A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
DALAM 1Malaysia macam-macam ada, satu jenaka SMS yang sedang diedarkan berbunyi:
“Cabinet reshuffle soon. The
PM is dropping Najib.” (Rombakan Kabinet tak lama lagi. Perdana Menteri
akan gugurkan Najib.)
Serah kepada pengguna telefon
pintar untuk “menjenakakan” dan meremehkan segala perkara. Tetapi lebih baik
mereka berjenaka daripada mengamuk kerana hilang punca! Laughter is the best
medicine. Ketawa penawar lara.
Tetapi apabila saya memanjangkan
(forward) jenaka itu kepada dua wartawan kanan bergelaran di raja,
kedua-dua mereka menyangka saya tersalah taip - typo error.
Jenaka atau tidak, saya rasa Perdana Menteri perlu
memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.
Bukan saja pengurusan kewangan
negara di bawah Mohd Najib telah
mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.
Apabila PM juga bertindak
sebagai Menteri Kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan
timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau
tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?
Prestasi Menteri Kewangan
Sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus
terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh
purata 4.28% saja. Menurut seorang bekas Menteri Kewangan, kadar itu adalah
“biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan
lebih pesat.
Para ekonomis adalah dipelawa untuk menambah,
menolak, menjawab dan menafikan fakta, perangkaan dan kesimpulan yang tersasar. Kebanyakan perangkaan dalam rencana ini adalah daripada sumber rasmi kerajaan.
Defisit belanjawan meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2008
(zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada tahun 2010 yang berupa
belanjawan pertama Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Purata defisit
belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.
Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan, iaitu
daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada tahun 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan
dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK.
Jumlah hutang kerajaan meningkat
daripada RM362.3 bilion pada tahun 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun
lalu.
Defisit belanjawan yang tinggi
dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan
antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang (credit rating) Malaysia
daripada stabil kepada negatif pada bulan Julai lalu. Ia adalah tamparan kepada
Mohd Najib.
Hutang kerajaan melambung hingga
80.7% pada tahun 1990 akibat krisis ekonomi tahun 1980-an, tetapi turun secara
progresif kepada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 31.8% pada
tahun 1997. Hutang kerajaan yang kecil itu membantu mengurangkan kesan buruk
krisis mata wang Asia 1997/98.
Selain defisit belanjawan dan
hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya
walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".
Antara tahun 2009 hingga
September 2013, ringgit Malaysia jatuh 6.3% berbanding dolar Amerika, 6.1%
berbanding dolar Singapura, 6.2% berbanding pound sterling, 8.1% berbanding
Euro dan 7.8% berbanding mata wang China renminbi. Hanya dengan Yen Jepun, ringgit
naik – 7%.
Inflasi yang juga menjadi
tanggungjawab Bank Negara, meningkat daripada 0.6% pada tahun 2009 hingga kepada 3.2%
pada tahun 2011. Purata kadar inflasi sejak 2009 adalah 1.84%.
Teknokrat Boleh Jadi Menteri Kewangan
Jadi PM perlu menilai semula prestasi
(KPI) Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Lagipun PM perlu tumpu lebih banyak
masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.
Umno dan BN memerlukan lebih
banyak perhatian beliau kerana masa empat tahun sebelum PRU akan datang bukan
lama.
Menteri Kewangan tidak perlu
seorang ahli politik. Teknokrat pun boleh. Masakan Malaysia ketandusan
bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli
perniagaan macam Tun Daim Zainuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi
negara?
Pendirian saya dalam hal ini
konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan Menteri Kewangan lagi saya telah menulis
bahawa PM tidak wajar menjadi Menteri Kewangan apatah lagi apabila kepakaran
mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan.
Seorang Menteri Kewangan bukan
sahaja perlu luas pengetahuan mengenai ekonomi, belanjawan dan mata wang, malah
lebih daripada itu dia perlu berani dan tegas. Ini bukan jawatan untuk orang
lembik, kurang inisiatif dan kerja ikut pejabat!
PM juga tidak perlu bermuka-muka
dengan parti-parti Cina dalam BN. MCA masih dalam mode cakap, tetapi belum ada
bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.
Orang Cina tolak BN, jadi buat
apa Mohd Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese
had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!
Tetapi isu jawatan menteri untuk
Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam Pilihan Raya
Kecil Teluk Intan.
PM perlu utamakan kaum majoriti
(ertinya Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif. Mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum lalu.
Buang Menteri Melayu/Bumiputera
yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.
Manfaatkan duit pembayar cukai.
Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk.
NOTA Kaki: Boleh sesiapa
beritahu di mana Jho Lo aka Low Taek Jho, wajah 1Malaysia Development Berhad, berada?
Lama tidak dengar cerita beliau. 1MDB sudah dua kali tangguh IPO. Apasal? Wallahuaklam.
55 comments:
saya suka membaca pendapat dan penulisan tuan.. selaku orang muda, perasaan nak tahu meluap luap dalam diri, dan dari blog tuan saya dapat tahu banyak cerita-cerita zaman saya belum lahir.. teruskan menulis tuan.Tq
Dato.
Ekonomi negara dalam keadaan demam panas.
Menteri dan Bank Negara masih pekena rakyat.
Ahli dan penyokong UMNO dibawah syok sendiri bila diberi fakta macam ini.
Berkenaan dengan GST ini.
Penceramah-penceramah kaki ampu punya lah hebat sampai dalam ceramah mereka bagi tahu yang perlaksaan GST akan menyebabkan semua harga barang akan turun.
Ini semua nahas pada UMNO dan BN.
Yang tukang dengar pula JKKKP yang dipaksa hadzir sempena penyampaian elaun JKKK.
Begitulah jahilnya ahli UMNO dan pro mereka.
Dengan fakta yang di paparkan oleh Dato ternyata PM Najib wajar lantik tokoh lain jadi Menteri Kewangan Malaysia.
Ini ditambah barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang cetek ilmu.
Malahan semua perancangan dibuat oleh pegawai sahaja.Bukan Menteri yang merancang untuk diserahkan pada pegawai.
Pegawai keliling PM dan Menteri pun dengar kata ada ijazah tapi tak ada ilmu.
Ijazah segara.
Semua ijazah luar negara.
PRU 14 sudah kian hampir.Tinggal lagi 46 bulan saja lagi.
Nasib UMNO/BN dihujung tandok.
Nak harap Pas pun lebih teruk dari UMNO rasanya.
Pas kuda tunggangan orang lain.
Dasar sendiri terpinggir bakal terkubur.
Terima kasih Dato.
