Saturday, January 17, 2015

Kita Mahukan Malaysia Yang Sejahtera



A Kadir Jasin

SEORANG pengarang akhbar media arus perdana berbahasa Melayu, yang kini menjadi pelantar menyerang pihak-pihak yang memberi tunjuk ajar dan kata dua kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, menghantar SMS berikut kepada saya:

HR ini powerful.. keluar saja nama dia, terus kena serang.

Beliau merujuk kepada paparan Youtube oleh seorang muda Melayu yang memberi lecture kepada saya kerana mengkritik Perdana Menteri dan, seperti biasa, bertanya apa lagi yang saya mahu?

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Sekadar Renungan. Apakah ini pun fitnah dan dusta?
 Terima kasih kepada pengarang itu dan kepada pemuda Youtube kerana peduli dengan apa yang kami di luar arus perdana bincang dan huraikan.

Alhamdulillah, selain pembahas yang berhujah dalam blog ini, kita juga mendapat perhatian pihak-pihak lain yang mengambil berat  perbincangan kita dan menghebahkannya di arena-arena lain.

Ada yang menggunakan media arus perdana, blog, Youtube dan saluran media sosial untuk memarahi dan menasihati kita kerana dituduh cuba menjatuhkan kepemimpinan Mohd Najib, Umno dan Barisan Nasional.

Saya ambil maklum dan saya gembira dengan penyertaan mereka, khususnya generasi muda. Buat orang Melayu Islam, eloklah kita berbahas secara berhemah, berilmu dan bijaksana serta menghormati kebebasan bersuara daripada menembak dan mengebom orang yang tidak kita setujui.

Ada sesetengah pembahas yang ketandusan idea untuk mematahkan hujah kita bertanya, apa yang saya minta daripada Mohd Najib tetapi tak dapat sehingga saya begitu marah kepada beliau?

Jawapannya mudah saja.

1. Saya tidak pernah meminta apa-apa untuk diri saya daripada Mohd Najib sejak saya mengenali beliau pada 1977, selain daripada menasihati beliau agar melakukan yang terbaik sebagai seorang pemimpin. Yang saya minta bagi pihak orang lain mungkin ada. Itu pun tidak lebih daripada memperkenalkan mereka kepada beliau. Mohd Najib tahu dan saya pun tahu siapa antara mereka!

2. Beliau pun tidak pernah memberikan apa-apa kepada saya selain persahabatan dan setia kawan.

3. Ada tidak pun, beliau dan isterinya - yang dahulu dan sekarang - menjamu saya makan di rumah mereka (di Kuantan dan di Taman Duta). Terima kasih. Sebagai balasan saya memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada beliau.

4. Setia kawan itu berpanjangan sehinggalah beberapa hari sebelum beliau naik menjadi Perdana Menteri apabila saya bersama (Datuk) Ahmad A Talib, (Datuk) Akhirudin Atan@rockybru dan (Datuk) Malik Munip menemui beliau di pejabatnya di Kementerian Kewangan. Dalam pertemuan itu kita menawarkan persahabatan dan khidmat sukarela.

5. Selepas itu saya hanya berjumpa beliau tiga kali. Satu diatur oleh Proton dan satu lagi oleh Pemandu kerana saya menulis mengenai mereka. Pertemuan ketiga berlaku apabila saya bertembung dengan beliau ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2010 di mana saya menegur beliau mengenai walkabout beliau yang agak kaku dan kekok. Saya nasihatkan beliau agar lebih santai dan mesra. Saya kata jalan-jalan (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor lebih natural.

6. Saya alu-alukan cadangan agar saya meminta jasa baik Setiausaha Politik Mohd Najib untuk mengetemukan saya dengan Perdana Menteri. Biarlah saya ceritakan yang saya pernah memohon menghadiri taklimat Perdana Menteri kepada pengarang media massa mengenai isu kalimah Allah tetapi tidak direstui.

7. Sebaliknya, Penasihat Media beliau ketika itu, (Tan Sri) Jalaluddin Bahaudin (Jalal) berjanji mengatur temu janji khas bagi saya berjumpa Perdana Menteri secara eksklusif. Kemudian beliau mencadangkan agar saya bertemu Perdana Menteri bersama a person the PM is comfortable with. Beliau mencadangkan (Tan Sri) Zainuddin Maidin (Zam) dan saya setuju. Tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah Jalal bersara.

8. Maaf cakaplah kalau saya kata, saya adalah daripada jenis yang berterus-terang dan saya akan kata apa yang saya rasa perlu dikatakan walaupun tidak disukai oleh yang empunya diri.

