A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan.
Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
SAMBIL menanti hansard sesi
kedua Kedai Kopi Assembly (KKA) siap, izinkan saya menyebut sikit mengenai
bola sepak tanah air.
Sebelum itu, saya perlu jelaskan
yang saya bukan kaki bola atau peminat tegar sukan. Namun saya baca mengenai
sukan kerana sejak lebih sedekad, tabiat saya adalah membaca akhbar dari
belakang ke hadapan. Sukan, antarabangsa dan ekonomi. Kalau ada semangat yang
kuat barulah baca berita di hadapan yang sering memeningkan.
Daripada apa yang saya baca,
tonton dan dengar dari media massa dan diceritakan oleh kaki bola, nampaknya
macam-macam sudah dilakukan bagi menaikkan taraf bola sepak negara. Tahniah
kepada semua pihak terlibat.
Kerajaan sudah beri bantuan.
Kaki bola (Khairy Jamaluddin) sudah jadi Menteri Belia dan Sukan. Pemain dan
pelatih luar sudah diimport. Gaji pemain bola lumayan. Persekutuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) sudah pecat-memecat. Pintu stadium sudah dirempuh dan padang
bola sudah ditakluki.
Menteri Bola Wajib Bukti Prestasi - sayasukamalek.blogspot |
Saya dimaklumkan oleh seorang
kawan yang dua tahun jadi sukarelawan Harimau Muda bahawa itulah satu-satunya
harapan masa depan bola sepak Malaysia yang menunjukkan harapan. Jadi jangan
rosakkan mereka dengan politik bola dan sogokan.
Jangan Rosakkan Mereka Dengan Sogokan |
Mengapa Mutu Bola Terus Hambar?
Malaysia masih “jaguh kampung”.
Dalam penarafan (ranking) terbaru FIFA (2013), Malaysia jatuh nombor 158 (ya satu
ratus lima puluh lapan) daripada 207 negara dan wilayah di dunia yang
menjadi ahli FIFA (baca di sini). Kalau di Asia, hanya
Vietnam, Indonesia, Laos, Sri Lanka, Pakistan, Taiwan, Mongolia, Brunei, Macau
dan Bhutan lebih teruk daripada kita.
Jadi kalau macam-macam Malaysia
sudah buat, tapi mutu bola sepak masih half past six, apakah sebabnya?
Fikir punya fikir, saya rasa ada
satu saja sebab. KITA ABAIKAN BOMOH BOLA. Bomoh ada macam-macam bomoh. Ada
bomoh yang kita boleh percaya sebab mereka guna kaedah Islam atau yang tidak
bercanggah dengan akidah. Tapi majoriti buat kerja-kerja bidaah.
Saya bukan sekali-kali peminat
bomoh kelas dunia. Tapi bagi bola sepak Malaysia, nampaknya yang belum dibuat
atau, kalau sudah buat, tapi sembunyi-sembunyi adalah memperkasakan bomoh bola.
Negeri Mana Dah Main Bomoh Ni? - Faizsaaid.com |
Justeru itu, boleh jadi kaki
bola hendak cadangkan kepada FAM dan persatuan negeri supaya lantik bomoh bola.
Zaman saya remaja dulu, kaki
bola amat hormat kepada bomoh bola. Lagi-lagilah bila pasukan yang dia jadi
bomoh, menang. Tabik spring.
Bomoh bola sama naik dengan
pawang buaya. Atas daripada bomoh guna-guna dan lebih dihormati daripada bomoh
nombor ekor.
Kalau kita kekurangan bomoh bola
sebab sudah lama diabaikan, FAM boleh benarkan pasukan bola import bomoh bola
asing sebagai langkah sementara.
Kawan saya, Zainol Fakir, bekas
pengarang Mastika beritahu saya, bomoh Siam hebat. Tapi ada yang kata bomoh
dari India, Burma, Indonesia dan Afrika pun hebat juga. Kalau bomoh Afrika,
kemungkinannya mereka amalkan voodoo.
Ikut cerita, orang yang kena
jampi bomoh voodoo boleh jadi zombi (mayat hidup). Bayangkan Malaysia lawan
Singapura. Bomoh voodoo kita jampi pemain Singapura jadi zombi macam dalam
drama TV “The Walking Dead”. Fuyoo! Atau Kelantan buat pemain Pahang kembung
perut.
Jangan Buat Lawan Jadi Macam Ini |
Zainal kata, bomoh Siam boleh
buat perut kembung sampai meletup. Dia kata, ada beberapa orang pencuri lembu di
Sik, Kedah meletup perut kena jampi bomoh Siam yang diupah oleh tuan lembu.