Tun Dr Mahathir kalau tak silap saya dalam komennya ada menyatakan (saya terjemah ikut bahasa saya) sebenarnya tidak seorang cina pun ambil kesah berapa ekor cina yang akan dilantik oleh najib sebagai menteri tetapi mereka nak tahu apa yang Najib akan suntik untuk majukan ekonomi, cina tak ada masa sangat terhegeh-hegeh nak sebok berpolitik saing malam, mereka nak tumpu pada bisnes, buat duit.
Dalam lain perkataan yang tergedik-gedik berpolitik ialah melayu seperti Anwar yang hidup kalau ada isu. Dan UMNO juga akan hidup dan nampak relevan kalau ada politik merapu.
Soalnya Dato'..kalau HARI INI dapat ditunjukkan seorang Melayu dan Islam yang boleh disandarkan seluruh harapan kita..ESOK juga UMNO akan punah.
salam Dakj
diantara pakar ekonomi,pakar kewangan dan ahli perniagaan saya lebih suka ahli perniagaan menjadi menteri perniagaan.
pakar ekonomi dan kewangan mungkin kaya teori dan ilmu tetapi ahli perniagaan ada pengalaman realiti yang boleh membantu.
pakar kewangan dan pakar ekonomi cukuplah sahaja bekerja di kementerian kewangan membantu menteri kewangan.
perlukah menteri dari kaum cina? tak ada nampak macam ok aje.
Salam dato,
Saya tak pandai ekonomi, tapi nak juga tahu kira kira ekonomi ni:-
Kalau pertumbuhan ekonomi dalam
5 %.(KDNK)
dan
Kalau bajet deficit dalam 5 %KDNK
MAI KUT MANA PERTUMBUHAN EKONOMI NI?...
5 pi kiri, 5 mai kanan..ni macam
jampi `mandrom' terkini...
Kut depa ni kira betui ka,hutang tambah dalam 2 kali ganda ( 100%),
dan tambah duit 5% dalam ekonomi negara....dan hasilkan dalam 5% KDNK.
Kalau ni tak dikata `malap', ni dah masuk takuk gelap gelemat punya add math!.
PM...malap
AG..malap
Mufti mufti..malap
Kesultanan...malap
Politik...malap
Kalau 5 `bulbs' ni dah malap sekali gus,tak lama lah kita semua akan menjalani kehidupan merayau dan meraba dalam gelap gelita,mungkin lebih teruk dari tahun sebelum 1960an....
Abu Bakar Ab Rahman
Dato KJ
Analisa perkembangan ekonomi Malaysia perlu dibuat di 2 peringkat - 1. Termasuk Petronas dan 2. Tanpa Petronas.
Sebabnya sumber petroliam menyebabkan perbandingan dengan jiran-jiran Asean seperti Singapura, Philippines, Thailand, Vietnam dan lain-lain menjadi tak sebenar.
Presiden Petronas telah menyatakan bahawa Petronas menyumbang 1/3 dari KDNK Malaysia.
Jadi pertumbuhan 5% KDNK tanpa Petronas hanyalah 3.5% sahaja. Ini amat rendah - terrendah di Asean?
Mari kita renungkan perkara ini.
salam DAKJ
lucu juga tajuknya. jangan blog ini kena saman macam mkini pula. dah dua kali timbulkan isu yang sama dalam tempoh sebulan ni. nanti menteri kewangan pula saman blog ini sebab pertikaikan dia.
susulan temu ramah tv3 dengan yabhg tun dr mahathir tentang mh370, ramai yang sedar betapa jauhnya tahap ketajaman akal bekas pm ke-4 itu dengan pengganti=penggantinya. masakan tidak, sebagai doktor, tun dr. mahathir telah dilatih untuk menganalisis segala sesuatu dengan mencetuskan soalan. itulah perbezaan ketara seorang yang terdidik dengan latar belakang sains berbanding peguam misalnya. peguam banyak pusingnya. kalau editor, kerjanya asyik mencari salah orang, DAKJ tentu lebih maklum.
kalau nakkan teknokrat yang berada di dalam kabinet mengambil alih menteri kewangan, nama abdul wahid omar mungkin teratas. awo berpengalaman mengemudi maybank, harap-harap dia mempunyai cukup keupayaan untuk mengendali ekonomi negara. awo bukan orang politik, pertimbangannya mungkin sedikit berbeza. semasa di maybank pun awo telah menunjukkan keprihatinan terhadap bangsanya melalui kemudahan-kemudahan yang ditawarkan.
persoalannya sekarang, adakah pm benar-benar akan menggugurkan najib?
Dengan posting terbaru ni blog Datuk mesti susah lagi nak akses..
Dr. Mahathir lain. Lepas dia pegang tampuk kuasa, dia tak immediately lantik diri dia sendiri jadi Menteri Kewangan. Orang lain pegang dulu sehinggalah Tahun 1998. Selepas 17 tahun memerintah baru dia pegang finance portfolio, tu pun sekejap je. Selepas Anwar dipecat dari kerajaan dia terpaksa 'held on for a while' sementara beliau memujuk dan memaksa Daim Zainuddin untuk keluar dari 'peaceful retirement' beliau.
Demi negara yang tercinta, ku curahkan bakti penuh setia, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu Dr. Mahathir yang ketika itu berada dalam keadaan kesusahan. Daim bersetuju dan 'treat the job as national service' dan bukannya batu loncatan untuk ke jawatan yang lebih tinggi. Selepas ekonomi stabil sedikit, Daim letak jawatan dan bersara semula. Dr. Mahathir took over from him dan pegang sekejap sebelum bersara dari jawatan PM.
Dr. Mahathir pegang bukan pasal dia rasa dia handal dalam bidang ekonomi tetapi lebih kepada keadaan yang terdesak pada waktu itu (krisis ekonomi, isu Anwar, demonstrasi jalanan, pekikan reformasi, Sukan Komanwel, Lembah Klang takde air, George Soros penyangak mata wang, tuhan samseng dll) keadaan memerlukan kepimpinan yang tegas dan berkesan bagi menstabilkan negara dan mengembalikan keyakinan pelabur. Amalan PM pegang finance portfolio bermula pada zaman Pak Lah kemudian diikuti Najib. Depa ni pegang 'probably due to prestige of the job rather capability of holding it'. Ataupun sebelum ni tak pernah menjawat jawatan tersebut ketika menganggotai kabinet jadi nak merasa jugaklah pegang jawatan tersebut dan nak merasa bercakap lebih 3 jam bentang belanjawan dalam Dewan Rakyat. kalau disebabkan ini, maka ianya agak kebudak-budakan. bab kewangan dan ekonomi hendaklah dipegang oleh mereka yang ahli dan layak. Ini bukan perkara yang main-main. Investors and economists are are watching your every move. If they think you're north a dime and couldn't be taken seriously, they won't park and invest their capital here.
So the moral of the story, PM tak boleh pegang finance portfolio. Kadir Jasin is spot on with his article and economic report. Wonder where he got it. Google ke bro?
