Sunday, September 09, 2012

Dulu Keperluan, Hari Ini Fesyen

A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

MASA berlalu, zaman berubah. Apa yang dulu kebiasaan dan keperluan, hari ini menjadi gaya dan fesyen.

Melihat banyak kawan dan kenalan yang dulu berabut hitam dan lebat, tetapi sekarang sudah tidak berabut atau uban satu kepala, saya teringat kepada zaman kanak-kanak dulu apabila mendogolkan kepala adalah kebiasaan dan keperluan.

Kita mendogolkan kepala kerana tidak banyak orang yang tahu menggunting rambut. Tetapi, ada sebab yang lebih besar iaitu dengan mendogolkan kepala kita mengelakkan masalah kutu kepala (head lice) dan kalau dijangkiti kudis buta (scabies) mudah diubati.

Kita tidak membotakkan kepala kerana botak bukan perbuatan manusia tetapi kejadian semula jadi yang bersangkut paut dengan keturunan atau peningkatan usia.

Hari ini, banyak orang mendogolkan kepala kerana fesyen atau bagi menunjukkan kepada khalayak yang merela baru pulang dari mengerjakan haji atau umrah. Saya tidak dogolkan kepala apabila selesai mengerjakan haji.

Saya sudah puas dogolkan kepala. Apabila masuk sekolah Melayu pada tahun 1954 barulah saya mula menyimpan rambut. Itu pun sekali sekala saya masih mendogolkan kepala kerana deman atau kesuntukan wang. Saya bersongkok ke sekolah sehingga tingkatan tiga.

Antara saat paling menakutkan ialah apabila ayah menghantar saya menggunting rambut di kedai tukang gunting India yang beragama Hindu. Itulah kali pertama saya melihat gambar dewa dan dewi Hindu.

Dewi Hindu Kali

Yang paling menakutkan saya ialah gambar dewi Hindu yang bertangan banyak. Salah satu daripada tangannya memegang pedang dan satu lagi memegang kepala yang baru dipancung. Satu lagi dewa berkepala gajah. Hanya kemudian saya pelajari yang dewi berpedang dan memegang kepala manusia itu ialah Kali dan dewa yang berkepala gajah itu Ganesh.

Apabila remaja, banyak juga kawan-kawan yang waktu cuti panjang sengaja mendogolkan kepada kerana meniru stail bintang filem Holywood, Yul Bryner dan selepas itu meniru watak Kojak dalam drama jenayah TV dengan tajuk yang sama. Watak mata-mata gelap Kojak dilakonkan oleh Telly Savalas.

Bintang Filem Holywood Yul Brynner (1920-1985)

Ketika remaja, kita ada lebih banyak fesyen rambut untuk dipilih. Kita boleh ikut stail bintang filem terkenal seperti Elvis Presly, James Dean atau Dean Martin. Gambar bintang filem Holywood menjadi bahan hiasan utama kedai gunting sebab pelanggan mahu nampak macam bintang filem.

Sampai hari ini pun saya masih gunting rambut di kedai orang India. Tukang gunting asal saya sudah bersara kerana sakit dan dia mengimport pembantu dari India. Orang muda tempatan tidak berminat lagi menjadi tukang gunting. Mereka hanya mahu bekerja di salun. Tukang gunting Melayu sudah hampir-hampir tidak ada, kecuali di pekan-pekan kecil. Itu pun tidak banyak lagi.

Zaman paling susah bagi tukang gunting cari makan ialah pada tahun 1970an dan 1980an apabila orang muda banyak yang simpan rambut panjang ala hippie. Saya pun turut tumpang sekaki. Tapi tidaklah panjang sangat – sampai ke tengkuk dan tutup telinga.

Orang perempuan pula gila kerinting atau karan rambut sampai salah seorang tok guru kampung saya keluarkan fatwa kata haram. Wallahualam.



25 comments:

abdullahngah said...

Inilah punca orang Melayu yang mengakui Islam tapi tidak berpegang dengan ajaran islam Rasulullah SAW.

Islam yang mereka pegang islah islam umat Islam bukan islam Rasulullah SAW.

Bukan setakat itu sahaja malah yang mengerjakan haji pun tak berpegang pada ajaran Rasulullah SAW.

