Wednesday, January 12, 2011

Jangan Sauberungkan Interlok Kerana Jahil

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

NAMPAK ada manusia atau kelompok manusia di bumi 1Malaysia yang inklusif (terangkum) ini yang mahu melaksanakan Säuberung kesusasteraan.

Säuberung adalah istilah Jerman yang bererti pembersihan. Pada 6 April 1933, Deutsche Studentenschaft (Persatuan Pelajar Jerman) mengisytiharkan tindakan menentang unsur-unsur yang dianggap “tidak Jerman.” Tindakan mereka mencapai kemuncak dengan pembakaran buku.

Pada 8 Januari lalu, kira 100 orang, dikatakan keturunan India, mengadakan tunjuk perasan dengan membakar novel “Interlok” karangan Sasterawan Negara Abdullah Hussain kerana dituduh menghina orang Hindu dan menuntut buku teks tingkatan lima itu diSäuberungkan.

Novel “Interlok” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India beragama Hindu pada halaman 211 dan 220.

Halaman 211, antara lain, berbunyi: “Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.”

Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian berbunyi: “Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati.”

Kalau penunjuk perasaan itu hendak “Interlok” diSäuberungkan kerana kononnya menyinggung orang India (Hindu), maka mereka kenalah juga membakar novel “Adventure of Huckleberry Finn” karangan Mark Twain kerana ia juga menggunakan istilah yang sama.

("Shortly, Tom came upon the juvenile pariah of the village, Huckleberry Finn, son of the town drunkard."

Tidak lama selepas itu, Tom terserempak dengan budak paria kampung itu, Huckleberry Finn, anak si pemabuk pekan kecil tersebut.)

Kamus The Free Dictionary mentakrifkan pariah sebagai perkataan Tamil pa aiyar yang bermaksud kasta paria daripada perkataan parai yang bererti pesta gendang. Kesimpulannya, anggota kasta paria asalnya pemuzik yang memalu gendang. Merriam Webster pula berkata ia datang dari perkataan Tamil paraiyan yang secara literalnya bererti pemain gendang (drummer) dan penggunaannya dalam bahasa Inggeris dikatakan bermula pada tahun 1613.

Kalau para pembakar buku mahu istilah itu diharamkan penggunaannya maka eloklah dimulakan dengan menghapuskan dari muka bumi ini sistem kasta yang mempopularkan istilah paria itu.

Namun di India pun kerajaannya telah secara rasmi mendokumentasikan kasta dan sub-kasta dengan tujuan memastikan siapa yang berhak didiskriminasikan secara positif dalam bidang-bidang asas seperti pendidikan dan pekerjaan.

BBC, pada 1 September lalu melaporkan: “Indian cabinet approves caste-based census for 2011. Officials are spending a year classifying India's population of around 1.2 billion people India's first caste-based census since 1931 will take place next year, the cabinet has announced. It said the controversial count would last from June-September 2011, after a full census had been held. Answering questions on caste will be optional. The move is intended to help target affirmative action benefits.”

Di negara Hindu itu, amalan kasta masih ketat di luar bandar dan pekan-pekan kecil. Kasta juga menjadi faktor penting dalam politik India.

Lagipun, “setting” cerita kedatangan orang India ke Malaysia dalam novel Abdullah itu adalah pada tahun 1910. Abdullah cuba menceritakan situasi yang wujud pada waktu.

Disebutkan bahawa Paraiyar, Parayar atau Sambavar, atau disebut juga Adi-Dravida adalah kelompok sosial yang wujud di negeri-negeri Tamil Nadu dan Kerala di India serta Sri Lanka. Di Malaysia mereka dikenali sebagai Nammavar.

Jadi, sebelum sesiapapun melakukan Säuberung ke atas “Interlok” atau mana-mana hasil kesusasteraan, eloklah difahami kandungannya.

Janganlah kita membakar di sana dan sini dengan sesuka hati atau menyalah-aplikasikan pepatah Tamil “varuntinal varataku illai” yang dipetik oleh Abdullah dalam novelnya itu.

61 comments:

mack said...

SALAM DATO AKJ SEMOGA SEHAT DAN DALAM LINDUNGAN ALLAH JUA HENDAK NYA. Kenapa timbul masaalah dalam buku untuk pelajar sekolah menengah tingkatan lima yang di kategorikan sebagai buku teks.Apa isu nya dan apa tindakan nya kalau di baca buku tersebut banyak mengandungi ILMU dan PENGETAHUAN dan ia amat sesuai di baca oleh para pelajar tak kira apa bangsa pun.Saya berharap kita tak kira apa kaum pun mesti mempunyai pemikiran terbuka dalam menghayati hasil penulisan supaya pecambahan ILMU dapat di kembangkan dan kejayaan sesuatu bangsa itu sebenar nya bergantung kepada pemahaman dalam pembacaan sesuatu isu bukan menimbulkan isu.Kenapa kaum yahudi berjaya dalam pelbagai sektor sedangkan mereka adalah bangsa yang paling teruk di hina tetapi mereka bangun atas semangat mesti maju dan berjaya jika mahu di hormati kita tak kira apa kaum sekali pun mesti maju kehadapan..jangan jadikan pelajar mangsa dalam isu ini biarkan mereka memahami apa kandungan buku tersebut dan biarkan mereka belajar tanpa ada gangguan dari mana2 pihak....teruskan la menggunakan buku ini untuk kejayaan masa depan dan pembenaan ketamadunan bangsa malaysia dapat di bentuk melalui cara ini...sekian terima kasih..wassalam..

Anonymous said...

Salam Hormat Dato',

Sesuatu perkataan mungkin menyentuh sensitiviti seseorang tetapi tidak pada seseorang yang lain.

Dulu, ketika maklumat masih terbatas penyebarannnya, perkataan-perkataan yang sensitif amatlah mudah disekat daripada tersebar secara meluas.

Apabila, sebaran maklumat menjadi lebih terbuka dan hampir bebas sepenuhnya, tidak mungkin maklumat-maklumat dapat disekat. Contohnya, WikiLeaks.

Ini bermakna, pembaca yang perlu beradaptasi (menjadi lebih terbuka dan tidak terlalu sensitif) tetapi bukannya medium atau bahan bacaan itu yang harus peka terhadap perasaan yang terlalu majmuk.

ANDIKARYA MAYA

Amiruddin Ahmad said...

Dato.

Saya hairan kenapa bangsa India amat sensitive dengan perkataan pariaah.ada juga yang sensituve jika di panggil keling.

Nasib Malaysia kurang baik kerana di sinilah ramai sekali orang India dari caste parriah.Mereka di bawa masok oleh kerajaan british untok berkerja di Ladang getah.

Ramai orang India sudah tidak kesah dengan caste system ini.Ada di antara orang India golongan pariah in telah menjadi menteri dan pegawai tingi kerajaan.Ramai juga di antara mereka yang menjadi Peguam yang baik.

Masa saya kechil dahulu,saya maseh ingat,ramai orang India datang ka kampong saya untok mencari biawak.Biawak merupakan makanan yang paling lazat sekali bagi golongan pariah.

Sekarang ini orang India golongan pariah ini sudah tidak makan biawak.Mereka minum wiski Chivas yang mahal sekali dan makan di Victoria Station atau Kampachi.

Who care Dato.

ab said...

Salam dato,



Kenyataan bolih dalam bentuk reality.


Kenyataan bolih juga dalam bentuk
pemikiran.


Kenyataan bolih juga dalam bentuk
tulisan,lukisan,kraf tangan dll.


Kalau didalam bahasa melayu ada perpatan bagai kacang lupkakan kulit.

Novel`Root' dulu mengingatkan saya perkara ini.


Apakata tukar cerita bahawa orang tamil berasal dari england?.


Apakata tukar cerita bahawa sistem kasta kat india itu cuma khayalan?


Abu Bakar Ab Rahman

bodoh.pandai said...

1. maka mereka kenalah juga membakar novel “Adventure of Huckleberry Finn”
Buku ini tidak di ajar di sekolah Malaysia. Maka, tidak ada asas di sini.


2. Säuberung telah lama berlaku di sekolah sekolah Malaysia di mana apa saja yang bukan dilihat kebudayan dan sejarah islam dan melayu sedikit demi sedikit telah di "bersihkan".

Njah said...

