Monday, October 14, 2013
Katolik Tidak Boleh Guna "Allah"
A Kadir Jasin
DALAM umat Islam menyambut kedatangan Aidil Adha, kita bersyukur kerana Mahkamah Rayuan telah memerintahkan bahawa Gereja Katolik dihalang daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald edisi bahasa Melayu sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.
Keputusan itu diumumkan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam keadaan mahkamah yang penuh padat, lapor Malaysian Insider.
Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum. (Bacadi sini).
Salam Aidil Adha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
27 comments:
Alhamdulillah,
selamat hari raya buat DAKJ.
Salam Dato,
Syukran ! Syukran ! Syukran !
Itu sahaja yang boleh saya katakan. Diharap semua pihak dapat menerima keputusan ini and move on.
Salam Pak Kadir,
Syukur Alhamdulillah Allah masih memelihara kesucian Islam di Tanah Melayu ini. Moga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua.
Saya nak kongsikan sedikit berkenaaan kemenangan kita. Keputusan hakim Mahkamah Rayuan ini mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Antaranya Reuters, AP, BBC, The Telegraph, FOXNews, MSN, Time. Wartawan yang melaporkan adalah bukan Islam.
Laporan yang ditulis amat berat sebelah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di Malaysia. Jika orang luar yang membaca, tentu mereka beranggapan penganut Kristian dan agama lain selain Islam teruk ditindas di Malaysia.
Perkara yang mengecewakan saya ialah tidak nampak kelibat Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih. Calon yang kalah pula iaitu Saudara Akramsyah hadir memberi sokongan. Mungkin perjuangan kalimah Allah ini hanya untuk golongan konservatif. Bagi kumpulan "progresif" perkara ini mungkin isu lapuk.
Apapun, Alhamdulillah Islam beroleh kemenangan di saat kita ditekan di segenap arah. Salam Aidil Adha Dato Sekeluarga.
Salam Pak Kadir,
Syukur Alhamdulillah Allah masih memelihara kesucian Islam di Tanah Melayu ini. Moga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua.
Saya nak kongsikan sedikit berkenaaan kemenangan kita. Keputusan hakim Mahkamah Rayuan ini mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Antaranya Reuters, AP, BBC, The Telegraph, FOXNews, MSN, Time. Wartawan yang melaporkan adalah bukan Islam.
Laporan yang ditulis amat berat sebelah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di Malaysia. Jika orang luar yang membaca, tentu mereka beranggapan penganut Kristian dan agama lain selain Islam teruk ditindas di Malaysia.
Perkara yang mengecewakan saya ialah tidak nampak kelibat Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih. Calon yang kalah pula iaitu Saudara Akramsyah hadir memberi sokongan. Mungkin perjuangan kalimah Allah ini hanya untuk golongan konservatif. Bagi kumpulan "progresif" perkara ini mungkin isu lapuk.
Apapun, Alhamdulillah Islam beroleh kemenangan di saat kita ditekan di segenap arah. Salam Aidil Adha Dato Sekeluarga.
Dato'
Dalam konteks kesejagatan, hak asasi untuk menggunapakai sesuatu perkataan tidak boleh dilihat secara unilateral sebaliknya harus dilihat secara bilateral atau multilateral.
Contohnya, perkataan "niger", "paria", "kerling karam" adalah dilarang kegunaannya oleh satu pihak kerana ada satu pihak lain tidak mahukan ianya digunapakai.
Oleh kerana perkataan-perkataan ini apabila digantikan dengan perkataan-perkataan lain langsung tidak merugikan dua atau lebih pihak yang terbabit, makanya tidak timbul hak asasi terhalang untuk mana-mana pihak.
Ini bermakna dalam konteks bahasa, hubungan harmoni antara dua atau lebih pihak adalah mengatasi hak asasi remeh satu-satu pihak.
Aslkum Dakj
1. Bila mahkamah rayuan menolak permohonan pihak majalah the Herald nsk guna nama Allah maka apa jua tujuan tersirat mereka nampaknya terbantut.
2 Tapi awas orang kafir tak akan putus asa berusaha memesongkan akidah umat Islam dgn pelbagai pelan B, C, D hingga Z hinggalah umat Islam tinggal nama saja.
3. Jangan hendaknya ada pihak tertentu terlebih syok sendiri hingga memuji2 diri sendiri.
4. Isu umat Islam yg ramai tapi tak kuat macam buih jugak tak kurang pentingnya di tangani.
5. Isu umat Islam yg hanya kenal atau nilai Islam melalui ibadat sembahyang, haji, umrah dan korban saja. Aspek lain yg penting spt aspek rasuah, salah guna kuasa, finah, zalim, munafik, takut manusia melebihi takut Allah macam tak diberi penekanan. Kalau tidak masakan org yg terpalit dgn macam2 kes pun masih dpt tempat di hati perwakilan UMNO yg Islam. Jangan sampai ada yg salahkan kafir semata2 gara2 ketirisan dalam pentadbiran dgn meminta pengistiharan mahkamah.
