Thursday, September 29, 2011

Lagi Macam-Macam Ada: Bersunat Vs Ayam Jantan


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan  “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

BILA saya muncul di TV al-Hijrah baru-baru ini, pengacara mudanya, antara lain, merumuskan agar kita jangan memandang ke belakang lagi. Kita hanya memandang ke hadapan.

Dalam perbincangan panel mengenai cadangan pemansuhan ISA itu, saya membahasakan diri saya haiwan purba yang tidak pupus – the living dinosaur.

Jadi saya sarankan kepada beliau supaya membuang semua cermin pandang belakang keretanya dan cuba pandu dengan tidak ada rear view mirror. Sejarah ada cermin pandang belakang kehidupan dan tamadun manusia.

Kalau kita buta sejarah, samalah dengan memandu tanpa cermin pandang belakang. Tapi kalau kita asyik tengok cermin pandang belakang masa memandu, kita boleh langgar pokok atau jatuh sungai.

Jadi dalam posting kali ini, saya hendak ajak pembaca tengok cermin pandang belakang sebab saya baru baca balik buku Tingkatan Enam Rendah saya (tahun 1967) bertajuk “Adat Isti’adat Melayu” karangan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam buku itu, ada macam-macam adat istiadat serta amalan orang Melayu yang diceritakan. Antara yang saya, sebagai dinosaur, boleh fahami betul-betul ialah adat istiadat bersunat. Pada zaman saya, ia berupa adat istiadat meriah bagi orang dewasa dan sangat-sangat menakutkan bagi yang akan disunatkan.

Tak ada doktor. Tak ada bius. Tak ada oksigen. Tak ada ubat. Yang ada tok mudim, pisau cukur sepanjang enam inci, batang pisang dan abu dapur. Untuk kebaskan badan supaya tak sakit sangat, kita berendam dalam telaga sepanjang pagi. Lepas itu dipakaikan kain sarung dan diusung atas bahu untuk disunatkan.

Lepas disunatkan, kita duduk terkangkang atas abu dapur yang tadah darah kita.  Abu dapur digunakan sebab ia kering dan bersih. Kita buat “dressing” sendiri guna kertas alas kotak rokok. Ada tak ada ubat hanyalah iodin.

Tiga minggu tak sembuh lagi. Silap-silap, kata orang Kedah, meliau – septik. Yang paling seksa bila saudara mara perempuan yang sudah tua selak untuk tengok dah baik atau belum. Itu tak masuk lagi upacara dilagakan dengan ayam jantan. Malu tak terkira.

Mengenai adat istiadat bersunat, Syed Alwi, antara lain,  menulis: “Kemudian maka budak itu pun di-dudokkan berchelapak di-atas batang pisang, dan to’ mudim itu pun dengan pantas menyunatkan dia, dan sa-habis sahaja di-chantas-nya maka dengan chepat to’ mudim itu mengambil bapak ayam itu dan di-acu2kan-nya kepala bapak ayam itu kepada kemaluan budak itu dan jika nampak kembang tengkok ayam itu tatkala di-acu2kan maka yang demikian itu konon, menandakan budak itu garang dan akan berbini banyak.”

Saya tak dilagakan dengan ayam jantan semasa bersunat, tapi bila sudah hampir sembuh, dengan ihsan abang-abang sepupu yang suka melawak. Kita malu tak terkira, mereka gelak terdekah-dekah. Syukur, segala-galanya berjalan lancar.

Hari ini, bagi ramai orang Melayu, bersunat bukan istiadat lagi. Ia tidak lebih daripada pembedahan kecil yang selesai dalam setengah jam. Malah dua orang cucu saya disunatkan sebaik saja lahir.

Nak lagakan dengan ayam jantan pun dah susah. Nak cari ayam jantan yang jaguh bukan mudah, kena cari Wak Jawa yang bela ayam sabung untuk judi haram di kongsi. Silap-silap kena cekup polis.

Sekarang banyak ayam jantan dah jadi ayam “ponen” atau ayam "darai" sebab kena suntik hormon ayam betina. Badan besar, kukuh nyaring tapi kena hambat ayam betina lari lintang pukang. Lagipun, ayam betina tak perlukan ayam jantan untuk bertelur, cuma telur yang tidak disenyawakan oleh ayam jantan tak menetas. Wallahualam.

Nota kaki: 1. Syed Alwi menulis permata ilmu itu pada tahun 1959 dan DBP menerbitkannya pada tahun 1960. 2. A hen does not need a rooster to lay an egg. Hens ovulate regularly, regardless of whether there is contact with a male or not. Most grocery store eggs come from hens that have never seen a rooster.

44 comments:

irs-Hursaini said...

Zaman saya budak2.(Lebih kurang)

1. Acara besunat ramai2.. sebelum tu, acara naik gajah (Naik atas bahu orang dewasa)
2. Dijamu dengan pulut dan segala 'mak neka' (segala aneka) juadah yang boleh pecahkan liur orang lain.
3. Ada ubat bius dah, tapi ubat siam punya.
4. Tok Mudim kata nak bilang sampai tiga..tapi dia main ilat (bohong), dia bilang.. satu, dua (zasss dia potong), baru dia kata tiga..

Tapi pengacara Tv Al Hijrah lawar2..hehehe

Wassalam

jab sp said...

