Monday, July 29, 2013

Pemilihan Umno: Pengekalan Status Quo


A Kadir Jasin

Pemilihan Umno: Pengekalan Status Quo

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MELAYU mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab Melayu mudah lupa, termasuklah Melayu dalam Umno, eloklah saya nyatakan yang Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia antara 1981 dan 2003.

Bukan saja Melayu mudah malah banyak yang kurang berminat menerokai ilmu. Justeru itu, saya tidak hairan kalau banyak Melayu dalam Umno sudah lupa kepada Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad.

Saya masih ingat kepada mereka. Ini membuatkan saya ingin bertanya, adakah lagi pejuang dan idealis seperti Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno?

Kalau masih ada (yang saya curiga), adakah mereka akan muncul dalam pemilihan kepemimpinan Umno kali ini yang diuar-uarkan sebagai demokratik dan terbuka?

Kita tidak perlu tunggu lama. Pada 7 September ini, semua yang berminat menawarkan diri bertanding jawatan dalam MajlisTertinggi Umno wajib mendaftarkan diri dengan ibu pejabat Umno negeri masing-masing.

Pada saat itu, kita akan tahu sama ada wujud atau tidak pewaris kepada Sulaiman Pelestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad.

Kepada yang sudah lupa atau tidak tahu, Sulaiman Palestin membuat kejutan besar dengan bertanding melawan Pemangku Presiden Umno Tun Hussein Onn dalam pemilihan tahun 1978. Walaupun beliau dianggap sebagai calon “outsider” namun berliau berjaya mendapat 250 undi berbanding 898 yang dimenangi oleh Hussein.

Dua tahun kemudian, pada tahun 1980, giliran Datuk Harun pula membuat kejutan apabila beliau bertanding dari Penjara Pudu bagi menentang anak saudaranya, Ketua Pemuda Umno ketika itu, Suhaimi Kamaruddin. Turut bertanding adalah ahli perniagaan Hang Tuah Arshad yang lulus dari Universiti Nanyang, Singapura dan fasih Mandarin.

Walaupun beliau tidak dapat berkempen, Harun memperoleh 153 undi berbanding 198 yang dimenangi oleh Suhaimi. Hang Tuah Arshad mendapat tujuh undi.

Bertanding dari penjara untuk jawatan Ketua Pemuda
Bagi Hang Tuah Arshad, moto beliau adalah lawan tetap lawan. Pada tahun 1982, dalam perlawanan hebat antara Suhaimi dan Anwar Ibrahim, beliau menjadi calon ketiga. Anwar mendapat 183 undi, mengalahkan Suhaimi dengan 10 undi, manakala Hang Tuah Arshad mendapat tiga undi.

Antara Status Quo Dan Cabaran

Oleh sebab tidak ada lagi watak-watak seperti Sulaiman Pelestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno, maka kita bolehlah membuat andaian yang menjelang 7 September ini, Mohd Najib Abdul Razak akan “disahkan” sekali lagi sebagai Presiden Umno dan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
 
Pada tarikh itu, ahli dan pemilih Umno akan mengetahui siapa menawarkan diri untuk bertanding jawatan apa dalam MT.

Kalau Ahmad Zahid Hamidi boleh diterima sebagai jurucakap Naib Presiden, makan kita sudah pun tahu yang ketiga-tiga Naib Presiden – Ahmad Zahid, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal – akan mempertahankan jawatan - tetapi mungkin dicabar oleh beberapa yang lain.

Saya menjangka Khairy Jamaluddin akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda (yang berupa jawatan Naib Presiden ex-officio) dan berkemungkinan menang tanpa bertanding.

Kalaupun ada cabaran terhadap Khairy, saya tidak menjangka ia akan datang daripada Mukhriz Mahathir yang beliau tewaskan dalam pemilihan lalu. Sebaliknya, Menteri Besar baru Kedah itu berpotensi menjadi calon Naib Presiden, tetapi saya tidak menjangka beliau akan mencubanya. Beliau mungkin berpuas hati bertanding kerusi biasa MT dengan harapan mendapat undi yang banyak. Pelantikan beliau sebagai Ketua Perhubungan Kedah baru-baru ini memperkukuhkan harapan beliau dipilih menduduki MT.

Seorang ahli MT yang layak bertanding jawatan Naib Presiden dan berpotensi menang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustafa Mohamad, seorang teknokrat yang telus dan bersih. Beliau adalah satu-satunya pemimpin Umno Kelantan yang berpotensi merampas balik negeri itu daripada PAS. Tetapi Mustafa terlalu merendahkan diri untuk “mencalonkan” diri.

