siapakah ahli politik yang beliau maksudkan?
Salam Dato',
Takziah dan alfatihah untuk keluarga Dato' Sulaiman Taha, ADUN Kawasan Tenang. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.
Adalah amat malang bilamana pemergian kita ke rahmatullah di sambut dengan kesyukuran oleh kawan dan lawan kerana rezeki yang melimpah ruah bila PRK diadakan.Sewaktu belum lagi di kebumikan, kawan dan lawan asyik berbincang soal calon yang akan bertanding. Begitulah nasib seorang YB, mereka yang hidup akan bercerita tentang kebaikan dan keburukkan yang pernah kita lakukan.
Hanya 3 perkara yang iringi pemergian kita mengadap Allah SWT, anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita, amal ibadah yang telah kita lakukan dengan ikhlas, harta atau ilmu yang dibelanjakan kejalan Allah SWT.Sekiranya 3 perkara tersebut tiada, hanya ALLAH SWT yang tahu keadaan roh kita, nauzzubillah.
Wallahualam.
Salam Dato'
PARADOKS:
Antara dasar luar Malaysia - MEMAKMURKAN jiran dengan dasar luar Singapura -MENGHURUHARAKAN jiran
Salam langitbiru
Lebih baik bincangkan siapa yang lebih pandai main politik antara Anwar dengan Najib
Datuk,
Pasal Zaid Ibrahim tu saya rasa biarkan lah dia.Pada saya impak dia dlm politik Malayis ni terlalu minima.
Pasal Singapuran tu pada saya ada cakap mereka yg betul terutama mengenai kepimpinan UMNO ni.Satu perkara saya nak bagi tau semua org adalah Singapura selsa dgn kekorupan pimpinan Malaysia skg.Mudah mereka nak control spt skg.Boleh kowtim.Contohny apasal tanah KTM di Singapore tu.Lagi banyak skandal lagi bagus.A strong and clean Malaysian leadership is the last thing that Singapore want.
Cuma yg tak betul adalah rusuhan perkauman.UMNO dan MCA cuba utk mengapi ngapikan api perkauman dan ugama.UMNO dgn isu ketuan melayu dan MCA pulak menghina Islam dgn harapan org org PAS akan mengamuknya.Tapi kami dlm PR dah masak dgn taktik berkenaan. Berlakon shj.Kami tak ambik pot pun.
Cuma mengenai isu liwat DSAI ni say nak komen sikit.Jika byk sgt bukti pasal liwat DSAI ni mengapa pendakwaraya tergapai gapai nak membuktikan kes ini dimahkamah?? Percubaan menggunakan wikileak ni adalh taktik baru dgn harapan rakyat Malaysia percaya.Mereak cuba menggunkan persepsi org org ramai bahawa semua pendendahan wikileak tu betul.
Spt saya katakan tadi pemimpin Malaysia dan Singapura akan kowtim utk kepentingan bersama..Makasud pemimpin Malaysia tu bukanlah DAP tetapi UMNO sijuara ketuanan melayu..
Salam Dato',
Rakyat sedang menilai kelakuan MP yang bersidang di Parlimen. Menilai perilaku Speaker ,MP BN dan MP PR. Keputusan Jawatakuasa Hak dan Kebebasan menggantung 4 ahli dewan PR amat dikesali tanpa memanggil mereka membela diri, ia mencemar demokrasi yang kita junjung.
Kita tahu majoriti ahli dewan adalah BN, jadi biarlah MP PR yang telah digantung itu membela diri mereka dahulu dan dengar penjelasan mereka.Menolak hak ahli dewan untuk bersuara demi kawasan yang mereka wakili umpama menolak hak pengundi .
Bila Speaker PR di negeri-negeri yang dikuasai mereka menolak hak ADUN untuk bersuara, media-media kroni BN akan lantang membuat provokasi tentang speaker yang tidak tahu demokrasi dan sebagainya. NGO's dokongan BN juga akan membuat demontrasi dan pelbagai fitnah tentang Speaker DUN tersebut.
Inilah yang kita katakan bahawa ahli politik kita tidak matang dan kebudak-budakan dan suka membalas dendam.
Apabila ahli politik Singapooorah mengutuk ahli politik kita dengan mengatakan kita tidak cekap berdasarkan laporan wikibocor, kita cepat melenting tak tentu pasal sedangkan laporan tersebut tidak disahkan kesahihannya.
Singapooorah adalah jiran yang memang suka menyakiti hati kita, tetapi terdapat ahli politik kita yang amat suka mengambil pendapat mereka dalam mentadbir negara kita sendiri. Setiap perkara yang dirundingkan dengan mereka tiada situasi menang-menang, hanya mereka yang menang , kita sentiasa kerugian.
PM ke 5 dan PM ke 6 hanya mengikut telunjuk pemimpin seberang tambak, mendengar nasihat mereka dalam memajukan wilayah Iskandar di Johor. Kita tak perlukan nasihat dari 'musuh ekonomi kita', mereka hanya menunggu peluang untuk memusnahkan kita dan mahu kita menyembah mereka. Pada zaman PM ke 4 kita lebih berani menyanggah saranan mereka dan banyak menolak permintaan mereka. PM ke 5 dan PM ke 6 mungkin dah kena penyakit 'koro' dan hilang semangat keperwiraan.
