A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
KRISIS pencerobohan ke atas
Sabah oleh pengikut bersenjata sultan isytihar sendiri (self-proclaimed) Jamalul
Kiram III dari Sulu, Filipina, masih belum
selesai.
Kita terus berdoa agar masalah
itu selesai segera dan tidak akan berulang lagi. Selepas ini, minta pemerintah keluarkan Kertas Putih mengenainya. Rakyat berhak mendapat penjelasan
terperinci dan benar.
Kita ucap takziah kepada
keluarga perajurit dan perwira kita yang gugur dan cedera. Kita berdoa mati
mereka tidak sia-sia.
Dan kita yang tinggal dan
selamat kerana perlindungan mereka hendaklah berfikir, mencari jawapan dan mengambil
iktibar daripada kejadian itu.
Manalah tahu, boleh jadi ini
amaran, bala dan balasan Tuhan terhadap benda-banda salah yang kita lakukan dan
terhadap kealpaan kita.
Pada zaman pentadbiran (Tun)
Abdullah Ahmad Badawi, saya bercakap dengan seorang bekas aktivis politik
bahagian yang bertukar menjadi penerima kontrak raksasa kerajaan.
Saya katakan kepada beliau,
kalau Allah Taala turunkan bala ke atas seorang pemimpin, semua orang di bawah
naungannya akan turut ditimpa bala.
Antara Ubat Cacing dan Tangkal Azimat
Bagi orang Islam, tauhidnya
adalah kepada Allah dan RasulNya. Kita boleh yakin dengan ubat cacing ramu
(cacing kerawit) yang Loman atau Abdul Rahman jual, tetapi kita wajib
percaya bahawa akhirnya Allah Taala yang menentukan kemujarabannya. Keupayaan
kita hanyalah berusaha keras dan berdoa.
Tetapi seseorang Islam tidak
boleh percaya kepada tangkal azimat yang dijual oleh seorang penjual ubat India
yang seangkatan dengan Loman. Dia kerap berkongsi lokasi penjajaan di pekan
sehari dengan Loman.
Saya kurang pasti namanya, tapi
kalau tidak silap ada orang panggil dia Babu atau Babuji. Tapi kita hanya kenal
dia sebagai India tangkal. Saya kurang pasti agamnya, tapi rasanya bukan Islam.
Babu atau Baboo, dalam kegunaan
di India, adalah gelaran atau panggilan hormat kepada seorang lelaki.
Kadang-kadang di hujungnya ditambah “ji” yang jaga panggilan hormat.
Wanita mandi air suci di Sungai Ganges, India
Babuji menjual tangkal azimat.
Kata Babuji, sesiapa saja yang memakai tangkal buatannya akan jadi kuat, kebal
dan digeruni.
Kelentong niaga (sales gimmick)
Babuji ialah dengan menyuruh budak lelaki pembantunya masuk ke dalam selimut
dengan memakai tangkal azimat Babuji. Babuji berlakon memengkal leher budak itu
dengan pedang.
Dia kemudian memanggil nama
budak itu. Apabila budak itu menyahut, dia bertanya: “Apa fasal tara putus?”
Budak itu menjawab: “Tangkal!”
Maka berduyunlah Melayu yang
mudah percaya kepada benda-benda ghaib, karut dan khurafat membeli dan memakai
tangkal azimat Babuji itu.
Babuji Merentasi Zaman
Masa berlalu, tetapi zaman tidak
semestinya berubah. Babuji boleh jadi sudah mati atau bersara, tetapi tangkal
azimat, serapah-jampi dan air mantram masih ada kerana ada lagi orang yang
percaya kepada sihir dan buat-buatan.
Seorang kawan Hindu saya di
Brickfields memberitahu, mantram (atau mandram), mengikut amalan biasa, adalah
serapah-jampi dan “ilmu” atau dalam bahasa Sanskrit disebut mantra atau
dimelayukan menjadi mantera.
Katanya ada orang Hindu yang
membuat mandram di atas kubur, di tepi busut atau di bawah pokok besar untuk
meminta bermacam-macam benda.
Air mantram adalah air jampi
agama Hindu. Kalau bagi orang Islam, air yang paling suci dan dihargai adalah
air dari telaga Zam Zam di Makkah. Bagi orang Hindu mereka percaya kepada air
mantram.
Orang Kristian pula mereka ada
“holy water” iaitu air yang dijampi oleh paderi. Dalam sembahyang berjemaah
orang Kristian, paderi akan menyuapkan biskut yang dicelup dalam “holy water”
kepada jemaah.
Seorang bekas menteri Melayu
memberitahu seorang wartawan Cina sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru
ini yang ramai orang politik, tak kira parti, agama dan bangsa serta tanggungan
mereka guna bomoh.
Cerita klasik dan tragik
hubungan bomoh dengan orang politik ialah pembunuhan Ahli Dewan Undangan
Pahang, Mazlan Idris, oleh bomoh kepercayaannya, Maznah Ismail aka Mona Fendy,
pada tahun 1993.
Mona Fendy bomoh seksi kepercayaan Mazlan
Saya kenal baik Mazlan kerana
beliau kerap datang ke pejabat saya di New Straits Times manakala Mona Fendey
pula pernah dipromosikan oleh Berita Harian, akhbar yang pernah saya pimpin,
apabila dia mengeluarkan album sulungnya.
Jadi, berwaspadalah jangan
kerana serapah-jampi, mantera-mantram, kemenyan dan patung, tangkal azimat dan
batu ajaib akidah terpesong, benda khurafat menjadi adat.
Bagi orang Islam, jumpa tok guru
boleh. Tapi kalau tok guru silat, berjaga-jagalah sikit. Hatta tok guru agama
pun kena tengok juga. Bukan semua dalam ilmu agama dan bukan semua berjuang
kerana Allah semata-mata. Tok Kiai lagilah. Banyak di antara mereka yang lebih
berunsur mistik daripada berlandaskan Islam. Wallahualam.
112 comments:
Salam AKJ,
Ada Ustad (melalui rancangan dalam Selangor FM) cakap pi kat Bomoh (yang jenis jampi serapah) Allah tak akan terima kita punya amalan selama 40 hari.
Kalau percaya pulak yang bomoh atau jampi serapah nya yang mustajab, boleh jatuh Syirik keatas kita.
Kalau pemimpin jenis ni kita sokong, tempias kat kita juga rasanya...
Nauzubillah.
Adakah posting ini mahu menyatakan bahawa:
1. Peristiwa pencerobohan pengganas Sulu adalah bala yang diturunkan olehNYA kerana kejahatan pemerintah UMNO? Dan rakyat terpalit.
2. Pemerintah kita ramai yang berbomohkan sami Hindu?
Salam Dato'
'Pemerintah adalah anugerah Allah kepada kita. Adil atau zalim nya pemerintah itu bergantung kepada perlakuan kita terhadap Allah SWT' ini antara kata kata hikmah ayah sebelum kembali menemui penciptanya di tahun yang lalu.
Manusia yang lemah akal (gerun nak sebut lemah iman) sahaja yang menggunakan perantara untuk berhubung dengan Allah. Sihir tu dah tentulah haramnya. Bomoh dan dukun pun dah semua sedia maklum akan karut marut nya. Yang agak merungsingkan adalah kebelakangan ini ter jual dengan rancaknya air jampi yang lengkap dengan ramuan air zam zam + bacaan al quran 30 juzuk + doa doa tok guru yang di uar uarkan sebagai amat mujarab untuk merawat semua penyakit. Golongan ini pada saya sama sahaja dengan bomoh bomoh tradisional cuma perawakan mereka kelihatan lebih 'alim' dan kemas.
Saya tidak menafikan / menidakkan usaha menggunakan air zam zam dan bacaan ayat suci Al Quran itu tetapi berkeyakinan bahawa ianya boleh kita usahakan sendiri atau pun kita minta ibu tercinta berdoa untuk kita. Tak perlu lah bazirkan wang ringgit beli air yang di usahakan oleh orang lain tu.
Saya juga kurang selesa dengan penggunaan Islam dalam memperkenalkan perubatan alternatif kepada perubatan sedia ada. Islam bukan satu jenama. Perubatan yang sedia ada ini juga berpaksikan ilmu dari Allah yang mana Ibnu Sina antara pemuka terbilang dalam bidang perubatan ini.
Islam itu Addin. Ianya bukan hanya sebuah negara, bank, insuran, makanan, restoran, parti politik. pakaian, undang undang, perubatan dan sebagainya. Hentikanlah guna islam sebagai pelaris produk.
Aslkum Dakj
Setuju sangat dengankandungan paparan Dakj kali ini.
Kecuali tajuknya harus ditukar kepada: Gara2 majoriti pengundi Melayu mudah ditipu pemerintah UMNOBN maka terimalah bala. Dan padan muka.
Jangan marah, kita bincang.
Aslkum Dakj
Syukur pd Allah jika berita pengakuan bapa kepada budak bernama Saiful bahawa ANUAR sesungguhnya di fitnah dalam kes sodomi 2 adalah benar.
Berita ini bala kepada NAJIB, DOLLAH DAN MAHADIR. JUGAK MUHYIDIN yg semakin celupar serang ANUAR.
Telahan saya ialah dengan berita ini bererti masa NAJIB sebagai PM hampir tamat gara2 orang2 kuat UMNO sendiri dah mula gerakan ketepikan NAJIB untuk ketengahkan MUHYIDIN.
Tapi ingat bala kepada rakyat masih menunggu selagi mereka tak insaf dan engan mencuba PR.
Salam Datuk A Kadir Jasin,
Menjelang pilihanraya, umum atau parti, sememangnya ramai "pemimpin" menjadi "pengikut" kepada tok bomoh dan seumpamanya. Masing-masing dengan kehebatan tersendiri. Bukan di kalangan pemimpin Melayu sahaja yang mendatangi bomoh, bahkan dari kalangan lain pun turut serta. Yang bukan Islam pun sanggup berkunjung ke rumah ustaz demi memohon restu, tangkal, doa dan sebagainya supaya kekal atau meningkat dalam kerjaya politiknya. Yang Islam pula sanggup menggelincirkan akidahnya sedemikian rupa.
Kalau UMNO mahu menang besar PRU, setiap PDM haruslah kerap menganjurkan solat hajat, bacaan Yasin dan sebagainya. Duit yang dibelanjakan untuk aktiviti perbomohan dan seumpamanya lebih afdal diagihkan untuk membiayai program seperti ini. Kalau kalah pun, insya Allah, pahala amalan tersebut tetap diperolehi.
Assalamualikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Benar cakap Dato' apabila Allah menurunkan bala tiada siapa yang terkecuali termasuk orang yang beriman. Dari itu adalah penting kita nasehat menasihati dengan kesabaran dan kebenaran.
Kita lemah dan dipandang hina sekarang kerana kita tidak mengikut larangan Allah tidak menghina sesama kita. Apa yang saya lihat banyak masa ,wang dan tenaga telah habis digunakan untuk memfitnah.Kalau tiap-tiap dari kita berfikir dengan tenang apakah isu besar sebenarnya yang menjadikan kita bermusuh-musuhan sesama kita, kita akan menyesal kerana ianya sedikit pun tidak melibatkan diri kita secara terus. Kita rugi kerana untuk begitu lama kita tidak berkerja sebagai satu pasukan untuk maju kehadapan. Seandainya kita tidak berpecah masalah yang kita hadapi tidak wujud.
Dalam politik saya tidak menyebelahi mana-mana parti atau pemimpin. Dalam pemerhatian saya mantan PM YBhg Tun Abdullah dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan tidak terlibat dalam memfitnah telah mendapat kemenangan besar pada PRU 2004. Kepada mereka yang menyatakan kelemahan pimpinan beliau menyebabkan BN hilang banyak kerusi pada PRU 2008 adalah kurang tepat. Pergolakan dalaman parti dimana ramai pengundi berpendapat beliau akan disingkir menyebabkan ramai yang tidak memberi undi kepada BN pada PRU 12.
Sebagai seorang Islam kita berpegang kepada pendapat tidak akan berlaku sesuatu tanpa izin Allah. Disebalik kesukaran ada kebaikan.Allah masih sayang pada kita dan dengan itu gunakanlah kuasa yang masih dalam tangan kita sebaik-baiknya. Hentikanlah fitnah-memfitnah sesama kita dan majulah sebagai satu pasukan.
Keadaan di Sabah selepas serangan udara dan urusan membersih kawasan perlu dikendalikan dengan baik. Sudah tentu ada penduduk tempatan yang mengalami kesukaran semasa operasi daulat dijalankan dan saya harap Aman Malaysia dan Mercy Malaysia boleh turun ke Sabah untuk memberi bantuan seperti yang mereka telah lakukan di Gaza.
Semoga dengan begitu ramainya umat Islam sembahyang hajat hari ini memohon Allah supaya masalah yang kita hadapi di Sabah berakhir secepat mungkin di terima Allah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya
Bagi memperjelaskan ulasan Din Melaka, berikut laporan Star Online:
"Published: Friday March 8, 2013 MYT 9:25:00 PM
Saiful's dad says Anwar victim of political conspiracy in Sodomy II
PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan says he will remain firm in his accusation that Datuk Seri Anwar Ibrahim sodomised him.
He warned the Opposition leader not to use his father, Azlan Mohd Lazim, in his political maneuvering.
"I will remain firm in my accusation (against Anwar),” he said in response to his father's claim that Anwar was a victim of a political conspiracy in the whole sodomy affair.