NAJIB digugorkan ?, mungkin itulah yang dinantikan olih seluroh orang Melayu yang bukan ahli UMNO ,trtapi penyokong perjuangan UMNO.
Rata-rata orang Melayu (bukan ahli UMNO )tetapi mendokong perjuangan UMNO sudah jelak dengan gelagat Najib sejak 2008 lagi , tetapi UMNO memberikan walkover kapadanya didalam pemilihan yang lalu ,dan UMNO harus dipertangongjawabkan keatas segala kepinchangan yang belaku sekarang.
Segala kegusaran orang Melayu / Islam tidak menampakan tanda-tanda pulih ,malah semakin mengusarkan dan menekan mereka.
Orang Islam / Melayu tidak pernah segelisah seperti sekarang ini.
Rombakan kabinet " PM gugur Najib dari MOF dan lantik teknokrat RM sebagai Menteri Kewangan bagi mengukuhkan keduduk $RM
Bila kita berbicara pasal PM Najib :-
1. Pening kepala kita, sebab kepala nya tak sama dengan aliran biasa. Tun M kita boleh rumus tindakan nya kerana beliau tahu apa yang kita baca, beliau sama dengan kita semua. Tapi PM Najib ada dua wajah ! Terus terang saja!
2. Apabila bercerita pasal Islam, di hadapan kita, beliau memang seperti Pemimpin idaman semua. Apabila beliau di luar sana, nyata yang salah dalam Islam, kita terkelip-kelip menanti sesuatu jawapan konkrit dari nya. Ia menjadi tidak keharuan apabila sampai ke kemuncak, seolah-olah perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama tidak di tangani dengan cara sepatut nya. Atau beliau meminta tidak secara langsung, Melayu dan Islam mesti bertindak sehasta demi sehasta...
3. Bila kita jengah pintu politik nya, kita masih lihat benda yang sama. Sejauh mana KPI PM mungkin tiada siapa dapat menilai kecuali Tun M sendiri membantu membahaskan nya. Hendak di rapat bersama kita, beliau agak jauh juga. Hendak di kata jauh, beliau di lihat bersama teman-teman yang tidak inginkan satu padang permainan bersama beliau, tapi masih melayan seperti hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong....
4. Kita intai Peti Besi. Besar Teguh Peramah... Teluk Intan - ting, ting, ting he..he.. cicit nya ada di sisi PM Najib. Bila hendak di beri baju belang nya semula ? Atau di kemas rumah MAS yang tunggang langgang atau kita nak tengok dulu bajet berdefisit bulan Oktober akan datang ? Peti besi kata nya penuh belaka... ye lah. Demi Negara tercinta..
Untuk sementara ini kita lihat lah ke atas saja, tadah tangan jua lah yang paling biasa. Bertawakkal kepada Yang Esa. Pengubat mujarab derita.
Tapi Tuk, yang tak biasa, sambil berdoa kita mengetuk-ngetuk jari-jari ke dahi kepala, tahun 2014, melayu masih tak mampu berniaga di KLIA 2 baru buka... silap atau salah negara ke atau apa ? ( baca blog Just Read ) dah tu Rafizi buat hal lagi pasal Uitm ada cerita bela ayam laga...
Hi Dato,
I do not see the solution . Chinese in government means nothing as power is concentrated with the Malays. You blame the Chinese for not supporting BN but at the same time are criticizing the BN govt. Sounds strange and there is no feasible outcome.
Salam Tok..
Saya bukan seorang ahli ekonomi.. Tetapi seorang rakyat biasa yang ingin keselesaan hidup..
Mampu membeli barang keperluan harian tanpa dibebani dengan harga barang yang tinggi..
Bil elektrik yang berpatutan.. Minyak petrol yang tidak selalu naik..
Tapi dah lama orang bising menteri macam buat tak peduli..
Selamat menyambut Ramadan Almubarak Tok..
JawabAB
1. Sdr AB, saya tidak bermaksud PM akan mengundurkan diri. Yang saya kiaskan PM berhenti daripada menjadi Menteri Kewangan.
2. Mohd Najib tidak akan meletakkan jawatan dan tidak ada siapa dalam Majlis Tertinggi Umno akan cabar atau menggesa beliau meletakkan jawatan. Pemimpin Umo yang paling berkuasa dan sah kerana dipilih oleh perwakilan adalah Ahmad Zahid Hamidi. Beliau pasti tidak akan mencabar atau menekan Mohd Najib.
3. Mohd Najib akan terus jadi PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN sehingga BN pulih atau kalah PRU. Jadi antara sekarang dengan waktu itu sekiranya beliau gagal memperbaiki pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi, rakyat jelata akan menanggung bebannya.
4. Sdr Fonder, yes the non-Malays, the Chinese in particular, are not likely to return en bloc to the BN. So there is the divide. On the one hand Umno/BN still has the majority because there are more rural seats than the urban ones. Umno/BN continues to receive support from rural voters. So while the Pakatan stands a good chance of capturing more states, especially the developed ones, it may not win the Dewan Rakyat. We may end up with a situation where Umno/BN rules the country, the PR rules the states.
5. As for Jho Low, I have been told that he has not been seen in public for a while. I am not sure if that means he has gone into hiding or he is giving up his Hollywood lifestyle that puts him in the spotlight. That’s his right.
6. What can be a cause for concern is his alleged involvement as dealmaker for 1MDB. If that is true, he knows the secrets and modus operandi of 1MDB. It’s a published fact that 1MDB has huge debts and its money trails lead to such places as Cayman Islands, Hong Kong and the Middle East.
7. This talk about Jho Low, whose father was made a Tan Sri last year, went missing coincided with the postponement of 1MDB’s proposed IPO – not once but twice.
8. 1MDB is a Malaysian government sovereign fund company. If it does well, it can bring good to the country and its people. If it goes kaput, the rakyat will suffer. We have to burden its huge debts.
Thank you.
Salaam Tok,
Kita pun kena mengaku salah juga Tok. Jangan dok salah Najib saja.
Kita yang nak buang sangat Pak Lah. Kita yang nak sangat Najib naik jadi PM pasai ingat dia anak Tun Razak. Padan muka kita.
Kita yang salah Tok. Pasai Najib anak Tun Razak kita sanjung kita junjong. Kita bagi laluan mudah pada dia. Naik tak payah lawan. Kita yang tolak dia naik.
Kita ingat dia anak Tun Razak dia macam bapak dia. Tun Razak hidup susah Tok. Dibela oleh tok dia di kampong. Tangkap ikan keli dan anak sepilai macam kita.
Najib anak orang senang Tok. Sindrom anak orang senang kita semua tahu. Tak ada duit mintak. Ada masaalah guna duit selasai masaalah.
