A Kadir Jasin
MUTAKHIR, 10 April
– Terima kasih kepada pembahas kerana merujuk kepada temu ramah berakam
(recorded interview) TV3 dengan Perdana Menteri malam tadi.
Surat khabar arus perdana kata
“semua dijawab”. Maksudnya Mohd Najib Abdul Razak menjawab “semua” soalan Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Hamdan temu ramah PM di TV3 malam tadi - Gambar Rockybru. |
Saya tidak salahkan mereka
menulis tajuk berita sedemikian kerana saya yakin para petugas mereka tidak
membaca blog Dr Mahathir di chedet.cc atau mana-mana laman berita yang memetik
soalan-soalan yang beliau kemukakan kepada Mohd Najib apatah lagi menyiarkan
soalan-soalan beliau dalam akhbar atau di stesen TV mereka.
Malang bagi mereka dan bagi
Perdana Menteri kerana ada di antara yang membaca akhbar arus perdana dan
menonton TV3 turut melayari blog Dr Mahathir dan portal-portal berita untuk
mengetahui apa yang beliau tanya.
Dr Mahathir tidak pernah kata
atau buat andaian Mohd Najib kenal Altantuya apatah lagi terlibat dalam pembunuhannya.
Tapi itulah yang Mohd Najib bersumpah berkali-kali.
UPDATE, 9 April - Tun Dr Mahathir Mohamad hari mencabar penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, supaya mengisyiharkan sokongan mereka kepada 1MDB dan modus operandi urus niaganya.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata mereka perlu menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan mengenai 1MDB kalau mereka setuju dengan Mohd Najib dan menyokong beliau. (Rencana penuh di sini).
POSTING ASAL
IBU Sirul Azhar Umar, Piah Ahmad, telah berjumpa bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata mereka perlu menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan mengenai 1MDB kalau mereka setuju dengan Mohd Najib dan menyokong beliau. (Rencana penuh di sini).
POSTING ASAL
IBU Sirul Azhar Umar, Piah Ahmad, telah berjumpa bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.
Sirul buatkan ramai "love PM". Kata orang "I Love PM" adalah legasi Allahyarham (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis |
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Laporan beberapa portal berita
bebas berkata beliau diiringi oleh Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen
Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Awal pagi ini, dalam jawapan
kepada SMS saya, Mahfuz mengesahkan yang perjumpaan itu berlaku semalam (Rabu).
(Dari Kiri) Mahfuz, Dr Mahathir, Ibu dan bapa saudara Sirul (FMT) |
Ibu Sirul dikatakan telah berkongsi maklumat dan beberapa fakta rahsia dengan Dr Mahathir berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Sirul bersama Cif Inspektor
Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari
lalu atas tuduhan membunuh Altantuya. Sirul tidak hadir mahkamah dan muncul di
Australia kemudiannya.
Wallahuaklam.
86 comments:
Saya bimbang akan keselamatan Tun Mahathir. I worry for Tun's safety and hope that his family as well as other caring Malaysians will see to this. Please don't take this matter lightly. Kami sayang Tun dan doa utk keselamatan beliau.
Kalau sesuatu berlaku kpd Tun dari segi keselamatan Memang sah bangang la pihak tu..meminjam perkataan DS Najib
Getaran mengusik jiwa bermula
Nampaknya tun sudah bergandingan dengan mahfuz omar. Partner yg tak berapa padan.
Sallam Dato'
Sekarang ini sudah terlampau (beratus) banyak filem dalam TV berkenaan polis terutamanya di Hollywood.
Dahulu, saya cukup minat dengan cerita Miami Vice lakonan Don Johnson.
Cerita Hindustan pun banyak. Polis dipanggil "Inspektor Sab"
Setahu saya motif (punca/sebab jenayah dilakukan) adalah antara perkara utama dalam siasatan polis.
Kalaulah cerita polis berkenaan jenayah tetapi tidak ada motif, agak pelik dan heran.
Dalam kes Sirul, agak heran, apa agaknya motifnya.
Elok juga, Sirul beritahukan kepada Dr.M sebabnya.
Kalau DS Najib sebagai Menteri Pertahanan, satu ketika dulu, berurusan sendiri, tanpa mengunakan orang tengah atau broker untuk membeli Kapalselam dari Perancis:-
1- WANG Rakyat dapat dijimatkan dengan banyak.
2- Altantuya masih hidup dan sudah tentu tidak ada sekelumit pun peluang untuk cilok-masuk, ambil kesempatan peras ugut atau minta bayaran dari sesiapa.
3- Hari ini, Tun Dr.M sudah tentu tidak perlu berjumpa ibu Sirul dan oleh kerana Mahfuz Omar ada bersama, mereka yang sayangkan Dr.M tidak akan beranggapan beliau telah mula 'berkawan' dengan pembangkang untuk menjatuhkan DS Najib.
Yang pelik, siapakah Razak Baginda ini sehingga diberi lampu-hijau mewakili kerajaan untuk membeli Kapalselam?
Begitu juga dengan Jho Low yang menjadi broker untuk berurusan bagi pihak 1MDB.
Mengapa tidak menggunakan Khazanah atau AFFIN Bank, bank yang dipunyai oleh Angkatan Tentera Malaysia, dalam urusan yang pembelian Kapalselam?
(Sebagai Menteri Pertahanan, inilah peluang terbaik untuk berbakti kepada anggota Tentera)
Maafkan saya kerana ternampak seolah-olah saya sudah berada di pihak yang sama dengan 'Umar Abdul Aziz', menyerang BN. Mungkin 'Umar' sudah mula menyokong PM DS Najib sebagai persedian menghadapi PRU14.
Kami doakan agar Tun M terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam perjuangannya membongkar kebatilan dan kepalsuan dalam isu Altantuya ini. Sirul juga memerlukan keadilan seandainya perbuatannya dilakukan itu atas arahan atau paksaan seseorang. Apa sekalipun kita sebagai orang Islam perlu yakin bahawa Kebenaran sedang berada diambang pintu sesuai dengan peringatan dari Allah SWT : “Malah Kami lontarkan kebenaran ke atas kepalsuan lalu ia mengalahkannya dan tiba-tiba kepalsuan itu terus lenyap” (Surah al-Anbia : 18). Ayat ini jelas menggambarkan bahawa al-Haq (Kebenaran) akan menghapuskan kebatilan dan kepalsuan. Kebatilan dan kepalsuan adalah sesuatu yang bersifat baru…, dilakukan manusia dan justeru itu ia menyimpang dari sistem Illahi dan tidak diredhai Allah.
Now Mahfuz Omar, a friend of a murderer and a rebellious old dreamer Tun Mahathir has made their move. They do not respect court decision and make Malaysian court a laughing stock in the world.
How Sirul passed the immigration and flew to Australia is yet to be known. Good job IGP and Attorney General. You all have done a very good job. How a convicted can pass through immigration who had killed someone can fly. Air Asia should change their motto: Now convicted murderer can also fly.
Usin, kamu ni dari planet mana? Gambar profil kamu macam orang putih. Kamu orang aristokrat suku sakat Marie Antoinnet kot.
Bila orang bagi tahu Marie Antoinnet bini raja Perancis terakhir yang rakyat jelata susah sampai tak ada roti nak makan, dia kata "Suruh mereka makan kek."
Tun Dr Mahathir bukan macam Najib. Dia berkawan dan jumpa semua orang tak kira panhgkat dan darjat untuk tahu perkara sebenar. Jadi apa yang tak layah dia duduk sama dengan Mahfuz.
Kamu nampak ka Najib pi walkabout di shopping complex atau bawa kereta sendiri macam Tun Dr Mahathir?
Kalau nak sokong najib pun biar la ada kelas sikit.
Datuk, saya antara peminat filem-filem Tamil. Sebahagian besar filem Tamil jauh lebih baik berbanding filem-filem Melayu sekarang ini kerana ada perkara yang hendak dilontarkan.
Filem Tamil banyak memperjuangkan keadilan sosial dan politik untuk golongan marhaen. Sistem perundangan dan kehakiman menjadi sasaran pembuat filem Tamil kerana korup. Undang-undang memihak kepada golongan berpengaruh.
Undang-undang dibuat oleh manusia untuk kepentingan manusia. Manusia yang membuat dan menjalankan undang-undang bukanlah orang marhean.
Dalam filem Tamil, kita akan bersemangat kerana pada akhir cerita hero (sudah tentu marhaen) berjaya membongkar korupsi termasuk mahkamah dan orang politik. Tapi itu dalam filem, pada alam realiti di India pun macam tak ada yang boleh menentang pihak yang korup.
