Thursday, December 25, 2014

Negara Banjir, PM Bergolf Di Hawaii


A Kadir Jasin

[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam saya lagilah bagus.]


MUTAKHIR, 27 Dis – MOHD Najib umum bantuan tambahan RM500 juta untuk bantu mangsa banjir di seluruh negara yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan percepatkan bayaran BR1M.

Mohd Najib melawat mangsa banjir di Kelantan
Original Post
 

NEGARA Banjir. Laporan terakhir lebih 90,000 terpaksa berpindah. Perdana Menteri bermain golf di Hawai dengan Presiden Amerika.

Adakah PM kita akan sambut 2015 di luar negara lagi?
Jadi “songsanglah” maklumat SMS pemuda harapan bangsa (PHB) di JPM yang memberitahu pada 15 Disember:  “Salam Datuk, rancangan cuti itu belum muktamad lagi...” dan separuh betullah khabar SMS ketua media PM yang berbunyi “…End of the year taking a break” tanpa menyebutkan di dalam atau luar negara.

Malaysian Insider memetik akhbar The Washington Post sebagai berkata Mohd Najib Abdul Razak adalah antara empat orang, termasuk Obama, yang bermain golf di Pangkalan Pasukan Marin Amerika di Teluk Kanehoe, Hawaii. [Kaki golf boleh baca di sini].

Negara Banjir PM Bergolf di Hawaii
Mungkin ini sebahagian daripada kunjungan minta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.

Tidak perlulah minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara. Atau apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?

Kembali di tanah air, Bernama melaporkan 90,250 telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang (negeri Mohd Najib), Perak dan Perlis.

Kemanan ditenggelami banjir
Seramai 32,343 di Kelantan diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) and Perlis (265).
 
Kata Bernama, inilah banjir paling teruk di Kelantan dalam ingatan. Banjir paling teruk sebelum ini berlaku di Lembah Kelang pada tahun 1971.

Pelancong British turut jadi mangsa banjir - Daily Telegraph, UK
Kerajaan telah membuat peruntukan RM50 juta untuk negeri-negeri terbabit, mengikut Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Adakah PM kita itu akan terus berada di luar negara sehingga tahun baru atau akan pulang menyertai rakyat jelata yang dilanda dan dihimpit pelbagai mala petaka dan musibah?

Junjung kasih kepada Sultan Perak kerana menitahkan agar Krismas disambut sederhana di negari baginda sebagai tanda simpati  kepada mangsa banjir.

Wallahuaklam.

88 comments:

abrarmujahideen said...

Atau jual negara

badtamperman said...

Entahlah, dato sendiri pernah bekerja di akhbar dan tahu tugas-tugas penting yang perlu dilaksanakan samada ketua syarikat mahupun kerajaan. Kenapa kunjungan PM di Kuantan melawat banjir tempohari tidak pernah digembar-gemburkan oleh Dato. Adakah kegemaran Dato adalah hanya mengkritik dan merendahkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan. Yang menarik seorang yang bukan bumiputera lebih matang pemikirannya daripada Dato sendiri.

If there is one thing I dislike when work...ground work needs to be done, it's having divas and vvips around. And although I guess it's part of their 'job scope' to be seem at ground zero when disaster strikes, really... what do we expect them to really do there except to take photos and highlight the situation.
So yeah, some may seem pissed off with the PM not being there and instead is in Hawaii playing golf with Obama. But before you go over the rails in anger, do consider the following.
This job of taking care of the situation is better served by those people who have the skills to do it. Having him around just distracts. And having followed his tweets and other communications, he is keeping track of the situation and providing the necessary support. I personally think that's much better than wearing Wellington boots to help clean the drains surrounded by bodyguards and taking photos showing how much he cares.
And the interesting thing is, if he goes around at the flood areas, the people would most probably be commenting that it's a populist move. Just to gain publicity. Do also wrong, don't do also wrong.
I won't be surprised though if there are more benefits that may come in the short and long term 'golf' event with Obama. Maybe some logistics support? Flood relief funds? A pledge from US? It's not impossible. And who else to get that part of the job done if not the PM?
And all those aside, has anyone considered the fact that one does not go play golf with the most powerful man on earth on Christmas day on a whim. It would have been planned a long time ago. And it would have a very strong reason for this meeting to take place.
I guess it would have been nice to see him mucking around in flood waters, just for public relations sake. I know it would have made some people happy.
But really... what else?
Let the pretenders and attention seekers go take their photos and selfies and what not. The general has better things to do that will bring good to the nation. Let him do his job.
And I am glad to see, that he trusts his people to do the job that needs to be done. And they are doing a fine job.
Let us too do our part shall we?

https://www.facebook.com/william.cheah.5?fref=nf&pnref=story

mae said...

50 juta saje..sikitnya

SolitaireHunter said...

# Pee eeM kat mane. Muhyiddin kat mane, Zahid kat mane, Safei kat mane, Hisham kat mane... takkan nak biar Azeeez dan Shahidan je buat keje!

ramlan aziz said...

baguss....moga menang dalam game ya...najib handicap 5 kan..?

Lahuma said...

Dato.

Memohon dan mengemis dari Obama.Pemimpin Melayu sedang mengemis dimerata dunia
Pemimpin PAS pula terpaksa mengemis belas kasihan dari DAP.
Pemimpin PKR juga sedang berkasih dengan buah hatinya DAP..

Pemimpin pembangkang pun katanya tak nampak muka termasuk yang diatas.

Kerajaan pun sudah lulus 50 juta.Agih secara telus dan amanah.

PM Najib biarlah dia berehat disana.

Yang penting agihan pruntukan itu bagi betul dan amanah.Jangan sampai wang bantuan mangsa banjir pun disonglap atau di salah guna.

Biasanya waktu tengah kritikal ini pihak keselamatan dan agnesinya yang sebok.

Kemudian bila sudah reda maka giliran orang politik UMNO.PAS dan PKR akan mulai sebok turun jumpa rakyat.

Media pun akan diarah ikut punggung mereka.Lapor agar semua tahu.

Waktu ini semua mahu jadi hero dan pembela rakyat.Lakonan segera pun berlaku.Adegan cari pengaruh dan undi.

Waktu ini sebenarnya ramai pemimpin kerajaan dan pembangkang sedang betrcuti.Ada yang main golf.Ada yang berehat.Ada yang bershoping.

Lagi pun percutian mereka ditanggung oleh duit kerajaan atau ditaja.

Tinggallah rakyat dengan nasib mereka.

Perangai orang Melaysia terutama Melayu senang sahaja.Mudah lupa.Dia marah sekejap sahaja.Lepas tiga minggu hilanglah rasa marah.Inilah sikap semula jadi orang kita.

Bantuan BRIM pun akan mula diberi mulai Januari.Sejuklah kembali.

Biar lah mereka bercuti,bershoping,bergolf,berehat.
PRU 14 lambat lagi.Lepas ini pujuk lah mereka dengan mendukung anak-anak kecil.Memegang kepala warga emas.Peluk dan dakap semahunya.

Beres semua nya.Sudah tahu sikap orang Melayu.

Mudah saja.

Terima kasih Dato.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Tahniah untuk rakyat Malaysia, khususnya ahli ahli UMNO Baru kerana mendapat seorang ketua yg berwawasan global dlm memacu negara kearah negara berpendapatan tinggi setanding dengan USA, UK dan negara negara EU....
Seperti kata pemimpin tersebut, dgn perlaksanaan GST mulai tahun depan kita sudah sangat hampir mencapai taraf tersebut.

