Sunday, October 13, 2013

Kemenangan Khairy, Shahrizat Diduga


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

KHAIRY Jamaluddin mengekalkan jawatan Ketua Pemuda, Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan kerusi Ketua Wanita dan Mas Ermieyati Samsudin menjadi ketua baru Puteri bagi penggal 2013-2016.

Kemenangan Khairy langsung tidak memeranjatkan. Beliau adalah penyandang dan Menteri Kabinet. Pencabar beliau adalah aktivis yang tidak berjawatan penting sama ada dalam parti atau Kerajaan.

Pemilihan semula Shahrizat menunjukkan beliau mempunyai “appeal” (daya tarikan) yang luas walaupun imej beliau tercemar akibat skandal NFC yang membabitkan suami dan anak-anak beliau.

Bagi Khairy, kemenangan beliau kali ini berongga berbanding kemenangan sulungnya apabila beliau dicabar oleh dua pesaing yang kuat dan terkenal iaitu Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Namun begitu, kemenangan tetap kemenangan dan sebagai Ketua Pemuda serta Menteri Kabinet, beliau adalah antara beberapa kerat pemimpin pewaris yang menyerlah.

Hakikat beliau menang besar walaupun masih ada pihak yang terus mengaitkan beliau dengan pembolotan kuasa pada zaman bapa mentuanya, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, menunjukkan yang beliau telah berjaya membina perwatakan dan kewibawaan sendiri selepas persaraan Abdullah.

Realiti bahawa beliau tidak dicabar oleh watak yang lebih kuat dan terkenal di kalangan kepemimpinan Pemuda membuktikan yang kepemimpinan beliau diterima dan diyakini.

Khairy mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun (seperti beliau pernah didakwa berkata), namun masa depan politiknya adalah cerah sekiranya (meminjam ungkapan Inggeris) “he keeps his nose clean” dan meluaskan daya tarikannya di kalangan akar umbi.

Suka tidak suka kita terpaksa mengakui bahawa beliau adalah antara segelintir pemimpin muda Umno dan Kerajaan yang boleh berartikulasi mempertahan Umno dan Kerajaan di peringkat antarabangsa kerana kefasihan beliau berbahasa Inggeris.

Ada dua sebab kepada kemenangan Shahrizat. Pertama perwatakan beliau yang mesra dan kedua Pergerakan Wanita mengalami pendarahan kepemimpinan yang teruk sejak tiga dekad kebelakangan ini akibat mainan dan manipulasi politik Umno.

Pergerakan Wanita menjadi mangsa perang proksi parti yang memperlihatkan jatuh bangun watak-watak seperti Dr Zaharah Sulaiman, Napsiah Omar dan Rafidah Aziz.

Dalam konteks itu, Shahrizat adalah “the survivor” kerana, antara lain, kemampuannya memikat hati Presiden-Presiden Umno sejak era (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Selain undi bahagian yang memberikan kemenangan kepada Shahrizat, Khairy dan Mas Ermieyati, kepemimpinan Umno dan penganalisis politik perlu juga melihat undi popular perwakilan yang diterima oleh setiap calon.

Sementara itu, kemenangan Khairy dan Shahrizat tidak semestinya bererti “endorsement” terhadap presiden parti, Mohd Najib Abdul Razak atau kepada apa yang diuar-uarkan sebagai kesederhanaan.

Ada pengulas yang secara nakal cuba mengaitkan cabaran terhadap Khairy dan Shahrizat sebagai percubaan “golongan kanan” yang mereka rujukkan kepada Dr Mahathir, untuk menguasai parti itu.

Kemenangan Khairy dan Shahrizat juga tidak semestinya membayangkan yang status quo akan dikekalkan dalam pemilihan Naib Presiden dan ahli biasa Majlis Tertinggi.

15 comments:

awangbatuburok said...


Ada pengulas yang secara nakal cuba mengaitkan cabaran terhadap Khairy dan Shahrizat sebagai percubaan “golongan kanan” yang mereka rujukkan kepada Dr Mahathir, untuk menguasai parti itu.

Salam Dato,

Pemilihan pimpinan MT UMNO minggu depan susah nak diramalkan samada puak kanan atau puak kiri yang akan menang kerana dalam pusingan pemilihan minggu depan makin ramai perwakilan yang sapu kanan dan sapu kiri, janji kocek penuh dengan hadiah dan sedekah dari agen-agen kempen (bukan rasuah ye!!!).

Tinta Hitam said...