Tidak kiralah bomoh tempatan
atau bomoh import, asalkan tidak langgar peraturan FIFA. Tapi kalau FIFA
tidak benarkan, jangan cuba sebab takut kena gantung atau dipecat terus.
Tapi sebelum FAM terima cadangan
saya ini, elok tanya Ustaz Kazim dan mana-mana ustaz moden yang faham hal bomoh
dan bola. Kita tidak mahu langgar akidah.
Maju Sukan Kerana Negara!
Wallahuaklam.
33 comments:
Berborak tentang bomoh bola ni, ketika sekolah dahulu pasukan sekolah saya tidak pernah menang final berlawan dengan satu pasukan yang berasal dari sebuah sekolah estate di Kulim (ada Harvard Estate, ada Scarborough Estate, ada Victoria estate dan macam-macam nama Ingeris yang hebat).
Apabila ditanya apa pasal hangpa dok asyik kalah final saja? Jawab goli (goalkeeper): "depa pakai bomo ooo.., aku nampak bola macam buah durian. Macamana aku nak tangkap?".
Kata captain bola pulak "hangpa tak tengok ka di luar padang tadi ada seorang tua, dok pusin-pusin padang dok cabut rumput. Tu dia baca-baca la tu...".
Aku kata kat depa "la ni tahun depan kita himpun semua tok bomo masuk team kita? amacam? atau minta tok bomo kita tukar dari buah durian kepada buah setoi atau stear kecik sikit. Atau kita pi perasap kemayan kedua-dua belah kaki golikeeper"
Itu lah corat-coret main bomo bola semasa sekolah dulu, Pada hal pemain-pemain bola team estate itu hampir setiap hari berlatih atas batu lada(padang tak ada rumput)dalam kawasan estate mereka, mana tak lasaknya...
Dato'
Baru naik sheik isu politik,tiba-tiba Dato' masuk gear gostan. Tak syoklah macam tu.Kalau Dato'bukan kaki bola,tak payah komen lah. Hanya menjatuhkan taraf blog Dato' kepada tier kelas tiga pulak.Sekarang ni blog Dato' berada di tier kelas satu.tq
Darilangitbirupenang, orang guna bomoh kena tarbiah ke kena dakwah? Boleh bagi penjelasan?
Datuk AKJ,
Kita meratapi kemegahan masa lampau - setanding Korea & Jepun.
Mungkin bolasepak kita merudum kerana pemain tidak lagi menggambarkan
1MALAYSIA )- Melayu, Melayu Sabah,Cina, India, Punjabi.(pemain etnik Cina tiada).
Chow Chee Keong,Chin Aun,James Wong,Wong Kaw Foo,...............Santokh Singh,Serbegeth, Hasan Sani
Bagaimanapun, 'sesuatu' wajib dilakukan dan dimulakan dari sekarang.
Apakah 'sesuatu' itu? Bertanyalah kepada pihak yang tahu yang beria-ia hendak memikul amanah itu dan 'kita gajikan' mereka selama ini.
Salam DAKJ
Saya agak berminat dgn bolasepak sejak akhir-akhir ni selepas Mesut Ozil (orang Islam keturunan Turki, warganegara Jerman) join Arsenal dari Real Madrid.
Tentang bolasepak Malaysia pula, selepas kecederaan Wan Zack, Malaysia macam tiada centre midfield. Tamil Arasu rasanya lebih sesuai diletakkan sebagai second striker daripada right winger. Striker utama Md Rozaimi skillnya bagus, cuma kurang confident di hadapan pintu gol, tak macam Lionel Messi. Nazmi Faiz pula kena rajin kejar bola terutama bila bola terlepas. Ashri Chuchu pula eloklah selalu overlap membantu striker. Kalau boleh gelecek seorang dua defend sebelum cross bola. Beliau ada skill menggelecek tapi nampak macam tak berapa confident.
Bagi pihak pengurusan pula, Dato’ Ong Kim Swee sebagai jurulatih memang OK. Pengurus pasukan Malaysia sepatutnya Tan Sri Anuar Musa yg juga Timb Presiden FAM yg digantung. Beliau membuktikan kebolehannya dgn menjadikan Kelantan sebagai kuasa besar bolasepak Negara diera baru ini. Ianya sama seperti arwah Dato’ Paduka Basri Akil yg menjadi bapa bolasepak Kedah akhir 90an dahulu.
Sayangnya, kedua-dua digantung oleh FAM. Saya nak cakap banyak karang, takut digantung pula oleh FAM nanti. Tapi rasanya kedua-dua pemimpin diatas menaikkan ranking bolasepak Negara dan penggantungan mereka juga menjatuhkan rangking Negara. Sebab itulah YB Sdr KJ cuba nak memperbetulkan keadaaan. Saya cukup setuju dgn anak muda ni. tentang bomoh pula, saya tak percaya langsung pun. Sekian TQ.
