A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DUA perkara pokok yang sering disebut sebagai penentu keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah perpecahan undi Melayu dan kesepaduan undi bukan Melayu.
Undi Melayu berpecah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat – melalui Umno dan Pas -- manakala undi bukan Melayu, khasnya Cina, sepadu menyokong PR melalui DAP.
Peranan PKR mungkin tidak sekuat dan seketara pada PRU 2008 akibat krisis kepemimpinan yang sedang dihadapinya, terutama sekali ketidaktentuan masa depan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim.
Sokongan terhadap Pas tidak dijangka mengalami banyak perubahan memandangkan ketaasuban dan komitmen ahli serta penyokongnya.
Kepemimpinan Umno telah mula menguar-uarkan pemulihan sokongan terhadapnya yang sedikit sebanyak disahkan oleh hasil positif beberapa kajian pendapat oleh pihak ketiga.
Tetapi satu perkara baru yang tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak adalah kemunculan apa yang kini disebut sebagai Kuasa Ketiga atau Third Force.
Saya lebih cenderung menganggapnya sebagai kemunculan semula kerana fenomena 3rd Force atau x-factor ini telah berlaku sebelum ini dan memberi kesan meluas kepada landskap politik Malaysia.
Abim Contoh X-Factor
Sebagai contoh, Angkatan Belia Islam (Abim) pada era Anwar pernah menjadi faktor x dalam keduaan (duality) politik Melayu/Islam. Walaupun ia pergerakan non-partisan, namun keahliannya cukup sedar mengenai politik dan apa yang boleh mereka lakukan untuk mempengaruhi keduaan politik Melayu/Islam yang didominasi oleh Umno dan Pas.
Menjelang tahun 1980, Abim mengambil pendirian, ahli dan kepemimpinannya boleh bergiat cergas dalam politik kepartian, tetapi mereka kenalah meninggalkan Abim kerana pergerakan itu mahu terus bersikap tidak memihak.
Daripada situlah bermulanya kecergasan bekas pemimpin dan ahli Abim seperti Anwar, Abdul Hadi Awang, Allahyarham Fadzil Noor, Kamaruddin Mohd Noor dan Kamaruddin Jaafar dalam politik kepartian melalui Umno dan Pas.
Dalam konteks semasa, kemunculan semula dan keberkesanan 3rd Force ini menjadi ketara sebelum PRU 2008 dan memperoleh momentum selepas peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak tahun lalu.
Ia adalah reaksi kepada ketidakpuasan terhadap kepemimpinan Abdullah di kalangan ahli dan penyokong Umno dan pengambilan kesempatan oleh pihak-pihak yang berasa kepentingan mereka boleh diperbaiki di luar kerangka politik kepartian.
Ketidakpuasan terhadap kepemimpinan Abdullah dan ketidakyakinan terhadap Mohd Najib meluas di kalangan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokong Umno.
Serentak itu, pihak-pihak yang mementang Umno/BN mengambil kesempatan daripada ketidaktentuan pentadbiran Abdullah untuk bertindak di luar kerangka politik dan perundangan.
Daripada ketidakpuasan dan ketidakyakinan itu muncullah badan-badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan Persatuan Bekas-Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar).
Manakala di kalangan bukan penyokong Umno dan dalam kelompok bukan Melayu pula muncul gerakan seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang masing-masing menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur pada bulan November 2007.
Persepsi bahawa Abdullah lemah menyebabkan parti-parti lawan Barisan Nasional dan NGO yang tidak memihak kepadanya mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai tuntutan dan mengadakan tunjuk perasaan, tidak kira halal atau haram.
Tergolong dalam 3rd Force ini adalah pemilih muda dan pemilih kali pertama yang ramai mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sejak beberapa bulan kebelakangan ini serta individu-individu yang berpengaruh.
Aspirasi 3rd Force
Pada jangkaan saya, trend pengundian 3rd Force akan dipengaruhi oleh mutu kepemimpinan, dasar dan pendekatan parti-parti politik.
Kepada anggota 3rd Force, afiliasi parti tidak penting. Ini adalah kerana majoriti daripada mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik atau mereka telah kecewa dengan parti-parti yang mereka anggotai.
Misalnya, ramai ahli dan penyokong Perkasa dan MPM adalah ahli dan penyokong Umno. Mereka ini akan kembali menyokong Umno hanya jika pada pandangan mereka kepemimpinan dan dasar Umno telah berubah dan menepati aspirasi mereka.
Ini belum mengambil kira ahli dan penyokong Umno/BN yang tidak keluar mengundi pada PRU 2008 atau keluar mengundi tetapi merosakkan kertas undi atau menyokong pembangkang kerana “benci” terhadap Abdullah dan beberapa kerat anggota kabinet dapurnya.
Kaedah Pancing Undi
Selain itu, oleh kerana ramai pengundi PRU akan datang adalah pengundi muda, jentera dan taktik pilihan raya yang biasa mungkin tidak relevan dan tidak berkesan.
Dua aliran yang bertentangan sedang berlaku sekarang. Pertama, media massa arus perdana – cetak dan elektronik -- semakin kehilangan audiens. Kedua, audiens media berasaskan Internet semakin meningkat.
Majoriti khalayak media baru adalah generasi muda. Tetapi bilangan anggota generasi lama yang mendapat maklumat daripada Internet juga semakin meningkat.
Perangkaan terbaru ABC (Biro Audit Pengedaran/Audit Bureau of Circulation) menunjukkan majoriti akhbar arus perdana mengalami penurunan jualan yang ketara antara 2005 dan 2009.
Hanya Harian Metro, Kosmo, Sin Chew Daily, China Press, Oriental Daily dan The Sun sahaja yang mencatatkan peningkatan jualan. Sebahagian pembaca yang berhenti membeli akhbar kini membacanya atas talian (online).
Mengawal dan mengekalkan penonton TV dan pendengar radio adalah lebih sukar kerana bilangan saluran yang banyak dan audiens bebas menukar saluran apabila muncul berita yang tidak mereka gemari.
Mencari Pendekatan Baru
Secara sedar atau kebetulan, parti-parti politik nasional nampaknya telah mula mencari pendekatan baru untuk memahami ragam dan kecenderungan pengundi.
Barisan Nasional, misalnya, telah menghidupkan semula sistem keahlian terus yang pernah diamalkannya dengan harapan memikat sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi profesional yang jelak dengan parti-parti komponennya.
Justeru itu, adalah masuk akal jika Umno dan Pas mendengar dan bertindak terhadap ketidakpuasan NGO Melayu seperti Perkasa, MPM dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia serta memahami apa yang sedang berlaku di kalangan NGO bukan Melayu seperti Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Cina, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia.
Sentimen ini telah disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali pada 26 November lalu apabila beliau dilaporkan oleh Malaysian Insider sebagai berkata PR perlu mengadakan perbincangan dengan gabungan yang mewakili 3rd Force “untuk mengetahui matlamat sebenar gabungan itu ditubuhkan.”
Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Kuasa Ketiga atau 3rd Force ini akan memainkan peranan penting menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang, khasnya di kalangan pemilih muda dan pemilih parti yang berpaling tadah daripada BN kepada PR dalam PRU lalu.
Sunday, December 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
53 comments:
Pentadbiran Pak Lah yang lemah telah berjaya juga memulakan projek-projek Wilayah Pembangunan Ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain yang serupa dengannya. Disamping kenaikan harga, terdapat juga pembangunan semula industri pertanian dan industri asas tani sehingga dapat memulakan pameran seperti MAHA. Jasa beliau perlu tetap dikenang walaupun dikatakan sedikit. Kini harga barang telah melambung lebih tinggi dari zaman Pak Lah, pembangunan ekonomi hanya sekadar retorik kempen politik. Pemimpin kini lebih banyak bercakap mendabik dada dari bekerja. Perancangan pembangunan seperti pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 billion dan rancangan perbelanjaan RM111 juta untuk segelintir kanak-kanak Permata tidak akan membawa manfaat kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi penambahbaikan Seri Perdana sehingga RM65 juta.
Dato'AKadir
Kalau "Third Force" ini cenderung kepada "Darth Vader" alamat Malaysia akan jadi "Republic of Malaysia - The New Empire" ;-))
Datuk Seri Shafie Afdal sangat bimbang dengan perkembangan pengundi baru dan terbaru.
Kebimbangan itu disuarakan ketika berucap dalam perhimpunan agung umno ke 56 lalu.
Kebimbangan itu tertumpu pada negeri Johor, Pulau Pinang dan Perak yang mana pengundi barunya terdiri darpada orang China.
Bagi saya orang china adalah penentu kalah menangnya satu satu parti yang bertanding dalam musim pilihanraya umum selepas dan sebelum.
Kuasa ketiga yang disebut sebagai kuasa penentu kalah menang dalam satu satu pilihanraya umum ini barangkali ada benarnya.
Lihat pilihanraya kecil DUn Galas yang baru berlalu itu yang mana pengundi baru atau saluran lima atau enam adalah penentu kemenangan umno.
Undi china juga sebagai undi yang membantu kemenangan umno dalam pilihanraya kecil DUN Galas.
Ini telah dinyatakan sendiri oleh Thamos Su (DAP) bahawa orang China tidak memberi undi kepada calon PAS.
Oleh itu, kebimbangan Shafie Afdal menjadi kenyataan bahawa pengundi baru telah mengundi Umno tidak mengundi PAS.
