A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google
Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
BILA pegawai kerajaan belanja peruntukan yang
ditujukan kepada kanak-kanak kurang zat makanan untuk jamuan pejabat, apa lagi
yang kita boleh kata?
Apatah lagi perkara bedebah itu
dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan diamanahkan menjaga peruntukan tersebut. Jangan bimbang, Menteri akan beri seribu alasan. Perkara biasa kan?
Kita tahu perkhidmatan awam Malaysia bukan kelas dunia. Tetapi kita tidaklah menjangka yang ianya seteruk itu.
Apa sudah jadi dengan
perkhidmatan awam Malaysia? Apa sudah jadi dengan pegawai kerajaan Malaysia?
Tetapi itulah antara pelbagai
musibah dan keburukan yang didedahkan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan 2013 yang
dikeluarkan semalam.
Terima kasih kepada akhbar The
Star kerana memukadepankan penemuan itu.
Inilah yang menyebabkan rakyat jelata
makin kritikal terhadap pentadbiran negara. Betullah kata orang dulu kala, bapa
borek anak rintik.
Itu jugalah sebabnya rakyat
jelata semakin keberatan membayar cukai. Sedangkan buat sekian lama rakyat
jelata Malaysia adalah antara yang paling setia membayar cukai.
Yang liat bayar cukai adalah tauke-tauke,
pengimport dan pengeksport. Macam-macam helah dan kaedah mereka guna untuk elak
cukai, termasuk menipu dan merasuah.
Rakyat tidak bantah GST seperti
mereka tidak bantah cukai jualan dan perkhidmatan. Yang mereka bantah adalah
pembaziran, pemborosan, salah guna wang negara dan ketidakcekapan.
The Star turut memetik laporan
Ketua Juruaudit Negara mengenai kelewatan 18 bulan menyiapkan kompleks mahkamah
di Kuantan yang menyebabkan kosnya meningkat RM19 juta dan mesin roti RM1.2
juta untuk Jabatan Penjara disimpan di tempat letak kereta.
Ada Skandal Lebih Besar
Itu cerita tahi gigi kalau
dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2
yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda
- daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Kontrak utamanya diberikan
kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah
Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan
MCA. Pengerusinya, Wong Foon Meng adalah bekas Setiausaha Agung MCA dan Speaker
Dewan Negara.
Tidak hairanlah kalau pelanggan
utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan
keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini. Media massa, antara
lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.
Dalam suasana di mana negara
kita dilanda bala (ujian) demi bala – daripada kejadian alam (kemarau, jerebu
dan kekurangan air) kepada kehilangan kapal terbang dan penculikan pelancong –
kita wajib berhati-hati sebelum membuka KLIA2.
Ada orang kata bukan bala lagi,
tapi sudah sampai peringkat pembalasan.
Bayangkan apa akan terjadi
kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah
teknikal besar di terminal baru itu.
Kita wajib ingat, hari ini genaplah sebulan
kehilangan misteri pesawat MH370 dan kalau tidak kerana bantuan negara-negara
sahabat, kita masih ternganga dan terpinga.
Wajib Siasat Kelewatan KLIA2
Kembali kepada kontroversi
KLIA2, saya masih ingat betapa sukarnya memindahkan operasi dari Lapangan
Terbang Subang ke KLIA pada tahun 1998.
Kebetulan saya tiba dengan
penerbangan pertama Cathay Pacific dari Hong Kong di KLIA pada hari pertama
operasinya.
Kita mengalami kelewatan yang
panjang untuk keluar dari pesawat dan mengambil bagasi. Saya menulis mengenai
pengalaman saya itu dan disindir pada hari berikutnya sebagai tidak patriotik.
Dalam hal kelewatan dan
pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas
dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan,
Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor
utama.
Mesti ada pihak yang tidak
cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku
kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan.
Kita tidak memilih kerajaan,
membayar cukai dan mematuhi undang-undang untuk diperkotak-katikkan oleh orang
yang kita beri mandat dan kepercayaan. Barang dijauhkan malapetaka dan musibah seterusnya.
41 comments:
Salam Dato,
Tak letih dan tak penat ka PM dengar,tenguk dan menjadi kepala DAN SEBAHAGIAN kepada semua hal hal begini?
Kalau ikut aku, mahu aku kerat tangan mereka mereka yang mencuri ni.
Abu Bakar Ab Rahman
Kita sudah diiktiraf Pakar dalam 'menghilangkan' sesuatu yg tidak logik.
Salam Datuk
Saya rasa Anugerah Wartawan yang bakal disampaikan oleh TPM sedikit masa lagi dapat menyenaraikan Datuk selaku Wartawan Blog yang paling aktif. Itu pun kalau ada kategori tersebut, kalau tiada memadailah dengan legasi yang ditinggal oleh Blog ini sebagai santapan minda rakyat. Berbalik kepada isu ketirisan dan korupsi di dalam perkhidmatan awam memang ada kebenaran, tetapi isu pokok yang perlu diselesaikan adalah dasar dan sistem itu sendiri. Pada hemat saya peranan Jabatan Audit Negara saban tahun amatlah menggemparkan perlimen dan rakyat marhaen kebanyakan tetapi saya melihat tiada apa-apa pengajaran yang diambil oleh Kerajaan sedia ada bagi memastikan perkara yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit tidak berulang kembali. Negara ini penuh dengan sistem dan undang2 tapi siapa yang melaksanakan nya? kecelaruan yang timbul pada dewasa ini Kerajaan sedia ada bercita besar untuk melaksanakan semua program dalam satu masa seolah olah esok dunia akan kiamat. Bila kabinet baru ditubuhkan program lama dilupuskan bermulalah program baru yang menambahkan kos dan wang pembayar cukai. Saya percaya kegagalan Kerajaan sedia ada menangani isu Audit ini akan memberi kesan dan memberi impak kepada Pembayar Cukai yang melihat Kerajaan Melayu sedia ada memperkuda mereka dan seterusnya mereka akan cuba memboikot atau mengelak cukai. Siapakah Kerajaan Melayu itu? dan siapakah Majoriti Pembayar Cukai itu? Jawapannya ada pada laporan akhbar di atas.