Salam Tok..
Wah..! Datuk pun dah jadi pengulas sukan yang hebat.. bukan hanya bidang poliik sahaja..
begitulah yang ALLAH beri kelebihan pada Datuk dalam bidang kewartawanan bukan semua orang boleh buat Tok.. syukur..
Saya ada seorang kawan yang mahir bidang teknikal bengkel kereta.. sentuhan tangannya menjadikan kereta WIRA lama saya tahan lama.. "good condition".. pernah pegi bengkel lain tapi tak memuaskan..
Itulah Kelebihan yang ALLAH beri kepada kita masing-masing termasuklah kelebihan yang "kaki putar alam".. kaki "ampu".. dll..
Menyentuh tentang bola sepak.. Saya sebenarnya dah lama hilang minat dengan bola sepak tanah air.. kecewa dengan perestasi..
bukan makin naik tapi makin merudum..
Kebanyak peminat bola sepak negara lebih berselera menonton Liga Eropah terutama EPL dan LA LEGA di Spain..
Pandai-pandailah Khairi cari PENAWAR..
TQ Tok..
Din Melaka pening lalat bila bawa isu bola.
Din Melaka saja yg betul walaupun hal,bola.
Ni Baca la sad story....
A seven year old boy from Klang was at the center ofa Magistrate courtroom drama Friday morning when he challenged a court ruling over who should have custody of him.The boy has a history of being beaten by his parents, so the judge awarded custody to his aunt.
The boy, however, stated that his aunt beat him more than his parents and refused to live there.Therefore, the judge suggested that he live with his grandparents, the boy cried out that they beat him more than anyone. In an unprecedented move, the judge dramatically allowed the boy to choose who should have custody of him.
Custody was finally granted to the national football team this morning as the boy firmly believes that they are not capable of beating anyone.
- joke ni saya terima beberapa tahun yg lalu. Mungkin budak ni pun dah besaq.
Pendapat saya begini:
1. Selagi kita gilakan dan ikut acuan bola Inggeris, kita tidak akan berjaya.
2. Selain publisiti dan propaganda (sebab kita fahanm bahasa Inggeris)serta big money, English football sebenarnya hambar. Kali terakhir menang Piala Dinia 1966.
3. Contohi negara kecil atau miskin macam Costa Rica, Switzerland, Chile, Honduras, Ivory Coast, Cameroon dan Uruguay. Uruguay ada 3.3 juta penduduk saja.
4. Harus ada perubahan pada kepemimpinan FAM dan persatuan-persatuan negera. Kekalkan yang berbakti sebagai Mentor.
Terima kasih.
Salam DATO yang dikasihi minum petang di tepi tasik shah alam indah dan nyaman dengan pokok2 yang menghijau shah alam adalah bandar yang tenang dan aman..cerita dato ni kadang2 lucu tapi kalau kita ambil serius ada baik nya kerana bola sepak ialah satu2 nya sukan yang diminati dari peminta sedekah hingga kepada raja dan pemimpin tertinggi negara.....dulu maju sukan ini di malaysia hingga kita layak ke munich di temasya sukan olimpik...tapi kita kena tanya balik akal kita juara asia pun tak lepas jauh sekali layak ke pentas piala dunia....malaysia juara bertelingkah bukan juara bola sepak...itu yang saya nampak sekarang ni menteri bertelingkah dengan FAM mungkin esok dengan siapa kita tak tahu fokus untuk majukan sukan ini hampeh...sekian dato sambung minum petang teh tarik dah sejuk..wassalam...
Salam dato,
Ada ka sukan bolasepak kat Malaysia ni?
Maaf dato, yang saya nampak sukan `sepak' pemain bola...
Kalau top to bottom `officers' dari pemain bola atau bekas pemain bola..lain la kut keadaan la ni..
Tak pa la, lagi dua tiga tahun dapat pulak kedudukan 190 ka,200 ka diperingkat dunia ni, `masih' kuat lagi kata depa, masih taraf dunia lagi!TARAF DUNIA LAGI BOLASEPAK Malaysia....hahaha.
Abu Bakar Ab Rahman
Aslkum Dakj
Antara realiti dan harapan macam langit dgn bumi.
Siapa tak mau Malaysia kalahkan Korea Selatan dan Jepun macam sebelum tahun 1980an.
Masa tu PM pun bagus.
Ptesiden FAM pun berjaya.
Sekarang pemain dan pegawai penat gara2 protokol.
