Thursday, August 02, 2012

Kes Rafizi dan Perbatuan Politik

A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

MASA beredar tetapi keadaan tidak semestinya berubah. Kalau berubah pun hanyalah cara.

Ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa, penahanan di bawah akta itu dianggap sebagai “seal of approval” atau tanda pengiktirafan bahawa seseorang itu pejuang tulen.

Malah, dalam DAP pada satu ketika pemimpinnya yang tidak ditahan di bawah ISA dianggap sebagai orang penakut dan tidak layak dianggap pejuang.

Sekarang, dengan ihsan Perdana Menteri dan transformasi, ISA susah dibakulsampahkan. Maka hilanglah tanda niaga yang berharga bagi pembangkang dan penentang kerajaan.

Kini terpaksalah mereka menaikkan taraf undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan dan undang-undang komersial ke taraf ISA supaya mereka terus dianggap sebagai wira dan mangsa apabila ditangkap dan diheret ke mahkamah.

Jadi, tidaklah menghairankan kalau penangkapan dan penuduhan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, pada 1 Ogos di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan pendedahan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) akan menjadi satu lagi “fodder” atau bahan perbahasan.

Rafizi dituduh bersama dengan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, membocorkan rahsia bank. Mereka mengaku tidak bersalah.

Sekalipun tindakan mengheret Rafizi ke mahkamah adalah keputusan Bank Negara yang bertanggungjawab ke atas BAFIA, namun ia akan dijadikan senjata bagi menuduh kerajaan melakukan penindasan politik.

Namun begitu, daripada perspektif yang lebih luas, kita harus mengambil kira bahawa ada dua pihak lain yang telah dihadapkan ke mahkamah pendedahan kes NFCorp.

Pada 12 Mac lalu, pengerusi NFCorp., Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, telah dituduh melakukan pecah amanah melibatkan hampir RM50 juta.

Dalam satu kes lain, perunding Shamsubahrin Ismail dituduh menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran perundingan.

Penuduhan di bawah BAFIA ke atas Rafizi mempunyai implikasi yang luas. Bank Negara berhak dan wajar bertindak tegas ke atas kakitangan bank yang membocorkan rahsia pelanggan.

Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.

Saya yakin Rafizi, sebagai seorang politikus yang pintar, tahu mengenai wujudnya BAFIA dan kesalahan membocorkan rahsia pelanggan bank.

Jadi, sama ada beliau melakukannya kerana mahukan pertabatuan politik – political milage – atau kerana mengambil berat kebajikan umum – altruism – undang-undang tetap undang-undang.

Beliau haruslah bersedia berpegang kepada ungkapan berani buat beranilah tanggung dan hadapi akibat tindak-tanduknya. Tetapi, kalau penyiasatan dan pendakwaan kes beliau hambar seperti dalam beberapa kes sensasi sebelum ini, harapan beliau dibebaskan adalah cerah.

Apa pun, Rafizi sudah boleh mendabik dada mengatakan perjuangannya tidak sia-sia dan pihak-pihak yang beliau wakili telah mendapat “political milage” yang besar. Wallahualam.

47 comments:

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,
Tapi takyah la sampai handcuff macam "common criminals" sampai 10 orang enforcers pi tangkap si Rafizi.

Tak ke memberi lebih fodder untuk orang criticise? Especially since yang di "bocor" turned out to be irregularities.

Salam dan selamat berpuasa.

ab said...

Salam dato,




La ni masih musim berani buat tak mau tanggung punya la...bolih tengok ada berapa orang mengaku salah di mahkamah hari hari ...



Nanti bolih sampai kata, pasai apa kena dok kat jail, tu dah menzalimi orang!...`against human right y'know eh.


Abu Bakar Ab Rahman

Rawa Lanun-Bahasa said...

Nak tahulah Whistleblower Act Malaysia itu main-mainan BN kah?

No case...Tahniah pejuang-pejuang keadilan menentang kezaliman dan penipuan kerajaan BN!

Mariam said...

Apa perlu kita berkira-kira perihal teknikal padahal berjuta-juta dan berbilion-bilion wang rakyat disalah gunakan.

Dimanakah iman orang Melayu yakni menentang kemungkaran?

abdullahngah said...

Saya setuju dengan kata kata Datuk bahawa Penuduhan di bawah BAFIA ke atas Rafizi mempunyai implikasi yang luas. Bank Negara berhak dan wajar bertindak tegas ke atas kakitangan bank yang membocorkan rahsia pelanggan.

Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.

Kata Datuk lagi"Saya yakin Rafizi, sebagai seorang politikus yang pintar, tahu mengenai wujudnya BAFIA dan kesalahan membocorkan rahsia pelanggan bank".

Rafizi Ismail bukan kakitangan bank dan Johari Mohammad adalah bekas kerani Bank macam mana ditangkap dan didakwa bocor rahsia pelanggan.

Pada saya bank negara tak berhak tuduh dan dakwa mereka berdua, kerana mereka bukan kakitangan bank terbabit.

Kerajaan barangkali boleh berbuat demikian untuk jaga reputasi menteri dan timbalan menteri serta pemimpin umno yang melakukan kejahatan terhadap ekonomi negara.

Yang paling pelik lagi apabila pendedahan dan kebocoran dilakukan oleh orang umno terhadap pemimpin Pembangkang Bank negara diam diri.

suatu masa dulu, Orang umno Terengganu pernah mendedahkan yang salah seorang EXCO kerajaan ada simpanan di Bank islam jutaan ringgit.Bukan setakat itu saja malah disebar secara meluas.

Kalau salah kenapa tidak siasat dan buat tangkapan serta mendakwa kerana ada seseorang yang bekerja dengan Bank Islam Kuala Terengganu membocorkan rahsia pelanggan.

