A Kadir Jasin
[KALAU mengulas menggunakan
pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada
permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]
SETELAH dua
“posting” bercakap mengenai bersunat (masuk jawi) dan tandas dua era, izinkan
saya menyentuh sedikit mengenai prospek Barisan Nasional, Umno dan Perdana
Menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ada ramalan
mengatakan PRU akan diadakan seawal April-Mei tahun depan atau pada penghujung
tahun. Tetapi, semua sekata bahawa ia akan berupa PRU paling mencabar bagi BN
akibat persekitaran politik dan ekonomi yang tidak merangsang.
Ramai yang
menyokong atau bersimpati dengan BN berpendapat Mohd Najib Abdul Razak
seolah-olah berseorangan dan keseorangan menghadapi ujian itu.
Jadi, kata
mereka, beliau perlu segara turun ke padang, lembah dan luruh untuk berjumpa
rakyat jelata, khasnya orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah.
Bukan turun macam
dewata dari kayangan dengan segala adat istiadat dan dikepung para hulubalang
sampai rakyat terpelanting dan terasing.
Bukan juga turun
macam halilintar membelah bumi tapi hujan tidak turun dan bumi rekah dibakar
kemarau seribu tahun akibat janji-janji yang mereka tidak fahami.
Turun menyusur
akar berjumpa rakyat jelata bukan untuk mendengar cerita lama para panglima dan
tuan-tuang perang parti yang berkata, segala-galanya OK tetapi Umno dekat-dekat
KO pada PRU lalu.
Dan bukan juga
perarakan jalanan berbas, berkereta atau bersampan ala-Obama yang lebih berupa sarkas media arus perdana daripada
menemui rakyat jelata. Boleh naik bas,
tetapi tengok jugalah bas jenis mana dan siapa yang Perdana Menteri bawa
bersama.
Buktikan Yang Rakyat Diutamakan
Kalau betul
rakyat didahulukan, dahulukanlah rakyat bila Perdana Menteri pergi berjalan-jalan. Bukan rombongan Umno
Perhubungan, Umno Bahagian atau pegawai Kerajaan.
Dengarlah
keluh-kesah rakyat bawahan – pesawah, nelayan, peniaga kecil dan Umno cawangan.
Bukan cerita-cerita bermadu dan lagu merdu pegawai tinggi Kerajaan. Bukan
cerita-cerita perebutan jawatan dan lobi hendak jadi calon negeri dan Parlimen.
Itu budi bicara
dan hak Presiden Umno dan Pengerusi BN. Tapi kalau tidak berani buat keputusan
dan hendak main selamat, janganlah cakap mengenai “winnable candidates”. “Winnable” macam mana kalau parti sendiri
tolak seperti yang sedang berlaku kepada Koh Tsu Koon?
Tapi khabarnya
hendak bertanding juga, kalau di Johor pun tidak mengapa. Memanglah Johor tidak
mengapa sebab itulah pun negeri yang masih selamat. Yang sudah tidak laku itu,
berhenti sajalah. Politik bukan kerjaya sepanjang hayat!
Kalau Mohd Najib
hendak menang, hendak mendapat mandat sendiri, beliau kenalah pisahkan era beliau
daripada era (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
Mandat sekarang
bukan mandat beliau. Ia adalah mandat Abdullah. Cuma kerana tidak menang besar,
Umno hilang sabar dan mereka tekan Abdullah supaya lekas-lekas beredar.
Natijahnya, Mohd Najib wajib peroleh mandat yang lebih besar.
Seandainya beliau
tidak berani atau terlalu bersimpati sehingga tidak sanggup menggugurkan beban
era Abdullah sebelum PRU akan datang, pengundi tidak akan yakin yang beliau
serius membuat transformasi. (Transformasi
bukan istilah saya. Ia adalah antara kata kunci Pentadbiran Mohd Najib). Beliau
mesti mengotakan janji merombak Kabinet sebelum adakan PRU.
Sokongan Melayu Faktor Penentu
Kalau orang
Melayu tidak sokong, Umno akan lemah. Umno yang lemah tidak akan dapat
meyakinkan orang bukan Melayu yang majoritinya akan terus mengundi Pakatan
Rakyat kerana DAP.
Tanggapan bahawa
Mohd Najib terlalu memihak kepada bukan Melayu dan elit liberal bandar tidak
membantu meyakinkan penyokong terbanyak Umno di luar bandar dan di
kawasan-kawasan miskin dalam bandar.
Itu belum dikira
lagi beban-beban sampingan yang sepatunya tidak ada yang datangnya daripada
golongan dalaman – inner circle – daripada dalam rumah tangga kepada dalam
Kabinet, dalam PMO, dalam sektor swasta sehingga penasihat-penasihat dalam dan
luar negara.
Ramai daripada
mereka, dengan izin, adalah lembu-lembu suci (terjemahan literal the sacred
cows) yang tidak boleh disentuh langsung. “Wahyu” mereka amat ditakuti.
Susun sepuluh
jari memohon maaf, sama benar, dusta atau persepsi semata-mata, cerita-cerita
sebegini tidak membantu menyerlahkan imej Mohd Najib sebagai Perdana Menteri
yang menguasai situasi.
Nada bahasa
sebegini memanglah pedih dan hanya orang bebal, orang tidak cerdik atau
orang tidak berkepentingan sahaja boleh mengucapkannya. Namun risikonya tetap
ada.
Jadi,
terpulanglah kepada yang empunya diri untuk menilai tulisan seperti ini sebagai
kerja orang dengki, orang tak sedarkan diri dan orang iri hati atau sebagai
peringatan yang mungkin, di sana sini, terselit sedikit kebenaran. Wallahualam.
128 comments:
Salam Dato,
Izinkan saya sambung sikit tentang cerita ayam jantan yang jadi ayam ponan.
Ayam jantan sejati tahu cara nak cari kekuatan, antaranya dengan memakan makanan yang berkhasiat dan mempunyai nutreant yang tinggi seperti umbut dan akar kayu (bukan akar tongkat ali).
Ayam jantan yang membesar dalam pagar istana bangsawan makan makanan dalam tin yang diimpot, tak kenal apa itu umbut dan akar kayu. Tak kenal apa itu cacing dan
ulat gonggok yang merupakan makanan yg berkhasiat untuk ayam jantan.Bila sekali sekala dibawa keluar dari pagar istana, dia dibawa dalam sangkar menaiki kenderaan mewah berhawa dingin, ayam kampung tak boleh menghampiri sangkar yang dikelilingi pengawal-pengawal dan penasihat-penasihat yang bermuka bengis.
Malang sekali, kalau ayam jantan tadi tak kenal umbut dan akar kayu, macam mana dia nak dapat khasiat dari umbut dan akar kayu tersebut.Macamana dia nak menyusur akar untuk mencari makanan berkhasiat.Silap silap haribulan tengok umbut dan akar pun dia lari lintang pukang disangkanya ULAR SAWA....
wallahua'lam.
Dato
Yang akan melemahkan kedudukan Najib kelak adalah penasihatnya sendiri dan juga orang di sekelilingnya.
Najib perlu ingat pengundi akar umbi sama pentingnya dengan orang disekelilingnya.
Sahabat saya pulang dari kl
Ceritanya,makan di kedai mamak
Dia dok dengar sekumpulan belia muda,minta nasi goreng NAJIB.
Nak tahu macammana nasi goreng NAJIB,sahabat tanyalah pekerja restoren.
Jawabnya, "Ooo,itu punya nasi goreng NAJIB, nasi goreng tak dak teloq la encik".
Mungkin pekerja tu sama satu idea dgn dato?
Harun Lazim
Ybhg Datuk Kadir,
Saya masih belum berganjak lagi dari cerita zaman dahulu. Kaitan dengan posting Datuk ini ialah apabila pemimpin ulung zaman dulu turun ke ceruk rantau bertemu dengan rakyat. Berbagai-bagai acara dibuat.. Di antara yang saya ingat ialah temasya menangkap ikan di Pahang. Mungkin juga pemimpin turun merasmikan jambatan yang harganya tidak sampai seratus ribu. Ini juga nostalgia zaman dahulu. SeWaktu arwah Tun Abdul Razak giat turun padang, jumlah kita pada masa itu sekitar 6 juta.
Waktu itu tidsk banyak yang happening. Kalau ada pemimpin turun padang , itu sudah menjadi peristiwa meletup. . Kita hendak tatap wajah Tun Razak sebagai wira konfrantasi. Kita hendak lihat Tun Razak sebagai FLDA explorer dan sebagai wira pembangunan tanah pinggir. Kita semua hormat dan sayang Tun Razak. Tun Abdul Razak pun tahu yang kita sayangkannya. Tun abdul Razak bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa risau tentnag keselamatan.
Tetapi hari ini adakah amalan lampau masih relevan. Hari ini jarang kita lihat sama ada Perdana Menteri Malaysia atau Menteri Besar Selangor turun ke padang bertemu rakyat.
Memang sukar pemimpin yang disuap dengan sudu perak menerima saranan Datuk ini. Malah ada yang berkata, bertemu dengan rakyat adalah membazir masa. Banyak perkara boleh dibuat jika duduk di pejabat.
Zaman Tun Abdul Razak kempen guna wayang gambar. Zaman revolusi Iran kempen guna kaset. Zaman kejatuhan Hosni Mubarak kempen guna FaceBook. Zaman kejatuhan Ghadaffi kempen guna NATO.
Banyak cara untuk berkempen. Mesti ada yang sesuai mengikut zaman.
Sekian pandangan hambar dari saya Datuk.
Harun Lazim.
Tok,
Boleh ulas sikit tak apa relevannya Nik Aziz dalam politik era sekarang ni?
Dato' Kadir
salaamun-salaam
Pekara kecil besar faedah
katakan sahaja kebenaran
Terima Kasih
Dengan Izin berbismillah
Bung Ruhanie Ahmad
Salaams
Apa khabar? Bebotah ti abang tuo ku
Bebosa di minda cerodaih di kalbu
awak sarjano tuo ti oindek
Hancurkan UMNO!
(berderai cinta)
seruling daud meniup nada
nafiri raja semboyan mulia
tersentak hud-hud ingatkan memanda
berdiri sayap terbang keris setia
dan djin-djin si suluk pun sampai
datang kemari membalas rindu
daud lontari jalut otaknya bersepai
nada perang sedang dipalu merdu
hudud di kelantan hancurkan umno
hudud di kedah hancurkan mahathir
hudud di terengganu hidup melayu kuno
hudud di tanjung dunia berakhir
hidup melayu lagenda jiwa terdera
perkara kecil besar faedah
bisik desa pendang pekan dua era
bicara mulia melayu totok orang kedah
celik agama suci tauhidnya mesra
hudud di kelantan mati syuhadah
hancurkan umno hidup melayu
Salam Takzim Malam Jumaat
Allahuakbar. Allah Maha besar. Saya baca dan bagi saya tulisan Tuan bukan tulisan terselit irihati tetapi terselit banyak kebenaran. Tuan selalu 'menegur' PM dalam tulisan Tuan. Tidak pasti beliau ada menjengah blog Tuan atau tidak. Kalau menjengah dan ada sedikit Nur di hati insyaAllah akan terbenam juga di sanubari. Jikalau tidak maka orang-orang seperti saya yang merupakan pengundi akan mengambil tulisan Tuan yang ada terselit kebenaran untuk menjadi panduan apabila memangkah nanti, insyaAllah.
Semoga kita terus menjadi orang yang berani untuk berkata benar.
Salam Datuk,
1.Pada awal nya memegang teraju, PM Najib sungguh berkarisma dan mampu menyakinkan orang-orang melayu balik bersatu.Kita nampak kesatuan dalam gerak kerja kabinet nya.Kita inginkan kelainan dari era Pak Lah yang amat mengecewakan.
2.Peringkat pertengahan sebelum PRU nya sendiri, nada nya kian berubah, sudah mula 'memekakkan' satu telinga. Telinga lagi satu hanya di halakan kepada pihak lain yang tidak sangat berkepentingan secara mutlak kecuali ingin mengambil 'kesempatan' sahaja. Ini lah fotomorgana, kepalsuan yang mencarik peruntukan biaya dan masa berharga.
3.Tidak lagi memberi balas kepada kebanyakan rakyat terutama kepada melayu dan rakyat dalam sengsara. Kita nampak beliau seolah-olah berjuang bersendirian sambil di perhatikan saja oleh 'tukang-tukang karut politik' beliau yang lebih banyak beretorik tidak berpijak di bumi nyata.Mereka semua sudah tidak peduli lagi !
4.Rakyat di pinggiran, di kampung-kampung, corok mana terus tidak di tanya kabar dan berkirim salam. Cerita ria dan janji-janji bakal di kota bersama-sama, hanya suara yang datang dari mahligai kencana. Tidak ingin lagi bersenseng seluar, sedia barisan, menjejak warisan yang dahagakan Kepimpinan Benar. Satu saat lain,betapa beruntung nya orang-orang felda dan orang-orang koporat yang terbela ! Betapa untung nya kaum cina menambah selera-selera dan mengaut laba. Sekolah vernakular kian jadi perkasa.
5.Strategi lautan biru. Semua tindakan berisiko. Tiada peraturan malah di buang terus peraturan sedia ada. Jika konsep ini di guna pakai untuk Polis dan Tentera, maka realiti memang terbaik. Manfaat bersama, saling jaga menjaga dan bekerjasama. Tidak pula di amal seperti contoh menyakitkan: mengangkat 'cina namawee' ke satu 'darjat tinggi 1Malaysia' konon nya! Budak mentah yang MELUDAH SEMUA Melayu! Terus menjadi hero malapetaka. Tindakan yang LANGSUNG TIDAK di redhoi orang-orang melayu!
6.Sudah letih menunggu rombakan kabinet yang boleh menyokong beliau secara bersepadu. Sudah letih menunggu beliau dan konco(MT UMNO) mengamalkan 'Kepahlawanan Melayu' demi menjaga Satu Negara' Malaysia. Menghambat petualang bangsa tanpa kira di puak mana. Menghambat penderhakaan tercela. Kerana ini lah bilah-bilah sembilu menhiris perit,sakit teramat dari dalam.
7.Sekurang-kurang di satu sisi ia berisi, di satu sisi lain ia bakal menjadi. Maka lain-lain sisi terus di baja agar boleh tumbuh melata.
8.Sesungguh nya, PM Najib itu nampak dekat tapi nyata beliau itu jauh. Bahasa Kebangsaan sudah jadi cacamarba. Melayu sudah jadi medan seloka. Kesyumulan Islam sudah pudar kerana tegar pengamal nya. Sebagai pemimpin UMNO, Melayu Jati nya di mana ?
9.Liberalisme akan menghancurkan apa yang sudah di usahakan dahulu kala. Islam liberal bukan jawaban nya. Tidak juga syiah dan fahaman wahabi yang sudah ketara.
Kenapa TIBA-TIBA Melayu menjadi tidak selesa ?
Salam Dakj,
Satu nasihat yang berguna dan ikhlas, tetapi rasanya sesuatu yang amat sukar untuk DSN sebagai ketua UMNO, ketua BN dan ketua negara pada ketika ini untuk melaksanakannya.
Lagipun saya tak nampak lagi pemimpin parti dan negara di lain-lain negara yang pernah melakukan apa yang Dato' nasihatkan kepada DSN itu.
...SAJI
Dato Kadir.Yang Dato tulis dam komen ini cerita benar.Yang kerja kuat cuma PM sahaja.Yang lain nampak relek.Slow sahaja.Itulah bapak menteri namanya.Barangkali mereka tak mau laju drp PM.Bimbang tak lekat jadi menteri lagi.Khabarnya juga tokoh -tokoh ini dah mula berjinak dengan isteri PM pula dengan harapan dapat bisik sesuatu dan masa depan mereka dalam politik.UMNO dibawah masih lemah dan longlai.Akar umbi tidak dijaga oleh kepimpinan akar umbi sendiri.Sedangkan mereka diberi dengan elaun yang seadanya.Istilah kroni dan puak masih tebal lagi.Tranfomasi DS Najib tidak sampai kebawah tergantung ditengah-tengah.Rakyat jelata belum lagi tahu apa itu yang hendak ditranfomasi oleh PM kita.Rakyat bawahan mengeluh mengenai kos sara hidup yang mula melonjak dari setiap minit.Kalau DS Najib harap pada puak cium tangan nya tunggulah PRU 13 nanti.Suara UMNO dan membela orang Melayu pun makin luntur oleh kepimpinan UMNo sendiri.Berebut jawatan dan kuasa kerana ada udang diseabalik batu.Bukan untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk kelompo sendiri.Rakyat juga ingin pasti sejauah mana DS Najib akan laksanakan falsafah wineable candidate dalam PRU 13 nanti.Hulubalang dalam UMNO sendiri pun ada banyak masaalah denagn rakyat.DS Naijb kena kerja kuat kalau dia mahu duduk lagi di Sri Perdana dan Putrajaya.Di Kedah sendiri pun UMNO ibarat macam kapal yang mahu karam.Kapten kapal masih belum mampu baiki kerosakan enjin kapal sendiri.Kapten kapal masih belum mampu urus penumpangnya yang bertokak sesama sendiri.Ini semua kerana jawapan kepada gejala politik wang dan rasuah politik.Pemimpin terlonjak kerana politik wang dan beli perwakuilan.DS Najib janganlah bila turun padang berdamping dengan puak UMNO sahaja.berilah ruang rakyat biasa duduk bersamanya.PRU 13 cukup mencabar pada UMNO/BN.Nak bagi tahu DS Najib walaupun begitu kenapa masih ada Ketua UMNO Bahagian yang masih ego dan sombong.?
Salam Datuk AKJ
YAB DS Najib tidak mungkin berpeluang berjalan-jalan tanpa protokol yang telah ditetapkan, baik sebagai Presiden UMNO, apatah lagi sebagai Perdana Menteri. YAB PM adalah dari keluarga elit, anak seorang Perdana Menteri yang tidak pernah bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan melalui NGO dan sebagainya. Dia (bidan) terjun ke dunia politik pada usia yang sangat muda apabila arwah ayahnya meninggal dunia. Dunianya hanya dalam politik semata-mata. Budaya politik sejak puluhan tahun kebelakangan ini didominasi amalan membodek, lebih subur semasa PM ke-5 bertakhta. Bila parti tidak lagi menguasai kerajaan, sebaliknya kerajaan dikuasai oleh sebilangan penasihat, rudumlah kepercayaan penyokong yang tidak berkepentingan.
Budaya bodek dalam UMNO berlaku secara berkasta. Pemimpin cawangan bodek pemimpin bahagian, orang bahagian bodek Majlis Tertinggi, MT bodek Presiden. Akhirnya ahli sendiri hilang jalinan dengan UMNO sebagai organisasi. Puak-puak kecil terbentuk di setiap peringkat. Wang dijadikan umpan. Perempuan, mungkin juga....
Saranan Datuk memang wajar dan baik tetapi untuk melaksanakannya hampir mustahil. Kekangan protokol membataskan komunikasi semuka yang diharapkan. Kalaupun berlaku, yang di bawah itu telah dibudayakan untuk tidak meluahkan perasaan setelus dan setulusnya kerana takut pada macam-macam. Kira-kira seminggu lagi YAB PM dijadualkan hadir ke sesi unplugged versi budak MARA (baca Ansara). Mungkin ini juga salah satu bentuk usaha sepertimana yang Datuk bayangkan. Cuma khalayaknya bukanlah mewakili marhaen, tetapi marhaen yang telah diangkat dan ditingkatkan oleh DEB. Malahan mereka sendiri pun sudah hampir putus jalinan dengan masyarakat petani, nelayan dan marhaen yang lain.
Salam Dato, Manusia terbentuk dari fitrah kepada cara mereka di besarkan.Olih itu apa pun yang cuba mereka buat untuk menyelami hati budi rakyat akn kelihatan kaku. Ini kerana mereka di besarkan bukan seperti rakyat marhain. Apa di buat serba tak kena. Itu bukan kehidupan mereka sebenar nya. Teknokrat tetap hidup dgn cara teknorat. che mat
dato KJ,
kat shah alam ni, saya tak nampak sebarang aktiviti atau program umno untuk memenangi hati rakyat jelata. mereka masih dengan syok sendiri buat program dengan kawan-kawan je.
kononnya ada wakil bn berkampong kat selangor bulan lepas, tapi tak de nampak sesiapa pun kat shah alam ni.
usabukata
Kata aruah tok wan saya... "Cu tebang saja lah pokok getah itu bila ia tidak lagi mengeluarkan hasil, walaupun ia dulu berjasa besar kepada keluarga kita, ayah kamu bersekolah, Pak cik kamu di universiti, termasuk ayah kamu menyara kamu semua nya duit hasil dari lelehan susu getah itu lah".... tapi kini ia tidak lagi mengeluarkan hasil maka kamu tebang lah dan tanam semula..........Tok Wan bagaimana pulak dengan UMNO, dulu ada hasil sekarang tiada lagi...kita tanam semula lah UMNO ni ya Tok Wan!!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Begitu juga orang kampung, PM boleh kata dia faham perasaan orang miskin, tapi dia tidak pernah merasai jerih payah orang miskin. Apabala sesuatu keramaian diadakan, pegawai kerajaan jaga PM dan para menteri, orang UMNO jaga ketua-ketua mereka. Orang kampung siapa yang jaga? Wal hasil balik asallah.Sebab itu PR nampak lebih faham kehendak rakyat.. arbisi
Salam Dato.
Kata orang 'busuk-busuk pun pemimpin kita juga'..tapi kalau pemimpin kita busuk bermakna kita lebih busuk lagi.
Busuk-busuk daging di basuh, di hiris di makan juga. Biawak ka kita makan benda busuk.
Kalau gigi belubang sudah busuk elok di cabut kerana ia akan memudaratkan badan.
Buah langsat,buah dokong, buah pisang kalau busuk sebiji di simpan dalam satu bakul akan busuk semua nya.
Tapi UMNO ada lagi ka pemimpin wangi. Risau bila di cabut yang busuk akan rongak atau ropong macam gigi yang di cabut kesemua. Bila tiada gigi kena kembali kepada Fitrah semulajadi. kena belaja makan nestum, bubur nasi. Kena mula macam zaman kanak2 atau kena bubuh gigi palsu. Atau akan Habis cerah macam bendang lepas kabota dan di tanam semula.
Salam Dato',
Saya amat memahami maksud Dato'. Tulisan Dato' tidaklah sepahit manapun kalau dibandingkan dengan komen juak-juak yang baru bertatih dalam politik.
Namun Dato', kitakan sudah sedia maklum bahawa puak UMNO ini terkenal sangat dengan sikap bodoh sombongnya. Orang kampung bukan sekadar sudah menyampah tetapi sudah ketahap getik dengan mereka ini. Sikap kebanyakkan dari mereka yang lebih sudu dari kuah menyebabkan Najih seperti sudah tidak relevan lagi.
Turunlah kemanapun, tapi dengan izin "Don't you think its already a little bit too late?"
Salam DAKJ dan semua pembahas. Minta izin mencelah sedikit.
Kalau dah banyak kali dinasihat oleh orang-orang yang ada nama besar pun keaadaan masih sama, adakah pendapat orang-orang bawahan macam saya diambilkira...? Mungkin dalam fikiran pemimpin-pemimpin kita ni - peduli apa ? kalau dah tak jadi pemimpin pun hidup dah senang kaya raya... sementara memimpin ni kautlah apa yang ada dan apa yang dapat. Hal rakyat..? Beri gula-gula cukuplah.. kek keju kek coklat kita bedallah. Kalau rakyat nak merasa senang sikit, kenapa tak membodek kita..?
Mungkinlah begitulah agaknya....
Entahlah, tapi saya belum pernah dengar dalam negara kita ini ada bekas menteri atau pemimpin yang hidupnya miskin melarat selepas ditolak pengundi. Rakyat masih macam itu juga, bergaduh berperang pasal parti dan prinsip perjuangan... dapat pula laba yang kecil, laba yang besar usah mimpilah nak merasa. Nak senang kena berniaga, tapi nak pandai membodek orang atasan juga...
Siapa dalam dunia ni hendak hidup susah..? Ramai manusia membanting tulang memerah keringat, bukan tak berusaha. Rezeki Tuhan bagi, terimalah seadanya.. bersyukur. Tapi bila ada rezeki lebih sikit, baru nak mengumpul tiba-tiba ada cukai itu cukai ini, minyak naik dan pelbagai lagi... 'chain reaction' pasal hal yang tiba-tiba itu jangan disebutlah. Macam-macam.