Isu yang membabitkan pembakaran buku Interlok adalah satu perbuatan yang saya kira perbuatan 'bodoh' oleh beberapa orang yang tidak memahami isu sebenar. Adakah mereka ini telah membaca sepenuhnya buku tersebut, atau mereka adalah dalam golongan orang pak turut sahaja. Sejarah tidak pernah menipu tapi manusia yang berkepentingan politik sahaja berbuat demekian. Kasta ini memang ujud tapi bukanlah tujuan penulis untuk merendah-rendahkan mana-mana puak. Ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup manusia. Ada manusia dilahirkan putih dan ada yang dilahirkan hitam. Berpuak-puak adalah perbuatan manusia sendiri. Saya kira mereka yang tidak mahu memahami keadaan adalah dikalangan mereka yang sengaja hendak menghuruharakan keadaan. Sekiranya ada dikalangan mereka ini pemimpin,pemimpin seperti ini perlu ditolak.

Anonymous said...

dimana pejuang melayu, semua diam kecut.
Din

jab sp said...

Dato'
Novel yang menerima Anugerah Saguhati peraduan novel sepuluh tahun merdeka(saya tulis huruf kecil seperti apa yang ditulis dalam buku ini) saya baca melalui edisi cetakan pertama keluaran 1971,harga $3.80.buku yang saya beli pada 7/5/1973.
Sebagai orang Melayu,tentu saya tidak dapat mengesan dengan baik apakah ayat ayat yang diatur olih Abdullah Hussain begitu menyentuh hati kaum India waktu kini.
Pada muka 170(211 mengikut edisi Dato').
Puncanya mungkin ayat ayat ini tidak dibaca bersama dengan ayat ayat terdahulu dan selepas ayat ini.Mereka tidak membaca bagaimana rakan baru Maniam bernama Musa diperlakukan sebagai orang yang tidak dikehendaki di negara Musa adalah bumiputranya berlawanan dengan "Orang2 bumiputra negeri itu baik2 belaka"(muka 170).
Sementara muka 178(211)perlu dibaca realiti kebaikan Abdullah menukilkan"Tetapi ia juga tidak takut dengan pantang larang dinegerinya apabila seorang Tamil dari kasta rendah menyentuh orang2 dari kasta tinggi".
Bagi saya mempertikai tulisan Abdullah Hussain adalah sama membohongi budaya dan sejarah awal kedatangan kaum India ke Tanah Melayu.
Kedudukan ekonomi dan status yang semakin kukuh dinegara ini menimbulkan riak dan sombong dengan menafikan bahawa nenek moyang mereka berasal dari India.
Adalah diharapkan,jangan kerana kepentingan politik,pemimpin kita pula sanggup bersubahat menipu mengatakan dengan tejarah tidak berkata demikian.
Sebarang penolakan atau pindaan pada buku ini akan mengundang penolakan pada keseluruhan catatan sejarah tanah air dimana cerita cerita kekejaman komunis perlulah dihilangkan dan juga turut dimusnahkan.
Pada PM kita,jika Interlok terpaksa menjadi mangsa,eloklah dipanggil balik dan jawatan Samy Veloo sebagai Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan dimansuhkan kerana umum ketahui duit pembayar cukai digunakan untuk gaji-elaun Samy Veloo yang digunakan memang bertujuan untuk mendapat perhatian benua kecil ini telah tiada bermakna lagi.Orang India di Malaysia bukan berasal dari India.

Roti Planta said...

Dato',

Mereka ini suka berdemo dan membuat kacau. Apa-apa isu yang boleh berdemo mereka akan hadir. Sekurang-kurang dapat 'ganjaran politik'.

Hanya nak menentang, malah novel itu pun mereka belum khatam lagi.

Semua rakyat Malaysia terima dengan baik novel itu, hanya Murugiah yang hendak sangat menjadi 'kepala api'.

TPM pun satu, asyik nak memenangkan dan bagi muka kepada golongan pelampau ini. Kaji buat apa lagi, novel itu banyak manafaat untuk bangsa-negara. Jika asyik layan pelampau ini maka banyak istilah yang diwujudkan pada masa itu yang merujuk kepada pendatang terpaksa dihapuskan seperti 'benggali putih, keling, paria, apek, baba, nyonya dan sebagainya.

Sebenarnya lagi majmuk malaysia, maka lagi harmoni dan menarik. Usah hapuskan sejarah diri sendiri. (sedar asal usul diri)

Bye/
Roti Planta

@rep said...

that particular pejuang melayu join MLM sekarang!!

pakbelalang said...

There are bigger social issues that they should think of. What a pity to see them harping on trivial issue. Come on,think positive and move forward to care for the well being of your people!!!

Anonymous said...

Saya setuju dengan pembahas Amirudin Ahmad. Ramai orang India/Hindu Malaysia dari golongan atau kasta bawahan telah berjaya memanjat tangga kejayaan. Tapi kerana kesan sampingan kasta, yang kaya jadi sangat kaya dan yang miskin tambah miskin.

Pada mulanya parti MIC adalah sangat terbuka dan inklusif. Ada India Hindu, ada India Muslim, ada Punjabi ada Benggali. Ada India kelas atasan, kelas profesional dan kelas bawahan seperti buruh dan pekerja ladang.

Tapi dari semasa ke masa MIC jadi semakin ekslusif kepada kaum India/Hindu bawahan seolah menjadi dasar MIC menolak India dari golongan atasan serta menjadikan MIC parti agama Hindu sehingga India Muslim seperti Tan Sri SUK Ubaidullah dan Punjabi seperti K S Nijhar tidak ada tempat lagi dalam MIC.

Saya rasa dasar inilah yang menjadikan orang India Hindu Malaysia sangat sentitif, rendah diri dan selalu merasa mereka ditekan oleh bangsa-bangsa lain. Kalau inilah dasar MIC, ia tidak akan menyumbang dan membantu gagasan 1Malaysia Najib apa lagilah menjadi rakyat Malaysia yang toleransi.

Sejarawan

abdullahngah said...

Ketua Dua Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, adalah lebih baik supaya pemimpin politik tidak campur tangan kerana dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih teruk.

Novel interlok hasil tangan sasterawan negara Abdullah Husein ini mungkin jadi senjata parti politik di negara ini.

Lebih lebih lagi ketika berhadepan dengan musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Nasing masing mahu meraih sokongan pengundi India yang dikatakan sensitif dengan Interlok yang sudah dibakar tanda betapa marah dengan istilah kelas paria yang paling hina Di India.

zainal abidin awang kechik said...

SEDAP.. TAJUK TOK DALAM PENULISAN ini.."JAHIL"izinkan saya terjemahkan apa maksud JAHIL

"kurang arif/ tidak bijak /kurang cerdik/ sombong / bongkak/ thakbur/ jumut /''

saya masih ingat bila mana TUN Mahathir di tanya wartawan AP mengenai konsert MJ di suatu ketika dahulu di stadium negara "TUN menjawab bila kita bawa anak kita ke zoo,melihat monyet lompat dari pokok ke pokok. tetapi bila anak kita balik ke rumah anak kita tidak melompat dari pokok ke pokok mengikut monyet di zoo, Dalam hal ini saya amat BERSETUJU DGN TOK...."MEREKA JAHIL"

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sejarah adelah cerminan mase silam.

Setelah selogan 1Malaysia diperkenalkan oleh PM, mengapa masih ade rakyat yang tidak memahaminya dan masih merasa rendah diri?.

Kedatangan kaum India kenegeri Melayu telah membawa sekali peradaban, budaya dan agama mereka.
Tidak ditingalkan juga sistem kasta mereka.

Setelah mereka dapat meningkatkan pencapaian, sepatutnya mereka merasa bangga dan bukan merasa rendah diri.Mereka dari kasta rendah dapat mencipta kejayaan,sepatutnya merasa bangga.Dan bukanya mahu menukar sejarah.

Unknown said...

Kalau isu melibatkan bangsa lain dari melayu semua ok boleh di pakai, cuba kalau melibatkan bangsa melayu biapun ia tercatit dalam sejarah kalau ianya menyakitkan bangsa melayu dioarng akan lawan habis - inilah realiti di Malaysia.dah dioarng kata perkataan tu menghina mereka kenapa mau buat novel guna perkataan itu ,ini satu bentuk provaksi ni.

Anonymous said...

Bila membaca, kena tengok konteks apa yang nak disampaikan oleh penulis. Adakah penulis nak rujuk pada fakta sejarah atau berniat perkauman.
Takkanlah bila saya kata "Today, I feel so gay" bermaksud hari ni saya berperasaan homoseksual?
Hai, susah jugak asyik nak berperang pasal benda yang tak perlu ni.

Khairul

Wajasetia said...

Salam Dato',
"'Interlok' withdrawn after discussion with Education Ministry and DBP: Murugiah" - MM 20 Dis 2010

"Ministry to run through controversial textbook" - MM 30 Dis 2010

"Muhyiddin arah kaji semula penggunaan novel Interlok." - UMOL 6 Jan 2011

Di mana silapnya Dato'? Panel Penilaian Buku Teks? Kementerian Pelajaran (baca Menteri Pelajaran)? Atau si hero wanna be?

