A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
BERJUMPA pembahas msh
dalam perjalanan ke Masjid Damansara Utama untuk solat Jumaat semalam. Terima kasih
kerana memperkenalkan diri.
Saya faham sentimen saudara
terhadap Dyana Sofya, calon DAP yang tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Teluk Intan seminggu lalu.
Tetapi saudara perlu juga
mendalami mengapa pemuda- pemudi Melayu kini menyertai DAP dan bergerak cergas
tanpa selindung.
Adakah mereka menyertai DAP
kerana mereka tertarik dengan apa yang DAP perjuangkan atau mereka menolak Umno
kerana muak dengan apa yang berlaku kepada mereka dan di sekeliling mereka.
Cuba selidik berapa ramai lulusan IPT sekarang menganggur?
Faktor tarik (pull) dan tolak
(push) adalah asas kepada cara seseorang membuat pilihan dan keputusan. Saudara
mengaku menyokong Umno, tetapi kecewa dengan kepemimpinannya.
Kelohan Tok Him Perkasa
SMS Ibrahim Ali aka Tok Him dari
UK: “Salam. Alhamdulillah, majlis Peresmian Perkasa UK&Europe pd 31bh
Mei mendapat sambutan luar biasa. Hampir 200 org hadzir termasuk dari France,
Belgium, Germany dan Holland. Yang mengejutkan Presiden Club MCA UK Zeon Cheong Sze Keat dan
Presiden Club MIC UK R.Depan TURUT HADZIR. Yg TAK HADZIR Presiden Club UMNO
London (wakil pun tak ada) dan komen2 negatif dari Duta Msia sendiri. Inilah
sifat Melayu dlm UmNo dan krajaan. Apa boleh buat. Saya gembira melihat senarai
AJK Perkasa UK&EUROPE terdiri dari pelbagai latarbelakang dan ramai post
graduate students. The way forward. Perkasa bukan setakat pressure group lagi
tapi King Maker mcm UKip Party di UK yang sebelum ini dituduh rasis seperti
Perkasa. Begitu juga dilain2 negarA Eropah.ianya kembali pd sejarah asal. The
3rd force menentukan kuasa kerana trend nya adalah hang govt...HIDUP PERKASA.
Tok Him. Cardif. UK.”
SMS Tok Him bukan SMS, tapi
macam kenyataan akhbar. Tok Him, saya rasa ada rahmat yang tersembunyi apabila Kelab
Umno London tidak hadir dan Suruhanjaya Tinggi buat kenyataan negatif.
Saya lebih suka dan sokong
Perkasa kalau ia tidak bersekongkol dengan mana-mana parti politik. Hakikat
ramai menyertai dan menyokong Perkasa adalah kerana ia bukan parti politik. Ia
suara bebas orang Melayu.
Persidangan "Engaged Learning" di Unisel
Pada 3 Jun saya menghadiri
sebuah seminar dan bengkel antarabangsa mengenai “engaged learning and ICT in
university curriculum” yang dihadiri oleh peserta dari 23 negara di Universiti
Selangor di Shah Alam. Ia melibatkan Kerajaan Selangor, Universiti Selangor,
Universiti Cornell, Amerika Syarikat, UN/APCICT/ESCAP dan Asian Institute for
Development Communication (Aidcom). Saya Pengerusi Aidcom.
Ia dibuka oleh Exco Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali (PAS). Beliau adalah seorang doktor
perubatan lulusan Australia.
Selepas ucapan beliau (dalam
bahasa Inggeris), seorang bekas ketua pengarang sebuah organisasi media arus
perdana yang turut hadir menghantar SMS berikut kepada saya: “She makes more
sense than some of our ministers.”
Kuliah di IPTA
Pada 5 Jun pula saya memberi
“kuliah” di sebuah universiti awam yang membincangkan bagaimana Perdana
Menteri-Perdana Menteri Malaysia menangani krisis dan peranan media massa di
dalamnya.
Ketika makan tengah hari, bekas
seorang profesor kanan universiti itu bertanya saya mengenai fenomena Imelda
Marcos.
