A Kadir Jasin
[KALAU mengulas
menggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari
pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]
Selama 42 tahun, selepas menjatuhkan Raja Idris dengan kekuatan “pedang” pada bulan September 1969, Kolonel Moammar Gadhafi aka Muammar Gaddafi aka “King of Kings” memerintah dengan kuasa “pedang”. Semalam, pada 20 Oktober, beliau mati di mata “pedang”.
Menurut laporan Associated Press, beliau ditarik keluar cedera daripada lubang persembunyiannya. Beliau merayu kepada penangkapnya: “Jangan bunuh aku anak-anakku.” Tetapi, sudah terlambat. Mereka bukan lagi anak-anak beliau. Mereka adalah anak-anak revolusi musim bunga Arab.
Mereka “meronyeh-ronyeh” dan mencabut rambutnya. Belum jelas sama ada beliau benar-benar mati kerana cedera atau mati dibunuh oleh penangkap-penangkapnya. Ada laporan mengatakan dia tertembak di kepala ketika pasukan yang setia kepadanya berbalas-balas tembak dengan tentera rakyat.
Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah, mayatnya diikat kepada bonet kereta dan diarak di jalan-jalan raya bandar kelahirannya, Sirte.
Selepas Presiden Zine El Abidine Ben Ali, Tunisia dan Presiden Hosni Mubarak, Mesir, Gadhafi adalah pemerintah kuku besi dunia Arab yang ketiga jatuh dalam masa tidak sampai setahun. Yang berbeza hanyalah darah yang mengalir di Libya. Revolusi jalanan Tunisia dan Mesir umumnya aman dan tidak mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
Soalnya sekarang ialah ke manakah Libya akan menghala selepas ini? Revolusi Tunisia dan Mesir sudah mula menampakkan kesan positif. Keamanan semakin pulih walaupun usaha mengubah kesan pemerintahan kuku besi yang berdekad-dekad lamanya bukanlah mudah dan tentunya memakan masa.
Ke Arah Mana Revolusi Arab?
Dan apa pula akan terjadi di Syria dan Yaman, di mana rakyat jelatanya juga bangun menuntut perubahan, dalam revolusi jalanan yang berdarah?
Bagi memudahkan analisis, kita boleh menuduh kebangkitan musim bunga Arab itu sebagai satu lagi konspirasi Barat.
Tetapi kita juga perlu akui bahawa suasana politik, ekonomi dan hak asasi manusia di negara-negara yang terbabit adalah jauh daripada sempurna.
Libya kaya dengan minyak dan gas – nombor sembilan di dunia dengan rizab dianggarkan 40 bilion tong – dan antara negara Afrika paling maju. Paras kemiskinan mengikut Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah 7.6 peratus pada tahun 2009 dan pengangguran 10 peratus.
Tetapi rakyat Libya nampaknya mahu lebih daripada hak ekonomi. Mereka mahu hak asasi dan hak politik. Dan dunia, khasnya Barat, mahukan bekalan minyak negara itu.
Apa yang kita saksikan di kebanyakan negara Arab, sama ada yang sedang bergolak atau yang di permukaannya nampak tenang, adalah perubahan aspirasi massa.
Antara Tirani Kuku Besi Dan Anarki
Mereka tidak boleh lagi menerima tirani kuku besi, pemerintahan oleh kelas elit dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi.
Mereka mahu demokrasi dan ekonomi bebas, walaupun demokrasi dan kapitalisme pasaran sedang mengalami keruntuhan di Amerika Syarikat dan Eropah.
Serentak dengan kematian Gadhafi di Libya, beribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Athens, Greece dan di New York, Amerika Syarikat.
Di Athens mereka menentang dasar jimat-cermat Kerajaan Greece yang muflis dan di New York mereka menentang tirani pasaran bebas.
Sedangkan di negara kita sendiri, pelbagai transformasi sedang dipromosikan oleh elit politik dan ekonomi atas nama pasaran bebas, globalisasi, meritokrasi dan pelbagai klise awang-awangan lagi.
Dunia tanpa sempadan dan komunikasi tanpa batasan kini menjadi wadah kepada anarki intelektual dan fizikal. Facebook dan Twitter menyebabkan London terbakar beberapa minggu lalu. Takut-takut, demokrasi yang dicari, anarki menjadi realiti. Barang dijauhkan Allah.
Wallahualam.
53 comments:
Libyan people are violent !!! mcm ni rupanya perangai orang2 ISLAM kat sana, Shameful, 2 x 5 je dengan gadafi....
./fendi
Dato'
Reaksi seluruh dunia terhadap pemergian Qaddafi bukan satu saja tetapi ada lima sebenarnya:
1. Melihat pemergian Qaddafi sebagai satu kemenangan baik buat diri, negara, agama dan dunia - ceria
2. Sedih kerana tumbangnya Qaddafi adalah seumpama tumbangnya diri, negara, agama dan dunia.
3. Neutral - sedih dan gembira iaitu campuran dari 1 dan 2.
4. Tidak terkesan, tidak membawa apa erti.
5. Sinikal.
Pengajaran yang boleh diambil
dari apa yang berlaku di Tunisia,
Mesir dan terbaru di Libya adalah
kekuasaan terlalu lama boleh membuatkan pemimpin itu alpa.
Tempoh sesuatu rejim 30 atau 40 tahun terlalu lama. Masa pantas
berlalu, namun pemimpin masih berada ditakuk lama.
Sedangkan rakyat massa semakin maju
dan pintar sesuai peredaran masa.
Rakyat lebih ke depan dari pemimpin.
Inilah segala punca yang berlaku -
apa yang disebut sebagai, "The Arab
Spring."
Dato' AKJ,
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan Gadhafi akan menemui ajalnya sebaik sahaja beliau ditangkap. Kalau tidak ditembak/tertembak, tentunya dia akan berakhir ditali gantung.