Dato'
Perenggan 1 Macam macam ada Dato'kali ini nampaknya hanya di "nikmati" olih depa depa yang sebaya dengan Dato' dan saya sahaja atau pun yang umur depa kurang 20 tahun dari kita.Yang selepas itu hanya dapat bayangkan saja apa yang Dato' riwayatkan.

Cerita ayam jantan ini juga seronok untuk disentuh bersama.
Ayam kampung sudah kurang Dato'.Yang banyak ayam bandar.Ayam kampung,jantan betina naik gerek bila bawa nak sembelih kalau tok lebai duduk jauh dari tempat dia.Ayam bandar la ni selepas dibawa dari kurungan diisi dalam lori untuk disembelih banyak banyak.Waktu dibawa naik lori,depa ni bukan main seronok.Depa tak tau depa akan dibawa untuk dikorbankan.Minggu lepas minggu jamuan Hariraya,banyaklah depa jadi korban.Bukan susah bela ayam kandang ni,bagi makan sikit,lena habis.Dengaq kakai terbang lalu,habis mampuih semua.

Dato'
Dulu ayam jantan dikeluarkan sekali sekala lengkap dengan baji dikaki bagi lawan musuh dia.Tapi ayam jantan sekarang jadi terlalu sebok kerana terlalu banyak terpa pada bayang bayang yang depa ingat ayam jantan lain didepan depa.Sebelum terpa depa kena tengok dulu tuan dia ada atau tak ada,atau paling kurang kerja yang dia nak buat ni tuan dia perlu tau pasai kalau tuan dia tak tau dedak yang dok ada mungkin terlepas pada ayam jantan lain.Ayam jenis ni yang yang selalu jadi ponen.Tuan dia ada dia jadi jantan,tuan dia tak ada dia jadi ponen.

Natijahnya ayam kampung ka,atau ayam bandar ka,semuanya akhirnya akan disembelih.

Anonymous said...

Salam Dato'

Ha ah, sesekali mengimbau zaman dulu-dulu memang best. Walaupun masa itu serba kekurangan, tidak seperti sekarang serba serbi ada tapi kepala berserabut nengok telatah kaum kita kalau berpolitik. Apa pun, kata deme yang terbaik adalah living in the NOW....walaupun sesekali boleh toleh kebelakangan yang mengundang nostalgia dan memandang kedepan agar tidak teradong.....

awang batuburok said...

Sekarang banyak ayam jantan dah jadi ayam “ponen” atau ayam "darai" sebab kena suntik hormon ayam betina. Badan besar, kukuh nyaring tapi kena hambat ayam betina lari lintang pukang. Lagipun, ayam betina tak perlukan ayam jantan untuk bertelur, cuma telur yang tidak disenyawakan oleh ayam jantan tak menetas.
__________________________________

Salam Dato',

Sangat tepat sekali kiasan yang dibuat. Ayam Jantan yang kuat berkokok sekarang ini bukan ayam jantan sejati.Nampak saje besar dan muka merah garang tapi sebenarnya ayam ponen. Tengok cacing pun dia lari lintang pukang apalagi kalau disergah oleh ayam betina. Ayam jantan tu jadi ponen sebab dibesarkan dalam taman istana kaum bangsawan, makan makanan dalam tin yang diimport sebab tu tengok cacing atau ulat gonggok pun dia takut lari lintang pukang.

Kalau kena sergah ayam betina pun dia terberak cair, apa lagi kalau
kena sergah dek burung *****n yang lagi besar dan ganas.

Maaf Dato kalau lawak saya agak melampau sikit.

Anonymous said...

Harun Lazim

Ybhg Datuk.

Saya ada satu teka teki purba. Mengapa anjing kalau kita kejar, dia akan pandang belakang. Jawabnya sebab dia tidak pasang side mirror.

Kalau ada side mirror anjing tidak akan tersadung semasa menoleh ke belakang. Jadi buku yang Datuk sebut itu ibarat side mirrorlah.

Satu lagi pesanan purba yang masih saya ingat ialah jangan memandang ke belakang kalau berjalan waktu malam Pesanan ini khusus untuk orang penakut.

Kesimpulan, hanya orang penakut yang tidak berani memandang ke belakang. Filem seram Jangan Pandang Belakang menjadi dalil terkini mengenai fenomena ini.

Harun Lazim

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Bila memandu diwaktu malam jangan pandang cermin belakang. Dah banyak pemandu nampak "hantu pucung" mengekori pemandu yang lemah semangat. Kalau nak selamat kita mesti terus pandang hadapan !!
Begitulah dalam hal main politik. Jika kita selalu sangat ambil kisah apa yang ada dibelakang kita akan terjerumus terus ke longkang.Wal hal apa bendanya yang ada di "belakang" !!!!

Wak Mubari

maae said...

1. la ni susah caghi tok mudim, Datuk....kalau dulu nampak kelibat saja,kita dah nyorok balik belukar, 'duduk ontok-ontok(loghat NS)', menggigil satu badan.....masa nak bersunat, menggigil kesejukan sampai tulang hitam.

2.kait cerita sikit, zaman Tok Kenali dulu, selagi 'tokoh' macam ini tak bangun dari duduk, berdiri, para pembesar melayu lain dan mat-mat salih (pentadbir masa tu) tidak berupaya berdiri sebelum 'beliau' bangun berdiri....

3.balik semula, begitu ramai sekarang menyanjung menyokong dan teruja dengan para pemimpin buta
Dalam Al Quran,"adakah sama buta dengan celik, berilmu dan tidak berilmu ?"