Kalau dalam filem Tamil, watak Sirul dan Azilah akan mencapai kejayaan dan filem ditamatkan dengan happy ending. Maaf Datuk sebab saya begitu teruja dengan filem Tamil. Sebabnya dalam filem Tamil saya ada ruang eskapisme apabila setiap penganiayaan atau ketidakadilan akan ditewaskan. Kalau tidak ada keadilan di alam realiti, saya dapat menikmatinya dalam filem Tamil.
Salam sdra RD.
Tidak perlu minta maaf pd Troll...kerana sdra konsistent dgn pendirian dan tetap mahu Umno bebas dari ketua2 seperti Presiden Parti dan Penggilap Epal...sy menyokong pendirian sdra.
Troll mana ada pendirian dan selalu berat sebelah dan tidak melihat isu dari meritnya.
Terima kasih.
Itu masalahnya....org2 begini terlalu cepat membuat andaian...seperti Rafizi menuduh Putra Jaya membeli BMW.
Cakap tanpa berfikir.
Saya suka tonton cerita 'a few good man' lakonan Tom Cruise..Cerita askar yang menerima arahan dari bos dia utk melakukan pembunuhan
yana 3:23 AM
Kamu tak perlu bimbang akan keselamatan Tun Mahathir kerana ALLAH masih ada. Tapi tak tau lah kalau dia menaiki helikopter.
salam Dato,
Kita tunggu bila Polis nak ambil
Tun.. laporan telah dibuat oleh
NGO (SAMM) ..kerana menghasut rakyat untuk membenci Dato Najib.Bila pula
membenci menjadi satu kesalahan?
Actually perkara ini senang saja untuk diselesaikan..PM can order IGP to siasat tuduhan Si Sirul tu.. macam dia order AG to audit 1MDB. .kuasa penuh di tangan dia..Dia kan PM yang sangat di sayangi oleh rakyat jelata..
usin 8:43AM.
Salah ke Tun Mahathir berganding dengan Mahfuz Omar yang mempunyai niat untuk pencerahan di sebalik kes pemunuhan Altantuyya.
Kalau dah puak puak UMNO-BARU sendiri
tidak mau kan kebenaran apa salah hamba ALLAH dari PAS ini membuka ruang sehingga di hujung terowong nanti menyinarkan cahaya kebenaran nya.
Nampaknya SAMM ( Solidariti Anak Muda Msia ) dah buat laporan polis terhadap TD Mahathir. Dato Paduka Khairudin buat laporan polis mengenai 1MDB telah diambil tindakan (dijatuhkan ke tahap muflis). SAMM kononnya cuba jadi 'apple polisher' kepada tuannya tanpa mengambil kira sumbangan TDM kepada negara. Cuba bandingkan subangan TDM dengan sumbangan orang yang disokong oleh SAMM. Nampak sangat ' clueless' dengan misi dan visi yang berkecamuk. Apa lagi yang SAMM mau ?
Semoga doa orang yang teraniaya dimakbulkan..penzalim akan menerima balasan di dunia dan seksaan api neraka yang menyala..
Mahfuz Omar is absolutely against Islamic teachings, who defending a truly and unapologetic convicted murderer. Bertaubatlah Mahfuz Omar. Does not matter his action based on instruction given or not. He has killed a person and that is against Al-Quranic teachings. Mahfuz Omar not fit to be in the Kepimpinan Tertinggi PAS.
Why Mahathir has kept silence since year 2006 that is almost 9 years and why he was not investigated given Sirul was also his bodyguard? Mahathir motive is questionable. Why now?
Tengok Mahfuz omar kawan baik je dengan orang-orang ameno..
Hari ini genap seminggu kita terima lontaran persoalan paling "masyur" daripada Chedet untuk Najib. Maka seminggu jugalah kita dah menunggu jawapan Najib daripada perkara yang dianggap "merepek" olehnya. Dalam seminggu ini jugalah beberapa perkara singnifikan telah berlaku, antaranya:
1). Nahas helikopter yang mengorbankan "Setiausaha Sulit " Najib (agaknya byk (berat/sarat) perkara "Sulit" yang diketahuinya).
2). Pernyataan ulangan sokongan para "Pengilap Kasut" terhadap Najib dan melekehkan Chedet dgn kenyataan kebudak-budakan.
3). Najib nak bina 100,000 rumah utk penjawat awam (utk yg kerja swasta & sendiri takde ke?)..bunyinya macam slogan nak alihkan isu semasa je..hari tu janji nak beli 1000 bas dah beli lom? dan
4). Chedet jumpa ibu Sirul ditemani Mahfuz rakan senegerinye.
Jadinya dalam seminggu tu macam-macam perkara berlaku..tapi persoalan hakiki kepada Najib masih belum dijawabnya...drp seminggu jadi dua lepas tu sebulan lepas tu..jatuh atau terhempas lagi..banjir lagi..main golf lagi..bercuti lagi..beli lagi..duit lesap lagi..sorokkan duit lagi, hari tu sorokan duit kat pulau Caymen, lepas tu pulau Singapura, lepas ni pulau mana pula..Pulau Besar Kot.
Aku sangat berharap yang di hormati Chedet jagalah kesihatan dan keselamatan..sebab kami membesar diera kamu..dan aku tahu beza intan dgn kaca. Intan tak perlu di gilap.
Mr. Master kang aku cakap kamu "bodoh" kang kau musti marah punya. Tahun 2006, Polis baru nak siasat, lepas tu turun naik mahkamah sekejap salah, sekejap tak salah, salah balik, tahun ni baru jatuh hukuman, maka adanya Sirul dgn kuasa "Allah" telah caklibut ke Australia..makanya tahun ini jugalah Chedet beri kenyataan bahawa hukuman bunuh pada pesalah yang telah diarahkan membunuh adalah "kejam" lagi-lagi pembunuhan yg dilakukan penjawat awam. Maka itulah sebabnye Chedet ontok je sejak 2006 sehinggalah putus hukuman pada tahun ini.
Saudara Niesa,
Saya amat setuju, cerita "A few Good Men" agak menarik.
Ia mengesahkan dua orang askar yang dibicarakan kes bunuh dalam kem askar.
Kedua-dua askar enggan memberitahu siapa yang mengarahkan pembunuhan.
Disebabkan kebijaksanaan Tom Cruise, maka akhirnya terbongkar juga rahsia siapa yang memberikan arahan. (Seorang General- lakonan Jack Nicholson)
Ada persamaan Tom Cruise dengan Dr.M iaitu, walaupun berpuluh-puluh tahun, wajah mereka macam itu jugak, tidak berubah.
Mungkin Dr.M boleh buat seperti Tom Cruise.
Allahukbar..
Moga ALLAH beri kebenaran..
SEGALA MACAM PERKARA AJAIB YANG AKAN BERLAKU,
.. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”)..
Prof. Teo Kok Seong menulis:.. “Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihat polarisasi politik, dengan pola pengundian kaum Cina yang kuat menyokong pihak pembangkang khususnya DAP. Dianggarkan sekitar 90 peratus undi kaum Cina memihak kepada pembangkang.”.. Beliau meneliti bahawa gelombang yang hampir-hampir meruntuhkan pembentukan kerajaan BN adalah mencerminkan hasrat sebenar kaum Cina. “Sesungguhnya percaturan kaum Cina itu untuk bersama-sama pembangkang adalah satu strategi yang mereka fikirkan pintar,” kat Prof. Teo.. Janganlah kini hanya kerana hajat mereka tidak kesampaian, maka orang Cina mahu berpura-pura bahawa bukan mereka yang menjayakan gelombang anti-BN.
Pengkhianat yahudi dan DAP berterusan menjalankan aktiviti menghasut dan melaga2kan antara kaum serta antara negeri2..mereka telah dapat tiket free apabila dapat melaga2kan Dr.M dengan PM menyibukkan kedua2 belah pihak dengan isu panas...mereka tak perlu campur tangan pun melainkan melalui readbean army yg sering saja mencelah mencucuk jarum meracun pemikiran kedua2 pihak yg saling tuduh menuduh (benarlah kata ulama, iblis masuk ke dalam akal melalui pintu yg terbuka akibat perbalahan)..
..”Sirul juga boleh mendedahkan siapa yg mengarahkannya semasa dipanggil membela diri..Beliau mengambil keputusan membela diri dari kandang tertuduh seperti mana Anwar Ibrahim.. Beliau tak boleh disoal oleh Pendakwaraya, beliau bebas membuat sebarang pendedahan, namun beliau memilih untuk menafikan melakukan pembunuhan tersebut..Sirul sebagai pelarian di Australia boleh sahaja menamakan siapa yg mengarahkan beliau di sana dan kita akan menyiasat jika ada bukti baharu..Jabatan Peguam Negara memutuskan kes ini telah selesai dan hanya akan membukanya jika ada bukti baharu dikemukakan.”
