Tuesday, June 04, 2013

Cabar Atau Tidak Biar Ahli Umno Tentukan


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 6 JunEKORAN penyiaran rencana di bawah, saya telah dihubungi oleh banyak pihak yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai reaksi kepada ketetapan Badan Perhubungn Umno Negeri Sembilan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingkan.

Antara hal yang dimaklumkan kepada saya dan yang dapat saya simpulkan daripada maklumat terkini itu adalah seperti berikut:

1. Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyddin Mohd Yassin, tidak akan mencabar Mohd Najib. Namun peranan Muhyiddin sebagai ‘penyelamat’ Umno ketika hari-hari gelap Barisan Nasional selepas PRU 2008 terus diingati dan diiktiraf. Muhyiddin, Tun Dr Mahathir dan beberapa blogger pro-Umno menjadi pemangkin ‘persaraan’ awal Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan pangkat Mohd Najib menjadi PM dan kemudiannya Presiden Umno. Muhyiddin dan Dr Mahathir masih memegang kunci ajaib itu.

2. Beberapa orang laskar siber pro-Najib cuba “mendajalkan” Tun Daim kerana temu ramah terbuka beliau dengan China Press yang kritikal terhadap peranan penasihat-penasihat Najib dalam PRU lalu. Mohd Najib bernasib baik kerana Daim berhenti setakat menyalahkan penasihat-penasihat beliau dan mencadangkan pemecatan mereka.

3. Sudah kedengaran yang sesetengah penasihat Mohd Najib cuba mencari jalan keluar dan meneropong ke arah GLC sebagai tempat bergayut baru ekoran pelantikan Nor Mohamed Yackop sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional dan Pengerusi Majlis Kerja Khazanah. Manakala ada pelarian ‘lightweight’ PKR yang melompat masuk Umno diuar-uarkan akan dilantik Duta ke negara-negara strategik seperti Indonesia yang mungkin melemahkan lagi perhubungan kita dengan negara-negara jiran utama.

4. Mohd Najib berkata masalah utama Umno/BN adalah imej dan persepsi. Imej Umno/BN dan persepsi mengenanya akan terus menjadi masalah kalau dakwaan-dakwaan terbuka – yang terbaru mengenai pemberian kontrak mencetak lapan juta naskhah manifesto BN dengan harga yang luar biasa - tidak dinafikan dengan fakta dan angka - atau mengenai adanya penasihat beliau yang memakai kereta mewah (macam Lamboghini) selepas PRU. Kalau bohong wajib dijawab bohong lengkap dengan fakta dan angka, kalau betul apakah tindakan yang PM berani lakukan? Dan

5. Kemudian timbul pula satu teori baru iaitu Mohd Najib tidak akan diubah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi beliau akan disyaratkan berubah. Kalau teori ini benar-benar wujud dan praktikal, siapakah yang akan menentukan jenis perubahan yang Mohd Najib wajib lakukan? Wallahualam.

POSTING ASAL


AKHBAR arus perdana The Star milik parti MCA hari ini melaporkan yang Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan telah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak ditandingi.

Alasannya adalah Umno memerlukan perpaduan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Pastinya semua ahli dan penyokong Umno setuju dengan keperluan Umno membuat persediaan seawal mungkin bagi menghadapi PRU ke-14, tetapi apakah mereka juga bersetuju dua jawatan teratas itu tidak dicabar?

Juga menjadi tanda tanya adakah Umno Negeri Sembilan membuat keputusan itu secara bersendirian atau setelah berunding dan mendapat maklum balas akar umbi?

Pada pandangan saya yang tidak sepertinya, para pembesar Umno wajiblah lebih peka dan menghormati suara akar umbi setelah akar umbi menyelamatkan mereka daripada kekalahan pada PRU 5 Mei lalu.

Ini membuatkan saya berfikir apakah para pembesar Umno benar-benar faham dan peduli kepada denyut jantung orang Melayu biasa yang menyokong parti itu?

Umno dan Melayu Bukan Inti Pati PRU13

Kalau diperhatikan secara terperinci, denyut jantung orang Melayu dan lambang Umno bukanlah inti pati PRU lalu.

Yang menjadi inti patinya adalah 1Malaysia, batang tubuh Mohd Najib Abdul Razak dan “pemujaan” kepada masyarakat Cina dan India.

Malah rata-rata pemerhati dan pengulas politik berpendapat Mohd Najib mengadakan pilihan raya presiden ala Amerika di mana diri beliau ditonjolkan sebagai pilihan seperti terserlah dengan cogan kata “Sokong Saya Undi BN” dan menonjolkan program-program beliau seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan yang digula-gulakan oleh segala bentuk pemberian di bawah lambang 1Malaysia.

 BN Teruk Tiba-Tiba Umnolah Permata

Tetapi setelah pencapaian BN ternyata hambar akibat apa yang Mohd Najib labelkan sebagai tsunami Cina dan BN diselamatkan oleh Umno, seni kata dan irama tiba-tiba berubah.

Umno dinobatkan sebagai berjaya dan lebih kuat kerana memenangi 88 kerusi Dewan Rakyat berbanding 79 pada PRU 2008.

Soalnya, apakah pencapaian Umno yang lebih cemerlang itu adalah kerana para pembesar Umno mengutamakan Umno dan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri takut kuasa mereka akan bertambah lemah kalau parti-parti Cina dalam BN menang besar?

Bagi ahli dan penyokong Umno yang memperoleh maklumat daripada media arus perdana, mereka tentulah mendapat gambaran yang BN, khasnya Mohd Najib, melakukan apa saja, termasuk memperluaskan pendidikan Cina dan Tamil, untuk mendapatkan undi Cina dan India.

Mereka tentu membaca, melihat dan mendengar bagaimana Perdana Menteri tidak putus-putus menguar-uarkan penaikan taraf pendidikan Cina dan Tamil, memberi peruntukan tambahan kepada sekolah Cina dan Tamil dan berjumpa berbagai-bagai badan radikal Cina dan India seperti Dong Zong dan elemen Hindraf.

Apa yang dilihat sebagai tolak ansur yang keterlaluan dengan orang bukan Melayu itu mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang Melayu bahawa kuasa mereka akan lebih tercabar sekiranya MCA, Gerakan dan MIC menang besar.

Tetapi yang paling menakutkan majoriti orang Melayu adalah kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemunculan DAP sebagai pemain dominan politik nasional.

Jadi, apakah Umno menang lebih besar pada PRU lalu kerana Presiden Umno mengutamakan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri berasa kepentingan mereka tidak lagi diutamakan oleh para pembesar parti maka mereka bertindak memperkuatkan Umno dan orang Melayu dari bawah?

Tetapi harus juga diakui bahawa selain penyokong tradisional, Umno juga mendapat sokongan pengundi atas pagar serta penyokong PAS dan PKR. Banyak penyokong PAS memangkah calon-calon Umno kerana membantah kerjasama parti mereka dengan DAP dan PKR.

Kalau inilah keadaannya maka suara akar umbi adalah sangat penting dalam penentuan kepemimpinan Umno bermula dengan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini.

Sangat tepatlah kalau ahli biasa Umno di cawangan-cawangan diberikan muka dan suara untuk menyatakan sama ada mereka mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau mana-mana juga jawatan dipertandingkan atau tidak.

Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu.

Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.

Lagipun, Mohd Najib sendiri berkata selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 31 Mei lalu yang Umno mengamalkan demokrasi dan pemimpin bebas dicabar. Tindakan memperluaskan asas pengundian bagi memilih pucuk pimpinan bermula pemilihan kali ini wajiblah dikotakan dan disahihkan melalui tindakan.

Wallahualam.

54 comments:

Hj kamal said...

Salam.

Minta para pembaca supaya membaya blog Un Mahathir(chedet.com) tulisan Tun hari ini.

Tun mengatakan UMNO sekrang tidak sama dengan UMNO tahun 1946 sebab UMNO sekarang telah rosak.

Najib yang mengambil aleh UMNO dari Pak Lah empat tahun lepas tidak melalukan apa apanperubahan .Najib lebeh menonjolkan dirinya dan isterinya yang di sayangi cabai PM dan pemimpin UMNO.

Keputusan pilehan raya 13 menunjokkan popular vote Najib merosot.Jika di Amerika dia sudah kalah. jadi wajar Najib berundor.

UMNO itu party keramat.Dianya lebeh besar dari Najib dan Rosmah.

Hamdan Rukun said...

Tan Seri,

saya adalah ahli akar umbi UMNO yang bergelumang di peringkat cawangan. Saya percaya buat masa ini saya tidak dapt menamakan seorangpun pemimpin UMNO yang dapat menyaingi Presiden sedia ada. Sebahagian daripada faktor sokongan orang Melayu pada PRU 13 adalah kerana wibawa DS Najib. Bermain congkak, menonton bola bersama anak muda hakikatnya memberi kesan mendalam kepada anak muda. Untuk jawatan lain saya fikir eloklah dibuka untuk pertandingan, jika ada.

Faizal Ismail said...