4. maka pengacara muda tersebut takut toleh belakang kerana ada orang beri amaran 'jangan pandang belakang'.....buat lah pura-pura bersiul, berkokok macam ayam jantan konon nya tidak takut dan pura-pura BERANI ! Badan menggigil cuba nak di sembunyi....

5.Hakikat nya, kita sudah kian melupakan peraturan dan kehebatan dulu. SEJARAH yang memungkinkan kita hidup selesa di zaman ini, berhari raya sakan penuh sebulan! gelak ketawa riang ria penuh KEALPAAN. Kita tidak suka lagi menjadi JANTAN atau bernoda dan ternoda kerana seringkali menyalah guna KEJANTANAN !

6.Untuk apa Ayam Jantan katek macam ayam serama, jalan terkedek-kedek, nampak sasa tapi tak sampai 10 tahil timbangan nya?

ADA KAH SUKA CUMA PERHIASAN SAJA?

Anonymous said...

Salam Dato'
Saya menyaksikan Dato' dalam TV Al-Hijrah tempohari. Nampak Dato' macam emosional dalam mempertikaikan ISA nak dimansuhkan. Dato' banyak menyampuk bila peguam tu tengah memberi pandangan. Steady lah Dato'.. Dalam Islam kan apa bentuk hukuman perlu di adili sepenuhnya..

ALIJUSMIN

affendi hussain said...

Salam Dato',

Dengan kedinamikan teknologi semasa, kita dah tak perlu pandang belakang & tak perlu jegil side mirror pun..

Nak pandangan depan, belakang, kiri, kanan atas bawah, luar & dalam semua maklumat boleh dipapar didpn mata kita..

Yang akhir outputnya tetap balik kpd pancaindera & aqal yang Allah s.w.t berikan kpd kita utk proses segala maklumat diterima..

Persoalan utama:
"can we handle this?"

Padang depan tetapi mengikut sesuatu yg diri sendiri tak tahu & faham pun tak guna..w/pun mata celik tetap serupa dgn si buta berjalan tanpa tongkat.. bila2 masa boleh masuk longkang.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya."
(Al-Israa',17:36)

p/s: Budak2 zaman skrg tak payah lg mengadap pisau utk sunat jauh sekali ayam jantan yg jarang2 tengok & menjadi mangsa dikejar atau dipunggal bila mereka balik kampung.. luruh kejantanan ayam tu dgn budak2 zaman moden ni generasi makan ayam kitar hidup 30hari (siang & malam kerjanya makan) & disuntik nitrofuron serta segala-bala antibiotik.

Kalau jatuh pelepah nyoq atas bumbung, dlm reban pasti ada beberapa ekor ayam putih ni yg pasti mati kerana terkejut.. itu belum kena penangan meriam buluh.

Skrg ni sunat semua main kerat pakai "electric arc" mcm doktor guna membedah..tak darah byk (kapilari2 darah yg kecik tu terbakar oleh letrik) & cepat baik luka (tiada sentuhan, rendah risiko infection bakteria).

wasalam

("/)

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Dalam dok kalut nak tunjuk dia hebat,Guan Eng dah tak tengok belakang kiri dan kanan.Cuma bila nak meludah dan menghina.

Taktik lapuk Cina Tongsan dok perlekeh bangsa lain akhirnya makan diri Tok.Mulut busuk dan longkang dah adat depa bersaing.

Dalam apa juga bidang,ini la senjata depa selama ini.Dulu masa bangsa melayu dok motong getah,pi bendang boleh la..

Tapi bila berdepan graduan Oxford yg pernah bergelumang di bendang,bersusah payah pi sekolah jalan kaki.Depa dah terkejut beghok Tok.

Bukan salah depa dah jadi mcm ni.Dah depa macam tu.Kalu kita buka pintu rumah,rimau masuk telan kita,kita yang bodo Tok.

Tapi kita tak sebodoh tu kan Tok!TO BEAT YOUR ENEMY YOU MUST KNOW YOUR ENEMY.I DOUBT NAJIB KNOWS THIS.

TK

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Dalam dok kalut nak tunjuk dia hebat,Guan Eng dah tak tengok belakang kiri dan kanan.Cuma bila nak meludah dan menghina.

Taktik lapuk Cina Tongsan dok perlekeh bangsa lain akhirnya makan diri Tok.Mulut busuk dan longkang dah adat depa bersaing.

Dalam apa juga bidang,ini la senjata depa selama ini.Dulu masa bangsa melayu dok motong getah,pi bendang boleh la..

Tapi bila berdepan graduan Oxford yg pernah bergelumang di bendang,bersusah payah pi sekolah jalan kaki.Depa dah terkejut beghok Tok.

Bukan salah depa dah jadi mcm ni.Dah depa macam tu.Kalu kita buka pintu rumah,rimau masuk telan kita,kita yang bodo Tok.

Tapi kita tak sebodoh tu kan Tok!TO BEAT YOUR ENEMY YOU MUST KNOW YOUR ENEMY.I DOUBT NAJIB KNOWS THIS.

TK

besi said...

dato...faham maksud dato itu.. tapi zaman la ni, rasanya keterbukaan amat mendesak. kawalan!! tiada siapa yg menafikannya tapi dlm keadaan minimum. org2 lama juga yg berkata
"undang2 dicipta utk mengelak kekalutan..jangan pula undang2 itu mjadi punca kekalutan"

Anonymous said...