"...kes ini telah dibicarakan dalam perbicaraan yg panjang, sepatutnya inilah masa dan tempat yg tepat untuk membela tertuduh tetapi kenapa masa peluang membela diri ini... pembangkang, mahfuz mahupun Dr.M tidak tampil ke Mahkamah menawar diri memberikan bukti2 yang kononnya ada pada mereka...kenapa ikut gaya pengkhianat negara yg menggunakan "mahkamah jalanan" yg penuh dengan tanggapan dan fitnah semata2.. maka keluarlah pakar2 fitnah dan persepsi kononnya tak pernah bersetuju dgn Dr.M kecuali kali ini dan meneruskan perbicaraan melalui media social yg siap dengan rempah ratus tuduhan dan hukuman sekaligus...Najib jawab atau tidak, hukumannya telah dijuruskan kepada bersalah..sekali lagi pertanyaan..kemana semua pakar2 ini semasa perbicaraan sebenar di Mahkamah..sebab di Mahkamah tak boleh putar alam dengan fitnah dan persepsi.
...Sebaliknya dalam diam2 kafir harbi DAP dan pengkhianat lain kini mula menabur racun di Sabah dan Sarawak..walaupun kedua2 CM menyatakan sokongan penuh kepada BN dibawah PM Najib, setidak2nya kegelisahan telah berjaya ditaburkan.. Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).
Anda baca ke twitter Rafizi yang anda anggap ia tuduhan.
Baca dulu bahasanya.
Salam sdra Ku Seman.
Sy sejutu dgn wacana sdra.....tentang filem Tamil yg cukup garam masala... penuh dgn aksi bohong.....yg tidak masuk akal....tetapi menghiburkan...dan masih berupaya memberi mesej yg 'solid' untuk penonton sedari.
Penyamun...penyangak...perogol..pembunuh..Menteri korup 'kaki pedukang' ..ketua kmpg kaki todi...kaki perempuan ...pegawai polis atau kerajaan yg korup dsb tidak akan terlepas dan akan menerima balasan dari 'hero' yg macho (dulu2 perut boroi)..tetapi kini sasa seperti 'Rambo' diakhir cerita.
Tetapi didunia yg nyata.....jarang yg berkesudahan begini....lebih2 lagi dinegara sendiri.
Peliwat masih disanjung tinggi walaupun dipenjarakan...dan disamakan dgn tokoh2 dunia seperti Ghandhi dan Mandela......Menteri2 korup 'kaki pedukang'.....kaki segala apa pun dijulang.......penyamun mcm Jho Low pula menerima gelaran 'Corporate Maverick' dan menjadi kawan pd Ketua....'gangstar' yg ditangkap diluar negara pun mahu diselamatkan oleh ketua ....bekas Menteri atau org2 tertentu yg ada salah laku tetapi kerana rapat dgn Presiden Parti pun boleh menjadi Pengerusi GLC .....Ketua2 Bahagian Parti yg penuh skandal....pun masih 'relevan' dan kekal.
Inilah hakikatnya....sebab ramai dari mereka terlepas begitu sahaja....tidak ditangkap atau dipukul oleh 'hero' seperti filem Tamil yg sdra sebutkan.
Dan seperti topik2 kini dan yg lepas2....Presiden Parti yg kehilangan plot berserta 1001 kontroversi pun masih ditatang dan dijulang oleh Penggilap Epal dan kaki jilat dgn tidak rasa penat2 kerana mempunyai kepentingan tertentu.
Ini realiti.
Tetapi kini bila ada 'hero' seperti Tun M yg terbang dan cuba menyelamatkan rakyat marhain dari ditindas......masih ada pula yg marah dan tercabar.
Ini juga realiti.
Tetapi....sy percaya...Tun M akan berjaya dlm 'tugas' ini.
Dia yg memegang watak Protoganis ini akan akhirnya berjaya menghukum dan menumbang juga Antoganis ini....InshaAllah.
Kalau tidak sy akan seperti sdra...mndpt kepuasan dgn menonton filem Tamil sahaja.
Terima kasih.
Saudara MSH.
Saya bukan minta maaf pada troll tu. Saya minta maaf dari mereka yang menyokong konsep BN dan sayangkan UMNO, bukan kepada pemimpin. Kalau pemimpin itu tegas dan bagus, tak apa lah nak sayang pun.
Saya pun tak berapa berkenan dengan Mahfuz ni. Saya takut dia ambil kesempatan keatas kedukaan ibu Sirul demi kepentingan politik. Saya pun tidak mahu membela Sirul, kerana hanya orang yang mempunyai hati yang kering, sanggup membunuh orang. Lainlah kalau Altantuya is a spy ke apa.
Tidak juga di ketahui samada Azilah dan Sirul menerima sebarang bayar atau duit kopi untuk buat kerja lebih masa. Kata Altantuya mengugut Razak Baginda, tapi mengapa guna bbodyguard PM?
Ataupun, arahan diberi untuk 'bereskan' masaalah perempuan itu, bukan bermaksud 'bunuh'.
Mengenai laporan Polis terhadap Dr.M oleh SAMM, saya rasa mereka akan menyesal ataupun mereka sengaja mahu sabotage Najib. Macam Dato AKJ cerita mengenai kebodohan Anwar membuat laporan Polis terhadap surat layang menuduh beliau meliwat.
Nampaknya Umar Abdul Aziz sudah mula mendiamkan diri. Mungkin beliau sudah kembali menyokong PM sebagai pesediaan PRU14. Maklumlah Najib adalah asset paling berharga kepada Pakatan untuk menang PRU14.
Dr.M pun baru saja mencabar mereka yang menyokong Najib untuk turut menyokong 1MDB dan Jho Low.
Nampaknya Dr.M telah berjaya membuat Najib lebih bekerja keras untuk manafaat kakitangan awam. Tabur lagi gula-gula. Habislah tanah krajaan bagi free kepada Pemaju.
Org politik tidak bermusuh..mereka hanya berbeda ideologi dan pendapat.
Seperti apa yg saya pernah baca di media2..Najib telah mengangkat sumpah dalam mesjid yg menafikan beliau tidak terbabit dlm pembunuhan wanita Mongolia itu. Persoalan nya..' hanya Najib aja ke yg angkat sumpah ". Kan Sirul dan teman nya itu ialah Pegawai Keselamatan Najib and family. So they must be somebody within the circle that ordered the termination of that Mongolian woman. ( just an assumption ).
Aaiikkk masih ada lagi org yg in 'denial mode'....apa twitter yg sdra maksudkan lagi?
Bila mana pihak BMW menafikan kereta BMW dibeli PutraJaya seperti yg di 'alledged' by Rafizi pd pemberita.
'Alledged' maksudnya tuduhan bro.
Ini masalahnya dgn puak2 bangkang...selalu tidak menerima hakikat.
Salam DAKJ,
1. Saya bersetuju dengan RON95 berhubung dengan peribadi TDM. Saya berpendapat TDM tidak mengira darjat. Contohnya, beliau berbesan dengan pesara polis biasa iaitu Zakaria, bapa mertua Mukhriz. Masa akad nikah dirumah Zakaria, TDM dan keluarganya ada di atas rumah yang tingkapnya terbuka dan boleh disaksikan orang ramai. Cuaca panas terik. Tuan rumah tidak menghidangkan air minuman kerana jamuan kenduri dibuat dikhemah. Saya mengintai dan meminta isteri saya memberitahu tuan rumah supaya menghidangkan air untuk tetamu. Air sirap dihidangkan dan saya lihat TDM dan anggota keluarganya dengan segera minum kerana kehausan. Dikhemah sedia menunggu TS Isa Samad dan Napsiah Omar. Dato Hj Wan Adli Wan Ibrahim bertugas sebagai penunggu tangga. Itulah peristiwa yang berlaku pada awal 90an.Saya mengagumi TDM dan keluarganya.
2. Hakikat di atas amat berbeza dengan FLOM sekarang, yang telah membuang keluarga (mak cik, adik dan sepupu) di Gedong Lalang, Seremban. Malahan tidak merestui perkahwinan anak perempuannya dengan artis Fadzley Dato Yaakob. Mungkin tidak sedarjat dengannya.
