Monday, September 15, 2014

Maladi Melayu Bawa Malu


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PANTUN lama kegemaran saya:

Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Versi moden yang mampu saya ilhamkan.

Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau guru kurang ajar
Tentulah murid lebih lagi.

Apabila guru sanggup bocorkan kertas peperiksaan dan buat bermacam-macam dosa dan angkara, bagaimanakah kita hendak mengajar anak-anak kita agar tekun dan berwibawa?

Guru kencing berdiri
Murid kencing berlari.

Dan mengapakah kita harus marah dan kecil hati apabila (Tun) Dr Mahathir Mohamad berkata, “the Malays are lazy”?

Tidak semua Melayu malas. Itu pasti.

Ramai Melayu yang rajin, tekun dan cemerlang. Diberi tongkat mereka ubah jadi dayung dan tiang.

Ramai Melayu, umpama kata Hang Tuah, tidak hilang di dunia. Mereka mencipta nama dan hidup senang di merata dunia.

Tetapi ada juga Melayu yang merempat di negara sendiri. Diberi benih, benih mereka makan. Diberi baja subsidi, baja mereka jual untuk berjudi dan berjoli.

Hutang keliling pinggang beli Honda, Yamaha dan Suzuki kemudian jadi Mat Rempit berlumba haram sampai mati.

Jadi saya sekali lagi bertanya, Melayu yang macam mana hendak kita perkasa ekonominya?

Yang memerintah Melayu. Yang berdakwah, berceramah dan bermuhasabah Melayu. Yang ramai jadi polis, kastam, guru dan imigresen pun macam Melayu.

Yang ramai kena tangkap rasuah dan menipu pun Melayu. Melayu terima rasuah masuk penjara. Cina dan India yang bagi rasuah tidak jadi apa-apa. Kalau adapun sekerat dua.

Serangkap daripada sajak “Melayu” oleh Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang:

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Wallahuaklam.

25 comments:

tebing tinggi said...


Kalau beburu dipadang datar '
dapat rusa bebelang kaki,
Kalau Melayu sendiri tak bolih menegor mengajar'
siapa lagi yang bolih menasihati.

Tun M berkata the Malays are lazy'
Melayu marah dan berkechil hati,
yang benar haruslah diteliti'
agar Melayu tidak menjadi abdi ditanah sendiri.

Dapat rusa bebelang kaki'
masak lemak selepas disalai,
nasihat yang tua harus dihalusi,
agar negara dan maruah diri tidak tergadai.

awang batuburok said...

Salam hari Malaysia Dato,

Kesian kpd majoriti orang orang Melayu selepas berpuluh puluh tahun ditipu oleh ahli ahli politik yang korup (sejak tahun 1982), mereka dituduh pemalas dan tidak tahu berterima kasih kapada pemimpin yang menipu mereka.
Setelah berbillion ringgit harta rakyat difaraidkan kapada anak beranak dan kroni kroni mereka, rakyat melayu dituduh pemalas dan tidak tahu berterimakasih kpd pemimpin yg menyamun dan merompak harta rakyat... Oh Malaysia negaraku, Selamat Hari Malaysia!!!

ismail muda said...

Datuk, British lebih berhati perut. Ketika merdeka dulu, tanah rezab Melayu ada lebih 3 juta hec. Bila jatuh di tgn pemimpin Melayu, tanah rezab ini hanya ratus ribu ekar saja. Ada Kerajaan negeri terpaksa menambah/menampal peruntukan undang2 di bwah land act Malay Act Res, Customary Right, Adat dll. Kita kutuk pemimpin Melayu mcm meludah ke langit. Hakikatnya begitu la. Disiplin pemimpin kita dlm pentadbiran Kerajaan lebih dari raja. Dtg lambat. Mesy tak ikut waktu. Acara/ majlis selalu tergendala pasal vvip tak ikut waktu. Apa pun tabik pada Tun Mahathir kerana pasal disiplin masa, dia cukup jaga.
Bila pak mentri langgar waktu, bos2 ketua jabatan ada yg tak kisah. Tak semua lah. Ada KSU, DO, KP payah benau nak jumpa. Apa nak ckp dgn tuan2 pejabat yg diketuai Melayu? Malas? Ego? Sombong?....

MOKHTAR said...