Pelik Rafizi Ismail dan Johan mohammad ditangkap dan didakwa, sedangkan kedua dua itu bukan kakitangan bank terbabit.

Rikola said...

Bukan setakat 'Wallahualam' , 'hanya Allah yang tahu' sahaja Datuk, kita sendiri pun boleh gunakan akal yang memang Rafizi mahukan political mileage. Bocorkan maklumat persendirian adalah perkara serius.

Kalangan penyokong pembangkang mengtakrifkan Whistleblower Protection Act itu bermaksud boleh sesuka-hati mendedahkan maklumat peribadi. Itu adalah salah. Ia hanya boleh didedahkan kepada pihak berkuasa bertanggung-jawab. Ini sewenang-wenangnya digelar hero. Janganlah jadi kurang cerdik. Saya melihat yang paling rugi ialah kerani yang membicorkan maklumat berkenaan. Sudahlah kena dakwa di mahkamah, tetapi yang dijulang sebagai hero ialah Rafizi.

Serupalah kalau kita berjaya menangkap pencuri. Adakah dibolehkan kita sumbat pencuri itu dalam reban ayam di belakang rumah? Ataupun melaksanakan hukum potong tangan serta-merta? Sudah tentu tidak! Semestinya diserahkan kepada pihak Polis.

Jangan lupa, semua orang yang didakwa mempunyai hak mempertahankan diri mereka di mahkamah. Biarlah mahkamah, dengan kebijaksanaannya melaksanakan proses pengadilan dan tak perlu kita menjatuhkan hukum tanpa soal-periksa.

Fireman Sam said...

Salam Dato’,

“Silence in the face of Evil is itself Evil,
God will not hold us guiltless. Not to speak is to speak. Not to act is to act. “
~ Dietrich Bonhoeffer ~

Dato’ lebih arif dalam penterjemahan ke Bahasa Melayu.

Kita kena ikhlas dan tanya samada apa yang dilakukan oleh Rafizi and si-kerani itu betul atau salah. Ini bukan pasal curi sebungkus mee siam atau sesikat pisang. Penyelewengan sehingga beratus juta ringgit rakyat dan usaha untuk menyembunyikan itu kan jenayah yang berat?

Kalau Rafizi seorang tukang kebun di sekolah, memanglah tak memadai untuk dirinya menampil ke depan dengan bukti ini. Dia ahli politik. Itu tugas dia. Yang menghairankan, mengapa ahli politik dari BN semua senyap. Khairy Jamaludin buka mulut dulu dan kata ‘investment’ tu lebih menguntungkan. Lepas tu bila satu dunia bising dia menikus.

Kes ini jelas penyelewengan dan salah guna kuasa. Walaupun ada hasrat nak bayar balik, ia tetap jenayah.

Asil said...

Salam. Ini melibatkan kepentingan awam. Maka eloklah dibentang, dibuka seluas-luasnya untuk pengatahuan umum transaksi-transaksi sebuah syarikat dengan kerajaan supaya telus. Kalau persendirian punya, lain cerita. Lagi pun tiada siapa nak tahu. Kalau Dato invest ternakan kambing sesebuah syarikat, nak lah tahu aliran transaksi kewangan. Mana bole rahsia. Kalau nak dirahsiakan jugak atas undang2 tertentu, baik jangan invest. Bahaya. Sekian

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Assalamualaikum Dato' AKJ,

Isu ini sebenarnya lebih luas,undang-undang yang ada melindungi penjenayah dan bagaimana untuk rakyat bertindak jika tiada pendedahan dilakukan.

Adakah menjadi satu dosa mendedahkan jenayah yang melibatkan kepentingan awam?Pada saya,falsafah undang-undang dan hukuman itu sendiri sudah salah.Dalam hal ini,melibatkan sumber kewangan milik rakyat,bukan UMNO/BN.

Membaca artikel Dato' AKJ kali ini saya sudah menanggapi bahawa arah tulisan ini bukan sebagai pandangan sisi sebaliknya artikel ini sudah menghukum.

Apa pandangan Dato' jika insiden ini dibaca bersama Whistleblower Protection Act 2010 ?

Selamat berpuasa Dato',kita berpuasa lebih lama,disini berbuka jam 9 malam dan sahur sekitar 4 pagi.

Lahuma said...

Dato.

Kes dan isu Rafizi -- Bafia Bank Negara.

Begitu lah kalau nak jadi hero.

Ada baik dan ada buruknya.Kena tengok kiri kanan.

Baiknya kerana terbongkar skandel NFC yg amat memilukan hati rakyat yang kaya dgn kemiskinan.
Kalaun tidak rakyat dialun dengan buai mimpi wangian.

Buruknya .Rafizi terima padah bila dihadap kemahkamah atas tuduhan BAFIA Bank Negara.Begitulah ragam dunia.Kalau nak jadi pejuang tulen kenalah ada luka-luka atau calar dibadan serta parutnya sekali.itulah pejuang yg tak pondan.

Ramai merasakan perbicaraan nanti akan wujug daya penariknya yang tersendiri yang ada kaitan dengan politik semasa negara.

Barangkali ada lagi pecah lubang akan di adunkan.Maklumlah nak pertahan diri.

Apa pun Rafizi telah berjaya memain peranan sebagai aktivis pembangkang yang berjaya.

Itulah doa rakyat doa keramat.

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

BN selongkar PR.
PR pula selongkar BN.

PRU 13 rakyat sudah tentu banyak ilham dan petunjuk untuk timbangan yg bagus.

BN kerajaan pusat.
PR kerajaan beberapa buah negeri.

BN/PR sama-sama ada dosa pahala.

Apa pun jangan sampai Melayu/Islam berada seperti Rohingya dinafi segalanya.

Terima kasih.Selamat berbuka puasa Dato dan keluarga.

