[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[SAYA PENING NI! Pasai apa banyak sangat komen anonymous? Tolong la boh nama. Kalau tak mau di atas, di bawah pun ok! Takut boh nama betoi, nama samaran pun cukup. No name, no siar. Tolongggggggg]
Dalam perbahasan tajuk itu, seorang peserta yang memberi namanya sebagai Rahim Rahmat, membangkitkan isu kemasukan anak bekas seorang menteri Umno ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Beliau, antara lain, menulis: “Apa ni Dato'? Anak Tan Sri Khir Johari bekas Menteri Pendidikan dibawah tiga Perdana Menteri Malaysia … telah menjadi ahi DAP. Siapa cakap DAP itu bukan untuk orang Melayu?”
Secara kebetulan, saya baru mula membuat analisis perkembangan itu. Bagi saya, kemasukan Zairil Khir Johari anak Allahyarham (Tan Sri) Khir Johari ke dalam DAP tidak sedikit pun memeranjatkan.
Ia lebih berupa sesuatu yang menunggu untuk berlaku. Dan saya tidak akan terkejut kalau lebih ramai orang Melayu (atau berdarah campuran Melayu) menyertai DAP.
Mengapa saya berkata begitu? Pertama kerana beberapa bulan lalu, ketika minum di sebuah kedai kopi Cina di Perak, saya dimaklumkan oleh seorang “anggota perisik” bahawa DAP sedang tekun mencari beberapa orang Melayu yang berwibawa untuk diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
DAP Perak sudah sedar bahawa kalau ia bercita-cita berkuasa di negeri itu, ia perlu bertindak tegas dan pantas mewujudkan kaukus Melayunya sendiri. Ia tidak boleh bergantung bulat-bulat kepada Pas atau PKR untuk menawan semula negeri itu dan untuk “membekalkan” calon MB.
Sumber perisikan itu memberitahu, cakap-cakap di kalangan kepemimpinan DAP adalah mencari dan meletakkan tiga atau empat orang calon Melayu yang berwibawa dengan tujuan jika Pakatan Rakyat menawan semula Perak dan DAP kekal parti terbesar, ia boleh mengemukakan calon MBnya sendiri.
Ini adalah reaksi kepada kejatuhan kerajaan PR Perak pada awal 2010 berikutan tindakan dua Ahli Dewan Undangan PKR dan seorang Adun DAP keluar parti dan memihak kepada Barisan Nasional. Selepas PRU 2008 DAP terpaksa menerima Adun Pas sebagai MB kerana ia tidak mempunyai Adun Melayu manakala Adun Melayu PKR semuanya tidak menepati piawaian.
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui sejarah DAP, eloklah disebutkan yang parti itu pernah mempunyai keahlian dan kepemimpinan pelbagai kaum, walaupun majoriti ahli, pemimpin dan penyokongnya adalah Cina.
DAP ditubuhkan pada tahun 1967 bagi mengisi ruang yang dikosongkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura berikutan “penyinggiran” wilayah itu daripada Malaysia pada tahun 1965.
Dalam pilihan raya umum 1964, PAP menang satu kerusi Parlimen iaitu Bangsar yang ditandingi oleh C.V. Devan Nair. (Nair pulang ke Singapura, menjadi Presiden dan akhirnya bergaduh dengan Lee Kuan Yew).
Pada waktu penubuhannya, DAP mempunyai beberapa orang pemimpin Melayu dan pernah mempunyai Wakil Rakyat Melayu. Salah seorang naib pengerusi pada awal penubuhannya adalah seorang Melayu bernama Mohamed Nor Jetty.
Jadi kemasukan Zairil tiga bulan lalu dan sebelum itu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (kini Naib Pengerusi DAP dan Senator) boleh dilihat sebagai percubaan baru DAP mendapatkan sokongan Melayu. Seorang lagi Melayu dalam hierarki DAP sekarang adalah Ahmad Ton yang berupa Ahli Majlis Pusat.
Walaupun percubaan ini tidak menjanjikan kejayaan sekelip mata, namun ia adalah daya usaha yang positif dalam suasana perhubungan kaum yang cair sekarang.
Tidak dapat dinafikan bahawa di sebalik polemik perkauman yang hangat dan keras sekarang, terdapat “counter movement” di mana kemajmukan dan liberalisme menjadi alternatif kepada perkauman.
Sentimen inilah yang dilaungkan oleh Zairil apabila beliau dilaporkan berkata DAP mempunyai harapan yang lebih cerah mendapatkan sokongan Melayu jika ia menjadikan Melayu bandar sebagai sasarannya.
“Counter movement” ini berlaku di kalangan kelas menengah, termasuk Melayu, yang majoritinya tinggal di bandar-bandar besar.
Apabila Zairil dipetik sebagai berkata Umno pada zaman bapanya berlainan sekali dengan Umno yang wujud hari ini, dia juga mengulangi sentimen ramai orang Melayu yang berasa Umno hari ini telah terpisah jauh daripada perjuangan dan idealisme asal.
Cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh DAP dalam usahanya memperluaskan sokongan Melayu adalah bagaimana hendak menyanggah persepsi dan dakwaan bahawa ia anti-Melayu.
Aktivis Melayu dalam DAP sekarang mungkin tidak mempunyai cukup kewibawaan dan integriti untuk membantu parti itu menangkis persepsi ini kerana mereka bukan daripada Melayu arus perdana. Mereka adalah elit bandar dan liberal yang mungkin kurang kefahaman mengenai minda Melayu massa.
Namun kemasukan aktivis Melayu seperti Tunku Abdul Aziz dan Zairil akan sedikit sebanyak melembutkan imej DAP sebagai parti majoriti Cina yang anti-Melayu asalkan kemasukan serta pelantikan mereka memegang jawatan parti bukan tindakan "tokenism".
73 comments:
Tengok DAP perintah Pulau Pinang pun tak kemana jugak! Banyak retorik. Kalau buat satu-satu benda, riuh satu kampung. Peniaga/Penduduk bukan cina cepat aje kena halau.Memang typical politician.
Datuk,
Seperti biasa, suatu pendapat yang amat menarik hati, jitu dan autoritatif.
Ribuan terima kasih.
Salam,
LJ
Good analysis Dato'.
Persoalan saya mengapa Zairil masuk DAP? Mesti ada sebabnya. Saya rasa beliau tidak ada attachment langsong dengan perjuangan orang Melayu dan UMNO kerana kemungkinan beliau dilahirkan selepas Khir Johari berundur diri dari politik. Zairil mungkin tidak dapat menghayati perjuangan ayahandanya dalam UMNO kerana beliau dibesarkan dalam environment yang berlainan dari budaya orang Melayu.
Salam dato,
Kemasukan melayu kedalam DAP akan `melembutkan' anti-melayu DAP?.
ITU ADALAH KHAYALAN EXTREME yang `dipuja' dan `dilambung' tu saja...
Macam hamas ikut `angin' israel dan HARAP israel `melembutkan' anti-palestin......
Kalau nak perbetuikan UMNO elok direct `hentam' UMNO saja,tunjuk yang mana salah dan puji yang mana betui....lagi gentleman.
Kalau nak betuikan UMNO dengan masuk DAP ni macam pi bagi pistol suruh tembak kepala....ngok kalu macam tu.
Saya lebih suka `kritik' UMNO sampai saya mati pun,DENGAN HARAPAN PEMIMPIN UMNO JADI `KETUA UMNO', sebab saya sayangkan negara,bangsa dan masadepan anak cucu cicit saya...
Abu Bakar Ab Rahman
Dato AKJ,
Arwah bapa & pak mertua saya org. kuat UMNO dimasa lalu. Sekarang bila balik kampung di Sik, kami sembang ipar duai, mak mertua duduk kat tepi tak terkata. Kadang2 tu adik ipar saya terperasan mak ada kat tepi, kami minta pandangan dia. Mak kata dah serik masuk wanita UMNO 'dulu masuk sebab nak bela bangsa, la nie masuk sebab nak projek..Rakyat..He..
-sender Rakyat Penang lo.
Pemblog dan Rakan-Rakan pengulas,
Parti yang melaung-laungkan secara terang-terangan mahu mengambil alih peranan UMNO sebagai parti aliran perdana Melayu adalah Pas.
Oleh itu Pas tentu mahu menunjukkan bukti bahawa mereka telah berjaya ke arah itu. Bukti utama yang mahu dilihat ialah kemampuan dalam menarik muka-muka Melayu/Islam yang ada nama untuk menjadikan Pas landasan perjuangan.
Anehnya, dalam masa dan ketika Pas merancang dan melaksanakan misi yang itu, tak semena-mena parti lain pula (Dap/Umno/KITA) yang dilihat lebih berjaya menambat hati Melayu berbanding Pas.
Makanya bolehkah disimpulkan kemasukan muka Melayu ke dalam parti Dap (kes yang dibincangkan) sebagai satu 'tamparan' terhadap usaha Pas itu? Atau adakah kejayaan Dap dalam melembutkan hati satu atau dua muka-muka Melayu sebagai bukti bahawa parti pas tidak berapa diterima sebagai saluran parti aliran perdana?
Dipandang secara terbalik, kalau hasrat Pas untuk menjadi parti alternatif buat Umno diterima secara baik, sudah tentu tidak timbul cerita-cerita politik seumpama ini. Bukankah kes ini menunjukkan Pas gagal dalam perkara ini?
Dalam konteks Islam, demokrasi dan kebebasan berpolitik, kefahamannya ialah tidak ada peraturan yang melarang mana -mana mukmin menjadikan mana-mana parti sebagai platform. Oleh itu, mana-mana mukmin tidak perlulah menganggap kes ini satu kegemparan dan kepada Dap ia bukanlah satu kejayaan yang melayakkan mereka untuk 'masuk bakul, angkat diri sendiri'.
Akhirul kalam kalau ada si polan dan si polan baik secara sedar atau 'tersesat' memasuki rumah Dap maka tak perlulah anggapkannya sebagai satu isu berskala mega yang harus diberikan perhatian serius, sebaliknya anggaplah ia sebagai pengesahan status politik lokal telah berada dipuncak kematangan.
Chinglot
Salam Dato,
1.Betul ke pembabitan DAP dalam PR betul-betul ikhlas dalam erti kata 'ikatan'? Parti PAP,bapa mereka telah membuktikan kelangsungan mereka di Singapura.Bukan melayu sahaja menjadi mangsa malah kaum cina dan india sendiri yang tidak sehaluan.
2.Bukan kah orang-orang melayu terlalu mudah di perkudakan,di gula-gula... dan paling longgar pendirian serta suka berpaling tadah ? Masuk DAP pilihan utama. Dulu hanya boleh sebagai ahli biasa.
3.Oleh itu prinsip DAP amat mudah, akan rekrut melayu yang di sisih di bumi sendiri, tiada pendirian, dengan sikap membalas dendam,guna apa cara sekali pun sehingga sanggup gadai semua. Kelak kita dengar luahan kepuasan,'baru puas hati aku'!
4.Tidak keterlaluan jika saya sebut semula ulasan New Temasik Review bahawa Devan Nair di hapus secara 'licik' sehingga tiada pihak yang boleh di persalahkan,kemusnahan yang di lakukan kawan karib nya sendiri.Iktibar nya...
5.DAP sekarang sudah mendapat sakit sawan tersebut.Watak perjuangan masih sama dan tiada jaminan untuk bangsa lain boleh mendapat tempat utama kecuali hanya untuk bangsa cina.Sedikit masa lalu terjadi rebutan kuasa dalam parti di Perak. Semua orang pun tahu.
