Thursday, August 25, 2011

Susah Kalau Nasihat Ulama Pun Tak Dengar


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

 RAMAI pembahas beranggapan saya rapat dengan pemerintah sampai boleh jumpa dan bagi nasihat pada bila-bila masa.

Tak betul, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti daripada menjadi Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press pada tahun 2000 dan menulis atau bercakap dengan agak kritikal mengenainya.

Saya tidak peduli dengan layanan itu, cuma kalau ada peluang dan kalau boleh bantu, saya nak bantu. Tapi kalau mereka tak mahu, tak apa. Saya tulis dan saya cakap.

Kalau nasihat atau pandangan saya tidak dipedulikan, itu tak menghairankan, tapi bila nasihat ulama terkemuka macam Mufti Perak, Harussani Zakaria (Tan Sri) pun mereka tak endah, susah sikit nak cakap.

Pada 24 Ogos dalam satu forum agama anjuran akhbar Sinar Harian, beliau berkata beliau menemui Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan menasihati beliau mengenai demi perlunya langkah diambil bagi menangani isu perpecahan orang Melayu, dan mendakwa masalah itu meruncing kerana kepemimpinan yang lemah.

Hari ini, 25 Ogos, Harussani jelaskan yang beliau hanya memberi nasihat kepada Mohd Najib agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk dalam Umno.

Katanya, teguran terhadap pentadbiran Mohd Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.

Saya rasa saya faham sentimen Harussani dan saya rasa Ramai orang Melayu berpendirian yang sama. Tetapi untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kelemahan dan perpecahan bermula selebum zaman beliau iaitu pada waktu Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri.

Harussani dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: “Saya kata (kepada  Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan.”

Kalau itu betul apa yang beliau katakan, saya berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kerana ada ulama kita ikhlas menjalankan tanggungjawab dan berani berterus terang. Alhamdulillah beliau juga ada akses kepada Perdana Menteri.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, perpecahan orang Melayu berlaku apabila Dr Mahathir Mohamad (Tun), sebagai Perdana Menteri, menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim (Datuk Seri).

Kata Harussani, beliau menasihatkan Dr Mahathir supaya jangan terus singkir Anwar, sebaliknya menurunkan pangkat beliau kerana Anwar ada sokongan di kalangan orang Melayu. Tapi, kata beliau, nasihatnya yang lain ditunaikan oleh Dr Mahathir.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Abdul Razak Hussein (Tun). Kata Harussani, Tun Razak menyelesaikan banyak masalah yang beliau adukan termasuk 14 kuil Hindu yang guna nama Melayu dan perarakan Hindu melalui kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

Harussani berkata beliau berpendapat menggabungkan perayaan agama-agama lain dengan perayaan Islam adalah syirik.

Katanya beliau cuba menemui Abdullah ketika beliau menjadi Perdana Menteri tetapi gagal dan tidak ada apa-apa yang dilakukan mengenai perkara itu. Saya pun tak setuju digabungkan Aidilfitri dengan perayaan agama lain.

Nampaknya, inilah masalah dengan kepimpinan politik Melayu hari ini. Ia tidak lagi mahu mendengar nasihat, maklum balas dan keluh kesah orang Melayu dan umat Islam.

Semua parti politik Melayu atau yang dipimpin oleh orang Melayu kemaruk sokongan minoriti sehingga orang Melayu berasa terpinggir dan terancam.

Rasa-rasanya pemimpin politik hari ini berasa mereka sudah begitu pandai kerana belajar di universiti dan tak perlu lagi dengar nasihat atau pendapat orang tua-tua, orang agama dan orang berilmu. Atau mereka takut kalau-kalau yang akan dinasihatkan itu tak sedap didengar.

Mereka berasa ilmu dan kedudukan mereka sudah cukup kuat kerana ditokok tambah dan disokong pula oleh kuasa politik dan duit. Maka mereka pagarkan diri mereka dengan barisan Setiausaha Politik,  pegawai khas, pegawai media, penasihat, perunding, ahli keluarga dan suku-sakat yang kerana duit dan kuasa, akan menceritakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Tapi, kita jangan putus asa. Kita bukan macam dulu lagi kena bergantung kepada media arus perdana. Hari ini kita ada macam-macam saluran komunikasi untuk mencari maklumat  dan  berbincang.

Kalau pembesar politik kita, tak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tak peduli suara kita, kita berbincang sesama sendiri, kita buat kesimpulan dan kita tunjukkan melalui peti undi, Insya-Allah.

84 comments:

Jurnal Murahan said...

saya anak perak

saya bangga dengan ustaz harussani

saji said...

Salam Dakj,

Saya percaya, ramai yang akan tanya, mengapa sekarang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru berani nak tegur?

Anonymous said...

Sehari dua hari ini, temuramah oleh Mufti Perak dan Dr. Asri sememangnya menarik perhatian saya.

Umumnya, Dato Harussani bercakap tentang penyakit manakala bekas Mufti Perlis itu bercakap tentang simptom penyakit yang berkenaan.

Kita lihat sahaja pada pengawalan harga ayam. Penetapan harga siling yang rata-rata merugikan peniaga jelas memperlihatkan sikap "sudah terhantuk baru nak mengadah".

Apa guna sudah separuh bulan berpuasa baru nak bercakap pasal pengawalan harga dedak dan makanan ayam?

Malah ada ketua jabatan yang memperakui "bekalan ada dan terjamin, yang tidak boleh dijamin adalah harga".

Itu harga ayam. Tak makan ayam di pagi raya, tidak bermakna tidak menyambut Aidil Fitri. Namun soal akidah bukan soal kecil-kecilan. Jangan nanti kita diberitahu, soal agama dan sosial tiada dalam KPI.

Sekali lagi, jumlah kakitangan JPM yang mencecah 40,000 orang itu adalah membazir dan tidak memberi apa-apa makna.

Semakin ramai yang terhimpit dek keadaan ekonomi semasa tetapi semakin tegar pula pembuat polisi menyakinkan diri sendiri yang perancangan ekonomi sedia ada sedang bergerak pada landasan yang betul.

Itu tanda tidak mendengar nasihat orang namanya. Sikap mereka yang hanya mahu dengar yang baik-baik saja. (Ditafsir : penasihat yang ada rata-ratanya adalah pembodek semata-mata).

Overdose dengan "sugar coating".

Satu lagi, saya ingin menarik perhatian DAKJ dan rakan-rakan kepada kenyataan Dr Mashitah suatu masa dulu yang menyatakan "tidak apa melacur jika dapat mengelak dari jatuh miskin atau fakir"

Masa itu ia tidak dipandang serong. Hingga kini Dr. Mashitah masih ada dalam pentadbiran.

Kini, ada yang bosan dengan badan zakat dan mula menoleh kepada bantuan gereja, ramai pula yang menggelepar dan berbuih-buih di mulut.

Jangan salah faham. Jika berlaku murtad, patut dikatakan masalah murtad. Bagaimanapun, mengubat simptom tidak tentu dapat mengubat penyakit.

Dan penyakit tidak dapat diubati jika telinga doktor yang mendengar penjelasan pesakit hanya memasang frekuensi pendengaran kepada yang cantik-cantik sahaja.

p/s Teringat pula pada peristiwa Pak Lah. Semasa mahu mengumumkan PRU12, beliau mengaku lebih percayakan input menantu dari input SB. Bila agaknya Najib nak betulkan apa yang Pak Lah sudah rosakkan....Harap-harap Biro Agama JPM tidak turut ikut perangai "sugar-coating". Maklum saja sampai la ni menterinya masih tidak berkata apa.

Fed Up

Anonymous said...

sebab tu dari dulu saya cakap ok kita pangkah tak ok kita pangkah lagi satu, saya rasa takde masaalah, kalau dulu mungkin kita serba salah sebab ade pas, tapi sekarang dah ok sebab pas pun dah bersatu dengan dap dan pkr jadi lagi senang kita nak pilih, yakni parti pemerintah atau parti pembangkang. saya harap makin ramai orang melayu yang bijak menilai.


mohd paizal

wadironi said...

Assallamualaikum,

Inilah kehalusan dan kelembutan untuk memutlakan hak Islam dipersekitaranya.

" Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan " Jika diteliti dasar ini tidak membawa erti dan manfaat keutamaan terhadap perpaduan Islam dan peradabannya . Bukan kita Umat Islam terlalu egoist dan robus , tetapi inilah natijahnya kebesaran nostalgia agama didunia .
Kenapa tiada keberanian pemimpin Islam yg berkuasa untuk mendaulatkan keutamaan Islam dalam misi dan visi perjuangannya ? ' Rakyat didahulukan , Pencapaian Islam diutamakan dan bukan Muslim tidak diabaikan "

Keberanian mereka diselimuti gebar tebal yang menghangatkan jatidiri dan pengaruh kekuasaan ..jika perang mereka akan terus menggelupur dibalik sihamba yang melata mendepangkan kudrat dijajaran kekuasaan , tapi gagal untuk takwa sekadar sebentar disinggahsana .

aku bukan politician said...

Aslm DAKJ dan salam ramadhan,

saya musykil la orang Melayu ni, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya, dari dahulu hingga sekarang saya dapati pemimpin Melayu ni sanggup menjual kepentingan agama, bangsa dan negara demi supaya diri sendiri berkuasa. Sanggup melibatkan pihak luar untuk mendapatkan sokongan dan berperang/membunuh sesama sendiri.

Tak bolehkah kita orang Melayu menetapkan dasar untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama. Kalau ini boleh dilakukan, tak kisahlah parti mana yang jadi parti pemerintah. Kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa teras di Malaysia juga akan terjamin dan tidak boleh dipersoalkan mahupun diganggu-gugat oleh anasir-anasir perkauman yang berlindung di sebalik nama rakyat. Yang pasti, mana-mana orang Melayu yang khianat terhadap dasar ini secara automatik ditolak.Dan inilah sebenarnya yang dilakukan oleh bangsa lain untuk mempertahankan kepentingan mereka sebagai minoriti malah sekarang ini digunakan untuk menyerang kepntingan orang Mdelayu pula.

Orang Melayu juga sepatutnya menyibukkan diri untuk melengkapkan diri, keluarga, masyarakat dan bangsa dengan ilmu dan kemahiran dalam segenap aspek kehidupan dan bukannya sibuk menyalahkan pemimpin dan orang lain sehingga berlarutan dan menjadi tidak produktif. Ingatlah, kalau kita sendiri lemah, bagaimana kita hendak memimpin bangsa lain. Sebagai majoriti yang lemah, kita hanya akan menjadi beban kepada negara.

Wallahualam.

-Aku Bukan Politician-

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Izinkan saya menambah.

1. memang resam manusia kalau dah lama sangat memerintah (lebih 54 tahun) mereka fikir negara ni mak bapak mereka yg punya.

2. bila dah lama kalau jasa berlonggok tak pe tapi dosa bertompok2 akibat penipuan demi penipuan dan rompakan demi rompakan.

3. dalam urusan memuaskan nafsu serakah mereka, mereka wujudkan apa yg dikenali sebagai kroni (terutamanya terdiri drpd banyak kaum Cina dan India dan sedikit Melayu)untuk membahgi2kan harta rakyat dikalangan mereka. Tidak dinafikan mereka juga melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada rakyat, tapi pd masa yg sama mereka juga mengelapkan sebahgian drpd hasil negara.

4. demi menutup segala dosa2 mereka dan mempertahankan kuasa, maka mereka pun cipta pelbagai peraturan dan undang2 yg menindas.

5. mereka melantik banyak yes men memegang jawatan penting termasuklah mufti2 dan ustaz2 dgn faedah kewangan yg sukar dilepaskan. Kalau yes men tadi terpaksa dipencenkan kerana tiba2 bertaubat pd Allah, ramai lagi yg sanggup jadi pak sanggup untuk bersekongkol.

6. siapa juga yg melawan akan dihapuskan dgn ISA atau mahkamah kangaroo, dgn mengembelingkan segala kekuatan aparatus kerajaan spt polis, peguam negara, hakim, media perdana,SPR, SPRM dsbnya.