Apapun bagi saya, di abad kebelakangan ini beliau selain Saddam adalah merupakan pemimpin 'anak jantan'yang menanggung segala risiko seorang pemimpin dengan mempertaruhkan nyawa dan tidak berganjak dibumi tercintanya sehinggalah kepenghujung masa. Tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang cabut sebaik sahaja mendapat isyarat mereka tidak diperlukan lagi.
'Who killed Gadhafi?' soal akhbar barat? Mengajak manusia sejagat mencari jawaban siapa yang membunuh Gadhafi dengan memberikan jawaban pilihan a)askarnya sendiri atau b)askar pemberontak. Malangnya kedua-dua jawaban itu salah. Samada Barat mahupun Zionist yang terlibat pun tidak penting. Soalan yang penting sekarang adakah rakyat Libya mampu hidup seperti sekarang atau seperti yang diharapkan tanpa Gadhafi? Rasanya rakyat Iraq boleh memberikan sedikit 'tips' untuk menjawab soalan ini.... Salam.
Salam Tuan.
Kita jangan lupa di Malaysia kita ada seorang insan yg bernama Taib Mahmud yg lebih kurang sama style dengan Gadaffi. Berkuasa berpuluh2 tahun, memiliki sifat2 ala gangster, rakus, tamak dan menyimpan cita2 untuk melepaskan takta kepada anak2, menantu dan kaum terdekat seolah2 negeri milik mereka sekeluarga yang harus diwarisi turun temurun.
Mereka terlalu mewah dan tidak pernah melihat duit buat sekian lama hingga kadangkala terlupa rupabentuk serta warna pada setiap duit kertas yang ada.
Mereka akan tersenyum dan ketawa berdekah2 setiap kali melihat angka2 dari penyata yg diterima daripada Bank2 dari seluruh pelusuk dunia. Kemegahan & kegemiraan terserlah apabila melihat angka2 akan bertambah dari tahun ke tahun. Ini lah nikmat dunia yang hakiki yg perlu dikejar.
Nafsu mereka tidak pernah puas dan kalau boleh ingin menongkat langit hingga akhir hayat.
Dalam sejarah dunia kita ada President Idi Amin, Shah Iran, Marcos, Suhorto, Ben Ali, Hosni Mubarak dan lain2. Rata2 dipenghujung perjalanan hidup mereka (kematian) diakhiri didalam keadaan daif & memalukan.
Salam dato,
Alfatihah untuk arwah Qaddafi.
Sejak disekolah rendah sehingga sekarang saya masih takjub dengan
kurniaan allah kepada negara negara
disekitar laut mediterinean ni..
Begitu ramai nabi dan rasul diturunkan disana,berbagai tamadun berasal dari sana,perkembangan intelektual,falsafah,ilmu pelajaran dunia, pentadbiran, keewangan,perniagaan,pemerintahan,industri perkilangan, injin dan roda dan pelbagai binaan besar manusia dll...
TETAPI tidak juga kekal keamanan di sana. Tidak juga kekal kekuatan ekonomi dan keewangan disana walaupun disanalah kumpulan negara negara yang paling kaya diatas bumi ini dari segi hasil yang pelbagai dan kehidupan yang `mewah'
dan persekitaran yang paling termaju dan cantik dibumi ini.
Kenapa begitu?.. saya fikir NAFSU
dikalangan pemerintah dan kawan kawan mereka adalah YANG PALING RAKUS dibumi ini,dan mungkin juga disepanjang masa.
Arwah Qaddafi,Zene El Abibine, Hosni Mubarak,Arwah Yassir Arafat,
dan Ariel Sharon adalah sedikit dari ramai lagi yang `hanyut' olih nafsu dikawasan tersebut sejak beribu tahun dahulu....
Saya berharap pemimpin pemimpin kita tidak dijangkiti penyakit `kuat/lebih nafsu' yang sangat mudah merebak ni...
Yang baik ialah beliau mati sebagai askar juga,tapi askar tua...tak ada strategi ka?.
Apa pasai dia tidak buat `bunker'
atau tempat sembunyi yang `glamor sikit' digurun? sedangkan dia kaya raya..ni pi menyuruk kat palong longkang!...
Arwah Saddam Hussein pula menyurok dalam lubang simen...lecih punya end of story punya plot!...kalau macam kisah kisah mission impossible atau james bond kan elok sikit!.....
Abu Bakar Ab Rahman
Dato,
1. Terhapusnya Qaddafi dianggap sebagai terhapusnya nilai-nilai negatif dan dengan ini nilai positif akan menjelma. Ini satu kemenangan yang menceriakan.
2. Pemergian Qaddafi sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana di sebalik nilai negatif yang dimiliki Qaddafi masih ada nilai positif yang mengimbanginya. Makanya ini adalah satu kekalahan yang mendukacitakan.
3. Pada golongan neutral, mereka berasakan ia satu kesudahan yang biasa sebagaimana yang pernah dibaca dari sejarah justeru sedih tidak, gembira pun tidak.
4. Bagi segelintir warga dunia yang hidup terasing dari perkembangan dunia. Berita sebegini mungkin tidak sampai pada mereka makanya mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.
5. Sinikal
5.1. Kemanusiaan -- nilai kemanusiaan Qaddafi (bernilai negatif) tidak hilang sebaliknya tanpa sedar ianya hanya berpindah tangan.
5.2. Agama -- ada pihak yang nampak semua episod berkenaan selari dengan agama tetapi ada yang tidak terutama kalau cara Qaddafi mati diambil kira.
5.3. Politik -- ia satu kemenangan moral buat warga dan watan tetapi musuh tradisi terhadap warga dan watan turut mendapat kemenangan serupa.
5.4. Ekonomi bla, bla, bla
5.5. Secara peribadi, ada pihak yang mengatakan insan dalam gambar dan video itu mukanya macam Qaddafi, rambut macam Qaddafi, janggut macam Qaddafi tetapi itu bukan Qaddafi.
Tuan Pemblog,
Di akhir hayatnya Gadafi adalah 'pemberontak' tetapi bukan ketua negara Libya.
