Wednesday, January 07, 2015

Si Luncai Berjumpa Don Quixote


A Kadir Jasin

[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam saya lagilah bagus.]

SI LUNCAI terserempak dengan Don Quixote (ki-ho-teh). Setelah masing-masing memperkenalkan diri mereka pun bertukar-tukar cerita.

Don Quixote: Saya dengar tuan terjun ke sungai dengan labu-labu dan orang berteriak, “biarkan, biarkan”. Betul begitu?

Si Luncai:  Betul. Yang mereka maksudkan itu bukan buah labu untuk dimakan tetapi kendi labu untuk mengisi air. Kendi labu itu milik saya bukan milik orang lain. 

Kendi labu boleh dijadikan pelampung
Don Quixote: Kenapa tuan terjun sungai dan tidak lemas pula?

Si Luncai: Saya dihukum raja kerana memberitahu baginda kepalanya yang dogol mengingatkan saya kepada ayah saya yang sudah meninggal dunia. Baginda murka dan menitahkan hamba dibuang ke laut.

 Don Quixote: Tetapi tuan hamba tidak mati lemas?

Si Luncai: Saya bukan orang cerdik, tapi saya belajar daripada pengalaman. Saya tidak lemas sebab saya guna kendi labu sebagai pelampung.

Don Quixote:  Oh! Jadi tidak tepatlah gambaran tuan seorang bodoh dan bangang?

Si Luncai: Bangsa saya ada peribahasa berbunyi, hanya mutu mengenal manikam dan satu ungkapan berbunyi raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Tuan pula saya dengar bertarung dengan kincir angin?

Don Quixote: Benar. Saya seorang pahlawan setia dari negara Sepanyol. Saya bertarung dengan kincir angin kerana ia adalah gergasi yang sangat ganas!

Kerana khayal Don Quixote Bertarung dengan kincir angin
 Si Luncai: Tapi kincir angin bukan gergasi. Ia jentera untuk mengepam air mengelak banjir.

Don Quixote: Itu kata tuan, tetapi sebagai pahlawan setia adalah tugas saya mengalahkan musuh biar siapa sekali pun mereka!

Kesimpulannya, pilihlah yang mana satu kita hendak jadi. Si Luncai yang disangka dangkal tetapi berfikiran tajam atau Don Quixote yang berkhayal menjadi perwira tetapi tenggelam dalam angan-angan?

Dalam adat resam Melayu, raja atau pemerintah yang adil ditaati manakala yang zalim dan melanggar hukum ditentang.

Nota Kaki: Saya diperkenalkan kepada cerita The Ingenious Gentleman Don Quixote of La Mancha ketika di sekolah menengah pada tahun 1960-an oleh guru bahasa Melayu saya. Berapa ramai agaknya guru bahasa Melayu sekarang yang baca cerita Don Quixote dan Si Luncai?

Wallahuaklam.

49 comments:

zainal abidin awang kechik said...

tok...

LANCANG KUNING BERLAYAR MALAM
KALAU NAKHODA KURANG LAH PAHAM
ALAMAT KAPAL NAK TENGELAM

tapi hebat nya tali kemundi berpalit tiga.


selamat berjuang

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Maaf cakaplah tapi saya rasa interpretasi Dato’ tentang cerita labu tu adalah interpretasi zaman dulu-dulu, zaman 60-an.

Bagi sayalah, sebenarnya apa yg tersirat adalah, pembesar kepada Si Luncai tu seorang yg amat pandai fizik. Beliau telah mengetahui “buoyance force” pada labu itu melebih “gravitational force” Si Luncai itu sendiri. Makanya, jika dibuang didalam sungai pun, Si Luncai tidak akan mati dan akan terapung menggunakan labunya itu. Tiada niat pun nak bunuh Si Luncai tu, Cuma nak ajar sikit je sebenarnya.

Itulah yg sepatutnya menjadi intipati cerita ini bukan seperti yg Dato’ Kadir sangkakan. Begitulah juga “advance”nya pemikiran sebahagian consultants YAB PM kita pada hari ini.…...

Tentang GST pula seperti yg dibangkitkan oleh Sdr Kawanlama, izinkan saya menjawab bagi pihak akar umbi dan orang kampoung. Kita masih ingat Dato’ Seri Khir Toyo jatuh tersunbgkur di Selangor selepas menghadiahkan penyapu kepada penjawat awam. Kemudian Pak Lah juga jatuh gedebuk selepas menaikkan petrol secara mendadak sebanyak 80 sen, katanya harga minyak naik, w/pun selepas menang besar pada PRU2003. Juga segah-gah Tun Dr Mahathir yg memerintah 22 tahun juga “kena” melepaskan jawatan selepas memperkenalkan PPSMI yg hanya digemari oleh penasihat setianya Dato’ Kadir dan sebahagian kecil yg lain. Semua ini kerana perasaan “over-confident”

Akhir kata, kerana sayangkan YAB Dato’ Seri Najiblah sebagai PM Malaysia, saya mencadangkan agar GST ditangguhkan dahulu. Sekuat-kuat gandingan 2 Tun pada masa dulu pun, masih tak berani nak start GST, inikan pula dimasa sekarang. Belajarlah dari sejarah silam kata Tun Dr Mahathir. Dan jangan terlalu “over-confident”, nasihat dari saya, OKJ (orang kampong je). Sekian TQ.

P.s. Saya ucapkan takziah kepada Dato’ kerana dihentam lumat oleh Dato’ Dr Fuad Zarkashi dalam Utusan Malaysia hari ini dan disiarkan ke seluruh Malaysia. Ada apa-apa yg boleh saya tolong ke?????

Pak Teh Omar said...

Dato',

Bagitau saya mana wartawan di Tanah Melayu ini yang boleh menulis sehebat Dato'? Saya belum nampak lagi mana-mana wartawan lama seangkatan Dato', wartawan baru apa lagilah, yang mampu berfikir macam Dato'.