Saya kata, walaupun ada pihak
yang membenci beliau dan pelbagai siasatan dikenakan ke atasnya, Imelda berani
bertanding pilihan raya dan pada tahun 2010 dipilih sebagai Ahli Kongres
Filipina.
First Lady who loved shoes |
Atas prinsip itulah saya telah
beberapa kali mencadangkan dan menyokong mana-mana pasangan (spouse) ahli
politik kita yang ingin berkongsi kuasa politik dengan pasangan mereka supaya
bertanding pilihan raya. Apabila dipilih wakil rakyat, tidak timbul lagi isu
atau tuduhan campur tangan dan salah guna kedudukan.
Apa Lagi YTL Mahu?
Pewaris konglomerat YTL, Francis
Yeoh dilaporkan telah memohon maaf dan menyesali kenyataan media beliau
mengkritik kronisme.
Saya kenal beliau dan keluarga
YTL agak lama. Kalau kronisme bermakna menerima projek, kontrak, lesen,
pinjaman mudah, konsesi dan francais yang bertimbun-timbun daripada kerajaan
maka YLT adalah antara yang teratas
dalam senarai kroni kerajaan.
Mohd Najib bersama Francis Yeoh |
Mari kita tanya Francis Yeoh dan
tauke-tauke yang sekelas dengan beliau, apakah dasar dan amalan kepelbagaian
kaum mereka dan apa respons mereka kepada seruan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, agar mereka menjadikan etnik, jantina dan generasi muda sebagai agenda korporat mereka?
Apakah nisbah guna tenaga mereka
mengikut kaum? Tak aci lah kalau setakat ambil pegawai pencen jadi ahli lembaga
pengarah atau bekas anggota polis cawangan gerak khas untuk jadi pengawal
peribadi dan pemandu!
Johor Nak Tambah Kuasa Raja?
Banyak pihak, termasuk bekas
Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, menggesa kerajaan Johor agar tangguh
pembentangan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah.
Rang undang-undang itu
dilaporkan akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Sultan. Apa pun hasrat
tersurat dan tersirat, MB Johor Khaled Nordin, wajib ingat dia dipilih rakyat
dan memegang amanah mereka. Dia kena ingat negara kita adalah negara raja
berperlembagaan.
Kepada Menteri Kewangan yang
berkuasa ke atas judi pula, ingatlah Islam adalah agama persekutuan dan setiap
kali beliau mengeluarkan lesen judi yang mendapat faedah tentunya bukan Tabung
Haji, PNB dan Khazanah Nasional. Dulu zaman Daim Menteri Kewangan beliau
haramkan mesin slot atau one-armed bandit.
Tahniah kepada YB Tengku Putra
Haron Aminurrashid, Adun Kempas, Johor kerana ucapannya yang bernas mengenai
judi, kedaulatan negeri dan Menteri Besar. (Baca di sini). Wallahuaklam.
http://www.apanama.my/a-patriot-of-an-assemblyman/
20 comments:
Salam Dato.
Sama-sama.
Kecewa sy kerana Melayu terlalu mudah DIPERALATKAN...
Sememangnya ini terjadi kerana 'push & pull factor'....tetapi jgn lah smpai menjadi Alat yg mudah....seperti 'lembu dicucuk hidung' sahaja...
Jika sy kecewa dgn Dyana....sy juga kecewa dgn Pas dan Pkr....kerana org Melayu ini juga bersekongkol dgn Dap.
Dap..parti chavinis Cina yg langsung tidak berminat pd konsep Perkongsian yg sebenar dgn org Melayu.
Fahamilah agenda parti ini dulu... ..malah tak perlu sy huraikan lagi pendirian mereka terhadap Kerajaan Melayu...terhadap Ugama Islam ..terhadap Hak2 Melayu...DEB dsb..
Tanya Tengku Aziz...dua lagi tahu..
Sebaliknya...perasaan kecewa sy pd Umno lagi kuat...kerana inilah 'push factor'. yg menjadi Dyana dan Gen Y bersikap begini..
'The push factor'...dari Umno terhadap org Melayu ini cukup kuat hingga Dap dgn begitu mudah memetik dan mencalunkan Dyana.
Pokoknya...Melayu sngat mudah diperalatkan..