Guan Eng apologises to Johor Sultan


GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng has apologised to the Sultan of Johor and his subjects over the alleged disparaging remarks he made about Johor in Singapore.

He made the apology at a press conference in Komtar at 1.10pm Friday.

Lim, however, did not admit making the statement and said he was still trying to locate the recording of what he said in Singapore.

“The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, had said he was offended by the statement made by me against Johor.

“Out of respect to the Johor Sultan, I wish to fully apologise to the Johor Sultan and his subjects, the people of Johor. I have no intention whatsoever to discredit Johor or any other state,” he said


comment:

Mana boleh buat press statement begitu saja meminta maaf kepada Sultan saya. Tak ada adab.

Guan Eng mesti mengadap Duli Sultan Johor.

Belajarlah adat raja-raja Melayu.

Wak Mubari

Rao Lanunbahaso said...

Dato' The Scribe,
Salaams

Minyak Lintah!
(kepala cap ayam)

Hitam minyaknya
Pekat sekali rupanya
minyak lintah namanya
original katanya

sapu urut sehala

rajawali terbang tinggi

Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

minyak lintah berbagai lintahnya
lintah tanjung lintah kelantan
lintah permatang pun ada
manakala lintah genderang
lintah pekan bermain di padang

minyak lintah! minyak lintah!
minyak lintah tok guru
minyak yang paling best

kata orang dagang sampai ke jeli



Salam Hormat Seindah Mahaguru

Anonymous said...

Eng Guan nampaknya nak buat Pulau Pinang macam Singapura. Macam nak buat sebuah negara asing dari Malaysia. Dah mula nak sombong mengatakan negeri lain tak selamat.

Baguslah tu !! Dia dah tak hormat kepada raja Melayu. Nanti tak lama lagi kalau dia dapat memerentah semula Pulau Pinang langsung Melayu di Pulau Pinang dia tak hormat! Percaya lah. Dia akan kotak katikkan Melayu.

budak johor

jab sp said...

Maaflah Dato',dah lari tajuk,nak buat macam mana,ulasan Wak Mubari ini kena layan juga.

wak mubari
kalut betoi lah hang ni.
1-baca balik apa titah Sultan Johor (hari ini)mengenai penglibatan orang politik terhadap baginda.

2-LGE sepatah pun tak sebut nama Baginda Sultan waktu dia dikatakan buat ucapan itu,tapi kerana media dah libat sultan ,dia dengan rendah dii mohon maaf pada sultan.

3-Celiklah sikit,dah beratus kali pemimpin UMNO kata yang tak betoi pasai Kelantan dan Kedah negeri aku.pemimpin UMNO bukan sahaja tak pernah minta maaf,tambah fitnah lagilah ada.

4-Yang paling penting,cerita politik hendaklah diselesai olih orang politik.Tak perlulah libatkan sultan(takkira negeri mana pun)selagi kenyataan itu tidak menyebut nama sultan.

5-(tambah sikit lagi)Cerita Pertabalan Sultan Kelantan bagi menganti Sultan sedia ada suatu waktu dulu(olih UMNO) tak pernah ditulis dalam sejarah kot.Sebab tu wak malbari tak tau.

6-Sebebal LGE dia sudah minta maaf.Surat dia dah ikut sususan ayat berprtokol.Hang nak apa lagi.Nak bodek supaya dapat datuk.

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Hari ini Lim Guan Eng membidas negeri Johor dengan kenyataan bahawa negeri itu tidak selamat untuk pelabur-pelabur.DYMM Baginda Tuanku Johor telah tersentuh dan murka terhadap kenyataan LGE itu yang telah didesak oleh rakyat negeri Johor agar beliau memohon maaf KeBawah Duli Tuanku.

Maklumlah LGE adalah seorang ketua Kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai Kesultanan Raja. Beliau dianggap biadap oleh disebabkan tidak memohon maaf KeBawah Duli Tuanku mengikut adat kedaulatan Raja dengan permohonan untuk diperkenangkan mengadap KeBawah Duli Tuanku. Oleh yang demikian ada sebilangan rakyat negeri Johor telah marah atas tindakan LGE yang tidak tertib dan tidak bersopan untuk memohon maaf melalui media massa.

Soal sekarang adalah LGE telah sengaja untuk bertindak sedemikian tanpa memohon diperkenankan untuk mengadap KeBawah Duli Tuanku mengikut amalan protokol Istana. Sebalik nya ada kah benar bahawa LGE tidak mengetahui adat protokol Istana atau disengajakan.

Oleh yang demikian, kenyataan LGE untuk meminta maaf KeBawah Dui Tuanku adalah tidak sah dan beliau sudah tentu dikehendaki secara resmi nya mengadap KeBawah Duli Tuanku untuk menyelesaikan isu ini.

Daulat KeBawah Duli Tuanku semoga tidak bertolak ansur dalam isu ini agar dapat diselesaikan dengan lebih tertib mengikut amalan protokol kedaulatan Raja yang sedia ada.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Hei hei hei weiii...ape ni mcm kat paper harakah lak dah..hehehehe

Tapi tak pe tuan rumah tak marah kire ok la tu..shakali shakali.ya pak.

Tak tau nak komen yg mane satu, yang bersunat ke yang ayam jantan ke.

Ayam jantan: Ego, tak takut mati,suke didekati,pandai bersosial dan pandai mencari peluang, tidak teragak agak dalam membuat keputusan.