Konon zaman Pak Lah dulu nama Rockybru sangatlah gah. Sekarang ke mana dia? Apa yang DS Mohd Najib buat tidak jauh berbeza daripada Pak Lah malah lebih teruk tapi Rockybru diam membisu. Kalau bersuara pun sekadar jangan orang kata dia tak responsive tapi itu pun takut-takut berani.

Dato' Kadir memang hebat. Dia berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Macam biasa, tulisan yang ringan tetapi padat; menghiburkan tetapi penuh pengajaran.

Agak-agak siapa Don Quixote, siapa si luncai dan siapa raja dalam dunia politik sekarang ya?

JohorMali said...

DAKJ,
Saya mula sekolah zaman 60an. Masa tu ada membaca cerita Don Quixote tapi tak tangkap parable nya. Dah dewasa baru dapat digest.

Lagi satu cerita ialah tentang Emperor dengan birthday suit nya. Masa itu anggap macam cerita lawak saja. Dah masuk secondary baru faham tentang tentang tamsil, bidalan, proverbs, myths and fictions.

Sekarang bila saya kata kat orang muda,"..a pound of flesh.." , haram tak dapat relate apa yang saya ungkapkan. Maknanya dia tak pernah baca buku buku Shakespeare.

Dalam umur yang lebih 60an, saya hanya menjadi penonton kepada gelagat para para aktor yang menarajui sinario politik negara. Kita boleh ketawa atau menangis tetapi acap kali menggaru kepala sama ada ianya fiction atau realiti!

Kawanlama said...

Sdra OKJ,

Kenapa perlu takut untuk hilang atau kurang sokongan kerana mengambil risiko berani melaksanakan gsT sebagai sesuatu yang mereformasikan sistem percukaian negara atas hasrat berlaku adil kepada generasi akan datang..

Buat baik macam mana baik pun dasar kerajaan masyarakat zaman ini yang amat lemah dalam pengurusan persepsi, memang cukup berminat kepada perubahan yang tidak boleh ditahan lagi.

Perubahan tetap akan berlaku dan harap pihak kerajaan berani dan bersedia dengan risiko ini.

Walkahuaklam

Unknown said...

Salam DAKJ

Setakat Dato Puad Zakarshi hentam Dato dalam Utusan pun nak bertakziah, saya senyum je lah. Siapa Dato Puad Zakarshi tu skrg?

A KADIR JASIN said...

Sdr Zulhazam Mohamed,

1. Terima kasih. Ya saya maklum dan saya hormati Dr Puad Zarkashi berbahas. Cuma beliau memilih untuk berbahas di arena lain.

2. Mungkin beliau berasa arena kita tidak cukup tinggi bagi kedudukan beliau maka beliau memilah untuk berbahas di Utusan Malaysia. Atau boleh jadi juga UM yang minta reaksi beliau.

3. Apa pun kita berterima kasih kepada beliau kerana menguar-uarkan apa yang kita bincang dalam blong ini.

4. Manalah tahu, kerana berita dalam UM itu orang yang tak baca atau tak tahu wujudnya blog kita akan tertarik untuk mengunjungi kita. Alhamdulillah.

5. Beliau kritik saya dan kata saya mahu Tun Daim balik jadi Menteri Kewangan. Tak terlintas hal itu dalam fikiran saya. Tapi rasa-rasanya Daim lebih baik daripada Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.

6. Tak ada masalah hentam saya. Saya adalah penulis dan saya bersedia dikritik.

7. Cuma saya rasa lebih berani dan lebih manfaat kalau beliau jawab hujah-hujah saya mengenai Mohd Najib.

8. Tak guna bunuh pembawa khabar, kalau berita yand dibawanya itu benar dan dipercayai khalayak. Dr (PhD) Puad sepatutnya menggunakan intelek beliau yang tinggi bagi membela PM dengan menjawab hujah-hujah saya.

9. Cara beliau, sama ada disengajakan atau kebetulan boleh diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan atau sokong bawa rebah.

10. Saya menjemput Dr Puad berbahas dalam blog ini dan menjawab hujah saya dan hujah para pembahas mengenai boss beliau satu persatu.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Mengenai Puad Zakar~shi... ada khabar angin yg mengatakan beliau sekarang sedang kerja kuat melobi untuk jawatan no 1 dalam Media Prima betul ke..?

Hahaha... orang yg yg sebelum ini tidak dikenali lalu diangkat oleh Anwar masuk ABIM dan seterusnya ke dalam UMNO .... kini terlalu vocal menyalahkan boss lamanya.

Kesian.. sejak kalah di parliament Batu Pahat sampai sekarang jobless...

Kawanlama said...

Saya cukup setuju atas tawaran Datuk dan harap Dr Fuad setuju menerimanya.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Terimakasih kerana berkongsi kisah seloka yang sangat bermakna dalam suasana kegawatan ekonomi dan politik yang sedang melanda negara tercinta ....
Paling tidak dapat terhibur sedetik dan menghilangkan sedikit kedukaan dan kegusaran dihati.

÷ said...

don quixote ni sbijik macam okj si bongok

Unknown said...

Ass DAKJ

1. Tahniah pd Datuk atas jawapan bernas terhadap kritikan Fuad Zarkashi. Serangan Fuad yg menggangap kritikan terhadap Najib sebagai fitnah dsbnya persis macam jawapan standar oleh blogger UMNO. Kadang kala demi habuan, ijazah PHD tak bernilai.

2. Tahniah jugak kepada org Johor sendiri yg bijaksana hingga bertindak bijak tidak mengundi Fuad dalam PRU 2013. Kalau beliau hebat sangat mana mungkin kalah dalam keadaan waktu itu beliau memegang jawatan timbalan menteri.

3. Kepada yg bersimpati kpd DAKJ hingga beri takziah atas kutukan Fuad, pesan saya bodek jangan tak bodek.



Orang Jasin said...

Tak habis2 bincang hal najib. Sampai besok pun tak habis.Kalau nak buang dia tunggu pru 14. Skrg ni kita pakat ramai2 tolong beribu ribu ribu ribu mangsa banjir yg miskin bena semula kehidupan.Please !!!