Saiful said he felt very sad when news broke out that his father had apologised to Anwar, claiming that the latter was innocent.
At a press conference which was attended by a few selected press members, Azlan claimed that his son was never sodomised by Anwar.
He said Anwar was a victim of slander and regretted the charge hurled against him.
Azlan said he came to the “truth” after compiling information during the Sodomy II trial and from the public.
Anwar was accused of sodomising Saiful at a Desa Damansara condominium in Bukit Damansara between 3.10pm and 4.30pm on Jun 26 2008.
The High Court acquitted him of the charge last year."
Thank You
Salam sejahtera semua,
Apabila pemerintah terlalu sibuk dengan isu liwat-meliwat hinggakan tak sedar tanahair kita diliwat oleh penceroboh/pengganas yang mengorbankan jiwa anggota pasukan keselamatan.
Saya sangat setuju para pemimpin yang membawa bala kpd rakyat jelata perlu meletakkan jawatan dan jangan bazirkan wang rakyat dengan makan "gaji buta" sahaja.
Setelah keadaan dan parah baru nak muncul dalam media perdana untuk dapatkan "political milage" dan cakap pun melalut tunggang langgang tuduh pembangkang sana sini. Kesian rakyat yang tak berdosa terpalit dengan bala yg berpunca pemimpin yang tidak amanah dan asyik menipu...bertaubatlah.
Assalamualaikum Dato' dgn.izin.
Orang2 yg. terdesak NAK MENANG, contohnya calun PRU 13, mereka akan cuba sedaya upaya memenangi kerusi yang ditandinginya. Sebahagian daripada mereka ada meminta pertolongan bomoh.Tetapi yg.rosak akidah, dia je...tak libat penyokong2.
Tetapi ada orang lain kerana nak sangat menang,nak ke Putera Jaya sanggup memecah belahkan perpaduan sesama Islam dgn. mengkafirkan sesama Islam.
Menggunakan rumah Allah untuk mencaci, memaki dan mengutuk orang2 Islam parti lawan, UMNO.
Sanggup menjadi syirik dgn. menjual agama kerana nak jaga hati kawan kafir. Mengatakan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang2 kafir,ini syirik, yg. akhirnya terpaksa menjilat ludah sendiri.
Ada yg. sanggup mengatakan kafir harbi lebih Islam daripada Islam UMNO.
Sanggup menyerahkan bukit bukau hutan belantara kpd. kawan kafir biarpun merosakkan alam sekitar.
JANGAN memandai mandai mengaitkan sesuatu dgn. ketentuan Allah dan sebab musababnya.
ALLAH maha besar kita tak mampu mentafsirkan sebab musabab atas apa yang terjadi.
Nilailah secara akal sahaja.
Saya amat bimbang kalau rakyat kita masih ramai menganggap ini satu sandiwara UMNO.
Ini menyenangkan orang luar bersama orang dalam menghancurkan keamanan yang kita nikmati selama ini.
Keamanan yg. dipupuk oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.
Sudah ada masjid tak buat solat hajat untuk mendoakan keselamatan negara dan prajurit kita yang sedang berjuang di Lahat Datu Sabah.
Takut juga merebak ke Tawau dan tempat2 lain.
Diharap wira2 Malaysia mampu menanganinya. Amin.
Salam hormat.
Bomoh, jampi serapah, hantu tu semua saya tak percaya.
Orang politik guna itu semua sebab dah tak berani berbahas dan berhujah. Tapi nak jadi juga winnable candidate. Untuk elak rasa rendah diri, jumpalah org yg boleh naikkan semangat. Bomoh ke.. batu ke.. pokok ke..
Yg perlu takut ialah teknologi. Contoh berikut:
A video is just a collection of still pictures, taken at a given rate. If the pictures are taken in rapid succession, they give us the impression of fluid motion. People are used to watching TV at about 30 frames per second, often called 'full' frame rate.
All scandals related videos, be it security cam or hidden cam, the best I've seen is less than 5fps. Meaning 5 pictures in one second. Give a motive and money, any professional video editor can come up with whatever 30 minutes video story u want in 5x30x60= 9000 pictures. Not hard at all to come up with 9000 edited pictures (24 similar pictures perday by one person/year).
As for Saiful "convincing" script, hey any good writer can make a man cry or in UMNO case, make puteri n pemuda UMNO tunjuk punggung.
For not guilty technically, isn't that what the law is for? Ada ke bersalah dari segi tidak teknikal?
Oooops ada..... CHUA SOI LEK. Pemimpin Agung MCA parti rasis yang disanjung oleh UMNO. UMNO beri kerusi calon sejak merdeka ikut kuota kaum MCA MIC walaupun kawasan tersebut majoriti besar pengundi Melayu dan ada Melayu yg lebih layak.
Sekarang??? CHUA SOI LEK pun tak bagi kerusi dia pada org lain. Taknak kongsi. Bagi pada ANAK dia sendiri walaupun baru setahun jagung.
salam Dato'
syirik, khurafat.. ni semua kumpul bala dunia akhirat.. 55thn merdeka geng dinosor dlm UMNO masih byk yg percaya benda syirik boleh tolong menang pilihanraya..nazak.
Dalam bab bala malapetaka Allah pula dia bukan kira kita negeri UMNOBN atau PRPAS/PKR.. bala datang lump sum hatta negeri diperintah ulama..
tak perlu pusing melelong nak tutup keaiban dan kelemahan sendiri bila kita pun rajin dan seronok melondeh pekung orang.. tiba2 bila kita sendiri kena telanjang kita nak main wayang..segala yg berlaku itu adalah Qadak & Qadar Allah utk manusia munasabah diri, bukan tunding jari, mana ada org maksum sempurna serba serbi kecuali Nabi.. tak percaya qadak & qadar tepuk iman tanya diri..
wallahualam
(",)
Dato
kesah babuji itu buat saya teringat pada Anuar Mat Saman manakala budak guna azimat dalam kelambu pula pada si-din Melaka.
Maka ramai lah orang Melayu percaya dan beli itu tangkal azimat.
The Scribe
Salam Hormat
Fitnah: Tuhan Beranak
(allahu ahad allahus-samad)
Tajuk yang ngeri.
Pemerintah buat apa yang bala
turun? Batang hidung bala rupanya
macam mana, Scribe?
Apa bala kalau BN menang pru 13?
Arab spring merata-rata; negara muflis itu biasa; hiv cerita lama.
Atau bala lebih besar kalau BN menang dua pertiga?
Benar: pemberi hidayah itu kerja tuhan; apatah lagi nikmat dan rezeki hingga mahaguru pun binggung.
Pemerintah buat apa yang bala
turun? Batang hidung bala rupanya
macam mana, Scribe?
Terima kasih.
ps,
cerita sodomi itu cerita
selalunyalah pencinta
yang tak berbalas
cinta ternodanya;
maka mungkinkah
serupa tapi tak sama
si-saiful ini ayahnya pun membelakanginya!?
- kesian; itukah rupanya bala, Dato'?
wallahu 'alam
Saya pun rasa sekarang Tuhan sedang menurunkan bala kepada Malaysia kerana rakyatnya BERPOLITIK sehingga melampaui batas.
Tak pernah saya jumpa Negara lain dengan Iklim politik seperti Malaysia...tersangat2lah kotor.
Apalah sangat tentang sistem DEMOKRASI ini sampai begitu ramai bertuhankan sistem DEMOKRASI ni?
sedih sungguh melihat rakyat Malaysia mabuk dengan sistem ni.
Aslkum Dakj
Kerajaan jahat UMNOBN memang bawa bala dan mala petaka kepada semua.
Kerajaan baik siang malam akan kerja tolong rakyat. Pernah kita dengar kerajaan Jepun dan Korea beri bantuan pd rakyat mereka menyerupai BR1M? Pukul canang kata nak jadi negara pendapatan tinggi. Tapi dapat pd siapa kalau bukan kroni. Rakyat di biar dgn mentaliti minta sedekah buang masa sebelum dpt BR1M.
Pernah kita dengardi Australia mantan TPM dipukul polis separuh mati dan tak dibenar dapat rawatan?
Pernah kita dengar di India sekali pun mantan TPM dihina dengan , bukan sekali tapi dua kali tuduhan sodomi yang direka2 , dibicara depan hakim pak sanggup, dengan skrip bukti yg bodoh lagi membodohkan rakyat. Tak termasuk lagi berjuta ringgit masa dan tenaga org terlibat dan rakyat dibazirkan begitu saja.
Apa hal pulak dengan pembaziran wang negara terhadap kes kematian ONG BENG TEOH dan ALTANTUYA?
Dan bagaimana pulak dengan rayuan kehakiman yg sengaja dipengap dah bertahun terhadap kedua2 kes tersebut? Bila mahkamah rayuan nak bersidang? Sedangkan org putih kata " justice delayed justice denied"!.
Dan malapetaka paling besar akan menimpa MELAYU jika UMNOBN terus menerus beti ic segera setiap lima tahun demi pertahan kuasa sebab tak lama lsgi Melayu boleh jadi kaum minoriti. Ada fahamdan jangan jadi kaum bodoh!!!!!
Pada kadar rasuah dan perompakan harta rakyat terutama orang Melayu oleh UMNOBN saya sangat pessimistik dengan masa depan anak cucu Melsyu.
Dato.
Bala untuk semua.
Hari ini ramai pemimpin -pemimpin dalam UMNO/Pas/PKR dan lainnya terdapat atau terlibat atau pernah terpalit dengan segala kemungkaran dan maksiat.
Hanya Allah saja yang tahu akan ini semua.
Hatta para penyokong tegar,kaki taksub dan fanatik mereka pun ramai terlibat dalam kemungkaran.
Malahan ramai rakyat jelata pun menjadi pendokong kemungkaran dan maksiat.
Ada ulamak jadi jahil.Ada yang jahil berlagak ulamak.Iniulah sandiwara didunia.Tak apa Allah Maha Mengetahui.
Wajarlah kalau bala menimpa kepada semua sebagai satu musibah.
Banyak sangat berkeras menegak benang basah dan benang kering.
Harap semua tepuk dada tanya lah selera.
Ada mata tengok dengan teliti.
Ada telinga dengar dengan berhatihati.
Ada fikiran waraskan fikiran kita.Nilaikan baik buruk,benar dan palsu.
Pentas dunia ramai sangat musang berbulu unta.
Kerana berebut kuasa hendak jadi ketua kerana jadi ketua dapat banyak faedah dunia dan harta benda.
Sebab itu kalau PRU nanti tengok calon dulu.Jangan tengok parti tak penting.
Inilah fokusnya yang amat penting.
Dunia celaru kerana berebut kuasa.
Jangan pakai tukang canang pukul gendang.Mereka sudah kenyang.
Semoga kita di jauhi bala dari Allah.
Terima kasih.
ASSALAMULAIKUM DATO DAN SAHABAT PEMBAHAS YANG DIKASIHI SEMUA SEMOGA ALLAH AKAN MEMBERKATI HIDUP KITA INSYA-ALLAH. Dato mai kita tengok kat langkawi bandaraya pelancongan apakah taraf yang kita boleh beri kepada mereka? apakah rakyat langkawi maju apakah rakyat langkawi kaya raya apakah rakyat langkawi rumah nya besar2 belaka itu pertanyaan saya sama dato? KERANA SAYA TAK MAHU TANYA SAMA POKOK APA PASAL GOYANG NANTI DATO JAWAB ANWAR KASI GONCANG AITU SEBAB POKOK GOYANG ini pun salah anwar juga kot....Isu bala tak timbul kalau manusia hidup ikut peraturan ALLAH namun kita ingat dalam tubuh badan manusia ada hati ada perasaan tapi kalau hati sudah busuk sudah tentu tidak boleh mengawal nafsu dan nafsu yang menjadi raja dalam tubuh badan manusia bukan hati yang mengawal jadi akhir nya yang sampai ialah fikiran celaru....macai2 umno kata pengakuan bapa sayful gay ialah kerana anwar jadi perkara ini anwar salah lagi kalau bab apa pun yang salah adalah anwar juga....namun manusia banyak lupa bahawa janji ALLAH itu tepat barangsiapa ingkar akan suruhan nya maka kerosakan akan melanda kehidupan manusia mungkin tidak rosak pada negara tapi rakyat rosak akhlak nya penyakit ini sebenar nya yang amat merbahaya....saya harap semua kalangan dari kita kembali la kejalan yang ALLAH redha...insya-ALLAH selamat kita dari kemurkaan ALLAH...cukup dato siren dah bebunyi waktu memulakan sudah sampai jumpa lagi dari penghuni pekerja kilang warna hijau...wassalam
Pemimpin (politik) adalah cerminan majoriti rakyat kerana mereka adalah rakyat yang dilantik oleh majoriti rakyat. Apabila rakyat suka melanggar peraturan maka pemimpin yang suka melangar peraturan akan terus dipilih jadi pemimpin.
Kalau akhlak satu kaum yang menduduki sebuah negeri itu menjadi terlalu buruk maka Allah akan gantikannya dengan kaum yang lain. Kaum yang buruk akhlaknya adalah kaum yang lemah maka mereka amat mudah ditewaskan oleh kaum yang lebih baik akhlaknya. Ini adalah hukum alam yang telah belaku berukangkali sepanjang sejarah manusia. Maknanya, apabila akhlak Melayu menjadi semakin buruk, maka pasti kaum Melayu akan digantikan dengan kaum lain.