Kita juga dah terikut-ikut cara Singapooorah dengan mengambil para 'zionist' sebagai penasihat kita dalam membentuk dasar dan sistem keselamatan PDRM, perlukah kita mengundang musuh no 1 dunia untuk mengajar kita untuk mentadbir negara kita.
Tak heranlah suatu hari nanti , para 'zionist' ini akan membogelkan semua rahsia negara pada musuh kita supaya kita mudah diserang dengan serangan ekonomi seperti tahun 1998 dan melumpuhkan ekonomi kita.
Kerajaan wajar menghentikan segala bentuk kerjasama dengan para 'zionist' sekiranya masih ada.
BN mesti berubah kalau tak mahu di ubah. PRU 13 akan menetukan siapa akan berkuasa di PUTRAJAYA. Jangan terlambat.
Anak Parit/Bota
Now it is very clear evidence that Singapore is really taking advantage of our leadership incompetency.Who is to be blamed? The rakyat particularly the Malays who are indeed incompetent to pick their right choice of leaders to lead them. Why this is happening? Because the Malays are normally rather too emotional in their attitude and thinking. They don't use their right brain. That is what is happening now. The Malays are divided. Don't blame UMNO, PKR, or PAS. Blame ourselves for messing around with our political future.
-concerned Malay-
Assalamualaikum pak Kadir
Perisikan kita sedar bahawa Singapura adelah pusat risikan negara luar.
Kita tak seharusnya melekehkan kemampuan pihak risikan Malaysia.Tengok saje kes Abu Bakar Bashir dan yg terbaru kes banduan yang terlepas dari penjara Singapura, macam mane boleh terlepas?,banduan tersebut tertangkap di Malaysia. sape yg lebih perihatin? dan cekap?.Cakap gosip je memang senang la.
Malaysia bolehhhhhhhhhhhh.
Hidup malaysiaaaaaaaaaaaa
To the politician who was referred to as an 'incompetent politician' by the Singaporeans; why should you jump when you are called incompetent if you are actually competent in your profession. Why bother other people's mouth if you know the fact that you have the competency.
Unless, you are truly incompetent and are afraid that the people in Malaysia now realise your weakness (that you are actually incompetent ); so you have to make public announcement that "Malaysia is administered by a competent politician" to hide your incompetency.
If you are positive in what you are doing and you definitely know that you are actually efficient and competent; you should just prove yourself.
Again, unless you are in fact an incompetent person and you know it yourself...
Jika terdapat dua senario:-
Apabila dikatakan ahli politik Malaysia tidak kompeten, ahli politik berkenaan akan menjawab,
"Negara kita urusan kita dan bukan urusan pihak Singapura. Rakyat kita yang memilih pemimpin kita berdasarkan keperluan dan kepercayaan rakyat kita sendiri. Ia bukan urusan pihak asing. Jika tidak terdapat keserasian antara rakyat dan pemimpin; rakyatlah yang berhak untuk memilih. Rakyat kita mempunyai kuasa penentu dan tidak perlulah orang asing mencampuri urusan kita. Sebagai ahli politik, saya telah mengatur perancangan saya dan kini dalam fasa perlaksanaan. Kejayaan perlaksanaan rancangan saya akan menjadi ukuran samada saya seorang kompeten atau tidak; bukan kata-kata orang luar. Namun, jika rakyat masih tidak puas hati akan pencapaian saya, saya lebih rela berundur agar seorang yang lebih baik akan menggantikan saya. Demi kepentingan rakyat Malaysia, dan bukan kepentingan diri saya sendiri."
Apabila dikatakan tidak kompeten, seorang lagi ahli politik akan berkata,
"Kesemuanya tidak benar dan palsu. Percayalah dan yakinilah bahawa negara kita, Malaysia, kini ditadbir oleh ahli politik yang amat cekap dan kompeten. Negara kita akan bertambah maju dan makmur dibawah pentadbiran ahli politik kita kini. Kita telah mempunyai perancangan untuk meningkatkan ekonomi negara kita dan kita perlukan sokongan rakyat untuk terus mengundi kita agar perancangan ekonomi dapat diteruskan."
Rasa-rasanya, kata-kata ahli politik yang mana satu yang boleh dipercayai.
Association in the dark over Kg Baru Development Corp bill
KUALA LUMPUR: The Kampung Baru Development Association is upset at being left in the dark over the Kampung Baru Development Corporation Bill 2010 which was tabled at the Dewan Rakyat last Tuesday.
comment:
Belum apa-apa lagi dah ada controversy. INCOMPETENT !!!
Dato.
Rumah saya dekat Parliment.Di tempat saya banyak kera.Semalam pehak mergastua datang untok tangkap moyet ini.Dia bawa sangkar dan dia masok pisang dalamnya.Ramai kera dan moyet yang masok dalam perangkap.
Saya cuba hendak tolong lepaskan kerana kesian pada moyet ini,Tangan saya pula di gigit.
Saya bukan hendak samakan ahli2 parliment kita dengan moyet tadi tapi dari segi andaian hampir2 sama.
Cerita wikileak dan Lee Kuan Yew amat menarek.Saya percaya 100% yang pentabiran kita termasok polis dan askar sudah di tembusi oleh perisik Singapora.
Ingat tak Tun Daim berkata sabelum pilehan raya 2008 yang BN akan kalah di Penang,Perak,Selangor dan Kedah.Dimana Tun Daim dapat imfomasi ini.Saya percaya dari kawan baiknya Mr Lee K Yew.