SALAM DATO,

UNTUK SEMUA ORANG MELAYU!

SALINAN SAJAK OLEH A. SAMAD SAID
BERTAJUK ' HAI MELAYU '

HAI MELAYU!
RUMAHMU SEMUA DIBINA INDONESIA
EKONOMI PULA DIKUASAI CINA
GOLONGAN PROFESIONAL SEMUANYA INDIA
WARUNG MAKAN PUN, MAMAK DAN SIAM YANG BERKUASA
WARGA BANGLA PULA MENJADI JAGA
ORANG NEPAL YANG MENABUR BAJA
ORANG PAKISTAN USUNG KARPET JAJA MERATA
LALU MELAYU ADA APA?
HARAPKAN UZTAZ, SALING MENYESAT
HARAPKAN HIBURAN, LAGI BEST FILEM BARAT
HARAPKAN BAHASA, BANYAK TELAH BERTUKAR KESAT,
HARAPKAN TULISAN, JAWI PUN MEREKA HAMBAT,
HARAPKAN TANAH, BANYAK DIGADAI KORPORAT

HAI MELAYU!
MASIH MENDABIK MENJADI TUAN?
SIBUK MAHU MENJADI TUAN,
RUPANYA KERJA KELAS BAWAHAN,
DITIPU MENTAH ORANG ATASAN,
KONON PERJUANGAN INI UNTUK KALIAN,
KERJA SIKIT, SEMBANG KENCANG,
BANYAK RUNGUT, SIKIT RANCANG,
SIAPA TEGUR, DITUDUH LANCANG,
DUDUK WARUNG, GIGIT CACANG,

HAI MELAYU!
KONON KAU PANTANG DICABAR,
KONON KAU TANGKAS MENYAMBAR,
TAPI CUMA INDAH KHABAR,
RENTAKMU MAKIN LAMA MAKIN HAMBAR,
KAU MELAYU AKU PUN MELAYU,
AKU MENULIS BUKAN CEMBURU,
KENAPA MELAYU TAK MACAM DULU..

HAI MELAYU!
JARI MU HEBAT BERTUTUR DIFACEBOOK ALAM MAYA,
BILA BERDEPAN EKONOMI SEMASA KAU TIDAK BERDAYA,
KAU CUMA TAHU BERGAYA,

HAI MELAYU!
KAU MELAUNG-LAUNG DIJALAN RAYA, BAGI TAU DUNIA INI BUMI AKU YANG PUNYA,
PADA HAKIKAT IA DIGANDAI KEPADA SEPET YANG KAYA,

HAI MELAYU!
KERANA HENDAK BERGAYA KAU GADAI PUSAKA,
BILA DAH KAYA KAU JADI PUAKA,
INI TANDANYA KAU SUDAH DERHAKA!

HAI MELAYU!
SEDARLAH BANGSA KU,
BUKA LAH MINDA MU,
BERSATULAH BANGSA KU,
KERANA MALAYA BUKAN LAGI MILIK MU!
AKU PUN MELAYU,
ENGKAU PUN MELAYU,
BODOH SOMBONG HARUS DITEPIS,
RIAK, BONGKAK DAN HASAD DENGKI SESAMA BANGSA HARUS GURIS,
BERSATULAH MELAYU KERANA AGAMA, BANGSA, MOYANG-MOYANG YANG TELAH BERJASA,
KERANA INI MUNGKIN PELUANG AKHIR BANGSAKU UNTUK NEGARA,BERJASA DAN BERKUASA....

wankamarul701 said...

Yang paling penting akidah kena betul. Malas nombor dua. Waris saya kerja kat arab Saudi pun cerita. Orang arab ni malas dari orang melayu. Tetapi Negara diorang lebih makmur (kaya) dari Malaysia sebab pegangan akidah diorang betul. Kita ni pun yang kata orang melayu ini malas ni pun kata hudud takda dalam al-Quran. Astaghfirullah...

kundoq said...

Datuk,

Kalau nak tuduh silap salah siapa,tak akan selesai.

Saya cadang kerajaan yang diberi amanah dan kuasa oleh rakyat Malaysia ini mesti berbuat sesuatu mulai sekarang.