Salam, saya tak nak komen banyak kerana saya memang tidak berpendidikan tinggi.

Saya rasa bukan saya sahaja yang merasakan hal ini,orang lain juga begitu.

Dengan ini dengan saya hormatnya memohon Najib berundur secara terhormat.

Melihat arus perkembangan semasa,semakin ramai yang menyuarakan hasrat yang sama agar Najib segera berundur.

sekian..ingat UMNO bukan Milik presiden parti dan sewaktu dengannya..Ia milik Bangsa Melayu.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Sememangnya ketetapan sedemikian tidak patut dan tidak perlu dikemukakan sekarang. Bukanlah sebab terlalu awal atau sebagainya tetapi lebih kepada menghayati semangat pindaan Perlembagaan UMNO yang akan mula dilaksanakan pada tahun ini dalam memilih kepemimpinan di semua peringkat. Pindaan Perlembagaan dibuat untuk memberi kuasa kepada lebih ramai ahli bersuara menentukan kepemimpinan yang mereka mahukan. Jika ditetapkan bahawa jawatan tertentu tidak dipertandingkan, lebih baik kembali kepada Perlembagaan asal yang mengehadkan kepada ahli yang menghadiri mesyuarat cawangan, perwakilan ke persidangan dan perhimpunan menentukan kepemimpinan pada setiap peringkat. Tidak perlulah dicanangkan kononnya UMNO lebih demokratik selepas pindaan Perlembagaan berkenaan.

Perubahan bukan sahaja perlu dilakukan pada peringkat tinggi semata-mata. Perubahan hendakla bermula pada peringkat akar umbi iaitu cawangan. Masih ramai ketua cawangan yang memegang jawatan sejak cawangan ditubuhkan. Presiden telah bertukar ganti, bahagian pun telah dipecahkan berkali-kali tetapi ketua cawangan masih terus bertahan.

Kisah TS Khalid yang tewas pemilihan ketua cawangan UMNO mungkin relevan untuk diambil sebagai iktibar. Di mana logiknya seorang tokoh korporat Melayu yang begitu terkenal tewas dalam pemilihan sebagai ketua cawangan. Beliau akhirnya mengambil keputusan menyertai PKR dan bintangnya bersinar hingga ditakdirkan berjaya menjawat Menteri Besar Selangor.

Begitulah tegarnya seorang ketua cawangan dalam mempertahankan jawatannya. Akar umbinya tidak banyak berubah, bagaimana untuk kita mengharapkan peringkat yang lebih tinggi berubah. Orang yang sama, permainan yang serupa dan peraturan yang sama, bolehkah kita berharap akan berlaku perubahan yang bermakna?

Jika diterliti, Perlembagaan UMNO tidak mencatatkan negeri sebagai salah satu peringkat dalam hierarki parti. Yang wujud hanya cawangan, bahagian dan pusat. Pendirian perhubungan negeri sudah tentu tidak relevan untuk menggambarkan kehendak sesiapa dalam parti. Perhubungan negeri diketuai oleh pengerusi yang dilantik, bukan dipilih. Yang dipilih adalah ketua serta jawatankuasa cawangan dan bahagian. Perhubungan negeri hanya wujud untuk tujuan pentadbiran semata-mata dan tindak tanduknya tidaklah seharusnya melampaui tujuannya. Oleh sebab yang menyuarakan cadangan berkenaan ialah perhubungan negeri, maka ia tidak perlu dianggap sebagai pendirian rasmi UMNO negeri berkenaan secara menyeluruh. Pendirian cawangan dan bahagian lebih berwibawa daripada pendirian perhubungan negeri kerana kepemimpinan cawangan dan bahagian dipilih, yakni mewakili akar umbi.

Janganlah selepas ini ada lagi perhubungan negeri yang terlebih yakin dan melampaui tujuan ia diwujudkan dalam UMNO. Cawangan dan bahagianlah yang lebih berhak bersuara dan menetapkan pendirian dalam sesuatu isu termasuk dalam menentukan kepemimpinan parti.

man dego said...

Saya undi BN sebab terpaksa. Saya undi BN semua PRU. Tapi PRU 13 ni hati saya berbelah tapi masih undi BN. Umno bukan lagi memperjuangkan kaum melayu. Jika PAS tak berpakat dgn DAP saya yakin Najib dan UMNO la ni nyawa-nyawa ikan. Tidak nampak ada ketua umno yg berjawa melayu la ni.

orang kampung said...

Sekalian kena akur bahawa Umno diselamatkan kerana bantuan rakyat 1 Malaysia . Khususnya janji akan menaikan bantuan dari rm 500 ke rm 1200 jike Umno menang.

Saya percaya, kerana banyak bergaul dengan orang kampung, ramai dari orang kampung amat bersyukur kepada PM kerana bantuan itu.

GoldTrex said...

Y. Bhg Datuk

Tepat sekali pandangan Datuk. Budaya 'aku garu belakang hang dan hang garu belakang aku' di dalam UMNO perlu di kuburkan segera.

Nampaknya isu-isu strategik yang penting langsung tidak dihiraukan oleh pihak yang berwajib.

Tengoklah kepada barisan ahli-ahli kabinet. Muka-muka lama juga. Business-as-usual.

Ada muka-muka baru - konon-konon untuk untuk membalas budi pemilih. Tapi hanya window dressing saja.

Pasca PRU 13 bukan lah senario politik business as usual. Konsep BN seakan-akan lumpuh kerana MCA dan Gerakan hanyut. Mohd Najib di timbus Tsunami Politik china.

Kalau mentaliti business-as-usual tidak digantikan dengan tindakan2 strategik memperkasakan Melayu dan Bumiputra, tidak mustahil tsunami china akan menjadi ribut toufan (tornado) china/pakatan.

UMNO ada 2 pilihan. Sama ada teruskan dengan amalan business-as-usual atau pun bersuara dan bertindak semasa peluang masih ada.

Peranan Y. Bhg Datuk senagai mouth piece orang-orang Melayu dan Bumiputra amat kami hargai. Teruskanlah.

TQ

cili padi said...

MB NS ni bodoh ke bodek...

yoko ono said...

setuju tetapi saya kira,politik mengarutlah.tgk sudah bagaimana dsai takut isteri maka khalid gagap terus jadi mb.gila.

Unknown said...

Aslkum Dakj

1. Kaki2 bodek terlalu ramai. Belum apa2 Fuad Zarkashi yg kalau PRU bodek NAJIB dan MUHYIDDIN.

2. Bila badan perhubungan negeri buat ketetapan siapa boleh bertanding presiden dan timbalan presiden maka secara otomatik mana ada demokrasi.

3. Yg paling teruk jika majlis tertinggi dilembukan agar buatvketetapan tidak boleh ada pertandibgan untuk jawatan presiden dan timbalan.

4. Maka sia2lah peruntukan yg beri kuasa 146000 perwakilan pilih dua pemimpin tertinggi mereka.

5. Jadi, PM bukan ditentukan oleh akar umbi UMNO tapi oleh majlis tertinggi UMNO yg sudah jelas rapat atas menikus bila didepan bapak presiden UMNO.

6. PRU pun tak demokratik inikan pulak pemilihan pimpinan tertinggi UMNO....wayang je.

7. KESEMUA INI ADALAH LEGASI MAHATHIR BAPAK PEROSAK DEMOKRASI NEGARA DGN UMNO BARU BELIAU.

abdullahngah said...

Umno dapat tambah 9 kerusi PRU 13 berbanding PRU 12 bukan apa apa, bukan juga kewibawaan Najib, tetapi bantuan isi rumah sebanyak RM 500 satu kepala, termasuk orang PAS terpedaya dengan pemberian tersebut.

antisyaitan said...


Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.

Salam Datuk,

Pada pengamatan saya dicawangan-cawangan UMNO mereka tidak peduli perkara diatas. Tun Abdullah Badawi ditolak keluar oleh Tun Mahathir dan Tauke-tauke kuncu-kuncunya, bukan oleh ahli-ahli UMNO diperingkat cawangan.

Dalam UMNO yang Maha Penting siapa dapat beri $$$$$, maka kumpulan itulah yang akan disokong habis-habisan.

Sekali lagi kalau kita bertanya ahli-ahli dicawangan UMNO:
APA YANG PENTING?

Maka jawap mereka; Kerja$$$$amun

ab said...

Salam Dato,





Saya MAHU parti yang sangat kuat dan sentiasa MEMPERTAHANKAN, MEMAJUKAN dan paling penting MEMULANGKAN kembali hak hak melayu/bumiputra seperti yang termaktub didalam perlembagaan persekutuan...





TIDAK ada IMALAYSA KA,2 Malaysia ka,transformasi ka,apa apa pi ka,ligan china ka,ligan india ka...





UMNO LEBIH TINGGI dari Dato Seri Mohd Najib,dan PM TAK BOLIH `hidup' tanpa UMNO,melayu/ bumiputra...be it before,be it now,be it tomorrow.