Pemimpin akar umbi yang boleh mencabar Naib-Naib Presiden yang ada sekarang adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam. Malah ada yang meramalkan bahawa beliau berkemungkinan mencabar jawatan Timbalan Presiden. Mohd Ali mempunyai rangkaian akar umbi yang kuat hasil pembabitan beliau yang panjang dan dedikasi dalam pergerakan belia.

Shahrizat Lwn Azalina

Buat masa ini, hanya Pergerakan Wanita yang akan menyaksikan perebutan jawatan teratas. Bekas Ketua Puteri, Azalina Othman Said, telah pun menyatakan hasratnya bertanding jawatan itu yang kini dipegang oleh bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil.

Azalina tidak akan rugi apa-apa kerana beliau bukanlah “inner circle” kepada kelompok yang berkuasa dalam Umno dan kerajaan sekarang. Malah beliau dianggap sebagai orang luar dan “maverick” (pengingkar). Shahrizat pula amat akrab dengan Mohd Najib dan isi rumahnya.

Azalina boleh mengharapkan sokongan bekas pemimpin dan ahli Puteri yang kini menganggotai Pergerakan Wanita.

Puteri Umno juga perlu memilih ketua baru kerana penyandang, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sudah melepasi usia sebagai ahli Pergerakan Puteri. Gerakan itu akan dipimpin oleh muka-muka baru kerana calon-calon pemilihan lalu sudah melepasi usia Puteri.

Gerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan mengundi pada 28 September. Pengundian untuk jawatan Majlis Tertinggi adalah pada 5 Oktober. Perhimpunan agung akan berlangsung antara 2 dan 7 Disember.

Kekangan Aspirasi dan Realiti

Mungkin berlaku kekangan antara aspirasi dan realiti dalam pemilihan kali ini. Aspirasi dalam dan luar Umno adalah agar sistem pemilihan baru ini mencetuskan perlumbaan yang hangat dan demokratik. Tetapi realitinya status quo yang lebih mencengkam mungkin berlaku.

Oleh sebab kaedah baru itu memerlukan calon menawarkan diri, mungkin banyak yang berasa malu, segan dan teragak-agak untuk mendaftar diri untuk bertanding – takut dituduh hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Di bawah sistem lama, calon tidak perlu membuat deklarasi kerana mereka dicalonkan oleh cawangan dan selepas itu bahagian. Selepas pencalonan ditutup, barulah mereka wajib menyatakan pendirian sama ada akan tertanding atau menarik diri. Sekarang hatta Mohd Najib terpaksa mendaftar diri di pejabat Umno negeri untuk mempertahankan jawatan Presiden.

Kalau ahli dan pemimpin Umno betul-betul ikhlas mahu memperluaskan demokrasi melalui kaedah pemilihan baru ini, elok sekiranya semua kerusi dipertandingkan supaya sesiapa saja yang ingin bertanding, sama ada penyandang atau calon baru, boleh mengambil peluang manakala pemilih pula mempunyai pilihan yang lebih luas dan pelbagai. Wallahualam.

27 comments:

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.Pemilihan UMNO dan politik masih menjadi fokus di MSM dan juga di banyak blog.Kemenangan UMNO/BN di PRU 13 dan terbaru di Kuala Besut dengan lebihan undi majoriti adalah satu permulaan dan petanda baik dan mampu memberi keyakinan baru pada penyokong kerajaan BN dengan pemulihan dan penambahbaikan DEMOKRASI dalam parti UMNO, parti tunjang orang Melayu dan BN ini.Tidak dapat di nafikan UMNO kini adalah lebih demokratik, terbuka dan inklusif dengan format pemilihan yang baru ini.Yang tegar anti UMNO dan kerajaan tetap juga ada di luar sana dan kita ketepikan pandangan negatif mereka dahulu buat kali ini.

2.Saya faham dan amat perihatin akan kehendak ramai termasok Dato sendiri mahukan pertandingan di semua peringkat termasok bagi Presiden dan Timbalan juga demi demokrasi total.Pastinya Najib mahukan 150,000 perwakilan UMNO dari 191 bahagian sendiri membuat keputusan dan yang penting ia dilakukan mengikut perlembagaan parti dan ketetapan ini dibuat pada tahun 2009 salepas landscpe baru politik Malaysia bermula.Bandingkan cara UMNO ini dan cara pemilihan parti lain saperti DAP dan PKR yang penuh dengan berbagai kontroversi.Yet they (PR) claim they are more democratic than thou.Cakap tak serupa bikin kata orang cina.