Apakah dengan punca dari satu perkataan (bukan ayat), kita mahu men"tong sampah"kan karya ini?

“Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.”

Bagaimana kalau perkataan Paria di atas digantikan dengan perkataan bawahan? atau paling bawah? Adakah ia akan menjadi isu yang sebegini besar walaupun ia membawa pengertian yang sama?

Apakah perlu kita merasionalkan pandangan kita untuk bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh SN Abdullah Hussein? Rasanya tidak perlu kerana pihak ini tidak akan menerima apa juga alasan walau sejelas mana ia cuba disampaikan, lebih-lebih lagi sewaktu pilihanraya semakin hampir seperti sekarang ini.

Apa lagi yang boleh kita katakan sekiranya seorang jutawan marah-marah apabila kita mengingatkannya bahawa dia merupakan anak seorang penoreh getah atau nelayan(sekadar contoh)yang mana kehidupannya dulu sangatlah daif.

Walau bagainamapun jika betul menggunakan perkataan itu merupakan satu kesalahan yang besar, menyedarinya selepas 40 tahun karya itu ditulis adalah merupakan kesalahan yang lebih besar lagi.

Dan sempena pilihanraya yang semakin hampir ini, jangan terkejut sekiranya karya ini ditarik balik penggunaannya sebagai buku teks.

Terkejut? Hmmmm... mungkin tidak

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf lama tak tulis. Baru balik dari bandaraya ‘between Hilton to Hilton’. Dan blog Dato’ pun ada macam-macam artikel menarik untuk dibahas. Daripada MAS vs AirAsia, BN vs PR, pekerja vs majikan (dalam isu bola) dan sebagainya.

Berkenaan tajuk kali ni, saya mengaku tak baca lagi buku Interlok tu. Dan rasanya peserta demonstrasi tu ramai juga yg tk baca pun buku tu, cuma dengar dari orang je. Kalau diperhatikan, sikap ‘serkap jarang’ dan fitnah dah menjadi trend sekarang ni. Dan yg difitnah pula perlu memberikan bukti yg ianya tak betul.

Maaf cakaplah tapi rasanya sikap diatas juga ada dikias dalam blog ni terutama apa-apa yg berkenaaan YAB PM kita dan isterinya. Lepas tu, memberi alasan ‘mengikut sumber yg dipercayai’. Saya malas nak bagi contoh sebab nanti takut ditulis satu artikel panjang tentang saya pulak dan beramai ramai memberi komen mengutuk.

Bagi sayalah, sempena tahun baru ni, eloklah kita menjauhi fitnah sehingga kita pasti akan kebenarannya. Sekian TQ.

PakSamad said...

Datuk,
Tu strong words jugak tu. Tak kira lah nak kena lihat dari segi keseluruhan novel tersebut atau tidak, tapi kalau kita sebut dan pertikai berkenaan binatang suci orang Hindu dan anggapnya tidak mengapa atas dasar SASTERA, tidakkah kita terfikir orang yang beragama lain juga tidak akan memperlakukan sedemikian terhadap umat Islam?

Samalah seperti kita jelik dengan segelintir wakil rakyat bukan Islam yang mempergunakan ayat al-Quran serta sesetengah daripada mereka yang tidak menghormati rumah ibadat umat Islam (baca surau dan masjid) atas alasan kebajikan dan juga untuk tujuan mendapat sokongan.

Sasterawan negara atau tidak, beliau juga tidak maksum. Yang tak baik, kita tolak tepi. Harap surah al-kafirun menjadi rujukan kita semua. Wallahualam.

herman said...

dato,

transcript baginda khutbah terakhir nabi untuk semua buat peringatan

All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over a black, nor a black has any superiority over a white- except by piety and good action.

untuk membuat kesimpulan,semua kaum tidak kira agama adalah sama statusnya.
apa yang dihadapi oleh malaysia sekarang ialah kerajaan yang semuanya pemimpin rata-rata tidak mengamalkan panduan(al-quran) yang diturunkan dari Allah swt dan juga haddeth nabi.

di dalam kitab ada banyak contoh ayat-ayat alquran menyentuh kaum seperti
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(surah al-maidah 5:8)
dan terdapat banyak lagi ayat-ayat alquran menunjukkan keadilan dalam mengendali negara yang berbilang kaum..
saya bermaustatin di negara yang majoritinya kafir tetapi boleh nak dikatakan lebih maju dan pemikiran rakyatnya lebih bertamadun.
ramai sekali di negara ini,orang islam setelah mengetahui saya asal malaysia menegur cara sistem malaysia mengendali sistem kaum dengan bangsa melayu diistimewakan yang memang jelas melanggar hukum agama.
sekarang siapa yang akan menanggung dosa jikalau setiap rakyat muslim tanpa pengetahuan agama yang asas seperti orang buta mengikutinya.Yang tahu kebenaran agama pula mahu menyembunyikan kebenaran demi kepentingan sendiri.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(surah al-baqarah 2:10)

Queen Latifah said...

Salam, Dato'

Saya memang tertunggu-tunggu komen Dato' tentang isu ini. Kalau nak diikutkan, tak ada apa-apa yang sensitif pun dalam novel 'Interlok' ini, tapi kalau ada orang sengaja nak sensitifkan, maka jadilah ia satu isu yang konon-kononnya tidak menjaga perasaan golongan tertentu.

Kenapa ramai sangat yang hipokrit? Tak nak mengaku bahawa apa yang diutarakan Abdullah Hussein memang pun wujud. Semasa kaum India datang ke Malaya, memang mereka datang dengan kastanya. Bukan kita yang sedia ada di Tanah Melayu yang mencipta kasta untuk mereka.

Pernah tengok iklan Deepavali (Saya rasa itu iklan Petronas)di kaca TV suatu ketika dulu? di mana kelihatan beberapa pemuda kaum India yang berkelakuan seolah-olah lupa daratan. Itu merupakan satu kebenaran dengan apa yang sedang berlaku. Sebab itulah mereka (orang-orang yang berkaitan) tidak mahu mengaku akan kebenaran. Macam iklan itu juga.

Ingat tak kepada terma 'Jawa kontrak', gelaran yang diberikan kepada keturunan Jawa yang pernah datang ke tanah air ini untuk lakukan kerja-kerja kontrak? Ada juga memanggil 'Arab kain atau Arab totok' kepada kumpulan Hadhrami yang datang ke tanah air suatu ketika dahulu untuk meniaga. Adoi... memang tak sedap telinga bila kita menyebutnya, tetapi itu adalah satu realiti.

Kita kena lihat cara penyampaiannya di dalam karya penulisan sasterawan negara ini. Kalau ia sekadar merupakan satu penceritaan di zaman yang diperkatakan, tak usahlah kita memutar-belitkan dan berdalih, seolah-olah apa yang diceritakan itu bukan satu kebenaran. Siapa yang mahu kita tipu?

Tidak payahlah kita berlakon dan beremosi hingga terpaksa berpura-pura seolah-olah keturunan kita tak pernah begitu.

Lihatlah kepada wanita kulit hitam seperti Oprah Winfrey. Bukankah dia berasal dari keturunan hamba abdi?

Kita boleh hidup dengan cara yang terkini dan paling kita sukai, namun sejarah adalah suatu realiti. Pernah tonton filem 'Roots' dan baca novelnya? Bukankah itu kisah hamba abdi, satu realiti buat orang kulit hitam di Amerika Syarikat.

Rata-rata orang kulit hitam di US menerima hakikat bahawa keturunan mereka semasa tiba di negara Barat sememangnya hadir sebagai hamba abdi. Itulah realiti, walaupun kini ada yang dah jadi kaya-raya dan ternama.

Apakah kita di Malaysia mahu menafikan 'realiti' kerana nak jaga hati?

L_J said...

Datuk,

Saya tertarik dengan garapan Datuk dan secara princip dan keobjektifan saya bersetuju buku Interlok harusnya diterus digunakan sebagai bahan bacaan sekolah dan tidak dibakar.

Akan tetapi saya difahamkan bahawa Interlok mengandungi perkataan2 dan frasa2 seperti “pariah” dan “cina sebagai kaki perampas harta setelah memberi hutang” dsb. Walaupun tidak dinafikan bahawa perkataan2 dan frasa2 sedemikian telah digunakan dalam kontek yg munasabah, saya berpendapat bahawa Interlok memang tidak sesuai untuk digunakan sebagai bahan utama di sekolah2 (berdepan murid2 yang masih muda), namun ia boleh digunakan sebagai bahan rujukan. Sesungguhnya, saya tidak menyokong kebakaran buku2, baik buku Interlok mahupun buku2 lain. Ambil perhatian orang2 Islam yang sudah terkenal dalam dunia masakini dengan keminatan mereka untuk membakar buku2 yang ditanggapi menghina Islam, seperti garapan Salman Rushdie, “Satanic Verses”.