Datuk,

Kemenangan Shahrizat dan pemimpin2 veteran UMNO yg lain menunjukkan tiada apa perubahan akan berlaku pd UMNO.Semua pihak sudah menjangkakannya.Pengikut pengikut UMNO diibaratkan spt lembu dicucuk hidung.Menurut shj secarw membuta tuli apa apa shj suruhan dari pimpinan UMNO.

Nampak gaya lagi byk skandal pemimpin UMNO,lagi tinggi mertabatnya dimata ahli ahli UMNO.

Pemimpin atasan sapu balak,kontrak dan hasil mahsul negara.Org bawahan sapu pinjaman TEKUN sampai 1.43 billion tak bayar..Bapa borek,anak rintek..

n said...

khairy menang hanya kerana pemimpin pemuda bahagian mengarahkan anak buah mereka menyokong khairy, mereka takut dianaktirikan oleh ketua pemuda yang berkuasa dan berkepentingan, transformasi ini hanya gah dari segi perkataan sahaja tapi gagal dari segi perlaksanaan. Keputusan pengundian yang diumumkan oleh setiap bahagian hanya serupa meletakkan undi rahsia di atas meja.

Hj Ismail said...

Kemenangan Khairy dan Sharizat wmnunjokkan bahawa Ahli UMNO matang dalam membuat pilehan,

Najib memberitahu semua ketua ketua bahagian UMNO yang berjumpa dengan dia supaya mengekalkan peminpin yang ada.

Ini bermaana peluang Mukriz,Ali Rustam dan Isa Samad tipis unrok menang.

Ramai orang biasa dan non malay tidak dapat memahami pandana dan sikap ahli ahli UMNO.

Saya berharap Khairy dapat menarek ramai anak anak muda untok menyertai UMNO.saya tidak yakin Sharizat dapat berbuat demikian.


Kes Suaminya amat berat.silap silap masok jel.

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.Terbukti walaupun KJ dan Shahrizat dilaporkan membawa 'baggage ' mereka menang dan di pilih perwakilan 'convincingly'.Kedua mereka memang punyai komitmen yang tinggi pada parti dan rakyat maka mereka menjadi pilihan.

2.Bagi Mas Ermieyati dari Mesjid Tanah (Kampong saya) pula sebagai ketua sayap putri beliau juga hebat.Secara peribadi pernah saya berjumpa dan berbincang bersama beliau di satu majlis perkahwinan di kampong .Saya dapat melihat ketokohan beliau.Beliau adalah saorang peguam sama saperti juga Shahrizat yang pernah saya kenali semasa di Bangsar dulu sebagai MP disana .Bagi DUN di kampung saya pula sdra Ismail adalah saorang arkitek professional .Tokoh tokoh professional telah mula banyak dalam parti UMNO nampaknya.Sdra Akramsyah , calon ketua pemuda pula adalah saorang Chemical Engineer graduate MSc dari Imperial College, London.Hebat mereka semua dan ini semua petanda baik bagi masa depan UMNO dimana ramai professional mendampinginya.Mereka tidak lah sebodoh yang dikatakan oleh rakan kita diblog ini.Sabar sajalah pada yang celupar.

3.Tidak ketinggalan juga tahniah pada Dtk Dr Siti Zaharah Sulaiman kenalan baik saya menang di Paya Besar, Pahang.Beliau pernah di Dewan Bahasa dulu.Pernah menjadi Ketua Wanita UMNO menggantikan iron lady Rafidah Aziz dulu.Orang lama UMNO masih dapat membantu memperkasakan UMNO giving back to the party and society.Self Actualisation mengikut theori Maslow once you reach the apex.Syabas.
Yang kalah dan yang menang saya lihat redha dan dapat menerima ketentuan ini kerana hanya yang diatas sana yang mampu menentukannya.Alhamdulillah .

Kita berdoa semuga rakan rakan kita yang keras hati dapat berfikiran positif dan tidak menimbulkan persepsi serong pada parti tunjang orang Melayu ini.Teruskan rekod UMNO memerintah negara selama ini dan BERMUZAKARAH bagi kebaikan ummah.

Selamat berpuasa 9 Zulhijjah kerana fadilatnya amat besar pada mereka yang mengetahui.Wassallam .

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.Terbukti walaupun KJ dan Shahrizat dilaporkan membawa 'baggage ' mereka menang dan di pilih perwakilan 'convincingly'.Kedua mereka memang punyai komitmen yang tinggi pada parti dan rakyat maka mereka menjadi pilihan.