Buktinya ketika tauwah di Baitullah mereka bercakap cakap, sedangkan tauwah itu macam solat.

itu perkara besar. apalah sangat dengan perkara kecil dosanya yang boleh jadi besar jika dibiarkan.

Atau dengan kata lain tak apalah ia kecil. Atau tak apalah dia sunat.

Yang malangnya mereka sanggup tak apalah, miskipun pasal tutup aurat.

Ada antara ibubapa yang mengaku islam tak ambil kisah apabila anak anak perempuan tak tutup aurat, sedangkan Rasulullah SAW pernah nyatakan barang siapa tak tutup aurat tak dapat cium bau syurga.

Inilah menunjukkan mereka berpegang dengan pegangan Islam umat islam.

OKJ said...

Salam Dato’ kadir Jasin

Bercakap pasal botak ni, saya mengaku memang suka botakkan licin kepala bila balik Mekah. Bukan saja Insyaallah dijanjikan ganjaran lumayan, masalah kulit kepala macam kelemumur dan folliculitis pun hilang. Juga kepala jadi ringan dan sakit kepala pun hilang. Biasanya, rambut akan lebat balik dalam masa 2 bulan.

Ada juga org yg suka botakkan kepala sebagai imej, ada juga org memang berpenyakit tiada rambut. Tapi saya cukup pelik dan menyampah bila org perempuan saja-saja botakkan kepala sbg fesyen.

Akhir kata, nasihat saya kepada semua bakal jemaah haji (lelaki sahaja) tahun ni, berazamlah utk botak licinkan kepala apabila bertahullul nanti seta berniatlah utk buat haji secara yg tebaik. Mudah-mudahan tuan- tuan dapat haji mabrur. Dengar khabar, tahun ni Haji Akhbar. Sekian TQ.

Anonymous said...

hahahahaha.

saya juga teringat kisah gunting rambut pada zaman kanak-kanak.

di kampung saya pada tahun 60an tidak ada kedai gunting. hanya ada dua orang tukang gunting yang buka bisnes di bawah pokok dan di pasar basah.

setiap kali nak gunting rambut, saya menggeletar kerana tukang gunting suka menyakat dengan berkata, "jangan bergerak, kang terpotong telinga" atau "kalau buat lauk telinga kau ni, memang sedap!"

Unknown said...

the scribe,

lama tak dengak orang kata kepala dogoi.

macam tu laa dulu kita dogoi kepala pasai sakit atau lepaih azam, macam kalu paih pereksa aku nak dogoi kepala.

laa ni dogoi pasai macho kot....atau ada det beli harley davidson - kena ubah setail sikit no.

Grand Marquis said...

Mencukur kepala dalam bertahlul adalah sunnah. Oleh itu, janganlah kita memberikan gambaran negatif pada orang yang mendogolkan kepala selepas pulang dari haji dan umrah. Niat dihati tiada siapa yang tahu.

Ano Nyme said...

Saya sentiasa botak kepala, tak tunggu balik haji. Saya botakkan sendiri guna mesin potong rambut.

Ia lebih mudah, menjimatkan wang dan masa, tak perlu pergi kedai potong rambut.

Muslim mesti kemas rapi, dan saya kelihatan cukup kemas dengan membotakkan kepala.

Prince of Noob said...

saya suka botakkan rambut potong pakai ketam no. 2... botak bukan sebab trend ke apa, tapi botak sbb rasa lebih selesa, bebas, tak payah nak pakai minyak rambut dan sikat2 rambut

http://buasirotak.blogspot.com/

Saji said...

Salam Dakj

Tiga hari lepas saya ke kedai gunting India - Hindu datang dari India. Semasa menunggu saya belek2 surat kabar Tamilnya. Buat pertama kali saya lihat gambar seorang budak lelaki di India yang kenan mempunyai empat tangan macam gambar dewi Hindu yang bertangan banyak.

...SAJI

fed up said...

Dulu-dulu, bila dibawa ke kedai gunting, ayah pesan kat tukang gunting - "mesin no. 2". Maklumlah tukang gunting dalam kem.

Sampai la ni, bila pergi kedai gunting, saya pun minta "mesin no. 2". Tak perlu saya nak simpan sikat di celah wallet macam sesetengah orang. Dari dulu sampai sekarang.