Namun begitu, Umno boleh tarik nafas lega dengan kemenangan DUN Galas kerana pengundi baru memihak kepada umno/BN.
Kuasa ketiga dalam musim pilihanraya kecil tidak boleh dijadi kayu pengukur, kerana wang terlalu banyak ditabur, berbading dengan pilihanraya umum yang mungkin tidak dapat dilaksanakan oleh UMNO/BN.
Kita dapat buat kesimpulan bahawa pengundi baru yang dibimbangi itu adalah pengundi "citarasa" yang mungkin boleh mengundi umno/BN dan mengundi PR/dap,PAS dan PKR.
Bagi saya kuasa ketiga (third force) ini adalah terdiri daripada pengundi citarasa yang fungsinya menerusi habuan yang didapatinya.
UMNO/BN boleh memang dalan pilihanraya ke 13 nanti jika dia mampu mengeluarkan belanja yang begitu besar.
Jika tiada wang yang besar jangan diharap UMNO dalam mengekalkan kuasanya, kerana pengundi baru yang rata rata tidak punya identiti atau jati diri akan mengundi parti lain sebagai protes kerana tak dapat apa yang mereka hajati.
Ini dinyatakan
Salam Dato',
Sultan Johor kata "Kedaulatan Melayu", Khairy Jamaluddin kata
"Kepimpinan Melayu" dan majoriti UMNO kata "Ketuanan Melayu". Walau apapun gelarannya bangsa melayu akan terus layu bilamana kita gagal bersatu dalam satu suara.
MCA mula mempersoalkan istilah tersebut dalam konvensyen BN dan langsung tidak ditegur oleh PM yang berbangsa Melayu kerana mungkin sudah berbangsa Malaysia.
Konsep 1 Malaysia yang diutarakan oleh PM akhirnya menunjukkan kegagalan dalam konvensyen BN tersebut bila komponen mula menjadi juara bangsa masing-masing.
Politik berasaskan perkauman sepatutnya telah lama luput dari arena politik Malaysia, PR telah mempraktikkannya namun suara-suara dari UMNO akan mempertikaikan konon nya PR takkan mampu kerana idealogi politik tiga parti tersebut berbeza.
BN sebenarnya hanya bersatu bila pilihanraya, tetapi berseteru bilamana pilihanraya selesai.
Permuafakatan dalam BN hanya opera yang kita lihat nampak serasi tetapi setiap parti mempunyai agenda tersembunyi untuk menguasai pentas politik berasaskan kaum masing-masing.
Pertubuhan seperti PERKASA,HINDRAF, Dong Jiong dan lain-lain NGO bertujuan menjadi suara yang digunakan oleh parti politik seperti UMNO, MIC dan komponen BN untuk menjadi juara bangsa masing-masing dengan membangkit isu perkauman, ketuanan melayu supaya parti yang menaung mereka tidak nampak rasis.
Bila berlaku satu-satu demontrasi, "kambing hitam" ini lah akan disembelih oleh kerajaan BN untuk dikorbankan dan BN/UMNO akan mencuci tangan kotor mereka.
Agensi pelaksana kerajaan akan dipersalahkan sekiranya ada kecederaan atau korban nyawa bilamana pendemontrasi di arahkan bersurai. "Suara ghaib" yang mengarahkan kerja-kerja kotor tersebut akan terlepas.
3rd Force hanya salah satu "lembaga" yang diwujudkan pihak tertentu dengan niat memecahkan undi. Sekiranya GE 13 diadakan , 3rd force takkan mampu mendapat sebarang kerusi di DUN atau Parlimen kerana mereka tiada kekuatan untuk meraih undi dengan menjadi juara suara pihak tertentu.
Wallahualam.
AS for UMNO I think there is a "Fourth Force" that you miss to take into consideration. The "Rosmah Force" !!! kah, kah, kah
Anyway, on a serious note, as for the Malays this coming election they are at the crossroads. Which direction the Malays is going to take depends on the maturity of the Malay voters mentality and the choice offered. There are few alternatives that the Malays could make their choice. Whether they make the right choice depend solely on their wisdom. Making the right choice will decide the fate of their race. Some Malays are conservative and prefer status quo. Some Malays are adventurous and prefer a change. In the final analysis, if their choice is wrong nobody is to be blamed but themselves. Hopefully they will make the right choice. May Allah bless us all!!!
Salam Dato dan para Perayap sekalian,
Bersetuju sangat dengan tulisan Dato. Peranan "Third Force" atau angkatan ketiga ini tidak kecil dalam menentukan senario politik kebangsaan. Setelah membaca tulisan Dato ini saya percaya juak-juak politik akan menumpu bidik mereka kepada angkatan ketiga ini. Bahkan saya juga percaya ada yang akan sanggup menjilat ludah mereka sendiri apabila angkatan ketiga ini yang sebelum ini dianggap sebagai musuh dalam selimut atau duri dalam daging akan dijulang sebagai rakan kongsi politik yang strategik. Jangan hairan kalau semua ini berlaku. Ahli politik hari ini menjadikan politik sebagai kerjaya dan bukannya saluran untuk berkhidmat kepada rakyat. Jangan hairan kalau mereka ini seperti sesumpah.
KEDIDI
Analisis tepat Datuk
Salam dato,
Saya minta kebenaran dato, nak copy and paste sikit kat sini.
13.12.2010
Leaks show Singaporean diplomats secret opinions
(AFP) – 2 hours ago
SINGAPORE — Singaporean diplomats think the leaders of some close Asian allies are corrupt, incompetent or stupid, cables from Wikileaks revealed Sunday.
Confidential diplomatic notes given by the whistleblower website to Australia's Fairfax media group contained unflattering assessments of key figures in Malaysia, Thailand, India and Japan.
"A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia," permanent secretary for the Ministry of Foreign Affairs Bilahari Kausikan reportedly told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney in a cable dated September 2008.
As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Bilahari was quoted as saying.
Another official, Peter Ho, reportedly described Malaysian Prime Minister Najib Razak as "an opportunist" who "would not hesitate" to be critical of Singapore if "it is expedient for him to do so."
He said allegations linking Najib to the murder of a Mongolian woman in 2006, which the leader has strongly rejected, would continue to "haunt" his political fortunes.
Bilahari was also critical of the Thai government in 2008, labelling then premier Thaksin Shinawatra as "corrupt" along with "everyone else, including the opposition."
He also said the Thai crown prince was "very erratic, and easily subject to influence," and warned of continued instability in Thailand.
In another 2009 memo, Singapore's ambassador at large Tommy Koh -- known for being mild-mannered and eloquent in public -- was uncharacteristically blunt in his assessment of Japan and India.
"Koh described Japan as 'the big fat loser' in the context of improving ties between China and ASEAN," a leaked cable detailing a meeting between him and US officials stated.
"He attributed the relative decline of Japan's stature in the region to Japan's 'stupidity, bad leadership, and lack of vision,'" it added.
"He was equally merciless towards India, describing his 'stupid Indian friends' as 'half in, half out' of ASEAN (the Association of Southeast Asian Nations.)"
Further WikiLeaks revelations have shown that leaders in Singapore also believe Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim had sex with a male aide in a honey trap set by his enemies.
There was no immediate reaction from the Singapore government to the leaks but the pro-goverA US state department cable dated November 2008 and given by the whistleblower to Australia's Fairfax media group detailed intelligence gathered by Australian and Singaporean intelligence on the opposition leader's case.
"The Australians said that Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'," the cable read.
It added that Singapore reached its conclusion based on "technical intelligence," which a Fairfax report said was likely to involve intercepted communications.
Copyright © 2010 AFP. All rights reserved. More »
In summary, BN ada A BIG PROBLEM, PR ada A BIGGER PROBLEM!.
Kalau saya jadi PM saya adakan PRU 13lepas anwar masuk jail, khir toyo
masuk jail, ling leong seik melelong/melolong kat jail, wan azizah masuk kamunting resthouse, karpal sakit tenat sebab `pandai sangat', dok kalah kes kes in a straight row, nazri pi duk rehat kat resthouse, rais yatim main komputer game kat rumah, dsb!....
THE WINNER IS............ROSMAH!!.
Abu Bakar Ab Rahman
Sehingga kini saya nampak yang tidak mahu menerima atau paling tidak memandang ringan suara 3rd Force ini ialah Umno. Sebab itu kelihatan masih ada dasar-dasar kerajaan atau perilaku sesetengah individu yang menjadi pemimpin Umno masih terus bertindak bertentangan dengan jeritan suara 3rd Force yang pro Umno sendiri, misalnya dalam menangani isu namewee. Ianya sentiasa berkontroversi. Sampai bila wallahu alam.
Saya bimbang kesan cara menangani isu ini kepada khalayak yang menyokong Umno amat besar dan mungkin buruk natijahnya kepada Umno/BN sendiri pada PRU akan datang.
Pembahas Abu Bakar Ab Rahman memetik laporan media mengenai pendedakan oleh Wikileaks yang menyebut Mohd Najib dan Anwar Ibrahim, dan berkata:
"In summary, BN ada A BIG PROBLEM, PR ada A BIGGER PROBLEM!."
1. Bagi saya, caci-cerca oleh Singapura terhadap jiran-jirannya adalah perkara biasa. Inilah yang diajarkan oleh Lee Kuan Yew kepada rakyat jelata Singapura. Iaitu Singapura superior. Ini cara LKY menaikkan semangat mereka dan mendapatkan taat setia mereka;
2. Inilah persepsi Singapura terhadap kepemimpinan kita, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Saya bimbing ini hanyalah "the tip of the iceberg" yang perisikan Singapura tahu mengenai kepemimpinan kita. Salah satu sebabnya ialah ramai pembesar kita pergi ke Singapura bila "ada urusan yang tak boleh dilaksanakan di Malaysia."