9. Kalau pembaca faham, mereka akan tahu yang kritikan saya terhadap Mohd Najib bukanlah tindakan melulu tetapi berasaskan hujah yang disokong fakta, perangkaan dan analisis. Sesiapa pun yang berilmu boleh baca, fahami dan adili sama ada saya betul atau silap.

10. Berkenaan Setiausaha Politik Mohd Najib pula, saya kenal secara peribadi dengan sesetengah daripada mereka malah sampai hari ini pun ada seorang daripada mereka yang masih melayan saya dan sekali-sekala minum teh dengan saya. Ramai peneraju media Perdana Menteri juga adalah rakan, anak buah dan anak didik saya.

12. Seorang anak didik saya, dalam posting Facebooknya memberi contoh Jeneral bersara yang hebat-hebat yang kata beliau perlu berdiam diri dan beri peluang kepada jeneral baru menjalankan tugas. Jawapan saya mudah saja. Jeneral bersara itu tidaklah hebat kalau mereka berdiam diri dan membiarkan negara yang mereka bina dan pertahankan dengan darah dan keringat, hancur lebur akibat jeneral baru yang hambar.

13. Kesimpulannya, apa yang saya mahu adalah Malaysia terus aman damai, ekonomi terus mantap, anak cucu saya dan anak cucu tuan-tuan dan puan-puan boleh hidup senang dan terjamin hari ini hingga ke akhir zaman.

15. Inti pati kepada kegusaran dan harapan saya itu terkandung dalam 18 soalan yang saya kemukakan dalam posting berjudul Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM (Baca di sini).


16. Akhir kalam, mari kita renung dan cuba fahami fakta berikut: Antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014 Bursa saham Pakistan naik 26.3% dalam mata wang nasional dan (31.5%) dalam mata wang dolar. Bursa Indonesia naik 21.2% (18.5%). Bursa Siam naik 15.4% (15%). Bursa India naik 29.4% (25.6%). Bursa Singapura naik 6.3% (1.5%). Bursa Malaysia JATUH 5.3% dalam mata wang ringgit dan JATUH 11.3% dalam mata wang dolar. (Sumber The Economist, 3 Januari 2015). Kalau kita faham ekonomi, banyak lagi khabar ngeri mengenai Malaysia tercinta.

Wallahuaklam.

35 comments:

zainal abidin awang kechik said...

MALAYSIA KU BAHAGIA..

PERMAAFAN YANG MENBAWA MANUSIA LEBIH BAHAGIA

MARILAH KITA BERSALAMAN SEMULA


SALAM

JMS said...

DAKJ,

Saya kagum apabila Dato buat sekian kalinya menjelaskan dgn panjang lebar bentuk hubungan Dato dengan Najib hanya untuk melayan manusia-manusia yang bermentaliti jumud dan begitu obses dan telah terindoktrinasi dengan personaliti cult bosnya.

Dan lebih malang lagi kelangsungan hidup (survival) mereka hanya bergantung kpd simpati yang ditagih setiap saat dan habuan-habuan yang diterima sebagai peminta sedekah.

Jadi tuduhan yg dilemparkan kpd Dato adalah atas pengalaman hidup mereka sendiri.

TK.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Macam tak percaya saya tengok Buletin Utama TV3 malam ni.Tiada langsung rasa hormat pada negarawan Tun Daim. Boleh pulak lepas tu mengugut Tun Daim bahawa mereka, penyokong Najib, tidak akan berdiam diri untuk mempertahankan beliau.

Media Prima.I'm sorry. You have just lost my respect.

Mullah TTDI said...

Salam Datuk dan para pembaca dan pembahas yang budiman

1. Saya juga mahukan Malaysia yang lebih baik daripada sekarang dari segi politik, sosial dan ekonomi. Selain itu, saya berharap agar Malaysia yang aman damai ini dapat diwarisi dengan baik atau lebih baik lagi oleh generasi akan datang.

Pakcik said...

Apa yg berlaku sekrg ini sbb rakyat juga yg sekian lama dicandukan dgn pelbagai pemberian yg bersifat jangka pendek. Sebagai contohnya apabila YB balik kawasan maka berduyun duyunlah rakyat berbaris membawa pelbagai bil bil yg perlu dibayar. Saya tak tahulah adakah ini disengajakan supaya rakyat mudah dipergunakan dan tidak maju maju. Dengan itu mudahlah YB sedia ada mengekalkan kedudukan sampai bila bila.