Sekali lagi ucapan tahniah dan selamat menyambut kedatangan Tahun GST....

wankamarul701 said...

Patutla orang panggil Najib dengan nama terbalik - Jiban

Unknown said...

deals are made at the links...

seeing is not believing

oh... kak wan and anwar is at NZ, blames BN for the flood... :)

adion said...

Sementara orang Melayu di Tanah Melayu mengemis undi dan bantuan banjir, pemimpin Melayu pula mengemis nyawa politik di Hawaii...

A KADIR JASIN said...

1. Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, seorang menteri yang tak pergi cuti pegang 13 kementerian. Dia sendiri bagi tahu saya.

2. Boleh sesiapa SAHKAN secara rasmi berapa ramai pak menteri cuti dan berapa yang melencong ke luar negara?

3. Apa salah Shahidan dan Azeez perintah negara kalau mereka tak cuti, ada dalam negara dan yang terbaik?

Wallahuaklam. Terima Kasih.

pengundi Melayu said...

Di dalam negeri dia mengemis undi cina dluar negara dia mengemis simpati amerika.

contoh pemimpin yg lembik

A KADIR JASIN said...

1. Saya tahu PM lawat lawat mangsa banjir di Pahang lima hari lalu.

2. BH melaporkan: "KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa lebih setengah jam melawat 145 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau di sini, sebentar tadi.

Beliau turut bertanya khabar kepada mangsa banjir dan meninjau kemudahan di situ.

3. PM jumpa hanya 145 mangsa banjir selama setengah jam di Pahanf. Mangsa banjir di seluruh negara hampir 100,000.

4. Cuba ambil tahu. Terbang ke Hawaii berapa lama? Berapa belanja? Main golf dengan Obama berapa lama?

5. Mana ada golf setengah jam.

6. Jadi siapa yang PM didahulukan - rakyat yang dilanda banjir atau PM yang memang suku berwisata di luar negara sambil rub shoulders dengan pembesar dunia?

7. Kalau masih ingat, Pak Lah pun buat yang sama. Bercuti di Australia. Balik jenguk mangsa banjir sebentar. Apa yang jadi? PRU 2008 Pak Lah parah. Mohd Najib 2013 lagi hambar daripada Pak Lah 2008.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Najib Wood said...

Saya kalah dalam permainan golf dengan obama kerana fokus saya terganggu bila mengenangkan nasib 100000 mangsa banjir di Malaysia yg terpaksa menghadapi bencana banjir yg paling teruk dalam masa beberapa dekad

usin said...

Apa agaknya yg dato panas hati sgt dgn pm najib ni. Knp x sebut je minta pm najib ni berenti dpd menjadi pm. Terus terang jer. Org dlm bnpun ramai yg nk najib berenti, cuma x berani vokal sgt jer....

Petoi Boga said...

PM is thousands of miles away. DPM is in town. He should be overseeing the rescue efforts. The ministers are on the ground. Everything is being done to help the victims. Let them do the job.

kampong lad said...

almarhum tunku, lagu2 tu pun ada banyak jasa. tolong habaq mai apa jasa ah jib gor.

Tanduk Dua said...

Najib seorang pm yang gagal..gagal melihat siapa yang meletakannya dijawatannya skrg...mengembar-gemburkan Rakyat Didahulukan...rupa2nya Rakyat Ditinggalkan...

Itulah akibatnya apabila seorang anak bangsawan diangkat jadi pm. Seorang yg liberal walaupun cuba menonjolkan kesederhanaan/watasiahnya.

Sejak beliau jadi pm..mcm2 azab melanda.. Yg pertama Sabah kena attack, yg kedua MH hilang & kena tembak, yg ketiga banjir besar skrg ni, yg keempat isu hutang 1MDB tak selesai lg...pendapat sy pentadbiran najib tak mendpt keredhaan illahi, wallahualam. Tunggu shj apa lg azab yg bakal melanda lg...

Samada beliau ada dlm negara atau diluar negara suasana mcm biasa shj...seolah2 malaysia tiada pm.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok...

Jika tiang letrik patah pun Di zaman depa semua salah UMNO dan BN

Sebagai KETUA Negara saya terima semuanya masa yang ada UNTUK rakyat dan Negara
Saya harap mereka Di haiwai dapat Sama bincang harga minyak Dunia dan ekonomi

Kerja mob lantai dan angkat Angkut kita bagi JPM SHAHIDAN ADA
DAN KEMENTERIAN BENCANA ALAM
YAB PERDANA MENTERI
WAJIB JAGA HUBUNGAN DUA HALA

SALAM

Unknown said...

saya setuju pandangan pak kadir...

saya bagi satu contoh..tahun 2013, ada banjir mudslide teruk di Ittarakhand, India... Manmohan Singh paralyzed n blur... tapi ada seorang CM dari negeri turun padang, koordinasi dan selamatkan beribu ribu orang terkandas untuk mendapat bantuan makanan, selimut dan pulang balik dgn kordinasi transport etc...

CM tu sekarang jadi PM India manakala parti Manmohan Singh kalah teruk...

kenapa saya bagi contoh ni?
beza work ethic PM baru india bekerja 6 hingga 7 hari seminggu dan kerja 18 jam sehari, umur lagi tua dari najib... tu beza golongan yang naik dari bawah dengan golongan bangsawan seperti najib yang tak perna hidup susah...

Sudah la... jangan bagi alasan ..termasuk komen cina tu yang yang mempertahankan Najib...

kalau saya sendiri pun, takkan main golf masa rakyat susah...

Obama is a lameduck.. so is obama... both are useless... If obama can stand for election again, the same americans who voted him will defeat him this time...

Najib bole resign kalau bini bagik...



Zed-85 said...

Dato'

Setahu saya Pulau Hawaii memang tempat lahir Obama. Memang sesuailah kalau beliau beraya di kampongnya sendiri.

Tapi kalau Obama pergi bercuti ketika berlakunya bencana di negara sendiri maka pasti akan dibambu oleh rakyat Amerika.

Tidak ada peliknya kalau parti politik mengemis undi. Dalam dunia semua negara parti politik berkempen untuk undi.

Yang penting jangan rakyat mengemis simpati sudahlah.

msh said...

Salam Dato.

Ini kira sah dia bekerja....jual negara dan mendambakan diri pd Amerika.

Lagi pun bukan senang pemimpin 3rd World country nak berkawan dgn presiden Amerika..dan bergolf lagi.

Dia sendiri lebih tahu sama ada meninggal negara dan bergolf lebih penting atau mustahak dari berada didlm negara dan melawat mangsa banjir yg melebihi ratusan ribu rakyat.

Ini kira masalah negara...bukan masalah negeri dan akan lebih bermakna jika dia didlm negara dan bersama2 mereka.

Kalau ditenung sejenak...memang sepatutnya dia berada dinegara dari bercuti atau bekerja sebegini.

Salah memang tidak....itu pasti..tetapi bila rakyat dirundung malang....ketua perlu tahu untuk melakukan yg terbaik.

Tetapi bagi rakyat marhain...mereka tentu lebih gembira dan besar hati jika dia kelihatan atau berada bersama dari mendengar berita yg dia bercuti atau bekerja sambil bergolf....tidak kira dgn siapa sekali pun.

Ini juga resipi buat perasaan mual...loya dan menyampah rakyat terhadap pemimpin.

Dia serupa sahaja dgn ketua2 Pembangkang dari PR.... baru2 ini bayang pun tidak kelihatan diKajang....sedangkan rakyat kawasan dirundung malang.