3. Anwar tentulah menyalahkan SB kerana SB musuh ketat dia sejak awal lagi. Tapi kita jangan lupa, Singapura mempunyai rangkaian pengintipan dan perisikan yang meluas, khasnya di negara-negara jiran;
4. Kalau keadaan seperti ini berterusan, kita sebagai pengundi tidak akan mempunyai pilihan yang mantap. Kita terpaksa memilih yang baik sedikit daripada yang teruk -- the best of the worse -- atau kita duduk di rumah tak mengundi. Wallahualam.
Terima kasih.
Tok Kadir, Najib dan Anwar dah kena main dengan Singapura. Anwar sikit-sikit lari pi Singapura pi jumpa penyokong dia. Kena main juga Tok.
Najib bukan main seronok serah tanah KTM kepada Singapura. Kena main juga Tok. Dengar kata dak bayar duit premium berjuta ringgit Sin kepada Singapura. Tak heranlah Azman Mokhtar kena juai harta Khazanah di Malaysia pasai nak kena bayar Singapura pasai Najib nak buddy buddy dengan Hsien Loong.
Jahanan kita tok kena cukor oleh suku sakat Lee Kuan Yew. Depan depa peluk, belakang depa sapu kita Tok. Inilah bila kawan dengan Yahudi Asia.
Kamjat Penang
salam dato
third force semakin penting sebab parti-parti politik yang ada sekarang tidak boleh lagi diharap.peminpin yang ada kebanyakan nya berkerjaya sahaja atau cari makan dalam parti politik.lebih teruk jawatan sudah dirancang untuk diwarisi.begitu juga kebanyakan ahlinya.semangat kerana bangsa ,agama dan negara telah lama pudar.ialah negara dah lama merdeka dan generasi tersebut telah semakin berkurangan.
Generasi baru bab itu dah tak main atau dah tak terusik sangat perasaanya.untuk mereka adalah pasal peluang pekerjaan, gaji, tempat tinggal. pendidikan, kesihatan,pengankutan dan semua perkara yang baru sekarang seperti kelajuan internet.semua nak yang terbaik.
sekarang malaysia ditadbir macam sebuah syarikat koperat bukan parti politik atau rakyat dan segala urusan dan projek diuruskan oleh syarikat.mesti untung besar.tengok tanah kerajaan beri/jual pada syarikat pemaju swasta,lepas itu majukan projek buat rumah mewah/mahal.bukan untuk rakyat terbanyak tapi untuk orang kaya dan orang luar negeri.
lihat dikilang kilang untuk orang luar negeri juga.berjuta pendatang.
third force amat penting sekarang kerana dapat berfungsi seperti ketuk besi untuk mengetuk peminpin
peminpin negara yang berkerjaya dalam pentadbiran negara.
SALAM DATO AKJ..Rugi atau untung nya orang melayu terletak kepada kebolehan sendiri....orang melayu dah tak ada yang membantu pandai2 la membawa diri..
Datuk,
Pada saya 3rd Force ni adalah satu group yg mementingkan idealism mereka.Idealism yg kadangkala tidka berpijak dibumi nyata.PERKASA,Sister In Islam,HINDRAF adalah diantara organisasi yg dianggap 3rd force.Walaubagaimanapun PERKASA dijangkakan tidak menjadi masalah pd UMNO keran saya yakin mereka tidak akan bertanding.Mereka adalah UMNO.
#rd force yg lain secara umumnya menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini.Sebahagian drp mereka akan masuk bertanding sebagai calon bebas.Mereka akan kalah tetapi undi PR akan sedikit terjejas dgn kemasukkan mereka.Ini disebabkan org org yg menyokong mereka mengundi PR sebelum ini.UMNO tak perlu bimbang pasal 3rd Force ini.Sbb yg rugi cuma PR.Jaid PR perlu berhati hati dgn action plan utk mengatasi kemerosotan ini
Third force ni MCLM yang digagaskan Raja Petra dan Haris Ibrahim tu ke?
Maklum saja dalam MSM sekadar disebut istilah Third Force seperti di artikel ini tetapi tidak merujuk kepada sesiapa secara spesifik.
Jika betul MCLM maka hujah kita patutnya berkisarkan sendeng politik kedua-dua blogger itu, bukan?
Jika tidak maka hujah kita patutnya berteraskan sendeng politik pendokong dalam third force ini.
Sekadar rujukan kepada pengundi muda/baru adalah amalan yang terlalu umum dan kabur.
Maka pada pendapat saya artikel DAKJ kali ini tidak lengkap dan kabur.
Tapi ini sekadar pendapat saya saja.
p/s Sufian Idrus kata jasa Pak Lah perlu dikenang walau sedikit. Saya tak mahu kata apa-apa. Sekadar nak gelak je. Oh ya, pameran MAHA dah bertahun-tahun dah ada. Sila rujuk artikel DAKJ tiga tajuk ke belakang.
Fed Up
Pandangan Dato ini bertepatan dengan situasi politik Msia kini.Kuasa ketiga ini merupakan saluran alternatif untok menyampaikan segala isi hati dan masaalah rakyat.Walaupun bukan organisasi politik tatapi suara mereka kian menyengat kini untok disampaikan pada kerajaan.Cuma Dato saya tertanya-tanya adakah peranan third force yg Dato kaitkan ini mendapat perhatian Pemimpin UMNO/BN dan Kerajaan.Saya nampak macam mereka ini tak berapa kisah pun dengan kuasa ketiga ini.Kalau boleh Dato Kadir buat sikit kursus politik pada mereka ini agar faham akan musibah jika memandang ringan isu ini.Jangan bila hari mengundi baru kelam kabut.Pengundi hari ini bukan macam dulu lagi.Begitu juga ramai pimpinan UMNO hari ini terutama diperingkat bahagian dan cawangan masih pandang ringan kusa ketiga ini.
Datuk,
1/ Daya/kuasa ketiga akan terus meningkat. Daya/kuasa ketiga terdiri dari mereka yang bukan penyokong tegar parti tertentu. Mereka akan mengundi seseoarng calun atau parti atau tidak mengundi berasaskan pelbagai faktor.
2/ Media perdana jika terus menggunakan pendekatan sama , akan mengakibatkan daya/kuasa ketiga melarikan diri dari parti yang dilihat disokong kuat oleh media perdana. Mampukah media perdanan berubah menunjukkan tidak berpihak?.
3/Sebahagian dari daya/kuasa ketiga tidak akan mengundi kerana tidak mempercayai mana-mana parti yang ada.
4/ Singapura mempunyai rangkaian intipan canggih .Rahsia pemimpin kita samada pemerintah atau pembangkang dalam tangan nereka.
5/ Kita juga maklum bahawa ramai rakyat malaysia bekerja di Singapura termasuk dalam tentera seperti juruterbang, tetapi hanya dibuka untuk kumpulan tertentu sahaja.
6/ Tindakan mereka berstrategi.
salam dakj,
memandangkan majoriti masyarakat cina dan india di malaysia telah dengan jelas menolak asas kenegaraan malaysia dan perpaduan melalui tuntutan-tuntutan dan desakan-desakan yang semakin kuat dizahirkan dewasa ini dan yang paling membimbangkan hanya mewakili kepentingan kaum mereka sahaja, saya pasti tidak akan termakan propaganda 1Malaysia mereka dan akan menolak mereka dalam pilihanraya akan datang.
bagi pemimpin melayu, saya lebih cenderung kepada pemimpin yang islamik, tidak mempunyai unsur-unsur yang meragukan seperti kekayaan yang melampau, berakhlak baik, bebas menyuarakan pendapat dalam mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara dan kuat bekerja dan berkhidmat untuk rakyat secara konsisten. saya tak terikat kepada mana-mana parti.
Wallahualam
kuasa ketiga dah lama ada cuma kita buat tak tahu aje.lepas umno hampir kalah 2008,nama kuasa ketiga timbul,kerana orang muda banyak anti umno.itu saja.dengan s'pore kita sentiasa kalah tengok duit sudah ,duit sapa lebih mahal,kalau ekonomi tak kuat jgn sembang pasal politik.buang masa.kita hanya menang kutuk atau marah2 saja kat s'pore,hakikatnya kalu s'pore demam kita sini dah icu.
zmy
Salam Dato',
Dato'bimbang "....ini hanya lah'tip of the iceberg'yg perisikan Singapore tahu mengenai kepimpinan kita" sangat bertepatan dan wajar diberi perhatian dan tumpuan yg serius dan mendalam oleh semua pihak.Melihat kepada rangkaian perisikan Singapore yg begitu intim dengan jentera perisikan US,Israel dan Australia yg mengguna sistem yg terkini dan tercangih serta "minat mereka yg sungguh istemewa terhadap negara kita", saya amat yakin bahawa apa yg dibimbangi Dato' itu adalah satu realiti yg wujud sekarang.Lebih dari itu,segala perisikan ketenteraan kita juga telah diperolehi dan dimiliki mereka melalu pelbagai cara dan sumber.Satu daripada sumbernya ialah kakitangan yg "berkerja" dengan syarikat awan seperti APCO dan lain2.Mungkin juga Apco itu sendiri berperanan secara langsong dengan cara yg cukup halus dan licik melalui nasehat-nasehat yg nampaknya cukup baik tetapi membawa kesan negatif akhirnya, untuk memenuhi sesuatu agenda jahat yg tersembunyi.