Rakyat yg ketagih candu ini bagaimana nak disuruh bersaing. Apatah lagi nak memahami isu isu ekonomi. Maka yg berkuasa terus dapat berkuasa. Walaupun di depan mata berlaku pelbagai kesalahan, tapi rakyat yg kecanduan ini hanya mampu menutup mata kerana takut bekalan candu akan dihentikan.

berasiam said...

salam DAKJ

secara tradisi, yang tua dihormati, yang muda dikasihi. akhir2 ini semakin ketara tradisi itu tidak dihiraukan sebagaimana pada zaman pak lah. nak tarik sokongan yang muda2, beri mereka jawatan2 penting. hingga dalam perhimpunan agung umno pun perkara serupa disuarakan. maka apabila beberapa orang tua2 memberikan teguran dan peringatan, orang tua2 ini diserang bagai tidak ada langsung segan silu. pelbagai saluran digunakan untuk "menelanjangkan" orang tua2 yang banyak berjasa. janganlah hendaknya kita masih bersegan silu untuk mengatakan bahawa kesemua tinak tanduk yang berlaku adalah tanggung jawab najib razak. sebagai orang nombor satu, beliau harus bertanggung jawab dan dipertanggungjawabkan atas segalanya. semoleknya beliau melepaskan jawatan secara terhormat sebelum lebih banyak kerosakan yang berakibat kekal berlaku. dikatakan beliau mahu bertahan dengan segala kekuatan yang ada, insyaa Allah beliau akan dinyahkan dari kerusi presiden umno itu dalam waktu terdekat. bila pemimpin tidak layak, Allah datangkan pelbagai bencana yang tidak ditunjukkan jalan penyelesaiannya. najib bukan sahaja menanggung kesilapan pm sebelumnya tetapi turut menambah parah keadaan yang ada. najib perlu bertanggung jawab dan dipertanggungjawabkan. peluangnya sudah berakhir.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. DAKJ dah banyak kali menggesa agar negara ini dijadikan warisan pd anak cucu dalam keadaan sejahtera.

DAKJ sedang menghabiskan sisa2 hidup beliau untuk berjuang agar beliau ada saham berbentuk pahala bekalan hari akhirat.

Saya percaya kita peminat serta pengikut blog DAKJ juga tak mau ketinggalan meniru beliau membuat kebaikan mengikut kebolehan tersendiri. Kecuali kita ni memang dah tak boleh diajar atau tak boleh membeda antara yg baik dgn yg buruk

2. Maukan Malaysia yg sejahtera menuntut setiap org berkorban mulai di peringkat diri sendiri dan ahli kekuarga.

Bagaimana diri sendiri nak sejahtera kalau malas dalam segala sudut. Mungkin tertunggu 2 BRIM je.

Bagaimana ahli keluarga nak sejahtera kalau sejak belum lahir pun tak cukup zat makanan, duduk rumah bersempit2, penuh budaya buang nasa , dan negatif yg lain.

Semuanya bermula dgn perubahan dalam diri sendiri dan keluarga. Walaupun sebagai individu dan keluarga apalah sangat kekuatan yg ada pada kita. Akan tetapi kalau semua individu dan keluarga bersatu hendakkan kerajaan baru yg bersih, tak rasuah dan mau beri pekerjaan terjamin kepada rakyat Melayu maka dgn izin Allsh akan terpelantinglah kerajaan Najib atau sesiapa juga yg tak menguntungkan rakyat.

Yg pandai berblog sila berblog. Yg pandai berceramah silakan berceramah. Yg pandai berkhutbah silakan. Yg pandai berniaga ajar org lain. Yg kaya raya cari sendiri asnaf yg layak terima zakat. Jangan terlebih percaya org pusat zakat terutama yg terkenal dgn politik UMNOnya.

3. Kalau pun Malaysia sejahtera kaya raya, akan tetapi kalau majoriti Melayu Islam miskin.

Apalah gunanya!

Waktu tu kita nak berniaga apa pun susah nak kaya sebab kuasa beli org Melayu terlalu rendah.

Melayu nak buka kedai makan? Mampuke nak sewa berpuluh ribu rgt sebulan macam mamak2 tu.

Melayu nak buka klinik?. Melayu mana yg nak dtg beri bisnis.

Melayu nak buka syarikat guaman? Mana dia pemaju perumahan Melayu yg nak support dgn beri fail.

Ditambah pulak dengan Melayu yg berada sikit tapi tak ada semangat Melayu.

Semalam ada kawan saya beli BMW X5 di promosi jualan BMW di bukit jalil. Dia tak rasa bersalah langsung bila bercerita dia beli dari jurujual Cina . Itu baru satu contoh drpd beribu2 contoh yg lain.

Saja nsk usik sdr OKJ. Semua kereta mewah dirumah OKJ tu beli drpd agen Melayu ke?

Melayu tak akan gemilang dan sejahtera jika terus menerus digula2 dgn budaya BRIM, budaya ali baba, budaya mengharap ptojek,budaya cium tangan yb demi mengharap sesuap nasi.