Pertahankan UMNO,bukan beerti pertahankan PM..satu pertahankan bangsa,satu lagi pertahankab body.....KITA MELAYU/bumiputra MAHU satu body yang betui betui `kuat',`keras kepala' dan `kering hati' untuk mempertahankan dan memajukan hak hak melayu/bumiputra seperti yang termaktub didalam perlembagaan..




PERLEMBAGAAN UMNO LEBIH LEBIH lagi mempertahankan hak,keperluan dan kepentingan melayu...adalah memperuntukan dan MENITIK BERAT perkara yang sama..



SAPA SAPA yang ahli pilih jadi AJK UMNO tu elok la ikut cita rasa mereka, JANGAN LA MENGHALANG CITA RASA ahli ahli biasa dicawangan cawangan....



Abu Bakar Ab Rahman

MARMAR said...

Saya mengudi di kawasan parliamen Titiwangsa. Pada PRU 12 tahun 2008 saya tidak mengundi BN. Pada hari pembuangan undi saya tidak tahu siapa calon calon yang bertanding. Saya tak peduli. Cuma saya tidak mahu mengundi BN. Sebab utamanya ialah 'absolutely fed up' dengan kepimpinan (Tun) Abdullah Badawi. Calon PAS telah memenangi kawasan Titiwangsa pada PRU 12.

Pada 5 hb Mei yang lalu saya turun mengundi sekali lagi di kawasan Titiwangsa dan sekali lagi saya tidak mahu mengundi BN. Saya tidak terharu sangat dengan kepimpinan Dato Seri Najib. Tak perlu saya huraikan sebab sebabnya. Tetapi setibanya saya di kawasan mengundi saya lihat ianya penuh dengan orang Cina walaupun calon yang bertanding kedua duanya Melayu (UMNO vs PAS). Beratur di hadapan saya (Saluran 1) ada 18 orang, kesemuanya Cina. Walaupun pada mulanya saya tidak mahu mengundi BN tetapi melihat keadaan pada hari itu saya pangkah BN. Tujuan orang Cina pada hari itu semata mata ialah keluar mengundi untuk tidak mengundi BN. Orang Cina telah mengubah undi saya. Tetapi pendapat saya terhadap Najib, UMNO dan BN masih tidak berubah.

Lanjutan daripada keputusan PRU 13 (BN menang Titiwangsa) semangat keMelayuan saya telah meningkat. Dahulunya saya tidak peduli sangat membaca blog blog (except yours, of course) tetapi sekarang saya amat cenderung, bukan sahaja membaca tetapi ingin membuat komen. Saya tidak memilih menjadi orang Melayu dan saya bukan ahli UMNO. Tetapi nampaknya saya, seperti berjuta orang Melayu di negara bertuah ini, tak ada pilihan lain dari UMNO.

Tetapi UMNO sekarang telah berubah sejak 10 tahun lalu. UMNO sekarang menjadi apa ianya bermula 2003, cuma lebih teruk setahun demi setahun. Sebab utamanya ialah Pucuk Pemimpin. Jika orang Melayu hampa dengan pentadbiran Dollah Badawi, mereka lebih kecewa dengan pentadbiran Najib.

Tetapi UMNO tak kan berubah. Bahkan perilaku pemimpin atasan UMNO selepas PRU 13 ternyata hakikat mereka. Tak sekali pun pemimpin melihat kepada diri sendiri. Tak sekali pun mereka menunjukkan keinsafan. Tak sekali pun pemimpin menyebut bagaimana orang Melayu harus memperbaiki diri sendiri. Tak sekali pun pemimpin menyebut malah memperincikan masa depan orang Melayu. Tetapi terus khayal dengan pencapaian dan prestasi UMNO dalam PRU 13.

Sesungguhnya UMNO dalam ‘self-denial’ dan akan terus berada dalam gua ini sehingga PRU 14. UMNO seharusnya melakukan pengorbanan diri. Pemimpin pemimpin tertentu patut mengundur diri. Sacrifice yourself for the good of the whole. Tetapi kebanyakan daripada mereka menyifatkan yang mereka masih gagah dan indispensable. Syor telah dibuat pada awal lagi supaya tidak ada pertandingan Pucuk Pemimpin pada AGM UMNO kelak. Semuanya untuk menjaga 'turf' masing masing. Siapa dalam UMNO mahu mengorbankan diri dan segala yang telah diperolehi dan dinikmati. Cuma ahli ahli akar umbi sahaja yang dapat mendispensekan mereka. Just do it !

A KADIR JASIN said...

Pembahas Alahal Sl LunCAi, pembetulan. Saya bukan "Tan Seri".

Terima kasih.

zaidi said...

Salam Dato',
Budaya aristokrat apakah yg melanda UMNO sehingga takut benar untuk bertanding? Bagaimana kita tahu Presiden benar2 pilihan ahli atau pilihan MT?
Lebih baik tak ada parti - jangan UMNO jadi PMK - Parti Melayu Kaya

Unknown said...

Aslkum Dakj

1. Kecuali komen YOKO ONO , komen2 yg lain terutama BERASIAM berbaloi dibaca.

2. Kali ini jangan sampai ada ahli dihalang bertanding atas alasan tak dibenar oleh lembaga disiplin kerana konon politik wang.

3. Paling teruk jika ada yg dibuang UMNO agar tidak menjadi ancaman kpd bapak presiden.

4. Mahathir tak bokeh lepas tangan dgn menyalahkan Pak Lah dan Nsjib. Busuknya UMNO berlaku sejsk Mshsthir buang Anwar, gara2 takut mungkin dicabar jawatan presiden.

5. Umur Mahathir tak mungkin hidup sangat lama lagi. Dengan baki Umur yg ada Mahathir bolrh tebus segala dosa pd org Melayu dgn pastikan demokrasi dikembalikan dalam Umno. Biar ahli yg putuskan siapa prrsiden dan PM.

6. Hatta nak sokong anaknya pun terpulang tapi biar ahli yg tentukan.

Lahuma said...

Dato.

Pembodek dalam UMNO,
-----------------------------

Dalam UMNO memang ramai kaki bodek.
Zaman Dr M mereka bodek dia.
Bila zama Pak Lah mereka bodek orang tua itu.
Kini zaman PM Najib kerana nak jaga periuk nasi dan jawatan maka bodeklah pula hamba Allah ini.

Tindakan bodek ini ada baik dan lebih banyak buruknya.

Sebenarnya ahli UMNO ramai yang tak ada prtinsip dan falsafah hidup.Banyak kaki pak turut sahaja.

UMNO macam gerabak keretapi.Ikut apa kepala buat.Kalau kepala terbalik maka ramai juga yang terbalik.

Sepatutnya UMNO kerana berani.UMNO kini takut dan was-was masih ada.
Wanita UMNO apa sudah jadi.Ahli kena tegas.Gantikanlah Wanita dengan teraju yang bersih dan amanah.Jangan masih tergalas pemimpin yang bermasaalah.Ramai lagi tokoh wanita yang hebat perlu diberi ruang.

Pemuda UMNO cuma nampak kini KJ seorang yang baru nak lompat.Itu pun selepas jadi Menteri.Pemuda di posisi lain nampak lembik.Mereka bukan pejuang politik.Tapi lebih jkepada cari peluang politik.

Putri UMNO elok di mansuh sahajalah.Diserap dalam wanita.Wanita lebih banyak kerat golongan puteri diperingkat bahagian dan tertinggi.

Begitu juga kalau PM Najib hendak buat tranformasi tentang UMNO ini.Dia kena buat secara baik pilih sepenuhnya dari Ibu Pejabat ,Negeri sampai bawah.

Pejabat UMNO kalau macam pejabat Syarikat Sdn Bhd sahaja hari ini.
Orang ramai tak minat untuk menyampaikan masalah pada mereka.

Pejabat UMNO kena jadi pusat khidmat pada rakyat.Kalau pejabat UMNO pun sunyi sepi makna kata rakyat makin jauh dari UMNO.

Berilah ruang pada cerdik pandai untuk menerajui UMNO.

UMNO masih syok sendiri.Dengan 88 kerusi pun kata kuat.Kesian pada komponen BN yang lain.Masa gelak ramai-ramai.Bila rakan lain rebah UMNO gelak sendiri.Alamat PRU 14 nanti UMNO pulun sorang-sorang.

Itulah pandangan sebagai Melayu/Islam selari dengan pandangan Dato .

Jumpa lagi.

Terima kasih.

Hamdan Rukun said...

Maaf Datuk, terima kasih atas pembetulan. Sekadar mengajak pembaca untuk berfikir. Setakat ini tiada pertandingan peringkat tertinggi parti yang tidak meninggalkan retak.
Mintak tolong sesiapa yang dapat namakan seseorang yang pada masa ini 'dapat ' memikul tanggungjawab sebagai Presiden...

wankamarul701 said...