Ini pun ada kena mengena dgn soal Jati Diri Bangsa...yg sy kira ditahap yg cukup rendah.....ramai ketua2 Umno termasuk.
Terima kasih.
In this posting, killing 5 birds in one stone. Nice piece Datuk..
Datuk AKJ,
1. Perkasa membuka pengkalan di Eropah pula? Biarkan....biarkan...
Bagaimanapun, jangan asyik sangat di luar negara ketika hampir PRU 14, takut-takut nama tidak dicalunkan sebagai calun proksi.
2. Apakah 'perjuangan'Perkasa yang menampakkan hasil? Mengikut simple arithmatic dapatkah Perkasa mengajar pihak yang melindunginya? Stigma yang menjarakkan orang Melayu mendekati Perkasa adalah kerana pertubuhan itu kelihatan sangat berpihak untuk tujuan yang sangat mudah diagak.
3. Ramai mega-kaya etnik Cina 'dibikin' oleh pemimpin Melayu (UMNO-BN). Andainya para pemimpin UMNO-BN dapat membikin mega-kaya Melayu sejati selecek mega-kaya etnik Cina sudah tentu penganggur di kalangan graduan Melayu dapat dikurangkan.
setuju dengan msh. tapi tak tau la ada orang tu duduk sibuk nak dakwah dap supaya mengenal Islam.. last2 kena kencing dengan dap je dalam prk teluk intan.
Dato’
Pada pandangan saya sebagai orang Johor, pada zaman ini, manusia sudah berpelajaran dan boleh membuat penilaian tidak seperti beratus tahun dahulu, zaman beraja.
Hampir semua negara dalam dunia kecuali berapa negara Arab yang kaya dengan minyak telah berhijrah daripada kuasa raja (Monarki) kepada demokrasi sejak lebih seratus tahun dahulu.
Dalam demokrasi, rakyat yang berkuasa dan rakyat memberikan “mandat” kepada kerajaan untuk mentadbir negeri.
Saya tidak nampak ada sebab MB Johor yang baru mahu memberikan lebih kuasa kepada Sultan. Adakah kerajaan BN di Johor sekarang yang diberikan mandat dan kuasa oleh rakyat Johor tidak ada kemampuan untuk mentadbir negeri?
Kerajaan pusat dan PM sepatutnya campur tangan dalam ini.
Saya amat setuju dengan persepsi yang sedia ada yang mana pentadbiran Najib lemah sehingga bermacam-macam yang berlaku.
Jika dibandingkan dengan pentadbiran Pak Lah, pentadbiran sekarang lebih buruk.
lebih baik bagi kuasa kat sultan dari bagi kat orang orang umno. bukak mata beso beso tengok apa mereka dah buat? jaga tembolok sendiri saja. lihat betol betol sejarah umno. disebalik kononnya memperjuangkan hak orang melayu berapa juta kerakyatan dibagi begitu saja untuk merdeka kononnya. berapa banyak tanah melayu telah terjual.
usabukata
Salam Dato’ Kadir
Pertamanya, bagi sayalah, permohonan maaf YTL secara terbuka menunjukkan betapa kuatnya UMNO. Sekali UMNO berdehem je, terus kelang kabut ditarik balik statementnya sebelum ini. Bukan nak cakap besarlah, tapi itulah kehebatan UMNO.
Keduanya, tentang PKR Teluk Intan pula, ianya mendedahkan secara terang dan nyata “bahalul siasi” (pinjam dari perkataan Dato’ Zul) Antara DAP & PAS. DAP kata salah PAS menakutkan pengundi cina tentang Hudud PAS. PAS pula kata DAP tak kenang budi pengorbanan PAS, juga katanya boleh setuju utk tidak bersetuju tapi jangan menentang …... saya cukup kesian tengok PAS ni. Kesian! Keisan!!! Nak bukti macam mana lagi, bro ???????
Ketiga dan terakhir, saya terpaksa menegur Dato’ sedikit sebab Dato’ masih gatal nak menulis tentang Datin Seri….. Soalannya, kenapa Dato’ asyik teringatkan Datin Seri Rosmah je? Tak molek tu. Sebabnya, haram kacau bini orang. Sekian TQ.