Apakah rahsia akhlak yang baik itu? Jawapannya kita sudah tahu, iaitu, beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan sebenar-benar iman. Kitabullah dan sunnah Rasul kita jadikan panduan, nescaya kita selamat dunia dan akhirat.
Alangkah baiknya kalau ada bijak pandai yang mahu mengkaji kurikulum persekolahan kita sehingga penerapan iman menjadi berkesan kukuh terpahat dalam sanubari kita. Ya Allah, hadirkan dari kalangan kami insan yang bijaksana bagi membimbing kami dan keturunan kami, meningkatkan iman kami terhadap Mu. Rahmati kami. Amin.
rasa nya siapa activist tu...
SAYA macam kenai
Salam,
Saya rasa posting dato, kali ini adalah utk menyatakan penyakit yg dibawa oleh org2 politik dan kesannya kpd rakyat jelata.
Yang nyata penyakit bawaan org politik telah menyebabkan sindrom kekeliruan kpd masyarakat.contoh terbaru pengakuan bapa saiful kononnya ada konspirasi dlm kes liwat anaknya sedangkan tuan tubuh sendiri menafikan.
Bukankah virus yg dicetuskan oleh org politik ini telah menyebabkan perpecahan bukan saja dlm keluarga saiful bahkan masyarakat juga.
virus yg dinamakan FITNAH ini telah tersebar dan menular jauh kedlm jantung hati rakyat.Telah terjangkit virus fitnah ini bukan saja kpd rakyat marhaen bahkan kpd ulama2 berserban besar tak terkecuali juga kpd cendiakawan2.
Mereka2 yg dijangkiti ini akan menjadi bengung,nanar dan tak ketahuan.Inilah virus maut yg dibawa oleh org2 politik..mudah2an Allah menurunkan penawarnya.
anuar di timpa bala, din melaka makin sebuk kerja nak kena tepis...... sampai nak pergi beli susu anak pun tak sempat.
biar mati anak, jangan mati paymaster
pada din melaka budak hingusan dalam kelambu.
kalau cerita bab politik Sabah, kami di Sabah jauh lebih matang dari kamu. kamu ketika itu maseh lagi dalam buaian.
kami pernah lalui zaman Tun Fuad Stephen. Tun Datu Mustapha, Harris Salleh, Kitingan, Yong Teck Lee dan sekarang Musa.
kami pernah lalui zaman Muslim mengamuk di Masjid KK, penceroboh Sulu mendarat di tahun 70an, lanun merompak di sandakan dan pelbagai lagi yang mana ketika itu kamu maseh hingusan.
jadi tak perlu mengupas politik Sabah ikut nafsu boss kamu si Anuar dan bukan ikut fakta dan sejarah sebenarnya.
lebih baik kamu kaji semula sejarah kesultanan Melaka...... sebelum Portugis datang semula menjajah kamu lagi.
Aslkum Dakj
Hakim telah menangkan ANUAR dalan kes sodomi 2 walaupun bapa Saiful ketika itu bukan main lagi pertahan anaknya.
Nasib baik kerajaan UMNOBN dapat hakim yg santun yg nak jugak dengar/pura2 dengar tuduhan yg tak berbukti kukuh tu.
Kalau zaman sebelum MAHADIR buang ketua hakim negara dulu, kes sodomi 1 dan 2 kena buang hari pertama lagi sebab dianggap menyalahguna kuasa mahkamah dan buang duit rakyat.
Bukankah MAHADIR sendiri gelar UMNOBN sebagai syaitan yg dikenali?
Bukan apa, kalau tak diperingat selalu, nanti media UMNOBN pusing dan tuduh TGHA pulak yg kata begitu.
Aslkum dakj
Yg bersalah kerana rasuah beli rumah besar rm24jt org UMNO
Yg kantoi bawa wang rasuah berjuta di Australia adalah orang UMNO.
Yg hutang kasino berjuta2 gara2 kalah judi adalah mantan ketua menteri Sabah.
Yg rasuah perwakilan berjuta2 untuk lobi jawatan timbalan presiden UMNO adalah ketua menteri Melaka.
Yg rasuah perwakilan berjuta2 untuk lobi jawatan naib presiden UMNO adalah menteri besar Negeri Sembilan.
Siapa kata wang2 berkenaan bukan wang rajyat?
Kepada yg berkenaan, itu sejarah.
Kalau dinegara luar dah lama UMNOBN dikafankan.
Tapi sayang, kan Malaysia boleh.
Sori, sori saya lupa. Ini semua salah ANUAR
Ybhg Datuk.
Kita mohon pada Allah untuk jauhi bala.
Hari ini semua orang harap Bala.
Bala boleh tunjuk jalan ke Putrajaya.
Pada tahun 1819 mahsuri telah dihukum bunuh kerana FITNAH sang rakus mabuk kerana nafsu...jadi perkara ini masih berlaku A tuduh B yang C pula jadi penambah sesedap rasa yang untung D kerana meniaga dan akhir nya yang rugi rakyat juga. Hidup ada putaran alam tak pernah berhenti walaupun hujan dunia akan berpusing dari masa ke masa tapi manusia tidak pernah sedar bahawa nyawa sudah dipenghujung hidung tapi masih bersuka ria seumpama mati tidak akan kena pada nya....ok dato sekadar kata dan renungan buat semua.....
....
kadang kadang saya terfikir, yang @Din Melaka ni, adalah se orang watak yang di beri imbuhan lumayan oleh pihak UMNO... dari penulisannya, membuatkan orang yang ada simpati terhadap pr barangkali aku masuk gear gostan...
Aslkum Dakj
Sdr ANAK SABAH
Kita berdebat bagaimana nak elak bala malah malapetaka pd rakyat agama bangsa dan negara.. termasuk Sabah.
ANAK SABAH bukan berdebat . TAPI
ANAK SABAH tuduh saya budak hingusan.
ANAK SABAH sensraikan nama2 mereka yg pernah jadi ketua menteri Sabah. Untuk beritau dunia sdr pandai hafalan ke.
ANAK SABAH kutuk Melaka pernah dijajah Portugis. Sabah tak pernah kena jajah ke?
Kalau diibaratkan peperiksaan, ANAK SABAH akan gagal sebab tak jawab soalan tapi asal tulis saja.
Cubalah serious sikit. Orang macam saya nak beri kesedaran pd anak Sabah lain supaya kekayaan bumi Sabah tak terus menerus dikebas oleh lanun2 UMNO.
Harap2 ANAK SABAH tidak tergolong dalam kategori lanun UMNO yg sejak masuk ke Sabah makin menjadi2 bawa bala.
Dato.
Khidmat bomo.
Ada yg guna bomo dalam negara.Dan ada yg guna khidmat luar negara seperti dari Indon.
Pertama minta bagi berkenan bila tengok wajah dia.
Kedua kena bagi tunduk sikit pesaing dia.
Ketiga kena bagi pendinding pada dia.
Keempat tok bomo kena ikhtiar supaya dia jadi calun.
Itulaha antara ramuan dan hajat mereka menjelang apa-apa hajat peribadi.
Dia tak yakin dengan minta dan memohon pada Allah.Sebab setiap permohonan dan hajat dengan Allah ada tertibnya dan caranya.
Semoga Allah akan terus melindungi calun yang terbaik nanti dan membuka hati pengundi untuk memberi undi padanya.
Terima kasih.
Datuk,
Atas sebab bodoh lagi jahil maka berlakulah apa yang dikatakan bala itu.
Pasti, memang ada orang umno yang kecewa dek para pemimpinnya.
kalau tidak mana mungkin boleh berlaku yang tidak sepatutnya berlaku.
Salam Dato...pertama mari kita berdoa roh2 arwah pahlawan kita yg terkorban di Lahad Datu di cucuri rahmat Nya !
Kedua ia lah mengenai tangkal dan azimat..teringat saya mengenai ubat penawar bisa ular.Satu masa dulu terdapat ramai orang India menjual penawar ini.Sebelum penawar di jual,penjual biarkan tangan nya di patuk oleh ular tedung senduk atau tedung sela,yg keluar dari bakul dgn iringan tiupan serunai.Penawar di sapukan untok hilang bisa dan luka tempat di patuk.Berebut2 orang membeli penawar itu.Apa sebenar nya berlaku? RUPA2 NYA nya sebelum permainan ular itu,bisa nya telah di buang.Kemungkinan pada masa itu orang Melayu tidak tahu yg bisa ular bolih di buang dari ular sebelum ia mematuk.Namun pada zaman itu ada ramai bomoh ular (Melayu) yang mampu buang bisa dari badan mangsa ia itu setelah di patuk.......tq
The Scribe
Salam Hormat
Najib Takuti Terrorist Kiram
(kenapa terima tuntutan palsu)
Sekiranya nanti anda nak gelak-tertawa biarlah; tetapi sebenarnya anda perlu takut dalam hal pencerobohan terrorist Kiram di Sabah - perhatikan bagaimana najib menangani hal ini selanjutnya dan anda akan tahu siapa dalangnya.
Tian Chua dan ramai rakyat fikir selagu apek cina kurang akal sekolah tak tinggi pendengki kebenaran. Dia sepatutnya fahami kasus pembunuhan Altantuya.
Namun, BN menang dua pertiga dan najib letak jawatan.
Laughter is good for your health
kata Jinping kepada Obama
melihat PM Malaysia yang baru.
MAAF sembah derhaka.
din melaka ni terlalu amatur.....
tukar nama dari din kelang ke din melaka tapi gaya tulisan dan pemikiran masih sama.
kena potong gaji dia bulan ini dan hantar pergi training rekasiah...
Aslkum Dakj
sdr doncin cai
Kita biasa dengar " Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mau berubah"
Saya rasa usaha perah sedikit otak menyumbang di blog Dakj adalah sedikit sedikit sumbangan kearah kebaikan kaum saya.
Saya berani katakan kpd sdr atau sesiapa saja bahawa berdosalah mereka yg menuduh saya penulis upahan.
InshaAllah hanya balasan Allah yg saya harapkan.
Janganlah kerana sdr tak setuju dgn komen2 saya terhadap UMNOBN memberi peluru atau alasan kpd sdr doncin cai untuk hentam PR.
Nikmat Allah yg mana lagi yg hendak Din Melaka nafikan.?
Din Melaka tak penting langsung. Begitu jugak kebanyakan penuls di sini. Ibarat kata pepatah seekor ayam jantan tak berkokok tak kan hari tak siang
din melaka,
I'll take your anger with a pinch of salt.
growing old is compulsory, growing up is ......
Dato,
Pemimpin BN buat perkara jahat
Kesian rakyat jelata tanggung akibat
Kepada pemimpin yang khianat
PRU 13 belum tentu selamat
Dato
Pasal projek IC di Sabah tu ada macam-macam cerita. Masaalahnya sebab UMNO mengambil kesempatan untuk kepentingan parti. Haa... Sekarang makan diri.
Apapun Dato, saya harap kes ceroboh di Lahat Datu akan selesai dengan segera dan pihak ATM serta polis berjaya dengan misi mereka.
Bala menimpa kerana tangan manusia itu sendiri lidah tidak pernah berkata benar sering kali pusing sana pusing sini buat fitnah sesuka hati macam dunia kembali ke zaman lagenda mahsuri semula....bala ALLAH akan menimpa bila kita lupa yang mana HALAL yang mana HARAM....semua boleh sahaja...akhir nya hidup tiada pedoman bala pun datang baru sedar tapi sudah terlambat....
pemimpin politik yang gunakan khidmat bomoh sama dengan orang yang hari2 tikam nombor ekor...
Kiriman Salam Hormat
(kepada al su'ud melalui xi)
Apa agaknyanya TDM syorkan
untuk keselamatan tanahair
dan khusus buat Sabah peralatan
canggih selain yang dipamerkan
di LIMA Langkawi, Scribe?
Buy Chinese katanya harap kita
untuk Sulu Sea security needs
dengan bersyarat kerjasama ketat
atas Wing Loong dan WZ-10.
Atau Bagan Dato nak tiga skudron
Apache recon harga baru?
Selamat Ke Langkawi, Mahaguru.
Aslkum Dakj
Tahniah pd Aishah Jamal.
Sangat berharap semakin ramai meraikan blog DAKJ dgn hujah yg bernas
Tak ramai yg berani menulis. Takut kena patah hujah. Ada jugak yg malastakut kena kutuk oleh yg tak de kerja lain tapi ambil upah dgn UMNO kacau blog org lain.
Ramai jugak dah give up. Sebab tak yakin PR akan memang dek hari2 kena hebtam dan kena spin dgn media perdana.
Terbaru cara UMNOBN urus 200 penceroboh (ada tiori pemimpin UMNOBN sendiri yg cipta kejadian ini) seolah2 negara sedang berhadapan dgn 200000 tentera asing.
Maka sibuklah rakyat dihidang dgn lagu patriotik. Mak masjid2 pun sibuk dipaksa buat sembahyang hajat dll.
Tak lain tak bukan nak lari dari masaalah sebenar seperti kemarahan rakyat terhadap kebiadaban pemimpim UMNOBN tipu undi melalui pemberian ic segera.
Kalau masjid di arah buat sembahyang hajat tolak bala supsya Allah hukum pencuri duit rakyat spt kes LEMBU KONDO dan KOMISYEN SCORPENE adalah justifikasinya.