Semasa berkempin....bulan dan bintang mereka janji...selepas menang....

...." kalau susah lu sendiri tanggung"

Melawat dan menziarah pasti....tetapi bukan disaat2 yg diperlukan.

Lagi pun...seperti kata pembahas diatas.....2 atau 3 minggu kemudian rakyat pun sudah lupa....lebih lagi org2 Melayu yg mudah lupa.

Kesian Rakyat.....walau pun katanya 'Didahulukan'....tetapi sebenarnya 'Dilembukan' sentiasa.

Najib tidak akan berubah....hujung tahun 2015 pun dia akan begini ...juga tahun2 akan datang.....kecuali jika dia digantikan saja.

"Rakyat didahulukan"....heh heh.


Terima kasih.

azhar said...

salam Dakj

kepada mangsa banjir bersabarlah ,ini satu ujian dari Allah untuk kamu berfikir.

setiap kejadian ada hikmahnya,carilah hikmahnya supaya ia boleh dijadikan panduan.

elok jangan menyalahkan sesiapa.sebab manusia memang tak boleh/tak upaya menghalang ianya
terjadi.

badtamperman said...

1.Jadi bermaksud Najib ber-rub shoulder dgn pembesar kosong, cakap-cakap kosong?.

2.Najib perlu duduk bersama-sama mangsa banjir daripada mula sehingga akhir? Najib perlu berjumpa dengan 100,000 mangsa banjir?

3.Jadi apa gunanya RM50 juta? Najib perlu bawa helikopter sendiri?

4. Najib perlu ambil iktibar supaya dia menang PRU akan datang?

5.Najib perlu jadi PM Banjir bukan PM Malaysia?

Anak tranung said...

Salam Datuk....Kat Terengganu pun sama...Menteri Besar hilang terus masa Banjir ni ....exco jer yg ke hulu ke hilir....masa Mat Said Dulu Ada juga Robin Hood tahan Lori Gardenia bagi Kat mangsa Banjir tp PM tak suka kat dia sebab dia org kampung

bat8 said...

Uknown

Betul kak wan dan Anwar kena balik sebab Anwar PM Malaysia. Kak Wan pulak pengerusi MKN. Kakwan kena balik untuk isytihar darurat kat negeri-negeri yang dilanda banjir.

I'm wif u on tis....gud point here!

bat8 said...

Sokong sgt saranan supaya PM berehat. Dia keletihan dengan tugas berat i.e doing nuthing all year long. Else how can our country is in current mess up!

JohorMali said...

DAKJ,
Betullah kata orang, "Politic is a game of perception".
But pictures and photos do paint a thousand perceptions though.

Laimun said...

In any organization there are delegation of duties. More so for a government of a country. PM does not have to be leading the charge 24/11. If he has to do that, then all the pak mentries and menteri besars makan gaji buta.
We can condemn and rail at PM when he makes decisions that are detrimental to the well being of the nation..eg..Keeping mum when racist groups try their utmost to dismantle the harmony of the multi composition of Malaysians.
Maybe we could learn from Indonesia. ABRI since the days of Sukarno had implemented that their officers' corp be professional and maintain the Red and Green factions so that in time of internal strife, the balance of power is in equilibrium. And Indonesia is a nation of a thousand islands with a myriad of ethnic composition.
We only have the 3 main groupings and Sabah/Sarawak. We are still groping for our national integration agenda. But we seem to be implementing the color Green?
I am a Malay and I am 71 years old. Call me old school for I yearn for the better days when my friends are all Malaysians.
Yes, we do away with the colonial way of life but let us not colonialize our fellow countrymen.

A KADIR JASIN said...

1. Thank God the DPM is in the country!

2. He was reported by the Malaysian Insider saying that he is here and let Mohd Najib have his break.

3. Muhyiddin Yassin said Mohd Najib Razak also needs his break.

4. He said there was no need for the public to worry over the absence of the Prime Minister as he (Muhyiddin)is monitoring relief efforts, adding that he had informed Najib to have faith in him to handle the situation.

5. "We must be fair. The prime minister also has his time for a break as he has been working so hard," Muhyiddin told reporters Dec. 25.

6. Personally I don't think that people are worried that the PM is away. They are more likely to wonder if this is the best time for him to go on holiday and playing golf with Obama in Hawaii?

Wallahuaklam. Thank You.

Unknown said...

Ass Datuk Kadir.

Datuk harus lebih hati2. Kesian Najib kalau dia kena segel oleh RM, gara2 memendekkan cuti apa citer!

Dalam mana2 pentadbiran, baik PM maupun pun presiden tentu layak ambil cuti.

Tapi PM yg berasal dari bawah tentu akan bergegas pulang bila rakyatnya dilanda musibah terbesar dalam sejarah.

Sayang Najib mana pernah susah. Paling susah pun bila kena beliak mata di rumah kot.

Najib jugak macam kebanyakan pemimpin UMNO yg lain....terlalu overconfident bahawa sokongan rakyat Melayu akan berterusan.

Saya bertiori kalaulah malapetaka tak perlu yg besar atau terbesar berlaku di kawasan bandar maka org macam Najib antara yg pertama akan tunjuk muka.

Itulah rendahnya nilai undi Melayu. Tak faham lagi kenapa majoriti Melayu kekal miskin atau sengaja dibiar miskin?

Akhir sekali, dengan banjir bersekala ini apakah peruntukan rm50jt tu besar sangat.?

Rm50jt nak di kongsi oleh hampir 100000 mangsa banjir.

Tapi tuan punya lembu kondo bolot rm250jt sorang2.

Definasi baru rakyat didahulukan.

zainal abidin awang kechik said...

Tok...saya harap kita semua terima sebuah hakikat bahasa I yang mudah tok kata kat saya dulu "non bila Bala turun semua kita kena"

Dosa apa yang kita lakukan hingga allah tengelamkan kita

Joe Black said...

Dato'

The Best part of Muhyideen's entrance is that People Totally Forgot About his existence!

He issued the Statement merely to remind Malaysians that there is a DPM and that he is the DPM...

I bet nobody cared what he said for they soon forget about his existence immediately after that statement...

ismail muda said...

Usah la bimbang datuk. Bila PM Najib balik nanti ramai yg akan sambut dia. Pastinya Najib akan lawat tempat banjir. Pastinya tv akan ulang2 tayang, silap2 ada siaran terus... Pastinya gamba2 Najib dgn mangsa banjir terpapar muka depan. Pastinya gamba2 yg sentuh perasaan. Pastinya ramai lah pemimpin lain para Menteri para ketua putra putri akan bersama Najib. Mesti dihebahkan ke satu negara pemimpin berjiwa rakyat sanggup meredah air.... Maka lupa lah semua akan cerita2 golf...

ismail muda said...

Dikabarkan selain PM Najib kbanyakan para Menteri bercuti luar negara trmasuk menteri KDN, mindef dll. Mungkin jugak ketua2 Jabtan berkaitan keselamatan juga bercuti. Ujung tahun biasanya mudah dilulus cuti.
Ditakdirkan negara menghadapi kejadian kecemasan ie kot2 pendatang haram yg berjuta2 mencetuskn huru hara...apa jadi pada negara?? Di mane akal fikiran pemimpin kita???

JMS said...

badtamperman,

You'are too simplistic and naive as regards to the role of Head of Government or State during crisis.

Of course we don's expect Najib to carry out the operational aspects.