Salam Dato,
Saya nak beri pendapat tentang raja/sultan,tanan melayu dan rakyat melayu teramai:-
Sebelum 500-600 tahun dulu,tanah melayu adalah hak raja raja/sultan sultan sepenuhnya.
Datang Pertugis, dan kisah seterusnya, satu sultan dan kerajaanya tumpas sepenuhnya dan dirampas...dan sampai sekarang tiada lagi raja/sultan dan kesultanan dan kerajaan itu.
Ada lagi beberapa sultan sultan diTanah Melayu selepas itu dengan kerajaan masing masing.Rakyat dan tanah masih hak rakyat melayu dinegeri negeri tersebut.
Datang British pulak, lagi satu tanah dan pulau di utara tanah melayu di `luahkan' sultan sultan,termasuk rakyat melayu dan haknya.
Sebab takut atau dungu, saya tak pasti...
Lepas itu datang jepun, lagi sekali semua sultan `angkat tangan' dan `luahkan' lagi hak,kerajaan dan hak rakyat melayu teramai.
Dan cerita seterusnya apabila british dah `kenyang' pulun hasil getah dan timah,depa balik negeri, dan ENTAH MACAM MANA semua sultan LAGI SEKALI serahkan hak,kerajaan dan rakyat melayu teramai...DAN MEREKA SERAH KEPADA AHLI AHLI POLITIK yang TIADA LANGSUNG tract record atau performance tentang kerajaan, tanah tanah orang melayu dan hak rakyat melayu teramai.
Lepas sultan sultan `luah'dan `tinggalkan' segalanya, ahli ahli politik DAH SAMBUNG PERBUATAN sultan sultan sebelumnya,dan depa depa ni lagi kemaruk dan bernafsu besaq,lebih besaq dari nafsu sultan sultan rupanya!...
Depa ramai ramai `serahkan' tanah dan kepentingan rakyat melayu teramai sejak 57 tahun lalu, WALAUPUN DALAM PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU mempertahankan perkara perkara tersebut...takat atas kertas saja la nu!.
TANAH ORANG MELAYU DAN HAK ORANG MELAYU yang hilang dadalam 57 tahun lalu MELEBIHI BERGANDA GANDA
dari kehilangan tanah dan hak orang melayu teramai dalam 500 tahun yang lalu sebelumnya!!.
sekarang...
DAH SAMPAI TAHAP MACAM `LELONG' SEGALANYA..lelong tanah,lelong perniagaan,lelong kuasa,lelong sejarah,lelong hak melayu teramai,lelong tadisi dan terakhir ini lelong ugama islam...
Apa `salahnya' kalau sultan Johor menjadi `catalyst' kearah usaha `memertabatkan'...RAJA RAJA MELAYU dan HAK ORANG MELAYU.
mana tahu,walaupun sudah lambat,mungkin bolih diselamatkan
`yang tinggal sikit' lagi.
MANA TAHU, terbuka hati sultan sultan lain untuk berbuat begitu juga....
Macam `repent' lah ni...
Olih kerana old habits die hard,
KALAU LAH SULTAN DAN AHLI AHLI POLITIK sama sama `lapaq' nanti,
berebut nak `pulun' segala harta dan duit, bolihlah ramai ramai orang melayu mula tukaq nama macam orang kat philipina, untuk persediaan `OF TOTAL LOSS OF EVERYTHING' dalam 50 tahun yang akan datang!.
By then,our decendents will be speaking and writing on the subjects of the kesultanan melayu,raja raja melayu,orang orang melayu,malay culture, religion of the malays, assests of the malay in Malaysia, and etc in the REMOTE PAST TENSE.
Like we speak and writeA of the kesultanan Melaka today!.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato.
Sdra Wan Kamarul ...bukan setakat kena kencing....malah dipersalahkan lagi.
Lihat...
Guan Eng terang2 salahkan Dyana juga Hudud Pas sebab kekalahan di Teluk Intan....salah Umno tok sah kira lah..
Pokoknya...bukankah Dyana yg dipilih Dap sbg calun? Diusung sana sini....depan belakang....mundar mandir...kalau menang mcm mana?
Atau Guan Eng terlupa...mungkin?