Saya nak lihat selepas kristian gagal dalam percobaan menggunakan nama Allah sebagai tuhan maka penguasa kita akan menjadi lebih alim dan warak dalam mentadbir harta negara, almaklum baru selesai dalam perjuangan " maha dahsyat " melawan dakyah pendakwah kristian.
Aslkum Dakj
1. Bila mahkamah rayuan menolak permohonan pihak majalah the Herald nsk guna nama Allah maka apa jua tujuan tersirat mereka nampaknya terbantut.
2 Tapi awas orang kafir tak akan putus asa berusaha memesongkan akidah umat Islam dgn pelbagai pelan B, C, D hingga Z hinggalah umat Islam tinggal nama saja.
3. Jangan hendaknya ada pihak tertentu terlebih syok sendiri hingga memuji2 diri sendiri.
4. Isu umat Islam yg ramai tapi tak kuat macam buih jugak tak kurang pentingnya di tangani.
5. Isu umat Islam yg hanya kenal atau nilai Islam melalui ibadat sembahyang, haji, umrah dan korban saja. Aspek lain yg penting spt aspek rasuah, salah guna kuasa, finah, zalim, munafik, takut manusia melebihi takut Allah macam tak diberi penekanan. Kalau tidak masakan org yg terpalit dgn macam2 kes pun masih dpt tempat di hati perwakilan UMNO yg Islam. Jangan sampai ada yg salahkan kafir semata2 gara2 ketirisan dalam pentadbiran dgn meminta pengistiharan mahkamah.
Saya nak lihat selepas kristian gagal dalam percobaan menggunakan nama Allah sebagai tuhan maka penguasa kita akan menjadi lebih alim dan warak dalam mentadbir harta negara, almaklum baru selesai dalam perjuangan " maha dahsyat " melawan dakyah pendakwah kristian.
Farid,
I don't blame you for being such a stupid boy. Perhaps, we should blame your mummy & daddy. The fact is it's only in Malaysia, we have issues with Allah. Even Brunei also has no problem in Allah. I strongly suggest that you build a house on the tree top & stay there.
Kadiak,
One thing absoultely sure. Sarawakians would be extremely pissed.
http://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Sarawak#Religions_of_Sarawak
Al kataki love to use the number game. What are the percentage of muslim in Sarawak? What if Sarawak decides to secede? What goes around come around.
Assalammualaikum
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar laillahahillahuwaullahuakbar
Allahuakbar walillahilham
Selamat menyuambut Hari Raya Aidiladha maaf Zahir dan Batin,
Dato.
Salam Raya Haji pada semua.
Maaf zahir batin.
Isu penggunaan Kalimah Allah.Mahkamah Rayuan yang dihakimi oleh hakim muslim yang juga memihak pada Islam itu sendiri.
Hakim ada hak mentafsirkan sesuatu undang-undang atas nama mahkamah.
Syukur pada Ilahi.
Ini juga pertanda dimana Islam diMalaysia boleh digugat dalam pelbagai persimpangan.
Faktornya kerana kegagalan penyatuan Umat Melay/Islam diMalaysia.
Bumi Malaysia sudah menyamai Asia Barat dimana umat Arab/Islam pecah belah.
Semua tahu dan faham akan hal ini.
Parti siasah Melayu/Islam pun main selamat.Pas yang dikatakan pejuangan Islam pun lepas tangan.
biar.Ternyata jalan selamat yang PAS pilih kerana takut hilang undi yang sedang dinikmati kini.
UMNO pula dilihat kurang bersungguh-sungguh.Pun takut hilang undi.
PKR sudah tentu lari terus dari pikul isu ini.PKR adalah parti campuran.Soal Islam mana ada.PKR terus bisu.
Harap NGO sahajalah yang menjulang lsu ini.
Biarlah keputusan ini memberi semnagat pada umat Islam diMalaysia.
Pemimpin politik Melayu/Islam diMalaysia terlalu bersandiwara walaupun memberi tamparan dan tekanan yang cukup hebat.
Yang ada pun bukan kuliah agama.Ia lebih kepada kuliah politik kepartian.
Terima kasih Dato.
Salam Dato
Keputusan yang baik dan elok.
Cuma saya ingin bertanya kepada cendiakawan Agama di negara kita tentang kaliamh ALLAH ini dari sudut akidah tauhid dan penggunaannya kepada bukan Islam..