Siapa berani kritik . Takut dituduh biadap dan derhaka. Bukan presiden yg cakap tapi pembodek2 yg menyebuk.
Kalau timbalan presiden pun boleh kena hukuman gantung semata2 kerana buat press statement peminat hilang selera.
Suka ke tak suka dari sudut fizikal mana ada bangsa yg kuat makan nasi tak sampai ke mana dalam bidang sukan.
Dakj dan pembahas. Tirulah perangai Singapore . Beri kerskyatan pd ahli sukan bertaraf dunia mesti naik ranking dalam apa jua bidang sukan.
Tapi ada dua masaalah.
Pertama Singapore ada banyak wang sebab ekonomi mereka tak bocor.
Singapore ibarat jauhari. Malaysia hanya pandai beri ic segera untuk membolehkan suatu hari nanti Mat Bangla, Indon dan Filipina jadi PM kita. Sedangkan mereka pun kuat makan nasi.
Dakj jangan sedih sangat.
Kerana bola sepak dunia bukan segala2nya.
Kan kita baru diistihar juara dunia dalam aliran keluar wang haram.!
Itu belum termasuk juara bendera, juara lemang, juara ketupat peringkat dunia dll.
Meminjam kata2 kumpulan lawak SEPAHTU.....PENINGLA. ...PENINGLA
Dato,
I liken this article to the state of our nation today, I.e. both are in real deep trouble. And the reasons, as has been alluded to by many of the comments is the fact that both have weak leadership. In football, we used to have a real One Malaysia team and likewise, those who were born in the 50s and 60s can testify to the fact that the camaderie amongst friends of different races were not just mere slogans coined by some consultants but lived to the fullest. Economically, we are also sliding down the ranking just like the state of our national football team. We always felt proud of names like Mokthar Dahari, Soh Chin Aun, Arumugam etc like we respect the Ministers of the earlier era. Alas, we are on the slippery slope to oblivion whilst our leaders are fighting shadows and justifying their shameful actions and extravagance.
CK
Dato.
Bola sepak atau sepak bola.
Dulu dulu punya perlawanan sepak bola pertama sekali kalau guna perhidmatan bomoh dia arah supaya penjaga gol kencing tempat dia gawang gol.Tujuan dia kalau ada apa-apa hikmat dia akan jadi lebur.
Apa nak jadi dengan FAM makin hari makin celaru.Serba salah.Serba tak kena.Malu alah.Takut dicap derhaka.
Dalam rumah tangga FAM pun tak harmoni.Sepak bola pun lingkup dari masa ke semasa.
Kemudian Persatuan Sepak Bola peringkat negeri pula pun bermasaalah.Masaalah kewangan,pentadbiran,pimpinan dan konflik dalaman.
Lebih malang Persatuan Sepak Bola peringkat Daerah kebanyakannya daif dan ada yang gulung tikar.Ada pada nama.
Sepatutnya setiap negeri dan daerah perlu ada Akedemi Sepak Bola dalam usaha mengcungkil bakat,latihan,asuhan dan kebajikan pemain.
Sebenarnya usaha mencungkil bakat bakat baru dari bawah tidak dijalankan.Pemain yang dipilih pun bukan teliti sangat.Kebanyakan nya di lakukan oleh Persatuan Sepak Bola peringkat negeri.
Tunjang untuk Sepak Bola kita hendak maju FAM perlu di rombak.
Sebab FAM adalah badan monopoli sukan itu diMalaysia.
Itu saja kaedah bukan soal bomoh atau Tok Pawang.
Jangan ada pula pemimpin Persatuan Sepak Bola yang KAKI BANGKU.
Terima kasih Dato.
This is because Malaysia lack of the sang saka malaya spirit unlike the singapore melayu brothers. Just watch la
https://www.youtube.com/watch?v=UxP3hsUCunI
Saya tak setuju pakai bomoh. Takut jatuh syirik. Saya cadangkan kita ambik pemain yg power2 kat negara luar terutamanya dari Amerika Selatan dan Afrika. Neutralizekan mereka jadi warga negara. Dengan cara ini saya rasa Malaysia boleh jadi Top 5 di benua Asia dan ada harapan layak ke Piala Dunia di Qatar...insyaAllah. Satu lagi saya suggest TS Annuar Musa test power dengan mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden FAM. Kerana TSAM ada track record transform pasukan kerdil Kelantan menjadi pasukan elit negara. Amacam ada berani? Cakap banyak tak ada guna.
Aslkum Dakj.
Pening betul la. Akibat terlebih berpolitik dan salah gunakuasa kuasa @ rasuah KPI dunia sukan pun turut merudum.