6.Melayu bandar,moden,berpendidikan golongan pertengahan,berjaya dalam hidup dengan cukup kemudahan malah dapat bantuan kerajaan,serap gaya mentaliti menentang,liberalisme malah pluralisme.Kaum Cina dan India sememang di asuh sedemikian.
7.Isu perkauman tetap menjadi 'counter movement'. Malah Selangor sentiasa 'ria' dengan isu ini yang begitu banyak menguntungkan DAP walupun MB nya dari PKR. P.Pinang kita sudah nampak sikap LGE.Analisa sendiri,nama-nama yang Dato sebut kan menjadi ahli kehormat DAP(bukan tokenism) menjadi MB kelak. 'Mengabui'
8.Menarik bilakah agak nya Bani Tamim akan muncul...Lawat Blog MistisFiles untuk 'refresh'...
Seperti mana PAP ketika mahu merebut kuasa di Singaura pada tahun 50 / 60an dulu, mereka sanggup berbuat apasaja asal dapat memegang kuasa.
perkhidmatan guaman percuma kepada union buruh dan pekerja, mengambil seberapa ramai calun wakil rakyat melayu untuk bertanding di kawasan Melayu, berganding bahu dengan kumpulan berhaluan kiri walaupun di ketahui mereka di resapi ideologi komunis dan pelbagai lagi hinggakan LKY sanggup ke masjid siap bersongkok untuk menawan hati pengundi Melayu.
Fast forward ke abad 21
Segala union buruh, pekerja bahkan yang bekerja kolar putih sendiri telah di anaktirikan dengan memberi keutamaan pekerjaan kepada FT
( foreign talent ) di samping kerakyatan agar golongan ini mengundi PAP.
Kini khidmat guaman percuma sudah tiada lagi kepada golongan kolar biru dan buruh. Bahkan lebih menyedihkan had pengeluaran EPF cuba di naikkan dari 58 tahun kepada 63 tahun. Bukan itu sahaja, caruman yang ada di kawal selia sepenuhnya oleh kerajaan.
Paling menyedihkan, kalau dulu LKY sanggup bersongkok masuk masjid dan berjalan berkempen sekeliling kampung untuk menawan hati orang Melayu, kini habis semua kampung dan tradisi Melayu/Islam di pecah dan di sekat atas nama pembangunan.
Terkini, LKY mempersoalkan sikap oang Melayu/Islam yang terlalu berkeras mahu berpegang kepada akidah yang di anggapnya mengekang pembangunan masyarakat spore. Padahal apa yang tinggal pada melayu spore cuma pada nama sahaja tetapi jasadnya sudah terkubur, itupun LKY minta melayu berkorban lagi.
untuk penjelasan lanjut luahan hati rakyat singapura terhadap sikap PAP ini, layari sendiri laman web temasekreview.com.
Hayati dengan akal agar anda tidak terjerumus dengan tipudaya DAP/PAP kelak. sekali kuasa di tangan mereka, rakan seperjuangan mereka sendiri pun di tendang macam sampah, apatah lagi orang Melayu.
Penang adalah contoh terbaik sekarang dan jangan sampai anda layu di tanah air sendiri.
walaupun parti melayu yang memerintah,tiada guna juga kalau bukan melayu yang kaya raya, tapi kalau bukan melayu yang memerintah tetapi kekayaan dibagi bersama pada saya tak jadi masaalah, sebab mereka juga hamba allah.
mohdpaizal
Salam Datuk AKJ
Alangkan Yit Foong yang Cina sendiri boleh berpaling tadah dari DAP, inikan pula Melayu. Andainya Melayu faham dan berani memainkan peranan, tidak salah mereka menyertai parti politik apa pun. Yang pentingnya, mereka tahu bila dan bagaimana untuk bertindak bagi memastikan kepentingan Melayu tidak tergadai. Sepatutnya Melayu yang majoriti ada lebih banyak parti berbanding dengan Cina dan India yang minoriti. Janji matlamat mempertahankan bangsa sentiasa tersemat dalam perjuangannya. Kalau ramai Melayu yang sertai DAP hingga menjadi majoriti pun, dengan sendirinya perjuangan DAP akan bertukar kepada perjuangan Melayu. Begitu juga dengan parti-parti lain seperti Gerakan dan PPP misalnya. Janganlah asyik bertelut dalam UMNO dan PAS semata-mata. Orang Melayu harus lebih bijak berpolitik pada zaman yang serba canggih ini. Jadikan semua parti politik berwajah Malaysia, iaitu majoriti ahlinya ialah Melayu, diikuti oleh Cina dan India, barulah perwakilan di Parlimen dan DUN pun akan lebih berwajah Malaysia. Sekarang ini perwakilan India tidak menggambarkan peratusan populasi mereka. Orang Melayu perlu disedarkan tentang perkara ini.
Salam Dato',
Pada waktu ini ramai orang Melayu menyertai DAP, ia mungkin disebabkan sikap pemimpin tertingginya lebih terbuka atau strategi parti itu untuk menempatkan pemimpin Melayu sebagai MB atau PM sekiranya mereka menang besar dalam PRU 13 nanti.
Orang melayu juga makin berjinak-jinak dengan parti DAP setelah makin meluat dengan UMNO yang tidak pernah berubah "ketuanannya".Orang-orang melayu yang kurang berminat dengan PAS akan menyertai PKR atau DAP untuk menyertai Pakatan Rakyat. Di sebelah BN, lebih banyak pilihan seperti Gerakan, PPP atau Parti Cinta Malaysia sekiranya mereka tak berminat dengan UMNO.
Laungan UMNO/BN tentang "cauvinism" DAP semakin tidak dihiraukan oleh rakyat Malaysia setelah melihat DAP memerintah Pulau Pinang.
Sewaktu sambutan Thaipusam di Pulau Pinang, seorang kawan saya melaporkan bahawa TS Koh di maki hamun oleh orang ramai tetapi mereka memuji CM Lim.
Makin nampak pudar harapan BN menawan PP pada masa akan datang, itu di akui oleh CSL.
Kepada mereka-mereka yang telah lama mengikat diri mendengar dakyah BN dari media-media milik BN eloklah beralih kepada media-media
yang berkecuali atau yang kurang pro BN supaya kita dapat menilai atau kita melihat sendiri negeri-negeri pemerintahnya PR seperti Kelantan atau PP.
Menilai secara rasional tentang dakyah yang telah dibuat oleh BN tentang negeri2 tersebut.
BN semakin jauh dihati pengundi dan akan terus terpisah. Berubah bukan lagi satu keperluan tetapi kemestian buat BN, berubah kepada lebih baik bukan semakin buruk dari PM ke 5.
PM ke 6 makin membuat pengundi meluat.
Ikhlas
Salam DAKJ
Bagi saya, saya cuma makan minum di restoran yg ada tanda halal, tak kiralah didalam atau di luar negara. Juga, saya rasa geli bila tengok orang Islam masuk dalam parti kafir yg terang terang menentang hukum Allah. Juga saya rasa geli, loya, mual, muak dan nak termuntah bila tengok parti kononnya Islam, yg mengambil kesempatan dan memfitnah keluarga jenazah untuk menang pilihanraya. Sekian TQ.
Buka mata kena buka minda baru ada perubahan kalau buka mata minda masih karat dengan dacing maka kekalutan tak akan berakhir ia tetap besarang di kotak pemikiran orang2 melayu.....orang2 melayu perlu berubah kerana perubahan amat di perlukan....CINA ada DAP....MELAYU ada UMNO/PAS...sedangkan kekuatan cina hanya pada DAP....Tapi persoalan ini dalam DAP tidak timbul pun....kita patut mencontohi DAP gigih berusha untuk menawan pulau pinang berbagai cara di lakukan untuk menawan hati orang2 pulau pinang dan akhir nya mereka berjaya dengan usha itu melalui konsep rakyat ada kuasa yang mengubah pemimpin hanya mencorakan sahaja...orang melayu mesti berfikir secara terbuka dan tidak terikat dengan cara pemikiran lama...TK DATO WASSALAM..
Salam Dato'
Isu yang Dato' bangkitkan ini sangat menarik dibincangkan. Mungkin kalau kita menganggap diri kita sebagai 'Melayu' harus mengambil berat perkara-perkara yang dibangkitkan. Apa yang saya lihat pada keadaan hari ini, ramai 'Melayu' yang kecewa. 'Frustrated', mungkin inilah perkataannya. Macam perumpamaan Melayu juga, 'Harap pagar, pagar makan padi.' Harapkan pemimpin Melayu, memang dah hampir tak kisah lagi. Masing-masing sibukkan 'poket' sendiri.
Maaflah, Dato'... sebenarnya ada beberapa 'orang Umno' yang saya masih hormat dan percaya masih sayangkan orang Melayu, dan saya harap orang-orang inilah akan cuba lakukan sesuatu agar semangat Melayu tidak terus hilang dan terkubur.
Apa yang terjadi sekarang ini, ialah DAP sedang gunakan strategi untuk mengambil hati orang-orang Melayu dan saya tidak anggap yang strategi mereka itu salah. Memang tepat sekali, kerana rata-rata orang Melayu banyak yang hampa. Lihatlah Pulau Pinang. Dulu orang Melayu yang menang, tapi pemerintahan diberi pada Gerakan. Konon-konon nak jaga hati orang Cina. Akhirnya, Melayu di PP terpinggir. Bila DAP ambil alih, orang Melayu di sana tidak rasa tertekan seperti semasa di bawah Gerakan. Kalau tak percaya pergilah sana, bersembang-sembang dengan orang Pulau Pinang. Tak usahlah baca surat khabar arus Perdana. Memang ceritanya lain sangat. Kita mahukan suatu kebenaran. DAP dah nampak semua ini. Jadi, dia aturlah strategi. Tak betul ke ni?
DAP memang bijak, kerana mereka ambil contoh dari Singapura. Tok Guru dah tunjuk ajar. Bukan susah nak tarik orang Melayu. Betul, saya setuju target mereka ialah 'Melayu Elit' yang liberal. Lagi mudah kalau Melayu campur... masih Melayu dari segi namanya, tapi semangat mereka, kita tak tahulah.
Tapi jangan lupa, Melayu massa (terutama yang susah di bandar), lagi senang DAP tarik. Melayu kumpulan ini, senang dipujuk. Macam-macam cara boleh dibuat.
Apa yang dikatakan oleh 'Me'layu' di Singapura' saya memang bersetuju. DAP akan lakukan apa sahaja untuk menarik orang Melayu. Bagi saya, boleh saja buat macam tu, asalkan 'kepala' nya dah masuk Islam. Saya tidak racist, tetapi saya tahu sangat cara kumpulan-kumpulan ini buat kerja. Rata-rata mereka tidak anggap 'Melayu' sebagai bangsa yang 'hebat'.
Percayalah... kalau DAP berkuasa di negara ini (Kecuali kalau Leaders nya masuk Islam), orang Melayu akan jadi macam 'natives' (Red Indians) di USA dan Kanada. Orang Melayu akan ditempatkan dalam 'Malay Reservation'. Bila orang luar datang ke Malaysia, di situlah mereka akan melihat 'orang-orang Melayu'.
Tapi Dato', sekarang ini pun kalau orang luar datang ke Kuala Lumpur, kita ada China Town, kita juga ada Little India... di manakah yang Melayu punya? Orang luar tak nampak Malaysia ni ada Melayu nya.