3. Berbalik kepada kes Sirul, saya mengalu-alukan kesudian TDM bertemu dengan ibu Sirul. Lagipun Sirul juga adalah bekas pengawal peribadi TDM. Cuma alangkah baiknya proses mendapatkan maklumat motif ini diperolehi dari mulut Sirul sendiri. Sama ada TDM atau pihak lain yang prihatin, buat satu SD atau Akuan Bersumpah yang divideokan sebagai bukti. Prioriti diperlukan sebelum ada anasir lain bertindak sebaliknya.
4. Selain semuanya bertumpu kepada Sirul, kenapa Azilah Hadri dilupakan. Adakah beliau tidak boleh dilawati? atau adakah hanya pihak penjara dan polis sahaja ada akses kepadanya? Kita bimbang ada pihak yang menekannya supaya kebenaran menjadi berbeza antara Sirul dengan Azilah Hadri.
5. Semoga episod ini cepat selesai ke penghujungnya....
Wallahuaklam.
Semoga tun mahathir selamat demi perjuangkan suara rakyat..banyak rakyat dah tanya ttg najib pm kita nie, semoga Allah akan menolong orang2yg benar dn dlm kesulitan..saya dah tak sabar nak tunggu kesudahannya..semoga negara dn rakyat kita selamat, tiada nyawa yg terkorban..
Salam Datuk,
Secara ikhlasnya saya doakan keselamatan dan kesihatan untuk Tun M dan Datuk. Perjuangan Tun dan Datuk rakyat hargai.
DAKJ,
A simple comment by Tun in his blog, "I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him."
-Competente-
Salam Dato.
Lontaran Akmy diatas wajar diberi perhatian serius oleh Kerajaan BN juga org2 Melayu tentang betapa liciknya Kumpulan Fanatik Kristan meracuni minda org2 Cina Malaysia agar membenci BN yg didokong oleh Melayu Umno semasa GE13....seperti yg diceritakan oleh Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan dlm temuramah dgn Malaysian Digest.
Sentimen tersebut telah pun diterjemahkan dgn keputusan GE13 dimana 90% org Cina telah mengundi Pembangkang khususnya Dap.
Tidak perlu lagi org Melayu menyangkal atau menidakan cerita Huang......kerana semua (90% org Cina menyokong Pembangkang khusus nya Dap) ada lah fakta dan bukan direka2.
Memang jelas....mereka tidak lagi menyokong kerajaan yg didokong oleh org Melayu.
Malah.....sejurus selepas keputusan GE 13 diumum...Najib sendiri pun bertanya "Apa lagi Cina Mahu" ?
Agak pelik dan tidak masuk akal pula bilamana....Najib bertanya begitu.
Adakah dia tidak menjangka.....atau
adakah dia buat2 'bodoh' dgn bertanya begitu?
Tetapi dari pengamatan sy....dia memang tidak langsung menjangka dan dia memang 'terkejut yg teramat sangat'.....seperti melihat hantu...atau org kata 'terkejut berok'.
Kesian dia....kerana begitu 'naive' sekali...kerana tidak menjangka atau mungkin 'over confident' dgn cara kempen 'I Love PM' .. pemberian BRIM dll yg dia telah lakukan sebelum ini.
Dia memang telah salah strategi ...dan selepas keputusan diumumkan..dia tentu rasa begitu 'bodoh' sekali kerana dipermainkan oleh org2 Cina yg manis didepan dan menyokong Parti Pembangkang terutama Dap dibelakang.
Mca dan Gerakan pun sedikit sebanyak telah 'memperdayakan' dia juga.....sibuk dan penuh janji2 palsu pd beliau...tentang sokongan org Cina pd BN..
Ini suatu pengajaran yg cukup pedih bagi ketua2 Melayu seperti dia....malah Ali Rastam dan Gahni pun terkedu kedu jadinya.
Tetapi kini sy tidak merasa kasihan lagi pd dia ....tetapi kesian sy lebih pd rakyat terutama bangsa sendiri dan ugama yg kini diasak berterusan 24/7 oleh Pembangkang terutama Dap dgn tuduhan ...cemohan...dan tuntutan yg bertalu2 seakan2 BN tidak demokratik... menindas....tidak moderat..dsb.
Lontaran Akmy....wajar difahami...dimengerti dan dibuat iktibar oleh Melayu Pas...Melayu Pkr betapa mereka juga dipergunakan Dap untuk menjayakan agenda Fanatik Kristian melalui Dap (rakan sekutu) menjatuhkan Kerajaan Melayu.
Yg jelas...BN memang bersikap adil pd semua kaum...tetapi kini permasalahannya adalah kerana Presiden yg 'terkejut berok' 2 tahun yg lepas kini telah kehilangan plot pula.
Terima kasih pd Akmy atas lontaran diatas.
Aslkum DAKJ
Soal jawab PM Najib dgn TV3.
Yg tukang soal pun terikat dgn apa soalan boleh soal.
Tiada peluang penonton atau ahli panel lain soal.
Menjadikan keseluruhan program diguna buang masa rakyat.
Carilah PM lain pulak.
Rafizi berkata, beliau mendapat maklumat terdapat 6 buah kereta mewah jenis BMW yang tertera jata negara disimpan di sebuah pusat jualan kenderaan mewah di Puchong, Selangor.
BMWMenurutnya, kesemua kenderaan mewah jenis BMW 7 -Series yang dianggarkan berharga lebih setengah juta ringgit setiap satu itu mengundang spekulasi bahawa ia milik kerajaan.
“Pagi-pagi ini saya telah mendapat maklumat dan gambar-gambar 6 buah kereta BMW 7 series di BMW Cawangan Bandar Puteri, Puchong.
“Tidak mempunyai nombor pendaftaran, sebaliknya kereta-kereta mewah ini hanya mempunyai jata negara yang mengundang spekulasi,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Jesteru beliau menggesa pihak BMW menjelaskan status kereta mewah tersebut dan menggesa kerajaan memberikan jawapan apakah benar kereta mewah tersebut telah dibeli bagi pihak kerajaan.
Rarizi bukan ud mcm anda
Y. Bhg Dato'
Sebagai seorang pemimpin Dato Najib telah membuat dua kenyaatan menarik dalam interviu di TV3.
2. Pertama dia mendengar pandangan dan kritikan Dr Mahathir dan terus menghormatinya sebagai seorang negarawan. Tetapi dia sebagai Perdana Menteri dia bertanggong jawap diatas keputusannya dan membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan bukan atas kepentingan individu tertentu.
3. Keduanya dia tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang sekiranya terbukti menyalah gunakan kuasa dalam pengurusan IMDB. Untuk mempastikan perkara ini dia telah bersetuju supaya Audit Negara dan Public Account Committe diberikan kuaasa untuk memulakan siasatan segera.
4. Keterbukaannya sedemikian harus memberi ruang semula kepada kita untuk membuat penilaian sewajarnya kepada kualiti kepimpinan Najib.
5. Dia meletakan kepentingan Negara mengatasi kepentingan politik peribadinya. Sebab itu dia terus melaksanakan GST kerana itulah sistem percukaian yang dapat menentukan kestabilan pendapatan Negara walaupun dari segi politik boleh merugikan nya. Dia meneruskan dasar transformasi ekonomi walaupun itu bukan dasar popular untuk kepentingan politik peribadi.
6. Keterbukaannya mengarahkan Audit Negara dan Public Account Committe memulakan tindakan segera dapat menangkis persepsi buruk terhadap pengurusan 1MDB. Persoalanya boleh kah kita menunggu sehingga kedua-dua pihak membuat siasatan dan sementara waktu ini berhenti mebuat spekulasi buruk mengenai 1MDB.
7. Mengenai kes melibatkan Atlantuya, saya berpendapat perkara tersebut tidak harus terus dibincangkan kerana Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan. Najib juga telah mengulangi sumpahnya dan menjelaskan kes tersebut berlaku semasa Pak Lah adalah Perdana Menteri.
8. Akhirnya rakyat akan membuat keputusan. Mengapa Dr Mahathir perlu takut UMNO dan BN akan hilang kuasa pada PR 14. Mereka yang diberi mandat oleh ahli parti ialah mereka yang memimpin sekarang. Mereka lah yang patut takut sekiranya apa yang dilakukan oleh Kerajaan sekarang tidak betul dan boleh menyebabkan UMNO dan BN kecundang.
9. Dengan penyataan sokongan kepada Najib setiap hari menampakan mereka yakin dengan keyakinan Najib dan BN akan terus menang. Itulah persepsi dan keyakinan mereka.