Anak-anak sendiri, bila dah naik remaja, tak mahu lagi pergi dengan saya ke kedai gunting rambut. Tapi bila rambut sudah cecah telinga, mereka akan mula rimas, mintak duit untuk ke kedai gunting.

Tapi ada juga anak-anak orang, mak bapaknya yang suka fesyenkan rambut anak. Budak lelaki 5 tahun dengan rambut David Beckham, siap ada warna tomahawknya. Atau anak perempuan 5 tahun, di warnakan jadi blonde.

Katanya, masa nilah anak nak berfesyen begitu. Besar nanti retilah dia fikir sendiri.

Saya tak tahu nak gelak ke nak meraung.

Fed Up

A KADIR JASIN said...

1. Saya minta maaf kalau hujah saya mengenai cukur kepala lepas haji dan umrah kecilkan hati sesiapa.

2. Saya kata saya tak cukur kepala. Itu tidak bermakna saya sindir yang cukur.

3. Zaman dulu, niat yang mudah ditunaikan ialah cukur kepala sebab kita menang dogolkan kepala. Sama itu, kalau di kampung, lebih banyak yang cukur kepala daripada simpan rambut.

Terima kasih.

DINBRASCO said...

As-Salam Dato,

Bagus juga Dato ungkitkan perkara tukang gunting nih, kerana disekitar Alor Setar ni saya tak jumpa tukang gunting beragama Islam. Yang ada hanyalah India beragama Hindu. masyarakat kita terlalu pentingkan Fardhu-Ain hingga terlupa tentang Fardhu-Kifayah menyediakan Tukang Gunting beragama Islam. Tak gitu Dato?

Jaja said...

Salam hormat DAKJ.

Dari kecil hingga ke akhir hayat, ada juga yang tidak pernah ada rambut di kepala. Satu keperluan hingga ke hari ini. Tidak pernah berubah. Bukan fesyen tapi tuntutan agama mereka. Kekal sebati. Baju tetap kuning oren. Dogol sepanjang hayat. Pasti tukang gunting menaikan upah.

Lahuma said...

Dato.

Cerita botak kepala.atau kepala botak.Menarik juga cerita ini.

Mungkin suatu fesyen atau trend masa kini.

Cuma satu Dato.

Teringat cerita penglibur lara nenek saya dulu dalam kisah penghidupan seorang anak dara yang terpaksa botakkan kepalanya di Zaman Pemerintahan Jepun.

Jepun ini kata nenek saya cukup ganas.Pantang tengok anak dara yg segak.maka banyaklah anak dara dalam kampung terpaksa botakkan kepala mereka kerana takutkan angkara nafsu ganas tentera Jepun.

Masa itu tidak ada kaki yg berani lawan dengan tentera Jepun.Kalau lawan maut lah jadinya.Itulah sebahagian drp cerita kezaliman Jepun.

Sekarang ini ramai yg membotakan kepala dikalangan anak muda.Nampak segak dan tampan pun ada.
Apa pun yg penting bagaimana kita nak kemaskan tubuh badan,pakaian dan imej kita.

Kalau sudah menjadi fesyen tak ada masaalah kerana kedai gunting rambut siap sedia dgn contoh yg kita mahu.

Cuma kos gunting rambut ini sudah tinggi.Di bandar RM 10.Ada RM 8.Di kampung saya masih RM 5.

Hairan kenapa tukang gunting pun terpaksa import dari India.Merata tempat tukang guntung dari India.Cakap Melayu pun kurang faham.

Pengguna Melayu yg banyak.Kenapa melayu tak mahu belajar gunting rambut.Tak kan semaua Melayu nak jadi koperat dan tokoh politik.

Semoga ramai lagi Orang Melayu dan Islam kita menjadi tukang fesyen.

Terima kasih..

awang batuburok said...


Salam Dato,

Botak tak botak,
Tak jadi masaalah, tak jadi salah.

Tak tutup aurat,
Rambut sebesar bakul masih terdedah,
Tiada khilaf,itulah bidaah,itulah salah yg perlu muhasabah.

XERONINE said...

Interestingly, Bald Eagles are not Bald.

http://xeroninemsia.blogspot.com/

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Iinkan,

Cerita pasal 'Botak' ni macam2 pun ada.