Pehak SB kita amat lemah.Mereka lebeh suka main politik.Bagitu juga dengan Pehak Tentera.Kita belanja berbillion ringgit untok lengkapkan tentera kita.Untok apa.Hendak lawan singapora.Ha Ha Ha Lee Kuan yew tahu kereta kebal kita yang di beli dari Poland maseh tidak dapat berfungsi.Dia tahu di mana Command centra kita di Sungai besi.Sekarang najib hendak membangunkan tempat itu.Dimana pula hendak di pindahkan.Jika hendak di buat samula command center ini,ia akan memakan belanja hampir 1 billion ringgit.
Perihal parti zaid ibrahim itu indah khabar dari rupa sahaja.melihat dari kelakuan zaid ia rasanya tidak akan mendapat sambutan yang membolehkan ia meletakkan wakil di perlimen.memanglah cakap zaid sedap sebab dia loyar lebai dalam hal ehwal undang-undang dan hak asasi.dulu ketika dia menjadi makmum dalam parti umno dan keadilan rakyat dia cas keting bosnya.tak tahulah dalam parti yang dia jadi imamnya makmumnya akan cas keting dia pula.
Kalau Utusan Malaysia adalah lidah rasmi umno maka pendirin utusan terhadap wikileaks sangatlah pelik. Bila wikileaks keluarkan perkara yang utusan selamanya ini menjuarainya utusan macam terima 100% seperti cerita liwat anuar ibrahim. tetapi bila wikileak keluarkan pasal pegawai singapura mengumpat malaysia atau mengaitkan najib dengan altantuya utusan marah pulak. eh macam mana ni lidah penyambung orang melayu. nanti bila orang kata lidah bercabang macam lidah biawak utusan marah pula.
Dalam pada itu ada pula orang yang memberi gelaran dr kepada julian assange bekas pengodam komputer yang mengasakan wikileaks. setahu saya assange ni memanglah pernah belajar sains di universiti melbourne tapi kabarnya tidak ada rekod yang menunjukkan dia menamatkan kursusnya dengan jaya.hairan juga ye bekas pengodam komputer tetiba menjadi wira bagi sesetengah orang.Ya lah sebab ada orang mendapat faedah dengan kerja-kerja si assange ni bila apa yang dikeluarkan oleh assange ini sebulu dengan apa dibuatnya.
itulah dunia.
Salam Dato',
Bila membaca berita tentang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menerima suapan dan ada yang ditangkap berkhalwat, amat memalukan bilamana seorang pelaksana undang-undang syariah melakukan jenayah yang sepatutnya mereka banteras/cegah atau hindari.
Mereka yang melakukan perkara terkutuk tersebut sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat kerana mereka mengetahui tentang hukum hakam agama tetapi tetap melakukannya.
Ada yang lagi memalukan apabila para ilmuan islam ini bersekongkol dengan para pemimpin yang menggunakan agama dan para ilmuan tersebut untuk mengeluarkan fatwa mereka sendiri.
Baru-baru ini kononnya seorang pensyarah di sebuah universiti menggelar seorang pemimpin pembangkang sebgai pengamal islam pluralisme dan liberalisme. Menjatuhkan hukuman atau menggelar seseorang tanpa memanggil beliau untuk menjelaskan tindakan beliau/membela diri bukanlah cara Islam untuk melaksanakan hukuman. Ia lebih untuk memalukan atau mengaibkan, menjatuhkan aib seseorang adalah berdosa dan hanya orang yang diaibkan sahaja mampu menghilangkan dosa tersebut dengan cara kemaafan.
Ulama' akhir zaman akan mementingkan perut dari ilmu agama yang mereka belajar, Ulama' akhir zaman akan menggadai maruah mereka untuk perut.
Ilmu tanpa amal akan mati.
Amal tanpa ilmu adalah sesat.
Semoga kita tak tergolong dalam hamba Allah yang sesat dan menyesatkan. Nauzubillah.
Dato" Kadir YM,
yang sebenarnya kita sudah bisa melupakan Anwar atau membiarkan eranya berlalu. Era Anwar sabenarnya berlalu apabila Tun Dr Mahathir bersara. Anwar dan Dr mahathir berkongsi satu era atas dasar mereka partnership yang unggul. Justeru itu, apabila Tun bersara daripada politik, Anwar tidak relevan lagi. Atau kita bisa katakan Anwar wujud atas kebencian kepada Tun, bukan untuk perjuangan semesta dan sejagat.
Tetapi era Anwar diberi nafas baru oleh media massa arus perdana dan oleh Umno apabila ia menjadikan anwar target serangan peribadi. Dalam persekitaran di mana rakyat Malaysia semakin terbuka kepada idea-idea baru dan saluran maklumat baru, serangan peribadi tidak efektif lagi.
Sebanarnya, dari sudut ideologi dan parjuangan, Anwar tidak relevan lagi, tapi terus dibagi relevansi oleh media massa arus pardana dan oleh tindakan politikus BN seperti memacat beliau dan rekan-rekannya dari Parlimen dan membesarkan laporan bocor wikileaks tetapi pada masa yang sama mengabaikan komen negatif ke atas pemuka-pemuka BN, termasuk Najib.
Dengan menghebohkan apa yang Singapura dedah tantang Anwar dan mendiamkan apa yang mereka kata tantang Nijib akan membuatkan khalayak lebih tidak yakin dan benci kepada media arus perdana.