Rad said...

inilah bezanya undang2 islam dan bukan islam...

jika undang2 islam yang DITUDUH jika didapati BERSALAH akan DIHUKUM..
manakala yang MENUDUH akan DIHUKUM jika tuduhanya adalah PALSU.

cth:
i. orang yang berzina (belum berkahwin) akan dihukum sebat 100 kali- jika benar
ii. orang yang menuduh orang lain berzina akan disebat 80 kali - jika tuduhan Palsu.

dalam kes NFC, jika didapati memang benar NFC disalah urus (salah guna wang rakyat).. sepatutnya kita bersyukur kerana ada orang mendedahkannya.. supaya pembetulan dan tindakan dapat dilakukan.. xkiralah siapa yang mendedahkannya..



P/s: kat malaysia nie ramai sungguh orang yang berpolitik sehingga hilang waras akal dan imannya.

Wallahualam

apsda said...

Kalau tidak bocor kecurian. Macam mananak tangkap pencuri..

Razakmuhammad said...

Bagi saya kedua -duanya puncak.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Luka akibat perkelahian politik untuk merebut kuasa semakin parah. Ramai orang sudah tidak hormat kepada beberapa insitusi Negara termasuklah kedudukan Peguam Negara sendiri.

Kalau keadaan sedmikian,Negara akan hancur dan sangat sukar untuk memulihkannya. Ramai pihak yang menghina institusi-isntitusi Kerajaan yang penting secara terbuka dipentas-pentas ceramah politik dan ada kalanya menjadi bahan ketawa dan sindiran.

Keadaan sedemikian harus dihentikankalau kita semua sayangkan kepada Negara ini oleh kerana tertegak sesabuah Negara disokong oleh rakyat dan institusi-insitusi Kerajaan. Siapa sahaja yang merentah,institusi-institusi Kerajaan akan kekal untuk mempertahankan Perlembgaan Negara.


Saya ucapkan tahniah kepada Bank Negara kerana tidak memileh bulu dalam menguatkuasakan Bafia. Institusi perbankan akan hancur sekiranya Bafia tidak dikuatkuasakan. Bayangkan kalau akaun persendirian kita didedahkan kepada orang lain tanpa pengetahuan kita sendiri.


Iklas,

Rahim
Rafizi menunjukan perwatakan saperti orang terlalu cerdik melalui sidang-sidang akhbarnya dan melalui debat politiknya. Tetapi dia mungkin lupa bahawasanya lebih ramai diluar sana yang lebih cerdik darinya.

doncin cai said...

....laaaaaa....
ngapa nak gabra tentang benda2 macam ini ni... ini hari aku nak sekolahkan kome semua...
negara kita bukannya kudi sangat... kita tidak mengamalkan.. " ... anda di dapati bersalah sehingga dapat membuktikan bahawa anda tidak bersalah... "
jadi, lantak le bank negara dan rafifi menyelesaikan benda ini.. dan bank negara bukan bertindak di sebabkan rafifi orang pkr..pelik, kome pulak yang sesak nafas.. mungkin sukar mengelakkan benda ini dengan politik... tapi, sekurang kurangnya, kome cuba le mengelakkan tanggapan sedemikian.. for me, not an issue

Kamal said...

Dato.
Yang saya hairan sekarang,anak anak mudavdan mak chik sudah tiada lagi fear factor.Saya maseh ingat masabsaya dahulu,saya sangat takut kapada mata mata.Jika dia datang masok kampong semua orang lari ,

Samasa du University pun,kita amat takut dengan pehak polis.Jika berdemonstrari kita ikut dari belakang atau pun idak campor langsong.

Sekarang ini anak anak muda berani betul.bukannsahaja di sini malah di Singapora pun sama.LKY yang,selalu berlaku kejam kapada lawannya sudah tidak diendahkan lagi.
Kita lihat Mak Chik dari Felda,naik motor darimTrolakmdatang berdemonstrasi.Dalam Berseh ramai pak Chikndan Mak Chikmdan anak anak muda keluar dengan berani,

Apa tangda nya ini,Pak Kadir.

Jawabnya jika kita tidak sensitive,jasi macam Pemimpin Tunasia atau Mesir yang baru digulingkan.

langitbiru said...

SANGAT PELIK PENDAPAT DATO' KALI INI!!!

SUKA SAYA TERANG SIKIT MAKSUD ASSOBIYYAH, IAITU BERDIAM DIRI ATAU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEMBUNYIKAN KESALAHAN DAN KEZALIMAN KAUMNYA (MELAYU UMNO).

BERMAKNA TIDAK BERLAKU ADIL

KALAU KAUM LAIN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA, AKAN DIHUKUM SEBERAT-BERATNYA.

SAYA TIDAK TAHU, BERAPA LAMA BERAPA JAM AHLI LEMBAGA PENGARAH NFC YANG TERDIRI DARI ANAK-ANAK SYAHRIZAT DISOALSIASAT OLEH SPRM?

ADAKAH SAMA LAMANYA DAN CARANYA DENGAN SIASATAN TEOH BENG HOCK DAN SARBINI?

SIAPA YANG TIDAK HORMAT INSTITUSI KERAJAAN?

SIAPA YANG TIDAK HORMAT UNDAMG-UNDANG?

SIAPA YANG TIDAK HORMAT PERLEMBAGAAN?

SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITULAH ASSOBIYYAH BERLELUASA.

INSTITUSI KERAJAAN, UNDANG-UNDANG BAHKAN PERLEMBAGAAN DIMANIPULASIKAN OLEH MEREKA DEMI MELINDUNGI KEPENTINGAN MEREKA.

BILA JABATAN PEGUAM NEGARA BERTINDAK, UMNOBN CAKAP, ITU KERJA JPN, BUKAN KERJA UMNO!