Najib ngan Abdullah sama sahaja. 2-2 pun tak dapat 2/3 majoriti parlimen. Umno sekarang sudah ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh bertindak sebagai pahlawan @ fighter semasa era kegemilanganya dahulu. Pendek kata, ada tak ada pemilihan presiden macam biasa atau sama sahaja.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya dengan ini mencadangkan agar tiada pemilihan presiden dan timb. presiden parti UMNO pada kali ini. Saya juga rasa ahli akar umbi yg sayangkan parti dan berjiwa patriotic akan bersetuju. Kami masih ingat lagi peristiwa hitam 1988 dan pastikan ianya tidak akan berulang lagi. Lagipun, tiada apa-apa keperluan pun setakat ini.

Sebagai ahli UMNO yg TIDAK berkepentingan langsung dan tidak mewakili sesiapa(supaya tidak menimbulkan bias), saya juga mencadangkan agar para penasihat pada PRU 13 juga patut dikekalkan. Mereka ini memang bagus dan dibuktikan dgn pencapaian UMNO sebagai parti yg terkuat pada PRU 13 setaraf ultraman, dan menjadikan UMNO masih lagi disayangi dan menjadi tunjang utama oleh orang Melayu. UMNO tidaklah perlu menjadi tamak ‘kerusi meja’.

Saya juga merasakan Dato’ juga bersetuju dgn kekuatan UMNO sekarang. Sebabnya, 2 artikel terkini Dato’ nampaknya ada kelainan dan lebih lembut serta mesra terhadap UMNO dan PM. Syabas Dato’. Macam itulah yg kita mahu. Eloklah kiranya jika saya, Dato’ beserta para pembahas memberi nasihat & cadangan kepada UMNO melaui alam siber ini. Itupun kalau mereka berterima kasih dan mengambil perhatian sebab kita ni bukannya residen Inggeris.

Cuma dari hati kecil saya yg ikhlas ini, penambahbaikan juga diperlukan, dimana pertandingan untuk jawatan lain memang dialu alukan. Mungkin YAB presiden dan Timb presiden malu hendak meluahkannya, tapi saya rasa eloklah kiranya menteri yg tak perform diturunkan pangkat, kita bagi amaran pula pada mereka supaya perform lebih baik lain kali. Juga yg perasan kononnya hanya beliau saja memahami politik kampus alaf baru sehingga pelajar jadi kurang ajar, akhirnya tersunggkur di kubu kuat UMNO sendiri. Memang memalukan sungguh. Bukannya kita marah, tetapi eloklah kiranya pemimpin beginilah direhatkan seketika, kata akar umbi. Sekian saja dari saya, TQ.

Kampong man said...

Salam Dato',

1.Saya tidak mempunyai kepentingan dalam kedudukan politik hanya saorang ushawan biasa yang tidak mengharapkan satu sen pun wang dan projek melalui politik.

2.Apa yang terjadi pada 2008 apabila DSAI/PKR berjaya memperolehi 31 kerusi dari hanya 1 kerusi di 2004 dan menjadi prominan mengubah landscpe politik negara membuatkan saya cenderung pada perkembangan dan isu politik negara terutama parti UMNO, itu sahaja.

3.Atas kesedaran sebagai saorang Melayu saya memperjuangkan UMNO kerana saya fikir UMNO ini amat BESAR dari siapa siapa dan mana mana individu pun sekira kita mengikuti dan dapat menghayati perjuangan parti Melayu ini.

4.Baut masa kini DS Najib dan Mohyddin adalah adalah Presiden dan Timbalan UMNO yang telah mengharungi PRU 13 mengembalikan kekuatan UMNO (79 ke 88 kerusi) hampir menyamai kesemua jumlah kekuatan PR (89 kerusi) dengan keaadaan scenario politik terkini yang amat mencabar sekali dalam sejarah.UMNO masih disayangi dan terkuat dari parti parti lain.No thanks to DSAI PM wannabe.DSAI hebat.

5.Semua tahu demi perpaduan UMNO ,tidak diadakan pertandingan sejak Najib dan Mohy menerajui parti ini dari Pak Lah selama empat tahun.Kita lihat dynamik kesungguhan dan keikhlasan Najib melakukan TRANSFORMASI yang tidak pernah ada sebelum ini dengan ETP dan GTP dan berbagai perubahan lain sejajar dengan kehendak perubahan semasa negara menghapuskan ISA dan kebebasan berkumpul secara aman antara lain.

6.Didalam memperkasakan UMNO 'WHY ROCK THE BOAT?"lagi (DAKJ don't like this phrase may be ).Demokrasi dan kebebasan untuk memilih katanya.UMNO tidak mampu berpecah belah lagi kerana hanya mahu tukarkan pemimpin.Apakah Najib tidak berjiwa rakyat ?dan tidak mengambil indah nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia yang ketinggalan?.Yang TIDAK pandai membalas budi hanyalah pengundi Cina dan pembangkang melayu yang asal dulunya punyai DNA UMNO yang berasa kechewa disebabkan sesuatu yang tidak kena untuk diri mereka.Kita kenal mereka dan pedulikan mereka.Ya,UMNO lebih besar.

7.Sabenar dan realitinya dan harus diulangi UMNO belum mampu lagi berpecah!!.Kita sudah lihat dan mengharungi perpecahan ini dari zaman Musa Hitam, Tengku Razali ( Kedua bertaut kembali dalam UMNO walaupun hantu hantu serpihan penyokong mereka masih merayau di pelusuk kampung dan bandar ) dan kini DSAI dengan PKRnya dan perjuangannya yang gagal di PRU 13 dan di tolak ramai pengundi Melayu terutamanya.Ingat 63% pengundi Melayu mengundi BN di Semenanjung.Dalam sistem demokrasi berpalimen pedulikan undi polpular.Setakat 'consolation' pada PR bolehlah .DSAI/PR tetap juga gagal membentuk kerajaan.PRU 14 kita tidak tahu.

8.Najib MESTI memberi keutamaan pada orang Melayu dari segi ekonomi satelah 90% orang Cina menolak BN.No two way and no more excuse now.Mengembalikan hak orang Melayu yang masih lagi tercicir dalam harus pembangunan negara.Ini bukan racis.Cukuplah menjaga hati kaum Cina ini.Didalam berbagai BUSINESS OBSTACLES yang orang melayu hadapi (Roti Gardenia pun mendapat halangan perniagaan bagaimana yang lain ?) orang Melsyu medtilah memulakan dan mengutamakan PERNIAGAAN dan bukan sahaja sebagai wage earner.Lebih 93% orang Melayu adalah wage earner saya difahamkan dan peratusan ini terbalik pada kaum Cina.Where got purchasing power one maa...

9.Benar,kita juga mahu mendengar keluhan akar umbi dan pandangan mereka memperbaiki kelemahan lampau yang ada dan diharapkan 'The head rules the heart'.Kita tidak ada masa untuk beremosi dan berpolitik.Masa untuk bekerja.Lima tahun yang amat mencabar bagi gandingan Njib dan Mohy.Dengan rendah diri saya cadangkan tidak ada pertarungan bagi kedua pemimpin teratas UMNO demi kesinambungan ,perpaduan dan transformasi politik UMNO as not to rock the boat kata orang puteh(DAKJ mungkin tak suka phrase ini).

Maaf, ini cuma pandangan saya.Kita mahu dengar pandangan majoriti.Saya hormati pandangan dan pilihan majoriti.Wallahwuallam,Terima kasih Dato'.




Din Kalut said...

Sebenarnya perosak demokrasi ini ialah Anwar Ibrahim.Din Melaka silap tu...

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato’

Budaya tidak mencabar kepimpinan dalam UMNO merupakan factor utama membawa kepada kemorosotan gulongan berpendidikan dalam UMNO. Pernah saya terbaca pandangan Raja Muda Perak bahawa kegagalan UMNO membuka ruang kepada gulongan berpendidikan dan professional menyebabkan mereka mencari ruang dalam parti lain khususnya Parti PAS. Sebab itu ramai gulungan professional menguasai kepimpinan PAS hari ini.
2. Budaya tidak mencabar kepimpinan ini menyebabkan UMNO rosak diperingkat cawangan dimana Ketua-ketua Cawangan sangat selesa memegang kuasa dan tidak menggalakan penambahan ahli baru untuk mengekalkan kuasanya. Ketua Cawangan menjadi pengampu kepada Ketua Bahagian untuk mengekalkan kuasa masing-masing. Tidak ada usaha secara tersusun untuk menarik ahli-ahli baru dikalangan professional atau anak-anak muda yang lepasan Universiti untuk bergiat aktif dalam UMNO.
3. Persaingan untuk merebut jawatan diperingkat Bahagian atau menjadi perwakilan ke persidangan agung hanya berlaku sesama mereka dan mungkin melibatkan penggunaaan wang yang besar. Proses ini memberi halangan kepada gulongan muda yang ingin menyertai UMNO dan mereka lebih tertarik dengan program-program yang dianjurkan oleh PAS.
4. UMNO akan berdepan dengan masa depan yang gelap sekiranya budaya ini berterusan. Stigma yang mengatakan pertandingan diperingkat tertinggi boleh membawa perpechahan harus dihapuskan dan sepatutnya budaya persaingan atau pertandingan diwujudkan dengan memperbaiki mekanisma pemilehan supaya amalan rasuah dihapuskan. Lembaga Disiplin UMNO harus diperkuatkan supaya persaingan yang sihat wujud di semua peringkat.
5. Najib akan menjadi seorang pemimpin yang kuat dan akan berjaya di PR14 nanti sekiranya beliau dicabar dalam pemilehan kepimpinan tahun UMNO. Bagitu juga dengan kedudukan Mahyuddin, sekiranya dia merasakan inilah masa terbaik untuk memperbaiki kedudukan UMNO maka dia harus mencabar Najib tanpa menyebabkan kelemahan kepada UMNO sendiri. Parti hanya berpecah sekiranya yang kalah tidak mahu menerima hakikat kekalahan. Pemimpin-peminpin harus member keutamaan kepada kepentingan Parti dan bukannya kepada kepentingan peribadi.
6. Kesimpulanya saya berpendapat budaya persaingan yang sihat harus dipupuk dalam UMNO suapaya tidak ada pemimpin disemua peringkat khususnya diperingkat cawangan menjadi penghalang kepada kemasukan jenerasi muda dalam UMNO. Sudah tiba masanya bilangan warga emas yang menguasai cawangan-cawangan UMNO dikurangkan untuk member ruang kepada jenerasi muda dan golongan professional.