Ketua negara Libya diakhir hayat Gadafi adalah NTC dan dinaungi 24 jam/per hari oleh tentera Nato.
Terpulanglah kepada rakyat Libya untuk menilai apakah tindakan NTC dengan bantuan tangan NATO ke atas Gadafi dianggap wajar atau seumpama "matlamat menghalalkan cara".
Alpasiku
Dato' menulis menuduh apa yg berlaku di Asia Barat sebagai satu konspirasi barat adalah jln mudah.
Ilmu eschatology (ilmu akhirul zaman) yang diketengahkan oleh khususnya Maulana Imran Hossien misalnya menyatakan memang ada unsur konspirasi barat yang bertuankan Dajjal ke atas apa yg berlaku di dunia, khususnya di Asia Barat. Menurut beliau, Dajjal dan konco-konconya sedang berusaha untuk menubuhkan PAX JUDAICA selepasnya berkuburnya PAX AMERICANA yang kini sudah pun semakin hancur.
Apa yang berlaku di Asia Barat adalah juga salah pemimpin mereka sendiri yang hanya berkongsi kuasa dengan sekumpulan elit sehingga menjengkelkan rakyat. Namun unsur konspirasi Dajjal dan konco-konconya juga merupakan satu faktor yang kuat yang membantu penentangan ke atas kerajaan oleh rakyat dengan peperangan yang ditaja oleh Dajjal dan konco-konconya.
Hari ini, Obama megah berkata tidak seorang pun anggota tenteranya terkorban dalam gerakan menghapuskan Qadaffi. Dengan sokongan segala bala tentera NATO lengkap dengan senjata canggih masakan Qadaffi dengan pengikut-pengikut setianya mampu dan mempunyai peluang untuk bertindak balas selain mencari tempat perlindungan.
Pada masa yang sama, kita mahu melihat bagaimana pula beliau menangani tunjuk-tunjuk perasaan oleh rakyatnya sendiri agar tidak berlaku kontradiksi dengan amalan demokrasi dan hak asasi maanusia yang disanjungi tinggi negaranya. Jangan nanti cakap berdegar-degar ekor bergelumang tahi.
ZMS
salam,
kematian gaddafi memungkinkan:
1. perang saudara berterusan di antara puak pro-gaddafi dan pro 'freedom' yang disokong oleh Washington dan sekutu Natonya. jika berlaku, ia akan berpanjangan.
2. meningkatnya campur tangan amerika dan sekutu baratnya seperti di iraq dan afghanistan. puak pro-pembebasan mungkin digula-gulakan oleh mereka untuk melantik seorang ketua negara pro-washington. memang inilah yang diinginkan oleh amerika.
3. akan wujud pula satu kumpulan penentang baru yang menolak kerajaan boneka Barat ini nanti, dan ini akan mencetuskan masalah keselamatan dalam negeri yang berpanjangan.
4. kekayaan libya daripada hasil sumber minyak dan gas aslinya akan dimonopoli dan dieksploit oleh kartel amerika dan sekutunya, seperti mana yang berlaku di iraq sekarang.
5. amerika dan nato boleh meminta libya untuk menempatkan tenteranya di libya atas helah untuk membantu proses pemulihan di negara itu.
6. tidak ada jaminan bahawa negara itu akan mencapai keamanan mutlak dalm tempoh terdekat, lebih-lebih lagi setelah wujudnya beberapa pihak dalam pakatan pro-kebebasan ini yang mahukan wakil masing-masing dilantik sebagai ketua negara yang baru.
7. sebagai negara penting di pinggir mediterranean, libya bakal digunakan oleh amerika dan nato untuk menempatkan pangkalan tenteranya setelah algeria dan negara lain menolaknya.
inilah antara kemungkinan yang ada. yang pasti, libya masih tidak terjamin, biarpun tanpa gaddafi.
wallahualam
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Semuanya adalah dengan kehendak Allah. Adalah silap besar bagi seseorang percaya bahawa kuasa yang ada padanya boleh menyelamatkannya.Di Negara kita sendiri pelbagai undang-undang telah digubal untuk mewujudkan kekebalan kepada pihak pentadbir atas alasan keselamatan Negara gagal memberi perlindungan pada ketika tertentu. Malah undang -undang yang dicipta kena balik kepada penggubalnya apabila kuasa terlucut dari tangannya.Tidak heranlah ramai orang kecut perut kalau-kalau mereka menemui kekalahan oleh kerana takut apa yang mereka lakukan kepada orang lain akan menimpa diri mereka. Alhamdulillah YAB PM kita telah mengambil langkah berani menghapuskan undang-undang yang boleh menyebabkan kezaliman.Kita harap tiada sesiapa yang ada niat mengikut Gadhafi mengunakan senjata dengan meluasnya memusnahkan penentang dimana ramai yang tidak berdosa turut terkorban.Untuk selamat patuhilah perintah Allah dengan kita berhenti dari fitnah memfitnah sesama kita.Hulurkanlah tangan persahabatan dan bermaaf-maafan sesama kita.Ancaman Allah akan menarik balik kuasa pemerintahan dari kita jika kita tidak mengikut perintahNya adalah benar.Sementara itu berdoalah kepada Allah meminta perlindunganNya dari perkara yang tidak diingini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Justice by the people is better than by courts.
Balasan mangsa Lockerbie bom. Padang muka!
Karma
Sepatutnya Gaddafi turun seperti Mubarak. Tidaklah sampai begini sekali jadinya.
Saya jangkakan Yaman akan menjadi seterusnya, Abdullah Salleh akan turun kerana tidak mahu mendapat apa yang terjadi pada libya.
Syria susah hendak dijangka kerana paling kuat sekali kekuatan tentera dan perintahan Al-Assad.
Arab Saudi pula sudah melonggarkan kawalan kepada rakyatnya, sekarang orang perempuan boleh mengundi dan memandu kereta. Nampaknya masing-masing sudah mahu bertolak ansur dengan rakyat.