Mungkin kita tunggu bila bukan Melayu yang berkuasa nanti.
Saya tunggu orang lain komen, mungkin saya akan sambung lagi.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan pembahas-pembahas yang saya hormati.Apa yang berlaku bukan sesuatu yang pelik.Zaman UMNO/Perikatan telah berlalu dimana mereka menakut-menakutkan orang Melayu supaya tidak menghampiri DAP dan menakut-nakutkan bukan Melayu jangan menghampiri PAS. Ini sezaman dengan masa pihak Barat menakut-nakutan orang dibawah bekas jajahan mereka supaya takut kepada China dan Russia dengan mengatakan negara-negara tersebut komunis dan bersedia menghapuskan Islam. Zaman sudah berubah dengan penyebaran maklumat sebenar dengan meluas.Tidak kenal tidak cinta maka dengan wujudnya sekarang intraksi dengan lebih meluas maka berkuranganlah syak sangka antara parti-parti politik.
Apa sebenarnya perbezaan antara ahli-ahli politik bukan Melayu dalam BN dan dan PR. Saya percaya masing-masing mahu kaum mereka maju berbanding dengan ahli-ahli politik yang berteraskan Melayu yang sentiasa bersengketa dan jatuh menjatuhi sesama sendiri.
Kita hendaklah berfikiran strategik dan bukannya emosi.Dalam perniagaan kita mahukan untung. Begitu juga dalam perjuangan ugama , bangsa dan negara.Kita harus memikirkan adakah kedudukan kita lebeh baik dari sebelum merdeka. Adakah hak kita masih ditahap dahulu ,bertambah atau terhakis atas perbuatan pemimpin yang kita sanjungi sebelum ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya
Salam Dato',
Memang menarik dan itu menandakan kebijaksanaan DAP. Melalui berbaik-baik dengan Melayu (PAS dan PKR) maka DAP dapat pegang kuasa di PP. Dengan hasil yg sebegitu jitu masakan DAP mahu tunjukkan sikap bermusuh dengan Melayu?
Apa yang menghalang UMNO dari bertindak sebijak DAP? Mengapa Melayu bandar dan sebahagian Melayu golongan menengah menjarakkan diri mereka daripada UMNO? Masakan itu terjadi semata-mata kerana "Melayu mudah lupa"? Mengapa makin ramai golongan menengah Melayu cenderung kepada PAS sedangkan parti itu belum lagi menjanjikan kontrak dan tender?
Dato' bawakan cerita PAP dan LKY Singapura dengan maksud tersirat yg kita semua tahu. Tentu Dato' amat sedar bahawa profail dan demografi Melayu 2011 dah berbeza dari Melayu zaman Tunku. Tanpa disedari idealisme Melayu telah berubah sedngkan UMNO masih main kad lama. Hakikatnya, semakin ramai Melayu kini menganggap ayat2 seperti "Hanya UMNO yg mampu tadbir negara ini", "Hanya UMNO yg membela Melayu", "Malaysia jadi porak peranda jika diperintah pembangkang" sebagai ayat-ayat mitos.
Kelmarin, semasa di Brunei TS Muhyiddin berkata "terlalu banyak politiking dilakukan pembangkang". Siapa yg beliau nak kelentong ni? Tentunya kenyataan itu untuk orang yang tidak tahu bahawa apa yg beliau rujuk sebagai "politiking" itu semata-mata adalah reaksi daripada tindakan politiking UMNO sendiri. Begitulah teruknya apathy UMNO, masih lagi menganggap Melayu 2011 masih macam zaman Tunku lagi. Alhamdulillah, Melayu sekarang dah pandai mengira...Melayu sekarang tahu mengira 12 x RM 8000 x 8 tahun tak cukup RM 3 juta untuk buat banglo mewah atau galas beg berisi RM 2 juta semasa melancong di Australia. Semakin lama semakin ramai Melayu faham tentang electronic fund transfer.. emak mertua saya yg tak pernah bersekolah pun saya sedang ajar macam mana nak buat EFT, maklumlah harga getah skrap sekarang ni RM 7 sekilo. Harap-harap tidak ada nanti tukang kempen UMNO beritahu pengundi di PRK Tenang bahawa harga sawit dan getah yg sedang mahal ni hasil peruangan UMNO juga.
Pak HJ JB
Ikhlas,
Bukan semua orang "pekak, buta dan bisu" tak tahu menilai yang mana kaca dan intan. Parti Pakatan yang baru memerentah negeri Selangor dan PP tidak ada apa yang nak dibanggakan. Indah khabar dari rupa !!
Cuba Sdra Ikhlas dengan hati yang ikhlas turunkan satu persatu apa kejayaan atau projek-projek yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan untuk menaik tarafkan rakyat negeri masing-masing terutama sekali dikalangan masyarakat Melayu.
Yang kita nampak hanyalah seperti tikus membaiki labu !! Itulah hakikatnya !!
-syukur-
Kenapa ada segelintir Melayu bijak pandai dan "well to do" masuk DAP seperti Tunku Aziz dan anak Tan Sri Khir Johari? Pastinya bukan kerana mereka percaya dengan perjuangan parti itu. Ia disebabkan faktor ekonomi dan yang paling penting kerana dahagakan publisiti dan ingin bertanding menjadi wakil rakyat. Kenapa Melayu miskin dan berpendidikan sekolah menengah tak minat masuk DAP? Atau kenapa DAP tidak minat menarik Melayu miskin ini? Kerana jika mereka masuk pun akan dipinggirkan sebab tidak memberi apa-apa faedah kepada DAP. Mereka hanya layak diberi upah untuk melalak atau untuk menjadi pencaci jalanan bagi pihak DAP.
Usah risaukan Melayu segelintir ini. Mereka akan sentiasa bergantung hidup dengan bantuan DAP berdasarkan kebencian mereka kepada kaum sendiri.
Sepatutnya Datuk tak perlu mengeluarkan rencana mengenai mereka. Kerana dengan berbuat demikian akan membanggakan mereka dan menarik perhatian orang ramai kepada kehadiran mereka.
Jojo51
Salam DatoKJ
Alhamdulillah saya juga semakin faham dan banyak belajar dari forumer. Saya turut bersetuju dgn beberapa pendapat yg menyatakan bahawa melayu abad ini memang jauh dlm pelbagai tahap. Jadi kita perlu berfikir secara terbuka,pandai mengira dan sensitif pada tempatnya. Saya tak berapa setuju dgn kenyataan sdr syukur. Barangkali beliau mengharapkan, ataupun telah melalui sifir 12x800x8 tahun. Ingatlah kalau kita seorang muslim, maka syurga matlamat kita, maka rukun terakhir ialah haji. Berbaloikah dgn hasil yg diperolehi. Itupun kalau masih ada iman. Mad baling.
Sdr AB, dalam tulisan saya, saya kata: ".... kemasukan aktivis Melayu seperti Tunku Abdul Aziz dan Zairil akan sedikit sebanyak melembutkan imej DAP sebagai parti majoriti Cina yang anti-Melayu ..."
Sdr putar jadi: "Kemasukan melayu kedalam DAP akan `melembutkan' anti-melayu DAP?.
Saya kata "melembutkan imej DAP" bukan melembutkan sikap atau dasar DAP.
Mintalah faham tulisan saya dan janganlah putar-belit seolah-olah saya yang kata. Kemudian kata pula KHAYALAN EXTREME.
terima kasih.
Ada melayu kalau tak suka UMNO sepatutnya dia pilih PAS lah sebagai alternatifnya.Terkejut kecil juga aku bila terbaca yang anak Khir Johari masuk DAP.Sebenarnya PAS bukan lagi berada dihadapan dalam pembangkang.PAS berada di belakang DAP selepas PKR.Strategi politik anak Khir Johari ini cerdik juga lah kerana pilih DAP.Dia pun tahu parti PKR sedang berhadapan dengan kehancuran.PAS pula macam ombak laut pasang surut.PAS dianggap sebagai parti posmen jadi pengikut sahaja.Setakat hari ini tak layak dan tak mampu berada dihadapan dalam Pakatan Rakyat sendiri.Ahli PAS sendiri pun banyak yang mulai sangsi dengan kemampuan PAS berada di jawatan hadapan.Sebab itu lah anak KHir Johari ini memilih DAP.Seperti Datok Kadir kata yang DAP sedang berjinak dengan Melayu memang tepat.Bila dia masuk DAP apa pula komen Hj Hadi,.Nik Aziz,Mat Sabu sebagai menolak Islam seperti mana yang selalu di halakan tembakan isu ini pada UMNO.Adakah anak Khri Johari menolak perjuangan Islam.Rasanya PAS takut nak keluar fatwa kerana takut pada Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.Dap telah berubah begitu drastik sekali.PAS berubah tapi menempah kerugian.UMNO pun berubah cuma diatas sahaja.UMNO dibawah masih bercakaran harimau.Sudah rancak politik Malaysia kini.
Salam Dato,
Kemasukan org melayu dlm parti DAP bkn sesuatu yg baru,malah Ahmad Ton pernah bertanding didalam pilihanraya memegang tiket DAP.Beliau kalah ditangan Tan Kok Hong (BN),Johor adalah negeri kubu kuat Barisan Nasional /UMNO.Tidak kira siapa bangsa agama sekalipun yang bertanding, janji BN mereka akan sokong.
Bila saya sembang2 ngan ahli keluarga dan saudara mara bercerita pasal politik ,kebanyakan mereka tidak boleh terima kalau saya kutuk2 org UMNO.Begitu setia mereka.Tapi xtaulah nk ckp org2 melayu yg masuk DAP,apa motif mereka.Adaker org CINA masuk PAS Dato?
Datuk,
1/ Benar, satu strategi melembutkan imej DAP kearah parti pelbagai bangsa dan parti yang diterima sebilangan orang Melayu kelas menengah dan menengah atas.
2/ Kita tidak pasti mengapa , orang Melayu tersebut memilih DAP. Tidak wajar membuat tuduhan. Mungkin faktor tolakan melebihi dari faktor tarikan.
3/ Strategi! tidak pasti apakah strategi UMNO dan PAS, untuk menambat hati orang Melayu. Keburukkan dan kelemahan lawan bukan satu strategi.
Salam Dato, menarik dan harus di renungkan pendapat ini KHUSUSNYA OLEH BAKAL PEMIMPIN MUDA MELAYU,sememangnya ramai BAKAL PEMIMPIN muda yang di katakan telah jelak, jemu dan menyampah dengan perangai pemimpin pemimpin UMNO mau pun PAS, mereka mungkin merasakan diri mereka di ambil peduli oleh pemimpin pemimpin DAP dan merasa ada peluang lebih cerah untuk berpolitik diarus perdana sekarang ,jika di bandingkan memasuki UMNO?.
Salam Dato,
Syukur,
Pergilah ke Kelantan dan lihat bagaimana PAS memerintah setelah 20 tahun, janganlah lihat negeri -negeri yang baru diambilalih PR tak sampai 3 tahun.
Buka mata, jangan duduk bawah tempurung dan hanya dipekakkan oleh media-media kepunyaan BN.
Buka mata dan lihat dengan hati , bukan dengan mata yang telah dibutakan oleh BN setelah 53 tahun memerintah PP dan Selangor.
Buka mata dan lihat dengan hati dan pergi pula ke Sarawak, dah 53 tahun BN memerintah, jalanraya antara bandar pun masih tak sempurna. Pergi ke mahligai KM Sarawak dan lihat dengan mata dan hati bagaimana KM memeriahkan Sarawak .