7. keberadaan golongan ulamak dialu2kan selagi ulamak berkenaan menjadi tukang angguk dan tidak menunjukkan sebarang tentangan atau bantahan kepada perbuatan maksiat pemimpin UMNO.

8. pilihanraya diadakan bukan benar2 adil dan telus. Dengan segala penipuan yg di bantu oleh SPR , badan yg pengerusi, timbalan pengerusi serta setiausahanya sentiasa siap sedia diperkudakan maka kesemua perjalanan pilihan raya lebih merupakan sendiwara buang masa dan wang ringgit rakyat sebab kemenangan pd UMNOBN telah pun dipastikan.

9.Bila nampak ketara Melayu sudah bukak mata menolak PEMIMPIN UMNO, maka sibuklah mereka mencanangkan bahawa PAS/PKR telah menjadikan DAP pemim pin mereka, Melayu lemah sebab berpecah, Melayu akan hancur jika UMNO kalah,Anwar hanya petingkan agenda peribadi tanpa memikirkan agenda Melayu dsbnya.

Kesimpulan: bagi kita semua rakyat yg kurang reti soal agama mungkin sering berbalah soal sokong UMNOBN atau tidak. Yg saya hairan bagaimana golongan ulamak termasuk 40 ulamak muda pun boleh keliru dgn menyokong golongan PEMIMPIN UMNO yg rata2 sinonim dgn kemaksiatan.Betullah kata org bijak pandai....tinggi ilmu belum tentu dapat menjamin tebal keimanan.

Anonymous said...

syukur alhamdulilah.
tinggalkan perak tu, ts.
masuk pas.
pru13 masuk bertanding.
insyaallah, pr pasti menang.

- ulama terpinggir.

awang batuburok said...

salam EidulFitri Dato,

kalau Dato nak rasa tapai pulut dan ketupat pulut jemputlah datang kebumi Terengganu Darul(wang)Ehsan semasa sambutan EidulFitri nanti.

saya sangat setuju bahawa perpecahan ummat islam hari ini adalah disebabkan kejahilan ilmu islam dan sikap taksub melampau kepada kelompok kepartian (politik)
ditambah pula sikap terlalu mementingkan diri sendiri (nafsu tamakkan harta dan kuasa).Contoh yang paling jelas ialah penafian hak wang royalti petroleum kapada rakyat Terengganu dan Kelantan adalah semata-mata kerana dendam kesumat politik yg tidak berkesudahan. Banyak lagi kes kezaliman terhadap rakyat yang berlaku semata-mata kerana sikap taksub terhadap fahaman kepartian.

Dalam bulan yang mulia ini; yakni bulan yg Allah nuzulkan AlQuran kapada rasul dan umat akhir zaman,
sayugialah semua pihak kembali merujuk kapada apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam AlQuran dan melalui hadith utusanNya Rasulullah SAW.

Para mufti/ulama perlu berani menegur pemimpin-pemimpin semua kelompok politik secara konsisten mengikut AlQuran dan jangan pilih-pilih jalan mudah/selamat semata-mata untuk menjaga kepentingan kedudukan dan habuan yang diberikan sehingga sanggup menjadi syaitan bisu terhadap kemunkaran yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa disetiap zaman.

Anonymous said...

BN leaders are more brainy than the opposition leaders. That is why they still rule this country for the past 50 years and they will continue to rule dulu, kini dan selamanuya .....!!

The oppositions have nothing to offer except rhetoric all along and somtimes lack wisdom !!

I believe the BN leaders do a lot of listening and adjustments being made but of course they simply cannot accept everything what others are saying across the board. I am sure Najib does a lot of listening from his friends and foes including you, Datuk and all the critcisms level against him.

At the end of the day, I think Najib will outshine in his effort to win the hearts and minds of people of all walk of life except for those who would continue to be a state of denial until doomsday!!

Syabas, Najib!! Continue the good work for the sake of rakyats wellbeing !!

There is a light at the end of the tunnel for sure!!

Jinah

A KADIR JASIN said...

Pembahas Saji berkata: "
Saya percaya, ramai yang akan tanya, mengapa sekarang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru berani nak tegur?"

Mohon baca betul-betul Sdr Saji. Bukankah beliau berkata beliau bagi nasihat kepada Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah Badawi?

Tolong baca dan faham posting saya sebelum komen. Tak adillah salah mengertikan dan putar tulisan saya.

Kepada yang lain pun macam tu juga. Mintalah komen benda yang saya tulis, bukan bantai kromo saja pasal nak sokong parti masing-masing atau nak tegakkan benang basah.

Marilah kita berfikir dan berartikusali, bukan ngomong kosong saja. Janganlah kita beri legitimasi kepada hujah bahawa kita orang Melayu adalah inarticulate race - bangsa yang tidak pandai berhujah.

Saya pun dah naik serabut dengan bahas half-past-six ni. Rasanya, dulu perbahasan kita lebih waras dan berkualiti.

Maaf cakap. Terima kasih.

Anonymous said...

Err... mana pergi para ulamak muda yang ramai-ramai declare masuk UMNO hari tu ye?

Fed Up

Tok siak said...

Datuk

Najib banyak bergantung kepada input penasihatnya serta consultant mereka

dan malangnya mereka ini bukan berlatar belakangkan Islamic education apatah lagi semangat kebangsaan.

Mereka ini lebih bersikap ala koporat dan mengaamalkan sifat liberal yang lebih universal kununnya.

Tidak seperti di zaman Tun Razak dahulu.

Najib dibesarkan dalam keadaan yang senang dan keluarganya yang elit membuatkan kehidupan masa kecilnya terbatas didalam lingkungan dunia mereka sahaja.

Sebab itu Najib tidak nampak visi yang jelas akan keperluan masyarakat terutama bumiputera sepertimana Tun Razak yang hidup seperti anak kampung lain masa kecilnya.

Jika setakat turun kekampung hanya untuk merasmikan sesuatu majlis, itu belum dapat membuat Najib mendapat feel yang sebenarnya.

saji said...

Salam Dakj,

"Harussani dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: “Saya kata (kepada Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan."

Komen:

1. Jika Harussani mendakwa orang Melayu sekarang berpecah kerana kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan, saya tertanya-tanya, apa pula (faktor atau faktor-faktor) yang menyebabkan orang Melayu tidak berpecah atau bersatu sebelumnya?

2. Tidakkah antara faktornya atau faktornya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu dasar Melayu yang nasionalis sifatnya yang diperjuangkan oleh UMNO?

3. Jika jawapannya ya,tidakah dakwaan Harussani di atas mengenai kerajaan UMNObn yang rasuah sebagai penyebab orang Melayu berpecah hari ini, khasnya mengesahkan pandangan di kalangan orang Melayu sendiri,akhir-akhir ini, yang mengatakan bahawa, perjuangan nasionalisme Melayu yang dulunya berkisar memperjungkan hak istimewa orang Melayu sudah bertukar kepada perjuangan memerangi rasuah?

Anonymous said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya tumpang gembira sikit kerana Datuk masih mengambil berat tentang kualiti bahas di blog Datuk ini. Saya ingatkan Datuk tak ambil kisah sangat kerana berpegang kepada konsep kebebasan bersuara, dsb. Syabas.

Dulu-dulu, saya suka baca hampir kesemua komen-komen pembahas di blog Datuk ini kerana terdapat banyak buah fikiran yang bernas & hujah-hujah yang kritis. Dapat juga kita belajar sedikit sebanyak daripada mereka.

Sekarang ini, hampir tiada apa yang kita boleh ambil sebagai pengajaran, mahupun bertukar fikiran. Maaf cakaplah Datuk, dah jadi macam borak kosong kedai kopi tepi jalan sahaja perbahasannya. Hendak beri komen pun dah jadi malas sebab nanti akan jadi 'hingar-bingar' tak tentu arah.

Namun demikian, setiap posting baru Datuk tetap saya tunggu dan baca. Teruskan Datuk.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

saya masih ingat bagaimana tun mahathir menggerakkan pasukannya untuk menangkap ustaz2 bebas berceramah, hanya kerana nak menegakkan yang malaysia ni adalah sebuah negara islam.

jadi saya nak tanya pada sahabat kita semua malaysia ni negara islam atau negara yang ramai penganut beragama islam atau negara islam yang sekular.

mohd paizal

Anonymous said...

kesan yang negara alami sekarang adalah kerana memilih pemimpin dari kalangan orang tiada kelayakan memimpin, walaupun ada kelayakan akademik setinggi gunung. adatlah manusia semuanya memang pelupa, bukan setakat melayu sahaja mudah lupa.


kamunting.

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas budiman

Nak tumpang sikit pasal komen DAKJ pd sdr SAJI

1.Ada ulamak DAN penyokong yg sgt penyabar dalam menghadapi ragam pemimpin UMNO , walaupun dah bertahun2 cuba menasihat secara friendly.Saya suka bersangka baik pd ulamak dan penyokong kategori ini , asal saja mereka tak mencari2 alasan mengiakan apa saja perbuatan pemimpin UMNO , termasuk yg kufur pd Allah. Banyak sudah contoh yg kita dpt lihat bagaimana akhirnya mereka berpisah juga dgn UMNO samaada berpatah arang spt Sdr Anwar yg saya sanjungi atau mereka akhirnya dikesampingkan spt Ku Li dan Tan Sri Kadiak mantan menteri.

Jangan lah kita cela mereka dgn kata2 spt "kenapa dah pencen baru nak kritik" dsbnya. Sepatutnya kita bersyukur kerana diperingkat umur senja, mereka sempat sedar dan meninggalkan amalan lama yg tidak selari dgn ajaran Islam.

2. Yg saya risau ialah kedudukan penyokong tegar, membujur lalu melintang patah. Mengikut saja cakap pemimpin UMNO mereka tanpa usul periksa, tanpa bertanya halal haramnya dan dosa pahalanya.Rumah kata pergi , kubur kata mari, pun masih nak putar belit demi sedikit habuan sementara di dunia.

3. Pasal DAKJ, sejak Dato meneraju akhbar media perdana pengaruh UMNO dulu pun saya sangat hormat pd tulisan Dato kerana pendirian tegas( mana yg terdaya) pd pimpinan tertinggi UMNO dan tidak mudah melatah menghentam pembangkang bagai nak rak.

Melihat tulisan Dato dlm blog ni tentu rasa hormat saya tu bertambah2 lagi sebab saya yakin jauh di lubuk hati org spt Dato masih terdapat banyak cahaya kebenaran. Amin.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saudara Hairulfitri kata:

"Kesimpulan: bagi kita semua rakyat yg kurang reti soal agama mungkin sering berbalah soal sokong UMNOBN atau tidak. Yg saya hairan bagaimana golongan ulamak termasuk 40 ulamak muda pun boleh keliru dgn menyokong golongan PEMIMPIN UMNO yg rata2 sinonim dgn kemaksiatan. Betullah kata org bijak pandai....tinggi ilmu belum tentu dapat menjamin tebal keimanan"

Kalau tinggi ilmu ugama pun tapi kalau disalahgunakan untuk kepentingan politik sempit, bodoh dan merugikan bangsa dan agama adalah lebih hina, jijik dan keji. Perkembangan terbaru telah membuktikannya (tiada perlu untuk dihuraikan...buang masa saja)

Jimizul

OKJ said...

Salam DAKJ

Nampaknya, masih ramai pihak yg masih buat-buat tak faham antara nasihat dan perintah. Saya malas nak cakap apalah sebab dah berkali-kali terangkan. Keduanya, apa salahnya bagi orang muda pulak memberikan satu dua pendapat dan nasihat yg lebih bersesuaian dengan zaman serba laju ni. Pendapat orang lama pun sesuai jugak, tapi lebih sesuai untuk zaman mereka dulu. Lagipun sekarang, kalau nak bercakap mengenai sesuatu bidang, kita kenalah tunjukkan kelayakan kita dalam kepakaran tersebut. Ianya bermaksud ada ISO ke, Accreditation & Privilege dari LAN ke. Kalau tak, standardnya macam berborak dekat kedai kopi jelah dan jadilah macam cerita Lynas dan fitnahnya.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah." Itulah kata-kata yg JUJUR dari YB PAS yg lebih utamakan kejujuran dari Parti sendiri. Alhamdulillah dan syabas Dr.