Bersunat: Lambang kedewasaan,untok kesehatan,wajib untok lelaki Islam dan digalakkan untok semua kaum lelaki.

Tak tahu kenape pak Kadir buboh Vs kat tengah tengah tu,mungkin untok memberitahu bahawa lelaki yang telah bersunat perlu menjadi atau berlagak seperti ayam jantan.

Pak Kadir saye sudahkan komen ni dlm pantun ekk:

Ayam Jantan tajinya tajam
Itulah lambang kejantanan pemilik
Harus berani terima kekalahan
Ku harap tuan tak mudah bermuram
Sinar lah ketokohan mu,bertindak cerdik
Agar lawan mu akur dalam menerima keputusan.

Anak anak takut bersunat
Kerana tok mudim berkumis tebal
Kalau pemimpin hidup mufuakat
Rakyat terase mereke dikenal.

sujini said...

Salam Datuk,

1. Adakah maksud tampalan kali ini ditujukan
kepada jaguh2 UMNO sekarang?

2. Kalau ya, memang betulah tu.

3. Saya dapati UMNO no.1 dalam Forum 'Khazanah
Megatrends 2011' bernada keras terhadap
kontraktor Bumi.

4. Kesimpulannya kontraktor Bumi berpeluang
mengambil bahagian dalam EPP (Entry Point
Project) berdasarkan meritokrasi saja.

5. Pada pelancaran MTEM pula, UMNO no.1
menegaskan lagi Melayu tidak boleh bergantung
kepada kerajaan lagi jika mahu dihormati dan
berminda abad21.

6. Baik, kita tunggu dan lihat syarikat Bumi yang
manakah yang dikenalpasti sebagai 100%
berdayausaha, bermerit dan seiring dengan dasar
ETP kerajaan.

7. Mengenai kenyataan UMNO no.1 yang saya sebut
dipara no.5, i.i orang Melayu perlu berminda
abad21, itu elok juga.

8. Tapi set minda abad21 ini bukan semuanya
baik.

9. Contohnya, kita boleh cakap dulu, lepas tu
minta maaf. Kalau tidak kena saman.

10. Kita boleh bersahaja menghina lagu NegaraKu
lepas tu minta maaf. Semua senang hati.

11. Kita boleh bersahaja menghina Jalur Gemilang ,
lepas tu hukumannya hanya digantung 6 bulan
daripada menjalani tugasan MP.

12. Buat wayang berkonsep gagasan 1Malaysia,
menulis diblog menyokong dasar kerajaan
1Malaysia, tapi pada masa yang sama tidak
beradab kepada pengkritik; itu tidak jadi hal.

13. Aduh pening dibuatnya set minda abad21 ini
kan?

14. Akhir sembah, kalau Datuk berkemampuan,
tolonglah perbaiki keadaan.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Dato'.
Maaf, hanya nak buat inter-frame sedikit!
Katanya sebagaimana laporan akhbar Najib 1Mal sbgm lapor bebarapa blog ie:http://rmf7.wordpress.com/2011/10/01/bila-hati-ditarah-najib-sokong-namewee/
Makanya.....apakah begini yang kita mahu?. Perlukah kita menjadi Durjana dahulu sebelum ditatang?. Apakah akan berlaku sekali lagi swing votes pada PRU 13 nanti....LETIHH kita datuk jika dipermainkan oleh pemimpin bukan melayu dan juga pemimpin MELAYU sendiri.

Anonymous said...

I think your posting is indirectly insinuating Najib. No doubt about it !!

What really you want Najib to do? You mean to say that he is surrounded by advisors whom you feel are not taking care of the Melayu. Like jual maruah dan hak orang Melayu. This is what I draw my conclusion of your new posting. I may be wrong in my assessment or salah anggap.

Raman Rahim

Anonymous said...

I think your posting is indirectly insinuating Najib. No doubt about it !!

What really you want Najib to do? You mean to say that he is surrounded by advisors whom you feel are not taking care of the Melayu. Like jual maruah dan hak orang Melayu. This is what I draw my conclusion of your new posting. I may be wrong in my assessment or salah anggap.

Raman Rahim

ORANGUTAN PENANG said...

SUJINI,

Sebetui nya dah lama pun kebanyakkan Melayu terpaksa lalui pemikiran abad 21.Najib dan konco konco saja di takuk lama.

Secara peribadi,DEB sampai takat habis mengaji saja.Bila masuk dalam pasaran terbuka,Puak puak cina yang control semua.

Melayu pi bank,tak lulus.Cina senang senang ok.Pi la bank mana pun,sapa control?Kalu tak percaya,pi la cuba meniaga yang cina control.

Aci potong jari kalu peniaga melayu lawan cina diatas padang yang sama rata,senang senang kita sapu semua.Kalu depa kiasu,kita pun kinyau maa.

Najib tak ada hak nak cakap pasai transformasi maupun meritokrasi.Masih ramai orang melayu yang perlukan DEB KERANA IANYA TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN.

Maaf Tok, angin betui la bila kita di chop lemah dan perlukan tongkat.Masa ni main ragbi cukup syok kalu dapat tackle kat lutut biaq sama sama tekeluaq padang.

Dak pun main kriket,mau punggai kuat kuat bagi in swinger bola tinggi.Tak kena muka,kepala.Depa basketball saja tau.

Jom tok,pi tengok rugby world cup,dapat rasa suasana tengok final dalam pub sebelah Eden Park pun jadi la..tiket final mahai tu pun kena tender.Keh keh keh

A KADIR JASIN said...

