Monday, April 08, 2013

BN lwn Pembangkang: Jarak Makin Dekat


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BARISAN Nasional MASIH boleh mengharapkan sokongan majoriti pengundi Malaysia. Tetapi cabaran daripada Pakatan Rakyat kali ini jauh lebih hebat.

Saya sengaja menyerlahkan (highlight) perkataan masih bagi menekankan kesementaraan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati).

Saya mohon izin untuk mengambil ruang yang lebih panjang sedikit membahaskan perkara ini, khasnya dan mengenai PRU secara umum, daripada aspek statistik.

Reality Check

1. Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

2. Di bawah sistem “kalah mati” kita, seorang calon menang dan partinya memperoleh kerusi walaupun dia mendapat kelebihan satu undi sahaja.

3. Pada PRU 2008, BN memperoleh 51.4% undi di peringkat parlimen, tetapi berjaya menguasai 140 kerusi Dewan Rakyat. Ini bermakna walaupun gabungan DAP-PKR-PAS dan parti-parti kecil lain mendapat 48.6% undi, mereka berjaya menguasai 82 kerusi sahaja.

4. Di bawah sistem perwakilan berkadar (proportional representation) seperti diamalkan di beberapa buah negara, termasuk Austria, Belgium, Cyprus, Denmark, Finland, Germany, Greece, Ireland, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland dan New Zealand, pembahagian kerusi dibuat mengikut peratus undi yang diperoleh.

Misalnya, kalau parti A memperoleh 10% undi dan bilangan kerusi dewan adalah 100, maka ia akan mendapat 10 kerusi. Dalam konteks PRU 2008, kalau sistem itu digunakan, BN mendapat 114 kerusi dan pembangkang 108 kerusi.

5. Sejak PRU 1959, pembangkang sentiasa memperoleh lebih daripada 34% undi popular. Prestasi paling buruk pembangkang adalah dalam PRU 1995 apabila ia memperoleh 34.9% dan paling baik pada 1969 dengan 55.1%. Pada 1964 pembangkang mendapat 41.8%, 1974 49.3% (PAS menyertai BN), 1978 42.8% (PAS dipecat daripada BN), 1982 39.5% (PRU pertama Dr Mahathir/Anwar Ibrahim masuk Umno), 1986 42.7%, 1990 46.6% (Ku Li keluar Umno), 1995 34.9%, 1999 43.5% (pemecatan Anwar), 2004 36.2% dan 2008 48.6%.

Apa Yang BN Kena Buat

1. Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

2. Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

4. Kalau atas sebab dan alasan apa jua BN tidak dapat membuat peralihan melalui PRU kali ini, ia tidak boleh menyalahkan pemilih dan pengundi kalau ia dihukum dengan lebih berat.

5. BN wajib mengakui kelemahan dan kegagalan sesetengah pemimpin atasannya dan bertindak tegas menggantikan mereka kalau MASIH mahu memerintah.

6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

8. Kalau BN MASIH berhasrat untuk terus memerintah, ia perlu, melalui PRU kali ini, menyekat daripada menjadi parti haiwan purba dan menyemarakkan semula proses penggantian dan pewarisan yang sihat seperti yang berlaku pada PRU 1982 apabila begitu banyak calon baru dan muda diketengahkan.

9. LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.

10. BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.

Kesimpulannya, BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing, BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa. Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat mengatur serta membahagikan kerusi. Wallahualam.

112 comments:

Unknown said...

Aslkum Dakj

Umumnya sifat kebinatangan pemimpim UMNOBN terlalu tinggi.

Buat jahat satu hal biasa je. Sejak 1998 paksa pulak orang macam AZIZAN, UMI AFILDA, AUGUSTINE PAUL, ARRIFIN JAKA , NALLA dan SAIFUL jadi jahat.

Belum pernah ada pembunuhan manusia diletup dgn peledak tentera kecuali pembunuhan Altantuya.Semuanya berlaku dalam Malaysia the boleh landyg diperbodoh oleh UMNOOBN.

Malangnya jadi rakyat malaysia.

Ubah jangan tak ubah.

abdullahngah said...

PRU 13 sama macam PRU 11 (2004)mengapa? kerana 4.3 juta daripada 13 juta sudah dibeli.

pengundi yang dibeli oleh kerajaan BN adalah pengundi penentu kalah/menang parti yang bertanding.

Bayangkan pengundi yang bukan pengundi rasional yang sudah dibeli, pasti 51 peratus tiada pilihan lain selain mengundi BN.

Pandangan orang awam RM 500 besar macam bukit uhud. Apa tah lagi telah dijanjikan dengan BRIM 3.0 sejumlah RM 1,200.

Soal siapakah calon BN PRU i3 tak pernah ada dalam perkiraan orang awam. Mereka mementing apa yang mereka perolehi.

Mereka itu hanya mahu makan,(jangka pendek) soal siapakah perdana menteri, timbalannya, menteri menteri, menteri besar dan ketua menteri atau EXCO remeh asalkan mereka dapat apa saja dari kerajaan.

oleh itu, PRU ini BN boleh menang besar. Pembangkang tiada harapan untuk pergi ke putrajaya.



ab said...

Salam dato,


BN buat yang ni dulu,,,

ditto-
6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti



DAN KABINET BARU TERUSKAN akurjanji malam sabtu lepas,,,



SAYA pasti MALAYSIA akan berjaya lagi selagi perkara no 6 itu dipertahankan...



Selamat mengundi.



Abu Bakar Ab Rahman

antisyaitan said...


2. Di bawah sistem “kalah mati” kita, seorang calon menang dan partinya memperoleh kerusi walaupun dia mendapat kelebihan satu undi sahaja.,

Salam Datuk,

Lebih malang lagi undi pendatang asing seperti UMNO Sulu juga dikira sama nilainya dengan undi rakyat yang sebenar.

Untuk merubah keadaan rakyat perlu menolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13 nanti.

Ubah!!! Ini kalilah!!!

XERONINE said...

Salam,

analisis mungkin menyedap hati pembangkang ... but status quo will be maintained ...

macam abused wife ... sakit derita ... tetapi tak berani to get out of it ...

:)

Ibni Ismail said...

Dato'

Saya yakin akan kemenangan BN dalam pilihanraya kali ini. Namun menangnya kali ini hanyalah atas kapasiti popularnya najib dan tun M ditambah dengan ketidak cerdik nya pembangkang.

Saya setuju dengan Dato' berkaitan kurangnya profesional muda dalam BN. Penambah baik AUKU adalah satu rahmat pada BN terutamanya UMNO. KJ patut diberi kredit kerana dengan aktifnya masuk ke kampus kampus. Moderator UMNO yg dihantar amat berkaliber. Agak teruja bila anak saya yang mengambil ACCA turut aktif bersama KJ sedangkan sebelum ini dia langsung tidak minat mengambil tahu hal politik. Jika ini caranya, seperti ada sinar dihujung terowong.

UMNO yang enggan berubah akan terkubur jika pembangkang juga bukan dari spesis seperti UMNO. Jika masih lagi di bawah kawalan anwar dan bekas bekas UMNO maka masih terselamatlah najib. Najib dan Anuar ini saling memerlukan untuk terus berkuasa.

anuar Mat Saman said...

Salam Dato

BN wajib berubah jika mahu menarik hati para pengundi terutama golongan muda.

wawasan dan transformasi BN maseh banyak perlu di perbaiki mengikut peredaran suasana.

Jangan sampai BN menjadi parti milik keluarga seperti PKR dan DAP.

Jangan sampai BN pun terikut dengan masalah moral pemimpin keluarga PKR.

Jangan sampai ahli yang terpaksa melindungi segala kekalutan yang dilakukan oleh pemimpin seperti yang terjadi dalam PR

KUnta Kinte said...

Syabas Dato.... kali ini menulis artikel yg amat pahit untuk ditelan oleh pemimpin2 UMNO.

Sememangnya buat masa kini jentera parti UMNO tidak dapat dibaik-pulih lagi disebabkan terlalu banyak spare-part dan alat2 komponen yg sudah reput, longgar & karat. UMNO diibaratkan kereta antik yg terlalu mahal untuk diselenggara. Untuk bergerak pantas seiring dengan keadaan semasa UMNO perlu menukar enjin baru yg tidak lagi makan minyak serta menjimatkan.

Inilah akibatnya bila mana UMNO memilih pemimpin2 yg terdiri daripada "SIAPA YG BOLEH DIPERCYAI" & bukannya dari kalangan pemimpin2 "SIAPA YG BOLEH BEKERJA"

Ini adalah hukum alam dimana yg reput akan tumbang dengan sendirinya.

Saya mengucapkan "Selamat Mengundi" pada semua rakyat Malaysia.

Din Klang said...

Dato

Saya ingin highlight pula perubahan drastik yang perlu di buat oleh pucuk pimpinan PKR menjelang PRU ke 13. Semuanya demi kesejahteraan rakyat marhaem dan negara.

Kita tidak mahu masalah moral dalaman keluarga merencatkan pentadbiran negara.

Bayangkan Pak Lah yang kaki tidor dulu pun kita tendang keluar, apatah lagi masalah yang serius seperti ini....


Wan Azizah sudah tidak ikut Anwar dengan Jelajah Merdeka Rakyat tour.

Kalau kita tanya ANWAR mana Wan Azizah nanti dia boleh cakap Kak Wan tak sihat perlu rehat di rumah.

Biasa la Anwar kan pakar macam-macam alasan. Jangan ulang soalan yang sama OK

Secara logiknya, takkan la Presiden Parti ni tak ikut sama suami merangkap de facto leader tanpa di undi.

yang terjadi sebenarnya seperti yang diberitahu dari orang 'inner circle' Anwar bahawa mereka tiga beranak ni sedang ada masalah.

Mereka sedang berperang. Anwar vs team Izzah dan Azizah.

Menurut sumber ini, Nurul Izzah dan Wan Azizah mahukan PKR menjadi sebuah parti politik yang sebenar yang menjadi pihak ketiga dalam memantau ketelusan kerajaan, dan mereka berdua tak nak PKR hidup dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim.

Izzah dan Kak Jijah tidak suka kepada imej Anwar yang banyak konflik dan masalah moral yang menjadi liabiliti kepada PKR dan mereka cuba nak ketepikan Anwar., tetapi mengenali Anwar ni, dia tak mahu berganjak dari PKR.

Dia tetap mahu berada disana walau dia tahu semua ahlul PKR menyampah dengan dia kerana kena pertahankan nafsu buas dia.

Azmin Ali pula bila mendengar rancangan Izzah dan Azizah ni, dia bercadang untuk menjadi presiden PKR.

Maka bermulalah konflik yang maha hebat lagi. Kita semua sudah tahu Azmin punya team nak rampas kuasa dalam PKR dari dulu lagi, tetapi tak berpeluang.

Kali ini Azmin ambik kesempatan dari konflik Anwar, Izzah dan Azizah. Sebab Azmin and the gang nampak permasalahaan ini sudah terlampau serius.

Dia sedang cuba habis-habisan untuk merampas kuasa sebelum hari pengundian. Dia akan lakukan apa saja supaya Izzah dan Azizah ditendag keluar dari PKR.

Tetapi, Azmin dah lupa pengaruh Izzah dan Azizah tak kurang hebatnya, mereka tidak suka Azmin Ali sebab moral dia pun adalah liabiliti kepada PKR.

Kita percaya ahli PKR dah tahu betapa bencinya Azizah pada Shamsidar.

Azizah memang tak boleh terima Azmin namun dia terpaksa kena hadap juga sebab suami ANUGERAH TUHANnya sayangkan Azmin lebih dari dia.

Keadaan bertambah parah bilamana Izzah dan Azizah telah mendapat 'feedback dari grassrot tentang hal ini, so lagi dekat nak PRU ni lagi la mereka pening kepala kerana grassroot tidak mahu campurtangan Anwar yang boleh membawa kekalahan kepada perjuangan mereka. ANWAR SUDAH MENJADI LIABILITI kata mereka.

Suka atau tidak inilah hakikat yang sedang berlaku sekarang ini, malah khabarnya pertengkaran demi pertengakaran juga selalu berlaku diantara Anwar dan Azizah.

Nampaknya jiwa Azizah sudah tak boleh nak terima lagi segala macam perbuatan Anwar yang terlampau ini.

Tapi wayang perlu diteruskan juga dihadapan rakyat. Cuma takat mana Azizah boleh bertahan kita tak tau.

Pok Cik said...

Assala Mualaikum Dato

persoalan yang sama juga perlu dicari jawapannya oleh Nik Aziz dan PAS di Kelantan selepas 22 tahun memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang.

Drkecik said...

Salam,

Saya ingin menasihatkan pembaca Din Melaka agar memberi komen secara berfakta dan berilmiah bukan secara semberono.Komen2 secara persepsi dan berunsur fitnah tidak akan membantu menyerlahkan kebenaran tetapi lebih menyerlahkan kejahilan sendiri.

Komen2 sejenis Din Melaka ini saya rasa hanya menyebabkan kredibiliti dan intergriti blog A. kadir jasin ini sedikit tercalar.

Azim said...

Assalamualaikum

Manifesto BN telah diumum, tipikal, semua akan komen positif dari sebelah pihak akan dikeluarkan di tv atau media cetak. Buatlah pembaharuan sikit...debat ke, forum ke..masyarakat dah cerdik sekarang ni.

atas pagar said...

Dato

Saya kurang bersetuju pendapat Dato bahawa jurang antara BN dan PR semakin rapat....

Ia mungkin benar pada PRU 2008 tetapi ia menjadi lebar menjelang PRU 2013...

antara fakta dan penyebab yang kuat mempengaruhi pengundi atas pagar seperti saya adalah faktor anwar sebagai talian hayat antara PKR, DAP dan PAS dan ia di nyatakan oleh orang kuat nya sendiri seperti berikut...

Dr Sidek mengatakan dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk membuat penelitian mengenai isu Anwar ini.

Pertama isu pluralisme agama. Ucapan Anwar di London School of Economics menimbulkan persoalan.

Anwar cuba memperjelaskan di rumah Prof. Osman Bakar bahawa memang ada kelemahan terhadap ucapannya dan berjanji untuk memperbaikinya.

Sehingga kini mengikut penjelasan Hj. Ismail Mina kelemahan itu tidak diperbaiki. Hj. Ismail Mina adalah kawan karib Anwar sejak di Universiti Malaya lagi dan sama-sama membangun Yayasan Anda Akademik dan ABIM.