3.Kita harus memberi peluang bagi gandingan Najib dan Mohy to perform first sebelum kita mudah menghukum dan menggantikan mereka dan parti UMNO dengan muka baru.Kita harus berlaku rasional membuat cadangan dan membuat keputusan baik demi parti bukan hanya untuk individu.The party is bigger than the individual anytime and all the time.

Perwakilan yang banyak/ramai akan dapat memberi satu sampling pemilihan yang lebih baik dan tepat akhirnya.Pilihlah.

4.Ada yang meramalkan BN kalah di PRU 14.Ramalan yang sama selalu kita dengar dari media alternatif dan blogger tertentu di PRU 13 dulu.Saya yakin UMNO akan terus cemerlang.Melihat apa yang terjadi di Mesir mengingatkan kita jangan mengambil KEAMANAN yang kita kecapi "for granted".Percubaan Arab Spring sebelum dan selepas PRU 13 oleh pembangkang jelas gagal dan mereka tewas menakloki Putrajaya.

5.Dalam kita terlalu sibok membincangkan pemilihan UMNO bagaimana pula dengan parti Pas.Dengarnya sdra Husam berkemungkinan akan bertanding bagi Presiden Pas di muktamar Pas November ini.Bolehkah Pas menjadi parti induk PR saperti UMNO dalam BN di PRU 14 pula?.Pas mungkin mahukan muka dan idea baru pula.Mungkin Hadi lebih berminat pada demonstrasi jalanan dan memancing ikan sahaja.Ada kedengaran beliau tidak mahu mempertahankan kedudukanya bagi memberi ruang pada muka baru yang lebih ummphh..gamaknya.

Perlu juga diingat rakan Dato sdra Husam kalah di Putrajaya dan digugurkan dari Exco kerajaan Kelantan.Malah MB baru Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilihat lebih 'friendly 'dengan kerajaan pusat berbeza dengan cara pendekatan dahulu.Apakah ini satu petanda bahawa Pas ingin berjuang bersendirian pula dan akan meninggalkan PR dan mahu kembali balik pada perjuangan asal Islam dan Melayu yang terlalu banyak ditinggalkan dan telah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR dalam banyak isu ?.Satu cabaran bagi parti Pas.Saya melihat Pas sama juga UMNO dan parti lain hanyalah parti politik sahaja.No big deal.

Pemimpin Anwarinas dalam Pas telah banyak berjuang hanya mahukan kuasa dan ABU menyebabkan Pas hanya perolehi 21 kerusi parlimen sahaja dan gagal mempertahankan Kedah kerana pentadbiran yang lemah.Bukankah baik diteruskan sahaja muzakarah UMNO dan Pas sahaja?. Sekiranya ini berlaku barulah Islam dan Melayu dihormati oleh kaum lain. Perpecahan tidak menguntungkan kita. Ingat tu. Wallahwualam.

Terima kasih.

Orang Kampung said...

Dato' ,

Orang Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi juga sangat pelupa; sebab itu rumah mereka senang dimasuki pencuri, perompak dan penyangak.

Bukan setakat itu saja malah maruah bangsa , budaya dan agama mereka dan segala kempentingan mereka yang ada mengikut perlembagaan dan lunas undang-undang negara dibiarkan dimanipulasi dan eksploitasi oleh sesiapa sahaja tanpa berkata apa-apa.

Dek semunya itu tak hairanlah orang Melayu juga akan mudah menjadi papa - dalam ekonomi, pendidikan dan tak lama lagi dalam politik juga. Tengoklah dalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang rasa-rasanya ketiga-tiga "pa" itu akan muncul dan bersemadi bersama orang Melayu hingga ke liang lahat jika langkah awal pencegahannya tidak diambil. Wallahu alam.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salam Hormat


Harap orang Jeli tak jadi naib-presiden.

Ahmad Maslan lebih elok naib presiden.

PAU ini tidak penting melainkan ada 'snap election' PRU14.

UMNO tak kemana selagi masih fikirkan MCA dan Gerakan ada sambutan lebih dari melukut.

Bukan apa, pergolakan di Mesir culik perhatian. Harap Muslim brotherhood ini taklah gampang dayus diperbodohi DIPERLOKOHI GENERAL SISI DAN KUNCU-KUNCUNYA.

ab said...

Salam dato,




Saya berharap RAMAI bertandng untuk semua jawatan, lebih lebih lagi yang muda muda..




YANG TUA TUA TU,elok jangan lah berdendam dan sakit hati atau irihati dengan yang muda muda.




INI sangat penting untuk masa depan UMNO.




Selama ini sejak ditubuhkan, PEMILIHAN WAKIL WAKIL diperingkat pusat dan bahagian lebih bersifat bisik bisik... kali ini diMINTA RAMAI untuk pemilihan secara bertulis...ini bagus.