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Dato’. Saya ada berita gembira di pagi-pagi harini. Saya cuma nak umumkan saya tidak dapat aktif di dlm blog ini untuk beberapa bulan yg akan datang. Ini kerana saya baru dapat & kena siapkan serta monitor satu projek baru di Putrajaya dari A sampai Z. Juga nak siapakan audit 2014 yg tergendala dulu dan seterusnya nak cuti. Alhamdullillah Dato’, syukur rasanya. Saya rasa rezeki yg dikurniakan ini adalah berkat daripada berkata benar. Insyaallah, apa yg saya katakan di dlm blog Dato’ ni adalah sejujurnya dan saya tidak menipu.

Dengan ini, saya ingin meminta ampun dan maaf kepada Dato’ dan para pembahas jika bahasa saya sedikit kasar dan mengguris perasaan sesiapa. Juga diharap saya tidak difitnah sebagai blogger upahan UMNO. Projek yg saya dapat ini juga rasanya bukannya hasil dari menegur Dato’ Kadir. Jangan tuduh yg bukan-bukan sebab berdosa besar nanti, dan takut-takut menjadi muflis di akhirat nanti kepada pembawa fitnah.

Kepada rakan pembahas, teruskan berbahas di dlm blog ini. Diharap blog Dato’ Kadir akan lebih meriah dgn lebih ramai pengunjung aktif dalam mengenengahkan pendapat masing-masing. Sehingga berjumpa lagi dan berbahaslah secara bersopan-santun. Sekian TQ.

Joe Black said...

Dato'

Curious juga ya Dato' dari mana Puad Dapat PhD dia dan apa dia thesis yang dia buat untuk dapat PhD. Mungkin pembaca pembaca Dato' bolih memberi sedikit maklumat tentang soalan ini.

Sudah tiba masanya negara kita mengiktiraf semua menteri menteri yang punyai PhD dengan memberitahu rakyat dari mana mereka dapat PhD, apa kajian yang mereka buat untuk dapat PhD dan masa yang telah mereka luangkan dalam usaha mereka untuk mendapat PhD tersebut.

Tindakan ini akan mencerminkan lagi kepandian ahli ahli politik Malaysia dikacamata dunia.

zainal abidin awang kechik said...

Di malaysia menegur peminpin Di angap perdehaka atau "Perfidious" yang menariknya media arus Perdana Bukan main lagi spin ..
"Sekolah mereka seolah olah peminpin itu MAKSUM "

Maka DAtuk a Kadir Jasin Di hayun lintang pukang ... Yang sebenar berikan DAtuk Kadir jasin peluang untuk luahkan pandangan dan Jika DIA salah kita hujan kan dia dengan hujah kita...

Apa pun Saya tetap sayangkan YAB PM
SELAMAT MAJU JAYA

zainal abidin awang kechik said...

Setuju dengan pandangan saudara

Unknown said...

Ass DAKJ

1. Gembira pun ada sedih pun ada.

Sedih kerana OKJ tiada bersama blog ni selama beberapa bulan.

Gembira kerana bila dengar OKJ dpt projek di Putra Jaya.

Hebat dan tahniah.

2. Kalau org macam DAKJ mengumpul bekalan kubur dgn berbuat amal jariah dgn aktif menulis bagi menyedarkan rakyat maka OKJ tentu tak mau ketinggalan.

Caranya ialah mungkin dengan berkongsi ilmu perniagaan dgn Melayu lain atau membantu anak miskin agar berjaya bila besar.

3. Jangan jadi macam kawan saya. Masa senang lupa nak tolong adik beradik , sdr dan jiran susah .

Dapat pinjaman berjuta dari MARA tapi terlingkup tak sampai setahun.

Sekarang kawan saya terpaka sorok kereta Lexus kebanggaannya supaya tak di tarik bank.

3. Sama2 kita hayati nasihat OKJ agar tak muflis di akhirat.

4. Tapi pahala kita di ambil bukan kerana dosa mengumpat je. Makan harta rakyat dengan cara tak betul lagi teruk.

Urang Awak said...

Hahaha... Saudara OKJ dapat projek besar di Putrajaya kerana selama ini beliau bercakap benar didalam setiap perbahasan di blog Dato..? Hmmm.. kalau ada kabel kebal share2 la sesame kita semua boleh..?

Saya juga harapkan semuga urusan perniagaan akan berjalan lancar dan disiapkan pada tempuh tarikh yg diharapkan. Muga2 progress payment juga lancar tanpa sebarang delay... maklum lah sekarang banyak sangat projek2 yang tertangguh dan sehingga kini ramai orang tertanya2 kenapa..

Seterusnya ucapan selamat bercuti dan kami pasti akan merindui tulisan2 saudara.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih kepada para pembahas dan pelawat sekalian.

1. Tahniah kepada OKJ kerana dapat projek "A to Z" dari Putrajaya. Alhamdulillah.

2. Terima kasih kepada Utusan Malaysia dan kepada pembela Umno kerana terus memberi pertahian kepada perbincangan kita dalam blog ini.

3. Alhamdulillah, nampaknya kita tidaklah umpama anjing menyalak bukit. Walaupun bukit tidak runtuh tetapi penunggu bukit nampaknya dengar dan peduli salakan kita.

4. Hari ini dalam UM, Setiausaha Bandan Perhubungan Umno Pulau Pinang, (Datuk) Musa Sheikh Fadzir, menyusuri Dr Mohd Puad Zarkashi mengkritik saya. UM menajukberitakannya sebagai “Kadir Jasin Perlu Henti Main Wayang Kulit” dan menuduh saya melemahkan Perdana Menteri dengan tujuan menjatuhkan kerajaan “sama seperti pembangkang”.

5. Terima kasih Sdr Datuk Musa dan terima kasih sidang pengarang UM kerana membantu mempopularkan blog ini dan “mengiktiraf” kewujudannya. Baguslah kalau makin ramai berani tampil membelasah saya.

6. Tapi lebih afdal dan lebih berani kalau mereka menjawab kritikan saya terhadap Mohd Najib, Umno, BN dan kerajaan daripada mengkritik saya. Mereka boleh mulakan dengan mengikrarkan sokongan 100% kepada beliau dan patahkan hujah-hujah saya.