BILA SPRM BERTINDAK, UMNOBN CAKAP, ITU KERJA SPRM, BUKAN KERJA UMNO!

BILA POLIS BERTINDAK, UMNOBN CAKAP,ITU KERJA POLIS,BUKAN KERJA UMNO!

BILA SPR BERTINDAK,UMNOBN CAKAP, ITU KERJA SRR,BUKAN KERJA UMNO!

YANG SAYA BENAR-BENAR YAKIN, BILA BOMBA PENYELAMAT PI TANGKAP ULAR SAWA MAKAN ANAK KAMBING DI KAMPUNG, ITU BENAR-BENAR KERJA BOMBA, BUKAN KERJA UMNO!

FMZam said...

Di mata undang2 dan penjenayah2 yang menggunakan undang2 sebagai pelindung mereka, maka tindakan Rafizi dan pejuang2 yang melawan rasuah dengan cara sedemikian itu dikatakan sebagai satu kesalahan, padahal pada rakyat biasa, apa yang Rafizi lakukan itu sajalah caranya menentang rasuah dan jenayah kolar putih dan jenayah berprofail tinggi yang gagal dikekang oleh kerajaan yang memang jelas penuh bersarang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Apalah gunanya undang2 kalau undang2 itu dimanipulasi untuk melindung penjenayah?

Jordan Williams said...

The confidentiality provisions of BAFIA do not extend to covering criminal acts. If banks or their employees are legally obligated to keep quiet and not report illegal transactions of funds and to allow themselves to be used for such purposes then the banks themselves become criminal assessories and it is this which will destroy the integrity of the banking system. Will foreign investors trust a banking system that lacks integrity.

Tandop said...

Salam Dato' AKJ,

Pokoknya kalau bersih,cekap dan amanah dilaksanakan betul-betul, tidak akan ada sebarang skandal seperti NFC dll.

Maka, tidak akan ada sebarang pendedahan skandal oleh sesiapa pun dan tiada sebarang dakwaan perlu dibuat.

Jadi, tadbir urus yang amanah akan disanjung rakyat.

Unknown said...

Salam dan selamat menjalani ibadah bulan ramdhan al mubarak, Kes ini adalah mainan politik sebab yang kena tuduh orang politik dan cara penangkapan juga cara politik iaitu politik kasar yang sesuai di guna semasa zaman purba,Kita sepatutnya melihat kes ini dari sudut kepentingan ramai iaitu isu utamanya ialah NFC jadi kalau tidak ada orang yang berani korek sperti rafizi tiada siapa pun yang tahu cuma setekat laporan ketua audit negara sahaja tindakan tak mungkin di ambil kerana ianya ada kaitan dengan keluarga menteri, Rakyat perlu melihat dato pun perlu melihat ketidakadilan memang berlaku begitu banyak sejak akhir2 ini kenapa ia berlaku kerana para pemimpin yang duduk kat atas sana dah mula panas.....sekadar itu sahaja dato jumpa lagi lain kali selamat berbuka dato...

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan pembahas yang saya hormati. Memang sangat gamat sekarang kedudukan politik sekarang. Alhamdulillah kita sudah separuh jalan berpuasa . Ini kita perlu ambil sebagai kemenangan. Mengapa kita tidak truskan semangat ini dalam tiap-tiap aspek kehidupan kita. Kita amabil yang baik. Dimasa PRU 13 kita pilih calun yang baik. Mudah-mudahan Allah berkati tindakan kita. Selamat berpuasa.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain, PJ

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Puasa kali ini tidak terasa sangat,kerana cuaca tidak panas sangat,tidak seperti semasa saya kanak kanak dahulu,ketika itu puasa sangat memeritkan,sahinggkan bila berbuka,air yang hampir memenuhi perut,lepas itu tak larat bertarawikh,bila balik rumah emak pura pura tanya,tarawikh tak tadi? sedangkan dia dah tahu duduk perkara, sebab ada yang jadi polis pencen.

Rafizi budak cerdik,tapi tak bertempat,sebagai politikus dia mesti juga ada pandangan kedua,bagaimana pula dia mendiamkan diri perihal ketuanya?,mungkin dia anggap,(orng lain yang perlu dedahkannya bukan aku).

Kerajaan buat undang undang untuk kebaikkan rakyat bukan untuk menindas rakyat,kalau ada undang undang yang perlu dipinda Parlimen adalah tempatnya.

Che Li said...

Salam, ikhlas cakap. Kalaulah kes ini tidak didedahkan kepada umum, adakah tindakan diambil kepada nfc. Sedangkan bila didedahkan, sprm serta merta kata tiada penyelewengan..

abdullahngah said...

Dr Danial Zamnal abidin sebut dia diberi gelaran TAN SRI.Dia ambik

Dia terima gelaran itu kerana menghormati pihak yang memberinya.

Tapi dia terkejut dengan laporan akhbar, TAN SRI dan DATUK membeli (Dr)PHD.

Bermakna orang dapat gelaran datuk dan TAN SRI DAN DATUK bukan semuanya orang baik.

kita sedia maklum gelaran yang diberi oleh manusia(kerajaan) tidak menepati nilai sebanra tapi orang yang dapat gelaran daripada Allah suatu yang realistik. macam gelaran R.A. kepada Saidina Omar dan sahabat Rasulullah SAW jamin ahli syurga.

Jadi, orang dapat gelaran tokoh wartawan negera pun serupa juga barangkali.

oleh itu, tidak perlu merasa hairan dengan tulisan Datuk Kadir Jasin yang dapat anugerah tokoh kewartawanan negara 2011 itu.

Memang begitulah hendaknya.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Elegant Scribe
YBhg Dato' A Kadir Jasin

Salam Zohor Ramadhan

Hujan Zuhur Sejuk Ramadhan
(sabaha di barzakh lojika)

Bernama:
http://bernama.com.my/bernama/v6/newsgeneral.php?id=685593

melapurkan bahawa "because if you reveal, then you are going against BAFIA, and the reason why BAFIA is there is to protect the intregrity and and credibility of the financial system"

Benar kata The Scribe - Perbatuan Politik.