Kalau ikut stail dulu, kalau nak, setuju dengan nama yang dibisk bisik,yang tak setuju tidak ada pilihan untuk namakan calun wakil alternatif...makna nya kalau saya tak setuju dengan A,saya tak ada pilhan calunkan B.. jadi saya `makan hati' sepanjang masa,kalau sampai peringkat lagi satu ,jadi sakit hati,lama lama sampai busuk hati dan last last punya, patah hati lah....I do not bother anymore, damned it!.




SATU PERKARA YANG SANGAT PENTING IALAH macamana nak adakan wakil wakil dari penduduk melayu kumpulan mioriti dari taman taman perumahan,kondomenium dan rumah pangsa dipekan dan bandar,diluar system pilihan raya.




Kebanyakan orang melayu tersebut, walaupun bukan kesemuanya, adalah dari kumpulan berpelajaran tinggi, pekerja pekarja professional dan juga ramai dari gulungan berpendapatan sederhana dan tinggi....MEREKA INI BOLIH menyumbang pendapat dan tenaga untuk faedah orang melayu.,,JIKA DIBERI ruang.




TOLONG JANGAN ABAIKAN MEREKA ini.



Mesti ada mekanisma lain untuk membolihkan melayu minoriti teramai inidi pekan/bandar ini
dipilih diluar system pilihan raya umum/kecil untuk menyampaikan dan bertugas secara terus dari rakyat kepada jabatan perkhidmatan awam negeri/negara dan ketelinga pemimpin bahagian,negeri dan kabinet..




MELALUI parti politik juga satu jalan tersebut. Yang kalah bolih juga di pilih untuk tujuan tujuan tersebut.




Dan jangan lupa juga,kumpulan antikerajaan dan pengganas serta penjenayah juga kebanyakanya bermula dan berkembang dari pekan dan bandar bandar,takut nanti kumpulan kumpulan minority ini yang `kecewa'akan kehala tersebut...





Abu Bakar Ab Rahman

jebat said...

Salam takzim, DAJ,


Sampai bilakah UMNO berpegangkepada tradisi yang sekali gus "mematikan demokerasi' dalam UMNO ?

Kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Begitulak pepatah melayu yang makin di lupakan.

Benar kata Tun Mahathir;
MELAYU MUDAH LUPA.

Quantum Metal Consultant said...

Burung terbang di atas kepala, ramai sudah menumbuk sambal - hajat hati nak buat gulai - sayang, burung terlepas.

Masing-masing sudah selesa melepasi ketakutan amat sangat dan kengerian keputusan pilihanraya yang lalu.

Kini, Tidak siapa berani mengambil risiko, mereka akan terus berjalan di muka bumi ini dengan mendepankan dada dan mengembangkan sayap macam anak ayam baru pijak bumi.

din klang said...

Dato

Umno kan sekarang sudah di transformasikan menjadi parti :
United. Meow meow.National.Organisation

You lick my back then i lick your back. Lepas tu kita pi meow meow ok.

Anonymous said...

Saudara AKJ,

Tidak akan dipertandingkan jawatan President dan Timbalan President kali ini.

Maka dengan itu akan hancurlah UMNO buat seketika dan PRU14 akan merupakan kekalahan pertama kali UMNO/BN dalam terus berkuasa di Putrajaya.

Melayu tidak akan hancur dengan ketiadaan UMNO.

Malah ada kemungkinan Melayu akan bangkit dengan lebih bersemangat lagi tanpa UMNO dan Anwar Ibrahim.

UMNO dan Anwar Ibrahim adalah dalang-dalang dalam kemajuan bangsa Melayu kerana kedua-dua terlampau mabuk kuasa.

Sekian.
SBOP (Saya Bukan Orang Politik)