Sepatutnya,apa jua yg ada kaitan dengan Israel atau Yahudi kita tidak usah dekati atau dampingi,jauh sekali untuk mebawa masuk kedalam"rumah"kita.
Askar Tua
Salam Dato',
Sekiranya kita percaya dan bergantung kepada berita yang disiarkan Wikileaks, nescaya ia akan mencetuskan perang dunia ketiga antara kuasa besar dan peperangan antara negara-negara didunia.
Kita tahu bahawa Wikileaks diwujudkan oleh julian Asangge untuk mendoktrinkan bidang kewartawanan yang kononnya tidak lagi telus.
Ada agenda tersirat yang lebih besar dari itu ialah menjatuhkan para pemimpin dunia yang tidak sehaluan dengan beliau dan menghuru harakan bidang diplomatik antara negara.
Orang-orang yang mempunyai sifat sebegini akan puashati bilamana melihat satu-satu negara atau kepimpinan hancur disebabkan dakyah atau fitnah yang mereka sebarkan dan sepatutnya kerajaan menyekat terus ia dari dilayari.
Mengenai komen Dato', hari ini saya pergi ke kenduri kahwin merata kawasan saya dan dari perbualan yang di bualkan oleh tetamu yang hadir menunjukkan perkara-perkara atau tindakan kerajaan akhir-akhir ini 99% tidak bersetuju seperti kenaikkan harga bahanapi, bajet 2011, senario politik yang banyak berpolitik dari bekerja dan macam-macam lagi.
Kehadiran 3 rd Force juga dibangkitkan seperti PERKASA dan HINDRAF.
PRU 13 akan mengundang bala petaka kepada BN, itu yang dapat saya simpulkan.
Wallahualam.
It is all too easy to blame Pak Lah alone for the outcome of the last election which was not fovourable to the BN, esp. to the UMNO. In fact it was symptomatic of the analysis of the lazy. Was not Mahathir's legacy of a lackadasical attitude vis-a-vis rampant corruption and cronyism within his administration also not one of the main reasons the voters and foreign investors felt disgusted with the BN? What about Mahathir's call for the electorate not to give BN absolute majority?
And to refer Pak Lah's advisors as the kitchen cabinet, what do you then call Mahathir's handful of cronies that dominate the PM's office corridors to the extent that most cabinet ministers were there just to warm their seats when major decisions were made well before cabinet meetings were convened? Cellar cabinet?
And what can we expect from multi-million ringgit PR contractors, a.k.a. foreign consultants that believe, like the Indonesians in the heydays of Sukarno, a country could be developed through acronymic creavity that leaves the rakyat in bewildered awe?
Hopefully charges preferred against Ling Leong Sek and Khir Toyo is a precursor to genuine corrective effort at aresting an almost unstoppable slide towards Malaysia becoming a full-fledged corruption-infested failed state
By the way, judging by the first lady's incessant public appearance, could we not assume that we now have a concurrent cabinet, i.e of bed-room kind?
Tok Kadir,
Minta peluang sekali lagi tok. Bagus juga ada laman web macam Wikibocor ni tok. Busuk-busuk pun kita boleh tahu apa Lee Kuan Yew dan suku sakat Ching dia upat kepada kita.
Nampaklah kita baik pasai Wikibocor tak kata pemimpin kita caci sapa-sapa. Tak tau la kalau depa tak caci atau Wikibocor tak peduli pun kepada pemimpin kita.
terima kasih Wikibocor.
Kamjat Penang
Siapa 3rd Force Tok?
Pengundi-pengundi baru dan muda-muda tak boleh dikira 3rd force, sebab mereka juga mengundi!
Apa definasi 3rd force?
Satu kumpulan?
Beberapa individu?
Kumpulan atau individu tak berparti, tapi ada idealisma tersendiri?
Atau kumpulan, individu yang tak berparti, tapi cenderung kepada parti-parti tertentu?
Atau kumpulan,individu yang cuba mempengaruhi parti-parti dari belakang tabir?
Atau parti baru?
APAPUN, KALAU 3RD FORCE DARI ORANG MELAYU DAN INDIA, tak kemana, masuk tong sampah jawabnya!!
yang saya nampak, yang boleh memainkan peranan yang berkesan adalah dari orang-orang CINA.
DONG JIONG
DEWAN PERNIAGAAN CINA
PERSATUAN GURU-GURU CINA
DAN apa jua jenama bersangkut dengan Cina!
Jenama Melayu, majoriti adalah serpihan UMNO, yang tiba-tiba melalak pasca PRU 2008, KHUSUSNYA untuk lawan Cina,Melayu,India dalam PR.
Perkasa?
Majlis Perundingan Melayu?
Persatuan Bekas-Bekas Wakil Rakyat Umno, Penawar?
MUBARAK?
Kumpulan ini tak beri apa-apa kesan kpd PR, tapi kesan kpd UMNO khususnya. MEREKA tetap akan undi UMNO, pada masa yang sama, akan jadi sokong membawa rebah!! Mereka sebenarnya tak puashati dengan UMNO. Apa yang mereka suarakan SEBENARNYA dan SEPATUTNYA disuarakan oleh UMNO, tetapi UMNO dah jadi lembik tak berdaya saing, jadi mereka melalak 'bagi pihak umno'. Sebaliknya juga, non-malay melihat mereka ini satu pertubuhan racist mewakili UMNO!!
....bila Azizah tolak 'ketuanan melayu' UMNO cepat melatah bangkit memanggil azizah,anwar,azmin pengkhianat bangsa. Perkasa, melalui pemudanya menggelar azizah 'pelacur politik'. (Sedangkan ketua pemuda perkasa tu, mak bapak dia india, dia sendiripun india TAPI ngaku Melayu!!!)
....bilamana CSL kata senada dengan Azizah di Konvensyen BN,UMNO diam seribu bahasa, membiarkan 'proksi-proksi'nya spt diatas melalak melolong!!!!
Jadi, kalau 3rd force serpihan umno, takkan kemana!!
BERSIH bukan juga 3rd force, tetapi barisan anggota PR yang menggunakan nama NGO bagi 'menghalalkan' pergerakan mereka.
Jadi, tiada 3rd force Melayu yang ada x-factor!
ABIM, berpecah dua kepada ABIM dan JIM (Jemaah Islam Malaysia), manakala dalam JIM sendiripun sudah berpecah menubuhkan satu lagi kumpulan baru IKRAM.
ABIM dan JIM satu masa dulu 'berperang' agak sakan dengan PAS. TAPI, ahkir-akhir ini, ABIM dan serpihannya, JIM dan IKRAM semakin serasi dengan PAS!
Kalaupun ada 3rd force, saya fikir, ADALAH kumpulan rangkaian blogger MESRA KERAJAAN. Kumpulan ini menggodam hebat Pak LAH sehingga senada seirama dengan PR, akhirnya Pak Lah akur dan berundur!
Sebelum itu, sesetengah kumpulan ini juga amat kritikal dengan Mahathir, dengan website Mahazalim1, Mahazalim 2, Mahafiraun, TAPI blooger ini dah kembali kepada UMNO dengan jenama UMNOreform.
APAPUN, kumpulan blogger mesra kerajaan ini dilihat TIADA PENDIRIAN, goyang seperti lalang, seperti mana blogger mahazalim dulu, kickdafella dll.
MAKA blogger ini kurang dipercayai. TAMBAHAN PULA, tulisan-tulisan mereka penuh dengan bahasa kasar,kesat melambangkan keperibadian penulis.
So, siapa 3rd force?
RPK ,Harris ibrahim? Apa beza dengan Anuar (mahazalim) dan Azizi(kickdafella)?
PUN TAK KEMANA!!!
RPK dan Harris terlalu idealistik, tidak berpijak pada bumi yang nyata, bumi Malaysia!
So, saya tak nampak siapa 3rd force?
YANG SAYA Amat yakin, adalah FAKTOR pengundi-pengundi muda belia umur 21-35, bakal menentukan PRU13.
Dato Kadir,
Saya ingin mengutarakan berapa ulasan dan pendapat mengenai perkembangan terbaru:
1. Seperti US, Australia dan sekarang ini Singapore ingin menjadi Sheriff di benua Asia. Semua itu kita ramai tahu. Ini adalah untuk menjaga kepentingan EKONOMI negara mereka walaupun mereka bertukar kerajaan melainkan S'pore kerana Ekonomi mereka kukuh.
2. Sebaliknya di Malaysia, scenario sekarang kerajaan memerintah lebih berpolitik dari merangka polisi dan rancangan untuk kebaikan negara. Ini kerana kerajaan sekarang mungkin dalam political survival mode dan ini memberi kesan kepada negara.
3. Keadaan scenario politik di Malaysia amat goyang dan ekonomi indah dari rupa amat lah dicinta kepada negara2 yang ingin maju dari kita dengan mengambil kesempatan disebabkan kepincangan ahli politik kita sendiri.
4. Jika berterusan suasana politik begini, Malaysia akan terus lemah. Sedar tak sedar ini seakan mirik negara Palestine yang dirancana oleh Israel, kerajaan Pakistan,Afghanistan & Mesir yang polisi mereka didokong oleh Amerika.