A Day In The Courts
(karpal sings a siren song)

Hormat harus diberi kepada lawan
Tangisan mesra terdengar hujan
jamaratun rafizi ditangan tuan
retak kaca dipekan pecah bintang jutaan

kelip-kelip mamai badawi
kelip-kelip mamai permatang
kelip-kelip mamai lim kit siang
senyum sempol si-karpal singh

itulah perhatian nasihat gerakan
hormat mesti diberi kepada lawan
berenang-renang antara lojika iman
The Singh Family Rules DAP! -
berkecai sejuta kaca dunia pekan



Maaf Selamat Berpuasa Ramadhan dan Salam Hormat

anakbuah said...

Salaam semua,

Saya tak tahu samada Dato' buta atau buat2 buta! Atau ada diantara kita yg sengaja buat2 bangang!!!

Saya amat setuju dan selari dgn komen Sdr abdullahngah..."Rafizi Ismail bukan kakitangan bank dan Johari Mohammad adalah bekas kerani Bank macam mana ditangkap dan didakwa bocor rahsia pelanggan."?

Dan berdasarkan kenyataan Dato'..."kalau penyiasatan dan pendakwaan kes beliau hambar seperti dalam beberapa kes sensasi sebelum ini, harapan beliau dibebaskan adalah cerah.", Dato' seolah2 sedar 'subconsciously' kes2 sensasi dan berprofile tinggi selama ini sebenarnya kes2 yg di'manufactured', dibuat2 dan sebenarnya tiada kes! Dan Dato' dan sebahagian drp kita sebenarnya menipu diri sendiri, hidup2!!!

Pekong di dada said...

Rafizi dan Dato T' - trio adalah serupa. Niat baik tetapi cara salah. Niat Dato T' mendedahkan kemungkinan Anwar Ibrahim main perempuan. Rafizi mendedahkan kemungkinan berlakunya corruption. Pendedahan kedua-duanya baik tetapi mekanisma pendedahan salah. Yang di tangkap dan dipersalahkan bukan niat tetapi mekanisma.

Kepada kerajaan sedia ada, ada beberapa sebab kenapa mekanisma perlu diawasi.

Pertama di dalam kes Dato T' pendedahan video secara terbuka boleh menyebabkan rakyat menonton filem yang tidak sepatutnya. Kita lihat dan cuba memahami, hakikat di sebalik kes tersebut.

Di dalam kes Anwar, dan perbandingan dengan Chua Soi Lek. Chua Soi Lek dan Anwar kedua-duanya tidak menyaman orang yang menyiarkan video berkaitan. Tetapi Chua Soi Lek mengaku main jadi wajarlah dia tidak saman, manakala Anwar tidak mengaku main dan sepatutnya dia menyaman. Adalah tidak konsisten untuk Anwar yang suka menyaman orang tetapi tidak menyaman Dato T' sekiranya beliau tidak bersalah.

Kedua, di dalam kes Rafizi, adalah untuk kredibility sistem perbankan di Malaysia. Mengikut akta BAFIA, Rafizi boleh didakwa walau pun dia bukan kakitangan bank. Bayangkan sekiranya saudara-saudara yang ada di sini yang tidak menyokong Rafizi didakwa, mungkin saudara suka sekiranya contoh cap jari saudara, nombor kad pengenalan saudara, contoh tanda tangan saudara dipergunakan oleh sindiket penipuan untuk menipu saudara sendiri. Perkara ini tidak betul dan sewajarnya orang yang mengeluarkan data berkaitan perbankan di dakwa untuk mengelakkan berlakunya perleluasaan salah laku pembocoran maklumat kerana possibility boleh dianggap oleh orang biasa seperti kerani perbankan sebagai sesuatu yang tidak salah.

Apa yang sepatutnya dibuat oleh Rafizi ialah memfailkan laporan polis dan juga laporan MACC.

Di dalam kes Rafizi, beliau menghadapi dua tuduhan. Petama tuduhan BAFIA, keduanya fail saman oleh Syarizat. Di dalam kes Dato T' beliau menghadapi satu tuduhan iaiatu tuduhan menyiarkan video lucah tetapi sampai la ni, beliau belum di saman oleh Dato Anwar Ebrahim... cuba lah fikir-fikirkan apa yang tersirat, dan bukan apa yang tersurat sahaja.

Dan fikirkan yang tersirat juga. Bukan lah karektor orang baik-baik sekiranya mereka ini mengutuk Dato T' atas kesilapan yang dibuat tetapi tidak mengutuk Rafizi atas kesilapan yang dibuat - "Keadilan" hanyalah satu label untuk menutup sejuta "ketidak-adilan" tersirat. "Pekong di dada tidak dapat ditutup sekiranya ekor bergelumang dengan tahi"

Lahuma said...

Dato.

Kes Rafizi dgn Bafia.

Cara Rafizi buat itu betul dah kerana dia sarung baju pembangkang.Lagi pun itulah kerja pembangkang.Dedah,korek,londeh,selongkar kelemahan pihak kerajaan.

Itulah sebahagian drp ciri-ciri demokrasi.Pembangkang dan kerajaan macam kunyit dgn kapur,anjing dgn kucing dan semuanya tak sehaluan.

Setakat ini BN/PR belum sehaluan lagi.

Cara dan kaedah sebagai pembangkang Rafizi dah betul.Cuma Rzfizi ini terlajak melampaui garisan yg dihadkan.Kerana terlajak itulah dia terlanggar BAFIA.Itu saja.Itu pun perkara biasa.