Hashimoto
kalau jurang kekayaan dan kemiskinan keta pasti akan ade pergolakan, sebab tu mungkin akan jadi kat malaysia jugak kalau jurang kemiskinan bertambah dan kuasa membeli rakyat berkurang dan perbezaan kaya dan miskin terlalu jauh yakni makin ramai yang miskin dan sangat kurang yang sederhana.
mohd paizal
Dato; semoga apa yang berlaku hari ini sebagai tauladan pada semua pemimpin yg sedang bertahta kini.Bila berada diatas gunung janganlah pandang kecil pada orang dibawah gunung.Kerana orang bawah gunung juga melihat orang atas gunung pun kecil juga.Hebatnya orang bawah gunung lebih ramai drp orang atas gunung.
Terima kasih Dato.
Salam Datuk,
1.Ingat Afrika,kita teringat gurun padang pasir. Wujud padang pasir maka wujud pula kabilah-kabilah yang mendiami dan mengembara rentas kawasan tersebut untuk keperluan hidup. Kabilah terkuat dan bijak akan mengawal keadaan.
2.Ingat Libya maka kita ingat salah satu pengeluar minyak terbesar dunia. Maka ketua-ketua kabilah akan berebut kuasa untuk menguasai. Maka ketua kabilah lain sama ada akur jadi pengikut yang terkuat atau berpaling menjadi pemberontak. Raja menjadi pertaruhan dan di hapuskan (Individu-individu jahil di Malaysia sudah terikut- ikut)
3.Maka di sini kelemahan yang di sentiasa di intai oleh US dan Yahudi. Awal nya, perisik mereka tidak berfungsi secara total kerana rakyat Libya dalam genggaman Kol. Gadhafi. Oleh itu tidak boleh di sentuh tetapi dalam pemerhatian penuh. Pemimpin Arab lain gusar dan takut dengan Gadhafi dan tidak berjaya di jadikan mangsa umpan.Bertahun namun agenda tidak mati.
4.Umur semakin tua,tindakan menjadi lemah, harta bertimbun-timbun malah terus lupa diri berdepan kenyataan rakyat Libya yang kian hidup tersepit. Ekonomi lembab kerana sekatan atas nama PBB. Minyak di jual secara 'black market' dan laba di balun secukup nya tanpa rekod.
Namakan apa pun tirani,kuku besi, anarki...
5.Kerana masih tamak, cita-cita ingin menyatukan dunia Arab yang sentiasa dingin, ingin mengawal sumber dengan penglibatan pelaburan besar China yang boleh merebak ke seluruh Afrika, satu tamparan dan kerugian besar bakal di hadapi Penguasa Ekonomi Dunia No 1, Amerika dan karin nya Israel.
6.Ledakan siber, tanpa sempadan berjaya di olah secara strategik memungkinkan semua nya. Kini Perancangan Pencatur Dunia sudah semakin hampir menguasai emas hitam bernilai tinggi.Akan datang bersama kawalan harga nya.
7.Dalam keadaan ekonomi Amerika dan Eropah yang hancur ketika ini(perbuatan jahat dulu dan kini sedang Allah balas),awas,Islam juga pasti akan hancur dalam sedekad dua lagi. Bukan dengan senjata canggih mereka, tetapi dengan pemberian 'pedang'(fitnah lidah dan tangan sesam sendiri)Islam yang di lagakan konon secara demokrasi - berkuasa menguasai.
Realiti nya kita masih lagi dalam jajahan mereka....
Datuk,
1/"Takut-takut, demokrasi yang dicari, anarki menjadi realiti". Satu pernyataan berkemungkinan berlaku dalam masa terdekat sebelum stabil.
2/ Campur tangan untuk kepentingan peribadi/negara tertentu ( seperti barat) sebelum dan sesudah tumbangnya kerajaan otokratik pasti terus akan berlaku.
3/ Bagaimana rakyat terus bersatu mencorakkan negara mereka untuk mencapai apa yang mereka hajatkan, menentukan keberhasilan " revolusi" yang dimulakan. Mesir dan Tunisia masih belum sampai kepada satu kerajaan yang dipilih rakyat.
Salam Dakj,
Kalau ikut kajian Louis Farrakhan, hasrat Gadhafi yang mahu memilik-negarakan syarikat2 minyak Barat di Libya membuatkan Obama membuat 180 darjah pusingan untuk menyerang Libya dan menghapuskan Ghadafi dengan mengambil kesempatan daripada retaknya sokongan rakyat Libya terhadap Ghadafi, khasnya penentangan terbuka rakyat Libya di bahagian timur.
Apa yang berlaku pada Gadhafi jelas menjadi pengajaran dan periktibaran kepada pemimpin Melayu.
Allah menghukum manusia mengikut dosa yang dilakukannya.
Itulah janji janji Allah kepada manusia yang menghuni bumi ciptaannya.
Salam Datuk,
1. Muammar Gaddafi was the hero of many fathers who named their sons after him.
2. Penderaannya di hujung hayat mudahan menjadi pembersih apa juga kelemahannya.
3. Jika kita menyangka revolusi musim bunga ini adalah revolusi bagi anak-anak Libya renungkanlah cebisan berikut yang dipetik dari Libya-Live Telegraph:
-13:05 Gerard Longuet, the Defence Minister of France, said in an interview that France would seek a leading role in post-war Libya. He argues that Libya's new leaders "owe" Paris for leading the campaign to oust Moamer Gaddafi, report AFP.
France "will strive to play the role of a principal partner in the country where the leaders know they owe us a lot."
"Everyone will throw their hat into the ring. We will neither be the last nor the most blatant," he said of Libya's relations with various Western countries in the coalition.
"Our involvement was not belated, mediocre or uncertain. And we have nothing to be ashamed of."
Mudahan kita sentiasa di dalam hidayah ALLAH SWT. Tidak dizalim, jauh sekali menzalimi.