Jangan duduk bawah tempurung saudara Syukur.
Salam 1 Islam DAKJ,
Bila nama Almarhum T.S.Khir Johari disebut terkenang saya Menteri pelajaran umno inilah yang berjasa menghapuskan tulisan jawi di sekolah2. Kalau putranya Zairil dipetik sebagai berkata Umno pada zaman bapanya berlainan sekali dengan Umno yang wujud hari ini - Benar sekali. Umno dulu hingga kini telah menyempurnakan pengkhianatan kepada bani melayu terutama terlepasnya Singapura dari kuasa politik melayu, tanah rezab melayu, menghakis kuasa istana, tidak menghormati demokrasi & federalisme, undang2 Islam dinagatifkan dan api perkauman rakyat sengaja dimarakkan.
Mana sumpah pemuda umno/singa umno untuk mempertahankan Singapura waktu itu?
Dengan kelemahan / kekuatan parti2 politik Melayu-islam dan Islam-melayu hanya ada dua saja. Umno & PAS. PKR masih dalam proses permatangan dan mungkin ada potensi. Umno dah terlalu tua, banyak penyakit kronik yang diwarisi dari setiap pemimpin, maka wajarlah DAP menjadi salah satu parti alternatif orang Melayu.
Apa lagi umno telah mencuci otak orang Melayu bahawa politik tak kena mengena dengan Islam. Maka pilihlah parti apa pun. Kecuali Pas yang mendidik orang melayu bahawa politik adalah tuntutan & terikat dengan syara'.
Wassalam Dato'
Dato.
DAP dan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang telah menunjokan satu tauladan yang baik dalam mentabir negeri Pulau Pinang.
Kita dapati Pesatuan Kontrektor Bumiputra Pulau Pinang telah memberi sokongan yang padu ka atas nya.Satu perkembangan yang menarek.
Tinggal lagi UMNO Pulau Pinang maseh tidak mahu menerima hakikat ini.Mengikut rakan saya sukar sekali bagi BN untok menawan Pulau Pinang.Bagitu juga dengan MB Kedah Dato Azizan.Merngikut Dato Affifuddin jika ini lah caranya PAS memerentah Kedah,amat sukar sekali BN untok menawan kedah.Lebeh lagi apabila mereka mengumumkan saudara Badlishah menjadi Ketua Perhubongan UMNO Kedah.Mengikut Affifuddin apa yang Badlishah bolah membuat dari segi strategic Planining untok menawan Kedah jika ia nya hanya berkelulusan LCE.
Sebab itu lah UMNO dan BN betul menyerang Selangor kerana mengikut mereka Pakatan Raayat lemah dan MB nya Khalid tidak faham politik.
Dato', tindakan DAP ni serupa dengan tindakan multinational companies atau sebarang syarikat di malaysia yang diterajui (dimonopoli) oleh kaum yang serupa dengan DAP. Syarikat tersebut mengambil pekerja Melayu kerana hendak mendapatkan kontrak kerajaan manakala DAP mengambil Melayu kerana hendakkan undi Melayu. Syarikat hendakkan "money" manakala DAP hendakkan "power". Tidak susah sebenarnya membaca pemikiran mereka bagi mereka yang biasa.
-DAP yang licik-
Seorang pengulas di sini berkata: "kalau DAP berkuasa di negara ini (Kecuali kalau Leaders nya masuk Islam), orang Melayu akan jadi macam 'natives' (Red Indians) di USA dan Kanada. Orang Melayu akan ditempatkan dalam 'Malay Reservation'. Bila orang luar datang ke Malaysia, di situlah mereka akan melihat 'orang-orang Melayu'."
Saya tergerak untuk mengulas. Tanggapan di atas jauh terpesong dan diwarnai kejahilan yg tebal.
Kalau dilihat dengan betul-betul, 'natives' yang sebenarnya di Semenanjung Malaysia ialah Orang Asli (terbahagi kepada kelompok Negrito, Senoi dan proto-Melayu).
Merekalah Orang Asal Tanah Bumi ini kalau kita benar-benar jujur.
Akibat tindakan kaum-kaum yang lain yang datang ke Semenanjung (termasuk kita Melayu), dan akibat tindakan sosial dan politik yang langsung dan secara tidak langsung, Orang-Orang Asal ini sudahpun hampir menjadi bahan museum, sudahpun diperkandangkan kepada kawasan-kawasan tertentu, bilangan mereka mengurang (tidak lebih dari 200,000 orang menurut statistik yang ada), kesihatan dan keadaan sosial mereka merosot (kadar kemiskinan sekitar 75%).
Adat dan budaya mereka yang unik turut hilang sebab tidak dihargai dan dikekalkan. Malah untuk bertahun-tahun wujud satu gerakan aktif untuk 'mengislamkan' segolongan mereka. Tindakan ini terbitnya dari tanggapan bahawa adat dan kepercayaan mereka tidak betul dan oleh itu mereka harus di-arus perdanakan ("mainstreamed"). Tapi soalnya siapakah kita untuk menentukan kemahuan dan hala tuju mana-mana kelompok etnik yang khusus?
Percakapan bahawa kononnya kaum Melayu majoriti di Malaysia boleh dikandangkan satu hari nanti di dalam kawasan rezeb ialah, pada pandangan saya, satu hasutan yang tidak berasas. Ulasan tersebut tampak terbentuk oleh bau perasaan cauvinism agama ("kalau Islam dia itu betul, kalau kafir itu tidak baik dan jauh menyimpang, tidak bersih dan dan tidak layak menjadi pemimpin"). Mentaliti takbur seperti ini mengkaburkan kita, sengaja mengelak soal siapakah itu 'natives' yang sebenar dan menghalang perpaduan antara kaum dan antara orang-orang yang berlainan kepercayaan.
Selagi mentaliti ini terus bertapak di minda Melayu terutamanya, selagi itulah kita akan bercakaran dan terus lemas dalam sangkar kejahilan dan ketidakadilan.
Selari dengan perbincangan ini, saya ingin menyeru agar kita tekun belajar dan fahami sejarah dan realiti sosial dan keagamaan masyarakat tanahair yang sebenar dari pelbagai sudut. Elakkan daripada membuat kesimpulan pantas dan mudah berdasarkan pandangan dan tulisan yang mungkin dipengaruhi mana-mana kumpulan yang berkepentingan, sama ada yang berunsurkan perkauman atau yang mempunyai kepentingan agama, meskipun hakikatnya kita Melayu dan Islam.
DAKJ,
Strategi sama sudah lama diamalkan oleh UMNO melalui BN. Juga mula diamalkan tahun lepas oleh PAS dengan keujudan ahli bersekutu (sebelum itu sudah ada kelab penyokong PAS untuk yang bukan beragama Islam).
Bukan dalam skrip yang sama tapi plot masih yang itu juga.
Masih ingat lagi kempen PRK di Hulu Selangor. Calunnya dari MIC. Masa itu tiada siapa dapat nafikan, UMNO lebih kehadapan dalam kempen berbanding MIC.
Kini di Tenang, Chua Soi Lek juga giat berkempen bagi pihak calun UMNO. Terlalu giat sehingga Tan Sri Muhyidin kena ingatkan Presiden MCA itu supaya jangan terlalu ghairah sampai terlanjur cakap.
Bila Zairil masuk DAP dianggap melawan arus. Manakala bila Zaid Ibrahim tempohari menyusun parti KITA, pun dicemoh juga.
Adakah hanya UMNO dan PAS pilihan melayu? Nampaknya tidak.
Adakah pilihan alternatif ini akan terus menjadi trend? Mungkin ya, mungkin tidak.
Tapi bukankah lebih penting jika bertanya kepada diri sendiri, adakah pilihan sedia ada (UMNO dan PAS) sudah mencukupi?
Dengan pendaftaran pengundi baru yang besar, adakah parti-parti sedia ada sudah bersedia untuk menghadapi demografi baru pengundi?
Sdr Eda Ezani,
Perlembagaan PAS menghadkan hanya yang beragama Islam (tanpa mengira bangsa melayu, cina, india atau apa saja) sebagai ahli.
Bagi yang bukan islam, mereka boleh jadi ahli bersekutu.
Jika tidak jelas boleh rujuk dengan ADUN Titi Serong, Perak iaitu Drs. Khalil Idham Lim.
Sdr Syukur,
Sejak DAP ambil alih Pulau Pinang, sudah dua tahun berturut-turut diperakui oleh AUDIT NEGARA sebagai negeri yang telus berbelanja.
Tender terbuka kerajaan negeri juga dibolot oleh orang melayu sehingga Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang meminta maaf dan menarik balik kenyataan menuduh kerajaan negeri menganak-tirikan peniaga melayu.
Sebelum meminta Sdr Ikhlas memberi contoh, eloklah sdr menyenaraikan dulu jasa Gerakan dan UMNO kepada kepada melayu Pulau Pinang.
Setahu saya, orang melayu yang miskin di Pulau Pinang, tidak menjadi miskin hanya sejak 2008.
Fed Up
Salam Dato'
Saya sudah dijemput kembali ke forum ini oleh 'Bekas Profesor Antropologi' bagi menghuraikan kata-kata saya sebelum ini. Izinkan saya untuk menjawab.
Wahai Bekas Profesor yang bijaksana,
Tentulah saya jahil kalau dibandingkan dengan seorang bekas 'Profesor' yang berwibawa. Saya percaya 'bekas profesor' sudah pun tafsirkan sedemikian (kerana itu ada title profesor pada nama). (Weh, siapa yang bongkak ni?)
Namun begitu, wahai Bekas Profesor yang bijaksana, saya juga seorang penulis yang tidak pernah menulis secara 'direct' untuk menonjolkan kejahilan saya.
Bila saya menyentuh tentang orang Melayu sebagai 'natives' yang mungkin satu hari akan dikandangkan di tanah rezab, itu tidak bermaksud bahawa perkara itulah yang akan terjadi sekiranya 'DAP' atau mana-mana parti lain mengambil alih negara ini. (Ia sekadar bayangan). Pernah dengar tentang 'read between the lines?'
Wahai Bekas Profesor yang bijaksana,
Bukan kes 'orang asal' yang kita bincangkan kali ini, jadi saya tak ingin mengulas tentang hal yang tidak berkaitan dengan tajuk yang dibangkitkan DAKJ... apa pun wahai Bekas Profesor Antropologi, saya juga mahir tentang 'orang asal' yang diperkatakan, kerana hingga hari ini saya selalu keluar masuk bertemu teman-teman (etnik orang asal)yang tinggal di pedalaman.
Apa pun wahai Bekas Profesor yang bijaksana, saya adalah seorang Muslim yang percaya bahawa Islam itu mampu mentadbir mana-mana bangsa atau mana-mana negara, malah seluruh dunia. Saya percaya pada kata-kata Allah SWT, saya percaya pada al-Quran, dan saya juga percaya 'sukar untuk mempercayai orang kafir akan beria-ia memperjuangkan hak orang Islam'. (Ada bukti di mana-mana?) Kalau seorang ketua Muslim tidak melakukan perkara baik,tidak mentadbir dengan baik, itu adalah salahnya, bukan salah agama.
Apa yang saya katakan adalah apa yang saya percaya. Saya tidak perlukan mana-mana 'profesor' atau 'bekas profesor' yang bijak untuk mengajar saya tentang apa itu jahil dan apa itu tidak!