Kalau duit sendiri tahu sayang dan kedekut. Tapi duit negara, hantam sajalah Labi!
Elok Tok releks dekat2 nak posa ni dan mengaku sajalah yang Tok pun silap bila Tok kempen buang Pak Lah kawan Tok sendiri dan penaik Najib, kawan Tok jugak.
Wassalam.
Salam Dato’ Kadir
Saya cukup setuju menteri kewangan disandang oleh PM seperti diera Tun Mahathir dulu. Tak ada masalah langsung pun. Nak kata rakyat makin miskin, hotel sentiasa penuh masa musim cuti sekolah. Highway pun dah jam teruk sekarang ini. Nak naik haji kena tunggu lebih 50 tahun baru dapat. Nak masuk hospital swasta pun penuh, bukannya hospital kerajaan.
Kadar penganguran pada March 2014 cuma 3% je, lebih baik dari kebanyakan negara maju. Harga petrol & diesel lebih murah dari negara jiran kita sampai diseludup keluar. Kadar kidnap pun makin meningkat sebab mana ada org miskin kena kidnap.
Akhir kata, selain YAB PM, siapa lagi yg lebih layak? Silap orang, nanti jadi macam 1998, bangkrap Malaysia. Ke Dato’ Kadir berminat nak melobi dilantik sebagai senator kemudian sebagai menteri kewangan kedua????? Sekian sekadar bertanya. TQ.
Saudara Abu Bakar,
Saya bukan pandai sangat ekonomi, kalau ada yang lebih arif, harap perbetulkan.
KDNK (Keluaran dalam negara kasar) atau lebih popular dalam bahasa inggeris dinamakan GDP (Gross Domestik Produk)
GDP digunakan untuk mengukur “saiz” ekonomi sebuah negara misalnya di Malaysia GDP tahun 2012 US303 billion, negara China GDP tahun 2012 US8.27 trillion.
Secara mudah ini bermakna saiz ekonomi China lebih kurang 30 kali ganda lebih besar ekonomi Malaysia.
Kalau angka GDP ada pertumbuhan seperti 6.7% peratus maka terdapatnya penambahan pengeluaran barangan atau servis/perkhidmatan dalam negara umpamanya pengeluaran kereta proton atau hasil getah naik.
Kalau angka GDP menyusut umpamanya -2%, maka pengeluaran barangan dan servis dalam negara menyusut dan ini merupakan indikasi kegawatan ekonomi.
Angka GDP tidak berhubung secara langsung kepada kerajaan pimpinan Najib kerana terdapat kaitan dengan faktor luar negara. Krisis ekonomi yang melanda asia akan menyebabkan permintaan barangan berkurangan dan ini akan menyebabkan kegawatan ekonomi tidak kira PM adalah Najib atau Mahathir.
Defisit bajet lebih berhubung secara langsung dengan kerajaan pimpinan Najib. Defisit bermakna pada awal tahun dianggar bujet perbelanjaan negara 200 billion tetapi pada akhir tahun perbelanjaan adalah lebih.
Defisit 3.2% daripada GDP bermakna, berdasarkan nilai GDP US303 billion, perbelanjaan lebih yang dibelanjakan oleh kerajan adalah sekitar US10 billion atau RM33 Billion. Contohnya di KLIA2, bajet awal adalah RM2billion tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM4 billion.
Defisit yang tinggi menunjukkan kerajaan lemah dalam mengawal perbelanjaan negara.
Surplus maknanya berlawanan dari deficit. Contohnya di Penang, terdapat surplus dimana perbelanjaan sebenar akhir tahun kurang daripada bajet di awal tahun. Ini adalah disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan yang dibuat di Penang. (Bukan nak puji Penang, sebagai contoh sahaja, perbelanjaan negeri agaknya lebih mudah dikawal dari perbelanjaan negara.)
Hutang negara juga dirujuk kepada KDNK.
Sekarang ini hutang negara, kalau tidak silap saya sudah mencecah lebih RM500 billion iaitu lebih 50% daripada KDNK/GDP.
Kalaulah negera China hutangnya RM500 billion, tidak menjadi masalah kerana ekonominya 30kali ganda Malaysia.
Hutang RM500 Billion sudah melebihi had hutang 40% daripada KDNK yang dinasihatkan oleh Bank Dunia.
Secara mudah, hutang negara sudah di atas pagar.
Sekiranya berlaku kegawatan ekonomi, maka kita akan jatuh dari pagar.
Sekadar kongsi ilmu, kalau salah harap diperbetulkan.
Terima Kasih
Sdr OKJ,
Apa kata kalau sdr saja yang tolong lobi untuk Datuk Kadir dilantik sebagai senator dan kemudian jadi Menteri Kewangan? Sebab sepanjang yang saya baca tulisan Datuk Kadir itu tidaklah pula ada petunjuk yang dia berminat untuk jadi Menteri Kewangan jauh sekali lah hendak melobi.
Tapi disebabkan saudara yang beriya-iya meneka "ke Dato' Kadir berminat nak melobi dilantik sebagai senator kemudian sebagai menteri kewangan kedua?" maka elok sangatlah kalau saudara yang tolong lobi...
Salam Kadir, I tend to agree to some of your views, but to be fair can you compare with other contries economic performance.
Most countries seemed to have high debt in comparison to their GDP such as Singapore.But what is more importance here is the capacity to pay those debt. The real economic problems that faced Malaysia now are as follows;
1. we are always depending on our government monetary and fiscal policy instrument to create growth, the real growth seemed to be missing in our economic equation.
2.Most of employment are still tied to government employment,we are not producing products and services of global value to support our economy.
3.The bacteria and virus that caused paralysis in our economy seemed to be unstoppable,even down right obnoxious. Yes I am talking of corruption instrument such as direct nego,disbursement of our financial aid to dubious company,abuse of power as reported by the press.Now the Sultan also would like be our economic player,woow plese be firm.
4.The graduate employability leave much to be desired. Their talent seemed to go to waste, no body seemed to know how to overcome this problem,sadly they are Malays. They are not able to generate the wealth to the country.What more to become tax payer.How do you explain to get the balance budget.Tax the rich to help the poor.Woow that is called vodoo economic.
Perhaps we have to look at our economic fundamental structure, may be we are not in the right path.It is just like our MH 370, it was last detected and end over the the Indian Ocean.I rest my case sdr Kadir.
Selain alasan yg Dato nyatakan dlm atrikel ini, amat sukar DSNajib menjadi Menteri Kewangan yg effective jika adik beliau dlm masa yg sama CEO CIMB. Banyak conflic of interest kerana walaupun bank dikawal oleh Bank Negara tetapi Bank Negara dikawal oleh Menteri Kewangan.