Wassalam
XERONINE
Salam untuk semua,
Apabila rakyat ditekan dari segi mental dan fizikal melalui sistem pemerintahan diktator (Libya,Syria, dll) atau demokrasi yang diperkosa (Mesir, Tunisia dll) dalam tempoh yang begitu lama, maka rakyat akan memberontak dan turut menjadi ganas.
Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa kuasa yang berlebihan berada pada tangan seseorang atau sekelompok kecil manusia menyebabkan manusia jadi lupa diri, lupa asal-usul kejadiannya sebagai hamba Allah SWT yang dikurniakan amanah untuk menjaga agama, bangsa dan tanahair. Apatah lagi kalau mereka dikelilingi penasihat-penasihat dari kalangan jin dan manusia yang tidak mengenal hukum-hakam yg telah ditetapkan oleh Allah SWT yang menjadi pemilik sebenar bumi, langit, dan seluruh alam semesta ini.
Kapada yang berada ditampuk kekuasaan itu, fikir-fikirkanlah.
Wallahualam.
Tok,
Apa yang orang libya buat dengan jenazah Gadhaffi dan anak serta penyokongnya membuatkan saya malu dengan sikap tidak hormat dan jahil orang libya. Orang Islamkah mereka ini tok?
Dalam Islam kebencian tidak macam itu atau sampai macam itu, apa lagilah bila sudah jadi mayat. Tapi yang kita selalu tengok ialah orang Arab memang kejam dan pendendam.
Saya doakan kita Muslim Melayu di Malaysia tidak akan jadi macam orang Arab. Malu kita umat Islam. Saya baca orang kafir pun hairan dengan perbuatan orang Libya yang mereka kata berlawanan dengan Islam. Kita boleh ada musuh dan lawan, tapi jangahlah kita kejam dan seksa musuh kita, apa lagilah bila mereka sudah jadi ayat macam Arab Libya buat kepada Gadhaffi. Tapi itulah Pak Arab, Tok.
Salam
Zain
Y.Bhg Datuk AKJ,
Malam tadi saya menonton satu program di saluran BBC mengenai kematian Ghadafi.
Perbincangan mereka begitu panas di antara tiga pihak – satu pihak membenci Ghadafi sehingga tak peduli cara kematiannya, pihak kedua pula adalah pihak yg juga membenci Ghadafi tetapi tak bersetuju dgn cara dia “dibunuh”, manakala pihak ketiga adalah pihak yg menyokong Ghadafi dan sudah tentu tidak bersetuju langsung dgn tindakan puak yg membunuh Ghadafi.
Saya secara peribadi tidak bersetuju dgn cara beliau “di bunuh”. Samada beliau mati akibat peluru sesat atau peluru tepat, ianya memalukan Islam secara umum. Di zaman ketika imej Islam begitu diperkotak-katik oleh media-media dgn mengaitkan Islam sebagai terrorist, tindakan “membunuh” Ghadafi tersebut mengesahkan, atau setidak-tidaknya membenarkan lagi media-media barat meremehkan Islam.
Tak pasal-pasal program BBC itu sendiri secara otomatik dapat markah bonus.
Sangat jelas masih terdapat lagi org2 Islam yg tidak peduli akan undang-undang. Bukan sahaja mereka mengenetepikan peraturan & etika perang konvensional, malah lupa langsung tentang hukum Allah mengenai bab tawanan perang. Tak kira Ghadafi itu orang tua atau tidak, depa bunuh semacam shj. Samada Ghadafi sudah “surrender” atau tidak, bunuh tetap bunuh.
Saya memang tidak menyokong apa-apa jua bentuk kekejaman, namun sekejam manapun Ghadafi memerintah negaranya, “pembunuhan” beliau adalah begitu tidak bertamadun & “barbaric” sekali.
Tidakkah tindakan rakyat Libya yg menjadi mangsa kekejaman Ghadafi juga membuat perkara yg sama kejamnya? Di dalam dendam yg panas membara, apakah justified di segi hukum Allah cara pembunuhan macam itu? Dahlah dibunuh dgn kejam, jenazahnya pulak dihinakan umpama binatang.
Saya paham bhw saya yang berada di Malaysia tidak merasai kekejaman Ghadafi, tidak layak utk menyamakan perasaan saya dgn perasaan rakyat Libya yg ditindas dek kekejaman berpuluh-puluh tahun tersebut. Tetapi pada masa yg sama, layakkah kita mengiyakan cara kematian beliau padahal kita juga tidak berada di sana?
Terima kasih
Azman Mohd Isa
p/s dalam program yg sama juga disiarkan video budak perempuan di negara China yg dilanggar dan dibiarkan terbaring tanpa sesiapa pun menolong. Apa kita nak kata ni..? Kes Ghadafi kita ramai-ramai kata “eloklah dia mati macam tu”, tapi kes ini kita kata kejam pulak. Kita ni hipokrit ke?
Assalamualaikum,
Ya, saya bersetuju dengan DAKJ bahawa Hideyoshi seorang pemimpin Jepun masa lampau yang berterima kasih. Beliau menjadikan amalan 'berterima kasih' kepada rakyatnya satu budaya kerajaannya. Alangkah luhurnya hati seorang pemimpin. Beliau bukan Islam pun.
Berbanding dengan Hideyoshi, Muammar Gaddafi merupakan pemimpin Islam yang 'terkenal'. Maklumlah kerajaan Libyanya mampu bertahan sampai 42 tahun lamanya. Namun, oleh sebab beliau bukan pemimpin yang berterima kasih kepada rakyatnya, rakyatnya sendiri telah menghukumnya sedemikian peri dahsyatnya.
Di negara kita Malaysia ini pada ketika ini, ada seorang pemimpin Islam yang tak berapa hensem pun, kerdil sahaja orangnya; barangkali tidaklah sehodoh Hideyoshi budak kera itu; namun beliau bukan sekadar pemimpin yang amalan berterima kasih kepada rakyatnya begitu tinggi, bahkan beliau senantiasa BERSYUKUR kepada Allah SWT.