Sakit kepala sesak nafas sebak dada rakyat bawahan seperti saya.
Itu yang jadi sebab terguris dan terkilan... ditambah lagi 'tingkahlaku' ahli keluarga dan kroni-kroni pemimpin-pemimpin ini.
Saya pernah baca... kalau berkuasa, tegurlah dengan tangan, kalau tak berkuasa tegurlah dengan kata-kata atau tulisan, kalau tak berdaya tegurlah di dalam hati (tapi mungkin jadi buruk sangka dan prejudis). Kalau dikira rakyat bawahan ada kuasa menegur gunakan tangan - masa pilihanraya..
OM76
Datuk.Kesian Datok Najib.Dia tahukah di selatan Kedah pun tak selamat lagi untuk BN.Parlimen Padang Serai dengan Kulim Bandar Baru tak selamat untuk BN.Dato Najib jangan percaya sangat laporan syok sendiri.Mereka bertokak tak habis lagi.Nak cari calon menangi hati rakyat pun tak nampak .Yang senang nampak calon masaalah.Syok sendiri belum habis lagi.Datok Najib kirimlah spy turun tengok sendiri.Kalut.
Pesara
Y.Bhg Dato'@ Persaingan dalam PR13 amat genting bagi BN dan Pakatan Rakyat. Berkerja kuat sikit saja lagi, Pakatan Rakyat mungkin dapat menguasai Putrajaya terutamanya dalam keadaan pengundi Cina dan India masih belum kembali sepenuhnya kepada BN.Parti MCA tidak nampak langsung kewibawaanya,manakala pengundi India tidak solid dibelakang MIC. Pengundi Melayu berpecah kepada tiga puak dan dalam keadaan UMNO yang lesu,saya yakin Pakatan Rakyat boleh membuat kejutan besar. Sandaran BN hanya kepada kekuatan UMNO Sabah dan BN Serawak.
2. Najib kena turun padang macam Tun Razak dipuncak kekuatan UMNO. Gaya Tun Razak disenangi rakyat bawahan dan Allahyaham Tun senantiasa membawa tongkat sakti tanpa diiringi motosikal berkuasa besar atau kereta SUV warna hitam saperti sekarang ini berserta pula dengan kawalan oleh pemuda UMNO siap dengan jaket dan vest berlogo UMNO. Pandangan yang menjijikan ditambah lagi lagak pemuda UMNO yang ingin menunjukan kekayaan mereka.
3. Bila pemimpin PAS turun padang,mereka diiringi ratusan malahan ribuan anak-anak muda menunggang honda cup menampakan kemeriahan dan kekuatan Pakatan pembangkang.Suasana yang berbeda ini harus diberi perhatian oleh Najib oleh kerana pengundi akar umbi sudah banyak berubah berbanding era Mahathir.Pengundi akar umbi benci kepada lagak pemuda UMNO dan pemimpin UMNO yang menjadi kaya raya sekelip mata.
4.Peranan pengundi wanita juga sangat penting.Disini Najib mesti bijak untuk menggembelingkan pemimpin wanita UMNO yang berwibawa. Najib harus ikut contoh Tun bila turun kepadang. Tak perlu diiringi oleh orang-orang yang boleh memberi gambaran yang negatif kepada BN.
5.Menteri-menteri yang lain juga harus turun padang dengan lebih kerap untuk bersama pengundi akar umbi.
iklas,
Rahim
Dato',
1. Mcmana tak jadi rombongan, PM mai pun secort dia dah 7-8 biji kereta. Bila mai ke bahagian, rombongan MB/KM lagi 7-8 biji, rombongan ketua bahagian 7-8 biji. Last2 rakyat kelih (tengok) dari jauh. Paling baik, dapat nasi bungkus dengan ayaq mineral cap dacing.
2. Kalau Najib nak sokongan rakyat, tak payah cerita banyak. Tak payah slogan itu ini. CUKUP baik kalau dia hentikan aktiviti ketua bahagian & AJK bahagian dok mai intai projek nego di putrajaya. Biaq dia hilang sokongan sorang dua ketua bahagian tapi dia dapat sokongan ratusan undi rakyat. Tapi, ada berani ke?
mohon diletakkan link ini untuk membantu kerajaan mendapat maklumat tentang situasi pekerjaan para graduan. thaks datuk.
http://kajianpengesanangraduan.blogspot.com/
Tahniah YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak, kerana berani bertindak memansuhkan ISA.
Itulah yang wajar diucapkan kerana mahu supaya akar umbi mengundi BN.
Bayangkan senjata yang paling berkesan pada kerajaan telah dimansuhkan.
Bukan macam keris pada lambang bendera Umno yang tak memberi apa apa makna pun.
ISA pernah menjadi penyelamat para pemimpin umno sejak sekian lama.
Mengapa tidak.kebanyakan pegawai kerajaan selamat jika terbabit dengan rasuah, termasuk orang politik.
Baru baru ini ramai Pegawai kastam yang kanan terbabit dengan rasuah telah dikenakan tahanan ISA.
Sepatutnya mereka yang terbabit dengan kes rasuah ditahan oleh SPRM. Tapi telah ditahan dibawah akta ISA.
Apabila ISA mansuh selamatlah mereka itu.Maka selamat orang politik yang berada dibelakang tabir.
Sah Apabila ditahan dibawah akta ISA mereka tidak didakwa dan dibicarakan.
Maka kes rasuah profail tinggi itu ditutup kepada umum.
Umum tidak mengetahui sebab musabah kes itu berlaku. Lebih lebih lagi ianya tidak boleh terbongkar satu persatu kes mereka yang terbabit.
Persoalan yang timbul, mereka yang terbabit dengan kes rasuah yang ditahan dibawah akta ISA telah dibebaskan, maka terselamatkan pihak yang terbabit.
Bukan setakat itu saja 200 waran tangkap yang dikeluarkan untuk menangkap mereka yang terbabit juga telah ditarik balik.
Bermakna kes 200 orang itu lenyap.
Mereka yang terbabit boleh goyang kaki dengan alas an tiada kes yang berlaku miskipun kes baru boleh berlaku dengan sewang wenangnya.
Sudahlah SPRM tidak ada kuasa untuk menahan mereka itu kerana waran tangkap sudah ditarik balik dan mereka bebas dengan sebebasnya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada perdana menteri yang dikatakan bijaksana bertindak untuk menyelamatkan diri sendiri dan kuncunya itu.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati.Memang risikonya tinggi apabila kita memberi pandangan kerana ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Saya ingin memberi pandang dari aspek zahirnya apa yang berlaku. UMNO gagah dan tiada siapa yang boleh menyanggah sehinggalah UMNO bercakaran sesama sendiri. Kemuncaknya saya dengar ramai ahli tegar UMNO di masjid kampong kecewa bila berlaku hina menghina keterlaluan sesama UMNO. Pada pilehan raya 1999 UMNO kehilangan banyak undi termasuk jatuhnya Negeri Trengganu kepada PAS. Pak Lah telah menukar rentak dengan menunjukkan kecenderungan kepada Islam, mengambil tindakan terhadap perasuah berfrofil tinggi dan mengkaji semula undang-undang yang dikatakan zalim.Hasilnya BN telah mendapat undi tertinggi pada PRU 2004. Kemenangan besar ini bagaimanapun memulakan perang sesama UMNO. Jatuh menjatuh dan hina menghina berlaku dengan tidak terbatas. Apa yang saya dengar dari rakan bukan Melayu mereka percaya Pak Lah tidak dapat bertahan dan BN akan balik kecara lamanya. Akibatnya BN telah kalah teruk pada PRU 2008.
Penubuhan PERKASA dan seruan supaya orang Melayu bersatu memberi harapan baru. Malangnya apa yang berlaku adalah budaya mencerca orang Melayu di luar kelompok menjadi-jadi dan hancurlah harapan untuk menyatukan orang Melayu.
Barang diingat orang Melayu Islam tidak heran kepada kebendaan. Mereka menghormati mereka yang ikhlas dan tawaduk.Terpulanglah kepada mereka yang berkenaan memikirkan perkara ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Salam Dato
Saya nampak jika UMNO masih dengan gelagat bak dewa turun dari kayangan, halilintar membelah bumi, amat sukar utk mereka menawan kembali hati para pengundi yg rata-rata dah pandai menerima apa saja "gula-gula" dan salam yg dihulurkan tetapi undi, mungkin beralih sudah.
Begitu juga dengan Najib & anak buahnya yang mungkin terjangkit penyakit "syiok sendiri" bilamana melihat ribuan org yg hadir di dalam majlis bersama rakyat yang hakikatnya merupakan org yg dipaksa hadir, diimport segar dari "ladang" hinggakan kegagalan menghadirinya menyebabkan seorang peniaga pasar tani Taman Dengkil Jaya digantung dari berniaga di sana.
Kalau dulu Pak Lah dikatakan flip-flop, bolehlah dikatakan Najib sekarang flip-flop-flap yang hanya bercakap kosong mengenai peruntukan juta sana, billion sini tiap kali berucap. Hakikatnya ibarat hospital baru Rembau yang masih menjadi batu asas sekalipun PRU dah semakin hampir. Mulanya mencabar agar disapina, lepas tu kalut menolak sapina tersebut. Awalnya beli cincin guna duit simpanan dari kecil, lepas tu tiada pembelian pulak.
Kalau suara akar umbi parti sendiri pun Najib tak kisah, bayangkan suara rakyat lain.
Very timely rakyat Malaysia membuat sesuatu yang drastik untuk memberi kesedaran kepada puak-puak sekasta ini.
Saya pernah menasihatkan ahli keluarga sendiri agar bersedia untuk bangsa Melayu mengemis di bumi sendiri. Hari ini, saya menasihatkan lagi diri sendiri dan para pembaca agar membuat persediaan yang sama.
Satu masa dahulu Najib habiskan masa remajanya di UK.
Suatu masa dahulu Najib tidak dikenali pengundinya.
Suatu masa dahulu Najib tidak mengenali pengundinya.
Apa Najib buat untuk jadi MB termuda dalam sejarah Malaysia?
Najib akan berkampung dan menjalankan ceramah dari rumah penyokong sebagai pusat geraknya. Gerak kerja berceramah dan penyediaan jamuan selepas ceramah dibuat dengan cara "ala" berkenduri.
Yang muda tak tahu kisah ini. Yang tahu hanya yang cukup umur masa itu dan yang masih ada umur masa ini.
Kesimpulannya, isu Najib bukan isu tak reti (seperti yang dikatakan awang batuburok).
Isunya adalah Najib sudah lupa.
p/s Budaya ini pun bukan setakat presiden UMNO, malah dikalangan mana-mana kepala UMNO pun sudah tidak ada.
Fed Up
Salam dato,
Saya lihat PM OK...TAPI lembik sangat kalau nak `katok' cina atau india.Kalau tolong ORANG, dia OK.
Kalau `katok' melayu OK la,kuat sungguh dia..
Rancangan pentadbiran PM OK.Tapi tak tau la saya sama ada dia dah
`factored-in' keadaan ekonomi dunia la ni didalam kira kira dia.
Tentang bilangan kakitangan pelaksanaan rancangan beliau dah lebih dari mencukupi, lebih 1.2 juta dipelbagai jabatan kerajaan,tidak termasuk kakitangan GLC lagi...
Duit simpanan negara nampak `paling sihat' dalam 20 tahun ni..ada lebih dari 440 bilion ringgit sekarang. Cukai,dividen dll
tidak masuk kira lagi...
Kerajaan pinjam duit terbanyak dari sumber tempatan,dalam ringgit la...kalau ringgit turun sikit dari dollar atau yen,juai dollar/yen dapat lebih sikit ringgit untuk bayar hutang...
Hutang luar katanya sikit...entah betui ke tidak, tak tau la.
Yang saya `kelabu' ialah apa dia nak buat dengan `jeneral jeneral' dia...ramai jeneral dia dah luput tarikh,dah `mati pucuk'dan dah mati akai...TAPI DEPA DOK TORAK dia siang malam,pagi petang...
Dia kata nak dapatkan `jeneral' yang winnable, tapi kalau yang dok melobi tu kebanyakannya jeneral luput tarikh, mati akai dan mati `pucuk'..apa dia nak buat?.
YANG SAYA pasti dia akan `recycle' balik muka muka tu jugak kebanyakanya, TAKUT kedudukan dia tergugat, takut tak jadi presiden UMNO,takut hilang jawatan pengurusi BN,takut pi rehat la...
Semua kisah kisah perang dimenangi dengan ketua bijak,jeneral jeneral cerdik dan askar askar berani dan pandai berjuang dan lawan....
Setakat ini saya lihat Tengku Abdul Rahman,Tun Razak dan Tun Mahathir dan jeneral jeneral serta askar askar meraka yang kuat, yang lain lain susah nak `menyakinkan' saya rakyat biasa.
Napoleon,Hitler dan Moosolini kata
depa kuat,gah dan yakin...tapi `kena bungkus' teruk...
Sukarno,McAthur,George Washington,Salehuddin ...nampak macam tak bolih `pakai' tapi berjaya dengan cemerlang...
WAHAI PM, mai la tenguk rakyat tanpa protokol,tanpa jeneral jeneral tuan yang dah `nak bungkus'.Mai selalu tanpa mereka, pasti tuan dapat rasa `nadi rakyat' yang tuan laung laung kan,bukan nadi jeneral jeneral tuan itu..depa dah tak ada nadi!
Mai la cepat sebelum rakyat biasa kata TOSAH mai langsung!.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Datuk Kadir,
Pembahas langitbiru,
Sayangnya diruang ini tiada tanda 'Like' macam
dalam Facebook. Kalau ada, memang saya akan klik
'Like' banyak kali pada komen anda.
Berbalik kepada topik tampalan Datuk kali ini, saya cuba menganalisa perilaku UMBO/BN no.1 dengan mengemukakan persoalan berikut:-
1.Apakah yang menyebabkan undi kaum minoriti menjadi penentu segalanya?
2. Adakah jawapan kepada soalan diatas sebab kaum majoriti sudah menjadi lemah kerana tidak bersatu lagi?
3. Kalau jawapan kepada soalan no.2 adalah Ya, adakah ini menyebabkan beliau tiada pilihan melainkan dengan menghambat hati kaum minoriti?
4. Kalau nak dikatakan beliau tidak turun ke padang tidak berapa betul juga. Beliau telah hadir Konsert Suara Kami; mengambil bahagian di setesen2 radio popular seperti Hitz.FM.
5. Beliau mempunyai blog, Facebook & Twitter yang dikendalikan sendiri (itu beliau katalah). Tidak kurang juga dengan mengadakan majlis2 minum Teh bersama pengikut2 on-line beliau dari masa kemasa.
6. Justeru dimanakah silapnya?
7. Adakah kesilapan terletak kepada kaum majoriti sendiri yang telah menjadi lemah atas sebab berpecah?
8. Didalam titah ucapan DYMM Raja Nazrin di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011, Baginda menyentuh bagaimana satu kaum minoriti telah bersatu membantah penggunaan dua patah perkataan dalam buku novelis Sasterawan Negara sehingga berjaya. Oleh itu Baginda menyeru bahawa umat Islam perlu menghayati semangat Bersatu Teguh Bercerai Roboh.
9.Rasanya bola sekarang ditangan siapa?
Wassalam.
Sdr Fed Up, saya hampir menitis air mata membaca komen anda.
Ya, saya tahu zaman itu kerana waktu beliau menjadi MB termuda, saya kerap memandu kereta bersendirian ke Kuantan untuk berjumpa dan bersembang dengan beliau.
Pernah sekali beliau jemput saya makan malam di Kediaman Rasminya di Kuantan. Masa jadi Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan pun lebih kurang macam itu -- senang ditemui.
Masa beliau Ketua Pemuda pun lebih kurang sama. Anak buah saya yang sama-sama giat dalam Pemuda, masih taasub dengan beliau sampai hari ini, tapi dia pun berkata, Naijib PM dah lain sikit.
Jadi bagaimana dan kenapa beliau seolah-olah berubah? Beliau berubah atau diubah oleh orang di sekeliling beliau?
Wallahualam.
Kena tanya dulu siapa tunjang BN?
Tunjang no. 1 tentunya UMNO. Oleh itu, UMNO JANGAN TANYA APA ORANG MELAYU MAHU TAPI TANYA DULU APA ORANG MELAYU TAK MAHU. Sebabnya kalau beri apa yang mereka mahu tapi tak beri apa yang mereka tidak mahu, UMNO tidak mungkin mendapat sokongan padu kerana mereka tetap tidak berpuas hati. Apakah yang mereka tidak mahu? Mereka tidak mahu melihat orang-orang seperti KJ, Nazri Aziz, Rais Yatim masih dicalonkan sebagai wakil rakyat.
Contoh lain, mereka tak mahu UMNO tunduk sehingga ke lantai untuk menyetujui semua tuntutan orang Cina sedangkan mereka tetap akan mengundi pembangkang. Senarai lain yang orang Melayu tak mahu tentu telah mula disedari oleh pimpinan UMNO.
Road Warrior
Salam Dato,
Saya ahli umno dari tahun 1974 dan masih ahli umno. Dulu saya seronok jadi ahli umno. Ikut pemimpin umno ke akar umbi melihat masalah mereka dan cuba selesaikan. Bila time pilih pemimpin ada yg tolak menolak jadi pemimpin. Sekarang? Berebut rebut. Main duit. Lagi banyak duit lagi besar jawatan. Keiklasan membantu rakyat? Ade benda kena korban oleh akar umbi.
Esok Najib ke kundang kononnya utk bersamA rakyat. Dengar kabo jalan merah nak diturap. Selama ini dah berbuih mulut, dah berabuk muka bertahun2 kena habuk jalan merah tak ambil peduli. Wakil rakyat kuang selaku ketua penerangan umno Selangor cakap bergegar2 membelasah pembangkang tapi cakap tak serupa bikin. Janji nak bagi peruntukan, habuk pun tarak. Bila dekat pilihanraya PM pun dah pandai turun. Di bandar tasik puteri yg mempunyai 30 ribu penduduk tak ade dewan pun. AgAknya patut ke bagi undi pada BN?
Drp; zuki ahmad
DAtuk, era selesa bagi mana-mana ahli politik sudah berlalu. Pengundi tahu pembesar mana yang dekat di hati mereka atau tidak. Masalah Najib adalah sejauh mana dia tahu derita rakyat, khususnya Melayu di pedalaman yang sentiasa terhimpit, atau Melayu bandar di kawasan urban!
Bertapa Aku Cinta Pada Mu
(andainya menitis air mata guruku)
Mustapa Mohamed
Alhamdulillah, YAB PM selesai bentang bajet 2012 yang beri tumpuan kepada semua golongan khususnya masyarakat luar bandar,pegawai kerajaan. Dato' Najib hebat, betul betul rakyat didahulukan.
Balqish Hassan tak sempat dengar..
Makanan Lazat Saya dengar dari awal sampai ke akhir ..tahniah dato seri
Yoe นักฆ่า bkn semua kakitgn kerajaan yg dpt..asyik2 gurumpolis dan tentera yg dpt..
Anneydaa Nieda Kenapa naikkn umo persaraan? Yg atas2 lmbt nk bersara,yg bawah2 lmbt naik pangkat. Sudahnya yg tgh cari keje xdpt keje..
Raez Zahari DATO' NAJIB BYK MEMBANTU KITA SEMUA... SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T.
Hasmadi Bin Bidin ambo kije swasta x dop jugak ko
Hasmadi Bin Bidin hahha
Fathil Asri Datuk bagaimana pulak untuk rakyat yang bekerja dgn pihak swasta untuk menikmati apa yg diberi oleh kerajaan?knp tax kenderaan dan juga spare parts tidak diturunkan?walaubagaimanapun terima kasih juga sbb ada perubahan pd bajet kali ini.harap dapat menilai semula untuk kakitangan swasta kerana golongan inilah yg byk menyokong kerajaan.
4 hours ago · Unlike · 3 people · Translate
Azizzuddin Hussein terbukti & ternyata..54+ tahun dah rakyat didahulukan..dulu...kini..&..selamanya....alahamdullillah...syukur...& ...trima kasih...
Hadi Al-rahman yg paling best sekali warga emas di kecualikan bayaran rm 1 di hospital kerajaan....menistis air mata ???
Bahari Jebat semangat petrotik memang bagus..tetapi bodek tak elok
Ce' Ralf Alhamdulillah...terima kasih kerajaan. Bajet yg baik utk rakyat. Cuma sy harap pelaksanaannya kelak telus dan tdk mengenal kroni dan warna parti. Kemajuan Malaysia harus dipacu dgn penglibatan semua lapisan rakyat.
Wan Ziz Noh Orang Ramai Kata, PM Kita Pintar, Menteri Kewangan Bertaraf Dunia...
Santibankri Kriu cuma nak tahu kakitangan dari jabatan selain yg disebut naik berapa peratus.sama ka dengan guru.ya la kat ICQS bukit bunga ni dok kecek ,kastam kutip hasil .jabatan lain dapat untung.jadi nak tahu juga berapa peratus kenaikan.tolong komen kat sini boleh saya tunjuk kat mereka
Husni Ibrahim terbaik pernah dibentangkan
Kuwe Mohd semoga PM dipanjangkan umur...
Zulkarnain Yusoff Negara mencipta satu lagi sejarah
Narza Rahman YB DATO SRI,ternyata bajet kali ini merupakan bajet yang mencakupi segenap masyarakat
Cogempur Bhd Cogempur HUJE LEBAT TOK KB, RAHMAT REDHA DAN BAROKAH DARI ALLAH BUJET 2012
Fathil Asri saya sokong kata en bahari jebat Bodek x elok...berilah menfaat pada semua bukan hanya untuk kakitangan kerajaan tetapi juga pada Swasta...Tanpa kami kerajaan tidak terbentuk...
Khairul-Dean Mohamed
Siti Nurhaliza @ Royal Albert Hall - Aku Cinta Padamu, Diari Hatimu, Kau Kekasihku
www.youtube.com
Like · · Translate · Share · 4 hours ago via Mobile
86 people like this.
"Jadi bagaimana dan kenapa beliau seolah-olah berubah? Beliau berubah atau diubah oleh orang di sekeliling beliau?"
Saya ada satu nama dalam kepala tapi tak perlulah saya namakan kerana rasanya DAKJ pun boleh agak.
Fed Up
Saya asalnya nak komen pasal bajet. Bila baca komen DAKJ, lupa pulak.
Mula-mula ok. Sebab detail dari dua pembentangan yang lepas.
Hingga sampai ke tajuk kakitangan awam.
Temanya mengutamakan kualiti khidmat. Tetiba ada pulak flip flop bila diumum guru dapat jalan ekspress dalam naik pangkat.
Terus tukar tengok bola. Kena pulak dah 0-5 dengan Australia. Kalah kalau dengan cara main bersemangat seperti masa lawan Jepun ok jugak. Ini tidak, main macam mangkuk ayun.
Not a good day. Ekonomi dan sukan negara. Dua-dua guna strategi bertemakan over-estimate diri sendiri.
Fed Up
Salam Dato,
1.Masalah sebenarnya Dato bukan tentang YB turun padang. Tak guna juga YB turun padang tapi tak turunkan peruntukan yg sepatutnya. Dekat nak PRU baru nak turunkan. Rakyat pun dah bijak taburlah peruntukan PRU undi belum tentu.
2. Ahli2 umno akar umbi ramai lagi yg masih waras, rasional, tahu akan dosa dan pahala, tahu bahawa merompak harta negara/rakyat, membunuh, menipu, memfitnah, ugut itu adalah berdosa besar. Mereka juga ada perasaan malu, harga diri utk mempertahankan perkara yg betul atau salah.
3. Ahli2 umno dah ramai yg sedar bagaimana manipulasi undang2 dan salahgunakuasa sedang bermaharaja lela. Ahli2 umno juga sedar penjenamaan baru yg sedang di canangkan sekadar menutup kelemahan yang berlaku. Ahli2 umno juga sedar betapa AG, Polis, tentera, SPRM, imigresen, JPN, SPR, KDN, hakim, mahkamah sudah sudah menjadi tunggang langang. Jika dulu ada pencapaian Malaysia dlm 'world guiness records' sekarang pula Malaysia sudah masuk ' World dumbness record book' hebatkan.
4. Ahli2 umno juga tahu dalam isu melaung-laungkan ketuanan Melayu yg hampir tarhakis, pembesar2 elit umno sedang berebut-rebut mengagih-agihkan projek dgn pelbagai jenama dgn harga berbillion-billion dgn penuh kemegahan sampai mengadaikan MAS di atas nama terlampau bijaksana.