2.Bagi Mas Ermieyati dari Mesjid Tanah (Kampong saya) pula sebagai ketua sayap putri beliau juga hebat.Secara peribadi pernah saya berjumpa dan berbincang bersama beliau di satu majlis perkahwinan di kampong .Saya dapat melihat ketokohan beliau.Beliau adalah saorang peguam sama saperti juga Shahrizat yang pernah saya kenali semasa di Bangsar dulu sebagai MP disana .Bagi DUN di kampung saya pula sdra Ismail adalah saorang arkitek professional .Tokoh tokoh professional telah mula banyak dalam parti UMNO nampaknya.Sdra Akramsyah , calon ketua pemuda pula adalah saorang Chemical Engineer graduate MSc dari Imperial College, London.Hebat mereka semua dan ini semua petanda baik bagi masa depan UMNO dimana ramai professional mendampinginya.Mereka tidak lah sebodoh yang dikatakan oleh rakan kita diblog ini.Sabar sajalah pada yang celupar.

3.Tidak ketinggalan juga tahniah pada Dtk Dr Siti Zaharah Sulaiman kenalan baik saya menang di Paya Besar, Pahang.Beliau pernah di Dewan Bahasa dulu.Pernah menjadi Ketua Wanita UMNO menggantikan iron lady Rafidah Aziz dulu.Orang lama UMNO masih dapat membantu memperkasakan UMNO giving back to the party and society.Self Actualisation mengikut theori Maslow once you reach the apex.Syabas.
Yang kalah dan yang menang saya lihat redha dan dapat menerima ketentuan ini kerana hanya yang diatas sana yang mampu menentukannya.Alhamdulillah .

Kita berdoa semuga rakan rakan kita yang keras hati dapat berfikiran positif dan tidak menimbulkan persepsi serong pada parti tunjang orang Melayu ini.Teruskan rekod UMNO memerintah negara selama ini dan BERMUZAKARAH bagi kebaikan ummah.

Selamat berpuasa 9 Zulhijjah kerana fadilatnya amat besar pada mereka yang mengetahui.Wassallam .

Lahuma said...

Dato.

Semua kemenangan dalam UMNO dari atas sampai dibawah adalah kerana faktor wang politik.

Beli undi perwakilan masih rancak dan lebih aktif daripada masa-masa yang lalu.

Siapa pemurah maka dia lah yang menang.

Tranformasi basmi politik wang belum tamat.Masih berlaku makan rasuah politik wang.

Maklumat mengatakan calon yang tak HULOQ RM atau rendah dari pesaing kalah.

Bila saya dekati dan berdamping denagn mereka tidak berahsia lagi.

Khairi menang kerana dia ada jawatan Menteri.Kalau tanpa jawatan kabinet belum tentu menang besar.Pemuda punya cara prinsip ialah kebendaan.

Shahrizat menang kerana lawannya lemah .Lagi pun dalam wanita habis dipancung sampai ranap.Mana ada menteri wanita.Habis tinggi pun Timbalan Menteri sahaja.

Jawatan kerajaan menguasai kedudukan dalam UMNO.Tak payah ulaslah semua tahu ceritanya.Kalau tidak dia menanglah sebagai Ahli Parlimen masa PRU 12 lalu.PRU 13 tak tanding.

Begitu juga Ketua PU3 yang baru.Kalau tanpa tiket MP mungkin tak semudah itu.PU3 pun bersifat kebendaan.

Kebendaan adalah teras untuk m,enjadi pemimpin UMNO.
Budi bahasa,ilmu,amanah,wawasan hala tuju berada disebelah kiri sahaja.

Pemilihan perngkat tertinggi nanti lagi rancak.Terutama Naib Presiden.

Hendak menang kena BELANJA BESAR.

Inilah kesukaran yang UMNO hadapi sekarang iaitu budaya wang politik dan politik wang yang masih hidup subur .

Cakap tak serupa bikin.
Masa depan UMNO sudah sampai di hujung tanduk.

Orang UMNO/Melayu mudah lupa dan lalai semua nak mudah tak mahu susah payah.

Terrima kasih Dato.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk,

Kemenangan KJ ok. Namun, kemenangan Shahrizat sangat-sangat menghairankan kepada kalangan yang bukan ahli UMNO.

Syabas KJ.

Shahrizat, aura anda di kalangan ahli UMNO sangat menakjubkan. Itu rezeki dan amanah. Tatanglah baik-baik.

din klang said...

Kemenangan Khairy dan Shahrizat...

apakah ia juga kemenangan kepada orang Melayu atas pagar diluar Umno ?

apakah semangat mempertahankan status quo Melayu dan Islam adalah lebih penting dari status quo jawatan individu dalam parti?

apakah dasar masa depan Umno akan memperjuangkan atau "mencabar" kemampuan orang Melayu di bawah yang masih merangkak ?

apakah pemimpin atasan Umno akan mahu di lihat di mata antarabangsa sebagai pemimpin yang lebih moden dan terbuka dari di lihat oleh orang kampung sebagai pejuang bangsa dan agama.

jebat said...