Memang ada orang Melayu yang cepat perasaan rasism yang terpendam dapat memuncul dgn begitu senang sahaja terhadap pengunaan istilah2 seperti “pariah” dan “keling” dan bagaimana senangnya orang2 Melayu bersorak pengunaaan perkataan2 tesebut, bila ia hanya mencelakan orang2 bukan Melayu. Tidakkah kita mengetahui dan sedia maklum betapa mudah tersinggung perasaan orang2 Melayu/Islam jikalau mereka menganggapkan sedikitpun yang menyakitkan hati mereka di Malaysia ini?

Tambahan pula, saya memang bersetuju dengan seorang pembahas di blog yang lain bahawa pengunaan istilah2 seperti “pariah” dan “cina panjang” secara kasual dalam suasana pelajaran dan sekolah boleh membawa padah yang tidak dingini.

Izinkan saya mencuba membuat (seperti mana yang saya cuba membuat di suatu blog yang lain) orang2 Melayu memahami perasaan yang dialami oleh orang2 India Malaysia bila istilah2 seperti “pariah” dan “keling” kerap kali digunakan, khususnya dalam suasana persekolahan. Bila saya membesar di Kuala Lumpur pada masa 1960’an (sebenarnya tidak begitu jauh dari Kampung Baru dan Kampung Dato’ Keramat) kata2 dan rujukan2 yang kita melemparkan ke atas budak2 Melayu sungguh dahsyat. Saya menyedari sekarang perkara macam itu sungguh teruk, tetapi pada masa itu kami semuanya kanak2 dan hanya bergurau senda. Dua atau tiga perkataan2 dan rujukan2 itu memang tidak boleh di menyebutkan, malahan sampai hari ini kerana begitu dahsyatnya.

Tetapi biar saya, dengan segala hormat, sebutkan sesetengah daripadanya: “budak amok”, “konek (pelir) tiga suku”, “sunat” (“Itu sunat datang!”), “kaki malas”, “orang hutan (yakni “budak kampong”)” dan “belacan”. Tambahan pula, sesungguhnya kita selalu memperolok-olokkan bacaan azan dalam radio zaman itu dan menganggap kemalasan budak2 Melayu diakibatkan makan nasi lemak untuk serapan pagi.

Sekarang mengandaikan saya mengarang suatu novel yang berunsur kesusasteraan mengingati zaman kanak2 saya dan buat rujukan kepada perkataan2 dan istilah2 yang saya pernah mengunakaan terhadap budak2 Melayu kejiranan saya dan mengingati kelakuan2 saya dan kawan2 seperti memperolok-olokkan bacaan azan dan sebagainya, takkan orang Melayu/Islam terenjat dan takkan mereka menuntut dan mendesak supaya novel it diharamkan dan dibakar? Sebenarnya, saya percaya saya akan digantung tanpa perbicaraan (lynched)!

Jadi saya berharap pembahas2 Melayu yang begitu bersemangat dan menyorak kegunaaan perkataan2 yang berkenaan orang India Malaysia (walaupun asal usulnya munasabah) akan mempertimbangkang semula reasksi mereka secara tenang dan dengan matang. Dan harap juga pesanan saya diterima dengan ikhlas. Tolong memikir dengan lebih luas. Pengetahuan esoteric kesejahrahan, etimologi dan ilmu linguistic sahaja tidaklah mencukupi. Hati yang bersimpati dan berempati semestinya mengawasi fikiran kita. Kesusteraan dalam negara majmuk dan pelbagai agama mesti didasarkan atas princip mencuba, sedaya upaya, untuk (jika boleh) mengelak membawa kelukann perasaan dan maruah semua insan, baik kaum kita mahupun kaum asing.

Dalam konteks ini, saya memandang contoh Huckleberry Finn sebagai suatu “red herring”!

Salam,

LJ

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Demo sana,bakaq sini,awat depa ni tak penat ka Tok?

Saya dok cuba selam kepala hotak depa ni semua bersusah payah tak kira panas mau pun hujan.

Mesti ada kick kot,dapat kepuasan dgn kos yg rendah.Tak payah nak beli tiket kapai terbang pi Jakarta mau pun Hadyai.

Jenis manusia apa depa ni Tok?Baik yg pro atau anti kerajaan.

la ni jgn pi Cebu Tok pasai ombak kuat,lain la kalu nak dok dlm bilik saja..he he

tk

semutar said...

Dato'

Boleh saja mereka memang berhasrat untuk sauberungkan Melayu itu sendiri. Kalau tidak masakan Interlok dibakar. Faham-fahamkan sejarah hitam ini yang dilakukan oleh 'yang hitam'.

L_J said...

Datuk,

Saya amat tertarik mesej pembahas Aminudin Ahmad (10.15 am) dan soalannya (yg begitu relevan) yakni “Saya hairan kenapa bangsa India amat sensitive dengan perkataan pariaah.ada juga yang sensituve jika di panggil keling.

Izinkan saya menjelaskan mengapa keadaan sedemikian. Walhal, sungguh sepatutnya bertanya mengapa perkataan2 sedemikian dianggap istilah penghinaan oleh masyarakat moden India Malaysia. Sebenarnya, jika kita berjujur kita akan mengakui bahawa (tidak kira asal usul istilah tersebut yang boleh bermunasabah) perkataan itu telah dan sedang digunakan oleh segelintir orang bukan India sebagai istilah penghinaan terhadap orang India Malaysia. Ini hanya dinafikan oleh orang yang tidak berjujur dan tidak ikhlas.

Mengulangi, istilah2 tersebut memang digunakan oleh segelintar masyarakat bukan India sebagai istilah2 penghinaan dan ia sememangnya diambil oleh masyarakat moden India Malaysia sebagai suatu istilah penghinaan. Dalam keadaan itu, patutkah seorang berterus mengunakan istilah2 tersebut atau patutkah seseorang itu mengelak mengunakan perkataan2 itu secara menghormati perasaan rakan2 sewarganegara.

Di UK warga Yahudi digelar “Yids” (mungkin kerana bahasa Yiddish). Adakah sesiapa fikir, orang British berterus mengunakan istilah itu terhadap warga Yahudi di UK? Tentu sekali tidak (melainkan orang2 jahil), kerana hasrat murni mengelakan menyakitkan perasaan rakan2 sewarganegara.

Ini tidak bermakna saya meyokong kebakaran buku2, baik buku Mei 13 karya Tunku PM pertama oleh mahasiswa UM dalam tahun 1970 mahapun buku Interlok, ataupun berhasrat melupuskan perkataan2 seperti “keling” atau “pariah” daripada kamus.

Sedarilah, seperti mana yang saya sudah pun berkata, hati yang bersimpati dan berempati semestinya mengawasi fikiran kita. Kesusteraan dalam negara majmuk dan pelbagai agama mesti didasarkan atas princip mencuba, sedaya upaya, untuk (jika boleh) mengelak membawa kecil hati perasaan dan maruah semua insan, baik kaum kita mahupun kaum asing.

Salam,

LJ

ibni ismail said...

Dato.Inilah akibatnya bila suatu bangsa itu lupa dan buta sejarah.Dulu pelajar aliran sains buta dan jahil sejarah.Hari ini buta dan jahil sejarah sengaja dijadikan isu.Inilah yang terjadi pada kaum India.Perkataan Paria bukan rekaan atau ciptaan sebarangan.Malah di benua India sendiri pun belum dapat dipadam perkataan itu.Wajarlah subjek sejarah si hidupkan semula secepat mungkin.Takut lepas ini Melayu pula jadi buta dan jahil sejarah.Ini semua kerana kerajaan kita teramat lembut dan baik tak kena tempat.Semoga kerajaan yang ada pada saat ini jangan mudah sangat tunduk pada ugutan atau tekanan yang membuta tuli.Wasalam

Roti Planta said...

Dato',

Komen Aina Emir amat baik dan saya sokong. L

L_Y saya kenal ramai orang bangsa anda yang hipokrik tetapi penuh dengan perkauman.

Saya rasa lebih baik Dato' keluarkan dan tulis samada dalam rencana atau buku semua perkataan-perkataan yang dikatakan perkauman. Biar mereka mengamuk dan bakar. Lama-lama perkataan itu tidak jadi sensitif lagi. Masa tu lah kita boleh dipanggil 'Bangsa Malaysia'.