5. Kebutaan berpolitik di Malaysia mirip seperti "bagai pucuk dicita ulam mendatang" kepada negara yang ingin "menjajah" Malaysia dari segi Economically dan politically tanpa mengunakan ketenteraan.
6. Media terutama MSM tidak lagi membantu memainkan peranan telus sebaliknya sudah tidak dapat membeza antara buruk dan baik disebabkan untuk menjaga political masters. Rasanya semakin ramai sudah tahu peranan MSM dan ini menambahkan perasaan bosan dan mual terhadap kerajaan daripada membantu. Ini menyebabkan ramai sudah bertukar ke Internet sebagai bahan bacaan walaupun bahan2 tidak tentu benar atau sah kesahihan.
7. Jika kekalahan besar BN dituju kepada pimpinan Pak Lah, adakah kerajaan sekarang ada lebih jauh lebih baik? Saya berpendapat rata-rata rakyat mungkin masih tidak dapat membezakan.
8. Kerajaan perlu sedar bahawanya pengundi2 yang tidak mempunyai any affiliation dgn mana badan2 adalah sebenarnya 3rd Force yang mendesak perubahan yang sudah bosan dengan kepincangan politik yang tiada akhirnya. Mereka ini cuma muncul tiba hari pengudian nanti.
Salam, Dato'
Tepat apa yang Dato' ceritakan ni, tentang kuasa ketiga. Kalau saya jadi pemimpin UMNO, saya buka mata luas-luas. Memang betul buat masa ni orang Melayu hilang kepercayaan pada PKR, tidak yakin juga dengan cara PAS, tapi jangan pula pemimpin UMNO sedang berangan-angan. Takut akan ada mimpi ngeri yang menunggu mereka semua!
Bersembanglah dengan orang-orang Melayu, terutama mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Rata-rata orang Melayu sangat hampa dengan pemimpin Melayu yang ada. Tak kisah langsung untuk pastikan ekonomi Melayu boleh bergerak ke depan. Apa yang sedang diaturkan oleh pemimpin hari ini akan semakin matikan bisnes orang Melayu terutama sekali mereka yang sedang giat dalam dunia 'pembangunan'. Boleh kira dengan jari apa yang Melayu dapat hari ini. Konsultan Melayu, rata-rata sedang gigit jari. Projek kerajaan pergi pada non-Malays, projek swasta lagilah tak usah harap! Inilah realitinya. Habis tu macam mana nak yakin dengan pemimpin yang ada ni? Memang tak ambil kisah pun tentang orang Melayu.
Kalau ikutkan cakap dalam surat khabar, memang macam gunung berabi. Tetapi hampas!
Habis tu, yakin ke pemimpin UMNO bahawa orang Melayu akan sokong mereka lagi? Saya percaya kalau tak ada siapa-siapa yang boleh diharapkan, orang Melayu akan tidak pergi mengundi!
Percayalah cakap saya ini. Sekalipun ada kuasa ketiga, tetapi kalau tak ada siapa-siapa yang menjadi harapan orang Melayu, saya yakin bukan hanya Melayu akan hilang terus ekonominya, tetapi Melayu juga akan hilang politiknya.
Perhatilah di sekeliling kita. Rasuah sangat berleluasa. Tak ada sesiapa pun yang ambil berat. Cakap tak pernah serupa bikin. Mungkin orang politik tak pernah kena, tapi orang biasa macam kami ni selalu kena. Kalau bawak aje kereta yang elok sikit, akan ada yang menahannya. Pada hal tak bawak laju pun, tapi dia akan sengaja 'kelentong' dan minta duit tangan. Budaya ini memang dah lama sangat, dari dulu sampailah hari ini. Bermacam-macam agensi kerajaan yang amal macam tu. Kalau tak, takkanlah ada yang pangkatnya rendah aje, tapi tinggal dalam rumah mewah, kereta pula pakai kereta mewah2 juga. Kita yang tak suka, terpaksa terseksa dengan budaya tamak haloba yang sedang makan diri orang Melayu.
Dato'
Ke manakah orang Melayu nak pergi? Orang Melayu bukannya macam orang lain yang rata-rata mempunyai 'PR' di negara asing. Malah, duit mereka pun dihantar ke negara asing. Takut, suatu hari nanti, negara ini juga akan menjadi negara asing buat orang Melayu. Nauzubillah.
Tok Scribe, izin berbahas dengan Langitbiru. Analisis Langitbit mengatakan RPK dan Harris Ibrahim adalah 3rd force. Yang saya tahu, mereka ini hendak mempromosikan 3rd force mereka sendiri setelah hampa dengan Anwar Ibrahim.
Tapi saya rasa Langitbiru terlepas pandang kepada Zaid Ibrahim yang sama individualistik dengan RPK dan Harris. Zaid betul-betul 3rd force sebab dah tiga kali tukar parti. Sekarang masuk parti ke tiga Akim. Dari Umno masuk PKR, dari PKR masuk Akim.
Setujukah Langitbiru yang Zaid akan menjadi 3rd force yang akan menggugat BN dan PR pada PRU akan datang?
Wilberforce
Tok Kadir, apa pasai nak marah sangat kepada Singapura? Sapa yang londeh seluar, londeh kain, buka pintu dan tingkap kepada maharaja Lee Kuan Yew bila dia mai Malaysia? Padan muka tak tahu pilih kawan, taksub sangat kepada Singa poo rah.
Esuk satu Malaysia jadi wilayah taaluk pengintip dan penyusup Singapora. Bukan wilayah pembangunan Iskandar lagi, tapi wilayah proxi Singapura-Yahudi. Pi la lagi kowtow kepada Lee Kuan Yew anak beranak.
Kamjat Penang
Langit Biru dan Wilburforce,
Bila Raja Petra dan Haris Ibrahim dirujuk, ini dibuat berdasarkan kenyataan "Sentimen ini telah disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali pada 26 November lalu apabila beliau dilaporkan oleh Malaysian Insider sebagai berkata PR perlu mengadakan perbincangan dengan gabungan yang mewakili 3rd Force “untuk mengetahui matlamat sebenar gabungan itu ditubuhkan.”
Seperti ditulis pada artikel DAKJ ini.
Nak kata hindraf, hindraf sendiri berpecah belah.
Tak logik la pulak jika mengandaikan Syed Husin Ali nak ajak PR berunding dengan Perkasa.
Kalau Syed Husin Ali ajak PR berunding dengan Zaid Ibrahim, logik ke?
Nak kata orang muda, mana kepalanya untuk diajak berunding?
Jadi sebenarnya, siapa third force ini?
Sekurang-kurangnya, masa pra PRU12 dulu, kita tahu adanya gabungan antara blogger anti BN dan anti Pak Lah.
Setakat ini hanya MCLM gagasan Raja Petra dan Haris Ibrahim yang secara terang menyatakan mahu menawarkan calun PRU.
Akhir sekali, satu persoalan.
Semakin ketara penyokong Pak Lah yang timbul sekonyong-konyong tanpa perlu ada isu berkaitan Pak Lah. Laksana dahan bergoyang tanpa tiupan angin. Adakah ini gerakan pro Pak Lah atau pro KJ? Adakah mereka ini cuba mengisi peranan 3rd force dari dalam UMNO?
Saya masih lagi dok termenung.
Fed Up
Setujukah Langitbiru yang Zaid akan menjadi 3rd force yang akan menggugat BN dan PR pada PRU akan datang?
Wilberforce.
Salam Tok,
mohon laluan.
Saya telah bertanya siapa 3rd force?
Masing-masing boleh buat analisis tersendiri, jawab sendiri.
Mengenai Zaid ibrahim sebagai 3rd force, mungkin ada, mungkin tak ada!
Bagi saya, 3rd force adalah mereka samada individu-individu atau kumpulan individu yang boleh mempengaruhi pola pengundian PRU13.
Apakah Zaid melalui AKIM mampu mencetuskan sesuatu?
Zaid nampak TETAP PENDIRIAN, tak mahu semua elemen negative seperti menipu,rasuah,tidak adil dan lain-lain. Yang dia mahu semua yang positif, seperti jujur,amanah,adil dan lain-lain. Akan tetapi dalam padang permainan sistem politik berlandaskan sekular, apakah ciri-ciri ini boleh berdiri tegak??
Bagaimana dengan elemen nilai agama (Islam) yang menjadi agama rasmi Malaysia?
RPK,Zaid,Harris, dan sewaktu dengannya adalah pemikiran LIBERAL Melayu Moden yang tidak begitu berpegang kepada nilai agama, sebaliknya, berpegang kepada kekuatan akal semata-mata. Pada mereka, sikap personaliti dan peribadi tidak penting, yang penting permainan politik yang adil,jujur,amanah KONONNYA!!
SEDANGKAN Al-Quran, sendiri menyatakan kekuatan akal manusia itu sebenarnya lemah, memerlukan petunjuk dari Al-Quran dan As-Sunnah!
Apakah mereka ini boleh diterima oleh masyarakat Islam Malaysia?
Zaid ditolak oleh Melayu UMNO.
Zaid ditolak oleh Melayu PAS.
Zaid ditolak oleh Melayu PKR.
Maka Zaid ditolak oleh semua penyokong,ahli,pengundi,sekutu yang berkaitan dengan UMNO,PAS,PKR atau dengan lebih jelas, oleh BN dan PR.