5. Ahli2 umno juga tahu di waktu Perkasa dan umno melaung2kan ketuanan Melayu yg semakin terhakis Ananda krisnan mendapat kontrak raksaksa negara Menara Petronas dan Astro. Akan datang pula Mr. Tony Fernandes yg akan menerbangkan MAS serata dunia di atas nama Ketuanan Melayu.
To be continued..
Drp; adili
Isu ini saya tulisan berdasarkan kata kata kawan lama saya yang berbunyi: Datuk Kadir Jasin sudah berubah.
Kalau kita baca tajuk rencana beliau yang berbunyi: Antara "Dajal" Dan Laut Dalam dalam blognya pasti setuju yang beliau sudah berubah.
Mengapa tidak? Kerana beliau tergamak melabelkan pemimpin umno/BN itu sebagai dajjal.Label yang bagitu berat dan berisiko tinggi dalam arena politik Negara.
Saya juga setuju dengan kata kata bahawa Datuk Kadir Jasin sudah berubah. Masakan tidak. Seorang penyokong kuat umno/BN sejak sekian lama boleh melabelkan pemimpin umno sebagai dajjal.
Tindakan melabelkan dajjal kepada pemimpin umno suatu yang sangat berat dan sangat tak patut, kerana akan membuat ramai yang marah dan tak senanghati.
Apabila saya membaca keseluruhan rencana antara dajal dan laut dalam jelas dan nyata beliau tak berubah.
Mengapa saya kata demikian, kerana beliau minta pengundi memilih dajal yang dikenali dan jangan memilih dajal yang tidak dikenali.
Bermakna dalam pilihanraya umum ke 13 nanti beliau mahu supaya pengundi di Negara ini memilih dajal yang dikenali, iaitu mengundi para pemimpin umno yang
sedia ada yang dianggap dajal itu.
Jelas dan nyata Datuk Kadir jasin yang dianggap sudah berubah itu tak mungkin berubah sampai bila bila macam juga Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dianggap oleh para pemimpin PAS sudah berubah, kerana keluar umno.
Saya masih ingat suatu ketika dulu,kebanyakan para pemimpin PAS mengucapkan “Alhamdulillah” dan berkata Tun Mahathir sudah insaf dan sedar tanpa mengambilkira tindakan beliau yang pernah mempersenda sendakan hukum hudud sebelum ini.
Mudah lupa dan mudah percaya punca para pemimpin PAS bertindak demikian rupa. Pada hal Allah sudah beritahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia bertindak berdasarkan pembawaan jiwanya,(ayat 84 surah Al Israa’)
Adalah mustahil bagi mereka yang berjiwa umno boleh dan mudah berubah.Demikian juga perdana menteri setakat saya mengenalinya semasa menjadi menteri Belia dulu.
Oleh itu, serangan yang dilakukan oleh Datuk Kadir jasin terhadap umno/BN menerusi rencana antara dajal dan laut dalam itu hanya ditulis berdasarkan pembawaan jiwanya saja.
Jauh sekali atas nama kesedaran mahu berubah.Apatah lagi Najib Razak.
Lebih lebih lagi bagi mereka yang tak setuju undang undang Islam di laksanakan di Negara Malaysia ini.
maaf ya Datuk.
Salam untuk semua,
Secara umumnya ucapan belanjawan 2012 semalam mengesahkan lagi keyakinan saya bahawa apa yang dikiaskan oleh Dato AKJ tentang ayam jantan telah jadi ayam ponan
dalam kepimpinan negara memang tepat.Setelah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mendapatkan khidmat nasihat dan formulasi import, hasilnya amat mengecewakan. Apa dah jadi dengan UPU di Puterajaya Dato?
Nampak sangat ayam jantan dah jadi ayam ponan, ketandusan jatidiri dan ketandusan idea bagaimana hendak menjana pendapatan negara bagi jangkamasa panjang. Akibat provokasi dan acahan politik pihak lawan, ucapan belanjawan telah menjadi sessi jualan murah penghabisan stok akhir tahun. Hanya segelintir golongan sasaran akan mendapat habuan jualan murah ini secara berlebihan sementara majoriti rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan. Kos pengurusan kerajaan akan meningkat secara mendadak, tetapi kecekapan pengurusan semakin membimbangkan; apalagi akan bertambahnya jentera dan mesin-mesin burok serta"dead wood" yang dilanjutkan jangkahayat perkhidmatan dalam pengurusan kerajaan.
Saya amat sedih dan bimbang apakah ini yang dimaksudkan dengan "Pencapaian dan Rakyat Di Utamakan"???
Wallahualam dan terimaksih.
Dato Kadir.
Saya bandingkan antara Najib dengan Anwar dalam berjumpa dengan pengundi akar umbi.
Najib nampak tak neutral tapi Anwar nampak lebeh neutral dan mesra.Munghkin kerana najib datang dari keluarga aristokrat dan Anwar dari Kampong.Anwar boleh pergi ka dapor dan makan dalam lawatannya ka majelis kenduri di kampong.Najob pula hanya pergi dan shake hand dan senyum tanya apa khabar dan terus jalan.Anwar boleh dudok bersila dan makan Nasi dengan bentara.
Keep trying Najib.
Dato .
Semalam saya sempat tengok laporan perisik untok PR 13.Nampaknya sukar bagi BN untok mengekalkan kuasa lagi.
Mengikut laporan itu MCA dan Gerakan habis kalah.
Serawak PR boleh meneng 15 kerusi dan SABAH 12kerusi Parliment.Umno ada 83 kerusi Parliment.Dia boleh Meneng hanya 50 kerusi.
Takut
Kechut.Sabah dan Serawak rang merupakan Safe Deposit akan pecah.
Datuk, saya seronok baca teguran ikhlas Datuk kepada Perdana Menteri. Taguran begini bagi saya "mati hidup balik" pun tak akan diucapkan oleh puak-puak UMNO di keliling Perdana Menteri. Saya setuju Perdana Menteri tak disokong oleh puak di keliling beliau. Sokong bagi saya bermaksud kita menegur apa yang membahayakan Perdana Menteri, puji bab yang patut dipuji. Tapi semua ini tak akan dilakukan oleh para oportunis dalam UMNO. Padahal mereka tahu apa yang Perdana Menteri patut dan tak patut lakukan kerana mereka mendapat banyak maklumat. Tapi puak-puak di sekeliling Perdana Menteri hanya tukang angguk, tukang kipas macam yang berlaku kepada Dr. Mahathir dulu. Tapi Mahathir tahu puak-puak yang puji dan kipas masa dia jadi Perdana Menteri bukan semuanya jujur. Buktinya bila Mahathir tak ada kuasa, puak ini pakat taji Mahathir. Bab turun bertemu rakyat, apa yang dilakukan sekarang tak lebih acara untuk media saja. Tak nampak keikhlasan kerana turun dengan gegak gempita bukan menyelami denyut nadi dan suara rakyat bawahan. Semua ini perabis duit saja dan puak-puak UMNO peringkat bahagian dan negeri masing-masing himpit Perdana Menteri untuk dapat peluang dalam politik. Perdana Menteri tak boleh mendekati rakyat sebab puak-puak ini jadi benteng. Rakyat bukan nak tengok Perdana Menteri setakat kayuh basikal atau naik bas yang dikelilingi oleh puak UMNO. Ini acara untuk bertemu rakyat atau apa? Bagilah peluang kepada Perdana Menteri bertemu rakyat, puak-puak pemimpin UMNO termasuk menteri-menteri janganlah kacau daun. Saya tengok yang kayuh basikal bersama Perdana Menteri pun bukan rakyat biasa. Sebab itu saya sangat menyampah melihat gelagat-gelagat sesetengah pemimpin pemimpin UMNO kerana mereka ini tidak memberikan gambaran jelas kepada Perdana Menteri tentang keresahan rakyat. Harap blog Datuk dibaca oleh puak-puak ini demi kelestarian UMNO. Ini kerana banyak pemimpin UMNO hanya mengajuk kata-kata Perdana Menteri tentang 1Malaysia, transformasi dan beberapa lagi. Saya manulis ini juga kerana sayangkan UMNO dan Perdana Menteri.
Assalamualaikum Dato,
Apa yg Dato & Sdr Fed Up komen mengingatkan saya tentang apa yg dikatakan oleh Donal J Trumph masa ucapannya kepada CEO's Amareka suatu ketika dahulu...katanya "Work with the BEST". Jika melihat kepada sekarang, apakah PM Najib work with the best or with the WORST?. dan seperkara lagi sesungguhnya sebagaimana maksud friman Allah s.w.t, manusia itu akan diuji dengan 3 perkara yang dua daripadanya Perempuan & Pangkat/kedudukan...sebab itulah manusia akan cepat lupa diri...tak kira siapa...termasuklah juga ADUN2 Lebai di Kelantan....etc.
Pembahas Man Telur, menulis: "Boleh ulas sikit tak apa relevannya Nik Aziz dalam politik era sekarang ni?"
1. Usia dan lama bergiat dalam politik, bukan penghalang kepada relevan atau tidak seseorang pemimpin;
2. Tok Guru (ToG)Nik Abdul Aziz relevan selagi ahli dan penyokong Pas berasa beliau boleh menyumbang. Hakikat bahawa beliau begitu lama berjaya mengekalkan Kelantan sebagai negeri Pas, adalah bukti kebergunaan beliau;
3. Pas telah belajar daripada Umno. Persaraan Tun Dr Mahathir membawa pelbagai masalah kepada Umno;
4. Lebih baik bagi ToGNAA berada dalam kepemimpinan Pas daripada bercakap di luar macam Dr Mahathir;
5. Dengan kemunculan dan pengukuhan golongan liberal dalam kepemimpinan Pas, seorang ulama yang disegani macam ToGNAA diperlukan bagi mengimpabangi pengaruh golongan bukan agama yang diketuai oleh Haji Mohamed bin Sabu;
6. Orang Melayu/Islam di luar Pas ramai yang hormatkan ToGNAA. Jadi, ToGNAA boleh jadi penghalang kepada kutukan keterlaluan terhadap Pas; dan
7. Perwatakan ToGNAA sebagai ulama dan orang kampung disenangi oleh banyak pihak.
Terima kasih
YM Datuk,
Sampai kepada satu peringkat, penyokong tegar sesuatu parti meluat membaca berita-berita mengenai parti yang disokongnya. Sebab, isinya tipikal. Sokong parti sendiri & bantai parti lawan.
Namun demikian, undi mereka tidak akan berubah ke parti lawan.
Dan mereka mula mencari media yang menghormati deria intelek mereka.
Datuk, semoga blog ini menjadi destinasi kepada kabilah-kabilah bangsa kita yang letih berkelahi sesama sendiri.
Tok Kadiaq,
Macam biasa pro BN pakat kata bajet untuk rakyat tapi saya masih tercari cari tang mana rakyat macam saya ni nadinya PM dengaq.
Kot yang ada(tu pun bukan untung)cukai dosa, tu pun belum tentu pasai bila masa pun boleh naik.Tapi takpa rezeki Allah dimana mana.
Rata rata kita semua pakat tak puas hati.Kalau baca komen komen,memang takda peluang langsung Najib kali ni.Peminat lumba kuda kata 'hands down'pun Anwar mesti menang.
Tapi aci potong jari la, sebaliknya akan jadi Tok!Toksah mimpi la BN akan kalah.Tup tup PR akan bungkuih pastu BN akan jadi parti paling lama memerintah dalam dunia.
AWAT JADI LAGU TU TOK!HEBAT JUGAK MELAYU BERPOLITIK NO!SABAH SARAWAK PUN MELAYU PEGANG WALAU MINORITI..KEH KEH KEH
Maaf katalah ya tok kadiak.. Tok kadiak pun orang kampung duku dulu. Sekarang tok pun dah jadi irg senang. Buat mkluman, walaupun apa halangannya, majoriti irang kampung yg masih orang kampung, sekarang ni syka sama tuan najib kita. Yang benci banyaknya org bandar yang makin tinggi pandainya sebenarnya makin tipis kekuatan agamanya. Pi haji, pi kelas agama tapi jiwa tak kuat mana. Harap tok janganlah ingat tuan najib ni tada sokongan. Pi johor, pi melaka, pi negeri, pi pahang dan pi tengganu.. Owang owang kampungnya mmg majoriti sayang dan suka najib. Ini belum cerita lagi org sarawak dan sabah bumiputeranya ;)
Salam DAKJ dan semua pembahas.
Saya bersetuju dengan Datuk pendapat mengenai TG Nik Aziz. Kalaulah ada pemimpin tak kira dari parti mana pun, yang ada perwatakan sepertinya pada masa sekarang ini, yg berumur sekitar 40 - 50 tahun dan mampu bergerak aktif ke seluruh negara, saya rasa persepsi rakyat kepada sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin akan lebih baik lagi. Sayangnya TG Nik Aziz mungkin terganggu sedikit dengan faktor usia dan kesihatan, tapi saya doakan beliau semoga panjang umur dan diberi kesihatan kerana TG Nik Aziz masih relevan lagi dlm arus politik masa kini.
Memanglah TG Nik Aziz sama sahaja seperti manusia-manusia yg lain yang tak dapat lari dari sedikit kekhilafan, tetapi karisma yang ada pada TG Nik Aziz jarang-jarang ada pada kebanyakan pemimpin di Malaysia ini.
OM76
Dato kadir.saya berpendapatPM punya budget 2012 ok lah.Rata-rata semua dapat.MP pun dapat juga.Cuma sejauh mana keikhlasan YB pembangkang yg menentang kenaikan elaun MP.Mulut kata tak mahu,Tapi dalam hati sapu bila lulus nanti dalam parlimen.Kerana nak jaga hati pengundi konon agaknya.Orang politik suka berpura-pura hipokrat banyak sangat.Tapi diluar hidup mereka lain pula.Depan pengundi pijak semut pun tak mati.Apa komen Dato Kadir mengenai isu elaun YB MP kita.YB pembangkang ikhlas ke atau sapu bila dapat nanti.Mereka pun manusia juga.
langitbiru said...
Sahabat saya pulang dari kl
Ceritanya,makan di kedai mamak
Dia dok dengar sekumpulan belia muda,minta nasi goreng NAJIB.
Nak tahu macammana nasi goreng NAJIB,sahabat tanyalah pekerja restoren.
Jawabnya, "Ooo,itu punya nasi goreng NAJIB, nasi goreng tak dak teloq la encik".
Mungkin pekerja tu sama satu idea dgn dato?
12:33 AM
Kebetulan saya ada cerita yang lebih kurang sama. Rakyat kita ni memang pandai melawak.
Dalam 1 bulan lepas, singgah rumah saudara kat Permatang Pauh. Dia bawak laa makan gulai ikan sembilang. Kebetulan ada satu menu kat situ tulis Nasi Anwar. Saudara saya bagi warning dah. Jangan pandai-pandai order, silap haribulan, kena pelangkong. Tapi, saya order jugak.
Nak tau nasik tu rupa macamana? Nasi bubuh atas pinggan yang terbalik. Sosej ayam satu, telur mata 2. Hmmm.... dalam maksudnya tuu.
Salam semua...
Apa yg DAKJ tulis saya setuju... perbincangan beliau utk buka minda kita bahawa PM perlu lakukan sesuatu...
tp ulasan2 lain yg dikeluarkan majoriti adalah menghentam PM... (Buat2 lah perasan mcm kita sedang bg cadangan pada PM... dia tau atau tidak apa yg kita tulis tu lain cerita... adalah nati yg akan menyampaikan) dam sememangnya menghentam tu mudah...
saya adalah guru golongan baru... (x baru sgt la, umur pun dah hampir 40...) kebanyakakn dlm ni nak PM mcm PM dulu2 (ayahandanya la)... tp kita harus sedar bahawa semua itu di luar kawalan beliau...
mungkin PM merancang utk berjumpa rakyat... namun xkan la balaci dia ni nak biarkan begitu, ni la jgk masa utk diorang tunjuk muka n perangai... ini bermakna dlm satu2 masa akan byklah manusia yg cuba mengambil kesempatan... rakyat dgn tujuannya... balaci2 pulak dgn tujuan2nya jgk...
dan bila PM turun pdg tentulah akan di lindungi oleh bodygard sbb kalu x matilah bodygard berjawab dgn PDRM... Nuar x pe la gi ke dapur pun...
Bukanlah koi syg sgt ke PM (meluat jgk kat manusia yg menjadikan kuarnya istilah nasi goreng najib...) ada kelemahannya, byk pulak tuh...
tp yg pentingnya sekarang ni terlalu ramai manusia yg mengeluarkan isu konon2nya utk menaikkan PM tp sudahnya makan diri PM ( mcm isu CCTV la)... koi jgk setuju bahawa la nih byk sgt xpired date n bakal xpired YB n VIP yg x sedar diri, tp kita juga harus sedar, makhluk nih kalu dibuang begitu shj, ranap parti wpun nak simpannya juga mmmg x selamat (tgk contoh kelantan la, bukan TGN kuat sgt tp ramai (bukan semua) VIP BN x pasti nak meng atau kalah... kalu kalah projek akn lalu kat diorang, kalu mng akn ikut jabatan...) n d kelantan jgk kalu pilih org lain alamatnya memecoklah yg x terpilih, tgk ari tuh, kalah 3 undi je, katanya semua anok branok yg tak terpilih gi holiday... (n 3 undi ni kerajaan x leh ejas ke? kalulah btul SPR tu x teluslah... tutup lampu kan..)
ntahla, anyway pe yg PM bagi ptg jumaat tuh koi ucapkan TQ...
pe2 hal komen DKAJ tuh kita pikir n translate dgn maknanya yg sebenar... jgn bandinglah PM n Nuar, meluat koi, jauh panggang dari api... (nak duk sebaris dgn TGN pun x layak sebenarnya... org politik n penganalis politik lain)
salam...
Bila Dato’ menulis dengan penuh harapan; “PM Kena Susur Akar Jumpa Pengundi Akar Umbi”.
Dato’ juga ada pilihan untuk menulis; “LGE Kena Susur Akar Jumpa Pengundi Akar Umbi”.
Atau,
“Hadi Kena Susur Akar Jumpa Pengundi Akar Umbi”.
Tapi Dato’ tak buat gitu.
Maknanya harapan Dato’ kepada UMNOBN cukup tinggi untuk kekal berkuasa.
Sama juga harapan Ku Seman yang cukup tinggi agar UMNOBN terus berkuasa, melalui tulisannya, “Saya manulis ini juga kerana sayangkan UMNO dan Perdana Menteri”. (Mungkin Ku Seman menulis sepenuh hati, perasaan membuak-buak, hingga ejaan menulis ditaip manulis!)
Dan majoriti pembahas disini juga menulis ayat-ayat lebih kurang sama Dato’ dan Ku Seman, menghentam orang-orang sekeliling Najib dan beberapa pembesar UMNO, TAPI/KERANA masih cinta dan sayangkan UMNO sebenarnya.
Yang menarik juga, bila Dato’ secara sinis cerita AYAM PONEN dan JAMBAN TERBANG, majoriti juga dok sambung cerita ayam ponen jamban terbang, yang tersurat!
Apapun, saya langsung tiada rasa cinta kasih sayang kepada UMNOBN.
Dengar khabar, Najib nak pi buat Haji tak lama lagi.
Kepada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan, saya tidak leka menasihati satu sama lain, dalam perjuangan, amat perlu memanjatkan doa, mohon pertolongan Allah swt.
Yang berpergian menunaikan haji, kami selalu berpesan kepada sahabat-sahabat, doa paling mustajab musim haji di depan kaabah, multazam dsb. Dalam banyak-banyak berdoa, jangan lupa doakan untuk Negara, doakan pemimpin Negara ikut Quran Hadis, doakan pemimpin Negara jadi adil,bukan zalim dan doa gantikan semua pemimpin-pemimpin Negara yang zalim dan fasiq, dengan pemimpin yang beriman, pemimpin Ulil Amri, pemimpin yang ada fikrah agama, pemimpin yang ada fikrah Ummah.
Baik pemimpin, baik Negara.
Buruk pemimpin, rosak Negara.
Matlamat dan harapan “akhir” Dato’, dan Ku Seman sama dengan saya, iaitu Negara yang aman,damai,harmoni, bahagia,ekonomi mampan dan sejahtera.
TAPI jalan dan jentera kearahnya, bersimpangan 90 darjah dengan saya.
Pokok durian tidak akan menumbuhkan cabang-cabang rambutan.
Pokok sekular tidak akan menumbuhkan cabang-cabang keimanan.
Pokok akidah Islam tidak akan menumbuhkan cabang-cabang sekular dan sewaktu dengannya.
Kita yakin benar, siasah kenegaraan atau politik adalah salah satu cabang utama akidah Islam.
Politik suku, agama suku itu bukan Islam. Itu agama lain, selain dari Islam.
Aidma,
Bila Najib naik jadi PM, dia kata jangan naikkan papan tanda gambar dia dan pemimpin tempatan (macam yang banyak masa Pak Lah - kononnya beri gambaran depa orang Pak Lah).
Tapi naik juga papan tanda macam tu. Dan apa Najib buat? Betul ke dia tak ada pilihan? Bukan ke Najib tu PM?
Cuba semak, apa TDM buat masa awal-awal jadi PM dulu, untuk membudayakan sikap datang mesyuarat awal.
Percaya tak kalau saya kata, dulu-dulu, Najib ni sama-sama orang kampung, mengemas kerusi dan turunkan penanggah selepas "kenduri" ceramah?
Zaman sekarang, bukan saya mimpi nak mintak Najib tolong bukak khemah.
Sekadar:
1.Jika lawatan ke sekolah, habiskan 30 minit mesyuarat dengan AJK PIBG.
2.Jika lawatan ke kampung, pusing-pusing la kampung dengan kereta tengok kebun dan kemudahan.
3.Minta adakan bilik yang berfungsi seperti "holding room", letakkan bodyguard didepan untuk halang pembodek masuk dan hanya benarkan AJK tempatan saja masuk.
Kat Pekan pun dia tak buat gitu, betul?
p/s Anda guru maka saya nak tanya. Budaya disekolah, bila ada tugas ad-hoc (selain P&P), guru junior memanjang yang buat kerja, guru senior tukang tunjuk jari dan ambil nama; betul tak? Jadi apa pendapat sdr tentang kaedah "time based" yang lebih pendek dalam bajet tempohari?
Fed Up
Salam DAKJ,
Mohon mencelah sedikit mengenai sikap orang-orang muda kita kini yang gagal berkomunikasi kerana tidak dilatih untuk berkomunikasi dengan baik. Seringkali anak-anak muda kita gagal dalam temuduga biasiswa mahupun temuduga bekerja. Namun, lebih malang lagi apabila tidak pandai untuk menulis surat memohon kerja. Teknik berkomunikasi adalah amat penting untuk berjaya dalam hidup.
Saya juga sering bercerita dengan rakan-rakan mengenai sifat malas pelajar-pelajar kini yang keterlaluan. Ada yang menghantar tugasan (assignment) dengan ejaan berbentuk 'sms'. Keadaan ini telah pun merebak dari ruang 'handphone' ke halaman sosial media dan juga blog, dan seterusnya ke surat permohonan kerja. Saya faham penggunaan kata-singkat bagi menghantar teks atau sms melalui telefon kerana ruang yang terhad, namun penggunaan kata-singkat yang terlalu singkat sehingga gagal menyampaikan mesej adalah kelemahan akibat sifat malas yang keterlaluan.
Kini baru saya sedar bahawa ini hasil dari pendidikan guru-guru pada hari ini. Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Datuk....UMNO sebenar tak ada masalah kerana orang Melayu masih sayangnya. Masalah sebenarnya adalah pemimpin2 dan ahli2nya yang tak sedar diri kerana mewah dan kaya atas usaha2 orang UMNO dahulu dan kerana dah 54 tahun berkuasa. Tambah pula sekarang khazanah negara banyak jadi senang diagih2kan kepada kunco2 melalui projek2. Jika hendakan orang Melayu bersatu bawah UMNO maka ramai pemimpin2 yang ada sekarang kena undur diri secara sukarela dan 'tanam semula' dengan mereka2 yang tak rasuah dan adil. Yang dah kaya tu cukupah, bertaubat sebelum dibawa keMahkamah dunia atau akhirat! Bukan bolih bawa semua tu untuk selamatkan kita dalam kubur.......