Saya tidak terhenti setakad itu melainkan bertanya Allahyarham Dr. Muhammad Uthman el Muhammady mengenai pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar.

Allahyarham tidak setuju dengan pendirian Anwar itu pendirian Anwar itu selari dengan pemikiran John Hicks tokoh pluralisme agama Barat dan Allahyarham telah menulis sebuah buku mengenainya.

Kedua, saya mempunyai maklumat daripada Saudara Rahimi Osman yang pernah menjadi pegawai Anwar selama tiga tahun tentang rapatnya Anwar dengan pelobi Yahudi.

Saya panjangkan kajian saya dengan Dr. Chandra Muzaffar , Presiden JUST dan seorang tokoh yang arif dengan isu hubungan luar. Beliau memberitahu saya bahawa Anwar pernah dilantik sebagai Pengarah Foundation for the Future pada tahun 2006-2008 dan ada kaitan agensi pelobi ini.

Ketiga, isu integriti Anwar mengenai hal peribadinya.

Pada awalnya saya ditunjukkan gambar Anwar menari, perbualan telefonnya dengan seorang wanita. Saya agak terkejut dengannya.

Kemudian timbul isu-isu lain yang banyak dan tak payah saya sebutkan di sini dan ini menyebabkan saya terus mencari maklumat.

Saya bertanya seorang mufti yang pernah menjadi Penasihat Agama Anwar mengenai diri Anwar.

Saya amat terkejut dengan jawapan beliau yang sangat negatif.

Ia memberi kesan besar kepada diri saya kerana beliau juga pernah memimpin ABIM dan diketahui sebagai ahli fiqh dan usul fiqh yang dihormati di Malaysia.

Tiga perkara yang disebutkan sangat memberi kesan kepada saya di samping banyak lagi maklumat yang lebih terperinci yang tidak payah saya muatkan di sini.

ANAK SABAH said...


din melaka seperti biasa menunjukan sifat keanak-anakan nya yang tidak matang berdialog hal politik.

kami di Sabah sudah lalui pimpinan pemerintahan kerajaan atau pembangkang dari BN, PBS, USNO, BERJAYA lebih 20 tahun.

Hakikatnya tiada satu pun yang sempurna, tetapi kami bersyukur kerana pengundi Sabah tiada yang sebodoh din melaka hingga sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi gila kuasa.

yang penting bagi kami rakyat MARHAEM yang telah lalui semua ini adalah semua pihak berusaha menuju arah yang sama iaitu kesejarteraan yang dapat dinikmati semua rakyat secara samarata.

senang bah bicara politik ini.

fed up said...

Din Klang,

Saya biasanya tidak berminat dengan personaliti kerana lebih menitik-beratkan soal polisi tetapi dalam hal ini saya nak tanya berkenaan kenyataan sdr :

"Menurut sumber ini, Nurul Izzah dan Wan Azizah mahukan PKR menjadi sebuah parti politik yang sebenar YANG MENJADI PIHAK KETIGA DALAM MEMANTAU KETELUSAN KERAJAAN,..."

Adakah sdr bermaksud yang Nurul Izzah dan Wan Azizah tidak mahukan PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan baru yang menumbangkan kerajaan BN?

Fed Up

Unknown said...

Aslkum Dakj..

Saya 100% yakin bahawa blog Dakj sejak beberapa minggu ni dah dipenuhi sampah sarap yg sama tapi guna nama berlainan guna menfitnah dan asal tulis tanpa fakta.

ANAK SABAH, DIN KLANG, ATAS PAGAR, DRKECIK KECIK, ANUAR MAT SAMAN, BULAT, DIN SASAU DAN DIN KALUT......anda ni penulis gaji bulan atau dapat duit poket 30 rgt sehari pun dah senyum sampai ke telinga VS DIN MELAKA.

SIAPA TAKUT.

Bakh Sani said...

Seronok baca komen komen yang menarik dan bernas kat Blog nie. Tuan punya Blog pun seorang yang berprofil tinggi.

Tapi bila baca sesetengah komen, terutama dari Din Melaka rasa macam tengok gambaq Monalisa tapi Monalisa tak senyum.

Din ooo Din, awat yang hang marah sangat aaaa??????

Lahuma said...

Dato.

Siap sedia untuk pangkah calon.
------------------------------

Semua pengundi sudah siap sedia untuk pangkah calon terbaik untuk masa depan rakyat sebagai suara rakyat nanti.

Sekarang semua janjin manis dan sedap-sedap belaka.Semua free.Makan free.Tidur free.Naik bas free.Duit poket ada sikit.

Semua parti buat kerja macam ini.Rakyat jadi raja dan dimuliakan.Jangan hanya sementara.

cadangan dan komen Dato amat bagus dan cukup munasabah serta matang sekali.

Cuma saranana Dato yang amat bagus ini akan ditentang oleh golongan berkepentingan dalam UMNO sendiri yang takut hilang jawatan dan kuasa.UMNO adalah harta pusaka turun temurun yang perlu diwarisi darah mereka sahaja.

UMNO jadi luntur dan rapuh kerana orang yang rakus kuasa amat liat untuk turun kebawah.Ini lah puncanya menjadi bosan pada golongan lain.

Mereka sokong PAS bukan kerana PAS itu Islam.
Begitu juga mereka undi PKR bukan soal isu adil.
Mereka pro DAP bukan soal demokratik yang di laungkan.

Semua ini kerana ada pilihan setelah muak dan meluat dengan UMNO/BN.

Slogan pilih parti hanyalah kegusaran parti berkenaan.Slogan ini sesuai pada ahli tegar mereka.Slogan ini tak ada hak untuk memaksa pengudi mama-mana parti.Sebab itu disarankan parti tonjolkanlah manusia yang baik,amanah,sederhana,berjiwa rakyat.

Jangan jadi wakil rakyat tetapi jadi wakil komisen,wakil persen maacam Dato tegur dalam paparan kali ini.

Jangan bila jadi pemimpin sama-sama berebut segala rezeki dengan rakyat.Rakyat amat kecewa dan marah akan hal macam ini.Inilah punca rakyat jadi susah dan menderita.

Takut negara maju tetapi rakyat makin undur kebelakang dalam curang miskin kaya yang kian luas.

PM Najib kena halusi calon-calonnya nanti.Dengar suara rakyat jelata bukan dengar suara dari atas gunung sahaja.

Siap sedialah untuk mengundi pada calon terbaik.Gunalah kereta sendiri.Tak perlu tunggu kereta percuma.

Bebaskanlah fikiran kita daripada diikat segala pancaindera yang ada.
Berdoalah agar selepas PRU 13 rakyat Malaysia dapat pemimpin yang baik-baik ,jujur untuk rakyat.Bukan senang nak tunggu lima tahun lagi.
5 tahun x 365 hari.Lama sangat.

Mintalah petunjuk Allah.

Selamat mengundi.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Lawak paling bodoh minggu ni.

Boleh percaya ke bila NAJIB janji nak hapus rasuah jika menang PRU13.

Sekarang ni pun tak de tanda nak jadi baik. Yg bodoh dan yg bodek je akan jadi burung kakak tua angguk.

Kalau nak taubat:

berhenti fitnah ANUAR dan PAS

berhenti kawal media dan jentera kerajaan...awak tu cuma kerajaan sementara.

berhenti tindas musuh politik hingga tak beri tempat berceramah.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Antara perangai buruk bangsa Melayu iaitu syok sendiri dan suka buabg masa.

Papagomo nak tanding PRU? Di Permatang Pauh Pulak tu.

Kan lebih baik guna deposit tu tolong orang susah...mana tau masih diterima sebagai amal ibadat.

Din Kalut. said...

Din Melaka adalah lulusan TASKI Pas.
Din Melaka lepas geram bukan beri komen.

3rdForce said...

Yes, wake up call for BN. May be I will give them one last chance because I will never wear stupid "Dulu, Kini dan Selamanya" t-shirt.

Unknown said...

Dato'

Apa yang saya nampak ialah, lagi dekat jarak antara dua pihak yang bersaing maka semakin tinggi peluang di setiap pihak berakhir seri di sasaran ini: "yang dikejar terlopong yang dikendong berciciran".

Unknown said...

BN lwn Pembangkang???

Dato, harap betulkan tajuk tu!!!

Di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor bukan kah BN itu Pembangkang?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Nampak sgt penipu NAJIB dan UBN.

Dulu kata manifesto PR akan buat negara bangkrap. Tapi sekarang tanpa malu2 tiru pulak.

Memang spicies penipu. Apalah beza dgn pengikut tegar UBN yg ada di blog ni.

Tulis merapu2 . Nak sgt tgk rumah tangga ANUAR pecah belah.

Dan hendak sgt tenguk CHUA JUI MENG tinggalkan PR.

Agaknya komplot dalam sejarah sultan mahmud mangkat dijulang, mahsuri, singapura dilanggar todak dan hang tuah memang mereka ni pakar ulang dan tiru.

Kalau budaya rasuah dah sebati dgn UBN, bagaimana dan dari mana mereka nak cari duit untuk laksana manifesto?

Setakat nak perbodoh si bodoh dgn sedikit BR1M boleh la.

Rakyat harus ingat. UBN tak pernah janji akan hapus cukai dan penderaan dalam bentuk kenaikan tol, AES dan cukai GST.

Drkecik said...

Salam,

Saya meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal mengalami kekalahan yg teruk pada PRU 13 ini. Ramalan saya ini berdasarkan mood majoriti rakyat sudah kembali kpd kerajaan berbanding pada zaman Pak Lah dimana majoriti rakyat membuat undi protes atas kelemahan ketara pemerintah pada masa itu.

Walaubagaimana pun saya berpendapat bahawa barisan pembangkang yg kuat dan berwibawa amat diperlukan dalam sistem demokrasi kita ini. Keseimbangan kuasa amat diperlukan bagi memastikan kerajaan tidak mengulangi kesilapan Abdulah Badawi yg kurang memperdulikan pandangan majoriti rakyat dan akar umbi.

Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang walaupun berjaya memberi tekanan yg kuat kpd pemerintah adalah dianggap gagal memikul amanah kerana permainan politik anwar lebih banyak mewujudkan suasana tidak harmoni. Budaya menghasut dan menjemput kuasa asing utk campur tangan menunjukkan tiadanya semangat patriotik kpd negara yg sepatutnya ditunjukkan oleh semua ahli politik tidak kira dari parti mana sekali pun.

http://drkecik.blogspot.com/

Akhmal said...

Dato
Saya tertarek dengan komen Dato bahawa LDP dan Koumintang merupakan party yang kuat dan tertua juga kalah dalam pilehan raya.Satu lagi yang Dato lupa ialah parti Kongres di India.
Jadi tidak mustahil BN akan kalah.

Saya tidak tahu sama ada Perisek Polis dan Tentera memberi gambaran yan betul kapada Najib tetapi mengikut kawan saya yang rapat dengan MIO dia kata BN kalah.

Jika kita bertanya raayat sekarang ini,rata rata mahu pertukaran.Mereka kata biat kita cuba lima tahun pembangkang.Jika dia tidak boleh buat perubahan kita boleh undi balek BN.

Saya di Hospital Damansara,bila tanya jururawat siapa dia hendak undi,mereka kata Pakatan,
Saya dengan guru sekolah disatu majelis anak saya,bila tanya siapa hendak undi,mereka kata pakatan.
Saya di johore baharu,main golof,bila tanya,keddy dan pelayan restoran,siapa hendak mereka undi mereka kata Pakatan.

Saya ingat,kesilapan besar BN,oleh kerana media perdana anya menyiarkan berita baik BN,sampai katahap orang sudah tidak percaya lagi.

anuar Mat Saman said...

Hang ni din melaka sekupang pun tak boleh pakai.

suruh pasang bendera hang tak mau, suruh bancuh kupi, kupi rasa kunyit. suruh jadi cybertrooper, cerita loklak macam kedai mamak...

Profesor Pencen said...

Dengan ijin Datuk YM,

1. Pada pandangan saya, ada beberapa orang laskar siber dalam blog Datuk ini. Mereka bekarja untuk BN dan PR. Jelas mereka ini pekerja gajian atau yang terima kontrak atau lain-lain rejeki daripada partai-partai politik.

2. Salah seorangnya yakni Din Melaka pada kajian psikologi saya adalah devil's advocate atau peguan dajal bukan bagi PR tetapi dia adalah agen BN yang masuk blog Datuk ini untuk beri gambaran bahawa penyokong PR adalah fanatik, pendik akal, cetek ilmu dan suka mencarut.

3. Din Melaka sebenarnya seorang penyokong fanatik BN/Umno. Saya parnah membaca komen yang cukup pro-BN/Umno dalam babarape blog lain daripada seorang pengomen yang bahasa dan gayanya serupa dengan Din Malaka.

4. Jadi saya rasa cara terbaik sekat Din Malaka terus memonopoli ruangan dalam blog Datuk ini ialah dengan tidak menghiraukan beliau. Lagi kita beri reaksi, lagilah galak dia membuat komen dalam blog Datuk ini. Wassalam.

Profesor Pencen
Bangi

Din Klang said...

Salam Dato dan prof pencen

sebenarnya para pengunjung blog Dato sudah sedia maklum akan kehadiran laskar trooper upahan PR sejak sekian lama lagi ( sejak zaman Najib naik menjadi PM kerana mereka tahu cabaran akan menjadi lebih hebat )

Pembaca yang sudah biasa mengikuti Kolum dato di akhbar dahulu sejak tahun 80an dan 90an tahu dengan intipati tulisan Dato.

Dan mereka sudah sedia maklum akan strategi laskar ini. Mereka tidak lah ramai tetapi menggunakan 3-4 nama samaran bagi mengaburi mata pembaca.

Tetapi pembaca neutral tidak lah
se-pandir seperti laskar itu sendiri.

Drkecik said...

Salam,

Din Melaka hanya berani komen diblog ini saja dgn bahasa dan tutur cara yg biadap.Sebab kebanyakan pembahas disini masih memilih untuk berbahas dgn cara yg sopan dan tidak membalas dgn gaya bahasa yg sama digunakan Din Melaka.

Saya syorkan Din Melaka berbahas dilopak yg meraikan gaya dan bahasa yg anda gunakan.Disana nanti anda boleh menguji kebiadapan bahasa anda dan saya yakin anda akan masak dan rentung dikerjakan.Laman yg saya syorkan anda mencuba bakat adalah http://parpukari.blogspot.com/

Unknown said...