Jika inilah watak-watak mereka di Malaysia (hanya kepada yang membakar buku) maka sepatutnya kapal datuk-nenek mereka itu terus ke Fiji (tanam tebu).

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Di satu pihak, antara yang menjadi isu adalah isu memijak kepala lembu.

Di satu pihak lagi, antara yang menjadi isu adalah perbuatan meninggalkan kepala babi dalam surau.

Penggunaan buku Interlok ini menjadi isu, seperti sebelumnya, tidak lebih dari akibat kurangnya persefahaman antara kaum. Jelas rasa curiga ujud secara tebal.

Tidak kah ini lebih penting?

Adakah mereka yang berautoriti dalam urusan antara kaum tidak merasa pedas bila memakan cili?

p/s secara peribadi, saya tidak setuju tema novel seperti Interlok ini diguna sebagai bahan akademik tingkatan lima. Tidak selari dengan acuan sukatan mata pelajaran sejarah SPM.

Fed Up

Wajasetia said...

Salam Dato',
Satu nukilan saya telah diharamkan dari siaran, Dato' :)

Buku ini telah pun menjadi buku teks sastera untuk sekolah menengah. Siapa yang harus bertanggungjawab dalam soal ini? Berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk mencetak buku ini? Berapa banyak lagi yang diperlukan untuk mencetak buku yang baru sekiranya buku ini ditarik penggunaannya sebagai buku teks?

Apa juga natijahnya, menyedari kesilapan buku ini setelah 40 tahun ianya ditulis, pada saya, merupakan kesilapan yang lebih besar lagi dalam isu ini.

maae said...

Salam Datuk,

1.Ulasan Datuk ringkas tetapi jelas.

2.Bila hal kaum mereka,terus rujuk ke 'mainland' gesa pemimpin di sana memberi tekanan ke sini

3.Bila melibatkan sejarah dan kebenaran untuk kaum mereka,tidak pula boleh menerima dengan terbuka hati.Semua lupa daratan.Kesenangan di nikmati dari limpahan kemajuan dan kemakmuran yang di garap orang-orang oleh Pejuang dan Pemimpin Melayu.

4.Kasta yang ingin merubah sejarah yang pada asal nya tidak di iktiraf untuk mengundi....

5.Interlok mesti di nobatkan.Tidak boleh di ubah.

Wajasetia said...

Salam sekali lagi Dato',
Saya terpanggil sekali lagi untuk memberikan komen setelah memikirkan tentang apa yang saya telah luahkan semalam sehinggakan nukilan saya itu telah "diharamkan" dari siaran.
Dato' telah mengambil langkah bijak untuk tidak menyiarkan komentar itu.
Pada saya itulah realiti isu perkauman yang masih kita hadapi sekarang. Tenang dipermukaan, tetapi kocakan pada dasarnya hanya Allah saja yang tahu.
Menjadi lumrah untuk kita menerima gurauan (kutukan) yang kasar dari seorang sahabat baik. Akan tetapi sekiranya perkataan yang sama dikeluarkan oleh seorang yang asing dalam diri kita, penerimaannya akan berubah seratus peratus.
Pernah saya tersalah bergurau dengan seorang sahabat baik saya berbangsa india, seorang guru baru masuk dan memperkenalkan namanya sebagai Cik Parila, dan secara spontan saya tersebut Cik Pa**a. Memang sahabat saya itu agak marah akan tetapi kemarahannya itu hanyalah sekadar manyatakan "Wei! ko cakap elok-elok". Tidaklah sampai dia membakar beg sekolah saya. Pada hemat saya dia faham ianya adalah satu ketelanjuran yang tiada langsung maksud untuk mempersenda atau memperlekehkan sesiapa.
Prasangka ini sememangnya masih berlaku. Kita faham sekiranya ia berlaku pada peringkat marhain seperti saya. Akan tetapi, jika pada peringkat menteri pun sifat ini masih menebal, apakah maknanya semua ini Dato'? Apa makna laungan perpaduan dan keharmonian kaum yang selama ini diwar-warkan? Sehinggakan isu sebegini pun tidak dapat ditangani secara harmoni oleh menteri yang sepatutnya menangani perkara sebegini secara yang lebih berhemah

Anonymous said...

Tok Kadir,

Kalau Najib, Mahyuddin dan mana-mana Menteri setuju haram Interlok, depa ni pun kasta paria juga tok. Depa kasta paria dalam erti depa rendah ilmu, rendah pembacaan dan rendah pemikiran.

Depa lebih teruk dari kasta paria sebenar dalam agama Hundu. Kita nobatkan Abdullah Hussein dan pelindung kebebasan berkarya sebagai kasatria.
Kesatria adalah kasta paling tinggi dalam agama Hindu.

Kamjat Penang

Anonymous said...

Datuk,

Sekali lagi kaum India Malaysia menjadi mangsa kejahilan bangsa-bangsa lain dan kecenderungan untuk membuat generalisasi. Pada tahun 2007 apabila orang Hindu berdemonstrasi di KLCC, semua orang India Malaysia disalahkan dan dikutuk.

Orang Melayu dan Cina yang jahil menuduh semua orang India Malaysia sedangkan yang berdemo itu orang India Hindu yang majoritinya Tamil. Dari kelompok inilah ramai anggota kasta paria kerana kasta itu tertumpu umumnya di negeri Tamil Nadu.

Kedua, bukan semua Malaysian Indians are Tamilians or Hindus. Ramai antara kami bukan Tamil dan bukan Hindu. Kami ada dari kelompok bahasa seperti Hindi, Bengali, Telugu, Marathi, Urdu, Gujarati, Kannada, Malayalam, Oriya, Punjabi dan banyak lagi. Dan bukan semua nenek moyang kami datang dari India. Nenek moyang saya datang dari Ceylon (Sri Lanka). Kami ada Hindu, ada Muslim, ada Kristian dan ada Buddha.

Jadi janganlah salahkan atau tuduh semua orang India Malaysia jahil, berkasta paria atau suka berdemonstrasi. Dan bukan semua orang India Malaysia miskin, tertindas dan berjerumus dalam jenahyah. Ramai antara kami tidak jahil Datuk dan kami pun lemas dengan politik "kasta" MIC. Yang jahil adalah orang yang malas membaca dan suka mengeruhkan keadaan kerana politik semata-mata.

S.M.Pandian
Bukit Mertajam

A KADIR JASIN said...

Pembahas L-J dalam komennya ada merujuk kepada frasa “cina sebagai kaki perampas harta setelah memberi hutang.”

Ini pun realiti. Cuma cara fakta itu dibentangkan mungkin kasar.

Sebagai anak penanam padi, saya cukup faham hal. Di Utara sistem ini dipanggil "padi kunca".

Orang Melayu berhutang dengan orang Cina (kadang-kadang India/Ceti) tanpa apa-apa surat menyurat rasmi atau sah. Janji mulut dan saling percaya mempercayai saja.

Ini pun salah orang Melayu juga kerana mudah percaya dan terlu bertolak-ansur.

Tahun demi tahun, bunga (faedah) bertambah dan pokok tak dapat dilunaskan. Akhirnya hak mengerjakan tanah yang dipajak itu jatuh ke tangan yang memberi pinjaman. Geran tetap nama Melayu sebab status tanah adalah Rezab Melayu.

Secara diam-diam sistem ini masih berleluasa di Kedah dan Perlis. Sebab itulah ada tauke Cina yang mengerjakan sawah hingga berpuluh atau beratus relong, ada jentera pembajak, penuai, lori dan kilang sendiri.

Terima kasih.

Queen Latifah said...

Salam sekali lagi, Dato'

Biasanya saya tak suka komen dua kali bagi isu yang sama. Tapi dalam hal ini, ada perkara yang ingin saya tambah lagi.

Pernah tak kita temuduga orang muda hari ini, tak kiralah sama ada mereka graduan atau pun bukan. Tak kiralah mereka mengendong berpuluh-puluh A atau pun tidak. Soalnya orang muda hari ini tidak petah berkata-kata, atau lebih mudah kita katakan mereka tidak biasa berfikir apa-apa yang luar biasa. Kalau hendak kita berlaku kejam, ramai yang boleh kita labelkan sebagai 'jumud' - cara mereka berfikir. Takut-takut dan tak tahu apa yang harus mereka katakan.

Pernah tak kita fikir, subjek apakah yang paling mampu membuat pelajar kita bercakap dan berfikir? Bukankah 'Sastera' merupakan satu bidang pelajaran yang mampu mengajak pelajar kita mengeluarkan pendapat mereka, tidak terkongkong dengan sesuatu yang rigid, tidak fleksibel? Kita mahukan pelajar kita mampu untuk berfikir perkara-perkara yang luar biasa. Kemampuan inilah yang akan membuat mereka menjadi orang yang lebih matang fikirannya dan pastinya menjadi jauh lebih bijak.