Dato',
"PM kena susur akar jumpa pengundi akar umbi". Itu bagi orang buta macam kita tapi bagi dia semuanya dah beres cuma tunggu ketika saja. Buat apa nak bersusah payah, kan dia ada ramai penasihat tempatan dan luar (Israel). Selama ini BN (Barang Naik) menang pun kerana berbagai penipuan (tak perlu saya huraikan - mungkin Dato' tak akan siar komen saya). Bila menang p'raya pemimpin BN hebohlah konon-nya menang kerana rakyat sokong dan ahli bawahan puji "ini lah strateji pemimpin kita".
Menang kerana sokongan rakyat itu-lah sepatutnya matlamat p'raya. Biar menang berjuang seperti ayam jantan, bukan ayam ponen. Kalau ayam jantan, tunaikan tuntutan rakyat yang mahukan p'raya yang serba bersih.
Hassan, Putrajaya.
Mengulas komen Datuk mengenai Datuk (Tuan Guru?) Nik Abdul Aziz. Elok juga buka satu posting baru berkenaan politik baru PAS. Datuk Kadir, orangnya pandai menulis. Tapi, kalau selalu sangat menulis berkenaan Datuk Najib, bosan la pulak. Seumpama Tun M yang suka nyanyi lagu My Way tu. Tapi, tengok penentang kerajaan dan mereka yang kononnya atas pagar tu, tak kering idea mereka bab beri komen tentang Pak Najib. Segala macam teori keluar.
Salam Datuk AKJ,
Penulisan saudara kali ini yang amat tepat dan berisi dari segi sejauh mana BN telah membuat persiapan untuk menghadapi PRU13. Saya juga telahpun menyaksikan beberapa PRU dan PRU kecil semasa berkhidmat di bawah arwah Tok Mat selaku Menteri Penerangan dan SUK UMNO/BN.
Mengimbas kembali pada ketika kepimpinan Mantan PM Tun Mahathir telah merosot pada tahun pertengahan lapan pulohan, Tok Mat dan barisan penasihat beliau termasuk saya sendiri telah mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menguatkan kembali sokongan moral dan pisikal daripada rakyat jelata terhadap kepimpinan Tun Mahathir.
Justera nya kita telah mengadakan kempen SETIA DAN SEMARAK di seluruh pelusuk negara. Selain itu, kita telah menubuhkan berbagai NGO-NGO dan juga persatuan kaum saperti Persatuan Anak-Anak Sabah, Persatuan Anak-Anak Sarawak, Persatuan Anak-Anak Jawa dan lain-lain persatuan gerakan khas di peringkat daerah dan negeri.
Pada situasi masakini Najib Tun Razak telah bergerakan Gagasan 1Malaysia dan juga berbagai-bagai program transformasi yang kini berjalan dengan lancar nya. Gagasan 1Malaysia telah ditambah nilai ikon nya dengan Kelinik 1Malaysia yang ditubuhkan dan sekarang kita juga ada Kedai 1Malaysia yang akan diperkenalkan kepada rakyat jelata. Jika percaya kedua-dua inisiatif
perdana menteri telah berjaya untuk kepentingan rakyat dengan bayran dan harga yang paling murah serta bermutu.
Najib telah juga memperkuatkan semangat konsep gagasan 1Malaysia dan seterus nya telah menubuhkan Kelab NTR yang diperkenalkan kepada gulongan pemuda-pemudi berbagai bangsa di seluruh negara. Lambang 1Malaysia diperkenalkan melalui pakaian T-shirt Kelab NTR No.11 dengan berwarna putih.
Namun demikian, saya nampak pergerakan kempen pilihan raya yang telahpun bermula tidak sebarisan dibawah pergerakan gagasan bersatu dibawah konsep Barisan Nasional. Parti masing-masing bergerak secara
berasingan tanpa koordinasi yang berkesan. Saya suka menyarankan bahawa adalah lebih berkesan sekira nya pergerakan kempen dipersatukan dibawah Gagasan 1Malaysia Barisan Nasional di semua kawasan pilihan raya parlimen dan negeri.
Yang pasti lepas pilihanraya nanti,
harga barang 2 ini akan naik :
RON 95 dan RON 97
gas masak
beras
gula
tepung
tambang bas
cukai GST akan dikenakan
Salam Dato',
Saya makluk pencen. Bajet kali ni buat saya tersenyum dan tersentak. Bagi duit saya suka, tapi mai duit mana? Saya tak tahu! Setiap tahun belanjawan defisit. Kurang sikit dari tahun lepas. Bank Negara kata hampir 430 billion hutang negara setakat Jun tahun lepas. BN dah perintah 50 tahun lebih, masih belanja berhutang. Kalau orang pencen, lepas bersara berhutang alamatlah.
Dato', banyak orang sebut pasal orang disekeliling Najib tetapi tak pernah orang ulas pasal isterinya. Awat takut sangat ka? Naik turun sesaorang pemimpin juga atas nasihat dan semangat yang diberikan oleh isteri yang tercinta. Begitu juga zaman Nabi s.a.w. Siti Khadijah juga menjadi peranan penting sebagai pembantu yang menyokong Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan syiar islam. Kalau sesaorang pemimpin ummah mendapat nasihat atau dilihat seolah-olah di kontrol oleh isterinya apakah ia sesaorng pemimpin yang baik?
Sebenarnya itulah kelemahan Najib cuma tidak dicatit dalam rekod atau pura-pura ahli UMNO buta telinga atau mata demi kepentingan politik masing-masing.
Najib lupa, jawatannya di lantik oleh Pak Lah bukan rakyat atau perwakilan UMNO. Dia di buai oleh mimpi-mimpi indah oleh para ahli pembodek yang tidak iklas.
Saya tidak lupa, Tun Mahathir sendiri pernah berkata bahawa UMNO telah busuk hingga keusus! Adakah itu kenyataan retorik semata-mata yang satu keiklasan wallahuaklam!
Dalam UMNO masih ramai golongan muda yang agak berwibawa seperti ahli parlimen dari Temerloh dan YB Batu Pahat yang mempunyai visi yang jelas untuk anak muda tetapi orang-orang seperti ini akan dipancung dan tak kemana perjuangan kearah pembaharuan yang hendak disampaikannya. Dalam UMNO siapa yang bijak sangat akan dipancung. Ini rialiti bukan fantasi.
Teguran-teguran dari Dato' akan dilekehkan oleh puak-puak pengampu UMNO kalau dia orang baca.
Realitinya banyak orang berkata, Najib telah dibutakan matanya oleh isterinya dan puak-puak pengampu demi kerjaya politik dan harta benda mereka. Dia tidak faham politik orang bawahan kerana dia hidup dalam sangkar istana. Politik Santa claus sewaktu membuat lawatan adalah rasuah politik yang dimomokkan oleh golongan pengampunya.
Pendek kata BN tetap akan memerintah dalam PRU13 tanpa ragu kerana kakitangan tadbir urusnya masih dapat menutup segala kelemahan-kelemahan kerajaan dan saya percaya persepsi rakyat masih sama iaitu pelihanraya kali ini berkaitan 'isu' semasa bukannya berdasarkan individu pemimpin sangat.
Sekiranya Anuar disumbat kedalam jel (saya jangka begitu) BN akan menang agak besar biar pun masih gagal mendapat mejoriti 2/3 di parleman. Sebenarnya, isu anuar sudah tidak releven dalam pilihanraya akan datang. Rakyat mahu tengok bagaimana BN boleh mengatasi isu-isu semasa yang lebih dekat dengan rakyat.
azmi atok pencen
asalam dato,
mohon share kat blog saya
terima kasih dan wasalam
Salam Dato',
Nak cerita sikit bab implikasi bajet 2012 yg pemurah oleh PM Mohd Najib.. 2 yg besar saya nampak ada impak negatif.
1) Umur persaraan 58 naik ke 60thn:
- Menghabiskan banyak wang cukai utk bayar faedah perubatan & tangga gaji maksima dgn hasil output produktiviti yang minima..
- Lebih banyak cuti tahunan & cuti sakit dari kerja, makin turun produktiviti secara purata.. Pernah buat kajian tak berapa peratus dlm setahun golongan '5-series' ni bekerja?
- Menghadkan peluang jawatan baru & kenaikan pangkat untuk org2 muda..tiada peluanglah utk anjakan paradigma minda dlm Perkhidmatan Awam.. melainkanlah PM nak buat 'open policy' mcm konsep ala2 AirAsia: "now everybody can work in M'sia Govt. - endless & unsaturated job opportunities & career path."
- Kalau nak sambung kontrak sampai 60thn pun hadkan utk jawatan yg "resourceful" saja.. cth mcm akademik , profesional & teknokrat..kalau "lump sum" sampai kpd kerani & peon watpe? mata dah rabun, sendi dah mengeletar..nnt kuat cuti & mengelat jer..yg level pengarah2 pun semua masalah bagi org2 bawah juga fikir & selesai..dia dok atas kerja jadi tukun jer psl otak dah slow & tiada input, kerja bodek & kutip 'kredit' je.. LINGKUP Perkhidmatan Awam!
2)Guru naik pangkat berdasarkan "timeline" bukan "performance", G44 (8thn) G48 (16thn)
- masuk sebakul cikgu2 yg ala kadar mengajar dgn yg betul2 komited mengajar..akibatnya menurunkan motivasi guru-guru yg "perform".
- bukan semua guru memilih kerjaya guru kerana niat nak mendidik anak bangsa.. byk yg amik KPLI pasal tak dpt kerja yg dia minat..faham2 sajalah kualiti kerja oleh org2 mcm ni.
- apa susah2, cukup tahun naik pangkat & gaji w/pun prestasi mengajar mcm hampas.. cikgu2 yg malas ni bolehlah kutuk cikgu yg rajin: "apa mau poyo2 rajin terlebih cikgu, sama jer kita naik pangkat nanti.." LINGKUP Kualiti Sistem Pendidikan Negara!
- Yg jadi mangsa akhir adalah pelajar2 sekolah.
p/s:
Sampai bila pendekatan bonus, naik gaji & gula-guli ni akan menjadi lumrah belanjawan kerajaan??
Kalau betul PM mau manfaat tu dirasai semua tanpa perlu naik, kurang itu ini, carilah jalan utk tingkatkan kuasa membeli, singkatannya 'PPP' & turunkan kadar inflasi.. itu baru kaedah pendekatan bijak ekonomi..kalau tak, bagi bonus 10bulan gaji pun takkan menjadi..yg dpt pun org kerajaan walhal swasta hanya gigit jari, negara pendapatan tinggi apa? belanja semua hangus mcm kayu api..
just a sad never ending story!
wasalam
("/)
USMR kata,
"Yang pasti lepas pilihanraya nanti,
harga barang 2 ini akan naik :
RON 95 dan RON 97
gas masak
beras
gula
tepung
tambang bas
cukai GST akan dikenakan"
Agaknya pasal itu lah PM kata duit ada untuk cukup untuk itu dan ini.
Oh ya,
1.Harga minyak dunia dah turun 70%, bila agaknya harga minyak pengguna nak di buat "pelarasan"?
2.Thailand dua/tiga minggu lepas sudah umumkan had baru eksport beras. Kini banjir teruk pulak. Apa cerita harga beras Malaysia?
3.Kat tempat saya, baru-baru ini susah nak dapat telur gred A yang harganya lebih 30 sen sebiji. Yang ada hanya gred B dengan harga lebih kurang 20 sen sebiji. Kini beransur-ansur gred B sudah naik harga manakala gred A sudah susah nak jumpa. Tempat anda macam mana?
4.Kat tempat saya, harga sekilo santan dan seliter susu segar dah jadi lebih kurang sama. Jadi kat rumah, isteri buat kari sudah tak pakai santan tapi pakai susu, walau kurang lemak tapi lebih susah nak basi. Anda macam mana?
5.Tahun ini, walaupun yuran sekolah hanya dibayar RM20++ (sekolah rendah) dan RM30++ (sekolah menengah) tapi ibu bapa masih juga bayar lebih kurang RM100 setiap anak. Dan sekolah sikit-sikit nak berniaga dengan ibu bapa - ada saja program yang wajib dan kena bayar. Tahun 2012 (sempena bajet yang memberi pendidikan percuma) macam mana ye tugas ad-hoc guru-guru disekolah?
Fed Up
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan bagi komen kpd Sdr Affendi Hussain, 3:50pm.
Sdr,
Saya tertarik mengenai “post script” Sdr antara lain berbunyi “carilah jalan utk tingkatkan kuasa membeli, singkatannya 'PPP' & turunkan kadar inflasi.. itu baru kaedah pendekatan bijak ekonomi..”.
Pada penghujung tahun 2007 dan hampir keseluruhan tahun 2008, negara kita mengalami peningkatan kadar inflasi yg agak tinggi. Ditambah pulak kerajaan ketika itu menarik balik subsidi petrol dgn kadar yang besar secara mendadak, maka inflasi semakin menjadi-jadi.
Terdapat ramai orang mengaitkan kegagalan kerajaan menangani kadar inflasi tahun itu dengan kekalahan 5 negeri dalam PRU12.
Di sekitar masa inilah, Tun Dr Mahathir mengutarakan konsep “High Income Economy/Nation” kerana jenis inflasi yg dialami adalah berbentuk tolakan kos (cost push). Maklumlah, kita tak dapat mengawal harga minyak dunia dan system ekonomi negara kita banyak bergantung dan berkaitan kpd penggunaan bahan api tersebut.
Maka jalan keluar kpd menangani masalah inflasi ini adalah dengan meningkatkan pendapatan negara dan sekaligus pendapatan rakyat.Iaitu, apabila majority rakyat sudah berpendapatan tinggi, apa-apa “disruptions” atau kesan-kesan inflasi jenis tolakan kos ini tidak akan membebankan rakyat sangat. Maknanya, orang2 yg berpendapatan tinggi tidak terganggu sangat kehidupan harian mereka walaupun inflasi naik mendadak.
Justeru, PM Najib mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM), Economic Transformation Programme (ETP) dan New Key Economic Areas (NKEA); di samping RMK10, GTP, NKRA, SRI, etc, etc.
Sementara NEM boleh dilihat sebagai “The Big Picture” iaitu meningkatkan pendapatan per kapita rakyat dari sekitar RM23,000 (USD7,000) kpd RM50,000 (USD15,000), ETP pula dilihat sebagai pelan pelaksananya dgn berperanan utk meningkatkan pendapatan negara (i.e. GNI atau GNP) drp sekitar RM600 billion setahun kpd sekitar RM1.7TRILLION setahun pada tahun 2020, dan diikuti oelh tahun-tahun berikutnya.
Maksudnya, utk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat, pendapatan negara mestilah dinaikkan dahulu. Kalau tidak semuanya akan menjadi sia-sia belaka.
Maka di sinilah NKEA memainkan perananya pula. Terdapat 12 sektor ekonomi yg difokuskan oleh NKEA dgn setiap satu NKEA dijangkakan menjana beberapa Billion GNI setahun yang akhirnya akan berjumlah sebanyak RM1.7Trillion tersebut.
Semuanya ini adalah inisiatif jangka panjang di dalam menangani antara lain masalah inflasi yg disebutkan pada awal tadi.
Pembentangan Bajet tidak mencakupi perkara2 ini semua. Ianya hanyalah utk kegunaan satu (1) tahun sahaja.
Kesimpulan saya di sini adalah begini – untuk kita mengetahui samada “jalan utk tingkatkan kuasa membeli, singkatannya 'PPP' & turunkan kadar inflasi.. itu baru kaedah pendekatan bijak ekonomi”, kita tidak boleh sekadar hanya merujuk kepada Pembentangan Bajet sahaja. Kesemua NEM, ETP, NKEA, RMK10, etc, etc, mestilah dibaca bersama-sama Bajet tersebut untuk memahami samada pendekatan ekonomi yg kerajaan ambil adalah bijak atau pun tidak.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Salam DAKJ n semua…
Koi sambung menulis utk berkonsi cerita dgn Fed up…
Tp sblum tuh, bergenang jgk air mata laki koi bila bc komen afendi, mengalir tu dok la…
Kbyakan dlm ni semua bijak pandai… n kebanyakkan anak murid koi yg bijak pandai ni (sorang 2 la) la yg jrg tegur n bg slm di luar bila dah dewasa tp kalu yg rapat dgn guru disiplin nih mmg jauh lg laung panggil nama… ari tu duk d trafik light ketereh nya laung lg panggil nama, terperanjat koi, siap naik keta BMW lg, alhamdulilah jd manusia jg… Sorang guru xkan minta anak muridnya kenang jasanya, mau mati menangis kalu dok harap anak murid kenang n balas saja guru…
Tp bg saudara afendi mcm2 la, koi nak tanya mcm mana nak nilai guru yg perform nih… sekarang kerja guru bukan mendidik je…
Bola x maju… KBS minta guru ikhtiar
Org isap rokok… Kementerian kesihatan minta guru atasi
Nak ajar menabung PNB tubuh kelab di sekolah n guru jugak
Kementerian pelancungan pun suruh sek jgk…
BYK lg…
N bagaimana dgn kerja2 online, nak koi senaraikan, terbeliak biji mata… so kami ni mcm budak2 jgk dah, tak dpt pujian dari org ramai PM mboh bg pitih skit2 pun dah gembira, tak besar mana pun RM1k tuh… jap je abis…
Ye fed up… koi pun mimpi mcm tuh jgk, x pyh PM la, kalu mana2 menteri pun kalu dtg sek dpt bersua muka n beramah mesra byk benda koi nak bg tau… tp realitinya, demo nih mmg jadual nya penuh, kul 2 jamuan d sana, kul 3 disini, kul 4 di sinun, pas mcmana, lewat tuh mainan dah puok nih, kita plak dok kata tak tepati janji… (Koi cuba merasionalkan diri koi n cuba berbaik sangka je ikut la org lain…)
Kita semua dah tau, hakikatnya brg mmg akan naik lambat atau cepat, x pyh nak bising la, kalu terikat dgn IMF lg parok, tgk indon interes keta 7,8% tuh main2 je… kita?
D kedai kopi kat sk koi nih ramai pak cik2 yg dah mula suka pd PM tp dia bg alas an sbb bini pulok x nok pangkah BN, moralnya kalu dah x suka mmg akan cari alas an…
Tentang guru junior n senior tuh, mmg byk citer dlm paper mcm tuh, semuanya adalah tertakluk pd GB n pengetua, (puok demo nih pun sama jgk mcm jurasik park dlm umno, sesetengahnya x lyk pun jd ketua tp perasan lyk)… sepatutnya x mcm tuh supo jgk sepatutnya x timbul cikgu SM n SR yg perasan berbeza hirarki mugo sama2 nak maju anak bangsa.
Tentang timebase, bia la kome nak rasa, agak demo la guru biasa ada berapa kenaikan sampai pencen… 2 je…29 ke 32… 41 ke 44… pas tuh mati kat situ la gaji kalu x dpt jd pentadbir… pas tu pun nak bisin…
Nak story pjg dlm nih psl cikgu kang dkaj maroh pulok…
Sory dkaj, psl guru byk..emo skit…
Salam Dato'
Dulu org tingkat 4,
sekarang semua "driver" yang tentukan
ofis baru tumbuh bagi cendawan di pmo sampai
kabarnyer tak muat bangunan berkubah hijau
bercakap inovasi.. mosti tak berguna lagi
tumbuh AIM
bercakap rel.. MOT kena ganti
jadi berbenih la kacang SPAD
macam macam lagi kabarnya akan tumbuh di pmo
rata-rata dikelola rakan dan taulan
maka nampak la PM keja sorang2
itu cakap2 yang kedengaran
Dato' tentu lagi arif tentang kebenaran
Sedih la ni.. nampaknya umat melayu islam dah jadi ular ayer tak pun ulaq liar..
lari ligat bisa dah tiada
kepada siapa nak diharap..
dua-dua pihak dok pakat lawan nak bela orang-orang lain...
akar kayu tongkang yard
I suggest UMNO should have party election before Najib calls for general elections. It will be easier for Najib to pick winnable UMNO candidates after the deadwood leaders of UMNO have been discarded from the new leadership line-up.
Datuk AKJ, if you are truly UMNO symphatizer, I think now is the appropriate time to support UMNO rather than continue criticizing Najib. Enough is enough for the time being. Let UMNO leaders settle down to focus on their campaign. Give them a breathing space for a while. I think they hear you enough and must be taking note.
I don't wish my comment to be posted. This comment is specially for you only.
Akar Umbi
Salam Dato'
Pandangan saudara Affendi Hussain
(3.50pm) tu memang BERNAS! Dalam ramai-ramai pakar ekonomi yang ada Phd. dan segala la sekeliling PM ketika merangka Bajet 2012 ni, tiada yang terfikir kah seperti apa yang saudara Affendi Hussain fikirkan? Sedih sungguh!!!
Saya masih mencari kesinambungan Bajet 2012 ini dengan harga barang keperluan rakyat yang semakin meningkat. Bagi saya ini amat mempengaruhi perasaan rakyat yang layak mengundi untuk membuat pilihan ketika pilihanraya ke 13 kelak.
Malek
Shah Alam
Tok,
Kudos to the Opposition MPs for refusing to be made fait accopli to Najib's attempt to reward the BN MPs by proposing higher allowances and benefits at the time when the rakyat are suffering.
Clearly Najib misjudged the propriety of the PR MPs, whom he thought would swallow hook, line and sinker, and support his 2012 Budget. He went a bit too far with his election goodies by trying to bribe the Opposition MPs.
What is thinking Tok? What are his advisers doing? God saves us multi-Malaysians.
The Lawgiver
Tok,
The tendency of many to equate Najib to his father, Tun Razak, is farcical due to lack of knowledge.
Tun Razak was the leader of the people because he came from the people. His aristocracy was a nominal because he was brought up among the poor Malays by his grandfather and grandmother in a place called Pulau Keladi in Pakan.
As blogger "Think Positive" at edekz.blogspot.com says, "he was brought up in a village life and lived the life of a village boy. It was normal for him to be covered in mud and grime. In fact since a child he often was drenched in sweat as he toiled in the paddy fields helping his family. In the village, he was not perceived as the son of a high ranking state official but his nature and character made him the same as any other village boy.
At the age of 6, he was enrolled at a village school which walls were made of wood and roof of palm leaves. Like any other kampong boy he went to school barefooted. Every day he went to school with one cent as pocket money. It was with that money that he spent on food and drinks. At times his grandfather could not even afford that."
Why was he raised in such a condition when his father was an Orang Besar? It should not be hard to figure it out!
So Tun Razak was an aristocratic boy raised as a pauper due to "family" circumstances. But Najib was an aristocratic boy raised like a Prince. Those of us in the legal fraternity and of advanced age know that, had the Tun lived longer, it was Johari and not Najib that he would groom to be his protege.
Alas, fate intervened to favour Najib over Johari, and we the people have to live with it, do we?
The Lawgiver
Salam Dato'
Buat Saudara Azman Mohd Isa, ceritalah pasal segala planning untuk kebaikan jangka panjang yang telah di buat oleh PM seperti 'Model Ekonomi Baru (NEM), Economic Transformation Programme (ETP) dan New Key Economic Areas (NKEA); di samping RMK10, GTP, NKRA, SRI, etc, etc.' yang saudara utarakan TAPI pilihanraya dah semakin hampir! Barang keperluan semakin meningkat naik harganya. Orang-orang kampung berpendapatan bawah 1 ribu sebulan dan penduduk-penduduk dibandar terutamanya yang bukan bekerja dengan kerajaan berpendapatan isi rumah dibawah 3 ribu sebulan cukup ramai. Mereka-mereka ini layak mengundi......tidak terfikirkah oleh kerajaan jika hati yang sakit dengan keadaan ekonomi keluarga yang kian tersepit bakal di'cucuk' oleh pihak pembangkang menjelang pilihanraya nanti? Kesannya boleh jadi besar....boleh jadi juga tiada apa-apa maklumlah hati manusia. Tengah sakit hati dibubuh macam-macam input di fikiran..biasanya boleh jadi tak rasional keputusannya.
Pandangan saya bukan saja perancangan jangka panjang yang belum tahu akan berhasil atau tidak itu kita fikirkan, cara mengatasi dan jalan mengurangkan kenaikan harga barang ketika ini juga penting.Bukannya apa sebab kerajaan kena ingat juga Pilihanraya Umum 13 bukan 5 tahun lagi!
Malek
Shah Alam
Assalamualaikum Dato'
80,000 banjiri Stadium Bolasepak, TAPI yang menentukan adalah 22 pemain, 11 dari satu pasukan. 11 inilah yang menentukan jaringan gol, atau pertahankan gol dari dibolosi. 80,000 lagi, tukang sorak, tak boleh buat apa-apa.