SEBENARNYA, politik Zaid seperti nyawa-nyawa ikan, telur dihujung tanduk. Melompat, menumpang dan mahu 'merampas kuasa' kononnya dia saja yang betui.....AKIM jadi mangsa terbarunya, kerana AKIM dari segi kewangan, cukup tenat, seperti bernafas dalam lumpur, maka hadirnya hartawan Zaid seperti kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Zaid dan AKIM, tak mampu jadi 3rd force, laksana pasukan bolasepak Malaysia nak masuk world cup!!
Pasal cerit wikileak tu ianya adalah planning.sengaja didedahkan oleh perisikan Malaysia dan Singapura kpd wikileak.Mereka beranggapan persepsi masyarakat dunia adalah segala apa yg didedah oleh wikileak akan dipercayai oleh org ramai.Satu langkah yg bijak sebenarnya.Padahal wikileak cume mendedahkan shj mesej mesej rahsia kerajaan kerajaan.Itu shj.Dia tak kata semua yg didedahkan adalah benar belaka.
Saya faham mengapa Singapura dan Malaysia secara sengaja melakonkan isu ini.Pimpinan Singapura dan UMNO sama sama memusuhi PR.Sebab jika PR memerintah susah sikit lah Le Hsien Loong nak kowtim.Dgn UMNO mereka aboleh kowtim.Perhatikan isu isu spt tanah KTM dan isu air sebgai bukti.Singapura tak sekuat mana.Malahan amat lemah.Air makanan,batu dan pasir dtgnya dari Malaysia.Jadi kempimpinan yg lemah dan penuh korup "play well into their hands".
Jadi Singapuran pun boleh lah dikategorikan sebagai 3rd Force juga dlm politik Malaysia walaupun tidak secara langsung
Salam Dato',
Saya teringat sewaktu kempen pilihanraya PRU 12, Mac 2008. Media-media cetak dan media elektronik "kepunyaan" BN terus-menerus menghentam pakatan PAS. DAP dan PKR. Ibu saya dan makcik yang berumur 70 an yang sewaktu menonton TV terus mematikannya, saya tanya kenapa? aku dah getik (orang Perak kata menyampah) katanya kepada saya. Jangan kamu beli paper , aku tak nak baca, katanya lagi.
Saya pun hairan, kerana sebelum ini makcik dan mak saya penyokong BN/UMNO. Kamu tengok tok sidang tu, tiap tahun tukar kereta baru, banyak sapu duit projek dari UMNO. Bila PR memerintah Perak sekejap, sidang tu asyik ke hulu ke hilir dengan menghentam PR. Bila BN rampas Perak dengan cara "terhormat", dia dok gebang ke hulu ke hilir , katanya hanya BN yang boleh perintah Perak, PR akan bagi muka pada bangsa Cina jer.Tok sidang pun beli Toyota Camry 2.4L bila BN perintah semula Perak kerana dia dapat projek-projek Luar Bandar, anggaran RM 2 juta dengan lesen kelas F yang "mengepong" projek.
Sepintas lalu dari kisah tersebut, bukan pengundi muda jer yang dok nyampah dengan BN, yang dulu sokong BN pun beralih arah kepada PR kesan pemerintah Pak Lah. Zaman DS Najib, mak saya lagi tambah getik tengok 1st Lady yang lebih sudu dari kuah.
Rasanyalah, penyokong PR pada PRU 12 tetap akan undi PR bila PRU 13 kerana BN masih tak berubah walaupun mampu berubah, kami sebagai pengundi akan mengubah nasib BN pada PRU 13 nanti..PERCAYALAH..talkin untuk BN makin hampir bila PM istiharkan PRU 13.
Wallahualam.
Dato.
Orang politik ini bagi saya semuanya tidak siuman.Jika kita dudok bersembang dengan orang politik dia boleh cakap macam sahingga ayam berkukok.Ayah saya selalu buat bagitu sampai emak saya selalu merajok.Kena buat kopi O,Kena hidang makanan.Selalunya roti kapai sahaja.
Jadi.tanggapan Dato yang Third Force akan mempengarohi Pilehan raya ke 13 dan golongan muda dan atas pagar.Saya rasa ini hanya lah imiginasi Dato.Ini termasoklah blogger politik yang menyiarkan banyak berita fitnah dan tidak betul.Saya tidak tahu siapa kah yang akan menanggong Dosa itu.
Hari ini zaid telah menjadi ahli Party Politik nymok di Kelantan.Selamat maju jaya Zaid.Bagitu juga dengan Dato Nalla.Bila ia keluar PKR kerana marah tidak menjadi calum pilehan raya kechil,dia buat party politik baru.sekarang ini dah senyap sahaja.Dah tak ada duit la.
Yang saya tidak faham kenapa Pentabiran Najib membuang masa yang bagitu banyak melayan kerenah politik pembangkang.nampaknya Najib pun dah lemah.ia hanpir tidak berani menghadapi tekanan demi tekanan dari kaum Cina yang mahu macam.Nampaknya MCA dan mula naik tocang.Minta dilayan sama rata dalam pakatan BN.
Najib juga menghadapi tekanan yang kuat juga salepas pengumuman kenaikan harga Gula dan petrol.macan ia tak sensitrive langsong dengan raayat
jadi dato,kekuatan Third Force ini hanya lah bayangan dan Mimpi orang politik yang ketandusan modal fikiran.Jika saya ada kuasa saya mahu menempatkan orang2 politik ini dan blogger politik dalam kem tahanan di hospital bahagia.
Salam Dato'
1.Kita bimbang tentang PRU 13 akan datang memihak kepada parti mana atau sekadar impak analisis saja tentang pengaruh 3rd force ini ?
2.Apa yang pasti masa depan melayu di hujung tanduk.3rd force yang Dato' nyatakan boleh di analisa dalam komen-komen untuk artikel ini.Agak nya di mana mereka semua berada kelak ?
3.3rd force sebenar ketika ini 'diam-diam ubi berisi' dalam suasana kacau bilau yang sengaja di timbulkan yang sudah hampir berjaya merencana suasana....
Tok Kadir, terima kaseh kpd Langitbiru kerana bagi penjelasan tantang Zaid. Jadi, kalu macam tu, Zaid tak bolehlah jadi pemimpin Islam la?
Awat Langitbiru saja boleh jadi pemimpin Islam? Mana tau, bentuk Islam yang Zaid nak bawa tu orang Kelantan boleh diterima? Parti Akim ni parti Kelantan, jadi Zaid kena jadi macam orang Kelantan yang kuat agama dan taasub kepada Nik Aziz. Jadi Zaid kena lawan Nik Aziz.
Jadi Islam macam mana Zaid nak bawa untuk ambik hati orang Kelantan supaya sokong dia dan tolak Nik Aziz? Langitbiru kata Zaid Melayu liberal, jadi Islam dia pun liberal juga ka?
Saya nak tanya Langitbiru, macam mana Islam liberal? Boleh main judi, minum arak dan makan duit bunga ka?
Saya nak dapat jawapan Langitbiru pasai saya nampak dia pandai ugama dan selalu sebut al Quran dan Hadis Nabi. Jadi bulehkah Zaid Ibrahim, RPK dan Harris Ibrahim jadi pemimpin Islam dalam third force ni? Kita tak buleh kata Zaid akan hanyut sampai kita tengok macam mana dia perform dalam PRU 13. Mana tau, silap-silap bungkuih Nik Aziz.
Kamjat Penang
Y.Bhg Dato'
Kumpulan the third force ini adalah pengundi atas pagar yang mampu membuat keputusan mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mereka terdiri dari pengundi muda yang berpelajaran dan juga pengundi yang sudah matang. Kebelakangan ini mereka sudah nampak siapa Anwar ibrahim sebenarnya terutama sekali selepas pendedahan oleh Willeaks saperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
2. Najib harus mengambil kesempatan ini dengan memperkukohkan intgeriti dan imej Kerajaan. Elakan dari menimbulkan persepsi negatif terhadap UMNO dan Kerajaan. Barisan Nasional akan tetap dapat mempertahankan kuasa di peringkat Persekutuan dan merampas kembali Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat sekiranya the third force dapat melihat keiklasan dan kejujoran Najib. Lupakan Pulau Pinang kerana majoriti pendudok Cina akan senantiasa berpihak kepada MCA tetapi beberapa kerusi Parlimen yang dulu milik UMNO akan dapat kembali ke pangkuan BN. Kelantan akan kekal dibawah PAS kerana ketaksuban orang kelantan kepada PAS tetapi beberapa kerusi parlimen boleh dirampas semula sekiranya pemimpin UMNO Kelantan bersatu dan tidak menjatuh antara satu sama lain
3. Najib dan Menteri-Menterinya harus berusaha mewujudkan imej kerajaan yang bersih, elakan pembaziran dan jadikan usaha memerangi rasuah sebagai suatu jihad. The third force benci kepada kronisma dan peranan isteri dalam pentadbiran yang sangat menonjol. Allahyraham Dato Mohamad Rahmat berjaya mengembalikan sokongan rakyat kepada Dr Mahathir selepas krisis UMNO diharamkan pada tahun 1987 melalui gerakan Semarak. Saya nampak Rasi Yatim agak gagal berfunsi sekarang melalui RTM kerana banyak slot digunakan untuk menaikan omej personaliti tertentu yang mendatangkan kebencian the third force.
4. Saya yakin Najib dan mahyudin satu gabungan yang baik untuk PR13 nanti , Inshallah.
Iklas, Abd Rahim
Assalamualaikum pak Kadir
Kuasa ke3.Perlu atau tidak?, bagi saye dalam keadaan sekarang perlu.