Elok bagi khalid ibrahim sahaja jadi menteri kewangan
Salam Datuk,
Bagi kami segelintir golongan Melayu kelas menengah yang bekerja di syarikat swasta, cerita2 sebegini amat mengecewakan. Imej kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu akan lebih teruk. Kesan nya, kaum2 lain akan berdendam dan berfikiran bahawa hasil titik peluh mereka yang di kutip cukai telah disalah guna kan orang Melayu.
Sedarkah si penyalahguna bahawa mereka adalah juga petualang yang merosakkan masa depan orang Melayu? Bukan semua kami bekerja dengan syarikat minyak kerajaan. Bukan semua kami hidup selesa sebagai consultant2 yang mendapat projek2 kerajaan. Bukan semua kami ada cable politik atau kawan untuk projek lumayan dan peluang kerja mudah untuk anak2.
Kami bekerja berhempas pulas seperti orang lain. Bersaing bersama2 mereka. Hasil kerja kami juga dikutip cukai seperti mereka.
Harapan kami cuma satu. Agar akan ada generasi baru pekerja Melayu yang akan meningkat dan berjaya di sektor swasta. Tapi sedarkah petualang2 ini berapa ramai graduan Melayu yang berjaya melepasi temuduga di syarikat2 swasta sekarang ini? Sebelum kita menyalahkan kaum lain kerana tidak mengambil anak2 kita bekerja, kita patut cermin kan dulu diri kita. Adakah kita sendiri berlaku adil?
Dato.
Laporan Ketua Odit Negara kali ini seperti juga tahun-tahun yang lalu.
Kandungannya sama.Memberi jawapan dimana HORA dan JOLI wang rakyat masih cenerlang dikalangan pegawai kerajaan.
Yang Hora dan Joli bukan sekupang dua.
Kenapa masih disimpan pegawai yang begini rupa.
Hari ini Laporan Ketua Odit Negara sudah menjadi cerita rakyat dimana-mana.
Kalau Menteri KSU pun macam ketam berjalan.Macamana anak-anak ketam nak berjalan ikut undang-undang.
Marilah ramai-ramai kita dapatkan buku laporan Ketua Odit negara ini.
Kita buat satu bengkel kupasan hora dan joli wang rakyat.
Terima kasih Datp.
Itulah yang sedihnya.
Melayu mengejar form over substance dalam islam. Dan kalau boleh halalkan yang haram. I rate this as memakan harta anak yatim; yang dosanya sudah ramai faham.
Kes macam ni takkan kena hadap ke mahkamah. Curi roti untuk anak, intellectual discussion pasal agama dan lafaz cerai bukan depan mahkamah syariah semua diperbesarkan.
Untuk pegawai kerajaan, saya haramkan duit tax yang saya bayar jika anda tak jalankan tugas anda sebaik2nya.
Salam Dato’ Kadir
Prinsip sayalah, yg betul kita puji, yg salah kita kritik. Sebab itulah saya sesekali menghentam Dato’ bila memburukkan kerajaan, itupun JIKA tidak kena pada tempatnya. Tapi kali ini, saya bersetuju dgn Dato’ yg kakitangan kerajaan kenalah lebih minat buat kerja masing-masing.
Izinkan saya membuat sedikit teguran dari pengalaman. Pertamanya, masa saya mula buka business dulu, saya ada cuba buat pinjaman dgn GLC kerajaan. Saya dikehandaki membayar dekat RM10,000 utk lawyer, buka acc. bank dan perbelanjaan lain. Alih-alih, saya dapat surat mengatakan pinjaman tak diluluskan setelah habis dekat RM10K. Sedih rasa hati ketika itu sebab ingatkan kerajaan betul-betul nak menolong orang Melayu….. Sekurang-kurangnya, tak payahlah suruh bayar macam-macam dulu kalau memang tak nak bagi pinjam.
Kemudian saya meminta pinjawan dari syarikat swasta. Tak sampai seminggu, pinjaman diluluskan dan saya pun dapat memulakan business. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. W/pun business saya kecil, tapi atas semangat t/j sebagai warganegara, saya membayar tax. Bukannya seribu dua tetapi lima angka sebulan. Jadinya, bila kita bayar banyak (bagi sayalah), kita mengharapkan service sekurang-kurangnya 5 star.
Tapi hampas. Bila berurusan dgn kerajaan, kena expect 5 hingga 6 bulan baru siap. Hantar bulan 10, ketua pengarah sain bulan 11, tapi cuma dapat balik pertengahan bulan 3 tahun berikutnya. Kerja apa macam ni gaya !!!!!!!!!! Itu baru satu contoh. Kalau ikutkan hati, kenapa saya sibuk nak sokong kerajaan. Itupun kena fitnah macam macam, kata saya kaki bodek PMlah, dibayarlah dan sebagainya.
Akhir kata, saya ni ahli UMNO cabuk je. Sebab itulah tak layak sebenarnya nak berjumpa Dato’ Kadir secara personal. sebab, saya tak ada kepentingan apa-apa pun dlm kerajaan dan parti. Sekian TQ.
Dato
Selagimana kita tidak saksikan si bedebah -bedebah ini di hukum oleh pihak yang berwajib...maka perbuatan yang di kutuk ini akan berlanjutan hingga hari kiamat..ini kerana kepala pemerintah yang amat-amat lemah..musibah yang Allah kenakan kita semua akan menanggungnya...yang paling durjana sekali pelaku-pelaku ini berugama Islam...seksaan Allah tidak ada dalam kamus kehidupan mereka..ini lah akibatnya..wallahuaalam....