Kepada Melayu yg lebih suka ambil sikap berdiam diri, atau tak mau campur dalam isu kerajaan UMNOBN VS PR anda sebenarnya secara tanpa sedar telah bersekongkol dgn pemerintah yg zalim( tak semestinya UMNOBN saja)
Yg paling senang duduk depsn tv atau konon jaga tepi kain sendiri saja. Sikap itulah telah menyebabkan hak kita semakin hari semakin diceroboh. Sedangkan anda sebenarnya hanya pentingkan diti sendiri.
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Masalah bomoh dan sebagainya bukanlah suatu perkara yang kita boleh ketepikan begitu sahaja. Ini adalah kerana masalah jin , syaitan dan sihir ada di sebut dalam Al-Qur'an. Allah minta kita berhati-hati supaya tidak menjadi syirik oleh kerananya.
Kita biasa dengar diantara banyak kesan sihir adalah membuat kita suka pada seseorang itu atau membenci seseorang.
Memandang tajuk yang paling hangat dibincang sekarang adalah perpecahan sesama kita yang membawa negara ke kancah kehancuran maka saya mengajak kita semua memikirkan siapa yang kita meluat sangat bila melihatnya atau mendengar namanya disebut. Kita lepas itu berlapang dada memikirkan apa salah orang itu kepada kita.Jika tiada mungkin kita telah terkena sihir dan perlu minta bantuan Allah untuk membersihkan hati kita. Ini adalah kerana setiap kali kita buruk sangka dengan seseorang hati kita akan mendapat titik hitam.
Semoga Allah menghapuskan perasaan benci-membenci dikalangan sebahagian diantara kita dan mengantikannya dengan perasaan kasih sayang sesama umat.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
din melaka,
kamu pindah balik kat markas lama kat tingkat 1, dulu Wenworth Hotel Jalan Pudu KL.
kamu tak boleh duduk ofis baru lagi, hasil penulisan terlalu lembek.
"Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena Sama"
TAJUK yang sangat TEPAT.
SEBAB itulah WAJIB kita memilih pemimpin pemerintah dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
Babu,babuji,tangkal,bukan saja disentuh oleh Dato', juga dihurai panjang lebar oleh DOLLAH KOK LANAS pengalaman beliau sepanjang jalan bersama UMNO.
BERMAKNA, ramai sangat di kalangan calun-calun UMNO tu melakukan syirik, DOSA YANG TAK AKAN DIAMPUN ALLAH SWT.
BERMAKNA, ramai yang bersyirik itu bukan dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
BERMAKNA, ramai calun-calun UMNO tu bukan dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
TAPI BAB KALIMAH ALLAH bukan main hebat, mempamerkan keimanan dan ketaqwaan bersinar-sinar di jalanraya terutamanya di Penang. Mereka yang bersinar-sinar keimanan inilah yang "memenuhi Subuh berjemaah" di akriah masing-masing gamaknya! BOLEHLAH DATO tengok batang hidung mana yang selalu dok saf pertama solah subuh!!!!
Cerita sikit bab dikir barat, Ketuanya digelar "Tukang Karut". Tersebutlah alkisah seorang tukang karut orang UMNO, yang sangat terkenal karutnya bila berdikir barat. Sejak akhir-ahkir ini menjadi-jadi beliau mengarut menghentam Kerajaan Pas Kelantan termasuk Nik Aziz. Tak kurang juga Anwar dikarutnya main depan belakang. DITAKDIRKAN ALLAH SWT, MAKA SAMPAILAH AJAL BELIAU MENINGGAL DUNIA.
CUKUP MENGHARUKAN, IMAM EMBAHYANG JENAZAHNYA DIIMANKAN OLEH NIK AZIZ NIK MAT.
Berderai airmata mereka sekeluarga.....
YA,
ORANG BERILMU berpesan,
kalau menghina, jangan keterlaluan,jangan melampaui batas, kita tidak tahu pengakhirannya
kalau memuji, jangan keterlaluan,jangan melampaui batas,kita tidak tahu pengakhirannya
BOLEHJADI KITA SESAL SELAMANYA!!!
Assalamualaikum Dato'
Dato pernah beli dan minum susu pekat manis?
Susu tepung untuk bayi?
Mee Maggi segera?
UBAT-UBATAN untuk sakit dan penyakit?
SEMUANYA makanan dan ubatan di atas baik untuk badan.
TAPI kalau susu pekat manis dah tamat tempohnya, "HARAM" penjual menjualkan kepada pembeli. Bimbang jadi musibah.
kalau susu tepung bayi dah tamat tempohnya, pemborong selalunya hantar balik kepada pengilang, tak dijual kepada peruncit dan pelanggan. Bimbang jadi musibah.
MEE MAGGI segera pun sama. Jangan makan dah tamat tempoh.Bimbang jadi musibah.
UBAT-UBATAN lagilah kena ikut peraturan dan nasihat Doktor.
Saya juga amat yakin, Tuan Dr Hj OKJ pun tak akan bagi ubat-ubtan tamat tempoh kepada pesakitnya.
Bimbang jadi musibah.
DAN TANGGAL 8 MAC 2013, GENAPLAH KERAJAAN TINGGALAN DOLLAH BADAWI KEPADA NAJIB RAZAK.
Tak pernah dalam sejarah PRU atau Parlimen masih tak bubar WALAU DAH CUKUP TEMPOH 5 TAHUN.
BOLEHLAH GAMAKNYA KITA KIRA KERAJAAN UMNOBN SEKARANG NI KERAJAAN DAH TAMAT TEMPOH.
Sama seperti susu pekat manis, susu tepung bayi, mee maggi segera, dan ubat-ubatan, tak elok ambil atau kekalkan benda yang dah tamat tempoh.
BIMBANG JADI MUSIBAH!!!!!
salam dakj
ramai orang tidak faham bahawa hubungan mereka dengan Allah adalah direct/terus.
bila tak yakin itu lah mula mencari
pertolongan dari yang lain.
apa yang berlaku di lahad datu perlu disiasat dan perlu difikirkan apa hikmahnya.
bagi orang yang berfikir akan nampak hikmahnya yang banyak dan bagi yang tidak berfikir tidak akan mendapat apa apa.
apa-apa yang terjadi pasti ada positif dan negatif.ambil yang positif akan dapat hasil yang positif begitu sebaliknya.
kepada para anggota keselamatan mempertahan keamanan negara adalah niat suci yang mulia.berkidmatlah kerana ALLH.
Aslkum Dakj
Debgarkan dialog antara penerima BR1M yang BODOH dgn yg BODOH.
Kata si BODOH..." baik betul kerajaan UMNOBN bagi kita duit. Aku mesti undi mereka"
Kata yg PANDAI..." Jangan jadi bodoh . Wang tu sebenarnya wang kita. Engkau ingat kalau PR tak kuat UMNOBN mau ke beri kita BR1M?. Kalau engkau nak terus dapat BR1M , kita jangan undi UMNOBN tapi undi PR"
Jangan marah.
Aslkum Dakj
Pada tahun 1999 dulu orang pandang serong dgn perjuangan DSAI melalui PKR.
Saya madih ingat antara komen...Tengku Razaligh melalui SEMANGAT 46 pun bungkus . Inikan pulak setakat ANUAR dgn PKR nya.
Allah kabulkan doa ANUAR, TGNA, TGHA dll yg dianiaya oleh pemerintah zalim UMNOBN.
Berpaksikan kepimpinan ANUAR gabungan PKR, PAS dan DAP menjadi semakin kuat hingga menang lima negeri sapu bersih kecuali satu parlimen kulala lumpur.
Kalau bukan kerana bantuan referee berat sebelah yg kotor dgn penipuan melalui kombinasi pengundi ic segera, undi pos dan nyah keluar nama pengundi pembangkang SAYA YAKIN dah lama UMNOBN kalah.
Pelbagai tipu muslihat spt isu mengkafirkan ahli UMNO, penggunaan nama Allah, sodomi 2, LBGT, budaya demo jalanan, PAS dah lari dari perjuangan Islam sebenar, PAS jadi kuda tunggangan DAP, Melayu akan kehilangan kuasa jika PR menang, cuba dimain oleh UNNOBN demi menyekat kemaraan PR.
Terbaru kes pencerobohan militan di lahad datu cuba dikait dgn ANUAR.
Semua usaha macai2 UMNOBN tak mendatang kudis.
Mantan menteri, timbalan menteri, mantan pengarah polis, mantan general, mantan ketua tim pendakwa kes sodomi 2, mantan pegawai tinggi kerajaan dah sertai PR. Mereka bukan bodoh. Mereka berani kerana bukan saja sebab dpt hidayah tapi mereka yakin PR semakin kuat.
Terbaru bapa Saiful pulak tanpa takut sertai PKR. Syukur pd Allah( bukan syukur pd pemimpin UMNO ye). Sedikit sebanyak org Islam dah ikut keberanian kafir Deepak dan BALA.
Media UMNO bukan nak insaf tapi terus main lagu lama iaitu semua yg join PR telah di beli berjuta2. Ye la tu.
Macam lah org spt Zul Nordin, Zaharin , Gopal, Ezam , Roslan Kassim, Hassan Ali , Ibrahin Ali , dan tiga pengkhianat Perak tu sokong UMNOBN atas "kerelaan" sendiri.
Buat masa ini orang UMNO yg masih malu2 kucing, bersegeralah tinggalkan UMNO dan masuklah PAS atau PKR. Tapi jangan minta2 habuan peribadi pulak.
Salam kasih sayang umat NABI SAW kepada dato yang dihormati.....BALA apa yang menimpa kita dimalaysia zaman pak lah TSUNAMI 2004 di semenanjung di sabah berlaku pula banjir lumpur yang dahsyat...zaman mahathir KONDO tumbang menyembah bumi meragut puluhan nyawa...Tragedi yang tragis ialah kes MEMALI fikir balik itu la keruntuhan akhlak yang datang adalah BALA.
Zaman najib lain sikit ceritanya LAHAD DATU cerita nya mengorbankan nyawa juga begitulah dunia hari2 ada sahaja ceritanya.
Namun bagi yang insaf ingatlah itu satu pengajaran kepada kita semua.
Assalamualaikum Dato'
Saya sangat yakin Dato tak lupa sajak Pak Lah untuk membentuk Bangsa Malaysia Minda Kelas Pertama Dunia.
Sajak mencari di mana dia Al-Ghazali, di mana dia As-Syafie.
Sangat menarik sajak tu, isinya pun sangat mendalam, masakan tidak bagi "memenuhi" hasrat Hadhari.
Kepada siapa ditujukan sajak tersebut?
Saya boleh katakan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya (kerana dia PM), dan kepada ahli UMNO khususnya (kerana dia Presiden UMNO).
Maka diharapkan bagi Pak Lah, semua ahli UMNO menghayatinya jadi manusia MINDA KELAS PERTAMA DUNIA, ISLAM HADHARI lah mereka.
HARI INI, dan sejak akhir-akhir ini, barangkali Pak Lah sudah nampak sangat berkesan nilainya kepada ahli-ahli UMNO dan NGO Pro-UMNO.
Ya, mereka semakin ganas nampaknya. Mengacau, mengganggu ceramah PR tu dah jadi satu kerja utama mereka. Sudah berapa kali BAS PKR diserang, dilontar batu-batu, tak kurang juga disimbah cat merah. Kereta Anwar Mercedes S-Class pun ditendang dilontar batu hingga kemek dan pecah cermin.
NGO ANAK diserang dirapat umum PR di Felda felda.
DAN terkini, demo depan Pejabat PKR Pusat sangat biadap.
DAN JANGAN lupa juga tarian PUNGGUNG depan rumah Ambiga.
APA SUDAH JADI DENGAN AHLI UMNO YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA ISLAM HADHARI, SYAFIE DICARI, GHAZALI DICARI. INIKAH TABIAT YANG DISANJUNG OLEH MAJORITI RAKYAT MALAYSIA?
SANgat memualkan!!!
SKRIP UMNO ni bila serang seseorang individu, penuh dengan fitnah tokok tambah.
MAT SABU dengan Al-Kisah Mat Indera. LEBIH 1000 lapuran polis dibuat. 3 minggu berturut-turut Utusan Malaysia menyerang Mat Sabu dimuka depan. PELBAGAI NGO MEE SEGERA dengan pelbagai nama-nama yang canggih manggih buat demo. DEMO DEMI DEMO. AKHIRNYA, Polis terpaksa ikut tekanan puak "pelampau" ni MEMANGGIL DAN MENAHAN MAT SABU , KONONNYA DIAMBIL KETERANGAN. DAN SKRIP AKHIRNYA, DIDAKWA DI MAHKAMAH.
SKRIP YANG SAMA digunakan ke atas mana mana pemimpin PR.
Nurul Izzah tak kurang hebatnya dihentam.
DAN KALAU PEMIMPIN PR ITU CINA, INDIA, SKRIPNYA DITAMBAH SATU LAGI---LUCUT KERAKYATAN KENEGARAAN.
AMBIGA DIANCAM ,DIUGUT LUCUT KERAKYATAN
TERKINI, TIAN CHUA JUGA DIUGUT LUCUT KERAKYATAN.
Sangat memalukan UMNO. Mereka gagal berhujah, ambil pendekatan EMOSI.
KEK NAJIS KPD LIM GUAN ENG itu ajaran Islam Hadhari kah? YANG saya sangat pasti, bukan ajaran Islam yang syumul. Boleh pahalakan hantar kek najis? Kalau boleh pahala besar, hantarlah hari-hari, cepat masuk syurga!!!!!