Apa jua halangan kepada negara dan masyarakat Melayu yg sejahtera mesti di hapuskan.

Percayalah walaupun ianya tidak mustahil akan tetapi ia memerlukan pengorbanan maha besar terutama sejak kebinasaan yg dilakukan pemimpin dalam 6 tahun kebelakangan.

Joe Black said...

Dato'

What you have been trying to say all this while is that....If it looks like a duck, quacks like a duck and walks like a duck..It's a Duck!

Too Bad all these Fellas thinks that the Duck is a Swan!!

Even when you keep telling them that a Duck is NOT a Swan!

Jet Lah said...

Salam Dato

Terima kasih kerana terus menulis. Teguran dengan fakta kalau dibalas dengan emosi tak payah la Dato layan. Sudah tentu tiada nilai. Kecualilah kalau disangkal dengan poin-poin yang boleh difikirkan punca dan kesannya.

Ekonomi Malaysia masih lagi belum menampakkan kesan besar. Tetapi sudah kedengaran desas desus syarikat-syarikat pembekal oil and gas yang mula mengurangkan jumlah tenaga kerja, sektor-sektor pembuatan yang mengurangkan pengilangan produk kerana kekurangan permintaan, harga hartanah yang mula menurun berikutan perlambakan bekalan dan juga banyaknya hartanah yang mula dilelong. Harga matawang yang jatuh, lebih-lebih lagi dibanding USD, dollar Singapura dan juga Yuan China (dua tahun lepas 0.48 sen boleh dapat 1 yuan, sekarang sudah 0.57 sen). Jadi tinggal berapa lama sangat sebelum kesan-kesan ini terkomposisi dalam satu bentuk yang akan menjadi beban yang besar kepada rakyat. Belum ditambah lagi kesan bencana banjir yang amat mendalam dan meluas.

Elok kalau semua yang terlibat mengurangkan politik emosi, dan melihat kepada objektif kepada tulisan-tulisan Dato.

Apalah yang ditakutkan sangat akan kehilangan kuasa, kuasa itupun Allah yang beri dan Allah akan tarik balik. Kalau bukan kerana dek kalah pilihanraya, lambat laun kerana umur meningkat dan kerana akhirnya kita semua mati.

100 tahun akan datang kita semua akan digantikan dengan generasi baharu. Waktu itu tiada siapa akan ingat tentang politik remeh-temeh yang maaf kalau boleh dikatakan bodoh. Tetapi generasi baru akan membincangkan bagaimana ekonomi kita jatuh, bencana-bencana 2014, dan bagaimana Malaysia sebagai satu negara dan bangsa kembali bangun (atau tidak) untuk meneruskan masa depannya.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Jet Lah, antara lain, mengulas: " Teguran dengan fakta kalau dibalas dengan emosi tak payah la Dato layan. Sudah tentu tiada nilai. Kecualilah kalau disangkal dengan poin-poin yang boleh difikirkan punca dan kesannya.

2. Terima kasih. Saya berpendapat kaedah (Tun) Dr Mahathir adalah yang terbaik dan mulia.

3. Tanyalah beliau soalan sebodoh mana pun, beliau tidak marah. Sebalinya beliau memberi jawapan yang bernas.

4. Tak mengapa laskar siber membuat hujah dangkal. Itu hak mereka dan itulah dalam dan tohor minda mereka. Saya yakin ramai tidak pun kenal saya. Mereka sekadar dengar cerita dan ikut perintah saja.

5. Sebab itulah dalam apa jua suasana dan kesempatan saya gembira berjumpa mereka atau, setidak-tidaknya pun, berdialok dengan mereka melalui tulisan-tulisan saya.

6. Falsafah saya sebagai penulis mudah saja -- daripada yang pandai saya belajar kepada yang tidak cerdik saya mengajar.

7. Kemudian sdr berkata: "Apalah yang ditakutkan sangat akan kehilangan kuasa, kuasa itupun Allah yang beri dan Allah akan tarik balik."

8. Bagi orang Islam, akhirnya kita wajib kembali kepada kehendak dan penentuan Allah setelah kita berusaha sedaya upaya.

9. Maaf cakap kalau saya kata, seolah-olah pemerintah kita hari ini kurang berkat/barakah malah banyak kemudaratan.

10. Ambil contoh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Kita sangka dengan keputusan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, selesai dan tutuplah kes ini daripada aspek undang-undang dan keadilan.

11. Tetapi nampaknya tidak. Dengan salah seorang daripada dua pesalah kini mendapat "suaka teknikal" di Australia, kes Antantuya dan undang-uandang negara kita akan terus menjadi bahan perdebatan dan pertikaian.