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir,Topik ini adalah yang hampir dengan isi hati saya,kerana pernah terlibat sebagai peserta,pemerhati didalam pemilihan UMNO 1987,1993 dan beberapa lagi.Bagi saya sekira adanya pertandingan ia tidaklah salah jerana perlembagaan UMNO membenarkanya.
Namun kaedah pemilihan kerap berubah,ada yang kena berdaftar,ada yang kena pencalunan,ada yang perlua dapat minima pencalunan, ada yang dapat point 10 undi percuma bagi setiap pencalunan.Apakah tujuan nya.Saya jangka UMNO cuba memberi peluang kepada peserta yang layak mengambil bahagian.Kita tidak mahu any Tom Dick and Harrybertanding untuk main-main.
UMNO adalah wadah perjuangan UMNO dan membela bangsa,Tanah air dan Agama Islam.Jesteru itu kita mahu mereka yang benar kommitted sahaja yang menawarkan diri.
Kita tidak mahu sejarah hitam berulang kembali dimana politik wang sukar dibendung,dan yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
Kita hanya mahu menerima kemenagan sahaja dan tidak mahu menerima kekalahan.Kita terus berpolitik sehinggalah ke pertandingan akan datang.Lebih teruk kita merajuk dan sabotaj kepimpinan yang dipilih.
Yang tewas akan tidak dibenarkan bergiat cergas dalam parti,lebih teruk lagi akan hilang jawatan dalam kerajaan.Dimana agenda melayu dan Islam.terlalu sibuk nak berpolitik dan mempertahankan kedudukan
Sdr Kadir,demokrasi membenarkan pertandingan untuk memilih kepimpinan yang mantap tetapi tidak membenarkan kehancuran parti.Saya rasa political maturity ahli UMNO masih boleh dipersoalkan.Jesteru itu saya harap mereka yang menawarkan diri perlu befikir dan bersumpah untuk membela bangsa,negara dan ugama.Tidak ada niat lain.Sekian ingin melihat pandangan pembaca yang lain.

wankamarul701 said...

SBOP, bangang je bunyi

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Salam Pak Kadir,

Saya doakan Pak Kadir sekeluarga selamat dan semoga kita terus selamat daripada malapetaka tembak menembak masa ini.

Adakah insiden tembak menembak begini merupakan sebahagian daripada drama-drama politik negara yang wajib dibaca bahawa politik dan perompak bergerak seiring atau memang negara kita sudah tidak aman lagi?

maae said...

Salam Datuk,

1. Alhamdulillah kepada pemilihan jawatan dalam UMNO bakal di urus lebih terbuka. Cuma kita belum berpeluang saksikan keterbukaan nya.

2. Kepada tokoh berkarisma dan berhajat, punya sokongan ahli-ahli tidak berbelah bagi, bermakna dia seorang pemimpin yang di terima gerak kerja dan kesungguhan nya bakal mentadbir halatuju parti keramat ini.

3. Status quo Presiden dan Timbalan Presiden bersama Ahli Majlis Tertinggi pun boleh di pertikai jika ada tokoh dan calon nya. Tidak mengapa asal badai nya dalam cawan dan tidak mempengaruhi menjahanamkan parti seperti kejadian semangat 46 dahulu. Menjadikan orang-orang Melayu lebih matang berpolitik untuk masa-masa akan datang yang pasti kelak bertukar tangan bakal di tadbir pelapis. Mahfum nya majoriti ahli memutuskan. Bukan hak sesiapa.

4. Dari segi Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Presiden telah melanggar beberapa pantang larang Perlembagaan. Bererti Status Quo sebenar telah di carcamarbakan melawan kehendak majoriti ahli dan penyokong Umno aktif dan tidak aktif. Duduk di atas pagar bila-bila sahaja akan menyokong jika perkara ini menyetujui mereka. Perkara itu ialah perkara PENTING dalam menjaga Melayu/Bumiputera/Islam bersama kepentingan nya, Agama Islam bersama kepentingan nya dan Negara Malaysia dalam istilah kewujudan dan sejarah nya. INI TIDAK BOLEH DI UBAH.

4. Akta-Akta sedia ada tidak boleh di ubah sesuka hati. Ia milik rakyat kerana kesejahteraan terletak di dalam penguatkuasaan yang di jamin dan terjamin. Bukan menghukum tetapi peraturan di buat untuk rakyat agar lebih berdisiplin, menghindar jenayah, dan mengajar saling menghormati. Kita sudah saksikan akhir-akhir ini TheGood, The Bad and The Ugly. Ini realiti kerana Malaysia unik dengan berbagai budaya dan etnik. Kita tidak boleh satukan semua nya dalam acuan KECUALI yang wajib ialah membenamkan semangat kewarganegaraan dan patriotik. Kebangsaan dalam bentuk nilai sejagat. Ini lah jati diri yang mesti ada dalam setiap bangsa di sini.

5.Semoga tiada lagi politik wang. Politik aku berkuasa memberi awak wang dan harta sehingga aku patuh kakaktua. Tidak di ajar berfikiran dinamik , tidak di ajar bersaing sihat, tidak di buka mata dan telinga dengan kejadian dan politik sekeliling supaya sasaran nya tetap terjaga memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara. Salah jika kita tidak peka. Satu JIHAD untuk menjaga nya.