10. Dr Mahathir mungkin terus tidak bersetuju dan apakah kuasa Najib untuk menahan Dr Mahathir dari terus bersuara.
11. Semua pihak ada hak masing-masing tetapi tidak mutlak kerana kita dikawal oleh Akta Hasutan bagi mempastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Rakyat akan buat keputusan pada PR14 untuk tentukan siapa yang betul. Mungkin sudah terlewat untuk Najib atau Najib akan menang besar mengembalikan kuasa dua pertiga di Parlimen.
12. Dr Mahathir juga boleh terus bersuara sebagai Negarawan terbilang kerana rakyat sudah cukup cerdik untuk membuat penilaian dari setiap perkara yang kita lakukan.
iklas,
rahim
Sallam Dato'
Initpati jawapan DS Najib,
Najib bertanggungjawap kepada rakyat Malaysia dan Parti.
Samalah juga Dr.M, beliau bersuara kerana rakyat Malaysia dan Parti.
1MDB hanya mempunyai modal 1juta, oleh itu kenalah berhutang.
Sampai RM42 Billion?
Saya orang JB tidak menyokong jambatan bengkok, sakit mata memandang. Tetapi adakah kerana jambatan bengkok, Dr.M suruh Najib turun jadi PM. Ini tidak berapa masuk akal.
Kesian kamu...masih menegak benang yg basah....Rafizi sudah malu kerana silap....penyokong pula tentu 2 x bagh..l kerana menyokong.
Kesian...
Asyik menyokong membabi buta.
Apa yang saya dapat rumuskan dari 'Soal-jawab khas' TV3 semalam:-
1- Najib sebagai Menteri KeWANGan dan Perdana Menteri, cuba 'cuci-tangan dalam issue 1MDB. Siapa yang akan di kambing-hitamkan, kita tunggu dan lihat. Kemudian orang yang malang itu akan naik-turun Mahkamah, buat SD, bersumpah-laknat dan sampai bila pun tak selesai macam kes Altantuya. Yang paling untung, Lawyer yang bersepah dalam Pakatan. (Bela penyamun dan orang kena samun pun mereka boleh bela). Yang bukan loyar macam Mahfuz pun akan ambil kesempatan. Itulah hasilnya apabila melakukan urusan kerajaan secara 'gelap, rahsia & kelepet'. Rakyat jadi lebih keliru & tertanya-tanya.
2- Najib langsung tak menjelaskan siapa Jho Low. Pegawai kerajaan kah?
3- Hampir semua janji dan polisi Najib hanya mahu Rakyat berasa 'terhutang-budi' kepada Pemimpin.
4- Sumpah beliau kurang meyakinkan. Bukannya sumpah-laknat keatas diri sendiri jika tidak betul apa yang disumpahkan itu. Lagi pun, diMahkamah Dunia, ia tidak terpakai langsung. Pasal tu, Anwar Ibrahim enggan bersumpah-laknat.
5- Project Trans-Borneo dilancarkan menjelang Pilihanraya Sarawak. Persepi Rakyat??? Faham-faham saja lah. Kalau BN kalah, adakah project ini akan diteruskan?
Adalah lebih baik jika Trans-Borneo ini dilancarkan 1 @ 2 tahun lalu. Bila tiba Piliharaya Sarawak nanti, sekurang-kurangnya di kebanyakan laluan highway itu, pembinaan sedang rancak berlaku. Sekurang-kurangnya, Rakyat tidak punyai persepsi, "I scratch your back, you scratch mine".
Rumusannya:-
Tun Dr.M berpandangan jauh kedepan. DS Najib hanya nampak didepan mata saja. Mahu hasil yang cepat tanpa memikirkan kesan dan akibat dalam jangkamasa terdekat dan jauh kehadapan. Itulah resam anak bangsawan. Masa remaja, tak pernah susah. Apa yang dia mahu, semua tersedia dan mungkin, nak pakai kasut pun, dibantu bibik.
Saudara Msh.
Pembangkang, kerja mereka hanya membangkang membuta-tuli dan melempar persepsi buruk kepada kerajaan DS Najib dan BN.
Macam Malaysia Kini, MT, MM dan lain media yang pro-Pembangkang. Berita yang berbau kabar-kabar angin, tidak sahih dan belum disahkan, secara pantas dihebahkan. Kemudian mereka 'minta maaf' setelah berlaku 'kerosakan'. Itulah tactic subversif yang kerap dilakukan oleh imperialist Barat dan Evangelist yang berselindung disebalik 'kebebasan bersuara'.
Saya tidak pasti bagaimana Yayasan 1MDB tertubuh. Sebagai layman saya beranggapan ia mendapat dana dari 1MDB berasaskan namanya. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah :
1. Bila ia digunakan memberi gula2 pada sebahagian rakyat(mempermainkan orang kampung).
2.Penyata kewangan 1MDB menunjukkan kerugian. Organisasi rugi boleh/mampu wujudkan dana?
Loya melihat yayasan menaja orang menunaikan haji. Upacara membeli jiwa .
Sallam Dato'
Satu hal lagi adalah jawapan Najib berkenaan dengan GST.
Katanya, GST menggantikan cukai yang lama. Peniaga yang menaikkan harga patut dikenakan tindakan.
Saya tidak setuju jika peniaga dijadikan kambing hitam. Kalau begitu, banyak betul peniaga yang dijadikan kambing hitam.
Najib akui bahawa, dengan adanya GST, maka pendapatan kerajaan bertambah.
Kita, rakyat Malaysia ada belajar Matematik di sekolah, (Arithmatic). Dalam ilmu matematik, persamaan sebelah kiri harus imbang dengan sebelah kanan.
Kalaulah kerajaan mendapat lebihan pendapatan, darimana duit itu datang?
Pendapatan yang lebih kerajaan bukanlah datang dari alam ghaib tetapi datang dari poket rakyat. Rakyat perlu bayar cukai lebih maka harga barang akan naik.
Dengan itu, kerajaaan mendapat pendapatan lebih.
Kalau kita pergi membeli belah di Jaya Jusco, Tesco dan Giant, ada dinyatakan barang yang dikenakan cukai GST. SAya yakin, barang yang dikenakan GST jauh lebih banyak dari barang tidak dikenakan GST.
Salam DAKJ
Alhamdulillah. Dato' Najib dah menjawab kesemua soalan secara umum. Tentang kes Altantunya, saya percaya akan kata-kata Dato' Najib. Tapi jawapan 1MDB amat-amat meragukan. Apakah peranan Mr Low tidak disebut atau dinafikan langsung. Juga jawapan bagi pemberian BR1M. Adakah ia mengikut Islam dan apakah kesannya kepada UMNO dan BN?
Dan juga isu GST. Soalan seperti bolehkah cukai dikenakan kepada semua orang termasuk fakir miskin dan betulkah cukai GST boleh diambil tanpa perlunya haul dan hisab seperti syarat wajib zakat???? Persoalan pokok yg hanya perlu dijawab 'Ya' atau 'Tidak' tidak dijawab.
Jadinya, kalau dulu 90% pengundi cina tidak mengundi BN, rasanya PRU ke 14 nanati, >95% tidak akan mengundi BN. Undi Melayu terutama yg terkesan teruk dgn GST juga akan hilang. Yang ada hanyalah undi ahli-ahli UMNO. Itupun dengar khabar (kajian rambang) ramai yg akan tidak mengundi pada PRU ke 14 sebagai tanda protes secara senyap.
Akhir kata, mengikut perkembangan semasa, tak salah rasanya pendapat Tun Dr Mahathir yg meramalkan UMNO akan tumbang pada PRU ke 14 nanti. Kepada Tan Sri Muhyiddin, nak tak nak, Tan Sri kenalah memulakan sesuatu utk menyelamatkan UMNO dari menjadi sejarah. Sekian TQ.
Aslkum DAKJ.
Masih ada lagi org yg mudah di perbodoh macam rahim.
Kalau Najib tu baru jadi PM maka bolehla kita terpegun dgn cakap2 atau kempen tunjuk baik spt malam kelnarin di tv 3.
Ini dah 6 tahun bukan 6 bulan!
Hutang baru meningkat lebih rm300b, belum pernah terjadi sebelum ini.
IMDB berhutang rm42b. Duit IMDB tu berputar2 hingga tak tahu kemana perginya dan bagaimana BNM pun tak tahu bagaimana wang itu boleh keluar dari Malaysia.
Kelemahan Najib terlalu banyak dan menonjol untuk dimaafkan atau utk diberi peluang kedua atau ketiga.
Kesimpulan . Sebagai rakyat tiada markah lain yg boleh saya berikan kpd Najib kecuali F.
