A Kadir Jasin
BELUM pun sempat (Datuk Seri)
Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan
mengetuai Pakatan Rakyat sudah menjadi tajuk berita.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Dalam sidang akhbar selepas keputusan Mahkamah Persetujuan 10 Februari, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata belum ada kepastian yang Mohamed Azmin Mohd Ali akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana keputusan belum dibuat.
Katanya, mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut.
"Mana dengar berita itu?
Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat
PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR.
Tidak dinafikan yang isu
pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen sangat penting kalau PR
berhasrat menggunakan pemenjaraan Anwar sebagai pemangkin baru kawat cepat
mereka ke Putrajaya.
Pertama, PR memerlukan ketua
yang berwibawa bagi meneruskan kelangsungan (survival) dalam suasana di mana
parti-parti anggota masih berbalah mengenai isu-isu ideologi dan dasar.
Kedua, PR memerlukan ketua yang
boleh meyakinkan pengundi dan rakyat jelata mengenai kelayakannya memimpin
negara.
Perdana Menteri Bayangan
Di negara-negara demokrasi
matang yang berasaskan model Westminster, jawatan Ketua Pembangkang sangat
penting kerana penyandang akan dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan (shadow
Prime Minister) atau Perdana Menteri menanti.
Sejak Anwar keluar penjara pada tahun 2004 dan kembali menjadi Ahli Dewan Rakyat pada tahun 2008, beliau adalah pilihan natural sebagai Ketua Pembangkang Parlimen. Beliau dilantik Ketua Pembangkang pada Ogos 2008.
Sebelum itu jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang (PAS) 2002–2004, Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008 dan (Datuk Seri) Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) Mar–Jul 2008.
Jadi pengganti Anwar tidak semestinya dari PKR. Dr Wan Azizah tidak layak kerana beliau bukan Ahli Parlimen dan Mohd Azmin Ali mungkin “tidak sesuai” kerana masih “junior” dan mempunyai beban berat sebagai Menteri Besar Selangor walaupun beliau juga Ahli Parlimen (Gombak).
Yang lebih layak adalah Lim Kit Siang kerana partinya mempunyai paling ramai anggota dalam Parlimen di kalangan komponen PR, iaitu 38. Tetapi kalau Abdul Hadi tidak dipertimbangkan, ahli PAS pula akan berasa disisihkan.
Sekiranya PR mahu menumpang pedati kepopularan Anwar dan menunjukkan setia kawan kepada beliau, ia akan memberi hak “first right of refusal” menolak pelantikan sebagai Ketua Pembangkang kepada PKR.
Kalau Mohamed Azmin dilantik Ketua Pembangkang ia akan memudakan lagi kepemimpinan PR dan ini akan memberi rangsangan tambahan kepada generasi muda menyokong PR.
Keputusan perlu dibuat segera kerana mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun ini akan bermula 9 Mac ini.
Sepanjang mengenai Anwar, penjara sudah menjadi darah dagingnya. Bagi beliau, tidak ada keadaan yang tidak menjanjikan kemungkinan. Beliau berpegang kukuh kepada frasa “politics is the art of the possible.”
BN Tanpa Asakan Anwar
Barisan Nasional, khususnya Umno, akan terus merasa tempias pemenjaraan Anwar. Tetapi ada juga yang berpendapat ketiadaan Anwar di pentas terbuka akan memberi ruang kepada BN untuk menarik nafas panjang.
Manakala yang lain pula berasa ia akan mencetuskan cabaran baru kepada BN dalam bentuk undi simpati dan undi protes generasi muda pada pilihan raya umum akan datang.
Buat masa terdekat, apa pihak yang berpendapat ketiadaan Anwar mungkin menyebabkan penentang dan pengkritik Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi lebih vokal menuntut pengunduran beliau.
Apabila ditanya bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari berkata, kalau hari ini beliau Perdana Menteri, beliau akan mengundurkan diri kerana tidak popular lagi dengan rakyat jelata.
Umno bukan tidak sedar keadaannya sekarang. Saya amat yakin Umno tahu penyakit yang dihidapinya. Tahu bentuk dan puncanya (diagnosis). Tahu rawatan yang diperlukan dan tahu prognosisnya. Pemeriksaan pakar sudah banyak kali dilakukan cuma tidak ada tindakan susulan yang berkesan.
Maladinya ialah Umno semakin tua. Tindakannya adalah Umno memerlukan rawatan anti-penuaan yang radikal. Tanpa rawatan Umno akan mati sakit tua. Tetapi kalau menjalani rawatan “stem cell” yang radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel-sel baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.
Apabila ahli dan penyokong Umno berkata parti mereka dalam keadaan yang membimbangkan, ramai daripada mereka sekadar mengagak dan mengandaikan.
Tetapi di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat Umno mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan.
Banyak kajian dan ujian kering (dry run) sudah dilakukan. Antara hasilnya ialah Umno berkemungkinan tidak dapat mempertahankan 88 kerusi yang dimenanginya dalam PRU 2013 apabila lebih ramai pemilih muda mendaftar untuk PRU akan datang.
Wujud kebimbangan yang bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan.
Sindrom PPP Dalam BN
BN ada 13 parti anggota tetapi lebih separuh dalam kategori PPP yang bukan saja tidak menampakkan kemajuan malah sekadar membanyakkan bilangan sahaja. PPP merujuk kepada People’s Progressive Party.
Pada PRU 2013, Gerakan dan MCA masuk kategori itu – ditolak oleh orang Cina sendiri. Tsunami Cina, kata Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak. MIC pula sedang dalam krisis. Hatta kalau MIC kuat sekali pun ia hanya mampu menyumbang empat atau lima peratus undi sahaja kepada BN. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pun dalam keadaan yang sama.
Jadi, selain Umno dan beberapa buah parti etnik Sarawak, BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yang dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.
Orang Cina makin selesa dengan situasi sekarang di mana mereka terus menguasai ekonomi dan mendapat manfaat daripada sesetengah dasar serta transformasi ekonomi yang Mohd Najib pelopori. Manakala dalam arena politik pula mereka boleh bergantung kepada DAP/PR untuk mempertahankan hak mereka.
Kesimpulannya, pengukuhan BN harus bermula dengan Umno. BN tidak dapat diperkuatkan untuk menghadapi asakan PR dan ditransformasikan agar menjadi lebih kontemporari untuk menarik sokongan generasi muda kalau Umno tidak membebaskan dirinya daripada hierarki yang mengongkong, feudalisme dan dinasti.
Umno perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yang lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.
Atau Umno boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yang akan menceritakan apa yang para pembesar Umno mahu dengar dan bukan apa yang mereka perlu tahu.
Wallahuaklam.
62 comments:
BN sendiri ada Anwar atau tidak memang dah lemah .. umno pun Masih lagi dok berebut harta persuka di MB INC ..Anwar dan Dap serta Pas berjaya kerna rakyat dah meluat dengan BN ..
Bila kerajaan nak buat infra nak rujuk dulu dengan umno dan PKR ... Yang mangsa RAKYAT..
Di SELANGOR ... Umno dan PKR hanya fikir nasib Politik mereka sahaja..
Pegawai Kerajaan pun dah meluat meeting untuk membantu membangun kan Negeri..
Yang parti Politik risau hanya kuasa mereka
Jujur lah kepada rakyat bila kamu di beri kuasa ..
Kita perlu MANUSIA yang jujur untuk Negara
Tun Mahathir lupa nak didik perminpin yang jujur UNTUK Negara
Allah RAHMATILAH Malaysia
salam DAKJ
semoga Allah melimpahkan kasih dan rahmatNya ke atas roh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Karpal Singh telah pergi hampir setahun yang lalu. Kini Datuk Nik Aziz. DS Anwar Ibrahim telah terkurung dan hilang kelayakan untuk aktif berpolitik. Hanya tinggal Lim Kit Siang sebagai pemimpin veteran dalam Pakatan Rakyat. Dialah patut jadi ketua.
BN pun perlukan ketua yang baru. DS Najib semakin tertekan diasak dan dijangka semakin sesak selepas DS Anwar terkurung. Siapa pula yang akan ditakhtakan oleh BN. TS Muhyiddin sebagai orang nombor dua kelihatan hampir pasti naik jika DS Najib turun. Jika berlaku pertandingan, DS Najib sebagaimana yang diketahui tidak pernah teruji. Siapa yang mahu ditonjolkan untuk menandingi DS Naib. Dahulu Sulaiman Palestin dicalonkan melawan Tun Husseion Onn. Mungkinkah pendekatan serupa akan berulang?
Menarik untuk memerhatikan tingkah PR dan BN dalam menentukan ketua selepas ini.