Iklas,
Rahim

Blues said...

Paa firasat sayalah, pru14 nanti org Melayu akan mengundi PAS atas sebab yg sama mengapa mereka mengundi UMNO pada PRU13.
Jikalau pemimpin UMNO tidak berubah juga, PAS hanya perlu isytiharkan keluar drpd PR utk menang pd PRU14.

Anonymous said...


NAJIB and Unsinkable Titanic.

Mahathir, Daim dan Kadir Jasin mula "goncang" Najib.

TAPI, goncangan kali ini nampak lebih berhemah dan halus, tidak sepertimana dilakukan ke atas Pak Hadhari.

TULISAN Kadir Jasin hari ini dalam sejarah sebagai "kecaman" paling pedas yang beliau lontarkan kepada Najib. Ni dah boleh kira "belasah" Najib!!

.....Najib mula mencari-cari talian hayatnya!

Najib cuba menyakinkan ketua cawangan UMNO kampung-kampung bahawasanya UMNO hari ini lebih kuat lebih hebat. BAHTERA UMNO hari ini seolah-olah sebuah bahtera gagah perkasa yang tak akan karam.

MAKA Langitbiru terkenang sejarah Bahtera Titanic. Kaptennya sudah 40 tahun berpengalaman kemudi kapal. PAda pelancaran Titanic, kaptennya cakap besar.

"When anyone asks how I can best describe my experience in nearly 40 years at sea, I merely say, uneventful. Of course there have been winter gales, and storms and fog the like, but in all my experience, I have never been in any accident of any sort worth speaking about. ...... I never saw a wreck and never have been wrecked, nor was I ever in any predicament that threatened to end in disaster of any sort". Titanic Captain Edward John (E.J.) Smith

Another quote from Captain Smith about the Adriatic:
"I cannot imagine any condition which would cause a ship to founder. I cannot conceive of any vital disaster happening to this vessel. Modern ship building has gone beyond that".

Najib juga hampir 40 tahun dalam politik UMNO. Harap beliau ambil pengajaran bahtera Titanic. Titanic mengikut pakar jurutera perkapalan, jika ia melanggar gunung ais secara “head-on”, ia tak akan tenggelam. TAPI bahu kanan kapal tersebut melanggar ais. KAlau Bahtera BN(UMNO), bahu kanannya ibarat MCA,GERAKAN yang sudah patah tiang seri layarnya, bahu kiri pula MIC lebih kurang sama. PBB di bahagian belakang kapal masih utuh dan kuat.

Nampak bahtera BN dah tak kuat mana, TAPI Najib fikir ia masih kuat, laksana Titanic yang difikirkan tak akan karam.

Bagaimanapun, langitbiru percaya, kepimpinan Najib akan selamat walaupun digoncang kuat oleh orang-orang kuat dan blogger kuat-kuat.

TAPI langitbiru juga percaya Bahtera UMNOBN bakal mengikut jejak Titanic dibawah kendalian Kapten Najib.

SolitaireHunter said...

Kebanyakan statement menyeru supaya jgn melawan Presiden dan Naib adalah kenyataan terhutang budi..

Sekarang dah tak banyak ahli UMNO seberani Shahrir. Alangkah baiknya klu barisan MT selain PM dan TPM bukan pemegang jawatan menteri kabinet supaya mereka akan lebih berbakti kepada parti daripada menggunakan kepentingan atas status sbg menteri.

abg LA said...

isu ini amat menarik. diharap ahli2 umno ambil bahagian. as salam.

abdullahngah said...

Tun Mahathir Mohamad yang buat umno "nasi jadi bubur".

sebab itu selepas dia lepas jawatan presiden dan perdana menteri cuba sedayaupaya untuk membersihkan dirinya yang kotor.

Kalau dah kotor, semua orang tahu kekotorannya.

Siapakah yang kumpul harta? Siapakah yang penting diri sendiri semasa jadi perdana menteri.

Semua sedia maklum. Siapa lagi.

Berlakon boleh, tetapi orang tahu juga wataknya, jahat atau baik.

maae said...

Salam Datuk,

1. Benar sekali. Biar ahli-ahli umno menentukan. Tetapi dalam perkara-perkara khas, populariti tanpa kebijaksanaan bekerja tidak boleh di nobat sebagai pemimpin utama parti dan pemimpin sayap. Ia hanya akan jadi setaraf penyanyi dan pelakon. Itu sebab umno kian malap dan tidak menonjol.

2. Promosi agresif dan gerakerja umno mesti relevan dengan keadaan semasa tanpa melupakan yang agak jauh dari mereka( pinggiran dan luarbandar ). Ingat melayu maka tidak lain paksi nya umno! (Dalam berparti dan berpersatuan). Jika boleh perhimpunan umno mesti hebat (grand) dengan di hadiri oleh semua ribuan lapisan melayu / bumiputera. Satukan semula semangat melayu yang sudah mati! Contoh nyata apabila kita di landa musibah di jalanraya,kebanyakan melayu hanya menjeling malah pura-pura tidak nampak...aneh nya kita segera mendapat pertolongan dari bukan melayu pula...

3. Saya tidak peduli apa bangsa lain kata. Malah dari sebahagian melayu-kayu derhaka bangsa.Melayu itu relevan dan mesti di bantu sepanjang masa. Bangsa cina mendabik dada dalam semua segi. Bukan hebat pun,tetapi mereka berpersatuan, bersatu hati atas arahan di bawah pentadbir yang cekap dan berani. Kerja kuat. Malah dalam perniagaan yang berjaya disokong penuh oleh pihak kerajaan dan pengguna-pengguna melayu! Jika di kalangan mereka boleh berbunuhan pasal duit, adakah logik nya melayu itu di persalahkan dan bersikap lemah? Kita,Melayu Islam,umat yang terpilih. Kenapa mesti bersikap mengalah? Jika PM Najib boleh contohkan secara agresif....

4. UMNO ada arah tuju nya yang jelas. Hanya melayu itu selalu leka,berseronok dan lupa! Sentiasa suka meludah muka kawan taulan tanpa segan silu dimana akhir nya ludah itu juga bertepek di muka sendiri. Bersatu teguh,bercerai roboh. Saf orang-orang beriman itu amat jitu. Sempurnakan lah.

James Labi said...

Utusan Malaysia kata graduan2 melayu di diskriminasi di syarikat2 cina.

Adakah ini persepsi atau realiti?

Umno tlh berkuasa lebih 50 thn. dan melaksanakan DEB. Adakah DEB telah gagal? Di mana syt bumiputera yg boleh bersaing dgn syt bukan-bumi?
Inilah masa syt. bumi kedepan untuk menolong anak2 bumi.

Adakah anak2 bumi masih memerlukan tongkat? Sampai bila?

Adakah anak2 bumi akan terus mengharapkan BRIM 1.0, 2.0 dan 3.0 dari RM500 ke RM1,200?

Din Kalut said...

Din Melaka kata Mahatir buang Anwar.Dr M buang ada sebab.Anwar tendang Ghafar Baba pula apa hal.....Tamrin mudah lupa.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Selagi UMNO tidak berani buat ketetapan bahawa semua jawatan drpd peringkat cawangan hingga ke presidenbebas di tandingi selagi itulah UMNO dan Negara tidak akan berpeluang mencungkil bakat terbaik yg bersih dan berkebolehan yg secara demokratik boleh diputuskan sendiri oleh ahli, bukan MT maupun ketua bahgian.

Praktik hari ini ialah setiap ketua cawangan dan bahgian ada senarai siapa yg mereka mau sebagai bakal ahli pasukan. Ahli yg tidak termasuk dalam senarai tetapi berminat bertanding biasanya akan berhadapan dgn tindakan keras seperti dipulau dan dicop sebagai pembabgkang.

Bolehkah UMNO mencungkil benih baik kalau bakat baru terus disisihkan?