Dato,
Artikel yang menarik, rakyat Malaysia harus bersikap kritikal terhadap isu korupsi.
Kita tidak boleh toleren salah guna peruntukan dana. Tapi ini seperti biasa dalam kerajaan yang dipimpin kerajaan yang mendapat mandat kurang daripada undi popular, walaupun laporan ketua audit negara bertahun-tahun dedah salah guna kuasa dalam kerajaan.
Kononnya dedahan tidak ada implikasi langsung ataupun sudah masuk file NFA.
Rakyat juga warisi Peguam negara yang sering kalah kes guaman.
Isu Patriotik
Patrotik kepada negara, wajib sebagai rakyat Malaysia
Tetapi,
Kritikal terhahap korupsi pemerintah 'parti politik' yang memimpin agensi kerajaan bukan tidak berpatriotik
Fikir fikirkan lah..
Salam takzim, DAKJ.
Pada pendapat saya sEmua ini bernula dari PUNCA nya:
1. Pegawai KURANG LAYAK atau TAK LAYAK duduk di tempatnya.
2. Pemilihan PEGAWAI berdasarkan KRONI bukan KEBOLEHAN.
3. SO kerajaan terlalu longgar .
4. Tiada pengawasan teliti dari pihak atasan.
5. SPRM lena di buai mimpi dengan lagu 'SELASIHKU SAYANG' myamyian Arwah Datuk Ahmad Jais (atau SPRM perlukan satu SPRM yang bertul betul tulin untuk mengawasi mereka.
Kalau di ikut an banyak lagi yang tak betul. Tapi afa nak di kata .
CEMPEDAK DAH JADI NANGKA.
Lantaklah !! SI LUNCAI TERJUAN DENGAN LABU-LABU NYA !!
Dan rakyat ramai berkata:
BIARKAN !! BIARKAN !!
Salam Dato,
Syabas kerana menulis tentang gejala rasuah dimana sejak 10-20 tahun kebelakangan ini gejala rasuah nampaknya semakin serious serta tiada akan nampak berkesudahan. Bermula peringkat yang paling bawah iaitu dari peringkat JKK hinggalah ketua2 kerajaan yang semuanya pelahap2 yang tidak pernah kenyang2.
"Jangan sekali2 ambil hak kepunyaan orang lain...biar kita miskin harta asalkan jangan miskin hati... bila kita dah mula makan rasuah amat susah nak berhenti... tak sama macam tabiat merokok, arak, judi dan perempuan, ketagihan rasuah tiada HAND-BRAKE... penyakit ini biasanya berterusan hingga kesaat hari kematiannya". Ini lah pesan dan nasehat yang diungkapkan oleh bapa saya sewaktu saya mula2 menjawat jawatan sebagai Pengurus disalah sebuah institusi kewangan di akhir tahun 80an ketika dulu.
Alhamdulillah walaupun telah bersara, kini rezeki masih lagi mengalir tak putus2 (rezeki harta, rezeki anak bini, rezeki kesihatan yang baik...etc)
Semuga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menempatkan arwah bapa saya (kini genap 2 tahun menjadi arwah) kerana telah menurunkan ilmu yang tidak terkira nilainya kepada zuriat2 beliau. Insya Allah Aminn...
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Perkara salahguna peruntukan yang dilapurkan Audit Negara bukan perkara baru.Hanya sekarang ia menunjol kerana ada orang yang sanggup mendedahkannya untuk pengetahuan dan perbincangan umum. Sebelum ini walaupun ada yang mengetahuinya tiada yang mahu membincangnya kerana takut di tuduh sebabai anti national.
Untuk menyelesaikan perkara ini mudah sahaja.Pertama kita hendaklah ikhlas dan hormat menghormati sesama kita. Sebabagai contoh kita hendaklah menghormati the Chair dan segala peraturan yang ada. Saya percaya kita memang ada peraturan yang sungguh baik dimana lain-lain negara pernah mengambilnya sebagai contoh.Yang penting adalah mengamalkannya dan tidak sebagai perhiasan sahaja.
Yang salah tetap salah dimana rakyat atau ahli parlimen boleh membuat lapuran supaya tindakan dapat diambil kepada pesalah tidak kira samada mereka ada pelindung atau tidak.Masalah besar sekarang semuanya berlalu sahaja dengan tiada sesiapa menimbulkan perkara berbangkit selepas sesuatu kejadian.
Kita bantulah YAB PM mengambil tidakan untuk memperkemaskan pentadbiran Negara dengan memberi input bagaimana membetulkan penyelewangan ,jika berlaku.Sebagai contoh kos projek berganda tidak berlaku sekiranya amalan berikut dilakukan. Misti ada need statement dari pihak yang memerlukan sesuatu projek . Lepas itu misti ada pihak mengkaji kewajaran butiran yang diminta itu untuk menentukan tiada termasuk perkara yang nice to have but not essential.Jika ini diamalkan mudah kita menangkap orang yang mengambil kesempatan dari sesuatu projek.
Sebagai seorang Islam kita tidak boleh berputus asa. Kita maju kehadapan dan berbuat apa sahaja tidak kira kecil atau besar tegur meneggur sesama kita dengan kebenaran dan kesabaran.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Dato.
BN/UMNO bernasib baik kerana pemimpin pembangkang seperti Hadi.Mat Sabu dan Anwar kurang cerdik.
Laporan Odit Negara macam ular lidi saja bukan ada bisa.
Harap-harap pemim[in pembangkang bagilah cerdik sikit.
Tahun depan punya Laporan Ketua Odit pun serupa jugalah.
Tindakan tin kosong.
Bosan dengan laporan tanpa tindakan.
Terima kasih Dato.
Dato’
Kalau dalam syarikat korporat, pengurus eksekutif cukup takut dengan audit. Takut-takut kalau bajet peruntukan yang dirancang awal tahun tidak dibelanjakan dengan betul.
Kalau nak banding dengan bajet kerajaan, peruntukkan untuk pembangunan negara “Nation Building” nampaknya tidak diambil serious.