Salam dato,
Karpal dah pergi..
Datuk Nik Aziz dah pergi...
Anwar dah masuk rumah rehat..
Lim Kit Siang masih dalam pilihan..pi ka,rehat ka..
Tun Dr Mahathir elok pilih juga macam Lim Kit Siang...
Kalau dua `veteran politicians' ni `senyapkan' mulut,rehat dan sebagainya, saya fikir Malaysia akan
dapat sedikit masa untuk mencari arah dan tujuan serta aktiviti lebih baik dari sebelum ini....
Abu Bakar Ab Rahman
Salam DAKJ
Rasa2nya boleh ke UMNO berubah? Dan sekiranya berubah, bertambahkah sokongan kepadanya? UMNO sekarang tidak sama dengan UMNO dulu. Sebabkan perjuangan ahli parti nya sendiri dah tak tentu dan tidak fokus bukan disebabkan oleh PKR/PAS/DAP.
Al-Fatihah kepada Arwah TGNA.
Salam Jumaat
1. Saya rasa ada pembahas baru lagi muda yang menyertai blog kita.
2. Atau boleh jadi juga pembahas baru mengambil alih dan mengguna pakai nama pembahas veteran yang berhenti.
3. Saya alu-alukan mereka. Cuma saya mohon fahamilah etika dan gaya blog ini.
4. Bahasa kesat dan lucah serta bahasa Melayu jalanan dan bahasa ringkasan ala MSM tidak digalakkan.
5. Sambil kita berbahas, marilah kita daulatkan bahasa dengan menggunakan kaedah yang betul. Kita beri erti kepada bahasa jiwa bangsa dan orang berbudi kita berbahasa.
6. Mohon maaf kalau ada komen yang tidak dapat saya siarkan kerana kesat dan kasar, menghasut dan memfitnah.
Wallahuaklam.
Terima kasih.
Assalamualaikum Dato'
Mohon Dato'tulis pengalaman dan pengamatan Dato tentang almarhum Niz Aziz selama Dato jadi pemberita untuk di kongsi bersama.Samada kita suka atau tidak kita tidak dapat nafikan almarhum adalah salah satu ikon landskap politik negara kita.
Wassalam.
Teringat kata-kata penceramah kursus organisasi saya pada tahun 2010.
Dr. Mahathir masa menyerang Tun Abdullah dalam blognya ketika Tun Abdullah menjadi PM pada 2008, tidak memanggil Abdullah dengan 'Pak Lah' dan tidak menggunakan perkataan 'bodoh'.
Ertinya Dato'... Najib tidak akan kekurangan dan kekeringan tekanan yang berterusan ke atasnya.
Satu kekurangan Anwar ialah dia Ketua Pembangkang yang mempunyai rekod yang agak kotor berlandaskan perjuangan peribadi tetapi kini Najib berhadapan dengan pihak yang lebih bersih.
Golongan yang menentangnya kini tidak mempunyai kepentingan kecuali kepentingan untuk melihat UMNO terus relevan, menang dan cemerlang.
Tetapi akhirnya samada Najib terus kekal atau berundur banyak bergantung kepada ahli dan pemimpin UMNO itu sendiri, dari dalam.
Kalau sekadar menyalak dari luar, takkan runtuh !!!!
Dalam 3 hari, Pakatan kehilangan 2 pemimpin utama. Apakah ini mungkin petanda baik atau tidak baik? Apakah Pakatan mampu jadi kerajaan menggantikan BN? Inilah masa kritikal bagi Pakatan..do or die
Aslkum DAKJ.
1. Tektik kerajaan zalim memenjara atau mendera musuh politik sudah berlaku sejak zaman berzaman.
Ada pemerintah zalim yg membunuh atau mengenakan tuduhan yg membawa hukuman bunuh terhadap pejuang rakyat.
Ada pemerintah zalim yg lebih licik. Mereka membunuh karear politik pejuang rakyat dgn memenjarakan mereka dgn tuduhan2 yg sangat meragukan tetapi cukup untuk dipercayai oleh rakyat tak sekolah atau rakyat berfikiran jahat macam kerajaan berkenaan jugak.
2. Sejarah telah membuktikan bahawa hanya dibawah pimpinan Anwar , kumpulan pejuang rakyat berjaya bersatu hati membentuk buat pertama kali pasukan yg mengalahkan UBN dari segi undi popular dalam PRU 13.
Berhadapan dgn pelbagai masaalah dalaman UBN yg ibarat retak menanti belah maka keperluan meminggirkan Anwar wajib di percepatksn.
Hebat TDM? Hebat lagi si Najib kan.
3. Musuh pejuang rakyat mau sangat PR berpecah selepas Anwar direhatkan.
Ujian pertama adalah dalam pemilihan ketua pembangkang.
Menurut pendapat saya memilih wakil DAP atau PAS sebagai ketua pembangkang akan melemahkan PR.
Demi mengekalkan kekuatan PR dan mengekalkan aura Anwar lantiklah dulu pemangku ketua pembangkang sementara menunggu Wan Azizah menang Permatang Pauh.
Jangan sesekali berkelahi merebut jawatan itu berdasarkan siapa ada lebih kerusi parlimen. Kerana bagi saya PKR, PAS dan DAP agak seimbang dari segi pengaruh.
4. Dengan kekuatan kewangan yg sangat terbatas PR mesti memaksimakan 90% masa dan tenaga mereka untuk memenangi hati rakyat Serawak dan Sabah pulak.
Belajar dari pengalaman mereka menambah kerusi dgn ketara di Johor berbanding PRU 12 dan sebelumnya.
5. Ulamak2 PAS yg selalu ajar rakyat bersabar. Apa kata selepas Anwar direhat, mereka pulak bersabar dalam memperjuang isu Hudud.
Menang dulu Putra jaya beberapa penggal bersama rakan lain. Tarbiah Melayu UMNO, Cina dan India agar mereka faham Islam, barulsh ada peluang laksana Hudud.
Belajar dari tektik parti Islam Turkey iaitu AKP. Selepas mantap memerintah Turkey sejak 2002 mereka kini berjaya menghapus larangan zalim pemerintah Mustapha Kamal Attatuk yg tidak membenarkan tentera Turkey sembahyang berjumaah sejak 1926.
Ya Allah hancurkanlah penentang pejuang rakyat dan lembutkan hati penyokong mereka agar menolak UBN
Assalamualaikum DAKJ,
Masa terbaik untuk tukar kepimpinan tertinggi UMNO dan lain-lain kepimpinan yang dah luput?
Wallahualam.
budak jawa
salam Pak Kadir,
tanya saipol kerja apa pun nak marah???
Umno dah masuk nyawa nyawa ikan. Ada intelek kata, kekayaan akan tahan 4 generasi je sblm habis kalau subsequent generation tu bodoh akan, tahan 4 generasi. Kita tngk umno kita tngk cerita dia. Kita cerita pasal umno baru. Dr.mahathir, dollah, najib lepas ni habis lingkup. Semua hidup atas usaha dr,mahathir shj. Satu lg pm umno, umno mati. Tapi kalau umno mati, melayu mati ke? Boleh debat lagi umno tu betul ke melayu? Setakat grassroot je melayu tapi yg atas suma ali baba. Tapi PR pun takde natural successor. Sebenci benci aku pada umno skarang ni, aku tetap tak suka peliwat, dan mcm kes ais krim asmin. Mana mungkin aku nak sokong PR. Jadi walaupun anwar kena penjara, satu generasi akan tetap atas pagar atau undi umno jugak walaupun sapa ketua PR. Lepas habis lagi satu ni, umno habis. Last politik orang melayu pegang ialah next ge. Lepas tu market force plak. 4 generation with 3 generations living off the firsts' hard work. Sori kalau komen mcm takde kena mengena
Dato'
Saperti yang kita tahu Jentera Propaganda UMNO selama ini sebenarnya cuma tahu mengasak Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim sahaja. Dengan Anwar masuk penjara, 90% jentera Spin UMNO sudah tidak akan lagi tahu Apa Nak Dikata? Ada juga blogger blogger UMNO yang masih tak bolih lepas dan masih lagi mengasak asak beliau walau pun dia sudah tidak releven lagi. Mereka ini Sudah tiada Modal Baru....Kalau dalam perniagaan "Sudah Bankrupt".
Nak mempertahankan Najib dari tuduhan yang datang bertalu talu dari DrM pun susah sebab DrM lebih punyai daya tarikan dari Najib... .