2. Mula dari perinatal awal iaitu peringkat sekolah.

3. Naik taraf sekolah luar bandar dimana majoritinya orang melayu,sebagai sekolah yang paling bagus guru guru dan infranya.Guru yang benar benar dedikasi dan faham benar jatidiri melayu.

4.Adakan kelas dari pagi hingga pukul empat petang.Mass belajar lebih panjang dan masa lapang untuk berseronok tentulah akan singkat.Ini membataskan aktiviti mengarut pelajar selepas kelas.Mak bapak lebih selesa dan tidak kelam kabut dalam banyak hal.Saya rasa,untuk berbelanja pada perkara begini takkan tak sanggup.Generasi baru inilah yang mampu merubah keadaan bangsa kita.

kundoq said...

Satu lagi,kos untuk persekolahan di atas rasanya cukai arak dan rokok deluded yang dihilangkan oleh kastam baru baru ini pun sudah cukup kot.

imlan adabi said...

Apakah Melayu sekadar watak kecil dalam drama sejarah?
Saya Melayu, Datuk juga Melayu. Tapi memadaikan Melayu dengan zaman lampau saja?
Kita sudah 57 tahun merdeka. Melayu masih macam tu. apakah tiada iltizam atau memang takdir kita begitu?
Saya tak salahkan kuasa Allah. Saya salahkan Melayu sendiri yang masih nostalgia dengan zaman feudal

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Saya dengar, entah betul atau tidak, pesawah Melayu di Kedah sekarang hidup goyang kaki sebab semua kerja padi dah di 'outsource' kepada Cina. Habis musim ambil untung setelah ditolak bahagian Cina. Itu namanya malas.

Ada pula yang dapat tanah terbiar dan terus nak jual/ sewakan pada Cina. Ini namanya zalim sebab diberi keistimewaan, disalah gunakan. Orang yang benar2 perlukan tanah untuk diusahakan tak dapat. Begitu jugak mereka yang beli rumah kuota Melayu untuk dijual balik untuk untung atas angin.

Semua ini dari segi moral adalah salah. Tapi kalau ada 'good governance' perbuatan macam ni tak akan berleluasa.

Saya amat bersetuju bila ketua2 bahagian peperiksaan digantung kerja. Kalau terbukti kerja cuai, goyang kaki dan tidur eloklah dibuang saja. Kita buat pengajaran untuk pentadbir2 lain supaya mereka laksanakan tanggungjawab mereka. Ini termasuk tanggungjawab untuk sentiasa meneliti samada sistem yang ada menepati peredaran zaman. Kalau sistem masih di tahap sama seperti di tahun 1990an, kita tak perlu terkejut kalau kertas periksa bocor tiap2 tahun.

Rakyat sekarang sedang tunggu dan lihat apa tindakan disiplin yang seterusnya oleh kerajaan.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Isnail Muda, ya British lebih berhati perut adakan Tanah Rizab Melayu (TRM)walaupun jenis tanah yang dirizabkan kurang subur dan tidak sesuai untuk perladangan. Umumnya TRM sesuai dan diluluskan untuk padi saja supaya tidak bersaing dengan ladang penjajah. Pemimpin politik dan perkhidmatan awam panca-Merdeka hipokrit dalam hal TRM.
TRM yang diambil untuk pembangunan untuk semua bangsa tidak diganti dan pampasannya murah.

Sdr Jumbeaux, lebih daripada betul. Tidak memeranjatkan kalau lebih 50% pemilikan ekonomi (economic ownership) Mada di tangan orang Cina. Ramai Melayu goyang kaki pajak tanah kepada Cina. Dulu pinjam daripada Ceti sekarang daripada Cina. Amalan padi kunca dan sewa hidup tambah berleluasa apabila luas sawah makin kecil kerana faraith dan kos pengeluaran serta kos rasa hidup makin meningkat. Pemodenan pertanian juga menguatkan cengkaman Cina ke atas Melayu kerana Cinalah yang memiliki jentera pertanian dan menguasai bekalan input pertanian. Sawah yang dikerjakan oleh tauke-tauke Cina luas dan dengan itu menikmati economies of scale. Penghasilan mereka juga tinggi. Inilah yang dibangga-banggakan oleh Mada sebagai hasil tuaian makin meningkat.