DAKJ dan TDM sila teruskan usaha murni ganti Najib
Anggapkan yang TDM cuku jelas ketika ini perlukan mental exercise. Layan saje agar beliau sehat
Assalamualaikum,
Di samping mengambil berat akan masa depan negara, rakyat dan partinya, Tun Dr Mahathir juga harus jangan lupa untuk mengambil berat akan masa depan dirinya sendiri serta keluarga. Bahkan masa depan diri sendiri dan keluarga itulah yang lebih wajar diutamakan.
Lagipun, Tun sudah pun menunaikan amanah serta tanggungjawab memerintah negara selama 22 tahun. Dua puluh dua tahun bukanlah satu jangka waktu yang pendek. Takkanlah Tun belum puas lagi memerintah Malaysia selama itu?
Pada masa ini, rakyat Malaysia memilih Mohd Najib sebagai PM. Maka, biarlah beliau dan kabinetnya mengurus tadbir negara mengikut budi bicara mereka.
Walau bagaimanapun, Tun masih boleh menyampaikan nasihat Tun kepada PM Mohd Najib. Namun, janganlah pula nasihat Tun itu menjadi sesuatu yang wajib dipatuhi oleh Mohd Najib. Terserahlah kepadanya membuat pertimbangan yang wajar mengikut budi bicara kabinetnya.
Tun Dr Mahathir tolong maafkan saya kalau saya dengan ikhlasnya mengulangi seruan saya agar Tun segera tumpukan sepenuh perhatian dan seluruh jiwa raga Tun bagi menyediakan bekalan masa depan Tun dan anggota keluarga, terutamanya isteri kecintaan Tun, Tun Dr Siti Hasmah.
Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.
Alahai audiens TV3, siapa mereka ye?
Makcik2 yang tak tahu guna remote, pakcik2 lumpuh atau potong kaki, kaki2 ampu dan jemuan Umno. Yang tahu guna remote atau boleh guna remote, yang tak bangang dan bukan pengilap epal semua tukar channel, tengok Astro Awani atau saloran Korea. Alahai TV3.
En Saleh.
Terima kasih kerana perasan soal ni.
Mereka ingat dosa tipu daya boleh dipadam dgn " jasa" sponsor tok2 imam gi Mekah?
Contoh terbaik puak UMNO rembat harta sambil tunjuk atau pura2 buat baik.
Tok2 imam tu pulak bila balik akan suruh rakyat bersyukur pd UMNO.....sekarang pd Najib. Dulu syukur pd Mahathir.
Betul2 persenda agama .
RD cakap jangan sedap mulut je. Cuba sorok2 sikit kebodohan tu.
Yg cakap dan sering buat fitnah tu MAP milik UMNO bukan kerja pembangkang.
Nak bukti? Yg Utusan asyik kalah saman malu atau fitnah itu bukan bukti ke.
Pembangkang memang kerjanya mencari2 kesalahan pemerintah.
Kalau di negara yg pemerintahnya bersih tak rasuah macam Spore, pembangkang susah nak cari isu. Sebab memang tiada isu.
Tapi berlainan dgn Malaysia. Gara2 perbuatan tak betul UBN la yg beri banyak peluru kpd pembangkang untuk berjuang dan tentunya bising.
Ditambah pulak dgn kehadiran anak2 muda super cerdik dalam PR yg sentiasa berhujah dgn fakta bukan macam UBN yg guna auta atau malah cota dan meriam air. Atau guna macam2 akta .
Aslkum DAKJ
Banyak sangat isu atau skandal yg di katakan Najib terlibat.
Bila terlalu banyak isu dibangkitkan terhadap Najib kita pun tumpang hanyut dan tenggelam punca.Sebab terlalu banyak dan bertali arus.
Bagaimana pun bagi saja Najib dan geng gali kubur sendiri jika rakyat termasuk penyokong UMNO terhimpit dgn GST yg dah mula menyusahkan ramai org. Yg ini tak payah salahkan penbangkang.
Kalau rakyat susah dan dah tak punya duit untuk dicukai maka betul ke GST boleh menambah pendapatan negara sebagaimana diharap Najib?
Adakah bajet BRIM cukup untuk menampung jumlah baru org yg terpaksa daftar minta ehsan BRIM gara2 GST?
Yg kaya raya siang2 dah park wang di Swiss Bank atau luar negara.
Tunggu dan lihat sebab hari ni teman saya dibank mengeluh. Sebab dah beberapa bulan ni bisnis beri pinjaman perumahan terjejas teruk kerana rakyat ambil sikap tunggu dan lihat gara2 GST.
Soalnya bukan tentang hukuman,tetapi apa yang DM dan rakyat nak tahu ialah motifnya.Siapa yang menjadi mastermind.Ini yang tidak ada dalam proses penghakiman.
Kes ini tergantung.Peguam Negara tidak buat kerja dengan baik.Semua orang nak tahu,bukan sahaja DM,Daim,KJasin sahaja
Saudara Kawanlama.
Sudah la. Saudara nampak merapu dah. Sebaris-dua cakap seperti orang mengigau.
Memang susah nak mempertahan Najib. Dulu masa dia PM baru 2~3 tahun saya try juga defend. Lama-kelamaan saya rasa malu pada diri sendiri. Buat tebal muka saja.
Saudara Salleh
Betul juga apa yang Saudara bangkitkan.
Lepas ni orang akan segan atau malu nak terima sponsor dari 1MDB untuk pergi Haji.
Elok PMO batalkan sponsor pergi Haji. Buat malu Islam je. Kalau duit dari 'keuntungan' tak pe juga.
Sdra Umar yang cukup sempit cara pemikirannya dan mungkin sudah tertutup penderia berfikirnya.
Ini seorang lagi yang perderia berfikir sudah tidak berfungsi dengan sewajarnya.,
Kalau hendak komen tunggulah sampai GST ini dilaksanakan sepenuhnya....baru 10 hari sudah sibuk hendak merumuskan
Ini pula hendak jadi ahli nujum dan biarkan lah Allah tentukan ye...
Yang pasti saya sekeluarga dan hampir semua staff saya ikuti rancangan soal jawab dgn PM di V3 semalam. Tahniah TV3
Dato'
Selagi Najib tidak (saperti dalam bahasa barat) "Come Clean", selagi itu lah beliau akan dihantui bermacam macam soalan yang akan makin menambah semakin berlalunya masa sehingga Pilihanraya yang akan datang.
kesimpulan kesimpulan dan anggapan anggapan olih pembaca pembaca Dato' sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran betapa parahnya image beliau dikhalyak ramai..
Sementara itu semakin berulang kali lah perhimpunan wanita dan ketua ketua bahagian menyuarakan "I Love You PM" di depan PM untuk memberi beliau semangat untuk tidak letak jawatan. Itu lah adatnya mereka yang berkepentingan untuk terus mendapat faedah hidup mewah.
Heran kenapa Pemuda UMNO tidak buat perhimpunan "I Love You PM?" Mungkin mereka sudah tidak beroperasi lagi?
Salam Dato,
kalau nak tau orang melayu suka tak kepada Dato Najib.. pi masuk Kampung2 dan jalan2 di pasar2 malam dan pekan2 Nat..Saya cakap pasal orang melayu sahaja kerana orang2 melayu yang memberi undi kepada UMNO pada PRU 12 & 13.Orang2 Melayu ni la yang mengundi UMNO dan memberi kemenangan..Tanpa sokongan orang2 melayu UMNO tinggal sejarah. Jangan percaya sangat laporan UMNO bahagian bahawa " Melayu luv PM ".. mesyuarat di cawangan2 hanya dihadiri oleh orang2 tua..sebabnya mereka mendapat, merasa & berhutang budi pada UMNO yang dipimpin oleh pemimpin2 berkiblat Melayu. tiada saperti Pak Lah (islam hindarinya ) & dato najib ( 1Malaysia).Orang2 muda sangat marah pada kerajaan UMNO yang mementingkan bukan melayu dan juga pendatang haram. Semua kerja2 di pasaraya, kedai2 minyak, guard & cleaner semuanya di berikan kepada pendatang2 yang permitnya diluluskan oleh kerajaan UMNO. Sokongan daripada ketua2 bahagian,back Benchers, menteri2 dan semua ahli UMNO tiada akan membahawa kemenangan kepada Dato Najib..yang syornya semua skandal kewangan melibatkan orang2 Cina yang memperkudakan Pemimpin2 Melayu...pemimpin2 ini juga yang akan memperkudakan bangsa sendiri..'Saya hanya bertanggungjawab kepada Parti & Rakyat 'kata2 keramat dato Najib sapertimana juga kata2 oleh PakLah ..