Perlu bagi menstabilkan keadaan,ianya menjadi tidak perlu jika dijadikan alat untuk mengkucar kacirkan keadaan.
Selalunya kuasa ke3 ini adelah golongan yang berkecuali, yang tidak memehak, kadangkala susah juga untuk tidak memehak, kerana kuasa ke3 tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk bertindak sendirian.Dan itu yang membuatkan kuasa ke3 seperti melukut ditepi gantang sahaja.
Salam Dato',
Kenyataan TPM mengakui bahawa wanita luarbandar adalah masyarakat terpinggir adalah pengakuan ikhlas yang secara tidak langsung mengakui BN/UMNO gagal membuat sebarang pembaharuan sejak memerintah Malaysia 43 tahun lalu. Masyarakat luarbandar yang majoritinya adalah bumiputera/melayu adalah golongan yang merupakan "fixed deposit" BN setiapkali PRU atau PRK diadakan kecuali disesetengah tempat di pantai timur.
BN hanya mengakui peranan golongan ini bila hanya PRU/PRK dan sesudah itu mereka dibiarkan dengan kedaifan. sesetengah tempat mereka tak pernah diberikan kemudahan asas seperti "air dalam besi" atau "api dalam kaca" dan jauh sekali melihat komputer atau perkara -perkara canggih dan terkini.
BN sengaja membiarkan mereka sedemikian supaya mudah untuk memanipulasi bila tiba PRU/PRK.
Sehelai kain batik, sekampit gula atau beras atau RM 50/= sudah cukup untuk memenangi hati mereka setiap 5 tahun, inilah pembangunan pada takrifan BN dan ini adalah hakikat yang nyata.
PM pula terus-menerus dengan kenyataan bahawa Putrajaya mesti dipertahankan oleh BN walau apapun cara "by hooked or by crook". Amat terdesak kenyataan tersebut, bermakna sekiranya Putrajaya terlepas, ramai MP BN yang akan berhijrah keluar negara atau ambil pendekatan singkat dengan kaedah kamikaze.
Ahli politik kita masih keanak-anakan, lihat saja perbahasan di Parlimen, tidak sopan, memaki hamun termasuklah pengerusi majlis tersebut, amat memalukan hanya tak seperti Parlimen Taiwan, lagi brutal dan ganas kerana penuh aksi smackdown.
Bukan kita tak mahu mengakui kebaikan yang BN telah lakukan 53 tahun dulu, tetapi bila mereka telah diamanahkan mereka wajib laksanakan kebaikkan yang mereka war-warkan bukan menbuncitkan perut dengan harta rakyat.
Mengumpul harta berbillion, buat istana dan bercuti keluar negara guna dana rakyat. Minta kerajaan siarkan harta kekayaan setiap ahli DUN/MP kepada umum supaya rakyat tahu kedudukan mereka sebelum dan selepas jadi ADUN/MP dan ini mesti disahkan oleh SPRM atau Audit Negara.. beranikan BN menyahut seruan?
Mengenai 3rd Force, pada pandangan saya, rakyatlah 3 rd Force, para pengundilah 3 rd Force, Parti politik yang bertanding takkan mampu memenangi kerusi masing-masing hanya dengan sokongan ahli parti mereka sahaja. Pengundi tanpa parti yang akan menentukan kemenangan calon dan 3 rd force ini akan mengundi berdasarkan sentimen pada PRU/PRK tersebut.
Wallahualam.
Buat Fed Up; MAHA yang pertama diadakan pada 21-23 November 2006 semasa pentadbiran Pak Lah (2003-2009). Ia adalah hasil motivasi beliau untuk menerbitkan semula aktiviti pertanian negara. Jika kita mentertawakan Pak Lah dan menidakkan jasa beliau, adakah Najib lebih berjasa?
Salam Datuk,
Bagaimana kalau saya katakan segelintir blogger perdana yang tidak jemu-jemu menulis daripada hati nurani mereka boleh menjadi 'third force' menjelang PRU13 nanti ? Pengalaman yang mereka ada dan kaitan mereka dengan sumber-sumber berita memungkinkan mereka memanfaatkan pembaca mereka dengan analisis politik yang tulus dan berpijak-di-bumi-nyata.
Mereka ini menulis dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran mahupun takut kepada cercaan dan bala yang bakal menimpa. Mereka menghentam parti yang mereka sayang bukan untuk meranapkannya tetapi supaya pemimpin-pemimpin mereka berubah dengan harapan parti mereka akan pulih. Tuhan tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri mengubahnya. Pemimpin-pemimpin hanyalah minoriti suatu kaum, tetapi jemaah pengundi adalah majoritinya. Majoriti yang kena berubah dahulu. Blogger-blogger ini boleh mengemudi fikiran pembaca mereka ke satu hala tuju yang diinginkan, sama ada untuk bersatu atau sebaliknya.
Sedikit 'personal bias' (yang tidak akan membutakan mata hati mereka) daripada mereka ini adalah dibenarkan kerana mereka juga adalah manusia biasa yang punya citarasa dan kecenderungan terhadap karektor dan individu politik tertentu.
Yang ingin saya bezakan adalah blogger-blogger pencacai atau pun blogger-blogger yang diupah individu tertentu, walaupun mereka bernada pro-kerajaan. Mereka ini tidak ada kekuatan apa-apa. Dengan bahasa loglag yang mereka pakai, kami rakyat jelata yang celik IT dapat menilai analisis atau cacaian yang mereka tulis.
Di kala media arus perdana menyogokkan kami dengan mesej 'kerajaan semua betul pembangkang semua salah' seolah-olah audiens semuanya bodoh-bodoh belaka, jemaah pengundi akan berpaling kepada 'third force'ini menjelang PRU 13 nanti untuk membuat nilaian terakhir sebelum memangkah undi.
Nanti 'third force' ini akan memberi kata dua kepada pucuk pimpinan mereka; berubahlah, atau kamu kami ubah !
Tidak mustahil bukan ?
Hebat sungguh Utusan Malaysia!!
2 hari berturut-turut, memaparkan kisah FITNAH peribadi lampau Azmin,Anwar,Azizah.
Hebat!!
Tajuk utama, TAUBATLAH AZMIN.
Menampilkan Umi HAfilda.
Tajuk utama, Wikileaks: Anwar terlibat (sodomy2)
Mengenai wikileaks, diambil maklumat Perisikan Singapura. Kalau sebegitu hebat Perisikan Singapura dapat maklumat, bagaimana sistem keselamatan dan rahsia negara boleh 'kebal' dari Perisikan Singapura?
Utusan Malaysia amat bersungguh-sungguh cuba menyakinkan rakyat Malaysia bahawasanya Anwar sememangnya terlibat dalam liwat Saiful. (Sumber dari Perisik Singapura)
Bagaimana dengan sumber dari Penyiasat bekas Chief CID KL, Dato' Mat Zain mengenai kes mata lebam 1998?? Utusan Malaysia TAK PERCAYA??? Lebih Percaya penyiasat Singapura???
Nak suruh orang bertaubat, hangpa pi la taubat dulu. Tak takut mati ke?
Pak Ali sendiri pun mengeluarkan surat sumpah tak mengaku Umi Hafilda sebagai anak kandungnya sendiri. Apa maknanya???
(SAC II G/5776 (Retired) Mat Zain Ibrahim adalah bekas penyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim).
stroke of genius- menggunakan wikileaks. syabas apco
by the way datuk, saya setuju dgn dr salman, third force hanyalah khayalan datuk dan media. kalau adapun taklah sekuat mana yg digembar-gemburkan.
Sufian Idrus,
Saya tidak ingat bila pertama kali MAHA diadakan. Yang saya ingat, saya ada pergi belah malam, konon nak elak pengunjung yang terlalu ramai; maklumlah bawa anak kecil.
Kumpulan Slam tengah buat konsert masa tu. Yang pastinya lebih awal dari 2006.
Mana saya tak gelakkan Pak Lah (anggapkan saya silap dan memang Pak Lah yang mulakan MAHA). Sejak adanya Pak Lah, ada trend import makanan menurun? Ada peningkatan hasil pertanian makanan yang meningkat?
Trend lain-lain yang naik tak usah cerita la.
Sama macam koridor. Konon di junjung dana swasta (GLC sebenarnya - kecuali yang selatan). Sudahnya Bank Negara tetap umum pelaburan sektor swasta lebih banyak yang ke luar negara berbanding yang di dalam negara.
Akhir sekali.
Macam mana pula bila gelakkan Pak Lah memberi isyarat yang Najib lagi bagus?
Atas sebab ada pembahas doakan agar Datuk Zaid Ibrahim mencapai kejayaan atau majujaya.
Maka ingin saya nyatakan sikit pasal Zaid ini sekadar yang saya nampak gambarnya.
Zaid ini memang ada sifat gila nak jadi ketua dalam sesebuah parti politik.
Dia keluar PKR kerana tak nampak jalan untuk jadi ketua PKR bukan kerana apa apa.
itu yang saya nampak. Apa pun Zaid ini bukan popular sangat pun dalam umno dulu, jauh sekali berpengaruh, kerana bertanding dalam umno pun kalah.
Usah hendak menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau dalam umno tak menang apalah sangat bertanding dalam AKIM parti yang tak kecil.
Kalau Akim boleh jadi parti nyamuk mungkin berbisa juga dan ditakuti gigitannya.
Jauh sekali untuk jadi kuasa ketiga dalam politik kebangsaan kuasa ketiga dalam politik parlimen Pasir Putih Kelantan pun belum tentu hala lagi.