Kalau kita berfikir secara positif dalam hal novel Interlok ini, pasti kita juga akan memberi peluang kepada remaja untuk berbincang, berfikir dan menjadi orang yang matang mindanya. Mungkin jauh lebih baik daripada membiarkan generasi muda kita terkongkong dengan acuan yang ada sekarang ini. Jumud dan kaku. Sekadar menghafal dan kemudian melupakannya.

Maaflah kalau ada yang tidak suka dengan pandangan saya. Sekadar pendapat saya sahaja. Pelajar yang dibincangkan adalah pelajar tingkatan lima, bukan darjah lima.

L_J said...

Datuk,

Terima kasih atas komen Datuk (7.27 am) tentang frasa "cina sebagai kaki perampas harta setelah memberi hutang." Hakikatnya, "Rantau sepanjang jalan" pun mengandungi perkataan "ketam2" dengan makna yang serupa.

Sebenarnya saya tidak mempertikaikan atau menafikan kebenaran atau asal usul frasa itu. Walhal, saya tidak layak untuk membahaskan soalan adakah tidak frasa tersebut sememangnya benar, tetapi saya sudi menerima hikmah Datuk dalam perkara ini.

Tambahan pula, saya tidak sekali-kali pun berhasrat atau berhujah untuk mengharamkan atau membakarkan buku Interlok. Seperti yang telah saya mengulas, saya tidak menyokong sama sekali tabiat dan kecenderungan untuk membakar buku2, walaupun sesuatu buku itu kelihatan menghina agama seseorang, termasuk agama Islam!

Memandangkan sebab2 yang telah pun saya mengemukakan, saya berpendapat bahawa buku tersebut tidak sesuai diguna dalam sekolah menengah sebagai buku tex atau utama oleh kerana ia boleh ada kesan negatif atas murid2 muda. Tetapi Interlok saya cadangkan pasti lebih berguna dan berfaedah sebagai suatu novel kesusteraan rujukan.

Merujuk kembali frasa yang dibincangkan, Saya memang percaya bahawa sesuatu golongan atau kelompak atau kaum dalam masyarakat di sesuatu negara (termasuk Malaysia) pasti akan dihakimkan bila sejarah tertulis. Jikalau amalan2 orang cina pada permulaan abad yang lepas – yang dipamerkan dalam Interlok – merupakan kehakiman sejarah, dan ia memang merupakan suatu ketidakadilan, menerima sahaja penghakiman itu.

Pada masa yang sama, semua manusia mesti sedia untuk dihakiman oleh sejarah pada satu hari masa depan. Disini saya ingin menarik perhatian orang2 Melayu zaman sekarang dan suka pinta mereka supaya membayangkan bagaimana sejarah akan mempertimbangkan amalan2 dan kelakuan2 pentadbiran Melayu pada zaman NEP ini dan akibatnya terhadap orang2 bukan Melayu? Bolehkah amalan2 dan kelakuan2 tersebut dihakimkan oleh sejarah suatu ketidakadilan dan kepincangan yang amat besar (sepertimana yang saya sungguh yakin)?

Salam,

LJ

abdullahngah said...

Dato Kadir,

Bukan orang Melayu saja yang mudah percaya pada orang kafir, malahan orang Arab juga begitu.

Tengok saja rakyat Palestin yang percaya "merut" dengan Yahudi punca tanah milik mereka tergadai.

Sedangkan tanah itu punca segala rezeki atau sesiapa yang banyak tanah pasti mereka ada cam boleh jadi kayaraya.

Bukan setakat itu saja, malahan jutaan rakyat dibunuh hari semi hari dek mudah percaya dengan Yahudi.

Ini berlaku pada rakyat Singapura.

Orang melayu Singapura bukan mudah percaya dengan kerajaan Simngapura, malahan memuji melangit kebaikan kerajaan hatta hari demi hari hidup mereka berada dalam seksa.

Maaf ya, bagi saya inilah namanya tak reti bahasa punya bangsa, termasuk yang mendapat gelaran ulamak pun turun mudah percaya dengan orang kafir.

Walhal Quran dah nyata dengan tegas jangan sekali sekali percaya dengan orang kafir hatta mereka itu seorang doktor pakar sekalipun.

Unknown said...

Hujah yang menarik,seperti biasa. Syabas Datuk!

saji said...

Salam Dato'

Kita tak berbahas untuk mewujudkan konsep Islam Hadhari. Apa sudah jadi? Kita tak berbahas untuk melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Apa sudah jadi? Kita berbahas untuk mengubah semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. Adakah kita berbahas ketika meluluskan Interlok sebagai buku teks sekolah menengah?

Anonymous said...

Salam Dato AKJ..salam pembuka bicara.

MUNDUR.

Satu perkataan yg sesuai sgt dgn minda org melayu zaman sekarang.dari yg duduk atas (atas pokok) sampai duduk bwh (dalam tanah). Perdebatan yang sebegini hanya mencari gimik politik yang kononnya kita bangsat satu malaysia. Ok..kalau marahkan keling itu dipanggil pariah..kenapa laju sahaja tangan org melayu kita membakar muka pemimpin bangsa melayu kita sendiri hanya kerana fahaman politik. org melayu bakar wajah org melayu. kita pon lebih kurang Pariah sekarang!(kalau lah maksud pariah itu hina sangat).Tolong lah..pendidikan dan politik mintak jgn dicampuradukkan wahai bangsat satu malaysia..tolong..tolong..yang rugi bukan bangsa cina..bukan pariah itu yang rugi..bangsa kita melayu..yang rugi akhirnyaaa.yang jadi tak tahu apa2.hanya tahu memikirkan kesahteraan orang lain..majunya sesuatu bangsa pada mindanya.bukan menara klcc,menara warisan ,bukan pada kebolehan beri ganjaran 65 ribu bila menang piala aff..tolonglaaa

TENTERAMMASASILAM

Wasalam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

The Malaysian Insider -- GEORGE TOWN: Komtar assemblyman Ng Wei Aik has apologised to a restaurant owner over his behaviour when enforcement officers raided the outlet on Jan 2.

Ng was at Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar to extend his apologies to owner Syed Kassali Mohamed Aliyar on Friday.

“I apologise for acting rough and being rude towards Syed Kassali that night and if I have said anything that has offended him, his family, his friends or the Indian Muslim community,” he said.

Ng denied making the comment “Tutup kedai, balik India” and considered the matter solved.

“I did not make that statement, neither is there proof, so I do not think there is an issue any longer,” he said.

Syed Kassali said he accepted Ng’s apology and considered the matter closed.

“I’m just a businessman and I believe this issue has dragged on for too long, so I’m glad to accept Ng’s apology,” he said.

PKR youth head Mohd Amir Ghazali, who acted as the mediator between the two, said they were glad that Ng showed humilty by admitting his mistake.

“We aim to preserve the good ties between the state and Penangites, particularly the Indian Muslim community in this issue and encourage discussions to solve any disputes,” he said.

Penang Municipal Council (MPPP) enforcement officers conducted the raid after an accident between two cars near the restaurant.

Following the accident, Ng called in the enforcement team and was claimed to have acted roughly by seizing a gas tank and other items from the restaurant.

Komen: Inilah "Interlok" Tok. Suka tak suka, Melayu, Cina, India dah hidup dalam satu negeri. Kita dah "interlock". Cina gaduh dengan India (Muslim), Melayu jadi pendamai. Elok la macam tu.

Kamjat Penang

Dr Ahmad Firduz said...

Dato.

Hari ini saya terbacha berith yang Chandra Muzaffar,saorang intellectual,mencadangkan kita buan perkataan pariah dari buku itu.

Chandra ini saoreang intellectual"pelachur".Kita tulis buku ada motiv dan plot.jika di buang perkataan pariah itu habis lah motif dan plot nya.

Hendak ganti dengan perkataan apa Dato.Apa kata kita ganti dengan MACHAI(MelayuCina India).Bangsa baru yang di lahirkan dibawah Pemerentah PM Najib.Orang Melayu Kawin dengan Cina.Dapat anak dia kawin dengan bangsa India kasta pariah.