Para pembahas yang mulia,

1. Saya tak sindir sesiapa yang tertentu. Cerita ayam darai dan ayam ponen menang betul. Ada ayam jantan macam itu. Saya tau sebab sampai umur lebih 20 tahun dok bela ayam;

2. Kita budak-budak kampung zaman dulu belajar hal jantina daripada ayam, itik, lembu, kerbau dan kamping. Orang putih kata mereka belajar daripada birds (burung) and bees (lebah). Mula-mula kita hairan apa yang binatang tu dok buat. Lama-lama kita faham. Sekarang anak-anak kita belajar daripada National Geographic;

3. Ada satu lagi adat kepercayaan orang kampung saya iaitu ayam jantan dan betina yang buat kelaku atas rumah akan disembelih. Kulitnya dilapah dan diregang dengan buluh kemudian dipamerkan. Dagingnya kita buat gulai atau pangganglah; dan

4. Bukan semuanya baik jadi ayam sabung. Ia tak dibenarkan bercampur gaul secara bebas dengan ayam-ayam lain. Ia agresif dan akan cederakan ayam jantan lain. Tapi yang paling penting, ia tidak dibenarkan berseronok-seronok dengan ayam betina takut letih dan tak boleh berlawan. Hanya bila nak cari zuriat yang baik, barulah ayam sabung dibenarkan "berhappy-happy" dengan ayam betina pilihan. Bukan ayam betina sebarangan - tentunya bukan dengan ayam bulu balik atau ayam Jepun.

Terima kasih.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

ALIJUSMIN said'
Saya menyaksikan Dato' dalam TV Al-Hijrah tempohari. Nampak Dato' macam emosional dalam mempertikaikan ISA nak dimansuhkan...

Salam kasih sayang Sdr. ALIJUSMIN,

Kami juga akan emosional dan sebabnya kami tidak mahu tertubuhnya MAGERAN 2 kerana tanpa ISA akan bebaslah ramai 'dajjal' yang akan persendakan/perlekehkan kedudukan istimewa dan kedaulatan bangsa Melayu.
Kemungkinnya berlaku perkara yang tidak diingini tidak boleh di sangkal jika tidak ada lagi undang2 pencegahan. Mungkin lebih parah dari peristiwa Mei 13. Tidak mustahilkan terjadi jikalau dajjal2 tersebut nak buat pasal asalkan tanahair tercinta ini JAHANAM!

ALFATIHAH, AMIN

Anonymous said...

jab sp;

Kau bodeklah LGE! Nanti dapatlah datuk dari PP!! Dan aku dapat datuk SPMJ! ha ha ha What a joke !!

Daulat Tuanku !!


Wak Mubari

Anonymous said...

Dato',
Saya tujukan warkah ini khas utk Org-utanpenang. Saya selalu balik penang dan mak mentua saya org kuat Umno.Dlm hal politik kami selalu berdebat gila punya. Anak dia (5org) dan menantu semuanya pem-bangkang. Bila debat sayalah ketua pembang-kangnya. Dulu (sebelum Pak Lah jadi PM)isunya "Anwar tak buat apa (pembangunan)kat Penang". Saya tau ni mesti hantu Pak Lah dah rasuk dia. Isu mutakhir "tengok sekarang Cina dah perintah Penang". Dlm debat (masa raya lepas) saya kt "saya ni bodoh betul la, saya ingat Koo Su Koon tu Cina, rupanya Melayu". Saya bukan nak bangkitkan kedua2 isu tu. Perkara pokok ialah ayam2 ponen sering masuk kekampong2 buat macam2 cerita. Inilah dia real punya "ayam ponen".Ayam ponen Umno. Dan ayam2 betina dikampong2 terima bulat2 apa yg ayam ponen cakap.

Hassan. Port Dickson.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya tak salahkan pengacara muda tv Hijrah tu bila merumuskan agar jgn panang belakang .Dia cuma mengikut arahan penerbit aje.Ini semua berpunca selepas UMNO kalah debat pasal Bukit Kepong ni.terkial kial mereka nak jwb.Akhir sekali upah samseng baling bom api kat rumah Mat Sabu dan pergi pukul penyokong PAS di Seremban..

Mmg UMNO ayam jantan "ponen".Berkokok berderai derai di gelanggang kosong.Bila dijwb terus bercawat ekor dan "outsource" pd samseng PERKASA utk buat onar

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Mereka yang takut pandang belakang ialah mereka yang cuba memadam peristiwa hitam diri sendiri. Sepatutnya cerita atau peristiwa masa lampau dijadikan tauladan dan sempadan agar kita menjadi insan yang lebih baik laigi. History repeats

2. Sekarang ini dah tidak banyak lagi majlis bersunat beramai-ramai. Nampak macam budaya itu dah dilupakan. Generasi akan datang tidak lagi tahu apa yang berlaku. Tiada tahu lagi mengapa mandi beramai dengan air sejuk dari sungai sebelum bersunat. Tiada lagi perarakan. Tidak lagi tahu bagaimana tensionnya mereka semasa duduk di atas batang pisang berdepan dengan Tok Mudin yang bermisai lebat bersama pisau lipatnya. Bagaimana ayam jantan di"layor" dibahagian sulitnya dengan tujuan kononya membuang bisa sakit.....