Dato Seri Mustapha Mohammad ada potensi sebagai Menteri Kewangan kerana beliau pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan Ke2 kpd Tun Daim dlm kabinet Tun Mahathit. Beliau juga lulusan ekonomi kelas pertama dan kurang liabiliti politik.
salam Dato...
1.ambo nii tak reti sangat pasai politik niii..lebih2 lagi pasai ekonomi.
2.nak buat camner ambo lahir udah ada cop keris merah umno atas dahi..darah ambo pulok berwarna biru dacing pekat.
3.sampai lonipun walau umur udah nok sampai separuh abad... darah biru bn masih segar mengalir dalam tubuh ambo ni begitu juga tanda cop umno atas dahi jelas...
4.ambo nok royatnya Dato ni oghe kelate kato banyok berkecek /bercakap dari buat...banyok komen and kritik ajerr..dari dulu sapo loni..diri sendiri entah ap02...
5.apo sebab yg Dato jadi gini???(yang jadi gini-gitu ado sebab yang Dato tak bagi tahu pado public) and ado sebabjugok kenapo Datuk loni kutuk YABDS Najib...kalu telus Dato royat(bagi tahu) lerr sejarah duka kecewa Dato dalam Blog niii..kan ada jujurnya..janga duk asyik hentam ajer nak cover duka dan darah kecewa Dato tuu...be gentleman Dato...royat/bagi tahu ajerr Dato nak gapo...tak payah jadi budok kecik..cikit2 keno pujuk atau oghe/orang bagi sepuluh sen sonyap piii main jauh2...masalahnya dari dulu lagi Dato merenget2 cam budok kecik...terhenget2..meraung2 sana sini..tunjuk muka sana sini...walau udah buat muka seposen..sayang meka tak dengar atau udah tahu perangai Dato...kejap sana kejap sini...
6.ambo nok royat lagi...kalu semua orang lain tak betul..semua orang lain tak kena..semua orang lain salah..semua orang lain tak pandai..semua orang lain tak reti...camner biar Dato ajer jadi PM atau biar Dato ajer jadi Menteri kewangan...rasanya kat Malaysia niii yg boleh ganti YBDS Najib ialah Dato ajerr...ambo setuju 100% bahkan lebih lagi...oghe lain ambo tak tahu lerr pulok..guano gamok boh?
Good Artikel....
Salam Dato,
Terima kasih dato dan Zed-85, diatas penerangan.
TETAPI adakah pertambahan `production/export/KDNK `berbaloi dengan' pertambahan hutang hampir 2 kali ganda dan `masuk' lagi duit `deficit',dalam 5% KDNK..?.
A simple rule of thumb ialah lagi besar modal lagi la kecil percentage of net profit(KDNK) ratio to total capital(total economy inputs),after a certain capital limitations/size...
Makna nya profit/KDNK is not limitless with increasing capital... banyak la sebab musababnya..tak pandai urus,leakages,wastages,bribery,complencency dsb.
BOLIH KA SESIAPA yang pandai ekonomi ni beritahu BERAPA ramai majikan majikan baru dikalangan graduan rakyat tempatan telah di capai/dihasilkan setahun dari seluruh jumlah graduan setiap tahun?..
Terlalu ramai pandai pandai mengaji minta jadi pekerja ni...spieces jadi majikan majikan mai kut mana dan ramai mana pulak?
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato....Dato ada menyebut tentang hutang negara yg mencatatkan penurunan terbaiknya tahun 1997 . Setahu saya sekitar 1991 ~ 1998 Memteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim. Jelasnya trend hutang negara menyusut ketika beliau jadi menteri kewangan. Dato tak mahu pulak beri sedikit kredit pd Anwar dlm artikel Dato.
Bila Daim Zainuddin ambil alih menteri kewangan dari Anwar, Daim digambarkan telah menyelamatkan ekonomi negara dari diranapkan oleh Anwar. Betul ke? Perbelanjaan surplus 5 tahun berturutan hanya berlaku semasa Anwar menteri kewangan. Selepas itu negara kita tak pernah mencapai perbelanjaan surplus lagi.Yg saya nampak cara Anwar menangani krisis ekonomi 1997 ialah dgn cara menelan ubat pahit dahulu...berbanding cara pengganti2nya yg lebih cenderung menelan pain killer . Skrg hutang negara sudah 500 billion . Terimakasih.
begitulah kaedah untuk kumpul seberapa banyak harta ketika diberi amamah sebagai perdana menteri.
Itulah misi dan visi kebanyakan pemimpin umno.
Hal ini pernah dijelas dandinyatakan oleh KU Li bahawa umno pengkhianat bangsa.
Datuk Roslam awang Chik, pernah sebut semua ADUn di Terengganu asyik kmupul harta.
Bayangkan dua penggal jadi exco makan tak habis sampai tujuh keturunan.
oleh itu tidak mustahil perdana menteri pun.
Sdr Suffian, maaf cakap sumbangan Anwar kepada dasar ekonomi, fiskal dan monetari negara sebenarnya tidaklah besar.
Anwar bukanlah seorang yang dalam pengetahuan ekonomi, kewangan, percukaian dan mata wang.
Malah beliau tidak berminat terhadap isu-isu berat dan besar. Tetapi kerana pandai mengambil hati Dr Mahathir dan Dr Mahathir pula sangat teruja dengan kehebatan pidato dan PR Anwar, maka banyaklah kelemahan dan kekurangan Anwar yang terlindung daripada pandangan umum.
Apatah lagi sejak menjadi TPM beliau menguasai media massa. Dr Mahathir seolah-olah memfrancaiskan media massa kepada beliau. Siapa yang beri maklum balan yang negatif mengenai Anwar akan ditiduh membuat fitnah.
Banyak dasar dan projek ekonomi yang dikreditkan kepada Anwar sebenarnya buah fikiran dan penat lelah orang lain.
Bank Islam dan Islamic Finance misalnya adalah cetusan idea Dr Mahathir dan dipelopori oleh Allahyarham Raja Tun Mohar Raja Badiozaman. Apabila Anwar menang PRU 1982, jadi timbalan menteri dan ketua pemuda, jawatan pengerusi Steering Committee Bank Islam diserahkan kepada beliau. Ada orang kata dia minta daripada Dr Mahathir.
Mengenai hutang negara yang kecil pada zaman Anwar, ia adalah kerana penswastaan dan pre-payment hutang kerajaan oleh Tun Daim waktu jadi Menteri Kewangan kali pertama.
Kehebatan dan kejayaan Anwar adalah mnengambil kesempatan daripada segala situasi dan setiap orang yang boleh memajukan kerjaya beliau dan menggunakan media massa arus perdana bagi mempromosikan beliau dan kelompoknya seperti Team Wawasan.