12. Silap-silap sebuah expose, novel atau filem diterbitkan di Australia hasil kehadiran Rizul Azhar di negara itu.

13. Zaman saya kanak-kanak dulu, kita kerap buat solat sunat dan kenduri tolak bala selepas Asar dan sebelum Magrib. Selalunya di kawasan terbuka seperti padang ragut.

Wallahuaklam.

ismail muda said...

Najib jadi pemimpin tatkala usianya paling muda. Tidak ada pemimpin yg menandingi beliau bab ini. Sudah tentu najib serba serbi bole & arif asam garam sebagai seorg pemimpin. Sepatutnya PM Mlsia skrg luas pengalaman, menjadi tokoh terbilang yg disanjungi, bijak & akalnya semakin panjang... Sayang, kematangannya belum terserlah. Begitu ramai di sekelilingnya dgn para wazir, perunding penasihat dan tokoh2 yg turut membantu. Sudah tentu ramai yg mengharap negara ini diurus tadbir dgn secekap2nya & PM Mlsia menjadi benar2 seorg pemimpin yg bukan dipimpin...

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato,

Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab oleh YAB Perdana Menteri.

Mungkin PM terlalu sibuk dgn tugas diluar negara sehingga tidak berkesempatan untuk menguruskan hal hal dalam negara.

Mungkin beliau boleh melantik Datin Sri Rosmah sebagai wakil peribadi beliau bertaraf Menteri Kabinet untuk urusan luar negara bagi membolehkan beliau fokus kpd urusan diplomatik luar negara. Secara tidak langsung ia dapat mengesahkan Datin Seri berhak menggunakan jet peribadi JPM untuk keluar negara.

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato,

Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab oleh YAB Perdana Menteri.

Mungkin PM terlalu sibuk dgn tugas diluar negara sehingga tidak berkesempatan untuk menguruskan hal hal dalam negara.

Mungkin beliau boleh melantik Datin Sri Rosmah sebagai wakil peribadi beliau bertaraf Menteri Kabinet untuk urusan luar negara bagi membolehkan beliau fokus kpd urusan diplomatik luar negara. Secara tidak langsung ia dapat mengesahkan Datin Seri berhak menggunakan jet peribadi JPM untuk keluar negara.

Lahuma said...

Dato.

Ternyata sudah jelas dan terang dimana sudah wujud perang dahsyat antara geng lama Melayu UMNO dengan geng baru Melayu UMNO.

Apakah congak yang demikian ada memberi keuntungan lumayan pada kedua pehak.

Semua nya sudah jadi ketam ajar anak mereka berjalan kaki.

Merugikan Melayu sahaja cara mereka tegak benag basah.

Kerajaan apakah yang tak mahu dan reda dengar kritikan dan terguran.

Dalam demokrasi biarlah ada kesuburan
berbahas dalam bentuk semua disiplin dan bidang.Kalau salah baiki segara.Kalau kelemahan atasi secepat mungkin.

Rakyat pun hari ini pun bukan lah baru hidup dalam pengisian kemerdekaan.Pemimpin UMNO kena ingat rakyat jelata bukan boleh lagi dicucuk hidung.Walaupun masih ada yang rela dicucuk hidung,

UMNO dan BN kena insaf dan buat penilaian kenapa keputusan PRU 13 yang hanya mendapat dibawah markah lulus periksa 48% sahaja undi popular.

UMNO dan BN hanya bernasib untuk terus menjadi kerajaan.Tetapi imejnya adalah kerajaan yang ada kecacatan yang jelas.

Bila meminggirkan orang lama dan bekas-bekas pemimpin yang berjasa tunggulah harinya.
Apakah rugi atau hilang taring bila semangat kongsi ilmu dan pengalaman demi rakyat jelata.

Barangkali pemimpin UMNO terlupa aras sokongan yang diperolehi setakat itu sahaja.

Takut hilang kuasa.Rakyat akan binasa.

Terima kasih Dato.

zainal abidin awang kechik said...

TERBAIK

Penanya said...

Bila cakap pasal penguasa media yang powerful, teringat pada gelaran "Hindu God, Muslim priest" dulu.
Satu lagi, orang yang pakai nama Rahman tapi tak ada Abdul, biasanya asalnya Bangladesh. Tapi tak mungkin la penguasa media Malaysia orang asing. Atau mungkin?

Tasnim said...

Salam Tok..


Kecuali Singapura.. negara lain yang pemimpin kita anggap lebih terkebelakang dari negara kita tapi nilai mata wang dan bursa saham meraka terus naik. Tak malu ke Menteri Kewangan kita..

Terima kasih.


Din Kalut said...

Penasihat DSN masih percaya dan yakin kehebatan mereka.Biarlah mereka syor sendiri.

nick said...