3. Sdr Kundoq, itulah yang dulu dijanjikan - sekolah satu sesi. Tapi hangat-hangat tahi ayam saja. Duit diboroskan untuk tujuan yang tidak produktif atau dicurahkan di bandar-bandar. Dulu ada industri di kampung kerana dasar Industrial Dispersal. Sekarang nak buka kilang di kampung tak digalakkan sebab tak cukup air!

4. Sdr Seri Raja al-Diraja, negeri Arab yang kaya kerana ada minyak. Kalau malas, buat alasan dan tak ikut waktu lebih kurang macam Melayu.

5. Dan mengenai guru/pegawai pendidikan yang disiasat dan ditahan kerana kes kebocoran soalan UPSR, orang macam ini elok dihumban ke dalam Laut Khalzum saja. Buat malu agama, bangsa dan negara saja.

Terima kasih.

msh said...

Salam Dato.

Banyak kebenaran dgn apa yg Dato perkatakan.

Melayu terlalu bnyak isu.

Kalau kita hendak bentangkan dan bahaskan tentang maladi Melayu ..sy rasa 1 bulan pun tidak mencukupi....dan jika dicampurkan dgn cara2 untuk mengatasi nya....sy rasa kita mengkin perlu berbulan2 untuk kerja2 ini.....

Atau mungkin kita perlu 1 tahun atau lebih jika hendak membuat 'blue print' atau kertas putih tentang perkara ini.

Sy org Melayu seperti Dato dan ramai pembahas disini....dan sy melihat 'maladi Melayu' ini sbgai isu penting yg mesti diberi perhatian serius oleh ketua2 Melayu.

Erti kata ...topik ini wajar diperkatan semasa PAU....walau pun sy percaya bahawa ramai yg akan tidak senangi.....terutama ketua2 tertinggi sendiri.

Sebabnya?

Jelas seperti biasa....ketua2 cuma mahu parkatakan apa yg mahu mereka katakan.....dan cuma mahu nendengar apa yg mereka mahu dengar sahaja.

Apa sekali pun....

...Bagi sy... ini satu isu penting yg semua Melayu mesti tahu jika masih mahu ujud dibumi ini dgn lebih berdaya saing atau berdaya maju atau jika masih mahu dikira bangsa yg masih relevan.

Sy sebelum ini pun sngat setuju dgn sajak yg ditulis oleh A Samad Said...seperti yg dihantar oleh sdra Mokhtar....(cuma sy tidak begitu faham dgn pendirian politik beliau sejak 2008).

Melayu terlalu banyak isu.

Sy rasa perlu juga disebut disini sedikit sebanyak isu2 yg kerap kita hadapi dgn bangsa Melayu.

Contohnya...

1.Dengki dan busuk hati....(Phd).

2.Kurang disiplin dlm banyak hal.

3.Kerap kali mungkir janji....tanpa rasa segan atau malu.

4.Kuat berbelanja....sebab itu ramai yg susah dan dibangrapkan olen bank2.

5.Terlalu sensitif dlm banyak hal.

6.Kurang teliti dlm kerja2 yg dibuat.

7.Kerap bersifat kenegerian dan susah menerima atau mahu berkawan dgn org yg bukan dari negerivyg sama.

8.Cepat menerima dan terikut2 dgn cara dan budaya luar tanpa banyak berfikir tentang kesan pd bangsa sendiri.

9.Yg haram cuma babi....yg lain2 kira ok atau boleh runding....(pinjam kata2 dari seorg pembahas).
Seperti juga yg Dato tulis sebelum ini...ada Melayu yg muntah hingga lembik...bila menyedari dia tersilap makan babi.

10.Taat membuta tuli.

11.Hormat terlampau2 pd yg berkuasa...walau pun tidak ada apa kesalahab yg dibuat.

12.Tidak gemar membaca.

13.Kurang berfikir.

14.Kuat mengutuk dan berfitnah.

15.Susah menolong jika ada yg memerlukan.
Dll.

Yg anehnya....hampir semua Melayu berugama Islam.

Dan apa yg dipraktikan jelas bertentangan dgn ajaran ugama pula....
.....Hata itulah yg dikatakan Melayu.

Melayu terlalu banyak isu.

Akhir kata....kerana terlalu banyak kelemahan yg ada;

. Jatidiri sudah menjadi begitu rapuh dan adakala langsung tiada....dan ada juga yg berkata bahawa org Melayu Malaysia sudah hilang identitinya.