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Kerana kejahilan manusia zaman dahulukala mengatakan bumi umpama plat yang rata ,jika kita kehujung langit kita akan jatuh dan hilang entah kemana.
Kerana kejahilan juga Charles Darwin mengatakan bahawa manusia berasal dari beruk atau keluarga monyet yang terbukti tidak benar bila kajian saintifik dilakukan.
Kerana kejahilan juga para saintis mengatakan bumi terjadi dari wap dan gas yang berkumpul secara tarikan semulajadi dan akhirnya mengakui bahawa asal kejadian bumi lebih daripada itu kerana tiada perkara dialam ini yang terjadi dengan sendiri tanpa keizinan Allah SWT.
Begitulah juga dengan pembakar novel sastera Interlok, mereka membakar kerana kejahilan ilmu sastera yang terkandung didalamnya dan janganlah pula kerana kejahilan juga Kementerian Pelajaran mengharamkan Interlok.
Untuk menghakimi sesuatu perkara kita perlu mempunyai ilmu mengenai perkara tersebut, dan biarlah yang pakar menghakiminya.

Iskandar PT

ku_seman said...

Datuk,
Saya setuju dengan Kamjat Penang bahawa sesiapa saja yang setuju Interlok ditarik balik adalah lebih paria dari paria. Kerana puak UMNO dan BN yang juga mahu mengaut keuntungan politik, memang ada kemungkinan novel ini ditarik balik atau "dipaksa" pengarang menyunting semula novel ini. Paria kalangan Melayu yang lebih teruk, Datuk. Kalau Kementerian Pelajaran tunduk kepada puak paria yang bangang ini, kita tak boleh marahlah kepada puak paria kerana puak kita juga paria.

Anonymous said...

LJ,

Jika anda mengarang sebuah novel kesusasteraan, anda mungkin digantung atau mungkin tidak. Bergantung pada siapa yang membaca, bagaimana pemahaman pembaca,cara anda sampaikan dan dalam konteks apa...
Bergantung kepada keterbukaan dan common sense masing2.

Khairul

Khairul

The Phoenix Foundation said...

DAKJ!
In the first instance, the work is a record of the situation back then.
Second, the reording is a fact, not even a personal impression.
Third,when a cow dies, the Hindus usually are mournful, as they certainly regard the Cow as "AMMA" for the amount of goodness it gives to humans - the Cow is sacred!!!
Thirdly,there is nothing offensive nor untruths in the Book in question and I am a Hindu & of Indian origin {Malaysian thro & thro}
What a lot of "codswallop"!!!!

Godspeed.

Jeya

Bekas Tentera said...

Datuk Kadir,

Saya baru balik dari Rumah Gapena. Sebelum pergi kepala saya penuh dengan berbagai andaian dan harapan. Sayang, yang hadir dimajlis membantah tindakan mempolitikkan novel Interlok tidak lebih seratus orang. Itu pun kebanyakannya yang telah pencen,rambut sudah putih separuh atau semuanya malahan ada yang sudah tidak ada rambut langsung.

Kesian Melayu dan Sastera Melayu. Mana pergi Melayu di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan jumlah berjuta-juta. Kalau beginilah caranya jangan salahkan orang lain.

Salam.

makbudak said...

Salam dato',

perkatan p*ria ni siapa yg perkenalkan? org melayu ke Dato'?

teringat saya dulu, ada seorang classmate saya berbangsa india sgt senang bergaul dgn kami sesama melayu, sehinggakan dia pernah bergurau dgn berkata "kau ni k*ling betullah" sedangkan kata2 itu dituju pd kawan kami berbangsa melayu. dan kami ramai2 ketawa tanpa ada sebarang perasaan prejudis. itulah realiti sewaktu di alam persekolahan dulu.

namun perasaan prejudis ini timbul bila org2 politik mempergunakan pelbagai isu tentang kaum terutamanya bila bukan melayu minta mcm2 bukan main lagi pemimpin melayu dgn murah hatinya beri saja apa mereka mahu. sedangkan kalau sesama melayu minta atau tegur langsung buat pekak. kalau org melayu terguris hatinya, yg bukan melayu takde pun sensitif (termasukla pemimpin melayu), tapi kalau yg bukan melayu terguris, berbondong2 pemimpin2 melayu tampil utk membela mereka - tak kiralah dari kerajaan atau pembangkang. samala dgn isu azan baru2 ni.

kalau dulu zaman dr.M, siapa berani mintak macam2? berani sebut...? - masuk ISA. tak kiralah melayu ke cina ke india ke... walaupun saya tak setuju dgn ISA, namun saya suka dgn sifat tegas dr M. org yg nak jadi pemimpin kena tegas, berani ambil tindakan walau kepada kawan, sekiranya mereka bersalah. tu baru namanya pemimpin. kalau takut nak buat sesuatu kerana undi, hmmm... tak layak jadi pemimpin. tapi ada lagi ke orang yg berani macam tu kat malaysia ni?

Wallahua'lam.... terima kasih.

Anonymous said...

Saya rasa tidak wajar bagi satu mendefinisikan apa yang sensitif atau tidak untuk kaum yang lain. Orang Melayu dikatakan puak yang sensitif. MIsalnya, kita melihat bagaimana sesetengah akhbar media arus perdana yang asyik membesarkan apa saja isu yang terjadi di Pulau Pinang sebagai isu perkauman. Gara-gara perasaan hasad dengki sesetengah puak terhadap org Cina, mereka sanggup mengorbankan perpaduan kaum dengan. Banyak perkaraa yang Melayu/Islam menganggap sensitif tetapi tidak oleh org Bukan ISlam/Melayu. Sejarah kita pun pernah menyaksikan beberapa insiden berdarah cuma kerana org Melayu berasa sesnsitif. Rusuhan Maria Hertogh di Sinagapura salah saut daripadanya. Semua orang bukan Melayu berpendapat isunya isu jagaan sejak mula lagi. Apa salahnya, seorang ibu kandung menuntut kembali anaknya semula. Ibu islam mane yang takkan bebuat dmeikian. Ibu islam mana yn sanngup melihat anaknya kekal dibawah inidvidu yang berlainan aagama, setahu aku, takat menggaji bibiek Indon yng bkn Islam pun, ramai tak rela. Tetapi yang peliknya cuma orang Melayu tidak boelh menerima kenyataan ini. Apakah kerana meraka yang menganggap isu Natrah sebagai isu agama ini jahil, bodoh atau ekstrimis? Inilah masalah dengan elit Melayu negara ini, bila orang mereka membuat sesuatu yang melampau, semuanya bisu seribu bahasa, tetapi bila kaum lain bebuat demikian semuanya berlumba-lumba mengutuk. Mana perginya mereka semua ketika segerombolan ekstrimis menentang pembinaan kuil di Shah Alam? Dimanakah mereka ketika majalah AlIslam menghina org Kristian Katolik? Dimana mereka ketika Teresa Kok difitnah oleh Utusan, kononnya, menyuruh azan ditutup? Kalau tak boleh mengawal atau mengutuk kaum perbuatan kaum sendiri, maka janganlah mengutuk atau melabel org lain jahil dsb. Selain itu ramai daripadanya berfikir apa sahaja yang dibuat oleh org bkn MElayu adalah salah. Kalau perjuangkan sekolah Cina org bukan Melayu itu seorang cauvinis, kalau dia menunjuk perassan ala HINDRAF dia seorang rasis. Tetapi kalau orang Melayu menuntut supaya UiTM tidak dibuka kepada org Cina & INdia, itu okay. Saya tidak pernah mengambil kisah tentang novel ini. Namun, selepas melihat perangai dan komen ramai "pariah" Melayu dlm blog ini terhadap org India, saya telah mengubah pendapat, saya rasa org India patut memprotes dengan menyuruh anak-anak yang dipaksa beli buku ini utk mengoyak halaman yang ada perkataan "pariah" ini dan menghantarnya ke pejabat DBP. Tak perlu kita menghormati orang yang tak hormati kita!

ROBINSON
CYBERJAYA

rillink said...

Assalam Dato,
Penilaian saya secara peribadi berkenaan pembakaran buku interlok ini adalah bermotifkan politik.Saya sangat pasti mereka mereka yang membakar buku tersebut tidak membaca a to z isi buku tersebut dan hanya dengar dan terima arahan dari orang politik yang mementingkan diri sendiri.wassalam

Reshmin Raj said...

If all Indian that came from India are from the lower caste group, are we saying that Tun Mahathir's father is also from the same pariah caste as he also came from India?

We are here not to dispute are deny anyone's right? Reshmin Raj

makbudak said...