Dato'

Bila persaingan antara A dan B semakin rapat, kalau A menang maka A tak akan buat sesuatu itu sesuka hatinya kerana B mampu jadi telinga dan mata rakyat dan paling utama mata dan telinga rakyat yang berkesan.

Sebaliknya kalau B yang menang, setidak-tidaknya A mampu jadi penghalang buat B menjadi rakus dan gelojoh setelah sekian lama mengidam kuasa.

langitbiru said...

Satu perhimpunan oleh sekumpulan guru sekolah pondok membuat ketetapan bahawa umat Islam haram mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana gabungan parti itu didakwa menyokong pluralisme agama.

Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik deklarasi berkenaan yang diumumkan oleh pengerusi persidangan tersebut, Harun Yahya.

Harun yang juga pemimpin kumpulan anti-PAS, Minda Pondok, dalam laporan itu berkata, peserta persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lainnya berpendapat, perjuangan Pakatan “sesat dan menyesatkan”.

UTUSAN MALAYSIA DAN UMNO JELAS SUDAH hilang kredibiliti dengan menyokong kononnya deklarasi guru-guru pondok BAHAWASANYA UMAT ISLAM HARAM MENGUNDI PAKATAN RAKYAT.

Saya fikir, UMNO, UTUSAN seperti berfikir di zaman 70-80an. Mereka mengikut jejak langkah segelintir pelampau partisan pada zaman tersebut yang menjatuhkan hukuman haram mengundi parti tertentu. Apabila UMNO UTUSAN mengikuti jejak yang sama, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.



"UMAT SYAITAN"

Satu lagi laporan di halaman sama memetik kenyataan penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksub dengan fahaman parti.



“Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

“Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,” kata Abdullah Sa'amah seperti dipetik Utusan.

SANGAT KASIHAN SAYA MELIHAT ULAMA INI YG TERUS MENERUS MENGHENTAM NIK AZIZ.

Kasihan sungguh!!!

SEKALI LAGI UMNO,UTUSAN meneruskan tuduhan jahat TETAPI tidak berani dan tidak sanggup untuk berdebat secara "live".

BUKAN ITU SAJA, UTUSAN amat wajar digelar UTUSE* kerana mempercayai dan menyebarkan gambar-gambar luc** dari blogger polis traffik yang bersalah kerana rasuah. Blogger ini sebenarnya tidak layak untuk jadi saksi dalam apa jua keadaan.

zainal abidin awang kechik said...

DATUK SERI...

UMNO DAN BN TETAP LAGI DI BERI AMANAHKAN UNTUK MENGURUS NEGARA MALAYSIA YANG BERTUAH MAJU DAN MAKMUR...

INI BERLAKU DI ATAS SIKAP LEMAH PEMBANGKANG KERANA... PEMBANGKANG MELAKUKAN KESILAPAN YANG AMAT KETARA...

1.. KEGAGALAN MEREKA MEMBUKTIKAN BAHAWA KETUA MEREKA DI FITNAH.. SALAH LAKU SEX SONSANG(undang undang malaysia).

2...PEMBANGKANG TERLUPA YANG MEREKA MAKI HAMUN SETIAP HARI ADALAH PENGAWAI KERAJAAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN..DAN MEREKA MEMUSUHI PDRM DAN SELURUH KAKITANGAN AWAM...
SIAPA TEMPAT MEREKA NAK BERLINDUNG KALAU BUKAN PDRM DAN ATM.. INI TERBUKTI SIKAP KURANG CERDIK MEREKA SPIN ISU LAHAT DATU..
ABG SAUDARA SAYA TERCABUT NYAWA DARI BADAN..MEMPERTAHANKAN MARAUH KITA ORANG MALAYSIA....

SAYA AMAT YAKIN.. JIKA MEREKA PEMBANGKANG TAK DAPAT MEMBUKTIKAN SALAH LAKU SEX ITU SATU FITNAH...

""MAKA PESAN TOK KEPADA SAYA... 8 tahun..yang berlalu." NON... JIKA PEMIMPIN KITA LAKU DOSA... SATU MALAYSIA AKAN TERIMA AZAB BENCANA"

MOGA MAHA SUCI ALLAH PILIHARAKAN MALAYSIA

Salam

jebat derhaka said...

memang betul bn akan kalah..org melayu..tidak mau lagi umno...begitu juga org cina yg tidak mau lagi mc..

Apabila sesuatu parti terdapat penipuan samada dlm pru atau pemilihan parti..lambat laut parti itu akan kalah juga..walaupun manusia mampu merancang tetapi..Allah adalah sebaik baik perancang..

Din Kalut. said...

Beza Sidek Baba -Din Melaka.
Sidek Baba pohon petunjuk dari Allah.
Din Melaka rujuk pada kepala lutut.

clandestine gargantuan said...

BN LAWAN PEMABNGKAN?????.... BETUL KE???.....

BN DAH BENTUK KERAJAAN KE???...

KALAU SEBELUM BUBAR PARLIMEN...MEMANG BETUL....

TP SEKARANG..???TIADA ISTILAH PEMBANGKANg!!!

BN lwn PR lwn PARTI BEBAS...

......

DIMANA KEADILAN....DIMANA KEADILAN DALAM MALAYSIA??????

SETIAP MINIT DALAM MEDIA ARUS PERDANA SENTIASA MEMUJI BN....

SETIAP KALI BUKA TV....BN DIPUJI OLEH MEDIA ARUS PERDANA....

INI KAH DIMAKSUDKAN MEDIA MALAYSIA BEBAS????......

.......

ADA ORANG AKAN KATA...DAN SELALU DIKATA.....OK LA, BN GUNA MEDIA ARUS PERDANA....PR GUNA MEDIA ALTERNATIF.....ADIL LA TU....

........

SEPERTI....KAU MINUM JUS OREN....YANG KAU SORANG LAGI MINUM AIR PAIP....ALASAN??...HILANG JUGAK DAHAGA......SAMA2 DAPAT MINUM....

.........

AKU.....DISINI...MENGAKU...DULU AKU SAYANG BN...AKU SENTIASA SURUH IBU DAN BAPA AKU SOKONG BN.....TP SKRNG?????....
AKU BENCI BARISAN NASIONAL.....
KENAPA????......
SEBAB....
AKU BENCI ORANG BONGKAK.....
AKU BENCI ORANG SUKA PUJI DIRI SENDIRI....
AKU BENCI MEDIA ARUS PERDANA....

..........

SEBAGAI MANA ORANG BENCI PASUKAN BOLA SEPAK BARCELONA KERANA SENTIASA MENANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK(DAN SELALU PEMAIN MEREKA MELAKUKAN PENIPUAN SEMASA PERLAWANAN BERLANSUNG)....
BEGITU JUGA AKU....AKU BENCI BARISAN NASIONAL...DAN BERHARAP MEREKA AKAN KALAH DENGAN TERUK!...

SEMUA INI BERPUNCA DARIPADA MEDIA...
MINTA MAAF BARISAN NASIONAL!
AKU BENCI BN KERANA MEDIA!

raja2u said...

Assalamualaikum

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Insyaallah dalam beberapa jam lagi SPR akan menetapkan hari penamaan calun dan tarikh mengundi. Seperti yang Dato nyatakan PRU kali ini adalah" do or die" maka akan berlakulah kempen berhabis-habisan bagi sesetengah parti.Menang atau kalah adalah penentuan Allah jua yang membalik-balikan hati manusia. Tanggungjawab kita adalah memileh calun yang berwibawa.

Kita berdoa semoga PRU 13 akan berlangsong dengan baik.Tiada gunanya jika keamanan yang kita nikmati bertukar kepada huru-hara jika berlaku perbalahan antara mereka yang hendak kekal berkuasa atau yang mahu berkuasa setelah rakyat membuat pilihan. Saya yakin sebahagian besar rakyat kita sudah matang dan akan mengelak dari terjebak dalam perbalahan.

Selamat mengundi,

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Lahuma said...

Dato.

Solat Jumaat di Masjid Pas.
--------------------------

Setelah jemu dan bosan membaca media perdana seperti utusan,berita harian,RTM dan TV3 yang terlalu pro UMNO/BN.

Ingin juga hendak tahu cerita sebelah Pas pula.Saya kerap memilih untuk bersolat Jumaat di masjid yang dikuasai Pas.

Seronok juga khutbah mereka.Semua nya tak betul apa yang BN/UMNO buat.

Begitulah ragam dalam hendak mendapat kuasa dan jawatan.

Persoalannya untuk apa kuasa ini.
1.untuk agama Islam
2.untuk bangsa Melayu.
3.untuk negara.
4.untuk rakyat.

Yang nampak kini.

1.bila dapat kuasa gaya hidup mula berubah.
2.rumah makin bercahaya.
3.kereta pun hebat.
4.anak isteri kaum kerabat naik tocang.
5.sebok memanjang.
6.problem jawatan diutamakan.problem rakyat diabaikan.

Begitulah dalam mengejar kuasa bagi orang politik.Bermatian kerana matlamat dunia.

Parti hanyalah kuda tunggangan dengan lebel yang menarik dan menggoda pengundi.

Selamat mengundi .

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamulakum salam sejahtera dato yang dikasihi, PRU 13 menemukan buku dengan ruas menemukan sifat diri pemimpin dan juga ahli parti yang akan bertanding gelanggang telah dibuka pengadil nya SPR belum umum bila pertandingan akan bermula.

Semua parti telah siap sedia untuk bertarung berbagai cara akan dilaksanakan dari A to Z mesti sempurna itu la kaedah PRU 13 ini.

BN sebagai fighter dan PR sebagai against the tide begitulah suasana yang akan berlaku dalam PRU 13 ini semua parti perlu menambat hati rakyat.

PR telah melancarkan manifesto nya pada 25 febuary 2013 BN pula melancarkan manifesto nya dengan penuh warna warni dan gilang gemilang pada 6 april 2013 dan telah memberi tawaran kepada pengundi antara nya nak menurunkan harga kereta sebagaimana PR juga memberi tawaran yang sama 2 bulan sebelum itu yang dokomen oleh pihak BN akan membawa negara kearah bankrap tetapi sebalik nya BN kena jilat balik ludah nya dengan tawaran yang sama dengan tawaran tersebut para pemimpin PR menyatakan bahawa BN meniru manifestonya tetapi TPM menjawab semalam bahawa PR yang meniru manifesto BN dalam perkara ini kita sudah boleh membuat perbandingan kebijaksanaan para pemimpin PR dan BN cuba kita fikIR PR melancarkan manifesto 2 bulan yang lalu boleh meniru yang baru di lancarkan 6 april logik tak kenyataan TPM? macam orang ambil peperiksaan PMR meniru jawapan peperiksaan SPM begitulah telatah kedua-dua belah pihak.

Analisa yang mudah PR semakin diterima oleh rakyat dan BN semakin jauh dengan rakyat kerana sikap para pemimpin itu sendiri yang menjauhkan diri dari rakyat MCA semakin tidak diterima oleh pengundi kaum cina manakala MIC dilihat semakin mengabaikan kaum india dan UMNO semakin jauh dengan orang2 melayu kerana mereka merasakan yang UMNO ini adalah parti elit yang perlu dihormati bukan sebaliknya UMNO kena menghormati rakyat.

Ada prof dari USM kata bahawa BN dalam landasan yang betul dalam menghadapi PRU 13 ini kata2 ini pernah diucapkan oleh beliau dalam tahun 2008 dalam PRU 12 dan juga dalam PRK permatang pauh namun keputusan nya tidak la selari yang beliau ucapkan atau yang beliau analisa prof2 seperti ini banyak yang di undang oleh ASTRO AWANI mungkin penerbit tidak membaca pola pengundi lalu prof2 ini la yang menghiasi siaran analisa PRU 13 ini.

Dato sekian sahaja dulu ada banyak ulasan2 yang saya nak bentangkan dari pasang poster dan bendera kerana duit...dan macam2 lagi. saya mulakan kerja dulu. wassalam.

don boria said...

Ada satu perempuan Cina hantar surat kat Guan Eng. Dia kata, pagi dia tak boleh nak tidur, azan Subuh menganggu dia.

Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng buat satu keputusan, mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan.

Ini cerita yang berlaku di Pulau Pinang. Ramai orang tak tahu kenapakah azan diperlahankan. Benda ni berlaku di Taman Sri Damai, Batu Lanchang.

Fikir Tajam said...

UMNO tidak selalu betul begitu juga DAKJ tak senantiasa benar
Salam DAKJ,

1. Dalam berhujah ada kemahirannya. Ada imbangan mantiq dan rasionalnya.

2. Justeru para pemain media sewajarnya dibugarkan dengan kaedah 'Mathematical Reasoning' yang diajarkan di peringkat SPM lagi.

3. UMNO era Pak Lah adalah yang terburuk dalam sejarah. PM Najib mewarisinya. Tingkahlaku beradab dan didikan ibu serta Allahyarham ayahandanya banyak membentuk karakter beliau.

4. Tatkala Pak Lah 'flip-flop' dan terlalu tunduk dengan pelbagai tuntutan tak menasabah waima daripada rakan kabinet bukan Melayu sendiri, TPM Najib hanya berdiam. Sedangkan Rakyat khususnya orang-orang Melayu begitu menyirap.

5. Tumbangnya BN di 5 buah negeri dan kegagalan memperoleh 2/3 dalam PRU ke-12 adalah natijah daripada rasa mual, benci dan sakit hati Rakyat terutamanya ahli dan penyokong UMNO sendiri seperti saya terhadap kebobrokan kepimpinan Pak Lah. Bukannya disebabkan pembangkang bagus mahupun kuat.

6. Sebaik mengambilalih teraju kepimpinan PM Najib sekonyongnya memperkenalkan '1Malaysia' yang rata-rata kita kaum Melayu maksudkan perpaduan sedangkan kaum lain memanipulasinya menjadi 'sama rata sama rasa'. Sekali lagi bangsa Melayu menyirap.

7. Berkat didikan ibunda Tun Rahah dan didikan beradab Allahyarham ayahanda Tun Abdul Razak, PM Najib begitu fokus merencanakan pelbagai transformasi yang kini sebahagian besarnya mula menampakkan hasilnya. Meski pada masa yang sama beliau ditohmah, difitnah begitu dahsyat yang mana sebahagian Rakyat terbanyak malah teknokrat dan proletatriat seperti saudara DAKJ sendiri seakan termakan akan hasutannya.