Dalam Parlimen, 222 MP yang menentukan segalanya. 28juta di luar Parlimen, tak boleh buat apa-apa, kecuali dalam PRU, pilih MP baru. Tak setuju keputusan Parlimen macammanapun, kena gagah ‘setuju’ jugak, walaupun kampong halaman tergadai!
ITU NASIB KG BARU!
Cuma, saya bayangkan bagaimana beberapa GLC yang dilantik akan bangunkan tanah Kg Baru. Apakah jika penduduk Kg Baru, membuat BENTENG MANUSIA, benteng ini akan ‘dimusnahkan’ sebagaimana Kg Memali, Kedah??
Cuma, saya juga tertanya-tanya, jika Kg BAru itu 100% orang Cina, BERANIKAH UMNO lakukan sedemikian?
Cuma, saya lagi tertanya-tanya, jika Kg BAru itu 100% orang India, BERANIKAH UMNO lakukan sedemikian?
Pengalaman, UMNO hanya berani ‘pekena’MELAYU. Cina, India, jangan kata nak pekena, jentik pun takut menikus.
Pengalaman, modus operandi pengambilan Tanah Rezab Melayu DAN Tanah Orang Melayu oleh UMNO atas alasan untuk pembangunan, tidak banyak membantu peningkatan ekonomi atau saham orang Melayu, sebaliknya KRONI UMNOPUTRA sekelip mata kaya-raya jadi jutawan muda. Tanah-tanah tadi ‘tergadai’ jadi milik orang lain. Hampir keseluruhan kawasan strategik yang asalnya Tanah Rezab Melayu atau Tanah Orang Melayu, tiada Melayu lagi yang punya, sebaliknya orang lain.
UMNO memang pandai ‘pekena’ Melayu.
Dalam Parlimen, Timbalan Menteri Pelajaran kata sejak 2006-2011, 80,000 pelajar sekolah tercicir, TAPI tidak mahu nyatakan statistik kaum yang tercicir. Apa yang pelik, statistic tu nanti akan menunjukkan Melayu jadi juara!!!
Meminjam hujah Sdr Affendi Hussain,
2)Guru naik pangkat berdasarkan "timeline" bukan "performance", G44 (8thn) G48 (16thn)
- masuk sebakul cikgu2 yg ala kadar mengajar dgn yg betul2 komited mengajar..akibatnya menurunkan motivasi guru-guru yg "perform".
- bukan semua guru memilih kerjaya guru kerana niat nak mendidik anak bangsa.. byk yg amik KPLI pasal tak dpt kerja yg dia minat..faham2 sajalah kualiti kerja oleh org2 mcm ni.
- apa susah2, cukup tahun naik pangkat & gaji w/pun prestasi mengajar mcm hampas.. cikgu2 yg malas ni bolehlah kutuk cikgu yg rajin: "apa mau poyo2 rajin terlebih cikgu, sama jer kita naik pangkat nanti.." LINGKUP Kualiti Sistem Pendidikan Negara!
SUDAH SEMESTINYA ADA YANG SANGAT SANGAT TIDAK KENA DENGAN SISTEM PELAJARAN/PENDIDIKAN NEGARA.
Sdr Affendi, saudara perlu jadi ‘pemain bolasepak’, bukan penonton 80,000 bolasepak!
Para pembahas dan pelawat dihormati,
1. Memang PM cuba turun menyusur akar melalui Belanjawan 2012 bagi mendekati rakyat/pengundi, tetapi berlaku beberapa kontradiksi;
2. Beliau memberi $$$$ kepada rakyat jelata, tetapi cuba juga memberi $$$$ kepada MP, tapi tak berhasil kerana ditolak oleh Pembangkang. Tak pasal-pasal Pembangkang dapat marka bonus;
3. Kenapa sekarang, masa hidup rakyat jelata sempit, kos mengurus melambung dan defisit belanjawan masih besar?
4. Waktu krisis 1980an, Kerajaan potong gaji Menteri dan pegawai atasan Kerajaan, perkenal program graduan menganggur, perkenalkan persaraan awal/opsyen dan guna rezab negara bayar balik hutang lebih awal;
5. PM naikkan umur bersara pada ketika berpuluh ribu graduan menganggur atau kerja di bawah tahap kelulusan. PM sepatutnya utamakan graduan dan lepasan sekolah. Bagi setiap pewagai tinggi dan kanan yang bersara, JPA boleh ambil dua atau tiga pegawai muda;
6. Pegawai tua mahal, selalu sakit, kurang motivasi dan ramai tak keluar mengundi sebab tak takut kena tindakan disiplin lagi;
7. Pegawai muda boleh diberi motivasi, lebih cergas dan cerdas, mereka menjadi konsumer yang aktif. Boleh beli rumah, motosikal, kereta dan dirikan rumah tangga;
8. Naikkan umur bersara silap besar dalam suasana ekonomi sekarang. Pesara tu duduklah di masjid atau masuk "menega" dan jadi blogger macam saya. Saya dah 64 tahun tak minta pun bantuan Kerajaan. Kalau minta pun belum tentu dapat. Wallahualam.
sdr aidma koi,
Ckg koi ni ajr tlis pki shtfrm byk sgt..zmn sy dlu ckg x ajr pun mcm ni..ckg ajr tls pnuh..ssh nk phm apa ckp..hrp2 ank2 mrid ckgu phm lh ap yg ckg ckp..
Anak2 murid tu adalah cermin diri kpd seorg cikgu.. seperti juga konsep iman yg cerminnya adalah amalan seseorg..
kalau majoriti dlm kelas cikgu tu berjaya jadi manusia..maka Alhamdulillah..
Perform lah cikgu tu.. a very simple benchmark..org tak nilai yg lain dah..Fitrahnya, cikgu yg "perform" ini anak2 muridnya ingat smp bila2..mcm mereka ingat mak bapak sendiri.
Sebab, cikgu yg "perform" ni didik anak2 murid mereka dgn suntikan kasih sayang..ada "special bonding" mcm mak bapak.. bukan kaedah ajar binatang bagi arahan & penangan semata-mata.. mcm ajar anjing suruh "sit", "roll", "catch".. itu sbg contoh saja..
Tetapi kalau majoriti dlm kelas jadi sampah & ada kes anak murid sendiri pun cikgu sesah, itu apa kejadah?? tu yg memalukan profession perguruan..sama juga bila dah masuk sebakul, cikgu2 baik pun kena tempias terpalit lumpur dibawa kerbau2 ni..
Cikgu koi agaknya tak pernah bekerja bersama cikgu2 kt SBP atau MRSM kot..tengok diaorg punya komitmen w/pun tak dpt gaji tambahan, gred 41 jugak.. siang malam kerja.. sebab ikhlas nak bagi anak2 murid dia "perform".. cikgu yg niat supaya anak2 murid dia perform automatik akan "perform"..jika balasannya bukan didunia, di akhirat pasti..InsyaAllah.
Innnamal a'amalu binniat..
Bukan sebaliknya jika NIAT nk BODEK GB & Pengetua utk "PERFORM". Tak berkat, muka pun berkelat, otak jadi berkarat, anak murid pun tak dekat, buat2 tak ingat, sbb meluat..
org yg minat kerjanya amat sukar utk dengar dia merungut bila masa "high or low". Kejayaan anak murid adalah hadiah terbaik bagi mereka.. mcm mak bapak kita juga, kalau byk mereka berkira-kira, hari ni kita semua takkan jadi manusia.. itu pastinya!
Maaf cakap, selalunya yg sekolah harian biasa ni lah yg suka "take things for granted".
Nampak gaya cikgu koi kena tahan lama sikit lah kot ye.. GB & Pengetua dinosor tu bakal bersemayam lama lg smp umur 60thn atau mana tau PM akan datang pula naik lg smp ke 65thn, 70thn & seterusnya ke lubang kubur mungkin.. mcm lah Malaysia ni kadar kelahiran rendah mcm Jepun & Singapura fikir mereka seolah2 ada keperluan kritikal utk "recycle dinosour"..
Kepimpinan dinosor melalui tauladan dinosor.. contohnya diberi org2 politik tak kira apa cap parti, maka begitu jugalah acuan sedia ada minda2 mereka.. 2x5.
nampak gaya kedua-dua point saya bangkitkan sebelum ini "complement each other".. tiada lg harapan yg dikatakan anjakan paradigma minda.
Tak silap saya kata lingkup kualiti pendidikan negara zaman ini..
Salam penghargaan & penghormatan saya utk guru-guru yg "perform" di seluruh negara.. Fisabilillah.. InsyaAllah!
wallahualam & wasalam
("/)
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan balas komen Sdr Malek, 10:45pm.
Sdr,
Apa yg saya komen itu adalah di dalam konteks perancangan ekonomi bagi membalas komen Sdr Affendi yang “berpendapat” seolah-olah kerajaan tidak membuat perancangan bijak ekonomi.
Saya percaya Sdr Malek sendiri nampak bhw semua perancangan kerajaan mengenai penghapusan / pengurangan masalah inflasi yg membebankan rakyat memerlukan usaha yang komprehensif & efektif. Kerana itulah komen saya berbentuk demikian – menunjukkan bhw kerajaan sudah / sedang mengusahakannya.
Silalah baca kesemua dokumen-dokumen yg saya maksudkan itu bersama-sama Bajet 2012 sebelum kita menghentam tak tentu pasal.
Di dalam konteks perancangan ekonomi mengenai inflasi, kadar tersebut sudah berjaya dikawal oleh kerajaan, contohnya pada tahun 2008 kadar inflasi mencecah 8.5% tetapi sekarang sudah sekitar +/- 3%.
Namun, saya paham maksud Sdr bahawa keadaan semasa yg kita hadapi adalah “agak tidak selesa” terutama bagi masyarakat yang berpendapatan rendah. Banyak harga barangan sudah agak tinggi harganya dan ini disahkan melalui Consumer Price Index (CPI). Tahun lepas CPI adalah 99.7%, sekarang sudah naik lagi +/- 3%. Maksudnya, rata-rata orang berharap agar Bajet 2012 itu dapat meringankan beban kita semua di dalam menangani kenaikan harga barang-barang.
Tapi barang diingat, di dalam Bajet 2012, kerajaan sudah mengumumkan langkah-langkah spesifik di dalam menangani CPI yang meningkat ini. Contohnya peruntukan RM1.2 billion untuk Kedai rakyat 1Malaysia di mana harga barang-barang yang dijual adalah 40% lebih rendah dari pasaran. Sila juga luangkan masa untuk baca full text Bajet tersebut terutama item 89 – 101.
Bukankah ini adalah langkah-langkah pihak kerajaan untuk menolong golongan yang berpendapatan rendah?
Janganlah percaya atau menggelabah sangat hujah kosong pihak pembangkang tu...depa tau kondem ajer.
Terima kasih
Azman Mohd Isa
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
A Kadir Jasin said,
...
2. Beliau memberi $$$$ kepada rakyat jelata, tetapi cuba juga memberi $$$$ kepada MP, tapi tak berhasil kerana ditolak oleh Pembangkang. Tak pasal-pasal Pembangkang dapat marka bonus
Dakj,
It makes no difference whether the opposition MPs 'weigh' the $$$$ as the PR still have enough 'weight' in the form of the FLOM to drown BN in the coming soon PRU 13 feature..
ALFATIHAH, AMIN.
Ps.. Najib's FLIP, FLOP, FLOM will be PRU 13 premier show...
Salam Sdr Azman,
Terima kasih krn memberi respon. Begitu juga sdr Malek, semoga dirahmati Allah selalu.
Kalau ikut konsep pendapatan perkapita yg disukat guna matawang USD, secara teorinya pendapatan perkapita rakyat Malaysia semasa dah pun naik :
(3.80-3.00)/3.80 x 100% = dah naik ~21%!! Tak payah naik gaji pun..Wow! Hebat mu PM Mohd Najib 1Malaysia..Err..Really?
Betul tak? Jadi, adakah kita rasa ada perubahan dari segi kualiti hidup jika konsep negara pendapatan tinggi dgn peningkatan per kapita ala Gagasan 1Malaysia a.k.a PM Najib idea ini diterima pakai??
Pendapatan perkapita adalah satu isu tersendiri, inflasi pula adalah topik lain yg berkisar soal pengeluaran domestik & pergantungan kpd import luar vs permintaan pengguna & faktor lain seperti spekulasi harga pasaran & kesan ekonomi berasas riba.. ibarat irama & lagu, sumbang kalau tak kena salah satunya.
Zaman dulu kalau tak salah lah, thn 50an-60an, gaji permulaan konstabel polis RM100/bln, guru RM300/bln & jurutera RM500/bln.. tetapi kuasa membeli mereka adalah 10x ganda & nilai gaji mereka boleh disamakan dgn 10x i.e 1k, 3k & 5k.. itu 'starting salary'.. sebab tu yg pegang jawatan pengarah dgn gaji RM3k-4k sebulan boleh mewah bergaya hidup..sama mcm 30k-40k tu, hebat!
Itulah konsep PPP yg patut dijadikan kayu ukur kebijakan mentadbir ekonomi oleh kerajaan..
Sebab tu saya cukup terbakar kalau ada watak dinosour dok cakap: "budak2 skrg untung, keluar U je dpt kerja gaji permulaan tinggi banding kami dulu". Walhal tangga gaji permulaan siswazah masih sama mcm 20thn dulu. Jelas ini acuan pemikiran yg statik perkembangan zaman (a.k.a dinosour) & tak faham konsep PPP ekonomi.
Yg parahnya, manusia2 jenis tak faham inilah yg bakal diletak untuk menongkat langit di bumi Malaysia dgn pertambahan umur persaraan..! simpati saya kpd saya & generasi muda Malaysia..
Sebahagian org2 tua ada kuasa tak reti bahasa ini tak mcm mentaliti org2 tua di Jepun. Masa Tsunami baru2 ini, beberapa kejadian dimana org2 tua mereka suruh pasukan penyelamat selamatkan kanak2 & org2 muda dulu kemudian baru dtg utk mereka kerana mereka sedar peranan mereka di mana & ke mana.
Ini kerana mereka tau hargai apa yg lebih atau kurang dlm masyarakat mereka (i.e. generasi muda, kerana kadar kelahiran amat rendah). Tak mcm sebahagian org2 tua di Malaysia sini.. pelahap tembolok sendiri & "inner circle" saja yg utama. Sikap "tak apa" & "take for granted". Contohnya, tu.. yg kt atas2 persada politik tu semua..
Jgn jadi mcm Singapura yg konon ada sesetengah org fanatik totok DAP a.k.a "Malai Lembus" kt Malaysia (pasal ditanam doktrin utk agungkan pemerintahan org Cina) fikir mcm syorga dunia sebab tak sendiri merasa. Syorga apa kalau kadar bunuh diri paling tinggi di Asia Tenggara?
Bukankah hidup tertekan itu ibarat neraka? Negara Berpendapatan Tinggi mcm tu apa guna?? Gaji tinggi kena bayar serba serbi (tu maksud saya 'hangus mcm kayu api'), demi tongkat LKY punya dinasti, hutang 105% dari GDP.
.. bak kata Nabil "itu lu pikir lah sendiri."
p/s: Terkejut juga Malaysia tiada dlm senarai bunuh diri..negligible..kerana MAJORITI masih ada ISLAM dlm jiwa..bunuh diri terus ke naraka. Alhamdulillah..masih ada harapan..
Wallahualam & wasalam
("/)
Saya dah 64 tahun tak minta pun bantuan Kerajaan. Kalau minta pun belum tentu dapat.
comment:
What an arrogant statement? Begitulah apabila dah senang !!!
Mat Pencen
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Masanya telah tiba bagi kita mengukuhkan semula kedudukan Melayu Islam sebelum terlambat. Yang perlu adalah kita tumpukan perhatian kepada kedudukan kita sekarang dan menambil langkah memperkukuhkannya.Kita sekarang diserang dari semua penjuru .
Mari kita tinjau zaman keagongan UMNO. Allahyarham Tun Abdul Razak menggunakan tenaga pegawai muda Melayu membantu beliau merancang dan melaksana projek-projek Kerajaan. Saya diberitahu kadang-kadang perbincangan/mesyuarat diadakan di rumah PM dengan tiada protokol. Tidak heranlah tiap-tiap yang dilakukan bertepatan dengan cita rasa bangsa yang dibangunkan.
Pada tahun 1973 semasa bertugas sebagai Pengurus Lapangterbang Melaka Allahyarham Tun semasa berjalan dari kapalterbang ke Bangunan Terminal berhenti dihadapan saya dan bertanya "Awak ini orang Kerajaan atau politik". Saya bukan ahli politik tetapi telah memberi jawapan spontan "Saya orang UMNO". Begitulah mesranya peminpin dengan rakyat yang memberikan kita keyakinan bahawa pemimpin mengambil tahu kedudukan kita.
Zaman YAB DSN berbeza sekali. Beliau terpengaruh dengan budaya "don't work hard , work smart".Beliau yakin semuanya boleh dibeli termasuk sistem pentadbiran negara. Pada beliau tidak perlu bersusah payah berfikir. Serahkan sahaja kepada bijak pandai. Bayangkan apa yang telah terjadi kepada rancangan pembangunan negara yang telah diserahkan kepada pakar-pakar dalam dan di luar negara. Hampir keseluruhannya tidak secucuk dengan keadaan setempat dimana PM terpaksa berpatah balik dan sekarang bertungkus lumus cuba memenangi hati rakyat dengan memberi apa sahaja yang diminta dengan tidak terlebih mengambil kira kesesuaiannya.
Marilah kita bersama-sama membantu pemimpin dan wakil rakyat yang kita ketahui(tidak kira dari parti mana) menyatakan keperluan rakyat yang perlu didahulukan.Kita lihat dari segi keperluan Negara dan bukannya mana-mana parti politik.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Pencetus Strtegik Vision,
Petaling Jaya.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan sekali lagi. Kali ini utk balas komen Sdr Affendi Hussain, 4:54pm.
Sdr,
Di dalam kita ghairah hendak menjelaskan sesuatu topic, kita hendaklah terlebih dahulu jelas dengan topic tersebut. Jika tidak, kita akan mengelirukan keadaan dan topik akan jadi lintang pukang.
Pertama, perkiraan Sdr berkenaan kenaikan 21% pendapatan per kapita berdasarkan perubahan di dalam kadar pertukaran matawang (dari RM ke USD), adalah bulat-bulat perkiraan matematik sahaja.
Formula pengiraan pendapatan per kapita adalah dgn membahagikan jumlah kesemua pendapatan di dalam sesuatu ekonomi dengan jumlah populasi ekonomi tersebut , i.e. di dalam konteks Malaysia, Per Kapita (RM) =Pendapatan (RM)/ Populasi.
Apa-apa bentuk pertukaran nilai dari RM ke USD hanyalah untuk standard perbandingan sahaja agar masyarakat antarabangsa paham akan berapa tinggi atau rendah per capita negara kita berbanding mereka. Kita juga senang hendak membayangkan berapa tinggi atau rendah per kapita kita dengan per kapita mereka.
Apabila berlaku peningkatan atau penurunan RM berbanding USD, ianya tidak akan mencerminkan pendapatan kita sudah meningkat atau menurun, kerana rakyat kita menggunakan RM, bukan USD. Rata-rata rakyat kita tidak peduli pun pasal exchange rates ini kerana kita berbelanja di dalam negara menggunakan RM.
Rakyat kita lebih mengambil berat tentang pendapatan mereka, kerana dengan mempunyai pendapatan, kita boleh berbelanja dan menguruskan kehidupan. Terutama apabila kita mempunyai pendapatan yang tinggi, lebih banyak kita boleh berbelanja dan kehidupan kita akan jadi lebih selesa.
Kedua, kita masuk topic “taraf kualiti hidup” (standard of living), iaitu berapa banyak kita boleh berbelanja dan menguruskan kehidupan dengan pendapatan yang kita dapat?
Di sini kita kena berhati-hati kerana pengukuran dan elemen-elemen “taraf kualiti hidup” ini berbeza-beza di antara satu negara dengan negara lain, maka kos sara hidup (cost of living) menjadi gantian yg popular digunakan oleh banyak negara.
Untuk mengira kos sara hidup ini, Kuasa Membeli (Purchasing Power) digunakan. Seperti contoh yg Sdr gunakan, iaitu pada tahun 50-60an, gaji Polis dan/atau Guru yg kecil sebanyak RM100-500 dapat membeli banyak benda dan menampung kehidupan keluarga. Tetapi sekarang ini, jumlah wang yg sama sudah tidak mampu membeli barangan & menampung keluarga yg sama saiznya.
Inilah yg dikatakan kos sara hidup sudah meningkat atau kuasa membeli sudah menurun. Apakah puncanya? Ianya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh Inflasi.
Jadi, inflasi--kuasa membeli—kos sara hidup—taraf hidup adalah sangat penting bagi masyarakat tempatan kita.
(bersambung...)
(...sambungan)
Ketiga, sekarang baru saya nak sentuh pasal PPP, iaitu Purchasing Power Parity (Penyelarasan Kuasa Membeli).
PPP ini adalah satu kaedah “ringkas” mengukur nilai sesuatu matawang dgn membandingkan harga barangan yg sama di dua negara yg berasingan. Perbandingan matawang yg digunakan adalah dgn USD, iaitu apakah status matawang kita berbanding USD.
PPP ini nampak semacam kita menekankan aspek “Kuasa Membeli” tetapi sebenarnya tidak. Kita mengukur nilai matawang, bukan mengukur kuasa membeli. Kita hanya menggunakan kaedah perbandingan kuasa membeli utk mengukur nilai matawang kita.
Contohnya, harga Big Mac di Malaysia adalah USD2.25 (i.e. RM7.20 / ex rates 3.20) manakala Big Mac yg sama di USA beharga USD2.80. Ini menunjukkan bhw RM adalah 19.6% undervalued. Manakala harga Big Mac di Eropah (menggunakan Euro) adalah USD3.50, menunjukkan Euro adalah 25% overvalued.
Jadi, berhati-hatilah apabila kita bercakap pasal sesuatu topik. Biarlah kita jelas mengenainya supaya kita tidak mengelirukan masyarakat.
Mohon maaf kerana komen ini sudah jadi macam Econs 101 pulak.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
nak susur akar jumpa pengundi cam mana Datuk.....org sibuk nak memperingati merdeka...PM lari ke luar negeri...ada akai ka...
mat tepen
Dah sampai masanya had umur bersara dinaikan kepada 60 tahun. Kerajaan telah membuat keputusan yang bijak. Masaalah pengangguran adalah isu lain. Kadar pengangguran adalah berkait rapat dengan keadaan ekonomi dan berbentuk "cyclical" dan juga kedudukan struktur population negara kita sama ada ditakrifkan sebagai "young, middle age or matured population".
Jadi keadaan ini akan berubah dari masa kesemasa.
Yang tak bersetuju, fikirkanlah semula hujah mereka!!
Aziz Rahman
Sdr Azman
Kalau pendapatan naik 20%, misalnya, tetapi harga barang dan perkhidmatan naik 20% juga, apa maknanya? Saya bulan ahli ekonomi, tetapi tidakkah apa yang sedang berlaku ialah apa yang dipanggil penyusutan nilai RM?
“…..di dalam Bajet 2012, kerajaan sudah mengumumkan langkah-langkah spesifik di dalam menangani CPI yang meningkat ini. Contohnya peruntukan RM1.2 billion untuk Kedai rakyat 1Malaysia di mana harga barang-barang yang dijual adalah 40% lebih rendah dari pasaran…..”
RM1.2 Billion.
Bagaimana peruntukan ini diuruskan?
Siapa yang menguruskan, Mydin Holding? Monopoli?
Hari ini, cuma ada 2 sahaja Kedai Rakyat 1 Malaysia. Malaysia ada 14 buah negeri, 222 kawasan Parlimen. Sekurang-kurangnya, 1 Parlimen 1Kedai Rakyat 1Malaysia. Kalau 1 atau 2 sahaja KR1M sudah mampu menangani CPI, saya fikir langsung tak masuk akal!!! Kalau 1 kawasan Parlimen, satu KR1M, mungkin lah kot!
Jika Sdr pakar ekonomi, mintalah kalau boleh, tolong jelaskan bagaimana RM1.2Billion ini diuruskan, dan oleh siapa?
Apakah kualiti barangan tersebut sama dengan yang berjenama sekarang? “Milo1Malaysia” sama ke dengan Milo dalam iklan Astro?