Salam Dato' Kadir
Harini relax sikit. Dapalah saya singgah sebentar menjenguk di blog Dato'. Sebagai ahli UMNO akar umbi, saya rasa amat senang hati dgn perkembangan politik terbaru sekarang. Anwar dah masuk penjara sebab meliwat staff sendiri, Karpal Singh dah mati accident, Almarhum Nik Aziz pun dah tiada, Hj Hadi kena bersilat melawan Pasma dan juga Guan Eng serta DAP. PAS Kelantan pun sebok pasca banjir sekarang ini. Tunggang langgang sekali nampaknya.
Jadinya, tak salah kalau saya kata PRU ke 14 akan datang ni macam kacang goreng saje bagi UMNO. Tiada fightlah orang kata.
Cuma saya bimbang senario 2008 akan berlaku lagi, bukan sebab pakatan pembangkang tetapi sebab rakyat secara protes menolak GST.
Macam saya kata dulu, kerajaan KONONNYA kata ramai peniaga ramai volenteer daftar GST. Sekarang ugut nak denda RM15,000 ringgit pula jika tak daftar. Jadi sokongan peniaga dah hilang.
Kemudian macam Ustaz Dr. Fathul Bari kata, dalam Islam kita bayar zakat. Cukai hanya dikenakan pada zaman Sydina Umar HANYALAH utk menampung kekurangan perbendaharaan (bukan sebab nak bagi BRIM (ini saya kata).Juga nak bagi zakat pun kena ikut syarat-syarat layak, bukan main bantai je. Sebab itulah TUN Mahathir amat tidak setuju dgn BRIM ni....
Nak tambah perisa lagi, zakat dan cukai dikenakan di dlm Islam utk golongan yg diwajibkan sahaja BUKANNYA semua orang. Macam GST nanti, semua orang kena.Lantaklah !!!!! Lain kali, kalau kerajaan nak buat sesuatu, mintalah pandangan dari sudut Islam dulu, bukan main redah je.
Akhir kata, kalau penyokong kuat kerajaan macam saya dan Tun Dr Mahathir pun meluat, inikan pengundi atas pagar. Akhirnya jadilah macam negeri Selangor 2008, kerajaan banyak duit tapi kalah dan duit tersebut dapatlah ke kerajaan baru pulak. Masuk angin keluar asap. Juga takut-takut bolehlah YAB Dato' Seri Najib menjadi ketua pembangkang pula nanti macam Dato' Seri Khir Toyo.
Sekian, inilah teguran saya kepada kerajaan secara ikhlas tak ubah sama seperti teguran Tun Dr Mahathir. TQ
Saudara OKJ,
Sebenarnya bukan sahaja GST, cukai pintu, cukai kereta, cukai pendapatan tidak ada dalam Islam. Siapa yang kata Malaysia negara Islam.
Konsep cukai lebih menjurus kepada cukai orang yang berada atau berkemampuan.
Dalam GST, semua orang kena cukai tidak kira yang kaya juga orang yang miskin dan papa kedana.
Itu sebab pada pandangan saya BR1M diberikan kepada orang miskin kerana duit yang dicukai dipulangkan semula.
Ramai orang melayu yang susah dapat BR1M, tidak baik kita hanya memikirkan tembolok sendiri sahaja. Pikirkanlah juga nasib orang melayu yang susah dan menderita.
Mengenai komen saudara PRU nanti BN menang macam kacang putih, baguslah tuu. Tak payahlah saudara berkempen kuat-kuat sangat macam PRU13.
Sekadar mengiyakan pendapat Joe Black.
Walaupun dari satu sudut pemenjaraan Anwar mengembirakan golongan tertentu dlm UMNO tetapi tidak semestinya di kalangan blogger upahan UMNO.
Khidmat mereka mungkin tak diperlu lagi. Tiada lagi sumber pendapatan halal buat sara anak isteri.
Mungkin penjimatan berjuta rgt itu boleh bantu IMDB bayar hutang baru dari Ananda Krishnan.
salam Pak Kadir...
Off topic skit...asal Kedah belah mana?
Salam Dato.
Saya baca isu kepimpinan UMNO sekarang ini lebih kepada, 'bukan sebab orang lain yang betul, tapi akibat dari UMNO yang salah'. Apabila UMNO salah, tidak ada manfaat untuk menuding jari kepada pihak lawan kerana betul atau salah pihak lawan sudah tidak releven. Yang perlu dibuat ialah memperbetulkan salah sendiri terlebih dahulu. Semuanya bergerak ikut sibernetik. Yang berlaku pada UMNO ialah kesalahan yang bertindih-tindih, dan kemudiannya tergolek jatuh berguling-gelentang.
Masalah timbul, bila yang berbuat salah enggan 1.mengaku/bertanggungjawab dan 2.membetul kesalahan yang telah berlaku. Contoh terbaik ialah kes 1MDB yang terang-terang tidak kredibel dan semakin sukar, jika tidak mustahil, untuk dipertahankan secara tuntas. Malahan, jawapan rasmi yang dimuatkan dalam lamanweb 1MDB agak sombong, dan semakin mengelirukan serta tidak membantu merungkai kekusutan. Apakah ini satu lagi 'chaos management gone awry'?
Persepsi orang ramai ialah PM Najib terlalu ego untuk diperbetulkan, apatah lagi ditambah dengan isu isteri PM yang kuat berfoya di luar negara seolah-olah tak kunjung padam dari satu skandal ke satu lagi tak ubah macam badut sarkis yang mendapat perhatian berlebih-lebihan di atas kebodohan yang dipamerkan.
Kekadang di dalam politik, 'You are what we (people) see' Malah Najib sendiri akui sebelum PRU13 bahawa persepsi akan menjadi penentu siapa menang pilihanraya. Najib tahu cakap sahaja, tapi yang kena tepat pada batang hidung sendiri dia tak nampak. I think we can say to Najib, 'Mr PM ... we have seen enough of you!'
Umno hanya dinamik sewaktu era kepimpinan Dato Onn Jaafar, Tun Razak dan Dr Mahathir.....
Di era lain, Umno umpama sampan hanyut di bawa arus sambil mengharapkan untung sabut.... pendayung nya tidak mampu menongkah arus
1. Ada pembahas ancam buat laporan polis terhadap saya kalau saya terus mengulas mengenai 1MDB. Itu hak merekalah.
2. Laporan media kata 1MDB bayar hutang RM2 bilion - dipercayai kepada Maybank dan AmBank - sehari dua lalu.
3. Duit RM2 bilion itu dipinjamkan oleh billionaire T Ananda Krishman.
4. Secara kebetulan Ananda beri hutang itu sebaik saja Kanda (Arul Kanda Kandasamy) dilantik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
Wallahuaklam.
Terima kasih.
Baguslah 1MDB dah bayar hutang kepada bank-bank itu. Adakah itu satu kenyataan berunsur fitnah?
Sekarang kita mahu lihat 1MDB diIndeks Syariahkan dan diaudit taraf SIA saperti disyorkan Perdana Menteri. Haranya sebelum ipo anak syarikat 1MDB.
Adakah berlaku jenayah dalam urus tadbir? Itu soalan?
Adakah pengurusan 1MDB cekap bersih dan
amanah?
Indeks Syariah dan SIA.
Sekian dahulu.
Aslkum DAKJ.
1. Belum pernah berlaku dalam sejarah negara , kerajaan UMNO terpaksa meminjam kepada individu seperti yg terjadi Ananda dan IMDB.
2. Agaknya inilah definasi baru yg mesti diguna pakai oleh kamus Dewan Bahasa tentang " ketuanan Melayu " .
3. Tak malu ke siNajib . Patutla TDM berkata kalau TDM masih PM, tentu beliau dah letak jawatan.
4. Yg mengerunkan rakyat yg cerdik iaitu tak mudah ditemberang oleh MAP ialah kenapa tabung2 kerajaan spt dah kehabisan wang.
Beberapa tahun lalu berbillion wang rezab Felda hilang tanpa berita.
Apakah tak mungkin wang rakyat/IMDB berbillion rgt yg kononnya dilabur di Cayman Island telah pun lesap gara2 dingap oleh kroni?
Kesian rakyat yg terus berharap.
DAKJ,
Unlike PR, BN is so structured and regimented that when UMNO being the dominant partner faces a prolonged leadership crisis, it will face a mammoth task to reconsolidate and in all likelihood will lose GE 14.
So it's in UMNO's best interest to seriously look into TDM's views and criticism NOW before it's too late. And don't leave it to the half-past six PR consultants or failed politicians to respond for the party or the government. It will only invite more criticisms.
Dato'
Kalau di negera barat, masyarakat mereka sangat obses dengan poll iaitu persepsi masyarakat semasa terhadap sesuatu perkara.