3. Sekarang ini bersunat atau berkhatan hanyalah majlis within family sahaja. Harap2 jangan ada yang terlupa untuk menyunat anak mereka sudahlah. Bayangkan jika anak2 itu hanya sedar dia belum bersunat apabila nak berkahwin. Tentu berat tanggungjawabnya.

dan kajang

ORANGUTAN PENANG said...

Hassan Port Dickson,

Ait,dah macam terbalik hang dgn aku,jando den orang noghori.Tapi ni bukan isu.

Hebat jugak mak mertua hang.Hangpa 10 orang pun tak boleh makan dia!Tapi takpa,lepas hangpa semua harmoni.

Hang suruh dia baca posting ayam ponen 2.38pm.Mesti la dia jadi anti Najib terus keluaq UMNO.

La ni baru aku tau pasai apa susah sangat UMNO nak jatuh.LDP pun dah tersungkoq,rupa nya pembangkang Malaysia banyak sangat ayam jantan tapi ekoq banyak taik.

TK

Rao Lanunbahaso said...

Dear Dato' Kadir
Salaams

Mak Yong
(teringat hasan mas'oud)

Betulkah 'Najib is fighting for his BN survival'?
Betulkah 'Muhyiddin is fighting for his UMNO survival'?
Betulkah "Tsu Koon is fighting for his Gerakan survival'?

Tidak betulkah 'Guan Eng is fighting for his Tanjung survival'?
Tidakkah betul "Naina Merican is fighting for Kepala Batas survival'?

Tidak betul 'insinuating indirectly'
'kelaku disembelih' betul?


Salam Hormat Raja Bongsu Dewa Laksamana

ab said...

Salam dato,


Saudara Tinta Hitam,


YOU PASTI KA ATAU ADA BUKTI YANG baling bom kat rumah mat sabu tu orang UMNO?.


Jangan serkap jarang bro, nanti you yang jadi ayam ponen!.


Mengumpat ialah mencerita keburukan sesaorang kepada orang lain...


FITNAH ialah buat cerita tanpa bukti...


You ni betui ka ?.. bunyi macam fitnah ni.


Abu Bakar Ab Rahman

orang biasa said...

Dato

"Jadi saya sarankan kepada beliau supaya membuang semua cermin pandang belakang keretanya dan cuba pandu dengan tidak ada rear view mirror. Sejarah ada cermin pandang belakang kehidupan dan tamadun manusia"

satu pandangan yang sinis tapi amat tajam. Tahniah kerana memberi satu wakeup call kepada pengacara muda itu.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

4. Bukan semuanya baik jadi ayam sabung. Ia tak dibenarkan bercampur gaul secara bebas dengan ayam-ayam lain. Ia agresif dan akan cederakan ayam jantan lain...

Tepat sekali Tok. 'Jalak' kami di jadikan gulai masak 'kalio'( menu urang minang) kerana ramai jiran2 mengadu kat ibu tersayang kami pasal 'Jalak' mencederakan ayam2 jantan mereka.

Selalunya kami adik beradik hanya dapat marasa gulai ayam jika ada tetamu 'VIP' datang tapi malam 'bersejarah' tu kami menikmati gulai tanpa tetamu 'VIP'.

Esoknya, balik dari sekolah kami dapati 'Jalak' tidak timbul2 bila diseru.
Bila mengadu pada Emak,jawabnya 'dah jadi gulai ayam yang kalian makan malam tadi. Apalagi, manangis sampai bengkak biji mata le..

Alkasih riwayat ayam sabung bernama 'Jalak'..

ALFATIHAH, AMIN.

Pak Tua said...

Dato

anak muda sekarang tidak dapat bayangkan cerita dato ini, Mereka perlukan sesuatu yang di visual kan seperti kartun atau animasi.

Memahami melalui bacaan bukan lagi cara pembelajaran mereka apatah lagi teguran dan sudah tiba masanya sejarah kita di animasi kan seperti buku kartun Lat.

Generasi muda sekarang lambat matang mereka kerana mereka di lahirkan dalam suasana yang selesa (dihujung jari) dan tidak seperti kita dahulu di mana semua perkara seharian di buat cara manual baik dari penggunaan akal hingga kepada fizikal.

Jadi, usaha dan pendekatan Najib untuk menjadikan generasi muda sebagai harapan beliau untuk mengundi BN perlu difikirkan semula.

Mungkin Najib pun perlukan rear view mirror jugak

Orang Kampung said...

Dato:

hari ini orang dah tak bangga lagi ayam jantan,ayam batina,ayam sabung ke.Yang menjadi kebanggaan ialah ayam katek yg kecik tu.Maknanya jiwa manusia pun begitu juga.Dari yg besar menuju pada yg kecil.Minat manusia moden begitu agaknya,Kalau pokok dia berkenan pada bonzai.

Cuma ayam hutan yang masih liar sukar dijinakkan.

Hanezam said...

Dearest Datuk Kadiag,

Cerita masuk jawi ni elok juga Datuk masukkan dalam memoir Datuk itu. Kami orang kampung tak reti nak sebut bersunat, kami sebut masuk jawi ja. Apa-apa cerita yang menarik macam ni yang Datuk cadang nak masukkan dalam memoir Datuk itu, eloklah Datuk brainstorm kat sini. Nanti Datuk rewrite dan includekan input-input menarik daripada pembahas-pembahas Datuk. Secara jujurnya saya tak pernah dengar pun peranan ayam bapak dalam istiadat masuk jawi ni. Dalam zaman saya dulu pun dah tak dak dah istiadat yang Datuk cerita di sini. Jadi eloklah Datuk abadikan pengalaman Datuk itu supaya Melayu dapat tengok dan rasai evolusi budaya mereka jugak.

mtgbertam said...