Kesimpulannya, bila parti yg tiada ilmu tapi nak bercakap jugak, jadilah satu fitnah. Walau bagaimanapun, saya rasa lebih ramai ahli parti tersebut yg sebenarnya menyokong kebenaran dan mentafsirkan Quran dan Hadith mengikut tafsiran yg sebenarnya, Cuma seorang dua yg main bantai tafsir ikut sedap sendiri, lepas tu tuduh orang lain tak beriman. Bengong!!! Bak kata pepatah; “Tak tahu pun sebenarnya, tapi buat-buat tahu dan berbincang dengan yg sama-sama tak tahu. Punah Negara jadinya”. Sekian TQ.

Zainal Ariffin Ashari said...

Salam Datuk.

Mungkin kerana perkataan "pemerintah' itu sendiri yang membuat ramai pemimpin sukar untuk menerima nasihat daripada sesiapa pun. Berdoa agar diri sendiri tidak tergolong didalam kumpulan yang tidak mendengar nasihat yang baik2.

Terima kasih

Zainal Ariffin Ashari

Tinta Hitam said...

Datuk,

Adake perpaduan melayu ni mesti melalui UMNO sahaja dan tida pilihan lain? UMNO adalah platform yg terlalu reput dan buruk utk digunakan sebagai landasan menyatu padukan org melayu..Pd saya UMNO perlu di lontarkan shj kedalam tong sampah sejarah.Tiadany UMNO adalah rahmah pd umat melayu

orang lama said...

Dato', bila budak-budak yang kurang sikit matang mula nak berpolitik dan tunjuk perasaan akan ada komen-komen yang agak macam sampah dimata kita tetapi kita harus ingat, inilah jenerasi akan datang yang perlu kita bentuk dan insafi mereka akan nilai-nilai ketimuran, ketertiban. Jangan Dato' berserabut, muga-muga tulisan Dato' yang bertali arus itu akan menyedarkan gulungan muda yang pra-matang ini untuk berhujah.Sebenarnya mereka sedang dalam proses luahan rasa tak tahu kemana arah hendak dituju. Cuma maaf cakap kadangkala tulisan-tulisan Dato' terlalu 'berlapik' (cara orang melayu lama). Zaman sekarang agak kurang sesuai untuk menyedarkan para pemimpin kerana kemungkinan mereka hidup mula-mula minum susu 'lembu'. Kita mungkin minum susu ibu. Saya harap Dato' faham.Ulama pernah berpesan, kita akan jadi dengan apa yang kita makan dan minum. Itu tak cerita lagi pasal makan dan minum benda-benda haram. Tengok tingkah laku para pemimpin kita dan cara hidup mereka dan tutur kata mereka, kita sudah boleh membuat bermacam-macam persipsi. Pemimpin yang tidak mendengar kata ulama 'kemungkinan' darah dagingnya bercampur dengan benda-benda haram.Begitu juga apa yang beri makan kepada anak-anak kita. Wallahu'aklam!

orang lama said...

Salamat Hari Raya Datuk,

pada hemat saya, Najib tidaklah sebijak seperti yang penasihatnya ingin tonjolkan.

Jika kita lihat kes liwat anwar II sekarang, mahkamah kosong tidak seperti dahulu.

Ini menunjukkan rakyat sudah tidak ambil peduli lagi hal anwar. Untung sabut timbul.

Tetapi rakyat lebih mahu melihat bagaimana Najib mengendali Malaysia setelah Pak Lah menghancurkan harapan rakyat yang diberi pada PRU 2004.

Tetapi Najib gagal mengambil peluang ini tetapi lebih sibuk dengan idealisma penasihatnya seperti 1Malaysia, Terma Projek Bombastik, NKRA dan pelbagai lagi idea yang tidak secara langsung mengambilkira keperluan rakyat.

Jika adapun, rakyat kabur dengan idea penasihatnya itu.

Dan lebih buruk, kekaburan ini diambil kesempatan oleh musuhnya.

Apa yang rakyat mahu adalah Najib deliver keperluan mereka dengan cara paling simple dan berkesan dan bukan cara gimik ala korporat seperti yang penasihatnya agungkan.

Baijat said...

salam DAKJ,

saya rasa apa yang kita alami sekarang seolah-olah ulangan cerita Singapura Dilanggar Todak....

Nasihat alim pandai bukan saja diabai, karakter itu cuba di'bunuh'oleh tangan-tangan yang terlampau dibuai mimpi indah dunia....

Silap-silap Malaysia Dilanggar Petaka, lebih teruk yang dicerita.

Nauzubillah....

Selamat Hari Raya.....

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Saya dapat merasakan keresahan Tan Sri Harussani (TSH) mengenai perpecahan Kaum Melayu. Saya tidak merasa keluh resah sangat, sebab kenyataan kehidupan seharian, Melayu tidak berpecah, YANG berpecah cuma undi Melayu.

Apa yang menyebabkan UNDI MELAYU berpecah, atau lebih khusus undi UMNO jatuh?

1. “I said that if you sack Anwar you divide the Malays, I also said don’t charge for sodomy...I said if there are no witnesses there would be dire consequences,” Harussani.

Betul kata Dato’, “Susah kalau nasihat Ulama pun tak dengar”. Penyingkiran Anwar oleh Mahathir, telah melahirkan KEADILAN.

Mahathir underestimate Anwar.
(Definasi underestimate oleh Cambridge Dictionaries

1. to fail to understand how strong, skilful, intelligent or determined someone, especially a competitor is

2. to fail to guess or understand the real cost, size, difficulty, etc. of something.)

Ego Mahathir terlalu tinggi, menggunung tinggi. Apakah mungkin beliau taasub dengan diri sendiri? Kerana keEgoannya, UMNO diharamkan 1988. Tapi Mahathir fikir, lagikan Ku Li boleh dikilaskan, inikan pula Anwar! Dengan keEgoannya yang menggunung itu, Mahathir lupa PRINSIP ASAS PERMAINAN POLITIK, “Never underestimate your opponent!”

Mata hati Harussani lebih tajam dari Mahathir. Pengaruh Anwar, tidak sama dengan pengaruh Ku Li. Latarbelakang mereka jauh berbeza, itu yang Harussani nampak.

2. “...I said if there are no witnesses there would be dire consequences”

Ulamak dah pesan, tiada saksi berwibawa, jangan dok bawa kes ke mahkamah. Bertentangan dengan Syariat Islam. TAPI Mahathir bawak jugak. Kalau bab strategi politik tak nak ikut ulama, kira ok lagilah, tapi bab hukum hakam agama pun tak nak ikut, nak kata apa lagi…….pinjam kata-kata remaja zaman la ni, dipopularkan oleh Nabil, LU PIKIR LA SENDIRI!

JAdi, apakah ulama dalam UMNO, dan ulama-ulama muda UMNO, dan Sayap Ulama UMNO boleh mempengaruhi pemimpin UMNO?

Apa yang saya nampak, kalau sebuah kereta, Ulama UMNO ni ibarat accessory saja, nak bagi nampak kereta tu cantik, tapi enjin kaborator dok buruk berkarat macam tu juga. Accessory tu langsung tak boleh nak servis kereta. Di depan OK, pusing je belakang, dibakulsampahkan saranan ulama UMNO ni.

3. “Saya kata (kepada Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan.”

Kerajaan Najib ni taklah lemah sangat, TAPI bab rasuah dan kurang kepercayaan tu semakin menjadi-jadi dalam UMNO. Kadiak kata, dulu juta-juta, sekarang bilion-bilion. Bila PAS sebut bab rasuah, semua main hentam PAS kononnya semua tu fitnah, sengaja nak burukkan UMNO.

Perjanjian swasta dalam jangkamasa terlalu panjang, semuanya diklassifikasikan dalam OSA, wal hal ianya melibatkan wang rakyat, amanah rakyat. Perjanjian Tenaga IPP, OSA. Konsesi Lebuhraya, OSA.

OSA ni perkara yang kalau bocor, boleh menggugat keselamatan Negara. Kalau declassify perjanjian IPP ni boleh huru hara ke Negara? ATAU huruhara kroni?

Bagi saya, kedua-dua ni, Tenaga dan Lebuhraya, MUSTAHIL boleh rugi, sebab rumah dan kereta semakin banyak, bukan semakin berkurangan.


JADI, kesimpulan saya, punca UMNO lemah bukan sebab Najib, tak adil tuduh Najib, TAPI sebab Mahathir. Kepimpinan Pak Lah yang lembik, melemahkan lagi UMNO.

(Minta maaf Dato’ kalau tulisan saya tak mencapai piawai standard Dato’).

langitbiru said...

Assalamualaikum Sdr OKJ,

"Lagipun sekarang, kalau nak bercakap mengenai sesuatu bidang, kita kenalah tunjukkan kelayakan kita dalam kepakaran tersebut. Ianya bermaksud ada ISO ke, Accreditation & Privilege dari LAN ke".

Apa pandangan Tuan Doktor OKJ dalam kes pembelaan Anwar, iaitu Jabatan Kimia negara kita yang mengendalikan ujian DNA? Jabatan Kimia negara ada akreditasi dari Eropah, Australia, US?

(Minta maaf Dato', jauh benar tersasar dari topik. Kalau Dato' tak siar pun tak apa)

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Syukur kita kepada Allah kerana kita telah sampai ke malam ke 27 puasa. Masa dahulu laman dan jalan rumah diterangi dengan pelita.Meriam buluh berdentum dentam disana sini . Sungguh meriah.

Marilah kita yang tidak terlibat secara bermati-matian mempertahankan sesuatu ,samada individu tertentu atau organisasi ,melahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan menghulurkan tangan persahabatan kepada saudara se Islam kita. Marilah kita ziarah menziarahi dan menghulurkan bantuan sekadar termampu kepada yang memerlukan. Marilah kita berdoa semoga Allah memberi keberkatan kepada kita dan melindungi kita dan negara dari bahaya.

Masih tidak terlewat bagi kita balik kepangkal jalan dan mengenang kembali betapa bodohnya kita bersengketa sesama sendiri. Sungguh benar kata YBhg Tan Sri Mufti Perak persengketaan dan tindakan melampau telah memecahkan parti terkuat Melayu kepada dua dimana akibatnya ianya sekarang amat lemah dan mengharapkan orang lain membantunya untuk terus berkuasa.

Dato' perlu terus memberi ruang kepada semua memberi pendapat mereka. Hanya dengan demikian kita akan mengetahui harapan sebenar rakyat. Kita perlu mengikis budaya hanya mahu mendengar yang baik sahaja dengan menidakkan masalah yang ada. Ini adalah satu jihad.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

saji said...

Sdr WADIRONI

" Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan " Jika diteliti dasar ini tidak membawa erti dan manfaat keutamaan terhadap perpaduan Islam dan peradabannya . Bukan kita Umat Islam terlalu egoist dan robus , tetapi inilah natijahnya kebesaran nostalgia agama didunia .
Kenapa tiada keberanian pemimpin Islam yg berkuasa untuk mendaulatkan keutamaan Islam dalam misi dan visi perjuangannya ? ' Rakyat didahulukan , Pencapaian Islam diutamakan dan bukan Muslim tidak diabaikan "

Komen:

Soalan saya, apa buruknya dasar penerapan niali2 Islam TDMahathir dan gagasan Islam Hadhari Pak Lah hingga ianya disisih dalam gagasan 1 Malaysia?

Anonymous said...

OKJ,

Beza nasihat dan perintah telahpun saudara bincangkan sebelum ini. Dah sudah beberapa pengomen yang menjawab balas.

Anda yang nampaknya lupa atau buat-buat tidak faham.

Saya baru melihat di Astro, pengkisahan tentang TDM.

TDM kata beliau dilatih sebagai seorang doktor untuk mendengar.

Tentunya seorang doktor yang baik akan mendengar dahulu penjelasan pesakit tentang penyakitnya, soal balas untuk dapat kepastian selain membuat pemeriksaan sendiri terhadap pesakit.