Bagi mereka, adalah penting untuk mendapatkan ukuran (gauge) supaya tindakbalas yang betul dapat dilakukan.
Kita ada Merdeka Poll. Saya tidak pasti ketepatan. Biasanya ada lebih seribu sample (margin of error +-3.1%).
Mengikut bacaan saya beberapa hari yang lalu, tahun lepas (sehingga Oct'14) popularity DS Najib menunjukkan trend menurun terutamanya orang melayu.
Ekonomi merupakan isu yang paling ketara dan lebih ramai peratusan menunjukkan tidak puas hati hala-tuju negara.
Lebih ramai yang tak ada keyakinan (48%) kepada badan kehakiman berbanding dengan yang yakin (38%). Lebih ramai yang tidak puashati dengan kerajaan (49%) berbanding dengan puashati (38%).
Angka-angka ini tidak memberikan indikasi yang baik.
Pengenalan GST pada 1 April mungkin menurunkan lagi persepsi rakyat.
Mungkin ada yang tidak beberapa setuju dengan poll, sepertimana DAKJ kata ada juga yang lebih percaya kepada ramalan bomoh dan ahli nujum.
Ahli akar umbi UMNO, saudara OKJ juga meramalkan untuk BN menang PRU 14 adalah macam kacang goreng setelah DSAI tidak ada.
Y.Bhg Dato’
Saya yakin kita semua telah membaca temuramah CEO 1MDB yang baru di Mingguan Malaysia pagi ini. Penjelasannya nampak macam tidak ada masaalah yang patut kita semua rungsingkan.
Seorang CEO muda bagitu yakin cuba memberi penjelasan kedudukan yang sebenar.
Dalam hubungan ini kedudukan integriti kewartawanan Dato tergugat sekiranya penjelasan yang diberikan oleh beliau adalah benar kerana Dato yang memulakan perdebatan mengenai kecelaruan dalam IMDB di blog ini.
Dato harus mengkaji balik apa yang telah ditulis atau sekiranya penjelasan CEO berkenaan hanya untuk mententeramkan keadaan maka tanggong jawap Dato untuk memberi analisa balas kepada apa yang telah diperjelaskan.
Saya anak kampong dan telah berhijrah kebandar. Tetapi saya tidak lupa dimana saya berasal.
Bila saya balik kekampong saya sempat bertanya kabar mengenai kawan- kawan, saudara mara dan orang-orang kampong lain.
Boleh dikatakan kesemua mereka adalah penerima faedah BRIM dan menyanjung tinggi program tersebut.
Kebanyakan mereka tidak pun menyokong BN tetapi menghargai bantuan BRIM dari Kerajaan.
Bantuan BRIM membantu meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak dan juga menampong perbelanjaan lain.
Nilai seringgit kepada mereka mungkin saperti nilai seribu ringgit kepada orang kaya dibandar.
Kepuasan kepada ringgit yang mereka terima tidak boleh dibandingkan dengan kepuasaan dari projek-projek Kerajaan yang lain.
Selagi Negara berkemampuan maka program BRIM harus diteruskan kerana program ini berbentuk pengagihan kekayaan Negara.
Lagi pun program ini memberikan faedah kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira bangsa dan fahamam politik .
Iklas,
Rahim
Y.Bhg Dato’
Saya yakin kita semua telah membaca temuramah CEO 1MDB yang baru di Mingguan Malaysia pagi ini. Penjelasannya nampak macam tidak ada masaalah yang patut kita semua rungsingkan.
Seorang CEO muda bagitu yakin cuba memberi penjelasan kedudukan yang sebenar.
Dalam hubungan ini kedudukan integriti kewartawanan Dato tergugat sekiranya penjelasan yang diberikan oleh beliau adalah benar kerana Dato yang memulakan perdebatan mengenai kecelaruan dalam IMDB di blog ini.
Dato harus mengkaji balik apa yang telah ditulis atau sekiranya penjelasan CEO berkenaan hanya untuk mententeramkan keadaan maka tanggong jawap Dato untuk memberi analisa balas kepada apa yang telah diperjelaskan.
Saya anak kampong dan telah berhijrah kebandar. Tetapi saya tidak lupa dimana saya berasal.
Bila saya balik kekampong saya sempat bertanya kabar mengenai kawan- kawan, saudara mara dan orang-orang kampong lain.
Boleh dikatakan kesemua mereka adalah penerima faedah BRIM dan menyanjung tinggi program tersebut.
Kebanyakan mereka tidak pun menyokong BN tetapi menghargai bantuan BRIM dari Kerajaan.
Bantuan BRIM membantu meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak dan juga menampong perbelanjaan lain.
Nilai seringgit kepada mereka mungkin saperti nilai seribu ringgit kepada orang kaya dibandar.
Kepuasan kepada ringgit yang mereka terima tidak boleh dibandingkan dengan kepuasaan dari projek-projek Kerajaan yang lain.
Selagi Negara berkemampuan maka program BRIM harus diteruskan kerana program ini berbentuk pengagihan kekayaan Negara.
Lagi pun program ini memberikan faedah kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira bangsa dan fahamam politik .
Iklas,
Rahim
1. Pembahas rahimlpp, antara lain, berkata: "Saya yakin kita semua telah membaca temuramah CEO 1MDB yang baru di Mingguan Malaysia pagi ini. Penjelasannya nampak macam tidak ada masaalah yang patut kita semua rungsingkan.
Seorang CEO muda bagitu yakin cuba memberi penjelasan kedudukan yang sebenar.
Dalam hubungan ini kedudukan integriti kewartawanan Dato tergugat sekiranya penjelasan yang diberikan oleh beliau adalah benar kerana Dato yang memulakan perdebatan mengenai kecelaruan dalam IMDB di blog ini. "
2. Saya kata begini. Kalau semua ok, mengapa berhutang besar, mana modal sendiri yang kalau tak banyak pun sikit?
3. Kalau semua ok, pasal apa tangguh bayar hutang sampai ancam NPL sistem pembankan?
4. Kalau semua ok, kenapa kena tunggu individu luar (T Ananda Krishnan) bagi pinjaman baru boleg bayar hutang?
5. Kalau ok, kenapa tak jual aset sendiri untuk bayar hutang sebaliknya terhegeh-hegeh minta bantuan Ananda Krishnan?
6. Kalau 1MDB tabung berdaulat negara dan syarikat strategik, pasal apa kerajaan tak bagi pinjaman untuk bayar hutang?
7. Kalau semua ok, saman semua orang dan pihak yang kata 1MDB tak ok.
8. Soalnya bukan semua wartawan dan pengarang MAP faham ekonomi dan perniagaan. Jadi ok sajalah apa yang 1MDB kata.
9. Saya pohon pembahas rahimlpp dan semua yang terhuja dengan diayah 1MDB agar baca balik semua tulisan saya mengena 1MDB.
10. Kalau semua mengenai 1MDB ok, mengapa tangguh berkali-kali IPO unit tenaganya?
11. Kalau semua ok pasal apa tahun lalu rugi hampir RM700 juta?
12. Kalau semua ok pasal apa ganti Presiden dan CEO (Melayu) dan tergesa-gesa bawa balik Kandasamy dari luar negara?
Wallahuaklam.
Terima kasih.
With the Current Overbuilt in Office Spaces in KL...1MDB will be heading for a Reality Test!
Good Luck to 1MDB and others who took up hutang to hold on to the land until current excess units owned by other developers are sold off. They will eventually be asking the local banks to waive the interests that they cannot afford to pay in the near future.
1. Just to add to my response to debater rahimlpp.
2. Arul Kanda Kandasamy, 1MDB's new president and CEO, was quoted as telling Mingguan Malaysia: "To be honest, Ananda himself had never said anything about this. This is a speculation started by third parties," adding that if Ananda was involved in settling such a large sum of debt to CIMB and Maybank on behalf of 1MDB, there would have been an announcement.
3. The question is, how often did 1MDB made public its dealing?
4. Legally, 1MDB does not have to make public its dealings because it is not a public-listed company.
5. Ananda hardly makes statement to the press and if the RM2-billion loan to 1MDB is a private arrangement, nobody has to know.
5. But when we put two and two together, we get the answer. 1MDB announced that it paid RM2 billion loan to the banks at the very same time that the news broke that Ananda was extending the same amount to 1MDB.
Wallahuaklam.
Thank you.
Sekiranya dan lanjutan dari pertanyaan Dato 1MDB memang tak OK apakah yang Dato A Kadir Jasin mahu lihat kita lakukan?