If only he can learn something from either Hu Jiantao or Wen Jianbao, the former President and Premier of China respectively. They were always among the first to arrive at the scene of disasters vis flood, landslide ,earthquake etc.Imagine how many disasters have struck China and the miseries inflicted on the populace. Hu Jiantao and Wen Jiabao were there because they fully understood what their roles were.

Kalaupun nak mengampu biarlah berpada-pada.

JMS said...

badtamperman,

Just to add, kalaupun nak mengampu biarlah berpada-pada, at least not at the expense of the hardships and miseries suffered by the flood victims. Berhati perutlah sedikit and have some sense of empathy.

nazri halim said...

Ahmad said lebih faham denyut nadi rakyat

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Kalau dilihat melalui sisi baik sangka, YAB PM mungkin di dalam keadaan hendak ditelan tidak boleh, diluahkan pun tidak boleh.

Didalam keadaan sedemikian, beliau mengambil tindakan 'calculated risk'.

Dalam kes ini, selain dari blogger makan upah pro UMNO (YAB PM pernah marah) yang bujur lalu melintang patah serta seteru tegar lagi istiqamah beliau,ramai lagi golongan yang MEMAAFKAN beliau kerana berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah yang sukar hendak diabaikan.

Kita berdoa semoga segala kesukaran ini akan dapat ditangani dengan baik.


Saya perturunkan sekali lagi buah tangan Dr Nordin Selat untuk renungan:

Busungkan dada engkau, bujang
Perlihatkan tanda engkau lelaki
Jangan takut tanah akan merah
Satu hilang, kedua terbilang
Sebelum ajal berpantang mati
Namun di dalam kebenaran
Biar dipancung leher putus
Setapak jangan engkau surut


(Nordin Selat, Teromba)

Pakcik Atan said...

Dato dan pembahas,

Tak perlu lah kita bertikam lidah pasal Najib bercuti di hawaii ketika Malaysia banjir.

Esok lusa kalau rumah dia di Taman Duta banjir, confirm dia akan balik segera ke Kl.

Pakcik Atan said...

Dato

Masa nak pilihanraya segala pelosok Malaysia dia pergi tak kira hujan atau panas.

waima kalau Obama ajak main golf masa tu pun dia sanggup cancel.

pikir pikir kan lah

Led Zeppelin said...

Assalamualaikum Dato'

You have the right to be mad with the news that our beloved PM is golfing in the US whilst the rakyat are struggling with the current flood situation.But I personally feel that this kind of news let the opposition parties have their field day and would request Dato'to be writing on the more pressing issues such as our economy which most likely will be gloomy in 2015.We need your expertise and knowledge in highlighting the issues faced by the rakyat.On the recent PT3 result,what is your take on this Dato?Any of your grandchildren sit for this exam.During your time,was it called LCE?It was changed to SRP when I took the Form 3 exam many years ago,and then changed to PMR and now PT3.The objective of this PT3 exam is to produce critical thinking students as opposed to the memorising the facts and figures and later regurgitate during the exam,this is what been informed by those in power in the Education Ministry.

Wassalam.

IT.Scheiss said...

Datuk A. Kadir Jasin,

When DPM Tan Sri Muhyiddin Yasin says "I'm in charge", it kind of makes me wonder whether he will soon actually be in charge.

Anyway, it is not reflect well on the PM to be golfing with the U.S. president in Hawaii when he should at least be present in Malaysia to coordinate operations to deal with the problem.

Unknown said...

Dato

To share some data
Number of evacuees* from:

KELANTAN: 32,079
TERENGGANU: 30,147
PAHANG: 35,736
PERAK: 5,530
JOHOR: 201
KEDAH: 157
TOTAL: 103,850

Cecah 100,000

adakah itu seditious kalau kita kritik agensi kerajan lambat dan tidak aktif dalam tangani krisis

sedangkan kita lihat

nishah pegawai kerajaan kepada penduduk tinggi

menteri yang pelbagai banyak

peruntukan diberi

musim monsun datang tiap tahun

ataupun semuanya ok dan relak

Din Kalut said...

PM dan lain-lain yg ada diluar negara tak balik lagi pun tak apa.
Pilihanraya Umum 14 lambat lagi.

msh said...

Salam Dato.

Rating dia bagi rakyat yg ratusan ribu yg terlibat dlm banjir tentu merudum....

Mungkin bila ada 'Malay Tsunami'...baru dia sedar.

Tetapi kita pun tahu...Melayu tiada pilihan......sebab itulah dia bebas mempermaikan...walau pun bangsa sendiri.

Dia memang melampau dan penting diri diatas kebaikan...kedaifan...keikhlasan bangsa sendiri.....dan memang bernasib baik sebab majoriti yg ditimpa malang bangsa sendiri..dan kita pun tahu Melayu mudah lupa....dan cepat maaf memaafkan.

Tetapi sudah terlampau kerap sngat dia menghampa dan menguris hati berkemungkinan juga rakyat tidak lagi lupa dan menunggu saat sahaja menyahkan dia.

Mungkin ini yg dia tidak sedar.....walau pun rakyat sudah mual dan menyampah.. dia tetap tidak akan berubah.....makin teruk lagi mungkin.

Dia tidak salah kerana bergolof dgn Obama...tetapi sbgai org politik...rating dia tetap merudum dan tentunya dia tidak mahu.

Kesian dgn Melayu yg mempunyai ketua sebegini.



bat8 said...

Dato

Kita harap sepulangnya Najib da4i be4cuti....opps....bekerja, dia bawa hasil yang sepatutnyalah biar berbaloi d3ngan mangsa-mangsa banjir yang bertarung nyawa sementara menanti bantuan sampai.

Kita harap, masaalah hutang negara kita menyusut dengan sakan. Duit kita mula naik. Pelabur berduyun-duyun datang bawak pelaburan mereka serta merta s3l3pas sambutan tahun baru ini. Tekanan kow hidup kita tiba-tiba ghaib. Barangan kepe4luan turun d3ngan banyak sehingga kebanyakan rakyat berpendapatan r3ndah mampu beli ayam hari-hari.

Itulah exp3ctation kita bila m3mbaca p3mbodek-pombodek yang cuba menegak benang basah disini. Itulah kejayaan yang diharapkan ol3h mangsa-mangsa banjir yang sedang bertarung nyawa mer3ka untuk hidup. Nuthing less...

Bantuan meny3lamat perlu dipertingkatkan. Yang j3las s3karang tidak mencukupi.

Nor ishak ismail said...

Satu soalan yang sering saya tanya adalah: jika negara ini diserang musuh siapa agaknya yang lari dulu?. Sekarang ni byk wilayah yang didiami oleh ramai melayu teruk diserang banjir, itu baru banjir belum lagi musuh?. Tapi PM kita belum lari lagi hanya pi main golf setelah penat bekerja dan dikerjakan. Tapi selain sultan Perak, Sultan & Raja yang lain tak dengar khabar. Tapi TPM kata banjir takda hal boleh selesai punye. Tapi rakyat juga diajak supaya digandakan doa. Tapi kalu doa je tanpa kaji punca banjir boleh ke. Agaknye berapa ramai penguasa yg dah ditangkap dlm kes banjir Cameron Highland. Mari lah kita berdoa supaya. penghainat ini dpat ditangkap!.

A KADIR JASIN said...

Alhamdulillah, there are still one or two members of the PM’s kitchen cabinet who are willing to entertain my enquiries.

So I sent the following to one of them I identified as “PMB” – for Pemdua Harapan Bangsa. I call him such because he is still young and if there’s a future for Umno, it rests on people like him.