Saudara Joe Black,
Memang sudah ramai yang mengatakan Puteri UMNO lebih kepada menyerikan majlis. Banyak yang menyuarakan "I love you PM"
Kalau zaman dahulu ada banyak dayang-dayang menyerikan majlis untuk orang kenamaan.
Pasal itu banyak graduan wanita pandai-pandai memilih untuk masuk DAP.
Lain pula dengan pemuda UMNO. Sekarang ini ketuanya berpotensi. Mempunyi sifat alpha dan IQnya pun nampaknya baik.
Sebab itu sekarang ini, jawapan-jawapan dari Ketua Pemuda UMNO adalah lebih baik dan masuk akal.
Aiik...ini sudah pelik.
Percaya pula pada Mahkamah bila Utusan kalah perbicaraan.
Bila mahkamah jatuhi hukuman 9 tahun penjara keatas Anuwar kerana salah-guna kuasa, (sebagai TPM, mengarah SWAT Polis tangkap dan gertak Ummi Hafilda, tarik-balik surat, tuduh beliau meliwat), kata mahkamah 'anjing kerajaan'.
Bila Mahkamah mendapati DNA dari airmani tertuduh dijumpai dalam rectum pembancuh-kopi peribadi dan hukum 5 tahun penjara, riuh-rendah kata conspiracy, sehingga mahu guna 'kita-lawan' sebagai motto SUKMA kerajaan negeri Selangor. Sukan pun mahu gaul dengan politik.
Bila Mohd Najibbersumpah di TV3 yang dia tak kenal Altantuya jadi logiknya macam mana dia nak bunuh Altantuya. Maka ramailah orang percaya lagi-lagilah penyokong Umno dan penyokong tegar Umno walaupun Dr Mahathir tak pernah tuduh Mohd Najib bunuh sesiapa pun. Dr Mahathir hanya minta dijawab siapa arah Sirul. Itu pun kalau ada orang yang arah. Dan Dr Mahathir pun tak kata Sirul tak salah cuma dia minta kes itu disiasat balik. Jadi pasal apa Mohd Najib beriya-iya sangat bersumpah di TV3. Kemudian Pak Lah pulak masuk campur kata Mohd Najib tak bunuh Altantuya sebab masa itu dia Perdana Menteri. Kenyataan ini buat orang gelak dan jadi semakin tak percaya kepada Mohd Najib sebab masa Pak Lah jadi PM dia lebih banyak tidur daripada jaga. Disebabkan dia tidur lah maka apabila Dr Mahathir lancar serangan dia mudah jatuh. Macam mana Pak Lah yang banyak tidur boleh kata Mohd Najib atau sesiapa tak buat kesalahan. Boleh jadi Pak Lah pun masih tidur sekarang sebab itu dia tak tau yg Dr Mahathir tak pun tuduh Mohd Najib bunuh Altantuya.
Akhirnye Najib pulih daripada penyakit "Bisu" yang di alami selama ini, maka boleh lah PM kita ini membuat rakaman di TV kononnya untuk menjawab semua soalan yang dilontarkan oleh Chedet. Saya bukan orang filem (macam anak tiri Najib) tak berapa reti apa beza "rakaman" dan "lakonan". Tapi kalau nak diukur dari segi lakonan, maka lakonan Najib memang menjadi malam itu, setiap gerak gerinya teratur, sopan, sahdu dan ayu gitu. Ada masanye ia mesra macam Mr. Bean, kalau sedih kelihatan sayu macam Neng Yatimah, kadang-kadang tegas macam watak Ahmad Nisfu dalam filem P.Ramlee.
Tapi pada saya malangnya Najib masih lagi ada satu penyakit (mungkin juga ada dua atau tiga) ia itu penyakit "Pekak Badak"...pekak jenis ini boleh mendengar tapi tak tentu apa yang didengarnya. Jadi jalan selamat untuk Najib malam itu ialah dengan mengulang balik segala perkara atau jawapan yang pernah diberinya dulu, sebab itulah segala jawapannya pada malam itu tidak dapat menjawab soalan-soalan yang terkini yang diajukan. Dengan lain perkataan, lain yang ditanya lain yang dijawabnya.
Tapi tak apa sebab masih ramai yang terhibur dengan lakonan ehhh siaran rakaman jawapan Najib malam itu seperti media arus perdana dan orang kuat UMNO...ia seumpama kita tanya Najib sekali lagi - apakah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, sudah tentu Najib jawab Gunung Kinabalu...jawapannya "salah" dan kesalahan ini akan berterusan sehingga kita sendiri terhibur dengan kesalahan kita itu. Apa taknye gunung kita adalah yg tertinggi...ye tak???
Salam Dato.
Betul RD...kalau mana2 'troll' yg dok merapu ...melilau dan berhujah ikut sedap mulut...sy sarankan mereka buka blog sendiri...dan merapulah sebanyak2nya.
Berbalik pd isu Tun M menyoal dan Najib menjawab diTV3.
Bagi dia....kira selesailah sudah isu2 berbangkit....jawapan telah diberi....barangkalinya?
Kemudian ada2 atau 3 org penggilap epal pun menyokong jawapan beliau dlm media cetak....kira apa yg dia jawab semuanya betul belaka.
APA YG DIA JAWAP?
1.Mana dia duit yg 3billion itu...bila nak masuk balik ke negara?
2.Apa jadi dgn duit 7b yg disimpan diCaymen?...tetapi kini bukan disimpan tetapi didaftar sahaja.
3.Apa hubungan Jho Low dgn anak tiri.....hingga dpt duit ratusan juta beli apartment dari Jho Low?
4. Siapa Jho Low yg berpengaruh sngat dlm syarikat 1MDB milik kerajaan?
5. Mengapa IMDB beli IPP dgn harga tinggi....dan kenapa perlu berhutang 2b untuk membayar bank?
6. Apa kesudahannya dgn Sirul dan Azilah?...kenapa mereka terlibat dgn Razak Baginda membunuh Altantuya sedangkan mereka pengawal peribadi PM?
dll
Bagaimana pula dgn persoalan dan perkara2 yg meragukan bila mana;
RM7b satu jumlah yg besar milik 1MDB dibawa keluar dan didaftar diCaymen Island dan kini RM3b yg kunonnya dibawa 'balik' dan terpaksa disimpan di Singapura dlm Swiss Private bank (lebih kecil dari Affin Bank dan mengalami kerugian USD700)?
'Consider close case ...business as usual....all have been answered.
Dlm masa 1setengah jam sahaja....PM dgn begitu 'terbuka' menjawab semua persoalaan dan isu2 berbangkit.
Hebat cukup hebat.
Persoalanya sekarang.....bila org bertanya...kita menjawap..serupa periksa juga.
TETAPI JAWAPAN ITU TEPAT KAH?
BETUL KAH?
'ARE ALL THE ANSWERS GIVEN....CORRECT' ?
Heh heh.....sekadar menjawab sahaja.
Nampak2 nya mcm 'FAIL'.
Apa pun kita tunggu Tun M pula yg akan memeriksa jawapan dia...sama ada 'fail' atau lulus atau bohong.
Terima kasih.
Interview sekadar melepaskan batok di tangga. Klu jawab peperiksaan dah sah gagal. Jawapan PM semuanya superficial, cetek, jawapan yg di atas permukaan sahaja. PM telah letak dirinya sebegitu rendah sekali dgn memberi jawapan2 berupa penafian umum dan cetek. Contoh kes Altantuya. Lain disoal lain pula dijawab. PM hanya ulang pasal sumpah laknat... Klu sayalah, klu saya tak ada kena mengena dgn kes itu saya tak akan bother pun pasal bersumpah2 ni, tak mainlah. Lgpun sumpah tu hanya tuhan saja tahu betul ke tidaknya, klu palsu dia bolehlah mintak maaf pd tuhan. Takda siapa yg tahu, kan. Pada saya rancangan Soal Jawab tv3 dan tv1 tu hanya sekadar melepas batok di tangga tetapi terbuka pulak pekung di dada. Crap and wasting our time.
Sdr Salleh
Buat masa ini saya sedang mengikuti kursus haji. Ustaz tempat saya berkursus sempat bercerita tentang ada 2 orang jemaah haji tahun lepas yang x habis tawaf dah cabut balik. Selidik punya selidik rupa2nya jemaah itu adalah antara tajaan 1MDB. Dipilih pada saat akhir. Tak sempat nak buat persediaan dan ikuti kursus. Jadi bila buat tawaf dikelilingi pak2 arab dan pak2 afrika yang badan besar dengan bilangan jemaah beratus ribu maka jemaah tajaan 1MDB ni tak tertanggung terus keluar barisan tawaf dan bergegas mintak balik. Haji tergantung sebab tak lepas tahalul lagi.