Buktinya lihat saja prestasi hoki, sepak takraw, olah raga yg satu masa dulu kita terbaik di Asia tenggara .
Nasib baik dalam badminton kita ada Lee Chong Wei.
Saya pernah dengar gara2 salah guna kuasa, pemain atau bakat yg baik dah terpelanting sejak awal lagi di peringkat pemilihan daerah.
Macam jugak dalam UMNO , kalau bukan org ketua bahgian jangan harap nak terpilih jadi AJK CAWANGAN.
Berbalik pd soal sukan, sesiapa yg nampak menonjol akan dianggap ancaman.
Ada pulak hingga akibat dendam yg mendalam bila seorang CEO syarikat negeri tak berapa nak friendly dgn persatuan negeri maka ada yg murka dan terbuanglah CEO berkenaan. Sedangkan satu malaya tau jasa CEO berkenaan kpd dunia perniagaan GLC negeri berkenaan.
Terakhir kejayaan ahli sukan taraf dunia tak mungkin dilahirkan di masyarakat yg miskin yang kurang zat makanan sejak dalam perut lagi.
Untuk lebih faham, sejak 30 tahun lalu dimana indeks kesejahteraan hidup rakyat Malaysia berbanding Jepun, Korea, Cina , Singapore dll .
Dapatlah kita jawapan jujur. Kalau mau!
Salam Tok..
Diluar negara.. pengurusan bola sepak adalah elemen yang sangat penting.. pengurus yang ada tanda-tanda akan gagal diberi tempuh beberapa perlawanan .. kalau gagal juga tidak ada ampun terus dipecat..
Roberto Mancini pengurus kelab Manchester City di England.. pada tahun awal bertugas sebagai pengurus di Manchester City telah berjaya menjuarai piala FA dan juara EPL di England.. Ditahun kedua Mancini gagal.. Tanpa berlengah lagi tuan punya kelab memberi surat notis untuk Roberto Mancini meninggalkan kelab..
Rajagopal yang telah banyak kali gagal.. masih jadi pengurus bola sepak negara macamana nak berjaya..
Tak payah guna bomoh Tok..
TQ Tok
Salam Datuk,
1. Bukan masaalah bomoh. Masaalah nya pihak atasan yang suka jadi bomoh. Ramal itu dan ini. Pemain dan jurulatih sering hilang ingatan. Satu perlawanan menang, main seterus nya gerenti kecundangan.
2. Rata-rata pemain tiada semangat juang. Apa lagi semangat berpasukan. Takut kawan dalam posisi menyerang mendapat sinar gemerlapan. Bola di kaki akan di rembat 200 m ke hadapan. Hilang taktikal dan amalan serangan.
3. Bola itu bulat kata semua orang. Ada kalah ada menang. Jika asyik kalah saja bukan kah apa di janjikan semua nya temberang ? Pasukan bola juga mesti berjemaah. Imam nya mesti ada kesatuan. Gunung Himalaya boleh di daki hingga puncak jika ada kesungguhan. Peralatan memang sudah di lengkapkan. Ganjaran tentu lumayan.
Apa lagi yang kurang ? Anak-anak Melayu memang sudah hilang daya lawan dan daya tahan kerana tiada kesungguhan. Mana boleh tidak apa ! Mana boleh alasan adat berlawan ada kalah ada menang dalam perjuangan ? Kita mesti hendak menang.
Bomoh pun kena yakin atas perbuatan nya. Tahu perbuatan mensyirikkan Allah, menang kalah bukan urusan nya. Urusan pemain, kata nya !
Salam Dato,
1.Tahniah dengan artikal sukan bola sepak kali ini berehat sebentar dari cerita politik Banyak sangat ketidakpuasan dan hati yang luka serta kebencian disana sini.A relief for a while.
2.Sebagai pemain bola sepak sekolah dan kini hanya peminat bola sepak, ragbi dan hockey saya mengikuti perkembangan bola sepak ,ragbi dan hockey dunia dan negara.Saya memahami kenapa sukan bola sepak negara meredum dan kadang kadang boleh memalukan sekira dibandingkan di zaman Dato dulu dulu. .Dahulunya nama saperti Raja bola Ghani Minhat, Athur Koh; Govindaraju, Gabriel dan semua kesebelasan pemain saya kenal dan hafal.Ayah saya pemain bola sepak mewakili polis kontingennya.Hampir kesemua permainan antarabangsa dan Pesta Bola Merdeka melibatkan Malaya/Malaysia di Stadium Merdeka ayah akan bawa dan pimpin saya turut sama menonton menaiki bas Selangor 147 dari Batang Berjuntai and the last bus will wait for my father and I to ensure we would not miss the last bus and they knew datok sarjan and anaknya kaki bola.Beating Korea and Japan was 'Chap chap swey '.Sebelum masok stadium ayah akan belanja satay dan ice cream di restoran bulat sebelah stadium atau di Campbell road Majid atau Ismail satay.Hmmm...sedap.Sekarang Jepun dan Korea tidak berminat dengan Pesta Bola Merdeka lagi.