JIKA SEMUA BARANGAN BERJENAMA 1MALAYSIA, SAMA KUALITINYA DENGAN BARANGAN BERJENAMA YANG LAIN, BUKANKAH LEBIH PRAKTIKAL DILAMBAKKAN SEMUA BARANGAN JENAMA 1MALAYSIA INI KESEMUA KEDAI-KEDAI RUNCIT,SUPERMARKET SPT GIANT,TESCO,CARREFOUR,JUSCO DLL BAGI SEMUA RAKYAT MENIKMATI BARANGAN MURAH HIGH KUALITI JENAMA 1MALAYSIA?
JANGAN BAGI KPD SATU-SATUNYA SYARIKAT MYDIN HOLDING! BUKA APA, SELALUNYA (TAK SEMESTINYA), MONOPOLI NI ADA SAJA YANG TAK KENA! KALAU SEMUA KENA, OK LAH.
SELAIN KEDAI 1 MALAYSIA, APA LAGI LANGKAH KERAJAAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF,HOLISTIK,EFEKTIF BAGI MENANGANI CPI?
CPI susah nak paham, BARANG NAIK (BN), lagi mudah nak paham!
Bukan apa, Malaysia ni yang senang ramai, yang susah lagi-lagi ramai….
Bab makan, WAJIB!
“Boleh makan ke kita hari ni?”
“Nak makan apa kita hari ni?”
“Makan di mana kita hari ni?”
“Mana tempat yang tersohor nak makan hari ni?”
KETOGORI MANA PALING RAMAI?
Sdr Azman,
Saya tak nafikan usaha2 dilakukan oleh kerajaan utk mengatasi inflasi.
Persoalan utama: Kenapa pendekatan kerajaan lebih kepada "FIRE FIGHTING" berbanding "PLANNING"?? What kind of management system are we adopting?
Jika bukan, kenapa kerajaan Malaysia asyik mengungkit subsidi & thn 2012 bakal menyaksikan perbelanjaan RM 33billion untuk subsidi jika bukan tindakan ini adalah untuk "fire fighting" kesan inflasi? Apa punya manusia yg asyik mengungkit walhal disebabkan kelemahan & kegagalan sendiri.
Sampai bila kena begini? Apakah kerajan Malaysia hanya pandai pelepas tembolok tanggungjawab semasa dia & meninggalkan warisan hutang untuk masalah & tanggungan masa depan punya generasi??
Biar saya cerita kenapa saya kata kerajaan gagal kerana NO PROPER PLANNING, puncanya:-
1) Kegagalan menyediakan pengangkutan awam keretapi yg "intergrated & efisien". Bila pi China tgk Beijing Metro dah setaraf London Tube, barulah anak Tun Razak ni tergadah-gadah nak umum projek MRT, Greater KL, sambung semula, extension LRT, "electrified double tracking project Gemas-JB & beli tren letrik baru.
- Akibatnya: Rakyat terpaksa bergantung penuh kpd kereta/motor sendiri kerana tiada pilihan, penggunaan bahan api fosil yg tinggi, kerajaan dgn aksi tipikal mengungkit subsidi, produktiviti masa byk terbuang di jalanraya, kehilangan hasil cukai akibat kematian pengguna jalanraya, terpaksa belanja buat jalan pintasan, flyover etc utk divert trafic problem (not solve trafic problem) & kosnya di panjangkan kpd rakyat melalui kutipan tol. PM mana tau psl ada balaci2 escort dia dijalan dari pintu rumah di Putrajaya & kos minyak dikira perbelanjaan kerajaan. Rasionalnya, sumber elektrik boleh dipelbagai & 'hijau', sebab itu negara2 maju melabur besar utk sistem tren yg efisien "integrating point-to-point".
2) Kegagalan menyediakan pengeluaran makanan negara yang mencukupi.. dah berdekad-dekad konon maju tetapi padi masih tanam 2x setahun.. Malu kat jiran Thailand. Berapa billion bajet 2012 & pelan tindakan untuk pengeluaran makanan negara diumumkan?? 2/3 bajet 2012 hanya utk pengurusan & selebihnya pembangunan (adakah hanya projek2 bangunkan bangunan?)
- Akibatnya: Kena import makanan dari luar negara, belanja subsidi gula, tepung, beras, ayam, lembu & babi bagi sykt2 kroni untuk elakkan harga inflasi, tiap kali perubahan cuaca & malapetaka luar negara kita pun turut rasa menderita, susu anak2 pelapis bangsa dah dekat 100% naik harga psl susu lembu semua import New Zealand & Australia, daging pun import dari India walhal tanah kita sepanjang-panjang lembah Banjaran Titiwangsa.. jadi apa cerita? selesai dgn subsidi saja ka?
3) Apa cerita negara pendapatan tinggi jika cadangan kajian upah minima rakyat sendiri tidak pun dapat dipenuhi??
- akibatnya: PR mengambil kesempatan revolusi buku jingga. PM tembak kaki sendiri ke? Kebanjiran pendatang asing "cheap labour source" yg merosakkan ekosistem sosio-ekonomi negara.
Current PM has done enough? Seriously, I doubt..he is just another stereotype of the existing system, minus his father & Tun Mahathir.
wasalam
("/)
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan lagi sekali Datuk. Ini utk Sdr Langitbiru, 11:49am.
Sdr,
Di dalam komen saya kpd Sdr Affendi Hussain sebelum ini, saya mencadangkan agar kita membaca segala dokumen-dokumen NEM, ETP, NKEA, etc, etc; bersama-sama dgn Bajet 2012 utk memahami samada kerajaan membuat perancangan ekonomi yg baik atau tidak.
Untuk komen Sdr kali ini, saya nak cakap macam ini – Sdr baca dulu full text Bajet 2012 sampai habis. Semua soalan Sdr sudah PM Najib bentangkan pada Jumaat lepas.
Semuanya sudah terjawab. Tindakan Sdr bertanya menampakkan Sdr tak baca langsung. Maka Iqra’ lah dahulu sebelum nak menghentam tak tentu hala.
Namun, utk faedah bersama, saya ulaslah sikit.
Bajet 2012 memperuntukkan RM40juta untuk menambahkan lagi bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia dari, saya petik cakap Sdr iaitu 2 kedai, kepada 85 kedai. Tak cukup? Maka kerajaan akan buka juga 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat ke seluruh negara yg akan menjual barang-barang berasaskan agro beserta dengan barang-barang yg dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia.
Tak cukup lagi? Maka kerajaan juga akan mengembangkan penjualan barangan 1Malaysia tersebut di kedai-kedai runcit di bawah program TUKAR, ke seluruh negara.
Tak cukup lagi? Kedai-kedai runcit Felda juga akan menjual barangan yg sama.
Masih tak cukup lagi? Kerajaan akan memastikan kedai-kedai runcit serbanika di stesyen-steyen minyak di seluruh negara juga akan menjual barangan 1Mlaysia ini.
Jadi cukup ke tak cukup? Melebar atau tidak penjualannya nanti?
Maka dengan itu, berbaliklah kpd Iqra’ dahulu...
Premis perbincangan kita berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini adalah menumpukan kpd golongan sasaran berpendapatan rendah. Kerajaan bina semuanya itu agar kita dan mereka semua dapat membeli barangan keperluan harian tanpa terbeban dgn masalah harga yg tinggi.
Kalau kita tak mahu nak beli disebabkan kita adalah golongan yg mampu, maka silalah beli di supermarket yg besar2. Kalau kita nak jaga kualiti dan penting tekak & selera, maka silalah beli barangan yg mahal2. It’s a free country, tak dak sapa pun nak halang.
Tapi, jangan nak hentam kerajaan dek perangai kita yg cenderung kpd kualiti sedangkan duit poket tak cukup nak beli. Peranan kerajaan adalah memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan harian mereka.
Keperluan makan-minum dan pakaian boleh di dapati di Kedai Rakyat 1Malaysia itu nanti.
(bersambung...)
(...sambungan)
Berkenaan monopoly. Itu semua adalah scenario ciptaan seorang MP pembangkang. Kalau hati tu dah tak suka (ditambah pulak tak membaca), macam-macam scenario lah akan direka-reka. Monoplylah, itulah, inilah…
Tapi saya ulaslah sikit pasal bab monopoly ini. Namun demikian, saya cadangkan sekali lagi agar Sdr Iqra’ dulu dokumen NKEA.
Pada tahun 2010, kerajaan telah membentangkan satu akta baru di Parlimen. Akta ini di namakan “Competition Act, 2010” sudah diluluskan oleh Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 January 2012 nanti.
Akta ini antara lain bertujuan untuk (1) mengekang Cartel, i.e. adik beradik monopoly, (2) penyalah gunaan posisi dominan oleh syarikat-syarikat. Maksudnya, bermula pada tahun 2012, peniaga-peniaga atau syarikat-syarikat tidak boleh lagi mengekang peniaga-peniaga lain untuk berniaga (orang2 yg berniaga akan paham maksudnya ini), or something to that effect.
Jadi tak payahlah nak percaya sangat cakap kosong MP tu...scenario dia semuanya negative.
Berkenaan RM1.2 Billion siapa nak urus? Jawabnya kerajaan lah yg urus. Untuk konteks Kedai Rakyat 1Malaysia nanti (sekali lagi…baca docs NKEA), kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan seperti penyediaan tapak berniaga, infrastruktur-infrastruktur asas, dll; supaya kedai-kedai itu nanti akan mudah di akses oleh masyarakat.
Pihak peniaga akan mengeluarkan modal mereka sendiri untuk berniaga. Ini adalah selaras dgn objektif NKEA iaitu partisipasi pihak swasta adalah lebih besar dari partisipasi pihak kerajaan. Kerajaan akan hanya facilitate shj.
Maksudnya nanti, Mydin ka...sapa-sapa ka...yg hendak berniaga atau melabur di dalam sector-sektor NKEA, akan diberi insentif tertentu utk membolehkan mereka mencapai objektif ETP. Insentif-insentif inilah yg melibat perbelanjaan kerajaan. Sila rujuk ETP, NKEA, SRI, RMK10, dll untuk tahu samada saya ni temberang ka apa-apa ka..
Janganlah kita nak dengki pulak kalau peniaga-peniaga beroleh keuntungan. Dahlah depa sahut seruan ETP, tak kan lah kita nak perlingkupkan depa pulak? Peniaga mana nak melabur kalau tak dak untung?
Pasal CPI – kalau Sdr tak paham, Sdr boleh bertanya dan belajar. Tapi, kalau Sdr awal-awal lagi sudah menutup minda utk bertanya dan belajar, dan mengaitkan “barang naik” sebagai punca ilmu yg mudah utk Sdr paham, maka saya tak mampu nak kata apa-apa lagi dah.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
p/s bahasa saya agak kasar kerana saya berpendapat ianya sesuailah dgn cara "herdik" dan "jerit" Sdr melalui penggunaan Capital Letters. Mohon maaf.
Salam Sdr Saji,
Itulah maksud utama saya, mungkin sdr Azman kurang faham..
Walaupun naik gaji, tetapi hangus belanja kerana inflasi..apa yg sebenarnya perubahan berkesan dalam ekonomi..? Kembali kepada petak satu..
Lebih2 lagi bila k/tgn kerajaan naik gaji/bonus.. sebab kerajaan kita gagal memperkasa penguasaan ekonomi oleh rakyat majoriti.. hanya penguasaan minoriti oleh kroni & "supply chain" org Cina oportunis sejak zaman dulu lagi..
Bagus juga konsep kedai 1Malaysia saya tak nafikan..sekurang-kurang boleh merencat risiko hartal & manipulasi harga oleh "conventional supply chain". Begitu juga dgn kewujudan rangkaian "hypermarket". Rakyat berpendapatan rendah kini ada pilihan. Kini kita boleh "benchmark" sendiri inflasi realiti melihat 'hype' of prices in hypermarket..Tepat, inilah tempat yg paling sesuai melihat kerana umumnya harga mereka lah yg paling rendah di pasaran kerana dpt jimat kos per unit melalui kaedah pembelian pukal kerana bermodal besar..
Kedai 1 Malaysia bukan ada semua benda.. item2 keperluan untuk penyelenggaraan aset masa depan negara (i.e. anak2 bangsa) mana ada..
Sdr Azman,
Negara berpendapatan tinggi. Sound too good to be true..
Saudara percaya??
PM sasar pendapatan perkapita negara naik dari USD 8,260 (RM26,420) pada tahun 2010 kepada USD 12,140 (RM38,850) menjelang 2015.
Naik 47% dalam tempoh tiga (3) tahun bbrp bulan lagi je tu...Woww..fantastika!! Mari kita periksa..Err.. berapa pengumuman kenaikan gaji kerajaan baru2 ni?
RM80-320 je? Brp %? Nampak gaya mcm "jauh panggang dari api.." So..what's cooking eh, Mr. PM? Or maybe the question should be: who's cooking..?
Bagi saya ia bagai mimpi indah di siang hari, KADAR UPAH MINIMA pun tak nampak cahaya di bumi..
Sdr Azman kata: "Formula pengiraan pendapatan per kapita adalah dgn membahagikan jumlah kesemua pendapatan di dalam sesuatu ekonomi dengan jumlah populasi ekonomi tersebut". Ya betul sdr, tiada keraguan padanya..absolutely correct! Na'am..jayyid jiddan..
Jadi soalan saya pula: Apakah kesan peratusan penguasaan kek ekonomi negara oleh 10-20 org terkaya Malaysia & kesannya dlm pengiraan perkapita utk 26 juta rakyat Malaysia?? Besar impaknya tuu...
Harapnya tak lintang pukang pemikiran saya jika beri kenyataan anti-klimaks dibawah dikaitkan dgn lojik diatas:-
Berdasarkan konsep negara maju berpendapatan tinggi berlandaskan sasaran pendapatan perkapita yg tinggi, jika golongan "super-kaya" Malaysia makin di kaya-rayakan, maka impian PM Mohd Najib pasti dengan lebih mudah akan menjadi kenyataan..
GDP, kapita, inflasi etc..Segala-galanya hanya mainan angka2..Tak begitu..?
Defying & defining logic.. that were my 2 cents to discuss any issues far from just terminologies & ideologies perspective..
Sdr langitbiru,
Semoga dirahmati Allah s.w.t,
Saya tak layak mengemudi bola..saya hanya jack of all trade, maybe master of some, nothing near none but not all.. mungkin sesuai jadi jurulatih & pengurus saja, sebab saya tau mana nak letak org terbaik di tempat terbaik... Itu saja.. Mencegah kezaliman i.e mencegah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya..
Semoga kita semua dilimpahi hidayah dari Allah s.w.t.. InsyaAllah..
Sekian, wasalam...
("/)
Sdr Aziz Rahman,
Dah tentu sdr setuju 100% kerana sdr tergolong dalam golongan 5-series bersimptom tipikal "Government Servant Mentality".
Bapa saya pencen pilihan je, tak pun sibuk nak kerja, dah cukup katanya bila anak2 dia semua dah jadi manusia, itu matlamat utama hidupnya..hati lapang tiada hutang..lebih dari cukup duit pencen setakat nak makan minum. Saya bagi duit, duit tu masuk ke cucu dia punya poket..Aduss..mungkin mesejnya: baik saya menabung utk anak2.. Bapa saya seorg tua yg sedar diri & tahu bawa diri.. Murabbi keluarga.
Simptom2 "Government Servant Mentality".:
1) Takut kekurangan pendapatan bila pencen kerana dah kumpul banyak hutang.
2) Berhutang beli aset dekat2 nak pencen kerana selama ini hidup dalam "comfort zone" di quarters kerajaan.
3) Tiada perancangan awal kerana tak merasa cabaran kerja bagai kakitangan swasta yg berharap hanya tabungan EPF. Dia tua bersara ada pencen.
4) Terlalu syok sendiri kerana berasa "dirinya begitu beharga" dek dibodek balaci2 bawahan walhal realiti tak bagus mana.
5) Tipikal mentaliti "aku makan garam banyak" (smp darah tinggi) & "budak2 apa tahu" (mcm dirinya lahir boleh terus berlari.)
6) Nak jaga kepentingan kroni yg jaga dia (jika ada lah)
"Kadar pengangguran adalah berkait rapat dengan keadaan ekonomi dan berbentuk "cyclical" dan juga kedudukan struktur population negara kita sama ada ditakrifkan sebagai "young, middle age or matured population".
Kalau begitu tunggulah "cyclical" ekonomi negara jadi macam Jepun & Singapura yang makin pupus generasi muda. Kenapa sibuk nak kayuh sekarang?
Jika kemaruk juga, bermula skrg, tak perlu lah banyak anak atau fikir nak banyak bini.. Tak begitu?
Nasihat org muda. Fikirlah balik..
p/s: Dato', realitinya Golongan 3-series lah aktif menongkat langit sosio-ekonomi bumi Malaysia mcm Dato AKJ kata, melahirkan & mendidik anak bangsa, beli aset (rumah/kereta) selain manjadi "main working class", bukan "main directing class".
Tu pun masih byk 5-series tak sedar diri malah bermimpi nak berkhidmat smp 7-series. Selfish! Dia sedap pencen tinggi nnt dok kampung, kami terutama yg sektor swasta yg "cyclic ekonomi" ni lah dok hemoi bayaq cukai menanggung..pandai..selfish!
Talk about some fraction of "matured population" that "overstayed their welcome" in Malaysia with such typical mentality.. probably their idola is Tun Samy V.
Sekian, wasalam
("/)
Sdr langitbiru
"JIKA SEMUA BARANGAN BERJENAMA 1MALAYSIA, SAMA KUALITINYA DENGAN BARANGAN BERJENAMA YANG LAIN, BUKANKAH LEBIH PRAKTIKAL DILAMBAKKAN SEMUA BARANGAN JENAMA 1MALAYSIA INI KESEMUA KEDAI-KEDAI RUNCIT,SUPERMARKET SPT GIANT,TESCO,CARREFOUR,JUSCO DLL BAGI SEMUA RAKYAT MENIKMATI BARANGAN MURAH HIGH KUALITI JENAMA 1MALAYSIA?"
Komen:
Cadangan sdr di atas bukan sahaja praktikal, malah menjimatkan masa dan kos untuk kerajaan UMNObn menyediakan Kedai Rakyat 1Malaysia. Tak tahulah, jika kesemua KR1M boleh disediakan sebelum PRU 13 nanti! Mungkin boleh, kerana Malaysia boleh!
Yang pasti, jika sdr raja2u kata YAB DSN terpengaruh dengan budaya kerja "don't work hard , work smart", tetapi mengenai idea KR1M ini jelas DSN sudah berbalik kepada budaya kerja "work hard men!"
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon lagi sekali Datuk. Ini utk balas komen Sdr Saji, 11:36am.
Sdr,
Dalam bahasa ekonomi, jika perkara seperti itu berlaku, ianya akan dipanggil sebagai inflasi. Satu inflasi yg teruk juga tu.
Jarang keadaan spt itu terjadi tapi bukan bermakna ianya adalah mustahil. Pada tahun 2008 negara kita mengalami inflasi setinggi 8.5% dan kita semua sudah hampir nak lemas,bayangkanlah jika 20% berlaku. Tapi, ada negara di Afrika inflasinya mencecah 1000%. Itu dipanggil hyper-inflasi.
Dalam bahasa harian pula, ramai orang secara bebas akan mengatakan situasi spt yg Sdr gambarkan itu dengan istilah “penurunan nilai matawang” kerana mereka sangka maksudnya betul.
Walaupun secara kasarnya penggunaan istilah seperti itu nampak semacam betul, tetapi sebenarnya ianya adalah kurang tepat. Situasi spt itu haruslah digelar sebagai inflasi. Jika kita menggunakan istilah “penurunan nilai matawang” (currency depreciation), kita haruslah bercakap di dalam konteks pasaran wang / pasaran matawang atau tukaran wang asing (money market / foreign exchange or currency market).
Secara ringkasnya, “inflasi” adalah utk bidang ekonomi, manakala “penurunan / penigkatan nilai matawang” adalah utk bidang kewangan (Finance). Ianya adalah dua bidang yg berlainan walaupun banyak mechanics & dynamics nya (e.g. interest rates, stock market index, GDP, etc, etc) bertindan antara satu sama lain.
Di dalam konteks Finance, istilah “penurunan nilai matawang” (currency depreciation) membawa maksud nilai matawang kita sudah rendah berbanding matawang-matawang asing. Contohnya, jika nilai RM turun, nilai matawang asing yg hendak kita beli sudah jadi mahal. Begitulah sebaliknya jika RM naik, matawang asing jadi murah utk dibeli.
Jadi saya harap, penjelasan saya yg tak seberapa ini dapat menjelaskan lagi perbezaan pengunaan Inflasi dgn Depreciation.
Saya tak paham maksud Sdr tentang “apa yg sedang berlaku”? Apakah Sdr mengatakan bhw nilai RM sekarang sudah jatuh atau inflasi sudah naik?
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Salam Datuk AKJ
Banyak pihak yang tersenyum mendengar ucapan Bajet 2012 Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri. Tapi ada beza di antara senyuman yang tulen dengan senyuman yang perasan. Banyak senyuman perasan daripada senyuman tulen. Senyuman perasan menguntum dari bibir penerima terus bermacam-macam pemberian terutama kakitangan awam termasuk pesara. Mereka bakal menerima kenaikan gaji dan pangkat, juga umur persaraan yang dilanjutkan. Senyuman yang tulen ialah dari kalangan peniaga, yang majoritinya adalah dari kalangan kaum Cina. Berapa pun wang yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan awam dan pesara hanya digenggam untuk seketika di tangan mereka. Pada penghujungnya, wang itu akan sampai juga ke tangan peniaga-peniaga Cina yang dengan senang hati menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Apalah yang orang Melayu mahu banggakan dengan situasi sedemikian.
Sdr raja2u
Sdr kena ingat, zaman allahyarham Tun Abdul Razak merupakan zaman negara mula dibangunkan yang saya tidak nafikan ada cabaran dan kekangan yang perlu dilepasi oleh kerajaan atau parti yang memerintah, tetapi zaman anaknya Najib sekarang ialah zaman menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam suasana era globalisai yang bentuk cabaran dan kekangannya lebih besar, meluas dan kompleks yang sebelum ini gambarannya saya analogikannya dengan cabaran dan kekangan yang terus dihadapi pihak jururancang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mengatasi pelbagai isu urbanisme di kawasan dalam dan pesekitaran bandaraya Kuala Lumpur -masalah sosial-kekurangan rumah, kemiskinan bandar, keselamatan awam, pencemaran udara, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, bangunan usang, tanah pekuburan yang tidak mencukupi dan lain-lain.
Dato.
Dalam pengalaman Dato dalam membuat laporang Parliment dari PM Hussein Onn sampai zaman Mahathir,pernahkan terjadi Budget di bentangkan tampa laporan Audit.
Macam buat company AGM tampa Audit Report.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan sekali lagi utk balas komen Sdr Affendi Hussain, 2:03pm.
Sdr,
1. Asas permulaan komen saya kpd Sdr adalah merangkumi aspek perancangan ekonomi oleh kerajaan. Sdr kata semacam tak “bijak” atau semacam “tidak wujud” manakala saya kata sebaliknya.
2. Selepas itu saya komen pulak pasal “economics jargons” kerana pada saya kesalah-fahaman mengenainya boleh mengelirukan masyarakat. Lain benda yg sepatutnya kita paham & berbincang tapi ke arah lain pulak kita membebel-bebel mengenainya. Apa yg mungkin kita capai jika istilah pun kita tak paham?
3. Sekarang, komen Sdr sudah berbunyi lain macam pulak – iaitu mempersoalkan perancangan ekonomi kerajaan dgn mengaitkan antara lain konsep “fire fighting vs inflation”, etc. Ini sudah macam nak melompat scope perbincangan,ataupun satu sikap hendak cari salah shj gayanya -- typical sikap puak-puak pembangkang semasa berbincang. Saya jangkakan Sdr akan “re-take off” dari cerita asal PPP selepas istilah itu kita sudah paham. Kalau kita teruskan style perbincangan macam ini, bila akan sudahnya?
4. Namun, saya nak ulas sikit pasal “fire fighting vs inflation” ini.
5. Dalam merancang sesebuah ekonomi negara, salah satu keutamaan kerajaan adalah utk melihat pertumbuhan ekonomi. Ada banyak faktor-faktor economic fundamentals yg kerajaan kena kaji, dan antara faktor yg penting adalah hubungan di antara Inflation-Economic growth. Secara teorinya, hubungan inflasi-economic growth ini adalah “inversely related” tetapi dari hindsight pengalaman sendiri serta dari negara-negara lain, pakar-pakar ekonomi mengatakan kita memerlukan sedikit inflasi untuk membolehkan ekonomi kita tumbuh.