“He is giving bullets to people to hit him. Insensitive. When is he visiting the mangsa?”

He replied some time later: “Sorry for the late response. He will very soon Datuk.”

So, despite the PHB having given me a “songsang” response on the PM foreign forays, I am holding on to his words this time.

If I understand him correctly, the PM will be back home soon to spend the New Year with the rakyat and visit flood victims.

Wallahuaklam. Thank you.

Prince of Noob said...

yang pasti, PM bercuti main golf di kala rakyat bergelut dengan air bah bukan suatu political mileage yang baik buat beliau.

baca lagi sini - Mangsa banjir dan PM juga semuanya manusia biasa

SukderSHAN said...

Dear Datuk, This is sheer foolish on the part of our PM (Permanently Missing)Najib to be away when the nation is facing unprecedented flooding. Does he think we are his slaves, he through gerrymandering with the EC has ensured his election victory. What Chinese Tsumani are we talking about here, it is the electorate of Malaysia (Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, Orang Asli and the rest) which rejected his policies. He is really working towards loosing his 'throne' after the umno AGM

mtgbertam said...

Selamat bercuti PM. Semoga dapat tewaskan Obama dlm golf. Harumkan nama Malaysia dlm sukan antarabangsa.


# Petikan komen dari malaysiakini

adion said...

Dato dan pembahas

Kita menegur sebab kita masih sayangkan Umno dan kebetulan Najib adalah presiden umno yg dilantik dan juga PM Malaysia ketika ini.

Kalau dia dah pencen macam Pak Lah atau pemimpin pkr seperti kak wan dan anwar, kita pun malas nak menegur mereka. Jika langsung tak balik Malaysia pun ok juga.

yeop kidei said...

Soroh dia cuti terus sampai bila-bila..... lagi bagus

Anti Munafiqun said...

Shahidan tu Menteri yg dilantik mengurus bencana, Azeez memang terlibat dlm bantuan kemanusiaan Kelab Putra.

Jadi apa masalahnya ...

badtamperman said...

Myself to mengampu? Hahaha.. Kelakar indeed. What the heck nak mengampu?. Have I any interest in politics? Dalam blog dato' ini tiada langsung memperkatakan pengorbanan penyelamat yang bertugas. Mereka yang sukarelawan menmbantu mangsa-mangsa banjir. Apa yang ada hanya kritikan yang tidak membina, kritikan untuk politik, hubungan dengan orang dalam politik.Tak ada gunanya untuk mengampu PM. Jika kita lihat blog yang non-malay lebih matang berfikir daripada bloh Malay seperti Dato' yang sering memberi kritikan yang tidak membina, tidak matang malah ketinggalan dalam tahap pemikirannya.Malah langsung tiada link jika mereka ingin menghulurkan bantuan. Apa kata dato' turun padang bersama-sama NGO, pasukan penyelamat dan bersama mangsa dan meblogkan pengalaman Dato' di sana daripada tidak menyumbangkan apa-apa di sini selain hanya menambahkan perasaan benci.

Azlan Ali said...

Salam DAKJ,
Malapetaka banjir ini bukanlah tidak pernah berlaku. Boleh dikira setiap tahun. Tapi kali ini adalah yang boleh dikira terbesar. Tapi pernah juga terjadi yang agak besar sebelum ini. Mungkin kali ini, ia akan menjadi pengajaran dan mendidik kita untuk lebih bersedia menanganinya. Mungkin juga tidak kerana seperti pepatah b. Inggeris, "Dalam 100 hari, manusia akan lupa."

Wawasan 2020, untuk mencapai status negara maju, harus jugalah mengimbangkan pembangunan dari sudut bukan sahaja infrastrukur canggih, pendapatan per kapita yang tinggi tapi juga harus dikira pembangunan ecosistem persediaan negara mengatasi malapetaka yang akan dihapadi. Benchmark sudah ada untuk disukat. Bajet harus diimbangkan dengan mengagihkan kepada aset aset yang harus desediakan sekiranya malapetaka sebegini bberlaku lagi. Soal bajet ni yang agak merumitkan.Selalunya disebabkan faktor limited resources. Saya malas dah nak komen tapi wawasan 2020 harus bergerak seiring dari sudut ekonomi, pengurusan alam sekitar, mengukuhkan aset aset yang cukup skiranya berlaku suatu alam bencana, sistem pelajaran yang bermutu utk generasi muda, dll. Jgnlah terlampau obses dgn digit digit yg mewarnai dari sudut ekonomi sahaja. Semuanya harus seimbang. Kalau tak seimbang, perahu pun terbalik... tak berapa selasa dibuatnya kalau basah lencun dibuatnya, kena pulak naik perahu pakai kot, tie, kasut kulit cantik... bayangkan ketidakselsesaan ketika itu.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Seteru tegar dan istiqamah YAB PM mudah dikenali.

2. Bloggers ' BANGANG' yang makan upah seperti yang didedahkan oleh YAB PM yang datang terhegeh-hegeh ke Blog ini untuk kumpul kong setelah kena marah juga mudah dikesan.

khairolanuar said...

semua rakyat malaysia jgn marah2..PRU14 akan tiba..BN akan ditenggelami oleh banjir kemarahan rakyat malaysia..siap kau BN!!

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin dan para pembahas

Bagi sayalah, penghormatan bermain golf dgn presiden Barak Obama, menunjukkan YAB Dato’ Seri Najib bukannya calang-calang pemimpin di mata Negara kuasa besar dunia. Tun Dr Mahathir yg Dato’ Kadir amat kagum & sanjung tinggi pun tak pernah dijemput main golf dgn presiden Amerika. Saya juga masih ingat lagi bagaimana Tun Mahathir kata beliau terpaksa melobi HANYA untuk bertemu presiden Amerika. Dalam maksud tersirat, peluang sebegitu sebenarnya adalah seperti bulan jatuh ke riba demi untuk rakyat Malaysia juga sebenarnya. Itulah yg dilakukan oleh PM kita, untuk seluruh rakyat Malaysia..... Masalahnya ramai sangat yg tak paham maksud tersirat tersebut termasuk Dato’ Kadir sendiri. Teruk betullah !!!!!!! Tak kan inipun nak diberitahu satu per satu.

Keduanya tentang banjir besar yg menimpa kita sekarang, saya dah kata dah dari dulu lagi jangan mempermainkan kalimah Allah takut jadi macam Negara jiran kita. Indonesia membenarkan penggunaaan kalimah Allah di Negara mereka menyebabkan pelbagai bencana terjadi sehingga hari ini. Dari tsunami, banjir lumpur, tanah runtuh, gunung berapi, banjir dan sebagainya. Perkara yg sama macam nak terjadi pada negara kita dgn adanya pihak-pihak yg cuba membenarkan kafir laknatullah menggunakan kalimah Allah. Ini bagi permulaan je. Bila bala datang, bukan pihak tersebut je yg kena, tapi semua kena. Ingat, ini baru permulaaan je..... Parti Islam manakah yg mulanya beria-ia membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh kafir laknatullah. Jangan pula buat-buat lupa ye.......