Dato,

Mcm nak luruh jantung tengok gambaq istana yang baru siap tu.

Air mata keluaq tak terasa dato'..

saji said...

Sdr Sujini


"3. Saya dapati UMNO no.1 dalam Forum 'Khazanah
Megatrends 2011' bernada keras terhadap
kontraktor Bumi.
4. Kesimpulannya kontraktor Bumi berpeluang
mengambil bahagian dalam EPP (Entry Point
Project) berdasarkan meritokrasi saja."

Tidak ada kerasnya jika sdr dan kontraktor Melayu kita faham pemberian kontrak kerajaan atau GLC berdasarkan merit kontraktor iaitu siapa yang paling tinggi meritnya dari segi menyediakan modal dan kepakaran sekali gus merupakan prinsip bagi penggunaan kontrak Lump sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build iaitu bentuk2 kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisna'/Tempahan yang digunakan dalam pelaksanaan projek kerajaan dan GLC.

awang batuburok said...

Tuan Mustapha Ong,

Apapun tuduhan yang dibuat keatas YAB Ketua Menteri PP perlulah disiasat secara telus dan adil. Kita tak perlu emosional dan bersikap double standard semata-mata kerana KM PP hari ini berbangsa tionghua.(KM PP yang dulu dulu saya tak pasti bangsa apa...mungkin bugis kot).

Tambahan pula isu satu Ketua kerajaan negeri mengkritik kerajaan negeri yang lain bukanlah
perkara baru. Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah berguni-guni diperlekehkan oleh pimpinan UBN deperingkat pusat maupun negeri. Kalau tak percaya tuan boleh tanya YAB Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam yang berkebetulan negeri beliau juga tidak ada Sultan.

Bak kata sdr Nabil "lu pikir la sendiri".

langitbiru said...

ISA repeal delayed to consult stakeholders, say ministers
By Shannon Teoh
October 03, 2011

KUALA LUMPUR, Oct 3 — The government said today that the Internal Security Act (ISA) can only be repealed in March as it needs to consult and engage with stakeholders to ensure “we get it right”.

The replacement of the ISA, which allows for preventive detention, with two new laws was the highlight of Datuk Seri Najib Razak’s Malaysia Day address in which he promised more freedom to the public.

Saya fikir, Najib terperangkap dengan pemansuhan ISA. Penasihat Najib cakap mansuh ISA akan menaikkan imej politik UMNO, akan tetapi dengan cadangan 2 AKTA BARU yang punya NILAI MACAM ISA,maka para rakyat umumnya dan pengundi khususnya bertanya, apa guna mansuh ISA dengan buat "ISA BARU"?

"to consult stakeholders"
SIAPA STAKEHOLDERS AKTA ISA ni Dato?

Setiap Akta dalam undang-undang ada stakeholders masing-masing ke Dato?

Pada kefahaman saya, stakeholders bererti, tiada lain melainkan RAKYAT.

Mungkin MENTERI tersebut kena belajar semula dengan orang Sains Politik, maksud Rakyat Berdaulat, Undang-Undang Berdaulat, Negara Berdaulat!

Kalau ada 'stakeholders' selain tiga tu,maka STAKEHOLDERS tu sebenarnya yang berdaulat!

Maknanya.....DIKTATOR?

Anonymous said...

Parliamentary member, Datuk Ibrahim Ali (Independent-Pasir Mas) suggested the EC to collaborate with university vice-chancellors to open voter registration counters in campus.

"Many university students have reached the eligible age, but do not register. If we can open a counter, I believe half of them will register," he added.


comment:

EC should also open counters in all the mosques throughout the country during Friday Prayer. Registration can be done before and after the prayer between 11.00 am to 12.00 noon and continue after the prayer finishes.

This campaign should be done in stages at least for 3 months period.

Naqiuddin

saji said...

Sdr langitbiru

Tidak. Najib tidak terperangkap dengan pemansuhan ISA seperti yang sdr katakan itu. Najib, pada saya, dijangkiti penyakit PAS dan kebanyakan orang Melayu atau Islam hari ini- buat dulu fikir kemudian seperti pelaksanaan hukum hudud dan negera berkebajikannya.

affendi hussain said...

Sdr Saji,

Eksperimen & Teori:
Eksperimen untuk membuktikan PAS membenarkan teori peribahasa Melayu..
"Sudah terhantuk baru tergadah."

Pemerhatian eksperimen:
Setelah proses hantukan, PAS belum terasa benjol dan lebam di kepala mereka lagi untuk tergadah. Ini mungkin kerana impak momentum hantukan itu telah dikurangi dgn balutan serban tebal dan lebai dibuat bahan elastik di kepala pemimpin2 mereka..

Kesimpulan eksperimen:
Kita perlu hantuk kepala pemimpin2 mereka dgn lebih kuat lagi untuk melihat kesan tergadah oleh PAS.

p/s: Eksperimen ini tidak dpt dijalankan utk pemimpin2 PKR kerana mereka hanya mampu menghantuk punggung yg bersifat boleh terus menyerap impak momentum tanpa perlu balutan atau penampan oleh bahan elastik.

wasalam

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).