Pemimpin yang berbadan kecil molek ini begitu teguh berpegang dengan Firman Allah yang bermaksud, "Jika kamu bersyukur (kepda Allah), nescaya Allah akan menambahkan ni'mat-Nya untukmu, tetapi jika kamu kufur (tidak bersyukur kepada Allh), sesungguhnya azab-Ku (seksa yang akan dikenakan ke atas kamu oleh Allah) sangatlah pedih.
Tidaklah keterlaluan kalau saya berpendapat bahawa pemimpin Islam Melayu ini menepati Firman Allah dalam al-Quran, al-Baqarah: 207 yang bermaksud, "Dan ada antara manusia yang berkorban diri demi mengharapkan keredhaan Allah, dan Allah Maha Pengasih kepada hamba-Nya.
Sifat berkoraban diri merupakan satu sifat ulama ikhlas yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
DAN pemimpin Islam yang saya maksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan, ialah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan Darul Naim.
Wassalam.
DAKJ,
Saya mungkin sudah tertinggal bas.
Saya ketahui, diluar Libya, terutamanya blok barat, Gadaffi tidak disukai malah boleh dikatakan dibenci dan dimusuhi.
Soalnya, apa kah begitu besar salah Gadaffi didalam Libya sehingga mayatnya dicacatkan, diarak dan dibiar sebagai paparan awam di pasar terbuka?
Fed Up
Dato',
Apa yang saya fahami tentang mandat PBB kepada Nato dalam isu Libya ialah bagi mengawal ruang udara.
Soalnya setelah pemerintahan Libya di ambil alih oleh NTC yakni otomatik ruang udara dibawah penguasaan NTC, tidakkah tindakan Nato menyerang trak pikup yang dinaiki oleh gerombolan Gadafi melanggari mandat PBB?
Kini PBB mahukan siasatan penuh atas kematian Gadafi. Soalnya apakah PBB akan menyiasat perlanggaran mandat oleh Nato di Libya?
Selebihnya, apakah NTC akan terus mendakwa kematian Gadafi adalah kejayaan mereka walhal ianya tidak mungkin berjaya tanpa bantuan Nato?
Alpasiku
Alpasiku
MAHAGURU ku!
ALHAMDULILLAH! SYUKUR NIKMAT:
Celine Dione-I'm Alive
(the hoppoe's zikr: lord of they mighty throne)
anarki...rasanya tiada siapa yang suka..insyallah manusia bertamadun masih waras hendaknya
Salam Datuk AKJ
Islam itu beradab. Setiap entiti mempunyai haknya. Yang lemah ada haknya. Yang kuat ada haknya. Di sebalik hak, ada pula tanggung jawab. Yang memerintah ada tanggung jawab. Yang diperintah, ada tanggung jawab. Semuanya akan dipersoal apabila sampai ketika kita berhadapan dengan mahkamah Allah.
Ramai daripada kita yang merumuskan Ghadaffi kejam hanya mengutip berita dari sumber Barat yang diketahui memang memusuhinya dan Islam. Sebagai pemerintah, beliau mempunyai hak untuk bertindak dalam memelihara negaranya. Apabila beliau telah menjadi tawanan, beliau masih mempunyai hak sebagai tawanan. Apatah lagi beliau adalah bekas pemerintah yang perlu diperlakukan atas diri dan keluarganya dengan wajar. Islam telah menetapkan adab yang jelas dalam perkara ini.
Dosa pemerintah akan dihitung mengikut haknya sebagai pemerintah. Pahalanya juga akan dihitung mengikut tanggung jawab yang dipikulnya sebagai pemerintah. Dalam hak asasi Islam, semuanya telah ditetapkan. Tapi dalam hak asasi Barat, segalanya boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Siapa kita untuk mewajarkan pembunuhan ke atas orang Islam lain sedangkan darahnya tetap haram untuk ditumpahkan. Adakah kita meyokong salah satu perbuatan yang dinyatakan sebagai dosa besar dalam al-Qur'an?
YM Dato'AKJ,
Pertama:
Walau apa pun anutan politik , saya telah mula menyukai blog Dato'.
Kedua:
US/Nato akan terlibat samada sebagai 'sang penakluk atau sang penyelamat'khususnya di belahan dunia umat Arab.Kita telah ada jawapan tipikal.
Mungkin kita memerlukan sedikit masa atau masa yang lebih panjang untuk memuktamatkan niat kuasa besar besar tersebut kali ini.
Atau kita telah ada jawapannya?
Namun, impak ke atas untung nasib Libya dan rakyatnya selepas revolusi adalah penanda aras ke atas niat sebenar 'sang penakluk/sang penyelamat' itu.
Dato"
Apabila melihat cara Qaddafi menemui ajalnya di tangan pihak yang nampak seperti kumpulan mukmin telah membuatkan ada pihak tertanya-tanya tentang ini: "mereka ini pemberontak Islam atau pembunuh upahan?"
Dulu orang Islam marah dan kecam cara kafir AS bunuh dan seterusnya cara kafir tadi mencabut nyawa dan menyudahi jasad Osama. Kini, paparan kesudahan Qaddafi dengan sendirinya menyimpulkan bahawa kafir AS lebih manusiawi dan lebih 'islami'?
gua tak peduli itu semua.
demi kesejahteraan malaysia.
gua mau pemimpin2, tak kira
bn atau pr, jadikan iktibar
apa yang berlaku di mesir,
tunisia dan libya.
allah jadikan sesuatu ada sebab.
kalau ada macam mubarak
ubah jangan jadi mubarak.
kalau ada macam ben ali
ubah jangan jadi ben ali.
kalau ada macam gadhafi
ubah jangan jadi gadhafi.
kalau ada perangai macam setan
ubah ikut perangai malaikat.
insyallah, rakyat selamat
pemimpin selamat dan
malaysia pun aman dan damai.