Kalau diingat semula, tahun dahulu bila diaudit, bajet lembu lari beli kondo. Tahun sesudahnya, bajet beli jam dinding pejabat harga RM3000 satu, dan harga peralatan pejabat yang bukan-bukan. Tahun ini, daripada media massa, bajet kanak-kanak miskin kurang zat pula.
Antara respon kerajaan adalah Putrajaya cadang tubuh satu lagi panel untuk mengkaji semula keputusan PAC yang sudah pun bebas. Mungkin terlalu bebas agaknya.
Pada pandangan saya, kita sudah lebih setengah abad merdeka dan ekspektasi rakyat adalah kerajaan yang sudah matang lebih setengah abad mengendalikan bajet.
Mengenai KLIA2 dan Air Asia,
Saya terbaca yang Tony Fernandez membeli Air Asia dari DRB Hicom dengan harga RM1.00 (Satu ringgit) dan beban hutang RM40 juta.
Daripada syarikat yang berhutang , Air Asia bermula dapat keuntungan pada tahun 2002 dan sekarang ini menjadi syarikat penerbangan yang terkenal.
Antara ciri tarikan utama Air Asia adalah kos penerbangan yang rendah dan servis yang baik.
Air Asia boleh mengurangkan kos penerbangan sehinggakan berapa kali ganda dari pesawat penerbangan lain.
Malangnya, harapan Air Asia supaya kos lapangan terbang dapat dikurangkan dan harga tiket kekal “competitive” mungkin tidak tercapai kerana kos buat lapangan terbang naik dua kali ganda dari 2 billion menjadi 4 billion.
Kemungkinan besar, para pengguna lapangan terbang terpaksa membayar harga “airport tax” yang lebih tinggi dan harga tiket tidak lagi kompetetif.
Inilah yang kerap terjadi sekiranya meletakkan harapan dengan kerajaan.Selalunya harapan tinggal harapan.
Janji Ditepati
Salam Dakj,
; Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.
Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan. ;
Berdasarkan lapuran media, kontraktor utama Turnkey mengadu kos meningkat dan lambat siap disebabkan ada kerja2 pengubahsuaian tambahan diarahkan oleh MAHB yang agak lewat. Namun, tidak dihuraikan dengan terperinci apa perubahan tambahannya.
Saya kuatihir ada perubahan rekabentuk arkitek dan kejuruteraan
yang luarbiasa menyebabkan kos pembinaan meningkat dan lewat siap, seperti yang berlaku terhadap projek Bangunan MATRADE dulu.
Jika tidak, ada kemungkinan konsultant2 kontraktor utama Turnkey lambat menyiapkan lukisan pembinaan masing2 untuk keperluan kontraktor utama Turknkey mendapatkan harga subkontrak daripada subkontraktor2nya, atau pembayaran pendahuluan dan progress lambat dibayar kepada subkontraktornya.
SAJI
Mengapa setiap tahun ada dan setiap tahun jugalah para pelaku DIPERTAHANKAN dari diambil tindakan. Ada saja suara-suara yang membuat justifikasi seperti tahun lepas: bukannya sengaja membeli komputer RM40,000 (10x harga pasaran) cuma tidak pandai membeli sahaja, ini tidak boleh diambil tindakan.
Tidak pandai membeli tapi dibenarkan membeli juga perlu diambil tindakan! Sekurang-kurangnya tendang dia dari jawatan dan beri kepada yang "pandai" membeli!
Ini tidak, asalkan ada jawatan dalam parti tertentu, ada kabel, maka semua tindakan dihalalkan. Malah ibaratnya digalakkan membuat onar lagi. Spare the rod, spoil the child.
Inilah akibat kegagalan pemikiran kita memisahkan parti dan kerajaan. Asalkan ada perkara melibatkan orang kerajaan, cepat saja mempertahan, walhal jika difikirkan orang-orang ini bukanlah menolong kerajaan malah musuh kerajaan dan negara apabila mengkhianati tugas dan amanahnya demi ringgit dan tunai.
kalau maalaikat sekali pun jadi perdana menteri atau menteri, tidak akan dapat menyelesaikan masalah rasuah ini ...the whole system is already corrupted ... itu duit kerajaan, tak nampak sangat kaitan dengan dosa pahalanya ... cuba tanya tentang duit "ZAKAT", apa jawapannya...???
Rasuah punca KLIA 2 lewat
Tahniah, Syabas JAN!
Syabas dan tahniah kepada pihak Jabatan Audit Negara (JAN) yang lebih berani dan telus dalam melaporkan penemuan-penemuan kepada masyarakat umum. Ruang seluas-luasnya telah diberikan kepada JAN untuk membentangkan laporannya dengan lebih kerap dalam sidang Parlimen, yang sebelum ini amat terhad.
Ini semua adalah hasil daripada pendekatan kerajaan untuk dilihat lebih telus dan bertanggungjawab dan yang menghairankan mengapa Datuk Kadir tidak dapat melihat perubahan sebegini dan Datuk perlulah sabar dan tunggu dan kalau hendak kritik pun, lihatlah dahulu laporan terperinci hasil siasatan ke atas isu kelewatan dan lebihan bajet dalam pembangunan KLIA2.
Ia Seorang Wartawan Yang Kritikal?
Baru-baru ini nampaknya Datuk Kadir ini macam bersemangat betul untuk mengkritik kerajaan.
Cuba kita tinjau dan lihat dua contoh berikut:-
(1) Tun Mahathir yang baru berkhidmat selama 6 bulan telah buat renovasi rumah kediaman rasminya dengan lebihan belanja yang agak besar dari bajet dan telah menjadi isu di Parlimen. Selepas tertekan dengan desakan Lim Kit Siang, rayuan beliau untuk meminta padangan rakyat bagi membolehkannya masuk ke rumah kediaman rasminya tersebut telah terpapar sebagai tajuk utama di akhbar tempatan ketika itu.