8. Memang UMNO selamanya tidak akan bersifat sempurna kerana ianya diteraju dan dipimpin oleh manusia biasa TETAPI dalam ketidaksempurnaan itu selama 55 tahun merdeka tanahair tercinta ini apakah makin ranap punah atau sebaliknya?

9. Di kala barisan pembangkang tak punya idealisma nan sama malah ironinya mereka begitu obses dengan kuasa hatta sanggup membelakangkan agama dan perjuangan sendiri berabad lama slogannya! Apakah yang DAKJ boleh harapkan pada DSAIbrahim, DNAziz, DAHAwang, LKSiang, LGEng mahupun KSingh? Bentuk kepimpinan bagaimanakah yang bisa disogokkan kepada kita semua?

10. Apakah DAKJ lupa pada 'Amanat Hj Hadi' pada dekad 1980an dulu? Bermula daripada fatwa songsang itulah timbulnya solat 2 imam dalam satu kariah dan kafir mengkafir sesama Islam malah membawa kepada keruntuhan rumahtangga di kalangan mereka yang berlainan fahaman politik. Sekonyongnya tanpa ada desakan waima daripada LKSiang, KSingh, Tun DM, mahupun di kalangan bukan Islam, DAHAwang mengisytiharkan bahawa 'tidak terdapat istilah negara Islam dalam Al Quran'. PAS tidak lagi berhasrat menegakkan Daulah Islamiah tetapi memperjuangkan 'Negara Berkebajikan'.

Fikir Tajam said...

11. Lebih 3 dekad orang-orang PAS melabelkan kafir kepada ahli-ahli UMNO hanya kerana dikatakan menolak 'hudud PAS' dan tidak berpegang kepada perlembagaan 'Al Quran'. Justeru di kala DAHAwang menjilat semula ludahnya apakah nilai penarafan yang boleh DAKJ berikan kepada beliau?

12. Mewarisi sebuah kerajaan lemah (kurang 2/3) tidaklah semudah yang disangka. PM Najib menghempas minda membasah keringat memikir dan mengaplikasikan pelbagai formula demi sebuah Malaysia yang semakin baik. Baik untuk semua warga. Setakat ini beliau telah melakukan dengan baik sekali cuma kebanyakan orang termasuk DAKJ sendiri alah dengan persepsi yang dicipta jentera pembangkang yang 'trivial' tapi dilihat hebat oleh 'mediocre' seperti sesetengah orang yang barangkali terlihat 'great', 'tokoh' namun gagal menyembunyikan 'rasa benci teramat sangat' hanya kerana tidak menyukai penampilan isteri beliau, Rosmah mahupun disebabkan mewarisi bakat kepimpinan arwah ayahnya.

13. Datuk Abdul Samad Said gagal menyembunyikan kebencian teramat sangat beliau terhadap apa yang disebutkan 'Dinasti Politik' hanya kerana PM Najib itu anakanda Tun Razak, Mukhriz itu anak Tun Mahathir, Hishamuddin itu anak Hussein Onn. Tetapi tidak pula merasa canggung waima Lim Guan Eng itu anak Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo anak Karpal Singh, malah PKR adalah parti anak beranak Anwar Ibrahim. Tidak kurang juga DAKJ turut sama tumpang semangkuk dengan Samad Said (dalam perihal dinasti politik ini) yang gagal menyembunyikan sikap Sosialisnya yang gampang bersekongkol sama Ambiga pejuang LGBT itu. Apakah kami lupa dengan pelbagai tuntutan IFC yg dikepalai oleh Ambiga itu.

14. DAKJ meremehkan pemberian BR1M yang kemudiannya menyogokkan kata-kata yg diketahui umum itu, 'jangan beri ikan tapi beri pancing'. Saya berpendapat pancing pun jangan sesekali diberi. Kita patut tunjuk ajar mereka cara buat pancing! Amat menghairankan sekali bila ada orang besar media (mantan) seperti DAKJ turut sakit hati senak perut melihat warga berpendapatan rendah di luar sana memperoleh BR1M yang tak seberapa itu. Barangkali wang itu tak cukup untuk tembakau paip para pembesar dan mantan orang besar seperti Datuk.

15. PM Najib memerah minda memikirkan kaedah untuk membantu secara langsung kepada golongan sasaran. Ternyata subsidi petrol dan diesel tidak membawa sebarang faedah langsung kepada Makcik Pon, Paklong Usop, yang tidak memiliki motorsikal sekalipun! Subsidi diesel selama ini menguntungkan siapa. Drebar lori memang Melayu. Tapi tauke lori, pedagang dan pekilang yang memiliki dan menguasai 'warehouse dan trading' tu siapa? Yang tuang petrol Ron97 tu siapa? Mercedes, BMW siapa yang banyak merayap di jalanraya. Begitu juga kargo dan kontena siapa yg memenuhi lebuhraya? Sudahlah subsidi buku teks dinikmati semua termasuk lintah darat Ah Long, tauke judi dan persundalan.

16. Terkini akuan sumpah Deepak lantas bagai dirasuk DAKJ meroyan ‘Alytantuya, Altantuya, Abuya..’ Kenapa begitu naïf sekali? Hanya mediocre yang taksub kepada mediocre. Apa punya kelas minda seorang yg telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara jika permainan seremeh (trivial) ini pun tak mampu dibaca. Apa punya malang Rakyat di luar sana yang masih terkasima dengan kewibawaan DAKJ sebagai tokoh wartawan tersohor lagi disegani tapi ternyata tak upaya menterjemah niat jahat dendam kesumat konspirator keparat.

17. DAKJ kerap menyalahkan orang-orang di sekeliling DSAI lantaran perubahan mendadak beliau daripada seorang yg kononnya berimej warak akhirnya tidak lagi mengenal mana yg halal mana yg haram. Sayugia dinyatakan bahawa pemimpin terpuji dan berjiwa besar tak akan memburukkan tanah airnya di mana jua ia berada. Pemimpin sejati yg penuh dengan budi pekerti tahu membezakan yg mana kaca yg mana merjan. DSAI bukannya dipaksa mahupun diugut supaya berubah. Ianya adalah pilihan beliau sendiri.

Tuah rasional said...

Salam Din Melaka (kalau kamu ni orang Islam lah )

diharapkan awak tonton la video penjelasan yang di bawah ini dan insaf akan masa depan bangsa dan agama kita la ni.

http://youtu.be/rakUVZBEahM

http://youtu.be/X6xnTD5Yb3Y

wasalam

A KADIR JASIN said...

1. Ada sebuah komen di sini yang ditulis oleh seorang yang memberikan nama pseudonya sebagai KUnta Kinte.

2. Oleh sebab saya pernah menulis dalam Berita Harian dan Business Times pada tahun 1980-an dan 1990-an menggunakan nama itu, saya perlu menjelaskan yang KUnta Kente dalam komen berkebaab bukan saya.

3. Sejak yang berhenti menulis menggunakan nama pena itu, ada orang lain yang "mengambil" dan "menggunakan" nama itu.

4. Apabila saya dijemput menulis semula pojok dalam Berita Harian setiap Jumaat, saya menggunakan nama pena "Kunte Kinte Original".

5. Sejak beberapa minggu lepas, saya mempautkan pojok Kunta Kinte Original Berita Harian kepada blog ini. Kalau lapang bacalah.

Terima kasih.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

1. Hanya orang yang tiada 'faham agama' yang mengutuk Din Melaka. Pada saya, Din Melaka seorang yang sangat praktikal. Dia tahu, kalau dia menggunakan bahasa yang lembut lagi sopan, tiada siapa akan mengambil perhatian, walaupun kata-katanya sendat dengan kebenaran. Lagipun, bahasa kasarnya menepati sasaran.

Sebenarnya 'faham agama' Din Melaka jauh lebih tinggi daripada 'faham agama' Fathul Bari, Ketua Ulama Muda UMNO. Atau agaknya tidak salah kalau saya mengatakan 'faham agama' Fathul Bari sangat lemah.

Sekiranya tahap 'faham agamanya' tinggi, tentu sekali dia tidak tergamak mengutuk Nik Aziz dengan alasan bahawa Nik Aziz "menggunakan agama untuk tujuan politik".

Jelas sangat Fathul Bari memisah dan mengasingkan politik daripada
agama, padahal tiada sesuatu walau sebesar zarah sekalipun yang terpisah atau terasing daripada agama. Seluruh hidup kita dan setiap gerak-geri kita dikira dosa pahala oleh Allah SWT.
Ringkas kata, kita hidup dan kita mati dalam agama.

Oleh yang demikian, untuk tujuan apa sekalipun dalam hidup ini, orang beriman wajib menggunakan agama. Saya tidak tahulah kalau
Fathul Bari hendak menggunakan syaitan untuk tujuan politik.

Bukankah manusia dalam golongan pemimpin seperti Nik Aziz sebagai khalifah Allah yang beramanah untuk memakmurkan bumi-Nya ini diperintahkan oleh Allah SWT untuk "berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh-Nya" berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah?

Perintah Allah SWT ini merupakan perintah agama (Islam) untuk tujuan kelicinan perjalanan politik pemerinthan negara demi keadilan dan kesejahteraan rakyat dalam sesebuah negara. Maka, musathillah politik terpisah dan terasing daripada agama.

2. Fathul Bari juga memperlihatkan keangkuhannya yang bodoh apabila dia memerli Nik Aziz dengan berakata bahawa Nik Aziz tidak perlulah mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan orang UMNO. Katanya, "Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah."

Saya berpendapat, sepatutnya orang UMNO mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, dan berterima kasih kepada Nik Aziz yang dengan ikhlasnya menyampaikan kebenaran bahawa solat orang UMNO tiada pahala.

Memang benar, Allah SWT-lah yang menentukan sah atau tidaknya ibadat atau amalan seseorang; tetapi Allah SWT Yang Maha Adil ada memberitahu kita ibadat siapa
yang sah dan ibadat siapa yang tidak sah.

Bagi Nik Aziz, solat orang UMNO tidak diterima oleh Allah. Solat mereka tidak sah dan tiada pahala dengan alasan orang UMNO menolak Islam.

Walaupun Nik Aziz tidak memperincikan hujah dan bukti bagaimana dikatakan orang UMNO menolak Islam, tetapi saya yakin kita semua tahu bahawa UMNO memerintah negara sejak tahun 1959 hingga kini dengan mengguna pakai perlembagaan sekular dan berlawanan dengan perintah al-Quran supaya perlembagaan negara wajib berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.

Antara firman Allah dalam al-Quran yang diingkari oleh UMNO ialah ayat 44, 45 dan 47 daripada Surah al-Maidah. Juga ayat 3 daripada Surah Ibrahim.

Maka, mengingkari perintah al-Quran itulah menolak Islam, sebenarnya.

Saya menunggu jawapan daripada Fathul Bari dan semua ulama UMNO, terutama Abdullah Sa'amah.

Wassalam. Maafkan saya.

Azim said...

Assalamualaikum,

DAKJ

TPM kita janganlah anggap kami ni bodoh sangat, sampai macam kami ni dunggu dan buta. Kalaupun hendak menarik undi, janganlah berbohong terang-terangan menyatakan manifesto tentang harga kereta ditiru PR. Desperate sangat ke? Kata BN nak berubah.
Kami ni tau jugak membaca dan ada sedikit ilmu yang Allah kurniakan. Cuba jawab dengan ikhlas, ikut akal bukan ikut nafsu, jika ini demokrasi yg sihat, adilkah kalau diberi selama 10 min waktu siaran untuk menerangkan dasar dan matlamat untuk masa depan negara?
Wallahualam

atas pagar said...

Salam Dato,

Saya amat berharap jika dapat Dato melontarkan topik dan makna "CIVILIZED DISAGREEMENT" dalam entry Dato yang akan datang.

Ia amat berkait rapat dengan PRU yang akan datang terutama melihat ada di kalangan penyokong tegar parti dan juga pemimpin parti itu sendiri yang tidak menghormati hak pengundi yang mahukan proses pengundian yang adil,aman dan telus.



Kampong man said...

Salam Dato,

Saya tertarik dengan pandangan Professor pencen dari Bangi bahawa din Melaka adalah pencacai BN bagi menonjolkan ketaksuban PR .Pada pandangan saya din Melaka tetaplah penyokong tegar PR dan jelas beliau bersunggoh sunggoh mempertahankan PR dan DSAI dan lebih memburukan UMNO.

Tidak salah beliau berhujah tetapi tidak dapat dinafikan penulisan beliau mencemar banyak perbahasan dengan berbagai kata kata dan tuduhan sumbang membuatkan blog Dato hampir menyamai blog blog lain yang kurang kualiti 'intellectual'nya pula.

Ada lebih baik kita membincangkan tajuk dari melayan din Melaka yang lebih berminat pada propaganda taksub PR nya dengan beremosi tanpa fakta.Sekian, terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Fikir Tajam atau OKJ?

Patutlah TGNA kata sebahgian org UMNO ni kalau NABI masih hidup pun belum tentu mereka akan ikut perintah ALLAH/NABI.

Mereka tak tau ke ulamak tu pewaris Nabi dan Rasul. Walaupun ulamak tak setaraf nabi, la ni kalau cakap ulamak kita tak mau dengar tak kan cakap NAJIB, ROSMAH, MAHADIR, RAIS YATIM, ZAHID HAMIDI, ISA SAMAD, IBRAHIM ALI, HASAN ALI, KHIR TOYO DLL yg kita umat Muhammad nak dengar?

Dah 56 tahun mereka memerintah secara zalim. Dah berbillion duit rakyat yg mereka kebas. La ni guna pulak tektik baru fitnah sodomi, LBGT, video sex.

Ramsi yg menang tipu undi.....pos, hantu, bertindih dan beri ic segera.
Murtadlah org yg tak percaya bahawa tipu dalam pilihan raya itu berdosa dalam Islam.

Murtadlah jugak org yg kata gaji YB yg menang secsra menipu itu halal.

Yg paling teruk, BODOHLAH org yg tak tau ujudnya gerakan penipusn besar2ran oleh UMNO dan regu2nya dalam setiap PRU dan PRK.

Sebab hanya tenguk tv3 dan beli utusan walaupun hari2 utusan temberang mereka .