Salam
Profesor Pencen,
Bangi
Pemimpin-pemimpin Melayu baik dari UMNO, PKR dan PAS semuanya pandai cakap sahaja. Tapi apabila dah diberi kuasa semuanya "incompetent"!
Kalau kita perhatikan cara mereka mentadbir negeri-negeri baik dikuasai oleh BN atau Pakatan memang tak boleh lawan cara Singapura mentadbir negera mereka. Pasal apa? Pasalnya ialah apabila mereka telah memerentah, akal mereka dan jadi kusut (dah jam dan kondem). Mereka hanya beri tumpuan macam mana nak kekalkan kuasa dengan cara yang paling mudah dan senang sahaja, iaitu bercakap bohong kepada rakyat dan menjadi perasuah.
Asalkan pemimpin Melayu tak kira dari apa parti pun bila dah berkuasa sikapnya serupa sahaja. Itulah Melayu!! Baik dari UMNO, PAS atau PKR. Semuanya tidak competent kalau dibandingkan dengan pemimpin Singapura sebagai "benchmark". Terimalah hakikat ini.
-concerned Malay-
saya amat berharap 8:37 hanya penyamar sebagai profesor pencen kerana jika benarlah huraian dan komen dalam laman ini dari BEKAS PROFESOR ,maka tidak heranlah RANKING universiti kita makin jauh menjunam tahun demi tahun.
BUKU ATAU JURNAL/THESIS APA YANG PROFESOR INI BUAT HINGGA DAPAT TITLE PROFESOR.
Dato'
Sehigga kini, Rusia dan Amerika masih merisik antara satu sama lain.
Baru 3 bulan lepas berapa agen Rusia ditangkap yang disebar di website Yahoo.
Apkata kalau kita hantar spy kita merisik negara Singapura?
Merisik bermakna mengumpulkan maklumat dan membuat tafsiran terhadap maklumat tersebut.
Sememangnya Negara Singapura berjiran dengan kita maka mereka ingin tahu apa yang berlaku di negara kita kerana terdapatnya hubungkait ekonomi antara kedua-dua negara.
Mengenai Wikileaks, saya lebih terkejut mengenai maklumat menyatakan negara-negara Arab terutamanya Arab Saudi yang menggalakkan Amerika bom Iran kerana selama ini kita menyangka Israel dalangnya. Kalau ini benar maka buruk benar buruk ketua-ketua negara Arab kerana menggalakkan Amerika menyerang negara Islam sendiri.
Jay Bee
Wikileaks pada pendapat saya cerita yang benar kerana nama2 mereka yang terlibat disebut dan terpulang pada mereka yang dinamakan untuk menafikan. Amerika memang pakar dan cekap untuk 'korek' maklumat2 dari merata dunia untuk kepentingan mereka sebab itu ramai ketua negara takut dekat President Amerika! Perkara2 yang dedahkan benar atau tidak walaubagaimana pun perlu disiasat untuk kesahihannya. Kes Zaid ni membuktikan yang beliau bukan seorang politik yang ikhlas tetapi seorang opportunis yang sombong yang fikir dialah seorang saja yang cerdik dan bijak yang bolih mentadbir negara ni dan orang lain semuanya 'bodoh'. Memandangkan perangainya merupa sedemikian maka beliau tidak akan maju dalam politik dan lebih baik tumpu sepenuhnya dalam bidang peguaman.
Sdr Wan Mohd Noor,
Terima kasih atas nota peribadi Sdr.
Ramai pembaca blog ini yang berjumpa/terserempak dengan saya dan cam saya, tapi "malu" nak menegur.
Saya faham dan saya ucapkan terima kasih kepada Sdr and kepada semua yang mengikuti blog ini dan yang membaca atau mendengar pendapat saya di ruang-ruang lain.
Salam dan terima kasih.
Dato' Kadir YM, mohon jawab Sdr Jab SP.
Saya bisa membuat analisis akademik yang lengkap dengan pola-pola dan terma-terma empirikal seperti yang biasa dibuat oleh para ilmuan dan pengajar universiti, sesuatu yang sering dibuat oleh pendebat Saji yang merujuk kepada kajian-kajian ilmiahnya dalam blog Dato' ini.
Tetapi saya mengelaknya kerana blog Dato' ini bukan blog akademik, tetapi blog intelektual yang menyaring pendapat dan pandangan daripada bermacam pihak dan sumber, yang berupa penghujahan popular dan semasa, bukan penghujahan akademik yang sempit.
Dalam blog Dato' ini saya mengelak daripada kembali ke alam akademik yang book-oriented. Kalau Sdr Jab SP mahu menghujahan akademik yang bombastik Sdr bisa saja memperolehnya daripada kutub khanah universiti.
Salam
Profesor Pencen,
Bangi.
Sdr concerned Malay kata..."Now it is very clear evidence that Singapore is really taking advantage of our leadership incompetency.Who is to be blamed? The rakyat particularly the Malays who are indeed incompetent to pick their right choice of leaders to lead them. Why this is happening? Because the Malays are normally rather too emotional in their attitude and thinking. They don't use their right brain. That is what is happening now. The Malays are divided. Don't blame UMNO, PKR, or PAS. Blame ourselves for messing around with our political future."
# Pandangan sdr tepat dan selari dgn saya tetapi tidak popular kerana tidak berpihak dan terlalu umum. Ramai diantara kita yg berprinsip tetapi tidak selari dgn tindakan. Inginkan negara yg aman, makmur dan maju tetapi kita masih memilih pemimpin yg korup, tidak cekap dan rasis yg ekstrem.