Bila kalah...'Alat ini'...disalahkan....kalau menang bagaimana?....tentu ambil kredit pd diri kerana bijaksana memilih.......demikian juga dgn Hudud dari Pas pun turut dipersalahkan.
Inilah Dap... .yg dinikahi oleh Pas dan Pkr....terang2... korner...u-turn...lipat...mcmlah org Melayu bodoh sangat....mungkin?
Bukanlah sukar sngat seperti mempelajari ilmu 'aljebra atau rocket science' nak faham tentang pendirian Dap terhadap org Melayu Islam....dan pemerintah Melayu BN.
Dengki...busuk hati dan tidak tahu berterima kasih langsung.
Mereka konsiten dgn agenda perkauman.....dan tidak langsung mengamal konsep tolak ansur atau perkongsian sejati......malah Melayu dicemuh sepanjang waktu...24/7....tetapi masih terheggeh2...seperti kerang busuk bila berdepan dgn Kit Siang...Guan Eng dan mendiang Karpal....lihat Sabu dan Dyana pun kita dah faham.
Kalau tidak benar...bagaimana pengundi Cina yg hampir 6000 org tidak sudi mengundi tanda protes pd calun wanita Melayu ini?
Tidak perlulah kita melihat jauh....perjuangan Dap berkonsepkan...'winner takes all'...berkongsi dgn Melayu?...
Sorry lah.
Melayu cuma Alat untuk kegunaan bila perlu.....mungkin juga untuk kerja2 drebar....'despatch...cleaner...receptionist' ...dan kerja2 kotor.....atau pun Pengarah atau Pengerusi tak bereksekutif Syarikat Cina untuk tujuan tertentu sahaja.
Pas.. Pkr dan org Melayu mesti faham dulu....sejarah hitam sudah pun ada pd tahun 69....belajarlah dan buat sempadan.
Atau pun sengaja tidak mahu faham...atau memang bodoh dan suka diperalatkan....
Org Bodoh Memang Makanan Org Cerdik..
Terima kasih.
Msh, setuju...Apa yang sedihnya ialah apabila kita tidak bersetuju apabila Pas bekerjasama dengan Dap, kita dianggap menentang ulama'. Astaghfirullaha'zim.
Saudara MSH,
Dari manakah sumber saudara mengatakan Lim Guan Eng menyalahkan Dyana?
LGE menafikan yang dia menyalahkan Dyana Sofya dalam media.
Sebenarnya, kita terlampau banyak beri perhatian kepada soal perkauman DAP, cina dan india dan kurang kepada masalah orang melayu.
Sekarang ini subsidi telah dikurangkan dan bantuan biasiswa dikurangkan.
Untuk terus mendapat sokongan orang melayu, bantuan subsidi yang dikurangkan digantikan dengan isu perkauman dan agama.
Hudud yang dipelawa oleh UMNO haruslah untuk seluruh negara bukan di Kelantan sahaja.
Saya yakin ramai orang UMNO yang benar-benar berniat untuk bantu orang melayu. Tetapi perasaan tamak (greed) jauh lebih besar iaitu 98% daripada perasaan sayang bangsa sendiri iaitu 2%.
Sebab itu orang melayu adalah yang paling miskin dalam Malaysia walaupun diperintah oleh BN.
Ada pepatah melayu kata "orang tamak selalu rugi".
Sallam
salam DAKJ
apabila strategi DAP berjaya memikat orang melayu mengundi mereka ,apa perlunya sangat PKR dan Pas kepada mereka lagi.
apa yang mereka perlu hanyalah mencari melayu yang boleh menurut kehendak mereka bertanding di kawasan campuran dan melayu majoriti yang kecil.
untuk DAP atau Cina memerintah dengan sendiri mungkin mustahil kerana mereka golongan yang minoriti kurang 24% dari penduduk malaysia tetapi jika mereka yang sudah menguasai 24 % sokongan masyarakat cina jika ditambah dengan dengan 10 peratus melayu yang tak kisah dan 2 peratus india yang marah ia sudah mempunyai peratus sokongan yang besar yang besar iaitu 36 %.
sokongan yang boleh membantu mereka menambahkan bilangan kerusi di parlimen.apabila mereka parti yang kuat tentulah mereka mempunyai kuasa tawar menawar/tekan menekan/ yang kuat dalam pembangkang dan pemerintah jika mereka jadi pemerintah.
tentu sahaja dasar mereka yang akan mereka tuntut/laksanakan.
sebagaimana yang mereka nyatakan sekarang.