Inilah masalah apabila sejak dari muda lagi telah berada di atas. Apatah lagi dgn status keluarga yg hebat maka setiap kesilapan masa muda ditutup atau diabaikan tanpa belajar apa2. Lama kelamaan merasa kebal dan lupa diri. Sangkanya akan sentiasa terlepas dari apa jua masalah yg melanda.

Sebab itu walau tinggi mana pun status atau kelayakan akademik, selagi tidak belajar dan menimba pengalaman dari bawah maka kita tidak akan matang dan jauh sekali bijak.

Malang bagi mereka yg begini...biarpun berada begitu tinggi tetapi hakikatnya tidak dihormati.

nick said...

Anak didik dato sudah menjadi raksaksa. Tidak malu lagi baling batu sembunyi tangan walhal semua orang nampak tangannya. Hilang maruah dan budi bahasa. Hanya tahu hormat pd wang. Tidak sedar diri dipandang sinis dan hina tetapi mendabik dada menyangka diri bijaksana dan berkuasa.

Jika duduk dalam lubang najis, tong sampah juga ternampak mulia.

nazri halim said...

memualkan..sapa pun x boleh komen..puji boleh..nanti undi..pasti kurang lagi..teruskanlah menyerang pembawa berita tu.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat dihormati.

1. Saya buat carian Internet mengenai HR dan mendapati maklumat berikut:

(i)Nama penuhnya Habibul Rahman Kadir Shah. Ini berkaitan sebuah syarikat bernama Fuelsubs Sdn Bhd. Jadi betullah beliau pernah saya kenali lebih 10 tahun lalu dan pada waktu itu hanyalah sebagai pelanggan Restoran Raju.

(ii) Beliau juga pengarah Lotus PLC (syarikat milik DRB-Hicom)dan Petronas Energy Trading Limited.

(iii) Beliau dilaporkan seorang akauntan dan pernah cergas dalam Umno Petaling Jaya.

2. Blogger APANAMA memberitahu dia terserempak dengan Habibul di BSC sehari dua lalu. Saya tidak mahu petik perbualan mereka. Memadailah kalau saya katakan kami tidak dibayar oleh sesiapa. Jadi kalau beliau hendak bayar kami terima -- boleh kami sedekah buat amal jariah asalkan duit halal.

3. Pembahas Nick, antara lain, berkata: “Anak didik dato sudah menjadi raksaksa….”

4. Tidak ada masalah dan tidak menjadi hal. Saya gembira kalau mereka jadi raksasa hebat dan boleh mengalahkan saya. Tapi saya kecewa kalau mereka sekadar raksasa dalam kurungan atau diikat rantai keluli.

5. Salah seorang blogger anak didik saya akan sertai program PM di London. Tahniah kepada beliau.

6. Seorang pengarang bersara sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu berpendapat PM melantik orang bukan media untuk menjaga media sebab beliau kurang yakin dengan kebolehan dan kesetiaan sesetengah pengarang MAP. PM lebih kenal dan percaya orang politik/korporat macam Habibul daripada kepada pengarang dan wartawan.

7. Pembahas Penanya, antara lain, berkata: “Bila cakap pasal penguasa media yang powerful, teringat pada gelaran "Hindu God, Muslim priest" dulu. Satu lagi, orang yang pakai nama Rahman tapi tak ada Abdul, biasanya asalnya Bangladesh.”

8. Antara punca Pak Lah orang yang kita sayangi bertukar menjadi dibenci dan akhirnya jatuh adalah kerana watak yang Sdr sebutkan itu. Pak Lah ada seorang saja “Media God” tapi dalam galaksi media Mohd Najib ada ramai watak seumpama itu.

9. Berkenaan nama, yang betul bagi Rahman adalah Abdul Rahman ertinya hamba Allah yang maha pengasih. Rahman itu sifat Allah iaitu maha pengasih. Macam nama saya wajib ada Abdul yang saya singkatkan jadi A. Jadi bila nak namakan anak atau cucu, eloklah fahami betul-betul.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Adakah ini satu pertanda yang teori RAHMAN akan menjadi kenyataan tak berapa lama lagi.
Kalau tak betul apa dalilnya.
Tangan-tangan bernama Rahman sudah berada dalamnya.

Terima kasih Dato.

nick said...

Ya, saya dengar yg ada dari kalangan blogger ini akan diberi 'bonus' jalan2 di London sebagai upah khidmat cemerlang defend PM dan serang pengkritik termasuk mentor sendiri. Tak sangka pula betul cerita ini. Ingatkan skim upah jalan2 ni di peringkat kampung saja....mcm wanita umno pulak. Tentu bangga ibubapa mereka kan...anak dah berjaya dpt upah pergi London Hahaha....

jmc said...