Oleh kerana mengikut keputusan mahkamah ia hanya khusus untuk orang Islam sahaja ertinya orang bukan Islam tidak berhak menggunakan kalimah tersebut dalam apa jua penerbitan..
Cendiakawan Agama mestilah menjelaskan perkara ini dari sudut keputusan mahkamah.. kalau ia menyalahi aqidah tauhid ertinya penggunaannya dalam Bible dalam bahasa Melayu di Sabah dan Serawak juga tidak terkecuali dalam isu kalimah ALLAH ini bukan setakat akhbar mingguan Herald sahaja..
Salam Aidil Adha untuk semua juga Dato..
TQ Tok..
Yg guna kalimah Allah tp hina hukum Allah tiada hukuman ke?
Baguslah bila Din Melaka pun mulai matang dan baligh.
Looes74,
1 .Everone knows that 'ALLAH' is not an integral part of Christianity.Its usage will only confuse the community and can be disrupting in our mult religious Malaysia.Further, let it be known that the word Allah has NEVER appear in both the Old and New Testaments(eg in Mark, Luke and John).
2.The use of Allah to represent one God in Islam and the concept of the Trinity of God of being the The Father, The Son and the Holy Spirit in Christianity will even confuse the many christians in terms of its conception and that goes to muslims as well.The Koran has in all its 114 Surah mentioned not less than 2000 times the word Allah but NONE in the bible.
3.What happen in Sarawak political scenario in many past elections has no bearing in it being majority christian there.The Court of Ppeal has made its judgement.Can we respect that decision please.However, there is still room and avenue for for futher appeal if they are still adamant.
We have so much of racial and religious TOLERENCE here in Malaysia thus far and it is all well protected by the PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.Lets honour that spirit.
Thank you.
salam dato DAKJ
kemulian,kehebatan,kesucian,kebenaranatau pun sahaja yang baik itu tentang islam hanya orang islam sahaja yang boleh mempertahankan, menunjukan/memperlihatkan, membuktikan.
kes ini contoh terbaik.penguasaan kuasa yang ada pada orang islam telah mengzahirkanya.
jagalah kuasa yang ada.
Salam Dato,
A colleague wrote on same issue in other blog and may be we can share it here and give it a thought.
Quote "Still don't understand why the big fuss about Allah issue. Allah is an Arabic word. In Malay it is Tuhan and in English it is God.
Pope in Rome will never use the word Allah coz he does not give sermon in Arabic. The last I checked Peninsular Christians do not speak Arabic too. They don't speak Malay either. So why the fuss?
The only reason I can think of is because they want to provoke the Malay-Muslims by making it a current issue (re LGE Christmas message). Get a life will you?
Religious people (from all faiths) really sucks! Because of them, we will never have world peace. Because of them millions of people were unnecessarily killed all in the name of religion.
The funny thing is all religions promote peace and harmony and yet they are the cause of hatred among humans." Uquote.
I thought it is sensible and a very honest opinion.
Thank you.
Salam semua.
Hairan mengapa pihak pembangkang teruja dan bersemangat memperjuangkan kalimah Allah untuk penganut minoriti kristian terutama di sabah dan sarawak. Boleh kedengaran suara suara sumbang memperlekehkan keputusan mahkamah rayuan. Kalau suara suara sumbang tersebut secara peribadinya menggunakan kalimah Allah untuk acara sehariannya tak mengapalah. Percayalah, ini agenda halus mereka. Tahniah kepada mereka2 yang mempertahankan kalimah Allah. Kalau ini kita tidak pertahankan kelak akan menyusul satu per satu kita menyerah. Ingat, sudahlah kita kehilangan kekuatan ekonomi, jangan sampaiakidah kita nak digadaikan
Aslkum Dakj
Sdr Akubukan blogger.
Selama ni pun demi keuntungan politik jangka pendek banyak benda ketua2 UMNO dah serah malah lelong pd bukan Melayu.
Singapura serah pd Cina, Pulau Pinang jugak biar Cina kuasai,Dasar Ekonomi Baru di padam dengan senyap, tutup mata bila penganut Hindu buka kuil sana sini, Pulau Batu Putih beri pd Singapote, CIMB dulunya BBMB dah dikuasai INDIA dan CINA. Bisnis TNB dah di kebas kroni yg kawal IPP.
Sekarang bila hutang kerajaan UBN melambung tinggi, tentulah ada benda lagi yg mereka terpaksa lelong murah2
Akhirnya UMNO cuma kerajasn pd nama. Yg menguasai mereka adalah toke2 kaya yg membrti bantuan kewangan bercagarkan pelbagai projek yg merugikan rakyat terutama Melayu.
Cuba sdr jawap dgn jujur bukankah BN kerajaan yg sangat murah hati atau curang itu?