APA SUDAH JADI DENGAN ORANG UMNO
TIADA HUJAH MEREKA INI.......OTAKNYA DIMANA????
din melaka ni emosi lah...apa lah..tak matang langsung
din melaka ni emosi lah.. x matang..gunakan fakta ..bukan sumpah seranah...gunakan akal bila berdebat...macam budak 2..
"Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain:
Semoga Allah menghapuskan perasaan benci-membenci dikalangan sebahagian diantara kita dan mengantikannya dengan perasaan kasih sayang sesama umat."
Doa saja tak cukup kalau tiada usaha nak ubah. Doa saja tidak boleh ubah perkataan rojak Pencetus Strategic Vision menjadi Pencetus Cita-cita Terancang. Doa saja tidak cukup untuk melawan propaganda. Doa saja tidak akan membolehkan sembuh penyakit. Kalau boleh, tentu tidak perlu doktor dan hospital.
Kalau kerajaan sekarang dah sakit, bagilah ubat rehat. Jangan pangkah lagi. Mereka pun dah kaya raya. Ada pencen lagi kalau kalah. Harta tak payah cakaplah. Sampaikan tak berani nak isytihar harta pada rakyat. Anak2 mereka jutawan atau berpendapatan puluhan ribu. Yang baik dan jujur pun ada juga. Tapi tak perlu rakyat ubah sebab biasanya mereka ini akan diubah dulu oleh parti mereka.
Lainlah kalau periuk nasi kita, rezeki kita bergantung kepada hasil rampasan kemenangan mereka...
din melaka towkay felem hindustani
din melaka
puas kah hati kamu apabila hari ini seorang lagi anggota keselamatan terkorban Malaysia di Lahad Datu akibat kerakusan si Anuar - dewa kamu
jangan lah kamu berpura pura lagi
Dato.
Perihal isu Anuar.
1.Ada kumpulan yang percaya dulu kini dan selamanya.
2.Ada kumpulan yang tak percaya langsung.
3.Ada kumpulan dulu percaya sekarang tak percaya.
4.Ada kumpulan dulu tak percaya sekarang percaya.
5.Ada kumpulan yang tak kesah mana-mana keadaan pun kerana sebok cari makan .
Inilah yang dikatakan dunia.
Sampai bila pun macam-macam ragam dan tanggapan.
Sama sekali dunia tidak temui aman damai.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
Bilalah Allah hendak hapuskan bala yg menyusahkan rakyat dah lebih 56 tahun ni!!!!
Ada mamak boleh jadi perdana menteri pd org Melayu. Bukan saja hak istimewa Melayu dirampas, kuasa raja Melayu pun dia hakis.
Bermulalah bala kerana dia dah jadi diktator. PM2 selepas tu apa lagi. Tinggal teruskan tradisi yg mengasyikkan.
Kepala dah busuk takkan badan dan ekor pulak bau harun.
Yg baik takkan naik. Tapi yg pandai angguk2 dialah cepat naik.
Peguam yg ada rekod buruk bila kahwin dan buang dokumen perkahwinan pun boleh jadi ketua hakim negara.
Hakim lebih kanan yg bodek, tapi kurang agaknya tak dapat jadi ketua hakin negara. Hanya pencen setakat jadi presiden mahkamah rayuan.
Peguam2 junior terus jadi pesuruhjaya kehakiman . Asal pandai buat2 penghakiman macam lawyer gred 3 macam hakim gula2 hacks atau tak mau ambil tau kenapa rekod imigresen boleh dipadam, pembunuhan tanpa motif , memutuskan memang ada penipuan dalam PRU tapi enggan istihar batal pilihanraya.
MACAM2 ADA. MALAYSIA BOLEH.
Nak claim KPI kadar jenayah semakin rendah tapi herannya semakin ramai kawasan perumahan punya pengawal sendiri.
Oleh kerana timbalan KPN yg banyak bicara saya hampir lupa nama KPN.
Dah berstatus kerajaan sementara pun nak rasuah kakitangan awam. Bagi pulak across the board. Tak teruk guna otak. Kalau jujur nak kurangkan jurangkan pendapatan kerani dgn pegawai tinggi, bukan begitu caranya.
Kalau PR menang, pening jugak mereka nak bayar gaji baru yg dibuat bukan dari sumber hasil tapi dari amalan berhutang UMNOBN.
AMBIL JANGAN TAK AMBIL. ITU DUIT KALIAN YG HALAL DGN SYARAT JANGAN PONTENG KERJA.
TAPI JANGAN LUPA PANGKAH PR DEMI KESEJAHTERAAN YG LEBIH MANTAP DAN TULIN.
Stuju. Anuar Mat Saman
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara X- UMNO yang telah mengulas tulisan saya.Yang saya nyatakan khusus adalah bersabit dengan sihir.Jika seseorang itu rasa benci kepada seseorang tidak tentu fasal maka besar kemungkinan ia terkena sihir. Lainlah halnya jika kebencian itu adalah bersebab.
Sebagai seorang Islam kita disuruh membuat kebaikan dan mencegah keburukan. Tiada tempat seorang Islam tidak aktif. Jika ia mempunyai kuasa wajiblah ia mencegah kemungkaran dengan kuasanya ,jika tiada kuasa menegur dengan lidahnya atau melalui penulisan , dan jika tidak berdaya ia hendaklah membencinya dalam hatinya.Tindakan membenci sahaja adalah selemah-lemah iman.
Strategi yang terbaik untuk menang/berjaya adalah dengan menghayati ayat 159 Surah Al-I'mraan Juz ke 14:-
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) , dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu ma'afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal kedunian )itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat , untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah , sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya"
Berdoa adalah penting kerana hanya Allah dapat membalik-balikan hati manusia.Kita merancang Allah menentukan.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
anuar mahu kuasa, din melaka jadi giler.
terbakor kawan tak tidor malam....
banyak bala yang perlu si din melaka jawab hari ini..
1. Pengakuan Yuktes Vijay, Peguam Kes Liwat II Anwar
2. Fareez : ‘Saya Sedia Bongkar Perihal Cemburu Wan Azizah’
3. Sejak 2007, Wikileaks Dedah Komplot Nur Misuari Mahu Takluk Sabah
4. Peguam Filipina : Pertemuan Anwar – Misuari Cetus Pencerobohan Di Lahad Datu
5. Persoalan Bapa Saiful Tidak Mahu Bersumpah Cetus Pertengkaran Mulut..
6. Tentera : Apa Mesej Tersirat Anwar 8 Januari 2013
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr. Langitbiru.
Lima tahun dikira dari hari pertama Parlimen bersidang BUKAN dari hari pilihan raya.
Hari pertama ialah pada 28 April 2008. Jadi 28 April 2013 tarikh tamat mandat rakyat kepada kerajaan persekutuan.
Kerajaan negeri lain pulak.
Fakta yang betul mustahak kalau tak 'wak abih keberah' jer.Cakap berdegar-degar .... lekat celah gelegar.
Saya sangat setuju.. jangan hina orang. Nak berhujjah sampai pagi pun tak pa tapi biarlah berasaskan kebenaran.
Jangan jadi pendebat dari Melaka (bukan malacca)tu, menguuutuk dari awal hingga akhir.
Kalau ada bukti dakwalah di mahkamah. Cakap lebih2 kat luar buat apa.
Dlm kes liwat DSAI dgn Saiful, sebagai seorang Islam saya percaya Saiful di pihak yg benar.
Saiful dah bersumpah laknat. Dia ikhlas. DSAI tak nak,macam2 alasan. Dlm keadaan begini sah DSAI takut kerana salah. Saiful berani kerana benar.
Ayah Saiful kena jugak bersumpah, kalau tak nak, tahulah apa maknanya.
Kalau masih ada orang Melayu, mungkin Din Melaka dan Langitbiru, masih tak sedar yang Am..g..dan Ti.. C...adalah racun perpaduan...tak leh nak kata apalah.
Kita semua patut impikan sebuah kerajaan yang lebih baik tetapi bukan dengan cara menukarkan BN dengan PR kerana PR sangat tidak baik.Pemimpin2 mereka mempunyai cita2 terlalu tinggi. Nak ambik alih Putera Jaya. Nak jawatan PM.PKR nak PM, PAS nak PM.DAP je NAK MEMERINTAH. Tak nampak lagi ker..wahai Din Melaka dan Langitbiru ?
Kalau diibaratkan durian. BN ialah durian Musang King(Klon D 197),PR pulak durian kampung boleh buat tempoyak jer...pengalaman kurang tetapi dendam kesumat sangat tebal.
PR satu pakatan yang sangat lemah, bercelaru. Satu kapal 3 nakhoda.
DAP: Malaysian Malaysia, PKR :Liberal (serba serbi) dan PAS: Membangun Bersama Islam (tapi dah luntur sejak berkawan dgn DAP).
Macam mana nak bentuk sebuah negara berkebajikan kalau penuh dengan kecelaruan matlamat.
PAS pulak tak tahu malu. Hidung tak mancung pipi tersorong sorong.Asyik nak berkepit dgn DAP walaupun dikata-kata.
Kepada semua pengundi,tolaklah PR,kita berikan kekuatan kpd BN dgn majoriti undi melebihi 2/3.
Sebuah kerajaan yg kuat menjamin ekonomi yg mantap yang diperlu oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.
Salam hormat.
Din Melaka @ Din Klang ini ialah askar upahan tegar Pas/Pkr.
Otak dia pun tegar juga.
Salam semua.Khutbah Din Melaka ini layak disiarkan pada akhbar harakah,suara keadilan,roket serta yg taksub dgnnya.
Bala yang pernah kita baca yakni yang pernah berlaku satu masa lalu ialah bencana yang menimpa kota Sodom dan ke atas firaun.
Cumanya kalau ada banjir di Pucong baru-baru ini, macam mana nak tentukan sama ada ia ada kaitan dengan negeri atau federal?
din melaka
aku dah pesan jangan banyak sangat dengar ceramah mat sabu.
tengok la ni hang dah banyak merapu ikut stail dia.
start esok hang kerja buat kopi dengan beli karipap kat aku saja tau
din melaka
di bawah ini senarai 21 orang kuat/kanan anwar @pujaan kamu satu ketika dulu tapi kini sudah meninggalkan anwar sebab tidak mahu di timpa bala yang di bawa oleh pujaan kamu itu.
Members of Parliament
YB Zul Noordin Kulim-Bandar Baru
YB N Gobalakrishnan Padang Serai
YB Zahrain Hashim Bayan Lepas
YB Tan Tee Beng Nibong Teball
YB Wee Choo Keong Wangsa Maju
YB Mohsin Fazil Samsuri Bagan Serai.
Former PKR members
Salehuddin Hashim (former Sec-Gen of PKR)
Prof Chandra Muzaffar (former Deputy President of PKR)
Ezzam Mohd Noor (former PKR Youth Head)
Zahid Mat Arip (PKR member)
Dr Halili Rahmat (Treasurer PKR Hulu Selangor and Anwar's doctor)
ABIM members
YB Nasharudin Mat Isa (former ABIM and former Deputy President of PAS)
Prof Dr. Sidek Baba
Ustaz Ismail Mina
Roslan Kassim
Lawyers
Zainur Zakaria
Sulaiman Abdullah
Yuktes Vijay
Others
Raja Petra Kamarudin
Dato Zaid Ibrahim
Dato Nallakaruppan (long time associate of Anwar Ibrahim)
Assalamulaikum Dato yang dikasihi semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Dalam membahas isu yang dato bawa kehalaman ini nampak nya kutuk dan hina menghina semakin menebal khusus nya dikalangan yang dinamakan orang2 melayu bangsa melayu ataupun kaum melayu hasil didikan siapa semua tak tahu. Kaum bukan melayu membina kekautan dengan ekonomi dan perubahan kepada penguasaan ilmu tapi kita orang melayu asyik bercelaru hal politik yang tak ada penghujung nya....gaduh dimelaka baling telur di ibu pejabat parti nampak gayanya yang bukan melayu relax jer tapi kita sudah kepada puncak persengketaan....oh ya persengketaan akan membawa kemudaratan juga kehancuran tunggu la kalau tidak percaya...TERIMA KASIH
Pakatan regime won’t bankrupt nation, says Musa Hitam
March 13, 2013 (Malaysian Insider )
Malaysia will not become bankrupt if Pakatan Rakyat (PR) trumps the Barisan Nasional (BN) to take Putrajaya, Tun Musa Hitam said as concern grows over the nation’s economic state amid a possible regime change in the coming polls.
The former deputy prime minister appeared to defend the opposition pact, which has been forecast by politicians and some observers aligned to the ruling BN coalition as likely to empty the nation’s coffers and scare off foreign investors with their proposed public policies in their bid to take federal power.
“That is a political statement; in my opinion, no. In fact, I have openly commented on this matter, including to bankers and outsiders.
“If the opposition were to rule, they would not make foreign investors run away. They will not do so and bankrupt the economy,”
“If you accept the concept of democracy, you will therefore not say another party will bankrupt the nation,” Musa was quoted saying.
SAYA YAKIN PR JAUH LEBIH BAIK DARI UMNOBN.
LAGI 5 TAHUN BERI KPD UMNOBN, NEGARA AKAN BANKRUP.
DI MANA ADA UMNO DI SITU ADA RASUAH
DI MANA ADA UMNO DI SITU ADA PENYANGAK TARBUS
PERLU CONTOH ? .....FIKIR-FIKIR LAH
Aslkum Dakj
Sejak seminggu dua ni ada usaha terancang nak jadikan blog wartawan tersohor Dakj seperti bakul sampah. Caranya mudah iaitu orang yg sama menggunakan nama yg berlainan menghantar sampah2 yg nilai bacaan.