# Sdr/i perasan atau tidak, yg membincangkan mengenai lanskap politik dan masa depan negara skrg hanyalah tinggal dikalangan mereka2 yg melalui titik hitam politik dan ekonomi negara - selepas krisis ekonomi 1997-2000 dan Anwar diketepikan sehinggalah sekarang. Saya perhatikan, golongan muda sudah tidak ambil kisah dgn siapa yg menjadi pemimpin mereka atau mereka sudah naik muak dgn pergeseran parti2 politik di dada akhbar maupun di tv. Kalau ada pun tidak ramai. Bagi saya fenomena ni amat berbahaya kepada masa depan negara kerana bilamana golongan ini mula layak mengundi, mereka akan keliru dan gagal memilih dgn bijak. Politik semasa pula penuh dgn benci-membenci, kafir-mengkafir dan pecah-belah. Dengan apa yg berlaku skrg dan dgn krisis2 moral dan perkauman yg tidak kunjung padam, nampaknya 2020 nanti kita akan maju dgn definisi ciptaan kita sendiri (syok sendiri?) bukan dgn standard antarabangsa.
# Saya lebih suka jika kita mula bincangkan tentang bagaimana kita boleh menjana tenaga nuklear seperti yg dihebahkan di media skrg. Bagaimana kita boleh mengeksploitasi sesuatu yg kita tahu baik-buruknya tetapi belum pernah kita cuba. Cuma jgnlah pula, bila kita berlebihan sumber tenaga nanti, harga elektrik masih membebankan pengguna dan masih ada pembekal tenaga bebas yg mengaut berjuta2 wang negara atas ketidakcekapan pengurusan tenaga negara. M'sia sepatutnya lebih makmur drp S'pura, bukan sebaliknya.
Wikileak cuma dedah saja!
Kalau Singapura dikaitkan dengan Israel dan Amerika......
.....bagaimana dengan APCO di Jabatan Perdana Menteri???
.....bagaimana ASERO DI PDRM Bukit Aman???
Dalam Politik, betui ke Tok, kalau seterunya bersara dia juga bersara???
Kalau Mahathir bersara, maka Anwar pun bersara???
Mahathir dah 'bersara' dari politik???
Yang saya YAKIN BENAR, Mahathir dah bersara jadi PM selama 22tahun!!!
Siapa yang tak habis habis 'serang' siapa???
Anwar tak habis-habis 'serang' Mahathir???
Atau,
Mahathir yang tak habis-habis 'serang' Anwar???
Siapa yang menyerang peribadi siapa?
Anwar yang 'serang' peribadi Mahathir?
Atau
Mahathir yang 'serang' peribadi Anwar?
SALAM SDR SAJI
Anwar & Mahathir- Type A Behaviour.....itu saya pasti!
Najib?
Saya tak fikir Najib type A behaviour!!!
So, Najib tak berada sekelas dengan Anwar dan Mahathir!!!
......lembik!!!
Yang saya juga pasti, ROSMAH pun jenis Type A Behaviour!
itu pasal dia boleh kontrol Najib!!
Tok Kadiaq
Zaid boleh di umpama Seperti Sirih Pulang Ka Ganggang.
Memang tempat dia di situ.
'Part of me suspects that I'm a loser, and the other part of me thinks I'm God Almighty'.
John Lennon
TQ
DAP tiru strategi parti PAP
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.
Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.
"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. (sumber dari Utusan)
komen:
Orang Cina lebih cerdik dari orang Islam.
-muslim-
Sdr pakbelalang,
Mohon maaf. Saya tidak akan siarkan komen menegenai bala bas pelancong Cameron Highlands. Tak guna cakap selagi ada pemandu setan, pemilik cecik darah dan penguatkuasaan yang korup dan HP6. Habis cerita. Terima kasih.
Salam Datuk,
pasal WikiLeaks.
Orang dulu-dulu kata; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Dalam zaman siber ni kita kena modify sikit peringatan orang-orang tua kita ni. Apatah lagi kalau bisik-bisik itu didokumenkan dalam medium sulit yang boleh dibolos, serta berupaya mengancam hubungan baik antara jiran serantau.
Baik juga skandal WikiLeaks ini terjadi. Kalau belum kenal siapa Singapura inilah masanya untuk bermula mengenalinya. Sebuah negara paranoid kecik sejemput yang terpaksa mencari perlindungan dengan US dan Israel. Pasti ada yang digadainya.
Pasal Zaid Ibrahim,
terharunya saya lihat muka-muka ahli asal parti AKIM yang diajak bermesyuarat dengan Zaid hari tu. Tak sampai hati saya nak komen apa-apa.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.
Saya berpendapat kita janganlah hiraukan sangat apa yang dikatakan telah dibocurkan oleh Wikileaks. Ianya perkara biasa yang sebahagian dari kita telah bincang secara terbuka. Bukankah bekas pemimpin kita yang mula-mula mengatakan pemimpin utama Negara kita "half pass 6 " dan disahut bertalu-talu pemblog dan akhbar perdana kita. Utusan Malaysia (Nasib baik bukan Utusan Melayu ) pula telah seolah-olah membenarkan lapuran tersebut yang boleh diertikan sebagai persetujuan pemimpin Negara kerana akhbar berkenaan dikaitkan saluran maklumat perdana pemimpin Negara.