7. Saya tidak setaraf dengan PM dan bukan saya yang diundi rakyat dan yang memerintah negara. Sila kritik saya tapi tolong jawab hujah saya mengenai beliau.

8. Tidak ada wayang kulit di sini. Memang PM bermain golf di Hawaii ketika banjir. PM macam curi-curi ke luar negara. Hanya selepas dibelasah dalam media baru dan media sosial barulah PM balik. Menteri pun sama. Kena perintah oleh bos baru terhegeh-hegeh balik.

10. Kalau ini wayang, apa plotnya? Ya ekonomi dunia kacau-bilau, tetapi adakah kita boleh menyalahkan bulat-bulat kepada “external forces”?

11. Apa halnya dengan kejatuhan nilai ringgit, kejatuhan pasaran saham, 1MDB tertangguh pembayaran balik hutang, Felda Global yang mula mengalami kerugian, MAS yang muflis dan pesawat eksekutif TUDM melakukan “flight of fancy” yang penuh misteri?

12. Tentang Anwar, Lim Guan Eng dan para pemuka Pakatan Rakyat, mereka bukan PM dan bukan kerajaan yang memerintah. Yang jadi PM adalah Mohd Najib. Yang memerintah negara adalah BN.

13. Kalau Anwar joli guna jet negara bila (atau kalau) dia jadi PM, saya belasah juga. Kalau tak percaya, undilah Anwar sampai dia berjaya jadi PM dan lihat sama ada saya akan kritik beliau atau tidak.

Masya-Allah.

Terima kasih.

Mullah TTDI said...

Salam Datuk

1. Tahniah kepada Datuk kerana menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan Utusan Malaysia khususnya

2. Tahniah juga kepada OKJ kerana mendapat projek di Putrajaya

3. Kepada Datuk dan para pembahas sekalian, marilah kita berbahas secara hormat dan berdasarkan fakta untuk memajukan lagi Negara kita

4. Apa yang Pee Em buat dengan Obama itu adalah tidak betul dan Alhamdulillah, kita Berjaya membetulkan keadaan

5. Perjuangan kita masih panjang lagi. Dengan banjir yang kian reda di negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Johor dan Kedah, marilah kita bantu membantu dan menderma untuk keadaan pasca banjir ini.

6. Akhir sekali, saya doakan agar kita dan khususnya Datuk diberi kesihatan, perlindungan dan dirahmati ALLAH sentiasa. Amin...

K-Dean said...

Tuan,

Saya ini sekolah tak tinggi jadi tak faham leitmotif cerita tuan.

Namun saya akan cuba juga memahaminya: Don Q ditulis oleh si-spanyol katolik kudung tangan benci agama moors jumpa si-lincai. Di mana? Kenapa?

Kalau tak faham saya rasa saya kenalah tanya kawan-kawan charlie hebdo agaknya. Tetapi saya kenalah berhati-hati kerana saya penyokng kuat ISIS di Palestin, tuan.

Lagi satu saya juga suka Pekan jadi PM sampai dia mati dalam office.

Salam takzim

abdullahngah said...

ada satu cerita yang hendak dikongsika.

ceritanya, mengapa Tun Mahathir Mohamad marah marah dengan Datuk Seri Najib Razak.

Pasti ada benda yang tak kena, macam dia marah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga sanggup keluar umno.

Mengapa? kerana Najib dan katakan ada hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim. Betul ke.

Tak munasabah. Macam mana musuh politinya boleh ada hubungn baik secara peribadi. Betul jugak tu.

Tun Mahathir marah marah dengan Tun Abdullah dulu atas sebab tun Abdullah bebaskan Anwar.

Bayangkan orang yang telah tun Mahathir bunuh Tun Abdullah hidup semula.

Bayangkan, siapa yang tak marah jika yang telah dia bunuh dihidupkan semula.

Ini hanya cerita mungkin kawan kawan ada berita sepertimana yang saya dengar ini.

Dalam politik musuh kadang kadang jadi kawan dan kawan kadang kadang karib jadi musuh.

rupa rupanya demikian politik sejak dahulu hingga kini.

msh said...

Salam Dato.

Syabas kerana menulis dan berkata2 perkara benar.

Umno tetap sama.
Boss baru bersin....pengampu demam kura.

Dr Fuad Zarkashi mesti tunjuk yg dia 'defend' presiden...walau pun dia sendiri tahu hujah dia hambar.

Demikian juga Dato Musa....kenalah tampil berkata2....walau pun tiada modal atau fakta kukuh hendak berbahas.

Ini piawan 'standard' mentaliti pembodek....Boss kena kritik...depa lompat serupa berok kena belacan.

Kita berkata yg benar....dituduh memfitnah.

Kita menegur....dituduh mengutuk.

Kita mengkeritik....dituduh bersubahat dgn Pemangkang.

Ertikata kita kena selalu diam....dan terima segala2 nya....mcm 'punching bag'.

Kesian Bangsa.

Tukar saja selogan pd..

"Rakyat dikelepekan".

bukan..."Rakyat didahulukan".

Terima kasih.


raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Saya rasa blog Dato telah sampai kekemunchaknya kerana telah mendapat perhatian pemimpin mengguna media utama untuk menidakkan isu yang dibincang dalam blog ini.Media utama digunakan kerana ianya adalah bahan bacaan di kampong dan pendalaman dan dengan itu berharap rakyat akan hanya mendengar apa yang mereka hebahkan sahaja dan tidak terlibat dalam perbincangan terbuka yang mereka khautiri akan membuka minda rakyat.

Saya bersetuju banjir yang telah berlalu adalah satu peristiwa yang akan membawa perubahan. Kalau kita lihat kemusnahan yang berlaku kita akan tertanya-tanya mengapa kedudukan mereka sungguh daif selepas lebih 50 tahun merdeka.Kita akan bertanya apa telah jadi kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Kita memang tahu pantai Timur selalu kena banjir dan pantainya dihakis laut. Mengapa tindakan berterusan tidak dijalankan semasa projek perumahan dilancarkan supaya cukup system peparitan supaya tempat dibena tidak ditenggelami air. Begitu juga dengan membina benteng di sepanjang sungai Kota Baru ia akan menjadikannya water front yang indah Bandar tersebut disebalik mengurangkan kesan banjir dimasa hujan lebat.