6.Semoga pemilihan kali ini tiada lagi kelibat liberal, sekular, komunisme , syiah dan freethinker. Wujud nya kita hanya SATU. Allah yang Maha Esa. Balik semula ke pangkal jalan kerana kapal UMNO sudah di lambung ombak durjana yang bakal menenggelamkan kita semua ! Sudah sampai masa, "Buang juragan durjana!!"

Maaf Tuk. Panjang lak....sakit hati entah apa-apa politik melayu sekarang buat. Nak kejar apa? Hendak dapatkan apa? Hendak beri siapa? Tidur kita sudah tidak lagi lena....

hang nadim said...

Dato Kadir

Ternyata bahawa kini dalam Umno sudah tiada lagi takut lagi andai Melayu hilang dari dunia.

Yang tinggal cuma yang takut bini, takut hilang jawatan, takut hilang kroni, takut hilang harta, takut hilang kontrak.

Memang nasib Melayu akan kembali ke zaman di jajah Portugis dahulu.

Lahuma said...

Dato.

Pemilihan UMNO 2013.
------------------------

Masa depan pimpinan UMNO hanya orang UMNO yang tentukan.Mereka adalah tuan tanah.Orang luar UMNO hanya tukang nilai sahaja.

Sudah ada cakap-cakap bukan persepi pun.Kali ini kalau nak masuk bertanding dengan undi 150 000 perwakilan sudah tentu kena MODAL BESAR.

Boleh jadi modal melibatkan RM juta.Matlamat untuk elak politik wang hanyalah RETORIK dan TEORI atas kertas sahaja.

Nak jadi pemimpin UMNO kena berWANG.Tak percaya tunggu dan lihat.Semua akan jadi kenyataan sedikit masa lagi.

Bakal calon penawaran diri sudah buat budget.Tanpa budget kalah awal lagi.

Inilah penyakit dalam UMNO walau pun PRU 13 dengan 133 kerusi.Sebab itu ramalan PRU 14 akan terus junam.

Ramai pemimpin UMNO cakap buat kenyataan pilihlah calon yang terbaik.Tapi mereka tak cakap pilihlah calon yang:

1.Amanah.
2.Berilmu pengetahuan.
3.Sederhana dalam penghidupan.
4.Tolak amalan politik wang.
5.Akhlak kena baik.
6.Dan macam-macam lagi.

PM Najib /Mahyudin dijangka akan terus berada disitu walaupun ada pertandingan.

Jawatan Naib Presiden belum selamat kalau ada pertangdingan.Pemimpin yang selalu beri amaran mungkin tak selamat.

Pemuda sudah hampir ke Pondan dan Mandom.Ketika ini pun dengar cakap-cakap mesyuarat pun lintang pukang.Ada yang mesyuarat belakang boot kereta pun ada.Dalam semak pun ada.Strategi bagi rosak parti UMNO.

Itulah keadaan Pemuda di bawah terutama diluar bandar kerana gila jawatan.

Pada pengundi perwakilan 150 000 itu tak ada nak pesan.Pilihlah calon yang sesuai dengan tuntutan Islam.

Tolak mana-mana pemimpin yang kejra jawatan kerana harta,kemewahan dan kuasa.Inilah cara kalau UMNO/Melayu nak selamat di Tanah Melayu menjelang PRU 14 nanti.

Allah melihat apa yang pemimpin dan orang UMNO buat.

Kalau tak mahu berubah juga maka rakyat yang lain akan buat perubahan.

Jumapa lagi.Selamat berpuasa.

Terima kasih.


Lembah Tasnim said...

Salam Tok...


Dalam Umno juga perlu ada persaingan, bila ada persaingan ahli dan rakyat akan dapat hasilnya.

Ahli Umno tentu ada yang berbakat macam arwah Dato Harun Idris tetapi mungkin ada halangan untuk mereka bertanding.

Kalau pemimpin yang ada terus disahkan memimpin Umno, rakyat dah tau arah tujunya, akan adakah perubahan..?


TQ Tok..

pelupalah said...


kita ni doh jadi begini sebab dari tahon 1988 takde pertandingan laa...dalam parti , tak kan tak faham faham kot, atau mudah lupa...........

Unknown said...