(2) Isu hangat PKZ mula-mula tercetus dan menjadi isu rakyat.
Di mana agaknya Datuk Kadir ketika itu?
Adakah ketika itu tidak berminat untuk menjadi jaguh handal menjaga duit rakyat ataupun berperasaan segan dan sibuk mengintai projek penswataan Berita Publishing? ataupun sibuk dengan idea untuk tanam padi di bumbung-bumbung rumah di Kedah?
Betul juga kata orang dulu kala, bila dah suka yang hodoh pun dilihat cantik.
Pembalasan atau Musibah?
Kita semua tiada ilmu untuk menentukan sesuatu kejadian itu adalah pembalasan atau musibah. Elok kita berdoa agar semua yang berlaku akan menyediakan ruang dan peluang kepada pihak kerajaan memperbaiki dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih efisen dan efektif di masa hadapan, in shaa Allah.
Liat Membayar Cukai?
Rakyat jelata sudah dari dahulu lagi memang liat nak bayar cukai dan menurut LHDN, terdapat lebih kurang 5 juta orang dalam negara ini yang sepatutnya membayar cukai tetapi hanya 1.7 juta sahaja yang aktif membayar cukai.
Maaf dan terima kasih.
Datuk AKJ,
1. Di kedudukkan 53/177 (CPI) kita lebih baik (bersih?) dari Indonesia, Bangladesh, India, China, Myanmar, Thailand, Amerika Latin.
2. Bagaimanapun, kita yang mendabik dada sebagai 'Negara Islam Contoh' di mana majoriti penjawat awam adalah orang Melayu/Islam tidak sepatutnya berada pada kedudukkan itu.
3.Jangan malu belajar dengan jiran kita Singapura (5/177) (negara bukan Islam)cara mencegah/menghapuskanrasuah!
4. Saudara-saudara yang tidak berapa suka dengan PAS jangan marah dan harap bersabar - "Setahu saya tidak ada lagi pemimpin parti itu di Kelantan disabitkan dengan rasuah walaupun sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Belajar juga daripada mereka kaedah mencegah/menghapuskan rasuah."
Dato.
Media macam utusan BH mana beri tumpuan isu ini.
Terima kasih Dato.
wajib pisah BN UMNO dengan kerajaan...parti pemerintah dan kerajaan adalah sama tapi tak serupa...dalam kerajaan majoriti penyokong pembangkang lihat sahaja keputusan PRU 13 di putrajaya.....husam calon import pun boleh dapat undi 20000 penjawat awam????? menang pun sbb mereka terpaksa pangkah bn takut bayang2 sendiri......
dalam isu yg datuk utarakan saya lihat ia lebih kepada masalah manusia bukan masalah kerajaan....
untuk pastikan ia tidak berulang ada dua kaedah yg perlu ditambah baik iaiatu kaedah gannjaran dan kaedah hukuman....
pada penjawat awam(majoriti melayu) yg berjumlah 1.2-1.4 juta(jumlah yg amat besar) yg taat pada amanh kerjanya wajarlah diberi ganjaran dan siapa yg sibuk buat onar, main facebook sebar dakyah bukan2 eloklah dipecat serta merta tanpa pencen....
masalah paling besar malaysia adalah untuk keluar dari sentimen kesian seperti kes cikgu shalwati yg tidak dipecat dari oleh moe walaupun dipenjara di sweeden atas kesalahan ntah apa2....kalau kita mahukan profesionalisma yg tinggi termasuk untuk klia2 3 4 dan 10...kita perlu tegas dan profesional dan tidak boleh pilih2......
kita perlu tegas dan kenakan hukuman pecat pada penjawat awam(xpenah jadi lagi org gomen kena pecat sbb kesian org melayu).....tapi kalau kita nak maju itu sahaja caranya.....pecat je mereka yg guna dan makan dana kanak2 kurang zat samada secara langsung atau tidak....
wawasan 2020 terlalu jauh bukan sbb negara tapi sbb diri kita sendiri yg hanya bersikap mentaliti kelas keempat
Hahaha vagrant john.
Separuh dari pegawai kerajaan sokong PR. Ramai pegawai2 tinggi sokong PR.
Ini bukan issue parti politik memerintah, ini issue pegawai kerajaan yang memang korupt dan malas. Masalh kepimpinan, pekerja dan administration. JPA memang organisasi yang perlu di tukar dari atas ke bawah. Semua main kronism dan kenegerian. Sekarang ni lebih teruk, umur pencen sampai 60 tahun.
Kena buat VSS di kerajaan dan mulakan membuang pekerja malas. Semua ahli politik takut sebab takut hilang undi pekerja kerajaan; tak kira BN ataupun PR. Negeri2 PR semua ada masalah sama.
Banyak sangat main politik, sebab tu negara makin mundur dan kerajaan makin lembab.
Salam Dato',
Sefaham saya, kos meningkat daripada RM 2 bilion ke RM 4 bilion, dan tarikh pembukaan KLIA2 dipanjangkan ke akhir 2013 (pembukaan 2014 is the only extension requested) disebabkan skop projek yang berubah daripada kapasiti 30 mppa ke 45 mppa seperti yang diminta pihak AirAsia di waktu terakhir mengakibatkan perubahan rekabentuk dan anggaran ukur bahan, kos dan jangka masa yang besar.