Untungkah dasar mereka kepada orang melayu/islam dan bumiputera.?
Relakah semua Melayu dan Bumiputra menerimanya? dan jika dilihat apa yang berlaku di Teluk Intan Melayu tidak rela lagi.
Apakah keputusan PRK Teluk Intan itu tidak memberi apa-apa petunjuk pada PAS?
Kepada PAS fikirlah,lihatlah,
kajilah kedudukan kamu dalam Pakatan sebab andainya DAP berjaya dengan misinya tidak mustahil jika apa -apa yang tidak selesa berlaku dalam pakatan anda ,parti andalah nampaknya dipersalahkan seperti sekarang dan dipinggirkan/ditendang jika ia memberikan kebaikan yang lebih kepada mereka ketika mereka berkuasa .
Ingatlah matlamat parti anda sebenarnya adalah tidak selari dengan kehendak dan cita-cita mereka.Sedarkah kamu?
Salam Tok..
msh..
Bukan DAP saja yang peralat Melayu.. MCA dan Gerakan juga pun sama peralat melayu.. cuma yang satu cara terang yang dua cara gelap.. faham-fahamlah ye..
Banyak dah barang Melayu yang tergadai.. sejarah banyak banyak memberi petunjuk kat kita..
Kalah dengan Cina, kalah dengan India/mamak.. dan sekarang telah mula kalah dengan pendatang asing..
Terima kasih Tok..
Saudara OKJ,
Ehem...saudara peringatkan Datuk Kadir "haram kacau bini orang", tapi yang saudara bersungguh mempertahankan "bini orang" tu dah kenapa? Sepanjang saya baca tulisan Datuk Kadir itu, dia tak sebut pun nama isteri sesiapa kecuali Imelda Marcos. Itu pun dia sebut sebab menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas seorang professor kanan UKM. Jadi siapa yang “asyik teringatkan Datin Seri Rosmah je”…saudara kah atau datuk kadir?
Berprasangka buruk sungguh saudara terhadap pemikiran dan niat Datuk Kadir. Apa hukumnya orang yang berprasangka buruk ini ya?
Lain kali, sebelum nak “menegur Dato’ sedikit sebab Dato’ masih gatal nak menulis tentang Datin Seri” eloklah saudara beristighafar, cermin diri dan berfikir dalam2.
Salam Kadir, Your choice of topics is too broad and frankly it is too difficult to take parts in all the issues presented to us.
I would like to touch on the fundamental of our constitution which is our grund norm of our country. Like it or not all other laws,and regulation be it state or federal matter must be in line with our constitution.
The fact that we practice constitutional monarchy, we should not sideline the role of our Sultan but it must be in consonent with our fundamental law.
I wonder why The johore government is so adamant in trying to push for such legislation.What could be the underlying reasons.Is it because the cost of houses and properties be come so rocketted that the Malays will be marginalised in Johore.
Why the Federal goverment keep creating development corridor like Iskandar corridor development that this is akin to reverse takeover by the Federal Goverment on the soverignity of Johore. With the influx of Singaporean into Malaysia,I guest the Johore Goverment has every right to be paranoid.
I saw some report that the Iskandar development is releasing the unsold bumi lot to the others (reads malaysian and Singapore).What kind of development is this,where our own people has not reciving the milk but instead the foreigner got it.
The Sultan was reported to be active participants in property development industries.Surely this is a grave concern to the public. How do we reconciled between these two competing interest.I rest my case sdr Kadir.
Salam Dato.
Sdra Zed....minta baca mana2 portal...atau lihat mStar 1hb Jun tentang kenyataan LGE....
Salah satu sebab kekalahan.....kerana Dyana.
Pokoknya Dap tidak pernah mengaku yg mereka silap percaturan dgn mencalunkan Dyana.....walau pun diheret kesana kesini..