Dan ini jelas...bila mana...ada ketua2 politik kita yg telah mengadaikan maruah diri ....bangsa dan ugama semata2 kerana agenda politik .

Ketua2 Umno pun hampir:70% pun begini...

Jadi apa lagi....yg boleh diharapkan?

PAU....cuma pesta.....ala 'Hollywood Academy Award' saja.

Huh....Melayu terlalu banyak isu.

Terima kasih

nedie yusuf said...

Askm dato,

saya nak respon dpd tulisan kundoq...

Anda bukan guru,tak pernah alami kehidupan sebagai seorang guru,tak tahu permasalah guru jadi usahlah beri cadangan yg bukan bukan.

Sekolah jangan dijadikan sebagai pusat jagaan anak -anak agar ibu bapa selesa dan tidak kelam kabut.

guru juga perlu ada ruang dan masa untuk anak -anak sendiri.Dewasa kini,guru lebih banyak bersama murid dpd keluarga.



azhar said...

salam DAKJ

satu cabaran dan tugas penting kat PM Najib adalah membuang/membersihkan pengkhianat di dalam perkhidmatan awam.

ingat kes lahad datu.

rokok, arak seludup,kereta mewah ,diesel.

pendatang haram yang berkeliaran.

harap Pm Najib sedar dan tak selalu keluar negeri sebab kat dalam negeri ada banyak lagi perkara penting yang perlu diperbetulkan.

muzafar said...

tak akan selesai

Lahuma said...

Dato.

Itulah senario Melayu dari pemimpin sampai yang dipimpin.
Dari orang politik sampai pegawai gomen.

Kerajaan yg dikatakan Melayu itulah yang telah bermurah hati dengan dasar ampun kurnia projek-projek besar dan mega pada bukan Melayu.Kemudian buat-buat terkejut bila lihat bukan Melayu kuasai ekonomi.Selama 57 tahun mereka dapat ampun kurnia.Zaman British pun dapat ampun kurnia.

Pemimpin Melayu dengan dasar makan persen dan komisyen sampai kini masih berjalan.

Selepas PRU 12/13 bila kerajaan Melayu sesak nafas barulah nampak Melayu makan sup tulang dan kauh.Adalah tranfomasi sedikit sebanyak.Itulah banyak indah khabar dari rupa.

Punca Melayu malas kerana tidak ada perpaduan atas acuan Islam sebenar.
Asas penghidupan Melayu lebih condong pada acuan parti politik sahaja.
Ajaran politik itulah yang lebih utama.

PAS/UMNO/PKR 1/2 Melayu telah membuat hala tuju Melayu itu jadi kabur.

Tun M kata dan tegur itu memang ada kebenarannya.Melayu malas berusaha.
Nak periksa pun harap soalan bocor.

Siapa janguh penagih dadah dan lepak serta mat rempit.Melayu ditangga atas.

Ponteng sekolah diseluruh Malaysia anak Melayulah jaguh.Waktu sekolah cuba tengok yang pakai baju sekolah asmara di bandar sampai lewat malam.

Penjaga ibu bapa Melayu juga malas hendak didik anak jadi pewaris yang baik.

Pegawai Melayu pula tidak ada perasaan nak jaga negara.Lesen judi dan lesen maksiat dilulusnya.
Rasuah sudah amalan biasa.Malah amalan luar biasa kalau tanpa rasuah.

Macamana bukan Melayu dan Melayu jati sendiri nak hormat.Lingkup negara kita.

Melayu kita masih nipis dalam jihat ekonomi.Jihad pelajaran.Jihad akhlak.Jihat amanah.Jihat syariah agama Islam dan sebagainya.

Melayu suka dasar penswataan.Banyak kerja sendiri pun diswastakan.
Kalau yg diatas makan persen/komisyen.Maka yang dibawah pun ambil mudah juga dengan goyang kaki.

Melayu banyak beramalkan teori Ketam.
Ramai jalan tak betul.Ketam 100% jalan tak betul.

Terima kasih Dato.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Tolong maafkan saya kalau saya berpendapat bahawa Melayu yang bersifat, bersikap dan berfiil perangai buruk sebagaimana yang digambarkan oleh Tun Dr Mahathir itu sebahagian besarnya terdiri daripada Melayu UMNO.