6. Persoalannya adalah kadar inflasi – berapakah kadar inflasi yg boleh sesebuah negara terima dgn selesa tanpa menjejaskan rakyat jelata? Pendekkan cerita, banyak kajian sudah dibuat dan ada yg berpendapat bahawa kadar inflasi yg selesa utk Malaysia adalah sekitar 3.8%-3.9%. Kalau terlalu rendah,e.g. 0% ataupun –ve inflation, pertumbuhan ekonomi negara akan jadi “insignificant” manakala kalau terlalu tinggi ekonomi negara akan menguncup.
7. Jadi, pemantauan ke atas kadar inflasi ini dilakukan secara bulanan. Dalam pada itu pulak, pemantauannya dilakukan bukan hanya utk kadar inflasi nasional shj malah dibahagikan kpd sector juga, i.e. inflasi di bandar & inflasi luar bandar.
(bersambung...)
(...sambungan)
8. Jika berlaku peningkatan harga barangan yg menyumbang kpd peningkatan CPI (i.e. index pengukuran inflasi), maka kerajaan akan memainkan peranannya mengawal index tersebut supaya tidak berterusan naik. Untuk mengawal CPI ini, kerajaan harus melihat kpd faktor “inflationary pressures” yg boleh datang di dalam berbagai bentuk, e.g. kenaikan harga minyak, dll.
9. Banyak mechanism boleh kerajaan gunakan dan subsidi adalah salah satu drpnya – bila CPI mula nak naik, bagi subsidi; bila nak turun, tarik balik subsidi. Sebab itu ianya nampak seolah-olah macam kerajaan tak reti nak buat planning. Nampak macam “fire fighting”. Sebenarnya, kita yg tak paham.
10. Kalau perkara ini Sdr maksudkan sbg “fire fighting”, maka saya sarankan Sdr kemukakan satu teori ekonomi baru kpd kerajaan.
11. Begitu juga di dalam komen Sdr pada 3:23pm, Sdr mempersoalkan perancangan-perancangan “High Income Economy” & “forecasted per capita income” yg dibuat pd 2010. Saya pun bukan clairvoyant yg boleh tilik dgn tepat apakah akan terjadi pada beberapa tahun akan datang, malah esok pun saya tak tau apa akan berlaku.
12. Namun demikian, kita gunalah sedikit sebanyak ilmu yg Allah kurnia pd kita utk kita kaji semua perancangan-perancangan yg kerajaan sudah buat. Apabila kita sudah kaji, barulah kita berbincang mengenainya satu per satu. Baru ada ketertiban.
13. Saya setuju dgn sikap kritikal Sdr kerana saya pun kritikal jugak terhadap banyak polisi dan strategi-strategi kerajaan, tetapi we have to be a gentleman by giving credits when it’s due.
14. Mengenai “forecasted per capita income” yg Sdr kata akan naik sebanyak 47%, saya nak kata macam ini – sila rujuk kpd Economic Reports dan lihat peningkatan per kapita bagi tahun-tahun 2008, 2009, 2010. Lihat kpd peratus peningkatannya. “Wow! Fantistika” ke tidak? Maksudnya di sini adalah, apabila kita berhadapan dgn “forecasted figures”, kita kena rujuk juga kpd “actual figures” yg sudah berjaya dicapai agar kita boleh membuat satu “educated guess” samada angka yg PM bagi itu realistic ataupun tidak.
15. Saya sengaja tak mahu bagi angka-angka tersebut di sini supaya Sdr buat rujukan sendiri. Peratusan tahunanya agak besar Sdr...and in my humble opinion, if that pattern continues, it is not impossible to achieve that 47%. Kerajaan merancang, Allah menentukan. InsyaAllah, jika perancangan sudah baik, baik jugalah hasilnya nanti.
(bersambung...)
(..sambungan, akhir)
16.Apa lagi..? Kadar Gaji Minima – dalam negara kita skrg ini, pekerja asing sudah menjangkau, berapa..3juta, 4 juta orang? Kalau gaji minima tersebut dilaksanakan sekarang, Sdr boleh bayangkan tak berapa billion duit RM akan mengalir keluar? Pekerja-pekerja asing inilah yg paling ramai menduduki sector “di bawah gaji minima”. Kita nak tolong diri kita kah, atau nak tolong orang asing dgn sibuk2 demand gaji minima ini? Bagi chance lah kpd kerajaan menyelesaikan masalah pendaftaran pekerja-pekerja asing dan lain-lain dahulu. Apabila sudah selesai, kita pakat reramai mintak naik.
16. Pasal “10-20 org super kaya” – memang tidak dinafikan konsep perkiraan per capita ini terdapat flaws, seperti kata Sdr iaitu Billionaires-billionaires di Malaysia ini juga akan bersama-sama dikira pendapatan mereka di dalam per capita negara. Tetapi, ianya adalah satu konsep perkiraan yg “valid” & “reliable”. Saya tak mampu nak keluarkan satu teori baru utk mengatasinya.
17. Berkenaan “segala-galanya hanya mainan angka2” – sememangnya betul cakap Sdr tu…tapi angka-angka yg digunakan utk GDP, etc, etc; bukanlah angka2 matematik biasa shj. Tak boleh lah kita “campur-tolak-kali-bahagi” dan merumuskan “oohhh…gaji naik, pendapatan naik, ekonomi naik…”. Mana boleh macam tu. Sdr seorang yg terpelajar, cakap2 macam tu adalah cakap2 “budak2 yg baru belajar”. Jangan sampai kemaruk hendak tegakkan benang basah, kita main langgar shj disiplin ilmu.
Mohon maaf.
Azman Mohd Isa
salam
Naikkan umur bersara silap besar dalam suasana ekonomi sekarang. Pesara tu duduklah di masjid atau masuk "menega" dan jadi blogger macam saya. Saya dah 64 tahun tak minta pun bantuan Kerajaan. Kalau minta pun belum tentu dapat.
===================================
1. suasana ekonomi bila yang membolehkan umur persaraan di naikkan ?
semua yang berumur 60-an se olah olah tidak layak untuk bekerja kecuali tuan guru nik aziz walau pun dah 80-an...
2. betul, orang orang macam tuan tidak perlukan bantuan kerajaan lagi.... tapi terlalu ramai opah2
berumur macam tuan mengharapkan bantuan dari gomen setiap bulan..
entah ? pada saya semua pembahas tetap akan mencari alasan untuk menyokong "pendapat" yang di beri/tulis hinggakan tak sedo apa yang di tulis...
saya bukan orang politik, tetapi getik nengok bilamana anwar ibrahim se olah2 se sen pun tak berguna.. walaupun bekas TPM...
yang DSNajib, gamaknya cuma elok sebelum rosmah jadi isterinya..
nik aziz pulak, hari2 kena peluru penabor budak2 umno..
terima kasih
Sdr Azman,
Tak payah cerita pasal teori ekonomi, ECONS 101.
Terutama teori pasal betapa perlunya inflasi dalam pembangunan. Perlu inflasi yang ori, bukan plastik, tak gitu? Seiring keperluan inflasi, perlu ada peningkatan (setara atau lebih) pada kadar upah. Dan lain-lain elemen lagi.
(Lagipun inflasi ditafsir sebagai hasil daripada pembangunan, bukannya unsur kepada pembangunan)
Yang penting, mesti ori dan bukan plastik.
Saya dah iqra tapi tak jelas maka harap saudara dapat jelaskan.
Adakah RM1.8 Billion itu untuk beri subsidi (bayar kepada Mydin atau pembekal) atau kos pembelian bangunan (untuk buka kedai baru)?
Kuasa beli pengguna di kedai 1Malaysia itu ori ke plastik?
Belanja ikut kemampuan? Apakah ini maknanya tidak semua rakyat boleh mengharapkan yang terbaik dari kerajaan? Adakah anda tahu telur gred B sekarang harganya sama seperti harga telur gred A sebelum raya yang lepas.
Seterusnya, harga minyak dunia dah turun 70% sejak kali terakhir kenaikan harga minyak terhadap pengguna. Harga sekarang, menyumbang kepada kadar inflasi secara sintetik ke atau ori?
Sejak Akta Persaingan 2010 diluluskan, sebanyak mana berkurangannya ekuiti GLC dalam pasaran? Pembelian SP Setia baru-baru ini mengurangkan ekuiti GLC dalam pasaran ke?
Adakah REIT tiada kena mengena dengan kenaikan harga hartanah beberapa tahun ini?
Oh ya, Peruntukan RM1.8 Juta (1/100 bajet untuk kedai 1Malaysia) untuk penggalak pertanian yang membabitkan lebih 4,000 petani itu dapat mengurangkan import makanan sebanyak mana?
Undang-undang gaji minima tidak boleh dibuat mengikut kelas kerakyatan ke? Ingat tak ada ke askar pencen yang mahu kerja sebagai jaga menggantikan bangla jika gaji minima membolehkan kadar upah yang cukup untuk menampung hidup?
Paling susah nak bagi pinjam SME, bank mana? Bukan GLC ke?
Bawa la pelan dengan nama tiga huruf mana sekalipun, hakikatnya harga rumah, harga makanan minuman naik secara eksponential. Kadar upah naik cara linear. Kuasa beli pula kecerunannya negatif.
Ini lah realitinya. Bukan fantasi. Bukan Sintetik.
Setiap tahun ada diumumkan sukuk. Sukuk ini hutang dengan pembayaran untung yang berkala. Macam mana hutang boleh jadi kecik, sukuk tak masuk dalam statistik hutang negara ke? Kalau masuk dalam hutang private sector atau public sector, awat tak de pulak reflek dalam report?
Fed Up
sdr azman,
untuk mengatasi masaalah gaji minima dan pengaliran wang negara keluar, apa kata kalau kita sokong dan bantu usaha pihak tertentu untuk memberikan kewarganegaraan (mykad) kapada PTI yang ada dlm negara kita.
anak-anak dan ahli-ahli puteri kita tak payah lagi melarikan diri ke Lombok dan Bangladesh.Pengundi kita pun boleh meningkat demi mempertahankan Putrajaya dan Seri Perdana yang tercinta.
Macamana setuju semua?
Power Root Kacip Fatimah
(state election lain hal)
Bila sudah susur akar apakah jumpa penawar mustajab?
Pada hemat kita, Budget 2012 semacam belanja hangus.
Lepas PRU-13, Sdr Presiden dan Timbalan Presidennya di pecat UMNO:
UMNO Spring.
(IGP di GH Penang pada 1116hrs.)
Terima Kasih Kassim Selamat
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan utk balas komen Sdr Fed Up, 5:53am.
Sdr,
Saya pun tak suka nak berteori di sini. Saya paham bhw professionals tak suka di ajar kerana mereka menganggap bhw pengalaman kerja mereka mengatasi teori-teori itu semua.
Tetapi sebagai manusia, saya berpendapat kita semua memerlukan sedikit “reminder” tentang teori-teori berkenaan. Kalau tidak, ramai yg akan bercakap tinggi melangit sampai kaki tak berpijak di bumi.
Saya setuju bhw pendapatan mestilah setara atau lebih tinggi kenaikannya berbanding inflasi. Jangan sampai berlaku kenaikan pendapatan tetapi ianya being eroded by inflation.
Maka, itulah yg saya komen pada awalnya bhw konsep “High Income Economy” adalah merupakan jalan keluar kpd permasalahan ini.
Berkenaan “inflasi merupakan hasil drp pembangunan bukannya unsur kpd pembangunan” – di sini terdapat irony drp cakap Sdr. Mula-mula Sdr tak nak bercakap pasal teori, tetapi tanpa Sdr sedar statement Sdr itu sendiri adalah merupakan cakap-cakap dari teori.
Seperti saya ulas dalam komen saya kpd Affendi Hussain 4:50pm, saya menggunakan perkataan “hindsight” sebagai petunjuk bhw di dalam menguruskan ekonomi negara, kita tak boleh nak ikut teori semata-mata. Sebab itu teori akan mengatakan “inflation is a product of growth” manakala di segi actual practisenya “inflation has a bidirectional causal effects on growth”. Ianya dua-hala, iaitu jika nak pertumbuhan kita perlukan sikit inflasi dan apabila berlaku pertumbuhan, inflasi akan berlaku.
Berkenaan “ori , plastic & sintetik” – apa maksud Sdr? Cakap Sdr terlalu umum. Susah saya nak tafsir sebelum saya boleh bersetuju atau sebaliknya.
Adakah Sdr bermaksudkan “Synthetic Inflation”? Jika “ya”, maka saya nak jawab macam ini – itu adalah berkenaan “asset price inflation”, “inflation-linked assets”, “synthetic inflation- linked equities”, etc, etc. Ianya adalah beberapa mechanisms yg terdapat dalam bab money market atau capital market. Malas saya nak ulas, nanti panjang berjela. Mungkin ada kaitan dgn perbincangan kita atau mungkin tidak ada kena mengena langsung atau mungkin satu lagi kes kesalah-fahaman istilah.
(bersambung…)
(…sambungan)
Jadi biarlah spesifik komen Sdr. Namun pandangan saya berkenaan bab harga minyak samada “ori” atau “synthetic” jenis inflasinya – ianya “ori” lah. Apa pulak syntheticnya? Itu bab lain.
Berkenaan RM1.8billion – utk Kedai Rakyat 1Malaysia, ianya bukan RM1.8billion. Ianya adalah RM1.2 billion dan saya dah ulas berkenaan soalan Sdr di dalam komen saya 3:06pm kpd Langitbiru.
Berkenaan “pembelian SP Setia vs GLC’s equity” – Sdr baca semula docs NEM, ETP, NKEA, etc. Sila pahamkan betul-betul konsep asas docs itu semua kerana apabila Sdr paham dan dapat mengaitkan semua perkara yg dibentangkan di dalam docs tersebut dengan soalan Sdr, InsyAllah Sdr akan paham.
Saya secara individu yg bukan terlibat secara langsung dgn agensi yg mengira perkara itu semua, tidak mampu nak jawab smada peratusannya sudah turun atau naik. Mohon maaf (note: BTW, Competition Act 2010 is not being enforced yet).
Berkenaan REIT – kalau tak silap saya, ianya baru dilancarkan pada tahun lepas atau pada awal tahun ini. Jadi, sbg seorang “layman” di dalam bidang hartanah, jawaban logic saya macam ini – kalau ia baru dilancarkan baru-baru ini, macam mana kita nak kaitkan penglibatanyanya dengan kenaikan harga tanah “beberapa tahun dahulu”? Tak logic.
Berkenaan “askar pencen nak jadi guard” (sorry no pun intended) VS “gaji minima” -- sila baca full text bajet utk mengetahui langkah-langkah kerajaan berkenaan “askar pencen”.
Berkenaan SUKUK – sapa kata tak reflect dalam report? Dah baca Bank Negara Malaysia punya annual report?
Terima kasih
Azman Mohd Isa
My dearest Datuk Kadiag,
Datuk jangan mati dulu,tau. Nanti kalau takde lagi orang tulis analisa politik macam ni, sel-sel otak saya akan mati.
Saya sangat setuju dengan tulisan cetusan rasa Datuk dalam posting ini. Especiallynya bab 'inner circle' itu. Feshen rambutnya juga buat saya sangat-sangat takjub dan terpikat (to be particular, yang berbentuk bakul).
Datuk jangan hot. Saya gurau aje. Ajal di tangan Tuhan. Betullah Datuk, ular yang menyusur di akar tidak akan hilang bisanya.Tapi ular aristokrat, kenalkah dia yang mana akar, yang mana umbi ?
Assalamualaikum Dato dan Sdr Azman Mohd Isa.
Saya fikir,ramai pembaca 'terpesona dan teruja' membaca penulisan Sdr Azman. Jelas,topik ekonomi atau lebih khusus Bajet 2012,adalah bidang profesyen Sdr Azman. Tidak keterlaluan jika saya katakan posting PM kena susur akar ini 'milik' Sdr Azman. Tahniah Sdr Azman.
Soal penulisan huruf besar,tidak tepat kalau diimaginasikan sebagai 'jerit dan herdik'. Prasangka sedemikian tidak baik untuk diskusi! Apapun,tidak jadi masalah kepada saya. Huruf besar bertujuan bagi menarik perhatian pembaca,menunjukkan perkara tersebut amat penting BAGI penulis. Kalau pembaca fikir sebaliknya, ok, tiada masalah.
Saya berimaginasi dan berprasangka, Sdr Azman 'turun'ke gelanggang dgn penuh keyakinan,bersedia siap siaga untuk 'meratah lawan' dengan mukadimahnya,'ini untuk Sdr Langitbiru.Seterusnya,mempamerkan'tajinya' dengan bertanya bertalu-talu, 'tak cukup lagi?'
Sdr Azman,saya amat maklum,ekonomi bidang sdr dan sdr menampakkan menguasai ilmu ekonomi dgn baik. Tahniah lagi sekali.
Saya kerja kerajaan agak lama,10 tahun. Kenaikan gaji RM60 setahun,bayar cukai tak sampai 1K.Mula kerja sendiri,kemudian kerjasama dgn GLC,alhamdulillah bayar cukai RM100K. Samada saya bayar cukai 1K atau 100K setahun,saya berhak pertikaikan pengurusan ekonomi/kewangan negara,walaupun saya yakin benar suara ini tidak kemana spt anjing salak bukit!
Dalam kerajaan,saya berpengalaman bersama para PTD. Dalam GLC,majoriti pula ekonomist,akauntan.
Saya tidak gemar dengan teori ekonomi. Kalkulator di tangan,banyak anggaran dan spekulasi,'kurang berpijak di bumi nyata'.
Berbalik kpd CPI,saudara boleh menulis hingga satu buku mengenai CPI/Inflasi.
Apapun,sayugia saya katakan,BN bukan mula memerintah pada 2008!
Mengenai Kedai 1 Malaysia, sdr bertanyakan, TAK CUKUP LAGI?
salam sdr Azman,
Saya kira sdr ini sudah semestinya org kuat kerajaan..
Dlm perbincangan, jika pengetahuan & mesej yg cuba disampaikan tidak dpt difahami org lain apa gunanya..
Sdr tengoklah "echo" (gema) pendapat saya, yg tak faham mcm sdr faham, golongan ni lah yg ramai di The Scribe ni yg bukan pun blog partisan ketika ini..nampak gaya sdr saja yg keseorangan dgn pelajaran ekonomi 101 tu..
Topik kali ini adalah arena utk kritik kerajaan.. yg lepas2 saya dah selesai dgn Pakatan..takkan Kerajaan PM Mohd Najib maksum tak boleh kritik kot..
Pengetahuan & fakta sdr nampak gaya tidak "gel" dgn realiti kehidupan nyata.. bolehkan sdr nak mendabik dada bagi pihak kerajaan?
Kalau rakyat marhain tak faham.. tak perlu cerita banyak2 sdr.. apatah lagi menyajikan pelajaran ekonomi bukan "lay man terms"..
kesimpulannya terang2 ia adalah kelemahan kerajaan menyampaikan maklumat..
bolehkah disalahkan penerima maklumat jika realitinya ramai tak faham maklumat disampaikan?? ibarat syok sendiri saja..
saya ni kurang percaya angka2 ramalan..bunyi mcm nombor ekor jer..judi haram, malah spekulasi pasaran harga hadapan itu sendiri tergolong sbg riba.. bidang pekerjaan saya pun hanya boleh buat keputusan berdasarkan angka2 nyata saja..
Tangga gaji minima apakah sdr nampak hanya utk yg "labour intensive worker" je ke?? Saya sebut gaji permulaan siswazah masih sama seperti 20thn dulu apakah sdr tak rasa apa2?
Golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek & pakar2 bidang akademik juga perlu dibayar setimpal gaji minima utk elak "brain drain"..apakah ini kerajaa ada fikir? Dah tentu tidak.. kreteria utama utk jd kaya di Malaysia hanya perlu "connection" politik je..pasal, falsafah pengurusan kerajaan semasa adalah "POLITICALLY CORRECT" bukan TECHNICALLY CORRECT".. sbb tu bangunan baru pun boleh runtuh atau belanja duit mcm air projek tak siap2 juga.
Jumpa sdr di tahun 2015.. kemudian baru kita tengok sama ada hikayat PM Mohd Najib itu suatu realiti..sdr ada dpt apa2 ker pertahan mati2 ni?
till that time, pls spare your dishes... silence is golden.. ignorance indeed is bliss..
tunggu di sana lah sdr..3thn saja, ada brannii.. ?? Ntah2 yg naik 100% adalah tauke CIMB & taikun company kroni.. Ramai saksi ni..
Terima kasih.
wasalam
Saya fikir,Sdr Azman tidak dapat memahami apa yang saya maksudkan. KR1M untuk berpendapatan rendah dan barangan makanan yang berkualiti tinggi.
Berpendapatan rendah itu pun perlu tafsiran lengkap dalam kontek Malaysia. Apakah pendapatan kurang RM3K sebulan dikira berpendapatan rendah?
Guru di KL gaji 3K, dgn guru di Baling 3K, adakah sama? Teori Ekonomi banyak 'mengenepikan' faktor setempat,persekitaran dan lain-lain faktor. Begitu juga kenaikan gaji (saya dulu) RM60 setahun selama 10 tahunkenaikan tersebut bukan diambil peduli sangat oleh CPI/Inflasi. Realitinya,hidup semakin tertekan dengan ketidakimbangan pendapatan dan pengeluaran/perbelanjaan.
Maksud saya,rakyat berpendapatan rendah dan kurang mampu berhak untuk mendapat bekalan makanan murah dan berkualiti tinggi. Dan jika KR1M mampu lakukan, alhamdulillah. Teruskan. Walaubagaimanapun, SAYA berpendapat,langkah yang diambil oleh kr1m makan masa yang lambat dan kos yang lebih tinggi.
Begitu juga KLINIK 1 MALAYSIA.Mengapa perlu menghabiskan banyak masa dan wang untuk menyediakannya? Bukankah lebih praktikal memperkasakan semua Jabatan Pesakit Luar di seluruh hospital kerajaan dan seluruh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara, YANG SECARA LOGISTIK nya, sudah menembusi kawasan sasaran rakyat?
Begitu juga Megamall 1 Malaysia yg pernah dicadangkan dibuat di 21 daerah di negara China yang bagi saya sangat tidak praktikal. Lebih baik dibuat di Malaysia,bukan di China!
Sdr Azman, saya hanya cakap berdasarkan logik akal, bukan sebagai pakar ekonomi. Juga bukan sebagai partisan, sebaliknya sbg rakyat merdeka.
Bajet 2012, peruntukkan 4billion bayaran 'one-off' tidak mencerminkan satu anjakan transformasi ekonomi, dalam keadaan negara mengalami defisit belanjawan tinggi. Sebaliknya, golongan sasaran pula dilihat 'pengundi yang berpotensi'. 4billion akan hangus dalam sekelip mata. Apakah itu pilihan yang terbaik?
Salam Dato',
Terlepas pandang satu benda dlm komen sdr Azman..sorg ilmuwan ekonomi rigid dlm fakulti2 pemikiran konvensional di dunia nyata yg maha dinamik yg menyaksikan teori2 lama barat pun banyak yg dah dibedal.
Dia cerita kadar upah minima yg terus diserkup masuk 3-4juta pendatang asing..apa yg sibuk pasal mereka..undang2 & akta boleh dirangka..tak luak banyaknya di Malaysia..ISU UTAMA RAKYAT KITA. bila bab rakyat sendiri banyak pula kira2 dlm bakulnya..
Kalau dia baca komen2 saya sebelum ni kadar upah minima tu saya hanya kaitkan untuk RAKYAT MALAYSIA.. kalau kadar upah org gaji Indon 800/bln hari tu kerajaan layan memang celaka.. rakyat kita sendiri masih ada bergaji 500-600 sebln..malah dlm perkhidmatan kerajaan!
sebab tiada kadar upah minima ni lah rakyat kita ditindas oleh kapitalis kaya (read as "conventional supply chain (CSC)").. kerajaan pula terlalu pemurah melonggakan pintu sempadan negara utk menyokong CSC.. kenapa??
Apakah kita dah ada sistem ekonomi kasta.. yg kaya terus kaya & yg papa kena mkn brg kedai 1 Malaysia atau batu bata?
Sdr Azman,
Sebelum sdr pun nk tegak benang basah kerajaan BN, boleh tak sdr pun kaji brp peratus org2 superkaya ini menguasai ekonomi Malaysia dan bandingkan dgn negara2 maju dunia.. kalau perlu kaji secara ilmu statistik, agak2 besar tak "standard deviation" nya?