Dah Dato pun tulis bahawa PM tak boleh ditegur dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kalau Dato ada fikirkan dalam-dalam Bank Negara dan SPRM sahaja dapat bertindak. Tetapi atas dasar baru rugi sejumlah yang kurang dari kerugian MAS - nak harap EGM UNMO diadakan?
Lainlah kalau ada pemegang saham bank PEMINJAM atau bon 1MDB yang buat hal. Sekarang tiada yang dapat dilakukan melainkan biar PR buat hal dan ada wiesel blower. Nak pakai hacker? Dengar cerita banyak komputer di 1MDB dah kena cuci.
Jadi nak buat apa dalam masa terdekat? Harap 1MDB rugi lagi? Harap Bank Negara atau SPRM bertindak?
Bukankah lebih baik Che Det keluar UMNO. Buat hal di dunia Arab.
Apakah yang Dato A Kadir Jasin nak tengok?
1MDB untung dan Pekan resign?
Lupakan 1MDB Ddan kempen jatuhkan Paguh sekarang. Kalau H2O calun popular - H2O di tentang.
Lain pada itu tak ada jalan. Kalau nak doa cepat jalan Najib buatlah apa yang patut.
Saya nak tanya sedikit Dato A Kadir Jasin yang rendah diri berapa ramai rakyat yang tawadhuk dan bersyukur kepada tuhan yang Maha Esa? Itu pun tak bermakna kalau memang negara ini hendak diujiNya?
Berani kempen turunkan Paguh?
Salam Hormat, bro Kadir Jasin
DAKJ,
At the time when 1MDB is under intense public scrutiny, it will be a misstep or sheer stupidity for Kanda to publicly announce that it has borrowed money to settle its debts with the banks. And what can one expect from a MAP who has interviewed him?
I wonder what sort of arrangement has made among the parties concerned.
Salam Dato.
Semua ini akan menjadi sejarah yg buruk dan cukup lekeh buat bangsa Melayu.
Apa lagi yg kita boleh harapkan?
Tikus telah diberi mandat membaiki Labu.
Labu pula bukan tikus punya.
Dato...sy sudah tiada ada apa2 lagi nak berkata2....atau nak tambah.
Cuma yg pasti ... Melayu dlm Umno telah membuat KESILAPAN BESAR dgn memilih ketua seperti ini.
Justeru itu Umno juga mesti betulkan dgn kadar segera.
Kalau veteran dan org kuat dlm Umno sendiri gagal untuk menganti ketua ini kadar segera...hancurlah negara...bangsa dan ugama dikerjakan.
Alahai tikus... tidak cukupkah dgn 'cheese' yg kamu bedalkan sekian lama?
Terima kasih.
salam dato kj,
buat masa sekarang saya dengan ikhlas ingin menyatakan bahawa tiada seorang pun dari kalangan kaum melayu yang mempunyai 'stature' untuk mengambil alih tempat Anwar selaku ketua pembangkang.
'young turks' yang ada saperti rafizi, nik nazmi dll masih kurang pendedahan dan pengalaman.
assmin tiada 'crebility' dan imej nya suami isteri sudah tercemar.
dalam blog 'sakmangkol' saya ada memberi beberapa cadangan. saya telah mengikuti tulisan2 nya sejak beberapa tahun dan saya berani mentakrifkan nya sebagai 'well researhed' dan amat bernas.
dato sabri mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin nasional. namun buat masa sekarang beliau berada dengan kumpulan/parti yang salah. saya juga telah memaklumkan juga kapada beliau yang kemungkinan beliau berada 'on the wrong side of history'.
sebagai anak kelahiran Pekan saperti juga dato Sabri (namun saya tidak mengenali nya), saya tahu sedikit sebanyak mengapa beliau amat tidak menyokong pm najib. saya telah meyarankan agar beliau 'let bygone be bygone' kerana beliau harus memikirkan masa depan Negara dengan merujuk kembali kepada BN supaya beliau dapat meyambung perjuangan dari dalam.
jika ini tidak mampu dan tidak bersedia beliau lakukan, maka peranan yang paling sesuai untuk beliau pikul ia lah selaku Ketua Pembangkang di Parlimen.
baru lah kita akan lihat pertembunag yang lebih seimbang.
Rahim ni betul lah....kalau saya jadi Pak Kadir pun tension dgn si Rahim ni .
Salam Dato.
Judge a man not by his answers, but by the questions he asks.
Teknik 'manufacturing consent' yang dipasang oleh 1MBD tak mungkin berjaya, jika pelapor atau wartawan MM mengambil sikap yang lebih analitikal dan telus dalam penyampaian mesej.
Clearly there was an arm twisting manoeuvrings behind the scene of MM reporting on Kanda to make his 'Dinda' happy.
LOL. Kanda Dinda thing must stop lest a new scandal will emerge.
Aslkum DAKJ
Bukankah Arul sendiri pernah menyatakan bahawa IMDB tidak akan membawa balik wang mereka dari Cayman Island?
Hairan jugak selepas 3 kali menyusahkan pihak berkuasa kewangan BNM minta penangguhan masih jugak tak mengaku syarikat rakyat tu ada masaalah besar.
Kalau bukan kerana IMDB tu diketuai okeh PM sendiri dalam lembaga penasihat, dah lama akan menerima tindakan mahkamah.
Kalau wang dari sumber dalaman tak mungkin la.
Kalau kalau wang pinjaman dari along ternama pun tidak maka tentu dalam beberapa hari ni IMDB perolehi wang dari langit malah dari bomoh ibu wang.
Bomoh2 Melayu dan India mungkin boleh tolong.
Sebagai rakyat saya lihat tanggungjawab Najib membentang kewangan semua dana milik rakyat di Parlimen dari masa kesemasa.
Kegagalan Najib berbuat demikian bererti adalah benda busuk yg mereka nak sorok.
Apa nak ditakutkan. Anwarkan dah direhatkan dgn jayanya selepas berdrama hampir 7 tahun!
Dato.
Anwar masuk penjara kerana salah buatan sendiri.Bukan salah saipa-siapa.
Semua parti politik Melayu di tanah air kita celaru dan lintang pukang.
PKR separuh Melayu pun celaru.Ramai tak tahu bahawa pimpinan PKR di akar umbi dimonopoli oleh orang India.Dalam mesyuarat akar umbi mereka cxalon Melayu ramai yang terpelanting.
Pas pun celaru juga.Semenjak menjadi kerabat PR sedikit demi sedikit perjuangan Islam makin hilang.Pas yang dulu nampak Islamik cuma ada pada nama sahaja.Separuh daripada Pak Lebai Pas dudah kena beli daripadaDap dan Pkr.Apa jadi pada Pas hari ini.
Dari mana Pasma dilahirkan.Pasma dilahirkan hasil perpecahan dalaman Pas.Satu aliran agamawan.Satu lagi cuma gunakan Pas untuk dapat tempat.
UMNO lagi teruk.Pemimpin nya cuma gunakan UMNO untuk buat kekayaan sahaja.Ambil ksempatan disaat sisa sisa akhirr nyawa UMNO.
Pemimpin muda yang ada dalam UMNO pun tidak dinamik.Lebih banyak kejar kemewahan.
Pemimpin yang tua-tua yang ada dalam UMNO pula sebilangan besar ingin bawa jawatan yang mereka pegang masuk kubur bersama mereka nanti.
Pemimpin UMNO diperingkat bahagian masih membawa hamper dengan gula kopi kain pelikat menjinakkan ahli mereka sendiri.
Bawa hamper untuk tujuan meramaikan lagi program mereka.Rupanya pembnerian BRIM dan lain-lain pemberaian belum cukup.
Orang gelak dan sinis bila tengok pgrogram UMNO.Macam dhaif sangat orang Melayu.
Sebenarnya orang UMNOP jahil bab-bab isu akonomi negara dan politik negara.
Pegawai gerak saraf mereka pun terima modal dari atas yang sudah basi.
Komponen BN semua tahu.MCA ada pada nama.MIC semua tahu.Lagi masaalah.Gerakan sudah tidak bergerak.PPP ramai bendera dari penyokong.
UMNO dan BN langsung tidak berubah.Rakyat masih bercakap isu rasuah,salah guna kuasa dan politik wang.
PRU 14 nanti UMNO /BN dalam bahaya.PR pun bukan kuat sangat.
Cuma nasib dan perkiraan dari rakyat sedang dinantikan.
Jangan harap 2/3 mudah bagi BN atau PR.
Terima kasih Dato.
1. It is very interesting that Arul Kanda Kandasamy should choose to give the interview to Mingguan Malaysia.
2. Mingguan Malaysia is Umno-owned, not an economic newspaper and read by the Umno Malays. A good place to tell 1MDB stories without being disputed.