Datuk,

Habibur Rahman tu maknanya kekasih ar-Rahman, sebab tu takde abdul
kalau habibu abdul rahman itu maknanya kekasih abdul rahman, iaitu kekasih satu hamba Allah yang lain

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,




Malaysia and most malays/bumiputra are on the brink.



Kalau switzerland pun bolih `kena',EU pun `mengelupur',kita apa lah sangat untuk terlindung dari `kejatuhan' kerajaan memerintah.



Manalah tahu esok akan bermula undian tidak percaya kepada kerajaan memerintah kerana bajet tersasul atau tukang buat bajet tersasau...



Abu Bakar Ab Rahman

berasiam said...

salam DAKJ

kalau pak lah dikenali dengan "silent"nya, najib mungkin boleh dikatakan dikenali dengan "madah berhelah" pulak. sampai anwar ibrahim masuk tv3 hentam daim pun najib nak diam buat muka tak bersalah lagi ke. tahulah anwar tu ketua dia dalam team wawasan. mana tau kot ada baiah jugak. stail pak syeikh kan suka baiah. rahim thamby cik tak masuk baiah rasanya tapi kawan lama najib jugak tu. bahaya kalau kawan lama keluar dedah macam2 benda yang dibuat sama2. sanusi junid pun tau banyak gak hal2 silam mereka.

azarazara said...

menarik anolgi tuan untuk difikirkan

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Sukar sangat rasanya Malaysia nak jadi negara sejahtera kalau banyak benda2 pelik dilakukan oleh pentadbiran negara sekarang.

Rasanya belum pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang menteri menulis surat sokongan agar seorg yg digelar raja judi dan menurut polis menjadi anggota kongsi gelap dibebaskan oleh mahkamah Amerika.

Dan saya rasa belum pernah jugak mama2 negara lain di dunia sanggup mencampuri perjalanan mahkamah dan perundangan Amerika sebegini direct.

Tak sia2 pemimpin Malaysia bermain golf dgn Mr Obama.

Logiknya suka tak suka kita harus akui bahawa raja judi Paul Phua confirm rapat dgn pemimpin besar Msia.

Cuma yg saya tak pasti siapa org kuat Msia tu. Adakah Zahid, Najib atau RM atau keluarga rapat mereka.

Kalau jangkaan saya surat sokongan spt ini hanya berleluasa di kalangan menteri dan yb UMNO maka saya sangat silap.


Rosak sistem kehakiman Amerika kalau budaya ni berjangkit ke sana

Isu surat sokongan ni mengingatkan saya tentang betapa super cekapnya mahkamah rayuan bersidang dalam kes sodomi 2 dan mendapati Anwar bersalah dalam masa dua tiga hari saja.

Apakah tak mungkin super cekap itu berpunca dari surat sokongan dari mama2 pihak yg sangat berkuasa?

Atau pun ada pesan2 khas kepada semua hakim.

Atau hakim2 tu semua jenis yg terpilih handal hingga boleh mengalahkan kehandalan hakim2 mahkamah persekutuan sendiri.

Yg pasti saya boleh agak hakim2 mana yg bakal naik pangkat tak lama lagi.

Pertanyaan kpd semua termasuk DAKJ. Sejahtera Malaysia buat masa terdekat boleh dicapai atau ibarat jauh panggang dari api?

A KADIR JASIN said...

Esteemed debaters and visitors, salam.

1. Thank you to serving and retired editors of mainstream media (MSM) and Bernama for their SMS and the support. I understand if they do not want or cannot debate freely in this blog. I take note of their messages.

2. What is happening in the MSM today is a sign of desperation and utter confusion among the PM’s media (mainstream and social) operators for several reasons.

3. One of the things I was supposed to do in 1998-2000 was to “neutralise” Anwar’s supporters and sympathizers in the NSTP and STMB (TV3) groups, which I refused on the ground that they supported Anwar because they were told that Anwar was Tun Dr Mahathir’s anointed successor.

4. The key figures representing Anwar in the NSTP and (TV3), however, left on their own accord. The same happened with an Anwar's appointee in Utusan.

5. It is not surprising if the remnant of Anwar's sympathizers in Umno and the MSM are beginning to align themselves with him again upon seeing that BN under Mohd Najib is weak and PR under Anwar may win power in the future.

6. This is the only reason to explain why Media Prima Group is using Anwar and other PKR leaders to hit out at Dr Mahathir, Tun Daim and other critics of the PM.

7. If they care about the truth or are knowledgeable, they should ask Anwar about his own “play” in Realmild, NSTP, STMB, MRCB, Segari IPP, PWTC and many more when he was DPM, Minister of Finance and Deputy Umno President.