Kalau sdr baca pendapat mantan mufti Perlis iaitu Datuk Prof Asri sdr mungkin faham kenapa kristian tak boleh disekat drpd mengguna perkataan Allah bila merujuk kepafa nama tuhan. Pendapat ini selari dgn pendirian ketua2 PR.
Bertmbahkah iman orang UMNO dan yg sewaktu dgn mereka bila mahkamah membuat keputusan menghalang majalah the herald?
Kalau nak jadi jaguh tak tentu pasal jangan sampai perlekeh ketua2 atau ulamak PAS dan ulamak besar dunia Islam.
Yg lebih mendesak ialah bagaimana dgn kuasa yg ada, UMNO boleh mempertingkat fahaman agama dikalsngan umat Islsm agar tak mudah terpengaruh dgn dakyah dan dakwah bukan ssja kristian tapi kroni UMNO sendiri yg lidah bercabang yg berusaha merosskkan akidah Islam dgn pelbagai hiburan melampau yg melekakan.
Krsimpulan: Sejak awal isu the herald nak guna nama Allah, dan UMNO jadi jaguh lawan, nampak sangat mereka tak iklas tapi lebih cenderung nak tembak ketua2 Melayu dalam PR yg konon dah menyimpang dari petjuangan asal Islam.
Saudara din seolah olah sudah bersedia untuk menyerah pulau mutiara.
Sekurang kurangnya UMNO cuba mempertahan apa yang sedia ada.
PKR dan PAS? Di tunjal tunjal dahi terang terangan. Jangan sampai jadi abu saudara din.
Dato,
Saya nampak ramai yang tak senang dengan budak Din Melaka dalam blog Dato. Pandangan saya Din Melaka ni tidak menyumbang pada mutu intellectual blog Dato.Beliau harus bijak mengawal perasaan tidak senang beliau pada apa apa juga tentang umno.Mungkin punyai tekanan mental budak ni.
Kesian pada UMNO Dalam isu Allah pun UMNO yang salah pada mata buta Din Melaka.Sedangkan Anwar idolanya bermuka muka kata orsng kristian boleh guna Allah.Sama juga parti politik Pas ysng bersetuju dengan DAP dalam isu kalimah Allah menyebabkan Pas hilang dokongan dari Melayu Islam di pru 13 lepas.Apa nak jadi pada Din Melaka yang jelas terecat akal.Tuii..
Dalam isu kalimah Allah Anuar Ibrahim bersetuju kalimah ini digunakan bagi membeli undi kaum Cina dan India Christian.Inilah Anwar yang bijak bermuka muka.
Bayangkan Anwar berkhutbah di Mesjid Wilayah .Jawapannya susah nak di ramal.Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan Anwar ni.Hampeeh...
http://malaysianinsaf.blogspot.com/2013/10/isu-kalimah-allah-dalam-herald-majalah.html
Sepertimana hujah Langitbiru di atas, Langitbiru tiada halangan untuk Kristian Dan Bukan Islam menggunakan Kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka. Kerana "ALLAH" bukan ekslusif untuk Islam. Jika mereka membaca "Bismillah" sebelum makan, maka teruskanlah. Jika mereka menyebut "Alhamdulillah" bila menerima berita gembira, teruskanlah. Jika mereka menyebut "Subhanallah" atau membesarkan Allah sebelum memberi ucaptama, teruskanlah. Jika mereka mengatakan "Allah" menurunkan hujan, teruskanlah. HATTA jika mereka membuat upacara ratib dengan menyebut nama Allah dalam Gereja, Kuil, To' Kong dan dalam premis agama mereka yang lain, teruskanlah, kerana Allah akan menjaga namaNya.
TETAPI JIKA MEREKA MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENERBITAN MAJALAH, SURAT KHABAR, BUKU-BUKU AGAMA DAN APA JUA PENERBITAN BERTULIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMUM, IANYA WAJAR DICEGAH DAN DIHARAMKAN.
Sekurang-kurangnya ada dua pendirian di kalangan ahli agama yang umpama langit dengan bumi nisbahnyanya dalam isu ini;
1) Agamawan ' arus perdana '
2) Pendirian Datuk Dr Maza dan yang sealiran dengan beliau.
Ikutlah yang mana satu kerana kedua-duanya ada 'authority'.
Bagaimanapun, saya yang bukan ahli agama tidak bertanggungjawab jika ada terma dalam beragama khususnya dalam isu ini boleh mendatangkan dosa atau memudaratkan akidah jika tersalah ikut tokoh.
Sesungguhnya orang biasa sangat sukar menyaring ahli agama yang benar-benar boleh dipercayai pada zaman ini.
Wallahua'lam.
Post a Comment