Mungkin satu hari nanti, jika diizinkan, saya akan ceritakan pengalaman saya dari zaman Tunku hingga ke hari ini. Secara kebetulan, bulan ini gelaplah 45 tahun saja jadi wartawan. Alhamdulillah.
Terima kasih.
Dato.
Cerita tentang Anwar apa yang tulis memang betul.Bukan rekaan.
Siapa yang kenal mereka tahulah.
Lulusan Pengajian Melayu UM.
Dari imej Islam bersama ABIM.
Kemudian celup dalam UMNO kerana katanya hanya UMNO yang ada harapam jadi PM Malaysia.
Bila dipecat dari UMNO disinilah imej Islamnya makin kabur dan kendur.
Dia bijak perkuda Pas dan Dap bersama PKR nya.
Banyak isu-isu kepentingan kini di gadai sewenangnya.
Demi nak capai vita-cita dia korban apa saja.
Dendamnya pada UMNO cukup hebat.
Pidatonya memang hebat.
Putar belit pun boleh tahan.
Terima kasih Dato.
Dato...sebagai wartawan berpengalaman , saya yakin Dato banyak mengetahui apa yg orang lain tidak mengetahuinya.
Saya sebagai bukan wartawan @ orang biasa2 , saya menilai Anwar Ibrahim berdasarkan rekod2 yg ada dan penilaian saya secara peribadi. Jika hutang nagara menyaksikan trend menurun & perbelanjaan surplus semasa Anwar menteri kewangan, maka itulah faktanya bagi saya juga bagi kelompok majoriti rakyat Malaysia. Inilah kelompok yg perlu kita raikan dlm sistem demokrasi yg kita amalkan. Saya tak nampak keperluannya utk membangkitkan kelemahan2 teknikal yg Anwar hadapi . Sudah pasti Dato maklum kemahiran teknikal tidaklah sebegitu penting bagi kepimpinan kelas tinggi . Lainlah cerita kalau Anwar baru nak tunjuk skill main office politics...cucuk sana, cucuk sini, ampu sanasini...tup2 naik pangkat jadi department head. Terimakasih.
1. Thank you to the Pemandu officer who called to respond to this posting.
2. It’s rare that a civil servant would “take the risk” of calling a recalcitrant blogger like me.
3. Sadly he is not authorized to speak to the media and he, therefore, asked for anonymity.
4. Sadder still his colleagues who are tasked with handling the press do not consider a blog like this one worthwhile engaging.
5. Still I thank the officer and I totally sympathize with him. So allow me to “quote” him anonymously on the following:
i. That not all Pemandu’s recommendations were accepted and carried out by the government. Many social justice recommendations were not accepted as they were deemed costly and not in consonant with free market and meritocracy.
ii. That many of the policies, strategies, programmes and approaches proposed by Pemandu that were accepted by the government were effective and well received by the business community.
iii. But government’s information and propaganda machinery, including the mainstream media (MSM), have failed to explain to the people, causing them to reject these policies and also making it easy for the opposition to confuse the masses.
iv. The Government’s policy of restricting its information and propaganda activities to the pro-government MSM and taking a confrontational attitude towards the new media, including blogs, limits its reach as more people, in particular the young, now depend increasingly on non-traditional media.
I thank him for his input. I wish him the best. Thank you.
Assalamualaikum Dato,
respon saya kepada tulisan dato di sini: http://ekonomiumno.blogspot.com/2014/06/prestasi-ekonomi-malaysia.html.
Terima kasih.
Salam Dato.
Sy harap Dato boleh cerita sedikit banyak tentang pengalaman seperti yg dijanjikan (setelah 45 tahun menjadi wartawan dari zaman Tun Razak..hingga hari ini.).
Dgn ini rakyat dan bloggers dpt memahami dgn lebih jelas tentang personaliti2 yg pernah Dato kenali.
Sy pasti..Dato juga dpt mencerahkan banyak perkara dan isu2 serta apa saja pembohongan2 yg telah dilakukan oleh manusia bernama Anwar ini.
Memang dah smpai masa rakyat perlu tahu lebih jelas tentang sifat dia yg cukup menjengkelkan ini.
Adalah adil kiranya Dato menulis dan mengkritik dia seperti mana Dato menulis tentang Najib.
Terima Kasih.
Msh
Jika Muhyiddin gugur, mampukah UMNO brtahan?
Sdr msh,
1. Saya memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Bernama pada 16 Jun 1969.
2. Waktu itu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra masih PM walaupun kuasanya telah diambil alih oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan Mageran.
3. Saya naik bas dari kampung saya ke Alor Star dan kemudian dengan bas UTC ke Bagan (Butterworth) untuk menaikki kereta api kelas tiga menggunakan "warrant" kerajaan untuk ke Kuala Lumpur.
4. Asap dari bara kebakaran 13 Mei masih berkepul. Kuala Lumpur masih dalam ketakutan. Pergaduhan kecil masih berlaku di sana sini. Saya menunpang di rumah haram aka rumah setinggan di Kg Pandan.
5. Kebetulan baru-baru ini saya memberi syarahan panjang mengenai "Cara Perdana-Perdana Menteri Malaysia Menangani Krisis" di sebuah IPTA untuk pelajar post-graduate.
6. Jadi boleh kata saya kenal/tahu semua PM Malaysia. Saya interview DS Mohd Najib kali pertama pada tahun 1977 di Jalan Eaton untuk akhbar Business Times. Waktu itu dia masih bujang. Baru setahun jadi MP dan dilantik Pengerusi Majuternak - Livestock Corporation. Majuternak pun dah lama tutup.
Terima kasih.
Apa juga markah Najib mentadbir keewangan negara E. Mata pelajaran pentadbiran Najib hanya mampu mendapat D.
Malaysia memerlu kepimpinan baru. Kabinet Najib tidak mencapai citarasa dan aspirasi rakyat.
Ekonomi Umno
Terima kasih atas respons kepada rencana saya.
Dato.
Sebenarnya semua pemimpin Melayu sama ada UMNO,PAS,PKR(separuh Melayu) sudah tidak ada prinsip lagi.
1.ada yang kejar harta dan pangkat
2.ada yang kejar kuasa semata mata
3.ada yang tak tahu apa yang patut kena buat.
4.ada yang masih mengaharap persen dan komisyen projek.
Inilah gelagat pemimpin Melayu kini.
GST pun nampak macam teori sahaja lebih.
Praktiknya agak meragukan.
Akauntabiliti belum tentu.
Terima kasih Dato.
Dato’
Agak menarik ulansan dari komen pembahas Ekomnomi UMNO.
Deficit bajet menunujukkan trend menurun sejak berapa tahun.
Saya menjangkakan trend ini akan berkekalan untuk tahun depan 2015, iaitu semakin mengurang. Tahun depan juga bermulanya cukai GST.