3. But Kandasamy cannot stop others who are better informed about business and 1MDB from reading the interview and disputing his claims that everything is OK with the company.
4. Can read here for rebuttal http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/arul-fyi-your-1mdb-director-is-a-friend-of-jhos-dad-larry-low.
Wallahuaklam.
Thank You.
Itu Kandasamy ingat dgn 'kemahiran PR' beliau, rakyat Malaysia mudah diperbodohkan macam pak arab.
UMNO akan terus keseorangan dalam BN kerana MCA, MIC dan Gerakan semakin dilupakan oleh bangsa masing-masing.
Pengundi muda Melayu semakin bebas daripada tarikan politik bangsa sebagaimana semakin bebasnya mereka daripada peraturan tatsusila bangsa. Tambahan pula kesedaran politik generasi muda Melayu kurang disuburkan berbanding bangsa Cina. Tanyalah anak buah sendiri yang telah mencapai umur pengundi, sudahkah mereka mendaftar dengan SPR?
PAS memang mempunyai dua grup yang agak kompleks; sama ada mengikuti garis ulamak - non-ulamak atau garis Unity Government (bersama UMNO) - penentang UG (yang sedang dalam fasa metamorfosis sebagai PasMA). Rekod menunjukkan Presiden PAS sekarang Hadi Awang seorang yang cenderung menggunakan kuasa (veto?) Presiden secara unilateral dan juga seorang yang kurang berfikir jauh (gullible?). Tentu kita masih ingat bila Hadi jadi MB Trengganu dulu dia terus mansuhkan cukai pintu, Apabila BN ganti royalti minyak kepada wang ehsan kawalan UMNO maka kerajaan PAS pimpinan Hadi terperagkap dalam kekurangan wang untuk mentadbir dengan cantik. Maka rumput dan lalang di bandar Kuala Trengganu pun terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk ditebas. Longkang dan parit tersumbat pun makin lebih lama dibiarkan. Dengan ingatan seperti itu maka saya fikir tidak mustahil Hadi Awang akan menghidupkan semula idea UG bersama UMNO dan ini pasti akan memecahbelahkan PAS kerana kimia perpecahan itu sudah ada dan melebihi 'critical mass'.
PKR sedang mempunyai vakum untuk perebutan kuasa. Orang yang paling layak dan praktikal untuk menerajui PKR sekarang ialah Azmin Ali dan bukannya Wan Azizah/Anwar. Sebarang usaha untuk menafikan ini pasti akan menghancurkan PKR. Tidak guna merasa diri pandai dan popular jika tidak bijak bertindak demi kepentingan jangkapanjang. Jangan jadi macam Pak Pandir, ayammnya menang sabung tapi kampung tergadai.
DAP semakin kukuh sebagai parti favorit orang Cina. Apa pun dengan undi Cina semata-mata DAP tiadk akan boleh menambahkan kerusi Parlimen kecuali juka DAP boleh menang di kawasan majoriti Melayu. Jika PAS dan PKR bercakaran (sesama sendiri atau antara parti) DAP pasti akan merekrut lebih ramai Melayu menjadi calon PRU. Orang Cina lebih berjaya dalam ekonomi dan pelajaran berbanding Melayu kerana mereka berusaha lebih gigih dan tanpa jemu. Maka tidak mustahil usaha DAP merekrut Melayu menjadi calon akan berhasil juga akhirnya nanti.
Akhir kalam. kemana BN dan PR semasa Anwar di penjara? Tidak mudah untuk meramalkannya kerana kita tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Hadi Awang dan Wan Azizah sekarang.
Bank Islam patut tukar nama, buat malu Islam saja. Cop & sign statement pun kena bayar, bank kafir pun blh bg servis tu foc. Belum cerita urusan2 lain lagi, langsung tak pro. Tgk kes dgn Khalid Ibrahim tu pun dah tau dah. Tukar nama lagi elok utk elak memalukan Islam.
Arul Kanda kata tidak ada tempoh masa ditetapkan untuk dia menyelesaikan masalah dalam 1mdb. Soalan itu sendiri bermaksud 1mdb bermasalah dan Arul Kanda tidak membuat penafian sedikit pun. Dia bersetuju dengan soalan itu bahawa dia dipanggil untuk menyelesaikan masalah tetapi tidak ada batas masa tertentu ditetapkan kepadanya. Kesimpulannya memang1mdb bermasalah atau tak ok.
Arul Kanda adalah presiden dan pengarah eksekutif kumpulan, dia bukan ceo.
Aslkum DAKJ
Pemenjaraan Anwar jelas tidak mengerunkan kerajaan pakatan rakyat Selangor.
Sebentar tadi kerajaan negeri Selangor yg baru ternyata sangat mesra rakyat bila membatalkan cadangan lebuh raya KIDEX oleh kumpulan mesra UMNO dan bekas MB PR yg belut.
Syabas Azmin dan pasukan pentadbir beliau.
Tapi lain kali jangan lupa sokong secara objektif cadangan2 yg baik (termasuk dari kroni UMNO )untuk rakyat termasuk pembinaan lebuh raya jika ada.
Dah pun terserlah manafaat kpd rakyat bila UMNO tak monopoli perintah semua negeri.
Saya tak fikir Khalid Ibrahim di dera PKR.
Aslkum DAKJ
Hari ni Ketua Hakim Negara beri amaran agar jangan serang sistem kehakiman dgn tuduhan tidak berasas.
Saya sokong sangat kenyataan Ketua Hakim tu.
Kalau tak cukup terkenal lagi selepas penjarakan Anwar, ada baiknya kehakiman Malaysia tangkap dan tuduh juga pengkritik2 luar negeri. Baru mereka tau hormat sikit pd hakim2 Msia.
Seronok juga tenguk kehebatan wakil AGC lawan hujah peguam QC .
Tapi macam biasa org kita berani dgn org tempatan je.
Sebab itulah bila kena batang hidung rakyat asing kita menikus.
Tak percaya? Lihat saja pasar harian, pasar malam, pekerja binaan / pembantu rumah /pengawal keselamatan lari dari majikan asal dan menyalah guna permit kerja . Dah berapa org kena hadap di mahkanah?
Yg rakyat mau adalah bukti bukan buli atau ugut.
Masaalahnya senang ke nak buli org macam Datuk Ambiga , Wan Azizah, Rafizi dll.
Sebagai rakyat saya tak mau kehakiman yg kelihatan saja bebas dari eksekutif.
Rasanya lebih 52% rakyat tak bodoh untuk senyum kambing je bila org kata kehakiman negeri serbaboleh bebas .
Dato.
PRK DUN Cempaka kelantan.
Pas boleh tidur lena bila UMNO buat keputusan angkat tangan mengaku kalah.
UMNO sepakat dan bersetuju serah DUN Cenpaka pada Pas.
Kemungkinan takut kalah.
Nak ambil hati Pas untuk ikatan perpaduan yang belum jadi nyata.
Tahniah Pas.Ternayata UMNO makin lemah dalam buat percaturan politiknya.
Itu lah baik buruk bila UMNO angkat bendera putih di DUN cempaka.
Bagaimana pula di Permatang Pauh.Adakah UMNO akan beri lauan percuma juga pada PKR.
Permatang Pauh juga UMNO akan kalah.
Dengar ceritanya di Permatang Pauh UMNO dengan Pas akan bersama menentang PKR jika DUN cempaka menang percuma.
Itulah bacaan mudah yang orang ramai katakan.
Kalau demi perpaduan Islam dan Melayu baguslah.Tapi apakan jadi pada PASMA NGO serpihan Pas.
Pasma akan main jarumnya dari dalam Pas.
UMNO sudah sukar hendak diselamatkan lagi.Sudah banyak kerosakan sana sini.
UMNO sudah jadi parti serba tak kena.
Terima kasih Dato.
\
Saya adalah peminat setia blog DAKJ. Hanya pembahas yang beretika boleh mengambil bahagian, tidak seperti di FB yang dipenuhi dengan cerca dan mencarut. Insya Allah, dilain kali saya ingin berkongsi pendapat di blog ini. Tqvm
Dato'
Memang patut lah si Kandasamy sebagai CEO 1MDB cuba memberi ulasan untuk mengembalikan balik kepercayaan rakyat Malaysia terhadap 1MDB.