Jika Holland dapat mengatasi masalah Bandar dibawah permukaan laut tiada sebab mengapa kita tidak dapat belajar darinya bagi mengatasi masalah banjir. Kita tiada masalah bajet untuk melakukanya jika kita ikut peraturan Islam sebanyak 10% peratus hasil bumi digunakan untuk pembangunan rakyat. Bayangkan Allah telah menganugerah minyak di negeri-negeri pantai Timur dan jika 10% digunakan untuk tujuan tersebut dari mula lagi negeri-negeri pantai Timur dan rakyatnya tidak dalam keadaan seperti yang terdapat sekarang.

Bersabit si Luncai terjun dengan labu-labunya tidak menjadi isu kepada saya. Yang penting mereka dalam perahu tersebut bersatu hati mengendali perahu tersebut dengan baik supaya selamat sampai kedestinasi yang dituju.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr abdullahngah, antara lain, berkata: “Mengapa? kerana Najib dan katakan ada hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim. Betul ke.”

2. Saya bernasib baik (dan buruk) berada di saat-saat Anwar masuk Umno pada tahun 1982 dan naik cacak, kata orang Utara, sehingga dia jatuh pada tahun 1998. Jadi saya tahulah sikit sebanyak dasar, rancangan dan strategi Anwar.

3. Anwar tidak melihat Mohd Najib sebagai ancaman besar atau sebagai “running mate”. Ini terbukti apabila Mohd Najib menjadi PM dan menerajui PRU pertama sebagai PM, Pakatan Rakyat hampir-hampir mengalahkan BN.

4. Kalau Anwar berjaya ganti (Tun) Dr Mahathir, harapan Mohd Najib naik jadi PM hampir-hampir tidak ada. Anwar ada calon lain.

5. Setelah dia menang PRU 1982 dan berjaya rebut jawatan Ketua Pemuda pada tahun yang sama, dia mula memikirkan barisannya. Dia pegang Pemuda dua penggal dan “serahkan” jawatan itu kepada Mohd Najib apabila dia bertanding Naib Presiden atas dua sebab utama. Satu dia tahu Mohd Najib tidak mampu guna jawatan Ketua Pemuda untuk ancam beliau. Dua Anwar tahu Dr Mahathir mempunyai “soft spot” terhadap Mohd Najib. Itu antara cara Anwar ambil hati Dr Mahathir.

6. Antara cara Anwar pastikan Mohd Najib tidak lawan tauke, ialah melalui media massa. Media massa diarahkan jangan terlalu mempromosikan Mohd Najib, khususnya apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran. Hanya NST terkecuali sebab saya tidak membenarkan campur tangan team Anwar, termasuk Team Wawasan.

7. Mohd Najib pasti tahu yang jawatan Ketua Pemuda diwariskan kepada beliau oleh Anwar sebagai strategi serampang dua mata. Bukan itu saja malah Mohd Najib cuba meniru strategi politik dan gaya Anwar. Perhatikan pidato beliau yang berapi serupa pidato Anwar walaupun nampak janggal.

8. Jadi ada logiknya kalau Mohd Najib menaruh simpati terhadap Anwar. Kita perhatikan Anwar dan Mohd Najib jarang sekali serang menyerang antara satu sama lain secara langsung. Kalau ada pun mereka guna proksi.

9.(Tun) Abdullah pula “membebaskan” Anwar kerana hendak menunjukkan yang dia berkuasa dan tidak berada di bawah telunjuk Dr Mahathir.

10. Dan jangan tolak kemungkinan Mohd Najib membuat percaturan masa depan dengan senario di mana BN kalah dan Anwar atau proksi beliau jadi PM. Kalau dia tidak membelasah Anwar secara “direct” mungkin Anwar sedia bertolak ansur dan “go easy on him” sekiranya ditakdirkan PR memerintah.

11. Mustahil seorang ahli politik veteran macam Mohd Najib tidak ada “exit plan”.

12. Jadi cakap-cakap Dr Mahathir marah kepada Mohd Najib kerana “berlembut” dengan Anwar ada logiknya.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Unknown said...

As salam Datuk, saya agak dukacita kerana yang membelasah Datuk adalah Fuad Zarkashi dan Musa Sheikh Fadzir. Kalau Datuk kata kedua-dua orang ini mempopularkan blog Datuk, saya tak rasa begitu kerana siapalah mereka berdua ini. Saya fikir orang pun tak ambil pot sangat apa yang mereka kritik itu.

Cuma daripada kritikan mereka itu saya boleh membuat kesimpulan ada dalam kalangan UMNO tidak meraikan perbezaan pendapat, pandangan atau pemikiran. Kalau mereka meraikan perbezaan pandangan sudah tentu kritikan Datuk dijawab, bukan menutup ruang perbahasan.

Saya sukar nak percaya apabila Datuk dikatakan mahu menjatuhkan pemimpin tertinggi. Kalau Kadir Jasin boleh jatuhkan, malulah UMNO yang tak berupaya mempertahankan. Ini baru Kadir Jasin seorang.

Datuk, kalau sayalah yang tak pandai bersilat, saya tak berani nak masuk gelanggang nanti orang tau saya tak pandai bersilat. Lebih baik duduk diam-diam dan tengok orang bersilat. Inilah keberanian Fuad dan Musa yang tak ada kepada saya.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Ayuh!!! kolek sudah diair, pendayung sudah ditangan..

Alang alang mandi biar basah, tidak kah itu jadi idaman?.