8. To pacify Mohd Najib and “prove” their loyalty to him some Media Prima reporters and editors have made the killing of Dr Mahathir and Daim its number one item in its agenda.

9. They fear criticism from within more dangerous than the assault on Umno by PKR, the DAP and PAS.

10. So the edict “the enemies of your enemies are your friends” makes Anwar and his PKR hordes the friends of TV3 and NST.

11. You don’t have to have a great analytical mind to strip bear the tactics used by the PM’s psychological warfare machine. Amateurish.

12. In the latest move they tried to draw a wedge between Dr Mahathir and Perkasa by alleging that the latter had severed relationship with the Malay-based NGO. This time they used what is called “Suara TV”. Dr M office said there was no such a thing.

13. These people see threats in every bright corner of the political and media spaces because they themselves are the creatures of darkness.

Wallahuaklam.

Thank you.

JMS said...

DAKJ,

Fear of a thing creates a thing of fear. This is a situation that these pro-Najib henchmen are in now. They are in total disarray. Uppermost in their mind is their survival.

Failure to identify the reality from the imaginary has resulted in them employing wrong strategy that will ultimately bring downfall to his boss. The earlier Najib realises this the better lest he will become history.

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Saya minta2 sangat SPRM bawa Tun Daim ke mahkamah atas tuduhan rasuah
dan salah guna kuasa..bolehlah nanti
kita ramai2 dengar cerita2 mengenai kebaikan dan juga keburukan pemimpin2 Melayu / UMNO.. dari era Dr M, pak Lah & Dato najib dan juga Peliwat..
Hanya orang melayu yang mampu menhancurkan kuasa politik melayu.
bodohnya Melayu...
Kerana kita sayangkan Pemimpin,Parti dan Negara..Kita beri teguran demi teguran untuk pembetulan dan kebaikan..sayangnya mereka berpendapat yang kita ni anti mereka..yang bodoh tetap bodoh.. biarkan mereka dengan labu2nya...

nick said...

The crazy attacks on critics give us the impression that Najib is hysterical. Enough said.

berasiam said...

Salam DAKJ
Adakah SPRM memiliki kuasa unrtuk mengambil tindakan memandangkan kes yang diandaikan berlaku telah jauh dari jangkauan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh akta berkaitan? Anwar Ibrahim yang gubal dan bentangkan akta tersebut semasa Dr Mahathir cuti.

SAM72 said...

Assalamualaikum dato. Terima kasih atas pengakuan dato kepada semua terhadap isu PM Najib kita.

Apa yang saya baca rupanya dato marah kerana nasihat dato tidak diendahkan oleh PM Najib. Jadi semua yang dato buat berdasarkan pada nada amarah dato.

Tetapi kalau ikut cara Islam kita perbuatan dato termasuklah Tun M serta pemimpin yang beragama Islam lakukan hari ini jauh menyimpang dari apa yang kita belajar selama ini.

Apakah dato seorang wartawan yang terkenal akhirnya menjadi seorang wartawan sampah kerana terlampau ikutkan nafsu amarah dato?

Tambahan pula apakah semua pertuduhan terhadap Najib yang dato atau Tun M lemparkan berdasarkan pada bukti yang sahih? Atau sekadar mengikut apa yang diceritakan melalui media asing?

Sayang sekali. Beginilah rupanya tugas seorang wartawan yang terkenal suatu ketika dahulu yang akhirnya menjadi seorang wartawan sampah.

Saya tak nak cerita pasal isu dato dengan saham realmild. Saya juga tahu serba sedikit mengenai isu tersebut.

Tetapi dato kena ingat satu sahaja. Apakah perbuatan dato dan Tun M hari ini disukai oleh Allah s.w.t.? Ingat dato. Di zaman Tun M media sosial amat terhad berbanding sekarang dan segala isu yang berlaku dizaman Tun serta pembabitan dato mudah diperolehi. Sedangkan isu mengenai Najib walaupun SATU DUNIA ketahui tetapi sampai ke hari ini SATU DUNIA tidak ada langsung memberikan apa-apa bukti yang SAHIH terhadap semua dakwaan terhadap PM Najib.

Jadi apakah dato sebagai seorang wartawan terkenal ada mempunyai sebarang bukti yang sahih atau tidak mengenai PM Najib kita? Atau Dato hanyalah orang yang sekadar KAKI JILAT pada Tun M sahaja.

Well dato. If you read this please make sure you attch also the solid proof. Don't think that me or all Malaysian people can accept what you are writing because you time is already out.

Oh ya...saya nak tanya sikit dato.

Siapa yang bantu dato menjadi seorang yang kaya ye?

Apakah atas bantuan Tun M ke?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).