Walau pun saya bukan doktor, dari segi men"diagnos" penyakit, saya setuju dengan kaedah ini yang agak menyeluruh.

OKJ sebagai doktor tentu mudah nak faham dan setuju. Apa lagi bila ianya amalan PM ke 4 kita.

Tiada siapa tidak setuju jika nasihat tidak diterima kerana nasihat sememang bersifat tidak memaksa.

Namun sebagai pemimpin yang baik, tentunya akan disoal balas.

Katalah soal balas berlaku. Namun nasihat itu tidak semestinya ditolak secara total kerana seriusnya perihal yang dinasihati.

Intipati nasihat Mufti Perak perlu dikaji kerana melibatkan isu perpecahan umat dan akidah.

Kajian tentulah bukan PM yang buat sendiri. Disinilah peranan "armada" penasihat dibawah naungan JPM. Soalnya adakah mereka jujur dalam memberi feedback atau jenis sugar coating?

Pincangnya kualiti penasihat menggambarkan kepincangan PM sebab para penasihat PM itu, PM sendiri yang lantik (atau dilantik oleh wakil pilihan PM).

Malang apabila penyakit dan simpton yang diutarakan Harussani dan Dr. Asri tidak dikesan dan dibendung awal-awal.

Islam telah meletakkan kemiskinan sebagai antara musuh iman yang utama.

Sekalipun tahap keimanan dan aqidah tidak dapat diukur oleh manusia, setidak-tidaknya kepimpinan Najib perlu jujur dan prihatin dengan masalah sosial dan ekonomi rakyat.

Ini tidak. Yang kita dapat dengar sekadar "pemulihan ekonomi kekal dalam unjuran dan landasan", "NKRA menteri semuanya bagus", "perlu ubah gaya hidup", "kita tidak dapat mengawal peristiwa dan pengaruh impak ekonomi dari luar negara" dan lain-lain rhetorik.

Sekalipun penasihat Najib bukan pakar agama, semestinya mereka boleh melihat indikasi sosial dan ekonomi. Jika itupun tidak dapat dilihat, apa guna jadi penasihat.

Saya agak OKJ ini dalam kedudukan upper management bilamana sering dihantar ke luar negara. Boleh dikategori sebagai ketua jabatan.

Saya minta OKJ nilaikan diri. Dimanakah kedudukan anda sebagai salah seorang yang duduk diatas sana didalam kerajaan. "Sugar coater" atau sebaliknya?

p/s diagnos anda tentang kekuatan menendang pemain bola yang berpunca dari kaki yang kuat tempohari adalah SALAH. Kekuatan menendang bola datang dari otot perut. Saya belajar dari coach saya di sekolah menengah dulu-dulu. Malah disokong oleh pakar yang memberi rawatan fisioterapi kepada sepupu saya beberapa tahun lepas.

Fed Up

saji said...

Sdr Tok siak

"....Sebab itu Najib tidak nampak visi yang jelas akan keperluan masyarakat terutama bumiputera sepertimana Tun Razak yang hidup seperti anak kampung lain masa kecilnya."

Komen:

Bukan sangat DSNajib tidak nampak visi yang jelas akan keperlun masyarakat bumiputra, terutamanya seperti bapanya, Tun Razak, tetapi terbawa-bawa dek pemikiran dan dasar-dasar kapitalis TDMahatir yang banyak memberi kemenangan kepada golongan kapitalis atau pemodal.

Anonymous said...

DAKJ said:

Saya pun dah naik serabut dengan bahas half-past-six ni. Rasanya, dulu perbahasan kita lebih waras dan berkualiti.

comment:

I have been following your blog and read every article that you posted but I never make any comment at all.I also always make an effort to read all the comments made by debaters. Yes, indeed, what you said is very true. Some debaters wrote HP6 and ridiculous comments which really reflect on their poor personality. It is rather sad indeed having such debaters commenting on your blog. This will definitely affects your blog's credibility as an alternative source of intellectual discourse. What a pity!!

Most comments are rhetorical in nature and sometimes incomprhensible! Are those HP6 comments represent the majority of low quality Malay mind. I hope not.

Hopefully, this will be your last reminder to advise debaters to be more articulate in their views when making comments.

If I were you I simply delete those HP6 comments rather than letting others reading them. It will lower the intelligence of other people who read them.

Peminat Setia DAKJ

saji said...

Sdr Jinah

"BN leaders are more brainy than the opposition leaders. That is why they still rule this country for the past 50 years and they will continue to rule dulu, kini dan selamanuya .....!!

The oppositions have nothing to offer except rhetoric all along and somtimes lack wisdom !!"

Komen:

Kalau para pemimpin UMNO lebih geliga otaknya, mengapa sasaran matlamat DEB sukar dicapai? Jika ia (kesukaran pencapaian sasaran matalamat DEB) disebabkan oleh permasalahan sikap orang Melayu seperti yang banyak diperkatakan, mengapa ia sukar dibetulkan? Mengapa perlu pengurusan ekonomi negara dioutsourcedkan kepada pihak luar seperti kita bincangkan sebelum ini? Dan, walau pun gagasan 1 Malaysia sudah lama diperjelaskan oleh Kerajaan dan DSNajib sendiri mengapa ramai rakyat yang bersungut tidak memahaminya?

...SAJI

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamba Allah said...

Salam Dato AKJ dan selamat berposa seterusnya salam raya aidilfitri.
Tulisan Dato makin panas dan rasa geram pun ada.Saya nak rujuk pada UMNO sebagai parti pemerintah mengenai kesan teguran dari mana-mana pihak.Untuk makluman Dato jangan kata PM,Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Politik dsbnya teguran ibarat curah air kat daun keladi sahaja.Itu yang ditas.Puak UMNO setamat Ketua cawangan(JKKKP),Ketua Bahagian dan Ketua UMNO Negeri pun tak boleh ditegur.Tegur pun bukan mereka dengar dan ambil perhatian.Angguk pun macam geleng.Ini lah kesannya yang mewujudkan kelompok masyarakt Melayu BEBAL dan BOSAN terhadap UMNO dan kerajaan.Demokrasi bagi mereka pilihanraya dan undi.Itu pun lima tahun sekali.Hak dan suara rakyat sepanjang masa tidak diendah dan didengari.UMNO kena buat pembetulan yang banyak kerana keranah pemimpin dan rakyat masih belumselesai.Pemimpin jangan layan rakyat hari ini macam dan kaedah tahun 60an.Rakyat dan celik segalanya.Saya fokus pada UMNO kerana dia banyak menyumbang pada rakyat.Cuma kuasa tak akan kekal lama kalau pemimpin lupa daratan dan lautan.Saya harap ulamak,bukan ulamak,siapa sahaja asalkan ada niat yang baik tegurlah walaupun keras dan pedas.Pedulikan pada mereka sama pemimpin atau siapa sahaja.Kalau mereka masih keras kepala ,somobng dan ego dengan kuasa pangkat dan wang ringgit tunggulah.Suara rakyat akan diterjemahkan masa pilihanraya nanti.Biarlah setiuasaha politik,pegawai khas,pegawai media serta kaum kerebat mereka sahaja yang undi mereka nanti.Inilah penyakit Melayu barangkali.

Kamaruhisam said...

Assalamualaikum Dato', saya amat bersetuju dengan pandangan Dato', pimpinan melayu baik dari Umno, Pas dan PKR yang jelas menampakkan kemaruknya pada sokongan minoriti. Negara kita hampir tak bergerak sejak 2008. Serba serbi tak menjadi.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

POLITICS & THE NEW ECONOMIIC POLICY

Masya'allah, Datuk AKJ!! What a beautiful article to read written by none other than Tun M. http://chedet.cc/blog/?p=581#more-581. Those who still continue to be in a state of denial and refuse to accept these facts are really " blind, deaf and dumb".
صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ(sum mun buk mun um yun fahum laa yar jiuun).

Jinah

Anonymous said...

Datuk,

Banyak pembahas-pembahas blog Datuk meyemaikan semangat kebencian yang amat sangat terhadap pemimpin dan parti sama ada dari kerajaan atau pembangkang dengan susunan kata-kata yang kurang manis hingga mencacatkan intelek perbahasan yang sihat dan berhemah.

Saya bersimpati dengan Datuk hingga naik serabut! Apa taknya nak melayan setengah pembahas (bukan semuanya) yang kaki kelengtong, tak berqualiti dan HP6!!

Jeffri

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Terdapat beberapa faktor mengapa pemerintah tidak mendengar nasihat ulama.

Pertama: Ulama yang berkepentingan. Selalunya, ulama yang mempunyai kepentingan diri ini bersikap acuh tak acuh sahaja dalam menyampaikan nasihatnya.
Kalau serius sangat, mereka takut nanti akan kehilangan segala keistimewaan mereka.

Oleh sebab itu, tidaklah pemerintah berasa tertekan sangat untuk mengambil endah akan nasihat yang dianggap enteng itu. Contohnya, restu ulama dalam pelantikan jawatan tertentu.

Namun, seorang ulama ikhlas wajib memilih untuk 'berundur'. Ingatlah, Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki; bukan manusia.

Kedua: Ulama yang bersekongkol dengan pemerintah sekular. Seorang ulama benar tidak seharusnya bersekongkol dengan pemerintah. Dia mesti tegas. Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil.

Kalau nasihatnya tidak didengar, dia wajib memisahkan dirinya daripada pemerintah. Tetapi ulama yang bersekongkol dengan pemerintah selalunya beralah, walaupun nasihatnya atas perkara hak dan wajib.

Sebagai contoh, pemerintah tidak akur dengan nasihat ulama berkenaan penutupan aurat. Akibatnya, berterusan amalan berdosa itu dilakukan; dan ulama juga terus menanggung dosa kerana gagal melaksanakan amanah Allah SWT.

Semestinya, oleh sebab nasihat ulama tidak dihargai, maka ulama wajib menjauhkan dirinya daripada pemerintah. Ingatlah, takut hanya kepada Allah. Allahlah Yang Maha Berkuasa.

Ketiga: Ulama yang dikuasai oleh pemerintah. Selalunya, ulama dalam kategori ini akan bersetuju, akur serta bertolak-ansur dengan pemerintah sehingga sesetengah hukum tertentu boleh berubah mengikut selera dan kehendak pemerintah.

Sebagai contoh, upacara menepung tawar, membuang ancak, puja pantai, meletak kalungan bunga di makam pahlawan dan seumpamanya.

Sepatutnya, ulama yang menguasai pemerintah atas perkara hak dan kebenarn. Jangan sekali-kali ulama malu kepada manusia. Ingatlah, malu hanya kepada Allah.

Keempat: Ulama yang tidak dikurniai hikmah dan barakah. Ulama golongan ini ditakrifkan sebagai ulama su'. Mereka ini lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.

Oleh yang demikian, nasihat mereka tidak dapat dijiwai oleh pemerintah. Nasihatnya tawar hambar tanpa 'nur'.

Kelima: Ulama yang tidak menepati Firman Allah dalam al-Quran, al Baqarah: 207 yang bermaksud,"Dan ada antara manusia yang berkorban diri demi mengharapkan keredhaan Allah; dan Allah Maha Pengasih akan hamba-Nya".

Ayat ini menggambarkan betapa ikhlasnya ulama yang berjihad semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT. Sangat mustahil pemerintah tergamak mendengar nasihat ulama yang mengharapkan keredhaan pemerintah pula!

Keenam: Ulama yang "tidak mendengar" nasihat Ayat al-Quran , Ali Imran: 92 yang bermaksud,"Kamu tidak akan memperoleh kebaktian/kabajikan sehingga kamu membelanjakan/mensedekahkan apa-apa/harta yang kamu sayangi."

Dalam hal ini, ada ulama yang bertindak bercanggahan dengan saranan Ayat ini. Jauh sekali dia menyerahkan 'hak orang lain' apabila tempoh haknya tamat, bahkan sudah hampir 20 tahun dia mengambil hak orang lain terus menerus hingga hari ini.

Dan selama tempoh itu, hak berapa orangkah yang sudah diambilnya. Oleh yang demikian, mana mungkin ulama semungkar ini diberikan kebaktian dan kebajikan oleh Allah SWT. Oleh sebab itu nasihatnya tidak dipedulikan.