Ketiganya, tentang hudud PAS. Alhamdulillah, PAS akan meneruskan perlaksanaan juga. Tahniah PAS. Cuma saya rasalah, DAP amat memahami apakah bezanya hudud PAS dan Hudud Islam. Mereka cuckup tahu hukum hudud yg sebenarnya bukanlah hanya untuk orang Islam sahaja tetapi kepada seluruh warganegara yg mendokong Negara Islam. Ianya kerana banyak riwayat menceritakan bagaimana hudud juga dikenakan dapa kafir yg berzina pada zaman dahulu. DAP bukannya takut hudud PAS tetapi, mereka amat takut hudud sebenar akan dilaksanakan nanti kerana tiada rakyat yg terkecuali. Nampak tak, sebenarnya mereka lebih paham dari sesetengan pengikut PAS itu sendiri.

Akhir kata, tak elok kita mengganggu orang tengah bercuti. Apa perasaan Dato’ kalau dipanggil balik semasa tengah bermain dgn cucu di Zurich. Begitulah juga dgn orang lain. Kalau saya, saya tak kesahlah, tapi kesian sungguh saya tengok PM kita tu. Sekian TQ.

A KADIR JASIN said...

1. Yang kita tahu PM kita yang suka wisata pergi ke Hawaii main golf dengan Obama.

2. Tapi ada laporang kata pesawat milik negara jenis Airbus A319 dikesan di Indianapolis. Bandar raya itu di tanah besar Amerika.

3. Apa punya pemanduan? Dari Hawaii kalau nak pulang ke Malaysia terbang arah barat ikut Tokyo atau Taipeh untuk isi minyak. Macam mana pula ke arah timur laut (north-east)?

4. Kalau betul, pasal apa PM kita nak curi-curi? Umum saja kata nak bercuti di Hawaii dan Indianapolis atau di Las Vegas atau di Hollywood atau di mana-mana saja.

5. Kemudian umumkan kepada rakyat jelata yang DPM pangku jawatan PM. Jadi kalau PM tak mahu balik pun, kita tahu kita ada pengganti.

6. Pembahas PENGUNDI AMPANG,antara lain, berkata: "2. Bloggers ' BANGANG' yang makan upah seperti yang didedahkan oleh YAB PM yang datang terhegeh-hegeh ke Blog ini untuk kumpul kong setelah kena marah juga mudah dikesan."

7. Sebenarnya dah ramai sdr-sdr blogger/pembahas pro-Umno/BN sudah tidak masuk blog kita ini. Sama ada mereka diarah jangan berbahas dalam blog kita ini atau mereka dah "surrender" saya tak pasti.

8. Tapi maikin ramai yang masuk blog ini guna "anonymous" (yang kita tak layan) dan mereka maki hamun, mencarut dan membebel.

9. Kalau inilah tahap keupayaan dan keberanian mereka, patut sangatlah PM gelar mereka bangang.

10. Tak guna cabar mereka sebab mereka ni nak guna nama samaran pun takut apatah lagi nama sendiri.

Wallahuaklam. Terima kasih.

borhan said...

Sahlah bloger UMNO taat membabi buta kepada tuannya hingga Najib main golf dengan Obama saat negara ditimpa mala petaka banjir pun dipertahankan.Bijakkah Najib dan cerdik ke mereka ini ?

Pengambil MSS said...

Tok,

PM batal cuti di Hawaii/Indianapolis. Terima kasih PM.

Tapi PM balik awal kerana siapa? Kerana gesaan UM, BH, NST, TV3, Star, RTM?

Kalau harapkan UM, BH, NST, RTM, TV3, Star, dan Bernama, PM masih gembira bercuti di luar negara. Seolah-olah tidak ada apa-apa!

PM balik kerana suara blogger bebas, kerana Malaysian Insider dan Malaysiakini, kerana sosial media bebas, kerana whatsapp

Inilah sebabnya media arus perdana yang mengampu makin tidak relevan. Mereka tidak nyatakan kebenaran. Yang mencuba akan disenyapkan.

Tahniah blogger bebas dan media sosial yang berani kerana maklumkan kepada PM dan abdi-adbinya perasaan rakyat jelata.

Wassalam.

Unknown said...

Ass Datuk Kadir

1. Najib secara terang2 mengaku bahawa UMNO atau kerajaan ada mengupah blogger.

Tentulah ada sebab2 tertentu yg mengecewakan hati Najib hingga tergamak menggelar blogger upahan sendiri sebagai bangang secara terbuka.

2. Melalui blogger2 ini Najib dan pasukan menggunakan wang untuk membalas hujah atau kritikan rakyat . Sebanyak mana pun upah yg mereka terima dan setinggi mana pun kelulusan akademik yg di punyai blogger2 tersebut, mereka tentu kalah berhujah kerana terang2 ibarat cuba sengaja menegak benang basah.

3. Ada yg terlalu malas berfikir. Golongan ini cuma menghentam dgn bahasa kasar malah mencarut.

Yg baik sedikit akan mengulang2 ayat standard mereka seperti sipolan tu penkhianat, sipolan tu menderhaka, sipolan tu memecah belah bangsa, sipolan tu menghasud, tulisan sipolan tu tak ada kualiti dll.

4. Oleh kerana Najib terkenal murah hati belanja berbillion rgt utk upah penasihat atau punahsihat? maka saya yakin blogger2 bangang ni tentu menerima habuan berjuta rgt juga.

Kan lebih baik jika wang upah ni diguna bantu mangsa banjir?

JMS said...

OKJ,

Najib berbelanja berbilion ringgit untuk mendapatkan khidmat konsultan-konsultan peranannya termasuk memperdalamkan hubungan luar negara khususnya dengan AS. Tanya pula JJ apa yang dilakukannya selama kini?

Kalaulah bermain golf nak dicanangkan, saya kesihan melihat Najib, dalam satu foto, dibiarkan bersendirian mengutip bola tanpa dipedulikan oleh teman-teman seflightnya. Obama busy melayan stafnya di luar green.

BTW, TDM tidak bermain golf.

Mat Tunjang Enterprise said...

Ampun Tok Kadir lama tak jengok
Tapi blog Tok Mat tetap tengok
Banyak sedih ada sikit2 seronok
Banyak berita buat kita monyok.

Cari makan di kampung la ni susah
Lagi-lagilah yang motong getah
Harga di kedai sangatlah rendah
Sampai nak motong dah malas dah.

Orang Felda Sg Tiang pun bersungut
Harga kelapa sawit banyak susut
Nilai Felda Global pula surut
Lagilah depa serabut perut.

Yang menega macam Mat lagi derita
Projek kerajaan makin reda
Projek siap duit tak ada
Tapi menteri kata negara kaya.

Pasai bah kita di Kedah dah mangli
Bah sikit2 dah tak peduli
Tapi bila PM cabut keluar negeri
Rakyat tak suka dan kecik hati.

Tapi PM dia peduli apa
Melayu baik dan mudah lupa
Bagi beras dan bagi gula
Depa pun lupa tersengeh gembira.

Mat tak mau banyak mengata
PM seronok kita dapat dosa
Dia bergembira kita menderita
Satu Malaysia sebak dada.

Mat minta untuk berundur
Ada kerja di Pengkalan Kundur
Apa yang baik kita bersyukur
Sama-samalah kira tegor menengur.

Mat Tunjang Enterprise

pengundi Melayu said...

Dato

Memandangkan Najib sanggup kensel cuti dia dan terus balik dan melawat mangsa banjir adalah lebih afdal jika Dato update tajuk entry ni.

Joe Black said...

Dato'

A number of UMNO supporters had to come out in the defence of Najib with the reasoning that he does not have to be around during the flood disaster as there are professionals who are in charge...

Going by the Response to the Flood event these "Professionals" are not doing enough to cope with the disaster. This is the reason why there were calls by the public for Najib to come home and coordinate the rescue efforts.