Ada yang sampai tua kita panggil Botak hinggakan tak tahu nama sebenarnya tapi yang mengelikan hati kami 'joke' tentang seorang 'striptease' tempatan yang sangat dikenali ramai suatu ketika dahulu yang menang 'betting' bila ketiga2 towkay salah teka..sorang kata 'black colour', seorang kata blown colour, sorang lagi ello colour?

Rose Chan pula 'declare' 'BOTAK HEAD'...

Masih kah kau ingat?..hahaha

Laughter is still the best medicine

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato',

Macambiasa, Dato selepas mengajak pelayar berfikir dan bincang soal politik, akan disulam dengan acara selingan,pesanan penaja!

Bab bercukur tu Dato', itu satu Sunnah Rasulullah saw. Barangsiapa bercukur seluruh kepala NAK TUNJUK bukti kepada masyarakat dah buat HAJI, tu hajinya tak kemana. Mungkin HAJI POLITIK kot!

NAK berangkat pi Mekah, masuk TV, dok tawaf pun masuk TV, sebaik sahaja selesai Wukuf dia istihar dah selesai haji, pun masuk TV, berangkat balik pun masuk TV, bila tiba di KLIA, muncul muncul dari kapalterbang, si suami tak botak pun (tak apa lah, wajib nya potong beberapa rambut je), TAPI si isteri tu rambut mengembang MACAM KENA KARAN Tok! Ni HAJI POLITIK ke HAJI MABRUR Wallahualam!

Buat sedekah kepada anak yatim, masuk TV, tunjuk replika cek puluhan ribu ringgit, tu SEDEKAH POLITIK!

Bayar ZAKAT masuk TV pun boleh jadi ZAKAT POLITIK.

Sembahyangpun bolehjadi SEMBAHYANG POLITIK.

Sebenarnya POLITIK tu salah satu cabang yang terpenting dalam Islam. Akan tetapi politik seluruh dunia masakini terlalu banyak diresapi, dipengaruhi sekularisma dan fahaman Machiavelli maka politi itu dianggap satu yang sangat KOTOR, keji dan jijik.

Kotorlah kalau bawa KEK hadiah kpd LGE kek berbentuk dan warna TAHI. Kejilah, Jijik!!!

Kotorlah buat tarian punggung depan rumah orang. JIJIK

Kotorlah gambar gambar pemimpin pas,pkr dap dikencing. Gambar Nik Aziz dan Khalid Samad dikencing. Gambar LGE dibakar, kotorlah. Jangan buat lupa, semasa merasmikan TIBAI, Ibrahim Ali memegang rotan panjang dan TIBAI gambar Anwar!

Kotorlah kereta S-Class Anwar ditendeng sampai kemek, cermin depan pecah. Bas PKR disimbah cat merah, cermin dilontar batu.

DAN TERKINI, sangat kotor dan jijik melontar kasut ke dalam MAsjid, Rumah Allah.

Barangkali, itulah kualiti pemikiran PERKASA yang sangat-sangat Dato' hormat dan kagum, melangkaui kualiti UMNO dan PAS???

Bagi saya, PERKASA ini sangat tepat dikenali sebagai SAMPAH POLITIK!!! Kalau tak pun, PELACUR POLITIK!

langitbiru said...

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal".

Minta maaf Tok, selalu melencong!

Tu, alhamdulillah Sultan yang bertitah maklum. Kalau pemimpin pembangkang maklum, MESTI FITNAH PUNYAlah!!!

Kata Zahid Hamidi, kena siasat, mungkin RIV yang sama tapi spesifikasi berlainan. Kalau ye berlainan pun, takkan beza 500,000 ringgit!

BAGI SAYA, KALAU PR MENANG, PEMBELIAN SENJATA, KAPAL, KEMENTERIAN PERTAHANAN WAJIB DIAUDIT DENGAN MENUBUH SATU TRIBUNAL KHAS.

"Syaitan Yang dikenali" ini wajib dibawa kemuka pengadilan!!!

langitbiru said...

SAHAM FELDA APAKHABAR DATO'.

HARGA SAHAM PARAS PSIKOLOGI TU APA MAKSUDNYA DATO?

BERAPA JUTA GENTING BELI SAHAM FELDA DATO? Nak tahu juga Tok, sebab kerajaan sebelum ini kata beritahu para peneroka, FELDA ikut muamalat syariah!