Pohon maaf kalau fakta saya tak betul. Ada pihak yang telah quote Dato' dan saya rasa kasihan kepada rakan2 berpangkat sederhana saya di MAHB kerana penat dihentam secara dishonest oleh Tan Sri Tony.
salam dakj
kakitangan kerajaan perlu ditanam/di ajar/diberitahu didalam pemikiran mereka bahawa-
pekerja swasta dan sendiri jika tidak boleh buat kerja mereka diberhentikan,tiada kerja tiada gaji,tiada gaji tetap dan terjamin,tiada jaminan kerja sampai umur 60 tahun,tiada kemudahan tempat tinggal kuarters yang cantik,tiada faedah rawatan hospital,kadang-kadang tiada caruman kwsp,tiada socso dan banyak lagi.
mereka yang beryukur dan tahu serta kenal diri dapat membuat kerja dengan ikhlas dan bertangungjawab.
pasal klia2 saya rasa ia dibina terlalu tergesa-gesa sampai tidak dapat membuat perancangan yang baik dari segi kos dan plan serta masa pembinaanya.
Sdr Mohamad Hafiz Zolkifli,
1. Kalau pun Air Asia (AA) minta, wajibkah kerajaan dan MAHB akur sehingga kos berganda dan tempoh siap tergendala?
2. Kalau AA penting dan berpengaruh sangat, tidakkah ia dibawa berunding semasa projek dirancang?
3. Mana yang lebih utama, duit rakyat jelata dan imej negara atau permusuhan antara AA dan MAHB?
4. Adakah AA dan MAHB begitu hebat, bebas dan berpengaruh sehingga kerajaan tidak boleh camour tangan jadi pendamai?
5. Atau memang permusuhan itu sengaja dibiarkan supaya ada tempat meletakkan kesalahan apabila berlaku kepincangan dalam projek itu?
6. Tidak masuk akal macam mana variation order yang begitu besar dibenarkan sehingga menggandakan kos pembinaan boleh berlaku melainkan kerana perancangan yang hambar atau ada perkiraan lain di sebalik projek itu.
Terima kasih.
laporan audit negara = form filling exercise.
Terima kasih, Dato' atas penjelasan. Saya faham angle Dato' atas dasar project scope change should not have been approved or at least, rigourously challenged.
Saya khuatir yang dipersoalkan ialah integriti dan profesionalisme pihak teknikal dan project management setelah project scope change diluluskan.
I know a few good men there who earn an honest living and I hope you don't mind me putting up some defence on their behalf as I feel they take their work as a national duty.
Saudara Mohd Hafiz,
Komen Saudara,
Sefaham saya, kos meningkat daripada RM 2 bilion ke RM 4 bilion, dan tarikh pembukaan KLIA2 dipanjangkan ke akhir 2013 (pembukaan 2014 is the only extension requested) disebabkan skop projek yang berubah daripada kapasiti 30 mppa ke 45 mppa seperti yang diminta pihak AirAsia di waktu terakhir
Komen Saya,
Kapasiti Airport samada 30mppa (million passenger per annum) atau 45mppa adalah berdasarkan “projection” atau anggaran kapasiti penumpang untuk tahun-tahun yang berikutnya.
Faktor kapasiti lapangan terbang adalah faktor yang utama dalam pembinaan lapangan terbang. Persoalannya, adakah pengguna utama syarikat penerbangan seperti Air Asia, dll dibawa berbincang untuk menentukan kapasiti lapangan terbang?.
Kalau betul pun “projection” berubah dan Air Asia minta ditambah kapasiti dari 30mppa ke 45mppa, tambahan kapasiti adalah 50% tetapi kenaikkan kos adalah 100% iaitu Rm2billion ke RM4billion.
Perkara pokok dan utama adalah lapangan terbang KLIA2 yang dibina adalah untuk memberi sokongan kepada pesawat budget seperti Air Asia, Malido Air, Firefly dll yang mendapat sambutan yang baik dari pengguna.
Model perniagaan yang utama dalam industry “budget airline” adalah kos rendah. Oleh itu, lapangan terbang yang dibina tidak perlu taraf 5 bintang seperti mana KLIA sepang. Malang sekali kos bina KLIA sepang taraf 5 bintang 3.5 billion tetapi KLIA untuk penerbangan budget adalah RM4 billion iaitu lebih besar.
Ini akan menaikkan kos harga tiket kerana pengguna terpaksa bayar lebih “Airport Tax”.
Untuk pengetahuan saudara, menurut bacaan saya, Changi Airport Singapura, negara kecil jiran kita akan membina terminal baru yang dijangka siap 2017 dan dengan ini keseluruhan kapasiti airport Changi bertambah menjadi 80mppa.
Pembinaan lapangan terbang bukan sahaja untuk jangkamasa pendek tetapi untuk akan datang.
Mungkin panel PAC dapat mengambil perhatian perkara ini supaya sebab yang sebenar kenaikkan kos dan kelewatan dapat ditentukan.
Saya pernah ditemuduga oleh SPRM mengenai salahlaku bos saya di sebuah syarikat GLC. Walaupun terdapat bukti yg kukuh, disebabkan bos saya ini mempunyai kabel yg kuat, SPRM menggugurkan kes itu atas alasan 'it is not a crime to be stupid'.
Birds of same feather flock together.
Sdr raja2u
"Untuk menyelesaikan perkara ini mudah sahaja.Pertama kita hendaklah ikhlas dan hormat menghormati sesama kita. Sebabagai contoh kita hendaklah menghormati the Chair dan segala peraturan yang ada. Saya percaya kita memang ada peraturan yang sungguh baik dimana lain-lain negara pernah mengambilnya sebagai contoh.Yang penting adalah mengamalkannya dan tidak sebagai perhiasan sahaja.
Yang salah tetap salah dimana rakyat atau ahli parlimen boleh membuat lapuran supaya tindakan dapat diambil kepada pesalah tidak kira samada mereka ada pelindung atau tidak.Masalah besar sekarang semuanya berlalu sahaja dengan tiada sesiapa menimbulkan perkara berbangkit selepas sesuatu kejadian.
Kita bantulah YAB PM mengambil tidakan untuk memperkemaskan pentadbiran Negara dengan memberi input bagaimana membetulkan penyelewangan ,jika berlaku.Sebagai contoh kos projek berganda tidak berlaku sekiranya amalan berikut dilakukan. Misti ada need statement dari pihak yang memerlukan sesuatu projek . Lepas itu misti ada pihak mengkaji kewajaran butiran yang diminta itu untuk menentukan tiada termasuk perkara yang nice to have but not essential.Jika ini diamalkan mudah kita menangkap orang yang mengambil kesempatan dari sesuatu projek."