Obama himself were running around on the ground coordinating the efforts during Katrina Crisis in the US.

Unknown said...

joeblack...

silap tu... masa katrina bukan Obama, tapi George Bush

A KADIR JASIN said...

Pembahas Pengundi Melayu menulis: "Memandangkan Najib sanggup kensel cuti dia dan terus balik dan melawat mangsa banjir adalah lebih afdal jika Dato update tajuk entry ni."

1. TK, sudah update.

2. Kalau PM tak sanggup batal cuti dan pulang, nampak sangatlah dia tidak prihatin dan tidak peduli.

3. Dia bukan naik kapal atau penerbangan komersial. Dia guna jet milik negara.

4. Baguslah dia tambah bantuan, tapi duit itu pun bukan duit dia duit negara.

5. Minta PHB PMO jelaskan betulkah PM melencong ke Indianapolis sebelum pulang kerana kononnya ada gambar PM di majlis suka ria di sana.

Wallahuaklam. Terima kasih

badtamperman said...

Apa kata Dato' pergi bersolat dan mohon kepada Allah swt bersih hati Dato daripada mengajak orang ramai turut berdosa dalam erti mengumpat dan mengeji untuk tujuan tertentu.Sayang sekali kebolehan Dato dalam menulis tidak ada satu pun yang memberi sumbangan kepada orang ramai.

EKSKLUSIF: KISAH SEBENAR DS NAJIB DI HAWAI

http://mymassa.blogspot.com/2014/12/eksklusif-kisah-sebenar-ds-najib-di.html

nazri halim said...

Cukuplah kita membahas ttg najib.musibah ni dah banyak mengajar dia ttg prioriti rakyat.cuma utamakan rakyat dahulu daripada demand bini anda yg nak sangat melancong tu.marhaen

Lahuma said...

Dato.

Yang jelas pada kita orang Melayu sudah banyak jumlahnya pemimpin Melayu yang ada hari ini lansung tidak relevan lagi dengan keperluan rakyat dan orang Melayu kini.
Pemimpin Melayu hari ini depan rakyat banyak RETORIK.Terpukau penipuan mereka.
Mereka suka gaya hidup HO HA HO HA orang Kedah kata.Tidak serious.
Kepentingan mereka dan isteri mereka dan pembodek cukup jelas.
Mereka mahu kuasa dan jawatan.Dengan kuasa dan jawatan itulah mereka HO HA HO HA secukupnya.

Mereka petah bercakap dan tegak benang basah.

Mereka tidak tahu bahawa ada rakyat yang terpinggir menadah tangan memohon doa dari Allah.Doa orang ikhlas.Bukan mahu jawatan atau projek.

Bilakah rakyat dan orang Melayu akan celik akal ,ilmu,waras dari banyak kejahilan tentang tipu daya pemimpin yang HO HA HO HA ini.

Benarlah apabila mereka bersungguh sungguh gila jawatan itu dan ini.

Slogan indah dan sedap umpama ombak yang naik turun.

Akhirnya pemimpin Melayu juga yang HO HA HO HA .

Terima kasih Dato.

joe black said...

Dato,

What we Want (which is, in a Way reflected in Dato's Commentary) is for Najib to understand that THE BUCK STOPS AT HIS DESK.

As long as he does not understand this, that will be how long this country will be RUN ON AUTOPILOT.

mat upay @ awi said...

salam sdr Kadir, what can we learn from this annual episode? My non astute observation ia as follow
1. the malay political divide is to concretised that the whole event become political apparatus. to quotq the pink Floyd " dark sarcasm in the classroom, Hey teachers leave the kid alone"
We are more interested to score few browny points than more interested to solve the devastating effect of vicious flood.
2. this events are to be expected, the how come we wre ill prepared for it. Logistical and human capital, what have we done.We are expert in blaming our political enemies,yet we stay in flushing bungalow
Damansara.. We spew the vernom just like article 5 of our constitution, the fumdamental liberty
3. how could we led the incremental development that take placed to be destroyed by natural calamities.So government nust do forward thinking that the development enjoyed by our people continue to sustain iyself.
4. to reinvent the wheel, means our malays standard of living will get worst for the next century. so much about development in the malay states bastion.
5. lets look for the future malay civilisation by ensure those states provide the need vitality to the economy.
6. To say that god is angry because we do not implement overdue hudud as stated by members of parliment should be left to them. They seemed to know what the god is doing.. we belive in god and must continue to obey the god at the same time to bring good standard of living to our Muslim and non Muslim.
so sdr Kadir, I rest my case

A KADIR JASIN said...

Mari kita semua berdoa (dalam apa juga agama) moga-moga tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang dari radar pengawal udara Indonesia. Kita tidak mampu menanggung satu lagi tragedi. Dalam saat duka ini, kita perlu juga bertanya, di mana salah dan apa dosa kita? Wallahuaklam

Unknown said...

Hukum Karma...

Banyak dosa dibuat, banyak lagi balasannya...

Every Action have an Opposite Equal Reaction according to Newton's Law...

Malangnya, orang tak bedosa mati dalam perbuatan hina segelintir orang...

Tepuk dada, tanya selera...

msh said...

Salam Sdra Lahuma.

Sy sngat setuju dgn hujah sdra.

Memang tepat dan padat...pemimpin Melayu kuat HU HA HU HA...dari dulu lagi.

Agaknya itu lah org tua dulu2 sudah berkata...Melayu umpama ayam.

# Ayam betina...'Bertelur sebiji.... Riuh sekampung'

# Ayam jantan pula bangung pagi.....'Berkokok riuh sekampung tetapi punggung bergelumang tahi '.

Memang tepat 2 bidalan ini....sesuai untuk Ketua2 Melayu.

Ramai yg kuat retorik.....menunjuk2...... GAH dlm ketrampilan...bongkak.....survival diri diutamakan....tetapi sebenarnya nya lemah...kosong...dan penakut.

'All form but no substance'

Jika itu tidak benar....bagaimana kita lihat keudukan org Melayu selepas hampir 60 tahun Merdeka?

Majoriti Melayu masih terpinggir.....hingga jumlah yg susah melebihi jumlah bangsa Cina Negara yg lebeh kurang 6 atau 7 juta penduduk...hidup dlm kedaifan...malah apa jenis kesusahan semua milik Melayu belaka.

Jurang kekayaan antara Melayu Cina makin lebar dan tiada tanda2 menguncup.

Kemewahan cuma mimpi sahaja....makan minum 3 kali sehari untuk 1 keluarga pun belum tentu lagi.

TETAPI....dgn cara pemimpin Melayu bawah Najib.....semua ini kelihatan seperti mimpi ngeri dan..

'Wajarkah.....Melayu diperlakukan sebegini rupa oleh ketua yg sebangsa?'

Terima kasih.

matpenang said...

Sudah tiba masa umno berundur. Keberkatan sudah tiada.
Bencana sudah tak mampu ditanggung. Keruntuhan moral juga bencana.
Kita nak lagi tambah tempoh dalam ketiadaan barokah dari Allah??
Saya tak nak

Unknown said...

Najib Balik... dengan pesawat TUDM

Rosma kat Indianapolis, USA Enjoy dgn anak2 ... tak nak balik...

Suami 1 pesawat..
Bini 1 Pesawat...

Bagusla cara Mat jenin urus Negara...

adion said...