Kalau bakat yg ada dah memang drpd species hampas bagaimana nak jadi menteri yg bebas rasuah atau yg lebihkan ahli atau perjuangan berbanding kepentingan kroni?

Sepatutnya perlembagaan UMNO diubah menjadikan ahli bebas bertanding hatta dgn sokongan satu pencalunan pun dan menjadikan perbuatan menghalsng ahli bertanding tanpa sebab munasabah suatu kesalahan disiplin.

Lahuma said...

Dato.

Pemilihan UMNO.
---------------------
Setakat hari ini belum ada kaki atau tokoh yang layak tanding Presiden UMNO.Mahyudin pun dilihat setia pada PM Najib.
Mungkin batu api akan mengharapkan ada lawan dgn PM Najib.Tak ada tokoh yang lebih baik.
Begitu parti-parti lain serakat hari ini Hj Hadi masih terbaik.
DAP pun serupa siapa berani lawan LKS atau LGE.
PKR pun serupa.Wan Azizah akan jadi Presiden sampai mati.Azmin kena tunggulah lama lagi.
Anwar pula Mursyidul Am PKR bukan dipilih.

Bukan UMNO sahaja yang KEMEREH orang Kedah kata.Sebenarnya semua parti Melayu lebih kurang sahaja.

Siapa-siapa cuba lawan arus terimalah akibatnya.

Demokrasi cuma dalam pilihanraya sahaja.Dalam parti masing-masing sebenarnya demokrasi 50/50 sahaja.

Lihatlah sejauh mana demokrasi dalam UMNO/PAS/PKR/DAP/MIC/MCA dll.
Banyak kena cantas bila lawan arus.

Akar umbi pun macam akar ubi kayu.
Banyak yang serabut dari yang berkualiti.Berjuang kerana kebendaan.

Itulah bezanya demokrasi PRU nak bentuk kerajaan dengan demokrasi dalam parti siasah masing-masing.

Ibarat langit dengan bumi.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Iktibar dari perlantikan jawatan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siiddiq RA.

Ucapan sulung beliau selepas dilantik menjadi Khalifah antara lain, " bantulah aku selagi aku mentaati ALLAH dan RASULNYA dalam perkara kebaikan, perbetulkanlah aku jika aku membuat kesalahan"

Itulah ucapan pemimpin sejati, jujur, berjiwa besar, menjaga amanah yang diberi.

Hari ini UMNO sebagai parti yang berkuasa dalam kerajaan, bolehkah pemimpin UMNO ditegur terutamanya oleh akar umbi.

Mengaku kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan selama ini adalah satu sifat yang mulia.

Sebahagian akar umbi pula hanya tahu mengampu, mengampu.., walau itu sebenarnya adalah PENYAKIT.

UMNO sebenarnya telah mula hilang jatidiri dalam perjuangan bemula sejak tahun 1980an dulu.

Pemimpin yang berkuasa memecat siapa saja yang menjadi pesaing, samaada didalm parti atau penjawat awam, akibatnya inilah yang terjadi pada UMNO, melahirkan pemimpin yang mementingkan jawatan, dari perjuangan untuk membela rakyat terutama rakyat melayu.

Hari ini untuk menarik kembali semangat jatidiri melayu ditiupkan cerita yang melayu akan terancam, yang semuanya itu adalah sebenarnya PALSU.

Ingatlah pada ALLAH.


TQ Datuk.

Profesor Pencen, Bangi said...

Salam Datuk, lama tidak berdebat, maaf. Ijinkan saya mengungkapkan begini.

Dalam Umno ramai konformis. Dari kalangan mereka ada pula pengampu dan pembodik.

Lantas Umno bercanggah arus. Manakala Masarakat moden yang dicipta oleh Umno mahukan suasana yang lebih santai dan egalitas, para pembesar Umno rata-rata makin feulalistik.

Perwatakan dan tindak-tanduk Mohd Najib adalah contoh klasik proses feudalisme moden Umno. Tidak kurang daripadanya kerana dia dari laterbelakkang feudal.

Apa yang akan terjadi dalam jangka waktu pendek dan sadarhana ialah Mohd Najib boleh bergantung kepada Umno untuk selamat sabagai Presiden dan Perdana Menteri, tatapi Umno tidak boleh bergantung kapada Mohd Najib untuk survivalnya.

Jadi pilihan ahli UMno ialah sama ada mereka lebih sayang kepeda Mohd Najib atau mereka lebih sayang kepada parti. Umpama kata Brutus, bukan aku tidak sayang kapada Ceasar, tetapi akau lebih sayang kapada Rom. Sakian

Profesor Pence, Bangi

pak kadok said...

salam.

pening kepala ambo bila baca komen dengan ejaan yang salah.

hai ontahlah.

zainal abidin awang kechik said...

UMNO SUDAH PAKAI TEKNIK ANWAR 1996 , DEPA TAKUT DENGAN AHLI YANG NAK LAWAN ..UMNO AKAN LEMAH TERUS LEMAH SEBAB.. TIADA BERNIAGA DI BAHAGIAN SEBAB .. AGENT AGENT TAK BOLEH NAK KEMPEN..MAKA NYA MEE DAN FREST OREN PUN TAK LAKU DI GERAI DI PELUSUK CAWANGAN... ZALIM PERMINPIN UMNO.. TAKUT DENGAN DEMOKRASI.. KONON NYA NAK JAGA PARTI... SEMUANYA NAK JAGA TEMOLOK.. DAN KERUSI... TOK.. SAYA BERHENTI SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO KERANA BILA SAYA DAH TAK POPULAR LAGI DI BAHAGIAN BATU GAJAH.. SAYA TURUN .. BAGI MUKA BARU.. LAGI PUN SAYA BUDAK SURUHAN PAH LAH.. MAKA BILA PAK LAH TURUN.. SAYA HANYA JADI HAMBA UNTUK PARTI.. SAYA AKAN MATI.. TAPI PARTI KERNA TERUS HIDUP//

JIKA MEREKA DI TAKDIRKAN PEJAM MATA.. MAKA UMNO AKAN JADI CELARU..
WAHAI UMNO.. BUKA LAH RUANG UNTUK ORANG BAWAH PILIH SIAPA YANG LAYAK....
ALLAH SELAMATKAN UMNO..

jawipulut said...

Kenapa MB N.Sembilan sibuk memaklumkan tidak ada pertandingan pada pemilihan UMNO nanti ? Mengapa hanya beberapa orang sahaja yang berpakat buat keputusan sedemikian ?

Apa yang pasti,keputusan tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan bukan dibuat atas persetujuan dari mensyuarat cawangan,ataupun peringkat bahagian.

Mengapa ada kenyataan 'tiada pertandingan jawatan pres.dan timbalan takkala keadaan UMNO tidak ada masalah yang memerlukan tindakan sedemikian rupa? Masalah sekarang adalah cabaran yang hebat dari pembangkang,apakah rasionalnya lagi penangguhan pemilihan dibuat.

Kerajaan telah diuji dalam PRU 13 lalu dengan kejayaan UMNO tetapi kemerosotan pada BN.Bedah siasat belum lagi habis untuk mencari sebab kenapa UMNO dapat menambah kerusi dan kenapa pula komponen lain gagal.Saya dapati kejayaan UMNO BUKANkerana kekuatannya tetapi ada isu lain iaitu orang melayu tidak boleh memilih DSAI.Ini bermaksud UMNO tidak boleh mengaku semakin kuat tetapi pihak lawan mempunyai beberapa kelemahan.Dari situ,saya katakan ahli UMNO wajib dan berhak memilih kepimpinan yang sedia ada atau yang baharu.Adakah DS Najib sangat cemerlang bagi orang melayu dan Malaysia setakat ini hingga tidak perlu adakan pertandingan ?

Saya sangat tidak berkenan pemimpin N.Sembilan ini yang memandai-mandai seolah-olah UMNO haknya dan kawan-kawannya.Kalaulah pandai sangat,kemukakan idea-idea tentang perkasaan UMNO dan orang melayu.Itu lebih lebih baik dan lebih perlu sekarang ini.Bukankah dalam hal-hal lain kerajaan bersungguh-sungguh benar bercakap tentang kebebasan dan keterbukaan di Malaysia sedangkan dalam masa sama cuba berpaling kebelakang untuk agenda orang melayu ?Apa cerita ni ?

Saya nyakin inilah terjemahan tahap pemikiran dan tahap jati diri pemimpin-pemimpin UMNO kini.Kita boleh lihat kesannya pada kedudukan orang melayu sekarang hasil pemimpin yang mempunyai mentaliti seperti ini berbanding bangsa lain.Kita adalah bangsa kelas tiga di negara tanah tumpah darah.

Pemimpin seperti ini hanya mahu menjaga kedudukan dan kepentingan dirinya beserta puaknya sahaja daripada mengutamakan bangsa melayu dan negara.Mereka cuba menampakkan betapa jauhnya pemikiran mereka sedangkan sebenarnya cuba membodoh-bodohkan ahli yang selama ini terpaksa menurut saja kata-kata mereka.Inilah contoh pemimpin yang mempunyai visi yang ^kosong^.