1. Seperti yang saya kata sebelum ini, saya banyak menulis mengkritik agensi2 kerjaan di media(UTUSAN khasnya) mengenai permasalahan projek kerajaan -lewat siap, lewat mula, terbengkali, roboh, retak dsb.di era 10 tahun terakhir PM TDMahathir dan PM TPakLah. Dan, ia saya lakukan dengan membuat kajian menyeluruh dari sudut kontrak pembinaan konvensional/Barat dan Islam sekaligus, termasuk satu kajian bersama dengan USM membabitkan dana Kerajaan selama 2 tahun. Makananya, saya sebagai orang Islam yang berilmu sudah berusaha membetulkan kerajaan dalam hal menyelesaikan permasalahan projeknya.
2. Pemilihan kontrak pembinaan Turnkey untuk Projek KLIA2 sesuai dengan tahap kompleksiti projek dan projek jenis tergesa2 untuk disiapkan atau dalam istilah kontrak dipanggil "fast track".
3. Cuma yang saya nampak, mengapa tidak dilantik PMC (project management consultant) seperti yang dilakukan oleh PETRONAS (bagi projek2 kerajaan yang dibiayainya) sebagai mewakili pihak MAHB bagi menyediakan "need statement" ( yang saya anggap MAHB tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan untuknya), di satu pihak, dan di pihak lain, melaksana keperluan menguatkuasa QA/QC bagi menyemak dan meluluskan reka bentuk konsep arkitek KLIA2, pelan kos QS dan lukiasan2 pembinaan semua konsualtant dan "shop drawings" kontraktor utama, disamping lain2 skop kerja konsultant dan kontraktor utama yang saya tidak perlu jelaskan?
SAJI
Assalamualaikum wbt pak Kadir
Kata kunci permasaalahan ini menurut saya adalah "PRINSIP" & "AMANAH".Jika dua perkataan itu menjadi motonya..Allhamdulillah akan makmur Negara kita..
Siapa yang perlu ambil tanggungjawab ini?, sudah barang tentu kita akan tuding jari kepada kerajaan, Tetapi adilkah itu?.
Bagi saya kerajaan buka kertas siasatan dan jangan ada pilih kasih, yang salah mesti bertanggungjawab.
Salam Dakj,
"Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.
Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan.
6. Tidak masuk akal macam mana variation order yang begitu besar dibenarkan sehingga menggandakan kos pembinaan boleh berlaku melainkan kerana perancangan yang hambar atau ada perkiraan lain di sebalik projek itu."
Berdasarkan pengalaman, memang wujud jenis kontraktor utama yang sengaja mencadangkan perubahan kerja tambahan /additional variation order itu dan ini bagi maksud untuk sama ada mengatasi kerugian besar yang bakal dialaminya atau mengurangkan kergian, mahupun menambah keuntungan.
SAJI
Sdr Muhamad Hafiz Zolkifli
"Sefaham saya, kos meningkat daripada RM 2 bilion ke RM 4 bilion, dan tarikh pembukaan KLIA2 dipanjangkan ke akhir 2013 (pembukaan 2014 is the only extension requested) disebabkan skop projek yang berubah daripada kapasiti 30 mppa ke 45 mppa seperti yang diminta pihak AirAsia di waktu terakhir mengakibatkan perubahan rekabentuk dan anggaran ukur bahan, kos dan jangka masa yang besar.
Pohon maaf kalau fakta saya tak betul. Ada pihak yang telah quote Dato' dan saya rasa kasihan kepada rakan2 berpangkat sederhana saya di MAHB "
Cara cepat untuk menentukan sama ada kos sesebuah projek itu terlalu mahal, mahal,biasa, murah dan terlalu murah ialah dengan menyemak /mengira harga sekaki atau semeter persegi bangunan iaitu kos projek dibahagikan dengan jumlah keluasan lantai, kemudian bandingkan dengan kos projek lain daripada kategori projek yang sama. Atau, bagi jalan dan landasan harga sekaki atau semeter panjang. Maksudnya, bukan dengan menyemak kapisiti mppanya.
SAJI
Sdr zainal abidin awang kecik,
Sdr zainal berkata"Rasuah 'punca' KLIA 2 lewat"
Bagimana jika saya kata pula, 'punca' KLIA lewat, kos meningkat berganda, landasan retak dan mendap dan apron retak ialah, hasil daripada penggunaan sistem kontrak pembinaan konvensional jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan Tempahan (Al-Istisna') membabitkan kontrak bentuk/form Turnkey yang, dari sudut muamalat Islam, tidak diharuskan oleh mazhab (kita) Shafiee', Hambali dan Maliki, atas hujah Temapahan sebagai kontrak pembinaan bukannya kontrak (mempunyai ikatan yang kuat dari segi perundangan), tetapi sekadar tanggungjawab melunaskan amanah.
Dan, berdasarkan hujah sepakat 3 mazhab Islam di atas, bagaimana jika saya gunakannya untuk berhujah bahawa, imam Shafiee', Hambali dan Hanafi berdasarkan usaha ijtihadnya yang mengasilkan hujah sepakat di atas itu seoleh2 sudah meramalkan bahawa, umat manusia di dunia ini dan yang Islam, khasnya semakin lama dan semakin moden semakin menjadi tidak amanah dalam melunaskan tanggunjawabnya!
SAJI
Tok Kadiak
Hang hari ini duk pong pang pong pang salahkan kerajaan pimpinan Umno pasai macam macam kecurangan yang berlaku dan para menteri kabinet semua dok diam saja.
Kalau dulu masa zaman Che Det hang bising, la ni benda macam ni tak akan jadi pasai semua orang boleh bersuara seperti mana amalan demokrasi.