Salam takzim, Dato'

Biar apa pun pendapat orang bagi saya kemenangan Shahrizat, tiada apa ertinya buat UMNO.

Tapi apa nak dikata wanita UMNO (golongan kroni terbesar) dalam UMNO dab BN dah jadi Mak Yes dah buat keputusan. Ah Jib Goh pun angguk juga.


Dah tak adakah tokoh lain?


Memang dalam kes FEEDLOT kabangsaan. Shahrizat tidak terkait sechara langsong. Tapi sebagai ahli politik yg veteran beliau patut punya tangong jawab peribadi terhadap PARTI yang disayangi. Sekalipun SAYANG terhadap suami sangat mendalam.

Perkara ini pasti akan jadi isu besar dalam PRU14 nanti.

Ah Jib Goh berpendapat ia boleh mengatasinya dengan menambah BR1M . Tentu rakyat akan senyap !!!

Inilah cara berfikir orang Bansawan. TRADISI UMNO yang akan berterusan selagi Bangsawan ada dalam UMNO.

UMNO oh UMNO.
Sunggoh malang nasib mu.

MELAYU oh MELAYU,
Menang SORAK kampung TERGADAI!!.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Salam Aidiladha Dato' AKJ,

Kenapa sistem baru ini seperti sama sahaja, seperti dahulu? Ada calon yang memperoleh 0 undi.

mokhtar bin Zainol Abidin said...

salam Dato,

- keputusan menunjukan trend oleh kebanyakan ahli UMNO akan mengikut arahan atau yang di katakan arahan oleh president parti dan juga tunjuk ajar oleh pemimpin tertinggi parti.
- keputusan yang sama juga di kebanyakan bahagian, dimana muka-muka lama masih lagi merajui bahagian dan AJK wanita, walaupun orang melayu dah meluet* dan cemuih* ( *kata orang kedah )dengan mereka.
- tiada terkejut kiranya keputusan NP juga sama, mesti jaga 'status quo' untuk kesinambungan parti, bukan untuk kesinambungan karier politik mereka. itu kata mereka bertiga.betui ka?
- hakikatnya tiada akan ada perubahan sekiranya orang yang sama merajui parti.hanya baju dan kurung sahaja yang tukar.sikap dan lagak masih sama.
- bukan semua orang lama tak relevant, kombinasi lama dan juga baru perlu ada untuk kebaikan bersama terutama di bahagian bahagian, MT dan juga NP.

Pemerhati said...

Datok AKJ,

Pahat dan Bunyi Berpisah Tiada

Dalam Dap PAHAT berbunyi kerana rumah yang dibina sejak dari awal timbul persoalan tentang beberapa pahat yang mendakwa tidak menerima notis untuk hadir.

Dalam Pas, PAHAT ALIM berbunyi hanya setelah beberapa tahun rumah siap dan itupun setelah PRU 13 tidak berhasil seperti jangkaan.

Dalam parti keramat PAHAT B kerana calon B yang dijulang ke awam rupa-rupanya tidak cecah awan?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kalau dah kereta jenama proton, macamana di ubah suai atau dimake up bolrh ke jadi BMW.

Atau kalau kereta yg keluar jadi assembly line kilang proton boleh ke yg kelusr tu kereta AUDI.

Berpijaklah di bumi nyata.

UMNO sekarang kepunyaan golongan bangsawan.

Yg lain tu cuma watak hang kebun je

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Mempertikaikan keputusan pemilihan UMNO pada kali ini tak ubah seperti kita menghina keputusan mahkamah.

Tetapi jika adanya aduan & ianya dapt dibuktikan,sila & teruskan.Rakyat terutama nya orang Melayu akan berasa puas hati terhadap kes kes genuin sebegitu& ahli UMNO terutamanya tidak akan ambil pusing dengan orang orang yg suka baling batu sembunyi tangan dibelakang bontot.

Khabarnya begitu banyak wang sedang berlegar dari tangan ketangan,tetapi tak seorang pon yang berani membuktikannya di mahkamah.Mungkin kita perlukan lelaki jantan semacho Din Melaka untuk berbuat sesuatu.

Bagi saya "seseorang tidak bersalah, sahingga ia disabitkan bersalah oleh mahkamah".

Jahilkah saya jika mempercayainya?. Minta pencerahan. ..wallahualam...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).