Salam Datuk A Kadir

Salam Ramadhan untuk datuk sekeluarga semoga lebaran kali ini disambut dengan penuh rahmat. Sebetulnya saya memohon agar tulisan saya in tidak disiarkan ke dalam blog datuk kerana tidak berkaitan isu di atas. Saya ingin memohon jasa baik datuk agar dapat mengulas berkaitan trend jenayah berat yang berleluasa melanda negara kita. Sebagai seorang anggota masyarakat yang pernah menjadi mangsa jenayah rompak dan ragut saya merasa terlalu paranoid tinggal di Malaysia bahkan hampir separuh teman dan ahli keluarga turut menjadi mangsa jenayah. Kalau dahulu saya membaca akhbar berkaitan kes bunh berleluasa di Mexico tapi negara tercinta tidak kurang hebat setiap hari ada sahaja menjadi mangsa jenayah. Penelitian saya kes jenayah berleluasa pada masa ini di akibatkan pertelagahan politik yang melampau. Buktinya lebih ramai ahli politik merepek soal kaum, soal pru dan isu picisan sehingga penjenayah dapat menghidu kelompongan ini. Adalah mendukacita Anwar Ibrahim yang begitu menjadi juara dalam pelbagai isu terutama penyelewengan pru13 sepi membisu tanpa kata kata. Bahkan dipihak pemimpin dan menteri UMNO sibuk mengatur strategi pemilihan UMNO . Apalah nasib rakyat Malaysia pada masa kini tidak mempunyai pemimpn berjiwa dan bermaruah sepertu Tun Dr Mahathir. Saya sebagai rakyat memohon sekali lagi kepada datuk agar membantu sama menyedarkan kerajaan, parti pembangkang dan masyarakat terhadap isu jenyah berat yang begitu membimbangkan. Sebagai Tokoh Wartawan Negara setidaknya suara datuk masih lagi diambil kira oleh pembuat dasar berbanding suara saya yang tidak punyai apa apa. Untuk makluman datuk saya berulang alik pergi kerja ditemani dengan sebilah parang meskipun saya sedar menjadi kesalahan menyimpan parang dalam kereta tapi apakah jaminan kepada keluarga saya sekiranya menjadi mangsa jenayah. Setidak tidaknya saya berusaha untuk mempertahankan diri. Mungkin dengan ada parang dalam kenderaan biarpun penjenayah menggunakan pistol setidak tidaknya hati saya rasa sedikit selamat. Amat pelik tinggal di negara ini sekarang yang serba serbi mencipta rekod dunia. Sebagai rakyat saya akan memperjuangkan sisa terakhir untuk tinggal di bumi kelahiran saya. Salam Ramadhan dan lebarqn yang bakal menjelma. AbgSam.

A KADIR JASIN said...

Pembahas AbgSam,

1. Kadar jenayah yang melambung, khasnya jenayah berat, sangat menakutkan. Kita wajiblah berhati-hati sepanjang masa. Jangan menunjuk-nunjuk bila keluar rumah. Penyamun dan penyangak ada di mana-mana.

2. Kalau Umno dan mana-mana juga parti politik yang peduli kebajikan rakyat jelata, isu macam inilah yang wajib dihabaskan dalam persidangan parti, dalam Parlimen dan DUN.

3. Kemudian isu kemiskinan dan jurang pendapatan yang makin teruk akibat penolakan dasar pentumbuhan bersama pembahagian (growth with distribution) macam DEB. Hari ini, yang kaya tambah kaya kerana terlalu taasub kepada kapitalisme. Yang miskin tambah miskin. Kelas menengah tersepit antara perompak kolar hitam dan kolar putih.

4. Kebanjiran orang asing, khasnya lelaki, pengangguran domestik, kenaikan harga barang dan penagihan dadah adalah antara punca peningkatan jenayah.

5. Kemudian pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Daerah yang melepaskan lebih 2,500 penjahat ke dalam masyarakat.

6. Dulu kita marah bila LKY kata Johor Baru "the murder capital of Malaysia". Sumpahan LKY menjadi. Hari ini satu Malaysia jadi "bandar raya pembunuhan". Wallahualam.

Lahuma said...

Dato.

Pemilihan UMNO sudah mula panas.
Seorang rakan kata.
Pertandingan dalam UMNO merupakan satu perniagaan yang menguntungkan.Oleh itu biarkanlah mereka berentap.

Apa yang Dato faham kata-kata ini.

Terima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

PENGAWAI KHAS MK2 SUHAMI DIN TEWAS DENGAN PENJUAL BURGER.. ,,menarik kisah ni tok di cawangan kampung ahmad said tambahan.. dalam bahagian tambun...

suhaimi din terkenal dengan kesombangan beliua..

syabas untuk mk2


selamat bersidang

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Pemilihan UMNO,Pengekalan Status Quo-itu saya yakin dan pasti.

Presiden, Muhyiddin tak berani cabar Najib.

Tim.Presiden, ada kemungkinan Ali Rustam cabar Muhyiddin. Atau Ali memilih Naib Presiden.

LAWAK JENAKA paling best bila Zahid "mewakili" Naib Presiden akan kekal mempertahankan kerusi tersebut.