Sebagai anak negeri, kemana hati kan ku bawa supaya nama tidak hilang,
kubur tak dikunjungi sanak saudara?,
sambil membaca doa untuk mu, aku bermunajat agar negeri ku aman sentosa dari sebarang angkara durjana mereka yang tak sudah sudah menambah derita dunia yang semakin tua.
Aku semakin hiba bila hati tua ini dirobek, seolah olah aku tak punya kemanusian..
Ya Allah ampuni kami, kami manusia yang sememangnya selalu menderhakai perintah mu.
Ya Allah hanya kepada mu kami akan kembali, tetapi itu telah terlambat buat kami, oleh itu ampuni kami ya Allah...

msh said...

Salam Dato.

Cerita Dato...lanjutan dari lontaran pembahas tentang kenapa Tun M marah sngat dgn Najib....dan 'exit plan' Najib jika BN kalah PRU2018......cukup mengecewakan.

Bukan Dato yg mengewakan....tetapi jika Najib berfikiran begitu.

Sy tidak lagi menolak segala apa kemungkinan yg dia akan melakukan aoa saja untuk memegang kuasa.

Dia tentunya bukan bangang didlm selok belok politik terutama dlm hal2 menyelamat kedudukan dan survival diri....malah dia licik sekali.....TETAPI DIA CUMA LEMAH DAN TIADA KEBOLEHAN MEMERINTAH NEGARA...
tetapi dia peduli apa.

Dia memang seorg 'survivor' dan ramai yg terpedaya dgn dia.....dan ini juga memberi gambaran jelas tentang persamaan dia dgn Anwar.

Kesimpulan nya.... personaliti serupa ini memang tidak sesuai malah bahaya diberi amanah yg besar untuk memimpin negara.

Lagi pun banyak telah diperkatan tentang kelemahan dan kegagalan dia sbgai PM selama lebih 6 tahun memerintah negara.

Ini keyataan bukan cerita wayang kulit atau opera Cina.

6 tahun kira sudah cukup lama untuk umum menilai kelemahan dia.

Dan persoalan nya kini;

# Dia tidak akan melepaskan jawatan Presiden Parti dan PM?

# Bila proses atau gerak kerja dari org2 Umno atau 'org2 tertentu' untuk 'menyingkir" dia?

Negara tidak boleh diperjudikan dgn org seperti dia....yg 'boleh bertukar warna' ikut suka hati.

Terima kasih.

Buah Kerdas said...

Saya sealiran dengan pendapat Ku Seman, bahawa Fuad Zarkashi dan Musa Sheikh Fadzir telah menghina UMNO dengan mengatakan Datuk Kadir Jasin boleh menjatuhkan PM Malaysia yang juga Presiden UMNO. Utusan Malaysia juga bersubahat dengan mereka dalam menghina UMNO.

Kesian parti keramat Melayu ini, ahli-ahlinya mungkin tidak cukup bijak untuk membaca penghinaan yang dikenakan kepada parti mereka oleh Fuad Zarkashi, Musa Sheikh Fadzi dan Utusan Malaysia. Sebaliknya, penghinaan cara halus ini mereka banggakan sebagai jawapan kepada kritikan Datuk Kadir Jasin. Masakan UMNO begitu kerdil sehingga Presidennya boleh dijatuhkan oleh seorang individu? Where have all their intelligence gone?

bat8 said...

Sdra msh

Tahniah!...anda sudah mula nampak samar-samar karektor Najib yang orang diluar UMNO dah lama nampak.

Najib ni satu manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan batang tengkok dia sorang bila hendak atau akan tersepit. Bila tersepit tak ada " heavy price" yang kena bayar janji batang t3ngkok dia sorang je terlepas. Naj8b sanggup buat apa sahaja. Dia tak kisah sedikitpun apa nak jadi kepada negara ke, kepada UMNO ke, orang melayu ke....janji batang tengkok dia terlepas. Bab berjanji jangan cakap la. Dia swnggup janji dan buat apa sahaja semasa batang t3ngkoknya tersepit. Ini satu hal. Satu lagi lagi bahaya. Bila batang tengkok dia dah terlepas, dia tak berkelip mata tindas balik orang yang m3nolongnya.


Banyak contoh-contoh yang kita bol3h lihat sepanjang 6 tahun dia menjadi Presiden UMNO dan PM.

Bila performance dia dalam PRU 13 lebih terok dari Paklah, dia salahkan orang cina. Dia gunakan isu perkauman untuk mengelak heat dari poor performance dalam PRU 13 at the 3xp3nse of the nation. Riuh rendah orang UMNO, dari yang cerdik sampailah ahli cawangan dok nyalakan api perkauman. Soal kestabilan negara yang mungkin tergugat dia dah tak kisah...janji batang t3ngkok dia lepas.

T3ngok menjelang PRU 13, dia tabur duit macam daun getah luruh. 6 bulan lepas dia menang PRU 13, dia tanpa segan naikkan harga gula, tepung gandum, petrol/diesel tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat ya g sudah terbeban dengan kos hidup yang men8ngkat tanpa kawalan.

Dalam harga minyak dunia turun, Najib boleh naikkan harga RON95/Diesel semata-mata kewangan negara dah tersepit. Bila ramai pihak membantah, diberitahu ron 95/diesel akan diapongkan, memberi bayangan yang harga ron95/dies3l akan turun pada kadar harga semasa minyak dunia. Last-last dia tarik kesemua subsidi ron95/diesel, tetapi hanya turunkan 3 sen sahaja. Turun 3 s3n samalah tak turun. Yang l3bih parah, kita pula k3na subsidi kat kerajaan.

Yang paling klasik ialah penyenaraian saham FGV. Cantik punya umpan. Satu keluarga diberi RM 15 K yang dibayar secara ansuran...hahaha. Sekarang apa sudah jadi dengan janji-janji manis masa nak pujuk peneroka agar bersetuju dulu? Sekarang siapa yang kena? Ada dia kisah dengan nasib peneroka2 F3lda yang dah tertipu itu? Kita xde dengar apa-apa pun.

bat8 said...

Sdra msh

Tahniah...nampaknya sdra dah mula nak kenal siapa Najib rupanya, samar-samar yang orang diluar UMNO dah lama nampak.