Kalau menang kira bijaksana.....bila kalah....salahkan Alat..
Imbas kembali sikap Dap yg lepas tentang...masih ingat...kemelut pemilihan CEC...nak saman ROS dan Typo error dlm akaun...
Tapi Dap tak pernah mengaku silap atau disengajakan....dlm banyak perkara.
Terima kasih.
Salam Dato’ A kadir Jasin
Saya dengan ini meminta maaf kerana mengaitkan artikel Imelda Marcos Dato’ dgn Datin Seri. Ianya kerana saya ingat dapat membaca apa yg ada di dlm isihati Dato’. Maafkan saya Dato’ Kadir.
Juga terima kasih kepada Sdr Lokman kerana menegur saya. Sifat tegur menegur demi kebaikan amatlah terpuji. Akhir kata, salam kemaafan dari saya, OKJ. Sekian TQ.
Salam Dato
OKJ..you are very gentleman indeed.
Hope others cld the same.
tnks
Saudara MSH,
Dyana adalah setiausaha politik Lim Kit Siang sebelum bertanding Teluk Intan.
LGE menyatakan ada kemungkinan yang mana Dyana masih tidak dikenali penduduk tempatan, berbanding dengan Presiden Gerakan. Ini mungkin memberikan impak lebih positif kepada Gerakan.
Itu bukan bermakna Dyana lemah.
Saya rasa kalaulah kita hendak melebelkan Dyana sebagai alat, syaratnya BN mestilah “perfect”, atau tidak cacat cela.
Kenyataannya tidak sedemikian, terdapat banyak kelemahan dan ramai orang melayu yang masih dalam kedhaifan. Perasaan mementingkan diri lebih daripada perasaan untuk membantu bangsa. Tatkala ini orang melayu semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi.
Oleh itu, sekiranya ada orang melayu yang ingin menawarkan diri dalam parti lain yang mana tujuannya baik, untuk membela rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan pentadbiran yang sedia ada dan mahukan perubahan, saya rasa tidak tepat kita hendak mengatakan beliau menjadi “alat”.
Tidak salah dari segi etika Dyana Sofya menyertai DAP apatah lagi dari sudut undang-undang. Kalaulah kita tidak setuju dengan Dyana dan DAP maka tidak perlu menyokong beliau dan DAP dalam pilihanraya. Ini sesuai dengan prinsip demokrasi.
Salam Dato..
Ya sdra Zed-85...sy faham tentang 'push and pull factor'.
Sy sendiri akui yg kecewa sy pd Umno melebihi Dyana atau Pas dan Pkr atau mana2 Melayu yg bersekongkol dgn Dap..
Cuma sy kira ada batasannya dan tak perlulah meletak diri ketahap yg begitu rendah semata2 kerana marah pd Pemimpin yg sebangsa.
Dimana letaknya jadi diri bangsa?.. sy seorg Melayu seperti ramai pembahas yg lain...dan sy cukup terasa hina diperlakukan begini.
Sy tetap kecewa dgn Ketua2 Melayu Umno.....dan sy pernah menulis sebelum ini bahawa semua yg terjadi berpunca dari Umno.....
.Dyana seorg Politikus....tetapi kenapa Dap yg dipilih?
Ini telah memberi isyarat yg tidak baik untuk parti keramat Melayu bernama Umno..
Sy ulangi....pendirian sy sebelum ini.....pemimpin Umno wajib membuat 'post moterm' ....kalau sy jadi Najib atau Mahyuddin atau ahli Mten....sy tentu rasa malu yg amat sangat kerana telah diaibkan sebegini rupa oleh Dap terutama LKS bersama Alat....oops maaf..boneka ini..
Ini juga mencerminkan tahap betapa lemahnya org Melayu dlm bab harga diri.
Tetapi ini bukannlah perkara baru pun..dari pandangan sy.
Maaf berkata sdra Zed..Sy tetap berpendirian......bahawa Dyana atau mana2 org Melayu yg bersama Dap cuma adalah Alat semata2 untuk Parti ini....bertujuan mengembangkan pengaruh untuk menambah undi Melayu dimada hadapan.
Apa pun sy tetap hargai pandangan saudara.
Terima kasih.
Post a Comment