Yang sudah-sudah itu biarlah berlalu. Yang penting kita melihat betapa buruknya kedudukan orang Melayu sekarang kerana terdapatnya orang kita yang tidak mengawal lidah mereka. Kita sekarang dalam Tahun Hijrah 1432 dan tidak lama lagi tahun 2011. Marilahlah kita kuatkan azam untuk berfikir dahulu sebelum bercakap dan menjadikan kebenaran sebagai asas pertimbangan supaya kita tidak dilihat sebagai kaum kurang cerdik.
Bersabit dengan Zaid pula biarlah beliau menunjukkan kebolehan beliau kerana kita mengamalkan demokrasi. Kalau baik rakyat akan menerimanya dan jika sebaliknya rakyat akan menolaknya.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Salam Dato',
Dalam minggu ini, kita dihidangkan dengan berita pegawai tinggi kerajaan yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana tuduhan rasuah dan didapati bersalah.
Hukuman yang dijatuhkan denda dan penjara. Nilai suapan yang di terima dalam sekitar RM 200K hingga RM 250K.
Hari ini(21/12/10) seorang pegawai Sime Darby dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah bernilai
RM200K. Tetapi nilai kerugian yang ditaksirkan untuk Sime Darby berjumlah RM 2 billion. Apa yang peliknya takkan seorang punya kerja? Kita harapkan lebih ramai dihadapkan kemuka pengadilan atas penyelewengan yang mereka lakukan.
Rasuah membinasakan perniagaan syarikat konglomerat. Bila syarikat terlungkup ia juga merupakan kerugian untuk negara kerana gagal mendapat cukai korporat. Rasuah juga akan menyebabkan negara gagal mencapai matlamat pendapatan yang disasarkan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Rasuah menyebabkan rantaian segala yang bersangkutan musnah. Inilah kesan dari rasuah.
Penjawat awam yang diberi amanah tetapi mengamalkan rasuah menyebabkan negara musnah.
Diakhir Dinasti Manchu (Maharaja Terakhir China-maharaja sekadar boneka) negara China sebenarnya diperintah oleh Bonda Maharaja. Para menteri dari Perdana Menteri hingga sida yang mengapit bonda maharaja semuanya korupsi,sehingga kan bala tentera negara China dilengkapi dengan senjata yang tak berfungsi disebabkan rasuah dan tak amanah.
Revolusi rakyat yang dicetuskan oleh Mao Tze Tung yang berfahaman komunis berjaya kerana rakyat bangkit disebabkan kerajaan beraja pada masa itu terlalu korup.
Kerajaan yang ada hanya tahu mengutip cukai tetapi mengabaikan kehidupan asas rakyat seperti tempat tinggal dan makanan.
Apabila komunis mengambilalih China, China melaksanakan hukuman mati untuk kesalahan rasuah samada pemberi atau penerima.
Sekarang China bangkit sebagai kuasa ekonomi dan tentera di dunia kesan daripada kempen membenteras rasuah secara total.
Kita perlu mengikut langkah China dengan mengenakan penalti lebih berat untuk pengamal rasuah, hukuman mati mandatori.
Hukuman yang ringan tidak menakutkan pesalah rasuah. Gejala barah ini akan terus meningkat dan akan menyebabkan negara kehilangan hasil berbillion ringgit dan mungkin mencapai nilai trillion pada masa depan.
Para MP perlu kurangkan berpolitik di Dewan Rakyat dan perlu sepakat untuk menggubal akta rasuah dengan penalti lebih berat.
Wahai MP sekalian samada BN atau PR atau bebas, ingatlah bahawa kamu di beri amanah untuk bekerja untuk rakyat dan kepada rakyat sekiranya kamu gagal, kamu akan dinilai oleh rakyat dan dibuang oleh rakyat. Bekerjalah dengan bertanggungjawab sebelum tempoh KPI kamu tamat.
Kalau kamu tak berubah, kami sebagai pengundi akan mengubah kamu dari Yang Berhormat kepada Tak Berhormat.
Jangan salahkan kami bilamana kamu sendiri tak menghormati kami sebagai tuan kamu.
Percayalah..PRU pasti datang.. Ia umpama talkin untuk YB.
Anak Parit/Bota
sdr muslim,
jangan samakan bangsa (cina) dengan agama (islam)
ramai orang Islam yang lebih terer daripada bangsa cina, tetapi selagi kita ada pemimpin melayu macam Najib yang serah kan tanah KTMB 40 ekar tukarganti dengan 4 ekar, selagi itulah Singapura dok happy selalu sebab dapat jiran macam Malaysia...
Singapura tak payah nak stress macam korea!
minah ronggeng
Sdr Anak Parit/Bota, terima kasih. Saya pun bersentimen yang sama. Takkanlah seorang jurutera peringkat menengah yang dituduh terima rasuah RM200,000 kerana kontrak RM416 juta boleh menyebabkan Sime Darby rfugi RM2 billion?
Mesti ada lagi penjenayah kolar putih dalam SD yang menyebabkan kerugian raksasa itu.
Kalau SPRM berhenti di situ atau kes ini ditolak oleh mahkamah, maka jelaslah kita tidak serius membanteras rasuah dan PNB tidak memegang amanah menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumuputera.
Saya sudah banyak kali menggesa lembaga pengarah Sime Derby meletakkan jawatan secara sukarela atau dipecat.
Terima kasih.