Mereka (pemimpin sebegini)masih tidak berubah dan kita sebagai orang melayu mesti MERUBAH mereka...

tok janggut said...

bravo dato. think outside of the box.

razorbacks94 said...

Salam DAKJ,

Dalam menyelami perasaan orang Melayu yang menyokong PKR, Melayu yang menyokong pembabitan PAS dalam PR, Melayu DAP dan segelintir Melayu baru dalam UMNO....

Pada pendapat DAKJ, bolehkah prinsip dibawah ini disimpulkan sebagai pegangan mereka?

1. Islam tak perlu diselamatkan kerana Islam lah yang menyelamatkan manusia...Islam kekal abadi dari Allah SWT
2. Melayu tak perlu diselamatkan kerana Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia...mana bisa dihapuskan darah Melayu yang hadir sejak lahir

SEBALIKNYA...

3. Orang Islam jenis apa yang kita nak jadi?
4. Orang Melayu jenis apa yang kita nak jadi?

Mungkinkah Melayu2 yang saya sebutkan di atas merasakan mereka tidak mahu menjadi orang Islam dan orang Melayu yang berfikiran seperti UMNO?

pendapat Dato' pls

Unknown said...

ASLKUM DAKJ

Maaf minta izin melencong.

1.Kenapalah MB Kedah yg baru busuk sangat hati hingga baru berapa hari jadi MB dah nak cantas mercu tanda kejayaan kerjaan PAS yg lalu dgn cadangan menjual Universiti Kolej Insaniah.

2. Perlu diingatkan universiti itu disiapkan dgn belanja tak sampai rm400jt. Bandingkan jumlah ini dengan rm1400jt yg dijoli katak oleh kerajaan anak Toyo ketika membina UNISEL.

3. Kedah tu kan penuh dgn org Melayu. Inilah masanya MB baru nak tunjuk hebat dgn memeruskan pentadbiran uni yg dah tersergam demi masa depan Melatu PADA KOS YG RENDAH.
APA MASAALAHNYA. MB danvkerajaan PR Selangor yg terpaksa tanggung pelbagai masaalah UNISEL YG TAK VIABLE GARA2 KOS BINAAN YG TINGGI PUN TIDAK GIVE UP DGN MENJUAL ATAU MENSWASTAKAN .

4. BIASANYA PEMIMPIM UMNO SANGAT PANDAI DALAM ILMU PENGSWASTAAN SEBAB ADA PEMIMPIN YG AKAN MASUUUUK.

5. TAK DAPAT DIN MELAKA MENAHAN PERASAAN MELAINKAN BERTAMBAH HIBA DAN MARAH.

6. HAMPAS , HAMPAS. JAHANAM ORG MELAYU KEDAH DIBUATNYA.

budak kilang said...

As Salam.

Ramai yang mintak agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan..

Sekiranya dipertandingkan, ada ke calonnya? Haha..

mntak tukang komen sekalian.. senaraikan calon2 yang anda rasa layak mencabar.. kah3

sambau said...

Datuk,

DS Najib patut sedar diri bahawasanya dia ternyata gagal menjalankan tanggungjawab kepada Malaysia dan orang melayu khasnya.Buktinya,rata-rata orang melayu menuntut supaya beliau berundur.Perubahan yang diheboh-hebohkan oleh beliau sekadar kulit sahaja.Saya tak nampak pun perubahan sikap para pemimpin dukungan DS Najib.Cakap hebat dan memandai-mandai.YB Khairy saja yang nampak terbaik setakat ini.

Awat, TS Muhy tak reti ka jadi ketua ataupun MB N.Sembilan itu membodek PM sambil nak jaga kedudukan sendiri agar lebih selamat?

Anonymous said...

Imej Umno/BN dan persepsi mengenanya akan terus menjadi masalah kalau dakwaan-dakwaan terbuka – yang terbaru mengenai pemberian kontrak mencetak lapan juta naskhah manifesto BN dengan harga yang luar biasa - tidak dinafikan dengan fakta dan angka - atau mengenai adanya penasihat beliau yang memakai kereta mewah (macam Lamboghini) selepas PRU.

Penasihat Najib pakai Lamboghini?


3. Orang Islam jenis apa yang UMNO nak jadi?

4. Orang Melayu jenis apa yang UMNO nak jadi?

Rasulullah saw memperjuangkan Islam, menerapkan cara hidup Muslim itu berlandaskan Quran dan As-Sunnah, ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP.

ISLAM mesti dimartabatkan, diperjuangkan kerana Islam itu sebenarnya penyelamat (bukan Islam itu perlu diselamatkan!).

http://langitbiru3.wordpress.com
malaysianinsaf.blogspot.com

Anonymous said...

“UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair” (Mahathir Mohamad)

Sedutan kata-kata Mahathir dalam blog beliau, mahathir-mohamad.blogspot.com


9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

Langitbiru sokong kenyataan Mahathir ini 100%.

langitbiru3.wordpress.com
malaysianInsaf.blogspot.com

Din Kalut said...

Tak ada kenyataan pun yg kata MB UMNO Kedah nak jual kuin.
Din Melaka silap dengar ke ....

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku DAKJ,

Tajuk yang berbunyi "Cabar atau tidak biar ahli UMNO tentukan" amatlah teruja bagi mencongkilkan pemikiran semua ahli-ahli dan orang UMNO, khususnya di peringkat akar umbi yang tidak memegang jawatan di bahagian dan cawangan. Tetapi pada kali ini, proses pemilihan jawatan-jawatan UMNO akan lebih menyeluruh dan akan mencerminkan suara dan kekuatan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan yang akan diberi mandat untuk mengundi pemimpin pemimpin mereka.

Berpaksi kepada proses pemilihan kali ini dengan punggutan suara yang majoriti, maka sudah tentu akan menimbulkan berbagai-bagai citarasa pemilihan yang perlu di pertandingkan. Kesan negatif daripada PRU13 sama ada berlaku di pihak pembangkang mahupun dari dalaman UMNO sendiri masih lagi kucir cacir serta membimbangkan.

Oleh yang demikian, faktur kesetabilan dan keadaan kepimpinan UMNO itu sendiri adalah penting untuk mengukur sejauh mana kah Najib diterima oleh semua peringkat pengurusan UMNO daripada Majlis Tertinggi sehinggalah ke bahagian dan cawangan diseluruh negara.

Tarikh pemilihan UMNO masih tinggal 4 atau 5 bulan lagi, tetapi sudah terdapat suara yang melentang daripada puak penentang terhadap kepimpinan Najib secara terbuka mahupun dalam senyap. Ramai sangat yang masih bertaksub kepada kepimpinan Tun Mahathir selama melebihi 22 tahun yang lalu, telah mula bersuasa untuk mengkeruhkan lagi kesetabilan terhadap kepimpinan Najib sebagai president dan perdana menteri. Mereka dilihat sebagai "UMNO Warlords" yang sudah pencen tetapi semua nak ikut kehandalan Tun Mahathir yang mungkin tidak ada perbandingan dalam sejarah kerajaan BN dan UMNO.

Kita boleh mempunyai toleransi untuk mendengar Tun Mahathir bercakap dan mengkritik, oleh sebab rakyat masih menghormati jasa dan kepimpinan Mahathir khusus nya dalam tempoh selama 22 tahun berkuasa. Yang lain dengan secara hormat nya, di antara nya bekas pemimpin pemimpin termasuk Daim, Zam, Musa Hitam dan lain-lain pengumpat politik, tolonglah tutup mulut mereka untuk menjaga kesetabilan dan kemuafakatan UMNO, parti kesayangan orang Melayu.

Mengikut pendapat saya sabagai seorang ahli UMNO dan orang UMNO yang setia sejak saya diterima menjadi ahli UMNO pada tahun 1964, adalah lebih baik jika Ketua-dua jawatan tinggi, iaitu Presiden dan Timbalan President tidak perlu dipertandingkan. Yang lain-lain termasuk Naib-Naib Presiden, Ketua-ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta semua ahli-ahli MKT boleh dipertandingkan.

Lahuma said...

Dato.

Siapa dia yg berjuang dalam UMNO bukan untuk bangsa agama dan tanah air.

Itulah antara keluhan Dr M

Jawabnya mudah sahaja.

Tentuylah Presiden,Timbalan Presiden,Naib Presiden,MTnya,EXCO Pemuda.EXCO Wanita,EXCO Puteri,Ketua Bahagian,Ketua cawangan,Pemuda,Wanita dan Puteri.

Inilah peneraju UMNO yang memandu UMNO kehulu kehilir bandar dan desa.

Ditambah pula dengan YB-YB dari Menteri,Timbalan Menteri,MB/CM EXCO,MP ADUN.

Mereka berjuang untuk siapa.
Kalau jumpa rezeki siapa dapat dulu.
Rakyat dulu atau mereka dulu.

Jumpa lagi terima kasih.

a critical lad said...