Defisit/Surplus adalah Hasil pendapatan Kerajaan (Revenue) – Perbelanjaan Kerajaan (Expenses).
Persoalannya adakah berkurangnya Defisit disebabkan keberkesanan pentadbiran Najib atau disebabkan pengurangan subsidi dan juga GST.
Laporan PAC beberapa tahun ini tidak menunjukkan tanda dimana kerajaan mengamalkan langkah berjimat cermat sebaliknya banyak berlaku keadaan ketirisan dan nampkanya tidak ada tindakan susulan yang sesuai supaya tidak berulang.
Matawang ringgit yang lemah berbanding dengan matawang asing menggalakkan eksport tetapi matawang ringgit yang rendah juga memberikan tekanan kepada kos sarahidup dan harga barang akan naik.
Dalam PRU yang lepas, PM Najib menyatakan bahawa, pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi. Kalaulah matawang ringgit rendah, bagaimana Malaysia boleh menjadi negara pendapatan tinggi.
Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Malaysia akan menjadi negara berpandapatan tinggi sebaliknya lebih banyak beban yang dikenakan kepada rakyat, subsidi dikurangkan, GST dikenakan, matawang ringgit lemah, tariff elektrik meningkat.
Saya teringat bacaan, kalau tidak silap dari blog “Economics Malaysia” dimana simpanan gas di Malaysia tidak seperti minyak masih besar dan boleh tahan sampai 40 tahun. Sumber tenaga Malaysia kebanyakkan adalah daripada bahanapi gas, oleh itu kenaikkan yang tinggi dalam tariff elektrik boleh dipersoalkan.
Kadar Inflasi yang semakin meningkat membebankan terutamanya golongan graduan atau lepasan sekolah yang mana gaji graduan baru tidak banyak berubah sejak berapa dekad.
Tidak nampak tanda Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi tetapi banyak tanda menunjukkan akan menjadi negara kos sarahidup tinggi pada tahun 2020.
Salam Dato’ A Kadir Jasin
Cadangan Dato’ utk menulis pengalaman bersama beberapa menteri kewangan memang menarik. Terutamanya pendapat Dato’ tentang Anwar yg taklah sehebat mana sebagai menteri kewangan. Saya cukup bersetuju, teruja dan tertunggu-tunggu. Desakan demi desakan, akhirnya Dato’ mula utk berkata-kata. Alhamdulillah.
Dato’ Kadir. Saya cadangkan Dato’ tulis sinopsis je dalam blog ini bagi ramai teruja dan tertanya-tanya. Kemudian Dato’ bukukan pengalaman emas tersebut beserta secebis pendapat Dato’ dengan seikhlas hati tanpa bias dari mana-mana pihak. Masukkan gambar-gambar kenangan lama.
Akhir kata, saya gerenti beli punya.. Dan ianya akan menjadi rujukan sejarah dlm lipatan tanah air kita. Bak kata org Melayu, harimau mati meningglkan belang. Jadi tak salah rasanya Dato’ memberikan tajuk “Harimau Belang” pada buku tersebut. Sekian TQ
Salam Datuk
Semoga sihat di samping keluarga, dunia ini adalah sementara pemimpin datang dan pergi, ada yang baik ada yang jahat. Saya melihat jauh ke hadapan Malaysia akan melalui situasi getir, cabaran cabaran yang mendatang amatlah mencabar untuk generasi pewaris. Dikala kita berdegar degar menyuarakan pandangan rupanya kita terlupa pada hakikat negara yang dicintai semakin ternoda dengan anasir anasir haram dan khurafat. Ekonomi rakyat semakin merundum budaya hendonisme berleluasa, hiburan menjadi candu keresahan, segala inci tanah ditebus guna atas nama pembangunan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang biasa dan menjalani kehidupan marhein saya amat khuatir kepada generasi akan datang dimana sekarang kita dok belabon berkaitan politik sana sini. Hakikat yang tidak disedari oleh Pemimpin atasan dari kedua belah pihak malah kita sendiri Negara ini sedang menuju ke arah kehancuran. Kenapa kehancuran? Kerana asas perpaduan rakyat yang longgar dan kadar keberhutangan isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di asia. Natijahnya Datuk pada tahun 2020 kita bukan meraikan Malaysia sebagai negara maju tetapI meraikan malapetaka negara. Apa yang boleh saya nyatakan disini kepada semua pengikut blog datuk marilah kita bersama-sama untuk menyedarkan pemimpin didalam negara ini kembalilah kepada jalan asal dimana asas kewujudan negara adalah rakyat. Pincang rakyat musnahlah negara, jauh di perantauan menyedarkan saya Malaysia adalah sebuah negara yang hebat pernah wujud di Planet Bumi suatu ketika dahulu.
Datuk,
Selagi mana UMNO berkuasa org org melayu twkkan kemana..Malahan semakin merudum kebawah dlm aspek dunia dan akhirat..
Kebodohan ini terletak ditangan org rog melayu sendiri yg membuta tuli mengundi pemimpin pemimpin korup..
Salam Dato.
Terima kasih atas respons post sy.
Banyak yg ada kena mengena dgn diri sy dizaman dulu2...naik bas dari AS ke Bagan...dari situ naik keretapi kelas 3 ke KL...tinggal dirumah setingan diKpg Pandan....
...ada lagi....yg tidak disebut....naik bas mini...diKL....kadang2 naik bas Express dari AS yg ada tandas dibelakang..(sebab perjalanan 8/10 jam)...yg lambat beli tiket mcm kena hukum pula...kena duduk dibelakang sebelas tandas dan menanggung azabnya dlm perjalanan....ha ha.
Terima Kasih sekali lagi...dan sy juga tidak mengharap apa2 tambahan dari pencerahan yg telah diberi....
Baik kurang dari lebih...kerana lebih boleh mengundang permasalaahan.
Msh
1. Dalam blognya, Tan Sri Zainuddin Maidin aka Zam, menuduh saya prejudis kerana mencadangkan agar PM Mohd Najib melatakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Saya telah menghantar komen berikut ke blog Tan Sri Zam:
"Tan Sri Zam,
Terima kasih kerana merujuk kepada rencana dalam blog saya mengenai eloknya Perdana Menteri tidak terus menjadi Menteri Kewangan.
Saya bukan prejudis tapi konsisten. Itu jugalah mesej saya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa mereka menyandang jawatan Menteri Kewangan.
Kalau pada pandangan Saudara TS Zam saya prejudis terhadap Mohd Najib, saya mohon TS Zam menyanggah hujah saya mengenai prestasi Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.
Mungkin TS mempunyai hujah dan maklumat yang lebih tepat dan terperinci mengenai kedudukan ekonomi, kewangan dan dasar-dasar fiskal serta monetori negra di bawah Mohd Najib
Wassalam.