Saya yakin, Melayu beriman penuh yang bertaqwa murni kepada Allah SWT pasti memiliki sakhsiah mulia, akhlak terpelihara dan sifat mahmudah yang mendindingi mereka daripada sifat mazmumah.

Wasaalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

azhar said...

salam DAKJ

kepada msh Yg anehnya..... hampir semua Melayu berugama Islam.

setakat berugama islam memanglah ramai tapi yang beriman dan bertakwa serta yang berakal sempurna serta ikhlas dan bersyukur itu mungkin sedikit.

ramai gagal dengan ujian ALLAH bila berdepan dengan RM,perempuan,harta,hadiah,cerderamata dan makan minum.

termakan budi hancur integrati dan azab Allah yang menanti.itu yang kita semua tak mahu terjadi.

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato' @ Secara umumnya sebahagian besar orang Melayu meletakan kepercayaan kepada Kerajaan yang diterajui UMNO semenjak belum merdeka hingga sekarang. Amanah ini telah dilaksanakan dengan baik melalui pelbagai dasar afirmatif dan peranan Kerajaan melalui jabatan dan agensi amanah yang ditubuhkan.

2.Dasar Ekonomi Baru merupakan dasar afirmatif yang jelas dilancarkan pada tahun 1970 dan telah berjaya melonjakan kedudukan orang Melayu kepada satu tahap yang agak baik. Pemimpin-pemimpin UMNO yang menerajui Kerajaan telah berjaya dan sedar kepada amanah mereka diperingkat awal DEB. Banyak agensi amanah ditubuhkan yang berperanan untuk mencapai dasar ekonomi baru.

3. Keadaan mula berubah apabila segelintir pemimpin mulai tamak untuk mencari jalan singkat untuk menikmati peluang melalui agensi-agensi amanah ini.

4. Saya bagi contoh agensi-agensi yang pada mulanya ditubuh untuk membina rumah bagi menempatkan orang melayu dibandar. Pada mulanya UDA, PKNS dan perbadanan kemajuan negeri yang lain berperanan sebagai pemaju tulen telah berjaya membangunkan banyak penempatan melayu di bandar. Banyak rumah mampu milek dibina untuk menempatkan orang melayu yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana.


5. Kaidah pembangunan ini mula berubah apabila pemimpin-pemimpin mula nampak peluang melalui dasar pengswastaan. Akibatnya mula muncul projek usahasama antara agensi-agensi amanah tersebut dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni. Rumah yang dibangunkan tidak dapat mengekalkan pemilikan bumiputra kerana harga sudah berlipat ganda berbanding dengan harga yang dibangunkan oleh agensi berkenaan sendiri. Disinilah secara tidak langsung pemimpin-pemimpin UMNO mengkhianati bangsanya sendiri.


6. Disamping itu pengkhianatan kepada bangsa melayu juga dilakukan oleh Syarikat-syarikat gergasi GLCs. Syarikat-syarikat ini memiliki bank tanah yang besar tetapi membangunkan rumah diluar kemampuan orang Melayu untuk memiliki. Kawasan pembangunan yang dibangunkan telah mengubah demograpi penduduk sehingga melayu menjadi penduduk minoriti walaupun pemaju adalah GLCs atau dibawah PNB.

Soalnya siapa yang mengkhianati orang Melayu.

iklas,

rahim

Buah Kerdas said...

Dari nukilan seniman Khaleel Jibran lebih seabad yang lalu

Pity The Nation…

Pity the nation that is full of beliefs and empty of religion.

Pity the nation that wears a cloth it does not weave, eats a bread it does not harvest, and drinks a wine that flows not from its own wine-press.

Pity the nation that acclaims the bully as hero,
and that deems the glittering conqueror bountiful.

Pity a nation that despises a passion in its dream, yet submits in its awakening.

Pity the nation that raises not its voice save when it walks in a funeral, boasts not except among its ruins, and will rebel not save when its neck is laid between the sword and the block.

Pity the nation whose statesman is a fox, whose philosopher is a juggler,
and whose art is the art of patching and mimicking.

Pity the nation that welcomes its new ruler with trumpeting, and farewells him with hooting, only to welcome another with trumpeting again.