Kalau mahu buat transformasi politik, mulakan dengan parti sendiri. Jangan pandai cakap saja nak buat transformasi politik, tapi dalam parti sendiri, masih kekal dengan cara lama buat ketetapan melarang orang bertanding jawatan Presiden & Timbalan Presiden walaupun prestasi UMNO tidaklah sehebat mana, cuma nasib baik saja, dengan pencapaian BN pula paling buruk dalam sejarah. Nampak sangat tiada kredibiliti.

Anonymous said...

NILAI PENDIDIKAN MUKHRIZ BAGAI ‘CURAH AIR KE DAUN KELADI’.

Kebimbangan Langitbiru tentang nasib KUIN di Kedah di bawah MB UMNO akhirnya berasas dan dan terjawab.

Awal-awal lagi Langitbiru menulis surat terbuka untuk Mukhriz dalam blog Langitbiru “KUIN dan Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba : Ketepikan perbezaan politik” pada May 19, 2013 menyeru MB Kedah baru Mukhriz menunjukkan sifat berlapang dada berjiwa besar dengan memperkasakan KUIN , menempiaskan segala perbezaan fahaman politik demi untuk pendidikan anak-anak Kedah khususnya.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir. Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

“Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti ‘curah air atas daun keladi’ sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri”.

Pendidikan adalah pelaburan terbaik sepanjang zaman. Ia bukan pelaburan jangkamasa pendek yang boleh dikaut keuntungan dalam satu penggal pemerintahan. Jika pelaburan pendidikan untuk anak-anak Kedah dan rakyat umumnya dianggap sebagai ‘curah air atas daun keladi’, apakah pula visi dan misi pendidikan MB Mukhriz kepada anak-anak Kedah?

Apakah MB Mukhriz akan membawa pelaburan San Miguel Corporation dari Filipina yang mana abangnya Mirzan ada kepentingan didalam syarikat tersebut melabur di Kedah semata-mata untuk keuntungan?

Ini bukan soal “Legasi Azizan” Mantan MB PAS Kedah. Langitbiru sebenarnya sangat kagum dan hormat bagaimana Azizan dapat membina sebuah Kolej Universiti berharga RM330juta tanpa 1 sen bantuan dari Kerajaan Pusat BN. Azizan melakukannya sebagai tanggungjawab besar kepada anak-anak Kedah, bukan untuk membangga diri mendirikan “Legasinya” yang tersendiri. Langitbiru sangat yakin semua dilakukan oleh Azizan itu adalah keikhlasannya kepada rakyat Kedah.

MB Kedah Mukhriz rupanya berusaha memadamkan segala legasi pemerintahan PAS walaupun ianya banyak membawa kebaikan untuk rakyat Kedah. Nampaknya terdapat elemen “irihati dan dendam’ di sanubari Mukhriz. Jika begitu keadaannya, bermakna Mukhriz bukan seorang yang berjiwa besar, bukan berjiwa rakyat, pendidikan rakyat tiada dihatinya, sebaliknya keuntungan setiap ringgit memenuhi ruang hatinya.

Aduhai Mukhriz, tentunya ada para pengundi UMNO Ayer Hitam Kedah berasa sedih dan terpukul dengan tindakan naif mu Mukhriz. Atau kamu berasa cemburu dengan kesungguhan dan pencapaian Azizan membina Universiti? Aduhai Mukhriz……!!

langitbiru3.wordpress.com
MalaysianInsaf.blogspot.com

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir,

Setuju juga bahawa UMNO harus ditentukan halatujunya oleh ahlinya & bukan oleh ahli majlis tertingginya sahaja.

Perlu diingat juga bahawa dalam kita mengejar keadilan,aspek ketenteraman juga adalah perlu bagi menjamin perpecahan tidak terjadi.

Pak Kadir sejak dua menjak ini sangat taksub dengan demokrasi ala barat yang menjadi pujaan kaum kaum arab sekarang,wallahualam..

bat8 said...

DAKJ dan Pembahas Sekalian,

Agar kita tidak hilang fokus dengan tajuk entri kali ini, saya ingin mengemukakan 2 fakta penting:

1. Pertandingan terakhir jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah pertandingan tahun 1987. Pertandingan ini membawa kepada UMNO diharamkan oleh mahkamah dan UMNO BARU DITUBUHKAN OLEH MAHATHIR.

2. Dalam sejarah UMNO Baru yang bermula selepas pengharaman UMNO Lama sehingga hari ini iaitu SEJAK 25 TAHUN LALU, JAWATAN PRESIDEN UMNO BARU TIDAK PERNAH DIPERTANDINGKAN DENGAN PELBAGAI ALASAN!....So much of democracy yang kita dok banggakan.

3. Sejak 25 tahun lalu, PERTUKARAN PRESIDEN UMNO DIBUAT/TERJADI AKIBAT DARI TEKANAN SUASANA POLITIK NASIONAL BUKAN DARI DALAM PARTI.

1. Mahathir berhenti dari jawatan Presiden UMNO dan PM akibat tekanan suasana politik menjelang PRU 11 tidak memihak kepadanya.

2. Paklah dipaksa meletak jawatan kerana kegagalan beliau memenangi 2/3 majoriti dalam PRU 13.

Najib yang pencapaiannya lebih teruk dari Paklah sedang berhempas pulas mahu terus kekal menjawat jawatan Presiden UMNO dan PM -> mungkin berjaya kerana precedent dan metodologinya telah dibudayakan sebagai amalan UMNO sejak 25 tahun yang lalu oleh TDM.

bat8

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Saya ingin berkongsi serba ringkas berkaitan isu yg dibangkitkan oleh Datuk.

1. Benar sekali kata Datuk bahawa sama ada dipertandingkan atau tidak apa jua jawatan dalam UMNO biarlah ahli-ahli yg menentukan.

2. Atas kapasiti apa DS Mohamad Hassan, KJ, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Noh Omar mahu menafikan hak para ahli untuk melihat agar berlaku pendemokrasian kepimpinan dalam UMNO secara budiman lagi sihat.

3. Kenapa ASYIK mengambil jalan selamat? Apakah jaminan bahawa dengan tiadanya pertandingan kedua-dua jawatan tertinggi UMNO juga kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO maka ahli-ahli UMNO akan bersatu bersepakat seia sekata membina keutuhan parti? Tidakkah dalam PRU13 yg lalu berlaku sabotaj di kebanyakan PDM melibatkan kepimpinan UMNO Cawangan sendiri?

4. Kenapakah para pembesar (meminjam istilah yg sering digunakan Datuk) UMNO kelihatan seakan TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI? Masih wajarkah kita berfikiran ala 'jurassic park' di mana setiap pertandingan akan membawa mala petaka besar kepada parti?

5. Mengapa memandang remeh hasrat dan kehendak akar umbi - ahli parti di segenap pelosok tanahair tercinta ini yg mahukan pembaharuan (TRANSFORMASI) - sebagaimana yg sering dilaung-laungkan dan dipekikkan oleh PM Najib sendiri!

6. Dengan menyatakan bahawa UMNO akan terpecah (diveded) dengan adanya pertandingan adalah SALAH sama sekali. Kenyataan 'trivial' ini sangat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Lihatlah bagaimana YB Tun Dr Mahathir sendiri upaya muhasabah diri dan mengukuhkan kembali UMNO selepas dicabar hebat (beliau menang tipis dengan 45 undi sahaja) oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dulu.

7. Tolonglah jadi anak jantan! Para pembesar UMNO ironinya melaungkan slogan TRANSFORMASI tetapi menikus apabila diminta melakukan transformasi pada pemilihan parti sendiri. Barangkali ada sesuatu yg ditakuti? Apakah ada agenda peribadi?

8. UMNO tidak boleh terus-terusan bersifat feudalistic dan jurassic. Ahli-ahli ternyata sudah matang tahu membezakan mana kaca mana merjan. Lihat saja bagaimana sebilangan besar ahli tidak terpengaruh sama sekali meski Ketua UMNO Cawangan, Naib Ketua Cawangan dan Bendahari Cawangan sepakat mensabotaj calon pilihan BN di PDM Belimbing Dalam pada PRU13 tempohari.

9. Pembesar UMNO Cawangan/Bahagian/Majlis Tertinggi MESTI TRANSFORMASIKAN DIRI MEREKA DAHULU! Percayalah bahawa UMNO/BN akan tumbang seandainya sikap tidak mahu dicabar, tak boleh ditegur (macam FAM itu) akan membawa kehancuran yg amat tragis buat UMNO/BN pada PRU14 kelak.

10. Lihat saja bagaimana UMNO/BN begitu LEMBAB dalam melakukan analisis PRU13 di mana Tan Sri Muhyiddin maklumkan akan dihebahkan pada Julai nanti. Mak ai... sampai 2 bulan ambil masa. Mana perginya penasihat-penasihat Oxbridge di seputar (inner circle) PM Najib seperti Omar Ong itu? Sedangkan DAP telahpun menggerekkan jenteranya melakukan proses pendaftaran pengundi baharu sebaik 2 minggu selesai PRU13 yakni bermula pada 19 Mei lepas lagi. Sila rujuk helenang.wordpress.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).