Terima kasih."
Salam Dato.
Tan Sri Zam....masih ditakuk lama...tidak gemar melawan arus...walau pun arus itu cukup merbahaya...org putih kata;
.Melayu yg 'old school'....
... "jgn lawan ketua...ketua lebih tahu...taat pd ketua...sabar selalu....hormat pd yg tua..jadi serupa Tuah bukan Jebat....dan terima saja segala apa yg diberi dan bersyukur dgn apa yg ada"...
Sikap2 begini tidak lagi menolong...malah 'counter productive' ..dan menyebabkan mereka yg berkuasa menjadi lebih melampau dan akan membawa bencana pd Rakyat majoriti terutama Melayu..
Yg betul tetap betul....yg salah pasti salah....apa yg hendak ditakuti?
Terima kasih.
Salam Dato.
Typo error...s/b MSH not MSJ in earlier posting....apology.
Wah..semakin panas apabila orang kuat nst dan orang kuat utusan berdebat dalam blog..he3
Salam Dato.
Bagi aku...kalau orang nak keluar atau berhenti dr sesuatu keadaan..biarlah dia keluar atau berhenti sbbnya seseorang itu sdh fikir dengan cukup sebelum buat keputusan tersebut.apa yg penting bagi kita bila seseorang berhenti atau keluar..calon penggantinya sudah ada dan bersedia..kerana sesebuah organisasi semestinya ada carta hirarki masing2.biarlah mereka berhenti.mesti ada sebab2 tersendiri..tapi yang silapnya orang kita terutama orang melayu sering kali memujuk kembali supya jgn berhenti..sebenarnya hanya nak ambil hati atau jaga hati kononnya khidmat beliau masih diperlukan..cukup2lah berdrama..sebab pengganti beliau sentiasa sudah bersedia.janganlah dengan sebab memujuk kerana jaga hati tadi..sang pengganti tersentak pulak hatinya..maka wujud krisis dalaman yang akhirnya memberi senario yg jauh lebih buruk seperti masa tun m umum perletakan jawatan beliau dulu..walaupun plot tersebut sebenarnya sudah bocor terlebih awal di kalangan org tertentu..sbb tu ada yg terpinga2 bila tun buat pengumuman..bg yg dh tau hanya senyum dn meenyumpah dlm hati..." ceh...betoi ghupenye jangkaan tun."..pasti ada yg menangis dn memujuk tun...maka yang sedang menunggu masa turut menyumpah dlm hati..." ceh...abis peluang aku".fikir2 kanlah. Dato pun sy percaya tau tentang ini...apalagi...suasana politik negara..antara pihak yg paling awal dpt menghidu sesuatu adalah wartawan...tak gitu dato?.apa 2 hal pun tahniah kerana berjaya menghidu beberapa perkara besar sebelum betul2 berlaku..seperti di terengganu baru2 ini.saya pun dah tau seawal tahun lepas lg..sekian wassalam
Dato Kadir.
Pada zaman Tungku Abdul Rahman dan salepas Merdeka,Menteri Kewangan dan Menteri Perdagagan ada lah di sandang oleh orang Cina,
Sabenarnya yanag tahu soal kewangan dan perniagaan ini hanya orang Cina, jadi saya cadangkan kota lantek samula orang Cina untok menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan .Saya tidak nampak di kalangan Ahli ahli politik MCA dan Gerakan ada pemimpin yang sesuia untok jawatan ini.
Jika kita lantek Orang Cina yang berkelibar dari luar party.
Mungkin dengan lantekan ini juga akan mengembalikan kepercayaan orang Cina kaoada Kerajaan.
Salam Dato.
Saranan En Wong...."org berbangsa Cina lebih layak memegag jawatan Menteri Kewangan dari org Melayu"...
Sy tidak setuju dan berpendat bahawa ini cuma persepsi sahaja bahawa org Cina bijak dlm perkara begini.
Sebenarnya ramai org2 Melayy yg berkebolehan dan juga berkeupayaan memegang jawatan tersrbut....samalah dgn jawatan Gabenor Bnk Negara...CEO Institusi Perbankan atau Sy Insurance dsb.
Malah sebelum ini pun Org Melayu yg menyandang jawatan tersebut pun berjaya melakukan dgn baik.
Persoalan disini...Dato cadangkan jawatan tersebut dilepaskan oleh PM atas dasar "check and balance"...supaya juga lebih 'transparent'dan tiada "conflict of interest"..
Masalah yg selalu timbul bila ada isu2 besar atau kerugian atas keputusan yg diambil adalah kerana penyalah gunaan kuasa...'abused of power' dan gejala rasuah.....dan bujan kerana org Melayu tidak mampu..tidak layak menjawat jawatan tersebut..
Adakah org Cina sahaja yg layak dan bebas dari penyalah gunaan kuasa?
Terima kasih
Msh
Dato.
Dua sistem yang ada dalam UMNO hari.
1.naik turun tukar ganti pemimpin UMNO ada unsur Dinasti.
2.dalam kelompok UMNO sendiri sudah wujud sistem Berkasta-kasta.
Inilah yang sedang berlaku pada UMNO kini.
Undur kebelakang.
Terima kasih Dato.
salam DAKJ
dah umum dalam sidang media hari ini, najib kekal sebagai menteri kewangan.
Saya percaya akan ada cabinet reshuffle tak lama lagi..MOF pasti takkan bertukar tangan..apapun jangkaan orang.najib will not hand over the mof to anyone but will remain in his hand.believe me.itu lubuk emas.
Msh,
If there are so many competent melayus. Why need special rights or positions? Just abolish it. It's time for the rich melayus to help the poor melayus. Benefits mau, work dun wan. Problem la!
Sdra Looes74.
Melayu berkebolehan memang ada untuk megisi jawatan yg kita perkatakan...tetapi kita Melayu masih memerlukan .pertolongan dlm banyak segi...adalah mustahil untuk bersaing dgn Cina dlm banyak perkara...sdra perlu faham fakta ini dulu
."the playing field is not level as yet'.. ini kenyataan.....'doing away with special rights or previleges and accepting meritocracy at this moment is only a foolish thing to do'....Melayu masih memerlukan pertolongan.....yg masalah disini adalah bangsa Melayu sendiri yg lupa dan tidak mahu menolong seperti mana org Cina yg sentiasa membantu kaumnya.
Bila sdra berkata..benefits mau, work dun wan...memang ada kebenaran tetapi sy percaya masa akan membetulkan semua ini sebab Melayu sudah makin sedar betapa perlunya berusaha dan meningkatajan taraf hidup tanpa bantuan kerajaan..
Sy hargai pandangan sdra...tq.
Post a Comment