Tapi Rafizi bernasib amat baik kerana kerajaan PR Selangor sudah janji untuk membela nya.Apakah kedudukan Rafizi dalam kerajaan Selangor.

Striker yg handal pun kadang-kadang tercuri ayam juga.

Apa pun berbatuan politiknya balik modallah.Paling lekeh pun bakal calon PRU 13 nanti atas tiket PKR.

Terima kasih.Selamat berbuka untuk Dato sekelluarga.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Pekong didada,

Terima kasih diatas penerangan yang seimbang diberikan kepada kami yang buta atau buat2 buta! Atau ada diantara nya yg sengaja buat2 bangang!!!

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Anak-buah yang kami pimpin semasa diBBMB suatu ketika dahulu kebanyakannya celik dan sedar tentang kewajiban dibawah Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA)..PART XIII INFORMATION AND SECRECY [Secrecy, Act A954]

BatuPolitik said...

Pekong di dada tulis:

“Rafizi dan Dato T' - trio adalah serupa”.
Ni lawak paling best la dalam blog AKJ so far

Kah Kah Kah!

Memang Hang dah terang terang buka pekong di dada

Kah Kah Kah!

Oi, pi balik belajaq la hoi

Kah Kah Kah


“cuba lah fikir-fikirkan apa yang tersirat, dan bukan apa yang tersurat sahaja”.

Nak mengajaq orang pulak
Kah Kah Kah

“Apa yang sepatutnya dibuat oleh Rafizi ialah memfailkan laporan polis dan juga laporan MACC”.

Hang ni baca berita ke tak hoi
Kah Kah Kah

Awal awal lagi MACC kata NFC tak dak kes
Kah Kah Kah

Memang hang ni perabih beras je lah
Kah Kah Kah



“"Keadilan" hanyalah satu label untuk menutup sejuta "ketidak-adilan"”

Hoi, hang belajaq mana?
Kah Kah Kah

Hang paham ke makna Keadilan-Ketidakadilan?
Kah Kah Kah

Hang ni memang lawak betoi lah
Kah Kah Kah

Nak pecah perut aku ni dinuatnya
Kah Kah Kah

Perabih beras je
Kah Kah Kah

Rawa Lanun-Bahasa said...

Boss, wikileaks apa cerita?
Assange patutkah dapat suaka dari - ecuador?

kermitt said...

Rafizi sudah jadi hero.. bank negara kini antagonis bersama sama barisan nasional dan konco-konco, si pencuri ayam tidak ditangkap, yang di tangkap org yg bagitau tuan rumah ayamnya kena curi, rafizi bukan bagitau BN.. dia bagitau rakyat malaysia siapa yang suka suka hati guna dana rakyat utk projek lembu tapi lembu entah kemana kondo didahulukan.. bafia itu sendiri perisai penjenayah, maka rakyat akan menghukum.. saya pasti rakyat akan menghukum.. dan selepas ini sang kaya akan bermandi peluh, dimana kan ku simpan wang berjuta, harta harta haram ku ini sekiranya bafia terkubur selepas pru13.. akta akta karut seperti ini lah yang kami rakyat mahu hapuskan, itu target saya,kami dan kawan2.. jatuhkan umno/bn untuk pembaharuan politik dan sistem negara malaysia..

Hanezam said...

Salam,
Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

Saya sokong pendapat Pekung di dada@6.54am. BatuPolitik@12.33pm janganlah kasar sangat bahasa awak tu.

Betullah cakap Pekung, Rafizi dan Datuk T sama situasinya - mendedahkan satu salahlaku (sama ada dari segi moral atau undang-undang atau kedua-duanya)

Walaupun menurut BatuPolitik, MACC dah cakap tak de case, Rafizi tetap kena laporkan pada MACC. Dan buat diam-diam kalau nak protection as a whistleblower under the relevant Act. Lainlah kalau dia nak cari political mileage, macam Datuk cakap.

Kesalahan tetap kena dakwa. Namun saya yakin Mahkamah yang memutuskan akan mengambilkira semua aspek termasuk manfaat yang negara dan rakyat dapat daripada pendedahan itu, dan faktor mitigasi. Tidak pelik kalau Mahkamah putuskan satu hukuman nominal yang berbentuk 'token' sahaja.

Tidak sub judice kan Datuk ?

ku_seman said...

BAFIA (Akta Bank dan Institusi Kewangan) diwujudkan untuk melindungi maklumat akaun pelanggan bank daripada dibocorkan. Tapi kita kena fikir juga apabila ada kes-kes akan datang seperti Fedlod ini, mungkinkah "kemungkaran" yakni penyelewengan berlaku, sudah tentu tidak akan terbocor kepada rakyat kalau kita lebih setia kepada BAFIA dan tidak kepada kepentingan rakyat. Secara positif saya melihat pelanggaran terhadap BAFIA ini baik untuk rakyat. Tengoklah setidak-tidaknya ada pihak yang didakwa. Bagi saya sama ada Rafizi mendapat perbatuan politik atau tidak, tidak penting kepada saya sebagai rakyat yang membayar cukai. Yang penting kepada rakyat kalau ada pihak yang seleweng, mereka berjaya didakwa. Kita boleh saja kata Rafizi buat semua itu kerana politik, tapi kalangan orang politik mana yang tak buat semua perkara kerana politik? Sebenarnya banyak lagi yang orang politik buat kerana politik bukan kerana rakyat. Setidak-tidaknya hasil "kerja politik" Rafizi beri kesan kepada rakyat.

BatuPolitik said...