Dayang Senandung.
Kita tentu tak bosan paparan pintar spt di atas.
Najib macam cacing kepanasan.
Mukanya pun malam tu kelihatan jauh lebih tua dari umurnya.
Muka org baik2 lain seri wajahnya.
RD.
Mahkamah boleh land kenalah kelihatan cerdik dan bebas. Kenala nampak real sedikit.
Sebab itu dalam banyak kes rakyat nampak mahkamah bebas. Macam dalam kes utusan tu. Ngok sangat . Macamana mahkamah nak tolong.
Dalam kes2 berat spt kes Anwar, kes Altantuya, kes tipu pilihan raya , kes dakwat tak kekal , kes 15 penjanggak pecah masuk DUN Penang dan rampasan kuasa Perak org cerdik pandai tak akan percaya yg mahkamah adil dan bebas.
Tak tau la org2 bodoh yg tak tahu sorok kebodohannya masih fikir begitu.
Assalamualaikum
Pepatah melayu : masih cuba menegak benang yg basah. Lebih parah lagi (dgn izin) can't beat them so just join them. Sifat semula jadi manusia tamak lagi gelojoh sampai haq dan bathil pun tak dapat nak bezakan.
Tak tau nak kata apa lagi. Tak takut langsung ttg janji Allah akan balasan akhirat. Mereka dah lupa bila Allah menimpakan bala, semua tak terkecuali akan menerima padah.
Amanah yg janji dipikul(dgn bersumpah memegang Al-Quraan) tak ditunaikan, takut doa org2 yg di aniaya/zalimi dimakbulkan.
Majoritinya gen y menolak kerajaan.Sebabnya jelas,faktor Najib..
Dato',
Di tengah kesusahan rakyat, kwsp pulak nak buat lawak menaikkan had umur untuk pencarum keluar duit dari 55 ke 60.
Dah takdak kerja ke puak ni?
Aslkum DAKJ.
Saya sokong sangat TDM jumpa ibu Sirul kalau memang Sirul bertindak ikut arahan atasan dan atasan atas atasan.
Selepas membaca kisah harga jam tangan yg dipakai oleh TDM yg cuma rm1000 berbanding dgn ratusan ribu oleh Rosmah, Najib, Zahid dan Hishamudin hilang la sedikit rasa marah rakyat kpd TDM.
Memang TDM semakin punya credibiliti untuk suruh Najib berhenti.
TDM pada zamannya mungkin obses dgn projek mewah.
Tapi rasanya beliau dan isteri tak la tunjuk2 kemewahan macam PM dan isterinya tu.
Dato'
Apabila Najib ditabalkan menjadi PM Malaysia beliau terus mengistiharkan bahawa beliau akan mengguna KPI untuk menentukan kewibawaan menteri menteri beliau.
Tun Dr M sudah memberi keputusan KPI Najib dan Nampaknya Tun M merasa Najib sudah Tak layak lagi menjadi PM sebab markah KPI Najib amat teruk sehingga kebawah paras minima yaitu lebih teruk dari Abdullah Badawi yang dikatakan selalu tidur semasa bekerja.
Salam Dato' A Kadir Jasin
Pagi Ahad ni saya free sikit. Ingat nak mesin rumput sekeliling rumah. Lepastu nak trim pokok pagar dan rumput tepi-tepi rumah pakai hedge trimmer dan grass trimmer. Lepas tu saya pakai blower je untuk cakar bagi nampak kemas sikit. Begitulah orang tiada duit Dato', semua kena buat sendiri. Nak suruh orang takut kena GST pulak nanti.
Berbalik kepada PRK Permatang Pauh, ahli UMNO disana 15000 orang. Ahli PAS 12,000 orang . Masyarakat Cina yg memang sokong DAP 17,000 orang. Yg selebihnya pengundi atas pagar iaitu seramai 24000 orang. Biasanya lebih kurang 12 ribu tak mengundi. Jadi pengundi atas pagar adalah 12,000 orang.
Darpiada risikan saya, bagi PKR, undi 17000 dari masyarakat Cina memang gerenti. Undi dari PAS juga lebih kurang 90% bila saja Hj Hadi akan berpeluk-peluk semula dgn Guan Eng apabila penamaan calon nanti. Ramai ahli UMNO akan menunjukkan protes senyap dgn tidak mengundi. Dan pengundi atas pagar majoritinya lebih percayakan Tun Dr Mahathir dari kerajaan sekarang akan membalas dendam dgn memangkah PKR atas jasa besar GST kerajaan kepada mereka. Alamatnya kalah teruklah calon UMNO nanti di Permatang pauh.
Sebab itulah Tun Dr Mahathir suruh Dato' Seri Najib berundur sebelum nasi jadi bubur. Juga ramai ahli akar umbi sebenarnya sayangkan Dato' Seri Najib, tetapi mereka lebih sayangkan UMNO dari berkubur nanti.
Akhir kata, banyak kali dah saya nasihatkan YAB tentang kesan GST pada UMNO nanti, tapi beliau tak nak dengar juga. Macam Tun Mahathir juga, saya juga cukup tak suka bila nasihat saya tidak diambil kira. Sama seperti MH370 yg tak jumpa-jumpa sampai sekarang w/pun bukti sebesar gajah di depan mata. Contohnya, dah setahun dah, kenapa susah sangat nak letakkan blue fin di laut cina selatan daripada membazir beratus juta meletakkannya di Indian oceon jika betul-betul nak mencari MH370. Sekian TQ.
Rupanya Sdra UAA punyai pemikiran berpilih-pilih...lebih daripada seorang hakim nampaknya.
Sememang sudah mendapat perhatian sdra walaupun pendek tapi nampaknya merisaukan pemikiran sdra ye
Tuan blog pun rasa tiada masalah tentang keluarkan hujah saya, tapi kenapa saiz sudu sdra bacan senduk nampaknya..
"rampasan kuasa Perak org cerdik pandai tak akan percaya yg mahkamah adil dan bebas."
Aiik... Atas perbuatan PR sendiri, 'Umar Abdul Aziz' nak salahkan Mahkamah pulak.
Cuba baca di URL berikut, siapa kepala-bapak sebenar yang 'mencatur' jawatan MB, selepas Pakatan terkejut, menang Perak pada 2008. Bagaimana tanah balak di Kelantan jatuh ketangan saudara-sepupu, Nga & Ngeh.
Juga bagaimana kerajaan PR tumbang setelah ADUN mereka sendiri mula lompak-melompat masuk-keluar party.
http://www.malaysia-today.net/the-umno-pkr-and-pas-internal-strife-part-2/
Harus diingat, Raja Petra Kamaruddin, satu masa dulu adalah ketua/pengasas Parti Keadilan Nasional (PKR) dan penyokong kuat Pakatan sehingga pernah dua kali di tahan dibawah ISA.
Nampaknya, hari ini beliau sudah berkecuali.
Mesti 'Umar' boleh kira berapa ramai pengasas party yang sudah bosan dan keluar dari party anak-beranak ini.
Oooo..'Umar' pun suka baca blog OutSyed The Box. Tapi pelik juga tak pernah baca komen 'Umar Abdul Aziz' di lain-lain blog. Ditugaskan hanya pada blog Dato AKJ ke? Atau pun 'Umar' guna Anonymous di tempat lain? Atau mungkin guna nama samaran bukan-Melayu pulak, di tempat lain?
Assalamulaikum dato, Dato memang hebat juga walau tak sehebat TDM kerana dato kadir tetap dato kadir buka TDM berani nya dato kerana dato tahu yang indah itu kebenaran yang perit itu membuktikan kebenaran itu adalah hakikat nya dimana-mana pun kebenaran itu umpama air dicincang tidak akan putus ianya tetap bersambung. Jadi usha2 dato mudah-mudahan akan menampakan kejayaan bila tiba masa nya nanti ishaAllah. TK dato teruskan usha menyelongkar kebatilan. Wassalam
DAKJ,
Yang paling seronok sekali apabila ada menteri yang membuat kesimpulan secara mantik mudah bahawa sesiapa tidak percaya kepada Najib, tidak percaya kepada Allah.
Saya amat hairan, dari mana dan siapa yang mengundi menteri-menteri yang sebegini? Ini sudah melibatkan Rukun Iman.
-Competente-
Terasa nmpak....bak kata 'siapa makan cili dia yg rasa pedas'.
Tn blog cuma.....mengambil hati...jgn pula rasa dia suka org merapu.
Post a Comment