Tak tergerakkah hati org macam Fikir Tajam untuk terima kebenaran dan pisahkan diri dari sekongkol manusia yg berperangai syaitan?

Sedangkan mantan pegawai khas Mahadir pun dah insaf dan istihar bahawa Sodomi 1 sesungguhnya fitnah. NAJIB yg sdr dewa2kan tu pulak dikaitkan dgn fitnah sodomi2 dan video sex.

Saya ingat MAHADIR dah hampas , rupa2nya NAJIB lagi juara.

Orang macam Fikir Tajam dan yg sama dgnnya samada tak faham agama atau tak takut Allah langsung.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Ibrahim Ali, inshaAllah akan kalah di Pasir Mas . Dulu dibuang UMNO tapi kerans pandai berlakun dapat simpati PAS dan menang pd 2008.

SPRM tiada komen pasal kenyataan Ketua Menteri Sarawak.

SPRM ada teloq dan cekap bila terima aduan mengenai kerajaan PR je. InshAllah kalau PR menang Putra jaya baru tau nasib bos2 SPRM.

Hari tu media perdana sibuk lagakan ketua DAP dan PKR Johor.

Dgn kuasa Allah, kerusi parlimen MCA di Wangsa Maju nak dikebas UMNO. Dan kerusi MCA di Gelang patah juga dah nak dipinjam UMNO.

Terakhir sukarelawan PR.....pastikan kalian buat sesuatu untuk halang hantu2 UBN dan SPR drpd keluar mengundi.Tanpa anda PRU2013 akan jadi PRU OLOK2

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kenapa PEMIMPIN UMNO bermati2an nak pastikan menang PRU13?

Sebab pertama mereka dah buat terlalu bsnyak dosa. Bagi mereka hanya kuasa yg boleh terus menutup segala perbuatan curang selama ini.

Kedua kekalahan UBN bererti hampir pasti UMNO akan dibubarkan. Maka berbondong2lah ahli mereka meninggalkan mereka untuk menyertai PAS dan PKR.

Jangan terpedaya dgn cakap2 mereka mau kuasa demi hidup Melayu.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Saya pernah katakan sebelum ini bahawa sebaik2 pemimpin atau ahli UMNO pun bagi saya mereka tu tetap tak baik sebab sokong PEMIMPIN merrka yg jahat.

Terbaru org Kelantan selalu sebut TOK PA baik dan tak sama dgn PEMIMPIN UMNO yg lain. Saya senyum simpul saja.

Surat terbuka HUSAM yg tanya TOK PA pasal tiga perkara menguatkan lagi telahan saya.

Pada yg tak berapa cerdik, memanglah tok2 ustaz PAS tu dgn jangut dan serban merrka tsk sehandsome sesetebgah pemimpin UMNO.

Jangan lupa yg kacak2 tulah yg banyak penyamun dan kasanova.

Terakhir apa yg TOK PA dan KU KI buat dgn nasib Kelantan yg dinafikan royalti minyak oleh UMNO?

Ma55 said...

Jawapan biasa orang yang berfikiran satu perspektif - BN kena buat itu, BN kena buat ini. Kalau BN tak buat, rakyat bagi undi pada pembangkang. Pendek cerita, pembangkan tak payah buat apa-apa. BN silap, pembangkang dapat undi.

Tetapi, kita dah beri mandat kepada pembangkang untuk bentuk kerajaan dia negeri-negeri kaya hasil usaha BN. Sepatutnya kita boleh menilai sendiri keupayaan mereka-mereka yang selalu samgat mencanangkan kejahatan dan kezaliman BN, sampai tiada langsung kebebasan kepada rakyat. Malangnya, tiada apa yang dapat dibanggakan oleh pembangkang.

Cuma yang peliknya... semasa mereka patut betulkan kepincangan diri sendiri, mereka halakan meriam buluh mereka kepada BN. Selama 5 tahun, tiada apa yang dapat dibanggakan langsung, sama sahaja penyelewengan tanah, penyelewengan hasil balak, penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri. Jadi apa bezanya?

Itu belum cakap bab wakil rakyat terkejut lagi. Al-maklum laa, menang mengejut, tsunami politik laa katakan. Undi nak, kena ikut negara eropahlah, undi ikut bilangan kepala oranglah, tapi bila bab kerja, huh! 5 tahun sekali baru muncul. Alasan? Peruntukan tak cukup? Helo brader! Nak jadi wakil rakyat kena labur duit sendiri laa. Ingat rakyat peduli ke duit bulan-bulan cukup?

Maka sila lah undi pembangkan sebab BN tak perform ya! Pembangkan tak perform, kita undi jugak pembangkang. Elok laa pemikiran macam longkang.

Quantum Metal Consultant said...

Dato'..apakahpermasalahan umno Dan bn sekarang ini banyak berpunca dark gay a tun m yg memerintah 22 tahun atau sekelip kata di hasilkan pad a era paklah..

kermitt said...

Saya melihat kempen yang terlalu memualkan di kaca televisyen menjadi antara penyebab saya memilih PR.. saya mahukan akses media yang adil.. PR dan surat khabar lidah parti mereka tidak boleh dijadikan ukuran kerana ia adalah akhbar lidah parti.. tetapi ini akhbar nasional yang sepatutnya diisi berita benar kini menjadi penyambung fitnah.. separuh kandungan akhbarnya tak pernah gagal mengutuk pembangkang atau melakukan serangan peribadi.. bagi saya.. BN perlu berehat sebentar dan cuba jadi pembangkang.. saya mahu rasa pemandu baru.. kalau tak bagus saya tukar semula driver lama..

kermitt said...

Hehe datuk, yg saya lihat UMNO memang ketandusan pemimpin prolifik pasca mahathir-anwar.. pemimpin UMNO yg saya lihat hebat kini hanyalah YB Saifudin Abdullah.. bagi saya beliau lebih layak menjadi PM negara ini.. ini pandangan saya yg pro PR.. yang lain seperti KJ pula adalah bahan lawak.. kerana KJ pernah menyamakan dacing BN dengan mizan Allah s.w.t (boleh tgk di utube).. seriously datuk.. saya dulu sangka hanya segelintir yang menyambut ABU (asalkan bukan umno) tapi kini dah ramai anak muda terutamanya yang ABU.. Ia mungkin dari lumrah darah muda yang rebellious dan juga dari manifestasi kemuakan mereka terhadap media perdana yang terlalu berat sebelah. Anak muda ada facebook ada internet.. mereka ini bukan generasi pagi pagi hirup kopi berasap sambil baca surat khabar perdana.. tapi mereka pagi2 buka facebook.. kalau baca surat khabar pun baca ruangan sukan dan berita hiburan.. mereka muak dato'.. mereka muak dengan cerita liwat liwat liwat.. kalau mereka mahu seks mereka boleh saja taip diruangan google dan tekan enter.. mereka ini generasi baru yg bkn boleh percaya semua yg disuapkan media umno/BN.. generasi akan berubah.. yg muda akan menggantikan yang tua.. biarlah generasi ini tentukan kerajaan idaman mereka.. usah dimomokkan dengan cerita hantu cina (DAP) lagi.. di Amerika negro sudah jadi presiden, dan pemimpin mereka ada telor untuk berdebat.. ini ajak berdebat pun sembunyi telur.. dan hantam pembangkang tanpa beri pembangkang membalas di media mereka.. pelajar hari ini makin kritis.. kalau dulu guru boleh lempang suka suka hati.. kini kalau lempang suka suka hati maksudnya nak mampos kena saman.. jadi biarlah generasi ini pilih apa yang mereka suka.. pemimpin-pemimpin umno boleh lah berehat dan jadi pembangkang pulak.. lagi pun saya percaya ramai yang kaya infiniti dah.. nak cari apa lagi... apa pun. selamat mengundi.. dan bagi saya pula.. takkan saya mahu geng songkok tinggi kembali melata di selangor.. apa pun keputusannya saya redha..

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Minda Pondok Kelantan yang bersubahat dengan kerajaan UMNO telah mengeluarkan satu 'fatwa' "haram mengundi PAS/PKR".

Oleh sebab tiada Nas yang dikemukakan bagi menyokong 'fatwa' mereka ini, saya berpendapat, 'fatwa' mereka inilah yang haram. Maka berdosalah mereka yang mengeluarkan 'fatwa' haram ini.

Mustahil mengundi PAS haram (hukumnya), bahkan sebaliknya, mengundi PAS wajib (hukumnya).
Ini adalah kerana PAS ialah sebuah parti Islam yang bertekad untuk menunaikan perintah Allah SWT memerintah negara dengan "berhukum dengan hukum yang ditueunkan oleh-Nya".

Lebih-lebih lagi, berdasarkan ayat 124 daripada Surah an-Nisa', orang beriman yang mengundi calon Islam PAS dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Sebaliknya, mengundi UMNO haram hukumnya kerana UMNO ialah kerajaan pemerintah yang sengaja tidak "berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT" sebagaima perintah Allah dalam al-Quran: al-Maidah: 44, 45 dan 47.

Sebenarnya, berNaskan ayat-ayat al-Quran tersebut, ulama Minda Pondok Kelantan semuanya dan sesiapa sahaja yang bersubahat dan bersekongkol dengan UMNO telah jatuh sama ada kafir(44), zalim(45) atau fasiq(47).

Kesimpulannya, mengundi PAS: WAJIB; mengundi UMNO: HARAM.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada Fikir Tajam kalau saya mengatakan bahawa Fikir Tajam sangat berfikiran tumpul sehingga menjadi tidak rasional lagi. Dia seperti ketinggalan kereta lembu. Marahnya kepada DAKJ membuak-buak seakan-akan dirasuk iblis.

Sebaliknya, hormat saya kepada DAKJ bertambah-tambah. Saya dapati DAKJ seorang yang tenang, berfikiran terbuka, bersifat telus, dan paling istimewa ialah sifat sabar yang bertakhta di hatinya. Saya yakin DAKJ "dalam proses "mengepal kebenaran".

Saya tidaklah berhasrat untuk berhujah panjang dengan Fikir Tajam untuk menjawab tulisannya yang berjela-jela panjangnya memuji Najib/UMNO dan mengutuk PAS/PR.

Saya cuma ingin memberitahu Fikir Tajam bahawa UMNO sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia sejak tahun 1959 hingga pada saat ini ialah sebuah kerajaan zalim lagi tidak beramanah yang gagal menepati janji Perlembagaan UMNO itu sendiri dalam hampir SEMUA RUKUN HIDUP BERNEGARA SENDIRI seperti berikut:

1. Agama (Islam)
2. Ekonomi
3. Pendidikan
4. Kehidupan kemasyarakatan
5. Bahasa Melayu
6. Budaya Melayu

Maafkan saya kerana tidak memperincikan dakwaan saya ini kerana "sesuatu yang tidak dapat saya elakkan" pada waktu ini. Kalau perlu, saya akan perincikan nanti, insya-Allah.

Wassalam. Tolong maafi saya, Fikir Tajam. Saya ikhlas.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Insan yang baik hanya akan mengeluarkan tutur kata yang baik.

Bukankah orang mukmin itu ialah di mana saudaranya terselamat daripada lidah dan tangannya?

Hari ini ramai dalam kalangan kita termasuk ulama dan pengikut totok PAS sendiri yang boroi perutnya. Lihat sahaja DAHAwang, Mat Sabu, Nasrudin Tantawi, Mustafa Ali, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob termasuklah Datuk Saifuddin Abdullah yg dibanggakan itu.

Sila semak berapa skala BMI. Sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat sering berlapar. Ironinya hari ini para 'ulama' PAS dan pengikut totok mereka kekenyangan. Perut besar. Minda lemah. Perkara asas dalam berhujah mengikut saranan ISLAM dikesampingkan.

Tanyalah diri saudara Din Melaka (bikin malu orang Melaka aje), juga Yangretibase sendiri - puasa sunat Isnin dan Khamis jadi amalan ke? Makan berapa kali sehari? Berapa kalori?

Tatkala ramai penghuni dunia yang kerap berlapar, kalian sendawa besar. Natijahnya otak jadi lemah. Tak upaya berfikir membeda mana kaca mana merjan.

Soalan cepumas buat Din Melaka dan Yangretibase:

1. Jika benar DSAI dianaiaya sejak kes Liwat 1, kenapakah mereka yang dikatakan konspirator (Tun Dr Mahathir dan Tun Daim) masih tegak berdiri. Gagah minda berhujah di pentas antarabangsa. BUKANKAH doa orang yg teraniaya itu makbul? Kenapakah DSAI yg kononnya dianaiaya masih tak makbul doanya?

2. Semasa isu Liwat 1 DSAI sepelosok tanahair solat hajat lebih2 lagi oleh puak assobiyah PAS di bawah bimbingan Tuan2 Guru mereka. Daripada ribuan tangan menadah doa tidak ada satukah yg makbul?

3. Kemelut isu Liwat DSAI boleh diuraikan dengan hanya menggunakan hujah Penaakulan Mantiq (Mathematical Reasoning) yg diajar kepada pelajar Tingkatan 5 sekolah. Jika tak percaya juga maka sarankan pada PPK supaya buang koyakkan bab terbut dari sukatan pelajaran.

Nak tahu apa hujahnya? Sabar Din Melaka, Yangretibase ... hanya jauhari mengenal maknikam.

langitbiru said...

Apa Yang BN Kena Buat

2. Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

“SUDAH BUSUK sampai ke usus”. Kalau seekor ikan, ususnya memgembung dan busuk, tak ada siapa nak beli, ke tong sampah jawabnya.

DALAM UMNO hari ni, tak da DUIT boleh jalan. DUIT itu apa, RASUAH POLITIK jawabnya. RASUAH POLITIK ibarat api dalam sekam. LAMBAT laun api memusnahkan kesemua sekam.

5.5.13 UMNO dapat 2 batu nesan, INSYAALLAH.


3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

UMNOBN SEKALI KALI TIDAK MAMPU MELAKUKANNYA, TAPI, “INI KALI LAH” RAKYAT akan lakukan bagi pihak UMNOBN!!!

4. Kalau atas sebab dan alasan apa jua BN tidak dapat membuat peralihan melalui PRU kali ini, ia tidak boleh menyalahkan pemilih dan pengundi kalau ia dihukum dengan lebih berat.

SUDAH PASTI INSYAALLAH. HUKUMAN YANG akan melumpuhkan UMNO DALAM tempoh yang panjang!