3.Situasi ketidakstabilan dan perbalahan dalam FAM membosanksn.Saya tidak kenal TS Anuar Musa semasa di STAR dulu walaupun mereka saperti Awang Adik, Zaid Ibrahim dan Idris Jusoh ini alumni. All my juniors of course!!.but we are united as STAROBA and never discuss politics.
4.Khairy lebih rapat dengan anak muda dan jangan hairan ini semua ada kaitan dengan politik jangka panjang beliau juga akhirnya sebagai menteri sukan. We cannot seems to run away from politics in Malaysia unfortunately.Khairy has a lot of support from OXBRIDGE around the world as well especially from that tiny island Singapore if you know what I mean.We saw that when Pak Lah was in power.No wonder Mukhriz went for the VP post last pemilihan UMNO.He is a kampung boy like me.
As an addicted chess player myself I follow games and moves of many grandmasters especially by Gary Kasparov and Bobby Fischer.Now no more.Where got time for everything.Time to reflect yes.Moves must be strategic else you get checkmate in no time.
4.Equally upset when our hockey boys lost to France in the world hockey tournament in India last night.Sad but will be over by monday.Sorry folks I am more of MU and Liverpool supporter true and true.Any Arsenal or Chelsea fan here ?.Both are doing fine now in EPL but not MU.
Oppss...you know what those days we used to have padang almost in all town where families could spend time playing games together and had s lot of fun.Now those padang has been turned into some stupid monuments or even shop houses like whst you see in Port Dickson and Alor Gajah town.No wonder Malsysians are more divided now. In fact as early as in tadika school.Welcome to Malaysia ,land of 'endless possibilities' maa...
Cheers folks.
Pembahas Harimau Tua,
Terima kasih atas kiriman komen Saudara.
Mohon maaf tidak dapat menyiarkannya.
Mungkin fitnah menuduh orang tertentu pakar hal perbomohan.
Terima kasih.
Yang Berbahgia Dato'
Pesan saya,jangan bosan dengan permainan politik semasa @ apa yang berlaku sekarang.Politik tonggang terbalik.Bos bos perkhidmatan awam meletakan diri setaraf Mat Air Ketum dikaki orang orang politik.Khayalan air ketum menjadikan semua kenyataan media menjadi bahan lawak jenaka.
Saya faham dan sebagai orang yang berusia mungkin setahun dua saja kurang dari Dato',Dato' sebenarnya hanya menulis mengenai bola kerana inilah mungkin antara tajuk yang kurang menyakit kepala.Jika ulasan kita keras,tiada ada individu yang berupaya menjawab secara keras hingga kita terhenti sekita untuk menegurnya.
Dato',teruskan dengan pendapat dan pandangan kerana apa yang kita lakukan adalah demi cinta kita pada negara dan bukan kerana terlalu kasih pada individu yang terlalu laparkan kuasa.
Biarlah luncai luncai ini dikagumi olih insan insan semacam OKJ saja.Hahaha.
Salam dan Waalaikumsalam.
Aslkum Dakj
Satu sifat bomoh yg sedia diketahwi umum ialah mereka boleh menjuruskan pengunjung mereka mengesyakki org itu dan ini.
Bahaya betul kalau kita percaya cakap mereka. Sebab boleh memutuskan silaturahim yg sukar di perbaiki.
Berita hari mungkin macam perangai bomoh jugak.
Seorang Ustaz, ada ijazah Phd pulak, bekerja di KDN desak Mat Sabu kemuka bukti bahawa Mat Sabu bukan Syiah.
Ini mesti peraturan baru. Tak masuk akal tapi bila ust dah nak jadi bomoh ketua2 UMNO maka keluarlah pernyataan2 lucu dan ngok spt itu.
Mulai sekarang awas. Siapa pernah melawat Iran, melawat makam imam Khomeini tapi kalau org UMNO, OK.
TAPI KALAU AHLI PAS ATAU PKR, CONFIRM ORG SYIAH.
SIAPA KATA? ZAHID KATA BERERTI UST KDN KATA.
PAndangan dari seorang BOMOH.