Salam Dato'
Kawan saya di Setiawangsa yang suatu ketika bisnesnya naik mencacak penyokong kuat UMNO dan kemudian berpindah menjadi penyokong kuat PKR hingga jatuh bisnesnya kini menjadi ketua NGO Melayu tidak berdaftar dengan panggilan ayah yang ahlinya sekarang satu Malaysia.
Baru2 ini, semasa saya minom teh dengan dia di kedai mamak sambil bercerita hal politik, dia kata kat saya,PAS sedang pancing Cina, PKR sedang pancing Cina, UMNO sedang pancing Cina. Bezanya, DSN gunakan 1Malaysia. Tapi dia kata DSN akan pusing satu hari nanti.
Saya terfikir sekarang, kenapa kawan saya itu tak kata kat saya, DAP jugak sedang pancing Melayu?
Salam Dato,'
Akhir-akhir ini kenyataan pemimpin UMNO menampakkan 'kebodohan' dan kedangkalan pengetahuan mereka tentang pemikiran generasi muda dan pelapis. Seperti kenyataan Ahmad Maslan, "menyuruh negeri-negeri dibawah PR untuk menurunkan harga petrol".Kemudian kenyataan TPM mengenai Interlok yang disanggah oleh Timbalan Presiden MIC dan kenyataan TPM mengenai pembangkang yang kuat berpolitiking.
Golongan generasi muda yang lebih terdedah kepada media internet tanpa sempadan terus menilai semua kenyataan retorik pemimpin UMNO dan membandingkan dengan suasana ekonomi dan kenyataan dari pemimpin pembangkang.
Pemimpin MCA mempolitikkan isu sarung tangan calon Pas Tenang Normala Sudirman dan mengaitkan pula dengan Islam, kenyataan ini menunjukkan mereka tak sensitif dengan agama Islam walaupun dah menetap dinegara ini sekian lama, kenyataan mereka menunjukkan kebodohan ketara dan ia nya akan memakan diri mereka sendiri.
DAP dan PAS banyak 'melembutkan' prinsip mereka semata untuk menarik sokongan melayu dan bukan melayu menyertai meraka, dan PAS membuka keahlian bersekutu untuk bangsa lain dan beragama selain Islam untuk menyertai mereka. Prinsip 'yang telah dilembutkan' ini telah berjaya menarik minat pengundi generasi baru menyokong mereka pada PRU 12 yang lalu dan menumbangkan BN dibeberapa buah negeri.
BN gagal untuk berubah sebaliknya terus dalam khayalan fantasi mereka kononnya hanya mereka mampu memerintah negara walaupun rakyat sedar semakin lama membiarkan BN memerintah semakin banyak yang terhakis seperti tanahair, harta negara, kuasa politik dan sebagainya. Jumlah korupsi yang dibuat oleh pemimpin BN semakin menggunung seperti PKFZ, MAS, Sime Darby, Double Track KTMB,BMF,Bakun Hidro, Sistem Pertahanan Negara, Perwaja Steel dan banyak lagi .Amat panjang senarainya jika ingin disenaraikan. Nilai korupsi dianggarkan trillion RM.
Mahukah kita terus membiarkan lanun-lanun yang kita sendiri pilih terus melenyapkan harta negara ini?.
Mahukah kita terus memilih mereka? sedangkan kita ada pilihan untuk memilih yang lain.
Pilihan ditangan kita sendiri, buatlah pilihan yang tepat pada pandangan saudara /i .
Pengundi Muda
salam datuk dan teman pembahas,
1.saya sokong penuh kenyataan datuk
2.pada saya melayu perlu menyertai parti politik selain umno..orang melayu perlu melebar ke dalam parti-parti politik utama tanahair seperti dap,pas.gerakan,ppp.
3.kemasukan beramai-ramai melayu ke dalam dap akan menghilangkan cauvinis kecinaan dap..kita tukar nnti kpd cauvinis kemalaysiaan..
4.macam itu parti pas juga..sudah ramai orang cina dan india menjadi ahli parti..bahkan idham lim (perak) dan Anuar tan(kelantan)adala orang cina bertitle YB dari parti pas
Dato,
1. kemasukan anak Khir Johari bukanlah sesutu yang pelik, banyak lagi perkara-perkara yang lebih pelik berlaku. bagaimana dengan Nik Sepeia, Naib presiden PPP, parti komponen BN. Tidakkah beliau dulu ahli UMNO(Baru). Setelah menjadi kaya raya hasil mendapat lesen bot laut dalam, beliau kini menjadi naib presiden PPP!
2. Yang lebih pelik lagi, agak ramai juga kaum bukan melayu yang menganggotai sayap bukan Islam parti PAS!. Mereka ini ingin menyertai PAS tetapi perlembagaan PAS tidak mengizinkan. Untuk accomodate bilangan yang agak besar ini, PAS terpaksa menubuhkan sebuah sayapparti yang khusus untuk mereka.
3. UMNO(Baru) juga tidak terlepas dari tempias ini. Ramai ahli-ahli UMNO(Baru) di sabah terdiri dari kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam! Tak caya, sila semak daftar keahlian mana-mana cawangan atau bahagian disabah.
Jadi apa nak heran atau be alarming about dengan zairil masuk DAP!
bat8
Sdri Eda Ezani,
Ramai bangsa Cina yang masuk PAS. Malah ramai pun mereka yang menjadi ADUN seperti Idham Lim di Perak dan Anuar Tan di Kelantan. Adakah sdri ingat PAS parti untuk melayu sahajakah?. 'PAS for all'.
Dalam PRU lepas PAS juga terdapat calon bukan Islam yang mewakili PAS seperti di Johor. Saya pasti dalam PRU akan datang akan ada beberapa orang lagi yang bukan Islam menjadi calon PAS terutama daripada Dewan Penyokong Pas.
Roti Planta
Apa yang peliknye jika anak khir johari masuk DAP..kerana ibu dia seorang cina..tidak mustahil akan datang cucu Tun Razak pun masuk DAP..kerana Tun Razak mempunyai cucu keturunan cina..silapnya ialah pemimpin melayu itu sendiri..sebagai pemimpin melayu yg mendapat habuan yg banyak sepatutnya pemimpin tersebut LEBIH melayu dari org melayu...cuba lihat apa yg berlaku pada RAJA melayu..Tungku Mahkota(pewaris raja) SIAPALAH isteri mereka..adakah keturunan melayu tulen?? sapa yg harus disalahkan..semesti nye pemimpin umno sekarang..yg tidak berani menegur..untuk survival bangsa melayu akan datang..ada hikmah dan pengajaran tentang apa yg telah dan sedang berlaku skrg...
Syukran,
Saya tak "pekak, buta dan bisu". Saya tidak beremosi. Itulah pandangan ikhlas saya. Sdra berhak menafikannya. Tepuk dada tanya selera.
Ukuran saya terhadap prestasi parti Pakatan adalah mengikut benchmark saya sendiri sebagai perbandingan dengan BN. Dan saya membuat kesimpulan bahawa parti Pakatan tidak ada menampakkan hasil yang boleh saya iktiraf sebagai prestasi yang membanggakan.Yang melebihi prestasi BN. Tidak ada setakat ini.
Parti Pakatan tidak mampu membuat perancangan yang teratur bagaimana caranya untuk membangunkan negeri. Kalau setakat 3 tahun hanya untuk mengkritik kerajaan BN sahaja tanpa membuat sesuatu yang positif saya rasa adalah amat malang sekali!!
Walau apa pun, kita tunggu dan lihat bagaimana selera rakyat terhadap parti kerajaan Pakatan dalam pilihan raya akan datang. Kalau rakyat masih kekalkan Pakatan untuk terus mentadbir kerajaan negeri, itu adalah hak rakyat.
Saya bukan ahli BN tapi saya masih menaruh kepercayaan terhadap kerjaan BN sungguhpun ada kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam kerajaan.Najib telah pun memberikan perhatian serious tentang kelemahan kerajaan dan menyedari tanggong jawab untuk memperbetulkan kepincangan yang ada dalam kerajaan. Saya percaya Najib boleh memikul tanggong jawab ini.Beliau telah pun membuat berbagai perubahan. Hanya masa akan menentukan.
Sikap saya terbuka jika Sdra Syukran dapat nyatakan apakah yang kerajaan Pakatan dah lakukan selama 3 tahun dalam hal pembangunan. Kalau Sdra dengan ikhlas dapat meyakinkan saya apa bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Pakatan dan berjaya maka segala hujah negatif saya terhadap Pakatan saya tarik balik.
-syukur-
Melayu tak pernah sedar diri...
Malu nak mengaku Melayu kalau mcm ni...mcm mana nak buat. dah nasib badan. Sungguh bangga dapat menjatuhkan bangsa sendiri. Suka sangat hasat dengki. Malas nak kerja. Dari dalam rahim sampai ke liang lahad pun subsidi. takde subsidi kecoh...nak wat rusuhan.
Malas nak kerja kuat..ala nape nak kerja rajin2..kerja gomen je senang.
Politik jadi panduan hidup, Sanggup jual maruah bangsa sebabkan politik. Suka berhutang. Suka bergossip dan sandiwara.
Jangan berangan la nak jadi negara Islam kalau Melayu sudah tidak berkuasa lagi..jadi mcm S'pore la kita semua. Merempat di tanah air sendiri. Silap2 sejarah Malayu pun ditukarnya.
Di Parliamen pun YB-YB Melayu (dari UMNO,PAS dan PKR) jika dikira, tidak ada 2/3 majority. Kalau takde 2/3 majority, mcm mana Melayu nak jaga hak melayu..sbb Melayu tak cukup suara di Parliamen. Lagi pun ada YB Melayu pun tak nak sokong bangsa sendiri..
I can go on and on and on about my own race...what for, nanti saya jugak salah...sakit hati.
Sapa rugi?? Melayu jugak. Org tegur..marah.
Sekurang2nya Yahudi walaupun bangsa terkutuk, mereka bersatu walaupun mereka berada di US, UK, Denmark, Israel..mereka tetap sokong bangsa mereka.
p/s: Kalau betul ckp saya ni, publish. Kalau tak setuju delete saja.
-Me'LAYU'-
Dato AKJ,
Marah Dato, pasal ramai yang tak letak nama. Nak buat macamana dah system kita macam tu. Dato tengok masa dilahirkan, makbapa kita letak nama yg elok2. Masuk sekolah kena periksa tak boleh letak nama sebenar tapi kena letak angka giliran. Dah 50 tahun lebih system ini berjalan tak ada siapa gaduh pun. Masa PRU nak ambil kertas undi kena ada k/p, tapi dapat kertas undi tak ada nama pun'..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Dato AKJ,
Saudara saya seorang guru ada pengalaman. Pada mulanya beliau bertugas di Sek. Kebangsaan, guru besarnya Melayu. Bila akhir tahun penilaian guru2. Guru Besar bagi taklimat PPD bagi kuata cuma 3 orang guru (sek. tu ada 49 guru)layak dapat cemerlang. Jadi dia kemukakan lah 3 calun. Tahun tu PPD cuma syorkan 1 orang sahaja dapat cemerlang. ish.ish. Dia yang dicalun cemerlang pun dapat abuk la.