Zahid, sebenarnya agak tersepit. Sebab itu "wajahnya" sudah jauh berbeza dengan Zahid dulu, Zahid melalui jawatan Menteri Dalam Negeri, tu dah "meroyan" sakan, cuba menunjukkan seolah-olah beliaulah "MELAYU UMNO TERAKHIR"..hehehe!

Saya fikir, Zahid akan terpelanting.

Saya berminat nak tengok halatuju bekas MB dan bekas KM, Ghani Othman dan Ali Rustam. Kedua-dua tokoh ini jauh lebih berwibawa dari ketiga-tiga Naib Presiden sekarang ini, Shafei Zahid Hishamudin. TAPI, kalah dalam PRU dan hilang kuasa.....dalam UMNO, yang hilang kuasa susah sangat nak menang!

Seperkara lagi, 191 Bahagian dan 150,000 "perwakilan". Menarik. Sebab jumlah undi diterima bukan bersandarkan 150,000 tetapi 191. Itu tidak mencerminkan kehendak sebenar akar umbi.

CONTOH: Di Jeli, Mustafa Muhamad mungkin dapat 5000 undi berbanding lawan nya, Ahmad Said 500undi. Mustafa dapat 1 undi.

Di Kemaman pula Ahmad Said mungkin dapat 3000 undi,berbanding Mustafa dapat 2500 undi. MAd Said dapat 1 undi.

Kedudukan di 2 bahagian, seri 1-1.
Hakikat sebenar, Mustafa dapat 7500undi, Mad Said dapat 3001 undi. Mustafa dapat majoriti 4499 undi. BUKAN SERI 1-1 SAMA.

ITU YANG SAYA FAHAM DATO', BETULKAH BEGITU PENGIRAANNYA? MOHON PENCERAHAN DARI DATO'.

sebab, kalau benar begitu cara pengiraan undi, bermakna IANYA MENYUBURKAN LAGI POLITIK WANG LEBIH JAUH KE AKAR UMBI.

Kalau Politik Wang itu diibaratkan sebagai anai-anai, bermakna, akar tunjang umno semakin lemah....tunggu masa reput dan tumbang pokoknya.....

wankamarul701 said...

Pendek kata pentadbiran Najib lebih bobrok dari Pak Lah

Unknown said...

UMNO adalah parti keramat kata ahli UMNO yang totok dan membabi buta sokongan nya....dan naib2 presiden macam tak selamat umpama lagu indonesia yang sangat popular ketika ini....dulu aku di tendang kini di sayang tapi kita ubah pula menjadi seperti ini....DULU AKU DISAYANG KINI AKU NAK DI TENDANG....kita tengok siapa yang....tapi yang dah pasti broker politik akan memainkan peranan nya dengan mengolah cerita yang pasti para broker politik ini poket nya penuh berisi kerana calun2 yang bertanding tidak akan kedekut dengan Rm berapa nak bisa di atur siapa yang untung broker la....sekian dato dah lama saya tidak mengambil bahagian dalam blog dato...

jab sp said...

Posting kelas A dihancurkan olih komen komen kelas E olih beberapa penaksob pucok pimpinan UMNO semasa, yang sentiasa berpendapat Najib adalah manusia yang tidak pernah membuat kesilapan menyebabkan ia tidak perlu diturunkan.Ombak dan alunan sentiasa sama,bodek bodek bodek.

jebat said...

Dato'

Biarlah ada pertandingan dalam semua jawatan. Barulah hidup demokrasi.

Kalau tak boleh bertanding jawatan tertentu samalah macam PKR dan DAP. Cuma tekniknya aja yang lain.


Kalau ada jawatan yang tidak di tandingi keran tiada calum baru itu menunjukan orang yang memegang jawatan itu memng TOKOH yang tidak ada yang mahu menandingi nya.

Selamat memilih.

Unknown said...

Aslkum dakj

Maaf melencung sikit.

Putar belit kadar sebenar index jenayah bolehlah Najib n the gang paksakan keatas rakyat tak cerdik termasuk jurutera ngok.

Tapi bila berhadapan dgn agensi penarafan antarabangsa yg menurunkan rating boleh hutang negara kenapa Najib n the gang terkedu?

Nampak gayanya rakyat menengah kebawah akan semakin menderita kerana kemungkinan kadar faedah naik akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

Din JB said...

Dato,

Apa kena mengena komen Din Melaka ngok dan kelas E tu dengan tajuk perbahasan kita ?.Din Melaka masih bengang dengan UMNO dan masih nak berkempen untuk Anu-war lagi ke ?.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).