Bersetuju dg pandangan Dato saya pun tidak bersetuju kalau asyik sikit-sikit pakai bomoh pakai dukun. Agaknya Dato dah seperti sikit boring rasanya kalau beri pandangan minta FAM bergerak dalam keadaan biasa FAM susah nak melayan nasihat yang diberi lepada penggerak sukan terulong itu kena lah bergerak melalui jalan mengarut Lah pulak.
Walaupun saya pun tidak bersetuju dengan penggunaan bomoh saya juga adalah seorang bomoh, dalam masyarakat saya ,atas sifat saya sebgi bomoh, bila saya beri pandangan dan buah fikiran mereka jarang menolak .
Oleh kerana orang tak kenal saya adalah seorang bomoh yang baik dan diakui hebat dengan izin Allah, saya nak beri nasihat atas sifat bomoh khususnya untuk bolasepak.
Cadangan saya:
- jangan asyik susukan kera di hutan
- jangan terlalu atau telebih berpolitik
- Sultan jaga Agama jaga negeri
- jangan suka bergaduh sesama sendiri
- guna akal fikiran dan banyak berfikir
- perlu ada perasaan malu walau pun dari jenis dan keturunan tak malu
- jngan ada pilih kasih
- pergi lah berehat kepada pemimpin kalau mata dah kabur,telinga pun dan kurang dengar,lutut pun dah sakit, fikiran pun sering pelupa.
Nasihat saya ini hanya kepada pelanggan saya yang pernah berurusan kalau diserang penyakit fikiran kacau,yang dikacau virus DKAJ sahaja.
Actually we need to go back to basic if we really want to improve our football.
Let's make every housing estate have their own league. From there, we can make district league....sure it take 10 years down to road to improve national level.
Salam DAKJ
Cakap-cakap bola
Tahniah Harimau Muda kerana dapat menundukkan Loas 4-1. Hazman, anak kelahiran Labuan, WP, seorang lagi anak muda dari Borneo melakukan hatrick. Midfield juga hidup selepas kemasukan Nazmi Faiz. Beliau juga nampak lebih rajin dan banyak idea.
Kejayaan tersebut menjadi lebih manis lagi apabila disaksikan sendiri oleh YB muda kita iaitu tidak lain tidak bukan Sdr Khairi Jamaluddin di stadium. Memang rajin betul YB muda kita ni. Tak kenal erti penat, ke sana ke sini memerhatikan atlet-atlet kita. Syabas YB.
Kepada Sdr Kampungman, saya sokong Arsenal. Malam ni, Arsenal vs Manchester City. Harap-harap Arsenal menang. tapi takut juga sebab Aquiro sedang on form, sama macam Suarez Liverpool. Sekian TQ.
Salam DAKJ
Cakap cakap bola II
Saya sokong Arsenal sebab ramai org Islam di kawasan tersebut terutamanya di Finsburry Park. Ada masjid dan jemaahnya pun boleh tahan juga ramainya. Alhamdulillah.
Satu lagi, saya sokong Barcelona sebab ada Neymar dan Messi. Skill Neymar macam Ronaldo (Brazil) sebelum injured ACL (anterior cruciate ligament). Cuma beliau perlukan masa utk keyakinan diri sebelum betul betul menyinar di Sepanyol. Apabila berada di Nuo Camp Stadium, mestilah lebih berhati-hati. Saya sendiri pernah kena pickpocket w/pun sudah berhati-hati dekat situ. Ianya terjadi kerana saya ingin menolong org ambil gambarnya berlatar belakangkan stadium. Rupanya, nak mencuri. Dunia! Dunia!!!!
Nasihat saya, jangan sesekali tolong orang ambil gambar semasa di perantauan. Sekian TQ.
Aslkum Dakj
Alangkah bahagianya hidup di dunia ni kalau Allah anugerah kuasa luar biasa pd bomoh.
Bomoh tolak hujan. Bomoh sukan. Bomoh pemanis. Bomoh penguat nafsu. Bomoh tundukkan suami atau isteri. Bomoh tundukksn org bawah mau pun bos.Bomoh pikat wanita.Bomoh santau. Bomoh batu cincin . Dan bomoh ibu duit sebab nak jadi kaya.
Kalau ada bomoh yg boleh santau pemimpin Amerika dan Yahudi yg tindas Palastin, alangkah bahagia.
Tanya bomoh majoriti mengaku beres. Bila terdesak ramai berhabis hatta nyawa boleh terbang bila dikerat 19.
Kecuali yg dah tersohor spt ust Harun Din, berhati2lah bila berurusan dgn bomoh termasuklah yg mendakwa perubatan Islam.
Setahun dua lagi kita jugak harus berhati2 dgn doktor yg dilahirkan oleh universiti swasta kepunyaan kroni yg dibimbangi kualitinya.