5. BN wajib mengakui kelemahan dan kegagalan sesetengah pemimpin atasannya dan bertindak tegas menggantikan mereka kalau MASIH mahu memerintah.

HA HA HA, pemimpin atasan yang “bersandiwara” seperti dalam kes Lahad Datu.

MENTERI AMARAN dan MENTERI SENAPANG, berani Najib nak buang???

Bagaimana MENTERI MUZIUM?

YA LAH, sebagaimana kata Maahthir, kena ambil ramai muka baru. TAPI DOK SOKONG BRAHIM jadi calun Pasir Mas......itulah, cakap hanya manis dibibir.

6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

KEPALA BN YANG sarat dengan pelbagai tuduhan dari “budak suruhan” mereka seperti Deepak, itupun paling membebankan UMNOBN!

langitbiru said...

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

MEREKA ini tiada tempat dalam politiking kapitalis, feudal parti UMNOBN. Hinggakan ULAMA MUDA anak bekas Mufti pun terpaksa buat kenyataan drastik menghentam Nik Aziz, semata-mata untuk tarik perhatian pemimpin tertinggi parti! Dalam UMNOBN, siapa berani hentam Nik Aziz, Anwar, pasti diangkat dijulang!!!

8. Kalau BN MASIH berhasrat untuk terus memerintah, ia perlu, melalui PRU kali ini, menyekat daripada menjadi parti haiwan purba dan menyemarakkan semula proses penggantian dan pewarisan yang sihat seperti yang berlaku pada PRU 1982 apabila begitu banyak calon baru dan muda diketengahkan.

CANTIK SANGAT perumpamaan Dato’, PARTI HAIWAN PURBA.....Ah haaa...mungkin ada yang nak cadang panggil Parti Syaitan Yg Dikenali!!!



9. LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.

UMNO parti warlords.............betui
UMNO parti feudal.................betui betui
UMNO parti komisen..............betul betul betul, kata upin ipin

Semua betul, dasar parti kapitalis dan rasuah

10. BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.

INI Najib dah tahu, tapi dia tak boleh nak buat TRANSFORMASI dalam partinya, senak perut dan cirit biritlah Najib menunggu 5.5.13

wankamarul701 said...

Saya lebih berminat membaca blog A Kadir Jasin daripada Aspan Alias. Blog Aspan Alias tiap-tiap hari kutuk ameno. tak dak benda lain..hua3

Drkecik said...

Salam,

saya amat bersetuju dgn Kampong man bahawa blog ini mulai hilang nilai keintelektualnya apabila Dakj tidak menegur sesetengah pembahas spt Din Melaka yg melontar hujah spt kanak-kanak tadika.

Kebanyakan cerita2 yg dibawa oleh Din Melaka itu adalah dipetik dari blogger milo suam iaitu seorang blogger perwatakan lelaki lembut dan seorang peminat tegar anwar ibrahim.

cerita2 berbentuk gossip milo suam ini diolah pula oleh Din Melaka untuk dimasukkan dlm blog ini.Oleh kerana ianya hanya sekadar gosip sudah tentu tarafnya tidak lebih dari tahap cerita2 penglibur lara dan amat digemari oleh mereka2 yg IQ nya setaraf Din Melaka.

Tetapi bagi pembahas yg lebih mementingkan fakta untuk mencari kebenaran tentulah tahap penglibur lara
Din Melaka ini amat memalukan dan memualkan.

Pak Abu said...

Yangretibase. Tolong jangan buat hukum sendiri ye.tq

Malaysia Indicator said...

All contenders have their own loyal supporters. They also have top generals, the young guns and robust machines.

Social media plays important roles in boosting awareness. Popularity can the the key in winning the champion. It's not only about good or bad, right or wrong.

Monitor the PRU13 heat exposure trough http://www.malaysiaindicator.com

Salam..

Pak Cik said...

Dato,

saya rasa peluang BN di Trengganu masih samar dengan berita terkini ini.


Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri.

Dek kerana itulah, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dilihat dapat memusnahkan Mustafa Ali.

Mustafa Ali perlu diugut dan digertak. Mustafa Ali perlu ditakutkan dan perlu diundurkan kalau perlu. Semangat PAS perlu dicairkan dengan menakut-nakutkan Setiausaha Agung PAS.

Dan itulah yang dilakukan oleh PKR menerusi AMK!

VCD lucah yang memaparkan aksi lucah seorang lelaki dipercayai Mustafa Ali bersama-sama seorang wanita yang dipercayai warganegara Indonesia diedarkan untuk tujuan berkenaan. Sasarannya ialah Mustafa Ali dan pada masa yang sama, UMNO-BN.

Malangnya, kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh PKR membabitkan AMK, gagal. Tembelang mereka telah diketahui. Dua orang ahli AMK yang sedang mengedarkan VCD tersebut telah ditangkap dan disoalsiasat.

Itulah nasib yang diterima oleh para pemimpin PAS setelah mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada PKR dan DAP.

PAS akan dilunyai-lunyaikan oleh PKR dan DAP, bukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

sdr KM.

Mari kita debat pasal 10 mimit ditawar pd PR untuk bentang manifesto. Tapi UBN buang masa dan duit rakyat berjam2 dan berjuta rgt boleh pulak.

Apa komen KM selanjutnya.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr Yangretibase.

Bersyukurlah kita kalau Allah buka hati kita sehingga kita berani mengatakan tidak pd UMNO sebuah perkumpulan yg dipimpim oleh yg zalim. Dan kita berani menyokong PAS/PKR/DAP sebuah perkumpulan yg berani berjuang melawan UBN yg zalim itu.

Ada ulamak, harap pengetahwan agama saja tinggi. Tapi mereka tak mau jadi agen Allah tapi jadi agen UMNO yg ternyata jahat atau jahat bercampur baik.

Contoh jahat ialah bila mereka terang2 fitnah PAS dan atau PR dan atau pemimpin mereka.

Contoh jahat lagi ialah bila UBN beri ic segera untuk menang pilihan raya.

Pendeknya beribu2 contoh kejahatan UBN.

Buat baik campur jahat ni ramai org tak perasan dan anggap kerja UBN tu dah ok dan boleh disokong atau dikompromi.

Contonnya juga beribu2. Antaranya bust masjid yg kalau melalui tender terbuka cukup dgn RM5j tapi oleh kerana rasuah kosnya dirundibg jadi 3 kali lipat.

Buat LPT 2 sepatutnya tak sanpai RM2b dah meningkat RM5b.

Kos PKFZ sepatutnya RM3b meningkat jadi RM12b.

Contoh lain berjuta2 habis untuk beli baja, racun dan benih. Tapi petani yg dpt tak seberapa. Yg lain dikebas oleh ketua2 UMNO.

Jadi ulamak2 spt ini memuji UMNO berdasarkan luaran saja iaitu UMNO ada buat sekolah, masjid, jalan raya dan sedia bantuan kpd petani.

TAPI kalau ulamak berwibawa takkan tak boleh fikir. Kalau tak boleh fikir takkan tak bolrh bsca laporan ketua audit dsbnya.

Kesimpulannya ialah bersyukurlsh pd Allah kalau kita masih kenal hukum halal haram dan diberi keberanian memisahkan diri dari golongan yg sesat yg dibawa oleh pemimpin UMNO .

Bukan kerja mudah nak cegah org drpd buat maksiat.Yg paling mudah duduk diam atau join sekaki. Kadang2 dua2 kaki.

Drkecik said...

Salam,

Ole-ole utk Din Melaka

MUSTAFA ALI TERIMA NASIB MALANG SELEPAS ENGGAN BERKOMPROMI DENGAN PKR DI TERENGGANU!!!

PAS Terengganu sepatutnya mengumumkan calon-calon DUN mereka malam ini.Bagaimanapun, pengumuman tersebut terpaksa ditunda ke 18 April memandangkan tentangan sengit telah dibuat oleh PKR yang masih dan enggan berganjak daripada tuntutan untuk bertanding di beberapa kerusi kuat PAS.

Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri.

Dek kerana itulah, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dilihat dapat memusnahkan Mustafa Ali. Mustafa Ali perlu diugut dan digertak. Mustafa Ali perlu ditakutkan dan perlu diundurkan kalau perlu. Semangat PAS perlu dicairkan dengan menakut-nakutkan Setiausaha Agung PAS.

Dan itulah yang dilakukan oleh PKR menerusi AMK!

VCD lucah yang memaparkan aksi lucah seorang lelaki dipercayai Mustafa Ali bersama-sama seorang wanita yang dipercayai warganegara Indonesia diedarkan untuk tujuan berkenaan. Sasarannya ialah Mustafa Ali dan pada masa yang sama, UMNO-BN.

Tembelang mereka telah diketahui. Dua orang ahli AMK yang sedang mengedarkan VCD tersebut telah ditangkap dan disoalsiasat.

Itulah nasib yang diterima oleh para pemimpin PAS setelah mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada PKR dan DAP. PAS akan dilunyai-lunyaikan oleh PKR dan DAP, bukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru, tidak hairanlah mengapa di seluruh Kedah, bendera-bendera hitam PAS sedang dinaikkan. Walaupun ada yang mengatakan, bendera hitam berkenaan adalah untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS, tetapi hakikatnya, lebih banyak bendera berkenaan di kawasan perkampungan yang kesemua penduduknya adalah Melayu!!!

p/s: inilah kelakuan pakatan pembangkang yg menjadi pujaan Din Melaka.

Drkecik said...

Harakah Terus Membisu Dalam Isu Stopa Ali.

Harakah portal fitnah Pas terus membisu dalam isu video Besi mirip Stopa Ali. Mungkin Harakah sendiri akui video itu adalah benar semata-mata benar belaka. Jika video itu kena pada pemimpin Umno sudah tentu malam tadi Harakah akan buat liputan secara terus langsung sehingga siang mengenainya.

Begitu juga dengan blogger haprak Pas mereka pandai mengambil sikap membisu dalam isu ini jika tidak bukan main berguling-guling jika kena pada pemimpin Umno.

Inilah yang dikatakan semakin banyak Pas melakukan dosa semakin banyak Allah bayar 'cash' kepada mereka. Semakin banyak Pas membaca doa kehancuran kepada sesama Islam semakin banyak Allah turunkan bukti yang nyata.

Semakin banyak Nik Aziz mengarut menuduh umat Islam lain bersembahyang tidak dapat pahala semakin banyak yang Allah akan beri petunjuk.

Menurut beberapa ulamak dalam Al-Quran tidak pun disebut sokong Pas masuk syurga, malah perkataan Pas tidak ada pun dalam sebarang ayat dalam Al-Quran.

Lebih lama Pas mempunyai kuasa lebih banyak perpecahan terhadap umat Islam dilakukan oleh mereka.

Oleh itu hanya rakyat yang mampu membuat keputusan bagi menguburkan parti yang mengkhianati umat Islam, menjual kalimah Allah, menyokong LGBT dan menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin dan para pembahas

Pertamanya, saya minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat aktif seperti selalu dalam blog ini. Terlalu sebok sejak dua menjak ni dan PRU13 dah tiba dah. Paham-paham jelah. Tapi saya masih lagi mengikuti blog Dato’.

Juga terima kasih kepada Sdr Din Melaka kerana masih mengingati saya. Buat penyetahuan Sdr Din Melaka, saya bukannya Sdr Fikir Tajam. Tetapi buah fikiran dan cara penulisan Sdr Fikir Tajam memang ‘high class’ dan kena pada batang hidung Dato’ Kadir sendiri. Saya tahu Dato’ tahu (pengalaman lebih 30 tahun dgn mereka) tetapi amatlah tidak bertangngungjawab jika Dato’ cuba menyembunyikan fakta dan cuba play safe…...

Ketiganya, kalau dulu, video sex china doll dikatakan besi. Lepas tu, gambar jantan meramas senapang jantan pun dah keluar juga. Semenjak semalam, heboh satu Malaya tentang video terbaru, terhangat di pasaran. Patutlah, puak-puak ni buat tak layan je salah laku moral pemimpin mereka, rupanya dua kali lima je. Gila! Gila!!!

Akhir kata, saya cukup kesian dgn pengikut fanatic mereka ni, dan akan cuba keluarkan perbagai alas an utk menghalalkan ‘kebersedapan’ peminpin-pemimpin mereka. Macam mana nak jawab di alam kubur nanti ye????. Sekian TQ.

Rawa Lanun-Bahasa said...


alhamdulillah ada alim pura-pura jahil rupanya kita!

jadi, sdr yangretibahasa fahamlah saperti kita bahawa manifesto itu bukan janji; sdr yangretibahasa pasti suka rafizi - danewkid'ndablok

di padang mahsyar pasti keluar cahaya si-mukmin
nik aziz macam green lantern
siap pakai topeng

Unknown said...

Assalamulaikum dato yang dikasihi semoga sentiasa dalam kberkatan ALLAH di hari jumaat, Dato walaupun rambut putih macam saya tapi tetap hensem lebih2 lagi menjelang penamaan calun dan juga hari mengundi dengan bertambah ceria nya dato pasti akan keluar lagi tajuk2 yang panas berkenaan parti2 yang nak bertanding di PRU 13 ini, Manifasto sudah dibentangkan memang mengancam habis sama ada PR atau BN woo semua akan guna duit hahaha duit siapa duit pembayar cukai macam dato juga macam saya akan keluar la dari poket mengalir kedalam tabung LHDN yang dapat BR1M bertuah la orang macam saya dan dato melihat sahaja la.

Saya sebagai pembayar cukai memang tidak setuju sama sekali pemberian BR1M kerana tidak mencerminkan kebijaksanaan kerajaan melakar pembangunan ekonomi yang mampan bagi masyarakat kearah perubahan minda perbelajaan kerana wang sejumlah sebanyak itu boleh membina pelbagai pembangunan yang lebih mampan kepada rakyat.

Jumlah bilion boleh membina perumahan dan kemudahan asas2 yang lain seperti kompleks perniagaan rakyat.

PRU 13 adalah detik yang akan menentukan kebijaksanaan rakyat malaysia untuk memilih para pemimpin disegenap tempat.

ok dato gantung dulu boss dah panggil suruh buat kerja. TERIMA KASIH DATO.

Drkecik said...

Salam,

Fikir sejenak

Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.

DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.

Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.

Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.

Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.

Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.

Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.

Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.

Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!” Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.

Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.

anuar Mat Saman said...

din melaka

sedangkan ceramah anwar dan jugak konco konco pkr sudah tidak mendapat sambutan pengundi.

apalah lagi bebelan kosong din melaka, siapa lah yang nak mendengar.

kalau ikut isu terkini yang melanda PR, susah lah dia orang nak cari makan.

selamat mengundi.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Rupa2nya ada udang sebalik batu bila SEKUTU UBN iaitu SPR buat2 bodoh bila tetepkan hari mengundi hingga 5 hari.

Supaya bolehkan pengundi hanyu boleh dtg lagi mengundi selepas dakwat kekal tanggal lepas tiga hari.

Km... dan yg sekapal dgn beliau sila beri justifikasi kenapa hari mengundi perlu sampai 5 hari.

Kalau tak mampu jangan kata jangan pulak Din Melaka kasar, biadap emosi dll.

Berapa lama nak tutup bangkai gajah.

Din Sasau said...

waduh din melaka

video pas pulak...lebih teruk yg edarkan budak keldaian pulak.

apa lah kau nak putar kali..

poneng den

Din Sasau said...

lepas ni din melaka kata umno yg ambik video ni..

putaran standard PR.

tapi bila kita dengau balik perbualan dalam video tu, nampak gayanya kedua dua rela....tanpa paksaan.

donia donia

Siti Shariati said...

BN lawan PR - siapa yang boleh mantapkan kewangan dan hutang negara?

Para akademik ternama negara dah bersuara meminta PR dan BN nyatakan langkah-langkah.

Rujuk surat terbuka mereka (versi BM):

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/bn-dan-pr-nyatakan-langkah-langkah-untuk-memperbaiki-kewangan-dan-hutang-negara/

Unknown said...

Aslkum Dakj

1. PRU dah semakin dekat. Lebih baik tumpu tenaga untuk pujuk pengundi atas pagar agar tolak pemimpin UBN yg tak ada kerja lain melainkan sponsor kerja maksiat.

2 Dua Dato' dan satu Tan Sri pernah tayang video seks yg kononnya libatkan ANUAR. Kalau benar orang dlm video tu ANUAR kenapa polis sampai sekarang diam tak ambil apa2 tindakan.

3. Sekarang giliran MUSTAPHA ALI jadi sasaran. Dan yg paling senang ialah menyalahkan PKR yg punya angkara demi dasar pecah dan perintah. Good try penyamun tarbus UMNO N THE GANG.
Tapi malangnya tektik dan teknik ni dah basi. Ayam lapar pun tak sudi nak patuk. Mungkin yg tak sekolah atau otaknya dah terlalu lemah gara2 miskin hingga tiada mampu beli sarapan pagi selepas ayahnya tak ada pekerjaan dibawah pemerintahan UBN akan percaya.

4. Malang dan keji org yg tak ada kerja lain. Dahle manifesto pun tak boleh fikir sendiri. Orang lain dah ke planet mars. Pemimpin UMNO hanya pandai tiru filem mission impossible je. Low class sungguh.. Saya dah tak larat marah. Malah saya simpati dgn mereka yg percaya. Nak buat macam mana. Mereka tu tak pandai.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Saya baru balik dari Terengganu.

1 hanya stadium tggnu bumbungnya roboh dua kali. Rekod la tu.

2. perpustakaan awamnya besar2 jadi gajah putih. Kenapa tak buat kecil2 tapi banyak dimerata mukim? Ooop maaf. Sensitif. Buat yg kecil2 bila yg berkuasa nak kaya dpt komisyen keci je. Banyak perpustakaan bahaya jugak. Takut rakyat jadi celik buku dan internet. Lepas tu lawan toke. Banyak juga gajah putih pd masjid dan sekolah yg tak ada cukup murid.

3. Sebelum PAS menang dan bentuk kerajaan negeri pd 1999 orang tggnu merasa wang royalty minyak sebab memang dah ada dalam perjanjian. Tiba2 bila PAS menang UBN dgn biadapnya berhenti beri royalti. Gerun takut kersjaan PAS guna wang tu dgn baik dan secara tak langsung menyenangkan rakyat buat perbandingan dgn kerajaan UBN selama itu.

Yg bertulis pun UBN boleh buat de. Di manakah maruah pemimpin UBN Tggnu? Bilalah org Ganu kita nak sedar dari syok sendiri dgn masjid kristal?

Sufian Idrus said...

Datuk,

Memang amat jelas bahawa Barisan Nasional mempunyai kelebihan, namun pihak pembangkang semakin menghampiri. Jelas juga bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu berubah untuk berada terus dihadapan. Barisan Nasional dan UMNO perlu berubah menjadi lebih baik dan lebih baik.

Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbetulkan sebelum UMNO dan Barisan Nasional dapat berubah menjadi lebih baik. Kelemahan yang paling ketara bagi UMNO adalah ia terlalu fokas kepada kelemahan orang lain, iaitu pihak lawan. Umum tahu bahawa kaedah untuk memperbaiki kelemahan adalah untuk melihat kekurangan diri sendiri, mencari kaedah untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Bukan dengan melihat apa yang ada atau apa yang kurang pada orang lain.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh UMNO adalah tidak rasional sama sekali, dari sudut logik akal, dari sudut psikologi, dan juga dari sudut agama. Cara yang digunakan oleh pihak pimpinan UMNO untuk memperbaiki diri atau untuk berubah adalah dengan mencari kesilapan pihak lawan dan fokas kepada kelemahan pihak lawan. Adakah taktik sebegini akan dapat mengubah UMNO untuk menjadi lebih baik?

Perkara utama yang perlu dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk berubah menjadi lebih baik adalah dengan belajar untuk 'berfikir'. Selagi UMNO dan Barisan Nasional tidak mahu berfikir bagaimana untuk melihat kelemahan diri dan memperbaikinya, selagi itu ia tidak akan kemana-mana.



Sufian Idrus

Din Kalut said...

Video Mustapa Ali pula.Eloklah guna Din Melaka jadi peguambela.Free of charge.

Saji said...

Salam Dakj

"3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan."

Keputusan yang telah dibuat oleh BN sama seperti PRU2 dulu iaitu gandingan antara 'muka baru' iaitu antara ciri2 calon BN yang Dato' mahukan -calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan dengan 'muka lama' iaitu antara ciri2 calon BN yang Dato' tolak - panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar.

Maknanya, BN tidak mahu dengar nasihat Dato'!

Apakah ia juga bermakna BN akan kalah?

...SAJI

Din Klang said...

Saudara din melaka

dari kamu menonton video orang pas baik kamu nonton youtube DR Sidek = pendedahan Sidek Baba tentang anwar ibrahim

http://youtu.be/4t8xMc-hoh8

Unknown said...

Aslkum Dakj

BANJIR KILAT DI KL

Nasib baik banjir berkenaan tak berlaku di negeri yg diperintah PR.

Kalau tidak, berhari2 media perdana akan hentam PR konon tak pandai atau tak mampu atau tiada upaya selesai masaalah banjir.

Tiba2 je masaalah tebatan banjir bukan jadi tanggung jawap kerajaan pusat. Bukan ke Selangor bawah KHIR TOYO pernah dpt peruntukan berbillion ringgit bila shah alam banjir besar?

UMMI AFILDA

UMMI ikut buntut UMNO kempem hentam ANUAR dihadiri 250 orang di PULAU PINANG.

Kesian. Ingatkan sampai beribu2 orang akan dtg.Adahati pulak nak tanding lawan AZMIN. Takut2 merajuk pulak lanun2 UMNO yg sedia ada.

Walaubagaimana pun dari sudut positif, kehadiran UMMI mungkin membawa rezeki kepada hadirin yg dianggkut dgn sedikit duit poket.

Drkecik said...

Saya nampak ulasan Din Melaka dah defensif sekarang.. dah kantoi ke ha ha ha

Din Kalut said...

Din Melaka guna sebalah mata yang kelabu.Apa jadi Tabung Memali diKedah.Koperasi Kohilal.Video Tok Pa.

Unknown said...

Assalamulaikum dato, Kenapa mesti nak balun dato AKJ beliau hanya mengemukan isu sahaja pembahas sama ada taraf kucing atau tahap yang baik mesti semua di ambil kira dalam negara tak semuanya baik ada yang jahat ada juga yang baik harap apa yang ditulis oleh dato kita bahaskan dengan baik sekadar membuka minda kita agar terus cerdas dan tak mati akal.

PRU 13 telah ditetapkan pada 05/05/2013 kalau ikut angka matematik ialah 05+05=10+20+13=43-30=13 maka tepat nya ialah angka 13 adalah ibu kepada PRU harap2 biarlah semua nya berjalan dengan lancar dan sempurna kerana kesempurnaan itu adalah asas kepada amalan yang menguatkan keimanan kita semua.

Tak payah la nak maki orang nak kutuk orang orang kerana kita manusia adalah sebaik kejadian yang ALLAH ciptakan maka jauhi la sifat2 haiwan atau sifat2 syaitan yang menjalar ditubuh badan kita,

Fitnah sudah melampau kutukan pun sama juga jadi kita nak pergi kearah mana...fikirkan la wahai rakyat malaysia yang cintakan keamanan.

WASSALAM DATO..

Rawa Lanun-Bahasa said...

panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar..

Maknanya, BN tidak mahu dengar nasihat Dato'!

Apakah ia juga bermakna BN akan kalah?



cuba lihat di kedah, kelantan dan pulau pinang:
70% kaum hawa mahu bn
- kenapa, mahaguru?

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Soalah cepumas Fikir Tajam kepada Din Melaka dan saya bukanlah soalan cerdik, sebenarnya. Tiada manfaatnya lagi bagi sesiapa jua sekiranya isu berkenaan terus didebatkan. Beroleh dosa, adalah.

Nah! Inilah soalan bernilai syurga yang saya ajukan kepada Fikir Tajam untuk dia membuat "pencerahan" demi keselamatan dan kesejahteraan dirinya di alam fana'in dan di alam baqa' nanti:

"Apakah rasional dan alasan Fikir Tajam yang begitu totok bersubahat dan bersekongkol dengan UMNO secara membabi buta? Tidakkah Fikir Tajam tahu bahawa UMNO ialah parti pemerintah yang melanggari perintah Allah dalam al-Quran: al-Maidah: 44, 45 dan 47; juga Ibrahim: 3.

Tidakkah Fikir Tajam tahu bahawa kerajaan UMNO ialah kerajaan sekular lagi fasi?

Tidakkah Fikir Tajam tahu pensekongkol UMNO seperti Fikir Tajam juga jatuh fasiq? Tidakkah Fikir Tajam tahu tempat kembali orang fasiq ialah neraka?

Demi kebaikan diri Fikir Tajam sendiri, muhasabahlah dengan mencari jawapan benar bagi soalan saya.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

Lahuma said...

Dato.

Solat Hajat Hadi Awang.
---------------------------

Saya sokong menjulang bila Hadi Awang hendak solat hajat kerana video projek Setiausaha Agung Pas itu.

Inilah cara terbaik yang dituntut Islam.Paling terbaik bersolat dengan sekelain ulamak Pas dan termasuk tuan empunya diri projek tersebut.

Kenapa nak bersolat seoarang diri.
Gerakkan seluruh ahli dan penyokong Pas seluruh dunia untuk bersolat hajat.

Biar Allah Taala tunjukan benar atau fitnah.

Pas perlu bersih dan unggul sebagai parti berjenama Islam.

Sudah ada tanda-tanda Pas dilanda musibah dan mala petaka.

Pas tak perlu simpan walau sebesar pasir pun yang merosakkan Pas.

Hadi Awang dan lainnya tak perlu menudi

Semua kena ingat watak-watak dalam dunia politik hari ini bukan boleh percaya sepenuhnya.

Watak-watak ini akan bergerak dari satu dahan ke dahan yang lain bagi capai matlamat mereka.

Boleh jadi pemimpin Pas yang tulen terlupa atau tak ambil hirau strategi ini.

Semoga Pas tidak tergadai segalanya dalam mengejar kuasa yang di restui Allah.

Oleh itu pilih calon daripada parti.Dalilnya didepan mata dan apa yang sedang berlaku.

Terima kasih.

awangbatuburok said...


BN lawan PR - siapa yang boleh mantapkan kewangan dan hutang negara?

Para akademik ternama negara dah bersuara meminta PR dan BN nyatakan langkah-langkah.

Komen saya; DS Najib perlu terima cabaran DS Anwar untuk debat perdana bagi menjawab persoalan diatas. Jangan setakat berani berkokok sampai "merah bibir" dihadapan penyokong sendiri shj...

Network55 said...

Ralat Dr Kecik Kecik, yang bagi comment tanpa facts @ persepsi tu Din Klang, bukannya Din Melaka..minta tolong jgn dicalarkan imej anak Melaka..betulkan Dato' ? 😄

shidine didine rahman said...

Ada kebenarannya...

shidine didine rahman said...

Ini yg dibaca Dan diambil kesempatan oleh musuh...MA dilihat sbg penghalang dn ancaman utama...maka bermulalah plot cerita utk memusnahkn MA...penulisan dan pembinaan skrip terancang...melaga2kn...
HHA kata MA tidak bertanding...
Cuba fikir...

shidine didine rahman said...

Lawan tetap Lawan din melaka
Lawan dgn hujah jitu
Sepedas dn seenak asam pedas melaka...
Berdas das hingga senak org Di sana

halim fc said...

Kadir jasin sudah keluarkan statement seperti BNsudah hampir ajal.

Atau kadir jasin sudah kecut bila mana RPK sudah dedahkan penglibatan kadir jasin dalam urusniaga MRCB.

Apa pun biar PR ambil alih putrajaya. Dan kadir jasin jgn berharap akan di lindung.

Siapa suruh kadir jasin humban BN sekarang?

fed up said...

Kalau ikut trend terdahulu, kayu mati dan paku karat walau tidak bertanding, dikhuatiri masih lagi jadi pilihan untuk naik ke kerusi senator.

Setidak-tidaknya jadi jadi bos GLC.

Fed Up

Unknown said...

Aslkum Dakj

Presiden ABIM kata siapa nak tuduh DATO MUSTAPHA ALI adalah org yg dlm video lucah mesti kemukakan 4 orang saksi .

Ini kalau nak ikut Islam la.

Tapi kalau asal ikut perintah pemimpin UMNO spt tulisan sesetengah pembodek di blog ni...mereka mana tau hukum Islam.