Wassalam.

Anonymous said...

adakah bersatu bermakna tiada pendapat sendiri tapi ikut saje aper yg pemimpin cakap?

demokrasi berjaya kalu org kalah terima keputusan and hormati proses demokrasi..

~capt slow~

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Komen Datuk, mengenai keengganan pemimpin mendengar nasihat Ulama dan keluh kesah rakyat amat benar sekali. Begitu juga dengan alasan-alasan mengapa keengganan tersebut terjadi.

Tetapi bila Datuk cadangkan kita tunjuk rasa ketidak puasan hati melalui peti undi saya berpendapat akan timbul pula masalah lain!

Masalah kita di Malaysia ini, mana ada parti politik atau kumpulan individu yang boleh dipercayai keberkesanan mereka menjadi alternatif kepada BN.

Harapkan PKR,PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, pada pendapat saya lagi hancus....! Berdasarkan keadaan semasa, adakah negeri-negeri yang mereka kuasai lebih baik keadaannya daripada negeri-negeri yang ditadbir oleh BN?

Mereka sering, 'bercakaran' dan tidak sependapat antara satu dengan lain. Ambil kes yang terburu iaitu kes Lynas di Kuantan Pahang. Sungguhpun begitu saya tabik 'spring' kepada Dr.Che Rosli yang berani memperkatakan yang benar!

Akhirnya, apa pilihan kita Datuk? Mungkin kita 'terpaksa' memilih 'The devil that we know than the devil that we don't khow at all'

Warga Setia

Anonymous said...

RM8bil joy for bumiputra contractors


KUALA LUMPUR: More than RM8bil worth of projects will be awarded to bumiputra companies as part of the MY Rapid Transit (MRT) project, according to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said several packages in the RM20bil project had been specially allocated to bumiputra contractors.

The packages are civil and infrastructure works, Tenaga Nasional Bhd power supply, centralised procurement, tunnel and underground works, and MRT systems, he said after chairing the fifth Bumiputra Agenda action council meeting yesterday.

Teraju said packages worth RM200mil had been set aside for contractors in Class D, E and F to undertake civil and infrastructure works.


Comment:

Syabas, Najib. I know you are working to make things going forward for bumiputra. Yes, rakyat didahulukan. No doubt about it. Yes, things have changed for the better.

Let the oppositions do the catching up and the negative rhetoric!! They will forever never be comfortable to see the govt. positive actions.

Jinah

Pak Lang Original said...

Datuk Kadir,

Saya rasa Datuk sedar ramai pembahas-pembahas lama yang sudah tidak mahu berbahas di dalam blog Datuk ni. Saya rasa Datuk juga tahu sebab-sebabnya. Jawapannya ada di dalam komen Datuk "dulu perbahasan kita lebih waras dan berkualiti". Pokoknya ada yang menggunakan blog Datuk untuk menegak benang basah dalam keadaan yang cukup ekstrim. Malah ada yang nak tunjuk pandai!.

Bagaimana dengan cadangan beberapa orang pembahas agar Datuk hanya menyiarkan komen-komen yang berkualiti. Saya rasa orang lain tak boleh marah. Ini blog Datuk.

saji said...

Sdr Kamaruhisham

"Assalamualaikum Dato', saya amat bersetuju dengan pandangan Dato', pimpinan melayu baik dari Umno, Pas dan PKR yang jelas menampakkan kemaruknya pada sokongan minoriti. Negara kita hampir tak bergerak sejak 2008. Serba serbi tak menjadi."

Komen:

Di nagara ini, desakan dalam berbentuk permintaan seperti mendapatkan hak-hak yang sama yang dinikmati oleh orang Melayu daripada golongan minoriti menjadikan para pemimpin Melayu kita kemaruk mendapatkan sokongan (undi)darinya.

Tetapi, di United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain desakan berbentuk permintaan golongan minoriti orang Islam seperti pelaksanaan hukum Syariah telah melahirkan pemikiran baru yang dinamakan neo conservatif di kalangan para pemimpin di negara-negara Eropah tersebut yang dikatakan menekan kehidupan seharian umat Islamnya, seperti larangan pemakian hijab.

Apa pandangan sdr?

...SAJI

Anonymous said...

Jinah,

"RM8bil joy for bumiputra contractors"

Saya lebih suka tunggu pembentangan bajet 2012 dahulu baru nak komen.

Sebab setakat ini, stimulus Najib tidak banyak mempengaruhi keadaan ekonomi.

Secara peribadi (dengan cara fikir orang tak sekolah tinggi), RM8 Billion tu elok diguna untuk "take-over" konsesi lebuhraya.

Bukankah dengan cara itu, kos pengangkutan lebih murah, kos barang niaga akan menurun manakala kuasa beli rakyat akan meningkat.

Kitaran wang/ekonomi akan lebih banyak berlaku malah pada peringkat yang lebih pelbagai.

Itu pendapat saya sahaja.

DAKJ, tambah satu lagi dalam "wish-list" saya dari senarai bajet. Mudah-mudahan ada peruntukan (tanah dan kewangan) untuk sekolah-sekolah menubuhkan kelab pertanian.

Fed-Up

saji said...

Sdr Warga Setia

"Mereka sering, 'bercakaran' dan tidak sependapat antara satu dengan lain. Ambil kes yang terburu iaitu kes Lynas di Kuantan Pahang. Sungguhpun begitu saya tabik 'spring' kepada Dr.Che Rosli yang berani memperkatakan yang benar!"

Komen:

Mengapa warga Australia menolak cadangan Lynas membina kilang pelupusan sisa nuklear di buminya sendiri?

saji said...

Sdr Yangretibase

"Terdapat beberapa faktor mengapa pemerintah tidak mendengar nasihat ulama."

Komen:

1. Bagaimana jika saya katakan mereka belum mendapat hidayah.

2. Bagaimana dengan ulamak yang 'siang hari' menyokong pemerintah, tetapi 'malam hari' mengkitik pemerintah?

saji said...

Salam Dakj,

Kalau ikut cerita nasihat yang disampaikan oleh YB Dr Lo Lo kepada Dr Asri sebelum beliau menjawat jawatan Mufti Perlis, bapanya ketika menjawat Mufti Perak dulu mengelak daripada turut serta upucara2 negeri yang bercanggah dengan Syarak. Apakah, TSHarussani berbuat demikian?

...SAJI

saji said...

Sdr raja2u

"Dato' perlu terus memberi ruang kepada semua memberi pendapat mereka. Hanya dengan demikian kita akan mengetahui harapan sebenar rakyat. Kita perlu mengikis budaya hanya mahu mendengar yang baik sahaja dengan menidakkan masalah yang ada. Ini adalah satu jihad."

Komen:

Bagi saya, yang penting adanya isu masyarakat, setempat, negara dan sejagat yang dibangkitkan dalam setiap komen yang hendak diketengahkan. Tidak kira, sama ada, ia sedap didengar atau tidak.

...SAJI

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Satu lagi lawak bodoh lagi memperbodohkan org Melayu. Sejumlah RM8b kontrek MRT akan diberi pd kontrektor Melayu? Bertuah benor2 la.

Sedangkan kontrek langsung dari KANTUNG kerajaan UMNOBN pun kontrektor Melayu gigit jari, inikan pulak kontrek dari kantong pihak swasta! Sejak bila kerajaan UMNOBN punya iltizam atau kuasa mengarahkan pihak swasta memperuntukkan sebahgian projek mereka khusus untuk Melayu.

Sejarah telah banyak kali membuktikan bahawa bila berhadapan dgn kepentingan swasta vs rakyat maka swastalah yg dimenangkan oleh kerajaan. Contoh terbaru, kenapa kerajaan gagal/tidak menahan Astro menaikkan yuran walaupun dibantah oleh rakyat.


Najib ni bila pencen nanti hanya layak digelar sebagai "bapa pengumuman" saja.

Berdasarkan pengumuman demi pengumuman(KONON NAK BANTU ORG SUSAH TERUTAMANYA ORG MELAYU) yg di buat Najib dlm 2 minggu terakhir ni, jelas pd kita pilihanraya sudah terlalu hampir.

Seperti biasa Tipah akan tertipu lagi. Ustaz Harussani dah berbunyi. Ustaz UMNO yg lain bila lagi.

saji said...

Sdr Jinah

" More than RM8bil worth of projects will be awarded to bumiputra companies as part of the MY Rapid Transit (MRT) project, according to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said several packages in the RM20bil project had been specially allocated to bumiputra contractors.

The packages are civil and infrastructure works, Tenaga Nasional Bhd power supply, centralised procurement, tunnel and underground works, and MRT systems, he said after chairing the fifth Bumiputra Agenda action council meeting yesterday.

Teraju said packages worth RM200mil had been set aside for contractors in Class D, E and F to undertake civil and infrastructure works."

Komen:

Yang saya tahu, projek MRT yang menggunakan Design and Build Contract with contractor's input design sudah ada main contractor/ general contractor yang akan mencari sub-contractor domesticnya untuk ditawarkan elemen2 pakej kerja specialist sub-kontraknya.

Yang saya tahu, kontraktor Bumiputra kelas D, E dan F merupakan main contractor/general contractor juga. Namun mungkin mereka yang terpilih nanti sudah diiktiraf oleh pihak CIDB mempunyai specialization dalam bidangan tertentu yang sesuai bagi projek MET tersbut. Harap2 begitu.

Saya timbulkan perkara di atas, kerana jika mereka tidak mempunyai specialization yang saya maksudkan di atas, mereka akan melakukan kegiatan ali-baba kontrak/total sub-letting yang akan menjejaskan pelaksanaan projek MRT tersebut dari segi kos, kualiti dan tempoh siap. Ini, berdasarkan pengalaman saya melaksanakan projek PLUS tidak lama dulu.

...SAJI

Anonymous said...

Saji kata:

Dan, walau pun gagasan 1 Malaysia sudah lama diperjelaskan oleh Kerajaan dan DSNajib sendiri mengapa ramai rakyat yang bersungut tidak memahaminya?

comment:

Itu hanyalah anggapan segelintir manusia sahaja. Mereka faham tetapi sengaja tak mahu faham. Dasar 1 Malaysia tidak sophiticated sangat. Ianya simple dan boleh difaham oleh seluruh golongan masyarakat amnya.

Kalau betul-betul kita ikhlas, kita memang telah nampak sudah ada perubahan yang berlaku yang dibuat oleh Najib tentang implementasi dasar 1 Malaysia. Kalau tak nampak juga atau sengaja tak nampak itu adalah sesuatu yang saya fikir ada pendirian untuk kepentingan politik seorang itu.

Jadi kesimpulanya Sdra mungkin didalam kategori orang yang berpendirian seperti yang saya nyatakan diatas. Ini pun adalah anggapan saya sahaja. Mungkin saya salah.Wallahualam!

Walaubagaimanapun, di bulan yang mulia ini dan juga kita diambang menyambut aidilfitri saya mengambil kesempatan ini untuk megucapkan Selamat Hari Raya kepada sdra, Datuk AKJ dan juga kepada semua pembahas, maaf zahir dan batin.

Kita mungkin bertentangan pendapat dan pandangan tapi adalah diharapkan akhirnya akan mendatangkan sesuatu yang baik untuk kita semua.


Jinah

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Mana mungkin pemimpin politik kita nak dengaq nasihat pasai ada diantara depa ni jenis ketegaq tahap gila.

Pernah ka depa ni pi ujian kesihatan,fizikal dan mental kalu nak jadi calon.Yang saya tau,dipilih oleh pemimpin yang gila jugak.

Jadi pemimpin kerja serius Tok!Mental depa ni semua stabil ka Tok.Yang saya nampak,depa gila.Habis huru hara dan berpecah belah pasai depa.

Tak gila ka Tok kalau ada video dan tuan badan pun mengaku,pi lawan jugak sampai menang jadi Presiden parti.Orang gila saja tak malu Tok londeh seluaq sana sini.

Anwar plak kata dia kena fitnah dengan Najib.Kalau betui, pada saya Najib memang gila dan sangat bahaya sampai sanggup buat Anwar macam ni.