Kalau dibiarkan maka para pengemar blog ini yg ada atau harap perbahasan yg lebih intelrktual antara penyokong kedua2 pihak UMNOBN dan PR maupun yg atas pagar akan kecewa dan berundur.
Saya yakin bukan itu yg Dakj maukan.
Tapi tak taulah. MALAYSIA BOLEH.
Aslkum Dakj
Mahadir dan gengnya Najib kata negara akan bangkrap kalau PR perintah negara.
Tapi Musa Hitam bekas TPM yg dibuang Mahadir berkata mustahil negara boleh bangkrap jika ditadbir PR.
Secara kebetulan pendapat Musa Hitam sama dgn saranan PR.
Syukur. Masih ada orang berani menyanggah pendapat rejim zalim UMNOBN.
Berani ke NAJIB/ MAHADIR berdebat dgn MUSA HITAM/ANUAR?
Paling tidak pun apa kata Najib pilih profesor2 kangkong beliau spt Naib Cancelor UUM berdebat dgn Rafizi atau Yb Azan ke live.
Dapat jugak sedikit sebanyak tunjuk pd dunia bahawa Malaysia bukan setakat ada piala debat PERDANA MENTERI antara anak sekolah tapi budaya debat benar2 ujud di kalangan pemimpin UMNO.
Dah tau dah jawapannya. he he!!!!
Terima kasih TUN MUSA HITAM.
Kalau ada yang beranggapan Bala mampu membawa bala; atau kemasukan sepolan/si anu dalam sebuah perti politik bakal membawa bala kepada parti lawan, tidakkah khurafat namanya?
Aslkum Dakj
Bila pemerintah zalim maka polis menjadi super efficient DALAM SIASATAN TERTENTU.
Polis jugak super efficient DALAM ERTI TIDAK MENGAMBIL APA2 TINDAKAN BILA MELIBATKAN KES TERTENTU.
Rasanya tak perlu saya beri contoh sebab dah terang lagi bersuluh.
Semoga Allah turunkan bala pd pemerintah yg zalim tapi selamatkan rakyat yg tak berdosa.
din melaka
sekarang projek lynas aku nak tukar jadi projek nenas.
hang handle bab ni ok ....
Dato
saya rasa tak lama lagi Din Melaka ni jadi sewel berucap sorang sorang dekat kota A Famosa.
Din Melaka is phenomenon for his moronic action and philosophy.....
Din Melaka, elok la bawak mengucap atau pergi qiamullai 10 hari 10 malam.
Memang kita ada masalah mencari pemimpin yang suci bersih. Baik yang Umno dan bukan umno.
Tapi Anwar taklah sesuci yang kamu sangka.
Dialah sebenarnya Bala yang kamu ulangcakap hari2.
Kumpullah semua video2 ucapan anwar, ceramah anwar, dari dia di ABIM sampai sekarang ni. Buka telinga luas2. Lapangkan dada.
Satu hari kamu akan menyesal dan malu.
Marzuki.
Aslkum Dakj
Selepas Tan Chua diheret kemahkamah pagi tadi atas tuduhan menghasut saya kini risau dgn nasib TUN MUSA HITAM.
Kalau MAHADIR dan NAJIB kata negara akan bangkrap jika PR perintah, angguk je la.
Tak takut ke kena charge atas tuduhan memghasut.
Atau ada pulak pondan mengaku disodomi oleh sorang lagi mantan TPM
Mungkin dgn sedikit habuan je yg tulis di blog pun sudi jadi pak sanggup....tapi bukan blog Dakj. Maklum la Sesetengah Melayu nak habiskan masa 24 jam pun tak tau. Kerja lain pun tak de. Nak masuk IPTA tak layak. Nak masuk Politeknik pun tak layak. Nak juga bergelar budak U , maka masuklah kolej swasta.
Lepas tu hutang PTPTN menunggu. Graduan lain dpt kerja, jenis ni carilah kerja sambilan spt kacau ceramah ke, pasang bendera ke, baling bas pembangkang ke, meramaikan majlis menteri ke....tapi mereka tak mengaku sebenarnya mereka adalah hasil perjuangan HIDUP MELAYU....konon.
Bila mereka sedar?
@ Din Melaka
..... kali ini saya agak emosional.. saya ponah dengo macam ini.. "... semasa berucap di mana mana pentas politik, anwar akan bercakap benar jika di kala itu, 1. jika dia memperbetulkan butang baju nya yang paling atas
2. memegang megang songkok tinggi warisan umno di kepalanya..
..bila saya tengok beberapa video dia ketika berucap... langsung saya tidak terjumpa tangan nya megang butang baju... dan songkoknya pula tidak pernah di pegang....
Ni nak bagi tau. Din Melaka ni memang bodo
Din Melaka
Kamulah yang mebuat blog ini jadi begini. Kamu yang mulakan komen dengan emosi. Kamu yang membodoh bodohkan orang yang tidak sehaluan dengan kamu. Setelah berbakul kamu sumpah orang, kamu ajak bicara intelektual pulak. Cubalah kamu berhujah matang sikit. Isu lapok yg dah orang bangkitkan tak payah la diulang lagi.
Din Melaka
Lain kali ikut isu penulis blog. Awak posting apa keluar awak sedap jari je kutuk pemerintah. Kita pun bukan setuju sangat dgn kerajaan. Tapi bila awak asyik kutuk je kita jadi boring dgn awak dan sokong kerajaan.
Matang la sikit Din.
Aslkum Dakj
Kalau rakyat tak boleh dpt pembelaan dari mahkamah dari penindasan eksekutif saya tak tau kepada siapa lagi.
Kalau wakil parlimen Klang tak dpt jawapan tentang kejadian kehilangan tanpa berita 5000 pengundi di kawasan beliau drpd pihak SPR, bukankah mahkamah tempat paling tepat untuk mengadu?
Masaalah mahkamah di Malaysia yg melibatkan jes tertentu bukan main efficient lagi. Tapi dalam kes tertentu dah bertahun terpengap.
Banyak cakap nanti dituduh menghasut atau menghina mahkamah.
Bala kepada rakyat bila hakim dan pemerintah zalim bersekongkol.
Pemerintah lanun biasanya akan pilih yg tak berapa nak bebas menjadi hakim.
Nasib baik selepas menjadi hakim, masih ada hakim yg buat U TURN. Harap2 biarlah kerana insaf dan takut Allah. Bukan kerana merajuk gara2 hajat nak jadi hakim kanan tak tercapai.
Din Melaka rindu nak lihat atau baca penghakiman hakim2 mahkamah tinggi maupun persekutuan yg sama kaliber dgn hakim sebelum Mahadir lumpuhkan kebebasan badan kehakiman pd 1988.
Silalah sokong lagi UMNOBN.
Bagi saya, bala adalah 'balasan Yg Maha Berkuasa "cash" terhadap makhluknya dan ianya dalam bentuk yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.
Mengatakan kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah sebagai bala yang ditimpakan ke atas mangsa hanyalah cakap-cakap politik yang keluar dari otak partisan semata-mata.
din melaka
hang ni masuk kat blog Dato kadiaq, lepas duk berkampung kat blog dato, lepas tu nak marah orang lain nak melontarkan pendapat.
kata nak kan kebebasan bersuara kunun
hang ni cakap tak serupa bikin laa.
hang ni tak ada beza dengan askar upahan Kiram yang datang attack Lahad Datu.
masuk kampung orang lepas tu attack orang lain style kedai kupi.
Muka bawak bala la hang ni.
penat saja bagi upah USD 600.
din melaka
ni senarai cuma 5 kawan baru anwar yang SANGGUP tanggung bala si anwar -
Lajim ukin
Wilfred bumburing
Kiram III
Nur Misuari
Azlan Md lazim ( bapa tiri Saiful)
di bawah ini pula senarai terkini orang kuat anwar yang DAH TAK SANGGUP lagi menanggung bala anwar :
Members of Parliament
YB Zul Noordin Kulim-Bandar Baru
YB N Gobalakrishnan Padang Serai
YB Zahrain Hashim Bayan Lepas
YB Tan Tee Beng Nibong Teball
YB Wee Choo Keong Wangsa Maju
YB Mohsin Fazil Samsuri Bagan Serai.
Former PKR members
Salehuddin Hashim (former Sec-Gen of PKR)
Prof Chandra Muzaffar (former Deputy President of PKR)
Ezzam Mohd Noor (former PKR Youth Head)
Muhd Zahid Arip ((Naib Ketua Pemuda PKR) )
Dr Halili Rahmat (Treasurer PKR Hulu Selangor and Anwar's doctor)
ABIM members
YB Nasharudin Mat Isa (former ABIM and former Deputy President of PAS)
Prof Dr. Sidek Baba
Ismail Mina
Roslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
Lawyers
Zainur Zakaria
Sulaiman Abdullah
Yuktes Vijay
Others
Raja Petra Kamarudin
Dato Zaid Ibrahim
Dato Nallakaruppan (long time associate of Anwar Ibrahim)
Updated list by Mohd Noor Haikal (terima kasih).
Pimpinan awal PKR
1) bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
2) Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
3) Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
4) Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
5) Bekas Setiausaha AMK PKR Sabah, Faizal Julaili
6) Bekas Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
7) Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
8) Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
9) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
10) Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor, Nazaruddin Darmawan
11) Bekas Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
12) Bekas calon PKR Telok Kemang / Antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
13) Bekas Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
14) Bekas Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
Ahli Dewan Undangan Negeri
1) Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2) Adun Changkat Jering, Kapt(B) Mohd. Osman Jailu
3) Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4) Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5) Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6) ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
Setiausaha Sulit
1) Rahimi Osman
2) Annuar Shaari
Here are more names from the Blog Jebat Must Die (thank you):
1. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
2. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
3. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)
4. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
5. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
6. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
7. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
8. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
9. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
10. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
11. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
12. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
13. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
14. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr Din Melaka, lidah tidak bertulang kenalah jaga sikit. Jangan terlalu celupar.
Memang seronok mengutuk orang. Janganlah ikutkan kata hati semata. Berpada-padalah.Nanti anda termasuk dlm kelompok pra-munafik.
Salah satu sifat orang2 munafik yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah apabila bergaduh/bertelagah sentiasa nak menang tak mahu kalah langsung.
Berkaitan rasuah yg selalu disentuh kononnya dilakukan oleh UMNOBN tu, betul ke?
Din Melaka dan lain2,yang rasuah kat pejabat2 kerajaan tu sebahagian besar ialah penyokong pembangkang sendiri.
PAS ada, PKR ada. Yang memberi pasti tau siapa. Mereka menguasai ekonomi.Duit banyak.
Tak adillah dikata UMNOBN je yang melakukan rasuah.
Saya sedia berdebat ,dlm bahasa Melayu sahaja, dgn TGNA, TGHA, YB Azan ( Indera Mahkota ke ?), Rafizi (kawan muda kat Petronas) atau Khalid Samad atau sapa2 penyokong PAS, Langitbiru ( Pahlawan PAS dari Besut ke ?) boleh jugak.
Menggunakan ilmu, bukan bertekak, berasaskan Al-Qur'an dan AL-Hadis.
Din Melaka tolong aturkan. Tak payah masuk TV, kat dlm bilik sebesar bilik darjah dah cukup. Tertutup boleh, terbuka boleh.
Tajuk, berkaitan akidah,amanat Hj Hadi dll. Masa ni TGHA bolehlah jelaskan apa yang dimaksudkan dgn amant dia tu. Adilkan. Saya bersedia jadi pencadang.
Ingat lagi tak "Ops Kominis" (Peristiwa Memali) 18 Nov.1985. Masa tu Musa Hitam( TPM ) dikutuk habis-habisan.
Musa Hitam tulah yang dipuja sekarang ni. Orang yg sama.
Salam hormat.
"Lima tahun dikira dari hari pertama Parlimen bersidang BUKAN dari hari pilihan raya.
Hari pertama ialah pada 28 April 2008. Jadi 28 April 2013 tarikh tamat mandat rakyat kepada kerajaan persekutuan.
Kerajaan negeri lain pulak". LAT JUNO
BENAR SEKALI SAUDARA KU LAT JUNO.
Dan sama juga dengan negeri, bila Dewan DUN bersidang.
ITU "UMUR KERAJAAN DIBENTUK" berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Cuma nak highlight di sini "UMUR MANDAT RAKYAT", yang majoriti kefahaman kebanyakan rakyat adalah tarikh bila rakyat bagi mandat iaitu tarikh PRU. Umur Mandat Rakyat tak ada dalam Perlembagaan, cuma ada di kedai kopi...he he he
APAPUN SDR LAT JUNO, yang sangat prihatin, dalam sejarah, BILA PRU dipanggil atau BILA PARLIMEN dibubar LEBIH 5 TAHUN selepas PRU sebelumnya???
Seingat-ingat saya, TAK ADA.
SELEPAS GENAP 5 tahun PRU12 berlalu, mengapa Najib masih tak bubar Parlimen, SEDANGKAN bangsawan UMNO bukan main cakap besar yakin menang 2/3 kerusi??? Kalau sangat yakin, panggillah PRU, bubarlah Parlimen. INI nampak macam BERCANGGAH PULAK! Maknanya tak yakin lah tu.
ORANG UMNO memang macam tu lah, cakap besar mengalahkan semua orang.