Dato

Dalam keadaan bencana banjir dan isu Najib bermain golf di hawaii, kita lalai apabila pihak DAP licik mengambil kesempatan membuat propaganda melalui media sosial menuntut agar kerajaan pusat mengistiharkan darurat.

ini semuanya kerana Dap takut akan perkara yg mereka khuatiri rakan PR mereka PAS akan meneruskan plan asal mereka seperti yg berikut.

KOTA BARU: Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan perlaksanaan Hukum Hudud yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan berikutan situasi banjir yang semakin buruk.

Jika plan perlaksanaan hukum hudud diluluskan, maka Dap tahu kedudukan mereka akan lemah. pihak Umno sendiri telah menyatakan tiada halangan asalkan mengikut prosedur undang undang negeri.

Andai Umno @kerajaan pusat termakan umpan Dap dgn mengistiharkan darurat, maka secepat kilat dalang Dap akan menggunakan puak anwarinas dalam Pas dan menuding jari kepada Umno dgn mewar warkan bahawa Umno menentang sepenuhnya usaha Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud dan secara tidak langsung plan kotor mereka terlaksana tanpa Dap dan Anwarinas di lihat menjadi dalang disebalik tuntuntan darurat ini.

Jadi lapangkan minda kita agar tidak menjadi sokong membawa rebah atau marah nyamuk bakar kelambu.

Wallah Hualam.

Din Kalut said...

Selamat pulang ketanah air para menteri-menteri yang bercuti diluar negara.
Anda adalah pejuang dan pembela bangsa.

Unknown said...

Ass Datuk Kadir.

1. Dalam keadaan ekonomi negara di katakan bagus pun kerajaan Najib beberapa kali mungkir janji.

Jangan marah kalau saya bertanya dari mana wang rm500 jt yg Najib janji bantu mangsa banjir tu akan datang?

2. Soalan kedua berbanding dgn jumlah kerugian mangsa yg dengan mudah mencecah berbillion ringgit maka tentulah rm500jt jauh dari cukup.

3. Sudah tentu bila musibah besar berlaku tiada kerajaan yg mampu menampung keseluruhan biaya kecuali agaknya kerajaan kaya sebab tak rasuah.

4. Di sinilah perlu ada solidariti dari semua pihak dengan bermurah hati menghulur bantuan.

Sebagai contoh kalau setiap syarikat yg menduduki market capitalization 100 teratas di Bursa Malaysia menderma rm1jt maka akan terkumpul rm100jt.

Kalau semua bank2 dan syarikat kewangan yg saban tahun merekod keuntungan berpuluh billion tentu boleh menghulur secara bersama sumbangan sebanyak rm100jt.

Inilah jugak masa untuk syarikat 1MDB menutup mulut pengkritik dengan menghulur rm100jt.

TNB yg saban hari menhisab darah pengguna hingga dengan bangga mengistihar keuntungan melebihi rm5b, tentu boleh menyumbang rm100jt

Kepada Khazanah Nasional,Petronas dan Bank Negara pulak tak jadi kudis kalau masing2 sumbang rm100jt.

IPP , ciptaan dan buah hati TDM yg dah berbelas belas tahun memerah keringat rakyat tak mungkin tak boleh sumbang rm100jt.

Bagaimana pulak dgn syarikat2 konsesi lebuhraya dan pemilik AP

5. Jangan lupa wang zakat yg di kutip kira2 rm2b setiap tahun takkan tak boleh diketepikan rm100jt.

6. Terakhir kepimpinan melalui teladan. Di kalangan raja2 yg digelar payung negara dan ketua agama Islam, yg kekayaan mereka dianggar ada yg mencecah billion ringgit. Apalah sangat kalau mereka secara bersama menghulur rm100jt.

7. Selain drpd pengumpulan dana yg dicadang di atas kerajaan pusat dan negeri hendaklah secara berkala menyumbang sejumlah dana ke dalam satu tabung bencana negara yg boleh diguna bila diperlukan.

Bila melihat inferiornya aset2 yg kerajaan gunakan dalam gerakan membantu dan menyelamat banjir nampak sangat bukan setakat blogger upahan UMNO bangang malah pemberi upah lsgi bangang.

mencari kebenaran said...

Memang malang apabila orang yang berpengalaman dan "prestigious" seperti Pak Kadir turut terjebak mengikut langkah blogger picisan yang suka mengambil sikap buruk sangka yang terlampau terhadap PM kita.Kemanakah menghilangnay semangat bersangka baik husnuzon di dalam diri kita semua?

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas "Unknown", saya tangguh penyiaran komen Sdr kerana menanti penjelasan dari pejebat PM.

2. Jam 11.21 semalam, 28 Dis, saya menghantar SMS berikut kepada dua orang operator PMO - seorang politik dan seorang media - berasaskan komen Sdr: "Perlu pengesahan. 1. PM balik dengan jet TUDM. 2. Isteri dan anak2 di Indianapolis. 3. Isteri juga guna jet TUDM. 4. Ertinya 2 buah pesawat TUDM. Tlg sbb ada yang hantar maklumat seperti itu ke blog. Tk."

3. Hari ini, jam 11.40 saya menerima respons daripada operator media berbunyi "Will come back to you."

4. Jadi, on good faith, kita tunggu dulu. Harap Sdr Unknown maklum dan sabar.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Dengan menguar-uarkan berita PM arah menteri batal cuti dan pulang, ia memberi gambaran berikiut:

a. Ramai menteri Mohd Najib berwisata ke luar negara.

b. Mereka tak akan pulang kalau tidak diarahkan oleh boss.

c. Menteri tak hormat dan tak contohi boss. Bila boss balik, mereka pun sepatutnya contohi beliau dan balik juga.

2. Berkenaan petuntukan RM500 juta itu ia bukanlah besar kerana kerugian mungkin lebih besar.

3. Tidak ada masalah sebab Mohd Najib adalah juga Menteri Kewangan dan semua menteri beliau kata ekonomi kuhuh, Alhamdulillah. Jadi wang tak jadi hal.

4. 1MDB saja dah boleh tampung keperluan RM500 juta itu sebab pernigaannya diurus dengan baik dan ia sangat dermawan.

5. Atau minta daripada Petronas dan Khazanah.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Unknown, berikut jawapan operasi media PMO. (Saya juga akan siarkan komen Saudara):

“1.The Prime Minister came back on a commercial flight via Hong Kong where he was picked up picked up (by) the Royal Malaysian Air Force and headed straight to Kota Baru.

2. This arrangement came about as the aircraft which the PM and his family used to travel to Hawaii had to stay behind in the United States to sort out some technical issues.

3. The aircraft had not stayed behind for used (sic) by PM’s family members . Also, they are not in Indianapolis.

Thank you.”

I thank the PMO media operation the response.

Thank you.

Unknown said...

Good to hear he use commercial flight...

so i might not be correct in all comments but partially..

except USA, Russia n China... saya harap ada perubahan sikap guna aset kerajaan... jangan pakai for personal use atau bercuti... follow style europeans, australian n many others who are more accountable on minor things like this...

Australia PM tak pakai duit taxpayer gie cuti mana2 atau gov jet..

u fellas nak duk cuti kat USA or london go ahead.. use your own money for flight ticket, hotel etc... learn to use your own money...

da la kaya raya, duit 10sen pun nak claim rakyat...

kita org nak cuti mana2, company ada tanggung ker? pakai duit poket sendiri jer...

anyway, anyone know in PM or menteri 'employment' contract, brp annual leave setahun? sapa approve PM punya leave?

many countries have Freedom of Information Act, bole access even minor infos like this ...


About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).