Najib hanya jaga batang tengkok dia sorang je. Mana dia peduli orsng lain. Najib ini sanggup buat apa sahaja janji batang tengkok dia tak tersepit. Orang lain mana dia peduli. Janji? Perkata enteng je.

Bayangkan kedudukan Najib kukuh dalam UMNO tetapi kedudukan UMNO begitu lemah sekarang. Dalam PRU 13 lalu, dia promote diri dia je, dia tahu UMNO l3mah. Tak istilah "too heavy price to pay" dalam vocabulary Najib bila datang soal nak melepaskan batang tengkoknya yang tersepit.

HIDUP NAJIBBB!!!!

Buah Kerdas said...

Apa pendapat Dato keatas masa depan FGV?

Masa nak membuat penyenaraian dulu bukan main hebat kempennya hingga tercopong mulut peneroka Felda. Maklumlah bakal jadi jutawan. Laporan tahunan FGVH 2012 mendabik dada kononya FGVH sensasi baru dunia dan dalam peringkat metamorfosis untuk menjadi kuasa ekjonomi global.

Hujung tahun 2014, harga saham FGV dah jatuh melebihi 40% dari harga semasa tawaran awam dulu(RM4.55). Hari ini (Jum 9 Jan 2015) ditutup RM 2.18 (JATUH 52% DAH!). Pasaran saham memang boleh dimanipulasi sedikit untuk masa sekejap tetapi pasaran tidak boleh terus menertus dimanipulasi (baca ditipu). Turunnya harga saham FGV kerana performance FGVH tak seperti yang dicanangkan dulu. Ironinya, performance FGVH lebih teruk berbanding dengan syarikat yang sejenis dengannya seperti IJM, Genting Plantation dan Sime Darby. Apa masalah sebenarnya? Mohon Dato kongsikan apa yang Dato tahu.

KWSP, Tabung Haji, PNB adalah antara pelanggan FGVH. Bukan orang Felda aja yang kena bahangnya nanti...

Unknown said...

komen maybe off topic..

but i just tell...
i am not happy with Astro with fees increase etc.. so i have un subscribed it after world cup n now using Njoi.. a lot other countries giving cable service cheaper than here

I am not happy with Internet companies n telcos... very expensive.. compare prices with Spore and korea for the speed n bandwith.. Can u imagine pay rm200++ for 20MBPS ? check out wat u can get for rm68 equivalent in spore n korea for internet...

Everything in msia expensive than the rest... cable tv, internet, car prices, insurance due to the artificial price, sugar price (we are paying double the current market price..

RD. said...

Penjelasan Dato pada 2:45pm mengenai 'percaturan politik' Anwar keats Dr.M & Najib, pada pendapat saya amat tepat sekali. Cara Anwar dan Najib berucap pun, memang sama.

Sejak Anwar masuk UMNO lagi, saya sudah meluat, dengar beliau berucap, terutamanya pada PAU. Bahasanya berbunga-bunga, gatal dan miang, penuh kepura-puraan.


Terima Kasih Dato.

Lahuma said...

Dato.

Si Luncai itu siapa dia .
Adakah labu itu milik si Luncai.
Kiasan Dato tentulah isu semasa kini berhubung hal pemimpin Malaysia terutamanya UMNO.

Apakah masalah UMNO sebanarnya.
Masalah UMNO sebenarnya bukan masaalah keahlian sahaja seperti yang di katakan dalam PAU baru ini.

UMNO punyai masaalah besar ialah dari segi rasuahnya,politik wangnya,kerenah pemimpin nya dari akar umbi sampai ke pucuknya.

Yang ini sudah jadi masaalah cukup berat bagi UMNO.Sudah tak ada ubat lagi.

Kalau dari segi nilai pemasaran politik hari ini UMNO memang makin menurun dari segi minat dan sokongan pada UMNO.

UMNO dilihat kuat diperingkat atas sahaja.Dibawah cukup nyata UMNO makin reput.Itu bernasib baik kerana ada kuasa sebagai kerajaan.Kalau tidak habislaH UMNO.

UMNO sudah wujudkan satu jurang yang cukup bahaya antara golongan bekas pemimpin iaitu golongan lama dengan golongan pemimpin yang ada hari ini.

Jurang ini kalau UMNO tak baiki segara akan memberi kesan teruk pada UMNO sendiri.

Peremajaan UMNO cuma retorik pemimpin sahaja.Istilah dan perlaksaan yang tak selari.

PM Najib nampak jelas suka meminggirkan bekas pemimpin yang suatu masa dulu memberi dan menyokong politik nya.Dia banyak main selamat .

Apa salahnya rapatkan semula jurang orang lama dan pemimpin terkini.Dia lebih nampak kumpulan yang cium tangan nya dan akan berkubu dimana dia berada.Itulah kelebihan Presiden UMNO kini.

Sebenarnya cerita Si Luncai moden ini ada dimana-mana.Cukup banyak.Dalam pejabat kerajaan.Dalam NGO dan juga dalam pertubuhan yang mengidam kuasa kearah mendapat jawatan.

Masing-masing kata mereka bukan dari keturunan Si Luncai.

Terima kasih Dato.

bat8 said...

Sdra buah kerdas

Ini pendapat peribadi saya yang tidak mempunyai asas ekonomi.

Penyenaraian FGV adalah satu skim yang brilliant untuk satu kumpulan mengaut kekayaan dengan menggunakan harta hasil penat lelah peneroka-peneroka Felda. Cantikkan. Mereka sedut wang dari KWAP, TH, PNB dan public dalam tempoh sebulan dua pertama penyenaraian. Partly mungkin untuk finance PRU 13, partly sekarang berkepok-kepok duduk dalam akaum peribadi pemain-pemain tertentu. Senang sungguh buat duit dengan menggunakan harta orang lain! Risiko takde. Yang tanggung risiko adalah pemilek harta tersebut aka peneroka-peneroka Felda.

Jika kita kenal Najib, andaian diatas tak tersasar jauh. Najib pedulikah tentang apa yang berlaku kepada FGV dan peneroka Felda? .......Dia dah menang PRU 13 bro!