Dulu time Che Det duk cantas orang yang suka bising lawan dia, hang duk senyap saja.
La ni baru hang nak bising... Dah terlambat Tok Kadiak.. yang kaki bising dulu tu semua dah pencen dok kat masjid.
la NI hang rasa la generesi yang ada dalam Umno semua duk diam sahaja...buat buat bodoh.... yang penting poket depa penuh.
Rasuah dan penyelewengan adalah dua kebejatan yang kita semua benci dan jijik sebagaimana kita (Melayu Islam) jijik pada babi. Namun kita secara sedar atau tidak telah menyumbang kepada suburnya dua kebejatan ini. Sementara jijiknya kita (Melayu Islam) kepada rasuah, penyelewengan dan babi tetap tidak berubah tetapi kita terus selesa dengan memberikan nama lain, misalnya politik wang, ketirisan, khinzir dan seumpamanya. Agaknya ini antara kefahaman kita kepada konsep penjenamaan semula.
Rasuah dan penyelewengan adalah dua kebejatan yang kita semua benci dan jijik sebagaimana kita (Melayu Islam) jijik pada babi. Namun kita secara sedar atau tidak telah menyumbang kepada suburnya dua kebejatan ini. Sementara jijiknya kita (Melayu Islam) kepada rasuah, penyelewengan dan babi tetap tidak berubah tetapi kita terus selesa dengan memberikan nama lain, misalnya politik wang, ketirisan, khinzir dan seumpamanya. Agaknya ini antara kefahaman kita kepada konsep penjenamaan semula.
Salam Dato.
Dlm sesetengah projek memang ada kos2 yg tidak diduga....menyebabkan apa yg di budget tidak mencukupi....Projek Mega saperti KLIA 2 pun tidak terkecuali....hingga terjadi apa yg dijatakan 'cost overrun'.. ini juga terjadi pd pembinaan 'Plus Highway' dan juga pd KLIA 1.....Lebuh Raya Pantai Timur 1 & 2 (Lpt 1 & 2).
DiNegara Luar pun 'cost overrun' dlm Projek2 Mega kerap terjadi....saperti pembinaan Terowong dlm laut merentasi English Channel...Pembinaan Jambatan2 dan terowong2 yg begitu banyak di Negara Cina ...projej Concord.....dll.
'Cost overrun kerap terjadi pd Projek pembinaan yg besar dan mengambil masa panjang untuk disiapkan saperti Infra struktur....bangunan.....empangan...dan projek IT sekali pun.
Kadang2 ianya bolih naik dari 5%, 15% hingga ke 100% dan ada yg hingga 150 atau 200% dari kos asal.
Sebab apa terjadi begini?
Banyak sebabnya.....perubahan .'exchange rate'....inflasi...harga minyak yg naik mendadak diseluruh dunia....harga besi yg naik 2 kali ganda....cuaca yg tidak membenarkan kerja2 dpt disiapkan mengikut jadual...dll..
Berbalik pd topik KLIA 2 yg kos dari RM 2 billion terus menjadi RM 4 billion..disini .....sy dgn penerangan yg secara umum cuma mahu sadetengah pembaca faham tentang konsep kos yg bolih naik atau melebihi dari kos asal dengan sikap yg lebih terbuka dan juga berpandangan adil terhadap kenapa semua ini terjadi.
Cuma kadang2 kalau nelebihi 50% hingga ketahap 100%....org ramai wajib dan perlu di beritahu sebabnya atas dasar 'transparency'.. ..
Sekadar memberi maklumat tentang kos yg naik berlipat ganda tanpa memberi sebab yg terperinci masih tidak memberi apa2 makna.
Maklumat yg terperinci dan segala apa yg menyebabkn kos naik nendadak hingga lari dari budget ini asal.....mesti didedahkan pd org ramai sebagai tanda kerajaan telus dan juga bukan disengajakan dan tidak ada unsur2 penyelewengan atau amalan rasuah atau pun memang semua kos telah dimanipulasikan atau pun ada elemen ketidakcekapan dlm mengendalikan projek.
Tetapi diMalaysia ini....perkara saperti kos2 pd projek kerajaan kelihatan sentiasa naik dgn cara yg agak pelik dan sukar difahami olih akal pula....ianya kelihatan kerap terjadi tanpa apa2 penjelasan yg munasabah....
Sy tidak mahu menyebut dgn lebih dlm kerana nanti kena disokong olih butiran dan lapuran yg sahih..
Tetapi telinga dan mata rakyat sentiasa saja di bisikan dan didedah dgn cerita2 sensasi tentang "mana pi duit lebih" projek itu.?...
"Pasai apa tak bagitau...yg projek tu memang harga dia RM4 billion tapi cuma cakap RM2billion"..
"Pasai apa ambik kontraktor 'kurap'buat projek besak mcm ni?....
"Awat tak dak kah cara lain naj buat"?
"Tak bolih tunggu dulu ka"?
"Dekat2 nak election ada saja projek yg kos naik"......
Ini yg selalu terjadi...org ramai bertanya......
Sebab Kerajaan nampak sukar sangat memberi maklumat dan lapuran yg jelas untuk rakyat memahami tentang justifikasi kos yg telah naik dan perlu dibelanjakan..
Penerangan begini mesti berani dilakukan olih Kerajaan... ...bak kata perpatah...'berani kerana benar".. .....kecuali jika ianya tidak benar.
Terima kasih.
orang umno tak percaya dengan laporan audit negara.
Mustahil audit negara bohong dan tipu.
Macam mana ketua audit negara boleh setuju dengan laporan laporan selama ini.
orang umno pernah kata tak betul tu, bohong tu. tipu.
mana mungkin barang harga RM 10 boleh jadi RM100.
Inilah yang pernah saya dengar kata kata yang keluar dari kebanyakan mulut orang umno.
Post a Comment