Minah ronggeng,
"ramai orang Islam yang lebih terer daripada bangsa cina,"
Siapa yang terer sangat orang Islam zaman ni. Cuba sebutkan satu nama sahaja memadailah untuk saya.
-muslim-
Salam dato',
Saya pun setuju dgn anak parit/bota. malah kdg2 saya terfikir, benarkah org2 mcm ni yg bersalah? atau mereka sekadar jadi kambing hitam.
pengalaman kawan saya sendiri serta seorang lagi pegawai kewangan yg dipaksa menandatangani paper utk dibawa ke bod, sedangkan mereka sendiri tak setuju dgn paper tersebut yg mengemukakan cadangan agar dibayar (sykt GOC) sekian2 juta pada contractor yg menipu tentang kos projek, sedangkan pengarah urusan yang memaksa langsung tak mahu tandatangan apalagi bertanggungjawab! Syukurlah paper tersebut ditolak. dan ini bukan kali pertama, bahkan akan menyusul banyak lagi kes2 yg serupa semuanya disebabkan projek2 lama org2 yg di atas yg berbuat onar sudah ber*mbus dari sykt tersebut tanpa apa2 tindakan yg dikenakan terhadap mereka.
sebab tu saya merasa sangsi setiap kali melihat kes2 yg dibawa ke mahkamah, apakah yg dituduh benar2 bersalah, atau difitnah atau sengaja dijadikan kambing hitam.
mungkin dato' atau anak parit/bota pun ada pengalaman begini. terima kasih...
Wallahua'lam...
Dato' dan Anak Parit/Bota.
Undang undang tanpa pelaksanaan tak ada gunanya.
Jika keputusan Suruhanjaya Diraja pun tidak dilaksanakan,apalah yang diharapkan jika perlaksanaan undang undang itu akan menerjah kemuka pembuat undang undang itu sendiri.
Sebelum ini tidak pernah terdengar /terbaca pendakwa tidak membuat rayuan keatas pembebasan mereka yang dituduh membunuh,tetapi dalam era ini ia jelas berlaku.
Mentiliti umum berpendapat wang adalah kuasa segalanya.Jadi tidak heranlah jika ada kes melibatkan dadah beratus juta ,yang dituduh terlepas (atas kesilapan teknikal?)manakala mereka yang membawa beberapa gram sahaja ketali gantung.
Tegasnya ulasan Dato' berhubong catatan Sdr Anak Parit/Bota tidak bolih dinafikan kebenaran.
Undang undang tanpa pelaksanaan tidak ada gunanya.Wa tolong lu,lu tolong wa adalah puncanya.
Dear Minah Ronggeng,
Komen Anda,
"tetapi selagi kita ada pemimpin melayu macam Najib yang serah kan tanah KTMB 40 ekar tukarganti dengan 4 ekar, selagi itulah Singapura dok happy selalu sebab dapat jiran macam Malaysia..."
Saya bukan nak mengampu PM Najib, tapi bab KTMB ini sebenarnya zaman TUN DR.M lagi sudah ada perjanjian tukar tanah. Buatlah homework, janganlah dok menyerang PM sekarang ini sahaja. Cukuplah Singapore buat komen pada kita.
Jay Bee
Jay Bee
Salam Dato' dan para peminat blog ini,
Seperti yang dinyatakan saudara/i anak bota/parit bahawa negara akan kehilangan berbiliion lagi pendapatan atau mungkin bernilai trillion ringgit sekiranya gejala rasuah terus berlaku secara berleluasa.
Dalam perkiraan saya secara rambang, Sime Darby RM 2 Billion, PKFZ RM 4.5 Billion, Perwaja Steel RM 2 Billion, Stadium runtuh RM 0.5Billion, MRR2 RM 0.5 Billion, MAS RM 2 Billion dan banyak lagi projek yang 'disenyapkan' kerugiannya oleh pihak berwajib dari pengetahuan umum samada secara tak sengaja atau sengaja demi survival politik .
SPRM yang telah dinaik taraf kepada Suruhanjaya wajar mengorek semua salahlaku walaupun ia membabitkan individu berprofil tinggi supaya mereka diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman kerana ramai yang masih lepas bebas dan sedang bersenang lenang dengan hasil najis rasuah mereka. Mungkin wang rasuah juga sepatutnya di gelar najis rasuah seperti najis dadah.
Saya juga menyokong mandatori hukuman mati atas perasuah samada pemberi dan penerima supaya ia 'menggentarkan' sesiapa yang berhasrat ingin melakukannya.
Hukuman yang sedia ada amat ringan hinggakan pesalah rasuah masih mampu tersenyum dan membayar denda. Hukuman penjara yang dijatuhkan serentak adalah tidak memadai, sepatutnya setiap hukuman penjara dijalankan selepas tempoh kesalahan tamat secara berturutan seperti kes terbaru ,pesalah hanya dikenakan 6 tahun sahaja walaupun sepatutnya 54 tahun.
MP PR atau BN sepatutnya berani menggubal akta tersebut dan memasukkan hukuman mati mandatori utk kesalahan rasuah, adakah mereka takut menggubal kerana mereka akan jadi pesalah pertama dikenakan hukuman mati?. sekiranya MP-MP kita jujur dalam melaksanakan amanah, mereka tidak perlu takut menggubal akta tersebut.