Salam Dato,
Sebenarnya dalam bomoh-membomoh ni bukan sahaja dalam dunia bolasepak dalam dunia politik pun sama.
Khabarnya dalam pertandingan jawatan tertinggi UMNO pun macam-macam bomoh digunakan(ada yang panggil konsultan) toksami siam, toksami kerala, toksami monggolia, toksami hindu-jawa digunakan untuk mendapat kemenangan walaupun dengan majoriti 41 undi...kira menang juga.
Ada juga yang istihar menang dengan majoriti 47%.
Loqlaq punya joke. Tapi saya tergelak sorang sorang. Baguih punya haria.
Din,
Lets us refresh the memory of these folks including the self proclaimed western (ahem ahem) educated Kampung Man who perhaps got a degree from Soho, London. Hahahaha! Mona Fandey murdering BATU TALAM UMNO tip top assemblyman.
http://murderpedia.org/female.F/f/fandey-mona.htm
It happened under Madhater's rule. In fact, many things happened. Including one cheap minister from malacca committed statutory rape. It's extremely sad that one cinapek got to come to rescue a melayu.....So much for bangsa, agama & negara.
In 1993, one state assemblyman can pay Mona M$500K as deposit & has given her 10 land titles costing M$2million. OMG! So much for lowly paid, altruistic politicians.....All happened under Madhater's rule. Who was the Menteri Besar of Pahang then......Hahahaha.....Hahahaha
I rest my case......wakakakaka......wakakaka.....Inilah UMNO......No wonder the melayu singapura just buang UMNO dalam tong sampah
Aslkum Dakj
Sdr looes74
Umumnya, tanpa menyebut mana2 parti politik Melayu, mereka yang kuat iman tidak akan percaya bomoh.
Saya sering dengar dari teman2 kaum India, nampaknya bomoh Melayu , Jawa dan Siam tak berapa laku.
Bomoh Hindu yg diimport khas dari India dikatakan keluar masuk istana. Kerana konon lebih dipercayai dan mujarab bukan saja menundukkan perbuatan tak baik pihak lawan tapi menjinak suami2 .
Setakat yg ssya tau belum ada bomoh yg boleh hidup tak mati2.
Gamaknya pengarah dan promoter syarikat skim cepat kaya Geneva Gold yg sedang bersilat dgn pihak BANK NEGARA MALAYSIA KERANA MENGELAPKAN BRRBILLION RGT JUGAK PAKAI BOMOH.
Terimakasih pd OKJ kerana tips yg berguna. Kalau di Rome , tour guide dan pekedai kecil pun kaki penipu.
Kalau di Florence ok.
Salam Dato..
Salam semua.
Topik: Pemuda as Pressure Group..
Lupakan sajalah...tak akan jadi pun..
Betul Dato..dulu zaman Dato Harun..Sy Albar...Suhami..adalah nampak peranan Pemuda..
Sekarang..apanya? Sy tak nampak apa2 pun. Tambah2 KJ dah jadi Menteri dan dah dlm 'Inner Circle'....kita pun tahun Agenda politik dia...apa perlu dia bersusah payah?..sy tak nampak yg dia akan dan sanggup mengadaikan Agenda Diri untuk kerja2 ini..PG..dan 'sacrifice' Agenda BESAR untuk menjadi Naib dan Tim Periseden ....sy mungkin agak Pesimis tentang ini tapi sabenarnya sy tak nampak apa2 yg HEBAT yg telah dia lakukan.
Pokoknya,.Umno tetap sama...salepas hampir 60 Merdeka...masih gagal Dlm Banyak Perkara.
Salah satu nya... Menaikan Taraf Ekonomi Melayu...sy kira org Melayu masih lagi jaaauhhh ketinggalan dan Kemiskinan masih Menghantui Melayu...jurang ekonomi bumiputra dan Cina....saperti langit dan Bumi..DEB SALEPAS MEI 13 masih lagi tidak mencapai sasaran nya...yg sy faham...30% dari sasaran yg diletakan masih tidak kesampaian.
Kemiskinan org Melayu masih dan memang Ujud..hingga ada istilah 'Hard core dan Urban Poor'..
Muhibbah yg dilaung2kan itu pun gagal...org Cina dgn cara mereka orn Melayu dgn cara mereka.
Ini tentulah hasil dari kerja Umno..kerana Umno adalah Parti Teras BN..
Sebaliknya...Melayu Akar Umbi masih menanggis dlm diam...Nama Tanah Melayu...hidup jais pagi makan pagi..
DARI SATU PAU KE SATU PAU.KESATU PAU....APAYG BANGSA SENDIRI DAPAT????
Post a Comment