Hemmm, TAK BACA TWITTER Hisham sepupu Najib ke hari-hari awal Sulu mendarat? Bukan kah Hisham Menteri Amaran Sepupu Najib tu cakap, mereka itu bukan pengganas, datang berkain pelikat dan selipar je, ramai yang tua-tua.
BAGAIMANA MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI membuat kenyataan sedemikian kepada semua rakyat Malaysia....MEREKA BUKAN PENGGANAS!!!!
BERERTI, HISHAM MENTERI AMARAN Sepupu Najib LANGSUNG TIDAK MENCIUM ATAU TERHIDU bahaya akan mendatang mengancam kedaulatan Negara!
TETAPI SEBELUM ITU, bukan main mudah 200 orang bersenjata perang mendarat di Sabah tanpa langsung dikesan! NASIB BAIK CUMA 200 ORANG, KALAU 2000 ORANG MACAMMANA????
SEMEMANGNYA HISHAM DAN ZAHID SUDAH GAGAL MEMIKUL TUGAS UNTUK KESELAMATAN NEGARA.
SEMUANYA GAGAL.
Gagal mengesan pencerobohan bersenjata dari luar.
Bila dak kesan, GAGAL mengambil tindakan awal yang berkesan, GAGAL BERUNDING (untuk apa berunding), GAGAL menggerakkan Tentera dengan cepat,
DAN GAGAL MEMBERI KEYAKINAN KEPADA RAKYAT MELALUI SOALJAWAB LANGSUNG DENGAN PARA WARTAWAN.
SAYA masih tertanya-tanya mengenai pengeboman besar-besaran tempohari, yang langsung tak kena seorang pengganas pun. Sebagai seorang awam, bukan pakar ketenteraan, saya tertanya-tanya, selepas 5 hari, barulah Panglima Tentera cakap pengeboman tersebut bukan tujuan untuk membunuh TAPI untuk "NEUTRALKAN" para pengganas. Saya tertanya-tanya, apa maksud "NEUTRALKAN" mereka????? Adakah bunyi dentuman bertali arus yang kuat hanya sebagai GEMPAQkan musuh, mampu neutralkan musuh????? Kalau seorangpun tak kena bom, bagaimana nak buat "mopping and search operation"? Bukankah ini sangat membahayakan askar-askar darat?
SAYA TAK BERMAKSUD MEMPERTIKAIKAN OPERASI KETENTERAAN, CUMA SEBAGAI ORANG AWAM, PERKARA TERSEBUT TERUS MENJADI TANDATANYA KEPADA SAYA.
SAYA SANGAT YAKIN DENGAN KEBOLEHAN RISIKAN TENTERA DARAT MENGENALPASTI KEDUDUKAN MUSUH DGN DIBANTU TEKNOLOGI CANGGIH JET JET PEJUANG, mereka mampu mengebom dengan tepat. Apakah operasi tentera juga dipengaruhi orang politik???? WALLAHUALAM.
Terima Kasih Tuanku
(alhamdulillah damai semua moro)
for your info, datuk kadir - a peace loving man who would share the thought of having kiram the terrorist sulu be captured alive if not wounded mortally - the only sane person here is you as a worpirate rawa - lanun-bahasa i am second to none but kiram is a muslim and what would tuanku say?
salam takziah sudah banyak tuanku
malay peacekeepers in madinah includes the filipinoes, too as well as chinese iranian and russian and american muslim, ya rahmaan. ameen
Aslkum Dakj
Kepada yg bertanya, sekarang terbukti Din Melaka dan Din Klang bukan sama.
Dalam apa urusan, apalagi perjiangan, UMNOBN sangat bijak memilih mangsa.
Ada orang diberi upa RM50, dia sanggup dianggkut ke KLIA , tunggu PM balik dari GAZA sebagai pahlawan...pertams mereka mungkin tak pernah tenguk KLIA. Kedua ikut2 kawan. Ketiga nak habiskan masa.
Ada orang memang pemimpin UMNOBN suka lihat mereka miskin supaya senang di umpsn dgn BR1M.
Yg terkenal dan yg bernafsu besar tentu umpan Rm
3juta atau jawatan bergaji lumayan tentu mengiorkan. Tambahan pulak hutang keliling
pinggang
Kepada pemerintah zalim apa ada dgn RM20- 40jt asalkan manusia bernama ANUAR dikalahkan. Kalau ANUAR dan PR menang, mampus UMNO dan pemimpinnya. Selama inipun tanpa duit majlis UMNOB akan sunyi. Selama ni pun tanpa duit atau paksaan keatas guru, pegawai kerajaan dan murid maka majlis UMNOBN lebih kerusi dari penonton.
murid
Aslkum Dakj
maaf nak sambung sedikit.
Orang takut ALLAH spt TGNA , TGHA dll tidak termakan pujuk rayu dan kelentong Najib supaya tinggalkan perjuangan bersama ANUAR dan rakan2 lain dlm PR. Najib hendak sangat org ni tinggalkan ANUAR.
Kalau org2 yg tinggalkan perjuangan ni benar2 penting kpd perjuangan murni ( kalau ada ) UMNO, saya nak lihat berapa orang drpd mereka akan dipilih sebagai calon UMNOBN dlm PRU nanti.
Yg saya tau mereka tu sokong UMNO ibarat iblis nak makan duit setan.
Din Melaka ini asalnya ahli umno masa zaman Anuar jadi TPM dulu.Kemudian bila anuar kena pecat dia jadi ahli PKR pula.Bila pengasas PKR keluar parti dia pun keluar dan masuk Pas.
Sekarang dia penyokong Pas.Parti lain satu pun tak betul.Bagi dia Pas/PKR/Dap saja yang betul.55 tahun umno/BN perintah satu pun tak betul.Pas perintah kelantan 100% bertul.Dap perintah P.Pinang 200% betul.Pkr perintah Selangor 300% cantik.Jasa BN/UMNO ada juga baiknya.Jangan hukum sampai begitu rupa.
Aslkum Dakj
Memang dgn sedikit imbuhan manusia boleh berubah.
Din Klang dulu bukan main lagi pro PR.
Dunia2
Hisham: Invading gunmen neither terrorists nor militants
KOTA KINABALU, Feb 18 — Sabahans have been assured that the government will not compromise their rights and safety in resolving the intrusion of Filipinos in Lahad Datu.
Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the armed group are not militants or terrorists but “since they had guns, it is important our action does not lead to bloodshed”.
“There is a lot of speculation and rumours flying around. I have the correct information and can confirm that most of the speculation is baseless,” he told a press conference at Kota Kinabalu International Airport, near here today.
Hishammuddin reminded the public not to regard the intrusion as a polemic or to be politicised.
The Malaysian government is working closely with the Philippines government to resolve the intrusion issue.
“I would like to emphasise that it (the intrusion) has nothing to do with race, our stand or sovereignty,” he added. — Bernama
COPY & PASTE BERITA BERNAMA STATEMENT HISHAM "THE GREAT".
UNTUK PARA PELAYAR YANG TERLEPAS PANDANG KENYATAAN TERSEBUT TERUTAMA TEGAR UMNO BERDARAH BIRU!
KITA ULANG LAGI SEKALI KENYATAAN HISHAM
"Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the armed group are not militants or terrorists but “since they had guns, it is important our action does not lead to bloodshed”."
THE ARMED GROUP INTRUDERS ARE NOT MILITANTS OR TERRORISTS!!!!!
Pemimpin cakap banyak dan cakap besar, balanya menimpa RAKYAT.
APAPUN, saya yakin penyokong tegar berdarah biru UMNO masih yakin sepenuh-penuhnya HISHAM MAMPU beri khidmat terbaik untuk rakyat!!!!!!
Ya, mereka boleh gelar menteri Amaran ini, "HISHAM THE GREAT".
Kalau tak silap pembacaan, bala yang diturunkan pada individu (pemimpin), hanya individu/pemimpin itu saja yang mengena tetapi bala yang diturunkan kepada sekumpulan manusia yang mengamalkan ajaran/budaya/tabie songsang, habis satu komuniti itu terkesan?
Bagi sesetengah individu, kegagalan mencapai sesuatu matlamat dalam PRU 13 akan dilihat sebagai satu bala, sial dan majal?
Justeru untuk pastikan matlamat tercapi, apa jua kekotoran imej perlulah dibersihkan dan disucikan, agar peluang bertambah cerah.
Oleh kerana kebanyakan kekotoran itu boleh dibersihkan dengan MESIN PENAFIAN, makanya jangan hairan kalau mesin sedemikian laris umpama pisang goreng panas di kala ini.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr Langitbiru, mandat rakyat untuk Kerajaan Persekutuan ialah mandat daripada penyokong BN jadi penyokong PR tak payahlah 'kelam kabut'.
PRU 13 dah hampir.
Yang membimbangkan sekarang kenapa semangat patriotik Melayu PR iaitu Melayu Islam PAS dan PKR luntur seperti cat air kerana 'nafsu politik'.
Yang berjuang di Lahad Datu ialah hampir semua Melayu. Islam.
Imam masjid Tengku Ampuan Afzan sanggup berbohong, mengatakan tak ada arahan daripada Tuan Kadhi agar mengadakan solat hajat, selepas solat Jumaat, untuk keselamatan tentera Malaysia yg sedang berjuang di Lahad Datu.
Hakikatnya setiap solat hajat selepas solat Jumaat adalah atas initiatif imam itu sendiri.
Hari ini berulang lagi.
PAS sanggup solat hajat selamatkan peliwat, sanggup solat hajat dan doakan kehancuran UMNO sesama Islam. Tetapi tak sanggup solat hajat dan doakan keselamatan para prajurit kita yg sedang menyabung nyawa demi keselamatan negara.
Begitulah HINAnya PAS dan PKR skrg ni.DAP kita dah tahu lama.
Saya menyeru PAS,kembalilah seperti perjuangan dulu.Sama sama kita membangun bersama Islam. Sekurang kurangnya saya boleh bagi satu untuk BN dan satu untuk PAS.
Janganlah tempatkan diri dlm air limbah yang busuk. Sedangkan 'orang lain' dlm kamar yang harum mewangi.
Tak malu ke PAS menjual maruah dan perjuangan yg murni untuk di'gunakan' semata mata kerana nak jadi PM ?.
Kembalilah kpd AL Qur'an dan Al Hadis. Seruan begini selalu disuarakan oleh TGNA dan TGHA.
Berjuang untuk memantapkan syiar Islam jauh lebih utama dan mulia daripada mengejar 'fatamorgana' Putera Jaya.
Ya ALLAH bukakanlah hati orang2 PAS agar kembali ke pangkal jalan, berjuang untuk agama Islam. Dan ya ALLAH lindungilah mereka daripada menjadi 'hamba politik' kpd parti orang2 kafir. Amin.
Salam hormat.
Ya, semua salah Anwar. Hatta seekor kucing mati kena langgar kereta kat tengah jalan pun, ada manusia yang cuba mengaitkannya dengan Anwar. Itu lah kenyataan yang perlu kita hadapi sekarang, sampai kami rakyat yang hina ini pun dah naik meluat.
Aslkum Dakj
Lat Juno
Saya sangat takut kalau maki hamun , sumpah seranah dan fitnah sdr akan makan diri sendiri.
Memang betul UMNO tengah berkuasa. Dan dah jadi lumrah org takut pd yg berkuasa. Tapi janganlah hingga belasah org lain spt org tak beragama.
1. Antara "bala" yang sudah menimpa kita semua adalah episod di sekeliling mendiang penyiasat peribadi (PI) P Balasubramaniam.
2. Mendiang adalah private investigator yang khidmatnya didakwa digunakan oleh Abdul Razak Baginda bagi melindunginya daripada "gangguan" mendiang Altantuya.
3. Mendiang Bala membuat dua pengakuan bersumpah. Yang pertama membabitkan Perdana Menteri (Mohd Najib) dan yang kedua membebaskan Mohd Najib daripada pembabitan dalam kes Antantuya.
4. Dua dokumen itu muncul menjadi hantu jembalang apabila usahawan permaidani Deepak Jaikishan mendakwa berlaku "pemalsuan" dalam surat sumpah kedua P Bala yang membabitkan seorang peguam India bergelaran Tan Sri. Identiti Tan Sri itu sudah didedahkan dan Majlis Peguam telah memulakan siasatan.
5. Semua watak-watak yang berbabit dengan surat sumpah P Bala dikaitkan/kenal dengan PM dan isirumah beliau, termasuk Deepak yang dikatakan pernah akrab dengan isirumah Mohd Najib di Sri Perdana.
6. Untuk yang terbaru, sila layari http://www.malaysiakini.com/news/224127
Terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM DATO'
BALA PI-Bala-Altantuya-Razak Baginda-Najib Razak-Rosmah Mansor-Deepak Jaikesan........dan 2 anggota polis Az-lah-Sirul
SEMUA AKAN TERJAWAB JIKA NAJIB DITURUNKAN DARI "TAKHTA" KUASA, DAN PM.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Din Melaka, saya serah kpd Allah ketentuan atas diri saya.
Saya bercakap benar dan memberikan pandangan saya terhadap tomahan2 dan tuduhan2 ke atas UMNO yg saya rasakan TIDAK TEPAT dan TIDAK ADIL.
Persoalan pokok skrg ialah mana yg lebih baik antara BN dan PR untuk memerintah Malaysia.
Sudut pandangan penyokong PAS,PKR,DAP dan UMNO sgt berbeza.
DAP tak ambik peduli hal2 kelansungan hidup orang Melayu dan agama Islam.