Assalamualaikum Pak Chaq (Hanezam).
Apa habaq?
He he he

Baik baik no,
He he he

Kenalah berbahasa Pak Chaq, warga senior, warga emas, kena hormat
Hormat, hormat pada yang tua
He he he

Minta maaf no kalau terkasar bahasa
he he he

Tuo nyiok, lagi tuo lagi berminyak he he he

Tapi kalu sokong Pekung di dada tu chek pikiaq tuo berkarat ler
he he he


“” Walaupun menurut BatuPolitik, MACC dah cakap tak de case, Rafizi tetap kena laporkan pada MACC””.

Buat apa lapok kat MACC Pak Chaq???
Buang masa je
he he he

Perabih beras je
he he he


“”Dan buat diam-diam kalau nak protection as a whistleblower under the relevant Act””.
Pak Chaq dah baca ko belum akta tiup wisel Pak Chaq?
He he he

Akta tu habaq kena dok diam diam ko Pak Chaq?
He he he

Dok diam diam tunggu kucing bertanduk ka Pak Chaq?
He he he

Act act made in BN ni untuk ikan bilis je la Pak Chaq!
He he he

Kedua untuk cover-up pemimpin UMNOBN korup!
He he he

Maaf banyok banyok la no Pak Chaq ooiiiiii

Chek terkasar bahase
he he he

Muga Pak Chaq panjang umuq, boleh terus pangkah BN
he he he

Bye Bye Pak Chaq ye!!!
Take Careeeee!
Uummmp!

He he he

anakbuah said...

Salam semua,

Disebabkan kes NFC ni, memang ramai yg buat2 buta, buat2 bangang dan buat2 tak tahu termasuklah Shahrizat.

Lucu masih ada makhluk yg bangga dgn BBMB. Inilah yg dulunya lubok duit bangsat2 dlm kerajaan. Bukan rakyat tak tahu 'jasa' BBMB. Berapa kali kerajaan inject duit dan byk bilion? Ingat org boleh lupa pasal Skandal BMF awal 80an? Bukan ke Petronas yg 'sedekah'kan RM50 juta setiap bulan dan hujung2 RM2.5 bilion lesap kat Hong Kong?

Itu 80an...skrg Skandal Lembu, Skandal Kapal Selam, Skandal LRT, Skandal PKFZ dan mcm2 skandal lagi. Semua melibatkan jumlah berjuta2 dan berbilion2 duit hasil negara!

Masih nak buat2 buta, buat2 bangang atau buat2 tak tahu lagi!? Kita ni manusia ke lembu?

BatuPolitik said...

Assalamualaikum Ku Seme (Loghat Kelate)

Hebak mu Ku Seme (kato oghe Kelate)
Berani mu ghoyat lagu nih eh (berani kamu kata macam ini)

Tabik spring ko mu deh ( tabik spring kepada kamu)

He he he…..


Baguih benar lah kalau semua wartawan tulih berani kerana benar

He he he

Tapi aku cabar hang pi tulih macam ni dalam Berita Harian
Ada berani ka?

Ha ha ha

Di blog AKJ ni boleh la tunjuk barani

Ha ha ha

Kalu benar benar barani tulis la dalam Berita Harian

Ha ha ha

Jangan dok sembunyi kat sini je ooiii!

Ha ha ha

Dalam Berita Harian menikus pond**
Ha ha ha

Atau nak tunggu dapat title Dato’ baru nak tunjuk jantang?
Ha ha ha

Tobat lahum hang tak barani kang

Kah kah kah.

BatuPolitik said...

Anakbuah said,

“Itu 80an...skrg Skandal Lembu, Skandal Kapal Selam, Skandal LRT, Skandal PKFZ dan mcm2 skandal lagi. Semua melibatkan jumlah berjuta2 dan berbilion2 duit hasil negara!”

Bravo saudara ku, anakbuah
Asslamualaikum,

Hang mannnyak silap tulih laa Bro
He he he

Tahung 80an skandal dan rasuah ribuang to jutaang ringgit jee

Tahung mellenium 2000an mana ada berjuta-juta???

Semua billiong billiong ringgit maa
He he he

Tu pung tak makang kenyang kenyang
He he he

Boleh beli San Miguel jadi pengarah syarikat arak NO1, SATUUUUU FILIPINO

Kah kah kah

Petron?????

Kah kah kah

Kerja apa ni????

Kah kah kah

Apa lagi kalau bukang merompak duit rakyat

Kah kah kah

Dasar penyamung Tarbus
Kah kah kah



OOppps….jange lupo deh
Che Det pese amal ke dasa dasa penerape nila nila isele

Keh keh keh

Isele senamo rimau eeh

Beli syarikat arok

Keh keh keh



“Masih nak buat2 buta, buat2 bangang atau buat2 tak tahu lagi!? Kita ni manusia ke lembu?”

Kah kah kah

Kita ni memang sah ler manusia

He he he


Depa tu, yang zalim tu lah
Mana lagi eh, tu lah yang zalim tu haaa

He he he

Quran kata lebih teruk dari binatang ternakang!!!

Hah, memang sah, Quran memang hebak, kalamullah.

Lembu tu bukang binatang buas

Tapi binatang ternakang

Maknanya lebih teruk dari LEMBUUUUUUuuuuuu

Kah kah kah

AMENO is indeed rotten to the core……..

Kah kah kah

Bukang aku cakap hoi……

Kah kah kah

Mahathir wor, dia cakap itu macam ler


Kah kah kah

Kah kah kah

Kah kah kah

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Antara cakap orang dilamun emosi..
'Masih nak buat2 buta, buat2 bangang atau buat2 tak tahu lagi!? Kita ni manusia ke lembu?'

Kalau kita manusia, kita guna akal dan berkata baik... fokus ttang tajuk...
Kalau 'lembu'?...tepuk dada tanya selera lah.

Dihari baik dibulan yang mulia ini, kami mohon maaf..

ALFATIHAH, AMIN

Rawa Lanun-Bahasa said...