Tapi kalau betui plak Anwar kaki arbok,gila ka kita pilih orang macam ni jadi PM.Sah sah di ni ada masalah mental.

Pendek kata Tok,salah sorang memang gila dan amat bahaya pada negara dan bangsa.Terus terang saya pun tak tau sapa yang gila.

Jalan mudah,elok depa dua ni letak jawatan pi rehat kat TR.Selagi pemimpin politik yang gila dok ada,selagi tu kita tak kan bersatu dan huru hara.

TK

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pembaca sekalian, seorang sahabat baik saya yang saya hormati dan yang sentiasa kritikal terhadap pemikiran dan penulisan saya, "menuduh" saya mensabotaj Perdana Menteri. Katanya, saya mahu Mohd Najib gagal. Saya beritahu beliau hal berikut:-

1. Hanya orang dangkal fikiran atau bercita-cita merampas kedudukan PM saja yang mahu beliau gagal;

2. Kalau saya kritikal terhadap beliau, tujuannya ialah saya tidak mahu beliau gagal atau digagalkan;

3. Kalau beliau gagal dan rosakkan negara, kita semua akan terima balanya;

4. Kerana sahabat saya itu seorang usahawan besar, saya katakan, tanpa Mohd Najib merosakkan ekonomi negara pun, kita sudah merasa bebannya - harga barang naik, pasaran saham jatuh dan pelabur tempatan tidak melabur;

5. Saya katakan saya takut PM tidak hands-on dalam menangani isu dan lebih mirip kepada reaktif daripada proaktif;

6. Saya nampak beliau terlalu bergantung dan percaya kepada beberapa kerat penasihat elitis, tarmasuk Idris Jala, bagi mengendalikan isu-isu kritikal dalam bidang ekonomi dan politik; dan

7. Saya bimbang dengan persepsi yang PM terlalu terlalu tunduk kepada tuntutan minoriti dan mengenepikan kepentingan majoriti sehingga kita kini seolah-olah sudah menjadi mangsa kepada "the tyranny of the minority" - kekejaman oleh minoriti.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Pak Lang Original, antara lain, menulis: "Bagaimana dengan cadangan beberapa orang pembahas agar Datuk hanya menyiarkan komen-komen yang berkualiti. Saya rasa orang lain tak boleh marah. Ini blog Datuk."

1.Memang saya pun pening dengan pembahas partisan yang terbelenggu dengan ideologi dan propaganda parti masing-masing. Dah tak boleh buat apa-apa. Mereka ini hidup mati dengan parti;

2. Mutu perbahasan mencerminkan daya pemikiran dan artilulasi masyarakat kita hari ini. Kalau pemikiran cetek maka cetek jugalah penghujahan. Ini adalah cerminan sistem pendidikan dan sosial kita;

3. Suka tak suka, asalkan tidak terlalu melampau, asalkan saya boleh faham sepath dua perkataan, saya terpaksa siarkan;

4. Tapi kalau mereka nak belajar boleh. Ramai juga pembahas yang waras dan arif yang boleh dijadikan teladan. Cuma mungkin mereka tidak mahu atau tidak perlu sebab bidang tugas mereka amat terhad -- sokong parti, hidup atau mati. Wallahualam.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sdra Saji kata:

Kalau para pemimpin UMNO lebih geliga otaknya, mengapa sasaran matlamat DEB sukar dicapai?

comment:

Sila layari web chedet.com. Jawapannya ada disana. I think he is the best person that can give you reliable answers. You can get second opinion from him. It will at least give you some comfort!

As far as I am concerned the idea of having NEP is "geliga" but unfortunately along the way some of the policies of NEP are not being implemented effectively. There were defects in the monitoring system and need to be addressed seriously to make it a success story. Never too late! The major defects could be on transparency, attitude of the bumiputras, corruption, nepotism,cronyism etc.

Jinah

saji said...

Salam Dakj

"Saya katakan saya takut PM tidak hands-on dalam menangani isu dan lebih mirip kepada reaktif daripada proaktif;"

Komen:

Berdasarkan perkembangan terkini, yang saya nampak, strategi politik PM ialah mendahulukan usaha mencari dan menyelesaikan tuntutan kaum minoriti dan apabila dilihatnya kaum majoriti mula cemburu hingga naik berang barulah tuntutan majoriti dicari dan diusahakan penyelesainnya.

Dengan kata lain, beliau memfasakan penyelesaian di antara tuntutan kaum minoriti dengan majoriti.

Apakah sukar untuk difikirkan mengapa penyelesaian tuntutan kaum minoriti beliau dahulukan, tetapi tuntutan kaum majoriti beliau kemudiankan?

...SAJI

wadironi said...

Sdr saji

Tidak ada salah silap tentang dasar penerapan nilai nilai Islam , Islam Hadhari atau Gagasan 1 Malaysia , malah tiada penyisihan adat dan budayanya demi membangunkan kepentingan negara.

Malang sekali penguasaan kuasa kepemimpinan Melayu Islam sejak Merdeka 53 tahun lalu gagal meletakan syari'at Islam sebagai pedoman mentadbirkan perlaksanaaan kekuasaannya , Pemimpin Islam yang berkuasa tidak segagah wadah dan anugerah yang diperolehnya dalam memberikan keutamaan dan kemutlakan Islam dijajahannya.

Islam itu tegas bukan sekadar diletakan didalam bekas . Islam dan teladan yang memimpinnya tidak boleh dipisahkan, apalagi setelah kita dikatakan dimerdekakan . Kuasa sudah ditangan , suara masih tenggelam , dasar dan strategi terus saja bertukar haluan , tapi Islam masih pincang untuk dinobatkan kemutlakan dan kekuasaannya .

Adakah kajian selama 53 tahun kepemimpinan Melayu Islam tidak mencukupi hingga kecundang mendaulatkan SYARI'AT Islam sebagai pemangkin kehidupan dan pemerintahan ? Adakah mahu menunggu hilang kekuasaan , baru terkedek kedek berjuang atau terpaksa mengangkat pedang ? AZAN mesti dilaungkan tak kira tempat dan situasinya !!

Orang kampung said...

Salam Dato Kadiak:

Janganlah dok salah pada pemimpin UMNO dan BN sahaja kerana tak makan nasihat sama ada dari ulamak ke atau sebagai nya.Saya rasa tak semua yang boleh didengar dan tak semua tak boleh didengar.

2.Satu soalan.Adakah selama ini Nik Aziz ,Hadi Awang,Mat Sabu ke dsb pun dengar semua nasihat ulamak.Yang saya tahu paling liat dan keras kepala ini tak makan nasihat ini ialah kumpulan pembangkang.Mereka juga naik angin kalau beri nasihat.Apa yg mereka tak kata pada TS Harusani.

3.Apa pun tulisan Dato ini PM atau orang kanan dia kena sensitif isu ini.PM kena tahu beza maklumat dan bodek.DS Najib jangan lupa nasib nya semasa pilihanraya suatu masa dulu dia pun menang majoriti tak sampai 300 undi di Pekan.Ini angkara kaki ampu punya maklumat.

4.Anggaplah tulisan Dato ini sebagai ubat penawar walaupun pahit.Kalau nak harap tulisan macam ini nak terbit kat TV atau Utusan jauh sekali lah.

5.Dato .boleh jadi juga ada pembahas upahan terdapat dalam blok Dato ini.Dia bukan nak tukar pendapat untuk dinilai atau pun dijadikan panduan.Kalau boleh dia mahu terus ikut dan sokong apa yang dia kata.Macam paksaan pula terhadap orang lain.Apa pun Dato lebih maklum segalanya.

Salam Aidil Fitri dari saya.
Selamat menulis dan lontarkan pendapat Dato selalu.

anak Ascot said...

\
Selamat hari rakya datuk

Apabila Shamir Kapoor, bintang filem pujaan ratusan juta rayat india pada satu ketika dulu meningal dunia baru2 ini,maka media negara itu dan antarabangsa berlumba2 memperkatakan kehebatan beliau dalam arena perfileman.

Jika dikumpul,segala pujian itu lebih satu juta perkataan ditulis tetang sumbangan beliau.

Tidak ada orang peduli: Cerita sedih diceritakan oleh seorang pemuda yang sering bersua dengan bintang filem leganda ini di sebuah hospital di Bombay.

Dipendikkan cerita: menurut pemuda itu dia tidak nampak orang melawat Shamir di hospital yang sama bapa pemuda itu sedang di rawat.Bapa pemuda itu yang kebetulan sama sekampung dengan Shamir di Lahore mejadi kawan rapat sehingga beliau meninggaldunia.

Jadi Datuk jangan berkecil hati kerana tidak ada yang sudi mendengar pandangan Datuk tentang isu semasa.

Datuk lebih beruntung berbanding dengan shamir Kapoor. Sekurang2 tulisan Datuk ramai megikutinya, walaupun Datuk tidak sefamous bintang filem India itu. Datuk masih dijemput memberi cermah dan gambar Datuk sering tersiar di media arus pedana.

Harus disedari: Ramai pegawai Kerajaan yang dulu tidak dapat melayan majlis2 rasmi yang begitu banyak diterima tetapi setelah bersara lain pula ceritanya. Yang paling sedih hantar kad jemputan anak kawin kepada kawan2 yang masih bertugas (atau bersara tetapi terus berjaya) bukan saja ramai yang tidak datang malah RSVPpun mereka tidak ada masa menjawab.
Itulah lumrah hidup.

Untuk TAN SRI HARUSANI ZAKARIA:
Mengapa Tun Mahathir singkir Anwar?: Datuk, Nasri, Ahmad Sibi dan Rejal Arbee boleh menjawab.

Tan Sri: Saya bukan hendak mengampu UMNO. Saya hidup dengan duit pencen dan pulangan ASN. Tetapi anak2 berjaya kerana mereka membesar selepas DEB diperkenalkan.Tak payah saya hurai penjang. Mungkin hampir kesemua yang menulis di sini sedikit sebanyak mendapat faedah daripada dasar itu. AKS

langitbiru said...

MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA.

Alhamdulillah, kita secara fizikal sudah merdeka dari belenggu penjajah British.

Tapi, kemerdekaan (dimana-mana Negara Islam bekas jajahan Eropah) sebenar masih jauh, kerana hakikatnya, penjajah kafir telah berjaya menyemai benih secular dan mengukuhkan pemikiran ini dikalangan anak emas penjajah, iaitu warganegara yang telah dibentuk dengan pemikiran dan pendidikan mereka. Mereka ini menjadi tunjang pemerintahan yang masih mengekalkan institusi dan elemen penjajah ke dalam system kenegaraan. Benih ini disemarakkan sedemikian rupa hingga menjadikan perlembagaan bercirikan perlembagaan penjajah, meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu perlembagaan yang dilupai.

Menyorot kembali Sejarah Kalimah Rijaluddin yang sebenarnya diperkenalkan, disebarkan, dan disemarakkan oleh penjajah Eropah ke dunia Islam.

Kalimah Rijaluddin, adalah kata-kata yang telah digunakan oleh Ahli Fikir Eropah terhadap paderi-paderi, pendita, dan ruhban (ahli pertapaan) Kristian. Istilah ini timbul semasa kebangkitan Revolusi Pemikiran di Eropah, yang menuntut pembaharuan dan kebebasan dari Kekuasaan Gereja dan Pope.

Sebelum Revolusi Pemikiran Eropah, Kuasa Gereja dan Pope, menguasai sepenuhnya Pemerintahan Negara. Segala pembaharuan kenegaraan dituduh murtad dan keluar dari agama Kristian, dan dihukum dengan zalim. Pope adalah maksum dan mempunyai kuasa mutlak, termasuk kuasa mengampun dosa-dosa penganut Kristian. Eropah kekal beberapa abad merengkok di bawah kekuasaan Gereja dan Pope yang zalim.