PKR campur2,hampir menyamai DAP.Oleh kerana ada elemen balas dendam dlm perjuangannya, ia menjadi terlalu liberal untuk mendapatkan sokongan etnik lain.
PAS masih memperjuangkan Islam tetapi nafsu telah mengatasi perjuangan murni, makin hari makin 'terperosok' dlm perangkap DAP hingga orang sebangsa dan seagama ditomahkan/difitnahkan sebagai kafir. Golongan yang kafir harbi dikatan 'sahabat'. Perjuangan PAS dlm kecelaruan.
Hanya UMNO yg memperjuangkan HIDUP BERSAMA atas dasar KESAKSAMAAN, 1 Malaysia yang mampu membina sebuah negara bangsa, aman dan damai.
Andalah yang menentukan masa depan anak, cucu, cicit anda sendiri. Jadi JANGANLAH TERSALAH PILIH. Menyesal kemudian tak berguna.
Memilih kerajaan bukan satu percubaan.
Selamat berjaya, UMNO/BN dgn mendapat majoriti 2/3 dlm PRU 13 nanti.
Salam hormat.
Aslkum Dakj
Lat Juno jelas tak takut azab neraka bila dengan overconfident hukum orang lain sebagai peliwat.
Saya yakin Lat Juno bukan lulusan agama Masir, Jordan , Mekah maupun UKM. Jadi siapalah Lat Juno nak seru Ulamak2 PAS balik ke pangkal jalan. Tak malu ke. Lat Juno jaga cabar nak berdebat dgn TGNA dan TGHA?. Salah satu ciri perangai buruk ialah suka memperlekehkan status ulamak. Sebagai contoh bodoh sombonglah Din Melaka kalau ajak mufti Perak berdebat pasal bab agama.
Sedangkan Nabi pun gagal mentarbiah org spt Abu Lahab inikan pulak ulamak PAS. Ada saja alasan mempersenda kebenaran. Kalau Lat Juno kata pemimpin UMNO lebih baik dari PAS, saya hanya boleh tarik nafas panjang.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr Din Melaka saya tidak menuduh DSAI sembarangan tetapi ada asasnya.
Saiful dengan berani dan yakin atas kebesaran Allah, telah bersumpah laknat tetapi DSAI takut nak bersumpah dgn mencari berbagai bagai alasan.
Kerana inilah, saya amat yakin Saiful di pihak yg benar.
Din Melaka, saya kelulusan kejuruteraan bukan kelulusan agama. Rasa saya Mat Sabu pun bukan kelulusan agama tetapi menjadi orang no.2 dlm PAS.
Dlm tahun 80han, orang2 PAS telah mengatakan ibadat haji ayah dan mak saya tidak sah kerana tak cukup syarat. Syaratnya kena masuk Islam dulu iaitu masuk parti PAS.
Ini satu tuduhan jahat dari orang2 yang buta tentang agama.
Ini adalah akibat amanat TGHA. Perpaduan umat Islam di tempat saya, Besut, hancur.
Saya tidak takut dan tidak malu untuk berdebat dgn sesiapa saja termasuk TGNA dan TGHA berkaitan amanat ini.
Saya menyeru pemimpin PAS kembali berjuang seperti dulu. Iaitu membangun bersama Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Din Melaka jangan belit.
Pemimpin UMNO ada yang baik ada yang tak baik, pemimpin PAS pun sama.PKR dan DAP, 2x 5.
Saya AMAT YAKIN , BN adalah lebih baik daripada PR untuk mentadbir Malaysia.
Lebih lebih lagi parti2 dlm PR tidak mempunyai sinergi dlm perjuangan, ini menjadikan PR tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah kerajaan persekutuan yang berjaya.
Salam hormat.
Aslkum Dakj
Nak tau tiori Lat Juno betul atau salah cubalah Lat Juno buat satu kesalahan. Lepas tu bila tertangkap tanya polis boleh tak Lat Juno dilepas kalau Lat Juno pergi bersumpah dimana2 masjid.
Buat malu jurutera je.
Kalsu begitu besuk saya tuduh Lat Juno liwat saya dan lusa saya jugak bersumpah laknat. Maka bersalahlah Lat Juno semata2 kerana sumpah saya?
Tak de akai punya orang.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr.Din Melaka..kalau ikut hukum Islam, sifat2 munafik yg dikeluarkan oleh JAKIM, anda dah tahap pra munafik, iaitu dalam semua pertelingkahan, tak pernah nak mengalah, sentiasa nak menang.
Orang Islam yang mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya, tidak akan berani bersumpah laknat.
Mereka sangat takutkan hukuman Allah.
Bukan seperti sesetengah ulamak, sanggup menuduh ALLAH pun mencarut.
Kalau anda menuduh saya meliwat anda dan anda bersumpah laknat di masjid. Saya juga bersumpah laknat di masjid kerana saya yakin saya di pihak benar.
Jadi penghakiman bolehlah diserahkan kepada mahkamah.
Kalau di KL saya akan saman anda bawah QAZAF.
Dalam kes DSAI dia tak nak bersumpah kerana dia takut kpd Allah. Sebaliknya menghamburkan pelbagai tuduhan konspirasi terhadap UMNO.
Sangat baik kalau DSAI bersumpah pendek je..disaksikan TGNA dan TGHA. " Demi Allah aku tidak pernah meliwat ........dan sesiapa juga." Kalau yakin tambah sikit lagi..
"Kalau aku berbohong ya Allah, laknatkanlah aku."
Kan bagus gitu.
Salam hormat.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Mohon maaf, ayat di perenggan dua tulisan saya sepatutnya begini "Orang Islam yang mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNYA, tak akan berani bersumpah laknat kalau dia tahu dia bersalah"
Salam hormat.
Aslkum Dakj
Siapalah Lat Juno?
Nak mempermainkan hukum munafik?
Nak tuduh org peliwat setelah mahkamah sendiri melepas dan membebaskan hamba Allah berkenaan dari tuduhan jijik pemimpin Umno.
Dah lah penghujahan dimahkamah Lat Juno tak ambil kisah, mudah sangat Lat Juno gelar org peliwat. Berdoalah agar lat juno tak dilaknat.
Nak perlekeh imam yg tak buat sembahyang sunat tolak bala. Dia ingat imam tu hamba UMNO macam dia.
Bagi malu org Melayu saja tahap akal lat juno ni.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr Din Melaka, anda berhujjah seperti budak2.
Sebelum ni anda senang2 mengatakan UMNO munafik. Dah lupa ?
Kini Sdr menuduh saya mempermainkan hukum munafik.
Sifat2 org munafik oleh JAKIM:
1.Diberi kepercayaan dia khianat (tak amanah),
2.Bercakap ia dusta/ bohong /plawok,
3.Berjanji ia mungkir.( Seperti PKR Selangor).
4.Bila berbalah, berbahas, bertengkar selalu mengenepikan kebenaran.(suka menegakkan benang basah).
Kalau salah satu diamalkan, dikatakan sebagai pra-munafik. Kalau ada keempat-empat sifat tu dipanggil munafik.
Berkaitan DSAI ni anda bacalah keputusan penuh mahkamah. Fahamlah sendiri.
Saya bukan memperlekehkan imam tetapi saya kesal kerana dia sanggup berbohong. Menyalahkan Tuan Kadhi tak beri arahan supaya dia buat solat hajat untuk keselamatan para prajurit kita yg sedang berperang di Sabah.
Sehingga hari ini sudah tiga Jumaat tanpa solat hajat.
Semalam saya minta,sms, minta tolong Tuan Kadhi arahkan imam
adakan solat hajat hari ini tetapi tak ada juga.
Saya sedih ini berlaku kerana mereka adalah penyokong tegar PAS. Mereka percaya kata2 si kafir PKR bahawa itu ialah sendiwara UMNO.
Apa pendapat ikhlas Sdr tentang pencerobohan kumpulan Kiram di Sabah ni?
Salam hormat.
Aslkum Dakj
Lat Juno.
Apa guna mahkamah? LAT JUNO terus serang ANUAR sebagai peliwat selepas mahkamah bebaskan ANUAR dari tuduhan liwat 2 kali.
Yg tak mau mengalah bila bertelagah bukan Din Melaka tapi Lat Juno.
Jangan hanya pandai tuju sifat munafik pd org lain.
Lat Juno mesti tau bukan semua imam2 bodoh atau boleh dibuat seperti lembu.
Yg Lat Juno sibuk sgt tu kenapa? Kalau dah yakin sgt peristiwa Lahad Datu adalah ancaman kepada negara (bukan satu lagi siri drama pemimpun UMNO) LAT JUNO sorang2 tak boleh sembahyang sunat tolak bala ke. Macam le tok imam tak de kerja lain.
Atau LAT JUNO boleh daftar jadi sukarelawan angkat senjata lawan tentera musuh. Mana tau kalau mati ( mati katak? ) nama Jalan LAT JUNO akan diabadikan.
Otak UMNO macam LAT JUNO tak bokeh terima perbezaan pendapat. Sebab tu yg berkecuali pun dituduh sokong pembangkang. Apa laagi yg bersuara berbeza bendapat akan kena buang atau disisih. Imam2 tu ada pengetahwan agama. Tak semestinya merrka tu ahli atau orang PAS.
UMNOBN sebenarnya suka ada orang macam TIAN CHUA yg terlalu berani hingga senang je media pembodek UMNOBN putar belit kenyataan beliau jadi isu lain dan isu perkauman.
Kalau dah mantan jeneral pun pertikai peranan kerajaan dalam isu Lahad Datu adalah yg tak kena.
Buat Din Melaka bila kerajaan secepat kilat istihar pelbagai imbuhan kepada polis dan tentera kita yg gugur ( demi mengejar musuh yg direka2 ? ) maka darjah syak wasangka Din Melaka terhadap permainan kotor pihak berwajib semakin meningkat.
Saya takut kalau 1000 perwira kita mati ( atau diibiar mati ? ) maka tak cukup jalan di Lahad Datu nak di abadikan nama mereka.
Lantaran cerita hal sabah di lahad Datu; sedih kerana keabaian, kelekaan dan ketidakprihatinan ATM dan PDRM dalam merancang plan keselamatan negara diseluruh sempadan negara. Jeneral ATM dan KPN amat lemah dan perhatian hanya kepada menjaga UMNO dari jatuh dalam PRU13 sahaja. Banyak wang perisikan disalurkan kearah politik dari menjaga Keselamatan Negara.apabila allah lontar dan campak 200 orang tentera sulu dengan kelengkapan tak seberapa dalam usia tua untuk merampas kembali buminya dari Malaysia , maka kelamkabut seluruh negara dan hingga anggka kematian pihak malaysia amat tinggi dgn nisbah jumlah pihak musuh. kita ada Operasi Pasir mengawal pesisir pantai sabah tapi tiada bajet yang cukup maka tidak digerakerjakan hingga masa ini.Sebab itu lah lolos pasukan musuh mendarat di TANDUO.Latihan peperangan gerila yang pernah kita laksanakan masa berhadapan dgn komunis di semenanjung Makaysia dulu tidak di praktikkan dan ATM lena dalam menjadi askar untuk pertunjukkan sahaja. manakala polis pula untuk buru ahli parti pembangkang bagi jaga UMNO, dan mencari pendatang untuk dapat pendapatan lebih.
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Sdr Din Melaka, semua orang tau betapa mustahaknya mahkamah. Hanya PR sahaja yg selalu merendah - rendahkannya.
Perkara ....t DSAI kita tamatkan setakat ni. Dah banyak disentuh. Perkara ni saya tau (dengar2) semasa tunjuk perasaan 'kebuluran Baling' sekitar tahun 1973/74 dulu lagi.
Saya tak menganggap imam2 yg saya maksudkan tu bodoh. Dlm hal agama mereka jauh lebih cerdik dan berilmu drp saya.
Setiap Jumaat saya berimamkan mereka.
Selalu buat solat hajat selepas Solat Jumaat. Minta selamat drp banjir, demam dengi ,utk Palestin drp serangan Israel dan banyak lagi.
Kenapa tak buat untuk keselamatan tentera dan polis kita yg sedang berjuang menentang penjahat2 Sulu di Lahad Datu Sabah ? Kebanyakan mereka adalah Melayu dan Islam.
Imam2 tu sanggup pulak berbohong dan menyalahkan Tuan Kadhi tak berikan arahan sedangkan perkara itu atas kehendak imam itu sendiri.
Seorang yg diamanahkan menjadi imam kpd 400 ke 500 makmun, tak wajar berbohong dan menyalahkan orang lain. Besar dosanya.
Sdr Din Melaka sanggup menyebut kata2 sinis dan berbau penghinaan:..mati katak..siri drama UMNO..mengejar musuh yg direka-reka..dibiarkan mati.
Sdr 'buta hati' tentang kebenaran pencerobohan penjahat Sulu di Lahad Datu. Gunalah dgn baik semua pancaindera yg Allah berikan.
Syak wasangka Sdr kpd PM,itu hak sdr tetapi biarlah berasaskan fakta dan alasan yg menasabah jangan kerana 'buruk sangka' yg tebal.
Ini penyakit yg sangat merbahaya. Lagi parah kalau ditambah dgn p.h.d
Ulamak pun boleh kecundang.
Nama wira yg gugur, nak dinamakan pada jalan ke, bangunan ke, hatta masjid sekalipun, itu adalah hak pihak berkuasa.
Nama ulamak pun boleh tapi tak naklah ulama yg memecahbelahkan perpaduan orang2 Melayu.
Salam hormat.
Post a Comment