- ahmed ben bella.
Datuk Kadir,
Saya baca pojok Zin Mahmud dalam Mingguan
Malaysia keluaran hari ini 23/10/11 -
1. Antara jasa-jasa Allahyarham Gaddafi ialah
beliau :-
a. membantu Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (Perkim) untuk memiliki
bangunan sendiri;
b. menubuhkan Pusat Kebudayaan Arab Libya di
Kuala Lumpur yang setanding dengan agensi-
agensi penerangan kuasa besar seperti Lincoln
Centre &British Council;
2. Saya menganggap kematian Allahyarham Gaddafi
yang dibunuh oleh pemberontak Libya ibarat
kematian Nabi-Nabi dizaman dahulu yang
dibunuh oleh kaum-kaum musyrik dan Yahudi.
3. Pemberontakan dan kematian Allahyarham
Gaddafi berpunca dengan campur tangan kuasa
besar dan rakyat Libya yang telah sesat dan
kufur.
4. Apa yang akan berlaku di Malaysia seakan
yang telah berlaku di Libya.
5. Kita dapat melihat pemimpin yang selaku tidak
peduli untuk jadi pemimpin lagi dengan
meletakkan kepentingan diri dan ahli keluarga
lebih daripada ugama, bangsa dan negara.
6. Syafalis, syafalis (minta dijauhkan Allah swt)
Salam Dato',
Bahawa Gadhafi naik dan tersungkur dengan "pedang" adalah satu lagi catatan sejarah manusia. Kerap kita diberitahu bahawa sejarah boleh dijadikan iktibar, namun episod naik dan jatuh seperti yang dilalui Gadhafi masih berulang dan pasti akan berulang.
Saya tidak mahu menghakimi apa yang telah dilakukan keatas Gadhafi semasa akhir hayatnya dan setelah beliau menjadi mayat. Yang pasti, itu adalah gambaran tahap kemanusiaan semasa dalam perang. Kekeliruan dan kekaburan amat mudah untuk menjadi sebab berlakunya permulaan tembak menembak. Arwah jurugambar kita yang mati di Somalia tempoh hari pun saya fikir adalah atas sebab yang sama. Sedikit salah faham atau salah tafsir boleh membawa bencana. Itulah perang....
Arwah Gadhafi terlalu yakin dengan cengkaman kuasanya. Beliau barangkali tidak termasuk dalam golongan apa yang disebut oleh Insp. Callahan dalam filem Magnum Force (1973) "Good man always knows his limitations".
Mudah-mudahan para pemimpin dan elit kuasa negara kita menyedari batas-batas kemampuan mereka dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan. Rakyat semakin terpelajar dan semakin sedar akan hak-hak mereka, maka layanlah mereka dengan sewajarnya, insya Allah selamat semuanya.
Pak Hj JB
Begitu hina mayat Gadhafi mereka perlakukan...rakyat Libya yang lebih durjana dari yang mati !
Memalukan seluruh Umat Islam !!!
Maka selepas ini, rakyat Libya akan lebih sengsara seperti kejadian di Iraq.
Maaf Datuk, ini bukan soal Ghadafi lagi, tetapi perangai manusia yang melampaui batas kemanusiaan mengundang kemurkaan Allah SWT!
Sesungguh nya hanya DIA yang berhak mengukum hamba-hamba nya zalim, membuat kerosakan di muka bumi dan melakukan dosa besar. Bukan kita, manusia yang hina !
Dato'
Kalau sebelum ini kemakmuran negara berkenaan telah dikongsi bersama antara rakyat dan kroni Qaddafi?
Apakah selepas ini kemakmuran negara menjadi milik penuh rakyat? Bagaimana dengan jasa tentera asing? Percuma?
Apakah negara asing yang hantar bala tentera tidak mahukan upahan? Kalau tuntut upah, berapa?
Maksud saya, kalau isunya kemakmuran, ia akan jadi seperti lain negara yang terhutang budi.
Mungkinkah negara berkenaan akan terpaksa berkongsi kemakmuran dengan kuasa asing untuk satu tempoh yang lama?
Gadaffi spt juga Saddam Hussein adalah contoh pemimpin yg zalim tetapi telah memberi keselesaan hidup kepada rakyatnya.Rakyat Libya.Tetapi dia tidak memberikan satu lagi asas hidup iaitu kebebsan utk bersuara.
Akhirnya apa yg berlaku pd dia.Dia diheret dan ditembak mati oleh rakyat Libya sendiri.Malahan tiang tiang yg menyokong beliau spt menteri menteri, kabinet, polis, tentera dan agensi kerajaan lain telah berpaling tadah apabila melihat beliau telah mula lemah.Maknanya sokongan mereka selama ini adalah berpura pura shj.Adakah pemimpin pemimpin UMNO perkara sebegini boleh juga berlaku pd mereka?
salam
memang perkara ini selalu sangat saya fikirkan tetapi tiada jawapan...
kenapa Allah swt kurnia kan minyak, kebanyakannya di negara Islam merujuk kepada di negara arab ?????
Akibat kezaliman dan ketidakadilan. Bila kalangan rakyat terasa terinaya, di tipu. Apabila rakyat merasakan anggota keluarganya dibunuh disebabkan oleh kerakusan golongan elite yg memerintah utk kekal berkuasa, maka lama kelamaan kesabaran rakyat memuncak.
Libya adalah contoh yg terbaik utk dipelajari. Tetapi nampak semacam sudah terlambat dan amat sukar utk diperbaiki oleh elite yg memerintah.
Setiap tindakan oleh elite negara ini ibarat sedang mencurah minyak kelantai. Malang sungguh..
Drp; zuki ahmAd
Dato AKJ,
He3.. sama la tu,, penyamun kata kat perompak kau rompak lebih, aku samun semua sekali.
Hanya rakyat Libya yang tahu, apa Gadafi lakukan dalam tempoh pemerintahannya dahula..pedih oo.