Pope berpendapat, manusia mempunyai ketinggian jiwa dan dorongan jasmani. Ianya 2 perkara yang terpisah. Kedua-duanya tidak boleh ditemukan dan disatukan kecuali dengan ‘orang tengah’ iaitu Gereja dan Pope diperlukan. Pope berpendapat, kebahagian hidup aman sentosa hanya tercapai bila jiwa dan jasmani dapat dikawal dan diseimbangkan dengan kuasa Pope. Maka, Gereja dan Pope bersungguh-sungguh mengejar dan mengekalkan kuasa politik dan pemerintahan Negara.

langitbiru said...

Revolusi Pemikiran Eropah sebenarnya revolusi untuk melepaskan diri dari Kekuasaan Gereja dan Kezaliman Pope.

Akhirnya, revolusi Berjaya menjatuhkan kekuasaan Gereja sekaligus merampas kekuasaan Negara. Mereka hanya menyerah urusan ibadat dan tradisi agama kepada Gereja. Ahli Gereja dan Pope dipaksa dan terpaksa menerima hakikat itu. NAMUN, Gereja dan Pope berasa puas hati bila pemimpin revolusi, ahli fikir berkata:

“BERILAH KEPADA KAISAR APA YANG ADA PADA KAISAR. DAN BERILAH KEPADA TUHAN APA YANG ADA PADA TUHAN”

Bermakna, kuasa Negara dipegang oleh ahli fikir (ahli politik) pemerintah, kuasa agama dipegang oleh Pope).

Bermakna, Gereja hanya memegang kuasa rohani, sembahyang,ibadat dan nikah kahwin, manakala ahli politik memegang kuasa pemerintahan.

Dari sinilah bermulanya TEORI PEMISAHAN AGAMA DARI POLITIK (URUSAN HIDUP). Bermakna, agama suku, urusan kehidupan (politik) dan pemerintahan suku. Inilah FAHAMAN TEORI SEKULAR, iaitu fahaman memisahkan agama dari politik.

Pemisahan ini menghasilkan pengertian Agama Kristian yang sempit. Agama Kristian hanya difahami berhubung dengan urusan agama di Gereja. Urusan keagamaan terhad kepada upacara-upacara agama, ibadat, sembahyang, nikah dan kahwin. Geraja langsung tiada boleh mencampuri urusan masyarakat dan Negara. Dengan ini, Bangsa Eropah menamakan mereka “RIJALUDDIN” atau tokoh-tokoh agama.

Selepas secular menguasai Kristian di Eropah, mereka menghala pula ke arah Islam di Timur. Sekali lagi, SASARAN UTAMA secular adalah serangan pemikiran dan kebudayaan ke atas “Rijaluddin Islam”, atau ulama-ulama Islam. Mereka perlu menguasai Ulama bagi meneguhkan tunjang pemerintahan Negara Islam melalui anak emas mereka yang dididik secara halus (meracuni pemikiran).

langitbiru said...

Maka, Negara-negara Islam bekas jajahan Eropah, mengalami konflik yang hebat iaitu konflik antara para ulama yang mendukung pemerintahan dan ulama yang menentang pemerintahan. Konflik paling dasyat iaitu konflik kafir-mengkafir sesama Islam, munafik memunafik sesama Islam membawa kepada pertumpahan darah yang banyak, tanpa kesudahan hingga ke hari ini, menyebabkan Islam lemah dengan selemahnya, terjerumus ke dalam perangkap musuh.

Imam Al-Ghazali (yang dicari-cari bersama As-Syafei oleh Sohibus Samahah Al-Hadhari) berkata, “Ulamalah menjadi sebab utama kerosakan Islam di seluruh dunia Islam. Mereka ibarat garam bagi ummat. Apabila garam itu telah rosak siapakah yang dapat memperbaikinya”.

Al-Ghazali bersyair, “Wahai sekelian Ulama, wahai garam Negara, siapakah yang dapat memperbaiki garam apabila ianya telah rosak?”

BENARLAH kata-kata Imam Ali r.a
“Dua lelaki yang memecahkan tulang belakangku: Orang alim yang cabul (jahat) dan orang jahil yang beribadat. Maka orang jahil itu memperdaya manusia dengan ibadatnya dan orang alim itu memperdaya manusia dengan kecabulannya”.

Alhamdulillah, Negara kita Malaysia tidak sedasyat di Negara-negara Islam Timur. NAMUN, saya berseru kepada pemimpin Islam kita, marilah kita sama-sama memerdekakan diri sepenuhnya dari pengaruh pemikiran penjajah.

Marilah kita sama-sama berjuang untuk kemerdekaan yang hakiki, dengan meletakkan Islam ditempat yang tertinggi, paling tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya.

Inilah juga seruan dan ‘nasihat’ kepada semua Ulamak di Malaysia. Bersatulah para Ulamak, dan pimpinlah (melalui nasihat dan dakwah), pemimpin Negara kita, moga-moga Malaysia benar-benar menjadi contoh sebagai Sebuah Negara Islam. Sebuah Negara yang MODEN,CANGGIH, MAJU,TERKINI YANG MENJUNJUNG TINGGI SYARIAT ISLAM DAN MENGEMBANGKAN SYIAR ISLAM, menuntuni Negara Islam pertama, Madinah AL-Munawarrah. AMIN.

Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan
"MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA"

ku_seman said...

Kata Datuk:
Kalau pembesar politik kita, tak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tak peduli suara kita, kita berbincang sesama sendiri, kita buat kesimpulan dan kita tunjukkan melalui peti undi, Insya-Allah.

Komen saya:
Itulah yang sebaik-baiknya untuk mengajar pemimpn yang tak mahu dipimpin atau ditegur. Orang yang ada di kiri mahupun kanan pemimpin tak akan menegur, sebaliknya mereka akan memuji. Kalau pemimpin kata bulan di langit berwarna biru, puak-puak ini termasuk ulama pengampu akan kata ya benar bulan itu berwarna biru. Kita tak boleh harap mereka yang duduk di keliling pinggang pemimpin akan membisikkan kata-kata teguran. Kalau tegur mereka bimbang akan hilang imbuhan atau peluang. Mereka hanya akan angguk. Mujurlah kita masih ada orang macam Tan Sri Harussani yang berani menegur. Sebenarnya banyak juga yang bertaraf ulama dalam kabinet, tetapi mereka ambil pendekatan kunci mulut kecuali menjadi nasi tambah memuji Perdana Menteri. Tengoklah Datuk isu tarian poco poco tak lama dulu. Harussani kata haram tapi menteri agama tak bagi pendirian apa pun. Saya tahulah dia pun jaga periuk nasi. Tetapi janganlah kerana nak jaga periuk nasi sendiri mengabaikan hal halal haram kepada rakyat.

Anonymous said...

Datuk AKJ,

I think lately your blog has been "hijacked" by those debaters who are religious bigot. It is not a healthy direction for intellectual discourse. With the presence of these religious bigot debaters your blog may also end up and be part of other HP6 blogs found in the net.

It would be ideal if you could prevent these religious bigot debaters to be excluded from participating in the debate. Their religious understanding is rather too extreme. They are portraying as if they are more knowledgeable and discreetly trying to influence others to "follow the right path"!!

Jinah

saji said...

Sdr WADIRONI

"Adakah kajian selama 53 tahun kepemimpinan Melayu Islam tidak mencukupi hingga kecundang mendaulatkan SYARI'AT Islam sebagai pemangkin kehidupan dan pemerintahan ?"

Komen:

Jika sdr telusuri sejarah awal pemebentukan sistem kewangan Islam sebagai salah satu cabang Syariah-Muamalat, sdr akan dapati masalah besar yang dihadapi oleh kajian yang diperlukan bagi pembentukan sistem kewangan Islam ialah ketiadaan ustaz yang di samping arif tentang ilmu kewangan klasik Islam juga arif tentang ilmu kewangan konvensional atau ahli bank di kalangan umat Islam yang di samping arif tentang ilmu kewangan konvensional juga arif tentang ilmu kewangan klasik Islam.

Maksud saya, bukan kepimpinan Melayu kita tidak mencukupi. Yang sebenarnya tidak mencukupi ialah ketiadaan pengkaji Islam yang menguasai dwi -ilmu iaitu ilmu agama dan moden berkaitan sekali gus dalam semua cabang Syariah Islam.


...SAJI

ishak said...

SETUJ SEPENUHNYA KOMEN ULAMA HARNSSANI & AKJ. TAPI CUMA NAK TANYA BOLEH TAK AGAKNYA HARUSNASANI NASIHAT PLAK ANWAR , NIK AZIZ & HADI UNTUK PERPADUAN MALAYU ??. NASIHAT SATU PIHAK SAJA TAK ADIL LA

ishak said...

Demi keadilan jangan cuba nak nasihat satu pihak saja. Boleh tak agaknya ustaz harussani dan AKJ nasihat Nik Aziz, Hadi, & anwar untuk perpaduan ini? Kalau tak boleh, then jangan asik nak sakah kan YAB PM saja atas perpecahan ini

saji said...

Sdr Jinah

Untuk saya memahami 1Malaysia saya, setidak-tidaknya, kena tahu dulu dua perkara berikut:

Pertama, adakah 1 Malaysia itu satu gagasan, dasar, konsep dan strategi/pendekatan, atau sepertinya atau mencakupi kesemuanya?

Kedua, definisi 1Malaysia yang dikaitkan dengan perkara pertama di atas.

...SAJI

Tinta Hitam said...

Datuk dan rakan rakan semua,

Soalan saya dlm isu ni satu shj.Sejak bila pulak UMNO pernah mendengar nasihat nasihat ulamak? Ulamak pd UMNO hanya sebagai pembaca doa shj ..

Anonymous said...

Penutup saya pada Ramadhan Al-Mubarak ini.

Kepada DAKJ, keluarga dan rakan-rakan pembahas semua, saya ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan Batin.

Fed Up

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada Dato’ dan para pembahas blog. Saya juga memohon maaf jika ada komen-komen saya yg menginggung perasaan sesiapa. Diharap para pembahas tidak berkecil hati dan bersikap professional sebab itulah adab berbahas.

Terima kasih juga kepada Sdr Fed Up kerana memberikan ‘tips’ cara menguatkan tendangan bola. Saya memang selalu buat ‘sit up’, biasanya 100 kali sehari dan jogging 30 min hingg 1 jam sehari jika ada kelapangan. Kesihatan pun kena jaga juga dgn mengekalkan ‘Ideal BMI’, ideal ‘waist circumference’ dan ideal ‘waist hip ratio’.

Dan kepada Sdr Langitbiru, juga terima kasih kerana saya nampak cara penulisan saudara telah banyak berubah kepada keserderhanaan, tidak seperti dulu lagi. Tentang Anwar tu, saya cadangkan saudara buatlah sembahyang hajat semasa bertahajjud dan jawablah dengan hati yg ikhlas kepada diri sendiri. Tepuk dada Tanya selera.

Dan sekali lagi, selamat hari raya Aidil Fitri dan maaf zahir & batin dari saya OKJ (Orang Kampung Je) kepada Dato’dan para pembahas blog Dato’ sekalian. Sekian TQ.

Anonymous said...

adakah melayu itu islam? Bangsa ada lah bangsa..tak de sangkutpaut dengan ugama. Yang pentingnye ugama....urus secara rational bukan racial...

awangkassim

A KADIR JASIN said...

Pembahas Ishak, antara lain, berkata: " Demi keadilan jangan cuba nak nasihat satu pihak saja. Boleh tak agaknya ustaz harussani dan AKJ nasihat Nik Aziz, Hadi, & anwar untuk perpaduan ini? Kalau tak boleh, then jangan asik nak sakah kan YAB PM saja atas perpecahan ini."

1. Maaf cakap. Hujah Sdr Ishak adalah simptomatik kepada penyokong partisan Kerajaan/PM yang hanya baca atau dengar kalau nama Kerajaan/PM disebut;

2. Jelas Sdr tidak baca tulisan saya yang berjela dan berdekad lamanya menyelar dan menasihati pemimpin pembangkang, termasuk Nik Abdul Aziz yang sudah lebih 30 tahun saya sebut sebagai "politik dulu, ulama kemudian" dan terhadap Abdul Hadi mengenai fatwa mengafirkan orang Islam yang berpakat dengan bukan Islam; dan

3. Oleh sebab Mohd Najib kini menjadi nakhoda kapal yang kita tumpang, maka wajarlah kita menagur dan menasihati beliau agar bahtera kita tidak terkandas di batu karang atau terperangkap di lautan angin mati macam Sargosa Sea.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Debater Jinah, the people you called religious bigots are also my readers and debaters like your.