Salam Dato'

ada pembahas kat sini cakap org melayu ni sensitif sangat. pada sayalah org yg sensitif ialah orang yang tahu jaga perasaan orang lain. jadi sebagaimana dia menjaga hati orang lain, dia juga mahu orang lain pun tahu menjaga hatinya. tapi orang yg tak sensitif, dia jenis tak peduli perasaan orang lain. tu sebab dia tak peduli apa orang cakap tentang dia. orang2 mcm ni biasanya tak hormat undang2, tak peduli halal haram, menindas orang lain, sebab dalam hatinya takde rasa sensitif.

kenapa zaman sekarang banyak berlaku penindasan, salahguna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi kesalahan2 yg lain? sebab manusia sudah tidak ada rasa sensitif bila buat salah. samalah dengan penyamun, perompak, pembunuh dan orang2 jahat lain tu, kalau mereka ada rasa sensitif pada perasaan orang lain, nak ke mereka buat jahat tu semua?

jadi, salahke kalau ada rasa sensitif pada diri atau pada sesuatu kaum tu? orang yang bukan tuan rumah tentu tak rasa kalau tetamu yang datang mengambil barang2 kepunyaan tuan rumah, sebab dia hanya tetamu saja. tuan rumah mungkin baik hati beri air, beri makan apabila ada tetamu yang datang, malah rela beri bilik utk tetamu yang hendak tinggal bersama. tapi kalau tetamu sudah macam kaduk naik junjung, tentu tuan rumah rasa sakit hati. boleh ke tetamu tu cakap tuan rumah ni sensitif sangatlah, nak buat itu tak boleh, buat ini tak boleh.... boleh ke?

cuma cara org2 yg sensitif ni nak handle perasaannya saja yg berbeza2. ada orang boleh sabar, boleh layan lagi tetamunya dengan baik. ada orang menegur saja tetamunya agar berperangai elok2, ada orang yang marah2 tetamunya dengan mengungkit kebaikannya selama ini, ada pulak lagi tak sabar, terus dihalaunya tetamu tu dengan amaran jangan datang2 lagi ke rumahnya. jadi, tetamu kena fahamlah kenapa tuan rumah bersikap macam tu.

sekadar contoh, janganlah sensitif sangat.... :)

terima kasih.

Anonymous said...

mana pegi itu mamat yang janggut dan rambut panjang memutih tu. senyap ja xda respon. dlu bkan main lagi berapi klau soal bahasa lani mungkin dah kenyang kot duit bnyak dpt mkn xhabis smpai cucu cicit.

samadsek

A KADIR JASIN said...

Pembahas Reshmin Raj, antara lain mengulas:

"If all Indian that came from India are from the lower caste group, are we saying that Tun Mahathir's father is also from the same pariah caste as he also came from India?"

Tun's father was a Muslim. There is no caste system in Islam. Castes exist only in Hinduism.

Terima kasih.

reshmin raj said...

Dear Dato'

Please read the article and provide your views. I am here not to create problem or unrest among the other users. Just to exchange views and comments.

Islam has guaranteed unique and unparallel status to human beings by proclaiming to the world that there is no stigma or social distance between two individuals or two groups or individuals. Any kind of segregation or discrimination on the grounds of social, economic or family background is un-Islamic. Any such practice negates the very basic social philosophy of Islam.

But there has been a persistent feeling among Non-Muslims that Muslims also have all the disadvantages inherent in the Hindu social order. The worst symptom of social pathology that is eating away the Hindu dharma or values is the existence of the caste system, ‘Caste’ is the monopoly of Hindu social system. The whole Hindu society is vertically divided into various castes with the Brahmins at the top and the Scheduled castes at the bottom. In between there are hundreds of castes with varying social status and recognition. Feeling of superiority and inferiority based on the birth of the concerned persons is a common feature of the Hindu social psychology.

Do we notice the presence of all these features in Muslim society? Some non-Muslims emphatically observe that Muslims have also caste considerations. Are Muslims prepared to accept this contention or reject this by providing valid counter arguments and evidences? Prof. Imtiaz Ahmed of Jawaharlal Nehru has provided substantial and relevant material on this theme. He has rejected caste systen per-se in the Muslim society.

Yes, it is true that there is no caste-system as such in the Muslim society. The status of purity and pollution is not governed by the birth of a person. There are no restrictions on food. What food one can take or avoid is common to all, irrespective of their social or economic status. The restrictions are based only on ‘Halal’ or ‘Haram’. But there is no question of purity or pollution arising in the context of the birth of the persons.

Similarly, there are no restrictions on the occupational choice of Muslims. There is no pressure exercised by one group over the other that persons of one group should undertake certain type of occupations or avoid such occupations. Muslims as a group are free to choose their own occupations.

Muslims are free from the imposition of restrictions in their movements or social interactions. They can reside in any area, visit any area at any point of time. The question of purity and pollution does not arise.

All Muslims are equals in the eye of Islam. There are absolutely no religious restrictions. Any Muslim can visit any Mosque or Arabic Madrasa. While offering prayers in a Mosque or any other place of religious institution, there are no prohibitions or restrictions on people based on birth or status.

Islam does not permit a Muslim to believe in the doctrine of Karma. What Muslims have achieved in their life is solely due to their own efforts. But it could be that we appeal to “Allah” to be merciful and grant us bountiful rewards or facilities. But it is also said that God will help only those who help themselves. Deprivation is due to one’s negligence or carelessness. There is no relevance of previous life to Muslims.

Reshmin Raj said...

Dato' FYI informationalmost ALL muslims in India happens to be convert from Hinduism.

Typically, entire local caste groups or significant sections thereof underwent a gradual process of Islamisation, in the course of which elements of the Islamic faith were gradually incorporated into local cosmologies and ritual practice while gradually displacing or replacing local or ‘Hindu’ elements.

The renowned Islamic scholar Yoginder Singh Sikand has presented a detailed account of origin of Muslim caste system in India in his essay Caste in Indian Muslim Society. At the very outset, Mr Sikand Writes, “Although the Qur’an insists on the radical equality of all Muslims, caste (zat, jati, biraderi) remains a defining feature of Indian Muslim society, with significant regional variations. While the severity of caste among the Indian Muslims is hardly as acute as among the Hindus, with the practice of untouchability being virtually absent, caste and associated notions of caste-based superiority and inferiority still do play an important role in Indian Muslim society.” He further writes, “This disjunction between Qur’anic egalitarianism and Indian Muslim social practice has been theorized by Muslim scholars in different ways. While some have sought to reconcile the two by interpreting the scripturalist sources of Islam to support social hierarchy, others have pointed out that the continued existence of caste-like features in Indian Muslim society is a flagrant violation of the Qur’anic worldview.”

zifah Luzaif said...

Interlok bukan novel sensitiviti kaum. Malah, Interlok merupakan novel yang mencerminkan perpaduan kaum. Ketiga-tiga kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India berganding bahu untuk memajukan negara dan menunjukkan cerminan persahabatan kaum di mata dunia. Hanya ada segelintir pihak sahaja (mungkin pihak yang mementingkan politik sahaja) yang menganggap Interlok adalah novel sensitiviti kaum. Hanya ada beberapa perkataan sahaja yang telah menyentuh kaum India, sudah berperang dan berdemontrasi.Kepada mereka yang menunjukkan sikap ketidakterbukaan dalam sastera, usahlah menunjukkan sifat garang tidak bertempat.

saji said...

Mr Reshmin Raj

Muslims are not allowed to view Islam from other religions point of view

Anonymous said...

Salam Dato',

Ribut pariah dalam Interlok adalah angkara pemimpin politik yg sudah kehabisan modal. Lantas dia pun memainkan kad perkauman untuk menarik minat orang keturunan India balik menyokong partinya. Semakin ramai yg menyokong maka semakin tinggi sahamnya sebagai broker kuasa dan semakin cerah peluang untuk jawatan menteri yg berprestij lagi menguntungkan.

Hakikatnya, dalam setiap etnik di negara ini ada golongan pariahnya walupun nama panggilannya mungkin berbeza. Mereka itulah golongan yg tercicir jauh dibelakang dalam arus pembangunan negara. Mereka, generasi demi genarasi terus dibelit lingkaran ganas kemiskinan. Semua trait dan attribute yg lemah ada pada mereka sehingga hampir mustahil untuk mereka melepskan diri daripada belitan kemiskinan. Kalau mereka dari kelompok etnik India mereka sudah lali dan tidak sensitif lagi dengan panggilan pariah kerana apabila kemiskinan sudah mendarah daging dan membudaya maka tiada siapa lagi yang akan sedar dianya miskin. Sama saja senarionya jika mereka dari etnik Melayu atau Cina atau yg lainnya. Sekadar berdemonstrasi dan membakar Interlok tidak mendatangkan apa2 kesan pun pada golongan pariah sebenar kerana mereka terlalu melarat sehingga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Hanya akan ada kesan kepada golongan ini jika ada tindakan affirmative untuk benar-benar membela mereka. Sudahkah itu dibuat?

Pak HJ JB

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).