Husaini said...

Saya suka p gunting kedai india sebab depa masage kepala dan tengkok. Yang paling best bila depa pulas kepala dan tarik telinga sampai berbunyi.. fuhh lega :-)

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

DI antara botak yang paling terkenal di negara kita ialah "Botak Chin". Waktu kamsyhurannya dulu, saya masih kanak-kanak lagi. Sebagai kanak-kanak, saya bayangkan Botak Chin tidak berambut. Itulah gambaran yang terlintas dari gelarannya itu.

Seorang teman sekolah menengah berambut panjang, lebih panjang daripada isterinya sendiri tapi masih dikenali sebagai "Botak".

Yang botak bercukur dengan yang botak semulajadi berbeza darjatnya. Yang semulajadi botak pun ada kategorinya, sama ada botak di depan atau botak di tengah kepala. Ada yang mengaitkannya dengan kemampuan "batin". Kira-kiranya yang botak di depan kepala lebih handal daripada yang botak di tengah. Sekadar jenaka kawan-kawan aja.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Izinkan saya bercakap sikit tentang berita sensasi kelmarin.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Nasha yg telah menunjukkan ‘buah tangannya’. Kalau pada mulanya, beliau dicadangkan utk ‘bye-bye’, tapi sekarang ‘bye-bye’ dah jadi terbalik pulak. Bahkan, boleh dikatakan puak-puak yg nak jentik Ustaz Nasha pun dah tak berani, macam harimau yg dah hilang taring dan jadi kucing, Meowwwwww…….

Juga tahniah diucapkan kerana berani mempertahankan Surah An Nisa ayat 138 – 144 dan amat takutkan siksaan neraka di lapisan terbawah sekali seperti dalam ayat ke 145. Dan Ayat yg ke 146 pula menegaskan Allah memaafkan org-org munafik jika mereka bertaubat. Begitulah hendaknya bila ilmu dan amal dipadukan.

Dan bagi Sdr Fed Up, Surah Al Imran ayat ke7 menyatakan “sebahagian besar Al Quran ialah ayat-ayat Muhkammat iaitu ayat yg tegas, tetap dan nyata dan sebahgian lain adalah ayat Mutasyaabihat (iaitu samar-samar dan tidak terang maksudnya melainkan Allah). Org yg dihatinya cenderung kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yg samar-samar dari Al Quran utk mencari fitnah dan mencari takwilnya (memutarkan maksud menurut disukainya).”

Akhir kata, tahniah kpd orang PAS kerana akan mendapat Presiden baru dan Mursyidul Am baru tidak lama lagi. Ini kerana setiap sesuatu perkara yg terjadi adalah dari Allah semata-mata dan terdapat ‘clue’ disebaliknya. Sekian TQ.

hoya said...

teringat cerita pasai tudung..
klu dulu mak ayah dok cerita pakai tudung penuh dikira ajaran sesat...klu la ni...sama ada kerana syariat yang menetapkan....atau sekadar ikut trend..tgk gaya fesyen skrg dari wajib trus jd makruh...huhuh

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Betul ke kata orang bahawa gulungan yang botak dibelah depan kepalanya adalah gulungan pemikir (mcm AKJ) dan yang botak dibelah tengah dikatakan seksi?

Bagaimana pula yang botak dikedua2 belah tersebut?...

Menteri Undang2 kita suatu ketika dahulu ada jawapan nya...


ALFATIHAH, AMIN
Ps. Laughter is still the best medicine..HAHA

Anonymous said...

OKJ kata,

"Dan bagi Sdr Fed Up, Surah Al Imran ayat ke7 menyatakan “sebahagian besar Al Quran ialah ayat-ayat Muhkammat iaitu ayat yg tegas, tetap dan nyata dan sebahgian lain adalah ayat Mutasyaabihat (iaitu samar-samar dan tidak terang maksudnya melainkan Allah). Org yg dihatinya cenderung kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yg samar-samar dari Al Quran utk mencari fitnah dan mencari takwilnya (memutarkan maksud menurut disukainya).”

Sebab itu kena minta penjelasan bila tak faham. Tetapi bila tahu tapi tidak mahu menjawab, tidak takutkah akan mendatangkan syak malah fitnah sekalipun?

Fed Up

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).