Kita kat Malaysia khususnya Kedah tahu apa yang BN lakukan dahulu..pedih oo.
-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)
Dato,
Tidak salah melihat ke Barat tetapi dalam masa sama jangan lupa melihat kekurangan di pihak Barat.
Tidak mengapa kalau ada pihak menjadikan Barat sebagai kiblat demokrasi tetapi jangan contohi barat dalam aspek teokrasi.
Rakyat kapitalis Barat mungkin selesa dalam soal ekonomi tetapi mereka tidak mendapat keistimewaan dalam konteks perkhidmatan kesihatan FOC.
Malah negara sosialis (berkebajikan) yang dibangga-banggakan oleh segolongan teokratis tidak menjanjikan rawatan kecemasan percuma.
Tidak mahu bersyukur tak mengapa tetapi jangan tamaQ kerana takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Salam Dato'
Apabila rakyat meratapi kematian keluarga disebabkan kezaliman elite memerintah untuk melindungi kroni 'I scratch your back and you scratch mine', apabila rakyat merasakan elite memerintah dipenuhi dengan rasuah, salahguna kuasa yang bermaharajelela, memperkudakan jentera-jentera kerajaan untuk melindungi kebobrokan elite yang memerintah, apabila rakyat sudah mula merasakan diri mereka ditipu, diperkuda, diperkotak-katikan maka ' suhu' kebencian akan memuncak-muncak dan tidak mungkin akan dapat dikawal lagi. Walaupun dengan ribuan anggota polis dan tentera. Maka terjadilah apa yang berlaku ke atas Gadaffi serta kaum keluarganya.
drp: ahli umno kerdil
zuki ahmad
Gadhafi tidak akan hidup semula.
Libya akan terus wujud sebagai sebuah negara. Gadhafi bukan Libya, dan Libya bukan milik mutlak Gadhafi.
Sama juga di mana-mana negara, kuasa pemerintahan yang disalah guna akan menimbulkan rasa tidak puas hati yang membengkak di jiwa rakyat.
Saya berdoa agar Malaysi tidak menjadi seperti Libya. Saya berdoa agar pemimpin kita mengutamakan kebajikan rakyat agar kita tidak membenci mereka.
AMIN..
salam datuk. sakit sikit mata membaca entri ni datuk. sebab kecik sangat font. apa-apa pun, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
Pembahas mr-abs, ukuran huruf/font size boleh dibesarkan dengan menekan sekaligus "Ctrl" key dan tanda + Terima kasih.
Al Fatihah untuk Ghadaffi
Muammar Gaddafi’s son Saif al-Islam tells International Criminal Court he is innocent
...Saif al-Islam was once seen as a liberal reformer, architect of a rapprochement with Western states on whom his father waged proxy guerrilla wars for decades. But he responded with belligerent rhetoric after the revolt erupted in Libya.
The ICC accuses him of hiring mercenaries to carry out a plan, worked out with his father and Senussi, to kill unarmed protesters inspired by “Arab Spring” uprisings elsewhere...
:I
Dengan Izin
Dear Dr Mahathir,
Salaams
In Memoria Muammar
(the tragedy of libya)
I. Consuelo's Love Theme
(part one)
Consuelo’s love theme begins
to the sounds of the heights
it is rainy days and mondays
and thoughts Mahathirs
Consuelo’s love theme plays on sad and haunting
Let love sleep and do not stir up love
andante goes the guitar
the violin fingering invitation
a flugle horn blows center stage
it comes and softly then goes a voice
a breath exhaled away imitating the wind
playing on her mind an election to win
in a far country
Let love sleeps and do not stir up love
For thoughts Marina
it is not the supremacist macho is enough azmi
and everything to be gain for angela and lalitha
as being male is different from hawa and eve
but to bare your fangs in public will remain
an indiscretion in need of incriminating proof
for the west is just as wonderful as the east
It is not the female loves her cubs
and all wolves smile the same
It is Tunisia – old Thrace
when Libya has lost a lovely face
it is the day of their angry reckoning
the hopes of all Arabs in the Awakening
Spring with a new beginning
It is not about winning an election
it is about justice and love
and peace for all generations
says she
Let love sleeps and do not stir up love
II. Old Soldiers Never Die, Muammar
(the perfect death of the last of the desert samurai)
Of thoughts Mahathir: you have written the Tragedy of Libya with a sad heart; but even in sadness, we must be lucid in our thoughts and our actions. The tragedy if you must call it of the lost of Muammar is still up in the air, for I say the jury is still out. The wound is still fresh.
There are those who love him and there are those who wanted him dead when he was still alive. Muammar he knew that. Muammar is an old brave soldier, Muammar was a fighter to the end. He fought his battles to the last drop of his blood. He had wanted a brilliant death; he knew this could well happen: a shot to the head just like what they allowed to happen to Osama.
Indeed, Muammar’s demise is a tragic end; but his passing is not yet to be deemed a tragedy of Libya. There is the surviving family of Muammar that now begs the dispensing of justice in post-Gaddafi Libya. There will be wounds to heal.
It can only be a tragedy this Tragedy of Libya – and all other countries – whose people have known you and looked up to you when they refused to believe that you can help make a great change to their lives when they know that you are still very much alive. The tragedy is when they say they love you and respect you when the truth is they will not accept you into their homes and walk amongst them for they refuse to believe in their hearts that you are still able to show them how to bring up their nation and their countries more than any other Muslim can. The tragedy is when they say they love you but they do not know what love is really, Dr Mahathir.
Neither did they know Muammar nor do they know you; and yet they say they love Muammar and they love you. That is the tragedy. They hurt themselves and know not the cure; and yet they cried out: For the likes of Dr Mahathir!
Let love sleeps and do not stir up love
for love shall awaken when love pleases
It will be a tragedy when you allow a tragic end her tragic ways
for Muammar knew well that you would still be around
and Saif Al-Islam will still have us.
wallahu ma’as-sobiriin
Salam Hormat
Post a Comment