Rasuah bukan sahaja mengenai kesengsaraan ia lebih dari itu, ia pembunuh kepada masa depan generasi yang sedang membesar kerana banyak perkara untuk kemakmuran negara dapat dibangunkan dengan wang yang diselewengkan oleh perasuah.
Wallahualam.
Salam Dato', dan para pembahas,
Wikileaks tak mengamalkan etika kewartawanan sebenar apabila menyiarkan kononnya berita yang mempunyai maklumat sulit yang dipertikaikan kesahihan dan tidak disahkan oleh mana-mana negara yang di dakwanya maklumat tersebut dinyatakan.
Wikileaks lebih banyak menyiarkan andaian dan bukan fakta yang kononnya di pintas dari talian telefon para diplomatik antara negara.
Ianya lebih kepada ingin melagakan negara-negara tertentu dan bukan untuk mewujudkan keamanan didunia. Adalah amat malang bila pemimpin negara 'mudah melatah' dengan berita sebegitu. Ia menverminkan ketidak 'kompetenan' pemimpin negara dalam menangani isu sebegitu remeh temeh.
Dada akhbar didalam dan luar negara yang menyiarkan berita mengenai pendedahan wikileaks juga mencerminkan ketidak matangan para editornya akhbar tersebut.
Para wartawan sepatutnya membuat penyelidikan tentang berita sebegitu dan mengesahkan kesahihan sumbernya dan tidak sepatutnya menyiarkan terus secara berpilih-pilih berita tersebut. Ada berita yang di 'gelapkan' dan ada berita yang sengaja 'dibesarkan' dengan niat tertentu.
Wartawan yang mengamalkan etika kewartawanan secara berpilih-pilih , tidak telus, hipokrit demi wang sepatutnya disingkirkan kerana tidak melaporkan berita secara jujur dan tidak jujur. Malaysia tidak akan maju pada tahun 2020 sekiranya kebanyakan wartawan bersikap sedemikian kerana berita yang disiarkan mampu mencetuskan ketidaktentuan dalam negara, untuk para pembaca yang membaca akhbar dari syarikat yang menyiarkan banyak cerita yang tidak benar mungkin akan mempercayainya secara terus tanpa memikirkan samada ia benar atau palsu.
Untuk Dato' Zaid Ibrahim, semoga beliau berjaya dalam KITA kerana matlamat beliau untuk menerajui sebuah parti politik dan membentuk parti tersebut telah tercapai. Semoga parti AKIM yang sebelum ini tidak mempunyai taring akan mampu menggigit pada PRU 13.
Wallahualam.
Salam Datuk Kadir.
First time tulis comment, mohon maaf kalau ada kurang.
Cuma ingin mengetahui ulasan Datuk mengenai buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times". Rasa puas jika ada pendapat atau ulasan yang disampaikan oleh Datuk sendiri.
Disamping itu, dijemput juga Datuk utk serta dalam Goodreads. Web & group yg menjadikan buku sebagai intipati. Buku2 Datuk juga ada yg telah disenaraikan.
Terima kasih
Cikgu aka Master Abdul Hayee, tidak ada masalah. Gembira berbual dan minum teh dengan Cikgu dan kawan tadi.
Terima kasih.
Sdr Muslim,
"Orang Cina lebih cerdik dari orang Islam."
Sebenarnya komen anda tak betul dan tepat kerana antara penganut Islam yang paling ramai di dunia dalah bangsa Cina.
Tidak ada kena mengena antara orang Islam dengan cerdik atau tidak cerdik. Salah seorang pemenang Nobel dalam Physics, Abdus Sallam adalah orang Islam sama cerdik dengan orang bukan Islam.
Komen anda mengatakan orang melayu tidak ada dalam kamus pemerintahan Singapura pun tidak tepat kerana PM Singapura berucap dengan 3 bahasa dalam ucapan hari kebangsaan selama satu jam dalam bahasa Inggeris, Melayu dan juga Cina.
Saya orang Johor, orang Melayu Singapura datang Johor tayang kereta mewah mereka. Yang bawa motor, takde yang bawak kapcai, motor besar-besar belaka. Yang mengatakan orang melayu merana di Singapura adalah orang politik sahaja. Mungkin mereka tidak boleh bersuara seperti di Malaysia tapi tidak sepertimana digambarkan dalam akhbar.
Saya setuju dengan pandangan Singapura tidak boleh dipercayai,kerana seperimana yang dikeluarkan daripada Wikileaks, ada komen-komen negatif dari Singapura terhadap Malaysia di hantar ke Australia.
Namun kita juga berdagang dengan Amerika dan Eropah. Mereka juga kita tidak boleh dipercayai.
Oleh itu negara kita perlu pendakatan yang waras dan hati-hati terhadap negara-negara seperti Singapura dan negara-negara barat.
Jay Bee
Salam Dato,
Apa pendapat Dato mengenai pilihan raya kecil DUN Tenang ? adakah BN sekarang memancing penduduk tempatan terutama Peneroka FELDA khususnya untuk memenangi Pilihanraya kecil ini.
PAS meletakkan calon wanita untuk bertanding manakala BN meletakkan calon lelaki,adakah BN tidak yakin dengan keupayaan wanita atau terasa goyah,walaupun Johor merupakan kubu kuat BN.Wanita harus diberi peluang , kepimpinan dan pemikiran wanita sekarang lebih bagus berbanding lelaki dan kebanyakkan wanita lebih berjaya dalam kerjaya berbanding lelaki pada masa kini.
Post a Comment