Tahun berikut, dia kena bertukat Sek. Jenis Kebangsaan, Guru Besar Cina. Akhir tahun, guru besar beri taklimat sama yakni PPD cuma beri kuata 3 orang (sek. tu ada 19 guru) sahaja boleh dipertimbangkan untuk cemerlang. Tapi guru besar calunkan 15 orang, pej. PPD tel. & marah guru besar pasal tak ikut kuata yang dimaklumkan terdahulu. Guru Besar jawab nak buat macamana kalau ikut dia, semua guru (19 orang) layak dapat cemerlang bukan 15 orang. Awal tahun dapat keputusan daripada 15 orang, semua dapat termasuk ipar saya. Sampai la nie dia kata kalau kena boss melayu, selalu nya tak ada teloq, kena gempak sikit undurnya lebih. Kalau boss Cina, kau gempak sikit dia kering-kering mara kehadapan. Jadi lu fikir lah..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Sdr Pembahas MElayu,
Soal saya setuju atau tidak, tak timbul. Itu pandangan sdr. Asalkan cukup syarat dan ikut syarat, saya siar.
Terima kasih
Para Pembahas dan pelawat dihormati,
1. Saya dibesarkan dalam suasana dualiti politik Melayu yang melagakan Umno dan Pas. Umno dan Pas bergilir menguasai Pendang (dulu Kota Star Selatan/Ulu Muda). Pas lebih kerap daripada Umno;
2. Saya rasa adalah sukar bagi Umno/BN menawan semula Kedah dalam masa singkat. Orang Umno pun rasa selesa dengan Ustaz Azizan. Orang baik, bagi dia can, Kata mereka. Bawah Umno atau Pas sama saja. Kedah negeri maju yang miskin!
3. Bila Gerakan tawaskan MCA/Perikatan di Pulau Pinang pada tahun 1969, Gerakan adalah parti pembangkang. Gerakan sertai kerajaan "campuran" kemudian masuk BN. Pengundi Pulau Pinang bagi can kepada Gerakan selama 40 tahun. Tidak mustahil mereka akan melalukan yang sama untuk DAP;
4. Pulau Pinang sebagai negeri maju (yang tak isytihar dirinya maju) boleh berdikari. Jadi kalau pengundi mahu, mereka boleh kekalkan DAP macam mereka kekalkan Gerakan tanpa penderitaan yang teruk.
Terima kasih.
Salam DAKJ,
1. PAP bodek melayu singapura = DAP bodek melayu malaysia (biasa la budaya ni, no money (interest) no talk)
2. PAP perintah singapura = DAP perintah malaysia
3. PAP tekan melayu singapura = DAP tekan melayu malaysia
Ini pandangan saya saja.
Undi saya punya. Tapi laaa ni di malaysia, kalau ikut parti, payah saya sebagai orang melayu beragama islam nak bagi undi saya pada mana-mana calon dari mana-mana parti.
Berbalik kepada artikel oleh DAKJ, saya harap Zairil Khir Johari, kalau masuk DAP pun kena la perjuang kepentingan bangsa melayu dan bumiputera khasnya serta rakyat malaysia yang susah keseluruhannya tanpa mengira kaum (ini kritikal) tanpa mengabaikan kepentingan bangsa lain (setakat ini, tang kepentingan bangsa lain ni tak nampak la pula terabai). Saranan ini juga terpakai kepada semua ahli politik lain samada Bumiputera atau bukan Bumiputera yang berhasrat menjadi pemimpin Malaysia. Kalau tak, asyik berpolitik untuk rakyat, untuk rakyat, tapi tak tau rakyat yang mana yang dia maksudkan.
Sebagai rakyat majoriti, masyarakat bumiputera perlu maju untuk membolehkan negara maju. Kalau kita tak maju, tak kemana la negara kita ni. Jangan asyik tgk silap kerajaan. Yang Kerajaan jangan asyik dok syokkkk sendiri. Jangan asyik berpolitik. Tgk ke dalam diri dan tanya apa kita dah buat untuk memajukan negara kita. KERAJAAN MENCERMINKAN RAKYATNYA.
Akhir kata, saya suka menjemput DAKJ ke http://mistisfiles.blogspot.com/ untuk membaca kajian sejarah Melayu oleh sekumpulan pakar sejarah.
Untuk ikuti jawapan kepada isu yang tak sudah-sudah dibangkitkan mengenai penduduk asal Tanah Melayu dan orang Melayu sebagai pendatang, sila ke http://halamansrikandi.blogspot.com/
Tak lupa juga silakan ke http://riwayatmelayu.blogspot.com/
Ini bukan blog saya, saya cuma mewar-warkan sahaja
-sender Rakyat Penang lo.
"Sampai la nie dia kata kalau kena boss melayu, selalu nya tak ada teloq, kena gempak sikit undurnya lebih. Kalau boss Cina, kau gempak sikit dia kering-kering mara kehadapan. Jadi lu fikir lah..Rakyat..He3.."
Komen:
1. Ini bukan satu contoh yang melayakkan guru besar Cina itu dicontohi oleh mana-mana pihak.
2. Awak yakin ke cerita ini benar? Masakan ada mana-mana pihak yang diberi kelulusan kenaikan pangkat tanpa mengikut arahan. Apakah awak anggap logik kalau seramai 15 pekerja dinaikkan pangkat secara serentak sedangkan kuotanya hanya 3 orang?
3. Ingatlah bahawa sektor kerajaan juga perlu di jaga seperti sektor swasta iaitu kenaikan pangkat harus mengikut merit dan harus munasabah.
4. Akhir sekali, anggaplah sektor kerajaan seumpama syarikat sendirian berhad (bukan seumpama syarikat warisan). Oleh itu setiap cadangan yang diajukan harus berpandukan akal swasta atau akal orang yang bekerja sendiri.
Sekian pandangan saya.
Kah-Kah-Kah
Sememangnya yang terbaik ialah kalau semua parti politik mengamalkan konsep buta warna kulit yakni membuka keahlian kepada semua orang tanpa mengira asal usul dan keturunan.
Namun, keadaan yang ideal (parti membuka keahlian kepada semua) tidak mudah menjadi kenyataan kerana rakyat sudah biasa hidup berkelompok dalam berbagai aspek: sosial, pendidikan, ekonomi waima agama jua.
Makanya, selagi rakyat berada dalam kelompok-kelompok berlainan ketika bersosial, belajar, beriabdah dan berniaga, kehadiran slogan "my party is for all" bolehlah dianggap sebagai alat promosi tetapi belum cukup untuk menambat hati golongan terbanyak hingga menjadikan slogan berkenaan sebagai satu amalan biasa.
DAP memang licik dan melayu mdh terpersona dan termakan umpan.
Dan saya mendapat tahu satu hasil 'risikan' yang bole dipercayai bhw pada PRU 13 akn dtg DAP akan meletak melayu "Bekas tokoh maal hijrah" sebagai calon utk bertdg dikws majoriti melayu di ipoh.
Adakah melayu sekarang semakin layu dan mudah diperkudakan.
Wallah Waallam.
Mama org Perak
Sdri Mama org Perak kata;
"DAP memang licik dan melayu mdh terpersona dan termakan umpan".
Bila saya balik PRU, yang selalu tabur umpan ialah UMNO.
/Roti
Dato'
Zairil Khir Johari( anak Allahyarham (Tan Sri) Khir Johari)telah pun membuat pilihan untuk aktif dalam politik.Dan parti pilihannya adalah DAP.Wajar bagi kita menghurmati pilihannya.
Umum mengetahui semua parti politik mempunyai perlembagaan samada ia parti besar seperti UMNO,PAS,DAP,PKR termasuklah lain lain parti bersifat daerah-negeri.
Perlembagaan parti ini pula digubal dengan gabungan tenaga fikir mereka mereka yang menyertai parti mereka.Jesteru,tentu semua perlembagaan tertuju arah kepada mencapai hak hak yang baik baik.Kalau tidak mempunyai tujuan ini,pasti sekali parti parti ini akan tidak akan mendapat kebenaran penubuhannya dan jika ia bergerak akan bernamalah pertubuhan haram.
Yang menentukan gelong atau tidaknya parti ini adalah kaedah dan cara pembawaan pemimpinnya.
Jesteru itu jika ada yang menafikan kebaikan UMNO waktu ia diasaskan semata mata kebencian melampau pada pemimpin UMNO masa kini,bagi saya ia adalah suatu yang tidak tepat.Menafikan keujudan beberapa institusi yang ditubuh khas (e.g MARA,FELDA,TH)untuk menaikan taraf hidup adalah satu penafian politik .Begitu juga menafikan sumbangan kepimpinan era Tungku,Tun Razak,Tun Hussain Onn dan SEPARA penguasaan Tun Mahadhir menunjukkan mereka bercakap dalam nada politik,ia itu tidak ada yang betul bila dilakukan musuh politiknya.
Tahun 2000 sewaktu tsunami1 politik Malaysia,satu program politik telah diatur olih UMNO untuk menguasai masjid masjid di Malaysia kerana inilah tempat bangkitnya tsunami1 itu.Semua pegawai kanan masjid telah dibawa untuk melihat keindahan Malaysia di bawah Tun M dan tempat utama tentulah Mercu KLCC.
Sekembali dari lawatan ,saya membuat urusan kerja kenegera jiran diutara .Dan sepanjang perjalanan,saya berfikir alangkah baiknya jika inilah tempat yang dibawa olih UMNO jika mahu pegawai masjid membuat perbandingan kemajuan negara kita dengan negara jiran.
Seperti UMNO,PAS juga akan bergerak mengikut kepimpinannya.Menyamakan PAS sekarang dengan PAS dulu adalah juga cakap cakap politik.Tenyata banyak hulubalang hulubalang yang mengkafirkan UMNO telah dipinang olih UMNO dan kini gah sebagai pahlawan berbayar UMNO pula untuk menyerang PAS.Menyembunyikan hakikat PAS telah bergerak "kearah masa" tanpa meninggalkan kehendak perlembagaan Islamnya hanya diucapkan olih mereka yang mula berpolitik dipertengahan jalan.Sama dengan mereka yang mengatakan UMNO gagal sejak 53 tahun yang lalu.
Keujudan PAS dengan dominannya Melayu ,pelbagai kaum dalam PKR dan sekelompok Melayu dalam DAP,bagi saya merupakan satu rahmat politik.Ia mengujudkan satu garis bagi satu persengketaan kaum.
Jelas masa kini "kerja jahat perkauman" yang bernaung dibawah jenama NGO telah menimbul isu isu kaumnya,hanya sebagai bom jangka bagi kita menyaksikan satu lagi tragedi yang tidak disaksikan olih generasi masa kini.Untuk diharapkan UMNO sebagai benting untuk mengelak tragedi 1969 berulang,amat sukar sekali kerana NGO ini dan UMNO ini adalah satu badan berlainan pakaian.Begitu juga keegoan dan kesombongan penentang Interlok yang sebelum ini berjaya menunjukan undi mereka menjadi rebutan kekuasaan dengan beberapa demontrasi ganas ,bolih menjadi titik mula kepada tragedi malang ini.
Jesteru inilah kelebihan dan rahmat jika Melayu (Islam)berada dalam mana mana parti politik yang sekarang dilabel sebagai pembangkang serta pengkhianat bangsa.Keseimbangan dan menghapuskan garis pemisah.
Dan saya masih percaya kehancuran politik Malaysia tidak akan berlaku kerana isu kaum,tetapi kemungkinan kehancuran ekonomi pula akan terjadi kerana mereka yang mengemudi kekuasaan sekarang telah lari dari ciri kepimpinan Ayahanda mereka sendiri yang beliau warisi daripada 1 1/2(satu,satu perdua)dari kabinet 1997-2009 yang lalu.
Dato'
Dan saya menerima hakikat bahaawa pilihan anak Tan Sri Khir Johari perlu dihurmati tanpa prasangka.