BatuPolitik
(do'a musa anti-sihr)

campaklah! kata musa
Jom! Tibai Det! kata kita

in meat world, bro
thru his blog, bro
batu politik - hebat
hancur jamrah semua

sorak taliban mabuk darah:
pru13 kita tibai guang en

wooooooooooooooo ting tong
kapten of the keting-tong
captain of the titanic
death-n-destruction is no polemic

jom tibai tun mahathir
campaklah apa yang kamu mahu campak

-baling batu!
batu politik!

mari kita tengok siapa kena tibai
dan hormat kita kepada sdr BatuPolitik
buku bertemu ruas :
samurai melayu, take a rest bro
it's in the meat world you will dance

here let us here BatuPolitik sing
jom tibai mat det

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Rawa Lanun-Bahasa,
Your advice shall be adhered to.. thanks bro.

Menanti Pandelela berserta Sahur

ALFATIHAH, AMIN

borhan said...

Hebat menteri umno tidur sebantal laki bini tapi tak tahu laki dia buat apa, anak-anak dia buat apa. boleh caya ke ni?

bORhAnUDIN said...

Borhan,

Anwar tidur sebantal laki-bini, bini dia pun tak tahu Anwar buat apa.

anakbuah said...

Sdr Samurai,

Emosi rakyat masih bertempat dan tidak keterlaluan. Yg melampau sebenarnya perangai dan perbuatan bangsat2 penjahanam/pengkhianat negara ni!

Tak tahulah kalau Dato' Kadir kita rasa dgn saya mulakan komen dgn NFC dan Shahrizat, ditengahnya mcm2 skandal dan diakhiri dgn lembu tu dikatakan lari drp tajuk??? Kenapa Sdr Samurai? Terasa kena tahik kat batang hidung sendiri ke?

Sehari dua ni Shahrizat kata dia tak tahu anak2nya terlibat dlm mengendalikan NFC? Kalau manusia dan berakal, jangan tanya nafsu (tu lembu - binatang ternakan!)...fikirlah sendiri. Kalau2lah kita berilmu.

Kalau tidak jugak, tepatlah saya kata ada makhluk yg memang buat2 buta, buat2 bangang atau buat2 tak tahu!

p.s.#1: Di mata rakyat (yg membayar cukai seperti kata Sdr ku_seman), walau digari atau dituduh bocorkan rahsia/maklumat, mcm Sdr kermitt kata, Rafizi sudah pun jadi hero - Robin Hood modern.

p.s.#2: Sdr BatuPolitik, terima kasih. Jgn nak mulakan saya dgn Petron dan arak San Miguel pulak. Kalau bukan 'emergency', saya rasa mcm haram pulak isi minyak Petron ni! Takut nanti malaikat tanya dlm kubur...kat stesen mana kita isi petrol kereta? Alamat kat padang Mahsyar nanti memang tak selamat dah!

anakbuah said...

Salam Dato' Kadir,

Kalaulah bukan disebabkan distraction2 sebelum ini, saya nak tanya satu perkara, kita ambil perkara pokok/isi/induk:

Setelah kita didedah dan dikejutkan dgn pelbagai skandal mutakhir ini, yg melibatkan berbelanjaan keseluruhan berbilion2 ringgit wang perbendaharaan, dan dgn cara kerajaan menanganinya selama ini, kewibawaan dan integriti bagaimana yg kerajaan cuba pertahankan dan cuba yakinkan kpd rakyat skrg?

Dgn kaliber yg ada, tentu Dato' lebih faham dan ada jawapannya untuk dikongsi bersama.

p.s.: Maaf Dato', saya rasa langsung tak rugi suku sen pun kalau Dato' "buat bodo" je dgn soalan saya ni. Terima kasih.

BatuPolitik said...

Salam 1Filipino Sdr Anakbuah,

Ya ya ya………….ya ya
Petron?
ya ya ya
Wa paham,
he he he

Ramai yang tak paham wor
Sapa weh,
manusia mano
dari bumi mano
keturunan mano weh
benok tak paham?

Ooii, mangkuk la hang nih,
hang betui betui tak tahu ka?
Mano lagi
kalu bukang Ibnu Penyamung Tarbussss
Kah kah kah

Yang buat2 buta, atau dah betui betui buto?

Kah kah kah

Yang buat2 bangang, atau dah betui betui bangang, dan disahkan bangang

Kah kah kah


Yang buat2 tak tahu!

Haaa, yang betui, rembat, tarbus, ambik, makang sapa buncit perut
Kenyang perut buat2 tak tahu
Jahat,jahat,jahat, khianaaaaaaaaaaaat


Ya ya ya ya ya

Sdr Anakbuah

Wa manyak takut lah wehhh naik kapal terbang MAs

Manyak takut, manyak takut,

taakuuutt

Bukan sebab gayat
Takuuutt

MAS tu pung manyakkk kurap dan korup

Takuuuuuttttttt

Minyak kapal terbang MAS pung dari Petron kurappp, koruuupppp
Takuutttttttt

Makanan dalam kapal terbang pung dari kroni kurap dan koruppppp
Takutttttt

Boleh jadi silap hari bulang terhempas wor

Takutttttt
Di Masyar boleh selamat kaa nak jawabbb?


Orang minung air Sang Miguel macam mana perangai bro?

Emosi tenang kaa
Kah kah kah

Atau emosi bangang
Kah kah kah

Menyamung tarbus pung dengang salam kasih dan sayang

Kah kah kah

Disudahi dengang amin al-fatihah konong

Kah kah kah

Ajarang mano weh hang

Bagi dengang belakang parang baru pahang

Kah kah kah



Wwaaaaaaaaaaahhh
Mau tunggu Pandalelang sayang
Sampai sahur yang
Ingat dok qiang cari lailatuqadar

Kah kah kah

Tu lah malang nyo dok ngang ameno
Kah kah kah
Kah kah kah

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).