Tetapi dia kena faham... menjual nama 1MDB bukan senang. Nak jual Nasi Kandar Kandasamy pun orang nak tengok dan rasa dulu bukan sekadar dengar cakap dia saja!
salam dakj
BN boleh menbanyakan kelebihanya.
yang pasti BRIM dan penurunan harga bahan bakar lebih ramai orang yang suka dari taksuka.
berniaga ini ada seni dan rahsianya.orang yang bodoh berniaga aje yang expose segalanya kepada semua orang.oleh kerana itu pandai-pandailah urus 1MDB.
pasal gst adalah pasal cukai,cukai hampir semua orang taksuka, tapi cukai adalah perlu untuk mentadbirkan negara.elok DAKJ dan juga kita senaraikan kebaikan/ keburukan kemudian fikirkanya/bahaskanya.
saya ada terdengar kontraktor /peniaga melayu mengeluh kerana mereka mendapat bahan binaan/barang dengan harga yang lebih tinggi.ini membuatkan mereka hilang daya saing dan terpaksa menjual/menawarkan khidmat dengan harga yang tinggi jua.dengan adanya gst pergerakan harga/kenaikan harga/berlainan harga jual dapat di kesan jika berlaku dengan mudah dan boleh diketahui diperingkat mana ia berlaku.mengawal masalah/punca yang kita boleh kenal pasti adalah lebih mudah. dan ini baik untuk peniaga/peruncit dan penguna.gst ini memang menggugat bagi mereka yang tak mempuyai integriti.tak boleh tipu ma.
siapa sangka harga minyak turun sekarang ni? dan saya yakin harga rumah dimalaysia boleh turun juga.yang perlu keazaman yang kuat dari kerajaan dengan membina rumah lebih banyak dari permintaan semasa.dan kerajaan jangan nak berniaga dengan rakyat dalam masalah ini tapi itu adalah tangungjawab sosial kerajaan kepada rakyat.
dalam politik di malaysia ada banyak yang tersirat dan tersurat sebagaimana berniaga yang ada seni dan rahsianya.
kita memang tak akan mampu mengatakanya dengan tepat.
Aslkum DAKJ.
Ini cerita kalau kes jenayah berlaku di negara maju dan sistem kehakiman mereka pada umumnya.
1. Hakim2 bukan saja bebas tapi tiada keraguan rakyat terhadap krbebasan hakim.
2. Hakim akan dengan gembira membenarkan permohonan pendakwa dan pembela memanggil saksi2 tanpa mengira pangkat dan gelaran. Terutama kalau ada aduan sakti pembela sedang di ugut oleh polis atau pendakwa.
3. Hakim2 sangat perihatin dgn nasib tertuduh hingga prinsip mereka adalah lebih selamat mereka membebaskan tertuduh jika terdapat sedikit pun unsur keraguan dalam bukti yg dikemukakan.
4. Hakim2 dan pendakwa tak mudah melatah hendak mengenakan hukuman menghina mahkamah bila berhadapan dgn kritikan terhadap hakim dan pendakwa.
5. Hakim2 terikat dan mematuhi etika tata kelakuan hakim demi menjaga status kebebasan hakim dan tidak memudharatkan rakyat.
Belum pernah kita dengar hakim atau ketua hakim berkawan baik hingga boleh pergi bercuti dgn peguam.
Kita juga tak pernah dengar ada peguam yg drafkan keputusan hakim.
Kita juga tak pernah dengar hakim puji2 kerajaan demi menjaga hubungan bebas antara dua cabang pentadbiran yg sangat penting demi kebaikan rakyat.
6. Perlantikan hakim dan ketua hakim benar2 bebas dari pengaruh PM atau presiden agar mereka tidak ada perasaan terhutang budi atau kelihatan terhutang budi kepada cabang eksekutif.
Di Malaysia bila pendakwa terpaksa bertungkus lumus menghina diri turun padang bersama orang politik beri penerangan pd rakyat menunjukkan rakyat tak yakin keadilan telah benar2 ditegakkan terhadap Anwar dalam kes sodomi 2.
Ternyata pemenjaraan Anwar belum tentu memberi kelebihan kpd UBN.
Dato'
Tempo Kes 1MDB dan Kes Liwat Anwar nampaknya sama naik.
Untuk menenggelamkan publicity negatif 1MDB, Khairy mencadangkan supaya UMNO membuat Roadshow untuk menjual Cerita Sodomy Anwar Ibrahim.
Mungkin Kes Sex dan Sodomy akan lebih menggiorkan sehingga Orang melayu Kampung akan terus megalihkan pandangan mereka dari 1MDB kepada cerita cerita sex...
Jika itu dia tahap pemikiran seorang yang berkelulusan Oxford, pelajar University Tempatan lebih tinggi tahap pemikirannya dari pelajar dari Oxford.
Aslkum DAKJ
Matlamat pemenjaraan ketua pejuang rakyat Anwar Ibrahim nampaknya tidak terlepas drpd bertujuan berikut:
1. Melemah dan memecahbelah perpaduan Melayu dalam PAS dan PKR.
2. Mengujudkan krisis antara parti dalam PR tentang siapa yg patut jadi ketua pembangkang baru di Parlimen.
3. Memungkinkan perpecahan dalam PKR tentang siapa yg patut jadi ketua umum yg baru.
4. Menimbulkan keraguan terhadap peribadi Anwar dikalangan org Melayu terutama yg tak suka berfikir atau yg dah terbiasa di sekolah dulu asyik jawab soalan tikam2 atau yg asyik buat latih tubi atau yg tepu dgn propaganda utusan dan tv3 hingga nampak pembabgkang senua tak betul.
5. Membuatkan rakyat terleka dgn masaalah perompakan harta negara melalui rasuah , kejatuhan hasil negara, kenaikan kos sara hidup dan ketidak upayaan IMDB membayar balik hutang berbillon rgt hingga terpaksa diselamat oleh wang rakyat dan kealpaan pihak berkuasa hingga pembunuh Altantuya tanpa motif iaitu Sirul boleh terlepas jalan2 ke Australia. Dan terkini dikabar hendak pecah rahsia besar.
Kerajaan perlu jadi betul2 baik.
Kejahatan kerajaan tidak boleh ditutup melalui strategi mengalihkan perhatian rakyat. Ingat cuma 47% rakyat masih tak cerdik dalam PRU 13.
Salam Joe Black.
Setuju.
Nmpaknya itu 'standard' Ketua2 Melayu Umno.
Dari No 1 hingga ke bawah....termasuk Oxford graduate.
Lagi banyak 'road show'....lagi kuat publisiti buat 'malaun' ini.
Secara peribadi...sy rasa tidak perlu semua ini.
Bila hukuman dijatuhkan....KIRA DIA SUDAH KALAH.
DIA TEWAS & KAPUT.'CAPUT'.
Bukan hukuman penjara yg isu nya disini.....'malaun' seperti dia tidak kisah sngat masuk keluar penjara.
Tetapi bila didpti bersalah dan dihukum... itu yg dia tidak boleh terima....hati jadi sakit...
sengal bercampur geram yg teramat sangat....kerana dia sudah kalah.
Ini yg isunya... sebab dari kelibat yg dia pamirkan sejak 2008 hingga kini..dgn 1001 pembohongan...aksi...lagak...kutukan ...demi kutukan dan perli yg dia kempar pd kerajaan Melayu ...serta kes Liwat2 ini sengaja ditundakan lebih dari 50 kali...dia berperasaan seolah2 dia kebal....dialah yg terbaik....dialah yg istimewa...dialah hero..dan isteri pun pernah berkata dia 'godsend'.
Memang betul dia hero....cuma hero pd Cina rasis Dap.... Melayu pekak dari Pkr...dan Melayu buta dan tuli
yg suka diperkudakan dari Pas sahaja.
Walhal dia sendiri pun dipacu oleh Dap.
Hata..hukuman ini secara terus telah menjadi suatu tamparan buat dia.
Adalah perkara biasa bila pengikut2 tegar ..anak isteri...peguam2 dari 'Bar Council'....yg memang anti Melayu...atau pun Ambiga serta sekutu Dap yg begitu yakin kunonnya bahawa dia lebih kuat dari dlm jel ..untuk kerja2 'menegak keadilan'....kerja2 menghentam kerajaan Melayu dsb.
Bercakap bukan susah....bukan perlu keluar bayaran...cuma kerana geram dan kecewa sebab 'malaun' yg kunon nya 'godsend' ...penuh karismatik ini telah dijelkan dan sudah Kaput.
KJ bersama Umno tidak perlu buang masa dgn 'road show' begini sebaliknya perlu berfikir tentang strategi yg lebih mantap dan berkesan untuk GE14.
Inilah yg kita bercakap pasal bijaksana sbgai ketua....bukan buat kerja2 merapu.
Terima kasih.
Dato'
Ramuan Nasi Kandar Kandasamy sudah pun diumumkan...