Begitulah sifat seorang penguam.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.
UMNO BN sepatutnya tidak panik dan bergerak dengan penoh kepercayaan akan mendapat kemenangan yang lebih besar atau sekurang-kurangnya mempertahankan kedudukannya pada pilihan Raya ke 13. Ini adalah kerana kekalahan UMNO BN pada tahun 2008 adalah atas kejayaan perancangan pemimpin UMNO sendiri yang mahukan majoriti dikurangkan. Sekiranya tiada saranan pemimpin UMNO dan disambut dengan begitu bersemangatnya para blogger , penyokong tegar UMNO dan ahli komponen BN tidak mensia-siakan undi mereka yang meyebabkan kekalahan besar UMNO BN.
Yang penting sekarang mereka yang sengaja menolak calun UMNO BN dalam pilihan Raya ke 12 kerana hendakkan perubahan kepada kepimpinan UMNO hendaklah sekarang menunjukan mereka lebih baik dari pimpinan terdahulu .Janganlah menghabiskan masa menyalahkan pimpinan yang lalu tetapi buktikanlah barisan pimpinan sekarang lebih baik dan berkeupayaan membawa negara ke tahap yang lebih maju.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Dato',
Saya ingin komen sedikit.
Mengenai komen Dato tentang caci-cerca Singapura saya rasa Singapura memang "superior".
Kalau dibandingkan prestasi NUS dengan Universiti Malaya, NUS makin maju dan UM masih corot.
Dibandingkan dari sudut ekonomi, walaupun digunakan "Purchasing Power Parity" amatlah sedih hendak dinyatakan di sini, sedangkan Malaysia mempunyai sumber-sumber alam yang melimpah ruah dika dibandingkan dengan Singapura.
Seperti yang dinyatakan oleh LKY di dalam autobiografinya, Singapore's asset is knowledge.
Jika itulah sebabnya, memang tidak boleh disangkal lagi pemimpin-pemimpin kita tidak cekap.
Jika ketidakcekapan ini dibiarkan untuk mengetuai, ianya akan janya memastikan yang kita ini (sama ada Melayu, Cina, India bahkan semua rakyat Malaysia) akan terus mundur.
3rd force memang ada. Malahan 4th force, 5th force dan seterusnya juga ada.
Keupayaan pemimpinlah yang seharusnya menyerap kesemua force-force yang ada agar majoriti diperolehi melimpah ruah.
Bukan mudah, tetapi tidak mustahil melakukannya.
Caranya, gunakan minda menelaah supaya kebijaksanaan yang ada terserlah.
Pemimpin bijaksana, payung Rakyat jelata.
Pembahas Sufian Idrus dan para pembahas sekalian,
Menurut Bernama dalam temuramah dengan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz pada 2006, Pameran Maha BERMULA PADA ZAMAN PENJAJAH
Menurut beliau (Mohamed Shariff), pameran pertanian yang julung kali diadakan di negara ini dianjurkan oleh Persatuan Penternak Kelang pada tahun 1920 dengan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Susulan kejayaan itu telah menggerakkan Persatuan Pertanian Hortikultur Malaya (MAHA), sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh ahli-ahli sains dan botani dari negara anggota Komanwel, untuk menganjurkan pameran MAHA yang pertama pada tahun 1924.
Terima kasih.
DAKJ,
"Susulan kejayaan itu telah menggerakkan Persatuan Pertanian Hortikultur Malaya (MAHA), sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh ahli-ahli sains dan botani dari negara anggota Komanwel, untuk menganjurkan pameran MAHA yang pertama pada tahun 1924."
Terima kasih kerana bagi terang benda yang diwarnakan kelabu.
Fed Up
Salam Dato'
Sdr Melayu, antara lain berkata, ......... saya rasa Singapura memang "superior".
Kalau dibandingkan prestasi NUS dengan Universiti Malaya, NUS makin maju dan UM masih corot.
Dibandingkan dari sudut ekonomi, walaupun digunakan "Purchasing Power Parity" amatlah sedih hendak dinyatakan di sini, sedangkan Malaysia mempunyai sumber-sumber alam yang melimpah ruah dika dibandingkan dengan Singapura.
Seperti yang dinyatakan oleh LKY di dalam autobiografinya, Singapore's asset is knowledge.
Jika itulah sebabnya, memang tidak boleh disangkal lagi pemimpin-pemimpin kita tidak cekap.
Komen:
1. Kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah kanan Jurukur Bahan UiTM bertajuk, A Study On JCT Standard Form of Management Contract 1987 pada tahun 1990-91 menunjukan peningkatan penggunaan sistem kontrak pembinaan Management Contract tersebut di UK berbanding dengan kontrak pembinaannya Design and Build.
2. Sementara kajian saya di Malaysia menunjukan hanya pemaju hartanah Hong Leong Properties daripada Singapura menggunakan Management Contract tersebut membabitkan projek pembangunan perumahan di Negeri Selangor.
3. Saya kemukakan maklumat kajian di atas kerana;
a) Management Contract, mengikut kajian saya, merupakan kontrak pembinaan ciptaan Inggeris berteraskan keahlian, kepakaran, pengetahuan atau knowledge -ekonomi atau ringkasya ke-ekonomi.
-Rujuk tulisan saya bertajuk, Contoh Idea Susulan Dalam K-ekonomi tersiar di UTUSAN MALAYSIA pada 30/10/2000.
Disamping mempunyai 'sistem pertahanan dalaman' untuk mencegah masalah ali-baba kontrak, kronisme, kroapsi, penipuan/penginyaan kontraktor utama terhadap subkontraktor domastiknya serta diharuskan oleh mazhab kita Shafi'e seperti yang saya bincangkan sebelum ini.
4. Sebaliknya, projek2 kerajaan dan GLC kita terus menggunakan kontrak Design and Build yang, mengikut kajian saya, bukan sahaja tidak diharuskan oleh Mazhab kita, Shafie, bahkan mempunyai unsur2 yang menggalakan ali- baba,korapsi, kronisme dan penginayaan kontraktor utama terhadap subkontraktor domestiknya.
Contoh projek kerajaan menggunakan kontrak pembinaan Design Build ialah Staduim Sultan Mizan di Kuala Terengganu.
Terima kasih DAKJ,
MAHA (Malayan Agricultural and Horticultural Association) memang pernah memulakan pameran mereka dari tahun 1924; tetapi pameran mereka telah dihentikan pada tahun 1968 dan digantikan dengan Hari Peladang yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang sehingga tahun 2000.
MAHA Expo dalam bentuk baru seperti yang Datuk lawati baru-baru ini bermula dari 2006, dan bukan lagi dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang, tetapi oleh FAMA dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia bukan 'Malayan Agricultural and Horticultural Association', tetapi 'Malaysian Agricultural, Horticultural and Agrotourism Exposition'.
Minta maaf, maksud saya dalam komen saya adalah MAHA Expo dari 2006 hingga 2010 (Malaysian Agricultural, Horticultural and Agrotourism Exposition) yand dimulakan oleh Pak Lah semasa beliau menggalakkan semula industri pertanian di negara ini, dan bukan MAHA (Malayan Agricultural and Horticultural Association) yang pameran mereka telah terhenti pada tahun 1968.
Salam Dato',
PRU 13 semakin hampir apabila:-
1. UMNO dan komponen BN mula menangguhkan pemilihan.
2. Media arus perdana kepunyaan BN mula menyerang pembangkang.
3. BN mula menyenaraikan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan terhadap rakyat.
4. BN mula menakutkan pengundi dengan cerita-cerita tahyul bahawa hanya BN mampu memerintah negara.
5. BN mula mendakwa tokoh-tokoh politik yang rasuah untuk meyakinkan rakyat bahawa BN komited untuk menghapuskan rasuah.
6. Media pembangkang disekat dari diedarkan.
7. Pembangkang disekat dari bersuara.
8. BN merayu untuk terus berkuasa.
9. NGO's tajaan BN mula membuat serangan terhadap pemimpin pembangkang.
10. Bloggers BN mula memaki hamun bloggers pembangkang.
11. Ahli parti pembangkang mulai menyertai parti BN (diwar-warkan secara besar-besaran walaupun kesahihan keahlian ahli parti tersebut tidak dapat dipastikan).
12. Pemimpin parti pembangkang mulai berpaling tadah bersama-sama penyokongnya.
13. Persempadanan semula DUN dan Parlimen pilihanraya.
14. Menyerang pemimpin-pemimpin negara jiran yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara.
Anak Parit/Bota
Dato.
Hari ini saya terbaca forum MLCM dan mereka sudah mula mengumumkan calun2 pilehan raya.
Ha Ha ha sebab itu saya berkata gila itu ada macam2.ada gila perempuan ada gila pangkat,ada gila talak dan ada gila politik.
Dan calun2 MLCM saperti malik Imtiaz,Harith,Sothi dan banyak lagi peguan2 yang sudah tiada ada kerja kerana terlalu ramai peguam yang keluar dari university akan menawarkan diri menjadi calum pilehan raya.
Lagi ramai lagi meriah pilehanraya.Kita lihat siapa yang akan hilang wang pertarohan.
Pada masa yang sama saya terbaca yang ahli rela telah naik dari 400 ribu menjadi 2 juta dalam masa 2 tahun.Mereka ini semua orang melayu dan akan solid menyokong BN.pandai betul Hishamiddin.
Post a Comment