Salam Mama org Perak
Orang Melayu semakin layu dek perangai UMNO yang lebih bayak buruk dari baiknya kepada masa depan orang Melayu akhir2 ini.
Mengenai orang Melayu yang mudah dipekudakan oleh bukan Melayu, kan Dakj dah cakap, orang Melayu yang mudah diperkudakan oleh bukan Melayu ialah orang Melayu yang ada darah diketurunan Cina? Walaupun, tidak dinafikan, ada orang Melayu darah keturunan Cina yang nasionalisme Melayunya lebih tok-tok daripada orang Melayu lain. Bahkan ada bukan Melayu yang masuk Islam yang nasionalisme Melayunya lebih tok-tok daripada para pemimpin UMNO!
Bagi saya, semuanya takdir -Manusia hanya boleh merancnag tetapi Allah sahaja yang menetukannya.Tak percaya tanya Reduan T Abdullah
Bagi mereka yang suka mendefend PAS dengan menggunakan nama Idham Lim, Anuar Tan, dsb, (mereka yang Cina tapi berada dalam PAS), tolonglah jangan cuba mengkonfiuskan keadaan. Bukankah sejak dari dulu lagi apabila orang Cina masuk Islam, seolah-olah keturunan Cina itu tidak "wujud" dalam diri mereka lagi. Kita menerima mereka dengan hati dan tangan terbuka dan menganggap mereka "Melayu". Tolonglah bersifat jujur dalam hal ini, selama-lamanya kita orang Melayu tidak pernah menganggap mereka ni "Cina" kerana mereka sudah menjadi saudara kita, seoarang Islam. Baik UMNO mahupun orang PAS, semuanya menganggap mereka ni "Melayu". Tidak timbul langsung isu kaum. Jadi once and for all, tolonglah jangan ungkit soal bangsa orang yang beragama Islam hanya untuk political mileage. Yang mendapat benefit daripada propaganda isu Cina Islam hanyalah kaum Cina yang bukan Islam. Cina Islam tetap orang Melayu, tiada bezanya.
- DAP yang licik -
Datuk, bagi saya DAP berjinak-jinak dengan Melayu hanya strategi untuk tunjuk dalam DAP juga ada Melayu. DAP tak hairan sangat nak letak Melayu kononnya sebagai orang kanan parti. Parti Komunis Malaya (PKM) dulu pun guna strategi yang sama, tengoklah berapa banyak pemimpin kanan PKM orang Melayu. Tetapi siapa yang berkuasa? Orang Melayu diperkuda secara terhormat sejak dulu lagi, kini sejarah berulang kembali sebab orang Melayu tak baca sejarah. Matlamat DAP, apa lagi dengan kerjasama sampai memesongkan ideologi asal Pas, orang Melayu akan undi DAP. Tetapi Melayu yang ada dalam DAP tak ada suara pun, mereka ini boneka untuk "memelayukan" DAP yang sangat kecinaan itu. Walaupun DAP jinak dengan Melayu, tetapi penentangan terhadap negara Islam tetap tidak berubah, cuma perjuangan Pas terhadap hudud yang terpaksa beralah demi DAP.
Yg. Berbahagia Dato' AKJ,
Jangan nafikan PR dan peranan Pas telah menjinakkan DAP. Apabila ada orang Melayu menyertai DAP secara rasmi ini bukan lagi kejutan. PRU-12 ramai orang Melayu pangkah DAP & bukan Melayu bekerja/sokong Pas secara terbuka. Soal strategi DAP menarik orang MElayu ke jawatan penting dalam DAP @ calon MB, apa salahnya. Umno boleh kata apa saja dengan andaian yang menakutkan kalau Melayu menyertai DAP. Itulah tabiat semulajadi/penyakit keturunan umno - walaupun orang Melayu menyokong Pas. Pas pun dituduh oleh umno sejak puluhan tahun sebagai extreme, fanatik, lebih bahaya dari komunis, taleban dll. Kalau dengan segala media/jentera kerajaan terlalu banyak memburuk Pas, akhirnya rakyat beri sokongan pada Pas - kini ramai ahli umno yang sudah simpati/iktiraf sumbangan Pas walupun tidak secara total. Jangan nafikan ramai penyokong umno yang rasional disamping masih ramai juga bodohnya berkotak2 & bangangnya berbakul2.
Kalau ada orang Melayu yang menyertai DAP - marilah kita salahkan umno, sehingga anak2 muda/profesional Melayu kini telah menganuti satu trend, kalau nak berpolitik 'sertailah mana2 parti' ASALKAN BUKAN UMNO (ABU).
Bila terlalu banyak politiking dalam federalism terutama dalam negeri2 dikuasai pembangkang & menafikan kebaikan/kejayaan mereka, maka umno dilihat oleh generasi muda sebagai tukang sabotaj.
Apa pun, realitinya kita sedang mendepani DAP semakin lunak menarik sokongan Melayu. Tetapi parti Melayu tradisinya adalah UMNO @ PAS.. atau Asal Bukan Umno (ABU)
Salam Dato'
Dato AKJ,
Saya nak ulas sikit mengenai pandangan Datuk berhubung dgn Gerakan diberi peluang selama 40 tahun memerintah PP. Saya rasa pengundi PP tak akan bagi DAP selama itu kerana menguasai negeri tanpa menguasai pusat sekali tidak banyak yg dapat dilaksanakan kerana "gangguan" dari pusat. Gerakan dapat peluang itu kerana ianya ahli BN yg menguasai pusat dan segala sokongan diberikan sewajarnya. BN yg menguasai pusat tentu sekali tidak senang kalau negeri2 di bawah PR maju. Sebabnya faham2 sajalah. Contoh yg amat relevan ialah kemelut air di Selangor. Oleh itu selagi BN menguasai pusat negeri2 yg dikuasai pembangkang kini tidak dapat bertahan lama kecuali mungkin Kelantan. Sebagai org Kelantan saya faham mentaliti mereka yg tidak mudah digula2kan dgn pembangunan. Tetapi bagi negeri2 lain saya rasa kalau tak ada projek dan poket kering mereka mula berfikir 2 kali atau lebih sebelum mengekalkan PR sebagai kerajaan. Memanglah keadaan ini akan berubah sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.
Dpd: pemerhati kecil
Salam Dato',
Kepada saudara Syukur,
Senaraikan dulu 53 tahun kebaikan BN telah lakukan dan senaraikan pula keburukkan yang BN telah lakukan. Fakta bukan fitnah.
Sekiranya "dacing" nya senget kepada kebaikan, saya akan undi BN dan sekiranya senget kepada keburukkan, tak payahlah saudara menyeru saya menyokong BN.
Senaraikan pula keburukan Pakatan Rakyat telah lakukan selama 3 tahun pemerintahan di PP, Selangor dan Kedah.
Senaraikan juga keburukan PAS lakukan di Kelantan selama 20 tahun memerintah.
Saya mahukan fakta, bukan fitnah dari media BN. Senaraikanlah.
Syukran
Dlm masa 5 harun kebelakangan ne..tidak terdapat isu yang melibatkan pemimpin cina dalam dap.mca,gerakan dan keadilan..tidak terdapat pemimpin mca,gerakan menyerang lim kit siang,gua eng..apa yg berlaku pemimpin cina samada BN dan pembangkang menyerang umno..untuk menjahanamkan umno secara tidak langsung habislah melayu..apa yg HERAN pemimpin umno sekarang macam tolol dan tidak berfikir apa yg sedang berlaku ( mungkin sibuk mengaut harta negara) sehingga alpa dengan nasib melayu..walaupun terdapat tentangan dari org bukan melayu..nasib mereka masih dibela..org melayu diabaikan..mpasal tu org melayu sudah meluat dengan umno..
Y.Bhg Dato'
Kalau semua Parti dan rakyat boleh menghormati Perelembagaan khususnya peruntukan mengenai hak istemewa orang Melayu,saya fakir sistem dua parti juga baik untuk Negara. Kita boleh membuat penilaian sejauh mana Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan janji pilehanraya untuk membentuk sabuah kerajaan yang bersih. Rakyat mungkin telah memberi penilaian yang baik kepada MB Kedah, maka sebab itu
ada pandangan PAS akan terus berkuasa di Kedah.
2. Masaalahnya ramai Menteri di Kerajaan Pusat yang masih lena dan angkuh. Mereka kurang sensitive dengan gelombang perubahan yang sedang bertiup kencang. Barisan Nasional masih boleh memperkukoh kedudokanya kerana keadaan kucar kacir dalam PKR.
3. Najib harus merombak segera Kabinet. Menteri yang angkuh perlu digugorkan. Lantik dikalangan yang bersih, nampak bersih akan senantiasa bersih kerana itu yang dituntut oleh rakyat. Kaki pengampu harus diketepikan dengan memasukan mereka yang benar bersih, komited untuk memajukan negara. Pencari publisiti murahan saperti terjun di Antartika harus ditolak.
4. Beberapa jabatan Kerajaan juga harus diperkukohkan. Mereka yang disyaki korup Dan deadwood harus disingkirkan. Tak perlu tinggi SPRM kerana proses Mahkamah lambat. Sumbatkan mereka dalam bilk sejuk di JPA.
5. Kita tak boleh salahkan kekuatan pihak lawan kerana dalam sistem demokrasi, siapa smart dia dapat tarik undi. BN harus lakukan transformasi untuk tunjolkan kekuatannya Dan bukan asyik dok menyalak kepada kelemahan orang lain. Saya yakin gandingan Najib dan Mahyudin akan buat kejutan besar di Tenang sekaligus melemahkan kekuatan Pakatan rakyat.
Iklas,
Rahim
Salam semua,
Tahniah Zairil, tahniah DAP kerana membuka mata dan minda orang Melayu untuk menjadi rakyat yang baik, pengundi yang bijak.
Jangan kita percaya hanya UMNO/BN saja yang boleh perintah Malaysia, itu adalah Khurafat.
Kita mesti cuba yang lain pulak.
Semua umat Melayu sedarlah dari alunan mimpi, Kuasa ditangan kita, kita boleh pilih siapa yang layak diberi hak untuk tadbir Malaysia.
Marilah kita tukar kepimpinan baru, kalau perkhidmatan tidak baik kita tukar lagi.
Jangan berkhayal tentang Keris dan Hang Tuah. Keris adalah lambang keganasan. Keris hanya untuk membunuh.
Danial Akasya
Dato', saya jahil tentang perjuangan Khir Johari, kerana saya tidak dilahirkan dan tidak dibesarkan di Malaysia. Tapi apa yang saya diberitahu, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran, terdapat perubahan pada dasar pelajaran yang masih terasa kesannya hingga ke hari ini, iaitu menggantikan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi bagi tujuan pendidikan di sekolah-sekolah. Kalau benarlah bapa kepada Zairil Khir ini yang mempelopori idea memberi keutamaan kepada tulisan Rumi, maka tanpa disedari atau sebaliknya, tindakan beliau telah menimbulkan lebih banyak kesan negatif kepada bangsa Melayu/masyarakat Islam; yang paling menyedihkan ialah munculnya golongan Melayu yang tak tahu baca/tulis Jawi, apatah lagi yang tak dapat menghargai tulisan Jawi atau melihat tulisan Jawi sebagai alat perpaduan Melayu. Dari kalangan golongan ini juga terdapat mereka yang tidak fasih membaca al-Qur'an dan sukar mengenal huruf al-Qur'an.