Nampaknya Tanah Tanah bekas kawasan Lapangan Terbang Tentera diSungai Besi akan turut di jual kepada Developer swasta dengan harga yang lumayan selepas dibeli olih 1MDB dari kerajaan dengan harga nominal...Kalau macam ni berniaga siapa pun bolih kaya cepat!
Nampaknya Nasi Kandar Kandasamy mengguna ramuan Instant. Nasi Kandar Instant rupanya!
Saudara OKJ harap habis baca dan rujuk kepada beberapa para ilmuan agama yang lain sebelum buat hukum sendiri atas cadangan GST..
Salam DAKJ
Terbaik. Saya peminat setia tuan. Pada masa depan ingin berkongsi pandangan
En. Umar Abul Aziz.
Tolong jawab mengapa Karpal Singh tuduh Anwar seorang peliwat pada 1997; di Parliament pulak tu?
(Dr.M yang mati-matian tidak percaya mengganggap sebagai fitnah keatas Timbalannya).
Malah, Mat Sabu yang pertama mencipta gelaran Al-Juburi kepada Timbalan Perdana Menteri, ketika itu, kerana perwatakan alim & warak yang beliau tonjolkan.
Anda mahu tuduh mendiang Karpal dan Mat Sabu berbohong di Parliament?
Aslkum DAKJ.
1. 10/10 org Cina tak percaya Anwar seorang peliwat. Sebab Cina ada panjang akal.
2. Kalau Melayu ramai panjang akal tidaklah Tanah Melayu hingga sekarang tergadai atau terjajah dan Melayu layu.
3. 1997 memang Karpal dan Mat Sabu ada mengucapkan perkataan yg saya dengar pun nak muntah sebab jijik dan tak benar.
Kalau mereka yakin sangat kenapa tak ulang tuduhan di luar parlimen waktu itu?
Bukankah 1997 Anwar sebagai org no dua negara adalah jelas musuh Karpal dan Mat sabu dari parti lawan?
Apa yg nak diherankan. Sejak bila pembahas ini tiba2 percaya dan memuja Mat Sabu.?
Macam kes almarhum Nik Aziz. Selama berpuluh tahun UMNO menghina beliau. Tiba2 selepas Nik Aziz meninggal 2 hari selepas Anwar di penjara maka tiba2 MAP memuji memuja Nik Aziz.
Nampak sangat tektik pecah perintah UMNO sedang beroperasi iaitu memujuk ahli PAS selepas menghentam ahli PKR.
Peristiwa org meninggal dan negara banjir oun pun ada pemimpin nak diperolehi markah politik.
Tapi bila fakta Mat Sabu mengangkat bendera putih selepas menyedari kesilapan terhadap Anwar hingga sekarang terus menyokong Anwar tidak pulak mau diketengahkan oleh pembahas ini.
Fakta Karpal sanggup menjadi ketua pasukan pembela Anwar dalam kes sodomi 2 juga sudah cukup menjawap soalan pembahas yg tak mau faham ini .
4. Sebagai bangsa Melayu kita ada banyak kerja lebih besar berbanding terlibst dgn kerja hina menfitnah. Sodomi pulak tu. Rendah sungguh peribadi org Melayu yg spt ini.
5. Kalau pun diandaikan Anwar tu peliwat , apa hak atau justifikasi kita sebagai org Islam nak sokong pemimpin2 UMNO tu ?
Bagi pemfitnah tunggulah azab Allah (tuhan yang maha gagah perkasa) diakhirat nanti. Ingatlah semua orang akan mati. Tidak ada manusia yang akan menongkat langit.
Lihatlah mereka yamg terlibat dalam Liwat 1, ramai yang dah pergi menemui pencipta mereka. Moga-moga mereka dapat berhujah di depan Allah tentang apa yang mereka lakukan ke atas saudara Anwar Ibrahim.
10/10 orang Cina termasuk Umar tidak percaya Anwar seorang Peliwat?
Sekarang sudah jelas mengapa 'Umar' sangat-sangat memerlukan Me-layu seperti Anwar untuk 'mengkuburkan' UMNO. Sama seperti LKY yang pernah berlakon memakai songkok, meraih undi untuk 'menghalau UMNO dari Singapura?
"Kalau mereka yakin sangat kenapa tak ulang tuduhan di luar parlimen waktu itu?"
Jadi Karpal dan Mat Sabu berbohong dan mereka-reka cerita di Parliament untuk memfitnah musuh dan kamu sokong tindakan ini.
Sebaliknya, bila musuh ini sudah menjadi kawan, kamu tuduh UMNO pula yang fitnah 'pemimpin harapan kamu' atas cerita yang sama.
Dr.M telah pun menceritakan kisah homosexual + orgy Anwar dengan 4 wanita muda dalam memoir, A Doctor in the House.
Dr.M tidak menuduh Anwar di Parliament. Mengapa tak berani saman? Ummi Hafilda pun tak berani saman. Nalla yang terang-terangan membuat tuduhan, pun tak berani saman.
Pasal Mat Sabu, kita boleh membaca mengapa dia 'angkat bendera putih' dan sokong Anwar dan siapa yang 'bela' dia di PBAPP. Maklumlah, dia bukan lagi Ahli Parlimen. Walaupun Naib President PAS, berapa sangat yang dapat. Selepas terbongkar kisah Tabung Memali, orang dah tak berani menderma dalam tin-milo jika beliau berceramah. Mungkin PASMA akan membuka rezeki lebih kepadanya.
AliSetapak.
Hang jangan nak merapu. Bagi tahu(tau) siapa yang dah mati. Yang saya tahu(tau) Karpal Singh yang pertama tuduh, dah mati dan sudah tentu beliau amat tak suka dan tak takut dengan 'Allah' orang Melayu. Kalau tidak, takkan beliau pernah suruh PAS langkah mayat beliau dulu jika mahu laksana Hudud.
Aslkum DAKJ
Sdr AliSetapak.
Kalau tak silap saya , Mohtar Abdullah iaitu Mantan Peguam Negara, hakim Agustine Paul dan hakim Ariffin Jaka dah pun meninggal dunia.
Tak boleh menghalang malaikat maut datang mencabut nyawa.
Walaupun mereka andainya dikawal oleh semua pasukan polis termasuk mantan IGP yg terlibat dgn fitnah liwat 1.
Setiap yg bernyawa pasti mati termasuk peguam Muhammad Shaffee Abdullah yg dikatakan hebat berhujah.
Yg pasti kalau di dunia manusia boleh bercakap apa saja sebab lidah tak bertulang tetapi di hadapan Allah mulut tak dibenar bercakap.
Tapi puak2 ni masih tak mau yakin.
Mati adalah lumrah alam, lebih-lebih lagi kepada manusia yang dah tua-bangka. Begitu juga Hakim, selalunya yang sudah lanjut usia. Oleh itu, kematian sesaorang tiada kena-mengena dengan apa yang mereka lakukan semasa hidup.
Di alam maya ini, kebarangkalian petualang gemar mengaitkan hukum Allah dengan balasan dosa di akhirat adalah mereka yang 'mau' menyamar sebagai hambaNya. Maklumlah orang Melayu-Islam terbiasa ditakut-takutkan dengan kematian, iblis dan hari-kiamat ketika diajar 'Agama' oleh orang agama. Mereka mudah terpengaruh dengan orang berlakon warak atau yang memakai pakaian 'Agama', yakni Arab. Lebih menyakinkan bila penyamar asyik 'mengukir' perkataan Arab dan menggunakan nama Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Sebab itu saya amat meluat ahli poltik yang menggunakkan Agama untuk meraih sokongan demi kuasa dan WANG. Ini kerana mereka akan jadi pengubal undang-undang yang memihak kepada kepentingan mereka. Sampai mati pun boleh jadi YB. Inilah yang menjadikan kroni-kroni mereka taksub kerana habuan dan laba yang bakal hilang jika ahli politik 'kesayangan' mereka sudah tiada didunia ini.
"Tapi puak2 ni masih tak mau yakin."
Bukan saya tak 'mau' yakin. Saya mati-matian percaya, tanpa ragu-ragu, bahawa Saudara kamu, Anwar Ibrahim bersalah meliwat perkerjanya.
Teraniayalah mangsa liwat jika orang yang di dapati bersalah melakukannya diampun oleh DYMM YDP Agong, Sultan Negeri saya berasal, Kedah.
Mohon Baginda contohi ketegasan Presiden Indonesia dalam melaksanakan hukuman undang-undang negara, tanpa menghiraukan bantahan dunia.
Keadilan kepada mangsa bagaimana? Bayar pampasan?
Post a Comment