Unknown said...

Ass DAKJ

Kalau jawatan professor yg paling tinggi dan diidam adalah professor ulung maka gelaran wartawan negara terulung layak disandang oleh DAKJ.

Syarat nya tidak begitu ketat. Datuk sudah hampir mencapai taraf itu terutama dengan trek rekod menghentam dasar2 PM Najib selain dari memang DAKJ pun sudah bergelar wartawan negara.

Cuma Datuk kena buat pendedahan setapak lagi . Cuba Datuk dedahkan dengan terperinci kerugian yg dialami Melayu dan negara akibat perbuatan rasuah, dan salah guna kuasa oleh mantan TPM Anwar Ibrahim sebagai TPM dan menteri kewangan.

Saya rasa hanya DAKJ yg mempunyai pengetahwan dan keupayaan membongkar kesah hitam jika ada terhadap pemimpin pembangkang itu.

Saya lihat walaupun DAKJ tidak begitu suka dgn Anwar, tidakla hingga tergamak membuat kenyataan bodoh dan tidak professional terhadap Anwar.





bat8 said...

Technically UMNO dah mati. Ia sekarang hidup dengan bantuan life supporting machine iaitu masih menjadikan. Bayang berapa kos membiayai " life suport machines" kepada negara sebagai mana yang disebut oleh ketua audit negara setiap tahun dalam laporannya dibawah tajuk "KETIRISAN".

Sebab itu dinamakan ketirisan. Bukan semua digunakan untuk membiayai life support machine UMNO sahaja tetapi pelbagai ketirisan-ketirisan yang disengajakan.

Jika ketirisan ini diatasi 2 petkara akan betlaku. UMNO KO terus dan GST BOLEH DITANGGUHKAN!

Din Kalut said...

Kritikan Mamak Musa dari Penang ada makna tu.Apa jasa dia pada Melayu Penang.Dia yg senang.

Kawanlama said...

Maaf sdra Bat8, memang jelas sdra tiada asas ekonomi dan lebih kepada berniat memperkecilkan usaha orang lain dan "character assassination"

MUSTAFAR A.R. said...

salam dakj.
ceritanya pendek tapi menarik.
kerana ada kena megena dengan filem.
izinkan saya paste dalam blog saya:
filemklasikmalaysia.blogspot.com
sekian, terima kasih.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Datuk jangan seronok sangat menerima pembahas yang mengucapkan " Ass Datuk".
Ass???

Suffian said...

Salam...Dato Kadir ,

Saya tak tahu apa perkara keji yg Anwar Ibrahim telah buat semasa dia mendaki hirarki kepimpinan Umno sehingga ramai prominent mcm Dato dan ramai lagi tetap tidak mahukan Anwar meskipun Dato juga tidak senang hati dgn krjn yg ada sekarang.Bagi saya yg berada di luar umno,yg penting ialah saya kagum idealisme beliau sejak muda, roh Islam yg dipamerkan dan pencapaian hebat beliau memimpin PR dlm 2 PRU yg lepas. Pembahas Umar kata Dato masih ada peluru lagi utk dihalakan kpd Anwar ?
Saya yakin dlm proses Anwar mendaki hirarki Umno dulu, ada ramai kawan2 beliau samada yg ikhlas atau sebaliknya tepaksa beliau ketepikan kerana tempat yg terhad. Mcm perbalahan Azmin vs Ezam. Akhirnya Azmin menang kerana tempat yg ada hanya satu .Mereka yg tidak mendapat tempat tentu kecewa dan kemudian berdendam terhadap Anwar Ibrahim. Tkasih.

Ular Senduk said...

bat8, Anda tidak banyak berubah dari dulu.Amat tegar dengan PR.Apakah benar technically UMNO dah mati ?.Pada saya yang nampak akan mati ialah PKR dan Pas.Filem anda tentang ketirisan adalah filem retorik lama dimana Pakatan Rapuh terus tidak mendapat kepercayaan rakyat.Yang perlukan life support adalah sebaliknya PKR dan Pas.
GST adalah baik untuk negara kalau sdra faham GST.Patutnya dulu lagi patut di implementasikan.

msh said...

Betul tu..Ass bermaksud buntut.

Eloklah dgn Salam atau Assalam....atau Assalamualaikum....

bat8 said...

Ular senduk

Saya mungkin kurang faham tentang GST. Tolong huraikan tentang k3baikan GST yang pe4lu dilaksanakan didalam keadaan sekarang supaya saya juga bol3h hargai k3baikannya.

Silakan.

azman said...

Assalamualaikum wbt..
bat8,
Tidakkah tuan faham apa apa tntng GST?..setelah sekian lama kerajaan melalui media massa menyiarkan berbagai info untuk memahamkan rakyat tentang kebaikkan gst, tapi sayang seribu kali sayang, masih ada manusia seperti saudara, begitu takasub, tanpa mahu berfikir & membuka minda kearah rialiti kehidupan..

GST sistem percukaian yg lebih sistematik, supaya kerajaan dapat wang untuk menjana ekonomi rakyat semula...
Jika tuan tidak berniaga, tapi makan gaji dan bergaji dibawah 3ribu ringgit, tuan jgn risau, tuan tidak di cukai pendapatan dari gaji...
Yang takut atau marah kpd gst adalah mereka mereka yg berniaga, kerana sistem gst ini amat terperinci & para peniaga tidak boleh nak menipu hasil jualan mereka....
Sebelum gst, peniaga atau tokeh tokeh ini boleh menipu hasil mereka.jadi cuksi mereka boleh mereka kurangkan dgn berbagai cara, dgn itu kerajaan kerugian..
Perlukah kita menyokong lintah lintah darat ini?..mereka tidak perduli nasib rakyat, yang mereka tahu kantong mereka tetap berisi tidak kira bila & masa.

azman said...

Umar abd aziz..
Kamu tak perlulah nk tunjuk bahawa kamu suka cara maen belakang...
Mmg ramai dari kalian yg berkedudukan tinggi dalam kerajaan...
Tapi ingat bahawa dunia ini tak kekal..wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).