I am not a "holier than thou" person, and maybe I am a romantic democrat. I believe I your right to express your opinion and I am entitled to mine. So, bigots or intellectuals (like you) enjoy equal right here in this blog. In fact, it a challenge to those who think they are intellectuals to tame and reform the bigots and educate the uninformed.

Maybe you are new to this blog. We have been around since 2006. We have always tried to tolerate diversity of thoughts and beliefs.

Bigots not bigots, they are citizens of this country, they pay taxes and they vote. So it is your an intelligent and moderate person like you to show these so-called religious bigots the correct path.

As to this blogs ending up and being part of other HP6 blogs found in the net, as you put it, I leave it to my readers and debaters - you included. Aslo we could be getting more visits and comments because other similar blogs have become establishment blogs. Wallahualam.

Thank you

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya sudah pun mengemukakan enam faktor mengapa nasihat TS Harussani Zakaria tidak didengar oleh UMNO, padahal dia seorang ulama UMNO.

Sangatlah ganjil lagi pelik apabila ada pandangan supaya Mufti Harussani, ulama besar UMNO itu, memberikan nasihatnya kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang, sedangkan kedua-dua tokoh PAS ini merupakan ulama Rabbani.

Sebenarnya, TS Harussani sendiri ialah Mufti Perak yang terbukti gagal dalam menunaikan amanah kemuftian yang difardhukan ke atasnya.

Jelas terbukti nasihatnya tidak didengar. Oleh sebab itu, mereka yang diwajibkan menutup aurat, masih mendedahkan aurat.

Kalau atas kapasitinya sebagai Mufti yang berwibawa, berkuasa dan berhak, nasihatnya tidak dipedulikan, atas kapasiti apakah TS Harussani hendak menasihatkan Nik Aziz atau Abdul Hadi?

Saya berpendapat, Nik Aziz atau Abdul Hadi jauh lebih layak untuk mengajar TS Harussani.

DAKJ dan pembahas sekalian, tolong teliti akan keenam-enam hujah saya mengapa nasihat TS Harussani tidak didengar oleh UMNO.

Wassalam.

Anonymous said...

saudara jinah dah takde modal ke.


mohd paizal

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. Saya juga rasa perbahasan sekarang agak berserabut.Tak lagi fokus pada isu. Masing2 cuba menegak benang basah dan mempertahankan parti yang disokong, tak kira Umno ke, Pas ke atau PKR/DAP ke.

2. Memang tidak dapat dinafikan BN/Umno banyak juga kesilapanya kerana dah lama memerintah di samping banyak juga kemajuan pembangunan yang dilakukan.Sudah tentulah banyak kesilapan yang kita nampak.Namun tidak siapa yang dapat menafikan kejayaannya menolong orang Melayu.

3. Walaupun ada pembahas mungkin mengaku mereka tidak menikmati kejayaan hasil dari pertolongan Umno, tapi saya tidak fikir mereka boleh menafikan bahawa sedikit sebanyak anak saudara,bapa saudara atau adik2 mereka tentu ada mendapat bantuan dari Umno satu ketika dulu.

4. Bagi Pas atau PKR pula tentulah tidak banyak sangat kesilapan yang kita nampak kerana tidak banyak yang mereka laku untuk kemajuan dan pembangunan orang Melayu. Hanya sekadar berjanji atau menonjol kesalah/kesilapan yang dilakukan oleh Umno tidak menjanjikan mereka akan lebih baik. Mungkin juga akan jadi lebih teruk lagi jika mereka diberi peluang memerintah kelak.Mungkin "kata dulang paku serpih kata orang....". Apa yang penting masing2 mahukan orang Melayu maju dan berjaya.

5. Oleh itu dari kita bertelagah dengan tuduh menuduh serta cari kesalahan sesuatu pihak dalam isu2 kecil, kenapa tidak kita cari "common ground" dan persamaan dalam isu2 besar berbangkit dan bantu membantu demi untuk perpaduan orang Melayu. Cuba kita mencontohi orang2 Cina, samada dalam MCA,DAP atau Gerakan yangmana mereka akan bersatu dalam berbagai isu2 besar (seperti ekonomi, pelajaran dsb) demi untuk kepentingan bangsa mereka.

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Dan Kajang

anakbuah said...

Salam Dato',

"...bigots or intellectuals (like you) enjoy equal right here in this blog. In fact, it a challenge to those who think they are intellectuals to tame and reform the bigots and educate the uninformed."

# Saya puji pendirian dato'. Memang ada manusia2 yg bila diperdengarkan ayat2 Allah, hadis2 Nabi SAW serta hujah2 keagamaan, hotak mereka menjadi serabut dan sasau tak tentu pasal. Sebaliknya, ada juga yg jadi takut dan terasa kerdil/kecil atas keagungan Allah.

# Walau apa pun yg kita rancang dan buat, kalau kita tidak mahu sesat, kita kena kembali kpd Al Quran dan Sunnah. Itu yg Nabi kita pesan dan nasihatkan. Itulah the ultimate path yg patut kita ikut dan amalkan.

# Selamat menyambut Aidulfitri, maaf zahir batin.

ORANGUTAN PENANG said...

SALAM RAYA SEMUA,

MYVI ELEGANCE LG BEST CC NYA 1.3,
MYVI EXTREME BAKAL TIBA PULA 1.5,
BUKAN JARUM TAPI MOBIL HASIL KITA,
UMNO KA PAS KITA MELAYU 1 KELUARGA,
SUSAH DAN SENANG DIHADAPI BERSAMA,
TERKASAQ BAHASA KEMAAFAN DI PINTA.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

TK

DTok Alang Ali said...

Assalammualaikum Dato'

"Mereka berasa ilmu dan kedudukan mereka sudah cukup kuat kerana ditokok tambah dan disokong pula oleh kuasa politik dan duit. Maka mereka pagarkan diri mereka dengan barisan Setiausaha Politik, pegawai khas, pegawai media, penasihat, perunding, ahli keluarga dan suku-sakat yang kerana duit dan kuasa, akan menceritakan yang baik-baik sahaja kepada mereka."

Jangan menganggap saya rasis dengan Melayu, Cina atau India. Sejak dilahir , bersekolah, dibesar, bekerja dan kini bersara, kehidupan saya masih dikelilingi suasana kejiranan berbilang bangsa. Atas nama perkongsian, tidak pernah pun saya termimpi akan dapat diwakili oleh pemimpin Melayu. Dengan peruntukan Bumi setinggi 30 peratus di setiap kawasan perumahan baru, pernahkah pegawai-pegawai ini terfikir apakah kemampuan UMNO untuk meletakan calunnya di kawasan perbandaran yang majoritinya bukan Melayu ?. Tidak terfikirkah mereka ini bahawa hanya dalam masa dua dekad sahaja jumlah pengundi Melayu akan lenyap suaranya. Itupun kalau quota 30 peratus pendudukan kaum bumi dapat dipenuhi. Bukalah mata tuan untuk melihat keadaan di Lembah Kelang. Mungkin hanya orang seperti tuan yang mampu memahami nama-nama pelik yang dicipta untuk setiap kawasan ini. Tunggu bila anak-anak kecil mula membesar dan berkelayakan untuk mengundi. Suatu hari pemimpin UMNO hanya layak mewakili kawasan kampung sahaja. Itu pun kalau orang kampung tidak terbawa-bawa dengan rasa kebencian yang tinggi terhadap tingkah-laku kebanyakan pemimpin UMNO sekarang. Kalau kata-kata manusia seperti Mufti tidak didengar apalah kemampuan rakyat menegur mereka, ditambah dengan suami koperal isteri berlagak sarjan. Kita sibuk dengan Israil mendirikan rumah untuk rakyatnya dengan penempatan Yahudi, tetapi apa yang berlaku didepan mata hanya tersedia dikaburi dengan wang ringgit. Malang sekali bagi orang Melayu kerana punya pemimpin juga penasihat yang lagaknya tuan sendiri lebih maklum. Seperti di negara-negara Arab sekarang senjata yang dibeli dan dimiliki hanya mampu diguna untuk memcedera kalau tidak membunuh rakyat sendiri.

affendi hussain said...

Salam Syawal Al-Barakah Dato',

Sejak bila org politik dengar nasihat ulamak?? begitu juga dgn juak2 fanatik mereka..

UMNO memanglah tak dengar seperti sedia maklum.. dibesarkan acuan kolonial.. taraf ulamak mcm penasihat pilihan saja, nasib baik sistem kewangan islam selamat bernafas kerana tak kena kepentingan politik mereka.

PKR tak payah ceritalah..Hatta ex-UMNO jika di"baptis" oleh PR akan jadi "malaikat suci" apabila masuk kem mereka, walaupun yg ex-kaki tunggang

.. kalau ahli UMNO yg taubat sekalipun mereka akan tetap riuh canang label sehina-hina kejadian..masa kempen di hulu selangor segala puji2 dijulang si tok guru..anak kelate lah katakan..w/pun pemikiran calon Hulu Selangor ini amat membahayakan akidah.. demi politik!

Taubat? abih kalo sanggup saman hudud & berpendirian isu murtad ni apa cer?

Pengikut fanatik parti ni mcm demam sawan malaria, kejap sejuk, kejap panas.. fikiran tak ketahuan mcm tiada hala tujuan.

Isu nama Allah diguna Kristian.. tak dengar pulak mereka dengar cakap ulamak mcm Dr. Harun Din & Ustaz Azamuddin Taib.

Bicara bab perpaduan Melayu merekalah yg paling kuat menemplak Mufti Harussani.

Malah Mufti Harussani sendiri dipanggil haramsani oleh pemimpin parti ni..Nauzubillah akhlak!

Aik, tiba2 tengok disini penyokong fanatik mereka boleh U-turn pula sanjung Mufti Harussani..ajaib!

"TS Harussani sendiri ialah Mufti Perak yang terbukti gagal dalam menunaikan amanah kemuftian yang difardhukan ke atasnya."

Sdr Yangretibahasa.. sdr reti ke apa maksud FARDHU tu? Sedap je main cakap nampak.. Nauzubillah..

Biasalah kan Dato'.. apa nak terkejutnya bila dtg dari juak2 ni. terlebih isle dari sekalian umat islam..

wasalam..
("/)

affendi hussain said...

Salam Dato',

Ini kritikan Dr.Asri kpd PAS pula..

Read here

Sah lepas ni juak2 fanatik PAS akan tuduh beliau sbg tali barut UMNO pula..dah dibeli dsb.. segala yg mengkritik dah tentu di'fatwa' mereka UMNO semata-mata.

seperti biasa mcm biasa style mereka..

Itulah fitrah mereka..pantang dikritik lansung (oleh UMNO atau mana2 Melayu saja)..puji mereka dirimu disanjung, bila tegur nahas dipancung..merakalah bakal ahli2 syurga maha sempurna lagi terulung..mana ada pekung..

membangun dengan saf kepimpinan baru 'negara kebajikan' yang nampak berseri-seri cerah daya inteleknya..

no more 'negara islam', nnt singh tak pakai serban marah pula..sedap jer dia kasi taruk Timbalan Presiden PAS.

Seperti biasa apabila DAP lantang perhangat, merekalah yg dibelakang kuat menjilat..tetapi apabila DAP hentam punggung berbelat, mereka hanya akan diam menahan smp muka berkelat..

Berani dgn bangsa sendiri saja.. 2x5 mcm 1Malaysia. Betul mcm Dr. Asri kata.. mengata dulang paku serpih..

Hidup PAS! membangun dgn isle..

p/s: Dato', nampak ura2 nak PRU13 dah..PM Najib mesti tersenyum, lg kuat PAS melatah lagi dekat pilihanraya nak dtg dah.. Abg Din, hmm..apa cerita? ada ka cita2?..takkan nak dok no.2 saja..

wasalam

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).