Pity the nation whose sages are dumb with years and whose strong men are yet in the cradle.

Pity the nation divided into into fragments, each fragment deeming itself a nation.

Timbangtara said...

Salam Tok Kadir..

Entah bila Melayu nak sedar.. berbuehlah kita bising untuk menyedarkan Melayu tapi Melayu tidak berubah juga.

Buatlah seminar buatlah apa sahaja, Melayu tetap sama tidak berubah.

Untuk mengubah Melayu.. kena bermula dari atas iaitu pemimpin.

Sejarah telah terbukti.. kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah mengubah bangsa Arab dari dari kepercayaan lama kapada kepercayaan baru yakni Islam.

Lee Kuan Yew telah mengubah Melayu Singapura untuk menjadi rakyat yang berjati diri Singapura.

Tun Abdul Razak telah mengubah Melayu Malaysia menjadi lebih patriotik tapi berubah selepas 1982.

Pemimpin Melayu Malaysia hari ini mesti menjadi contoh orang Melayu, bijak amanah jujur ikhlas berani untuk membela semua Melayu bukan Umno Sahaja.

Tidak guna kita bising kalau pemimpin Melayu terus seperti yang ada hari ini.

Jangan marahkan rakyat rasuah kalau pemimpin pun dianggap melakukan perkara yang sama.

T kasih Tok..




MOKHTAR said...

SALAM DATO,

INI ADALAH KATA2 KERAMAT OLEH MANTAN
PM SINGAPURA, EN LKW " WHICH EVER WAY THE WIND BLOWS, WHICH EVER WAY TIDE FLOWS, I WOULD NOT ALLOW THE PUBLIC TO MOCK THE LEADERS '
BERANI KAH PEMIMPIN MELAYU BERKATA DEMIKIAN?.. PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU SEKARANG ADALAH BARANGAN JENAKA UNTUK DIMOMOK, DIKEJI, DI PERBODOHKAN,SEBAGAI ROLE MODEL RASUAH, BOROS, RASIS DAN BERBAGAI LAGI SALAH LAKU.. BETUL KA?,YANG DI REKA KA? SEMUANYA AKAN DIPERTONTONKAN KEPADA UMUM.. MEREKA KAN JAWAB ' KITA INI LIBERAL, KITA TERIMA KRITIKAN DAN DALAM DEMOKRASI INI DIBENARKAN...TAPI YANG KENA DIKUTUK ADALAH KITA ORANG MELAYU,HATI SAKIT SANGAT TETAPI PEMIMPIN2 MELAYU KATA TAK APA, BIARKAN...SAMPAI BILA ORANG MELAYU NAK SABAR?

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Petikan puisi " Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana " yang bersarang di telefon mudah alih masyarakat.

Antaranya baitnya;

" Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain."

Aku harus bagaimana?
Kau ini bagaimana?
Atau aku harus bagaimana?

Lahuma said...

Dato.

Melayu itu siapa dia.
Yang sedang menghimpit Melayu.
1.Isu ISA
2.Isu Hasutan
3.Isu Rezab Melayu tinggal 12% sahaja

Ini siapa punya angkara.
Hendak tuntut pada siapa.

Lagi satu bala pada Melayu.

Pemimpin dan kerajaan banyak tipu Melayu sendiri.

Mana suara UMNO.
Suara PAS sudah tenggelam kerana kena cucok hidung.Agama pun makin luntur.
Cuma dibibir sahaja.
UMNO makin lemas.
PKR umpama teramat gila kuasa.

Melayu dan pemimpinnya bertanggung jawab pada umat Melayu sendiri.

NGO Melayu tumbuh macam cendawan.Ada yang berani.Ada yang tunggu arahan.Ada yang jadi alat.Ada juga NGO kecewa yang jadi pelarian politik.

Soalan UPSR bocor pun memalukan Melayu.

Terima kasih Dato.

AbGJaS said...

Tak aci la... arab saudi byk minyak. Tu pun bergantung pd US utk mengurus. Cuba klu x da minyak... org mls ttp rugi. Ajaran Islam x suruh umatnya malas...

dogoi said...

Cikgu banyak kena tangkap sehari dua ni.Ada komen ka bro?Hehe..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).