Ada juga yang menyalahkan Khir Johari kerana telah merosakkan masa depan bangsa Melayu sebagai bangsa yang bersatu-padu melalui dasar pelajaran yang memberi keutamaan kepada tulisan Rumi, seterusnya meminggirkan tulisan Jawi.
Wallahualam...
Mom-o-Success
Pembahas Mom-O-Success,
1. Saya rasa itu tak betul. Tulisan rumi telah pun digunakan lama sebelum Pak Khir jadi Menteri Pelajaran pada tahun 1960an;
2. Masa saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita sudah guna tulisan rumi, tetapi tulisan jawi diajar dan diguna secara meluas di sekolah agama yang kita hadiri sebelah petang;
3. Tulisan jawi terus diajar, tetapi tidak digunakan. Maka lama kelamaan ia menjadi tidak relevan dan tidak dipentingkan;
4. Saya rasa yang lebih utama yang berlaku pada zaman Pak Khir adalah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengatar dan sekolah menengah kebangsaan (Melayu) mula menggantikan sekolah menengah Inggeris.
5. Saya terus belajar di sekolah menengah Inggeris walaupun diberi pilihan berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.
Terima kasih.
Syukran,
Saya rasa jawapan sdra adalah jawapan berdalih.
Tak payahlah kita berbincang lanjut.Cukuplah setakat ini sahaja kerana saya rasa ianya tidak produktif.
Kita tunggu sahajalah PRU 13. Apa akan terjadi.
Harap pengundi termasuk sdra dan saya akan membuat pilihan yang bijak demi kesejahteraan rakyat.
-syukur-
"Bagi mereka yang suka mendefend PAS dengan menggunakan nama Idham Lim, Anuar Tan, dsb, (mereka yang Cina tapi berada dalam PAS), tolonglah jangan cuba mengkonfiuskan keadaan. Bukankah sejak dari dulu lagi apabila orang Cina masuk Islam, seolah-olah keturunan Cina itu tidak "wujud" dalam diri mereka lagi."
- DAP yang licik -
Andaian berdasarkan apa yang sdr pakai ni?
Adakah sesudah memeluk agama Islam, kad pengenalan mereka boleh diubah nama kaumnya?
Suami penyanyi Anita Sarawak itu adakah dianggap melayu oleh masyarakat melayu di Malaysia?
Lagipun, dakwaan konon bila masuk Islam, maka seseorang itu akan masuk melayu akan lebih banyak menyusahkan seseorang muallaf.
Sila rujuk kes-kes di JAKIM. Umumnya, ramai ibu dan bapa keturunan cina tidak kesah anaknya buddha, hindu, kristian atau ateis. Tapi kesah bila ada anak yang mahu masuk islam. Sebab takut hubungan kekeluargaan dengan anak itu terputus.
Mereka itu jahil tentang islam kerana mereka bukan beragama islam. Jangan kita yang dilahir Islam ini juga turut menjadi jahil.
Lagipun jika sdr rajin melawat blog Idham Lim, beliau masih mengekalkan mana-mana budaya cina yang tidak bertentangan dengan ajaran islam. Juga seorang yang gemar mengkaji budaya cina islam di Republic of China.
Siapa sebenarnya yang suka ungkit soal bangsa orang yang beragama Islam hanya untuk political mileage?
Sila juga rujuk Wasiat Rasullullah tentang soal bangsa ini.
Fed Up
Dear Dato',
Thanks so much for the explanation. That has lessened my ignorance of the history of the country's education system. It still makes me feel sad though that we have lost that one common tool which could have been a unifying force for the Malays...
Mom-o-Success
Orang Melayu baik yang ada PHD ke atau mendapat gelaran Profesor ke atau ulamak ke "nilainya" hanya "secawan kopi dan rokok sebatang" habis.
atas sebab mereka ini sepertimana ayat Allah yang berbunyi: "Wallahu la yasdi qauman fasikin".
Sama juga dengan orang "Arab" yang tapak turunya Al Quran dan para nabi dan Rasul.
Lihat orang Arab Palestin. Lihat orang Arab semanjung tanah Arab. Apa sudah jadi dengan mereka.
Mereka tidak mendapat pertunuk daripada Allah. Sebab itulah mereka jadi demikian.termasuk orang Melayu sejak dulu hingga kini.
Salam Dato',
maaf cakap, saya sampai bila2 pun tak percaya pada bukan Islam, tak kiralah bangsa apa pun. sebab org Islam yg percaya pada dosa pahala pun boleh menipu, apa lagi yg bukan Islam. apa jaminan?
tapi bagi org Islam, taqwa adalah sebagai jaminan. org bertaqwa pasti takut nak menipu, nak rasuah, salahguna kuasa, ponteng kerja, menindas dan apa2 juga kesalahan, sebab mereka takut pd Tuhan. tak kira samada orang nampak atau tidak. tapi orang kafir? munkin depan orang mereka jujur, baik, tapi kalau waktu orang tak nampak, dan ada peluang...? mungkin ada yg bagus dari segi intergriti, tapi berapa ramai dan macamana kita nak cam mereka? ada tanda ka?
melayu yg mudah diperkudakan oleh golongan bukan Islam hanyalah mereka yg tak peduli halal haram. di tempat kawan saya kerja, ada tokeh c*na yg boleh keluar masuk pejabat pengarah urusan dgn mudah mcm pejabat mereka sendiri jer, walaupun kalau tengok nama dia langsung takde apa2 kontrak dgn kerajaan, tapi rupanya 3 4 sykt bumi yg dpt contract, semua dia lah yg punya funder. sampai boleh siap taip surat claim projek pun dlm pejabat pegawai atasan je, hari ni taip, esok nak kena bayar!! walhal projek dah bertahun sangkut.
melayu jenis mcm nilah yg jenis mudah diperkudakan.
terima kasih.
Salam Dato',
(sambung)...
bukan maksud tak boleh berkawan dgn bukan Islam, berkawanlah, bekerjalah, tapi jgn sampai gadai prinsip. Biar kita yang pandu mereka , bukan kita ikut mereka sembarangan. garis panduan Islam dah ada, patuhilah. barulah nampak Islam tu cantek, barulah orang melayu Islam tidak diperlekehkan.
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum,
Kalau Sdr. Abu Bakar Ab.Rahman benar-benar sayangkan negara, bangsa dan masa depan anak cucu-cicitnya, maka wajiblah bagi ab berjihad bersama-sama PAS yang dasar perjuangannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Dengan kata lain, PAS memperjuangkan Islam.
Sebagai Muslim, kita wajib yakin akan janji Allah bahawa Allah SWT akan menganugerahkan kemenangan kepada perjuangan Islam apabila tiba detik dan ketikanya.
'Masa depan' bukan sekadar masa depan di dunia fana' ini sahaja; tetapi 'masa depan' yang sebenar dan hakiki ialah masa kita berada di alam akhirat nanti.
Oleh yang demikian, kemenangan Islam bermakna kemenangan di dunia dan kemenangan di akhirat; tetapi kemenangan perjuangan parti sekular hanya semata-mata di dunia yang terlalu sementara sifatnya. Di akhirat, kecelakaan yang menimpa.... .
Saya juga berasa geli, loya, mual, muak dan nak termuntah apabila ada orang Islam yang memuja, memuji dan sentiasa mempertahankan pemimpin negara yang terang-terang mengingkari Perintah Allah SWT. Dalam masa yang sama, dia selalu mengutuk dan berprasangka buruk terhadap jemaah Islam yang berjuang membela Islam.
Manusia jenis pembodek hangit sebegini sering menganggap pemimpin negara sebagai al-Razzak. Lupa mereka bahawa Allah SWT Yang Maha Esa itulah sebenarnya Yang al-Razzak.
Oleh yang demikian, konsep aspek pembangunan negara yang difahami mereka hanyalah pembangunan kebendaan semata-mata. Pembangunan rohani langsung tidak diutamakan.
Wassalam.
Salam Datuk,
Pandangan saya berkenaan kemasukan Zairil Khir Johari telah dinyatakan di dlm blog saya my view. Saya bersetuju dgn pandangan Pak Belalang bahawa beliau tiada attachment dlm soal perjuangan parti arwah bapa beliau sebelum ini. Seperti seorg yg percaya ajaran Islam tetapi tidak beriman atau tiada jiwa/soul dlm amalannya. Inilah yg berlaku kpd Zairil Khir Johari, beliau mungkin terlalu dihimpit oleh perasaan bencikan korupsi dlm UMNO sehingga lupa bahawa DAP juga sama korupnya.
Salam maae
Kamu, antara lain, bertanya, betul ke pembabitan DAP dalam PR betul-betul ikhlas dalam erti kata 'ikatan'?
Komen:
Betul atau tidak, kamu kena
bayangkan DAP antara penduduk
kawasan setingan atau rumah haram
di negara ini dan bayangkan
sekali PR merupakan kawasan
setingan tersebut yang diduduki
oleh penduduk pelbagai kaum dan
agama yang kehidupan hariannya
bukan sahaja tak selesa (jika
dibandingkan dengan kawasan kondo
- kamu bayangkan orang UMNO
penduduknya), malah tidak
henti-henti menerima surut dari
tuan tanah untuk merobohkan
rumahnya, termasuk rumah ibadatnya!
Datuk,
Mengenai tulisan jawi di sekolah ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya yang mungkin tidak dialami oleh Datuk kerana Datuk bersekolah Inggeris. Saya mula sekolah tahun 1959 dlm aliran Melayu. Semasa Darjah 4 tahun 1962 sesetengah subjek (contoh: Sejarah yg masa itu dipanggil Tawarikh)masih menggunakan tulisan jawi. Bila saya masuk Darjah 6 dlm tahun 1964 tulisan jawi tidak lagi digunakan. Saya tak pasti siapa Menteri Pelajaran masa tu.
dpd: org kg
Datuk,
Boleh jadi sebab utama mengapa ada terlalu banyak pembahas2 anonymous ialah ekoran undang2 baru berkenaan komen2 di blogosfera. Pembahas2 mungkin takutkan undang2 baru itu. :-)
Salam,
LJ
Anehnya, dalam masa dan ketika Pas merancang dan melaksanakan misi yang itu, tak semena-mena parti lain pula (Dap/Umno/KITA) yang dilihat lebih berjaya menambat hati Melayu berbanding Pas.
Salam DAKJ serta para komentar semua,
Saudara Syukur,
Tak kan dah tak ada idea kot nak jelaskan kebaikan UMNO tu?
Dayus lah kerana sebelum komen terakhir yang anda terpaksa angkat Bendera Putih, saudara beria-ia sangat menegakkan benang lembab UMNO.
Saudara Syukran,
Nampak kawan kita kita AUTA saja lebih sokong UMNO, macam bos UMNO dia jugak lah..kaki AUTA saja.. hasil ZERO.
Pandangan saya seperkara lagi tentang berjayakah BN menawan Kedah..
Agak susah sebab Dato Bashah pun kaki AUTA sebab bantuan banjir pun gagal nak urus dengan profesional.. kelam kabut hingga ada ramai yang tercicir. Ramai yang dah mula tak puas hati dengan dia.. so berat sikit lah nak menang BN di Kedah.
Lagipun dengan LCE.. cakap pun macam baru kena todi, maka susah lah BN nak menang.
Apapun kita tunggu PRU13.. tactic BN.. mulai buat projek pembangunan gila-gila.. duit ditabur dengan harapan nak menang...
Biasa la.. orang UMNO pun paham sangat2.. ni la masa nak buat duittt...
Tepuk dada tanya selera.. betul ke tidak?
1280-K Taman Malik
Post a Comment