ADAKAH EKONOMI NEGARA KITA INI NORMAL?
wasalam
("/)
Salam semua,
kat pautan ni ada segala-gala angka2 berkaitan GDP, PPP malah Public Debt (Hutang dalam - i.e. from Bank2, KWSP etc.) & External Debt (Hutang Luar..ni yg maha bahaya).. utk sama2 nilai sendiri.
Tengok trend hutang luar kita makin bertambah drastik dari thn 2009.. kenapa?
Yg dok sibuk syiok naik umur persaraan smp lubang kubur tu pula cuba fikir balik.. cuba lihat trend peningkatan labour force Malaysia..
dan bandingkan dengan labour force Jepun yg umur persaraannya 65thn.
Tak ke melawan fitrah & aqal jika Malaysia nak tingkatkan umur persaraan juga..???
Org2 tua Jepun..Kesian depa.. kat sini tak boleh nk kesian pasal org2 tua kita rata2 (bukan semua) tak kesian lansung kt org2 muda..malah makin meningkat juga trend org tua Malaysia yg jadi kerbau palit lumpur.. budak kecik, anak cucu sendiri pun dia kapur..teruk perangai dari akhlak org kafir.
Life begin at 40 (40an adalah masa peringkat umur sepatutnya serba serbi dah mula berjaya)..Kalau dah masuk 60thn tu dunia pun masih sibuk tak berjaya..alamatnya akhirat dah sah jauh saujana nun di sana....
mau cari apa sebenarnya?
rumah dah kata pergi, kubur pula dok ajak mari.."fikir balik"? patutnya, "lu pikirlah sendiri"..
p/s: Sdr Doncincai.. Nik Aziz juga tak terkecuali.. jgn ingat sbb dia boleh kata Allah boleh mencarut, kemahuan Herald pun dia turut, dia dah maksum berakhlak mcm Nabi..
wallahualam..
("/)
Bab Iqra, saya sangat setuju. Dulu pun dok Iqra dah pasal Hadhari dan Koridornya. Atas kertas nampak sangat comel dan molek,siap dengan puisi damai abadi,ku cari shafei dan ghazali!
Koridor satu persatu dilancarkan,gah nan perkasa. LPT tu pun masih perlu suntikan modal!
Tak apalah. Saya pun harap sangat orang umno dan penyokongnya, IQRA dulu betui-betui apa itu hudud,kisas,dan takzir. Pi lah belek kitab syafei ghazali sebelum bagi komen macam-macam seolah-olah langsung tak tahu semua hukum tu ada dalam quran dan hadis. Tak gitu?
Bab akta di sisi perlembagaan apa nak pelik sangat. Semua tu comel dan molek,pokok pangkalnya nak ikut ke tak nak? Yang ketua2 bahagian dok pi putrajaya direct nego projek tu macammana? Gamuda beri ilham cadangan MRT, lulus, Gamuda juga jadi penyelia penyelaras,Gamuda juga jadi kontraktor utama, jadi MyRT dah pulak. Lepas tu, yang lain-lain sub-con panggillah 2-3 puluh kontraktor kecik berebut-rebut. Tu cuma pandangan saya yang tak reti ekonomilah.Nampak macam adik beradik monopoli. Atau mungkin ada istilah ekonomi yg lain.
Assalamualaikum dato
Ada beberapa number yang mudah untuk diingat.
1. 200
2. 456
2004,Hutang negara RM 200Billion
2011,Hutang negara RM 456Billion
Tapi,pada bajet 2012, 4billion bagi cash kpd rakyat!
Hutang pusat kpd Kelantan bila nak bayar?
ETP? Kompeni besar lagi besar!
Ytl
Berjaya
AirAsiaTony
Gamuda
Syed bukhari
SP Setia
Oh...inilah Transformer et al for Najib and Co!
Azman,
Saudara malas nak ulas, maka saya pun rasa tak rajin nak balas. Jadi saya jawab pendek saja.
Tajuk artikel ini kata "susur akar ke akar umbi".
Saudara pula minta saya dan yang lain-lain baca laporan itu dan ini. Saya sifatkan seperti meminta akar menyusur ke puncak gading.
Malangnya akar sifatnya didalam tanah, dibawah dan bukan dipuncak. Kecuali lah akar nak juga naik kedahan maka kena hidup sebagai parasit.
Atau makhluk simbiotik yang "I scratch your back, you scratch mine".
p/s Laporan yang saudara sebutkan itu saya boleh dapat dari arkib mana? Atau adakah di wartakan di internet? Dimana saya sebagai orang awam boleh dapatkan? Saya pun nak tengok sampai mana perincian laporan-laporan itu. Malah saya nak tengok samada laporan-laporan itu seragam dari segi sumber dan datanya.
Fed Up
Sdr Fed Up,
Pls visit Bank Negara Malaysia's website. Click "Publications & Research paper"...in that page you can find the latest BNM Annual Report 2010.
For other docs like NEM, ETP, GTP, RMK10 -- pls visit EPU's website. Semua ada situ. They're free to be downloaded.
For Bajet 2012 -- pls google "Bajet 2012 full text"...many links can be found.
For extra readings -- pls also visit website like MITI, Pemandu, etc.
Hope that helps.
Azman Mohd Isa
Salam Dato'.
Buat saudara Affendi Hussein....BRAVO! Saya memahami ulasan saudara dengan mudah sekali. Untuk Saudara AZman Mohd Isa pula tentang komen saudara '12. Namun demikian, kita gunalah sedikit sebanyak ilmu yg Allah kurnia pd kita utk kita kaji semua perancangan-perancangan yg kerajaan sudah buat. Apabila kita sudah kaji, barulah kita berbincang mengenainya satu per satu. Baru ada ketertiban.' Saya terus terang tulis yang saya dah serik nak kaji semua perancangan-perancangan Kerajaan Barisan Nasional selepas kepimpinan Dr Mahathir Mohammad.
Mana kesannya? Barang keperluan harian semakin meningkat, wang pendapatan bulanan tetap sama tiap bulan (RM 2,670.50).Menetap pula di Subang Jaya, dapat makan.. bayar semua... hutang kereta, rumah etc pun dah cukup bersyukur. Tapi boleh bertahan sampai bila? Ramai yang mengeluh kini....dan mereka semuanya LAYAK MENGUNDI!!!Saudara Azman kena buat kiraan matematik juga bukan majoriti orang berpendapatan RM 5K keatas sebagai pengundi di Malaysia ni....
Azhar Lokman
Azman,
Terima kasih pada link berkenaan.
Saya dah baca sebenarnya semua itu. Tak pernah miss sejak gawat 1997 (pada awalnya dari sumber bukan internet).
Kita baca benda yang sama tapi kesimpulan kita berbeza. Pelik.
Saya cadangkan saudara bandingkan laporan bank negara dan bandingkan, antara tahun ke tahun, angka pendapatan, perbelanjaan dan hutang kerajaan (antara lain) dengan menyisihkan faktor kadar inflasi matawang.
Kemudian lihat juga, nisbah kecairan berbanding hutang, nisbah kecairan berbanding tanggungan, nisbah pendapatan berbanding perbelanjaan, nisbah belanja pembangunan berbanding pengurusan dan nisbah kos terkumpul berbanding kos asal sesuatu projek nasional.
Semua yang saya nyatakan ini tidak ditulis dalam laporan tetapi boleh dikira berdasarkan data dalam laporan berkenaan.
Selamat mengira. "The truth (of irony) is out there."
p/s Ada tak kat mana-mana yang saya boleh dapatkan laporan berkenaan impak dari dua stimuli ekonomi anjuran PM Najib pada 2009?
p/s Saya juga masih menunggu jika Azman atau sesiapa saja dapat berkongsi maklumat kenapa harga petrol belum juga diselaraskan sejajar dengan harga minyak dunia yang sudah pun turun 70%. Maklum saja, malulah kerajaan jika diri sendiri tak mahu turun harga sedangkan peruncit di Alor Setar dipantau untuk menghalang kenaikan harga.
p/s Adakah Akta Persaingan 2010 mendapat bantahan seperti Akta Buruh dan Akta Pembangunan Kg Baru sehingga masih tidak dapat dikuatkuasakan?
Fed Up
Sdr Fed Up,
Sdr bertanya satu soalan yg sangat baik berkenaan impak oleh dua stimulus packages 2008 & 2009.
Jawapan kpd soalan itu adalah panjang kerana kita harus melihat di dalam banyak aspek /sector ekonomi. Secara umumnya, Stimulus2 tersebut berbentuk Fiscal dan Monetary, maka kita mesti meletakkan “two-and-two together” dari ke semua aspek-aspek Fiscal dan Monetary utk mendapat jawapannya. Kita harus rujuk kpd pelbagai jenis repot dari byk agensi yg mewakili sector-sector ekonomi berkaitan dgn stimulus Fiscal & Monetary ini.
Sebagai contoh, stimulus pertama berjumlah RM7bn dilancarkan pada Nov 2008 menekankan kpd aspek domestic demand melalui sector infrastruktur & pembinaan. Jadi, utk mencari impaknya, kita harus melihat kpd repot2 dari BNM, kementerian-kementerian yg berkaitan dgn infra & pembinaan, serta repot2 atau kertas2 kerja yg mewakili kedua-dua sector ini.
Utk stimulus yg kedua pula, ianya berjumlah RM60bn dilancarkan pd Mac 2009 juga menekankan kpd domestic demand melalui (i) Fiscal stimulus (govt expenditures), (ii) Guaranteed Funds, (iii) Investment Funds (i.e. Khazanah ), (iv) Private Finance initiatives & Public-Private Partnership, dan (v) Tax incentives.
Ianya merupakan satu analisa yg besar dan harus teliti bagi setiap satu sector ekonomi. Ada byk “puzzles” yg kecil mesti dicantumkan utk mendapat satu gambaran yg besar. Selepas itu, ianya memerlukan satu forum khusus utk bersoal jawab. Forum kita di blog ini tak praktikal.
Walaupun saya berhajat nak kongsikan beberapa repot dan kertas kerja berkenaan Stimulus tersebut di sini, saya tak mampu berbuat demikian. Saya tak boleh nak pautkan kertas2 kerja itu semua kerana ianya berada di dalam database peribadi. Tak boleh nak kongsi online. Mohon maaf.
Namun, pandangan saya macam ini -- Stimulus yg pertama berjumlah RM7bn yg dilancarkan pd Nov 2008 menekankan kpd sector infrastruktur & pembinaan. Impaknya pada tahun 2009, adalah tidak berapa significant. Ini disebabkan (i) jumlah stimulus yg kecil, dan (ii) Malaysia, ketika itu dan sampai skrg, masih terikat dgn peranannya sbg “global manufacturing chain” di mana situasi kemelesetan ekonomi negara ketika itu byk berkait rapat dgn kemelesetan ekonomi dunia.
Jadi, walaupun objektif stimulus itu adalah utk memberi “boost” kpd domestic demand melalui sector infra & pembinaan, immediate impactnya utk kedua-dua sector berkenaan pada 2009 hanya menunjukkan peningkatan sebanyak +/- 1% berbanding 2008.
Tapi, kedua-dua sector ini meningkat pada tahun 2010 dan 2011 (mungkin juga disebabkan oleh stimulus yg kedua).
Untuk stimulus yg kedua saya simpulkan macam ini – jumlah peratusan domestic demand meningkat sebyk 6.3% pada 2010 drp -0.5% pd 2009. Domestic demand ini mewakili Private Consumption & Private investment di mana kedua-duanya meningkat pada 2010 kpd 6.6% (2009: 0.7%) & 13% (2009: 8%) masing-masing.
Terima kasih
Azman Mohd Isa
(Terkhusus)
Sdr Azman, Sdr Fed Up, Sdr Affendi,
Salam Sejahtera
Terima Kasih kerana kegigihan anda bertiga dan yang lain juga telah memberi saya banyak kefahaman tentang tajuk Budget 2012 Mohd Najib Tun Abdul Razak. Alhamdulillah.
Harapnya semua lapisan masyarakat 1Malaysia diberi perhatian yang adil sekiranya tidak sama rata dalam kita menuju Wawasan2020.
Dato' Kadir - well done - hats off to you.
Salam Takzim
Mahaguruku,
Salaams
PIIGS
(maju tetapi bankrup)
Sebenarnya yang datang
di akhir-akhir perbincangan
ekonomi si-blogger hanyalah persoalan
selah cirip si-hud-hud
bagaimana ramuan yang pragmatik
mensejahterakan negara yang mahu maju
ini yang harus dijawab
selah cirip si-hud-hud
Kadar pengangguran moden adalah 10 - 20%, banjir PATI, keadilan sosial, dan kos kesihatan
selah cirip si-hud-hud
mana dia halal dan toyiban
bila si-pemakan riba bermaharajalela
perang kebuluran cuaca tak menentu
selah cirip si-hud-hud
Salam Takzim
Azman kata;
"Jadi, walaupun objektif stimulus itu adalah utk memberi “boost” kpd domestic demand melalui sector infra & pembinaan, immediate impactnya utk kedua-dua sector berkenaan pada 2009 hanya menunjukkan peningkatan sebanyak +/- 1% berbanding 2008."
"Tapi, kedua-dua sector ini meningkat pada tahun 2010 dan 2011 (mungkin juga disebabkan oleh stimulus yg kedua). "
Stimulus kedua hanyalah peratusan kecil berbanding bajet keseluruhan bajet 2009. Untuk mengaitkannya dengan multiplying effect yang melimpah ke tahun 2010 dan 2011 adalah keterlaluan. Perkataan "mungkin" yang anda gunakan itu adalah dalam konteks yang amat kabur.
Tambahan pula, tahukah anda dalam laporan bank negara bagi tahun 2009, stimulus kedua didapati masih banyak yang tidak digunakan sepenuhnya walaupun pada tarikh 31 Disember 2009.
"Untuk stimulus yg kedua saya simpulkan macam ini – jumlah peratusan domestic demand meningkat sebyk 6.3% pada 2010 drp -0.5% pd 2009. Domestic demand ini mewakili Private Consumption & Private investment di mana kedua-duanya meningkat pada 2010 kpd 6.6% (2009: 0.7%) & 13% (2009: 8%) masing-masing. "
Azman,
Adakah anda benar-benar maksudkan private consumption atau sepatutnya bertulis "public consumption"?
Fed Up
Sdr Fed Up,
1.Saya tak salahkan Sdr kerana tak paham maksud “mungkin” dalam komen saya kerana seperti yg saya cakap, perbincangan mengenai stimulus impact ini tak praktikal utk dibuat di sini. Pasal multiplier effectnya shj mungkin memerlukan 4-5 kertas A4 utk ditulis. Terlalu byk faktor utk dirungkaikan satu per satu dan bila saya ringkaskan ulasan, saya memang sudah jangka Sdr tidak akan paham. Mohon maaf.
2. Pasal terdapat “lebihan” stimulus yg tidak digunakan sepenuhnya sebelum atau pada 31/12/2009 – itu memang saya akui benar kerana (i) konsep kedua-dua stimulus tersebut tidak semestinya dihabiskan kesemuanya dalam tahun 2008 atau 2009, dan (ii) terdapat beberapa billion lagi “baki” stimulus kedua tersebut yg di rolled over into 2010 (sila rujuk BNM Report 2010, pp 29, 34 & 81).
3. Ya, sememangnya saya maksudkan sbg “private consumption”.
Terima kasih
Azman Mohd Isa
p/s Cukuplah kot kita berbincang pasal bab ekonomi ini. Bukannya saya tak suka tetapi Sdr sendiri yg cakap posting Datuk AKJ ini adalah bertajuk "ular menyusur akar". Mohon maaf Datuk AKJ.
Sdr Azman dan Fed Up
Maklumat teknikal di bawah mungkin dapat menjustifikasikan mengapa impak ditahun pertama pakej stimulus kerjaan pertama (Nov 2008) bernilai RM 7 bilion dan kedua ( Mac 2009) bernilai RM 60 bilion itu impaknya kecil seperti yang sdr Azman kata atau masih banyak belum digunakan seperti yang sdr Fed Up kata:
Tempuh masa yang diperlukan untuk menyediakan dokumen2 kontrak bagi projek pembinaan bernilai RM 50 juta hingga RM 100 juta, sebagai contoh, di peringkat PRAKONTRAK, membabitkan, penyediaan dokumen kumpulan pertama, dokumen2 berkaitan ukur tapak, berkaitan siasatan dan analisa tapak, penyediaan dokumen kumpulan kedua, dokumen2 berkaitan konsep rekabentuk, berkaitan kelulusan PBT2 dan berkaitan lukisan pembinaan untuk keperluan tender, dan penyediaan dokumen kumpulan ketiga, dokumen2 berkaitan penyediaan tender, pengiklanan tender, penilaian tender-kewangan dan teknikal, dan penawaran tender kepada kontraktor, yang keseluruhannya, mengamil masa antara LAPAN hingga DUA BELAS bulan paling minima untuk disiapsediakan atau mengikut nisbah setiap penyiapan kumpulan dokumen di atas ialah; penyediaan dokumen kumpulan pertama 20%: penyediaan dokumen kumpulan kedua 50%: penyediaan dokumen kumpulan ketiga 30%, di mana ianya bergantung kepada jenis projek infra atau bangunan, jenis atau komplikasi bangunan,kecekapan dan kepatasan pihak2 yang dipertanggungjawab membuat penyediaannya tremasuk kecepetan meluluskan rekabentuk projek (jika rekabentuk baru diperlukan), penggunaan rekabentuk bangunan standarad, prjek dibuat cara tender terbuka, tertutup atau runding terus, dan bentuk2 kontrak pembinaan yang digunakan iaitu sama ada Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey atau Design and Build.
Yang saya tahu, untuk pakej stimulus pertama sahaja penyediaan dokumen kumpulan pertama dan kedua telah disiapsediakan.
...SAJI
Rao Lanun Bahaso,
Pinjam kata orang muda US, "DIDO".
Fed Up
Azman,
Private consumption yang diterjemah kepada public consumption, adalah sesuatu yang patut ada dalam agenda kerajaan. Kerana insentif itu datangnya dari dana awam.
Bila mana data private consumption
dipantau sedangkan public consumption tidak mendapat tempat sepatutnya dalam laporan dan kajian rasmi sememangnya mengecewakan.
Sebagai individu, saya faham atau tidak faham, adalah tidak penting. Soalnya adakah rakyat marhaen dapat melihat, memahami dan menikmati? Ini andasar maksud menyusur akar.
Saji,
Saya sememangnya jahil dalam protokol dan birokrasi. Namun sebagai seorang rakyat, tentunya saya mengharapkan bajet 2009 dilaksanakan dalam 2009.
Jika tempoh penyediaan dokumentasi itu memakan masa sehingga setahun, tentunya Najib sudah umumkan sebagai tambahan kepada RMK dan bukan tambahan kepada bajet tahunan.
Adakah saya naif kerana mengharapkan projek "fast-track" (seperti kebanyakan projek nasional yang sudah berjalan)? Atau faktor masa dan timing tidak di ambil kira semasa stimulus-stimulus itu diumumkan?
Multiplying effect tentunya mengambil masa untuk melengkapkan kitaran ekonomi. Adakah anda akan percaya jika saya katakan, kitaran dalam multiplying effect itu belum sampai kepada pengguna sehingga kini walaupun sudah menampakkan peningkatan peratusan dalam sektor swasta?
Teringat saya dahulu, TDM umumkan bonus kakitangan awam seiring dengan kalendar cuti bahkan promosi pelancongan dalam negeri juga giat diusahakan dalam sekitar tarikh-tarikh kalendar yang sama.
p/s Saya kini menarik nafas dalam-dalam, menunggu Laporan Audit Negara, Isnin nanti.
Fed Up
Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan Datuk. Saya ingat dah tak nak komen lagi tapi ada sikit isu yg perlu diulas.
Sdr Fed Up,
Saya rasa Sdr ada khilaf sikit mengenai "private & public consumption" ini.
1. Secara ringkas, Public consumption atau Govt expenditure atau Govt spending adalah merupakan "determinant factor" kpd private consumption, dll. Iaitu, private consumption "bergantung" kpd public consumption (i.e. public consumption bertindak sbg "independent variable" manakala private consumption sbg dependent).
2. Di dalam membicarakan berkenaan isu "impak" stimulus, maka variable yg mesti kita kaji dan bincang ialah "dependent variable" iaitu dalam konteks domestik demand yg ditekankan oleh stimulus tersebut, kita kena lihat kesan ke atas private consumtion dll. Itu yg menjadi soalan Sdr pada asalnya bukan?
3. Adalah malang jika Sdr kata "public consumption" ini tidak di reportkan dalam mana-mana report sedangkan ianya jelas terpampang di dalam BNM Annual report, dll. Sila rujuk lagi sekali (dan kalau boleh beberapa kali lagi...).
Mohon maaf.
Azman Mohd Isa
Azman,
Pertama, saya kata "tidak mendapat tempat sepatutnya"
"Bila mana data private consumption
dipantau sedangkan public consumption tidak mendapat tempat sepatutnya dalam laporan dan kajian rasmi sememangnya mengecewakan."
"Tidak mendapat tempat sepatutnya" TIDAK SAMA MAKSUDNYA DENGAN "tidak di reportkan dalam mana-mana report"
Kedua, saya katakan simbiosis antara private sector dan public sector tidak begitu ketara atau significant memandangkan ekonomi negara kita umumnya adalah ekonomi eksport.
Berapa besar pengeluaran minyak kita (dan bi-produknya) yang (berkualiti tinggi) berbanding pendapatan negara tetapi peratus besar dieksport manakala minyak kualiti lebih rendah diimport untuk kegunaan dalam negara.
Berapa besar pengeluaran minyak sawit (dan bi-produknya) dikeluarkan berbanding pendapatan negara dan berapa peratusan pula yang diguna secara domestik?
Begitu juga tekstil, sayur dan perabut. Ada lagi tapi saya dah lupa.
Jika Azman tidak boleh bersetuju dengan hakikat ini, terpulanglah.
Fed Up
Sdr Fed Up
"Jika tempoh penyediaan dokumentasi itu memakan masa sehingga setahun, tentunya Najib sudah umumkan sebagai tambahan kepada RMK dan bukan tambahan kepada bajet tahunan.
Adakah saya naif kerana mengharapkan projek "fast-track" (seperti kebanyakan projek nasional yang sudah berjalan)? Atau faktor masa dan timing tidak di ambil kira semasa stimulus-stimulus itu diumumkan?
Multiplying effect tentunya mengambil masa untuk melengkapkan kitaran ekonomi. Adakah anda akan percaya jika saya katakan, kitaran dalam multiplying effect itu belum sampai kepada pengguna sehingga kini walaupun sudah menampakkan peningkatan peratusan dalam sektor swasta?"
Komen:
Apa yang saya ingin beritahu sdr daripada komen saya 5:26 ialah;
1/ Jika benar apa yang diumum oleh PM, DSN mengenai pakej stimulus Kerajaan pertama (Nov 2008) bernilai RM 7 bilion itu
dikhususkan untuk projek Kerajaan/GLC yang dokumentasi kontrak projeknya sudah sampai peringkat untuk ditenderkan saya menjangkakan tender ditawarkan kepada pihak kontraktor pada bulan APRIL 2009. Jika tempuh pembinaan atau peringkat PASCAKONTRAK bagi projek RM 50 hingga RM 100 juta itu mengambil masa 2 tahun minima, maka projek akan siap pada bulan APRIL 2011. Dan jika mengambil kira kontrakor mengambil masa kira2 2 bulan untuk menyiapkan kerja2 preliminaries yang ditetapkan, maka kerja -kerja pembinaan sebenar di tapak akan bermula seawal JUN 20O9.
2/Manakala bagi pakej stimulus kerajaan kedua ( Mac 2009) bernilai RM 60 bilion itu, paling awal kontraktor ditawarkan kontrak ialah pada bulan MAC 2010. Dan dengan mengambil kira tempuh penyiapan 2 tahun, maka projek2 bagi pakej stimulus kedua akan dijangka siap pada MAC 2012.
Salam dato, nilah perkara yang selalu dilupakan oleh pemimpin yang dilantik. Mula ok, tapi bila dah lama dah naik tocang,ranggi,perasan tak tentu hal,sedangkan dalam agama kita tidak diajar macam itu!.Kalau dah terpilih tetapi gagal juga dalam misnya sebagai wakil kepada yang memilih, tak payah bertanding lagi.faktor inilah yang memungkinkan kekuatan sesebuah perikatan. Ini tidak nak duduk tempat tu sampai mati.Mungkin yang terpilih ini baru mendapat tongkat sakti!.ingat ,tarik diri bila orang dah jemu, supaya jasa kita dapat dikenang sepanjang masa. pak Ya.
Post a Comment