Kalau tau pun mereka buat2 tak tau. Maklumlah diakhirat nanti mereka sepakat nak loyar buruk dpn ALLAH dgn mengatakan bahawa mereka hanya menurut perintah dan tak de niat pun nak pekena org PAS atau pembangkang. Mereka hanya cari makan sesuap nasi.

Begitulah rendahnya martabat sesetengah orang Melsyu yg selalu babgga dgn budi bahasa. SYOK SENDIRI JE.

Kalau UMNO tak terlibat kan cantik kalau mereka cepat2 kutuk dan simpati dgn DATO MUSTAPHA?

Umno mengaku praktik ISLAM, tapi bersungguh2 menghentak sesama Islam yg belum terbukti apa2.

Tapi Din Melaka nak ulangi. Sebenarnya puak2 lanunni dah tsk ada kerja lain. Jangan layan. Tak berbaloi masa dan tenaga.

Pak Abu said...

Halim FC, ko tau mana Dato ada kepentingan dalam MRCB? Ko baca surat khabar Harakah ke atau dah tanya tuan punya badan?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Halim FC menulis:

"Kadir jasin sudah keluarkan statement seperti BNsudah hampir ajal.

Atau kadir jasin sudah kecut bila mana RPK sudah dedahkan penglibatan kadir jasin dalam urusniaga MRCB.

Apa pun biar PR ambil alih putrajaya. Dan kadir jasin jgn berharap akan di lindung.

Siapa suruh kadir jasin humban BN sekarang?"

Pembahas Pak Abu pula berkata: " Halim FC, ko tau mana Dato ada kepentingan dalam MRCB? Ko baca surat khabar Harakah ke atau dah tanya tuan punya badan?"

1. Cerita MRCB yang kini dimiliki EPF adalah cerita zaman Dr Mahathir-Anwar.

2. Apabila Dr Mahathir bersetuju 4 kakitangan kanan NSTP/TV3 terdiri daripada Ahmad Nazri Abdullah, Mohd Nor Mutalib, khalid Ahmad dan A Kadir Jasin membeli NSTP dan TV3 daripada Halim Saad (Renong) melalui proses management buyout (MBO), Anwar menjadi penaung dan mentornya.

3. Sebuah syarikat induk bernama Realmild diwujudkan di mana saya memiliki kurang daripada 5% saham. Baki 95% dikongsi di antara Nazri, Mohd Nor dan Khalid.

4. Realmild membeli MRCB dari tauke Hong Leong Bank, Quek Leng Chan. MRCB ketika itu telah tersenarai di Bursa Saham Malaysia. MRCB digunakan sebagai jentera khas (SPV) bagi membeli saham-saham NSTP dan TV3 daripada Renong.

4. Apabila Anwar dipecat pada 1998, Nazri, Mohd Nor dan Khalid mengundurkan diri. A Rahman Maidin mengambil alih saham Realmild yang dipegang oleh Nazri, Mohd Nor dan Khalid.

5. Saya melepaskan pegangan (5%) dalam Realmild apabila meletakkan jawatan dari NSTP pada Jun 2000.

6. Alhamdulillah, atas kehebatan gabungan Mahathir-Anwar dan keyakinan pasaran, MBO itu berjaya, hutang piutang selesai dan perniagaan yang berbabit kekal sampai hari ini walaupun pemiliknya telah berubah.

7. Lama selepas saya meninggalkan kumpulan NSTP, MRCB diambil alih oleh EPF dan dengannya EPF mendapat RHB Bank. NSTP dan TV3 digabungkan menjadi Media Prima.

8. Itulah cerita MRCB. Tak ada kontroversi dan Anwar sepatutnya berasa bangga dengan pembabitannya ketika itu.

9. Apa yang Realmild/MRCB dapat pun bukan rahsia kerana ada tersenarai dalam senarai pengswastaan yang kerajaan keluarkan selepas Anwar dipecat.

Terima kasih.

Unknown said...

Saya amat bangga dengan dato apa yang dato jelaskan akan memberi tamparan hebat kepada pembahas yang kurang cerdik yang hentam dato secara sembrono....dimanakah nilai murni jati diri orang melayu pada ketika ini.....saya melihat pada hari ini para pembahas bagaikan tiada fakta untuk ganyang dato secara kurang sopan.............kita orang melayu sepatutnya berubah bukan menjadi masyarakat bantuan yang disebut-sebut selalu oleh para pemimpin BN supaya kita bersyukur tapi hakikat nya apa jua bantuan yang diberi adalah dari pembayar cukai seperti saya.

Tiada alasan para pembahas hentam dato itu prinsip saya...

Terima Kasih dato...

Saji said...

Salam Dakj, Sdr fed Up

"Kalau ikut trend terdahulu, kayu mati dan paku karat walau tidak bertanding, dikhuatiri masih lagi jadi pilihan untuk naik ke kerusi senator.

Setidak-tidaknya jadi jadi bos GLC."

1/ Kayu mati yang tersangkut di dahan pokok kalau jatuh hempap orang boleh mati. Manakala paku karat kalau terpijak tapak kaki boleh jadi nanah kerana beracun.

2/ BN tahu kayu matinya dan paku karatnya bahaya untuk parti jika dicalonkan semula berdasarkan maksud analoginya di atas masing2 serta pengalaman LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan masing2. Tetapi lebih bahaya kepada parti jika tidak dicalonkan semula berdasarkan kepada pengalaman BN sendiri.

...SAJI

Saji said...

Sdr Rawa Lanun-Bahasa


"cuba lihat di kedah, kelantan dan pulau pinang:
70% kaum hawa mahu bn
- kenapa, mahaguru?"

1/ Sistem nilai/value yang dipegang oleh seseorang atau kepercayaan/belif terhadap sesuatu bukan sahaja mempengahuri dirinya dalam membuat keputusan atau pilihan penting, malah membetuk perangainya seperti sama ada berani untuk melakukan perubahan atau takut melakukan perubahan.

2/ Golongan kaum hawa jika ibu mertua saya dijadikan contoh merupakan jenis manusia yang bukan sahaja takut kepada/melakukan perubahan malah mempunyai perangai gemar menyimpan benda2 lama, tetapi tidak reti menjaganya hingga ada yang membahayakan.

3/Jika sdr terima BN sebagai antara contoh benda2 lama, saya percaya 70% golongan kaum hawa di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang itu mempunyai sistem nilai dan perangai yang lebih kurang sama dengan ibu mertua saya yang merupakan pengudi tetap BN.


...SAJI

Drkecik said...

FAKTA DIN MELAKA YG CELARU

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Rupa2nya ada udang sebalik batu bila SEKUTU UBN iaitu SPR buat2 bodoh bila tetepkan hari mengundi hingga 5 hari.

Supaya bolehkan pengundi hanyu boleh dtg lagi mengundi selepas dakwat kekal tanggal lepas tiga hari.

Km... dan yg sekapal dgn beliau sila beri justifikasi kenapa hari mengundi perlu sampai 5 hari.

Kalau tak mampu jangan kata jangan pulak Din Melaka kasar, biadap emosi dll.

Berapa lama nak tutup bangkai gajah.

FAKTA SEBENAR

PRU13: Penamaan calon 20 April, pengundian 5 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Pssst..manalah pencacai din melaka ni kutip fakta sampai tak tahu beza 5 hari dgn 5hb.Fakta yg jelas pun si din melaka pusing buat fitnah apa lagi cerita2 tahap dongeng yg banyak dia tulis kat blog ni.

Drkecik said...

Salam,

Kesepakatan BN ... FAKTA YANG CUKUP MEMALUKAN PEMBANGKANG

Akhirnya PAS mengaku bahawa pihaknya mempunyai pertelingkahan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengakuan itu telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri di Markas Pas Kota Samarahan, Sarawak hari ini.

Itu pun belum mengambil kira pertelingkahan yang berlaku di antara PKR dengan DAP serta Pas dengan DAP berhubung pembahagian kerusi.

Sebaliknya, pakatan pembangkang perlu mencontohi parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang telah menyusun pembahagian kerusi dengan cara aman dan musyawarah di antara parti-parti komponen menjelang PRU-13.

Mengapa pakatan pembangkang perlu mencontohi BN? Jawapannya sangat mudah.

BN merupakan parti berpengalaman dan sebanyak 12 kali telah berhadapan dengan PRU serta 12 kali telah diberi mandat untuk memerintah negara oleh rakyat.

Malah, setiap parti komponen dalam BN itu sendiri mempunyai tradisi turun-temurun iaitu bertoleransi dan hormat-menghormati di antara satu sama lain dalam membentuk sebuah negara yang majmuk, makmur dan bersatu padu.

Selain itu, hala tuju BN juga jelas di mata rakyat iaitu meneruskan pembangunan rakyat dan negara.

pssst..si din melaka pasti separuh mental nak terima hakikat ini.

Rawa Lanun-Bahasa said...



Kain buruk dan qu'an buruklah kami, Sdr SAJI.

Di Saudi tak lama lagi wanita bebas dari kewahhabian dalam memandu kereta sendiri.

Jangan jadi semacam dalam cerita lama ali baba hilang barang; anda pun kenal shahrizat dan seribu malam.

Apapun, adakah ramai kaum hawa merasa mereka lebih diperalatkan oleh pihak bn atau pr boleh kita utuarakan.

Sayangnya, kita tidak dapat menilai ibu mertua yang tahu nilai barang lama tetapi tidak pandai menjaga prestasinya. Sayang kalau datang keling botol mahupun apek suratkabar lama mahupun mat barang antik datang beli dengan murah bak yusuf pedagang nomad di mesir kuno.

SAJI, cerita ali baba membankrup rakyat mana yang anda yakin: BN atau PR?

Lepas PRU13 kasi bersih7.0 minda, bro

darah pas halal.





Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Sdr Yangretibase, sdr masih menggunakan 'mulut jahat' saudara memfitnah UMNO melanggar perintah Allah dlm Al-Qur'an. Rujuk ayat 44, 45 dan 47 Surah Al- Maidah.

BN tidak mampu memutuskan sesuatu seperti kehendak ayat2 itu kerana undang2 berkenaan belum ada.

Masih belum ada sesiapa yg mampu menggubalnya.

TGHA kata PAS mampu tetapi hingga skrg belum ada hukum hudud yg lengkap dan bolehguna.

Skg PAS tidak lagi berjuang untuk melaksanakan hukum hudud.

Perjuangan Kepimpinan Ulama dan Membangun bersama Islam juga sudah hancur lebur.

Sdr Yangretibase dan lain2 tlg fahami dgn mendalam ayat 73 Surah Al-Anfaal, ayat 51 Surah Al-Maidah ayat 138 dan 139 Surah An-Nisa'.

Di bawah tajuk yg lain sebelum ini, sdr telah mentafsirkan ayat 124 Surah An-Nisa' secara mengelirukan apabila sdr kata," Ayat 124 mengqiaskan bahawa PENGUNDI YANG BERIMAN YG MENGUNDI PAS PASTI AKAN MEMPEROLEHI SYURGA "

Mengundi PAS bukan amalan soleh kerana PAS banyak melakukan kemungkaran:
1.Mengatakan Allah mencarut,

2.syirik kerana membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah ( Harun Din ),

3.mengkafirkan sesama Islam ( Amanat TGHA ) dan memfitnah UMNO murtad kononya UMNO menolak Islam TGNA ),

4. Orang UMNO sembahyang tak dapat pahala. (TGNA takabur ).

Apa yg PAS buat skrg disebut dlm Al- Qur'an, ayat 123 surah An-Nisa'. Fahamilah.

Ini soalan biasa untuk Sdr Yangreti base.

Adakah PAS menghukum seorang pemimpin PAS yang berkhalwat, mukaddimah zina, dgn isteri orang di KB menggunakan hukum Allah ? Jawabnya TIDAK. Kafir kah PAS ?

Kafirkah PAS semasa bersama BN dari tahun 1973 hingga 1978 ?

Adakah PAS dah siasat video seks Setiausaha Agung PAS ? Kalau PAS tidak memutuskan berdasaran ayat 44 Surah Al-Maidah, kafir ke PAS ?

Kalau MA tak mengaku dia mesti bersumpah laknat.

Salam hormat.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Kepada ygTAKretibasa - sila renungkan fakta ini:

1. Tidakkah DAHAwang telah menyatakan bahawa PAS dan PR akan mendukung Perlembagaan sedia ada jika ditakdirkan menang PRU semenjak 2011 lagi. (yg TAKretibasa tidur ke?)

2. DAHAwang sendiri yg memaklumkan bahawa tidak terdapat istilah negara Islam dalam Al Quran justeru menggantikan perjuangan mendirikan negara Islam (baca di sini Hudud PAS) dengan Negara Berkebajikan. (YgTAKretibasa tak pergi muktamar agung PAS ke?)

3. Jangan bersikap naif lagi TOTOK memekik melengking suara UMNO kafir, zalim, perlembagaan penjajah sedangkan PAS yg berdekad memperjuangkan negara Islam akhirnya tersungkur di kaki Karpal Singh.

4. Waraslah sikit. ADUN selinsing ditangkap berzina dengan isteri ahli PAS oleh suaminya sendiri bersama Ustaz PAS tidak langsung di'hududkan' oleh DNAziz malah bias pula mengatakan yg Allah telah ampunkan dosa mamat tu. (Islam gapo lagu tu?)

5. Mat Sabu ayam laga PAS ditangkap khalwat turut tidak di'hududkan' PAS kerana kalau yg berkhalwat itu orang UMNO barulah berdosa. Orang PAS boleh belaka.

6. Dengan kuasa ALLAH jua peliwat dan penzina tidak diangkat menjadi ketua negara. Dengan izin ALLAH jua tembelang DMustafaAli terbongkar. Dia yg berzina kenapa UMNO disalahkan. Kenapa tak salahkan tiang elektrik, pokok,bas, lori, budu?

7. Kamu YgTAKretibasa hanya petik ayat suci bila mana mempertahankan hujah dangkal kalian. Kenapa tak cermin diri, tanya matahati? Barangkali bilamana DSAI meliwat anak cucu kamu sekalipun masih tak mahu percaya. Mungkin hanya percaya bila Ygretibasa sendiri yg kena balun dik DSAI. Bertaubatlah. Cakap saja berdegar-degar petik surah tapi hati HITAM LEGAM tak sanggup mengakui kebenaran.

maskadove said...

kupasan yg cukup baik... terima kasih kepada Datuk...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).